DUNIACACAMARBA Posted: 24 Sep 2012 03:06 PM PDT [Video] Tuan Mufti Minta Vanidah dan Suami Rujuk Jabatan Agama, Vanidah Konfiden Talak Tidak Jatuh, Cuba Perhatikan Video Ini... Posted: 24 Sep 2012 05:45 AM PDT [Mstar] PETALING JAYA: Pelakon Vanidah Imran menjelaskan tidak berlaku penceraian diantara dia dan suami, Rashidi Ishak berikutan dialog yang diungkapkan menerusi filem Untuk Tiga Hari. Vanidah yang dihubungi mStar Online di sini Isnin berkata, dia dan suaminya telah meneliti skrip filem arahan Afdlin Shauki itu sebelum menerima tawaran membintangi karya berkenaan. "Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang mengatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya? "Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri," katanya. Vanidah mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan sebuah akhbar pada Isnin yang menggesa dia dan Rashidi memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut. Dalam pada itu, Vanidah menegaskan dia tidak akan ke pejabat agama seperti mana dinasihatkan oleh Harussani kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa. Vanidah memberitahu, sebagai seorang Islam dia sedar mengenai soal agama serta hukum dan tidak akan cepat melatah dengan isu yang digembar-gemburkan. "Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku," tegasnya. Bagaimanapun Vanidah berkata, dia menerima nasihat daripada Harussani sebagai seorang ahli agama namun menganggap ulasan itu hanya dibuat berdasarkan kepada pandangan pihak ketiga tanpa menonton filem berkenaan. "Saya berpendapat beliau tidak menonton filem itu tetapi hanya mendengar ulasan daripada pihak lain. "Jika benar telahan saya itu, adalah tidak wajar pihak ketiga mahu mengheret seorang mufti memberi ulasan tanpa beliau melihat sendiri adegan yang saya dan suami lakonkan," katanya. P/s: Dalam sedutan filem di bawah, si Rashidi berkata kepada Vanidah, "Kita berkahwin untuk 3 hari". Rasanya di sini timbul isu cerai dan mutaah itu. Kalau ikut skrip Si Rashidi ini berkata dia (sebagai pelakon) akan berkahwin dengan pasangannya selama tiga hari, manakala si isterinya yang sah itu pula kononnya akan berkahwin dengan lelaki lain selama tiga hari, kemudian mereka akan minta cerai daripada pasangan masing-masing. | Lebih 600 Kanak-kanak Perempuan Menjadi Mangsa Seksual Paderi Posted: 24 Sep 2012 05:00 AM PDT [SH] MELBOURNE - Pengurusan Gereja Roman Katolik Australia di Victoria mengesahkan lebih 600 budak perempuan menjadi mangsa serangan seksual paderi sejak tahun 1930-an. Ketua Paderi Melbourne, Denis Hart menggambarkan jenayah itu adalah jijik dan memalukan sekaligus menjatuhkan maruah mereka. Pengakuan itu terbongkar melalui satu penyerahan kertas siasatan melibatkan beberapa kes penderaan kepada Parlimen yang mana disangkal oleh ahlinya bahawa jumlah sebenar mangsa dera mungkin meningkat kepada 10,000 kanak-kanak. Setakat ini, pihak gereja memaklumkan hanya 620 kes penderaan seksual kanak-kanak berlaku sejak 80 tahun lalu dengan majoriti kes berlaku antara tahun 1960-an dan 1980-an, selain menyiasat 45 kes baru. Dalam satu kenyataan, Hart berkata, semua pihak harus telus dan terbuka apabila membincangkan isu yang tragis di Victoria dan mungkin tempat-tempat lain. "Siasatan dilakukan bagi membela mangsa selain memeriksa tindak balas pihak gereja secara meluas terutama sepanjang 16 tahun lalu dan beberapa cadangan mempertingkatkan penjagaan mangsa selain mencari langkah pencegahan," katanya. Sementara itu, bapa mangsa, Chrissie Foster mendedahkan dua anak perempuannya dirogol seorang paderi sejak pertengahan 1980-an dan gereja hanya mendedahkan angka sebenar pada Jumaat lalu. "Kami telah membuat laporan polis namun sehingga kini pihak gereja tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap paderi berkenaan," kata Foster. Kerajaan negeri Victoria terpaksa membuka siasatan kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak oleh pengamal agama dan badan bukan kerajaan selepas puluhan mangsa membunuh diri. -Al-Jazeera P/s: Begitulah akibatnya jika fitrah manusia disekat atau dinafikan. | [Gambar] Buku Latihan 1Malaysia dengan Ilustrasi Wajah Najib Posted: 24 Sep 2012 02:47 AM PDT P/s: Kalau terdesak, jangan sampai ke tahap ini! Kalau mahu membodek, jangan sampai ke tahap ini! Lawak! | [Gambar] Anwar Jawab Isu Pesawat Mewah Posted: 24 Sep 2012 12:24 AM PDT Pemilik jet tidak harap balasan - DSAI [MK] Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pemilik jet peribadi yang membenarkan pesawat itu digunakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat berbuat demikian tanpa mengharapkan balasan. Anwar berkata, "rakannya" itu membenarkan beliau menggunakan pesawat berkenaan disebabkan "masalah logistik" untuk perjalanan ke Sabah dan Sarawak. Katanya, pemilik jet berkenaan memberitahunya supaya menyatakan identitinya sebagai "seorang rakan". "Saya tanya dia jika dia memohon tanah di Selangor, sekiranya dia ada kepentingan di Pulau Pinang, Kedah atau Kelantan, walaupun ini bukan sebahagian dari perjanjian. Dia kata tiada. "(Maka, bantuan tersebut) tidak terikat dengan apa-apa," kata Anwar. Katanya, pemilik jet tersebut – dipercayai dari jenis Dassault Falcon 7X – merupakan seorang yang dikenalinya untuk sekian lama. Jet berkenaan berpengkalan di Kuala Lumpur dan didaftarkan dengan Jabatan Penerbangan Awam. "Ia digunakan untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Labuan, Kota Kinabalu, Kuching dan kembali ke Kuala Lumpur... Kalau boleh, saya mahu pinjam lagi," katanya. P/s: Terjawab sudah fitnah dan persoalan yang dilontarkan oleh blogger pro-UMNO. Apa pula spin mereka selepas ini? | Mufti Perak Gesa Vanidah Imran dan Suami Rujuk Jabatan Agama, Mengapa? Posted: 23 Sep 2012 09:50 PM PDT [UM] KUALA LUMPUR 23 Sept. - Pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran (Vee) digesa segera merujuk kepada jabatan agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi terhadap Vanidah dalam filem Untuk Tiga Hari. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi sewaktu melakonkan watak Zafrin dalam filem itu menyebabkan perkahwinan sejak 1 Oktober 2000 antara beliau dan Vanidah tidak sah di sisi agama. "Ia umpama menjadikan sesebuah perkahwinan itu sebuah permainan seperti kahwin muta'ah. Justeru, saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera. P/s: Patutnya tuan mufti turut menasihati pelakon terutama yang sudah berumah tangga tentang adab dan batasan ketika berlakon. Usahkan aurat, ada pelakon rela tubuhnya dirangkul, atau merelakan isterinya diperlakukan begitu atas alasan skrip atau pengarah meminta mereka berbuat demikian. Sanggup membuat dosa atau menjadi dayus kerana wang ringgit! | Che Det Bangkitkan Isu Yahudi, Soros Takutkan Melayu, Tetapi... Posted: 23 Sep 2012 08:41 PM PDT [KD] KUALA LUMPUR 23 Sept: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menakutkan orang Melayu kononnya pembiaya asing mahu menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Sebaliknya katanya, rakyat tidak lupa bahawa Mahathir sendiri sanggup membayar AS$1.2 juta kepada pelobi zionis, Jack Abramoff bagi membantu beliau menemui bekas Presiden Amerika, George Bush sekitar tahun 1998. "Malah Mahathir juga pernah memohon pinjaman USD404 juta daripada Bank Dunia semasa beliau menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang diumum pada Julai 1998. "Maka tindakan Mahathir mengait nama Anwar dengan soros hanya taktik terdesak beliau yang bimbang Orang Melayu terus bersama Pakatan Rakyat dan menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum akan datang," katanya kepada Suara Keadilan. Menurut majalah Newsweek, wang yang dikutip Abramoff dalam aktiviti melobinya disalur kepada penduduk Yahudi bagi melawan kebangkitan rakyat Palestin serta mengaku bersalah di atas tuduhan rasuah, penipuan dan lain-lain pada 2006. Mengulas lanjut, Saifudin berkata, dakwaan Mahathir bahawa pembiaya asing bertujuan menjatuhkan beliau dan menaikan Anwar juga silap kerana Anwar sehingga kini bukan PM. "Selepas berundur, Mahathir melantik Abdullah Ahmad Badawi dan turut berperanan menaikan Datuk Seri Najib Razak sebagai PM, maknanya apa yang dikata Mahathir itu menunjukan Abdullah dan Najib ialah boneka beliau," katanya. Selain Utusan malaysia, akhbar perdana termasuk Berita Harian dan New Straits Times sebelum ini mendakwa badan National Endowment for Democracy (NED) dan organisasi antarabangsa menyalurkan dana kepada NGO tempatan. Laporan sama juga disiarkan di Buletin Utama TV3, yang mendakwa dana asing berkenaan, termasuk dari Open Society Foundation yang diasaskan George Soros, bertujuan menjatuhkan kerajaan. George Soros sebelum ini digambarkan Mahathir sebagai penyangak mata wang yang menyebabkan krisis kewangan Asia pada 1997. Bagaimanapun, Pada Disember 2006, Mahathir mengakui Soros tidak bertanggungjawab terhadap krisis tersebut dalam satu pertemuan dengan jutawan itu di Kuala Lumpur. Sehubungan itu, Saifuddin menyeru rakyat terutama orang Melayu mendapat maklumat dari sumber Pakatan Rakyat berhubung isu semasa yang tidak disiar media Umno BN. P/s: Kata Che Det kepada Soros: Kredit; Tulang Besi
Apa agenda "mereka" menyiasat SUARAM? Kerana dana asing atau kes Scorpene yang rancak disiasat di Perancis? Berita Berkaitan: SUARAM Terbuka Untuk Disiasat Tetapi Minta Siasat Juga Scorpene [Selangorku] SHAH ALAM, 18 SEPT : Di sebalik kesediaan untuk disiasat, Suara Rakyat Malaysia(Suaram) juga mengesa Kerajaan Umno-BN menyiasat juga pendedahan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pengerusi Suara Anak Malaysia (Suaram) K Arumugam berkata pihak Suaram terbuka untuk membantu siasatan terutamanya dalam kes berkaitan pendedahan Scorpene dan meminta hasil siasatan berkenaan didedahkan kepada umum. Soalnya, mengapa pihak berkuasa tidak mahu siasat kes Scorpene tetapi ingin mencari salah Suaram bagi mengalihkan isu ini daripada pengetahuan rakyat. Arumugam yang dihubungi Tv Selangor turut memaklumkan, beliau akan memberikan keterengan esok di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi membantu siasatan berhubung status NGO berkenaan yang sebelum ini mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene. Menurutnya, sehingga kini pihaknya masih belum menerima surat daripada Jabatan Peguam Negara berhubung apa-apa dakwaan yang melibatkan Suaram. Hari ini menyaksikan empat individu tertinggi Suaram, Dr Kua Kia Soong, Dr Yeoh Seng Guan, Nalini dan Diane dipanggil oleh SSM untuk memberikan keterangan. "Setakat ini hanya menteri yang mengatakan tuduhan terhadap Suaram. Kami belum menerima apa-apa surat atau tuduhan. "Jadi kita sedang menunggu dibawah seksyen berapa dan apakah bentuk kesalahan yang dilakukan Suaram. Kemudian kita akan keluarkan satu kenyataan media," katanya. Suaram sebelum ini mendedahkan pembelian Scorpene melibatkan Syarikat Perimekar Sdn Bhd, milik Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib yang terlibat dalam pembunuhan model Mongolia, Altantuya Sharibuu, menerima komisen RM570 juta daripada kerajaan Malaysia untuk urusniaga itu. Susulan itu, Suaram melantik peguam Joseph Breham pada tahun 2009 untuk memfailkan kes terhadap firma pembuat kapal selam Perancis, DCN, yang terlibat dalam urusniaga itu. Suaram ditohmah sebagai pengkhianat kerana mendapat bantuan dana asing sebanyak RM570,000 sejak 2007 dari Yayasan Open Society Institute kepunyaan George Soros yang dilabel sebagai penyangak matawang oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1997. Dana yang diperoleh ditegaskan oleh Pengarah Suaram, Kua Kia Soong sebelum ini tidak ada kena mengena dengan operasi perniagaan spekulasi mata wang Soros, sebaliknya diguna untuk pencerahan hak asasi manusia di negara ini. Penerimaan bantuan asing bukan perkara baru bagi NGO Malaysia. Bantuan dari negara Arab dan Eropah tidak dipersoalkan. Hanya Suaram yang menjadi mangsa kerana berani mendedahkan skandal kapal selam Scorpene yang melibatkan Najib.
| Kerajaan DAP Cadangkan Nama Tan Sri P. Ramlee untuk Nama Lapangan Terbang Negeri Posted: 23 Sep 2012 07:56 PM PDT [SH] Kerajaan Pulau Pinang mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa P. Ramlee bagi mengenang jasa seniman terunggul itu. "Pulau Pinang amat bangga bahawa Allayarham Tan Sri P. Ramlee adalah anak negeri Pulau Pinang yang dibesarkan dan belajar di sini," kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan semalam. Menurutnya, masih ada ramai yang tidak tahu bahawa P. Ramlee berasal dari Pulau Pinang. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Ia dibuka pada 1935. Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, memandangkan beliau dikenali umum di peringkat antarabangsa, adalah wajar nama beliau terukir di peringkat antarabangsa seperti lapangan terbang yang berhubung kait dengan pentas dunia. Pada masa yang sama, ujarnya, keadaan kerja semasa membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa sebanyak RM250 juta di luar atau di dalam agak kurang memuaskan dengan kebocoron air hujan, kualiti kerja kurang baik dalam banyak aspek, kelambatan siap kerja dan pengurusan kerja yang mengganggu penumpang-penumpang. "Terlalu banyak aduan diterima bukan sahaja daripada penumpang tetapi juga daripada pekerja-pekerja dalam lapangan terbang tersebut," ujarnya. Justeru, kata Guan Eng, beliau juga berharap Kerajaan Persektuan boleh menjalankan semakan setiap minggu untuk mengenal pasti masalah tersebut yang timbul agar ia tidak ditutup begitu sahaja. "Kebimbangan semua pihak adalah bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee ini akan menjadi suatu lapangan terbang bermasalah sebaik ia siap kelak," katanya. | Mangsa Rogol Lari dalam Keadaan Bogel Minta Bantuan Posted: 23 Sep 2012 07:33 PM PDT [SH] KEMAMAN – Terkejut dengan perbuatan teman lelaki yang tergamak menodainya, seorang pelajar tingkatan dua yang berjaya melepaskan diri daripada kekasihnya itu, sanggup berlari dalam keadaan berbogel sambil menjerit meminta pertolongan. Bukan itu sahaja, panik mendengar teman wanitanya menjerit, lelaki berusia 19 tahun dan juga berkeadaan bogel itu turut melarikan diri dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah kosong dekat sebuah kampung di Kemasik, kira-kira jam 8.30 malam kelmarin. Namun dengan kecekapan polis, suspek, seorang penganggur berjaya ditangkap dua jam kemudian di kawasan kampung sama. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, ketika mangsa menjerit sambil berlari, pada masa sama teman lelakinya itu turut berlari sebelum menghilangkan diri. "Sejurus mendengar jeritan mangsa, orang kampung datang ke kawasan rumah kosong itu untuk membantu. "Dengan bantuan orang awam, mangsa kemudiannya membuat laporan polis. Susulan itu polis yang segera bertindak memburu suspek berjaya menahannya," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Rumah kosong tempat suspek merogol mangsa adalah sebuah rumah yang telah siap dibina tetapi masih belum dimasuki penghuni. Kata Che Suza, suspek direman bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Sehubungan itu, beliau mengingatkan ibu bapa agar mengawasi pergerakan anak dan tidak membenarkan anak gadis keluar malam termasuk dengan kekasih kerana banyak kes ditakrif rogol apabila anak gadis dinodai teman lelaki sendiri. "Ibu bapa perlu mengawasi pergaulan dan pergerakan anak terutama anak gadis. Pengawasan daripada keluarga penting bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku," katanya. | Remaja Cederakan Diri, Hantar Gambar Bogel untuk Ubati Kekasih Hidap Sakit Jantung Posted: 23 Sep 2012 07:30 PM PDT [SH] KUANTAN – Seorang gadis sanggup mencederakan diri serta menghantar gambar bogelnya melalui Perkhidmatan Pesanan Multimedia (MMS) kononnya untuk mengubati teman lelaki yang diserang penyakit jantung. Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Caroline, 16, berkata, dia mengenali lelaki itu sejak Februari tahun lalu selepas diperkenalkan oleh rakan sekolahnya. Namun, sepanjang tempoh perkenalan dengan lelaki itu, mereka tidak pernah berjumpa, sebaliknya hanya berhubung melalui telefon. "Lebih setahun saya berkenalan dengan lelaki itu tetapi belum pernah berjumpa. Saya hanya mengenalinya melalui gambar yang dihantarnya melalui MMS. Dalam tempoh perkenalan kami, dia memang seorang lelaki yang baik dan romantik," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan, semalam. Katanya, sebelum ini teman lelakinya pernah meminta dia menghantar gambar bogel dan akur terhadap permintaan itu kerana rasa sayang. "Tanpa berfikir panjang, saya memberi gambar yang diminta kerana percaya permintaan itu sekadar suka-suka, tiada niat lain," katanya. Caroline berkata, peristiwa hitam hidupnya bermula apabila dia dimaklumkan oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai bapa saudara teman lelakinya bahawa kekasihnya itu terpaksa dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung. "Ketika itu, pakcik teman lelaki saya yang turut bergelar 'Datuk' meminta supaya saya MMS gambar bogel bagi mengubati teman lelaki saya. "Selain itu, dia turut memberikan syarat lain iaitu tidak boleh tidur selama enam hari kerana jika saya tidur, teman lelaki saya itu akan mati," katanya. Lebih berani, bapa saudara teman lelakinya itu turut menyuruh Caroline mencederakan diri kerana boleh memberikan alasan didera oleh ibu bapa jika dia keluar dari rumah nanti. "Dia (pakcik) kata, ada makhluk halus yang memerhatikan saya setiap masa, jadi saya kena ikut segala kemahuannya jika mahu teman lelaki selamat. Dia juga ada menghantar MMS gambar lucah teman lelaki saya selepas saya menghantar gambar saya," katanya. Tingkah laku pelik Caroline bagaimanapun dapat dikesan oleh ibunnya yang menyedari dia tidak tidur pada waktu malam. Menurut ibunya yang dikenali sebagai Mei Ling, 35, dia mendapati anaknya tidak tidur dan duduk di biliknya sambil menangis ketakutan. "Ketika ditanya, anak saya menunjukkan telefonnya dan menceritakan apa yang berlaku. "Bimbang dengan keselamatan anak, saya membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan iaitu pada 18 September dan 20 September," katanya. Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, Sim Chong Siang berkata, mana-mana remaja yang mengalami masalah yang sama diminta tampil membuat laporan polis bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. | Apa Kaitan Mereka dengan "Malaysia Sebagai Negara Paling Selamat di Asia Tenggara"? Posted: 23 Sep 2012 07:00 PM PDT [Kosmo] KUALA LUMPUR – Seramai 20 mangsa beberapa kes rompak di Taman Sri Segambut, Segambut di sini meminta pihak polis meningkatkan kekerapan rondaan dan menempatkan sebuah balai polis bergerak bagi mengatasi masalah jenayah yang meningkat di kawasan tersebut sejak kebelakangan ini. Difahamkan, tiga kes rompak berlaku dalam tempoh seminggu sehingga menyebabkan penduduk terutama golongan wanita dan kanak-kanak terpaksa tinggal dalam ketakutan setiap hari. Seorang peniaga, Sia Mei Kei, 56, berkata, kes samun yang menimpa dirinya beberapa minggu lalu menyebabkan dia mengalami kerugian berjumlah RM50,000. "Kumpulan perompak menyerbu masuk rumah saya pada awal pagi ketika saya mahu keluar berniaga. "Saya terpaksa menurut segala perintah mereka dengan menyerahkan wang tunai, barangan kemas dan sebuah kereta bagi mengelakkan mereka mencederakan saya sekeluarga," katanya ketika membuat aduan di Pusat Perkhidmatan Gerakan Segambut di sini semalam.
P/s: Ironinya, siang malam polis mendakwa jenayah di negara kita semakin menurun. Lagi ironi apabila Malaysia diangkat sebagai Negara Paling Selamat di Asia Tenggara. Siapa sediakan statistik jenayah di Malaysia sehingga membolehkan Malaysia menerima gelaran itu? Jeng jeng jeng! | Penduduk Berang Tumbuk Isteri Orang Kantoi Khalwat Posted: 23 Sep 2012 05:36 PM PDT [HM] KAPAR: Berang dengan seorang wanita yang berkhalwat dengan seorang lelaki warga Pakistan, seorang penduduk bertindak menumbuk muka wanita terbabit selepas mencekup pasangan itu di sebuah rumah di Taman Sri Kerayong, tengah malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, penduduk terbabit dipercayai geram dengan wanita berusia 30-an itu yang sebelum ini beberapa kali berjaya meloloskan diri. Difahamkan, wanita yang juga isteri orang itu sanggup memandu dari rumahnya di Sungai Besar semata-mata untuk memadu kasih bersama kekasih gelapnya itu. Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, wanita itu dilihat beberapa kali melakukan maksiat di kawasan perumahan itu sejak dua bulan lalu. P/s: Apa nak jadi, apa nak jadi...sudah berkahwin menggatal lagi... apa nak jadi??????!!!! | |