KUALA LUMPUR: Konflik yang melanda Mesir dengan rampasan kuasa pihak tentera terhadap Presiden Dr. Mohamad Morsi menambah kesengsaraan penduduk di Palestin.
Ini kerana penduduk Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza bergantung kehidupan dengan Mesir dalam aktiviti seharian mereka, dalam mendapatkan pelbagai sumber kehidupan.
Malangnya, sejak rampasan kuasa di Mesir 3 Julai lalu, tentera Mesir telah mengarahkan agar satu-satunya pintu keluar dari Palestin di Rafah, Mesir ditutup.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, yang mengecam penutupan sempadan Rafah itu, berkata sempadan Rafah adalah talian hayat untuk Gaza yang bertarung hidup dengan bekalan asas.
"Tindakan menutup sempadan Rafah ini telah mendedahkan penduduk Gaza kepada keperitan dan penderitaan yang baru, di samping kemungkinan Israel akan melancarkan serangan adalah satu senario yang tidak bileh diketepikan," tegas beliau.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media, di pejabat Mapim, di sini, hari ini. (Gambar)
Tambah beliau penutupan sempadan Rafah dengan alasan tentera Mesir sering diserang anasir dari tentera Hamas yang tidak terbukti kebenarannya, tidak boleh diterima.
Dengan pergolakan di Mesir, katanya tidak sepatutnya menjadi sebab penutupan pintu Rafah kerana rakyat Gaza perlu mendapatkan akses keluar, yang kini difahamkan lebih 1000 penduduk Gaza yang keluar untuk ke Mekah, telah terkandas di lapangan terbang di Kaherah.
Dalam masa sama, Mapim menyeru dunia agar tidak mendiamkan diri untuk melihat implikasi ke atas Gaza akibat rampasan kuasa di Mesir.
Sehubungan itu, beliau mendesak PBB dan Majlis Keselamatan PBB tidak menutup mata kepada kemungkinan Israel melancarkan serangan mengejut ke atas Gaza.
"Kami dimaklumkan wakil kami di Gaza, tanda-tanda kemungkinan berlaku serangan sudah kelihatan seperti persiapan tentera Israel di sempadan, operasi tinjauan udara dan media Israel yang memanaskan semula laporan bahawa Gaza adalah ancaman kepada Israel," tegas beliau.
Susulan itu, beliau menyeru semua NGO di Malaysia untuk membuat persiapan bersama Mapim untuk operasi kecemasan yang diperlukan jika Gaza diserang sekali lagi.
Dalam pada itu, Mapim turut melahirkan kekesalan dengan penutupan Rafah ini memandangkan banyak projek-projek kemanusiaan ke Gaza yang dikelolakan Mapim turut tergendala.
Mapim, katanya bercadang untuk menyerahkan memorandum kepada Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) selain menuntut pasukan pengaman PBB ditempatkan laluan Sinai-Gaza yang dikatakan lokasi serangan ke atas tentera Mesir.
Dunia terkini telah berubah kepada zaman di mana rakyat mendesak supaya suara mereka didengari dan hak mereka diberikan dengan adil. Manakala zaman kuku besi di mana sesebuah kerajaan berlagak Tuhan, rakyatnya diperhambakan pula hampir dilupa dan diletakkan dalam lipatan sejarah.
Islam yang dibawa para Rasul adalah pendukung menentang kezaliman di sepanjang zaman. Mesir adalah bumi bersejarah berlakunya pertembungan di antara Fir'aun yang zalim berlagak Tuhan. Fir'aun itulah yang berlagak sebagai penentu rezeki rakyat, bermegah dengan pembangunan hebat, bangunannya tersergam menjadi tarikan pelancong sehingga kini. Semua pembangunan dan monumen hebat yang dibina oleh penzalim seperti Fir'aun telah dilupakan bahawa semuanya dibina di atas mayat rakyat yang di hamba-abdikan, banyaknya darah yang mengalir dan air mata yang dicurah.
Nabi Ya'akob dan puteranya Nabi Yusuf A.S. dikumpulkan di Mesir, daripada zuriatnya ramai para anbiya', maka Mesir dinamakan bumi para anbiya'. Allah juga telah mengutuskan Rasulnya Musa A.S. untuk melakukan Islah di bumi Mesir. Sebagai satu hikmah dari Allah, Rasul itu menjadi anak angkat yang dibesarkan di bawah mahligai Fir'aun, untuk berdepan secara langsung dengan Fir'aun paling zalim dan ganas. Akhirnya Fira'un dan kerajaannya tamat riwayat bersama amal zalimnya dengan khatimah buruk dilaknat mengikut perhitungan Islam, celaka dunia dan neraka di akhirat. Fir'aun inilah yang dijulang oleh golongan nasionalis Mesir sebagai tokoh tamadun yang dibanggakan.
Kedatangan Rasul akhir zaman juga membawa perubahan besar kepada Mesir sehingga menjadi pusat ilmu Islam dan gerakan Islam menentang penjajah. Kedudukannya yang berada di tempat paling penting dalam peta hubungan antarabangsa dan benua, menjadikannya sasaran kezaliman antarabangsa. Bu,I Mesir menjadi rebutan kuasa besar timur dan barat, sejak sebelum Islam, sehinggalah perang salib, zaman penjajahan, dan menjadi medan dua perang dunia dan perang dingin.
Ketika era perang dingin ramai pemimpin gerakan Islam Ikhwan Muslimin gugur syahid di medan perang Palestin. Ketika berlakunya penubuhan negara haram Israel dan seterusnya rampasan kuasa tentera di Mesir, kalangan Ikhwan Muslimin terus menerus diburu dan dihukum. Sejarah hitam berdarah ini sedang diulangi sekali lagi.
Semua negara kuasa besar dan sekutunya tidak memberi perhatian terhadap seluruh negara dunia seperti perhatian khusus mereka terhadap apa yang berlaku di Mesir. Perubahan telah berlaku di negara bekas komunis dan sosialis lainnya, tetapi kepentingan kuasa besar terhadap geo-politik Mesir tentunya tersangat penting untuk mereka biarkan berlaku begitu sahaja. Mereka mengkaji dengan serius apabila Mesir menerima perubahan kepada demokrasi yang memberi hak kepada rakyat.
Mereka memandang secara tajam dan ganas, apabila Mesir berubah setelah dicengkam regim diktator kuku besi tentera sejak beberapa dekad. Negara Barat yang kononnya memperjuangkan demokrasi tetap mengiktiraf diktator zalim dan paling tajam kuku besinya di Mesir sejak beberapa dekad. Semuanya kerana kepentingan strategic kuasa besar terhadap sumber tenaga dan kedudukan sekutu rapat mereka negara haram Israel. Akhirnya, perubahan berlaku di Mesir mengikut musim perubahan dunia sehingga tidak mampu dihalang, sehingga Presidennya terpaksa meninggalkan kerusi dan terdedah segala jenayah dan salah laku yang terselindung dilakukan ketika berkuasa.
Apabila Demokrasi dihidupkan, pilihanraya dilaksanakan dengan adil dan telus. Bermulalah era media menjadi saksi yang adil yang diberi peluang kepada semua parti politik dan rakyat mendapat maklumat daripada semua pihak. Maka rakyat memilih kerajaan dan Presidennya secara langsung, sehingga kumpulan saki bagi penipu besar gagal menyekat pilihan rakyat. Tiba-tiba kumpulan sekular yang didokong oleh negara luar kalangan kuasa besar dan daripada kalangan negara Arab serantau, sebangsa, se agama, menolak pilihan rakyat Mesir kerana kemenangan berpihak kepada kumpulan Islam.
Rakyat Mesir pernah menjadi mangsa penipuan ketua negaranya ketika kalah perang menghadapi negara haram Israel 1967 yang memalukan, apabila ketua cawangan Parti Sosialis dan ketua kampung (JKKK) diperintah supaya mengerah rakyat keluar beramai-ramai berdemonstrasi dan bersedih tidak bersetuju Presidennya meletakkan jawatan kerana malu kalah perang. Kerahan dilakukan sebelum Presiden menyampaikan lagi ucapannya, satu lakonan menipu rakyat dan seluruh dunia.
Akhirnya terkini, diulangi lagi penipuan terbuka yang diketahui umum tanpa maruah dan rasa malu. Kali ini rakyat miskin dan bodoh dikerah lagi dengan duit upah dan kenderaan percuma, dengan sumbangan duit negara minyak Arab yang sanggup menyumbangnya. Rakyat yang begitu sifatnya dihimpunkan di Medan Tahrir menunjuk perasaan kerana Presiden Morsi yang baru setahun dilantik tidak berjaya menyelesaikan masalah yang diadakan oleh kerajaan yang lalu sejak enam puluh tahun. Bantahan disertakan dengan kononnya jutaan tanda tangan kalangan yang sebahagiannya buta huruf dan buta akal.
Protes itu berlaku terhadap masalah yang berakar umbi selam enam puluh tahun warisan kerajaan diktator terdahulu. Protes yang dirancangkan dengan rapi dan tersembunyi tangan ghaib kuasa besar dan negara Arab sekitarya hanyalah mengenai masalah yang belum dapat diselesaikan dalam masa setahun pemerintahan Presiden Morsi, itupun dalam keadaan Presiden dan kerajaannya yang masih baru, tidak dibenarkan bertindak terhadap saki baki penyangak dan penyamun lama yang masih berakar umbi dalam jentera kerajaan dan institusinya.
Seluruh dunia menyaksikan lakonan atau drama terbuka di tengah padang di waktu siang hari yang nyata, kononnya menyokong kehendak rakyat. Malangnya ada kalangan ulama dan pemimpin agama yang menjadi pelakon tambahan, ada pula negara Arab yang mengucap tahniah mengiktiraf drama bohong ini adalah benar dan adil, sehingga lupa serban di kepala dan lupa berada paling hampir dengan Ka'abah. Sedang negara Barat sendiri masih hati-hati membuat kenyataan.
(Akan datang masanya manusia berdepan dengan tahun-tahun yang mengelirukan (musimnya tidak menentu), berlakunya dibenarkan (dipercayai) pembohong, dibohongi orang yang benar. Diberi amanah kepada pengkhianat, dikhianati orang yang amanah, Orang-orang yang bebal bercakap. Lalu ditanya apakah maksudnya ?. Sabdanya :" Orang-orang yang terlalu jahil bercakap dalam perkara yang besar).
Berlakunya yang di-sabda Rasulullah S.A.W. menjawab soalan Malaikat Jibril : Apakah tanda-tanda hampirnya Hari Kiamat (Yang membinasakan seluruh alam)". Sabdanya:
(….dan apabila kamu melihat adanya orang-orang yang dahulunya berkaki ayam (tanpa kasut), bertelanjang, yang terlalu miskin, tiba-tiba (kaya raya) berlumba-lumba mendirikan bangunan-bangunan tinggi).
Banyaklah sejarah latar belakang negara kaya raya hasil minyaknya, bagaimana mereka dahulunya dan bagaimana sekarang?
Segala yang berlaku menandakan fajar kemenangan Islam, mereka yang ditarbiyah oleh penjajah berbangga dengan sejarah Fir'aun dan melupai sejarah Nabi Musa dan para Rasul akan menerima nasib Fir'aun dunia dan akhirat.
Islam mustahil dapat dihapuskan dengan kekalahan pilihanraya dan paksaan kerajaan tentera paling besar dan zalim.
Firman Allah yang bermaksud:
137. Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-Rasul).
138. (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. 139. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (آل عمران )
Malangnya ada kalangan yang berbahasa Al Quran mengucap tahniah bersama pemimpin negara haram Israel kerana kejayaan rampasan kuasa menggulingkan Presiden Mesir daripada kumpulan Islam yang dipilih rakyat secara Demokrasi, ada juga yang munafiq, menunggu dan lihat untuk berpihak kepada siapa sahaja yang menang dalam pertarungan yang berlaku.
Demikianlah Allah membahagikan manusia kepada tiga kumpulan sahaja : (1) Beriman dan beramal soleh, (2) Kufur menentang Islam secara nyata dan (3) Munafiq yang berpura-pura.
[SH] PUCHONG – Kesucian 1 Ramadan yang sepatutnya dihormati, dicemari dua wanita Islam termasuk seorang pelakon drama apabila dicekup bermain mahjung di sebuah pusat siber di Bandar Puteri di sini, semalam.
Pelakon yang pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara itu kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir dalam bilik berkenaan apabila wajahnya dirakam.
Difahamkan, kedua-dua wanita itu dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok serta menikmati minuman yang terhidang dan memberi alasan sakit perut ketika dicekup di bilik VIP di tingkat tiga premis terbabit.
Ketika serbuan, wanita berusia lingkungan 30-an itu leka bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan pemantauan, pihaknya melakukan serbuan ke pusat siber yang turut menjalankan aktiviti permainan snuker itu, petang semalam.
Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan pusat siber yang turut menawarkan aktiviti perjudian itu tidak mempunyai lesen sah daripada MPSJ.
Dalam serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota, premis itu dikenakan tindakan sitaan manakala peralatan dirampas.
Mohd Rasip berkata, premis terbabit sudah beroperasi sejak enam bulan lalu dan menawarkan pelbagai aktiviti hiburan kepada pengunjung.
"Kami bertindak merampas 42 set komputer mengandungi perisian perjudian atas talian dan dua televisyen.
"Tindakan diambil di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada MPSJ," katanya.
Beliau berkata, pelakon berkenaan bersama tiga rakannya kemudian dibebaskan selepas butir keterangan diri diambil.
It would be wrong to say that politics is put to one side during Ramadan, but in a majority Muslim democracy our political leaders – led by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak – make an effort to reflect on positive values as the month of fasting begins.
This year was no exception as he said this week: "The arrival of the Ramadan month is a blessing to all Malaysians because we can enjoy the occasion albeit a progressive and peaceful ambience."
This is a noble sentiment and appropriate for the occasion. So how has Pakatan Rakyat responded?
The agitator-in-chief of PKR's Black 505 rallies, Johari Abdul, has used the start of Ramadan to vow that "bigger and better" rallies are coming to your peaceful civic centre soon. Taking aim the Election Commission he said "we will not stop" until they resign.
Apart from the month of fasting, Johari's call for public protest is ill-timed, given the television images being beamed around the world from Egypt's Tahrir Square.
There, the nation wobbles on the brink of civil war due to a crisis that began as a street protest, and while the plight of these Muslim brothers might be lost on Johari, it isn't lost on Najib.
He said the political situation in some Middle East countries is a reminder of the need for unity.
"When there is a lack of unity, tolerance and understanding, it leads to conflict and disunity, which will in return weaken the Ummah," he warned.
Najib could have been speaking directly to Johari, Datuk Seri Anwar Ibrahim and any other members of the 505 bandwagon. Federal Territories Minister Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor certainly was more blunt. Clearly exasperated, like so many others, he resorted to some unlikely language to berate them for inciting chaos.
"We have got s... stirrers now and the Opposition is trying to stir things until the country turns chaotic," he said Wednesday, adding that the kind of civil disobedience so favoured by elements within the Opposition is precisely why we need a replacement for the Emergency Ordinance (EO).
Pakatan Rakyat, and Anwar in particular, have had two good opportunities to put all the negativity behind them in the wake of GE13. The first was the opening of the new Parliament and the second is before them right now – the start of the holy month of Ramadan.
They have deliberately spurned the first opportunity and, unfortunately, they look set to reject the second as well.
Ramadan should bring at least a temporary lull to the political friction in Malaysia. It's a shame that notion is lost on the more resentful and desperate elements of Pakatan Rakyat.
Ramadan is the month of fasting, standing, generosity, self-evaluation, patience and the Qur'aan. Indeed there are many groups and paths regarding the month of Ramadan. Let's see which group we belong to.
The first group: is a group that sees Ramadan as a time of restrictions and preventions; a time of prohibitions from desires and lust. They do not comprehend the benefits of Ramadan. You will find them lazy and tired. They fast with great difficulties while continuing in backbiting, lying and other sins. They see the fast as nothing more than an obstacle in front of their desires.
As for the second group: it is a group that sees the month of amadan as a month of food and drink. Most of their time is consumed going and coming from the grocery store purchasing food for themselves, families and guests. Ramadan doesn't increase them except in appetite. We know that consuming lots of foods will cause fatigue and laziness. The worst thing that the sons of Adam can fill is their stomachs. In addition, some from amongst them actually gain weight in Ramadan.
As for the third group: they know nothing of Ramadan except that it is obligatory. Neither the days nor the nights are spent in worship rather they might not even perform the five daily prayers. They awaken with Allah's displeasure and sleep with Allah's displeasure.
As for the fourth group: it is a group who does not know Allah except and until the month of Ramadan. They attend the Jumu'ah prayer, frequent the Masjid and the women wear the hijaab for the duration of Ramadan. And when the month is over all of those good deeds come to end, that is until the next Ramadan.
As for the fifth group: this group is a group who can not wait for the arrival of Ramadan. And when it comes they roll up their sleeves even more and they work as hard as they can. This month rejuvenates and strengthens them.
Evaluate yourself. Which group do you belong to?
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Calon PAS, Haji Enduk @ Azlan Jusoh tidak dicanang sebagai 'alim' untuk mengambil hati pengundi, tetapi sebagai 'kaya'.
Beliau seorang kontraktor Kelas A yang juga merupakan Bendahari PAS Besut.
Banker atau penyumbang dana besar untuk Pas Terengganu bergerak cergas.
Azlan juga dengan bangga berkata jika terpilih beliau tak akan ambil duit elaun wakil rakyat tetapi akan disumbangkan semula kepada rakyat.
Baguslah kalau begitu, sebab sebelum ini ramai wakil rakyat pembangkang takut untuk berbuat demikian. Semuanya menuding jari kepada BN jika rakyat minta bantuan.
Pas pun senang cerita, tak payah nak susah-susah tadah kain minta sumbangan daripada rakyat. Kesian lah kepada ahli Pas, tangga patah dan runtuh pun tak mampu nak baiki sebab dok bagi derma jihad kepada Pas. Sebab itu jika kita lihat rumah orang Pas rata-rata daif dan menampakkan kemiskinan mereka, cuma yang mewah adalah pemimpin mereka.
Azlan mungkin sudah ada simpanan dalam bank yang berjumlah jutaan ringgit hasil daripada kontrak kerajaan yang bernilai jutaan ringgit.
Kempen politik kali ini nampaknya selamat lah duit ahli Pas. Sebab Azlan kata dia akan bantu rakyat, 11 bulan kutip tong derma jihad, bulan puasa sebulan saja Pas bantu rakyat.
Apakah Azlan akan mendapat kontrak dan tender-tender kerajaan lagi selepas ini?
Kasihan juga jika busines dia bungkus dan kalah dalam PRK kali ini.
Apa boleh buat, hidup pun susah, mati pun susah, sudah mati pegang bendeler. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sebentar tadi TM merewang dalam facebook dan blogger spear dan terbaca beberapa link yang marah dengan Ahmad Maslan isu 30 blogger luar yang dibawa ke Kuala Besut.
Beberapa blog yang agak panas ialah blog 1peluru, APA, Jari 9 dan blogger anak Ganu Din turtle.
Memang betul luahan rasa mereka, terkilan dan kecewa kerana dikelas-kelas dan dikastakan.
Akan tetapi ini lah yang dikatakan reality kehidupan.
Kalau banyak networking semua kerja menjadi mudah. Kurang networking kita akan tertinggal.
30 blogger yang dibawa oleh Ahmad Maslan mungkin mempunyai networking yang baik, sering bercakap melalui telefon atau sms dan lain-lain aplikasi yang berlambak di alam maya.
Seperti TM walaupun ada kontak nombor beberapa orang penting tetapi sekadar simpan sahaja, tak pernah pun nak call atau sms dll. Itulah kelemahan dan kerajinan kita masing-masing, siapa rajin, dia lah untung.
Kasihan jugalah mereka yang telah menjadi professional dalam dunia blogger jika diabaikan kali ini. Dahulu mereka usung beg naik kapcai sampai ke Tenang dan Merlimau tetapi kini dilupakan.
TM juga pernah ke Bagan Pinang, Galas, Permatang Pauh, Hulu Selangor dan Permatang Pasir, pergi dengan motosikal saja tetapi bukan kerana diupah atau dibayar tetapi pergi atas kerelaan hati dan makan minum serta hotel tanggung sendiri dan ada kala kawan ajak tumpang di bilik mereka.
Seorang rakan yang ingin menjadi blogger, pernah bertanya kepada TM, apakah dibayar gaji atau elaun bulanan dan apa penghargaan yang TM dapat.
Jawapannya mudah, kita jadi blogger bukan macam jadi kakitangan awam dimana kita dibayar gaji untuk membuat kerja. Blogger politik seperti TM tidak begitu.
Saya berkarya kerana rasa terpanggil untuk menulis selepas Tun Mahathir berkata we need more writers or blogger to help BN back in power.
Bermula saat itu TM belajar menulis dan berkarya atau bereksperimentasi secara bodoh-bodoh dan hari ini dikenali ramai oleh rakan dan lawan.
Bila turun KL atau dimana yang TM sampai orang akan kelui atau panggil Taipingmali sahaja. Dah jadi trade mark sudah.
Satu lagi, blogger ini bukannya penting sangat. Hadir kita tidak dijemput sama seperti Pak Tambang di Sungai Sarawak. Apabila ada orang nak ke seberang mereka akan kelui kita, bila sampai ke seberang, mereka campakkan duit besi ke lantai perahu atau ke dalam tong. Sakit demam, susah senang Pak Tambang tiada siapa yang peduli.
Blogger pun sama, ada kala kita dipanggil ada kala tidak, Itu baru blogger belum sebut tentang ahli politik.
Menjadi ahli politik juga sama, ada yang joint politik kerana ingin jadi pemimpin dan ada yang berangan-angan awal-awal lagi untuk jadi wakil rakyat.
Ada yang lama dalam politik tapi tak pernah demand apa-apa pun, contoh telah disebut oleh PM Najib dalam PAU yang lalu dan akhirnya awal tahun ini cikgu tersebut dikurniakan dengan gelaran Datuk.
Ada yang gagal dalam politik dan keluar parti lalu usung bendera Pas dan Pkr. Pun akhirnya kecewa kerana tak terpilih jadi wakil rakyat.
Kini dua tiga nama besar dalam UMNO yang kalah dalam PRU 13 akan terus menyepi dan dilupakan jika mereka tuan punya badan terus menyepi tetapi jika berjaya menjaga dan mempunyai networking yang baik TM percaya suatu hari mereka akan kembali seperti Idris Jusoh dan Haro Idris.
Begitu juga penggiat media maya politik terutama blogger, senarionya sama. Tepuk dada tanyalah selera. TM menghormati mereka yang protes dan kecewa dengan PRK Kuala Besut. TM juga salute kepada 30 bloggers yang berjaya dipilih ke Kuala Besut. Mungkin mereka lulus ujian saringan yang dibuat oleh Ahmad Maslan.
Bagi TM pula, saya masih kekal di Taiping maklumlah kerja makan gaji dengan kerajaan. Kalau rajin hujung minggu boleh pecut ke Kuala Besut dengan motosikal atau dengan Hybrid nak berkampung di sana tak boleh lah.
Cuma satu jangan paksa TM menulis atau berkempen untuk PRK Kuala Besut. Bukan ada orang bayar pun.
Tentang tawaran blog untuk dijual juga sudah ada tawaran dari pihak pembangkang, cumanya harganya rendah. Tujuan dia ialah TM tak boleh menulis lagi dan kena tutup kesemua blog yang ada.
Sekian, Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PRK Kuala Besut memperlihatkan satu 'pembaharuan' dalam kempen PAS. Jika dulu PAS sering menengahkan ciri-ciri 'Islam' seseorang calonnya dan kemudiannya membandingkan dengan calon lawan yang akan dicemuh sebagai 'kurang Islam' tetapi kali ini keadaan tampak agak berbeza.
Calon PAS, Haji Enduk @ Azlan Jusoh tidak dicanang sebagai 'alim' untuk mengambil hati pengundi, tetapi sebagai 'kaya'.
Beliau seorang kontraktor Kelas A yang juga merupakan Bendahari PAS Besut.
Harakahdaily ada menyiarkan artikel mengenai beliau yang merujuknya sebagai 'bank' PAS.
Berikut adalah petikan dari artikel tersebut:"Seorang kontraktor pembinaan yang terkenal dengan sifat dermawannya. Tidak keterlaluan kalau diistilahkan bahawa beliau salah seorang 'bank' PAS kawasan Besut.
" – HarakahdailyJelas, jolokan 'bank' ini diberi bukan kerana tugasnya sebagai Bendahari PAS tetapi kerana perniagaannya yang berjaya dan mampu menderma kepada parti.
Beberapa laman web dan blog pro-PAS juga memainkan faktor kekayaan Azlan sebagai modal utama kempen mereka.
Selama ini parti PAS amat gemar mendabik dada dengan 'kedaifan' atau 'kesederhanaan' pemimpin mereka.
Sebolehnya, PAS akan cuba menunjuk-nunjuk betapa pemimpin mereka miskin tetapi alim. Tindakan ini menjustifikasi tindakan mereka mengutip derma dari penyokong-penyokong mereka setiap kali turun padang.
Akan tetapi, Kuala Besut menyaksikan PAS berbangga dengan kekayaan pula. Azlan dijulang sebagai calon tepat kerana kaya.
Tindakan ini seolah-olah memberi 'permit' kepada rakyat untuk meminta derma darinya sekiranya beliau menang.
Mungkin PAS sedar yang rakyat Kuala Besut bukanlah dari golongan berkemampuan untuk menderma kepada tabung PAS.
Malah, rakyat Kuala Besut amat memerlukan pemimpin yang tidak memerlukan derma dari mereka.
Justeru, Azlan merupakan satu-satunya personaliti yang mampu menderma kepada rakyat tanpa perlu meminta dari parti PAS.
Nampaknya, PRK Besut bukan mengenai membuat pilihan antara si alim dengan si jahil, atau Islam dengan kafir sepertimana setiap kali berlaku pertembungan antara PAS dengan UMNO.
Tetapi pengundi Kuala Besut perlu hanya perlu membuat pilihan antara 'orang kaya PAS' dengan 'orang terpelajar BN' untuk menjadi wakil mereka.Maka benarlah bahawa PAS telah berubah.
Akhirnya, slogan 'UBAH' DAP terbukti berjaya mengubah PAS.
Inilah baiah yang dibacakan oleh calon Pas secara umum, bukan lagi main sorok-sorok. Sudah ada pindaan.
"Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat. "Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ADUN adalah haram dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ADUN apabila saya keluar atau dipecat dari parti dan Allah bersaksi atas apa yang saya tuturkan ini."
Hairan juga wakil rakyat tak boleh guna elaun wakil rakyat tetapi boleh buat tuntutan perjalanan ribu-ribu ringgit, pakai mercedes,kahwin dua tiga dan bila bercerai tuntutan mutaah pun juta-juta ringgit.
Azlan merupakan banker kepada Pas kerana Azlan seorang kontraktor kelas A yang mendapat banyak projek kerajaan. Bagaimana pula duit tersebut, tak haram kah?
Adakah dengan membaca Harakah, mendengar ceramah di YouTube oleh ustaz Mac D dan mendengar kelentong Anwar, Rafizi, Mat Sabu dll boleh menjadikan orang melayu kampung berpengetahuan?
Apakah pengajaran yang boleh dikutip daripada mulut-mulut pemimpin Pas, Dap dan Pkr boleh menjadikan seorang itu berilmu?
Abdul Hadi berkata, ketika masyarakat Cina dan orang Melayu terutama di kawasan bandar memberi sokongan padu kepada Pas dan pakatan pembangkang, orang Melayu di kampung dan tidak berpengetahuan masih memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN).
Nampaknya kerana rakyat kampung yang berpengetahuan dan mendapat pengajaran daripada Pas telah menyebabkan mereka menjadi jumud , menolak kemajuan dan hidup dalam serba kesusahan.
Ini jelas kerana jika kita melawat ke kawasan yang penduduknya menjadi penyokong kuat Pas mereka mundur, miskin, bongkak dan degil.
Sewaktu singgah di sebuah stesen minyak Caltex untuk ambil sedikit wang pagi tadi terpandang di rak jualan akhbar.
Selain surat khabar arus perdana, terdapat juga tabloid PKR iaitu Suara Keadilan.
Muka depan tertulis 'SPR akui wujud penipuan dalam PRU 13.
Hairan juga lah! Bagaimana SPR kata begitu.
Balik ke kereta buka tab dan cuba google tetapi tak jumpa Suara Keadilan Online, sebaliknya terjumpa sebuah blog PAS bernama hijabulcrewz.blogspot.com menulis satu artikel yang cukup lucu berjudul " 20 Perkara Penipuan SPR, Konspirasi Dalam PRU 13" .
Ini sudah kira melampau apabila ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo cuba bertindak seolah-olah beliau adalah peguam dan hakim dalam Dewan Rakyatapabila mendesak Datuk Seri Zahid Hamidi memberikan jawapan berhubung dakwaan beliau memukul seorang pemuda pada 2006.
Dengan lagak peguam, ahli Parlimen DAP itu menyoal Zahid bertalu-talu berhubung kes tersebut hingga memaksa beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional bangun mengecam Gobind.
Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia turut menegur Gobind kerana bertanyakan soalan itu dengan cara tidak sepatutnya ketika Zahid menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di Pertuan Agong bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat, petang Selasa.
Gobind yang mencelah antara lain berkata, " Menteri ada laporan polis duduk di sini, macam mana kita nak tahu jawapan,".
Beliau merujuk kepada Zahid yang didakwa menumbuk seorang pemuda pada 2006 tetapi tiada siasatan dan tindakan terhadap Menteri berkenaan walaupun ada laporan polis.
Gobind menegaskan, timbalan menteri ( bukan Menteri Zahid) sepatutnya menggulung perbahasan supaya boleh menjawab dakwaan tersebut.
Dewan Rakyat terus kecoh dengan desakan Gobind itu sekaligus memaksa ahli-ahli Parlimen BN termasuk dari Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir Kulim Bandar Bharu, Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong) , Datuk Seri Reezal Naina Merican (Kepala Batas) dan Datuk Seri Noh Omar (Tanjung Karang) mengecam perbuatannya itu yang disifatkan berniat jahat dan buruk sangka.
Dalam masa sama ahli Parlimen PAS kawasan Sepang, Hanipa Maidin turut mencelah cuba mempertahankan Gobind.
Satu ketika, Pandikar Amin menegur Gobind dan menegaskan, "Saya faham maksud Puchong (Gobind). Menteri (Zahid) boleh pegang jawatan dan laporan boleh dibuat. Ini, Puchong terus tuduh.. ...Menteri dituduh, macam mana nak jawab,".
Abdul Aziz yang masih berdiri mencelah," Puchong mahu jadi peguam...jadi hakim,".
Zahid kemudian bangun meneruskan penggulungan dan menegaskan Gobind ada kepentingan peribadi apabila bertanyakan soalan itu kerana ahli Parlimen DAP itu adalah peguam bela pemuda yang mendakwa ditumbuk Zahid, tujuh tahun lalu.
Menurut Zahid, ketika laporan mengenai kejadian pada 2006, beliau bukan berjawatan menteri tetapi timbalan menteri.
Beliau berkata, Gobind menggunakan Dewan Rakyat untuk membuat tuduhan sedangkan kes itu adalah kes sivil, bukan jenayah.
"Puchong ada kepentingan...jangan guna Dewan, kita jumpa di mahkamah, Jika saya dengar awak, awak kena dengar saya. Kes ini kes sivil. Kita jumpa di mahkamah," tegas Zahid.
Gobind terus bising kerana tidak puashati dengan penjelasan Zahid dan Dewan Rakyat semakin kecoh sehingga Pandikar Amin hilang sabar lalu mengetuk tukul speaker berkali-kali serta memberi amaran akan meminta mana-mana ahli Parlimen yang terus menganggu Menteri Dalam Negeri itusupaya keluar Dewan.
Pandikar Amin kemudian mengarahkan Zahid meneruskan penggulungan.
Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu menolak permohonan Zahid untuk mengenepikan saman yang dikemukakan ke atasnya oleh seorang ahli perniagaan, Amir Bazli Abdullah.
Amir Bazli, 39, pada Ogos 2007 memfailkan saman ke atas Zahid dan mendakwa menteri itu menumbuk muka beliau dalam satu kejadian pada Januari 2006.
Pada Julai 2007, Ahmad Zahid memfailkan permohonan untuk membatalkan saman malu itu dengan alasan ia mengaibkan dan remeh-temeh.- 9/7/2013- OLEH ROSLAN BIAN
KAHERAH - MESIR. Menteri Luar Mesir, Mohamed Amr, semalam mengesahkan Presiden Mohamed Mursi selamat dan dilayan baik, namun tidak dibenarkan keluar di khalayak umum atas faktor keselamatan.
Dipetik Al-Jazeera, agensi berita MENA melaporkan, pemimpin itu masih berada di dalam negara dan belum ada pertuduhan untuknya.
"Tiada maklumat lanjut berhubung nasib Mursi. Gerakan Ikhwanul Muslimin dan keluarganya juga tidak mengetahui lokasi pemimpin itu berada," katanya.
Amr berkata, tentera memberi jaminan keselamatan terhadap pemimpin itu dan menggesa penyokong Mursi supaya menghentikan segala protes.
Ada info kawan Panglima beritahu pertambahan rumah urut mencecah lima kali ganda sejak Pakatan menjadi kerajaan di Selangor dari tahun 2008. Dari 800 kepada 4 ribu.
Harap rakyat Malaysia yang menolak maksiat akan menolak dari menyokong Pakatan. Mungkin mereka tidak tahu dan mungkin merasa marah kerana sesuatu sebab lalu menolak BN tanpa menyedari kesannya kepada rakyat!
Hakikatnya bila BN memerintah terbukti ia lebih baik untuk semua rakyat berbilang bangsa.
Baca berita pertambahan rumah urut di Selangor yang menjadi punca pertambahan maksiat di negeri tersebut.
SHAH ALAM : Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) menggesa kerajaan Selangor bertindak tegas dengan membekukan lesen serta menyenarai hitam mana-mana pengusaha rumah urut di negeri itu jika terbukti mereka melakukan penyelewengan.
Pengerusinya, Datuk Dr Jacob George berkata kerajaan negeri juga perlu menubuhkan pasukan khas atau 'task-force' bagi tujuan pemantauan.
"Dari siasatan CASSA, kita mendapati tuduhan tentang penambahan rumah-rumah urut di Selangor adalah benar.
"Berdasarkan respon yang kami terima dari akar umbi dan masyarakat tempatan juga kita sendiri hairan dan kita minta kerajaan Pakatan Selangor supaya bekukan semua lesen buat masa ini dan semak semua kedai-kedai yang telah ditukar dari rumah urut ke rumah hiburan.
"Sebab daripada siasatan kita dapati ada banyak kaitan aktiviti-aktiviti maksiat yang mana ada kesan terhadap generasi muda malah imej negeri dan negara akan terjejas.
"Sebab itu kita kena pantau dan kerajaan negeri perlu tubuhkan satu 'taskforce' untuk pantau dan bentang kertas kerja mengenai isu ini kerana kita hairan siapa yang beri kelulusan dan apa justifikasi untuk buka kedai-kedai urut khasnya termasuk di luar bandar," katanya ketika dihubungiAntarapos.
CASSA juga menurut Jacob telah menerima lebih dari 50 aduan setiap bulan berkenaan isu rumah urut di negeri ini selain mengadakan perbincangan bersama kerajaan negeri sepanjang tiga tahun Pakatan Rakyat menerajui Selangor.
Mengulas lanjut cadangan Exco Selangor Datuk Teng Chang Khim untuk mewujudkan zon jantina bagi rumah urut, Jacob menegaskan ia bukan suatu isu yang besar, namun apa yang dipersoalkan adalah justifikasi sesebuah rumah urut sebelum mendapat kelulusan dan lesen perniagaan.
"Adakah kedai-kedai urut ini betul-betul menjalankan khidmat tradisional dan kesihatan yang bersih serta dijalankan oleh mereka yang pakar dalam bidang ini? Atau ia dinamakan kedai urut tapi menjalankan aktiviti maksiat dan tidak elok?
"Bagi saya nak asingkan atau tidak (mengikut jantina) itu tiada masalah. Cuma kita nak pastikan keadaan infrastruktur yang ada di rumah urut itu terbuka, ada ketelusan termasuk penggunaan lampu yang betul dan tiada ciri-ciri seperti disko dan sebagainya," demikian menurut Jacob.
Cadangan agar rumah urut diasingkan mengikut jantina pernah disuarakan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Kim pada bulan lalu, malah mendapat sokongan beberapa pemimpin PAS yang lain.
Namun Teng bertindak menarik balik cadangan berkenaan atas alasan tiada keperluan untuk berbuat demikian.
Isu ini juga turut hangat dibincangkan di Sidang DUN Selangor sepanjang dua minggu ini apabila pihak pembangkang mempersoalkan kebanjiran rumah-rumah urut di negeri ini termasuk menggajikan warga asing, lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar.
Antara mereka, Budiman Mohd Zohdi (BN-Sungai Panjang) yang mendakwa pertambahan pusat-pusat urut itu dalam tempoh lima tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PKR di Selangor juga menyebabkan masyarakat luar bandar, terutama di Sekinchan, Sabak Bernam dan Tanjong Karang dilihat mengalami kejutan budaya.
"Selain kewujudan pusat itu, turut menyumbang kepada kejutan itu ialah pertambahan 'tukang urut kaki' warga asing dari Vietnam, Thailand dan China yang mana semuanya tidak memberi manfaat kepada pembangunan sosio-ekonomi luar bandar di negeri ini," katanya.
Seperti biasa setiap kali datang bulan Ramadan, Pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan terma bufet Ramadan atau berdepan risiko diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.
Ini adalah kerana bufet Ramadan merupakan perbahasaan halal dan mereka yang menyalahgunakan terma ini boleh dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Sebenarnya umat Islam juga digalakkan supaya hanya berbuka puasa atau menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel yang disahkan halal oleh Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri. Sehingga kini masih belum lagi diketahui sebanyak mana hotel dan dapur hotel di sekitar Wilayah Persekutuan yang telah diberikan pensijilan halal oleh Jakim kerana belum ada statistik yang tepat.
Untuk senarai terkini, sila lawati laman Portal Halal Malaysia. Klik di sini.
Kepada yang suka berbuka diluar tu diharap dapat menyemak dahulu samada restoran hotel yang anda pergi itu ada mendapat sijil HALAL dari pihak JAKIM. Jakim juga diminta meningkatkan pemantauan bagi memastikan istilah itu ( bufet Ramadan ) tidak digunakan sewenang-wenangnya oleh pihak hotel.
Sebagai umat Islam, kita harus memastikan makanan yang dimakan itu halal lagi bersih kerana ia akan menjadi darah daging dan seterusnya penentu kepada kehidupan seseorang itu. Alangkah ruginya, setelah menahan lapar dan dahaga sepanjang hari dan apabila tiba waktu berbuka mengambil makanan yang tidak diketahui status halal. Wallahuallam.
Perkembangan semasa berkaitan hak asasi begitu ketara. Penelitian terhadap undang-undang yang dianggap menceroboh hak asasi sudah banyak dibuat. Dengan semangat menghormati hak asasi, pelbagai undang-undang sudah dimansuh atau diganti. Satu lagi akta yang menjadi fokus perhatian dan dikatakan menceroboh hak asasi ialah Akta Hasutan.
Kenyataan berturut-turut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkenaan Akta Hasutan memperlihatkan kejituan beliau dalam memastikan sistem dan nilai yang kita ada ketika ini diteruskan.
" Hakikatnya Akta Hasutan ini menjadi benteng kepada kedudukan Raja-Raja Melayu. Akta ini juga menjadi tembok menjaga demokrasi berparlimen. Ia juga berfungsi menjaga kelangsungan sistem federalisme atau sistem negara Persekutuan."
Beliau tidak mahu Akta Hasutan disentuh. Saya percaya kenyataan ini dibuat bagi menegaskan pendirian beliau sebagai menteri bertanggungjawab berkenaan keselamatan dalam negeri.
Dari segi sejarah, asal Akta Hasutan ialah Enakmen Hasutan 1939 yang diperkenalkan bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Seterusnya Akta Hasutan mula diperkenalkan ketika keadaan darurat di Tanah Melayu pada 1948 sebagai Ordinan 14 1948. Akta ini kemudian disemak semula pada 1969 dan diwartakan sebagai Akta 15.
Pengisian Akta Hasutan
Umumnya Akta Hasutan bertujuan mengekang perbuatan yang boleh melahirkan kecenderungan menghasut yang membabitkan Raja-Raja Melayu, kerajaan (sama ada negeri atau Persekutuan), hubungan antara rakyat negeri-negeri dalam Persekutuan, hubungan antara kaum serta hal-hal berkaitan kewarganegaraan, bahasa Melayu, keistimewaan Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Kecenderungan menghasut secara ringkasnya boleh dikatakan sebagai sehingga membenci, menghina atau membangkitkan perasaan tidak setia kepada Raja atau kerajaan. Ia juga menjadikan kesalahan kecenderungan hasutan bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong dan perbuatan mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk Malaysia.
Dua perkara ini pada asalnya adalah kesalahan di bawah Kanun Keseksaan tetapi dimasukkan dalam Enakmen Hasutan pada FMS En.13/1939. Pengisian Akta Hasutan ini lebih kurang sama dengan Common Law Inggeris dengan penyesuaian kepada keadaan setempat.
Peranan akta
Hakikatnya Akta Hasutan ini menjadi benteng kepada kedudukan Raja-Raja Melayu. Akta ini juga menjadi tembok menjaga demokrasi berparlimen. Ia juga berfungsi menjaga kelangsungan sistem federalisme atau sistem negara Persekutuan.
Akta Hasutan melarang perbuatan menghina Raja-Raja, sama ada Yang di-Pertuan Agong atau Sultan atau Raja bagi negeri-negeri. Akta Hasutan menjaga demokrasi berparlimen dengan menjadikan kesalahan bagi sesiapa yang membuat kecenderungan menghasut untuk perubahan kerajaan dengan cara tidak sah.
Akta Hasutan menjaga hubungan antara rakyat bagi negeri-negeri yang membentuk Persekutuan dengan menjadikan kesalahan kecenderungan hasutan dengan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat Raja bagi mana-mana negeri dalam Malaysia atau penduduk Malaysia.
Perkara-perkara ini ada kalanya diambil mudah oleh sesetengah pihak kerana pemahaman yang ada ialah Akta Hasutan ini menyekat kebebasan bersuara. Cadangan untuk menggantikan Akta Hasutan dengan Akta Keharmonian Kaum agak jelas kedengaran. Memang benar keharmonian kaum adalah perkara penting. Tetapi sekiranya itu saja fokus undang-undang terbabit, ia belum mampu menggantikan Akta Hasutan yang lebih lebar ruang lingkup dan tujuannya.
Sebagai contoh, kita jarang mendengar pandangan yang meletakkan perpaduan atau integrasi antara rakyat negeri-negeri yang membentuk Persekutuan. Perkara ini tidak boleh diambil mudah kerana keserasian atau integrasi antara rakyat negeri-negeri inilah yang menjadikan negara kita aman dan sejahtera. Dilema sebuah negara Persekutuan seperti Malaysia ialah antara cinta rakyat negeri-negeri dan kesetiaan kepada Persekutuan.
Kebijaksanaan orang dulu
Kita nampak jelas dilema ini dalam banyak negara Persekutuan lain. Kita ini diikat dengan satu kewarganegaraan tetapi dipisahkan dengan sentimen kenegerian. Walaupun hal ini tidak begitu menonjol ketika ini, kita lihat kebijaksanaan orang dulu dalam meletakkan persediaan menghadapi kemungkinan.
Oleh itu, sekiranya kita mahu mengubah Akta Hasutan ini, perkara ini juga perlu diambil perhatian sewajarnya. Kita tidak mahu nanti sudah terhantuk baru terngadah.
Kita juga perlu mengambil perhatian bahawa punca kuasa Akta Hasutan ini adalah Perlembagaan Persekutuan sendiri, iaitu perkara 10(2)(a) dan dibaca bersama dengan 10(4) Perlembagaan Persekutuan.
Oleh sebab akta ini membabitkan kedudukan Raja-Raja Melayu, maka sebarang pindaan kepadanya hendaklah harus mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. Kita lihat hal ini jelas disebut dalam perkara 159(5) Perlembagaan Persekutuan. -BH
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Berusia 59 tahun bermastautin lama Sri Lanka . Wang Karunavasi Satu hari, seorang wanita dengan anaknya memutuskan untuk membina rumah sendiri kecil. Semasa pembinaan, dia terkena jangkitan di luka kecil di pipi beliau.
Sejak itu, bermula mimpi ngeri terbesar hidupnya … Keesokan harinya, mukanya membengkak dan demam, Karunavasi hospital menahannya dalam seminggu. segera dipotong sebahagian otot yang dijangkiti. Tetapi mimpi ngeri ini tidak berakhir. Jangkitan datang kembali lagi dalam baki tisu, sehingga dia cacat. Sekarang kes Puan Karunavasi diambil oleh pasukan pemindahan organ Amerika dan ia akan menjadi 6 orang di dunia yang akan menjadi sepenuhnya pemindahan muka baru…
Kisah Bagaimana seorang Ibu yang di inaya oleh anaknya semasa dibulan ramadan ini boleh dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita betapa tuhan tidak sesekali melupakan balasan pada mereka yang menginaya ibu mereka sendir, noga kisah benar ini menginsafi kepada semua apatah lagi kejadian ini terjadi dalam bulan Ramadhan Al Mubarak...
Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini. Sekitar awal 90an, seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan, dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria.
Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.
Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati. Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya. Dia seorang yang nakal dan liar. Tidak mengerjakan solat dan berpuasa. Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa, lelaki itu sedang tidur.
Dia tak mahu pergi ke pasar. Berulang kali disuruh siibu, dia tetap berdegil. Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa, dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk ibunya memasak. Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.
Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba tiba dia menangis lagi. Meraung bagaikan dirasuk syaitan. Dalam sedu tangisnya dia bertanya , "Ustaz tahu daging apa yang saya beli?", Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu. "Daging apa?" tanya ustaz kembali. "Saya beli daging babi ustaz!, saya berdosa Ustaz", jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak terkata. Astaghfirullah hanya itu saja yang mampu diungkapkan.
Lelaki 30 an meneruskan cerita. Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa ceritanya lagi. Saya bagi tau ibu, saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup. Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor. Ya Allah besarnya dosa saya ustaz.
Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia. Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat. Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan, pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular. Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.
Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali. Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi.
Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa , laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua. Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja. Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua.
Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran kepada kita yang masih hidup ini.
DP BBM Ramadhan Puasa 2013 semoga menjadi info yang bermanfaat buat anda semua untuk bisa anda kirimkan kepada teman-teman anda saat memasuki hari puasa ramadhan 2013 kali ini sobat.
Memang dah agak, tak kira ramadhan ker nak buat kenyataan yang berbentuk fitnah, nak panggil penguam PAS memantau kononnya BN akan lakukan politik Wang, siap nak bawak peguam memantau, ekeke... Tapi peguam PAS ler... Yang nak sangat katakan BN ada politik wang nie tetiba apasal? Kenapa tak siasat dari mana datangnya jutaan ringgit bagi menjana Bersih, demo Haram, himpunan Hijau, Black 505, Road show yg guna Bas dan Lori yang kosnya mencecah jutaan ringgit... Pegiler siasat, tak siapa pun nak halang, ini yang belum pun wujud sebelum pemilihan yang bawak pengabih boreh nie buat apa, tak ingat ker ini bulan Ramadhan?
Paling memualkan bila PAS pulak macam kera kena belacan tu apa pasaiiii... kenapa pulak dia yang melompat bila Bn umumkan calonnya Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang juga merupakan muka baru? Kenapa nak kaitkan kononnya calon yang paling layak dimata PAS ialah Pegawai Agama Daerah Dungun, Nik Zuhaiza Ismail dan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Dungun, Zahanapi Sagaf. Pelik kan, kalau dah rasa dema nie yang layak kenapa tak lantik jer dema nie sebagai Calon PAS? Lagi pun yang suka calon nie PAS jadi cadangkan jer sebagai calon dah kalau PAS kata calon nie boleh menang?
Apapun memang pelik PAS pulak yang sibuk pasal calon BN, kenapa ler nak buat macam-macam cerita yang kita tentunya tahu boleh dijadikan punca pertelagahan kepada penyokong ataupun pengundi BN, Apa pasal lak buat cerita kononnya BN buat Politik Wang? Siap kasi tau kononnya Bn akan bagi BRIM untuk pengundi BESUT? Pakai akai la beb, lu ingat BRIM nie untuk orang Besut jer ker? Satu Malaya dapat la beb, termasuk Orang PAS jugak yang sapu licin...
Agak-agak ler yop, tarak ingat ka Dosa berhasad sesama Islam nie, lu tarak ingat ka ini bulan Ramadhan? Tak yah kecoh ler, pilih la lu punya calon sendiri, tok sah ler nak sibuk bagi BN kacau bilau.
Lu orang tengok la pa PAS lompat beruk dalam Harakah... Baca la kalu tarak percaya...
BESUT: PAS tidak menolak kemungkinan pelbagai bantuan termasuk ala Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) muncul di Besut menjelang 24 Julai ini.
Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad(gambar) berkata, Umno dan BN hanya bergantung harap kepada umpan kebendaan bagi mengekalkan pengaruh mereka di Kuala Besut.
"Oleh itu bagi menghadapi kemungkinan itu, PAS Besut menyediakan pasukan peguam untuk memantau politik wang.
"Pasukan peguam daripada Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia PAS akan memantau dan mengambil tindakan lanjut setiap kes ditemui," katanya ditemui di sini baru-baru ini.
Menurutnya juga jentera kempen PAS dengan dibantu rakan-rakan Pakatan Rakyat memberi tumpuan khusus peti undi Seberang Darat, Tok Saboh dan Seberang Darat Luar.
Ini kerana kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti besar pada PRU ke-13.
Biar apa pun strategi, namun ramai melihat potensi calon menjadi senjata akhir. Umpan kebendaan, wang ringgi dan isu tidak akan ke mana sekiranya calon tidak berkenan di hati pengundi.
BN mempertaruhkan nasib bagi mempertahankan kerajaan "simple majority" dengan menampilkan calon muka baru, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.
Pemilihan Zaihan yang disifatkan orang Idris, sekaligus menegepikan Pegawai Agama Daerah Dungun, Nik Zuhaiza Ismail dan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Dungun, Zahanapi Sagaf.
Penyelidik Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan, Muhamad Zainal Abidin Hussin berkata, calon yang diumumkan BN hari ini seakan-akan memberi gambaran kelabu kepada BN.
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kajian ilmiah oleh seorang penyelidik mengesahkan bahawa orang Melayu adalah kaum asal di rantau Nusantara ini dan bukannya golongan pendatang seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Penulis dan penyelidik sejarah, Zaharah Sulaiman yang bakal menerbitkan hasil kajiannya tidak lama lagi berkata, bukti menerusi pemetaan genetik dan artifak arkeologi mendapati masyarakat Orang Asli Semang dan Senoi yang mendiami Benua Sunda (Asia Tenggara) merupakan nenek moyang kepada populasi Melayu Proto dan kaum Melayu hari ini.
"Pengesahan ini jelas sekali menolak dakwaan buku Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaries yang diterbitkan oleh National University of Singapore (NUS) yang menyatakan kaum Melayu berasal daripada campuran kaum-kaum dari selatan China dan India," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Wacana Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya anjuran Kelab Wartawan Muda Malaysia di sini, semalam.
Buku susunan Profesor Madya di Jabatan Sejarah NUS, Timothy P. Barnard yang diterbitkan pada 2004 mendakwa kaum Melayu tiada asas untuk menjadi kaum yang nyata kerana ia adalah campuran daripada kaum-kaum lain.
Ekoran itu, buku berkenaan mencadangkan kaum Cina dan India di Malaysia diberikan taraf bumiputera kerana orang Melayu sebenarnya berasal daripada salasilah kedua-dua kaum itu.
Zaharah berkata, kajian yang dilakukannya bersama beberapa penyelidik lain sejak 2009 mendapati masyarakat Semang dan Senoi berasal daripada manusia asal di Afrika yang berhijrah ke rantau ini sejak 65,000 tahun dahulu.
"Kumpulan yang telah berhijrah ke Benua Sunda ini merupakan nenek moyang kepada manusia moden hari ini termasuk di Asia Timur dan Amerika.
"Kajian juga mendapati orang Jawa, Dayak, Batak, Champa, Madagascar dan Polynesia juga mempunyai genetik asal daripada Semang dan Senoi dan oleh itu mereka juga orang Melayu," katanya.
"Saya harap kajian ini akan menyemarakkan kembali semangat Melayu dan membuatkan mereka tidak lagi malu menjadi Melayu yang mengikut sejarah, panggilan ini bermaksud 'orang gunung'," katanya.
Tambahnya, faktor letusan gunung berapi, gempa bumi, banjir besar dan tsunami menyebabkan Benua Sunda telah terpisah sehingga membentuk Semenanjung Malaysia, Sumatera, Jawa, Filipina dan Borneo.
"Selat Melaka sekarang sebenarnya adalah salah satu daripada sungai-sungai yang terdapat di Benua Sunda dan ini dapat menjawab persoalan para pengkaji kenapa selat ini sangat cetek," ujarnya.
Wasabi Oyabun...
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Disebabkan oleh kesilapan dalam menghantar petisyen keputusan PRU13 kepada responden (BN), maka dengan selambanya Hakim Pilihan Raya membakul-sampahkan petisyen tersebut dengan kos sebanyak RM30,000! Tambah lagi COMBO tiga bantahan awal PAS untuk Parlimen Bachok, DUN Gaal dan DUN Jelawat juga DITOLAK hakim dengan kos yang sama! RM30,000 x 4 = RM120,000 beb! Bukan setakat tu je, hakim yang sama jugak melarang Sivarasa, Latheefa Koya dan Mohamed Afik daripada menyibuk dalam petisyen Parlimen Machang pada 16 Julai ni sebab ketiga-tiga makhluk ini pun tak buat notis pelantikan peguambela petisyen dengan cara yang betul!
*Hanipa Maidin mintak 'diskaun' Ramadhan pulak! Mungkin Hanipa keliru antara 'court' mahkamah dengan Courts yang jual perabot murah menjelang Raya!
Kadang-kadang aku terfikir jugak, mana letaknya otak puak-puak cinabeng nie, bila mempertikaikan hak orang melayu di tanah milik orang melayu...
Samalah macam kita pi bertandang rumah orang, tetiba kita nak halau pulak tuan rumah tu, masuk dek akal ke tidak...??? bergitulah yang berlaku di malaysia sekarang nie...
Korang baca petikan twitter pelakon porn cina malaysia yang menjadi penyokong pakatan nie, kat mana logiknya untuk dia nak halau orang melayu ke sumatera...
Dia menulis seolah-olah tanah melayu nie dulu cinalah bangsa atau mahkluk pertama yang tinggal, padahal dia tak sedar yang nenek moyang dia tu dulu pendatang haram yang di bawa oleh british untuk menjadi kuli di lombong bijih, tukang angkat najis, pekerja ladang dan pelacur...
Tak boleh ke sapa-sapa antara kita yang berbangsa melayu nie tolong ajar sikit cina gampang tu...??? tolonglah aku dah muak dengan penghinaan macam nie...
DAP tetap musuh abadi saya sampai bila-bila. Pada saya DAP perlu dihancur sehancur hancurnya samada dengan cara terhormat atau dengan cara kurang ajar.
Kita perlu tentang DAP sebagaimana panglima-panglima perang islam menentang kafir satu masa dahulu. Kita perlu tentang DAP sebagaimana pejuang-pejuang kita menentang komunis. DAP tidak harus dibiarkan terus berkembang mulai saat ini. Pemimpin melayu yang ada kuasa dan ada telur kena bertindak segera.
Kita tidak bermusuh dengan cina tetapi kita bermusuh dengan DAP.
Bukan semua cina setuju dengan DAP sekarang, mereka pun hadapi masalah juga...
Bagi peminat artis-artis jelita di tanahair, mereka bagaikan mahu melihat artis kesayangan mereka dalam keadaan sempurna sifat, tidak kiralah dari aspek jasmani ataupun kerohanian.
Begitulah yang terjadi kepada peminat-peminat artis ibu tunggal terkenal, Nora Danish. Mereka mengharapkan sesuatu yang baik dan indah-indah belaka dari beliau.
Apabila beliau memuatnaik fotonya dalam akaun Instagram, pastinya akan menjadi perhatian. Tambahan pula foto berkenaan agak seksi mengikut pandangan mata mereka.
Bagi Nora Danish, itulah kehidupannya, kepada peminat yang sering mengkritik penampilannya, wajar lebih memahami latar belakang wanita ini. Kalau menegur, biarlah beradab, sebaiknya mendoakan sahaja perubahan beliau dari menghamburkan kata-kata kurang enak diruangan komen.
Nora Danish sekali lagi menjadi mangsa kritikan setelah memuatnaik gambarnya yang dikatakan agak seksi apabila blouse yang dipakainya terbelah hingga ke peha. Jelas kelihatan peha gebunya yang disarungkan stokin hitam yang jarang.
Ads: All mothers change for their babies. What is your 'Changes Worth Making' story? Submit & share now! #DrypersMY. Click HERE to know more!
Keadaan tersebut menimbulkan rasa kurang senang oleh kebanyakan peminatnya. Di bulan yang mulia ini, diharapkan Nora lebih peka dengan keadaan sekeliling...!
Kazan: Harimau Muda A bernasib baik setelah Italy berjaya menewaskan Great Britain dalam perlawanan terakhir kumpulan C sebentar tadi.
Dengan keputusan itu, Harimau Muda akan melangkah ke sukut akhir bertemu dengan Jepun yang juga juara kumpulan B.
Harimau Muda berada di tangga kedua dan kedudukannya: 1. Great Britain: 2 Gol, 1 Bolos, 6 Mata 2. Malaysia: 2 Gol, 2 Bolos, 6 Mata 3. Italy: 1 Gol, 2 Bolos, 6 Mata
Ramai orang luar Ipoh kerap mencari kedai menjual Nasi Ganja di Ipoh. Mereka menemuinya di Jalan Yang Kalsom.
Bila ditanya mengapa nasi tersebut dipanggil Nasi Ganja?
Penjualnya berbohong dengan mengatakan keenakan nasinya boleh membuatkan orang ketagih.
BOHONG!
Asal nama Nasi Ganja ialah apabila tibanya bulan puasa, ianya dijual seperti menjual dadah kepada umat Islam yang tidak mahu berpuasa. Ia dijual seperti drive-through di lorong sebelah kanan kedai tersebut dan Nasi Ganja yang siap dibungkus dengan suratkhabar dan plastik dibungkus pula ke dalam plastik jinjing berwarna hitam.
UNTUK APA PREMIS MENGANJUR JUALAN KEPADA ORANG TAK BERPUASA SEPERTI ITU DICARI-CARI 'NASI GANJA' NYA OLEH ORANG LUAR?
Di Ipoh, umat Melayu terdahulu menyebutnya Nasi Ganja. Umat Melayu terkemudian menyebutnya Nasi Wonggey yang berasal dari perkataan Tamil ' Vanggey' yang bermaksud 'mari'.
Ini kerana penjual Nasi Ganja ini sepanjang tahunnya memanggil orang supaya singgah di kedainya dengan laungan 'vanggey, vanggey, vanggey' . Maka bersepahlah pula cawangan Nasi Vanggey di Ipoh kemudiannya.
Semoga Ramadhan kali ini membuatkan pengusaha Nasi Ganja ini tidak lagi meraup untung dari perbuatan berdosa umat Islam lain. Juga adalah diharapkan umat Islam di Ipoh telah berubah dengan tidak menjadikan Nasi Ganja ini sebagai penyebab untuk tidak berpuasa.
Gambar yang dimuat naik oleh Fasha Sandha ke dalam akaun Instagram miliknya telah menjadi bualan ramai. Gambar yang memaparkan Fasha bersama Anzalna Nasir ini telah mengundang kata-kata kurang sopan daripada peminat yang meninggalkan komen pada gambar tersebut, terutamanya peminat lelaki.
GUA menghubungi Anzalna untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu ini.
"Sebenarnya, ketika gambar itu diambil, kami sedang menjalankan penggambaran drama bersiri 'Tentang Hati' di Port Dickson. Sewaktu gambar ini diambil, angin bertiup kencang. Saya ingin menjelaskan yang saya langsung tidak berniat mahu mengundang kontroversi melalui gambar tersebut," ujar pelakon berusia 25 tahun ini.
"Saya langsung tidak menjangkakan gambar yang dimuat naik oleh Fasha itu bakal mengundang komen-komen kurang sopan daripada segelintir peminat, terutamanya peminat lelaki. Saya rasa gambar itu tiada apa-apa isu pun, gambar itu cuma gambar biasa saya dan Fasha," cerita heroin drama bersiri 'Bangkitnya Seorang Perempuan' ini.
"Sejujurnya, saya merasakan isu sebegini tidak perlu timbul. Nampaknya, semua perkara menjadi pertikaian sesetengah peminat. Selepas ini, saya perlu mengambil langkah berhati-hati. Saya akan periksa dahulu gambar saya atau atau individu lain yang bergambar dengan saya agar perkara ini tidak berulang lagi," jelas Anzalna yang beranggapan hanya orang yang berfikiran cetek dan kotor sahaja yang melemparkan komen-komen negatif.
Dalam perkembangan lain, kini Anzalna sedang menghabiskan penggambaran drama bersiri 'Tentang Hati' yang masih berbaki beberapa babak. Selepas ini, Anzalna bakal berehat sempena bulan Ramadan dan hanya akan muncul dalam acara-acara amal sempena majlis berbuka puasa.
Angelina Jolie muncul buat kali pertama setelah menjalani pembedahan membuang kedua-dua payudaranya Mac lalu.
Beliau dilihat bersantaian di pulau peranginan terkenal, Hawaii bagi meneroka lokasi penggambaran filem terbarunya.
Dengan hanya mengenakan baju bertali halus, Angelina kelihatan begitu berkeyakinan walaupun telah menjalani pembedahan tersebut.
Sedikit parut kelihatan di bawah lengannya, barangkali kesan dari pembedahan yang dilakukan awal april lalu.
Ads: All mothers change for their babies. What is your 'Changes Worth Making' story? Submit & share now! #DrypersMY
Aktres terkenal Hollywood ini mendedahkan dia pernah menjalani pembedahan membuang kedua-dua payu daranya.
Jolie membuat pendedahan itu menerusi satu artikel berjudul 'My Medical Choice' yang disiarkan dalam akhbar The New York Times.
"Saya menjalani pembedahan membuang payudara kerana saya didapati mempunyai risiko untuk mendapat barah payu dara.
"Ibu saya meninggal dunia pada usia 56 tahun akibat barah tersebut dan saya tidak mahu menjadi begitu," katanya.
Hasil pemeriksaan kesihatan mendapati bintang berusia 37 tahun itu mempunyai risiko sebanyak 87 peratus untuk menghidapi barah payu dara dan 50 peratus untuk barah ovari. - AFP
KUALA LUMPUR: Pemimpin PAS terus mengelakkan diri daripada polemik yang timbul berhubung pindaan Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 yang membenarkan pertukaran agama kanak-kanak kepada agama Islam.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin berkata tidak sewajarnya soalan sama ada pindaan itu wajar atau tidak dihalakan kepada parti itu tetapi sebaliknya pentadbiran Datuk Seri Najib Razak perlu menjawab dan menjelaskannya kepada rakyat.
Ini kerana menurut beliau, Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 digubal kerajaan pusat dan ia tidak sewajarnya melibatkan parti itu.
"Undang-undang ini dibawa oleh kerajaan, saya rasa kerajaan patut jawab perkara ini dan bila kerajaan tarik balik menunjukkan kerajaan tidak berani untuk berhadapan dengan rakyat tentang isu ini.
"Ini PAS tidak terlibat, ini melibatkan kerajaan jadi saya rasa sebarang keputusan dibuat kerajaan maka kerajaan yang harus jelaskan dan kami pihak PAS tidak wajar dilibatkan dalam perkara ini," katanya dalam temubual bersama Antarapos.
Tambah wakil rakyat penggal pertama ini, desakan pemimpin BN agar PAS menyatakan pendirian adalah tidak wajar kerana ia bukan dicadangkan oleh parti itu.
Justeru kata Ahli Parlimen Sepang ini, tiada keperluan untuk PAS membincangkan dan meneliti rang undang-undang berkenaan selepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penarikan undang-undang selepas mendapat bantahan banyak pihak.
Katanya, PAS hanya akan menyatakan pendirian berhubung perkara itu sekiranya rang undang-undang itu dibentangkan semula oleh pihak kerajaan
"Akta ini telah ditarik balik, jadi kita tak perlu nak bincanglah...kita nak bincang benda yang tiada nak buat apa.
"Itu tunggu, kalau ia dibentangkan semula baru kita buat pendirian," katanya.
Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat dua minggu lalu menetapkan persetujuan satu pihak memadai bagi ibu atau bapa menukar agama anak-anak bawah umur kepada agama Islam.
Pindaan tersebut menerima kritikan hebat daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan parti komponen Barisan Nasional (BN).
Baru-baru ini, pelbagai pihak gesa kerajaan mempertimbangkan hak ibu atau bapa untuk mengizinkan anak yang berusia bawah 18 tahun memeluk agama Islam seperti terkandung dalam Seksyen 107(b) rang undang-undang itu. Kaji semula sebelum dibentangkan dalam Dewan Rakyat
Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata perbezaan bercanggah yang diberikan oleh pihak kerajaan mengundang pelbagai persoalan tentang status keputusan pindaan rang undang-undang itu.
"Sebelum tarik balik ia sendiri sudah tiada ketentuan, satu kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz bahawa sudah ada keputusan di peringkat Kabinet pada 2009 iaitu mesti mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak (ibu dan bapa).
"...tiba-tiba rang undang-undang yang dibentangkan hanya untuk mendapat persetujuan salah seorang, jadi timbul satu perkara yang sangat bercanggah antara rang undang-undang dan keputusan Kabinet," katanya.
Kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini, kemungkinan proses pembentangan rang undang-undang itu dibuat tanpa merujuk kepada keputusan Kabinet sehingga menimbulkan tanggapan negatif dalam kalangan rakyat.
Justeru beliau meminta agar kerajaan mengkaji dan meneliti semula rang undang-undang itu sebelum dibawa untuk pembentangan dalam Dewan Rakyat.
"Saya nak katakan bahawa pembentangan rang undang-undang itu selalu dibuat tanpa merujuk kepada keputusan Kabinet dan satu tindakan yang saya fikir (menunjukkan) pengurusan pentadbiran yang sangat lemah.
"Khususnya bagi pihak peguam negara ini saya fikir ini menunjukkan kelemahan di peringkat Jabatan Peguam Negara tanpa menyemak kepada keputusan Kabinet dan akhirnya timbul krisis dalaman BN sehingga memaksa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin (Yassin) tarik balik rang undang-undang itu.
"Jadi kami tidak boleh buat apa-apa pendirian, saya minta kerajaan bincang dulu secara masak sebelum bawa untuk pembentangan," katanya.
KUALA LUMPUR - Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut perlu mencelup jari telunjuk kiri ke dalam dakwat kekal yang disediakan pada hari mengundi dan tidak lagi sekadar dicalit oleh pegawai bertugas seperti yang dilakukan pada pilihan raya umum lepas.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan mengulangi bahawa penggunaan dakwat kekal merupakan prosedur tambahan pengundian bagi mengelak sebarang percubaan mengundi dua kali oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Kali ini dakwat kekal akan digunakan pada hari pengundian awal 20 Julai dan pengundian biasa PRK Kuala Besut pada 24 Julai
Selain itu, Abdul Aziz turut menasihati pengundi supaya menyemak senarai
pengundi dan memastikan saluran serta tempat mengundi yang betul kerana jika nama pengundi tidak terdapat dalam senarai pengundi di tempat dan saluran yang ditetapkan, mereka tidak akan dibenarkan mengundi.
Abdul Aziz berkata, SPR menetapkan Kompleks Rakan Muda Kampung Raja Besut, Kuala Besut sebagai tempat penamaan calon, dan proses penamaan calon bermula pukul 9 pagi hingga 10 pagi pada 12 Julai.
Fasha Sandha memuat naik foto bersama Anzalna yang dipercayai diambil di tepi pantai setelah tamat pengambaran hari terakhir drama terbaru mereka.
Ketika gambar diambil, angin bertiup hingga menyebabkan baju yang dipakai oleh kedua-dua wanita ini melekat ditubuh masing-masing. Sekali imbas, seolah-olah tidak ada yang tidak kena dengan penampilan mereka.
Namun lelaki yang mata keranjang rupa-rupanya tidak puas menikamati kecantikan wajah pelakon Anzalna, habis diteroka segala-galanya.
Akibat dari 'penerokoaan' tersebut, makan terbitlah perlbagai komen-komen separa lucah hingga menimbulkan rasa tidak selesa dari peminat-peminat wanita yang lain.
Ads: What if I told you that you could win a Mini Cooper S just by saving money with #AffinBank? OMG!
Mereka mendakwa kerajaan negeri tidak telus dalam melantik Nur Fitriah Abdul Halim (gambar), 26, kerana beliau dipilih semata-mata untuk mengisi kuota Melayu dan jantina.
Pengerusi Wanita MCA negeri, Tan Cheng Liang berkata, beliau terkejut dengan kenyataan ahli exco negeri Chow Kon Yeow bahawa Nur Fitriah, pereka grafik, telah dipilih untuk mengisi kuota Melayu daripada parti itu menggantikan Zulkifli Mohd Noor yang tidak dilantik semula.
Menurut laPoran akhbar harian, Nur Fitriah dilantik tanpa temuduga.
Chow berkata ia merupakan prerogatif Ketua Menteri Lim Guan Eng dan kerajaan negeri untuk melantik beliau.
Setiausaha MCA negeri Lau Chiek Tuan berkata Lim tidak mengamalkan ketelusan dalam pelantikan itu.
Naib Pengerusi Gerakan negeri Wong Mun Hoe juga mempersoalkan pelantikan Nur Fitriah di laman Facebook beliau.
"Dia tidak melalui proses temuduga untuk mengisi kuota Melayu. Jadi, apa yang berlaku kepada meritokrasi? Kuota atau meritokrasi?" katanya.
KUALA BESUT - Kontraktor Kelas A, Azlan@ Endut Yusof, 48, diumumkan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut pada Majlis Pengumuman Calon Pas di Kampung Nail, di sini, malam tadi.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pengumuman itu turut mengakhiri spekulasi calon Pas yang akan bertanding melawan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pengumuman calon BN, sebelah petang hari yang sama.
Azlan yang juga Bendahari Pas Kawasan Besut ialah Kontraktor Kerja Bangunan dan Kejuruteraan Awam berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta mempunyai Sijil Kontraktor Institut Latihan Perindustrian.
Lebih dikenali dengan panggilan Che Long, bapa kepada enam cahaya mata ini, adalah anak jati Kampung Baru, Kuala Besut.
Beliau turut dianggap mesra dengan penduduk di kawasan berkenaan.
KUALA BESUT 9 Julai - Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan calon muda anak tempatan, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37, bagi menggalas cabaran mengekalkan penguasaan parti di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada pilihan raya kecil kawasan itu, 24 Julai ini.
Pemilihan bekas Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) (Bahagian Korporat) itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengarah Pilihan Raya BN di Dataran Kuala Besut di sini hari ini serentak dengan majlis pelancaran jentera parti.
Pengumuman itu disambut dengan tepukan gemuruh penyokong parti serta pemimpin yang hadir iaitu Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan para pemimpin parti komponen.
Dalam ucapannya, Muhyiddin yakin Tengku Zaihan yang berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam dari Universiti Sains Malaysia (USM) adalah taruhan terbaik BN untuk pengundi di DUN Kuala Besut berdasarkan pengalaman luas beliau dalam jabatan kerajaan dan boleh diterima rakyat khususnya golongan muda.
Menurutnya, walaupun terdapat ramai yang berkelayakan, pemilihan Tengku Zaihan dibuat oleh pucuk pimpinan selepas melalui proses pemilihan yang mengambil kira kehendak, situasi tempatan dan calon yang boleh mendapat kepercayaan meluas di kalangan masyarakat.
''Khidmat dan tanggungjawab yang menuntut kepada daya usaha dan pemikiran untuk terus membangunkan masyarakat di sini, kita merasakan perlu diletakkan calon yang lebih muda untuk lebih melihat ke depan," ujar Muhyiddin.
Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr. A Rahman Mokhtar (BN) yang berjaya mengekalkan kerusi itu buat penggal kedua dalam pilihan raya umum lalu dengan majoriti 2,434 menewaskan calon Pas. Ini merupakan PRK kedua bagi DUN Kuala Besut sejak 34 tahun lalu.
Sementara itu, Tengku Zaihan ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memilih beliau sebagai calon pilihan raya berkenaan yang disifatkannya sebagai 'pilihan raya kecil yang besar'.
"Saya sedia memikul amanah dan tanggungjawab berat ini sebagai tanda syukur dan berterima kasih kepada UMNO yang telah membuka laluan untuk saya membangunkan kehidupan keluarga, bangsa dan negara. Perjuangannya perlu diteruskan," ujarnya.
Bapa kepada empat orang anak itu mengakui ujian awal iaitu sebagai calon cukup mencabar dan sekiranya diberi kepercayaan, amanah dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, perkara itu tidak akan disia-siakan.
Beliau berjanji akan membela nasib rakyat dan berkhidmat dengan penuh dedikasi jika dipilih sebagai wakil rakyat kerana lebih mengerti, memahami keperluan dan harapan penduduk berikutan pernah berkhidmat di daerah ini dan banyak berurusan dengan masyarakat.
"Setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera dan penyokong BN kerana memberi sokongan kepada saya demi rakyat Kuala Besut. Saya mengambil kesempatan ini merayu pengundi memberi kepercayaan kepada saya dan berjanji untuk melakukan yang terbaik selagi terdaya," katanya yang merupakan ahli UMNO Cawangan Seri Seratus dan anak kepada veteran UMNO.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ni ke CEO-CEO IHSB yang gaji RM12,000 - RM35,000 sebulan nihhh...? heh!
Aku nak ketawa besar, tapi aku terpaksa tahan. Aku tak berani nak ketawa kat dia ni sebab tak mau jadi isu "dalaman" pulak. Cuma kali ni, aku nak cakap pasal hujah dia tentang IHSB dan KUIN...
"Uncle" ZulYa menulis satu artikel bertajuk "Insaniah Holdings jadi mangsa dendam politik?". Dia sengaja letakkan tanda soal "?", menandakan dia kononnya bertanya. Padahal, dia cuba menimbulkan persepsi negatif terhadap Kerajaan BN Kedah...heh! Taktik lapuk... kami dah tahu dah...heh! Red Bean Army ajar ke?
Dia kata, IHSB ditubuhkan oleh BOD KUIN di zaman PAS. Katanya, KUIN setuju untuk biaya modal kerja, melalui pemberian pendahuluan dari masa ke semasa penggajian, sewaan, ulititi dan operasi IHSB... Betul.. Memang betul...
Dan sekarang khabarnya IHSB dah 2 bulan tak dapat gaji. CEO-CEO IHSB tu semua dah marah-marah, mengamuk panggil Sinar Harian mengadu nasib. Maka berkejarlah Sinar Harian yang pro-PAS mendengar rintihan "kesatuan" CEO-CEO tak dapat gaji tu...heh!
"Uncle" ZulYa tanya...
Mengapa pihak tersebut boleh mencabar anak syarikat Insaniah Holdings membayar sendiri gaji stafnya yang seramai 302 orang itu?
Alamaaakkk..!!! Camana nak jawab nihhh??? Hadoi laaa... susahnya soalan. Ada soalan lebih mudah tak? Err... ada jawapa A, B, C, D, tak? Heheheheeee... gurau jer.. meh saya jawab yer "uncle"...
Camni la "uncle"...
IHSB tu dah diberi modal awal, kan? Takkan la dah 5 tahun tak reti nak berdikari cari duit sendiri nak bayar gaji staff dan CEO-CEO tu? Mahal sangat ke gaji depa? Takkan tak mampu bayar kot? Selama ni IHSB dok bergantung harap kat KUIN saja ke?
Setahu saya, gaji seorang CEO IHSB sama dengan gaji 10 orang staff sokongan IHSB, betul tak? Mahalnya gaji depa... Pandai Jamil bela kroni dia, kan?
Dulu...pensyarah, dekan dan semua kakitangan akademik atau sokongan di bawah payroll KUIN. Gaji standard, takde la mahal melampau. Sama macam IPT lain. Tapi lepas PAS perintah, Jamil tubuhkan IHSB dan sumbat kroni-kroni dia kat situ dengan bayaran gaji yang mahal..!!!
Nak tanya sikit, wajar ke kalau bayar gaji "overpay" ni? Sebenarnya, aku kesian kat kroni-kroni Jamil ni. Jamil panggil depa ke IHSB, bayar gaji mahal. Bila ada problem, Jamil lari tinggalkan kroni-kroni dia..
Apa kata kalau CEO-CEO ni mintak Jamil yang bayar gaji depa.. Alaa... kengkawan, apa nak berkira sangat, kan? Heh!
IHSB tu anak syarikat KUIN. Patutnya, IHSB jana pendapatan untuk KUIN dan ringankan beban KUIN. Cuba check laporan kewangan IHSB, ada tak yang catat keuntungan? Rugi semua..!!! Ye laaa... bayar gaji mahal dan kos operasi yang lebih dari pendapatan... camana nak untung???
Sebagai status "syarikat", dah tentu la "profit oriented". Maksudnya, syarikat tu kena jana keuntungan. Syarikat mana yang nak rugi, kan? Peliknya, CEO-CEO tu dibayar gaji antara RM12,000 hingga RM35,000 seorang, takkan tak reti berniaga? Makan gaji buta, ke???
Kenapa IHSB dicabar supaya bayar gaji staff? Ye laaa... bayar la sendiri! Takkan nak suruh KUIN bayar lagi kot? Nak bagi KUIN miskin ke? Awat? Ingat KUIN tu takde staff atau operasi yang perlu dibiaya? Ingat kos kat KUIN tu RM50 saja ke sebulan? Heh!
Kalau anak "uncle" dah 5 tahun kahwin, takkan la "uncle" nak tanggung makan minum, sewa rumah, api air dan bil telefon depa kot? PKNK ada anak syarikat, tapi anak syarikat tu bayar sendiri la gaji staff depa...kan? Tu normal laaa... dan perkara sama yang patut IHSB applies, kan?
Common sense, saya rasa "uncle" sendiri boleh fikir benda ni secara logik. Tak perlu tulis kat blog pun kita boleh fikir sendiri yang propaganda "uncle" tu tak logik dek akal. Sorry "uncle", try next time, okay? Salam Ramadhan....heheheeee...peace!
P/s: No heart feeling "uncle"... raya ni kita salam...bermaaf-maafan... boleh? Tu pun kalau sudi laaa....
Aku rasa puak-puak Cina DAP ni dah rasa panas bila ramai golongan Melayu Muslim di negara ni dah mula boikot perniagaan depa. Mungkin depa dah mula terasa...sale depa menurun secara mendadak...?
Terbaru, Old Town White Coffee sampai terpaksa buat peraduan untuk promote kedai kopi depa. Lumayan hadiah yang depa tawarkan. Sampai RM52,000 broooo..!!! Wang tunai dan peralatan production..! Perghhhh....!!!
Cuma aku nak tanya sikit laaa.. Dah terdesak sangat ke sampai kena buat peraduan ni? Merosot sangat ke sale korang? Heh! Nga & Ngeh mengamuk pasal kedai tak laku ke? Adehhhh...
The Animaction Challenge Tawar Hadiah RM52,000
Oldtown White Coffee (OWC) melancarkan pertandingan rekaan dan animasi `The Animaction Challenge' bagi mencari, memupuk dan menyokong bakat-bakat baru dalam industri seni kreatif Malaysia.
OWC dalam satu kenyataan media memaklumkan pertandingan yang julung-julung kali diadakan itu telah berlangsung bermula semalam hingga 8 Oktober 2013.
Justeru orang ramai terutama golongan pelajar serta profesional berusia 18 tahun keatas yang terlibat dalam industri kreatif dipelawa untuk menyertai pertandingan tersebut.
"Pertandingan `The Animaction Challenge' terdiri daripada dua kategori iaitu Rekaan Watak 2D dan Animasi 3D bertujuan menyediakan platform bagi bakal pereka dan juruanimasi menonjolkan kreativiti mereka.
"Kategori pelajar melibatkan Rekaan Watak 2D dan memerlukan peserta menghantar penyertaan mereka secara individu sama ada dalam format PNG atau JPEG. Kategori profesional pula memerlukan peserta menghantar Animasi 3D tidak lebih dua minit dalam format MOV atau MP4 dan terbuka kepada penyertaan kumpulan maksimum sehingga empat orang," kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, `The Animaction Challenge' akan menjadi platform yang relevan dalam penglibatan golongan profesional, pelajar, pereka bebas serta peminat untuk memahami identiti sebenar negara dengan lebih baik lagi.
Kata kenyataan itu, semua penyertaan akan dinilai berdasarkan keaslian, inovasi, kreativiti, keunggulan teknikal dan impak visual oleh panel hakim.
"Pemenang peraduan berpeluang membawa pulang wang tunai dan peruntukan produksi bernilai sehingga RM37,000 bagi kategori pelajar dan RM52,000 bagi kategori profesional," kata kenyataan itu lagi. - Mynewshub.my
Nak kata malam "lailatul qadar", baru masuk malam pertama solat terawikh! Tapi semalam memang berlaku perkara ajaib kat masjid! Tapi aku dan member-member aku dah biasa dengan "keajaiban" ni.. Tiap-tiap tahun sama jer... harap tahun ni berubah kot?
Bila masuk je bulan Ramadhan, ramai yang sebok cari songkok, lebai, jubah, baju cekak musang, baju teluk belanga dan kain pelikat. Ada jugak yang cari serban dan tasbih dalam laci. Butang baju melayu dah jumpa ke belum?
Kononnya, bulan Ramadhan ni depa takmau tinggal solat terawikh. Depa nak buat penuh, takmau buat 8 rakaat saja. Kalau solat terawikh tu ada 1,000 rakaat, depa akan solat sampai habis 1,000 rakaat tu...
Malam tadi seperti biasa, masjid kat kampung aku tu penuh. Saf sampai ke belakang. Ramai macam solat Jumaat pulak aku tengok. Herannya, solat 5 waktu sebelum ni takde pulak ramai macam ni. Selalu 1-2 saf saja. Tu pun dan cukup banyak... tapi solat terawikh semalam "fullhouse"...
Aku tertanya-tanya. Solat 5 waktu tu hukumnya wajib. Tapi solat terawikh ni sunat. Tapi jemaah penuh pada solat sunat... Pelik jugak, kan? kan? kan? Heh! Dan tak heran la semalam aku dan beberapa member aku dok buat muka "heran" pasal jemaah yang tiba-tiba ramai... Heheheee...
Aku jangka, fenomena ramai solat terawikh ni hanya akan bertahan sampai seminggu saja. Seperti biasa macam tahun-tahun lepas, minggu kedua Ramadhan akan menyaksikan penurunan statistik kehadiran secara ketara.. tinggal separuh masjid saja...heh!
Paling "menghairankan", lepas rakaat ke-8, jemaah yang separuh tu dah tinggal suku! Tak solat witir, depa terus blah balik rumah...heh! Apa cerita tu bebbbb...? Mana semangat pak lebai yang berkobar-kobar tu?
Aku bukan nak perlekeh semangat kita nak imarahkan Ramadhan ni. Tapi pada aku, segalanya bermula dari "dalam". Tak payah la beriya-iya sakan tunjuk warak, tapi hanya "kosmetik".
Aku dan kawan-kawan aku macam biasa tahun lepas, jubah dan lebai saja dah cukup. Alaaa.. pakai macam kami pi solat 5 waktu kat masjid la. Standard. Yang pentingnya bersih, kemas dan tak selekeh. Nak mengadap Allah ni kena smart jugak bro.. jumpa awek boleh smart, jumpa Allah?
Kat sini aku nak share sikit la pasal solat terawikh Rasulullah SAW. Baginda solat 8 rakaat je. Tapi kalau korang nak tahu, satu rakaat yang Rasulullah SAW buat tu satu juzuk Al-Quran tau! Korang mampu? Baca surah panjang sikit dah gigil...heh! Kutuk Tok Imam dalam hati...kan? kan? kan? Heh!
Kira macam ni la.. Aku ni takde la baik sangat, takde la jahat sangat, wasatiah jer. Tapi aku nak kongsi tips sikit dengan korang, boleh?
Ustaz aku cakap dulu, syaitan dirantai pada bulan Ramadhan ni supaya tak kacau kita beribadat. Maksudnya, syaitan takde nak hasut kita buat benda jahat, kan? Jadi, kalau korang buat jahat dalam bulan Ramadhan ni, maka korang faham-faham je la berhasil ke tidak syaitan didik korang selama ni.
So, bulan Ramadhan ni adalah bulan terbaik untuk korang "kembali ke pangkal jalan". Asuh dan didik diri korang balik supaya ikut landasan Islam yang sebenar. Paling utama, korang kena betulkan "iqtikad songsang" dalam hati korang selama ni... benda apa tu yang "songsang"?
Hehehehee... korang kena betulkan...bahawa... ISLAM ITU IALAH AGAMA ALLAH YANG SYUMUL DAN SEMPURNA, PAS TU PULAK SEKADAR PARTI POLITIK YANG JUAL AGAMA UNTUK KUASA SAJA... kan? Syaitan dok hasut korang selama ni, kan?
Pokok pangkalnya, Islam bukan PAS dan PAS bukan Islam. Titik!
Errr... Korang dah sarapan pagi dah? Ehhh... Silap pulak... Korang sahur ke tidak pagi tadi? Aku sahur pukul 4.30 pagi tadi... ikan goreng, daging salai masak lemak cili padi, telur masin, tu menu aku sahur tadi...
Start hari ni, kita sama-sama "sekolah"kan diri sendiri. Kita kena kawal nafsu. Bukan setakat nafsu makan minum je, semua bentuk nafsu laaa... termasuk nafsu shopping... membeli belah sakan sama ada untuk berbuka maghrib nanti, atau nak raya...
Kita perlu ingat, kita kawal nafsu dan bukan nafsu yang kawal kita. Hanya binatang saja yang dikawal nafsu. Manusia normal semuanya mampu kawal nafsu sendiri, kan?
Selama ni kita selalu diajar dan dihasut syaitan. Syaitan dah kena rantai bulan posa ni. Jadi, kita ada tempoh selama 1 bulan penuh untuk bebaskan diri dari terus amalkan apa yang syaitan hasut kita selama ni... boleh?
So, sempena 1 Ramadhan ni, aku ucapkan selamat berjuang di bulan Ramadhan. Puasa tauuu...! Jangan tak puasa pulakkk..!!! Kalau gatal sangat tak nak puasa, korang jawab la nanti. Bukan jawab kat aku... jawab depan Allah nanti...heh! Sendiri tanggung aaaa....
Kedatangan bulan Ramadhan memang ditunggu-tunggu. Allah telah menyediakan tempoh sebulan kepada umat islam beribadah, memang sesuatu keistimewaan kepada umat itu.
Dalam bulan Ramadhan, umat islam dituntut mengejar pahala sebanyak-banyaknya, bukan sahaja sebagai bekalan di akhirat tetapi juga di dunia yang singkat.
Bulan Ramadhan bukan sahaja bulan yang penuh keberkatan, tetapi juga bulan yang memberi rahmat rezki kepada penganutnya.
Kewujudan bazar-bazar ramadhan bukan sahaja memberi rezki kepada mereka yang berjualan, tetapi juga sebagai ruang memperomosi berbagai juadah, khasnya juadah tradisonal.
Bazar ramadhan bukan sahaja dikunjungi oleh umat islam, akan tetapi juga umat-umat bukan islam termasuk juga pelancong asing.
Namun, ada juga keburukan bazar-bazar ini. Peniaga bukan lagi mengambil keberkataan bulan ramadhan itu sendiri, akan tetapi menjurus kepada perniagaan yang bermotif keuntungan semata-mata. Ada bazar yang mula beroperasi seawal pukul 11 pagi, bagi mendapatkan sebanyak-banyak pelanggan dan memaksimakan jualan.
Peniaga tidak lagi mengutamakan kualiti makanan yang dijual, memandangkan makanan bermasak itu telah disediakan lebih awal daripada itu. Atas sebab itu, makanan basi tidak dapat dielakkan. Makanan basi yang dibeli oleh pelanggan, tidak menjadi soal bagi mereka yang mempunyai kelebihan, namun adalah malang bagi mereka yang kurang bernasib baik.
Rungutan makanan basi adalah satu perkara, tetapi yang mengusik para pelanggan adalah penampilan para peniaga daripada segi berpakaian, cara penyediaan makanan yang terdedah merupakan faktor yang tidak menepati tujuan penyediaan bazar ramadhan itu sendiri.
Peniaga sepatutnya mempunyai nawaitu yang jelas, bahawa berniaga dalam bulan ramadhan selain mencari limpahan rezki, tetapi jangan terabai tujuan asalnya iaitu mencari pahala.
Semalam Jebat berpeluang untuk mengikuti perbahasan di Parlimen. Itupun atas ehsan sahabat Jebat yang sudi membawa Jebat masuk.
Biarpun tanpa blazer dan tali leher Jebat masih dibenarkan masuk tapi katanya cuma dibenarkan duduk di kantin. Tak mengapalah..kantin pun kantinlah. Jebat bukanlah Namewee. Namewee pakai suka hati mak bapak dia pun masih boleh jumpa Menteri di Parlimen.
Kadang-kadang Jebat terfikir jugak..apalah nilainya Parlimen jika bukan kerana rakyat yang menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengundi. Parlimen tidak seharusnya dijadikan tempat yang eksklusif untuk golongan berada. Jangan jadikan tempat untuk hamba-hamba projek meminta projek.
Apapun di Parlimen lah tempat undang-undang dan dasar negara digubal. Begitulah kehebatan Parlimen. Tempat di mana wakil rakyat kita bertukar fikiran dan idea.Ceh..!! Tukar idea apa kalau ada yang berhujah macam beruk kena belacan.Macam sarkis.
Seronok apabila dapat melihat raut wajah Menteri dan Timbalan Menteri dari dekat. Yelah selama ini manalah Jebat berpeluang dekat dengan golongan ini. Sekadar lihat di televisyen. Tampak hebat.
Cuma yang ingin Jebat komen ialah gaya Timbalan Menteri dan ada segelintir Menteri menjawab. Yang senior-senior tu dah memang hebat. Timbalan Menteri ramai yang menjawab..aduhai gayanya tak ubah seperti budak tingkatan 2 yang tidak siap kerja sekolah apabila di soal guru. Tunduk macam ada tahi ayam di kasut.
Tunduk malu atau tunduk tak yakin dengan jawapan Yang Berhomat baca. Tak bolehkah Yang Berhormat angkat muka sedikit dan rasanya tak perlulah Yang Berhormat terlalu terikat dengan teks yang pegawai sediakan. Bila kena soal berhubung isu yang tidak tertulis di dalam teks itu mulalah macam ayam berak kapur. Mengelupur. Buatlah sedikit 'homework' sebelum hadir ke Parlimen. Jangan tunggu semua perkara disuap oleh pegawai.
Anda telah dipilih sebagai Timbalan Menteri dan Menteri. Yakinlah dengan kebolehan anda dan diri anda. Jangan sampai rakyat tidak mengiktiraf kebolehan anda untuk menjawat jawatan itu.
p/s: Menteri Hasan Malik buat apa? Harga ayam naik melambung ni.!! Jangan tidur..!!
Pelantikan seorang wanita muda sebagai ahli majlis perbandaran, yang dilihat tanpa melalui proses sepatutnya menimbulkan tanda tanya di kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) P.Pinang.
Mereka mendakwa kerajaan negeri tidak telus dalam melantik Nur Fitriah Abdul Halim (gambar), 26, kerana beliau dipilih semata-mata untuk mengisi kuota Melayu dan jantina.
Pengerusi Wanita MCA negeri, Tan Cheng Liang berkata, beliau terkejut dengan kenyataan ahli exco negeri Chow Kon Yeow bahawa Nur Fitriah, pereka grafik, telah dipilih untuk mengisi kuota Melayu daripada parti itu menggantikan Zulkifli Mohd Noor yang tidak dilantik semula.
Menurut laoran akhbar harian, Nur Fitriah dilantik tanpa temuduga.
Chow berkata ia merupakan prerogatif Ketua Menteri Lim Guan Eng dan kerajaan negeri untuk melantik beliau. Setiausaha MCA negeri Lau Chiek Tuan berkata Lim tidak mengamalkan ketelusan dalam pelantikan itu. Naib Pengerusi Gerakan negeri Wong Mun Hoe juga mempersoalkan pelantikan Nur Fitriah di laman Facebook beliau.
"Dia tidak melalui proses temuduga untuk mengisi kuota Melayu. Jadi, apa yang berlaku kepada meritokrasi? Kuota atau meritokrasi?" katanya. Sementara itu, Nur Fitriah enggan mengulas. - MSTAR
Dewan Rakyat kecoh seketika semalam apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.
Semuanya, gara-gara Gobind yang menyoal Ahmad Zahid mengapa tiada siasatan dan tindakan susulan polis berhubung kes tumbuk membabitkan menteri itu dengan seorang pemuda pada tahun 2006, walaupun laporan polis dibuat.
"MP Puchong ada kepentingan peribadi kerana beliau jadi peguam bela kepada individu yang buat laporan polis itu.
"Kalau saya kaki pukul, Puchong (Gobind) lagi kaki pukul besar daripada saya," kata Ahmad Zahid.
Tidak puas hati dan berang dengan jawapan itu, Gobind bangkit dan mengggesa Ahmad Zahid mendedahkan perkara sebenar.
Beliau juga mencabar Ahmad Zahid supaya mengulangi kenyataannya itu di luar Dewan Rakyat.
"Ulang di luar, saya akan saman awak," kata Gobind sambil mendakwa menteri itu menggunakan kuasa sebagai pemimpin tertinggi kerajaan dengan mengugut mangsa yang dibelasahnya itu.
"Adakah kamu ugut dia? Adakah kamu ugut selepas tumbuk dia?" soal Gobind.
Berikutan kekecohan yang berterusan itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia terpaksa bangkit untuk meredakan ketegangan apabila ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) terus bertikam lidah antara satu sama lain.
Ahamd Zahid kemudiaan membidas Gobind kerana menyalahgunakan dewan apabila membangkitkan kes itu. Katanya, isu berkenaan sedang diselesaikan menerusi prosedur undang-undang di mahkamah.
"Kita jumpa di mahkamah," katanya.
Pada 27 Jun lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan menteri dalam negeri itu yang cuba mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan mahkamah lebih rendah yang memutuskan bahawa kes saman berkenaan perlu dibicarakan.
Saman itu difailkan Amir Bazli Abdullah terhadap Ahmad Zahid yang dituduh menumbuk mukanya sehingga menyebabkan hidungnya patah.
GPB tak faham apa hak Pemuda PAS pencacai DAP ini mempertikaikan perlantikan Datuk Abdul Azeez Rahim sebagai Pengerusi TH. Itu hak mutlak Perdana Menteri yang mendapat mandat daripada rakyat selepas memenangi PRU13 dan membentuk kerajaan .
Yang Pakatan melantik kroni & ahli politik memegang jawatan di GLC negeri pembangkang tak pulak menjadi isu atau dilihat berkelayakan atau tidak .
Contohnya Mat Sabu sendiri ..apa kelayakan beliau menduduki jawatan Board Of Director PBA yang dilantik Guan Eng ?? Bila cedera di perhimpunan haram BERSIH , boleh sapu claim bil hospital lagi ..
Itu belum lagi kita dedah nama pemimpin PR sakau jawatan-jawatan dalam kerajaan & GLC di Kelantan & Selangor ...
Itu Saifudin Nasusion nak dilantik pegawati seranta politik kerajaan negeri apa hal pulak ?? Dah kalah di PRU ..sekarang nak bolot gaji bulanan kerajaan negeri ...
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa kerajaan menarik balik pelantikan ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ekoran memiliki rekod yang buruk dalam pentadbiran syarikat.
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata Tabung Haji sebelum ini telah menghentikan pelantikan pengerusinya daripada ahli politik untuk memberi keyakinan kepada rakyat.
Menurutnya, Abdul Azeez juga mempunyai rekod yang tidak baik apabila projek perladangan Tabung Haji mempunyai masalah sekaligus menimbulkan kebimbangan dengan kredibilitinya untuk menguruskan dana.
"Beliau dilihat tak layak dan memegang amanah tersebut di mana yang pertama beliau adalah ahli politik. Ia memerlukan integriti dan ketelusan untuk menguruskan dana.
"Tabung Haji melibatkan dana umat Islam dan dana orang miskin yang mencarum hampir jumlah 60 bilion. Kerajaan perlu pandang serius perkara ini jangan hanya melantik sesiapa sahaja.
"Lagipun beliau mempunya 'track rekod' yang tidak menunjukkan yang beliau benar-benar berkelayakan," katanya pada sidang media, di lobi Parlimen, hari ini.
Gabenor Riau, Datuk Seri Rusli Zainal, diselongkar Komisi Pemberentasan Korupsi (KPK) ala SPRM di Malaysia atas tuduhan rasuah.
Premisnya turut di geledah dan nampak seperti asetnya bakal disita. Ini berkait kes dakwaan rasuah ke atasnya dalam menjadi tuan rumah Minggu Sukan Nasional yang digelar Pekan Olahraga Nasional semacam SUKMA di negara kita.
Rusli Zainal mendapat anugerah Datuk Seri dari negeri Melaka pada 7 Oktober 2011.
Rabu, 10/07/2013 19:39 WIB
Ini Tempat-tempat yang Digeledah KPK di Riau Terkait Rusli Zainal
Ikhwanul Khabibi - detikNews
Jakarta - Penyidik KPK sejak pukul 10.00 WIB tadi melakukan penggeledahan di beberapa tempat di Riau. Penggeledahan ini terkait kasus yang tengah menjerat Gubernur Riau Rusli Zainal.
"Hingga saat ini penggeledahan masih berjalan," ujar juru bicara KPK, Johan Budi di kantornya, Jl HR Rasuna Said, Jakarta Selatan, Rabu (10/7/2013).
Ada enam tempat yang digeledah oleh penyidik KPK. Berikut rumah-rumah yang digeledah penyidik KPK:
1. Rumah di Jl Kapau Sari, Tangkerang Timur, Pekanbaru
2. Rumah di Jl Tambelan 6 dan 8, kelurahan Simpang Empat, Pekanbaru
3. Jl Diponegoro 9, Pekanbaru
4. Jl Sultan Syarif Hasim, Pekanbaru
5. Jl Sultan Syarif Khosim, Gang Selamat, Pekanbaru
6. Jl Thamrin Ujung, Pekanbaaru atau Jl Cemara Ujung 130, Kecamatan Sail, Pekanbaru
Rusli Zainal ditetapkan sebagai tersangka kasus dugaan korupsi pengesahan bagan kerja usaha pemanfaatan hasil hutan kayu dan tanaman industri di kabupaten Pelalawan, Riau tahun 2001-2006.
Ketua DPD Golkar Riau itu juga jadi tersangka dalam suap revisi Peraturan Daerah (Perda) PON ke XVIII Riau. Gubernur Riau itu diduga menerima suap yang diberikan konsorsium pembangunan stadion lapangan menembak.
PAS masih belum memberi ulasan penafian mahupun penjelasan yang meyakinkan di sebalik gambaran sokongan mereka ke atas rejim Bashar Al-Assad di Syria sehingga hari ini. Hari ini, hampir 100,000 telah terbunuh di Syria. Majoritinya adalah rakyat berfahaman Sunnah.
Pengakuan PAS bahawa Revolusi Syria bukan satu tuntutan rakyat tetapi pergerakan terancang untuk mensabotaj rejim Bashar Al-Assad tidak pernah diakui sebagai kesilapan.
Ini menguatkan lagi pendapat bahawa PAS menjadi 'harbour' bagi gerakan Syiah di negara ini. Syiah yang diciptakan Yahudi ke atas bangsa Parsi kini menular ke Malaysia akibat Melayu ikut-ikutan yang 'nak try' berfahaman Syiah pula.
Kini kekejaman kerajaan Syiah Alawi Syria pimpinan Bashar Al-Assad telah membunuh lebih 60,000 orang awam berfahaman Sunni di negara tersebut.
Di hadapan kita, pemuka-pemuka hipokrit PAS mengutuk rejim Assad, malah menyamakan kerajaan UMNO-BN seperti kerajaan Assad yang perlu ditumbangkan.
Tiada satu pun pemuka-pemuka hipokrit PAS ini berani menempelak hakikat bahawa Timbalan Presidennya, Mat Sabu ketika mengunjungi Syria menyokong rejim Bashar Al-Assad dengan menyatakan PAS bersetuju bahawa itu bukan revolusi rakyat melainkan perlakuan tersembunyi dari mereka yang mahu menghancurkan Syria.
Jika demikian, mengapa penganut PAS di negara ini masih bermati-matian menentang rejim Bashar Al-Assad sedangkan parti mereka sendiri berpendirian bahawa penentangan tersebut hanyalah 'rekayasa puak-puak jahat'?
Sama ada anda pernah atau belum pernah mengetahuinya, sama-sama kita imbas kembali melalui gambar-gambar di bawah :
Petikan gambar dari pertemuan tersebut adalah seperti berikut:
Pertemuan empat pasangan mata di pejabat menteri (Kalau di Malaysia – di Putrajaya lah!)
Rakaman pertemuan ini disiarkan TV Syria dengan tersiar juga sedikit "bahasa Inggeris" yang diguna Mat Sabu
Mat Sabu ditemani oleh orang kuatnya yang juga berjawatan dalam parti PAS peringkat negeri
Asal nama Nasi Ganja ialah apabila tibanya bulan puasa, ianya dijual seperti menjual dadah kepada umat Islam yang tidak mahu berpuasa. Ia dijual seperti drive-through di lorong sebelah kanan kedai tersebut dan Nasi Ganja yang siap dibungkus dengan suratkhabar dan plastik dibungkus pula ke dalam plastik jinjing berwarna hitam.
Ramai orang luar Ipoh kerap mencari kedai menjual Nasi Ganja di Ipoh. Mereka menemuinya di Jalan Yang Kalsom. Bila ditanya mengapa nasi tersebut dipanggil Nasi Ganja, penjualnya berbohong dengan mengatakan keenakan nasinya boleh membuatkan orang ketagih.
Di Ipoh, umat Melayu terdahulu menyebutnya Nasi Ganja. Umat Melayu terkemudian menyebutnya Nasi Wonggey yang berasal dari perkataan Tamil ' Vanggey' yang bermaksud 'mari'.
Ini kerana penjual Nasi Ganja ini sepanjang tahunnya memanggil orang supaya singgah di kedainya dengan laungan 'vanggey, vanggey, vanggey' . Maka bersepahlah pula cawangan Nasi Vanggey di Ipoh kemudiannya.
Semoga Ramadhan kali ini membuatkan pengusaha Nasi Ganja ini tidak lagi meraup untung dari perbuatan berdosa umat Islam lain.
Juga adalah diharapkan umat Islam di Ipoh telah berubah dengan tidak menjadikan Nasi Ganja ini sebagai penyebab untuk tidak berpuasa.
Taufan Soulik dijangka memberi ancaman berat ke atas China dan Tawan selewat-lewatnya Sabtu ini. Ia dijangka mendarat sebagai taufan yang mampu memusnahkan unjuran laluannya yang diramalkan di Zhejiang dan Fujian yang berpenduduk padat itu.
West Pacific Hurricane & Tropical Storm Center
Soulik a Potentially Devastating Typhoon Threat to China, Taiwan
Strengthening Typhoon Soulik, the latest named western Pacific tropical cyclone, will hold typhoon status for along at least part or all of its path before a late-week approach to the Asian mainland.
Taiwan and east-central China will be at risk of damaging winds and flooding rain Friday and Saturday.
The provinces at risk in China will be Fujian and Zhejiang. The city of Shanghai is just north of Zhejiang. The result of a major hit on these provinces is potentially devastating, as this is one of the most populous regions of the world.
As early as Thursday, local time, high winds and heavy rains could lash the Japanese island of Okinawa.
Tuesday morning, local time, Soulik became a Typhoon, with highest sustained winds estimated to be 75 mph, the Joint Typhoon Warning Center said. Movement was toward the west-northwest at about 12 mph.
Intensification is likely over the next few days. The big question is whether it interacts with the mountainous terrain of Taiwan or not. If the center of the storm stays over water and to the north of Taiwan, it may be a Category 3 storm on the Saffir-Simpson scale when it makes landfall in China. If it takes a more southerly route and makes landfall over Taiwan, it will not be able to get as strong but Taiwan will take a major hit.
Nearest approach and possible landfall in northern Taiwan would happen on or about Friday, whereas mainland China south of Shanghai could feel the storm's wrath on Saturday.
Beyond Saturday, Soulik could either track inland over China, or veer northward to Korea. The latter track could lead to heavy rain on the Korean Peninsula Saturday and Sunday, which would be very bad news for that area because of the heavy rain that this country has seen over the last week or so.
18 orang pelarian Rohingya kini terdampar 3 hari di Medan setelah ditipu RM42,000 oleh warga Indonesia yang menjanjikan mereka perjalanan ke Australia. Pelarian tersebut terdiri dari sebuah keluarga dengan 7 perempuan 4 lelaki dan 7 kanak-kanak.
Mereka mengakui sebelumnya mereka tiba di Malaysia namun mereka menyebut situasi tidak mengizinkan untuk mereka kembali ke Malaysia lagi. Mungkin ini berlaku kerana kekecohan warga Myanmar di Kuala Lumpur berkait isu Rohingya baru-baru ini, atau ada sebab lain.
Selasa, 09/07/2013 13:47 WIB
Sudah 3 Hari, Belasan Pengungsi Rohingya Bermalam di YLBHI
Dhani Irawan - detikNews
Jakarta - 18 Pengungsi dari etnis Rohingya, Myanmar lari ke Indonesia akibat konflik yang masih terus terjadi. Mereka kini sudah tiga hari menetap di Kantor YLBHI.
"Kami sekeluarga, 18 orang. Sudah 3 malam di sini," ujar salah satu pengungsi, Muhammad Khosim (32 tahun) pada detikcom, Selasa (9/7/2013).
Pengungsi ini berasal dari 1 keluarga, terdiri dari tujuh perempuan, empat laki-laki dan tujuh anak-anak yang salah satunya berusia kurang dari setahun. Selama tiga hari ini mereka tinggal di lantai 3 YLBHI.
Tidur seadanya hanya beralaskan karpet. Tas-tas mereka dijadikan sebagai bantal.
Sebenarnya tujuan Khosim dan keluarganya adalah Australia. Di negara itu, Khosim berharap anak-anak mereka bakal memiliki kehidupan yang layak.
"Harapan kami untuk anak-anak, pendidikan anak-anak kami," ujar Khosim dengan logat melayunya yang khas.
Namun belakangan mereka ditipu oleh seseorang. Padahal mereka mengaku sudah menyetor 42.000 RM kepada orang tersebut.
"Sebelumnya kami dari Malaysia. Situasi di Malaysia tidak memungkinkan bagi kami. Lalu kami ke Medan. Kami jumpa seseorang Indonesia. Minta bayaran 3.000 RM per orang, 9.000 RM yang anak-anak," imbuhnya.
Kini impian mereka hanya ingin bisa ke Australia. Namun bagaimana caranya? Mereka sendiri pun tidak tahu
Tips bersahur paling baik untuk tubuh ialah dengan membekalkan tenaga untuknya tanpa memudaratkan puasa di siang hari.
Kantong perut bersifat mudah kembang dan susah kecut. Mengembangkan perut ketika sahur akan menjadikan perut sebagai kantong kosong di tengah hari apabila semua makalan telah masuk ke usus. Itulah juga sebab kepada gejala Nasi Ganja yang kerap melanda Ipoh ketika bulan Ramadhan agaknya.
Jika kita dapat membekalkan tenaga yang mencukupi untuk tubuh dan otak melalui makanan yang tidak perlu mengembangkan perut, nescaya puasa kita akan lebih makna.
Setelah dikaji dan dicuba, jelaslah hal yang berikut :
Sebaik-baik makanan untuk sahur adalah tamr (kurma), dan sahur dengan tamr merupakan Sunnah Nabi berdasarkan hadits yang diriwayatkan Abu Hurairah dari Nabi, beliau bersabda:
نِعْمَ سَحُوْرِ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ
"Sebaik-baik makanan sahur seorang mukmin adalah tamr (kurma)." (HR. Abu Dawud, Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi, dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani t dalam Ash-Shahihah no. 562 dan Shahihul Jami'ish Shaghir, 2/1146 no. 6772)
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.