Rabu, 7 September 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 07 Sep 2011 03:55 PM PDT

[KD] KUALA LUMPUR: Perjanjian damai yang ditandatangani kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM) di Haadyai pada 1989, juga boleh ditafsir sebagai pengiktirafan kepada komunis, kata Ahli akademik, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kritikan keras Umno terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu yang menyifatkan Mat Indera sebagai hero sebenar dalam tragedi serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong pada 1950.

"Memang benar, kerajaan Umno sendiri sebenarnya membuat perjanjian dengan PKM; ini pun boleh ditafsir sebagai mengiktiraf komunis sebagaimana mereka mengutuk Mat Sabu sekarang.

"Semua itu benar dan inilah hipokasi mereka. Umno boleh buat apa sahaja tetapi orang lain tidak. Beberapa tahun dulu polis menahan penyokong Pakatan kerana menganjurkan larian merdeka.

"Para pemimpin Pakatan juga tidak pernah dijemput dalam sambutan kemerdekaan. Pendeknya, mereka (Umno) mahu memonopoli sambutan merdeka," kata Aziz yang juga Pakar Perlembagaan dan Pensyarah Undnag-undang dari Universiti Islam Antarabangsa.

Antara lain, artikel 3 dalam perjanjian damai berkenaan menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia membenarkan bekas anggota PKM yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.

Manakala artikel 3.1 menetapkan bekas anggota PKM yang berasal dari Malaysia, dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang negara ini.

Kerajaan ketika itu menghantar enam wakil, antaranya Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman, Ketua Polis Negara,Tan Sri Mohd Hanif Omar dan Jeneral Hashim Mohd Ali – Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia.

Turut hadir ketika itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Megat Junid Megat Ayub.

Manakala PKM pula diwakili Setiausaha Agungnya, Chin Peng, Pengerusi PKM, Abdullah CD dan Komander Rejimen Melayu ke 10- sebuah sayap Melayu dalam PKM, Rashid Maidin.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, apa yang penting pada masa kini adalah menyatakan sejarah secara jujur dan menyerahkan perkara itu kepada golongan cendikiawan.

"Saya fikir apa yang lebih tepat bukan menulis semula tetapi menyatakan sejarah sebagaimana seadanya. Yang sebenar. Untuk ini mereka yang pakar perlu diberi peranan. Terpulang kepada mereka membuat tafsiran; pastinya di kalangan mereka mempunyai pelbagai perspektif," kata beliau.

Aziz dalam pada itu turut diminta mengulas pandangan tokoh budayawan, Prof Emeritus Dr Khoo Kay Khim yang menyatakan British tidak pernah menjajah tanah Melayu, sebaliknya menjadi negeri di bawah naungan negara eropah itu.

"Dari segi teknikal memang betul negeri-negeri Melayu tidak pernah dijajah kerana mereka hanyalah negeri lindungan (protected states) bukan tanah jajahan (colony) seperti Melaka dan Pulau Pinang.

"Tapi ini soal teknikal sahaja sedangkan yang memerintah dan mentadbir ialah British. Hatta dalam soal agama pun British sentiasa membuat pemantauan. Ini juga dicatat oleh sejarah. Sebab itu hukum Islam dan mahkamah syariah terpinggir," kata beliau.

"Apa pun yang menjadi isu penting sekarang bukan soal teknikal itu; yang penting segala keputusan penting waktu itu British yang menentukan. Ini yang Prof Khoo sengaja tidak mahu pandang," katanya lagi.

Sebab itu katanya, British menentukan soal pentadbiran termasuk sumber ekonomi dan kekayaan negara sebelum negara mencapai kemerdekaan.

"MCS (sekarang Pegawai Tadbir dan Diplomatik) sendiri ketika itu adalah alat pentadbiran British. Selepas merdeka baru ini semua 'diMalayakan'," katanya.

Ajijoi

Posted: 07 Sep 2011 03:41 PM PDT

Menurut beliau, PAS Perak harus memenangi kerusi-kerusi yang ditandingi pada pilihan raya umum akan datang kerana ianya akan mempengaruhi keyakinan rakyat terhadap parti itu dan ianya merupakan cabaran yang harus dipikul oleh semua pimpinan dan ahli parti khususnya di Perak.

Memetik ucapan beliau,

"Kemenangan pilihan raya jadi ukuran dalam konteks politik. Memanglah dalam Islam kita menang ke kalah kita kena istiqamah,tapi umum menilai kita bergantung kepada pencapaian dalam pilihan raya".

"Jadi kalau kita masuk pilihan raya tiba-tiba pencapaian kita rendah,akan ada kesan politik dan mempengaruhi keyakinan rakyat,"

Pesuruhjaya PAS Perak itu turut menyatakan, PAS Perak sentiasa memberi tumpuan kepada strategi memperkukuhkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat kerana PAS dikenali sebagai parti yang menjadikan Islam sebagai dasarnya.

"Kita kena terjemahkan supaya orang Melayu Islam khususnya, terus memberikan sokongan penuh kepada perjuangan PAS dan masyarakat bukan Islam turut yakin dengan agenda perjuangan PAS yang jelas mahukan sebuah negara yang adil dan berkebajikan yang sememangnya dituntut dalam Islam, jelas beliau.

Justeru beliau mengharapkan agar seluruh jentera PAS di seluruh kawasan di Perak memperhebatkan gerak kerja persiapan PRU 13, kerana kemungkinan besar PRU 13 akan berlaku pada bila-bila masa.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Komunis tak kalah, kerajaan beri RM8000 kepada pengganas

Posted: 06 Sep 2011 09:07 PM PDT



Tarikh 2 Disember 1989 harus diingat oleh semua rakyat Malaysia. Ini ialah tarikh dimana komunis membuat perjanjian dengan kerajaan Malaysia. Komunis tidak menyerah kalah atau dikalahkan, mereka hanya melupuskan senjata mereka dan menghentikan aktiviti militan. Komunis diberi pilihan untuk menetap di Malaysia dengan diberi wang sebanyak RM 8,000.00 seorang serta wang saraan hidup sebanyak RM 300.00.

Adakah manafaat, tawaran serta ganjaran lain diberikan kepada komunis selepas 2 Disember 1989?

Apakah tawaran yang diberikan kepada pasukan keselamatan yang terkorban, kudung tangan dan kaki selepas 2 Disember 1989?

********************
PELAKSANAAN PERJANJIAN HAADYAI

Selepas perjanjian tersebut dimeterai :

Kira-kira 1,188 anggota pasukan keselamatan bersenjata PKM yang berada di hutan sempadan Malaysia - Thailand akan keluar dari hutan dan memulakan hidup baru.

Kerajaan Malaysia berjanji untuk membayar subsidi kehidupan sebanyak RM 8,000 sekembali ke Malaysia dan wang saranan hidup sebanyak RM300 untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di tanahair.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Rundingan_Damai_Haadyai_1989

When the Communist bloc in Europe collapsed in the late 1980s, the MCP had accepted the fact that they did not have any chance to form a communist government in Malaya.

After a series of negotiations between the Malaysian Government and the MCP, with the Thai Government as the mediator, the MCP finally agreed to sign a Peace Accord in Haadyai, Thailand on the 2 December 1989.

The peace accord did not require the MCP to surrender; it only required that the MCP cease their militant activities.

With the signing of the Haadyai Peace Accord, the MCP agreed to disband their armed units and destroy all of their weapons.

They also 'pledged their loyalty' to His Majesty the Yang di Pertuan Agong of Malaysia. This date marked the end of the MCP insurgency in Malaysia.

At the end of the peace accord, it was estimated that there were about 1,188 MCP members still on the active list. Some of them chose to return to their states in Malaysia and the rest selected to stay in a "Peace Village" at the Thai border. The Malaysian Government had paid them all some compensation money. First RM 3,000 was paid on their immediate return, and another RM 5,000 was paid three years after their return.

http://en.wikipedia.org/wiki/Communist_Insurgency_War

Dewan Pemuda PAS Parlimen Langkawi

Dewan Pemuda PAS Parlimen Langkawi


Ziarah Ramadhan dan Eidul Fitri di Hospital Langkawi

Posted: 06 Sep 2011 08:28 PM PDT

23 Ramadhan 1432H, Hospital Langkawi - Dewan Pemuda PAS Parlimen Langkawi mengambil inisiatif sempena Ramadhan pada tahun ini untuk mengadakan program ziarah pesakit-pesakit di Hospital Langkawi, program yang disusun oleh Unit Amal PAS Langkawi ini melibatkan seramai 12 orang anggota yang bergerak dari wad ke wad untuk bertanya khabar, mendoakan pesakit serta menyampaikan cenderahati. Rata-rata pesakit yang ditemui termasuk beberapa pelancong asing memuji usaha tersebut dan berharap usaha ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

Sdr Zulkifli Hj Noh, Ketua Pemuda PAS Langkawi sedang beramah mesra serta menyampaikan sedikit cenderahati dengan salah seorang pesakit.

Sdr Ahmad Manaf, Pengerusi Unit Amal PAS Langkawi menemui kenalan beliau yang juga terpaksa menerima rawatan di Hospital Langkawi.

Kelantan Hanya Dapat Wang Ehsan..

Posted: 03 Nov 2009 09:30 PM PST


KUALA LUMPUR, 4 Nov: Ekoran pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan sahaja kepada rakyat Kelantan dan bukannya royalti, Dewan Rakyat menjadi kecoh hari ini.

Ia bermula apabila ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub meminta Najib menjelaskan bilakah tuntutan royalti kerajaan negeri Kelantan akan dilangsaikan oleh Petronas.

Menjawab soalan itu, Najib menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang mempertimbang untuk memberikan wang ehsan langsung kepada rakyat Kelantan. Dewan menjadi kecoh dengan jawapan yang diberikan Najib itu kerana ia dianggap menipu dan menafikan hak rakyat Kelantan. Beberapa ahli Parlimen bangun lalu menegaskan bahawa persoalan royalti itu adalah penting untuk rakyat Kelantan. Mereka yang terbabit, termasuk Salahuddin sendiri diminta duduk oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Salahudin kemudiannya diberi amaran keluar dewan beberapa jam jika enggan mendengar penjelasan Najib "Yang penting, kita nak tolong rakyat Kelantan. selepas kita ada semangat nak runding dengan kerajaan negeri, yang penting rakyat dapat manfaat daripada wang ehsan," kata Najib. "Apa nak dipertikai lagi? Yang penting, rakyat Kelantan mendapat wang ehsan dari (kerajaan) Persekutuan," sindir Najib.

Kelantan hari ini sudah banyak membangun, walaupun dinafikan hak royalti minyak sekian lama..

Tanpa laluan Speaker, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bangkit dan menjelaskan bahawa penjelasan yang diberikan itu tidak menyelesaikan soal kuasa persekutuan dan negeri, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan dan Perjanjian Petronas bersama kerajaan persekutuan-negeri. Pun begitu, Speaker memberi laluan kepada Siti Zailah Mohd Yusoff bercakap mengenai isu royalti Kelantan itu dengan alasan ahli Parlimen Rantau Panjang itu boleh dikatakan mewakili rakyat Kelantan. "Kenapa sebelum ini kerajaan (Persekutuan) tidak pernah mempertimbangkan hak rakyat Kelantan diberikan wang ehsan?" soal Siti Zailah dengan nada yang tegas. "Setelah rakyat dinafikan hak bertahun-tahun, sekian lama, sekarang hak rakyat Kelantan baru nak dipertimbangkan." Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat meminta Najib menjelaskan soal jaminan persekutuan melangsaikan tuntutan royalti minyak tersebut. "Apa jaminan kerajaan (persekutuan) bahawa royalti ini disalurkan kepada kerajaan Kelantan dan rakyat, bukannya kepada JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) yang dilantik kerajaan Persekutuan?" soalnya lagi. Najib dalam nada yang sinis menjelaskan bahawa sepatutnya rakyat Kelantan tidak ada hak mendapat royalti tersebut.

"Selama ini, kerajaan Kelantan tidak ada hak menerima (royalti minyak), sebab ini melibatkan kawasan pertindihan. Sekarang ini, kita dapat sahkan bahawa ada blok (kawasan minyak dalam laut) yang boleh dipertimbangkan...kita pastikan hanya rakyat Kelantan akan dapat manafaat," kata Najib.

Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sekali lagi bangkit memprotes jawapan lisan itu.

Bagi mengelakkan Najib terus dipertikai, anggota dari Masjid Tanah yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusoff bangkit lalu memohon laluan Speaker untuk menjawab soalan lisan seterusnya, yang melibatkan kementeriannya.

Mengikut pengalaman di Terengganu, wang ehsan diberikan terus kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan diagihkan menerusi jabatan dan egensi di bawah kerajaan pusat.

Dari segi pelaksanaannya pula, ia akan melalui ketua-ketua bahagian Umno di negeri itu.

Petang semalam, Anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub mendesak kerajaan pusat supaya membayar royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan sebagaimana yang dilakukan kepada negeri-negeri lain.

Cadangan Salahudin ini berikutan dari tuntutan kerajaan negeri Kelantan agar Petronas membayar royalti petroleum sebanyak 5 % sebagaimana yag dinikmati oleh negeri-negeri yang lain yang dikeluarkan minyak dari perairannya.

Tuntutan Kelantan ini disokong oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang menandatangani perjanjian ini bagi pihak Petronas dahulu.

Ketika itu beliau adalah Pengerusi Petronas.

Tuntutan ini juga disokong oleh Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dijangka akan menjawab perkara ini di Dewan Rakyat hari ini.

RAPATKAN SAFF MANTAPKAN UKHUWAH..

Posted: 29 Oct 2009 06:34 PM PDT


















Rapatkan Saff, Mantapkan Ukhuwwah, Melandasi Etika, Memacu Gerakkerja.

1. Kewajipan ternyata lebih banyak dari masa yang ada pada kita . Justeru itu , jangan lengah , alpa dan bersahaja . Sebaliknya tangkas , tuntas dan cergas .

2. Jangan buka terlalu luas ruang untuk berkhilaf kerana disana terlalu banyak sudut yang boleh kita bersama .

3. Padam secepat mungkin api fitnah yang semakin merebak dan membinasakan jamaah . Sebaliknya , segeralah nyalakan obor persaudaraan [ ukhuwwah fillah ] dan sematkan jiwa berjuang untuk menjulang panji perjuangan ke arah membina negara Toiyyibah [ sejahtera ] dan mengharapkan curahan Maghfirah [ keampunan ]

4. Peliharalah wadah perjuangan suci ini daripada panahan syaithan dan racun iblis agar ia tidak musnah binasa . Korbankanlah perasaan dan apa jua kepentingan diri dan dunia kita andai ia membuatkan jamaah terpelihara , lantaran pengorbanan adalah syarat kemenangan bagi perjuangan suci ini .

5. Mengorbankan tenaga , masa dan wang ringgit barangkali mudah bahkan jauh lebih mudah berbanding korban perasaan terutama saat berdepan keputusan yang tidak memihak kepada kemahuan dan keinginan kita . Sungguhpun demikian , mengorbankan perasaan untuk menerima keputusan mesyuarat [ syura ] sebagai contoh , adalah sebahagian dari ketaatan yang dituntut oleh syara' biar dikala sukar dan getir .

6. Suatu yang paling bernilai dan penting dalam jamaah kita ialah persaudaraan [ ukhuwwah fillah ] dikalangan kita . Ukhuwwah yang diperkaya dengan nilai mahabbah [ kasih sayang ] dan tasaamuh [ tolak ansur ] yang tinggi . Jauh dari bayangan hasad dengki , dendam dan khianat .

7. Seketika jamaah kita terpaksa mengharungi zon sukar . Badai yang mampu menghancurkan seluruh struktur utama jamaah , jika pemimpin dan anggota tidak benar - benar mempertahankannya dengan semangat cintakan Islam dan jamaahnya .

8. Jamaah yang benar dan suci ini mengundang dendam dan cemburu yang sungguh dahsyat dari musuh durjana . Inilah yang telah didedahkan oleh Allah swt di dalam kitab suciNya . Kelicikan mereka dengan bara dendam yang tidak kunjung padam terhadap cita - cita perjuangan Islam ini bisa sahaja membuatkan mereka berani dan nekad menyusup masuk , menyelinap dari celah saf pejuang - pejuang kita lalu membisikkan sejuta fitnah yang menjarakkan mereka malah mencetus sengketa .

9. Sejarah semalam memang masih membekas bahkan pedihnya masih terasa angkara panahan fitnah . Namun bukankah kita selalu dituntut agar berkorban demi perjuangan ? lalu , lupakan lah sengketa lama dan padamkan lah api kebencian . Kita tautkan kembali ikatan ukhuwwah yang longgar akibat gegaran semasa melintasi zon sukar tersebut . Kini kita fokus tanggungjawab dan amanah perjuangan yang belum selesai ditunaikan . Mentari esok masih sedia menyinar . Terpulang kepada kita , apakah mahu terus melangkah atau kita masih tidak mahu mengalah .

10. Fikirkan masa depan perjuangan ini buat generasi akan datang . Janganlah kita rosakkan segalanya kerana mengidam sebuah kepuasan yang belum pasti . Hulurkan tangan kalian , kita bersilang menderap langkah tanpa menoleh lagi mengenang tragedi silam demi masa depan Islam yang gemilang .

Ayuh , kita hadapi musuh tanpa ragu !

Oleh : Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi
(Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat)
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Memorandum Bantahan DPPNK Kepada Kosmo

Posted: 29 Oct 2009 06:22 PM PDT

***************************************************************************

MEMORANDUM


Ketua Biro Utusan Malaysia (Alor Setar)

Ketua Biro Kosmo ! (Alor Setar)

Tingkat 2, NO 1588, Jalan Sultan Badlishah,

05000 Alor Setar, Kedah.


Assalamualaikum wrt wbh.

Tuan,

Dengan tegasnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengecam penyiaran artikel oleh akhbar Kosmo ! pada mukasurat 11 ruangan Negara kolum keluaran 26/10/2009 (Isnin) Di Sebalik Berita tulisan Zulkifli Manzor berhubung ajaran sesat di negara ini telah turut sama mengaitkannya dengan peristiwa Memali.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menegaskan bahawa, artikel tersebut adalah satu tuduhan yang berniat jahat dan cuba mengeruhkan ketenangan para penduduk Memali khususnya dan para pendokong PAS amnya.

Ditegaskan di sini bahawa:

1. Penulis artikel tersebut amat jelas gagal memahami sejarah peristiwa itu apabila menyamakannya dengan ajaran sesat.

2. Kosmo ! dengan sengaja telah membuat dan menyebarkan fitnah terhadap mangsa kejadian Memali. (Sebagai rujukan: Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Almarhum Tuan Guru Yahaya Junaid menegaskan bahawa mangsa peristiwa adalah syahid dan tidak pernah diwartakan oleh mana-mana pihak berkuasa agama bahawa mangsa kejadian Memali terlibat dengan ajaran sesat.)

3. Kosmo ! juga telah mencemarkan kedaulatan KeBawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Kedah kerana, apabila menyifatkan mangsa Memali pengikut ajaran sesat, secara tidak langsung Kosmo ! menuduh KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang telah bercemar duli menziarahi pusara mangsa Memali di Kampung Parit Panjang, Baling telah menziarahi pusara pengikut ajaran sesat.

4. Kosmo ! juga dengan sengaja menimbulkan tekanan serta terus memalukan maruah para mangsa Memali dan ahli keluarga mangsa.

Maka dengan ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mendesak agar penulis artikel tersebut, editor dan pihak Kosmo ! untuk memohon maaf secara terbuka dan disiarkan di muka hadapan akhbar Kosmo ! dalam tempoh 24 jam dari masa memorandum ini diserahkan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah juga mengingatkan, agar pihak Kosmo ! tidak perlu mengulas lanjut berkaitan artikel tersebut, tidak perlu diterbitkan artikel untuk menegakkan benang yang basah, cukup hanya sekadar pernyataan memohon maaf.

Sekian, terima kasih.

(AHMAD BIN YAHYA)

Ketua Dewan Pemuda PAS,

Negeri Kedah

27 Oktober 2009 bersamaan 8 Zulkaedah 1430H

***************************************************************************

Ust Ahmad Yahya sedang menerangkan kepada wakil media situasi terkini bantahan pemuda terhadap isu Memali..

Teks Usrah Minggu Ini

Posted: 27 Oct 2009 10:02 PM PDT


BERANI

MUQADDIMAH

Perkara paling penting yang perlu ada bagi pemuda mukmin adalahkekuatan dan keberanian untuk menzahirkan kebenaran terutama ke atas musuh-musuhnya. Kedua-duanya berkait rapat dengan hubungan yang baik dengan Allah. Hubungan ini terjalin melalui tauhid, cinta, harapan, takut, taubat, kusyuk, tawakkal dan sentiasa berada di sisiNya serta mencukupkan diri dari yang selainNya.

Dalam hal ini, Allah SWT telah pun menjelaskan dalam kitabnya bahawa orang yang berhak menjadi pemimpin di bumi ialah manusia yang memiliki hati yang takut kepada Allah. Sifat takut hanya pada Allah akan menzahirkan rasa berani terhadap selain Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan Kami pasti akan menempatkan kamu di negeri-negeri itu setelah mereka (orang Kafir) . Yang demikian itu adalah untuk orang-orang yang takut (menghadap) kehadratKu dan takut akan ancamanKu". –Ibrahim ayat 14

BERANI YANG DITUNTUT

Sebenarnya sifat berani yang dituntut agama ialah berani yang bersifat positif sahaja. Dengan kata lain, berani pada tempatnya atau berani kerana benar yang mendatangkan kebaikan kepada diri, jamaah dan masyarakat.

Sebagai contoh ialah berani hanya kepada apa yang disuruh Allah SWT terutama di dalam usaha menegakkan agamaNya. Berani seperti ini adalah sikap diri yang mendorong sifat rajin dan berwaspada, sebab dengan adanya sifat-sifat ini, manusia akan merasa bahawa segala gerak gerinya hanyalah untuk mencari ridha Allah dan sedar bahawa ia sentiasa dalam pengawasan dan pertolonganNya.

BERANI YANG DITEGAH

Berani yang ditegah agama ialah berani kepada sesuatu yang patut ditakuti atau berani melanggar syariat dan peraturan yang baik. Dengan kata lain, berani yang merugikan diri sendiri, jamaah dan masyarakat, setidak-tidaknya berani yang tidak mendatangkan sebarang manfaat.

Berani dalam hal yang tidak baik sama buruknya dengan perasaan takut melakukan yang baik dan berguna, kerana kedua-duanya akan merosak dan menggagalkan hidup seseorang. Tidak menghairankan mereka yang tidak mempunyai keberanian tidak akan meningkat taraf keupayaan perjuangannya. Mereka terlalu mudah menyerah kepada perasaan takut yang menghantui mereka. Hal itu merupakan kesalahan besar terutama terhadap pemuda Islam kerana ia tidak boleh menzahirkan kemampuan yang sebenar

Mungkin kita boleh mencontohi seekor semut yang sedang berusaha mengambil gula di dalam botol, meskipun kita menghalaunya, namun ia tidak mudah mengalah sebelum mendapatkan gula tersebut. Dengan berani, gigih serta tekun ia dapat membawa keluar gula yang terkadang lebih besar dari tubuhnya.

RASUL PELOPOR KEBERANIAN

Bani Israil telah lama dicengkam kejahatan dan kezaliman Firaun. Akibatnya timbul ketakutan yang luar biasa di dalam diri mereka. Antara perlakuan Firaun kepada mereka ialah:
-Firaun membunuh semua anak lelaki yang baru lahir
-Firaun merperlakukan mereka sebagai warga kelas dua
-Firaun menyuruh mereka menyembahnya dan mengaku dirinya tuhan

Perubahan besar Bani Israil berlaku selepas Nabi Musa menerima wahyu dari Allah di Bukit Thursina. Ia bermula apabila Nabi Musa sedar tentang siapa dirinya dan tahu tentang posisi Firaun yang sebenarnya. Maka terzahirlah keberanian Nabi Musa apabila:

-Datang kepada Firaun dan memintanya membebaskan Bani Israil
-Mengajak Firaun menyembah Allah
-Menentang ahli sihir Firaun
-Memimpin Bani Israil berhijrah keluar dari kekejaman Firaun

Lihatlah wahai para pemuda, ketika Nabi Musa tahu tentang diri dan potensinya, berlakulah perubahan. Nabi Musa yang datang menghadap bukan lagi sosok yang menjadi warga kelas dua, diburu tentera Firaun dan anak angkat di istana Firaun, sebaliknya ia adalah Rasulullah yang menjadi pelopor perubahan kepada Bani Israil dengan penuh keberanian.

Justeru itu, sedarlah sahabat bahawa kita adalah "Musa-Musa kecil" yang berhadapan dengan banyak "Firaun-Firaun" yang hadhir dalam berbagai rupa bentuk kehidupan kini. Iaitu Firaun-Firaun yang menakuti kita dan membuatkan hidup kita berada di jalur yang lemah, bacul dan salah.

Tugas kita sebagai "Musa-Musa kecil" adalah melawan segala bentuk "Fir'aunisme kehidupan" yang merosakkan itu. Sebab, selagi kita tidak melawan, kita akan terus dikuasai hingga tidak mampu melakukan perubahan kearah yang lebih baik.


ALQADISIYAH CETUS KEBERANIAN

Al Qadisiyah adalah satu lagi symbol keberanian dalam sejarah awal Islam. Dari satu sudut, ia melambangkan pertarungan sebuah Negara baru yang bermodalkan nilai ubudiyah yang kental melawan sebuah kuasa besar dunia. Dari sudut lain pula, ia melakarkan dialog yang menonjol makna keberanian yang sangat jelas.

Sebagai peristiwa sejarah, Al Qadisiyah adalah lokasi pertempuran besar antara pasukan Islam dengan pasukan Parsi. Negara Madinah yang masih terlalu muda mengirimkan panglima Saad bin Abi Waqqas, sementara Parsi diwakili lansung panglima besarnya Rustum. Tambahan pula kekuatan pasukan Islam hanya seperempat pasukan musuh yang membariskan tentera bergajahnya sebagai kenderaan pemanah namun pertempuran yang berlaku menjadi punca kehancuran kuasa besar Parsi.

Menjelang pertempuran, berlaku dialog yang menonjol makna keberanian yang jelas. Ketika itu, Rustum hairan dengan keberanian pasukan kecil Negara baru dari semenanjung Arab itu

Kemudian ia bertanya kepada Rabi', "sebenarnya dengan apa dan untuk apa kamu datang?"

Rabi' menjawab tangkas soalan ini, "kami datang membebaskan manusia dari perhambaan manusia menuju perhambaan kepada Allah, dari kezaliman cara hidup kepada keadilan Islam dan dari belenggu kehidupan dunia yang sempit kepada keluasan akhirat.

AL-FATIH

Sultan Muhammad Al-Fatih juga telah meninggalkan sejarah keberanian yang luar biasa di dalam usaha membebaskan kotaKonstantinopel. Keberaniannya bukan sekadar berani berhadapan dengan kuasa besar Romawi bahkan berani mencuba untuk mencapai janji Rasulullah SAW dengan melaksanakannya dan juga berani mencuba sesuatu yang baru seperti melayarkan kapal armada Turki di darat dengan menempuh jarak sepuluh batu apabila kapal sudah terperangkap di laut.Di atas kayu-kayu balak yang dilumuri dengan lemak, armada kapal perang Al-Fatih ditarik oleh para tentera dengan bantuan kuda dan lembu.

Al Fatih dengan semangat pelaksanaannya mendapat ilham yang penuh dengan kecerdasan, kekuatan, keberanian dan keajaiban untuk mewujudkan janji yang lama tertangguh. Keinginannya untuk mewujudkan janji itu melahirkan sejarah kepahlawanan yang mengagumkan..

PEMUDA YANG BERANI

Saudara sekelian, apa yang kita inginkan dari perbincangan ini ialah kefahaman dan kesedaran bahawa sifat berani amat penting kepada kita. Kita perlu memiliki sifat berani didalam banyak perkara, antaranya:
-berani melakukan perkara yang bermanfaat dan menguntungkan Islam
-berani mengakui kekurangan
-berani menghadapi kritikan
-berani mencetus dan memimpin perubahan
-berani mengubah suasana dan adat yang rosak
-berani membebaskan diri dari kawalan serta pengaruh yang buruk
-berani bersikap jujur
-berani mempertahankan keyakinan
-berani menerima resiko
-berani menjadi "pemain" bukan sekadar "penonton" dalam perjuangan
-berani mengemukakan pandangan dan kritikan membina
-berani "bangun" setiap kali "jatuh"
-dan lain-lain

Namun bukanlah berani yang kita maksudkan di sini secara membuta tuli, sebaliknya mestilah keberanian yang dibina di atas kebijaksanaan dan penuh hikmah.

Mungkin ada di kalangan kita mengukur keberanian melalui sikap yang ditunjukkan, contohnya dikira berani kalau dapat menegur orang lain dengan lantang dan keras, bahkan dikira amat berani jika mampu "cerkah" orang lain. Ya, ada ketika kita mesti bersuara lantang dan keras, itu adalah salah satu ciri pemuda namun kita mesti bijak menggunakan "sifat keras" itu.

Adalah amat baik jika kita gunakan sifat berani kita untuk mengemukakan cadangan yang baru dan meneroka sesuatu langkah terkini untuk memajukan perjuangan kita.
Akan tetapi janganlah pula kerana terlalu berhikmah akhirnya kita menjadi bacul, lembik, ceroi dan yang semasa dengannya.

PENUTUP

Wahai sahabat-sahabat para pemuda!
Renunglah apa yang diingatkan oleh Rasulullah SAW di dalam sabdanya yang bermaksud:
"Janganlah salah seorang dari kamu menghina dirinya sendiri".
Para sababat bertanya: "Wahai Rasulallah SAW, bagaimana seseorang itu menghina dirinya sendiri?". Rasulullah menjawab dengan sabdanya: 'seseorang yang melihat satu perkara yang patut ia memberi teguran kerana Allah, tetapi ia tidak berbuat demikian, maka pada hari kiamat kelak Allah SWT akan bertanya kepadanya, apakah yang menghalang kamu daripada berkata (menegur) dalam perkara tersebut?, lantas orang itu menjawab: "kerana takutkan manusia", Allah berfirman kepadanya: "Sepatutnya Akulah yang berhak engkau takut"

Situasi Terkini Demostrasi Memali..

Posted: 27 Oct 2009 01:07 AM PDT



TERKINI 3.30PTG : Ust Ahmad Yahya, Ketua Pemuda PAS Kedah dilaporkan telah ditahan polis berikutan Demonstrasi Memali yang diadakan tadi.. Diharap para ahli mendoakan beliau dibebaskan secepat mungkin. Situasi terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Berikut adalah artikel dari Blog Pemuda Kedah semalam..

Pemuda PAS bantah kaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat
ALOR SETAR, 26 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengecam penyiaran artikel oleh akhbar Kosmo! yang mengaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat.

Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, artikel tersebut merupakan satu tuduhan yang berniat jahat dan cuba mengeruhkan ketenangan para penduduk Memali khususnya dan para pendokong PAS amnya.

Tegas beliau, penulis artikel berkenaan jelas gagal memahami sejarah peristiwa itu apabila menyamakannya dengan ajaran sesat.

"Peristiwa Memali adalah satu perjuangan rakyat menolak undang-undang zalim iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ingin kami Pemuda PAS Kedah tegaskan ianya tidak langsung boleh disamakan atau sama sekali tidak berkait dengan ajaran sesat.

"Kosmo! dengan sengaja telah membangkitkan fitnah yang sedang tidur! Secara tidak langsung Kosmo! bukan sahaja telah memfitnah Memali tetapi juga kepada PAS yang sehingga kini komited menentang ISA.

"Cukuplah dengan derita yang ditanggung sekian lama oleh ahli keluarga mangsa terbabit, tidak perlu lagi dibangkit dan mungkin menimbulkan tekanan kepada mereka," ujar Ahmad kepada Harakahdaily, sebentar tadi.

ImageMenurut beliau, para pejuang Memali yang terkorban dalam peristiwa 19 November 1985 itu bukan sahaja diiktiraf syahid oleh anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Almarhum Tuan Guru Yahya Joned, malah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu�adzam Shah juga pernah mencemar duli menyiram air mawar di pusara para syuhada.

Malah kata Ahmad, isu Memali jelas satu penganiayaan apabila Kerajaan Malaysia akhirnya bersetuju membayar pampasan kepada ahli keluarga mangsa Memali melalui rundingan diluar mahkamah selain tidak pernah ada mana-mana pihak berkuasa agama yang menyatakan bahawa As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya sebagai sesat.

Untuk itu, beliau menuntut Kosmo! dan wartawan serta editor berkenaan tidak terus bermain api dengan segera membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sementara itu di Baling, para penduduk Memali bersama-sama Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling telah mengadakan himpunan untuk menghantar laporan polis sebagai membantah penyiaran artikel tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, jam 3 petang tadi.

Kosmo! dalam cetakannya hari ini di mukasurat 11 ruangan Negara! kolum Di Sebalik Berita tulisan Zulkifli Manzor berhubung ajaran sesat di negara ini telah turut sama mengaitkannya dengan peristiwa Memali.



Semoga Mendapat Haji Yang Mabrur..

Posted: 26 Oct 2009 11:21 PM PDT

PADANG MATSIRAT, 20 Okt - Kumpulan pertama jemaah haji dari Langkawi telah berangkat menuju Tanah Suci Mekah sekitar jam 5.30 petang hari ini. Keberangkatan para jemaah diiringi oleh seluruh jentera PAS Langkawi.

Bakal-bakal tetamu Allah bersama ahli keluarga telah berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi yang terletak di kawasan Padang Matsirat selepas solat Asar. Turut serta dalam penghantaran jemaah haji ini, jentera Pemuda diwakili Setiausaha Al-Fadhil Ustaz Nazmi bin Natzeri, Bendahari Sdr Muhammad 'Akasyah Bin Azinan serta AJK yang tiba bersama saf kepimpinan kawasan.

"Seluruh kepimpinan Muslimat PAS Langkawi mendoakan agar para jemaah dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang proses mengerjakan haji. Kami berharap mereka bakal memperolehi haji yang mabrur," jelas Ustazah Fatiinah binti Ibrahim, Ketua Muslimat PAS Langkawi yang tiba bersama AJK.


Menurut Ketua Lajnah Penerangan dan Dakwah, Sdr Ahmad bin Sidek, dianggarkan sekitar 300 orang bersama-sama mengiringi bakal-bakal haji. "Ini menunjukkan satu sifat ukhwah yang tinggi antara kepimpinan PAS Langkawi dengan masyarakat," tegas beliau.

Pihak Dewan Pemuda PAS Langkawi juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat berangkat ke tanah suci dan semoga mendapat haji yang mabrur serta dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di sana.

Pengikut