Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) berharap dapat menjalinkan bekerjasama dalam PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
Ini ekoran keyakinan MCLM pada barisan kepimpinan baru PAS yang dilihat akan memandu parti Islam itu mencapai matlamat menentang nilai negatif dalam politik negara.
"Kami berharap dapat bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum yang akan datang dengan maksud untuk memulihkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua Rakyat Malaysia," kata pergerakan itu.
Dalam kenyataan bersama pengerusinya Raja Petra Kamarudin (atas) dan Presiden Haris M Ibrahim hari ini, mereka mengucapkan tahniah kepada yang menawarkan harapan besar untuk Rakyat.
"Kami yakin saf kepimpinan baru ini akan memandu PAS mencapai matlamat yang dianjurkan dalam pesanan Presiden parti dan seterusnya memainkan peranan yang lebih besar untuk memperkuatkan gabungan Pakatan Rakyat," kata pergerakan itu.
Pergerakan itu menyambut baik kenyataan Presiden PAS datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya yang menegaskan komitmen terhadap Pakatan dan sedar bahawa "masyarakat majmuk adalah sebahagian daripada seruan politik dalam Islam".
MCLM juga menyambut baik penekanan PAS untuk membersihkan politik dari perkara menjijikkan seperti rasuah, politik wang, fitnah, perkauman, penipuan dan segala macam hal yang memalukan.
Bagi mereka mesej tegas Hadi itu disokong oleh perwakilan yang tergambar dalam keputusannya apabila Mohamad Sabu dipilih sebagai timbalan presiden dan apabila Salahudin Ayun, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz omar menang bertanding jawatan masing-masing.
Di sebalik pentadbiran yang baik, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih bimbang kejayaan merampas Selangor tidak boleh dipertahankan sekiranya pilihan raya mengejut diadakan dalam masa terdekat.
"Kita bawa kesejahteraan, guru KAFA gaji tinggi dan sebagainya, tetapi jika dipanggil pilihan raya umum, adakah Pakatan akan terus memerintah selangor?" tanya mohamad sabu kepada perwakilan ketika membentangkan usul menyokong perhimpunan BERSIH untuk mendesak diadakan penambahbaikan peraturan pilihan raya.
Menjawab sendiri soalannya itu, Mohamad mengejutkan perwakilan apabila memberikan jawatan yang dianggap negatif.
"Belum tentu, belum tentu kita boleh menang," katanya.
Dakwanya, ini kerana berlakunya pemindahan pengundi mesra BN ke kawasan kuat Pakatan Rakyat dan melalui taktik pemberian kad pengenalan kepada penduduk tetap.
PAS hari ini mengerahkan anggota dan pemimpinnya untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2 pada 9 Julai bagi menyampaikan tuntutan mereka untuk pilihan raya bersih dan adil.
Usul berkenaan diluluskan sebulat suara selepas dibentangkan Mohamad.
Mohamad yang aktif dalam penganjuran perhimpunan BERSIH yang pertama pada November 2007, turut menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai perhimpunan berkenaan.
Usul yang diluluskan itu turut menggariskan tumpuan untuk menggerakkan semua organ parti serta semua barisan kepemimpinan PAS dan rakan komponen Pakatan Rakyat untuk meluluskan perhimpunan tersebut.
Muktamar PAS hari ini meluluskan usul mengutuk "fitnah" melalui video lucah yang dilemparkan ke atas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Usul yang diluluskan sebulat suara itu turut mengutuk tindakan BN yang didakwa telah membenarkan video lucah berkenan ditayangkan di saluran televisyen dan media cetak.
Usul berkenaan juga mengutuk tindakan ulama rasmi kerajaan yang disifatkan tidak tegas dalam mengutuk tindakan yang tidak berakhlak itu.
Usul berkenaan dibentangkan oleh wakil dewan ulama Mohd Fadzil Mohd Noor.
Menyokong usul tersebut, perwakilan Ipoh Barat, Norazli Musa berkata, budaya fitnah perlu dihentikan oleh pihak berwajib.
Beliau menggesa para mufti supaya menghalang penyebaran fitnah itu.
Hias cara Islam
Dalam masa yang sama, beliau turut menempelak Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan menyifatkan sebagai 'mufti poco-poco'.
"Mereka seolah-olah membisu dengan budaya kotor (itu) yang mencemar akhlak rakyat yang dikenali dengan sopan santun.
"Mereka berdiam diri dengan isu ini seolah-olah redha (tersebar) dalam budaya Melayu," katanya.
(Harussani pada 31 Mac lalu dilaporkan menafikan berdiam diri. Sebaliknya, beliau mengaku sudah bersuara bahawa rakaman video seks itu mengaibkan Anwar kerana tiada saksi.)
Norazli berharap isu fitnah video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu dihentikan dengan segera.
Sementara itu, ahli jawatankuasa pusat PAS Hanipa Maidin pula membidas BN yang didakwanya menggunakan kaedah "matlamat menghalalkan cara" dengan tidak menghitungkan dosa dan pahala.
Beliau mendakwa BN menggunakan beberapa cara untuk membolehkan rakyat mempercayainya dengan "menghiasi" perbuatan mereka dengan "cara Islam" dengan cara sumpah.
"(Sumpah itu) disebut dengan nama Allah. Orang kampung cakap nama Allah, takkan tak percaya. Selepas itu, mereka menggunakan al-Quran dan dibuat di masjid," katanya yang turut menyokong penuh usul tersebut.
Masih ingat lagi Pilihanraya Umum 2008? Macam-macam janji manis ditaburkan pemimpin Umno di Negeri Sembilan. Antaranya ialah pembinaan Hospital Rembau, pembinaan Landasan Terbang Rembau, pembinaan UiTM Rembau. Sekarang dah tahun 2011, nak masuk 2012. Bayang pun tak nampak lagi. Tak apa , Melayu mudah lupa. Bagi komputer riba 1Malaysia, dah lupa semua janji sebelum ini.
Projek kereta laju KL - Gemas bermula Kosmo 31 Jan 2008
SEREMBAN - Pembinaan landasan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Gemas yang kini sudah pun bermula dengan dijangka siap dalam masa empat tahun lagi.
Projek itu yang dijalankan oleh Indian Railways Company (IRC), dijangka menjadi pendorong kepada pembangunan pesat di Seremban, Rembau, Tampin, Gemencheh dan Gemas.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal.
"Projek landasan itu kini sudah dimulakan di atas tanah milik kerajaan manakala proses pengambilan tanah milik individu sedang dilakukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini semalam.
Pada masa yang sama juga, Mohamad memaklumkan, syarikat yang sama turut diberi tugas oleh kerajaan bagi membina satu lagi laluan kereta api yang dikhaskan untuk komuter yang di- lanjutkan dari Seremban ke Sungai Gadut.
Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan.
BELIAU JUGA MENGUMUMKAN PEMBINAAN SEBUAH LAGI KAMPUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) REMBAU selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).
TERACHI – Jambatan yang menghubungkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Ibol berdekatan laluan keluar dekat sini, mengundang resah penduduk berhampiran berikutan strukturnya yang tidak sempurna.
Rata-rata mereka kesal kerana jambatan yang menjadi lalu mereka selama ini rosak sejak setahun lalu akibat peralihan jambatan.
Penduduk, Mohd Razali Abd Latif, 46, berkata, pada awalnya, jambatan itu elok dan boleh dilalui kerana mempunyai struktur yang sempurna serta selamat.
"Tetapi apabila pihak Jabatan Pertanian mengusahakan pertanian di sini, jambatan itu dialihkan untuk pengaliran air.
"Setelah dialihkan, jambatan baru yang dibina tidak sempurna kerana tidak mempunyai ciri keselamatan selain membebankan penduduk," katanya. Malah katanya, apabila hujan lebat berlaku baru-baru ini, jambatan yang dibina telah runtuh semua hingga memaksa mereka menggantikannya dengan jambatan kayu.
"Jambatan kayu ini tidak mampu menampung sebuah kenderaan kerana tidak kukuh dan hanya sebuah motosikal sahaja yang boleh melalui jambatan berkenaan," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Menurutnya, jambatan itu menjadi laluan penduduk kampung terutamanya apabila berlakunya kematian.
"Jalan ini menghubungkan Tanah Perkuburan Kampung Ibol. Apabila jambatan ini tidak boleh dilalui oleh kenderaan berat seperti van jenazah, kami terpaksa memikul keranda sejauh 500 meter.
"Keadaan tanah berbukit-bukit membebankan kami dan pernah beberapa kali berhenti kerana penat berjalan. Selain itu, sekiranya jambatan itu tidak lagi berfungsi, ia menyebabkan segala urusan berkaitan perhubungan akan terganggu dan aktiviti membawa hasil pertanian turut terjejas," katanya.
Malah katanya, kehadiran Ramadan tidak lama lagi pasti membimbangkan penduduk yang perlu berjalan jauh menziarahi kubur sanak saudara.
"Saya berharap pihak berkenaan dapat memandang serius perkara ini dengan teliti supaya dapat diatasi dengan segera," katanya.
Sementara itu, Mohd Ariff Abdullah, 45, berkata, berharap masalah ini dapat diberi perhatian segera kerana ia sudah berlarutan selama setahun.
"Kami bukan mahu mempertikaikan tanggungjawab sesiapa kerana kami tahu mereka juga berusaha membawa perkara ini kepada pihak berkaitan.
"Ketua kampung sangat mengambil berat masalah ini dan telah melaksankan tugasnya dengan baik. Oleh itu, saya berharap pihak berkaitan dapat menyegerakan proses membaik pulih jambatan itu supaya tidak menjadi lebih teruk," katanya.
Biarpun PAS diserang hebat oleh media sebelum dan selepas keputusan pemilihan semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tetap mengucapkan tahniah kepada perwakilan dan pemimpin yang telah dipilih.Berucap ketika menyampaikan ucapan penangguhan hari akhir Muktamar PAS ke-57 hari ini, beliau bagaimanapun tidak menyalahkan petugas media yang mebuat liputan selama tiga hari itu.
"Ada (media) menyatakan pimpinan baru ini kumpulan Erdogan.Saya kata ini bukan Erdogan, ini (Tuan Guru Datuk) Nik Aziz dengan Hadi Awang, ini bukan AK parti, ini Parti Islam Se-Malaysia PAS,"katanya membidas laporan media yang membuat label tersebut.Membuat bidasan lebih lanjut, beliau kemudiannya turut memperincikan kepelbagaian latar belakang individu di dalam saf kepimpinan baru PAS itu.Katanya kepimpinan baru yang diterajuinya itu terdiri daripada lapan ulama, dua doktor, dua jurutera, satu peguam, enam bekas pensyarah dan dua aktivis masyarakat. Komposisi itu katanya menunjukkan kabinet PAS mempunyai pemimpin rencam termasuk ulama
PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang declared today that the newly elected party leadership was not Erdogans or progressives as criticised by political foes, nor was it the ulamas who lost in internal polls."This is the Nik Aziz and Abdul Hadi Awang's team. PAS is an Islamic party and not AKP. This is Malaysia and not Turkey," he said, referring to PAS spiritual chief Datuk Nik Aziz Nik Mat. "A lot has been said about the party's leadership and that this time it is dominated by the Erdogans. I would to say here that this is not the Erdogans but the leadership of Nik Aziz and Abduk Hadi Awang," the president said when winding up the debate on the last day of the party's 57th muktamar here today.
Mohamad Sabu won the party deputy presidency with 420 votes in Friday's election, leading a group of progressive leaders to counter conservatives who prefer to link up with Umno.The Penang-born Mohamad defeated incumbent Nahsarudin Mat Isa, who received only 224 votes, and vice-president Tuan Ibrahim Tuan Man who came second with 399 votes. A total of 1,100 delegates voted in this year's party elections. In the vice-presidential race, incumbent Salahuddin Ayub took top spot with 753 votes, Datuk Husam Musa was second with 660 votes while another incumbent, Datuk Mahfuz Omar, kept his post with 616 votes.The poll was billed as a contest between the party's conservative ulama faction and the professionals (dubbed the Erdogans in a reference to progressive Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan). The Erdogans have also been dubbed the "Anwarites" because of their support for PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, who wields influence in PAS through his preaching of pragmatic Islam and moderation, along with support from Nik Aziz.
Today, Hadi also reminded his delegates that the party must not forego its Islamist principles, nor allow itself to be ruled by emotions.He said although PAS is part of Pakatan Rakyat (PR), the party need not surrender its own identity to match that of its partners."Allegations we face today must be countered with knowledge and not anger. Let us not be influenced by other political parties. We may be co-operating (with other parties) but we are our own party. We have our own ways and morals," Hadi said.He added that the party must not make false allegations against its political foes, in covert reference to Umno and its leaders. "If we want accuse someone then we must have (four) witnesses. If there are no witnesses then it is forbidden," he said.
Abdul Hadi also explained PAS will never work with Umno, judging the latter to have failed to elevate public welfare despite half a century in power.Today, Umno deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin said Malaysia was already a welfare state under Barisan Nasional, and had surpassed the model proposed by PAS during its muktamar. He also criticised the party for not discussing allegations against Anwar's sex life, saying it was a moral issue that PAS ignored for political expediency. Despite his criticisms, Muhyiddin said Umno would still welcome PAS to join an unity government.
Ulama tidak kalah, profesional tidak menang dalam pemilihan PAS. Yang membentuk wajah PAS sekarang ialah gabungan kedua-dua kumpulan di samping mereka yang bukan ulama dan bukan profesional — guru, pegawai perkhidmatan awam, peniaga dan aktivis. Pemisahan antara kumpulan-kumpulan itu yang wujud lebih sedekad lalu tidak lagi menjadi isu dalam PAS kerana latar belakang mereka disatukan atas kesetiaan perjuangan mereka berlandaskan perlembagaan parti.
Yang menang adalah para perwakilan yang dilihat kecewa dengan kelembapan kepimpinan PAS dalam Pakatan Rakyat yang selama ini terganggu dek pujuk rayu Umno yang kononnya mahu mewujudkan perpaduan Melayu. Yang kalah adalah mereka yang ditolak oleh para perwakilan kerana dianggap:
Tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh, termasuk gagal memastikan kemenangan PAS dalam semua pilihan raya kecil sepanjang 2010 dan pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini; Tidak mampu menggerakkan PAS dengan lebih cergas untuk sama-sama aktif dengan komponen-komponen Pakatan Rakyat; dan Di segi teknikal, terlalu ramai calon dari pelbagai latar belakang merebut jumlah jawatan yang terhad — 6 calon untuk 3 jawatan naib presiden dan 53 calon untuk 18 jawatan ahli jawatankuasa pusat. Kepimpinan PAS yang baru dipilih pada muktamat parti ke-57 ini adalah lebih seimbang berbanding dengan yang sebelumnya.
Dengan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kekal sebagai presiden, sokongan daripada timbalan yang baru dipilih Mohamad Sabu akan diperkukuhkan dengan tiga naib presiden — Datuk Husam Musa yang kembali menjawat (beliau adalah naib presiden 2005—09) bersama dua penyandang Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar. Walau pun media massa menggambarkan kumpulan profesional kini menguasai PAS, ia lebih menjurus kepada latar belakang para pemenang dan tidak dilihat di segi komitmen mereka kepada perjuangan PAS dalam era abad ke-21.
Dalam sidang akhbar selepas perasmian muktamar, Hadi apabila ditanya wartawan, menjelaskan: "Perpecahan dalam PAS tidak berlaku…Dr Haji Abas adalah Yang Dipertua PAS, Aminudin Baki (tokoh pendidikan Malaysia) dan juga Datuk Asri Muda (bekas Presiden PAS) semuanya bukan ulama, namun PAS kukuh kerana kepimpinannya secara kolektif untuk laksanakan Islam yang luas, bukan fahaman barat yang sempit". Semalam presiden PAS itu menambah bahawa jawatankuasa pusat parti kini diwakili oleh lapan ulamak, dua doktor, dan selebihnya jurutera serta pemimpin masyarakat. Lagi pula, jika benar pun profesional dikatakan mendominasi parti, mereka tidak mempunyai agenda lain kecuali tekad dengan perjuangan PAS yang selaras dengan dasar-dasar bersama Pakatan Rakyat.
Pendirian itu juga telah banyak kali diulangi oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang bukan sahaja komited kepada Islam tetapi juga teguh pendirian beliau dengan dasar-dasar bersama Pakatan Rakyat yang dilihatnya selaras dengan usaha Islam mebanteras gejala-gejala buruk yang dibawakan oleh Umno dan Barisan Nasional. Lebih dari itu, sayap ulama yang — kekal dipimpin oleh Datuk Harun Taib — dilihat lebih konservatif, dan walau pun mungkin ada antara mereka yang bernostalgia "perpaduan Melayu", akan memastikan usaha kepimpinan baru tidak lari dari landasan asas PAS. Begitu juga kepimpinan sayap pemuda — kekal diterajui oleh Nasrudin Hassan — yang dilihat pro-ulama; mereka akan memastikan para pemimpin "dewasa" tidak terlampau ghairah untuk menang sehingga melupakan asas-asas perjuangan parti. Dalam masa yang sama, sayap pemuda juga mempunyai para pemimpin yang komited kepada dasar-dasar bersama Pakatan. Sayap muslimat yang kini dipimpin oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof juga dilihat menjadi seimbang dan mahu penglibatan wanita yang lebih serius dan penting dalam parti.
Keseimbangan ini yang amat diharapkan oleh PKR dan DAP serta rakyat prihatin yang mahu melihat Umno dan BN diberi cabaran paling hebat dalam pilihan raya umum akan datang. Ini bukan soal PAS kemaruk mahu menang tetapi perlu bersama dengan rakan-rakan Pakatan untuk memulihkan pemerintahan negara yang terlalu lama dikuasai oleh Umno dan BN yang melahirkan budaya buruk seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, perkauman dan keagamaan yang sempit. Adu domba Umno terutamanya melalui lidah rasminya Utusan Malaysia yang berkempen untuk "golongan ulama" termasuk secara terang-terang menyokong timbalan presiden yang kalah, Nasharudin Mat Isa, ternyata gagal mempengaruhi para perwakilan PAS dalam muktamar tahun ini.
Para perwakilan tidak terperangkap dengan dakyah Umno, sebaliknya tekad dengan perjuangan parti mereka walau sentiasa ditekan oleh pemerintah sejak zaman Merdeka lagi (kecuali sewaktu PAS berada dalam BN pada 1973-78).Ucapan dasar presiden PAS juga menyusuri naluri perwakilan dan para ahli PAS yang mahu parti itu bergerak cergas setelah agak malap dirundung gangguan minda Umno sejak 2008. Mereka menerima ketegasan ucapan Hadi yang menolak pakatan dengan Umno, yang mengulangi pendirian parti tentang negara Islam-negara berkebajikan dan yang mengingatkan semua tentang pentingnya pelaksanaan, dan bukannya cakap-cakap sahaja.
Hadi apabila yang ditanya wartawan mengenai negara Islam telah menjelaskan bahawa PAS lebih mementingkan isinya. "Tema kita negara berkebajikan, ia sememangnya dah ada dalam Islam. Dalam al-Quran tak sebut negara Islam, dia sebut negara kebajikan, jadi kita laksanakan iaitu kita dahulukan yang ada persamaan," katanya. Walau pun tidak diharapkan sebarang perubahan radikal dari PAS, sekurang-kurangnya rakan-rakan dalam Pakatan serta rakyat prihatin kini lebih yakin dengan komitmen PAS yang sebelum ini sentiasa dihujani kata-kata manis dan godaan Umno. Pakatan Rakyat juga lebih selesa sekarang apabila PAS, sebagai parti yang terbesar dalam gabungan itu, akan mula menggerakkan jentera penerangan dan pilihan raya parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.
1. Himpunan BERSIH 2 (PAS Pusat) • Menyedari ruang demokrasi semakin terhimpit oleh kerajaan BN, walaupun negara hampir mencapai kemerdekaan negara 54 tahun. • Menyedari BN takut bertarung secara anak jantan di gelanggang yang sama rata dengan memperalatkan SPR. • Menyedari tuntutan BERSIH 1 belum dilaksanakan, 1. Akses kepada media awam yang bebas dan adil kepada semua parti politik 2.Melaksanakan penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda. 3.Memansuhkan sistem undi pos 4.Umur 21 tahun secara automatik didaftar sebagai pengundi.
Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011
• Menggesa seluruh rakyat Malaysia daripada berbagai peringkat menyertai BERSIH 2 pada 9 Julai 2011 di Bandaraya Kuala Lumpur. • Menggerak semua organ parti dan semua lapisan pimpinan parti Pas, PR dan NGO untuk menjayakan himpunan tersebut. 2. Usul Mengutuk Fitnah Menggunakan Video (Dewan Ulamak) • Menyedari bahawa fitnah adalah salah satu daripada dosa besar yang dikutuk oleh Allah SWT kerana ia melibatkan maruah dan jati diri seorang. • Menyedari bahawa tindakan ini adalah tindakan yang tidak bermoral setelah tidak mampu berhadapan dengan hujah fakta dan data. • Menginsafi bahawa tindakan. menggunakan video dan media baru sebagai saluran untuk menyebarkan fitnah untuk kepentingan politik adalah lambang keruntuhan tamaddun sebuah negara dan bangsa.
Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011
• Mengutuk tindakan kerajaan BN yang membenarkan video lucah di dalam televisyen dan media cetak seolah-olah penayangan ini dilesenkan oleh kerajaan. • Mengutuk sikap membisu di kalangan ulamak rasmi kerajaan yang tidak tegas mengutuk tindakan yang tidak berakhlak, seolah-olah penayangan video ini mendapat restu daripada mereka.
3. Usul Pemalsuan Kad Pengenalan (Dewan Pemuda) • Menyedari bahawa Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang bakal menjadi medan pertarungan paling sengit dalam sejarah politik Malaysia di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. • Menyedari bahawa UMNO/BN sepertimana track record yang lalu, akan sanggup menggunakan apa jua cara by hook or by crook, untuk mengekalkan kuasa di tangan mereka terutama selepas mereka dilanggar tsunami politik pada Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008. • Menyedari bahawa sejak dua tahun kebelakangan ini, sedang berlangsung satu projek sulit mengeluarkan kad-kad pengenalan terutamanya kepada warga asing dengan tujuan untuk didaftarkan sebagai pengundi. • Menyedari ianya bukan satu rahsia lagi bahawa komplot dan perancangan yang sama pernah dilaksanakan di Sabah melalui 'Projek I.C' pada tahun 1980 an dan 1990 an bagi menumbangkan Kerajaan Sabah yang diterajui oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) pada ketika itu di mana ratusan ribu pendatang tanpa izin dan penduduk tetap diberikan hak kerakyatan dan kad pengenalan dan seterusnya didaftarkan sebagai pengundi. • Menyedari bahawa komplot dan perancangan sulit ini tidak lain tidak bukan adalah hasil unholly alliance antara UMNO/Barisan Nasional dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menjadi merelakan diri mereka untuk dijadikan perkakas dan pada masa yang sama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membiarkan perkara ini berleluasa. • Menyedari bahawa sudah lebih puluhan ribu warga asing diberikan kad pengenalan dan kebanyakannya telah didaftarkan sebagai pengundi di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan dan Kedah. • Menyedari bahawa kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) seolah-olah tidak mengambil perhatian serius untuk menangani perkara ini. • Menginsafi bahawa jika perkara ini dibiarkan berleluasa tanpa sebarang tindakan tegas diambil, ianya bakal menyebabkan PAS dan Pakatan Rakyat tewas teruk termasuk terlepas negeri-negeri yang dikuasai dalam Pilihanraya akan datang. • Menginsafi bahawa keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia yang kita cintai ini akan juga terancam jika pemberian kad pengenalan kepada warga asing secara besar-besaran untuk tujuan politik ini tidak dihentikan,
Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011
Mengambil ketetapan bahawa: a. Mendesak supaya satu Suruhanjaya Diraja Siasatan bagi menyiasat perkara ini ditubuhkan menurut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di mana ahli-ahli suruhanjaya tersebut dilantik dari kalangan mereka yang berwibawa, bebas dan berkecuali. b. Menuntut supaya Kementerian Dalam Negeri dan juga Jabatan Pendaftaran Negara khususnya mendedahkan secara terperinci statistik berapakah jumlah taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan yang telah dikeluarkan kepada warga asing dan penduduk tetap terutamanya sejak sepuluh tahun kebelakangan ini mengikut negeri. c. Mendesak supaya jentera PAS dan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dan kawasan-kawasan memantau secara rapi pergerakan komplot mengeluarkan kad pengenalan dan membuat tangkapan awam terhadap mereka jika didapati berlaku. d. Sekiranya keadaan mendesak, PAS dan Pakatan Rakyat perlu mengambil satu tindakan undang-undang diambil terhadap JPN dan/atau SPR dan pada masa yang sama memohon satu perintaah injunksi sementara diambil bagi menggantung segala proses pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing. e. Memasukkan isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing ini sebagai salah satu tuntutan di dalam agenda Bersih 2.0 yang akan mengadakan perhimpunan Bersih 2 pada 9hb Julai 2011.
4. Usul Dewan Muslimat PAS Pusat (Usul Pendidikan) • Menyedari hampir keseluruhan umat lslam hari ini keliru dan terpedaya dengan kemilau sinar pendidikan yang berbentuk sekularisme hasilnya kita sedang menyaksikan insan yang berperibadi terpisah (split personality) , separa sedar (sub-conscious) hilang daya tahan dan daya juang • Menyedari senario keruntuhan akhlak yang amat parah di setiap peringkat umur, malah yang lebih menakutkan ialah mereka yang terpelajar tetapi berani melawan perintah Allah SWT dan tidak yakin dengan balasan akhirat. • Menyedari Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah memperkenalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1989 dengan meletakan TAUHID sebagai asas terulung kepada falsafah dan struktur pendidikan Negara. Konsep Bersepadu di antara aqidah, ilmu, kemahiran, akhlak, nilai-nilai murni, aspek local dan global serta dunia dan akhirat menjadi wasilah dalam pelaksanaan Sistem Pendidikan Negara. • Menyedari Subjek Pendidikan Islam dan Moral telah menjadi subjek teras di setiap peringkat persekolahan kerana subjek Pendidikan Islam adalah satu-satunya subjek yang mampu membangunkan diri manusia secara menyeluruh, seimbang dan sepadu. • Menyedari Sistem Pendidikan Negara berorientasikan peperiksaan, maka matapelajaran Pendidikan Islam sekadar matapelajaran teras untuk dipelajari sahaja dan dijawab oleh pelajar di dewan peperiksan semata-mata, maka pengajaran dan pembelajarannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Ia tidak dianggap penting sama sekali terutama dalam menentukan syarat pensijilan bagi setiap tahap peperiksaan (UPSR, PMR dan SPM), malah ia dianggap subjek yang tidak langsung mempunyai nilai ekonomi dan keperluan pasaraan kerja. Hasilannya tidak seorang pun boleh menafikan kegagalan Sistem Pendidikan Negara dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada 1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011 mengusulkan agar Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tindakan
1. Meminda syarat pensijilan di peringkat UPSR, PMR dan SPM dengan menjadikan subjek pendidikan Islam sebagai syarat asas pensijilan bagi pelajar-pelajar beragama Islam. 2. Meneruskan matapelajaran j-QAF yang diperkenalkan di sekolah rendah diteruskan ke sekolah menengah untuk menjamin penguasaan Jawi, Al-Quran dan Fardu Ain kepada pelajar-pelajar beragama Islam sehingga tamat tingkatan 5. 3. Mewajibkan ujian Tilawah Al-Quran kepada semua pelajar Islam di peringkat UPSR, PMR, dan SPM bagi memastikan semua pelajar Islam menguasai dan celik Al-Quran dan sijil khas dikeluarkan kepada pelajar-pelajar.
5. Usul Mengenai Membantah Pengurangan Subsidi (Pandan Selangor) • Menyedari tanggungjawab kerajaan ialah khadam rakyat yang dipertanggungjawab untuk memberi keselesaan kepada rakyat. • Menyedari bahawa tugas kerajaan perlu memikirkan untuk kebajikan rakyat, bukan menekan rakyat. • Menyedari bahawa hasil negara yang begitu banyak yang Allah anugerahkan kepada negara ini, malangnya telah berlaku penyelewingan dan rasuah sehingga pemimpin BN mengambil jalan pintas mengurangkan subsidi untuk rakyat.
Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011
• Membantah tindakan kerajaan BN yang mengurangkan subsidi sehingga memberi kesan kepada rakyat. Apabila kerajaan menaikkan harga petrol dan letrik ia akan memberi kesan kepada rakyat walaupun kerajaan cuba bermain silap mata kononnya 75% rakyat tidak terjejas dengan kenaikan tarif letrik seolah-olah rakyat tidak membeli barang keperluan dapur yang menggunakan pengangkutan dan industri yang menggunakan letrik. Semua bebanan ini akan ditanggung oleh rakyat melalui "kesan berantai". • Mengutuk tindakan kerajaan BN menarik subsidi gula RM116.6 juta sehingga berlaku kenaikan harga sebanyak 20 sen. Untuk 27 juta rakyat ditarik subsidi, sedangkan untuk PERMATA yang bukan sebuah kementerian diberi sebanyak RM111 juta.
6. Usul Kebajikan Bekas Anggota Tentera (Tenggara Johor) • Menginsafi anggota tentera yang banyak menyumbang bakti kepada negara sehingga anasir surversif tidak boleh bermaharajalela di negara ini. • Menginsafi banyak kebajikan bekas anggota terabai, sedangkan mereka pernah menyabung nyawa untuk keamanan negara samaada ketika aman atau dharurat.
Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011 mengusulkan,
• Supaya kerajaan negeri Pakatan Rakyat menubuhkan Sekretariat Kebajikan Tentera Dan Veteran Malaysia (KERABAT) yang dipengerusikan oleh Menteri Besar/Ketua Menteri untuk memastikan kebajikan bekas pasukan tentera terjamin.
Apabila perwakilan PAS membuat keputusan dalam pemilihan parti, dalam terkedu anjing-anjing menyalak.
Salakan anjing buruk kepala dapat dilihat pada muka depan BH, catatan PAS ubah haluan sebenarnya membodohkan diri ketua pengarang BH. Kelihatan seperti ketua pengarang BH itu 100% pengikut Abu Jahl. Semoga laknat Allah ke atas Ketua pengarang BH yang mengarahkan tajuk muka depan BH dituliskan dengan " PAS ubah haluan" lantaran niat jahatnya seperti jahatnya abu jahl terhadap Rasullullah.
TV9 yang sebelum muktamar memanggil seorang penganalisis pencacai golongan abu
jahl dalam menyindir dan mengkritik PAS sedangkan penganalisis itu sendiri tidak bebas.
Kalau didadanya disematkan 1M pastinya dia tidak bebas. Aziz Bari dikatakan bebas itu
tidak memakai 1M. Lantaran itu satu tempelak dengan membatalkan keistimewaan
kepada TV9 untuk bersiaran secara ekslusif merupakan suatu yang tepat. Tidak
bertambah untung kepada PAS kalau memberi ruang istimewa kepada tv9. Malah kalau
beri ruang istemewa akan menyebabkan ahli dan penyokong kesal dan kecewa
kerana pas masih belum kenal wajah munafik dikalangan media.
TV1,TV2,TV3 sudah dalam senarai teratas media munafik. TV9 dengan memanggil
penganalisis abu jahal itu menjadi meletakkan tv9 sama seperti tv1.
Dipanggil penganalisis nc uum yang telah diperuntukkan sejumlah wang untuk
membayar cukai tanah uum kepada kerajaan Kedah tetapi penganalisis itu tak mahu
bayar dan menjadikan pula isu. Tak malu ke dana hampir rm300juta nak bayar 1.7juta
pun liat culas buruk sungguh perangai sikap para munafik laknatullah ke atasnya.
Si Ali Rustam tak boleh bertanding kerana politik wang disabitkan oleh bahagian disiplin
Umno selepas tak bertanding dibebaskan oleh sprm pun bercakap juga macam si lidah biawak sememangnya begitu cakap sang biawak.
Kalau munafiq yang keji dan celaka itu boleh menyatakan sesuatu yang sesedap mulut mereka. Layak juga mereka juga melihat diri mereka juga kelihatan hina.
Semuanya itu kerana mereka terkejut beruk kerana kehendak mereka telah dikesan lebih awal oleh perrwakilan PAS.
Mereka tidak menyatakan apa yang PAS nak tawarkan kepada rakyat Malaysia. Mereka cuba kritik apa yang PAS – PR tawarkan kepada rakyat, Selepas itu mereka ambil secara diam-diam. Seperti buku jingga.
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menegaskan walaupun barisan kepimpinan PAS dianggotai ulama dan bukan ulama, beliau bersama-sama rakan yang lain tetap akan mempertahankan parti itu.
Ahli parlimen Kubang kerian itu memberi amaran kepada BN bahawa beliau akan "memerangi" musuh PAS itu "sehingga menyembah bumi" sekiranya cuba memecahbelahkan parti itu.
utusan on pas election"Tak mungkin orang macam saya di sini untuk menjahanamkan PAS. Niat jahat mereka untuk pecah belahkan (kita)," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di muktamar PAS di Taman Melawar.
Salahudin berkata semua kepimpinan yang menang dan tewas adalah pilihan perwakilan adalah hasil daripada proses tarbiyah yang dibuat oleh PAS.
Walaupun menyifatkan pertandingan itu dinggap sengit tetapi barisan itu kini merupakan barisan terbaik parti itu.
"Calon naib seperti (Datuk) Nik Mohd Amar, Idris Ahmad dan (Datuk Seri Mohamad) Nizar, bukan kepalang ketokohan mereka.
"Bagi saya, jangan cuba untuk usik PAS, jangan cuba suntik racun. Kami hormat ulama dan akan tentang kamu hingga kamu kecundang," katanya sambil menyifatkan mereka sakit hati lihat perpaduan kita.
Beliau berkata demikian bagi mengulas ucapan perwakilan Perak Dr Muhaimin Sulam yang mengingatkan PAS agar berhati-hati tentang dikotomi ulama dan bukan ulama yang didakwa cuba ditabur fitnah oleh akhbar arus perdana. Kerana sekeping kaset
Mengimbau sejarah hidupnya, Salahudin berkata, beliau yang tidak mengetahui apa-apa tentang Islam kerana diasuh di sekolah aliran Inggeris, berubah setelah mendengar ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Satu hari saya diberi kaset ucapan presiden (Abdul Hadi). Selepas saya dengar kaset itu terbuka pintu hati saya untuk berjuang untuk Islam, menapak sedikit demi sedikit ditarbiah PAS dan ulama,"katanya.
Sementara itu, naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mencadangkan supaya seluruh kepimpinan PAS mengadakan pelan cadangan kemenangan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau menyeru semua pihak "memobilisasi semua sudut" kekuatan termasuk menyediakan "model kemenangan" termasuk model ekonomi berkebajikan untuk berdepan pilihan raya umum ke-13.
"Media arus perdana memberi satu gambaran yang negatif, dan secara tepat ia telah menepati sasaran (mengenai negara berkebajikan).
"Membangun negara berkebajikan telah terbina daripada (dengan) cara berkongsi dan mengambil berat (antara satu sama lain)," katanya sambil memberi contoh kisah Nabi Yusuf.
Menurutnya, utusan Allah itu mengamalkan cara 'berkongsi dan mengambil berat' terhadap sesuatu perkara dalam keaadaan susah atau senang sehingga berkongsi ilmunya ketika mentafsir mimpi seorang raja.
Husam berkata konsep tersebut itu juga turut menggesa perwakilan agar mengambil iktibar terhadap sejarah kisah nabi dan pahlawan terdahulu sebagai model dalam menuju kemenangan dalam pilihan raya.
Calon: Pemuda perlu yakinkan
Exco kanan kerajaan Kelantan itu turut mencabar Pemuda PAS yang menuntut 40 kerusi kepada dewan tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.
Katanya, Pemuda perlu menyediakan daftar pemilih pemuda yang meyakinkan sebelum tuntutan itu dipenuhi di peringkat pusat.
"Kalau berjaya kita beri calon. Kalau tidak kita beri kepada calon tua, janji tetap menang.
"Kalau mahu menghapuskan BN, kita kena menyiapkan pelan setiap segi sebelum datangnya pilihan raya,"katanya sambil beliau menggesa Pemuda "wajib" menyiapkan daftar pemilih itu dari semua peringkat.
Sebelum itu, dalam ucapan penggulungannya, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar pula berkata hasrat Pakatan untuk sampai ke Putrajaya mestilah dengan cara menguasai hati dan pemikiran rakyat.
Ini kerana katanya, hanya dengan kuasa rakyat mampu untuk PAS dan Pakatan menguasai pusat pentadbiran kerajaan dengan mengetengahkan "politik jujur" dalam masyarakat.
"Kita bercakap menguasai Putrajaya, buat seminar PAS ganti Umno. Kita tidak boleh kuasai Putrajaya dalam konteks kuasa politik (semata-mata).
"Tetapi untuk menguasai Putrajaya, kita tidak mampu selagi tidak mengetuai hati dan pemikiran rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.
KUALA LUMPUR, 5 Jun: Dengan andaian pilihan raya umum akan diadakan dalam masa enam bulan lagi, PAS mengarahkan semua peringkat partinya agar membuat pendaftaran pemilih secara besar-besaran.
Isu ini telah disebutkan segenap peringkat muktamar dan digulung oleh Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman agar pendaftaran pemilih secara besar-besaran dibuat.
"Saya menyaran tugas ini dipikul oleh Dewan Pemuda kerana mereka yang perlu didaftar adalah golongan muda.
"Sebanyak 3.5 juta remaja belum lagi mendaftar sebagai pemilih," kata Abdul Halim ketika berucap menggulung perbahasan Ucapan Dasar Muktamar PAS ke 57.
Untuk itu, beliau mengarahkan agar Pemuda Pusat memantau Pemuda Negeri dalam urusan ini manakala Pemuda Negeri pula pantau Pemuda kawasan, seterusnya Dun, Unit Peti Undi dan Cawangan.
"Saya yakin jika ia dilakukan dengan sistematik, kita akan berjaya dan jika kerja ini tidak dibuat, kita akan kalah atau kita tidak akan menang," kata Abdul Halim.
Abdul Halim memberikan contoh kelemahan PAS dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, Tenang dan yang terakhir Merlimau adalah bermula dari PAS tidak mempunyai struktor yang baik di peringkat bawah.
"Kalau kita tidak ada cawangan pun, sekurang-kurangnya kita perlu ada jawatankuasa di peringkat Unit Peti Undi (UPU)," kata Abdul Halim.
Berhubung dengan perbahagian kerusi pula, Abdul Halim berkata, satu jawatankuasa khas telah dibentuk oleh PAS untuk berunding dengan Pakatan Rakyat.
"Kita serahkan pembahagian kerusi ini kepada negeri, mana yang tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri sahaja baru pusat akan campur tangan," kata Abdul Halim.
Beliau juga berkata, bagi PAS, pemilihan calon yang boleh menang adalah yang utama baru diikuti oleh jawatan dalam parti.
KUALA LUMPUR, 5 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat membayangkan saf kempipinan baru PAS yang dipilih pada muktamar ke-57 parti itu semalam menjadikan jalan menuju ke Putrajaya 'makin jelas'.
Bercakap ketika ditemubual Harakah dan Harakahdaily hari ini, beliau yakin kabinet baru PAS itu mampu melakar masa depan baru untuk PAS khususnya menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
"Jalan menuju Putrajaya makin jelas.
"Jangan ada jual kad pengenalan, bagi kepada warga asing mengundi insyaAllah.
"Kalau demokrasi dijalankan dengan betul, maka tidak ada sebab PAS dan Pakatan Rakyat tak boleh sampai ke Putrajaya," katanya.
Pada pemilihan semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengekalkan jawatan itu tanpa bertanding menerima timbalan baru iaitu Mohamad Sabu.
Mohamad menang jawatan itu terhadap penyandangnya Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon bertanding, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Bagi tiga jawatan Naib Presiden pula, perwakilan telah memilih Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.
Ketiga-tiga mereka mendapat undi paling tinggi menewaskan tiga lagi calon iaitu Ust Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.
Mengulas penyertaan Mohamad Sabu yang dilihat bakal memberi energi baru dalam saf hadapan kepimpinan PAS, beliau memberi analogi begini.
"Mohamad Sabu ni macam enjin la, drivernya Tuan Guru Haji Hadi, dan kita semua adalah penumpangnya.
"Kereta tak jalan walau enjin buka, kena driver tekan minyak juga,"katanya.
Berhubung isu ulama-profesional yang dimainkan media Umno pula, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ianya petanda kabinet baru itu digeruni Umno BN.
Sejak keputusan pemilihan semalam, media pro Umno sama ada internet dan media cetak, tidak putus-putus memainkan isu kepimpinan ulama dalam PAS tidak lagi diterima.
Majoriti tajuk akhbar mereka hari ini juga menggambarkan PAS tidak lagi islamik kerana mendakwa pemimpin utama didominasi kelompok profesional.
"Sebut Islam mesti berkait politik. Bila politk mesti ada kerajaan. Maka untuk ada kerajaan mesti ada profesional.
GOMBAK: Dewan Pemuda PAS pusat (DPPP) pada Ahad mahu sayap itu diberi kuota peruntukan kerusi sebanyak 40 peratus kepada generasi muda sebagai calon pada pilihan raya umum ke-13.
Ketuanya, Nasaruddin Hassan Tantawi berkata sudah tiba masanya membuat perubahan dengan memberi peluang kepada generasi muda untuk membawa suara mereka di peringkat lebih tinggi dalam memperjuangkan isu-isu nasional dan tempatan.
"Kita perlu mengambil kira kepentingan rakyat terutamanya generasi muda. Oleh itu, kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk menjadi calon.
"Saya dengan itu meminta kepimpinan parti memberi peruntukkan sebanyak 40 peratus kerusi kepada generasi muda pada pilihan raya umum akan datang," katanya ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-57 di Markas PAS Taman Melewar, di sini, Ahad.
Beliau berkata perkara itu perlu diberi perhatian segera ekoran kebangkitan suara golongan muda hingga menjatuhkan kerajaan sedia ada seperti yang berlaku di negara Asia Barat baru-baru ini.
Oleh itu, Nasaruddin berkata, PAS perlu mengubah mekanisme serta pendekatan mereka untuk mendekati generasi muda.
"Kita sudah tidak boleh gunakan risalah, kuliah yang diadakan di markas kita sahaja. Kita perlu keluar dari kepompong itu.
"Kita perlu menggunakan mekanisme yang boleh menyentuh hati golongan muda untuk mendekati Islam. Mesej PAS disampaikan secara menyeluruh supaya ia dekat dengan hati masyarakat," katanya.
KUALA LUMPUR, 5 Jun: PAS meluluskan usul menggesa seluruh rakyat Malaysia menyertai Himpunan Bersih II pada 9 Julai di ibu negara dengan sasaran 300,000 peserta dari PAS sahaja.
Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu ketika membentangkan usul tersebut berkata, seluruh ahli PAS di semua peringkat harus menyertai himpunan tersebut kerana empat tuntutan Bersih 2007 lalu tidak dipenuhi kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Menurutnya juga, usaha mendaftarkan warga asing sedang berleluasa di Selangor dan turut berlaku di negeri-negeri lain.
"Satu pun tuntutan Bersih pada 10 November 2007 tak ditunai pemerintah.
"Daftar automatik tak ditunai walaupun kes di Likas Sabah yang dibuktikan di mahkamah oleh Hakim Datuk Kamil Awang adanya kes pemberian kad pengenalan kepada warga asing," kata beliau yang merupakan salah seorang penggerak Bersih.
Tambah beliau juga, amat menghairankan apabila daftar pengundi di Terengganu meningkat secara mendadak sejak 1999 hingga 2004.
Perkara ini katanya mustahil berlaku tanpa bantuan SPR dan Jabatann Pendaftaran Negara (JPN).
"Kalau aktif daftar pemilih boleh naik dari 4 hingga 7 peratus sahaja tapi di Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 daftar pemilih naik 17 peratus.
"Ini tidak mampu dilakukan parti politik melainkan bantuan SPR, polis dan Jabatan Pendaftaran Negara yang lakukan kerja itu," katanya.
Beliau turut menyentuh mengenai undi pos yang meragukan seperti yang berlaku dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini.
"Undi pos terus kita ragu bayangkan di Tenang (PAS) hanya dapat undi pos 3 undi BN 115. Undi Senadin Pakatan mendahului lebih 1000 undi tapi bila datang undi pos calon Pakatan kalah 58 undi," katanya.
Tambahnya juga, media di Malaysia masih berada di zaman Tok Kadok (kuno) apabila hanya menyiarkan berita sebelah pihak sahaja.
"Kita lihat di muktamar, kita ditemubual, pelbagai pandangan kita beri, kamera berkelip di depan mata sampai kelabu tapi bila tengok berita tak ada (keluar).
"PRU di Singapura walaupun Singapura sama dengan Malaysia dari segi kongkongannya tapi semua pemimpin pembangkang boleh bercakap di radio dan televisyen.
"Di Malaysia media masih di zaman Tok Kadok tak ada kebebasan diberi kepada pemimpin walaupn dalam saluran kerajaan," katanya.
PRESIDEN Pas, Abdul Hadi Awang berkata sesuatu kepada Mohamad Sabu yang menggantikan Nasharudin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden selepas pemilihan di Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Taman Melewar, Gombak, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 4 Jun - Pemimpin-pemimpin bukan ulama yang cenderung menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menguasai pemilihan Pas yang diadakan semalam.
Dalam keputusan yang diumumkan hari ini oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, kumpulan menyokong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukan sahaja menamatkan penguasaan golongan ulama bagi kerusi Timbalan Presiden malahan menguasai ketiga-tiga kerusi Naib Presiden.
Kumpulan tersebut juga menguasai sebahagian besar kerusi Ahli Jawatankuasa Pusat yang dipertandingkan.
Sebelum apa-apa KITA GELAK DULU....tu dia aihhhhh depa meroyan tak habih2 lagi... dan hari nie gua dok tunggu apa UTUSEX nak katakan dalam TAJUK BESAQ depa... rupa-rupanya keluaq tajuk ULAMAK TERSINGKIR.....
Dey UTUSEX aka UMNO sejak bila hangpa iktiraf PAS ada ULAMAK...?? sebelum nie ada ka hangpa IKTIRAF ULAMAK-ULAMAK dalam PAS... apa yang hangpa tak hina depa... apa TG NIK AZIZ kena maki... TG HADI kena sumpah.. UST HARUN DIN kena caci... hangpa akui ka depa ULAMAK... jadi yang hangpa dok kalut KAMI angkat siapa yang jadi pimpinan kami tu apa kejadahnya... KAMI tau la apa kami buat yang hangpa dok sebok tepi kain orang tu apa sal.. hangpa tunggu sahaja BOM C4 yang akan kami lepaskan selepas ini.... mau kencing malam nak habaq kalu...
Yang hangpa dok jaja ULAMAK TERSINGKIR tu kenapa jika ULAMAK yang dok dalam UMNO tu memang betoi tersingkir.... yang dok ada tu pun nama BIRO AGAMA sahaja.. lepas tu bercakap bab haid nifas.. itu laa ULAMAK hangpa....ULAMAK yang mana AL QURAN gelarkan sebagai SYAITAN BISU.....
Sebok gerak kerja orang... kalau dah ketaq lutut tu cakap la ketaq lutut tak payah laa dok kona sana kona sini bila bercakapnya.....kesian-kesian aku tengok hangpa....dah start odar pampers dah....??
5 Jun: PAS meluluskan usul menggesa seluruh rakyat Malaysia menyertai Himpunan Bersih II pada 9 Julai di ibu negara dengan sasaran 300,000 peserta dari PAS sahaja.
Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu ketika membentangkan usul tersebut berkata, seluruh ahli PAS di semua peringkat harus menyertai himpunan tersebut kerana empat tuntutan Bersih 2007 lalu tidak dipenuhi kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Menurutnya juga, usaha mendaftarkan warga asing sedang berleluasa di Selangor dan turut berlaku di negeri-negeri lain.
"Satu pun tuntutan Bersih pada 10 November 2007 tak ditunai pemerintah.
"Daftar automatik tak ditunai walaupun kes di Likas Sabah yang dibuktikan di mahkamah oleh Hakim Datuk Kamil Awang adanya kes pemberian kad pengenalan kepada warga asing," kata beliau yang merupakan salah seorang penggerak Bersih.
Tambah beliau juga, amat menghairankan apabila daftar pengundi di Terengganu meningkat secara mendadak sejak 1999 hingga 2004.
Perkara ini katanya mustahil berlaku tanpa bantuan SPR dan Jabatann Pendaftaran Negara (JPN).
"Kalau aktif daftar pemilih boleh naik dari 4 hingga 7 peratus sahaja tapi di Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 daftar pemilih naik 17 peratus.
"Ini tidak mampu dilakukan parti politik melainkan bantuan SPR, polis dan Jabatan Pendaftaran Negara yang lakukan kerja itu," katanya.
Beliau turut menyentuh mengenai undi pos yang meragukan seperti yang berlaku dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini.
"Undi pos terus kita ragu bayangkan di Tenang (PAS) hanya dapat undi pos 3 undi BN 115. Undi Senadin Pakatan mendahului lebih 1000 undi tapi bila datang undi pos calon Pakatan kalah 58 undi," katanya.
Tambahnya juga, media di Malaysia masih berada di zaman Tok Kadok (kuno) apabila hanya menyiarkan berita sebelah pihak sahaja.
"Kita lihat di muktamar, kita ditemubual, pelbagai pandangan kita beri, kamera berkelip di depan mata sampai kelabu tapi bila tengok berita tak ada (keluar).
"PRU di Singapura walaupun Singapura sama dengan Malaysia dari segi kongkongannya tapi semua pemimpin pembangkang boleh bercakap di radio dan televisyen.
"Di Malaysia media masih di zaman Tok Kadok tak ada kebebasan diberi kepada pemimpin walaupn dalam saluran kerajaan," katanya.
Senarai Negara Harga Minyak Petrol Paling Murah Di Dunia
1. Venezuela - $ 0,05 / liter atau RM0.16 sen seliter Venezuela dipimpin oleh Presiden Hugo Chávez – cukup terkenal dikalangan pemimpin politik seluruh dunia kerana beliau seorang yang sosialis kerana beliau diakui ramai sering memikir cara bagaimana untuk membantu rakyatnya untuk memiliki taraf kehidupan yang lebih baik. Tentunya dengan harga petrol yang murah, akan lebih mudah rakyat memilih beliau untuk kembali pada pilihanraya akan datang.
2. Turkmenistan – $ 0.08/liter atau RM 0.26sen seliter Saya sendiri tidak menyangka yang Turkmenistan tergolong di antara negara yang memberikan harga petrol kedua termurah di dunia. Negara ini boleh dikatakan dingin daripada sebarang isu dan berita kepada negara luar. Tetapi itulah hakikatnya.
3. Nigeria - $ 0.10/liter atau RM0.33sen seliter Nigeria dikatakan antara 10 negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia. Yang pentingnya pemerintah di sana tidak ingin membuat rakyat mereka marah dengan mengenakan harga petrol yang tinggi
4. Iran – $ 0.11/liter atau RM0.36 sen seliter Dengan rezab simpanan minyak yang dimilki negara Iran sekarang, dijangka mereka akan kehabisan minyak dalam tempoh 74 tahun daripada sekarang.
5. Arab Saudi – $ 0.12 liter atau RM0.39 sen seliter Sememangnya diakui dek kerana limpahan minyak yang dimiliki oleh Arab Saudi telah meletakkan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah sebagai kalangan raja yang terkaya di dunia. Kebiasaannya ketika Raja Arab Saudi, Raja Abdullah melakukan kunjungan ke luar negera biasanya dia akan pergi bersama-sama dengan 6 pesawat yang mana 1 untuk dirinya dan anak-anaknya dan 5 untuk teman-teman terdekatnya. Mungkin juga, seandainya mereka menurunkan sedikit lagi harga petrol, mereka akan mampu untuk membawa pesawat peribadi ke-7 iaitu Boeing 747.
6. Libya - $ 0.14 liter atau RM0.46sen seliter Libya mempunyai rezab simpanan minyak terbesar di Afrika dan nombor 9 di dunia.
7. Kuwait - $ 0.21 /liter atau RM0.69 sen seliter Ini hampir sama seperti di Qatar! Kuwait adalah negara kelima terkaya di dunia, jadi sangat sesuai limpahan yang dimiliki oleh Kuwait "dikongsi" bersama dnegan rakyatnya dnegan menawarkan harga petrol yang berpatutan.
8. Qatar - $ 0.22/liter atau RM0.72 sen seliter Negara Qatar merupakan negera kedua terkaya di dunia dan dalam pada masa yang sama memberikan harga petrol yang murah kepada rakyatnya.
9. Bahrain – $ 0.27/liter atau RM0.89 sen seliter Negara pulau kecil ini hanya memiliki keluasan wilayah hanya 266 mil² (665 km²). Kalau anda mempunyai kenderaan di sana, jarak yang hanya boleh dilalui di Bahrain hanya sejauh 100 mil atau bersamaan 161 kilometer sahaja. Tetapi mengapa kerajaan Bahrain memberikan harga petrol pada kadar harga yang cukup murah? Berapa banyak petrol yang mereka perlu?
10. United Arab Emirates – $ 0.37/liter atau RM1.22sen seliter Siapa yang tidak tahu kebangkitan United Arab Emirates sebagai satu "hentian" bagi pengunjung luar kerana berjaya menyediakan tempat tinggal yang menarik dek kerana limpahan minyak yang mereka miliki. Selain memiliki salah satu negara yang menawarkan harga petrol termurah di dunia mereka merupakan negara keempat terkaya di dunia.
Satu warisan Melayu hilang lagi selepas warisan Pulau Batu Putih terlepas terlepas ke pada negara Singapura gara-gara buah tangan Menteri Warisan kita Rais Yatim dan pimpinan atasan UMNO. Kini Satu lagi warisan melayu hilang PERKASA tak rasa waima UMNO lagi buat donno! - Mulai Julai 2011 stesen Tanjong Pagar tidak lagi beroperasi. Tanjung Pagar bukan hak Melayu lagi bukan warisan Melayu lagi malah yang menyedihkan bukan hak Malaysia yang didokong rakyat Malaysia majmuk(Melayu, China dan Melayu serta dll)Perjalanan keretapi dari negara ini akan berakhir di Woodlands yang jaraknya lebih kurang 30 minit perjalanan dengan keretapi ke Tanjong Pagar.
- Sepasang landasan dibina melunjur membelah Singapura dari utara ke selatan.
- Tapak Stesen Tanjong Pagar mempunyai keluasan 32 hektar milik KTMB. Terletak di Keppel Road, dibina pada 1932 dan dirasmikan oleh Gabenor Negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith.
- Stesen Tanjong Pagar ini dibina untuk menggantikan stesen keretapi Tank Road yang dibina pada tahun 1903 dan merupakan terminal keratpi pertama di Singapura.
- Keunikan Tanjong Pagar adalah hentian terakhir jaringan pengangkutan keretapi dihujung benua Asia. Walaupun berada di tengah-tengah negara Singapura, stesen Tanjong Pagar adalah pintu masuk ke negara Malaysia bagi mereka yang memilih menggunakan perkhidmatan keretapi.
- Stesen ini juga menjadi kelangsungan pada sejarah awal perkhidmatan keretapi ke Singapura. Ia bermula apabila Sultan Johor ketika itu, Sultan Abu Bakar menerima permintaan British untuk membina laluan kereta api dan pembinaanya dirasmikan pada 1909. Apabila berakhirnya riwayat Tanjong Pagar sebagai sebuah stesen, ini bermakna Tanjong Pagar juga menjadi penutup perkhidmatan kereta api di Singapura.
- Pembukaan Tambak Johor pada 28 Jun 1924 menjadi pemangkin kepada perkhidmatan kertapi yang menghubungkan Singapura dengan negara ini. Stesen penuh sejarah ini menjadi suatu yang sering mengusik "keamanan dan persefahaman" Malaysia dan Singpura. Akhirnya terusir juga sebuah stesen kereta api milik Malaysia yang membelah republik itu. di stesen Tanjong Pagar kelihatan satu bangunan yang kelihatan masih kukuh dan tersergam dengan senibina bercirikan identiti Melayu. Namun suasana sekeliling agak suram dan ibarat retak menanti belah. Cuma tinggal lebih kurang 3 bulan lebih sebelum ia dirobohkan.Sebak jika seorang rakyat Malaysia melihat bangunan yang mencatatkan pelbagai sejarah dan nostalgia, bangunan yang bukan hanya sekadar stesen keretapi akan hilang dari pandangan mata...
Kebiasaanya, apabila sesuatu tempat itu dikatakan sebagai peninggalan sejarah, tentu ada sesuatu yang menjadi tanda ingatan untuk tatapan kunjungan ramai sebagai contoh muzium, bangunan, tugu/monumen dll. Namun tidak bagi stesen Tanjong Pagar dimana ianya akan diroboh sama sekali. Tiada apa lagi yang dapat disaksikan melainkan penbangunan baru yang tentunya tidak mempunyai ciri-ciri senibina yang membawa identiti Melayu. Secara peribadi, walaupun perjanjian dan persefahaman telah dimeterai, namun setiap rakyat Malaysia tentunya akan terasa kehilangan sesuatu yang sangat sukar digambarkan. kredi pada blog ini http://nurlinidris.blogspot.com/2011/03/tanjong-pagar-tanah-melayu-last.html
Bulan Jun ini adalah bulan cun di mana sebahagian adalah musim cuti sekolah yang dipenuhi keluarga pergi bercuti, melancung dan ibadah umrah. Cuma yang menarik pada kerajaan BN/UMNO , mereka kebetulan sibukkan mahkamah dengan kemuculan seorang Menteri di jabatan menteri dan seorang bekas Menteri Besar Selangor. Pada 6 jun ini bekas MB Selangor Khir Toyo akan hadapi perbicaraan kes rasuahnya manakala Menteri diJabatan Menetri Tan Sri Aziz celupar akan hadapi tuduhan hina mahkamah. Pada 10 jun kes remaja ditembak mati oleh anak buah Menteri Dalam Negeri iaitu Kpperal Jenaian.Masa 10 jun ini dikatakan keputusan akan keluar. 13 Jun pula Kes Khir Toyo lagi. Cuma kita belum lihat tarikh bila PM nak turun jadi saksi kes Liwat II. Rakyat mahu keadilan ditegakkan dan waima PM atau Menteri atau Hakim sekalipun kalau dan berkait dalam perbicaraan wajiblah turun padang. Rakyat memerhati dan membaca semua berkenaan kes mahkamah masakini dan peringatan pada BN ...JANGAN TIPU RAKYAT dan juga JANGAN KELIRUKAN RAKYAT. RAKYAT BUKAN BODOH.
Muktamar PAS ke-57 telah melabuhkan tirainya dengan ucapan penangguhan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Rata-rata perwakilan Muktamar menyifatkan ucapan Tuan Guru Presiden sebaga satu ucapan yang menarik dan dapat mnyatukan sof dan merapatkan sof ahli dan penyokong, sekaligus meyakinkan jentera parti menhadapi pilihanraya umum ke-13 yang semakin hampir.
Penolong setiausaha pas trengganu Haji Hanafiah Mat mengucapkan sekalung tahniah kepada semua perwakilan, pemerhati, penyokong, media dan terutamanya para petugas yang telah bertungkus lumus menjayakan Muktamar terbabit.
Beliau yakin, dengan ucapan penutup Ustaz Hadi, akan memberikan kekuatan kepada para petugas PAS untuk turun ke gelanggang sebaik pulang ke kawasan masing-masing.
"Ucapan penutup oleh Tuan Guru Presiden PAS, ucapan yang sungguh menarik, melerai segala kekusutan dan kebimbangan.
"Doa yang cukup syahdu, khusyuk dan yakin menaikkan semangat para perwakilan dan pemerhati,"ujarnya.
Justeru belau mengajak seluruh pihak menyatukan sof dan rapatkan ukhuwwah bagi bersama-sama bekerja untuk Islam menghadapi musuh Umno dan Barisan Nasional.
Sementara itu, ketiga-tiga protal berita media baru, menyiarkan laporan yang hampir sama, mengulas ucapan penangguhan Presiden PAS tersebut.
Ikuti catatan Harakahdaily, Malaysiakini dan Malaysia Insider seperti dibawah;
"Bukan Erdogan, ini Nik Aziz dan Hadi Awang" Nazri Abdullah - Haralahdaily
KUALA LUMPUR, 5 Jun: Biarpun PAS diserang hebat oleh media sebelum dan selepas keputusan pemilihan semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tetap mengucapkan tahniah kepada perwakilan dan pemimpin yang telah dipilih.
Berucap ketika menyampaikan ucapan penangguhan hari akhir Muktamar PAS ke-57 hari ini, beliau bagaimanapun tidak menyalahkan petugas media yang mebuat liputan selama tiga hari itu.
"Ada (media) menyatakan pimpinan baru ini kumpulan Erdogan.
"Saya kata ini bukan Erdogan, ini (Tuan Guru Datuk) Nik Aziz dengan Hadi Awang, ini bukan AK parti, ini Parti Islam Se-Malaysia PAS,"katanya membidas laporan media yang membuat label tersebut.
Membuat bidasan lebih lanjut, beliau kemudiannya turut memperincikan kepelbagaian latar belakang individu di dalam saf kepimpinan baru PAS itu.
Katanya kepimpinan baru yang diterajuinya itu terdiri daripada lapan ulama, dua doktor, dua jurutera, satu peguam, enam bekas pensyarah dan dua aktivis masyarakat.
Komposisi itu katanya menunjukkan kabinet PAS mempunyai pemimpin rencam termasuk ulama.
Malah katanya perlembagaan PAS juga memperuntukkan enam AJK dilantik, empat anggota dewan harian dan semua pesuruhjaya negeri untuk bersama kabinet baru.
Tahaluf siasi dalam Pakatan berjaya
Dalam ucapan itu juga, Presiden PAS itu juga menyifatkan kerjasama politik dengan PKR dan DAP, berjaya.
Kejayaan itu katanya boleh dilihat kepada sokongan bukan Islam terhadap PAS semakin meningkat akibat kefahaman mereka terhadap perjuangan keadilan Islam yang dibawa PAS.
"Persefahaman kita, mengekalkan jati diri kita sebagai orang Islam, memperkenal mesej Islam kepada bukan Islam tanpa paksaan.
"Berbeza dengan persefahaman wala' Umno BN yang menghilangkan jati diri, hilang hak dan hilang jati diri Islam itu sendiri," katanya menegaskan perbezaan.
Mengulas isu pembahagian kerusi antara Pakatan Rakyat untuk PRU ke-13 pula, beliau mengingatkan jentera di sesuatu kawasan memastikan kekuatan mereka dahulu sebelum berkira-kira mahu PAS bertanding.
"Kalau nak kerusi untuk bertanding, kawasan itu kena ada jentera, cawangan kena hidup dan kuat, (baru) kita boleh bertanding.
"Tapi tak kan semua kerusi kita nak tanding, itu bukan tahaluf,"katanya.
'Ini Hadi, bukan Erdogan' Salhan K. Ahmad - Malaysiakini
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil peluang hari ini untuk menjelaskan barisan kepemimpinan barunya dan persediaan yang perlu diambil parti itu dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Katanya, ada pihak yang mendakwa bahawa parti itu kini telah diambil alih oleh golongan pemimpin Erdogan, namun dakwaan itu nyata meleset.
"Ini bukan Erdogan, ini parti PAS. Ini Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz," tegasnya dalam ucapan penangguhannya di muktamar ke-57 parti itu petang ini.
Abdul Hadi juga menjelaskan bahawa parti itu berbeza daripada Parti AK yang diketuai Recep Erdogan di Turki - pemimpin yang dikaitkan dengan barisan pemimpin profesional PAS.
"Ini Parti Islam Se-Malaysia. Ini bukan Turki, ini Malaysia. Turki haramkan parti Islam. AK bukan parti Islam, mereka isytihar parti mereka bukan parti Islam.
"Mereka ikut agenda barat seperti dilaporkan laman web RAND Corporation," kata Abdul Hadi lagi yang kelihatan bertenaga ketika menyampaikan ucapan tersebut.
Ulama masih main peranan
Secara berjenaka, beliau turut menyebut mengenai barisan pemimpin baru ini tetap mempunyai lapan orang yang berkelulusan agama, termasuk dua orang doktor, dua orang jurutera dan seorang peguam.
"Di samping yang dipilih ini, pelembagaan peruntukkan boleh lantik enam orang ahli jawatankuasa pusat, empat orang lagi anggota dewan harian dan 14 orang pesuruhjaya.
"Oleh itu walau pihak luar anggap (ulama) yang tak dipilih ini tercorot, mereka tetap main peranan dalam parti," katanya lagi yang berpendapat bahawa perwakilan telah membuat pemilihan dengan "sangat bijak."
Namun, di sebalik pujiannya kepada para perwakilan itu, Abdul Hadi turut menghantar mereka pulang dengan tugas berat untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
"Kalau undi pemimpin tapi balik tak buat kerja, ini tak bertanggungjawab. Cawangan kena bergerak... bilik gerakan perlu dibuka dari sekarang, culaan perlu dibuat.
"Ada tak tahu (ahli) berapa banyak (dalam kawasan). Kawasan baru macam Sabah kita maafkan sebab baru, tapi negeri lama (bagaimana).
"Ada yang kalau tanya, hanya tahu culaan 2008 saja, menunjukkan tak buat kerja," katanya lagi. Presiden PAS: 'Bukan Erdogan, tapi pasukan Nik Aziz-Hadi Awang' Oleh G Manimaran - Mlaysian Insider
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, barisan kepimpinan pusat PAS sesi 2011-2013, yang diumumkan semalam, bukan kumpulan Erdogan sebagaimana dilabel musuh-musuh politiknya ketika setiap kali diadakan pemilihan.
Sebaliknya Presiden PAS itu berkata, "ini adalah pasukan (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) dan Abdul Hadi Awang."
"PAS adalah parti Islam, parti AKP bukan parti Islam. Ini Malaysia, bukan Turki," kata beliau yang dilihat merujuk kepada label-label bahawa PAS kini dikuasai oleh kumpulan profesional atau Erdogan ekoran keputusan pemilihan pusat parti yang berlangsung kelmarin.
"Ada macam-macam mengatakan tentang kepimpinan PAS yang baru, kali ini adalah kumpulan Erdogan. Saya katakan, ini bukan Erdogan tetapi pimpinan Nik Aziz dan Abdul Hadi Awang. Ini PAS, ini bukan Turki tetapi ini Malaysia. Turki haramkan parti Islam. Pemimpin mengisytiharkan mereka bukan parti Islam . . . mereka terpaksa terpaksa ikut cara pimpinan Barat," kata beliau ketika berucapn menggulung perbahasan pada muktamar tahunan 2011.
Istilah Erdogan dikaitkan dengan parti politik dari Turki dan kepimpinan mereka.
Baru-baru ini, Nik Aziz yang merupakan Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan juga menafikan wujudnya kumpulan ulama dan profesional dalam parti itu.
Sebaliknya kata beliau, label itu sengaja diadakan oleh Umno-BN menjelang pemilihan parti.
Beberapa media melaporkan bahawa pemilihan kali ini menyaksikan kumpulan ulama disingkirkan dan PAS dikuasai oleh kumpulan profesional atau Erdogan.
Label itu jelas merujuk ke atas persaingan timbalan presiden di mana Mohamad Sabu menewaskan Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang kedua-duanya dianggap sebagai ulama.
Jawatan naib presiden dimenangi Salahuddin Ayub, Datuk Pasukan Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.
Dua pertiga daripada 18 ahli jawatankuasa kerja pusat dianggap sebagai kumpulan profesional berbanding sesi 2009-2011.
Merujuk perkara itu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, "saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada perwakilan dan rakan-rakan yang terpilih walaupun media massa telah melaporkan macam-macam mengenai mereka."
"Kenyataan yang tidak menyenangkan, kita maafkan sahaja kerana mereka tidak sedar kejahilan mereka," katanya lagi.
"Wartawan hanya melaporkan yang benar, apa yang diucap dalam ucapan dasar tetapi disiarkan oleh mereka yang bukan berada di sini. Wartawan hanya dikongkong oleh peraturan yang sangat kuno dalam negara kita," tambah Hadi.
Mengulas lanjut isu komposisi ulama dan profesional, Hadi berkata, "kalau dilihat, perwakilan telah melakukan pemilihan sangat bijak."
"Saya telah membuat kiraan tetapi bukan kiraan undi pemilihan, tapi kiraan tentang mereka yang terpilih," katanya.
Kata Hadi seramai lapan orang yang terpilih mempunyai latar belakang jurusan agama, dua doktor, dua jurutera, seorang peguam, enam bekas pensyarah dan dua aktivis masyarakat.
Katanya, perlembagaan parti membolehkan pelantikan seramai enam ahli jawatankuasa kerja pusat, empat anggota Dewan Harian dan 14 pesuruhjaya PAS negeri yang turut akan menghadiri mesyuarat ahli jawatankuasa kerja pusat.
"Walaupun pihak luar menganggap yang tidak dipilh sebagai tercorot tetapi bukan tercorot, mereka akan memainlan peranan dalam parti. Kalau dilihat nama-nama (ahli jawatankuasa kerja pusat), dua nama dianggap baru . . . Khalid Samad, Wahid Endut," kata Hadi, merujuk kepada Ahli Parlimen Shah Alam dan Kuala Terengganu.
Hadi berkata, Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam kembali menduduki ahli jawatankuasa kerja pusat selepas hampir dua dekad tidak berpeluang dipilih
KUALA LUMPUR, 5 Jun: PAS meluluskan usul menggesa seluruh rakyat Malaysia menyertai Himpunan Bersih II pada 9 Julai di ibu negara dengan sasaran 300,000 peserta dari PAS sahaja.
Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu ketika membentangkan usul tersebut berkata, seluruh ahli PAS di semua peringkat harus menyertai himpunan tersebut kerana empat tuntutan Bersih 2007 lalu tidak dipenuhi kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Menurutnya juga, usaha mendaftarkan warga asing sedang berleluasa di Selangor dan turut berlaku di negeri-negeri lain.
"Satu pun tuntutan Bersih pada 10 November 2007 tak ditunai pemerintah.
"Daftar automatik tak ditunai walaupun kes di Likas Sabah yang dibuktikan di mahkamah oleh Hakim Datuk Kamil Awang adanya kes pemberian kad pengenalan kepada warga asing," kata beliau yang merupakan salah seorang penggerak Bersih.
Tambah beliau juga, amat menghairankan apabila daftar pengundi di Terengganu meningkat secara mendadak sejak 1999 hingga 2004.
Perkara ini katanya mustahil berlaku tanpa bantuan SPR dan Jabatann Pendaftaran Negara (JPN).
"Kalau aktif daftar pemilih boleh naik dari 4 hingga 7 peratus sahaja tapi di Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 daftar pemilih naik 17 peratus.
"Ini tidak mampu dilakukan parti politik melainkan bantuan SPR, polis dan Jabatan Pendaftaran Negara yang lakukan kerja itu," katanya.
Beliau turut menyentuh mengenai undi pos yang meragukan seperti yang berlaku dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini.
"Undi pos terus kita ragu bayangkan di Tenang (PAS) hanya dapat undi pos 3 undi BN 115. Undi Senadin Pakatan mendahului lebih 1000 undi tapi bila datang undi pos calon Pakatan kalah 58 undi," katanya.
Tambahnya juga, media di Malaysia masih berada di zaman Tok Kadok (kuno) apabila hanya menyiarkan berita sebelah pihak sahaja.
"Kita lihat di muktamar, kita ditemubual, pelbagai pandangan kita beri, kamera berkelip di depan mata sampai kelabu tapi bila tengok berita tak ada (keluar).
"PRU di Singapura walaupun Singapura sama dengan Malaysia dari segi kongkongannya tapi semua pemimpin pembangkang boleh bercakap di radio dan televisyen.
"Di Malaysia media masih di zaman Tok Kadok tak ada kebebasan diberi kepada pemimpin walaupn dalam saluran kerajaan," katanya.
Alhamdulillah, perwakilan muktamar telah menunaikan tanggungjawab mereka dan memilih saf kepimpinan baru parti. Sebagai ahli, saya bersyukur kerana parti dibarisi oleh para pemimpin yang berkaliber. Satu gabungan yang mewakili para ulama, profesional dan aktivis. Kepimpinan baru ini turut diberikan publisiti muka depan oleh akhbar arus perdana. Tumpuan akhbar-akhbar tersebut adalah untuk memburukkan PAS. Namun, secara tidak langsung, kepimpinan baru PAS telah dihebahkan ke seluruh dunia.Takbir!
Sebelum ini, saya pernah ke Thailand dan melihat suasana kempen di sana. Terdapat perbezaan ketara dengan Malaysia di mana di sana parti-parti yang bertanding mendapat peluang kempen yang setara. Terpulang kepada rakyat untuk membuat pilihan.
Kempen PRU 2011 sedang berlangsung di Siam. Saya tertarik dengan sekeping gambar calon yang bernama Yingluck (adik Thaksin). Gambar itu dirakam di Bangkok ketika Yingluck berkempen di sebuah masjid. Beliau didapati memakai selindang di atas kepala. Memang masih tidak menutup aurat. Macam kaum ibu Umno juga. Sekadar meletak kain di atas rambut. Satu lagi, gambar itu menunjukkan bahawa Yingluck dan penyokongnya menyatakan sesuatu dengan jari telunjuk mereka. Sekali pandang, macam gaya kumpulan 1Malaysia. Saya tak pasti sama ada, di negara gajah putih itu ada 1Thai. Jika ada, maknanya banyak pihak menggunakan doktrin ini untuk menarik sokongan pengundi.
GOMBAK, 4 Jun:Ceramah malam akhir Muktamar Tahunan PAS ke 57 di Taman Melewar, dekat sini mendapat sambutan memberangsangkan. Suasana meriah dan sesak dengan ribuan hadirin menggamit kenangan makmurnya pusat tarbiyah sekitar 10 tahun lalu. Kini bangunan pusat tarbiyah ini telah bertukar wajah dengan penampilan moden sesuai dengan kehendak semasa. Di sinilah terletaknya Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) yang telah memulakan sesi pengajian tidak lama sebelum ini. Ada pandangan menyatakan, jika sesuatu majlis ceramah itu diadakan di Taman Melewar mendapat sambutan menggalakan berbanding tempat lain di sekitarnya. Dikatakan juga Taman Melewar mempunyai ruh perjuangan yang hebat kerana itulah anggota masyarakat dari semua tempat datang jika sesuatu itu dibuat di situ. Mohamad Sabu nafi Berita Minggu Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menafikan tajuk muka hadapan Berita Minggu yang meletakkan tajuk Ulama Tewas di muka hadapan. Katanya, PAS sejak dahulu bukan sahaja menghormati ulamak bahkan golongan agama itu diletakkan dalam tertinggi, Majlis Syura Ulamak untuk memandu parti. Berbanding Umno, tegasnya, yang hanya meletakkan agama di dalam sebuah biro sahaja sama seperti biro sukan, belia dan pertanian. Sambil ketawa kecil, Haji Mohamad berkata, sejak bila Umno hendak pada ulamak melainkan mereka hanya berdusta semata. Di dalam ceramah sama, Mohamad berkata, jangan diharapkan kepada Umno untuk menjaga agama di negara ini. Umno tidur tak lena - Mursyidul Am Sementara itu dalam ucapan ringkasnya selepas itu, Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perjuangan Mohamad lebih baik dari sesetengah lepasan Universiti Azhar. "Beliau tidak pernah terlibat dengan Umno," tegasnya. Kata Tuan Guru, Mohamad terus bersama perjuangan PAS sejak dari awal lagi dan sesekali tidak pernah terlibat dengan Umno. Menurutnya, dengan sikap Mohamad yang disenangi semua pihak, Umno akan tidak dapat tidur nyenyak selepas ini.
KUALA LUMPUR, 4 Jun:Pemuda PAS Malaysia meminta PAS Pusat memberikan 40 peratus kerusi kepada calon-calon muda bagi menghadapi pilihanraya akan datang. Permintaan tersebut diharap diberikan pertimbangan serius oleh PAS Pusat bagi kepentingan parti dan selaras dengan keperluan semasa serta tidak hanya tertakluk kepada lelaki, tetapi juga muslimat. Ketua Pemuda PAS, Nasarudin Hassan Tantawi menegaskan, keperluan PAS Pusat memberikan petimbangan serius terhadap permintaan itu berdasarkan kehendak masyarakat kini yang lebih mengutamakan kepada calon-calon muda. Menurut beliau, pada pilihanraya di Singapura baru-baru ini, golongan muda mendapat sambutan hebat sehingga berjaya memenangi beberapa kerusi yang ditandingi. Katanya, begitu juga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru yang jelas menunjukkan pencapaian baik yang diperolehi PAS bagi kerusi yang ditandingi yang diwakili golongan muda. "Selain itu, walaupun kalah, PAS turut mencapai kejayaan baik dalam pilihanraya kecil di Tenang baru-baru ini yang diwakili Cikgu Mala yang juga mewakili golongan muda. "Kehadiran Cikgu Mala yang mewakili golongan muda dari muslimat telah membuatkan PAS berjaya mengurangkan undi yang diperolehi BN dengan begitu banyak," katanya pada sidang media di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini, hari ini. Dalam PRN Sarawak baru-baru ini, menurut beliau, walaupun kalah, PAS turut mencapai kejayaan besar sehingga berjaya mengurangkan undi yang diperolehi BN dengan begitu ketara pada beberapa kerusi yang ditandingi PAS yang diwakili golongan muda. "Contohnya di Beting Mero yang diwakili calon muda, walaupun kalah tetapi PAS berjaya menarik sokongan pegundi cukup besar sehingga hampir berjaya," katanya. Bagaimanapun, tegasnya, permintaan tersebut tidak bermakna beliau menafikan kehebatan calon-calon yang telah berusia dari PAS. "Kami cukup sedar dengan kehebatan golongan yang telah berusia sebab itulah kami hanya meminta 40 peratus sahaja kerusi untuk calon-calon muda yang berkelayakan. "Tapi dalam masa yang sama, kami berharap agar golongan muda turut diberikan tempat oleh PAS kerana selain golongan yang telah berusia, masyarakat kini ternyata lebih berminat kepada calon-calon muda," ujar beliau.
KUALA LUMPUR, 4 Jun: Kesediaan beberapa orang artis untuk menyertai PAS, selepas Bob Lokman, membuktikan PAS sudah semakin diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat di tanah air.
Perkembangan yang memberangsangkan ini diyakini akan menarik minat lebih ramai anggota masyarakat negara ini untuk menyertai PAS menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, sejajar dengan perjuangan PAS untuk kepentingan semua kaum.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasarudin Hassan Tantawi menegaskan, kesediaan golongan artis untuk menyertai PAS sudah dimaklumkan oleh golongan artis sendiri kepada beliau secara jujur baru-baru ini.
Menurut beliau, artis-artis tersebut sudahpun dikenalpasti dan mereka sememangnya terdiri daripada artis-artis ternama yang melibattkan pengarah, penyanyi, pelakon dan pelawak.
Katanya, bagaimanapun beliau tidak mahu menyebut nama-nama artis terbabit kerana mahu menyerahkan kepada artis-artis itu sendiri untuk mengumumkannya nanti.
"Saya difahamkan buat masa ini mereka masih belum bersedia untuk mengumumkannya. Tetapi mereka memang mahu menyertai PAS seperti juga Bob Lokman," katanya pada sidang media di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar, di sini, hari ini.
Selain golongan artis, beliau juga menjelaskan bahawa perjuangan PAS kini sudah semakin diterima oleh golongan muda di tanah air dan ia ternyata amat berbeza berbanding masa lalu.
Menurut beliau, perkembangan itu membuktikan golongan muda di tanah air sudah semakin terbuka dalam politik, sehingga menyebabkan mereka memilih PAS yang berada dalam Pakatan Rakyat bagi melakukan perubahan politik di negara ini.
"Ini secara langsung menolak dakwaan Umno BN yang mengatakan golongan muda semakin ramai yang menyokong mereka, dengan mengambil perkiraan pada majlis Sejuta Belia yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini.
(Gambar:Nasrudin dalam sidang media bersama timbalannya yang baru dipilih, Nik Abduh)
"Pada hal dakwaan Perdana Menteri atau pemimpin Umno mengenai perkara itu ternyata amat jauh menyimpang dari sasarannya.
"Beliau yang hadir pada majlis itu sebenarnya bukan sejuta, tetapi hanya sekitar 8,000 hingga 10,000 orang sahaja," katanya.
Perkara itu ternyata amat berbeza dengan majlis himpunan yang diadakan oleh PAS, dengan kehadiran yang sememangnya mencapai jumlah yang disasarkan.
"Antaranya termasuklah Himpunan 30,000 yang diadakan oleh PAS di Kedah baru-baru ini dengan kehadiran sememengnya 30,000 seperti yang kita target.
"Begitu juga dengan Himpunan 10,000 di Kelantan untuk majlis 100 kali khatan al-Quran, juga memeng dihadiri 10,000 orang seperti yang kita target," jelasnya.
Dengan perkembangan itu, jelasnya, anak-anak muda yang juga pengundi-pengundi muda kini ternyata lebih tertarik kepada PAS daripada Umno kerana mereka sendiri lebih percaya kepada PAS berbanding BN untuk membela nasib mereka.
KUALA LUMPUR, 4 Jun:Penulis dan pemimpin veteran PAS, Subky Latif (gambar) menyifatkan Mohamad Sabu umpama akar selepas rotan (ulama yang sesuai) tidak ada tetapi 'akar ini akar tunjang yang menjalar merata'. "Ulama tak menang kerana tidak ada yang sesuai umpama rotan tidak ada, jadi akar yang menjadi pilihan...tetapi Mohamad Sabu ini umpama akar tunjang yang cabangnya merayap merata," kata Subky. Beliau mengulas kemenangan Mohamad dalam pertandingan jawatan timbalan presiden PAS hari ini. Mohamad menang apabila mendapat 420 undi berbanding Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399) dan Nasharudin Mat Isa (224). Mohamad memecah rekod kepimpinan PAS apabila menjadi timbalan presiden pertama dari kalangan bukan ulama selepas konsep kepimpinan ulama diperkenalkan PAS pada tahun 1983. Subky adalah antara pemimpin PAS yang yakin, PAS perlu dipimpin oleh ulama. Dalam pemilihan 2009 lalu, Subky antara pemimpin PAS yang bercakap agar perwakilan memilih timbalan presiden di kalangan ulama. "Saya berpendapat, Mohamad perlu diletakkan di situ sebagai pemimpin PAS bukan untuk sementara sahaja misalnya untuk hadapi pilihan raya tetapi sampai bila-bila. "Jangan pula tahun depan ada usaha untuk menukar beliau pula. Biarlah sampai rotan yang dicari benar-benar ditemui barulah ditukar," kata beliau penuh kiasan. Untuk menstabilkan kedudukan beliau dalam hiraki kepimpinan PAS, Subky menasihatkan agar Mohamad Sabu melantik ramai ulama di sekeliling beliau untuk menjadi penasihat-penasihatnya. "Dia jangan pula jadi macam sesetengah kerajaan, tidak dengar cakap mufti, sesetengah kerajaan ambil mufti tetapi mufti yang dengar nasihat kerajaan," katanya.
Almarhum telah meninggalkan kita.Alamarhum tidak perlu berjuang lagi.Telah terbukti dunia menangiskan pemergiannya......terbukti perjuangannya hingga ke akhir hayatnya.......berjuang dalam PAS untuk menegakkan ISLAM! Ya Allah berikan kami rezeki mencontohi perjuangan ikhlas NABI MU serta para solehin yang engkau redhai.Amin.
Indeed PAS must be commended. You would never see such world-class performance within BN. Now, BN stop getting furious.
If BN turns red from ear to ear or rages with anger for the rakyat's show of respect and commendation for PAS performance at its recently concluded Assembly, it is very well understood why.
When BN meet - i.e. UMNO, MIC or MCA, we hear of fireworks and blatant cold blooded calls for race blood and race rights. It is like a broken record turned on the gramaphon of a bygone era.
But when PAS meet they remain calm, collected, civil and above all professionally political. They vote with their heads and a spirit of clear unity.
But when their opponents convene it is always crowned with war cries of crushed bones and bloodied bodies and what have you. So what can we make out of all these?
Indeed PAS gets a 'pass'. Therefore PAS must pass and PAS will pass come GE-13. Gone are the blind-folded days of the Mahathir regime where all it takes is a hatched drama of Islamic terror slammed on PAS to get the rakyat rallying behind BN.
Today Malays, Chinese, Indians and others can see without tainted and smokescreen lenses that PAS is a 'pass' all the way. It is political parties with a leadership of clear conscience that can bring defining victories for the rakyat.
PAS must however beware. A political party that is going broke on a waterry slide will do anything and everything to bring down the entire house.
This is where the rakyat have promised to remain vigilant and they will stand up to add more pass for PAS. The next big event - the BERSIH rally will be the hallmark.
To PAS: Well done and syabas. May the spirit of true democracy and civil liberties remain your propeller as you steer the rakyat to a new frontieer of hope realized with honour and dignity. Indeed you will show to the world that Islam is far from what your opponents have carved out to be.
And may you march consistently with your partners in caring for the rakyat, namely DAP and PKR.
Now BN leaders should not be angry. They can if they want to but does it matter anymore? See for yourselves what your henchmen blurt out every other day and see how PAS gets a pass today.
Ciat-cita sahaja tidak cukup tetapi mesti di letak anak tangga untuk capai ke mercu kejayaan. Kalau khaira ummah lahir, CINA ,INDIA , MELAYU, IBAN , KADAZAN, ORANG ASLI semua selamat!! .
Not Erdogans, but Team Nik Aziz-Hadi, says PAS chief
By Asrul Hadi Abdullah Sani
June 05, 2011
Hadi declared the new PAS leadership line-up as one representing Niz Aziz and him. — file pic
KUALA LUMPUR, June 5 — PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang declared today the newly elected party leadership was not Erdogans or progressives as criticised by political foes, nor was it the ulamas who lost in internal polls. "This is the Nik Aziz and Abdul Hadi Awang's team. PAS is an Islamic party and not AKP. This is Malaysia and not Turkey," he said, referring to PAS spiritual chief Datuk Nik Aziz Nik Mat. "A lot has been said about the party's leadership and that this time it is dominated by the Erdogans. I would to say here that this is not the Erdogans but the leadership of Nik Aziz and Abduk Hadi Awang," the president said when winding up the debate on the last day of the party's 57th muktamar here today. Mohamad Sabu won the party deputy presidency with 420 votes in Friday's election, leading a group of progressive leaders to counter conservatives who prefer to link up with Umno. The Penang-born Mohamad defeated incumbent Nahsarudin Mat Isa, who received only 224 votes, and vice-president Tuan Ibrahim Tuan Man who came second with 399 votes. A total of 1,100 delegates voted in this year's party elections. In the vice-presidential race, incumbent Salahuddin Ayub took top spot with 753 votes, Datuk Husam Musa was second with 660 votes while another incumbent, Datuk Mahfuz Omar, kept his post with 616 votes. The poll was billed as a contest between the party's conservative ulama faction and the professionals (dubbed the Erdogans in a reference to progressive Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan). The Erdogans have also been dubbed the "Anwarites" because of their support for PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, who wields influence in PAS through his preaching of pragmatic Islam and moderation, along with support from Nik Aziz. Today, Hadi also reminded his delegates that the party must not forego its Islamist principles, nor allow itself to be ruled by emotions. He said although PAS is part of Pakatan Rakyat (PR), the party need not surrender its own identity to match that of its partners. "Allegations we face today must be countered with knowledge and not anger. Let us not be influenced by other political parties. We may be co-operating (with other parties) but we are our own party. We have our own ways and morals," Hadi said. He added that the party must not make false allegations against its political foes, in covert reference to Umno and its leaders. "If we want accuse someone then we must have (four) witnesses. If there are no witnesses then it is forbidden," he said. Abdul Hadi also explained PAS will never work with Umno, judging the latter to have failed to elevate public welfare despite half a century in power. Today, Umno deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin said Malaysia was already a welfare state under Barisan Nasional, and had surpassed the model proposed by PAS during its muktamar. He also criticised the party for not discussing allegations against Anwar's sex life, saying it was a moral issue that PAS ignored for political expediency. Despite his criticisms, Muhyiddin said Umno would still welcome PAS to join an unity government.
"Saf pimpinan baru PAS" yang lahir menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 ini disifatkan sebagai gandingan yang paling merunsingkan UMNO. Dengan empat pimpinan tertinggi yang dipilih, iaitu Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar sebagai Naib Presiden, pilihan sedemikian ditafsir sebagai kebijaksanaan perwakilan untuk meletakkan pemimpin di tempat yang sesuai.
Demikianlah ulasan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Phang Chow ketika diminta MerdekaReview untuk mengulas kekalahan bekas Menteri Besar Perak, Mohd. Nizar Jamaluddin dengan undi terendah dalam pertandingan jawatan Naib Presiden.
Hu Phang Chow berkata, Nizar Jamaluddin memikul dua misi yang terpenting buat masa kini, iaitu mengembalikan kuasa kerajaan negeri di Perak, dan meningkatkan sokongan bukan Melayu/bukan Muslim terhadap PAS. Seandainya Nizar berjaya menyempurnakan dua misi ini, maka beliau boleh kembali ke pusat pimpinan untuk diberikan peranan yang lain.
Nizar Jamaluddin, pemimpin PAS yang muncul sebagai Menteri Besar Perak selepas tsunami politik pada 8 Mac 2008. Kerajaan negeri yang diterajui Nizar dirampas oleh UMNO-BN pada Februari 2009, apabila tiga orang wakil rakyat dari PKR dan DAP berpaling tadah. Pimpinan Nizar meraih simpati ramai, melonjakkan populariti dirinya terutamanya dalam kalangan komuniti Cina, lantaran daripada kejadian tersebut. Beliau terpilih sebagai AJK Pusat PAS dengan undi tertinggi dalam pemilihan parti pada tahun 2009.
Hu Phang Chow (gambar kanan) menganggap perwakilan PAS amat jelas dengan senario yang terkini. Mereka meletakkan empat orang tokoh yang paling merunsingkan UMNO, untuk berdepan dengan PRU 13 yang akan datang. Malah, beliau menyanggah pandangan bahawa Nizar kalah kerana penampilannya yang dianggap lebih "mesra-bukan melayu/muslim".
"Seandainya pandangan ini berasas, maka Mat Sabu akan kecundang sebermulanya," kata Hu Phang Chow yang menegaskan bahawa perwakilan PAS tidak membuat keputusan atas pertimbangan perkauman, tetapi pertimbangan mengikut keperluan senario.
Dzulkefly: Bukan sekadar populariti
Ketika diminta untuk mengulas kekalahan Nizar, Dzulkefly Ahmad berkata, "Pada saya the best man win (orang yang terbaik menang). Beliau (Nizar) mungkin belum dalam liga itu, walaupun sudah masuk dalam liga itu, beliau perlu membuktikan..."
Wartawan mencelah dengan soalan sama ada Nizar kalah kerana senioritinya yang belum cukup melayakkan dirinya ke jawatan ketiga itu, Dzulkefly (gambar kiri) berkata, "Bukan senioriti. Saya ingat delegates (perwakilan) bijak, yang cukup alert untuk membuat perhitungan. Bukan hanya populariti di sini. Popular satu hal, tetapi keupayaan, keupayaan untuk memimpin... Bukan hanya menjadi popular. Ini yang perlu difahami oleh pihak yang lain."
Beliau meneruskan, "Kerana PAS mempunyai pengalaman hampir 60 tahun. Dan perwakilan cukup wajar dan bijak membuat perhitungan mereka. Dan kita kena ingat bahawa di sana ada enam (calon)..."
Dzulkefly Ahmad yang juga terpilih sebagai AJK Pusat diingatkan bahawa Nizar memperolehi undi terendah, dan dijawabnya, "Itu kedudukan yang dia kena terimalah. Dia masih mempunyai masa dan waktu untuk memperbaiki prestasinya. Dan ini cara PAS untuk menilai pemimpin..."
Nizar: Ketiga-tiga pemenang calon terbaik
Sementara itu, ketika diminta untuk mengulas kekalahan dirinya, Nizar berkata, "Itu keputusan perwakilan, mereka membuat pilihan yang tepat. Saya menganggap diri saya hanya satu komponen daripada itu, itu bukan soal menang atau kalah, tapi persoalan siapa boleh menawarkan pilihan yang paling baik untuk kita Putrajaya."
Sambil menyifatkan saf pimpinan baru sebagai "pilihan yang paling sempurna" (the most perfect choice) untuk berdepan dengan pilihan raya umum, Nizar dengan rendah hati berkata dirinya bukan sesiapa (I am nobody) apabila pertimbangan tersebut (berdepan dengan PRU) diambil kira. Beliau mendakwa dirinya tidak kecewa, sebaliknya gembira dengan keputusan itu, kerana "ketiga-tiga pemenang jawatan tersebut adalah yang terbaik".
Dzulkefly Ahmad juga menambah bahawa keputusan pemilihan ini secara keseluruhannya memperlihatkan bahawa perwakilan memilih pimpinan berdasarkan prestasi, dan ini keistimewaan PAS yang tidak mengambil pendekatan berkempen seperti parti politik lain.
"Dan kita dari segi itu adalah lain dari pihak-pihak yang lain, dan parti-parti yang lain. Jadi dengan pimpinan dan pasukan pimpinan saf ini, kita harap dapat melonjakkan lagi prestasi PAS dalam pilihan raya yang akan datang dan ini menyuntik keyakinan bahawa inilah dia saf pimpinan yang dimahukan parti dan juga pendukung, pemerhati supaya PAS menampilkan kekuatan gandingan ini. Inilah sebenarnya kekayaan dan takungan pimpinan... Kita cukup kaya dengan takungan pimpinan kita..."
Hu Phang Chow ketika merumuskan pandangannya terhadap keputusan pemilihan ini berkata, ia merupakan gelombang reformasi kedua dalam PAS. Gelombang pertama, menurutnya adalah kemasukan bukan muslim ke dalam PAS, dan diinstitusikan sebagai badan dalam arus perdana politik PAS. Gelombang kedua kali ini meletakkan pemimpin yang profesional dan terbuka pada kedudukan penting, dan PAS kini menuju ke arah pimpinan yang merangkumi kepelbagaian dalam agama, budaya, ekonomi dan sebagainya.
Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menjangkakan Pilihanraya Umum ke 13 semakin hampir berikutan penerimaan surat dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
"Surat SPR sudah sampai ke pejabat saya untuk memberi taklimat kepada parti-parti politik," jelasnya dalam sesi penggulungan perbahasan Ucapan Dasar Muktamar PAS ke 57.
Justeru, PAS menjangkakan sepanjang enam bulan ini, antara bulan Julai, September dan November adalah 3 tarikh kemungkinan PRU akan diadakan.
Sehubungan itu, PAS mengarahkan semua peringkat partinya membuat pendaftaran pemilih secara besar-besaran. PAS mempertanggungjawabkan Dewan Pemuda kerana jumlah pengundi terbesar adalah dari golongan muda.
"Saya menyaran tugas ini dipikul oleh Dewan Pemuda kerana mereka yang perlu didaftar adalah golongan muda. Sebanyak 3.5 juta remaja belum lagi mendaftar sebagai pemilih," ujarnya gusar.
"Mesti ada 50% daftar pemilih menandingi parti lawan. Tetapi sekarang 30% pun masih belum dapat," tegasnya memberitahu arahan kerja daftar pemilih telah dikeluar ke kawasan-kawasan.
Menjawab kesediaan PAS berhadapan PRU 13, beliau memberitahu Jabatan Pilihanraya PAS sudah mengeluarkan KPI list (key performance index) bagi dilaksana PAS Dun, Unit Peti Undi dan Cawangan bagi gerak kerja yang lebih sistematik.
Abdul Halim sebelum itu turut mengingatkan pentingnya PAS mengambil perhatian dan memperbaiki kelemahan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, Tenang dan yang terakhir Merlimau bagi mempersiapkan diri berhadapan dengan BN/Umno nanti.
Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) berharap dapat menjalinkan bekerjasama dalam PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
Ini ekoran keyakinan MCLM pada barisan kepimpinan baru PAS yang dilihat akan memandu parti Islam itu mencapai matlamat menentang nilai negatif dalam politik negara.
"Kami berharap dapat bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum yang akan datang dengan maksud untuk memulihkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua Rakyat Malaysia," kata pergerakan itu.
Dalam kenyataan bersama pengerusinya Raja Petra Kamarudin (atas) dan Presiden Haris M Ibrahim hari ini, mereka mengucapkan tahniah kepada yang menawarkan harapan besar untuk Rakyat.
"Kami yakin saf kepimpinan baru ini akan memandu PAS mencapai matlamat yang dianjurkan dalam pesanan Presiden parti dan seterusnya memainkan peranan yang lebih besar untuk memperkuatkan gabungan Pakatan Rakyat," kata pergerakan itu.
Pergerakan itu menyambut baik kenyataan Presiden PAS datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya yang menegaskan komitmen terhadap Pakatan dan sedar bahawa "masyarakat majmuk adalah sebahagian daripada seruan politik dalam Islam".
MCLM juga menyambut baik penekanan PAS untuk membersihkan politik dari perkara menjijikkan seperti rasuah, politik wang, fitnah, perkauman, penipuan dan segala macam hal yang memalukan.
Bagi mereka mesej tegas Hadi itu disokong oleh perwakilan yang tergambar dalam keputusannya apabila Mohamad Sabu dipilih sebagai timbalan presiden dan apabila Salahudin Ayun, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz omar menang bertanding jawatan masing-masing.
Malaysiakini/-
Ulasan :
Berita diatas mencermin tahap keyakinan badan bukan kerajaan dan individu dalam negara kita kepada saf kepimpinan PAS sesi 2011-2013 yang baru dilantik.
Semuga dengan kerjasama dan pengembelingan tenaga pelbagai pihak akan mempercepatkan hasrat rakyat untuk mengalahkan BN dalam PRU ke 13 akan datang.
KUALA LUMPUR, 5 Jun: Naib Presiden PAS yang baru terpilih, Datuk Husam Musa berkata, pihaknya akan merangka satu pelan kemenangan bagi menuju Pilihan Raya Umum ke-13.
Ia adalah antara rangka untuk merealisasikan tema muktamar PAS kali ini, 'Membangun Negara Berkebajikan'.
Ketika ditemui sejurus selepas diumumkan menang naib presiden, Husam berkata perkara tersebut akan diperincikan di peringkat semua dewan-dewan sesuai dengan peranan masing-masing.
"Kita akan adakan pelan kemenangan di mana setiap dewan yang akan diberikan peranan dan tugas masing-masing seperti Dewan Pemuda yang dicadangkan agar lebih fokus kepada daftar pemilih pengundi muda secara berstrategi," katanya di Kolej Universiti Zulkifli Muhamad, Taman Melewar, Gombak baru-baru ini.
Gabungan Selatan, Timur dan Utara
Mengulas mengenai kemenangan beliau pada pemilihan kali ini, beliau menganggap ianya adalah kemenangan yang bersifat kolektif.
"Kemenangan ini turut memperlihatkan bahawa tidak timbul isu ulama terhakis kerana dalam PAS tidak berlaku perbezaan dan kami tidak merasakan ada keganjilan. Isu ini sengaja diada-adakan pihak luar yang ada agenda," ujarnya.
Husam yang juga exco kanan kerajaan Negeri Kelantan menyifatkan saf kepimpinan baru ini sebagai satu pasukan yang baru muncul untuk membantu Presiden PAS.
"Kami semua adalah satu pasukan yang mahu bersama Presiden kerana kelebihan dan kekuatan pasukan ini adalah performance atau prestasi mereka sebelum ini. Mahfuz dari Utara, Salehudin dari Selatan dan saya dari Timur.
"Kita perlukan pembetulan kerana PAS mempunyai tanggungjawab yang besar dan ia satu pasukan yang boleh diterima - saya berharap kita mempunyai kesempatan untuk berbincang di semua peringkat untuk membantu kemenangan," katanya.
Perkasa media
Beliau menekankan peranan dan kemampuan media dalam memastikan pelan kemenangan itu terlaksana.
"Saya lihat perlu ada peningkatan kemampuan seperti media secara gagah dan perkasa untuk bersaing dengan Umno.
"Jika ia boleh berlaku bermakna PAS boleh diharap untuk membawa Malaysia kembali kepada landasan yang baik," ujarnya lagi.
Ketika diminta bercakap mengenai gambaran gerak kerja PAS dalam menghadapi PRU-13, beliau menyatakan ia merupakan penekanan yang diberikan secara serius.
"Fokus segera kita adalah PRU-13 kerana keadaan politik negara kini berada di persimpangan rejim yang korup daripada semua aspek.
"Kita kena meningkatkan kemampuan parti seperti media secara gagah dan perkasa untuk bersaing dengan Umno-BN," katanya lagi.
Menyentuh ucapan dasar Presiden PAS, beliau merasakan tawaran Negara Berkebajikan adalah munasabah bagi rakyat untuk diterima dan membandingkannya antara tawaran PAS dan Umno
KUALA LUMPUR, 5 Jun: Dengan andaian pilihan raya umum akan diadakan dalam masa enam bulan lagi, PAS mengarahkan semua peringkat partinya agar membuat pendaftaran pemilih secara besar-besaran.
Isu ini telah disebutkan segenap peringkat muktamar dan digulung oleh Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (gambar) agar pendaftaran pemilih secara besar-besaran dibuat.
"Saya menyaran tugas ini dipikul oleh Dewan Pemuda kerana mereka yang perlu didaftar adalah golongan muda.
"Sebanyak 3.5 juta remaja belum lagi mendaftar sebagai pemilih," kata Abdul Halim ketika berucap menggulung perbahasan Ucapan Dasar Muktamar PAS ke 57.
Untuk itu, beliau mengarahkan agar Pemuda Pusat memantau Pemuda Negeri dalam urusan ini manakala Pemuda Negeri pula pantau Pemuda kawasan, seterusnya Dun, Unit Peti Undi dan Cawangan.
"Saya yakin jika ia dilakukan dengan sistematik, kita akan berjaya dan jika kerja ini tidak dibuat, kita akan kalah atau kita tidak akan menang," kata Abdul Halim.
Abdul Halim memberikan contoh kelemahan PAS dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, Tenang dan yang terakhir Merlimau adalah bermula dari PAS tidak mempunyai struktor yang baik di peringkat bawah.
"Kalau kita tidak ada cawangan pun, sekurang-kurangnya kita perlu ada jawatankuasa di peringkat Unit Peti Undi (UPU)," kata Abdul Halim.
Berhubung dengan perbahagian kerusi pula, Abdul Halim berkata, satu jawatankuasa khas telah dibentuk oleh PAS untuk berunding dengan Pakatan Rakyat.
"Kita serahkan pembahagian kerusi ini kepada negeri, mana yang tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri sahaja baru pusat akan campur tangan," kata Abdul Halim.
Beliau juga berkata, bagi PAS, pemilihan calon yang boleh menang adalah yang utama baru diikuti oleh jawatan dalam parti
Pemilihan pucuk pimpinan PAS untuk sesi 2011-2013 pada Muktamar PAS kali ke 57 sampai dikemuncaknya bila JK Pemilihan mengumumkan siapakah pemenenag kepada jawatan-jawatan yang telah dipertandingkan iaitu Timbalan Presiden, Naib Presidan dan AJK PAS Pusat.
Banyak pihak memberi kenyataan senada dengan kenyataan dari Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan barisan kepimpinan baru termasuk sayap-sayap parti yang dipilih dalam muktamar PAS kali ini adalah kabinet pilihan raya.
Presiden PAS menyifatkan barisan kepimpinan ini dianggotai barisan pemimpin yang dipilih yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ulama, profesional dan pemimpin masyarakat.
Satu perkara yang penting dengan kempimpinan baru ini ialah memberi satu gambaran dan jawapan bahawa pintu untuk UMNO mendekati PAS dengan isu bergabug untuk kepentingan melayu dan sebagainya sudah semakin tidak relavan. Malah saya rasakan mustahil akan berlaku dalam keadaan kepimpinan yang sangat faham untuk membawa arah tuju parti kepada kemuncak kegemilangannya tanpa menoleh kebelakang kepada janji dan pujukan dari UMNO.
Kerana itu saya ingatkan kepada seluruh kepimpinan PAS disemua peringkat serta para penyokongnya untuk sentiasa bersiap sedia mengahadapi serangan baru dari kepimpinan UMNO yang saya anggap dalam keadaan resah dan kecewa .
Sebelum ini tidak pernah kita bayangkan serangan dan ancaman kepada perjuangan PAS sampai dikemuncaknya bila UMNO dan BN sanggup melakukan jenayah yang ngeri dalam sejarah politik negara bila Ust. Ibrahim Libya dan pengikutnya dibunuh secara kejam di Memali. Ingatan kita kepada para syuhada memali mengingatkan bahawa itu UMNO yang sebenarnya.
Dalam konteks Pakaran Rakyat kita juga tidak pernah bayangkan bagaimana serangan yang dilakukan kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan siri tuduhan liwat dan terakhir dengan video palsu yang dikaitkan dengan beliau.
Semunya itu menjadi ingatan kepada PAS bahawa UMNO sesungguhnya akan melakukan apa saja tindakan yang pada mulanya tidak masuk akal namun semunya menjadi "halal" demi untuk kekal berkuasa.
Sesuatu yang berada dalam ruang lingkup yang menyalahi hukum agama dan undang-undang negara bukan menjadi batas kepada UMNO untuk mereka lakukan kerana baginya kuasa yang ada ditangan jangan terlepas ke tangan PAS dan Pakatan Rakyat.
Namun bila memikirkan saf kemimpinan yang mantap dengan Presiden Parti dibantu oleh seorang Timbalan Presiden yang faham dan tahu sangat mengenai sepak terjang UMNO maka saya rasakan PAS akan mampu bertahan dengan apa saja serangan yang bakal mendatang.
Apapun segalanya mestilah ditangani dengan cara yang berhemah dan sangat berhati-hati melalui pelbagai cara termasuk kerja-kerja penerangan tanpa rasa jemu dan penat bagi menagkis segala serangan itu.
Walaupun medan untuk kita berikan penjelasan amat terbatas dan terhad, tetapi saya yakin ruang yang sedikit itu menjadi terlalu luas bila semua bergerak untuk itu.
Arahan Presiden supaya digerakkan jentera parti disemua peringkat untuk menghadapi PRU ke 13 adalah arahan yang sangat jelas dan terarah dalam ucapan dasar yang diucapkan dalam majlis perasmian Jumaat lepas. Kerana itu tidak perlu Munaqasyah atau seminar melainkan semua sudah tahu dan mampu melakukan kerja-kerja pilihanraya bagi memastikan calon-calon PAS menang dimana sahaja kita bertanding.
Ayuh bangkitlah wahai seluruh pejuang Islam, dan pastikan BN jadi Pembangkang selepas PRU ke 13 nanti.
KUALA LUMPUR, 5 Jun: Kerajaan BN yang ditunjangi Umno BN pasti akan jatuh suatu masa nanti bukan hanya kerana kekuatan umat Islam semata-mata, tetapi juga kerana kezalimannya sendiri sepanjang memerintah negara ini sejak lebih 50 tahun lalu.
Catatan sejarah membuktikan kejatuhan kerajaan Parsi dan Rom bukan sahaja kerana kekuatan umat Islam, tetapi juga kerana kezallman pemerintahnya terhadap rakyatnya sendiri, walaupun kedua-duanya merupakan kuasa besar dunia pada masa lalu.
Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Umno BN juga pasti akan mengalami nasib serupa suatu masa nanti ekoran kezalimannya terhadap rakyat sejak sekian lama. Menurut beliau, ini terbukti dengan pelbagai tindakan buruk Umno BN terhadap rakyat dengan menaikkan harga petrol dan barangan keperluan utama sehingga rakyat hidup dalam keadaan amat terhimpit.
Katanya, selain itu, Umno BN turut mengabaikan perintah Allah dalam pemerintahannya sehingga menyebabkan munculnya pelbagai gejala sosial di tanah air.
"Untuk kepentingan sendiri termasuk untuk menyekat kebangkitan rakyat bersama PAS dan Pakatan Rakyat, para pemimpin Umno BN juga sanggup menggunakan wang rakyat," katanya ketika menyampaikan ceramah perdana malam tadi.
Dalam ceramah yang diadakan di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar, di sini, beliau menegaskan, PAS sebenarnya tidak mahu berkelahi dengan Umno, tetapi hendak membawa Umno ke jalan selamat.
"PAS menyertai demokrasi pilihanraya untuk mendidik manusia ke arah kebaikan kerana membawa manusia ke jalan kebaikan itu walaupun seorang, pahalanya berpanjangan hingga ke akhirat sampai bila-bila," tegasnya.
Kini, menurut beliau, rakyat sendiri boleh menilai perbezaan Umno BN dan PAS bersama Pakatan Rakyat dengan hasrat PAS untuk memerintah negara ini dengan negara berkebajikan.
"Bagi umat Islam yang buta sejarah, mereka tentu berasa asing dengan negara berkebajikan.Tetapi bagi pemerintahan Islam, ia tidak terpisah dengan negara berkebajikan," katanya.
Konsep negara berkebajikan, jelas beliau, bagaimanapun telah dilaksanakan di negeri-negeri yang pernah diperintah oleh PAS beberapa tahun lalu iaitu di Terengganu dan Perak dan kini turut dilaksanakan di negeri-negeri yang berada dalam Pakatan Rakyat.
"Hasilnya di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, walaupun disekat dari bantuan kewangan oleh Kerajaan Pusat, tetapi tetap ternyata lebih baik dari negeri- negeri yang berada di bawah Umno BN," katanya.
Untuk membolehkan rakyat di negara ini mengetahui perkara itu dengan lebih jauh, katanya, rakyat perlu memberi peluang kepada PAS dan Pakatan Rakyat memerintah negara ini hanya untuk satu penggal.
"Kami akan tunjukkan buktinya dengan apa yang kami kata. Kepada Umno pula, bertaubatlah dan marilah bersama-sama dengan kami untuk memperjuangkan dasar Islam," ujar beliau.
Bob Lokman salahkan Umno
Sementara itu, bekas pelakon, pelawak dan penulis lirik lagu terkenal, Bob Lokman dalam ceramah ringkasnya di tempat yang sama menyuarakan kekesalannya dengan tindakan Umno yang menyesatkan umat Islam di negara ini.
"Disebabkan Umnolah, saya jauh dari PAS sehingga 25 tahun. Tapi kini saya bersyukur kepada Allah kerana diberikan kesempatan berada dalam PAS untuk bersama-sama berjuang di jalan Allah," tegasnya.
Beliau diberikan peluang berucap oleh pihak penganjur ceramah sempena Muktamar PAS Ke-57 yang berlangsuing di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, bagi melancarkan derma jihad.
"Inilah kali pertama saya berucap di Taman Melewar ini yang dulunya Markas Tarbiyah PAS Pusat, tapi kini dah menjadi Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad.
"Tak sangka pula saya diminta berucap di sini malam ini. Saya hanya hadir untuk berrsama kawan-kawan dalam PAS di sini pada malam ini untuk mendengar ceramah," katanya bersahaja.
Antara yang turut berucap di majlis itu malam tadi termasuk Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS yang baru, Datuk Husam Musa dan dua orang Naib Presiden PAS terdahulu yang terus dipilih, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.
Manakala antara yang turut hadir termasuklah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang baru, Siti Zailah Mohd Yusof dan Timbalan Ketua DMPP yang baru, Dr Siti Mariah Mahmud.
Kira-kira 10,000 ahli PAS hadir di majlis tersebut sehingga menyebabkan orang ramai bukan sahaja sekadar memunuhi dewan, tetapi bertaburan di tepi-tepi jalan raya di sekitar Kolej yang mulai dihias cantik itu.
GOMBAK, 5 Jun: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Umno sedang diserang hantu jembalang ekoran kenyataan pemimpin mereka yang sudah haru biru.
Menurutnya, ketika PAS bermuktamar dengan tema Membangun Negara Kebajikan, Umno menuduh PAS sudah lari prinsip perjuangan parti.
Katanya, pemimpin seperti Ali Rustam menyatakan PAS sudah hilang pedoman kerana sudah tidak bercakap tentang Negara Islam sebaliknya mula perjuangkan Negara Berkebajikan.
"Inilah haru birunya pemimpin Umno dalam menilai perjuangan PAS, kita konsisten dengan dasar dan hadaf perjuangan," tegasnya.
Beliau meminta ahli-ahli PAS mengambil panduan dari konsistennya pejuang lama seperti Pak Yazid Jaafar yang turut hadir.
Negara Kebajikan sebati dalam Negara Islam
Sementara itu di dalam ucapannya, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menjelaskan perjuangan Negara Kebajikan adalah sebati dalam Negara Islam.
Menurutnya, sebelum muktamar media massa memberikan liputan besar dengan harapan PAS akan berpecah.
"Syukur apa yang media pro Umno harapkan PAS berpecah tetapi ahli dan pimpinan parti kita tidak dapat diganggu gugat," tegasnya.
Husam menyebutkan banyak program berkebajikan dilaksanakan di Kelantan dan rakyat terbanyak dapat merasai nikmatnya.
Katanya, dengan kesungguhan pemimpin PAS, anggota masyarakat dan rakyat dapat melihat program berkebajikan telah dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Sementara itu, beliau menyeru semua ahli dan pemimpin Umno di peringkat cawangan segera tinggalkan parti bermasalah itu.
"Jika Najib merayu golongan muda wajib pertahankan Putrajaya bererti ia bakal jatuh bila-bila masa dalam PRU13 nanti.
"Jangan tunggu bangunan rumah runtuh dulu baru hendak menyelamatkan diri," tegasnya.
Artis sertai PAS
Naib Presiden PAS yang mendapat undi terbanyak, Haji Salahuddin Ayub berkata, golongan artis jangan bimbang untuk sertai PAS kerana Islam benarkan hiburan beracuan Islami.
Beliau mengulas kesudian selebriti terkenal Bob Lokman sanggup hadir dalam majlis ceramah malam ini.
Dalam hal ini, artis masih boleh menghasilkan karya-karya hebat seperti pernah dibuktikan oleh Negara Islam Iran.
Malah, ujarnya, hasil filem mereka telah mendapat perhatian dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Salahudin juga berkata, rakyat terbanyak sebagai pengundi sah dalam negata ini, sedang menunggu masa sahaja untuk membuat perubahan wajah politik negara dalam PRU13.
KUALA LUMPUR, 5 Jun: Keputusan yang dibuat oleh para perwakilan dengan memilih Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru akan memberikan keuntungan besar kepada PAS.
Dengan pemilihan itu, para pemimpin Umno BN diyakini tidak akan lena tidur kerana bimbang dengan kekuatan PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Mohamad Sabu sememangnya merupakan pemimpin PAS yang dibenci oleh Umno kerana memiliki kehebatan tersendiri.
Menurut beliau, antara kehebatan Mohamad Sabu termasuklah kekentalan semangat, ketabahannya dalam perjuangan dan kesetiaannya yang jitu terhadap PAS.
Katanya, perkara itu terbukti setelah Mohamad Sabu diuji dengan beberapa ujian besar termasuk setelah dua kali ditahan di penjara di bawah ISA.
"Namun Mohamad Sabu tetap tidak lari dengan perjuangannya, tetap tidak memilih Umno, malah tetap terus berada dalam PAS," katanya ketika menyampaikan ceramah perdana di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar, di sini, malam ini.
Selain mempunyai sikap-sikap itu, menurut beliau, Mohamad Sabu turut diketahui oleh para pemimpin Umno sebagai pemimpin PAS yang berbisa.
"Sebab itulah dengan pemilihan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru, Umno tidak akan tidur lena selepas ini.
"Kita bersyukur dapat seorang timbalan presiden yang dibenci oleh Umno. Kita doakan semoga Mohamad Sabu terus diberikan perlindungan oleh Allah," katanya.
Para pemimpin Umno seperti yang dilaporkan akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia mengatakan, para perwakilan PAS telah melakukan kesilapan besar memilih para pemimpin yang dikatakan dari kalangan profesional bagi menjawat jawatan timbalan dan Naib Presiden PAS pada Muktamar PAS Ke-57.
Dengan pemilihan itu, lapor media Umno, ahli-ahli PAS kini ternyata telah menolak golongan ulama untuk memimpin PAS yang tentunya tidak selari dengan dasar perjungan PAS dan konsep kepimpinan Ulama yang diketengahkan dalam PAS.
Menurut Nik Aziz, tuduhan Umno itu ternyata meleset kerana realiti dalam PAS sendiri tidak timbul soal golongan ulama dan profesional, malah kesemua pemimpin dan ahli-ahlinya tetap terus dengan dasar perjuangan parti untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air tercinta ini.
"Walaupun dikatakan bukan dari golongan ulama, tetapi Mohamad Sabu ternyata jauh lebih baik dari orang-orang lepasan Al-Azhar terutama yang berada dalam Umno," katanya.
Beliau juga tidak hairan dengan tuduhan Umno itu kerana ia melambangkan ketakutan para pemimpin Umno sendiri dengan pemilihan terhadap Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS.
"Ini melambangkan Umno semakin cemas dan makin terdesak sebab itulah mereka memainkan isu itu untuk memecahbelahkan dan melemahkan PAS.
"Namun itu semua tak akan terjadi. Malah pemilihan ke atas Mohamad Sabu pasti menguntungkan PAS sendiri termasuk dalam soal tarikan ke atas golongan non Muslim kepada PAS," katanya.
Mohamad Sabu, katanya, diketahui semua pihak sebagai pemimpin yang disukai oleh orang-orang Cina dan India. Dengan pemilihan ke atas Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS, pasti akan memudahkan beliau mendekati golongan non Muslim.
"Dengan itu, Mohamad Sabu pasti akan lebih mudah mendedahkan ajaran Islam kepada golongan non Muslim, sejajar dengan usaha kita untuk suburkan fahaman Islam dalam masyarakat," tegas beliau.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan barisan kepimpinan baru termasuk sayap-sayap parti yang dipilih dalam muktamar PAS kali ini adalah kabinet pilihan raya.
Katanya, barisan kepimpinan ini dianggotai barisan pemimpin yang dipilih yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ulama, profesional dan pemimpin masyarakat.
"Saya bergembira dan ahli-ahli bergembira (dengan keputusan ini). Muktamar semakin hari semakin meriah. Ini menunjukkan kematangan ahli-ahli kita.
"Ahli-ahli memilih saf di hadapan untuk pilihan raya. Dengan sebab itu kabinet saya kali ini adalah kabinet pilihan raya," katanya.
Katanya, barisan yang terbaru khususnya bagi jawatan timbalan dan naib yang dianggotai daripada bukan Ulama, adalah bukan satu perkara yang baru.
Jelasnya, dalam kepimpinan baru ini dianggotai lapan tokoh yang dikategorikan sebagai ulama, dua pemimpin bertaraf doktor dan beberapa pemimpin profesional dan pemimpin masyarakat.
"Kita memimpin secara kolektif bukan secara individu," katanya.
Pelbagai latar
Abdul Hadi mengulas barisan kepimpinan baru yang dianggotai dari pelbagai latar belakang bagi mengemudi parti dalam berdepan dengan pilihan raya umum akan datang.
Dalam pemilihan PAS Mohamad Sabu dipilih sebagai timbalan presiden baru meraih 420 undi dengan mengalahkan dua calon ulama - iaitu penyandangnya Nasharudin Mat Isa.
Nasharudin yang juga ahli parlimen Bachok mendapat 224 Undi manakala Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memperolehi 399 Undi.
Manakala bagi jawatan naib presiden pula ia dua ahli parlimen penyandangnya di jawatan itu - Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).
Salahudin meraih 753 undi manakala Mahfuz pula mendapat 616 undi sementara exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mendapat 660 Undi.
Ibarat tukar perabot rumah
Bercakap dalam sidang media di muktamar PAS di Gombak hari ini, Abdul Hadi menafikan barisan kepimpinan baru parti itu dipengaruhi mana-mana individu, termasuk ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kita tidak terikat dengan individu tertentu. Kita kerja bersama-sama.... Bukan pemimpin yang membuat perubahan, perwakilan yang membuat perubahan.
"Strategi kita berubah, tetapi dasar, matlamat dan acuan kita tidak berubah," katanya yang juga ahli parlimen Marang.
Menjawab soalan, Abdul Hadi berkata PAS tidak bersikap diktator dalam urusan pemilihan kepimpinan parti sebaliknya PAS mengamalkan "demokrasi tulen" antaranya dalam kempen yang bersih tanpa budaya fitnah.
"Ini satu perkembangan yang baik dan matang dari perwakilan. Perubahan dalam pucuk pimpinan (parti) perkara biasa. Bila kita hadapi musim baru, maka ada perabot rumah yang kita alih.
"Bila kita alih perabut rumah, orang bunyi bising, orang kata kita bergaduh. Kita tidak bergaduh, kita usung perabot sahaja," katanya.
Ditanya sama ada bukan ulama boleh menjadi presiden parti, Abdul Hadi berkata perlembagaan parti tidak menghalangnya berbuat demikian.
"PAS adalah parti terbuka, tidak eksklusif untuk satu-satu kelompok (sahaja)," celah naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang turut hadir dalam sidang media itu.
Malaysiakini/-
Ulasan :
InsyaAllah kabinet pilihanraya PAS ini akan memastikan satu gelombang baru dalam politik tanah air dengan satu rentak dan nada bagi membantu Pakatan Rakyat merelisasikan hasrat ke Putrajaya dan menabalkan BN sebagai pembangkang selepas PRU ke 13.
KUALA LUMPUR, 4 Jun: PAS mengucapkan tahniah kepada Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena hari keputeraan baginda melalui satu usul tergempar yang dibentangkan oleh Timbalan Presidennya yang baru terpilih, Haji Mohamad Sabu.
Doa untuk baginda pula dibacakan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dengan diaminkan oleh semua para perwakilan dan pemerhati.
Hari ini, 4 Jun 2011 adalah sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Mohamad Sabu ketika membentangkan usul ucapan tahniah dan junjung kasih itu berkata, Baginda adalah ketua agama Islam dan pelindung kepada Islam.
1 Rejab 1432H. [MOD] -Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang didampingi oleh Timbalan Presiden yang baru dinobatkan, Hj. Mohd Sabu serta 3 Naib Presiden, YB. Dato' Husam Musa, YB. Salahuddin Ayub dan YB. Dato' mahfoz Omar.
kELICAP kUNING : Kawan selokap KP jadi Timbalan Presiden yang baru .. tahniah Mat sabu, semoga pembaharuan akan dilakukan, jangan bawa budaya syiah dah le.. tapi semangat ok kot..
You are subscribed to email updates from PAS TAMBUN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PAS merupakan parti yang paling berani kerana tidak menunda pemilihan parti seperti UMNO dan MCA. PAS juga terbukti sebagai sebuah parti yang bersih kerana tidak ada satu pun kes politik wang dilaporkan semasa pemilihan, tidak seperti parti yang hampir tamat jangka hayat seperti UMNO ___________________________________________________________________ TheMalaysianInsider JUNE 4 — Beyond the headlines in the past [...]