Selasa, 5 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dato' Hj Mahfuz Omar

Posted: 05 Oct 2010 11:13 PM PDT

Dato' Hj Mahfuz Omar


Gagal faham Islam, punca Islamphobia Najib gagal

Posted: 05 Oct 2010 10:53 PM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan supaya menggalakkan penyebaran faham Islam yang sebenar sekiranya Malaysia mahu menangani Islamphobia di peringkat antarabangsa dan setempat.

Faham Islam yang Umno serta Perkasa popularkan di tanah air adalah faham Islam yang salah serta mengundang Melayuphobia.

"Ajaran Islam yang sebenar (ialah) ikut cara Rasulullah s.a.w sebenarnya mampu tangani Islamphobia, bukannya faham salah yang Umno (dan) Perkasa bawa (iaitu) galak api perkauman serta guna agama untuk takutkan orang bukan Islam."

"Kalau lihat fahaman ekstrem mereka ini (Umno dan Perkasa), Najib bukan saja susah nak tangani Islamphobia, (malah) Melayuphobia pun belum tentu lagi (boleh ditangani),"

Melayuphobia, adalah faham pelampau yang mengajak rakyat tidak kira Melayu atau bukan Melayu supaya takut mempersoal sesuatu yang dianggap menggugat kepentingan politik Umno dalam negara.

Islamphobia dalam konteks Malaysia, menurutnya seperti politik perkauman dan manipulasi agama (Islam) sehingga orang bukan Islam percaya bahawa Islam adalah agama eksklusif untuk orang-orang Melayu sahaja.

Akibat dari salah fahaman tersebut, menurut beliau mengakibatkan lahirnya aksi ekstrem seperti mengarak kepala lembu berdarah di Shah Alam, Ogos tahun lalu.

Fahaman yang salah itu, mengakibatkan orang bukan Islam jauh dari Islam serta takut untuk menyebut kalimah 'Allah', walhal tidak ada nas yang sahih lagi jelas yang mengharamkan orang bukan Islam dari menyebut kalimah suci itu.

Fahaman yang salah itu, turut mengakibatkan beberapa kes vandalisme yang mencemarkan beberapa surau serta rumah ibadat penganut bukan Islam.

Sedangkan, Rasulullah s.a.w mengajar umat Islam erti keadilan, kedamaian, kehormatan, kejujuran, kepelbagaian, kasih sayang serta kesederhanaan.

"Islam yang Rasullah ajar adalah keadilan, kedamaian, kejujuran dan saling berkasih sayang sesama umat Islam (dan) saling menghormati dengan yang bukan Islam, bukan arak kepala lembu, bakar sana dan bakar sini,"

Islam yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w turut tidak mengajar penganutnya supaya menjadi pelampau agama serta taasub pada api perkauman satu-satu kaum.

"Islam yang Rasulullah ajar adalah manusia semuanya bersaudara dan dituntut saling mengenali antara satu-satu bangsa."

"Bukan tindas rakyat tak kiralah Melayu, Cina atau India disebabkan mereka ini tidak sokong faham pelampau parti atau pertubuhan tertentu,"

muafakat politik dalam antara PAS, DAP dan PKR melalui wadah Pakatan Rakyat sebenarnya memecahkan belenggu Islamphobia.

"Siapa boleh percaya bahawa PAS hari ini turut disertai oleh masyarakat India, Cina, Kadasan, Iban, Murut yang dalam pengetahuan saya mereka ini kebanyakannya bukan (beragama) Islam."

"Siapa boleh jangka bahawa seorang Ketua Menteri (Lim Guan Eng) hari ini boleh beri jaminan keamanan dan hak menyebarkan (agama) Islam kepada rakyat PulaU Pinang, jauh lebih baik dari diperintah oleh pemimpin-pemimpin Umno."

"Siapa boleh percaya bahawa Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan) serta Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) turut menyampaikan tazkirah di semua rumah ibadat, yang dalam masa yang sama pemimpin DAP dan PKR yang bukan Islam diajak kenal tentang keadilan Islam di surau dan masjid-masjid,"

Saya yakin bahawa inisaitif Najib, Presiden Umno merangkap Pengerusi BN sekadar suatu sandiwara politik.

"Yang saya nampak, ada rakyat ditangkap tanpa bicara, Najib ikut telunjuk Apco, dilihat pro Amerika dan Yahudi."

"Janji tangani Islamphobia seperti satu sandiwara adalah,"

Bernama hari ini melaporkan Najib mengajak dunia, khususnya Eropah supaya tidak menganggap Islam sebagai suatu ancaman atau suatu masalah.

Difahamkan, usaha itu sebagai tanggungjawab bersama dalam membantu Amerika Syarikat menangani keganasan global sebagaimana yang pernah berlaku di dunia umat Islam Palestin, Iraq, Afghanistan dan Selatan Thai sebelum ini.

Umno,Ku Li dan Kukoq Nyoq!

Posted: 05 Oct 2010 05:48 PM PDT

Umno menjadikan Tengku Razaleigh Hamzah tak ubah seperti kukur kelapa yang dipergunakan bila perlu dan diperosok di ceruk bila tidak perlu.

Buruk sungguh cara para pemimpin Umno melayan pemimpin veteran mereka yang selama ini mereka sanjung-sanjung jasa dan sumbangannya kepada parti itu, orang-orang Melayu dan negara.

"Orang-orang Umno memperlakukan Tengku Razaleigh seperti kukoq nyoq. Nak pakai, ditunggangi, kalau mereka terluka ketika mengukur kelapa, kukur dimaki dan setelah habis dipergunakan, basuh pun tidak terus di persosok di ceruk-ceruk dapur,"

Saya yakin, rakyat tentulah menerima layanan yang jauh lebih buruk lagi dari Umno kalau pemimpin veteran mereka pun dilayan seburuk itu.

"Apa yang mesti disedari oleh rakyat terutama para pengundi di Galas ialah keghairahan melampau-lampau Umno untuk menghina Tengku Razaleigh.

"Para pemimpin Umno kini seolah-olah berlumba-lumba untuk menghina bekas Menteri Kewangan itu,"

Jika hari ini para pemimpin Umno berebut-rebut menghina bekas Naib Presiden parti mereka, suatu hari nanti mereka akan berebut-rebut menghina rakyat pula.

"Hari ini mereka membalas dendam terhadap Tengku Razaleigh apabila cuba memaksa beliau bertanding di Galas tanpa mempedulikan kedudukan bekas Naib Presiden Umno itu, selepas ini para pemimpin Umno akan membalas dendam kepada rakyat,"

Para pemimpin Umno berdendam kepada Tengku Razaleigh kerana tidak mahu menjadi pak turut mereka termasuk dalam isu royalti minyak kepada negeri-negeri termasuk Kelantan

"Sama seperti mereka berdendam kepada Tengku Razaleigh, Umno juga berdendam kepada rakyat kerana memalukan parti itu dan Barisan Nasional (BN) yang dikepalainya dalam pilihan raya umum 2008 lalu,"

Saya juga yakin tidak mudah bagi para pemimpin Umno menganiaya Tengku Razaleigh yang sudah begitu matang dan mahir dengan sepak terajang mereka.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 05 Oct 2010 09:26 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Ceramah Dato Mahfuz Omar 12 Okt 2010 Senawang

Posted: 05 Oct 2010 08:28 PM PDT


CERAMAH UMUM
Sempena Pelancaran Jentera PRK N45 Galas
Tarikh : 12 Okt 2010 , Selasa
Masa : 9 malam
Tempat : Apartment Seroja, Taman Tasik Jaya, Senawang
Penceramah :
YB Dato Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS
Ust Nasruddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat
Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Taufek, ADUN Paroi (PAS) N.Sembilan
YB Ng Swee Lim, ADUN Sekinchan

Semua Dijemput Hadir

Pendaftaran Pelajar PASTI Tmn Paroi Jaya 2011

Posted: 05 Oct 2010 08:27 PM PDT


PASTI Al-Ikhwan yang bertempat di Taman Paroi jaya, Seremban telah membuka pendaftaran pelajar untuk tahun 2011.

Untuk anak-anak berumur 4, 5 dan 6 tahun

Sila hubungi :
Pn Mariah 017-6506392
Pn Suriaton 016-3734077

Maklumat lanjut, sila lawati http://pasti-al-ikhwan.blogspot.com/

Laman web PASTI Negeri Sembilan http://www.pastin9.net/
Blog PASTI Negeri Sembilan http://pasti-n9.blogspot.com/

Masyarakat perlu ada kesedaran politik

Posted: 05 Oct 2010 08:27 PM PDT

Sinar Harian 6 Okt 2010

PARIT BULOH – Masyarakat setempat terutamanya masyarakat luar bandar perlu diberikan suntikan motivasi bagi memastikan mereka mempunyai kesedaran politik dalam memastikan kepimpinan masa akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Penaja Pakatan Rakyat Air Kuning Selatan, Hashim Othman berkata, langkah itu perlu bagi memastikan masyarakat luar bandar mempunyai keinginan untuk memperbaiki kepimpinan masa kini untuk kebaikan bersama.

Menurutnya yang juga Timbalan Ketua Cabang Tampin, kesediaan masyarakat terutamanya pengundi dalam menerima pembaharuan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat (PR) adalah amat dialu-alukan.

"Malah, kita dapat lihat sendiri perubahan yang ada di Ranting Air Kuning ini apabila pada awal penubuhannya penghujung tahun 2008, hanya 15 orang sahaja ahli yang berdaftar dan sama-sama meneruskan perjuangan PR.

"Namun, keahlian ini makin bertambah dan hingga ke hari ini jumlah ahli yang dicatatkan ialah kira-kira 100 orang. Penambahan ahli ini membuktikan usaha kita dalam menyuntik kesedaran politik berhasil," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Air Kuning Selatan, dekat sini.

Hadir sama, Pengarah Pilihan Raya PKR, Fauziah Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, S Veerapan dan Yang di-Pertua Pas Tampin, Zakaria Khalim.

Sementara itu, Hashim berkata, bagi peringkat Ranting PKR Air Kuning, pihak jawatankuasanya akan meneruskan lagi aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan di kawasan sekitar bagi membantu golongan memerlukan.

Menurutnya, walaupun mempunyai kekangan dari segi kewangan, namun pihaknya akan membantu sedaya yang mampu bagi memberi peluang kepada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan.

"Kita akan teruskan dengan projek lain dan membawa isu bagi kebaikan masyarakat terutamanya di sekitar Air Kuning Selatan ini. Banyak isu yang perlu diketengahkan terutamanya yang berkaitan alam sekitar dan masalah sosial yang perlu diberi perhatian.

"Oleh itu, kita amat berharap agar masyarakat setempat akan mempunyai kesedaran politik dan sama-sama dapat membantu membangunkan tempat sendiri dari pelbagai aspek," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8257205.asp

Jalan berlopak tunggu mangsa

Posted: 05 Oct 2010 08:26 PM PDT


Sinar Harian 6 Okt 2010

KUALA KLAWANG - Jalan yang dahulunya cantik, namun kini terdapat lubang di merata-rata tempat sehingga mengancam nyawa pengguna jalan raya di kampung tersebut.

Begitulah yang diluahkan oleh seorang penduduk Kampung Gepu, Ulu Klawang di sini apabila jalan tersebut rosak ekoran jentera berat yang melalui jalan berkenaan bagi menjalankan aktiviti pengeluaran kayu getah di hujung Kampung Ulu Jelebu, sejak Julai lalu.

"Lihat sahaja jalan ini, dengan berlubang-lubang pasti akan mengundang kemalangan maut terutama kepada pelajar dan warga emas yang melalui jalan ini.

"Kerja pengeluaran kayu getah telah selesai dijalankan namun kesan daripada aktiviti tersebut memberi ketidakselesaan kepada pengguna dengan jalan berlubang, permukaan jalan pecah, hakisan tanah dan sebagainya," katanya.

Menurutnya, jalan terbabit merupakan antara jalan utama penduduk kampung untuk pergi ke pekan bagi menjalankan aktiviti harian.

"Jalan ini penting buat penduduk di sini. Selain itu, jalan tersebut juga berhampiran dengan kedudukan rumah penduduk kampung.

"Saya telah pun mengajukan masalah ini kepada pihak berkuasa tempatan dan diharapkan ia dapat dipertimbangkan untuk tindakan yang selanjutnya," katanya.

Selain itu, Zakaria Leman, 77, pula berkata, sering kali terlihat beberapa jentera berat yang sering menggunakan jalan tersebut untuk masuk ke dalam hutan.

"Pada asalnya jalan di sini cantik dan selamat namun kini ia berlopak dan berlubang sehinggakan saya bimbang untuk melalui jalan ini," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8257992.asp

Pakatan Rakyat N.Sembilan waris hutang RM 3 Billion ?

Posted: 05 Oct 2010 06:41 PM PDT

Andaikata Pakatarn Rakyat memerintah Negeri Sembilan dalam masa yang terdekat, perkara utama yang perlu difikirkan ialah bagaimana hendak menjelaskan hutang kerajaan Negeri Sembilan yang mungkin mencecah RM 3 Billion. Dimana RM 1.6 Billion untuk Rancangan Bekalan Air.

Sudah RM 1.6 Billion dibelanjakan untuk rancangan bekalan air di Negeri Sembilan, tapi masih banyak kedengaran rungutan masalah bekalan air di beberapa tempat di Negeri Sembilan ini terutamanya sekitar Kuala Pilah dan kawasan Felda.

Dan terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) meluluskan peruntukan RM345.2 juta kepada Syarikat Air Negeri Sembilan Bhd (Sains) bagi tahun 2010 dan 2011.

Siapakah yang akan untung dari pinjaman projek bekalan air di N.Sembilan ini sebanyak RM 1.6 Billion dan tambahan peruntukan RM345.2 juta ini.

Rakyat atau siapa ?

Kalau BN masih menerajui N.Sembilan , bagaimana pula mereka hendak melunaskan hutang berbillion ringgit ini ?

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA UNTUK N.SEMBILAN TAHUN 2008

Berikut beberapa petikan dari laman web http://www.audit.gov.my/

Pada akhir tahun 2008, baki hutang Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah RM289.79 juta atau 15.7% kepada RM2.14 bilion berbanding RM1.85 bilion pada tahun 2007.

Baki berjumlah RM2.14 bilion tersebut adalah merupakan baki pinjaman pokok yang belum dijelaskan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan Projek Rancangan Bekalan Air, Perumahan Awam Kos Rendah, Projek Perbadanan Kemajuan Negeri, Projek Ladang Hutan dan Projek Pelbagai.

Sumber : http://pasns.blogspot.com/2009/10/hutang-kerajaan-nsembilan-rm214-billion.html

RM345.2 juta biaya program air di NS

SEREMBAN 13 Sept. - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) meluluskan peruntukan RM345.2 juta kepada Syarikat Air Negeri Sembilan Bhd (Sains) bagi tahun 2010 dan 2011.

Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, peruntukan itu untuk membiayai program pembaikan serta pembinaan infrastruktur air baru di Negeri Sembilan.

Program itu termasuk projek pembinaan loji rawatan air baru, peningkatan kapasiti loji rawatan air sedia ada dan penggantian paip asbestos semen yang lama, katanya.

Menurutnya, projek-projek ini akan dilaksanakan secara bersama di antara Sains dan PAAB.

Azlan berkata, Sains yakin dengan program pembaikan serta pembinaan infrastruktur air baru ini, ia akan dapat mengurangkan gangguan bekalan air terutama semasa musim perayaan. - BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

Gangguan air beban penduduk
Sinar Harian 30 Ogos 2010

PARIT TINGGI – Masalah gangguan bekalan air di Kuala Pilah bukan isu baru sehingga menimbulkan keresahan dan kekecewaan penduduk khususnya di Kampung Parit Tinggi, Juasseh.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Tinggi, Abdul Mutalip Mohd Nor berkata, 2010 adalah tahun yang kerap berlaku gangguan air dan boleh menjejaskan amal ibadah terutama dalam bulan Ramadan.

Menurutnya, paling ketara masalah itu berlaku pada awal Ogos ketika umat Islam sedang menyambut Ramadan.

"Saya kecewa apabila hendak mandi air kolah tiada. Di surau juga sama, ketika hendak mengambil wuduk untuk solat tarawih, air tiada. Bagaimana kita hendak melakukan ibadah jika air tiada dan mengundang rasa tidak selesa penduduk, dekat sini.

"Saya sudah menghubungi pihak berkenaan, namun alasan sama diberikan, tekanan air rendah. Di kampung ini sudah dua hari tiada air. Bekalan air sering terputus," katanya

Mutalip berkata, timbul rasa kasihan kepada keluarga yang mempunyai anak kecil.

"Mereka mengadu kepada saya tentang kesulitan dihadapi apabila bekalan air tiada. Menguruskan anak kecil memerlukan air yang banyak dan membebankan keluarga mereka.

"Saya hanya boleh membantu menghubungi pihak berkenaan, namun tiada kuasa untuk memperbetulkan keadaan. Berikutan itu, saya berharap pihak berkaitan perlu mengambil serius perkara ini terutama menjelang hari raya.

"Penggunaan air akan bertambah jika musim perayaan. Bagi mengelakkan berlaku gangguan air, pihak terbabit perlu bersedia lebih awal untuk mengatasi masalah berkenaan supaya kami dapat hidup aman dan selesa dengan kemudahan air dalam musim perayaan," katanya.

Menurutnya, pihak pe-ngurusan terbabit tidak memaklumkan sebarang notis berhubung gangguan air di kampung itu sehingga menyebabkan 400 penduduk terpaksa menghubungi pihak terbabit untuk menghantar bekalan air.

"Mereka sepatutnya menghantar notis pemberitahuan sekiranya berlaku gangguan air supaya penduduk boleh bersedia lebih awal dengan menyediakan bekalan air. Dengan ketiadaan notis itu, membebankan penduduk jika air di rumah sudah kehabisan.

"Oleh itu, pihak berkai-tan dapat maklum lebih awal supaya persediaan dapat dilakukan jika berlaku masalah air selama beberapa hari," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Mohammad Razi Kail, sudah dimaklumkan perkara itu akan mengambil tindakan sewajarnya memanjangkan perkara berkenaan kepada pihak berkaitan.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8120193.asp

Orang Asli N.Sembilan kecewa undi BN, dipanggil penumpang

Posted: 05 Oct 2010 05:54 PM PDT

Nampaknya Orang Asli di Negeri Sembilan begitu kecewa mengundi BN. Mereka mempersoalkan slogan 1Malaysia Najib. Mereka mendakwa tiada tindakan oleh polis dan Menteri Besar atas laporan pembalakan dan kuari haram di tempat mereka sejak 15 tahun lalu. Mereka kecewa dipanggil penumpang oleh ADUN Lenggeng sedangkan nenek moyang mereka lebih dahulu menetap di Malaysia.

Berita sepenuhnya nasib dan kekecewaan Orang Asli di Negeri Sembilan di bawah ini dari laman web http://www.klik4malaysia.com

Orang Asli : We voted for BN but we are called 'penumpang'
Tuesday, 05 October 2010

The Malaysian Bar Council has condemned the recent harassment by police and Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) on Orang Asli at Kampung Sebir in Negeri Sembilan.

According to Bar Council President Ragunath Kesavan (second from left), a police officer from the Seremban 2 police station had questioned Tok Batin of Kampung Sebir regarding their customary meeting, two days prior to the scheduled event on September 30.
Ragunath said that the police officer requested Tok Batin to provide a written notification of the meeting to the police in order to obtain approval from the police to formally hold the customary meeting.

He then added that on September 30 itself, JHEOA and the police again visited the village and harassed the villagers for not obtaining a permit to conduct their meeting.

"This is the first time in the history of Malaysia that the police have told villagers that they need a permit to hold their own village meeting," Ragunath told the media at a press conference today.

"We have been holding our customary meeting for so many centuries and so many generations. Why suddenly do we need to apply for a permit?" Network of Orang Asli Villages founder Tijah Yok Chopil (pic right) asked.

"Why are the Orang Asli treated like this? Where is Najib's 1Malaysia? We are also very unhappy about the proposed amendments to the Aboriginal Peoples Act 1954," she added.

"There is also the issue of illegal quarry and illegal logging activities in our villages but the police are not doing anything about that. Instead, they come and harass us about a permit," Jaringan Kampung Orang Asli Negeri Sembilan (JKOANS) committee member Zurdi Baharu (pic left) said in frustration.

According to Zurdi, the state Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan and also the state police chief Datuk Osman Salleh have yet to take any action against the illegal quarry activities that has been going on for 15 years.

"We also lodged 5 reports about the illegal logging activities but the police just ignored us."

Zurdi's family had the greatest scare of their lives when a large stone from the quarry landed on their house, nearly crushing his child in the process.

"We are sick of the trespassing, abuse and degradation by the government and the authorities. They only protect the corporate," he said in disgust.

Bar Council Orang Asli Committee Chairperson Datuk Ambiga Sreenevasan had called the recent actions of the authorities an 'evidence of the paternalistic attitude' of the government towards the Orang Asli community.

"They (government) are nervous about the proposed amendments to the Orang Asli act. The government is giving away a few acres but taking away hundreds of acres from them. They know that Orang Asli are also against the amendments. Memos have been submitted to the government but there is still no response from the authorities," she added.

Ambiga opined that the harassment was to prevent the Orang Asli from meeting and discussing about how the government was fleecing them.

"Otherwise, why won't the government release a copy of the bill for debate? Are they going to table the amendments last minute and pass it as a legislation without considering feedback from all stakeholders?" asked Ambiga who also questioned the government's deafening silence on the matter.

"The Orang Asli community of 18 diverse tribes numbering 150,000 in Peninsular have been continually harassed and their rights denied. They are the 'one community' that has suffered the most under the Barisan Nasional government," Ragunath added.

Tijah then referred several other incidents that were clear signs of the government's bullying of the Orang Asli people.

"After 53 years of Merdeka, do you all know that the water supply to my village of 3,000 people is one small pipe not bigger than a finger (holding out her thumb) and the pipe runs across a pig sty?" she told a roomful of stunned reporters.

"Then there is this Orang Asli by the name of Panjang Tangkak who has been arrested 4 times for selling produce from his own palm oil estate!" she said.

"The government took away his estate comprising tens of acres and then gave him back only a few acres. Then they did not pay him back the dividends that were promised in the agreement. How is he going to survive if he doesn't sell the produce?

Then they arrest him for selling the produce, claiming it belongs to state property. How can the government say that they 'give him land' and then arrest him for selling product from his own land?" said Tijah who also questioned the logic for such arrests.

Meanwhile, Langkap Kessu from Kampung Belihoi, situated between Mantin and Seremban trunk roads, told K4M that the government wants to take away the ancestral land and then divide it into small pieces to give back to the Orang Asli.

"Is this just, under the law? asked Langkap when questioning the legality of the government's claim that all land belonged to the state.

"How can they (BN government) repay our votes with such treachery? We voted for them. Why didn't they protect us."

According to Reh Binjan, another Tok Batin from Kampung Lumut, Lenggeng, Negeri Sembilan, he was appalled at a speech by Lenggeng state assemblyman Mustafa Salim during a Hari Raya open house that the state owns all the land and that there was no ancestral land.

Mustafa was alleged to have said that the Orang Asli did not fight the war, therefore forfeiting their rights to lay claim to the 'ancestral land'.

Mustafa then allegedly labeled Orang Asli as 'penumpang' (squatters).

"Our ancestors were here even before Malaya was formed. This is even before Malaysia gaining independence. How can he call us penumpang? We are all very sick of the way the government is mistreating us."

Sumber : http://www.klik4malaysia.com/index.php?option=com_content&view=article&id=5640%3Aorang-asli--we-voted-for-bn-but-we-are-called-penumpang-&catid=29%3Alocal-news&lang=en

ADUN Lenggeng N.Sembilan menghina Orang Asli

Posted: 05 Oct 2010 06:33 AM PDT

TVSelangor
NEGERI SEMBILAN 4 OKT : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng dari Umno, Mustafa Salim didakwa menghina dan merendah-rendahkan masyarakat orang Asli apabila mengeluarkan bahawa kenyataan 'orang Asal hanya penumpang di tanah kerajaan'. Ungkapan itu dikatakan dibuat Adun itu pada satu majlis sambutan Hari Raya untuk orang Asli di Kampung Lumut, Ulu Beranang pada 22 September lalu anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bercakap kepada TV Selangor, Panglima Garang Adat Jawatankuasa Kampung Orang Asli Negeri Sembilan (JKOANS), Abu Ambang berkata, Mustafa didakwa berkata, orang Asli tidak mempunyai tanah warisan atau tempat bermastautin kerana menumpang di tanah kerajaan.
"Dia kata mana ada tanah turun temurun orang asli,itu tanah kerajaan, dia cakap macam itulah Di fikiran kami, kenapa tidak ada sedangkan ini merupakan tanah bapa kami, turun anak, turun cucu, turun cicit.

"Kami mengharapkan belas kasihan wakil rakyat untuk cakap hal tanah atau kemajuan Tak sangka, wakil rakyat ini menentang masyarakat orang Asli ," katanya yang menyatakan kelompoknya mengundi BN sejak menggunakan logo kapal layar lagi.

Ketua Jawatankuasa Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia, Tijah Yok Chopil pula menyatakan masyarakat orang Asli kesal dengan kenyataan Adun dari Umno itu yang jelas bertentangan dengan semangat 1 Malaysia.

Lebih menusuk perasaan, Tijah mendakwa Mustafa mendakwa orang Asli sebagai 'pengecut kerana lari dari medan perang.'

"Dia cakap orang Asli masa perang dulu, bukannya tolong melawan musuh tetapi lari sana sini," katanya yang turut marah kerana Adun Lenggeng itu menyatakan 'semua tanah ini, tanah kerajaan dan bukan kamu punya tanah adat.'

Sumber : http://ko-kr.connect.facebook.com/note.php?note_id=436609661246&comments&ref=mf

misbahul munir

Posted: 05 Oct 2010 09:24 PM PDT

misbahul munir


PAS PERAK TUBUH UNIT BAITUL MUSLIM

Posted: 05 Oct 2010 04:03 PM PDT

KERAJAAN KERING IDEA

Posted: 05 Oct 2010 04:01 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 05 Oct 2010 09:21 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


HIDUP WARGA EMAS SETELAH 53 TAHUN MERDEKA DI BUMI MALAYSIA

Posted: 05 Oct 2010 08:45 PM PDT

PAS KDAS 3

Posted: 05 Oct 2010 09:13 PM PDT

PAS KDAS 3


JAMUAN HARI RAYA PAS TAMBUN

Posted: 05 Oct 2010 08:16 AM PDT




JAMUAN DIADAKAN DI TAMAN KLEBANG RESTU DARI JAM 3 - 6 PETANG. RAMAI HADIRIN YANG HADIR PADA PROGRAN TERSEBUT. SEMOGA MENDAPAT RAHMAT DARI ILAHI. DOAKAN KEMENANGAN PAS DAN PAKATAN RAKYAT DIPERAK DAN DI MALAYSIA DALAM PRU KE 13 NANTI. ALLAHUAKBAR.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 05 Oct 2010 07:48 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


PESAN USTAZ YAHYA OTHMAN, MURABBI PAS PUSAT

Posted: 04 Oct 2010 07:30 PM PDT

Tarbiyah adalah usaha yang dilakukan oleh murabbi kepada murid-muridnya.

Pengisian tarbiyah adalah usrah, mukhayyam, qiamulaill, durus khususi.
Pemuda hendaklah:

1. Memastikan boleh membaca quran dengan betul dan menjadi imam solat.

2. Naqib memastikan anak buah solat dengan sempurna dan faham makna bacaan dalam solat, kerana selagi mana rakyat masih tak faham makna bacaan dalam solat, umno akan terus memerintah.

Pesanan kepada pemuda

1 .Mesti berilmu

2. Mesti mengamalkan ilmu

3. Bercakap benar

4. Bermaaf-maafan

5. Baca quran. Jikalau nak masuk syurga , sertailah PAS dgn jujur,ikhlas dan tidak khianat (amanat terakhir Ustaz Yahya Othman d Ijtima' Tarbawi Pemuda)


DPPK PARIT

Posted: 05 Oct 2010 07:48 PM PDT

DPPK PARIT


Selepas Arthur’s Day, Mizz Nina Layan Konsert Arak Hennessy

Posted: 05 Oct 2010 05:01 AM PDT

Galas:Tengku Razaleigh setuju

Posted: 05 Oct 2010 04:36 AM PDT

.

Posted: 05 Oct 2010 07:35 PM PDT

.


Posted: 05 Oct 2010 01:11 AM PDT

Dato Onn? Tunku dan Tun Hussein semua di luar UMNO macam mana pulak?

Tiada penghargaan untuk Anwar pada majlis untuk bekas ketua sayap Umno

October 05, 2010

KUALA LUMPUR, 5 Okt — Pemuda Umno tidak akan memberi penghargaan kepada bekas ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis penghargaan untuk bekas ketua pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita Umno sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri ketiga-tiga sayap Umno itu di sini Jumaat ini.

Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid berkata Pemuda Umno beranggapan adalah janggal dan tidak sesuai penghargaan itu diberikan kepada Anwar yang telah menyertai pembangkang.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Penolong Setiausaha Wanita Rosni Sohar dan Penolong Setiausaha Puteri Umno Nor Azita Abdul Rahman di sini hari ini, beliau berkata antara yang akan diberi penghargaan itu adalah Allahyarham Tun Hussein Onn, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Allahyarham Tun Sardon Jubir selain Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz selaku bekas pembangku Ketua Pemuda Umno.

"Penghargaan itu akan disampaikan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak kepada bekas Ketua Pemuda sendiri atau waris mereka," kata Megat Firdouz.

Pada majlis yang sama Wanita Umno dan Puteri Umno juga akan memberi penghargaan kepada bekas ketua masing-masing.

Rosni pula berkata, majlis rumah terbuka itu yang pertama kali diadakan secara bersama oleh pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, adalah dari 11 pagi hingga 5 petang dan akan diadakan di Dewan Tun Razak 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sebanyak 14 gerai akan dibuka pada majlis itu mewakili setiap negeri yang menyediakan menu dari negeri masing-masing. Seramai 10,000 orang dijangka hadir. — Bernama



Posted: 05 Oct 2010 12:32 AM PDT


satu point menarik nak kongsi dari ustaz nik zawawi dalam forum tarbawi....

katanya : jangan ingat lepas kita dah kalahkan musuh kita iaitu umno dalam pru-13 kita dah berjaya dan boleh bergembira, kerana bila kita memegang Malaysia, kita akan berhadapan dengan musuh yang lebih besar seperti Amerika dan sekutu-sekutunya... maka persiapkanlah diri kita dengan tarbiyah untuk menghadapi musuh2 kita ini

point dari dato' bentara setia tuan guru haji nik abdul aziz nik mat

ambe meninggalkan pesanan untuk pemuda supaya mengamalkan 3 perkara ini iaitu
1. baca quran setiap hari
2. qiamulaill
3. solat dhuha


point dari ustaz yahya othman, murabbi pas pusat

tarbiyah adalah usaha yang dilakukan oleh murabbi kepada murid-muridnya

pengisian tarbiyah adalah usrah, mukhayyam, qiamulaill, durus khususi

pemuda hendaklah
1. memastikan boleh membaca quran dengan betul dan menjadi imam solat
2. naqib memastikan anak buah solat dengan sempurna dan faham makna bacaan dalam solat, kerana selagi mana rakyat masih tak faham makna bacaan dalam solat, umno akan terus memerintah

pesanan kepada pemuda
1. mesti berilmu
2. mesti mengamalkan ilmu
3. bercakap benar
4. bermaaf-maafan
5. baca quran

jikalau nak masuk syurga , sertailah PAS dan jujur, ikhlas, tidak khianat (amanat terakhir ustaz yahya othman)


point dari ustaz nasharuddin mat isa , timbalan presiden pas

kita hendaklah bangga menjadi orang mukmin yang duduk di dalam pas

pemuda hendaklah memastikan tidak ada satu hari berlalu tanpa membaca Al-Quran!

kunci beramal dengan quran
1) membaca al-quran
2) melihat terjemah al-quran
3) melihat tafsir quran
4) beramal dengan al-Quran
5) istiqamah dengan Al-Quran


Khalid Mesyal (hamas, palestin) kata akan belajar dengan PAS atas penubuhan DHPP , jadi , berbanggalah menjadi ahli PAS!



point dari ustaz nasrudin hasan at-tantawi, ketua pemuda pas pusat

berintima dalam pas ini ada kerana beberapa perkara, antaranya kerana

1. syakhsi (peribadi) : kerana peribadi tokoh2 tertentu
2. gharawi ( kecenderungan) : kerana minat pada kopiah orang2 pas
3. istijali ( kebetulan ) : lahir dalam keluarga pas

tetapi yang perlu ialah kita mestilah intima kerana aqidi (aqidah)


point dari ustaz ahmad yahya, ketua pemuda pas kedah

tarbiyah adalah jantung, dan perlu diletakkan di tempat utama dalam organisasi

rahsia utama bagaimana kedah boleh menang dalam pru12 kerana kita buat post mortem pada 2004 dan mendapati bahawa tarbiyahlah kunci utama untuk menang

soalan untuk semua? apa yang dirasai selepas solat?
jika kata rasa lega kerana telah menunaikan kewajipan, ianya masih tidak mencukupi ....



point dari ustaz zulkifli ismail, ketua dewan ulama pas melaka

pemuda pas hendaklah menguasai

1.fiqh marhali
2. fiqh aulawiyay
3. takzim al waqt (memuliakan waktu)
4. membelakangkan keuntungan peribadi , mazhab dan aliran serta pandangan peribadai untuk memastikan kepentingan jemaah diutamakan

point dari ustazah nuridah salleh, ketua dewan muslimat pas pusat

pemuda hendaklah memastikan isteri-isteri mereka tidak dibiarkan di rumah sahaja, hendaklah memastikan isteri turut serta mengambil bahagian dan memegang jawatan dalam pas


point dari tuan guru dato seri hj hadi, presiden pas

abdullah b mubarak menulis surat kepada fudhail b iyad, meminta supaya meninggalkan tempat beribadatannya dan pergi ke medan jihad

berjihad ialah melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan sanggup menghadapi dugaan/cubaan/dugaan


wallahua'lam

sekadar perkongsian
Hakim
Bandar Sri Iskandar, Perak

PAS LENGGONG

Posted: 05 Oct 2010 07:32 PM PDT

PAS LENGGONG


Penghinaan agen umno lagi jijik.

Posted: 05 Oct 2010 03:21 AM PDT

Seperti yang berlaku di besut. Sedangkan Azmin sekadar menyebut mahathir sedang runtuh. Setiap orang ada masa naik dan masa turun tetapi apayang dikatakan oleh **** ***** ***** tu cukup keji lagi terkutuk

Tok Guru Membalas lawatan Lee Kuan Yew

Posted: 05 Oct 2010 02:48 AM PDT

Bezanya lawatan Lee selepas PR meraih kejayaan yang agak luar biasa manakala lawatan balas Tok Guru ketika Lee kehilangan isteri dan bersedih. Sesungguhnya lewatan balas Tok Guru itu memperlihatkan pekerti mulia seorang pemimpin yang merentasi batas bangsa dan merentasi agama dan fahaman politik.

Nik Aziz ke Singapura ziarah Lee Kuan Yew
Harakahdaily

SINGAPURA, 5 Okt: Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berlepas ke Singapura pagi tadi untuk menziarahi Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew.

Nik Aziz berlepas dari KLIA jam 9.45 bersama beberapa orang lagi bagi menziarahi Lee yang sedang mendapat rawatan di hospital ekoran infeksi pada paru-parunya selepas lawatan ke Eropah baru-baru ini.

Sabtu lepas, isteri beliau Kwa Geok Cho, 89, meninggal dunia selepas sakit sejak sekian lama. Lee yang berumur 87 tahun pada 16 September lepas hingga kini belum memberikan sebarang ulasan media mengenai kematian isterinya itu.

Lawatan Nik Aziz ini dikira kunjungan balas beliau kepada pemimpin utama Singapura itu selepas kunjungan Lee Kuan Yew ke Kota Bharu beberapa tahun lalu.

Beliau yang sepatutnya berlepas ke Singapura Sabtu lepas terpaksa menangguhkan kunjungannya itu ke hari ini selepas kematian isteri Lee pada hari tersebut.

Wartawan Harakahdaily, Nazri Abdullah yang turut bersama dalam rombongan Nik Aziz ini akan membuat laporan penuh mengenai kunjungan bersejarah ini selepas ini

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 05 Oct 2010 07:30 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Perbicaraan Mohd Sabu : Ikuti Soalan Menarik Hanipa Maidin Kepada Saksi Pendakwa

Posted: 05 Oct 2010 09:00 AM PDT

SEBERANG PRAI, 5 Okt : Perbicaraan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan sembilan yang lain setelah ditangguhkan untuk beberapa kali sebelum ini sekali lagi telah ditangguhkan selepas perbicaraan yang berjalan bermula pada jam 10.00 pagi tadi di Mahkamah Majistret Jawi, Seberang Perai Selatan.

















Majistret Mohd Izham Ali yang mendengar kes perbicaraan tersebut telah menangguhkan kes tersebut pada 29 dan 30 November yang akan datang.

Perbicaraan yang melibatkan ramai dari pendokong PAS itu telah tiba sejak awal pagi bersama-sama dengan Mohamad Sabu.

Namun begitu selepas perbicaraan berjalan selama hampir dua jam, ia telah ditangguhkan kepada tarikh tersebut.

Menurut kertas pertuduhan, kesemua mereka telah dituduh menghalang anggota polis berpangkat Superitenden Mohd Nasir Salleh daripada menyerahkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret, Jalan Duta, Kuala Lumpur terhadap Mohamad Sabu.

Kesalahan tersebut didakwa telah dilakukan di hadapan Plaza Tol Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan, lebuhraya PLUS berhadapan susur keluar lebuhraya dari arah Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada jam 7.45 malam 9 Disember 2007.

Kesemua mereka juga dituduh menurut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang mana membawa humuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10 ribu atau kedua-duanya sekali sekiranya disabit akan kesalahan.

Dalam perbicaraan yang diadakan tadi, kesemua yang dituduh terdiri dari Mohamad Sabu, Fauzi Saharat, Abd Rahim Md Ariff, Zairun Azrul Zainal Abidin, Zamarul Aini Abdul Malek, Mohd Bunyamin Ishak, Md Lazim Osman, Abd Razak Ramli, Mohd Sabri Said dan Mohamed Salleh hadir.

Mohamad Hanipa Maidin bersama-sama dengan Aminuddin Zulikifli dan Yusnita Yusoff mewakili kesemua tertuduh.

Apa yang menariknya semasa sesi perbicaraan tersebut, apabila Hanipa menyoal balas saksi pendakwa dalam perbicaraan tadi telah beberapa kali memohon kepastian sama ada ada atau tidak waran tangkap diterima secara bertulis dan diserahkan kepada Mohamad Sabu semasa tangkapan hendak dilakukan.

Saksi pendakwa yang berpangkat ASP itu beberapa kali menyatakan bahawa beliau hanya menurut arahan pihak atasan secara lisan dan tidak ada waran tangkap secara bertulis yang diserahkan kepada tertuduh.

Hanipa untuk beberapa kali mengulangi soalan yang sama kepada saksi pendakwa apakah arahan boleh mengatasi undang-undang atau dari mana-mana kuasa sekalipun sedangkan tertuduh tidak dibekalkan secara hitam putih waran tangkap untuk diserahkan kepadanya.

Namun begitu saksi pendakwa tetap menyatakan beliau hanya menurut arahan pihak atasan walaupun bertindak tanpa waran tangkap yang perlu diserahkan kepada tertuduh.

Antara beberapa soalan menarik yang ditanya oleh Hanipa.

Hanipa: Tertuduh (Mohamad Sabu) tidak ditunjukkan surat waran tangkap, apakah beliau boleh ditangkap begitu sahaja.

Saksi pendakwa: Saya hanya mengikut arahan pihak atasan.

Hanipa: Apakah arahan boleh mengatasi undang-undang atau dari mana-mana pihak sekalipun.

Saksi pendakwa: Saya hanya menerima arahan.

Hanipa: Jika terima arahan apakah tangkapan ini tidak bercanggah dengan undang-undang. Kenapa tidak minta waran tangkap.

Saksi pendakwa: Saya terima arahan ketua sahaja.

Hanipa: Antara arahan ketua dan undang-undang mana yang perlu dipatuhi?

Saksi pendakwa: Undang-undang.

sumber : harakahdaily

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 05 Oct 2010 07:26 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Kenaikan Tarif Air - Penjelasan MB

Posted: 05 Oct 2010 02:39 AM PDT

Saya tahu siapa terlibat: Azizan

Posted: 05 Oct 2010 02:36 AM PDT


ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi amaran akan mendedahkan lebih banyak penyelewengan Kerajaan Barisan Nasional (BN) jika pemimpin yang mentadbir negeri sebelum ini terus menerus memfitnah atau memutar belit fakta.

Menurutnya, beliau tidak akan berdiam diri jika Kerajaan Negeri yang diterajuinya kini berdepan dengan fitnah daripada mereka termasuk memutar belit fakta sebenar yang didedahkan pihaknya semata-mata mahu menutup kelemahan pentadbiran sebelum ini.

"Baru-baru ini saya dedahkan mengenai hutang penggunaan bekalan air Kerajaan BN mencecah RM1.7 bilion, namun fakta itu diputar belit pemimpin BN kononnya salah. Sebelum itu, saya juga dedahkan tunggakan saman ekor RM390,000 yang ditinggalkan mereka. Mereka berhutang, kita yang terpaksa bayar," katanya.

Azizan berkata, penafian atau pembohongan mengenai beberapa perkara berbangkit, khususnya perjanjian air yang dilakukan pemimpin BN terdahulu sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa menanggung beban hutang yang banyak, sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan apabila perkara sebenar cuba diputar belit.

"Jika benar mahukan fakta tepat, saya sedia berikan. RM1.7 bilion hanya hutang terkumpul bekalan air manakala hutang keseluruhan Kerajaan Negeri BN kepada Pusat berjumlah RM2.3 bilion serta RM800 juta pula hutang pelbagai termasuk pembangunan Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)," katanya.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam kenyataan disiarkan semalam berkata, kenyataan Azizan sebelum ini bermotif politik kerana hutang peninggalan BN berjumlah RM1.7 bilion tidak tepat memandangkan ia merupakan pinjaman daripada Kerajaan Pusat kepada Kedah melaksanakan projek pembangunan.

Mahdzir juga dipetik sebagai berkata, tindakan Kerajaan Negeri menaikkan tarif air tiada kaitan dengan penstrukturan semula pengambilalihan aset air Kedah oleh Pengurusan Aset Air Berhad (Paab), sebaliknya mendakwa boleh memilih untuk tidak menaikkan tarif.

Azizan mempersoalkan siapa yang sebenarnya memutarbelitkan fakta.

"Saya dapat fakta itu daripada Pegawai Kewangan Negeri beserta laporannya. Hutang air dahulu tinggi sebab tindakan pemimpin BN sebelum ini, yang tidak mahu memilih geran yang ditawarkan Pusat tetapi mahu berhutang. Jika mereka pilih geran, mereka tidak perlu bayar semula," katanya.

Azizan mendakwa, Kerajaan Negeri sebelum ini menolak geran terbabit kerana tidak mahu terikat pada syarat yang ditetapkan, iaitu Kementerian Kewangan akan melantik kontraktor yang terlibat, sebaliknya jika berhutang, tanggungjawab adalah di bawah Kerajaan Negeri dan boleh memilih sendiri kontraktor.

"Saya tahu siapa yang terlibat dalam pemilihan itu, siapa dapat hak bina loji dan paip termasuk pemimpin BN mana yang ada kepentingan dalam perjanjian air, cuma saya tak mahu dedahkan. Tapi jika mereka kacau lagi, mungkin saya dedahkan. Sebelum ini, mereka swastakan pengurusan air di Kedah manakala kita hanya korporatkan," katanya.

Menurutnya, dua syarikat terbabit, Taliworks Sdn Bhd dan Air Utara Indah Sdn Bhd diberi kontrak sehingga 2020 oleh kerajaan BN terdahulu untuk merawat air walaupun pada hakikatnya perjanjian itu merugikan Kerajaan Negeri.

"Saya pelik apabila perjanjian itu merugikan dan apabila disiasat, rupa-rupanya milik kroni BN. Untuk 2009, Kerajaan Negeri terpaksa bayar RM39 juta kepada Taliworks sedangkan kutipan hanya RM14 juta, bermakna kita subsidi RM25 juta," katanya.

Azizan berkata, pihaknya kini sedang berunding dengan Taliworks untuk mengkaji semula perjanjian sedia ada agar kedua-dua pihak mendapat manfaatnya.

"Kita juga rugi apabila 43 peratus air yang dirawat syarikat Air Utara Indah hilang sebab kerosakan paip dan sebagainya, sebab itu kita minta Paab ambil alih hingga masalah selesai. Bayaran perlu dibayar penuh walau berlaku pengurangan bekalan air," katanya.

Perkara lain yang turut menimbulkan keraguan ialah apabila kos pembinaan loji di Padang Sanai yang mempunyai kapasiti 50 juta liter air sehari mencecah RM155 juta sedangkan anggaran sebenar kos hanya sekitar RM60 juta.

Mengenai kenaikan tarif air berkuat kuasa 1 Oktober lalu, Azizan berkata, pihaknya tiada pilihan kerana tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Air Negara 2006, yang antara lain bersetuju supaya lima negeri iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Johor dan Melaka mengkorporatkan pengurusan air sebelum diperluaskan ke negeri lain.

"Oleh itu tarif air bukan sahaja naik di Pulau Pinang dan Kedah, semua negeri juga akan naik secara berperingkat," katanya.

BN Penyebab Utama Kerajaan Kedah Tanggung Beban Hutang 1.7 Bilion : DS Ustaz Azizan

Posted: 05 Oct 2010 02:36 AM PDT

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mempertahankan pendiriannya menyalahkan kerajaan negeri terdahulu berhubung kenaikan tarif air di negeri itu oleh Syarikat Air Darul Aman (Sada) mulai bulan ini.

Beliau mendakwa kerajaan BN sebelum ini adalah penyebab utama kerajaan negeri pimpinannya terpaksa menanggung beban hutang dengan kerajaan pusat sebanyak RM1.7 bilion.

"RM1.7 bilion itu meliputi keseluruhan hutang yang ditanggung kerajaan negeri melalui projek air, perumahan dan projek di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech, dan bukannya hutang projek bekalan air bersih," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di kediaman rasminya di Alor Setar, semalam.

Azizan mengulas kenyataan ketua pembangkang Kedah yang juga bekas menteri besar Datuk Seri Mahdzir Khalid Ahald lalu bahawa beliau cuba memutarbelitkan fakta untuk merasionalkan keputusan kerajaan negeri menaikkan tarif air sebanyak 27 peratus mulai Jumaat lalu.

Sebelum ini, beliau mendakwa kenaikan tarif air tersebut berpunca daripada penstrukturan semula industri air yang dilaksanakan kerajaan pusat pada 2006, bertujuan menyelesaikan pinjaman oleh kerajaan negeri berhubung bekalan air.

Pada sidang akhbar berkenaan, Azizan berkata kenaikan tarif air tersebut juga perlu dilaksanakan kerana kerajaan negeri terpaksa membayar kepada dua syarikat pengendali rawatan air di negeri itu, Taliworks Sdn Bhd dan Air Utara Indah Sdn Bhd.

"Di Langkawi, kerajaan terpaksa membelanjakan RM39 juta setahun untuk membayar kepada Taliworks. Namun kerajaan negeri hanya memperoleh RM14 juta sahaja kutipan daripada pengguna, dan kerajaan terpaksa membayar sebanyak RM25 juta lagi bagi membiayai kos rawatan air yang dilakukan oleh syarikat berkenaan.

"Ia sama bagi Syarikat Air Utara Indah yang mengenakan caj sebanyak 18 sen bagi satu meter padu air, namun kerajaan negeri juga terpaksa menanggung kerugian sebanyak 48 peratus ekoran air tidak sampai kepada pengguna 100 peratus," katanya.

Beliau berkata ini disebabkan masalah paip yang menyalurkan air ke kediaman rosak, dan sedang diperbaiki oleh kontraktor terbabit.

- Bernama

Dewan Pemuda PAS Kawasan Temerloh

Posted: 05 Oct 2010 07:18 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Temerloh


Kontang Idea, Masalah Buang Anak Terpaksa Rujuk Belgium

Posted: 04 Oct 2010 07:56 PM PDT


Parti Islam Se-Malaysia berpandangan hajat Datin Seri Rosmah Mansur hendak ke Centrum voor Integrale Gezinsgorg (CIG) di Brussels Belgium pada 5 oktober 2010 bagi mendapatkan pelbagai input untuk menangani permasalahan buang bayi adalah tindakan yang tidak munasabah, seolah-olah kerajaan sudah hilang punca dan kontang idea.

Fenomena ini sepatutnya dirujuk kepada mereka yang arif di negara ini sahaja bukannya di negara yang, iklim dan sosial budayanya berbeza.. Tindakan yang dibuat oleh Datin Seri Rosmah untuk merujuk negara Belgium bagi mengatasi masalah anak luar nikah, seolah-olah anak yatim yang kaya dengan harta peninggalan bapanya, tetapi masih lagi meminta sedekah kepada orang ramai. Begitulah juga tindakan Datin Rosmah ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan kita mempunyai rujukan iaitu Islam.

Kenapa begitu takut hendak merujuk kepada pendekatan Islam yang lebih menyeluruh dan telah terbukti berjaya. Kaedah yang perlu digunakan mestilah merujuk kepada apa yang diajar oleh Rasulullah SAW iaitu pendekatan mencegah dan mendidik. Baginda telah berjaya membetulkan masyarakat jahiliah yang rosak dalam masa 23 tahun yang menjadi kekaguman ahli kaji masyarakat barat yang berpandangan kerosakan masyarakat jahiliah hanya dapat dirawat dalam masa 100 tahun lebih.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 05 Oct 2010 03:31 PM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


RM untuk saman Felda

Posted: 04 Oct 2010 10:10 PM PDT


Peguam yang mewakili peneroka adalah anak peneroka sendiri, santai dan mudah diajak berbincang
.

Untuk Apa Felda Berbohong?

Mari kita baca Majalah keluaran Felda. Didalamnya dimuatkan mengenai tindakan peneroka-peneroka Felda menyaman Felda.

Wah, wah, wah...ceritanya begini. Felda melakukan pembohongan diatas darat apabila dia menyatakan bahawa Peguam-Peguam Peneroka mengenakan bayaran RM5000.00 kepada setiap peneroka yang menyaman Felda.

Majalah itu menyatakan bahawa peguam-peguam itu menggunakan kereta mewah, dan tinggal di Hotel-Hotel 5 Bintang dan tersenyum didepan ATM.

Beginilah buruknya imej Peguam-Peguam itu yang digambarkan oleh Felda melalui Majalah keluarannya.

Dulu Tan Sri Dr Yusof Noor mengatakan bahawa setiap peneroka itu dikenakan RM500.00 tetapi kali ini dinaikkan angka itu 10 kali ganda dengan RM5,000.00.

Ketawa besar peneroka-peneroka Serting membaca artikel didalam Majalah Felda itu. Mereka kata samada Felda ini ditadbirkan oleh manusia yang paling bodoh didunia atau pembohong yang paling bodoh.

murah je

Peneroka-peneroka tidak membayar yuran guaman (legal fees) langsung, tetapi hanya membayar bayaran kos (disbursement) sebanyak RM50.00 seorang. Dari duit RM50.00 itulah digunakan untuk menghantar buah sawit ke Makmal untuk ujian KPG dari beberapa lot untuk mempastikan bahawa tuntutan yang dibuat berlandas kepada fakta sebenar, bukan hayalan mengikut emosi.

Dari disbursement itu juga untuk digunakan bagi perbelanjaan transport didalam pengurusan ini, dan dari disbursement yang kecil itu jugalah digunakan untuk menyiapkan dokumen, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi, untuk hadir entah beberapa kali nanti di Mahkamah Tinggi, di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. RM50.00!

Kita sekarang mahu Felda dedahkan pula berapakah jumlah Fee Guaman yang Felda bayar kepada Peguam Felda, dan kita juga mahu tahu bahawa jika Peguam Felda itu gagal menghadiri Mahkamah, apakah tindakan undang-undang yang Felda telah saman kepada Peguam yang gagal bertindak itu.

Kita mahu tahu jumlah bayaran guaman yang Felda telah bayar kepada Peguam yang gagal di Mahkamah Tinggi itu, dan berapa fee guaman yang Felda bayar kepada Peguamnya di Mahkamah Rayuan dan berapa pula bayaran guaman yang Felda telah bayar kepada Peguamnya di Mahkamah Persekutuan.

established

Felda telah melantik Peguam dari Firma Guaman yang besar dan established, maka menjadi kepentingan kepada Peneroka untuk bertanya jumlah Fee Guaman yang dibayar oleh Felda kepada Peguam-Peguamnya (termasuk yang dikatakan gagal itu) dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Persekutuan dan Semakan di Mahkamah Persekutuan.

Sila jawab. Kerana pembohongan Felda mengatakan bahawa peguam-peguam Peneroka mengenakan perbelanjaan guaman sejumlah RM5000.00 itu, Insya Allah, peguam-peguam tersebut akan mengambil tindakan saman malu terhadap Felda. - Lubuk kawah

Orang Jengka bangkit

Posted: 04 Oct 2010 10:00 PM PDT

Perjumpaan Peneroka Felda dan Peguam-Peguam di Felda Jengka 9
Pertemuan Peneroka-Peneroka Felda dengan Peguam-Peguam di Felda Jengka 6


Didua lokasi yang berbeza dan waktu yang berbeza tetapi pada tarikh yang sama, wakil-wakil Peneroka Felda telah menemui Peguam-Peguam untuk mengadukan masalah KPG yang dimanipulasikan oleh Felda, dan melantik para peguam untuk mengambil tindakan saman terhadap Felda.

Sebelum perjumpaan ini diadakan seorang wakil dari Dr Syukri, ADUN Pulau Tawar, Jerantut meminta supaya pertemuan itu dibatalkan kerana kononnya Dr Syukri sendiri akan menganjurkan perjumpaan seumpama itu untuk menyaman Felda.

Begitulah kecut perutnya mereka itu sehingga sanggup cuba memperdayakan peneroka-peneroka kononnya Dr Syukri, seorang ADUN BN sanggup memulakan saman terhadap Felda bagi mengelakkan perjumpaan itu dari diadakan.

Setelah perjumpaan diadakan dua orang lagi Wakil Rakyat UMNO/BN, Tan Mohd Aminuddin Ishak, Ahli Exco Kerajaan Pahang yang juga ADUN Chenor dan Shahaniza Shamsuddin, ADUN Kuala Sentul memberikan pandangan yang hampir sama.

Menurut Shahaniza bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang aduan dari peneroka-peneroka. Persoalannya, kalaulah peneroka-peneroka mengadu kepada beliau, apakah tindakan yang mampu diambilnya?

Sebelum ini beliau hanya pandai mengeluarkan kenyataan-kenyataan menghina peneroka-peneroka Felda dengan mengatakan bahawa Peneroka-Peneroka patut bersyukur dan pernah menyatakan bahawa tujuan Felda mengujudkan Felda Plantation adalah untuk kepentingan peneroka-peneroka Felda, membawa maksud bahawa beliau langsung tidak mengetahui apakah Felda Plantation dan apakah tujuan Felda Plantation diwujudkan.

Bidas pejuang perkauman

Posted: 04 Oct 2010 09:51 PM PDT


Sultan: Golongan pertikai hak Melayu cetek akal

Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini mengingatkan badan kehakiman dan mahkamah supaya berhati-hati dalam mengadili kes-kes sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat termasuk melibatkan kuasa raja.


Sultan Ibrahim bertitah kes sensitif yang tidak sesuai untuk dibicarakan hendaklah ditolak kerana dikhuatiri ia boleh mendatangkan rasa tidak puas hati kepada sesuatu pihak.

"Kes-kes mahkamah yang tidak sesuai untuk dibicarakan hendaklah ditolak kerana jika mahkamah mendengar kes tersebut dan membuat keputusan, sudah pasti ada pihak yang tidak berpuas hati.

"Oleh itu, adalah lebih baik jangan dilayan kes-kes sensitif terutama yang melibatkan kuasa raja-raja," titah baginda pada perasmian seminar Perlembagaan Malaysia peringkat negeri Johor di Johor Baharu hari ini.

Baginda bertitah, sebarang bentuk perbahasan dan pertelingkahan mengenai isu sensitif juga hendaklah dielakkan oleh semua pihak kerana ia hanya akan menambahkan lagi jurang perselisihan terutama antara agama dan bangsa.

Menurut Sultan Ibrahim segala kekeliruan yang timbul perlu diperjelaskan dengan teliti supaya rakyat dapat hidup dengan harmoni, aman damai dan saling menghormati.

Baginda turut membidas sikap segelintir pihak yang ghairah memperjuangkan kaum sendiri dan mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub sekian lama dalam Perlembagaan negara.

Menyifatkan golongan tersebut sebagai cetek akal, Sultan Ibrahim bertitah tindakan yang hanya bercakap mengikut selera sendiri tanpa meneliti sejarah pembentukan Perlembagaan persekutuan itu akan merosakkan keharmonian kaum di negara ini.

hak kaum lain

"Kita perlu ingat, keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu tidak menghalang hak kaum lain, malah kaum lain juga diberi hak dan jaminan dalam Perlembagaan. Ini semua terbentuk hasil dari sikap toleransi yang tinggi pemimpin-pemimpin kita dahulu.

pelampau ekstrimis

"Belajarlah daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang mana kedamaian negara tergadai akibat hilangnya sikap toleransi dan wujudnya golongan pelampau atau ekstremis.

"Golongan inilah yang menjadi dalang merosakkan kedamaian sesebuah bangsa," titah baginda.

- Bernama

Rasis tapi wartawan yang disalahkan?

Posted: 04 Oct 2010 09:43 PM PDT

'Si sepet, si kaki botol': Hamim buat laporan polis- Mkini

Penolong Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husain hari ini membuat laporan polis terhadap portal berita The Malaysian Insider dan seorang wartawannya berhubung isu kenyataan 'rasisnya'.

Beliau hadir membuat laporan itu di balai polis Sentul kira-kira jam 1 petang dengan diiringi Ketua Wira Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Arman Azha Abu Hanifah.

Hamim (kanan) bagaimanapun enggan bercakap sepatah pun kepada media, termasuk kandungan laporannya.

Beliau sebaliknya hanya membaca surah al-Fatihah dan berdoa untuk perpaduan umat Islam dan pemimpinnya di luar balai selepas membuat aduannya.

Hamim kemudian beredar daripada tempat itu tanpa mempedulikan wartawan yang mengejarnya sampai ke kereta.

Bagaimanapun, tampil berpakaian serba hitam - termasuk berkaca mata gelap - pegawai kerajaan itu sempat melambai dan tersenyum kepada pihak media yang menunggunya kira-kira sejam.

Menurut Arman Azha, laporan polis Hamim itu dibuat terhadap akhbar dan wartawan portal itu Boo Su-Lyn yang didakwa menyalahtafsirkan kenyataannya dan menyelinap dalam program tertutup mereka.

Menurut Arman Azha (kiri) lagi, tindakan Boo Su-Lyn itu yang "menyalahtafsirkan" kenyataan Hamim itu boleh "menggugat muhibah dan keamanan kaum".

"Kami PERKASA berdiri teguh di belakang beliau (Hamim). Itu adalah program tertutup. Media harus hormat," kata Arman Azha lagi.

The Malaysian Insider dalam laporannya minggu lalu mendakwa Hamim menghina dan melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata' dan 'si kaki botol'.

Pegawai kanan BTN itu juga dilaporkan oleh Boo sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka.

Berhentilah merokok bro...

Posted: 04 Oct 2010 09:40 PM PDT


Duti eksais rokok dinaikkan lagi 3 sen sebatang


Kerajaan telah menaikkan kadar duti eksais bagi rokok sebanyak tiga sen sebatang, berkuatkuasa 1 Oktober.


Dengan kenaikan kadar duti eksais itu, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 63 sen, iaitu 60 sen daripada duti eksais dan tiga sen daripada cukai jualan, demikian menurut satu kenyataan daripada Kementerian Kewangan di Kuala Lumpur, semalam, bagi mengesahkan laporan sebelumnya tentang kenaikan cukai itu.

Sebelum ini, kadar duti eksais bagi rokok ialah 19 sen dan 20 peratus sebatang.

Ia berkata kenaikan itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Dunia.

Melalui komitmen ini, kaedah percukaian dan kawalan harga merupakan langkah penting dan berkesan dalam mengawal penularan gejala merokok, terutamanya di kalangan remaja.

Langkah itu juga selaras dengan dasar penetapan harga minimum jualan rokok sebanyak RM6.40 sekotak berkuatkuasa mulai 1 Januari tahun ni, jelasnya.

- Bernama

Hutang lapuk BN

Posted: 04 Oct 2010 09:30 PM PDT



Azizan: BN punca tarif air naik di Kedah


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mempertahankan pendiriannya menyalahkan kerajaan negeri terdahulu berhubung kenaikan tarif air di negeri itu oleh Syarikat Air Darul Aman (Sada) mulai bulan ini.

Beliau mendakwa kerajaan BN sebelum ini adalah penyebab utama kerajaan negeri pimpinannya terpaksa menanggung beban hutang dengan kerajaan pusat sebanyak RM1.7 bilion.


"RM1.7 bilion itu meliputi keseluruhan hutang yang ditanggung kerajaan negeri melalui projek air, perumahan dan projek di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech, dan bukannya hutang projek bekalan air bersih," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di kediaman rasminya di Alor Setar, semalam.

Azizan mengulas kenyataan ketua pembangkang Kedah yang juga bekas menteri besar Datuk Seri Mahdzir Khalid Ahald lalu bahawa beliau cuba memutarbelitkan fakta untuk merasionalkan keputusan kerajaan negeri menaikkan tarif air sebanyak 27 peratus mulai Jumaat lalu.

Sebelum ini, beliau mendakwa kenaikan tarif air tersebut berpunca daripada penstrukturan semula industri air yang dilaksanakan kerajaan pusat pada 2006, bertujuan menyelesaikan pinjaman oleh kerajaan negeri berhubung bekalan air.

Pada sidang akhbar berkenaan, Azizan berkata kenaikan tarif air tersebut juga perlu dilaksanakan kerana kerajaan negeri terpaksa membayar kepada dua syarikat pengendali rawatan air di negeri itu, Taliworks Sdn Bhd dan Air Utara Indah Sdn Bhd.

"Di Langkawi, kerajaan terpaksa membelanjakan RM39 juta setahun untuk membayar kepada Taliworks. Namun kerajaan negeri hanya memperoleh RM14 juta sahaja kutipan daripada pengguna, dan kerajaan terpaksa membayar sebanyak RM25 juta lagi bagi membiayai kos rawatan air yang dilakukan oleh syarikat berkenaan.

"Ia sama bagi Syarikat Air Utara Indah yang mengenakan caj sebanyak 18 sen bagi satu meter padu air, namun kerajaan negeri juga terpaksa menanggung kerugian sebanyak 48 peratus ekoran air tidak sampai kepada pengguna 100 peratus," katanya.

Beliau berkata ini disebabkan masalah paip yang menyalurkan air ke kediaman rosak, dan sedang diperbaiki oleh kontraktor terbabit.

- Bernama

Percuma di Selangor

Posted: 04 Oct 2010 09:20 PM PDT


Murid gembira apatah lagi ibubapa apabila mendapat buku teks sekolah agama percuma

Selangor beri buku teks agama percuma
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Para pelajar sekolah rendah agama (SRA) seluruh Negeri Selangor mulai sesi persekolahan 2011 akan menerima buku teks agama percuma di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata, seramai 125,250 pelajar yang melibatkan 206 SRA akan menerima kemudahan itu.

Katanya, jumlah implikasi kewangan yang terlibat adalah sebanyak RM4,261,738 yang diluluskan melalui sumber Lembaga Zakat Selangor.

"Kerajaan juga bercadang untuk melebarkan skim dan kemudahan ini ke sekolah agama menengah, kelas al-Quran dan fardu ain dan prasekolah Jais di masa depan," ujarnya yang juga Adun Gombak Setia.

Selain itu, tambahnya, kerajaan negeri juga telah meluluskan kenaikan elaun pembersih kawasan di SRA gred B dari RM100 kepada RM500 dan SRA gred C dan prasekolah Jais dari RM100 kepada RM300.

"Sementara untuk keceriaan dan membersihkan kawasan di semua SRA gred A telah diswastakan," katanya pada sidang media di kediamannya di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, dekat sini, kelmarin.

Beliau berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM621,600 setahun untuk tujuan menaikkan elaun SRA gred B, gred C dan prasekolah Jais.

Johor bila nak bagi buku teks free?

Susu lembu kroni

Posted: 04 Oct 2010 09:11 PM PDT


Lembu pula disalahkan

PASTIKAN SUSU SATU MALAYSIA BERKUALITI : TMP – berita hairan

Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak yang terbabit dalam Program Susu satu Malaysia untuk diagih kepada 3.1 juta murid di seluruh negara, memastikan tiada murid mengalami keracunan akibat meminum susu tidak berkualiti.

Selain pembekal susu, dia berkata, pentadbiran sekolah dan ibu bapa harus memastikan kejadian seumpama itu tidak berlaku, sekali gus menjamin kesihatan murid sentiasa berada pada tahap terbaik.

Bila keracunan salahkan lembu, pembekal, pentadbir sekolah, ibu bapa dan murid...bila nak salahkan diri sendiri sebab buat projek ni khas untuk kroni...

Cakap tak serupa bikin

Posted: 04 Oct 2010 08:56 PM PDT


Siketiak basah semasa demo anti cina Namawee

"Saya harap semua anggota PKR memilih Mustaffa Kamil Ayub sebagai timbalan presiden. Beliau daripada ABIM (Angkatan Beliau Islam Malaysia), (beliau) ada agenda Islam," kata Arman Azha (Ketua Wira Perkasa)


Agenda Islam konon, Ketua Wira Perkasa bersama isteri yang dedah aurat.

Jom bertudung labuh

Posted: 04 Oct 2010 08:45 PM PDT


Aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

Dikejar Tebuan Tanah

Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan.

Taklimat dan doa dimulakan. Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat.

Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi.

Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Terlindung daripada Mata Mat Rempit

Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request.

Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah. Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika.

Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk.

Terasa secepat kilat bas meninggalkanku. Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan.

Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi.

Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal. Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku.

Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

Di mana? Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid.

Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada. Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi.

Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam.

Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali.

Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali! Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan.

Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi.

Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!

Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak. Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh.

Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap.

Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan. Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku.

Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh.

Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya. Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya.

Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai.

Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih?

Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik. Tudung tak labuh pun masih tutup aurat. Dont judge people by its cover.

Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.

Mencari...hadis atau kata hikmat?

Posted: 04 Oct 2010 06:18 PM PDT


"sesiapa yang berkehendakkan dunia hendaklah dengan ilmu,dan sesiapa yang berkehendakkan akhirat hendaklah dengan ilmu,dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya hendaklah dengan ilmu"
Ia adalah perkataan Imam Syafi'i dalam kitab Al-Majmu' karya Imam An-Nawawi bukan Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim mahupun Termidzi?, wallahuaalam...

Sekalung tahniah buat adinda Siti Hajar yang memperolehi sekeping Ijazah (dulu segulung ijazah sebab memang bergulung, tetapi sekarang ijazahnya dah bentuk macam buku papan) Kejuruteraan Komputer dari UIAM pada 2 Oktober 2010 hari Sabtu lepas.

Gambar keluarga berkumpul meraikan kejayaan Jaja di Majlis Konvo UIAM 2010.Syabbas...

Semoga Dapat Semua A dalam PMR

Posted: 04 Oct 2010 05:35 PM PDT


Selamat menghadapi Peperiksaan PMR 2010

Kepada semua calon-calon, guru-guru, ibubapa dan semua yang terlibat dalam peperiksaan ini.
Alhamdulillah, ura-ura untuk memansuhkan peperiksaan PMR ini ditangguhkan.

Bayangkan kalau dah penat-penat dan bertungkus lumus guru, ibubapa dan pelajar belajar dari tingkatan satu dan dari awal tahun tetiba Muhyiddin mansuhkan peperiksaan ni, kan naya..

Kepada Pelajar Madrasah Al-Masriyah Simpang Renggam di doakan semoga dapat A selalu...tak lupa SMA Bandar Tenggara dan SMK Jalan Kota Tinggi, Kluang...

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 05 Oct 2010 03:17 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


NAJIB YANG ISLAMFOBIA... BUKAN DUNIA

Posted: 05 Oct 2010 02:30 AM PDT

Sebenarnya Najib lah yang Islamfobia... bukannya dunia barat....fikir-fikirkanlha. Saya petik sahaja:-


October 05, 2010BRUSSELS, 5 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menyampaikan ingatan kepada masyarakat antarabangsa bahawa Islam bukan satu ancaman dan bahawa Islamofobia sering dicetuskan oleh ekstremis dalam semua agama.
Beliau masyarakat antarabangsa perlu melihat Malaysia sebagai contoh jelas bagaimana rakyat dari pelbagai agama dapat hidup bersama secara harmoni.
Bercakap pada perbincangan meja bulat media yang dihadiri pertubuhan media antarabangsa yang berpangkalan di sini, Najib berkata konflik yang timbul bukan di antara agama tetapi antara ekstremis dan puak sederhana bagi semua agama.
"Islam tidak sepatutnya satu masalah asalkan wujud kesederhanaan dalam semua agama," katanya.
Islam merupakan antara perkara yang dibangkitkan semasa sesi itu dan Najib ditanya berhubung cara Malaysia menangani persepsi terhadap agama di kalangan masyarakat Eropah di tengah-tengah perundingan perjanjian perdagangan bebas Eropah-Malaysia, yang akan dilancarkan di sini hari ini.
Najib berkata adalah lebih baik jika masyarakat Eropah dapat menyertai dialog dengan negara-negara Islam sederhana seperti Malaysia.
Sambil menyatakan bahawa beliau tidak merestui tindakan golongan ekstremis, Najib berkata usaha bagi menyelesaikan Islamofobia ialah mencari jalan penyelesaian jangka panjang kepada isu rakyat Palestin.
Katanya nasib rakyat Palestin, yang telah dinafikan hak mereka, "menyentuh perasaan di kalangan dunia islam."
"Setengah orang berasa jika tiada lagi harapan, apa lagi yang ada untuk menyambung hidup," katanya sambil menambah sebaik masalah rakyat Palestin diselesaikan, keganasan akan reda. – Bernama

LU JAGA PEMIMPIN LU.. GUA JAGA PEMIMPIN GUA...

Posted: 04 Oct 2010 05:56 PM PDT

Nampaknya pemimpin-pemimpin UMNgOk pulak yang melatah bila Tok Guru kata calon PAS mesti yang tidak merokok... yang dok sibut-sibuk pehal... tau la Ku Li belum bagi keputusan lagi....

Ini bukan pertama kali Tok Guru buat statement tue... tetapi ini ulangan semula yang Tok Guru pernah sebut ketika Pilihanraya dulu khususnya PRU 12 lalu agar calon PAS mestilah dikalangan mereka yang tidak merokok... gua cabar pemimpin UMNgOk ... senaraikan nama YB PAS yang merokok.... ataupun lu boleh senaraikan nama YB UMNgOk yang tidak merokok.... saya petik dari Utusan Meloya:-

Nik Aziz perlu betulkan akhlak pemimpin Pas


(UM) SHAH ALAM 4 Okt. - UMNO Selangor mencabar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membawa kembali ahli dan pemimpin parti itu kepada ajaran Islam sebenar daripada memberi tumpuan kepada soal memilih calon tidak merokok untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, pemilihan calon bukan perokok bukanlah satu perkara yang perlu diutamakan oleh Menteri Besar Kelantan itu.

Sebaliknya, kata beliau, Nik Abdul Aziz perlu melihat semula akhlak sebilangan besar pemimpin dan ahlinya yang sering melakukan fitnah dan memaki hamun pihak yang tidak selari dengan agenda politik Pas.
Katanya, tingkah laku sedemikian dilihat banyak kali berlaku di dalam ceramah politik yang dianjurkan oleh parti itu termasuk di negeri ini.

''Saya bukan menyokong amalan merokok tetapi untuk meningkatkan imej Islam, saya rasa ada perkara yang lebih penting iaitu menghentikan budaya fitnah dan memaki hamun yang dilakukan pemimpin Pas.

''Apakah Nik Aziz tidak melihat atau buat-buat tak nampak akhlak sebilangan pemimpin mereka ketika berceramah. Adakah amalan fitnah, maki, menuduh pihak lain tanpa usul periksa ini dapat meningkatkan imej Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz Sabtu lalu yang menegaskan tidak akan mencalonkan perokok untuk mewakili parti itu pada pilihan raya kecil DUN Galas.

TOK GURU "GILO" KE UMNO BESUT HOK "GILO"...

Posted: 04 Oct 2010 05:43 PM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Okt — PAS Besut memberi tempoh 24 jam kepada Umno Besut agar memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran ceramah "DAP Anti Islam" Jumaat lalu yang mengaibkan Mursyidul Am PAS itu.


Yang Dipertua PAS Besut Wan Azhar Wan Ahmad berkata, pihaknya terpaksa membuat desakan itu setelah mengambil kira dan meneliti laporan kandungan ucapan penceramah jemputan, Abdullah Sa'amah yang didakwa memaki hamun, mencerca, menghina dan menggelarkan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan dengan "kalimah yang amat biadap dan penuh prejudis."

Wan Azhar berkata penceramah jemputan tersebut dikatakan telah melabelkan Nik Aziz (gambar) "sebagai Tok Guru Gilo".

"PAS Besut yakin situasi ini tidak mungkin berlaku sekiranya penganjur program tidak mengheret dan mewarnai emosi dan pemikiran penceramah tersebut ke arah mewujudkan satu bentuk ketegangan yang boleh menjurus kepada isu keagamaan dan perkauman," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari tadi.

Sehubungan itu, PAS Besut memberi tempoh sehingga 12.30 tengah esok kepada Umno Besut memohon maaf.

Ceramah itu menurut beliau telah di Padang Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh.

"PAS Besut juga akan menghantar nota bantahan kepada pengurusan Jabatan Pelajaran Terengganu kerana membenarkan premis sekolah digunakan oleh parti politik yang jelas mempunyai tendensi dan kecenderungan memupuk budaya liar dan samseng di kalangan masyarakat setempat," kata beliau.

"Sehubungan itu, sekiranya Umno Besut gagal berbuat demikian sebelum 12 tengah hari 5 Oktober (esok), maka PAS Besut tidak akan teragak-agak untuk mendapatkan nasihat guaman dalam mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang berkaitan," katanya lagi.

HUJAH MUDAH KENAPA PERLU TOLAK UMNgOk

Posted: 04 Oct 2010 05:35 PM PDT

Perlu diperjelaskan? Memadailah jika anda memahami petikan kata-kata TGNA di bawah ini. Jika memahaminya, apa lagi alasan yang anda mahukan? Jika tidak memahaminya, tolong baca kenyataan tersebut berulang kali! Saya petik:
----------------------------------------------------------------------

SHAH ALAM 2 Okt - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata beliau sanggup mencadangkan agar PAS dibubarkan sekiranya Umno benar-benar mengikuti lamdasan Islam.

"Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin Umno agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini Umno berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan Umno.


"Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti Umno itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam Umno? Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia," soal Nik Abdul Aziz dalam blognya semalam.

Kata Nik Abdul Aziz, Umno adalah punca utama umat Islam di negara ini keliru apabila mengamalkan politik perkauman sempit dengan melaungkan 'Hidup Melayu' tetapi pada masa yang sama menolak hukum Islam (Hudud).

Menteri Besar berkata Umno mengaku memperjuangkan Islam tetapi pada masa yang sama menolak undang-undang jenayah dalam Islam.

Nik Abdul Aziz menegaskan beliau sudah berkali-kali mengajak parti itu agar mengubah dasar tetapi Umno terus berkeras dengan semangat kebangsaan (perjuangan untuk bela Melayu) malahan berbangga dan mengagung-agungkan semangat perkauman yang sempit dengan melaungkan 'hidup Melayu.'

HUKUM MENERIMA WANG YANG TIDAK JELAS : UST ZAHARUDDIN

Posted: 04 Oct 2010 05:29 PM PDT

[Zaharuddin] Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut 'pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM
Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, tindakan mereka adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:

1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang (dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.
Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya

2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.
Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjakannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan 'hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.
3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.
Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam (Hasyiah Ibn 'Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225)
PANDANGAN ULAMA MAZHAB
Ulama hanafi menyebut yang ertinya: Pemilikan kotor (haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) (Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)


Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. (rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)
Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata yang ertinya "sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir (dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka." (Al-Majmu' , 9/428)
Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain yang ertinya: "Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan." (Ihya Ulumiddin, 2/212)
Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata yang

ertinya : "Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). (Fatawa Mu'asiroh, 1/606)
RINGKASAN DALIL
Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan 'derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-
1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda yang ertiya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)
Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.
2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]
3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.
KESIMPULAN
* Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka (pemberi sumbangan) itu bercampur antara wang halal dan haram. atau dalam kata lainnya, harta mereka masih ada yang neutral dan halal.

* Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.

* Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini

* Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.

* Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.

* Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 05 Oct 2010 03:17 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


PARTI PEKEMBAR BAGAI TAHI DI BAWAH KASUT SAYA, HINANYA UMNO

Posted: 05 Oct 2010 03:11 PM PDT


nota : PEKEMBAR adalah nama Melayu bagi UMNO (tapi pemimpinnya malu nak guna)
UMNO Bagai Tahi Anjing Di Bawah Kasut Saya

Nampaknya saya sudah berjaya melondehkan seluar mereka. Mereka menyalak, menjerit-jerit yang saya terlalu penakut untuk pulang ke Malaysia. Dan kemudian, apabila saya kata mereka temberang dan mengatakan bahawa saya akan kembali, mereka cemas dan mula menimbulkan pelbagai isu, yang anda boleh baca di bawah.

Raja Petra Kamarudin
Sudah lebih daripada setahun pelbagai ahli UMNO daripada pelbagai peringkat, blog UMNO dan laman-laman web mereka telah menggelar saya seorang pengecut, pengkhianat , dan bermacam-macam lagi, kerana tinggal di UK dan tidak pulang ke Malaysia untuk menghadapi perbicaraan. Meskipun hakikatnya tiada pertuduhan yang dikemukakan terhadap saya atau mana-mana waran tangkap (walaupun kerajaan boleh, jika ia berhasrat untuk memfailkan tuduhan-tuduhan baru terhadap saya) mereka berkeras tetap memanggil saya seorang pelarian. Walaupun seperti baru-baru ini Nazri Aziz menyatakan yang dia menjamin keselamatan saya jika saya akan kembali ke Malaysia.

Antara banyak laman-laman web UMNO yang paling kejam ialah Malaysia Instinct. Dan sebagai respons untuk 'percubaan' mereka membawa saya kembali saya tunjukkan saya sedia berbuat demikian dan juga menunjukkan saya akan berada di UCL pada jam 1.00pm hari Sabtu, 2hb Oktober 2010, untuk bertemu High Commissioner Malaysia bagi membincangkan kepulangan saya ke Malaysia.

Tetapi, High Commissioner tidak pernah muncul dan Malaysia Instinct sekarang menimbulkan persoalan tentang mengapa saya ingin pulang ke Malaysia. Saya fikir mereka yang benar-benar mahu saya kembali Malaysia dan untuk mereka saya berbuat demikian. Dan bila saya kata saya sedia untuk kembali mereka menyoal pula mengapa saya mahu berbuat demikian dan mula membuat pelbagai tuduhan berniat jahat kepada saya.

Itulah sebabnya. Jangan pernah sesekali mencabar seseorang untuk berperang. Anda tidak mengetahui samada mereka akan menerima cabaran itu. Dan lepas lebih daripada setahun mencabar saya dan menggelar dengan pelbagai gelaran mereka mula cemas dan membuat satu u-turn apabila saya menerima cabaran untuk pulang ke Malaysia.

Podah! Semua orang UMNO hanya pandai bercakap tapi tidak berani. Mereka berani apabila di dalam satu kumpulan besar menentang kumpulan kecil dan apabila mereka telah diberikan perlindungan oleh polis. Tetapi bila ia satu lawan satu , tiba-tiba telur mereka mengecut.

Sekarang anda tahu mengapa saya sangat memandang hina orang Melayu UMNO. Saya menganggap mereka bagaikan tahi anjing yang bertempel di bawah tapak kasut saya. Saya lebih suka menyentuh seekor babi daripada orang-orang ini. Begitulah jijiknya mereka.

MAHASISWA BUKAN BUDAK KECIL DI PILIHAN RAYA KECIL

Posted: 05 Oct 2010 11:00 AM PDT

Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menjangka lebih 2,000 mahasiswa akan menyertai kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat, tanpa mempeduli amaran daripada Menteri Pengajian Tinggi supaya tidak terlibat. dalam PRK itu.

Setiausaha SMM, Mohd Ridzuan Othman menyifatkan amaran awal Datuk Seri Khaled Nordin semalam sebagai arahan yang tidak masuk akal dan bukan sesuatu yang mutlak walaupun Khaled berhak mengeluarkan kenyataan sedemikian tetapi terpulang kepada mahasiswa untuk membuat penilaian.

"Pertamanya kita seluruh Mahasiswa sering peka berkenaan dengan isu-isu semasa yang melingkari mahasiswa dan negara ini.

"SPR belum lagi bermesyuarat dan memutuskan tarik pilihan raya kecil Galas tetapi Menteri telah pun mengeluarkan arahan kepada mahasiswa supaya tidak turun ke Galas. Adakah Menteri sedang bermimpi di siang hari?" katanya yang menyatakan mahasiswa tidak akan turun beramai-ramai ke Galas.

"Kami sahut cabaran menteri yang sewenang-wenangnya ingin mengenakan Auku (Akta Universiti dan Kolej Universiti) kepada mahasiswa yang turun ke Galas.

"Saya juga ingin memberi mesej jelas kepada menteri bahawa mahasiswa bukan budak kecil yang boleh ditakut-takutkan," katanya yang menganggarkan lebih 2,000 mahasiswa bakal ke Galas untuk hadir sebagai kuasa ketiga dalam masyarakat.

"Jika mahasiswa tidak dibenar hadir pilihan raya kecil, ke mana mahasiswa akan pergi apabila pilihan raya umum berlangsung? Semua negeri ini menjadi 'haram' bagi mahasiswa. Adakah mahasiswa perlu ramai-ramai ke luar negara?" katanya.

SIAPAKAH HAKIM 2 ORANG TU? SAJA NAK TAU

Posted: 05 Oct 2010 05:49 AM PDT

PUTRAJAYA, 5 Okt [6.45 pm] - Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan kebenaran untuk sebuah syarikat pembalakan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengenepikan perintah mandamus yang memaksa Menteri Besar Pahang membayar RM70 juta termasuk faedah kepada syarikat itu. Berikutan keputusan majoriti 2-1 oleh panel tiga hakim di sini, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGMSB) kini berdepan dengan dilema bagaimana dan kepada siapa ia harus menuntut RM70 juta daripada kerajaan negeri. Pada 25 Mei 2007, Mahkamah Tinggi Kuantan memerintahkan kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 beserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Dis 2000 kepada SGMSB kerana melanggar kontrak konsesi pembalakan. Pada 9 Dis 2002, SGMSB memfailkan saman terhadap kerajaan Pahang dan Pengarah Jabatan Perhutanan negeri kerana melanggar kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di tanah seluas 4,000 hektar milik UMNO di Mukim Bebar, daerah Pekan. Jumlah ganti rugi itu dikekalkan selepas Mahkamah Persekutuan menafikan permohonan kerajaan negeri untuk kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan itu. SGMSB kemudian memperoleh perintah mandamus daripada Mahkamah Tinggi Kuantan bagi memaksa Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto), melunaskan ganti rugi itu selepas cubaan menuntut amaun penghakiman bersama faedah gagal.

SEHARI 2.8, SEBULAN 84 , SETAHUN NAUZUBILLAH SERIBU ORANG?

Posted: 05 Oct 2010 01:14 AM PDT

Patutlah beria-ia benar nak bukah sekolah budak mengandung. Rupanya boleh buat projek sekolah, kemasukan boleh sampai 1,000 orang.

Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Mohd Ali Rustam seperti yang disiarkan dalam media hari ini bahawa secara purata kira-kira 2.8 orang anak luar nikah lahir di negeri Melaka setiap hari sejak 2007 hingga 2009 lalu. Angka ini kemungkinan lebih besar pada tahun 2010. Mengapa ini berlaku?
Ini membuktikan kegagalan kerajaan negeri menangani isu ini sejak dari dahulu.

Rakyat mempersoalkan bagaimana Mohd Ali dengan mudah menuding jari dengan meletakkan kesalahan ini kepada keluarga dan kegagalan sistem pembelajaran semata-mata sedangkan di sana terdapat lagi punca-punca lain yang jelas menyebabkan berlakunya perZINAan yang berleluasa selama ini.

Bukankah pergaulan bebas, pusat-pusat pelacuran, rumah urut, kelab malam, dangdut, disko dan keujudan hotel-hotel murah juga menjadi punca kepada mudahnya gejala zina ini berlaku. Apa yang kerajaan negeri dibawah pimpinannya lakukan dalam membasmi tempat-tempat maksiat ini.
Selain itu tindakan penguatkuasaan juga amat terhad kerana kurangnya anggota penguatkuasa JAIM bagi mengadakan pemeriksaan dan penangkapan pelaku maksiat ini.

Kerajaan negeri dilihat gagal menyedarkan anak-anak muda tentang pentingnya ilmu agama. Kuliah agama dan kelas pengajian hanya dihadiri oleh warga emas kerana ianya tidak menarik minat anak muda. Malah kelas-kelas agama ini semakin kurang lantaran tindakan kerajaan negeri menyekatnya atas alasan ustaz tiada tauliah dan sebagainya.

Kerajaan negeri juga dilihat menggalakkan program-program pergaulan lelaki dan perempuan di samping kebanyakan program mereka banyak menyelitkan unsur-unsur maksiat dan melalaikan seperti karaoke yang melibatkan percampuran lelaki dan perempuan.

Tempat-tempat maksiat tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan terutama di Taman Melaka Raya dan kawasan disekitarnya. Apa yang kerajaan negeri buat?????

Selagi kerajaan negeri gagal menyediakan persekitaran yang bebas dari maksiat di negeri ini selagi itulah remaja dan golongan muda terdedah kepada maksiat. Manakala ibubapa sukar untuk mengawal anak-anak muda mereka terjebak ke kancah maksiat.

Saya mencadangkan supaya kerajaan menutup serta merta semua pusat-pusat maksiat ini dan menghentikan semua program berunsur maksiat yang dianjurkan oleh agensi kerajaan negeri dan pihak-pihak lain. Selain itu program-progam agama ditingkatkan disamping menambah bilangan penguatkuasa JAIM bagi memantau kegiatan maksiat di negeri ini.

Janganlah kerajaan menuding jari kepada pihak lain sedangkan kuasa mutlak ada di bawah kerajaan negeri untuk mencegah kemungkaran. Mari sama-sama kita berganding bahu untuk mengatasi masalah ini kerana kita bimbang BALA Allah akan menimpa kita semua lantaran dosa besar yang berlaku saban saat dan minit di negeri kita in

TUN M SUATU MASA DULU !?!

Posted: 04 Oct 2010 07:57 PM PDT


Memang benor Tun Mahathir yang sedang sakit tidak sepatutnya dihina demikian rupa. Teman juga doakan agar beliau sihat dan terus dapat menyaksikan sehingga tahun 2020 dan jangan lupa Allahyarham Dato Fadhil Noor juga berdoa agar Tun M dipanjangkan umurnya. Orang sedang bertarung nyawa, kita di sini menghina dia memanglah tak beradab walaupun sekadar sepatah kata 'tersungkur' sahaja takkan terasa.
Namun para penyokong Mamak Mahathir anda jangan terlupa, Mahathir pernah memfitnah orang yang sedang sakit malah orang itu adalah taraf Ulama (ulama' adalah pewaris nabi). Orang yang sedang bertarung nyawa bukan didoakan oleh mamak Mahathir tetapi difitnah dan dihina!

Ingattak dahulu Dr Mahathir Mohammad pernah memfitnah Dr Haron Din, beliau memfitnah Ustaz Dr Haron Din di kala Beliau sedang diserang sakit dan terpaksa berubat sehingga ke Australia. lagi sekali KE AUSTRALIA . Pada masa itu Dr Mahathir yang biasanya dianggap pemimpin bijak, mengeluarkan kenyataan yang paling kebudakan memfitnah Dr Haron Din.

Antara dilog tersebut ialah :
"Kalau Haron Din betul pandai ubat orang sakit? Kenapa bila dia sakit dia tak boleh ubat diri dia? Kenapa lari ke Australia?" Kata Mahathir di dalam nada yang sini
s.

Ini pula jawapan balas Dr Harun Din pada masa itu,

Perkara yang sepatutnya tidak jadi isu telah dijadikan isu ke atas saya. Dan ia dibuat oleh PM sendiri. Pada hemat saya tidak patutlah PM bercakap perkara macam ini. Dia menuduh saya mendakwa boleh menyembuhkan semua penyakit manusia. Dan dari situ dijadikan isu, bila saya sakit mengapa saya tidak boleh berubat sendiri? Kenapa lari ke Australia? Sedangkan yang nyatanya tidak pernah dalam hidup saya mendakwa boleh sembuhkan penyakit.

Saya bertolak daripada al-Quran dan Sunnah. Dalam al-Quran ada menyebut, "Bila saya sakit Allah yang menyembuh." Dalam Hadis Nabi menyebut: "Ya Allah, kamulah maha penyembuh. Tidak sembuh melainkan dengan kamu."

Saya tidak pernah mendakwa boleh sembuhkan penyakit, kerana itu bercanggah dengan aqidah. Tetapi PM kata saya mendakwa. Satu pembohongan ketara sewaktu saya masih hidup! Saya cabar, bolehkah beliau buktikan saya pernah menyebutnya, dan saya tawar diri untuk masuk Umno. Kalau dia betul, saya rela tidak bertanding dalam sebarang pilihan raya. Tetapi ingat! Kalau dia tidak boleh buktikan demikian, dia kena masuk PAS.

Semua itu tidak betul. Dia pembohong! Dia juga menuduh saya menjual air sejuk, sedangkan yang sebenarnya saya tidak pernah jual air sejuk, atau air jampi. Dia hantar surat kepada saya, mengatakan memang saya tidak percaya adanya dalam dunia ini manusia yang boleh menjampi pada air dan air boleh menyembuhkan penyakit. Itu statement yang ditulisnya kepada saya.

http://milosuam.blogspot.com/2010/10/mahathir-terima-balasan-ambik-kau.html#ixzz11RvQqs3s

MULUT MANIS, BUNTUT BERTAHI

Posted: 04 Oct 2010 07:09 PM PDT


Kelmarin Menteri di Jabatan Menteri kata Raja Petra kamarudin (RPK) boleh pulang ke Malaysia tanpa masalah. Ya Kah? Yang ramai rakyat tahu, RPK memang ditakuti UMNO/BN kerana banyak rahsia/bukti malah RPK adalah saksi penting dalam banyak kes.
Contohnya, RPK adalah orang yang bawa Saiful (kes liwat) berjumpa DS Najib (masa itu TPM) masa saiful kununnya minta biasiswa walaupun kantoi belajar kat kolej.
Maka tidak hairan RPK ditakutkan semula dengan pengurusan saman ini, dengar kata
kes Saman Raja Petra pada 23 November ini


KUALA LUMPUR 4 Okt - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 23 November ini untuk pengurusan kes saman peguam, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah terhadap pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin berhubung penyiaran tiga artikel yang didakwa memfitnahnya.
Ketika ditemui pemberita, peguam J.Chandra yang mewakili pengendali laman blog itu, berkata tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, K. Pavani di dalam kamar beliau hari ini.
Pada 13 Ogos 2008, Muhammad Shafee memfailkan saman terhadap Raja Petra, 58, kerana menyiarkan tiga artikel berunsur fitnah terhadapnya pada 6, 7 dan 11 Ogos 2008.
Artikel itu bertajuk, Shafee Abdullah:
"Sodomologist Extraordinaire; Money, Power and Sex: What Motivates Man", dan "The Real Dalang Behind The Anwar Sodomy Allegation".
Dalam saman itu, plaintif memohon perintah injunksi bagi menghalang Raja Petra menyiarkan artikel berkenaan dan komen-komen yang dihantar oleh pelawat laman web berkenaan.
Artikel tersebut telah ditarik balik setelah mahkamah membenarkan permohonan Muhammad Shafee untuk mendapatkan perintah injunksi secara ex parte (sebelah pihak).
Raja Petra dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 25 November 2008, menafikan tiga artikel itu yang disiarkan di Malaysia Today adalah palsu, berniat jahat atau memfitnah Muhammad Shafee.
Bernama

TIP ELAK BAYI TERSEDAK ! INSYALLAH

Posted: 04 Oct 2010 06:31 PM PDT




Tips Elak Bayi Tersedak Susu ~
Salam semua..Sejak dua menjak ni byk benar kes kematian bayi. Dan byk juga yg kita dgr puncanya adalah dari tajuk di atas. Memang sedih dan tragis. Kenapa zaman dulu jarang kita dengar? Mungkin kurang liputan kot time tu. Atau ibu bapa zaman sekarang kurang ilmu keibubapaan? Atau susu kurang berkualiti? Atau botol susu tak mesra bayi? Ataupun ...ataupun....Terlalu banyak soal.

Berikut adalah sbhgian tips2 yg aku collect kat tenet..

MEMANG PATUT LAPORAN SIASATAN POLIS PERTAMA DITOLAK PEGUAM NEGARA !

Posted: 04 Oct 2010 03:44 PM PDT

Makin lama makin banyak saksi dan bukti dapat dibongkar. Bila nak selesai macam kes Soosai dah selesai utuk dibicarakan tapi di India la.
Melalui laman web facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), wajah dan maklumat wanita dikenali sebagai Jesyntha Clarene Isreal itu didedahkan kepada umum dan kerjasama orang ramai amat diperlukan untuk mengesannya.

Jesyntha berusia 27 tahun dan memegang MyKad bernombor 830630-10-6030. Alamat terakhirnya ialah di Lot 55, Batu 1/2 Jalan Jugra, Banting, Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin yang dihubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan wanita itu terutama mengenai hubungannya dengan suspek yang ditahan, bagaimanapun enggan memberi ulasan lebih lanjut.

"Saya tidak boleh dedahkan apa-apa maklumat kerana bimbang ia boleh menjejaskan siasatan polis. Lebih penting, saya amat berharap orang ramai yang mengetahui di mana wanita itu berada supaya segera memaklumkan kepada polis," katanya.

Mengikut laman facebook PDRM, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Jesyntha diminta menghubungi Deputi Superintendan Khoo Leng Huat melalui talian 010-4203791.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 05 Oct 2010 01:33 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


PESAN USTAZ YAHYA OTHMAN, MURABBI PAS PUSAT

Posted: 04 Oct 2010 07:30 PM PDT

Tarbiyah adalah usaha yang dilakukan oleh murabbi kepada murid-muridnya.

Pengisian tarbiyah adalah usrah, mukhayyam, qiamulaill, durus khususi.
Pemuda hendaklah:

1. Memastikan boleh membaca quran dengan betul dan menjadi imam solat.

2. Naqib memastikan anak buah solat dengan sempurna dan faham makna bacaan dalam solat, kerana selagi mana rakyat masih tak faham makna bacaan dalam solat, umno akan terus memerintah.

Pesanan kepada pemuda

1 .Mesti berilmu

2. Mesti mengamalkan ilmu

3. Bercakap benar

4. Bermaaf-maafan

5. Baca quran. Jikalau nak masuk syurga , sertailah PAS dgn jujur,ikhlas dan tidak khianat (amanat terakhir Ustaz Yahya Othman d Ijtima' Tarbawi Pemuda)


MP Pendang

Posted: 05 Oct 2010 01:14 PM PDT

MP Pendang


Harap ini dapat menjernihkan kekeliruanyang sengara ditimbulkan.

Posted: 05 Oct 2010 03:54 AM PDT

Tarif Air Vs Kedaulatan hak Negeri-Negeri


SENARIO

Sepanjang 50 tahun Barisan Nasional (BN) mentadbir Kedah (1957-2007), negeri ini dibebani hutang sebanyak RM2.4 bilion, yang mana RM1.7 bilion daripada jumlah itu adalah pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai perkhidmatan bekalan air . Setelah mengambil alih pemerintahan pada Mac 2008, kerajaan PR mendapati selain bebanan hutang yang sangat tinggi, infrastruktur dan perancangan perkhidmatan ini jauh ketinggalan di belakang keperluan semasa dan unjuran keperluan masa hadapan.
.
Hal ini berlaku kerana pihak Kerajaan Negeri waktu itu lebih cenderung membuat pinjaman daripada kerajaan persekutuan, berbanding memohon geran (yang menjadi hak rakyat Kedah yang juga rakyat Malaysia) gara-gara keinginan mereka menentukan projek-projek itu dapat diagihkan berdasarkan kepentingan politik mereka. Hal ini dapat dikesan dengan ketara dalam projek pembinaan loji air di Padang Sanai yang telah dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada bulan Ogos 2010.
.
Kegagalan membayar balik pinjaman bekalan air dihadapi oleh semua kerajaan yang diperintah oleh BN, (dulu kini dan selamanya) melibatkan jumlah yang besar dan menjadi bebanan pula kepada kerajaan Pusat. Pihak Kerajaan Pusat dalam usaha memastikan hutang-hutang lapuk itu dibayar oleh semua kerajaan negeri, telah mengambil langkah 'merampas secara halus' hak yang telah diperuntukan dalam perlembagaan persekutuan sebagai hak kerajaan negeri iaitu sumber dan bekalan air. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda untuk menjayakan langkah ini.
.
Keadaan lebih parah lagi apabila Kerajaan BN sebelum ini menswastakan beberapa sektor penting dalam perkhidmatan bekalan air kepada syarikat kroni mereka tanpa mengambilkira kepentingan rakyat dan negeri Kedah.
.
Pindaan Perlembagaan dan Pencerobohan Hak Kerajaan Negeri Terhadap Sumber Air: Fakta-Fakta Penting yang Perlu Rakyat Tahu.

Pindaan Perlembagaan berkaitan pengawalan sumber dan perkhidmatan bekalan air membawa kesan yang amat besar kepada negeri-negeri seluruh Semenanjung Malaysia. Sumber dan perkhidmatan air dipisahkan seperti berikut:

i) Sumber air – Kerajaan Negeri
ii) Perkhidmatan bekalan air – Kerajaan Pesekutuan
.
Pindaan ini melibatkan antara lain:

1. Akta Perkhidmatan Air Negara (Water Sevices Industry Act – WASIA) diluluskan di Parlimen Malaysia dan diwartakan pada 2006 telah membawa kepada:
.
a) Pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan air Negara (SPAN) sebagai entity pengawal (regulatory) perkhidmatan air seluruh Negara.
.
b) Diwujudkan Perbadanan Aset Air Negara (PAB) sebagai sebuah entity milik penuh Perbadanan Menteri Kewangan (MOF Incorporated), khusus untuk menyediakan capital/dana untuk pembinaan asset-aset bekalan air (loji, paip, tangki, pusat rawatan dll). PAB juga ditugaskan membeli dan menguruskan semua hutang tidak berbayar (NPL) kerajaan-kerajaan negeri.
.
c) Berasaskan akta ini, bagi sektor pengurusan bekalan air, kerajaan-kerajaan negeri tidak dapat mengelak daripada bergerak kepada penubuhan entity/syarikat korporat seperti SADA.
.
d) Entiti/syarikat ini dibenarkan dimiliki oleh kerajaan negeri, tetapi dikawal sepenuhnya oleh SPAN.
.
2. Enekmen Syarikat Pengganti diluluskan sewaktu zaman BN.

Bagi memenuhi kehendak Akta ini, Kedah seperti negeri-negeri lain membentangkan dan meluluskan satu Enekmen dalam Sidang Dewan undangan Negeri pada awal tahun 2008 (sewaktu di bawah BN). Enekmen Syarikat Pengganti Pengurusan Bekalan Air Negeri Kedah diluluskan sebagai langkah mula mengkoprat Jabatan Bekalan Air (JBA) selaras dengan Akta yang dikuatkuasakan oleh SPAN.

3. Justifikasi penubuhan SADA

Pada 1/1/09, SADA ditubuhkan bagi menjalankan kerja-kerja JBA berasaskan justifikasi bahawa :
Berdasarkan Akta SPAN, Kerajaan Pusat berhak mengambil alih sepenuhnya perkhidmatan bekalan air di mana-mana negeri – melalui arahan Menteri berkaitan - bilamana satu laporan audit oleh SPAN mendapati kedudukan kewangan agensi air negeri tidak berupaya menampung operasinya. Sekiranya hal ini berlaku, maka hilanglah hak kawalan negeri ke atas sumber dan perkhidmatan air, seperti yang ditentukan oleh perlembagaan. Ini adalah satu bentuk 'penjajahan/pencerobohan' Kerajaan Pusat ke atas 'kedaulatan' Kerajaan Negeri.

Cengkaman Perbadanan Aset Air Negara (PAB)

a) Ditubuhkan di bawah MOF Inc, milik penuh (100%) Kementerian Kewangan, dengan tujuan:
.
i) Menyediakan dana secukupnya kepada syarikat pengendali/operator air untuk pembangunan asset-aset air (loji, tangki, paip dll).
.
ii) Menguruskan pinjaman/hutang kerajaan-kerajaan negeri.

b) Sumber kewangan PAB.

i) Pinjaman kerajaan Pusat – yang sebelumnya diberikan kepada kerajaan negeri, kini diberikan kepada PAB dan agensi ini berkuasa penuh ke atas sumber ini.
.
ii) Pasaran kewangan antarabangsa.

c) Semua asset yang dibina/diambilalih oleh dana PAB akan disewakan kepada syarikat/operator bekalan air pada kadar yang ditentukan oleh PAB. Sewa ini digunakan untuk membayar hutang kerajaan negeri.
.
d) PAB membeli hutang/NPL kerajaan negeri daripada kerajaan pusat dan bayaran dibuat secara lump-sum (sekaligus) melalui pembiayaan dana antarabangsa. Akibatnya, kerajaan negeri kini berhutang kepada PAB dan tertakluk kepada syarat berikut:
.
i) Semua asset air yang ada hendaklah dipajak kepada PAB sebagai jaminan pinjaman/hutang.
.
ii) PAB akan buat pajakan kecil kepada SADA – supaya SADA mempunyai kawalan terhadap asset supaya dapat berfungsi sebagai operator air.
.
iii) Membayar fee pajakan kecil asset air kepada PAB
.
iv) Membuat bayaran pinjaman/NPL kepada PAB mengikut jadual yang ditetapkan.
.
Mengatasi cengkaman Pusat melalui PAB

Bagi menghadapi situasi yang mencengkam ini, bagi mengelak rakyat Kedah kehilangan pegangan dan hak ke atas sumber dan asset air, Kerajaan Negeri melalui SADA telah mengambil langkah-langkah perlu bagi mengawal kepentingan negeri dan rakyat Kedah, antaranya meletakkan syarat berikut: .
.
i) Struktur pemilikan saham PAB tidak berubah – 100% milik MOF- sekiranya pemilikan PAB berubah melalui penjualan saham atau pengambilalihan melalui apa-apa cara sekalipun kepada mana-mana pihak, maka perjanjian pajakan adalah terbatal dengan sendirinya dan semua hutang piutang akan dihapus kira. Syarat ini telah dipersetujui oleh PAB melalui siri rundingan dengan SADA.

Audit Prestasi Semasa yang membawa kepada Arahan menaikkan kadar tariff.
.
• Setelah mengambil alih hutang/NPL kerajaan negeri, PAB telah mengarahkan SPAN untuk menjalankan audit kepada semua akaun operator-operator air negeri-negeri untuk meneliti kemampuan kewangan syarikat-syarikat pengendali air seluruh Negara – bagi memastikan mereka dapat mengutip bayaran balik.
.
• Hasilnya- ternyata selama dibawah kerajaan BN selama 50 tahun, prestasi kewangan JBA (kemudian SADA) amat lemah/tidak mampu – dengan liability yang ada.
.
• Mesyuarat Kabinet pada hujung tahun 2009 telah memutus dan meluluskan pada dasarnya tariff air mesti dinaikkan di seluruh semenanjung.
.
• Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Bekalan Air telah menghantar surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan operator air supaya mengemukakan model-model kadar tariff sedia ada.
.
• SPAN sebagai pengawal (regulatory) telah mengarahkan supaya operator-operator air negeri-negeri mengemukakan model-model semakan tarif.

SADA Mengemukakan 3 model semakan tariff.

• SPAN memanggil Dewan-dewan perniagaan, persatuan-persatuan pengilang peringkat negeri dan nasional, persatuan pengguna dan kesatuan wartawan untuk berunding , dan pada dasarnya semua bersetuju dengan model-model yang dikemukakan.

Mempertahankan Kadar Tarif Rumah Ibadat dan Kebajikan.

• SPAN memanggil semula operator-operator air untuk mengkaji model-model yang telah dirundingkan. SADA telah mempertahankan supaya bagi rumah-rumah ibadat, premis-premis berasaskan kebajikan tidak dinaikkan tariff – dan dipersetujui.

Rancangan kadar Tarif Air Kerajaan Pusat Melalui SPAN

• Pada tahun 2013, semua kadar tariff air diseragamkan seperti kadar tariff elektrik. Kadar yang 'selesa' bagi SPAN ialah RM0.90 sen semeter padu – sama dengan kadar Negeri Johor.
.
• Atas dasar mempertahankan dan mempertimbangkan kedudukan bebanan kepada rakyat, SADA berjuang supaya kadar hanya dinaikkan sedikit (RM0.10 sen). Kepentingan rakyat telah dipertimbangkan semasak-masaknya dalam setiap perundingan dengan SPAN.

Kedudukan Kedah Berbanding beberapa Negeri

• Terdapat 52,000 akaun pengguna, 90% adalah pengguna domestic dan 10% pengguna industry. Keadaan ini meletakkan SADA menghadapi kumpulan pelanggan yang majoritinya berada dalam tariff paling rendah.
.
• Berbanding Pulau Pinang yang mempunyai pelanggan industry lebih banyak dari pengguna domestic.
.
• Kedah menguruskan 13,000 kilometer (km) saluran paip bekalan air, berbanding 2,000 km bagi Pulau Pinang dan 1,000 km di Perlis. Kos mengendalikan dan menyelenggara bekalan dan tekanan air di Kedah jauh lebih tinggi berbanding negeri jiran.
.
• Paip-paip di Kedah member pulangan rendah disebabkan taburan penduduk berselerak dan berjauhan – berbanding Pulau Pinang yang mempunyai taburan penduduk padat dan tertumpu – kos jadi rendah.

Tanggungan Akibat Penswastaan Bekalan Air Kerajaan BN Kepada Syarikat Kroni.

i) Telework Sdn Bhd – Pengurusan bekalan air di seluruh Langkawi. Akibat kos operasi yang lebih tinggi berbanding pulangan yang telah dipersetujui dalam perjanjian penswastaan oleh Kerajaan BN waktu itu, maka, sehingga perjanjian tamat pada tahun 2020, SADA terpaksa top-up RM25-RM50 juta setahun dan akan meningkat sehingga RM70 juta setahun menjelang 2020. Tindakan ini mengakibatkan hutang SADA terus meningkat dari masa ke semasa, disamping hutang kepada kerajaan pusat. Hal ini menjejaskan prestasi kewangan SADA dan meletakkan Kedah sentiasa dalam risiko kehilangan asset terpenting kepada rakyat Kedah dari sudut keselamatan, ekonomi, social dan politik.
.
ii) Air Utara Indah Sdn Bhd (AUI) – Memproses/merawat air di lima loji utama/terbesar di seluruh negeri, iaitu di loji Plubang, Bukit Pinang, Pinang Tunggal, Sungai Petani dan Sg Ular. Berdasarkan perjanjian, kos rawatan air dikira berdasarkan jumlah air yang dirawat, bukan air yang sampai kepada pengguna. Oleh kerana Kedah mengalami Non-revenue water (NRW) sebanyak 48%, maka, SADA terpaksa membayar kos tersebut tanpa sebarang pulangan. SADA sedang berusaha mengurangkan kadar NRW kepringkat minimum. Sekitar RM90 juta dibayar kepada AUI setahun.

• Kedua-dua perjanjian ini tidak ada 'exit clause', dirangka sedemikian rupa untuk memastikan syarikat-syarikat ini menerima bayaran dengan selamat walaupun rakyat Kedah 'sengsara'.

iii) Kenaikan tariff elektrik berkali-kali sejak 17 tahun lalu (sejak 1993). Kos bil elektrik sekitar RM30 juta sebulan.

iv) Peningkatan kos bahan kimia.

Moral di sebalik kenaikan tariff air dan perjuangan rakyat Kedah.

Setelah 'kehilangan' sebahagian hak ke atas tanah yang dihakis melalui Kanun Tanah Negara (1960), Kerajaan dan rakyat Kedah kini harus berjuang mempertahankan hak dan menghalang Barisan Nasional melalui Kerajaan Pusat mengambil alih asset-aset, operasi, sumber berkaitan air, yakni salah satu hak negeri yang dijamin oleh perlembagaan. Ini adalah perjuangan besar yang tidak wajar dikorbankan hanya dengan kenaikan sekupang bagi semester padu. Kita harus member sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan PR melalui sokongan terhadap SADA demi mempertahankan asset strategic bagi keselamatan, ekonomi, soaial dan politik Kedah. Ini adalah kedaulatan negeri tanah tumpah darah kita semua!
.
Esok: Yang tersirat di sebalik kenaikan tarif air...
Sekian.

Muhammad Sanusi Md Nor,
SETPOL MB

Pas CawanganSurada

Posted: 05 Oct 2010 11:19 AM PDT

Pas CawanganSurada


Antara jahil atau bohong seorang menteri

Posted: 04 Oct 2010 11:36 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 05 Oct 2010 11:12 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS Pusat

Posted: 05 Oct 2010 12:22 AM PDT












PAS KAWASAN KENINGAU

Posted: 05 Oct 2010 11:07 AM PDT

PAS KAWASAN KENINGAU


Memoir ucapan Ketua Penerangan Pas Sabah

Posted: 04 Oct 2010 09:11 PM PDT



Memoir perjuangan,YDP KAWASAN KENINGAU diberi peluang menyampaikan ucapan mewakili Pas Sabah dalam program pelancaran Seketeriat Pakatan Rakyat Sabah di Kota Kinabalu pada 15 September 2010 yang lalu.Turut bersama malam itu ialah DS Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang dan para pemimpin PR lain.Save Sabah Save Malaysia!Saudara boleh lihat link di sini(ucapan di pelancaran Seketeriat PR SABAH)

Memoir Ucapan Ketua Penerangan PAS SABAH

Posted: 04 Oct 2010 09:04 PM PDT

Memoir Ucapan Hisammuddin Sulaiman,YDP PAS KENINGAU berceramah  bersama Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan di Sabah!(ucapan di program sambutan Tahun Baru Cina)

Batu Gajah Mari

Posted: 05 Oct 2010 11:06 AM PDT

Batu Gajah Mari


Cadangan Kasino Karambunai Bukti Umno-BN Galak Judi Di Malaysia

Posted: 05 Oct 2010 05:07 AM PDT

Oleh Fazli Othman
SHAH ALAM 5 Okt - Cadangan membina kasino terbesar di Karambunai Resort, Sabah jelas menunjukkan kepada rakyat bahawa yang sebenarnya menyokong kewujudan institusi serta menggalak aktiviti perjudian di negara ini adalah Umno-Barisan Nasional.
Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berdiam diri dan tidak menyatakan pendiriannya berhubung cadangan membina sebuah lagi kasino terbesar di Sabah.
"Isu muktahir tentang perjudian apabila disanggah dan dibantah keras oleh Pakatan Rakyat, maka perjudian sukan dibatalkan tetapi pada masa yang dikejutkan pula tentang cadangan Karambunai Resort untuk mengadakan pula kasino.
"Walaupun dinafikan oleh Karambunai Resort tetapi yang jelas perkara itu telah dibentangkan dalam satu perbincangan tertutup berhubung aktiviti pelancongan dan pada ketika itulah terdedah rancangan tersebut.
"Tetapi hingga sekarang, kerajaan pimpinan Najib tidak memberikan sebarang reaksi sama ada rancangan itu batal atau pun tidak," kata beliau kepada Suara Keadilan.
Jelasnya lagi, jika cadangan untuk membina kasino itu sesuatu yang buruk kepada rakyat, kerajaan Umno-Barisan Nasional sepatutnya boleh terus membatalkan rancangan mengadakan satu lagi pusat perjudian di negara ini.


Tetapi sebaliknya, Karambunai Resort pula yang menafikan cadangan tersebut dengan alasan kononnya ianya adalah sekadar satu cadangan yang menjadi 'copyright' (hakcipta) mereka.
"Akhirnya perkara itu terbongkar dengan sendiri apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) kemudian memasukkan cadangan tersebut ke dalam laporan mereka.
"Jelas menunjukkan bahawa yang menyokong kewujudan lesen-lesen perjudian adalah Umno dan ini merupakan satu pengkhianatan kepada agama dan bangsa itu sendiri," tegas beliau.
Dalam reaksi mereka, Karambunai Corp Bhd menyatakan bahawa setakat ini ia tidak mengemukakan sebarang cadangan rasmi kepada kerajaan mahu pun menandatangani sebarang dokumen bertulis dengan mana-mana pihak ketiga lain berkaitan dengan sebarang rancangan untuk membina kasino di Karambunai.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendesak Najib supaya memberikan penjelasan sama ada kerajaan akan membina sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi).
Kasino itu dikatakan sebahagian projek pelancongan hijau di Karambunai yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar.
Projek itu dikatakan telah dicadangkan oleh Pemandu, sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.

2.8 ORANG ANAK LUAR NIKAH LAHIR SETIAP HARI DI MELAKA

Posted: 05 Oct 2010 01:47 AM PDT

·
Secara puratanya kira-kira 2.8 orang anak luar nikah lahir di negeri Melaka setiap hari sejak 2007 hingga 2009 lalu. Angka ini kemungkinan lebih besar pada tahun 2010. Mengapa ini berlaku. Angka ini dilaporkan sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Mohd Ali Rustam seperti yang disiarkan dalam media hari ini.

Ini menunjukkan bahawa kegagalan kerajaan negeri menangani isu ini sejak dari dahulu.

Persoalannya Mohd Ali menuding jari dengan meletakkan kesalahan ini kepada keluarga dan kegagalan sistem pembelajaran semata-mata sedangkan di sana terdapat lagi punca-punca lain yang jelas menyebabkan berlakunya perZINAan yang berleluasa ini.

Bukankah pergaulan bebas, pusat-pusat pelacuran, rumah urut, kelab malam, dangdut, disko dan keujudan hotel-hotel murah juga menjadi punca kepada mudahnya gejala zina ini berlaku. Apa yang kerajaan negeri dibawah pimpinannya lakukan dalam membasmi tempat-tempat maksiat ini.


Selain itu tindakan penguatkuasaan juga amat terhad kerana kurangnya anggota penguatkuasa JAIM bagi mengadakan pemeriksaan dan penangkapan pelaku maksiat ini.

Kerajaan negeri dilihat gagal menyedarkan anak-anak muda tentang pentingnya ilmu agama. Kuliah agama dan kelas pengajian hanya dihadiri oleh warga emas kerana ianya tidak menarik minat anak muda. Malah kelas-kelas agama ini semakin kurang lantaran tindakan kerajaan negeri menyekatnya atas alasan ustaz tiada tauliah dan sebagainya.

Kerajaan negeri juga dilihat menggalakkan program-program pergaulan lelaki dan perempuan di samping kebanyakan program mereka banyak menyelitkan unsur-unsur maksiat dan melalaikan seperti karaoke yang melibatkan percampuran lelaki dan perempuan.

Tempat-tempat maksiat tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan terutama di Taman Melaka Raya dan kawasan disekitarnya. Apa yang kerajaan negeri buat?????

Selagi kerajaan negeri gagal menyediakan persekitaran yang bebas dari maksiat di negeri ini selagi itulah remaja dan golongan muda terdedah kepada maksiat. Manakala ibubapa sukar untuk mengawal anak-anak muda mereka terjebak ke kancah maksiat.

Saya mencadangkan supaya kerajaan menutup serta merta semua pusat-pusat maksiat ini dan menghentikan semua program berunsur maksiat yang dianjurkan oleh agensi kerajaan negeri dan pihak-pihak lain. Selain itu program-progam agama ditingkatkan disamping menambah bilangan penguatkuasa JAIM bagi memantau kegiatan maksiat di negeri ini.

Janganlah kerajaan menuding jari kepada pihak lain sedangkan kuasa mutlak ada di bawah kerajaan negeri untuk mencegah kemungkaran. Mari sama-sama kita berganding bahu untuk mengatasi masalah ini kerana kita bimbang BALA Allah akan menimpa kita semua lantaran dosa besar yang berlaku saban saat dan minit di negeri kita ini.

UMNO tiada pilihan lain selain perkauman

Posted: 05 Oct 2010 01:21 AM PDT

http://2.bp.blogspot.com/_7VANFG1LjHY/S9q-GVSoXtI/AAAAAAAAAMg/9lhVNKNo2Lc/S205/UMNGOK.jpg

Tindakan-tindakan perkauman pegawai awam akan berterusan selagi Umno memerintah negara ini.

Umno tiada pilihan lain untuk terus kekal berkuasa selain terus meniupkan api perkauman seperti mereka lakukan sejak dahulu lagi.

"Apa lagi yang pemimpin Umno hendak cakap selain perkauman? Bila bercakap soal demokrasi, rakyat mencemuh mereka kerana mereka tidak demokratik.

"Bila bercakap soal ekonomi, penyokong-penyokong Umno sendiri mempersendakan mereka seperti yang terjadi kepada Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dicanang-canangkan oleh (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak), "

Amaran Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan kononnya kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap pegawai awam yang menyentuh soal sensitiviti kaum dan agama tidak lebih dari semata-mata cakap mulut atau 'lip service' sahaja.

"Kalaupun berlaku pegawai kerajaan bertindak mengapi-apikan perkauman, pemimpin Umno di dalam kerajaan akan berdolak-dalik dan tidak mahu mengambil tindakan.

"Lihat saja bagaimana (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) berdolak-dalik dan dengan jelas enggan bertindak terhadap seorang pengetua di Kulaijaya, Johor dan seorang guru di Bukit Selambau, Kedah yang didakwa mengeluar kenyataan berbaur perkauman.

"Sedangkan, sudah berpuluh-puluh tahun kita lihat begitu ramai guru dan pegawai kerajaan yang dikenakan pelbagai tindakan tindakan semata-mata kerana menyokong PAS.

"Bila hendak mengambil tindakan ke atas guru-guru dan pegawai awam yang menyokong PAS, tidak pula timbul soal bidang kuasa antara Kementerian Pelajaran atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),"

Saya melihat perbuatan mengapi-apikan perkauman itu akan menyebabkan Umno semakin dilihat sebagai jenama yang jijik.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 05 Oct 2010 11:03 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Melayu kuat di bawah pemerintahan Pas

Posted: 04 Oct 2010 09:55 PM PDT

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat meramalkan bahawa bangsa Melayu akan bertambah kuat di bawah pentadbiran Pas.

Menurutnya, keyakinan tersebut berdasar kepada persefahaman yang dicapai bersama Pakatan Rakyat (PR) dalam mengekalkan hak Melayu serta hak orang Islam dengan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara.

Beliau yang menolak dakwaan bahawa Melayu semakin tergugat dan berpecah kepada tiga iaitu UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpendapat UMNO sebenarnya yang tergugat ketika ini.



Mengulas lanjut, beliau berkata, UMNO berada dalam keadaan terancam ketika ini memandangkan orang Melayu kecewa dengan perjuangan parti itu yang dianggap telah meninggalkan asas perjuangan sejak dulu.

"Yang akan hilang adalah UMNO. Majoriti tolak UMNO kerana banyak sa-ngat penyelewengan dan rasuah.

"Kalau dilihat di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) di Kedah, Menteri Besar adalah orang Melayu begitu juga Selangor di bawah pentadbiran Parti Keadilan Rak-yat (PKR)," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demi-kian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang melahirkan rasa sedih dengan keadaan orang Melayu kerana mereka tidak sedar mengenai ancaman yang dihadapi masa kini.

Dr Mahathir berkata, jika sebelum ini, Tunku Abdul Rahman menentukan supaya rakyat Malaysia yang majoriti 60 peratus lebih terdiri daripada orang Melayu tetapi kini orang Melayu sudah berpecah.

Sementara itu, beliau turut melihat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menjadikan Melayu kacau-bilau kerana menganggap ia bersifat perkauman.-SinarHarianOnline

KHIDMAT MERU

Posted: 05 Oct 2010 09:36 AM PDT

KHIDMAT MERU


HOME TO HOME VISIT

Posted: 05 Oct 2010 02:33 AM PDT






















The State Assemblyman of Meru, YB Dr Hj Abd Rani bin Osman , despite his busy schedule has allocated his time to visit the old folks, the bed ridden patients and the needies regardless of their races, religions and political backgrounds.

Apart from giving them his professional medical advices, he also supplied them with free medications for two months. For those who needed the whellchairs, they are also given free
of charge.
One of the receivers, Mr Osman bin Talib, who suffered from mild stroke, broke into tears and prayed to Allah The Al Mighty that Dr Rani will maintain his health and continue his valuable services to the people and the nation.










PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN MERU

Posted: 05 Oct 2010 02:08 AM PDT












Seperti setiap Hari Selasa dan Hari Khamis, PKM ( Pusat Khidmat Masyarakat) DUN Meru akan senantiasa di kunjungi pelbagai kaum untuk bertemu dengan wakil rakyat mereka untuk membincangkan apa sahaja masaalah yang di hadapi mereka.
Pagi ini beberapa orang dari masyarakat Cina yang terdiri daripada peniaga-peniaga di Pekan Meru telah berkunjung ke PKM DUN Meru untuk meluahkan masaalah mereka dan setiap dari mereka merasa puas hati dapat bersemuka dan berbincang "face to face" dengan
YB Dr Abd Rani.
Salah seorang peniaga veteran yang di kenali sebagai Mr Khoo berkata sejak wakil rakyat dari PAS memerintah di Meru ini, kaum Cina, India dan Melayu berasa jauh lebih senang berjumpa dengan beliau dari wakil rakyat yang lepas.
Banyak maklumat-maklumat yang dapat di perolehi dari PKM ini yang bermanafaat kepada rakyat yang langsung tidak di ketengahkan oleh media arus perdana milik Kerajaan Pusat.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 05 Oct 2010 09:28 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


71.6 % Penunggang Dan Pembonceng Motosikal Berumur 15 Hingga 25 Tahun Terkorban

Posted: 05 Oct 2010 03:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Okt - Sebanyak 71.6 peratus kes kematian yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal adalah golongan muda dalam lingkungan 15 hingga 25 tahun, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.



Beliau berkata mangsa kemalangan tersebut tidak mempunyai kemahiran yang cukup dalam mengendalikan motosikal dan tidak memiliki lesen memandu yang sah.

"Ini adalah antara hasil kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Keselamatan Menunggang Petronas di sini pada Selasa.

Menurutnya fokus tentang kepentingan mengendalikan motosikal dengan selamat akan diutamakan kepada golongan muda dalam lingkungan umur tersebut selama dua tahun di seluruh Malaysia.

"Kita nak wujudkan sikap utamakan keselamatan dan berharap ia dapat dipraktikkan secara berterusan dalam jangka masa beberapa tahun akan datang," katanya.

Suret berkata kerjasama yang lebih erat akan dijalankan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan juga badan bukan kerajaan (NGO) lain dalam memastikan keselamatan golongan tersebut lebih terjamin apabila menunggang atau membonceng motosikal.

"Isu tentang kepentingan keselamatan anak-anak yang bermotosikal akan dibincangkan dengan ibu bapa. Usaha ini kita nak mula dari bawah iaitu daripada golongan komuniti terlebih dahulu dengan kaedah penyertaan masyarakat', kata beliau.

Klinik itu yang dianjurkan bersama JKJR dan Kementerian Pengangkutan disertai 100 orang pelajar dari empat buah sekolah di sekitar Lembah Klang iaitu SMK Datok Lokman, SMK St. Gabriel, SMK Taman Maluri dan SMK Aminuddin Baki selama dua hari mulai Selasa.

sumber : bernama.com

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 05 Oct 2010 09:21 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


ADUN Lenggeng N.Sembilan menghina Orang Asli

Posted: 05 Oct 2010 06:32 AM PDT

TVSelangor
NEGERI SEMBILAN 4 OKT : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng dari Umno, Mustafa Salim didakwa menghina dan merendah-rendahkan masyarakat orang Asli apabila mengeluarkan bahawa kenyataan 'orang Asal hanya penumpang di tanah kerajaan'. Ungkapan itu dikatakan dibuat Adun itu pada satu majlis sambutan Hari Raya untuk orang Asli di Kampung Lumut, Ulu Beranang pada 22 September lalu anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bercakap kepada TV Selangor, Panglima Garang Adat Jawatankuasa Kampung Orang Asli Negeri Sembilan (JKOANS), Abu Ambang berkata, Mustafa didakwa berkata, orang Asli tidak mempunyai tanah warisan atau tempat bermastautin kerana menumpang di tanah kerajaan.
"Dia kata mana ada tanah turun temurun orang asli,itu tanah kerajaan, dia cakap macam itulah Di fikiran kami, kenapa tidak ada sedangkan ini merupakan tanah bapa kami, turun anak, turun cucu, turun cicit.

"Kami mengharapkan belas kasihan wakil rakyat untuk cakap hal tanah atau kemajuan Tak sangka, wakil rakyat ini menentang masyarakat orang Asli ," katanya yang menyatakan kelompoknya mengundi BN sejak menggunakan logo kapal layar lagi.

Ketua Jawatankuasa Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia, Tijah Yok Chopil pula menyatakan masyarakat orang Asli kesal dengan kenyataan Adun dari Umno itu yang jelas bertentangan dengan semangat 1 Malaysia.

Lebih menusuk perasaan, Tijah mendakwa Mustafa mendakwa orang Asli sebagai 'pengecut kerana lari dari medan perang.'

"Dia cakap orang Asli masa perang dulu, bukannya tolong melawan musuh tetapi lari sana sini," katanya yang turut marah kerana Adun Lenggeng itu menyatakan 'semua tanah ini, tanah kerajaan dan bukan kamu punya tanah adat.'

Sumber : http://ko-kr.connect.facebook.com/note.php?note_id=436609661246&comments&ref=mf

Ramah Mesra Aidilfitri Dun Paroi

Posted: 04 Oct 2010 04:53 PM PDT










































































































































Kullu Aamen WA Antum Bikhair

Pengikut