Penegasan Karpal Singh bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan sedia berbincang dengan PAS berhubung isu negara Islam, dilihat membuka satu episod baru, muafakat dalam Pakatan Rakyat.
biarpun duduk sebumbung dibawah payung Pakatan Rakyat, isu negara Islam antara yang dilihat masih menjadi tembok pemisah antara PAS-DAP.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pendirian terbaru Karpal itu adalah satu kejayaan baru Pakatan Rakyat sekaligus meletakkan keakraban ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP kini pada tahap terbaik.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, PAS mengalu-alukan keterbukaan DAP itu dan melihat ianya satu perkembangan sangat positif dalam Pakatan Rakyat.
"Kita sangat alu-alukan kenyataan positif sebegini. Kesediaan untuk berbincang isu negara Islam ini adalah satu anjakan pemikiran besar oleh tokoh DAP itu,".
Penegasan terbaru DAP itu juga katanya memperlihatkan komitmen sebenar Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Islam dan apa sahaja yang terkandung dalam Perlembagaan negara.
Ianya juga sekaligus menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat akan menjual Islam dan Melayu jika menguasai pemerintahan negara.
Beliau juga yakin, kenyataan Karpal itu akan menutup mulut Umno BN dari terus memanipulasi isu yang sejak dahulu membelengu PAS dan DAP, khususnya berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
"Dalam isu negara Islam, kita sebenarnya dikelirukan oleh permainan musuh-musuh kita.
"Namun keterbukaan Karpal menerima Islam sebagai agama rasmi, memperlihatkan satu komitmen bersungguh-sungguh DAP mempertahan Islam dan perlembagaan negara,".
Karpal yang juga Pengerusi kebangsaan DAP, sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas semalam berkata, beliau mahu isu negara Islam segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.
DAP boleh membincangkan isu tersebut dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, mursyidul am PAS yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Karpal juga meletakkan keyakinan, isu tersebut boleh mencapai konsensus sekira satu perbincangan bersama diadakan.
Tuan Ibrahim memaklumkan satu pertemuan antara pemimpin ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu akan dibuat secepat mungkin bagi merealisasikan hasrat itu.
Parti Islam SeMalaysia Pas mengucapkan tahniah kepada pimpinan Pakatan Rakyat dan peserta konvensyen Pakatan Rakyat 2010 yang telah berjaya dengan jayanya. Konvensyen yang telah berjaya mencapai matlamatnya. Harapan pemimpin umno BN dan media BN cuba untuk mengadu d yakut perubahan kerana mereka tidak mahu berubah. Mereka takut rakyat berubah kerana mereka akan rebah. Mereka tidak mahu kepada urus tadbir dengan baik.
Konvensyen Pakatan Rakyat berakhir dengan baik, pandangan yang bernas daripada wakil yang mewakili parti daripada pimpinan tertinggi hinggalah kepada sayap parti.
Cadangan yang dicadangkan di dalam konvensyen begitu praktikal untuk dimanfaatkan oleh rakyat. Selepas ini kita akan dengar jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan.
Pas mencabar pemimpin BN beri peluang kepada PR dahulu. Beri masa 100 hari kepada kami untuk membuktikan janji PR palsu atau angan-angan.
Mereka akan berhujah di mana wang akan diambil untuk diberi kepada rakyat. Inilah otak pemimpin BN yang lemah dan tidak kreatif untuk manfaat rakyat. Mereka begitu kreatif macam mana untuk perut mereka dan keluarga mereka. Pas ingin mengigatkan kepada umno Bn bahawa PR mampu untuk mentadbir negara. PR sudah buktikan di Kelantan selama 20 tahun mentadbir. Negeri Kedah di bawah umno mengalami masalah kewangan, tetapi mampu ditadbir dengan baik selepas 8 Mac 2008.
Tawaran yang PR berikan oleh rakyat kami ada asas untuk melakukanya. Apabila rasuah kita buang dalam amalan, ketelusan untuk mengurus insyaAllah PR mampu menunaikan semua pada rakyat Malaysia. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
KUALA LUMPUR, 19 Dis: Pemimpin Umno BN takut berlaku perubahan kerana mereka manusia yang tidak mahu berubah, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.
"Mereka takut rakyat berubah kerana mereka akan rebah. Mereka tidak mahu kepada urus tadbir dengan baik dan telus kerana takut perut mereka kurus," ujarnya sambil mengucapkan tahniah kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR), urusetia dan peserta Konvensyen Pakatan Rakyat 2010 yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang yang telah berjaya dengan jayanya.
Katanya, konvensyen telah berjaya mencapai matlamatnya.
"Harapan pemimpin umno BN dan media BN cuba untuk mengadu domba supaya konvensyen ini gagal seperti Konvensyen BN 5 Disember lalu yang bergaduh fasal Ketuanan Melayu antara Umno, MCA dan Gerakan, Alhamdulillah perkara ini tidak berlaku," ujarnya.
Katanya lagi, Konvensyen Pakatan Rakyat berakhir dengan baik, pandangan yang bernas daripada wakil yang mewakili parti daripada pimpinan tertinggi hinggalah kepada sayap parti.
Beliau menambah, cadangan yang dicadangkan di dalam konvensyen begitu praktikal untuk dimanfaatkan oleh rakyat.
"Selepas ini kita akan dengar jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan PR," katanya.
Sehubungan itu, ujarnya PAS mencabar pemimpin BN memberi peluang kepada PR dahulu dalam masa 100 hari kepada PR untuk membuktikan sama ada janji PR palsu atau angan-angan.
Mereka, tambahnya akan berhujah di mana wang akan diambil untuk diberi kepada rakyat kerana itulah otak pemimpin BN yang lemah dan tidak kreatif untuk manfaat rakyat.
Sebaliknya, kata beliau mereka begitu kreatif macam mana untuk perut mereka dan keluarga mereka.
Untuk itu, menurutnya PAS ingin mengingatkan kepada Umno BN bahawa PR mampu untuk mentadbir negara di mana PAS sudah membuktikan di Kelantan selama 20 tahun mentadbir.
Tambahnya, Kedah di bawah Umno mengalami masalah kewangan, tetapi mampu ditadbir dengan baik selepas 8 Mac 2008.
"Tawaran yang PR berikan kepada rakyat, kami ada asas untuk melakukannya.
"Apabila rasuah kita buang dalam amalan, ketelusan dalam mengurus, insya Allah PR mampu menunaikan semua pada rakyat Malaysia," katanya lagi.
KEPALA BATAS, 19 Dis: Pakatan Rakyat memutuskan calon PAS akan bertanding dalam pilihan raya kecil Dun Tenang, Labis, Johor bagi mewakili Pakatan Rakyat.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan seiring dengan konvensyen itu.
"Saya telah mendapat jaminan dari DAP dan PKR bagi memastikan calon kita menang dalam pilihan raya kecil itu nanti," kata Anwar ketika membuat ucapan penggulungan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Dewan Millenium dekat sini.
Pilihan raya kecil Tenang akan diadakan ekoran kematian Adun Tenang, Datuk Sulaiman Taha baru-baru ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya itu dalam tempoh 60 hari.
Dalam ucapannya juga Anwar mengumumkan, berikutan kejayaan MB Summit baru-baru ini, para menteri besar dan ketua menteri Pakatan Rakyat akan mengadakan sekali lagi persidangan itu akhir Februari tahun depan.
Mereka adalah MB Kelantan, Selangor, Kedah dan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Pada bulan Mac pula, Pakatan Rakyat telah memutuskan untuk mengadakan Kongres Eokonomi Pakatan Rakyat bagi membincangkan isu-isu ekonomi yang perlu digarap Pakatan.
Intipati ucapan Presiden PAS sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kedua di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 19 Disember 2010
pencapaian dan menambahbaik tindakan, setelah kita diberikan amanah menguruskan kerajaan di empat buah negeri dan seterusnya memimpin rakyat untuk membuat perubahan di negeri-negeri yang lain, insya Allah.
Ketetapan Konvensyen Pertama
Setahun yang lalu, kita telah sama-sama menerokai dasar bersama yang dipersetujui, dengan rangka matlamat melaksanakan muafakat yang sangat bermakna dalam negara kita ini bagi membebaskan negara dari kemelut yang sangat menekan rakyat dan penuh dengan penyakit di segenap sudut, seterusnya membentuk gagasan alternatif terbaik untuk negara.
Maka kita telah mencorakkan dasar bersama yang penting di bawah Muafakat Rakyat iaitu untuk (1) Mengembalikan demokrasi telus dan tulen, (2) Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil, (3) Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan dan (4) Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara.
Semua dasar bersama ini akan terus dilaksanakan selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan suatu penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya.
Dalam hal ini, PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan kita adalah dalam ruang lingkup undang-undang negara dengan mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar. Dalam masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana sahaja di negara kita ini.
PAS percaya bahawa kekeliruan terhadap Islam yang adil yang ingin dibawa oleh PAS berlaku kerana contoh dan tafsiran salah terhadap Islam yang ditunjukkan oleh UMNO selama ini, sehingga melahirkan pemimpin yang tidak amanah, dan berkuasa melalui rasuah serta penipuan.
PAS percaya bahawa keadilan sejagat Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah manusia boleh menjadi tiang seri yang mampu untuk menyatukan hati manusia. Kita mesti menyedari bahawa di sana ada perkara yang sama dan berbeza dalam kalangan manusia yang perlu diraikan. Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan kenal mengenal di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum.
Firman Allah SWT, maksudnya:
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [Surah al-Hujurat: 13]
Kita juga telah bersetuju untuk terus melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan, memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, dan dalam masa yang sama melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.
Seluruh ketetapan yang sama-sama kita lakarkan dalam konvensyen yang lalu, sebenarnya telah menjawab segala tohmahan jahat dari pihak musuh politik kita bahawa kononnya Pakatan Rakyat adalah golongan yang tidak memahami perlembagaan dan akan menjual rakyat dengan harga yang murah.
Hakikatnya, merekalah yang sebenarnya tidak menghormati tonggak demokrasi berparlimen, apabila dengan penuh keangkuhan telah menggunakan kuasa bagi menyingkirkan Ahli Parlimen kita dari Parlimen Malaysia. Apa yang berlaku hingga kini ialah, mereka takut untuk berhujah dan gagal memberikan apa-apa jawapan yang meyakinkan mengenai isu yang diperkatakan. Merekalah sebenarnya yang telah memberikan nama buruk negara ke persada dunia.
Persidangan Shah Alam 2010
Selain dari itu, kita juga menjadikan persidangan yang dihadiri oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan Negeri, semuanya dari Negeri Pakatan Rakyat pada 29 November lalu sebagai komitmen kita untuk menambahbaik aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran kerajaan yang kita pimpin.
Saya amat berharap agar segala buah fikiran dan perancangan yang begitu baik itu tidak menjadi bahan yang tinggal di atas kertas sahaja, tetapi diberikan kefahaman kepada pegawai pentadbiran kerajaan agar mereka memahami aspirasi kita dan seterusnya melaksanakannya.
Masa Bergerak Ke Depan
Hari ini juga kita berhimpun, dengan penegasan yang lebih bermakna, bahawa kita ingin terus melakukan perubahan, di atas prinsip Tahalluf Siyasi, yang menggariskan prinsip kebersamaan kita dengan menekankan persamaan untuk memerangi kezaliman, ketidakadilan serta rasuah tanpa menafikan asas pembentukan negara Malaysia dan struktur masyarakatnya.
Pada hari ini juga kita menghasilkan satu dokumen kerja dan sasaran yang ingin kita capai dalam berbagai sudut. Cabaran terbesar kita nanti ialah bagaimana kita menterjemahkan perancangan ini ke dalam bentuk tindakan yang bukan sahaja difahami oleh pelaksana yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan di bawah negeri Pakatan Rakyat, tetapi juga difahami oleh rakyat yang berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat khususnya, dan rakyat dalam negara kita ini umumnya. Rakyat lah nanti yang akan menjadi hakim di atas kesungguhan dan komitmen kita untuk melaksanakan perubahan. Jangan kita sekali-kali membiarkan rakyat menghukum kita dalam pilihanraya umum yang akan datang nanti.
Kita juga sedar dan insaf, bahawa perubahan menyeluruh yang diimpikan oleh gagasan Pakatan Rakyat tidaklah mudah dicapai, kerana kita berdepan dengan konsep federalisme songsang yang dipegang oleh Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional, yang tidak lagi menghormati pilihan yang dibuat oleh rakyat dalam negeri yang telah memilih Pakatan Rakyat.
Selain dari itu, kita juga berdepan dengan kekangan pentadbiran yang sudah membarah selama puluhan tahun di bawah Kerajaan BN. Dalam masa yang sama, kita juga dibelenggu dengan kelemahan diri sendiri apabila ada di antara kita yang mula hilang tumpuan, setelah kita mula diserang dari segenap penjuru oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional ini. Kadangkala kita berhadapan dengan perbezaan pandangan dan pendekatan untuk menyelesaikan masalah, dan di sinilah cabaran terbesar kita yang perlu dirungkaikan supaya kita menjadi gagasan terbaik untuk negara ini.
Saya menyeru kepada semua para hadirin yang menjadi petugas kepada perubahan dalam negara kita ini, supaya kita tidak sekali-kali tersasar dari tujuan kita untuk melakukan perubahan menyeluruh yang bermakna kepada generasi yang akan datang.
Dengan perasaan penuh keikhlasan kita menyedari akan kelemahan-kelemahan ini, tetapi kita bukanlah seperti komponen musuh yang saling bercakaran sesama sendiri, lalu bertindak menyembunyikan masalah mereka sehingga ianya menjadi seperti 'api dalam sekam' yang menunggu masa untuk menjahanamkan negara kita yang tercinta ini. Inilah beza nya pakatan kita dengan mereka, di mana kita berani untuk berdepan, berbincang, berbahas, semuanya dalam semangat yang tulin bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam gagasan kita ini. Inilah yang ingin kita sampaikan kepada rakyat.
Perlu kita ingat, bahawa Pakatan kita ini bukan sahaja bergerak untuk menafikan kekebalan pemerintahan Barisan Nasional semata-mata, tetapi adalah untuk melaksanakan perubahan yang adil di mana keharmonian dan keupayaan masyarakat memahaminya dijadikan teras dalam perubahan dalam negara kita ini.
Perlu muhasabah
Marilah sama-sama kita bermuhasabah akan pencapaian kita, setelah diberi tanggungjawab melaksanakan amanah pemerintahan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, menilai dengan penuh kejujuran akan kelemahan dasar dan pelaksanaan, kita mencelikkan mata-telinga kita seluas-luasnya dan berlapang dada dengan kritikan rakyat, seterusnya melakukan rombakan pentadbiran dan perubahan menyeluruh apabila difikirkan perlu. Berdasarkan maklumat kelemahan kita ini, maka kita perlu bangkit kembali dengan terus melaksanakan penambahbaikan dalam pemerintahan kita dan memperkemaskan jentera parti di negeri-negeri yang belum bersama kita.
Asas perubahan
PAS ingin menyatakan bahawa dasar yang ingin kita laksanakan dalam negeri di bawah Pakatan Rakyat perlulah bertitik tolak dari pemahaman bahawa (1) kita membaiki kerosakan yang ada dalam negara kita, (2) kita ingin meletakkan negara dan negeri di atas dasar yang sepatutnya, (3) semuanya dilaksanakan dengan semangat dalam perkara yang menjadi Dasar Bersama kita.
Tetapi kita tiada masa yang panjang untuk melakukan semua ini kerana musuh akan sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan negeri di bawah Pakatan Rakyat yang telah kita sama-sama bina. Negeri yang sama-sama kita bina ini pula tidak akan memberikan sebarang makna dalam politik baru negara kita, sekiranya kita gagal menunjukkan kaedah pemerintahan yang jauh lebih baik dari negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional.
Pemerintahan yang lebih baik yang ingin kita capai ialah bukan hanya berkaitan dengan pencapaian ekonomi semata-mata, dan juga bukan hanya mengenai dasar perindustrian serta pelaburan sahaja, kerana kita juga tidak mahu melahirkan masyarakat yang hanya melihat pembangunan material yang berselerakan di kiri kanan persekitaran mereka dan dalam masa yang sama jiwa mereka kosong sehingga melahirkan berbagai penyakit kemanusiaan dalam masyarakat kita ini.
Apa yang kita mahu, bahawa kita perlulah juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani, yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita. Indeks kesejahteraan yang ingin kita capai juga perlu mengambil kira persekitaran masyarakat beragama berbagai kaum dan fahaman yang wujud dalam negara kita ini, apatah lagi ianya mungkin berbeza dengan pentafsiran kesejahteraan di negara-negara lain. Kita inginkan kerukunan sebuah keluarga, yang mampu untuk berdepan dengan krisis moral dan akhlak yang semakin berleluasa di zaman yang serba moden ini.
Dalam melaksanakan dasar dalam negeri yang diperintah Pakatan Rakyat secara bersama, maka penting juga untuk kita berhati-hati dengan cuba lebih memahami betapa pentingnya bagi setiap parti untuk menguruskan sensitiviti masyarakat – tanpa perlu untuk kita menongkah kepercayaan agama dan budaya setiap kaum di negara ini. Jangan pula kita untung secupak tetapi rugi segantang dalam pertimbangan kita.
Kegagalan untuk memahami perkara asas ini akan membuka ruang kepada UMNO dan BN untuk menyebarkan dakyah mereka menerusi media massa yang dikawal oleh mereka. Kita akan berada dalam keadaan yang sangat 'defensive' untuk melawan kuasa media mereka yang akhirnya membuatkan rakyat terbanyak akan menjadi keliru. Akhirnya kita semua akan rugi.
Pendekatan bertahan ini perlulah diubah, dengan kita sendiri menentukan agenda kita bersama rakyat, dan bukan hanya responsif terhadap serangan musuh. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya untuk kita memasuki fasa seterusnya dalam gerakerja kita, dengan kita menggunakan media kita sendiri yang boleh sampai kepada rakyat. Gerakerja ini perlulah disusun secara bersama di kalangan negeri Pakatan Rakyat, petugas parti dan semua kalangan pengamal media yang bersama dengan kita.
Persediaan Pilihan Raya
Belum pun kita sempat melaksanakan amanah dengan sempurna, angin yang bertiup kencang di waktu ini telah memberi gambaran bahawa saat dan ketika untuk kita berdepan dengan Pilihanraya Umum ke 13 detiknya semakin hampir. Suasana sebegini dizahirkan oleh pimpinan utama BN bahawa mereka merasakan semakin selesa dan kononnya rakyat akan kembali bersama mereka.
Kepada mereka, marilah kita pertegaskan pada hari ini bahawa kita bukan sahaja komited untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di empat buah negeri ini, tetapi kita akan bangkit untuk merubah kedudukan percaturan politik yang menjadi dominasi Barisan Nasional selama ini, insya Allah.
Kita juga mencabar pimpinan Barisan Nasional untuk berani turun ke gelanggang secara amanah dan jujur, tanpa bergantung kepada agensi dan institusi kerajaan, tidak memperkudakan media massa serta menaburkan janji kosong pilihanraya yang saban tahun menjadi rasuah mereka kepada rakyat. Marilah kita turun ke gelanggang secara penuh demokrasi, bukannya berpaut kepada demokrasi yang rosak.
Kepada saudara saudari yang hadir dalam konvensyen ini, ingatlah bahawa sekiranya kita ingin mencapai kejayaan yang lebih baik dari pilihan raya umum yang lalu, maka pada ketika dan saat ini kita perlu memperkemaskan jentera pilihan raya, mempersiapkan petugas, merangka strategi berkesan, membaiki kelemahan, dan seterusnya menampilkan calon yang amanah dan jujur kepada rakyat.
Akhirnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh jawatankuasa konvensyen, pimpinan Pakatan Rakyat, para perwakilan dan pemerhati, dan rakyat yang bersama kita di merata tempat, serta sekalung terimakasih kepada tuan rumah konvensyen yang menjayakan perhimpunan yang bersejarah ini.
Mudah-mudahan konvensyen kali kedua ini mampu untuk mencapai objektif yang dicita-citakan.
Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mencabar penjelasan mufti negeri itu, Tan Sri Harussani Zakaria yang tetap mempertahan tindakan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam isu ancak sebagai tidak khurafat, lapor Harakahdaily.
Nizar berkata, penjelasan yang dibuat Harussani itu tidak lebih dari menjaga kepentingan pihak tertentu.
"Yang saya bangkitkan dalam sidang DUN baru-baru ini ialah saya menuntut penjelasan mufti sama ada upacara yang dilakukan Zambry itu syarie atau tidak.
"Tak kisah la letak ancak ke, renjis tepung tawar ke, yang penting syarie atau tidak," katanya semasa dihubungi, hari ini.
Biarpun dipertikai banyak pihak, Harussani seperti dilapor sebuah akhbar hari ini, bertegas bahawa tindakan Menteri Besar Perak itu, termasuk merenjis dan menepung tawar dalam upacara memasang ancak tiang seri baru-baru ini adalah amalan biasa dalam masyarakatMelayu dan tidak bercanggah dengan syarak.
Penjelasan terbaru itu dibuat Hasrussani selepas Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang membangkitkan semula perkara itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini.
"Semasa saya bangkitkan dalam sidang DUN itu, Zambry cuba alih isu kata saya tuduh dia pasang ancak, sedangkan kata dia, dia hanya tepung tawar.
"Saya nak tahu syarie ke tidak, dan kenapa lebih dua bulan baru mufti nak bersuara, dan mengatakan tidak khurafat?" soalnya.
Pakatan Rakyat sebelum ini mendakwa amalan meletakkan ancak tersebut adalah khurafat, bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh menjejaskan akidah si pelakunya.
Isu berkenaan kemudiannya dipanjangkan oleh Dewan Pemuda PAS Perak kepada Sultan Perak, selaku ketua agama negeri.
Biarpun banyak pihak berpendirian sama, namun hanya Harussani setakat ini dilihat lantang mempertahan tindakan Zambry itu.
Nizar sebelum ini turut mempertikai tindakan Harussani yang dilihat cepat menghukumkan 'haram' kepadanya dan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim kerana berada di majlis nyalaan lilin sebagai memprotes ketidakadilan dalam kes kematian pembantu exco Selangor, Teoh Beng Hock.
Lebih malang kata Nizar, tindakan menghukum yang dibuat Harussani itu tanpa mendengar penjelasan dari mereka berdua dahulu.
"Saya waktu isu nyala lilin itu, bukan menteri besar lagi pun.
"Tapi kes Zambry ini kesannya sangat besar sebab dia exco agama, menteri besar lagi, ada doktor falsafah yang didakwa dalam bidang agama dan juga ada penasihat agama.
"Lebih bahaya, perbuatan dia itu dibuat di dalam kawasan kampung yang sekaligus memberi gambaran amalan itu boleh terus diamalkan dan tidak khurafat," katanya.
Selain itu, Nizar juga mahu Harussani menyatakan pendirian berhubung isu Zambry membenarkan bomoh mengasapkan kemenyan di dalam dewan persidangan DUN yang pernah dibangkitkan oleh Khalil Idham.
Khalil Idham kini dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan kerana membangkitkan perkara itu.
Sumber dari Malaysiakini
You are subscribed to email updates from PAS KDAS 3 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PRK Tenang penentu tarikh PRU13 Sekali lagi negara bakal melihat satu lagi pilihanraya kecil yang akan diadakan selewat-lewatnya sebelum perayaan Tahun Baru Cina tahun hadapan apabila penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Sulaiman Taha bagi DUN Tenang di Johor meninggal dunia semalam akibat komplikasi selepas berada di Hospital Pakar Ampang Puteri lebih dari sebulan yang lalu. PRK ini adalah pilihanraya kecil yang ke-14 sejak pilihanraya umum yang lalu. Kedua-dua pihak Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dikatakan sudah bersedia menghadapi pilihanraya yang dilihat sebagai ujian kepada kemampuan mereka benar-benar menguasai undi daripada pengundi berbangsa Melayu. PRK ini juga bakal melihat bagaimana kemampuan PR untuk mengesahkan kedudukan mereka di sebuah negeri iaitu Johor yang selama ini dianggap sebagai 'tabung deposit' atau kubu kuat BN sejak negara mencapai kemerdekaannya. Bagi PR, sewajarnya kemenangan ke atas DUN Tenang pastinya memberikan satu impak kepada semangat baru apabila kebelakangan ini menghadapi banyak masalah dalaman dan perpecahan di dalam parti terutamanya di dalam PKR. Jika PR mampu menang kali ini bermakna hala tuju yang diwar-warkan PR untuk merampas Putrajaya di dalam PRU akan datang mungkin boleh diperjudikan semula. Malah, jika PR dapat mengurangkan majoriti yang pernah diperolehi oleh penyandangnya dalam PRU 2008 juga memberi harapan cerah untuk Putrajaya ditawan.
Tenang adalah 'maruah' UMNO dan BN Bagaimana pula jika majoriti meningkat semula untuk BN? Pastinya ini menjadi igauan ngeri kepada PR kerana situasi berkenaan meletakkan harapan mereka menawan Putrajaya sebagai satu perkara yang mustahil.Walau apapun, BN pastinya akan melakukan sedaya yang mungkin untuk mempertahankan maruah mereka di Tenang dengan menggerakkan semangat kemenangan besar di PRK DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada awal bulan lepas ke dalam jentera mereka di Tenang nanti. Bagi BN, mengekalkan kotak undi Melayu di Johor sebagai miliknya akan memberi persepsi kepada umum bahawa kuasa BN amat sukar dicabar adalah suatu yang diidam-idamkan oleh BN sebenarnya. Jika mereka kalah ataupun berlakunya penyusutan majoriti yang ada walaupun menang boleh membuatkan umum mempunyai tanggapan bahawa BN terutamanya UMNO semakin lemah. Di dalam politik Malaysia yang ramai dengan mereka yang berada di atas pagar, persepsi sebegini memainkan peranan di dalam menentukan bakal siapa yang akan menjadi kerajaan sehingga di peringkat akhir di kotak undi.
Kuasa Ketiga bertanding di Tenang? Bagaimana dengan 'Kuasa Ketiga' di PRK Tenang? Kemungkinan besar akan ada calon yang mendakwa diri mereka 'Kuasa Ketiga' turut meletakkan calon. Namun begitu, persediaan dalaman mereka seharusnya diperbaiki dulu sebelum mula memikirkan tentang 'test power' di sini. Yang pastinya 'Kuasa Ketiga' yang mungkin berminat ialah parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang dikini dipimpin oleh bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim. Namun begitu, pelbagai isu dalaman KITA memerlukan masa untuk diperhalusi dan diselesaikan seperti penukaran nama secara rasmi dari Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) kepada KITA, organisasinya, perlembagaan parti dan pemupukan perpaduan sesama pemimpin-pemimpinnya supaya selaras dengan aspirasi Zaid. Sungguhpun begitu, sekiranya KITA meletakkan calon, bantuan dari sebuah lagi parti yang dilihat lebih kecinaannya iaitu Parti Cinta Malaysia (PCM) sewajarnya dialu-alukan di dalam jentera kempennya kelak yang pasti menyemarakkan pertandingan tiga penjuru nanti di Tenang dan menjadi 'pengacau' undi.Semasa PRU 2008, meskipun BN kehilangan 5 buah negeri (sebelum Perak kembali kepada BN) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada PR, BN Johor masih mampu mengekalkan kekuasaannya ke atas negeri itu. Namun begitu, buat pertama kalinya dalam sejarah DUN Johor, calon-calon dari PR ketika itu membuat kemajuan apabila menambah dengan banyaknya kerusi mereka di negeri itu terutamanya DAP yang memenangi 4 kerusi. PAS pula memenangi 2 kerusi daripada sejumlah 56 kerusi DUN di negeri itu.Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India. Jumlah pengundinya ialah 14,511 orang. Menurut daftar ini, sekiranya daftar pemilih terbaru diumumkan (yang mana penulis merasakan tidak akan berbeza sangat) merupakan satu situasi pertandingan yang adil kerana komposisinya melambangkan pembahagian populasi seperti di peringkat nasional dan juga mencerminkan senario pilihan rakyat secara keseluruhan.Oleh itu, komposisi daftar pemilih berkenaan menjadi satu tanda jelas kepada parti-parti yang bertanding sebagai mewakili sentimen nasional di kalangan kaum-kaum yang ada. Hasil daripada PRK ini nanti memudahkan analisa pemerhati politik dan juga cerdik pandai politik mengenai persoalan-persoalan seperti kecenderungan pengundi Cina sebenarnya dalam politik, impak oleh pengundi India selepas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mengundur diri, pandangan orang Melayu mengenai ketuanan Melayu dan ketuanan Rakyat dan banyak lagi indikator-indikator sentimen yang boleh terjawab.
Tenang bakal membantu Najib tetapkan PRU ke-13 Di saat suasana politik nasional hari ini masing-masing meramalkan Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen sebelum penggal persidangan seterusnya bermula pada bulan Mac tahun hadapan, Tenang sepatutnya menjadi perhatian Najib sebagai menguji terlebih dahulu persepsi rakyat mengenai BN dan sambutan ke atas program-program transformasinya. Mungkin kematian ADUN Tenang ada hikmahnya kepada BN kerana PRK yang bakal diadakan dalam masa 60 hari selepas Speaker DUN Johor memberikan notis kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bakal membantu BN menguji kekuatan mereka sebenarnya di dalam satu PRK yang berkomposisi populasi nasional. Hanya selepas apa sahaja keputusan selepas PRK Tenang nanti, Najib masih mempunyai masa untuk menentukan sama ada pilihanraya umum ke 13 berbaloi atau berisiko untuk dianjurkan selepas Mac tahun hadapan bersama-sama dengan pilihanraya Dewan Negeri Sarawak. Jika BN tewas di Tenang, mungkin Najib boleh biarkan Sarawak teruskan dahulu pilihanraya negerinya. Bagi BN yang kini dilihat menguasai lebih 60 peratus undi Melayu, mereka lebih bimbangkan dengan trend pengundi bukan Melayu terutamanya kaum Cina.Walaupun dalam PRK Galas melihat kepada pertambahan undi pengundi Cina kepada BN, perkara tersebut tidak boleh dijadikan sebagai satu petanda aras kerana semua sedia maklum hubungan baik antara Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dengan komuniti Cina yang memungkinkannya berlaku. Namun di Tenang nanti, trend pengundi Cina seharusnya tidak dilihat sebagai penanda aras terbaik tetapi boleh diterimapakai setidak-tidaknya. Lebih-lebih lagi Tenang yang terletak di bawah Parlimen Labis yang didakwa sebagai 'kubu kuat' Presiden MCA sendiri, Datuk Seri Chua Soi Lek dan kini anaknya menjadi Ahli Parlimen kawasan tersebut.
Sejauh mana Tenang kubu kuat Chua Soi Lek,biar rakyat tentukan Penganalisa politik melihat selain daripada isu tsunami politik nasional melanda Labis semasa PRU 2008, isu 'disiplin' Soi Lek juga menjadi penyebab kepada penurunan banyak majoriti BN hampir separuh ketika itu. Pengundi Melayu dan juga pengundi Cina sama-sama melihat Soi Lek sebagai seorang yang rosak akhlak dan inilah menyebabkan bukan sahaja Parlimen Labis tetapi di DUN Tenang itu sendiri, menjadi kerusi DUN yang paling banyak kehilangan majoriti di antara semua kerusi DUN yang dimenangi oleh BN pada PRU 2008 di negeri Johor. Allahyarham Sulaiman memperolehi majoriti yang banyak pada PRU 2004 dengan memperolehi 5,507 majoriti tetapi berjaya mempertahankan kerusinya itu dengan majoritinya berkurangan sehingga lebih separuh apabila memperolehi majoriti sebanyak 2,492 undi. Situasi ini jelas sekali melihat peralihan undi besar dari kaum Cina dan India kepada calon PAS ketika itu mewakili PR. Pastinya bagi MCA, pertandingan PRK ini bakal melihat sejauh mana Soi Lek sebenarnya diterima di negeri tersebut dan sama ada rakyat sudah memaafkan 'kecurangannya' di dalam aktiviti yang dilihat rakyat sebagai tidak sihat itu. Penulis menjangkakan isu pita kontroversi seks Soi Lek pasti akan menggamatkan semula PRK Tenang nanti dan kesempatan ini bukan sahaja digunakan oleh parti lawan tetapi juga oleh pihak-pihak dalaman partinya sendiri sebagai menekan Soi Lek sepertimana yang mereka pernah buat dahulu untuk menjatuhkan Soi Lek sebagai Naib Presiden MCA pada tahun 2007.
Peluang PR lebih baik dengan PAS Bagaimana dengan peluang PR? Sebelum menghuraikannya, jika diikut resam pembahagian kerusi di antara komponen PR, komposisi kaum di dalam daftar pemilih menjadi petunjuk. Sebelum ini, PRU 2008, PR meletakkan calon PAS yang mana sepatutnya mengikut pembahagian komposisi, PKR lebih berhak meletakkan calon sebenarnya. Namun begitu, sehingga kini, dilaporkan bahawa PAS Johor dan PKR Johor masing-masing dikatakan cuba melobi untuk meletakkan calon di kerusi tersebut dan usaha ini dilakukan sejak mereka mendapati Sulaiman berada dalam keadaan 'kritikal' di hospital. Tidak dinafikan ada kemungkinan PKR akan bertanding di sana tetapi tidak menolak jika PAS kekal di sana bergantung kepada apa yang difikirkan dalam benak fikiran pemimpin PR dan persetujuan mereka. Di dalam keadaan PKR yang baru sahaja tamat pemilihan pimpinannya pada bulan lepas dan hasil darinya menyebabkan perpecahan dan masalah dalaman kini berlaku di dalamnya, bagi penulis, PKR seharusnya membiarkan PAS kekal meletakkan calonnya di situ. Maafkan saya jika terpaksa berkata, andaikata saya diberi pilihan sama ada PKR atau DAP meletakkan calon di Tenang, saya terpaksa menolak PKR dan terpaksa memilih DAP. Ini menggambarkan betapa gerunnya saya akibat masalah dalaman PKR yang mampu menggugat kemenangan PR. Tetapi dalam kes ini, PAS adalah calon terbaik jika dilihat pada senario dan tanggapan umum ke atas masalah dalaman PKR walaupun pemimpin PKR dilihat seperti menafikan pergolakan dalamannya di kaca mata rakyat. Dan penafian inilah meresahkan rakyat dan penyokongnya kerana 'state of denial' pemimpin utama PKR.
Kesilapan PKR memilih Chua Jui Meng sebagai Ketua PKR Johor Walaupun tiada masalah dalaman di dalam PKR sekali pun, saya masih memilih PAS. Anda mahu tahu kenapa? Mungkin ramai tidak sedar bahawa keadaan di dalam PKR Johor sendiri dan penerimaan rakyat Johor ke atas PKR masih jauh lagi rendah. Saya boleh katakan semakin teruk apabila PKR tidak sensitif kepada 'ketuanan Melayu' yang wujud di negeri itu. Sebagai sebuah negeri yang menjadi kubu kuat UMNO, kesilapan besar PKR adalah melantik bukan Melayu sebagai Ketua PKR negeri. PKR telah melantik bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng menjadi Ketua PKR negeri. Kita tidak bercakap tentang hak Chua ataupun orang Cina memegang jawatan tersebut tetapi kita bercakap tentang situasi sebenar di negeri yang majoritinya orang Melayu yang kini UMNO berbangga kerana menguasai lebih 60 peratus undi Melayu. Oleh itu, penulis berharap pemimpin kanan PAS dan DAP supaya faham akan realiti semasa dan tidak membiarkan lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mungkin mendesak mereka menerima PKR sebagai calon di Tenang. Jika PAS dan DAP benar-benar mahu menyelamatkan kemampuan dan persepsi umum ke atas PR yang kebelakangan ini banyak menurun disebabkan masalah dalaman PKR, maka PAS dan DAP perlulah berkata 'Tidak!' untuk kali ini.
Chua Jui Meng sebagai calon PR? Saya melihat ada kemungkinan Anwar berhasrat untuk menjadikan medan Tenang ini untuk mengenengahkan Datuk Chua Jui Meng sebagai calon. Meletakkan beliau sebagai calon tidak salah kerana ini negara demokrasi tetapi satu langkah ke belakang jika melakukannya di kerusi DUN yang ramai Melayu yang kini kukuh bersama UMNO dan BN. Jui Meng mungkin mampu menarik undi orang Cina tetapi menarik undi orang Melayu dilihat sebagai sesuatu yang mustahil dalam senario semasa. Namun begitu, dasar PAS yang lebih liberal bukan sahaja menarik undi orang Cina tetapi sekurang-kurangnya dapat menarik sebahagian daripada undi Melayu jika dibandingkan dengan kemampuan PKR sendiri walaupun PKR meletakkan calon Melayu dan bukannya Jui Meng. Bukan itu sahaja, PKR akan lebih bermasalah untuk meyakinkan pengundi sekiranya AKIM@KITA memasuki gelanggang lawan. Yang pastinya Zaid mempunyai sebab, bukti dan hujah politik bagi membongkarkan masalah dalaman PKR di dalam kempennya.
Penggantungan 4 ahli Parlimen PR boleh dijadikan bahan kempen berkesan Episod terbaru di Dewan Rakyat baru-baru ini yang menyaksikan penggantungan empat ahli Parlimen PR memang mampu memberi nafas politik kepada PR untuk menggunakan isu-isu mengenai salahguna kuasa doktrin pengasingan kuasa, APCO-Israel, Speaker Dewan Rakyat yang tidak adil dan sebagainya bagi meningkatkan semula waima perjuangan keadilan dalam diri rakyat yang kembali terpendam sejak setahun lalu.
Namun, calon PAS adalah lebih mampu dan sesuai menggunakan kesempatan isu Dewan Rakyat itu untuk menarik sokongan orang Melayu di Tenang terutamanya mereka yang berada di atas pagar yang pernah mengundi PR semasa PRU 2008. Apa yang PAS perlu lakukan sekarang bersama-sama dengan komponen lain dalam PR ialah memainkan semula sentimen rakyat supaya meningkat ke tahap 'rakyat penentu' seperti semasa di PRK di Batu Gantang iaitu selepas beberapa bulan BN menguasai DUN Perak dengan cara yang diragui.
Andaikata PR tetap mahukan calon dari PKR, isu dalamannya yang berlaku sebelum ini tidak cukup bagi mengambil kesempatan dalam menyemarakkan gelombang rakyat kali ini, maka PAS adalah jentera terbaik buat masa sekarang. Namun begitu, secara jujurnya, jika PR dapat mengurangkan majoriti BN sudah cukup baik kerana ini mampu memberi semangat baru kepada PR dan menakutkan BN. Sekiranya PR menang, ia adalah satu bonus besar di dalam merealisasikan impian Putrajaya nanti.
Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com
PS: Semua parti pembangkang sepatutnya bersatu untuk menumbangkan BN, kalau terlalu banyak sangat parti2 kecil yang tidak bergabung dengan Pakatan akhirnya BN akan terus berkuasa kerana kelebihan BN adalah bila terlalu banyak parti2 kecil berlawan sesama sendiri BN akan mudah membeli undi parti2 kecil yang menang. Bah mari kita semua berpakat mengubah kerajaan BN kepada kerajaan kebajikan rakyat PAS dan PAKATAN.
DUNGUN 20 Disember, Isnin - Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura yang mendapat sokongan padu daripada ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli berjaya mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Pakaian Persekolahan Sesi 2011.
Seramai 215 orang penerima yang terdiri daripada pelajar miskin dan yatim dalam DUN Sura telah menerima sepasang pakaian sekolah bagi sesi 2011 yang akan bermula tidak lama lagi.
Sementara itu, sebanyak 158 keluarga penerima pakaian sekolah tersebut turut menerima sumbangan sekampit beras dan wang tunai yang disampaikan oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.
Dalam ucapan perasmian sebelum penyampaian sumbangan dilakukan, ADUN Sura melahirkan rasa kesalnya di atas kenaikan harga barangan tertentu di saat sebahagian rakyat bawahan yang berpendapatan rendah sedang menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.
Beliau turut menyatakan bahawa komitmen wakil-wakil rakyat PAS yang akan terus bersama rintihan rakyat dalam usaha meringankan bebanan mereka walaupun dinafikan peruntukan daripada pihak parti pemerintah.
Majlis tersebut telah diadakan pada pagi Sabtu, 18 Disember bertempat di Surau Ustaz Haji Omar Shukri, di sini.
KEPALA BATAS, 19 Dis: Pakatan Rakyat yakin, menjelang konvensyen ke-3 Pakatan Rakyat tahun depan, mereka sudah mentadbir Putrajaya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Keyakinan ini dikemukakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang diberikan mandat untuk memberikan ucapan pertama di konvensyen kedua Pakatan Rakyat hari ini.
Menurut Lim Guan Eng, bukan sahaja beliau berkata demikian, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia juga berkata Anwar bakal perdana menteri.
Dalam ucapannya juga, Lim Guan mempertegaskan, dalam Pakatan Rakyat tidak ada mana-mana pihak yang memperkudakan mana-mana parti.
"Umno berkata, PAS di perkudakan DAP manakala MCA pula berkata, DAP diperalatkan PAS.
"Yang sebenarnya, kita hanya diperalatkan oleh rakyat," kata Lim Guan Eng yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan yang memenuhi Dewan Millenium, Kepala Batas itu.
Ucapan yang penuh semangat itu juga berjaya mendapat tepukan gemuruh apabila beliau mengajak kesemua mereka bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13.
"Masa sudah bercakap sudah habis, sekarang mari kita bekerja," kata beliau ketika menutup ucapannya.
Konvensyen Pakatan Rakyat bermula pagi ini dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi amaran kepada Umno daripada 'merampas' Perlembagaan Persekutuan untuk terus memecahbelahkan rakyat Malaysia.
Katanya, Umno sering memetik Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan istimewa orang Melayu sebagai justifikasi kepada pendekatan rasis mereka.
Namun, tegasnya, Umno selalu gagal untuk menyebutkan Perkara 153 juga menyatakan bahawa kepentingan yang sah masyarakat lain, juga mesti dilindungi.
Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, itu merupakan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan orang asal Sabah dan Sarawak serta kepentingan yang sah masyarakat lain mengikut peruntukan dalam perlembagaan.
Antara pemimpin Pakatan yang hadir di konvensyen itu ialah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak dan wakil mursyidul am PAS, yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Kira-kira 1,800 orang menghadiri konvensyen sehari itu, yang dijangka berakhir jam jam 6 petang.
Malam tadi, Anwar bersama-sama dengan para pemimpin Pakatan, mengadakan ceramah di Balik Pulau, sebagai pemanas kepada konvensyen hari ini.
Jentera pilihan raya DAP akan melakukan persediaan bagi menghadapi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dan memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Pengerusi Biro Pilihan Raya Kebangsaan DAP Tan Kok Wai (berbaju putih) berkata mereka akan mengadakan mesyuarat pertama dengan jawatankuasa negeri DAP Johor pada Khamis depan.
"Majlis kepimpinan pakatan belum bermesyuarat bagi membincangkan isu calon yang akan mewakilinya pada pilihan raya kecil Tenang, namun seperti biasa, semua parti dalam pakatan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan di Tenang," katanya dalam satu kenyataan.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian ADUN Tenang iaitu Datuk Sulaiman Taha semalam.
Sulaiman, 59, yang juga pengerusi Bahagian Umno Labis, meninggal dunia pada 1.10 pagi di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur berikutan komplikasi akibat penyakit diabetes.
Perkembanganterbaru itu bakal menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil dijangka akan diadakan dalam tempoh 60 hari. Ini adalah pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008.
Pilihan raya kecil dijangka Januari
Dijangkakan, pilihan raya kecil berkenaan akan diadakan pada bulan Januari sebelum sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 3 Februari.
Pakatan Rakyat memenangi lapan daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini. Ini merupakan kali pertama pilihan raya kecil diadakan di Johor yang dilihat sebagai kubu kuat BN selepas pilihan raya umum 2008.
BN menguasai sebanyak 50 kerusi DUN Johor manakala di DAP dan PAS masing-masing menguasai empat dan dua kerusi.
Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di negeri itu.
Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.
Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India.
Lim Guan Eng ni pecahkan lubang parti perkauman cina MCA la plak.. Rupanya MCA dalam diam selama ni pandang rendah pada parti perkauman melayu umno dan jadikan pemimpin UMNO ni hamba dia... Hamba untuk MCA mengaut projek juta-juta... Kah..kah..kah..kah... hidup MCA...!!!! siapalah BN tanpa MCA... KAh..kah..kah..kah...
Perkauman lawan perkauman akan tumbang sesama sendiri.
Tak habis habis puak UBN dengan bantuan baik APCO nak tipu rakyat. Bagai tiada kesudahan rasanya Umno berusaha keras menipu umat Melayu.
Tak putus putus nampaknya kerajaan Najib mainkan sentimen kononya transformasi ekonomi atas daya usaha Najib bagi mengelabui mata rakyat bahawa ekonomi Malaysia tak stabil.
Pemotongan subsidi sebenarnya adalah impak atau kesan terus dari kegawatan ekonomi dunia. Beribu ribu graduan yang tak dapat kerja adalah hasil kegawatan ekonomi dunia. Kenapa ini tak diterangkan pada rakyat terbanyak agar rakyat faham?
SHAH ALAM 18 DIS: Pakatan Rakyat menggesa kerajaan tidak bersikap hangat-hangat tahi ayam berhubung pendedahan penyelewengan Sime Darby.
Demikian kata, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad yang dihubungi Tv Selangor menggesa agar siasatan ini didedahkan kepada rakyat.
"Apa yang kita mahukan perkara itu jangan hanya retorik dan hanya gimik politik untuk mendatangkan kesan kononnya kerajaan sedang memerangi rasuah sebab kes ini bukan kes sikit tetapi melibatkan hampir RM2 bilion, dan jika ada pelanggaran Akta Syarikat mahupun Kanun Keseksaan ia wajar diambil tindakan segera," katanya.
Semalam 18 disember saya ke Program Pemerkasaan Parti. Tahniah buat pihak penganjur kerana program ini cukup bagus. Touching sungguh...TAK BOLAH CERITA LEBIH-LEBIH DI SINI...
Tetapi apa yang lebih touching lagi apabila ada seorang "MINAH" ni teringin juga nak masuk dalam program kami..Mula tanya dia kata surirumah..Tanya kali kedua dia kata ada kerjaya..Tanya kali ketiga dia kata polis..
Minta kad kuasanya tak mau bagi pulak..Berlakon konon nak dapatkan maklumat... Bagi penduduk Shah Alam kalau terjumpa "MINAH ini Tolong kirim salam banyak-banyak..
Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan Datuk Seri Najib Tun Razak juga mesti bercakap serupa dengan bikin. Allah SWT murka dengan orang yang bercakap tetapi tidak buat. Sebagaimana firman Allah SWT 'Wahai orang-orang yang beriman kenapa kamu bercakap perkara yang kamu tidak lakukan".( Assof 61:2) Ketika beliau berucap merasmikan masjid Saiyyidina Ali di Bukit Katil Melaka, dengan sinis mengatakan usaha untuk meninggikan syiar Islam dan membangunkan ummah tidak boleh berdasarkan kepada slogan "Membangun Bersama Islam" semata-mata, kerana tidak akan membawa kepada pembangunan ummah hari ini.
PAS ingin memperingatkan kepada Datuk Seri Najib yang juga Presiden Umno dengan slogan inilah PAS boleh memerintah sampai 20 tahun di Kelantan walaupun dengan sekatan dan diskriminasi politik kuno Umno kepada kerajaan rakyat yang sah. PAS boleh buktikan banyak perkara yang PAS lakukan melalui slogan Membangun Bersama Islam, kemudian ditiru pula oleh kerajaan pusat. Contohnya pinjaman tanpa faedah kepada kaki tangan, bantuan kifalah untuk warga emas, rumah tiga bilik, cutidua hari dalam seminggu, kempen menutup aurat, kaunter berasingan, mengharamkan judi, menghadkan arak kepada orang bukan Islam sahaja, pajak gadai Islam, menunjukkan slogan yang PAS gunakan seiring dengan amalan.
PAS pun mengharapkan Datuk Seri Najib boleh memulakan kehidupan dan amalan yang serasi dengan kehendak Islam sesuai dengan ucapan beliau yang mengatakan tidak cukup dengan slogan sahaja. Tinggalkan sikap pragmatis yang mengikut suasana dan tidak mengikut prinsip agama. Jangan sewaktu merasmi masjid bicara hal agama dan mengajak pendengar ikut suruhan agama, dalam masa meraikan festival fesyen Islam di Monticalo Islam yang diucapkan entah ke mana. Pendekatan seperti ini mengelirukan orang bukan Islam di negara ini untuk berjinak dengan Islam.
Walaupun isu Wikileaks menjadi panas dalam politik Malaysia, namun PAS mengingatkan jangan pula lupa bahawa ini juga sebahagian daripada agenda media Barisan Nasional untuk mengalihkan isu kenaikan harga petrol, diesel, gas dan tepung pada 4 Disember 2010. Isu ini telah menimbulkan kemarahan rakyat, kerana mereka sudah mula terasa dengan kenaikan harga barang-barang keperluan harian.
Kerajaan BN semakin takut dengan kemarahan rakyat terhadap isu kenaikan harga barang. Malahan perkara ini telah menjadi bualan di kalangan rakyat peringkat bawah termasuk di kalangan penyokong tegar Umno. Apabila minyak naik ia memang akan melibatkan keperluan rakyat terus meningkat kerana kebanyakan barang dibawa menggunakan minyak.
Isu Wikileaks telah memberi peluang kepada media untuk mengalihkan isu kenaikan harga barang pada ketika ini. Sebelumnya banyak jawapan Pak Pandir oleh pemimpin BN yang bertaraf menteri untuk dijadikan halwa telinga, supaya rakyat jangan marah, antaranya harga petrol lebih murah daripada Singapura, bukan kenaikan tetapi penyelarasan, bukan kenaikan tetapi subsidi dikurangkan, kerajaan kena naik harga minyak kerana mengelak daripada diseludup ke negara jiran. Media pula diarahkan jangan meletakkan tajuk petrol naik, sebaliknya guna istilah penyelarasan.
PAS mengingatkan kepada jentera penerangan di peringat akar umbi mesti menaikkan kain rentang dan gunakan media baru seperti face book, twitter, blog untuk menaikkan amarah rakyat kepada BN yang tidak bijak menguruskan negara. Mesti garapkan isu ini supaya rakyat bangkit menolak kerajaan BN dalam PRU akan datang.
Surau Haji Muda, geliga-17 Dis 2010,Kacau Bubur Asyura Perdana DUN Chukai 2010, terima kasih kpd seluruh dermawan yang menangun kos program ini dan semua cawangan yang terlibat. 1 kawah 1 cawangan yg semuanya berjumlah 17 kawah.. Program bermula jam 730 pg dan siap jam 11 pg, hampir 500 org hadir ari ini bagi memeriahkan asyura perdana sambil menikmati minum pg dan makan tgh yg disediakan penganjur dan peserta juga boleh memenangi 67 hamper dalam acara cabutan bertuah.
Ihsan iaitu berbuat kebaikan atau berbuat baik (an-Nahl: 90; ar-Rahman:60). Bezanya dengan akhlah adalah ihsan mengandung hal yang sifatnya baik atau positif, sedangkan akhlak dapat bersifat baik mahupun buruk.
Macam Ihsan/Akhlak
(1) Akhlak kepada Khalik (Allah Swat.)
(2) Akhlak kepada Makhluk, yang terdiri dari:
a. Akhlak kepada manusia:
• Akhlak kepada Rasulullah Saw.
• Akhlak kepada orang tua
• Akhlak kepada saudara
• Akhlak kepada tetangga/jiran
• Akhlak kepada masyarakat
b. Akhlak kepada makhluk selain manusia (haiwan, tumbuhan, jin, dan malaikat.
Kursus anjuran pejabat EXCO Yb Pn Teressa bersama pejabat Yb Dr Abd Rani menerima penyertaan 40 pengusaha/ peniaga kecil dari DUN Meru. Perasmian di sempurnakan oleh Yb Dr Abd Rani Osman. Semoga peserta dapat manfaatkan sebaiknya, ilmu dan teknik menjadi usahawan berjaya. Kursus 2 hari tanpa bayaran dari peserta adalah sebahagian daripada program Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) oleh Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat. Dun Meru antara 4 DUN terpilih untuk program ini.
Biro Dakwah Masjid As Syariff berjaya menganjurkan seminar ANDA BIJAK JAUHI ZINA yang disampaikan oleh Ustaz Dr Azhar Yaakob (UTM). Semua pelajar Kem Hafazan Bestari 2 diwajibkan secara langsungyang merupakan siri khas Motivasi remaja dalam program kem ini. Seminar ini amat baik dari segi pengisian, audio visual dan penyampaian yang berkesan. Semoga usaha ini dibuat secara berterusan agar dapat mendidik jiwa remaja untuk mengatasi gejala sosial.
Semua peserta Kem Hafazan Bestari 2 dibawa ke perkhelahan ilmu ke Forum Perdana Ehwal Islam Maal Hijrah 1432H anjuran JKKK Kg Bkt Kerayong 1. Mereka hadir sebagai jemputan khas majlis berkenaan yang dipanelkan bersama Ustaz Haslin Bahrin, Dato; Hj Nahrawi Hashim dan Puan Cat. Tajuk forum ialah DEMI CINTA KEKASIH yang amat sesuai mendidik jiwa remaja ke arah cinta kepada penciptaNya. Semua peserta 150 orang dibawa oleh 3 biji bas yang ditaja khas.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KEPALA BATAS, 19 Dis: Presiden PAS,Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berharap semua pegawai kerajaan memahami aspirasi Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah Malaysia.
Justeru, katanya PR mesti peka untuk menterjemah tindakan kepada semua pegawai serta rakyat supaya mereka terus mengerti hasrat PR bahawa mereka tetap bekerja di bawah PR apabila perubahan berlaku.
"Biarkan rakyat menghukum BN kerana sikap ego dan zalim terus mewarnai negara ini dengan kenaikan barangan seharian dan petroleum," ujarnya ketika berucap pada Konvensyen PR kedua di Dewan Millenium, di sini, pagi ini.
Tegasnya, perlu diingat kemaraan PR bukan hanya menafikan kekebalan BN tetapi perlulah memperhebatkan gerak kerja penerangan yang lebih teliti.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, PR juga diingatkan memperlebarkan peranan secara menyeluruh dan jangan membiarkan prpgram 'syok sendiri' bermaharajalela sehingga merugikan diri sendiri.
"Jangan jadi untung secupak, rugi segantang sebaliknya bergerak dengan sempurna kerana rakyat tetap memerhati kita," katanya.(harakahdaily)
KEPALA BATAS, 19 Dis: PAS mengajak rakyat Malaysia meninggalkan tafsiran sempit perkauman Umno/Barisan Nasional dan menobatkan prinsip keadilan sejagat demi menyelamatkan masa depan negara.
Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berucap di majlis pembukaan konvensyen kedua Pakatan Rakyat pagi ini mahu rakyat menolak corak pemerintahan yang telah terbukti mencipta rekod buruk melahirkan pemimpin yang tidak amanah, dan berkuasa melalui rasuah serta penipuan di negara ini.
Islam, kata beliau mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan kenal mengenal di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum.
Beliau turut menyelar permainan busuk media yang memutar belit pendirian PAS dan Pakatan Rakyat berhungan Islam dan Bahasa Melayu.
"Sengaja ditimbulkan tohmahan jahat dari pihak musuh politik kita bahawa kononnya Pakatan Rakyat adalah golongan yang tidak memahami perlembagaan dan akan menjual rakyat dengan harga yang murah (dalam isu Melayu dan Islam).
"Hakikatnya kita (Pakatan) telah bersetuju untuk terus melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan, memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, dan dalam masa yang sama melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum," jelas beliau.
Berucap di hadapan lebih lebih dua ribu perwakilan dan pemerhati di dewan Milineum itu beliau mengingatkan para pemimpin dan anggota Pakatan Rakyat supaya sentiasa waspada dengan permainan pihak lawan yang sentiasa cuba menimbulkan keadaan tidak selesa dan perpecahan.
"Semua pihak perlu lebih memahami betapa pentingnya bagi setiap parti untuk menguruskan sensitiviti masyarakat – tanpa perlu untuk kita menongkah kepercayaan agama dan budaya setiap kaum di negara ini agar jangan pula kita untung secupak tetapi rugi segantang," kata beliau. -harakahdaily
Presiden PAS Akui Wujud Kelemahan Dalam Pakatan Pembangkang
KEPALA BATAS, 19 Dis (Bernama) -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui wujudnya kelemahan dalam Pakatan Pembangkang (PR) apabila terdapat beberapa anggotanya yang mula hilang tumpuan setelah diserang dari segenap penjuru oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata kelemahan itu merupakan cabaran terbesar yang perlu dihadapi dan sekaligus menyeru agar anggota parti bersatu dan tidak mudah tersasar daripada tujuan asal untuk melakukan perubahan menyeluruh kepada generasi akan datang.
Ada ketikanya Pakatan Pembangkang juga sering berhadapan dengan perbezaan pendapat dan pandangan dalam menyelesaikan pelbagai masalah, katanya dalam ucapan pada Konvensyen Pakatan Pembangkang Kedua sehari di Dewan Millenium di sini Ahad.
Konvensyen itu turut dihadiri Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Selain itu, Abdul Hadi berkata PAS mengakui tidak mempunyai masa yang panjang untuk melaksanakan beberapa dasar yang dirangka oleh Pakatan Pembangkang kerana BN sentiasa mencari jalan meruntuhkan negeri pimpinan mereka.
Beliau berkata negeri pimpinan Pakatan Pembangkang tidak akan memberi makna dalam politik baru negara sekiranya gagal menunjukkan kaedah pemerintahan jauh lebih baik daripada negeri yang ditadbir oleh BN.
Sementara itu Lim ketika berucap di konvensyen itu berkata Pakatan Pembangkang telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.
"Ia merupakan sesuatu yang sangat penting dan kritikal, dan kita telah bersedia sepenuhnya," katanya.
Dr Wan Azizah pula berkata konvensyen Pakatan Pembangkang kedua ini membuktikan parti dalam pakatan ini masih kukuh dan bekerjasama antara satu sama lain.
Beliau turut menafikan bahawa anggota parti Pakatan Pembangkang, PAS, DAP, PKR menghadapi masalah dalaman dan berada di ambang perpecahan.
"Dakwaan yang Pakatan Pembangkang merosot dan menghadapi masalah dalaman sehingga akan dibubarkan adalah salah, sebaliknya kami sentiasa bersatu dan konvensyen ini membuktikan PR masih kukuh," katanya pada sidang akhbar di konvensyen itu di sini.
Dr Wan Azizah berkata konvensyen ini juga akan mengeratkan lagi hubungan antara anggota dalam pakatan dan yakin mampu merancang pelbagai agenda untuk pengukuhan dalam pakatan tersebut. -- BERNAMA
KEPALA BATAS : Sesi penggulungan oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dari ketiga-tiga parti PAS, DAP dan PKR dalam Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini dihangatkan dengan ucapan awal dari pengerusi majlis yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim.
Beliu menegaskan penghianat dan pihak yang derhaka kepada Raja-Raja Melayu adalah pemimpin UMNO. Beliau mengimbau kejadian yang berlaku di Ketereh Kelantan apabila Datuk Anuar Musa yang menabalkan seorang kerabat Raja dari Kelantan yang tinggal di Kuala Lumpur sebagai Sulatan Kelantan.
KEPALA BATAS : Pembahas yang mewakili PKR , Rafizi Ramli menegaskan orang melayu pandai, hanya orang Melayu UMNO yang menganggp orang Melayu bodoh.Ucapan tersebut disampaikan beliau dalam Konvensyen PR disini hari ini.
Beliau juga menyarankan usaha menjawab serangan UMNO dengan perjelaskan kesepakatan yang dipersetujui dalam Pakatan Rakyat sebagai senjata utama..
KEPALA BATAS, 19 Dis — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan membuat keputusan parti politik yang beliau hendak sokong apabila pilihan raya umum ke-13 dipanggil, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan.
"Pilihan raya umum pun belum dipanggil, dan apabila pilihan raya umum diadakan, saya akan menyatakan parti yang saya akan sokong nanti," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di sisi Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini.
Mohd Asri menghadiri majlis perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan Dewan Millenium di sini dan dilihat menghabiskan masa sehingga tengah hari tadi mengikuti perjalanan konvensyen.
Ketika ditanya sama ada keputusan itu bermakna akan menyertai mana-mana parti kelak, Mohd Asri berkata, "tengok dulu. Saya sedang melihat.."
"Perkara itu saya masih memikirkan, saya sedang melihat perkembangan politik, iklim dan cuaca politik negara ini," kata pensyarah Universiti Sains Malaysia ini dengan senyuman.
Ini kali pertama beliau menghadiri konvensyen Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun Mohd Asri bukan asing dalam majlis-majlis anjuran Umno dan PAS. Beliau pernah menghadiri muktamar agung tahunan PAS yang diadakan di Kota Baru Jun lalu. Akhir Jun lalu, Mohd Asri menegaskan, beliau tidak menyertai mana-mana parti politik buat masa sekarang dan "tidak bercadang untuk memilih jalan itu" walaupun disebut-sebut akan memasuki Umno.
"Ingin saya tegaskan kepada rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik," kata beliau ketika itu. Ulama yang dilihat sebagai aliran pemikiran 'progresif' ini menjadi tumpuan aktif Umno dan PAS sejak lebih setahun lalu.
Beliau telah memberi bayangan sedang memikirkan perkara tersebut sejak akhir tahun lalu. Bagaimanapun pada pertemuan hari ini, Mohd Asri memberitahu The Malaysian Insider, beliau masih berharap Kelantan akan kekal ditadbir oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pilihan raya umum ke-13.
"Kelantan mesti ditadbir oleh Datuk Nik Aziz, PAS sebab beliau sudah membuktikan pentadbiran Kelantan sebagai pentadbiran contoh, yang harus diamalkan oleh mana-mana parti yang memerintah negara ini," katanya.
Nik Aziz genap 20 tahun memimpin Kelantan, yang jatuh ke tangan PAS pada pilihan raya umum 1999. "Malah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri sudah membersihkan beliau daripada dakwaan rasuah... beliau telah memberikan kita satu kerajaan contoh," kata Mohd Asri sambil menambah, Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan telah menunjukkan sikap bersopan santun.
Mengenai kehadiran pada konvensyen Pakatan Rakyat hari ini, Mohd Asri berkata, beliau memutuskan untuk melihat perkembangan perikatan tiga parti itu dari dekat. "Urus setia konvensyen menjemput saya datang, jadi menerima jemputan untuk melihat dengan dekat, memahami secara langsung selepas hampir tiga tahun (Pakatan) bergerak," katanya.
Sehubungan itu kata Mohd Asri, beliau melihat beberapa idea yang dibangkitkan dalam Buku Jingga, antaranya isu rasuah dan ketirisan memang sesuatu yang baik. Buku Jingga adalag agenda Pakatan yang menggariskan perincian dasar dan langkah yang berlandaskan Dasar Bersama untuk merealisasikan cita-cita Pakatan Rakyat membina sebuah negara yang makmur dan adil.
Intipati Buku Jingga dibentangkan oleh Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.
"Ada banyak idea menarik yang dibangkitkan, macam yang dikatakan oleh YB Anthony Loke, tetapi persoalannya adakah Pakatan Rakyat boleh melaksanakannya.
"Oleh itu, Pakatan Rakyat perlu menyakinkan bahawa ia boleh melaksanakan apa yang disebutkan, contoh isu ketirisan dan rasuah... perkara ini semua orang cakap dan sudah tahu, tetapi apakah Pakatan Rakyat boleh meyakinkan orang ramai dengan melaksanakannya. Ini persoalan yang perlu dijawab oleh Pakatan Rakyat.
"Orang ramai akan tertarik dengan parti yang boleh meyakinkan mereka dengan program pelaksanaan," kata beliau lagi.- minsider
KEPALA BATAS : Wakil dari PAS, Ust. Nasuruddin Hassan yang juga Ketua pemuda PAS Pusat, berkata Konvenseyen sesekali di rasakan hari keluarga PR dan sesekali kita rasakan macam Parlimen.
Beliau juga memberi beberapa pra-syarat untuk mendapatkan kemenangan dengan pertama mempunyai spritual yang matap, kedua kerajaan yang adil dalam agihan ekonomi dan ketiga kerajaan yang politik dan sosial yang senang diterima oleh rakyat. Ini dililiki oleh pakatan Rakyat.
"Setakat ini PR menggungguli kepimpinan yang berintigriti dan bebas dari rasuah." Katanya.
Selain itu beliau berharap supaya pastikan maklumat sampai keseluruh masyarakat dalam negara untuk menunjukan kepada mereka kita layak.
"Bangkitlah bersama PR untuk mendukung PR untuk menyelamatkan negara yang dirosakkan oleh BN." Serunya.
Beliau juga mencadangkan dikembalikan kuasa otonomi kepada universiti dengan menghapuskan AUKU.
"Dicadangkan PR meningkatakan keupayaan tadbir urus dengan mengambil unsur dosa dan pahala." Katanya
KEPALA BATAS, 19 Dis: Antara kejayaan paling besar pilihan raya umum 2008 adalah apabila PAS telah diterima dengan baik oleh semua kaum di Perak, kata perwakilan DAP, Dr Jayabalan dalam konvensyen ke-2 Pakatan Rakyat hari ini.
Perkara ini berlaku kerana slogan PAS untuk semua dan Malaysia untuk semua telah berjaya berjalan dengan baik.
Beliau berucap sebagai pembahas dalam konvensyen ini.
Sementara itu, wakil dari PKR, Chah Li Kang pula berkata, masa untuk bercakap sudah berakhir kerana sekarang adalah masa untuk bekerja bagi memenangkan Pakatan. Ini kerana, kata beliau, dasar yang dikemukakan oleh Pakatan jauh lebih baik dari BN. Oleh itu, apa yang perlu dibuat adalah mempastikan dasar ini boleh dilaksanakan dengan bekerja kuat ke arah memenangkan Pakatan.
Beliau mencadangkan, dalam pelaksanaan dasar ini, sebuah Parlimen Pemuda yang bertujuan untuk membincangkan isu-isu di kalangan pemuda di negara ini.
Beliau yakin, pendekatan ini akan membolehkan semua pihak rasa terbela kerana pemuda sangat penting bagi melaksanaan dasar yang baik itu.
Beliau memetik kata-kata bekas Presiden Indonesia, Sukarno yang berkata, "Berikan aku 10 pemuda, nescaya aku akan goncang dunia."
Beliau menolak projek yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu NKRA.
"NKRA sebenarnya bukan National Key Result Area tetapi Najib Kasi, Rosmah Ambil," kata Chah Li Kang
KEPALA BATAS, 19 Dis: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, penubuhan Univesiti Felda hendaklah menjadi agenda utama setelah Pakatan Rakyat (PR) diberikan mandat memerintah.
Katanya, Felda yang ditubuhkan oleh kerajaan sepatutnya mempunyai sebuah univesiti sepertimana Petronas, TNB dan seumpamanya.
Lagipun, katanya tidak mustahil Felda yang mempunyai wang yang banyak menubuhkan sebuah univesiti yang mampu meningkatkan pendidikan keluarga peneroka Felda. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pula berkata rakyat menjadi miskin demokrasi kerana sikap Umno dan BN yang sering mempermainkan sistem berkenaan.
Justeru, ujarnya bagi melincinkan pentadiran, satu usaha penting harus dicari bagi menambah perancangan yang lebih efisyen.
Program turun padang wajar didahulukan oleh semua jentera akar umbi supaya rakyat tahu kelebihan pemerintahan PR.
"Nampak gayanya BN terpaksa meniru 132 tindakan PR sepertimana memperkenalkan gaji minima, cuti 60 hari dan sebagainya untuk tangani kebencian rakyat pada mereka," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Tambahnya, memandangkan BN asyik menabur janji kosong, maka PR harus mengambil kesempatan memperjelaskan kepada umum tentang penyelewengan yang mereka lakukan.
"BN sebenarnya takut hilang kuasa, maka mereka cuba buat apa saja termasuk tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan," ujarnya.
Namun pada hakikatnya, kata beliau BN hanya bergantung pada media, wang dan jentera kerajaan.
KEPALA BATAS : Wakil dari PAS, YB. Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau panjang mencadangkan elaun khas kepada para wanita yang berjaya membentuk anak-anak yang baik semasa menyampaikan ucapan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat sisini hari ini.
Beliau juga mencadangkan supaya diperbanyakkan kempen anti zina dan kempen galakan solat seperti yang berjaya dilakukan di Kelantan.
Selain itu Pakatan Rakyat dicadang untuk mewajibkan pendidikan Islam bukan satu pilihan tidak seperti sekarang .
Kenaikan pangkat seseorang pegawai Islam diperiksa dulu solatnya.
Pembelaan kepada kaum wanita juga dengan cadangan supaya wanita diberi peluang dalam semua bidang.
Zailah juga menuntut 30 pratus wanita dalam semua bidang dan telah dilaksanakan di kelantan termasuk perlantikan penghulu dikalangan wanita.
Beliau mencadangkan penindas kepada wanita dan anak diberi hukuman keras.
Satu cadangan bantuan kepada ibu tunggal untuk menjaga kebajikan ibu tunggal dan wanita terpinggir juga disebut oleh Siti Zailah dalam ucapannya.
"Persaudaran dalam pakatan mestilah dengan perasaan saling mengasihi dengan kefahaman tahaluf siyasi yang tinggi sebab kita mempunyai latarbelang yang berbeza." Katanya.
Akhirnya dia berharap "kalau kita mahu kejayaan kita mestilah menggunakan semua kekuatan dan pengalaman" Katanya.
Pembahas dari PAS, Ust. Khairuddin Aman Razak menegaskan kerajaan PR mesti menekankan pembinaan rumah rakyat miskin bukan berasaskan kepada keuntungan dengan menyediakan badan khusus untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat.
Kerajaan juga dicadangkan mengambil inisiatif menetapkan pendapatan minima dengan memberi subsidi kepada rakyat untuk mengekang kenaikan harga barang. Pakatan Rakyat juga di tegakan mesti memberi pendidikan percuma disemua perinkat dari rendah hingga ke Pusat Pengajian Tinggi. Dengan dicadangkan tanpa mengambil keuntungan satu sen pun dalam bidang pendidikan.
Akhirnya beliau membuat penegasan bahawa Islam bahawa sesuatu yang bermanfaat itu akan kekal selamanya dibumi Allah Taala, merujuk kepada perjuangan Pakatan Rakyat.
Bersempena dengan Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 pada 19 di Kepala Batas, Pulau Pinang ini, semua pimpinan dan perwakilan hendaklah mengambil pedoman dari falsafah kesepakatan menurut Islam, iaitu mengutamakan peri pentingnya menjaga hubungan sesama anggota di dalam Pakatan Rakyat.
Ia juga bersesuaian dengan keutamaan ajaran Islam sebagai agama perpaduan, maka Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan kesepakatan politik.
Pimpinan dan perwakilan parti-parti Pakatan Rakyat––PAS, KEADILan dan DAP––yang menghadiri konvensyen itu nanti perlulah mengambil pedoman daripada maksud al-Quran yang sewajarnya dijadikan rujukan dan penghubung di dalam penyelesaian permasalahan ummah. Justeru ajaran Islam dan asas-asas keagamaan dapat dijadikan rujukan utama dalam menguruskan kesepakatan hubungan antara parti-parti Pakatan Rakyat. Bagi PAS, amat meyakini bahawa Allah telah menciptakan manusia dalam sifat yang berbeza-beza. Misalnya, sepuluh manusia yang diciptakan Allah, didapati sepuluh kepala (pemikiran) yang bebeza. Bagaimanapun, perbezaan itu tidak akan memberi masalah sekiranya ia berpandukan ajaran Islam dan menjadikan al-Quran sebagai panduan, kerana Islam itu untuk semua kaum. Firman Allah SWT (surah Ali-Imran ayat 103):
Bermaksud: "...dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara..."
Sewajarnya juga kita mengambil pengajaran dari sabda Nabi Muhammad SAW:
Maksudnya: "Janganlah saling benci membenci, saling iri hati dan saling membuat keracunan. Jadilah hamba-hamba Allah yang saling bersaudara, dan tidak boleh seorang Muslim menghindari saudaranya lebih dari tiga hari."
Demikian lagi, firman Allah SWT (surah al-Maidah ayat 48):
Maksudnya: "Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya"
Oleh itu, atas nama kesepakatan politik yang berpandukan hubungan antara parti di dalam Pakatan Rakyat yang mengutamakan asas-asas keagamaan hendaklah bersetuju dan bekerjasama di dalam setiap perkara yang memberi manfaat bersama untuk ummah di Malaysia hari ini. Sehubungan itu, saya yakin manusia akan selamat sepanjang hidup mereka di dunia dan sejahtera di akhirat kelak sekiranya mengikut kehendak Islam yang syumul.
Selamat berkonvensyen, semoga berjalanlah ia dengan keberkatan Allah SWT.
TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT, Al-Mursyidul Am PAS. Kota Baharu, Kelantan.
KEPALA BATAS : Ucapan pembahas yang mewakili Pakatan Rakyat iaitu YB. Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR mendapat tepukan gemuruh dari peserta konvensyen pada hari ini dengan penegasanya bahawa BN ada kuasa dan kekayaan namun apa yang tidak ada pada BN ialah "Kebenaran" dan ianya adalah milik Pakatan Rakyat.
Konvensyen Pakatan Rakyat bermula pagi ini dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi amaran kepada Umno daripada 'merampas' Perlembagaan Persekutuan untuk terus memecahbelahkan rakyat Malaysia.
Katanya, Umno sering memetik Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan istimewa orang Melayu sebagai justifikasi kepada pendekatan rasis mereka.
Namun, tegasnya, Umno selalu gagal untuk menyebutkan Perkara 153 juga menyatakan bahawa kepentingan yang sah masyarakat lain, juga mesti dilindungi.
Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara tersebut.
Antara pemimpin Pakatan yang hadir di konvensyen itu ialah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak dan wakil mursyidul am PAS, yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Kira-kira 1,800 orang menghadiri konvensyen sehari itu, yang dijangka berakhir jam jam 6 petang.
Malam tadi, Anwar bersama-sama dengan para pemimpin Pakatan, mengadakan ceramah di Balik Pulau, sebagai pemanas kepada konvensyen hari ini.
KEPALA BATAS : Pembentang Kertas kerja yang diwakili oleh wakil-wakil parti mendapat perhatian tepukan gemuruh dengan berbagai tawaran setelah Pakatan Rakyat berada di Putera Jaya.
Pembentangan pertama dimulai oleh wakil PAS, YB. Ust. Nasaruddin Mat Isa dengan tawaran menarik Pakatan Rakyat dengan mengembalikan 20 pratus royalti kepada negeri-negeri.
Wakil dari DAP YB. Antony Loke mewakili Pakatan Rakyat membentangkan beberapa cadangan dan tawaran sekerti berikut.
Sementara itu pembentang terakhir dari PKR, YB. Saifuddin Nasution pula menghangatkan suasana dengan pendedahan penyalahgunaan kuasa oleh BN terhadap Pasukan Polis, SPRM dan Institusi Parlimen.
KEPALA BATAS, 19 Dis: Selepas tepat setahun berlalu, Pakatan Rakyat mengadakan Konvensyen Ke-2 hari ini di Dewan Millenium, Kepala Batas.
Setahun lalu iaitu pada 19 Disember juga, Pakatan Rakyat mengadakan konvensyen pertamanya di Dewan MBSA, Shah Alam.
Kali ini mereka dijangka mengadakan konvensyen terakhir menjelang pilihan raya umum ke 13 dan juga pilihan raya kecil ke 14 untuk sessi ini iaitu untuk Dun Tenang, Labis, Johor.
Konvensyen yang disertai oleh 1800 perwakilan ini dijangka akan mempersiapkan semua pemimpin dan penyokong Pakatan untuk menghadapi kedua-dua pilihan raya penting itu kerana ia akan mencorakkan masa depan politik negara.
Majlis pagi ini akan bermula di luar dewan dengan persembahan kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia iaitu silat, tarian naga dan silamban.
Ia akan diikuti nyanyian lagu Negaraku dan seterusnya ucapan dari tiga pemimpin utama parti Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP.
Datuk Seri Dr Wan Azizah, Presiden PKR akan memberikan ucapan pertama diikuti oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan seterusnya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Selepas itu, majlis berehat sementara mereka melawat pameran kejayaan dari negeri-negeri Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah di samping Perak (setahun setengah di bawah Pakatan) dan Terengganu (1999 - 2004).
Majlis kemudiannya diteruskan dengan perbentangan kertas kerja utama konvensyen dari tiga pemimpin Pakatan dan akan dibahaskan oleh 12 orang perwakilan.
Pada sebelah petangnya, ucapan penggulungan akan dibuat oleh pemimpin utama parti masing-masing iaitu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Pengerusi DAP Karpal Singh dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka kemudiannya akan menantangani dokumen bersama yang diluluskan dalam konvensyen ini.
KEPALA BATAS, 19 Dis: Presiden PAS,Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berharap semua pegawai kerajaan memahami inspirasi Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah Malaysia.
Justeru, katanya PR mesti peka untuk menterjemah tindakan kepada semua pegawai serta rakyat supaya mereka terus mengerti hasrat PR bahawa mereka tetap bekerja di bawah PR apabila perubahan berlaku.
"Biarkan rakyat menghukum BN kerana sikap ego dan zalim terus mewarnai negara ini dengan kenaikan barangan seharian dan petroleum," ujarnya ketika berucap pada Konvensyen PR kedua di Dewan Millenium, di sini, pagi ini. Tegasnya, perlu diingat kemaraan PR bukan hanya menafikan kekebalan BN tetapi perlulah memperhebatkan gerak kerja penerangan yang lebih teliti.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, PR juga diingatkan memperlebarkan peranan secara menyeluruh dan jangan membiarkan prpgram 'syok sendiri' bermaharajalela sehingga merugikan diri sendiri.
"Jangan jadi untung secupak, rugi segantang sebaliknya bergerak dengan sempurna kerana rakyat tetap memerhati kita," katanya.
KEPALA BATAS, 19 Dis: PAS mengajak rakyat Malaysia meninggalkan tafsiran sempit perkauman Umno/Barisan Nasional dan menobatkan prinsip keadilan sejagat demi menyelamatkan masa depan negara.
Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berucap di majlis pembukaan konvensyen kedua Pakatan Rakyat pagi ini mahu rakyat menolak corak pemerintahan yang telah terbukti mencipta rekod buruk melahirkan pemimpin yang tidak amanah, dan berkuasa melalui rasuah serta penipuan di negara ini.
Islam, kata beliau mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan kenal mengenal di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum. Beliau turut menyelar permainan busuk media yang memutar belit pendirian PAS dan Pakatan Rakyat berhungan Islam dan Bahasa Melayu.
"Sengaja ditimbulkan tohmahan jahat dari pihak musuh politik kita bahawa kononnya Pakatan Rakyat adalah golongan yang tidak memahami perlembagaan dan akan menjual rakyat dengan harga yang murah (dalam isu Melayu dan Islam).
"Hakikatnya kita (Pakatan) telah bersetuju untuk terus melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan, memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, dan dalam masa yang sama melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum," jelas beliau.
Berucap di hadapan lebih lebih dua ribu perwakilan dan pemerhati di dewan Milineum itu beliau mengingatkan para pemimpin dan anggota Pakatan Rakyat supaya sentiasa waspada dengan permainan pihak lawan yang sentiasa cuba menimbulkan keadaan tidak selesa dan perpecahan.
"Semua pihak perlu lebih memahami betapa pentingnya bagi setiap parti untuk menguruskan sensitiviti masyarakat – tanpa perlu untuk kita menongkah kepercayaan agama dan budaya setiap kaum di negara ini agar jangan pula kita untung secupak tetapi rugi segantang," kata beliau.
KEPALA BATAS ; Ucapan yang dikira sebagai bernas dan penuh dengan hujah dan fakta serta bersemangat dari Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berucap selaku tuan rumah Konvensyen.
Ucapan beliau tadi diakhiri dengan harapan Konvensyen untuk kali ke 3 akan diadakan di Putera Jaya. Ucapannya itu mendapat tepukan gemuruh dari semua yang hadir.
KEPALA BATAS : Konvensyen Pakatan Rakyat peringkat kebangsaan kali ke 2 berlangsungkan dengan mendapat sambutan luar biasa dari perwakilan dari seluruh negara dan parti-parti PAS, DAP dan PKR. Lebih dari 2000 orang perwakilan dan lebih dari 1000 orang pemerhati datang dari seluruh pelusuk negara untuk mengikuti Konvensen penuh bermakna itu.
Konvensyen kali ini dilihat penting kearah memperkasakan lagi Pakatan Rakyat dalam keadaan serangan bertubiu-tubi dsari musuh ketat BN
KEPALA BATAS, 19 Dis: PAS sedia meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dun Tenang, Johor yang akan diadakan nanti.
Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, beliau telah dihubungi oleh PAS Negeri Johor yang mahu meletakkan calon di Dun berkenaan.
"Saya telah dihubungi oleh Pesuruhjaya dan juga Setiausaha Perhubungan Johor yang memaklumkan bahawa PAS Perhubungan Johor telah mengadakan mesyuarat malam tadi dan membuat keputusan untuk bertanding di kawasan yang telah ditandingi oleh PAS pada pilihan raya umum lepas," ujarnya.
"Insya Allah jentera pilihan raya akan mula digerakkan selepas Konvensyen Pakatan Rakyat esok," ujarnya pada sidang media di sini, petang ini.
Sekali lagi negara bakal melihat satu lagi pilihanraya kecil yang akan diadakan selewat-lewatnya sebelum perayaan Tahun Baru Cina tahun hadapan apabila penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Sulaiman Taha bagi DUN Tenang di Johor meninggal dunia semalam akibat komplikasi selepas berada di Hospital Pakar Ampang Puteri lebih dari sebulan yang lalu. PRK ini adalah pilihanraya kecil yang ke-14 sejak pilihanraya umum yang lalu.
Kedua-dua pihak Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dikatakan sudah bersedia menghadapi pilihanraya yang dilihat sebagai ujian kepada kemampuan mereka benar-benar menguasai undi daripada pengundi berbangsa Melayu. PRK ini juga bakal melihat bagaimana kemampuan PR untuk mengesahkan kedudukan mereka di sebuah negeri iaitu Johor yang selama ini dianggap sebagai 'tabung deposit' atau kubu kuat BN sejak negara mencapai kemerdekaannya.
Bagi PR, sewajarnya kemenangan ke atas DUN Tenang pastinya memberikan satu impak kepada semangat baru apabila kebelakangan ini menghadapi banyak masalah dalaman dan perpecahan di dalam parti terutamanya di dalam PKR. Jika PR mampu menang kali ini bermakna hala tuju yang diwar-warkan PR untuk merampas Putrajaya di dalam PRU akan datang mungkin boleh diperjudikan semula. Malah, jika PR dapat mengurangkan majoriti yang pernah diperolehi oleh penyandangnya dalam PRU 2008 juga memberi harapan cerah untuk Putrajaya ditawan.
Tenang adalah 'maruah' UMNO dan BN
Bagaimana pula jika majoriti meningkat semula untuk BN? Pastinya ini menjadi igauan ngeri kepada PR kerana situasi berkenaan meletakkan harapan mereka menawan Putrajaya sebagai satu perkara yang mustahil.Walau apapun, BN pastinya akan melakukan sedaya yang mungkin untuk mempertahankan maruah mereka di Tenang dengan menggerakkan semangat kemenangan besar di PRK DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada awal bulan lepas ke dalam jentera mereka di Tenang nanti.
Bagi BN, mengekalkan kotak undi Melayu di Johor sebagai miliknya akan memberi persepsi kepada umum bahawa kuasa BN amat sukar dicabar adalah suatu yang diidam-idamkan oleh BN sebenarnya. Jika mereka kalah ataupun berlakunya penyusutan majoriti yang ada walaupun menang boleh membuatkan umum mempunyai tanggapan bahawa BN terutamanya UMNO semakin lemah. Di dalam politik Malaysia yang ramai dengan mereka yang berada di atas pagar, persepsi sebegini memainkan peranan di dalam menentukan bakal siapa yang akan menjadi kerajaan sehingga di peringkat akhir di kotak undi.
Kuasa Ketiga bertanding di Tenang?
Bagaimana dengan 'Kuasa Ketiga' di PRK Tenang? Kemungkinan besar akan ada calon yang mendakwa diri mereka 'Kuasa Ketiga' turut meletakkan calon. Namun begitu, persediaan dalaman mereka seharusnya diperbaiki dulu sebelum mula memikirkan tentang 'test power' di sini. Yang pastinya 'Kuasa Ketiga' yang mungkin berminat ialah parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang dikini dipimpin oleh bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim.
Namun begitu, pelbagai isu dalaman KITA memerlukan masa untuk diperhalusi dan diselesaikan seperti penukaran nama secara rasmi dari Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) kepada KITA, organisasinya, perlembagaan parti dan pemupukan perpaduan sesama pemimpin-pemimpinnya supaya selaras dengan aspirasi Zaid.
Sungguhpun begitu, sekiranya KITA meletakkan calon, bantuan dari sebuah lagi parti yang dilihat lebih kecinaannya iaitu Parti Cinta Malaysia (PCM) sewajarnya dialu-alukan di dalam jentera kempennya kelak yang pasti menyemarakkan pertandingan tiga penjuru nanti di Tenang dan menjadi 'pengacau' undi.
Semasa PRU 2008, meskipun BN kehilangan 5 buah negeri (sebelum Perak kembali kepada BN) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada PR, BN Johor masih mampu mengekalkan kekuasaannya ke atas negeri itu. Namun begitu, buat pertama kalinya dalam sejarah DUN Johor, calon-calon dari PR ketika itu membuat kemajuan apabila menambah dengan banyaknya kerusi mereka di negeri itu terutamanya DAP yang memenangi 4 kerusi. PAS pula memenangi 2 kerusi daripada sejumlah 56 kerusi DUN di negeri itu.
Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India. Jumlah pengundinya ialah 14,511 orang. Menurut daftar ini, sekiranya daftar pemilih terbaru diumumkan (yang mana penulis merasakan tidak akan berbeza sangat) merupakan satu situasi pertandingan yang adil kerana komposisinya melambangkan pembahagian populasi seperti di peringkat nasional dan juga mencerminkan senario pilihan rakyat secara keseluruhan.
Oleh itu, komposisi daftar pemilih berkenaan menjadi satu tanda jelas kepada parti-parti yang bertanding sebagai mewakili sentimen nasional di kalangan kaum-kaum yang ada. Hasil daripada PRK ini nanti memudahkan analisa pemerhati politik dan juga cerdik pandai politik mengenai persoalan-persoalan seperti kecenderungan pengundi Cina sebenarnya dalam politik, impak oleh pengundi India selepas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mengundur diri, pandangan orang Melayu mengenai ketuanan Melayu dan ketuanan Rakyat dan banyak lagi indikator-indikator sentimen yang boleh terjawab.
Tenang bakal membantu Najib tetapkan PRU ke-13
Di saat suasana politik nasional hari ini masing-masing meramalkan Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen sebelum penggal persidangan seterusnya bermula pada bulan Mac tahun hadapan, Tenang sepatutnya menjadi perhatian Najib sebagai menguji terlebih dahulu persepsi rakyat mengenai BN dan sambutan ke atas program-program transformasinya. Mungkin kematian ADUN Tenang ada hikmahnya kepada BN kerana PRK yang bakal diadakan dalam masa 60 hari selepas Speaker DUN Johor memberikan notis kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bakal membantu BN menguji kekuatan mereka sebenarnya di dalam satu PRK yang berkomposisi populasi nasional.
Hanya selepas apa sahaja keputusan selepas PRK Tenang nanti, Najib masih mempunyai masa untuk menentukan sama ada pilihanraya umum ke 13 berbaloi atau berisiko untuk dianjurkan selepas Mac tahun hadapan bersama-sama dengan pilihanraya Dewan Negeri Sarawak. Jika BN tewas di Tenang, mungkin Najib boleh biarkan Sarawak teruskan dahulu pilihanraya negerinya. Bagi BN yang kini dilihat menguasai lebih 60 peratus undi Melayu, mereka lebih bimbangkan dengan trend pengundi bukan Melayu terutamanya kaum Cina.
Walaupun dalam PRK Galas melihat kepada pertambahan undi pengundi Cina kepada BN, perkara tersebut tidak boleh dijadikan sebagai satu petanda aras kerana semua sedia maklum hubungan baik antara Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dengan komuniti Cina yang memungkinkannya berlaku. Namun di Tenang nanti, trend pengundi Cina seharusnya tidak dilihat sebagai penanda aras terbaik tetapi boleh diterimapakai setidak-tidaknya. Lebih-lebih lagi Tenang yang terletak di bawah Parlimen Labis yang didakwa sebagai 'kubu kuat' Presiden MCA sendiri, Datuk Seri Chua Soi Lek dan kini anaknya menjadi Ahli Parlimen kawasan tersebut.
Sejauh mana Tenang kubu kuat Chua Soi Lek,biar rakyat tentukan
Penganalisa politik melihat selain daripada isu tsunami politik nasional melanda Labis semasa PRU 2008, isu 'disiplin' Soi Lek juga menjadi penyebab kepada penurunan banyak majoriti BN hampir separuh ketika itu. Pengundi Melayu dan juga pengundi Cina sama-sama melihat Soi Lek sebagai seorang yang rosak akhlak dan inilah menyebabkan bukan sahaja Parlimen Labis tetapi di DUN Tenang itu sendiri, menjadi kerusi DUN yang paling banyak kehilangan majoriti di antara semua kerusi DUN yang dimenangi oleh BN pada PRU 2008 di negeri Johor.
Allahyarham Sulaiman memperolehi majoriti yang banyak pada PRU 2004 dengan memperolehi 5,507 majoriti tetapi berjaya mempertahankan kerusinya itu dengan majoritinya berkurangan sehingga lebih separuh apabila memperolehi majoriti sebanyak 2,492 undi. Situasi ini jelas sekali melihat peralihan undi besar dari kaum Cina dan India kepada calon PAS ketika itu mewakili PR.
Pastinya bagi MCA, pertandingan PRK ini bakal melihat sejauh mana Soi Lek sebenarnya diterima di negeri tersebut dan sama ada rakyat sudah memaafkan 'kecurangannya' di dalam aktiviti yang dilihat rakyat sebagai tidak sihat itu. Penulis menjangkakan isu pita kontroversi seks Soi Lek pasti akan menggamatkan semula PRK Tenang nanti dan kesempatan ini bukan sahaja digunakan oleh parti lawan tetapi juga oleh pihak-pihak dalaman partinya sendiri sebagai menekan Soi Lek sepertimana yang mereka pernah buat dahulu untuk menjatuhkan Soi Lek sebagai Naib Presiden MCA pada tahun 2007.
Peluang PR lebih baik dengan PAS
Bagaimana dengan peluang PR? Sebelum menghuraikannya, jika diikut resam pembahagian kerusi di antara komponen PR, komposisi kaum di dalam daftar pemilih menjadi petunjuk. Sebelum ini, PRU 2008, PR meletakkan calon PAS yang mana sepatutnya mengikut pembahagian komposisi, PKR lebih berhak meletakkan calon sebenarnya.
Namun begitu, sehingga kini, dilaporkan bahawa PAS Johor dan PKR Johor masing-masing dikatakan cuba melobi untuk meletakkan calon di kerusi tersebut dan usaha ini dilakukan sejak mereka mendapati Sulaiman berada dalam keadaan 'kritikal' di hospital. Tidak dinafikan ada kemungkinan PKR akan bertanding di sana tetapi tidak menolak jika PAS kekal di sana bergantung kepada apa yang difikirkan dalam benak fikiran pemimpin PR dan persetujuan mereka.
Di dalam keadaan PKR yang baru sahaja tamat pemilihan pimpinannya pada bulan lepas dan hasil darinya menyebabkan perpecahan dan masalah dalaman kini berlaku di dalamnya, bagi penulis, PKR seharusnya membiarkan PAS kekal meletakkan calonnya di situ. Maafkan saya jika terpaksa berkata, andaikata saya diberi pilihan sama ada PKR atau DAP meletakkan calon di Tenang, saya terpaksa menolak PKR dan terpaksa memilih DAP. Ini menggambarkan betapa gerunnya saya akibat masalah dalaman PKR yang mampu menggugat kemenangan PR. Tetapi dalam kes ini, PAS adalah calon terbaik jika dilihat pada senario dan tanggapan umum ke atas masalah dalaman PKR walaupun pemimpin PKR dilihat seperti menafikan pergolakan dalamannya di kaca mata rakyat. Dan penafian inilah meresahkan rakyat dan penyokongnya kerana 'state of denial' pemimpin utama PKR.
Kesilapan PKR memilih Chua Jui Meng sebagai Ketua PKR Johor
Walaupun tiada masalah dalaman di dalam PKR sekali pun, saya masih memilih PAS. Anda mahu tahu kenapa? Mungkin ramai tidak sedar bahawa keadaan di dalam PKR Johor sendiri dan penerimaan rakyat Johor ke atas PKR masih jauh lagi rendah. Saya boleh katakan semakin teruk apabila PKR tidak sensitif kepada 'ketuanan Melayu' yang wujud di negeri itu. Sebagai sebuah negeri yang menjadi kubu kuat UMNO, kesilapan besar PKR adalah melantik bukan Melayu sebagai Ketua PKR negeri. PKR telah melantik bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng menjadi Ketua PKR negeri. Kita tidak bercakap tentang hak Chua ataupun orang Cina memegang jawatan tersebut tetapi kita bercakap tentang situasi sebenar di negeri yang majoritinya orang Melayu yang kini UMNO berbangga kerana menguasai lebih 60 peratus undi Melayu.
Oleh itu, penulis berharap pemimpin kanan PAS dan DAP supaya faham akan realiti semasa dan tidak membiarkan lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mungkin mendesak mereka menerima PKR sebagai calon di Tenang. Jika PAS dan DAP benar-benar mahu menyelamatkan kemampuan dan persepsi umum ke atas PR yang kebelakangan ini banyak menurun disebabkan masalah dalaman PKR, maka PAS dan DAP perlulah berkata 'Tidak!' untuk kali ini.
Chua Jui Meng sebagai calon PR?
Saya melihat ada kemungkinan Anwar berhasrat untuk menjadikan medan Tenang ini untuk mengenengahkan Datuk Chua Jui Meng sebagai calon. Meletakkan beliau sebagai calon tidak salah kerana ini negara demokrasi tetapi satu langkah ke belakang jika melakukannya di kerusi DUN yang ramai Melayu yang kini kukuh bersama UMNO dan BN. Jui Meng mungkin mampu menarik undi orang Cina tetapi menarik undi orang Melayu dilihat sebagai sesuatu yang mustahil dalam senario semasa.
Namun begitu, dasar PAS yang lebih liberal bukan sahaja menarik undi orang Cina tetapi sekurang-kurangnya dapat menarik sebahagian daripada undi Melayu jika dibandingkan dengan kemampuan PKR sendiri walaupun PKR meletakkan calon Melayu dan bukannya Jui Meng. Bukan itu sahaja, PKR akan lebih bermasalah untuk meyakinkan pengundi sekiranya AKIM@KITA memasuki gelanggang lawan. Yang pastinya Zaid mempunyai sebab, bukti dan hujah politik bagi membongkarkan masalah dalaman PKR di dalam kempennya.
Penggantungan 4 ahli Parlimen PR boleh dijadikan bahan kempen berkesan
Episod terbaru di Dewan Rakyat baru-baru ini yang menyaksikan penggantungan empat ahli Parlimen PR memang mampu memberi nafas politik kepada PR untuk menggunakan isu-isu mengenai salahguna kuasa doktrin pengasingan kuasa, APCO-Israel, Speaker Dewan Rakyat yang tidak adil dan sebagainya bagi meningkatkan semula waima perjuangan keadilan dalam diri rakyat yang kembali terpendam sejak setahun lalu.
Namun, calon PAS adalah lebih mampu dan sesuai menggunakan kesempatan isu Dewan Rakyat itu untuk menarik sokongan orang Melayu di Tenang terutamanya mereka yang berada di atas pagar yang pernah mengundi PR semasa PRU 2008. Apa yang PAS perlu lakukan sekarang bersama-sama dengan komponen lain dalam PR ialah memainkan semula sentimen rakyat supaya meningkat ke tahap 'rakyat penentu' seperti semasa di PRK di Batu Gantang iaitu selepas beberapa bulan BN menguasai DUN Perak dengan cara yang diragui.
Andaikata PR tetap mahukan calon dari PKR, isu dalamannya yang berlaku sebelum ini tidak cukup bagi mengambil kesempatan dalam menyemarakkan gelombang rakyat kali ini, maka PAS adalah jentera terbaik buat masa sekarang. Namun begitu, secara jujurnya, jika PR dapat mengurangkan majoriti BN sudah cukup baik kerana ini mampu memberi semangat baru kepada PR dan menakutkan BN. Sekiranya PR menang, ia adalah satu bonus besar di dalam merealisasikan impian Putrajaya nanti.
Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com
Bajet Terengganu 2011 yang dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu berakhir khamis 16 Disember 2010 lepas memperuntukkan anggaran perbelanjaan negeri sebanyak RM1.887 billion. Menakjubkan walaupun Terengganu adalah antara negeri termiskin di Malaysia tetapi Terengganu antara negeri yang mengemukakan bajet tertinggi untuk tahun 2011. Sebagai bandingan, Selangor sebuah negeri maju hanya memperuntukkan RM1.43 bilion bagi Bajet 2011.
Daripada jumlah itu, RM1.699 bilion diperolehi dari kerajaan pusat yang disebut oleh Menteri Besar semasa pembentangan Bajet sebagai royalti petroleum tetapi kerajaan pusat masih menganggapnya sebagai bayaran Dana Khas sahaja dan bukannya bayaran royalti. Bakinya RM188 juta atau hanya 10 peratus sahaja adalah sumber kerajaan negeri.
Bayangkan di mana Terengganu tanpa dana khas ini? Pastinya kakitangan kerajaan negeri tidak akan dapat dibayar gaji apatah lagi untuk belanja pembangunan. Kerajaan Terengganu memerlukan RM213.34 juta setahun hanya bagi pembayaran gaji dan emolumen sahaja. Untuk berlaku jujur, kita boleh mengambarkan bagaimana kesukaran dihadapi Kerajaan PAS Terengganu era 1999-2004 untuk menguruskan pentadbiran negeri apabila royalti dirampas. Kakitangan kerajaan masih mendapat gaji dan pembangunan masih berterusan walaupun seadanya.
Dato' Seri Ahmad Said juga mengakui semasa pembentangan Bajet bahawa disebabkan Kerajaan Negeri tidak menerima sepenuhnya pemberian dana khas oleh kerajaan persekutuan seperti mana yang diperuntukkan dalam anggaran bajet bagi tahun 2007, 2008 dan 2009 menyebabkan Akaun Hasil Disatukan telah mengalami defisit terkumpul yang besar sebanyak RM699.01 juta bagi tahun lepas berbanding RM424.96 juta bagi tahun sebelumnya.
Seorang ahli Dewan Undangan Negeri dari kawasan Sura, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli menyatakan; mengikut pengalamannya sepanjang menjadi Ahli Dewan Negeri semenjak 2008, walaupun anggaran Bajet Terengganu adalah yang tertinggi dibandingkan dengan negeri-negeri lain, tetapi ianya tidak pernah mencukupi. Apabila berlangsung Sidang Dewan Undangan Negeri pada bulan Ogos nanti, biasanya permohonan Bajet Tambahan akan dikemukakan kepada dewan.
Ironinya dengan Bajet 2011 RM1.887 bilion, Bajet 2010 RM1.881 bilion, Bajet 2009 RM1.799 bilion, Bajet 2008 RM1.673 billion, bermakna Bajet pasca Pilihanraya Umum ke 12, sebanyak RM7.24 bilion telah diperuntukan dalam keseluruhan Bajet.
Sungguh! suatu angka yang sangat besar tapi di mana bahagian yang dapat dinikmati oleh rakyat? Bagaimana mungkin dengan peruntukkan sebanyak ini, rakyat Terengganu masih kekal sebagai antara yang termiskin di Negara ini. Sekadar satu contoh remeh, rakyat Selangor sekurang-kurangnya merasai bekalan air percuma walaupun nilanya hanyalah RM11.30. Di Terengganu kita masih bermimpi untuk merasai nikmat air percuma walaupun nilainya mungkin sekadar RM5.
Kuasa beli rakyat Terengganu juga antara yang terendah dengan bukti jelas apabila Pasaraya Mydin Mall di buka di Kuala Terengganu, ramai peniaga kecil dan kedai runcit yang gulung tikar sedangkan di Kelantan walaupun pasaraya demi pasaraya dibuka, peniaga-peniaga kecil masih boleh meneruskan perniagaan mereka disamping pasaraya-pasaraya besar mencatatkan keuntungan luar biasa. Maklumat yang boleh dipercayai menyatakan, jualan harian biasa sebuah pasaraya besar di Lembah Sireh Kota Bharu mencecah RM500 ribu. Dimusim-musim perayaan, jualan hariannya boleh mencecah RM1 juta.
Ketika bulan-bulan awal menduduki kerusi Menteri Besar, Ahmad Said ada mendedahkan bagaimana banyak projek-projek era pemerintahan Idris Jusoh dibuat tanpa kajian teliti dan tidak jelas manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat malah banyak projek menyalahi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. Kenyataan ini tentu sahaja ternyata kebenarannya. Monsun Cup, Taman Tamaddun Islam, Masjid Kristal, Projek Tanaman Strawberi, Zon Industri Akuakultur Tasik Kenyir, Stadium Bolasepak, Jerteh Souq serta pembangunan Pulau Duyong semuanya menelan kos ratusan juta ringgit.
Hasilnya, samada gagal disiapkan atau sekadar menjadi monumen kemegahan untuk dipamerkan tanpa rakyat marhain dapat menikmati manfaatnya.
Sekarang, Sebagai seorang Menteri Besar yang berkuasa, tugas beliau bukan hanya sekadar mengkritik dan memburukkan pentadbiran terdahulu yang memang terbukti buruk dalam rangka untuk menutup kelemahan pentadbiran sendiri. Rakyat sebenarnya tidak berminat untuk mengikuti episod seterusnya perseteruan dua pemimpin yang saling berkepentingan ini. Yang diinginkan rakyat bagaimana kerajaan yang memerintah boleh melakukan yang terbaik untuk mereka sesuai dengan slogan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.
Nah! Sekarang, Kerajaan Negeri pimpinan Ahmad Said telah diperuntukkan sebanyak RM7.24 bilion sepanjang 2008-2011. Suatu jumlah yang sangat besar dan mengkagumkan walaupun sebahagian besarnya adalah peruntukkan Dana Khas dan bukannya melalui kebijaksanaan Kerajaan menambahkan hasil negeri. Ahmad Said tidak sepatutnya bersikap lepas tangan dan mengulangi kesilapan sama sabagaimana yang dilakukan Idris Jusoh.
Menyedihkan apabila dengan peruntukkan yang sebegini besar, masih terdengar berita rakyat Terengganu tidur dibasahi hujan disebabkan atap rumah yang bocor, masih kedengaran ada anak-anak yang keciciran pendidikan disebabkan kemiskinan, masih terdengar kisah keluarga yang makan ubi kayu menggantikan nasi dan pelbagai lagi cerita memilukan. Sumbernya bukan akhbar pembangkang tetapi media arus perdana.
Pergilah ke tepi pantai, dengarlah keluhan nelayan-nelayan pantai yang masih dihimpit kemiskinan, dengarlah rintihan para petani, peniaga-peniaga kecil dan rakyat-rakyat bawahan di sebalik kemilau projek-projek mega untuk 'memahat sejarah mencipta tamaddun'.
Pasca pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi, barisan kepemimpinan baru PKR yang diumumkan hari ini menyaksikan kemunculan beberapa muka baru.
Namun begitu masih ramai menunggu pengumuman Pengerusi beberapa negeri termasuk negeri Perak yang dianggap panas dengan persoalan Pengerusi sebelum ini, Hj. Mustafa Kamil adakah dilantik kembali ke jawatan itu.
Pengumuman hari ini bagaimanapun tidak banyak menyaksikan pelantikan dari kem timbalan presiden Azmin Ali seperti spekulasi sebelum ini.
Bagaimanapun, ia tetap menarik perhatian apabila peguam hak asasi N Surendran, 44, dilantik ke jawatan naib presiden. Surendran tidak menawarkan diri sebagai calon dalan pemilihan yang baru-baru ini.
Selain itu, dua lagi jawatan naib presiden diisi bekas menteri kesihatan Datuk Seri Chua Jui Meng dan ketua PKR Sarawak Baru Bian.
Pelantikan turut melibatkan calon yang tewas dalam pemilihan, termasuk bekas calon ketua AMK Badrul Hisham Shaharin ke jawatan timbalan setiausaha agung.
Mustaffa Kamil Ayub yang tewas dalam perebutan jawatan timbalan presiden kini dilantik menjadi ahli biro politik dan juga ke jawatan ketua biro latihan.
Orang-orang kuat Anwar seperti Rafizi Ramli dan ADUN Jerejak Sim Tze Tsin pula masing-masing kini menjawat kedudukan pengarah strategik dan timbalan ketua penerangan.
Di samping itu, peguam Latheefa Koya dilantik mengetuai biro perundangan yang baru ditubuhkan, manakala Dr Mohd Nor Manuty dilantik sebagai ketua penerangan.
Pengarah pilihan raya yang sebelum ini diisi oleh Fuziah Salleh kini diambil alih oleh Azmin Ali.
INILAH masa terbaik untuk PR menyerang balas Umno setelah PR diserang dariberbagai sudut. Penggantungan Ketua Pembangkang DS Anwar beserta beberapa MP dari PKR dan DAP dari Parlimen seharusnya digunakan untuk PR menyusun strategi mantap untuk menjelajah ke seluruh pelusuk negara memberi maklumat kepada rakyat tentang isu semasa.
Strategi hendaklah disusun secara bersepadu dan diadakan serentak ke seluruh negara. Sebenarnya terlalu banyak isu yang boleh kita terangkan kepada rakyat dan tunjukkan bukti kepada mereka bahawa Umno adalah sebuah parti yang hidup dengan menghisap darah rakyat termasuk darah orang-orang Melayu. Kepada kaum lain, buktikan juga bahawa Umno selama ini hanya mempergunakan MCA, Gerakan dan MIC hanya untuk kepentingan pemimpin mereka.
Penggantungan Ketua Pembangkang, DS Anwar beserta Timbalan Presiden PKR yang juga MP Gombak yang bersuara lantang di Parlimen selama ini membuktikan betapa Najib semakin gementar dengan PR. Pendedahan Wikileaks ternyata menyenakkan perut Najib, di mana tidak pasal-pasal isu pembunuhan Altantuya kembali menjadi panas. Keberanian DS Anwar mencabar Lee Kuan Yew untuk menampilkan bukti tentang pendedahannya berkaitan kes liwat yang dihadapinya telah melenyapkan sangkaan salah rakyat terhadap DS Anwar.
Adakah Najib juga berani berbuat seperti yang telah dilakukan oleh DS Anwar? Beranikah Najib mencabar agar pihak berkenaan menunjukkan bukti tentang pendedahan Wikileaks berkaitan isu Altantuya? Di dalam hal ini, imej DS Anwar leboh ke hadapan dari Najib. Najib hanya bergantung kepada media haprak untuk melindungi keburukan dirinya.
Justeru itu, menjadi tanggungjawab pimpinan PR untuk menemui seluruh rakyat jelata agar mereka tidak terus ditipu oleh Najib dan gerombolannya. Selamatkan rakyat tanggungjawab PR sekarang!