Pakatan Rakyat |
Posted: 08 Sep 2011 03:33 PM PDT Ah! Bukan wartawan kita sahaja yang terkorban, ramai lagi wartawan yang telah terkorban disana sebelum ini.Biasalah.Apasal korang nak bising-bising mengenai wartawan kita yang terkorban disana! Dia adalah wira negara ! Terkorban dalam masa menjalankan tugasnya yang mulia. Begitulah yang cuba Azeez tekankan kepada kita semua. Apakah kita semua patut terhutang budi kepada Azeez yang kononnya telah berjaya menonjolkan seorang wira negara? PM Najib sendiri tanpa berselindung memuji Azeez dengan menyifatkan "Pengorbanan Allahyarham sekaligus menaikkan imej Malaysia.... konon! Apakah perlu dikorbankan satu nyawa untuk menampilkan seorang wira dan demi melonjakan imej negara? Mana lebih penting? Nyawa seorang rakyat atau imej negara? Tetapi imej siapa sebenarnya yang cuba ditonjolkan? "Saya percaya kita bukan sasaran. Ini insiden yang tidak disangka. Ini peluru sesat yang saya boleh kata sebagai ketua misi ini." Kata Azeez. Bukankah kata-kata itu menunjukan Azeez begitu cuai dalam mempastikan keselamatan anggota misi di sana. Dia kata 'tidak disangka' walhal mereka sedang berada dalam zon perang yang sangat merbahaya dan perlu senantiasa berwaspada dan bersiapsiaga dengan apa-apa sahaja kemungkinan. Dan apabila dipersoalkan tentang pemakaian jaket kalis peluru yang diabaikan, Azeez mendakwa , dia mematuhi nasihat yang diberikan bahawa tidak perlu memakai jaket kalis peluru! Hanya mereka yang bangang akan percaya kata-kata Azeez ini!
Peter Greste ( gambar sebelah bersama seorang tentera) seorang wartawan BBC News ketika menemuramah Mohamed Nur, Dato Bandar Mogadishu , diberitahu: "Tentunya ia (Mogadishu) tidak selamat sebagaimana yang diharapkan, walaupun kami sedang membuat kemajuan." Sebelum itu, Datuk Bandar tersebut menegaskan bahawa bandarnya bukan sebuah tempat yang paling merbahaya dalam dunia. Malahan dia menegaskan ianya tidaklah seteruk Kabul atau Baghdad. Dan apabila wartawan itu bertanya sama ada mereka boleh berjalan 100m antara kementerian penerangan dan pejabat perdana menteri, lalu dijawab oleh Datuk Bandar itu: "Tidak boleh tanpa jaket kalis peluru dan kereta perisai!" Sia-sia Azeez menghantar pasukan recce sampai 7 kali ke Mogadishu. Memadai sekiranya Azeez mendapatkan maklumat disini Azeez begitu terdesak mahu melepaskan dirinya dan cuba menyalahkan kerajaan disana. Bukankah kerajaan yang ada di Somalia ini merupakan kerajaan yang masih dalam transisi, lagi pula sebuah kerajaan yang miskin. Apakah Azeez mengharapkan mereka menyediakan jaket kalis peluru bagi anggota missi Putera 1 Malaysia disana, sedangkan rakyat mereka sendiri dilanda kebuluran. Azeez sendiri tahu hakikat ini ; bahawa mereka tidak mampu untuk sediakan kelengkapan keselamatan seperti jaket kalis peluru dan helmet . Missi Putera 1 Malaysia sepatutnya kena bawalah sendiri. helmet kalis peluru...err atau kasut sekali pun! Azeez mendakwa dia menyedari akan risiko tinggi di Mogadishu dan semua anggota missi telah diberitahu tentangnya. Persoalannya, adakah missi Putera 1 Malaysia kesana membawa bersama-sama mereka jaket kalis peluru , walaupun menyedari hakikat risiko yang begitu tinggi? "Di hotel ada lagi 30 (orang anggota bersenjata), sekeliling hotel, menjaga kami di luar dan di dalam hotel," kata Azeez Alahai Azeez, kita bukan mengharapkan pemakaian jaket kalis peluru pada setiap masa dan tempat sewaktu disana.Dalam hotel umpamanya, tidak perlulah pakai walau pun dalam negara aman seperti Malaysia ini, ada juga bahalol yang tidak karuan – pakai jaket kalis peluru didalam masjid! Tetapi sewaktu trajedi yang menimpa arwah itu, mereka sepatutnya memakai jaket kalis peluru kerana ketika itu mereka 'on the move' dan terdedah kepada serangan.Namun Azeez mendakwa kejadian tersebut tidak dijangka dan Noramfaizul terkorban akibat "peluru sesat." Pelik, macamana Azeez boleh kata ianya 'diluar jangkaan'.Tambahnya lagi akibat 'peluru sesat'. Kalau peluru sesat, bermakna ada dua kumpulan sedang berbalas-balas tembakan.Tetapi bukan begitu yang berlaku sebagaimana laporan berikut : A Malaysian journalist has been killed in a shooting in the Somali capital, Mogadishu, security officials said. Initial reports say African Union peacekeepers opened fire on his vehicle. A security official told the BBC the attack was being investigated. Mana ada mention 'stray bullet' ? Mana ada kejadian tembak menembak? Kereta mereka tidak terperangkap dalam mana-mana kejadian berbalas-balas tembakan seperti kejadian di sini, contohnya.Hanya Azeez sahaja yang kata arwah mati kerana 'peluru sesat'. Kenderaan yang dinaiki Noramfaizul sengaja ditembak oleh African Union peacekeepers.Baca sendiri di sini , malah ada seorang saksi yang hanya menamakan dirinya sebagai Halima melaporkan bahawa kereta arwah dikejar oleh truk African Union lalu menembaknya. Baca di sini |
Posted: 08 Sep 2011 03:17 PM PDT Oleh ABI QALAM Disebabkan kepentingan politik, komunis pun PAS sanggup dakwa sebagai pejuang kemerdekaan. Ini satu kenyataan bodoh. Fikirlah habis-habis sebelum bercakap. Memang orang Melayu dahulu dahagakan kemerdekaan yang terlibat dengan API, PKMM dan gerakan kiri menyumbang ke arah kemerdekaan. Cuma kaedah yang mengambil semangat Melayu Raya dari Indonesia tidak diterima secara menyeluruh oleh rang Melayu dan raja-raja Melayu.. Maknanya ideologi keras mereka tidak sesuai diguna pakai oleh majoriti. Berlainan dengan perjuangan Datuk Onn Jaafar dan Umno yang lebih cerdik dan diterima oleh umum baik dari pihak rakyat, raja-raja dan Inggeris sendiri. Mohamad Sabu dan PAS ingat walaupun mereka bekerja dengan Inggeris mereka tak ada akal fikiran? Ingat mereka jadi tunggul? Habis satu Malaya jadi tunggullah kalau begitu, dan anda sahaja jadi her? Jika ditakdirkan golongan kiri yang mendapat kekuatan dan kita berjaya menuntut kemerdekaan daripada Inggeris dengan jalan darah, rasanya kita ini akan jadi sebahagian daripada Indonesia Raya. Kemudian, apabila Umno mendapat mandat daripada rakyat dan raja, puak-puak Melayu berhaluan kiri terpaksa pula bergabung dengan komunis, kerana hanya komunis sahaja yang boleh menerima dan bertolak ansur dengan ideologi mereka yang lebih nasionalis, liberal dan antifeudal seperti Indonesia. Maksudnya, niat puak-puak berhaluan kiri ialah mendirikan negara yang tidak mementingkan kedudukan Islam, raja-raja dan keistimewaan orang melayu. Ini adalah secocok dengan niat Partai Komunis Malaya yang ingin mendirikan negara dengan mengambil contoh dari negara Marxis China. Padahal PKM hanya mengambil kesempatan atas perjuangan tokoh-tokoh kiri seperti Mat Indera, Abdullah CD dan lain-lain demi propaganda politik mereka. Tokoh-tokoh kiri Melayu hanya tertipu dengan permainan politik PKM seperti PAS tertipu dengan DAP sekarang. Sila telusuri peristiwa Bukit Kepong dengan saksama. Mat Indera dan rakan-rakan Melayu yang bersama dengan 180 anggota Cina komunis menyerang balai pasong yang dipertahankan oleh 18 anggota polis Melayu. Mula-mulanya Mat Indera hanya mengarahkan menangkap polis-polis yang mabuk sempena Tahun Baru Cina dan bertujuan untuk memalukan Inggeris sahaja. Tetapi kerana keghairahan celaka komunis Cina, 23 orang terkorban.. Bukan setakat anggota polis, isteri dan anak mereka pun dibunuh! Tak cukup dibunuh, Cina komunis bakar mayat-mayat anggota polis, isteri dan anak-anak mereka. Mana keberanian Mat Indera pada masa itu? Orang Melayu mana tahan melihat orang Melayu lain diperlakukan demikian? Orang Islam mana yang dapat sabar lihat mayat-mayat saudara mereka dijulang jadi piala, disepak, dikencing, diludah dan dibakar sampai rentung? Mungkin pada hari itu baru Mat Indera sedar yang dia hanya dipermainkan komunis! Tapi nasi sudah jadi bubur.. Bukan kita tak faham yang pembangkang sengaja hendak menaikkan pejuang-pejuang kemerdekaan berhaluan kiri dengan tujuan untuk discredit peranan Umno dalam kemerdekaan negara kita semata-mata untuk mileage politik. Tapi sedarlah hakikat, jika pejuang-pejuang kiri yang memerdekakan negara kita, hanya dua kemungkinan sahaja yang akan berlaku; 1. Kita adalah sebahagian dari Indonesia Raya, dan 2. Kita akan menjadi negara komunis berpaksikan China. Dan kedua-duanya menafikan kemerdekaan mutlak seperti yang telah kita nikmati 54 tahun ini! Abi Qalam ialah pembaca SiasahDaily. Tulisan disiarkan tidak semestinya mewakili pandangan SiasahDaily. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |