Ahad, 6 Februari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


MTD-RANTAU ABANG

Posted: 06 Feb 2011 11:07 PM PST

MTD-RANTAU ABANG


SUMBANGSARAN MTD RANTAU ABANG DI D'TERATAI RESORT

Posted: 06 Feb 2011 12:05 AM PST

SALAM UKHWAH

Alhamdulillah majlis yang diberi nama sumbangsaran telah berjaya diadakan pada tanggal 5 Februari 2011.Pihak MTD Rantau Abang mengucapkan terimakasih kepada semua peserta yang terdiri daripada Jawatankuasa Jentera Pilihanraya DUN.

Pada majlis tersebut Tuan Haji Yahya b Ali,Setiausaha BPNT selaku mas'ul MTD telah memberi beberapa tips yang amat berguna bagi menghadapi PRU 13 akan datang.Beliau beryakinan bahawa DUN Rantau Abang boleh mencapai kemenangan dengan usaha yang dirancang dengan teliti dan berstrategi.
Tuan Haji Anuar Abu Bakar,selaku pengarah sumbangsaran telah membentangkan Plan Strategi MTD Rantau Abang bagi menghadapi PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada tahun ini.
Plan ini akan seterusnya akan digunakan bagi jangkamasa terdekat bagi menarik sokongan pengundi di DUN Rantau Abang.

Bagi melicinkan perancangan ini,seterusnya Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya MTD Rantau Abang akan diadakan pada 18hb Februari 2011yang akan datang yang dirasmiikan oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang  bertempat di Markaz At-Tazkirah,Surau Ustaz Daud,Balai Besar.



Semoga apa yang diusahakan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

PAS KAWASAN BAKRI

Posted: 06 Feb 2011 09:37 PM PST

PAS KAWASAN BAKRI


Kenangan PRK N05 Tenang, Labis

Posted: 06 Feb 2011 07:55 AM PST











PAS Negeri Sembilan

Posted: 06 Feb 2011 09:13 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Tiada bekalan air bersih sejak 100 tahun lalu di N.Sembilan

Posted: 06 Feb 2011 06:43 PM PST


Still no clean water – 100 years later
Zefry Dahalan
February 6, 2011

Life for 16 families in an estate is one of misery all because a basic amenity is missing.

LINGGI: Some 16 families at an oil palm estate in Air Kuning near here have been surviving without clean water supply for several years.

In fact, the estate has never enjoyed water supply for the past 100 years.

This shocking state of affair was discovered by Negri Sembilan PKR Youth after a PKR member here informed the party about the plight of these estate workers.

V Mahaletchumy, a committee member of the Estate Workers Union, said the union had submitted numerous letters of complaint to the estate owner but to no avail.

She added that the estate celebrated its 100th anniversary last year.

"There are 15 Indians, one Malay family and 14 Indonesian labourers living in the estate. All of us are drinking water from a well located about 300 metres from our houses.

"You can see for yourself the condition of the well. We have no choice but to use this untreated well water," Mahaletchumy said, adding that the residents have to carry the pails of water to their houses.

"Imagine for a family of five or six, they have to fetch water many times," she said.

"They use this water for drinking, cooking, bathing, washing dishes and clothes, and cleaning the house," she added.

Union leader S Murugan said that the estate management provide piped water but it is not clean.

"The piped water is taken from a pond which is a sort of a reservoir. The water comes from a small stream and drains," he said.

"But we dare not use this water. We have seen snake skins, dead frogs and a dead goat in the pond. How do you expect us to use it?" he asked.

Skin rashes

Murugan also said the management only supplies the piped water from 1pm to 2pm every day.

"But then nobody is at home. The parents are at work while the children are at school. Even if we decide to use this water, the one-hour supply is too short."

He said that it is quite common for the estate workers to suffer from skin rashes as a result of using untreated water.

Murugan said that in 1999, the Negri Sembilan Water Supply Department had laid the main pipe at the entrance to the estate but the management had failed to lay pipes to supply water to the estate.

Negri Sembilan PKR Youth chief, Mohd Nazree Mohd Yunus, who visited the estate, criticised the state government for failing to protect the health of the workers.

"Even though the plantation is on private land, the role of the state government is to make sure the estate management provide clean and treated water.

"I'm shocked that the state government is not aware of the problem in the estate which has been around for the past 100 years" said Mohd Nazree.

He urged the state government to act immediately so that the workers can get to enjoy clean water supply.

The estate falls under Linggi state seat which is part of the Telok Kemang parliamentary constituency.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/02/06/still-no-clean-water-%e2%80%93-100-years-later/

Derita orang Pilah, jambatan runtuh dah 6 bulan

Posted: 06 Feb 2011 02:33 AM PST



Penduduk terputus hubungan
Sinar Harian 6 Feb 2011

KUALA PILAH – Penduduk Kampung Parit, dekat sini terputus hubungan akibat jambatan menghubungkan penduduk dengan kampung lain roboh akibat tanah runtuh. Masalah yang berlaku sejak enam bulan lalu sehingga kini masih belum ada tanda akan diperbaiki sehingga menggusarkan penduduk setempat.

(Kisah sebelum ini Masalah Perlombongan Pasir dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 untuk Negeri Sembilan di http://amkns.blogspot.com/2010/11/bila-sprm-nak-siasat-kes-lombong-pasir.html dan Masjid bersejarah N.Sembilan nak runtuh, UMNO tak kisah di http://amkns.blogspot.com/2011/01/masjid-bersejarah-nsembilan-nak-runtuh.html )

Penduduk mendakwa, kejadian itu bukan kali pertama berlaku, sebaliknya pernah terjadi pada 2009.

Seorang penduduk, Abdul Rahim Omar, 70, berkata, kejadian tanah runtuh itu disebabkan kerja-kerja mengorek pasir yang tidak jauh dari kawasan itu.

"Memang ada kerja-kerja mengorek pasir di sini yang dipercayai menyebabkan jambatan itu runtuh. Tambahan pula, air sungai deras menghentam tebing sehingga berlakunya hakisan teruk.

"Tanah runtuh itu juga menyebabkan jalan menghubungkan ke pekan Kuala Pilah dan Kampung Tanjung Ipoh terputus dua.

"Walaupun ia jalan pintas, tetapi jalan ini sering dilalui dan digunakan penduduk untuk mengelak kesesakan lalu lintas," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Abdul Rahim juga kecewa kerana masih belum ada apa-apa tindakan susulan terhadap aduan dibuatnya sebelum ini.

"Saya memang sudah buat aduan kepada pihak berkaitan selain pimpinan kampung untuk maklumkan perkara itu. Bagaimanapun, ia masih tiada jawapan.

"Pada mulanya saya ikut jalan jauh selepas jambatan itu runtuh. Tetapi ia amat meletihkan. Akhirnya saya mengambil tindakan membina titi kecil tetapi hanya boleh dilalui pengguna motosikal sahaja," katanya.

Selain itu, katanya, ada antara mereka tidak tahu jalan itu terputus dua dan terpaksa berpatah balik dan mengikut jalan luar.

"Hujan lebat beberapa hari lalu juga menyebabkan air sungai naik mengakibatkan struktur jambatan bertambah teruk," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8717671.asp

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT.- UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010

Dato Dr Haron Din di Majlis Makan Malam PAS Rembau

Posted: 06 Feb 2011 02:11 AM PST

PAS Kawasan Rembau kini berusaha mengumpul dana bagi menghadapi pilihanraya umum.

Sehubungan dengan itu, satu majlis makan malam akan diadakan pada 9 Mac 2011 di Seremban dengan penglibatan ahli serta pimpinan Pakatan Rakyat.

Antara yang bakal hadir ialah Timbalan Mursyidul Am PAS Dato Dr Haron Din, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa, ADUN Paroi yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau dan Ketua Cabang PKR Rembau Chegubard.

Antara acara yang diadakan dalam majlis tersebut ialah Anugerah Khas untuk Tokoh Veteran PAS Kawasan Rembau sebagai menghargai jasa-jasa pejuang PAS terdahulu yang telah banyak berjasa sehingga PAS di Negeri Sembilan buat pertama kalinya berjaya menghantar wakil rakyat ke Dewan Undangan Negeri Sembilan selepas memenangi kerusi DUN Paroi dalam Parlimen Rembau semasa Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008 yang lalu.

Menurut Pengarah Program Saudara Sufian Ibrahim yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Rembau, harga kupon untuk majlis tersebut ialah RM50 seorang dan tempat yang disediakan terhad kepada 1000 orang peserta sahaja.

Katanya, mereka yang berminat untuk menghadiri majlis, memberikan sumbangan atau membuat pengiklanan dalam buku program diminta menghubungi pihak urusetia majlis iaitu Saudara Sahrizal 017-4680125 atau Ustaz Yusri 013-2116237.

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 06 Feb 2011 09:03 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2011 DAP BUKIT MOR

Posted: 06 Feb 2011 08:06 AM PST

 SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2011 DI PARIT JAWA MUAR

DAP Cawangan Bukit Mor, Parit Jawa Muar menyambut Tahun Baru Cina 2011 dengan mengadakan Jamuan Rumah Terbuka pada malam hari Ahad 6 Februari 2011.Majlis diadakan di Dewan Tokong Bukit Mor Parit Jawa Muar dengan kehadiran  lebih 300 orang tetamu pada malam tersebut.

Pengerusi DAP Cawangan Bukit Mor dan AJKnya telah  menjemput ramai tetamu istimewa termasuk  YB Er Teck Hwa (Ahli Parlimen Bakri), YB Dr Boo Cheng Hau (Pengerusi DAP Johor/ADUN Skudai), YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan), YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani), YB Sim Tong Him (Ahli Parlimen  Kota Melaka), YB Goh Leong San (ADUN Kesidang/Pengerusi DAP Melaka), Sdr Malik Md Diah (Naib Yang Dipertua PAS Muar), Sdr Hizwan Ahmad (Penyelaras Parlimen Muar), Sdr Yatin Sarpan (Ketua PKR Cabang Muar) dan Sdri Nah Budin.


Tahniah kepada Pengerusi dan AJK DAP Cawangan Bukit Mor Parit Jawa Muar yang telah berjaya menganjurkan majlis yang cukup bermakna kepada Pakatan Rakyat. Sambutan daripada penduduk sungguh menggalakkkan dalam suasana perpaduan dan muhibbah walaupun pihak berkuasa memberi amaran supaya tidak menyentuh politik dalam ucapan pemimpin-pemimpin pada malam tersebut.

Jamuan pada malam tersebut disediakan oleh Sdr Yahya (Setiausaha PKR Muar) yang terkenal dengan Restoran Asam Pedasnya  di Parit Jawa Laut.

Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Tokong Bukit Mor.

 
YB Dr Mohammad Taslim diberi penghormatan berucap.

 
Giliran YB Gwee Tong Hiang berucap.

 
YB Sim sedang berucap.
Pemimpin Pakatan Rakyat dari kiri: YB Goh, YB Er, YB Dr Boo, 
YB Dr Mohammad,YB Gwee dan Sdri Nah Budin.


Dari kanan: YB Er, YB Goh, YB Sim, Sdr Malik, Sdr Hizwan, Sdr yati.

 
YB Dr Mohammad dan YB Gwee bersama AJK PAS dan DAP.

 
YB Dr Mohammad bertemu tetamu.

 
YB Dr Boo disambut oleh Sdr Malik.Sdr Hizwan kiri sekali.

Batu9kgtengah's Blog

Posted: 06 Feb 2011 09:03 PM PST

Batu9kgtengah's Blog


Ghazali Asari dipilih semula sebagai Ketua PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah

Posted: 06 Feb 2011 06:47 AM PST

Batu 9, 6 Feb    : Ghazali Asari, dipilih semula oleh ahli-ahli PAS Cawangan sebagai Ketua PAS Cawangan bagi sesi 2011 / 2013 menggantikan  Mohamad Shaari Jabbar semasa Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah Kali ke-12.

Mesyuarat Agung yang telah dirasmikan oleh Bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) Ustazah Hajjah Jamilah Ibrahim, yang juga Bekas Ahli Dewan Negara telah dimulakan pada jam 3.00 petang di Perkarangan Bilik Gerakan PAS Cawangan.

Dalam Mesyuarat Agung tersebut juga, bekas Ketua PAS Cawangan, Mohamad Shaari Jabbar, pula dipilih oleh perwakilan sebagai Naib Ketua PAS Cawangan. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan, Ustaz Mohd Adzim Basri Al-Hafiz, pula dipilih sebagai Ketua Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC), manakala Rodziah Samsudin pula dipilih oleh perwakilan sebagai Ketua Jawatankuasa Muslimat PAS Cawanga (JMC) yang baru.

Bagi Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Cawangan pula ialah Mohd Sofian Mohd Kalil, Haji Tasuki Akad, Muhd Sobirin Omar, Samudin Isan, Norazmah Muhd Kassim, Hajjah Sofiyah Ponin, Hajjah Kamaliah Sharif  dan Hajjah Siti Insiah Tahir telah dipilih oleh perwakilan.

Manakala Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Tengi Kiri, Haji Roslan Basri, dipilih semula oleh perwakilan sebagai Pengerusi Tetap PAS Cawangan, beliau telah digandingkan dengan bekas Bendahari PAS Cawangan, Mohd Fauzi Mahmud yang dipilih sebagai Timbalan Pengerusi Tetap PAS Cawangan.

Fatimah Awang dan Sarifin Isan pula dipilih sebagai Pemeriksa kira-kira 1 dan 2 PAS Cawangan Batu 9 Kmapung Tengah.

Dalam mesyuarat agung tersebut juga seramai 4 orang telah dianugerahkan "Tokoh Jasamu Dikenang 2011" iaitu dua daripada PAS Cawangan Tanjong Karang Pekan dan dua lagi daripada PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah.

Bagi cawangan Batu 9 Kampong Tengah, bekas Ketua Penaja PAS Cawangan, Haji Ithnain Salleh dan bekas Ketua JMC, Hajjah Siti Insiah Tahir, telah dipilih bagi menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Ustazah Jamilah Ibrahim


Ubah Pendekatan Dalam Setiap Program Yang Dirancang

Posted: 06 Feb 2011 06:40 AM PST

Batu 9, 6 Feb    : Bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Ustazah Hajjah Jamilah Ibrahim, mengajak ahli-ahli PAS supaya mengubah cara berfikir bagi melaksanakan sesuatu program dan perancangan untuk menarik minat golongan orang ramai khususnya orang muda.

Setiap program yang dirancang mestilah bersifat santai dan tidak lagi dalam bentuk formal, ini bagi menarik minat mereka untuk mendekatkan diri dengan PAS seterunya akan menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, katanya yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Negara.

Semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Tenang, Johor, baru-baru ini saya bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) DMPP,  Ustazah Dr Asiah Ali, telah turun melawat beberapa tempat bagi meninjau kecenderungan pengundi terhadap PAS dalam PRK DUN Tenang.

Kemudian kami telah berhenti di sebuah gerai yang berada di salah sebuah felda di DUN Tenang, kami sempat bertanya dengan beberapa kumpulan remaja yang juga sedang minum di gerai tersebut dengan bertanyakan beberapa soalan asas berkaitan agama. Tetapi apa yang menyedihkan mereka tidak boleh menjawab soalan tersebut, walaupun hanya soalan-soalan asas.

Inilah yang sangat merisaukan kita, pada zaman sekarang, dimana ramai dikalangan anak remaja yang tidak faham tentang asas agama. Jadi ini menjadi tanggung jawab kepada kita semua ahli-ahli dan pendokong PAS supaya menarik seramai mungkin penyokong  agar PAS berjaya di dalam PRU akan datang, sekaligus akan dapat membina semula syahsiah jiwa anak-anak muda yang tidak mempunyai asas agama yang kukuh dan tidak mempunyai matlamat hidup dengan jelas.

Ahli-ahli PAS juga diseru supaya merapatkan hubungan dan bekerjasama dengan lebih rapat dengan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu PKR dan DAP, ini sangat penting bagi, supaya rakyat sentiasa yakin dengan PR, katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam perasmian serentak Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah kali ke-12 dan Tanjong Karang Pekan kali ke-25 yang diadakan di perkarangan Bilik Gerakan PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah, Ketua DMP Kawasan, Ustazah Hajjah Jamiyah Yussuf dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan, Ustazah Hajjah Asmah Ahmat, yang juga Naib Ketua DMP Kawasan selaku pemerhati PAS Kawasan.

Dalam Mesyuarat Agung tersebut, seramai 4 oranh ahli PAS dari kedua-dua cawangan telah dianugerahkan sebagai "TOKOH JASAMU DIKENANG 2011" bagi menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan kepada parti di peringkat cawangan masing-masing.

Bagi cawangan Batu 9 Kampong Tengah, Bekas Ketua Penaja PAS Cawangan, Haji Ithnain Salleh dan Bekas ketua Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan (JMC) Hajjah Siti Insiah Tahir telah dipilih untuk menerima anugerah tersebut. Manakala Bendahari PAS Cawangan, Haji Mohd Ikhwan Mustamar dan Ketua Penerangan PAS Cawangan, Abdul Mois Anwari pula dipilih untuk menerima anugerah tersebut dari Cawangan Tanjong Karang Pekan


Rembau Hari Ini

Posted: 06 Feb 2011 07:56 PM PST

Rembau Hari Ini


Dato Dr Haron Din di Majlis Makan Malam PAS Rembau

Posted: 06 Feb 2011 02:12 AM PST

PAS Kawasan Rembau kini berusaha mengumpul dana bagi menghadapi pilihanraya umum.

Sehubungan dengan itu, satu majlis makan malam akan diadakan pada 9 Mac 2011 di Seremban dengan penglibatan ahli serta pimpinan Pakatan Rakyat.

Antara yang bakal hadir ialah Timbalan Mursyidul Am PAS Dato Dr Haron Din, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa, ADUN Paroi yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau dan Ketua Cabang PKR Rembau Chegubard.

Antara acara yang diadakan dalam majlis tersebut ialah Anugerah Khas untuk Tokoh Veteran PAS Kawasan Rembau sebagai menghargai jasa-jasa pejuang PAS terdahulu yang telah banyak berjasa sehingga PAS di Negeri Sembilan buat pertama kalinya berjaya menghantar wakil rakyat ke Dewan Undangan Negeri Sembilan selepas memenangi kerusi DUN Paroi dalam Parlimen Rembau semasa Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008 yang lalu.

Menurut Pengarah Program Saudara Sufian Ibrahim yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Rembau, harga kupon untuk majlis tersebut ialah RM50 seorang dan tempat yang disediakan terhad kepada 1000 orang peserta sahaja.

Katanya, mereka yang berminat untuk menghadiri majlis, memberikan sumbangan atau membuat pengiklanan dalam buku program diminta menghubungi pihak urusetia majlis iaitu Saudara Sahrizal 017-4680125 atau Ustaz Yusri 013-2116237.

Khalid Samad

Posted: 06 Feb 2011 07:27 PM PST

Khalid Samad


Kebangkitan Rakyat Mesir dan Wawasan Politik UMNO

Posted: 06 Feb 2011 05:42 PM PST

Sambil mengikuti perkembangan kebangkitan rakyat Mesir, saya merasakan teramat kagum terhadap kesanggupan mereka untuk turun ke jalan raya menuntut hak mereka. Setelah dibelenggu selama berpuluh tahun, 30 tahun darinya di bawah Hosni Mubarak, rakyat Mesir telah menyedari bahawa perubahan perlu dilakukan dan tiada cara lain melainkan mereka sendiri berdiri teguh menuntutnya. Persoalan keadilan, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya menjadi isu yang mendorong mereka untuk menuntut perubahan. Semua persoalan ini merupakan persoalan yang cukup releven di dalam sebuah masyarakat yang bertamaddun dan bermaruah.

Lantaran dari itu, saya terfikir adakah mungkin ahli-ahli UMNO kebinggungan dengan semua yang sedang berlaku? Mungkin ada yang tertanya, "Apa masalahnya? Tidakkah mereka semua satu bangsa dan majoriti besar mereka itu orang Islam?" Dan pasti juga tertanya lagi, "Hai, bukankah pemimpin mereka tu orang Islam? Jalan raya sudah siap dibina, begitu juga hotel-hotel bertaraf antarabangsa yang didatangi manusia dari seluruh dunia! Apa lagi yang rakyat Mesir itu inginkan?" Dan sudah pasti juga ada yang menyampuk sambil berkata, "Sungguh tidak pandai berterima kasih rakyat Mesir ini!".

Maka, bagi otak UMNO yang tidak memahami persoalan keadilan, menentang rasuah serta salah guna kuasa, apa yang sedang berlaku pasti sesuatu yang tidak dapat mereka fahami. Akhirnya pasti dirumuskan, "Ini mesti kerja 'penderhaka' dan sebagainya". Rakyat yang baik tidak mungkin menentang kerajaannya walau zalim mana sekalipun.

Untuk pengetahuan tuan-tuan sekalian, otak UMNO ini telah dididik untuk melihat dunia ini secara mudah. Nombor Satu soal kaum dan bangsa. Nombor Dua soal taat dan setia kepada pemimpin. Nombor Tiga bersyukur kepada pemimpin ke atas segala pemberian yang diperolehi. Kalau sedikit, itu soal rezeki yang ditentukan Allah. Rezeki secupak tidak akan jadi segantang, tambah mereka lagi.

Di Mesir, kaum dan bangsanya satu. Semuanya Arab. Kalau dikaji dari agihan kekayaan tempatan, 100% milik Arab kerana semuanya Arab. Dari sudut kepimpinan pula, Arab juga! Dari segi rasuah, biarlah yang rasuah itu, rezki mereka, jangan kita dengki dan jangan kita cemburu. Berdosa. Lagipun, penerimanya pun Arab juga maka apalah masalahnya?

Oleh itu, otak mereka tidak mampu memahami apa yang sedang berlaku. Mengapa ya, tertanya-tanya orang UMNO diantara satu sama lain. Apa yang rakyat Mesir ini hendak?

Ada yang secara bergurau menghantar SMS kepada saya, 'Pemuda UMNO mendesak rakyat Arab Mesir bersatu. Takut-takut sekiranya berpecah, maka Cina akan ambil alih kuasa dan jadikan Mesir seperti Singapura!' Saya tergelak apabila menerima SMS tersebut dan terus di saya hantar ke twitter kerana saya tahu bahawa sebenarnya, itulah pemikiran politik orang UMNO, termasuk para Pemudanya.

Begitu juga apabila disebut bahawa Mubarak mengaut harta Negara dan memiliki asset peribadi bernilai hampir USD 30 Billion, maka sudah hampir pasti reaksi pemuda PAS dan pemuda UMNO akan berbeza. Pemuda PAS akan menyerang Mubarak dan membidasnya kerana melalui amalan rasuah dan kronisma Berjaya mengkayakan diri sambil rakyat Mesir dibiar terus miskin. Pemuda UMNO pula sebaliknya akan membincang dan memerah otak sambil menyusun strategi bagaimana hendak jadi kroni Mubarak supaya mendapat manfaat dari hartanya! Kena jadi Arabkah kita? Soal seorang Pemuda UMNO kepada seorang rakannya yang turut kebingungan.

Persoalan keadilan, kebenaran, menentang penindasan dan kezaliman semua itu hanya retorik politik bagi UMNO. Tiada makna. Ianya ungkapan-ungkapan Pembangkang. Dan oleh kerana itu, mereka terngangga melihat apa yang berlaku di Mesir. Namun, hakikatnya rakyat Mesir sememangnya ditindas dan dizalimi selama ini. Pemimpin-pemimpin Negara membolot kekayaan Negara dan rakyat kebanyakan dibiarkan dalam kemiskinan. Siapa yang pernah ke Mesir memahami apa yang saya maksudkan.

Sekiranya datang individu-individu yang menuntut keadilan demi rakyat, menuntut supaya kekayaan Negara diagihkan dengan cara yang lebih adil, mereka-mereka ini akan ditangkap dan dipenjarakan. Dalam penjara mereka akan diseksa dan ada yang dibunuh. Apa yang baru bermula di Malaysia telah lama diamalkan di Mesir.

Oleh itu, saya sanjung keberanian rakyat Mesir dan menyokong usaha mereka untuk mendatangkan perubahan kepada yang lebih baik. Hosni Mubarak, sekiranya mengasihi Negara dan rakyatnya lebih dari dirinya sendiri, harus berundur dengan baik. Cara bagaimana, saya yakin rakyat Mesir lebih mengetahuinya. Biarlah mereka berbincang dan menentukan cara mereka.

Namun, apa yang jelas, setelah melangkah kedepan dengan berani, mereka tidak boleh berundur. Maka amat benar apa yang dikatakan oleh salah seorang penunjuk perasaan di dataran Tahrir, "Sekiranya kami berundur dalam keadaan Mubarak masih berkuasa, dia akan tentukan setiap seorang dari kami ditahan dan dibunuh. Kami tahu, kami pernah laluinya sebelum ini".

Oleh yang demikian, sama sama kita doakan semoga perubahan itu akan berlaku dan Hosni Mubarak tidak akan terus mengkhianati Negara dan rakyatnya lagi. Sebaliknya akan berundur secara terhormat supaya rakyat Mesir dapat bernafas dan hidup bebas dari cengkamannya.

Begitu juga, supaya ummat Islam di Malaysia, akan dapat membebaskan diri mereka dari corak politik sempit dan 'pemikiran terhad' seperti persoalan kaum dan kedudukan; serta mampu menghargai persoalan politik yang lebih utama seperti persoalan memperjuangkan keadilan dan kebenaran serta menolak dan menentang kezaliman. Hanya dengan itu akan ummat Islam dan bangsa Malaysia menjadi ummat dan bangsa yang bermaruah dan disegani dunia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Pendakwaan ADUN Sri Muda

Posted: 06 Feb 2011 04:55 PM PST

Apakah tindakan ini merupakan fasa ke 2 dalam usaha BN merampas balik Negeri Selangor? Kita tahu bahawa semenjak Najib menjadi Pengerusi UMNO Selangor, maka tindakan-tindakan biadap membelakangkan kerajaan Negeri dan Sultan sendiri semakin menjadi-jadi. Perlantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri diusahakan dengan begitu bersungguh-sungguh dan semestinya ada perancangan durjana disebaliknya. Bukan sekadar untuk menempelak kerajaan Negeri dan DYMM Sultan, tetapi semestinya ada perancangan yang lebih dari itu.

Tindakan terbaru ekoran krisis perlembagaan melihat bagaimana YB Suhaimi pula diarah melapor diri ke Balai Polis pada hari Khamis untuk terus didakwa pada hari Isnin ini. Ianya satu tindakan yang begitu laju dan cepat tidak seperti kebiasaan di Malaysia.

Pertuduhan yang bakal dikenakan ke atas dirinya adalah tuduhan menghasut yang sekiranya didapati bersalah boleh membawa hukuman penjara dan/atau denda yang memungkinkan kerusinya terpaksa dikosongkan. Ianya bermula dari tulisan YB di Blog beliau yang mana, sekiranya dibaca, jauh lebih 'kecil' isunya dibandingkan dengan apa yang pernah dinyatakan dan dilakukan oleh UMNO terhadap institusi Sultan Melayu di beberapa negeri sebelum ini.

Tidak perlu saya ulangi tindakan pemimpin UMNO yang telah menjadi pengetahuan umum semenjak sidang DUN Selangor yang lalu. Namun apa yang ingin saya timbulkan ialah persoalan perancangan jahat pihak UMNO/BN yang sentiasa berusaha untuk menafikan hak rakyat untuk memilih kerajaan selain dari mereka. Mereka menggunakan segala agensi kerajaan untuk menggagalkan kerajaan PR pilihan rakyat seperti pernah mereka lakukan di Perak. Dewasa ini seolah-olah perkara yang sama sedang mereka lakukan di Selangor dan melalui kaedah yang seakan-akan serupa.

Dulu di Perak, Othman Jailu dan Jamaluddin diperangkap dengan beg yang mengandungi sejumlah wan dan diugut untuk didakwa. Difahamkan bahawa mereka diberitahu bahawa sekiranya didakwa, mereka akan didapati bersalah dan akan dimasukkan ke penjara. Jawatan ADUN akan hilang dan mereka tidak akan mendapat apa-apa melainkan kesengsaraan. Sambil itu mereka dipujuk dengan kata-kata manis seperti, "sepatutnya kamu yang jadi MB, bukan Nizar". Wang juga dipercayai ditawarkan dan setelah mereka melompat ke BN, kes pendakwaan mereka tidak lagi kedengaran. Malah digugurkan begitu sahaja.

Persoalannya, adakah perancangan jahat yang sama sedang diaturkan oleh UMNO/BN untuk Negeri Selangor? Adakah dengan menggunakan pejabat AG mereka akan mengugut YB Suhaimi dan mungkin YB-YB lain selepas ini, untuk samada letak jawatan atau melompat?

Setelah menghalang pengembalian kuasa dan peranan Sultan dan Menteri Besar dan seterusnya melantik SUK pilihan mereka, maka adakah ini merupakan fasa kedua perancangan jahat BN untuk menjatuhkan kerajaan PR di Selangor?

Kita yakin, insyaAllah bahawa kaedah yang digunakan mereka di Perak tidak akan berjaya di Selangor. Malahan tindakan ini akan menyebabkan rakyat Selangor semakin menolak UMNO dan BN kerana mereka menyedari kejahatan tindakan UMNO dan BN dalam peristiwa seperti ini.

Kita juga yakin bahawa YB-YB kita di Selangor tidak akan dapat dibeli atau ditipu semudah itu, lebih-lebih lagi apabila mereka semua menyedari betapa rakyat telah berkorban untuk mempertahankan kemenangan PR di Selangor. Dalam isu ini, kematian mendiang TBH perlu sentiasa diingat supaya pengorbanan dirinya dan keluarganya tidak disia-siakan atau dikhianati.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Pelantikan SUK Negeri Selangor

Posted: 06 Feb 2011 04:53 PM PST

Ada yang beranggapan bahawa sekiranya Kerajaan Negeri akhirnya menerima perlantikan Khusrin sebagai SUK maka bantahan selama ini oleh PR tidak bermakna dan hanya membuang masa. Sebenarnya tanggapan sebegitu adalah tidak tepat sama sekali. Bantahan dilakukan bertujuan untuk menjelaskan kepada rakyat Selangor bahawa Khusrin bukan pilihan kerajaan Negeri tetapi sebaliknya adalah pilihan kerajaan Pusat. Beliau tidak dilihat sebagai calon terbaik oleh kerajaan Negeri tetapi oleh kerana kuasa Negeri, sepertimana kuasa Sultan, telah dirampas oleh Kerajaan Pusat, maka akhirnya perlantikan beliau tetap sah di sisi undang-undang. Oleh itu, sekiranya mutu kepimpinan beliau tidak sepertimana yang sepatutnya dan lanjutan dari itu mutu perkhidmatan awam merudum selepas beliau dilantik, maka rakyat mesti faham, ianya adalah kerana peranan yang dimainkan oleh peribadi yang diletakkan oleh kerajaan Pusat untuk memimpin kakitangan kerajaan di negeri Selangor. Ianya bukan atas kelemahan kerajaan Negeri itu sendiri.

Jawatan SUK adalah begitu penting kerana beliau merupakan ketua kepada semua kakitangan kerajaan di Negeri Selangor. Pegawai Daerah, Ketua-ketua jabatan semua melapor kepadanya. Oleh itu seorang yang dipilih untuk mengisi jawatan tersebut mesti mempunyai kemampuan dan kewibawaan untuk memimpin seluruh kakitangan kerajaan supaya segala program kerajaan Negeri dapat dilaksanakan dengan jayanya. Oleh kerana beliau tidak merupakan calon terbaik, mengikut penilaian kerajaan Negeri, maka perlantikan beliau dibantah.

Ianya dibantah supaya rakyat dapat melihat betapa kerajaan Negeri pilihan mereka ingin dipinggirkan oleh kerajaan Pusat. Ianya dibantah supaya rakyat memahami bahawa kerajaan Pusat ingin mengekang kejayaan dan kemampuan kerajaan negeri dengan meletak seorang yang kurang berupaya dalam jawatan yang sepenting itu. Ianya dibantah supaya rakyat memahami bagaimana kerajaan Pusat terus berusaha untuk menggagalkan cita-cita rakyat untuk melihat terbentuknya sebuah kerajaan yang cemerlang dicapai oleh PR.

Sehubungan dengan itu, maka akan menjadi jelas juga kepada semua bahawa sekiranya Negeri Selangor ingin membebaskan diri dari belenggu ketidak cekapan dan urus tadbir yang lembab, maka tidak memadai untuk rakyat memenangkan PR hanya di Negeri. Kemenangan mesti juga dicapai di peringkat Pusat.

Ada yang menganggap bahawa saya mempunyai agenda peribadi terhadap Khusrin. Sebenarnya tidak. Biar saya nyatakan di sini secara terus terang, sekiranya Khusrin merupakan pilihan pertama kerajaan Negeri, maka saya akan sokong perlantikan beliau. Pada ketika itu, sekiranya kerajaan Pusat ingin beliau diketepikan, maka saya pula yang akan menjadi orang yang pertama membelanya.

Namun, hakikatnya Khusrin bukan pilihan kerajaan Negeri. Beliau pilihan kerajaan Pusat. Mengapa kerajaan Pusat berdegil ingin meletakkan beliau di jawatan tersebut?, kita hanya mampu mengandaikan sebabnya. Tetapi bagi saya, sebabnya adalah jelas. Beliau telah berkhidmat dengan cemerlang untuk BN semasa beliau Pengarah JAIS. Segala yang dilakukan BN, termasuk solat hajat untuk kemenangan 'Ustadz' Kamal(anathan), diiyakannya dan segala yang dilakukan oleh PR dalam usaha membina hubungan yang lebih rapat di antara ummat Islam dan yang bukan Islam, dianggap derhaka dan menghina Islam. Sikap tidak profesional beliau menyebabkan beliau disayangi BN kerana itulah jenis pegawai yang dihargai oleh BN. Ia itu pegawai yang mengutamakan BN dari rakyat itu sendiri.

Namun, akhirnya dia tetap dilantik dan kerajaan Negeri serta Sultan sendiri tidak diberi kuasa atau hak untuk menolak perlantikan tersebut. Paling kurang, rakyat memahami dan akan turut memantau bersama setiap tingkah laku beliau. Dan sekiranya dia tidak cekap atau khianat, rakyat akan bersama kerajaan Negeri meminta supaya beliau ditukarkan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Dr Azman Ibrahim

Posted: 06 Feb 2011 07:14 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Menghuni Negara Bergolak. Baghdad, Suatu Catatan Pengalaman... Bhg 2

Posted: 06 Feb 2011 06:25 PM PST

Kuliah pengajian bermula jam 8.00 pagi selama 2 jam, kemudian diikuti dengan sessi klinikal di hospital disusuli dengan tutorial atau kerja-kerja makmal pada waktu petangnya. Biasanya pengajian setiap hari berakhir sekitar 5.00 petang. Harinya masih awal ketika bulan-bulan musim panas antara Mei hingga Oktober kerana waktu maghrib masuk sekitar jam 8.20 malam. Berbeza dengan hari-hari dimusim dingin. 5.00 petang sudah dikira lewat kerana waktu maghrib jatuh sekitar jam 5.40 malam. Mungkin istilah 5.40 malam agak pelik bagi kita di Malaysia, tapi itulah hakikatnya di Iraq, dah gelap waktu tu...

Masjid Imam Abu Hanifa, Adhamiya Iraq. Di dalamnya terdapat Makam Imam Abu Hanifa.
Paling menguji kesabaran apabila musim panas, bekalan elektrik kerap terputus akibat ketidak cukupan bekalan lantaran banyak stesen janakuasa elektrik yang rosak ketika perang teluk. Sekatan ekonomi dan sekatan eksport minyak yang dikenakan ke atas Iraq tidak memungkinkan mereka membaik pulih semua kerosakkan yang berlaku. Iraq hanya mempunyai satu janakuasa hidroelektrik yang dinamakan Sadd (empangan) Saddam di Mosul yang terletak di bahagian utara Iraq. Lainnya adalah janakuasa menggunakan tenaga minyak. Penggunaan melampau pendingin udara dimusim panas menyebabkan ketidak cukupan bekalan elektrik dan hasilnya ia perlu dicatu. Bekalan elektrik biasanya terputus (sebenarnya diputuskan) sekitar dua atau tiga kali sehari dengan setiap satu sessi memakan masa dua atau tiga jam. Bayangkan betapa 'selesanya' berada di dalam rumah dengan suhu melebihi 40°C tanpa pendingin udara. Panasnya bagaikan berada dalam tempat pembakar jongkong! 

Untuk melegakan sedikit kepanasan, biasanya Masjid Imam Abu Hanifah yang berdekatan dengan rumah akan menjadi tempat saya mengulangkaji pelajaran sambil menunggu masuknya waktu sembahyang.  
Sungai Dajlah atau disebut juga Tigris
Kadang-kadang diwaktu petang saya ajak kawan-kawan Iraq berenang di Sungai Dajlah yang terletak kira-kira 800 meter dari rumah. Airnya begitu bersih dan dingin tanpa sebarang pencemaran walaupun ianya melintasi pusat Bandar Baghdad. Kerajaan Iraq tidak membenarkan sebarang pembangunan di pesisiran tebing sungai demi menjaga keaslian dan kebersihannya. Sungai Dajlah yang mengalir dari Turki melalui Iraq dan keluar di Teluk Parsi pernah menjadi saksi perjuangan getir mujahidin di jalan Allah berjuang meninggikan syiar Islam



Antara Potrait Saddam Hussein


Istimewanya Iraq. Hampir setiap benda dinamakan dengan nama Presiden Saddam Hussein. Dari Masjid Saddam, Universiti Saddam, Jambatan Saddam, Bandar Saddam, Sekolah Saddam, Hospital Saddam, Jalan Saddam, Stadium Saddam, Muzium Saddam dan entah apa-apa lagi. Di samping patung gangsa Presiden Saddam dengan pelbagai gaya menghiasi segenap pelusuk ceruk bandar dan pekan tidak terkecuali potretnya. Ketika mula-mula sampai di Iraq, saya merakamkan sekeping gambar berlatar belakangkan portrait Saddam Hussein untuk dihantar kepada keluarga sebagai bukti saya dah sampai dan masih hidup di Iraq. He... he...

Bersambung bhg 3...

Menghuni Negara Bergolak, Baghdad Suatu Catatan Pengalaman... Bhg 1

Posted: 05 Feb 2011 09:09 PM PST

Ketika melangkah meninggalkan tanahair, keluarga dan perjuangan untuk sementara waktu pada September 1993, saya sudah sedia maklumi, Negara yang akan dituju, Iraq adalah sebuah Negara bergolak yang sedang berhadapan dengan sekatan ekonomi PBB ekoran penaklukan Iraq terhadap Kuwait pada 1991.  

University Of Baghdad, Iraq.
Lantaran itu, saya tidak pernah mengimpikan suasana pembelajaran yang penuh kemewahan dan kemodenan tapi impian saya untuk mengaut dan membawa pulang semaksima mungkin ilmu dari bumi yang pernah menjadi pusat penyebaran ilmu di zaman keagungan Khilafah Abbasiyyah. Sayunya pandangan Ayahanda ketika saya melangkah menuju Balai Berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang ketika itu menyuntik suatu semangat, walau apa pun yang terjadi, saya tidak akan pulang sehingga saya mampu mempersembahkan kejayaan untuk mereka yang menyayangi dan mendoakan kejayaan saya.

Belajar dengan biasiswa FAMA (Father and Mother) tambahan pula 'FAMA' saya bukanlah orang berada tetapi dengan semangat seorang anak desa yang bercita-cita tinggi saya mengambil sikap pergi dulu walaupun ramai yang menentang dan apa nak jadi, jadilah... kepada Allah tempat berserah. Kalau ulat dalam batu boleh hidup, tak kanlah saya yang berakal fikiran tak boleh hidup. Itulah keyakinan saya walaupun bunyinya sedikit angkuh tapi angkuhnya cuma untuk diri saya sendiri.

Baghdad bukanlah sebagaimana Mesir dengan berbelas ribu anak Malaysia di sana. Di sini bilangan rakyat Malaysia cuma boleh dibilang jari tambahan pula saya satu-satunya anak Malaysia malah satu-satunya pelajar bukan berbangsa Arab di Kuliah Pergigian Universiti Baghdad. Pelajar lain kebanyakkannya dari Palestin, Jordan, Yaman, Eriteria, Sudan, Syria, Mauritania di samping pelajar tempatan Iraq. Rupa fizikal yang berlainan dengan majoriti pelajar menyebabkan saya selalu menjadi tumpuan. Selalu saya disapa sebagai orang Jepun, orang Cina atau orang Korea. Bila saya menyatakan saya orang Malaysia dan Muslim sebagaimana kamu, mereka agak kehairanan. Mungkin Malaysia tidak begitu terkenal sehingga mereka tidak mengetahui di mana lokasinya!

Bukan mudah menyesuaikan diri di tengah-tengah suasana yang begitu asing seorang diri, manusia-manusia asing, bahasa pertuturan yang sukar difahami, pensyarah-pensyarah yang sukar diajak berkomunikasi kerana masalah bahasa serta keadaan sosio-ekonomi masyarakat yang tertekan ekoran sekatan ekonomi PBB. Teman-teman pelajar Malaysia yang lain semuanya menuntut di Kuliah Pengajian Islam, Universiti Saddam.

Saya seolah-olah seperti orang asing yang tersesat di dalam suatu komuniti masyarakat yang tidak dikenali. Walaupun mempunyai asas bahasa Arab yang agak kukuh bekalan dari Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, nyata ianya sekadar bekalan yang terlalu nipis, bahasa Arab tempatan Iraq terlalu jauh lenggok dan bunyinya daripada Arab standard.

Di bulan-bulan pertama pengajian, hadir ke dewan kuliah pada awal pagi, mengambil tempat di barisan paling hadapan nyata tidak mencukupi untuk saya memahami pengajian. Pulang ke asrama dengan rasa kesal dan terbuku di hati. Walaupun dikatakan Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar pengajian tetapi sebenarnya kuliah dan segala medium pengajian tetap menggunakan bahasa Arab, lebih perit lagi Arab Iraq, bukannya standard Arabic.  

Rakan-rakan sekuliah yang lain, penguasaan bahasa Inggeris mereka terlalu minima, tak banyak mereka mampu membantu, malah mereka yang mengharapkan bantuan saya sedangkan saya sendiri hampir-hampir terfikir untuk mengalah dengan keadaan.

Tapi kalau sekali kita rela berada di pihak yang kalah dengan keadaan, kita tidak akan belajar untuk menjadi insan yang cekal dan berjiwa luar biasa. Sekali melangkah tiada lagi istilah undur. Inilah kata-kata perangsang yang selalu dibisikkan untuk diri sendiri.

Berada di dalam lingkungan masyarakat Iraq yang meraikan kehadiran kita sebagai saudara seagama, saya cuba hadir di kalangan mereka sebagai insan dengan berbentengkan akhlak dan keperibadian mulia, akhirnya kita rasa disayangi dan disenangi baik di kuliah atau pun di dalam masyarakat di persekitaran rumah sewa. Keterbatasan kewangan menyebabkan saya hanya mampu menyewa rumah flat yang terletak di kawasan Pasar Adhamiya, kawasan penempatan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana tapi masih berpegang dengan nilai agama yang tinggi. Masih saya ingati seorang 'Abu Hallaq' (tukang gunting rambut) bernama Ra'ad menjadi sahabat baik saya. Juga seorang pemilik kedai membaiki radio dan TV bernama Abu Samir. Tidak ketinggalan seorang pemilik kedai percetakkan bernama Adnan yang selalu saya singgah dalam perjalanan balik dari kuliah.  

Pergaulan mesra dengan masyarakat ini menjadikan saya mampu menguasai Bahasa Arab gaya Iraqi dengan begitu cepat sekali malah kata mereka saya telah menjadi 'lebih Iraq dari Iraq'.

Berulang-alik ke Kuliah dengan jarak kira-kira 5 km setiap hari dengan menaiki mini bas yang dipanggil coaster suatu kenangan menarik. Mini bas milik Kementerian Pengangkutam Iraq ini cuma mengenakan tambang sekitar 5 sen sekali naik, tak kira nak turun di mana pun di sepanjang laluannya. Sangat sesuai untuk golongan berpendapatan rendah seperti anggota tentera dan para buruh kasar. Saya tidak terkecuali termasuk antara mereka yang tidak mampu untuk menggunakan perkhidmatan teksi yang jauh lebih selesa.  Coaster pun kira o.k. yang penting sampai.

Diwaktu awal pagi, sesaknya usah dicerita. Kalau mampu berdiri dengan dua kaki sudah dikira sangat selesa. Kerapnya cuma ada ruang untuk berdiri dengan sebelah kaki sahaja. Bau badan dan pakaian anggota-anggota tentera yang sudah beberapa hari tak mandi ditambah lagi dengan buruh-buruh kasar usah digambarkan lagi. Sangat 'wangi'!

Jarak perhentian bas dengan kuliah pengajian saya kira-kira 1 km. Menjadi kelaziman saya menapak 2 km setiap hari pergi dan balik. Kata orang Iraq, menaiki Renault 11. Mulanya saya tak berapa faham kerana yang saya tahu model kereta Renault 12. Rupanya Renault 11 adalah istilah untuk 2 batang kaki yang digunakan untuk berjalan. Musim sejuk, menapak dalam kesejukan yang mencengkam, musim panas, menapak di bawah terik panas matahari...

Bersambung...

PAS LENGGONG

Posted: 06 Feb 2011 07:05 PM PST

PAS LENGGONG


Posted: 06 Feb 2011 05:32 PM PST

Plan Jangka Panjang memberi ilmu kepada rakyat Rakyat

Posted: 06 Feb 2011 05:30 PM PST

Projek Mengilmukan Rakyat.

Pelancaran Dana Pendidikan PAS 13 Feb
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Feb: Program Makan Malam sempena pelancaran Dana Pendidikan PAS akan diadakan pada 13 Februari ini di Dewan Jubli Perak, Shah Alam bermula jam 8.30 malam.

Pengarah program, Dr Azman Ibrahim berkata, majlis itu akan dihadiri oleh Presiden PAS dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Datuk Dr Haron Din.

Katanya, majlis dimulakan dengan makan malam diikuti persembahan multimedia, ucapan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Dana Pendidikan dan Pengisytiharan LPA oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Seterusnya diikuti dengan ucapan Pelancaran Dana Pendidikan oleh Tuan Guru Abdul Hadi serta penyerahan sumbangan dana dan ucapan penangguhan oleh Dr Haron Din.

Menurutnya, dalam menunaikankan hasrat dan tugasan yang diamanahkan oleh Lajnah Pendidikan PAS Pusat, pihak Jawatankuasa Panitia Pelaksana Program sedaya upaya cuba menyusun atur perjalanan majlis demi menyempurnakankan dua objektif utama iaitu merasmikan pelancaran Dana Pendidikan PAS dan keduanya, mengumpulkan sumbangan daripada para dermawan bagi mengisi tabung dana itu.

Beliau turut mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua yang menyumbangkan masa, tenaga, buah fikiran, kewangan dan sebagainya sama ada secara langsung atau tidak langsung demi kejayaan majlis yang bermakna itu.

Menurutnya, objektif diwujudkan dana itu adalah untuk membantu pembiayaan para pelajar dalam usaha melahirkan para ulama dan petugas parti, membantu institusi pendidikan rakyat merangkumi keperluan prasarana dan pengurusan di samping memberi bantuan untuk kebajikan guru dan pelajar serta perlaksanaan program-program berorientasikan pendidikan.

Jelasnya lagi, dana yang ditubuhkan oleh PAS Pusat itu bagi maksud untuk mengumpulkan sumber kewangan dan dibelanjakan berdasarkan objektif yang digariskan.

"Dana ini akan berkekalan bagi jangka masa yang tidak ditetapkan dan hanya akan ditutup atas sebab-sebab yang munasabah seperti akaun tidak aktif, tujuannya sudah tidak relevan dengan keadaan semasa atau atas arahan Jawatankuasa PAS Pusat," ujarnya.

Posted: 06 Feb 2011 05:25 PM PST

Getik mendengarnya

Posted: 06 Feb 2011 05:01 PM PST

Encik datang dari Umno bahagian mana?
Khaulah Azwar

SELAYANG, 5 Feb: Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) merasa kecewa kerana selain pelajar sakit dan bekeluarga, pelajar pro parti politik tertentu didakwa didahulukan dalam misi menyelamat bagi memindahkan pelajar dari Mesir ke Jeddah.

Timbalan ketuanya, Ahmad Zaidy Abdul Mutalib berkata, pihaknya mendapat maklumat dari pelajar Malaysia masih lagi berada di Mesir, bahawa terdapat pelajar lain dikemudiankan.

Menurutnya, hal ini mengecewakan kerana bantuan dihantar atas nama Malaysia dan hasil wang rakyat, tidak wajar dipolitikkan apatah lagi dalam keadaan getir sekarang.

"Pihak kami menggesa supaya kerajaan menafikan hal ini dengan dibuktikan dalam bentuk tindakan, bukan omongan janji kosong semata. Maklumat menyatakan pelajar perlu menampung sendiri kos tambang balik ke Malaysia dari Jeddah atau pulang semula ke Mesir sekiranya keadaan pulih, juga menyebabkan ramai pelajar di Mesir tidak mahu berganjak dari kediaman mereka di Mesir.

"Ini disebabkan keadaan ekonomi pelajar dan keluarga mereka yang tidak mengizinkan menyebabkan proses memindahkan pelajar Mesir ke Jeddah menjadi bertambah sukar," katanya dalam kenyataan kepada Media.

Menurut Ahmad Zaidy, untuk itu DPPNS mendesak supaya kerajaan mengeluarkan belanja bagi menampung kos penghantaran balik pelajar ini ke Malaysia. Katanya, ini berikutan jika dibandingkan kos sewaktu menyambut Hari Wilayah baru-baru ini begitu juta dengan perayaan-perayaan lain dilaporkan menelan jutaan ringgit, kos membawa pulang pelajar dikatakan hanya kurang daripada itu.

"Kami juga mendapat maklumat ada ibu bapa pelajar datang ke Bilik Gerakan Bantuan Kemanusian Mesir membuat aduan mereka ditanya oleh petugas di Wisma Putera, 'Encik datang dari UMNO Bahagian mana?'.

"Hal ini cukup mengguris hati ibu bapa yang kesedihan dan mengharapkan bantuan dan maklumat mengenai nasib anak mereka di Mesir. Sepatutnya soalan sebegini sama sekali tidak wajar saat-saat sebegini," katanya.

Menurutnya lagi, sebahagian pelajar Mesir membuat aduan juga didakwa diugut diambil tindakan sehingga menamatkan bantuan pembelajaran, sekiranya mereka datang berkumpul bersama ibu bapa di Wisma Putera pada Rabu (2 Feb 2011) lepas bagi mendesak kerajaan supaya tindakan segera diambil bagi membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di Mesir.

Tegas Ahmad Zaidy, DPPNS berharap agar pihak berwajib mendahulukan kebajikan pelajar tanpa mengira fahaman politik dan menyarankan semua orang Islam di negara ini berdoa supaya semua selamat dan kemelut di Mesir akan berakhir dengan kesudahan baik.

"Kepada ibu bapa ingin membuat semakan dan mengetahui perkembangan lanjut berkaitan pelajar di Mesir khususnya berasal dari Selangor, boleh berhubung di Bilik Operasi Bantuan Mahasiswa Mesir Selangor, Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Shah Alam. "Talian 24 jam turut dibuka iaitu di 03-55143520/ 3534/ 3538/ 3539/ 3576," katanya.

YDP PAS Lenggong Di Kenduri Kg Bukit Sapi

Posted: 06 Feb 2011 01:53 AM PST





Sikap Jahat Wartawan Sinar harian yang sewajarnya disumpah celaka.

Posted: 06 Feb 2011 01:51 AM PST

Layaknya bagi SH di sumpah celaka kepada mereka.
Tidak timbul sedia debat dengan Mohd Nor
Harakahdaily

KOTA BHARU, 6 Feb: Pejabat Menteri Besar Kelantan menjelaskan, tidak timbul langsung soal Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sedia berdebat dengan Mohd Nor Idris sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah media di sini.

Ini kerana, apa yang Nik Aziz kata adalah beliau sedia berdialog atau berbincang dengan Majlis Faktwa Kebangsaan bukannya berdebat dengan Mohd Nor yang tidak mempunyai sebarang jawatan yang boleh menggubal dasar kerajaan.

Penjelasan ini dibuat oleh Setiausaha Akhbar MB, Ahmad Fadzil Shaari ekoran laporan muka depan Sinar edisi Kelantan yang memaparkan kesediaan Nik Aziz berdebat dengan Mohd Nor.

"Sukalah diperjelaskan bahawa tajuk dan laporan berita tersebut sama sekali tidak benar. Apa yang berlaku ialah YAB Tuan Guru ditanya berkenaan desakan Mohd Nor Deris agar Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kenyataan beliau yang di dakwa menjejaskan akidah.

"Menjawab pertanyaan tersebut, YAB Tuan Guru bersetuju agar kenyataannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Persetujuan tersebut termasuklah mengadakan perbincangan antara beliau dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Tidak timbul isu berdebat dengan Mohd Nor Deris yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan sebagai penggubal dasar. Secara logiknya, individu yang layak berdebat dengan Menteri Besar Kelantan yang juga al-Mursyidul Am PAS tentulah tokoh yang mempunyai jawatan berpengaruh di dalam kerajaan atau parti," kata Fadli dalam kenyataannya.

Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan 05 Februari 2011 lalu menyiarkan di muka depannya berita bertajuk "NIK AZIZ SETUJU DEBAT : Sahut Cabaran Ulama UMNO Isu Kenyataan Jejas Akidah."

Bagi Fadli, laporan di dalam akhbar Berita Harian yang merujuk kepada kenyataan yang sama lebih berkredibiliti dan menepati maksud sebenar YAB Tuan Guru.

"Justeru, laporan yang tidak tepat seperti yang tersiar di dalam akhbar SInar Harian Edisi Kelantan tersebut amatlah dikesali," katanya.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 06 Feb 2011 03:43 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


Paris Hilton Memeluk Agama Islam!!

Posted: 06 Feb 2011 02:44 AM PST

"Sesungguhnya kamu (hai Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allah lah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk." (QS. Al-qoshosh, 56)

Paris Hilton wants to spread the word of Islam to the world Paris Hilton wants to spread the word of Islam to the world

JEDDAH - Saudi Arabia - Former American socialite, Paris Hilton has converted to Islam, her spokesman, Ian Brinkham, has revealed to CBS news.

"She has been toying with the idea for quite a while now and when she was imprisoned at Century Regional Detention Facility in 2007, she encountered a few people who had already converted," Mr Brinkham said.

By converting to the Muslim faith, Paris Hilton has decided to shun her old life as a celebrity skank.

Speaking from an Islamic study retreat in Jeddah, she said: "I have now found total peace in my life. Before, I used to be known as an STD-ridden streetwalker , a 'hoe' and a person of loose morals, but now, things have changed. Allah be praised."

Hollywood Jihad

Ms Hilton plans to return to Los Angeles next week to start her own Islamic school in the middle of Beverly Hills.

"Forget Scientology or Kaballah. This is the religion to be in now. I'm not going to be wearing a piece of red string on my wrist or walk around like a robot talking to Xenu. Islam is the new must-have religion. and I'm going to spread the word of the Koran to everyone," an excited Paris Hilton said.

Paris Hilton also plans to change her name to 'Tahirah' which means 'Pure, chaste' in Arabic. Her Islamic school will open in July and is set to become a popular Hollywood spiritual haunt for many celebrities.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 06 Feb 2011 03:42 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


ASTAGFIRULLAH ! 4 ORANG POLIS ISLAM BULI SEORANG TUA !

Posted: 05 Feb 2011 04:43 PM PST




JOM BACA FAKTA JASINDAILY SEBELUM KE PRK MERLIMAU BARU RAKYAT TAU

Posted: 05 Feb 2011 03:32 PM PST

Melaka negeri Maju
20.10.2010 orang Melaka jadi orang maju.
Maju dunia dan akhirat.
Bandingan kita atas 32 indikasi.
Nanti saya catatkan indikasi itu.
Kita dibandingkan dengan Jerman, Korea, Swiss dan banyak lagi Negara Maju dunia.
Soal kepimpinan tiada dalam indikasi itu.
Kalau Rasuah dijadikan indikasi, mungkin kita dah mula tak maju, mungkin kita jadi mundur.
Kita boleh cakap kita maju, tapi rakyat dapat merasakan mereka maju ke tidak.
Melaka maju, Nelayan kat Pantai Puteri, Duyung maju ke...
Melaka Maju, orang Felda Bukit Senggeh Maju ke, atau masih pakai baja campur pasir.
Melaka Maju, orang asal kat Jus maju ke, atau pasir mereka sedang dirompak..
Melaka Maju, peniaga dan orang kat pekan Alor Gajah masih setiap minggu kena saman oleh Majlis Bandaran...
Melaka Maju, tanah getah orang kampung untuk projek Sun Power diambil pada pada harga RM1.35 sekaki, mahal belacan lagi...
Melaka Maju, denggi kat bandar melata, longkang tersumbat. Ada orang cadang kat saya supaya Bomba Melaka tolong bersihkan longkang....
Melaka Maju, tanam mangga manis hasilnya masam.
Melaka Maju, kilang banyak tutup....
Melaka Maju, lapangan terbang vs lapang sasar
Melaka Maju, Eye on Malaysia tinggal tapak, boyannya tiada, tunggu boyan dari cina...
Melaka Maju, kalau hujan lebat tunggulah banjir...
Melaka Maju, Ketua Menteri Rasuah....
Melaka Maju, ada sekolah hamil, sekolah orang puteh henry gurney dan sekolah lereh.
Maju bukan pada benda, ianya pada pemikiran kita.
Jangan perbodohkan 800 ribu rakyat Melaka
Rumah dan kereta percuma tak boleh mengubati benci rakayat kepada pengkianatan amanah yang telah diberikan rakyat lebih 50 tahun...
Lebih baik kita sedar bahawa kita belum maju daripada kita kata kita maju, tapi sebenarnya mundur.

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 06 Feb 2011 03:34 PM PST

Pemuda PAS DUN Kemasik


YDP Kemaman Bersama Kaum Tionghua Di Air Jernih, Kemasik

Posted: 05 Feb 2011 11:29 PM PST

UPU Pekan Kerteh Bersama Kaum Tionghua Di Kg. Gelugor, Kerteh

Posted: 05 Feb 2011 11:11 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Selangor

Posted: 06 Feb 2011 03:22 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Selangor


Demo Anti Mubarak di US Embassy KL

Posted: 06 Feb 2011 08:25 AM PST


Nampaknya sekali lagi berita arus perdana tidak menyampaikan apa yang sebenarnya berlaku. Totally misleading the public dengan laporan yang sebegini.


Peserta demo tidak mencetuskan huru hara. Setelah bersurai polis dengan sengaja mengadakan sekatan berhampiran dengan simpang ke KLCC. Sekumpulan peserata awal telah bersurai dan berada di hadapan bangunan Tabung Haji sambil mengisi perut yang kosong di gerai berhampiran. Yang disekat oleh polis cuba meneruskan perjalanan untuk bersurai (ulang 5x.... bersurai!!!!!!!!). Pihak polis mula membuat provokasi dari yang memakai baju preman (SB) sehingga yang beruniform dengan mengacah untuk menangkap, mengejar dan menendang orang ramai. Keadaan semakin bercelaru apabila polis cuab menahan beberapa pimpinan yang hadir. Keadaan menjadi semakin kelam kabut apabila ornag ramai meminta polis membuka sekatan untuk bersurai. Dalam keadaan huru hara ini pihak polis mengambil kesempatan untuk menghamburkan pepper spray... Tindakan yang amat-amat tidak professional.

Seemntara itu kelompok yang sedang berehat di hadapan bangunan tabung haji dimarahi oleh pihak polis dan disuruh bersurai. Dalam masa itu juga water canon mula masuk dan menyembur kearah kelompok dihadapan tabung haji. Tindakan kali kedua polis yang sungguh tidak professional, lebih zalim daripada polis yahudi terhadap palestine. Ekoran daripada itu salah seorang dari kelompok orang ramai membaling botol air kearah water canon. Terdengar jeritan daripada siput babi ...tangkap!!!!!!! dan seraya dengan itu seluruh siput babi yang ada pada petang itu berkejaran untuk menangkap. Hasilnya 7 orang ditangkap pada petang itu.

Mengikut daripada lapeguan JUHAM, sekali lagi OKt tidak diberi layanan yang sepatutnya diberikan. Mereka juga dinafikan hak mendapatkan bantuan guaman pada awalnya. OKT dimaklumkan oleh pihak polis tiada peguam diluar untuk mewakili mereka.. sekali lagi hak warga Malaysia demokrasi dinafikan. Sekiranya pihak polis sendiri yang melanggar undang-undang siapakah lagi yang boleh dipercayai di negara ini..fikirkanlah...

Sesungguhnya usaha untuk menjatuhkan kezaliman dan menegakkan keadilan adalah kewajipan setiap muslim...... ALLHUAKBAR

Pemuda Pas Caw. Kota Kemuning

Posted: 06 Feb 2011 03:09 PM PST

PAS KOTA TINGGI

Posted: 06 Feb 2011 01:34 PM PST

PAS KOTA TINGGI


Medan Tempur Seterusnya

Posted: 06 Feb 2011 06:46 AM PST

Pekan Merlimau yang bakal menjadi medan tempur politik Malaysia

Masjid Asy-Syuja'ah di pekan Merlimau

Salah satu kuil Hindu di Merlimau

Umno mula bersiap untuk hadapi pilihan raya Merlimau

Jasmee (kopiah puteh), YDP PAS Jasin di Merlimau

MERLIMAU, 6 Feb: Masuk sahaja ke pekan Merlimau, anda akan saksi satu projek pembangunan rumah kedai yang sedang giat dipersiapkan.

Selepas itu, anda akan bertemu dengan sebuah masjid yang tersergam indah, Masjid Asy-Syuja'ah, Kariah Merlimau Utara. Nampaknya ia baru sahaja disiapkan.

Untuk sampai ke sana, anda hanya perlukan kira-kira 30 minit sahaja perjalanan dengan kereta dari bandaraya Melaka dengan melalui Lebuh AMJ. Selain itu, ada dua lagi jalan alternatif ke pekan Merlimau.

Inilah kawasan yang bakal menjadi pusat tempur baru politik Malaysia selepas bertenang di Tenang. Ia bakal menjadi medan pilihan raya kecil ke 14 selepas pilihhan raya umum 2008.

Jika digunakan pembahagian kerusi pilihan raya umum 2008, PAS akan bertanding dalam pilihan raya kecil ini. Jika PAS bertanding, pimpinan PAS telah dikemukakan empat nama untuk dibuat pilihan.

Dalam pilihan raya umum 2008, Major (B) Jasmee Tompang, 63, telah menjadi calonnya. Jasmee, bekas perwira negara selama 23 tahun di unit Renjer, adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin. Beliau juga adalah Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Negeri (JPN) Melaka.

Dalam pilihan raya umum 2004, Jasmee bertanding di Parlimen Jasin. Namun, apabila PKR mengatakan mereka mahu meletakkan ketua pemudanya, Syamsul Iskandar Mohd Akin di situ dalam pilihan raya umum 2008 , PAS mengalah.

Namun, apabila Syamsul yang juga Pengerusi PKR Melaka tidak jadi bertanding di situ tetapi bertanding di Parlimen Dungun, Terengganu, PAS Melaka terasa sedikit terkilan.

Ini kerana, PAS memberikan laluan untuk Syamsul, pemimpin kanan PKR tetapi yang bertanding adalah muka baru yang mereka langsung tidak kenali.

Merlimau adalah salah satu dari lima Dun dalam Parlimen Jasin. Kesemuanya dimenangi oleh BN termasuk Parlimennya.

Dalam PRU 2008, PAS bertanding di tiga Dun iaitu Merlimau, Sungai Rambai dan Serkam. PKR bertanding di Parlimen Jasin dan Dun Rim manakala DAP bertanding di Dun Benbam.

Bagi PAS, Merlimau adalah antara lapan Dun terbaiknya di Melaka. Dun ini mempunyai 64 peratus pengundi Melayu, 22 peratus Cina dan 14 peratus India.

Mengikut rekod terbaru dalam SSDP (sistem komputer PAS), ada 10,741 pengundi berdaftar di sini sekarang iaitu pertambahan seramai 270 pengundi baru berbanding PRU 2008.

Ia dipecahkan kepada tujuh Unit Peti Undi (UPU). Pada PRU 2008, calon PAS, Jasmee mendapat 37 peratus undi di sini berbanding calon PKR mendapat 16 peratus undi pada PRU 2004.

Sebahagian besar penduduk Melayu di sini adalah penoreh getah di samping menjadi pegawai kerajaan. Cina pula adalah peniaga manakala India pekerja estet dan lain-lain pekerjaan.

Boleh dikatakan, Merlimau adalah satu kawasan pilihan raya yang terjaga dengan baik dari segi infrastruktornya. Inilah persepsi yang ada apabila buat pertama kalinya melawat kawasan ini. Projek pembangunan berjalan lancar manakala untuk orang Melayu, masjid mereka tersergam indah.

Persoalannya sekarang adalah, setakat manakah peluang Pakatan Rakyat untuk menang dalam pilihan raya kecil ini. Semua yang ditemui berkata, ia agak rendah hatta untuk meningkatkan jumlah undi.

Namun sebagai medan latihan menuju PRU 13 ia sangat baik sebagaimana Ijok di Selangor telah menyediakan medan yang baik untuk Pakatan Rakyat menawan Selangor pada tahun 2008 lalu.

Ekoran dari diskusi inilah, ada tiga pilihan untuk PAS dan Pakatan Rakyat pertimbangkan menjelang pilihan raya ini. Pertama, sebagaimana status qou 2008, PAS bertanding di sini.

Ia nampaknya pilihan yang sangat dikehendaki oleh PAS Melaka. Mereka mahu berusaha untuk memecahkan telor kerusi mereka dalam Dun Melaka. Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman adalah pihak yang paling mahu ianya dilakukan. "Malu aku bila bercakap dengan lain-lain pimpinan PAS, bila kita kosong begini," Ustaz Ghani didengar selalu berkata begitu.

Pilihan kedua adalah memberikan kerusi ini ditandingi calon PKR, Syamsul Iskandar Mat Akin yang juga Pengerusi PKR Melaka. Beliau memang pun sangat beriya-iya mahu bertanding di sini. Namun bagi PAS, pilihan ini terlalu negatif bagi mereka. Lihatlah dari perpektif manapun, ia akan membuatkan PAS Melaka marah.

Pilihan ketiga adalah memberikan peluang kepada calon BN menang percuma dalam pilihanraya ini. PR buat persiapan untuk PRU 13 yang sudah tidak berapa lama itu. Pimpinan PAS yang selalu menjaja idea ini adalah naib presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi beliau pilihan raya kecil adalah pembaziran wang rakyat. Langkah sebegini pernah dibuat oleh PAS di Batu Talam, Pahang.

Katiga-tiga pilihan ini ada buruk dan baiknya. Pucuk pimpinan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat perlu mempertimbangkannya.

Namun, pihak yang paling gembira jika pilihan raya ini berlaku adalah peniaga makanan di Medan Ikan Bakar di Umbai Melaka kerana gerai mereka akan sentiasa penuh nanti.

Arrests at Anti-Mubarak Demo

Posted: 06 Feb 2011 06:41 AM PST



Apa pandangan anda bila melihat petikan video tersebut. Inilah yang dikatakan demokrasi ala Umno-BN. Bagaimana pula dengan fatwa terbaru Imam Yusof Qardawi? Adakah Umno-BN tidak terasa? Atau Umno-BN mirip kepada kepimpinan Hosni Mubarak?

Pengundi Muda Kelantan Tolak Gelombang Merah

Posted: 06 Feb 2011 05:35 AM PST


PAS berpandangan harapan Datuk Seri Mustafa Mohamed yang hendak memikat 400,000 orang muda hanya angan-angan mat jenin sahaja. Orang muda Kelantan adalah generasi yang sedar dan bermaklumat. Mereka anti penindasan, diskriminasi dan penyelewengan. Orang muda Kelantan tidak boleh terima slogan Umno hendak membela Kelantan, sedangkan Umno perlu membela rakyat negeri lain yang berada di bawah pemerintahan Umno yang tertinggal jauh dari segi kuasa membeli dan memiliki hartanah.

400,000 orang muda Kelantan bukan hidup di dalam gua yang tidak tahu perkembangan dunia. Orang muda Kelantan yang terkenal sebagai golongan terpelajar dan memenuhi kerusi di pusat pengajian tinggi di dalam atau luar negeri. Mereka menguasai ketua jabatan di Putrajaya. Ini petanda rakyat Kelantan, cerdik dan berjaya dalam pelajaran dan kerjaya.


Mereka tidak dapat menerima pengkhianatan kerajaan pusat yang tidak iktiraf kerajaan rakyat di Kelantan. Tindakan kerajaan pusat yang menyekat 118 projek sejak Rancangan Malaysia Keenam 1991. Merampas hak royalti minyak satu lagi bukti penyelewingan konsep federalisme. Kenapa pemimpin Umno Kelantan yang berada di peringkat pusat telah mengkhianat rakyat Kelantan sehingga sanggup menyalurkan minyak ke Songkla Thailand, pada hal lebih ekonomik ia mendarat di Kelantan. Kesemua sikap ini tidak boleh diterima oleh orang muda Kelantan untuk menerima umno memerintah semula di Kelantan, kenapa mereka hendak menyerahkan diri mereka ke mulut naga untuk merosakkan sistem yang sudah dibina selama 20 tahun.

PAS hendak menasihat Datuk Seri Mustafa Mohamed, lebih baik beliau ambil perhatian negeri-negeri di bawah BN dahulu seperti Sabah dan Sarawak. Pulihlah ekonomi negara yang menghadapi kadar inflasi yang semakin tinggi, semuanya gara-gara kegagalan kerajaan BN. Kelantan sudah selesa di bawah kepimpinan PAS yang boleh bersaing dengan negeri-negeri di bawah pemerintahan BN. Umno janganlah jadi tikus membaiki labu.

PAS Sokong Tuan Guru Nik Aziz Berdialog

Posted: 06 Feb 2011 05:30 AM PST


Parti Islam Se-Malaysia PAS menyokong penuh kesediaan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk berdialog dengan Majlis Fatwa Kebangsaan sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini. Kalau boleh biarlah disiarkan secara langsung supaya orang ramai menjadi hakim dan boleh buat penilaian antara dua pihak.

Umno bolehlah mengumpul ulamak yang ada dalam parti Umno untuk turut serta. Supaya selepas ini tidak berbangkit lagi tuduhan yang sering dilemparkan kepada PAS.

Tindakan yang diambil oleh Tuan Guru Nik Aziz menepati dengan sejarah peradaban Islam untuk mencari kebenaran. PAS yakin dengan kemampuan Mursyidul Am dari segi keilmuan dan amalan yang memang telah teruji dan terbukti. Sebenarnya tindakan Tuan Guru Nik Aziz merupakan ulangan yang berkali-kali diajak oleh pemimpin PAS bagi menyelesaikan kemelut yang ada di negara ini dengan cara ilmiah. Pihak Umno sering menuding jari kepada PAS dengan tuduhan, PAS membawa ajaran yang sesat, parti anti perpaduan, menafsir Islam yang salah, parti yang menyekat kemajuan.

Malangnya segala tuduhan terhadap PAS hanya disiarkan sebelah pihak melalui media BN. Segala tuduhan ini tidak diberikan peluang untuk Pas menjawab balik.

PAS mengharapkan kesediaan Tuan Guru Nik Aziz untuk berdialog akan disambut dengan baik, jangan pula sampai waktu dan ketika maka diumumkan anak bulan tidak kelihatan, maka dialog dibatalkan.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 06 Feb 2011 01:11 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


PAS tandingi kerusi DUN Merlimau

Posted: 06 Feb 2011 01:42 AM PST

KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat menetapkan kerusi Dun Merlimau akan ditandingi PAS seperti mana yang ditetapkan status quo Pakatan Rakyat. Ketua Pengarahnya, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman berkata perkara tersebut telah disepakati oleh kepimpinan Pakatan Rakyat memandangkan ia diputuskan semasa pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

"Setakat ini berdasarkan status quo kerusi Dun Merlimau akan ditandingi oleh PAS mewakili Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Harakah.

Jawapan tersebut sekali gus menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang ingin melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat agar bertelagah dalam menetapkan calon dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ujarnya, jika terdapat sebarang perubahan ianya akan dibincangkan dalam mesyuarat peringkat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Pilihan Raya Kecil Dun Merlimau diadakan selepas kematian penyandangnya, Dato' Mohamad Hidhir pada 20 Januari lalu akibat komplikasi jantung.

HARAKAH • 27 – 30 SAFAR 1432 / 31 JANUARI – 3 FEBRUARI 2011

PAS Jasin bantah BN salah guna politeknik

Posted: 06 Feb 2011 01:22 AM PST

MELAKA: PAS Kawasan Jasin membantah tindakan BN yang menggunakan Politeknik Merlimau di sini, bagi tujuan berpolitik sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau.

Menurut Naib Yang Dipertuanya, Ustaz Kamaruddin Sidik, tindakan Dato' Seri Mohd Ali Rustam mengadakan pertemuan dengan jentera pilihan raya BN di Dewan Platinum politeknik berkenaan baru-baru ini, merupakan salah guna kemudahan institusi pendidikan.

"Ini merupakan tindakan terdesak Umno- BN yang khuatir dengan saingan sengit yang akan dihadapi mereka pada PRK nanti memandangkan senario semasa yang banyak memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.

"Umno juga dilihat berhadapan dengan masalah untuk memilih calon yang sesuai kerana wujud perebutan di antara beberapa kumpulan yang melobi dan bakal mengakibatkan pepecahan di kalangan mereka," ujarnya.

Selain itu, beliau mahukan Mohd Ali sebagai Pengerusi BN negeri memberi penjelasan mengenai tindakan berkenaan.

"Beliau kena perjelaskan kenapa sebuah politeknik digunakan bagi tujuan berpolitik, sekiranya ia boleh digunakan sebagai tempat berpolitik, maka PAS pun berhak diberi peluang yang sama (untuk menggunakannya).

"Sekiranya ia tidak boleh digunakan (untuk berpolitik), maka jelas majlis yang diadakan itu sudah menyalahgunakan kemudahan disediakan yang sepatutnya bebas daripada politik kepartian," tegasnya.

Umno-BN dilihat sudah mula menggerakkan jentera pilihan raya walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya belum bermesyuarat lagi dengan melancarkan jentera BN di Politeknik Merlimau dan menyampaikan sumbangan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada 1,046 penerima di Dun Merlimau oleh Ali Rustam, baru-baru ini.

HARAKAH • 27 – 30 SAFAR 1432 / 31 JANUARI – 3 FEBRUARI 2011

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 06 Feb 2011 11:38 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Keluarga reda, harap jasad ditemui

Posted: 06 Feb 2011 12:43 AM PST

KEMAMAN – "Kami sekeluarga reda dengan ketentuan Allah SWT. Sudah tersurat saya dan ibu kehilangan adik, kami pasrah. Namun, berharap jasad adik dijumpai agar dapat disemadikan," luah Mohd Shahidil Farhan Hassan, 24, dalam nada sebak.

Meskipun masih kelihatan lemah dan trauma, Mohd Shahidil Farhan tetap menggagahkan diri turun ke pantai tempat adiknya, Zainal Ikmal Abdullah, 12, yang dikhuatiri lemas ketika usaha mencari dan menyelamat adiknya itu giat dijalankan di pantai Kampung Geliga Baru, belakang Tadika Kemas Geliga, dekat sini, semalam.

Zainal Ikmal dikhuatiri lemas selepas ditarik ombak ganas ketika sedang leka bermain pasir bersama dua sepupunya, Mohd Adzim Shakirin Azhar, 12, dan Mohd Azrafiq Shazrin Azhar, 10, dalam kejadian di pantai yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah mereka itu, kira-kira jam 4.40 petang kelmarin.

Selepas lebih 24 jam hilang di laut, usaha mencari dan menyelamat mangsa yang juga murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Geliga itu masih belum menemui sebarang petunjuk.

Sehingga jam 6 petang semalam, usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Mengharapkan anak bongsunya berjaya ditemui dalam keadaan selamat, ibu mangsa, Azizah Yahya, 46, turut turun ke pantai bersama Mohd Shahidil Farhan ketika operasi mencari dan menyelamatkan dijalankan pada waktu pagi.

Namun, disebabkan keadaan ibu tunggal itu masih lemah, dia pengsan beberapa kali kerana terlalu sedih.

Malah, kata Mohd Shahidil Farhan, pada malam kejadian ibunya turut meracau kerana terlalu terkejut dengan kejadian itu.

"Melihat keadaan ibu, saya sangat sedih kerana badannya sekarang terlalu lemah. Kami sekeluarga sangat terkejut dengan kejadian ini," katanya yang sejak kelmarin turut pengsan dan tidak sedarkan diri beberapa kali kerana terlalu sedih memikirkan keadaan adiknya.

Luahnya, dalam keadaan ombak ganas sejak kelmarin, sehingga ada ketika pukulan ombak mencecah dua meter, adalah mustahil adiknya itu dapat dijumpai dalam keadaan selamat.

Mereka sekeluarga bagai�manapun reda dengan ketentuan Tuhan, tetapi pada masa sama berdoa dan berharap agar jasad Zainal Ikmal dapat dijumpai segera supaya dapat disemadikan.

Sementara itu, dalam kejadian kelmarin, Mohd Shahidil Farhan yang dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh ibu saudaranya, segera berlari menuju ke pantai bagi menyelamatkan adiknya yang ketika itu telah hanyut dibawa arus sejauh kira-kira 100 meter dari darat.

Malah, sebelum terjun, dia juga sempat melihat kepala adiknya tenggelam timbul dengan tangan melambai meminta tolong.

Bagaimanapun, cubaan untuk menyelamatkan adiknya gagal, malah dia sendiri nyaris lemas dan hanya mampu berenang sejauh 50 meter dari darat akibat dihalang ombak.

Usaha mencari dan menyelamat mangsa yang diteruskan jam 8 pagi semalam dilakukan ke sekitar muara Sungai Kemaman hingga ke pantai Cherating, Pahang termasuk jarak lima kilometer dari tempat Zainal Ikmal dipercayai lemas.

Bagaimanapun, usaha mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan kira-kira jam 7.05 lewat petang semalam berikutan keadaan cuaca mulai gelap dan ombak besar.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman, Che Wan Mohd Razak Che Wan Besar, yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat mangsa sejak petang kelmarin berkata, usaha mencari akan diteruskan di sepanjang pesisir pantai pada waktu malam.

"Keadaan ombak tenang pada waktu pagi memudahkan kerja mencari dan menyelamat mangsa yang dimulakan kira-kira jam 8 pagi," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Namun, katanya, operasi dihentikan seketika pada jam 12 tengah hari disebabkan air laut mulai pasang dan keadaan ombak besar, selain bagi membolehkan anggota menyelamat berehat sebelum operasi kembali diteruskan kira-kira jam 3.30 petang.

Operasi semalam turut dibantu enam anggota dari Unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Tiga dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Penduduk terutama ibu bawa yang tinggal di sepanjang kawasan Pantai Kampung Geliga Baru dinasihatkan sentiasa mengawasi anak masing-masing, agar kejadian tidak diingini termasuk lemas dapat dihindari, sehingga terjadinya insiden meragut nyawa. Dalam keadaan ombak besar sehingga boleh mencecah sehingga setinggi kira-kira tiga meter di sepanjang pantai itu, seharusnya pantai tidak dikunjungi dan tidak dijadikan tempat bermain bagi kanak-kanak mahupun orang dewasa.

"Keadaan laut bergelora dengan fenomena air pasang besar serta ombak ganas boleh mengancam keselamatan sesiapa sahaja.

"Seharusnya sepanjang musim tengkujuh ini, ibu bapa perlulah sentiasa memantau anak. Jangan biarkan mereka bermain di pantai kerana ombak besar boleh menarik kita sehingga ke tengah lautan," katanya kepada Sinar Harian. Hari ini sudah masuk hari ke tiga usaha mencari & menyelamat diteruskan.

Mangsa ombak besar -Kerajaan perlu bertanggung jawab

Posted: 05 Feb 2011 11:03 PM PST

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita40/ombakbesar1.jpgChukai, KEMAMAN –  Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN) negeri Terengganu mesti bertanggungjawab sekiranya berlaku malapetaka yang lebih serius kepada lima keluarga yang terlibat dengan kejadian ombak besar.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata kerajaan gagal mengambil tindakan memindahkan 34 mangsaomabak besar ke tempat yang lebih selamat dan terus mendedahkan mereka kepada risiko.

(Gambar - Haji Hanafiah menunjukkan salah satu rumah yang paling berisiko)

"Kerajaan Umno dibawah pimpinan Dato' Seri Ahmad Said yang juga orang kelahiran Kemaman gagal mengambil tindakan menyelamatkan mereka,

"JKKK sepatutnya memindahkan mereka kepada tempat yang lebih selamat secara kekal, bukan hanya berlindung sementara samada di balai raya atau di surau,"ujar Haji Hanafiah selepas melawat mangsa ombak itu tersebut semalam.

Menurutnya, beliau diberitahu oleh keluarga terbabit, mereka telah memohon tanah daripada kerajaan negeri, namun sehingga kini masih tidak dilayan.

Sedangkan kata beliau, kerajaan sedia maklum bahawa penduduk terbabit berdepan risiko rumah mereka akan ranap ditelan ombak sekiranya keadaan ombak besar berterusan.

Katanya, walaupun pihak-pihak berkenaan telah datang melawat mangsa-mangsa terbabit, tiada tindakan apa-apa yang diambil.

"Saya dimaklumkan, pihak berkuasa telah pun datang, tapi menurut mereka yang ternbabit tiada apa-apa tindakan yang meyakinkan,

"mereka telah memohon tanah tapak kediaman daripada kerajaan sekarang, tapi tidak dilayan,"jelasnya.

Menurutnya, masih ada tanah lot untuk rumah kediaman yang kosong di Paya Berenjut, dimana, mangsa-mangsa ombak besar boleh diberikan tanah tersebut dan berpindah secara kekal.

Sebuah akhbar tempatan minggu lalu melaporkan, lima keluarga di Kampung Geliga Baru terpaksa dipindahkan kerana berdepan dengan ombak besar yang mengancam kehidupan mereka.

Akhbar tersebut turut melaporkan pihak Jabatan Kebajikan, wakil rakyat dan beberapa agensi lain yang datang memberikan bantuan tetapi memindahkan mereka ke sebuah surau

Batu Gajah Mari

Posted: 06 Feb 2011 11:08 AM PST

Batu Gajah Mari


Mencongak harapan PAS di Merlimau

Posted: 06 Feb 2011 07:59 AM PST

Kali terakhir Pilihanraya Kecil menjengah ke bumi Hang Tuah adalah pada tahun 2007 dalam Pilihanraya Kecil Dun Machap yang menyaksikan calon MCA,Lai Meng Chong menang besar ke atas calon DAP,Liou Chen Kuang dengan majoriti 4081 undi.Dan akhir bulan ini,setelah hampir empat tahun bumi Melaka sunyi daripada Pilihanraya Kecil,satu lagi siri pilihanraya kecil menjengah bumi Melaka,yang menyaksikan pilihanraya kecil ke 15 dalam era pasca tsunami 2008.

Pilihanraya Kecil N27 Merlimau kali ini mungkin bakal menjadi antara pertembungan yang menarik antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.Barisan Nasional sememangnya telah hampir pasti meletakkan calon Umno di Merlimau manakala Pakatan Rakyat pula masih dalam peringkat perbincangan untuk memilih sama ada meletakkan calon Pas ataupun PKR di Dun Merlimau.

Antara sebab mengapa Pilihanraya Kecil Dun Merlimau dianggap penting dan menarik adalah kerana Melaka adalah satu-satunya negeri di Semenanjung Malaysia yang tidak mempunyai wakil pembangkang Melayu (Pas mahupun PKR).Hal ini kerana Pas dan PKR telah berjaya meletakkan dua wakil Melayu di Johor,dua di Pahang,dua di Perlis,,lapan di Terengganu dan tiga di Negeri Sembilan.Untuk membaca artikel penuh Harakahdaily mengenai Pas Melaka,pembaca boleh membaca artikel tersebut di sini.

Untuk rekod,Pas telah bertanding di 13 kerusi Dun,lapan DAP dan tujuh untuk PKR.Kecuali DAP,Pas dan PKR masing-masing gagal memenangi sebarang kerusi dalam Pilihanraya Umum 12 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka.Walaubagaimanapun,DAP telah berjaya memenangi lima daripada lapan kerusi yang ditandingi iaitu Dun Bachang,Ayer Keroh,Kesidang,Kota Laksamana dan Bandar Hilir.Malah,DAP juga berjaya menawan kembali kerusi Parlimen Kota Melaka yang terlepas ke tangan MCA pada tahun 2004. Untuk rekod,Kota Melaka adalah antara kubu kuat DAP di Melaka yang diwakili oleh Lim Guan Eng sebelum beliau dipenjarakan dan tidak bertanding dalam Pilihanraya Umum 1999.Pengganti Lim,Kerk Kim Hock berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada tahun 1999 sebelum terlepas ke tangan calon MCA, Wong Nai Chee dalam Pilihanraya Umum 2004.

Dalam pilihanraya umum lalu,calon Pas yang mendapat undi tertinggi di Melaka adalah di N17 Bukit Baru dalam Parlimen Bukit Katil di mana calon Pas,Bakrin bin Sidek telah berjaya mendapat 4936 undi,hampir mencecah 5000 undi.Calon Melayu PKR yang mendapat undi tertinggi di Melaka pula adalah calon bagi Dun Paya Rumput dalam Parlimen Tangga Batu,Taha bin Ahmad yang memperoleh undi sebanyak 5687 undi. Calon Pas yang paling berjaya merapatkan jurang majoriti antara Pas-Umno adalah calon Pas bagi Durian Tunggal dalam Parlimen Tangga Batu,Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Melaka,yang tewas dengan majoriti 1476 undi.Bagi calon Melayu PKR pula,calon yang berjaya mendapat majoriti terkecil adalah calon PKR bagi Dun Rim dalam Parlimen Jasin,Azmi bin Khamis yang hanya tewas dengan majoriti 1637 undi.

PANAS!!- Paris Hilton peluk Islam

Posted: 05 Feb 2011 07:33 PM PST



Berita mengenai Paris Hilton memeluk Islam disampaikan oleh salah seorang pembaca blog MiLo SuaM ke email share.milosuam@gmail.com. Memandangkan berita tersebut berbahasa Inggeris, ReJaM© cuba menggunakan khidmat lebai google, dan berjaya menemukan blogger yang rajin menterjemah berita ini di Hotmalays.blogspot.com. di bawah ini laporannya.

JEDDAH - Arab Saudi - Selebriti Amerika, Paris Hilton telah masuk Islam, jurucakapnya, Ian Brinkham, mendedahkan berita tersebut di CBS News.

Bila menganuti Islam, Paris Hilton telah memutuskan untuk mengelakkan kehidupan lamanya sebagai selebriti liar.

Berbicara dari kehadirannya di Jeddah, ia berkata: "Saya telah menemui kedamaian penuh dalam hidup saya dari sebelumnya, saya dulu dikenali sebagai kupu-kupu malam, tapi kini semuanya telah berubah Segala puji bagi Allah .. "

Jihad

Paris merancang untuk kembali ke Los Angeles minggu depan untuk memulakan sekolah Islamnya sendiri di tengah Beverly Hills.

Paris Hilton kini sungguh bersemangat untuk menyebarkan kebaikan Islam dan Al-Quran. Dia juga sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik bagi menggambarkan sifat seorang muslimah tulen.

Paris Hilton juga merancang untuk menukar namanya menjadi 'Tahirah' yang bererti 'murni, suci'dalam bahasa Arab. Sekolah Islam-nya akan di buka pada bulan Julai

[Hot Malays]

Ada pihak yang mendakwa berita ini sengaja disembunyikan bagi mengekang kebangkitan Islam apabila orang berpengaruh seperti Paris memeluk Islam malah ada blogger yang berpendapat Paris mungkin menerima nasib seperti Michael Jackson sekiranya hal ini tersebar.

Tidak kurang juga yang mendakwa ini hanyalah berita palsu. Apa pun terpulang kepada penilaian anda semua, anda boleh percaya dan juga sebaliknya.Di bawah ini disertakan gambar-gambar saat Paris Hilton sedang mempelajari cara bersolat, sila klik untuk membesarkan image.




Jasindaily Online

Posted: 06 Feb 2011 09:44 AM PST

Jasindaily Online


MENCONGAK PELUANG PAS DI DUN MERLIMAU

Posted: 05 Feb 2011 05:38 PM PST

Meneliti Keputusan Pilihanraya DUN Merlimau Yang Lepas

Posted: 05 Feb 2011 05:36 PM PST

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 06 Feb 2011 09:05 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


MARI KITA SAMA-SAMA PERBANYAKKAN SELAWAT

Posted: 06 Feb 2011 08:38 AM PST

TERKINI:MESIR OPS SELAMATKAN PELAJAR SELANGOR

Posted: 06 Feb 2011 07:34 AM PST

Berita terkini daripada BILIK OPERASI SELANGOR:
Insyaallah 11 orang warga Selangor akan tiba daripada Jeddah pukul 9pagi di KLIA. Kumpulan kedua akan membawa pulang 39 pelajar Selangor. Doakan akan berjalan lancar misi ini insyaallah.

OPS SELAMATKAN PELAJAR MESIR KERAJAAN SELANGOR

Posted: 05 Feb 2011 09:10 PM PST

OPS SELAMAT PELAJAR MESIR KERAJAAN SELANGOR
MESIR: OPS PIRAMID KERAJAAN SELANGOR
6.2.01
AHAD
11.30pg
Maklumat terakhir daripada BILIK OPERASI KERAJAAN SELANGOR di WISMA MAIS, SHAH ALAM

Insyaallah semua pelajar Selangor telah dikumpulkan di pusat-pusat pengumpulan pelajar di Kaherah dan Alexandria untuk di bawa ke Jeddah. Setakat ini 405 orang daripada 1080 pelajar Selangor telah selamat dipindahkan ke Jeddah dan sekarang menetap di bangunan TABUNG HAJI.3 orang pelajar yang sakit telah pun diterbangkan ke KLIA dan sampai 9pagi tadi. Selebihnya akan diterbangkan mengikut gilirian keutamaan yakni yang sakit, berkeluarga dan pelajar wanita.
YB Dr.Hjh Halimah Ali yang mengasas bilik operasi tersebut yang disempurnakan oleh PEGAWAI LEMBAGA ZAKAT SELANGOR dan JAIS, dibantu oleh BRIGED AMAL SELANGOR dan pasukan sukarelawan berpengalaman YAYASAN AMAL SELANGOR bersetuju pelajar-pelajar Selangor yang bakal tiba di KLIA akan dikumpul dulu di masjid negeri Shah Alam untuk diambil oleh keluarga mereka. VAN-VAN MAIS dan beberapa kenderaan kerajaan Selangor (SUK) akan digunakan bagi memudahkan pengangkutan pelajar dan ibubapa yang mungkin tidak sempat dihubungi.Ia juga memudahkan daripada pendaftaran anak-anak yang terlibat dalam krisis PIRAMID ini bagi tujuan langkah-langkah lanjut mengenai perancangan masa depan mereka kelak.
Pegawai JAIS En Farizan yang menjadi ketua bilik operasi telah memaklumkan seorang pelajar yang patah kaki telah selamat sampai pkl 9pagi tadi dan 2 orang lagi yang sakit akan tiba 4petang insyaallah.
Posted by JEJAK ILMUWAN SELANGOR at 11:07 AM
Labels: OPS PELAJAR MESIR KERAJAAN SELANGOR
Posted by JEJAK ILMUWAN SELANGOR at 12:55 PM
Labels: EGYPT-SELANGOR GOVT'S OPERATION
0 comments:

ALJAZEERA VIDEOS: PROTESTS IN EGYPT

Posted: 05 Feb 2011 09:52 AM PST




Gamal Mubarak, anak lelaki Hosni Mubarak (foto kiri)






i n t a n h i j a u

Posted: 06 Feb 2011 07:09 AM PST

i n t a n h i j a u


MERLIMAU DI MERLIMAU / مرليماو د مرليماو

Posted: 06 Feb 2011 01:54 AM PST


MERLIMAU, 6 Feb: Masuk sahaja ke pekan Merlimau, anda akan saksi satu projek pembangunan rumah kedai yang sedang giat dipersiapkan.

Selepas itu, anda akan bertemu dengan sebuah masjid yang tersergam indah, Masjid Asy-Syuja'ah, Kariah Merlimau Utara. Nampaknya ia baru sahaja disiapkan.


Untuk sampai ke sana, anda hanya perlukan kira-kira 30 minit sahaja perjalanan dengan kereta dari bandaraya Melaka dengan melalui Lebuh AMJ. Selain itu, ada dua lagi jalan alternatif ke pekan Merlimau.

(GAMBAR: Masjid Asy-Syuja'ah di pekan Merlimau)
Inilah kawasan yang bakal menjadi pusat tempur baru  politik Malaysia selepas bertenang di Tenang. Ia bakal menjadi medan pilihan raya kecil ke 14 selepas pilihhan raya umum 2008.

Jika digunakan pembahagian kerusi pilihan raya umum 2008, PAS akan bertanding dalam pilihan raya kecil ini. Jika PAS bertanding, pimpinan PAS telah dikemukakan empat nama untuk dibuat pilihan.

Dalam pilihan raya umum 2008, Major (B) Jasmee Tompang, 63, telah menjadi calonnya. Jasmee, bekas perwira negara selama 23 tahun di unit Renjer, adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin. Beliau juga adalah Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Negeri (JPN) Melaka.

(GAMBAR: Bertemu dengan Jasmee (kopiah puteh), YDP PAS Jasin di Merlimau)

Dalam pilihan raya umum 2004, Jasmee bertanding di Parlimen Jasin. Namun, apabila PKR mengatakan mereka mahu meletakkan ketua pemudanya, Syamsul Iskandar Mohd Akin di situ dalam pilihan raya umum 2008 , PAS mengalah.

Namun, apabila Syamsul yang juga Pengerusi PKR Melaka tidak jadi bertanding di situ tetapi bertanding di Parlimen Dungun, Terengganu, PAS Melaka terasa sedikit terkilan.

Ini kerana, PAS memberikan laluan untuk Syamsul, pemimpin kanan PKR tetapi yang bertanding adalah muka baru yang mereka langsung tidak kenali.

Merlimau adalah salah satu dari lima Dun dalam Parlimen Jasin. Kesemuanya dimenangi oleh BN termasuk Parlimennya.
Dalam PRU 2008, PAS bertanding di tiga Dun iaitu Merlimau, Sungai Rambai dan Serkam. PKR bertanding di Parlimen Jasin dan Dun Rim manakala DAP bertanding di Dun Benbam.

Bagi PAS, Merlimau adalah antara lapan Dun terbaiknya di Melaka. Dun ini mempunyai 64 peratus pengundi Melayu, 22 peratus Cina dan 14 peratus India.


Mengikut rekod terbaru dalam SSDP (sistem komputer PAS), ada 10,741 pengundi berdaftar di sini sekarang iaitu pertambahan seramai 270 pengundi baru berbanding PRU 2008.

(GAMBAR: Umno mula bersiap untuk hadapi pilihan raya Merlimau)

Ia dipecahkan kepada tujuh Unit Peti Undi (UPU). Pada PRU 2008, calon PAS, Jasmee mendapat 37 peratus undi di sini berbanding calon PKR mendapat 16 peratus undi pada PRU 2004.
Sebahagian besar penduduk Melayu di sini adalah penoreh getah di samping menjadi pegawai kerajaan. Cina pula adalah peniaga manakala India pekerja estet dan lain-lain pekerjaan.

Boleh dikatakan, Merlimau adalah satu kawasan pilihan raya yang terjaga dengan baik dari segi infrastruktornya. Inilah persepsi yang ada apabila buat pertama kalinya melawat kawasan ini. Projek pembangunan berjalan lancar manakala untuk orang Melayu, masjid mereka tersergam indah.
Persoalannya sekarang adalah, setakat manakah peluang Pakatan Rakyat untuk menang dalam pilihan raya kecil ini. Semua yang ditemui berkata, ia agak rendah hatta untuk meningkatkan jumlah undi.

Namun sebagai medan latihan menuju PRU 13 ia sangat baik sebagaimana Ijok di Selangor telah menyediakan medan yang baik untuk Pakatan Rakyat menawan Selangor pada tahun 2008 lalu.

Ekoran dari diskusi inilah, ada tiga pilihan untuk PAS dan Pakatan Rakyat pertimbangkan menjelang pilihan raya ini. Pertama, sebagaimana status qou 2008, PAS bertanding di sini.

Ia nampaknya pilihan yang sangat dikehendaki oleh PAS Melaka. Mereka mahu berusaha untuk memecahkan telor kerusi mereka dalam Dun Melaka. Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman adalah pihak yang paling mahu ianya dilakukan. "Malu aku bila bercakap dengan lain-lain pimpinan PAS, bila kita kosong begini," Ustaz Ghani didengar selalu berkata begitu.
(GAMBAR: Salah satu kuil Hindu di Merlimau)

Pilihan kedua adalah memberikan kerusi ini ditandingi calon PKR, Syamsul Iskandar Mat Akin yang juga Pengerusi PKR Melaka. Beliau memang pun sangat beriya-iya mahu bertanding di sini. Namun bagi PAS, pilihan ini terlalu negatif bagi mereka. Lihatlah dari perpektif manapun, ia akan membuatkan PAS Melaka marah.

Pilihan ketiga adalah memberikan peluang kepada calon BN menang percuma dalam pilihanraya ini. PR buat persiapan untuk PRU 13 yang sudah tidak berapa lama itu. Pimpinan PAS yang selalu menjaja idea ini adalah naib presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi beliau pilihan raya kecil adalah pembaziran wang rakyat. Langkah sebegini pernah dibuat oleh PAS di Batu Talam, Pahang.

Katiga-tiga pilihan ini ada buruk dan baiknya. Pucuk pimpinan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat perlu mempertimbangkannya.

Namun, pihak yang paling gembira jika pilihan raya ini berlaku adalah pekedai di Medan Ikan Bakar di Umbai Melaka kerana gerai mereka akan sentiasa penuh nanti.

SANTAI PAGI AHAD.... LAYAAANN..!!! / سنتاي ڤاݢي احد.... لاين

Posted: 05 Feb 2011 07:02 PM PST

PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 06 Feb 2011 03:37 AM PST

PEMUDA RANTAU ABANG


SUMBANGSARAN MTD RANTAU ABANG DI D'TERATAI RESORT

Posted: 06 Feb 2011 12:06 AM PST

SALAM UKHWAH



Alhamdulillah majlis yang diberi nama sumbangsaran telah berjaya diadakan pada tanggal 5 Februari 2011.Pihak MTD Rantau Abang mengucapkan terimakasih kepada semua peserta yang terdiri daripada Jawatankuasa Jentera Pilihanraya DUN.

Pada majlis tersebut Tuan Haji Yahya b Ali,Setiausaha BPNT selaku mas'ul MTD telah memberi beberapa tips yang amat berguna bagi menghadapi PRU 13 akan datang.Beliau beryakinan bahawa DUN Rantau Abang boleh mencapai kemenangan dengan usaha yang dirancang dengan teliti dan berstrategi.


Tuan Haji Anuar Abu Bakar,selaku pengarah sumbangsaran telah membentangkan Plan Strategi MTD Rantau Abang bagi menghadapi PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada tahun ini.
Plan ini akan seterusnya akan digunakan bagi jangkamasa terdekat bagi menarik sokongan pengundi di DUN Rantau Abang.

Bagi melicinkan perancangan ini,seterusnya Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya MTD Rantau Abang akan diadakan pada 18hb Februari 2011yang akan datang yang dirasmiikan oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang  bertempat di Markaz At-Tazkirah,Surau Ustaz Daud,Balai Besar.





Semoga apa yang diusahakan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 06 Feb 2011 01:24 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Himpunan Tarbawi dan Amanat PRU13

Posted: 05 Feb 2011 08:25 AM PST

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 06 Feb 2011 01:11 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Anwar : Tanah Melayu, Mahathir Perlu Baca Buku Jingga

Posted: 05 Feb 2011 04:26 PM PST

3 Rabiul Awal 1432H.

GEORGE TOWN 5 FEB: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya Tun Dr Mahathir Mohamad membaca 'buku jingga' bagi memahamkan kenyataan bahawa Tanah Melayu bukan bermakna memusnahkan sistem kehakiman, dan bukan untuk memiskinkan majoriti rakyat Melayu.

Selasa lalu dalam program anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia mesti mengakui negara ini adalah milik orang Melayu dan oleh itu, mereka mesti menerima budaya dan bahasa masyarakat itu.

Bekas perdana menteri berkata, nenek moyang negara ini memberikan orang Cina dan India taraf kewarganegaraan sebab mereka mengharapkan kedua-dua komuniti itu akan menghormati kedaulatan orang Melayu.

"Tanah Melayu bukan bermakna memusnahkan sistem kehakiman, bukan bermakna untuk memiskinkan majoriti rakyat Melayu. Atas nama tanah Melayu yang mendapat faedah besar tu adalah keluarga mereka. Bukan saja yang lalu tapi berterusan. Contoh kontrak yang petronas berikan berbilion untuk memperkayakan keluarga mereka," katanya.

Anwar juga menyifatkan pandangan dan kenyataan Dr Mahathir dalam membangkitkan persoalan mempertahankan tanah Melayu sebagai tidak lagi relevan.

"Saya lihat percubaan ini ialah percubaan akhir untuk menarik perhatian orang-orang Melayu yang mulai sedar bahawa dasar Umno itu lebih memperkayakan. Kalau tidak minta Dr Mahathir untuk faham kenyataan sekarang," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Naib presiden MCA Senator Gan Ping Seiu berkata, bekas perdana menteri itu seharusnya menggunakan status negarawan yang beliau miliki untuk menyatukan negara ini, bukannya bertindak sebaliknya.

"Sebagai seorang negarawan, rakyat mengharapkan Tun bertindak sebagai seorang bapa dan kenyataan-kenyataan beliau seharusnya bersifat membawa penyatuan dan konstruktif.

"Sebarang kenyataan bersifat selektif dan tidak berproduktif hanya akan memecahbelahkan rakyat," kata timbalan menteri belia dan sukan ini.

Dr Mahathir sebelum ini menyifatkan kepercayaan agama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang disebut sebagai 'Islam Nik Aziz' adalah lebih teruk daripada 'Islam nasionalis'. TVS/-

Seorang Terbunuh Pertempuran Tentera Thai Dan Kemboja

Posted: 05 Feb 2011 04:24 PM PST


3 Rabiul Awal 1432H.

BANGKOK 5 FEB : Seorang tentera Thai terbunuh dan empat yang lain cedera dalam pertempuran terbaru hari ini antara tentera Thai dan Kemboja berhampiran kawasan sempadan yang dipertikaikan.

Jurucakap tentera Thai, Kol Sansern Kaewkamnerd berkata Sarjan Wuthicharin Chartkamdee terbunuh dalam kejadian berbalas tembak selama kira-kira 40 minit yang bermula 6.40 pagi.

Pertempuran berlaku di sekitar kawasan seluas 4.6 kilometer persegi yangmenjadi rebutan kedua-dua negara, berhampiran kuil Preah Vihear yang dibina pada kurun ke-11.

Pertempuran turut berlaku di kawasan yang sama semalam yang mengorbankan seorang orang awam dan mencederakan lima tentera Thai.

Bangkok mendakwa Phnom Penh telah melanggar kedaulatan dan wilayah Thai. Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva sedang bermesyuarat dengan pegawai keselamatan kanan dan hal ehwal luar Thai di sini. TVS/-

Syaikh Yusuf al-Qaradhawi : Mati sebagai syuhada

Posted: 05 Feb 2011 04:08 PM PST

3 Rabiul Awal 1432H.

Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menyifatkan Presiden Mesir, Husni Mubarak sebagai 'mula menyembelih rakyatnya sendiri' selepas tercetusnya pertempuran berdarah antara penyokong presiden Mesir itu dan para peserta demonstrasi pada Rabu, 2 Februari 2011 di Medan Tahrir.

Beliau menyifatkan sedemikian kerana pertempuran itu berlaku selepas 9 hari majoriti rakyat Mesir berdemonstrasi menuntut pengunduran Husni Mubarak daripada kerajaan.

Mubarak, menurut al-Qaradhawi lagi "telah mula menyembelih tanahairnya sendiri dan bertindak seperti tindakan Firaun serta menjadikan sebahagian rakyat Mesir berkuasa ke atas sebahagian yang lain".

Syaikh al-Qaradhawi turut berdoa supaya Allah membebaskan rakyat Mesir daripada penderitaan mereka dan membebaskan mereka daripada 'para taghut'.

Ketegasan dan kelantangan al-Qaradhawi

Ketegasan dan kelantangan Syaikh al-Qaradhawi berhubung situasi semasa di Mesir begitu terserlah apabila beliau, melalui stesen satelit al-Jazeera pada 2 Februari 2011, menegaskan adalah menjadi kemestian ke atas setiap rakyat Mesir menyertai 'Perarakan Jutaan Umat' yang akan diadakan pada jumaat depan. (telah berlalu -GB)

Perhimpunan tersebut yang diadakan bagi menguatkan tekanan ke atas Presiden Husni Mubarak, disifatkan oleh para peserta demonstrasi sebagai 'Jumaat Pemutus' yang merupakan kesinambungan kepada perarakan pada Jumaat lepas yang dinamakan sebagai'Jumaat Kemarahan'.

Lebih daripada itu, Al-Qaradhawi yang tinggal dalam buangan di Qatar itu, menganggap bahawa "turun ke jalan raya khususnya hari Jumaat, untuk menyertai bantahan merupakan kewajipan syarak ke atas setiap yang mampu pergi ke tempat-tempat perhimpunan dan tidak ada keuzuran yang menghalangnya".

Sehubungan itu, beliau menggesa para ulama al-Azhar dan lepasan universiti itu agar memimpin dan menyertai perarakan membantah kezaliman regim Husni Mubarak di seluruh Mesir.

Dalam ucapan yang ditujukan kepada Husni Mubarak, al-Qaradhawi memberi amaran kepada Presiden Mesir itu bahawa "kami akan menghadapi kamu dengan doa diwaktu sahur dan dengan setiap orang yang kusut rambutnya dan berdebu tubuh badannya yang jika dia berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan memperkenankan doanya".

Beliau merujuk kepada hadis Nabi s.a.w yang memperihalkan kewujudan sebilangan manusia yang sangat mustajab doanya, meskipun mereka pada zahirnya kusut masai rambutnya dan berdebu tubuh badannya.

Sebagi ingatan kepada Mubarak, al-Qaradhawi menegaskan bahawa "doa orang yang dizalimi akan diangkat oleh Allah melepasi awan dan akan dibukakan untuknya pintu-pintu langit sambil Dia berkata, "demi keagungan dan ketinggianKu, Aku akan menolongmu walau pun selepas beberapa ketika".

Peserta demonstrasi yang terbunuh mati syahid

Di akhir ucapannya, al-Qaradhawi memperlihatkan sikap dan pandangannya berhubung rakyat Mesir yang menyertai demonstrasi membantah regim Mubarak dan kedudukan mereka yang terbunuh dalam demonstrasi tersebut pada pandangan syarak.

Dalam ucapan yang ditujukan kepada para pemuda yang menggerakkan demonstrasi di Mesir, al-Qaradhawi menyatakan, "saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada'".

Terdahulu, dalam perutusan khas, al-Qaradhawi di atas nama Kesatuan Ulama Islam Sedunia, memfatwakan bahawa rakyat Mesir yang terbunuh dalam tunjuk perasaan di Mesir sebagai mati syahid.

Asas kepada fatwa ini ialah hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, "sebaik-baik orang-orang yang mati syahid ialah Hamzah r.a dan seorang lelaki yang pergi kepada pemimpin yang zalim, lantas menyuruhnya melakukan makruf dan menegahnya dari kemungkaran, lantas dia dibunuh".

Perutusan ini disiarkan oleh laman rasmi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, iumsonline.net.

Difahami daripada fatwa ini, rakyat Mesir yang berdemonstrasi membantah regim Mubarak, pada hakikatnya sama seperti seorang yang tampil membantah pemimpin yang zalim yang mengakibatkannya dibunuh, seperti yang disebutkan dalam hadis yang dinyatakan.

Sumber : onislam.net & iumsonline.net

Risalah 'hina Melayu': Lim mahu ADUN minta maaf

Posted: 05 Feb 2011 04:00 PM PST

3 Rabiul Awal 1432H.

Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menuntut ADUN Pulau Betong Muhammad Farid Saad agar memohon maaf atas tuduhan bahawa kerajaan negeri itu bertanggungjawab ke atas satu risalah yang didakwa "menghina orang Melayu."

Lim berkata, ADUN berkenaan perlu menarik balik kenyataan berkenaan yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada hari Khamis lalu.

"ADUN Umno Pulau Betong didesak menarik balik dan meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri (Pulau Pinang) atas fitnah jahat ini. Sekiranya beliau gagal pada minggu depan maka tindakan tegas akan diambil," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim menjelaskan, risalah 'My Balik Pulau' itu sebenarnya dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan dan bukannya oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Sekiranya betul 'My Balik Pulau' lupa sejarah dan hina Melayu, maka yang lupa sejarah dan hina Melayu tidak lain tidak bukan adalah Umno dan kerajaan persekutuan sendiri," kata Lim lagi.

Lim berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar harian tersebut pada Khamis lalu yang menyebut risalah berkenaan "mengandungi fakta sejarah tidak tepat" dan "disifatkan sebagai berbahaya kerana boleh mengundang perbalahan kaum."

Muhammad Farid dipetik dalam laporan tersebut sebagai berkata, "meskipun tidak diketahui niat sebenar risalah tersebut diedarkan, dipercayai ia merupakan cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu."

ADUN berkenaan turut mendakwa, risalah berkenaan "seolah-olah mahu menggambarkan bahawa Balik Pulau bukan dibuka oleh orang Melayu."

Dalam laporan sama, Muhammad Farid turut mendakwa, bahan dalam risalah berkenaan turut "menghina orang Melayu."

Sehubungan itu, Lim Guan Eng berkata, Muhammad Farid bertindak "meludah ke langit" dengan mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai satu "pembohongan dan fitnah" itu.

"ADUN Umno ini telah menggembar-gemburkan risalah 'My Balik Pulau' dengan sentimen perkauman di Utusan Malaysia yang membuat laporan besar bertajuk 'Lupa sejarah, hina Melayu'.

"ADUN Umno ini telah membuat tuduhan melulu dan dakwaan palsu bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang bertanggungjawab atas isi kandungan (risalah ini).

"Sebenarnya ADUN UMNO ini meludah ke langit kerana yang mengeluarkan risalah 'My Balik Pulau' bukanlah kerajaan negeri PR Pulau Pinang tetapi adalah dari Umno dan kerajaan persekutuan.

Lim turut mendakwa, risalah berkenaan turut mencatatkan nama penyumbangnya iaitu kementerian pelancongan serta pemimpin Umno Balik Pulau "termasuk pusat sumber Muhammad Farid sendiri."

"Akan tetapi semua jentera media massa Umno dan blog serta Utusan Malaysia terus menyebarkan fitnah terhadap kerajaan negeri (Pulau Pinang) kerana terus pinggirkan orang Melayu," katanya lagi.

Malaysiakini/-

Jumlah SMS perayaan TBC ini cecah tahap tertinggi

Posted: 05 Feb 2011 03:53 PM PST

3 Rabiul Awal 1432H.

Jumlah penghantaran pesanan ringkas ketika perayaan Tahun Baru China ini cecah tahap tertinggi baru. Menurut penganalisis berkenaan, pada satu hari sebelum dan hari pertama Tahun Baru China, jumlah penghantaran pesanan ringkas di China melebihi 5 bilion.

Selain pesanan ringkas, rakyat China juga menggunakan kaedah yang lain dalam telefon bimbit seperti microblog dan fetion untuk saling mengucapkan Selamat Tahun Baru China.

Pakar telekomunikasi China, Chen Jinqiao berkata, seiring dengan telefon bimbit 3G dan smartphone yang semakin banyak digunakan, kaedah mengucapkan selamat Tahun Baru China menerusi telefon bimbit akan semakin popular. Keadaan ini akan mendorong perkembangan telekomunikasi di China. CRI/-

Kadar Penyakit Kanser Kian Meningkat di Negara-Negara Membangun

Posted: 05 Feb 2011 03:48 PM PST

3 Rabiul Awal 1432H.

Menurut laporan yang dikemukakan oleh Persatuan Pengajian Kanser A.S. semalam, kadar penyakit kanser di negara-negara membangun semakin meningkat ekoran perubahan cara hidup daripada pembangunan ekonomi.

Menurut laporan tersebut, jumlah pesakit kanser di seluruh dunia bertambah 12.7 juta orang setiap tahun dan jumlah kematian akibat penyakit tersebut mencecah 7.6 juta orang setiap tahun. Seiring dengan peningkatan jumlah penduduk dan kesan wujudnya masyarakat warga emas, jumlah tersebut akan meningkat hampir sekali ganda pada tahun 2030. Jumlah pesakit dan kematian akibar penyakit kanser di negara-negara membangun akan meningkat secara besar-besaran. Keadaan ini berkaitan dengan cara hidup yang tidak sihat termasuk merokok, kurang beriadah serta makanan dan minuman yang kurang sihat.CRI/-

Rumah terbuka Tahun Bartu Cina PR Perak hari ini.

Posted: 05 Feb 2011 03:33 PM PST

IPOH : Majlis Hari terbuka Tahun Baru Cina anjuran Pakatan Rakyat Perak akan diadakan hari ini, 6 Februari bermula pada jam 10.00 pagi bertempat di Perkarangan Wisma DAP Bandar Ipoh Raya , Ipoh.

Dengan ini kami menjemput semua Pimpinan, penyokong dan seluruh warga Ipoh untuk hadir sama bagi memeriahkan majlis tersebut.

Kelantan, Selangor Kedah buka bilik operasi Mesir

Posted: 05 Feb 2011 07:56 AM PST

2 Rabiul Awal 1432H.

SHAH ALAM, 5 Feb: Kerajaan Negeri Selangor tetap mengambil berat semua kepentingan seluruh pelajar negeri itu yang sedang berada di bumi Mesir, tegas Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali.

"Setakat ini, yang saya tahu, hanya Kelantan, Kedah dan Selangor sahaja yang membuka bilik operasi seperti ini, negeri lain belum dengar berita lagi," jelasnya.

Menurutnya, dalam hal membantu dan menjaga kebajikan rakyat, Kerajaan Negeri mengutamakan semua pelajar dan sama sekali tidak menilai mengikut kategori pelajar itu sama ada tajaan kerajaan atau swasta.

Dr Hasan berkata demikian ketika menjawab persoalan mengenai kegelisahan ibu bapa yang hadir dalam Dialog Isu Pelajar Selangor di Mesir yang diadakan malam tadi di Masjid Negeri, dekat sini.

Solat hajat diadakan dua kali selepas Solat Maghrib dan selepas Solat Isyak untuk memohon ke Hadrat Allah SWT agar memberikan Rahmat-Nya dengan menguat dan menyelamatkan bakal-bakal ulamak yang pulang nanti akan berjuang menegakkan islam di negara ini.

Setelah solat hajat pertama, semua hadirin mendengar kupasan sirah dan huraian sejarah khusus tentang pembukaan dan perjuangan rakyat Negara Mesir dari dahulu dan iktibarnya untuk masa kini.

Kuliah tersebut disampaikan oleh Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Turut berucap dalam dialog adalah Penasihat Sekretariat Bilik Gerakan Operasi Pelajar Selangor di Mesir, Ustaz Farizan Subhi dan Timbalan Presiden Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Malaysia, Ustaz Farhan Mazlan dengan Ustazah Fitri Nur Ain Nordin sebagai moderator.

Dalam majlis itu, pihak sekretariat memberi jaminan akan menguruskan isu ini sebaik mungkin dengan memberikan maklumat terperinci kepada semua waris yang memerlukan termasuk bila dan nombor penerbangan anak-anak mereka.

Untuk ibu bapa, terdapat dua kaedah aduan iaitu dengan menghubungi nombor hotline berikut: 03-5514 3520, 03-5514 3534, 03-5514 3538, 03-5514 3539 atau 03-5514 3576, mereka juga boleh melayari laman http://ilmam-prihatin.blogspot.com

Kaedah kedua, mereka boleh datang terus bertemu pegawai bertugas 24 jam di Bilik Gerakan Operasi Pelajar Selangor di Mesir yang terletak di Bangunan JAIS, dekat sini dengan menyatakan butir peribadi termasuk nombor pelajar di Mesir dan universiti berkaitan.

Menurut Ustaz Farihan, kebanyakan maklumat tentang keselamatan 1,285 pelajar Selangor di sana sudah berada dalam kumpulan data mereka dan mempunyai hubungan rapat dan segera dengan Wisma Putra, kedutaan dan PMRAM.

Malam tadi, sebelum dan sebaik tamat majlis, ibu bapa dan waris pelajar terus mendapatkan status anak-anak mereka yang disediakan oleh pihak sekretariat dan kebanyakan mereka berasa lega dengan tindakan segera kerjasama pihak Kerajaan Negeri.

Sementara itu dalam ucapannya, Dr Hasan menyanjung tinggi usaha dan kesanggupan sekretariat bertungkus lumus menyumbangkan tenaga 24 jam sejak beberapa hari lalu bagi mengatasi kegelisahan perasaan semua pihak terbabit.

Harakahdaily/-

Anwar: Abdul Taib jangan jadi seperti Mubarak

Posted: 05 Feb 2011 07:50 AM PST

2 Rabiul Awal 1432H.


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud seperti presiden Mesir Hosni Mubarak yang mahu terus berkuasa walau diminta berundur.

Bercakap di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran cabang PKR Stampin hari ini, Anwar berkata penduduk Sarawak perlu menuntut supaya Abdul Taib segera berundur melalui proses demokratik.

Abdul Taib dan Mubarak kedua-duanya telah berkuasa sejak 30 tahun lalu.

Berjuta-juta rakyat Mesir kini melancarkan protes di seluruh negara bagi menuntut Mubarak supaya segera berundur.

Anwar berkata, perubahan boleh dilakukan sekiranya Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di negeri itu dan Abdul Taib tidak lagi menjadi ketua menteri.

Katanya, Pakatan akan menurunkan harga minyak dan harga barangan keperluan sekiranya ia dapat membentuk kerajaan di Sarawak.

Polis bebas tujuh peserta demo anti-Mubarak

Posted: 05 Feb 2011 07:47 AM PST

2 Rabiul Awal 1432H.

Polis Kuala Lumpur hari ini membebaskan tujuh lelaki yang ditahan semalam dalam satu perhimpunan di Kedutaan Amerika Syarikat.

Bernama melaporkan, kesemua lelaki berkenaan dibebaskan setelah selesai proses dokumentasi.

Kesemua tujuh lelaki berkenaan sebelumnya ditahan mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1967, menurut laporan itu lagi.

Laporan itu juga memetik Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman sebagai berkata, lelaki berkenaan ditahan kerana bertindak agresif dengan membaling botol dan pelbagai lagi benda keras.

Lelaki berkenaan juga enggan bersurai apabila diminta berbuat demikian oleh polis, menurut laporan itu lagi.

Hampir 3,000 orang menyertai perhimpunan tersebut yang bertujuan menyerahkan memorandum membantah campur tangan Amerika Syarikat dalam urusan kerajaan Mesir kepada kedutaan negara itu.

PAS setuju Nik Aziz dialog dengan Majlis Fatwa

Posted: 05 Feb 2011 07:44 AM PST

2 Rabiul Awal 1432H.

KUALA LUMPUR, 5 Feb: PAS menyokong penuh kesediaan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk berdialog dengan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) sekiranya MFK mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

"Kalau boleh biarlah disiarkan secara langsung supaya orang ramai menjadi hakim dan boleh buat penilaian antara dua pihak," kata Ketua Penerangannya, Idris Ahmad.

Umno, katanya, bolehlah mengumpul ulamak yang ada dalam parti itu untuk turut serta supaya selepas ini tidak berbangkit lagi tuduhan yang sering dilemparkan kepada PAS.

Bagi beliau, tindakan yang diambil oleh Tuan Guru Nik Aziz menepati dengan sejarah peradaban Islam untuk mencari kebenaran.

"PAS yakin dengan kemampuan Mursyidul Am dari segi keilmuan dan amalan yang memang telah teruji dan terbukti.

"Sebenarnya tindakan Tuan Guru Nik Aziz merupakan ulangan yang berkali-kali diajak oleh pemimpin PAS bagi menyelesaikan kemelut yang ada di negara ini dengan cara ilmiah," tambah Idris.

Kata beliau, selama ini pihak Umno sering menuding jari kepada PAS dengan tuduhan PAS membawa ajaran yang sesat, parti anti perpaduan, menafsir Islam yang salah, parti yang menyekat kemajuan.

Malangnya, tambah beliau, segala tuduhan terhadap PAS hanya disiarkan sebelah pihak melalui media BN. Segala tuduhan ini tidak diberikan peluang untuk PAS menjawab balik.

PAS mengharapkan kesediaan Tuan Guru Nik Aziz untuk berdialog akan disambut dengan baik, jangan pula sampai waktu dan ketika maka diumumkan anak bulan tidak kelihatan, maka dialog dibatalkan, katanya lagi bimbang.

Harakahdaily/-

Pengikut