Isnin, 17 Februari 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 17 Feb 2014 03:25 PM PST

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM : Stesyen televisyen swasta kawalan Umno, TV3 didakwa 'menipu' dalam satu laporan mengenai bantuan banjir di Crocker Range di Tenom Sabah menerusi berita Buletin Utama malam semalam.

Dalam laporan itu memaparkan Umno melalui Pemuda Umno Tenom merupakan antara pihak terawal yang menghantarkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan itu.

TV3 kantoi
Bagaimanapun Kordinator Jingga 13, Fariz Musa mendakwa visual dipaparkan dalam laporan berita itu sebenarnya merupakan rakaman video lama bertarikh 29 Mei 2007.

"Perkara ini bukan saya sahaja sedar, tetapi ramai lain perasan mengenai perkara ini. Lebih jelas  bila TV3 cuba menutup dengan mengkaburkan tarikh video tersebut yang menyebabkan perasaan ingin tahu lagi dengan membuat carian tetapi kalau tak tutup tentulah lagi cepat kantoi.

"TV3 terus menjadi media propaganda Umno dengan sanggup menipu rakyat kononnya Umno menghantar bantuan kepada mangsa banjir berpunca empangan Padas terlampau penuh menyebabkan air deras di Crocker Range mengakibatkan banjir di Tenom," kata Fariz ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.

Kata Fariz, tiada sebab stesyen televisyen mengkaburkan bahagian laporan bantuan banjir yang sering dilakukan terhadap laporan kejadian jenayah dengan mengkaburkan bahagian wajah suspek.

Kata Fariz lagi, TV3 sepatutnya bertindak profesional dengan tidak membiarkan diri mereka dipergunakan pihak tertentu sesuka hati hingga menyebabkan kredibiliti stesyen televisyen itu semakin merudum di mata masyarakat umum.

Beliau juga mendakwa, penipuan ini bukan pertama kali apabila pada 2011, Jingga13 pernah membuat satu laporan polis terhadap laporan pembohongan TV3 berhubung isu murtad.

Semalam, isu TV3 didakwa menggunakan visual lama untuk laporan bantuan banjir ini menjadi perhatian ramai di laman sosial Facebook dengan pelbagai kecaman dan sindiran para pengguna laman sosial itu.

Rata-rata menganggap perkara ini sekiranya benar-benar berlaku, bukan sahaja memalukan malah satu penghinaan dan mempermainkan mangsa banjir di Tenom yang sedang mengharapkan bantuan dari semua pihak.

Sehingga kini masih belum ada sebarang penjelasan rasmi daripada agensi media itu berhubung perkara itu.EZY

Oleh: Mohd Ezli Mashut

KUALA LUMPUR: Rakyat dialu-alukan untuk datang ke pameran bergerak Pasukan Tindakan dan Penyelidikan Persempadanan (DART) bagi mempelajari isu persempadanan pilihan raya sebagai persediaan bagi kawasan pilihan raya masing-masing.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, berkata persempadanan  dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14.

maria chin bersihKata Maria persempadanan yang dilakukan sebelum ini, sebahagian besar tidak dicabar dan tidak mencerminkan kehendak rakyat.

"Perlembagaan Persekutuan; Jadual 13 membolehkan bantahan cadangan sempadan SPR daripada pemilih terjejas jika ada perwakilan seramai 100 atau lebih pemilih.

"Oleh itu kita perlu menggunakan peluang ini diberikan kepada kita jika kita mahu keputusan pilihan raya mencerminkan aspirasi rakyat, dan kita berpeluang menyetarakan padang permainan ini melalui DART," katanya dalam sidang media.

Maria berkata, projek itu akan bermula dengan pelancaran pada Sabtu ini di Johor Bahru, dan pelancaran peringkat Kebangsaan pada 9 Mac (Ahad) di Petaling Jaya, diikuti dengan lawatan di seluruh negara di bandar utama.

Manakala di Pulau Pinang, Projek DART akan diadakan pada 30 Mac ini.

Naib Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann, mesyuarat awam seluruh negara akan berfungsi untuk mengenal pasti kumpulan teras seramai lima hingga 10 sukarelawan yang berdedikasi untuk membentuk pasukan DART.

"Kumpulan teras ini akan mengatur dan memimpin perwakilan 100 pemilih di kawasan mereka.

"Pasukan teras juga dilatih dalam bengkel kerja DART, mereka diberi pengetahuan undang-undang dan pilihan raya serta peta yang diperlukan, untuk mengukuhkan bantahan," katanya.

Butiran penuh projek dan pameran bergerak DART boleh diperolehi dalam laman sesawang BERSIH 2.0 apabila projek ini dilancarkan pada 22 Februari 2014.EZY


SHAH ALAM: Laporan The Star kononnya pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah menyediakan surat peletakan jawatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, tidak benar.

Sebaliknya, Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menyifatkannya sebagai pembohongan, percaya berita itu sebagai cubaan menutup kegagalan MCA meletakkan calon berwibawa untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

tianMengingatkan pembaca bahawa MCA sebagai pemilik The Star, beliau berkata, Presiden baru MCA mengalami tekanan untuk memastikan kerusi itu bukan ditandingi parti lain dalam BN.

"Ia isyarat jelas betapa MCA gagal mendapatkan kedudukan politik dan boleh dianggap sebagai kapal politik yang tenggelam," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Laporan berita esklusif muka depan akhbar itu menyatakan kononnya Abdul Khalid enggan menandatangani surat peletakan jawatan itu yang bertarikh 23 Mac.

Berita yang memetik sumber  itu melaporkan kononnya keengganan itu bakal menjejaskan rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi menteri besar selepas memenangi PRK Kajang.- FZL

Kerabu Bersuara ®

Posted: 17 Feb 2014 03:16 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:16 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Husam Musa Menang Saman

Posted: 17 Feb 2014 03:15 AM PST

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan akhbar New Straits Times (NST) agar membayar RM350,000 kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa kerana memfitnahnya.

Hakim Datuk Su Geok Yiam, dalam perintahnya hari ini mengarahkan pembayaran itu sebagai gantirugi am, teladan dan kerosakan teruk akibat berita yang dilaporkan oleh akhbar itu.

Hakim juga memerintahkan kos sebanyak RM10,000 bagi bicara taksiran ganti rugi hari ini dan faedah dari tarikh pemfailan tindakan ini di mahkamah.

Pada 12 April 2013, mahkamah memberikan kemenangan kepada Husam dalam kes ini dan hari ini adalah hari penentuan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh defendan.

Dalam kes ini, NST menyiarkan satu berita yang didakwa memfitnah Husam pada 2008 lalu ketika beliau masih exco kerajaan negeri Kelantan.

Ekoran itu, Husam memfailkan saman terhadap dua lagi defendan dan NST adalah defendan ketiga.

Defendan pertama dan kedua sudah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Husam sebelum ini.

Husam diwakil peguam Mohd Yunus Shariff manakala NST diwakili peguam Rishwant Singh.

Budaya Politik Ajaran Umno

Posted: 16 Feb 2014 09:02 PM PST

Rakyat dipergunakan demi kepentingan politik perut pemimpin umno.

Apa saja teguran bukan nak didengar tapi habuk pun tak dilayan.

Kesian.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


NST Di Arah Bayar RM350,000 Kepada Husam Musa

Posted: 17 Feb 2014 08:21 PM PST

Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan akhbar The New Straits Times (NST) membayar RM350,000 kepada Datuk Husam Musa berikutan mengeluarkan laporan fitnah terhadap Naib Presiden PAS itu .

Jumlah tersebut sebagai gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi teruk.

Hakim Datuk Su Geok Yiam juga memerintahkan NST membayar RM10,000 bagi bicara taksiran gantirugi dan faedah dari tarikh pemfailan tindakan tersebut di mahkamah.

Pada 12 April 2013, mahkamah memberikan kemenangan kepada Husam dalam kes ini dan hari ini adalah hari penentuan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh defendan.

Dalam satu artikel pada 2008, NST menyiarkan satu berita mengaitkan Husam melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa di Kelantan ketika beliau memegang jawatan exco.

Ekoran itu, Husam memfailkan saman terhadap dua lagi defendan dan NST adalah defendan ketiga.

Defendan pertama dan kedua sudah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Husam sebelum ini.

Husam diwakili peguam Md Yunos Shariff manakala NST diwakili peguam Rishwant Singh. ~harakahdaily

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


PROGRAM CUCI-CUCI AMAL CETUS IDEA BARU DAN TERKINI..

Posted: 16 Feb 2014 10:05 PM PST

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 16 Feb 2014 11:36 PM PST

Suara Sri Andalas


Menyampaikan Bayaran SMUE Kedua di Dewan Sentosa

Posted: 16 Feb 2014 01:00 AM PST

Taman Sentosa, Klang, 16 Februari 2014 - Bayaran kali kedua Skim Mesra Usia Emas telah disampaikan kepada seramai 48 orang warga DUN Seri Andalas di dewan Sentosa.

Menyampaikan bayaran bagi pihak YB Dr Xavier Jayakumar, adalah isteri beliau, Puan Sheila Devaraj. Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Ketua Kampung, Haji Miswan dan Penghulu.





Meraikan Sambutan Chop Goh Mei di Tokong Tiong Sheng Keng

Posted: 16 Feb 2014 01:00 AM PST

Pada 14 Februari 2014 yang lalu, sambutan Chop Goh Mei telah diadakan di Tokong Tiong Sheng Keng di Batu 3 1/4 Kampung Jawa, Klang. 

Puan Sheila Devaraj iaitu isteri kepada ADUN Seri Andalas, YB Dr Xavier Jayakumar telah hadir menyampaikan Ang Pow kepada para hadirin bagi pihak beliau yang ketika itu berada di Kajang.

Majlis disambut meriah dengan dihadiri lebih 300 orang.




Anwar Ibrahim

Posted: 16 Feb 2014 07:10 PM PST

Anwar Ibrahim


[PROGRAM] Dato’ Seri Anwar Ibrahim di N25 DUN Kajang

Posted: 16 Feb 2014 02:04 AM PST

Program Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim di N25 DUN KAJANG

16 – 23 FEBRUARI 2014

16 FEBRUARI 2014 – AHAD

1) 12.00 Tghari – Ramah Mesra Bersama Komuniti Kristian Kajang

Lokasi : Dewan Gereja Holy Family, Jalan Gereja, Kajang

17 FEBRUARI 2014 – ISNIN

1) 5.00 – 7.00 ptg – Sepetang Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim

Lokasi: Rumah YB Dr Norlela Ariffin, Kg. Sungai Kantan, Kajang

2) 7.30 – 8.30 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib

Lokasi: Surau An Nur, Taman Indah, Sungai Jerlok, Kajang

3) 8.00 – 12.00 – Sambutan Tahun Baru Cina Wanita DAP Kebangsaan

Lokasi: Gelanggang Bola Keranjang, Kg. Sungai Chua, Kajang

4) 9.00 – 12.00 malam – Pelancaran Jentera & Ceramah

Lokasi: Saujana Impian, Kajang

19 FEBRUARI 2014 – RABU

1) 7.30 – 12.00 mlm – Ceramah & Pelancaran Bilik Gerakan DAP

Lokasi : Taman Kota Cheras, Batu 9 Jalan Cheras, Kajang

2) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah & Pelancaran Bilik Gerakan

Lokasi : Kg. Sungai Sekamat

21 FEBRUARI 2014 – JUMAAT

1) 1.00 tghari – Solat Jumaat – Surau Saujana Impian, Kajang

2) 9.00 – 12.00 mlm – Pentas AMK bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Lokasi : Tapak Pasar Malam, Taman Delima, Batu 13 Jalan Cheras, Kajang

22 FEBRUARI 2014 – SABTU

1) 8.00 – 11.00 mlm – Santai Bersama Komuniti India & Pelancaran Jentera

Lokasi : Taman Kajang Baru, Sungai Jerlok, Kajang

2) 8.00 – 11.00 mlm – Forum Maulidul Rasul

Lokasi: Sekolah Agama Raudhatul Ilmi, Taman Kantan Permai, Kajang

3) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana

Lokasi: Kg. Sungai Kantan, Kajang

23 FEBRUARI 2014 – AHAD

1) 10.00 pagi – Kuliah Dhuha –

Lokasi: Pondok Zakaria, Kampong Batu 10 Jalan Cheras, Kajang

2) 1.00 – 2.30 ptg – Santai Bersama Komuniti India

Lokasi: Bersebelahan Kuil Mariamman,
Taman Delima, Batu 13 Jalan Cheras, Kajang

3) 5.00 – 7.00 ptg – Santai Bersama Penyokong Bolasepak Selangor

Lokasi : Perkarangan Stadium Kajang

4) 7.30 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib

Lokasi : Akan di maklumkan kemudian

5) 8.30 -11.00 mlm – Pelancaran Jentera PRK Komuniti Cina

Lokasi: Taman Berjaya, Sungai Chua, Kajang

6) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana

Lokasi: Taman Kota Cheras, Batu 9 Jalan Cheras, Kajang

PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

[SPEECH] At the Meet-the-people Session, Hall of the Holy Family Church, Kajang

Posted: 16 Feb 2014 12:54 AM PST

Let's move beyond mere tolerance to greater understanding and appreciation

Speech by Anwar Ibrahim at the Meet-the-people Session, Hall of the Holy Family Church, Kajang, on 16th February, 2014

Introduction

Just three weeks ago, I called on all Malaysians to come together in peace. I made a direct call to the government to come to a national consensus. I said: Let us just put side aside our political differences and sit down and talk. Let us agree to disagree but let us make a promise to the people that we honour and fulfill certain basic principles essential for the peace and harmony of our nation.

Seeking consensus in our plural society

This is seeking consensus. Let us reach a consensus so that all Malaysians regardless of race religion can live harmoniously.

We are not asking for anything new or extraordinary. We are not even asking for the law to be changed for this. Our Malaysian identity – multi racial, multi-religious and multi-cultural – is already written in the Federal Constitution. It is part and parcel of our social compact.

As you know, in recent months, there have been attempts by irresponsible elements to stir up racial and religious trouble. It appears that the innocent ones are being hounded like criminals while the culprits are let off the hook.

They throw fire bombs into church compounds. No one is arrested.

They offer rewards to the public to slap other people. Yet, no action is taken by the police.

And they threaten another May 13. That's a very serious threat. Yet, these people are immune from the law.

In other words, we have a situation where the voices of hatred, violence, anddestruction are allowed by the powers that be to drown the voices of peace, love and harmony.

In a multi-racial, multi-religious nation like ours, there are bound to be differences of opinions and a diversity of views on many issues. Public expression of these differences is part of the democratic process.

Theodore Roosevelt once said that "Wide differences of opinion in matters of religious, political, and social belief must exist if conscience and intellect alike are not to be stunted, if there is to be room for healthy growth."

Healthy growth, yes. But we do not want irresponsible parties to capitalize on the differences of views to create a climate of fear and to sow hatred.

Where there are differences, we should sit down and talk and agree to disagree. Just hurling accusations at each other won't resolve them. Threatening violence is not only counter-productive but is also a crime.

There are no winners in a war of abuse, insults and condemnation. Violence breeds violence and is destructive. Diversity in culture and religion is an integral part of mankind. So is our Malaysian society. That is why we need harmony and mutual understanding.

The Qur'an

The Qur'an, in Surah al-Hujarat, Ayat 13, says:

O mankind! We created you male and female, and made you into nations and tribes, that ye may know each other. Verily the most honoured of you in the sight of Allah is the most righteous of you. And Allah is all-knowing all-aware.

Firstly, this verse is addressed not just to Muslims but to mankind. Secondly, it lays the foundation for unity and equality in every human being. We belong to one race, that is, the universal race of mankind. We have been divided into different tribes and nations so that we can get to know each other.

Now, in the context of Malaysia where Muslims comprise the majority in our multi-cultural multi-religious society, Islam requires tolerance as the minimum standard to foster respect.

But going by the Qur'anic verse just quoted, mere tolerance in a society like ours is not good enough.

The Qur'anic expression 'li ta'arafu' requires a higher standard. It means to reach out and get to know each other. So, it is not just about tolerating each other's differences but understanding and appreciating other communities.

In this regard, I pause for a moment to commend the Majlis Agama Islam Selangor for last Friday’s Khutbah Jumaat which was enlightening and very inspiring. It is precisely in the spirit of ‘lita'arafu’ calling for mutual respect and understanding among our diverse communities. This is most reassuring and a welcome trend.

The Bible

And in that spirit of mutual respect and understanding, let me now quote from the Book of Romans, Chapter 14, verses: 10 to 13:

"You, then, why do you judge your brother or sister? Or why do you treat them with contempt? For we will all stand before God's judgment seat.

It is written: 'As surely as I live,' says the Lord, 'every knee will bow before me;every tongue will acknowledge God.'

So then, each of us will give an account of ourselves to God.

Therefore let us stop passing judgment on one another. Instead, make up your mind not to put any stumbling block or obstacle in the way of a brother or sister."
Dialogue, harmony, cooperation and understanding – that is what we need to seek.Hatred, rancour, hostility and violence – that is the way to destruction. Mutual respect, goodwill, trust and peace – that is the way to unity and integration.

Meeting the Pope

In October last year, I was at the Vatican City on invitation by the Community of Sant'Egidio for the annual inter-faith dialogue among Muslims, Christians and members of other faiths.

I am proud to say that since my release from Sungai Buloh prison, I have been regularly invited to take part in the dialogue.

As some of you may already know, while I was there, I also had the honour and privilege of meeting with His Holiness, the Pope. The Pope said he was praying for peace and for the welfare of Christians and Muslims in Malaysia and that there would be religious harmony in the country.

Get our priorities right

I say we must get our priorities right. The test of leadership is the ability to put aside partisan and personal interests for the sake of the common good.

'Common good' means the well-being of all Malaysians. It means a society living in harmony; clean government, economic progress, and better living standards.
So, our priorities must be focused on more pressing issues: such as propergovernance, greater transparency and accountability for acts done in the name of power.

And the biggest issue is of course corruption. Are we serious about fighting corruption or just giving lip service?

Another major issue is the rising cost of living. Just the last few days they have been running a media campaign to say there is no such thing. They say that this thing is all made up by us, all being exaggerated.

When the prices of vegetables go up, they tell us to eat – well you know the answer. When the prices of fish in the market go up, again they say don't eat fresh fish – just go and buy imported frozen fish. They say it is much cheaper.

So, what is my point here? We should not insult the people by saying things without thinking. We are dealing with the welfare of the rakyat. Rather than trying to outdo or outtalk the other side, please come up with solutions to lighten thepeople's burden.

The other thing is rising crime rate. We don't want to blame anyone but we have to go back to the question of priorities. What's more important? Going after murderers, violent criminals and snatch thieves or going after harmless professional actors in harmless videos?

The priority has to be our homes, our schools, our parks, our shopping malls, and of course our places of worship. Let us help the police make them safer.

Conclusion

Let me conclude with a positive note. Some people have said that Kajang is just a tiny little town known only for its satay.

We don't think so. Yes, the satay is legendary. But Kajang is much more. In many ways Kajang is a mini-Selangor in the way that Selangor is a mini-Malaysia. We have a good mix of the various communities and it is in this diversity that we can showcase Kajang as an exemplary unified community.

So, let us lead the way in dialogue. Muslims, Christians, Buddhists, Hindus, Sikhs and followers of other faiths, let us go beyond mere tolerance and achieve greater understanding and appreciation.

Let us do so "with all humility and gentleness, with patience, bearing with one another in love."

Thank you.

ANWAR IBRAHIM

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 16 Feb 2014 11:28 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ketua Menteri Pulau Pinang tolak pembinaan kasino

Posted: 15 Feb 2014 08:44 PM PST


Ketua Menteri Pulau Pinang menolak sebarang permohonan pembinaan pusat perjudian kasino di negeri tersebut kerana ianya akan mendatangkan lebih banyak keburukan dari kebaikan. Menurut beliau walaupun pembinaan kasino akan memberi sumbangan ekonomi namun kos permasalahan sosial dan kerohanian akan mendatangkan kerugian yang lebih banyak.

Guan Eng rejects casinos, calling them objects of danger
16 Feb 2014

Chief Minister Lim Guan Eng said the state government would not approve casinos which he described as objects of danger.

"Even though the economic benefits from casinos are manifold, the social and spiritual cost is too heavy and high for our multi-cultural and diverse society to bear," he said in a statement yesterday.

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Ohpolitik!™

Posted: 17 Feb 2014 03:19 AM PST

Ohpolitik!™


Isu Kalimah Allah : Bilakah Akan Berakhir?

Posted: 17 Feb 2014 01:19 AM PST


Apabila kalimah 'Allah' dibawa ke mahkamah, ramai yang memberi perhatian, dan saluran yang diambil sesetengah pihak ini menjadikan ia topik 'perbicaraan' orang ramai tahun 2013.

Walaupun isu ini tercetus pada 2009, tetapi perhatian tertumpu apabila kes itu dibawa untuk rayuan di mahkamah tahun ini.

Pada 14 Oktober lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, sebulat suara memutuskan membenarkan rayuan kerajaan untuk melarang gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan majalah mingguan mereka 'The Herald'.

Keputusan itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakannya.

Hakim Mohamed Apandi berkata mahkamah berpendapat bahawa kalimah Allah tidak pernah menjadi bahagian penting dalam amalan kepercayaan agama Kristian.

Beliau berkata dengan mengambil kira fakta sejarah dan agama, beliau tidak dapat menemui sebarang sebab munasabah kenapa responden (Titular Roman Catholic Archbishp of Kuala Lumpur) berkeras untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan buletin mingguan mereka.

"Nama Allah tidak muncul walaupun sekali sama ada dalam kitab Perjanjian Lama atau Baharu. Dalam dunia Bible, 'God' sentiasa dikenali sebagai Yahweh," kata Hakim Mohamed Apandi.

Yang menjadikan 'perbicaraan' orang ramai ini berterusan ialah apabila kes itu tidak berakhir di situ kerana pihak Gereja Katolik telah membuat permohonan untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan yang akan didengar pada 24 Feb 2014 di Mahkamah Persekutuan.

Mempertahankan Kalimah Allah Wajib Bagi Umat Islam Tapi Tidak Bagi PAS!

Posted: 17 Feb 2014 01:17 AM PST



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Keterangan/Hujah: 
Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada 'Tuhan Bapa' iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah 'Theos' bukannya Allah.

Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.

Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.

Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.

Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.

Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.

Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.

Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar'iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.

Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.

Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama
Sumber:- JAKIM





#PRKKajang : PAS mahu tumbangkan Anwar di Kajang?

Posted: 16 Feb 2014 07:31 PM PST


Protes dalaman oleh pengundi PR di Dun Kajang secara besar-besaran berkemungkinan menjadi faktor utama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tewas pada PRK itu nanti.Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, sabotaj dalaman parti terutamanya pengundi Pas dilihat boleh menumbangkan Anwar kerana mungkin isu ini dilihat pengundi sebagai perjuangan peribadi semata-mata.

Menurutnya, isu ini dilihat sebagai masalah dalaman parti yang masih berterusan dan belum menemui jalan penyelesaian.

"Pada masa yang sama, Pas juga telah menyatakan sokongan hanya untuk beliau bertanding Dun Kajang, bukannya sebagai menteri besar.

"Ia secara tidak langsung akan menggugat sokongan pengundi kepada parti itu sebelum ini dan turut mengurangkan undian ke atas dirinya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, faktor golongan profesional juga tidak dinafikan memainkan peranan penting terhadap sokongan terhadap calon.

"Majoriti kaum di kawasan itu dan kelas profesional yang punyai pengalaman memang boleh mengubah keputusan sebelum ini.

"Ditambah dengan kekuatan jentera dan kewibawaan calon parti lawan yang lebih baik, pastinya sedikit sebanyak akan menggugat pengundi untuk membuat pilihan pada kali ini," katanya.

Sivamurugan berkata,  kemasukan calon bebas pula akan merancakkan PRK kawasan itu di mana pihak yang melakukan protes mungkin memilih calon Bebas.

"Selain itu, pengundi atas pagar juga pastinya akan meneliti setiap calon sebelum mereka undi," katanya.

Sivamurugan berkata, kesannya jika Anwar kalah bukan setakat di Kajang sahaja tetapi di Selangor dan nasional kerana Anwar merupakan pemimpin pusat.

"Beliau juga menjadi perantara antara Pas dan DAP.  Jika kalah, maka akan beri sedikit kesan kepada hubungan rakan pakatan itu," katanya.

Strategi Anwar : Wathaya Moorthy Salahkan Kerajaan Atas KeGAGALan Diri Sendiri Membantu Kaum India

Posted: 16 Feb 2014 07:22 PM PST

SENANG NAK MELEPASKAN DIRI...


SALAHKAN ORANG LAIN demi melindungi kegagalan dan kelemahan sendiri!!! 

TEORI ANUwar Berahi mula digunapakai oleh Wayta Moorthy. Diri sendiri 8 bulan menjawat jawatan Timb. Menteri di JPM, langsung tak buat apa-apa cuma makan gaji buta!!!... 

Dimana cita-cita nak membela kaum india tu?...sudah lenyap bersama jawatan dan tanggungjawab?...

Alih-alih salahkan kerajaan??!!!... ENGKAU dilantik oleh kerajaan untuk mewakili kaum india... dan tanggungjawab engkaulah untuk merangka dan merancangnya!!!...

#AnwarIbrahim sibuk #PRKKajang : Masjid di Permatang Pauh DiLempar Daging BABI!!!

Posted: 16 Feb 2014 07:17 PM PST

 Selepas insiden terbaru lempar daging babi di masjid di Pulau Pinang, majlis NGO ancam akan mengambil tindakan drastik sekiranya tiada tindakan undang-undang diambil. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 17 Februari, 2014.
Seorang lelaki yang mahu menunaikan solat Subuh di Masjid Cherok Tok Kun Atas, Machang Bubok di sini, terkejut apabila menemui seketul daging yang mencurigakan di hadapan pintu masjid pada Ahad.
Mengesyaki ketulan sebesar dua tapak tangan orang dewasa itu daging khinzir, Saad Arop, 78, yang juga pembantu imam masjid berkenaan membuat laporan polis, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah.
"Berdasarkan ciri daging itu, polis percaya ia daging khinzir dan kita akan hantar sampelnya ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk diuji bagi mengesahkan jenis daging berkenaan," katanya dalam sidang media selepas lawatan ke masjid itu.
Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan baling itu dibaling dari luar masjid memandangkan masjid tersebut bersebelahan jalan raya.
Katanya polis juga percaya daging itu dibaling tidak sampai sejam sebelum ditemui pada pukul 5.30 pagi kerana keadaannya yang masih merah.

Mazlan berkata motif kejadian masih disiasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi balai polis berdekatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana mencemarkan tempat ibadat dengan niat untuk mengaibkan.
"Saya minta semua pihak bertenang dan jangan cuba buat sebarang spekulasi atau menimbulkan kekacauan berhubung kejadian berkenaan, biar polis siasat dan saya beri jaminan kita akan menyiasat segera dan mengambil tindakan tegas" katanya.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir yang ditemui pada satu majlis berasingan di sini, berkata pihaknya mengecam keras perbuatan biadab pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut.
"Kita harap polis dapat menyiasat dan ambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan perkara berkenaan. Kita bimbang jika dibiarkan berlarutan akan menimbulkan suasana tegang," katanya. BERNAMA

bumiyang

Posted: 17 Feb 2014 03:08 AM PST

bumiyang


DAP Komunis Alaf Baru???

Posted: 16 Feb 2014 07:06 AM PST

Sahabat-Gunung

Posted: 17 Feb 2014 01:02 AM PST

Sahabat-Gunung


Apa `Dosa’ Khalid Hingga Anwar Nak Gantikannya Sebagai Menteri Besar Selangor?

Posted: 17 Feb 2014 12:38 AM PST


Jentera Barisan Nasional di DUN Kajang sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, 23 Mac ini namun dalam masa yang sama, menantikan keputusan pucuk pimpinan BN samaada untuk bertanding ataupun tidak.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan menegaskan, secara peribadi beliau menggesa agar BN membuat keputusan untuk bertanding dan tidak memberikan kemenangan percuma kepada Anwar Ibrahim yang dikatakan akan mewakili PKR untuk bertanding di Kajang.

"Jelas apa yang berlaku sehingga terjadinya pilihanraya kecil ini adalah untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka. Masalah dalaman dalam kepimpinan Menteri Besar dan satu lagi lagi masalah peribadi Anwar Ibrahim.

Di Kajang ini akan ada dua pentas, pentas di khalayak, Anwar akan memberitahu itu adalah langkah strategik untuk tawan Putrajaya tetapi pentas sebenar ialah PRK ini dijadikan perisai dalam kes peribadinya (Anwar Ibrahim) untuk menjadikan dirinya seakan kebal kalau dia jadi Menteri Besar misalnya," ujarnya yang juga Ketua Biro Penerangan dan Publisiti Barisan Nasional.

Tambahnya, dalam masa yang sama, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak akan mudah menyerahkan jawatannya sebagai Menteri Besar dengan mudah.

"Apa dosa dia (Khalid Ibrahim) sehingga dia kena letak jawatan dan dalam masa yang sama, parti PAS sendiri mempunyai wakil yang lebih banyak daripada PKR. PAS dan DAP masing-masing ada 15 orang wakil manakala PKR hanya ada 14 wakil mereka manakala BN ada 12 wakil dalam DUN Selangor.

Jadi, mengapa selepas PKR, perlu PKR lagi. PAS pun nak merasa untuk menjadi Menteri Besar. Ini juga menjadi satu isu dalam kumpulan mereka. Banyak yang tidak selesai namun kita nampak pembangkang ini ada kehebatan untuk menutup kelemahan-kelemahan, padahal mereka tidak sesempurna mana," tambahnya.  

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kajang diadakan pada 23 Mac, dan penamaan calon 11 Mac.


Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan secara mengejut wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh pada 27 Jan.

PRK Kajang: Bukan Selesaikan Masalah Dalaman Sebaliknya Ada 'Agenda Tersirat' - Noh Omar

Posted: 16 Feb 2014 06:32 PM PST

Pengerusi UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar melihat punca sebenar sehingga terjadinya Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, 23 Mac ini bukanlah kerana masalah dalaman PKR sebaliknya ada `agenda tersirat' yang sedang diperjuangkan oleh pihak pakatan PKR-DAP- PAS di negeri Selangor ini.

Ujarnya,  kalau ianya berkaitan dengan masalah dalaman PKR sehingga menyebabkan ada PRK, ini menunjukkan Anwar Ibrahim bukanlah pemimpin yang berwibawa dan tidak ada integriti.

"Kalau dia pemimpin yang berwibawa dan berintegriti yang juga Penasihat kepada PKR, tidak ada sebab dia nak melibatkan rakyat, dia nak libatkan rakyat untuk menyelesaikan masalah dalaman PKR, tidak perlu dia nak minta ADUN yang ada untuk meletakkan jawatan.

Pergolakan politik ini biasa, hanya ketua yang berintegriti,  berwibawa dan dihormati yang mampu untuk menyatu-padukan balik parti tanpa perlu melibatkan rakyat sehingga mengadakan pilihan raya kecil. jadi ini semua hanya gimik politik pakatan sahaja," ujarnya.

Tambahnya, ini gimik, hanya untuk dijadikan alasan untuk menipu rakyat. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka juga tidak konsisten dalam mengulas sebab-sebab PRK itu diadakan.

"Anwar kata dah bincang dengan parti-parti dalam pakatan tetapi sebaliknya kenyataan yang dikeluarkan oleh DAP dan PAS. Anwar Ibrahim sendiri pun, sentiasa berdolak-dalik. Kejap kata nak jadi Menteri besar, kejap kata Khalid akan kekal Menteri Besar. Dulu pun dia kata dia bukan calon, tapi dalam masa yang sama, Khalid umum Anwar akan wakili PKR di Kajang.

Jadi ini menunjukkan bahawa PRK ini hanya untuk memuaskan hawa nafsu politik Anwar Ibrahim, yang mungkin juga ada kaitan dengan kes mahkamahnya sepertimana yang kita tahu. Dulu pun pernah berlaku sewaktu kes dia di Mahkamah Tinggi, pada masa itu dia buat PRK juga, Wan Azizah letak jawatan di Parlimen Permatang   Pauh.

Jadi, saya nampak ia ada kaitan, agenda peribadi untuk mengalihkan perhatian apa yang berlaku di mahkamah dengan membuktikan bahawa dia merupakan pemimpin yang disukai oleh rakyat. itu sahaja agenda dia, bukannya untuk menyelesaikan masalah dalam PKR," tambahnya lagi.

Kalau Aku MB ..... Kalau Aku MB .......

Posted: 16 Feb 2014 05:00 PM PST


Sajer nak tanya, bayangkan kalau Anwar Ibrahim bertanding di DUN Kajang, kemudian ditakdirkan mangkuk nie menang .....

Takkan dia nak jadi ADUN biasa sahaja atau jadi EXCO Kerajaan negeri .... Bagaimana dengan Sultan Selangor, mahu ker Baginda mempunyai MB yang bukan Anak Selangor .....


Macammana plak dengan bekas ADUN Kajang tu, takkan dia sukarela sahaja jadi badut dan perkakas kepada Anwar Ibrahim? Atau ada 'perjanjian setan' antara PKR, Anwar dan bekas ADUN Kajang tu....?

Sumber FB – Anti DAP Club

Ketika Anwar memperlekehkan Islam dan Melayu melalui lagu Warisan, Anak Kecil Main Api, hanya kelihatan Cina gelak tertawa besar dan orang Melayu terdiam.

Apabila Anwar meletakkan simbol segitiganya dan memperlekehkan Islam, ada pakcik dan makcik beristighfar dan begerak lalu dari situ.

Sila tonton video Anwar:

Belantan

Posted: 16 Feb 2014 11:37 PM PST

Belantan


Melayu PAS sepatutnya malu dengan Kumpulan Profesional Cina ini?

Posted: 16 Feb 2014 10:12 AM PST


Sekumpulan lima individu yang menggelarkan diri mereka Kumpulan Profesional Cina hari ini membidas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ekoran penghasilan video 'ONEderfull Malaysia CNY 2014' yang mencetuskan kontroversi semasa sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Dalam sidang akhbar di sini, mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya meminta Teresa memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan bertanggungjawab atas pelbagai kesan buruk kepada masyarakat ekoran penghasilan video tersebut, walaupun video itu mungkin tidak menyalahi undang-undang.

Mereka juga kesal kerana video tersebut memberikan gambaran negatif kepada kaum-kaum lain bahawa perbuatan memburuk-burukkan dan menghina orang adalah sebahagian daripada tradisi sambutan Tahun Baharu Cina sedangkan ia tidak benar sama sekali.



Ahli Persatuan Psikologi Amerika Syarikat (APA), Dr. Wong Kok Fye berkata, kandungan klip video berkenaan jelas memaparkan 'keganasan halus' yang secara tidak langsung boleh mempengaruhi masyarakat khususnya generasi muda.

"Teknik psikologi yang digunakan dalam video itu boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat seperti menyampaikan mesej kepada generasi muda bahawa tidak salah untuk menghina dan membuat serangan karakter terhadap seseorang individu," katanya.

Seorang peguam, Ryan Ng Chun Yie pula mempersoalkan mesej yang cuba disampaikan Teresa dalam klip video yang jelas 'menghentam' seteru politiknya.

Beliau berkata, daripada menghasilkan video yang mempersenda individu lain, adalah lebih baik Ahli Parlimen itu menghasilkan video yang menunjukkan sumbangan beliau kepada masyarakat.


"Itu yang orang ingin lihat kerana mereka mempunyai harapan tinggi terhadap wakil rakyat yang dipilih. Saya cadangkan semua wakil rakyat tidak kira daripada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat supaya mengelak daripada melakukan perkara yang boleh mencetuskan kontroversi dan menggugat perpaduan yang sekian lama wujud dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini," katanya.

Seorang pekerja sosial, Alex Lee Keat Woon yang telah membantu lebih 100 pesakit buah pinggang dan kanser di negara ini meminta Teresa mengaku kesalahannya dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia.

"Bak kata peribahasa, jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor. Jangan hanya berani bercakap kuat di belakang tetapi takut untuk mengaku.

"Tindakan mengkritik pemimpin dan negara, kalau dibiarkan akan menjatuhkan imej Malaysia di mata dunia," katanya.

Seorang pendidik Loh Wei Jing berkata, tindakan menghasilkan klip video berbaur sindiran dan fitnah terutama ketika sambutan Tahun Baharu Cina bukan sebahagian budaya kaum Cina.

Beliau berkata, tindakan menghasilkan klip video itu merupakan satu propaganda murahan daripada Teresa demi kepentingan politiknya.

Guan Eng meminta Unit Amal PAS melalui Mat Sabu supaya mempertahankan Teresa

"Kita mempercayai serta memegang teguh Rukun Negara kita dan apa yang dilakukan Teresa dalam klip video itu 100 peratus bercanggah dengan Rukun Negara. Perbuatannya menghasilkan klip video itu ketika sambutan Tahun Baharu Cina tidak boleh diterima dan sebagai rakyat yang bertanggungjawab saya dengan tegasnya menggesa Teresa untuk meminta maaf terhadap kerosakan yang telah dia lakukan," katanya.

Jurulatih korporat, Phoenix Low Kai Lay berkata, Ahli Parlimen terbabit tidak sepatutnya menghasilkan klip video yang menggalakkan orang ramai supaya mempersenda kekurangan orang lain.

Sebagai jurulatih, Phoenix berkata, beliau sering menggalakkan orang ramai berfikiran positif serta tidak menyerang kelemahan orang lain.

"Teresa sepatutnya menyampaikan mesej yang menekankan perpaduan antara rakyat Malaysia berbilang kaum dan menyebarkan pemikiran positif bukan menyindir kekurangan orang lain," katanya.

Sebaliknya apa yang berlaku adalah dimana tindakan pemimpin PAS yang mempertahankan tindakan Teresa tersebut?


Suara Politik
Belantan

Panglima Perang Cyber

Posted: 16 Feb 2014 11:36 PM PST

Panglima Perang Cyber


#Bandingkan : Lulusan Al Azhar BN / PAS Jawatan Tinggi Negeri dan Persekutuan

Posted: 16 Feb 2014 05:13 PM PST

Sudah lama agamawan diangkat dalam pemerintahan Persekutuan di bawah Barisan Nasional namun ramai tidak sedar kehadiran mereka.

Hingga hari ini dan selepas ini Umno selaku tulang belakang BN akan kekal memartabatkan ahli agama. Terutama berkaitan masa depan mereka serta kedudukan Agama Islam itu sendiri.

Walau ada juga sebilangan kecil pro Wahabi namun kehadiran mereka tetap dialukan untuk bantu Kerajaan walau dikhuatiri ada fahaman tertentu selain ASWJ cuba disebarkan.

Zaman moden segalanya mudah dibaca tetapi bukan semua buka pintu hati untuk terima.

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 16 Feb 2014 11:22 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Nak Bodek Cina, Anwar Sanggup Serang, Hina & Fitnah Syed Mokhtar

Posted: 16 Feb 2014 06:00 PM PST


Dari malaysianinsider,

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan "kempennya" bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan serangan terhadap monopoli gula Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang dikatakan sebagai punca peningkatan kos sara hidup.

Ketua pembangkang itu berkata, beliau tidak menyerang ahli perniagaan terkemuka itu atas dasar peribadi tetapi kerana kos sara hidup melibatkan kepentingan rakyat.

"Syed Mokhtar kekayaan puluh bilion ringgit. Saya bukan benci dia. Saya tidak suka monopoli gula dikuasai sorang, rakyat terpaksa bayar," katanya ketika berceramah di hadapan lebih 200 penyokong Pakatan Rakyat (PR) di Taman Impian Murni di Kajang, malam tadi.

"Harga gula naik sebab monopoli Syed Mokhtar. Saya lawan Umno, Barisan Nasional (BN) termasuk tokoh-tokoh besar," katanya.

Pelik kenapa anwar tak dedahkan cerita pasal robert kwok (tepung cap sauh, roti massimo, minyak masak seri murni, golden screen cinemas, kilang tepung FFM), vincent tan
(u-mobile, 7 eleven, singer, cosway, berjaya air)  francis yeoh (ytl simen, bintang walk, yess ytl communication)

Kenapa bila orang Islam berjaya, anwar nak palam, sedangkan bila orang cina monopoli pelbagai perniagaan di malaysia nie anwar senyap...???

Setahu aku, kilang gula milik syed mokhtar hanyalah CSR, takan hanya syarikat CSR sahaja yang monopoli gula di dalam negara ini, ada banyak lagi syarikat gula di malaysia contoh, MSM pengedar gula perai, milik felda, Tradewinds pengedar gula padang terap dan ada beberapa lagi...

Aduh benda simple macam nie pun anwar tak boleh buat research, macam mana nak jadi menteri besar selangor nie? alamatnya terlingkup lah selangor ada mb bodoh macam anwar...

The Unspinners

Posted: 16 Feb 2014 11:11 PM PST

The Unspinners


Al Fatihah buat Mesin Taip Buruk

Posted: 16 Feb 2014 08:26 PM PST



Bekas wartawan Berita Harian, Kajai Karim Sulaiman aka Blogger Mesin Taip Burok meninggal dunia jam 4 pagi tadi.


Al-Fatihah

Ibrahim Ali minta UMNO fikir: Sediakah ketepikan Perkasa?

Posted: 16 Feb 2014 04:30 PM PST


The Star memberi interbiu dengan Presiden Perkasa, Dato Ibrahim Ali semalam. Ada sebahagian ahli UMNO memperkecilkan dan memperlecehkan sumbangan Perkasa membantu UMNO dalam kempen pilihanraya.

Padahal Perkasa dan bekas-bekas PKR dan Keadilan begitu aktif membantu UMNO berkempen membantu mengubah pemikiran rakyat Melayu dan Islam yang dirosakkan oleh PKR dan PAS. Disamping gerak kerja dan strategi kempen dan komunikasi UMNO banyak kelemahan.

Sikap ahli UMNO pula tidak bergerak jika tidak ada pelicin kepala Agong. Yang buat kerja selalunya slow dan tak tahu buat kerja. Mana yang sikap angkuh dan berlagak pula.

Ibrahim Ali menjawab kritikan tersebut:

UMNO & MALAY UNITY
Q: Umno says if indeed Perkasa helped Umno win more Malay seats, then surely you and (Perkasa vice president) Zulkifli Nordin would have won in the 2013 general election but both of you didn't?

I contested as an independent. (Barisan did not field a candidate in the Pasir Mas seat because their chosen candidate, Che Johan Che Pa, a protege of Ibahim did not file his nomination papers, resulting in a straight fight between Ibrahim and the PAS candidate for that seat)

Zulkifli Nordin contested as a Barisan independent candidate but his candidacy was announced one day before the elections. That did not give enough time to prepare.

Zulkifli or I are not the yardstick to use to measure if Perkasa is great. Maybe if Zulkifli didn't contest in Shah Alam, then Barisan would have have lost by a bigger margin.

In some areas, Perkasa might have 500 votes and in others maybe 100, 200 or maybe 2000. There are constituencies that Barisan won only by a slim majority and those are the places we contributed. How is it that Barisan managed to wrest Kedah? Have they been strong all this while?

Q: But surely that is not because of Perkasa 'power'?

A: We were the ones preparing the ground and changing the mindset of the people.  We did programmes on illegal logging in Kedah and brought up 257 buses with 50,000 people to show the affected areas. We did a motorcycle convoy. I went there myself and held many ceramah and I think that is why Barisan can rule Kedah today.

In Perak, after the 2008 general election, three Pakatan assemblymen crossed and became independent. For the 2013 election Barisan lost in those three areas but it won in another three. Why? Because we did a a 'Perpaduan Melayu' gathering in Bagan Serai and Dr Mahathir went there to speak. We did this one month before the general election and Barisan won the Bagan Serai parliament and the three state seats in it. This is what saved the Barisan government (in Perak).

Q: But that is not Perkasa power but rather Dr Mahathir's power?

A: No. Since Dr Mahathir retired, where is there a crowd of more than 5,000 or 10,000 coming to hear him speak? If it's an Umno function at the HQ then yes. There would be the Umno people but it's different in the states. Is the crowd as big as at Perkasa's functions? That's why Dr Mahathir never turns down Perkasa's invitations.

Q: Is Perkasa trying to steal the credit from Umno now that Umno has become strong again?

A: No. We are not claiming or seeking credit. What I know is that Perkasa members worked really hard to make  Barisan candidates win. If Umno doesn't want to give us credit, we too don't want it. Let's wait and see in the next general election. If Perkasa doesn't do its work then we will see what happens to Barisan! I dare to challenge Umno on this.


Baca SINI sepenuhnya


Pihak pembangkang bekerja keras untuk 'engage' dengan pelbagai NGO dan kumpulan aktivis untuk menyokong tapi UMNO sendiri dengan angkuh nak tolak NGO seperti Perkasa yang menyokong mereka. 

Antara sebab adalah buruk sangka terhadap Ibrahim Ali dan Perkasa, cemburu konon Perkasa dan pemimpin dapat sumbangan dan kontrak, dan ikutkan sangat prejudis Kelantan masing-masing terhadap Ibrahim Ali. 

Ada puak liberal dalam UMNO yan tak mahu agenda Melayu dan Islam berterusan.
 
Kalau ahli-ahli UMNO nak buat sendiri seorang diri, elok juga. Warlord dalam UMNO ni susah berurusan. Tak jelas tujuan dan keikhlasan. Masing-masing mahu kaki bodek dan bukan oorang cerdik yang buat kerja.

Hmmm ... banyak-banyaklah keluar duit ....

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 16 Feb 2014 11:10 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


YUSUF KALLA DI KUALA LUMPUR BICARA SOAL PERDAMAIAN

Posted: 16 Feb 2014 11:00 PM PST

KUALA LUMPUR - Mantan Wakil Presiden, Muhammad Jusuf Kalla, menjadi pembicara pada seminar internasional bertema "Perdamaian Dunia dan Penyelesaian Konflik" di Institute of Diplomacy and Foreign Relations Malaysia, Kuala Lumpur, Senin.

Seminar lima hari, pada 17-21 Februari tersebut, dibuka mantan Perdana Menteri Malaysia sekaligus penggagas Mahathir Global Peace School, Mahathir Muhammad, yang juga menjadi pembicara kunci.

Hadir pada pembukaan seminar, antara lain, Tan Sri Abuzahar Ujang, Husen Nayan, dan Ketua Umum PP Muhammadiyah, Din Syamsuddin, serta Rektor Universitas Muhammadiyah Yogyakarta, Bambang R Cipto.

Nayan mengatakan, seminar diselenggarakan untuk mencari masukan soal gagasan menciptakan perdamaian dunia dan penyelesaian konflik.

Diharapkan melalui seminar, kata dia, ini bisa mendapatkan masukan sekaligus menjadi kekuatan menciptakan perdamaian dunia dan penyelesaian konflik.

Sementara itu, Kalla menjelaskan soal penyebab mengapa terjadi konflik, baik antarnegara di dunia, di Asia, maupun konflik lokal di satu negara. Indonesia berkali-kali menempuh fase sejarah perjalanan bangsa ini. 

Mulai dari pergolakan segera setelah Indonesia merdeka, gerakan separatis, hingga pelepasan Provinsi Timor Timur, dan proses rekonsiliasi permanen separatis bekas GAM dengan pemerintahan pusat. 

Kalla menilai ada beberapa penyebab konflik, antara lain karena faktor, perbedaan idelologi, ekonomi, maupun kepemimpinan.

Pada kesempatan tersebut, Kalla juga menegaskan, upaya menyelesaikan konflik melalui musyawarah dengan jalan dialog.

Menurut dia, konflik lokal di Indonesia juga selesaikan secara musyawarah melalui dialog.


http://www.antaranews.com/berita/419415/jusuf-kalla-bicara-perdamaian-di-malaysia

BILA PUAK MUSYRIKUN KANTOI MENIPU LAGI...

Posted: 16 Feb 2014 08:58 PM PST


Kalau hati dah busuk maka segala fitnah, tohmah dan bohong menjadi santapan harian yang sukar dipisahkan. 

Segala fitnah dibuat semata-mata menutup kemaluan besar puak-puak ini. Biarpun terpaksa menipu dengan apa cara sekalipun asalkan matlamat tercapai.

Gamaknya Anwar dan juak-juaknya merasakan diri mereka terlalu hebat dan tak tercapai kuasa Allah untuk menghukum mereka di atas segala kejahatan dan kelancangan mulut dan tangan-tangan mereka.

Superimpose foto Perdana Menteri.
Mungkin selepas berbuat dosa mereka hanya perlu membuat pengakuan dosa kepada paderi-paderi besar mereka dengan sedikit upah atau menemui ulamak-ulamak tertentu sambil-sambil menghina UMNO maka terhapuslah dosa-dosa maksiat mereka.

Jika inilah ajaran songsang yang kian meluas, tidak hairan pelbagai bala Allah akan diturunkan ke atas muka bumi Malaysia ini. 

Kita sudah melihat sekarang ini semenjak Anwar menyatakan hasrat dan giat berkempen untuk menawan Kajang dan menjadi MB, pelbagai bala bencana menimpa Malaysia. Kemarau panjang, kering berjerebu, hutan terbakar, empangan kering, penyakit merebak... Adakah ini kebetulan atau amaran dan bala dari Allah?

Kalau tak fitnah bukan Fuckatan namanya


Anwar berkempen politik mempromosikan pluralisme agama di gereja Khatolik Holy Family di Kajang. 

Inilah contoh manusia kemaruk kuasa. Sanggup berbuat apa saja demi kuasa. Semoga umur kita panjang untuk melihat bagaimana akhirnya nyawa seorang pengkhianat bernama Anwar Ibrahim...


Semoga nasib kematian Anwar sama seperti mentornya mendiang Gus Dur di Indonesia - disembah dan dianggap dewa oleh pengikut-pengikutnya yang taksub.

Halleluyah Anwar...jumpa nanti di sorga Bapa

DUN SELANGOR BAKAL DIBUBAR SELEPAS MB KHALID MENGADAP SULTAN

Posted: 16 Feb 2014 03:57 PM PST


Kedudukan Kerajaan Negeri Selangor bakal berubah apabila pada masa yang sesuai MB khalid mengadap Sultan Selangor untuk memohon perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor. Ianya berkaitan Keresahan rakyat Selangor dengan politiking yang keterlaluan dan bodoh-bodoh mengosongkan Dun Kajang tanpa sebab.

Jika DYMM Sultan Selangor memperkenan pembubaran DUN Selangor maka Pilihanraya Negeri khas untuk Selangor bakal diadakan.

Keresahan dan kemarahan rakyat Selangor menjadi semakin membara kerana DUN Kajang tidak ada kematian, tidak ada masalah Mahkamah tetapi dikosongkan dengan sengaja tanpa sebab.

Negeri Selangor yang makmur kini ditimpa pelbagai musibah antaranya Kebakaran Besar semalam, Sampah di Kajang tidak mampu diurus, bekalan air di beberapa kawasan sudah hampir dua minggu tiada air, malah pasukan bolasepak yang dibiayai dengan wang yang banyak juga kalah Besar baru-baru ini kepada JDT.

Beberapa NGO dan ahli-ahli akademik, profesional dan individu di Shah Alam dan Klang akan merafak sembah untuk bertemu DYMM Sultan Selangor dalam masa terdekat. Sama ada DYMM Sultan Selangor menitah pembubaran atau MB Khalid mengadap memohon pembubaran ianya akan terjawab dalam pertemuan tersebut.

*Sent by Ipad.

SALAM TERAKHIR KEPADA BAKAL MANTAN MB KHALID IBRAHIM

Posted: 16 Feb 2014 04:00 AM PST

Sayonara Tan Sri Khalid Ibrahim !

Saya telah pun menulis pada 01 Feb 2014 lepas dalam tajuk 'Konspirasi Luar Tabie' mendedahkan bagaimana agenda sebenarnya pembubaran DUN Kajang adalah untuk memancung Tan Sri Kahlid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Ternyata apa yang saya dedahkan semakin hari semakin nampak kebenarannya!
Nasihat pertama saya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, janganlah terpedaya dengan mainan politik kotor yang sedang dirancang untuk mentongsampahkan Tan Sri!
Pepatah Melayu ada menyebut, habis madu sepah dibuang.
Setelah Tan Sri berkorban begitu banyak untuk mereka; setelah Tan Sri memberikan mereka 2/3 majoriti kemenangan didalam PRU-13; setelah Tan Sri memberikan mereka kembali Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan; setelah Tan Sri berjaya memberi keyakinan kepada masyarakat Cina untuk menyokong mereka; kini mereka dalam proses meliwat Tan Sri!
Ya, mereka sedang melakukan peliwatan politik abad ini terhadap Tan Sri! Tan Sri akan ditongsampahkan tidak lama lagi! Tan Sri akan menjadi bahan maki hamun dan caci nista mereka tidak lama lagi! Selepas 23 Mac 2014, Tan Sri hanyalah seekor kucing kurap bagi para peliwat democrazy ini!
Dalam masa terdekat ini, Tan Sri akan disuruh menandatangani satu surat perletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Surat itu akan bertarikh 24 Mac 2014, iaitu sehari selepas Anwar menang kerusi N.25 Kajang.
Nasihat kedua saya kepada Tan Sri, jangan sama sekali menandatangani surat perletakkan jawatan sebagai MB Selangor itu.
Ini kerana sebaik sahaja Tan Sri hilang jawatan pada 24 Mac, dan mereka menguasai Kerajaan Selangor, mereka akan mula menekan Tan Sri supaya mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang. Ini kerana mereka mahu pastikan Tan Sri langsung tidak ada ruang untuk kembali semula ke Selangor.
Nasihat ketiga saya kepada Tan Sri, jangan sama sekali mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang.
Kerana sebaik sahaja Tan Sri mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang, Tan Sri akan hilang nilai politik. Dan apabila itu terjadi, Tan Sri akan diletakkan oleh mereka dibawah pancungan politik. Mereka akan telanjangkan Tan Sri sehingga Tan Sri berasa tempat paling selamat ialah duduk didalam jamban meratap seorang diri!
Sejarah sudah membuktikan. Cukup sekadar saya mengingatkan Tan Sri kepada kisah Allahyarham Pak Ghafar Baba (bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO), Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (bekas Ketua Menteri Melaka merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia) dan Fairus Khairudin (bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang merangkap ADUN (PKR-Penanti).
Lihat apa jadi kepada mereka! Dan belajarlah daripada kesilapan mereka.
Tan Sri sepatutnya sudah nampak bahawa mereka sedang menyediakan perangkap untuk membunuh karier politik Tan Sri sebagai Menteri Besar Selangor. Tan Sri adalah penghalang kepada nafsu serakah mereka. Tan Sri sekarang adalah satu-satunya pemimpin dalam PKR yang boleh menyaingi dan mengancam kedudukan mereka didalam PKR!
Mereka tiada pilihan – Tan Sri wajib dibunuh sekarang; sebelum cacing menjadi naga, sebelum kucing menjadi harimau, sebelum cicak menjadi dinasour!
Pertama, mereka sudah check-mate penyokong kuat Tan Sri. Presiden PKR Datin Sri Wan Azizah dan anaknya Naib Presiden PKR Nurul Izzah sudah dikancing mulut. Saya cukup yakin pendedahan kes permohonan cerai Nurul Izzah dengan segala cerita sensasinya dibuat oleh dalang-dalang yang mahu memastikan Wan Azizah dan Nurul Izzah dibisukan terus! Dan ternyata perangkap itu berjaya!
Kedua, mereka menimbulkan keraguan kepada DAP dan PAS terhadap kepimpinan Tan Sri. Isu Bible versi bahasa Melayu dan kalimah Allah menjadi senjata ampuh mereka. Kepada DAP, mereka menyatakan bahawa pendirian Tan Sri mempertahankan titah Tuanku melarang penggunaan kalimah Allah oleh kristian membuktikan Tan Sri tidak boleh dipercayai. Kepada PAS mereka menyatakan pendirian Tan Sri mengarahkan bible Melayu yang dirampas JAIS dikembalikan kepada kristian membuktikan Tan Sri telah menghina Islam.
Ketiga, mereka menimbulkan kebencian dikalangan kakitangan awam terhadap Tan Sri. Isu PKNS telah dieksploit sepenuhnya, sedangkan Tan Sri tahu jika tindakan drastik tidak diambil PKNS akan jadi lubuk politiking mereka, dan agenda Melayu akan hancur. PKNS akan menjadi Bukit Tunggal untuk mereka memfaraidkan pusaka Melayu – satu untuk engkau, sepuluh untuk aku. Isu PKNS digambarkan sebagai kemuncak kezaliman Tan Sri. Pemecatan dan penukaran pegawai kontrak PKNS menjadi bahan bukti Tan Sri tidak berhati perut dan tidak berperikemanusiaan. Mereka membekalkan maklumat kepada media arus perdana terutama versi Melayu untuk memainkan sentimen ini. Dan sekarang kebencian kapada Tan Sri dikalangan penjawat awam Selangor sangat tinggi. Dan kisah Datuk Khusrin dihina sebagai Datuk SUK disegarkan kembali;
Keempat, diwaktu yang sama, mereka memainkan gendang damai dengan UMNO. Adakah Tan Sri tahu beberapa balaci mereka sudah mengadakan pertemuan dengan beberapa pimpinan UMNO, termasuk beberapa veteran UMNO. Tujuannya untuk memastikan UMNO tidak 'masuk campur' urusan penyembelihan Tan Sri. Itulah pelan damai mereka. Tidak lama lagi Tan Sri akan dengar usaha untuk membawa beberapa bekas pimpinan UMNO masuk kedalam Kerajaan baru nanti; dan ini adalah sebahagian daripada pelan damai nasional ini?
Kelima, Tan Sri sendiri tahu sebenarnya jawatan MB akhirnya nanti akan diserahkan kepada orang yang Tan Sri pun tahu siapa. Sebab itu Tan Sri tengok beberapa ekor anjing salakan mereka bukan main menyalak menghentam Tan Sri sekarang ni. Dan tidakkah Tan Sri merasa pelik mereka ini mendapat tempat dalam media arus perdana? Nampak gaya Tan Sri dah kena kancing berdiri!
Jadi, dalam keadaan ini semua, apakah yang patut Tan Sri lakukan?
Pertama, Tan Sri boleh menyerah kalah dan letak aje jawatan. Lepas tu mungkin pergi umrah, dan balik nanti duduklah bertasbih tahmid didalam surau.
Kedua, Tan Sri boleh buat keras kepala tidak mahu letak jawatan. Tetapi Tan Sri kena ingat, mereka ada dua pertiga majoriti dalam DUN. Mereka boleh membuat usul undi tidak percaya kepada Tan Sri dengan perbahasan yang akan memalukan dan mengaibkan Tan Sri. Jangan Tan Sri buat kesilapan mempercayai ada kekawan dalam DAP atau PAS akan sokong Tan Sri. Mereka ini semua sudah hubbud dunya wakaroo hiyatul maut. Mereka sudah seronok dan selesa dengan kedudukan dan jawatan mereka. Tidak ada sebab untuk mereka meletak tengkok untuk menyelamatkan Tan Sri!
Ketiga, Tan Sri boleh memilih untuk melawan. Bukan untuk diri Tan Sri, tetapi untuk Tuanku, rakyat Selangor dan umat Melayu-Islam. Takkan Tan Sri nak biarkan sahaja mereka mengkhianati Tan Sri sesuka hati mereka?
Nasihat keempat saya kepada Tan Sri, pergilah mengadap Tuanku Sultan Selangor. Mohon perkenan Tuanku untuk Dewan Undangan Negeri Selangor dibubarkan!
Hanya Tan Sri seorang sahaja, dan tidak ada orang lain didunia ini, yang boleh melakukannya. Sebagai Menteri Besar Selangor, hanya Tan Sri berkuasa mutlak dibawah undang-undang tubuh Perlembagaan Negeri Selangor untuk menasihatkan dan memohon titah perkenan Tuanku Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor.
Dan Tan Sri mesti mengadap Tuanku untu membubarkan DUN Selangor sebelum 11 Mac 2014, iaitu hari penamaan calon N.25 – Kajang! Baru kita boleh tengok siapa yang terkangkang, siapa yang kena terajang!
Bak kata Allahyarham Sarjan Ibrahim Pendek dalam filem Ali-Baba & 40 Penyamun, mari kita tengok siapa yang kena!
Inilah perkara terbaik yang boleh Tan Sri lakukan. Ini bermakna Tan Sri menghayati makna sebenar hak asasi manusia dan prinsip demokrasi, dengan memberikan semula mandat kepada rakyat Selangor untuk menentukan mereka mahu siapa menjadi Menteri Besar dan membentuk Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan!
Dari rakyat, kepada rakyat, untuk rakyat! Jangan Tan Sri biarkan rakyat diliwat oleh para peliwat democrazy ini Tan Sri!
Nasihat kelima saya, apa pun, seperti yang pernah saya sebut sebelum ini, pisau ditangan Tan Sri, timun pun ditangan Tan Sri. Lakukanlah istikharah, mohon bantuan dan petunjuk Allah. Lakukanlah sesuatu untuk memastikan kemungkaran besar tidak melanda Selangor khasnya, dan Malaysia amnya.
Jadikan ia sebagai jihad dan pengorbanan Tan Sri untuk agama, bangsa dan negara.
Addeenul nasihah – Islam itu nasihat.
Sekian sahaja nasihat dan pandangan saya untuk Tan Sri.
You know your days as MB are numbered. It's either you go as defeatist, or you fight and triumph as a hero. It's your choice Tan Sri.
Sayonara Tan Sri Khalid Ibrahim! Selamat bersara dan good luck!
Wallahua'lam dan wassalam.
Adios Tan Sri, grasias!
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
15 Rabi'ul Akhir 1435
15 Februari 2014

oyabun

Posted: 16 Feb 2014 11:07 PM PST

oyabun


Bekas rakan mahu Kajang menjadi kubur politik Anwar?

Posted: 16 Feb 2014 04:20 PM PST


Kemunculan beberapa bekas rakan seperjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menawarkan diri sebagai calon Bebas untuk menentangnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada bulan depan menunjukkan banyak persoalan yang ditimbulkan sebelum ini, belum dijawab oleh Ketua Pembangkang itu.

Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, perkembangan tersebut sebenarnya sesuatu yang baik kerana banyak agenda tersembunyi Anwar dapat didedahkan kepada rakyat.

Menurutnya, rakyat khususnya pengundi di DUN Kajang perlu tahu siapa diri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang sebenarnya.

"Mereka boleh mendedahkan tentang diri Anwar, apa yang tersirat dan tersurat dalam agenda politik kotornya.

"Lebih ramai menjadi calon lebih bagus supaya tidak memberi laluan mudah kepada Anwar nanti," katanya di sini hari ini.


Ramlan, 50, yang pernah menyertai demonstrasi jalanan pada akhir 1990-an juga menawarkan diri sebagai calon Bebas pada PRK DUN Kajang, 23 Mac ini.

Selain Ramlan, Presiden Parti Bersatu India Malaysia, Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan yang juga bekas rakan karib Anwar turut menawarkan diri bertanding menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada PRK DUN Kajang.

Terbaru hari ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim melahirkan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas di DUN Kajang.

Sehubungan itu jelas Ramlan, BN seharusnya menggunakan peluang tersebut untuk menentang Anwar habis-habisan.

"Biarlah Kajang menjadi kubur politik Anwar," katanya.

Wasabi Oyabun..

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 16 Feb 2014 09:25 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


BUMIPUTRA CINA DAH BANGKIT..BELACAN KAT SINI TAK SEDAR DIRI !

Posted: 16 Feb 2014 11:32 AM PST

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 16 Feb 2014 09:17 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Karier Politik Anwar Akan Dikebumikan Di Kajang? #PRKkajang

Posted: 16 Feb 2014 06:24 PM PST



Gambar Anwar Ibrahim Berceramah Di Gereja Holy Family Kajang #PRKkajang

Posted: 15 Feb 2014 09:20 PM PST

Ceramah Anwar Ibrahim di Gereja Holy Family, Kajang pada 16 Februari 2014. Tanpa rasa segan dan malu pada umat Islam, Anwar Ibrahim masuk untuk berceramah dalam gereja tersebut.

Semata mata untuk kuasa dan kedudukan sebagai MB Selangor, Anwar Ibrahim sanggup buat sahaja, biarpun perlakuan itu boleh melukakan hati umat Islam. Nilaikanlah bagaimana sebenarnya kelakuan dan perangai Anwar Ibrahim ini. Masih mahu percaya orang sebegini?



PenangWasabi

Posted: 16 Feb 2014 09:05 PM PST

PenangWasabi


MCA nasihatkan Anwar cermin diri dahulu?

Posted: 16 Feb 2014 04:30 PM PST

Liow Tiong Lai (depan empat dari kiri), Wee Ka Siong (depan empat dari kanan) dan Khairy Jamaluddin berganding bahu bersama jentera MCA pada pelancaran Bilik Gerakan Induk MCA Pilihan Raya Kecil N25 Dewan Undangan Negeri Kajang di Taman Berjaya, Kajang, Selangor, semalam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mencermin dirinya terlebih dahulu sebelum berbicara tentang perjuangan masyarakat Cina di negara ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu perlu bertanya kepada dirinya apakah sumbangan beliau terhadap pendidikan kaum Cina ketika berada dalam kerajaan.

"Sudah menjadi lumrah politik Anwar untuk mengalihkan tumpuan rakyat kepada UMNO. Biarpun perkara itu salahnya, namun UMNO juga yang menjadi mangsa. Padahal dialah punca timbul semua masalah ketika ini.

"Kali ini dia kata MCA jangan jadi hamba kepada UMNO dalam perjuangan orang Cina? Sejak bila dia begitu mengambil tahu soal perjuangan orang Cina?," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Bilik Gerakan Induk MCA Pilihan Raya Kecil (PRK) N25 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Taman Berjaya, Kajang di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 11 Mac sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian pada 23 Mac.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Januari lalu bagi memberi ruang kepada Anwar untuk bertanding.

Mengulas lanjut, Tiong Lai berkata, pengundi DUN Kajang perlu menolak pakatan pembangkang yang sentiasa berpura-pura memperjuangkan hak rakyat.

"Lihat sajalah Anwar ketika duduk dalam Kabinet, tiada satupun jasanya kepada kaum Cina. Tiada rekod langsung malah berani saya katakan kosong," katanya.

Ketika ditanya mengenai peluang MCA untuk menang pada PRK DUN Kajang, Tiong Lai menjelaskan, beliau berharap penduduk dapat memberi peluang kepada MCA untuk menjadi wakil rakyat.

Penang Wasabi..

JURI RAKYAT

Posted: 16 Feb 2014 07:35 PM PST

JURI RAKYAT


Model Hot - Baby Margaretha

Posted: 16 Feb 2014 06:43 PM PST

Wow lagi-lagi foto hot Baby Margaretha hebohkan dunia maya, model cantik asal Kota kembang ini sempat jadi obrolan di kalangan publik, seperti apa sih foto model asal Kota Bandung ini yang jadi sorotan publik mari kita simak foto berikut ini. 








Cerita Misteri Rakyat Jawa Timur - Misteri Tersembunyi Gunung Kelud

Posted: 15 Feb 2014 09:20 PM PST

Jurirakyat.com - Gunung Kelud meletus dengan dasatnya bahkan abau vulkaniksnya sampai ke wilayah Bandung, nah dibalik meletusnya Gunung Kelud ternyata menyimpan banyak misteri,. misteri apa sajakah yang tersimpan digunung kelud berikut adalah beberapa misteri dibalik meletusnya gunung kelud

Gunung Kelud merupakan gunung berapi aktif yang terletak di daerah di Jawa Timur, tepatnya didaerah Kabupaten Kediri dan Blitar gunung yang memiliki ketinggian 1.731 mdp ini bisa diakses melalui Kabupaten Kediri. Gunung Kelud merupakan tempat wisata tersohor di Jawa Timur. dibalik keistimewaan tersebut ternyata gunung kelud di selimuti misteri terkait keberadaan puncak strato ini.

1. Legenda Gunung Kelud

Menurut legenda terbentuk dari penghianatan cinta Dewi kilisuci terhadap dua raja sakti yang bernama Mahesa Suro dan Lembu Suro kala itu Dewi Kilisuci anak puri Jengolo Manik yang terkenal akan kecantikannya dilamar oleh dua raja. namun yang melamar bukan dari bangsa manusia, karena yang satu berkepala lembu bernama Raja Lembu Suro dan yang satu berkepala Kerbau bernama Mahesa Suro.

Untuk menolak lamaran tersebut Dewi Kilisuci membuat sebuah sayembara yang tidak bisa dikerjakan oleh manusia biasa, yaitu membuat dua sumur di atas puncak Gunung Kelud, yaitu yang satu harus berbau amis dan yang satunya harus berbau wangi dan harus selesai dalam waktu satu malam atau sampai ayam berkokok, dengan kesaktian Mahesa Suro dan Lembu Suro, sayembara tersebut pun disanggupi, setelah bekerja semalaman dengan kesaktiannya keduanya pun memenang dalam sayembara itu. namun Dewi Kilisuci masih belum mau di persunting, kemudian Dewi Kilisuci masih ada satu permintaan lagi, yakni kedua Raja tersebut harus membukitikan dahulu kalu kedua sumur itu benar benar wangi dan amis yaitu dengan cara mereka berdua harus masuk kedalam sumur.

Terperdaya oleh rayuan tersebut ahirnya keduanya pun masuk kedalam sumur yang sanget dalam tersebut, begitu merka berdua sudah masuk didalam sumur, lalu Dewi Kilisuci memperintahkan kepada prajurit jenggala untuk menimbun keduanya dengan batu. maka matilah Mahesa Suro dan Lembu Suro, namun sebelum mati Lembu suro sempat mengucapkan sumpah, ya" orang Kediri besok akan mendapatkan balasanku yang sangat besar, Kediri akan Jadi sungai, Blitar akan jadi daratan dan Tulungagung akan jadi danau (semoga saja tidak terjadi) dari legenda ini ahirnya masarakat Gunung Kelud melakukan sesaji, acara ini digelar setahun sakali pada tanggal 23 bulan sura (muharam) oleh masarakat sugih waras.

2. Jalan Misteri


Di lokasi jalan misteri ini benda memiliki potensi berpindah tempat, terutama benda yang bundar bisa bergerak dengan sendirinya dari titik tertentu tanpa harus di berikan daya dorong (bener gak istilah fisikanya)

jika sobat jurirakyat.com meletakan botol mineral yang bulat pada garis putih dijalan misteri ini maka botol tersebut bergerak dengan cepat seolah-olah kelihatan naik termasuk kendaraan roda 4 dalam keadaan gigi netral, jika handel rem di lepaskan maka mobil akan bergerak dengan sendirinya meski mesin dimatikan.


3. Ritual Gunung Kelud


Sementara itu terkait dengan ritual sesaji yang digelar dilereng Gunung Kelud pada tahun 2007 silam tak kala ritual digelar sesepuh Mbah Ronggo, dalam ritualnya mendapati wangsit gaib yaitu pesan terjadinya pertanda besar, tentang Gunung Kelud yang terletak 40 km dari Kota Kediri Jawa Timur yang memiliki keunikan dipuncaknya, yaitu dengan bentuk strato dengan danau kawah besar di tengahnya, walaupun danau tersebut kini berubah bentuk menjadi kubah lava, wangsit tersebut mengatakan le, seng ati-ati arep lewat Danyang Gunung Kelud, tutur Mbah Ronggo, mengenai pesan gaib jika Gunung Kelud akan meletus.

Nah demikian lah ringkasan Misteri Tersembunyi Gunung Kelud yang mukin bisa menambah wawasan bagi sobat jurirakyat.com, semoga bermanfaat.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 16 Feb 2014 03:42 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


'Semalam ana mimpi berzina dengan isteri ustaz, camna lak tu?'

Posted: 16 Feb 2014 03:02 PM PST


Dia menggelar dirinya 'USTAZ'.

Lazimnya, kenyataan USTAZ dipercayai oleh masyarakat kerana USTAZ penuh ilmu ugama di dada.
[ Sumber : Klik di sini ]
Jadi, mereka membaca status Facebook Ahmad Fadhli Shaari, klik di sini pastinya percaya dia memang telah bermimpi. Bermimpi menerima panggilan telefon meminta dia menghebahkan ganjaran RM500 kepada individu berjaya menembak Perdana Menteri.
Saya berharap status di atas bukan sekadar rekaan penceramah PAS akibat didorong tujuan tertentu, tersirat bukan tersurat.
Berikutan status itu, Fadhli telah mengundang kemarahan ramai pelayar di alam maya. Barangkali USTAZ Fadhli memang menantikan respon seperti di bawah.

Tidakkah USTAZ terfikir, kenyataan dicatatkan sebagai status itu, berpeluang ditatap lebih 10,000 pengikut setia, bakal mencetuskan kontroversi tidak diperlukan?



Jangan kerana emosi, kelak menyusahkan diri. USTAZ tolong gunakan otak bukan kepala lutut untuk berfikir buah fikiran di laman sosial.

Apapun, jangan kita menghina USTAZ itu, biar dia sendiri menghina dirinya.

Sumber: Mazidul Akmal

Hilang sokongan umat Islam, Anwar cuba raih undi gereja

Posted: 16 Feb 2014 05:01 AM PST

Rasanya, menjelang sekarang semua pihak susah tahu bahawa sokongan masyarat Islam di Kajang terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memang lemah dan sangat kurang.

Sudah jenuh naik turun masjid dan ke kawasan masyarakat Islam namun tiada sambutan, menyebabkan Anwar terpaksa mengubah strategi untuk meraih sokongan masyarakat Kristian di Kajang pula, satu langkah yang memang sudah dijangka sejak awal.

Ahad lepas Anwar memberikan ucapan di Gereja Holy Family di mana Paderinya, Father George Harrison mengalukan Anwar sebagai 'saudara kami'.

Sudah pasti orang seperti Anwar yang pandai bermuka-muka akan diangkat sebagai 'saudara kami', kerana mungkin masyarakat Kritsian sendiri tidak nampak sikap mempergunakan sesiapa sahaja untuk kepentingan diri yang dimiliki Anwar.

Seramai 1,200 orang memenuhi gereja berkenaan untuk mendengar ceramah Anwar.

Anwar dikhabarkan mengulas pelbagai isu termasuk penggunaan kalimah Allah yang Anwar sifatkan sebagai isu UMNO dan tetap dengan pendirian semua pihak boleh menggunakan kalimah berkenaan.

Anwar juga bangga bercerita kerana kehebatan dirinya, bandar Kajang menjadi sebutan pihak media antarabangsa.

Mynewshub

Ibrahim Ali: Saya lebih layak jadi PM berbanding Anwar

Posted: 16 Feb 2014 04:15 AM PST

(TMI) Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata beliau sebenarnya lebih layak untuk menjadi perdana menteri berbanding dengan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ibrahim menyifatkan beliau 1,000 kali lebih bagus daripada ketua umum PKR itu dari segi moral dan perangai serta boleh menjalankan tugas lebih baik daripada Anwar sebagai perdana menteri Malaysia.

"Sekiranya anda mahukan perdana menteri dan tidak suka dengan calon sedia ada, Ibrahim Ali juga boleh jadi perdana menteri," katanya dalam program penyerahan pelantikan baru jawatankuasa kepimpinan Perkasa negeri di Seamo-Rescam, di Pulau Pinang hari ini.

Ucapan presiden Perkasa itu ia disambut oleh gelak ketawa kira-kira 100 ahli Perkasa yang hadir dalam program tersebut.

Katanya lagi, antara beliau dan Anwar masing-masing mempunyai kelayakan sama rata dari segi pendidikan dan juga pengalaman berucap dalam pelbagai pentas tempatan dan antarabangsa.

"Jadi bermula esok, saya adalah bakal perdana menteri bukan Anwar. Saya hanya mahu berlawan dengan Anwar, yang lain saya tidak tidak kisah.

"Saya tahu saya lebih baik daripada beliau. Anwar menjadi popular ketika zaman mudanya kerana saya yang banyak menguruskan dan memberi publisiti kepadanya daripada belakang tabir pada tahun 1970an apabila ketika itu kami menjadi pemimpin pelajar," katanya.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga turut menyelar Anwar sambil menggelar pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu sebagai "berdarah munafik kelas pertama".

"Saya perlu berkata demikian demi kepentingan negara. Anwar merasakan dirinya seperti manusia luar biasa seolah-olah tiada siapa lagi yang boleh mencabarnya.

"Dari zaman belajar lagi sehingga sekarang beliau cuba mencari masalah dengan orang lain. Dia (Anwar) sudah mendapat semuanya namun masih tidak berpuas hati," katanya.

Selain itu, Ibrahim turut mendakwa beliau mengenali Anwar dari dalam dan luar namun pemimpin itu tidak berani mencari pasal dengannya kerana presiden Perkasa itu menyifatkan dirinya adalah seorang yang garang.

Kenyataan Ibrahim itu turut mengundang gelak tawa kepada hadirin dan beliau juga menambah Anwar lebih suka kepada mereka yang berdahi licin.

Beliau berkata, Perkasa sebagai pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) juga tidak kurang hebatnya kerana badan itu juga terkenal dan ramai yang ingin menjadi ahli.

Beliau berkata segala tuduhan dan "label" yang dilemparkan membantu menjadikan Perkasa sangat terkenal dan menggerunkan sejak ia ditubuhkan lima tahun lalu.

"Apabila kita mengkritik PR mereka menuduh kita alat Umno namun bila kita mengkritik BN, PR tak kata apa-apa.

"Pendirian kita tetap. Kita puji apa yang bagus dan menentang sekiranya tidak. Itulah tugas NGO. Jadi apa masalah sekiranya kami mempunyai hubungan baik dengan Umno.

"Sekiranya Perkasa Pulau Pinang ingin berkawan dengan PAS dan parti DAP, ia juga tidak mengapa," katanya.

Tambahnya lagi, agenda Perkasa hanya tertumpu kepada isu negara seperti mengekalkan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kepada pembangunan dan keharmonian negara yang dinikmati oleh pelbagai kaum dan agama.

Beliau berkata, Perkasa tidak mempunyai persengketaan dengan sesiapa namun sekiranya ia berkaitan dengan Perlembagaan, pertubuhan itu sama sekali enggan bertoleransi.

"Kami tidak takut atau perlu meminta maaf kerana itu Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang memainkan peranan penting terutamanya menyentuh mengenai ketegangan kaum dan agama yang dipolitikkan," katanya. – 16 Februari, 2014.

Saya mampu gugat Anwar jika tidak diganggu BN - Zaid

Posted: 16 Feb 2014 04:01 AM PST

KAJANG - Calon bebas, Datuk Zaid Ibrahim hari ini menegaskan bahawa beliau mampu melakukan kejutan di PRK Dun Kajang sekiranya tidak diganggu oleh tiga gergasi daripada BN.

Menurutnya, sejarah PRK Hulu Selangor telah menyaksikan 'kehebatan beliau' dalam memberi saingan, walaupun kalah di Dun tersebut, beliau menyifatkan kalahnya adalah kalah minoriti.

"...dalam PRK kali ini, saya rasa saya mampu beri saingan dan mampu buat kejutan.

"...kalau dilihat pada pertandingan saya di PRK Hulu Selangor dahulu, saya tetap beri saingan, pada saya, saya kalah disebabkan oleh serangan daripada tiga gergasi Umno/BN, iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Tun Mahathir.

"...oleh itu saya harap PRK kali ini saya tidak diserang lagi oleh mereka ini, sekiranya ini berlaku peluang saya lebih cerah," katanya yang juga merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada sidang media khas di Restoran Hj Samuri Kajang hari ini.

Mengulas perkara yang sama, beliau menyifatkan bahawa dirinya adalah lebih baik berbanding pesaingnya iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dari segi amalan politik.

"...kalau lihat Anwar, dari segi amalan politiknya beliau banyak beretorik, beliau juga banyak mencemari PR di Selangor.

"...sementara saya lebih bersifat terbuka, menerima kritikan, mengamalkan politik yang telus, itulah kekuatan saya, jadi pada saya amalan politik saya adalah lebih baik daripada Anwar," katanya.

Ekoran keputusan Zaid itu, PRK Dun Kajang setakat ini akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PR), calon dari BN-MCA dan dirinya.

Dun Kajang kosong berikutan penyandangnya dari PKR, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan secara mengejut pada 27 Januari yang lalu, yang disifatkan Zaid sebagai tindakan politik yang tidak sesuai.

Berikutan itu SPR telah menetapkan bahawa PRK Dun Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini sementara hari penamaan calon jatuh pada 11 Mac.

Kereta Karam Singh Walia yang dicuri ditemui di Johor

Posted: 16 Feb 2014 02:55 AM PST

PASIR GUDANG - Polis Johor menemui kereta Wolkswagen Passat milik wartawan TV3 Datuk Karam Singh Walia di sebuah rumah di Kempas, Johor Baharu awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, dalam serbuan kira-kira 2 pagi itu, tiga suspek berumur antara 36 hingga 39 tahun yang dipercayai pakar dalam kegiatan pecah rumah dan mencuri kereta turut ditahan.

Kereta itu dilarikan dari rumah Karam Singh di Taman Sri Andalas, Klang, Selangor pada 13 Februari lalu.

Beliau berkata, turut ditemui ialah dua buah kereta lain dan pelbagai barangan yang dipercayai turut dicuri.

"Kita percaya kumpulan ini mempunyai rakan subahat yang lain dan kita akan menjalankan siasatan untuk mengesan mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Mohd Mokhtar berkata, suspek akan diserahkan kepada polis Selangor untuk tindakan susulan. - Bernama

(Gambr) Daging babi dicampak depan masjid kampung Anwar

Posted: 16 Feb 2014 02:01 AM PST

Daging, dipercayai babi, dilapor dilempar ke perkarangan Masjid Cherok Tokun, Machang Bubuk, Pulau Pinang hari ini.

Ketua CID Mazlan Kesah berkata, suspek dipercayai menggunakan jalan utama dan melempar daging itu kira-kira jam 5.30 pagi.

Saksi Saad Arop, 78, berkata, beliau mengesan perkara itu selepas memasuki masjid untuk solat Subuh.

"Beliau membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan insiden itu dan mengesyaki ia daging babi," kata Mazlan melalui SMS jawapan berkaitan insiden itu.
Perkara itu pertama kali berlaku di masjid itu.

Polis menyiasat kes itu bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan berkaitan mencemarkan rumah ibadat dengan niat menghina.

Saad membuat laporan polis di Machang Bubuk pada 7.19 pagi.

Mazlan berkata, tiada rakaman CCTV di kawasan itu dan paling dekat beberapa meter daripada rumah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

'Mak, ayah pun tak kisah kami bersekedudukan'

Posted: 16 Feb 2014 01:01 AM PST

NILAI – "Emak dan ayah saya tidak kisah jika saya bersekedudukan kerana mereka tahu hubungan kami," kata seorang pemuda berusia 25 tahun, yang ditahan bersama teman wanitanya ketika sedang seronok memadu asmara di sebuah bilik di hotel di sini, malam kelmarin.

Pekerja sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur itu memberi alasan dia menginap di situ bersama kekasihnya dikenali sebagai 'Ana', 28, kerana mahu berehat sementara menunggu penerbangan ke Bangkok jam 6 pagi.

"Kami 'check in' jam 8 malam kerana pada jam 6 pagi saya mahu menghantar Ana ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

"Dia mahu ke Bangkok tonton perlumbaan motosikal di sana bersama rakan-rakannya, sementara itu kami berehat di sini," katanya.

Menurutnya, mereka juga sudah merancang untuk berkahwin dan kini dalam proses mengumpul wang.

"Keluarga saya tahu hubungan kami dan jika kami ditahan pada malam ini pun, mereka tidak kisah," katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, mereka antara tiga pasangan kekasih yang ditahan oleh penguatkuasa JHEAINS dalam Ops Valentine di dua buah hotel berasingan di sini.

Menurutnya, kesemua pasangan terbabit berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Sekyen 61(1) iaitu percubaan melakukan persetubuhan haram.

"Turut ditahan tiga wanita dan dua lelaki berusia 18 hingga 40 tahun kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah iaitu meminum minuman yang memabukkan," katanya.

Malah dalam operasi berkenaan turut ditahan seorang remaja yang sedang menunggu keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Remaja perempuan berusia 18 tahun itu ditahan bersama empat lagi rakannya di sebuah pusat karaoke di sini atas kesalahan meminum minuman memabukkan.

"Saya mula minum lepas SPM dan biasanya saya minum lima cawan sahaja sebab baru belajar. Bila tertekan, saya akan minum arak," katanya.

Sementara itu, di PORT DICKSON, pasangan muda berusia lingkungan awal 20-an merupakan yang paling ramai ditemui berdua-duaan di tepi pantai semasa Kempen Sayangi Diri anjuran Jabatan Amal Dewan Pemuda Pas Negeri Sembilan diadakan malam kelmarin.

Kebanyakan pasangan tersebut sedang menuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) sekitar Negeri Sembilan.

Pengarah Kempen Sayangi Diri, Mahfuz Roslan berkata, kempen ini untuk menyantuni golongan yang belum bernikah tetapi bersama pasangan masing-masing dan berkelakuan salah di sisi Islam.

"Kita mahu mendidik masyarakat agar mereka tidak terikut-ikut dengan budaya Barat meraikan hari Valentine.

"Kempen seperti ini julung kali dilakukan Jabatan Amal negeri dan dari semasa ke semasa ia akan terus dilaksanakan dengan pendekatan yang lebih pelbagai," katanya.

Pemain bola sepak di Perak maut ditetak depan bank

Posted: 16 Feb 2014 12:16 AM PST

Mangsa yang cedera parah diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke HRPB dan disahkan meninggal dunia di hospital itu.
IPOH – Seorang pemain bola sepak kelab tempatan maut ditetak sekumpulan tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang selepas keluar dari sebuah bank di Jalan Sultan Yusuff berhampiran Ipoh Padang, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, T Eswaran, 27, menaiki Proton Waja bersama tiga rakannya dan berhenti berhampiran lampu isyarat di depan bank berkenaan untuk ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Bagaimanapun, selepas keluar dari ATM dan sebaik sahaja mangsa hendak memasuki kereta di bahagian penumpang depan, dia dihampiri tiga lelaki bertopeng membawa parang yang terus menyerangnya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa yang juga seorang pemandu lori berasal dari Menglembu cedera serius di kepala dan tangan.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, suspek melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Myvi berwarna perak.

"Polis masih mengesan kereta suspek yang didaftarkan di negeri Johor," katanya.

Chang Keong berkata, tiga rakan mangsa yang berada di tempat kejadian tersebut telah diminta memberi keterangan untuk membantu siasatan lanjut dan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi balai polis berhampiran.

'Jangan beritahu isteri saya berzina...'

Posted: 15 Feb 2014 11:31 PM PST

Gambar hiasan
Georgetown: "Jangan telefon isteri saya encik, boleh rosak rumah tangga kami," rayu seorang lelaki yang juga suami orang kepada pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) selepas dia ditangkap berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Dalam Ops Jejak Kekasih yang dilancarkan JHEAIPP itu lima wanita yang sudah bersuami serta tiga lelaki yang berstatus suami antara 18 individu berusia 22 hingga 40 tahun ditahan dalam pemeriksaan di 20 hotel bajet dan rumah tumpangan sekitar Butterworth, Prai, Bukit Mertajam, Berapit, Simpang Ampat dan Tasek Mutiara.

Turut ditahan dalam pemeriksaan bermula jam 5.30 petang hingga 3 pagi semalam ialah seorang gadis Indonesia yang bekerja di sebuah kilang di Seberang Prai dan wanita Thailand yang baru sampai di negeri ini. Ketua Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman Azizan berkata, agak mengejutkan kerana kali ini pasangan yang dicekup turut membabitkan wanita dan lelaki yang masih mempunyai suami serta isteri sah selain mempunyai anak.

"Ada pasangan ditahan memberikan alasan mempunyai krisis dengan suami atau isteri masing-masing menyebabkan mereka mencari teman lelaki kononnya untuk melepaskan tekanan mengenai masalah dihadapi dan mahu seseorang untuk berkongsi perkara itu.

"Pelbagai alasan diberikan mereka untuk melepaskan diri termasuk keluar jalan-jalan, pergi makan, berehat, letih dan sebagainya selepas tamat bekerja sebelum masuk ke hotel untuk bermadu kasih," katanya.

Khairul Azman berkata, dalam pemeriksaan di sebuah hotel di Prai sepasang kekasih bertindak nekad apabila cuba bersembunyi dengan duduk di atas penghawa dingin selepas menyedari bilik dihuni di tingkat tiga bangunan itu didatangi pegawai penguat kuasa.

Bagaimanapun, tindakan pantas pegawai penguat kuasa berjaya menahan pasangan terbabit yang dipercayai berkhalwat.

"Anggota penguat kuasa melihat pasangan itu menghulurkan kaki keluar tingkap dipercayai untuk berpijak di atas sistem penghawa dingin berkenaan dan terus memberi amaran agar tidak berbuat demikian.

"Pasangan itu kemudian memberikan kerjasama dengan membuka pintu bilik, tindakan itu dianggap amat berbahaya kerana berisiko terjatuh,' katanya. Beliau berkata, berdasarkan pemantauan pihaknya mendapati pasangan kekasih memilih untuk mendaftar lebih bilik di hotel pada sebelah petang bagi mengelak pemeriksaan pihak berkuasa. "Jika sebelum ini operasi tertumpu lewat malam atau awal pagi namun sekarang pihak JHEAIPP akan bertindak tanpa mengira waktu untuk melakukan serbuan dan pemeriksaan dari semasa ke semasa," katanya.

Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 27 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Anwar ingat dia nabi, maksum segala dosa

Posted: 15 Feb 2014 10:22 PM PST

Putrajaya: "Dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) memang suka menafikan kenyataan yang pernah dibuat dahulu bagi menunjukkan imej seolah-olah dia tidak pernah berdosa... tidak pernah salah. Kalau dia betul, hari ini dia dah jadi Perdana Menteri," kata Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sikap pemimpin pembangkang itu yang kerap menafikan terbabit dalam membuat sebarang keputusan ketika berada dalam kerajaan dahulu, termasuk berkaitan Operasi Lalang pada 1987.

Dr Mahathir turut menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang memperjuangkan kepentingan diri sendiri. malah, menggunakan parti untuk mencapai cita-cita untuk bergelar perdana menteri.

Menurutnya, jika didapati moral seseorang itu tidak baik maka dia tidak akan dibenarkan menjadi seorang perdana menteri kerana dibimbangi negara akan rosak.

"Tapi, itulah Anwar, bila dia bercakap cukup baik....sehingga saya pun menjadi yakin, dia nak masuk UMNO kerana dia percaya pada perjuangan UMNO, walhal dia masuk hanya sebab nak jadi perdana menteri, kalau masuk PAS tidak dapat jadi sampai sekarang," katanya selepas merasmikan Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian di sini semalam.

Ditanya sama ada Anwar akan mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan Selangor jika menang pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Dr Mahathir berkata, ia tidak mustahil berlaku kerana sikap Anwar yang sanggup melakukan apa saja demi mencapai cita-citanya.

Azmin tiada kualiti kepimpinan untuk jadi MB - Khalid

Posted: 15 Feb 2014 06:01 PM PST

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali belum mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang diperlukan untuk menerajui parti itu.

Dalam serangan terbaru terhadap Azmin, Khaid berkata untuk seorang pemimpin tulen harus mempunyai integriti dan mampu menjana kepercayaan daripada akar umbi parti.

Ditanya sama ada Azmin mempunyai ciri-ciri untuk memimpin PKR, Khalid bingkas menjawab, "belum lagi," lapor Malay Mail.

Setelah bertelagah di dalam Selangor mengenai urusan parti dan kerajaan negeri, Khalid dan Azmin dijangka memperbaharui permusuhan politik mereka pada pemilihan parti Mei depan.

Anwar akan menawarkan diri untuk jawatan presiden manakala Azmin dijangka menghadapi saingan daripada Khalid atau Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution untuk jawatan timbaan presiden.

Di Selangor, Azmin menggantikan Khalid sebagai pengerusi PKR negeri pada tahun 2010 namun perbalahan terbuka antara mereka dan penyokong mereka berterusan hingga sekarang.

Kemelut itu dikatakan memaksa Anwar untuk merestui tindakan ADUN Kajang Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi Kajang bagi membolehkan Ketua Pembangkang itu bertanding.

Jika menang Pilihan Raya Kecil (PRK) itu pada 23 Mac, Anwar disebut-sebut akan menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid.

Setakat ini Khalid belum mengatakan persetujuannya kepada rancangan itu walaupun beliau adalah pengarah pilihan raya PKR untuk Kajang.

Khallid berkata PKR seharusnya menyiapkan pelan untuk menyediakan pemimpin pelapis untuk PKR apabila Anwar berundur kelak.

"Kita mempunyai kualiti dan kuantiti pimpinan muda yang mampu memastikan PKR adalah tunjang kepimpinan politik di negara ini," kata beliau.

Khalid menamakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon sebagai pemimpin berpotensi menyahut cabaran itu.

Khalid berkeras enggan tandantangan surat letak jawatan

Posted: 15 Feb 2014 05:45 PM PST

PETALING JAYA: Cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor menerusi pelan hebatnya mungkin tidak akan kesampaian.

Ia berikutan penyandang jawatan itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan meletak jawatan.

Berdasarkan sumber peringkat tertinggi, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat peletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan PKR.

Bagaimanapun difahamkan Khalid enggan berbuat demikian.

Surat peletakan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor.

Surat itu dipercayai bertarikh 23 Mac iaitu tarikh hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Surat bertarikh tersebut dibuat dengan jangkaan Anwar akan memenangi PRK Kajang dan menyertai DUN Selangor.

Akhbar The Star dipetik sebagai melaporkan sumber kerajaan negeri turut memaklumkan Khalid menasihatkan Istana Selangor bahawa beliau tidak akan meletak jawatan.

"Beliau rasa seperti dipermain-mainkan oleh Anwar," katanya sumber berkenaan.

Khalid juga dikatakan sudah menerangkan kepada Sultan Selangor mengenai situasi politik di Selangor dalam pertemuan mingguannya pada Rabu lalu.

Difahamkan Sultan Selangor yang mahir mengenai Perlembagaan Negeri, dijangka tidak mengganggu hal politik namun akan mematuhi sepenuhnya semua undang-undang negeri.

Sejak Khalid menghadap sultan, beliau diperhatikan kini sentiasa berada dalam keadaan 'angin baik' dan selalu tersenyum.

Pemerhati berkata keadaan rambutnya sering dilihat sebagai 'pengukur angin' - kini dilihat sentiada kemas dan rapi serta kelihatan ceria.

Walau bagaimanapun, Abdul Khalid perlu menghadapi 'pertempuran sengit' dalam usaha mengekalkan kedudukannya.

Difahamkan DAP menggesa supaya diadakan mesyuarat khas Pakatan Rakyat pada minggu depan.

Seorang pemimpin senior DAP dikatakan memaklumkan kepada PKR bahawa jika parti itu gagal menguruskan Khalid, mereka akan mula memberikan tekanan kepadanya.

Khalid dilaporkan kehilangan sokongan DAP Selangor berikutan isu rampas Bible.

Bagaimanapun tidak semua ADUN DAP akan memberi tekanan terhadap Khalid kerana sekumpulan ADUN parti itu yang diketuai oleh pemimpin kuat mereka akan terus memberi sokongan kepadanya.

Menurut sumber, Khalid kecewa dengan kenyataan daripada pemimpin partinya selepas Anwar dinamakan sebagai calon PRK Kadang.

Antaranya kenyataan oleh Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli iaitu individu yang dikatakan menjadi tulang belakang kepada PRK Kajang pernah dilaporkan berkata bahawa beiau yakin Anwar mampu melakukan sesuatu yang lebih baik di Selangor.

Mohd Rafizi berkata Abdul Khalid adalah seorang teknokrat dan tidak mempunyai pengalaman untuk menguruskan isu perkauman dan agama.

Malah kenyataan Anwar sendiri mengenai pelannya di Selangor turut tidak menyenangkan Khalid sebagai penyandang kerusi Menteri Besar.

(Video) Kumpulan Profesional Cina kecam video Teresa

Posted: 15 Feb 2014 05:30 PM PST

PETALING JAYA 15 Feb.- Sekumpulan profesional Cina hari ini mengecam video kontroversi 'Onederful Malaysia' terbitan Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok kerana didakwa mengandungi elemen-elemen memudaratkan masyarakat.

Anggota profesional, Pertubuhan Psikologi Amerika, Dr. Wong Kok Fye mendakwa video tersebut yang memaparkan watak lelaki berpakaian wanita dan lelaki lembut juga boleh dianggap mempersendakan golongan transeksual.

"Saya berpendapat bahawa kandungan video ini mengandungi banyak elemen keganasan yang boleh membawa kesan sosio psikologi kepada masyarakat.

"Kanak-kanak yang tidak mempunyai latar belakang politik danapabila menonton video ini merasakan bahawa tidak mengapa untuk menjadikan golongan transeksual sebagai bahan lawak jenaka," kata Kok Fye.

Tegas Kok Fye, ahli politik yang terlibat dalam penerbitan video itu bukan sahaja tidak membantu keadaan sosial negara tetapi menjadikan situasi lebih buruk.

Pengamal pendidikan, Loh Wei Jing pula berkata, video Teresa merosakkan suasana Sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini.

"Video ini memberikan tangapan salah masyarakat lain kepada kaum Cina seolah-olah menghina dan mempersendakan pemimpin dan negara adalah tradisi masyarakat Cina.

"Kalau video ini diterbitkan pada masa pilihan raya dan bersifat propaganda murahan kita boleh terima. Tetapi video ini diterbitkan semasa Tahun Baharu Cina. Tidak bolehkan kita bersalaman, makan dan meraikannya," tegas Wei Jing.

Wei Jing juga berkata, video Teresa tidak menepati semangat Rukun Negara.

Sementara itu, Ryan Ng Chua Yie seorang peguam berkata, Teresa sebagai wakil rakyat seharusnya tampil sebagai model contoh atau 'role model.'

"Sepatutnya Teresa menerbitkan video mengenai apa yang beliau telah lakukan untuk negara sejak setahun lalu. Apakah matlamat beliau untuk masa depan. Itu yang rakyat mahu lihat.

"Harapan masyarakat kepada wakil rakyat adalah tinggi. Kita mahu semua wakil rakyat tidak terlibat dalam tindakan yang boleh mencetuskan kontroversi dalam negara yang pelbagai kaum dan agama," kata Chun Yie.

Sementara itu, pelatih korporat, Phoenix Low Kai Lay berkata, video Teresa menyebarkan suasana negatif dalam negara.

"Sepatutnya sebagai wakil rakyat kita harus mengingatkan bagaimana untuk saling membantu dan menerapkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Bagi aktivis masyarakat, Alex Lee Keat Lay, Teresa boleh dianggap sebagai mementingkan diri dan lupa tanggungjawab.

"Video ini memang tidak sihat. Pelakon dalam video ini juga nampaknya tidak berani untuk mengakui kesilapan mereka.

"Kalau berani buat mereka juga perlu berani mengakui kesilapan dan meminta maaf," tegas Keat Lay.

Kumpulan Profesional Cini ini bagaimanapun yakin Teresa tidak akan meminta maaf kepada masyarakat walaupun video tersebut daripada segi moral adalah salah.

Mereka juga berpandangan bahawa kerajaan dalam keadaan dilema untuk mengambil tindakan ke atas Teresa.

"Jika kerajaan mengambil tindakan undang-undang segelintir rakyat akan berkata, kerajaan menekan pembangkang dan tidak ada kebebasan hak asasi.

"Tetapi jika kerajaan tidak mengambil tindakan perbuatan seperti ini akan berterusan di masa hadapan," kata Kok Fye.- UTUSAN ONLINE


Lagi usaha edar Bible digagalkan di P. Pinang

Posted: 15 Feb 2014 05:15 PM PST

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Haji Zainal Abidin, Nor Amin Ahmad
GEORGETOWN - Seorang guru menangkap tiga lelaki yang cuba mengedar beberapa Bible berbahasa Melayu kepada pelajar di sebuah sekolah di sini.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Haji Zainal Abidin, Nor Amin Ahmad berkata, kejadian berkenaan berlaku di sekolah berkenaan yang jaraknya tidak jauh dari sekolah itu.

Pihaknya kesal kerana Bible dalam bahasa Melayu itu juga tertulis perkataan ALLAH yang dibimbangi boleh mengelirukan pelajar sekolah.

"Tajuk kitab itu ialah Kenalilah Al Kitab dan di bahagian bawahnya mereka cuba menarik pembaca dengan menulis 'Sebuah panorama Firman ALLAH dalam 366 bacaan dan renungan harian'.

"Kenapa kitab sedemikian cuba diedarkan kepada pelajar? Lebih mengelirukan kerana ia dalam bahasa Melayu. Jadi memang (jelas) matlamatnya untuk memesongkan akidah pelajar Melayu Islam," katanya kepada Sinar Harian.

Nor Amin menggesa pihak sekolah memantau lebih ketat, khasnya pengawal keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan sekolah.

Pahlawan gesa dakwaan kepada Mejar Zaidi digugurkan

Posted: 15 Feb 2014 05:00 PM PST

AMPANG: Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) menggesa segala pertuduhan terhadap Mejar Zaidi Ahmad digugurkan serta-merta untuk menjaga imej dan maruah Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dalam satu sidang media Pahlawan hari disini hari ini, Presidennya Asri Buang turut mempersoalkan mengapa dakwaan dikenakan keatas Zaidi hanya kerana membuat satu laporan polis.

"Sepatutnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pemerintah ATM disiasat dan diambil tindakan yang sama kerana gagal melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

"Saya mendesak pimpinan ATM (Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Tentera Udara) sepatutnya mempertahankan individu yang melaporkan kepincangan dan kelemahan SPR demi keadilan dan ketelusan dalam proses pilihan raya," tambah Asri.

Beliau berkata ATM seharusnya mengeluarkan arahan pilihan raya khusus bagi semua peringkat anggota tentera untuk mengelakkan kekeliruan dan supaya anggota tentera tidak melanggar akta ATM.

"Kalau tak nak bagi anggota buat laporan polis, keluarkan arahan.

"Penggunaan Akta Angkatan Tentera 1972 kepada Mejar Zaidi menunjukkan pimpinan ATM tidak ada pendirian, hanya mengikut telunjuk jari ahli politik," katanya lagi.

Feb 7 lalu, Mejar Zaidi dihadapkan ke Mahkamah Tentera atas kesalahan membuat laporan polis mengenai ketidakkekalan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu.

Beliau dituduh di bawah Seksyen 50 (2) 1972 – tidak patuh kepada Pegawai Atasan dan Seksyen 51 akta yang sama kerana tidak patuh kepada arahan tetap.

Menurut Ahli Parlimen (MP) Lumut Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid, ATM tidak mempunyai akta khusus mengenai pengundian awal dalam pilihan raya yang boleh menyabitkan Zaidi dengan kesalahan.

"ATM tiada akta mengenai pengundian awal jadi tak ada kesalahan yang boleh disabitkan dengan Mejar Zaidi.

"Kita pun tak tahu mana seksyen yang digunakan untuk dakwa," katanya.

Tambah Imran, perkara ini sudah dibangkitkan dalam Parlimen sebelum ini oleh MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar namun tiada tindakan yang diambil.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pahlawan Muhamad Mustafa Ghazanfar berkata dakwaan keatas Zaidi ini seperti cubaan untuk menakut-nakutkan anggota ATM dari melakukan perkara yang sama pada masa akan datang.

"Ini seperti ugutan untuk takut-takutkan anggota dari melakukan perbuatan berprinsip," tegasnya.

Pahlawan turut mengumumkan akan memberikan bantuan kewangan kepada Zaidi untuk menampung kos guaman yang diperlukannya.

Terdahulu, Mesyuarat Agung ke-2 Pahlawan di Kelab Darul Ehsan disini telah dirasmikan oleh Ketua Umum Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapannya, Anwar turut melontarkan sokongan kepada Zaidi.

"Mejar Zaidi ini dilatih untuk berdisiplin dan berintegriti. Bila dia dapati dakwat kekal itu tak kekal jadi dia buat laporan polis," katanya.

Anwar turut menambah akan bermesyuarat bersama pimpinan Pakatan Rakyat untuk membantu mempertahankan Zaidi.

"Ini satu malapetaka apabila orang yang tidak bersalah mahu dihukum," tegasnya.

Isu kesilapan tarikh berita TV3, pecacai ambil kesempatan

Posted: 15 Feb 2014 04:01 PM PST

Puak hangguk PR kantoi cuba fitnah TV3 menipu pasal bantuan banjir di Tenom. Ketika ini puak tengah galak sebar fitnah kononnya TV3 terpaksa menipu dengan mengitar video lama bantuan banjir di Sabah untuk tunjukkan bahawa UMNO/BN buat kerja di sana.

Maka puak hangguk PR lain yg percaya bulat-bulat fitnah FB page-page pro-PR mengomenlah tanpa usul periksa dan mengatakan org lain pulak bodoh kerana kena tipu. Walhal puak hangguk PR tu yg tersangatlah bodoh kerana senang2 je ditipu dengan status FB tanpa usul periksa! Kesian.

Admin sendiri tengok laporan Buletin Utama itu dan admin sudah dapat kepastian dengan menyelidik berita tersebut. Faktanya ialah berita itu adalah benar, admin yang juga pengikut FB Jamawi Jaafar sendiri tahu bahawa gambar dan status FB yang dipostkan oleh beliau di FBnya pada tengah hari tadi adalah sama seperti berita dan gambar dari video di Buletin Utama malam tadi.

Begitu juga beberapa status FB dan gambar oleh rakan FB lain (dari Tenom) siang tadi jugak mengesahkannya.

Dan baru sebentar tadi Ketua Penerangan Pemuda UMNO yang juga Ketua Pemuda UMNO Tenom itu mengesahkan berita tersebut dan berlaku kesilapan tarikh dalam setting kamera video terbabit.

Kalau tengok kepada setting masa tu pun dah boleh agak silap. Sebab pukul 7:14 pm masih cerah, padahal dari carian admin mengenai waktu terbenam matahari di Tenom pada 29 Mei 2007 ialah pukul 6:26 pm. Takkan lah cerah mcm tu dah dekat setengah jam masuk maghrib.

Macam biasa puak hangguk PR ni mudah sangat ditipu. Kalau puak hangguk PR tak percaya ada kerja bantuan dari UMNO kepada mangsa banjir di Sabah, tengok laporan akhbar termasuk Sinar Harian.

Kelab Che Det

Cucu Tok Selampit

Posted: 16 Feb 2014 01:40 PM PST

Cucu Tok Selampit


Gambar-Gambar Datuk @azeezputera Dengan Unit Amal Malaysia Membantu Mangsa Banjir

Posted: 16 Feb 2014 02:59 AM PST

Sejuk mata memandang melihat gambar-gambar Pengerusi Kelab Putera UMNO yang juga Ahli Parlimen Baling, Datuk Azeez Abdul Rahim berganding bahu bersama-sama Unit Amal Malaysia dari PAS dalam misi membantu mangsa banjir.

Ini merupakan hari kedua misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir Sabah, oleh Biro Kebajikan UMNO / BN Malaysia. Inilah yang kita mahukan. Rakyat Melayu Islam boleh berganding bahu bekerjasama di waktu susah dan senang walaupun berlainan parti. Tahniah Datuk Azeez dan Unit Amal Malaysia.

Gambar-Gambar @anwaribrahim Bagi Tazkirah Di Gereja Holy Family, #kajang (8 Gambar)

Posted: 15 Feb 2014 08:43 PM PST

Tazkirah di Masjid sudah. Tazkirah di Gereja sudah. Aga-agaknya bila calon PKR untuk DUN Kajang ingin membuat tazkirah di Kuil dan Tokong? Bukankah kaum India dan China juga ada hak untuk mendengar nasihat dan kata-kata pedoman Anwar Ibrahom mengenai tolenrasi beragama?



Other Perspektif

Posted: 16 Feb 2014 01:21 PM PST

Other Perspektif


PBS dikaji semula! Flip flop betul laa

Posted: 16 Feb 2014 03:38 AM PST

waadat

Posted: 16 Feb 2014 01:17 PM PST

waadat


Hukum pelaburan ASB

Posted: 15 Feb 2014 09:03 PM PST

Antara Majlis Fatwa Kebangsaan, mufti negeri, dan badan penasihat syariah sekuriti, mana yang paling tinggi?

Baru-baru ini Demang terima sepotong video ceramah agama berkenaan hukum pelaburan ASB. Tak dapat Demang pastikan tahun rakaman itu dibuat.

Tarikh rakaman amat penting kerana ia mungkin tidak valid lagi setelah beberapa tindakan semasa.

Kalau ikutkan, tak boleh kita komen perkara yang sekerat-sekerat. Namun oleh kerana yang sekerat-sekerat itulah yang disebarluas dalam media sosial sehingga mengelirukan ummah maka Demang fikir jika tidak dijawab nanti makin terkerat-kerat ukhwah orang Islam di Malaysia.

Yang nak ditegur pula seorang ustaz merangkap penceramah yang mungkin ada ramai peminat.

Menurut ustaz tersebut, pelaburan ASB adalah haram!

Beliau menyebut bahawa mufti selangor dan mufti Pulau Pinang memfatwakan haram manakala mufti Perak mengatakan harus.

Ustaz tersebut tak pula memberitahu audiens tentang pendirian negeri-negeri lain.

Menurut ustaz tersebut, majlis fatwa kebangsaan yang memfatwakan harus pelaburan ASB mendakwa majlis fatwa kebangsaan paling rendah statusnya berbanding badan penasihat syariah dan mufti negeri.

Maka Demang buka web rasmi majlis fatwa kebangsaan. Demang lihat ahli majlis fatwa kebangsaan terdiri daripada mufti-mufti setiap negeri di Malaysia dan mereka bertindak atas kehendak majlis raja-raja.

Yang mana lebih tinggi; raja atau majlis raja-raja? Jika dalam majlis fatwa kebangsaan ahli-ahlinya ialah mufti dari setiap negeri, siapa pula yang bermesyuarat bersama mufti si peringkat negeri? Lebih tinggikah authority mereka.

Demang tekankan soal authority kerana itulah hujah ustaz tersebut.

Maka bertambah hairanlah Demang bagaimana mufti sesebuah negeri yang menjadi ahli majlis fatwa kebangsaan membuat keputusan yang bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan oleh sebuah majlis yang beliau sendiri menjadi ahlinya!

Kenapa mufti berkenaan tidak berhujah dalam mesyuarat mereka? Ataukah mereka telah bermesyuarah dan majoriti bersetuju hukum ASB adalah harus manakala bakinya tidak bersetuju?

Jadi, apakah kesudahannya? Kenapa tidak berlapang dada dengan keputusan ramai setelah perbincangan ilmiah?

Inilah masalahnya apabila ada ulama yang hanya mementingkan pendapat sendiri dan mengenepikan kesatuan ummat Islam. Mereka lebih rela ummat Islam berpecah belah daripada mengambil keputusan berhikmah dan bijaksana.

Agak-agak ulama berkenaan pernah tak buat loan bank atau finance kereta atau beli rumah tanpa faedah bank? Adakah sistem bank di Malaysia benar-benar bebas riba samada secara langsung ataupun secara subhah?

Mungkin ustaz tu beli cash je semua harta tetapnya. Maklumlah, bayaran upah ceramah sekarang ni agak lumayan juga.

Demang rasa eloklah anda buka sendiri web rasmi majlis fatwa kebangsaan dan baca hujah yang dikemukan. Jangan lupa membaca sejarah di sebalik penubuhan PNB dan Serangan Selepas Subuh http://www.jomjalan.com.my/blog/2013/04/06/dawn-raid-guthrie-1981/

Hujah majlis fatwa kebangsaan pula boleh dibaca di sini http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya

Semoga kita lebih berhati-hati dan tidak menerima bulat-bulat apa sahaja yang dikatakan oleh seseorang termasuk yang berstatus penceramah atau ustaz.

Duke of UMNO

Posted: 16 Feb 2014 01:16 PM PST

Duke of UMNO


GEGARRR..!!! TUN M "LIBAS" ANWAR LAGI..!!!

Posted: 16 Feb 2014 04:32 AM PST

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memainkan peranan penting menjayakan Op Lalang pada 1987 menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). 

Sambil menafikan tuduhan Anwar bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi yang menyaksikan 108 pemimpin politik dan aktivis ditahan, Dr Mahathir berkata sebagai seorang anggota Kabinet ketika itu, Anwar perlu bertanggungjawab.

"..kecuali kalau beliau berkata, saya meletak jawatan kerana tidak bersetuju. Dia tidak pernah berkata seperti itu. Beliau setuju, sokong semua termasuk ISA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemikiran Kassim Ahmad "Suatu Penilaian" anjuran Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.


Dr Mahathir juga menyifatkan Ketua Umum PKR itu sebagai 'ahli putar belit' dan bukan pemikir ideal, dan PKR ditubuhkan semata-mata untuk mencapai cita-citanya.

Katanya, Anwar sentiasa mempotretkan dirinya sebagai manusia yang tidak pernah bersalah dan berdosa, demi kepentingan peribadi dan karier politik.

"Dia punya parti itu bukan Parti Keadilan tetapi Parti KeAnwaran, semuanya untuk Anwar dan keluarga dia, bukan untuk bangsa, agama dan lain-lain. Malah bukan untuk ideologi.

"Dia memang ahli putar belit, ahli (parti) menafikan apa yang dia kata dulu dan memberi imej baharu seolah-olah dia ini tak pernah berdosa, tak pernah salah dan selalunya betul. Kalau Anwar betul, hari ini dia jadi Perdana Menteri," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata Anwar mempunyai kemahiran untuk mempengaruhi orang ramai dengan cara berilmiah, tetapi pada hakikatnya beliau bukan seorang pemikir atau pemimpin yang boleh memimpin negara ini.

"Dia bukan pemikir, tetapi dia pandai berpidato. Dia pandai bercakap untuk meyakinkan orang tentang kebenaran dirinya. Orang yang menggunakan perkataan untuk kepentingan, bukan menggunakan perkataan untuk kebenaran. Inilah Anwar.

"Bila dia cakap, bunyi cukup baik. Sehingga saya pun yakin. Dia menggunakan akal fikirannya untuk memutar belit dengan cara berilmiah," katanya. – Bernama

EKSKLUSIF..!!! 21 KEPING GAMBAR MENARIK MUKHRIZ DI RUMAH KELUARGA ANGKAT DI KAMPUNG KEDA @MukhrizMahathirOfficial #MBmesrarakyat

Posted: 16 Feb 2014 01:32 AM PST

Detik gembira keluarga Abang Bakar bertuah menerima Mukhriz sebagai saudara angkat...
Khabarnya semalam Mukhriz bermalam di kampung Keda di Kota Kuala Muda. Saya mulanya nak pi la tengok.. bukan apa... selama ni orang kata MB Kedah ni "aristokrat" la.. "bangsawan" laa.. macam-macam "puak tu" tuduh MB kita ni...

Tapi tak dapat nak hadir sebab kerjaya... Mujur la ada seorang member yang tolong rakam gambar MB kita di rumah keluarga angkatnya di Kampung Desa Keda tu... Memang eksklusif gambar-gambar ni... heh!

Saya sendiri pun terkejut tengok gambar-gambar "rare" macam ni.. Maka betul la dakwaan yang mengatakan Mukhriz tu memang sempoi, berjiwa rakyat, bijak menyesuaikan diri dan paling utama, tidaklah "searistokrat" atau "sebangsawan" mana pun... cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni...

Memang "catchy", kan?


Inilah rumah bertuah tu...

Ruang dapur rumah keluarga angkat Mukhriz...

Toilet ada satu jer.. jadi MB berkongsi toilet la..

Ruang makan.. tidaklah seluas rumah orang PAS yang "sebat komisyen" balak tu...

Abang Bakar.. berdebar menanti MB sebagai saudara angkatnya... heh! Steady bang...

Saya difahamkan, inilah gambar arwah anak sulung Abang Bakar.. baru meninggal dunia last 2 weeks... Al-Fatihah untuknya... sempat di bawa jalan-jalan ke Bukit Bendera sebelum pergi... tersentuh hati dengar...

Ni gambar kaki arwah yang sempat dirakam sendiri... simpati saya pada arwah.. sabarlah pada ujianNya...

Ini pula gambar arwah ketika terlantar sakit... Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sg Petani banyak bantu sebelum dan selepas meninggal dunia katanya...
MB dah sampai..MB dah sampai... cepat..cepattt...
Abang Bakar macam tak caya je MB kat depan rumah dia... ehhh..!!! Depan dia laaa... gugup? Hahahahaaa...
Abang Bakar "cover line" ni.. dia gugup dan terpegun sebenarnya.. tu yang sampai berpeluk tu.. "cover" nervous la tu.. heh!
Saya diberitahu, abang kita tu sponsor nira nipah segar tiga bungkus nak bagi MB sejuk badan... maklum la dari pukul 7 pagi dah "tawaf" Kota Kuala Muda... heh! Terima kasih bang..!

Alamakkk.. ni semua bakal-bakal pengundi ni... abih la PAS takleh cari makan laaa... heh!

Mukhriz tengah sembang dengan Abang Bakar.. anak-anak dan sedara maranya seronok ambil gambar... bertuah la hangpa Mukhriz tidoq rumah hangpa.. esok nak tunjuk gambar kat sekolah la tuuu... kan? kan? kan? Terbaik la adik-adik ni..heh!

Yang tu anak Abang Bakar yang ketiga.. darjah 4 kat Sekolah Kebangsaan Seri Kuala... sempat posing amik gambar dengan Mukhriz... bila la saya ada peluang macam ni...? Adehhh....

Sebuah keluarga bahagia...

Saya yakin.. Mukhriz tersentuh dengan arwah adik Norimatul Buhsra ni... memang kuat dan tabah adik ni lawan penyakitnya sehingga ke akhir hayat...

Time dinner... masak simple jer.. takde ikan siakap steam.. takde sharkfin soup... takde lobster.. tapi MB selera makan sampai tambah..heh! Siapa kata Mukhriz orang bandar? Dia asal kampung laa...


Menu rakyat memang taste Mukhriz Mahathir...
Jadi imam solat isyak kat surau...

GAMBAR ORANG KAMPUNG KEDA MERIAH MENANTI MUKHRIZ..!!! @MukhrizMahathirOfficial

Posted: 15 Feb 2014 10:32 PM PST

Tu diaaa... seronoknya rakyat Kedah bila MB tidur di kampung depa...
Tu diaaa.. sakan depa sambut Mukhriz pi tidoq kat kampung depa noooo... heh! Meriah sungguh..!!! Seronok betul la depa... ramai-ramai yang ditemui semalam semunya tersengih-sengih.. depa rasa bertuah bila DS Mukhriz masuk kampung depa dan tidoq semalam! Jelesnya saya...

Bila Mukhriz nak mai kampung saya pulak ni?

Kat bawah ni ada beberapa keping gambar di sekitar kemeriahan orang kampung Desa Keda Tepi Sungai Muda buat persiapan menyambut MB Kedah ke kampung depa... seronok tengok rakyat gembira dan sayang kat MB Kedah... 


Mula tu macam malu-malu bila gambar dirakam...

Lepas tu dah mula sengih dah.. tak tahan kena usik..hehehee...

Perghhh... Nasi tu berasap lagi tuuu...

Sedapnyaaaa...

Semua tengah tunggu MB sampai ni...

Tu dia gulai dalca.. sedappp...pekattt...likattt... mai sepinggan..!


 P/s: Gambar semua dikirimkan seorang rakan secara eksklusif untuk saya.. thanks bro..!

Kalau macam ni payah la PAS nak jajah Kedah... ishhh..!!!

Posted: 15 Feb 2014 07:17 PM PST

Kerajaan UMNO/BN Negeri Kedah menegaskan bahawa mengimarahkan syiar agama Islam adalah merupakan satu dasar utama selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri dari kerajaan sebelum ini yang dipimpin oleh PAS.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, tindakan itu dibuat seawal bulan Ogos tahun lalu selepas kira-kira tiga bulan beliau memegang jawatan Menteri Besar melalui pindaan rang undang-undang Syariah "anti-Syiah" yang dibantah sebilangan pemimpin PAS.

"Saya ingin menyakinkan tuan-tuan dan puan-puan bahawa Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin oleh saya sendiri dan rakan-rakan yang lain memberi keutamaan kepada usaha untuk menegakkan syiar Islam.


"Kita bermula dengan memastikan bahawa kita luluskan undang-undang jenayah Syariah untuk menghalang daripada penularan fahaman Syiah, itu bulan 8 (Ogos) tahun lepas lagi kita dah buat dah", katanya ketika berucap di hadapan lebih 2,000 orang penduduk kawasan Pantai Merdeka.

Lebih membanggakan beliau, negeri-negeri lain di Malaysia difahamkan turut mengikut jejak langkah Kerajaan UMNO/BN Negeri Kedah itu bagi membendung fahaman Syiah di negeri masing-masing.


Katanya, tindakan itu juga membuktikan bahawa pihaknya menjalankan tanggungjawab dengan baik dengan menunaikan amanah rakyat yang dikembalikan kepada Barisan Nasional (BN) dan beliau tidak sesekali akan mengkhianati kuasa yang diberikan rakyat.

Selain itu, ia juga menafikan andaian dan persepsi yang cuba dilemparkan pihak tertentu yang kononnya Kerajaan UMNO/BN Negeri Kedah tidak mengutamakan Islam dan sering menyalahguna kuasa yang diberikan.

Menyingkap majlis Mahabbatur Rasul - Kedah Berselawat pada 8 Februari lalu yang dianggarkan dihadiri kira-kira 52,000 umat Islam di Stadium Darulaman, beliau menganggap program ibadah itu turut membuktikan betapa serius kerajaan pimpinan Mukhriz mengimarahkan Islam di Kedah.

Katanya, suasana yang tercipta di stadium negeri itu seolah-olah himpunan umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah umrah sehingga ada di kalangan peserta yang terasa seperti mahu melontar "jamrah" sebagaimana ketika melaksanakan umrah di kota suci Mekah.

"Kita pun..mana yang pernah pergi ke Mekah dan Madinah terasa macam ada di sana.. macam buat umrah ke.. naik haji ke..sampai ada seorang orang lama bagitau saya, dia terasa macam habis saja program nak keluar dari stadium nak pergi lontar katanya," cerita Mukhriz lagi.


Menteri Besar itu bagaimanapun menegaskan bahawa perkara yang paling penting dalam penganjuran program seumpama itu ialah cara pihak Kerajaan Negeri Kedah melaksanakan program Mahabbatur Rasul itu.

Menurutnya, pihak Kerajaan Negeri langsung tidak mempolitikkan penganjuran program itu.

Malah beliau menegaskan bahawa sebelum penganjuran program itu Menteri Besar itu ada menjemput seluruh umat Islam di Kedah untuk beramai-ramai menyertai program tersebut dan mengenepikan soal perbezaan politik masing-masing.

"Kita mahu semua orang mai (hadir), saya sendiri pun ada keluarkan kenyataan media 4-5 hari sebelum majlis, jemput siapa-siapa pun lah.. tak kira fahaman politik atau ideologi,.. ketepikan soal politik tu.. kita mai bak berselawat pada Rasulullah SAW," katanya lagi.

Mengimamkan solat Isyak di Kg Desa Keda Tepi Sungai Muda sebelum ke pentas ceramah ilmu di Pantai Merdeka
Berucap merasmikan majlis Pentas Ceramah Wacana Ilmu Sumber Maklumat & Forum di perkarangan Pantai Merdeka sempena program MB Mesra Rakyat 2014 Daerah Kota Kuala Muda, di sini semalam.

Majlis turut dihadiri oleh barisan Exco Kerajaan Negeri, para pegawai kanan kerajaan serta lebih 2,000 penduduk tempatan yang membanjiri kawasan pelancongan ikonik tersebut. - KedahNews.com

Apa Yang Tersirat

Posted: 16 Feb 2014 01:05 PM PST

Apa Yang Tersirat


PRK Kajang: Lee Chin Cheh Akur- Khalid Ibrahim Penghalang Anwar

Posted: 15 Feb 2014 11:44 PM PST

Anwar Tukar imej
Anwar mungkin berdepan mimpi buruk. Tindakan beliau memaksa ADUN Kajang Lee Chin Cheh mengosongkan DUN Kajang, untuk membolehkan beliau bertanding, bagi memenuhi tujuan peribadinya, nampaknya tidak berjalan, sesuai dengan perancangannya.

Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor, meskipun dipuji melalui perlantikan sebagai Pengarah PRK Kajang, nampaknya akan menjadi peghalang utama Ketua Umum PKR itu menjadikan Selangor sebagai batu loncatan untuk menjadi Perdana Menteri.

Khalid semasa pertemuan dengan Sultan Selangor pada Rabu, telah menerangkan keadaan sebenar, dan fakta yang terlihat bahawa Sultan memberi restu agar beliau terus menerajui Selangor terpancar diwajahnya, apabila selepas pertemuan itu, Khalid kelihatan senantiasa ceria dan penampilannya berbeza, di mana cara berpakaiannya macam terurus dan rapi.
 
Selain itu, Khalid juga menolak menandatangi Surat Perletakan jawatan yang disediakan Anwar bagi membolehkan Ketua Pembangkang itu memberi alasan kepada Sultan Selangor, bahawa Khalid meletakan jawatan, atas sebab itu satu nama baru perlu dilantik sebagai MB Selangor yang baru.

Sudah menjadi rahsia umum, bahawa Khalid mendapat sokongan bulat daripada Pas dan sebahagian ADUN DAP untuk tetap menjadi MB Selangor. Pas mempunyai 15 kerusi DUN, DAP juga 15, sementara PKR 14. Daripada 14 DUN PKR, Khalid mempunyai sokongan bulat setidaknya 6 ADUN. termasuk beliau, sementara 7 lagi menyebelahi Azmin Ali. Memandangkan PR ditubuhkan atas pakatan tiga parti, maka Khalid mempunyai sokongan padu terutama daripada Pas dan separuh daripada ADUN DAP.

Bagi Anwar, beliau terpaksa bertanding kerusi DUN di Selangor, bagi melicinkan "blue boy" beliau Azmin menduduki kerusi MB Selangor; kerana Azmin tidak akan boleh menjadi MB, melalui proses biasa. Anwar perlu menduduki kerusi itu terlebih dahulu, kemudian melepaskannya, demi blue boynya.

Memang di atas kertas, PRK Kajang akan dimenangi Anwar, memandangkan trend pengundian sejak PRU-12 dan 13; lagipun kawasan itu mempunyai 40 peratus pengundi cina; dan sudah menjadi fakta, bahawa pengundi cina sudah meninggalkan BN; dan pengundi melayu tidak bulat menyokong BN, meskipun pengundi Kajang adalah 48 peratus pengundi melayu.

Di pihak BN, berbagai pendapat sedang berlegar-legar, apakah gabungan berbagai parti itu perlu bertanding. Kalaulah Bn tidak bertanding, bermakna, sebelumpun berperang, sudah mengaku kalah, setidak-tidaknya itulah pendapat Ketua Penerangan Umno- Dato Ahmad Maslan.

Memang diakui, calon Bn adalah "underdog"; apatah lagi, kalau dipilih adalah calon daripada MCA. Calon MCA sudah pasti tidak mendapat sokongan kaum cina, dan sokongan pengundi melayu tidak sebesar sokongan jika calon daripada Umno. Bagi Bn, apakah calon itu melayu atau cina atau india, yang pasti tidak akan mendapat sokongan kaum cina. Namun, jika calon Bn daripada umno, mungkin berlaku saingan hebat, dan Anwar mungkin kecundang.

Anwar boleh kecundang melalui beberapa faktor- protes penyokong Khalid, protes penyokong Pas dan juga protes penyokong mantan ADUN Lee Chin Cheh.

PRK Kajang, tidak menjamin Anwar menjadi MB Selangor. Jika Bn mampu mengatur formula yang sesuai, tiadak mustahil, Anwar bakal kempunan.

THE FLYING KICK

Posted: 16 Feb 2014 01:01 PM PST

PEJUANG BANGSA

Posted: 16 Feb 2014 11:38 AM PST

PEJUANG BANGSA


BIADAP ! ISLAM DIHINA LAGI DI P.PINANG , DAGING BABI DILEMPAR DEPAN MASJID CHEROK TOK KUN !!

Posted: 15 Feb 2014 11:13 PM PST


Suhu politik melalui isu  provokasi agama & perkauman  di P.Pinang terus meningkat . Awal pagi ini sebelum subuh seawal jam 5.30 pagi, seorang jemaah yang tiba di Masjid Cherok Tok Kun Atas di sini untuk menunaikan solat subuh terkejut besar apabila hendak memasuki masjid itu mendapati seketul daging BABI  diletakkan di hadapan pintu masjid berkenaan.

Beliau  itu telah membuat satu laporan polis agar perkara itu disiasat bagi menangkap dalang yang terbabit insiden provokasi agama ini.

 Persoalannya ,  sampai bila provokasi  agama yang  menghina agama & orang Melayu   ini akan berakhir di negeri ini   ??

Isu banner kontroversi Kalimah Allah , isu video penghinaan Teresa Kok dan terbaru balingan daging BABI ini semua jelas perbuatan yang mahu membangkitkan kemarahan orang Melayu dalam Islam .

Tak mustahil perbuatan letak daging babi ini merupakan perbuatan balas pihak tertentu   ke atas tindakan amaran & ugutan oleh  NGO Melayu yang begitu marah terhadap penghinaan video Teresa Kok .

Ini bukanlah kali pertama kejadian meletakkan daging babi di masjid dikesan di negara ini. Sebelum ini beberapa kejadian yang serupa pernah dikesan berlaku di beberapa masjid di beberapa buah negeri.

 Cuma yang dikesalkan sikap kurang prihatin masyarakat Islam sendiri dengan tahap kesedaran yang rendah malahan ada yang lebih menjaga kepentingan politik daripada mempertahankan kesucian agama Islam telah menyebabkan kejadian-kejadian seumpama ini dipandang remeh.

 Persoalannya apakah akan jadi kepada agama Islam di negara ini apabila para penganutnya semakin leka dan alpa ?



Pengikut