Pakatan Rakyat |
Posted: 13 Dec 2013 03:21 PM PST Di negara ini kita dihadapkan dengan banyak istilah yang muncul tiba-tiba tanpa ada usaha untuk membantu khalayak awam memahami akan ertinya terlebih dahulu, misalnya sedikit masa dahulu negara ini heboh dengan perkataan Wahabi, maka ramailah yang dituduh Wahabi, namun apabila ditanya apakah dia Wahabi hanya dua perkataan sahaja yang mampu dilontarkan; Perlis dan Dr MAZA. Kemudian masyarakat disensasikan pula dengan istilah Islam Liberal. Kononnya Islam Liberal ini merupakan kesesatan yang nyata. Namun apabila ditanyakan apakah perbezaan fundemental Islam Liberal ini daripada segi persoalan iman dan epistemologinya, semua ikut diam. Hanya tahu Islam Liberal ini adalah orang yang bercakap tentang agama tetapi tidak berjubah dan kadang-kala pakai kot dan tali leher. Kita juga dibebankan dengan istilah sekularism yang entah apa ertinya namun sangat cocok jika disebut bersama liberalism. Ya, liberalism dan sekularism. Ketidakmampuan masyarakat umum untuk menghuraikan istilah ini bukanlah terjadi tanpa sebab dan bukan juga kerana istilah ini muncul tiba-tiba sehingga tiada kesempatan untuk mengkajinya. Malah, banyak juga istilah yang digunakan oleh kerajaan sebagai slogan nasional juga tidak kita tahu akan asal muasalanya – datang menyergah tiba-tiba dan kemudian hilang. Mungkin ada yang masih ingat akan istilah Islam Hadhari yang seolah-olah mahu menyaingi istilah yang terlebih dahulu popular – masyarakat madani. Demikian juga dengan kata transformasi yang nampaknya mahu mengendurkan laungan reformasi. Apa pun umumnya kebanyakkan kita tidak benar-benar ambil pusing akan perkara ini. Sama seperti istilah glokal yang langsung dilupakan. Kini Syiah pula menjadi momokan dan cemuhan terbaru untuk menakut-nakutkan umat Melayu di negara ini. Anehnya, ketika UMNO masih berharap untuk berbaik-baik dan bermuzakarah (istilah yang ramai juga tidak maklum akan ertinya), cerita orang nombor 2 dalam PAS sebagai Syiah ini tidak timbul. Hanya muncul setelah orang nombor 2 ini menang sekali lagi sebagai Timbalan Presiden PAS dan mengambil garis politik yang jelas – hanya ada satu kata untuk penindasan, lawan! Wujudnya sangkaan bahawa ini merupakan sebahagian taktik politik untuk menyerang PAS adalah kerana sebelum ini bukan sahaja kita meraikan ramai pelajar Iran ke negara ini malah menjemput mereka menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa setiap tahun sejak 1961. Tambahan pula, sejak sekian lama banyak buku pemikir Iran yang bukan sahaja berada dalam kebanyakkan perpustakaan di negara ini, malahan juga sebahagiannya telah pun diterjemahkan ke bahasa Melayu atau bahasa Indonesia. Misalnya karangan intelektual Iran, Ali Shariati, seperti Haji, yang diterbitkan di Kuala Lumpur. Begitu juga dengan buku beliau yang lain seperti Fatimah az-Zahra: Pribadi Agung Putri Rasulullah SAW, terbitan Jakarta. Malah, Ahmad Shabery Cheek juga pernah menyunting sebuah buku yang bertajuk Warisan Shariati, terbitan Ikraq, Kuala Lumpur pada 1987. Apakah ini sudah cukup untuk menuduh Ahmad Shabery Cheek sebagai penganut ajaran Syiah dan menyebarkan ajaran Syiah? Sesungguhnya Malaysia ini penuh dengan kontradiksi yang tidak pernah mahu diselesaikan. Akhirnya kita tenggelam dan lemas dalam banyak istilah yang kita ciptakan; wahabi, salafi, liberal, sekular, komunisma, sosialism dan Syiah. Akhir sekali, penulis tinggalkan Ahmad Shabery Cheek dalam buku suntingannya ini sebagai modal berfikir: "Pemikirannya membawa nafas baru kepada agama Islam. Bagi kita di Malaysia, Shariati merupakan anugerah Tuhan yang mesti dimanfaatkan. Walaupun karyanya disulami dengan pengaruh masyarakat Iran dan mazhab Syiah, tetapi masih banyak persamaan persoalan pokok yang terdapat dalam kebanyakan masyarakat Islam yang sedang membangun dan mengalami proses pemodenan." (Ahmad Shabery Cheek (penyunting), Mengapa Shariati dalam Warisan Shariati, Ikraq, 1987, Kuala Lumpur). (*) Penulis adalah Pegawai Eksekutif Penang Institute dan Ketua DAPSY Bukit Bendera merangkap Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari. KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya mengambil peluang merasmikan laporan "Malaysia Economic Monitor: High Performing Education" oleh Bank Dunia, di sini, kelmarin, bukannya terus 'membisu' mengenai prestasi buruk Malaysia dalam Programme for International Student Assessment (PISA) 2012. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata Muhyiddin tidak sepatutnya menyerahkan tugas merasmikan laporan itu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar jika beliau mahu meyakinkan rakyat bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia adalah usaha serius dan bukti komitmen kerajaan menjadikan sistem pendidikan negara ini bertaraf dunia menjelang 2021. Katanya, isu kemerosotan tahap pendidikan Malaysia kini menjadi subjek yang tabu Muhyiddin yang tidak mahu bercakap bila ditanya mengenainya, khusus rentetan dua peristiwa dalam bulan ini. Beliau berkata, dua peristiwa itu menonjolkan hakikat menyedihkan bahawa sistem pendidikan Malaysia sedang berdepan krisis keyakinan dan tidak mampu mencapai mutu pendidikan yang diperlukan untuk memupuk pekerja yang berkemahiran, bersemangat menambah ilmu dan berdaya cipta bagi membolehkan Malaysia keluar daripada perangkap pendapatan sederhana dan mencapai cita-cita menjadi negara berpendapatan tinggi. "Dua peristiwa yang dimaksudkan adalah pengumuman keputusan PISA 2012 pada 3 Disember lalu iaitu minggu berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO dan pelancaran rasmi laporan Malaysian Economic Monitor yang diterbitkan Bank Dunia dengan tema "High-Performing Education". "Hakikatnya, laporan Bank Dunia itu bukannya mengenai pendidikan berprestasi tinggi Malaysia, sebaliknya mengenai bagaimana Malaysia gagal membentuk satu sistem pendidikan berprestasi tinggi berasaskan pencapaian buruk Malaysia dalam dua ujian penilaian pendidikan antarabangsa iaitu Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011 di mana Malaysia mencatatkan mata jauh lebih rendah daripada yang diperolehnya pada 2003 dan 2007 bagi subjek Matematik dan Sains, dan PISA 2012 di mana mata untuk Sains dan Bacaan merosot berbanding 2010 walaupun ada peningkatan mata bagi subjek Matematik," katanya dalam kenyataan media. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, mengikut laporan Bank Dunia, di kalangan negara Asia Timur menyertai dalam PISA 2012, pelajar Malaysia hanya mengatasi pelajar Indonesia dan ketinggalan berbanding negara berpendapatan rendah, termasuk Vietnam, dengan perbezaan mata yang besar. Katanya, prestasi Malaysia mengikut penanda aras pendidikan antarabangsa ini mengaibkan jika diambil kira tahap pendapatan per kapitanya atau kadar perbelanjaan untuk pendidikannya, apatah lagi kerana prestasi Malaysia lebih buruk daripada negara berpendapatan tinggi yang kita anggap pesaing dalam usaha menarik masuk pelaburan berasaskan inovasi dan pengetahuan. "Walaupun Muhyiddin dan Kementerian Pendidikan menerima kritikan hebat sejak 3 Disember lalu, bagi kelmarin mengumumkan menerusi media bahawa Kementerian Pendidikan membentuk satu jawatankuasa khas bagi meningkatkan tahap pelajar Malaysia dalam PISA. "Namun luahan hampa boleh didengar di seluruh negara berikutan pengumuman itu kerana Malaysia tidak perlukan jawapan basi seperti pembentukan jawatankuasa yang tidak bertaring mengenai kemerosoton tahap pendidikan, sebaliknya negara ini perlukan reaksi yang inovatif, terutama bagi memastikan tahap kebertanggungjawaban yang lebih tinggi seperti mengumumkan secara terbuka markah lulus peperiksaan awam dan seterusnya membenarkan ibu bapa untuk lebih terbabit dalam pembentukan sistem pendidikan kebangsaan, antaranya membiarkan mereka memutuskan sama ada menerima atau menolak PPSMI. "Respon kepada keputusan PISA 2012, Kementerian Pendidikan menyatakan walaupun keputusan itu tidak begitu memberansangkan, kementerian percaya Malaysia mampu memperbaiki kedudukan dalam PISA 2015 menerusi penerapan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilancarkan 6 September lalu," katanya. Menurut Kit Siang, kenyataan itu membuktikan mereka tidak tahu kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, kerana yang hendak dicapai bukan memperbaiki kedudukan dalam PISA 2015 tetapi untuk keluar daripada kelompok sepertiga tercorot serta mencapai tahap purata antarabangsa dalam PISA 2015 dan 2018 dan seterusnya menduduki tangga sepertiga teratas dalam PISA 2021.-Roketkini.com KUALA LUMPUR,: Ahli Parlimen DAP Cheras, Tan Kok Wai menyifatkan tindakan kerajaan menaikkan cukai taksiran Kuala Lumpur merupakan balas dendam politik kepada warga kota yang menolak mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu. Beliau berkata, ia berikutan BN hanya memenangi dua kerusi Parlimen Kuala Lumpur (KL) dengan undi popular yang merudum berbanding PRU sebelumnya. "PR memenangi 9 kerusi Parlimen KL dan undi popular meningkat lebih daripada 39 peratus berbanding PRU-12. Manakala DAP memenangi 5 kerusi iaitu bersamaan lebih 51 peratus daripada sebelumnya. "Sebagai contoh, di Parlimen Seputeh, Cheras dan Kepong, DAP mendapat majoriti begitu besar. 2008, sudah menang besar di KL, kini 2013 kemenangannya lebih besar lagi. "Sebab itu mereka berdendam dan menaikkan cukai taksiran sebagai hukuman kepada penduduk yang tidak memilih BN," katanya ketika ditemui di Pejabat DAP Cheras, hari ini. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan menegaskan, sebab lain yang menyumbangkan kepada kenaikan adalah kewangan negara yang semakin meruncing dan menghampiri bankrap di bawah urus tadbir bermasalah dan lemah BN. Katanya, masalah kewangan itu merangkumi dua punca utama iaitu hutang negara yang mencapai RM530 bilion dan defisit bajet 16 tahun berturut-turut. "Untuk menyelamatkan kewangan negara yang teruk dengan pelbagai ketirisan, rasuah dan pembaziran, mereka mengambil jalan menaikkan cukai," ujarnya. Tambahnya, alasan kerajaan yang mendakwa ia wajar dilakukan memandangkan tidak ada sebarang kenaikan dikenakan selama 21 tahun juga sama sekali tidak munasabah. "Walaupun 21 tahun tanpa kenaikan, tetapi kenaikan drastik sebanyak 100 hingga 400 peratus adalah terlalu melampau. "Di KL, undang-undang jelas menyatakan bahawa taksiran hanya boleh dinaikkan cuma sekali dalam tempoh lima tahun dan tidak melebihi 35 peratus. "Jadi kalau setiap lima tahun dengan maksimum 35 peratus bermakna dalam tempoh 20 tahun hanya bersamaan 140 peratus. Persoalannya kini mengapa majoritinya melebihi 100 peratus dan boleh mencecah kepada 200 hingga 400 peratus?," soalnya. -Roketkini.com |
BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN Posted: 13 Dec 2013 01:15 PM PST |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |