Pakatan Rakyat |
Posted: 18 Sep 2012 03:28 PM PDT Menjejakkan kaki ke negeri di Bawah Bayu Sabah selama lima hari cukup untuk merakamkan 1001 kenangan dan pengalaman yang tidak pasti terlupakan. Siri jelajah pendengaran awam yang dianjurkan DAP Sabah memberi gambaran lebih dekat akan kesulitan dan dilemma yang dihadapi rata-rata rakyat negeri ini. Tahun 1994 merupakan tahun yang diungkit-ungkit lagi oleh sebahagian besar rakyat. Tumbangnya kerajaan oposisi PBS ketika itu di tangan UMNO-BN dengan cara yang tidak demokratik adalah episod ngeri perluasan pengaruh UMNO di Sabah yang menangguk di air keruh dan menjadi api dalam sekam terhadap keamanan, perpaduan dan keunikan sosio-budaya, politik dan agama di Sabah yang selama ini indah tak terkocak. Bicara Kampus RTM dedah ketidak seimbangan pembangunan Siaran langsung rancangan Bicara Kampus pada 10 September 2012 lalu jam 10 dengan tajuk "Integrasi Nasional" telah memberi gambaran dan tamparan apabila seorang wakil pelajar dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) saudari Fitrianoviani Hj Khalid yang menimbulkan tanda tanya apabila kenyataannya memberi gambaran bahawa pembangunan di Sarawak (Malaysia Timur) jauh lebih ketinggalan dari Semenanjung. Malah, 'perbincangan' Bicara Kampus bersama ahli panel dan audien pada malam tersebut digegarkan dengan persoalan 'mana perginya peruntukan belanjawan' yang dibelanjakan kerajaan. Dalam soal jawab telefon turut menampilkan seorang pemanggil yang mempersoalkan 18 dan 20 syarat dan janji kerajaan BN yang masih tidak dipenuhi seawal penggabungan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. "Semenanjung rompak kami…" Rombongan kami ke Sabah bukan sekadar menikmati keindahan alam semulajadi. Jauh sekali sekadar rombongan untuk membeli belah. Agenda utama DAP kali ini adalah untuk mendengar rintih adu rakyat yang terpinggir. Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Kevin membawa kami dari lapangan terbang Kota Kinabalu ke hotel penginapan. "Itu nampak tak, gunung Kinabalu", kata Kevin kepada saya dan Zeon. Disebelahnya adalah Peter, fasih berbahasa Melayu dengan loghat Sabah. Tiba sahaja di hotel sekitar jam 5.30 petang, kami berehat seketika sementara menunggu masa untuk sesi pendengaran awam malam nanti. Ternyata, sentimen rakyat Sabah masih kuat terhadap Semenanjung. "Semenanjung menindas kami. UMNO rompak hak kami," luah seorang responden kepada saya ketika berbual dengan beliau yang mahu dikenali sebagai Martin sahaja. Seorang Kadazan yang sudah pun mencecah usia emas. Masakan tidak, kalau dahulu negeri ini pernah lebih kaya dan lebih hebat dari Singapura, kini Sabah dibawah kerajaan BN selama 49 tahun terus menelusuri jalan berliku dengan kemelut kemiskinan, peningkatan harga barang, kebanjiran pendatang asing tanpa izin dan masalah lokal yang seolah-olah tak terselesaikan. Kota Kinabalu yang dilihat tenteram dan aman, malah segar udaranya tidak mampu lagi menutupi pekik suara rakyat marhaen yang teraniaya dan tertindas sejak sekian lamanya. Masalah ketiadaan bekalan air dan elektrik sejah puluhan tahun lamanya bukan sesuatu yang asing bagi rakyat negeri ini. Pasti. Persoalan utama yang berlegar di kepala setiap kita ialah, kenapa Sabah yang kaya dengan sumber asli termasuk gas dan petroleum ini telah ditabal sebagai negeri termiskin sedangkan tidak sedikit Ketua Menteri dan pimpinan UMNO negeri menjadi 'jutawan' malah 'billionaire'? – Roketkini.com | |||||||||||||||||||||||||
Posted: 18 Sep 2012 03:21 PM PDT | Survival: Najib cuba takutkan orang Melayu Posted: 18 Sep 2012 02:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu. Kenyataan Najib itu juga didakwa sebagai cubaan secara halus untuk menanamkan sifat kebencian orang Melayu terhadap orang bukan Melayu. "Najib bimbang dengan kebangkitan rakyat, atas sebab itu cuba menggambarkan kepada orang Melayu, survival politik melayu akan hilang jika tidak memilih Umno dalam pilihan raya umum akan datang," kata beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, pagi tadi. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib yang mengatakan survival politik Melayu Islam akan hilang jika memilih BN dalam pilihan raya umum akan datang. Najib dikatakan berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat Umno Pekan, 15 September lalu. Tambah Mahfuz, kebimbangan Najib itu menyebabkan presiden Umno itu mengambil pendekatan tersebut, sedangkan apa yang dibimbangi beliau sebenarnya ialah kehilangan kuasa Umno itu sendiri. Justeru, Mahfuz mengingtkan rakyat agar melihat persoalan ini dengan serius bagi membuat perubahan pada pilihan raya umum akan datang. Lebih-lebih lagi, katanya ungkapan Najib itu tidak wajar dikeluarkan ketika seluruh rakyat Malaysia berada di ambang sambutan Hari Malaysia. Beliau juga meminta Najib menghentikan politik kuno tersebut, yang tidak memberikan keuntungan kepada sesiapa, melainkan kepada BN itu sendiri. | Nama Soi Lek Disebut Bantu Rundingan Dana Kebajikan PM Libat Komisyen RM200,00 Posted: 18 Sep 2012 02:32 AM PDT SHAH ALAM: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, merupakan individu disebut dalam rundingan geran bantuan kerajaan bernilai RM500,000 dari Perdana Menteri kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia. Bagaimanpun, rundingan tersebut menetapkan sebanyak 40 peratus atau RM200,000 haruslah dibayar kepada sebuah syarikat yang ditetapkan. Demikian menurut Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin kepada TV Selangor hari ini. Badrul Hisham memberitahu, nama Soi Lek disebut di dalam minit mesyuarat Persatuan Bekas Polis Malaysia. "Dalam dua minit mesyuarat ada disebut dengan jelas nama Chua Soi Lek sebagai orang yang membantu untuk persatuan mendapat dana geran bantuan kebajikan dari Perdana Menteri Malaysia. "Dalam minit mesyuarat yang sama juga ada disebut satu nama syarikat yang harus dibayar 40 peratus sebagai komisyen kepada orang perantara," beritahu Badrul Hisham. Bagaimanapun beliau tidak dapat mendedahkan nama syarikat yang menerima komisyen bantuan kebajikan tersebut. "Saya boleh dedah setakat itu sahaja kerana SPRM ingatkan saya dan saya juga tandatangan akujanji tersebut sebab kalau saya dedahkan lebih terhadap dokumen yang saya serahkan kepada SPRM, mengikut akta yang ada, saya boleh dipenjara dua tahun atau denda RM10,000. Sebelum ini, pada 16 September lalu, satu laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat Badrul Hisham berhubung isu komisyen geran bantuan kebajikan ini. Antara lain laporan tersebut turut menyatakan pembayaran kepada syarikat penerima komisyen itu dibuat melalui 10 keping cek dari Persatuan Bekas Polis Malaysia. | Tiada kabinet, Pakatan tak bersedia? Posted: 18 Sep 2012 02:28 AM PDT Oleh Izmil Amri Selalunya bila orang pindah masuk rumah baru, kabinet dapur adalah benda yang paling akhir dia pedulikan. Ini normal bagi orang bujang macam saya. Asalkan ada televisyen, sambungan internet, dan tilam setebal tiga inci sudah cukup untuk memulakan hidup baru sebagai seorang murba di tengah kota. Kabinet dapur ni, nanti tunggu kahwin la baru fikir. Yang penting masuk rumah dulu. Pokoknya, kabinet dapur bukan isu fundamental. Sama keadaannya dengan 'kabinet bayangan'. Juga bukan perkara fundamental. Kabinet bayangan untuk apa Obsesi sesetengah pihak dengan benda yang dipanggil kabinet bayangan ini amat merunsingkan. Seolah-olahnya ada golongan yang membiarkan dirinya dijangkiti kuman propaganda United Malays National Organisation. Ini saya kira ajaib jika terjadi kepada golongan cerdik pandai. Selalunya yang giat mendesak supaya diwujudkan kabinet bayangan ini adalah mereka yang tidak sabar-sabar mahu kondem barisan kabinet bayangan itu. Saya hairan kenapa selepas dua belas pilihanraya, baru sekaranglah semua orang beriya mahu tahu kabinet bayangan 'team' lain yang mahu mengambil alih pentadbiran negara. Selama Barisan Nasional memerintah puluhan tahun, tidak ada pun cerdik pandai ini yang peduli siapa yang jadi menteri apa dan pegang portfolio apa. Maka ini menakjubkan saya. Apa yang saya dapat garap secara prima facie apabila melihat keadaan ini adalah suatu kepastian bahawa cerdik-pandai dan politisi dari semua lapisan memang sudah tidak sabar-sabar lagi mahu melihat suatu saf kepimpinan yang baru mengambil alih kursi Putrajaya. Jika tidak masakan mereka begitu obses dengan benda yang dipanggil kabinet bayangan ini. Sebagai orang yang tidak pintar politik, saya akan cuba membantu anda memahami untuk ke sekian kalinya kenapa Pakatan Rakyat tidak kebulur mahupun teruja untuk mempersembahkan kabinet bayangannya. Ini boleh kita fahami secara mudah dengan melihat kepada keterujaan pihak sebelah sana yang asyik mendesak supaya dibikin kabinet bayangan itu. Kenapa beriya betul UMNO mahu melihat kabinet bayangan Pakatan Rakyat? Apakah ia sudah betul-betul putus asa sampai mahu mengenali siapa bakal penggantinya? Pastilah tidak. Ini helah politik yang tidak harus dimakan mana-mana insan berakal. Kabinet banyangan untuk silap mata UMNO United Malays National Organisation beriya mahu melihat kabinet bayangan ini kerana ia mahu bersiap sedia melagakan ahli politik Pakatan Rakyat. Mudahnya begitu. Sungguhpun kita mengerti bahawa politisi Pakatan bukanlah jenis yang hadap sangat mahukan kuasa, tetapi kita juga tidak boleh menolak realiti politik bahawa politisi yang kecundang dan kecewa akan punya kebarangkalian tinggi untuk bertindak bodoh. Seperti lompat parti misalnya. Bukankah politk itu hakikatnya sebuah permainan kuasa? Kenapa lagi UMNO ini beriya mahu melihat kabinet bayangan Pakatan? Mungkin parti etnosentrik ini akan mula mengira pula berapa ramai wakil dari ketiga-tiga parti yang menjawat portfolio penting dan kemudian seperti biasa mencanangkan bahawa kuasa sesebuah kaum akan tergugat kerana kementerian yang biasanya dipegang Melayu UMNO beralih dipegang politisi keturunan lain daripada parti berbilang kaum seperti DAP dan PKR. Ini realiti politik yang kita mesti sedar dan fahami. Realpolitik UMNO adalah berasaskan politik kuasa etnik; dan ini tidak mungkin dapat dipisahkan sehinggalah parti itu bersedia untuk menolak tepi politik perkauman sempit yang telah menjadi amalannya sekian lama. Jadi kenapa obses sangat dengan kabinet bayangan ini? Bohonglah kalau kita kata kabinet bayangan ini suatu kemestian untuk menunjukkan bahawa sesebuah kerajaan itu bersedia untuk mentadbir. Malahan seperti yang saya sebut tadi, selama ini kita tidak pernah pun peduli siapa jadi menteri apa. Fokus untuk menang Lihat sahaja perubahan kuasa di negeri-negeri Pakatan Rakyat sewaktu tsunami politik Mac 2008. Memang betul perubahan yang berlaku itu terjadi di luar jangkaan umum. Tidak ada siapa pun yang peduli siapa yang bakal jadi exco apa di Pulau Pinang atau di Selangor; tetapi kedua-dua negeri itu sehingga hari ini masih memperlihatkan prestasi cemerlang dari semua segi. Yang tidak melihat kecemerlangan itu hanyalah orang-orang UMNO yang hidup dalam penafian. Justeru apabila saya membaca laporan kononnya para pemerhati politik berpendapat bahawa Pakatan Rakyat belum bersedia untuk mengambil alih pentadbiran negara kerana ia masih belum ada kabinet bayangan, saya rasa ini sesuatu yang sangat merepek dan perlu dijawab secara jelas berkali-kali. Yang mesti dibuat sekarang ialah kerajaan yang korup mesti dibuang. Biar yang itu selesai dulu. Jawatan tak lari ke mana. Bukan dapat gaji pun kalau jadi 'menteri bayangan'. Apa nak kecoh-kecoh? – Roketkini.com | Anak pejuang Bukit Kepong hidup susah Posted: 18 Sep 2012 02:22 AM PDT MELAKA – Bapanya dikenali sebagai pejuang negara, namun bagi anak Allahyarham Koperal Mohd Yusoff Rono, ia bukan sesuatu yang membuatkan dia berasa bangga kerana terpaksa mengharungi hidup berliku. Nazir Yusoff, 55, tinggal sebatang kara di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Jalan Ladang 2, Kandang, di sini, selepas berpisah dengan isterinya, kira-kira sembilan tahun lalu. Lebih menyedihkan, dia kini menghidap sakit buah pinggang dan terpaksa menggunakan kerusi roda sejak Januari lalu. Mungkin ada antara mereka tiada sedar, insan yang kini hidup susah sebenarnya anak kepada seorang anggota polis yang terselamat ketika serangan komunis pada peristiwa Bukit Kepong. Ketika ditemui pemberita, Nazir kelihatan menjadikan televisyen sebagai peneman mengubat kesunyian, selain dua anaknya yang datang menjenguk. "Saya reda menerima segala ketentuan ALLAH. Walaupun pedih untuk menanggung, tapi saya tetap bersyukur dapat bergerak dengan menggunakan kerusi roda," katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam. Menurut Nazir, dia kini perlu menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu di Hospital Melaka. Mengenang kembali kisah silamnya, Nazir berkata, sebelum ini dia aktif dengan Persatuan Belia (MYAC) sekitar tahun 1970-an dan suka terlibat dalam kegiatan membantu golongan memerlukan. "Kehidupan bagaikan roda. Sejak berhenti daripada sebuah syarikat kewangan sebagai Eksekutif Pemasaran, saya hanya bergantung hidup dengan wang simpanan saja. "Peristiwa menumpang tidur di surau selepas rumah roboh dilanda ribut juga, saya tidak dapat dilupakan dan pastinya menjadi sejarah sampai bila-bila," katanya. Bagaimanapun, nasib menimpa Nazir itu mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Melaka (Jaim) yang turut menyumbang bantuan bulanan. | Peter Butler digantung 6 bulan, denda RM4,000 Posted: 18 Sep 2012 02:19 AM PDT SINAR HARIAN KUALA TERENGGANU - Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) memutuskan untuk menggantung jurulatih Terengganu Peter Butler selama enam bulan mulai esok dan mengenakan denda RM4,000 terhadap jurulatih dari England itu. Pengerusi jawatankuasa itu, Ahmad Shukri Zakaria berkata Butler dikenakan hukuman itu bagi kesalahan mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung dakwaan salah laku dua pemain Terengganu membawa wanita masuk ke bilik mereka tanpa terlebih dahulu melaporkannya kepada pihak pengurusan. Beliau berkata pemain terbabit, Mohd Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi, mengaku keluar serta balik ke hotel lewat malam hampir pukul 3 pagi sebelum perlawanan Terengganu menentang Kedah di Alor Setar pada 28 Ogos lepas. "Mesyuarat mengambil keputusan untuk memberi amaran keras kepada kedua-dua pemain itu, dan mengenakan denda sebanyak RM1,000 seorang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu hari ini. Turut hadir Yang DiPertua PBSNT, yang juga Pengurus Pasukan Terengganu Datuk Che Mat Jusoh dan Timbalan Yang DiPertua PBSNT Sheikh Tajudin Sheih Yusof. "Bagi kesalahan kedua (iaitu) bertindak biadap terhadap penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee pula, Butler dikenakan potongan gaji sebanyak 15 peratus daripada gaji pokok untuk sebulan. | Sang Saka Malaya: Polis terima dua laporan Posted: 18 Sep 2012 02:16 AM PDT Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, dua laporan itu dibuat di Shah Alam dan Banting pada 14 September lalu. Beliau berkata, kedua-dua laporan itu disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan. "Setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan kita akan mengesan mana-mana saksi yang mengetahui berhubung kejadian untuk dirakamkan percakapan bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. Menurut blog www.sel13.com, perbuatan tidak bertanggungjawab mengibarkan bendera selain Jalur Gemilang tersebut mula dilakukan pada malam sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka di sini 30 Ogos lalu dan kini dikesan merebak di Selangor. Pengendali blog berkenaan turut mendakwa pengibaran bendera itu boleh dilihat di Damansara, Subang dan Shah Alam. | Posted: 18 Sep 2012 02:07 AM PDT KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, bukan satu isu besar jika Kedah tidak turut serta dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti negeri Selangor jika Kerajaan Pusat memutuskan untuk membubarkan Parlimen. Sehubungan itu katanya, tidak timbul isu kos akan meningkat, sehingga lebih RM80 juta seperti didakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tindakan itu diperuntukkan oleh undang-undang. "Kalau negeri Sarawak boleh buat pilihan raya Dun asing, mengapa tidak Kedah?" kata beliau ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media, hari ini. Bagaimanapun Kerajaan Negeri Kedah masih lagi belum membuat keputusan sama ada mengadakan PRU13 secara berasingan atau bersama-sama dengan Kerajaan Pusat. Selangor sebelum ini memutuskan akan mengadakan pilihan raya secara berasingan kerana SPR masih lagi belum membersihkan daftar pemilih. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menambah yang pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah jika calon luar dari Kedah mahu bertanding dalam kerusi di negeri itu. "Pas Kedah tidak hadapi sebarang masalah jika ada calon luar yang mahu bertanding di Kedah. "Apa yang penting, calon itu mestilah lebih kredibel dan lebih baik daripada anak Kedah sendiri, barulah layak menjadi calon," tegasnya. | Macam-macam alasan SPR tak mahu selesai isu daftar pemilih Posted: 17 Sep 2012 10:05 PM PDT Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal mendedahkan senarai daftar pemilih terkini menyebabkan kesukaran terhadap proses semakan bagi mengenalpasti nama pengundi baru yang diragui dalam usaha menyelesaikan masalah daftar pemilih. Oleh itu, beliau mengingatkan SPR supaya berhenti menuduh Kerajaan Selangor enggan bekerjasama menyelesaikan isu daftar pemilih. "Apa yang penting SPR kena dedahkan untuk memudahkan kami membuat semakan supaya tidak timbul nama bertindih dan sebagainya. Takkan SPR mahu dedah nama dua minggu sebelum pilihan raya?," katanya ketika dihubungi. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mendakwa kononnya Kerajaan Selangor tidak pernah membuat aduan dan menunjukkan hasil siasatan mereka berhubung senarai nama pengundi baru yang meragukan kepada badan itu. Selangor bantu SPR Borhan menjelaskan, proses pendemokrasian oleh kerajaan Selangor belum lagi selesai sepenuhnya, jadi tidak perlu SPR menuduh melulu kerana pihaknya akan membuat aduan sebaik kerja-kerja tersebut selesai. "Apa yang dibuat oleh Kerajaan Selangor adalah proses pendemokrasian untuk bantu SPR berhubung pengundi baru yang meragukan dan nama pengundi bertindih. "Sekarang ini kita masih dalam pengumpulan, prosesnya belum siap 100 peratus lagi. Tujuan kita adalah untuk dapatkan data terlebih dulu bagi proses pengasingan. Kalau semuanya selesai, baru kita ada bukti untuk lapor kepada SPR," jelas beliau. Borhan berkata, walaupun senarai daftar pemilih akan disemak mengikut pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), namun SPR tidak boleh menafikan kewujudan pengundi hantu. "Pengundi hantu banyak takrifannya, kalau dulu orang yang sudah mati tapi ada orang lain tolong mengundi bagi pihaknya dipanggil pengundi hantu, tapi jika seseorang itu mengundi dua kali juga dipanggil pengundi hantu. "SPR tolonglah jadi badan berkecuali, dan pastikan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-13 ini dibuat dengan bebas dan telus," ujarnya. Peningkatan mendadak di Selangor Kerajaan Selangor sebelum ini mendedahkan, peningkatan mendadak daftar pemilih negeri itu untuk Suku Ketiga 2011 berjumlah 316,788 berbanding daftar pemilih induk 2008. Berikutan itu, Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) KEADILAN melancarkan Sistem Menang Pilihan Raya (Sismep) 3.0 di seluruh negara bermula Mei lalu. Sismep merupakan sistem yang direka dan berfungsi mengesan pengundi hantu melalui perbezaan senarai pengundi yang berdaftar dan kawasan mengundi dari tahun 2004 hingga 2011. Rekod Daftar Pemilih Terkini Suku Tahun Ketiga 2011 Kerajaan Selangor menunjukkan pertambahan pengundi baru di Sabak Bernam ialah 5,711, Sungai Besar (6,049), Hulu Selangor (15,481), Tanjong Karang (4,307), Kuala Selangor (10,083), Selayang (16,189), Gombak (15,467), Ampang (9,467), Pandan (13,175), Hulu Langat (23,334), Serdang (23,748), Puchong (19,772), Kelana Jaya (13,714). Manakala di Petaling Jaya Selatan berlaku pertambahan sebanyak 4,143, Petaling Jaya Utara (5,603), Subang (27,765), Shah Alam (15,417), Kapar (21,606), Klang (11,702), Kota Raja (22,256), Kuala Langat (17,172) dan Sepang (14,627). | Shahrizat omong kosong, tak usah sibuk agenda wanita Pakatan Posted: 17 Sep 2012 10:03 PM PDT Oleh Mohd Martin Kahar KUALA LUMPUR : Timbalan Ketua Wanita KEADILAN, Rodziah Ismail mengingatkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil supaya tidak mencampuri dasar Agenda Wanita Malaysia yang dilancarkan Pakatan Rakyat baru-baru ini. "Berapa ramaikah wanita yang dicalonkan untuk menjadi Ahli Parlimen di kalangan BN? Malah Umno BN juga gagal meletakkan 30 peratus wanita untuk menjadi Ahli Parlimen. "Menteri Wanitapun diletakkan di bawah Datuk Seri Najib Razak. Tidak adakah wanita dalam BN yang layak untuk memangku jawatan itu?" sindirnya ketika dihubungi. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Shahrizat kononnya pelancaran Agenda Wanita Malaysia oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim Khamis lalu sebagai ketinggalan zaman. Shahrizat mendakwa semua yang ingin diperjuangkan Pakatan Rakyat sudah dilakukan BN sejak merdeka lagi. Mengulas lanjut, Rodziah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga mencabar bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menyenaraikan kejayaan mengangkat martabat wanita di bawah pemerintahan Umno BN. "Tidak ada pencapaian yang dilakukan oleh mereka! Cuma perancangan tetapi implementasinya gagal. Setiap perancangan itu sepatutnya disusuli dengan tindakan," ujarnya. Beliau berkata, dalam memperjuangkan wanita, Pakatan Rakyat lebih ke depan termasuk meletakkkan lebih ramai calon sebagai Ahli PArlimen. Menurutnya lagi, Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat juga memberi lebih peranan kepada golongan itu untuk menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). "Di Selangor, kita mempunyai hampir 40 peratus bilangan wanita dalam barisan exco dan juga sebagai Adun. Ia melebihi indeks yang disasarkan BN," katanya. Pakatan sasar 40 peratus Menteri Wanita Menurut Rodziah, Indeks Global Jurang Gender menunjukkan wanita Malaysia menduduki tangga paling bawah jika dibandingkan dengan negara-negara Asean lain membuktikan Umno BN mendiskriminasikan wanita. Dalam Indeks Global Jurang Gender sedunia 2012, Malaysia di tangga 97 daripada 135 negara, lebih rendah dari Filipina di tangga 28, Afrika Selatan, (14), Cuba (20), Mozambik (26), Argentina (28), Sri Lanka (31), Kazakhtan (49), Thailand (60), Bangladesh (69), Brunei (76), Indonesia (90). Beliau berkata, wanita perlu diletakkan setaraf dengan kemampuan mereka dalam menyumbang secara signifikan kepada politik, sosial dan ekonomi di Malaysia. "Dalam hal-hal tertentu, wanita patut diberi peluang untuk membuat keputusan tanpa diskriminasi. | PUAK-PUAK UMNO MEMANG GEMAR BUAT LAWAK!!!!. Posted: 17 Sep 2012 09:53 PM PDT PUAK-PUAK UMNO MEMANG GEMAR BUAT LAWAK!!!!.. SURUH SETIAP MAHASISWA LELAKI PAKAI TANJAK BILA KEKULIAH DEMI MEMPERKENAL DAN MEMPERTAHANKAN BUDAYA MELAYU!!!http://omakkau.blogspot.com/ Apa punya cadangan boleh terfikir diotak dan terhambur keluar dari mulut ni? Cuba bayangkan apabila semua mahasiswa Melayu di IPTA/S diwajibkan memakai tanjak? Kalau pakai tanjak sudah pasti kena padankan dengan pakaiannya. Tidak mungkin boleh dipakai dengan memakai baju kemeja dan seluar slack. sudah pasti akan merosakkan keindahan tanjak itu sendiri. Jadi mau tak mau kenalah pakai pakaian yang menggunakan bahan kain songket juga. Kain songket dipakai diwaktu cuaca sepanas negara kita? Yang mencadangkan ini apabila bercakap tak gunakan akal ke? Oopss.. namapun NGO berjiwa Melayu pekat konon.. NGO berdarah pekat UMNO.. GPMS beb!! Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. ADMIN CADANGKAN AGAR AHLI-AHLI GPMS MENJADI PELUPORNYA...JADIKAN MAHASISWA CONTOH....KITA TENGOK RAMAI-RAMAI... INILAH APABILA BUDAYA AMPU BODEK MELULU MENJADI SALAH SATU BUDAYA TEGAR DALAM UMNO. INI DINAMAKAN CERDIK TAK BOLEH DIIKUT... BODOH TAK BOLEH LAGI DIAJAR!!! | [EDISI TERDESAK] 'Politik Ganas' Menular, Cermin Kereta YDP PAS Pekan Dipecahkan! Posted: 17 Sep 2012 09:42 PM PDT KELAB GREENBOC Pekan- Sebuah kereta milik Yang Di Pertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf (foto) telah dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali lewat malam tadi. Kereta beliau dari jenis Kia Spektra itu telah dibaling dengan batu-bata menyebabkan cermin belakangnya pecah. Menurut sumber, sebelum ini kejadian yang sama telah menimpa kenderaan anak saudara beliau turut dipecahkan cermin ketika ia diletakkan di hadapan rumahnya. Dua kejadian yang berlaku ini menimbulkan satu persoalan, apakah ia bermotifkan politik atau sekadar perbuatan khianat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sementara itu laporan polis telah di buat oleh PAS Pekan selepas kejadian itu awal pagi tadi. Kejadian yang berlaku ini sungguh mengejutkan kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi PAS di kawasan parlimen yang diwakili oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Nampaknya kini budaya samseng dalam berpolitik sudah semakin menular dan berada ditahap yang paling serius. Kejadian yang menimpa YDP PAS Pekan itu kemungkinan besar adalah untuk menakut-nakutkan beliau dan keluarganya, tambahan pula Pilihanraya Umum Ke-13 kian hampir sekarang ini. Apapun, mujurlah tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian ini. Manakala itu, menurut Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Pahang (MTRP), Syed Ali Al-Habshe beliau percaya perbuatan itu adalah tindakan khianat oleh seteru politik pemimpin PAS terbabit. "Harap.. jangan amalkan budaya politik ganas dan kejadian ini mungkin disebabkan oleh tindakan ektrimis pihak lawan. Marilah kita sama-sama solat hajat minta Allah memberikan petunjuk kepada pihak terbabit. Pihak polis juga diharap dapat bertindak secara adil menyiasat kes ini", katanya. Kejadian yang berlaku ini dilihat pasti akan menjatuhkan imej UMNO BN di mata rakyat walau pun mungkin bukan ahli mereka yang melakukannya. Biar pun mungkin mereka menafikan, namun berdasarkan kepada modus operandi yang dilakukan ia menjurus ke arah itu. Jika tidak mana mungkin dua kejadian yang sama dilakukan terhadap orang yang sama dan mempunyai pertalian saudara seperti ini. Sebelum ini, adengan memualkan ini dapat disaksikan di ceramah-ceramah, kemudian terbawa-bawa ke lokasi sesuatu program. Terkini melibatkan kejadian simbah cat pula dan akhirnya tindakan biadap ini pula dilakukan. Ia sesuatu yang tidak wajar dan sepatutnya tidak dilakukan jika negara kita mengamalkan politik yang sihat. Namun, bagai direstui maka akhirnya berlakulah kejadian yang tidak diingini seperti ini sebenarnya. Moga pihak polis dapat melakukan tindakan secara profesional untuk mengesan penjenayah terbabit. Semoga Ustaz Abu Kassim tetap tabah menghadapi musibah ini]. -PDO | [PERLU TAHU] Mengapa Mereka Potong Subsidi Rakyat, Tidak Gaji Menteri? Posted: 17 Sep 2012 09:40 PM PDT KELAB GREENBOC Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri 1. Gaji Pokok RM18,000 2. Elaun Keraian RM10,500.00 3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - Kebanyakan menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah 4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - 5. Elaun parking RM 5,700.00 Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja Lain-lain kemudahan 1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit. 2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia 3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia 4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia 5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00 6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit, satu driver, minyak percuma. Kalau pakai pemandu kementerian, dapatlah duit percuma. 7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut. 8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00 9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan. -malique | Tiada lagi akses untuk filem hina Rasulullah di internet Posted: 17 Sep 2012 09:32 PM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR- Filem anti-Islam 'Innocence Of Muslims' yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dan agama Islam, didapati tidak lagi boleh diakses melalui saluran YouTube selepas kerajaan bertindak menyekat penyiarannya. Cubaan Bernama hari ini untuk mengakses kandungan filem itu gagal, menjurus kepada pengamatan bahawa pengguna Internet di negara ini telah dihalang daripada mengakses filem kontroversi itu. Hanya maklumat pemberitahuan meminta maaf tertera pada skrin yang berbunyi: "This content is not available in your country due to a legal complaint. Sorry about that" (Kandungan ini tidak boleh ditonton di negara anda berikutan aduan secara perundangan. Maaf mengenai perkara itu). Filem arahan Sam Bacile, 52, dari California, yang disiar dalam laman YouTube mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Dua hari lepas, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, Malaysia akan menyekat penyiaran filem itu yang jelas menghina agama Islam. Rais dipetik sebagai berkata, beliau meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk berunding terus dengan pihak berkuasa lain supaya tidak membenarkan akses kepada paparan itu sama ada melalui YouTube atau saluran lain.- BERNAMA | Kenyataan Hishammuddin bukti polis tidak bebas, kata Nurul Izzah Posted: 17 Sep 2012 09:24 PM PDT Oleh Md Izwan KUALA LUMPUR — Ahli parlimen PKR kawasan Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar) menyifatkan kenyataan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tidak memberi jaminan keselamatan bagi program anjuran Pakatan Rakyat (PR) sebagai gambaran jelas institusi polis negara tidak lagi bebas. Hishammuddin dalam kenyataan semalam turut bertindak menyalahkan pihak PR sebagai punca tugas PDRM semakin meningkat berikutan tindakan memburukkan kerajaan dan menyuntik kebencian generasi muda terhadap pemimpin negara. "Tanggungjawab ini semakin berat terutamanya untuk pastikan rakyat sentiasa berada dalam keadaan aman dan harmoni. "Sikap pembangkang yang memburukkan dan menanam kebencian telah meningkatkan lagi tugas polis," kata Hishammuddin semalam. "Kenyataan daripada Hishammuddin tidak boleh diterima dan melanggar tanggungjawab yang diberikan kepadanya, kalau kita memerintah kita akan pastikan orang seperti ini tidak jadi menteri," kata Nurul dalam satu forum bertajuk "Creating a Rising Economic Tide that Lifts All Boats" hari ini. Laporan daripada sebuah laman portal berita pada 15 September lalu mengundang rasa tidak puas hati Hishammuddin yang mengganggap kenyataannya telah diputar-belit dan menyifatkan ia berniat jahat, hinggakan mendapat perhatian pemimpin tinggi daripada PR yang bertindak menyerang dirinya. Menurut Nurul Izzah lagi, institusi polis sepatutnya bebas dan bersih tidak terikat dengan mana-mana pihak tetapi sebaliknya yang berlaku apabila polis terpaksa mengikut telunjuk seorang menteri tanpa menghiraukan kesan persepsi buruk yang timbul selepas itu. "Bukankah institusi polis sepatutnya bebas? "Kenapa segalanya mesti ditentukan oleh pihak yang berkepentingan? "Bukankah ini melanggar prinsip institusi polis yang mahu memberikan keadilan rakyat?" tegas Nurul lagi. Insiden keganasan politik yang ditujukan kepada pemimpin PR menjadi topik yang diperkatakan mutakhir ini hingga menyebabkan terdapat gesaan campur tangan daripada pihak kementerian dan berkuasa. | 21 tertuduh kes perhimpunan haram ulangtahun Bersih dibebaskan Posted: 17 Sep 2012 09:17 PM PDT Oleh Nomy Nozwir PETALING JAYA—21 orang termasuk ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini didapati tidak bersalah dan dibebaskan atas dakwaan kes perhimpunan haram ulangtahun pertama Bersih pada tahun 2008.Hakim Hayatul Akmal hari ini memberi keputusan tersebut selepas mahkamah mendapati pihak pendakwa tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwa penganjur perhimpunan tersebut. Gobind Singh Deo yang mengetuai pasukan peguam pembelaan berkata, beliau amat gembira dengan keputusan yang diputuskan oleh mahkamah sesyen hari ini. "Pihak pendakwa jelas tidak mempunyai bukti yang kukuh bahawa penganjur membuat sebarang kesalahan. Jadi saya berharap peguam negara tidak akan merayu untuk kes ini. "Kemenangan ini sangat menggembirakan memandangkan kami telah berada di dalam kes ini sudah hampir tiga tahun," kata Gobind, yang juga ahli parlimen Puchong. | 'JAWI boleh rampas buku tanpa perintah pengharaman KDN' Posted: 17 Sep 2012 09:13 PM PDT Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) boleh merampas buku-buku kontroversi mengenai Islam, walaupun tanpa Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku-buku seumpama itu. Ini merupakan jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang difailkan terhadap permohonan semakan kehakiman yang dibuat kepada Mahkamah Tinggi oleh kedai buku Borders berhubung tindakan JAWI merampas buku tulisan pengarang Kanada, Irshad Manji (foto atas). Ini, menurut kalangan pengamal undang-undang, bermakna JAWI boleh mengatasi kuasa menteri dalam negeri dan merampas sebarang buku tanpa arahan dari Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran kementerian tersebut. Hishammuddin dalam afidavitnya itu menyatakan bahawa walaupun tiada perintah pengharamannya pada hari buku itu dirampas, JAWI mempunyai kuasa untuk berbuat demikian kerana buku itu melanggar Seksyen 13 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 . Katanya, rampasan tersebut boleh dilakukan oleh JAWI di bawah undang-undang berkenaan, tanpa sebarang perintah pengharaman daripada kementerian. Menteri dalam negeri telah diarahkan menjawab permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Berjaya Books Sdn Bhd, yang mengendalikan kedai buku Borders, bersama-sama dengan pembantu pengurus besarnya, Stephen Fung dan pengurus kedai buku Borders di Gardens Mall, Nik Raina Nik Abdul Aziz. Nik Raina (kiri) didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah pada bulan Jun atas tuduhan mengedarkan buku kontroversi - Allah, Kebebasan dan Cinta - tulisan Manji. Berjaya Books telah mencabar kes itu di Mahkamah Tinggi dan menamakan JAWI, kementerian dalam negeri, menteri yang menjaga hal-ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri, sebagai responden. JAWI merampas buku tersebut dari kedai buku Borders di Gardens Mall pada 23 Mei, manakala kementerian dalam negeri hanya mengisytiharkan pengharamannya enam hari kemudian - pada 29 Mei. | Kenali rupa dalang filem anti-Islam Posted: 17 Sep 2012 05:31 PM PDT KL TODAY Ini adalah gambar pertama lelaki dikatakan dalang di sebalik filem anti-Islam yang telah mencetuskan keganasan di seluruh Timur Tengah.Nakoula Basseley Nakoula juga dikenali sebagai Sam Bacile. Lelaki yang disyaki oleh FBI sebagai pembuat filem bertanggungjawab terhadap filem Innocence Of Muslims yang mencemuh Nabi Muhammad.Salah seorang pelakon filem itu Anna Gurji mengatakan dia telah ditipu oleh pengarah berusia 55 tahun itu. Nakoula (lelaki di dalam gambar )adalah Kristian Koptik kelahiran Mesir . Sekarang tinggal di California, beliau adalah seorang peniaga dadah yang disabitkan kesalahan dan yang terakhir dibebaskan dari penjara pada Jun tahun lepas. Filem ini telah menyebabkan tindakbalas anti-AS dari umat Islam seluruh dunia. Tujuh orang telah terbunuh, beribu-ribu cedera dan malam tadi rusuhan telah merebak ke Sydney, Australia. Ia juga melaporkan bahawa Sudan telah menolak permintaan AS untuk menghantar Marin untuk melindungi kedutaan. 'Saya melakonkan watak pengantin perempuan bongsu kepada watak yang bernama George, "katanya. 'Saya tidak tahu George akan ditukar kepada Muhammad. Saya mengunci diri di dalam rumah saya. Saya takut orang-orang di Timur Tengah akan menyalahkan saya. 'Saya penganut katolik oleh itu mereka mungkin fikir saya menentang umat Islam. Saya mengambil pil tidur. Saya telah menangis selama beberapa hari. Saya rasa dikhianati. Muka saya terpapar dalam klip filem. Apabila orang menonton filem buruk itu mereka akan melihat saya. ' Gurji berkata dia dan pelakon lai percaya mereka telah membuat sebuah filem aksi yang dipanggil Desert Warrior. Nakoula atau 'Sam' tidak pernah menyebut tentang agama. 'Saya diberitahu saya adalah untuk menjadi Hilary, pengantin muda kepada watak yang dipanggil George, "katanya. 'Filem ini adalah tentang sebuah komet yang jatuh ke Bumi di Timur Tengah purba. | Pencacai UMNO Menghina Sunnah Rasulullah Posted: 17 Sep 2012 05:26 PM PDT KELAB GREENBOC Gambar di atas adalah satu penghinaan yang tiada taranya bukan sahaja ke atas TG Nik Abdul Aziz, tetapi juga ke atas sunnah Rasulullah. Apakah menghirup makanan dari pinggan di pandang sebagai sesuatu yang tidak sopan oleh pencacai UMNO lalu menyamakannya dengan khinzir? Sedangkan apa yang dilakukan oleh TG Nik Aziz dan kebanyakan ulamak adalah untuk menghabiskan makanan di pinggan. Ia adalah perkara basic di dalam ugama yang ramai pencacai UMNO tidak tahu sebab cetek pengetahuan di dalam pelajaran ugama sendiri. Hadith: Dari Anas: "Bahwasanya Rasul SAW, sewaktu makan menggunakan tiga jari, dan sabdanya: "Ketika suapan seseorang dari kamu jatuh, hendaklah diambil, dibersihkan dari kotorannya, lalu dimakan, jangan dibiarkan syaitan yang makan. Dan beliau SAW, menyuruh membersihkan sisa makanan di piring dengan sabdanya: "Kalian tiada mengetahui dengan pasti butiran makanan yang mana terletaknya barakah pada makanan" (HR. Muslim) Di dalam Islam yang tidak sopan itu ialah yang mensia-siakan rezeki, yang membazir dan yang tidak habiskan makanan di pinggan/piring untuk menjadi jamuan kepada syaitan. | Posted: 17 Sep 2012 05:09 PM PDT BN negeri Perak mengekalkan tradisi apabila memutuskan kerusi Parlimen Gopeng kekal ditandingi oleh MCA sebagai calon BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau berkata Gopeng yang mempunyai majoriti pengundi masyarakat Cina itu akan diwakili oleh calon BN dari MCA dan yakin calon yang dikemukakan parti tersebut mengambil kira semua faktor. "MCA akan mewakili BN dan saya yakin kali ini MCA akan meletakkan calon yang berwibawa, kerusi ini kita akan pastikan kembali kepada BN pada pilihan raya akan datang. (Kerusi) itu adalah kita (BN) punya tradisi, saya tidak mahu membuat spekulasi, kita mahu teruskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Gopeng di Ipoh, hari ini. Berdasarkan kaji selidik dan pelbagai program melibatkan rakyat serta semangat kesepaduan antara komponen BN terutama Umno di Gopeng, BN yakin kerusi itu boleh dirampas semula daripada pembangkang, katanya. Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata beliau sentiasa mengikuti perkembangan bahagian Gopeng dan berpuas hati dengan perpaduan antara anggota Umno serta komponen BN lain kerana apa yang lebih penting adalah persiapan bagi memenangi pilihan raya umum kelak. "Kita mahu pastikan semua calon bebas daripada sebarang masalah, kita tidak akan calonkan mereka yang bermasalah, saya yakin apa yang dikemukakan presiden parti akan mengambil kira semua faktor termasuk latar belakang serta kesediaan rakyat untuk menerima calon," katanya. Beliau berkata pada dasarnya adalah penting untuk melihat sama ada rakyat menyokong atau tidak calon berkenaan kerana rakyat mempunyai pandangan dari sudut yang berbeza-beza terhadap seseorang calon. Semua anggota Umno bahagian Gopeng juga telah memberi janji bukan hanya kepadanya malah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden parti dan mereka faham bahawa keutamaan BN adalah untuk memenangi pilihan raya umum akan datang, katanya. "Sabotaj dalaman tidak akan timbul, jika ada sudah tentu parti akan ambil tindakan yang sewajarnya," katanya. Pada pilihan raya umum lepas, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Lee Boon Chye mengalahkan calon BN Ling Hee Leong dengan majoriti 7,368 undi. Terdahulu, dalam ucapannya Zambry berkata selain bekerja keras untuk merampas semula kerusi Parlimen Gopeng, BN juga perlu mempertahan kerusi DUN Sungai Rapat. "Siapa yang terpilih menjadi calon nanti, kita perlu sokong atas nama parti BN dan bagi yang tidak terpilih mereka harus berlapang dada...jangan berlaku pertempuran sesama kita dalam parti sebaliknya medan pertempuran kita ialah dengan pihak pembangkang," katanya. DUN Sungai Rapat kini disandang oleh Datuk Hamidah Osman yang mengalahkan calon Pas Radzi Zainon dengan majoriti 636 undi pada pilihan raya umum lepas.- Bernama | Mangsa kemalangan keretapi di Sungai Petani masih di ICU Posted: 17 Sep 2012 05:06 PM PDT SINAR HARIAN SUNGAI PETANI - Wanita yang cedera dilanggar kereta api sewaktu menyeberang landasan di kawasan melintas di sini lewat malam Sabtu lepas, sudah sedarkan diri namun masih ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda Superintenden Ong Aik Chang berkata K. Rani, 20, sudah boleh bertutur namun pinggang, tangan dan kakinya patah akibat kemalangan itu. "Keadaan mangsa sudah stabil namun masih dirawat di ICU. Setakat ini, kita tidak membuka sebarang kertas siasatan berhubung kes ini. "Ini merupakan kejadian pertama untuk tempoh tahun ini. Kira-Kira tiga tahun lalu, kes kemalangan melibatkan kereta api dilaporkan pernah berlaku di Bedong," katanya ketika dihubungi Bernama. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai sentiasa mengutamakan keselamatan diri sewaktu melintas landasan kereta api, apatah lagi jika palang sudah diturunkan untuk memberi laluan kepada kereta api melalui kawasan tersebut. "Jika palang sudah ditutup, jangan ambil risiko untuk melintas. Biar terlewat sikit sampai ke destinasi asalkan keselamatan diri terjamin," katanya. Dalam kejadian 12.45 malam itu, motosikal dinaiki Rani bersama adiknya, Nalini Devi, 18, sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Kelisa Ria, dilanggar kereta api ketika dua beradik tersebut cuba menyeberangi landasan berkenaan, yang sudah ditutup dengan palang. Nalini Devi maut di tempat kejadian.- Bernama | Netbook 1Malaysia: Rosak sebelum sempat digunakan Posted: 17 Sep 2012 05:02 PM PDT TEMERLOH – Entah di mana silapnya, berdozen Netbook 1Malaysia yang diedarkan kepada pelajar di daerah ini terpaksa dihantar ke kedai komputer untuk dibaiki atas pelbagai kerosakan. Ada antara ibu bapa yang ditemui kecewa kerana hanya sempat menggunakan produk itu dalam tempoh seminggu, malah lebih teruk ada yang mendakwa langsung tidak boleh menggunakannya sejak diterima tiga bulan lalu. Mohd Pauzi Abdul Ghani, 32, dari Bandar Bera, berkata, dia sedikit terkilan apabila dimaklumkan anaknya, netbook berkenaan langsung tidak boleh digunakan. Menurutnya, netbook yang diterima anaknya dalam satu majlis pengagihan Jun lalu itu cuba dihidupkan, namun langsung tidak boleh berfungsi. "Saya sedikit terkilan kerana sudah membeli modem untuk mengakses internet tetapi netbook pula rosak, saya hantar baiki pada 19 Jun lalu dan hari ini baru siap dibaiki," katanya sewaktu mengambil semula netbooknya di salah sebuah kedai komputer, di sini. Mohd Pauzi berkata, sebagai bapa penerima, dia tidak menafikan sumbangan kerajaan dalam membantu pelajaran anaknya, tetapi sedikit terkilan apabila produk yang dibekalkan tidak berkualiti. "Saya takut benda-benda macam ini dimanipulasikan pihak tertentu, mungkin pembekal sendiri tidak mengetahui produk mereka tidak berkualiti, tambahan pula ia diedarkan dalam kuantiti yang banyak dari kilang," katanya. Mohd Pauzi berkata, dia dimaklumkan memang ramai ibu bapa yang mengeluh mengenai produk itu kerana ada yang baru pakai seminggu sudah rosak. Sementara itu seorang lagi bapa, Wahid Ahmad Salleh berkata, anaknya juga langsung tidak sempat menggunakan netbook tersebut. "Anak saya punya pun sama, dapat dalam keadaan sudah rosak, terpaksa hantar ke kedai untuk dibaiki," katanya. Sinar Harian yang melakukan tinjauan selama setengah jam semalam turut mendapati dalam tempoh itu tiga pelanggan datang ke kedai semuanya berkaitan netbook yang rosak. Sinar Harian dimaklumkan kebanyakan ibu bapa menghantar netbook yang rosak pada Jun lalu iaitu selepas menerima pengagihan secara berkelompok di salah sebuah sekolah, di sini. Menurut pekedai, ada juga ibu bapa yang marahkan mereka sedangkan mereka langsung tidak mengetahui hujung pangkal produk itu. "Kami hanya bantu orang ramai, kebanyakan netbook yang dihantar mengalami masalah hardisk, motherboard dan screen rosak," katanya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memastikan produk dibekalkan itu berkualiti supaya tidak menyusahkan orang ramai. "Kita akan usahakan penyelesaian isu ini kerana kita tidak mahu bantuan yang diberikan kerajaan menjadi bebanan pula kepada ibu bapa apabila produk tidak berkualiti," katanya. | Pusat khidmat GERAKAN pula jadi sasaran Posted: 17 Sep 2012 04:56 PM PDT Pusat khidmat parti GERAKAN Pulau Pinang di Pulau Tikus diserang oleh penyerang yang tidak dikenali awal pagi ini. Penyerang tersebut melemparkan kopi dan telur di pusat khidmat yang dikendalikan oleh ketua GERAKAN Pulau Pinang, Dr Teng Hock Nan. Tiga hari sebelum kejadian, ibu pejabat DAP Pulau Pinang dan tiga pusat khidmat parti disimbah dengan cat merah. Ketika dihubungi Malaysiakini, Teng yang berang dengan perbuatan tersebut berkata, serangan berkenaan bermotifkan politik. Walaupun serangan tersebut dilihat satu perkara kecil, Teng berkata makna dan mesej di sebalik perbuatan itu adalah sangat buruk. Teng yang merupakan bekas ADUN Pulau Tikus berkata, beliau meminta agar kedua-dua parti politik dapat mengawal penyokong dan ahli mereka. Beliau menambah, pemimpin masing-masing perlu bertanggungjawab untuk menasihati ahli dan penyokong mereka dari melakukan perbuatan tersebut. "Parti-parti politik dari kedua belah pihak mesti melakukan siasatan mereka sendiri untuk lihat dari mana perbuatan ini datang. "Jangan salahkan polis kerana tidak banyak yang boleh mereka lakukan. Untuk membendung perkara ini, tanggungjawab itu terletak di tangan parti-parti politik," kata Teng. Teng berkata lagi, perbuatan yang menjatuhkan maruah ini juga akan mencemarkan profesyen politik. | SAMM serah SPRM bukti sogok komisen 40% Posted: 17 Sep 2012 04:43 PM PDT GEORGETOWN - Badan bukan kerajaan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyerahkan bukti dokumen yang disyaki sebagai 'pembayaran sogokan' kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketuanya, Badrul Hisham Shaharin berkata, pembayaran sogokan itu dipercayai melibatkan sebuah jabatan Kerajaan Persekutuan dan pemimpin parti politik berpangkat tinggi. "Sogokan yang dikatakan berbentuk 40 peratus komisen itu disalurkan kepada syarikat yang tidak diketahui statusnya di Klang pada tahun ini. "Sumber peratusan komisen itu dipercayai datang dari bantuan kebajikan Kerajaan Persekutuan kepada sebuah NGO bernilai RM500,000," kata beliau. "Pada hari ini, kita menyerahkan maklumat kepada SPRM termasuk surat rasmi dan minit mesyuarat yang berlaku pada bulan Mac lalu serta maklumat dan perincian pihak-pihak yang terlibat," katanya kepada media. Beliau turut menyerahkan 10 salinan cek berjumlah RM200,000 yang dipercayai sebahagian daripada bukti. "Bantuan itu dipercayai akan disalurkan kepada sebuah persatuan dengan ahli-ahlinya adalah bekas kakitangan polis. Ia diperoleh hasil bantuan seorang pemimpin parti politik berpangkat tinggi. "Bagaimanapun, semasa mesyuarat persatuan itu Mac lalu, mereka diminta oleh pemimpin politik itu untuk membayar 40 peratus 'komisen' kepada syarikat yang didaftarkan di Klang," katanya. Badrul Hisham berkata, apa yang menjadi tanda tanya adalah semua perjanjian itu dilakukan secara bertulis. "Apa yang pelik ialah segala-galanya dilakukan secara bertulis. Adakah ini menunjukkan bahawa ia menjadi satu tradisi bagi jabatan kerajaan perlu membayar komisen kepada pihak tertentu apabila memberi bantuan? "Selain itu, adakah dana kebajikan dari JPM boleh digunakan untuk membayar komisen kepada sebuah syarikat yang tidak diketahui statusnya," katanya. Pemimpin muda PKR ini menegaskan, pihaknya tidak menuduh sesiapa sebaliknya menyesyaki ada sesuatu yang tidak kena berhubung dokumen yang 'diserahkan' kepadanya. Beliau dan beberapa rakannya menghabiskan masa selama tiga jam bermula 3.15 hingga 6 petang di pejabat SPRM, Jalan Northam kelmarin bagi menyerahkan kesemua dokumen berkenaan. Kesemua 25 dokumen itu diserahkan kepada Penguasa Kanan SPRM, Soock Wei Ei Tem. Menurutnya, beliau menerima semua dokumen itu yang diletakkan di dalam peti surat rumahnya di Nibong Tebal pada 12 September lalu oleh individu tidak dikenali. | Jenazah pegawai PTD lemas ketika latihan dikebumi Posted: 17 Sep 2012 04:41 PM PDT SINAR HARIAN ALOR SETAR - Jenazah Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), Aldy Hasni Abu Hasan, 35, yang mati lemas semasa menjalani latihan di Kem Wataniah Force 136 di Pekan, Pahang semalam dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pumpong di sini, hari ini. Suasana pilu menyelubungi anggota keluarga dan kenalan yang mula berkumpul di rumah bapanya di Taman Uda, Jalan Sultanah di sini sebelum disembahyangkan di Masjid Rafeah di taman tersebut. Jenazah mangsa yang tiba di rumah bapanya kira-kira pukul 6.15 pagi dibawa ke Masjid Pumpong, Suka Menanti untuk dikebumikan yang turut disertai oleh ahli keluarga dan juga rakan mangsa. Bapa Allahyarham, Abu Hassan Ahmad, 67, berkata, mereka sekeluarga amat sedih dengan kejadian yang berlaku ke atas anak kedua daripada tiga baradik itu, namun tetap reda dengan pemergian Allahyarham. "Hubungan Allahyarham dengan ahli keluarga amat rapat dan kami amat terasa kehilangannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Taman Uda hari ini. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua anak lelaki kembar iaitu Al Malik Fahreen dan Al Mikhail Fareq yang berusia setahun. Kejadian 2.30 petang semalam itu berlaku apabila mangsa jatuh ke dalam air semasa menjalani latihan bersama 243 pegawai lain ketika menyeberangi tali air berdekatan Sungai Miang di Pekan. - Bernama | 'Pengamal perubatan Islam' ditahan ketika cuba lakukan seks ke atas pesakit Posted: 17 Sep 2012 04:38 PM PDT SINAR HARIAN SEREMBAN - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) menahan seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai pengamal perubatan Islam ketika cuba melakukan seks ke atas pesakit wanitanya di sebuah rumah di Kampung LBJ di sini. Ahmad Husaini berkata dalam serbuan yang dilakukan hasil maklumat dan aduan orang ramai, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu, ditahan sebelum sempat melakukan hubungan seks dengan mangsanya. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |