Peghelih La... Posted: 10 Jun 2011 11:03 PM PDT Bersih : Laporan Polis Karut dan Khurafat, Kata Mat Sabu Posted: 10 Jun 2011 02:37 AM PDT SHAH ALAM : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan sebagai "karut dan khurafat" laporan polis oleh Pemuda Umno yang mahukan perhimpunan Bersih pada bulan depan dibatalkan.
Dalam laporan polis yang dibuat petang tadi, Pemuda Umno dan tujuh pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong Umno mendakwa Himpunan Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai akan menjejaskan keamanan dan mata pencarian peniaga.
Mohamad atau Mat Sabu berkata hujah yang diberikan oleh Pemuda Umno dan NGO berkenaan tidak masuk akal kerana hakikat adalah sebaliknya. Penyertaan orang ramai pada perhimpunan aman itu, akan merancakkan perniagaan penjaja dan peniaga, kata beliau kepada TvSelangor.
"Laporan polis ini satu perkara yang paling pelik, saya rasa ini cubaan Umno menghasut," kata beliau.
"Secara rasionalnya, apabila ramai yang hadir menyertai perhimpunan aman BERSIH sudah tentu mereka akan menggunakan perkhidmatan awam, makan, minum, jadi apa isu menjejaskan pendapatan, bukankah ia akan menambah pendapatan peniaga." kata beliau.
"Jadi yang dikatakan Umno bahawa perhimpunan ini boleh menjejaskan pendapatan jelas satu kepercayaan karut dan khurafat." tegas beliau.
Laporan polis itu dibuat oleh Exco hal ehwal bandar Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin. Beliau menuntut polis supaya mengambil tindakan awal memastikan perhimpunan itu tidak dijalankan.
Naib Presiden PKR Tian Chua semalam dipetik berkata 60,000 perserta akan terlibat dalam perhimpunan itu pada 9 Julai.
Mengulas lanjut Mat Sabu menegaskan perhimpunan BERSIH akan berjalan secara aman.
Beliau berkata perhimpunan itu akan menzahirkan tuntutan rakyat untuk sebuah sistem demokrasi tuntas demi menjamin sebuah pilihanraya umum yang adil.
Mohamad Sabu menegaskan peserta perhimpunan itu tidak akan menjadi mangsa provokasi polis seperti masa-masa lalu.
"Kalau penjaja tidak mampu menjual air tebu misalnya, ia bukan kerana kebanjiran orang ramai, ia kerana FRU menembah gas dan termasuk kedalam air jualannya," katanya. | Pakat mai ramai-ramai Posted: 10 Jun 2011 01:51 AM PDT | Senarai Exco DPP Pusat Posted: 10 Jun 2011 01:45 AM PDT Senarai penuh Ahli Jawatan Kuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat:
Ketua Ustaz Nasruddin bin Hassan
Timbalan Ketua Ustaz Nik Abduh Nik bin Abdul Aziz
Naib Ketua Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob
Ahli Jawatankuasa [Dipilih dalam muktamar] 1. Ustaz Riduan bin Mohamad Nor 2. Khairul Faizi bin Ahmad Kamil 3. YB Ustaz Ahmad Baihaki bin Atiqullah 4. Sdr Mohd Adram bin Musa 5. Sdr Kamaruzaman bin Mohamad 6. Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari 7. Ustaz Khalil bin Abdul Hadi 8. Ustaz Mohd Nazri bin Chik 9. Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin 10. Sdr Mohd Sany bin Hamzan 11. Ustaz Mohd Yusni bin Mat Piah 12. YB Ustaz Mohd Nor bin Hamzah
Ahli Jawatankuasa [Dilantik dalam Mesyuarat Pertama]
1. Sdr Suhaizan bin Kaiat [ Exco ] 2. YB Ust Mohd Firdaus Jaafar [ Exco ] 3. YB Ust Nasir bin Zakaria [ Exco ] 4. Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin [ Exco ] 5. Sdr Nasaie bin Ismail [ Exco ] 6. Dr. Suhazeli bin Abdullah [ Exco ] 7. Dr. Zuhdi bin Marzuki [ Pengarah Jabatan ] 8. Dr. Aminurrasyid bin Yatiban [ Pengarah Jabatan ] 9. Herman Samsudeen [ Pengarah Jabatan ] 10. Sdr Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus [ Pengarah Jabatan] 11. Sdr Mohd Syahir bin Sulaiman [ Pengarah Jabatan ] 12. Sdr A. Halim B. Ahmad [ Pengarah Jabatan ] 13. Ustaz Ahmad Tarmizi Mohd Din [ Pengarah Jabatan ] 14. Sdr Mohd Idris Bin Mohd Yussoff [ Pengarah Jabatan ] 15. Sdr Wan Asrul Afendi Wan Mohamad [ Pengarah Jabatan ] 16. Sdr Ahmad Zamri bin Asa'ad Khuzaimi [ Pengarah Jabatan ] 17. Sdr Juhari Uthman [ Pengarah Jabatan ] 18. Sdr Hassan bin Aladi [ Pengarah Jabatan ] 19. Sdr Basri bin Din Kamar [ Pengarah Jabatan ] 20. Sdr Khairul Fahmi bin Mat Som [ Penolong Setiausaha ]
Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Ketua Ustaz Nasruddin bin Hassan
Timbalan Ketua Ustaz Nik Abduh Nik bin Abdul Aziz
Naib Ketua Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob
Setiausaha Sdr Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha 1: Sdr Kamaruzaman bin Mohamad Penolong Setiausaha 2: Sdr Nasaie bin Ismail Penolong Setiausaha 3: Sdr Khairul Fahmi
Bendahari Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin
Ketua Penerangan Ustaz Riduan bin Mohamad Nor
Pengarah Pilihanraya Sdr Mohd Sany bin Hamzan | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 10 Jun 2011 09:44 PM PDT PAS hantar pemerhati pilihan raya ke Turki Posted: 10 Jun 2011 02:20 AM PDT ISTANBUL, 10 Jun 2011 : Setelah mengisytiharkan pemimpin yang dipilih dalam Muktamar ke-57 baru-baru sebagai pasukan pilihan raya, PAS menghantar 7 pemimpin dan petugas ke Turki. Ia bertujuan untuk melihat dan belajar dari dekat teknik dan pengalaman dari pilihan raya Turki yang bakal berlangsung Ahad ini. Selain PAS, PKR turut menghantar tiga pemimpinnya untuk melihat pilihan raya umum Turki ini dari dekat. Antara yang menyertai pasukan PAS yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Siti Mariah Mahmod adalah Nasir Mustafa (Kedah), Onn Jaffar (Johor), Taufek Abdul Ghani (Negeri Sembilan), Baihaki Atiqullah dan Abdul Rahman Yunus (Kelantan). Turut serta adalah Zulkifli Sulong (Harakah). PKR pula adalah Nurul Izzah Anwar (naib presiden), Saifudin Nasution Ismail (setiausaha agung) dan Datuk Johari Abdul (ahli MPT). Mereka sampai di lapangan terbang Atarturk, Istanbul jam 6. 30 pagi dan disambut oleh pegawai dari parti AK. Pasukan ini dijangka mengambil pengalaman pilihan raya Turki untuk persiapkan Pakatan Rakyat hadapi Pilihan raya Umum (PRU) ke-13. http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3735-pas-hantar-pemerhati-pilihan-raya-ke-turki | |
PARLIMEN BUKIT GANTANG Posted: 10 Jun 2011 09:04 PM PDT Negara berkebajikan, mesra pelabur - Presiden Posted: 10 Jun 2011 08:13 PM PDT KUALA LUMPUR, 11 Jun: Konsep 'negara berkebajikan' yang mahu dilaksanakan PAS jika diberi mandat memerintah negara bersama rakan Pakatan Rakyat, diyakini mampu menarik minat pelabur asing melabur di negara ini. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, minat pelabur itu akan didorong oleh keyakinan mereka terhadap pengurusan ekonomi negara yang sihat iaitu bebas rasuah, tiada salah guna kuasa dan berintegriti seperti yang dianjur Islam. Hasil dari pengamalan urus tadbir yang baik itu juga, sekaligus akan menambah pendapatan negara. "Dalam negara berkebajikan, cukai dipungut mengikut perkembangan, rasuah tidak ada, pelabur suka datang. "Dengan sendiri hasil negara bertambah. Ini caranya," katanya melalui laman Facebook. Beliau menjelaskan demikian dipercayai sebagai menjawab persoalan yang ditimbulkan pemimpin Umno BN berhubung konsep negara berkebajikan yang menjadi tema ucapan dasar presiden PAS pada Muktamar parti itu yang ke 57 minggu lalu. Pemimpin Umno termasuk Datuk Seri Najib Razak sebelum ini turut memperkecil hasrat PAS yang mahu memperkenal konsep negara berkebajikan tersebut dan mendakwa BN sudah lama mengamalkannya. Bagaimanapun Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu membidas kenyataan itu dengan mendakwa BN mengamal pemerintahan diktator dan bukannya negara berkebajikan. Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata konsep negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS berbeza dengan yang didakwa Najib bahawa sudah diamal Umno. Katanya konsep negara berkebajikan itu mempunyai elemen yang lebih murni dalam menyelamatkan negara kerana PAS akan menerapkan konsep halal dan haram dalam pelaksanaannya dan tidak seperti Umno. "Disinilah kuasa barat takut, bimbang dengan pemerintahan Islam," tegasnya. sumber harakadaily.net
| Nizar minta jentera UPU bersiap sedia. Posted: 10 Jun 2011 03:29 AM PDT | Ziarah Bilal Masjid Pengkalan Aor. Posted: 10 Jun 2011 03:25 AM PDT DS Nizar sebentar tadi menziarahi Hj Mokhtar,Bilal Masjid Pengkalan Aor.Kaki beliau tercedera kerana terkena mata gergaji eletrik. Hj Mohktar kini berehat di rumah beliau di Kg Tersusun Bt 2 1/2, | |
PAS LENGGONG Posted: 10 Jun 2011 07:38 PM PDT Asri: Umno nampak hipokrit kecam konsep negara kebajikan PAS Posted: 10 Jun 2011 03:58 AM PDT Oleh G. Manimaran KUALA LUMPUR, 10 Jun — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Umno memperlihatkan sikap hipokrasi mereka dengan menentang pendirian terbaru PAS, yang minggu lalu mengetengahkan konsep negara berkebajikan. Sehubungan itu kata Asri (gambar), Umno sebagai parti teras Barisan Nasional (BN) dan mewakili suara orang Melayu, seharusnya mengalu-alukan perubahan pendirian PAS yang sebelum ini dilabel sebagai konservatif dan fanatik. "Saya tidak tahu apa pendirian Umno sebenarnya. Dulu Umno yang mengecam PAS kata dikuasai oleh golongan ulama, sekarang golongan profesional ada, mereka masih hentam. "Saya lihat Umno macam hipokrit... dulu dia (Umno) yang mengatakan bahawa PAS ini (parti) jumud, jadi saya lihat ini sikap yang tidak betul," kata beliau kepada The Malaysian Insider. "Kita tidak sepatutnya hentam mereka, sebaliknya perlu terbuka dan mengalu-alukan perubahan pendirian PAS ini... dulu bukan Islam takut dengan konsep negara Islam, sekarang PAS lebih terbuka, lebih ke depan daripada Umno... patut Umno alu-alukan dan bukannya mengkritik PAS," kata beliau. Tenaga akademik ini mengulas perkembangan kritikan ke atas PAS sejak pada Jumaat lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Ke-57 menekankan konsep membangun negara berkebajikan. Dalam komen balasnya semalam, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata konsep negara berkebajikan dibawa Pakatan Rakyat khususnya PAS adalah selari dengan kehendak Islam. Katanya, konsep berkebajikan tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material, sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam. Justeru kata Menteri Besar Kelantan itu, kedua-dua perkara tersebut membawa kebaikan kepada rakyat dan keluarga lebih selamat daripada menerima masalah tekanan kewangan dan penularan gejala negatif sosial. Kata Nik Aziz, berkebajikan itu ialah perkara yang boleh memberi keselamatan kepada rakyat sama ada di dunia dan di akhirat. Ini pandangan kedua Asri mengenai pendirian PAS yang menyentuh konsep negara berkebajikan. Sabtu lalu, beliau menyifatkan PAS sudah mula memperlihatkan "kemajuan memberangsangkan" memandangkan ia sanggup mengakui bahawa dalam al-Quran tidak disebut negara Islam, cuma ditekankan ialah negara berkebajikan. Muktamar PAS yang berakhir Ahad lalu dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema negara berkebajikan, susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu. Kata Asri, sekian lama istilah negara Islam memisahkan PAS atau menyukarkan parti itu bergerak lebih ke hadapan, namun hari ini dengan kenyataan Hadi akan memberi nafas baru yang lebih luas dan fleksibel kepada PAS. Pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 Jumaat lalu, Hadi berkata, belum tiba masanya untuk parti itu meninggalkan usaha membentuk 'negara Islam', isu yang disifatkan sebagai duri dalam daging dalam hubungannya bersama DAP sebelum ini. Hadi dipetik berkata, PAS akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama 'negara Islam' itu semata-mata. "Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan. "Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama," katanya. Dalam ulasan terbaru ini, Asri berkata, pendirian Umno seolah-olah menunjukkan bahawa "keadaan sudah terbalik" memandangkan parti itu ditolak ke belakang manakala PAS pula kelihatan dan menunjukkan sikap keterbukaan. "PAS kini nampak lebih terbuka macam Umno dalam tahun 1980-an, patut Umno lebih mengalu-alukan perubahan sikap PAS... dulu mereka yang hentam ulama PAS, kononnya PAS ini fanatik... sekarang sudah terbalik keadaan," kata Asri lagi. "Sekarang PAS sudah berubah, Umno pula menentang. Saya pun tidak tahu apa yang Umno buat, saya rasa Umno sudah silap perhitungan," katanya lagi. | Si Zahrain pula mengomel-merapu. Posted: 10 Jun 2011 03:31 AM PDT Macam anjing menyalak terlolong sedang diri terlalu hina. tiada siapa dikalangan umno yang ingin ambil. sekadar membiarkan sang anjing melalak melolong. | Berita semalam Singapura 10 bandar termahal hidup Posted: 10 Jun 2011 03:29 AM PDT Harini dalam yahoo seperti berikut. KL 33rd costliest city in Asia, expat survey findsBy Yow Hong Chieh KUALA LUMPUR, June 9 — The stronger ringgit coupled with inflation has pushed Kuala Lumpur up four spots to become the 33rd most expensive city in Asia for expatriates this year, according to a study by outsourcing firm ECA International. Not far behind was Johor Baru in 37th spot and 40th-placed George Town, the only other Malaysian cities to make it into the top 53 most expensive Asian cities in the London-based consultant's annual cost of living survey released yesterday. Singapore moved three spots up the Asian ladder from ninth to sixth, also on the back of higher currency values and inflation. Japanese cities Tokyo, Nagoya, Yokohama and Kobe remained unchanged in the first four places, with Seoul, Hong Kong, Beijing, Shanghai and Busan rounding out the top 10. Hanoi's tumble from 200 to 224 was the largest recorded for any Asian city while the port city of Karachi, Pakistan's financial centre, remains the cheapest location in Asia and globally at 240. In global rankings, Kuala Lumpur was the 186th most expensive city for expatriates — up 16 places from 201st place — while Johor Baru and George Town placed 199th and 209th, respectively. ECA International Asia regional director Lee Quane said currency movements were the single largest factor in country rankings but added that inflation was also contributed significantly to higher expatriate cost of living in cities. "Currency movements still have the biggest influence on rankings. In Asia, the Singapore dollar, Malaysian ringgit and Mongolian tugrik have appreciated the most over the twelve months between surveys," he said in the survey report. "In some cases, strong currencies have contributed just as much as inflation to a country's rise up the ranking. As well as Singapore, we have seen this happening in Ulaan Baatar, Bangkok and Kuala Lumpur — these locations have risen by 23, 20 and 16 places respectively." Quane pointed out, however, that cities like Hong Kong and Vietnam have fallen down the tables despite "major increases" in local prices as their weakening currencies offset the impact of price inflation from higher food, oil and commodities cost. Malaysia's inflation hit a two-year high of 3.2 per cent in April but Bank Negara Malaysia (BNM) maintains that the consumer price index (CPI) will not exceed 3.5 per cent this year, as forecast earlier. The central bank said the recent round of diesel and electricity subsidy cuts will have minimal impact on inflation but opposition lawmakers warned that higher fuel costs will push up the price of essential goods. | |
PAS Kawasan Miri Posted: 10 Jun 2011 07:05 PM PDT MoCs Hantar Memo Kepada Yang Dipertuan Agong Posted: 10 Jun 2011 04:31 AM PDT July 10, 2011 To all media friends MoCS to send memo to the King
MoCS will send a memorandum to His Majesty the Yang Di-Pertuan Agong re-Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Among other things, MoCS is urging the King to request MACC to expedite its investigations into the alleged reports of corruption and blatant abuse of power against Tan Sri Taib and to make public its investigations so far, if any, undertaken by the agency. MoCS will also appeal to the King and the Rulers' Conference not to accept any recommendation to appoint Taib as the Yang Di-Pertua Negeri of Sarawak. Your reporters and photographers are invited to cover the event which will be held at the Istana gates, Kuala Lumpur on Monday, June 13, 2011 at 11am. Thank you. From the MoCS Secretariat | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 10 Jun 2011 03:40 PM PDT (GAMBAR) 10K DENGAR CERAMAH BRAHIM KATAK & ZUL KT TMPT ANA Posted: 10 Jun 2011 08:47 AM PDT Zahrain menyampaikan 'pidato'nya agak lewat pada jam 10.15... kerana menunggu hadirin memenuhkan kerusi yang disediakan Hadirin pakat memenuhkan kerusi .... tak nampak? cam nak mati.... Zul katak tiba pada jam 11.00 malam agak lewat sedikit kerana tersesat... maklum la... Dataran Tok Him takde dalam GPS apa tah lagi Google maps. Hadirin semakin ramai memenuhi kerusi.... tak nampak gak...? sah memang nak mati le korg nie... Kawasan yang ade orang iaitu di bawah anjung halaman rumah tersebut... Tak berganjak... kerusi la...wakakakaka Jam 11.50 malam.. para hadirin maih tidak berganjak dari kerusi plastik.... memang satu program yg berjaya... toBrahim katak terus tak muncul2 .... sebab pengalaman sebelum nie kat ini jgk tapi sebelum isytihar Dataran Diri endiri... xde org nak dengar ceramah dia...tue yg import 2 ekor katak dari kedah ngan Penang... tapi still xde orang... apa pun tahniahkan sebab promosi memang hebat... hampir 50 banner dan lebih 50k poster diedarkan di seluruh Pasir Mas....wakakakakaka | BODO LA PUOK-PUOK PERKASA NI... BANTAH BERSIH 2.0 Posted: 10 Jun 2011 02:16 AM PDT WAKAF BAHARU : Penduduk Kampung Wakaf Baharu, Tumpat yang diwakili oleh pertubuhan yang dikenali sebagai Wira Perkasa (Perkasa) meminta pihak berkuasa bertindak tegas ke atas perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini. Sementara itu 2 buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Bukit Mertajam hari ini membuat laporan polis bagi mendesak supaya pihak berkuasa melarang Bersih yang merancang mengadakan demonstrasi itu. Perkasa Pulau Pinang dan Penawar 1 Malaysia itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini dan mendesak polis mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur iaitu Badan Pengerak Demokrasi dan Mobilisasi Pas. Ketua Penerangan Perkasa Norhalim Abdul berkata polis harus mengambil tindakan segera kerana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur adalah berunsur menghasut rakyat dan mempunyai niat untuk mengganggu ketenteraman awam. "Penganjuran perhimpunan itu, hanya akan menjejaskan ekonomi negara kerana ia akan menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak selamat kepada pelabur-pelabur asing," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis. .... apa kaitan Wakaf Baru ngan Bukit Mertajam ngan himpunan Bersih 2.0 kat Ibu Kota Kuala Lumpur?.... bodo la puok-puok nie... kalu doh ketua nye bodo... anok-anok lagi bodo | ASRI : UMNO NAMPAK HIPOKRIT KECAM KONSEP NEGARA KEBAJIKAN PAS Posted: 10 Jun 2011 01:02 AM PDT Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Umno memperlihatkan sikap hipokrasi mereka dengan menentang pendirian terbaru PAS, yang minggu lalu mengetengahkan konsep negara berkebajikan.
Sehubungan itu kata Asri (gambar), Umno sebagai parti teras Barisan Nasional (BN) dan mewakili suara orang Melayu, seharusnya mengalu-alukan perubahan pendirian PAS yang sebelum ini dilabel sebagai konservatif dan fanatik. "Saya tidak tahu apa pendirian Umno sebenarnya. Dulu Umno yang mengecam PAS kata dikuasai oleh golongan ulama, sekarang golongan profesional ada, mereka masih hentam.
"Saya lihat Umno macam hipokrit... dulu dia (Umno) yang mengatakan bahawa PAS ini (parti) jumud, jadi saya lihat ini sikap yang tidak betul," kata beliau kepada The Malaysian Insider.
"Kita tidak sepatutnya hentam mereka, sebaliknya perlu terbuka dan mengalu-alukan perubahan pendirian PAS ini... dulu bukan Islam takut dengan konsep negara Islam, sekarang PAS lebih terbuka, lebih ke depan daripada Umno... patut Umno alu-alukan dan bukannya mengkritik PAS," kata beliau.
Tenaga akademik ini mengulas perkembangan kritikan ke atas PAS sejak pada Jumaat lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Ke-57 menekankan konsep membangun negara berkebajikan.
Dalam komen balasnya semalam, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata konsep negara berkebajikan dibawa Pakatan Rakyat khususnya PAS adalah selari dengan kehendak Islam.
Katanya, konsep berkebajikan tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material, sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam.
Justeru kata Menteri Besar Kelantan itu, kedua-dua perkara tersebut membawa kebaikan kepada rakyat dan keluarga lebih selamat daripada menerima masalah tekanan kewangan dan penularan gejala negatif sosial.
Kata Nik Aziz, berkebajikan itu ialah perkara yang boleh memberi keselamatan kepada rakyat sama ada di dunia dan di akhirat.
Ini pandangan kedua Asri mengenai pendirian PAS yang menyentuh konsep negara berkebajikan.
Sabtu lalu, beliau menyifatkan PAS sudah mula memperlihatkan "kemajuan memberangsangkan" memandangkan ia sanggup mengakui bahawa dalam al-Quran tidak disebut negara Islam, cuma ditekankan ialah negara berkebajikan.
Muktamar PAS yang berakhir Ahad lalu dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema negara berkebajikan, susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu.
Kata Asri, sekian lama istilah negara Islam memisahkan PAS atau menyukarkan parti itu bergerak lebih ke hadapan, namun hari ini dengan kenyataan Hadi akan memberi nafas baru yang lebih luas dan fleksibel kepada PAS.
Pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 Jumaat lalu, Hadi berkata, belum tiba masanya untuk parti itu meninggalkan usaha membentuk 'negara Islam', isu yang disifatkan sebagai duri dalam daging dalam hubungannya bersama DAP sebelum ini.
Hadi dipetik berkata, PAS akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama 'negara Islam' itu semata-mata.
"Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan.
"Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama," katanya.
Dalam ulasan terbaru ini, Asri berkata, pendirian Umno seolah-olah menunjukkan bahawa "keadaan sudah terbalik" memandangkan parti itu ditolak ke belakang manakala PAS pula kelihatan dan menunjukkan sikap keterbukaan.
"PAS kini nampak lebih terbuka macam Umno dalam tahun 1980-an, patut Umno lebih mengalu-alukan perubahan sikap PAS... dulu mereka yang hentam ulama PAS, kononnya PAS ini fanatik... sekarang sudah terbalik keadaan," kata Asri lagi.
"Sekarang PAS sudah berubah, Umno pula menentang.
Dr. Asri ialah penceramah bebas yang tidak memihak kepada mana-mana pihak. Ulasan dia selama ini adalah adil. Jadi aku rasa apa yang dia cakapkan mengenai umno neh adalah betul. Pas kini sudah berubah. Nampaknya perubahan di dalam pas mendapat pelbagai respon positif. | Surat Penolakan Hukum Hudud oleh Mahathir kepada TG Nik Aziz Posted: 10 Jun 2011 12:58 AM PDT
Oleh: AnakSgDerhaka
"PERDANA MENTERI MALAYSIA YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Menteri Besar Kelantan
Y.A.B. Tuan Haji,
PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN
Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26) Bertarikh 8 Jun 1994
Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.
1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.
2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.
3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.
4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:
(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.
Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.
(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.
Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.
Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat. Sepenuhnya sila lihat di SINI | NAJIB : PAS JGN CIPLAK NEGARA KEBAJIKAN BN... BN BERKEBAJIKAN KE SELAMA NI? Posted: 09 Jun 2011 11:58 PM PDT BN berkebajikan... berkebajikan hok dok naik harga barang tue...PUTRAJAYA, 10 Jun — Datuk Seri Najib Razak mendakwa PAS "menciplak" model kejayaan Barisan Nasional (BN) sambil berkata Malaysia sentiasa berperanan sebagai negara berkebajikan. Najib berkata konsep negara berkebajikan yang diketengahkan oleh PAS minggu lalu bukan sesuatu yang baru dan sentiasa menjadi matlamat pentadbiran semasa. "Kerajaan sentiasa berjuang ke arah negara berkebajikan. "Oleh itu, saya merasakan sesuatu janggal dan ganjil, mereka mahu mengadakan negara kebajikan," kata Najib (gambar) sambil menambah, apa yang diketengahkan oleh PAS sebagai baru sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional. "Tidak perlu bagi mereka mengambil model kerajaan semasa," kata beliau pada Konvensyen Wasatiyah di sini hari ini. Najib juga menekankan bahawa rakyat Malaysia tidak lagi bersatu seperti dulu kerana sesetengah pihak mahu mempolitikkan agama demi kepentingan mereka. Katanya, dalam negara pelbagai kaum, debat agama seharusnya diurus dengan cermat sebab perbincangan sedemikian boleh membawa kepada persekitaran benci-membenci di kalangan semua kaum. | SUASANA KULIAH 'AJARAN SESAT' TG NIK AZIZ DI KOTA BHARU TADI Posted: 09 Jun 2011 09:11 PM PDT Beginilah suasana Kuliah 'Ajaran Sesat' yang didakwa oleh sebahagian besar puak-puak UMporNO di Medan Ilmu Kota Bahru pada setiap pagi jumaat.. Ramainya orang nak dengan 'ajaran sesat'? Kuliah Dhuha pagi ini untuk sesi pertama dimulai jam 8.30 pagi... disampaikan oleh YB Nik Amar TG Nik Aziz tiba sekitar jam 9.30 pagi disambut oleh para jamaah yang hadir termasuk kanak-kanak Tidak ketinggalan para ibu yang turut disediakan khemah TG memulakan kuliah dhuhanya sekitar jam 9.35 pagi dengan membaca Surah Al BAqarah ayat 177
TG Nik Aziz sempat menerangkan kerangka Negara berkebajikan dan dasar Islam sebagai wajah perjuangan dulu kini selamanya... Para jamaah masih setia menunggu untuk mendengar amanat TG Nik Aizi walaupun matahari semakin naik memancarkan cahayanya... semoga segala maa dan tenaga yang disumbangkan akan dibalas yurga oleh Allah Taala... Amin Ya Rabbala'lamin | MELAYU ITU DASAR.. 1 MALAYSIA ITU PROGRAM UMporNO... FAHAM! Posted: 09 Jun 2011 08:52 PM PDT Konsep negara berkebajikan dibawa Pakatan Rakyat khususnya PAS, sebagaimana ditekankan minggu lalu, adalah selari dengan kehendak Islam, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mursyidul Am PAS itu berkata konsep berkebajikan tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material, sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam. Justeru kata Menteri Besar Kelantan itu, kedua-dua perkara tersebut membawa kebaikan kepada rakyat dan keluarga lebih selamat daripada menerima masalah tekanan kewangan dan penularan gejala negatif sosial. Kata Nik Aziz ., berkebajikan itu ialah perkara yang boleh memberi keselamatan kepada rakyat sama ada di dunia dan di akhirat. "Islam ini dasar manakala berkebajikan adalah program Islam. Kebajikan bukan beri barang," kata beliau di Kota Baru semalam. Dipetik Bernama Online, Nik Aziz mengulas kenyataan beberapa pihak kononnya PAS sanggup meninggalkan perjuangan asal parti untuk memenangi pilihan raya umum dan tindakan itu menurut mereka, menyebabkan sokongan terhadap PAS merosot. | CIKGU WANITA HAMPIR DIPERKOSA PELANGGANNYA Posted: 09 Jun 2011 03:49 PM PDT AMPANG: Seorang guru wanita yang mahir berurut hampir diperkosa seorang pelanggan lelaki yang datang ke rumahnya konon mengalami sakit badan dan mahu berurut. Difahamkan, lelaki terbabit yang tinggal di Kepong, mendakwa mengetahui mengenai kemahiran cikgu itu melalui rakannya sebelum datang ke rumah wanita terbabit. Sumber berkata, semuanya bermula kira-kira jam 10 malam Selasa lalu apabila lelaki terbabit datang seorang diri ke rumah wanita itu kononnya mahu berurut. "Wanita berusia 38 tahun itu mempelawa lelaki terbabit masuk ke rumah, namun enggan mengurut lelaki terbabit sehingga seorang anak saudara suspek datang ke rumahnya bagi menemaninya. "Selepas anak saudara lelaki itu yang berusia lingkungan 20-an tiba, wanita berkenaan memulakan urutan. Ketika berurut, lelaki itu dikatakan bertanya dengan wanita itu mengenai Islam," katanya. * gambar hiasan je | |
Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara Posted: 10 Jun 2011 03:36 PM PDT |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 10 Jun 2011 03:19 PM PDT KEKUATAN DR KHIR TOYO BUKAN PADA HURUF T TAPI PADA DINASTI A&N Posted: 10 Jun 2011 01:18 AM PDT Benarkah Khir Toyo ada kaitan dengan Dinasti A&N ? Nota : A&N = A=Ali (Mohd Ali Bapa kepada Hasmah isteri Tun M. N= Noah (Mohamad Noah adalah Datuk kepada Najib dan Hishamuddin). Benarkah Khir Toyo ada kelebihan semasa dipilih sebagai MB kerana isterinya Datin Seri Zaharah Kecik dikatakan cucu Noah/Ali ( Noah adalah Datuk kepada DS Najib)? Benarkah Tun Mahathir juga hanya menmpunyai kekuatan dari sebelah isteri bila Hasmah bte Ali. Ingatlah bahawa Toh Puan Rahah( isteri Tun Razak bapa Najib) dan Toh Puan Suhaila (Isteri Tun Hussein Onn bapa Hishamuddin)adalah adik-beradik maka tidak hairan Najib dan Hishamuddin adalah bersepupu. Ibu mereka bertuah kerana bersuamikan PM Malaysia. Akhirnya ahli-ahli UMNO ramai yang tidak tahu bahawa siri pemerintahan Malaysia adalah didominasikan oleh keluarga Ali dan Noah sahaja. Dengan kata lain bukan keturun A&N sorilahlah nak jadi PM macam Khairi Jamaluddin dan Muhyiddin Yasin.
Tunku Abdul Rahman Alhaj adalah perdana menteri Malaysia yang pertama. Ini dikuti oleh Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir Mohammad dan Tun Abdullah Badawi. Datuk Seri Najib Razak, dah dikira sebagai generasi pemimpin kedua. Ini bermakna telah pun terbentuk satu dinasti dalam pemerintahan Malaysia. Apabila Dato' Seri Hishamuddin Hussein menang kerusi Naib Presiden UMNO, landasan beliau untuk menjadi pemimpin pertama Malaysia adalah jelas. Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilihat hanya mampu berada di kerusi timbalan perdana menteri. Selepas ini diandaikan tempat beliau akan diisikan oleh Dato' Seri Hishamuddin kecuali PRU13 nanti akan dimenangi Pakatan rakyat. Tun Mahathir Mohammad, walaupun ada mempunyai waris dalam kepimpinan UMNO sekarang ini, namun pernah ianya dibayangi oleh menantu Tun Abdullah Badawi. Pergolakan antara mereka berdua akan membuat perwakilan UMNO akan beralih sokongan kepada pemimpin muda iaitu Mohd. Nizar Najib. Datuk Seri Najib Razak boleh meletakkan anaknya di barisan hadapan UMNO sekiranya beliau mahu mengekalkan Dinasti Tun Abdul Razak yang telah beliau pahatkan dalam sejarah. Oleh itu, gandingan dua sepupu ini perlulah mantap demi untuk mengekalkan dinasti A&N . Walaupun mereka telah berjaya meneruskan dinasti A&N dengan jayanya iaitu menjayakan teori RAHMAN namun selepas N penggantinya sudah tidak terjawab seolah-olah terbuka kepada Paktan rakyat. Toh Puan Rahah dan Toh Puan Suhaila merupakan adik beradik yang bertuah kerana dapat bersuamikan perdana menteri Malaysia. Namun, orang yang paling bertuah ialah Datuk Mohd. Noah yang mendapat dua orang menantu yang menjadi perdana menteri Malaysia dan seorang cucu yang kini merupakan perdana menteri Malaysia. | BUAT PELARASAN SATU GAYA SOPAN MERIAHKAN PESTA NAIK HARGA Posted: 10 Jun 2011 12:47 AM PDT KUALA LUMPUR: ASTRO, pengendali tunggal perkhidmatan televisyen berbayar membuat beberapa pelarasan kepada pakej yang ditawarkannya berkuat kuasa 11 Julai ini, seiring dengan usahanya menawarkan pilihan serta perkhidmatan berkualiti kepada pelanggannya.
Ketua Pegawai Operasinya, Henry Tan, berkata ASTRO terus komited mengekalkan harga Pakej Famili pada kadar RM37.95 sebulan atau hanya RM1.30 sehari untuk mengakses 38 saluran. "Bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, segelintir (pelanggan) mungkin mengalami kenaikan harga sekitar RM1 hingga RM15 sebulan serta penjimatan daripada RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam yuran langganan mereka.
"Aspirasi kami untuk terus memberi pengalaman menonton dan tiada bandingnya kepada pelanggan. ASTRO membuat pelaburan memperluaskan pilihan kandungan bagi memenuhi keperluan menonton dan kemampuan rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Tan berkata, pelanggan ASTRO mempunyai pilihan 146 saluran membabitkan pelbagai bahasa dan genre program antarabangsa dan tempatan termasuk acara sukan global serta tempatan 24 jam sehari.
"Kami komited meningkatkan pilihan pengalaman menonton kepada pelanggan tetapi ASTRO tidak lagi mampu menyerap kenaikan kos kandungan," katanya. | NAUZUBILLAH ! POLIS BUNUH REMAJA ISLAM 16 TAHUN JARAK DEKAT Posted: 10 Jun 2011 12:09 AM PDT Kesal Tindakan Zalim Polis PETALING JAYA 9 JUN : Hancur luluh hati seorang ibu bila terbayang saat akhir hidup anaknya ialah sedang melutut dan merayu meminta nyawa sebelum ditembak dari jarak dekat di kepala dan dada begitu sahaja.
Yang menyedihkan si penembak merupakan mereka yang diamanahkan menjaga keamanan, keselamatan dan keadilan rakyat dan orang awam. Dengan esak tangis, Norhafizah Mohd Ghazali menyatakan kekesalan dan hilang keyakinan terhadap Polis Di Raja Malaysia(PDRM) yang seolah cuba menyembunyikan hal sebenar berkaitan kematian anak beliau, Muhammad Syamil Hafiz bin Shafiei yang ditembak mati oleh anggota polis seminggu hari jadi ke 16 nya November tahun lalu. "Selama hampir 7 bulan saya menunggu apa yang saya fikirkan selama ini menjadi kenyataan. Anak saya memang dibunuh. Kenapa dia dibunuh? Anak saya bukannya pembunuh. Dia cuba berumur 15 tahun. Di mana keadilan untuk anak saya? Saya hilang kenyakinan pada pihak polis. Saya nak tegakkan keadilan untuk anak saya. Saya nak orang yang bunuh anak saya dihadapkan ke mahkamah dan terima balasan setimpal," Malah katanya, beliau tidak faham mengapa Polis yang lengkap bersenjata tidak menangkap dan menghadapkan anaknya ke mahkamah jika ia benar-benar melakukan kesalahan tanpa perlu bertindak sedemikian rupa. "Kenapa tidak dia ditangkap sahaja, kenapa dia harus dibunuh. Mereka tidak merasakan apa yang saya rasa, sebagai ibu saya tak dapat membayangkan anak saya merayu agar nyawanya tidak diambil," ujarnya. Muhammad Hanafi Omar, 22, Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, 15, dan Hairul Nizam Tuah, 20, mati ditembak polis di Jalan Kerjaya Glenmarie kira-kira pukul 4.15 pagi pada 13 Disember lalu. Pihak polis sebelum ini turut mendakwa ketiga-tiga remaja berkenaan telah menyerbu anggatonya dengan bersenjatakan parang dan bagi mempertahankan diri mereka pihaknya terpaksa melepaskan beberapa das tembakan. Dalam kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan sebelum ini, ketiga-tiga remaja terbabit juga baru sahaja selesai merompak sebuah stesen minyak di Jalan U1/1, Glenmarie dan bertembung dengan sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan mencegah jenayah di kawasan itu. Bagaimanapun laporan bedah siasat yang dikeluarkan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan Jabatan Kimia Malaysia didapati ia bercanggah dengan kenyataan Thaiveegan itu. Menurut laporan bedah siasat Hairul dan Syamil dan berdasarkan penemuan keluarga pada badan mangsa, Hanafi masing-masing mempunyai dua kesan tembakan iaitu di kepala dan dada. Kata beliau, kesemua tembakan dilepaskan pada bahagian kepala dan dada manakala peluru-peluru pula keluar rendah dan badan mereka mengalami lebam dipercayai akibat dipukul. Ia menunjukkan trajektori peluru pada badan Hairul juga menunjukkan penembak mangsa itu melepaskan peluru dari kedudukan yang tinggi. Laporan kimia pula menunjukkan ketiga-tiga mereka ditembak dari jarak dekat berdasarkan kesan serbuk pistol di badan mangsa. Justeru bapa Hanafi, Omar Abu Bakar mempertikai kenyataan Polis yang seolah cuba menyembunyikan apa yang berlaku. "Saya nak pertikaikan kenapa Polis tembak anak saya dari sebelah kanan. Dua butir di kepala dan dibahu. Pihak polis keluarkan laporan lain. Hospital keluarkan laporan betul. Dan kalau polis kata serang dari depan, kenapa tembakan dari kanan? soalnya. "Saya tak puas hati dengan kenyataan Timbalan Ketua Polis Selangor itu. Mengaburi mata rakyat untuk melindungi anggotanya. Apa standing orders untuk menenbak penjenayah bersenjata? Yang bersenjata api tembak, yang pakai parang pun tembak juga? Pistol boleh tembak dari jauh," tambahnya lagi. | ADAKAH DS NAJIB DAH BATALKAN SURAT INI ? Posted: 09 Jun 2011 06:05 PM PDT PERDANA MENTERI MALAYSIA YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Menteri Besar Kelantan
Y.A.B. Tuan Haji,
PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN
Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26) Bertarikh 8 Jun 1994
Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.
1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.
2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.
3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.
4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:
(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.
Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.
(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.
Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.
Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.
5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .
6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.
7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD 15 Julai 1994 | |
DUN Lembah Jaya Posted: 10 Jun 2011 11:50 AM PDT Di Ambang Bulan Ibadah: Yayasan Selangor Sumbang Naskhah Al-Quran Bagi Setiap DUN Posted: 10 Jun 2011 01:10 AM PDT Berat bahu memikul, berat lagi tanggungjawab yang dipikul dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan yang terkandung di dalam Al-Quran yang dipikul itu, kecuali bagi mereka yang khusyu'
10 Jun 2011 - TERIMA KASIH YAYASAN SELANGOR. Bagi pihak masyarakat, Pejabat DUN Lembah Jaya mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan sebanyak 150 buah al-Quran bagi kemudahan masyarakat dalam membaca dan menghayati al-Quran, terutamanya umat Islam kini di ambang menjelangnya bulan ibadah iaitu bulan Ramadhan yang dirindui. Sumbangan diambil oleh Pegawai Khas kepada YB Tuan Hj. Khasim Abdul Aziz iaitu Saudara Khairolbazli Bin Hussin dan seorang aktivis PAS Ampang, Saudara Mazelan Ahmad di Menara Yayasan Selangor, Jalan Persiaran Barat, Petaling Jaya pagi ini. Pejabat Yayasan Selangor | KAFA Integrasi Kg. Tasek Permai Terima Bantuan Peruntukan Pendidikan Negeri Selangor Fasa 1 Tahun 2011 Posted: 10 Jun 2011 12:30 AM PDT Saudara Khairolbazli menyampaikan cek sumbangan kepada Hj. Osman sambil disaksikan oleh Che Yusof serta ratusan jemaah lain 10 Jun 2011, Kg. Tasek Permai - Hujan lebat mengiringi para jemaah ke masjid tengah hari ini bagi menunaikan solat fardu Jumaat. Jarang benar hujan pada waktu begini kebelakangan ini. Semestinya hujan rahmat. Rahmat juga bagi Sekolah KAFA Integrasi Kg. Tasek Permai kerana menerima cek Bantuan Peruntukan Pendidikan Fasa 1 Tahun 2011 daripada kerajaan negeri Selangor sejurus sebelum azan dikumandangkan. Cek disampaikan oleh Pegawai Khas YB Tuan Hj. Khasim, Saudara Khairolbazli Bin Hussin di Surau Al-Islamiyah di sini kepada Pengerusi KAFA berkenaan iaitu Tuan Hj. Osman Bin Abdul Rahman. Sebelum itu, Ketua Kampung Tasek Permai, Encik Che Yusof Che Mat mengucapkan berbanyak terima atas sumbangan yang diberikan. Menurut beliau, ini adalah antara bukti keprihatinan kerajaan negeri yang amat besar ertinya dalam memastikan dakwah Islamiyah terus subur di negeri Selangor bumi tercinta ini. Sekolah-sekolah yang menerima bantuan ini adalah terdiri daripada kategori SJKC, SJKT dan Sekolah Agama Rakyat. Tiga buah sekolah di DUN Lembah Jaya telah tersenarai sebagai penerima, iaitu:- - KAFA Integrasi Kg. Tasek Permai
- KAFA Integrasi Al-Irshad
- Sek. Men. Agama (A) Islam Ilmi
| |
Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota Posted: 10 Jun 2011 11:48 AM PDT |
Batu Gajah Mari Posted: 10 Jun 2011 11:12 AM PDT Dr M lebih berjaya menolak pentadbiran Islam daripada Karpal Posted: 10 Jun 2011 01:47 AM PDT 9 JUN — Dr Mahathir Mohamad masih lagi hendak bercakap terlalu banyak dalam mempertahankan Umno. Niat beliau mungkin ikhlas untuk mempertahankan Umno kerana beliau adalah ahli Umno. Tetapi kata-kata beliau mungkin membantutkan usaha Umno untuk kembali mendapat penghormatan rakyat. Beliau sudah agak pelupa orangnya dan banyak kali apa yang beliau kata terhadap musuh politiknya, itulah yang beliau lazim lakukan.
Dalam isu PAS dengan pembaharuannya selepas muktamar parti itu hujung minggu lepas Dr Mahathir telah mengatakan yang Karpal Singh-lah yang berjaya mempengaruhi PAS supaya menolak perjuangan Islam parti itu sedangkan parti itu hanya hendak memberikan tumpuan yang lebih kepada negara kebajikan jika diberi mandat untuk memerintah. Itu adalah sebahagain besar dari pimpinan ciri Islam.
Tetapi semua rakyat ingat Dr Mahathirlah yang paling keras menentang perlaksanaan hukum hudud apabila Kelantan mahu melaksanakannya dahulu. Sekarang Nik Aziz Nik Mat telah mengingatkan Dr Mahathir sendiri yang beliaulah (Dr Mahathir) yang menentang keras terhadap perlaksanaan hukum hudud dahulu.
Nik Aziz berkata beliau boleh menunjukan surat Dr Mahathir kepada beliau (Dr Mahathir) jika beliau telah terlupa atau sudah mengidapi penyakit pelupa seperti yang di alami oleh kita yang sudah berusia seperti beliau ini.
Dalam surat beliau kepada MB Kelantan itu Dr Mahathir telah menolak cadangan untuk melaksanakan hukum hudud itu, bukannya Karpal Singh seperti yang dituduh oleh Dr Mahathir itu. Kelantan yang ditadbir oleh PAS selepas pilihanraya 1990 dahulu telah meminta Kerajaan Pusat untuk melaksanakan hukum hudud kerana bagi melaksanakannya ianya memerlukan kerjasama kerajaan pusat.
Mahathir telah menolak cadangan itu dan di mana-mana beliau berucap Dr Mahathir telah mempermainkan isu hudud ini dengan berjenaka seperti mengatakan jika hudud dilaksanakan ramai rakyat kita tidak akan bertangan kerana tangan tangan mereka akan dipotong kerana kesalahan mencuri.
Mungkin juga apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir semasa itu ada benarnya kerana beliau takut terlalu ramai rakyat yang di dapati mencuri akan dipotong tangan mereka termasuk di kalangan ahli-ahli jemaah Kabinet beliau.
Kalaulah Karpal memberikan tentangan terhadap melaksanakan undang-undang Islam, ianya tidaklah menjadi isu kerana beliau bukan beragama Islam. Kita sebagai seorang yang beragama Islam pun memang tidak mahu melihat unsur-unsur agama lain berada di dalam kerajaan pemerintahan kita. Kita memahami kenyataan itu dan Karpal pun faham. Tetapi yang menolak undang-undang Islam ini datangnya dari Umno pimpinan beliau (Dr Mahathir) sendiri.
Kalau Mahathir tak bersetuju pun tak apalah, tetapi janganlah hendak meletakan isu penolakan kerajaan berlandaskan Islam itu kepada pihak lain apatah lagi kepada Karpal yang bukan beragama Islam.
Mungkin Nik Aziz patut menghantar surat yang beliau terima dari Dr Mahathir itu, setidak-tidaknya boleh mengingatkan beliau yang beliaulah yang secara formalnya telah menolak pentadbiran berunsurkan Islam itu.
Tetapi saya hanya berminat untuk mengingatkan Dr Mahathir supaya elok berfikir sebelum berkata-kata kerana jika salah cakap ianya mungkin membantutkan usaha ahli parti untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya.
Dr Mahathir perlu faham yang Umno masih belum lagi mendapat kemajuan dengan apa yang dikatakan program transformasi politik yang sedang kononnya dilakukan oleh pentadbiran Najib sekarang ini. Kita belum pun nampak transformasi yang digembar-gemburkan itu, bercakap pula Dr Mahathir yang akan memburukkan lagi keadaan itu.
Tetapi kalau beliau masih hendak bercakap tidak berhenti-henti, itu terpulanglah kepada beliau. Itu hak beliau untuk bercakap. Samada betul atau salah itu pun hak beliau. Samada cakap-cakap beliau itu membantu Umno atau tidak itu pun hak masing-masing untuk menilainya. Ini negara demokrasi.
Hanya kalau boleh kita memohon, beliau tidak bercakap perkara yang beliau sendiri lakukan semasa berkuasa dahulu. Takut-takut ramai yang masih ingat apa yang beliau katakan dahulu. Kalau rakyat tak ingat, tak mengapa. Masalahnya masih ramai yang ingat bagaimana beliau mempersendakan hukum-hukum pentadbiran Islam, jauh lagi kerap dari apa yang dilakukan oleh Karpal Singh.
Sebenarnya bukan Karpal yang berjaya mempersendakan Islam itu. Ada orang lain yang lebih berjaya dari Karpal. Karpal tidak mungkin berjaya kerana beliau bukan Islam. Selalunya yang menggagalkan usaha Islam itu datangnya dari orang Islam sendiri. | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 10 Jun 2011 09:43 AM PDT EXCO PENDIDIKAN RASMI BAKTI SISWA KUIS Posted: 10 Jun 2011 07:45 AM PDT 10.6.11 PANGSAPURI SRI PERANTAU PELABUHAN KLANG KELAB ASNAF DAN ALUMNI ASNAF MAHASISWA KUIS sebagai urusetia dan Lembaga Zakat Selangor penaja telah memulakan bakti siswa di sini. Seramai 80 orang siswa-siswi KUIS yang dari golongan asnaf fakir miskin dan sedang dibiayai pengajian mereka di KUIS oleh LEMBAGA ZAKAT SELANGOR, bersama 40 keluarga angkat. Kerajaan Selangor sangat menggalakkan program pengupayaan siswa-siswi, bakal modal insan terdekat yang mahu dibentuk secara holistik dan tidak hanya berputar dalam pengajaran dalam dewan kuliyah semata-mata. Program yang membawa mahasiswa terus ke pangkuan masyarakat memang patut menjadi latihan utama bagi melatih mereka untuk memposisi diri ke dalam masyarakat ketika sudah tamat pengajian nanti.Pembangunan skil/kemahiran bermasyakrakat adalah lebih tepat dipelajari daripada pengalaman daripada berteori dan melalui kesilapan waktu era kritikal di hari muka a[pabila mereka dibebani dengan keluarga baru yang mereka bina.. Asimilasi ke dalam keluarga angkat adalah satu perkara yang sangat mencabar dan memerlukan kemampuan berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan serta sikap toleransi yang tinggi. Bergaul dengan keluarga asnaf fakir miskin menuntut siswa-siswi ini ke alam sejarah mereka.Tujuan LZS menaja program seprti ini ialah bagi menyedarkan mahasiswa yang sedang dibantu pengajiannya itu agar sentiasa beringat tentang tanggungjawab mereka dan juga memberi peluang kepada mereka untuk menyumbang balik kepada golongan yang dhaif ini khusus kepada anak-anak mereka. Program 3 hari 2malam ini telah dirasmikan oleh YB Dr Hjh Halimah Ali, EXCO Pendidikan-Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor. Turut hadir Pegawai HEP KUIS, Pegawai Pembangunan Asnaf Lembaga Zakat Selangor. | SIRI TURUN PADANG MB DAN EXCO KERAJAAN SELANGOR Posted: 10 Jun 2011 06:55 AM PDT 10.6.11 BANDAR BARU SALAK TINGGI SEPANG YAB Dato' Menteri Besar Selangor bersama rombongan EXCO turun ke daerah ketiga iaitu Sepang. Lawatan kerja untuk meninjau keadaan daerah, mendengar rintihan pimpinan akar umbi serta lawatan ke industri kecil serta program penerangan agenda negeri | Did UMNO use its welfare department to convert naive desperate folks into party members? Posted: 10 Jun 2011 05:45 AM PDT Now, Najib wants a share in PAS's welfare state concept Harakahdaily | KUALA LUMPUR, Jun 10: Following the PAS leadership's announcement to concentrate on the Qur'anic call for a 'benevolent state', or welfare state as outlined by Tuan Guru Abdul Hadi Awang in his presidential address at the party Muktamar last week, the Islamic state had come under attack from right wing group Perkasa mouthpiece Utusan Malaysia.
While the thrust of the attack has been over PAS's abandoning of the 'Islamic state' concept, the UMNO president appeared to have backtracked in ridiculing the 'welfare state' by claiming that his government had already applied it.
"The government has always struggled towards achieving a welfare state. Therefore I find it strange and peculiar that they want to establish a welfare state.
"What they claim as new, we have had for a long time. There is no need for them to take the model of the current government," Najib Razak (right) was quoted as saying.
The latest claim of 'welfare state' however comes at a time when the government finds itself under fire over a spate of price hikes, as well as its controversial funding of Independent Power Producers (IPPs) while denying subsidies for household users.
Najib said Felda, Felcra, Bank Islam and Bank Rakyat were proofs of the BN's government emphasis on welfare.
Earlier, PAS Murshidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat brushed aside UMNO's criticisms of its welfare state pledge, saying it had been long implemented in Kelantan through its elimination of vices since 1990.
Nik Aziz thus gave another side of the 'welfare state' concept which had been hitherto thought by critics to have been only interested in the economic sphere.
"Kelantan bans gambling with a view to guard the welfare of the people. Those who gamble are only working towards the destruction of their family.
"One can say that Kelantan is the only country in this region which bans gambling," he stressed.
Nik Aziz also echoed the PAS president by saying that the ingredients of a state based on Islam were all found in a welfare state.
'PAS caused disunity'
Meanwhile, Najib continued to deflect UMNO and its various offshoots' right wing agenda, saying that it was PAS which caused disunity among Malaysians.
"Malaysians are no longer united due to certain parties that want to politicise religion for their own interest.
"In a multi-racial country, religious debate must be managed with prudence and care because this type of discussion can lead to hatred among all communities," he said, in what is seen as turning the table on growing public disenchantment with UMNO-owned Utusan Malaysia, which in recent times focused on so-called "anti-Malay" agenda in its front pages.
In its latest attack, it accused the DAP-led Penang state government of interfering in mosque affairs over a decision to have mosque committees to be democratically elected as is practised in other states. Several Muslim leaders from Pakatan Rakyat have lauded the move.
Opposition Leader Anwar Ibrahim warned UMNO's religious "zealots" against threatening religious harmony.
"There are some UMNO leaders and media owned by threatening religious harmony in the Malaysia with their narrow racial rhetoric which is shallow and not based on justice as demanded by Islam.
"They are just trying to create fear among Muslims and plant doubts in us," said Anwar.
Pahang PAS state commissioner Tuan Ibrahim Tuan Man meanwhile said the move to democratise mosque administration only worked against UMNO as it had always wanted to abuse mosques through appointment of party chieftains, some of whom he said never attended congregationary prayers at mosques. |
| |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 10 Jun 2011 09:04 AM PDT PAS hantar pemerhati pilihan raya ke Turki Posted: 10 Jun 2011 02:20 AM PDT ISTANBUL, 10 Jun 2011 : Setelah mengisytiharkan pemimpin yang dipilih dalam Muktamar ke-57 baru-baru sebagai pasukan pilihan raya, PAS menghantar 7 pemimpin dan petugas ke Turki. Ia bertujuan untuk melihat dan belajar dari dekat teknik dan pengalaman dari pilihan raya Turki yang bakal berlangsung Ahad ini. Selain PAS, PKR turut menghantar tiga pemimpinnya untuk melihat pilihan raya umum Turki ini dari dekat. Antara yang menyertai pasukan PAS yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Siti Mariah Mahmod adalah Nasir Mustafa (Kedah), Onn Jaffar (Johor), Taufek Abdul Ghani (Negeri Sembilan), Baihaki Atiqullah dan Abdul Rahman Yunus (Kelantan). Turut serta adalah Zulkifli Sulong (Harakah). PKR pula adalah Nurul Izzah Anwar (naib presiden), Saifudin Nasution Ismail (setiausaha agung) dan Datuk Johari Abdul (ahli MPT). Mereka sampai di lapangan terbang Atarturk, Istanbul jam 6. 30 pagi dan disambut oleh pegawai dari parti AK. Pasukan ini dijangka mengambil pengalaman pilihan raya Turki untuk persiapkan Pakatan Rakyat hadapi Pilihan raya Umum (PRU) ke-13. http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3735-pas-hantar-pemerhati-pilihan-raya-ke-turki | |
i n t a n h i j a u Posted: 10 Jun 2011 07:58 AM PDT RAMPAS KUASA DARIPADA PUAK GILA KUASA ...! - TIMBALAN PRESIDEN PAS Posted: 09 Jun 2011 04:42 PM PDT
KUALA LUMPUR, 10 Jun: Para pemimpin PAS sememangnya wajar menjadi 'gila kuasa' untuk ke Putrajaya, bagi membolehkan PAS dan Pakatan Rakyat merampas kuasa pemerintahan daripada puak yang gila kuasa sekarang.
Sehubungan itu, para pemimpin dan ahli-ahli PAS tidak perlu risau dengan dakwaan Umno yang mengatakan para pemimpin PAS kini gila kuasa yang dikaitkan dengan pemilihan barisan kepimpinan sesi 2011-2013 pada Muktamar PAS Ke-57 pada 3 hingga 5 Jun lalu.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, para pemimpin Umno BN yang sememangnya sudah diketahui umum yang gila kuasa sudah tidak sepatutnya dibiarkan terus memerintah negara demi kepentingan negara dan seluruh rakyat negara ini.
| PAS : TIADA YANG BANGKRAP SELEPAS DEMO Posted: 09 Jun 2011 08:18 AM PDT
Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyelar tindakan Pemuda Umno yang meminta polis bertindak awal terhadap penganjur demonstrasi BERSIH kerana alasan yang diberikan didakwa tidak berasas. Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad ( kiri) sebaliknya mendakwa tindakan musuh politik mereka itu didorong "ketakutan" menghadapi gelombang kebangkitan rakyat pada 9 Julai ini. "Ketika Himpunan BERSIH 2007, mereka juga membuat dakwaan yang serupa. Namun sehingga ke hari ini dakwaan itu gagal dibuktikan. Para peniaga sekitar Kuala Lumpur khususnya di Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abd Rahman masih dapat meneruskan perniagaan. "Tidak ada yang diistihar bankrap kerana himpunan BERSIH. Tiada kedai-kedai yang dipecah masuk, tiada peniaga yang cedera, tiada harta awam yang rosak," katanya. Malah, Kamaruzaman juga menegaskan, sebelum dan selepas himpunan itu, peniaga menerima kunjungan pelanggan yang begitu ramai. Bimbangkan keamanan tergugat dan mata pencarian penjaja terjejas, Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis meminta pihak berkuasa mengambil tindakan awal terhadap demonstrasi BERSIH. Seru Pemuda Umno berkawalExco hal ehwal bandar pergerakan itu Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, tindakan itu mesti diambil sekarang sebelum terlambat. Dalam kenyataannya petang ini, beliau juga mendakwa Pemuda Umno sebenarnya takut jika perhimpunan pada bulan depan berjaya, rakyat akan membuka mata dan tampil membuat perubahan lebih besar dalam pilihan raya umum ke-13. "Matlamat himpunan BERSIH adalah untuk mengajak rakyat menuntut hak demokrasi mereka dan menyelar pihak BN yang jelas memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyeru agar pihak polis memberikan permit kepada penganjur himpunan BERSIH dan memberikan kerjasama bagi memastikan semuanya berjalan lancar," katanya. Menurut Kamaruzaman, hingga ke hari ini, semua himpunan yang disertai PAS berjalan aman tanpa sebarang masalah walaupun pihak polis enggan mengeluarkan permit. "Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga menyeru agar pemuda Umno turun sendiri membuat kawalan keselamatan, jika mereka merasakan perhimpunan ini mengancam mereka," sindirnya. | |
Interaktif Bunut Payong Posted: 10 Jun 2011 07:52 AM PDT Kempen jangan lawat Kelantan gagal Posted: 10 Jun 2011 01:28 AM PDT Kelantan mempunyai lebih daripada 60 buah hotel dengan bilangan 4500 buah bilik dan kebiasaannya ia penuh pada pada setiap kali datangnya musim cuti persekolahan. Ia sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa negeri ini gagal dalam memajukan sektor pelancongan negeri Kelantan dan ternyata usaha pihak-pihak tertentu melaksanakan kempen jangan melawat Kelantan suatu masa dahulu menemui kegagalan. Demikan ucap Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan sewaktu berucap di majlis Pengisytiharan Bandar Bachok sebagai Bandar Pelancongan Islam di Dataran Perahu Pantai Irama Bachok di sini. Antara yang hadir sama dalam majlis bersejarah itu ialah Dato' Hj Mohd Nasaruddin bin Daud, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dato' Hj Takiyuddin bin Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Pegawai Kewangan Negeri Kelantan dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Bachok dan Yang Dipertua Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam. " Dasar Membangun Bersama Islam sentiasa membuka peluang seluas-luasnya kepada indutri pelancongan dan tidak sama sekali menutup pintu pelancongan, bahkan sektor ini masih kekal sebagai sektor utama dalam menjanakan ekonomi negeri serta memberikan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat tempatan," katanya. Menurutnya lagi kerajaan negeri melalui belanjawan tahunan menyediakan sejumlah besar peruntukan untuk sektor pelancongan melibatkan aspek galakan kebudayaan, kesenian dan pelancongan, promosi dan produk pelancongan, pembangunan seni dan budaya serta pembangunan infrastruktur pelancongan. Sebelum daripada itu Dato Takiyuddin dalam ucapannya menyebut jumlah angka pelancong yang datang ke Kelantan semakin tahun meningkat dengan membuat perbandingan pada tahun 2009 seramai 4.8 juta orang dan pada tahun 2010 seramai 5.3 juta orang. Manakala pada tahun 2011 dianggarkan 5.8 juta orang pelancong akan melawat Kelantan. Beliau juga menyatakan bahawa pihak Kerajaan Negeri Kelantan begitu komited dengan agenda Pelancongan Agama sebagaimana yang turut dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhamad ke V, Sultan Kelantan sewaktu bertitah merasmikan Majlis Pembukaan Rasmi Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini. " Antara produk Pelancongan Agama yang terdekat ini ialah membina pondok pelancongan islam di Kandis Bachok yang akan mempromosikan pondok melalui konsep bakti kasih, konsep time sharing syarie kepada pesara-pesara kerajaan, syarikat-syarikat serta pertubuhan-pertubuhan," ujarnya. Manakala Yang Dipertua MDB BPI, Zulkifle Bin Ab. Rahman dalam ucapan aluannya antara lain menyebut empat sektor yang akan direalisasikan dalam menjayakan wawasan Bachok Bandar Pelancongan Islam iaitu Sektor Hospitaliti, Sektor Pengetahuan Pelancongan, Sektor Pelancongan serta Sektor Sukan dan pelancongan Pantai. Majlis Pengisytiharan Bandar Bachok sebagai Bandar Pelancongan pada malam tersebut diakhiri dengan pelancaran logo baru Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam dan pertunjukan bunga api. | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 10 Jun 2011 07:34 AM PDT |
Pemuda PAS Merbok Posted: 10 Jun 2011 07:16 AM PDT Pemuda PAS Sedia Bendung Rasuah Bolasepak Posted: 09 Jun 2011 11:32 PM PDT KUALA LUMPUR, 9 Jun: Dewan Pemuda PAS kesal insiden buruk sukan rakyat terutama belia iaitu bolasepak kembali tercemar dengan unsur rasuah. Ini bagi menetapkan keputusan perlawanan yang terjadi di dalam pertandingan Piala Presiden baru-baru ini sebagai berita malang buat rakyat kerana penyakit rasuah yang pernah melanda bolasepak era semi-pro tahun 90-an dahulu kembali merebak. "Justeru, kami meminta tindakan tegas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di dalam membendung gejala rasuah bolasepak ini," kata naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss. Pemuda PAS, katanya juga berhasrat bertemu dengan pihak FAM terutamanya dengan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang sudah menjangkakan insiden intu akan berlaku kembali dalam kancah bolasepak tanah air. Beliau berharap dengan pelbagai pihak memberikan pandangan nanti akan membentuk satu fomula bagi mengatasi rasuah bolasepak ini. "Pihak kami menawarkan diri melalui Jabatan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan (DACS) bersedia membantu bersama-sama FAM bagi membasmi gejala rasuah tersebut," katanya. Pihak Pemuda PAS, katanya sekali lagi mencadangkan kepada seluruh Persatuan Sukan dalam negara sebagai keperluan menempatkan seorang Kaunselor atau Pegawai Agama dalam setiap bahagian sukan sebagai motivasi jiwa bagi membendung peringkat awal membabitkan seluruh atlet. Beliau yakin dengan pihak FAM yang pernah berdepan dengan kemelut itu akan mengatasinya secepat mungkin. "Kami cukup bimbang kerana gejala rasuah kini melanda pemain-pemain belia yang tidak sepatutnya berlaku sama sekali. "Kami yakin kaedah yang sama juga kepada orang-orang politik dalam kancah yang sama, tetapi pendekatan yang berbeza boleh dilakukan bagi usaha mencegahnya kepada pemain-pemain sedia ada," ujarnya. | |
::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 10 Jun 2011 01:30 AM PDT Kenapa Anak Saya Dibunuh? Posted: 09 Jun 2011 08:58 PM PDT Seorang ibu ingin mencari keadilan terhadap anaknya yang mati ditembak polis | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 10 Jun 2011 01:14 AM PDT Thai gempar wabak E.coli Posted: 10 Jun 2011 01:00 AM PDT 8 Rejab 1432H. [MOD] -
BANGKOK - Thailand mengumumkan menemui bakteria pembunuh Escherichia coli (E.coli) di dalam buah avokado yang diimport dari Eropah, semalam.
Pihak berkuasa kini sedang memeriksa sama ada E.coli ditemui itu adalah jenis sama dengan bakteria yang sedang menyebabkan wabak berbahaya di Eropah.
Kerajaan Thailand meminta penduduk negara itu tidak panik kerana terdapat beberapa jenis bakteria E.coli yang kerap ditemui pada tanaman tetapi kebanyakannya tidak berbahaya.
Pengguna di negara itu disaran membasuh atau memasak sayuran dan buah-buahan segar dengan betul sebelum dimakan.
Di Eropah, penularan bakteria E.coli jenis berbahaya sehingga kini menyebabkan 25 orang terkorban dan 2,600 jatuh sakitdi Jerman sejak bulan lalu.
Pihak berkuasa masih gagal mengesan punca sebenar wabak itu yang boleh menyebabkan cirit-cirit berdarah, demam dan kegagalan buah pinggang serta kematian.
sinarharian/- | Polis berkas semula 16 pelatih Puspen lari semasa rusuhan Posted: 10 Jun 2011 12:58 AM PDT 8 Rejab 1432H. [MOD] -
MUAR - Polis berjaya menahan semula 16 pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Sengkang, Bukit Gambir yang melarikan diri ketika rusuhan di pusat tersebut malam tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang DSP Mohd Salleh Abdul Razak berkata, pihaknya juga mengenal pasti hanya 21 yang telah melarikan diri.
Tiga belas daripada mereka ditahan semula ketika bersembunyi di bawah jambatan Sungai Muar di Gersik, kira-kira tiga kilometer dari pusat tersebut, manakala tiga lagi ditahan di berhampiran pusat itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, usaha mengesan dan menahan semula lima lagi kini dipergiatkan.
Mohd Salleh berkata, polis juga menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti dalang dan punca sebenar rusuhan yang menyaksikan dua bangunan pusat itu dibakar.
Pusat itu menempatkan 377 pelatih, dan dalam kejadian kira-kira 8.40 malam tadi mereka dipercayai membakar bangunan pentadbiran dan dewan makan serta memecahkan cermin lapan buah kenderaan milik petugas di situ.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan melakukan khianat dengan api yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan, katanya. - Bernama | 25 Tahun Penjara Dan 15 Kali Sebatan, Hukuman Untuk Perogol Posted: 10 Jun 2011 12:45 AM PDT 8 Rejab 1432H. [MOD] -
KLANG 10 JUN: Mahkamah Seksyen Klang semalam menjatuhkan hukuman 25 tahun penjara dengan 15 kali sebatan keatas seorang lelaki yang mendakwa dirinya mabuk ketika merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dalam tandas sebuah sekolah dekat Sekinchan, 4 Jun lalu.
Sures Muniandy, 27, mengaku bersalah ke atas jenayah tersebut ketika dihadapkan di Mahkamah Seksyen di sini, semalam.
Hakim Datuk Anita Harun mengarahkan hukuman penjara dijalankan bermula daripada tarikh tertuduh mula ditahan kerana mempunyai dua kesalahan jenayah sebelum ini.
Pemungut besi buruk itu didakwa melakukan jenayah di SRJK (C) Yoke Kuan, Sekinchan dekat Sabak Bernam lebih kurang pukul 9 malam pada 4 Jun.
Dia dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 376(2) (e) Akta Jenayah yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya Nizi Shazril Ithnin pada awalnya meminta hukuman lebih berat dikenakan kerana mangsa hanya berumur lapan tahun dan mengalami kecederaan.
Sures yang tidak diwakili peguam menangis apabila mendengar hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.
Pada hari kejadian, mangsa menghadiri satu majlis perkahwinan di sekolah itu dan dirogol apabila dia pergi ke tandas seorang diri.
Abang ipar dan kakak kanak-kanak itu menunggunya di kantin tidak jauh dari tandas.
Tertuduh mengunci pintu daripada dalam dan merogol mangsa dan kemudian melarikan diri.
Abang ipar mangsa dengan bantuan orang awam menangkap tertuduh yang dijumpai di sebuah longkang 100 meter dari tempat kejadian.
tv selangor/- | Taib disiasat berhubung dakwaan rasuah balak Posted: 10 Jun 2011 12:30 AM PDT 8 Rejab 1432H. [MOD] -
Abu Kassim menjawab pertanyaan sama ada SPRM akan mengambil tindakan sebagaimana dilakukan Agensi Pencegahan Rasuah Switzerland, yang baru-baru ini membekukan aset Taib Mahmud atas dakwaan rasuah balak.
Menurut sumber berita asing, Ketua Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland, Micheline Calmy-Rey dilaporkan menyedari tentang dakwaan itu dan telah mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawal selia, FINMA (Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland) untuk siasatan lanjut. – BERNAMA | Polis : 43 Pelatih Puspen Lari Dalam Rusuhan Semalam Posted: 10 Jun 2011 12:15 AM PDT 8 Rejab 1432H. [MOD] -
MUAR 10 JUN : Polis mengesahkan 43 daripada 377 pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Sengkang, Bukit Gambir dekat Ledang melarikan diri semasa rusuhan di pusat itu semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, DSP Salleh Abdul Razak berkata pihaknya bersama Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Agensi Dadah Kebangsaan kini berusahamenjejaki mereka yang meloloskan diri.
"Kami juga masih menyiasat punca sebenar rusuhan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama. Dalam kejadian yang dipercayai bermula kira-kira 8.40 malam itu, sekumpulan pelatih bertindak merusuh dan membakar bangunan pentadbiran dan dewan makan di pusat tersebut.
Mereka juga bertindak memecahkan cermin tujuh buah kereta kepunyaan pegawai dan petugas pusat itu.
Ini adalah kejadian rusuhan kedua pernah berlaku di pusat tersebut selepas kejadian pertama pada 1999.-BERNAMA | Apabila final Piala FA bukan sekadar sukan Posted: 10 Jun 2011 12:00 AM PDT 8 Rejab 1432H. [MOD] -
"Ambo rasa Kelantan akan menang, tapi ambo tetap sokong Terengganu. Kita orang Terengganu, mestilah sokong negeri kita," luah seorang peminat bolasepak dari Besut.
Anak muda itu secara jujur menyatakan pendiriannya mengenai kemungkinan keputusan yang bakal berlaku di final Piala FA antara dua negeri Pantai Timur itu, Sabtu (11 Jun ) ini. Pertandingan dijadual diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, di ibu negara.
Walau pun bolasepak kerap dianggap tidak lebih sekadar agenda sukan, bual bicara mengenainya di forum-forum rakyat sebenarnya tidak terbatas setakat itu. Di sana tersirat berbagai unsur lain, sama ada politik, agama, patriotisme dan seumpamanya.
Komen peminat di atas adalah contoh terbaik bagaimana semangat wataniah (perasaan cintakan negeri sendiri) tersemai kukuh di hatinya kendati pun apa hakikat yang berlaku. Secara jujur beliau menilai kekuatan pasukan negerinya (Terengganu) tidak sehebat Kelantan.
Apatah lagi selepas aksi hambar Skuad Penyu yang dimalukan di hadapan penyokong sendiri oleh The Red Warriors, Isnin lalu. Namun di atas rasa cintakan negeri sendiri, sokong tetap sokong.
Pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, 6 Jun lalu, Terengganu tewas 3-0 kepada Kelantan. Tidak syak lagi aksi sedemikian di ketika kemuncak perhitungan kekuatan antara kedua pasukan itu berbaki hanya lima hari seolah-olah memberikan gambaran awal pertarungan akhir nanti.
Perkembangan itu secara jelas tambah menghangatkan lagi bual bicara masyarakat mengenai final Piala FA. Forum-forum sembang popular, sama ada di warung dan kedai kopi ketika bersarapan, di pejabat sambil melayan pelanggan, di pasar sambil membeli-belah, di pagar jambatan ketika asyik memancing, bahkan di anjung surau dan masjid sementara menunggu bilal iqamat, seakan 'dikuasai' topik bola sejak kebelakangan ini.
Mereka yang obses atau mesra dengan dunia siber pula memanfaatkan laman-laman sosial untuk menyatakan sokongan kepada pasukan masing-masing. Banyak entri berkaitan isu bola dan perlawanan akhir itu menjadi pilihan untuk dipaparkan di 'wall' masing-masing.
Agak rancak pertukaran pandangan antara mereka yang kekadang beralih menjadi perbahasan dan 'pertikaman' kata apabila masing-masing canggah-menyanggahi demi mempertahankan pasukan yang disokong.
Setiap mereka ada hujah dan sandaran tersendiri. Semakin hampir kepada tarikh final Piala FA, perbahasan dan bual bicara mengenainya semakin rancak dan hangat.
Apa yang pasti bolasepak bukan lagi sekadar isu sukan. Ia sudah memaut bersamanya unsur-unsur lain. Jika pendirian peminat dari Besut tadi dikaitkan dengan semangat wataniah, khalayak politik pula mengambil kesempatan keghairahan peminat bola ini untuk agenda politik mereka.
Menyedari hakikat bahawa bolasepak adalah sukan nombor satu rakyat negara ini, ditambah lagi hakikat betapa sebahagian besar penyokong fanatik setiap pasukan bola adalah kalangan anak muda, maka meraikan minat dan kecenderungan kelompok ini dirasakan boleh memberikan keuntungan politik kepada mana-mana pihak.
Sebab itu dapat dilihat kini bagaimana parti-parti politik seakan berlumba menyertai keghairahan peminat bolasepak menuju malam kemuncak itu. Mendahului persaingan menambat hati peminat bolasepak ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
Sebaik negerinya mengesahkan tiket ke final Piala FA pertengahan Mei lalu, Ahmad terus sahaja mengarahkan setiap wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu menyediakan bas bagi membawa penyokong Skuad Penyu.
"Jumlah bas terpulang kepada wakil rakyat berdasarkan peruntukan bantuan am yang masih ada. Kita ingin melihat stadium dipenuhi penyokong Terengganu," tabloid harian edisi Terengganu, 20 Mei memetik katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal turut memaklumkan akan menyediakan 15 buah bas khusus untuk Dun itu sahaja.
"Sudah pasti ada ganjaran yang akan menanti pemain, namun biarlah ia (Piala FA) berada di tangan kita dahulu," ujar Ahmad.
Tidak dipastikan apakah pemimpin Kerajaan Kelantan turut menjanjikan sesuatu ganjaran untuk pemain The Red Warriors, atau turut menyediakan bas-bas sewa khas mengangkut ribuan peminat pasukan negeri itu ke ibu negara.
Namun, apa yang pasti persaingan meraikan peminat bola bukan terhenti setakat itu. Kini sasaran parti-parti politik beralih pula kepada khalayak peminat di peringkat tempatan.
Lagi pun jumlah yang mampu diangkut ke Bukit Jalil sudah tentu tidak seramai yang masih tinggal di kampung masing-masing. Lalu Bahagian, Kawasan atau Cabang parti-parti seakan berlumba mengajak anggota masyarakat menyaksikan perlawanan akhir itu dalam persekitaran dianjurkan masing-masing.
Pemidang dan poster memaklumkan lokasi tayangan menerusi skrin besar dapat dilihat di merata ceruk tanahair. Ia turut diiklan menerusi laman sosial di dunia siber.
Penganjurnya pula bukan lagi hanya syarikat gergasi, premis niaga atau pihak berkepentingan dalam perniagaan. Ia turut diambilalih parti-parti politik, khususnya sayap pemuda masing-masing.
Politik telah menguasai suasana demam bola kini. Sebab untuk itu tidak sukar dimengertikan. Keghairahan anak-anak muda sememangnya elok disantuni kerana mereka adalah kelompok sasaran meraih undi pilihan raya. Apatah lagi demam pilihan raya semakin dirasai bahangnya kini.
Suratan atau kebetulan, dua negeri bakal berentap di final Piala FA kali ini bukan sahaja berjiran. Pada nilaian politik, mereka sebenarnya mewakili dua bentuk pemerintahan berbeza diterajui dua parti yang sama sekali berlawanan halatuju – Umno/BN di Terengganu dan PAS di Kelantan.
Justeru tidak menghairankan apabila persembahan memberangsangkan skuad The Red Warriors dikaitkan dengan keberkatan pemerintahan seorang ulama. Bagi mereka yang berfirasat sedemikian (sudah tentulah orang PAS!), kemenangan pasukan Kelantan ke atas Terengganu adalah ibarat kejayaan PAS menewaskan Umno.
"Ini dah jadi macam Tok Guru (Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan) lawan Mat (Ahmad) Said ni," latah seorang aktivis PAS berasal dari Kuala Berang, Terengganu.
Beliau adalah antara sebilangan anak negeri itu yang meletakkan kecintaan kepada parti mengatasi kesetiaan kepada negeri. Maaf cakap, tidak sedikit di kalangan peminat bola di Terengganu yang berpendirian seperti itu.
Baca pula coretan seorang rakan dari Rusila ini, sejurus sebelum sepak mula perlawanan antara Terengganu dan Kelantan, 6 Jun lalu: "... saya memohon maaf kepada peminat bolasepak Terengganu, kerana dalam perlawanan malam ini atau final Piala FA nanti saya telah tekad menyokong Kelantan.....Bendera hijau putih bro."
Ya, itulah rahsianya. Bendera hijau-putih. Bagi mereka ini, parti lebih utama daripada negeri sendiri. Sepertimana disebutkan tadi, rakan ini juga menganggap Kelantan mewakili PAS, parti dicintainya. Manakala Terengganu mewakili Umno/BN.
Setelah diasak rakan-rakan menerusi laman sembang itu, yang antara lain mempertikaikan kelunturan semangat kenegeriannya itu, rakan tadi menjelaskan: "Sebabnya, seronok kalau Piala FA juga dibawa balik ke negeri di bawah pimpinan ulama' (Kelantan).
Ingat sejarah telah membuktikan bahawa Terengganu boleh wat (bawa) balik Piala M'sia hanya ketika di zaman ulama' (Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang) memimpin dan Kelantan juga boleh wat balik Piala Malaysia di zaman ulama' memimpin".
Ya tak ya juga, bukan? Itulah fakta dan hakikat sejarah yang tidak mungkin dapat dinafikan sesiapa pun. Bahawa buat pertama kali Terengganu berjaya menjulang Piala Malaysia ialah pada 3 November 2001, ketika ulama menjadi Menteri Besar.
Tentu sekali jika kepercayaan terhadap keberkatan pemerintahan Islam itu menjadi asas kepada sejumlah peminat bola di Terengganu beralih arah menyokong Kelantan, ia suatu hakikat yang amat tidak disenangi Umno, termasuk para pemimpin Umno Kelantan sendiri.
Bahawa di sana sudah tersemat kesetiaan kepada parti politik yang mengatasi semangat kesukanan, sesuatu yang sudah tentu tidak berlaku di kalangan peminat bolasepak bermazhab Umno!
Ataukah ada peminat bola (penyokong Umno) di Kelantan bersedia mengalih sokongan kepada Terengganu semata-mata di atas dasar parti? Nayyy... payah la sikit rasanya!
Mohd Nasir Awang harakahdaily-/ | Besi penghadang tusuk dalam kereta Posted: 09 Jun 2011 11:30 PM PDT 8 Rejab 1432H. [MOD] -
ANGGOTA polis memeriksa mayat empat sekeluarga yang terbunuh selepas kereta mereka naiki terbabas lalu merempuh penghadang jalan di Kilometer 73, Jalan Kuala Kangsar-Gerik, petang semalam. Gambar kecil (dari atas) Azizah Mahmod, Zalinda Zainuddin dan Zainuddin Abas
KUALA KANGSAR: Empat sekeluarga terbunuh manakala seorang lagi parah dalam kemalangan ngeri apabila besi penghadang jalan tertusuk ke dalam kereta mereka yang terbabas di Kilometer 73, Jalan Kuala Kangsar-Gerik, di Sauk, dekat sini, semalam.
Mereka yang terbunuh dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu ialah pasangan pesara guru, Zenodin@Zainuddin Abas dan isterinya, Azizah Mahmood, masing-masing berusia 69 tahun; anak perempuan mereka, Zalinda, 33, serta cucu mereka yang juga anak Zalinda, Aishah Suffian Afendi, 7.
Seorang lagi anak Zalinda, Nurul Sarah yang juga adik Aishah, parah dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Bukit Chandan, dekat sini, bagi menghadiri kenduri kahwin selepas menziarahi keluarga Azizah di Pasir Mas, Kelantan.
Zalinda dan dua anaknya tinggal di Kuala Lumpur dan mereka pulang ke kampung sempena cuti sekolah sebelum mereka sekeluarga ke Kelantan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang, berkata siasatan awal mendapati Zenodin yang memandu dipercayai gagal mengawal kenderaan dan terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan itu.
"Berikutan kejadian itu, tiga daripada mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi maut ketika mendapat rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Sauk. Nurul Sarah pula dihantar ke HRPB untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, suami Zalinda, Suffian Efendi Ahmad Apandi, yang ditemui di HRPB tidak dapat ditemubual kerana terlalu sedih dengan kehilangan isteri dan seorang anaknya.
Anak perempuan sulung pesara guru berkenaan, Zaliana, 44, berkata, kali terakhir dia bertemu ibu bapanya Rabu lalu sebelum mereka bercuti ke Kelantan.
"Dalam pertemuan terakhir itu, bapa (Zenodin) pernah bertanyakan saya bila mahu pulang ke Kuala Kangsar.
"Namun, saya tidak menyangka pesanannya itu tanda dia mahukan kesemua anaknya berkumpul dan melihat jenazahnya buat kali terakhir," katanya.
beritaharian/-
| UMNO tidak senang duduk: Pas Posted: 09 Jun 2011 09:30 PM PDT 8 Rejab 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM – Hasrat Pas ingin menjadikan negara ini sebagai negara berkebajikan hanyalah sebagai dasar parti, kata Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu adalah bertujuan membawa perubahan kepada sebuah negara dengan inti pati Islam (keadilan, keselamatan, kesejahteraan dan kemakmuran).
Malah, agenda itu katanya mendapat respons yang baik daripada PKR dan DAP.
"Tidak dinafikan UMNO dan BN gusar dengan hasrat Pakatan Rakyat mahu wujudkan negara berkebajikan, malah mereka seolah-olah tercabar dengan agenda terkini Pas apabila bertubi-tubi lemparkan tohmahan kosong.
"UMNO turut cuba menyembunyikan kegelisahan mereka itu dengan mengkritik Pas sudah ubah dasar perjuangan Islam demi hasrat Pas. Malah Pas dituduh meniru beberapa perkara yang telah dilaksanakan UMNO," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, parti kerajaan itu juga semakin sukar mendapat kepercayaan rakyat apabila mereka berhadapan dengan bebanan kewangan saban hari.
Menurutnya, kegusaran itu dipercayai timbul apabila Pas menawarkan sebuah negara berkebajikan di sebalik kegagalan UMNO menjaga kebajikan rakyat marhaen demi menjaga hati kroni yang semakin angkuh, sombong dan tamak.
"Istilah 'negara kebajikan' yang dilaungkan Pas berjaya membongkar permainan sebenar UMNO terhadap rakyat sebagai mangsa dalam banyak kepentingan seperti program pengurangan subsidi berbanding kroni-kroni UMNO atau BN seperti penjana tenaga bebas (IPP).
"Terserahlah kepada mereka (UMNO, BN) sama ada mahu menerima agenda Pas ini atau tidak, kami tetap berusaha melaksanakannya," katanya.
Apabila ditanya mengenai adakah parti itu akan bersatu dengan UMNO, Tuan Ibrahim menafikannya dengan menyatakan rakyat semakin tidak bersetuju dengan cara UMNO dan mahukan bentuk politik baru.
Beliau sementara itu berhasrat untuk memastikan dana negara (pendidikan, sara hidup dan pendapatan) disalurkan dengan cara yang betul agar taraf hidup rakyat ditingkatkan sekiranya negara berkebajikan dapat dilaksana.
sinarharian/- | Bomoh saka kalah saman Posted: 09 Jun 2011 09:00 PM PDT 8 Rejab 1432H
Zakaria gagal ubat penyakit diarah bayar semula RM19,000
JOHOR BAHRU: Seorang bomoh diperintah oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) semalam, supaya membayar balik RM19,500 kepada seorang wanita ekoran kegagalannya mengubati penyakit bapa pemohon yang didakwanya terkena saka.
Bomoh yang juga seorang jurunikah dari FELDA Waha, Kota Tinggi, Zakaria Lagiman, 49, diperintahkan oleh Presiden TTPM, Mohd Nasrim Mohd Salleh, membayar balik wang terbabit dalam tempoh 14 hari bermula semalam, selepas meluluskan tuntutan yang difailkan oleh suri rumah, Zaharah Yusuf, 51.
Dalam tuntutannya, Zaharah berkata, pada Disember 2008, bapanya, Yusuf Abdul, yang ketika itu berusia 108 tahun dibawa mendapatkan rawatan tradisional daripada Zakaria di rumahnya.
"Ketika itu, saya dan dua lagi adik, diberitahu oleh Zakaria yang 12 saka menghuni dalam tubuh bapa kami, menyebabkan beliau mengalami masalah kesihatan ketika itu.
"Ekoran itu, kami tiga beradik membelanjakan wang RM19,500 itu seperti diminta Zakaria untuk mengubati bapa. Kami membelanjakan wang yang banyak untuk melihat bapa pulih sepenuhnya, apatah lagi bomoh itu berkata kos dikenakan termasuk membeli lima helai daun epal jin yang berharga RM1,500 sehelai serta minyak wangi Firdaus.
"Namun, kami kecewa kerana Zakaria langsung tidak mengubati bapa kami dengan alasan dia sendiri tidak sihat, sedangkan wang dibayar secara ansuran sebanyak tiga kali antara Disember 2008 hingga akhir 2009," katanya.
Zaharah berkata, bapanya meninggal dunia pada 17 Februari tahun lalu, tanpa menjalani sebarang proses perubatan yang dijanjikan Zakaria. Berikutan itu, beliau dan keluarganya memfailkan tuntutan terhadap pengamal perubatan terbabit.
Ketika prosiding TTPM berlangsung semalam, Zaharah hadir bersama ahli keluarganya, manakala Zakaria yang tidak hadir sekadar mengutuskan sepucuk surat memaklumkan beliau tidak sihat.
Ketika ditemui selepas prosiding itu, Zaharah berkata, tindakannya memfailkan tuntutan terhadap pengamal perubatan terbabit adalah sebarang pengajaran.
"Mungkin ada yang tidak berani bersuara. Namun saya dan keluarga hanya mahukan keadilan untuk Allahyarham bapa kami, kerana selepas banyak wang dilaburkan untuk tujuan perubatan, namun dia (pengamal perubatan terbabit) tidak mengambil sebarang langkah mengubati penyakit bapa kami seperti yang didakwanya," katanya.
beritaharian/- | Barat sogok RM3.03b untuk penentang Libya Posted: 09 Jun 2011 08:40 PM PDT 8 Rejab 1432H. [MOD] -
SEKEPING pelekat menghina Gaddafi di Musaed, sempadan Libya ketika NATO memperhebat serangan.
Itali tawar bahan api, tuduh Gaddafi beri Viagra kepada askar
ABU DHABI: Itali akan memberi pinjaman dan produk bahan api bernilai 300 juta hingga 400 juta euro (RM1.32 hingga RM1.76 bilion) kepada pemberontak Libya selain meningkatkan perang psikologi terhadap pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi dengan menuduhnya membekalkan 'ubat kuat seks' bagi menyasarkan wanita tempatan.
"Kami akan dapat memberi bantuan secara langsung menerusi pinjaman dan bahan api bernilai 300 hingga 400 juta euro," kata jurucakap Menteri Luar Itali, Maurizio Massari kepada wartawan di luar mesyuarat ketiga Kumpulan Perhubungan Antarabangsa mengenai Libya di sini, semalam. Itali adalah bekas penjajah Libya dan sekutu ekonomi strategik rejim Gaddafi. Ia menyertai kempen Barat diketuai Britain, Perancis dan Amerika Syarikat yang mendesak Gaddafi berundur.
Perancis pula menawarkan bantuan bernilai 296 juta euro (RM1.27 bilion), manakala Turki memperuntukkan dana AS$100 juta (RM300 juta) untuk pemberontak Libya. Perancis berkata, wang itu adalah daripada dana kerajaan Libya yang dibekukannya.
Bekas Menteri Luar Libya, Abdurrahman Mohamed Shalgham, pula berkata pemberontak memerlukan AS$3 bilion (RM9 bilion) dalam tempoh empat bulan akan datang bagi membayar gaji dan menjamin bekalan makanan mencukupi.
"Kami perlu AS$3 bilion untuk empat bulan lagi. Kami perlukannya untuk bayar gaji penduduk Benghazi," kata Abdurrahman.
Beliau menganggarkan aset Libya yang dibekukan di Itali bernilai AS$7 bilion (RM21 bilion) dan mencadangkan ia boleh digunakan bagi membiayai kempen pemberontak. Sementara itu, di NEW YORK, penyiasat mendakwa ada bukti menunjukkan Gaddafi mengarahkan kejadian rogol besar-besaran dan membeli kontena ubat seks bagi menggalakkan tentera menyerang wanita, kata ketua pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Luis Morena-Ocampo.
Moreno-Ocampa berkata, beliau akan meminta dakwaan baru rogol beramai-ramai dikemukakan terhadap Gaddafi.
Ketua pendakwa ICC itu akan mendapatkan keizinan hakim dalam masa beberapa hari membabitkan permohonan dakwaan baru bersama tuduhan jenayah kemanusiaan kepada pemimpin Libya terbabit, seorang anak lelakinya dan juga ketua risikan Libya.
"Kami dapat maklumat bahawa Gaddafi sendiri memutuskan dasar merogol dan ini adalah yang terbaru.
Ia adalah satu bentuk hukuman terhadap penentang," kata Moreno-Ocampo kepada pemberita. – AFP | Ular sawa lima meter tewas Posted: 09 Jun 2011 08:30 PM PDT 8 Rejab 1432H. [MOD] -
TUMPAT - Seekor ular sawa sepanjang lima meter dan seberat 25 kilogram, berjaya ditangkap anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Tumpat, apabila menceroboh reban ayam penduduk di kampung Kok Keli, kelmarin.
Pegawai Unit Daerah Tumpat, Mohd Fuad Ismail berkata, anggota JPAM ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan daripada seorang penduduk, Mat Jaafar Saud, 56, kira-kira jam 2 pagi.
Menurutnya, situasi agak tegang apabila ular sawa itu hampir menelan ayam tersebut, tetapi akhirnya ia tewas hasil tindakan pantas anggota JPAM ini menangkapnya walaupun ia berusaha memboloskan diri dari reban tersebut.
"Operasi ini diketuai oleh Nik Aziz Nik Abdullah bersama tiga anggota, hanya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap ular tersebut yang agak agresif," katanya.
Menurutnya, operasi ini berjalan dengan selamat tanpa sebarang kecederaan dan ular ini akan diserahkan ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan untuk tindakan selanjutnya.
"Orang ramai yang ingin meminta bantuan JPAM boleh menghubungi di talian 09-7254215," katanya.
sinarharian/- | RASUAH BOLASEPAK PIALA PRESIDEN: BELIA TERDEDAH AMCAMAN BARU Posted: 09 Jun 2011 08:00 PM PDT 8 Rejab 1432H. [MOD] -
Dewan Pemuda PAS Malaysia kesal insiden buruk sukan rakyat terutama belia iaitu bolasepak kembali tercemar dengan unsur rasuah bagi menetapkan keputusan perlawanan yang terjadi di dalam Pertandingan Piala Presiden baru-baru ini sebagai berita malang buat rakyat kerana penyakit rasuah yang pernah melanda bolasepak era semi-pro tahun 90 an dahulu kembali berebak.
Jesteru, kami meminta tindakan tegas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di dalam membendung gejala rasuah bolasepak ini. Kami juga berhasrat bertemu dengan pihak FAM terutamanya dengan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang sudah menjangkakan insiden ini akan berlaku kembali dalam kancah bolasepak tanahair. Kami berharap dengan pelbagai pihak memberikan pandangan mereka nanti akan membentuk satu fomula bagi mengatasi rasuah bolasepak ini.
Pihak kami menawarkan diri melalui Jabatan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan (DACS) bersedia membantu bersama-sama FAM bagi membasmi gejala rasuah tersebut. Pihak kami sekali lagi mencadangkan kepada seluruh Persatuan Sukan dalam Negara kita sebagai keperluan menempatkan seorang Kaunselor atau Pegawai Agama dalam setiap bahagian sukan sebagai motivasi jiwa bagi membendung peringkat awal membabitkan seluruh atlet kita.
Kami yakin dengan pihak FAM yang pernah berdepan dengan kemelut ini akan mengatasinya secepat mungkin. Kami cukup bimbang kerana gejala rasuah kini melanda pemain-pemain belia yang tidak sepatutnya berlaku sama sekali. Kami yakin kaedah yang sama juga kepada orang-orang politik dalam kancah yang sama, tetapi pendekatan yang berbeza boleh dilakukan bagi usaha mencegahnya kepada pemain-pemain sedia ada.
DR RAJA AHMAD AL-HISS Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia. | Video Ceramah Karnival Industri Bestari Posted: 09 Jun 2011 07:45 PM PDT 8 Rejab 1432H. [MOD] -
Ceramah sempena Karnival Industri Bestari telah berlangsung selama empat hari di Penaga, Kepala Batas. Majlis itu dirasmikan oleh YB Ustaz Mohd Salleh Man selaku Timbalan YDP MAjlis Agama Islam Pulau Pinang dan dianjurkan oleh Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar, PAS Negeri Pulau Pinang.
Bermula malam tadi telah diadakan ceramah perdana yang menampilkan Cikgu Mala, YB Khalil Idham Lim dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Pada malam ini (10 Jun) akan menampilkan penceramah dari YB Yusmadi Yusof, YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin dan Juara Nasyid iaitu Azhan Atan.
Pada 11 Jun pula ceramah akan disampaikan oleh peguam Rosidi Hussain, Cikgu Azmi, CheGu Bard dan YB Saifuddin Nasution. Pada malam terakhir Ceramah Perdana iaitu pada 12 Jun akan menampilkan Ustaz Yusni, YB Dato' Mansor, YB Salleh Man dan Timbalan Presiden PAS Haji Mohammad Sabu.
Berikut ialah keratan video ceramah yang disampaikan oleh YB Khalil Idham Lim sempena Karnival Industri Bestari pada malam tadi.
| Taufan Pertama Di Timur Pasifik Posted: 09 Jun 2011 07:00 PM PDT 8 Rejab 1432H. [MOD] -
MIAMI : Taufan Adrian kelihatan di Timur Pasifik, seterusnya menjadikannya yang pertama bagi musim 2011, demikian menurut pengkaji cuaca.
Kerajaan Mexico sudah mengeluarkan arahan pemantauan ribut tropikal di sebahagian pesisir pantai negara itu.
Kelajuan taufan Adrian dicatatkan pada jarak 426 kilometer selatan-barat daya Acapulco, Mexico dan bergerak ke arah barat laut dengan 15 kilometer sejam. - AP | Pemuda PAS sedia bendung rasuah bola sepak Posted: 09 Jun 2011 06:45 PM PDT 8 Rejab 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 9 Jun: Dewan Pemuda PAS kesal insiden buruk sukan rakyat terutama belia iaitu bolasepak kembali tercemar dengan unsur rasuah.
Ini bagi menetapkan keputusan perlawanan yang terjadi di dalam pertandingan Piala Presiden baru-baru ini sebagai berita malang buat rakyat kerana penyakit rasuah yang pernah melanda bolasepak era semi-pro tahun 90-an dahulu kembali merebak.
"Justeru, kami meminta tindakan tegas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di dalam membendung gejala rasuah bolasepak ini," kata naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss.
Pemuda PAS, katanya juga berhasrat bertemu dengan pihak FAM terutamanya dengan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang sudah menjangkakan insiden intu akan berlaku kembali dalam kancah bolasepak tanah air.
Beliau berharap dengan pelbagai pihak memberikan pandangan nanti akan membentuk satu fomula bagi mengatasi rasuah bolasepak ini.
"Pihak kami menawarkan diri melalui Jabatan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan (DACS) bersedia membantu bersama-sama FAM bagi membasmi gejala rasuah tersebut," katanya.
Pihak Pemuda PAS, katanya sekali lagi mencadangkan kepada seluruh Persatuan Sukan dalam negara sebagai keperluan menempatkan seorang Kaunselor atau Pegawai Agama dalam setiap bahagian sukan sebagai motivasi jiwa bagi membendung peringkat awal membabitkan seluruh atlet.
Beliau yakin dengan pihak FAM yang pernah berdepan dengan kemelut itu akan mengatasinya secepat mungkin.
"Kami cukup bimbang kerana gejala rasuah kini melanda pemain-pemain belia yang tidak sepatutnya berlaku sama sekali.
"Kami yakin kaedah yang sama juga kepada orang-orang politik dalam kancah yang sama, tetapi pendekatan yang berbeza boleh dilakukan bagi usaha mencegahnya kepada pemain-pemain sedia ada," ujarnya. | Memakai tatu dilaknat Allah Posted: 09 Jun 2011 06:30 PM PDT 8 Rejab 1432H. [MOD] -
Sebilangan besar remaja sekarang gemar mencacah tatu di badan mereka. Bagi mereka, tatu adalah trend terkini dan sesiapa yang memakainya berasa bangga bila kalangan rakan-rakan memuji kecantikan tatu terutama yang berlambang haiwan atau ukiran tatu mewakili kumpulan tertentu.
Dalam konteks ini, sama ada tatu yang dicacah itu cantik atau tidak, orang Islam tidak boleh memakai kerana hukumnya adalah haram. Tidak kiralah tatu itu olok-olok atau tiruan, hukumnya tetap sama. Si pentatu dan orang yang meminta dirinya ditatu pasti akan dilaknat Allah.
Abdullah bin Umar r.a berkata: aku telah mendengar Rasulullah telah bersabda, " Sesungguhnya Allah melaknat si pentatu dan orang meminta dirinya ditatukan." (Riwayat Bukhari, kitab: al-Libas, Bab: al-Mausulah, no: 5942.)
Dalam erti kata lain, pemakaian tatu dilihat menyerupai amalan orang-orang Barat yang tidak menggambarkan kebudayaan sihat.
Rasulullah SAW pernah bersabda, "Barang siapa menyerupai sesuatu kaum maka dia akan dikira daripada kaum tersebut."
Ustaz Ahmad Fauzan Yahaya dari Universiti Madinah Antarabangsa berkata, memakai tatu bukan budaya orang Melayu dan Islam. Ia diimport daripada budaya jahiliah dan orang tidak bertamadun.
Menurutnya, terdapat banyak dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah yang melarang kita melakukannya. Malah Allah menyebut dalam al-Quran agar tidak mengubah ciptaan Allah sebagaimana termaktub dalam surah al-Nisa:
"Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka mengubahnya. Barang siapa menjadikan syaitan pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata." (An-Nisa`: 119).
"Dalam soal pemakaian tatu ini, saya ingin berkongsi perihal seorang bekas mufti Saudi yang terkenal, Syeikh Abdul Aziz Baz yang ditanya oleh seorang individu tentang hukum bertatu sewaktu dia jahil akan hukum tatu; misalnya tatu diukir oleh ibu bapa atau ketika dia masih lagi bukan Islam.
"Lalu dijawab Syeikh kepada individu terbabit supaya berusaha menghilangkannya tetapi jika terdapat kesulitan dan membawa mudarat yang besar untuk menghilangkannya, memadai dengan bertaubat dan memohon ampun," kata Ustaz Ahmad Fauzan.
Beliau berkata, tokoh agama, Syeikh Saleh Fauzan turut ditanya tentang hukum membuat tatu di wajah dan di tangan yang kadang-kadang dilihat menjadi adat dan kebiasaan dalam sesebuah masyarakat.
Lalu, tokoh agama itu memberitahu, tatu adalah haram dan merupakan salah satu dosa besar kerana Rasulullah melaknat Al-Wasyimah (yang mentatu) dan Al-Mustausyimah (yang minta orang lain untuk mentatukan tubuhnya). Semuanya terlaknat melalui lisan Rasulullah. Dengan demikian, tatu itu haram dalam Islam dan merupakan salah satu dosa besar.
Imam Nawawi turut mengatakan: "... Kalau mungkin dihilangkan dengan pengubatan maka wajib dihilangkan. Jika tidak memungkinkan kecuali dengan melukainya di mana dengan itu khawatir berisiko kehilangan anggota badannya, atau kehilangan manfaat dari anggota badan itu, atau sesuatu yang parah terjadi pada anggota badan yang ada tatu itu, maka tidak wajib menghilangkannya.
Dan jikalau bertaubat ia tidak berdosa. Tapi kalau ia tidak mempunyai masalah untuk menghilangkannya, maka ia harus menghilangkannya. Dan ia dianggap bermaksiat dengan menundanya.
Sama saja dalam hal ini semua, baik lelaki mahupun wanita." (Syarh Shahih Muslim, 14/332. Dinukil pula ucapan ini dan disetujui dalam kitab 'Aunul Ma'bud, 11/225, dan Nailul Authar, 6/228).
Sinar Harian/- | Nik Aziz : Negara Kebajikan Selari Dengan Islam Posted: 09 Jun 2011 06:00 PM PDT 8 Rejab 1432H. [MOD] -
KOTA BAHARU 10 JUN : Konsep negara berkebajikan dibawa pakatan pembangkang adalah selari dengan kehendak Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menteri Besar Kelantan itu berkata konsep berkebajikan tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam.
Menurutnya kedua-dua perkara itu membawa kebaikan kepada rakyat dan keluarga lebih selamat daripada menerima masalah tekanan kewangan dan penularan gejala negatif sosial.
Berkebajikan itu ialah perkara yang boleh memberi keselamatan kepada rakyat sama ada di dunia dan di akhirat, katanya.
"Islam ini dasar manakala berkebajikan adalah program Islam. Kebajikan bukan beri barang," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan beberapa pihak kononnya PAS sanggup meninggalkan perjuangan asal parti untuk memenangi pilihan raya umum dan tindakan itu menurut mereka, menyebabkan sokongan terhadap PAS merosot.
Ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Ke-57 parti itu minggu lalu langsung tidak menyentuh mengenai penubuhan negara Islam dan pembentukan undang-undang hudud seperti mana sebelumnya.
Sebaliknya ahli parlimen Marang itu menumpukan perhatian kepada konsep membangun negara berkebajikan. -BERNAMA | Coretan Muktamar PAS ke-57 Posted: 09 Jun 2011 05:44 PM PDT 8 Rejab 1432H. [MOD] -
Dari kedai kopi hingga ke Pak Menteri dan tidak ketinggalan juga yang masih merasakan dirinya Perdana Menteri; telah banyak yang diperkatakan oleh segenap lapisan masyarakat semenjak berakhirnya Muktamar PAS yang ke 57 pada hujung minggu yang lalu.
PROSES PEMILIHAN
Saya telah hadir ke Muktamar di Taman Melewar yang bermula pada Jumaat 3 Jun hingga Ahad 5 Jun pada sekitar jam 4 petang. Ucapan dasar yang disampaikan membentangkan konsep 'Negara Berkebajikan' dan ini didakwa sebagai bukti PAS telah menyimpang dari dasarnya. Yang mendakwa sedemikian adalah UMNO yang dari awal tidak memahami apa yang PAS perjuangkan! Ini akan saya ulas secara lanjut di bawah.
Pada sebelah petang, pengundian dijalankan sambil minit mesyuarat, laporan tahunan dan laporan kewangan dibentang untuk dibahas. Hakikatnya, ini merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh ramai dan setelah selesai, ramai yang tidak sabar-sabar untuk tibanya esok hari kerana ingin mengetahui keputusan.
Amalan baru, 'bidaah hasanah', yang dilakukan pada tahun ini, setiap calon jawatan TP dan 3 NP telah melantik wakilnya untuk melihat proses perkiraan undi. Sambil itu, 5 orang lagi diambil secara rambang dari perwakilan untuk melihat proses tersebut bagi pihak calon AJK PAS Pusat. Bukan soal tidak percaya, tetapi untuk menentukan tiada fitnah yang dapat ditimbulkan lebih-lebih lagi oleh pihak lawan yang begitu kemaruk ingin memburuk-burukkan PAS dan mengadu-domba di kalangan ahli PAS.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan pada keesokan harinya, semua bergegas ke dewan muktamar dengan ada kedengaran bermacam-macam khabar angin. Saya juga turut ingin mendengar keputusan, lebih-lebih lagi untuk jawatan-jawatan tertinggi parti. Malangnya, jam 8.33 pagi saya menerima panggilan dari anak sahabat saya, Abdul Rahman Mayan, memberitahu bapanya baru sahaja meninggal dunia!
AL-MARHUM SAUDARA A. RAHMAN MAYAN
Semua yang bergiat dengan PAS Shah Alam mengenali A. Rahman Mayan. Beliau bergiat sebelum saya tiba di Shah Alam dan merupakan di antara penggerak utama PAS Shah Alam. Dewan restorannya di Temasya Food Court, semasa ianya disewa oleh Al-Marhum, sering digunakan untuk diadakan Mesyuarat Agung, Seminar dan Konvensyen. Beliau merupakan seorang periang, sangat-sangat murah hati dan penggerak yang komited. Beliau di antara pengasas Kelab Penyokong PAS yang sekarang ini telah dinaik taraf menjadi Dewan Himpunan Penyokong PAS. Keikhlasan orang seperti Al-Marhum sebenarnya adalah dorongan bagi diri saya sendiri. Hakikatnya, perjuangan ini panjang dan sukar, tidak mungkin ditanggung seorang diri. Dengan adanya orang-orang seperti Al-Marhum, yang berkorban walaupun bukan dia yang menjadi calon, memberi suntikan semangat untuk kami terus berjuang.
Saya bergegas keluar dari dewan walaupun keputusan belum lagi diperolehi dan terus menuju ke rumah Al-Marhum. Ramai yang telah mula berkumpul. Saya sempat bertahlil ringkas dan membaca Yaa Siin dan sejurus selepas itu, jenazahnya dibawa ke Masjid An-Nahdah Seksyen 18. Saya diberi penghormatan mengimamkan salat jenazahnya dan selepas itu, dengan perasaan yang serba sebak, sempat juga menyampaikan kata-kata ringkas akan kebaikan Allahyarham.
Seterusnya kami mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan di Sek 21 dan sejurus itu berita melalui SMS diterima yang menyatakan keputusan pemilihan, termasuk bahawa saya juga telah dipilih, tidak mampu menyerikan suasana sedih yang menyelubungi kami ketika itu.
Ramai yang berkumpul di tanah perkuburan sehingga 3 khemah yang disediakan tidak mampu menampung jumlah orang yang hadir. Al-Marhum dikenali dan disenangi ramai. Saya yakin tiada hutang yang ditinggalkan tetapi sebaliknya yang berhutang dengannya mungkin ada.
Jam 2 tengah hari, selepas makan tengahari, saya bersama sahabat kembali ke muktamar di Taman Melewar. Keputusan menunjukkan suatu line-up diperingkat tertinggi yang diluar dugaan. Ini kerana, ramai yang menganggap jawatan-jawatan tertinggi akan dimenangi oleh golongan berlatar belakang pendidikan agama secara rasmi. Akhirnya, jelas tidak begitu.
KEPUTUSAN PEMILIHAN
Seperti yang telah dijangkakan, pada keesokan harinya Utusan Malaysia melalak, "PAS menolak kepimpinan Ulama". Apabila saya ditanya mengenai perkara ini, maka saya menjawab bahawa, "pemilihan merupakan pimpinan parti bukan pertandingan 'Anugerah Ulama' terbesar di dalam PAS'! Ianya pemilihan untuk memilih orang yang dianggap paling mampu membuat kerja tertentu. Dalam soal ini, Ulama' atau bukan ulama' tidak relevan sama sekali. Yang relevan, siapa yang boleh membuat kerja-kerja berkenaan. Soal kepimpinan ulama', ianya telah diinstitusikan dalam PAS melalui terbentuknya Majlis Syura Ulama'. Jika ingin memilih ahli Majlis Syura, barulah persoalan ulama' atau tidak diambil kira".
PAS sentiasa dibawah kepimpinan ulama' dengan adanya Majlis Syura Ulama'. Inilah sebabnya perlembagaan PAS dipinda pada tahun 80an dahulu dan ditambah peruntukan 'Majlis Syura Ulama'. Sebelum itu badan ini dengan kuasa-kuasanya tidak wujud. Yang wujud hanyalah Dewan Ulama'. Sekarang adanya Dewan Ulama' dan Majlis Syura Ulama'. Oleh yang demikian, Majlis Syura inilah senenarnya yang paling berpengaruh kerana ia memantau dan menentukan semua yang dilakukan PAS tidak bercanggah dengan Islam.
UMNO yang sendiri menangguhkan pemilihan parti itu, riuh mengenai pemilihan dalam PAS dan bagaimana kononnya PAS mengenepikan ulama'. Hendak termuntah membaca tulisan Utusan Malaysia, lidah tidak rasmi UMNO. Dalam UMNO, ulama di mana? Hanya Biro agama, sepertimana Biro sukan! Tidak segagah Pemuda dan Wanitanya. Malahan tenggelam bila dibanding dengan Puteri dan Puteranya ('Puteri Putera' – maklumlah UMNO ni golongan yang perasan Bangsawan!).
MUKA BARU!
Ada pula yang mengatakan, "dengan naiknya muka-muka baru ini, maka jelaslah satu perubahan menyeluruh telah berlaku dalam PAS!".
Hmmmmmm... Muka baru? Eh sudah lupakah kita semua bahawa pada tahun 2009, jawatan Timbalan Presiden turut ditandingi. Mat Sabu, Husham dan Nasharuddin bertanding. Pada ketika itu, Nasharuddin menang dengan memperolehi lebih kurang 42% dari undi. Yang selebihnya dikongsi di antara Mat Sabu dan Husham. Kali ini, Mat pula yang menang dengan mendapat lebih kurang 40% undi majoriti, manakala bakinya dikongsi pula di antara Tuan Ibrahim dan Nasharuddin.
Husham pula bertanding untuk jawatan Naib Presiden dan beliau merupakan mantan Naib Presiden 2007 – 2009. Maka, mana ada muka baru itu? Bagi saya, semua muka yang sama termasuklah Idris Ahmad, Nik Amar dan Nizar. Nizar pada pemilihan yang lepas telah mendapat undi terbanyak apabila bertanding AJK PAS Pusat sesi 2009 – 2011 dan agak wajar ada yang ingin melihat beliau ke jawatan Naib Presiden. Idris Ahmad pula sebagai mantan Ketua Penerangan. Maka adalah wajar ada yang mencalonkan beliau untuk jawatan Naib Presiden. Begitu juga Nik Amar, orang lama, Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan yang mencalonkan beliau mengambil-kira Kelantan Negeri yang telah lama diperintah PAS.
Seperti yang saya katakan tadi, tiada 'muka baru' hanya apa yang dilakukan perwakilan ialah memilih siapa yang dianggap mereka mampu meneraju parti untuk menghadapi PRU yang menjelang tiba. Ada yang menganggap orang ini, ada yang menganggap orang itu. Namun akhirnya, setelah diketahui keputusan, PAS akan kembali bersatu seperti biasa dan berhadapan dengan UMNO/BN sebagai sebuah parti yang mantap dan gagah. Hakikat ini turut difahami oleh UMNO.
Yang boleh dikatakan 'muka baru', seperti yang disebut DS Presiden, adalah saya dan Wahid Endut. Walaubagaimanapun, saya ini pun tidaklah baru sangat. Dari 1987 hingga 1993 saya pernah menjawat jawatan AJK PAS Pusat. Selepas 1993, saya tidak bertanding dan menumpu kepada usaha diperingkat cawangan dan kawasan. 1997 saya menjadi YDP Shah Alam dan menumpukan usaha di peringkat Negeri Selangor. Pernah menjawat jawatan Ketua Penerangan, Bendahari dan akhirnya Timbalan Pesuruhjaya 2 Negeri iaitu dari 2001 sehingga 2009. Saya kembali ke peringkat Pusat selepas hampir 20 tahun! Sudah pasti bukan 'muka baru', sebenarnya yang lama itu jugalah!
Begitu juga YB Wahid Endut yang pernah bersama saya dahulu dalam Pemuda Pusat (1983 – 1989) dan seterusnya beliau menumpukan usaha beliau di peringkat Negeri. Menjadi ADUN dan MP Kuala Terengganu. Juga bukan 'muka baru', tetapi baru sahaja dipilih menjadi AJK PAS Pusat.
Bagi saya, pemilihan ini menzahirkan betapa ramainya calon yang layak memimpin PAS dan betapa kayanya PAS dengan pemimpin-pemimpin yang berpotensi! Jauh, jauh sangat bezanya dengan UMNO.
Bagi yang telah mengundi saya, saya ucapkan berbanyak terima kasih di atas kepercayaan tuan-tuan terhadap diri saya. Saya berharap tuan-tuan akan mendoakan saya supaya mampu melaksanakan tugas ini dengan sebaik mungkin.
NEGARA BERKEBAJIKAN DAN NEGARA ISLAM
Isu yang turut dilaung-laungkan ialah bahawa kononnya PAS sudah menggugurkan matlamat perjuangannya dan menerima matlamat perjuangan PKR dan DAP. Ini adalah kerana cogan kata yang digunakan PAS adalah 'Negara Berkebajikan' dan bukannya 'Negara Islam'.
Hakikatnya, sekiranya ada parti politik yang ingin mengubah matlamat perjuangannya, ianya bukan dengan mengemukakan cogan-kata tertentu. Ianya mesti melalui pindaan perlembagaan parti tersebut. Selagimana perlembagaan tidak diubah, maka apa cogan kata sekalipun mesti ditafsir berdasarkan perlembagaan yang digunapakai.
Istilah 'Negara Berkebajikan' bagi ahli PAS ialah 'sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah' (Perlembagaan PAS fasal 5).
Istilah 'Negara Berkebajikan' digunapakai kerana ingin memberi penegasan kepada aspek kebajikan yang terjamin dalam sesebuah masyarakat yang sedemikian rupa. Istilah 'Negara Islam' tidak digunapakai kerana penekanan melalui istilah itu adalah hukum-hakam Islam, khususnya Hudud, seolah-olah itu sahajalah apa yang terdapat di dalam pemerintahan yang diinginkan PAS. Sedangkan hukum-hakam Islam, termasuk Hudud, adalah bertujuan untuk menghasilkan kebajikan kepada manusia! Termasuk dalam takrif 'berkebajikan' itu adalah keadilan, kebertanggung-jawaban dan keamanan.
Dalam erti-kata yang lain, istilah 'Negara Berkebajikan' membawa rakyat untuk melihat kepada hasil dan kesudahannya; sambil istilah 'Negara Islam' memperlihatkan mekanisma dan perundangannya.
Jikalau dirujuk di dalam Al-Quran, istilah yang masyhur yang terdapat di dalamnya adalah 'Baldatun Tayyibatun wa Rabbul Ghafuur' atau 'Negara yang baik serta pengampunan dari Tuhan'. Ianya merupakan istilah yang menumpukan kepada persoalan hasil yang diinginkan dan hasil ini mampu menarik minat semua pihak.
Lagipun, semua yang mengaji memahami kaedah 'Al-Hukmu yadurru 'alal musamma laa 'alal ismi' atau 'hukum (sesuatu perkara) bergantung kepada perkara yang dinamakan itu, bukan kepada namanya'. Dalam erti kata lain, 'apa ada pada nama, yang penting benda atau isinya!'
SETERUSNYA...
Saya yakin, semua yang kalah bertanding jawatan Timbalan dan Naib akan dilantik kembali. Tugas-tugasan akan diberi dan bahtera yang kita kenali sebagai PAS ini akan terus belayar dengan gagahnya. Tiada yang akan merajuk dan tiada yang akan kecewa kerana di dalam PAS, jawatan sesuatu yang tidak dicari. Ianya amanah dan ianya tanggungan yang berat, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.
Yang penting ialah untuk bersatu dan bersedia untuk menghadapi PRU. Rakyat mengharapkan kemenangan bagi PAS dan PR yang membawa kepada satu perubahan yang bersejarah. Saf pimpinan yang telah dipilih menggalas harapan ini.
Hanya satu harapan saya di sini, semoga Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) digunakan seterusnya untuk seminar yang sering dianjurkan PAS. Dan juga untuk Mesyuarat Agung Kawasan, tetapi tidak lagi untuk Muktamar Tahunan. Kerana ianya telah menjadi terlalu kecil dan PAS telah menjadi semakin besar.
WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD | Dengki Itu Berbahaya Posted: 09 Jun 2011 05:30 PM PDT 8 Rejab 1432H. [MOD] -
Dengki itu sangat berbahaya, bukan hanya bagi diri pemiliknya tetapi juga bagi masyarakat luas. Dengki itu kata hadis nabi ibarat setitik api yang dapat membakar kayu bakar seberapapun banyaknya. Ia juga bagaikan pisau cukur yang bisa mencukur bersih amal seseorang. Dengki adalah penyakit kejiwaan yang merusak kesehatan tubuh sekaligus merusak tatanan sosial ditengah masyarakat, dalam bahasa Arab disebut hasad.
Dengki adalah perasaan tidak senang atas keberuntungan orang lain disertai usaha menghilangkan dan memindahkan keberuntungan itu kepada diri sendiri (an tatamanna zawala ni`mat al mahsud ilaika). Adapun menginginkan hal yang serupa dengan yang diperoleh orang lain tidak termasuk dengki, karena al Quran bahkan menyuruh kita berlomba meraih kebajikan (fastabiq al khoirat).
Mengapa orang mendengki berbahaya ? Dasar dari sifat dengki adalah adanya keinginan orang untuk menjadi orang nomor satu, menjadi orang yang terhebat, terkaya, terhormat dan ter-ter yang lain, yang berkonotasi rendah. Dalam bahasa agama, dunia dengan segala urusannya adalah sesuatu yang rendah.
Dalam bahasa Arab, dun ya artinya dekat atau rendah atau hina. Jadi orang hanya mendengki manakala yang diperebutkan itu sesuatu yang rendah, hina dan berdimensi jangka pendek, ibarat orang yang memasuki lorong sempit yang hanya muat satu orang. Ruang sempit itulah yang menyebabkan para peminat harus berdesakan dan saling menyikut.
Selanjutnya jika ada satu orang yang telah berhasil memasuki lorong dan berhasil menduduki kursi duniawi yang diperebutkan, kursi jabatan misalnya, maka orang yang belum berhasil memandang orang yang telah berhasil sebagai hambatan yang harus disingkirkan, sementara orang yang telah berhasil menduduki kursi itu memandang orang lain yang berminat sebagai ancaman yang juga harus dihambat. Bila orang sudah dirasuki kedengkian maka apapun bisa dilakukan sekalipun itu perbuatan yang tercela.
Adapun jika memperebutkan sesuatu yang besar, mulia dan berdimensi panjang hingga akhirat, maka diantara para peminat justeru terdapat hubungan. Orang yang merindukan derajat takwa misalnya, ia akan senang jika ada orang lain yang melakukan hal yang sama. Demikian juga orang yang ikhlas bershodaqoh, maka ia sangat senang jika ada orang lain yang juga gemar bershodaqoh.
Jika diantara orang yang ingin menjadi orang dekat pada pimpinan terdapat saling iri, saling menjegal, hal itu adalah karena sempitnya ruang untuk menjadi orang dekat pimpinan, Tetapi jika ingin menjadi orang yang dekat dengan Allah, maka seberapapun banyaknya orang yang menginginkan, disana tersedia ruangannya karena Allah Maha Luas Rahmat Nya.
Dengki itu sangat berbahaya, bukan hanya bagi diri pemiliknya tetapi juga bagi masyarakat luas. Dengki itu kata hadis nabi ibarat setitik api yang dapat membakar kayu bakar seberapapun banyaknya. Ia juga bagaikan pisau cukur yang bisa mencukur bersih amal seseorang. Dengki adalah penyakit kejiwaan yang merusak kesehatan tubuh sekaligus merusak tatanan sosial ditengah masyarakat.
Nabi menyebutkan, hanya dua hal orang boleh iri, yakni jika ada orang yang dikaruniai ilmu banyak, ia dapat mengajarkan kepada orang lain dan juga yang bersangkutan mengamalkannya. Kedua, jika ada orang yang dianugerahi banyak harta, tetapi ia membelanjakannya di jalan yang benar hingga habis untuk kepentingan menolong sesama.
By: M. Agus Syafii | Presiden Yaman melecur, timbalan putus sebelah kaki Posted: 09 Jun 2011 02:00 AM PDT 7 Rejab 1432H. [MOD] -
SANAA: Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh melecur 40 peratus daripada tubuhnya dan mengalami pendarahan otak akibat serangan ke atas istananya minggu lalu.
Keadaan Saleh didedahkan oleh pegawai Amerika Syarikat yang menunjukkan kecederaan yang dialami lebih parah daripada apa yang dilaporkan.
Ketiadaan Saleh yang dirawat di Arab Saudi meningkatkan lagi keganasan di Yaman, apabila tentera kerajaan terus bertempur dengan militan dan puak bersenjata di dua bandar di selatan Sanaa kelmarin.
Tentera mendakwa membunuh 30 militan, anggota kumpulan yang mengambil alih bandar Zinjibar minggu lalu.
Tiga hari lalu, Saleh dilaporkan semakin stabil selepas menjalani beberapa pembedahan di Arab Saudi dan dijangka pulang ke negaranya beberapa hari lagi.
Jika Saleh pulang, pertempuran hampir pasti tercetus semula di Sanaa. Jadi, pendedahan pegawai Amerika memberi isyarat Saleh tidak mungkin pulang dalam tempoh terdekat.
Tiga pegawai berkata, Saleh melecur lebih 40 peratus tubuhnya dan mengalami pendarahan otak, manakala pegawai di Yaman memberitahu, Saleh terbakar teruk di bahagian muka, leher dan dada. Satu daripada pembedahan dilakukan bagi membuang serpihan kayu yang tertusuk di dadanya.
Perdana menteri, dua timbalan, speaker dua Dewan Parlimen dan ketua parti memerintah, juga diterbangkan ke Arab Saudi akibat cedera teruk.
Seorang timbalan perdana menteri Rashad al-Alimi dibawa ke negara itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan nasibnya belum diketahui hingga kini.
Seorang lagi timbalan, Sadeq Abu Ras, putus sebelah kaki, manakala gabenor Sanaa yang cedera parah di kaki dan tangan masih koma.
Amerika sebelum ini melahirkan kebimbangan cawangan al-Qaeda di Yaman akan mengambil kesempatan berikutan keadaan huru-hara di negara itu.
Washington dan Arab Saudi berusaha mendesak pegawai Yaman mengambil peluang pemergian Saleh dengan segera memulakan peralihan kuasa dan membentuk kerajaan baru.
Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Mark Toner memberitahu wartawan di Washington, duta negara itu di Sanaa sudah bercakap dengan Naib Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi, pemangku jawatan presiden bagi menyatakan pandangan Amerika mengenai isu berkenaan.
Toner bagaimanapun berkata, beliau tidak pasti berapa lama Saleh akan menjalani rawatan di Arab Saudi atau sama ada beliau masih merancang untuk pulang.
Serangan ke atas istana Saleh berlaku selepas dua minggu pertempuran antara tentera kerajaan dan pembangkang daripada kumpulan puak di Sanaa, yang mahu menggulingkan beliau.
Pertempuran menjerumuskan negara itu kepada perang saudara selepas tunjuk perasaan jalanan oleh ratusan ribu penduduk Yaman gagal menggulingkan Saleh yang sudah berkuasa sejak 33 tahun lalu. – AP | Nik Aziz sedia tunjuk surat Mahathir Posted: 09 Jun 2011 01:45 AM PDT 7 Rejab 1432H. [MOD] -
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang bertanggungjawab sepenuhnya menolak pelaksanaan hukuman hudud yang ingin dikuatkuasakan Kerajaan Kelantan.
Sambil mempersoalkan kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa pemilihan Pas, baru-baru ini, dimenangi secara tidak langsung Pengerusi DAP, Karpal Singh, Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau mempunyai bukti kukuh Dr Mahathir yang menolak hasrat Pas untuk memartabatkan hukum Islam itu.
"Seingat saya orang yang menghantar surat kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Dr Mahathir Mohamad, bukannya Karpal Singh.
"Barangkali orang yang bernama Dr Mahathir ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya," katanya melalui laman Facebook.
Sebelum ini, Dr Mahathir dalam nada sinis mendakwa, perjuangan Karpal supaya Pas menggugurkan matlamat penubuhan negara Islam dilihat berjaya apabila pemimpin baru parti itu tidak dikuasai ulama.
Karpal antara pemimpin DAP yang lantang mengkritik Pas menubuhkan negara Islam termasuk hukum hudud dengan mengeluarkan kenyataan "langkah mayatnya dulu" sebelum mahu laksanakan.
Untuk rekod, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Bagaimanapun sehingga kini ia belum dilaksanakan.
Sinar Harian/- | Dedah kos lawatan ke Kazakhstan, MP PAS desak Najib Posted: 09 Jun 2011 01:40 AM PDT 7 Rejab 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 9 Jun — Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad hari ini menggesa Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kepada umum perbelanjaan lawatan beliau ke Kazakhstan, yang secara kebetulan diadakan dengan majlis pertunangan anak perempuannya.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor ini juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin "kerana mengesahkan dakwaan kami bahawa majlis perkahwinan diaturkan ketika lawatan" perdana menteri ke negara itu.
"Selepas ucapan Najib pada Forum Ekonomi Islam Sedunia mengenai urus tadbir yang baik dan ketelusan, beliau seharusnya mendedahkan berapa banyak yang beliau telah habiskan untuk lawatannya."
"Dedahkan berapa banyak telah digunakan untuk urusan peribadi dan nyatakan sama ada mana-mana pihak dalam rombongannya tidak perlu (ketika beliau) menghadiri WIEF," kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Semalam, Khairy mempertahankan lawatan Najib ke Kazakhstan menerusi akaun Twitternya.
Khairy berkata, Najib berada di Kazakhstan untuk menyampaikan ucapan pada WIEF dan lawatan ke negara itu adalah atas jemputan presidennya Nursultan Nazarbayev yang pernah melawat Malaysia ketika era kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Dzulkefly menambah, ini bukan kali pertama perdana menteri membuat lawatan kerja yang secara kebetulan berkaitan dengan urusan peribadi.
Katanya, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bulan lalu mengunjungi Amerika Syarikat (AS) dan menghadiri majis konvokesyen anak perempuan mereka di Georgetown University.
"Malah di mana-mana syarikat pun, ahli lembaga pengarah perlu mengisytiharkan terlebih dahulu jika wujud unsur konflik kepentingan," kata wakil rakyat PAS. | Petronas Catat Untung RM241 Bilion Posted: 09 Jun 2011 01:30 AM PDT 7 Rejab 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM 9 JUN : Kenaikkan beberapa kali harga minyak petrol RON97 sepanjang tahun ini dan terbaru gas asli yang menyaksikan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN), Petronas semalam dicatat mengaut keuntungan RM241 bilion.
Malah, Petronas dilapor memperoleh keuntungan lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produknya dan jumlah dagangan yang tinggi.
Presiden dan ketua pegawai eksekutif Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata perolehan meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion.
Sementara keuntungan pracukai juga dikatakan meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini.
Syarikat minyak negara itu dalam masa sama turut mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan.
Pada April lalu, petrol RON 97 dinaikkan sebanyak 20 sen kepada RM2.70 seliter yang merupakan kenaikan kali kelima sejak harga bahan api itu diapungkan dan kenaikan kedua sejak 31 Januari lalu.
Sementara itu, kerajaan Umno-BN menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun lalu sebagai usaha menarik balik subsidi daripada rakyat, meskipun Tenaga Pengeluar Bebas (IPP) memperoleh RM19 bilion hingga RM22 bilion setahun.
Gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.
Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini menyelar kenaikan itu dan mendesak supaya kerajaan mendedahkan perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara Tenaga Nasional Berhad dan IPP yang lebih menguntungkan syarikat korporat tersebut.
Dalam masa yang sama pula, Petronas dikatakan menanggung subsidi gas sehingga mencecah RM131 bilion akibat daripada perjanjian berat sebelah tersebut, apabila dipaksa menjual gas dengan harga yang lebih rendah kepada IPP.
Tv Selangor/- | |