Selasa, 20 Mei 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 20 May 2014 03:20 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:20 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


DYANA KENA FITNAH LAGI

Posted: 19 May 2014 08:46 PM PDT


Foto Kantoi - Dyana peluk Anjing

Gambar sebegini pastinya akan memberikan persepsi yang sangat buruk kepada Dyana Sofya terutama di kalangan pengundi-pengundi Melayu Islam.

Namun sudah menjadi adat bagi gerombolan macai yang ternyata seronok dengan budaya fitnah yang sudah menjadi sebahagian dari darah daging mereka selama ini. Hidup tak akan tenang jika sehari tidak buat fitnah dan kerja-kerja bodoh tahap bangang.

Jika diperhatikan betul-betul, gambar Dyana Sofya memegang anjing tersebut adalah palsu terutama sekali pada bahagian kepala dan badan anjing yang ternyata tak kena langsung hanya jika dilihat dengan mata kasar sahaja.

Kahkahkah..- bloglist-malaysia

Berikut ialah printscreen macai UMNO yang menyebarkan foto fitnah berkenaan:

ULASAN GB

Itulah kerja UMNO... memfitnah sepanjang masa apabila terasa mereka akan kalah dan fitnah-fitnah yang dilakukan akan mempercepat serta melebarkan kekalahan mereka. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Sebelum ini Dyana Sofia difitnahkan berbikini.... Baca SINI.

greenboc


DIALOG RAKYAT

Posted: 20 May 2014 03:05 PM PDT

Setujukah Anda Guna Kemudahan Yang Disediakan Kerajaan Tetapi Berbeza Ideologi Politik Dianggap Pengkhianat & Tidak Bersyukur?

Posted: 20 May 2014 07:56 AM PDT


Dyana Sofya

Adakah apabila kerajaan Selangor yang menawarkan air percuma kepada rakyat Selangor, mereka wajib sokong kepada kerajaan PR? Atas nama terima kasih?

Begitu juga apabila kerajaan Malaysia sediakan sekolah, universiti maka adakah rakyat Malaysia wajib menyokong kerajaan UMNO & Barisan Nasional. Jikalau tidak, akan digelar pengkhianat?

Apakah apabila rakyat masuk ke universiti awam @ menggunakan air percuma, maka rakyat tidak boleh berbeza pandangan politik dengan kerajaan yang memerintah?

Hakikatnya kepada kedua-dua persoalan di atas, taat kepada negara tidak semestinya taat kepada kerajaan. Ini yang sebetulnya.

Ya. Benar. Dalam Islam kita dinasihatkan untuk taat kepada umul amri. Tetapi ada syarat dan batas-batasnya yang mana Ulil amri itu adalah :

  1. ulul amri yang tidak suruh orang berbuat jahat
  2. ulil amri yang tidak ambil & makan rasuah
  3. ulul amri yang tidak rampas hak orang lain
  4. ulul amri yang tidak menindas rakyatnya sendiri & berlaku adil kepada semua lapisan masyarakat

Di Malaysia atau mana-mana di dunia sekalipun tidak ada yang maksum dan sehabis adil. Tetapi di dunia ini kita dapat lihat contoh pemimpin yang berusaha bersungguh-sungguh untuk berlaku adil kepada rakyatnya VS dengan yang sangat tidak adil yakni terang-terang melanggar hak rakyat.

Jadi, pada waktu si pemimpin ini melakukan kesalahan, Berita Semasa tidak melihat rakyat perlu mentaati membuta tuli.

Anak-anak muda hari ini cukup-cukup berbeza sehingga mampu memberikan ancaman besar kepada parti politik yang tidak mampu atau masih terkial-kial dengan cara politik lama dalam pada masa yang sama "menyerap kebangkitan" kebangkitan & aspirasi serta harapan anak muda hari ini. Anak muda apabila sel sel otaknya saling berhubung, campaklah ke mana msahaja hatta di universiti komunis sekalipun tetap akan teguh pendirian dan berdikari pemikirannya ibarat seperti :

"ikan yang hidup dalam laut, walau hidup dalam air masin tetapi ikan-ikan tidak pula" menjadi masin"

Inilah jadinya apabila patriotik disalahertikan.

Dyana Sofya UiTM

P/S : Jangan diharap apabila taat tidak boleh sama sekali boleh dikritik @ dikutuk pula kan?

PP/S : Kepada pihak kerajaan negeri mahupun kerajaan Malaysia, jika kita mahu anak muda hari hari ini menyokong kerajaan anda yang memerintah, berubahlah pendekatan dalam memahami aspirasi anak muda. Janganlah suka sangat membuat kenyataan yang pelik-pelik & kenyaatan memalukan diri sendiri atas nama mahu mengekalkan kuasa "dulu, kini dan selama-lamanya"

PPP/S : Sesebuah kerajaan itu hidup atas duit rakyat, kekayaan hasil mahsul negara & amanah yang diberikan oleh rakyat. Walaupun berbeza ideologi, semua rakyat perlu menunaikan kewajiban membayar cukai. Jadi, terpulang kepada mereka untuk memangkah yang mana satu. Pemimpin parti politik boleh menarik undi, tetapi jangan sesekali menghalang kehendak & harapan rakyat……Bagaimana dengan lontaran pendapat anda pula?

[MENYAYAT HATI] Anak Pramugara MH370 Dilahirkan Tanpa Ayah Di Sisi...

Posted: 20 May 2014 07:52 AM PDT

KELAB GREENBOC


MH370: Anak pramugara selamat dilahirkan

KUALA LUMPUR: "Doakanlah mami selamat menjalani operation untuk melahirkan Muhammad hari ini."

Bait-bait ayat itu itu dimuat naik Intan Maizura Othaman di laman Instagramnya beberapa jam sebelum melahirkan anak keduanya itu.

Intan memuat naik gambar tag namanya dan turut memohon maaf kepada suaminya, Hazrin Mohamed Hasnan, pramugara pesawat penerbangan MH370 yang sehingga kini masih belum ditemui.

"Sayang, ampunkanlah segala dosa-dosa mami to you. Sekiranya mami tahu bahawa perpisahan abadi menanti kita pada malam 7.3.2014, sudah tentunya mami akan melutut sujud pohon kemaafan daripada you pada hari terakhir pertemuan kita, "

Intan selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad pada Isnin malam di Hospital Putrajaya.

Meskipun tanpa Hazrin disisi, dia berjanji untuk terus tabah membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.


"Semoga Allah SWT panjangkan usia mami untuk terus curahkan kasih sayang dan untuk terus membesarkan permata-permata you yang diamanahkan oleh Allah ini untuk menjadi insan yang beriman dan berjaya di dunia dan di akhirat,"

Pasangan itu turut mempunyai anak perempuan bernama Iman.

Hampir tiga bulan berlalu, Hazrin hilang tanpa khabar berita bersama 239 penumpang lain yang menaiki pesawat MH370.

Penerbangan MH370 hilang sejak 8 Mac.

Sehingga kini usaha mencari dan menjejak, SAR giat dijalankan dengan memasuki fasa baru- pencarian di dasar laut.

Urusan Membantu Deepak Rupanya Dilakukan Di Pejabat Menteri, Tapi Kenapa Najib Masih Diam?

Posted: 20 May 2014 07:28 AM PDT

shahbudindotcom


Nama usahawan karpet, Deepak Jaikishan yang sebelum ini meriah mendedahkan pelbagai perkara mengenai kecurangan, salah laku serta kemewahan Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor, tiba-tiba muncul dan diperkatakan semula dalam isu keengganan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek menandatangani sambungan khidmat Pengerusi Bank Rakyat, Sabbaruddin Chik.

Hassan, menteri yang yang dikaitkan dengan "cap ayam" dan dianggap paling tidak berkualiti dalam kabinet Najib berikutan beberapa reaksinya mengenai harga ayam, kenaikan harga barang dan tahap pengguna yang dianggapnya berpuas hati dengan kerajaan berikutan tidak banyak keluhan yang diterima oleh kementerian sedangkan luahan kemarahan rakyat begitu jelas di laman sosial Facebook dan Twitter, didapati enggan menyambung kontrak perkhidmatan Sabbaruddin yang berakhir 8 Mei lalu kerana tidak mahu menuruti kemahuannya.

Tindakan beliau itu berpunca daripada keengganan Lembaga Pengarah Bank Rakyat meluluskan permintaan agar suatu bentuk penyelesaian mudah diberikan kepada baki pinjaman sebuah syarikat yang dimilik oleh Deepak sebanyak lebih RM30 juta dengan tempoh bayaran selama 10 tahun melalui 120 keping "post dated" cek.

Penyelesaian itu sebenarnya sudah pun dipersetujui antara Deepak dengan beberapa individu tertentu dalam Bank Rakyat yang mengadakan perbincangan di pejabat Hasan Malek, kira-kira dua bulan sebelum itu.

Penyelesaian dan persetujuan di pejabat Hasan itu hanya diketahui oleh Sabbaruddin dan Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat kemudiannya dalam sepucuk surat yang diterima memaklumkan perkara itu dan meminta Lembaga Pengarah Bank Rakyat menyetujuinya.

Bagaimanapun, atas dasar prinsip sebagai entiti perniagaan dan Bank Rakyat pula dimiliki oleh beribu-ribu koperasi daripada seluruh negara yang mengharapkan pulangan keuntungan daripada usaha yang dijalankannya, Lembaga Pengarah menolak penyelesaian yang diminta oleh Hassan itu kerana ia jelas akan membawa kerugian kepada bank.

Penolakan itu menimbulkan kemarahan yang amat sangat kepada Hasan.

Sebelum Hasan bertindak "membalas dendam" dengan enggan menandatangani penyambungan kontrak Sabbaruddin yang telah pun dipersetujui oleh Najib selaku Perdana Menteri dan juga Bank Negara, menteri itu juga pernah meluahkan kemarahannya kepada Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat dalam suatu majlis dengan berkata, "saya akan pecat kamu semua".

Berikutan tindakan Hasan itu, Sabbaruddin terpaksa meninggalkan pejabatnya di Bank Rakyat dan sehingga ini jawatan pengerusi bank itu masih kosong lagi. Dalam masa yang sama, kelulusan penyelesaian mudah kepada Deepak juga turut dipercayai tergantung.

Apakah Hasan sedang mencari seorang pengerusi baru yang boleh mengikut telunjuknya dan membiarkan Bank Rakyat rugi asalkan bantuan kepada Deepak dapat ditunaikan?

Penglibatan Hasan sebagai seorang menteri yang didapati begitu beria-ia mahu membantu Deepak sehingga tidak mahu meluluskan sambungan kontrak Sabbaruddin bukan saja menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan adanya unsur rasuah dan "ada yang buat duit daripadanya" tetapi juga membangkitkan pertanyaan tentang hubungan usahawan karpet itu dengan Najib dan Rosmah Mansor.

Jika Hasan seorang menteri yang senstif dan menyedari bagaimana Deepak telah memalukan Najib dan Rosmah dengan pelbagai siri dakwaan yang mengaibkan sebelum pilihanraya umum lalu, tidak mungkin beliau mahu berurusan dan bersikap baik dengan usahawan tersebut.

Persoalannya ialah apakah Deepak sudah berbaik dengan Najib dan Rosmah dan keberanian Hasan yang sebelumnya dianggap tidak berwibawa dan "cap ayam" bertindak "memecat" Sabbaruddin adalah kerana ada "big boss" di belakangnya?

Tetapi jika tiada campurtangan Najib dan Rosmah pula, apakah yang mendorong Hassan tiba-tiba menjadi seorang yang berani?

Sabbaruddin dalam suatu pertemuan dengannya, jelas kecewa dengan apa yang berlaku kepada dirinya kerana merasakan masih banyak yang boleh disumbangkan melalui idea dan pemikirannnya di Bank Rakyat itu. Sebagai bekas menteri dan kakitangan kerajaan yang banyak pengalaman dalam kepimpinan, Sabbaruddin telah membawa banyak pembaharuan sejak berkhidmat sebagai pengerusi selama tiga tahun lalu.

Antara pembaharuan yang diwujudkannya ialah menukar persekitaran di ibu pejabat Bank Rakyat daripada imej "pajak gadai lama" kepada sebuah persekitaran bank yang segar, nyaman, selesa dan ceria. Selain layanan yang lebih mesra kepada pelanggan, hidangan minuman dan kuih-muih turut disediakan kepada pelanggan untuk mengelakkan mereka rasa bosan jika terpaksa menunggu agak lama untuk berurusan dengan kaunter.

Melalui hubungannnya dengan pelbagai peringkat usahawan dan tauke besar juga, Sabbaruddin telah berjaya membawa beberapa daripada mereka memindahkan sebahagian simpanan serta tabungan ke Bank Rakyat dan ini tidak diragui lagi merupakan tambahan kepada sumber pendapatan bank tersebut.

Dalam isu antara Hassan, Sabbaruddin dan Bank Rakyat ini, walaupun pelbagai perkara boleh ditafsirkan seperti kemungkinan adanya elemen rasuah dan "ada orang buat duit daripadanya", tetapi yang paling memalukan ialah kerana ia turut menjejaskan nama Perdana Menteri, Najib Razak.

Najib bukan saja dianggap lemah kerana gagal memastikan tandatangannya yang bersetuju khidmat Sabbaruddin disambung sepenggal lagi, bahkan dicemari atas kemungkinan sudah berbaik dengan Deepak yang kuat menghentam beliau dan isterinya sebelum ini dan penyelesaian mudah hutang dengan Bank Rakyat adalah ganjaran daripadanya.

Lantaran itu, ramai yang mula bertanya, patutlah Deepak tidak lagi bersuara sekarang ini?

Untuk membersihkan nama, imej dan membuang daripada segala sangkaan serta andaian buruk mengenainya dengan Deepak, Najib tidak ada pilihan lain melainkan memastikan agar tandatangannya yang menyetujui khidmat Sabbaruddin disambung sebelum ini dihargai oleh anggota kabinetnya sendiri dan tidak diperlekeh begitu saja.

Lebih daripada itu, dengan mengembalikan khidmat Sabbaruddin yang diketahui seorang yang jujur, berprinsip dan tidak boleh dibuat "main-main, ia juga merupakan sumbangan besar Najib kepada kejujuran dan intergriti dan tidaklah beliau juga dilihat bersubahat dengan petualang yang mahu membunuh beribu-ribu koperasi yang bernaung di bawah Bank Rakyat.

MH370 : Media Asing Heret Anwar Berspekulasi Lagi

Posted: 20 May 2014 07:26 AM PDT


Izardy Amiruddin

KUALA LUMPUR - Stesen televisyen Australian Broadcasting Corporation (ABC) melalui salah sebuah program terbitan syarikat itu , Four Corners baru-baru ini telah mewawancara tiga tokoh di Malaysia bagi mendapatkan perkembangan dan pandangan mengenai kehilangan pesawat MH370. 

Menteri Pertahanan merangkap pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan bekas Ketua Juruterbang MAS, Kapten Nik Huzlan merupakan tiga individu ditemuramah oleh wartawan Caro Meldrum-Hanna .

Sesi wawancara antara Hanna dan Hishamuddin dilihat sebagai medan untuk mencari kesalahan dan kelemahan kerajaan Malaysia dari segi komunikasi dan respons oleh agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab.

Wartawan Four Corners itu telah mengemukakan beberapa soalan yang memerlukan fakta-fakta yang tepat dan terperinci daripada agensi-agensi yang terlibat.

Bagi mengelakkan jawapan berbentuk spekulatif dan diputar belit pihak media asing seperti yang pernah berlaku sebelum ini, Hishamuddin menekankan laporan lengkap mengenai perincian kehilangan pesawat hanya akan dikeluarkan oleh agensi-agensi yang terbabit sebagai rujukan rasmi.

Bagi Menteri Pertahanan itu, soalan-soalan Hanna yang bertanyakan mengenai altitud pesawat semasa kehilangan dilaporkan , tempoh pesawat tak dikenali dikesan dalam radar tentera, jumlah anggota yang bertugas semasa pesawat dikesan dalam radar dan masa Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memaklumkan kepada pihak tentera mengenai kehilangan hanya akan dimaklumkan secara rasmi melalui laporan yang akan dikeluarkan agensi-agensi terlibat.

Sepanjang wawancara, wartawan berkenaan dilihat seolah-olah mendesak Hishamuddin memberikan beberapa fakta walau hanya dalam bentuk anggaran.

Sekiranya fakta yang diberikan Hishamuddin tidak tepat berbanding laporan yang disediakan agensi dikeluarkan kelak, ia pasti akan merosakkan kredibiliti Menteri Pertahanan itu.

Di awal wawancara , wartawan Four Corners itu turut mempersoalkan tindakan tentera Malaysia yang tidak berbuat apa-apa selepas mendapati terdapat pesawat tak dikenali berada di dalam radar tentera.

Hishamuddin menjawab dengan menjelaskan empat faktor iaitu pesawat yang tak dikenali itu tidak menunjukkan ciri-ciri permusuhan, ia merupakan pesawat komersil yang tidak membahayakan, pesawat itu berasal dari ruang udara negara dan Malaysia tidak berperang dengan mana-mana negara.
Hishamuddin mengambil contoh kegagalan pertahanan Amerika Syarikat yang tidak menduga tragedi 9 September berlaku apabila 2 pesawat milik negara itu dirampas dan melanggar kedua-dua menara World Trade Center di New York, sedangkan negara itu mempunyai musuh dan terlibat dalam peperangan pada ketika itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar dalam satu temuramah berasingan dengan Four Corners berpendapat prosedur standard (SOP) bagi pertahanan mana-mana negara di dunia ini ialah bertindak dalam masa 3 minit apabila mengesan pesawat yang tak dikenali berada dalam ruangan udara negara .
Jet pejuang akan dihantar bagi mengiringi pesawat berkenaan untuk mendarat atau mengusir dari ruang udara negara.  Tindakan ini diperketatkan terutama setelah berlaku kejadian 9 September.

Hishamuddin pula dalam satu respons terhadap wartawan Four Corners berkata sekiranya jet Sukhoi dihantar menjejaki pesawat komersil tak dikenali dalam radar itu , adakah ia terpaksa ditembak (sekiranya gagal mematuhi arahan)?

Pesawat MH370 gagal dikesan dan dihubungi kerana transponder dan sistem komunikasinya dimatikan.

Sekiranya Sukhoi dihantar bagaimana ia dapat memberikan arahan untuk mengiringi pesawat sekiranya sistem komunikasi dimatikan?

Sebelum ini, pihak tentera telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mengandaikan pesawat komersil telah di arahkan untuk berpatah balik oleh menara kawalan atas sebab-sebab tertentu, dan tiada tindakan dibuat atas sebab itu.

Untuk rekod, beberapa kejadian pesawat komersil terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang dimana ia berlepas atas sebab-sebab teknikal .
 

Terbaru, dimana pesawat Malindo Air terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Subang disebabkan salah satu enjin pesawat terbakar dan insiden dimana tayar kapal terbang pesawat MAS yang pecah semasa berlepas untuk penerbangan ke Bangalore.

Mungkin di pihak pertahanan tentera mereka mengandaikan berlaku masalah pada transponder dan sistem komunikasi kapal terbang hingga memaksa pesawat itu membuat turn-back untuk mendarat dalam negara.

Persoalan yang ditimbulkan oleh wartawan Four Corners mengenai masa di mana DCA memaklumkan pada tentera mengenai kehilangan pesawat mungkin boleh merungkai persoalan 'andaian' yang dibuat oleh pertahanan negara ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut ditemuramah wartawan Four Corner dilihat mengambil kesempatan politik apabila turut menyelitkan beberapa dakwaan mengenai ketidaktelusan yang berlaku dalam sistem pentadbiran negara, serta bagaimana kakitangan awam dan media arus perdana di kawal oleh kerajaan yang memerintah dalam menyebarkan maklumat.

Wartawan Four Corner walaubagaimanapun lebih berminat dengan dakwaan Anwar sebelum ini bahawa beliau memperoleh maklumat berkaitan data mengenai kargo MH370 telah dipadamkan.

Anwar walaubagaimanapun enggan mendedahkan individu yang memberikan maklumat tetapi mendakwa ia adalah dari seseorang yang berada dalam MAS.
 

Ironinya,  Anwar dalam jawapan beliau kepada Hanna (wartawan Four Corner) berkata beliau tidak dapat mengesahkan kesahihan mengenai maklumat yang diperoleh itu .

Ternyata dakwaan mengenai maklumat kargo yang dipadamkan hanyalah spekulasi Anwar semata-mata bagi memberi kan imej buruk pada kerajaan yang memerintah.

Anwar juga dilihat sependapat dengan wartawan Four Corner bahawa kerajaan Malaysia cuba menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan pesawat MH370 . Maklumat kargo, maklumbalas serta tindakan  pihak bertanggungjawab antara yang paling utama dipersoalkan .

Hishamuddin walau bagaimanapun bertegas bahawa kerajaan tidak mempunyai kemampuan untuk menyembunyikan perkara ini dari pihak umum apabila ia melibatkan ramai pakar-pakar, banyak negara, agensi-agensi dalam dan luar negara dan pihak-pihak berkepentingan samada dari dalam atau luar negara.

MCA selar Ridhuan Tee isu 'intip gereja'

Posted: 20 May 2014 07:17 AM PDT

MALAYSIAKINI

 

Seorang pemimpin MCA berkata, beliau melihat pensyarah kontroversi Ridhuan Tee Abdullah cuba berlagak alim tetapi melakukan tindakan bertentangan dengan agama sendiri apabila menyeru orang Islam menyusup masuk ke gereja.

Datuk Koo Chin Nam, timbalan pengerusi badan bertindak khas MCA berhubung pelaksanaan syariah berkata, beliau juga melihat Ridhuan, yang berketurunan Cina itu, berusaha keras untuk melupakan asal usulnya.

Beliau juga menyeru agar masyarakat mengabaikan kenyataan Ridhuan itu.

"Lagi pun, tindakannya menunjukkan dia suka mencari perhatian dan berusaha keras dalam kegagalan untuk melupakan asal usul Cinanya dengan menyerang keturuannya sendiri dan agama lain selepas beliau memeluk satu agama, hanya untuk membuktikan kesuciannya yang lebih alim dari orang alim.

"Bagaimanapun, kenyataannya dalam Sinar Harian bahawa 'Saya harap ada umat Islam yang boleh menyamar masuk ke gereja dan dengar apa yang dibincangkan' amat tidak wajar sebagai seorang Cina Muslim terpelajar," katanya.

Tambahnya, tulisan yang menghasut seperti itu boleh menyebabkan salah faham yang serius.

"Beliau melampaui batas toleransi rakyat Malaysia yang cintakan keamaan ke atas golongan taksub berfikiran sempit yang ingin menyemai kecurigaan dan ketidakstabilan dalam negara pelbagai kaum dan pelbagai agama.

"Tentulah, Islam sebagai agama yang mula tidak menyokong atau menganjurkan kepada pengikutnya untuk menceroboh ke rumah ibadat agama lain untuk mencari kesalahan atau membuat kekacauan.

Koo turut menggesas polis untuk menyiasat Ridhuan mengikut undang-undang hasutan atas kenyataan terbaru pensyarat tersebut, yang menurutnya menggalakkan orang Islam melakukan jenayah.

Katanya, pensyarah tersebut sepatutnya memikirkan bahawa tindakan yang dianjurkannya itu boleh menjadi tidak terkawal sehingga menjadi pelakuan jenayah.

Koo berkata Riduan sepatutnya melihat kepada kebaikan Islam dan menghentikan serangannya ke atas gereja sekiranya benar-benar ingin menyerlahkan kelebihan Islam.

MP: Umno tak layak gelar 'pengkhianat Melayu'

Posted: 20 May 2014 07:14 AM PDT

MALAYSIAKINI

 

MP DAP Datuk Mohamad Ariff Sabri Abdul Aziz berkata golongan pemimpin Umno tidak layak menggelarkan golongan Melayu yang menyertai DAP sebagai pengkhianat.

Beliau memberi alasan, perbuatan pengkhianatan itu sendiri merupakan tindakan yang sinonim dengan Umno, yang digelarkan sebagai "bapa pengkhianat".

MP Raub itu berkata, golongan yang mengkritik DAP itu juga berfikiran cetek apabila membangkitkan mengenai keanggotaan orang Melayu dalam parti tersebut.

"Inilah pemikiran orang Melayu peringkat kampung. Bila tiada Melayu dalam DAP, dia kata DAP parti rasis. Tapi dia tidak beri Melayu masuk DAP.

"Bila Melayu masuk DAP, dia akan kata, Melayu itu perhiasan dan pengkhianat bangsa," kata bekas ADUN Umno itu lagi dalam tulisan di blog sakmongkol.blogspot.com.

Kenyataan itu timbul selepas ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilaporkan memberi peringatan kepada calon DAP untuk pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud agar tidak menjadi pengkhianat.

Seorang lagi pemimpin Wanita Umno, Jahara Hamid yang juga ketua pembangkang DUN Pulau Pinang mengumpamakan Dyana sebagai "kacang lupakan kulit".

Mengulas lanjut, Ariff Sabri bekata, keputusan DAP mencalonkan Dyana Sofya itu bertujuan untuk meningkatkan keyakinan orang Melayu, sama seperti strategi Umno.

"Hiasan atau tidak, memang objektif DAP ialah meningkatkan keyakinan orang Melayu. Sama seperti Umno letak (calon dari) MCA, MIC dan Gerakan – semua itu perhiasan untuk Umno untuk tujuan yang sama – memancing pengundi bangsa bukan Melayu.

"Kenapa ianya boleh dilakukan oleh Umno tapi tidak boleh dilakukan oleh parti DAP? Ianya bukan suatu jenayah," katanya lagi.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan mengaitkan Umno dengan pengkhianatan, beliau seterusnya membangkitkan isu tanah rizab Melayu, saham bumiputera dan juga kenaikan tarif elektrik.

"Mengenai bab pengkhianat ini orang Umno memang cukup handal. Sebab mereka pengkhianat bangsa Melayu yang paling besar," katanya.

Pesawat MAS ke Langkawi Disambar Petir

Posted: 20 May 2014 07:09 AM PDT

Radhi Razak

ALOR SETAR - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Langkawi dilaporkan disambar petir pada bahagian enjin, tengah hari tadi.

MAS yang mengesahkan insiden itu berkata, pesawat melibatkan penerbangan MH1348 bagaimanapun tidak menyebabkan berlakunya sebarang kemalangan dan kerosakan.

Insiden yang berlaku sekitar jam 11:50 pagi itu disedari salah seorang seorang penumpang penerbangan berkenaan.

Pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat dan berlepas pulang semula ke KLIA selepas itu.

Calon bebas 'langgar' kereta Guan Eng

Posted: 20 May 2014 04:22 AM PDT

MALAYSIAKINI


 

 

 

Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan membuat kecoh di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini hanya untuk berjumpa Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau yang menunggu di hadapan DUN sejak jam 12:30 tengah hari bertindak nekad menahan Lim yang mahu beredar dengan kereta kira-kira jam 2 petang.

Selepas 10 minit Backer yang dihalang oleh sekumpulan pengawal keselamatan DUN kemudiannya 'melanggar' kereta Mercedes Lim dan terus terbaring di atas jalan raya.

Hal ini menyebabkan kesesakan di Lebuh Light, di hadapan DUN.

Lim, pemandu dan pembantu peribadi beliau terus beredar tanpa turun dari kereta itu.

Abu Backer kemudian mendakwa dilanggar dan mengadu sakit di bahagian rusuk kanannya.

Ambulans tiba pada jam 2.30 petang membawa beliau ke Hospital Pulau Pinang.

Pembantu beliau memberitahu Malaysiakini beliau akan membuat laporan polis berkenaan perkara ini.

Sebelum ini Abu Backer mendakwa Guan Eng enggan bertemu beliau walaupun beliau mencuba setiap hari sejak minggu lalu.

Beliau turut meluahkan perasaan tidak puas hati kerana lawan beliau calon DAP Ramkarpal Singh dapat masuk ke DUN sedangkan beliau hanya dibenarkan berjumpa dengan pegawai DUN.

"Tidak adil. Saya tak puas hati. Kenapa Ram boleh masuk dan saya tak?

"DAP kata mereka kerajaan berkebajikan. Saya calon. Kenapa susah sangat nak berjumpa ketua menteri saya?" kata beliau sebelum menahan kereta Lim.

Masih di hospital

Ketika laporan ini ditulis, jurucakap Hospital Pulau Pinang berkata Abu Backer masih menerima rawatan di sana.

Sementara itu pengawal keselamatan DUN yang bertugas Tiraya Abd Rahim berkata, mereka tidak berniat mengambil tindakan ke atas Abu Backer kerana tidak mahu terlibat dengan kempennya menjelang pilihan raya kecil Bukit Gelugor pada 25 Mei ini.

Menurut Tiraya, Abu Backer menimbulkan sedikit kekecohan setelah dimaklumkan pegawai DUN Mohd Abdul Rahman bahawa beliau tidak dapat berjumpa dengan ketua menteri.

Bagaimanapun Abu Backer memberi kerjasama dan diiringi keluar oleh Mohd sebelum muncul kembali menghalang kereta Guan Eng.

"Tindakan liar beliau sengaja menendang dan 'melanggar' kenderaan rasmi ketua menteri merupakan satu kesalahan mengganggu ketua menteri sebagai penjawat awam.

"Akan tetapi pihak keselamatan tidak berniat untuk mengambil tindakan ke atas Abu Backer yang bertindak liar ini kerana tidak mahu terlibat dalam cara kempen beliau," katanya dalam kenyataan hari ini.

Retak pinggang

Sementara itu, dalam perkembangan terbaru, pembantu peribadi Abu Backer memberitahu media bahawa pegawai perubatan mengesahkan majikannya itu mempunyai keretakan di sebelah kanan pinggang.

Beliau masih bawah pengaruh ubat bius dan belum sedar dan bakal dipindahkan ke Pusat Rawatan Gleneagles selepas sedar.

LIHAT VIDEO DI SINI

Ibu kata Dyana seperti Marina Mahathir

Posted: 20 May 2014 04:18 AM PDT

MALAYSIAKINI

Yammy Samat menyindir menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersoalkan didikan dan cara beliau membesarkan Dyana Sofya Mohd Daud, sehingga peguam muda itu sanggup menyertai DAP.



Pemimpin veteran Wanita Umno itu dengan sinis berkata, beliau berusaha membesarkan Dyana, 27 supaya mengikut jejak langkah seorang anak lelaki Mahathir, Mukhriz yang kini menjadi menteri besar Umno di Kedah.

Bagaimanapun, anak gadisnya itu kini lebih banyak mencontohi seorang lagi anak Mahathir, Marina, aktivis sosial yang sering berbeza pandangan dengan bekas perdana menteri itu.

"Saya cuba didik anak saya jadi Mukhriz tapi apabila besar dia jadi Marina," katanya seperti dipetik dalam laporan Astro Awani.

Yammy juga berkata, beliau memberikan kebebasan kepada anaknya untuk memilih antara perkara yang baik dan buruk.

"Dia sudah besar dan boleh berfikir sendiri," katanya ketika ditemui semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, yang ditandingi Dyana.

Mahathir semalam menyatkaan kekecewaannya kerana DAP meletakkan calon dari keluarga Umno.

Bekas presiden Umno itu turut menasihati anggota parti supaya mengelakkan anak-anak mereka membelakangi Umno.

Najib akan putuskan sama ada akan saman Mkini

Posted: 20 May 2014 04:14 AM PDT

MALAYSIAKINI

 

Datuk Seri Najib Razak akan memutuskan sama ada akan memfailkan saman fitnah terhadap Malaysiakini sebelum berlepas ke luar negara esok, kata peguamnya Mohd Hafarizam Harun.

Beliau sebelum ini memberikan masa 48 jam – berakhir dua hari lepas – kepada Malaysiakini untuk menarik balik dua artikel yang mengumpulkan pandangan pembaca dan memohon maaf tanpa syarat.

Hafarizam (kiri) berkata, beliau akan membuat temu janji dengan Najib sama ada malam ini atau esok pagi.

"Saya akan tetapkan temu janji dengannya sebelum beliau meninggalkan negara ini esok," katanya kepada pemberita hari ini.

Najib berpandangan dua artikel 'Yoursay' bertarikh 14 Mei, berjudul "A case of the PM reaping what he sows" dan "How much will Najib spend to keep Terengganu?" berhubung krisis politik Terengganu, adalah fitnah.

Ditanya tentang tawaran hak menjawab yang ditawarkan Malaysiakini, Hafarizan berkata, beliau akan menyampaikan tawaran itu kepada Najib dalam pertemuan mereka.

"Ya, sudah tentu, saya akan majukan kesemua pihak dan tawarkan kepada anak guam untuk putuskannya," tambahnya.

Rahib meninggal dunia selepas diserang

Posted: 20 May 2014 04:10 AM PDT

MALAYSIAKINI

 

Seorang daripada dua rahib yang diserang di luar sebuah gereja di Seremban dalam kejadian hari Rabu lalu meninggal dunia hari ini ekoran kecederaan parah yang dialaminya.

Julianna Lim, 69, meninggal dunia di Hospital Seremban pada jam 3.25 petang ini.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya Joy Appukuttan.

Katanya, pihak gereja Infant Jesus akan mengeluarkan satu kenyataan tidak lama lagi.

Dalam kejadian pada pagi hari Rabu itu, Lim dan seorang lagi rahib, Sister Marie Rose @ Theresa Teng diserang dalam satu kes rompakan di luar gereja Church of Visitation ketika dalam perjalanan pulang dari satu upacara keagamaan.

Ketika dihubungi pihak biskop Kuala Lumpur menyatakan pihaknya telahpun dimaklumkan mengenai kes kematian itu.

Maklumat lanjut mengenai kematian berkenaan akan didedahkan esok.

Laporan The Star hari ini menyebut, rakaman video litar tertutup menunjukkan dua orang rahib itu dipukul berkali-kali menggunakan satu topi keledar.

Rakaman itu menunjukkan penyerang yang memakai topi keledar dan memegang lampu suluh, mengejar dua orang rahib berkenaan dalam kejadian tersebut.

Mereka ditemui dalam keadaan berdarah oleh seorang pekerja gereja dan dihantar ke hospital.

Polis percaya kejadian itu bermotifkan rompakan dan telahpun meningkatkan kawalan di kawasan terbabit.

BN bayang kronisme sebagai 'politik adil'?

Posted: 20 May 2014 03:57 AM PDT

HARAKAHDAILY 

KUALA LUMPUR: BN hari ini seperti mengesahkan mereka mementingkan politik kronisme dalam mengetengahkan calon bagi satu-satu pilihan raya yang disifatkan mereka sebagai 'politik adil'.

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan berkata, mereka menginginkan sama ada ketua bahagian atau presiden parti menjadi calon.

"Kita ingin orang nombor satu dalam satu-satu tempat itu sama ada dia ketua bahagian atau presiden parti. Jadi kita letak (Datuk) Mah (Siew Keong) sebagai calon," katanya merujuk kepada calon Pilihan Raya Kecil Teluk Intan.

Beliau menegaskan politik BN adalah politik adil di mana parti memberi peluang kepada seseorang calon yang layak di tempatnya.

Ia dibuktikan menerusi pencalonan Mah yang juga Presiden Gerakan, sebagai wakil BN pada PRK Teluk Intan itu.

"Itulah maksud adil iaitu meletakkan sesuatu di tempatnya. Di sini, 43 peratus pengundi adalah orang Cina, jadi kita letak calon Cina," katanya yang juga Timbalan Menteri Kewangan.

Beliau dilaporkan mengulas kenyataan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan pencalonan Dyana Sofya Mohd Daud mewakili DAP sebagai sebahagian politik baharu. -

Ramkarpal: Terima kasih Muslimat PAS

Posted: 20 May 2014 03:55 AM PDT

MOHD SABRI SAID 

 

HARAKAHDAILY: Muslimat PAS ada melaksanakan program rawatan percuma. Apakah pandangan anda?

RAMKARPAL: Saya berterima kasih pada Muslimat PAS kerana sudi melaksanakan program seumpama itu. Saya juga pergi dan menerima rawatan. Ia sungguh baik dan DAP amat menghargai kesungguhan PAS mendekati masyarakat setempat. Sebenarnya DAP pun tidak terfikir untuk mengadakan program begitu.

Anda mempunyai latar belakang guaman. Apakah apabila menang nanti anda berhajat menwujudkan pusat guaman percuma?

RAMKARPAL: Bab itu sudah lama saya buat. Hampir 10-15 tahun lalu saya sulamkan kerja kebajikan menyelesaikan masalah rakyat dengan kerjaya saya sebagai peguam. Saya cuba buat yang terbaik sepertimana ayah saya Karpal Singh.

Ada lagikah kawasan yang belum ditembusi?

RAMKARPAL: Sepanjang kempen, jentera kita telah menembusi 90 peratus termasuk kawasan yang tegar Umno seperti di lokasi penempatan Melayu di Dewan Undangan Negeri, Seri Delima.

Dulu agak sukar memasuki kawasan Melayu tetapi melalui kempen dan bantuan jentera komponen Pakatan Rakyat semuanya dapat ditembusi. Kami memberi penerangan apa yang Kerajaan Pakatan Rakyat lakukan untuk kepentingan rakyat sendiri.

Apakah pesanan anda kepada pengundi di Bukit Gelugor?

RAMKARPAL: Kepada pengundi Bukit Gelugor, keluarlah beramai-ramai mengundi pada 25 Mei nanti kerana undi anda adalah penentu masa depan negara. Apabila mengundi pilihlah pakatan Rakyat kerana kami berjaya membentuk sebuah negeri yang bersih, hijau, sihat dan selamat.

Saya juga bertekad akan meneruskan usaha perkhidmatan perubatan percuma pada masa depan sebab melalui cara itu kita dapat menyalurkan maklumat di samping menjalinkan ikatan persaudaraan.

Hudud bukan agenda Umno

Posted: 20 May 2014 03:53 AM PDT

MOHAMED HANIPA MAIDIN 

TULISAN ini bercadang untuk menjawab isu yang dibangkitkan dalam dua forum yang saya dijemput sebagai panelis iaitu forum di RTM dan forum anjuran MCA. Memandangkan kesuntukan masa dalam kedua-dua forum ada isu yang tidak sempat dijawab cuba dijawab di sini. Insya-Allah untuk kali ini saya jawab dulu hujah wakil Umno dalam forum di RTM .

Dalam forum di RTM, wakil Umno iaitu Adun Kok Lanas, YB Datuk Che Alwi menyatakan PAS tidak wajar meminta Umno membawa rang undang undang Kerajaan bagi membolehkan Kelantan melaksanakan hudud kerana hudud adalah agenda PAS dan bukannya agenda Umno. Mungkin kita berhak bertanya hudud ini agenda Islam atau agenda PAS atau Umno ?

Jika ia agenda Islam , mengapa Umno melabelkan ia adalah agenda PAS sebagaimana Umno pernah juga tuduh hudud di Kelantan adalah hudud PAS? Dan mengapa Umno tidak mahu menggunakan kuasanya di Parlimen membawa rang undang undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 ? Bukankah akta ini Umno yang gubal dan luluskan di parlimen dan bukankah akta ini menghalang hukuman hudud dan qisas dilaksanakan? Jadi mengapa Umno yang ada kuasa majoriti di parlimen enggan meminda akta ini bagi membolehkan bukan sahaja Kelantan, tapi semua mahkamah syariah di negara ini mempunyai kuasa untuk melaksanakan hudud dan qisas.

Keduanya, jika hudud bukan agenda Umno maka bagaimanakah PAS dan umat Islam boleh percaya parti yang tidak menjadikan hudud sebagai agenda mereka akan menyokong parti yang mempunyai agenda hudud? Dan apakah jaminan parti yang tidak ada agenda hudud akan menyokong hasrat PAS jika sekiranya rang undang undang persendirian dibawa oleh PAS? Bagaimanakah kita boleh pastikan parti yang tidak ada agenda hudud ini tidak mempunyai agenda lain atau agenda tersembunyi dalam isu hudud ini?

Dengan rekod sejarah Umno yang tidak peduli rang undang undang persendirian yang PAS bawa di Parlimen bagi mewujudkan kesalahan irtidad dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 sehingga menyebabkan sehingga kini murtad bukan dikira satu kesalahan di Wilayah Persekutuan, adakah boleh kita percaya parti yang tidak menjadikan hudud sebagai agenda mereka akan bersedia menyokong PAS jika rang undang undang persendirian di bawa oleh PAS?

Che Alwi juga menyatakan rakyat perlu membezakan antara menolak hudud dan tidak melaksanakan hudud pada masa ini. Kata beliau, Umno tidak tolak hudud cuma Umno rasa buat masa ini ia tidak sesuai. Katanya juga Umno gunakan pendekatan penerapan nilai nilai Islam dan beransur-ansur sebab itu Umno buat bank islam, universiti Islam dan lain lain terlebih dahulu.

Kita agak pelik, jika Umno tidak tolak hudud mengapa Umno pula tidak terima hudud? Jika Umno kata tidak tolak hudud, Umno kena terlebih dahulu minta maaf kepada rakyat khususnya umat Islam secara terbuka kerana terlalu banyak kenyataan pemimpin Umno sebelum ini yang menghina hukum hudud. Malahan para pemimpin itu masih ada di negara ini. Jika perdana menteri sebelum ini dan yang terbaru ahli parlimen Umno dari Pulai menyatakanUmno tidak akan melaksanakan hudud di negeri yang Umno perintah bukankah ini juga menolak hudud meskipun tidak menyebut perkataan menolak? Jika tidak tolak mengapa tidak mahu laksana walaupun dah berkuasa 59 tahun?

Keduanya, sampai bila Umno benar-benar bersedia laksanakan hudud, sedangkan Umno sudah berkuasa 59 tahun iaitu sejak tahun 1955? Jika masa Umno ada dua pertiga kerusi di Parlimen pun Umno tidak bersedia bagaimana dalam keadaan Umno kini tidak ada kuasa dua pertiga di Parlimen? Jika Umno yang menguasai segala-galanya dan kuasa yang banyak masih tidak bersedia bagaimanakah PAS yang hanya ada sedikit kuasa boleh bersedia?

Ketiganya, mengapa tidak ada satu pun negeri yang Umno perintah, Umno gubal undang undang hudud? Keempatnya,  Umno kini berkuasa di Terengganu. Kenapa Umno tidak mahu laksanakan hudud di sana dalam keadaan PAS sudah tolong gubalkan Enakmen Hudud dan Qisas di negeri tersebut? Kelima, mengapa Umno tidak guna RTM atau Radio atau akhbar harian yang Umno kuasai menerangkan kebaikan hudud kepada rakyat selama ini? Adakah ini semuanya yang dimaksudkan bahawa hudud bukan agenda Umno?

Ya, Umno buat Bank Islam tapi yang peliknya Kelantan di bawah PAS yang simpan wang kerajaan dalam bank Islam. Negeri yang Umno perintah pun tidak semua wang kerajaan disimpan dalam bank Islam meskipun Umno berbangga dia buat bank Islam. Keduanya, Umno buat bank Islam bagi memastikan urusan muamalat di negara ini menepati syariah (syariah compaliant). Tetapi mengapa dalam urusan jinayat Umno tidak mahu pastikan ia juga syariah compliant? Kenapa Umno tidak mahu pastikan mahkamah syariah laksanakan undang undang yang bersifat syariah compliant?

Jika Umno tubuh bank Islam, mengapa Umno juga benarkan perniagaan dan pusat judi dan ambil cukai daripada wang judi?

Ya, Umno tubuhkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan PAS akui perkara tersebut dan saya antara orang PAS yang belajar di situ. Di UIA saya diajar antara lain hukum syariah termasuk hudud wajib dilaksanakan oleh pemerintah. Mengapa apabila saya keluar dari UIA saya lihat apa yang UIA ajar ingin dilaksanakan oleh PAS dan tidak mahu dilaksanakan oleh Umno? UIA ajar hudud sebahagian dari  agenda Islam mengapa di luar UIA, parti yang berbangga tubuhkan UIA menyatakan hudud bukan agenda kami (baca Umno)?

Hudud: Ikram perhebat penerangan untuk bukan Islam

Posted: 20 May 2014 03:51 AM PDT

HARAKAHDAILY 

Dr Mujahid (tiga dari kiri) dalam forum hudud di Seremban.

SEREMBAN: Bagi memberikan gambaran sebenar tentang hukum jenayah syariah khususnya hudud, satu forum berhubung topik tersebut telah diadakan dewan kuliah Sekolah Chung Hwa, dekat sini.
Forum anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Negeri Sembilan yang diterajui Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan Dewan Himpunan Cina Negeri Sembilan itu membariskan lima ahli panel.

Panelis ialah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof, aktivis hak asasi manusia, Malik Imtiyaz Sarwar, Haris Ibrahim dan Wong Kong Fatt serta aktivis Islam, Zaid Kamarudin.

Dr Badlishah Sham dari Ikram Negeri Sembilan bertindak sebagai moderator.

Pada sesi soal jawab, Dr Mujahid menerima pelbagai pertanyaan daripada peserta yang majoritinya bukan Islam berhubung hasrat PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum jenayah syariah.

Menurut beliau, PAS bersedia untuk dikritik apabila isu pelaksanaan hudud menjadi perdebatan dalam jalur demokrasi.

Dr Mujahid malah menegaskan bahawa membincangkan perundangan hudud oleh bukan Islam tidak semestinya bererti  menentang Islam.

PAS ujarnya bersedia menerima kritikan dengan berlapang dada.

"Banyak soalan diajukan dan kesemua peserta berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.
"Perbincangan terbuka dapat memastikan perbahasan hudud tidak dikuasai hanya sentimen dan emosi," ujar beliau.

Menurutnya, gabungan NGO diterajui Ikram berhasrat menganjurkan 'road show' di seluruh negara bagi membolehkan masyarakat mendapat peluang mendengar berbagai pandangan berhubung pelaksanaan hukum jenayah syariah di negara ini.-

Mahathir jealous dengan pendekatan politik pro DAP

Posted: 20 May 2014 03:46 AM PDT

MSO

Strategi DAP untuk memperkuat dan menarik perhatian generasi muda termasuk orang Melayu agar menyokong parti berasaskan "demokrastik liberal" itu dengan meletakkan remaja Melayu Dyana Sofya Mohd Daud 27, dalam pilihan raya kecil Telok Intan menjadi kemarahan sesetengah pemimpin Umno.

Kalau setakat veteran bernama Mustapa Yaakub ia tidak menarik minat saya pun untuk mengulasnya. Siapalah Mustapa ini, tidak sampai 10 orang Pakatan Rakyat mengenalinya. Cadangannya agar ibu Dyana, Yammy Samad dipecat dari Umno tidak memberi bekas apa-apa kerana Yammy sendiri sudah lama tawar jiwa dengan Umno.

Tindakan Mustapa itu menggambarkan sejauh itulah tinggi dan rendahnya minda politik Melayu dalam Umno.

Tetapi apabila bekas presiden Umno sendiri, Dr Mahathir Mohamad turut sama gagal menguncikan mulutnya, tanpa menyedari era dan zamanya sudah berlalu dengan mengatakan tindakan DAP meletak peguam muda Melayu itu sebagai hiasan luaran saja menyebabkan saya "gelenyer" untuk mengulasnya.

Saya ingat Mahathir sudah mahu duduk diam, menyerahkan politik negara kepada generasi muda yang lebih berinovasi, manakala dia lebih bersedia untuk menjadi pemerhati tua saja, tetapi rupanya tidak. Salah satu suplimen yang menyegarkan saraf Mahathir ialah dengan bercakap (berpolitik) tanpa mengira isu, keadaan dan relevan atau tidak. Paling bagus suplimen kesihatannya ialah menghentam Anwar Ibrahim.

Sebelum ini beberapa pemimpin Umno menyuarakan rasa mual mereka (sebenarnya jealous) dengan tindakan DAP meletakkan calon Melayu di Telok Intan itu. Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan mengatakan tindakan DAP meletak calon Melayu di Telok Intan sebagai tidak pernah dibuat. Sekali lagi kenyataan Ahmad ini menjelaskan kebingungan sejarah dimilikinya.

Manakala ada yang mengatakan Dyana hanya boneka sahaja dan beranggap DAP bersandiwara. Sama ada ia boneka dan sandiwara tetapi ternyata pendekatan yang diambil DAP itu sesuatu yang progresif dan dinamik untuk memperkuatkan parti berkenaan.

Dyana adalah menjadi simbol dan lambang macam mana anak Melayu yang ibunya tulen Umno tetapi tidak sanggup untuk meneruskan perjuangan ibunya dalam Umno. Inilah mesej yang hendak dilakukan oleh DAP. Patut Mahathir dan pemimpin Umno lain kena faham akan mesej ini. Kena fikir dan kaji kenapa berlaku perkara ini, remaja profesional tidak minat dengan Umno.

Umno dan Mahathir kena malu dengan tindakan Dyana itu. Keengganan Dyana meneruskan perjuangan ibunya dalam Umno, menunjukkan generasi muda sudah kenal sifat-sifat buruk Umno itu. Dyana bukan bersendirian dalam soal ini tetapi ribuan generasi baru mempunyai pandangan dan sikap yang sama dengannya.

Latar belakang pendidikan Dyana juga bukan seperti Ahmad Said. Dia seorang peguam. Orang Melayu selama ini bimbang dengan gejala murtad tetapi tidak merasa takut dengan gejala Melayu tidak suka kepada Umno.

Sebenarnya Umno atau Gerakan sendiri bukan tidak mahu meletakkan calon muda berketrampilan seperti Dyana tetapi mereka tidak ada watak-watak "genius" dan berani seperti Dyana. Kalau mereka ada sudah tentu BN tidak akan meletakkan calon baik pulih presiden Gerakan itu, Mah Siew Keong.

Kenapa sesetengah lori pakai tayar celup, jawabnya kerana tidak ada tayer asli.  Calon BN itu bolehlah disifatkan sebagai tayer celup sahaja.

Rasanya daripada Mahathir melanyak cara DAP berpolitik yang jauh ke depan berbanding Umno elok beliau buka kelas tuisyen untuk ahli-ahli Umno memberi didikan dan ajaran kepada ahli-ahli Umno agar mereka cerdik dalam politik. Mungkin kenapa Umno pupus dengan watak-watak seperti Dyana ialah kerana yang masuk atau masih berada dalam Umno hari ini adalah mereka yang bodoh.

Mahathir sendiri pernah mengatakan yang mengurus Umno hari ini terdiri dari mereka yang bodoh (kecuali MB Kedah saja kok) kerana Umno menutup pintu kepada yang cerdik dan profesional. Apa dibimbangi Mahathir itu kini sudah menjadi kenyataan apabila Umno tidak ada calon untuk meletakkan anak muda seperti Dyana Sofya di Telok Intan.

Apa yang Mahathir perlu bagi tahu kepada Najib ialah supaya memberi peluang lebih banyak kepada anak-anak muda di kalangan puteri dan pemuda mengambil bahagian penting dalam parti itu. Jangan anak-anak muda hanya dijadikan tukang berlarak, angkat bendera dan menjuah dan menganggu orang sahaja dalam majlis-majlis politik, tetapi letaklah di hadapan jadikan mereka pemimpin.

Ikhlas kalau Umno atau parti lain termasuk Pas juga ingin berkembang maju dan menjadi dinamik, pendekatan dan keberanian diambil oleh DAP hendaklah ditiru. Jangan DAP terlalu jauh meninggalkan Umno atau parti-parti Melayu lain di bumi sedangkan parti itu sudah jauh ke angkasa dengan roketnya. Usahlah malu mengambil sesuatu dari DAP atau Cina kerana kita dibenarkan mentauladani sesuatu yang baik dari sesiapa sahaja.

Mengenai tuduhan Mahathir mengatakan tindakan DAP meletakkan Dyana Sofya itu sebagai luaran sahaja, beliau harus melihat ke dalam dirinya sendiri juga. Apakah yang beliau buat dalam Umno selama 22 tahun, apakah ia hanya keindahan di luaran sahaja tetapi dalamannya "komen" kosong?

Paling jelas kenapa Umno dianggotai oleh orang bodoh seperti mana katanya sedangkan dialah presiden Umno. Ertinya Umno menjadi bodoh kerana presidennya selama 22 tahun juga BODOH.
Siapa yang cantas baka poloitik dalam Umno sepeti Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah atau Anwar Ibrahim. Bukan orang bernama Mahathir?

Sebenarnya Mahathir tertipu yang tetap memujinya setinggi langit hanya bekas calon bebas yang kalah di Pasir Mas hingga hilang deposit, manakala orang lain sudah mula menjelernya.

Jadi sebelum Mahathir menuduh Lim Kiat Siang bersandiwara atau pun memperdayakan orang Melayu, Mahathir perlu lihat wajahnya sendiri apakah dia ikhlas dan benar daripada DAP dalam konteks memberi peluang kepada orang Melayu itu. Sebaik-baik untuk menilik wajah sendiri ialah dengan melihat wajah dalam tempurung, jangan sesekali bertanya orang Pasir Mas sebagai saksi kerana ia adalah bayangan cermin retak.

[MAGIC] Nak Serang Dyana, Kucing Bertukar Jadi Anjing

Posted: 20 May 2014 12:15 AM PDT


KELAB GREENBOC

Foto Kantoi - Dyana peluk Anjing

Gambar sebegini pastinya akan memberikan persepsi yang sangat buruk kepada Dyana Sofya terutama di kalangan pengundi-pengundi Melayu Islam.

Namun sudah menjadi adat bagi gerombolan macai yang ternyata seronok dengan budaya fitnah yang sudah menjadi sebahagian dari darah daging mereka selama ini. Hidup tak akan tenang jika sehari tidak buat fitnah dan kerja-kerja bodoh tahap bangang.

Jika diperhatikan betul-betul, gambar Dyana Sofya memegang anjing tersebut adalah palsu terutama sekali pada bahagian kepala dan badan anjing yang ternyata tak kena langsung hanya jika dilihat dengan mata kasar sahaja.

Kahkahkah..- bloglist-malaysia

Berikut ialah printscreen macai UMNO yang menyebarkan foto fitnah berkenaan:

ULASAN GB

Itulah kerja UMNO... memfitnah sepanjang masa apabila terasa mereka akan kalah dan fitnah-fitnah yang dilakukan akan mempercepat serta melebarkan kekalahan mereka. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Sebelum ini Dyana Sofia difitnahkan berbikini.... Baca SINI.

Pas bantu kempen Ramkarpal

Posted: 19 May 2014 11:54 PM PDT


KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu menghantar 100 petugas ke Bukit Gelugor bagi membantu kempen calon DAP, Ramkarpal Singh, 38, pada PRK kawasan Parlimen itu, 25 Mei ini.

Pengarah Pilihan raya Pas negeri, Ariffin Deraman berkata, petugas tersebut mula berada di Parlimen itu sejak hari penamaan calon, 12 Mei lalu dan akan bergerak pulang selepas selesai PRK.

Menurutnya, pihaknya tidak mempunyai masalah melaksanakan kempen di sana dan Pas Terengganu diamanahkan menjaga peti undi Bukit Gelugor iaitu kawasan majoriti pengundi Melayu.

"Walaupun BN tidak bertanding, kita tetap berkempen seperti biasa dan sambutan diterima sangat baik. Kita percaya Ramkarpal mampu mempertahankan kerusi mendiang bapanya," katanya.

Pilihan raya itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Karpal Singh pada 17 April lalu akibat kemalangan jalan raya.

Pada PRU lalu, tokoh DAP itu menang dengan majoriti besar 41,778 mengalahkan lawannya daripada BN Teh Beng Yeam.

PRK Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon DAP, Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua calon Bebas.

Pilihan Raya Kecil : Mahathir iri hati dengan pendekatan politik pro-DAP

Posted: 19 May 2014 11:42 PM PDT


Oleh Mohd Sayuti Omar

Strategi DAP untuk memperkuat dan menarik perhatian generasi muda termasuk orang Melayu agar menyokong parti berasaskan "demokratik liberal" itu dengan meletakkan remaja Melayu Dyana Sofya Mohd Daud 27, dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan menjadi kemarahan sesetengah pemimpin Umno.

Dyana diapit pemimpin DAP dan PR selepas penamaan calon. Kalau setakat veteran bernama Mustapa Yaakub ia tidak menarik minat saya pun untuk mengulasnya.

Siapalah Mustapa ini, tidak sampai 10 orang Pakatan Rakyat mengenalinya. Cadangannya agar ibu Dyana, Yammy Samad dipecat daripada Umno tidak memberi bekas apa-apa kerana Yammy sendiri sudah lama menawar jiwa dengan Umno. Tindakan Mustapa itu menggambarkan sejauh itulah tinggi dan rendahnya minda politik Melayu dalam Umno.


Tetapi apabila bekas presiden Umno sendiri, Dr Mahathir Mohamad turut sama gagal menguncikan mulutnya, tanpa menyedari era dan zamannya sudah berlalu dengan mengatakan tindakan DAP meletakkan peguam muda Melayu itu sebagai hiasan luaran saja menyebabkan saya "gelenyer" untuk mengulasnya.

Saya ingat Mahathir sudah mahu duduk diam, menyerahkan politik negara kepada generasi muda yang lebih berinovasi, manakala dia lebih bersedia untuk menjadi pemerhati tua saja, tetapi rupanya tidak.

Salah satu suplimen yang menyegarkan saraf Mahathir ialah dengan bercakap (berpolitik) tanpa mengira isu, keadaan dan relevan atau tidak.

Paling bagus suplimen kesihatannya ialah menghentam Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, beberapa pemimpin Umno menyuarakan rasa mual mereka (sebenarnya iri hati) dengan tindakan DAP meletakkan calon Melayu di Teluk Intan itu.

Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan mengatakan tindakan DAP meletakkan calon Melayu di Teluk Intan sebagai tidak pernah dibuat.

Sekali lagi kenyataan Ahmad ini menjelaskan kebingungan sejarah dimilikinya.

Manakala ada yang mengatakan Dyana hanya boneka sahaja dan beranggap DAP bersandiwara. Sama ada ia boneka dan sandiwara, tetapi nyata pendekatan yang diambil DAP itu sesuatu yang progresif dan dinamik untuk memperkuatkan parti berkenaan.

Dyana adalah menjadi simbol dan lambang macam mana anak Melayu yang ibunya tulen Umno tetapi tidak sanggup untuk meneruskan perjuangan ibunya dalam Umno.

Inilah mesej yang hendak dilakukan oleh DAP. Patut Mahathir dan pemimpin Umno lain faham akan mesej ini. Fikirkan dan kaji mengapa berlaku perkara ini, remaja profesional tidak minat dengan Umno.

Umno dan Mahathir mesti malu dengan tindakan Dyana itu. Keengganan Dyana meneruskan perjuangan ibunya dalam Umno, menunjukkan generasi muda sudah kenal sifat-sifat buruk Umno itu.

Dyana bukan bersendirian dalam soal ini, tetapi ribuan generasi baru mempunyai pandangan dan sikap yang sama dengannya.

Latar belakang pendidikan Dyana juga bukan seperti Ahmad Said. Dia seorang peguam. Orang Melayu selama ini bimbang dengan gejala murtad tetapi tidak merasa takut dengan gejala Melayu tidak suka kepada Umno.

Sebenarnya Umno atau Gerakan sendiri bukan tidak mahu meletakkan calon muda berketerampilan seperti Dyana, tetapi mereka tidak ada watak-watak "genius" dan berani seperti Dyana.

Kalau mereka ada sudah tentu BN tidak akan meletakkan calon baik pulih presiden Gerakan itu, Mah Siew Keong.

Mengapa sesetengah lori pakai tayar celup, jawabnya kerana tidak ada tayar asli. Calon BN itu bolehlah disifatkan sebagai tayar celup sahaja.

Rasanya daripada Mahathir melanyak cara DAP berpolitik yang jauh ke depan berbanding Umno elok beliau buka kelas tuisyen untuk ahli-ahli Umno memberi didikan dan ajaran kepada ahli-ahli Umno agar mereka cerdik dalam politik.

Mungkin kenapa Umno pupus dengan watak-watak seperti Dyana ialah kerana yang masuk atau masih berada dalam Umno hari ini adalah mereka yang bodoh.

Mahathir sendiri pernah mengatakan yang menguruskan Umno hari ini terdiri daripada mereka yang bodoh (kecuali MB Kedah sahaja) kerana Umno menutup pintu kepada yang cerdik dan profesional.

Apa dibimbangi Mahathir itu kini sudah menjadi kenyataan apabila Umno tidak ada calon untuk meletakkan anak muda seperti Dyana Sofya di Teluk Intan.

Apa yang Mahathir perlu beritahu kepada Najib ialah supaya memberi peluang lebih banyak kepada anak-anak muda di kalangan puteri dan pemuda mengambil bahagian penting dalam parti itu.

Jangan anak-anak muda hanya dijadikan tukang berlarak, angkat bendera dan menjuah dan menganggu orang sahaja dalam majlis-majlis politik, tetapi letakkanlah di hadapan, jadikan mereka pemimpin.

Ikhlas kalau Umno atau parti lain termasuk PAS juga ingin berkembang maju dan menjadi dinamik, pendekatan dan keberanian diambil oleh DAP hendaklah ditiru.

Jangan DAP terlalu jauh meninggalkan Umno atau parti Melayu lain di bumi sedangkan parti itu sudah jauh ke angkasa dengan roketnya.

Usahlah malu mengambil sesuatu daripada DAP atau Cina kerana kita dibenarkan mentauladani sesuatu yang baik daripada sesiapa sahaja.

Mengenai tuduhan Mahathir mengatakan tindakan DAP meletakkan Dyana Sofya itu sebagai luaran sahaja, beliau harus melihat ke dalam dirinya sendiri juga.

Apakah yang beliau buat dalam Umno selama 22 tahun, apakah ia hanya keindahan di luaran sahaja tetapi dalamannya "komen" kosong?

Paling jelas kenapa Umno dianggotai oleh orang bodoh seperti mana katanya sedangkan dialah presiden Umno. Ertinya Umno menjadi bodoh kerana presidennya selama 22 tahun juga bodoh.

Siapa yang cantas baka politik dalam Umno sepeti Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah atau Anwar Ibrahim. Bukan orang bernama Mahathir?

Sebenarnya Mahathir tertipu yang tetap memujinya setinggi langit hanya bekas calon bebas yang kalah di Pasir Mas hingga hilang deposit, manakala orang lain sudah mula menjelernya.

Jadi sebelum Mahathir menuduh Lim Kiat Siang bersandiwara atau pun memperdayakan orang Melayu, Mahathir perlu lihat wajahnya sendiri apakah dia ikhlas dan benar daripada DAP dalam konteks memberi peluang kepada orang Melayu itu.

Sebaik-baik untuk menilik wajah sendiri ialah dengan melihat wajah dalam tempurung, jangan sesekali bertanya orang Pasir Mas sebagai saksi kerana ia adalah bayangan cermin retak. – msomelayu.blogspot.com

Kerana Umno, harapan Mah di Teluk Intan semakin tipis

Posted: 19 May 2014 11:29 PM PDT


Oleh Ng Kee Seng

Jika presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong pernah mempunyai apa-apa peluang bagi merampas Teluk Intan bagi Barisan Nasional (BN), dia sedang kehilangannya. 'Terima kasih' kepada Umno, kemungkinan Mah mendapatkan kemenangan sedang direnggut oleh taktik serangan peribadi kolot yang dilontarkan kepada calon DAP, seorang peguam berusia 28 tahun bernama Dyana Sofya.

Tidak syak lagi Umno tidak mempunyai pemimpin yang boleh dipercayai, tetapi mempunyai golongan seperti ketua wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil, dan ahli Umno lain yang melontarkan serangan peribadi hanyalah ibarat tindakan bunuh diri politik. 

Apabila Umno melancarkan "serangan bikini" terhadap Dyana, peguam muda ini memaparkan kematangan dalam reaksinya.

Beliau berjenaka: "Saya hanya boleh berharap untuk memiliki badan secantik itu" 

"Pahlawan kekunci" Umno telah memanipulasi gambar seorang personaliti Filipina berbikini bagi mempersoalkan kedudukan Dyana sebagai seorang penganut Islam di Facebook. 

Sekarang, Wanita Umno dan pemimpin Umno telah mengamuk dan menggelarkan Dyana bodoh kerana membenarkan dirinya dipergunakan oleh DAP.

Serangan seperti itu pasti tidak akan diterima baik oleh kebanyakan pengundi. Lihat di mana pemimpin muda wanita DAP hari ini berbanding Puteri Umno?

Dyana menulis: "Saya gelihati yang pencalonan saya oleh DAP dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Teluk Intan telah menaikkan marah Wanita dan Puteri UMNO. 

"Kenyataan ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil bahawa pencalonan saya hanyalah sebuah persembahan oleh DAP, menunjukkan kegagalan Wanita UMNO dalam menggalakkan ahli mereka sendiri ke jawatan kepimpinan parti dan kerajaan.

"Shahrizat Jalil telah sebaliknya memperkecilkan saya dan DAP, daripada menyambut baik keberanian dan kesungguhan politik DAP dalam memberi peluang kepada saya, seorang wanita Melayu muda, untuk bertanding di sebuah kawasan yang secara tradisinya ditandingi wakil BN kaum Cina.

"Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, "Kita semua tahu perjuangan DAP yang sebenarnya dan sebenarnya, saya amat kesian kepada Dyana Sofya yang sanggup membiarkan dirinya diperalatkan".

"Ini adalah contoh terbaik sikap negatif pemimpin wanita BN yang sentiasa merompak peluang wanita untuk menerajui negara ini.

"DAP menghargai wanita, tua dan muda, kerana menyedari bahawa wanita perlu mengambil peranan yang lebih besar dalam kerajaan kita bagi membawa keseimbangan yang amat diperlukan dalam jumlah wakil lelaki dan perempuan, dan mereka melakukannya dengan berani menamakan lebih banyak calon wanita dalam setiap pilihan raya.

"Peranan wanita dalam politik tidak harus terhad kepada pelengkap, menghidangkan makanan dan minuman kepada pekerja parti dan melawat pengundi di rumah-rumah mereka bagi mengedarkan buah tangan.

"Saya telah berada dalam parti itu cukup lama untuk melihat sendiri bahawa parti itu menghargai keupayaan individu dan watak dalam melaksanakan konsep meritokrasi, dan bukannya bangsa, agama, kawasan atau jantina.

"DAP telah mempromosikan calon-calon muda tanpa mengira kaum dalam pilihan raya secara konsisten – seperti Teo Nie Ching dan Liew Chin Tong pada tahun 2008, Zairil Khir Johari, Kasthuri Patto dan Alice Lau pada tahun 2013, dan banyak lagi."

Dyana menambah: "Shahrizat Jalil juga berkata bahawa Umno layak menerima pujian untuk siapa saya hari ini. Ini adalah bertentangan sepenuhnya dengan kenyataan awal beliau dengan mengatakan bahawa pencalonan saya adalah pertunjukan semata-mata. Saya meminta dia belajar dari ibu saya yang merupakan ahli Umno, tetapi menyedari bahawa pencalonan saya oleh DAP menandakan kejayaan bagi golongan wanita muda dalam politik, terutama bagi wanita Melayu muda, yang telah lama dikekang oleh ketiadaan ruang dan struktur patriarki Umno.

"Saya ada di sini hari ini disebabkan keluarga dan ibu saya, disebabkan kerja keras dan kepada keputusan peribadi yang saya buat sepanjang hidup saya. Saya gembira bahawa saya memilih untuk menyertai DAP pada tahun 2011. Kerana jika saya telah memilih jalan Shahrizat Jalil dan Umno, saya tidak akan berada di sini hari ini, dengan sasaran memasuki Parlimen sebagai wakil bagi penduduk Teluk Intan dan jika dipilih, untuk menjadi ahli parlimen yang paling muda di Parlimen.

"Datuk Shahrizat Jalil dan Puteri Umno tidak seharusnya memperkecilkan kepintaran saya dan keupayaan saya untuk membezakan antara BN yang melindungi kepentingan golongan yang kaya dan berkuasa, dan DAP yang melindungi hak-hak rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama atau kepercayaan.

"Parti itu telah mencalonkan saya kerana saya sangat percaya kepada cita-cita keadilan, peluang saksama, tadbir urus yang baik. Saya berterima kasih kepada DAP di atas amanah dan penghormatan ini, dan saya berjanji akan menjalankan kempen yang bersih, jujur ​​dan berani bagi memenangi hak untuk mewakili penduduk Teluk Intan di Parlimen. "

Adakah anda hairan mengapa Dyana adalah setiausaha politik kepada supremo DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang?

Jawapan beliau kepada serangan peribadi dan perkauman oleh Umno menunjukkan yang dia lebih matang daripada ahli-ahli politik dan pemimpin dinosaur dalam BN.

Bagi Mah, seorang presiden Gerakan pasca-2013 yang telah mengemudi parti itu ke jalan transformasi yang benar bagi menangani isu-isu hudud dan kalimah "Allah" secara proaktif, sudah tentu makin kehilangan peluang ini disebabkan Umno.

Mah, adakah anda fikir yang Umno sedang membantu kempen anda di Teluk Intan setakat ini?

- See more at: http://bm.theantdaily.com/

Ramkarpal Kecam BN Persoal Pencalonan Dyana

Posted: 19 May 2014 11:18 PM PDT

GEORGE TOWN: Walaupun MCA tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, DAP terus mengecam Barisan Nasional (BN) dengan mendakwa parti itu membakar sentimen perkauman dalam kempennya di Teluk Intan.


Calon DAP, Ramkarpal Singh Deo berkata,  BN sengaja menghidupkan sentimen perkauman apabila mempersoalkan bangsa, Dyana Sofya Mohd Daud.

"Jadi apa kalau dia Melayu, Cina, India atau Kadazan. Kenapa nak persoalkan bangsa dia? Siapa sebenarnya yang mulakan perkara ini? ," katanya ketika berucap pada ceramah di Flat Farlim, Bandar Baru Air Itam, malam Isnin.

Menafikan DAP sebuah parti bersifat cauvanis, Ramkarpal turut mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr  Mahathir Mohamad masih lagi mengawal Umno dengan dasar perkauman sebegitu.

"Biarlah Dyana berkempen. Bukan tak ada pemimpin Umno lain. Kenapa dia masih memberi komen tentang Dyana?," katanya.

Ramkarpal berkata, atas alasan itu beliau telah turun ke Teluk Intan pagi Isnin untuk memberikan sokongan dan semangat kepada Dyana supaya kuat dalam menghadapi serangan BN.

"Saya nasihatkan dia supaya sentiasa kuat. Jika dia sudah hilang semangat, ingatlah 'I am Karpal Singh'," katanya.

Sementara itu, anak ketiga mendiang Karpal itu turut meminta pengundi mengingati khidmat bapanya yang sebelum ini menjadi Ahli Parlimen di kawasan tersebut.

"Bolehkah anda semua keluar mengundi beramai-ramai pada 25 Mei ini? Kemenangan DAP pada hari itu merupakan momentum perubahan kepada negara ini," katanya.

Backer: Boikotlah, saya ada CNN

Posted: 19 May 2014 11:12 PM PDT

MALAYSIAKINI

 

Calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan hampir menarik diri kerana mendakwa tidak mendapat liputan media sewajarnya.

Beliau menghabiskan masa hampir sejam di lobi Hotel Traders, Pulau Pinang hari membebel kepada wartawan kerana tidak menulis mengenai isu rakyat yang diperjuangkan olehnya.

"Saya dah merajuk dengan media. Untuk apa saya bertanding kalau tiada kebebasan media. Saya berjuang untuk isu rakyat," kata beliau di hadapan media hari ini.

Abu Backer yang juga seorang peguam bagaimanapun berkata kembali bersemangat setelah mendapat sambutan dari pengundi Cina dalam ceramah beliau semalam.

Seorang wakil media yang sudah mengekori beliau selama seminggu itu kemudiannya bertanya adakah beliau mahu diboikot dalam tempoh kempen yang tinggal seminggu lagi.

"Boikotlah. Saya ada CNN. Mereka dah lama tunggu saya," balas beliau.

'Sumpah bayar gaji dia sampai mati'

Sementara itu Abu Backer memberitahu media beliau di hotel ini untuk bertemu dengan wakil Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berikutan isu pemandu teksi Pulau Pinang yang sedang dibawa beliau.

Beliau mendakwa pemandu tersebut dimangsai oleh SPAD kerana tidak mendapat pembelaan dan jaminan dari segi pendapatan sehingga terpaksa menipu dan tidak menggunakan meter ketika mengambil penumpang.

"Saya bersumpah kalau SPAD tarik permit mereka, saya akan bayar gaji dia sampai mati," kata beliau.

PRK Bukit Gelugor dijadualkan Ahad ini diadakan ekoran kematian penyandangnya Karpal Singh pada 17 April akibat kemalangan jalan raya.

Dalam pilihan raya umum lalu, tokoh DAP itu menang dengan majoriti besar 41,778 mengalahkan lawannya daripada BN Teh Beng Yeam.

Backer menentang tiga lagi individu iaitu anak Karpal, Ramkarpal daripada DAP Naib Presiden Parti Cinta Malasia (PCM) Huan Cheng Guan dan seorang lagi calon bebas Mohamed Nabi Bux.

Nurul, Tian, Rafizi kuasai jawatan naib presiden

Posted: 19 May 2014 11:06 PM PDT

MALAYSIAKINI

 

Gandingan Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Rafizi Ramli meraih jumlah undi paling besar bagi pertandingan jawatan naib presiden PKR, menurut keputusan rasmi setakat ini.

Penyandang jawatan itu Nurul Izzah meraih jumlah undi paling banyak dengan 16,698 undi, diikuti seorang lagi penyandang Tian (14,798), dan Rafizi (12,690), mengatasi 11 pencabar lain.

Pertandingan untuk jawatan timbalan presiden pula menunjukkan penyandang Azmin Ali mengukuhkan kedudukannya di hadapan dengan 12,250 undi.

Beliau meninggalkan jauh dua orang pencabarnya, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim di tempat kedua dengan 8,123 undi dan Saifuddin Nasution Ismail dengan 6,997 undi.

Keputusan rasmi itu sehingga 10 Mei lalu disiarkan di laman rasmi pemilihan PKR hari ini.

Berdasarkan keputusan itu juga, jumlah yang diperolehi oleh ketiga-tiga calon timbalan presiden tidak termasuk keputusan bagi semua cabang di Selangor.

Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR (JPP) pada 7 Mei lalu mengumumkan pemilihan di 17 cabang terpaksa diadakan semula kerana kontroversi manipulasi undi membabitkan kepimpinan tertinggi parti itu.

Ia melibatkan empat cabang di Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun) dan masing-masing dua di Pahang (Paya Besar, Jerantut); Johor (Pengerang, Tenggara); Sarawak (Batang Sadong, Kapit) dan Sabah (Tenom dan Keningau).

Cabang terbabit sepatutnya mengadakan pemilihan semula pada 17 Mei lalu.

JPP mengumumkan, empat lagi cabang terbabit iaitu Tawau dan Papar di Sabah, Bukit Katil (Melaka) dan Sungai Petani (Kedah) akan mengadakan pemilihan semula pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

JPP pada 11 Mei seterusnya mengumumkan, pemilihan terpaksa digantung di 10 cabang di Selangor iaitu Kota Raja, Kuala Selangor, Subang, Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Langat, Sepang, Klang, Selayang dan Kapar.

DCA, Inmarsat usaha siar data belum proses

Posted: 19 May 2014 11:02 PM PDT

KUALA LUMPUR - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan syarikat satelit United Kingdom (UK), Inmarsat hari ini berkata semua pihak sedang berusaha menyiarkan data yang belum diproses dan perihal analisis teknikal untuk orang awam.

Dalam kenyataan bersama di sini hari ini, DCA dan Inmarsat berkata langkah itu sejajar dengan komitmen mereka ke arah usaha yang lebih telus.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan pengumuman Menteri Pertahanan yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Isnin, yang mengarahkan DCA supaya berbincang dengan Inmarsat berhubung penyiaran data yang belum diproses itu untuk kegunaan awam.

Hishammuddin berkata, ini bagi memenuhi tuntutan anggota keluarga penumpang MH370 baru-baru ini yang mahu data yang belum diproses daripada Inmarsat. 

Dalam kenyataan itu, DCA juga berkata ia akan menyediakan maklumat lengkap berhubung perbincangan dengan Inmarsat, dengan bantuan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) untuk mendapatkan huraian biasa bagi data satelit Inmarsat yang disediakan untuk pesawat Malaysia Airlines MH370 selepas kehilangannya.

Sebelum ini apabila rujukan dibuat terhadap 'data log komunikasi' dan 'data yang belum diproses' - ia dirujuk sebagai set data yang sama, kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menegaskan adalah penting bagi kedua-dua agensi untuk menyediakan maklumat berguna kepada waris penumpang dan orang awam, yang termasuk data log komunikasi serta penjelasan berkaitan bagi membolehkan pembaca memahami data yang disediakan.

Data log komunikasi itu adalah satu daripada beberapa unsur dalam maklumat penyiasatan, kata kenyataan itu. DCA juga juga mengakui mendapat sokongan penuh Inmarsat berhubung penyiasatan MH370 yang sedang dijalankan. - Bernama

ISMA jawab Asri: 'Seminar UiTM' jaga agama

Posted: 19 May 2014 10:59 PM PDT

MALAYSIAKINI


 

 

 

Penganjuran seminar yang mengingatkan umat Islam mengenai usaha memurtadkan oleh kumpulan Kristian tidak salah kerana ia melindungi agama dan selaras dengan tuntutan perlembagaan, kata seorang tokoh sarjana Islam.

Merujuk seminar berkaitan Kristian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Dr Aznan Hasan berkata dalam Islam usaha itu menjadi tanggungjawab pemerintah bagi memastikan kefahaman rakyat bertepatan syarak.

"Pihak ISMA tidak terlibat langsung dalam penganjuran program tersebut, tetapi saya menyokong program tersebut kerana pada saya, ia tidak bertentangan dengan syarak, bahkan menepati maqsad 'hifz al-din' (tujuan menjaga agama) yang perlu dilakukan," katanya.

Mengulas langsung terhadap komentar mengenai seminar itu oleh Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kanan), Aznan - profesor madya dari UIA - itu berkata kenyataan mantan mufti Perlis itu sebenarnya mewajarkan seminar itu berlangsung.

Anggapan Mohd Asri bahawa adalah biasa bagi kumpulan Kristian menyebarkan agama mereka, maka Dr Aznan berpendapat bahawa tokoh agamawan tersebut bersetuju sememangnya wujudnya usaha kristianisasi di negara ini.

"Tetapi mengadakan seminar untuk menyedarkan umat tentang kebenaran Islam dan ketidakbenaran agama lain adalah bertepatan dengan manhaj qur'ani (mengikut metod Al-Quran).

"Di mana silapnya seminar tersebut dan apa kaitannya dengan kegiatan extremis dan boleh menggangu gugat keharmonian negara? Saya kurang faham," katanya.

Mohd Asri dipetik The Malaysian Insider sebagai berkata bahawa semua pemimpin agama merasakan agama mereka yang benar dan menyeru orang menyertai mereka.

Beliau juga berkata perkata itu adalah "biasa" dan tidak boleh membenarkan reaksi "kecoh" sebagai tindak balas jika "negara berada dalam kecemasan".

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pesuruhjaya PAS N.Sembilan melawat Gereja Visitation

Posted: 20 May 2014 03:01 AM PDT




Seremban 20 Mei 2014 : Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Tn Hj Mohamad Taufek Abd Ghani bersama Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa telah mengadakan lawatan ke Gereja Visitation Seremban tempat di mana dua biarawati menjadi mangsa ragut.

Salah seorang dari mangsa masih koma akibat hentakan di kepala.

Dalam kenyataan akhbar di gereja tersebut Dr Mujahid melahirkan rasa kesal dan marah di atas insiden yang berlaku.

"Penjenayah tidak berhati perut melakukan ragut di pekarangan rumah ibadat dan ke atas biarawati warga emas.

"Ini amat menyedihkan kerana ia juga boleh berlaku di masjid dan tempat ibadat yang lain," ujarnya.

Dalan lawatan itu Dr Mujahid dan Hj Taufek sempat menziarahi biarawati yang masih koma di Hospital Seremban dan bertemu dengan keluarga mangsa sambil menyampaikan simpati bagi mewakili PAS kepada keluarga mangsa.

Bersama USTAZ AZHAR IDRUS 26 Mei 2014 d Senawang

Posted: 20 May 2014 01:37 AM PDT




Bersama USTAZ AZHAR IDRUS 26 Mei 2014 d Senawang
Tarikh : 26 Mei 2014 / 26 Rejab 1435H
Hari : Isnin
Tempat : Taman Pinggiran Senawang, Jln Sg. Gadut-Rantau, Seremban

Semua Dijemput Hadir

Tentatif Program
8.00 mlm ; Kuliah Perdana Isra' Mi'raj USTAZ AZHAR IDRUS

5.30 ptg - 7.00 mlm
- Mini Karnival
- Persembahan Qasidah SRIIDU & Rayyan
- Rawatan alternatif bekam, akupuntur dll.
- Rawatan Darus Syifa'.

Harga Diesel Akan Naik Kerana Kes Seludup Tidak Terkawal

Posted: 19 May 2014 04:03 PM PDT


Mutakhir ini media cetak dan elektronik mengetengahkan isu penyeludupan diesel yang semakin tidak terkawal. Tidak mustahil harga diesel akan naik untuk cegah kes seludup. Penyeludupan dan rasuah pasti tidak akan berlaku bila harga diesel sama dengan harga di negara jiran. Bila harga diesel naik, pasti harga barang naik mendadak kerana kos operasi kilang dan pengangkutan akan naik.

PEMIMPIN BAIK , RAKYAT BAIK.
PEMIMPIN JAHAT , RAKYAT JAHAT.
PEMIMPIN RASUAH , RAKYAT RASUAH.

Jika rakyat baik maka Allah akan mengangkat untuk mereka pemimpin yang baik. Sebaliknya, jika rakyat banyak berbuat zalim, maka mereka Allah memberikan pemimpin yang zalim.
"Dan demikianlah kami jadikan sebagian orang yang zalim sebagai pemimpin bagi sebagian yang lain disebabkan amal yang mereka lakukan." (Qs Al An'am: 129)


AKAUN PENGUAT KUASA RM1.5J DISITA

PUTRAJAYA 19 Mei 2014 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita akaun simpanan milik seorang pegawai penguat kuasa berjumlah RM1.5 juta atas dakwaan terlibat dengan aktiviti penyeludupan diesel bersubsidi.

Mingguan Malaysia dalam laporan eksklusifnya Ahad lalu mendedahkan bagaimana penyelewengan diesel bersubsidi sukar dibanteras apabila anggota agensi penguat kuasa secara berkumpulan melindungi sindiket dengan menerima rasuah 1 sen bagi setiap 1 liter diesel bersubsidi yang diselewengkan.

Selain itu, Mohd. Shukri berkata, SPRM turut mengesan penglibatan pegawai penguat kuasa yang membeli lori semata-mata untuk menjalankan aktiviti penyeludupan subsidi diesel.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan diminta mengkaji semula dasar pemberian subsidi diesel untuk mengekang kes penyelewengan yang terus meningkat sejak 2010.

Pengikut