Isnin, 8 November 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Perjuangan Rakyat

Posted: 08 Nov 2010 09:32 PM PST

Perjuangan Rakyat


Ceramah Agama "Negara Perlukan Islam"

Posted: 08 Nov 2010 07:07 AM PST

Pengerusi Musollah ar-Raudhah, Tuan Syed Ali mempengerusikan ceramah


Penceramah pertama, Ustaz Nasrudin Tantawi


Barisan penceramah


Penceramah kedua, Ustaz Mokhtar Semik


Sebahagian hadirin yang memenuhi Dataran Ilmu An-Nawawi


Penceramah ketiga, Ustaz Azman Syapawi


Sebahagian anggota Amal Indera Mahkota yang bertugas, bergambar dengan Ustaz Azman Syapawi











PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 08 Nov 2010 09:31 PM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Nizar ziarah keluarga penyokong UMNO.

Posted: 08 Nov 2010 07:45 PM PST


DS Nizar bertanya khabar dengan Siti Fatimah yang berkeadaan begitu sejak kecil lagi.

DS Nizar berkesempatan untuk melawat keluarga penyokong UMNO yang mempunyai keluarga OKU. Cik Siti Fatimah kini berumur 50 tahun.DS Bersimpati dengan keluarga ini.Keluarga ini tinggal berdekatan Taman Yayasan.,Kamunting.

Nizar Lawat Taman Sungai Mas- Minta adakan gotong-royong

Posted: 08 Nov 2010 07:02 PM PST


DS Nizar melihat longkang yang tersumbat di Taman Sungai Mas

DS Nizar baru-baru ini 6 November bertemu penduduk Taman Sungai Mas ,untuk melihat sendiri aduan rakyat. DS Nizar mengarahkan Pusat Khidmat mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan sampah dan longkah yang tersumbat itu.Kita cuba atasi masakah itu membantu MPT meringankan tugas mereka.

Apa hukumnya mengendalikan jenazah bunuh diri.

Posted: 08 Nov 2010 06:39 PM PST

Hari ini kita akan mendapat penjelasan Perdana Menteri berkaitan pembunuhan dua orang ahli UMNO .Sama ada dibunuh atau bunuh diri.Berikut soalan DS Nizar kepada Perdana Menteri.

Ikut susunan soalan DS Nizar nombor 20.

20. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hukumnya mengendalikan jenazah dalam insiden kematian AJK UMNO Tanjong Karang, Datuk Abd Aziz (mantan wakil rakyat Permatang) dan Naib Wanita UMNO Tanjong Karang, Siti Rohana yang diklasifikasikan oleh pihak polis sebagai membunuh dan bunuh diri.

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 08 Nov 2010 09:29 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


PAS BUKAN PAK TURUT - DAP

Posted: 08 Nov 2010 12:02 PM PST

Pas bukan pak turut


SENAI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan, Gwee Tong Hiang menyangkal parti Pas adalah sekadar menjadi sebuah parti pak turut tetapi bergerak atas nama Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, mereka mempunyai perjuangan yang sama mempertahankan hak dan keadilan rakyat untuk dinikmati secara bersama yang turut disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

"Kepimpinan ketiga-tiga parti ini sentiasa bergerak bersama melalui sebuah keputusan yang dicapai melalui meja rundingan dan perbincangan yang dilakukan dari semasa ke semasa demi mencapai keputusan yang mantap.

"Di samping itu, barisan PR juga sentiasa berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dan keadaan ini berbeza dalam UMNO yang mana ada parti yang sebenarnya menjadi pak turut sebenarnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Tong Hiang berkata, masing-masing mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat untuk memangkin serta memajukan parti sebagai usaha mengukuhkan dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Menurutnya, perkara ini jelas kelihatan ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Unda�ngan Negeri (DUN) Galas dan Parlimen Batu Sapi meskipun Pas tewas atas faktor tertentu dan kemenangan Barisan Nasional (BN) juga atas sebab tertentu.

"Walaupun Pas kalah bertanding dalam kedua-dua PRK itu, namun apa saya cuba tekankan di sini adalah semangat satu pasukan yang mana kami bertanding atas nama PR sebagai membantu antara satu sama lain.

"Ini menunjukkan bahawa para penyokong tidak semestinya menyokong calon Pas semata-mata tetapi turut menyokong perjuangan dalam PR demi menegakkan keadilan serta saling bekerjasama," katanya.

Beliau menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini adalah tidak berasas dan tidak adil kerana individu tersebut berbeza aliran serta berada dalam platform berlainan dan tidak sepatutnya memberi komen demikian.

Terdahulu, Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, pada masa ini Pas walaupun mempunyai organisasi kukuh, jentera mantap, ahli teramai dan pengaruh peringkat umbi kuat berbanding parti pembangkang lain tetapi ia hanya sekadar menjadi pak turut.

Menurutnya, sepatutnya berdasarkan kepada kelebihan Pas itu, ia wajib menjadi dominan dalam pakatan pembangkang, sekali gus sebagai wadah alternatif Melayu Islam selain daripada UMNO.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8379647.asp
Sinarharian Isnin 8 Novembet 2010


misbahul munir

Posted: 08 Nov 2010 09:21 PM PST

misbahul munir


ZAMBRY PERLU AKUI KESILAPAN BUKAN MEMPERTAHANKAN PERKARA YANG SALAH : PESURUHJAYA PAS PERAK

Posted: 08 Nov 2010 08:36 AM PST

Taktik kotor menangkan BN di Galas

Posted: 07 Nov 2010 11:42 PM PST

PrK GALAS ambil pengajaran punca kalah PAS

Posted: 07 Nov 2010 11:21 PM PST

PAS Negeri Sembilan

Posted: 08 Nov 2010 09:21 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Kisah Benar Misi Bantu GAZA 13 Nov 2010 Seremban

Posted: 07 Nov 2010 10:27 PM PST

CERAMAH PERDANA
Tajuk : Perkongsian Pengalaman Misi Bantuan Gaza
Tarikh: 13 November 2010 (Sabtu)
Masa : 7.30 mlm selepas Maghrib
Tempat: Masjid Panchor Jaya, Paroi, Seremban
Penceramah: Dato' Dr. Musa Mohd Nordin dan Hj. Norazmi Talib

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Anjuran : Aqsa Syarif N.Sembilan, Pertubuhan IKRAM Seremban dengan kerjasama Masjid Panchor Jaya

Maklumat lanjut e-mel ke cengal58@yahoo.com

Biodata Penceramah:
Dato' Dr. Musa Mohd Nordin. Pakar Perunding Pediatrik dan Neonatalogi. Bekas Presiden Federation of Islamic Medical Associations (FIMA) dan salah seorang ahli lembaga pengarah Muslim Professionals Forum (MPF). Menyertai misi bantuan kemanusiaan "Global Lifeline to Gaza" anjuran Viva Palestina Malaysia. Berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

Hj. Norazmi b. Talib merupakan aktivis Aqsa Syarif Daerah Sepang, Selangor. Bekas kakitangan Universiti Putra Malaysia. Seorang Perunding Pertanian. Ahli Jawatankuasa Teknikal Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YAPIEM). Menyertai misi bantuan kemanusiaan "Global Lifeline to Gaza" anjuran Viva Palestina Malaysia. Berasal dari , Negeri Sembilan.

MTD N24 Bemban

Posted: 08 Nov 2010 09:17 PM PST

MTD N24 Bemban


IBADAH KORBAN 1431 H DAN HARI KECEMERLANG AKADEMIK PASTI AS SALAM KAMPUNG AIR PANAS 2010

Posted: 07 Nov 2010 09:27 PM PST

TARIKH:10 ZULHIJJAH 1431H / 17 NOVEMBER 2010(RABU)
MASA:9.00 PAGI
TEMPAT:PASTI AS SALAM KAMPUNG AIR PANAS, BEMBAN,MELAKA

Pengerusi dan ahlijawatankuasa dengan hormatnya menjemput tuan/puan ke majlis tersebut, bagi menyaksikan anak-anak tuan/puan menerima penghargaan dari PASTI disamping membantu melaksanakan ibadah korban 1431H bagi kali ke 8. Kami juga membuka kaunter pendaftaran murid baru 2011, kaunter semak daftar pemilih (SPR), disamping tayangan slide aktiviti PASTI As Salam juga majlis korban tahun-tahun sebelumnya bagi memeriahkan majlis, insyallah.

Aturcara majlis:-
9.00 pagi
-aluan pengerusi majlis
-taklimat ibadah korban oleh Ustaz Jumary B Jaffar
-sembelihan korban (4 ekor lembu dan seekor kambing)
-persembahan murid-murid PASTI As Salam:-
-Azan, surah-surah hafazan, doa khatam Al Quran, bacaan 10 hadis, doa-doa harian, Nasyid-PASTI,Assalamualaikum, Terimakasih Cikgu, Angota badan(Arab),Angota Badan (Bahasa Inggeris)Nasyid pilihan, surah al asyr, tasbih kafarah dan doa.
10.00 pagi
-ucapan Pengerusi PASTI As Salam
-ucapan perasmian oleh Pengarah PASTI Malaysia (Cikgu Azrin B Abd Majid)
-Penyampaian Hadiah Acara Persembahan,Penyampaian Hadiah Kehadiran terbaik ,Penyampaian Hadiah Kecermelangan akademik,Penyampaian Hadiah Pelajar terbaik ko kurikulum
-Penyampaian Cenderahati kepada guru, pengerusi PASTI As Salam,wakil Pasti Nurul Iman , Pasti Sahabat Siti Khadijah , ketua DMPKJ dan perasmi(Cikgu Azrin B Abd Majid)
-Majlis penyerahan daging korban kepada peserta korban, fakir miskin dan petugas
12.30 pagi
Jamuan dan bersurai

Kehadiran tuan ke majlis kami moga di berkati Allah dan memeriahkan lagi majlis nanti insyallah

Maran Daily - Bila NoteBookKu Dibuka... Benar, Berani & Berinformasi

Posted: 08 Nov 2010 09:08 PM PST

Maran Daily - Bila NoteBookKu Dibuka... Benar, Berani & Berinformasi


MISI PERJUANGAN TIDAK BERAKHIR DI GALAS...

Posted: 08 Nov 2010 01:27 AM PST

Dalam merealitikan perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat dalam menegakkan keadilan dan keamanan sejagat, Pas Kawasan Maran telah bersedia menghantar 15 petugas yang berpengalaman untuk membantu jentera pilihanraya Pas Kelantan untuk memenangkan Calon Pas iaitu Dr Zul di Dun Galas.

Keberangkatan petugas disempurnakan oleh Pemangku YDP Ust Ramli Awang Abd Rahman pada 30 Okt 2010 jam 10pg.
Rombongan tersebut diketui oleh Syed Halim yang merupakan AJK Pas Kawasan Maran. Manakala Tuan Haji Md Nor Salleh (foto atas) telah bertugas awal memandangkan beliu memegang jawatan Bendahari JPN disamping merangkap jawatan Ketua Penerangan PasMaran.
Sebahagian daripada muslimat PasMaran yang menyertai aktiviti ziarah dari rumah ke rumah bertempat di Ladang Chin Tek, Lepan Jaya, DUN Galas.

Program ziarah muslimat sentiasa diiringi dan dikawal oleh Muslimin dan unit Amal yang bertugas. Ini adalah bertujuan menjamin keselamatan muslimat yang bertugas.
Walaupun pada zahirnya, PAS mengalami kekalahan di PRK Dun Galas, petugas-petugas merasakan telah melaksanakan tugas dengan berjaya kerana berjuang di jalan Allah akan mendapat kejayaan yang hakikinya adalah di akhirat.

Petugas Pas Kawasan Maran tidak akan lemah semangat, malah semangat juangnya semakin tinggi untuk mengambil alih kerajaan Pahang di Tangan UMNO-BN yang sudah tidak diterima rakyat pada masa kini.

Semoga, Allah memberi kekuatan kepada petugas-petugas PAS untuk terus berbakti dan berjuang bersama Saf Perjuangan PAS untuk menegakkan keadilan dan keamanan sejagat di Malaysia ini.

Yakinlah bahawa, Allah bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan benar.
MaranDaily

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SRI GADING

Posted: 08 Nov 2010 09:05 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SRI GADING


Banyakkan cawangan, aktif sebar maklumat

Posted: 08 Nov 2010 06:30 AM PST

 Ditulis oleh Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 8 Nov: Kekalahan PAS di Galas memerlukan parti itu  aktif di kawasan, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Cawangan yang aktif, katanya penting bukan sahaja dalam usaha menyampaikan maklumat tepat, malah sebagai duta PAS mendampingi masyarakat. "Pengajaran besar adalah kita perlu banyak cawangan bergerak."Saya harap PAS negeri banyakkan cawangan," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas faktor kekalahan PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas 4 November lalu. Pada PRK itu Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed mendapat 4,134 undi berbanding calon BN, Abdul Aziz Yusof 5,324 undi. Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, kebanyakan PAS kalah adalah di kawasan pedalaman di mana parti itu tidak mempunyai cawangan yang aktif. Sebaliknya, rakyat bandar dan pinggir bandar masih mengekalkan sokongan kepada PAS seperti PRU 2008 lalu. "Trend rakyat bergantung kepada maklumat. Bila rakyat tidak dapat maklumat, kita sukar untuk menang," katanya lagi. Faktor tersebut juga, ujarnya membezakan  Kelantan namun tidak di Terengganu. "Saya bangga PAS Kelantan mampu bertahan lebih 20 tahun walaupun dikepung segenap penjuru. "Bezanya dengan Terengganu adalah kerana Kelantan mempunyai banyak cawangan yang bergerak," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang. Selain maklumat tidak sampai, faktor besar kekalahan PAS, katanya adalah padang permainan tidak sama rata. PAS, katanya bukan sahaja berdepan BN, malah berdepan kerajaan itu sendiri. "Kita tak rasa hairan dengan keputusan itu, bahkan kita merasa hairan jika kita menang. "Kita ada pengalaman, kita pernah kalah pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, tapi bila pilihan raya umum, kita menang. "Pilihan raya kecil tidak boleh menjadi ukuran sebenar pilihan raya," katanya. Beliau bagaimanapun turut mengucapkan terima kasih kepada petugas PAS dan Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus menjayakan kempen PAS di Galas. Beliau juga menolak pendapat sesetengah pihak yang mendakwa tsunami politik 2008 berhenti di Galas. Menurutnya, arus perubahan khususnya di kalangan pengundi muda masih berlaku dan akan terus berlaku jika mereka mendapat akses maklumat. "Kita lihat mereka yang berpendidikan tinggi, tidak suka kepada BN. Ini satu perkembangan yang baik," katanya.

.

Posted: 08 Nov 2010 07:43 PM PST

.


Posted: 08 Nov 2010 12:02 AM PST

Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda,

"Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya".

Di dalam riwayat lain : "Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban".

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya,

(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

KEUTAMAAN BULAN ZULHIJJAH

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

http://akob73.blogspot.com/

Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang terakhir di dalam kalendar hijrah. Ia termasuk di antara bulan-bulan haram yang dimuliakan oleh ALLAH S.W.T. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat ALLAH menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Zulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya'ban. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662

Justeru sebagaimana bulan-bulan Haram yang lain bulan Zulhijjah ini seharusnya diisi dengan amalan-amalan soleh yang selari dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Bulan Zulhijjah juga merupakan bulan di mana umat Islam berkumpul di Tanah Haram untuk mengerjakan ibadat Haji. Pada bulan ini juga terdapat hari perayaan yang paling utama bagi umat Islam iaitu Aidiladha.

Pada bulan Zulhijjah itu sendiri terdapat hari-hari yang lebih diutamakan berbanding dengan hari-hari yang lain pada bulan tersebut seperti berikut:

1) Keutamaan Sepuluh Hari Yang Pertama

Sepuluh hari pertama pada bulan Zulhijjah merupakan hari yang diberkati oleh ALLAH S.W.T. dan bagi mereka yang mengerjakan amal-amal soleh pada hari ini ia akan mendapat keutamaan dan ganjaran yang lebih berbanding dengan hari-hari yang lain pada sepanjang tahun. Firman ALLAH S.W.T.:

Demi fajar, dan malam yang sepuluh – al-Fajr (89) : 1-2

Para ulama telah menafsirkan malam yang sepuluh itu sebagai malam-malam pada sepuluh hari yang pertama dalam bulan Zulhijjah. Imam Ibn Rajab r.h berkata:

"Malam-malam yang sepuluh adalah sepuluh hari Zulhijjah, inilah tafsiran yang benar dari majoriti ahli tafisr daripada kalangan salaf dan selain mereka. Dan tafsiran ini telah sahih pula (diterima) daripada Ibn 'Abbas r.a." – Ibn Rajab, Latha'iful Ma'arif, ms. 470. Penulis nukil dari buku Ensiklopedi Amalan Sunnah Dibulan Hijriyah.

Daripada Ibn 'Abbas r.a, dia berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:

Tiada hari-hari yang amalan soleh di dalamnya lebih dicintai ALLAH daripada hari- hari(ayyam) ini (iaitu sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah). Mereka (para sahabat) bertanya: "Ya Rasulullah, termasuk jihad di jalan ALLAH?" Baginda menjawab: "Ya, tidak juga jihad di jalan ALLAH kecuali orang yang mengorbankan jiwa dan hartanya dan dia tidak kembali setelah itu (mati syahid)." – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 969

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar r.h:

(Setelah membawa beberapa riwayat sokongan) Dari sini, maka jelaslah ayyam pada hadis bab di atas adalah sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah. – Ibn Hajar al-'Asqolani,Fathul Baari, jilid 5, ms. 307, ketika mensyarah hadis no: 969.

Jelas menerusi hadis ini amalan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah begitu besar. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar:

"Jika seseorang melakukan hal seperti itu (iaitu berjihad sehingga mengorbankan diri dan harta), maka dia lebih baik atau sedarjat dengan mereka yang melakukan ibadat pada sepuluh hari pertama pada bulan Zulhijjah." - Ibn Hajar al-'Asqolani, Fathul Baari, jilid 5, ms. 307, ketika mensyarah hadis no: 969.

Selanjutnya al-Hafiz Ibn Hajar memperjelaskan sebab keutamaan sepuluh hari pertama Bulan Zulhijjah adalah kerana pada hari-hari tersebut terkumpul ibadat-ibadat yang induk seperti solat, puasa, sedekah dan haji yang mana hal-hal itu kesemuanya tidak terdapat (secara serentak) pada bulan-bulan yang lain.

Justeru hendaklah setiap umat Islam memperbanyakkan solat-solat sunat terutamanya solat tahajjud, berzikir, berdoa, membaca al-Qur'an, melaksanakan ibadat korban dan mengerjakan ibadat haji bagi yang mampu. Hendaklah berusaha untuk berpuasa pada sembilan hari yang pertama pada bulan Zulhijjah tersebut. Ummul Mukminun Hafshah berkata:

Adalah Nabi s.a.w. berpuasa pada hari puasa 'Asyura dan sembilan hari pertama pada bulan Zulhijjah dan tiga hari di dalam setiap bulan. – Hadis riwayat Imam al-Nasa'i di dalamSunannya, no: 2332

2) Hari Arafah

Hari Arafah atau hari yang ke sembilan dalam bulan Zulhijjah merupakan hari di mana para jemaah haji berwukuf di padang Arafah. Hari Arafah ini merupakan hari yang paling ramai umat manusia beriman diampunkan dosa-dosanya lalu dan diselamatkan dari siksa api neraka oleh ALLAH S.W.T. serta diperkenankan permohonan hamba-hamba-NYA. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Tiada suatu hari hari yang di dalamnya ALLAH menyelamatkan hamba-NYA dari neraka yang lebih ramai daripada hari Arafah iaitu tatkala ALLAH mendekat dan berbangga di hadapan para malaikat-NYA seraya berfirman: Apa yang mereka inginkan?" – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya, no: 2402

Justeru bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadat haji disunatkan untuk berpuasa dan fadilatnya adalah dosa-dosa tahun yang lepas serta yang akan datang akan diampunkan. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Puasa tiga hari dari setiap bulan sejak dari Ramadan ke Ramadan berikutnya dianggap berpuasa setahun penuh. Sedangkan puasa hari Arafah pahalanya menurut ALLAH dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Adapun puasa hari Asyura, pahalanya menurut ALLAH dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya. – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya, no: 1162.

Bagaimana pula bagi mereka yang sedang berwukuf di padang Arafah? Perlukan mereka turut berpuasa? Majoriti (jumhur) ulama berpendapat tidak dianjurkan bagi jemaah haji yang sedang berwukuf untuk berpuasa pada hari Arafah. Pandangan ini dikuatkan dengan sebuah riwayat daripada Kuraib daripada Maimunah r.a yang menceritakan:

Bahawasanya orang ramai merasa ragu-ragu tentang puasa Rasulullah s.a.w. pada hari Arafah. Maka aku (yakni Maimunah) membawakan air susu kepadanya. Pada saat itu baginda sedang wukuf di tempat wukuf. Baginda meminumnya dan manusia melihatnya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 1989

Motif Rasulullah s.a.w. menganjurkan para sahabat untuk tidak berpuasa ketika wukuf di Arafah adalah bertujuan agar para sahabat yang sedang mengerjakan ibadah haji memiliki tubuh badan yang segar dan kuat supaya mereka dapat melipat gandakan amal ibadat pada hari itu yang terdapat banyak fadilatnya. At-Thobari r.h berkata:

"Rasulullah s.a.w. tidak berpuasa di Arafah dengan maksud memberi petunjuk bahawa yang terbaik dilakukan oleh mereka yang mengerjakan haji di Makkah adalah tidak berpuasa supaya tidak lemah untuk berdoa dan berzikir pada hari Arafah." – Rujuk Fathul Baari, jilid 11, ms. 437, syarah hadis no: 1989.

Ada juga yang menyatakan Rasulullah tidak berpuasa ketika di Arafah kerana hari itu merupakan hari raya bagi para jemaah haji yang berkumpul untuk melaksanakan ibadat wukuf. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Hari Arafah, Hari Raya Korban dan Hari-Hari Tasyriq adalah hari raya bagi kita orang Islam dan hari makan dan minum. – Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, no: 2066

Namun terdapat juga para ulama yang berpendapat hadis yang menunjukkan Rasulullah tidak berpuasa ketika di Arafah bukanlah menunjukkan dilarang sama sekali bagi para jemaah haji untuk berpuasa. Perbuatan tersebut hanya menunjukkan bahawa perbuatan tersebut boleh ditinggalkan. Justeru ada ulama yang berpendapat diperbolehkan berpuasa ketika wukuf di Arafah sekiranya ia tidak menyebabkan sesesorang itu menjadi lemah untuk mengerjakan amal-amal ibadat seperti berzikir dan berdoa.

Apa pun jua sunnah Rasulullah dan amalan para Khulafa' al-Rasyidin lebih patut kita contohi kerana mereka merupakan contoh tauladan yang paling afdal untuk diikuti. Ibn 'Umar r.a pernah ditanya tentang puasa pada hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah, dia menjawab:

Aku melaksanakan haji bersama Rasulullah s.a.w. dan baginda tidak berpuasa pada hari itu, juga bersama Abu Bakar dan beliau tidak berpuasa (pada hari itu), juga bersama 'Umar dan beliau tidak berpuasa (pada hari itu), juga bersama 'Uthman dan beliau tidak berpuasa (pada hari itu). Dan aku turut tidak berpuasa (pada hari itu), aku tidak memerintahkan (pihak lain) untuk berpuasa dan tidak melarangnya. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 682

Adalah disunatkan bagi jemaah haji yang hendak wukuf di 'Arafah untuk mandi terlebih dahulu sebagaimana tatacara mandi wajib. Dalilnya adalah:

Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh pernah ditanya tentang mandi; apakah harus mandi setiap hari? Maka beliau menjawab:

Tidak harus. Namun, yang harus mandi ialah pada hari Jumaat, hari 'Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri. - Hadis riwayat Imam al-Syafi'i di dalam Musnad al-Syafi'i

Terdapat pihak yang berpendapat terdapat solat sunat khusus sempena hari Arafah bersamdarkan hadis:

Barangsiapa yang solat dua rakaat pada hari Arafah dengan membaca setiap rakaatnya surah al-Fatihah tiga kali, kecuali ALLAH akan berfirman: "Aku bersaksi untuk kalian bahawa AKU telah mengampuninya."

Hanya sahaja hadis di atas ini merupakan hadis maudhu' (palsu) sebagaimana yang telah diperkatakan oleh Ibn al-Jauzi di dalam al-Maudhu'aat dan al-Syaukani di dalam al-Fawaid. Tiada hadis yang sahih menunjukkan adanya solat khusus sempena hari Arafah. Walaubagaimanapun diperbolehkan untuk memperbanyakkan amalan-amalan soleh termasuk mengerjakan solat-solat sunat lain yang lazim dikerjakan pada hari-hari lain sepanjang tahun apatah lagi hari 'Arafah merupakan hari yang penuh keberkatan.

Terdapat juga setengah ulama yang membenarkan amalan Ta'rif. Ta'rif adalah berkumpulnya orang-orang yang tidak melaksanakan ibadat haji di Masjid pada malam Arafah untuk melakukan kegiatan seperti dilakukan oleh mereka yang sedang mengerjakan ibadat haji di padang Arafah seperdi berdoa, berzikir dan sebagainya. Mereka berhujah bahawa Ibn 'Abbas r.a merupakan orang yang pertama melakukan upacara Ta'rif ini di Basrah. Ketika menjelang senja (selepas solat Asar) pada hari Arafah Ibn 'Abbas telah menaiki mimbar masjid dan mengajar jemaah masjid beberapa potong ayat al-Qur'an dan memberi peringatan kepada para jemaah sehingga Maghrib lalu mengerjakan solat Maghrib bersama. Menurut mereka Ibn 'Abbas telah melakukan Ta'rif ini semasa pemerintahan Saidina'Ali dan beliau tidak menentangnya. Oleh itu suatu tradisi yang dilakukan pada zaman sahabat dan tiada sesiapa yang menentangnya maka tidak boleh disebut sebagai amalan bid'ah. Di antara para ulama yang tidak menolak amalan Ta'rif adalah Imam Ahmad. Ketika ditanya tentang amalan Ta'rif dia berkata:

Tiada apa-apa kerana itu hanyalah doa dan zikir kepada ALLAH. Dintanyakan kepadanya: "Apakah anda melakukannya?" Dia menjawab: "Saya tidak melakukannya." – Rujuk al-Mughni, jilid 2, ms. 399 dan Thabaqaat al-Hanabilah, jilid 1, ms. 67.Dinukil dari kitab al-Bida' al-Hauliyyah ms. 406

Namun terdapat juga para ulama yang menyatakan tradisi Ta'rif ini sebagai bid'ah dan makruh untuk dilakukan. Kehadiran Ibn 'Abbas pada hari itu hanyalah bertujuan untuk menyampaikan seruan al-Qur'an dan bukan untuk menyamai amalan para jemaah haji yang sedang wukuf di Arafah sebagaimana yang telah diperjelaskan oleh Abu Syamah di dalam kitabnya al-Baits al-Ingkar al-Bida' wa al-Hawadits. Tambahan pula menurut Syaikh 'Abdullah al-Tuwaijiry di dalam kitabnya al-Bida' al-Hauliyyah (ms. 414) Ibn 'Abbas tidak mengulangi perbuatannya itu pada tahun yang berikutnya lalu bagaimana tindakan beliau ini boleh dijadikan sebagai tradisi Ta'rif.

Tindakan seorang sahabat juga adalah tidak kuat untuk dijadikan hujah sekiranya berlawanan dengan nas-nas sahih yang jelas. Telah sabit larangan Rasulullah s.a.w. untuk mencipta amal ibadat baru atau amalan bid'ah yang tidak pernah diajar oleh baginda sebagaimana sabdanya:

Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia." - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2697

Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami (iaitu didalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia. - Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya, no: 1718

Jelas Rasulullah s.a.w tidak pernah mengajar para sahabat baginda tradisi Ta'rif ini.

Ibn Wadhah meriwayatkan daripada Abu Hafsh al-Madani berkata: "Pada hari Arafah orang ramai duduk Masjid Nabawi untuk berdoa setelah solat Asar lalu keluar Nafi' pembantu Ibn 'Umar dari rumah keluarga 'Umar lantas berkata: "Sesungguhnya apa yang kamu lakukan ini adalah bid'ah dan bukan sunnah. Sesungguhnya saya tahu para salaf tidak melakukannya." Kemudian dia pulang dan tidak ikut berkumpul. Setelah itu dia keluar lagi dan melakukan seperti apa yang dilakukannya pada kali pertama lalu pulang." – Rujuk al-Bida' karya Ibn Wadhah, ms. 46. Dinukil dari kitab al-Bida' al-Hauliyyah ms. 406

Ibn Wahhab telah berkata:

Saya mendengar Malik ditanya tentang berkumpulnya manusia pada malam hari 'Arafah setelah solat Asar untuk berdoa. Dia (Imam Malik r.h) menjawab: "Ini tidak diperintahkan kepada manusia melainkan semua ini termasuk dalam kategori bid'ah." - Dinukil dari kitab al-Bida' al-Hauliyyah, ms. 405

Justeru penulis lebih cenderung dengan pendapat para ulama yang membid'ah upacara Ta'rif ini kerana tiada dalil yang menunjukkan Rasulullah s.a.w. menganjurkan amalan tersebut.

3) Hari Raya Aidiladha

Pada tarikh Sepuluh Zulhijjah umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha yang merupakan hari kebesaran bagi umat Nabi Muhammad s.a.w. Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:

"Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat al-Nasa'i, di dalam Sunan al-Nasa'i, hadis no: 959.

Walaupun di Malaysia sambutan Hari Raya Aidilfitri jauh lebih meriah berbanding Aidiladha, namun hakikatnya di sisi ALLAH S.W.T. Aidiladha adalah lebih utama berbanding Aidilfitri. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Sesungguhnya hari yang paling agung disisi ALLAH Tabaraka wa Ta'ala adalah Hari Raya Aidiladha, setelah itu ada hari al-Qurr (iaitu hari kedua Aidiladha yakni pada 11 Zulhijjah). – Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, no: 1502

Kemuliaan tarikh sepuluh Zulhijjah ini adalah lebih terserlah apabila ada ulama berpendapat bahawa pada hari inilah apa yang disitilahkan sebagai Haji Akbar. Ibn 'Umar r.a telah menceritakan bahawa Nabi s.a.w. berdiri di antara tempat-tempat melontar jumrah pada hari raya Aidiladha, pada saat haji yang baginda lakukan lalu baginda bersabda:

Ini adalah hari Haji Akbar (Haji yang paling besar). – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 1742

Terdapat sesetengah pihak yang berpandangan terdapat solat malam khusus sempena Aidiladha bersandarkan sebuah hadis:

Barangsiapa yang solat malam Aidiladha dua rakaat dengan membaca di setiap rakaatnya surah al-Fatihah lima belas kali dan qul huwallahu ahad lima belas kali, ALLAH akan mencatatkan namanya sebagai penghuni syurga.

Namun hadis ini merupakan hadis maudhu' (palsu) sebagaimana yang telah diperkatakan oleh Ibn al-Jauzi di dalam al-Maudhu'aat dan al-Syaukani di dalam al-Fawaid. Tiada hadis yang sahih menunjukkan adanya solat khusus sempena Aidiladha. Bagi mereka yang telah biasa mengerjakan qiyam al-lail maka boleh meneruskannya pada malam Aidiadha seperti malam-malam yang lain.

4) Hari-Hari Tasyriq

Hari Tasyriq merupakan hari-hari yang jatuh pada tarikh sebelas, dua belas dan tiga belas Zulhijjah. Ia di namakan Tasyriq kerana pada hari tersebut daging kurban dibahagikan. Hari-hari Tasyriq ini merupakan hari yang dimuliakan oleh ALLAH S.W.T. dan memiliki keutamaan. Firmannya:

Dan berzikirlah (dengan menyebut) ALLAH dalam beberapa hari yang terbilang. – al-Baqarah (2) :203

Di dalam Tafseer Ibn Kathir telah dibawa sebuat riwayat Daripada Ibn 'Abbas r.a yang berkata: Beberapa hari yang terbilang (dalam hadis di atas) adalah hari-hari Tasyriq. Di dalam kitab tersebut Ibn Kathir r.h telah membawa sebuah riwayat daripada Nubayshah Al-Hudzali, dia berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:

Hari Tasyriq adalah hari untuk makan, minum dan berzikir. – Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya, no: 19797

Menerusi hadis ini dapat kita fahami dua perkara tentang Hari Tasyriq.

Pertama: Ia termasuk hari perayaan Aidiladha yang mana ia adalah hari untuk makan dan minum serta hari untuk bergembira. Oleh itu digalakkan untuk berkumpul bersama keluarga serta sahabat handai dengan menyediakan jamuan makan asalkan segala adab-adab yang dituntut oleh syarak dijaga serta tiada pembaziran. Justeru pada hari Tasyriq termasuk dalam hari-hari yang diharamkan untuk berpuasa. Ketika 'Abdullah bin 'Amru r.a bertemu dengan dengan ayahnya ('Amru bin al-'Ash r.a), 'Amru bin al-'Ash sedang makan. Ayahnya menjemput 'Abdullah bin 'Amru untuk makan bersama tetapi beliau menolak dengan alasan sedang berpuasa. Lalu 'Amru bin al-'Ash berkata:

Ini adalah hari-hari yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. untuk berpuasa dan menyuruh kita untuk menjadikannya (hari-hari) suci. – Diriwayatkan oleh Imam Imam Malik di dalamal-Muwatha', hadis no: 137

Menurut Imam Malik r.h hari-hari tersebut adalah hari Tasyrik.

Kedua: Ia merupakan hari untuk memperbanyakkan zikir kepada ALLAH terutamanya takbir dalam rangka memperbesarkan serta mengagungkan ALLAH S.W.T.. Di dalamSahih al-Bukhari telah diriwayatkan:

Ketika di Mina (pada hari-hari Tasyriq), 'Umar r.a mengumandangkan takbir di dalam khemahnya sehingga orang ramai yang berada di dalam masjid mendengarnya, maka mereka dan orang ramai yang sedang berada di pasar turut ikut mengumandangkan takbir sehingga kota Mina bergemuruh dengan takbir. Ibn 'Umar mengumandangkan takbir di Mina pada hari-hari itu (iaitu Tasyriq) setiap kali selesai melaksanakan solat, di tempat tidurnya, di khemah, di dalam masjid dan ketika dia sedang berjalan pada hari-hari itu. – Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di bab Takbir Pada Hari-Hari Mina Dan Ketika Berangkat Menuju Arafah di dalam Sahihnya

ALLAH S.W.T dengan sifat-NYA yang Maha Pemurah (al-Rahmah) lagi Maha Penyayang (al-Rahman) telah menetapkan sesesetengah bulan itu memiliki keutamaan yang lebih berbanding dengan bulan-bulan yang lain agar Dia dapat memberi ganjaran yang lebih kepada hamba-hamba-NYA pada kadar-kadar masa yang tertentu itu. Di antara bulan yang dianggap istimewa itu adalah bulan Zulhijjah yang merupakan salah satu dari empat bulan-bulan haram yang penuh berkat. Sabda Nabi s.a.w. :

.Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat ALLAH menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Zulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya'ban. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 08 Nov 2010 07:38 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


Al-Quran, Makkah: Dua 'Batu Pejal' Yang Tak Mampu Dimusnahkan Oleh Mana-Mana Senjata Canggih Kuffar - TG Dato' Seri Presiden

Posted: 08 Nov 2010 08:51 AM PST


8 November 2010, Taman Kosas - Ratusan jemaah dari Ampang dan Pandan tidak melepaskan peluang berjemaah di Masjid Fatimah Az-Zahra' di sini bagi meraikan dan mendengar kuliah maghrib yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS Pusat.

Bersempena dengan bulan haji ini, Tuan Guru menghuraikan sejarah haji dan kota Makkah dari perspektif ketaatan kepada perintah Allah SWT dan usaha dalam memartabatkan Islam di atas muka bumi ini seperti mana yang telah diusahakan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebelum berhijrah ke kota Madinah. Kupasan yang cukup ilmiah, menarik dan padat dengan fakta. Di hujung kuliah, Tuan Guru menyatakan, di dalam menghadapi cabaran dan tentangan dunia kepada Islam, hanya terdapat dua 'batu pejal' yang tidak mampu dipecahkan oleh mana-mana senjata canggih para kuffar iaitu Al-Quran dan kota suci Makkah. Selagi umat Islam berpegang teguh dengan Al-Quran dan selagi mereka mengunjungi dan sentiasa bercita-cita untuk menunaikan fardu haji di Makkah, insyaAllah selama itulah umat Islam akan terus utuh dari sebarang serangan dan ancaman musuh di sekeliling mereka.

Kuliah selama lebih sejam itu berakhir pada jam 8:35 malam. Seluruh jemaah mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan Tuan Guru sejurus selepas solat Isya'. Semoga apa yang disampaikan oleh Tuan Guru dapat sama-sama kita amalkan dan semoga kehadiran Tuan Guru di Ampang memberikan suntikan baru kepada PAS Ampang dalam menghadapi pilihanraya umum yang dijangka diadakan tidak lama lagi.



N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 08 Nov 2010 07:37 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Peristiwa Di Bulan Zulhijjah

Posted: 08 Nov 2010 08:32 AM PST

Bulan Zulhijjah merupakan bulan-bulan yang mempunyai kedudukan tertinggi di dalam jiwa umat Islam, iaitu salah satu bulan-bulan Haram dan bulan yang mengandungi beberapa peristiwa besar, yang paling utama dan paling besar ialah perhimpunan Islam sedunia sempena menunaikan fardu haji.

Di antara peristiwa di bulan yang agung ini :

1. Ghazwah dan peperangan

Pada 11 Zulhijjah 571H Salehuddin al-Ayubi Berjaya merempuh kubu kukuh yang menjadi tempat saliran air. Ia termasuk dalam strategi utama mewujudkan kesatuan Islam. Kubu ini Berjaya ditawan selepas berlaku pengepungan selama 38 hari. Salehuddin al-Ayubi mengukuhkan binaan kubu selepas menerima penyerahannya yang kini dikenali Qal'ah Sultan Salehuddin. Fungsinya menyamai yang diguna pakai bagi menyatukan tentera-terntera bersekutu yang terdiri dari tentera Halab dan tentera Salib Antakiyah.

Pada 4 Zulhijjah 616H kota Bukhara telah jatuh ke tangan tentera Moghul di bawah pimpinan Gengiz Khan selepas berlaku pengepungan selama tiga hari. Tentera Moghul telah memburu seluruh penduduk Bukhara dan menggunakan pedang kepada semua orang yang masih hidup di dalam kota dan mengakhiri kekejaman mereka dengan membakar seluruh kota!!.

2. Kelahiran

Pada 25 Zulhijjah 1326H lahir seorang sarjana besar Abdul Salam Muhammad Harun seorang "syaikhul muhaqqiqin" (penyelidik atau pengedit besar), perintis dalam seni penyelidikan khazanah silam dan meninggalkan puluhan bahan ilmiah Arab seperti buku-buku sastera dan bahasa yang diperakuinya. Antara yang paling utama ialah "Al-Kitab" karya Sibaweih, "Al-Hayawan" karya Al-Jahiz dan "Khazanah al-Adab" karya al-Baghdadi.

Pada 5 Zulhijjah 1335H lahir seorang pendakwah, muslih, faqih dan mujaddid Syeikh Muhammad al-Ghazali di Mesir dan menamatkan pengajiannya di Al-Azhar. Beliau menghabiskan usianya dengan menjalankan dakwah dan memusatkan dakwahnya dalam hal membaharui iman kepada Allah, memerangi kekerasan dan kezaliman, seruan kepada keadilan social, membebaskan dan membangkitkan umat.

3. Kewafatan

Pada 26 Zulhijjah tahun 27H Khalifah Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab telah terbunuh setelah ditikam oleh Abu Lukluk seorang Majusi yang dikatakan berdendam ketika beliau sedang memimpin solat. Saidina Umar telah dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Abu Bakar as-Siddiq. Beliau memerintah selama sepuluh tahun di mana jajaran Negara Islam telah bertambah luas. Pada masa pemerintahannya dipenuhi dengan keadilan dan kemuliaan kepada umat Islam. Pada zamannya juga Mesir dan al-Quds Berjaya dibuka.

Pada 18 Zulhijjah tahun 35H Khalifah Amirul Mukminin Uthman bin Affan r.a telah terbunuh di tangan orang-orang yang terpedaya dengan fitnah. Sumbangan utama Saidina Uthman ialah menghimpunkan al-Quran di dalam satu mushaf. Tempoh pemerintahannya selama 13 tahun. Beliau mendapat gelaran "Zu an-Nur'ain" kerana mengahwini dua puteri Rasulullah, Ruqayyah dan Ummu Kalthum.

Pada 6 Zulhijjah tahun 158H Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, pengasas sebenar Daulah Abbasiyah telah mangkat. Baginda telah Berjaya mengukuhkan tonggak dan sendi Daulah serta menyelesaikan semua fitnah dan kebangkitan rakyat yang wujud untuk menentangkannya. Sebagaimana yang diketahui baginda adalah seorang khalifah yang sangat mengambil berat tentang kebajikan dan urusan Negara. Baginda jugalah yang mengasaskan kota Baghdad dan seterusnya menjadinya sebagai ibukota Daulah Abbasiyah. Baginda telah mendapat nasihat secara langsung tentang pembinaannya dari Imam Abu Hanifah an-Nu'man.

Pada 26 Zulhijjah 206H al-Hakam bin Hisyam bin Abdul Rahman salah seorang raja Andalus yang terkenal telah mangkat. Baginda telah dilantik pada usia 26 tahun. Al-Hakam merupakan raja pertama yang mendapat kemuliaan di Andalus.

Pada 11 Zulhijjah 207 seorang sejarawan besar, Muhammad bin Umar al-Waqidi telah meninggal dunia. Beliau adalah sarjana ilmu al-Maghazi dan Sirah. Penulis kitab "Al-Maghazi". Dilahirkan di Madinah dan memperolehi ilmu di tangan ulama setempat, kemudian menetap di Baghdad sehingga meninggal.

Pada tahun 286H Muhammad bin Yazid bin Abdul Akbar yang lebih dikenali dengan "Al-Mubarrad" telah meninggal dunia. Beliau digelar Al-Mubarrad, menurut satu riwayat kerana kecantikan wajahnya dan satu riwayat lain kerana ketelitian dan kepetahan jawapannya. Al-Mubarad adalah pemimpin sarjana ilmu Nahu tanpa sebarang pertikaian. Belaiu juga imam pada zamannya dalam bidang sastera dan bahasa yang diperolehi dari gurunya al-Mazny. Beliau hidup sezaman dengan 9 orang khalifah Abbasiyah. Di antara sumbangan al-Mubarrad ialah penulisan kitab "Al-Kamil" dalam bidang sastera dan bahasa.

Begitu juga pada tahun 463H di bulan Zulhijjah telah meninggal dunia al-Hafiz Abu Bakar Ahmad bin Ali bin Tsabit, yang lebih dikenali dengan "Al-Khatib al-Baghdadi" yang merupakan salah seorang imam Hadith dan sejarah pada kurun ke 5H. Beliau telah menghasilkan banyak karya tentang sejarah dan yang terkenal ialah "Tarikh Baghdadi".

sumber : zadud-duat.blogspot.com

Rumah EXCO Selangor Dipecah Masuk

Posted: 08 Nov 2010 08:04 AM PST

KLANG 8 NOV : Seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor kerugian lebih RM70,000 selain hilang sebuah peti besi yang mengandungi barangan berharga, selepas rumahnya di Taman Klang Jaya di sini dimasuki pencuri, tengahhari tadi.

http://freemalaysiatoday.com/bahasa/wp-content/uploads/2010/07/jayakumar.jpg

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr A.Xavier Jayakumar berkata beliau percaya kejadian itu berlaku antara 12.30 tengah hari dan 3.30 petang, ketika semua anggota keluarganya tidak berada di rumah.

"Kejadian disedari oleh anak lelaki saya, Dev Arul yang pulang dari sekolah kira-kira pukul 3.30 petang, apabila melihat keadaan empat bilik yang berselerak dengan semua laci meja terbuka dan peti besi hilang.

"Beliau kemudian menghubungi isteri(ibu Dev Arul) yang memaklumkan kejadian ini kepada saya," katanya ketika ditemui hari ini.

Xavier yang bergegas pulang dari persidangan Dewan Undangan Negeri berkata, kejadian itu merupakan yang pertama sejak 21 tahun menetap di kawasan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dari pelbagai sudut bagi mengenal pasti suspek dalam kejadian itu," katanya.

sumber : tvsnews.net

Dewan Muslimat PAS Kota Raja

Posted: 08 Nov 2010 07:35 PM PST

Dewan Muslimat PAS Kota Raja


Apa Erti Menjadi Isteri Solehah

Posted: 08 Nov 2010 08:29 AM PST

Apa erti menjadi isteri solehah. Pelbagai pandangan dan jawapan mampu kita tafsirkan, samada melalui pembacaan, perbincangan dan perkongsian pengalaman. Kita menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada  waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah  bertemu  bapa  mertuanya, Nabi  Ibrahim.
Apabila  sampai  di rumah anaknya itu, terjadilah  dialog  antara Nabi Ibrahim dan menantunya.
Nabi Ibrahim    :  Siapakah kamu? 

Menantu          :  Aku isteri Ismail. 

Nabi Ibrahim     :  Di manakah suamimu, Ismail? 
Menantu           :  Dia pergi berburu. 
Nabi Ibrahim     :  Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga? 
Menantu          : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak  pernah senang dan lapang. 
Nabi Ibrahim    :  Baiklah!  Jika suamimu  balik,  sampaikan  salamku padanya. Katakan padanya, tukar  tiang  pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya   menceraikan isterinya). 
Menantu          :  Ya, baiklah.

Setelah Nabi  Ismail  pulang  daripada  berburu,  isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi Ismail       : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu? 

Isteri               :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita. 

Nabi Ismail       :  Apa jawapanmu? 
Isteri                :  Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup  kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang. 
Nabi Ismail      :  Adakah dia berpesan apa-apa? 
Isteri               :  Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan  salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang  pintu rumahmu. 
Nabi Ismail       :  Sebenarnya  dia  itu  ayahku.  Dia  menyuruh  kita berpisah. Sekarang  kembalilah  kau  kepada keluargamu.


Ismail  pun  menceraikan isterinya  yang  suka  merungut,  tidak bertimbang  rasa serta tidak bersyukur kepada takdir   Allah  SWT. Sanggup  pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada  orang  luar.
Tidak lama selepas  itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah  sekian lama,  Nabi  Ibrahim  datang lagi ke Makkah  dengan  tujuan menziarahi  anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan  antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.
Nabi Ibrahim     :  Dimana suamimu? 

Menantu           :  Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu. 

Nabi Ibrahim     :  Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan? 
Menantu           :  Syukurlah kepada tuhan, kami semua  dalam  keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang. 
Nabi Ibrahim     :  Baguslah kalau begitu. 
Menantu           :  Silalah  duduk  sebentar.  Boleh  saya  hidangkan sedikit  makanan. 
Nabi Ibrahim     :  Apa pula yang ingin kamu hidangkan? 
Menantu           :  Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu. 
Nabi Ibrahim     :  (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku!  Berkatilah  mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa  ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah 
berkat doa Nabi Ibrahim). 
Nabi Ibrahim   :  Baiklah, nanti apabila suamimu  pulang,  sampai- kan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan  tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk  mengekalkan isteri Nabi Ismail).


Apabila  Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti  biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.
Nabi Ismail       :  Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah? 

Isteri               :  Ya,  ada.  Seorang  tua yang  baik rupanya dan perwatakannya sepertimu. 

Nabi Ismail       :  Apa katanya? 
Isteri               :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita. 
Nabi Ismail       :  Apa jawapanmu? 
Isteri               :  Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun  yang kurang. Aku ajak juga dia makan  dan minum. 
Nabi Ismail       :  Adakah dia berpesan apa-apa? 
Isteri               :  Ada, dia berkirim salam buatmu dan  menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu. 
Nabi Ismail       :  Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang  pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan. 
Isteri               :  Alhamdulillah, syukur.


Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Kisah sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga  tentu  merasai  dan  mengalami  sendiri  ujian   hidup berumahtangga  yang  sentiasa  perlukan  kesabaran.
Berpandukan sejarah  tersebut, bolehlah kita tegaskan kepada  diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya 'sabar di hati dan syukur pada wajah'. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali  suami  berhadapan dengan  isteri  solehah. Isteri solehah tidak cerewet  dan  tidak mudah merungut. Isteri solehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang  mahupun  susah  supaya  Allah  tambahkan  lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:
"Sesungguhnya  jika  kamu  bersyukur,  pasti  Aku tambahkan  nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih."  (Surah Ibrahim, ayat 7)

"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada  kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui  haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian."
(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Begitulah,  untuk  menyediakan  diri  sebagai isteri solehah,  hati  kita  hendaklah sentiasa  dipenuhi  dengan  kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang soleh.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut

Posted: 08 Nov 2010 07:28 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut


Pemuda Perak sedia bersemuka dengan Zambry

Posted: 07 Nov 2010 09:24 PM PST


IPOH, 8 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bersedia untuk menjelaskan dakwaan bahawa tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir jelas mendokong amalan syirik yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss ingin menarik perhatian Zambry berhubung kenyataan meminta pendirian mereka berikutan dakwaan terhadap perbuatan menteri besar itu yang jelas membudayakan kembali unsur syirik dan khurafat dalam amalan orang Melayu.

Justeru, katanya pihak Pemuda PAS negeri amat berbesar hati atas permintaan Zambry yang ingin mendapatkan penjelasan terhadap dakwaan beliau kepada Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

"Pihak kami bersedia bersemuka dengan YAB Datuk Seri bagi menjelaskan perkara tersebut," ujarnya di dalam emel yang dihantar kepada Zambry, hari ini.

Oleh yang demikian, katanya pihak Pemuda PAS negeri sedia menerima cabaran Zambry untuk menjelaskan pendirian.

Bagaimanapun, tambahnya ianya mestilah dibuat dalam satu pentas bersama bagi memberi peluang kepada rakyat dan umat Islam memahami dan menilai isu yang cuba diselewengkan oleh Barisan Nasional (BN).

Justeru, katanya pihak Pemuda PAS negeri menantikan persetujuan pihak Zambry bagi menetapkan apa sahaja kaedah pentas tersebut dan sesuai dengan masanya.

Beliau menambah, jika Zambry gagal memberikan sebarang respons bermakna menteri besar itu bersetuju dengan dakwaan Pemuda PAS negeri.

Bagaimanapun, ujarnya Zambry masih ingin mempertahankan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan jelas lari daripada akidah Islam.

-Harakahdaily-

DPPK PARIT

Posted: 08 Nov 2010 07:08 PM PST

DPPK PARIT


Tok Guru Jawab Isu Nor Deris

Posted: 08 Nov 2010 01:26 AM PST

Zambry perlu mengaku kesilapan bukan pertahan - Pesuruhjaya Pas Perak

Posted: 08 Nov 2010 12:58 AM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 08 Nov 2010 03:31 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


RUPENYA HANYA ORG ASLI ADE KESEDARAN...90% MENGUNDI....

Posted: 08 Nov 2010 12:30 AM PST

PKK Galas sudah melabuhkan tirainya... Tahniah kepada calon SPM BN atas kemenangan. Sebagai PAS beberapa aspek perlu dilihat dengan lebih teliti antaranya pertambahan undi kepada UMNO secara mendadak iaitu hampir 75.1% di kawasan daerah mengundi orang asli. Kita kene ingat, peratusan keluar mengundi untuk orang asli hanya diketahui setelah peti undi tersebut tiba di pusat penjumlahan undi. Sebabnya alasan SPR begitu mudah, bahawa kawasan tersebut tidak dapat dihubungi kerana ketiadaan talian telefon.

Selain itu,kecurigaan mengenai jumlah keluar mengundi di kawasan tersebut juga perlu dilihat kembali. Rentetan daripada perkara ini sebelum ini,pihak Pas telah membantah pengiraan undi di pusat penjumlahan undi sedangkan ianya boleh dibuat secara kelaziman di tempat pembuangan undi itu sendiri.Malah,tiada wakil parti yang berada di dalam helikopter tersebut memungkin pelbagai manipulasi undi boleh berlaku.Peratusan mengundi di Sungai Ber contohnya menyaksikan bilangan keluar mengundi adalah rapat kepada 90% keluar mengundi di daerah pengundian tersebut.

Berikut adalah jumlah keluar mengundi di enam daerah mengundi orang asli:

Masih ada masa untuk kerajaan Pas Kelantan membaiki kelemahan dalam pentadbiran terutamanya dalam soal penerangan.Galas adalah contoh terbaik bagaimana tanpa penerangan yang menyeluruh,pengundi non-partisan mudah dipengaruhi hasutan lawan.

Apapun,ingatlah bahawa kita hanya mampu merancang,dan Allahlah yang menjadi sebaik-baik perancang. Dan perancangan Allah telah mentakdirkan bahawa ABDUL AZIZ YUSOF adalah Yang Berhormat bagi N45 Galas

KERAJAAN PAS KELANTAN UCAP TERIMA KASIH PADA PUTRAJAYA..

Posted: 07 Nov 2010 11:36 PM PST

Kerajaan PAS Kelantan hari ini mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat kerana membiayai sepenuhnya peruntukan bagi merealisasikan pembangunan Taman Halal Hab di Pasir Mas yang bernilai RM63.16 juta.



Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Pembangunan Masyarakat negeri Datuk Anuar Tan Abdullah berkata pembinaan taman di atas tanah seluas 43.4 hektar di Mukim Apam, Pasir Mas itu dibangunkan bersama oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Projek Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER).


"Kerajaan negeri amat berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana membiayai sepenuhnya pembinaan Taman Halal Hab ini.


"Pembangunan taman ini akan dimulakan pada awal tahun 2011 dan dijangka beroperasi sepenuhnya dua tahun selepas itu iaitu pada 2013," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

DINAR EMAS : SUDIKAH PERAK KERJASAMA DENGAN PAS KELANTAN?

Posted: 07 Nov 2010 11:27 PM PST

Kerajaan negeri Kelantan sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri Perak bagi memperkembangkan penggunaan dinar emas dan dirham perak.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata pihaknya sedia menjalinkan kerjasama dengan Perak kerana negeri itu pernah mengumumkan untuk melaksanakan penggunaan dinar dan dirham sebelum ini.

"Kita akan bekerjasama jika dinar emas dan dirham perak yang akan dilaksanakan negeri itu nanti melaksanakan dinar yang betul (menepati piawaian antarabangsa yang sah)," katanya menjawab soalan Hanifa Ahmad (PAS-Pengkalan Pasir) pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.
Malahan Husam berkata, pihaknya akan memperluaskan penjualan dinar dan dirham yang dikeluarkan di Kelantan ke Selangor dan Terengganu dengan menggunakan ejen swasta yang disyaratkan perlu mempunyai modal RM500,000 bagi menjadi ejen.
Beliau berkata setakat ini bekalan dinar emas di Kelantan tidak mencukupi disebabkan permintaan yang menggalakkan dan pihaknya sentiasa mengalukan pelaburan daripada luar untuk memperluaskan pelaksanaan dinar emas dan dirham perak.
Husam berkata kerajaan negeri sedang menunggu satu pelaburan daripada luar yang akan membuat pelaburan RM5 juta bagi membolehkan dinar emas dikeluarkan.
"Kita juga merancang untuk menubuhkan sebuah institusi simpanan atau wadiah yang bertujuan untuk menyimpan dinar kerana buat masa ini kita tidak mempunyai wadiah yang rasmi," katanya.
Jika institusi simpanan itu dapat ditubuhkan, Husam berkata kerajaan negeri akan mengeluarkan kad yang dinamakan kad e-dinar yang boleh digunakan oleh pengguna untuk melakukan transaksi dinar dan dirham di seluruh dunia.

Katanya kerajaan negeri yakin terhadap kekukuhan emas dan perak berbanding penggunaan mata wang kertas kerana tiada mana-mana negara dapat memanipulasikan turun naik harga komoditi emas berbanding nilai mata wang sedia ada yang boleh dimanipulasikan sehingga boleh menjejaskan ekonomi sesebuah negara.

Husam berkata dari aspek keselamatan, Kelantan menggunakan ciri-ciri keselamatan canggih termasuk menggunakan hologram untuk memastikan dinar dan dirham tidak dipalsukan. — Bernama

INILAH KASIH SEORANG IBU KEPADA ANAK

Posted: 07 Nov 2010 08:43 PM PST

"Tolong mak, tolong Nini mak," itulah jeritan akhir ibu tunggal, Lenny Mariyana Daud, 29, sebelum ditemui rentung dalam kedudukan bersujud sambil memeluk anak tunggalnya, Nur Sabihah Qasreena Mohd Nizam, 3, yang turut maut dalam kebakaran di Kampung Seri Paya Darat, Ayer Hitam di sini, awal pagi semalam.


Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, Lenny dipercayai hanya sempat menjerit meminta bantuan buat beberapa saat disertai tangisan kuat Sabihah ketika cuba menyelamatkan diri dari biliknya.

Lenny yang bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua hujung tahun ini dipercayai gagal melarikan diri dengan anaknya melalui pintu dan tingkap bilik akibat asap tebal selain api marak.

Melihat api marak selain kesukaran menyelamatkan diri, Lenny dipercayai hanya mampu membongkok seperti bersujud sambil memeluk anaknya sebelum dua beranak itu ditemui rentung di sudut tepi katil oleh anggota Bomba dan Penyelamat, kira-kira jam 4 pagi....- Ibrahim Isa

PIALA MALAYSIA : STEADY JE... SULTAN HANYA 'BERKOPIAH & BERJUBAH' ...

Posted: 07 Nov 2010 05:56 PM PST

'Sejarah membelah zaman'. Buat julung kalinya sejak 89 tahun yang lalu, Piala Malaysia yang dimenangi oleh pasukan The Red Warriors telah dipersembahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V dalam satu Majlis Santapan Malam bagi meraikan pasukan Kelantan yang bergelar Juara Piala Malaysia 2010 yang berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bharu malam tadi.


Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Muhammad Ke-V, Al-Sultan Kelantan berangkat mencemarkan duli hadir ke majlis tersebut bersama Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa'iz Ibni Sultan Ismail Petra.






ZAID KELUAR PKR????

Posted: 07 Nov 2010 05:33 PM PST

Datuk Zaid Ibrahim meletakkan semua jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden di sebalik siri dakwaan pemilihan parti dicemari kecacatan dan tidak telus.


Keputusan Zaid itu, yang diumumkan selepas kira-kira 18 bulan menyertai PKR, dilihat akan memberi kesan ke atas parti, diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat, yang sedang berusaha untuk kembali pulih daripada kekalahan dua pilihan raya kecil berturut-turut dan selepas sekumpulan wakil rakyatnya keluar parti awal tahun ini.

Zaid berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana tiada usaha di kalangan pucuk kepimpinan parti untuk menangani pelbagai isu manipulasi dan amalan-amalan pemilihan tidak adil meskipun isu terbabit telah dibangkitkan berulang kali.

Zaid, bekas anggota Kabinet kerajaan pusat, menyertai PKR pertengahan tahun lalu. Beliau kini merupakan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan menganggotai Biro Politik.

Bagaimanapun beliau tidak menyebut sama ada akan kekal bersama PKR sebagai ahli biasa.

Pucuk kepimpinan parti itu sebelum ini termasuk yang terbaru semalam menafikan wujudnya sebarang elemen manipulasi dan penyelewengan dalam proses pemilihan secara langsung yang julung kali diadakan.
Dalam penafian kira-kira 4 petang semalam, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menafikan wujudnya elemen manipulasi dengan kertas undi didakwa boleh dibeli sebagaimana didakwa blogger hujung minggu lalu.
Dalam saingan jawatan timbalan presiden, Zaid berhadapan dengan cabaran dua naib presiden Azmin Ali, yang didakwa mendapat sokongan dan restu Anwar, dan Mustaffa Kamil Ayub.
Selepas 87 cabang telah menyelesaikan proses pengundian Azmin berada jauh di depan khususnya selepas pemilihan cabang-cabang Sabah kelmarin dan semalam.
Penyokong-penyokong Zaid mendakwa wujud manipulasi undi dalam proses pemilihan cabang-cabang di Sabah, tetapi ia turut dinafikan oleh jawatankuasa pemilihan pusat.
Dalam tulisan terbaru ini, tegas Zaid, beliau ditawarkan menyertai PKR di bawah kepercayaan bahawa boleh menghidupkan politik kesedaran dan progresif selain memelihara dan mengembangkan nilai-nilai politik berprinsip dan budaya dianggap penting bagi mengembangkan demokrasi dan urus tadbir pemerintahan baik di negara ini.
"(Tetapi) saya silap," kata Zaid yang sebelum ini pernah mengkritik tatacara pemilihan dan meminta sekretariat membetulkan kelemahan dan kekurangan yang wujud.
Malah beberapa pihak meminta agar pemilihan ditangguhkan sementara segala kelemahan dapat diatasi.
Zaid menambah, di sebalik pemilihan parti insiden-insiden yang disaksikan menunjukkan kepimpinan parti membiarkan kecacatan dan penyelewengan dalam proses pemilihan demi mencapai matlamat disasarkan.

GALAS : CREDIT KEPADA 'PEJUANG BERBASIKAL'

Posted: 07 Nov 2010 05:22 PM PST

Walaupun PAS kalah... namun ucapan terima kasih wajar di creditkan kepada 'pejuang berbasikal'... kalu ade award nie... wajib kene bagi kat dia....

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang

Posted: 08 Nov 2010 03:22 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang


Taktik kotor menangkan BN di Galas

Posted: 08 Nov 2010 04:03 AM PST

Tulisan Zulkiflee Bakar (Mingguan Malaysia, 7 November 2010) atas tajuk "Kalah kerana Nik Aziz" adalah disanggah. Rasional sanggahan adalah berpaksikan bahawa bukan sifat sebenar Tok Guru Nik Aziz seperti mana digambarkan oleh penulis tegar Umno itu. Apa yang berlaku di bumi dan sepanjang pengamatan pelbagai pihak (termasuk pengkaji politik) terhadap perjalanan pilihan raya kecil Galas adalah amat ketara bahawa BN mencapai kemenangan disebabkan BN menggunakan kempen taktik kotor.


Nilai kekotoran kempen BN itu boleh dikaji menerusi rancangan dan tingkah laku pasukan kempen Barisan Nasional yang menang di Galas 4 November lalu. Di sini dikemukakan sekurang-kurang 10 jenis taktik kotor, jijik, mual dan bercanggah dengan nilai-nilai demokrasi yang sudah menjadi 'makan-minum' parti Melayu Umno pimpinan Mohd Najib.

Pertama, akhbar Utusan Malaysia (28 Nov. 2010) sehari selepas penaman calon telah menyiarkan gambar Tan Sri Muhyidin Yasin selaku Timbalan Perdana Menteri menghulurkan sampul surat berisi RM300 kepada seorang warga emas, Alias Junuh. Permualaan kempen dengan sogokkan wang yang adalah bercanggah dengan Sekseyen 10, Akta Kesalahan Pilihan Raya. Namun, pihak SPR diam tanpa komen dan media tidak melaporkannya sebagai sogokan atau rasuah.

Kedua, saban hari tempoh kempen berjalan, media milik Kerajaan Pusat, khususnya Radio dan TV milik Kementerian Penerangan menyiarkan laporan dan pengakuan palsu individu kononnya menjadi mangsa pengambilan tanah untuk projek Ladang Rakyat. Sedangkan penjelasan dari pihak Ladang Rakyat, bahawa tiada projek Ladang Rakyat dalam DUN Galas. Apa yang sebenar ialah sebilangan pengundi DUN Galas telah terpilih sebagai penerima deviden RM200 sebulan diberikan oleh Ladang Rakyat. Tetapi penjelasan pihak Ladang Rakyat tidak disiarkan.

Ketiga, mahkamah telah menerima pendaftaran kes tuntutan wang royalti minyak Kerajaan Negeri Kelantan ke atas Petronas dan tidak sepatutnya ia dijadikan isu kempen. Tetapi apa yang berlaku, pihak BN telah menjanjikan dalam risalah beredar kepada pengundi bahawa royalti akan dipulangkan kepada rakyat Kelantan bila mengundi BN.

Keempat, menyebar fitnah dalam internet "Umno Online" laman rasmi Parti Umno Malaysia kononnya calon PAS terlibat dengan khalwat dengan seorang wanita yang namanya sama dengan nama ibu calon PAS, Dr. Zulkefli. Penafian Calon PAS telah dibuat sendiri oleh Dr. Zulkefli tetapi laman milik Umno itu terus memutar fitnah itu dengan fitnah baru pula, kononnya Dr. Zulkefli akan bersumpah menafikan isu khalwat di masjid. Pendekatan itu amat serius dari segi agama, mengapa ulama dan mufti tidak menegur fitnah yang jalang begitu.

Kelima, BN didapati amat rakus menggunakan jentera jabatan dan agensi Kerajaan Pusat sebagai jentera kempen BN. Ini dilakukan secara terbuka dan meloyakan. Antara yang paling jelas ialah salah guna Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (JHEOA). Pihak JHEOA kemudian telah melantik Timbalan Ketua Setiausaha sebagai pegawai bertanggungjawab bagi mempastikan pengundi Orang Asli mengundi BN.

Keenam, menyebar rakaman video ungkapan seorang hamba Allah yang berperangai pelik dinamakan sebagai "Nor Deris" yang mengeluarkan kata-kata kesat dan kotor serta fitnah terhadap Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz. Antara fitnahnya, kononnya Tok Guru Nik Aziz tidak mahu bersalam dengannya. Sedangkan cerita sebenar, "Nor Deris" itulah yang mengaku dia tak mahu bersalam kerana melihat tangan Tok Guru Nik Aziz serupa dengan "tangan syaitan." Rakaman itu dimuatkan dalam laman Umno Online milik Umno Malaysia yang kemudian disebarluas oleh laman-laman internet pro-Umno.

Ketujuh, media kempen BN termasuk akhbar, risalah, perayu undi dan pemimpin BN bertanggungjawab sepenuhnya menyebar laporan salah tentang kejayaan Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang dalam menyelesaikan permohonan milik tanah penduduk Gua Musang, termasuk melibatkan pengundi Cina di Kampung Pulai, Tanah Putih dan Kampung Baru. Pengakuan yang dibuat oleh mantan Ketua Jajahan Gua Musang, Abdullah Mat Yusoff mengenai beribu-ribu permohonan sejak sepuluh tahun terakhir ini. Malah, menurutnya berlaku kelewatan kelulusan permohonan adalah disebabkan karenah Kesedar yang tak mahu bekerjasama dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang. Namun, kenyataan Abdullah itu tidak disiarkan oleh media BN atau Umno Online.

Kelapan, menggunakan kakitangan Special Branch Polis (SB) bagi mendapatkan maklumat dari Bilik Gerakan PAS. Sehingga ada SB itu berjaya dikesan oleh pihak PAS atas perbuatan yang disuruh oleh BN itu. Ia jelas memperalatkan SB sebagai anggota keselamatan awam dan mempalitkan nama buruk pasukan polis atas semata-mata kepentingan BN saat pilihan raya. Jelas pihak BN tidak ada kepakaran sendiri melainkan menumpang jentera kerajaan.

Kesembilan, memfitnah Kerajaan Negeri Kelantan sebagai bertanggungjawab merosakkan punca air bersih bagi kegunaan Orang Asli. Sedangkan tanggungjawab sebenar untuk perawatan dan penjagaan serta pembinaan bekalan air bersih bagi penduduk Orang Asli ialah pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia yang terletak di bawah menterinya selaku Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Afdal. Sebagaimana dakwaan pihak JHEOA sendiri, tanggungjawab itu gagal dilaksanakan kerana karenah pihak kontraktor yang dikatakan menyeleweng.

Akhirnya, kesepuluh didapati di penghujung kempen, pihak pasukan kempen BN telah mengedar pembohongan berupa sogokan janji pembangunan Projek Mega berjumlah RM3.254 billion. Projek tersebut ialah Berjaya The Park (RM1.5 billion), Permata Timur (RM146 juta), Perumahan Rakyat Galas (RM180 juta), Golf Club dan Country Resort (RM856 juta), Agro Tourism (RM256 juta) dan kampus cawangan Universiti Kelantan (RM316 juta). Sogokan projek mega merupakan taktik kotor/tipu (gula-gula ke atas pengundi) bertujuan memikat pengundi mengundi BN. Apa yang pasti projek mega itu dikatakan bohong kerana tiada satupun tapak projek itu yang mendapat kelulusan tanah, sedangkan semua tanah bagi apa-apa projek sekalipun terlebih dahulu perlu diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Berdasarkan 10 nilai kerja salah laku pihak BN di sepanjang kempen pilihan raya kecil Galas tersebut, maka amatlah tepat kenyataan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz , betapa kemenangan BN itu disebabkan ugutan, sogokan dan tekanan ke atas pengundi.

Mungkin penilaian itu dapat diperkukuhkan lagi dengan hujah bahawa kemenangan BN adalah berkait rapat dengan strategi kotor dan taktik memfitnah ke atas pemimpin dan parti PAS serta pencapaian Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui PAS sejak dua dekad lalu. Apa pun, semoga pengundi Galas tidak terus tertipu selama-lamanya dengan pelbagai aktik kotor BN setiap kali pilihan raya.

http://misabah.blogspot.com/2010/11/taktik-kotor-menangkan-bn-di-galas.html

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 08 Nov 2010 03:19 PM PST

Pemuda PAS DUN Kemasik


Hari Ihtifal 2010 PASTI Al Abrar, Kerteh Dirasmikan Oleh Setiausaha DPPKK

Posted: 07 Nov 2010 07:09 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 08 Nov 2010 03:12 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


RAKYAT BENTONG & ALOR GAJAH DAH TAHU KE? SEMOGA BERJAYA !

Posted: 07 Nov 2010 10:58 PM PST



Baru-baru ini, akhbar utama Iran iaitu Tehran Times telah melaporkan bahawa Malaysia akan menjalankan pre-test bagi menghalang penyakit denggi dari merebak.

Ujian awal ini dilakukan dengan cara melepaskan 2,000 hingga 3,000 nyamuk jantan berstatus GM (Genetically Modified) dengan tujuan dapat mengatasi potensi nyamuk aedes betina yang membawa virus denggi.
(Genetically Modified – bermaksud sel-sel genetik organisma yang diubahsuai secara saintifik dan tujuan pengubahsuaian adalah mengikut objektif sesuatu penyelidikan)

Menurut Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, nyamuk-nyamuk GM ini dijangka akan dilepaskan pada bulan Oktober atau November 2010 di negeri Bentong, Pahang dan Alor Gajah, Melaka. Namun begitu, cara bagaimana ia dilepaskan dan kawasan khusus tidak dinyatakan.
Menurut kementerian itu lagi, pelepasan ini selaras dengan statistik yang dikeluarkan World Health Organization (WHO) yang menyatakan peratus mangsa jangkitan meningkat setiap tahun dan setakat ini dianggarkan 50 juta orang telah dijangkiti denggi.

Proses Pelepasan Yang Dijangka
Dalam permohonan Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR) terhadap National Biosafety Board, disebut bahawa pelepasan akan dijalankan dalam 2 fasa. Fasa pertama, melibatkan kawasan yang berhampiran petempatan penduduk manakala fasa ke-2 adalah sebaliknya.

IMR menegaskan bahawa nyamuk jantan GM ini direka khusus agar boleh mati dalam tempoh tidak lebih 30 hari dan bersifat mandul. Apabila ia mengawan bersama nyamuk Aedes betina maka diharapkan telur-telur akan mati dan dijangka boleh menghalang generasi nyamuk Aedes seterusnya.

Maklumat lanjut boleh dilihat di sini

Penentangan Masyarakat
Walaupun projek nyamuk GM ini telah bermula sejak 2006 di Malaysia, ia masih lagi dipersoalkan oleh sesetengah pihak khususnya Ketua Pengarah Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan (CETDEM), Gurmit Singh. Menurutnya;

"Once you release these GM mosquitoes into the environment, you have no control and it can create more problems than solving them,"

"If the larvae come into contact with the tetracycline, the chances of the larvae surviving is higher than it dying off,"

"We don't know how the genetic flow will be affected. The non-targeted species might be adversely affected and increase the risk of ecological harm."

Pandangan Blog Konspirasi

Kami lebih cenderung untuk menyokong kenyataan Gurmit Singh kerana di dalam permohonan yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), mereka dengan jelas menyatakan ia suatu 'field experiment'.

Saintis Nyamuk GM
Sebenarnya kerajaan Malaysia telah mengambil teknologi ini dari penyelidikan saintis-saintis Oxitec yang berpengkalan di UK. Penyelidikan diletakkan terus di bawah Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kementerian Kesihatan Malaysia.

Seperkara yang harus diingat ialah Oxitec merupakan institut penyelidikan persendirian yang menerima pembiayaan penuh dari 3 orang Yahudi Elit iaitu Bill Gates, Melinda Gates dan Warren Buffet di bawah Gates Foundation. Manakala Bill & Melinda Foundation juga sentiasa berkerjasama dengan Rockefeller Foundation dalam bidang-bidang tertentu.

Bantahan Dari Rakyat
Walaupun ia suatu projek yang masih diperingkat pra-matang, namun IMR telah meminta pandangan orang ramai untuk diajukan kepada mereka. Tarikh tutup adalah 4 September 2010.

Kami menyarankan kepada semua pembaca-pembaca khususnya penduduk Bentong, Pahang dan Alor Gajah, Melaka mendesak pihak berwajib (emel atau surat) mengubah kawasan ujian ke kawasan lain. Atau lebih baik kawasan Presint 4, Putrajaya dijadikan ujian.

Walaupun ia sudah agak lewat, tetapi desakan melalui emel yang bertalu-talu kemungkinan besar akan menarik sedikit perhatian dari Biosaftey Board.

Hantar surat atau emel kepada;
Ketua Pengarah, Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Aras 1, Podium 2, Wisma Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4, 62574 Putrajaya, MALAYSIA.

E-mel: biosafety@nre.gov.my.
No. Faks: 03-88904935.

PENJAGA KUNCI KAABAH MENYAHUT SERUAN ILLAHI

Posted: 07 Nov 2010 10:45 PM PST


Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali ...
Syaikh Abdul Aziz Al-Syaibi (sebelah kiri)

Syaikh Abdulaziz Al-Syaibi, penjaga kunci Kaa'bah telah meninggal dunia pada hari Ahad pagi (7/11) dalam usia 82 tahun. Tubuhnya dimakamkan di pemakaman Maalla setelah disolat jenazahkan di Masjidil Haram.
Keluarga Al-Syaibi telah memegang posisi penjaga kunci Ka'bah sejak zaman Jahiliyah (masa pra-Islam). Jawatan ini diwariskan oleh anggota tertua dari keluarga dan tidak diberikan dari ayah ke anak. Umur merupakan landasan untuk mendapatkan warisan sebagai penjaga kunci Kaa'bah.

Semua penguasa Muslim menghormati keluarga Al-Syaibi yang menjadi penjaga Ka'bah Suci dan kuncinya. Keluarga penjaga saat ini terhubung dengan Utsman bin Syaiba Abithalha yang hidup pada masa Nabi Muhammad (saw).

Keluarga Al-Syaibi telah memegang posisi sejak masa Qusay bin Kilab yang hidup sebelum Nabi Muhammad (saw). Raja Faisal memberikan kunci Ka'bah kepada Syaikh Amin, saudara Abdulaziz Al-Syaibi. Syaikh Abdulaziz Al-Syaibi telah menjaga kunci Ka'bah selama 16 tahun terakhir. Sedangkan keluarga Al-Syaibi telah melayani sebagai penjaga Ka'bah suci selama 15 abad terakhir. Ada 370 anggota keluarga Al-Syaibi dan sebagian besar dari mereka tinggal di Mekkah.

Ka'bah dibersihkan dua kali dalam setahun, sekali dalam pertengahan bulan Sya'ban dan yang kedua di tengah bulan Dzul Qaidah menggunakan air Zamzam yang dicampur dengan air mawar dan wangian dengan Oud.

Menurut Abdulaziz, Kaa'bah tetap terbuka tiga kali dalam sebulan bagi masyarakat untuk masuk dan berdoa di dalamnya. Tetapi ketika jumlah orang yang ingin memasuki bangunan suci tersebut meningkat, Kaa'bah kembali ditutup.

Kunci Kaa'bah tidak berubah dengan perubahan pintu. Selama masa Raja Khalid, pintu telah diubah tetapi kuncinya tetap tidak berubah. Pintu Ka'bah selebar 2,40 meter dan tinggi 1,70 meter.Pintu ini terbuat dari emas murni.(fq/arabnews)

MARUAH BN DI GALAS & BATU SAPI PENUH RASUAH YANG TAK SUDAH

Posted: 07 Nov 2010 09:33 PM PST

BERMARUAHKAH KEMENANGAN BN DI GALAS DAN BATU SAPI?

Akhirnya BN diisytiharkan menang di Galas dan Batu Sapi. Di Galas BN merampas kerusi yang dimenangi oleh PAS tahun 2008 dulu. Manakala di Batu Sapi mereka mempertahankan kerusi yang mereka menangi tahun 2008 dahulu.Maka tersenyumlah Najib dan Muhyiddin. Lebih penting lagi Rosmah tersengeh-sengeh. Tidak sia-sia Rosmah menggalas tugas suaminya merasmikan program besar negara. Tidak sia-sia beliau bertemu dengan pemimpin luar negara sebagai menggantikan suaminya. Tidak rugi beliau meminta peruntukan RM 111 juta untuk Permata Negara berbanding hanya RM 95 juta untuk SAR. Tidak ada kesan apa-apa menaikkan harga minyak petrol RM 0.05 sen beberapa hari yang lalu. Semuanya bahkan menaikkan undi BN lagi.
Muhyiddin pula dan BN, tidak segan-segan meratah jentera kerajaan sepuas-puasnya. Habis sekolah, dengan murid-muridnya, guru-guru, ibu bapa, polis, tentera, pegawai kesihatan, hospital dan pelabagai agensi dikerah bagi berkempen untuk UMNO. Dengan pelbagai janji manis dan peruntukan dari langit melimpah ruah jatuh ke Galas. Semuanya digunakan semaksimum mungkin tanpa rasa malu dan segan.
Hampir tergelak sekalian rakyat yang cerdik telatah SPR yang diperkudakan BN. Kalau PAS buat, semuanya ditohmah rasuah, walaupun ianya zakat. Tapi yang dibuat BN, depan mata dengan sogokan berjumlah RM 250, RM 100, RM 1000 dan pelbagai rasuah wang dianggap bersih. Kesian SPR yang masih hitam dari udara demokrasi.
Di Batu Sapi, apakah keburukan yang tidak dilemparkan oleh BN terhadap pembangkang khususnya Pakatan Rakyat? Naik jemu kita mendengar pujian melangit media terhadap kepemimpinan Perdana Menteri dan BN. Kononnya hanya BN layak perintah negara. Pembangkang pula – lembaplah, rasuahlah, tidak cekaplah, tidak peduli rakyatlah, tiada wawasanlah dan macam-macam lagi perkataan buruk dilemparkan.
Sekiranya inilah trend kerajaan BN dalam berkempen yang tidak mempedulikan etika dan menjaga kebebasan media, maka sukarlah indeks kebebasan akhbar negara untuk meningkat. Labih jauh lagi, bagaimana Malaysia akan diiktiraf dunia sebagai negara yang mengamalkan demokrasi yang sebenar.
Apakah yang BN hendak dibanggakan dengan kemenangan ini. Mereka perlu bertanya diri mereka sendiri, bermaruahkah kemenangan ini dengan segala macam penyelewengan yang dilakukan secara terang-terangan? Berselindung disebalik jentera kerajaan untuk berdepan dengan jentera parti Pakatan Rakyat, adil dan beranikah BN?
Bagi Pakatan Rakyat, kekalahan ini memberi makna bahawa Galas dan Batu Sapi akan kembali dimenangi dalam Pilihanraya Umum akan datang sebagaimana terjadi di DUN Pengkalan Pasir, Kelantan dan DUN Ijok tahun 2008. Kerana Pilihanraya Kecil bukanlah ukuran kekuatan BN melainkan sebagai ukuran kekuatan jentera kerajaan yang menggempur Pakatan Rakyat!
Oleh;
FADHIL OSMAN
Ketua Penerangan
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

ANTARA PROJEK BANGKAI BN SELANGOR !

Posted: 07 Nov 2010 09:29 PM PST

Kerajaan negeri setakat ini telah membelanjakan sebanyak RM145,000 untuk menyiapkan bangunan Royal yang terbengkalai sejak tahun 2008, kata anggota exco kebajikan dan hal ehwal wanita Rodziah Ismail.

Perbelanjaan itu secara kasarnya digunakan bagi menggaji tiga orang pegawai serta kos penyelenggaraan dan utiliti bagi projek berkenaan, katanya ketika menjawab soalan tambahan, juga daripada Ng Suee Lim (DAP – Sekinchan),

Sehubungan itu, Majlis Bandaraya Shah Alam juga masih perlu melaksanakan beberapa kerja baik pulih, seperti yang dinyatakan Jabatan Audit, sebelum bangunan itu diserahkan kepada kerajaan negeri, kata Rodziah lagi.

Jabatan Audit dalam laporannya sebelum ini mendapati, bangunan tersebut berada dalam keadaan yang tidak terjaga dengan bekalan elektrik yang ditamatkan, paip tersumbat dan keadaan premis yang tidak berpagar.

Cadangan rekabentuk projek pembinaan tersebut diluluskan oleh majlis kerajaan negeri pada September 2002 dengan peruntukan sebanyak RM43.84 juta – termasuk perbelanjaan untuk sistem peralatan dan lanskap berjumlah lebih RM7 juta, kata Rodziah.

Katanya, bangunan teater itu sepatutnya dapat digunakan menjelang awal tahun 2011 dan diletakkan di bawah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN).

"Bagaimanapun, JKKN tidak lagi memberikan kerjasama dengan kerajaan Selangor setelah Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada 8 Mac 2008," katanya ketika menjawab satu soalan lisan di DUN hari ini.

Menjawab soalan tambahan, juga daripada Ng, Rodziah berkata kerajaan negeri merancang untuk membuat kerjasama antaranya dengan Tourism Selangor, Majlis Teater Negeri Selangor dan Istana Budaya bagi menarik pelancong ke pusat kebudayaan itu.

"Aktiviti teater seperti teater jalanan 'Menunggu Kata dari Tuhan' yang telah dipopularkan selama dua tahun ini, pastinya akan menjadi salah satu pertunjukan yang akan diadakan di pusat ini," katanya lagi.

PERKARA BAIK PR , BN TAK BERANI DEDAH, KERAJAAN SELANGOR TERUS BANTU KEDAH

Posted: 07 Nov 2010 06:27 PM PST


Selangor sumbang RM100,000 pada Kedah.

Alhamdulillah Kerajaan Negeri Selangor pada 6 November telah meluluskan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Kerajaan Negeri Kedah bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.
Bantuan itu diluluskan dalam mesyuarat Exco baru-baru ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali (gambar) kepada Harakahdaily.
"Saya sendiri akan menyerahkan RM40,000 di pejabat SUK Kedah tengah hari esok sebagai pendahuluan," katanya.
Sementara itu, PAS menganggap kenyataan Tan Sri Muhyidin Yasin satu fitnah apabila mengatakan kerajaan Kedah tidak buat apa-apa terhadap mangsa banjir di negeri itu.
Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, tinjauan beliau di kawasan mangsa banjir di mana petugas PAS dan kerajaan negeri bertungkus lumus membantu tanpa mengira ideologi parti dan agama.
Katanya, pihak kerajaan Kedah, pejabat daerah, pejabat zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, pihak polis, bekerjasama dengan baik untuk membantu di pusat perpindahan.
Yayasan Amal dan Unit Amal yang dianggotai oleh ahli PAS bercekang mata membantu mangsa banjir dengan tulang empat kerat tanpa diupah.
"Memang ada pusat yang dikendalikan oleh ahli Umno, yang tidak perlulah kita hendak ceritakan bagaimana rungutan mangsa banjir kepada kami.
"Bukan masanya untuk kita hendak mendedahkan keburukan yang dilakukan oleh pelaku ahli Umno sewaktu mengendalikan pusat banjir," katanya.
Sehubungan itu, katanya PAS menasihatkan Muhyiddin janganlah membuat fitnah dan mendengar taklimat daripada ketua cawangan Umno.
"Usahlah berpolitik ketika rakyat ditimpa dengan banjir. Air banjir tidak kenal apa anutan ideologi," ujarnya.

AWANG SELAMAT DI AKHIRAT BELUM TENTU SELAMAT

Posted: 07 Nov 2010 06:22 PM PST

Awang Selamat wartawan pendusta

Saya ingin melahirkan kekesalan terhadap tulisan Awang Selamat di dalam Mingguan Malaysia pada hari ini (7 November 2010) yang jelas melakukan serangan peribadi kepada al-Mursyidul Am PAS, YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran kegagalan PAS mempertahankan Dun Galas di dalam pilihanraya kecil 4 November yang lalu.

Di bawah tajuk 'Maafkan Nik Aziz', Awang Selamat yang tidak diketahui identiti sebenarnya ini memulakan serangan ke atas PAS kononnya mempunyai penyokong yang seringkali melakukan provokasi.

Barangkali kerana sering berlindung di bawah lumut dalam tempurung sempit Umno, Awang Selamat telah buta atau membutakan matanya sendiri untuk melihat telatah penyokong Umno yang jelas sekali lebih gemar melakukan provokasi. Butakah Awang Selamat untuk melihat telatah penyokong Umno yang secara tidak berakhlak melakukan tindakan yang tidak bermoral sama ada sewaktu penamaan calon mahupun hari pengundian bagi mencetuskan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat?

Di dalam isu wang zakat yang dianggap rasuah oleh Umno, wartawan pengecut Awang Selamat ini nampaknya terus keliru untuk membezakan wang zakat dan rasuah. Wang zakat yang mencetuskan kontroversi itu diberikan kepada orang-orang asli yang memeluk agama Islam. Sememangnya ia diberikan semenjak dahulu lagi dan tidak menunggi saat pilihanraya kecil diadakan sahaja. Wang kertas yang dihulurkan tersebut bukanlah kepunyaan YAB Menteri Besar Kelantan yang disifatkan oleh Awang Selamat sebagai 'sedekah' itu, tetapi merupakan salah satu peruntukan asnaf zakat yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JHEAIK). Ia bukanlah seperti pemimpin Umno yang merompak hasil royalti minyak Kelantan lalu dihulurkan di atas nama wang ehsan seperti yang dilakukan oleh beberapa kerat pemimpin Umno sanjungan Awang Selamat.

Jika ia merupakan rasuah, pihak Umno dicabar untuk membawa kes ini ke mahkamah dan jangan hanya berselindung di sebalik nama murahan Awang Selamat yang melacurkan pena wartawan untuk kepentingan 'perut' semata-mata.

Awang Selamat seterusnya memfitnah Tuan Guru Nik Abdul Aziz di dalam isu pertikaman lidah dengan salah seorang ulama besar Umno iaitu Mohd Nor Deris. Menurut Awang Selamat, "Nik Aziz kelihatan melenting dan enggan bersalam dengan Mohd Nor".

Untuk pengetahuan si wartawan pendusta ini, insiden ini bermula apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz menghulurkan salam kepada Mohd Nor Deris lalu tidak disambut oleh Mohd Nor Deris dengan alasan PAS berkawan dengan DAP. Ini disahkan sendiri oleh Mohd Nor kemudiannya dengan menyatakan tangan Tuan Guru ialah tangan syaitan menerusi kasyafnya. Sekali lagi dinyatakan, Mohd Nor Deris yang tidak menyambut huluran tangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Tulisan ini hanyalah sebagai satu respons kepada Awang Selamat yang telah sekian lama berlindung di sebalik nama samaran dan menyembunyikan identiti yang sebenar. Jika beginilah sikap penulisan wartawan yang bertugas di Utusan Melayu (M) Berhad ini, jangan disalahkan pihak kami jika wartawan mereka tidak dibenarkan membuat sebarang liputan mahupun mendekati pejabat Menteri Besar Kelantan nanti.

Yang benar,

Ahmad Fadhli Shaari,
Setiausaha Akhbar,
Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh: 7 November 2010

NEGERI KUAT UMNO PUN IZIN DALAM PAKSA, DAH KENA BARU TERASA

Posted: 07 Nov 2010 05:13 PM PST


Almaklumlah kalau negeri yang diperintah Pakatan Rakyat , BN/UMNO balun habis tanpa usul periksa tapi bila mereka dah kena cari alasan penyelarasan lah itu ini. Yang kena tipu ...rakyat sendiri, ini belum negeri-negeri lain.

SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ Holdings), operator bekalan air di negeri ini kelmarin mengumumkan pelarasan tarif air berkuat kuasa 1 November ini bagi seluruh Johor sebagaimana yang diluluskan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SAJ Holdings, Abdul Wahab Abdul Hamid berkata, pelarasan itu tidak membebankan pengguna di negeri ini di mana kenaikan bil air kepada pengguna-pengguna majoriti adalah purata RM1.85 sebulan sahaja.

Bagaimanapun ia mempunyai elemen-elemen bagi menggalakkan penjimatan penggunaan air di kalangan pengguna sambil mengekang pembaziran air yang melampau.

"Pelarasan ini juga dapat memenuhi peningkatan kos operasi bekalan air yang meningkat serta untuk membina aset baru yang akan membantu SAJ Holdings untuk menyediakan bekalan air yang berterusan dan berkualiti kepada rakyat Johor.

"Di samping itu, selepas pelarasan ini dilaksanakan, pengguna berhemah yang menggunakan hanya 20,000 liter air sebulan akan mendapat penjimatan 25 sen sebulan daripada bil bulanan asal mereka, iaitu bayaran pada RM12.25 pada kadar tarif lama kepada RM12.00 pada kadar tarif baru ini untuk 20,000 liter.

Bagi pengguna yang menggunakan 25,000 liter air sebulan pula, peningkatan bil bulanan adalah amat minima iaitu sebanyak RM1.45 sahaja," katanya.

Menurut Abdul Wahab lagi, dengan pelarasan ini juga sebagai program tanggungjawab korporatnya dalam memberi rebat-rebat percuma bagi golongan miskin tegar dan miskin.

Golongan miskin tegar katanya, akan menerima rebat percuma air sebanyak 20,000 liter sebulan manakala golongan miskin diberikan rebat percuma sebanyak 10,000 liter sebulan.

Golongan ini dikenal pasti melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli (JHEOA). Program ini juga adalah salah satu dari inisiatif Kerajaan Negeri Johor untuk memberi bantuan kepada golongan miskin dan miskin tegar.

"Pelarasan ini sudah melalui beberapa forum perbincangan sebelum ianya diputuskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan seterusnya direstui pihak Kerajaan Negeri dan pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)," katanya.

Pelarasan tarif itu juga mewajarkan pulangan yang setimpal bagi memperbaiki perkhidmatan SAJ Holdings kepada pelanggan-pelanggannya serta untuk berdaya maju dalam jangka masa yang panjang ke arah kemampanan jangkapanjang dalam industri.

Ini bermakna instalasi bekalan air di negeri ini harus terus dibangunkan dan pembangunan itu berupaya menyediakan perkhidmatan bekalan air yang berdaya maju untuk kesejahteraan orang ramai. -SH

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 08 Nov 2010 03:08 PM PST

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Tahniah dapat mujahid

Posted: 08 Nov 2010 09:15 AM PST


Kuliah bulanan telah diadakan di rumah Sdr Kornain. Rasanya kerap juga diadakan kuliah bulanan di rumah beliau, sebulan sekali, kalau cawangan tak mahu ambil ustaz, maka rumah beliaulah yang biasa menjadi lokasi selain markaz T6. Moga seisi rumah diberkati Allah SWT.

Ucapan tahniah kerana mendapat cahayamata mujahid, khabarnya bayi terkena demam kuning dan ditahan di hospital bersama ibunya. Sabar dan semoga cepat sembuh. Jamuan roti canai dan nasi baryani amat menyelerakan ustaz pengkuliah dan hadirin.

Galas : Rahsia PAS tak menang

Posted: 08 Nov 2010 09:08 AM PST



Fakta yang anda perlu tahu kenapa BN menang di Galas


Pengundi Melayu :

BN 49 %
PAS 51 %

Pengundi Orang Asli :-

BN 78 % PAS 22 %
(90 % pengundi Orang Asli keluar mengundi berbanding hanya 70 % pada PRU 2008)

Pengundi Cina :-

BN 51 % PAS 49 %

Undi Pos :-

BN 72 % PAS 28 %

Majoriti BN 1,190 undi, 1,001 undi datang dari undi Orang Asli dan 121 dari undi Pos dan selebihnya dari pengundi Cina.

Secara ringkasnya faktor kemenangan BN ialah datangnya dari undi Orang Asli dan Undi Pos yang tuan-puan teramat faham bagaimana BN mengeksploitasikan kedua-dua pengundi tersebut.

Kena pukul sebab ambil berat

Posted: 08 Nov 2010 08:49 AM PST

Ng: Salahkah masuk kawasan wakil rakyat lain?- Mkini

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim berkata beliau tidak merancang untuk membuat sebarang kekecohan ataupun berdemonstrasi di Tanjong Karang pada Khamis lalu, tetapi hadir untuk bertemu sekumpulan petani di situ.

Katanya, petani berkenaan telah memanggilnya hadir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Namun, beliau tetap dipukul oleh sekumpulan samseng apabila tiba di tempat berkenaan.

"Saya mahu nyatakan sebagai ADUN saya mendengar rintihan dan rungutan rakyat, adakah itu salah?," katanya ketika bercakap kepada wartawan ketika ditemui di bangunan annexe DUN Selangor hari ini,

Ng hari ini turut mengedarkan beberapa keping gambar yang dirakamkan ketika kejadian itu berlaku.

ADUN DAP itu turut mempersoalkan sama ada terdapat peruntukan dalam perlembagaan persekutuan mahupun negeri yang melarang wakil rakyat daripada mana-mana kawasan daripada memasuki kawasan yang tidak diwakilinya.

"Sebagai seorang ADUN, walaupun dari Sekinchan, saya wajib prihatin kepada semua kawasan di Selangor. Noh Omar kata saya telah masuk ke kawasan dia, jadi saya kena pukul.

"Ini adalah dunia tanpa sempadan, ADUN dan MP juga tidak ada sempadan. Sempadan yang ada hanyalah mentaliti kekampungan Noh Omar, menteri kampung yang bermentaliti kampung," katanya lagi.

Ng berkata demikian ketika mengulas kenyataan Noh sebelum ini yang menyatakan kepada Ng supaya tidak bersikap 'kurang ajar' dan supaya tidak memasuki kawasan orang lain.

Datuk Seri Noh Omar yang juga ahli parlimen Tanjung Karang juga telah menafikan bahawa anggota Umno telah menyerang ADUN Sekinchan itu seperti didakwa Ng.

Dalam pada itu, ketua whip PKR dalam DUN tersebut Azmin Ali mengutuk sekeras-kerasnya, tindakan samseng seperti itu.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Azmin juga berharap polis akan mengambil tindakan secara profesional dan tegas dalam isu tersebut.

PKR pernah lalui saat lebih sukar : Anwar

Posted: 08 Nov 2010 08:24 AM PST

Anwar gesa Zaid buktikan dakwaan manipulasi dalam pemilihan PKR - MInsider

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Datuk Zaid Ibrahim yang mendakwa proses pemilihan parti - yang menggunakan kaedah langsung buat julung kali — diselubungi kecacatan dan manipulasi agar menyediakan bukti untuk mempertahankan dakwaan beliau.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, partinya sudah pun menjawab dakwaan aktivis sosial Haris Ibrahim semalam berhubung penjualan kertas undi pemilihan pusat yang berlangsung sekarang.

"Saya percaya kepimpinan parti boleh membincangkan perkara ini lebih lanjut (dengan Zaid). Kami sudah pun membincangkan perkara ini dengan setiausaha agung dan isu yang dibawa dan yang berkaitan dengan blogger Haris Ibrahim telah dijawab dan dia tidak respons kepada jawapan kami.

"Dakwaan dia adalah dakwaan liar," kata Anwar (gambar) di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Anwar juga mengingatkan Zaid bahawa apa jua keputusan pemilihan yang kemungkinan tidak memihak, tidak harus menjejaskan komitmen seseorang pemimpin ke atas perjuangan parti.

Penasihat PKR ini juga berkata, beliau belum menerima sebarang makluman rasmi daripada Zaid berhubung keputusannya menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden dan melepaskan kesemua jawatan dalam parti.

"Kami tidak terima apa-apa, tidak... tidak. Jika saya mungkin menawarkan nasihat saya, dari sudut pandangan saya, ini (pemilihan parti) hanya persaingan normal.

"Ia tidak harus memberi kesan ke atas komitmen terhadap perjuangan parti," katanya lagi.

Anwar juga berkata, tidak perlu diadakan sebarang mesyuarat untuk membincangkan keputusan Zaid.

Awal pagi tadi, Zaid berkata, beliau meletakkan semua jawatan dalam PKR dan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden di sebalik siri dakwaan pemilihan parti dicemari kecacatan dan tidak telus.

Zaid berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana tiada usaha di kalangan pucuk kepimpinan parti untuk menangani pelbagai isu manipulasi dan amalan-amalan pemilihan tidak adil meskipun isu terbabit telah dibangkitkan berulang kali.

"Saya ingin mengumumkan keputusan saya menarik diri daripada sebagai salah seorang calon yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan kesemua jawatan yang dipegang dalam parti," katanya.

Zaid juga menekankan bahawa mereka dalam saingan jawatan itu akan mendakwa beliau sudah "merajuk" kerana bukan lagi mendahului saingan.

Beliau berada di depan selama dua hari pertama pemilihan pusat, tetapi dipotong Azmin Ali pada hari ketiga dan seterusnya sehingga sekarang.

Zaid juga berkata, beliau tidak mahu mengatakan apa-apa mengenai isu ini sambil berharap keputusannya akan diterima dan membiarkan beliau.

"Saya merasakan sudah cukup banyak diperkatakan, tiada apa-apa yang hendak dikatakan lagi," kata beliau dalam nada 'suram'.

"Saya tidak fikir sesiapa mahukan saya sekarang," kata Zaid sambil menegaskan, beliau akan kekal sebagai ahli biasa PKR - komponen Pakatan Rakyat.

"Saya akan kekal (dalam parti). Itu yang boleh saya lakukan buat masa sekarang," katanya yang mewakili PKR dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Anwar mendakwa tindakan Zaid, yang juga penyelaras Pakatan Rakyat, menarik diri daripada bertanding kemungkinan disebabkan "reaksi awal" ekoran keputusan melibatkan cabang-cabang di Sabah kelmarin dan semalam.

Pemilihan peringkat Sabah itu meletakkan Azmin berada jauh di depan.

"Sudah tentu perasaan (kami) ialah kami memerlukan sumbangan dan penyertaan kesemua pemimpin termasuk Zaid.

"Tetapi pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan bahawa anda datang untuk menyokong prinsip-prinsip perjuangan (PKR).

"(Apabila) anda membawa beberapa dakwaan, saya bertanya setiausaha agung sama ada terdapat (sebarang) bukti bagi dakwaan-dakwaan ini," kata beliau sambil menambah, jika ada dakwaan sudah tentu akan meminta jawatankuasa pemilihan dan jawatankuasa disiplin mengambil tindakan.

Ditanya sama ada tindakan Zaid merupakan kehilangan besar kepada parti, Anwar berkata, PKR telah melalaui situasi yang lebih sukar sebelum ini.

"Kami telah melalui keadaan lebih sukar pada masa lalu, timbalan-timbalan presiden meninggalkan parti, beberapa pemimpin utama meninggalkan Majlis Pimpinan Pusat.

"Jadi, kami juga sedar bahawa kami adalah parti pembangkang, diserbu, menghadapi serangan teruk," kata beliau.

Ketua Pembangkang ini juga menambah, PKR sudah cukup realistik untuk menerima dan menghadapi cabaran-cabaran mendatang.

"Pun begitu, rayuan kami kepada semua agar kekal bersatu dan kekal komited kepada prinsip-prinsip parti. (Jika) anda bertanding dalam mana-mana pemilihan demokratik, anda terbuka kepada (kemungkinan) menang dan juga kekalahan," kata Anwar lagi.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 08 Nov 2010 01:28 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


Al-Quran, Makkah: Dua 'Batu Pejal' Yang Tak Mampu Dimusnahkan Oleh Mana-Mana Senjata Canggih Kuffar - TG Dato' Seri Presiden

Posted: 08 Nov 2010 08:51 AM PST


8 November 2010, Taman Kosas - Ratusan jemaah dari Ampang dan Pandan tidak melepaskan peluang berjemaah di Masjid Fatimah Az-Zahra' di sini bagi meraikan dan mendengar kuliah maghrib yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS Pusat.

Bersempena dengan bulan haji ini, Tuan Guru menghuraikan sejarah haji dan kota Makkah dari perspektif ketaatan kepada perintah Allah SWT dan usaha dalam memartabatkan Islam di atas muka bumi ini seperti mana yang telah diusahakan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebelum berhijrah ke kota Madinah. Kupasan yang cukup ilmiah, menarik dan padat dengan fakta. Di hujung kuliah, Tuan Guru menyatakan, di dalam menghadapi cabaran dan tentangan dunia kepada Islam, hanya terdapat dua 'batu pejal' yang tidak mampu dipecahkan oleh mana-mana senjata canggih para kuffar iaitu Al-Quran dan kota suci Makkah. Selagi umat Islam berpegang teguh dengan Al-Quran dan selagi mereka mengunjungi dan sentiasa bercita-cita untuk menunaikan fardu haji di Makkah, insyaAllah selama itulah umat Islam akan terus utuh dari sebarang serangan dan ancaman musuh di sekeliling mereka.

Kuliah selama lebih sejam itu berakhir pada jam 8:35 malam. Seluruh jemaah mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan Tuan Guru sejurus selepas solat Isya'. Semoga apa yang disampaikan oleh Tuan Guru dapat sama-sama kita amalkan dan semoga kehadiran Tuan Guru di Ampang memberikan suntikan baru kepada PAS Ampang dalam menghadapi pilihanraya umum yang dijangka diadakan tidak lama lagi.



PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33

Posted: 08 Nov 2010 01:23 PM PST

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33


Masalah Taman Desaku

Posted: 07 Nov 2010 11:22 PM PST

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Merbau Pulas membantu mencari jalan penyelesaian terhadap kelewatan pembinaan Taman Desaku, Sungai Karangan.
Pengarah PKWR Cikgu Sazali Sudin dan Cikgu Johari telah mengadakan perbincangan dengan Pihak Pemaju ECK Dev. dan Jawatankuasa bertindak Taman Desaku. Ada sedikit kemajuan projek selepas perbincangan tersebut.....

Pimpinan PAS yang menziarahi Jenazah Cikgu Ramli

Posted: 07 Nov 2010 11:11 PM PST

Terima kasih kepada semua pimpinan dan para pendokong PAS,sahabat, kenalan dan para pengundi DUN Merbau Pulas yang melawat dan menguruskan Jenazah Arwah Cikgu Ramli (Suami YB Ustazah Aishah) - Daripada PKWR DUN Merbau Pulas




Kematian suami YB Ustazah Hajjah Ashah Bt Ghazali (ADUN MERBAU PULAS)

Posted: 07 Nov 2010 10:28 PM PST





Seluruh kepimpinan PUSAT KHIDMAT DUN MERBAU PULAS serta Pengundi DUN Merbau Pulas mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada YB Ustazah Hajjah Ashah Bt Ghazali, EXCO Kerajaan Negeri Kedah dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Merbau Pulas di atas kematian suaminya,Cikgu Ramli.(4 NOV 2010)

"Kullu nafsi zaa-iqat al-maut..."
"Setiap yang bernyawa PASTI akan merasai mati..."
(Surah Ali-Imran : 185)

Biaqpilah orang kata.... Tapi Kita Buat Keja... Bantu mangsa Banjir

Posted: 07 Nov 2010 10:20 PM PST

Jawatankuasa Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Merbau Pulas Bersama dengan PKWR DUN Alor Mengkudu Membantu Mangsa Banjir......... Tapi dalam media depa (UMNOBN) Dok kata kita tak wat keja......


Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 08 Nov 2010 01:14 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Azizan bidas Muhyiddin, dakwaan tidak berasas

Posted: 07 Nov 2010 09:32 PM PST


Sinar Harian

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana lewat melawat mangsa banjir yang disifatkan terburuk pernah berlaku di negeri ini:.
Beliau berkata, sebagai pemimpin nombor dua, sepatutnya Muhyiddin tiba lebih awal untuk meninjau nasib penduduk Kedah, termasuk melawat bilik operasi banjir negeri untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini.

"Setelah tujuh hari bencana berlaku, baru (beliau) datang meninjau mangsa banjir. Air banjir pun sudah surut dan sebahagian (mangsa) balik ke rumah masing-masing. Sepatutnya datang lebih awal, baru nampak situasi sebenar," katanya sebelum memulakan konvoi melawat mangsa banjir ke lima pusat penempatan sekitar daerah Kota Setar dan Anak Bukit.

Lima pusat penempatan banjir itu ialah Sekolah Wawasan Taman Aman, Sekolah Kebangsaan (SK) Sematang Gunong, Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan, SK Seberang Nyonya dan Kuarters Polis Taman Derga Jaya.

Mengulas kenyataan Muhyiddin: kelmarin, kononnya Kerajaan Kedah lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab membantu mangsa kepada Pusat, Azizan berkata, itu dakwaan tidak berasas kerana semua agensi bawah Kerajaan Negeri termasuk Pusat bekerjasama dengan baik mena-ngani bencana ini.

"Kita ada Jawatankuasa Bencana Alam peringkat negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, bilik gerakan banjir peringkat daerah termasuk semua agensi terlibat seperti polis, tentera, sektor awam bekerjasama dengan baik. Tiada sentimen politik langsung," katanya.

Azizan berkata, kenyataan itu hanya berdasarkan laporan pemimpin UMNO yang sengaja mahu mencetuskan isu, sebaliknya Muhyiddin :tidak ke lokasi yang betul bagi mendapatkan maklumat tepat.

"Saya terkilan kerana apa yang disebarkan tidak betul. Sepatutnya datang negeri orang, kenalah tanya saya dulu mengenai perkembangan terkini. Bukan buat andaian semata-mata," katanya.

Ditanya mengenai desas-desus kononnya setiap mangsa banjir akan memperoleh RM500 seorang, Azizan berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah menjanjikan bantuan seperti itu, seeloknya dirujuk kepada Pusat mengenai dakwaan tersebut

"Rujuklah kepada Kerajaan Pusat, mungkin mereka yang mahu beri. Kita cuma sampaikan bantuan secara keseluruhan," katanya.

JADUAL GOTONG ROYONG PAS KEDAH MEMBANTU KAWASAN DILANDA BANJIR

Posted: 07 Nov 2010 07:58 PM PST

JADUAL GOTONG ROYONG PAS KEDAH MEMBANTU KAWASAN DILANDA BANJIR
BIL
KAWASAN BANJIR
KAWASAN BANTUAN
TARIKH/HARI
MASA
1.
Alor Setar
Baling
9/11/2010 - Selasa
10.00 pagi
2.
Kubang Pasu
Jerai
12/11/2010 - Jumaat
9.00 pagi
3.
Jerlun
Merbok
Belum tetap tarikh

4.
Kuala Kedah
Kulim Bandar Baharu & Padang Serai
Belum tetap tarikh

5.
Pendang
Sik
Belum tetap tarikh

6.
Pokok Sena
Sungai Petani
Belum tetap tarikh






Orang ramai dijemput untuk bersama-sama membantu . Sila bawa peralatan untuik kerja-kerja pembersihan yang sesuai.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian berikut:
Bilik Gerakan Banjir PAS Kedah  04 7481120
Ust Musoddak Hj Ahmad             012 4827563
Ust Ahmad Yahya                        019 4704740

Setiausaha PAS kawasan Terlibat Banjir
1. Alor Setar – Tuan Haji Adnan Saad 012 5886786
2. Pokok Sena – Sdr Zuhairi Zubit  019 4775140
3. Kubang Pasu – Hj Zuki Abu     013 4051223
4. Kuala Kedah – Hj Aris Awang    019 5405826
5. Jerlun – Sdr Azhar Ibrahim  012 5614307
6. Pendang – Sdr Fadhil Noor Sahani 019 4935526

PAS KOTA TINGGI

Posted: 08 Nov 2010 01:05 PM PST

PAS KOTA TINGGI


Posted: 07 Nov 2010 07:16 PM PST




Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : " Selain Dajjal, ada yang lebih takut aku ke atas kamu daripada Dajjal sendiri. ". Maka ditanya orang, siapakah dia wahai Rasulullah? Maka jawab Rasulullah: " Ulama yang jahat. "

Itulah ulama yang tidak mengamalkan ilmunya, suka menziarahi raja-raja. Janganlah anda percaya kepadanya. Janganlah anda menuntut ilmu darinya, yang mewarisi ilmu syaitan dan dilaknati Allah. Belajarlah dari ulama yakni guru yang Mursyid yang sentiasa merendah diri dan yang amat mengasihi sesama manusia.

Posted: 07 Nov 2010 07:15 PM PST

Posted: 07 Nov 2010 07:14 PM PST

Video Lengkap TGNA

Posted: 07 Nov 2010 07:07 PM PST

Video lengkap bagaimana Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dimaki hamun oleh seorang penyokong dan juga pendukung UMNO Kelantan. Lihatlah betapa hujah yang diguna pakai...melambangkan ketinggian ilmu seseorang itu.








Batu Gajah Mari

Posted: 08 Nov 2010 11:37 AM PST

Batu Gajah Mari


Fakta yang anda perlu tahu kenapa BN menang di Galas

Posted: 08 Nov 2010 07:13 AM PST



Pengundi Melayu :

BN 49 %
PAS 51 %

Pengundi Orang Asli :-

BN 78 % PAS 22 %

(90 % pengundi Orang Asli keluar mengundi berbanding hanya 70 % pada PRU 2008)

Pengundi Cina :-

BN 51 % PAS 49 %

Undi Pos :-

BN 72 % PAS 28 %

Majoriti BN 1,190 undi, 1,001 undi datang dari undi Orang Asli dan 121 dari undi Pos dan selebihnya dari pengundi Cina.

Secara ringkasnya faktor kemenangan BN ialah datangnya dari undi Orang Asli dan Undi Pos yang tuan-puan teramat faham bagaimana BN mengeksploitasikan kedua-dua pengundi tersebut.

Zaid bersifat liberal, Adakah beliau akan sertai DAP?

Posted: 08 Nov 2010 02:45 AM PST


Tindakan Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan penarikan diri daripada persaingan merebut jawatan timbalan presiden PKR telah mencetuskan satu kegemparan, yang sebenarnya tidak terlalu mengejutkan.

Tindakan yang dibuat susulan kekecohan berhubung pertikaian pengundian dalam pemilihan PKR dan selepas peguam Haris Ibrahim mendakwa berlaku kepincangan dalam proses pengundian itu merupakan satu tamparan kepada PKR.

Kenyataan Zaid sendiri mengaitkan pimpinan tertinggi dengan kepincangan itu, meletakkan beliau dalam posisi bertentangan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai pemimpin lain dengan lebih jelas lagi.

Zaid, ekoran persaingannya dengan Azmin Ali telah mengambil posisi mengkritik Anwar, tindakan yang belum pernah dilakukan oleh pemimpin tinggi PKR sebelum ini, terutama semasa sedang dalam persaingan merebut jawatan.

Seperti yang dilakukan kepada pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa meninggalkan jawatannya di Jabatan Perdana Menteri, tindakan Zaid dalam PKR ini memberi impak negatif yang berpanjangan kepada pihak yang ditinggalkannya.

Bagi PKR, proses pengundiannya terus menjadi perhatian, termasuk sokongan Anwar kepada tokoh tertentu.

Satu lagi persoalan besar ialah ke mana Zaid selepas ini? Adakah beliau akan terus dalam PKR dan menunggu masa merebut jawatan nombor dua atau presiden atau terus meninggalkan PKR?

Disebabkan sifat liberal beliau, Zaid juga dijangka menyertai DAP, dan berpotensi menjadi menteri besar atau ketua menteri Melayu bagi parti Cina itu.

DAP sejak kemenangan di Perak dalam Pilihan Raya Umum ke-12 dilihat mencari tokoh Melayu untuk dijadikan menteri besar atau ketua menteri di negeri yang bakal dimenangi ekoran kesukaran meletakkan calon bukan Melayu di posisi itu.

Tindakan beliau menjual bangunan Umno Kota Bharu kepada PAS di Kelantan telah menimbulkan spekulasi tentang urusan dan perjanjian tertentu melibatkan beliau dengan PAS, yang dibantu dengan hubungan baiknya dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan yang juga pesuruh jaya PAS Kelantan dan Mursyidul Am PAS.

Apapun pilihan Zaid, matlamat jangka pendek beliau boleh dijangka melibatkan kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.

Lim Kit Siang saman NSTP kerana siar artikel fitnah semasa PRK Galas

Posted: 08 Nov 2010 12:12 AM PST

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini menfailkan saman fitnah terhadap The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) kerana menyiarkan artikel berunsur fitnah semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di akhbar Berita Harian, pada 2 Nov lepas.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, melalui Tetuan Karpal Singh & Co, di sini, petang ini.

Dalam pernyataan tuntutannya, Lim mendakwa NSTP telah secara salah dan berniat jahat menyebabkan artikel bertajuk "Tindakan Kit Siang tuduh UMNO kafir melampau" yang mengandungi perkataan-perkataan fitnah dicetak dan disiarkan di akhbar Berita Harian.

Lim berkata artikel itu antara lain bermaksud beliau telah berucap di satu ceramah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, di Kelantan, di mana beliau telah menuduh orang Melayu Umno kafir dan beliau adalah seorang ahli politik yang berniat jahat untuk mewujudkan perasaan saling benci-membenci di kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Lim mendakwa penyiaran perkataan-perkataan fitnah itu, telah merendahkan kedudukan beliau sebagai seorang ahli politik serta penghinaan awam, dan sehubungan itu beliau menuntut ganti rugi teruk, teladan, faedah dan kos.

Lim mendakwa defendan (NSTP) langsung tidak memohon maaf kepadanya walaupun mereka sememangnya mengetahui keadaan sebenar, malahan ralat yang disiarkan oleh NSTP pada akhbarnya keesokan hari, adalah tidak ikhlas dan menjadikan kesan lebih teruk kepada plaintif.-BERNAMA

Kenapa dengan Zaid?

Posted: 07 Nov 2010 06:35 PM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhBbFesgs6-rXdSo9lusIXfBgCrMC4GsBGDNbFtUlg7AR51nJ2syn_1IuBqR0dwZFaIwCanN-xC5rFn6e5wfYOrmKCt3RUh2y4FDqsY41Fb3Hz3xS0j0EI6JQp4RMs7VZoeB4jH6FEaNI_Q/s320/zaid.jpg


Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.

Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

"Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zaid, sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

"Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan," katanya.

Sehubungan itu, Zaid yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno berkata beliau akan tetap komited terhadap perjuangan pembangkang.

Katanya, beliau akan terus bercakap berhubung isu yang membabitkan rakyat jelata dan terus berjuang bagi memastikan rakyta mendapat kerajaan yang lebih baik.

"Akhir sekali, saya berharap peminat Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai 'spoiler'yang akan menghalang perarakan mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka," katanya.

DUN Lembah Jaya

Posted: 08 Nov 2010 11:33 AM PST

DUN Lembah Jaya


Kita Bukan Kalah, Cuma Belum Menang - Ustaz Nasharuddin

Posted: 07 Nov 2010 08:19 PM PST

Dari kiri : Cikgu Subra, Ustaz Fazlulrahimi, YB Hj Khasim, YB Ustaz Nasharuddin dan En. Abd Latif

6 November 2010, Taman Sri Ampang - YB Tuan Haji Khasim Abdul Aziz hari ini meraikan masyarakat DUN Lembah Jaya yang menyumbang melalui tiket Majlis Hi-Tea yang diadakan di Dewan Orang Ramai Taman Sri Ampang bermula selepas solat Asar. Dalam ucapannya beliau menyatakan ada di kalangan anggota masyarakat menyuarakan mengapa selepas era Pakatan Rakyat (PR) mentadbir negeri Selangor program seumpama ini yang bertujuan mengumpul dana masih terus juga diadakan. Beliau memaklumkan itulah bezanya kerajaan PR yang tidak mengharapkan dana daripada kerajaan semata-mata. Pelbagai inisiatif mesti diusahakan bagi mamastikan gerak kerja membela rakyat sentiasa berterusan.

Tetamu istimewa yang hadir dan turut memberikan ucapan petang itu ialah YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS Pusat. Mengulas mengenai Pilihanraya Kecil di Batu Sapi dan Galas beliau menyatakan sebenarnya kita tidak kalah, cuma belum dizinkan oleh Allah SWT untuk menang. Ini kerana perjuangan kita bukan hanya terhenti di sini tetapi sebenarnya masih panjang dan terlalu jauh lagi. Justeru kerja kuat mesti diteruskan. Turut hadir meraikan majlis Ahli Parlimen Ampang YB Puan Hjh Zuraida Kamaruddin serta ketua-ketua kampung di DUN Lembah Jaya.

Majlis yang menerima kehadiran lebih 100 orang itu berakhir jam 6:30 petang.

"Selangor Ke Arah Negeri Berkebajikan"


Pengerusi Majlis Ustaz Saiful Bahri


YB Khasim berucap menyampaikan amanatnya

Saudara Zainuddin dari Taman Kosas sedang tekun menjalan tugas

YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS Pusat

Para hadiri tekun mendengar penjelasan daripada Ustaz Nasharuddin







Bacaan doa dipimpin oleh Ketua Pemuda PAS Ampang Ustaz Fazlulrahimi


Promosi: Wartawan Sinar Harian Ampang Saudara Ismadi dan Dino dengan akhbar Selangor Kini



Enak, jamuan yong tau foo yang membuka selera

Persiapan di 'dapur'



Jom santai! Sedap nampaknya tu..

YB Tuan Hj Khasim bergambar kenangan bersama AJK dan berisan petugas. Duduk dari kiri Hj Saidon, Hj Abd Aziz, YB Khasim, Ustaz Fazlulrahimi, Saudara Mat Isa (Pak Tam) dan Saudara Che Yusuf


Pengikut