Rabu, 8 Jun 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DIALOG RAKYAT

Posted: 08 Jun 2011 03:52 PM PDT

Negara berkebajikan untuk dapat pengampunan Tuhan

Posted: 08 Jun 2011 04:22 AM PDT

Mohamad Sabu menegaskan PAS memperjuangkan negara berkebajikan untuk mengganti Umno bagi menerimapakai Piagam Madinah pada akhirnya.


PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini berkata PAS mahu menggantikan Umno dengan memperjuangkan negara berkebajikan yang mendapat pengampunan Tuhan.

"Sebab itu kita mencanangkan slogan 'PAS ganti Umno' kerana matlamat PAS untuk menerimapakai Piagam Madinah pada akhirnya," katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu kepada FMT.

Beliau berkata begitu sebagai reaksi kepada rencana Zulkiflee Bakar dalam Utusan Malaysia hari ini bertajuk 'Layakkah PAS ganti Umno?'

Slogan 'PAS ganti Umno' yang dicanangkan parti Islam itu dikritik oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia kerana PAS bukan dominan dalam Pakatan Rakyat sepertimana Umno dalam Barisan Nasional.

"Selama inipun, PAS hanya menjadi pemerhati sahaja terhadap tindak-tanduk kerajaan DAP Pulau Pinang yang dilihat melakukan banyak tindakan tidak adil ke atas orang Melayu terutamanya peniaga-peniaga di negeri itu," tambah Zulkiflee di dalam tulisannya.

Zulkiflee dalam rencana tersebut mendakwa bahawa PAS sudah menjadi parti sekular seperti PKR dan DAP kerana PAS mahukan negara berkebajikan, bukannya negara Islam.

"Malahan keazaman PAS untuk menggantikan Umno juga jelas menunjukkan parti yang suatu ketika dulu menguar-uarkan ingin menegakkan negara Islam sudah bersedia menggadaikan prinsipnya," tulis Zulkiflee.

Utusan melalui rencana tersebut mendakwa bahawa slogan 'PAS ganti Umno' hanya bertujuan untuk menunjukkan kesetiaan kepada PKR dan DAP.

Tokoh veteran PAS bersuara lantang itu berkata, "memanglah di Pulau Pinang, DAP yang ganti sebab dulupun bukan kerajaan Umno tapi kerajaan Gerakan. Di Kedah dan Kelantan, bila Umno kalah kita yang gantikan mereka."

Beliau turut memperjelaskan kenapa PAS tidak dominan dalam Pakatan Rakyat.

"Kami tidak dominan sebab menang sedikit. Kalau menang banyak, kami akan jadi dominan," katanya.

Beliau bagaimanapun bersetuju bahawa PAS perlu menunjukkan kesetiaan kepada rakan dalam Pakatan Rakyat sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia kerana 'kita mahu matikan Umno'.

Mantan mufti Perlis sokong negara berkebajikan

Sementara itu, mantan mufti Perlis Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilaporkan turut mengalu-alukan penekanan PAS terhadap negara berkebajikan.

"Bagi saya ini adalah satu kemajuan yang memberangsangkan dalam PAS," katanya dalam satu kenyataan, yang dipetik oleh laman berita portal Detik daily.com pada hari Ahad.

Asri berkata beliau juga sedang meneliti apakah maksud negara berkebajikan yang PAS cadangkan kerana konsep negara sedemikian mempunyai pelbagai tafsiran dan gambaran.

"Mungkin PAS ada model yang tersendiri. Apa pun saya merasakan PAS akan dapat melangkah dengan lebih jauh dengan kenyataan tersebut," tambahnya lagi.

Chegubard kekal dengan PKR… buat masa ini

Posted: 08 Jun 2011 04:21 AM PDT

ROKET KINI.COM

KUALA LUMPUR – Pemimpin muda PKR Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan panggilan Chegubard yang dikatakan akan keluar parti untuk menyertai DAP atau PAS, masih kekal dengan PKR yang disertainya sejak 1999.

Ketua Cabang PKR Rembau itu menjelaskan bahawa selagi beliau tidak dipecat oleh PKR, selagi itu beliau akan terus bersama dengan parti berkenaan.

"Biarlah saya katakan bahawa saya akan tetap menegur apa yang salah dan mempertahankan apa yang benar, termasuk dalam parti. Saya belum buat apa-apa keputusan.

"Lagi pun, kalaulah saya (yang mengkritik pimpinan parti) sekarang berada dalam mana-mana parti komponen Barisan Nasional, rasanya sudah lama saya dipecat," katanya kepada Roketkini.

Beliau yang telah mempertikaikan proses pemilihan PKR pada akhir tahun lalu – sebelum dan selepas pengundian diadakan – di mana beliau bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan tetapi tewas kepada penyandang Shamsul Iskandar Md Akin, telah dikecam hebat oleh beberapa pemimpin utama parti.

Apabila ditanya sama ada DAP atau PAS bakal menjadi pilihan, jika benar-benar membuat keputusan meninggalkan PKR, Chegubard ketawa dan hanya menjawab: "Belum tahu lagi".

Beliau mengakui faham dengan matlamat dan konteks prinsip Malaysian Malaysia serta Utamakan Rakyat Malaysia yang dibawakan oleh DAP.

"Saya tak nampak pun elemen negatif di situ, tetapi ia diwajahkan menjadi negatif oleh Barisan Nasional, sentiasa ditakutkan, sentiasa dimomokkan," katanya.

Menurutnya, serangan UMNO dan BN terhadap DAP adalah kerja pecah perintah dan taktik lama yang mereka warisi dari penjajah.

Beliau menjelaskan, UMNO mahu menakutkan orang Melayu kerana bimbang DAP yang sudah membentuk kerajaan dan mentadbir dengan baik bersama dengan PKR dan PAS di Pulau Pinang akan dapat menarik sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat.

"(Mengikut propaganda UMNO) apabila orang Cina sokong MCA atau SUPP, itu bukan perkauman, tetapi jika orang Cina menyokong DAP, maka ia perkauman. Jadi DAP menanggung beban yang lebih.

"Jika DAP berjaya bawa masuk orang Melayu menjadi ahli, menerima orang Melayu sebagai pemimpin, DAP akan berjaya menjadi parti yang benar-benar berwajah Malaysia. Dengan itu habislah UMNO dan BN," tambah beliau.

Chegubard yakin DAP dapat kekal sebagai parti pelbagai kaum yang berprinsip dan adil walau pun ia membuka ruang yang lebih dan memberi pendidikan politik kepada kelompok pemimpin Melayu yang muda.

"Saya percaya dan yakin, dalam tempoh satu atau dua penggal ini, jika DAP berjaya mengubah wajah seperti itu, dengan menampilkan tokoh-tokoh kepimpinan muda Melayu, atau yang bukan Cina, DAP akan menjadi sebuah parti teraju dalam negara ini," katanya.

Menurutnya eksperimen politik telah pun ditonjolkan sedikit melalui pilihan raya umum 2008 apabila PKR, PAS dan DAP enggan mengikut rentak BN yang meletakkan calon mengikut kaum.

"Ada tempat yang BN letak calon Melayu, kita letak calon Cina, ada tempat yang BN letak calon India, kita letak Melayu. Kita tak guna pakai lagi sistem ikut kaum. Sebab dalam perang, kejayaan yang pertama ialah kita jangan bermain di padang mereka.

"Sekarang yang BN panik kerana kita tak bermain di padang dia, jadi bila keluar dari padang mereka, kita main sistem peraturan lain dan akhirnya kita boleh menang," jelasnya. – Roketkini.com

Hanya RM30 untuk rawatan dialisis di Pulau Pinang

Posted: 08 Jun 2011 04:15 AM PDT

ROKET KINI.COM

GEORGETOWN – Pesakit buah pinggang di Pulau Pinang berpeluang mendapat rawatan dengan harga RM30 bagi setiap dialisis apabila Pusat Dialisis CAT yang pertama disiapkan tidak lama lagi.

Untuk membolehkan pesakit hanya membayar RM30 bagi sekali rawatan dialisis, kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan menanggung kos perkhidmatan yang ditetapkan pada kadar RM110 berbanding dengan kadar pasaran di antara RM150 dan RM200.

Kerajaan negeri Pakatan akan menanggung kos selama 10 tahun, iaitu anggaran sebanyak RM2.05 juta, atas kadar tajaan RM30 setiap rawatan untuk kelompok 25 hingga 50 orang pesakit.

Daripada kos RM110 bagi setiap rawatan itu, kerajaan persekutuan akan diminta menyumbang RM50 manakala kerajaan negeri menyediakan RM30 dan pesakit buah pinggang (end stage renial failure) pula hanya membayar RM30.

Biasanya, seorang pesakit buah pinggang menjalani 3 kali rawatan seminggu.

Inisiatif Pusat Dialisis CAT adalah usaha Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyanyang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh, merangkap Adun DAP Sungai Puyu.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, usaha itu adalah sumbangan kerajaan negeri kepada rakyat dengan kerjasama sektor swasta dalam usaha menjaga kesihatan rakyat.

"Kerajaan negeri telah menggunakan lebihan bajet dan bercadang, sekiranya keadaan mengizinkan, untuk memperluaskan Pusat Dialysis CAT di kawasan lain di Pulau Pinang," katanya.

Sebagai permulaan, Pusat Dialisis CAT akan disediakan dengan 10 mesin homeodylasis (HD), sistem rawatan air RO dan automatic reprocessor dengan suntikan dana atas usaha kerajaan negeri.

Kos setiap mesin HD dianggarkan RM 42,000 yang memerlukan perbelanjaan RM420,000 yang ditanggung oleh pihak swasta dan kerajaan Negeri di bawah konsep public & private partnership framework (PPP).

Mengikut perangkaan 2009, terdapat 1,804 pesakit buah pinggang di Pulau Pinang. Kesemua 6 pusat dialisis di Hospital Pulau Pinang yang mempunyai 75 mesin yang diuruskan oleh Kementerian Kesihatan tidak dapat lagi menampung jumlah peningkatan pesakit.

Guan Eng yang juga Adun Air Putih berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti lokasi untuk memulakan projek perintis Pusat Dialisis CAT di pejabat pasar awam Balik Pulau, berhampiran perhentian bas Rapid Penang.

Katanya, pemilik bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah bersetuju untuk menyediakan ruang di belakang pejabat kutipan hasil di pejabat pasar awam Balik Pulau sebagai Pusat Dialisis CAT dengan kadar sewa nominal RM10 setahun.

"Kerajaan negeri PR prihatin kepada penduduk luar bandar dan menjaga kebajikan semua rakyat Pulau Pinang tanpa mengira kaum, agama, jantina dan latar belakang politik," tambah beliau.

Peneroka Palong 9 berjaya halang injuksi kontraktor Felda

Posted: 08 Jun 2011 04:10 AM PDT

KEADILAN DAILY

Peneroka Felda dari Felda Palong 9 telah memfailkan tuntutan hak penjualan kayu getah tua di Mahkamah Tinggi, Seremban januari lalu (Gambar dari http://pkrn9.blogspot.com)

JEMPOL: Seramai 36 peneroka dari Felda Palong 9 dekat sini berjaya menghalang permohonan injunksi kontraktor lantikan Felda untuk kerja penebangan dan membeli pokok getah di tanah mereka.

Peneroka tersebut memfailkan afidavit balas di Mahkamah Tinggi Seremban Januari lalu untuk mencabar permohonan injunksi berkenaan.

Menurut Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Rebin Berham, keputusan oleh Hakim Datuk Zulkifli Bakar itu semalam sangat bermakna dan bersejarah bagi semua peneroka di seluruh negara yang berjuang menuntut keadilan dan hak mereka yang ditindas selama ini.

"Felda yang bersikap angkuh dan sombong telah menafikan hak peneroka sebagai tuan tanah dan pemilik kayu getah untuk mengurus dan menjual kayu getah secara sendiri atau berkelompok (tidak melalui felda).

"Sikap felda yang tidak membenarkan peneroka berurusniaga atau menjual kayu sendiri menunjukkan tindakan yang tidak profesional dan menafikan hak asasi peneroka. Ini adalah bertentangan dengan undang-undang GSA (Akta Penempatan Berkelompok) 1960," katanya dalam satu kenyataan.

Rebin yang juga Penyelaras Warga Felda Prihatin berkata, sebelum ini Felda menjual kayu getah peneroka Felda Palong 9 hanya pada kadar RM33,000 sedangkan peneroka boleh menjual dengan harga RM46,000 setiap sepuluh ekar.

"Kerugian RM13,000 setiap peneroka adalah perbezaan yang amat besar dan oleh itu mereka berhak untuk menentukan kepada siapa kayu hendak dijual.

"Semoga kemenangan ini menjadi inspirasi di dalam perjuangan dan medan pertempuran menuntut hak peneroka di dalam PRU (pilihan raya umum) ke 13 nanti," kata Exco Angkatan Muda KEADILAN itu lagi.

Pakej Astro naik RM15, Persatuan Pengguna mahu perjanjian didedah

Posted: 08 Jun 2011 04:07 AM PDT

KEADILAN DAILY

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta kerajaan mendedahkan perjanjian dengan Astro berikutan tindakan stesen televissyen berbayar itu menaikkan harga perkhidmatannya.

Semalam, Astro mengumum untuk menaikkan harga pakej perkhimatannya nya sehingga RM15, berkuatkuasa 15 Julai ini atas alasan tidak mampu menyerap kenaikan kos.

Menurut Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak, kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap keputusan itu atau berdepan tindakan boikot daripada pengguna.

"Sedangkan kadar tol juga perlu dipersetujuan oleh kerajaan dalam perjanjian… Kalau kerajaan tidak ambil tindakan serius, kami akan boikot Astro," katanya dalam satu sidang media seperti dilapor Malaysiakini hari ini.

Menurutnya, tidak timbul isu kenaikan itu perlu untuk menampung kos operasi, kerana pulangan yuran langganan Astro sahaja sudah mencukupi bagi tujuan itu.

"Pulangan daripada yuran langganan saya sudah cukup untuk menampung kos operasi. Apa yang mereka mahu adalah untuk tambah keuntungan, bukan untuk tampung kos operasi," katanya lagi.

Forum Solidariti pemblog dan media, 11 Jun di KLSCAH

Posted: 08 Jun 2011 04:05 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Sempena menyambut Hari Kebebasan media sedunia yang jatuh pada 3 Mei lalu, Bloggers Universe Malaysia (BUM) akan mengadakan forum bertema "Bloggers' Solidarity with the Press?" pada 11 Jun ini.

Forum yang dijadualkan bermula jam 7.45 petang di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCAH) itu akan dimulakan dengan ucapan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad bertajuk "Legislating Freedom of Information Act in Parliament".

Antara barisan panel yang dijemput menghangatkan forum tersebut terdiri daripada bekas ketua editor Cheam Toon Lee, Kartunis portal Malaysiakini, Zulkiflee Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar, Presiden Majlis Peguam yang juga pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan dan bekas Presiden NUJ, Hata Wahari.

Menurut Pengarah Pusat Dasar Inisiatif (CPI Malaysia), Dr Lim Teck Ghee berkata, suasana politik hari ini menyaksikan media arus perdana terus menjadi alat pemerintah.

Justeru katanya, adalah penting bagi penulis blog dan pengamal media yang berintegriti untuk menyajikan berita yang benar berdasarkan objektif dan analisis tepat kepada rakyat Malaysia.

"Saya berharap forum ini akan memberikan perangsang kepada pengamal media dan penulis blog mengingatkan kembali pendirian etika kewartawanan dan laporan yang bebas," kata Lim dalam kenyataannya hari ini.

Manakala, Pengerusi Jawatankuasa YL Chong atau Desiderata berkata, program itu pada asalnya dijadual pada Mei lalu, tetapi terganggu akibat Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, April lalu.

"Namun demikian, saya bersemangat untuk tampil selepas melihat nasib yang menimpa Hata Wahari yang dipecat majikannya untuk dijadikan tema pertemuan BUM kali ke lima," ujarnya.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut berhubung forum itu boleh melayari laman sesawang bum4msia.wordpress.com atau menelefon terus kepada YL Chong di talian 012-9702285. Orang ramai dijemput hadir dan masuk adalah percuma.

Video lucah merebak ke Terengganu, tindakan terdesak Umno- Abdul Rahman

Posted: 08 Jun 2011 04:03 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Abdul Rahman Yusuf mengecam penyebaran video seks fitnah, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini merebak sehingga ke Terengganu.

Beliau yang juga Ketua Cabang KEADILAN Dungun berkata, video berkenaan diletakkan di tandas beberapa stesen minyak di kawasan Felda dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

"Antaranya Durian Mas (Dungun), Bukit Besi (Dungun), Bukit Bading (Hulu Terengganu), Cheneh (Kemaman), Jerangau (Hulu Terengganu) dan Chalok (Setiu).

"Semalam, kita mendapat aduan sebanyak 20 keping vcd lucah yang ditinggalkan di tandas-tandas stesen minyak berkenaan," katanya ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Menurutnya, kawasan itu antara yang ditandingi KEADILAN pada pilihan raya umum lalu seperti di DUN Ajil dalam parlimen Hulu Terengganu dan DUN Permaisuri, Setiu.

"Ini adalah tindakan terdesak Umno kerana menyebarkan video di kawasan-kawasan luar bandar seperti di kawasan Felda dan Ketengah,"

"Umno tak dapat tangani isu ekonomi, hanya video untuk mengalih pandangan rakyat," ujarnya.

Justeru itu, katanya, pihaknya yang telah memperoleh video berkenaan akan membuat laporan polis berhubung isu itu pada Jumaat ini di Bukit Bading.

Anwar Gesa Negara Timur Tengah Laksana Perubahan Politik

Posted: 08 Jun 2011 04:01 AM PDT

Ditulis oleh Radzi Razak
KUWAIT CITY : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa negara Timur Tengah untuk melakukan perubahan politik ke arah lebih telus dan terbuka dalam pentadbirannya bagi mengukuhkan lagi kedudukan negara itu dan mengelakkan krisis tercetus berikutan ketidakpuasan hati rakyat.

Menurut Anwar, kerajaan perlu memberi komitmen terhadap perubahan mereka untuk membetulkan pentadbiran dan menguatkan prinsip demokrasi selain penghapusan amalan-amalan korupsi dalam pentadbiran.

"Kita tahu arus perubahan politik ada pasang dan surutnya bergantung kepada kekuatan atau kelemahan komitmen terhadap demokrasi dan kebebasan.

"Seperti yang pernah saya katakan, jika mahu perubahan ini bermakna, ia mesti menguatkan demokrasi dan bukan melemahkannya, memperbaiki pentadbiran dan tidak memberi muka kepada korupsi dan kronisme. Komitmen jelas untuk memastikan keadilan sosio-ekonomi dan pengagihan kekeyaan yang saksama akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi," kata Anwar dalam Ucaptama Persidangan mengenai Kewangan Islam dalam Membiayai Pembangunan di sini hari ini.

Keadaan Timur Tengah dilihat bergolak lantaran pemberontakan rakyat terhadap kepimpinan yang dianggap mereka menekan hak rakyat seperti di Tunisia, Mesir, Libya dan beberapa negara lain sejak akhir tahun lalu.

Bagaimanapun beberapa negara teluk lain telah mula mengorak langkah supaya lebih telus dan adil dalam pentadbiran mereka.

"Pengajaran Tunisia dan Mesir mengingatkan kita bahawa kelangsungan masyarakat demokratik, kuasa dan autoriti mesti berpaksikan kedaulatan undang-undang. Keterbukaan dan ketelusan mesti dipromosikan oleh pentadbiran negara," tegas Anwar.

Anwar turut menyeru agar kerajaan tidak perlu risau untuk berubah kerana proses demokrasi langsung tidak menghalang kepada pembangunan ekonomi sebaliknya akan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara itu dan serantau.

"Hanya satu perkara yang boleh mengatasi hal ini iaitu perniagaan mesti berteraskan budaya pentadbiran korporat yang bernilaikan ketelusan dan amalan beretika. Perlu ada semangat politik untuk menentang korupsi dan menghalang konglomerat berniat jahat yang bersekongkol dengan pihak autokrat untuk merogol tanah dan memusnahkan alam sekitar. Kita lihat hal ini berlaku di Timur Tengah dan Asia Tenggara, " kata beliau

Apakah Umno-BN Faham Erti Negara Berkebajikan?

Posted: 08 Jun 2011 03:50 AM PDT

Ditulis oleh Wira Arjuna

KOMENTAR : Ini satu lagi ujian bagi rakyat Malaysia; sekurang-kurang untuk menyukat kefahaman dan kebijaksanaan mereka. Persoalan kali ini mudah – apakah erti kebajikan? Dan, setelah mengerti istilah kebajikan, apakah pula yang dimaksudkan dengan Negara Berkebajikan?

Seperti biasa pemimpin Umno-BN akan menggunakan segala kudrat media dan instrumen penerangannya untuk memberi takrif kebajikan dari sudut pandang mereka. Umumnya, pemimpin Umno-BN mendakwa mereka telahpun melaksanakan tuntutan Negara Berkebajikan dalam urusan pentadbiran negara.

Tanpa sebenarnya mengulas dan memperinci erti kebajikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, misalnya, terus mendabik dada mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Berkebajikan. Dalilnya, kata beliau, kerajaan telah memberi dan menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat di bidang pendidikan, prasarana, subsidi sara hidup dan sebagainya.

Lantas, beliau dan timbalannya, Muhyiddin Yassin, memperlekehkan teras perjuangan PAS kini untuk menegakkan sebuah Negara Berkebajikan. Malah diperli-perli pula PAS yang kononnya tergamak meninggalkan perjuangan menegakkan sebuah Negara Islam.

Seolah-olah meratapi anjakan keutamaan PAS ini, Umno mahu perjuangan mulia PAS menegakkan Negara Islam diteruskan. Namun rakyat yang peka tentu dapat membaca dalam usaha memikat pengundi Melayu-Islam, Umno melalui bekas presidennya, Dr Mahathir Mohamad, dengan selamba menabalkan Malaysia sebuah Negara Islam hanya kerana Perlembagaan menyebut Islam agama rasmi Persekutuan.

Langkah itu semua diambil dengan tujuan mematikan langkah politik PAS terus memenangi hati dan minda orang Islam di negara ini untuk menyokong agenda menegakkan sebuah Negara Islam di Malaysia!

Kini apabila PAS memperkenalkan konsep perjuangan Negara Berkebajikan, Umno (melalui Presiden dan Timbalan Presiden) beria-ia benar mengumumkan kerajaan Umno-BN memang sudah lama memperjuangkan konsep Negara Berkebajikan itu.

Memang diakui demikian. Namun tindakan Umno-BN itu adalah satu usaha yang dilakukan sudah terlalu lama dahulu. Itupun ketika Umno-BN belum lagi dirasuk nafsu serakah untuk menghimpunkan dividen kebajikan kerajaan kepada sanak saudara dan suku sakat Umno dan sedikit sahaja untuk ahli komponen BN yang lain.

Sejak berjaya melakarkan impian bahawa Malaysia akan menjadi sebuah Negara Maju menjelang tahun 2020, Umno mula memusatkan perhatian untuk menghimpunkan kekayaan dan kemewahan atas nama Dasar Ekonomi Baru. Kira-kira RM54 bilion dikumpulkan untuk menjana kekayaan bagi pihak kaum Bumiputera. Hari ini hanya RM2 bilion sahaja yang boleh dikaitkan dengan pemilikan Bumiputera baki RM52 bilion itu lesap atau tiris entah ke mana. Hanya Umno dan pemimpinnya tahu siapakah yang benar-benar mendapat manfaat daripada kerangka kebajikan yang diwar-warkan oleh Najib dan Muhyiddin ini.

Adalah selamat dikatakan bahawa Umno-BN Cuma faham erti kebajikan dari sudut material semata-mata. Dari tindak tanduk dan sikap, boleh dirumuskan bahawa Umno tidak menghitung bahawa pengertian Negara Berkebajikan juga mempunyai dimensi rohaniah atau kejiwaannya.

Seseorang yang bernaung di bawa sebuah Negara Berkebajikan mungkin tidak lengkap dibantu dengan kebajikan material sahaja. Kebajikan yang hakiki ialah ketenangan, kesejahteraan dan kemakmuran jiwa dan akal fikiran. Perspektif ini amat penting diterjemah dan dihayati dalam sesebuah negara yang berkebajikan.

Soal bantuan ekonomi dan materi lain memang mutlak menjadi tanggungjawab kerajaan. Namun bantuan dan kebajikan hakiki mestilah dijelmakan dalam soal bebas menghayati rasa aman, sejahtera dan selamat daripada segala onar. Rakyat harus bebas dari ketakutan harta-benda dan nyawa mereka dicerobohi. Jika ia disakiti oleh hasad dengki insan lain, ia tahu bahawa ia akan dapat pembelaan dan, jika ia dibicarakan, ia yakin bahawa ia akan dihakimkan dengan adil.

Bila disebut Negara Berkebajikan, ia bermakna rakyat mestilah dilindungi oleh hambatan ekonomi seperti inflasi, menghuni sistem perumahan yang munasabah dan mampu memelihara maruah individu dan keluarganya. Kemudahan hidupnya seperti peluang pendidikan, prasarana pengangkutan dan sebagainya mestilah diapit erat oleh ketenangan, keamanan dan keadilan yang dijamin oleh pemerintah.

Maka apabila Najib dan Muhyiddin bersorak bahawa Umno-BN sudahpun mengamalkan konsep Negara Berkebajikan, ia pasti satu pengertian dan cerminan kefahaman dan kepemimpinan yang cacat. Kebajikan material Umno-BN tidak diimbangi dengan dimensi kebajikan kejiwaan.

Bagaimana mungkin akan ada ketenangan jika dalam kehidupan seharian kos sara hidup semakin merentap nilai setiap sen yang diperolehi dari jerih rakyat oleh inflasi lantaran kebebalan pengurusan kerajaan memotong subsidi barangan perlu tetapi masih mempertahankan jaminan RM19 bilion subsidi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) saban tahun?

Kebajikan apa namanya jika setiap ibubapa sentiasa musykil, bimbang dan ngeri akan keselamatan anak dan keluarga dalam kes kejadian jenayah yang semakin parah? Kebajikan apa namanya, jika agensi keselamatan dilihat lebih mudah diarah oleh pemerintah untuk menggertak dan mengancam rakyat yang mahu bersuara tentang kepincangan sistem pilihanraya, mahkamah dan menuntut hak untuk bebas bersuara?

Untuk mencapai status Negara Maju, Malaysia memerlukan warga yang tinggi pendidikannya dan lapang pemikirannya tanpa cengkaman peraturan dan undang-undang yang zalim. Rakyat memang dengan penuh komitmen sentiasa membimbing keluarga masing-masing ke arah itu. Maka zaman untuk terus menjadi tukang angguk kepada sebuah pemerintah seperti Umno-BN yang berpendirian "hanya kerajaan yang lebih tahu" sudah berlalu.

Rakyat hari ini lebih mengerti maksud Negara Berkebajikan. Usah Najib, Muhyiddin atau mana-mana pemimpin Umno-BN beranggapan bahawa rakyat jahil dalam membezakan ciri-ciri sebuah Negara Berkebajikan dengan sebuah pemerintah yang hanya menghimpunkan kebajikan kepada juak-juak mereka sahaja.

Isu Green Lane : Khalid Bimbang Keselamatan Pengusaha

Posted: 08 Jun 2011 03:46 AM PDT

Ditulis oleh Nur Atiqah Abd Samad

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor tidak mahu sebarang tragedi menimpa pengusaha tapak semaian "Greenlane" di Sungai Buloh setelah mereka di pindahkan ke situ oleh kerajaan Umno-BN yang lalu, meskipun kawasan berkenaan mempunyai dua batang paip utama air bertekanan tinggi.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata lokasi dua paip utama itu yang membekalkan air kepada sejuta pengguna menjadikan kawasan berkenaan berisiko tinggi untuk sebarang aktiviti.

Kerajaan Umno-BN yang lalu gagal mewartakan tanah yang diguna untuk menempatkan dua paip utama bertekanan tinggi itu, sebalikknya memindahkan 50 pengusaha tapak semaian ke lokasi berkenaan pada tahun 1999. Ini untuk membolehkan pembinaan Hospital Sungei Buloh di tapak asal perniagaan mereka.

Tan Sri Khalid berkata kerajaan negeri sekarang tidak mahu sebarang tragedi menimpa pengusaha tapak semaian di lokasi berisiko tinggi itu susulan kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa 16 anak yatim di Hulu Langat bulan lalu.

Khalid menegaskan kerajaan negeri tidak berniat menyekat atau mengganggu pengusaha berkenaan tetapi aspek keselamatan adalah lebih penting dan perlu diatasi.

"Perkara ini(Perpindahan pengusaha tapak semaian) sudah dibuat begitu lama tetapi dibiarkan sahaja," kata Khalid selepas mempegerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri.

"Kalau kita tak nak perkara seperti yang terjadi di Hulu Langat itu, (dan) kita biarkan mereka tinggal di sana, kerajaan negeri akan dipersalahkan apabila berlaku sebarang kemalangan dan kecemasan," tambah Khalid."

Khalid berkata maklumat bagaimana pengusaha berkenaan boleh berniaga di atas lokasi dua paip utama bekalan air di Lembah Kelang adalah penting.

Kerajaan negeri lalu melakukan kesilapan besar apabila membenarkan aktiviti perniagaan dijalankan di atas tapak seluas 20 ekar, meskipun menyedari kedudukan paip berkenaan, tambah beliau.

Jelas Khalid kerajaan negeri Pakatan Rakyat mempunyai tanggungjawab menggalas mandat yang diberikan oleh rakyat secara bertanggungjawab.

Dalam keadaan sekarang, Khalid berkata, yang jelas ialah masalah pengusaha tapak semaian itu diwarisi daripada satu lagi kesilapan kerajaan Umno-BN yang lalu.

Beliau menegaskan orang ramai perlu tahu latar belakang isu itu supaya "jika berlaku krisis, saya tidak mahu mereka anggap kerajaan negeri tidak pandai menguruskan pentadbiran negeri," tambah beliau.

Khalid berkata kerajaan negeri tetap akan berusaha untuk mencari penyelesaian yang adil terhadap isu berkenaan.

Semalam kerajaan negeri mengadakan perjumpaan bersama pengusaha tapak semaian bersabit permohonan mereka untuk mendapatkan lesen TOL bagi memiliki tapak itu. Yayasan Selangor turut menuntut TOL untuk menguruskan tapak berkenaan.

Diakhir perjumpaan itu, Menteri Besar memutuskan untuk menolak permohonan TOL Yayasan Selangor dan pengusaha berkenaan.

Walau bagaimanapun, beliau prihatin dengan kebajikan lebih 60 pengusaha tapak semaian Sugai Buloh yang juga dikenali sebagai "Green Lane" dan berjanji sebarang langkah yang bakal diambil tidak akan menjejaskan menjejaskan perniagaan mereka.

PKR tarik balik saman terhadap ROS

Posted: 08 Jun 2011 12:52 AM PDT

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Isu mengenai tindakan untuk membatalkan pendaftaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) selesai apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) menerima penjelasan parti itu mengenai kenapa ia tidak harus dibatalkan.

Peguam R Sivarasa yang mewakili PKR dalam saman terhadap ROS, memberitahu pemberita bahawa dalam satu surat bertarikh 30 Mei lalu, ROS menyatakan ia berpuas hati dengan alasan PKR berhubung satu surat tunjuk sebab yang diberikan pada 19 Mei.

Katanya, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, menjelaskan dalam surat itu bahawa PKR tidak melanggar Perkara 32.2.1 perlembagaan parti kerana memecat A Rajagopal tanpa diadili oleh lembaga disiplin parti kerana tidak terdapat sebarang klausa seperti itu dalam perlembagaannya.

Sivarasa juga berkata, surat itu menyatakan PKR tidak mempunyai anggota bernama A Rajagopal yang dipecat pada April 2009 sebaliknya parti itu mengambil tindakan terhadap seorang bernama A Jayagopal pada 26 April.

Katanya, dengan perkembangan itu, PKR hari ini menarik balik permohonan untuk diadakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi berhubung cubaan ROS membatalkan pendaftaran parti itu dan ini dipersetujui oleh Hakim Abang Iskandar Abang Hashim.

Scorpene, Altantuya, Inflasi: Tekanan untuk Najib berundur?

Posted: 08 Jun 2011 12:47 AM PDT

Chen Shaua Fui

Perbicaraan mahkamah berhubung kes pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia yang didakwa mempunyai gejala rasuah bakal berlangsung di Perancis. Sekali lagi, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Najib Razak dihantui kes pembunuhan Altantuya, yang didakwa berkait rapat dengan pembelian kapal selam dengan bayaran komisen yang tinggi.

Kini, arus inflasi semakin menderas. Model Ekonomi Baru pula sukar menampakkan keberkesanannya. Najib (gambar kiri) berdepan dengan perebutan sumber dalam UMNO. Sayap kanan dalam parti mungkin mengambil kesempatan untuk menekan agar Najib berundur - seandainya Najib gagal memulihkan keadaan, lebih-lebih lagi menjadi liabiliti dalam parti - berikutan skandal yang terpalit pada dirinya. Untuk Najib, beliau berdepan dengan pelbagai rintangan - dalam pertimbangannya untuk mengumumkan pilihan raya umum awal sebagai strateginya membalas serangan.

Kes pembunuhan Altantuya

Berkali-kali PKR mengaitkan kes pembelian kapal selam dengan kes pembunuhan wanita Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu. Ketiga-tiga orang tertuduh, Razak Baginda, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didakwa mempunyai hubungan dengan Najib. Razak Baginda, adalah think tank untuk Najib; sementara Ketua Inspektor Azilah dan Koperal Sirul didakwa sebagai pengawal Najib.

Najib terpaksa menjawab isu ini setelah diserang bertalu-talu oleh Anwar Ibrahim dalam PRK Ijok pada tahun 2007. Najib mendakwa dirinya tidak mengenali Altantuya, dan Kementerian Pertahanan membuat kenyataan bahawa wang bernilai 114.96 juta Euro (kira-kira RM535.8 juta) yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd bukan "komisen", tetapi kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama enam tahun. Syarikat Perimekar dimiliki isteri Razak Baginda (gambar kanan).

Selepas empat tahun, kes ini hampir melabuh tirai, dengan Razak Baginda dibebaskan, sementara Azilah dan Sirul dijatuhkan hukuman mati. Kedua-dua tertuduh boleh membuat rayuan, namun perbicaraan belum berlangsung sebagaimana yang diketahui buat setakat ini.

Sebelum Najib mengorak langkahnya untuk menjadi PM, beliau dihujani tuduhan daripada Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan penyiasat persendirian Balasubramaniam a/l Perumal, yang membuat akuan bersumpah untuk membabitkan Najib dan isterinya Rosmah Mansor dalam kes Altantuya (gambar kiri). RPK melarikan diri ke luar negeri, dan tampil di TV3 pada April 2011 - semasa pilihan raya negeri Sarawak - untuk menafikan bahawa dirinya yang membuat tuduhan terhadap Najib dan Rosmah, sebaliknya hanya mendedahkan maklumat yang diterimanya dari sumber. Bagaimana sekalipun pertikaian selanjutnya tentang "pengakuan" RPK ini, yang penting adalah Najib telah mendakwa bahawa nama dirinya "dibersihkan" lantaran daripada wawancara TV3 tersebut.

Sejauh manakah impak isu ini, yang dibangkitkan semula selepas empat tahun berlalu?

Perbicaraan bakal bermula di Perancis

Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel berkata kepada MerdekaReview, perbicaraan kes pembelian kapal selam ini akan bermula dalam tempoh sebulan dua akan datang mengikut prosedur mahkamah Perancis. Lebih banyak maklumat dalaman yang terperinci bakal didedahkan pada ketika itu.

Cynthia (gambar kanan) menjelaskan bahawa buat masa kini rakyat gagal memperolehi dokumen-dokumen ini daripada kerajaan Malaysia lantaran daripada Akta Rahsia Rasmi (OSA). Namun, dokumen berkenaan boleh diperolehi daripada Perancis setelah perbicaraan mahkamah bermula, malah hakim boleh memanggil saksi untuk memberi keterangan di mahkamah.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi mendakwa bahawa dirinya sedia memberi keterangan di mahkamah Perancis seandainya dibenarkan kabinet. Bagaimanapun, Cynthia berkata mahkamah di Perancis tidak boleh mewajibkan kehadiran Menteri Malaysia di mahkamah kerana melibatkan isu kedaulatan negara.

Setakat ini belum diketahui apakah maklumat dalaman yang bakal didedahkan. Namun demikian, PKR baru-baru ini mendakwa bahawa ada "pihak ketiga" yang menemani Razak Baginda dan Altantuya dalam lawatan mereka ke Macau. Tanpa menamakan identiti "orang ketiga" itu, PKR mendesak Najib agar menunjukkan passportnya untuk membuktikan dirinya tidak terlibat.

Kita tidak lupa bahawa Najib pernah bersumpah atas nama Allah bahawa dirinya tidak kenal Altantuya - di depan kira-kira 900 orang pemimpin akar umbi UMNO, pada Julai 2008. Seandainya apa-apa bahan bukti dalam mahkamah Perancis menunjukkan bahawa Najib mengenali Altantuya, maka beliau bakal berdepan dengan krisis integritinya.

Najib mungkin menjadi liabiliti UMNO

Di samping itu, Model Ekonomi Baru (MEB) yang diketengahkan Najib mencungkil saraf golongan sayap kanan dalam UMNO, yang menentang hebat rancangan ekonomi tersebut. Najib perlu menjelaskan bahawa ia sekadar "cadangan", selepas bahagian pertama MEB dikemukakan - memperlihatkan rintangan yang dihadapinya dalam parti.

Najib kini tersepit dalam dilema. Politik naungan telah lama berakar umbi dalam UMNO. Najib tidak boleh kembali ke pangkal jalan untuk meneruskan pendekatan perkauman yang ekstrem, pada masa yang sama "Najibnomics"-nya yang tidak meneliti masalah struktur juga gagal mentransformasikan ekonomi negara. Negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 setakat sasaran - realitinya rakyat terus bergelut dalam suasana inflasi yang menekan.

Mereka yang menguasai sumber pada masa yang sama menggenggam kuasa. Perebutan sumber bertambah rancak apabila sumber semakin berkurang. Kenaikan tarif elektrik, pengurangan subsidi untuk bahan api, cukai perkhidmatan yang melonjak dari 5% hingga 6% - segala-gala ini membuat rakyat merasakan bahawa khazanah negara semakin kekosongan dipunggah, dan kerajaan kini perlu menyedut wang dari rakyat.

Zahid Hamidi berpaling tadah?

Kini, pergelutan dalam UMNO sendiri menjadi menarik. Kenyataan Zahid Hamidi yang mendakwa dirinya bersedia untuk memberi keterangan di mahkamah - dengan syarat dibenarkan kabinet - juga menarik. Beliau meletakkan semua beban atas bahu Najib, sebagai Ketua Kabinet - untuk menentukan sama ada beliau boleh atau tidak untuk tampil di mahkamah Perancis.

Zahid (gambar kiri, kanan) dilihat sebagai "orang Najib" dalam pemilihan UMNO pada tahun 2009. Menteri Pertahanan ini kelihatan telah meninggalkan kem Najib. Perlu diingatkan, skandal kapal selam gagal selam, kecurian enjin jet - pendedahan ini memperlihatkan bahawa "ada pihak yang melepaskan khabar" - tentang skandal yang berlaku ketika Najib merangkap jawatan Menteri Pertahanan.

Baru-baru ini Zahid dikatakan calon yang bakal memainkan peranan "Muhyiddin Yassin" dalam usaha menjatuhkan Abdullah Ahmad Badawi - seandainya usaha baru diperlukan untuk menjatuhkan Najib Razak. Ini kerana Najib berdepan dengan cabaran untuk mengembalikan majoriti dua pertiga dalam PRU ke-13, malah kuasa kerajaan negeri Selangor yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Cabaran buat Najib

Najib kini perlu berhati-hati untuk membuat percaturannya. Soal selidik yang diumumkan Merdeka Center pada 4 Disember 2010 menunjukkan bahawa sejumlah 59% rakyat tidak berpuas hati dengan prestasi Najib membanteras rasuah. Lebih-lebih lagi, ketiga-tiga kaum menganggap kerajaan Najib perlu mendahulukan isu membanteras rasuah. Apa yang menarik, seandainya perbicaraan kes pembelian kapal selam ini menunjukkan bahawa Najib turut terlibat dalam amalan rasuah - maka beliau semestinya berdepan dengan tekanan rakyat dan UMNO agar beliau berundur.

Nampaknya Najib tidak mempunyai ruang yang lebih selesa. Meskipun Najib dan Timbalannya, Muhyiddin Yassin memainkan peranan berasingan untuk menyasarkan undi dari komuniti berlainan - iaitu Najib dengan 1Malaysia-nya, dan Muhyiddin dengan "Kemelayuan"-nya, tapi jelas, Muhyiddin kelihatan lebih disenangi dalam UMNO.

Dalam keadaan sedemikian, mungkinkah Najib mengambil langkah untuk mempercepatkan pilihan raya umum, menggunakan kuasa yang ada pada Presiden untuk melantik calon, lantas menyingkirkan orang yang tidak taat kepadanya? Dan seandainya beliau berbuat demikian, apakah keadaan seperti PRU ke-12 bakal berulang - iaitu sabotaj daripada peringkat akar umbi kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Presiden UMNO?

Saf pimpinan PAS yang baru lahir dari pemilihan mungkin menjadi faktor pertimbangan Najib. Seandainya PRU diadakan tahun ini, mungkin PAS belum sempat mengatur langkahnya untuk bersedia.

Jikalau dilihat tarikh yang ada, bulan puasa bermula pada akhir Julai, dan masyarakat muslim bakal menyambut Hari Raya pada awal September. Tempoh ini bukanlah tempoh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya. Jikalau PRU diadakan pada awal Julai, maka Najib perlu mengambil kira kemungkinan rakyat melepaskan kemarahan melalui undi lantaran kenaikan tarif elektrik.

Justeru itu, tempoh antara September hingga Oktober mungkin masa yang sesuai, kerana pantai Timur sering dilanda banjir mulai November.

Menurut pemimpin di akar umbi UMNO, mereka telah bersiap sedia 24 jam untuk PRU sejak dua, tiga bulan yang lalu. Namun tarikh PRU ke-13 kekal menjadi teka-teki.

Untuk Najib, bukan senang untuk mencari satu tarikh yang menjamin kemenangan BN. Kenaikan harga barang, ketegangan hubungan antara sekta dalam UMNO, saf pimpinan baru PAS yang menyuntik semangat kepada Pakatan Rakyat, cetusan isu perkauman dan agama yang mencungkil ketidakpuasan masyarakat... Sehingga bila "suasana baik" boleh dikekalkan dengan Program Transformasi yang direkacipta Najib?

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disunting dan diterjemah dari teks asal.

IGP sahkan seorang ahli JI ditahan di bawah ISA

Posted: 08 Jun 2011 12:42 AM PDT

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mengesahkan seorang peniaga kecil yang menjual tudung, selendang dan jubah adalah ahli kumpulan Jemaah Islamiah (JI) dan beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ahad lalu.

NONE"Saya hari ini sahkan penahahan tersebut. Saya percaya perbuatan dia boleh membahayakan keselamatan negara dan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya," kata Ismail dipetik Bernama di Putrajaya hari ini.

Abdul Haris Syhuhadi, 63 ditahan di Kampung Batu Belah, Klang, Selangor.

Ismail berkata, penahanan itu dibuat selepas polis yang mengawasi aktiviti Abdul Haris seorang ahli perniagaan Indonesia yang dikatakan boleh membahayakan keselamatan negara.

Lelaki itu didakwa menyebar fahaman dan idologi JI serta menarik ahli baru dalam kumpulan militan itu secara aktif di negara ini teruatamanya di Klang dan Banting, Selangor sejak 2002.

Majikan nafi sekat kebebasan seksual pekerja

Posted: 08 Jun 2011 12:38 AM PDT

Aidila Razak

Firma gergasi elektronik Western Digital menafikan pihaknya menamatkan kontrak seorang pekerja hanya semata-mata kerana wanita itu aktif dalam seks. Sebaliknya syarikat itu berkata mereka "menghormati hak peribadi dan kebebasan individu".

Dalam jawapannya kepada Malaysiakini lewat petang semalam, Western Digital berkata konglomerat Amerika Syarikat itu akan hanya bertindak ke atas pekerja yang terbabit dalam "aktiviti seksual ketika dalam waktu bekerja".

western digital indonesian workers 1"Western Digital tidak memantau aktiviti sah yang dilakukan di luar tempat kerja. Bagaimanapun pelawat tidak dibenarkan berada sekitar tempat kediaman pekerja kami... untuk keselamatan dan juga menjaga norma-norma budaya tempatan," katanya.

Western Digital mengulas aduan pada borang rasmi yang dibuat kepada jabatan sumber manusia syarikat itu di Kuala Lumpur oleh seorang pekerja wanita yang mendakwa beliau dirotan kerana didakwa mengadakan hubungan seks.

Dalam borang aduan yang tidak bertarikh itu, pekerja berkenaan mendakwa kontraknya ditamatkan kerana beliau gagal dalam ujian perubatan.

Apabila ditanya lanjut, beliau dimaklumkan alasan kegagalan ujian perubatannya adalah kerana dia dikatakan pernah mengadakan hubungan kelamin. Ini dinafikan oleh pekerja tersebut.

western digital indonesian workersMenurut Western Digital, - Fomema Sdn Bhd, agensi yang dilantik oleh kerajaan untuk menyaring kesihatan pekerja migran - memutuskan pekerja yang hamil atau HIV positif tidak boleh lulus dalam ujian berkenaan.

"Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia, kegagalan dalam ujian pemeriksaan itu akan menyebabkan pekerja berkenaan dihantar pulang ke negara asal mereka atas perbelanjaan broker pekerja atau majikan," katanya.

PAS: M'sia negara diktator bukan negara kebajikan

Posted: 08 Jun 2011 12:32 AM PDT

Malaysia yang ada sekarang jauh daripada sebuah negara berkebajikan tetapi lebih mirip negara di bawah pemerintahan kuku besi yang menindas rakyat dan memperkayakan pemimpin serta kroni, kata timbalan presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu

mat sabuSehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Malaysia di bawah teraju Umno sudah pun menjadi negara berkebajikan sebagai amat dangkal.

"Yang ada sekarang ialah yang kaya bertambah kaya, rasuah berleluasa, penindasan rakyat berlaku. Ini bukan negara kebajikan, ini negara diktator," kata Mohamad (atas, kiri) ketika diwawancara oleh TV Selangor.

Menurut beliau tanggapan Najib dan Muhyiddin bahawa pembinaan prasarana, pemberian subsidi tertentu dan penyediaan projek oleh kerajaan melengkapkan syarat untuk Malaysia dipanggil negara berkebajikan menzahirkan kecetekkan minda mereka.

Semua negara di dunia adalah negara kebajikan?

"Negara yang buat projek untuk rakyat semata-mata tidak boleh dianggap negara kebajikan. Sesiapapun yang memerintah akan buat projek.

NONE"Kalau Umno anggap negara kebajikan adalah kerajaan yang buat projek semata-mata, maka semua negara di dunia ini adalah negara kebajikan," kata Mohamad.

Beliau berkata negara berkebajikan bererti kerajaan tidak mengamalkan rasuah atau penyelewengan kuasa, serta kekayaan negara dikembalikan kepada rakyat dan bukan dikaut untuk memperkayakan pemimpin, ahli keluarga dan kroni mereka.

Menurut Mohamad Najib dan Muhyidin jelas gusar dengan konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS dan Pakatan Rakyat sehingga membuat tuduhan melulu terhadap hala tuju PAS.

NONE"Dia bimbang dengan konsep negara kebajikan ini boleh menarik perhatian orang Islam dan orang bukan Islam terhadap PAS dan Pakatan Rakyat. Ini yang dia bimbang.

"Tetapi kita tahu pemerintahan Umno jauh daripada konsep mendirikan negara berkebajikan," katanya.

Mustahil PAS bersama Umno

Dalam wawancara itu, Mohamad juga menegaskan bahawa PAS tidak akan menjalin sebarang kerjasama dengan Umno BN selain hubungan sesama Islam dengan kepimpinan parti itu.

umno 65th anniversary 110511 leaders waving flagsKatanya, walaupun mungkin Umno masih mengimpikan untuk bersama-sama PAS, parti itu kini bersama Pakatan Rakyat yang sealiran pendirian dengannya dalam banyak perkara.

"Umno adalah musuh politik kita. Jadi kita bersama dengan Pakatan Rakyat. Musuh politik, bukan musuh peribadi.

"Jadi kalau mereka (Umno) buka pintu untuk kita berunding dan bekerjasama, memang tak adalah. Kita memang bersama Pakatan Rakyat. Hubungan individu dengan pemimpin Umno, hubungan peribadi, itu biasalah, kita sesama Islam. Tetapi dalam politik, kerjasama tidak. Kita bersama Pakatan Rakyat," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa pintu Umno masih terbuka kepada PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan.

umno pas 180708Malah kenyataan Muhyiddin itu turut disokong ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang mengajak PAS melupakan memori silam antara kedua-dua parti itu.

"Kita tak tahu hujung pangkal. Biarlah peristiwa lama itu berlalu pergi. Sekarang dah beberapa generasi... bukalah buku baru, apa salahnya?" kata Ahmad yang dipetik dari Mstar Online.

Hubungan kerjasama antara kedua-dua parti itu terputus pada 1977.

Keputusan Nazri tak hina mahkamah kekal

Posted: 08 Jun 2011 12:29 AM PDT

Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan keputusan koroner bagi tidak mengenakan tindakan menghina mahkamah ke atas Menteri di Jabatan Perdan Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz semasa inkues Teoh Beng Hock.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan tidak cukup butiran dalam afidavit wartawan Malaysiakini Hazlan Zakaria yang menyokong permohonan itu bagi menentukan konteks perkataan yang diutarakan.

azlan"Oleh itu, ini menimbulkan masalah untuk mahkamah putuskan.

"Berikutan itu, kami dapati bahawa permohonan itu adalah bermasalah dan cacat. Oleh itu, mahkamah menolak permohonan itu," katanya.

Keluarga Teoh diwakili oleh peguam Karpal Singh dan Gobind Singh Deo, manakala pendakwa raya kanan Kamaludin Md Said Andi Razali Jaya mewakili Nazri dan responden yang lain.

Seorang pembohong

Keluarga Teoh mahu tindakan menghina mahkamah dikenakan ke atas Nazri pada 11 April tahun lalu melalui laporan Malaysiakini melabel pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand sebagai "seorang pembohong" berhubung dakwaannya yang beliau diugut oleh pihak berkuasa Malaysia agar tidak memberi keterangan pada inkues itu.

Di luar mahkamah, Karpal berkata beliau dan keluarga Teoh sedang memikirkan dengan serius bagi membuat rayuan berhubung penolakkan permohonan berkenaan.

"Menteri yang mengeluarkan kata-kata menghina itu adalah satu kesalahan yang serius dan tindakan perlu diambil," katanya.

NONEKarpal juga melahirkan rasa terkejutnya bahawa Hakim Akhtar gagal menjumpai bukti bahawa Malaysiakini adalah media elektronik.

"Mahkamah mengambil kira notis penghakiman kerana tidak dapat bukti bahawa Malaysiakini adalah media elektronik dan kami agak binggung dengan penemuan itu," katanya.

"Malaysiakini adalah media elektronik yang diiktiraf dan bagi mahkamah menyatakan demikian adalah sesuatu yang mengejutkan."

Bukan media elektronik

Karpal juga berharap isu berkenaan dapat dijelaskan kepada mahkamah.

Hakim Akhtar dalam penghakimannya hari ini berkata afidavit wartawan Malaysiakini itu adalah berdasarkan perbualan telefon dengan Nazri.

Namun katanya, tiada bukti menunjukkan Malaysiakini adalah media elektronik.

NONEPada 16 April, 2010, abang Teoh, Meng Kee, 35, memfailkan notis usul agar Nazri dipenjarakan bagi kesalahan menghina mahkamah.

Meng Kee mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamed Nazri mempunyai 'kecenderungan untuk mencampuri pentadbiran kehakiman', mengakibatkan penghinaan yang serius ke atas mahkamah dan sehubungan itu Nazri harus dipenjarakan.

Campur tangan

Bagaimanapun, Koroner Azmil Muntapha Abas, yang mendengar permohonan itu semasa inkues Teoh, memutuskan bahawa tidak ada keterangan yang jelas atau kukuh bagi menunjukkan dakwaan Nazri bahawa Dr Pornthip adalah seorang "pembohong" merupakan percubaan untuk campur tangan dalam inkues itu.

azlanInkues itu adalah bagi menentukan sebab kematian Teoh, 30, setiausaha politik Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang ditemui mati di koridor tingkat lima pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor.

Kejatuhan ketara dalam eksport elektronik M'sia

Posted: 08 Jun 2011 12:20 AM PDT

Aidila Razak
Kajian yang dijalankan oleh 21 syarikat elektronik utama di negara ini mendapati eksport sektor itu jatuh menjunam 26 peratus kepada RM51.8 bilion pada 2010 berbanding tahun sebelumnya.

Trend ini berterusan dengan perangkaan 2009 mencatatkan penurunan 15.8 peratus dalam eksport.

Pengerusi Industri Elektronik Malaysia Amerika, (MAEI) Wong Siew Hai berkata sebab utama kemerosotan itu adalah kerana syarikat komputer peribadi (PC) yang menyumbang kira-kira 50 peratus nilai eksport elektronik meninggalkan negara ini.

"Syarikat-syarikat itu mendapati adalah lebih mudah bagi mereka untuk hanya berunding dengan sub-kontraktor yang kebanyakannya terletak di China," katanya ketika membentangkan keputusan kajian tahunan hari ini.

PPIM: Dedahkan perjanjian dengan Astro

Posted: 08 Jun 2011 12:12 AM PDT

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru kerajaan supaya mendedahkan sama ada tindakan Astro untuk menaikkan harga bagi pakej televisyen berbayar adalah mengikut perjanjian yang ditetapkan.

Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, pengguna perlu diberitahu apakah perkara yang dipersetujui dengan Astro bagi membolehkan pemegang lesen tunggal bagi penyiaran televisyen berbayar itu menaikkan harga perkhidmatannya.

"Sedangkan kadar tol juga perlu dipersetujuan oleh kerajaan dalam perjanjian... Kalau kerajaan tidak ambil tindakan serius, kami akan boikot Astro," katanya lagi dalam satu sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan berhubung tindakan Astro untuk menaikkan harga bagi pakej perkhidmatannya sehingga RM15 sebulan yang didakwa tidak mesra pengguna.

astro satellite dishSebaliknya, Astro perlu mencontohi langkah yang diambil kerajaan yang tidak menaikkan harga bahan api terbeban demi kepentingan rakyat.

"Jika kerajaan boleh tangguh kenaikan harga, kenapa Astro tidak tunjuk rasa terima kasih kerana dapat monopoli, tangguh kenaikan harga yang ingin dibuat.

"Pulangan daripada yuran langganan saya sudah cukup untuk menampung kos operasi. Apa yang mereka mahu adalah untuk tambah keuntungan, bukan untuk tampung kos operasi," katanya lagi.

RM16,300 untuk pertandingan blog kreatif

Posted: 08 Jun 2011 12:08 AM PDT

Ismail Hashim

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor terus mempelbagaikan promosi konsep negeri itu yang terkenal dengan Negeri Idaman; Maju, Sejahtera dan Berkebajikan, kali ini dengan menganjurkan Pertandingan Blog Kreatif yang menawarkan hadiah lumayan.

Dengan kerjasama penuh Fakulti Industri Teknologi Maklumat, Universiti Industri Selangor (Unisel), Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Hajah Halimah Ali melancarkan pertandingan itu petang tadi.

Hadiah lumayan yang ditawarkan untuk keseluruhan kategori berjumlah RM16,300 dan hadiah iringan yang lain.

Dr Halimah berkata, dengan adanya pertandingan yang terbuka kepada tiga kategori pelajar sekolah, penuntut institut pendidikan tinggi dan umum, diharapkan dapat mencapai banyak manfaat berkaitan dengannya.

(Gambar: Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Hajah Halimah Ali melancarkan Pertandingan Blog Kreatif, petang tadi)

Katanya, bermula hari ini hingga 31 Oktober 2011, pertandingan itu dibuka kepada warganegara Malaysia mengemukakan penyertaan mereka mengikut syarat-syarat tertentu.

"Objektif pertandingan untuk menggalakkan penggunaan internet secara positif oleh pelajar-pelajar sekolah dan IPT, memberikan ruang seluasnya untuk semua lapisan rakyat khususnya golongan muda berbicara dan meluahkan pendapat serta impian mereka dalam pembikinan Selangor sebagai sebuah Negeri Idaman.

Selain itu, jelasnya, ia bertujuan menyediakan ruang perbincangan maya untuk membangunkan Selangor agar idea terbaik boleh dicetus, dikembang serta dikongsi bersama dalam perbincangan konstruktif.

"Pertandingan ini juga bertujuan membentuk masyarakat berilmu dan gemar menulis kerana kemahiran ini merupakan elemen utama di dalam pembentukan masyarakat cintakan ilmu.

"Lebih dari itu, pertandingan ini juga menyediakan ruang luas kepada masyarakat menyatakan bagaimana bentuk Negeri Selangor Impian yang mereka inginkan agar dapat diberi perhatian oleh pimpinan di peringkat kerajaan negeri," tegasnya.

Untuk info awal, Kategori Pelajar Sekolah Menengah terbuka semua pelajar sekolah di seluruh Malaysia yang berumur antara 13 hingga 17 tahun.

Manakala semua pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia yang berumur antara 18 hingga 25 tahun boleh menyertainya dan kategori umum pula terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.

Penyertaan adalah secara individu yang hanya boleh mendaftarkan satu laman blog sahaja dengan menggunakan sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Peserta bebas menggunakan sebarang aplikasi, tool atau perisian untuk membina blog masing-masing.

Kandungan blog mestilah asli dan jika diambil daripada sumber lain, perlu dinyatakan sumber tersebut dengan jelas.

Kandungan yang diambil sepenuhnya daripada sumber lain tanpa kredit kepada sumber asli akan dikira batal.

Kriteria penilaian blog melibatkan kreativiti termasuk penggunaan teks dan elemen multimedia yang mampu menarik perhatian, kadar maklumat yang diposkan pada blog dan bilangan pelawat yang melawat blog.

Maklumat lanjut pertandingan boleh didapati di www.selangor.idamanku.com

Karpal sekat hudud: Saifudin kata Dr Mahathir haprak

Posted: 08 Jun 2011 12:04 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) sebagai ahli politik yang haprak apabila menuduh Karpal Singh berjaya menyekat PAS laksana hudud.

Ini kerana, ketika Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir yang menyekat pelaksanaannya.

Ia disekat melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.

Selepas muktamar PAS baru-baru ini, Tun Dr Mahathir melalui blognya menulis dengan berkata, Karpal yang berjaya menyekat mendirikan negara Islam yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah tercapai.

"yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai," tulis Mahathir.

"Dr M hantar surat amaran kepada TG Nik Aziz jangan laksana hudud, aneh hari ni Dr M kata Karpal berjaya sekat PAS jalankan hududd...haprak!" tulis Saifudin (gambar kanan) dalam Twitternya.

Bagi beliau, Dr Mahathir tidak layak bercakap Karpal anti Islam.

"Mesej saya mudah Dr M tak layak langsung cakap Karpal anti Islam sebab rekod Dr M sendiri paling membenci Islam," tegas Saifudin yang juga anggota Parlimen Machang, Kelantan.

Menurut beliau, Dr Mahathir pernah berkata kalau dibuat hukum hudud habis orang Islam mundur sebab kena potong tangan..."hari ini Dr Mahathir salahkan Karpal."

Bagi beliau, Karpal sekurang-kurangnya tidak menyekat bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat namun Dr Mahathir membuatnya!

"Sebab katanya sekolah agama ajar murid benci pemerintah ...siapa sebenarnya benci Islam?" soal Saifudin.

Bagi Saifudin, kalaupun Karpal tolak negara Islam dan Hudud beliau boleh memahaminya sebab dia bukan Muslim, tetapi Dr Mahathir tentang negara Islam dan Hudud, ini yang beliau tidak dapat faham.

Surat Dr Mahathir

Surat Dr Mahathir sampai kini masih diingati oleh Tuan Guru Nik Aziz hatta dalam satu majlis baru-baru ini.

"(Tun) Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan.

"Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran… Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua," katanya.

"Kalau kerana hukum hudud, satu Kelantan kena Mageran… dan kerajaan Kelantan nak digantung oleh kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik," kata Nik Aziz dalam satu dialog bersama penulis blog dan facebook di Hotel Grand Season di ibu negara, baru-baru ini.

Mursyidul am PAS itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan.

Dengan mengumpamakan tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya, sekiranya tidak mampu untuk membawanya, maka "diambil secupak-secupak" sehingga habis.

"Oleh itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana (Islam) satu persatu. Alhamdulilllah kaum Cina dan India menyokong PAS," katanya yang mendapat tepukan kira-kira 130 penulis blog dan pemilik Facebook.

Kenyataan Nazri tunjukkan Najib PM terakhir BN

Posted: 08 Jun 2011 12:03 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz membayangkan semakin ramai pemimpin BN yang terima hakikat bahawa perdana menteri akan datang tidak semestinya dari Umno dan BN atau khasnya Datuk Seri Najib Razak.

"Ini adalah bukti terkini bahawa pemimpin Umno dan BN sudah hilang keyakinan dan terasa ini adalah penggal terakhir mereka menjelang pilihanraya ke 13 nanti," kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang (gambar) dalam kenyataannya.

Beliau mengulas kenyataan Nazri yang mendakwa, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu menjadi Perdana Menteri ekoran Muktamar Tahunan PAS ke 57 baru-baru ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu mendakwa, perubahan kepemimpinan PAS yang kini dikuasai golongan profesional menunjukkan parti itu mahu berkuasa dalam Pakatan Rakyat, termasuk Abdul Hadi yang berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri.

Mengulas dakwaan Nazri ini, Abdul Hadi berkata, beliau tidak bercadang mahukan jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata, perjuangan PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan memperkenalkan dasar negara berkebajikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

"Yang penting kita mahu selamatkan negara... sesiapapun boleh jadi Perdana Menteri," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu semalam.

Bagi Lim Kit Siang, Nazri memang mempunyai agenda tersendiri ketika membuat dakwaan ini namun persepsi awam adalah Nazri sendiri sudah hilang keyakinan bahawa BN dan Umno akan kekal memerintah negara ini selepas pilihan raya umum akan datang.

Beliau mengambil andaian teori RAHMAN yang mewakili enam perdana menteri dari Umno dan "Adakah teori ini akan sah tidak lama lagi." iaitu Najib adalah PM Umno yang terakhir.

RAHMAN mewakili Tuanku Abdul Rahman (R), Tun Abdul Razak (A), Tun Husein Onn (H), Tun Dr Mahathir Mohamad (M), Tun Abdullah Ahmad Badawi (A) dan yang terakhir Datuk Seri Najib Razak (N).

Bagi Lim Kit Siang, Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP sudah sepakat perdana menteri mereka jika menang adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mungkin atas dasar itulah pelbagai usaha dibuat oleh Umno untuk menyekat Anwar menjadi perdana menteri termasuk mengenakan pelbagai dakwaan terhadap beliau, katanya.

Negara Berkebajikan: Mat Sabu nasihat Najib diam

Posted: 08 Jun 2011 12:00 AM PDT

Ismail Hashim

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu melahirkan rasa kasihan terhadap kenyataan Perdana Menteri Najib Razak yang ketinggalan zaman.

Najib dalam laporan media dari Astana, Kazakhstan menyifatkan Ucapan Dasar Presiden PAS bertemakan Membangun Negara Berkebajikan hanya untuk hadapi PRU13.

Mohamad dalam jawapan balas berkata, konsep Negara Berkebajikan telah diwujudkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi ketika Baginda mentadbir Madinah sebagai sebuah Negara Islam.

"PAS perjuangkan dasar Negara Berkebajikan yang didirikan oleh Baginda Nabi sejak zaman Madinah lagi dan bukan hanya untuk PRU13 sahaja.

"Nampak sangat Najib tidak tahu di dalam hal ini, saya kasihan, lebih baik beliau diam sahaja dalam perkara yang beliau tidak tahu.

"Sebaik beliau bercakap, rakyat tahu bahawa perdana menteri tidak tahu tentang perkara ini," jelasnya menzahirkan rasa kasihan pada Najib.

Mohamad memenangi jawatan kedua utama dalam PAS sempena Muktamar Tahunan ke 57 yang berlangsung di Taman Melewar dari 3 hingga 5 Jun baru lalu.

Bercakap lebih lanjut, Mohamad berkata, Negara Berkebajikan itu disebut juga di dalam Al-Quran sebagai baldatun Toyyibatun wa Rabbul-Ghafur iaitu Negara yang baik yang mendapat pengampunan Tuhan.

Mengulas perkara sama, Timbalan Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Zainal Abidin Kidam berkata, itulah tahap pemikiran sebenar Najib dalam situasi tidak disediakan info berkaitan Negara Berkebajikan.

Najib disifatkannya sebagai tidak bersedia dengan soalan wartawan dan tidak mempunyai maklumat tentang ucapan dasar Presiden PAS tetapi tetap ingin menjawabnya.

"Sewajarnya beliau menjawab sebagai seorang negarawan dengan hujah kuat dan bukannya menolak ucapan dasar yang penuh ilmiah dengan hanya mengatakan 'itu modal PRU13' sahaja.

"Berikanlah komitmen sebagai seorang pemimpin negara, apakah yang telah, sedang dan akan diberikan kepada rakyat bagi mengatasi dan lebih baik dari konsep Negara Berkebajikan itu," tegasnya.

Bercakap kepada HarakahDaily dalam satu pertemuan dengannya, Prof Zainal berkata, rakyat boleh menilai antara gagasan besar Presiden PAS dengan jawapan cetek Najib.

Sementara itu heboh diperkatakan di dalam perbincangan maya tentang lawatan Najib ke Kazakhstan yang mempunyai agenda keluarga.

Dikatakan beliau mengambil kesempatan lawatan itu untuk merisik bakal tunang anaknya yang disebutkan sebagai anak pembesar bekas negara komunis itu.

PAS menerusi AJKnya, Dr Dzulkifley Ahmad menyatakan bantahan terhadap lawatan negara yang disifatkan mempunyai agenda keluarga.

Mengapa Umno menggelupor dengan negara kebajikan

Posted: 07 Jun 2011 11:58 PM PDT

Harakahdaily

TEMERLOH: Mengapa Umno menggelupor dengan 'negara kebajikan'? Ia adalah kerana PAS menawarkan penyelesaian kepada rakyat di tengah-tengah kegagalan Umno BN untuk menjaga rakyat marhaen.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika mengulas sikap Umno dan medianya yang terlalu melampau dalam menunjukkan kebimbangannya dengan negara kebajikan itu.

(Gambar: Presiden PAS berucap ketika membentangkan gagasan negara kebajikan di Muktamar PAS ke 57)

"Apabila PAS mengutarakan negara berkebajikan, tak tersangka pula Umno yang mengelupor dengan istilah tersebut, bak kata tok bomoh picit lada hitam pada jari kaki orang masuk hantu. Barangkali memang Umno ini dah lama kena rasuk… Cuma mungkin tak kena cara tiupnya saja.

"Kini, kita boleh lihat dengan nyata bahawa Umno benar-benar terasa dengan istilah 'negara kebajikan' ini kerana ia memberi ancaman kepada mereka.

"Maklumlah, PAS menawar sebuah negara berkebajikan di tengah-tengah kegagalan Umno menjaga kebajikan rakyat marhaen demi menjaga hati kroni yang semakin angkuh, sombong dan tamak," nukil Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ni.

Semenjak Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membentangkan gagasan penubuhan sebuah negara kebajikan semasa ucapan dasarnya di Muktamar PAS ke 57, pimpinan Umno dan medianya telah menyerang bertubi-tubi untuk menguasai pemikiran rakyat terhadap parti Islam tersebut dengan tuduhan kononnya PAS telah mengubah dasar perjuangan.

"Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam," kata Tuan Ibrahim (gambar).

Istilah 'negara kebajikan' yang dilaungkan PAS, kata beliau telah berjaya menunjukkan kepada rakyat isi perut Umno sebenar yang sememangnya 'rakyat dahulu' menjadi mangsa dalam segala hal berkaitan dengan program pengurangan subsidi berbanding kroni-kroni Umno BN seperti penjana tenaga bebas (IPP).

Mengenai serangan Umno terhadap pimpinan baru PAS, Tuan Ibrahim berkata selain istilah 'negara kebajikan', Umno juga menerima tamparan hebat apabila pewakilan PAS membuat kejutan dengan memilih barisan kepimpinan baru yang di luar jangkaan mereka.

"Kebijaksaan perwakilan membaca keperluan barisan pimpinan bagi mengempur Umno menyebabkan mereka rasa tertekan. Ini dapat dibaca dari luahan kenyataan mereka.

"Mulanya menyerang, kemudian menyatakan bahawa Umno sudahpun melaksana negara kebajikan dan kini bertukar kepada rayuan 'Umno tetap membuka ruang untuk penyatuan Melayu' dan kad simpati dengan mengatakan 'Umno kecewa PAS tolak perpaduan' dan sebagainya," terang beliau.

Daftar SPR sudah cecah 12 juta pemilih

Posted: 07 Jun 2011 11:55 PM PDT

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mewartakan 219,550 pemilih baru bagi suku pertama tahun ini menjadikan jumlah pemilih berdaftar meningkat kepada 12,032,467 orang, setakat 31 Mac lalu.

Pemilih baru itu diwartakan bersama 43,129 pemilih yang menukar alamat pusat mengundi.

Dipetik Bernama Online, Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said orang ramai yang berminat untuk membeli Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2011 boleh membuat tempahan di ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Sebarang pertanyaan boleh diaju menerusi talian 03-88855600, atau Pejabat Pilihan Raya Negeri.

Dedah dulu hasil siasatan sebelum panggil inkues, kata keluarga Sarbaini

Posted: 07 Jun 2011 11:54 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed menyifatkan cadangan polis agar diadakan inkues bagi menyiasat punca kematian penolong pengarah Kastam itu April lalu sebagai mahu melengah-lengahkan hasil siasatan selain mahu "menyembunyikan sesuatu."

Justeru menurut sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini, pihaknya mahu polis mendedahkan terlebih dahulu siasatan yang telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara sebelum membuat tindakan susulan termasuk diadakan inkues.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, sumber itu berkata, keluarga Ahmad Sarbaini tetap bertegas mahu hasil siasatan polis didedahkan kepada umum.

Tambah sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini juga kurang bersetuju dengan cadangan polis itu selagi tidak tahu status sebenarnya hasil siasatan bapa lima anak itu.

"Keluarga kini keliru dan tidak tahu apa yang sepatutnya hendak dilakukan... untuk inkues keluarga kurang bersetuju sebab macam cubaan mahu melengah-lengahkan kes ini sahaja.

"Jadi keluarga Allahyarham tetap mahu polis dedahkan dulu hasil siasatan yang mereka peroleh sebelum nak buat apa-apa tindakan termasuk inkues," katanya.

Jelas sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini tidak mahu hasil siasatan yang diperoleh daripada inkues itu akan sama seperti kes kematian Teoh Beng Hock yang mengambil masa bertahun-tahun dan kini masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

"Keluarga tidak mahu kes ini jadi macam kes Teoh Beng Hock, nanti bila diadakan inkues ia akan mengambil masa bertahun-tahun... yang akhirnya keputusan tidak wajar dibuat.

"Jadi untuk apa inkues dibuat kalau mengambil masa bertahun-tahun? Kami mahu keputusan segera, polis kena dedahkan hasil siasatan mereka sebelum tindakan susulan diambil.

"Apa akan jadi kalau inkues ini diadakan? Adakah mungkin akan ada saksi atau bukti lain yang akan muncul? Kami tidak mahu, dedahkan segera... jangan berdiam diri macam nak sembunyikan sesuatu," tegasnya.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah dilapor pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Minggu lalu, polis mengumumkan pihaknya akan meminta agar diadakan satu inkues dan idea itu dipersetujui oleh Peguam Negara.

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang pula mencadangkan agar Putrajaya terus mengadakan satu suruhanjaya diraja siasatan berhubung kematian Ahmad Sarbini berbanding inkues yang disyorkan polis.

Ditanya mengenai cadangan Lim itu, sumber itu berkata "adalah lebih baik polis dedahkan dulu hasil siasatan yang diperoleh."

"Akhirnya kami terpaksa bergantung kepada ahli politik untuk menuntut keadilan bagi Ahmad Sarbaini," katanya.

Biaqpila

Posted: 08 Jun 2011 03:51 PM PDT

PPIM Ancam Boikot Astro Bantah Kenaikan Caj Langganan

Posted: 08 Jun 2011 03:00 PM PDT


SILA LIKE: KAMI BANTAH KENAIKAN CAJ LANGGANAN ASTRO

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengancam akan menggerakkan usaha memboikot Astro ekoran langkah stesen televisyen berbayar itu untuk menaikkan caj langganan mulai Julai ini.

Sambil menyifatkan kenaikan itu sebagai membebankan pengguna, Penasihat PPIM Tengku Azwil Tengku Abdul Razak meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menyiasat apa yang dinamakan oleh Astro itu sebagai "penyelarasan caj langganan" yang baru.

Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa sebagai pengendali stesen televisyen berbayar eksklusif di negara ini, Astro tidak sepatutnya mengenakan caj tambahan ketika rakyat dibebani kenaikan harga barangan.

Astro pada Isnin lepas mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.

Tengku Azwil berkata PPIM menerima banyak aduan daripada pengguna mengenai kadar pelarasan itu serta juga mengenai perkhidmatan Astro.

Beliau berkata sekiranya Astro gagal mengekalkan yuran langganan sedia ada, PPIM serta ahli gabungan akan memboikot syarikat penyiaran berbayar itu.

"Kita ada 2.5 juta ahli gabungan di bawah PPIM. Banyak lagi berita serta hiburan yang boleh kita peroleh daripada stesen televisyen percuma," katanya.

Tengku Azwil juga berkata kebanyakan program sukan yang membabitkan kepentingan negara seperti Liga Super telah diambil alih oleh Astro.

"Semua diambil oleh Astro pasal mereka berkemampuan untuk membeli program berkenaan. Justeru, rakyat yang ingin menonton program-program berkenaan harus melanggan kepada Astro, katanya.

Beliau berkata pihaknya telah menyediakan suatu ruangan kepada pengguna Astro di negara ini mengenai komen mereka terhadap syarikat penyiaran berkenaan.

"Dalam ruangan yang boleh dilayari di www.muslimconsumer.org.my itu, mereka (pelanggan Astro) boleh memberi maklumat balas kepada PPIM mengenai perkhidmatan Astro," katanya.- BERNAMA

MSTAR

SILA LIKE: KAMI BANTAH KENAIKAN CAJ LANGGANAN ASTRO

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?

GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Biaqpila Versi Mobile

Posted: 08 Jun 2011 08:44 AM PDT

KUALA LUMPUR 8/6/11: Biaqpila Inc. melancarkan versi mobilnya sebentar tadi selaras dengan kenaikan tarif elektrik yang diumumkan baru-baru ini.

Bagi pengguna yang ingin mengakses blog biaqpila menggunakan telefon bimbit,mereka bolehlah melayari http://biaqpila.blogspot.com/?m=1

Versi ini dilancarkan bagi memenuhi nafsu anak muda yang sentiasa inginkan kepantasan dalam melayari internet.

-TAKBERNAMA

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?

GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

UTUSEKS DAN BERITA BERTARAF TAIK PANDY KUTTY

Posted: 08 Jun 2011 05:00 AM PDT

Sahaja aku lawan Umno dan Utusan kerana PAS?

Saya bakaq a.k.a. ~penarik beca. Saya bukan ahli PAS. Saya hanya sokong dasar Islam, seruan Allahu Akbar dan usaha-usaha yang diredhai Allah s.w.t. dalam memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Tu standard la. Semua orang Islam kena sokong sikap dan keinginan seperti itu. Soal depa buat ka, tak ka, atau takat ingin saja ka, tu urusan depa. Lagi pun, saya lawan Umno bukan kerana PAS, bukan kerana Pakatan Rakyat. Boleh syirik kalau aku buat gitu!

Saya lawan Umno kerana amar ma'ruf nahi munkar. Amar ma'ruf nahi munkar Allah yang suruh. Amar ma'ruf nahi munkar adalah amalan Islam yang menjadi hak demokratik saya. Ia selaras dengan Perkara 11(1) yang menyatakan "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya..."

Laa... Bukan bab tu yang saya nak cerita.

Yang saya nak cerita ialah kisah saya bukan ahli PAS dan masuk dalam Facebook Ustaz Idris Ahmad. Dah dapat masuk, saya mengaku ahli PAS. Lepas tu, saya kata la apa saya nak kata. Malumlah, siapa-siapa pun boleh mengaku dia ahli PAS dalam FB itu.

Tup, tup lepas tu, dengan mengambil perdebatan saya yang berbohong menyatakan saya ahli PAS dalam FB Idris itu, Utusan Malaysia pun buat tajuk muka depan "PAS mula berbalah" berdasarkan berita tak ada class serta bertaraf hanyir dan lendir bertajuk "Gugur dasar negara Islam dikritik".

Saya bukan nak bela PAS. Macam mana PAS nak bela diri depa, itu urusan depalah.

Yang saya nak ulang cerita ialah kenapa Utusan sanggup buat berita bertaraf taik babi lagu tu? Sebelum ni, dah jenuh Utusan berbohong. Mengapa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Biro Politik Umno yang diketuainya yang bertanggungjawab mengatur agenda Utusan tak ragu-ragu "main taik babi" sampai lagu tu sekali?

Jawapannya ialah untuk mewujudkan keraguan. Asalkan depa dapat mewujudkan keraguan terhadap musuh politik depa, Umno dan Utusan tak kira apa pun. Berita bohong ka, berita palsu ka, berita putar ka, berita yang lebih jijik dari taik babi ka, itu semua Umno dan Utusan tak peduli. Yang penting, mewujudkan keraguan di kalangan sasaran depa terhadap musuh politik depa.

Kalau anda orang Islam dan anda beriman kepada suruhan amar ma'ruf nahi munkar, anda kena dedahkan, kena cerita kepada orang ramai tentang buruk kelaku yang terkutuk itu - sanggup bohong, sanggup tipu, sanggup reka cerita, sanggup spin atau putar. Dan lebih buruk lagi, daripada memilih beriman kepada Allah, mereka kemudiannya memilih untuk beriman kepada pembohongan, penipuan, pemalsuan serta putar atau spin mereka itu. Punyalah jahat!

Contoh perangai syaitan itu ialah, ada media yang memutar-mutar berita untuk memberi gambaran kononnya Penolong Pengarah Jabatan Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed membunuh diri. Lepas tu, puak jahat tu beriman dengan spin mereka sendiri dan bermaki hamun pula dengan orang yang menolak atau tak percaya spin mereka. Memang syaitan!

Sebagai orang Islam yang diwajibkan amar ma'ruf nahi munkar, kita kena terangkan kepada semua orang buruk kelaku Utusan dan media-media Umno itu walaupun ada pemimpin PAS yang bertaraf pembesar dalam Majlis Syura Ulamanya yang begitu mesra Utusan.

Kita kena buat semua tu dalam keadaan kita tidak gila dan jahat. Kita pun gila dan jahat macam puak tu jugak kalau kita berniat "sahaja aku lawan Umno dan Utusan kerana PAS"! -penarikbeca

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?

GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Omong Kosong Bakal Perdana Menteri Malaysia

Posted: 08 Jun 2011 01:00 AM PDT

KOMENTAR : Rakyat bimbang dengan pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak yang diwarnai dengan kenaikan harga barangan, pemotongan subsidi dan sebagainya. Namun mereka harus lebih gusar jika Tan Sri Muhyidin Yassin menjadi Perdana Menteri baru pada satu masa kelak.

Kenyataan-kenyataan Muhyiddin sejak akhir-akhir ini menampakkan seorang pemimpin yang mengharapkan retoriknya dan pengumuman " peruntukan satu dua juta ringgit" ke mana sahaja beliau pergi adalah cukup untuk menarik sokongan rakyat.

Tidak apa jika retorik itu adalah pembohongan semata-mata – contohnya di Sarawak, beliau mengumumkan Malaysia adalah sebuah Negara Maju kepada pengundi Iban di rumah panjang. Umum tahu kita masih, lebih-lebih lagi sekarang, dikategorikan sebagai Negara Membangun.

Di Pahang, bulan lalu, Muhyiddin dengan selamba memberitahu masyarakat petani, kononnya hanya Malaysia satu-satu negara yang memberikan subsidi kepada rakyat.

Sekali lagi, beliau lupa masyarakat tani juga mempunyai anak pinak berpelajaran yang tahu sistem subsidi diamalkan di hampir semua negara termasuk Amerika Syarikat.

Semalam pula beliau memberi satu lagi "bola tanggung" - Malaysia menurut Muhyiddin sudah lama menjadi negara berkebajikan kerana menyediakan subsidi untuk barangan dan pendidikan percuma serta rawatan hospital pada kadar yang nominal.

Kenyataan itu dibuat semata-mata untuk menempelak komitmen PAS menubuhkan Negara Berkebajikan seperti mana yang dituntut oleh Islam.

Persoalan mudah yang perlu ditanya kepada Muhyiddin ialah, jika Malaysia sudahpun menjadi Negara Berkebajikan kerana memberi subsidi kepada rakyat, maka kenapa subsidi itu kini dipotong dan ditarik balik manakala harga barangan dibiarkan naik?

Oh ya! Kerajaan Umno-BN terpaksa berbuat demikian kerana defisit negara semakin mengembang – 5.4 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Persoalan seterusnya: kenapa defisit dibiarkan begitu tinggi sepanjang zaman pemerintahan Umno-BN? Adakah ia berpunca daripada sikap boros dalam pengurusan kewangan? Bagaimana dengan faktor penyelewengan dan ketirisan?

Kenapa kerajaan dari zaman Mahathir hingga sekarang terus membiarkan defisit negara ini meningkat, dan subsidi untuk syarikat-syarikat IPP pula dilindungi manakala kadar elektrik untuk rakyat dinaikkan?

Siapakah yang bertanggunjawab di atas kos sara hidup tinggi yang dibebankan kepada rakyat – adakah ia salah Mahathir, Pak Lah atau Najib atau ketiga-tiga mereka sekali?

Rasanya Muhyiddin akan lebih bijak dan jujur di mata rakyat jika beliau cuba menjawab persoalan-persoalan ini secara jujur dan mengurangkan retorik.

Rasanya, tidak perlulah beliau mendakwa Malaysia sudah pun menjadi Negara Berkebajikan selagi rakyat dipaksa menerima pelbagai kenaikan harga barangan manakala kontrak-kontrak lumayan dibolot oleh juak-juak tertentu yang berkait dengan Umno.

Sehingga hari ini Muhyiddin dan menteri-menteri lain mengelak daripada memberi maklumat mengenai kontrak yang diikat dengan IPP mahupun kontrak yang dinikmati oleh syarikat konsesi air di Selangor.

Negara Berkebajikan bermakna pemerintah yang telus, amanah dan sentiasa mengembalikan nikmat hasil bumi kepada rakyat dan tidak memperkayakan diri.

Negara Berkebajikan tidak bermaksud memberi komisyen "atas angin" RM500 juta kepada syarikat kroni kononnya untuk menguruskan pembelian kapal selam yang akhirnya tidak boleh menyelam.

Masa sudah sampai untuk Muhyiddin memperlihatkan ketokohan, akal minda dan nilai-nilai Islam dan jatidiri unggulnya sendiri jika beliau mahu terus menjual dirinya sebagai seorang yang bakal mewarisi kepimpinan negara.

Sekadar retorik dan menabur pengumuman peruntukan di sana sini sahaja tidak akan memadai. -TVS

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?

GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

SUAMI ISTERI CURANG LAMPIAS NAFSU DI KAWASAN PARKING

Posted: 07 Jun 2011 09:00 PM PDT


KOTA BHARU: Hanya dengan bayaran RM2 untuk sekali masuk, parkir sebuah pasar raya, di sini, tidak ubah seperti 'parkir asmara' apabila dijadikan sasaran suami dan isteri curang untuk melampiaskan nafsu ketika keluar dari pejabat pada waktu makan tengah hari.

Mereka membawa kenderaan secara berasingan untuk mengelak gerak-geri dihidu kenalan atau keluarga masing-masing sebelum melakukan aksi terlarang di kawasan gelap di dalam kereta mereka.

Difahamkan, walaupun waktu rehat hanya sejam, pertemuan singkat terbabit digunakan sebaik mungkin untuk melepaskan rindu.

Perkara itu didedahkan seorang kakitangan pasar raya berkenaan yang mengakui terkejut melihat gelagat suami dan isteri curang yang menjadikan parkir pasar raya itu untuk bermadu kasih.

Dia yang enggan dikenali berkata, bukti perlakuan tidak senonoh itu kerap kali disaksikannya bersama pekerja lain menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di setiap ruang tempat meletak kenderaan itu. - HMETRO

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?

GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

PEMIMPIN KAYA, AHLI UMNO MERANA

Posted: 07 Jun 2011 06:00 PM PDT


Oleh : HJ.WAHAB TIMPAI.
SEORANG ahli Jawatankuasa cabang PKR Tenom, Omar Ahmad mendakwa bahawa UMNO/BN gagal menaikkan taraf ekonomi ahli-ahlinya di Kedai Sapong, Tenom.

Justeru itu, Omar yang juga mantan Ketua Cawangan Umno-BN Kedai Sapong mengambil keputusan beralih memberikan sokongan kepada Parti Keadilan untuk mengubah keadaan dalam politik semasa, khususnya Sapong.

Beliau juga meminta masyarakat di Sapong supaya berfikir tentang masa hadapan anak cucu mereka dengan menyertai pembangkang khususnya, PKR.

Menurut Omar, para pemimpin UMNO-BN hanya pandai bercakap dan berlakon untuk memperkayakan diri mereka sendiri sahaja dan membelakang konsep asal perjuangan Umno.

"Saya bukan cakap bohong. Lihatlah begitu ramai Pemimpin Umno di Tenom yang kaya raya dan berlagak memandu memiliki kereta mewah," kata Omar lagi.

Pada mulanya, kata Omar, Kedai Sapong memang menjadi kubu kuat Umno-BN, tetapi rakyat sedar bahwa pemimpin Umno hanya mementingkan diri sendiri sahaja.

Omar yakin bahawa PRU 13, Pentadbiran Putrajaya akan berjaya diambil alih oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, termasuklah kerajaan negeri Sabah.

Rakyat kini telah merasa bahawa mereka tertipu memberikan sokongan kepada Umno-BN pada pilihan raya umum 12 sehingga menerima hukuman dengan kenaikan harga barang keperluan harian, termasuk minyak dan gula.-sabahkini

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?

GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Rasuah bolasepak T-Team; Polis diminta siasat pengakuan jurulatih

Posted: 07 Jun 2011 03:00 PM PDT

KUALA TERENGGANU - Pihak polis diminta melakukan siasatan dengan segera laporan sebuah akhbar yang mendedahkan kenyataan seorang jurulatih pasukan bolasepak T-Team, berkenaan amalan rasuah yang berlaku dalam pasukan bolasepak negeri Terengganu itu.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang (DPPKM) menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh beberapa pihak termasuk penerima dan pemberi rasuah menunjukkan isu rasuah kembali menghantui arena bolasepak negara.

Menurut Setiausahanya, Mohamad Aswadi Bin Mohamad, DPPKM memandang serius isu ini apabila pada 3hb Jun seorang jurulatih pasukan T-Team menyatakan pemain beliau mengaku menerima rasuah.

"DPPKM memandang serius isu ini apabila 3 Jun yang lalu, tersiar di sebuah akhbar mengenai seorang jurulatih pasukan T-Team yang mendedahkan bahawa pemain beliau mengaku menerima rasuah.

"sebelum itu bekas pengurus pasukan T-Team juga mendakwa mengakui isu tersebut masih lagi berleluasa,"katanya menurut satu kenyataan yang diedarkan kepada media, pada Isnin, 6 Jun.

Oleh itu, menurut Aswadi, pihak polis perlu bertindak menyiasat laporan akhbar tersebut, walaupun dilaporkan pihak Ketua Polis Negeri belum menerima apa-apa laporan rasmi.

Sehubungan itu, DPPKM juga, kata Aswadi, meminta pihak polis melakukan penyiasatan secara menyeluruh, semua pihak yang terlibat dengan bolasepak dinegeri Terengganu, khususnya pasukan T-Team.

"samada Skuad negeri, kelab, presiden mahupun pelapis tidak mengira pangkat samada pengurusan sehinggalah kepada pemain simpanan.

"semua persatuan bolasepak haruslah membuat laporan polis dengan kadar segera, agar tindakan pantas dan segera dapat diambil bagi membendung isu ini semakin menular,"tegasnya

Katanya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga mesti mengambil tindakan tegas dalam menangani dalam isu 'barah' bolasepak negara itu.

Selain membawa kepada pengadilan dan menghukum mereka yang terbabit, DPPKM menyarankan FAM bertindak pro-aktif mengambil tindakan 'mencegah lebih baik dari merawat'.

"memandangkan perkara (rasuah bolsepak) ini boleh kembali 'menjelma semula' walaupun tindakan diambil, hukuman dilaksanakan,

"(DPPKM) menyarankan (kaedah pencegahan dengan) pengisian ruhiyyah atau kerohanian dipertingkatkan samada dalam kursus, latihan ataupun (setiap kali) selepas latihan diadakan tazkirah (peringatan),"jelasnya.

Menurut Aswadi, sukan bolasepak merupakan sukan nombor satu yang mempunyai peminat paling ramai peminat.

Justeru, tindakan segera katanya, dapat mengelak berulangnya 'barah rasuah bolasepak' yang pernah melanda arena bolasepak negara sebagaimana yang berlaku pada tahun 1994 dan 1995.

"Wabak 'rasuah' yang melanda bolasepak negara amat parah pada tahun 1994 - 1995, sehingga 120 orang pemain, jurulatih dan pegawai telah disiasat, (ada yang) digantung setahun hingga empat tahun,"katanya mengimbas kembali peristiwa tersebut.

BO

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?

GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Pengikut