Jumaat, 23 Disember 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

DIALOG RAKYAT

Posted: 23 Dec 2011 03:29 PM PST

Guna wang zakat bukti Jamil Khir tidak amanah – Izzah

Posted: 23 Dec 2011 02:07 AM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan penggunaan wang zakat oleh Datuk Jamil Khir Baharom, jelas membuktikan beliau seorang yang tidak amanah.


"Menggunakan wang zakat merupakan perbuatan khianat oleh menteri. Sepatutnya beliau (Jamil Khir) bertanggungjawab dalam hal ehwal agama islam tapi sesuka hati bayar duit zakat bayar kes guaman, walhal bukan amil (tidak layak menerima wang zakat)," kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Wang sebanyak RM63,650 itu dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Jamil Khir dan dua yang lain.

Kos guaman itu bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

Izzah berkata, meskipun wang itu sudah dikembalikan, Jamil sebagai Menteri Agama di dalam kerajaan sepatutnya memberi contoh baik kepada rakyat dan bukannya mengambil kesempatan menggunakan wang tersebut.

"Ini bukan saja melibatkan persepsi masyarakat tetapi rakyat telah hilang keyakinan kerana begitu mudah mengambil wang zakat. Jamil sudah tidak ada kredibiliti kerana tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawabnya," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendengar aduan penduduk di Taman Sentosa.

Sementara itu, Izzah yang ditemui selepas lawatan kawasan penduduk di Taman Seri Sentosa, Klang Lama menggesa Dewan Bandaraya Kuala lumpur (DBKL) memberi perhatian terhadap rungutan penjaja di situ.

Ia berhubung aduan bahawa DBKL menindas beberapa penjaja di kawasan tersebut.

Menurutnya, DBKL tidak seharus berat sebelah untuk mengambil tindakan dan perlu mengambil kira pendapat penduduk setempat.

"Kalau betul nak ambil tindakan, jangan pilih bulu. Jangan ditindas peniaga-peniaga tertentu yang mencari rezeki," katanya.

Kempen 'Tolak Fitnah II, Lawan Konspirasi' dilancar 28 Disember

Posted: 23 Dec 2011 02:05 AM PST

Oleh: Masdar Wahid

KUALA LUMPUR: Pemuda Pakatan Rakyat (PR) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) akan melancarkan kempen 'Tolak Fitnah II, Lawan Konspirasi' pada 28 Disember ini, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.


Menurutnya, itu antara resolusi yang dicapai Pemuda PR dalam mesyuarat yang dipengerusikannya malam semalam.

"Kempen bertemakan 'Bebaskan Anwar 901′ ini kita lancarkan bersama Pemuda Pakatan dan NGO di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada 11 pagi 28 Disember ini.

"Perincian lanjut mengenai jelajah ini akan kita maklumkan pada hari itu," katanya kepada Keadilandaily.com hari ini.

Menurutnya, sebanyak 500,000 risalah yang mengandungi fakta sebenar mengenai kes Fitnah 2 sudah tersedia untuk diedar sepanjang jelajah itu.

"Sepanjang jelajah ini kita juga berharap risalah mengenai kes Fitnah II yang kita edar ini rakyat membacanya seterusnya memahami dengan baik serta bersama mengedarnya kepada kenalan seramai mungkin.

"Ini penting kerana kes ini kerap diputar belit media arus perdana, jauh sekali memberi liputan adil kepada Datuk Seri Anwar," tegasnya.


Menurutnya, jelajah itu berlangsung serentak di beberapa lokasi seluruh negara dengan kemuncaknya ialah perhimpunan rakyat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari depan.

"Oleh itu, kita mengalu-alukan rakyat hadir beramai-ramai dan datang seawal mungkin pada perbicaraan itu sebagai tanda solidariti kita bersama pemimpin rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim," tegasnya.

Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN kini berdepan kes Fitnah kali kedua dengan keputusan itu akan diumum pada 9 Januari depan, selepas melalui perbicaraan selama hampir dua tahun.

Kes yang disifatkan mengulangi konspirasi Umno-BN itu bermula beberapa hari selepas Anwar mengumumkan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), Permatang Pauh pada Ogos 2008.

Nurul Izzah: Sikap Pilih Kasih DBKL Dikesali

Posted: 23 Dec 2011 02:03 AM PST

Oleh Afeeqa Afeera

PETALING JAYA : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa bersikap adil terhadap penjaja di Taman Sri Sentosa dengan mengemukakan senarai penjaja yang layak menjalankan perniagaan di kawasan itu.

Penyenaraian ini bertujuan menyelesaikan kemelut yang dihadapi peniaga terbabit sejak tahun 2006.

Gesaan itu disuarakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung sikap pilih kasih DBKL yang didakwa memberi lesen serta tapak perniagaan kepada penjaja yang mempunyai hubungan rapat dengan mereka serta Umno.

Menurut Izzah, sikap dwi standard yang diamalkan DBKL ini, benar-benar menunjukkan ketidaktelusan mereka dalam menjalankan tugas.

"Yang kita bangkitkan adalah apabila DBKL memilih bulu di mana sesetengah tempat perniagaan disaman, manakala selebihnya dibiarkan begitu sahaja. Jadi, saya didatangi penduduk dan peniaga untuk menyelesaikan perkara ini.

"Sebagai Ahli Parlimen saya menggesa DBKL supaya menyenaraikan penjaja yang layak mendapat lesen, bukannya syarat mereka(penjaja) adalah ahli mana-mana parti," katanya demikian dalam satu sidang media berhubung nasib sebahagian penjaja yang dianak tirikan pihak DBKL.

Tambahnya, sikap berat sebelah pihak DBKL juga semakin ketara apabila seorang penjaja warganegara Malaysia yang telah lama menjalankan perniagaan di kawasan itu dikenakan saman dan dirampas alatan perniagaan, sebaliknya peniaga lain yang mengupah pekerja warga asing tanpa permit tidak dikenakan sebarang tindakan.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya segera mengadakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan khususnya kepada bahagian penguatkuasaan untuk memastikan pihak DBKL menjalankan tugasan dengan konsisten.

Nurul Izzah juga memohon penjaja yang menjalankan perniagaan di bahu jalan mahupun laluan pejalan kaki segera diberikan lesen perniagaan serta segera dipindahkan ke tapak baru bersebelahan pondok polis Sri Sentosa yang ternyata lebih selesa dan tidak menghalang lalu lintas.

"Saya rasa perkara ini adalah masalah besar yang akan mengganggu-gugat perniagaan penjaja di kawasan ini untuk mencari rezeki. Saya memohon DBKL supaya bersikap adil terhadap semua pihak dan tidak begitu mengecewakan penjaja di kawasan ini," tegasnya.

Selangor Sokong Kempen Anti-Lynas

Posted: 23 Dec 2011 02:02 AM PST

Oleh Afeeqa Afeera

SHAH ALAM : Kerajaan Selangor akan menganjurkan majlis makan malam bulan depan bagi mengutip dana untuk kempen menghalang pelaksanaan projek Loji Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) yang beroperasi di Pahang.

Majlis pada 7 Januari itu di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) merupakan inisiatif permulaan di Selangor yang bakal mengumpulkan pihak prihatin terhadap isu projek loji Lynas di Kuantan.

Difahamkan dana yang dikumpul bakal digunakan bagi menbiayai usaha membawa syarikat Lynas ke mahkamah.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong Keat Ping berkata kempen yang dikenali sebagai 'Anti-Lynas' ini turut mendapat kerjasama daripada barisan pimpinan Exco Selangor lain dan dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat oleh negeri-negeri lain.

"Kerajaan Selangor menganjurkan kempen ini sebagai salah satu usaha padu untuk menyokong kempen ini secara berterusan. Saya juga difahamkan majlis makan malam ini akan bergerak ke negeri lain.

Antara pemimpin yang akan menyertai majlis itu adalah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dan beberapa pemimpin lain," katanya.

Projek Lamp yang dijadual beroperasi sepenuhnya September tahun ini mendapat bantahan orang ramai di Kuantan dan seluruh negara kerana apabila ia beroperasi kelak ia akan menghasilkan sisa radioaktif thorium yang merbahaya kepada penduduk sekitar.

Pelbagai usaha dilakukan untuk menghalang pembinaan loji itu namun ia sehingga kini tidak diberikan perhatian serius oleh kerajaan negeri.

Loji itu kini dihentikan sementara menantikan penilaian satu panel pro-nuklear yang dilantik Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Mosti).

Difahamkan, sekiranya projek itu diluluskan barisan panel tersebut, loji yang dikendalikan Lynas Corporation itu akan menghasilkan sisa radioaktif thorium.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, pihaknya menolak sekeras-kerasnya projek loji berkenaan disebabkan ia tidak selari dengan pembangunan lestari di negeri itu.

Beliau berkata, Akademi Sains semalam memaklumkan kepadanya bahawa negeri itu akan mendapat pelaburan teknologi hijau berkuasa tinggi hasil daripada pemprosesan nadir bumi yang dilaksanakan.

Tambahnya, pihak Akademi mendakwa ia adalah peluang terbaik bagi Malaysia untuk menyertai projek perhiliran berbekalkan teknologi canggih yang pernah dihasilkan.

"Saya ingin menyangkal kenyataan tersebut kerana hakikatnya Malaysia tidak mempunyai nadir bumi yang mencukupi. Malaysia hanya memiliki 0.03 peratus nadir bumi di dunia ini. Maksudnya, nadir bumi yang digunakan itu bukannya datang dari Malaysia, sebaliknya dari Australia dan negara lain.

Justeru, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Akademi berhubung perkara berkenaan adalah tidak relevan sama sekali," tegasnya.

Sehubungan itu, dana yang diperoleh daripada kempen itu nanti akan digunakan bagi membawa kes tersebut ke mahkamah.

Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Malaysia, Zulkefly Mohamad Omar menjelaskan, pembinaan projek loji Lamp bukan sahaja merugikan rakyat, bahkan akan meninggalkan kesan buruk kepada alam sekitar untuk jangka masa panjang.

Ia merujuk kepada pengurusan sisa pepejal dan cecair yang mengandungi elemen radioaktif yang akan menjejaskan kesihatan penduduk di kawasan berhampiran ekoran daripada pencemaran alam sekitar yang serius.

"Bagi kita khususnya dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, kita melihat bahawa isu alam sekitar dan nyawa rakyat merupakan isu terpenting berbanding isu lain kerana ia melibatkan kehidupan.

Dengan berjayanya projek Lynas di Pahang, tidak mustahil mereka akan membina projek yang sama di negeri-negeri lain memandangkan keuntungan yang bakal diperolehi itu besar.

Majlis Tanah Negara, BN Halang Usaha P Pinang Beri Pemilikan Tanah Pada Rakyat

Posted: 23 Dec 2011 01:58 AM PST

Oleh Afix Redzuan

GEORGETOWN: Usaha kerajaan Pulau Pinang untuk memberikan pemilikan tanah kepada rakyat Pulau Pinang dengan menukar status pajakan kepada pemilikan terus dihalang oleh wakil Barisan Nasional dan Majlis Tanah Negara.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, usaha tersebut tertakluk kepada keinginan Majlis Tanah Negara untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menjayakan dasar tersebut.

"Saya sebut kerajaan negeri dari segi dasar tanah negeri mahu berikan pemilikan terus kepada rumah kos rendah dengan premium minima atau percuma untuk memartabatkan rakyat supaya orang miskin dapat miliki rumah mereka selama-lamanya. Sungguhpun ini bukan janji dalam menifesto dalam pilihanraya umum yang lalu, tapi kita mahu berbuat demikian kerana ingin memertabatkan rakyat Pulau Pinang khususnya rakyat yang miskin.

"Tapi masalahnya cadangan ini mesti dibincangkan terlebih dahulu di Majlis Tanah Negara mengikut Perkara 91 Perlembangaan Persekutuan," katanya.

Jelas beliau, sungguhpun perkara ini diminta untuk dibincangkan, ianya tidak dapat dilakukan sehingga tahun depan dan pada masa yang sama wakil Barisan Nasional dalam Majlis Tanah Negara membantah dan menentang cadangan Pulau Pinang.

"Lewat bukan masalah kita. Lewat adalah masalah majlis tanah negara, tidak mahu berbincang sehingga tahun hadapan dan wakil-wakil BN mementang cadangan Pulau Pinang," katanya.

Beliau turut membidas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengatakan beliau memberikan alasan kesukaran membuat pertukaran pemilikan terus menjadi punca kerajaan negeri tidak mahu membina rumah kos rendah.

"Tapi hari ini saya terkejut saya melihat dia (ahli Barisan Nasional) pula cakap lain. Saya tak sebut langsung rumah kos rendah. Tak sebut langsung rumah kos rendah dalam jawapan saya. Dia pula tambah, dia pula tipu dengan menyatakan saya beri alasan kerana tidak boleh tukar kepada pemilikan terus maka tidak mahu buat rumah kos rendah. Ini menunjukkan Chua Soi Lek memang suka tipu.

"Saya nak berikan nasihat, Chua Soi Lek, anda boleh menipu dengan awak punya anak, isteri, ahli keluarga, ahli MCA, ahli Barisan Nasional tetapi anda tidak boleh menipu dengan rakyat. Kerana apa yang saya cakap adalah jelas. Saya hanya cakap usaha kita untuk menukar kepada free hold rumah-rumah yang sedia ada, rumah kos rendah yang sedia ada daripada listhold kepada freehold tidak dapat diaksanakan kerana Majlis Tanah Negara masih tidak mahu membincangkan perkara ini," katanya.

Ada apa dengan bendera?

Posted: 23 Dec 2011 01:55 AM PST

Alicia Izharuddin

Sejak usia remaja, saya pernah dinasihatkan oleh orang tua supaya jangan masuk campur dengan arena politik apabila dewasa kelak. Mengikut mereka, politik hanyalah "permainan kotor" yang menguntungkan politikus sahaja, lantas kepentingan rakyat sejagat jarang dipertimbangkan secara ikhlas. Setiap satu yang diberikan kepada rakyat diragut satu yang lain, contohnya masing-masing peluang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam dan kebebasan akademik.

Baru-baru ini kita dihidangi berita yang kian menjejaskan integriti kerajaan yang kononnya mahu mendaulatkan konsep demokrasi dan mempunyai keinginan untuk berjinak-jinak dengan prinsip kebebasan bersuara. Tindakan aktivis-aktivis mahasiswa dari Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) menurunkan bendera yang melayangkan wajah Najib Razak selama lima minit sebagai simbol tidak-puas hati mereka terhadap keengganan kerajaan memansuhkan Akta Universiti Kolej dan Universiti (AUKU) yang menyekat kebebasan akademik dan berpolitik. Walaupun didepani dengan desakan aktivis-aktivis mahasiswa untuk memansuhkan AUKU yang semakin mengombak, kerajaan Najib Razak hanya mampu berdiam dan mendiamkan suara-suara protes.

Demokrasi siapa?

Menurut menteri pengajian tinggi Saifuddin Abdullah yang kononnya menyokong "kebebasan bersuara" dan konsep demokrasi, penurunan bendera UMNO bukan tindakan yang berdemokratik. Ada pula yang berpendapat mahasiswa-mahasiswa terlibat bersikap kurang matang, kurang ajar, dan tidak menghormati harta-benda kerajaan, seolah-olah memecah masuk rumah dan menyusun-semula perabot. Sasaran mahasiswa SMM - bendera yang bermukakan Najib Razak - secara tidak langsung menjadi objek yang suci. Ia bukannya bendera negara atau parti, tidak dibakar atau diinjak-injak. Namun yang demikian, penurunan bendera tersebut dilihat sebagai satu serangan terhadap ego seorang pemimpin yang pantang dicabar.

UMNO dan penganut-penganutnya tidak jauh berbeza daripada kerajaan tidak gentar menggunakan kekerasan - sama ada dalam bentuk fizikal mahupun retorikal - untuk menindas perjuangan hak-hak mahasiswa. Di United Kingdom sepanjang tahun ini, kerajaan David Cameron menggunakan kuasa polis untuk "mengawal" pergerakan mahasiswa yang berdemonstrasi kerana kenaikan yuran tahunan universiti yang melambung tinggi. Yang paling tragis pula, pembunuhan ratusan mahasiswa-mahasiswa yang berarak di Dataran Tiananmen secara aman mengutuk Parti Komunis China pada tahun 1989. Ya, kerajaan Malaysia bukan satu-satunya kerajaan yang takut kepada kemarakan mahasiswa. Sejarah gerakan mahasiswa telah menunjukkan bahawa kuasa dan pengaruh mahasiswa boleh menggulingkan kepimpinan yang represif; regim Suharto berjaya digulingkan atas desakan mahasiswa Indonesia pada tahun 1998. Jika mahasiswa dan cendiakawan seperjuangan mampu mengguling kerajaan Suharto yang berkuasa selama 32 tahun - antara regim diktator yang paling lama di dunia - jelas menunjukkan bahawa mahasiswa Malaysia juga serba upaya.

Kerajaan Najib yang menidakkan hak mahasiswa untuk berpolitik menyelindungkan ketakutan mereka terhadap kuasa mahasiswa. Universiti bukan sekadar kilang mencetak sijil tetapi tempat orang muda menuntut ilmu berfikir secara berdikari. Kebanyakan mahasiswa yang mempunyai kesedaran politik pula bukan kuda mana-mana parti. Kerajaan dan orang awam harus sedar bahawa arena dan istilah politik itu sendiri sangat terhad dan sempit maksudnya. Politik bukan sekadar pertandingan populariti atau acara berlumba-lumba yang menjuarakan politikus yang dilantik - Tidak.

Hakikatnya, kuasa politik juga terletak di tangan pengundi, penyokong, dan pejuang agenda masing-masing yang sedikit sebanyak menentukan jaya dan gagalnya seorang politikus dan jatuhnya pengaruh kerajaan; dari sini kita kembali kepada asal-usul perkataan "demokrasi" dalam bahasa Yunani yang berasaskan "demos" yang bermaksud rakyat dan "kratos" bererti pemerintahan.

Sebagai mahasiswa yang bakal menapak ke alam universiti sebagai pensyarah dan penyelidik, kebebasan akademik bukan sahaja memberikan ruang dan peluang menyampaikan pendapat dan idea-idea yang berbeza dan kritis tentang keadaan politik semasa, tetapi juga menggalakkan mahasiswa untuk lebih bersuara tanpa ugutan dan kecaman. Negara Malaysia sudah terlalu lama dikekangi budaya paternalistik, iaitu budaya (dan juga polisi) yang menyekat kebebasan atas nama ketentaraman dan kebajikan rakyat. Budaya paternalisme inilah yang sebenarnya takut kepada konsep kebebasan bersuara dan demokrasi kerana ia melemahkan pengaruh seorang atas anggota-anggota rakyatnya. Di alam universiti di mana penghuninya diberikan peluang untuk bersuara dan berfikir secara berdikari, kematangan minda akan dipupuk secara semulajadi.

Saya dapati bahawa reaksi pihak-pihak tertentu yang mengutuk dan mengugut tindakan mahasiswa yang anti-kekerasan berbaur ironi; perasaan marah yang melulu juga timbul daripada budaya kita yang anti-intelektual yang kuat menolak peluang berdialog secara rasional dan aman. Budaya kita juga mengagungkan status yang tinggi, bermaksud status mahasiswa yang biasa dianggap rendah tarafnya sering diperlekehkan dan ditindas.

Oleh yang demikian, gerakan mahasiswa aktivis tidak akan mengakhiri protes mereka dengan penurunan simbolik bendera yang berwajah Najib Razak, tetapi akan terus memuncak sehingga pihak kerajaan menyerahkan diri kepada desakan-desakan mereka.

*Alicia Izharuddin adalah pelajar Doktor Falsafah dalam kajian Islam, gender, dan media.

Komentari Novel: Mengharungi Titik Noktah

Posted: 23 Dec 2011 01:54 AM PST

Abdul Halim Ali

Persoalan

Oleh kerana analisis novel bukan kekuatan saya, maka setelah membaca teks sms Nasir, saya bersedia secara mental dengan beberapa pertanyaan. Apakah novel Nasir satu penyataan tentang tafsiran hidup? Satu laporan tentang kehidupan real yang beliau harungi dan melintas titik-titik noktah? Sebagai hiburan semata, awal-awal lagi ditolak pertanyaan itu. Ringkasnya, apakah kebergunaannya novel tersebut?

Setelah itu, konsekuen pertanyaan di atas, saya ingin tahu pula apakah tipe/jenis penerbitan Nasir: adakah itu novel sejarah, seperti karya Pramoedya Anan Toer - Bumi Manusia, Arus Balik dan lain-lain? Ataupun novel tipe Proletarian, seperti yang dihasilkan Charles Dickens tentang kesulitan kelas proletar dalam kerangka Revolusi Industri kapitalis di-Inggeris tetapi yang ditulis novelis daripada kelas borjuis kecil.

Hal-hal yang saya kurang, malah tidak arif, juga timbul di benak saya - apakah plotnya? Siapakah watak-watak utamanya? Dan yang manakah antara watak itu penjelmaan peribadi Nasir sendiri? Apakah skopnya dan apakah buku yang saya akan terima daripada Nasir itu sebahagian trilogi? Atau jilid pertama?

Selain itu, ingin sekali saya ketahui lagi tentang novelnya: apakah latar, setting, dan scene novel tersebut kerana hal-hal itu memungkinkan saya mengilas balik apakah roh zaman itu; apakah Zeitgeistnya? Terpenting apakah sudut pandangan Nasir, ideologinya dan umumnya pandangan dunia beliau, iaitu weltanschauungnya, istimewanya setelah 1989 kerana jarang-jarang sekali kami berjumpa, tidak seperti sebelum itu. Reunion sosial dengan beliau malam ini amat menggembirakan saya, tentunya.

Oleh kerana pengetahuan tentang analisis kesusasteraan saya tidak seberapa, kalau tidak pun tiada, maka saya memilih menumpukan kepada lingkungan, iaitu teks sosial novel ini, latarbelakang pengarangnya, dan pandangannya, iaitu ideologi karya ini. Dalam erti tersebut ulasan saya amat terbatas kerana tertinggal hal-hal penting, seperti estetika.

Latar Belakang Novelis

Latar belakang pengarang wajar dibincangkan dahulu, selari setting/landscape novel, dan sejarah kebangkitan sosialisme yang luas spektrumnya dalam sayap kiri - politik kiri - dari yang berwarna politik jingga/pink hingga ke warna politik merah/rouge/red. Setting sosial terpenting novel ini adalah kemunculan kelas proletar Melayu dan kemunculan golongan inteligentsia Melayu, dua tambahan kepada struktur sosial masyarakat Malaysia. Watak Samad melambangkan golongan intelligentsia yang terdidik formal tetapi tingkat kesedaran sosial tidak seberapa. Itulah yang dipertimbangkan oleh Nasir dalam novelnya dan dalam rangka demikian saya mengikuti novel beliau, berpaksikan ideologi tersebut.

Perbincangan saya tentang sosialisme menjadi satu keharusan kerana adanya dua bab novel yang pada saya itulah inti, sari, esensi novelnya. Bab 40 dan bab 53 sesungguhnya menjawab salah satu pertanyaan saya setelah menerima berita tentang peluncuran novel ini.

Watak En. Kamaruddin dijadikan kenderaan, watak itu wahana, watak itu adalah sarana pembawa ideologi sosialis. Watak Hamzah yang bertubi-tubi melontarkan pertanyaan dalam sesi tanya jawab (Q&A) dengannya, pada saya adalah lambang kelas proletar baru muncul, asal desa, a class in itself yang kurang kesedaran kelas, tetapi yang berevolusi menjadi class for itself, kelas yang menjadi barisan depan - vanguard perjuangan.

Golongan petani (bukan kelas) sering dikiaskan dalam literatur sosialis seperti sekarung kentang-bentuknya tak tersusun dengan sistematik berbanding kelas proletar dan yang demikian kurang maju kesedaran kelasnya.

Oleh kerana sosialisme menjadi esensi buku ini, maka tidak terelakkan saya memakai istilah-istilah sosialisme yang terdapat di dalam Kamus Dewan, terutamanya edisinya keempat. Justru, saya memakai kategori-kategori dan juga nomenklatur sosialis dalam ulasan ringkas tentang novel ini. Lagipun, acara malam ini acara Parti Sosialis Malaysia dan novelis Presidennya.

Ulasan En.Kamaruddin tentang masyarakat dengan analisis strukturalnya membuat dia seorang intelektual yang memiliki daya fikir tinggi. Dia bukan daripada golongan ahli falsafah borjuis yang sekadar ingin memahami dunia, sedangkan tugas ahli falsafah pokoknya adalah mengubah dunia.

Hamzah pula lambang golongan massa - kelas proletar - yang memiliki pengalaman sosial langsung dan yang melalui pendidikan ideologi sosialisme akhirnya menjadi intelektual. Beliau memiliki pengetahuan konkrit, tetapi perlu disusunkan gagasannya dengan bantuan intelektual.

En. Kamaruddin ternyata lebih maju daripada pemikiran kebanyakan pemimpin daripada dua belahan politik di Malaysia kerana beliau dapat membezakan konsep-konsep, yang sering di salah pakai dan akibatnya mengelirukan. Contohnya, istilah-istilah "Kerajaan/pemerintahan" daripada "negara". En. Kamaruddin menganalisis masyarakat, lalu membezakan kelas "borjuis" daripada strata sosial "borjuis kecil"; "proletar" daripada "petani". Perhatikan tumpuannya adalah modal yang sering sekali dan pintar bersembunyi dan menyamar di belakang topeng hak asasi manusia. Kontradiksi utama kelas pekerja adalah modal - dulu dan sekarang. Bila-bila pun begitu.

Salah satu yang menarik perhatian saya - bagaimana doktor perubatan panel, satu perkerjaan mulia telah dengan mudah disedutkan kedalam orbit sistem kapitalis. Lalu, tugasnya merawat proletar sakit dan sekaligus memenuhi tugasnya "reproduction of labour for capital". Sayangnya, tidak dimasukkan didalam wacananya para mahaguru - "mahakeliru" yang turut tersedut untuk memenuhi tugas reproduction of intellectual labour yang sama tujuannya, iaitu memenuhi keperluan modal.

Ideologi Novel

Bab 40,m.s 258 akhirnya menyerlahkan ideologi sosialisme yang diidamkan novel ini daripada beberapa variasi sosialisme dan yang beraneka dalam spektrum politik kiri. Satu sintesis dinyatakan di situ - menolak materialisme "kering" yang tidak disintesiskan dengan keperluan spiritual para warga. Kalau novel itu biasanya ditandai dengan suspense, maka itulah suspense saya, setelah Nasir dan saya kurang berinteraksi pada zaman pasca 1989.

Sosialisme dengan agama menjadi perdebatan yang tidak berkesudahan di Nusantara. Indonesia mengalaminya sejak PKI didirikan. Tetapi, Indonesia mempunyai Sukarno yang berusaha gigih sampai akhir hayatnya menggabungkan tiga kuasa gerak sejarah, iaitu nasionalisme, agama, dan komunisme (sebenarnya sosialisme. Komunisme dipakai Sukarno kerana nama PKI begitu). Marhaenisme adalah upaya beliau melokalisasi kesejajagatan sosialisme kepada keadaan sejarah konkrit rantau ini. Sosiologi dan sejarah sesuatu negeri penting.

Hal itu diulangi oleh En. Kamaruddin. Agama sering dijadikan ubat bedil menembak sosialisme. Mungkin baik sekiranya En. Kamaruddin memetik sepenuhnya penyataan Marx tentang agama. Kata Karl Marx: Religion is the sigh of oppressed creature, the heart of a heartless world, just as it is the spirit of a spiritless situation. It is the opiate of the people. Hal ini penting kerana Marx sedikit sekali menyentuh agama dan tidak menjadikannya masalah pokok dalam kajianya.

Terjemahan: "Agama itu rintihan makhluk tertindas, hati dalam dunia tidak berhati perut, seperti ia menjadi semangat dalam keadaan tidak bermaya. Agama itu bius/penahan sakit rakyat". Para paderi kolot di Eropah yang sebenarnya mempersetankan Marx. Tetapi, Bapak Haji Misbah daripada Syarikat Islam Indonesia sebaliknya mendukung cita-cita negara sosialis dan berbeza sekali dengan agamawan Eropah, termasuk agamawan di rantau ini. Haji Misbah seorang Kiyai, seorang ahli agama.

Persekitaran

Menurut Emile Zola, novelis Perancis pertengahan abad ke 19, kekhususan persekitaran itu penting bagi menentukan perwatakan dalam novel. Persekitaran dominan pada setting novel ini adalah pembebasan rakyat daripada penindasan manusia ke atas manusia melalui ideologi sosialis. Di Eropah, Amerika Latin, Afrika, Dunia Arab, Asia, ideologi itu bergelojak.

Di Malaysia, pada pengamatan saya, sosialisme berkembang di Singapura dahulu, tetapi terdapat perkaitan erat asuhan ideologi tersebut dengan yang terjadi di Britain dan di China dan juga Soviet Russia. Variasinya banyak dan kadang-kadang meruncing, khususnya setelah Moskow dan Peking bersengketa ideologi. Revolusi Kebudayaan pertengahan 1960-an turut menegangkan lagi belahan ideologi di tempat kita sekali pun. Parti Komunis Malaya tidak terkecuali daripada dampak demikian. Begitu juga di kalangan intelektual individu yang berkebetulan memimpin beberapa organisasi.

Kejayaan demi kejayaan di Indo-China, terutamanya Vietnam telah memberikan optimisme kepada gerakan sosialis di Malaysia (tidak termasuk PAP dan juga DAP yang dianggap pada waktu itu "sosialisme tampal sulam"). Optimisme demikian mendorong Parti Rakyat Malaya memajukan ideologi "Marhaenisme" kepada "sosialisme saintifik". Sosialisme jenis itu sebenarnya sama dengan ideologi asal parti dan semata-mata alat menganalisis masyarakat dalam upayanya memahami kuasa sosial di dalamnya untuk dijadikan pedoman tindakan, iaitu guna melaksanakan praxis, seperti yang dibicarakan di dalam bab 40 dan bab 53 novel Nasir.

Sementara itu, dunia berubah mulai 1989. Tembuk Berlin runtuh. Pengikut ideologi sosialis pun terlontar dan mencari-cari strategi baru. Golongan Trotsky yang sekian lama tidak yakin dengan kesejagatan ideologi sosialisme secara objektif dan subjektif, menentang ideologi sosialisme sebagai pedoman untuk semua keadaan. Lima tahun sebelum runtuhnya Tembuk Berlin, rupanya Mikhail Gorbachev telah melawan arus sosialisme atas nama pertumbuhan ekonomi Russia dengan memakai slogan "Perestroika" (rekonstruksi) dan memilih jalan Kapitalis bagi Soviet Russia. Ringkasnya, keterbukaan dan liberalisme Gorbachev juga menggunakan istilah Glasnost yang bererti satu panggilan memeriksa kembali diri. Untungnya, Mikhail Gorbachev diusir daripada kekuasaan, tetapi kapitalisme gangsternya yang mengiringi peretroika dan glasnost masih menjadi punca masalah di Russia.

Pengaruh keterbukaannya (perestroika) khabarnya mengenakan bujukannya juga ke atas beberapa pemimpin di Malaysia. Kecelaruan ideologi selama dua dekad belakangan ini ternyata tidak membara lagi politik ideologi.

Sayangnya, beberapa organisasi telah menggugurkan ideologi, termasuk sosialis. Hal inilah yang merungsingkan novel Mohd Nasir Hashim, apabila terdapat pengikut-pengikut sosialisme yang amat terbujuk oleh slogan "TINA" yang dilaungkan Margaret Thatcher. TINA adalah akronim "There is no alternative to Capitalism". Itulah teks sosial novel yang di lancarkan malam ini.

Kesimpulannya

Akhirnya, apakah terdapat imbangan antara estetika/keindahan dengan isi novel ini? Estetika tanpa isi, itu perhiasan semata. Sebalikanya, isi tanpa keindahan, itu sekadar propaganda. Begitulah madah seorang pujangga dari China dalam kuliahnya pada 1930-an tentang kesusasteraan. Mungkin di dalam bab 40, bab 44, dan bab 53, imbangan itu memberatkan isi dan mengorbankan estetika, sedangkan 64 bab lain itu berimbang, pada taksiran saya. Namun, saya lihat pada tiga bab - 40, 44, dan 53 - terdapat imbangan jenis dialektika, tetapi bukan imbangan absolut.

Nasir, Tahniah! Puas sekali sekali saya membicarakan novel tentang ideologi sosiolisme yang sekian lama tidak diperkatakan kerana dianggap wacana demikian bukan lagi PC (politically correct).

*Komentari novel ini ditulis oleh Profesor Abdul Halim Ali, bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia dan bekas AJK Pusat Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Novel yang dibincangkan adalah "Mengharungi Titik Noktah", ditulis oleh Dr. Mohamad Nasir Hashim, ADUN Kota Damansara dan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia.

**Pembaca boleh mendapat buku ini melalui tempahan. Sila hubungi Sivarajan 016-6798005 atau e-mel kepada sivarajan.a@gmail.com. Anda boleh klik Mengharungi Titik Noktah_Dr. Mohd Nasir Hashim untuk menonton klip video mengenai buku!

Guan Eng: Lanjutkan umur persaraan sektor swasta selaras sektor awam

Posted: 23 Dec 2011 01:47 AM PST

Lim Guan Eng

DAP mencadangkan sokongan dwipartisan untuk lanjutan umur persaraan pekerja sektor swasta selaras dengan sektor awam, iaitu kepada 58 tahun ataupun 60 tahun seperti yang dicadangkan. Masa sudah tiba bagi Kerajaan BN untuk melaksanakan lanjutan umur persaraan untuk sektor swasta sebelum pilihan raya umum yang akan datang.

Di seluruh dunia, makin sukar untuk menemui negara yang menetapkan umur persaraan di bawah 60 tahun. Kebanyakan negara Europah menetapkan 65 sebagai umur persaraan, manakala negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Jerman menetapkannya sebagai 67 tahun. Negara jiran kita seperti Thailand pun sudah menetapkan 60 sebagai umur persaraan.

Dunia sejagat sedang melihat lanjutan umur persaraan disebabkan jangka hayat yang kian meningkat ekoran daripada kemajuan dalam sains kesihatan, ketersediaan perubatan, pemakanan yang lebih berkhasiat dan gaya hidup yang lebih sihat secara am. Ini juga jelas dilihat di Malaysia di mana jangka hayat secara purata telah meningkat kepada 75, berbanding dengan 61 pada tahun 1970.

Disebabkan peningkatan jangka hayat ini, orang yang berumur sekitar 55 hingga 60 tahun sebenarnya berada dalam zaman paling produktif, dan pengalaman mereka haruslah digunakan secara optimum dan tidak dibazir. Mereka harus diberi peluang untuk menyumbang dan bukan dibiar begitu sahaja.

Umur persaraan yang lebih tinggi juga akan membenarkan rakyat Malaysia mengumpul lebih pendapatan, terutama sekali dalam iklim ekonomi yang tidak menentu ini. Mengikut KWSP, 73% daripada pencarumnya mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 sewaktu bersara manakala hanya 17% mempunyai simpanan melebihi RM100,000.

Bagaimanakah seseorang itu diharapkan untuk menyara kehidupan selama 20 tahun dengan simpanan sebanyak RM50,000? Dengan lanjutan umur persaraan, orang akan diberi peluang untuk mengumpul lebih banyak kerana dapat bekerja lebih lama dalam lingkungan gaji yang lebih tinggi.

Yang lebih membimbangkan, Laporan Tahunan Bank Negara 2010 telah mendedahkan bahawa jumlah hutang isi rumah setakat akhir tahun 2010 berada di tahap RM581 bilion ataupun 76% daripada KDNK. Ini bermakna Malaysia mempunyai tahap hutang isi rumah yang kedua paling tinggi di Asia selepas Korea Selatan.

Nisbah bayaran hutang isi rumah Malaysia berada di tahap 47.8% pada tahun 2010, atau dalam erti kata lain, setengah daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk pembayaran hutang. Nisbah bayaran hutang lebih daripada 33% dianggap kurang baik. Biasanya, institusi kewangan tidak akan memberi pinjaman jika jumlah bayaran faedah melebihi satu pertiga pendapatan. Amat jelas bahawa negara Malaysia sedang menjadi negara yang berhutang, apatah lagi dengan Kerajaan Persekutuan yang memimpin dengan pemberian wang pinjaman kepada rakyat.

Nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK kian meningkat dari tahun ke tahun, dari 53.1% pada 2010, 53.8% pada 2011 kepada 54.8% pada 2012. Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pula telah melonjak 71% dalam empat tahun kepada RM456 bilion pada akhir 2011 daripada RM266 bilion pada akhir 2007.

Inilah satu perbezaan yang ketara di antara kerajaan-kerajaan BN dan PR. PR tidak memberi wang pinjaman kepada rakyat kerana hutang piutang itu kelak akan dibayar oleh rakyat juga. Kerajaan Negeri PR memberi wang yang diperolehi daripada belanjawan lebihan, di mana rakyat atau anak-anak mereka tidak akan dibebani hutang.

Dengan hutang isi rumah yang sangat tinggi di Malaysia, dan tanpa apa-apa pertolongan daripada Kerajaan Persekutuan BN yang sendiri berhutang piutang, rakyat terpaksa bekerja lebih lama untuk menampung diri dan keluarga mereka. Siapa yang mahu bekerja jika boleh bersara?

Untuk sebab ini, DAP menggesa supaya umur persaraan dalam sektor swasta dilanjutkan selaras dengan lanjutan yang dibuat untuk sektor awam.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kiri) selaku Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan.

Adam Adli buat laporan polis ugutan ditumbuk anggota polis

Posted: 23 Dec 2011 01:45 AM PST

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR — Aktivis Pelajar yang dipercayai menurunkan kain rentang wajah Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat Umno sewaktu demonstrasi tempoh hari tampil membuat laporan polis atas insiden kecaman ditumbuk dan ugutan yang diterimanya daripada seorang anggota Polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Adam Adli, 22, telah menerima ancaman ditumbuk oleh seorang anggota polis bernama Roslan Mokhtar ketika membuat laporan polis terhadap ugutan bunuh yang diterimanya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman minggu lalu.

Dalam laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini, Adam menyatakan polis berkenaan cuba menumbuknya di hadapan anggota polis yang lain tanpa dihalang mereka.

"Jadi keterangan hari ini diambil berdasarkan insiden tersebut dan kita akan lihat sama ada anggota polis yang terlibat ini akan ambil tindakan kerana ia begitu jelas bahawa terdapat ugutan dari pihak polis," kata peguam yang mewakili Adam, Fadiah Nadwar.

Menurut peguam daripada "Lawyer for Liberty" ini lagi, demonstrasi yang dilakukan kumpulan mahasiswa daripada Solidariti Mahasiswa (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) itu tiada sebarang jenayah dilakukan, sebaliknya ini hanyalah satu pelanggaran norma masyarakat yang diterima masyarakat antarabangsa.

"Oleh itu, tindakan kecaman daripada kerajaan dan pihak berkuasa ini harus dihentikan," tambahnya lagi.

Sementara itu, Adam menjelaskan, isu menurunkan kain rentang itu hanyalah isu yang diputarkan oleh pihak yang takut terhadap gerakan mahasiswa.

"Isu menurunkan bendera itu hanya mainan pihak yang takut dengan gerakan mahasiswa, sama dengan fitnah yang dibuat oleh Utusan Malaysia di dalam portalnya.

"SMM dengan ini menuntut Naib Ketua Umno Kepala Batas, Reezal Merican memohon maaf dalam tempoh 24 jam atas pengeluaran artikel fitnah dalam Utusan Malaysia bertarikh 21 Disember yang mengatakan mahasiswa telah memijak bendera Perdana Menteri.

"SMM menegaskan, bendera Datuk Seri Najib hanya diturunkan dalam lima minit dan kemudiannya dinaikkan semula, tiada insiden bendera tersebut dipijak," katanya lagi.

Menurut Adam, sekiranya Reezal tidak mengeluarkan kenyataan maaf berkenaan, mahasiswa tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Kenyataan itu jelas Adam adalah cubaan untuk memburukkan SMM dan memberikan oersepsi negatif terhadap isu yang dibawa Bebas.

SMM juga melihat kenyataan yang dikeluarkan tersebut terlalu dangkal dan hanya bersifat sentimen sokongan terhadap perdana menteri tanpa mengulas mengenai kebebasan akademik yang diutarakan mahasiswa.

Karyawan filem kembalilah kepada fitrah integriti

Posted: 23 Dec 2011 01:40 AM PST

Ameir Hamzah Hashim

Mulai tahun depan, LPF tidak lagi menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, demikian kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam. Ini satu berita yang saya pasti sangat ditunggu-tunggu oleh majoriti pembikin filem tempatan.

Mungkin saat ini, ramai juga para pembikin filem yang adegan filem mereka sering 'dicincang' akan merasa sangat lega dan mula menarik nafas berganda. Selama ini sering kita mendengar bahawa badan penapisan filem (baca: LPF) didakwa (baca: ditohmah) sering 'mengganggu' kreativiti dan inovasi karya filem tempatan.

Ada benarnya keluhan tersebut jika kita menelusuri permasalahan penapisan ini yang sering kelihatan ada unsur 'pilih kasih' namun untuk meletakkan sepenuhnya kebertanggungjawaban kepada pihak LPF dalam satu-satu isu berbangkit mengenai filem yang dikatakan mempunyai unsur seks, tahyul, ganas atau 'terlebih' sosia ini, sesungguhnya menampakkan kejanggalan pemikiran kita sendiri (baca: karyawan filem).

Menghasilkan karya filem adalah satu bentuk dokumen yang turut boleh dinilai sebagai menggambarkan suasana serta corak pemikiran masyarakat semasa. Mari kita kembali ke era sebelum merdeka, akan terungkaplah kita kepada seni berbahasa melalui katabual dan intonasi percakapan para pendukung watak.

Kemudian kita 'dijinakkan' pula oleh Seniman Agung Negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee melalui penerimaan masyarakat terhadap bahasa bersahaja dalam katabual karya beliau serta penerapan nilai-nilai hidup bermasyarakat majmuk dalam negara kita. Juga diselitkan dalam karya beliau beberapa kata maki yang jika diungkapkan pada masa ini, sudah pastilah menjadi 'taboo' dalam masyarakat.

Seterusnya kita dibawa melayari pelbagai filem aksi, seram, lucu, percintaan mahupun filem bercorak 'seni' yang sukar difahami bahasanya oleh penonton tegar filem tempatan. Melalui karya filem, sesebuah masyarakat (baca: Negara) boleh dinilai tahap pemikiran serta nilai hidup semasa rakyatnya. Contonhya, bolehlah kita nilaikan pada era David Teoh ini kebanyakan rakyat Negara kita kini tidak lagi takut dengan hantu dan pontianak. Juga bolehlah secara rambang kita nilaikan masyarakat pada masa ini sudah boleh menerima nilai kehidupan tanpa nikah melalui beberapa aksi filem percintaan karya tempatan.

Ini mungkin boleh disanggah oleh pengkarya dengan menghumban kembali batu kepada penulis, "Nah! Apa guna filem kami ditapis sedang filem dari luar lebih 'ganas' penampilannya dan dibiarkan 'sepi' tanpa kritikan malah tidak di'khatan' oleh LPF?"

Ya, benar, masyarakat menuju ke arah ketamadunan tinggi (baca: pemodenan) lalu membentuk jiwa intelektual serta nilai universal tanpa sempadan melalui kecanggihan produk IT.

Kata bijak pandai, tidak perlulah lagi kita menyekat di sini sedangkan karya dari luar tetap dapat menyerap dan terperap ke dalam pemikiran masyarakat kita tanpa lagi boleh disekat hanya sahaja melalui kehidupan dunia tanpa sempadan. "Terimalah nilai antarabangsa dalam masayarakat" kata sesetengah pihak yang lain pula. Dan ungkapan yang paling popular "masyarakat kita bukan bodoh, takkanlah tak tahu mana yang patut dicontohi dan mana yang patut ditolak" Inilah yang dinamakan 'penapisan sendiri' iaitu memulangkan tanggungjawab kepada para pengkarya untuk menghasilkan filem yang sesuai dengan norma kehidupan semasa rakyat Negara kita.

Maka sudah sampailah masanya kita (baca: karyawan filem) kembali kepada fitrah 'integriti dan kebertanggungjawaban' kepada pembentukan norma masyarakat.

Dengan bahasa mudahnya, karyawan, peganglah skrip, kamera, lampu, dan beraksilah dengan kekal mengingati tuhan dan agama sebagai panduan dalam bermain dengan kreativiti dan inovasi penceritaan. Kita mampu menjawab di hadapan kamera di sini tetapi mampukah kita menjawab persoalan 'integriti' di hadapan 'kamera' Allah kelak.

Penulis ialah Timbalan 1Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS)

Hasan diminta berhenti 'bercakap'

Posted: 23 Dec 2011 01:37 AM PST

Aziz Muda

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Hasan Ali diingatkan agar berhenti bercakap bagi menamatkan kritikan-kritikannya yang tidak berasas terhadap parti dan dasar perjuangan parti.

Ingatan tersebut amat perlu diberikan perhatian oleh beliau bagi mengelakkan pemimpin-peminpin PAS lain turut bercakap mengenainya untuk menjawab kenyataan-kenyataan yang dikeluarkannya.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, sekiranya Hasan berhenti bercakap, beliau juga antara pemimpin PAS yang akan turut berhenti bercakap mengenainya kerana tidak lagi perlu menjawab kenyataan-kenyataan tidak berasas daripadanya.

Menurutnya, kritikan-kritikan Hasan terhadap PAS seperti yang disiarkan media tempatan termasuk mengenai konsep Kepimpinan Ulama dan kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat, ternyata tidak berasas.

Katanya, apabila kenyataan-kenyataan tidak berasas yang dikeluarkan oleh Hassan, ia pasti memaksa beliau dan pemimpin-pemimpin PAS lain menjawab balik kenyataan-kenyataannya itu bagi kepentingan parti.

"Untuk menamatkan perkara ini, mudah saja. Datuk Hasan mestilah berhenti bercakap. Dengan itu, saya juga pasti akan berhenti bercakap kerana tak perlu lagi menjawab kenyataan-kenyataannya," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Dalam hubungan ini, beliau menasihatkan Hasan agar mengikuti tindakan bijak yang telah diambil oleh seorang lagi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasharudin Mat Isa yang kini telah menjauhkan dirinya daripada terus terperangkap ke dalam jerat musuh khususnya Umno atau BN.

"Terima kasih saya ucapkan kepada Nasharudin kerana telah menjauhkan dirinya daripada terperangkap dalam agenda Umno. Saya nasihatkan Datuk Hassan juga akan mengambil tindakan yang sama," katanya.

Beliau menjelaskan, setiap ahli PAS perlu faham dengan istilah 'perangkap' dan terperangkap dalam agenda Umno kerana perangkap politik mempunyai definisinya yang tersendiri dan berbeza dengan perangkap binatang seperti perangkap monyet dan tikus.

"Terperangkap dalam agenda Umno bukan hanya bermaksud seseorang itu keluar PAS dan menyertai Umno. Jika ini yang dilakukan seperti yang dilakukan oleh sesetengah bekas pemimpin PAS, ia tidak akan memberikan kesan buruk kepada PAS.

"Apabila seseorang itu dah keluar PAS dan menyertai Umno dan kemudian mengeluarkan pelbagai kritikan serta kenyataan tidak berasas terhadap PAS, ia tidak akan berjaya mempengaruhi ahli-ahli PAS kerana ahli-ahli PAS sudah tidak lagi mempercayainya, sejajar dengan prinsip ahli-ahli PAS sendiri yang berpegang kepada dasar perjuangan parti, bukannya individu," jelasnya.

Sebaliknya, perangkap lain yang lebih bahaya dan perlu disedari oleh setiap pemimpin dan ahli-ahli PAS, apabila seseorang ahli terutama pemimpin PAS itu masih terus berada di dalam PAS, tetapi mengeluarkan pelbagai kritikan dan kenyataan-kenyataan tidak berasas terhadap PAS dan dasar perjuangan parti.

"Dengan tindakan seperti itu, individu terbabit bukan sekadar boleh mempengaruhi pihak musuh, tetapi juga boleh mempengaruhi ahli-ahli PAS sendiri sehingga akhirnya masyarakat menjadi keliru ekoran kenyataan-kenyataannya yang tidak berasas," tegasnya.

Beliau juga mengingatkan setiap ahli dan pemimpin PAS agar dapat membezakan antara kritikan terhadap seseorang pemimpin PAS dan terhadap parti.

"Secara peribadi, saya mempunyai hubungan yang baik dengan Datuk Hasan. Begitu juga dengan Nasharudin. Malah, saya sayang kepada kedua-duanya.

"Saya bersedia memaafkan Datuk Hasan walaupun dia ada mengatakan saya sombong dan bongkak, walaupun tanpa diminta. Tetapi apabila dia mengkritik dan membuat kenyataan-kenyataan tak berasas terhadap parti, saya tak boleh maafkan sebab itu hak parti dan saya juga tak boleh diamkan diri," tambahnya.

Beliau turut menegaskan, berdasarkan pendirian dan bacaan politiknya, beliau tidak fikir Hassan akan masuk Umno dan Umno akan menerima kemasukan Hasan ke dalam parti itu.

Anak saman KPF, FGVH esok

Posted: 23 Dec 2011 01:34 AM PST

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memfailkan saman pemula terhadap Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi di sini esok.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, saman pemula tersebut adalah bagi memohon injunksi (menghalang) kepada Mesyuarat Khas Perwakilan KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan aset KPF dalam Felda Holding.

"Tindakan ini dibuat bagi menyelamatkan harta Felda dan peneroka," katanya dalam sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Pahang, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Mazlan berkata, penyenaraian yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu adalah tidak berasas, tidak masuk akal dan hanya bakal menggali kubur untuk peneroka.

"Sebenarnya tidak tersebut hanya untuk dapatkan dana sebesar RM3 bilion untuk agenda tertentu menjelang April nanti. Kita kenal siapa dalangnya, syarikat pelabur dan kita akan dedahkan apabila sampai masanya nanti.

"Anak juga akan buat bantahan kali kedua di tribunal Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk menentukan status Tan Sri Isa Samad kerana kita tidak berpuas hati dengan jawapannya yang mengatakan beliau belum menjadi Pengerusi KPF sedangkan dia sudah bertindak sebagai penjawat itu berdasarkan surat pelantikan daripada Perdana Menteri," katanya.

Mengenai prestasi KPF, Mazlan memberitahu, pada masa ini koperasi terbesar dan paling berjaya itu sudah memperolehi RM5 bilion setahun sehingga menjana keuntungan sebanyak RM800 juta dan rizab tunainya sahaja melebihi RM1.1 bilion.

"Sebab itu kita bersama 11 NGO pada masa ini minta semua pihak menyekat penyenaraian saham FGVH ke Bursa Malaysia supaya terus berkembang. Kami ada maklumat bahawa penyenaraian hanyalah konspirasi tertinggi untuk dapatkan dana daripada Felda.

"Mereka ini ada agenda lain dan bukan wang semata-mata. Sebab itu kita mahu kerajaan juga menyekat usaha ini kerana ia melibat maruah negara dan isu keuntungan durian runtuh kepada peneroka sebenarnya tidak berbangkit langsung.

Mengenai Isa Samad, Mazlan memberitahu Pengerusi Felda itu telah bertindak di luar bidang kuasa beliau kerana sedang berusaha menyingkirkan orang-orang yang dianggap tidak boleh bekerjasama dengannya.

"Baru-baru ini Pengurus Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab dicutikan, Kemudian saya dengar Timbalan Pengarah Pembangunan yang juga Setiusaha KPF diarah berpindah ke Putrajaya dan hari in Timbalan Pengarah Besar pula dikeluarkan oleh Isa.

"Saya diberitahu ada 18 orang lagi pegawai kanan yang akan dikenakan tindakan. Jadi kita mahu Cuepacs bertindak segera kerana tindakan oleh Isa ini dilakukan sewenang-wenangnya hanya kerana mereka ini dianggap tidak boleh bekerjasama," katanya.

PAS sambut baik penangguhan SBPA

Posted: 23 Dec 2011 01:30 AM PST

Aziz Muda

KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menangguhkan perlaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) seperti yang diumumkan hari ini.

Keputusan tersebut disifatkan sebagai kejayaan awal yang dinikmati oleh kakitangan sektor awam, hasil kerjasama PAS serta Pakatan Rakyat dan Cuepacs yang menentang keras perlaksanaan skim itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, tanpa kerjasama politik, khususnya tentangan PAS, skim tersebut mustahil ditangguhkan perlaksanaannya meskipun jelas menzalimi kakitangan awam khususnya yang berada di dalam Kumpulan Sokongan.

Menurutnya, keputusan penangguhan itu pasti melegakan kakitangan sektor awam, tetapi ia tidak bermakna jika tidak dibatalkan kesemua perjanjian berhubung dengannya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Perdana Menteri agar turut membatalkan kesemua perjanjian yang telah dibuat oleh kakitangan sektor awam berhubung perkara itu yang telah menurunkan tanda tangan masing-masing baru-baru ini menerusi borang yang disediakan.

"Banyak kakitangan awam telah menurunkan tanda tangan mereka baru-baru ini. Kini setelah perlaksanaan skim itu ditangguhkan, kesemua mereka yang telah menurunkan tanda tangan tertanya-tanya mengenai perkara itu," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Kakitangan terbabit, tegasnya, bimbang akan terperangkap dengan tindakan selanjutnya jika kesemua perjanjian itu tidak dibatalkan.

"Esok Cuepacs akan mengadakan perbincangan dengan JPA. Diharap perbicangan itu akan mendatangkan hasil yang baik bagi kepentingan kakitangan sektor awam," katanya.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berharap agar perbincangan tentang tangga gaji dan pelbagai perkara lain bagi kepentingan kakitangan sektor awam akan dilanjutkan pada persidangan Parlimen.

Beliau turut mendesak Perdana Menteri agar menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah tangga gaji yang terlalu jauh berbeza antara Kumpulan Premier dan kumpulan-kumpulan lain dalam sektor awam.

"Kesemua langkah itu perlu dilakukan bagi membolehkan kakitangan awam mendapat keadilan, ekoran jurang yang terlalu jauh berbeza antara mereka yang berada di dalam Kumpulan Sokongan berbanding Kumpulan Premier.

"Sedangkan kakitangan dalam Kumpulan Sokongan itu adalah yang paling besar jumlahnya daripada 1.4 juta kakitangan sektor awam, manakala yang berada dalam Kumpulan Premier hanyalah 36 orang termasuk Ketua Setiausaha Negara (KSN)," ujar beliau.

NFC: Pasukan Khas SPRM perlu panggil Muhyiddin

Posted: 23 Dec 2011 01:26 AM PST

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR: PAS menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis agar turut memanggil anggota kabinet yang ada kaitan dengan skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, ianya termasuk memanggil Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri pertanian ketika projek itu diluluskan pada tahun 2008.

Selain Muhyiddin ujarnya, SPRM juga perlu memanggil Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi Jawatankuasa Projek Impak Tinggi yang meluluskan projek tersebut di luar kabinet.

"SPRM dan polis perlu tunjuk ketelusan dan integriti mereka dengan memanggil anggota kabinet termasuk PM dan TPM.

"Kita tidak mahu ianya hanya sekadar menyiasat ke mana dana RM250 juta itu dibelanjakan oleh syarikat NFC," katanya kepada Harakahdaily.

Semalam SPRM mengumumkan akan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat aduan berhubung NFC.

Pasukan itu akan diketuai oleh Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga mahu SPRM menyiasat laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bahawa wang disalurkan sepenuhnya pada 2008 hingga 2009 namun perjanjian hanya dibuat penghujung 2010.

"Nampaknya setakat ini SPRM tidak bersedia meluaskan siasatan kepada anggota kabinet yang terlibat.

"Seperti ada yang cuba sempitkan siasatan hanya kepada NFC dan Shahrizat," katanya Mahfuz lagi.

Aduan ke SPRM itu dibuat beberapa pihak termasuk kelmarin oleh PKR yang membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM Shah Alam.

Laporan tersebut menjurus kepada kerugian dialami syarikat NFC yang dimiliki suami Menteri Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan penyelewengan dana RM250 juta yang diberikan kerajaan.

Ianya termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar dan pembiayaan percutian keluarga Shahrizat ke luar negara.

Selain itu, NFC juga sebelum ini didedahkan membeli kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 serta dua bidang tanah bernilai RM3,363,507 di Putrajaya.

Terbaru, keluarga Shahrizat turut didakwa membeli kondominium mewah berharga RM9.9 juta di Singapura, yang turut disyaki menggunakan wang NFC.

"Jika amalan ini (tidak menyiasat anggota kabinet terlibat) berterusan, ia adalah berbuatan curang," kata Mahfuz.

Jamal diarah keluar Pengasih

Posted: 23 Dec 2011 01:23 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR - Selepas hampir lima tahun penyanyi Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali (gambar kecil) menjadi penghuni rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) di Bukit Tunku di sini, penyanyi tersohor itu dikatakan telah diarah keluar oleh pihak pengurusan pusat berkenaan pada awal November lalu.

Penyanyi itu dikatakan meninggalkan rumah tersebut pada awal November lalu setelah dia menerima surat arahan supaya keluar dari rumah perlindungan dan pemulihan akhlak itu yang disediakan untuk golongan penagih dadah.

Jamal, 52, yang ditemui selepas sidang akhbar Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah dan Pelancaran Album Raja Pop 2 di pejabat Warner Music Malaysia di sini semalam bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara tersebut tetapi mengaku lebih tenang duduk di luar berbanding di Pengasih.

"Saya lebih tenang berada di luar (Pengasih) daripada duduk di dalam. Kalau boleh saya tak mahu tumpang orang dan nak duduk di rumah sendiri.

"Saya minta maaf kerana tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara ini. Tunggulah nanti saya adakan sidang akhbar bagi menjelaskan isu ini," katanya yang kini menyewa sementara menunggu rumah baharunya yang dijangka siap pada bulan Februari tahun hadapan.-Kosmo!

Jangka hayat lelaki 71.9, wanita 77 tahun

Posted: 23 Dec 2011 01:18 AM PST


PUTRAJAYA - Purata jangka hayat untuk lelaki dan perempuan di Malaysia masing-masing meningkat daripada 70 tahun dan 74.7 tahun pada 2000 kepada 71.9 tahun dan 77 tahun pada 2010.

Ketua Perangkawan, Dr. Abdul Rahman Hasan berkata, wanita keturunan Cina mempunyai jangkaan hayat tertua iaitu 79.8 tahun, diikuti perempuan India (76.2 tahun), perempuan bumiputera (75.3 tahun), lelaki Cina (74.4 tahun), lelaki bumiputera (70.5 tahun) dan lelaki India (68 tahun).

''Indikator demografi menunjukkan bahawa 475,816 bayi dilahirkan pada 2010 berbanding 129,327 yang mati pada tahun sama, ini bermakna pertambahan semula jadi penduduk Malaysia adalah seramai 346,489 orang," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman Laporan Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Mukim 2010 dan Produk Statistik 2011/2012 yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, kadar kesuburan atau kelahiran anak oleh pasangan di Malaysia telah merosot daripada purata tiga orang anak pada 2000 kepada 2.2 orang anak pada tahun 2010.

''Kadar kesuburan bumiputera adalah 2.6 anak, Cina (1.5 anak) dan India (1.7 anak).

''Antara faktor yang menyumbang kepada trend ini adalah peningkatan jumlah wanita yang bekerja, wanita tersebut juga boleh membuat keputusan untuk menentukan saiz keluarga mereka dengan menggunakan teknologi (mencegah kehamilan) yang ada," katanya.

Tambahnya, sebanyak 95 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia tinggal dalam kawasan PBT berbanding 89 peratus pada tahun 2000.

''Daripadanya, 67.5 peratus penduduk terdiri daripada kumpulan umur bekerja iaitu 15 hingga 64 tahun berbanding 63.1 peratus pada tahun 2000.

''Bagi kumpulan umur melebihi 64 tahun, saiz penduduk ialah lima peratus dan umur kosong hingga 14 tahun sebanyak 27.5 peratus," katanya.

Mengulas isu berkaitan, Nor Mohamed berkata, Malaysia belum lagi mencapai tahap negara tua kerana hanya kira-kira lima peratus daripada rakyat berumur 65 tahun ke atas berbanding standard antarabangsa untuk negara tua iaitu tujuh peratus.

''Populasi Malaysia masih muda dan peratusan yang tergolong dalam kumpulan produktif adalah tinggi," katanya.--Utusan

Propaganda musuh terhenti, fokus kemungkaran BN

Posted: 23 Dec 2011 01:15 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR- Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) merasa yakin, polemik dalaman PAS yang dicipta oleh propaganda musuh sudah terhenti dan fokus rakyat kini terarah kepada semua kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan BN hari ini.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, media seperti mahu menimbulkan prejudis terhadap PAS dengan menimbulkan polemik yang sengaja direka-reka.

"Sebaliknya media mahu lensa rakyat melupakan isu-isu besar yang sedang melingkari negara ini seperti penyelewengan dana rakyat, penyalahgunaan kuasa, rasuah, krisis kepercayaan dalam parti pemerintah, serta polisi dan undang-undang yang membelenggu rakyat.

"Kesemua ini adalah isu yang perlu dihadapkan kerana melibatkan kepentingan rakyat yang lebih utama," ujarnya.

Katanya, DPP Malaysia dan rakyat tentunya tidak sabar menunggu perubahan yang bakal dijelmakan dalam PRU ke 13 nanti bersama Pakatan Rakyat membina sebuah negara yang adil, aman dan sejahtera.

Sehubungan itu, ujarnya DPP Malaysia menghargai keikhlasan dan tekad yang ditunjukkan Ustaz Nasharudin Mat Isa yang bertegas mempertahankan Islam melalui PAS dengan tiada niat sedikitpun mahu menyertai Umno seperti yang ditohmah.

Bagi DPP Malaysia, tambahnya itu adalah satu contoh terbaik buat semua pendukung PAS betapa kentalnya iltizam yang ditunjukkan oleh bekas Timbalan Presiden PAS itu.

Menurutnya, meskipun difitnah dari pelbagai pihak, beliau masih tetap teguh berpegang kepada perjuangan PAS yang selama ini didukungnya, malah segala tohmahan yang dilemparkan tidak sedikitpun merencatkan perjuangan beliau.

"Sudah tentu kenyataan terbuka beliau untuk terus bersama dengan perjuangan Islam dalam PAS menyejukkan dan melegakan hati seluruh penyokong dan pendokong perjuangan Islam ini.

"Keperibadian yang tinggi ini adalah natijah dari proses tarbiyah yang ada dalam PAS selama ini," katanya lagi.

Katanya, kejayaan proses tarbiyah PAS bukan menjadikan seseorang itu hebat penampilannya, lebih dari itu menjadikan akidah perjuangannya kental dan tidak mudah goyah walau apa pun ujian yang melanda.

Beliau menambah, proses tarbiyah PAS membina setiap diri ahli dan anggota berjiwa besar dalam menghadapi segala macam tribulasi.

Kerana itulah, ujarnya PAS terus bertahan sehingga sekarang meskipun diserang dari pelbagai penjuru dan ruang.

Justeru, tegasnya DPP Malaysia menganggap semua tohmahan terhadap Nasharudin merupakan mainan media yang mahu melaga-lagakan perpaduan yang kukuh dan ukhwah yang erat di kalangan pemimpin PAS.-Harakahdaily

Pegawai SPRM serbu pejabat NFC

Posted: 23 Dec 2011 01:15 AM PST


MALAYSIA KINI

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat National Feedlot Corporation (NFC) hari ini berhubung skandal Fidlot yang membabitkan keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Enam pegawai penguatkuasa dari SPRM Putrajaya memasuki pejabat di Solaris Mont Kiara pada sekitar 2.50 petang, dengan disaksikan oleh petugas media yang berkumpul di situ.

Pegawai berkenaan, diketuai pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali, dilihat keluar daripada premis berkenaan kira-kira dua jam kemudian.

Semalam, SPRM mengumumkan penubuhan pasukan khas untuk menyiasat skandal tersebut.

Projek NFC yang diusahakan suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak-anak mereka, meraih kontroversi apabila projek berkenaan ditimbulkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010.

NFC didakwa menyeleweng pinjaman mudah RM250 juta itu untuk perbelanjaan tidak berkaitan, termasuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar.

Rasuah: Khir Toyo dihukum penjara setahun

Posted: 23 Dec 2011 01:09 AM PST

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.

Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.

Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.

Sebelum itu, Mohtaruddin berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

NONEKhir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.

Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.

Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

khir toyo mansion 060709 06Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.

Dua puluh lima saksi pendakwa dan lima saksi pembela, termasuk Khir, memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.

SPRM akan panggil siapa saja terlibat dalam kes NFC

Posted: 23 Dec 2011 01:07 AM PST

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil semua individu yang mempunyai kaitan berhubung kes dana National Feedlot Corporation (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata sesiapa sahaja yang terlibat termasuk ahli pengurusan kanan syarikat terbabit akan dipanggil oleh pihak SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian program 'KL Principle Code of Ethics for the SMEs' di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya setakat ini hanya satu tangkapan dibuat oleh pihak polis semalam dengan menahan reman seorang ahli perniagaan yang bergelar 'Datuk' dan kes ini telah diserahkan kepada pihak polis.

"Tangkapan ini dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan kes NFC namun kita masih meneliti keseluruhan skop siasatan sama ada mempunyai kaitan dengannya dan penyiasatan akan dibuat setulus dan secara profesional mungkin," katanya.- Bernama

Khir Toyo umum masa depan politik 9 Jan

Posted: 23 Dec 2011 01:02 AM PST

Bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo berkata beliau akan membuat pengumuman berhubung masa depan politiknya pada 9 Januari depan.

Mohd Khir yang dihurung wartawan selepas dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan rasuah, bagaimanapun tidak memberikan sebab beliau memilih tarikh berkenaan.

Khir berkata beliau akan merayu keputusan mahkamah hari ini yang menjatuhi hukuman penjara setahun ke atasnya selepas mendapatinya bersalah atas tuduhan rasuah.

Peguamnya, M Athimulan memberi gambaran bahawa notis rayuan itu akan difailkan petang ini.

Tarikh 9 Januari dijadualkan untuk Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan perbicaraan kes liwat melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khir didapati bersalah oleh Hakim Datuk Mohtaruddin Baki hari ini atas tuduhan rasuah melibatkan pembelian dua lot tanah dan sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam pada Mei 2007.

Nik Aziz turut pertahankan Negara Kebajikan

Posted: 23 Dec 2011 12:59 AM PST


MALAYSIA KINI

Mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mempertahankan dasar negara kebajikan yang dianjurkan oleh parti itu.

Beliau menegaskan dakwaan bahawa Negara Kebajikan yang disebut oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya di Muktamar tahunan PAS baru-baru ini sudah tersasar dari perjuangan asal PAS, adalah tidak berasas.

"Di pihak Majlis Syura, kita menganggap idea Negara Berkebajikan yang disebut oleh Datuk Seri Presiden bukannya menggelincirkan PAS dari landasannya, bahkan lebih mendekatkan masyarakat Malaysia kepada perjuangan PAS yang bercita-cita mendaulatkan Islam di dalam sistem pemerintahan," ujarnya.

Dalam hal ini, Harakahdaily memetik Nik Aziz sebagai berkata, negeri Kelantan yang telah 21 tahun ditadbir oleh PAS menjadi rekod dan testimoni yang nyata terhadap cita-cita murni PAS itu.

"Selaku Mursyidul Am PAS, saya suka memberikan jaminan bahawa Majlis Syura Ulama selaku badan pemantau kepada parti sama sekali tidak akan berpeluk tubuh jika dasar parti dilanggar atau dirombak," tegasnya dalam satu kenyataan.

Nik Aziz juga menyeru kepada semua pihak di dalam parti tidak lagi menggunakan media massa milik musuh politik PAS untuk memperkatakan tentang masalah dalaman parti.

Mursyidul Am PAS itu itu menyeru supaya perselisihan pandangan diselesaikan melalui mekanisme dalaman parti dan tidak memberikan peluru kepada musuh.

"Saya yakin, apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah merupakan ribut kecil yang sengaja diperlihatkan kencang di dalam media massa.

"Apa yang pasti selepas ribut kecil ini, turunlah hujan yang menyejukkan, insya Allah," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons berkaitan dengan Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat malam semalam yang memutuskan untuk memanggil bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyokong sepenuhnya keputusan itu dan menganggap ia sebagai satu langkah yang terbaik untuk meredakan kemelut yang sedang berlaku sejak kebelakangan ini.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendukung keputusan mesyuarat lajnah politik parti itu untuk memanggil tiga orang yang terlibat dengan pertikaian yang telah mencetuskan keresahan ahli dan penyokong PAS sejak beberapa hari kebelakangan ini bagi mendapatkan penjelasan 'rasmi' dan tindakan seterusnya.

Timbalan ketuanya, Nik Abduh Nik Aziz berkata sebarang penghukuman awal oleh mana-mana pihak, luar dan dalam parti, adalah tertolak kerana ia pasti menambahkan kerosakan.

"Seperti kata mursyidul am (Datuk Nik Aziz Nik Mat), ia hanyalah ribut kecil yang dikencangkan oleh pihak yang enggan melihat kesepaduan jamaah Islam.

Posted: 23 Dec 2011 12:52 AM PST

Aktivis pelajar berdepan pendengaran tatatertib

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menyerahkan notis kepada aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim supaya menghadiri sesi pendengaran tatatertib pada 9 Januari berhubung insiden menurunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC baru-baru ini.

Peguamnya, Fadiah Nadwa Fikri mendedahkan perkara itu dalam tweet hari ini.

NONENotis itu diserahkan tidak lama selepas Suaram hari ini menggesa
semua universiti dan kolej berhenti mengambil tindakan terhadap pelajar yang menyertai protes menuntut kebebasan berhimpun Sabtu lepas.

NGO itu juga mengecam gangguan dan ugutan yang berterusan yang didakwa terhadap Adam (kiri) dan keluarganya.

Dalam satu kenyataan, Suaram turut menggesa pihak polis menjamin keselamatan pelajar tersebut dan keluarganya.

Adam, pelajar UPSI, dilanda kontroversi selepas bertindak menurunkan bendera Najib di ibupejabat Umno di PWTC Sabtu lalu.

20 calon tidak mungkin menang PRU-13: Cuba teka siapa mereka?

Posted: 22 Dec 2011 04:13 PM PST


Selepas Perhimpunan Agong Umno yang lepas dan perkara-perkara bodoh yang dilakukan oleh pemimpin pakatan BN, saya berasa amat jelik dan ia telah pun menyebabkan saya tidak menghadap computer selama 10 hari.

Terima kasih kepada ubat-ubatan dan antibiotik, allergik saya telah pulih dan saya akhirnya berupaya untuk duduk dan menulis semula.

20 calon utama yang tidak mungkin menang PRU 13, disusun dari bawah

20: P Ramasamy (DAP), beliau merupakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dan sebenarnya tidak berada dalam senarai saya ini apabila idea itu datang beberapa minggu yang lalu. Tetapi, situasi yang ada sekarang telah dicipta oleh beliau sendiri. Beliau telah menjengkelkan pengundi di Pulau Pinang. Saya sangat kesal kerana melihat seorang lelaki jatuh hanya kerana egonya. Beliau mahu kerusi di negeri dan juga di Parlimen kerana merasakan bahawa beliau layak. Keangkuhan beliau akan membawa kepada kekalahannya.

19: Nasharudin Mat Isa (PAS). Dengan hubungan beliau dengan UMNO, dan juga Hassan Ali, beliau telah meletakkan diri beliau jauh daripada pengundi dan juga PAS yang menyayangi beliau seperti anak. Tapi Nampak gayanya ia tidak berbaloi. Kini, sekiranya beliau di pilih untuk bertanding satu kerusi untuk PAS, peluang beliau untuk menang agak tipis. Walaupun beliau mempunyai penyokong, tetapi ia tidak cukup untuk beliau menang. Beliau akan memerlukan pertolongan daripada UMNO, yang berkemungkinan akan simpati pada beliau dan mungkin juga akan memberikan sekotak dua kotak undi pos untuk membantu beliau.

18: Siapa lagi? Semestinya Hassan Ali (PAS). Si pandai ini akan jatuh teruk. Beliau akan akhirnya akan kembali kepada realiti. Rakyat Selangor akan memberitahu beliau bahawa mereka tidak suka akan taktik kotor dan menjengkelkan beliau. Sekiranya beliau bertanding di Terengganu, beliau mungkin boleh menang tetapi, sekiranya di Selangor dengan bantuan UMNO beliau pasti kalah teruk. Sekiranya beliau fikir bahawa rakyat Selangor bodoh akan mempercayai karut marut yang beliau adakan selama ini, beliau memang silap. Rakyat Selangor sememangnya berpelajaran dan bijak. Mereka tidak akan mudah melupakan isu-isu yang ditimbulkan UMNO dan Hassan terutamanya mengenai serbuan DUMC dan juga Injil bercakap yang bertujuan menakut-nakutkan orang Islam.

17: Zulkilfli Noordin (Calon bebas pro BN) Ini seorang lagi pencetus masalah yang sering berpura-pura seperti orang alim. Tetapi malangnya beliau hanya layak untuk tong sampah. Sekiranya beliau bertanding lagi di Bandar Baru Kulim, beliau pasti kalah. Penduduk di sana akan memastikan beliau akan kehilangan wang deposit beliau. Mereka yang mengundi beliau atas tiket PKR telah merasa tertipu dan sekiranya UMNO meletakkan beliau lagi di sana, PKR pasti menang!

16: Zahrain Hashim (Calon bebas pro BN) Dahulu, beliau dianggap sebagai penyokong kuat Anwar Ibrahim. Zahrain akhirnya menjual persahabatan dan maruah beliau kepada UMNO semata untuk mendapatkan yang tidak seberapa dan juga mengikut PM ke luar negara. Penduduk di Bayan Baru sememangnya mahu melihat beliau kembali tetapi kali ini, mereka menanti dengan telur buruk. Beliau tidak berani menunjukkan mukanya di sana lagi sejak menipu mereka. Beliau juga mungkin tidak akan diambil oleh mana-mana parti walau UMNO sekalipun. Beliau akan kalah di mana sahaja beliau bertanding di Malaysia.

15: Nasharuddin Hashim (UMNO). Ada sesiapa yang ingat pada beliau? Beliaulah yang menjadi penyumbang kepada huru-hara di Perak apabila keluar parti PKR dan masuk UMNO. Bukan itu sahaja, beliau juga membawa 3 orang ADUN PKR bersama untuk masuk UMNO. Beranikan beliau bertanding di Bota lagi? Tidak mungkin kerana orang Bota akan ingat betapa beliau ini seorang penipu. Ceramah beliau sentiasa melaungkan janji setia pada Anwar tetapi, beberapa hari sahaja selepas menang, beliau terus kembali kepada UMNO. Sekiranya ada satu soalan yang boleh ditanya rakyat Bota kepadanya, ia adalah berapa banyakkah yang dibayar Najib kepadanya untuk lakonan beliau itu.

14: Osman Jailu (Calon bebas pro BN). ADUN Changkat Jering ini adalah antara 3 orang yang popular dengan situasi menggigit tangan yang memberi mereka makan. Beliau lah antara 3 orang yang melompat parti dan membawa kepada rampasan kuasa di Perak. Changkat Jering akan memberi pengajaran untuk beliau sekiranya beliau menagih undi mereka lagi. Mungkin juga beliau sudah bersara kini. Denagr-dengar beliau telah mendapat habuan besar untuk pengkhianatan beliau –cukup untuk mengenyangkan keluarganya dan generasi yang seterusnya.

13: Jamaluddin Mohd Radzi (Calon bebas pro BN). Layaknya seperti kasanova dengan misai tebalnya. Sememangnya seorang penipu. Beliaulah orang kedua dalam drama rampasan kuasa di Perak yang menumbangkan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Menteri Besar Nizar Jamaluddin. Behrang juag ingat pada bekas posmen ini. Beliau juga akan kehilangan wang deposit sekiranya beliau cuba bertanding di sana lagi. Beliau diyakini gagal.

12: N Gopalakrishnan ( Calon bebas pro BN). Beliau merupakan bekas ketua pemuda MIC dan juga rapat dengan Samy Vellu. Saya ingat pada beliau kerana saiz kek harijadi yang beliau berikan kepada Samy Vellu. Ada kalanya kek yang beliau berikan itu mencecah 4 kaki. Beliau menjadi rapat dengan Anwar Ibrahim dan juga menjadi seorang yang terkenal dalam PKR, sangat fasih berbahasa Melayu. Tetapi seperti yang lain, beliau juga telah mengkhianati Anwar kerana wang. Keadaan kewangan beliau sangat teruk tetapi sekarang nampak gayanya beliau sudah melangsaikan segalanya dan hidup senang- hasil bantuan UMNO. Orang di Bagan Serai, termasuk kaum India di sana tidak akan mengundi beliau lagi dan kita akan terselamat daripada mendengar seorang lagi si mulut bechok di Parlimen.

11: M Saravanan (MIC) Beliau dianggap sebagai salah seekor anjing Samy Vellu (You tube). Juga seorang yang mempunyai personaliti besar tetapi latar belakang yang tidak baik dan sekarang beliau sedang berhadapan dengan skandal penipuan membabitkan beberapa buah flat DBKL dan semestinya beliau menepis dakwaan itu. Walaupun telah menang 3000 undi di Tapah pada 2008, beliau akan kalah sekiranya bertanding lagi di sana kerana kaum India di situ telah memboikot beliau. Terima kasih kepada Hindraf, sesiapa pun boleh menang di sana. Sekiranya ada pertarungan 3 penjuru, PKR pasti menang.

10: Subramaniam Sathasivam (MIC), sekarang merupakan timbalan pengerusi MIC dan Menteri Sumber Manusia. Beliau sedang bertelagah dengan boss beliau, G Palanivel. Tercetusnya pertelagahan dalaman MIC dikalangan pemimpin tinggi mereka telah menghasilkan perpecahan diakar umbi dan ini sememangnya melemahkan kedudukan beliau dalam parti. Walaupun mungkin ada yang mengundi beliau nanti tetapi orang-orang jahat dalam MIC akan memastikan kekalahan beliau si Segamat!

9: K Devamany (MIC). Timbalan Presiden MIC, Devamany adalah antara beberapa calon mereka yang menang pilihanraya lepas. Tetapi, Cameron Highland sudah tidak mengkehendaki beliau. Selepas 2 tempoh, beliau telah lupa asal usul beliau dan beliau sekarang ingin memasui politik peringkat kebangsaan dan ini tidak membawa hasil apabila ia mengorbankan kawasan beliau yang juga telah merasa diabaikan. Sememangnya akan kalah di Cameron Highland- tiada keraguan mengenai itu.

8: Khairy Jamaluddin (UMNO) Si bijak pandai graduan Oxford ini bukanlah lawan Chegubard atau Badrul Hisham Shaharin (PKR) di Rembau. Seperti biasa, apabila Khairy menang, pasti ada kontroversi seperti juga kemenangan beliau melawan Mukhriz Mahathir untuk jawatan Ketua Pemuda. Sekiranya beliau ingin mempertahankan Rembau, terutamanya selepas skandal Gemas, NFC- Shahrizat Jalil, dan juga sekiranya UMNO merelakan beliau bertanding, Khairy akan kalah teruk. UMNO pasti akan membuang beliau daripada UMNO. Penyelamat Khairy hanyalah bapa mertua beliau yang mungkin boleh meyakinkan orang-orang besar UMNO untuk beliau lepaskan kawasan beliau Kepala Batas dan Khairy bertanding di sana. Layaknya seperti pengorbanan besar tetapi UMNO mungkin akan menolak. Tidak menjadi rahsia bahawa orang seperti Mahathir Mohamad mahukan karier politik Khairy berakhir.

7: Leo Gwo Burne (PKR) Beliau menjadi popular setelah skandal pita 'correct, correct, correct' Lingam. Semasa tsunami yang belaku pada 2008, beliau telah di hadiahkan kemenangan oleh rakyat kerana mendedahkan ketidak jujuran dalam sistem kehakiman Malaysia. Beliau agak kolot dan belum bersedia untuk politik peringkat kebangsaan. Sekiranya PKR menamakan beliau sebagai calon, sudah tentu PKR akan kalah di Kelana Jaya.

6: Syed Hamid Syed Jaffar Albar (UMNO) Bekas menteri dalam negeri inilah yang bertanggungjawab memeningkan kepala Hishamuddin Hussein mengenai isu pendatang haram. Semasa beliau mentadbir, beliau telah meluluskan banyak lesen kepada syarikat-syarikat untuk membawa masuk pekerja asing. Syarikat-syarikat ini memperoleh 20 000 hingga 50 000 permit yang di 'outsource'. Pentadbiran sangat lemah sehinggakan banyak syarikat-syarikat ini bungkus selepas mendapat keuntungan besar. Ini menyebabkan pemegang permit 'outsourced' mendapat masalah kerana kehilangan status sah mereka selepas firma-firma ini tutup. Hisham ynag kurang bijak itu sekarang harus berhadapan dengan masalah ini. Syed Albar yang juga bertanggungjawab menahan Teresa Kok, Raja Petra dan seorang wartawan Sin Chew dibawah ISA pada 2008 tidak akan menang di Kota Tinggi. Umno juga tidak mungkin akan membenarkan beliau bertanding.

5: Chua Soi Lek (MCA). Akankan presiden MCA ini menjadi calon pada pilihanraya akan datang? Ikut kemahuan dirinya, sudah semestinya beliau mahu bertanding walaupun tidak popular. Tetapi ketamakkkan Soi Lek sudah pun diketahui umum dan beliau akan terus memaksa UMNO sehingga mereka membenarkan beliau. Malang untuk beliau, sama ada orang Cina atau Melayu, mereka akan membantah. Melihat kepada kedudukan beliau, pasti beliau dapat bertanding di beberapa kawasan. Mungkin beliau juga merasa bahawa beliau ada kerusi selamat di Labis, kawasan beliau sebelum ini. Tetapi memandangkan kenyataan beliau mengenai hudud yang menimbulkan marah orang Melayu, dan juga usaha untuk menaikkan anak beliau juga DVD seks beliau, yang menimbulkan kemarahan orang Cina, ada baiknya beliau tidak bertanding. Rakyat sebenarnya mahu beliau berundur. Beliau mengampu UMNO demi mendapatkan kerusi dan menyokong UMNO membabi buta. Sememangnya rakyat Malaysia mengatakan TIDAK kepada Soi Lek.

4: P Kamalanathan (MIC). Ketua penerangan MIC ini mempunyai taraf keraguan yang belum dibersihkan tetapi tetap menang di Hulu Selangor terima kasih kepada jentera BN yang menjalankan rasuah untk undi. Beliau melakukan dosa besar kepada kaum India apabila beliau tunduk mencium tangan TPM Muhyiddin Yassin. Gambar itu terpahat di minda pengundi India – gambar yang menceritakan segalanya- beliau hamba. Saya boleh bertaruh bahawa tiada orang India di Malaysia yang suka akan gambar itu. Beliau juga merupaka orang buangan dalam MIC. Beliau akan kalah di tempat di mana orang India menjadi penentu kemenangan seperti Hulu Selangor. Satu kekalahan yang pasti buat BN.

3: Sekarang untuk tiga ter-atas- tiga yang pasti kalah. Berada di tempat ke-3 adalah manusia yang sudah hamper pupus. Raja Amfibia dan yang ke -2 paling bersikap perkauman selepas Mahathir Mohamad. Ya tuan-tuan dan uan-puan, beliau ialah Ibrahim Ali (Calon bebas pro BN). Beliau akan bertanding di Pasri Mas sebagai orang UMNO atau bebas? Apa jua yang beliau pilih, beliau akan kalah teruk sama ada Pasir Mas atau mana-mana sahaja di Malaysia. Inilah balasan rakyat kepada beliau kerana cuba memecahbelahkan masyarakat. Beliau mungkin fikir bahawa beliau dipuja orang Melayu kerana menjadi jaguh yang memperjuangkan hak mereka melalui Perkasa tetapi beliau silap. Apa yang beliau buat menjadikan beliau tidak ubah seperti pelawak. Cuma orang UMNO yang sayang pada beliau dan mereka sangat sedikit. Beliau dan Perkasa akan dilenyapkan semasa pilihanraya kelak. Semua sudah muak dengan beliau dan sudah semestinya Mahathir juga akan meninggalkan beliau.

2: Di tempat kedua adalah wanita yang sudah menjadi bebanan kepada UMNO- dengan atau tanpa keluarga beliau. Beliau sangat dikenali kerana skandal NFC yang berjumlah RM 250 juta. Bagaimanakah lembu boleh tinggal di kondo dan menaiki Mercedes? Hanya di Malaysia! Tidak hairanlah Malaysia merupakan negara ke 4 paling rasuah di dunia! Selamat datang ke "Bolehland" di mana perkara yang mustahil jadi tidak mustahil. No 2 tidak lain tidak bukan, Shahrizat Jalil (UMNO). Beliau kalah di Lembah Pantai kepada Nurul Izzah, puteri reformasi dan telah dilantik melalui jalan belakang dengan pangkat Senator untuk menjadi Menteri Wanita. Kerajaan UMNO telah dengan pemurahnya memberikan pinjaman RM250 juta kepada keluarga beliau untuk memulakan projek ternakan lembu dan kini sudahpun menjadi harta mereka. Inilah ibu kepada semua skandal di Malaysia walaupun ia tida mencapai tahap setinggi skandal Najib dengan isu kapal selam Scorpenes bernilai RM 12.5 billion, isu kawasan bebas Pelabuhan Kelang di mana berjuta wang cukai rakyat Malaysia disalahguna. Skandal lembu dan kondo Shahrizat sememangnya suatu lagenda kerana ia telah berjaya memburukkan UMNO dan menghilangkan rasa hormat yang ada daripada rakyat. Shahrizat sememangnya beban untuk UMNO dan tidak mungkin beliau menang di mana sahaja di Malaysia.

1: Dan akhirnya, saat yang ditunggu! Calon paling tidak dapat menang dalam sejarah Malaysia- di tempat pertama merupakan wanita Cina paling dibenci oleh rakyat Malaysia – Hee Yit Foong (DAP). Beliau dipanggil pelbagai nama dan telah mencetuskan rampasan kuasa di Perak. Orang ke 3 dalam drama tersebut dan menjadi yang paling menjengkelkan pada masa itu. Untuk pengkhianatan beliau, beliau telah memperoleh RM 25 juta daripada kroni kerajaan. Orang di Jelapang akan memberikan satu pengajaran untuk beliau sekiranya beliau kembali menagih undi di sana. Ada yang mengatakan bahawa beliau akan dibaling dengan selipar buruk dan penyapu. Kami rasa beliau tidak mungkin akan menang di mana-mana di Malaysia kerana belakang beliau sendiri pun tidak akan mengundi untuk beliau setelah melihat muka beliau! Apakah yang lebih sarkastik daripada itu? Hahahhaha !Malaysia Chronicle

Pemuda Umno guna gangster ugut mahasiswa

Posted: 22 Dec 2011 04:12 PM PST

SAMM mendakwa Umno turut membuat demonstrasi di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mendesak Adam dibuang pengajian.


PETALING JAYA: Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam tindakan Pemuda Umno menggunakan gangster untuk mengugut ibu bapa Adam Adli di Pulau Pinang.

Pertubuhan itu mendakwa Umno turut membuat demonstrasi di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mendesak Adam dibuang pengajian.

SAMM kata pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin menyatakan solidariti bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memperjuangkan kebebasan akedemik.

"Kita secara terbuka mempertahankan tindakan Adam Adli, 22 tahun, siswa UPSI yang bertindak meminjam tiang bendera di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menaikkan panji gerakan mahasiswa," katanya.

SMS dan panggilan telefon

Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard berkata, Adam diugut dalam media baru termasuk SMS dan panggilan telefon.

"Setelah berjumpa Adam, saya menasihatkan Adam membuat laporan polis," katanya.

Beliau berkata, tunjuk perasaan mahasiswa pada Sabtu lalu adalah untuk menuntut kebebasan akedemik di dalam negara ini.

Katanya, jika Umno tidak campur tangan dan wujud kebebasan akedemik maka tunjuk perasaan tersebut pasti tidak berlaku.

Katanya, kehadiran kumpulan lebih 400 mahasiswa selepas mereka menghantar memorandum di Suhakam selepas Timbalan Menteri

Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah setuju menerima rombongan mereka.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 23 Dec 2011 03:24 PM PST

'Datuk NFC' hanya dijadikan kambing hitam- Rafizi

Posted: 23 Dec 2011 04:27 AM PST

(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 23 Dis: Tindakan polis menahan seorang datuk berhubung siasatan skandal National Feedlot Corporation (NFC), hanya untuk dijadikan kambing hitam dalam kes berkenaan.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ini kerana berdasarkan rekod pendedahan beliau bersama pimpinan KEADILAN mendapati tiada individu seperti yang dimaksudkan.

"Apa yang kita dedah sebenarnya ia berkait penglibatan keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Kita melihat kewujudan secara tiba-tiba Datuk berusia 45 tahun ini hanyalah kambing hitam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk mengalih isu sebenar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU)," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.
Menurutnya, dua isu utama yang didedah sebelum ini sudah cukup untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat skandal itu
Pertama, katanya, pemalsuan dokumen yang diguna NFC sebagai taktik untuk mengeluarkan dana sebanyak RM250 juta.

Kedua, pengeluaran sebanyak RM80,000 setiap bulan dari dana itu untuk pakej pelancongan yang ditawarkan syarikat Impian Global Network Services (IGNS), sejak Januari hingga Julai 2010.

"Dua pendedahan ini sudah cukup untuk SPRM siasat tetapi mereka tidak berbuat demikian," kata Rafizi.
Beliau turut mengaitkan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atas bekas menteri besar Selangor, Dr Khir Toyo atas tuduhan rasuah, juga sebagai satu lagi usaha mengaburi mata rakyat menjelang PRU akan datang.

"Kalau mengikut skrip biasa Umno, mereka yang disiasat ini akan disabit bersalah namun kes akan digugur atau mereka dilepaskan selepas PRU.

"Sebab itu, saya merayu dan mengajak rakyat, jika enggan kes seumpama ini berulang, ayuh, bulatkan tekad dan kukuhkan sesungguhnya dalam hati untuk mengundi setiap calon Pakatan Rakyat pada PRU kali ini," katanya.
Hari ini, portal media melaporkan usahawan berpangkat datuk dan dipercayai memiliki beberapa syarikat, ditahan polis kerana pembabitannya dengan NFC. Lelaki itu ditahan ketika berada di jabatan itu pada Rabu kononnya kerana cubaan untuk menyogok pegawai polis.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyerbu pejabat NFC di Shah Alam dan merampas beberapa dokumen berkaitan.

Pada masa sama, Mahkamah Tinggi Shah Alam pula menjatuhkan hukuman penjara selama setahun ke atas Khir Toyo atas tuduhan rasuah.
Bagaimanapun, ia bukan keputusan muktamad kerana Khir masih mampu melepaskan dirinya daripada tuduhan itu, sekiranya beliau dibebaskan diperingkat Mahkamah Rayuan kelak.

SPRM rampas komputer, dokumen dalam serbuan terhadap pejabat NFC

Posted: 23 Dec 2011 04:19 AM PST

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 23 Dis — Lapan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) merampas dokumen dan satu unit CPU komputer dalam serbuan di ibu pejabat Pusat Fidlot Nasional, National Feedlot Corporation (NFC) di Solaris Mont Kiara hari ini yang dikaitkan dengan penyelewengan dana kerajaan untuk projek ternakan lembu berkenaan.

Menurut Wan Abdul Rahman, pihaknya telah mengambil keterangan daripada kesemua pekerja NFC dan mereka telah memberikan kerjasama yang baik.

"Kami telah mengambil keterangan daripada pekerja di syarikat ini (NFC) dan mereka memberikan kerjasama yang baik," katanya yang juga merupakan ketua siasatan untuk NFC.

Dalam serbuan tersebut, SPRM telah merampas satu unit CPU dan empat sampul surat putih berisi dokumen penting yang berkaitan dengan siasatan skandal NFC.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut dokumen yang dirampas pihaknya.

NFC merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan pusat ternakan lembu NFC yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan.

Skandal NFC tercetus apabila Laporan Tahunan Ketua Audit Negara mengesahkan terdapat penyelewengan dalam dana kerajaan sejumlah RM250 juta berhubung projek berkenaan.

Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail, suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang juga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil (gambar), turut dikaitkan dengan skandal tersebut.

Serbuan hari ini dikaitkan dengan pengumuman SPRM semalam bahawa pihaknya akan menyiasat kes penyelewengan dana kerajaan oleh NFC, bertentangan dengan kenyataan badan tersebut sebelum ini yang menyerahkan siasatan kepada pihak polis atas dakwaan terdapat kes pecah amanah.

SPRM turut mengesahkan pihaknya telah menahan reman seorang individu berpangkat "Datuk" semalam untuk disoal siasat berkaitan skandal tersebut.

Pakatan Rakyat telah menggunakan isu ini dan pemimpinnya menuntut Shahrizat untuk meletak jawatan atas penyelewengan yang berlaku.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin telah menggesa Shahrizat mepaskan jawatan sebagai menteri dan Ketua Wanita Umno demi menjaga nama baik wanita ketika Kongres PKR di Johor bulan lalu.

Selain itu, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan pemimpin daripada Umno termasuk Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar dan beberapa ketua cawangan Umno turut membuat gesaan yang sama terhadap Shahrizat demi menjaga nama baik parti.

Good Bye Khir Toyol

Posted: 22 Dec 2011 11:10 PM PST

Khir Toyo umum masa depan politik

Hafiz Yatim | 2:54PM Dis 23, 11

Bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo berkata beliau akan membuat pengumuman berhubung masa depan politiknya pada 9 Januari depan.

Mohd Khir yang dihurung wartawan selepas dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan rasuah, bagaimanapun tidak memberikan sebab beliau memilih tarikh berkenaan.

Khir berkata beliau akan merayu keputusan mahkamah hari ini yang menjatuhi hukuman penjara setahun ke atasnya seleas mendapatinya bersalah atas tuduhan rasuah.

Peguamnya, M Athimulan memberi gambaran bahawa notis rayuan itu akan difailkan petang ini.

Tarikh 9 Januari dijadualkan untuk Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan perbicaraan kes liwat melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khir didapati bersalah oleh Hakim Datuk Mohtaruddin Baki hari ini atas tuduhan rasuah melibatkan pembelian dua lot tanah dan sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam pada Mei 2007.

Surat terbuka kepada Hasan Ali

Posted: 22 Dec 2011 08:21 PM PST

Syed Abdullah Jamalullail, Ampangan, Seremban.

Datuk Dr Hasan Mohd Ali sepatutnya musabahkan diri dan bukannya cuba untuk mengeruhkan suasana kepada organisasi yang begitu berjasa kepada beliau dengan diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk bersama-sama memimpin bagi memperjuangkan ataupun berjihad demi untuk menegakkan daulah Islamiah di negara yang tercinta ini.

Cuba bertenang dan kenangkan kembali jasa-jasa parti PAS yang telah memberikan ruang dan peluang semasa Datuk Dr Hasan Ali tersepit apabila digamkan oleh RTM dalam program Forum Perdana Islam yang sangat popular di masa itu yang mempunyai jutaan penonton setia setiap hari Khamis malam Jumaat.

Masih ingat lagi di antara yang kena tindakan digamkan daripada menyertai program itu 2 orang lagi tokoh yang tidak asing lagi kepada umat Islam di masa itu ialah Datuk Ismail Kamus dan Datuk Dr Haron Din.

Mereka bukan sahaja dikenakan tindakan tidak dibenarkan untuk berceramah dalam Forum Perdana tetapi apa juga rancangan yang bersabit dengan pemerintah tidak lagi dijemput untuk memberikan syarahan agama.

Lalu ketiga-tiga tokoh agama yang disegani masyarakat Islam ini termasuk Datuk Dr Hasan Ali menjadi ahli PAS dan berjuang di dalam PAS sehingga ketiga-tiga tokoh ini mendapat tempat di peringkat tertinggi di dalam parti dan perjuangan mereka ini sedikit sebanyak telah membantu untuk memenangi hati rakyat menyokong parti PAS kerana ketokohan mereka itu terserlah sebelum masuk PAS lagi.

Datuk Dr Hasan Ali adalah seorang pemimpin yang berwibawa dan mampu memimpin dalam bukan sahaja memperjuangkan agama tetapi juga pakar di dalam segi pengurusan pentadbiran kerana beliau pernah bertugas di dalam sektor kerajaan sebagai pegawai kanan di beberapa kementerian sebelum menjadi pakar motivasi yang terkenal di masa itu.

Tidak hairanlah mengapa parti PAS memberikan jawatan-jawatan penting di dalam parti dan pernah pula menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dalam satu masa hanya kerana mahu beliau memperjuangkan Islam melalui parti Islam PAS.

Tetapi kini kami agak sedih dan begitu kecewa kerana Datuk Dr Hasan Ali yang kami bergantung harapkan untuk berjihad kepada menegakkan daulah Islam itu tergamak meluahkan perasaannya menuduh kepimpinan parti PAS sebagai tidak relevan lagi kerana bukan lagi memperjuangkan Islam tetapi telah bertukar arah kepada menjadikan negara ini kepada sebuah negara kebajikan.

Datuk Dr Hasan Ali mesti faham bahawa kebajikan adalah salah satu cabang yang tersangat penting didalam menegakkan dakwah kepada Islam dan itu sebabnya ianya termasuk dalam Rukun Islam yang keempat daripada 5 rukun Islam yang diwajibkan kepada setiap umat yang mengaku dirinya Islam itu.

Umpamanya salah satu cara ialah membayar zakat di mana zakat yang dikutip itu adalah dinamakan juga sebagai kebajikan untuk membantu umat Islam yang kurang bernasib baik.

Dalam Islam pun ada garis panduan yang mesti dipatuhi sebelum pergi ke puncak terlebih dahulu mestilah mempunyai bekalan yang cukup dan ianya termasuklah berkebajikan kepada umat Islam itu sendiri.

Datuk Dr Hasan Ali, seorang tokoh yang mempunyai kelulusan PhD dan dianggap sebagai seorang profesional patut sedar bahawa memburuk-burukkan 'rumahtangga' sendiri yang membantunya semasa susah dan tersepit tidak harus melakukan kesilapan sebegitu.

Janganlah terlalu emosional kerana kalau tidak sebulu lagi dengan kepimpinan parti PAS sebaik-baiknya berundurlah secara hormat dan pilihlah jalan sendiri jika ingin berjuangkan Islam melalui kaedah parti lawan.

Kalau Datuk Dr Hasan Ali keluar dengan secara hormat pemimpin dan ahli PAS semua menghormati juga dengan keputusan itu dan masih menganggap beliau sebagai tokoh tetapi apabila sebaliknya apa yang berlaku berkemungkinan ianya telah menghancurkan harapan kami semua apa yang kami harapkan.

Walau apapun tiada rasa dendam kerana Islam mengajar kami begitu tetapi terguris juga.

Dalam pada itu kami ucapkan selamat maju jaya kepada Datuk Hasan Ali yang mahu berjihad mengikut caranya sendiri dan mungkin melalui parti yang lain beliau ceburi nanti dan akhir sekali ingatlah pepatah ini 'tempat terjatuh lagi dikenang'.

Mahkamah dapati Khir Toyo bersalah tuduhan rasuah

Posted: 22 Dec 2011 08:10 PM PST

Hafiz Yatim

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

Pada masa ini, Hakim Mohtaruddin sedang mendengar rayuan dari peguam Khir sebelum menjatuhkan hukuman.

Khir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.

Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.

Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.

Dua puluh lima saksi pendakwa dan lima saksi pembela, termasuk Khir, memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.

Pengurus Celcom cawangan Kota Bharu tidak Profesional

Posted: 22 Dec 2011 06:33 PM PST


Merupakan email yang dihantar ke Admin Kerabu Bersuara.

Aduan saya ini adalah bertujuan untuk meningkatkan prestasi staf Celcom bagi cawangan Kelantan yang beralamat di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu, Kelantan. Pada 12hb Disember 2011 yang lepas saya telah ke cawangan Celcom ini untuk membuat tempahan awal bagi telefon model i Phone 4S 32G White dan telah membayar RM200 sebagai yuran tempahan. Saya diberitahu bahawa pihak cawangan akan menelefon saya sekiranya stok telefon berkenaan telah sampai dan pada 18hb Disember 2011 saya telah menerima panggilan mengatakan telefon yang saya tempah itu boleh diambil. Oleh kerana terikat dengan waktu kerja pada tarikh 18hb Disember 2011, saya telah memberitahu bahawa saya akan datang mengambilnya pada keesokan hari, iaitu pada 19hb Disember 2011 dan saya diberitahu bahawa saya boleh berbuat demikian.

Pada 19hb Disember 2011, saya telah pergi ke cawangan Celcom tersebut dan telah bercakap dengan staf kaunter bernama, Rosmarini Salizan Mustafa. Apa yang membuatkan saya tidak berpuas hati ialah selepas menunggu hampir setengah jam saya diberitahu bahawa stok telefon yang saya tempah lebih dari seminggu telah habis. Malangnya bagi pihak mereka, saya terlepas dengar perbualan antara staf tadi dengan seorang lagi rakannya, dipercayai staf bertanggungjawab untuk menjaga stok telefon yang mengatakan stok iPhone 4s sudah habis dan telefon yang warna putih pula telah diambil oleh pengurus cawangan sedangkan beliau sebenarnya sebelum itu telah menempah yang berwarna hitam. Kata staf tersebut lagi dalam perbualannya bahawa alasannya hanya kerana 'bos suka yang warna putih!'.

Saya meminta untuk berjumpa dengan pengurus cawangan berkenaan, tetapi selepas stafnya keluar dari salah satu bilik untuk menanyakan katanya, barulah keluar cerita mengatakan 'Bos cuti hari ini!' sedangkan sebelum itu staf tersebut meminta saya menunggu untuk berbincang dengan 'bos'. Staf berkenaan seterusnya memberitahu saya bahawa mereka boleh mengambil stok telefon yang saya tempah dari cawangan Kemaman, Terengganu. Saya menolak dengan alasan perbuatan mereka sememangnya tidak profesional dan saya seharusnya tidak perlu menunggu lagi kerana kehadiran saya adalah dengan temu janji.

Saya meminta mereka memulangkan yuran tempahan sebanyak RM200. Lagipun dengan banyak dalihan yang diberikan dan pengurus cawangannya sendiri yang bernama Amir bin Abdul Majid, tidak boleh tampil ke hadapan untuk berbincang dengan cara yang baik; saya mempunyai alasan untuk tidak mempercayai kata-kata mereka, risau takut-takut diberikan telefon yang 'second-hand'. Saya berasa benar-benar tidak berpuas hati. Saya bertanyakan sekiranya ada borang aduan untuk saya buat aduan. Tetapi staf tersebut hanya menjawab tiada dan oleh kerana itu, saya mengambil catit nama staf tersebut dan nama pengurus cawangan terbabit.

Seterusnya saya terpaksa beredar dengan perasaan hampa kerana saya juga terikat dengan waktu kerja. Selepas itu saya menerima panggilan dari pengurus cawangan, Amir bin Abdul Majid yang bertanyakan saya dengan soalan yang membentak berbunyi 'sebenarnya apa masalah awak ni??!!'. Seperti kata staf tadi stok telefon berkenaan telah habis di cawangan tersebut, tetapi mengikut kata pengurus cawangan beliau boleh memberikan telefon itu pada hari itu juga. Saya beranggapan dengan situasi, jawapan dan layanan yang saya terima tadi, Encik Amir sebenarnya menawarkan telefon yang diambil dan telah dipakai olehnya. Beliau ada bertanyakan bila mahu berjumpa untuk menyelesaikan masalah dan saya mengatakan masa saya pada hari itu hanya selepas jam 5 petang oleh kerana saya telahpun meluangkan masa rehat saya pada hari tersebut ,dan beliau dengan cepatnya menjawab 'kedai dah tutup masa itu!'.

Seterusnya beliau dengan kasar dan tiada budi bahasa mengatakan sekiranya saya tidak mahu mengmabil i Phone tersebut apa perlunya berjumpa. Saya sebenarnya tidak terkata dengan kasarnya cakap seorang pengurus cawangan yang mewakili imej Celcom di Kota Bharu, Kelantan.

Saya berharap agar aduan ini mendapat perhatian dari pihak berwajib di ibu pejabat Celcom. Sekiranya seperti ini staf-staf di cawangan Celcom, sesiapa pun tidak akan melihat masa depan yang cerah untuk rangkaian telefon ini. Saya sebagai sebahagian dari golongan profesional melihat bahawa tidak ada faedah untuk sesuatu organisasi itu untuk menggaji kakitangan yang tidak ada budi bahasa dan tidak bertanggungjawab sedangkan Celcom adalah sebuah syarikat yang mana salah satu asas utamanya ialah untuk memberi perkhidmatan terbaik dan layanan mesra kepada pelanggan. Sekiranya sesiapa yang menghadapi situasi seperti di atas, lama-kelamaan pelanggan tidak akan ada rasa percaya lagi kepada Celcom.

Pengurus Celcom cawangan Kota Bharu tidak Profesional

Posted: 22 Dec 2011 06:32 PM PST


Merupakan email yang dihantar ke Admin Kerabu Bersuara.

Aduan saya ini adalah bertujuan untuk meningkatkan prestasi staf Celcom bagi cawangan Kelantan yang beralamat di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu, Kelantan. Pada 12hb Disember 2011 yang lepas saya telah ke cawangan Celcom ini untuk membuat tempahan awal bagi telefon model i Phone 4S 32G White dan telah membayar RM200 sebagai yuran tempahan. Saya diberitahu bahawa pihak cawangan akan menelefon saya sekiranya stok telefon berkenaan telah sampai dan pada 18hb Disember 2011 saya telah menerima panggilan mengatakan telefon yang saya tempah itu boleh diambil. Oleh kerana terikat dengan waktu kerja pada tarikh 18hb Disember 2011, saya telah memberitahu bahawa saya akan datang mengambilnya pada keesokan hari, iaitu pada 19hb Disember 2011 dan saya diberitahu bahawa saya boleh berbuat demikian.

Pada 19hb Disember 2011, saya telah pergi ke cawangan Celcom tersebut dan telah bercakap dengan staf kaunter bernama, Rosmarini Salizan Mustafa. Apa yang membuatkan saya tidak berpuas hati ialah selepas menunggu hampir setengah jam saya diberitahu bahawa stok telefon yang saya tempah lebih dari seminggu telah habis. Malangnya bagi pihak mereka, saya terlepas dengar perbualan antara staf tadi dengan seorang lagi rakannya, dipercayai staf bertanggungjawab untuk menjaga stok telefon yang mengatakan stok iPhone 4s sudah habis dan telefon yang warna putih pula telah diambil oleh pengurus cawangan sedangkan beliau sebenarnya sebelum itu telah menempah yang berwarna hitam. Kata staf tersebut lagi dalam perbualannya bahawa alasannya hanya kerana 'bos suka yang warna putih!'.

Saya meminta untuk berjumpa dengan pengurus cawangan berkenaan, tetapi selepas stafnya keluar dari salah satu bilik untuk menanyakan katanya, barulah keluar cerita mengatakan 'Bos cuti hari ini!' sedangkan sebelum itu staf tersebut meminta saya menunggu untuk berbincang dengan 'bos'. Staf berkenaan seterusnya memberitahu saya bahawa mereka boleh mengambil stok telefon yang saya tempah dari cawangan Kemaman, Terengganu. Saya menolak dengan alasan perbuatan mereka sememangnya tidak profesional dan saya seharusnya tidak perlu menunggu lagi kerana kehadiran saya adalah dengan temu janji.

Saya meminta mereka memulangkan yuran tempahan sebanyak RM200. Lagipun dengan banyak dalihan yang diberikan dan pengurus cawangannya sendiri yang bernama Amir bin Abdul Majid, tidak boleh tampil ke hadapan untuk berbincang dengan cara yang baik; saya mempunyai alasan untuk tidak mempercayai kata-kata mereka, risau takut-takut diberikan telefon yang 'second-hand'. Saya berasa benar-benar tidak berpuas hati. Saya bertanyakan sekiranya ada borang aduan untuk saya buat aduan. Tetapi staf tersebut hanya menjawab tiada dan oleh kerana itu, saya mengambil catit nama staf tersebut dan nama pengurus cawangan terbabit.

Seterusnya saya terpaksa beredar dengan perasaan hampa kerana saya juga terikat dengan waktu kerja. Selepas itu saya menerima panggilan dari pengurus cawangan, Amir bin Abdul Majid yang bertanyakan saya dengan soalan yang membentak berbunyi 'sebenarnya apa masalah awak ni??!!'. Seperti kata staf tadi stok telefon berkenaan telah habis di cawangan tersebut, tetapi mengikut kata pengurus cawangan beliau boleh memberikan telefon itu pada hari itu juga. Saya beranggapan dengan situasi, jawapan dan layanan yang saya terima tadi, Encik Amir sebenarnya menawarkan telefon yang diambil dan telah dipakai olehnya. Beliau ada bertanyakan bila mahu berjumpa untuk menyelesaikan masalah dan saya mengatakan masa saya pada hari itu hanya selepas jam 5 petang oleh kerana saya telahpun meluangkan masa rehat saya pada hari tersebut ,dan beliau dengan cepatnya menjawab 'kedai dah tutup masa itu!'.

Seterusnya beliau dengan kasar dan tiada budi bahasa mengatakan sekiranya saya tidak mahu mengmabil i Phone tersebut apa perlunya berjumpa. Saya sebenarnya tidak terkata dengan kasarnya cakap seorang pengurus cawangan yang mewakili imej Celcom di Kota Bharu, Kelantan.

Saya berharap agar aduan ini mendapat perhatian dari pihak berwajib di ibu pejabat Celcom. Sekiranya seperti ini staf-staf di cawangan Celcom, sesiapa pun tidak akan melihat masa depan yang cerah untuk rangkaian telefon ini. Saya sebagai sebahagian dari golongan profesional melihat bahawa tidak ada faedah untuk sesuatu organisasi itu untuk menggaji kakitangan yang tidak ada budi bahasa dan tidak bertanggungjawab sedangkan Celcom adalah sebuah syarikat yang mana salah satu asas utamanya ialah untuk memberi perkhidmatan terbaik dan layanan mesra kepada pelanggan. Sekiranya sesiapa yang menghadapi situasi seperti di atas, lama-kelamaan pelanggan tidak akan ada rasa percaya lagi kepada Celcom.

Pengikut