Pakatan Rakyat |
Posted: 22 Jul 2012 03:33 PM PDT Posted by Admin Direktori Blog | | 3:33 PTG Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :- Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :-
| |||||||||||||||||||||||||
Posted: 22 Jul 2012 03:24 PM PDT | UMNO sudah menyusup masuk dalam Cawangan Khas (SB)? Posted: 22 Jul 2012 04:14 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: DAP mengecam Barisan Nasional kerana menggunakan Cawangan Khas (SB) polis sebagai alat politik untuk menakutkan rakyat terhadap Pakatan Rakyat supaya membolehkan BN mengekalkan kuasa dalam pilihan raya umum yang akan datang.Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ketua Penolong Pengarah E2(M) dalam bahagian ancaman ekstremis sosial Cawangan Khas, Mohd Sofian Md Makinuddin, yang dilaporkan pada hari Khamis lalu oleh agensi berita nasional Bernama sebagai berkata bahawa kononnya terdapat elemen Jemaah Islamiah (JI) menyusup masuk PAS sementara elemen komunis menyusup ke dalam DAP. "DAP tidak tahu apa-apa tentang penyusupan komunis dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan elemen komunis. Dengan memilih untuk membuat pengumuman tanpa terlebih dahulu merujuk kepada pucuk pimpinan DAP, Mohd Sofian dan Cawangan Khas telah bersikap tidak profesional dan tidak bertanggungjawab. "Ini tidak lain dan tidak bukan adalah tindakan oportunis politik oleh Cawangan Khas untuk membuat serangan tidak berasas ke atas DAP tanpa menunjukkan bukti," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan mempersoalkan sama ada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berani mengarahkan Cawangan Khas untuk menunjukkan bukti kepada rakyat bagaimana komunis telah menyusup ke dalam DAP. "Jika Hishammuddin gagal berbuat demikian, maka sebenarnya Cawangan Khaslah yang sudah disusup masuk oleh UMNO! Taktik terdesak ini tidak berbeza daripada UMNO yang mempersoalkan kesetiaan DAP terhadap Malaysia walaupun tiada pemimpin DAP yang telah mendapatkan status Pemastautin Tetap Australia seperti seorang Menteri MCA. "Kenapakah Cawangan Khas polis masih lagi ingin melawan komunis sedangkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor, dan bukan Pakatan Rakyat, yang telah menandatangani perjanjian keamanan dengan Parti Komunis Malaya pada 2 Disember 1989?" soal beliau. Menurutnya, jika Cawangan Khas ingin sangat melawan komunis, mereka patut berasa malu kerana gagal melaksanakan tugas dengan mengambil tindakan terhadap Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang telah menubuhkan sekretariat tetap pada 12 Oktober 2009 bagi mengeratkan hubungan di antara Pemuda BN dan Liga Pemuda Komunis China (CYL). Guan Eng berkata, Khairy telah berkata bahawa sekretariat tetap sayap pemuda BN-Parti Komunis China itu akan membolehkan program-program dua hala yang berterusan untuk mengeratkan hubungan antara dua entiti tersebut. "Berbanding dengan dakwaan penyusupan komunis ke dalam DAP, sekretariat tetap di antara CYL dan Pemuda UMNO adalah hubungan langsung yang dilakukan secara disedari dengan persetujuan penuh Khairy Jamaluddin. "Pegawai atasan Cawangan Khas seperti Mohd Sofian harus letak jawatan kerana gagal bertindak terhadap Khairy dan Pemuda UMNO yang menjalin hubungan langsung dengan CYL tetapi sebaliknya memilih untuk mencari bayang-bayang komunis yang tidak wujud dalam DAP," tambah beliau. Beliau turut mengingatkan kerajaan BN bahawa apabila para pemimpin DAP ditahan tanpa bicara di bawah undang-undang zalim ISA sebelum ini, tiada seorang pun yang didakwa berkaitan dengan hubungan komunis. Sebaliknya, sudah ada pemimpin UMNO yang pernah ditahan kerana mempunyai hubungan dengan komunis. Menurut Guan Eng, Cawangan Khas polis juga tidak menentang penjalinan hubungan diplomatik di antara kerajaan Malaysia dan kerajaan komunis China tetapi juga dengan rejim-rejim komunis seperti Cuba. "Adalah jelas bahawa cubaan untuk mengaitkan DAP dengan komunis ini adalah satu muslihat politik pilihan raya untuk menakutkan orang Melayu supaya terus menyokong UMNO dan BN," katanya. Beliau menjelaskan bahawa kempen memburuk-burukkan oleh Cawangan Khas terhadap DAP itu adalah sebahagian daripada taktik 3D UMNO iaitu: * Denial (penafian hubungan komunis dengan UMNO sendiri) Katanya, taktik terdesak itu tidak ada kesan lagi kerana rakyat tidak mahu hidup dalam kegelapan, sebaliknya rakyat ingin hidup dalam pencerahan dengan martabat keinsanan, integriti, kebebasan maklumat, kebenaran, keadilan dan demokrasi. – Roketkini.com | Fakta Sosial Yang Menggerunkan! Posted: 22 Jul 2012 04:09 AM PDT Editor Buletin KUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, YB Siti Zailah Yusof yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan, pernah mendedahkan beberapa 'kekacauan sosial' dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Malaysia, masakini. Selain ketirisan dana kerajaan, katanya, gejala rasuah dan jenayah kezaliman semakin menjadi-jadi. Pada bulan Mac tahun ini, beliau meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan kedudukan terkini nasib anak-anak luar nikah di seluruh Negara. Jawapan yang diterima adalah angka yang sangat menggerunkan! Parlimen Malaysia diberitahu bahawa seramai 250,204 anak luar nikah bermula dari 2007 hingga 2011, dengan perangkaan seperti berikut; 2007 seramai 44,234 orang Kadar Jenayah Tetap Tinggi Menurut laporan Pemandu, kadar jenayah Malaysia semakin tinggi dengan indeks keseluruhannya telah meningkat daripada 746 kes jenayah yang dilapor bagi setiap 100,000 penduduk pada 2006 menjadi 767 pada 2007, iaitu suatu kenaikan hampir 3%. Walaupun kadar jenayah dilaporkan telah menurun, bilangannya tetap puluhan ribu. Contohnya, bilangan jenayah pada tahun 2010 adalah 24,837 kes manakala pada tahun 2011 iaitu 22,929 kes . Ia Memang berkurangan, tapi masih wujud. Jadi tak hairan kalau anda masih mendengar berita tentang berlakunya jenayah. Walaupun kerajaan cuba memberitahu rakyat bahawa kadar jenayah negara ini berkurang, rakyat dikejutkan dengan kenyataan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan bahawa ia sedang meningkat. Beliau mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai. "Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah. Banyaknya laporan yang menjelaskan, kadar perlakuan rasuah meningkat di negara ini, menunjukkan juga secara perbandingan bahawa kadar jenayah meningkat. Rasuah adalah jenayah yang menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama; Meminta/Menerima Rasuah, Menawar/Memberi Rasuah, Membuat Tuntutan Palsu dan Menyalahguna Jawatan/Kedudukan. Katanya, meskipun kajian daripada Bank Dunia itu tidak dapat disahkan sumbernya, usaha keras perlu dilakukan bagi menangani gejala itu. "Namun rasuah menyebabkan negara kita mengalami kerugian besar. Atas sebab itu, kita perlu mencegah rasuah dan tidak mahu wang rasuah mengalir keluar," katanya ketika menyampaikan ceramah pada majlis pelancaran Hari Integriti Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2011 di Dewan Resital pada 1 Mac 2011. SPRM dalam satu kenyataan media 13 Januari 2012 menjelaskan bahawa sejak dinaikkan taraf pada 2009, kadar pendakwaan kes adalah 74 peratus pada 2011, berbanding 71 peratus pada tahun 2010 dan 54 peratus pada 2009. Kenyataan tersebut menunjukkan arah menaik, yang membawa makna bahawa kejadian rasuah semakin meningkat kerana sekiranya rasuah menurun, maka pastinya pendakwaan kes juga menurun. Pada tahun 2006 kedudukan Malaysia pada tangga 43 daripada 163 negara dunia dan pada tahun 2007 Malaysia pada tangga 43 daripada 179 negara. Pada tahun 2008 kedudukan Malaysia pada tangga 47 daripada 180 negara dunia dan pada tahun 2009 Malaysia pada tangga 56 daripada 180 negara. (Bersambung ........) | Menteri: Jangan salahkan SYABAS dalam isu air Posted: 22 Jul 2012 04:06 AM PDT Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tidak perlu dipersalahkan dalam isu bekalan air di negeri tersebut. "Kita selaku kerajaan nak menyelesaikan masalah. Tapi malangnya ia berlaku di negeri Selangor. Kenapa tak berlaku dulu masa BN memerintah dan sekarang dikatakan SYABAS penyebabnya. "Tiada apa yang perlu dikaitkan dengan SYABAS. Apa yang penting di sini ialah bagaimana nak menyelesaikan isu ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan satu program amal di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini. Shafie juga berkata, masalah yang dihadapi oleh kerajaan Selangor perlu diatasi dengan membina loji rawatan air. "Masalah kita perlu kenal pasti. Nak mengatasi masalah ialah kita wujudkan pusat untuk rawat air. Ia tidak memerlukan wang yang banyak sehingga RM10 bilion. Kurang daripada RM10 bilion di mana kerajaan negeri tak perlu melabur dari segi perbelanjaan yang begitu besar. "Kalau dilihat secara rasional dan tak berpandu pada ideologi politik, ia (pusat rawatan air) satu kepentingan bagi rakyat. Kata demi rakyat tapi cakap sahaja," katanya lagi. Kerajaan Selangor menentang pembinaan Loji Langat 2 dengan alasan, negeri itu akan menanggung kos bernilai RM8.65 bilion, selain bayaran RM60 juta royalti air kepada Pahang setiap tahun untuk bekalan air mentah. Selain itu, menurut kerajaan Selangor, akan menghalang usaha memberi bekalan air percuma kepada warganya. Selangor telah mengumumkan untuk campur tangan dalam pengurusan SYABAS dan akan merombak pengurusan tertinggi syarikat tersebut bagi mengurangkan kos pentadbiran syarikat tersebut. Rancangan penyusunan semula perhidmatan air di Selangor juga melibatkan penubuhan Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri Selangor lanjutan daripada kenyataan dan cadangan untuk membuat catuan air yang diumumkan oleh syarikat berkenaan. Dalam reaksinya kepada tindakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor itu, kerajaan pusat yang giat melobi untuk pembinaan Loji Langat 2 kemudiannya menubuhkan satu jawatankuasa khas peringkat kabinet untuk meneliti isu berkenaan. | Shafie: Isu MP tinggalkan Umno 'perkara lumrah' Posted: 22 Jul 2012 04:02 AM PDT Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, beliau tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin yang menyatakan kesediaan untuk dipecat dari parti. Mohd Shafie juga berkata, tindakan pemimpin meninggalkan parti juga menjadi lumrah bagi sesebuah parti politik seperti Umno. "Saya tak mahu buat spekulasi. Ramai sangat yang membuat spekulasi mengenai dia (Lajim). Bagi kita, perkara seumpama ini lumrah dalam gelanggang politik. Kita semua pernah melalui proses ini termasuk Umno. "(Sebelum ini) Timbalan (presiden) Umno sendiri pun pernah keluar (parti) malahan presiden satu ketika dahulu pun keluar. Jadi ia tidak ada apa-apa kepada kita sebagai sebuah parti politik," kata Shafie pada sidang media selepas merasmikan program bubur lambuk 1Malaysia Amal Media 2012 di Bangsar hari ini. Katanya lagi, tindakan seseorang keluar daripada parti bukan sesuatu perkara yang boleh memberi kesan memudaratkan pada parti. Malah, katanya, apa jua keadaan yang dihadapi akan diatasi Umno. "Kesannya mungkin ada, besar kecilnya satu perkara. Tapi saya yakin ini satu spekulasi. Dah banyak sangat. Bulan lalulah, tahun lalulah. "Benda-benda ini tak tahu benar ke tidak. Dia pun dah nafikan. Kalau orang dah nafi takkan tak percaya. "Saya rasa apa yang penting untuk dia ialah, buat kerja dia sebagai ahli parlimen laksanakan tugas dan tanggungjawab," katanya lagi. Jun lalu, Lajim meletak jawatan sebagai ketua Umno cawangan Kerambai Kebatu selepas beliau dikatakan tidak akan mempertahankan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort. Menurut Sabah Times, perkara itu diumumkan Lajim pada hari Sabtu lalu ketika satu majlis sambutan harijadinya yang ke-57. | Mustapa dijangkiti penyakit 'denial syndrom' Posted: 22 Jul 2012 03:54 AM PDT KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan menyifatkan tuduhan Umno kononnya PAS memerlukan artis selepas kejayaan Umno mendekati golongan muda satu tuduhan bersifat penafian. "Saya menyifatkan bahawa Mustapa telah dihinggapi sindrom penafian atau denial syndrome apabila terus menerus menyatakan bahawa kemasukan golongan artis ini ialah kerana PAS tertekan dengan BN," kata Abdul Latif Abdul Rahman, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dalam kenyataannya. Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang disiarkan di dalam laman portal Malaysiakini pada 21 Julai 2012 yang mengulas berhubung fenomena kemasukan golongan artis ke dalam parti PAS kebelakangan ini. Menurut Mustapa, ia berlaku kerana PAS kini mungkin memerlukan kerjasama artis dalam kempen mereka di Kelantan kerana tertekan dengan kejayaan BN mendekati golongan muda. Menurut Mustapa lagi, BN telah berjaya menarik golongan muda menerusi program kesukarelawan 1Malaysia Youth For You (1M4U) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Ahad lepas dan ia memberi tekanan kepada PAS. "Saya mengira Mustapa sebagai seorang Menteri penuh di peringkat pusat tidak wajar untuk mengeluarkan kenyataan yang sebegini cetek yang hanya bertujuan untuk meredakan keresahan pengikut-pengikut setia UMNO dan Barisan Nasional apabila melihat fenomena kemasukan beramai-ramai ke dalam parti PAS pada hari ini," kata Abdul Latif. Bagi beliau, Mustapa tentunya beranggapan dengan kenyataannya itu, ahli-ahli UMNO akan percaya bahawa kemasukan golongan profesional dan karyawan ke dalam parti PAS pada hari ini tidak akan menjejaskan peluang UMNO untuk mempertahankan Putrajaya di dalam piliharaya umum yang akan datang nanti. "Hakikatnya satu perkara yang perlu diingat bahawa kemasukan golongan artis khususnya ke dalam parti PAS ialah bukti bahawa seluruh lapisan masyarakat sudah jemu dan muak dengan segala macam penyelewengan yang berlaku di dalam negara yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. "Ia terlampau teruk sehingga tidak mampu lagi diterima oleh rakyat negara ini," kata beliau. Menurutnya, penyelewengan dan salah guna kuasa ini bukannya satu perkara yang baru, bahkan ia berulang-ulang dengan pelbagai isu yang didedahkan dari masa ke semasa. Mengaitkan penyertaan golongan artis ke dalam PAS ini kerana kejayaan program kesukarelawan 1Malaysia Youth For You (1M4U) yang dilancarkan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak Ahad lepas juga merupakan satu lagi kenyataan yang melucukan daripada Mustapa Mohamad, tambahnya. "Bagaimana Mustapa boleh mengatakan demikian sedangkan di barisan hadapan artis yang baru menyertai PAS ialah Bob Lokman yang menyerahkan borang keahlian PAS pada Februari 2011 iaitu kira-kira lima belas bulan sebelum program 1Malaysia Youth For You (1M4U) dilancarkan?! Adakah Pengerusi Perhubungan UMNO telah lupa tentang fakta ini?" soalnya. Hakikatnya, tambah beliau, yang menggunakan artis untuk menarik kehadiran pengunjung ialah UMNO. Itulah yang dilakukan UMNO di Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya dan diteruskan oleh UMNO Bahagian Kota Bharu yang menjemput artis wanita melakukan persembahan terbuka untuk menghiburkan para guru yang dipaksa dalam satu program pada minggu lepas. Bukan lagi rahsia bahawa tanpa pertunjukan seperti ini ditambah dengan habuan kewangan dan paksaan untuk hadir, program yang diadakan UMNO tidak akan mendapat sambutan. "Barangkali inilah caranya UMNO menyambut kehadiran bulan Ramadhan!" tempelaknya. "Saya amat bersimpati dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan di atas kenyataan yang begitu naif ini. "Apapun, saya ucapkan kepada beliau selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan," kata Latif dalam kenyataannya di hari pertama umat Islam berpuasa. | Shahidan sedia lepas jawatan Presiden PFA Posted: 22 Jul 2012 03:49 AM PDT SINAR HARIAN KANGAR - Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim hari ini menyatakan hasrat untuk berundur daripada meneraju persatuan itu jika ada pihak lain yang berminat menggantikannya. Beliau yang menawarkan jawatan itu kepada Menteri Besar Perlis Datuk Seri Md Isa Sabu, berkata PFA memerlukan peruntukan yang besar untuk kembali gah dalam saingan liga. "Saya tahu beliau (Md Isa) tak minat bola sepak, tetapi beliau mempunyai sumber kewangan untuk meneraju sukan ini," katanya pada sidang media, di sini. Shahidan berkata kekangan kewangan menyebabkan PFA gagal menyerlah dalam saingan Liga Perdana musim ini sehingga terpaksa beraksi dalam Liga FAM musim depan. Katanya sejak meneraju PFA pada 1998, beliau berkorban dari segi kewangan demi memastikan skuad Singa Utara yang pernah menjulang Piala Malaysia pada 2004 dan 2006 itu terus hidup. Beliau turut mengaitkan kegagalan musim ini dengan penyelewengan segelintir pemain Perlis. Pada masa yang Shahidan meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menetapkan garis panduan berkenaan gaji pemain, agar tidak timbul perbezaan ketara antara pemain pasukan 'kaya' dan 'miskin' sehingga menimbulkan kesan negatif kepada pemain itu sendiri. - Bernama | MB Kedah anggap isu saham selesai Posted: 22 Jul 2012 03:47 AM PDT ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyifatkan isu pembelian saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh anak syarikat Kerajaan Negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) selesai, sejurus selepas beliau arahkan pegangan saham itu dijual. Katanya, isu tersebut tidak wajar dipanjangkan lagi kerana PKNK telah menyedari kesilapan itu, yang didakwa tidak selari dengan pendirian pemimpin Pakatan Rakyat (PR). "Arahan menjual semula saham FGVH berkuat kuasa serta merta tetapi jual saham bukan macam jual buah, ia ambil masa sedikit," katanya. Azizan yang juga Pengerusi PKNK berkata, ekoran daripada tindakan melepaskan pegangan itu, PKNK kehilangan Mengulas mengenai desakan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang mahu PKNK memohon maaf kepada Gabungan Selamatkan Felda (GSF) kerana bertindak tidak selari dengan dasar PR yang menentang penyenaraian FGVH, Azizan berkata, sepatutnya Anak berterima kasih kepada PKNK kerana mengetepikan keuntungan dengan melepaskan pegangan itu. "PKNK sudah jual saham itu sebab menghormati prinsip bersama dalam PR selain perjuangan Anak dan GSF. Dari segi kewangan, memang kita rugi atas tindakan itu tetapi kita tidak kisah sebab mahu hormatiprinsip dan elak salah faham," katanya. Kelmarin, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mempertikai tindakan Azizan yang dituduh cuba melepaskan diri berkaitan isu pemilikan saham FGVH, dengan menyembunyikan fakta sebenar. Bagaimana pun, dakwaan itu disangkal Azizan yang menyifatkan Mahdzir tidak tahu selok-belok urusan pembelian dan penjualan saham PKNK, dengan buat tuduhan melulu. "Patut beliau tanya pada saya atau PKNK untuk penjelasan, bukan tuduh tanpa usul periksa. Operasi pembelian dan penjualan saham PKNK diurus unit pengurusan pentadbiran tersendiri. Operasinya berbeza dikelolakan sendiri pihak terbabit, tak perlu rujuk saya semua perkara,"katanya. Mengulas dakwaan Mahdzir bahawa setiap cek melebihi RM1 juta perlu mendapatkan tandatangan Pengerusi, dan mustahil perkara itu di luar pengetahuan Azizan ekoran cek yang dikeluarkan berjumlah RM2,275,000, Azizan berkata, beliau menandatangani sejumlah cek untuk urus niaga PKNK supaya pihak bank meluluskan pengeluaran wang. "Saya tandatangan banyak cek untuk PKNK, untuk pelbagai kegunaan termasuk saham. Ada yang butirannya tidak perlu dimaklumkan. Pihak bank bertindak mengeluarkan wang melalui cek untuk dibayar kepada saham terbabit, seterusnya dikendalikan unit terbabit," katanya. Menurutnya, sekiranya beliau terlepas pandang, ianya bukan sesuatu yang disengajakan kerana sebelum ini, permohonan Permodalan Kedah Berhad (PKB) untuk membeli saham FGVH ditolak. "Cek untuk beli saham bukan macam kita keluarkan cek beli lembu Raya. Bukan semudah itu. Mungkin ketika Mahdzir jadi Menteri Besar dan Pengerusi PKNK, dia tidak terlibat dalam urusan jual beli saham dan tidak tahu prosedur PKNK," katanya | DAP: Kenyataan PDRM muslihat politik serang PR Posted: 22 Jul 2012 03:46 AM PDT SHAH ALAM - DAP mendakwa kenyataan pegawai kanan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Khamis lalu bahawa anggota Jemaah Islamiah (JI) dan pengaruh komunis mula meresapi pembangkang sebagai tindakan oportunis politik untuk melakukan serangan tidak berasas ke atas parti itu dan Pakatan Rakyat (PR) tanpa menunjukkan bukti. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga menyifatkan perkembangan terbaru ini sebagai satu muslihat politik pilihan raya untuk menakutkan orang Melayu untuk menyokong Umno dan BN. "Ini tidak lain dan tidak bukan adalah tindakan oportunis politik oleh Cawangan Khas untuk membuat serangan tidak berasas ke atas DAP tanpa menunjukkan bukti," kata Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini. Sehubungan itu Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyoal sama ada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berani untuk mengarahkan Cawangan Khas agar menunjukkan bukti kepada rakyat bagaimana komunis telah menyusup ke dalam DAP. "Jika Hishammuddin gagal melakukan demikian, maka sebenarnya Cawangan Khas yang sudah disusup oleh Umno! "Taktik terdesak ini tidak berbeza daripada Umno yang mempersoalkan kesetiaan DAP terhadap Malaysia walaupun tiada pemimpin DAP yang telah mendapatkan status Penduduk Tetap Australia seperti seorang menteri MCA. Dalam kenyataannya, Guan Eng juga menyoal mengapa Cawangan Khas polis masih lagi ingin melawan komunis sedangkan PDRM telah menandatangani perjanjian damai dengan Parti Komunis Malaya pada 2 Disember 1989. "Jika Cawangan Khas ingin sangat melawan komunis, mereka patut berasa malu kerana gagal melaksanakan tugas dengan mengambil tindakan terhadap Ketua Pemuda, Umno Khairy Jamaluddin. "Bukankah sepatutnya Khairy ditangkap dan didakwa kerana ingin memulihkan komunisme dengan menubuhkan sekretariat tetap pada 12 Oktober 2009 yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Pemuda Barisan Nasional dan Liga Pemuda Komunis China (CYL)? "Ketua Pemuda BN Khairy telah berkata bahawa sekretariat tetap itu akan membolehkan program-program dua hala yang berterusan untuk mengeratkan hubungan antara dua entiti tersebut," katanya. "Pegawai atasan Cawangan Khas seperti Mohd Sofian harus letak jawatan kerana gagal bertindak terhadap Khairy dan Pemuda Umno yang menjalin hubungan langsung dengan CYL tetapi sebaliknya memilih untuk mencari bayang-bayang komunis yang tidak wujud dalam DAP," katanya lagi. Malah apabila para pemimpin DAP ditahan tanpa bicara di bawah ISA, kata Guan Eng, tiada satu pun yang didakwa dengan hubungan komunis. "Cawangan Khas juga tidak menentang penjalinan hubungan diplomatik antara kerajaan Malaysia bukan sahaja dengan China tetapi juga dengan rejim-rejim Marxis seperti Cuba. "Adalah jelas bahawa cubaan untuk mengaitkan DAP dengan komunis ini adalah satu muslihat politik pilihan raya untuk menakutkan orang Melayu untuk menyokong Umno dan BN," katanya. Guan Eng juga berkata, kempen memburuk-burukkan oleh Cawangan Khas terhadap DAP ini adalah sebahagian daripada taktik 3D Umno iaitu penafian hubungan komunis mereka sendiri, taktik kotor untuk menakut-nakutkan pengundi dan penipuan untuk menghubungkan PR dengan puak pelampau dan komunis. "Taktik terdesak ini tidak lagi berguna kerana rakyat tidak mahu hidup dalam kegelapan. Rakyat ingin hidup dalam pencerahan dengan martabat keinsanan, integriti, kebebasan maklumat, kebenaran, keadilan dan demokrasi," kata beliau lagi. | Pas akui manfaat 'kelebihan artis' ubah landskap politik Posted: 22 Jul 2012 03:44 AM PDT SHAH ALAM – Pas mengakui memanfaatkan penglibatan artis dalam politik bagi menarik golongan muda untuk terus bersama memperjuangkan politik baru dan sehubungan itu, Barisan Nasional (BN) tidak perlu mempertikaikan perkembangan tersebut. Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penglibatan artis dalam politik terutamanya penyertaan mereka dalam Pas telah memberi kesan positif bagi menarik golongan muda bersama pihaknya mengubah kerajaan. Menurutnya, artis adalah golongan yang mempunyai peminat dan pengikutnya yang tersendiri serta boleh dimanfaatkan dengan tujuan yang baik. "Ya memang benar penglibatan artis berkesan untuk menarik anak-anak muda pada masa sekarang yang lebih menggemari hiburan dan seni sertai Pas. "Apa salahnya kita manfaatkan artis untuk menerapkan nilai-nilai murni yang berlandaskan Islam kepada anak muda yang mengikuti golongan tersebut," katabeliau kepada Sinar Harian Online. Beliau berkata, Pas tidak pernah menawarkan penglibatan artis dalam politik untuk menyertai Pas, tetapi mereka sendiri mengambil inisiatif untuk berubah menjadi seorang yang mengikut landasan Islam, antaranya menutup aurat. "Alhamdulillah, penglibatan artis itu bukan kita paksa atau kita ajak, tapi mereka terikut budaya tutup aurat. Golongan muda bersama Pas gembira apabila artis kegemaran berjaya untuk yakinkan mereka dengan Pas telah membawa dimensi baru," kata beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang. Tuan Ibrahim berkata, kerjaya seni artis tidak dihalang dan mereka perlu bijak memilih sesuatu lakonan dan sebagainya dengan lebih baik selaras dengan budaya yang diamalkan mereka selepas menyertai Pas. "Artis sudah ada program dan aktiviti sendiri, kami tak halang, malah aktiviti tersebut berjaya menarik golongan muda menyokong Pas dan Pakatan Rakyat (PR)," katanya lagi. Kelmarin, Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Pas yang dahulu tidak mengemari golongan artis, kini mungkin memerlukan kerjasama artis dalam kempen mereka di Kelantan kerana tertekan dengan kejayaan BN mendekati golongan muda. Beliau berkata, BN telah berjaya menarik golongan muda menerusi program kesukarelawan 1Malaysia Youth For You (1M4U) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Ahad lepas dan ia memberi tekanan kepada Pas. Katanya, dahulu di Kelantan persembahan artis termasuk dikir barat dan Mak Yong diharamkan dan Pas juga tidak begitu gemar dengan golongan artis kerana didakwa terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, penglibatan artis dalam Pas telah memberi kesan kepada golongan muda dan berjaya menarik mereka menyertai parti pembangkang itu. Katanya, Pas tidak menggunakan artis sebagai jalan menarik golongan muda tetapi mereka secara tidak langsung telah membawa golongan tersebut bersama-sama merubah kerajaan. "Memang benar artis bagi kesan menarik anak muda sertai Pas dan PR, tapi kami tak ajak mereka sendiri yang datang kepada Pas. "Barisan Nasional (BN) tak sepatutnya prejudis tentang perubahan ini, biar kami buat cara kami dan mereka buat cara mereka," katanya. Mahfuz berkata, walaupun artis telah menyertai Pas, namun pejalanan seni mereka tidak akan terbatas tetapi akan menjadi salah satu perubahan kepada industri seni tanah air. | Kerajaan Negeri Selesaikan Projek Rumah Terbengkalai PJS1 Posted: 22 Jul 2012 03:40 AM PDT PETALING JAYA : Keresahan lebih 260 pembeli rumah kos rendah Blok E Petaling Jaya Selatan (PJS) Satu di sini dijangka berakhir apabila Kerajaan Selangor bertindak mengambilalih projek itu yang terbengkalai lebih sembilan tahun. Rata-rata pembeli yang sekian lama menduduki kawasan setinggan berhampiran dengan tapak projek, melahirkan kegembiraan dengan tindakan Kerajaan Selangor itu. Bagi peniaga, Mat Saperi Lebai Ayob, 57, tindakan kerajaan Selangor yang mahu mencari jalan penyelesaian wajar dipuji. "Sebagai pembeli yang rumah sudah terbengkalai lebih sembilan ke sepuluh tahun, (saya) beranggapan isunya akan selesai tak lama lagi. "Memang perkara ini sudah lama sangat dan pembeli amat sedih dan kecewa. Ada yang sudah uzur, tua dan ada yang sudah meninggal dunia. "Dengan kehadiran Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) berdialog bersama semua pembeli, saya rasa satu keputusan yang baik akan diperolehi nanti oleh kita semua." Beliau ditemui TVSelangor selepas majlis perjumpaan Menteri Besar bersama pembeli RKR Blok E Unit PJS Satu di Bangunan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini semalam. Projek itu melibatkan pembinaan 262 unit pangsapuri kos rendah yang dimulakan pada 2003. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli Blok E PJS Satu, M Sugumaran berharap Kerajaan Negeri dan mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jawatankuasa penduduk secepat mungkin bagi mencari jalan penyelesaian. "Ini kali kedua Menteri Besar datang bagi sesi dialog dan kita harap satu keputusan akan dapat dicapai sebagaimana yang dikatakan oleh beliau. "Saya yakin sebagai kerajaan yang prihatin dan berkebajikan, maasalah kami ini akan dapati diselesaikan," katanya. Sementara itu, Abdul Khalid dalam sidang media berkata, satu jawatankuasa bertindak akan ditubuhkan bagi mencari penyelesaian dalam perkara itu. Beliau berkata, jawatankuasa itu melibatkan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad, Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslam Sakiman, jawatankuasa penduduk dan pihak-pihak berkaitan. "Saya telah mengaarahkan Iskandar bersama Datuk Bandar dan wakil penduduk mengadakan perbincangan dan dalam bulan puasa ini sekurang-kurang dua kali supaya semua perkara dapat diseleesaikan. "Tujuannya apabila kita lancarkan projek perumahan untuk mereka yang akan mendapat rumah-rumah ini maka tiada lagi perkara yang mengelirukan berbangkit. "Kita mesti selesaikan sebab sudah lama sangat orang tunggu. Bagaimanapun keputusan hanya akan boleh dibuat selepas proses pengambilalihan tanah bagi menjayakan projek tersebut," katanya. | ISA dicipta untuk takutkan rakyat – Hisham Rais Posted: 22 Jul 2012 03:35 AM PDT Oleh: Sidiqin Omar KUALA LUMPUR : Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berfungsi bukan sahaja untuk menakutkan tahanan ISA, bahkan kepada mereka yang tidak ditahan, kata bekas tahanan Hishamuddin Rais. "Ketakutan menjadikan ISA digeruni. ISA digerakkan di atas landasan ketakutan. Bila orang ramai dapat ditakut-takutkan dengan ISA, maka ISA berjaya. "Justeru, apa yang kita lawan ialah ketakutan untuk ditangkap," kata Hishamuddin pada Forum 'ISA, Penyeksaan Yang Sempurna' di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, malam tadi. Jelas Hishamduddin, konsep tahanan tanpa bicara dimulakan penjajah British untuk mematahkan musuh politik mereka. Kaedah sama dilakukan kerajaan Malaysia untuk mematahkan musuh politik mereka, sama ada pembangkang mahupun saingan di dalam Umno-BN sendiri. "Ini berlaku terhadap apa yang mereka digelar sebagai 'tiga Abdul' dahulu. Mereka orang Umno," kata Hishamuddin merujuk penahanan melibatkan orang kuat bekas Perdana Menteri Tun Razak, iaitu Abdullah Ahmad, Abdullah Majid dan Abdul Samad Ismail. "Kalau dulu, pemimpin pelajar, gerakan buruh dan parti kiri ditangkap, kebanyakan yang bersuara adalah orang bukan Melayu. Nak tengok parti Melayu seperti Pas untuk bercakap melawan ISA cukup sukar. "Namun, bila kena pada diri sendiri, barulah ingin bersuara. Operasi Lalang adalah contoh terbaik. Hari ini kita tengok – seperti dalam Dewan ini sendiri, yang paling lantang menentang ISA adalah orang Melayu sendiri," kata Hishamuddin. Jelasnya, penyeksaan terhadap tahanan ISA datang dalam dua bentuk, iaitu penderaan secara fizikal dan penderaan secara psikologi. "Secara fizikal, jika kita tak tahan, kita akan lunyai. Saya secara peribadi telah ditunjukkan kepada individu yang didakwa melakukan kesalahan dan dipukul teruk – seorang warga Indonesia – dikatakan bersubahat dengan peristiwa pengeboman di Bali. "Ini bertujuan untuk menakutkan-nakutkan secara fizikal. Manakala secara psikologi, tahanan telah dikurung, menyebabkan dia hilang arah. "Namun, melihat apa yang berlaku selepas Bersih 2.0, rakyat Malaysia telah berjaya melintasi garis takut. Cakaplah tentang penahanan ISA, orang tak ambil 'port'," kata Hishamuddin disambut ketawa hadirin. | Pemimpin zalim dan korup, itu 'mufsidun' Posted: 22 Jul 2012 03:33 AM PDT Oleh: Aisya Geofrey KUALA LUMPUR : Pemimpin yang zalim, amal rasuah, aibkan orang dan merosakkan masyarakat itu lebih layak digelar 'mufsidun', kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty. Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melabel peserta Bersih sebagai 'mufsidun' yang bermaksud golongan membuat kerosakan perpaduan antara kaum dan sesama umat Islam dan imej negara. Najib berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dalam Majlis Perhimpunan Perdana warga imam dan ahli jawatankuasa masjid seluruh negara di Serdang pagi semalam. "Istilah yang digunakan Najib itu tidak tepat sama sekali, peserta yang mengambil bahagian dalam Bersih termasuklah sasterawan negara, A. Samad Said, ilmuan agama, peguam dan ahli profesional, adakah mereka semua 'mufsidun'?" soal Mohd Nor. Menurut Muhamad Nur, istilah 'mufsidun' sepatutnya digunakan dalam konteks yang 'syumul' iaitu secara menyeluruh, bukan hanya kerana rakyat berhimpun menuntut keadilan terus dilabel sedemikian rupa. "Mereka yang hadir pada himpunan 28 April lalu lebih sesuai digelar 'al-muslihun' kerana mereka berjuang memperbaiki sistem pemerintahan negara yang semakin korup dan zalim," katanya. "Bukan hanya tok imam yang perlu jadi 'muslihun', tapi setiap orang, tak kira pengamal undang-undang, pegawai kerajaan malah pemimpin sendiri, bukannya ambil duit rakyat kemudian mengagihkan sesama keluarga mereka," sindirnya. | AMK demo gesa Selangor ambil alih SYABAS esok Posted: 22 Jul 2012 03:29 AM PDT SHAH ALAM : ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Selangor akan mengadakan demontrasi bagi mendesak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menyerahkan pengurusannya kepada kerajaan negeri, kata Naib Ketuanya, Azmizam Zaman Huri. Menurutnya, demontrasi itu akan diadakan di Wisma Rozali Seksyen 13 Shah Alam, esok bermula jam 12 tengahari dan rakyat Selangor turut dijemput hadir. "Demo Bantahan Kegagalan SYABAS ini bertujuan mendesak SYABAS supaya menyerah operasi urus tadbir air kepada kerajaan negeri secepat mungkin dan tidak lagi bermain tarik tali dengan menyusahkan kehidupan rakyat. "SYABAS selaku pemegang konsesi bekalan air di negeri Selangor gagal untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat negeri Selangor, "Sehubungan itu AMK Selangor akan tampil dengan satu memorandum bantahan kepada SYABAS kerana (keputusan) bekalan air yang dicatu keterlaluan," katanya. Awal minggu ini, SYABAS mengumumkan Selangor kini berdepan krisis bekalan air dan menyatakan hasrat untuk mencatu bekalan air di negeri it, jika kerajaan negeri menolak pembinaan Loji Langat . Khalid Ibrahim yang ragu dengan keputusan SYABAS mengumumkan penstrukturan semula bagi mengelakkan penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menanggung kenaikan tarif air sebanyak 50 peratus. | Gaji Orang Atas Diberhenti Apabila Kerajaan Selangor Ambilalih Syabas Posted: 21 Jul 2012 10:09 PM PDT PETALING JAYA : Antara gaji bulanan yang akan diberhentikan kata Menteri Besar, adalah Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kerana tidak menjalankan tugas sepertimana dipertanggungjawabkan. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata walaupun pengerusi eksekutif itu dibayar gaji bulanan sebanyak RM 400,000 sebulan, beliau masih tidah dapat memastikan semua rakyat Selangor mendapat bekalan air terawat yang konsisten dari Syabas. "Sebab apa saya tak nak bayar? Gaji itu dia tak buat kerja, dia dapat mana boleh. Saya tak boleh bagi gaji buta. "Boleh jadi sebelum 2008 dia boleh dapat gaji buta tapi sekarang tak boleh sebab kalau tidak saya suruh rakyat semua pergi ke rumah dia tuntut duit itu. "Saya mahukan rakyat dapat nilai untuk wang itu," katanya dalam sidang media selepas majlis perjumpaan dengan pembeli rumah kos rendah di Bangunan Sebaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini. Abdul Khalid berkata, Kerajaan Selangor akan tetap mengambilalih pengurusan Syabas selepas syarikat konsesi air itu gagal memberikan perkhidmatan kepada pengguna sepertimana termaktub di dalam perjanjian antara ia dan Syabas. Mengikut perjanjian itu pada 2004, Syabas, sebuah syarikat swasta, dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sistem rawatan dan pengedaran air di Selangor. Beliau berkata, Kerajaan Selangor boleh mengambilalih pengurusan Syabas atau "step ini" apabila terbukti syarikat tersebut tidak mampu menjalankan tugasnya kepada pengguna air Selangor. Baru-baru, Kerajaan Pusat bersetuju melantik sebuah jawatankuasa bagi merancang proses pengambilalihan itu. Abdul Khalid berkata, apa yang penting semua pihak perlu bekerjasama dalam mencari penyelesaian isu air tersebut demi kepentingan rakyat di Selangor. "Saya seorang professional walaupun saya ahli politik, tujuan saya bukan untuk menyalahkan sesiapa baik Syabas, Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Selangor. "Pengguna kata dia nak air bersih, paip dia mesti ada air dengan harga yang terbaik. Tujuan saya apapun saya akan betulkan sehingga pengguna dapat perkhidmatan yang terbaik," katanya. | Charles : Jawatankuasa Air Pusat "Sia sia", "Mengarut", "Tidak Adil" Posted: 21 Jul 2012 10:06 PM PDT SHAH ALAM : Penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk meneliti pengambil-alihan operasi Syabas oleh Selangor diselar oleh Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago kerana tidak melibatkan pemimpin Kerajaan Selangor. Walhal jawatankuasa itu, yang diumumkan kerajaan pusat pada Julai 19, bertujuan menyelesaikan masalah bekalan dan pengedaran air terawat di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. "Seorangpun wakil Kerajaan Negeri tidak dilantik untuk berbincang dan menyatakan pandangan dan pendirian kita dalam jawatankuasa tersebut. "Jadi sudah tentulah rancangan penstrukturan semula air tidak akan dibincangkan. Melainkan apa yang mereka inginkan iaitu Projek Langat 2 demi mengkayakan kroni mereka sementara rakyat terus ditindas," tegas Charles yang dihubungi. Langat 2 merujuk kepada projek mega untuk membeli dan memindahkan air mentah dari Pahang ke Selangor yang akan menelan kos RM 6 bilion. Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat berpendirian projek itu membazirkan kerana negeri mempunyai bekalan air mentah yang cukup. Mengulas lanjut, Charles mempersoalkan keberdayaan Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan isu air kerana mereka didakwa tidak mementingkan rakyat. "Kita memandang Kerajaan Pusat sebagai hanya mengikut rentak dan kemahuan Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) sehinggakan rakyat menjadi mangsa dengan pelan catuan air Syabas yang tidak relevan. "Sementara rakyat ditekan, Kerajaan Pusat pula masih gagal melaksanakan suatu pelan tindakan yang meyakinkan melainkan penubuhan jawatankuasa syok sendiri ini," tambahnya. Penubuhan Jawatankuasa Khas tersebut diumumkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), , Datuk Seri Peter Chin Fah Kui beberapa hari lalu dan akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pengumuman jawatankuasa itu selepas Kerajaan Selangor menyatakan hasrat untuk mengambil alih atau "step in" operasi Syabas, syarikat swasta yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus air terawat dan pengederan air kepada pengguna. Proses step in ini dilakukan kerana Syabas gagal melaksanakan tugasnya sehingga berlaku ganguan bekalan air terawat di beberapa kawasan di selatan Selangor. Jawatankuasa pusat itu turut dianggotai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala. Tiada wakil Kerajaan Negeri Selangor dilantik dalam jawatankuasa itu namun Peter dalam satu kenyataan menyebut pihaknya akan memanggil Kerajaan Negeri untuk memberi pandangan "jika diperlukan". | Laporan polis terhadap ADUN Kota Posted: 21 Jul 2012 09:56 PM PDT Awaluddin menjelaskan, beliau tidak menurunkan bendera PAS sebagai dakwaan Zamri. PETALING JAYA: Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kota, Parlimen Rembau, Zamri Mad yang membuat laporan terhadap ADUN BN Kota, Dr Awaluddin Said kerana menurunkan bendera PAS di Bongek mahu wakil rakyat itu memohon maaf. Zamri membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Rembau selepas kejadian berlaku 17 Julai lalu. Ketika dihubungi hari ini, Zamri berkata, sehingga hari ini Dr Awaluddin belum membuat sebarang permohonan maaf kepadanya. "Beliau sebagai wakil rakyat mesti menunjukkan teladan baik sesuai dengan statusnya seorang ADUN. "Tindakan Awaluddin menurunkan bendera PAS kononnya untuk mendamaikan orang PAS dan Umno tidak boleh diterima. "Apa kena mengena menurunkan bendera PAS dengan mendamaikan orang PAS dan Umno.?" Menurut Zamri, Awaluddin sebelum ini merupakan seorang wakil rakyat yang bersih tetapi tindakan menurunkan bendera PAS boleh menjatuhkan nama baiknya. Beliau menambah, sebagai wakil rakyat beliau mesti bertindak adil kepada semua orang tidak kira penyokong kerajaan atau pun pembangkang. Awaluddin nafi "Bendera kami banyak yang hilang tetapi apabila mengadu kepada Majlis Daerah Rembau (MDR), mereka menjawab apa boleh buat.?" kata Zamri lagi. Sementara itu Awaluddin menjelaskan, beliau tidak menurunkan bendera PAS sebagai dakwaan Zamri. Katanya, bagaimanapun, MDR tidak membenarkan mana-mana pihak memasang bendera di papan tanda jalan. "Bendera yang diturunkan itu dipasang di papan tanda jalan itu dibuat oleh budak-budak berlaku kekcohan waktu dan saya mahu mendamaikannya. "Kebetulan saya lalu, saya membuat keputusan lebih baik saya meleraikan dari membiarkan yang memungkinkan menjadi lebih besar. "Salahkah saya mahu meleraikan kekecohan itu?" tanya beliauyang juga ahli majlis MDR. | Polis Besut tahan 60 penagih sedang khayal di kebun kenaf Posted: 21 Jul 2012 09:48 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER BESUT – Polis menahan 60 lelaki termasuk seorang warga Indonesia yang sedang khayal akibat dadah di kawasan kebun kenaf berhampiran Kampong Tok Saboh, Kuala Besut semalam. Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata dalam serbuan 6 pagi itu polis turut merampas pelbagai jenis dadah dan bungkusan berisi ganja kering daripada penagih yang ditahan. Mereka yang berumur antara 21 dan 64 tahun itu bekerja sebagai nelayan dan buruh dari sekitar Kuala Besut dan Pasir Putih, Kelantan, katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Ujian air kencing semua lelaki terbabit didapati positif dadah dan mereka akan didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya, katanya. Beliau berkata polis percaya kawasan itu baharu sahaja dua minggu dijadikan pangkalan penagih mendapat bekalan dadah dan melepas gian. Kamaruddin turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kawasan penagih melepas gian melaporkan kepada polis. – Bernama | Pilihan raya mengejut dalam bulan September sebelum Hari Malaysia, kata sumber Posted: 21 Jul 2012 09:46 PM PDT Oleh Jahabar Sadiq The Malaysian Insider difahamkan, penasihat dan pembantu perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak telah memberitahu beberapa orang tentang rancangan untuk mengadakan pilihan raya diantara Hari Raya Aidilfitri pada 19 Ogos dan hari pembentangan bajet pada 28 September. Hari Malaysia adalah pada 16 September. "Pilihan raya mengejut adalah sebelum 16 September supaya memberi masa yang cukup untuk membentangkan bajet 2013 pada 28 September jika BN masih menguasai Putrajaya," kata sumber kepada The Malaysian Insider. Akan tetapi beliau juga menambah bahawa Hari Pembentangan Bajet Malaysia secara tradisinya diadakan pada hari Jumaat dan pada akhir bulan Oktober dipercepatkan oleh kerana Aidilfitri – perayaan selepas Ramadhan berakhir bagi orang Islam. Lebih 60 peratus daripada rakyat Malaysia beragama Islam dan Islam adalah agama rasmi negara ini. Sumber lain memberitahu, bulan September juga membenarkan orang Islam untuk menunaikan ibadah Haji yang jatuh pada 26 Oktober – isu Haji menjadi perbalahan di kalangan beberapa parti politik yang mengatakan ia akan melucutkan kuota sebanyak 20,000 umat Islam di Malaysia yang berhak untuk mengundi. "Kami dengar pilihan raya mengejut pada bulan September dan ini dijadikan faktor dalam analisis kami," kata penganalisis pasaran saham Singapura kepada The Malaysian Insider sambil memberi perhatian kepada perjumpaan antara Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bersama wakil parti-parti politik minggu lalu. Najib sangat berhati-hati dalam mengumumkan tarikh pilihan raya walaupun beliau menyatakan keyakinannya memenangi kerajaan pusat dan semua negeri. BN menguasai Putrajaya dan Sembilan negeri manakala pembangkang, Pakatan Rakyat (PR) menguasai Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selamgor. Perak yang dimenangi PR kembali ke Bn pada Fabuari 2009 apabila tiga Adun keluar PR menjadikan BN majoriti di negeri tersebut. Di Pekan semalam, Najib berkata BN masih belum selesai senarai calon untuk pilihan raya akan datang. Akhbar The Star melaporkan najib berkata, "Senarai ini akan muktamad apabila tiba masanya. Laporan tersebut menyatakan terdapat calon yang digugurkan oleh kerana beberapa sebab seperti disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis. Ada juga yang digugurkan untuk beri laluan kepada orang muda. "Kita masih menyemak helaian nama, memeriksa dan menyemak lagi, " kata Presiden Umno itu kepada pemberita. Walaupun Najib memberikan komen sedemikian, sumber dari BN mengatakan mereka sudahpun mengambil barang-barang kempen seperti t-shirt dan poster dari kilang di beberapa pelabuhan untuk diedarkan ke semua negeri dan bahagian. Sesetengah barang diimpot dari China dan Indonesia. Ahli strategi BN menggunakan Najib sebagai asas kempen mereka dengan sepanduk, billboard dan bunting memaparkan mukanya digantung dalam bangunan dan jalan-jalan utama di ibu kota dan bahagian-bahagian lain negara ini. Komuter KTMB juga mempunyai mukanya terpampang pada keretapi sementara parti dan gabungan laman web mempunyai foto Najib yang dipamerkan. "Najib sangat popular. "Survey terakhir yang dilakukan oleh Merdeka Centre menunjukkan beliau mendapat 65 peratus rating popular dan beliau melangkaui semua demografi," kata ahli strategi BN kepada The Malaysian Insider. Ketika BN memanggil pilihan raya pada tahun 2008 PM pada ketika itu adalah Tun Abdullah Badawi, populariti Abdullah adalah sebanyak 71 peratus tetapi BN hilang penguasaan majoriti 2/3 di parlimen dan empat buah negeri. Najib yang mencari mandat pertama di pilihanraya sejak beberapa bulan ini telah menjelajah satu negara menerusi programnya "Jelajah Janji Ditepati" dan beliau dijangka akan melawat Kelantan dan Terengganu tidak lama lagi. Sama ada secara ironi ataupun kebetulan, Janji Ditepati turut merupakan tema Hari Kebangsaan yang bakal disambut pada Ogos 31 tahun ini. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut telah menjangkakan pilihanraya selepas Aidilfitri, katanya BN berkemungkinan akan mengambil peluang kerana ramai pengundi tidak sempat pulang ke daerah mengundi mereka, selepas perayaan besar umat Islam itu. Kebiasaanya, semasa Aidilfitri ramai yang pulang ke kampung halaman untuk bersama keluarga. "Kami jangka BN akan menggunakan peluang Aidilfitri sebaikmya kerana pengundi akan berfikir serius untuk kembali kepada kampung halaman mereka untuk mengundi hanya selepas mereka pulang dari cuti, "katanya kepada organ pihak Islamis Harakahdaily di Rabat, Maghribi. Hampir 13 juta pengundi layak untuk membuang undi mereka jika pilihan raya umum dipanggil melibatkan semua 222 kerusi persekutuan dan 505 kerusi di 12 negeri. Walau bagaimanapun, empat negeri PR memerintah negeri masih belum membuat keputusan - sama ada akan mengadakan pilihan raya pada hari yang sama seperti pilihan raya umum mandat mereka hanya tamat seterusnya April. Sarawak sudah menjalankan pilihan raya negeri tahun lepas. | Chandra: Ulama lebih baik di luar parti Posted: 21 Jul 2012 09:38 PM PDT
SHAH ALAM - Ulama lebih baik berada di luar parti, kata pemikir terkemuka, Dr Chandra Muzaffar ketika diminta mengulas cadangan supaya golongan ilmuwan Islam itu diberi tempat sebagai salah satu sayap dalam parti Umno. Menurutnya, keadaan akan lebih terjamin jika golongan ulama tidak terikat dengan mana-mana parti politik. "Kalau mereka tidak terikat dengan mana-mana parti, mereka boleh bangkitkan sesuatu isu secara bebas dan tidak akan dianggap sebagai jurucakap parti. Mereka juga boleh berhujah berdasarkan fakta. "Saya tidak setuju sekiranya ulama berada dalam parti, tidak kira pemerintah atau pembangkang, kerana ia akan menyekat pergerakan dan pandangan mereka. Setiap kali mereka jelaskan sesuatu dalam parti, mereka akan beri pandangan berdasarkan kepentingan parti," katanya. | MB: Ambil alih Syabas tiada kaitan politik Posted: 21 Jul 2012 09:36 PM PDT PETALING JAYA - Tindakan Kerajaan Negeri mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) adalah profesional demi kepentingan pengguna semata-mata dan bukannya bermotif politik. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, langkah itu dilakukan untuk memastikan kira-kira dua juta rakyat Selangor mendapat air terawat mencukupi pada harga munasabah, tanpa menyalahkan mana-mana pihak. "Walaupun saya ahli politik, saya seorang profesional. Tujuan saya (hasrat ambil alih pengurusan Syabas) bukan untuk menyalahkan sesiapa, tetapi menyelesaikan masalah pengguna. "Kita tidak boleh ditanya pengguna kenapa (masalah air) tidak selesai, kenapa Syabas, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan salah? Pengguna cuma hendak air bersih, paip mesti ada air dengan harga terbaik," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pembeli rumah kos rendah di blok E di PJS 1, di sini, semalam. Hadir sama, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Ir Iskandar Abdul Samad serta Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan kononnya Syabas memanipulasi krisis bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk mengelirukan rakyat. Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan gaji Pengerusi Eksekutif Syabas yang didakwa tidak munasabah dengan tugas yang dilaksanakannya. "Saya tidak mahu bayar gaji Pengerusi Eksekutif Syabas dengan harga RM400,000 sebulan kerana tidak buat kerja. Saya tak boleh bagi gaji buta. Sebelum 2008, mungkin boleh, tetapi sekarang tak boleh. Kalau tidak saya suruh rakyat semua pergi ke rumah dia, tuntut duit itu sebab saya mahu rakyat dapat value for money," katanya. Kelmarin, Abdul Khalid dalam satu kenyataan berkata, Kerajaan Negeri akan mengemukakan cadangan pemecatan Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada lembaga pengarah syarikat berkenaan. Cadangan itu dibuat selepas mereka didakwa tidak hadir memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Pemantauan Syabas. Dalam perkembangan berasingan, Abdul Khalid menyelar Ketua Biro Profesional Muda MCA, berhubung tuduhan mengaitkan Kerajaan Negeri membayar RM100 juta lebih mahal, berbanding RM42 juta seperti yang didakwanya sebelum ini untuk membeli tanah daripada Talam Corporation Bhd (Talam). "Sebagai profesional, saya sudah minta akauntan bertauliah untuk buat rekod (audit) itu. Apabila siap esok, bincanglah. Kalau saudara Chua pandai, pandailah, tetapi jangan buat nombor bergerak-gerak daripada RM42 juta kepada RM100 juta atau RM1000 juta. "Itu politik MCA. Kita mentadbir negeri secara profesional. Jadi tunggulah, hasil kajian akauntan bertauliah. Kalau beliau tak faham esok, akauntan itu akan terangkanlah. Jadi bayarlah pada akauntan kos untuk menerangkan," katanya. | Kedutaan ditutup, warga M'sia di Syria diarah pulang Posted: 21 Jul 2012 09:32 PM PDT MALAYSIA KINI Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah memutuskan semua rakyat Malaysia dan pelajar di Syria dibawa pulang ke tanah air serta merta berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara Timur Tengah berkenaan.Beliau juga sudah memberikan kebenaran untuk menutup Kedutaan Malaysia di Syria serta merta dan mengarahkan penjawat awam termasuk Duta Besar Malaysia kembali ke tanah air atas faktor keselamatan. "Saya menerima panggilan dari Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman selepas berbuka tadi yang meminta izin untuk membawa pulang rakyat dan pelajar kita di Syria berikutan pergolakan yang semakin meruncing. "Sehubungan itu saya fikir kedutaan kita wajar ditutup serta merta berikutan perkembangan terkini yang berlaku di sana," katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Pulau Serai bersama kira-kira 300 jemaah di Pekan malam tadi. Turut hadir isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Speaker Undangan Negeri Pahang Datuk Seri Wan Mohamed Razali Wan Mahussin. Anifah dalam satu kenyataan hari ini berkata kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk memulakan proses pemindahan pelajar Malaysia dari Syria dengan segera. Pemindahan itu diselaraskan oleh Kementerian Luar Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara bersama Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik. Anifah berkata Duta Besar Malaysia dan empat orang pegawai kedutaan akan turut diminta pulang buat sementara waktu selepas proses pemindahan pelajar selesai dilaksanakan. Kesemua 138 rakyat Malaysia yang terdiri daripada 128 pelajar dan 10 ekspatriat yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia itu sehingga kini dilaporkan berada dalam keadaan selamat. Kementerian Luar juga menggesa kesemua rakyat Malaysia yang masih berada di Syria agar pulang ke tanah air atau meninggalkan negara berkenaan dengan segera, dan bagi mereka yang berhasrat melawat Syria, dinasihatkan menangguhkan lawatan hingga situasi keselamatan kembali pulih.- Bernama | Lafaz 'Janji Ditepati' untuk janji yang mana? Posted: 21 Jul 2012 09:31 PM PDT Ramai sedia maklum, "Janji Ditepati" menjadi platform utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam jelajah ke seluruh negara bagi melaungkan retoriktransformasi dan menjadi pentas untuk menyerang Pakatan Rakyat terutama sekali apabila "Janji Ditepati" singgah di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor. Tika "Janji Ditepati" menjadi jenama jelajah politik Perdana Menteri, saya tiada punya masalah, tetapi apabila ia menjadi tema sambutan Kemerdekaan negara yakni "55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati" - itu masalah! "Janji" membawa maksud pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu; manakala "Ditepati" pula bermaksud tidak memungkiri atau memenuhi janji yang telah dilafaz. Jika "55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati" menjadi tema sambutan Kemerdekaan negara, makanya kita harus merujuk kepada janji yang mana? Adakah janji Program Transformasi Kerajaan (GTP), atau janji manifesto Cemerlang,Gemilang,Terbilang, atau janji Wawasan 2020? Janji manakah yang telah dipenuhi dan tepati seperti dimaksudkan eksekutif hari ini? Bagi berlaku adil baik untuk rakyat dan sang pemerintah, wajar kita menyoroti kembali latar masa sejarah, 55 tahun ke belakang iaitu tanggal 31 Ogos 1957, tarikh keramat di mana Tunku Abdul Rahman melaungkan 'Merdeka' selepas beliau membacakan satu pemasyhuran keramat. Arakian pemasyhuran tersebut menandakan detik perubahan dalam sejarah tanahair. Beralihnya dari status sebuah negara terjajah kepada negara bangsa yang bebas dan merdeka. Maka tiada 'janji-janji' lain yang lebih layak untuk diangkat sebagai 'Janji' melainkan teks keramat - Pemasyhuran Kemerdekaan. Ketika Pemasyhuran ini mula diperkenalkan, seluruh rakyat diminta membaca dan menghayatinya. Rakyat ketika itu rata-rata menyebut bahawa isi kandungan pemasyhuran tersebut sebagai sesuatu yang amat bernilai, sesuatu yang diibaratkan sebagai 'sijil kelahiran' negara merdeka. Malangnya, berbeda dengan dokumen penting negara lain seperti 'Sumpah Pemuda 1928' di Indonesia, pidato 'Tryst with Destiny' oleh Jawaharlal Nehru, Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat yang dikarang Thomas Jefferson; pemasyhuran negara ini telah karam hampir tidak dibaca, apatah lagi diwacanakan secara serius. Apa yang penulis paling khuatiri adalah dengan pudarnya dakwat pemasyhuran, maka semangat idealismenya juga turut terhakis. Pemasyhuran Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 menyebut: "Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen." Jelas Pemasyhuran Kemerdekaan menyebut akan prinsip asas pembentukan negara bangsa Malaysia ini adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, amalan demokrasi berparlimen dengan penekanan khusus diberikan dalam menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini terpelihara. Sekali lagi kita tertanya, apakah 55 tahun merdeka, pemerintah Umno dan BN telah berjaya memenuhi atau menjunjung prinsip asas yang termaktub ini? Amalan demokrasi yang matang dan baik haruslah mempunyai beberapa asas yang penting seperti suruhanjaya pengendali yang bebas dari segala bentuk tekanan politik, akses kepada media yang adil dan bebas, gelanggang politik yang sama luas' dan rata untuk semua pihak serta punya usaha yang efektif dan berterusan untuk melibatkan seluruh rakyat di dalam proses itu. Perbezaan pendapat atau pandangan politik juga diraikan di dalam amalan demokrasi yang matang, dan lebih penting perdebatan mahupun wacana serius dan berterusan adalah penting dalam menjelaskan kebijakan atau apa jua agenda yang ingin dibawa oleh sesiapa dapat diketengahkan kepada umum dan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh semua pihak. Dalam amalan demokrasi di Malaysia, adalah salah apabila rakyat masih dimomokkan dengan hujah bahawa setiap lima tahun kita mengundi, membuktikan amalan demokrasi sudah terlaksana. Walhal proses demokrasi itu harus berterusan sehari-hari dan menjadi amalan kerajaan untuk melibatkan rakyat secara aktif di dalam proses itu. Lebih malang apabila amalan pilihanraya setiap lima tahun itu juga turut dinodai dengan penyelewengan dan penipuan yang melampau. Kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya memastikan daftar pemilih dikemaskini dan bersih dari pengundi dicurigai, amalan politik wang yang membarah, 'gelanggang' yang tidak sama rata antara parti pemerintah dan parti pembangkang, serta kebebasan media yang disekat - sekat; menunjukkan bahawa kerajaan Umno dan BN yang telah memerintah sejak 55 tahun lepas gagal untuk menepati 'janji' yang dimeterai bersama Pemasyhuran Kemerdekaan yang dilafaz Tunku Abdul Rahman. Bagaimana pula dengan janji untuk menjunjung hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat seperti yang termaktub di dalam Pemasyhuran dan juga Perlembagaan negara? Saat artikel ini ditulis, mereka yang masih ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting masih lagi tidak dibebaskan, bahkan dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan pun masih tidak dibuat lagi. 55 tahun merdeka, kita dihantui undang-undang drakonian seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan beberapa akta dan juga Peraturan Polis. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjuarai transformasi, retorik pemansuhan akta seperti ISA, Akta Darurat dan juga beberapa akta lain. Malangnya transformasi yang dijanjikan masih tidak terlaksana dan sekadar indah khabar dari rupa. Dengan kesedaran ini, tatkala slogan sambutan Kemerdekaan tanah air kali ke – 55 diumum sebagai '55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati', tiada kata-kata yang lebih memualkan yang pernah lahir daripada Umno dan BN setakat hari ini. Retorik politik sebegini rupa; mempergunakan sambutan nasional negara, sambutan yang sepatutnya menjadi hak milik seluruh rakyat, sebagai alat untuk parti pemerintah melaungkan pujuk – rayu, bukan itu saja, bahkan dengan berani melaungkan bahawa inilah masa untuk segenap rakyat membalas budi. Tindakan Umno dan BN mempergunakan sambutan Kemerdekaan yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 sebagai alat kempen adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab, memalukan dan memualkan. Strategi terbaru Umno dan BN ini membuktikan betapa mereka terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat. Konotasi seolah-olah rakyat terhutang budi kepada Umno dan BN, maka, bagi mengenang jasa, rakyat perlulah meneruskan kesinambungan kepimpinan kerajaan di bawah Umno dan BN. Rakyat diminta untuk tidak merenung jauh dan terima sahaja bahwa janji sudah dilaksana, oleh itu teruskan saja mengundi mereka menjadi kerajaan. Perdana Menteri hari ini masih melaungkan Transformasi. Banyak wang dibelanjakan untuk Program Transformasi Kerajaan (GTP), dengan berbagai bentuk laporan dikeluarkan. Hakikatnya rakyat sedar. Janji asas yang terkandung di dalam Pemasyhuran Kemerdekaan, sehingga hari ini gagal ditepati oleh Umno dan BN. Melihat retorik politik terbaru yang dilaungkan Umno dan BN hari ini (baca : 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati), rakyat harus faham bahawa sebenarnya ini sajalah yang termampu dilakukan oleh Umno dan BN. Kerajaan autokratik ini sudah tiada kemampuan dan iltizam untuk meneruskan atau menjuarai apa yang kita panggil perubahan. Pada mereka, semuanya sudah tepu, maka rakyat terimalah seadanya. Mana–mana suara yang menentang atau tidak senada dengan mereka, maka orang-orang ini adalah pengkhianat. Rakyat harus jelas akan janji yang kita wajib tuntut. Rakyat perlu kembali menoleh ke masa lampau – 55 tahun lalu. Generasi pendiri negara bangsa Malaysia yang merdeka ini berdiri di atas 'janji' yang sama. Janji tersebut bagaimanapun mutakhir ini kelihatan jarang–jarang sekali meniti di bibir, bukan hanya di kalangan rakyat terbawah, bahkan cuba ditepis jauh–jauh oleh mereka yang telah kita amanahkan dengan kuasa dan masa depan negara kita. Selagi janji ini tidak ditepati, jangalah sesiapapun tanpa segan melaungkan bahawa tugas mereka sudah selesai. Janji ini akan terus kita tuntut, kerana saya dan anda semua tahu, janji yang ini masih lagi belum terlaksana; "....dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa." - Pemasyhuran Kemerdekaan, 31 Ogos 1957 Dr AFIF BAHARDIN merupakan Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang. | WAJIB BACA: Apa kata Dr Asri kat orang Umno... Posted: 21 Jul 2012 09:19 PM PDT Hanya Islam Tulen Yang Boleh Selamatkan UmnoRamai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih akui bahawa saya bukan 'orang politik' untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO. Islam itu sebagai ad-din dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik. Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: "UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen!" UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif. Apabila saya kata demikian, bukan bererti saya menafikan keislaman UMNO sebelum ini, atau unsur-unsur Islam yang sedia ada dalam UMNO. Namun apa yang jelas keislaman UMNO itu perlu diperkukuh dan proses perbaikan kelemahan perlu dibuat segera. Allah sendiri dalam al-Quran pernah menyebut: (maksudnya) "Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, serta kepada kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), juga kepada Kitab yang telah diturunkan sebelum daripada itu. Dan sesiapa yang ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." (Surah al-Nisa, ayat 136). Dalam ayat ini Allah memerintahkan orang yang beriman agar beriman. Bagaimana begitu? Tidakkah itu seakan-akan memerintahkan apa yang sudah terlaksana?! Tidak! Maksudnya seperti kata al-Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini: "Allah ta'ala memerintahkan hamba-hambaNya yang beriman agar masuk secara keseluruhan dalam segala syariat iman, cabang, rukun dan tiangnya. Ini bukan suruhan agar melakukan perkara yang sudah tersedia, sebaliknya ia bermaksud lebih menyempurnakan yang sempurna, menetapkannya, mengukuhkannya dan berterusan atasnya". Dalam konteks UMNO, hendaklah mereka menghidupkan Islam dalam gerakannya kerana yang sedia ada itu tidak mencukupi. Islamisasi Program Di sini, saya tidak mahu bercakap tentang falsafah-falsafah politik yang besar-besar. Sudah saya sentuh isu-isu yang lebih prinsip dalam banyak tulisan saya yang lepas. Saya juga tidak berbicara untuk tujuan bagaimana UMNO ingin mengekalkan kuasa. Itu kerja orang politik. Saya bercakap untuk kepentingan setiap individu muslim yang ada dalam UMNO. Saya ingin mengajak orang UMNO berfikir secara 'kampung' sahaja. Saya harap orang UMNO jangan kecil hati, saya bermaksud ingin menceritakan ubat bukan untuk menambahkan penyakit. Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: 'anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar. Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fonomena umum. Saya jumpa ramai orang yang ingin kembali menghayati Islam, kebanyakan mereka tidak akan memilih UMNO. Sama ada mereka memilih organisasi atau gerak kerja Islam yang lain, atau pertubuhan politik yang lebih 'mensepandukkan' lambang Islamnya. Secara jujur, akuilah iklim dan suasana islamik tidak cukup kuat dalam UMNO untuk mereka yang ada semangat Islam rasa selesa boleh menumpang atau mengambil manfaat. Namun saya tidak menafikan UMNO juga ada membuka dan mengusahakan pelbagai ruang untuk Islam dalam kerajaannya. Itu kerajaan, namun di sudut parti jika ada program-program Islamik dalam UMNO ia amat terhad. Lebih menyedihkan lagi berputar sekitar 'kenduri tahlil', barzanji, kenduri arwah dan yang sewaktu dengannya. Di samping program-program itu boleh dipertikaikan sejauh manakah tuntutan Islam mengenainya, ia juga tidak memberikan impak yang dapat merubah peribadi atau meninggalkan kefahaman dan penghayatan seseorang individu muslim. Seseorang aktif dalam sesuatu pertubuhan atau organisasi atas dua kepentingan, sama ada untuk dirinya atau masyarakat. Atau, boleh juga disebut kerana ikhlas tanpa kepentingan atau 'ada udang di sebaliknya mee'. Untuk menjadikan seseorang ikhlas, bagi muslim agama adalah faktor penting. Apabila kita merasakan gerakerja itu ibadah, jika tiada keuntungan pun kita akan buat, harta sanggup berikan, nyawa sanggup kita taruhnya. Inilah kekuatan organisasi Islam. Sekalipun sebahagian yang bernama Islam itu pada hakikatnya tidak Islamik, namun apabila mereka berjaya mencetuskan suasana yang Islamik, ramai yang tertarik. UMNO hendaklah jujur terhadap Islam zahir dan batin. Hidupkan program-program Islam dalam UMNO. UMNO kena galakkan pengajian dan suasana ilmu dalam UMNO. Hidupkan pendekatan Islam yang tulen, matang dan progresif. Sehingga setiap yang masuk akan terasa perubahan diri, sikap, pemikiran dan akhlaknya. Jadikan ibubapa akan rasa seronok jika anaknya aktif UMNO kerana nanti nilai-nilai ketinggian budi, kematangan pemikiran, keutuhan ilmu akan terzahir pada kehidupannya. Tokoh-tokoh pemikir yang baik, jujur dan progresif hendaklah dijadikan tonggak pengisian UMNO. Jangan paksa atau ajak ulama masuk UMNO, tetapi ambillah pendapat dan cadangan yang baik daripada para ulama yang ikhlas, progresif dan tidak berkepentingan. Jika hal itu dapat digarabkan ke seluruh pelusuk masyarakat melayu, penghayatan Islam akan meningkat, secara tidak langsung mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan kepada niat yang jujur ini. Jika pun UMNO tidak menang pilihanraya, UMNO boleh menang pahala mengajak masyarakat menghayati Islam dan persepsi negatif akan dapat dikikis. Imej UMNO sering dikaitkan dengan kurang islamik. Di sudut kefahaman UMNO dikatakan kurang faham Islam. Walaupun sebahagian pihak yang mendakwa itu, kefahaman mereka belum juga tentu betul dengan Islam tulen yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Sebaliknya sebahagian mereka yang mendakwa itu sekadar memahami Islam berdasarkan rekabentuk atau rupa paras yang dicorakkan oleh organisasi atau parti mereka. Tafsiran mereka berdasar tuntutan semasa politik mereka. Namun apapun, imej Islam itu dikaitkan dengan mereka samada ia benar atau disalahgunakan. Tidak dengan UMNO, sedangkan ruang menonjolkan Islam yang tulen serta progresif begitu diperlu oleh umat manusia terutama dalam negara kita ini. Bukan semesti pemimpin UMNO kena tukar jadi ulama. Banyak organisasi dakwah atau Islam tidak dipimpin oleh mereka yang bertaraf ulama, tetapi diakui nilai islamik mereka. Jangan UMNO takut kehilangan undi bukan Islam, itu satu kesilapan. Islam jika ditonjolkan secara adil dan bijaksana ia akan menarik hati semua pihak. Masyarakat ingin melihat nilai akhlak dan budi yang baik. Dalam soal Islam, UMNO mestilah bebas dari unsur kemelayuan, kerana Islam agama sejagat. Jika Islam yang universal itu ditonjolkan, bukan sahaja boleh memikat perasaan mereka, bahkan mungkin menjadi dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam. Mungkin ada yang menganggap mustahil hal ini boleh berlaku dalam UMNO. Walaupun saya secara peribadi bukan ahli UMNO, namun pernah cuba membaiki dan menguatkan pegangan Islam dalam Kerajaan UMNO Perlis ketika saya menjadi Mufti Perlis. Alhamdulillah, saya melihat ada kesannya yang bukan sedikit. Ramai pemimpin ketika itu yang menjadi peminat pengajian ilmu sehingga program-program wakil rakyat dipenuhi dengan pengisian ilmu. Lantas, perjalanan kerajaan pun ditekankan soal penghayatan Islam. Orang kampong keluar berduyun-duyun tanpa dipaksa apabila saya dan kepimpinan kerajaan pergi ke masjid-masjid atau majlis untuk berucap. Hubungan hati antara kerajaan dan rakyat menguasai suasana. Maka, kesan tidak langsung ketika itu rakyat tidak membuang UMNO di Perlis, walaupun disingkirkan di Kedah yang bersebelahan dengannya. Namun, bukanlah agenda saya untuk memenangkan UMNO dalam pilihanraya, tapi agenda saya ialah dakwah. Saya inginkan Islam itu subur dalam semua organisasi termasuklah UMNO. Dakwah ini merentasi sempadan parti dan organisasi. Justeru itulah saya menasihati UMNO. Nabi s.a.w pernah menghantar surat Hercules berbunyi: "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Seterusnya, aku menyeru kamu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bawahanmu..(Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Menjejaki sunnah itu, maka saya katakan kepada UMNO, lakukan proses islamisasi politik secara bersungguh-sungguh, nescaya kamu selamat! | Penduduk Matau Jengka wajar diberi hak milik Posted: 21 Jul 2012 09:16 PM PDT BANDAR JENGKA: Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata penduduk Matau, Jengka layak diberi hak milik kerana mereka telah mendiaminya lebih dari 30 tahun. Berucap dalam satu majlis penerangan di Matau, dekat sini baru-baru ini beliau berkata, adalah tidak wajar penduduk Matau didera tanpa bekalan air dan elektrik apatah lagi mereka mendiami kawasan bandar. Malah, satu ketika dulu mereka memberi khidmat kepada penduduk bandar Jengka, di situlah pusat komersil awal selain Rantau Perintis. Penduduk di situ adalah peneroka awal kawasan berkenaan, lama sebelum Majlis Daerah Marah (MDM) wujud. Menurut Tuan Ibrahim semasa menjadi Adun Jengka 1999-2004 dahulu, beliau telah menyentuh isu Matau dan ketika itu penduduk Matau tidak ada menerima notis supaya mengosongkannya. Notis mengosongkan Matau hanya diterima penduduk apabila BN menang pada 2004 dan Matau akan dibangunkan sebagai pusat komersil oleh anak syarikat kerajaan negeri iaitu Mentiga Corporation yang dipengerusikan oleh pemimpin Umno. Menurut beliau, Jengka adalah bandar unik kerana dikuasai peniaga Melayu dan peniaga Melayu di sini belum mampu bersaing dengan para peniaga lain. | Dakwaan diserapi JI, komunis rosak imej SB Posted: 21 Jul 2012 09:14 PM PDT KUALA LUMPUR: PAS hari ini menyelar dakwaan tidak berasas yang dibuat Cawangan Khas Polis yang mendakwa bahawa pengaruh pengganas dan bekas komunis telah meresapi Pakatan Rakyat. "Sebagai Pegawai Risikan Cawangan Khas, tindakan beliau kini mengesahkan bahawa cawangan khas kini menjadi alat kepada BN untuk menjamin kesinambungan kuasa BN," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini. Tuan Ibrahim menyifatkan pendedahan awam yang dibuat Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin jelas tidak berasas, berat sebelah dan tidak profesional. "Apakah ini cara untuk mendedahkan maklumat risikan sulit kepada awam? Jelas tidak, maka motif ledakan ini amat mencurigakan. Sepatutnya ia mesti bertindak terus bukan mendedahkan maklumat tanpa bertindak," tegas beliau. Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut mencabar Sofian untuk mendedahkan siapa yang beliau maksudkan kerana ia kini menjadi tandatanya kepada orang awam. PAS juga mendesak Ketua Polis Negara bertindak di atas pendedahan maklumat sulit siasatan dan beranggapan beliau tidak layak berada di Cawangan Khas. "Mungkin beliau lebih sesuai diletakkan di jabatan Biro Tatanegara atau KEMAS," tambah beliau. PAS, kata Tuan Ibrahim sentiasa menentang sebarang eleman ekstrem di dalam parti. "Kita mengambil jalan politik demokrasi dengan menyertai pilihanraya dan menuntut sistem pilihanraya yang adil dan telus," tambah beliau. Sebagai contoh, himpunan rakyat yang disertai PAS samada dalam Himpunan Kuning atau Himpunan Oren, katanya adalah berlandaskan demokrasi dan penyataan rakyat yang menuntut sistem pilihanraya yang adil dan usaha menyelamatkan tanah ribuan hektar dari dicagar kepada Felda Global Venture Holding. "PAS kesal kerana himpunan pembangkang dilabel sebagai petanda resapan Jemaah Islamiah (JI) dan komunis. Sedangkan yang banyak mengadakan hubungan dengan parti komunis ialah Umno sendiri, samada secara rasmi atau tidak," sindir beliau. Kata Tuan Ibrahim, sikap double standard dan tidak profesional Sofian telah menyebabkan imej Cawangan Khas kini turut tercemar teruk seperti yang dialami polis atas tindakan ganasnya di himpunan-himpunan yang dianjurkan Bersih dan penyiasatan berat sebelah yang ketara dalam kes melibatkan BN dan Pakatan Rakyat. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |