Muslimeen United Posted: 20 Jul 2012 01:48 PM PDT Fenomena warna trend tumbangkan BN Posted: 20 Jul 2012 04:37 AM PDT Oleh Mohd Rashidi Hassan Dunia ini penuh dengan warna warni - life is colourful. Allah menciptakan pelbagai warna untuk manusia menikmati keindahan alam semesta ciptaan-Nya. Manusia hari ini menjadikan warna sebagai sumber inspirasi kehidupan dan aspirasi perjuangan mereka. Hakikatnya manusia cenderung kepada warna. Ada yang suka hijau, ada yang suka biru, suka merah, suka warna oren (jingga) ada yang suka warna ungu. Warna sangat signifikan kepada kehidupan di alam duniawi, malahdi syurga nanti kita akan diliputi dengan kehidupan yang berwarna warni. Di dalam al-Quran misalnya. Ada banyak perkataan yang Allah rujuk dengan warna hijau, khususnya menjelaskan keadaan penghuni syurga (al-jannah) dan keadaan di sekelilingnya yang berupa kenikmatan, keindahan, kesenangan dan ketenangan jiwa, Allah berfirman (mafhumnya): "Mereka bertelekan (bertelekan: tiduran menyamping, tubuh lurus, dengan salah satu tangannya dilipat dan telapak tangannya menyangga kepala di atas bantal-bantal yang hijau dan permaidani yang indah." (Surah ar-Rahman, ayat 76). "Mereka mengenakan pakaian sutera halus yang hijau, dan sutera tebal, serta dipakaikan gelang dari perak kepada mereka. Dan Rabb mereka memberi minum mereka dengan minuman yang suci." (Surah al-Insan, ayat 21). "Mereka mengenakan pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal." (Surah al-Kahfi, ayat 31). Salah seorang pakar psikologi, Ardatsham, mengatakan: "Sesungguhnya pengaruh warna terhadap manusia sangat besar, dan saya pernah melakukan sejumlah penelitian dan menjelaskan bahawa warna berpengaruh terhadap kejiwaan dan semangat serta keupayaan kita; merasa panas; atau dingin; atau tenang; atau bahagia; bahkan ia boleh mempengaruhi keperibadian dan menentukan sikap seseorang. Dalam politik Malaysia hari ini, pemilihan warna sudah menjadi fenomena dalam menentukan sikap rakyat. Inspirasi warna sudah menjadi semakin dominan, khususnya gerakan yang dilancarkan Pakatan Rakyat dalam membentuk sikap dan kecenderungan rakyat menolak Umno-BN. Warna dijadikan simbol kebangkitan rakyat. Simbol kesatuan kuasa rakyat untuk menolak Umno-BN dari tampuk kuasa pemerintahan. Semasa mengemukakan dasar politik, ekonomi dan sosialnya, Pakatan memperkenalkan Buku Jingga (Oren). Dalam menuntut penstrukturan semula sistem pilihan raya, rakyat diperkenalkan dengan Bersih yang menggunakan tema kuning. Dalam usaha PAS untuk mengembleng kekuatan ahlinya dan menunjukkan syiarnya, PAS memilih tema Hijau untuk Himpunan Hijau 1 Jun lalu, di Alor Setar. Di Kota Bharu, gerakan rakyat Kelantan menuntut royalti petroleum, mereka menggunakan tema merah dengan simbol R untuk royalti. Manakala pada perhimpunan rakyat untuk menyelamatkan tanah Felda, Gerakan Selamatkan Felda menggunakan warna oren sebagai tema Himpunan Oren, 14 Julai 2012 di Kuala Lumpur. Malah bagi kempen menyelamatkan rakyat dari kesan Lynas di Gebeng, penganjur menggunakan tema hijau muda. Tema warna ini ternyata menarik minat rakyat. Ia berjaya menghimpunkan ratusan ribu rakyat yang komited. Hari ini, jika kita menjengah rumah penyokong Pakatan, sudah tentu kita akan menjumpai t-shirt kuning (Bersih), hijau (Himpunan Hijau), merah (Himpunan Tuntut Royalti) dan oren (Himpunan Oren). Sehingga kini Pakatan sudah mencipta empat gelombang berasaskan warna. Kuning, hijau, merah dan oren. Fenomena warna ini ternyata berjaya membentuk kecenderungan dan kesungguhan rakyat untuk menolak Umno-BN pada PRU akan datang. Rakyat yang komited menolak Umno-BN, tanpa segan silu memakai baju Bersih, baju Himpunan Hijau, baju menuntut royalti dan baju oren bagi menyelamatkan Felda. Yang tinggal untuk Barisan Nasional hanyalah biru. Lagipun slogan BN diasaskan dengan warna biru. Pada pemahaman kita, warna biru BN ini, bukan warna biru muda, kerana biru muda adalah warna tema parti KeADILan. BN menggunakan warna biru pekat atau blue black untuk membentuk sokongan rakyat. Tetapi nampaknya warna biru pekat atau biru gelap ini sudah semakin tidak popular di kalangan rakyat. Himpunan biru pekat semakin pudar dan usang. Rakyat yang berhimpun, memakai baju biru pekat hanya kerana dikerahkan hadir, dikerahkan dengan mendapat t-shirt, topi, elaun dan makanan percuma. Nilai estetika sudah tiada, nilai pengorbanan sudah tiada. Yang ramai hanya kerana diupah, diarah dan tiada pilihan lain. Berbeza dengan rakyat yang berhimpun bagi Bersih 3.0, Hijau, Merah dan Oren. Kebanyakan rakyat hadir kerana kesedaran, pengorbanan dan kesungguhan untuk mempertahankan hak. Mereka mengeluarkan wang saku sendiri, demi sebuah perjuangan yang benar-benar ikhlas, penuh kesungguhan untuk menumbangkan BN. Gabungan warna-warna ini sememangnya berjaya mendominasi tema warna biru gelap BN yang semakin malap dan pudar. Memang jelas bagi kita, warna blue black ini sudah tidak lama ditampuk kuasa. Sebabnya, blue black ini akan diblack-outkan rakyat pada PRU akan datang. Takbir! Allahu akbar! | Polis Mengamuk Bebas Walaupun Didakwa Hari Ini Posted: 20 Jul 2012 04:33 AM PDT Seremban – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang mengamuk dan mencederakan dua pekerja hotel dua bintang di Seremban 2, di sini, Selalu lalu, didakwa di mahkamah hari ini. Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Manan Md Hassan berkata, pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan kejadian itu dan laporan siasatan diserahkan kepada pihak pendakwaan. "Kita menahan pegawai polis terbabit kira-kira jam 10 pagi Selasa lalu dan direman dua hari bagi membantu siasatan tetapi dibebaskan hari ini (semalam) dengan jaminan polis. "Kita serahkan tindakan selanjutnya kepada mahkamah dan pegawai polis terbabit tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan tatatertib," katanya kepada pemberita semalam. Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota mahupun pegawai yang terlibat dengan kejadian mencemarkan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM). Abdul Manan berkata, siasatan pihaknya mendapati pegawai polis berusia 32 tahun itu mahu menginap di hotel berkenaan untuk berehat selepas pulang bercuti bersama seorang lagi anggota polis. "Insiden dipercayai berpunca daripada salah faham mengenai harga pembelian aiskrim dengan dua pekerja hotel terbabit. "Pegawai polis berkenaan dipercayai mengalami tekanan perasaan dan dibebani masalah peribadi serta keluarga," katanya. Menurutnya, pihaknya tidak menemui sebarang senjata pada pegawai polis terbabit ketika ditahan. "Dia telah serahkan pistol miliknya sebelum bercuti dan kita tidak mempunyai maklumat senjata yang digunakannya untuk memukul dua pekerja hotel itu ketika kejadian adalah pistol. "Hasil ujian urin juga jelas menunjukkan pegawai polis berkenaan bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol," katanya. Abdul Manan berkata, pegawai polis terbabit baru lapan bulan berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban. "Sebelum ini, dia bertugas di bahagian sama di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan sudah berkhidmat sebagai anggota polis selama 10 tahun. "Dia tidak mempunyai masalah disiplin sebelum ini berdasarkan semakan rekod peribadi," katanya. Menurutnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 324/427 Kanun Keseksaan dan disiasat bersama Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Menurutnya, kedua-dua pekerja hotel terbabit cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Ja'afar. -SH
CCTV: Polis pukul pekerja hotel guna buntut pistol
Seorang inspektor polis didakwa telah memukul dua pekerja hotel dengan buntut pistol selepas bertengkar dengan salah satu pekerja di Seremban semalam.Kejadian itu dirakam oleh CCTV hotel tersebut dan pihak pengurusannya telah menyerahkan video itu kepada Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke, yang kemudian memuat-naik video itu dan berkongsinya di laman Facebook beliau. Menurut Loke, inspektor tersebut telah pergi ke hotel berkenaan pada awal pagi semalam dan menginap di sebuah bilik sebelum membeli ais krim dari hotel tersebut. Dipercayai inspektor tersebut terbabit dalam pertengkaran dengan salah seorang pekerja hotel (yang memakai topi dalam video) mengenai harga ais krim, yang seterusnya membawa kepada kejadian tersebut. Loke memberitahu Malaysiakini bahawa inspektor tersebut telah memukul pekerja berkenaan dengan buntut pistol dan menariknya ke sebelah lain hotel dan dipukul lagi. Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan bahawa polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu. -mk
| Salaam Dari Uncleseekers: Penyelewengan Tun Mahathir pula akan didedahkan Posted: 20 Jul 2012 04:28 AM PDT Petang semalam, disatu tempat yang nyaman, Kerajaan Rakyat kunjungi Uncleseekers yang baru balik melancung di dua lokasi. Lokasi pertama pelancungan Uncleseekers di lokap balai polis jalan Ayer Molek, Johor Bahru. Manakala lokasi keduanya di balai polis Nusajaya, juga di daerah Johore Bahru. Dalam pertemuan sepetang, semalam, Adeek sempat masak lemak ikan cili api, telur dadar and sayur goreng. Ramuannya sama seperti masakan adeek dulu-dulu, tetapi rasanya semakin enak! Agaknya, seperti Uncleseekers, Adeek juga telah mendapat ilham baru setelah 10 hari mereka beristirehat di "Pusat Peranginan" Ayer Molek dan Nusajaya! Dalam perbualan kami petang semalam, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas minta Kerajaan Rakyat sampaikan salaamnya kepada semua pembaca Kerajaan Rakyat.
Buat beberapa ketika ini, Uncleseekers masih ingin terus berehat. Bila tiba ketikanya nanti Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas akan hanya menulis sesuatu yang terkait dengan Tun Mahathir Mohammad. Yes!! Satu lagi pendedahan esklusif tentang penyelewengan dana bernilai ratusan billion olih Tun Mahathir Mohammad, Tun Daim Zainuddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mereka berada di persada kuasa. Kami sedang memikirkan samada wajar Uncleseekers membuat blog baru atau pendedahan tersebut akan dibuat di SINI.
Siti Nadhirah Salaam dari Uncleseekers dan Siti Nadhirah buat semua pembaca Kerajaan Rakyat. | Selepas UMNO BN, PDRM Pula Memfitnah Pembangkang, PR Minta Bukti Posted: 19 Jul 2012 07:46 PM PDT Komponen Pakatan Rakyat (PR) mencabar polis menunjukkan bukti jika benar parti-parti politik pembangkang diresapi pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis, yang cuba menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya bimbang kenyataan yang dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam "bertujuan jahat" ke atas pembangkang menjelang PRU13. Bagaimanapun Ahli Parlimen Kubang Kerian itu yakin sokongan kepada PR khususnya Pas, yang dinamakan secara langsung dalam kenyataan semalam, tidak akan terjejas. "Saya minta tunjuk bukti kalau benar dalam Pas ada orang seperti ini seperti yang didakwa oleh Datuk Mohd Sofian (Md Makinuddin). "Kami bimbang kenyataan-kenyataan seperti ini dikeluarkan ketika menjelang pilihan raya untuk mengelirukan rakyat... kenyataan yang berniat jahat," kata beliau ketika dihubungi. Salahuddin berkata, pihaknya tidak terkejut dengan kenyataan seumpama itu sebab pihak berkuasa pernah menggunakan cara yang sama pada masa-masa lalu. "Polis pernah membuat kenyataan seperti ini, mengaitkan Pas dengan kumpulan Al-Maunah, saya melihat tujuan berniat jahat ini berulang ketika dekat dengan PRU. "Pas, yang sudah terlibat dalam politik lebih 50 tahun, memilih untuk menggunakan jalan demokrasi, menerusi pilihan raya untuk menang pilihan raya," katanya sambil menambah, PDRM tidak harus membuat kenyataan-kenyataan tidak bertanggungjawab. Laporan media memetik Mohd Sofian, Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman berkata, terdapat pengganas JI dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon pada PRU13. Mohd Sofian berkata, Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi Pas selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP. "Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana. "Kesannya, idea-idea berhubung politik baru yang berpotensi menjejaskan nilai teras negara telah berkembang. Gerakan ini sebenarnya mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan asing yang membantu dari segi kewangan, latihan dalam dan luar negara serta pendedahan kepada kepakaran tertentu untuk menghadapi pilihan raya," katanya. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk "Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara anjuran Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru dan Majlis Belia Malaysia. Sehubungan itu, kata Salahuddin, pihaknya akan membincangkan tindakan ke atas pegawai polis berkenaan. "Kami akan membincangkan tindakan yang hendak diambil dalam waktu terdekat," katanya. Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad juga mencabar PDRM mengeluarkan bukti jika benar wujud elemen-elemen sedemikian. Sambil menegaskan pihaknya tidak terkejut dengan laporan tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor ini berkata, "kenyataan-kenyataan seperti ini, yang dibuat oleh polis, bukan perkara baru." "Saya pun boleh buat kenyataan seperti ini. Buktikan siapa mereka, namakan individu terbabit, kita pun hendak tahu. "Saya mencabar beliau bertanding pilihan raya jika berminat untuk bercakap mengenai politik," kata beliau yang yakin bahawa sedar dan tahu tentang keadaan sebenar, dan sokongan mereka tidak akan terjejas. "Ini taktik Barisan Nasional menggunakan polis untuk membuat kenyaatan-kenyataan seperti ini menjelang PRU. Rakyat tahu," katanya lagi. -SH | PRU 13 : Orang muda mahu landskap politik telus Posted: 19 Jul 2012 05:47 PM PDT
SHAH ALAM - Orang muda mengharapkan pemimpin yang bersih, tidak menimbulkan propaganda, dan berasaskan ilmu bukannya auta - ini jawapan kepada Debat Sinar Harian yang mengupas tajuk "PRU13: Orang Muda Pilih Siapa?", semalam. Kedua-dua pendebat, Ketua Pemuda Pas Nasrudin Hassan Tantawi dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya bersetuju bahawa generasi muda mahukan perubahan dalam landskap politik pada masa kini. Mereka juga bersetuju bahawa orang muda tidak mahu pemimpin yang suka mencetuskan huru-hara dan menyebarkan persepsi, sebaliknya mahu dunia politik yang telus dan adil seperti disyariatkan Islam.
Fathul Bari berkata, sebagai permulaan terhadap usaha mengubah struktur politik di negara ini, golongan muda perlu bijak menganalisis fakta yang mereka perolehi. "Mereka perlu memilih pemimpin yang mampu mengangkat kedudukan agama Islam dan bukannya pemimpin yang berpolitik menggunakan persepsi," katanya. Nasrudin pula menegaskan, orang muda yang mahukan perubahan perlu memilih pemimpin mampu memberi perubahan tersebut di negara ini. "Saya pasti orang muda kini jemu dengan politik perkauman, berat sebelah dan tidak boleh bersuara," katanya. Generasi muda dijangka penentu hala kemenangan parti bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berdasarkan jumlah pengundi muda yang meliputi 38.8 peratus atau 4.5 juta daripada lebih 12 juta pengundi di negara ini. Justeru, Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar yang juga moderator debat siri ketiga ini berpendapat, PRU13 akan menjadi pilihan raya paling sengit dalam sejarah negara ini. Dalam pada itu, ketika ditemui selepas debat, Fathul Bari Mat Jahaya menegaskan, pengetahuan mendalam mengenai agama semata-mata tidak mencukupi untuk menjadikan seseorang itu pemimpin yang berwibawa. Menurutnya, apa yang perlu menjadi keutamaan sebelum memilih pemimpin adalah sifat ketokohan yang lengkap, iaitu mempunyai asas agama yang kukuh, ilmu pengetahuan yang tinggi dan minda yang cerdas "Apa yang penting adalah pemimpin itu amanah dan mempunyai pengetahuan asas dalam pengurusan negara termasuk agama, ekonomi, dan tadbir urus. Kalau seseorang itu kuat agama tetapi tidak boleh mengurus negara dengan baik, dia juga tidak patut diangkat sebagai pemimpin," katanya. Pendapat beliau itu turut dikongsi Nasrudin yang bersetuju seseorang pemimpin itu perlu mempunyai kemampuan dari segi pengetahuan dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab. Kata Nasrudin, bagi calon bukan Islam pula, ciri-ciri pemimpin yang perlu dipilih adalah mempunyai moral yang baik dan jati diri yang tinggi serta kecekapan memimpin. Sementara itu, ditanya mengenai peranan pemimpin yang perlu menunjukkan contoh baik dalam usaha mewujudkan masyarakat yang baik, Fathul Bari berkata, rakyat juga memainkan peranan dalam membentuk negara yang baik, dengan memberi contoh zaman Khalifah Ali bin Abi Talib. "Semasa zaman Ali, banyak berlaku masalah dalam masyarakat, tidak seperti zaman khalifah sebelumnya. Apabila ditanya kepada Ali, dia berkata: 'Semasa zaman khalifah sebelum ini, aku adalah rakyat. Pada zaman aku, kamu adalah rakyat'. "Ini menunjukkan kadang-kala rakyat juga boleh memberi kesan tidak baik kepada pemimpin, jadi kita perlu bersama muhasabah diri mengenai sikap masing-masing," katanya. | Sah Abby Abadi Serah Borang Jadi Ahli PAS Seumur Hidup Posted: 19 Jul 2012 05:39 PM PDT Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan baru sahaja mengisytihar kemasukan ke dalam PAS dan telah menyerahkan borang keahlian seumur hidup sebentar tadi di dalam satu majlis ceramah bersama YAB Tuan Guru dan Exco kanan kerajaan negeri, YB Dato Husam di Padang YIK Nilam Puri. Abby yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam siri rancangan televisyen Gerak Khas kini bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan PAS kebelakangan ini termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak, minggu lalu. Tidak ketinggalan bekas rakan sepasukannya dalam filem tersebut juga menempelak Abby kunun mewakili anak-anak polis mencabarnya supaya berdebat dengannya. Tetapi sehingga ke hari ini AC Mizal masih tidak memberi kata putus berkenaan isu debat yang dimulakannya sendiri. Abby Abadi sebelum ini pernah menyatakan hasratnya kini ingin lebih dekat dengan agama selain menjadi insan lebih baik setelah melalui pelbagai pengalaman yang banyak mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan untuk berhijrah. "Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita. "Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini," katanya. Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH. Apa-apa pun kita rakamkan syabas kepada Abby Abadi dan kita alu-alukan beliau di dalam saf perjuangan Parti Islam SeMalaysia ini.
| Pakatan kecewa taklimat SPR tidak ada apa-apa Posted: 19 Jul 2012 05:38 PM PDT PUTRAJAYA: Para pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan program pertemuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersama pimpinan parti politik hari ini tidak 'ada apa-apa' malah taklimat yang disampaikan lebih kepada perkara yang sudah ketahui umum. (Gambar: Demonstrasi proses di dalam bilik mengundi.)Taklimat yang diberikan itu lebih menjurus kepada peraturan-peraturan dan perkara baru yang sebagaimana dipersetujui oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PAC) berhubung penambahbaikan proses pilihan raya. Difahamkan, para pimpinan Pakatan Rakyat meninggalkan program ini lebih awal apabila dimaklumkan tidak ada sesi soal jawab antara SPR dengan wakil parti yang hadir, walaupun pembesar suara disediakan di dalam dewan itu. Apa yang berlaku sebaliknya, persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh wakil parti hanya berkaitan proses pengundian ketika sesi simulasi susun atur tempat mengundi sahaja. Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia Mohd Sany Hamzan (gambar) yang turut menghadiri pertemuan itu melahirkan rasa kecewa apabila taklimat yang disampaikan itu adalah perkara umum hanya berkaitan proses pilihan raya sahaja. "Ini satu taklimat biasa sahaja, mengenai proses membuang undi, penamaan calon, proses ini kita kira ia adalah biasa," katanya ketika ditemui. Malah yang mendukacitakan katanya, dengan kehadiran wakil-wakil parti politik daripada PAS dan Pakatan Rakyat mahu mendengar dan melihat berlakunya perubahan secara drastik oleh SPR berkaitan dengan lapan tuntutan yang diminta oleh rakyat. Di mana katanya, lapan tuntutan itu melibatkan perkara dasar yang diminta oleh rakyat melalui Himpunan Bersih, Bersih 2.0 dan 3.0. "Kita nak tahu bagaimana usaha pihak SPR untuk membersihkan senarai daftar pemilih yang sangat diragui khususnya daripada Pakatan Rakyat. Kita juga nak tahu apakah usaha SPR terhadap tujuh lagi tuntutan kita soal akses media untuk menerangkan manifesto kepada seluruh masyarakat. "Walaupun pihak kementerian ada menyatakan parti politik Pakatan Rakyat juga akan dibenarkan untuk menerangkan manisfesto ini, keadaan ini mungkin kita hanya diberikan beberapa minit sahaja sedangkan Umno BN akan menggunakan semaksimum mungkin media ini," katanya. Katanya, perkara-perkara inilah yang sepatutnya ditekankan oleh SPR dalam program hari ini sebelum berlakunya pilihan raya nanti. Malah katanya, soal penyalahgunaan agensi dan premis kerajaan oleh Umno BN setiap kali pilihan raya, juga tidak dibangkitkan. Sementara itu, Adun Seri Setia, Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat SPR agak defensif terhadap kritikan-kritikan yang dilontarkan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini. Katanya, apa yang Pakatan Rakyat mahu ialah pembaharuan dan penambahbaikan yang dilakukan oleh SPR, namun tidak dinafikan ada peraturan baru dibuat setelah berlakunya tiga siri Himpunan Bersih. "Walaupun ada sedikit perubahan, tetapi masih ada banyak perubahan yang belum dilaksanakan oleh SPR, kalau ada undi pos kerana ada anggota keselamatan bertugas di luar negara, kenapa rakyat Malaysia yang belajar dan bekerja di luar negara tidak boleh dapat hak yang sama. Dan untuk laksanakan itu perlu tempoh kempen yang lebih lama," katanya ketika ditemui. Beliau yang ditemui selepas sesi taklimat persediaan PRU ke-13 yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, tertunggu-tunggu untuk mengajukan beberapa pertanyaan termasuklah undi pos dan pengundian awal. "Tunggulah macam mana, kalau kita tengok mereka sediakan 'mic' macam ada sesi soal jawab dan saya akan bangkitkan perkara ini," katanya. Turut bersama dalam program ini, Ketua Penerangan PKR Dr Mohd Nor Manuty, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S.Arutchelvan, dan beberapa wakil dari DAP. Program pertemuan SPR bersama pimpinan parti politik yang diadakan di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Putrajaya bermula jam 8.30 pagi diikuti ucaptama oleh Pengerusi SPR Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof. Sejurus selepas itu taklimat persediaan PRU ke-13 hampir dua jam disampaikan oleh Wan Ahmad, kemudian sesi simulasi susun atur tempat mengundi dan proses pengundian mengakhiri taklimat hari ini. -Hrkh | Papagomo Gagal Batalkan Saman RM10 juta Posted: 19 Jul 2012 05:30 PM PDT Batal saman: Mahkamah tolak permohonan PapagomoKOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikaitkan dengan blog Papagomo hari ini gagal membatalkan tuntutan saman seorang peguam terkenal, Datuk Sukri Mohamed terhadapnya. Mahkamah Tinggi di sini menolak dengan kos saman dalam kamar ke atas beliau atas alasan teknikal perundangan. Sukri bekas anggota parlimen Machang, sebelum ini pernah menggemparkan negara berkahwin dengan seorang artis, menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta ekoran berita fitnah yang disiarkan blog milik defendan. Dalam tuntutan samannya, Sukri mendakwa defendan bertanggungjawab menulis dan menyebabkan tersiarnya sebuah artikel di dalam ruangan blog; http://www.papagomo.com bertajuk "ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sultan Kelantan" pada 4 Mei 2011. Artikel tersebut disifatkan secara jelas menyebut secara langsung berita tidak benar dan tidak berasas yang dikaitkan dengan plaintif. Katanya, defendan menulis dan menyebarkan berita yang tidak benar mengenai plaintif yang didakwa menyalahgunakan wang rakyat dengan menggunakan kedudukan sebagai Penasihat Sultan. Mahkamah juga menolak dengan kos saman dalam kamar blogger terbabit untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas alasan sekarang defendan menetap di sana. Kes didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi dan Rusilawati Zakaria, manakala Wan Muhammad Azeri diwakili Shahrul Aswad Ismail. "Selaras dengan itu mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan ikatan dokumen untuk perbicaraan dan pengurusan kes pra-bicara pada 5 September hadapan," kata Hisham. -HD | Kartun Panas !!! KDN siasat kartun 'Awang Arang' 1Malaysia Posted: 19 Jul 2012 05:29 PM PDT inilah wajah kartun 1 Malaysia Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan siasatan terhadap penerbitan komik 1Malaysia yang memuatkan kartun berkaitan "Awang Arang" yang didakwa boleh mewujudkan ketegangan kaum oleh NGO dan kumpulan hak asasi. Dalam langkah itu, akhbar The Malay Mail yang menghasilkan laporan berkaitan diminta hadir ke ibu pejabat KDN di Putrajaya bagi menyerahkan komik M1Malaysia - Majalah untuk Rakyat dalam simpaman mereka. Menurut sumber harian itu, wartawan yang menulis berita itu diminta menyerahkan komik itu, yang merupakan edisi ketiga bersama edisi keempat yang ditemui dalam himpunan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) di Bukit Jalil pada 25 Jun. "Mereka (KDN) minta agar kami tidak menyentuh isu perkauman selepas ini," kata sumber itu lagi kepada Malaysiakini semalam. Komik dengan logo 1Malaysia itu mempunyai satu bahagian bertajuk "1Malaysia vs 1PATI" yang memaparkan kanak-kanak lelaki menghargai kemajmukan masyarakat negara ini. Namun dia digambarkan kemudiannya lari daripada sekumpulan lelaki asing berkulit gelap yang dilabelkan sebagai "Awang Arang". Kumpulan hak asasi Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) sebelum ini dilapor mempersoalkan pengedaran komik itu dalam acara awam dan menggesa kerajaan memohon maaf kerana ia didakwa memalukan kerana membezakan warna kulit. Manakala NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pula berkata, penerbitan sebegitu boleh menyebabkan ketegangan kaum dan berbahaya, terutamanya jika dibaca oleh pelajar sekolah. The Malay Mail pada 13 Julai melaporkan, penerbitnya Blue Pipe Studio Enterprise tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan reaksinya. Sementara itu, Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN Abd Aziz Md Nor pula sebelum ini dilaporkan berkata, penerbitan itu di luar pengetahuan mereka. Bagaimanapun, kata Abd Aziz, mereka akan mendapatkan penjelasan penerbit dan mengharamkannya jika perlu. Malaysiakini sudah menghubungi bahagian itu bagi mendapatkan komen sekali lagi pada hari ini tetapi belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan setakat ini. -M'kini | |
PERAKITE Posted: 20 Jul 2012 11:31 AM PDT Dengan musim hujan mutakhir ini, sukar bagi kerajaan Pusat untuk meyakinkan rakyat bahawa negeri Selangor akan bakal berdepan dengan krisis bekalan air. Cukup ironis, namun itulah sajian media BN saban hari kepada rakyat. Memang benar. Yang dibicara bukannya air mentah atau air dipermukaan bumi yang dianugerahkan Allah melimpah ruah dalam bentuk hujan. Simpanan lebih besar lagi dari 7 empangan Selangor adalah air bawah tanah (ground water) yang jauh lebih lumayan yang juga belum dimanafaatkan. Mengapa kerajaan Pusat menganggu dan mencabar kedamaian hidup pengguna dan rakyat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dengan isu ini? Mengapa mereka mahu cetus rasa takut, gundah-gulana serta keluh kesah rakyat? Mengapa mereka berhajat bagi menerbitkan rasa krisis di negeri di bawah Pakatan Rakyat ini? Sekali lagi AIR cuba dijadi modal politik dan isu untuk menjatuhkan kredibiliti dan wibawa kepimpinan Pakatan Rakyat di bawah menteri besarnya. Berdepan dengan pelbagai kebejatan urus-tadbir yang serba dipertikaikan, khasnya pendedahan pelbagai kes rasuah dan salahguna kuasa elit pemerintah, kerajaan BN sememang mahu mengalehkan pandangan rakyat. Apakah pemimin Umno-BN terlupa bahawa air dan penswastaannya di seluruh negara, khasnya di Selangor, adalah 'jenayah' dan 'dosa' yang belum lagi mereka tebus dan bertaubat? Ceritanya terlalu panjang untuk diziarahi kembali. Tegasnya, umum sedar bahawa penswastaan air yang dilakukan dalam zaman Tun Mahathir gagal. Seperti mana gagalnya kebanyakan penswastaan utiliti dan perkhidmatan awam yang dulunya dikendali oleh kerajaan, kegagalan penswastaan air, cuba dirungkaikan 'selamatkan' dengan satu dasar bernama "Penstrukturan Semula Industri Air". Terlalu banyak yang diselamatkan atau 'bailout'. Setelah hampir enam tahun selepas penubuhan Suruhanjaya Perkihdmatan Air Negara (SPAN, 2006) dan Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA, 2006) diperkenalkan bersama dengan pengenalan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB, 2006) bagi melaksanakan matlamat 'penstrukturan' dan 'migrasi' dari 'regim konsesi' ke 'regim pajakan', kerajaan Persekutuan masih gagal untuk menyempurnakan dasar ini untuk negeri Selangor. Mengapa? Negeri-negeri lain termasuk negeri Pakatan seperti Pulau Pinang dan Kedah turut berjaya dilakukan 'migrasi' dan pemindahan asset-aset negeri kepada PAAB dan berakhir dengan Kementerian Pusat memberi hak pajakan bagi 'merawat dan mengurus pengedaran' air samada kepada kerajaan negeri atau pihak swasta. Contohnya, Johor pihak swasta yang dapat. Melaka dan Negeri Sembilan diberikan kepada kerajaan negeri. Isunya ialah mengapa dalam kes negeri Selangor, kerajaan Persekutuan mengambil sikap yang berbeza? Mengapa kerajaan Persekutuan tidak mahu membuat keputusan untuk memberikan lesen pajakan kepada salah satu entiti ini: Kerajaan Negeri atau Pihak Swasta? Nah, inilah isu besarnya yang kerajaan Pusat cuba mengelak untuk buat keputusan! Ia sekaligus membayangkan kedudukan serba–salah kerajaan Pusat dan khasnya Menteri KTTHA itu. Tidak sukar untuk membuat telahan mengapa sedemikian jadinya. Nak bagi kat swasta akan dituduh memberi kepada kroni yang telah jelas gagal, antara lainya; mengurangkan NRW atau "Air Tak Berfaedah" hasil kebocoran paip dan sebagainya serta juga gagal memenuhi beberapa terma konsesi tentang perolehan atau 'procurement'. Untuk diberikan kepada kerajaan negeri pula, jelas bertentangan dengan kepentingan membela kroni yang sememang hidup dengan 'pemberian kontrak dan konsesi' seperti ini. Umum juga tahu bahawa sudah hampir 4 tahun kerajaan negeri mengemukakan pelbagai cadangan yang terbaik bagi menangani kemelut air di Selangor akibat air penswastaan air yang 'menswastakan sektor yang untung' yakni 'rawatan air' dan 'merakyatkan' sektor yang rugi yakni 'pengedaran'. Umum masih ingat tabiat 'kecurangan dan pengkhianatan' ini yang menyaksikan bagaimana Jabatan Bekalan Air Selangor (JBAS) pertama-tama diswasta aspek rawatan kepada Puncak Niaga, Abbas dan Splash. Sementara itu 'aspek pengedaran' yang 'tak menguntungkan' dikekalkan dengan JBAS yang kemudian dikorporatkan menjadi Perkhidmatan Uruan Air Selangor (PUAS) dan akhirnya juga diswastakan menjadi SYABAS (2005). Syabas dalam pada itu menanggung kerugian sebanyak hampir RM1 bilion atas kos pembanguan (Capex dan juga Opex) sementara pihak pemilik konsesi mengaut keuntungan tetapi masih juga memerlukan hutang bagi kegiatan kos pembangunan atau Capex mereka. Cerita untung dan rugi dan banyak mana dividen yang telah diagihkan serta hutang yang ditanggung oleh pemilik konsesi air Selangor ini, sarat di bawa dalam media, hal tentang gaji pengerusi, pengarah-penagarah dan kemewahan pejabat dan kereta dan sebagainya. Berita tentang dakwa-dakwi mahkamah satu yang cukup lumrah. Majalah 'The Edge' yang terkemuka itu sahaja telah banyak menjadikan isu 'Air Selangor' 'lead story' mereka beberapa kali. Jenuh dan bosan rakyat membacanya. Bagi menggemparkan rakyat dan pengguna terkini, Syabas dan sekutu-sekutu NGOnya mendedahkan bahawa keperluan terkini rakyat Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sudah meningkat ke paras 4329 MLD (juta liter sehari) sementara keupayaan kesemua pihak konsesi rawatan air hanya mampu membekalkan maksimum sebanyak 4371 MLD termasuk, kononnya, loji di empangan Sungai Labu yang baru. Ini macam pendekatan "Shock Doctrine' buku karangan Naomi Klien bagi mengejutkan lawan dan seteru politik. Cumanya, Menteri Besar Selangor ini bukan calang-calang lawan yang boleh dijatuhkan begitu sahaja. Bukankah beliau yang merancang strategi menggunakan 'shock doctrine' melalukan 'morning raid' di Bursa 'London Stock Exchange' bagi mendapatkan 51% saham untuk PNB ke atas syarikat gergasi British Kumpulan Guthrie dalam tahun 1981? Lalu belum sempat kejutan tentang krisis air itu dapat dirasakan oleh rakyat Selangor, MB ini telah menghendap balas dengan 'pengistiharan mengambilan pengurusan Syabas'. Mengikut perjanjian konsesi penswataan air, kerajaan negeri melalui peruntukan klausa 32, berhak mengambil balik pengurusan pengedaran air sekiranya pihak konsesi gagal memenuhi dan komplian kepada terma-terma perjanjian. Persoalan samada kerajaan negeri mampu mengambil alih secara teknikal pengurusan pengedaran air yang selama hari ini dikendalikan oleh Syabas menjadi isu kedua. Ramai kakitanagn Syabas dengarnya bersedia berkhidmat dengan kerajaan negeri. Pokoknya, kerajaan negeri punya kuasa yang termeterai dalam peruntukan perjanjian konsesi. Nah, masakan tak gelabah pihak Syabas. Hampir nak terkencing pengerusinya agaknya. Penulisan ringkas ini tidak berupaya menyenaraikan pelbagai aspek polemik dan pertikaian isu air ini. Ini bukan pentas dan forumnya. Cumanya nak dikatakan bahawa pihak kerajaan Umno-BN tersasar dalam membuat congakan dan percaturannya meleset. Kini kerajaan negeri mencabar Syabas bahawa mereka akan menghantar satu kumpulan profesional untuk meneliti operasi harian Syarikat Bekalan Air Selangor itu, bagi mengenalpasti keadaan semasa air terawat di negeri ini. Putar-belit isu Langat 2 dalam menggarap isu 'krisis kerkurangan air' di Selangor ini, lebih menampakkan kebobrokan dan pengkhianatan Umno-BN kepad rakyat. Projek yang menelan RM8.65 bilion seluruhnya itu, pada asasnya adalah untuk menangani bekalan air mentah (dan juga rawatan kemudiannya), sebagai projek perpindahan antara negeri yakni bekalan dari Pahang. Isu di sini bukan bekalan air mentah! Kenapa nak belanja sampai RM8 bilion?! Tentunya lebih banyak tandatanya dan persoalan yang menerjah pemikiran rakyat. Bingung rakyat. Kenapa kerajaan Persekutuan mahu menambah statistik hutang yang sudah mencecah RM456.3 bilion itu? Lebih penting lagi, apakah itu prioritinya? Paling memalukan terkini adalah penubuhan sebuah jawatankuasa Kabinet bagi menangani 'krisis air' ini. Lebih 'aib lagi adalah keanggotaannya! Sudahlah TPM yang mempengerusikannya, anggota macam Menteri Pertanian itu takpayahlah. Menteri Wilayah itu menasabah juga sebab menyangkut kepentingan rakyatnya. Tetapi Menteri Senator di JPM itu buat apa dimasukkan juga kerana kalaulah untuk 'power' penyampaian power-pointnya itu, boleh di koop kemudian sahaja. Umum terus bertanya perwakilan kerajaan negeri Selangor dan pakar-akar air dari pihak NGO yang bi-partisan dan juga pihak profesional kenapa tak ada? Kesilapan-kesilapan maha besar kerajaan Umno-BN dihujung-hujung parlimen ke-12 ini semakin terdedah dan terserlah. Apakah begitu nasibnya di saat nazak pemerintahan ini, yang telah terlalu lama berkuasa – lebih 5 dekad!. Cukuplah! ---------------------------------------------------------------- Penulis adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor.
|