Sering kali ramai yang bertanya, apakah negara ini diuruskan untuk kesejahteraan rakyatnya atau untuk melayan ego kepada seorang bekas perdana menteri yang tidak habis-habis mencampuri urusan negara walaupun sudah 10 tahun bersara?
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) memberikan amaran kepada kerajaan, memansuhkan sistem Permit Import (AP) kereta akan menyebabkan riwayat dua kenderaan nasional Proton dan Perodua tamat.
Kenyataan beliau hadir selepas bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang berkhidmat dalam Kabinetnya menggesa kerajaan memansuhkan sistem AP agar rakyat Malaysia dapat membeli kereta dengan lebih murah. "Memansuhkan AP bermakna harga kereta yang lebih murah untuk rakyat," kata Daim.
Menulis di blognya, Dr Mahathir berkata, tanpa sistem AP, kenderaan import akan membanjiri pasaran tempatan menyebabkan Proton dan Perodua gagal untuk bersaing. "Orang Melayu dan Bumiputera lain tidak akan berjaya masuk ke dalam perniagaan automotif tanpa sistem AP kerana mereka tidak biasa dengan pasaran," kata Dr Mahathir.
Tidakkah Dr Mahathir berfikir bagaimana pula dengan ramai rakyat Malaysia disenaraihitamkan oleh institusi kewangan kerana tidak mampu untuk membayar hutang kenderaan yang mahal? Baru-baru ini dalam satu Seminar Kebangsaan Maqasid Syariah 2013 anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Setiausaha Penasihat Syariah Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Mohd Nazri Chik, berkata sehingga Mac 2013, angka hutang isi rumah meningkat kepada 82.9 peratus dan merupakan yang tertinggi di rantau ini.
Katanya, pinjaman terkumpul bagi pembelian harta kediaman dan kenderaan iaitu 64 peratus adalah bahagian terbesar pinjaman isi rumah. Ertinya, pinjaman untuk membeli kenderaan antara penyumbang kepada hutang isi rumah rakyat Malaysia kerana harga kereta di negara ini merupakan yang kedua tertinggi di dunia seperti dinyatakan dalam kajian sebuah laman web berpengaruh berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) www.jalopnik.com.
Akhbar perniagaan The Edge melaporkan pada September, kajian Jalopnik mendapati Malaysia berada di tangga kedua selepas Singapura bagi 10 negara yang mempunyai harga kereta termahal di dunia. Apakah rakyat Malaysia perlu diseksa membayar harga mahal untuk membeli kenderaan hanya kerana untuk menyelamatkan Proton dan Perodua?
Di atas rasional apa harga Proton di negara luar jauh lebih murah berbanding di negara ini? Sudah pasti kerana jika harga terlalu mahal, ia pasti tidak akan dibeli oleh rakyat di negara jiran seperti di United Kingdom, Indonesia dan negara-negara Arab. Mengapakah rasional yang sama tidak dapat digunakan dalam negara ini?
Kerana pasaran di Malaysia terlalu kecil untuk mengeluarkan kenderaan dengan jumlah besar untuk mengurangkan kos pengeluaran. Jumlah pengeluaran yang kecil menyebabkan kos pengeluaran menjadi lebih mahal berbanding jumlah pengeluaran lebih besar.
Mengapa kita perlu mempunyai kenderaan nasional walaupun pasaran dalam negara terlalu kecil? Kerana untuk memuaskan hati seorang pemimpin yang mahukan segala-galanya walaupun beliau mengetahui Malaysia masih belum bersedia.
Hanya kerana mahu memberikan AP kenderaan kepada beberapa tokoh korporat Melayu dan Bumiputera, majoriti rakyat Malaysia terpaksa membayar hutang isi rumah yang tinggi setiap bulan.
Hanya kerana orang Melayu dan Bumiputera tidak biasa dengan pasaran automatif, majoriti rakyat disenaraihitamkan oleh institusi kewangan kerana tidak mampu membayar hutang kenderaan. Sudah sampai masa bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat pilihan.
Sama ada untuk melayan ego Dr Mahathir atau menjaga kebajikan rakyat Malaysia yang memberikan beliau peluang untuk memerintah bagi penggal kedua. Jika orang Melayu dan Bumiputera terlalu lemah dan tidak biasa dengan perniagaan automotif, masih banyak sektor perniagaan yang boleh menjadikan mereka kaya.
Sektor pertanian umpamanya. Itulah asal-usul kepada majoriti orang Melayu. Tahukah anda menjual hasil pertanian juga boleh menyebabkan perniagaan anda berkembang ke peringkat antarabangsa? ~the malaysian insider
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat today slammed Putrajaya for its proposal to increase electricity tariff in Malaysia between 10 and 20 per cent next year.
Klang MP Charles Santiago said today the increment would have detrimental effects on the people who are already struggling with their current electricity bills.
"What will have a bigger impact isn't the increase in salary, but the increase in electricity tariff because everything else will increase," Santiago told FMT, referring to the new salaries for Selangor state government officials which have been described as "too high".
"Everything uses electricity and to manufacturers, 20 per cent is a huge increase in monthly expenses in terms of an electricity bill," he added.
Santiago said the increment had no basis as the returns to capital for Tenaga Nasional Bhd (TNB) amounted to over RM1 billion a year.
"This is after repayment of all the debts and borrowing… they always make more than RM1 billion in profit," he said.
"If they consistently make over RM1 billion a year… what is the reason to increase electricity tariff?" he asked.
"We already have people struggling to pay their current electricity bills… this would further burden them," he added.
Santiago disclosed that the parliamentarians had yet to receive notice of an increment, but hoped that Putrajaya would reconsider the hike.
"Does the government really need to increase the tariff? I hope they will reconsider the proposal," he said.
Cheating the public
Kapar MP G Manivannan mirrored his colleague's sentiment and accused Putrajaya of pushing through increment policies that would burden the people.
"First it was an increase in petrol price, then the removal of sugar subsidy, and now they want to increase the tariff for electricity… they just don't care about the welfare of the people," he said.
"Everything is going up in price, except the salaries of civil servants and those in the private sectors. "This has not been brought up, this has not been discussed… there is no stability at all," he added.
He further accused Putrajaya of taking advantage of Malaysians who accepted all policies with an open heart.
"They are utilising this to the maximum. The people are becoming the victims. They are very clever in cheating the public," he said.
"They are implementing everything now because the next election is in a very long time. By that time, the people will have forgotten all about this (increment)."
Yesterday, Energy, Green Technology and Water Minister Maximus Ongkili announced the electricity tariff hike to ensure sufficient returns of capital for TNB.
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkuat kuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.
Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.
Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN dari RM6,000 kepada RM11,250.
Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima Adun dan anggota pentadbiran Sarawak.
"Kenaikan gaji ini dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat," katanya.
Sementara itu, Abdul Khalid mengumumkan pembayaran setengah bulan bonus kepada kesemua 15,643 penjawat awam negeri yang akan dibayar mulai Januari depan yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM14.821 juta.
Dengan pemberian bonus itu, penjawat awam negeri menikmati satu setengah bulan bonus termasuk bonus untuk Aidilfitri yang diberikan tahun ini.
Syarikat pembangunan harta tanah Talam Transform Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Trinity Corp Bhd) memfailkan kenyataan tuntutan di Mahkamah Tinggi menuntut RM324 juta daripada ahli politik Chua Tee Yong, sebagai ganti rugi atas dakwaan memfitnah.
Menurut doklumen mahkamah yang diperoleh KiniBiz, Tee Yong, anak kepada presiden MCA Chua Soi Lek dan anggota Parlimen Labis, Johor, pada Julai 2012 mendakwa wujudnya skandal RM1 bilion melibatkan kerajaan Selangor dan Talam.
Perincian tuduhan itu dilaporkan oleh pihak media.
Talam dalam samannya mendakwa kenyataan Tee Yong kepada The Star pada Julai dan Oktober tahun lepas sebagai fitnah.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui warganegara Bangladesh antara teramai yang dibenar tinggal di Malaysia dalam tempoh jangka panjang sejak Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dilancar sehingga Ogos 2013.
Menurutnya, Bangladesh mencatat kedudukan ketiga teramai dengan jumlah 2,603 daripada 22,320 warganegara asing dari 122 negara yang diluluskan untuk tinggal di negara ini.
Katanya, China mencatat rekod tertinggi diikuti Jepun dan United Kingdom serta Iran berkedudukan selepas Bangladesh.
"Daripada jumlah ini, bilangan peserta teramai adalah dari negara China (4,187), diikuti Jepun (2,880), Bangladesh (2,603), United Kingdom (2,016), dan Iran (1,266)," kata Nazri.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berhubung statistik warga asing yang berhijrah ke Malaysia mengikut nama negara asal mereka dan tahun sejak program itu diperkenalkan pada 2002.
Penjelasan ini sekaligus membuktikan kerajaan sebelum ini berdolak-dalik dalam isu lambakan warga asing di negara ini termasuk warganegara Bangladesh yang didaftar sebagai pemilih untuk mengundi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Menjelaskan mengenai cadangan meningkatkan kriteria bagi menyertai MM2H, Nazri berkata, buat masa ini, Kementerian tiada cadangan untuk mengubah kriteria bagi warganegara asing yang ingin menyertai program tersebut dalam masa terdekat.
KUALA LUMPUR 27 NOVEMBER: Pakatan Rakyat membantah penolakan kerajaan terhadap usul mengecam pengintipan Amerika Syarikat (AS), Australia dan Singapura ke atas Malaysia.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sikap kerajaan yang tidak habis-habis berlembut dalam isu tersebut menunjukkan kelemahan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Kita tidak setuju dengan cara kerajaan yang terlalu lemah. Saya ulangi sifat kerajaan yang lembik menangani isu ini sepertimana saya nyatakan minggu lepas.
"Kita bantah isu yang serius menyentuh kepentingan negara, keselamatan negara dan maruah negara yang boleh ditolak sewenang-wenangnya," kata Anwar kepadaKeadilan Daily.
Usul tergempar yang dibentangkan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin semalam ditolak Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan alasan ia tidak perlu disegerakan untuk dibincangkan.
Usul itu yang dibentangkan menurut Peraturan Mesyuarat 18(1) bertujuan mengutuk tindakan ketiga-tiga negara tersebut yang didakwa bekerjasama sesama mereka untuk memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet negara bagi mengintip Kerajaan Malaysia dan pemimpin negara.
Shamsul ketika membacakan usul berkenaan berkata, akhbar Australia – Der Spiegel dan Sydney Morning Herald melaporkan, terdapat risikan ke atas Malaysia oleh Kedutaan AS dan Suruhanjaya Tinggi Australia seperti didedahkan pemberi maklumat perisikan, Edward Snowden.
"Yang terkini, seperti dilaporkan media Belanda iaitu NRC Handelsblad, Singapura juga didedahkan sebagai turut membantu menyediakan akses komunikasi dan menjadi rakan utama dalam kumpulan perisikan '5-Eves' yang diketuai AS bagi tujuan merakam perbualan telefon dan memantau rangkaian komunikasi di Kuala Lumpur.
"Selanjutnya media Australia, Fairfax pula mendedahkan bahawa Singapura merupakan rakan kepada Agensi Perisikan Elektronik Australia iaitu "Defence Signals Directorate" untuk memintas kabel SEA-ME-WE 3 yang merupakan kabel telekomunikasi terpanjang di dunia dan diuruskan Singtel, syarikat telekomunikasi milik Kerajaan Singapura.
"Sementara kita memperakui hubungan diplomatik yang terjalin antara Malaysia dan AS, Australia serta Singapura di mana asas utama kepada perhubungan ini ialah kepercayaan sesama negara, akan tetapi aktiviti pengintipan dan risikan terhadap setiap pimpinan negara ini tentunya mencabuli negara Malaysia yang berdaulat dan merdeka," kata Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN.
Tambahnya, Malaysia perlu mencontohi tindakan tegas pimpinan Brazil, Jerman dan Indonesia yang membantah pengintipan antaranya menuntut permohonan maaf serta memanggil pulang duta mereka di Australia.
"Kecaman keras daripada Dewan perlu bagi memberi tekanan kepada ketiga-tiga negara. Mesej jelas dan tegas perlu dizahirkan oleh rakyat Malaysia kepada mereka.
"Kegagalan pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri untuk mengeluarkan pendirian tegas akan menyebabkan tindakan biadap ini terus berlaku," katanya.
KUALA LUMPUR 27 NOVEMBER: Bekas pemandu Zahida Mohamed Rafik, Noor Azman Azemi memfailkan saman fitnah terhadap pelakon itu berhubung tuduhan kononnya beliau melarikan RM200,000 wang Zahida yang disiarkan di akhbar.
Noor Azman, 38, memfailkan saman itu hari ini melalui Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur.
Dalam penyata tuntutan, Noor Azman mendakwa Zahida mengeluarkan kata-kata fitnah yang kemudian diterbitkan akhbar Harian Metro pada 3 Mac tahun lepas bertajuk 'Zahida Rafik Terkedu.'
Pada 5 Mac tahun lepas, dakwa Noor Azman, Zahida sekali lagi mengeluarkan kenyataan palsu dan berniat jahat dengan membuat pengumuman kepada orang awam dan menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang menjumpai Noor Azman atas alasan kononnya Noor Azman melarikan wang tunai miliknya.
Berikutan kenyataan fitnah itu, Noor Azman mendakwa gagal mendapat pekerjaan lain dan diburu pihak polis, hingga direman empat hari.
Sebelum ini, Noor Azman membuat laporan polis pada 13 Mac 2012 mengenai kenyataan palsu Zahida terhadap beliau.
Noor Azman dalam laporan itu menjelaskan, beliau diminta oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Shafie Apdal untuk berurusan secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu dan menyerahkan wang tunai sejumlah antara RM100,000 hingga RM200,000 kemudiannya dimasukkan ke akaun Zahida.
Pada 29 Februari 2012, Azman mendedahkan beliau tidak diberi wang secara tunai dan tidak pernah diberi wang jumlah besar tanpa ditemani Zahida tetapi hanya dibayar RM25,693 untuk membayar dua kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah, Ampang milik Zahida.
Azman berkhidmat selama tiga tahun sejak 2009 dan meletakkan jawatan pada 29 Februari 2012 selepas menerima gaji terakhir secara tunai.
Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, kadar faedah dan injunksi untuk menghalang Zahida menyatakan kenyataan fitnah serta kos lain, namun tidak menyatakan jumlah tuntutan.
Azman yang diwakili peguam Latheefa Koya ditemani Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian KEADILAN, Dayangku Intan yang juga ibu saudaranya.
Masih segar dalam ingatan kita pada Mei 2012 gegak gempita satu negara tentang Kerajaan Pas Kelantan hendak membina lebuhraya yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai. Mereka semua sembang bagai nak rak seolah-olah nak membina jambatan dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak.
Kutip derma sana, kutip derma sini dan macam-macam lagi mereka buat untuk nak gebangkan projek mereka. Siap buat majlis pecah tanah.
Tup...tup...tup....17 bulan telah berlalu, ingatkan lebuhraya dan siap 50 peratus. Jika tidak siap 50 peratus pun kurang-kurang pun 20 peratus. Rupa-rupanya hari ini baru umum buka tender untuk bina lebuhraya.
Sebelum ini kita digemparkan dengan panggilan kucing kurap oleh Ahli Parlimen DAP, Jeff Oii terhadap kakitangan awam.
Semalam pula Khalid Ibrahim seolah-olah mengesahkan apa yang diungkapkan oleh rakannya dari DAP.
Semasa berdiri di Dun Selangor mengumumkan kenaikan gaji MB, Speaker, Timbalan Speaker, Exco dan Wakil Rakyat daripada 87 peratus hingga ke 373 peratus, Khalid Ibrahim tanpa segan silu mengumumkan bonus untuk kakitangan Kerajaan Negeri Selangor sebanyak setengah bulan gaji.
Tanpa ada rasa segan atau rasa malu dia mengumumkan kenaikan berkali-kali ganda gajinya, kakitangan pula diumumkan dapat bonus setengah bulan. Bukankah ini layanan kucing kurap ?
Diperingkat pusat pun kerajaan bagi bonus setengah bulan juga, tapi tak lah dalam masa yang sama PM mengumumkan gaji beliau dan gaji menteri-menteri naik berlipat kali ganda.
Berceramah bergegar-gegar, duit rakyat, wang rakyat, pitih rakyat, rakyat....rakyat....rakyat....
Khaik....ptuih....
Khaik....ptuih....
Khaik....ptuih....
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kisah nyata ini dari kawan saya bekerja. Semoga kisah ini berguna bagi yang membacanya, terutama kaum Hawa, juga bagi yang punya istri, yang punya anak perempuan, adik perempuan, saudara perempuan, kakak perempuan, yang masih punya Ibu, yang punya keponakan perempuan dst. Sahabatku menceritakan:
Ini cerita tentang adikku Nur Annisa , gadis yang baru beranjak dewasa namun rada Bengal dan tomboy. Pada saat umur adikku menginjak 17 tahun, perkembangan dari tingkah lakunya rada mengkhawatirkan ibuku, banyak teman cowoknya yang datang kerumah dan itu tidak mengenakkan ibuku sebagai seorang guru ngaji.
Untuk mengantisipasi hal itu ibuku menyuruh adikku memakai jilbab, namun selalu ditolaknya hingga timbul pertengkaran pertengkaran kecil diantara mereka. Pernah satu kali adikku berkata dengan suara yang rada keras: "Mama coba lihat deh, tetangga sebelah anaknya pakai jilbab namun kelakuannya ngga beda beda ama kita kita, malah teman teman Ani yang disekolah pake jilbab dibawa om om, sering jalan jalan, masih mending Ani, walaupun begini-gini ani nggak pernah ma kaya gituan ", bila sudah seperti itu ibuku hanya mengelus dada, kadangkala di akhir malam kulihat ibuku menangis, lirih terdengar doanya: "Ya Allah , kenalkan Ani dengan hukum Engkau ya Allah ".
Pada satu hari didekat rumahku, ada tetangga baru yang baru pindah. Satu keluarga dimana mempunyai enam anak yang masih kecil kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri, (bukan Effendy Khoiri lhoo, entah nama aslinya siapa) aku kenal dengannya waktu di masjid.
Setelah beberapa lama mereka pindah timbul desas desus mengenai istri dari Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga dijuluki si buta, bisu dan tuli. Hal ini terdengar pula oleh Adikku, dan dia bertanya sama aku: "Kak, memang yang baru pindah itu istrinya buta, bisu dan tuli ?
"..hus aku jawab sambil lalu" kalau kamu mau tau datangin aja langsung kerumahnya". Eehhh, tuuh anak benar benar datang ke rumah tetangga baru. Sekembalinya dari rumah tetanggaku, kulihat perubahan yang drastis pada wajahnya, wajahnya yang biasa cerah nggak pernah muram atau lesu, mejadi pucat pasi….entah apa yang terjadi.?
Namun tidak kusangka selang dua hari kemudian dia meminta pada ibuku untuk dibuatkan Jilbab yang panjang, rok panjang, lengan panjang. Aku sendiri tambah bingung campur syukur kepada Allah SWT karena kulihat perubahan yang ajaib. Ku bilang ajaib karena dia berubah total.
Tidak banyak lagi anak cowok yang datang kerumah atau teman teman wanitanya untuk sekedar bicara yang nggak karuan, kulihat dia banyak merenung, banyak baca baca majalah islam yang biasanya dia suka beli majalah anak muda kaya gadis atau femina ganti jadi majalah majalah islam, dan kulihat ibadahnya pun melebihi aku, tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, sholat sunat nya, dan yang lebih menakjubkan lagi, bila teman ku datang dia menundukkan pandangannya. Segala puji bagi Engkau ya Allah SWT jerit hatiku..
Tidak berapa lama aku dapat panggilan kerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan asing (PMA). Dua bulan aku bekerja disana aku dapat kabar bahwa adikku sakit keras hingga ibuku memanggil ku untuk pulang ke rumah (rumahku di Madiun). Di pesawat tak henti hentinya aku berdoa kepada Allah SWT agar Adikku di beri kesembuhan, namun aku hanya berusaha, ketika aku tiba di rumah, didepan pintu sudah banyak orang, tak dapat kutahan aku lari masuk kedalam rumah, kulihat ibuku menangis, aku langsung menghampiri dan memeluk ibuku, sambil tersendat sendat ibuku bilang sama aku: "Dhi, adikkmu bisa ucapkan dua kalimat Syahadah diakhir hidupnya "..Tak dapat kutahan air mata ini…
Setelah selesai acara penguburan dan lainnya, iseng aku masuk kamar adikku dan kulihat Diary diatas mejanya. Diary yang selalu dia tulis, diary tempat dia menghabiskan waktunya sebelum tidur kala kulihat sewaktu almarhumah adikku masih hidup, kemudian kubuka selembar demi selembar, hingga tertuju pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hatiku. Perubahan yang terjadi ketika adikku baru pulang dari rumah Abu Khoiri. Disitu kulihat tanya jawab antara adikku dan istri dari tetanggaku, isinya seperti ini :
Annisa : {Aku berguman, wajah wanita ini cerah dan bersinar layaknya bidadari) Ibu, wajah ibu sangat muda dan cantik.
Istri tetanggaku : Alhamdulillah, sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.
Annisa : Tapi ibu kan udah punya anak enam, tapi masih kelihatan cantik.
Istri tetanggaku : Subhanallah, sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT dan bila Allah SWT berkehendak, siapakah yang bisa menolaknya.
Annisa : Ibu, selama ini aku selalu disuruh memakai jilbab oleh ibuku, namun aku selalu menolak karena aku pikir nggak masalah aku nggak pakai jilbab asal aku tidak macam macam dan kulihat banyak wanita memakai jilbab namun kelakuannya melebihi kami yang tidak memakai jilbab, hingga aku nggak pernah mau untuk pakai jilbab, menurut ibu bagaimana?
Istri tetanggaku : Duhai Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari ujung rambut hingga ujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT diakhirat nanti, jilbab adalah hijab untuk wanita.
Annisa : Tapi yang kulihat banyak wanita yang memakai jilbab yang kelakuannya nggak enak, nggak karuan.
Istri Tetanggaku : Jilbab hanyalah kain, namun hakekat atau arti dari jilbab itu sendiri yang harus kita pahami.
Annisa : Apa itu hakekat jilbab ?
Istri Tetanggaku : Hakekat jilbab adalah hijab lahir batin.
Hijab mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu.
Hijab lidah kamu dari berghibah (gosip) dan kesia siaan, usahakan selalu berdzikir kepada Allah SWT.
Hijab telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu maupun masyarakat.
Hijab hidungmu dari mencium cium segala yang berbau busuk.
Hijab tangan-tangan kamu dari berbuat yang tidak senonoh.
Hijab kaki kamu dari melangkah menuju maksiat.
Hijab pikiran kamu dari berpikir yang mengundang syetan untuk memperdayai nafsu kamu. Hijab hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah bisa maka jilbab yang kamu pakai akan menyinari hati kamu, itulah hakekat jilbab.
Annisa : Ibu aku jadi jelas sekarang dari arti jilbab, mudah mudahan aku bisa pakai jilbab, namun bagaimana aku bisa melaksanakan semuanya.
Istri tetanggaku : Duhai Anisa bila kamu memakai jilbab itulah karunia dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat, yang Maha Penyayang, bila kamu mensyukuri rahmat itu kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan amalan jilbab hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
Duhai Anisa, ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan dari kuburnya. Ketika ditiup terompet yang kedua kali, pada saat roh roh manusia seperti anai anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tidak ada rumput maupun tumbuhan.
Ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gulita.
Ketika seluruh Nabi ketakutan.
Ketika ibu tidak memperdulikan anaknya, anak tidak memperdulikan ibunya, sanak saudara tidak kenal satu sama lain lagi, kadang satu sama lain bisa menjadi musuh, satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada dialam ini.
Ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya memperdulikan nasib dirinya.
Pada saat itulah manusia baru tersadar, saat keringat karena rasa takut yang amat sangat luar biasa hingga menenggelamkan dirinya, dan rupa rupa bentuk manusia bermacam macam tergantung dari amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti hewan, ada yang berbentuk seperti syetan, semuanya menangis, menangis karena hari itu Allah SWT murka, belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu, hingga ribuan tahun manusia didiamkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hingga Timbangan Mizan digelar itulah hari Yaumul Hisab.
Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal dihari ini, entah dengan apa nanti kita menjawab bila kita di sidang oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung, Allah SWT. Di Yaumul Hisab nanti! Di Hari Perhitungan nanti!!
Sampai disini aku baca diary nya karena kulihat, berhenti dan banyak tetesan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya, Subhanallah, kubalik lembar berikutnya dan kulihat tulisan, kemudian kulihat tulisan kecil di bawahnya: buta, tuli dan bisu, wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya, wanita yang tidak pernah mau mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita yang tidak pernah berbicara ghibah, ghosib dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia-sia tak tahan airmata ini pun jatuh membasahi diary.
Itulah yang dapat saya baca dari diarynya, semoga Allah SWT menerima Adikku di sisinya, Amin, Subhanallah.
Bapak-Bapak, Ibu-ibu, Saudara-Saudaraku, adik-adikku dan Anak-anakku yang dimuliakan oleh Allah SWT. Khususnya kaum hawa. Saya mengharap kisah nyata ini bisa menjadi iktibar, menjadi pelajaran bagi kita , bagi putri-putri kita semua. Semoga meresap dihati yang membacanya dan semoga Allah SWT senantiasa memberi petunjuk, memberi Rahmat, hidayah bagi yang membaca dan menghayatinya.
Semoga Allah SWT senantiasa memberikan kekuatan iman kita untuk menjalankan (memenuhi) segala perintah-Nya dan menjauhi segala apa-apa yang dilarang-Nya, dan mendapat derajat takwa yang tinggi, selamat didunia sampai di akhirat nanti, mendapat pertolongan dan syafa'at di hari yaumul hisab dan mendapat surga yang tinggi, amien. Wallaahu a'lam bish shawab, billaahi taufik wal hidayah. Wassalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakatuh.
Bila anda mau beramal saleh, sampaikan kisah diatas kepada muslimah yang lainnya, supaya menambah iman dan taqwa mereka, insya Allah.
Penulis : H.Muhammad Sukarman.
You are subscribed to email updates from Juri Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
China cukup terkenal dengan pameran keretanya. Bukan itu sahaja, model-model jelita yang turut serta memperagakan kereta juga menjadi tumpuan pengunjung-pengunjung pameran tersebut.
Jika disebut nama Gan Lulu, peminat-peminat kereta pasti mengenalinya kerana keseksian melampaunya sekitar tahun 2012.
Kini, namanya sedikit tenggelam setelah kehadiran model-model baru yang lebih berani dan seksi.
Terbaru, ketika di Ghuang Zhou Auto Show, seorang lagi model yang lebih berani dari Gan Lulu. Beliau adalah Ye Zixue. Jika dahulunya Gan sering tampil dengan imej seksi, Ye lebih hebat, tampil tanpa seluar dalam!
Minggu lalu, ada laporan daripada beberapa media menyebut yang Tasha Shilla menafikan yang dirinya kini sedang bercinta dengan seorang peninju muay thai namun tidak menolak yang beliau kini sedang berkawan rapat dengan jejaka itu.
"Kami baru saja kenal dan masih terlalu awal untuk bercerita dengan lebih serius. Tasha anggap dia sebagai kawan biasa. Kami kenal atas kawan di mana kawan Tasha adalah kawan dia & bagi Tasha, setiap persahabatan mesti terlebih dulu mengenali hati budi sahabat kita, tidak kira lelaki ataupun perempuan," ujar Tasha Shilla.
Hari ini, seorang penggiat forum Cari berjaya menemui akaun Instagram jejaka bergelar peninju muay thai itu dan kongsikan beberapa keping gambar beliau bersama Tasha Shilla.
Kalau dinilai dari gambar mereka berdua ini, boleh kami katakan mereka ini lebih dari sekadar kawan. Atau kawan zaman sekarang memang mesranya sebegini? Eh.
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan dakwaan yang dibuat oleh pihak tertentu termasuk ahli parti yang mengutuk kenaikan gaji mendadak bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), speaker dan menteri besar di Selangor.
Khalid mengulas mengenai Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang telah meminta kerajaan negeri menangguhkan keputusan untuk memberi gaji yang baru dengan berkata mereka boleh memilih sama ada mahu menerima gaji baru atau menderma sebahagian atau keseluruhan wang gaji untuk tujuan amal.
"Ini terpakai bagi semua. Sesiapa yang tidak berpuas hati dengan pelarasan gaji baru boleh memilih untuk tidak mengambil gaji mereka," Khalid memberitahu pemberita di lobi selepas persidangan DUN.
Sebelum itu, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak memberitahu pemberita di lobi Parlimen bahawa kenaikan gaji itu patut ditangguhkan.
Azmin berkata kenaikan gaji telah dibuat tanpa berunding terlebih dahulu.
Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga secara tersirat menunjukkan bahawa kenaikan gaji yang diumumkan adalah lebih tinggi daripada jangkaan. Azmin Ali
Mengulas mengenai perkara ini, Khalid berkata struktur gaji baru ini telah dibuat berdasarkan skala gaji baru dalam kerajaan negeri Sarawak.
"Ini bukan bermaksud gaji wakil rakyat kita meningkat lebih daripada Sarawak.
"Terdapat potongan 30 peratus daripada kenaikan mereka," kata Khalid sambil menambah gaji Ketua Menteri Sarawak ialah RM39,000 sebulan berbanding RM29,250 gaji beliau.
Di bawah struktur gaji baru yang berkuatkuasa 1 Januari 2015, gaji Adunakan dinaikkan 87 peratus dari RM6,000 kepada RM11,250 sebulan,Speaker dari RM6,109.29 kepada RM22,500 (268 peratus) dan timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 (373 peratus).
Gaji anggota exco akan naik 231 peratus dari RM6,109.29 kepada RM20,250 manakala Menteri Besar akan mempunyai kenaikan gaji 106.4 peratus dari RM14,175 kepada RM29,250.
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali menggesa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menangguhkan kenaikan gaji yang diumumkan pada Rabu.
Katanya, keputusan untuk menaikan gaji ADUN di Selangor dibuat tanpa perbincangan dengan wakil rakyat lain dan mencadangkan agar kajian semula mengenai perkara tersebut perlu dilakukan agar kenaikannya lebih munasabah.
"Saya cadangkan kenaikan elaun ini ditangguhkan dan dikaji semula agar lebih munasabah dan diterangkan kepada rakyat akan kenaikan ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak pada sidang media di lobi Parlimen petang tadi.
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu meluluskan kenaikan gaji untuk semua 56 ADUN berkuatkuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.
Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.
Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN (RM6,109.29 kepada RM22,500); timbalan speaker (RM3,327.50 kepada RM15,750) dan ADUN (RM6,000 kepada RM11,250).
Khalid, ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata, mesyuarat exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima ADUN dan anggota pentadbiran Sarawak.
Ia juga, menurutnya, dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat.
Isu kenaikan gaji ADUN Selangor ini turut mendapat perhatian Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan ia terlalu tinggi.
Kenaikan gaji ADUN Selangor juga turut dibantah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang menyifatkan ia boleh tersenarai dalam rekod dunia.
KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyanggah alasan yang diberikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor kerana menyamai langkah yang dibuat kerajaan Sarawak.
Anwar berkata kerajaan Selangor sepatutnya menumpukan usaha untuk meningkatkan perkhidmatan bukan mementingkan kenaikan gaji.
Katanya, kenaikan tersebut terlalu tinggi dan Khalid perlu perlu mencari jalan untuk mengkaji semula kenaikan gaji tersebut.
"Saya tidak fikir beliau perlu mengikut langkah Sarawak menaikkan gaji pemimpin tinggi, perlu jelaskan kepada parti dan paling penting jangan terlalu pentingkan kenaikan kerana kerajaan negeri Selangor perlu memastikan peningkatan perkhidmatan.
"Saya setuju jika gaji dinaikkan tetapi pada pendapat saya menteri besar perlu menilai semua kadar tersebut dan memberi alasan munasabah kenaikan tersebut," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Anwar berkata Khalid sudah menjelaskan perkara itu kepada beliau dan sekarang Khalid wajar menjelaskan perkara itu kepada orang ramai menerusi media.
"Khalid telah berikan penjelasan dan sekarang dia perlu beri penjelasan kepada media juga akan alasannya berbuat demikian serta apa tindakan untuk mempertimbangkannya semula," katanya.
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan gaji untuk semua 56 ADUN berkuatkuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.
Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.
Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN (RM6,109.29 kepada RM22,500); timbalan speaker (RM3,327.50 kepada RM15,750) dan Adun (RM6,000 kepada RM11,250).
Khalid, ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata, mesyuarat exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima ADUN dan anggota pentadbiran Sarawak.
Ia juga, menurutnya, dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat.
Los Angeles: Doktor peribadi Michael Jackson berkata, hubungannya dengan bekas Raja Pop itu sangat rapat hingga dia tidak kekok memegang kemaluan penyanyi terbabit.
Dalam satu kenyataan berani kepada media semalam, Dr Conrad Murray berkata, dia memegang kemaluan Michael setiap malam untuk dipasang tiub khas kerana penyanyi terbabit tidak dapat mengawal kencing pada waktu malam.
"Michael selalu memakai seluar panjang hitam dan dia akan berada dalam tandas selama berjam-jam.
"Michael tidak tahu memakai kondom, jadi saya terpaksa memakaikan alat untuknya," katanya.
Murray turut mengulangi keyakinannya bahawa Michael membunuh diri.
Murray mendakwa ketika meninggalkan bilik tidur Michael pada hari penyanyi itu meninggal dunia, dia percaya Michael bangun dan mendapatkan Propofol lalu menyuntik dirinya sendiri dengan ubat berkenaan.
"Michael menyuntik ubat itu terlalu banyak menyebabkan jantungnya terhenti," katanya.
Murray juga mengatakan anak Michael mempunyai tiga bapa berbeza dan Michael bukan bapa kandung mereka.
"Michael memberitahu saya, dia tidak pernah tidur dengan Debby Rowe," katanya.
Dr Conrad Murray
Doktor itu menegaskan Michael juga memberitahu, dia pernah diserang secara seksual oleh seorang daripada doktornya ketika dibius menjadi separuh sedar.
Murray berkata, Michael meramalkan yang dia akan mati semasa di bawah rawatannya.- Agensi
Shah Alam: Rumah sewa mahal, tiada tempat tinggal dan baru tiba dari kampung. Itu antara alasan yang sering digunakan pasangan yang ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana berkhalwat.
Majoriti yang ditahan terdiri daripada pasangan berusia 20-an hingga 30-an dan tinggal serumah dengan pasangan masing-masing dengan memberi alasan kos sara hidup yang tinggi.
Mendedahkan perkara itu, Timbalan Pengarah JAIS Ahmad Zaki Arshad berkata, melihat kesalahan jenayah syariah itu antara yang tertinggi di negeri ini, pihaknya mengambil langkah proaktif untuk mengekang masalah ini daripada terus berlaku.
Beliau berkata, JAIS kini mempunyai 200 anggota penguat kuasa yang ditempatkan di semua Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) bagi memantau perlakuan sumbang ini selain memantau jenayah syariah lain.
"Walaupun khalwat antara kes jenayah syariah yang tertinggi dicatatkan di negeri ini, namun ia masih lagi terkawal.
"Kerjasama erat semua pihak diharap dapat meningkatkan penguatkuasaan jenayah syariah, sekali gus dapat mengawal masalah ini daripada terus merebak dan menjadi wabak dalam masyarakat," katanya selepas merasmikan Seminar Isu Perundangan Jenayah Syariah 2013, di sini, semalam.
Beliau berkata, operasi berterusan membanteras pusat maksiat seperti rumah urut dan hotel bajet yang dijalankan agensi penguat kuasa seperti polis dan Jabatan Imigresen banyak membantu mengurangkan kadar jenayah syariah di negeri ini.
Selain itu, katanya, kesedaran anggota masyarakat juga semakin meningkat dengan menyalurkan maklumat mengenai kegiatan jenayah syariah yang berlaku di kawasan masing-masing.
"Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing.
"Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah pada saya," begitulah luahan Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 34, berhubung kontroversi pelantikannya sebagai ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Selasa lalu.
Merupakan salah seorang daripada 29 individu yang dilantik kerajaan sebagai ahli majlis bagi mengukuhkan agenda perpaduan nasional, bekas pengacara Wanita Hari Ini, berkata, pelantikannya itu tidak sepatutnya menjadi pertikaian memandangkan ia telah dinilai dan diputuskan oleh pihak yang lebih arif.
"Sebelum ini, hidup saya bahagia tanpa apa-apa jawatan dan penganugerahan. Saya selesa dengan apa yang seadanya.
"Mungkin ramai yang melihat ada yang lebih layak daripada saya, tetapi saya sebenarnya juga ada kelebihan tersendiri yang dikurniakan oleh ALLAH SWT.
"Saya memang minat dengan majlis-majlis ilmu dan banyak melakukan kerja amal tanpa pengetahuan orang lain.
"Mungkin dari situ mereka melihat keupayaan saya.
"Menyertai MKPN merupakan pengalaman berharga buat saya setelah dilantik sebagai fellow dakwah oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Insya-ALLAH saya akan cuba lakukan yang terbaik selepas ini," kata Wardina.
Sebelum ini blogger pembangkang telah menggelar Wardina sebagai anjing UMNO kerana menerima perlantikan tersebut. Anda boleh bacanya di SINI
KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut optimis terhadap muzakarah antara Pas dan Umno dan berharap ia benar-benar direalisasikan dalam memastikan pemerintahan Islam dilaksanakan sepenuhnya di negara ini.
Menurutnya, Pas Terengganu turut mengalu-alukan muzakarah tersebut sebagaimana dinyatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dalam ucapan penggulungan sempena Muktamar Agung Pas Ke-59 barubaru ini.
"Saya daripada dahulu lagi memang berharap sungguh perkara ini (muzakarah antara Pas dan Umno) jadi kenyataan," katanya.
Mohd Abdul Wahid yang juga Adun Wakaf Mempelam mencadangkan muzakarah tersebut dilakukan secara langsung bagi memberi peluang kepada rakyat di negara ini mengetahui inti pati perbincangan yang berlangsung.
Dalam laporan Sinar Harian 25 November, Abdul Hadi menyatakan kesediaannya untuk bermuzakarah dengan Umno dalam melaksanakan pemerintahan Islam.
Katanya, muzakarah itu akan disertai ulama Pas yang juga berperanan penting dalam melaksanakan ajaran Islam.
Sementara itu, Mohd Abdul Wahid turut menafikan bahawa penolakan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap cadangan muzakarah antara Pas dan Umno sebelum ini menyebabkan perkara itu gagal dilaksanakan.
"Dahulu pun tidak jadi bukan kerana Mursyidul Am tidak setuju, kadang-kadang orang berani tetapi apabila waktunya sudah dekat, tak jadi. Kita atas dasar untuk kebaikan bersama boleh bertemu dan berbincang," jelasnya.
Katanya, Pas sebenarnya terbuka mengadakan muzakarah dengan semua pihak jika tujuan untuk kepentingan bersama.
Ditanya sama ada muzakarah perlu kepada persetujuan rakan parti iaitu PKR dan DAP, beliau melihat tiada keperluan sedemikian kerana masing-masing bebas berbincang demi kebaikan rakyat.
"Tidak timbul (persetujuan dari PKR dan DAP). Kalau hendak muzakarah antara BN dan PR pun boleh atau antara parti dan parti. Kita bebas (sebagai sebuah negara) demokrasi," katanya.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat kenaikan gaji wakil rakyat di Selangor agak tinggi dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim perlu mencari jalan jika ia boleh dikaji semula.
NONEMenurutnya, Khalid sudah menjelaskan perkara itu kepada beliau dan sekarang Khalid wajar menjelaskan perkara itu kepada orang ramai menerusi media.
"Saya beritahu MB kenaikan itu agak tinggi dan beliau perlu jelaskan kepada Pakatan Rakyat alasan ia dilakukan.
"Khalid telah berikan penjelasan dan sekarang dia perlu beri penjelasan kepada media juga akan alasannya berbuat demikian serta apa tindakan untuk mempertimbangkannya semula," kata Anwar sewaktu ditemui wartawan di Parlimen tengah hari tadi.
NEW YORK: Seorang wanita Islam Malaysia menyangkal dakwaan kononnya beliau menganut agama Kristian seperti yang terkandung dalam sebuah artikel yang tersebar luas di laman sosial dan menganggapnya sebagai fitnah.
Adila Hussin McGhee, 43, berkata: "Saya masih seorang Islam, saya masih percaya dengan Allah Tuhan yang Esa dan Nabi Muhammad s.a.w.
"Saya tahu apa yang baik dan buruk dalam ajaran agama. Jangan percaya fitnah orang," katanya.
Berita mengenai wanita lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia dari Ipoh ini, heboh dikatakan sudah murtad dalam Internet gara-gara artikel yang diterbitkan oleh sebuah badan sukarela wanita yang berkait dengan kerja amal gereja di Amerika Syarikat.
Artikel itu menyebut kononnya beliau sedia berkongsi "cerita dari hati" bagaimana beliau menganut agama Kristian semasa berada di Malaysia lagi selepas perkahwinan pertamanya gagal.
Adila yang suka melakukan kerja amal di daerah tempat tinggalnya itu, berpindah ke Virgina selepas berkahwin untuk kali kedua dengan seorang warga Amerika, dan kini tinggal di sebuah pekan kecil di daerah Richmond.
Semasa dihubungi Bernama dari New York, bekas pelajar Kolej Islam Klang, (KIK) Selangor itu menyangkal dakwaan yang beliau sudah menganut agama Kristian.
"Saya amat sedih sekali kerana nama saya diaibkan dan ini satu pembohongan tentang diri saya, saya langsung tidak pernah bertemu atau ditemu ramah oleh penulis artikel itu.
"Malah semasa saya memberi penerangan mengenai Malaysia itu, ia dihadiri oleh kumpulan wanita saja," kata Adila yang kini menjadi tenaga pengajar Bahasa Melayu di Diplomat Language Center di Washington DC.
Adila dicap murtad oleh segelintir rakyat Malaysia yang 'termakan' dengan kandungan artikel berkenaan.
"Saya sedih tidak tahu nak mengadu kepada siapa apabila mengetahui mengenai perkara ini, semua orang sudah mempercayai fitnah yang mereka dengar, tanpa usul periksa.
"Saya sudah terangkan perkara sebenar kepada kedua-dua ibu bapa, dan bimbang perkara ini boleh menyebabkan anak-anak saya akan dipulaukan," kata Adila yang mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertamanya.
Beliau berkata kerja amal beliau sudah disalah ertikan.
"Saya juga ada membuat perniagaan sabun buatan tangan dan saya perlu memperluaskan pasaran untuk menjual sabun-sabun saya.
"Oleh itu saya telah pergi ke pejabat daerah berhampiran tempat tinggal saya dan mereka memperkenalkan saya kepada seorang pegawai untuk memasarkan produk saya," katanya.
Beliau telah membuka gerai semasa hari pesta menuai di pekan kecil, Bowling Green dan gerai berkenaan bertempat di sebuah gimnasium di sebuah gereja di situ.
Dari situlah beliau mengenali penduduk tempatan yang kemudian menjemput beliau memberi ceramah untuk persatuan wanita yang ingin mengenali Malaysia.
"Saya telah memberi ceramah mengenai Malaysia bermula dari sejarah sebelum dan selepas merdeka, geografi, cuaca, ekonomi, penduduk, makanan, budaya, agama dan lain-lain.
"Saya amat terkejut kerana ramai dari mereka yang tidak tahu di mana Malaysia. Mereka cuma tahu bahawa Malaysia adalah negara Islam.
"Selain memperkenalkan tanah air kita kepada mereka, saya juga menerangkan bagaimana wanita Malaysia berjaya dalam kehidupan mereka serta memegang pelbagai jawatan tinggi di semua peringkat, dan boleh memandu," katanya.
Adila dan suaminya F. McGhee sudah menghubungi pengurusan gereja yang menjemputnya memberi ceramah mengenai Malaysia itu, untuk berbincang tentang penulisan artikel berkenaan dan mahu pihak pengurusan berbuat sesuatu untuk membersihkan namanya.
Adila juga mendakwa gambar-gambar di laman Facebooknya termasuk gambar semasa beliau belajar di KIK turut dimuat turun dan disebarkan di laman sosial lain.
Katanya beliau juga diganggu dengan pelbagai tohmahan menerusi e-mel, teks dan panggilan telefon.
"Saya juga kesal kerana nama beberapa kawan saya semasa di KIK turut dikaitkan dalam tohmahan ini, sedangkan mereka tidak tahu apa-apa," ujar Adila.
Kecoh semalam berkenaan penceraian pasangan muda yang sebelum ini mencetuskan kontroversi di Malaysia apabila menikah di usia remaja.
Pasangan Cilik Kahwin Cerai Talak Satu Bukan Talak Tiga |
PADANG SERAI – Dua remaja yang pernah menggemparkan negara kerana berkahwin muda mengumumkan mereka telah pun bercerai dengan talak satu kerana tiada persefahaman lagi antara mereka.
Mohd. Fahmi Alias, 19, dari Kampung Naga Lilit di sini mengakui usia rumah tangganya tidak sampai setahun apabila mengesahkan dia telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Nor Fazira Saad, 13. Lelaki yang bekerja kebun bersama bapanya itu berusia 18 tahun ketika dia berkahwin dengan Fazira yang ketika itu berusia 12 tahun.
"Jodoh kami tidak panjang, tidak sampai setahun. Saya ambil dia cara elok jadi saya lepas cara elok," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Menurutnya, kes rumah tangganya menjadi runcing kerana ada pihak lain cuba memporak-perandakan rumah tangganya mereka setelah isterinya mula bekerja di pekan Padang Serai.
"Dulu saya pernah berjanji untuk bertanggungjawab malah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik tetapi keadaan menjadi sebaliknya," katanya.
Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Kampung Padang Cina di sini, Mohd. Nazar Husain pada 17 November tahun lepas.
-Kosmo!
Sebelum ini, kami pernah mendedahkan mengenai 'cerita sebenar' disebalik pernikahan mereka berdua ketika kisah ini sedang hangat. Maklumat tersebut kami perolehi sendiri dari 'cakap-cakap' orang kampung sekitar tempat pasangan ini bernikah.
Kisah tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana tiada laporan polis yang rasmi dilakukan namun semuanya selesai setelah mereka 'dipaksa' bernikah.
Jadi, tidak hairanlah (andainya, 'cakap-cakap' itu benar) mengapa perpisahan sehingga penceraian berlaku tambahan pula dengan usia yang begitu muda, nafsu bergelora, memang akan terjadi perkara yang tidak terfikir oleh golongan dewasa.
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemimpin Umno dan kerajaan Malaysia sebagai 'lembik' kerana sehingga kini mereka gagal menyatakan pendirian tegas terhadap pencabulan kedaulatan negara oleh tiga negara asing yang melakukan aktiviti pengintipan di negara ini.
Ahli Parlimen PKR - Permatang Pauh itu turut mengulangi desakannya terhadap menteri terbabit khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyatakan pendirian tegas berhubung isu itu.
Anwar juga turut menuntut permohonan maaf serta jaminan tidak mengulangi kegiatan itu daripada kerajaan Australia, Amerika Syarikat dan Singapura.
"Soal pengintipan itu sesuatu perkara yang serius dan kita perhatikan sehingga kini tindakan pimpinan Umno dan kerajaan sangat 'lembik'.
"Kita kena tahu ini soal maruah dan keselamatan negara, mana dia kenyataan Menteri Dalam Negeri, mana dia kenyataan tegas Kementerian Luar dan pastinya kenyataan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen, dekat sini hari ini.
Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata kerajaan sangat bimbang mengenai laporan dakwaan pengintipan oleh beberapa negera terhadap Malaysia.
Katanya pihak berkuasa sedang menyiasat secara menyeluruh mengenai laporan terkini media dakwaan pembabitan negara lain termasuk Singapura dalam kegiatan mengintip Malaysia.
Tambahnya, jika dakwaan itu dapat dibuktikan, Malaysia sudah pasti menganggap perkara tersebut sebagai suatu yang sangat serius yang ditolak dan dikecam keras oleh kerajaan.
"Keselamatan dan kedaulatan Malaysia menjadi perkara paling utama kepada kerajaan, apatah lagi kegiatan pengintipan terhadap kawan baik dan jiran yang sudah pasti tidak dapat diterima dan bertentangan dengan semangat dan komitmen dalam hubungan berjiran," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Kuantan: Remaja Islam seharusnya menjaga tata susila dan kehormatan diri dengan mengelak daripada merakam gambar yang mengaibkan kerana dibimbangi disalah guna pihak tertentu.
Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz berkata, gambar terutama wanita dalam keadaan mendedahkan aurat tidak sepatutnya dirakam kerana ia boleh disalah guna, termasuk disebarkan melalui sosial seperti Facebook (FB) sehingga boleh mendatangkan keaiban.
Katanya, sebagai umat Islam, tatasusila dan tingkah laku perlu dipelihara daripada tindakan yang boleh menjurus kepada perbuatan maksiat dengan mematuhi larangan yang ditetapkan agama.
"Memaparkan gambar tidak senonoh di FB boleh mendatangkan aib kepada individu kerana ia menjadi perbualan masyarakat malah menimbulkan fitnah.
"Saya nasihatkan kepada belia Islam berhati-hati dan jangan sewenang-wenang mengambil gambar tidak sepatutnya walaupun hanya untuk simpanan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan seorang lelaki yang membuka akaun FB memaparkan gambar tidak senonoh dia dengan rakan wanitanya serta mengeluarkan kenyataan mencabar JAIP menangkap mereka sehingga dikecam pengguna media sosial lain.
Mohd Ghazali berkata, walau apa pun niat pemilik akaun FB itu, dia tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan melampau yang boleh menjatuhkan maruah JAIP sebagai jabatan dipertanggungjawab menguatkuasa undang-undang menjaga kesucian Islam di negeri ini.
"Kalau mahu kritik boleh, namun perlu menggunakan saluran betul, bukan dengan memaki JAIP seolah-olah kita tidak menjalankan tugas penguatkuasaan membendung jenayah syariah di negeri ini," katanya.
Beliau berkata, JAIP komited membendung jenayah syariah di negeri ini termasuk mengadakan operasi menahan pasangan berkhalwat, tidak berpuasa, minum arak dan menyebar ajaran sesat.
KUALA TERENGGANU - Kementerian Pendidikan akan memastikan pengambilan guru dibuat mengikut keperluan negeri bagi mengurangkan masalah guru yang ingin bertukar ke sekolah di negeri tempat mereka berasal.
Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, ketika ini terdapat terlalu ramai guru yang memohon untuk bertukar ke negeri masing-masing sedangkan tempat adalah terhad.
"Sebagai contoh bilangan guru yang lahir di Kelantan seramai 57,740 dan yang sedang berkhidmat di negeri itu berjumlah 28,048 orang. Ini bermakna lebih 30,000 guru dari negeri itu sedang bertugas di negeri lain dan yang ingin balik ke Kelantan adalah seramai 2,483, sedangkan kekosongan yang ada cuma 1,079 sahaja.
"Begitu juga yang ingin pulang ke Terengganu berjumlah 1,267, manakala kekosongan yang ada hanya 179 sahaja. Ini bermakna (permohonan) 1,100 guru lagi tidak dapat dilayan dan sudah pastinya mereka kurang seronok dengan keadaan itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melawat Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di sini, ketika ditanya mengenai masalah pertukaran guru yang sukar diatasi sejak sekian lama.
Turut hadir Naib Canselor Unisza, Prof Dr Yahaya Ibrahim.
Idris berkata guru berkenaan enggan bertukar ke negeri lain, sebaliknya tetap mahu balik mengajar di tanah kelahiran dan sudah pastinya masalah ini tidak boleh diselesaikan dalam masa yang singkat kerana ia melibatkan kekosongan yang ada di sesuatu kawasan itu.
Katanya, keutamaan diberikan kepada suami atau isteri yang mengajar di negeri berlainan.
Mengenai dakwaan berlaku kebocoran kertas soalan peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran Matematik dan Matematik Tambahan, beliau berkata, kementerian masih menyiasat perkara itu.
Mengenai Unisza, Idris berkata, universiti itu tidak mempunyai halangan untuk terus maju dan mencapai kedudukan antara 10 universiti terbaik di negara ini berdasarkan perkembangan dan pencapaian semasa di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
"Dengan peningkatan dan penambahbaikan yang sedang berlaku di Unisza ini, saya percaya dan tidak mustahil universiti ini akan menjadi salah sebuah universiti tempatan terbaik dalam tempoh 10 tahun lagi," katanya.
Katanya, dalam jangka masa yang singkat, Unisza menunjukkan perkembangan pesat dari segi pembangunan infrastruktur, bilangan pensyarah yang mempunyai ijazah doktor falsafah (PhD), penerbitan dan penyelidikan dan pembangunan.
KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin menaikkan tarif bekalan elektrik antara enam dan tujuh sen bagi satu kilowatt tahun depan, kata Menteri Tenaga. Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili.
Bagaimanapun, Ongkili berkata kerajaan akan memastikan kenaikan tarif tidak menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah.
"Kerajaan masih mengkaji kadarnya. Ia mungkin antara 10 peratus dan 20 peratus," katanya dan menambah angka di bawah 20 peratus adalah munasabah. "Kadarnya adalah munasabah. Ia merupakan semakan minimum bagi Tenaga Nasional Bhd yang memastikan ia mencerminkan kos modal, pengurusan dan gaji," katanya kepada pemberita pada Rabu.
Ongkili membayangkan kerajaan akan mengekalkan struktur semasa dengan pengguna yang menggunakan 300 kWh sebulan atau kurang, tidak dikenakan tarif baharu itu.Oleh itu, tiada kenaikan tarif dijangkakan untuk 75 peratus pengguna isi rumah (4.4 juta pengguna), pengguna 'lifeline' (3.3 juta pengguna) dan pengguna 201-300 kWh (1.1 juta pengguna).
Ongkili berkata kadar itu juga bergantung kepada sejauh mana kerajaan mahu mengurangkan subsidi dan menyalurkannya kepada pembangunan sosioekonomi.
Beliau berkata kerajaan sentiasa memberi isyarat bahawa subsidi akan dikurangkan dan ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.
Ongkili berkata kerajaan membelanjakan kira-kira RM130 juta untuk subsidi setiap tahun untuk tarif manakala selebihnya ditanggung oleh Petronas kira-kira RM8 bilion hingga RM10 bilion setahun untuk sektor tenaga.
Berbanding tarif semasa negara anggota Asean, Ongkili berkata Malaysia lebih rendah berbanding Thailand dan Filipina, namun tinggi berbanding Indonesia memandangkan republik itu merupakan negara yang paling banyak memberi subsidi kepada sektor tenaga.
"Kami (menteri kabinet) akan bermesyuarat minggu ini. Kami akan mengkajinya," katanya.Kali terakhir tarif elektrik dinafikan pada Jun 2011 apabila harga gas subsidi dinaikkan kepada RM13.70 (mmbtu) daripada RM10.70 mmbtu sebelumnya. -BERNAMA
Ini bukan gimik filem atau skrip drama lakonan mereka bersama. Sekurang kurangnya itu'lah yang dilaporkan Berita Harian hari ini. Johan As'ari telah pun melamar pelakon seksi Lana Nordin untuk menjadi permaisuri hidupnya hanya selepas tiga hari berjumpa.
Mereka bertemu buat pertama kali ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 yang lalu dan tiga hari kemudian, Johan As'ari terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan Lana Nordin.
Johan As'ari juga percaya & yakin yang Lana Nordin merupakan calon suri seperti yang didoakan di depan Kaabah ketika mengerjakan umrah, awal tahun ini.
"Selepas bertukar nombor telefon, kami keluar makan tiga hari berturut turut sebelam saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya," jelas Johan As'ari.
"Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah tetapi punya kelembutan tersendiri. Memang dia sendiri terkejut dan bertanya semula. Mungkin tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin"
Lana Nordin hadir menemani Johan As'ari ke Balai Berita NSTP untuk promosi filem Paku namun mereka berdua nampak manja selain memanggil diri masing masing dengan gelaran baby & sayang tidak mampu menutup status mereka yang sedang hangat bercinta.
"Kalau ikutkan, kami tidka mahu menangguhkan perkara baik — cuma tempohnya terlalu dekat, mungkin lebih sesuai awal tahun depan supaya persiapan dapat dilakukan tanpa tergesa gesa," tambah Johan As'ari yang tidak mahu dedahkan tarikh pernikahan.
Keberanian & Keikhlasan Johan As'ari Buka Hati Lana Nordin
Lana Nordin pula berkata yang beliau memang mencari teman hidup yang boleh membimbing dirinya selain hati beliau terpikat dengan keberanian Johan As'ari dan juga keikhlasan untuk menjadikan dirinya sebagai permaisuri hidupnya.
"Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan," ujar Lana Nordin.
London: Penyanyi rock Ian Watkins semalam mengakui mengambil kesempatan atas statusnya sebagai selebriti untuk melakukan salah laku seks terhadap bayi dua peminatnya.
Aksi penyanyi kumpulan Lostprophets itu yang dikatakan pedofilia tegar dan komited mendera seorang bayi di depan ibu dapat dilihat pihak berkuasa dalam klip sepanjang 17 minit.
Dalam klip rakaman lain Watkins turut dipaparkan melakukan aksi seks maya melalui Skype dan memujuk seorang wanita lain mencabul anaknya sendiri.
Pegawai penyiasat, Peter Doyle menganggap bukti dikemukakan itu sebagai kes penderaan kanak-kanak paling kejam pernah diketahuinya.
"Saya yakin Ian Watkins menyalahgunakan statusnya sebagai seorang selebriti untuk mencabul kanak-kanak," katanya.
Sebuah komputer riba yang dirampas dari rumah Watkins di Pontypridd turut menggunakan kata laluan lucah membabitkan kanak-kanak.
Malah, beberapa pesanan ringkas dihantar kepada seorang daripada ibu terbabit juga merujuk kepada perlakuan lucah terhadap budak selain mahu menggunakan bayi wanita itu sebagai hamba seks.
Watkins turut dikatakan menggunakan dadah, malah pernah mendedahkan keinginannya meniup dadah ke muka kanak-kanak dengan tujuan supaya mangsa pengsan.
Ujian dijalankan menunjukkan seorang daripada bayi terbabit turut didedahkan kepada dadah.
PENYANYI Lostprophets Ian Watkins mengaku salah terhadap tuduhan seks termasuk merogol bayi.
Dua ibu terbabit masing-masing berusia 21 dan 24 tahun turut menghadapi hukuman penjara kerana pembabitan mereka dalam kes itu.
Peguam belanya Sally O'Neill QC dilaporkan berkata, anak guamnya tidak ingat kejadian yang dirakamkan dalam video berkenaan.
Mahkamah dijangka menjatuhkan hukuman bulan depan.- Agensi
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pernahkah kita berada di situasi lori di hadapan kita memandu dengan tidak selamat dan membawa lebih muatan yang boleh mengundang kemalangan? Atau anda sedang berada di dalam bas ekspres di mana pemandunya memandu laju serta bercakap menggunakan telefon bimbit tanpa menggunakan 'hand-free'? Kepada siapa kita hendak mengadu?
Aduan yang dibuat kepada pemilik syarikat kemungkinan besar akan dibakulsampahkan. Cara terbaik adalah dengan membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD). Dapatkan maklumat terperinci seperti masa, tarikh dan tempat kejadian. Sekiranya berpeluang ambil gambar kejadian dengan menggunakan telefon bimbit kita. Segala maklumat dan bukti berkenaan adalah penting bagi penguatkuasa SPAD untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Segala aduan boleh disalurkan melalui toll free 1-800-889-600 atau e-mail kepada aduan@spad.gov.my atau menggunakan sms kepada nombor 15888. Bagi pengguna laman sosial Twitter, anda sentiasa boleh berkomunikasi dengan pegawai SPAD bertugas dengan menggunakan akaun Twitter @aduanSPAD. Gunakan hak kita dengan sebaiknya untuk memastikan perkhidmatan awam darat sentiasa berada pada tahap yang terbaik!
Baru-baru ini saya secara kebetulan tersua muka dengan seorang ADUN BN Kedah di sebuah restoran. Beliau sedang makan malam bersama dua orang rakannya dan saya pula singgah di situ untuk membeli makanan malam keluarga. Beliau yang sememangnya mengenali saya, menggamit ke mejanya…
Bertanyakan khabar masing-masing, YB tersebut menceritakan tentang ADUN Sg Limau yang kononnya mahu tunjuk taring dengan hujah yang dangkal di sidang DUN Kedah baru-baru ini. Katanya, keperibadian YB Sg Limau itu bagaikan langit dengan bumi jika dibandingkan dengan bekas YB Sg Limau sebelumnya, arwah Pak Teh Mat dan arwah Ustaz Azizan Razak…
Masih ingat PRK DUN Sg Limau? Ya, calon PAS Mohd Azam Abdul Samat berjaya menang di pilihanraya kecil tersebut. Itupun setelah dibantu pakar strategi PAS yang meletakkan penyokong PAS secara luar biasa ramai di PDM Bukit Besar (padahal berapa ramailah sangat yang benar-benar tinggal di Bukit Besar dan layak mengundi, kan?).
Dalam sidang DUN Kedah baru-baru ini, Azam mengucapkan terima kasih pada semua pihak. Kononnya aktiviti kempen dan PRK Sg Limau baru-baru ini berlangsung dalam keadaan aman damai tanpa berlaku sebarang kekecohan atau kejadian yang tidak diingini.
Mendengar kata-kata Azam yang tidak masuk akal itu, beberapa ADUN BN bangkit mempersoal kenyataan YB Sg Limau itu. Kata mereka, kempen dan PRK Sg Limau berlaku beberapa insiden pergaduhan, sabotaj ganas dan kejadian berdarah di mana seorang anggota Wanita UMNO berdarah hidungnya akibat di"sesah" penyokong PAS.
Bukan itu saja, dalam satu lawatan Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir di kawasan Sg Dedap, beberapa penyokong PAS telah menghamburkan caci nista dan menghina Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah itu dengan kata-kata maki hamun.
Malah, meskipun Mukhriz menghulurkan tangan untuk bersalam, penyokong PAS yang kononnya ditarbiyah PAS dengan akhlak Islam itu enggan menyambut salamnya. Walaupun MB Kedah kelihatan tenang dan tidak marah dengan akhlak yang ditunjukkan para penyokong PAS itu padanya, hakikat tersebut benar-benar mencerminkan sifat yang ada pada PAS…
Mungkin "panas telinga" dengan fakta yang menafikan "ucapan sulung"nya di sidang DUN Kedah, Azam tampil menjawab dengan menegaskan bahawa para perayu undi dan petugas PAS bersikap demikian kononnya disebabkan oleh sistem pendidikan negara yang gagal mendidik mereka dengan betul.
Jawatan Azam yang jelas dangkal, kebudak-budakan dan tidak masuk akal sama sekali itu menyebabkan ramai ADUN-ADUN BN yang tidak berpuas hati bingkas bangun menghentam YB Sg Limau itu…
Saya tertanya-tanya, apakah Azam tidak sedar bahawa sistem pendidikan dan silibusnya adalah di antara yang terbaik dan diiktiraf dunia? Malah subjek agama Islam, pendidikan moral dan aliran yang wujud di dalam sistem pendidikan di negara ini juga menjadi contoh kepada banyak negara luar. Itu fakta yang perlu Azam tahu.
Pada saya, akhlak atau perangai seorang manusia itu adalah terpulang pada kedua ibubapanya dan tidak pada mana-mana sistem pendidikan di mana-mana negara pun. Ini adalah kerana Islam menegaskan bahawa apabila seorang bayi dilahirkan maka dia terletak di bawah tanggungjawab ibubapanya untuk mencorakkan hamba Allah yang baru lahir ke dunia itu.
Malah Rasulullah SAW juga menegaskan bahawa kita semua bertanggungjawab untuk menjaga amanah Allah itu supaya menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa. Justeru itu, tidak adil dan tidak wajarlah sama sekali Azam atau mana-mana pihak untuk melepaskan amanah Allah itu pada pihak lain, termasuk sistem pendidikan negara, bukan?
Memang benar kita menghantar anak-anak kita ke sekolah untuk belajar. Tapi anak-anak kita ke sekolah adalah untuk menuntut ilmu dan bukannya untuk belajar tentang erti kehidupan dan aplikasi keperibadian diri, bukan? Maka secara jelas tidak wajarlah kita menyalahkan sistem pendidikan negara.
Berbalik pada jawapan Azam yang dangkal itu, saya menyarankan agar Azam kembali ke rumahnya, kembali ke kawasan jajahannya dan kembali ke jemaah partinya seraya mentarbiyah mereka kembali ke jalan Islam yang sebenar.
Contohilah akhlak Rasulullah SAW kerana baginda mewariskan "makarimal akhlak" pada umatnya untuk dijadikan panduan hidup. Saya percaya sistem pendidikan negara ada ajar tentang fakta ini dan mungkin para penyokong PAS sendiri agak "bebal" dengan tidak mengambil peduli tentang apa yang diajar tentang akhlak Rasulullah SAW tersebut.
Saya yakin bahawa Islam itu sempurna sifatnya. Kalau seorang muslim itu tidak bersekolah sekalipun, namun taat dan patuh pada ajaran Islam yang dibawa Rasululullah SAW, insyaAllah dia tidak akan bertindak memaki hamun, menyerang saudara seagamanya hanya disebabkan perkara duniawi dan sudah tentu erat kasih sayangnya terhadap saudara seagama.
Justeru itu, saya mengesyorkan pada YB Azam supaya kembali dan merujuk kepada Islam terlebih dahulu sebelum berhujah di sidang DUN atau di mana-mana saja. Tolonglah sarankan pada para pengikut PAS supaya kembali ke jalan Allah yang sebenar sebagaimana yang diajar Rasulullah SAW. Itu yang terbaik bagi setiap ummah, bukan?
Dan paling utama, janganlah suka menuding jari pada pihak lain kerana selalunya sifat berkenaan akan memalukan diri sendiri ekoran kesalahan itu sebenarnya seringkali berpunca dari kekhilafan diri sendiri. Bermuhasabahlah selalu didepan Allah SWT dan semoga diberi petunjuk yang benar. Wallahu'alam.
Nampaknya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terpaksa terkial-kial seorang diri apabila ramai pihak tampil mengecam kenaikan gaji melampau yang diumumkan di dalam sidang DUN negeri Selangor baru-baru ini. Kenaikan gaji melampau itu memperlihatkan gajinya melebihi gaji Perdana Menteri dan gaji Speaker Dewan yang melebihi gaji Timbalan Perdana Menteri.
Peliknya, kenaikan gaji pemimpin Kerajaan Negeri Selangor itu turut dikritik oleh Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim.
Kata Anwar, pada hakikatnya dia bersetuju dengan kenaikan gaji tersebut. Namun dia "memancung" tindakan kenaikan gaji Khalid dan pemimpin Pakatan Haram Selangor itu dengan menyifatkannya sebagai "terlalu tinggi" dan meminta Menteri Besar itu menjelaskan kenaikan gaji itu kepada media.
Saya tertanya-tanya, kenapa sebagai "Penasihat Ekonomi Negeri Selangor", Anwar tidak campur tangan dalam hal kenaikan gaji pemimpin Kerajaan Pakatan Haram Selangor itu dari awal lagi? Sebagai seorang yang bertanggungjawab di dalam soal ekonomi, penggunaan pembendaharaan negeri itu wajar dibawa ke meja Anwar terlebih dahulu, bukan?
Atau memang Khalid sengaja tidak beritahu Anwar mengenai kenaikan gaji itu? Mungkin juga Khalid tidak mahu Anwar berkecil hati dengan kenaikan gaji diri dan konco-konconya yang lumayan sedangkan gaji Anwar hanyalah RM1 sahaja sebulan?
"Saya tidak fikir beliau perlu mengikut langkah Sarawak menaikkan gaji pemimpin tinggi, perlu jelaskan kepada parti dan paling penting jangan terlalu pentingkan kenaikan kerana kerajaan negeri Selangor perlu memastikan peningkatan perkhidmatan," kata Anwar yang dipetik dari media hari ini.
Maksudnya, Anwar mahu Khalid jelaskan justifikasi kenaikan gaji itu pada parti dan dia menyelar Menteri Besar itu kerana terlalu pentingkan kenaikan gaji tersebut sedangkan perkhidmatan Khalid dan konco-konconya masih ditakuk lama? Perlu diingat, Anwar baru-baru ini ada menyindir sifat "alpa" dan "lembab" Khalid secara sinis di Kongres Khas PKR, bukan?
Nah! Sekarang mungkin Anwar tersinggung hati dek kerana dipinggirkan di dalam "projek mengkayakan diri sendiri" oleh Khalid, Speaker, Timbalan Speaker dan ADUN-ADUN Pakatan Haram Selangor. Kalau gaji Anwar dinaikkan Khalid dari RM1 kepada RM100,000, mungkin Anwar akan bermati-matian membela tindakan Menteri Besar itu…
Lebih pelik lagi ialah tentang justifikasi Khalid dan alasannya untuk menaikkan gajinya dan rakan-rakan kongsinya di DUN Selangor. Kata Khalid, kenaikan gaji tersebut masih "munasabah" sekiranya dibandingkan dengan gaji "boss-boss" di syarikat swasta.
Saya tertanya-tanya, apakah wajar Khalid membandingkan perbendaharaan sebuah kerajaan negeri dengan sebuah syarikat swasta? Apakah sama kedua-dua pihak tersebut? Apakah sesebuah Kerajaan Negeri itu mementingkan "profit" sebagaimana syarikat-syarikat swasta yang berpaksikan pada "profit oriented"?
Apakah Khalid fikir sesebuah Kerajaan Negeri itu berniaga dengan rakyatnya? Apa bentuk perniagaan yang Khalid jual pada rakyat Selangor? Apakah Khalid fikir mengetuai sesebuah Kerajaan Negeri itu sama sifatnya dengan mengetuai sebuah syarikat swasta?
Pada saya, sebuah Kerajaan Negeri itu bertanggungjawab menjaga kebajikan dan memelihara kepentingan rakyat berbanding keuntungan sesebuah kerajaan negeri. Maksudnya bukannya Kerajaan Negeri tak boleh ambil untung atas perkhidmatan yang diberikan, namun keuntungan itu sepatutnya lebih bersifat mementingkan kebajikan rakyat.
Beginilah. Kalau benar Khalid mahukan gaji yang tinggi seperti di syarikat swasta, Khalid boleh letak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dan memohon kerja di mana-mana syarikat swasta saja. Sekurang-kurangnya, kenaikan gaji Khalid di syarikat itu nanti hanya melibatkan wang syarikat tersebut dan tidak melibatkan wang rakyat Selangor.
Tapi kalau Khalid muka tak malu, dia boleh terus jadi Menteri Besar Selangor. Tapi dia perlu tahu bahawa setiap sen duit rakyat yang dia terima dari rakyat Selangor itu akan disoal Allah SWT di akhirat kelak. Kalau rakyat tidak redha dan tidak halalkan, maka terimalah akibatnya di Hari Pengadilan kelak. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Bijaksana. Wallahu'alam.
– Seorang peniaga wanita Melayu pengsan apabila gerainya diroboh MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) yang didakwa berniaga di kaki lima tanpa lesen.
"Guan Eng dan Jeff Ooi kucing kurap lahanat yang biadap sudah tentu senyum sahaja melihat drama ini. Penguatkuasa Melayu yang menurut arahan ini hanya menjalankan tugas merampas barangan peniaga yang dikatakan berniaga di kaki lima serta dikatakan tiada lesen
"Insiden ini berlaku baru baru ini di bandar Perda,Bukit Mertajam Pulau Pinang dimana pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai telah bertindak zalim dengan mengambil tindakan terhadap peniaga terbabit. Insiden ini menyebabkan peniaga wanita tersebut terus pitam kemungkinan akibat tertekan dan panik dengan kezaliman tersebut.
"Seperti video dibawah,peniaga tersebut mempertikai mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan yang sama terhadap penjaja kaum cina yg turut melakukan kesalahan serupa sperti di Jalan Raja Uda (Parlimen Guan Eng,Bagan) dan Pekan Lama Bukit Mertajam- SUMBER
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 9 pagi ini.
Pertemuan yang telah dirancang hasil permintaan Ahmad itu berlangsung kira-kira sejam di Pejabat Perdana Menteri di Putra Perdana di sini.
Ahmad yang ditemui sejurus selepas pertemuan tersebut mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana sudi meluangkan masa untuk mengadakan pertemuan itu.
Ahmad berkata, pertemuan itu adalah lawatan rasmi terhadap Perdana Menteri sempena pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan.
"Sedikit perbincangan biasa antara negeri dan Pusat terutama dalam perkara-perkara yang boleh membantu kita kerajaan negeri. Contohnya berkait dengan infrastruktur dan hal-hal lain untuk kebajikan rakyat," kata Ahmad.
Dalam temu bual pendek dengan media, Ahmad turut ditanya mengenai kerjasama antara Pas dan UMNO.
"Politik tidak ada dalam perbincangan daripada pihak kerajaan," kata Ahmad ringkas.
Laporan media sebelum ini menyebut Ahmad berhasrat bertemu dengan Najib untuk berbincang mengenai muzakarrah antara UMNO dan Pas.
Ia bagi memenuhi kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha pelaksanaan pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini.
Dalam Muktamar Tahunan Pas ke-59 di Shah Alam minggu lalu, Abdul Hadi dilaporkan sebagai berkata, kesediaan Pas untuk bermuzakarah dizahirkan daripada kepakaran pemimpin parti tersebut yang menguasai pelbagai bidang profesional seperti undang-undang, ekonomi dan penguatkuasaan. - UTUSAN ONLINE ** GPB suka pendekatan MB Kelantan baru ini ... bagai langit dan bumi dengan Pok Nik yang sombong tu yang mahu hubungan erat kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat. Jika Ahmad kata tiada politik dalam perbincangan , pastinya isu hudud di Kelantan juga turut dibincangkan Presiden PAS baru pukul canang nak muzakarah tapi MB Kelantan ini lebih ke hadapan untuk membentuk kerjasama dengan pemimpin UMNO .
The sister of a Malaysian student allegedly enslaved by an extreme Left-wing sect for decades has today flown into Britain to see her 'before either of us dies'.
Retired teacher Kamar Mautum says one of the three captives freed last month is her sibling Aishah Wahab, who disappeared after joining the Maoist faction based in Brixton, south London.
She has landed at Heathrow with documents said to prove the captive is her sister and now hopes to see her for the first time in at least 30 years.
Malaysian Kamar Mautum, a retired teacher, arrives at Heathrow from Kuala Lumpur, she believes her 69 year old sister, Aishah, may be one of the women allegedly held captive in South London
As she boarded a flight from Kuala Lumpur to London last night to be reunited with her sister, now aged 69, Mrs Mautum said: 'I have felt so choked without her for years and years.
'She was so talented; she was the apple of my mother's eye. She asked for her on her deathbed.'
Miss Wahab is believed to have suffered a stroke while she was allegedly held captive by sect leaders Aravindan Balakrishnan and his partner Chanda, who were arrested in Brixton, South London last week.
Her sister added: 'This has been a dark age for her and for all of us. I will do anything to bring her home. I want to see her before either of us dies. I am not sure if she will remember me but I am hopeful she will.
'I hope her health is OK and she is receiving all the help she needs.'
Aishah's eldest sister, Hasnah Abdul Wahab, 88, said: 'I will hug her and cry if she comes back home'.
She told AFP at her Malaysian home: 'I thank Allah - he has realised my prayers to meet Aishah before I die.
'We have been looking for her for a long, long time.'
Neighbours said today that over a number of years they may have seen the 'slaves' standing at windows for hours on end and one would sometimes hold notes.
Charlotte Watts, who lived near where Aravindan Balakrishnan and his wife Chanda lived in Brixton, told the Evening Standard: 'Because (the window) was so high up and (the notes) were in Biro, I could never read what they were saying, so I feel desperately sad if she was trying to communicate something.'
Miss Wahab won a Commonwealth scholarship to study surveying in the UK and moved here in 1968 with her fiance Omar Munir. But she soon became involved in extremist politics and turned her back on her middle-class upbringing.
Attracted to Balakrishnan's group, Miss Wahab was so in awe of leader 'Comrade Bala' that she and Omar rowed over her 'loyalty' to him and eventually split, throwing her engagement ring in the Thames.
The Malaysian government is said to have been wary about her returning home because of her politics.
Miss Mautum said their brother, who lived in London, discouraged visits by his Maoist sister.
'Aishah's attitude was, "if you don't want me, fine". And then she disappeared,' said Miss Mautum.
The family later asked a prominent Malaysian radical, Ishammuddin Rais, to help find her, without success.
Balakrishnan's group eventually folded but Miss Wahab is believed to have remained one of his few followers.
A former member claimed she 'cut herself off from everybody', adding: 'She remained with them, was financially dependent on them, had no friends – she became more and more reliant on them.'
Video footage of Aishah emerged last night after she was filmed in the doorway of a south London property, shouting at a man who has asked to speak to Comrade Bala.
The ITV report says that a Malaysian woman, seen wearing glasses and a plaid shirt, is believed to be Aishah.
The women are set to be formally interviewed by police today, according to reports.
One of the women rescued from a Brixton council flat last month was the daughter of a renowned Bletchley Park codebreaker during the Second World War, it was also revealed.
The 64-year-old retired teacher, who has called for her cousin's death to be investigated again, said: 'She had everything going for her, such a promising and bright future.
She met Comrade Bala and his wife whilst at university in London and I don't know why, but she got sucked into his warped way of thinking and she became brainwashed.'
A total of 47 officers are now working on the inquiry, launched after one of the women - a 30-year-old Briton, a 57-year-old Irishwoman and a 69-year-old Malaysian - contacted staff from the Freedom
Charity last month, and eventually left the house in Brixton, south London, where they said they were being held.
Police agreed to wait until last week to arrest the suspected captors, said to be Maoist activists Aravindan Balakrishnan and his wife, Chanda Pattni.
Commander Steve Rodhouse also said his team have requested court papers from the inquest into the death of Sian Davies, who was fatally injured when she fell from a window of a house used by the political group in Herne Hill, south London.
slave victims
Police were not called to the house at the time of her death, but Mr Rodhouse is looking at which inquiries officers carried out on behalf of the coroner, who reached an open verdict.
'We have retrieved the court papers, the inquest papers, and we are in the process of reviewing those to see what they can tell us about the police involvement in that inquiry', he said.
'We were not called to the address at the time of Sian's death but we are reviewing what later involvement we had in assisting the coroner to come to that open verdict.'
It is not yet clear what contact the women had with police, social and health services during the 30 years, he said.
Investigators are currently contacting 50 potential witnesses as part of their inquiry.
Kes Siti Aishah Wahab yang dijadikan hamba abdi oleh 'idola' nya dalam perjuangan ekstrimis merupakan peringatan kepada umat Melayu hari ini yang menonong menyokong komunis tanpa ilmu yang sewajarnya.
Dogma bawaan luar yang asing dalam dunia Melayu, jika dianuti dengan penuh gejolak kekafiran dan penentangan ke atas budaya hidup beragama bangsa ini akan hanya menghukum bangsa itu sendiri.
Siapa sangka jika Khalid Ismath dan Che Gubard yang menjadi ikon komunisme abal-abal negara ini bakal 30 tahun lagi ditemui menjadi hamba dalam jamban mana-mana tokoh kafir komunis yang belum kita ketahui siapa di kalangan mereka satu hari kelak. Hahaha.
Atau tidak nampakkah kita betapa besarnya HARAMJADAH kumpulan yang menggelar sesama mereka 'komrad' ini kerana di manakah sifat 'comrade' pada HISHAMUDDIN RAIS yang sudah pasti tahu di mana dan apa nasib Siti Aishah Wahab, rakannya di London, tetapi memilih meninggalkan nasib wanita bodoh itu dan balik untuk menjadi anjing jalanan di kota Kuala Lumpur.
Tidak ada yang mustahil andai nasib seorang bangsa di kepulauan Melayu ini jatuh hancur lebur andai mereka mula memakai baju komunisme.
Lihat sahaja demokrasi terpimpin negara sebelah yang diketahui mengikut model komunisme. Hasilnya apa? Hari ini rakyat tertindas dengan sistem out-sourcing di bidang pekerjaan. Nasib tidak terbela dan diambil bekerja hanya untuk menanti dibuang bila-bila masa.
Dan apa untungnya bagi Melayu pengikut negara sebelah itu, setelah menyokong PKM dan lari ke China dan Thailand, megahkah mereka berdiri di bumi Nusantara hari ini?
Jangan mohon ditimpa sumpahan dengan menjadi anjing komunis.
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.