Jumaat, 3 Mei 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 03 May 2013 03:27 PM PDT

Calon Pakatan jumpa kilang cetak risalah haram

Posted: 03 May 2013 02:05 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

SELAYANG- Pakatan Rakyat Selayang mengesan sebuah kilang yang beroperasi mencetak risalah propaganda menggunakan nama PAS, PKR dan DAP.

Kandungan risalah tersebut menggambarkan jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, agama Islam tidak lagi menjadi agama rasmi, sistem beraja dimansuhkan, kalimah Allah boleh digunakan oleh semua agama, hak keistimewaan Melayu dihapuskan, agensi-agensi Mara, Felda, Felcra dan Risda dimansuhkan dan askar Melayu serta Polis DiRaja Malaysia dibubarkan.

Selain itu terdapat juga risalah yang bertulis 'Sanggupkah anda menggadai kalimah Allah' didapati sedang dicetak di kilang yang tidak mempunyai papan tanda di luarnya itu, beralamat di No 26, Jalan SU 26 Selayang Utama.

Menurut Yang Dipertua PAS Selayang Zaidi Talib yang juga calon PAS N15 Taman Templer, operasi kilang tersebut disedari secara tidak sengaja oleh pihaknya sewaktu berkempen bertemu pengundi petang semalam.

Rombongan Zaidi dan seorang lagi calon PKR ke kilang tersebut kira-kira jam 3.30 petang semalam
Sewaktu tiba di kawasan kilang, pihaknya melihat sebuah kereta Proton Wira berlambang dacing dengan dua orang pemuda di dalamnya.

Tanpa mengesyaki apa-apa, rombongannya masuk ke kilang dan bersalam-salaman dengan para pekerja.
Sewaktu mahu keluar dari kilang, Zaidi menyedari terdapatnya lambakan risalah dengan lambang PAS, PKR dan DAP.

Mula mengesyaki sesuatu, mereka meneliti risalah-risalah tersebut.

"Selepas kami melihat risalah-risalah itu, ternyata itu risalah propaganda menggunakan nama Pakatan Rakyat bertujuan menakutkan orang Melayu," katanya pada sidang media di Pejabat PAS Kawasan Selayang bersama calon PKR N14 Rawang Gan Pei Nei dan calon PKR P97 Selayang william Leong.

Zaidi berkata, kereta yang dilihat mereka sebelum itu terus hilang selepas mereka menyedari kewujudan risalah-risalah tersebut.

Sehubungan itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Selayang jam 5.20 petang semalam.

"Polis dan Pemantau SPR datang ke kilang dan rampas risalah-risalah tersebut

"Kami harap siasatan segera dilakukan siapa yang mengarahkan kilang ini mencetak risalah sebegini berdasarkan bukti-bukti yang kami nyatakan.

"Ada sebahagian risalah yang sudah diedar di sekitar Selangor dan ada sebahagian yang akan diedarkan hari-hari terakhir kempen," katanya.

Sementara itu, Gan Pei Nie berkata, beliau diberitahu jentera PKR bahawa risalah tersebut ditemui di sekitar kawasan Rawang.

"Mereka jumpa risalah ini banyak di atas jalan dan saya minta kepada sesiapa yang jumpa risalah ini terus bawa ke balai polis dan buat laporan," katanya sambil menunjukkan satu plastik risalah yang dikumpul.

William pula kesal dengan sikap pihak tertentu yang mengeluarkan risalah atas nama DAP, kononnya parti itu kesal dengan kegagalan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menyelesaikan krisis air di negeri itu.
"Risalah ini ditulis untuk mengelirukan rakyat dan berniat menimbulkan kebencian antara kaum.

"Saya minta polis menyiasat perkara ini dan rakyat kena tolak kempen politik begini," katanya.-harakahdaily

EDISI JUBO TERBARAI: Bila Orang Bangang Nak Menipu, KANTOI!!!

Posted: 03 May 2013 01:51 AM PDT


Kan aku dah cakap Si Sexfool ni penipu besar.. Juak juak UMNO ni BODOH PIANG sampai dah kantoi pun lagi nak tunjuk depa betul.. Meh sini aku tunjuk..
Di dalam video saiful mengatakan beliau bersumpah di hadapan Multazam. Kenapa di dalam video Saiful tidak berada betul2 di MULTAZAM? Takkan dah pergi dua kali ke Kaabah TAPI TIDAK TAHU LOKASI MULTAZAM? Kedudukan Saiful (dalam video) adalah jauh dari MULTAZAM tetapi bersumpah dlm video pula di depan MULTAZAM plak. 

Mana satu yang betul? Rujuk diSINI


Kenapa Sexfool LUPA nak mekap dahinya semasa merakam video sumpah laknat dia? Bukan ke sepatutnya ADA sebab kononnya tu pada hari yang sama dan tempat yang sama?! Rujuk diSINI

Dan saat saat yang dinantikan.. BUKTI PASSPORT SEXFOOL KINI DIDEDAHKAN!!!


Merujuk kepada gambar yang Sexfool keluarkan di TWITTER miliknya, VISA dibuat pada 27 Januari 2012 dan tempoh sah VISA yang dipohon Sexfoll hanyalah 30hari. So bermakna tarikh luput VISA yang dipohon Sexfool adalah sepatutnya pada 27 Februari 2012. Isunya sekarang, ko kononnya berada di Mekah pada April 2012. Takkan ke Mekah guna VISA yang dah tamat tempoh?! Sila rujuk diSINI

Allah kalau nak kantoikan ko, kejap je bro.

Lu tak takut AZAB Allah ke?


Sabah, Ini kalilah 'undio noh'

Posted: 03 May 2013 01:26 AM PDT

 

ULASAN Kalau sebelum ini lagu "Tanak Kampung" begitu viral sekali sehinggakan ia bukan sahaja berjaya menembusi seluruh Sabah bahkan turut menjadi siulan ramai orang di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, kini "Ini Kalilah" menjadi kata-kata yang amat keramat bagi semua orang.

Asalnya ia datang dari parti STAR Sabah yang mengusulkan agenda pembaharuan dan perubahan bagi mendapatkan semula autonomi negeri tersebut.

azlanNamun apabila masa berjalan, slogan itu sudah digunakan oleh hampir kesemua komponen parti pembangkang di Malaysia sebagai kempen dan pemasaran politik mereka.

Tiba-tiba sahaja ungkapan ini menjadi suatu yang fenomena sedangkan ia sebenarnya sudah lama lahir dan dituturkan oleh masyarakat Sabah.

Barangkali tidak perlu diperjelaskan tentang apa maksud slogan ini kerana semua sudah tahu bahawa ia membawa makna yang cukup signifikan menjelang pilihan raya yang akan berlangsung beberapa hari lagi.

Apa yang mustahak untuk difikirkan adalah kenapa dan siapa yang harus menjadikan kata-kata itu sebagai satu kenyataan. Masa sudah benar-benar suntuk bagi rakyat Sabah.

73,620km persegi tidak bersendirian

Dengan landskap politik Sabah yang berbagai-bagai warnanya serta pertandingan terlalu banyak penjuru, yakni dari BN, Pakatan Rakyat, Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Reformasi Negeri (STAR) dan juga calon Bebas pada pilihan raya umum ke-13 ini, pelbagai persoalan timbul tentang siapa calon dan parti mana yang harus diberikan mandat nanti.

Ini kerana Sabah sudah terlalu sinonim dengan panggilan negeri "deposit tetap BN" yang menguasai negeri itu untuk sekian lama.

Hasilnya, elemen-elemen konservatif mula menapak dalam kalangan rakyat Sabah apabila mereka teragak-agak untuk memilih parti politik selain BN, khususnya United Malays National Organisation (Umno).

NONEMungkin mereka boleh sahaja menerima perubahan tetapi bukan sesuatu yang drastik. Ataupun mungkin mereka rasa lebih selamat dengan apa yang sudah sedia ada dan rentetan itu, status quo para pemimpin dan parti tersebut harus dipelihara baik-baik.

Bukankah kita harus berterima kasih dan bersyukur? Itulah hujah yang selalu diberikan tanpa gagal sampai ada pula laungan "Lain Kalilah!".

Kedua-dua BN dan Pakatan memang agak dominan persaingan mereka. Yang satu mahu kekalkan kuasa, sementara yang satu lagi, mahu merebut kuasa.

Bahkan kalau dilihat dalam percaturan 'Aku Janji' mahupun manifesto mereka, tidak ada satu pun fokus dan hala tuju strategik yang mampu membina rakyat.

Ini kerana terlalu banyak agenda populis menerusi pelbagai tawaran one-off dan bantuan segera yang tidak akan menyelesaikan masalah sebenar negara.

Parti-parti tempatan pula tidak luas kapasitinya dalam perjalanan politik mereka. Lalu, kita mahu undi siapa?

Sabah mempunyai keluasan lebih kurang 73,620km persegi dan memiliki hampir 3.2 juta orang. Ini bermakna bahawa kita tidak sendirian.

Kita mungkin sahaja berasa selesa dan senang dengan apa yang telah diberikan namun jangan lupa bahawa ada lagi di hujung sana yang langsung tidak pernah menikmati kemudahan dan perkhidmatan asas yang perlu bagi pembangunan seperti kemudahan pengangkutan, perhubungan, bekalan kuasa elektrik dan lain-lain lagi.

NONEAda yang masih hidup di bawah garis kemiskinan. Bahkan apa yang lebih menyedihkan apabila tanah adat Orang Asal dirampas begitu sahaja.

Mereka ini sudah sekian lama mendiami dan mengusahakan tanaman di Tanah Adat Anak Negeri (NCR) tersebut. Oleh itu, mereka sangat bergantung kepada tanah itu untuk meneruskan kelangsungan hidup dan memelihara tradisi nenek moyang mereka.

Kita tidak mahu mengukur dan membanggakan kemajuan negeri kita dengan hanya melihat banyaknya bangunan dan kompleks membeli-belah di Kota Kinabalu tetapi gagal untuk bersama-sama menghadapi keperitan yang dirasakan oleh sebahagian masyarakat kita.

Tidak cukup dengan itu, isu-isu yang berkaitan dengan 'Projek IC' bukan sahaja melibatkan aspek kewarganegaraan semata-mata tetapi apa yang lebih mustahak adalah berkenaan dengan kedaulatan rakyat Sabah dan kedudukan bangsa asli ataupun Bumiputera di negeri tersebut.

Mereka telah menunggu masa yang amat lama untuk menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin ini yang dilihat telah begitu selesa mendapat peluang dan kemudahan yang sepatutnya untuk penduduk tempatan sahaja.

Malahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi pendatang tanpa izin telah pun ditangguhkan buat seketika dan hanya akan diteruskan pada 20 Mei 2013.

Ini belum lagi ditambah dengan masalah korupsi kuasa, amanah dan wang yang telah mencemari isu-isu pendidikan, kesihatan, keselamatan, infrastruktur dan sebagainya lagi yang seharusnya diberikan perhatian dengan lebih serius oleh para pemerintah.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, kesemua perkara ini adalah tanggungjawab dan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan Senarai I - Senarai Persekutuan.

Ini bukan fungsi bagi Kerajaan Negeri. Oleh sebab itu, tidak ada gunanya autonomi bagi Sabah sekiranya BN masih menguasai kepimpinan kerajaan pusat dan parlimen.

Kita sepatutnya sekarang sudah serik dan penat dengan dasar-dasar yang tidak pernah memenuhi tuntutan rakyat Sabah yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi dengan janji-janji Perkara 20 yang hanya berlalu begitu sahaja.

Perbezaan jelas parti, kerajaan
Maka, rakyat Sabah harus menukar Parlimen melalui Pakatan dengan cara mengundi mereka untuk Parlimen. Parti-parti tempatan tidak mungkin dapat melakukan penukaran kerajaan.

Untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pula, kita boleh sahaja mengundi siapa-siapa yang kita rasakan sesuai dan layak. Barangkali PR tidak mewakili pendirian politik kita dan apa yang kita mahukan.

Bagaimanapun apabila kita mengundi Pakatan, ini bermakna bahawa kita sebagai rakyat telah menghantar mesej kepada BN bahawa mereka harus diberi pengajaran dalam pilihan raya kali ini.

BN dan mana-mana pihak sekali pun harus sedar bahawa mereka mempunyai tugas untuk membelanja serta mengurus wang rakyat dengan sebaik-baiknya. Rakyatlah yang membayar cukai dan turut sama-sama berusaha membangunkan negara.

Bukan hanya para pemerintah sahaja. Bahkan ada perbezaan yang jelas antara parti politik dan kerajaan. Oleh yang demikian, mereka ini ada kebertanggungjawapan kepada rakyat.

NONESekiranya mereka menjalankan tugas dengan berkesan, tidak ada salahnya kalau kita teruskan khidmat mereka sebagai perwakilan kita. Namun yang menjadi masalahnya apabila mereka sekarang gagal dalam prestasi. Mereka berhutang dengan kita.

Oleh sebab itu, mereka harus dikeluarkan dari kepimpinan kerajaan pusat supaya mereka sedar bahawa rakyat punya hak, punya suara dan punya kuasa.

Malaysia ini negara anda, ia negara kita dan sedang perlukan semua kita. Jadi ini bukan masanya untuk kita main-main mahupun sengaja buat undi rosak.

Apa yang dilakukan tersebut tidak akan menyumbang apa-apa pun kepada perubahan yang diinginkan oleh semua dari kita, terutamanya mereka-mereka yang mengalami penindasan dan kesengsaraan.

NONEKita mengundi bukan sahaja untuk sekarang, tetapi bagi masa hadapan dan untuk semua orang Sabah. Oleh itu, kita harus bersatu, demi negara, demi negeri dan demi rakyat.

Bagaimana pula kalau Pakatan menang namun masih tidak berjaya merealisasikan kemahuan rakyat Sabah? 

Ada amaran awal buat mereka. Di Jepun, Parti Liberal Demokratik (LDP) kembali berkuasa dengan kemenangan semula majoriti dua pertiga.

Sebelum ini mereka telah tewas kepada Parti Demokratik Jepun (DPJ) pada pilihan raya tahun 2009 setelah rakyat menjadi bosan dengan sikap pemimpin yang telah memerintah negara tersebut selama lebih 50 tahun.

Pengajarannya, kalau kepercayaan sudah diberikan oleh rakyat terhadap Pakatan, maka mereka harus membuktikan dan melaksanakan tugas mereka dengan sepatutnya.

Kalau mereka ini gagal, maka mereka juga harus dibuang. Jelas dan nyata. "Ini Kalilah" mesti benar-benar bukan sekadar dijadikan laungan, tapi tindakan.

Buat rakyat Sabah, ini kalilah kita mesti 'undio noh!'

PKR: Tunjuk bukti jika mereka pengundi sah

Posted: 03 May 2013 01:16 AM PDT

Penyandang Ahli Parlimen PKR untuk kerusi Subang, R Sivarasa, menggesa BN memberikan bukti bahawa ia menerbangkan pengundi yang sah untuk membantu memudahkan proses pengundian dan bukan pengundi haram seperti yang didakwa PKR sebelum ini.

tengku adnan tengku mansor in putrajaya campaign ge13Setiausaha Agung BN, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan)
dilaporkan sebagai berkata bahawa mereka adalah pengundi yang sah dan pesawat sewa khas yang menerbangkan mereka itu dibayar oleh "rakan-rakan BN".

"Jika demikian, tunjukkan kepada kami butiran pengundi yang sah ini. Siapakah mereka yang datang ke Kuala Lumpur untuk mengundi, dan semuanya dari Malaysia Timur?" tanya Sivarasa dalam satu sidang akhbar hari ini.

Beliau juga berkata PKR sedang mengumpulkan maklumat lanjut mengenai tindakan membawa pengundi yang meragukan dari Sabah dan Sarawak, dan pihaknya akan memberi lebih banyak bukti dan dokumen esok.

Bahan letupan ditemui di bilik gerakan DAP Jinjang

Posted: 03 May 2013 01:10 AM PDT

MALAYSIA KINI

Tiga bahan letupan ditemui di sebuah pondok DAP berhampiran pasar Jinjang hari ini, kata Naib Presiden PKR, Tian Chua.

NONEBeliau berkata, polis telah menenangkan keadaan dengan meletupkan
bahan letupan itu dengan selamat.

"Bahan letupan itu diletakkan dalam tin biskut. Nasib baik ia tidak meletup dan mencederakan orang," kata Chua dalam satu kenyataan.

Katanya, beliau berada di lokasi bersama-sama dengan Tan Seng Giaw serta Lim Lip Eng.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa polis sedang menyiasat perkara itu

Sementara itu di Seri Kembangan, Malaysiakini mendapati jalan di situ ditutup dengan 15 hingga 20 anggota polis kelihatan di situ.

Lapor dakwat: Mejar TUDM ditukar 24 jam

Posted: 03 May 2013 01:00 AM PDT

KL TODAY

Pegawai Pemerintah Skuadron No 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM)  Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad ditukarkan serta merta ke Kuala Lumpur bermula hari ini kerana membuat laporan polis isu dakwat kekal yang tidak kekal.Bagaimanapun beliau memohon perpindahan itu ditangguhkan sehingga hari Isnin 6 Mei minggu depan  ekoran beliau sedang disiasat oleh Lembaga Siasatan TUDM di sini.

(Laporan polis yang dibuat oleh Mejar Zaidi (gambar tengah), isteri dan rakan-rakannya tersebar merata. Kerana membuat laporan polis beliau dipersalahkan dan ditukar serta merta)

"Surat arahan telah dikeluarkan oleh TUDM di mana saya ditukarkan ke Kuala Lumpur hari ini. Tetapi saya minta tangguh ke Isnin kerana di sini pun sedang diadakan satu Lembaga Siasatan berhubung kes saya, " beritahunya kepada Harakahdaily.

Kata Zaidi lagi, bukan sahaja pertukaran dibuat akibat arahan tersebut malahan secara rasminya telah dilucutkan dari jawatan Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara Butterworth dan terlepas peluang dinaikan pangkat ke Leftenan Kolonel TUDM.

Dua hari lepas Zaidi, isterinya Shafinah Abdul Hamid dan Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas.

Laporan itu dibuat kerana dakwat kekal yang dicalit di jari telunjuk tangan kirinya semasa pembuangan undi awal luntur apabila di basuh dengan sabun dan pencuci tangan.

Mereka antara pengundi awal yang menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) kononnya dakwat yang digunakan boleh bertahan seminggu.

Lebih 500 Pengundi Ragu Dikenalpasti di Klang

Posted: 03 May 2013 12:48 AM PDT


charles pengundi ragu SPR 01

KLANG  : Seramai 571 pengundi ragu dari Sabah dikenal pasti didaftarkan di bawah kawasan Parlimen Klang.

Menurut penyandangnya, Charles Santiago, jumlah itu merupakan tertinggi di Selangor diikuti dengan 352 pengundi di kawasan parlimen Kota Raja dan 249 pengundi di Kuala Langat.

" Nama-nama itu dibentangkan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

" Kebanyakkan nama-nama daripada pengundi itu adalah keturunan Bugis dan Sulu," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Parlimen Klang, di sini.

Charles menambah pihaknya akan memastikan mereka yang di dalam senarai itu tidak dibenarkan mengundi.

Sehubungan itu, Charles akan mengerahkan Agen tempat mengundi  untuk tidak membenarkan nama-nama yang diragui itu mengundi semasa hari mengundi.

" Kita akan hantar surat ke Suruhanjaya Piliharanraya (SPR) untuk meminta mereka ini tidak mengundi.
Difahamkan PACA (Agen tempat mengundi dan agen mengira undi) boleh membuat bantahan jika berlaku kes meragukan.

" Sebelum ini, ada kes dimana pengundi ini yang tinggal di Luar Negara didaftarkan tanpa pengetahuannya. Selepas saya berjumpa dengan Pengarah SPR negeri, Dzulkifli Ab Rahman beliau mengatakan bantahan boleh dibuat," katanya.

Semalam,  Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mensahkan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa terdapat penerbangan khas membawa pengundi daripada timur Malaysia ke Semenanjung.

Bernama melaporkan, Tengku Adnan mengaku kewujudan penerbangan sedemikian dan menegaskan bahawa khidmat itu ditaja oleh "rakan-rakan BN."

Kaji Selidik BN Sendiri Tunjuk Peluang PR Menang Cerah, Perolehi 117 Parlimen

Posted: 03 May 2013 12:46 AM PDT


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

KOTA DAMANSARA: Kajian Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia (Kor Risik ATM) menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) mampu memenangi 117 kerusi parlimen sekaligus membentuk kerajaan baru dengan majoriti mudah 12 kerusi selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) nanti.

Sementara BN pula dalam kaji selidik yang disalurkan anggota Kor Risik ATM itu menunjukkan hanya mampu memenangi 105 kerusi sahaja.

Kajian yang turut diguna pakai oleh BN itu turut menunjukkan, PR, selain berjaya mempertahankan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, juga berjaya memenangi semula Perak serta merampas Negeri Sembilan dan Terengganu.

Demikian menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu program ceramah di Seksyen 7 di sini malam tadi.

"Johor walaupun kita boleh memenangi kerusi DUN dan parlimen yang jauh lebih banyak, tetapi mengikut 'survey' itu belum boleh dapat tawan negeri, saya cakap betul ini.

"Melaka, kita boleh tambah kerusi parlimen dan negeri, tetapi masih belum boleh tawan negeri.

"Pahang, kita boleh tambah kerusi, tetapi kita masih belum boleh tawan lagi, menjadikan kita ada tujuh negeri dan Perlis katanya 50/50," ujar Mustafa.

Menurut Mustaffa, keputusan kaji selidik itu berdasarkan keadaan semasa sekiranya PRU-13 diadakan Selasa lalu.

Bagaimanapun tambah Mustafa, beliau juga dimaklumkan bahawa keputusan kaji selidik itu boleh berubah dalam masa beberapa hari sebelum menjelang hari mengundi Ahad nanti.

"Apakah dia akan turun atau pun dia akan naik, trend pada waktu ini menunjukkan kita sedang naik, maknanya tidak mungkin kurang daripada 117 kerusi.

"Ini yang mencemaskan (Perdana Menteri) Najib, mencemaskan (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin dan yang paling cemas (bekas Perdana Menteri) Dr Mahathir sendiri," katanya lagi.

Mustafa dalam ceramahnya turut menjelaskan, kaji selidik yang dikeluarkan Kor Risik ATM merupakan kajian paling dipercayai pemimpin BN berbanding dua lagi agensi kerajaan lain, Kemas dan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia.

Bagi menang di peringkat persekutuan sekaligus menduduki Putra Jaya, PR perlu menang sekurang-kurangnya 112 daripada jumlah keseluruhan 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Buat pertama kali, dalam PRU-12 pada 2008, BN dinafikan majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen apabila hanya mampu menang dengan majoriti 140 kerusi.

Manakala Pakatan menang dengan 82 kerusi.

Keputusan PRU 13 (Pilihanraya Umum 2013) Milik Siapa? Barisan Nasional @ Pakatan Rakyat (SIRI 1)

Posted: 03 May 2013 12:44 AM PDT

Staff Berita Semasa

 

Pejam celik, pejam celik rakyat Malaysia dan negara bakal membuat penentuan ke arah mana halatuju Malaysia untuk tempoh 5 tahun daripada sekarang. Daripada tempoh rakyat Malaysia bermain teka-teki dengan pemerintah ala-ala Nujum Pak Belalang sebelum ini, bila agaknya tempoh pembubaran parlimen akan berlaku sehinggalah ke tarikh Pilihanraya Umum 2013 (PRU 13).

Akhirnya semuanya telah terjawab. Dan sekarang…..tinggal kurang daripada 2 hari sahaja lagi untuk rakyat membuat penentuan & perhitungan samada terus ingin menjadi "raja" ataupun hanya rakyat Malaysia yang hanya menurut kuasa pihak pemerintah seterusnya selepas ini?

Dalam bahasa politik, tempoh kurang 2 hari adalah sangat…….lah panjang sebenarnya kerana macam-macam boleh berlaku. Daripada segi corak serangan kempen ataupun mood pengundi untuk Pilihanraya Umum 2013 (PRU13) bila-bila masa sahaja boleh berubah arah dan pendirian mereka.

Keputusan PRU 13 : Manifesto Pakatan Rakyat VS Manifesto Barisan Nasional?

Buat pertama kali kami mlihat kedua-dua parti politik baik Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional berada pada kedudukan "on par" sama kuat sama hebat. Kalau dahulu Pilihanraya Umum 2008 (PRU12) Barisan Nasional lebih agresif dengan berbanding Pakatan Rakyat. Manifesto Pakatan Rakyat pada masa itu pun carca merba. Kalau ikutkan sbeenarnya kupasan perbincangan mengenai manifesto PRU masih baru di Malaysia ini kerana :

  • Manifesto Pilihanraya Umum 1999 : Parti pembangkang bergabung untuk memberikan tekanan kepada pihak pemerintah
  • Manifesto Pilihanraya umum 2004 : Parti pembangkang buat hal masing-masing dengan harapan hanya mahu mengurangkan majoriti yang dimilki Barisan Nasional
  • Manifesto Pilihanraya Umum 2008 : Idea pembentangan manifesto Barisan Rakyat pembangkang masih belum mampu meyakinkan rakyat Malaysia dengan pelan untuk mentadbir negara

Tetapi tidak untuk Pilihanraya Umum 2013 (PRU13) kali ini. Di mana Pakatan Rakyat pula yang dilihat lebih agresif berbanding Barisan Nasional semacam defensif. Ini kerana gabungan parti pembangkang yang membentuk Pakatan Rakyat telah mula melancarkan manifesto dan pelan perancangan untuk negara bagi 5 tahun seterusnya lebih awal berbanding Barisan Nasional.

"oleh itu mereka mempunyai lebih banyak peluang, ruang dan masa untuk turun menerangkan kepada rakyat Malaysia walaupun dengan batasan perkongsian maklumat di media arus perdana"

Dalam pada masa yang sama, tiada masalah sebenarnya untuk media arus perdana untuk berat sebelah kepada pihak pembangkang tetapi apa yang kami perhatikan media arus perdana seperti ___________ & __________ acapkali membuat fitnah dan tohmahan yang merosakkan pemikiran rakyat Malaysia. Akhirnya carian maklumat berita politik di Malaysia lebih banyak tertumpu di Internet sekarang ini. Lebih ramai yang "berkampung" di Internet untuk mencari maklumat berkenaan isu semasa.

"Terutamanya melibatkan golongan muda"

Nah….inilah yang membantu momentum kempen penerangan manifesto Pakatan Rakyat yang diterangkan secara teliti satu persatu. Ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh pasukan UMCEDEL yang diketuai sendiri oleh Profesor Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman seperti angka dan kajian yang diperolehi mereka setakat ini….

Kajian UMCEDEL Jelajah Merdeka Rakyat (PR) VS Jelajah Janji Ditepati (BN)

Dan yang menarik perhatian kami, kajian yang dilakukan UMCEDEL juga melalui perbezaan Jelajah Merdeka Rakyat VS jelajah Janji Ditepati kedua-dua yang dilihat sama hebat, sama kuat daripada segi sokongan yang ditunjukkan di media arus perdana dan di Youtube contohnya, ramai yang datang menghadirinya. Hakikatnya :

  • Jelajah Janji Ditepati : Ramai yang merungut contohnya kalangan guru-guru dan penjawat awam yang lain dikerah & dikehendaki hadir ke majlis tersebut. Memang ramai yang hadir, tetapi tidak semestinya mereka-mereka menghayati apa yang cuba disampaikan oleh Datuk Seri Najib  Razak kepada mereka. Ya…"jasad mereka memang di sana, tetapi hatidan pemikiran mereka menerawang ke tempat lain".
  • Jelajah Merdeka Rakyat : Kalangan yang hadir walaupun tidak disediakan topi, baju, makanan, minuman, kerusi, khemah dan tempat yang selesa tetap hadir tanpa paksaan atau diminta hadir utnuk mendegar apa yang cuba disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Satu lagi sebelum kami terlupa, perkongsian cerita Profesor Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman yang menarik perhatian kami apabila kehadirannya bagi membuat tinjauan dalam satu majlis besar ceramah Pakatan Rakyat di Padang Kota, Pulau Pinang :

  • Jumlah kehadiran yang hadir Grand Finale satu hari sebelum hari mengundi pada pilihanraya Umum ke 12 (2008) sama ramai dengan
  • Jumlah kehadiran yang hadir dalam satu ceramah Pakatan Rakyat kali ini, juga di Padang Kota iaitu satu hari sebelum hari Penamaan Calon Pilihanraya Umum 2013 (PRU 13)

Keputusan PRU 13 : Isu Video Seks?

Malangnya di Malaysia ada lagi yang menggunakan video seks untuk mempengaruhi mood dan corak pengundian pada Pilihanraya Umum 2013 sedangkan dalam kajian sudah mengatakan rakyat Malaysia kurang terpengaruh dengan dakyah penyebaran video seks dan lucah yang bertebaran sekarang ini. Hakikatnya, berapa ramai yang terpengaruh?

  • Hanya 11% yang terpengaruh?
  • Jikalau dalam perniagaan 11% peratus sahaja angka yang berjaya dicatatkan, ia boleh dikatakan "gagal" jika corak strategi pemasaran sebegini diteruskan dalam perniagaan (kempen pilihanraya)

Keputusan PRU 13 : Debat Manifesto Pilihanraya 2013?

Seterusnya, mengapa pemimpin politik tidak menggunakan politik dan ruang yang ada berdasarkan kajian yang telah dijalankan untuk memenuhi kehendak pelanggan anda iaitu rakyat Malaysia seperti kami di sini? Mengapa sukar benar menjadikannya suatu realiti?

  • Apa yang mereka inginkan? Mereka bukannya mahu video seks, mereka mahukan diadakan wacana  yang bebas dan segar untuk mengupas satu demi satu manifesto baik dari peringkat Barisan Nasional & manifesto Pakatan Rakyat
  • 63% ingin diadakan debat manifesto PRU13? Mana satu yang patut diutamakan pemimpin politik di Malaysia sekarang ini?

Di Singapura, sudah pun membenarkan parti politik membentangkan manifesto masing-masing. Di Singapura juga sudah pun membenarkan debat antara parti politik yang bertanding. Di Kenya pun sebuah negara yang ramai fikir sebuah negara yang mundur telah membenarkan debat pilihanraya dijalankan yang mana terdapat 9 calon Presiden yang bertanding ketika itu.

  • Malaysia?
  • Pembentangan manifesto Pilihanraya Umum 2013 selama hanya 5 minit melalui itu secara rakaman di RTM (SEPERTI DI SINI). Mengarut namanya! Alhamdulillah, menteri seperti ini tidak dicalonkan. Sudah habis zaman pemikiran sepertinya, setakat ini sahaja.
  • Berita Semasa merasakan dan mencadangan masih belum terlambat lagi untuk diadakan Debat Manifesto PRU13. Belum terlmbat lagi……Dan, bukan jaminan yang pandai berpidato akan menang, ataupun soft spoken akan kalah. Tetapi bergantung bagaimana cara pendebat membentangkan & menarangkan isi setiap manifesto di hadapan rakyat Malaysia itu yang paling penting sebenarnya dan berikan ruang kepada rakyat Malaysia untuk berfikir dan menilai
  • Jangan lakukan lagi cara berkempen "baling batu sembunyi tangan lagi" dan usaha demokrasi seperti ini perlu disuburkan.
  • Jikalau masih belum menjadi realiti, jangan salahkan rakyat Malaysia jika mereka mahu melihat demokrasi yang lebih subur untuk 5 tahun yang akan datang melalui corak undian mereka dalam PRU 13 kali ini.

Sebenarnya, berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh UMCEDEL kedua-dua parti masih lagi tidak mencapai tahap yang membanggakan di mana masih belum mampu melepasi paras selamat 50% hanya berlegar di angka 30% dan 40% sahaja di mana pengundi atas pagar yang bakal menjadi penentu dalam pilihanraya Umum 2012 (PRU 13) kelak. Samada Pakatan Rakyat @ barisan Nasional. Dan dalam pada masa yang sama faktor cuaca pada hari mengundi kelak menjadi penentu!

"Tiada parti politik yang boleh mendabik dada yang mereka akan menang kerana masih ramai lagi golongan atas pagar di luar sana untuk didekati parti politik sekarang ini"

Cuma kali Barisan nasional tidak dapat menggunakan sepenuhnya kelebihan yang ada pada mereka sebelum ini seperti mana yang telah mereka praktikkan dalam Pilihanraya Umum 2004 di aman mereka berjaya mencatatkan kejayaan besar hasil strategi persempadanan semula. Itu sebablah kami katakan pada Pilihanraya Umum ke 13 ini kedua-dua parti sama hebat sama kuat. Masing-masing ada peluang untuk menang.

Dan inilah antara faktor mengapa ramai pemerhati politik dari dalam & luar negara termasuk rakyat Malaysia cukup memandang serius setiap apa yang dalam perjalanan pikihnaraya Umum ke 13 kali ini dan buat pertama kali tidak ramai yang dapat memberikan jawatan yang cukup meyakinkan untuk membuat penentian siapa yang akan menang kali ini, samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat?

Berbelit-belit SPR menjawab isu dakwat kekal

Posted: 03 May 2013 12:33 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

Pada 30/4/2013 suatu sejarah baru telah tercipta di dalam negara Malaysia. Itulah julung kalinya, dakwat kekal digunakan dalam suatu pengundian pilihan raya.

Perkara 19(4) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 {"PPP"] menyatakan, "...ketua tempat mengundi atau mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasanya hendaklah membuat suatu tanda pada jari telunjuk kiri pengundi itu dengan menggunakan dakwat kekal ..."

Tan Sri Aziz selaku Pengerusi SPR banyak kali memberikan jaminan bahawa dakwat ini akan tahan lama sehingga 7 hari, iaitu sehingga 5 Mei 2013. Tujuan dakwat kekal ini digunakan adalah untuk mengelakkan kebarangkalian orang boleh mengundi 2 kali.

Ini kerana sudah menjadi rahsia yang diketahui ramai, berlaku banyak pertindihan nama dalam daftar pemilih dan berlaku penyamaran yang mana ada pihak yang keluar mengundi bagi pihak orang lain.

Namun, harapan umum untuk melihat ketelusan SPR dalam penggunaan dakwat kekal ini akhirnya pecah bersepai. Menurut laporan yang diberikan oleh saksi yang berwibawa, dakwat kekal ini hanya tahan 30 minit sahaja dan sangat mudah ditanggalkan.

Laporan daripada petugas di Shah Alam menyatakan dakwat itu boleh tanggal hanya dengan digosok dengan tisu. Ada yang memberitahu, dengan tiga kali basuhan semua dakwat kekal itu hilang sepenuhnya.

Setelah itu, seorang suri rumah yang menjadi isteri kepada seorang pegawai polis telah membuat laporan polis berkaitan dakwat yang tidak kekal ini.

Di Pulau Pinang, seorang mejar askar juga turut membuat laporan polis yang sama. Nurul Izzah dan Tian Chua juga telah membuat laporan polis yang sama.

Dalam respon awal pada waktu tengahari, Pengerusi SPR telah menafikan perkara ini dan tetap menyatakan bahawa dakwat tersebut adalah kekal.

Setelah tersebar meluas di facebook gambar dan video klip yang menunjukkan dakwat itu tidak kekal, maka petangnya SPR mengakui perkara itu berlaku tetapi tidak meluas.

Kemudian, diberikan pula alasan, dakwat itu hilang tetapi tidak hilang sepenuhnya. Setelah itu, dibuat pula alasan, dakwat itu masih boleh dilihat dengan kanta pembesar.

Terakhir sekali, Setiausaha SPR pula menyalahkan kerani SPR kerana gagal menggoncang botol dakwat menyebabkan ianya tidak sebati dan tidak kekal. Dinyatakan pula, botol itu kena digoncang setiap 2 jam.

SPR boleh memberikan pelbagai alasan tetapi janganlah alasan itu sangat 'membongsaikan' akal dan intelek pengundi. Projek pembodohan rakyat oleh SPR ini nyata menaikkan amarah pengundi.

Alasan demi alasan diberikan SPR tetapi pengundi semakin nampak SPR telah memberikan jawapan yang tidak konsisten.

Kemungkinan juga SPR telah ditipu dan disabotaj oleh pembekal dakwat. Siapa sebenarnya pembekal dakwat? Berapa untung projek membekal dakwat ini? Siapakah kroni yang mendapat untung?

Sebelum berlaku peristiwa yang memalukan ini, sudah ada desakan supaya SPR membuat demonstrasi calit dakwat ini tetapi SPR dengan angkuh menyatakan hanya 3 orang sahaja yang tahu warna dakwat tersebut.

Sebenarnya, inilah kesilapan terbesar SPR dan pasukan guaman yang mendrafkan peraturan ini. Per. 19(4) PPP ini langsung tidak memperincikan takrifan 'kekal' dan tiada pula digazetkan spesifikasi dakwat kekal ini.

Sepatutnya spesikasi dakwat kekal ini digazetkan jika benar SPR jujur dan telus. Kita semua tertanya-tanya, berapa lamakah dakwat kekal ini boleh tahan. Apakah kandungan di dalamnya.

SPR mendakwa ianya terdiri daripada silver nitrate yang akan meresap ke dalam kuku dan kulit tetapi nyata ianya omongan kosong Pengerusi dan Setiausaha SPR. Para pengundi masih ingat janji yang tidak ditepati Pengerusi SPR sebelum ini, Tan Sri Abdul Rashid Abd Rahman sewaktu pilihan raya 2008 bila mana beliau mengatakan dakwat telah dibeli tetapi di saat akhir telah membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal tersebut.

Daripada rentetan kronologi peristiwa yang berlaku, dapat disimpulkan bahawa SPR tidak serius dalam isu penggunaan dakwat kekal ini.

Peguam Negara gagal menasihati SPR dalam mendrafkan peraturan yang telus dan berkesan. SPR sendiri gagal melatih kakitangan dan kerani mereka untuk membuat goncangan 'ala gangnam' ke atas botol dakwat dan yang penting sekali, pengundi sudah sedar warna sebenar SPR ini.

Integriti SPR sudah hilang sepenuhnya dan pengundi nampaknya tidak lagi boleh berharap kepada ketelusan SPR kerana SPR sudah jadi bahan lelucon untuk PRU 13 ini.

Justeru, para pengundi sekalian, ini kali lah!!! Ubah untuk harapan masa hadapan.-harakahdaily

Posted: 03 May 2013 12:30 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

IPOH-Sehingga kini sudah tiga laporan polis dibuat ke atas bekas Exco Perak, Datuk Hamidah Osman. Yang terbaru kerana merampas peralatan pemasangan banner dari petugas PAS.

Seorang petugas PAS di Batu Gajah membuat laporan polis setelah peralatan yang digunakannya untuk menaikkan bahan kempen telah dirampas oleh Calon BN Dun Sungai Rapat itu.

Razelah Ahmad Bistamam, 30, berkata, kejadian berlaku di Kg Tersusun, Tasek Idaman, Batu Gajah kira-kira 2 pagi tadi ketika beliau bersama 20 orang petugas PAS menaikkan billboard dan bendera.

Katanya, Hamidah ketika itu bersama petugasnya yang turut menaikkan bahan kempen secara tiba-tiba merampas dua batang pengorek lubang (pencebak).

"Dia (Hamidah) tiba-tiba ambil dua batang pencebak ketika kami sedang melakukan kerja menaikkan bahan kempen PAS.

"Kami memohon pihak polis yang berada di situ membantu meminta kembali kepada pihak Hamidah tetapi gagal dan pihak polis menasihatkan agar membuat laporan polis," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah, awal pagi tadi.

Jelas beliau, Hamidah turut memberi teguran kepada beliau dan beberapa rakannya supaya tidak melakukan kerja di pihak PAS.

Dalam perkembangan sama, Naib Yang Dipertua PAS Batu Gajah, Rosdy Abdullah yang ditemui berkata, PAS kesal dengan tindakan tidak profesional bekas Exco Kerajaan Negeri itu,

Jelas beliau, PAS tidak terkejut dengan tindakan Hamidah itu kerana calon BN itu pernah menimbulkan provokasi sebelum ini apabila mencekak kolar calon PKR Parlimen Gopeng beberapa hari lalu.

"Kami kesal dengan tindakan ala samseng Hamidah itu dan ini adalah kali ketiga kami membuat laporan terhadap Hamidah dalam masa berkempen ini.

"Hamidah seolah-olah terdesak apabila sanggup merampas pencebak milik petugas kami, ini dianggap lucu tetapi ianya benar-benar berlaku melibatkan seorang tokoh veteran Umno ini," jelasnya lagi.

Ujar beliau, Hamidah sebelum itu telah melemparkan kata-kata kesat kepada seorang imam di kampung itu yang berada di situ kerana sering kali mengadakan program PAS di kediamannya.

Rosdy menggesa pihak polis dapat melakukan siasatan segera dan mengambil tindakan terhadap Hamidah yang dilihat semakin melampau ini.-harakahdaily

Awas rayuan terakhir Najib Sabtu ini

Posted: 03 May 2013 12:27 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR- PAS memberikan ingatan kepada semua rakyat Malaysia Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak akan membuat rayuan kepada mereka Sabtu ini.

Untuk itu, mereka perlu bersedia dengan segala rayuan itu dan jangan terpengaruh dengannya, kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli (gambar).

Sehingga kini, katanya, kempen PRU13 PAS di seluruh negara berjalan seperti dirancangkan.

"Sambutan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat sangat luar luar biasa," kata beliau kepada Harakahdaily.

Beliau yakin, Pakatan akan mendapat majoriti mudah di Parlimen dalam pilihan raya ini.

Sehingga kini, katanya, Pakatan Rakyat mendapat sekurang-kurangnya 121 kerusi Parlimen dan dijangka akan meningkat lagi.

"Kita menjangka PM Najib akan melakukan rayuan terakhirnya Sabtu ini dengan menyalahgunakan media kerajaan iaitu RTM.

"Langkah desperate ini diyakini tidak dapat mengubah keputusan rakyat untuk membuat perubahan di Putrajaya," tambah Dr Hatta yang kini mempertahankan kerusinya di Parlimen Kuala Krai, Kelantan.
-Harakahdaily

Cubaan SPR bawa keluar kertas undi dari Balai Polis Manjung kantoi

Posted: 02 May 2013 09:41 PM PDT

KEADILAN DAILY

LUMUT- Kejadian aneh berlaku pagi semalam apabila cubaan pihak tertentu untuk memindahkan kotak-kotak undi awal dan kertas undi kosong disedari oleh calon Pakatan Rakyat di Parlimen Lumut.

kotak-undi-manjoi

Kertas undi pos yang telah dipangkah cuba dipindahkan dari lokap balai polis

Perkara yang tidak dirancang itu berlaku apabila calon-calon Pakatan Rakyat singgah melawat petugas parti yang bergilir mengawal kotak undi awal dan kotak kertas undi kosong di lokap IPD Seri Manjung.

Salah seorang dari mereka yang menyaksikan kejadian adalah calon KEADILAN bagi Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid.

"Saya sampai di tepi IPD ini, dan nampak ada pegawai SPR sedang memunggah kotak-kotak itu masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda. Saya tanya nak bawa ke mana. Dia kata nak bawa ke dewan undian. Saya tanya untuk apa. Dia kata untuk semak.

"Saya tekankan dalam peraturan tak ada pun yang mengatakan kotak-kotak ini boleh dibawa keluar. Hanya boleh dibawa keluar pada 5 Mei sebelum pilihan raya dilaksanakan," kata Imran mendedahkan perkara itu.
Mereka berjaya mengambil gambar bukti kotak kertas undi yang sedang dikeluarkan dengan alasan untuk 'SEMAKAN SPR'.

Ia pula dibuat tanpa sebarang notis dari pihak SPR kepada para calon atau wakil-wakil mereka.

Ekoran itu, pihak peguam dari wakil parti dalam Pakatan Rakyat sedang mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam PRU 13 ini, selain Imran, Rohawati Abidin, calon PAS akan mewakili DUN Pasir Panjang, manakala DUN Pangkor diwakili Saifullah Zulkifli dari KEADILAN.

Untuk tonton rakaman kotak undi itu cuba dipindahkan KLIK SINI.

DAP dakwa ada pengundian 2 kali di kem

Posted: 02 May 2013 09:36 PM PDT

Calon DAP bagi kerusi Canning, Perak Wong Kah Woh mendakwa insiden pengundian dua kali berlaku semasa proses pengundian awal oleh tentera di kawasannya semalam.

Ketua Pemuda Sosialis DAP itu berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan pegawai keselamatan membuang undi dua kali di pusat pengundian Kem Syed Putra Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja.

Dalam sidang media semalam, Wong mendakwa, perkara itu disedari oleh kedua-dua agen pengundian Pakatan dan BN apabila pada jam 3.30 ketika seorang pegawai tentera datang untuk mengundi.

"Ketika kami mahu mendaftar bantahan kami, seorang pegawai berkata namanya tidak ditanda dan oleh kerana tiada dakwat kekal dicalit pada jarinya, dia dibenarkan mengundi," dakwa Wong.

Wong menyifatkan kejadian itu jelas pengundian dua kali kerana berdasarkan daftar pemilih dan agen kedua-dua parti, nama pegawai tentera itu telah ditandakan sebagai sudah mengundi.

Siswa lapor polis dakwa dipaksa. bantu kempen

Posted: 02 May 2013 09:34 PM PDT

Lima belas mahasiswa sebuah universiti awam tempatan hari ini mendakwa diugut dan dipaksa oleh pensyarah mereka bagi membantu kempen sebuah parti politik dipercayai pakatan pembangkang.

Pelajar terbabit telah membuat laporan mengenai perkara itu di Balai Polis Serdang, dekat ibunegara.
  
Seorang wakil mahasiswa berkenaan yang enggan dirinya dikenali, berkata sejak Februari lepas, beliau dan rakan-rakannya diminta pergi ke sebuah kawasan Parlimen di Selangor untuk menjadi pekerja parti seperti memasang poster bagi membantu kempen pilihan raya.
  
"Saya dan rakan-rakan diugut akan diturunkan gred tugasan sekiranya tidak melibatkan diri dalam kempen parti politik berkenaan. Selain itu pensyarah tersebut turut meminta kami mengumpul duit daripada pelajar bagi membeli dua tabloid parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis tersebut.

Pelajar-pelajar kursus pendidikan itu turut menyerahkan kepada polis dan wartawan salinan video cakera padat sebagai bahan bukti dakwaan mereka.
  
Wakil pelajar itu berkata akibat ugutan pensyarah itu, beliau dan rakan-rakan berada dalam keadaan dilema kerana bimbang digagalkan oleh pensyarah berkenaan sekiranya tidak melakukan seperti apa yang dikehendaki.
  
Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika dihubungi berkata kementerian itu memandang serius dakwaan mengenai ugutan tersebut dan mengarahkan siasatan dilakukan.
  
"Saya akan meminta mereka memberi bahan bukti dan saya memberi jaminan bahawa mahasiswa berkenaan akan dilindungi," katanya.
    
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abd Razak Elias mengesahkan menerima laporan berkenaan dan berkata dakwaan itu akan segera disiasat.- Bernama

PKR dakwa PMO terlibat bawa pengundi dicurigai

Posted: 02 May 2013 09:32 PM PDT

 

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Pejabat Perdana Menteri (PMO) terlibat dalam operasi untuk membawa masuk pengundi yang dicurigai dari Malaysia Timur ke Semenanjung.

Anwar mendakwa PKR memperolehi bukti dokumen dan fotograf berhubung 16 penerbangan sewa khas yang membuat perjalanan setiap hari dari pelbagai lokasi di Malaysia Timur.

Beliau mendakwa, sekurang-kurangnya 40,500 orang akan dibawa dalam penerbangan tersebut menjelang hari mengundi.

Beliau juga mendakwa, daftar penumpang yang didakwa diperolehi PKR, menunjukkan bahawa penumpang tersebut merupakan warga asing.

Anwar juga berkata parti tersebut memperolehi salinan komunikasi emel Sistem Penerbangan Malaysia yang didakwa mengaitkan PMO dengan penerbangan sewa khas tersebut. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan sebarang penglibatan berhubung dakwaan pakatan rakyat bahawa rakyat Malaysia dan juga warga asing diterbangkan ke semenanjung untuk mengundi pada pilihan raya umum, Ahad ini.

Dalam satu kenyataan ringkas, seorang jurucakap kerajaan berkata:
"Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang pembabitan berhubung penerbangan seperti ini."

"Suruhanjaya Pilihan Raya telah bertungkus lumus memastikan bahawa sistem pilihan raya lebih kukuh daripada sebelum ini, dan pilihan raya adalah bebas dan adil." 

Tertusuk buluh bendera

Posted: 02 May 2013 09:29 PM PDT

ADILA SHARINNI WAHID

 

KOTA BHARU - Berpantang ajal sebelum maut. Itu gambaran dialami seorang remaja yang tertusuk serpihan buluh bendera parti pada lehernya dalam kejadian di Kampung Mak Makyong di sini, Selasa lalu.

Insiden berlaku pada jam 8 malam ketika Muhamad Arif Fikri Rosli, 14, menunggang motosikal bersama seorang rakannya, melalui sebuah jambatan kecil.

Ibu mangsa, Rohana Yusof, 58, berkata, Muhamad Arif sebelum itu meminta izin ke pos parti berdekatan untuk makan malam, bagaimanapun begitu ketika melalui jambatan itu, serpihan buluh bendera yang patah tertusuk pada lehernya.

"Keadaan jalan ketika itu gelap dan dia tidak nampak buluh tersebut lalu melanggarnya sebelum memberhentikan motosikal.

"Muhamad Arif dibantu penduduk kampung dan dihantar ke klinik berdekatan sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana pendarahan yang banyak." katanya ketika ditemui di (HUSM) di sini, semalam.

Menurutnya, dia mengetahui kejadian menimpa anak kelima daripada enam beradik itu ketika berada di surau berhampiran dan bergegas ke lokasi kejadian.

"Saya tidak sempat jumpa Muhamad Arif kerana sudah dibawa ke hospital, bagaimanapun saya bersyukur kecederaan dialami tidak serius dan tusukan buluh itu hanya kena pada kulit dan isinya sahaja. Sikit lagi nak kena pada urat lehernya.

"Syukur alhamdulillah, anak saya selamat walaupun menerima hampir 20 jahitan. Dia sudah boleh makan dan bercakap perlahan-lahan selain dibenarkan pulang hari ini (semalam).," katanya.

Isu dakwat kekal konspirasi tersusun, kata PKR

Posted: 02 May 2013 09:25 PM PDT

Kegagalan dakwat kekal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kekal lebih lama daripada beberapa jam mungkin "konspirasi rancangan tersusun" melibatkan ketuanya, dakwa Naib Presiden PKR Tian Chua hari ini.

"Saya condong kepada idea bahawa semua ini dirancang dan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof terlibat dengannya," dakwanya.

Tian Chua berkata, penjelasan SPR berhubung isu itu tidak boleh diterima dan menegaskan partinya menuntut Aziz meletakkan jawatan ekoran "kesalahan besar" itu.

Ramai polis dan pegawai tentera yang terlibat dengan pengundian awal pada Selasa lalu mengadu bahawa dakwat kekal itu mudah tertanggal daripada jari walaupun ia sepatutnya kekal seminggu

Ku Nan: 'Rakan BN' bayar untuk penerbangan pengundi

Posted: 02 May 2013 09:20 PM PDT

MALAYSIA KINI
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa kumpulan yang dibawa dengan penerbangan khas, seperti yang dipersoalkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, merupakan pengundi berdaftar Malaysia.

Tengku Adnan dalam satu laporan Bernama juga menjelaskan, penerbangan berkenaan dibiayai oleh "rakan-rakan BN".

"Tidak ada apapun yang benar berhubung dakwaan pembangkang, tidak lain dan tidak bukan penumpang itu hanya pengundi berdaftar Malaysia," katanya seperti dipetik dalam laporan agensi berita dikuasai kerajaan persekutuan itu.

Tambahnya, tindakan PKR membangkitkan perkara itu adalah usaha untuk "memburuk-burukkan sistem pilihan raya".

Sedangkan, Pakatan Rakyat turut menempah bas untuk membawa pengundi dari negara jiran, katanya.

Malah, BERSIH, turut membayar tambang penerbangan bagi rakyat Malaysia untuk pulang dari Shanghai dan Hong Kong, katanya lagi.

"Pakatan rakyat secara sinis cuba menimbulkan keraguan mengenai keadilan sistem pilihan raya bagi melemahkan demokrasi Malaysia.

"Ia adalah satu kempen bagi memburuk-burukkan sistem pilihan raya menjelang pilihan raya. Pembangkang sedang menyediakan satu alasan bagi kekalahan mereka," kata Tengku Adnan, yang merupakan penyandang kerusi parlimen Putrajaya.

Beliau mengulas dakwaan Anwar hari ini bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) terlibat dalam operasi untuk membawa masuk pengundi yang dicurigai dari Malaysia Timur ke Semenanjung.

Anwar mendakwa PKR memperolehi bukti dokumen dan fotograf berhubung 16 penerbangan sewa khas yang membuat perjalanan setiap hari dari pelbagai lokasi di Malaysia Timur.

Beliau mendakwa, sekurang-kurangnya 40,500 orang akan dibawa dalam penerbangan tersebut menjelang hari mengundi.

Beliau juga mendakwa, daftar penumpang yang didakwa diperolehi PKR, menunjukkan bahawa penumpang tersebut merupakan warga asing.

Mengulas dakwaan itu, PMO hari ini turut mengeluarkan kenyataan bagi menafikan terlibat membawa pengundi yang dicurigai itu, seperti didakwa Anwar.

"Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang pembabitan berhubung penerbangan seperti ini.
"Suruhanjaya Pilihan Raya telah bertungkus lumus memastikan bahawa sistem pilihan raya lebih kukuh daripada sebelum ini, dan pilihan raya adalah bebas dan adil," kata seorang jurucakap kerajaan dalam laporan Bernama.

Polis iringi Waytha beredar selepas berceramah di Johor

Posted: 02 May 2013 09:18 PM PDT


MALAYSIA KINI
GELANG PATAH: Satu pergelutan tercetus apabila kira-kira 10 individu cuba menghalang Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy ketika beliau hendak menaiki pentas untuk berucap kepada kira-kira 300 penduduk India di Taman Nesa, Skudai.

Bagaimanapun kira-kira 30 anggota polis segera bertindak mengawal penyokong kedua-dua belah pihak daripada bergelut dan mengheret kumpulan itu pergi jauh dari khemah tempat ceramah itu diadakan.

Ceramah tersebut adalah mengenai rangka tindakan Hindraf yang ditandatangani penyandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini yang mendorong Waythamoorthy dan pengikutnya menyokong BN dalam pilihan raya umum ini.

Kumpulan yang cuba mengganggu ceramah tersebut diketuai oleh K Selvakumaran, yang merupakan seorang ahli PKR.

"Saya hanya mahu bertanya kepadanya satu soalan, siapakah dia untuk mewakili kaum India? Siapa yang beri kebenaran kepadanya untuk memimpin Hindraf?

"Kami datang dengan baik tetapi orang-orang Hindraf menghalang kami," katanya.

Sesetengahnya merasakan bahawa Waythamoorthy, yang tinggal di UK ketika kerajaan bertindak ke atas pergerakan itu pada tahun 2007, dan hanya kembali ke Malaysia sebelum pilihan raya umum, telah mengkhianati masyarakat India dengan menyokong BN.

"Dia boleh menyertai BN tetapi jangan mempengaruhi orang kita!" jerit seorang lelaki lain.

"Ubah! Ubah! Ubah! Bodoh! Bodoh! Bodoh!"
mereka terus menjerit, pada jarak beberapa 100 meter dari khemah tersebut ketika Waythamoorthy berucap kepada hadirin.

Waythamoorthy menggesa hadirin supaya menyokong Pengerusi BN Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang bertanding di Gelang Patah menentang ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang.

"Tolak Lim Kit Siang!" katanya.

Ketegangan tersebut berterusan selama kira-kira 30 minit selepas Waythamoorthy selesai berucap apabila kumpulan yang memprotes tersebut enggan membenarkan beliau meninggalkan tempat itu melainkan jika bersetuju bercakap dengan mereka.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Ruslan Hassan tiba dengan lebih ramai anggota dan mereka membentuk dua tembok manusia untuk memisahkan kedua-dua kumpulan itu pada jarak kira-kira 20 meter.

Waythamoorthy duduk dalam keretanya, Toyota Camry di satu penjuru manakala di satu lagi penjuru, kumpulan yang memprotes terhadapnya berteriak "Waythamoorthy "pengkhianat! Waythamoorthy "pengkhianat!".

Ruslan cuba mencari penyelesaian antara kedua-dua kumpulan berkenaan. Tidak lama selepas itu, Waytha meninggalkan tempat itu dengan dikawal polis semasa unit FRU tiba.

'Tapisan-gaya-China' sekat video KiniTV

Posted: 02 May 2013 09:06 PM PDT

MALAYSIA KINI

Akses kepada video KiniTV telah disekat oleh ISP tempatan, dalam apa yang dianggap oleh beberapa pakar teknologi sebagai 'penapisan-gaya-China'.
Dua video wawancara dengan A Santamil Selvi - balu penyiasat persendirian P Balasubramaniam - mengenai peristiwa berkaitan dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, tidak boleh diakses melalui kebanyakan ISP tempatan.

Dua siasatan bebas - satu oleh Rizvan R dan satu lagi oleh Sinar Project - menunjukkan penapisan itu berlaku apabila seseorang mengakses server YouTube, yang berkemungkinan dihoskan oleh TMnet.

Bagaimanapun, video itu boleh ditonton melalui YES YTL dan Time Internet tanpa sebarang masalah. Malaysiakini telah memaklumkan kepada TM tentang masalah tersebut dan sedang menunggu jawapannya.

ISP diingat jangan campuri politik

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran hari ini sekali lagi mengingatkan ISP supaya menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan mereka tanpa sebarang campur tangan politik.

NONE"Selaras dengan dasar rasmi kerajaan dan Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998, penyedia perkhidmatan telekomunikasi seperti TM mempunyai tugas dan kewajipan untuk memastikan sistem mereka tidak digunakan untuk menapis Internet," kata Premesh (kanan).

"Ini adalah kali kedua kita telah dapat menunjukkan bahawa tapisan itu sedang berlaku," katanya, merujuk kepada sekatan yang dialami oleh Malaysiakini awal minggu ini.

Persoalan yang besar kekal sama ada akses kepada laman berita bebas akan disekat apabila pengiraan undi bermula pada hari Ahad.

"Kebimbangan terbesar kami adalah akses ke Malaysiakini akan disekat pada malam Ahad. Pihak berkuasa perlu memahami bahawa apabila maklumat yang tepat disekat, maka khabar angin akan mengambil alih, dan keadaan boleh jadi tak dapat dipertahankan," kata Premesh.

"Melalui laporan terkini media dalam talian serta media tradisional, para pengundi akan lebih tenang dan tidak akan mempercayai khabar angin yang berunsur provokatif."

Beliau menggesa pengawal-selia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), supaya menempatkan kakitangannya di ISP pada hari mengundi bagi memastikan akses tidak terganggu.

Malaysiakini sedang menunggu jawapan dari SKMM mengenai rancangannya pada malam Ahad nanti.

Laman hadapi serangan berterusan

Selain tapisan ISP tempatan, akaun Twitter Malaysiakini juga turut digodam. Bagaimanapun, Malaysiakini dapat kembali menanganinya.

Di samping itu, kedua-dua Malaysiakini.com dan KiniTV.com menghadapi serangan penafian perkhidmatan (DOS) sejak beberapa minggu lalu. Bagaimanapun, tidak seperti percubaan sebelum ini, serangan kali ini tidak dapat menutup kedua-dua lamanweb tersebut.

Sekiranya ISP menyekat Malaysiakini pada malam pilihan raya nanti, pembaca hendaklah mengakses Facebook Malaysiakini dan Twitter.
Pembaca juga boleh mengakses Malaysiakini melalui telefon pintar melalui aplikasi android.

Bapa Altantuya rayu keadilan untuk anaknya

Posted: 02 May 2013 09:03 PM PDT

MALAYSIA KINI

Shaariibuu Setev - bapa kepada Altantuya yang mati dibunuh - merayu kepada rakyat Malaysia yang akan mengundi Ahad ini supaya memberi keadilan kepada Altantuya yang tarikh lahirnya jatuh pada tanggal 6 Mei.

NONEDalam satu kenyataan empat perenggan, Shaariibuu (kiri) berkata
kedua-dua anak lelaki Altantuya - wanita Mongolia yang dibunuh dengan kejam di Malaysia - telah kehilangan ibu mereka sejak 2006.

"Hak anak-anak itu untuk memanggilnya 'ibu' telah dicabuli. Sejak pembunuhan itu, kami rakyat Mongolia menunggu permohonan maaf daripada rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata, anak-anak tersebut telah menunggu untuk akses kepada dan sokongan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama tujuh tahun.

Shaariibuu turut menegaskan bahawa ianya masih penting untuk mengadakan pendengaran baru mahkamah dan mencari keadilan.

NONE"Saya ingin meminta semua rakyat Malaysia supaya mengundi untuk keadilan kerana pilihan raya berlangsung sehari sebelum hari lahir Altantuya, pada 6 Mei," kata Shaariibuu dalam kenyataan tersebut.

Kalaulah Altantuya masih hidup, kata Shaariibuu,  anak perempuannya itu akan berusia 35 tahun pada hari Isnin ini.

Peguam NGO hak asasi manusia Suaram, Fadiah Nadwa Fikri (kiri)
bertemu dengan Shaariibuu minggu lalu, ketika menghadiri satu persidangan di Ulaanbataar, iaitu ibunegara Mongolia.

Shaariibuu bertemu dengan Fadiah dan mengeluarkan kenyataan tersebut yang beliau mahu dikeluarkan di Malaysia.

JPM nafi halang penjawat awam sertai aktiviti politik Pakatan

Posted: 02 May 2013 09:01 PM PDT

Bernama

Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) di bawah jabatan itu, mengeluarkan notis melarang warga perkhidmatan awam yang tinggal di Putrajaya melibatkan diri dalam sebarang aktiviti politik Pakatan Rakyat.
  
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM Datuk Othman Mahmood berkata notis itu, yang menggunakan nama serta logo BPH, mendakwa tindakan akan diambil ke atas penghuni Putrajaya yang berbuat demikian.
  
"Pihak JPM ingin menegaskan bahawa BPH tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau Notis Peringatan tanpa pengesahan cap rasmi jabatan, dan juga tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menggunakan lambang serta logo rasmi BPH seperti yang disebar dalam media massa dan media sosial, serta ditampal di beberapa tempat di kuarters Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan.
  
Beliau berkata JPM sudah membuat laporan di Balai Polis Putrajaya petang ini agar perkara itu disiasat.
  
Othman turut mengingatkan warga perkhidmatan awam, terutama yang tinggal di Putrajaya, agar berhati-hati dengan sebaran maklumat palsu menggunakan nama serta logo jabatan dan agensi di bawah JPM oleh pihak tidak bertanggungjawab.- Bernama

3 kerusi utama majoriti Melayu di P Pinang jadi tumpuan

Posted: 02 May 2013 08:59 PM PDT

PULAU PINANG Pada tahun 2008, Pakatan Rakyat menang dengan majoriti selesa di sepuluh daripada 13 kerusi Parlimen di Pulau Pinang. Bagaimanapun, ia menang tipis dengan 708 undi di Balik Pulau, tetapi tewas kepada BN di Tasek Gelugor dan Kepala Batas.

Dalam pilihan raya umum ke-13 ini, beberapa calon Bebas muncul bertanding selepas digugurkan dan tidak dicalonkan oleh parti masing-masing.

Ironinya, calon-calon Bebas ini - yang kebanyakannya terdiri daripada ahli-ahli yang tidak puas hati - mungkin menarik undi dari rakan-rakan parti mereka dan seterusnya menguntungkan pesaing mereka.

NONEPeningkatan pengundi baru - dari 6,714 (Bukit Bendera) kepada 18,594 (Bayan Baru) - juga telah menambahkan unsur ketidakpastian dalam pilihan raya dengan persoalan sama ada kehadiran mereka akan mengubah landskap politik di Pulau Pinang.

Secara umumnya, 40 peratus pengundi adalah dalam kumpulan umur yang lebih muda dan sebahagian daripada mereka telah berkempen secara aktif sama ada untuk BN atau Pakatan.

Ramai yang dilihat memasang bendera pada lewat malam (dengan bayaran RM50 hingga RM80 bagi setiap bendera), manakala yang lainnya menunggang  motosikal mengiringi kunjungan pemimpin partipolitik.

Walaupun pengundi muda dilihat lebih anti-establishment, tetapi ia boleh berlaku sebaliknya.

Dengan pelbagai pemberian oleh BN seperti wang tunai, makan malam percuma, cabutan bertuah dan mega konsert, sehingga kepada elaun untuk petugas parti, maka adalah sukar untuk mengatakan siapa yang mereka akan pangkah.

Kerusi-kerusi utama yang menjadi perhatian di Pulau Pinang adalah Tasek Gelugor, Nibong Tebal dan Balik Pulau:

Tasek Gelugor

Ia akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Shabudin Yahaya, calon PAS Datuk Abdul Rahman Maidin dan calon Bebas Datuk Shariff Omar, bekas ahli parlimen kawasan tersebut.

Pada tahun 2008, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob memenangi kerusi itu dengan menewaskan calon PAS Ismail Salleh dengan majoriti 4,547 undi.

Nor Mohamed bagaimanapun digugurkan kali ini dan penggantinya Shabudin masuk gelanggang dengan berdepan dengan pertelingkahan dalaman dan kekurangan kerjasama daripada ahli-ahli parti.

NONEManakala Shariff (kiri), yang juga bekas timbalan ketua menteri  Pulau Pinang, telah mengisytiharkan dirinya sebagai mesra Pakatan dan kempennya menarik sokongan yang lebih baik berbanding dengan calon BN.

Shariff telah dipecat daripada Umno kerana bertanding bebas dan secara terbuka mengkritik kepimpinan kerana meletakkan calon "menang-kabel" (win-cable) dan bukannya calon "winnable" di beberapa kerusi.

Menurut Shariff, calon-calon "menang-kabel" adalah mereka yang mempunyai hubungan yang kuat dengan personaliti tertentu yang berkuasa dalam Umno.

Bagaimanapun, Shariff boleh menarik undi Umno Shabudin, dan memberikan kemenangan kepada Abdul Rahman, yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu, di kerusi Tasek Gelugor, yang mempunyai 54,141 pengundi, yang terdiri daripada 78 peratus Melayu, 15 peratus Cina dan 7 peratus kaum India.

DUNIACACAMARBA

Posted: 03 May 2013 03:21 PM PDT

[Gambar] GEMPAR, Bibir Najib "Dikucup Mesra" Peminat Lelakinya

Posted: 03 May 2013 06:38 AM PDT

P/s:  Geli-geleman. Nak termuntah tengok!!!

Warga Selangor, 6 Mei Cuti UMUM

Posted: 03 May 2013 06:13 AM PDT

[MK] Kerajaan Selangor mengumumkan hari Isnin 6 Mei sebagai hari pelepasan am bagi memudahkan semua rakyat Selangor mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan pada hari Ahad ini. 

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ia bagi memudahkan rakyat Selangor melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi dan merealisasikan Negeri Selangor sebagai Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan. 

"Pemberian hari pelepasan am ini selaras dengan Akta Hari Pelepasan 1951, perenggan 9 yang menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkan satu hari sebagai hari pelepasan am," katanya dalam satu kenyataan. 

Katanya, kerajaan Selangor berharap hari pelepasan Am ini digunakan sebaik mungkin untuk pulang mengundi di tempat masing-masing dan tidak perlu tergesa-gesa untuk kembali bekerja. 

"Kita mendoakan para pengundi dan rakyat Selangor pulang dengan selamat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. 

"Kerajaan Selangor terus komited untuk memastikan sebuah pentadbiran yang telus, bertanggungjawab serta bersih diteruskan di negeri ini dengan sokongan padu rakyat Selangor. 

"Undi anda semua akan menentukan nasib generasi akan datang. Undilah dengan bijak," kata Abdul Khalid.

[Video] Calon BN Nak "Bunuh" Anwar Ibrahim

Posted: 03 May 2013 04:50 AM PDT

P/s: Kalau calon PR yang berkata demikian, sudah lama duduk lokap!

Pakar Kimia Dakwa Dakwat Kekal Tidak Perlu Digoncang, SPR Kantoi???

Posted: 03 May 2013 03:00 AM PDT


Selepas beberapa siri pendedahan pengundi awal yang membuktikan bahawa dakwat kekal yang digunakan dalam PRU kali ini mudah dipadamkan, SPR dalam satu kenyataannya mendakwa tatacara penggunaan dakwat itu tidak betul. Kononnya, dakwat itu perlu digoncang dalam tempoh tertentu sebelum boleh digunakan. Jika begitu mengapa petugas SPR tidak mengetahui hal itu? 

Persoalan lain, adakah dakwat kekal yang digunakan oleh SPR ada dua jenis. Satu yang boleh dipadamkan, satu lagi yang tidak boleh dipadamkan dalam tempoh tertentu? Atau sememangnya dakwat kekal SPR memang mudah dipadamkan?


Namun, pendedahan pakar kimia di bawah ini dapat membidas alasan yang tidak masuk akal SPR:

[HD] Dakwat yang digunakan dalam pilihan raya lazimnya mengandungi 10 peratus, 14 peratus atau 18 peratus argentum nitrat AgNO3 (silver nitrate) yang larut. AgNO3 adalah hablur putih yang sangat larut dalam air, tanpa warna. Apabila terkena pada kulit manusia (misalnya), kita tidak akan sedar pada awalnya, tetapi apabila kering, tempat kena AgNO3 itu akan bertanda kehitaman. Hal ini kerana AgNO3 bertindakbalas dengan garam yang ada pada kulit membentuk AgCl yang tidak larut dan berwarna (juga denga cahaya ultraviolet). Warna kehitaman ini akan bertahan beberapa hari (bergantung kepada kandungan AgNO3 yg digunakan) dan akan hilang apabila sel-sel baru tumbuh (tisu kulit atau kuku) dan tisu lama (berwarna) hilang (gugur atau terhakis). Ia tak boleh di basuh dengan sabun, alkohol, nail polish remover atau bleach.

Lazimnya sedikit alkohol dicampurkan untuk mencepatkan pengeringan.

Apakah tujuan dakwat ini? Dakwat hanyalah unutk menandakan di mana-mana tempat yang telah ditandakan. Oleh sebab dakwat untuk pilihan raya sudah mengandungi AgNO3, maka AgNO3 (AgCl) itulah yang akan tinggal beberapa hari sehingga tisu baru tumbuh.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan carian google "election Ink".

Saya adalah bekas pensyarah (kini bersara) UKM dalam bidang Kimia (inorganic). Sebahagian penyelidikan saya adalah dlm bidang sebatian argentum (perak). Saya berpendapat tidak perlu gocang botol dakwat kerana ia bukan colloidal solution.

Abd. Hamid Othman

013-3376862

P/s: Khabarnya, sebanyak RM5 juta duit rakyat Malaysia digunakan untuk membeli dakwat ini. Mohon rakyat Malaysia berdoa agar sebarang perancangan jahat untuk memanipulasi keputusan PRU13 digagalkan dengan kuasa Yang Maha Esa!

Lapor Kes Dakwat Kekal: Mejar TUDM Ditukar Serta-merta, Demokrasi Ala UMNO

Posted: 03 May 2013 01:01 AM PDT

[HD] PULAU PINANG:Pegawai Pemerintah Skuadron No 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad ditukarkan serta merta ke Kuala Lumpur bermula hari ini kerana membuat laporan polis isu dakwat kekal yang tidak kekal.

Bagaimanapun beliau memohon perpindahan itu ditangguhkan sehingga hari Isnin 6 Mei minggu depan ekoran beliau sedang disiasat oleh Lembaga Siasatan TUDM di sini.

"Surat arahan telah dikeluarkan oleh TUDM di mana saya ditukarkan ke Kuala Lumpur hari ini. Tetapi saya minta tangguh ke Isnin kerana di sini pun sedang diadakan satu Lembaga Siasatan berhubung kes saya, " beritahunya kepada Harakahdaily.

Kata Zaidi lagi, bukan sahaja pertukaran dibuat akibat arahan tersebut malahan secara rasminya telah dilucutkan dari jawatan Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara Butterworth dan terlepas peluang dinaikan pangkat ke Leftenan Kolonel TUDM.

Dua hari lepas Zaidi, isterinya Shafinah Abdul Hamid dan Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas.

Laporan itu dibuat kerana dakwat kekal yang dicalit di jari telunjuk tangan kirinya semasa pembuangan undi awal luntur apabila di basuh dengan sabun dan pencuci tangan.

Mereka antara pengundi awal yang menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) kononnya dakwat yang digunakan boleh bertahan seminggu.

P/s: In sya Allah, jika PR berjaya mengambil alih kerajaan, pegawai tentera ini akan diberi keadilan.

[PANAS] Video Sumpah Laknat Saiful di Makkah Guna Teknik SKRIN HIJAU?

Posted: 02 May 2013 06:00 PM PDT

[HD] KUALA LUMPUR:Belumpun sampai 24 jam video sumpah laknat kedua Muhd Saiful Bukhari Azlan tersebar di internet, perbagai persoalan berhubung kesahihannya mula ditimbulkan.

Video sumpah yang berlatarbelakangkan suasana tawaf di Kaabah itu dipersoal sama ada benar atau hanya sekadar rakaman dalam studio menggunakan teknik 'Chroma Key' (latar belakang hijau).

Ini kerana, beberapa kecacatan dikesan pada video tersebut khususnya berkaitan beberapa subjek utama di sekitar Kaabah yang salah kedudukan dalam video tersebut.

Bagi masyarakat biasa yang tidak pernah sampai ke Mekah mungkin tidak dapat mengesan kejanggalan video tersebut, mamun bagi mereka yang pernah pergi menunaikan haji atau umrah, atau pembimbing orang mengerjakan haji dan umrah (mutawif), kesilapan jelas kelihatan.

Kejanggalan pertama yang ditimbulkan, adalah mustahil bagi Saiful untuk berdiri tegak di sisi kaabah dalam suasana orang sedang tawaf apa lagi berada berhampiran dengan Multazam.

Kejanggalan kedua pula, dipersoalkan kenapa ketika berada di Hijr Ismail, tiba-tiba timbul gambar Maqam Ibrahim di sebelah belakang dan kiri bahu Saiful.

"Kalau betul dia berdiri di hadapan Multazam, sepatutnya Maqam Ibrahim berada di sebelah kanan bahu si Saiful dan kamera pula di sebelah kiri bahu dia.

"Perhatikan betul-betul Maqam Ibrahim pula bergerak, mengesahkan lagi gambar super imposed, " kata seorang pengguna facebook yang juga seorang mutawif.

Selain itu turut dipersoalkan berhubung kualiti audio suara Saiful yang didakwa mustahil untuk mendapatkan audio sejelas itu dengan keadaan orang ramai sedang tawaf dan berzikir serta berdoa.

Ada juga yang mempersoal tentang imej seorang lelaki yang dikatakan seolah-olah bertindih dengan tubuh Saiful sedangkan beliau tidak bergerak.

"Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa.

"Aku tak mahu tuduh sape yang buat video ini, tapi aku rasa ini satu penipuan," kata seorang lagi pengguna.

P/s: Saya sudah persoalkan hal ini semalam kerana jelas ada kejanggalan pada video tersebut. Oleh sebab saya bukan forensik visual atau seumpamanya, maka persoalan itu hanyalah persoalan semata-mata. Namun, bermula malam tadi sudah ada beberapa pihak yang membuat analisis termasuk yang disiarkan di atas.

Allah itu Maha Besar!

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kemenangan PAS di Rembau adalah untuk manafaat orang-orang kampung

Posted: 02 May 2013 05:31 PM PDT




Rembau 2 Mei 2013 – Sambutan orang-orang kampung terhadap program anjuran Pakatan Rakyat khususnya di DUN Kota dalam siri kempen PRU-13 kali ini adalah sesuatu yang tidak pernah dijangkakan oleh sesiapa. Ini adalah kerana PAS pada awalnya tidak menjangkakan akan dapat menang di DUN Kota memandangkan , DUN Kota mempunyai lebih kurang 90 peratus pengundi Melayu dan sebelum ini calon PAS yang bertanding di sini tewas dengan majoriti yang banyak.

Manusia merancang, Allah jua merancang. Sambutan orang-orang kampung dalam program Kenduri Rakyat malam tadi adalah sesuatu yang tidak dijangkakan, memandangkan pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir bukanlah dari nama-nama terkenal seperti Anwar Ibrahim, Tok Guru Hj Hadi, Md Sabu atau Lim Kit Siang. Malahan penceramah yang hadir pun ramai petugas Pakatan Rakyat setempat pun tidak kenal sebelum ini.

Tirai kempen PRU-13 hampir dilabuhkan. Tidak semua orang-orang kampung calon PAS dan PKR serta petugas Pakatan Rakyat mampu berjumpa. Tidak semua masjid-masjid kariah di DUN Kota dan DUN Chembong ini mampu dimakmurkan sepenuhnya oleh calon dan petugas Pakatan Rakyat dalam tempoh kempen yang singkat ini.

Walau apa pun keputusan PRU-13 nanti di DUN Kota dan DUN Chembong, usaha penerangan, usaha dakwah, usaha kebajikan akan terus dilakukan, memandangkan orang-orang kampung yang ditemui termasuk dari orang-orang Umno meletakkan harapan yang besar untuk PAS dan PKR menang di Rembau, khususnya di DUN Kota dan DUN Chembong.

Telah banyak keluhan mereka sebelum ini tidak sampai ke peringkat tertinggi pimpinan negara, terutamanya masalah pampasan tanah, masalah pembangunan tanah adat, masalah perumahan untuk orang-orang kampung.

Mereka, orang-orang kampung yang selama ini , sejak sekian lama menyokong Umno, hanya dijanjikan dengan pelbagai projek yang masih lagi belum dibina seperti Hospital Rembau, UiTM Rembau, Landasan Pesawat Ringan Rembau, Hotel Antarabangsa Rembau dan sebagainya.

Sesungguhnya kemenangan PAS di DUN Kota dan di DUN Chembong, adalah untuk manafaat orang-orang kampung di kawasan ini, tidak kiralah mereka ini penyokong Umno, PAS, PKR atau atas pagar.

Lagi gambar-gambar sekitar sambutan luar biasa Kenduri Rakyat dan Ceramah di Bilik Gerakan UPU Kg Sawah Raja, Kota di http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/05/kemenangan-pas-di-rembau-adalah-untuk.html

Pengikut