Pakatan Rakyat |
Posted: 17 Dec 2012 03:34 PM PST Posted by Admin Direktori Blog | | 3:34 PTG Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :- Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| |||||||||||||||||||||||||
Posted: 17 Dec 2012 03:22 PM PST | Tingkap bas kempen PKR dipecah, kali ini di Perak Posted: 17 Dec 2012 04:56 AM PST Bas kempen PKR dilaporkan dikhianati di Perak semalam ketika ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan ke negeri tersebut. Kejadian itu dikatakan berlaku di kawasan rehat Tapah di Lebuhraya Utara-Selatan. MediaRakyatNet, sebuah saluran pro-Pakatan Rakyat di YouTube, melaporkan kejadian itu di akaun Twitternya dan memaparkan sebuah foto yang menunjukkan tingkap bas itu pecah. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution menerbitkan semula maklumat mengenainya di akaun Twitter beliau awal pagi ini dan meminta supaya ditingkatkan keselamatan bagi konvoi tersebut. Program Anwar di Perak akan diteruskan hari ini, katanya. Saifuddin, ketika dihubungi sebelumnya, berkata beliau belum lagi mendapat maklumat lanjut mengenai kejadian itu. Bagaimanapun, katanya, beliau akan mengeluarkan kenyataan lewat hari ini selepas beliau mendapat maklumat mengenainya. | Dua lans koperal didakwa terima rasuah RM25,000 Posted: 17 Dec 2012 04:54 AM PST Dua anggota polis berpangkat Lans Koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM25,000 pada 2010. | Posted: 17 Dec 2012 04:52 AM PST Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor hari ini mengarahkan ADUN Temiang Ng Chin Tsai keluar dewan selepas Adun DAP itu enggan menarik balik kenyataannya. Speaker yang membuat keputusan itu mengikut Peraturan 6(5) Peraturan Tetap dewan, turut menggantung Ng daripada menyertai sidang dewan selama dua hari termasuk hari ini. Razak memutuskan demikian berikutan tindakan Ng yang enggan menarik balik perkataan 'jahat dan kotor' yang ditujukan kepada kerajaan BN semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2013 pada sidang DUN di Seremban hari ini. Walaupun berkali-kali diminta untuk menarik balik kenyataan "jahat dan kotor" itu, yang disifatkan Razak sebagai tidak sesuai digunakan di dalam dewan, Ng tetap berdegil sebelum diiringi oleh Bentara dewan untuk keluar meninggalkan dewan. Persidangan dewan bersambung esok.-Bernama | Peguam kanan, anak dikaitkan dengan SD2 Bala Posted: 17 Dec 2012 04:48 AM PST Seorang peguam kanan dan anaknya, yang juga seorang peguam, menjadi tumpuan ekoran pendedahan terbaru oleh peniaga permaidani Deepak Jaikishan berhubung apa yang didakwa berlaku berkaitan dengan akuan bersumpah (SD) kedua bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam. Ini telah didedah dalam satu siri pendedahan oleh Deepak (kiri), yang mendakwa terlibat mendapatkan PI Bala membuat SD kedua, selepas menandatangani SD pertama yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu. Nama peguam itu dikatakan telah disebut oleh Deepak dalam temubual video dengan organ PAS, Harakah, yang telah disiarkan di YouTube, dengan nama tersebut disunting. Dalam temubual itu, ahli perniagaan tersebut menceritakan bagaimana peguam kanan itu mendraf dan menyediakan dokumen tersebut bersama-sama dengan anaknya, walaupun hanya anaknya saja yang datang bertemu pihak-pihak lain yang terlibat, di sebuah hotel di Kuala Lumpur di mana bekas penyiasat persendirian itu didakwa "disimpan" . Dalam blognya tiga hari lalu, aktivis hak asasi manusia, Haris Ibrahim telah membayangkan siapakah peguam kanan yang dimaksudkan itu, tetapi tidak tidak menyebut namanya. Haris seterusnya telah membuat laporan kepada Majlis Peguam Malaysia awal hari ini. Harris, dalam suratnya kepada Majlis Peguam, meminta satu siasatan dijalankan untuk mengenal pasti peguam berkenaan, dan menentukan sama ada terdapat sebarang salahlaku dalam penyediaan SD kedua itu. Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi esok. Hari ini, bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim (kanan) pula membayangkan bahawa peguam kanan tersebut menganggotai salah sebuah daripada lima panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). PI Bala mendakwa dalam satu wawancara dengan Malaysiakini bahawa dia menandatangani SD kedua kerana takut. Siri pendedahan Deepak itu memberi gambaran yang berbeza, dengan mendakwa Bala menandatanganinya kerana wang. Malaysiakini tidak menyiarkan nama peguam kanan tersebut serta anaknya sementara menunggu respon daripada mereka terhadap pertanyaan kami. | Lelaki maut terjatuh dari tingkat empat sekolah Posted: 17 Dec 2012 04:43 AM PST SINAR HARIAN KUANTAN - Seorang lelaki yang sedang melakukan kerja membaiki atap di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di sini, maut selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan sekolah itu hari ini. Baharudin Shafie, 49, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Menurut rakan mangsa, Mohd Zulkifli Jaafar, 32, kejadian berlaku ketika hujan lebat pukul 10.45 pagi tadi. "Kami bertiga sedang melakukan kerja menggantikan atap di atas bumbung bangunan sekolah itu apabila hujan lebat tiba-tiba turun. "Saya mengambil keputusan untuk turun dan meminta mangsa berlindung di bawah bumbung sementara menunggu hujan berhenti," katanya ketika ditemui di sini. Menurutnya mangsa bagaimanapun tergelincir disebabkan keadaan atap yang licin sebelum terjatuh ke lantai simen di tepi longkang bangunan berkenaan. "Kami berdua berulang-alik dari rumah di Kemaman ke sini setiap hari kira-kira jam 8.15 pagi bagaimanapun sudah dua hari kerja agak tertangguh akibat hujan. "Mangsa yang berasal dari Bandar Baru Cheneh, Kemaman masih bujang dan tinggal bersama ibu dan abang," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian.- Bernama | Datuk K selamat jalani pembedahan Posted: 17 Dec 2012 04:40 AM PST DATUK Seri Khalid Mohamad Jiwa yang terlibat dalam kemalangan di New Zealand Khamis lalu selamat menjalani pembedahan hari ini. Perkara itu disampaikan sendiri oleh isterinya, Datuk Siti Nurhaliza melalui laman mikro Twitter. "Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan berjaya. Mohon doakan terus. Terima kasih semua. Hanya ALLAH yang akan membalas jasa baik kalian," kata Siti menerusi mesej Twitter kira-kira jam 4 petang tadi. Salah seorang anak Datuk K, Muhammad Azief juga memaklumkan mengenai keadaan ayahnya menerusi Twitter. "Pembedahan ayah berjalan lancar," katanya. Dalam mesej yang ditulis kira-kira jam 7.30 pagi tadi, seorang lagi anak Datuk K, Mohd Asyraf berkata, pembedahan akan mengambil masa lapan jam. "Terima kasih atas doa semua dan tolong terus mendoakan," katanya. Khamis lalu, Datuk K terlibat dalam kemalangan motosikal di Queenstown, New Zealand. Beliau mengalami patah bahu dan kaki serta patah tiga batang gigi. Siti Nurhaliza dan anak-anak Datuk K berada di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand sejak hujung minggu lalu. | Guan Eng: DAP bukan parti anti Melayu Posted: 17 Dec 2012 04:38 AM PST SINAR HARIAN GEORGE TOWN - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menegaskan bahawa DAP bukan parti antiMelayu hanya kerana tiada calon Melayu yang dipilih untuk menganggotai jawatankuasa tertinggi pusatnya (CEC). Beliau berkata DAP terbuka kepada semua bangsa. Pada pemilihan parti semasa kongres kebangsaannya Sabtu lepas, tiada seorang pun daripada lapan calon Melayu terpilih untuk jawatan di dalam CEC, bagaimanapun dua orang - Senator Ariffin S.M Omar dan Zairil Khir Johari - dilantik anggota CEC kemudian. "Kami tidak mengawal siapa yang dipilih para perwakilan. Kami menerima keputusan (pemilihan itu). Ini adalah demokrasi," katanya. Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang menggesa media supaya menghentikan laporan yang boleh membangkitkan kebencian dalam kalangan masyarakat terhadap parti itu. "...bagaimanapun pihak ini juga yang mengkritik DAP hanya kerana kami melantik dua anggota Melayu ke CEC. Kami menerima keputusan dan pemilihan para perwakilan pada kongres kebangsaan itu," katanya kepada pemberita di sini.- Bernama | Selangor laksana dasar wanita seminggu selepas tadbir Posted: 17 Dec 2012 04:34 AM PST MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR- Kepimpinan Pakatan Rakyat telah melaksanakan tuntutan minimum 30 peratus kepimpinan wanita dalam barisan tertinggi kerajaan tidak sampai seminggu selepas memerintah Selangor. Exco Selangor, Rodziah Ismail (gambar) berkata sebaik memerintah Selangor, kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di negeri itu telah mengumumkan barisan kabinetnya yang mengandungi 40 peratus Exco dan seorang Timbalan Speaker wanita. Tambahnya, keutamaan meletakkan wanita dalam barisan pembuat keputusan sangat wajar diambil serius dan segera dikotakan. "Dalam mengumumkan bakal-bakal barisan kabinet di Putrajaya, Pakatan Rakyat akan mengotakan pertambahan ketara dalam barisan menteri sebaik diberi mandat mentadbir di Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan. Jelasnya, era pemerintahan Pakatan Rakyat negara Malaysia ini akan menyaksikan barisan pembuatan keputusan yang akan dianggotai paling ramai wanita secara mendadak dalam sejarah Kerajaan Malaysia. Katanya, dasar dan dokumentasi berkaitannya sudah berdekad di wujudkan oleh Kerajaan Umno BN, namun Malaysia hari ini berada di tangga corot dalam arena pembuatan keputusan. Malaysia ditangga ke 120 daripada 135 negara; di belakang Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Bangladesh, Vietnam, China, Kazakhtan, Uruguay dan banyak negara lain. Tegasnya, apa yang perlu dilaksanakan bukanlah lagi mewujudkan mekanisme pemantauan dasar minimum 30% itu, tetapi segera mendahulukan pelaksanaan yang hanya memerlukan kesanggupan barisan politik yang berkuasa (political will). Malangnya, pemerintahan Umno BN selama lebih setengah abad ini, telah menyaksikan kemorosotan yang menjolok mata dalam bilangan dan peratusan anggota kabinet yang boleh dianggap sebagai meremehkan kedudukan dan status wanita yang mewakili hampir 50% penduduk di Malaysia. "Hanya seorang saja wanita daripada 30 orang Menteri yang disenaraikan kini; Menteri itu bukan pula yang mengetuai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, satu-satunya kementerian yang paling cocok disandang oleh seorang wanita Malaysia – hanya perlu memilih seorang dari ribuan wanita yang berkaliber untuk tujuan tersebut. "Wanita Malaysia diseru untuk meneliti dan bersikap jujur serta terbuka dalam menilai apa yang dikatakan dan dilaksanakan," katanya.-harakahdaily | 50 anak muda Sabah lapor polis atas Musa Aman Posted: 17 Dec 2012 04:31 AM PST MALAYSIA CHRONICLE KOTA KINABALU- Kira-kira 50 anak muda Sabah mengiringi rakan mereka bagi membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman. Beliau didakwa menerima wang sebanyak RM40juta berbentuk rasuah untuk kekayaan peribadi merujuk kenyataan bersumpah Datuk Seri Lajim Ukim 11 Disember yang lalu. Menurut Boby Bin Lewat @ Ewat, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sabah berkata, mereka turut membuat laporan SPRM terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang punyai hubungkait dengan ahli perniagaan, Michael Chia. Ia didedahkan di pelbagai sumber media bahawa anak Nazri iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776. Kenderaan mewah ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia disahkan melalui carian saman di laman MyEG. Micheal Chia yang rapat dengan Musa ditahan di Hong Kong berikutan disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram RM40 juta turut dituduh terlibat rasuah berhubung lesen pembalakan yang juga melibatkan Musa Aman. Menurut Lajim dalam akuan bersumpahnya, pada 9 Oktober 2012 Nazri telah mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan Michael Chia berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan telah digugurkan di atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada UMNO Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri. Namun kenyataan bersumpah Lajim Ukim menceritakan sebaliknya apabila beliau mengesahkan Umno Sabah tidak pernah menerima sebarang derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa oleh Nazri Aziz di Parlimen. "Apakah ini satu komplot terancang Musa dan Nazri untuk menyelamatkan antara satu sama lain?" soal SAMM dalam kenyataannya. Sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Anggota Badan Perhubungan Umno Sabah, Lajim Ukim yang terlibat secara langsung dengan apa jua aktiviti Umno di Sabah termasuk perihal kewangan. Lajim memperakui tiada sebarang urusniaga dan transaksi yang membuktikan Umno Sabah penerima dana RM40 juta tersebut. Jika ada, pasti ia dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah, menurut Lajim. Perkembangan terbaru ini jelas menunjukkan berlaku percanggahan daripada apa yang diumum oleh Nazri dan menerbitkan unsur penipuan yang membabitkan wang rakyat sebanyak RM40 juta, kata kenyataan itu. Pengumuman Nazri Aziz juga didapati menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah. Dengan perkembangan ini juga SAMM mendesak SPRM supaya membuka satu kertas siasatan baru melibatkan Musa Aman dan Nazri Aziz. Kesediaan DS Lajim untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa bagi menyiasat skandal RM40 juta ini merupakan satu kelebihan dan kesempatan ini harus diambil oleh SPRM.-Harakahdaily | Anwar: Peluang cerah PR memerintah, M'sia jauh di belakang negara-negara 'Arab Spring' Posted: 17 Dec 2012 04:24 AM PST Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata ada peluang yang baik bagi Pakatan Rakyat pimpinannya untuk menggantikan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Najib Razak, yang disifatkannya sebagai "autoritarian" dan jauh ketinggalan di belakang kebanyakkan negara-negara Tengah Timur yang baru-baru ini mengalami perubahan rejim kerana rakyat mereka bangkit menuntut berakhirnya pemerintahan yang mengamalkan rasuah dan zalim. "Kita mempunyai jangkaan yang realistik, saya berani mengatakannya. Dalam pilihan raya 2008, kita telah menang majoriti mudah sebanyak 51% daripada undi. Kita kalah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak terutamanya di kalangan suku kaum pribumi. Sejak 4 tahun yang lalu, kita telah bekerja keras dan dapat menembusi kawasan tumpuan luar bandar …jadi sudah tentu, kemungkinan itu ada, "Anwar berkata semasa temu bual dengan Al Mayadeen TV dari Beirut yang dirakam di Kuala Lumpur pada 20 November yang lalu dan telah disiarkan pada 12 Disember. http://almayadeen.net/ar/Programs/Episode/udV3cAbf6kqr76ElAWpQyw/2012-12-12-. Kepelbagaian - kekuatan PR, bukan kehancuran
"[Kami terdiri dari] PKR, parti Islam [PAS] dan DAP yang diasaskan oleh kaum Cina, kami terdiri dari pelbagai latar belakang. Satu lebih kepada sekularisme dan satu lagi Islam. [Tetapi] kita mempunyai garis panduan dasar yang jelas, apa yang kita maksudkan dengan kebebasan bersuara, badan kehakiman, suara hati dan dasar ekonomi yang mesti menggalakkan pertumbuhan, mesti berpendirian teguh dalam melaksanakan keadilan, kesaksamaan dan pengagihan yang saksama dan ... Islam adalah agama rasmi Malaysia tetapi ia masih memastikan kebebasan menyeluruh untuk rakyat bagi mengamalkan kepercayaan mereka, "kata Anwar. PAS tidak ekstimis
"Saya telah bekerjasama dengan parti Islam ini dan tidak wajar untuk mengatakan bahawa mereka adalah radikal kerana mereka telah bersetuju dengan platform dasar am ini [mengenai pelbagai isu termasuk] ... isu jantina, dan juga kebebasan beragama." "Sebagai umat Islam, kita menerima Syariah, kita menerima Al-Quran. Kami menerima bahawa dakwah, dan mesej kita harus diwakili ... Saya berpendapat kita tidak harus menafikan rakyat daripada berbincang tentang Islam atau negara Islam atau 'hudud' (jenayah undang-undang Islam). Sepertimana kita tidak boleh menghalang orang daripada bercakap tentang sekularisme atau undang-undang secular. Konsensus kami adalah No.1, kita terikat kepada perlembagaan dan No 2. kita mesti membuat konsensus sebelum kita memulakan sebarang rancangan atau program baru. Jadi saya tidak terlalu bimbang tentang hasilnya. " Anak-anak Mahathir adalah billionaire!
Anwar berkata kekurangan suara Pembangkang yang kuat pada masa itu menyumbang kepada penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam pentadbiran pemerintah, dan sesiapa sahaja yang mengambil pendirian yang berbeza akan dianggap mencabar status quo. "Dr Mahathir banyak menjalankan program yang baik. Saya ada bersamanya, saya merupakan sebahagian daripada pasukan itu tetapi anak-anaknya adalah bilionaire," kata Anwar.
Beliau mengutuk tindakan Mahathir dan parti pemerintah Umno yang terus mengganggu beliau dan keluarganya walaupun setelah "memukul saya sehingga separuh mati", memenjarakannya selama 6 tahun, dimana dia selalunya menghabiskan masa di dalam sel yang berasingan. "Mereka menggambarkan saya sebagai sejahat-jahat manusia. Satu masa saya menjadi pelampau Islam, hari lain, saya orang CIA, pro-Israel, selepas itu saya seorang peliwat pula," kata Anwar. Jangan pandang rendah kebijaksanaan rakyat
"Hasil kaji selidik itu membantu untuk mengukuhkan kedudukan bahawa di bawah pentadbiran ini, kerajaan yang sering memainkan isu-isu perkauman, ketuanan Melayu, hak-hak Melayu, memburukkan orang lain, 'berhati-hatilah pada negeri di bawah kami kerana ia telah dikristiankan' – apabila kami bertanya di mana dan apakah buktinya? Tiada." Walaupun begitu beliau optimis tentang Kebangkitan Arab, menjelaskan bahawa kemunculan 'kuasa rakyat' telah memberi kesan negatif yang dialami di beberapa negara di mana rejim baru telah bertukar menjadi autoritarian sepertimana pemerintah sebelumnya yang telah digulingkan. Anwar begitu yakin bahawa semangat untuk tidak membenarkan pemerintah-pemerintah yang korup untuk terus memerintah akan meresap ke dalam Malaysia pada pilihan raya umum yang akan datang yang berkemungkinan besar akan diadakan menjelang Mac 2013. "Hampir semua media di sini tidak mempunyai ruang untuk perbezaan pendapat atau Pembangkang. Saya tidak diberi walau seminit pun atau masa ke udara. Semua dihalang. Tetapi anda tidak boleh memandang rendah akan kebijaksanaan rakyat kerana bagaimana anda boleh mengharapkan mereka untuk menjatuhkan diktator, rejim kejam? Rakyat mempunyai kuasa itu. Jadi kita perlu bekerja keras untuk melibatkan diri. Perkembangan di dunia Arab -. revolusi rakyat - memberi pengaruh yang besar terhadap rakyat, pelajar-pelajar mengikuti perkembangan terutamanya di Timur Tengah, Mesir untuk memahami mengapa ia berlaku. Mengapa rakyat tiba-tiba bangkit untuk menolak rasuah dan penyalahgunaan hak kebebasan dengan sekatan? " Malaysia ketinggalan dibelakang
Walaupun ia akan mengambil masa untuk kesan sepenuhnya terungkap dan membuahkan hasil positif, keberanian rakyat dalam berdiri untuk reformasi sudah membantu negara mereka selangkah jauh dari Malaysia. "Dahulu kita lebih baik tetapi saya fikir bila kita melihat Tunisia, Mesir, Turki dan semua masalah yang mereka hadapi, saya tidak memperkecilkan itu, tetapi mereka jauh di hadapan kita. Mereka mempunyai media yang bebas, mereka mempunyai pilihan raya yang adil dan bebas dan mereka cuba untuk menjadikan badan kehakiman mereka bebas dan berfungsi. Mereka mengambil pelbagai langkah dalam meminda undang-undang di Tunisia. Walaupun ia adalah satu proses ... ia sememangnya perlahan dan akan kesilapan pasti terjadi, ia jauh lebih maju dan progresif daripada apa yang kita lihat di sini, "kata Anwar. "Dari segi ekonomi, kita lebih bernasib baik. Kita lebih maju dari segi perindustrian,dan penyediaan infrastruktur. Saya fikir kita perlu beralih kepada isu-isu kebebasan dan pencerahan budaya." Diktator & autoritarian MESTI PERGI!
Kebangkitan Arab atau pemberontakan rakyat walaupun mempunyai kekurangan serta rintangan adalah isyarat muktamad bahawa lembaran baru, walaupun sukar dan payah, telah bermula di Timur Tengah dan akan merebak ke negara-negara membangun yang lain termasuk Malaysia, katanya. "Pemerintahan dunia baru sudah tentu sangat relatif sama ada anda melihatnya dari Washington, London atau Paris. Jika anda melihatnya dari segi perubahan yang baik, ia adalah diluar jangkaan. Tiada siapa yang waras akan mengatakan ia tidak dialu-alukan, ia memang menyakitkan, proses itu sendiri menyakitkan dan sekejam mana pun yang kita lihat di Syria sekarang, ia sememangnya satu proses ke arah reformasi demokrasi, dan kebebasan. Sesuatu yang positif. Diktator dan autoritarian mesti pergi, tiada persoalan lagi. Anda mesti mempunyai keabsahan untuk menyuarakan dasar dan memimpin rakyat," jelas Anwar. | BN, PR sepakat lupakan tragedi 13 Mei Posted: 16 Dec 2012 09:29 PM PST Oleh Mohd Farhan Darwis Mereka malah menegur Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk tidak lagi mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana itu hanya akan menyebabkan hubungan antara kaum di negara ini terganggu. Ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, pemimpin kedua-dua parti politik tersebut menasihati Ibrahim agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana ia bakal mengguris perasaan sesetengah kaum. "(Tindakan) beliau itu umpama merugikan BN, walaupun kadangkala kenyataannya itu mahu rakyat menyokong BN. "Dalam Malaysia moden sekarang, Melayu, semua bangsa, mempunyai minda yang berbeza ... mereka lebih progresif, rakyat lebih mengutamakan kerajaan, bukan bangsa." Dalam satu temu ramah eksklusif Sinar Harian yang dipetik The Malaysian Insider sebelum ini, Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa komuniti Cina di negara ini sebagai ancaman sekiranya mereka menguasai politik dan ekonomi. Ahli Parlimen Cameron Highland itu turut menambah, kenyataan seperti itu akan merosakkan hubungan silaturrahim antara kaum di negara ini yang mana usaha menyatupadukan kaum di bawa dalam Gagasan 1 Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Jangan bawa perasaan tidak diingini kepada sesetengah rakyat, ia tidak baik untuk silaturrahim masyarakat kita. "Perdana menteri bawa konsep 1Malaysia, konsep perpaduan, kenyataan seperti itu akan bawa segelintir masyarakat marah," katanya dan menambah, "kita nak eratkan silaturrahim, bukan cari permusuhan." Berkongsi pendapat dengan Devamany, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi selain menyeru rakyat melupakan peristiwa itu, beliau turut berkata rakyat berbilang kaum di negara ini telah sekian lama berkongsi dalam soal ekonomi. "Jangan jadikan (13 Mei) bahan untuk wujudkan konflik dalam masyarakat ... sejak sekian lama kita telah berkongsi dalam soal ekonomi," katanya kepada The Malaysian Insider. "Yang paling penting, kita ambil semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun ia sudah tamat tempoh, semangatnya masih ada, saya yakin menteri tahu bagaimana mahu melaksanakan." Ahli Parlimen Batu Pahat itu menjelaskan, konsep 1Malaysia sendiri diwujudkan untuk rakyat melihat kehadapan, dan bukannya menoleh kebelakang untuk kemajuan negara. "Melalui 1Malaysia, kita akan lebih memandang ke hadapan, tidak lagi menoleh kebelakang yang menyebabkan kita tidak lagi produktif," tambahnya. Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub melihat isu perkauman tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat negara ini kerana perjuangan PR jelasnya adalah isu yang melibatkan pelbagai kaum. "Isu perkauman sekarang tidak lagi mendapat tempat dalam hati rakyat, isu yang kami perjuangkan adalah isu melibatkan semua kaum. "Itu ilusi mimpi ngeri Ibrahim Ali," kata ahli Parlimen Kubang Jerian itu yang yakin, peristiwa 13 Mei ini tidak akan berlaku lagi. "Saya yakin, ia satu 'Puaka dan Saka' Umno yang cuba mempertahankan talian hayat mereka." Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, bagaimanapun melihat, dengan situasi dan keadaan masyarakat Melayu di negara ini sekarang peristiwa hitam itu tidak mungkin akan berulang. "Kalau kita bandingkan dulu dengan sekarang, masyarakat Cina dulu 40 peratus, sekarang sudah tinggal 20 peratus, jadi macam mana mereka boleh jadi ancaman," tegas Chua, yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu. "Saya yakin 13 Mei tidak akan berlaku lagi, dengan nilai-nilai agama Melayu yang semakin kuat. Orang Melayu sekarang lebih berfikiran universal, mereka tidak lagi berfikiran seperti dulu." Ibrahim yang merupakan ahli Parlimen Mas semalam mengeluarkan kenyataan berkata komuniti Cina akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara sekiranya mereka berkuasa dalam politik dan ekonomi, yang mana menurutnya akan mengulangi sejarah peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Beliau turut menafikan dirinya dan Perkasa sebagai rasis kerana mendakwa mereka hanya mempertahankan apa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. | Bersih mahu orang ramai jadi 'pemantau' saksi penipuan PRU 13 Posted: 16 Dec 2012 09:24 PM PST Kumpulan tersebut menubuhkan "Jom Pantau" dan "Jom 100", tetapi pengerusi bersamanya, Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) berkata hari ini kempen tersebut akan diperluas pada Januari ini untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa. Aktivis dan peguam itu berkata pilihan raya tidak akan bersih mengikut apa yang Bersih 2.0 mahukan dan cara terbaik ialah pihak berkuasa sentiasa memeriksa peningkatan pengundi dan menggaji orang awam untuk memantau sebarang masalah pada hari pilihan raya. "Adakah kita dapat melihat perubahan sebenar sebelum pilihan raya? Jawapannya, tidak," katanya dalam sidang media bersama ahli jawatankuasa Bersih 2.0 di sini. "Apa yang kami boleh lakukan ialah kami akan pastikan pilihan raya akan menjadi bersih dan adil," katanya lagi. | Tidak perlu layan kenyataan Ibrahim Ali Posted: 16 Dec 2012 09:21 PM PST
SHAH ALAM - Sinar Harian tidak akan melayan kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa akhbar ini sebagai memecah-belahkan hubungan kaum, kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub. Menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebagai individu yang sudah tidak relevan dalam politik di negara, Hussamuddin berkata, beliau yakin rakyat Malaysia juga sudah muak dengan kenyataan retorik beliau. "Pembaca juga tahu konsep Sinar Harian yang telus dan tulus tanpa memihak kepada mana-mana individu atau kelompok tertentu," katanya, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ibrahim dalam akhbar perdana semalam bahawa beliau 'jelik' dengan laporan Sinar Harian dan sebuah portal web kerana didakwa menyiarkan hanya sebahagian kenyataannya sehingga dilihat seolah-olah menghina kaum lain. Ibrahim dilapor berkata demikian semasa menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa Ketiga, kelmarin. Untuk rekod, pada 2009, Sinar Harian diiktiraf media yang memupuk semangat perpaduan apabila menerima Anugerah Kalung Perpaduan 2009. | Pas, DAP dan PKR terus bertaaruf Posted: 16 Dec 2012 09:19 PM PST Pesuruhjayanya, Hashim Jasin berkata, setiap parti punyai agenda dan dasar perjuangan parti tersendiri. Katanya, beliau yakin melalui taaruf bersama Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai PKR dan DAP boleh mewujudkan suasana baru untuk menjaga kebajikan masyarakat. "Semua orang sedia maklum bahawa dalam tiga parti ini ada dasar-dasar perjuangan yang berbeza. DAP dengan caranya, PKR cara dia dan Pas cara Pas. "Tapi yang membezakannya adalah kerjasama yang ditunjukkan untuk mengekalkan taaruf tersebut," katanya. Katanya, Pas akan terus ikut prinsip perjuangan Pas dan begitu juga parti-parti lain akan ikut prinsip parti masing-masing. "Kami akan terus bekerjasama walaupun pihak lawan cuba untuk memecahbelahkan pakatan ini. Sebenarnya, tindakan mereka itu tidak akan berjaya. "Saya yakin kerjasama ini akan membawa hasil yang lebih baik berbanding sebelum ini," katanya. Hashim berkata, beliau tidak hairan cadangan pihak lawan supaya Pas meninggalkan PR walaupun dianggotai DAP. "Saya tidak hairan apa yang dikatakan pihak lawan. Tidak semestinya DAP mahupun PKR kena ikut prinsip dan perjuangan Pas, begitu juga sebaliknya. Kesepakatan kita telah diluluskan dan agama tidak pernah melarang untuk kita bertaaruf. "Kita faham sebab apa mereka suruh kita tinggalkan PR, sebab mereka gerun dengan apa yang kita telah buat. Itu perkara biasa. Yang penting sekarang adalah kita perlu duduk bersama, itu yang Barisan Nasional (BN) takut," katanya. Terdahulu, Sinar Harian melaporkan bahawa DAP menegaskan asas parti itu mendekati dan bekerjasama dengan Pas dalam PR bukanlah kerana negara Islam atau hudud, tetapi atas prinsip menggalakkan demokrasi, pluralisme, kepelbagaian budaya, hak asasi manusia, hak-hak wanita dan pembangunan negara. | Pemilihan DAP: Tunku Aziz punca calon Melayu tewas? Posted: 16 Dec 2012 09:17 PM PST Bekas ahli CEC, Zulkifli Mohd Noor berkata, perwakilan Cina mungkin sudah serik untuk memberikan peluang kepada calon Melayu bagi menganggotai jawatankuasa tertinggi itu. Beliau yang sebelum ini pernah menjadi Naib Pengerusi DAP Kebangsaan melahirkan rasa kecewa kerana laluan yang diberikan kepada Tunku Aziz untuk jawatan kanan dalam parti itu dirosakkan dan menyebabkan kekuatan Melayu dalam DAP sedikit tergugat. "Saya kecewa kerana kerusi yang saya beri kepada Tunku Aziz sudah dirosakkan. Sekarang kita nak dapat semula kerusi itu susah. "Walaupun kita telah letakkan lapan calon pemimpin Melayu yang berkaliber, namun satu pun tidak terpilih kerana perwakilan sudah fikir kalau kerusi itu kita beri kepada orang Melayu mungkin akan rosak kedudukan orang Melayu," katanya ketika ditemui media di sini semalam. Dalam pemilihan yang berlangsung kelmarin, Zulkifli turut gagal mengekalkan keahliannya dalam CEC apabila hanya meraih 215 undi sahaja. Mengulas mengenai kekalahan calon Melayu, Zulkifli mendakwa perwakilan DAP tidak dapat menerima lagi ideologi Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP berbanding Barisan Nasional (BN) yang sudah pun menerapkan konsep itu dalam konsep 1Malaysia. Zulkifli berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerapkan unsur-unsur Malaysian Malaysia dalam konsep 1Malaysia yang diperkenalkan setelah mengambil-alih tampuk pemerintahan negara. | Posted: 16 Dec 2012 09:09 PM PST Andaikata niat penerbit Majalah 3 (rancangan TV3) mahu memberikan kesedaran kepada orang ramai terutamnaya kalangan pengguna jalan raya yang membawa laju di jalan raya sehingga membahayakan keselamatan orang lain, ya…yang itu kami bersetuju dan menyokong, Tetapi…… Ya, ada tetapinya. Memberi kesedaran tidak semestinya perlu mengaibkan sesetengah pihak & juga melakukan penipuan jika "benar-benar ikhlas" memberikan kesedaran kepada orang ramai. Matlamat tidak menghalalkan cara. Sepatutnya disertakan kenyataan di bawahnya
Bukankah itu lebih baik sebenarnya? Tetapi mengapa perlu "menempuh jalan sukar" dengan cara mengupah 2 orang pelakon bagi memenuhi kehendak & selera "penerbit'" ataupun golongan yang berkepentingan? Akhirnya selepas mendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak & termasuklah kumpulan bikers, pihak TV3 terpaksa akur dan semasa di akhir rancangan Majalah 3 pada 15 Disember 2012 hari Sabtu yang lalu meminta maaf secara umum dan tidak lupa juga penonton setia TV3
Mengakui kesalahan & kelemahan sendiri, bukankah satu contoh nilai yang baik. Akhirnya penerbit Majalah 3 dan TV3 mengambil tindakan yang betul kerana minta maaf secara umum berkaitan isu lakonan aksi pelesit jalanan oleh penunggang Superbike dalam Majalah 3 minggu lalu. P/S : Mohon maaf pun sudah, harapan kami agar TV3 tidak pula mengulangi lagi perbuatan menipu seperti ini dengan menyediakan laporan palsu kepada orang ramai di rancangan-rancangan mereka yang lain pula. Insyaallah! | Dilanggar kereta api, lelaki melambung 50 meter Posted: 16 Dec 2012 08:46 PM PST Saksi, Zulkifli Mohamad, 42, berkata, dia menuju ke landasan untuk mengambil anaknya yang berusia tiga tahun, bermain sekitar landasan namun terkejut apabila mendapati mangsa, Mohd Zudilman Che Ismail, 34, berada di seberang landasan. "Saya lihat mangsa baru sahaja turun dari kereta rakannya, kemudian mahu menyeberang landasan untuk ke rumahnya sambil memegang telefon bimbit. "Semua penduduk kampung menjerit malah siren kereta api turut berbunyi beberapa kali, namun tiada tanda mahu mengelak sebaliknya mangsa meneruskan perjalanan," katanya, semalam. Menurutnya, sejurus tiba di tengah landasan mangsa dilanggar kereta api dan melambung hampir 50 meter dari tempat kejadian. Melihat kepada kecederaan yang dialami, dia bersama rakan mangsa mengajarnya mengucap sebelum meninggal dunia beberapa minit kemudian. Sementara itu, isteri mangsa, Wan Suziana Mohd Nizam, 27, berkata, ketika kejadian dia sedang menyapu di ruang tamu rumah, sementara ibunya berehat kerana sakit. Suziana tidak mengesyaki sebarang kejadian selepas mendengar jeritan penduduk, kerana sedar suaminya berada di bengkel kereta petang itu. "Saya sendiri tinggalkan dia di bengkel dan pulang dengan motosikal kerana beranggapan dia akan pulang bersama kereta yang dipandu. "Selepas mendengar penduduk memanggil nama suami, jantung saya seakan terjatuh dan terus meluru keluar daripada rumah," katanya. Menurutnya, dia terlambat kerana suaminya sudah tidak bergerak ketika ditemui di sebalik lalang dekat landasan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa dikenali sebagai Mohd Zudilman Che Ismail, cuba melintas landasan kemudian dilanggar kereta api dari arah Pasir Mas ke Tanah Merah kira-kira jam 6.30 petang. "Mangsa yang juga pekerja sambilan Telekom didapati mengalami kecederaan parah di kepala dan badan meninggal di tempat kejadian. Kes diklasifikasikan mati mengejut dan tiada unsur jenayah," katanya, semalam. | Sedia bilik khas lampias nafsu Posted: 16 Dec 2012 08:45 PM PST
Operasi yang dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira jam 12.30 pagi itu berjaya menahan dua lelaki tempatan, enam pelacur warga asing dan seorang wanita tempatan. Jurucakap polis berkata, operasi tersebut dijalankan bertujuan mengesan individu yang dikehendaki selain memeriksa pusat hiburan di kawasan tersebut. Menurutnya, ketika pemeriksaan dalam premis hiburan tiga tingkat itu, polis menemui sebuah bilik dalam keadaan mencurigakan. "Pemeriksaan dalam bilik tersebut menemui tilam dan rak tuala dipercayai digunakan untuk kegiatan pelacuran," katanya. Operasi yang diketuai Inspektor Nasir Ismail bersama dua pegawai dan 10 anggota mendapati, dua lelaki tempatan didapati bersalah bersabit kesalahan kes dadah. Beliau berkata, wanita warga asing yang ditahan berusia 20-an berasal dari China dan Vietnam. Menurutnya, siasatan mendapati mereka menggunakan pas lawatan sosial untuk memasuki negara ini. "Siasatan mendapati premis hiburan ini tidak mempunyai lesen perniagaan hiburan dan menyediakan pelacur kepada pelanggan yang dikenali," katanya. Semua ditahan di bawa ke IPD Dang Wang untuk siasatan. | RM20 juta: Road to London atau Road to... Posted: 16 Dec 2012 03:49 PM PST 1. Umum mengetahui bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengakui bahawa projek sukan berprestasi tinggi Road To London untuk membawa pulang emas pertama negara dari sukan temasya Olimpik 2012 telah gagal. Dari 28 atlet yang bertanding, kontinjen negara hanya membawa pulang pingat gangsa dan perak di dalam acara badminton dan terjun. 2. Menteri bertanggungjawab Dato Seri Ahmad Shabery Cheek telah berjanji untuk segera mempersembahkan laporan penuh termasuk perbelanjaan peruntukan RM20 juta kepada tatapan umum. Namun demikian dalam satu keputusan "flip flop" yang begitu sinonim dengan era pentadbiran Najib, Pengarah MSN Dato' Zolkples Embong mengumumkan baru-baru ini bahawa laporan tersebut tidak akan dibentangkan untuk santapan umum. 3. Sekilas pandang, ianya menampilkan situasi yang cukup janggal apabila kenyataan seorang Menteri telah dinafikan oleh orang bawahan beliau sendiri. 4. Yang lebih penting, ianya turut menjurus kepada persoalan utama adakah KBS kini menklasifikasi laporan projek itu sebagai dokumen Akta Rahsia Rasmi (OSA) apabila ianya tidak dibentangkan kepada umum? Apakah yang ingin disembunyikan oleh Menteri dan KBS? 5. Sekira itu keadaannya, aspek kerahsiaan laporan projek Road To London bernilai RM20 juta tersebut kini berada pada kelas kerahsiaan yang setara dengan penganugerahan projek LRT kepada George Kent bernilai RM1.1 billion, penyalahgunaan dana awam RM250 juta projek NFC dan wang komisyen RM600 juta dalam projek kapal selam Scorpene yang semuanya kini di"kunci" atas alasan rahsia rasmi kerajaan. 6. Keputusan ini menjadi satu lagi bukti ketidakseriusan kerajaan mengambil pertanggungjawaban dalam soal janji yang telah dibuatnya. Ironinya, ianya turut menimbulkan kelucuan kerana KBS tanpa sebarang alasan munasabah telah mencipta kontroversi dari isu yang sebegini mudah. 7. Kita juga tidak bersetuju dengan kenyataan berulangkali orang-orang penting KBS yang mengganggap jumlah RM20 juta sebagai kecil. Hakikatnya negara seperti Ethopia (3 pingat emas, 7 pingat keseluruhannya) yang jelas tidak mempunyai wewenang seperti Malaysia masih mampu mwmbawa pulang pingat secara konsisten. Apa yang penting bukanlah jumlah tetapi kebijakan di dalam perbelanjaan. 8. Kita berharap Pesuruhjaya Sukan selaku arbiter bebas akan membetulkan keadaan ini dengan menggunakan kuasa yang ada untuk menekan pihak berwajib membentangkan laporan penuh Road To London demi kepentingan awam khususnya apabila kini pihak Kementerian kelihatannya cuba menyembunyikan sesuatu. 9. Pada masa yang sama kita ingin mengajak semua pihak - para penulis dan peminat sukan, individu dan komuniti sivil yang cakna dengan perbelanjaan kerajaan untuk menggunakan ruang sedia; artikel, surat dan media baru bagi mendesak KBS supaya telus di dalam membincangkan projek Road To London. 10. Dengan tambahan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi projek Road To Rio di dalam Bajet 2013, masyarakat perlu tahu di manakah kesilapan kita di dalam Olimpik 2012 agar kesilapan itu tidak diulangi di dalam persediaan kita menghadapi sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro kelak. Sukan untuk semua. Majulah sukan untuk negara. Nasrudin Hassan | 20,000 hadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak Posted: 16 Dec 2012 03:42 PM PST Sebahagian hadirin yang membanjiri padang SEDC Bandar Seri Iskandar mengikuti ucapan pemimpin Pakatan Rakyat. PARIT: Sambutan rakyat terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat terus mendapat sambutan apabila hampir 20,000 orang memenuhi Padang SEDC Seri Iskandar, malam ini, kata pengarah program, Dr Kharuddin Abdul Malek. Walaupun hujan renyai-renyai turun sekitar jam 9.30 malam sekitar 20 minit, namun orang ramai masih berkumpul di kawasan padang untuk mendengar pidato daripada pemimpin Pakatan Rakyat. Orang ramai semakin bertambah apabila hujan mulai reda dan mereka duduk di hadapan pentas untuk mengikuti persembahan daripada NGO dan ceramah para pemimpin Pakatan Rakyat Antara yang berucap ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan anggota Jawatankuasa Eksekutif DAP, Dr Tan Seng Giaw.
| Siapa nak buat huru-hara bila kalah PRU13? Posted: 16 Dec 2012 03:40 PM PST PARIT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi pertanyaan siapakah yang mahu membuat huru-hara apabila tewas dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti. Sehubungan itu, beliau menolak tuduhan pemimpin Umno BN kononnya akan berlaku peristiwa 13 Mei sekiranya parti itu kalah pada PRU13. "Siapa nak buat huru-hara? "Mereka nak buat huru-hara, peristiwa 13 Mei bila Umno kalah teruk (PRU13)," ujarnya ketika berucap di hadapan kira-kira 20,000 hadirin pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Perak di padang SEDC, Bandar Seri Iskandar, malam tadi. Ekoran itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, PAS bukan sahaja menjalin hubungan dengan parti politik bahkan badan bukan kerajaan untuk mencapai kejayaan pada PRU13 nanti. Walaupun padang basah ekoran hujan yang turun sekitar jam 9.30 malam, namun para hadirin terus bertambah mengikuti ucapan pemimpin Pakatan Rakyat sehingga akhir majlis. Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengingatkan rakyat supaya beristiqamah untuk melakukan perubahan pada PRU13. Katanya, Pakatan Rakyat berusaha untuk menerajui Putrajaya bukan kerana kepentingan individu sebaliknya untuk menjaga kebajikan rakyat seperti pelajar, petani dan pemandu teksi. | Geng Gunting Rambut: Jangan Bermain Api Di Kelantan Posted: 16 Dec 2012 03:29 PM PST MSO Orang Islam atau orang Kelantan terkenal dengan sikap terbuka dan 'tasamuh' mereka di dalam politik. Mereka bersedia membuka pintu negeri mereka untuk didatangi sesiapa saja. Sikap keterbukaan ini menunjukkan keramahan orang Kelantan, atau sifat suka meraikan orang ini, baik tetamu atau perantau. Sebab itulah terdengar saja siulan si musafir di kejauhan, suri di dapur sudah menanakkan pulut untuk dihidangkan. Kerana sikap inilah menyebabkan ada orang luar atau bukan anak Kelantan datang bertanding di Kelantan mencuba nasib untuk jadi wakil rakyat di negeri ini. Tidak perlu disebut nama-nama mereka satu persatu. Kehadiran mereka dan berjaya menjadi wakil rakyat adalah bukti jelas orang Kelantan (dalam hal ini Pas) sedia menerima orang luar dan bekerjasama dengan sesiapa saja. Tetapi rasanya bukan baik kalau orang luar mengambil kesempatan atas keterbukaan orang Kelantan itu. Jangan salah digunakan sikap rendah diri orang Kelantan sewenengn-wenengnya. Sebaliknya hargai sifat rendah diri orang Kelantan selunaknya. Bak kata orang tua-tua, orang memberi kita merasa, orang berbudi kita kena berjasa. Dan kenanglah kepada pulut ditanak untuk diberi makan kepada si dagang. Dan ingatlah juga orang Kelantan sama sekali tidak meracun musuh di dalam makanan, jauh sekali bertindak menikam musuh dari belakang kecuali saing sendiri yang melakukan kadas beris dan cas kenting sesama sendiri. Kedatangan dua tiga orang Cina dari parti Gerakan dari Negeri Sembilan ke negeri ini dua tiga hari lepas dengan tujuan hendak menujuk gedebe dan mencabar Majlis Perbandaraan Kota Bharu (MPKR-BRI) berhubung Undang-Undang Kecil PBT terhadap salun rambut itu, rasanya tidak wajar. Tindakan mereka datang bergunting rambut secara terbuka dengan pendandan rambut wanita Cina itu tidak sepatutnya berlaku dan ia adalah sikap samseng dan aksi melampau. Benar seperti kata Exco Kelantan Dr Mohd Fadzli Hassan, tindakan mereka itu mengilankan hati rakyat Kelantan dan kerajaan sendiri. Belum pernah berlaku sebelum ini ada orang luar yang datang mencabar secara terang-terang terhadap undang-undang dan rukun hidup rakyat negeri ini. Wajar kalau tindakan mereka dikatakan samseng atau lebih teruk dari itu. Orang yang tidak reti budaya dan cuba melakukan sesuatu yang kurang ajar di negeri orang lain patut dikenakan tindakan dan dikutuk. Apa yang berlaku itu ia bukan satu provokasi yang baik dan merupakan sikap politik yang sihat dan tidak sepatutnya berlaku di negara ini yang masyarakatnya majmuk. Tindakan itu boleh menyebabkan berlaku sesuatu yang tidak baik. Tindakan Cina Gerakan Negeri Sembilan itu boleh difahami ia adalah bermotif politik. Tetapi cara berpolitik begitu adalah tidak baik kerana ia melampau. Apa kata kalau ada orang Islam gila di Kelantan sewaktu mereka membuat cabaran itu? Di Kelantan ini kena beringat sedikit kerana ramai juga orang Islam gila yang sedia bangkit membela agama dan maruah mereka. Seperti mana kata Cina itu tujuan mereka berbuat begitu mahu melihat sejauh mana kekuatan undang-undang kecil MPKB-BRI dalam membenteras maksiat atau dalam kata lainnya menyusuri perlembagaan negara. Dengan berbuat demikian - mendandan rambut, mereka berharap akan disaman oleh MPKB. Ekoran itu pula mereka akan membawa kes itu ke mahkamah dan mahu mahkamah membuat pengadilan sejauh mana benar dan betulnya undang-undang berkenaan. Kalau itulah tujuannya, sebenarnya tidak payah datang ke Kelantan semta-mata untuk mencabar MPKB. Cina Gerakan itu boleh bawa kes yang berlaku sebelum ini ke mahkamah untuk menentukan sejauh mana kebal atau pun tidaknya undang-undang berkenaan. Bukankah sebelum ini MPKB sudah pun menyaman pekedai yang tidak mematuhi peraturannya? Ambil dan bawalah kes itu. Geng gunting rambut itu tidak payah datang dan menunjuk berani dan henalan di Kota Bharu. Mereka boleh membuat kenyataan akhbar dari jauh saja mengenai isu berkenaan. Apabila mereka datang sendiri ke Kota Bharu menempuk dada dan membuat kenyataan berupa cabaran, ia adalah satu sikap biadap yang boleh ditafsirkan sebagai datang untuk menjual berani, dan perbuatan mereka itu sangat sensitif dan merbahaya kerana orang Kelantan adalah pembeli berani yang mewah. Kita hendak tanya apakah yang mereka perjuangkan dengan tindakan itu? Apakah mereka hendak membela kelompok Cina yang ada dan hidup di Kelantan? Rasanya kalau itulah tujuannya ia tidak payah kerana kerajaan Kelantan memahami hakikat itu dan sudah lama menjaga kehidupan orang Cina. Orang Cina tidak akan lapar dan papa selama mereka bermukim di Kelantan kerana orang Kelantan sangat toleran berasaskan agama dan budaya mereka. Orang Kelantan tidak payah bagaimana untuk memberi makan kepada musafir sebab mereka sudah terbiasa sangat. Apa lagi Pas sebagai parti Islam senantiasa mengambil berat kepada keadilan dan hak asasi manusia tanpa mengira warna kulit. Apa yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan ke atas rakyat kaum lain di negeri ini adalah jaminan seperti mana dituntut oleh Islam. Sejarah klasik bagaimana orang Kelantan begitu mesra dan baik dengan orang Cina, semasa berlaku peristiwa 13 Mei 1969 tidak ada setitik darah Cina di Kelantan yang menitis ke bumi, bahkan mereka dilindungi. Dengan situasi dan keistimewaan itu apa lagi yang orang Cina Kelantan mahukan? Layanan seperti apa lagi yang diingini? Bukan tidak boleh bermain politik, tetapi jangan melampau. Bagaimana pun saya masih percaya Cina di Kelantan memahami apa yang diamal di negeri ini tetapi apa yang menajdi masalah Cina luar yang masih asing atau tidak pernah menikmati budu, ataupun mengenali apa itu kapak jangok. Berdasarkan itu sepatutnya Geng Gunting Rambut memahami kenapa MPKB-BRI menggubal undang-undang kecil berkenaan. Ia adalah untuk kebaikan dan sama sekali tidak ada niat untuk menganiaya dan berlaku kejam kepada sesiapa. Mudahnya kalau mereka 'bereng' sangat mereka boleh mengajak mana-mana Cina yang tidak betah untuk tinggal dan cari makan di negeri ini kerana kongkong undang-undang dan sebagainya, bawa mereka nyah ke negeri lain. Rasanya kita sedia menyiapkan tongkang. Dalam hubungan ini kita ingin bertanya kepada Dewan Himpunan Pas (DHP) yang diketuai oleh Cina Kelantan, kenapa tidak memberi pencerahan kepada geng gunting rambut berkenaan. Mereka tidak sepatutnya membiarkan geng itu datang membuat kacau di negeri ini. Hu Pang Chau seharusnya bertanggungjawab memberi penjelasan. Apakah Pang Chau juga masih berfahaman dan penuh dengan sentimen seperti geng gunting rambut itu? Sedikit memusykilkan dengan sikap dewan himpunan Pas ini. Mereka mengakui sebagai dewan yang menyokong perjuangan dan kerajaan Pas, tetapi dalam masa sama kadang-kadang menjadi penyala api kepada isu-isu tertentu khasnya berkaitan dengan orang Cina. Kalau beginilah cartanya dengan himpunan berkenaan tidak memberi manfaat langsung kepada kerajaan dalam konteks ini. Mengenai sikap samseng geng gunting rambut dari Negeri Sembilan itu, mereka perlu memikir kembali kewajaran tindakan mereka. Mereka jangan bertindak lebih sudu dari kuah. Kalau pun ianya dalam wap politik, tetapi jangan wap itu bertukar menjadi bau racun yang boleh menimbulkan suasana yang tidak baik. Mereka kena ingat di Kelantan ini hanya satu kerusi saja yang mana kemungkinan orang Cina boleh menang, manakala 44 kerusi lagi ada majoriti Melayu. Cara mereka lakukan itu tidak akan memberi benefit kepada rakan mereka Umno. Sebaliknya Umno juga akan terkena tempias bila mana orang akan menganggap kerja geng gunting rambut itu adalah kerja yang disuruh oleh Umno. Persepsi ini tidak boleh dielakkan sebab Gerakan adalah rakan nombor tiga utama kepada Umno. Selain itu juga dan ini penting, apa yang kena difahami tindakan mereka itu bukan saja mencabar MPKB-BRI dan Pas, tetapi ia mencabar seluruh rakyat Kelantan dan orang Islam yang berada di Kelantan. Orang Kelantan yang selama ini dikenali sebagai orang yang kuat beragama, tentu merasakan kurang enak dengan tindak demikian. Geng gunting rambut kena memahami perangai dan sikap orang Kelantan. Jangan mereka fikir di sini ada Umno, ada MCA dan Gerakan mereka mengira tindakan mereka disokong. Apa juga keadaan atau suasana yang menyentuh soal sensitivi orang Melayu, seperti agama, adat resam dan budaya mereka boleh bersatu. Orang Kelantan boleh bergaduh mengenai politik tetapi kalau hak mereka disentuh mereka akan bersatu. Saya percaya orang Umno Kelantan juga terkilan dan marah dengan apa dilakukan geng gunting rambut berkenaan. Setahu saya tidak ada kenyataan dari mana-mana pihak dalam Umno yang menyokong perbuatan dua tiga orang sengket Cina Negeri Sembilan itu. Mereka (orang Umno) diam bermakna menyokong perbuatan itu, tetapi mereka sedang memerhati apa yang akan berlaku seterusnya. Makanya sebelum terjadi sesuatu yang buruk, isu kedai gunting dan tindakan secara samseng dan 'gedebe' itu dan begitu juga isu tuduhan penguatkuasa MPKB kejam kerana menangkap Cina yang sedang melakukan perbuatan meloyakan di dalam kereta hendak dihentikan. Jangan cuba bermain api di Kelantan, sebab kalau ia terbakar nanti buruk padahnya. Saya cukup bimbang kalau kedatangan geng gunting rambut sekali lagi dengan jumlah yang ramai, seperti mana dijanjikan, meraka akan disambut bukan dengan pulut tetapi akan dinanti dengan penumbuk. Tidak mustahil ia akan berlaku. Makanya elok semua pihak berusaha menghindarinya. Elok kalau rakan Gerakan seperti MCA dan Umno menasihati dan memastikan kejadian nak tunjuk gedebe ini tidak akan berlaku. Presiden Umno Najib Razak perlu menegur rakan BN itu. Manakala Mustapa Mohamed juga elok kalau ikut sama memberi tunjuk ajar kepada Gerakan serta memberi tahu bagaimana mengenai warna politik di Kelantan, sikap orang Kelantan yang boleh jadi baik dan boleh juga jadi huduh. Orang Kelantan ada fiil perangainya sendiri. Ini penting kerana sedikit sebanyak tindakan Gerakan yang dibuat atas tujuan membela peniaga Cina itu ia akan memberi kesan buruk kepada Umno sendiri. Politik selalunya ditafsir dengan berbagai tafsiran yang dirujuk kepada pelbagai kitab. Ini pun bila Umno tidak menegur perbuatan biadap itu menyebabkan sudah ada dalam fikiran orang, geng gunting rambut itu datangan mungkin kerana Umno yang bagi idea? Terlanjur berbicara isu saya juga hendak mengulas sedikit berhubung tindakan kerajaan Kelantan yang mengarahkan MPKR-BRI menangguhkan sementara pelaksanaan undang-undang kecil yang sedang menjadi polimek ketika ini. Apakah wajar MPKR mengambil tindakan demikian? Bukankah ia menjejaskan kredibiliti bandaran itu sendiri? Apakah apabila ada orang mengkritik atas tujuan komersial dan politik maka kita kena akur begitu saja? Dibimbangi kalau sikap bertolak ansur seperti ini diambil dan dijadikan praktis lama kelamaan apa-apa undang-undang dan peraturan yang berunsurkan nilai-nilai Islam yang digubal akan dipertikaikan dan natijahnya ia tidak dapat dilaksanakan. Dalam apa juga keadaan kerajaan Kelantan harus tegas dan berani. Mengenai pelaksanaan peraturan Islam ini jangan sesekali mudah cair disebabkan kerana apa-apa kepentingan termasuk politik. Apa yang perlu dipentingkan setiap tindakan itu mesti mendapat keredhaan Allah bukan kesenangan manusia. Sebab yang bersifat khadimnya adalah Allah s.w.t. | Pelantikan CEC Melayu berdasarkan kebolehan Posted: 16 Dec 2012 03:27 PM PST KONGRES DAP dikemaskini Pelantikan dua orang Melayu ke dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) adalah berdasarkan kebolehan mereka dan mereka juga berperanan untuk mendekati rakyat Malaysia merentasi sempadan perkauman. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata demikian sewaktu mengulas pelantikan Zairil Khir Johari dan Senator Ariffin SM Omar ke dalam CEC selepas tiada satu pun daripada lapan calon Melayu yang bertanding untuk mendapat tempat dalam jawatankuasa itu menang. Beliau bagaimana pun tidak menolak yang pelantikan itu juga adalah satu simbol perwakilan Melayu dalam DAP. "Kita lantik berdasarkan kebolehan tetapi kita juga tidak nafikan ia satu simbolik (perwakilan Melayu) kerana Ariffin adalah seorang cendekiawan yang juga seorang senator," katanya dalam sidang akhbar selepas Kongres ke-16 DAP ditangguhkan tengah hari tadi. Ditanya jika DAP akan turut meletakkan calon Melayu dalan pilihan raya umum akan datang, Lim menegaskan DAP akan menurunkan calon Melayu yang terpilih kerana mereka merupakan "rakyat Malaysia yang layak" untuk bertanding. "Kita hendak letak calon rakyat Malaysia yang layak dan berpeluang cerah untuk menang. "Ya saya sahkan akan ada calon Melayu," katanya. Beliau bagaimanapun mengunci mulutnya dengan kemas apabila diminta memperincikan tentang calon Melayu berkenaan. Mengulas ketetapan 'satu calon satu kerusi' yang diluluskan kongres ini, Lim berkata ia adalah ketetapan yang tertakluk kepada kelonggaran yang akan ditentukan pucuk pimpinan. "Itu adalah ketetapan tetapi kena lihat juga keadaan dan perkiraan strategi kawasan-kawasan tertentu dan di sini ada kelonggaran yang diberikan kepada pucuk pimpinan," katanya. Kongres DAP ke-16 yang berlangsung di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) berakhir tengah hari tadi selepas berlangsung selama dua hari dan melangsungkan pemilihan anggota baru CEC semalam. Pimpinan utama seperti Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, dan Karpal Singh kekal dalam CEC dan 20 anggota CEC yang dipilih juga membuat keputusan mengekalkan jawatan ketiga-tiga mereka. Sementara itu, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Isahak menggesa DAP merencanakan usaha untuk meyakinkan perwakilan agar menerima kepimpinan Melayu dalam parti itu. Beliau nyata kecewa apabila tiada wakil Melayu terpilih dalam pemilihan semalam. "Ya, kita melahirkan perasaan terkilan yang amat sangat tetapi dari sudut rasional, kami sedar kuasa adalah di tangan perwakilan bukan di tangan parti DAP itu sendiri," katanya. Tegasnya, DAP tidak boleh hanya bergantung kepada mekanisme melantik ahli Melayu ke dalam CEC jika mereka benar-benar berbilang kaum. "Sudah sampai masanya kepimpinan tertinggi DAP menilai semula satu mekanisma untuk meyakinkan para perwakilan menggunakan budi bicara mereka berpaksikan kepada sistem berbilang kaum," katanya. Laporan oleh Ahmad Fadli KC, Koh Jun Lin, Lee Long Hui, Low Chia Ming dan Susan Loone. | Karpal kekal pengerusi, Guan Eng setiausaha agung DAP Posted: 16 Dec 2012 03:25 PM PST KONGRES DAP Seperti yang dijangka, barisan baru jawatankuasa kerja pusat (CEC) DAP memutuskan untuk mengekalkan Karpal Singh sebagai pengerusi dan Lim Guan Eng sebagai setiausaha agung selepas pemilihan parti itu semalam. Mencerminkan hasrat 1,826 perwakilan yang mengundi semula 20 anggota lama CEC - kecuali tiga orang - jawatankuasa baru itu memilih untuk tidak membuat perubahan drastik dalam barisan kepimpinannya ketika parti bersiap sedia bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang mesti diadakan dalam enam bulan yang akan datang. Ini ekoran seruan pemimpin kanan parti itu, Lim Kit Siang yang Sementara itu, dua pemimpin yang tewas semalam - Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dan Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw - telah dilantik menganggotai CEC yang menjadi badan membuat keputusan parti itu. Untuk menangkis kritikan bahawa parti itu anti-Melayu kerana tiada seorang pun daripada lapan calon Melayu terpilih semalam, Senator Ariffin Omar dan Zairil Khir Johari, yang juga merupakan setiausaha politik Guan Eng, turut dilantik menyertai jawatankuasa kerja tersebut. Turut dilantik ialah Jimmy Wong dan Edwin Bosi (Sabah), John Brian Anthony (Sarawak), Leong Ngah Ngah (Pahang), V Sivakumar dan Thomas Su (Perak). Pemimpin veteran Tan Kok Wai telah dipilih menjadi timbalan pengerusi DAP, manakala barisan naib presiden terdiri daripada Chow Kon Yeow, M Kulasegaran, Chong Chieng Jen, Teresa Kok dan Ariffin. Timbalan Pengerusi - Tan Kok Wai Naib presiden - Chow Kon Yeow, Ariffin Omar, Chong Chieng Jen, M Kulasegaran, Teresa Kok Setiausaha agung - Lim Guan Eng Timbalan setiausaha agung - Chong Eng, Ngeh Koo Ham, P Ramasamy Bendahari - Fong Kui Lun Setiausaha organisasi - Loke Siew Fook Timbalan setiausaha organisasi - Vincent Wu, Thomas Su Setiausaha publisiti - Tony Pua Timbalan setiausaha publisiti - Teo Nie Ching, Zairil Khir Johari Setiausaha antarabangsa - V Sivakumar Pengarah pendidikan politik - Liew Chin Tong Timbalan pengarah pendidikan politik - Boo Cheng Hau Ahli Jawatankuasa: Lim Kit Siang, Tan Seng Giaw, Teng Chang Khim, Leong Ngah Ngah, Jimmy Wong, John Brian Anthony, Edwin Bosi, Gobind Singh Deo. Laporan oleh Ahmad Fadli KC, Koh Jun Lin, Lee Long Hui, Low Chia Ming dan Susan Loone. | Ahli Melayu tiada masalah pendirian hudud DAP Posted: 16 Dec 2012 03:21 PM PST KONGRES DAP dikemaskini Keahlian orang Melayu dalam DAP bukan lagi perkara luar biasa walaupun jumlah mereka belum lagi seramai keanggotaan kaum Cina atau India. Malaysiakini semalam bertemu beberapa di antara mereka di Kongres Kebangsaan ke-16 DAP di Pulau Pinang dan berpeluang memahami perkara yang menarik minat mereka untuk menyertai parti yang dilihat masih lagi didominasi oleh kaum bukan Melayu ini. Mohd Nasir Zainal, 54, (kiri) merupakan antara ahli pengasas bahagian Sungai Tong, Terengganu yang ditubuhkan pada tahun 2000. Menurutnya, beliau berminat dengan sebuah parti yang menampilkan keahlian pelbagai kaum dan DAP merupakan pilihan terbaik. Menurutnya beliau boleh memilih untuk menyertai PKR namun pada peringkat awal penubuhannya PKR dianggotai terlalu ramai bekas ahli Umno - dan ia bertentangan dengan prinsipnya yang tidak menyukai Umno. "Hudud itu untuk orang Islam, untuk bukan Muslim saya rasa tiada masalah," katanya. Menurutnya, beliau menghormati perjuangan PAS dalam isu hudud dan yakin parti itu akan mendapat persetujuan semua pihak sebelum melaksanakannya. Mengimbau kembali awal penglibatannya, Nasir berkata beliau pernah ditanya ibu bapanya kenapa beliau "masuk parti Cina dan bukan parti Melayu". "Saya beritahu mereka saya berminat dengan DAP. "Sampai sekarang kadang kala masih ada pertanyaan sama daripada orang lain ada tapi mereka boleh terima penjelasan saya," katanya yang percaya bahawa perjuangan sesebuah parti itu lebih penting berbanding komposisi keahliannya. Othman Salleh, 52, (kanan), pula meminati DAP kerana imej bersih parti itu. Dengan imej berkopiah, tiada sesiapa akan menyangka beliau seoarang ahli DAP. Menurut Othman, beliau percaya penglibatannya dalam DAP memberikannya lebih ruang untuk menyumbang kepada masyarakat. Namun, kadangkala beliau berhadapan cabaran menangkis persepsi orang ramai terhadap keahlian Melayu dalam DAP. "Orang tak suka Melayu masuk DAP. Orang ingat masuk DAP macam tukar agama," katanya. Bagaimanapun, beliau yakin kepentingan orang Melayu tetap terbela di bawah DAP kerana kepimpinan tertinggi parti terbukti mampu bekerjasama dengan pimpinan PKR dan PAS yang rata-ratanya Melayu. Shari Othman, 58, juga mengiyakan kenyataan Othman. Beliau yang mengasaskan cawangan Damansara Bistari SS2, Petaling Jaya Utara nyata gembira dengan penglibatan pemimpin setempat DAP dengan masyarakat Melayu di kawasannya. "Sembelih lembu korban selama ini dapat seekor sahaja, tapi bawah DAP kami dapat dua ekor lembu dari YB Tony Pua," katanya. Menurutnya, surau di kawasan Damansara Bistari juga telah menerima peruntukan sebanyak RM20 ribu di bawah pentadbiran DAP. "Mana ada DAP anti-Melayu, anti-Islam. Umno yang anti-Islam," katanya. Beliau turut gembira dengan gaya tadbir DAP yang tidak banyak kerenah birokrasi atau pilih bulu. "DAP ini senang berurusan, tak banyak soal, lengkap (dokumen) apa yang diperlukan, permohonan kita diluluskan," katanya. Laporan oleh Ahmad Fadli KC, Koh Jun Lin, Lee Long Hui, Low Chia Ming dan Susan Loone. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |