[SH] KULIM - Salah seorang remaja bawah umur ditahan semasa operasi cegah kegiatan lumba haram, awal pagi kelmarin mengaku sering melakukan hubungan seks sejak berusia 15 tahun dan sehingga hari ini telah melakukan perbuatan itu bersama lebih 10 teman lelakinya.
Menurutnya dia melakukan hubungan seks kerana suka dilayan oleh teman lelaki dan berbangga kerana memiliki ramai kekasih.
"Dia (teman lelaki) janji nak kahwin dengan saya, sebaliknya saya ditinggalkan kerana dia memiliki teman wanita lain. Sejak hari itu ramai lelaki yang berjanji akan menjadikan saya isteri mereka bagaimanapun semuanya tipu.
"Sekarang ini saya mempunyai ramai teman lelaki dan sudah banyak kali melakukan hubungan seks," katanya yang membuat pengakuan berkenaan kepada Sinar Harian.
Dia antara dua remaja perempuan bawah umur yang ditahan dalam sekatan di Jalan Kilang Lama semasa operasi oleh Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Kulim.
Ketika ditahan, dia bersama seorang lagi remaja perempuan berusia 16 tahun, menjadi pembonceng motosikal yang dibawa teman lelaki masing-masing.
Teman lelaki mereka bagaimanapun dibebaskan setelah didapati memiliki dokumen seperti lesen dan kad pengenalan diri yang lengkap.
Difahamkan, bagi mana-mana remaja perempuan ditahan kerana berpelesiran selepas tengah malam, polis boleh mengarahkan ibu bapa mereka datang ke balai untuk mengambil mereka pulang ke rumah.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, tindakan itu antara cara pencegahan dilakukan polis untuk memastikan remaja perempuan tidak terlibat dalam sebarang kegiatan berunsur jenayah atau menjadi mangsa rogol.
Menurutnya, sehingga kini remaja bawah umur terutama pelajar sekolah merupakan golongan paling ramai terlibat dalam kes rogol.
Katanya, walaupun perlakuan seks atas kerelaan mangsa atau suka sama suka, ia masih dianggap rogol jika mangsa bawah umur.
"Ada kalangan mangsa menyatakan mereka sanggup lakukan hubungan seks setelah kekasih mereka itu yang berjanji akan berkahwin dengan mereka. Bagaimanapun janji hanya tinggal janji apabila hubungan cinta itu tidak kesampaian.
"Selain itu remaja hari ini terlalu ghairah melakukan hubungan seks setelah melihat adegan lucah yang terdapat dalam talefon bimbit atau melalui Internet. Semua ini merangsang mereka untuk mencuba," katanya.
Terdahulu menurutnya, dari pengakuan dibuat, 95 peratus kalangan remaja perempuan bawah umur ditahan polis mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelaki atau kekasih masing-masing.
Beliau turut menasihatkan remaja perempuan bawah umur terutama kepada teman lelaki mereka supaya jangan sesekali melakukan hubungan seks dengan mana-mana gadis bawah umur.
Menurutnya, sekiranya ada mana-mana pihak membuat laporan polis, kes itu akan di siasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum dengan sebatan dan penjara dengan tempoh yang lama.
Rumah Rakit yang dibeli oleh ayah di Sg Semantan di Kuala Semantan agak besar juga, ada bilik untuk Aki dan Wan, untuk Ayah dan Emak dan ada bilik untuk saya adik beradik secara berkongsi dan ada bilik dapur dan di bahagian sebelah dalamnya juga dibuat dinding partisyen untuk tandas dan bilik air. Lengkaplah sebagai sebuah rumah untuk kediaman. Hanya rumah ini diatas permukaan air dan rumah rakit ini ditambat dengan tali beluti yang besar serta dawai besar agar tidak dihanyutkan oleh air apabila air naik.
Rumah ini pula bersebelahan dengan rumah rakit Pak Alang Min. Pak Alang Min atau nama penuhnya Mat Amin bin Haji Ismail, abang kepada ayah saya. Tinggal di rumah rakit Pak Alang itu adalah dua orang anaknya iaitu Ghazali dan Nordin. Anak-anaknya yang lain tinggal di serata kampung di Temerloh kerana mereka sudah berkahwin dan mempunyai keluarga masing-masing.
Abu Samah Mat Amin adalah anak Pak Alang yang paling tua. Dia adalah seorang yang berpangkat tinggi juga didalam Rejimen ke-10 dan oleh kerana sudah terputus hubungan dengan kumpulan besar, beliau telah menyerah diri bersama isterinya dan ditempatkan permulaannya di sebuah rumah milik Balai Polis Mentakab dan tinggal di sana dan tidak boleh kembali ke kampung asal iaitu Kg Lubok Kawah.
Adik kepada Abang Samah bernama Omar bin Mat Amin telah ditangkap oleh Penjahat Inggeris dan dituduh memberikan makanan kepada pejuang-pejuang; beliau didapati bersalah dan telah digantung sampai mati. Beliau ada meninggalkan seorang anak perempuan yang bertugas sebagai seorang nurse (kini sudah berpencen) dan bersuamikan dengan seorang Pembantu Kesihatan di Hospital Mentakab dan kemudiannya bertukar ke lain-lain Hospital apabila beliau dinaikkan pangkat. Kini suaminya itu juga sudah berpencen.
Kami berpindah ke rumah rakit di Kuala Semantan itu di penghujung tahun 1952. Aki saya sebagai seorang ilmuan juga tidak mahu saya dan abang Ri ketinggalan bersekolah. Dia telah masukkan saya ke darjah satu di Sekolah Melayu Bandar Temerloh begitu juga abang Ri. Manakala Abang Din pula sudah berada di darjah 2.
Bersekolah di zaman itu bukanlah senang macam zaman sekarang. Guru-gurunya cukup bengis. Yang mengajar kami di darjah satu adalah Cikgu Mad. Ada dua orang Cikgu Mad di sekolah itu. Satu Cikgu Mad, Guru Besar dan satu lagi Cikgu Mad gemuk. Cikgu Mad Gemuk tu tidaklah garang sangat, dia juga mengajar sukan seperti bermain bola. Tetapi Cikgu Mad si gurubesar itu garang macam singa.
Saya dan abang Ri cukup teruk, hari-hari kena belasah dengan rotan dan kayu pembaris kerana saya dan abang Ri tidaklah seperti murid-murid lain. Kami masuk sekolah sudah satu bulan lewat, tetapi Cikgu Mad tidak mengambil kira akan faktor masa itu.
Dia terus uji saya dan abang Ri dengan bacaan Alif Ba Ta dan ABC, bila tersangkut maka kenalah kami. Saya pernah kena berdiri diatas meja dari waktu pagi masuk sekolah hingga jam 1.00 tengah hari dengan waktu rehat jam 10.00 pagi tidak dibenar keluar ke kantin kerana gagal menjawab congak secara lisan darinya.
Keadaan ini menyebabkan saya balik kerumah dan terus berlajar dengan Aki sehingga hafal alif ba ta dan abc dan di bawah tunjukan aki dapat mengatasi pelajaran congak.
Semasa bersekolah di Sekolah Melayu Bandar Temerloh itu saya mempunyai ramai kawan. Mereka itu adalah anak-anak Kampar yang ramai di Bandar Temerloh, mereka tinggal di Kedai Lentang, iaitu sebaris kedai orang Melayu di Bandar Temerloh, masih wujud hingga ke hari ini.
Orang Kampar memang terkenal pandai berniaga. Merekalah golongan mewakili orang-orang Melayu Temerloh berniaga. Orang-orang Melayu keturunan Bugis tidak pandai berniaga; mereka itu adalah petani-petani kampung membuat paya dan menoreh getah. Walaupun mereka itu memiliki tanah yang agak luas, tetapi kehidupan mereka dihimpit oleh kemiskinan, dan kebanyakan anak-anak mereka hanya lulus darjah 3 dan habis tinggi darjah 6; selepas itu mulalah mereka berumah tangga.
Walaupun mereka bersekolah sehingga darjah 6 sahaja, umur mereka sudah tua. Nak menyampaikan kepada darjah 6, sesetengahnya sudah bermisai lebat dan berjanggut.
Persekolahan zaman itu tidak ada naik darjah secara otomatik. Kawan-kawan sedarjah saya didalam darjah satu ada yang sudah hampir 10 tahun umur mereka. Selagi mereka tak lulus perperiksaan maka tinggallah mereka dalam kelas itu. Pada umur 15 atau 16 tahun mereka baru berjaya naik darjah 3, dan kebanyakan mereka terus berhenti sekolah kerana malu atau didesak oleh ibu bapa supaya berhenti sekolah.
Saya tidaklah bebal sangat dalam sekolah. Saya jenis kuat belajar juga. Hanya masalah zaman itu ialah ketiadaan alat tulis. Saya belajar menggunakan papan batu. Habis satu mata pelajaran terpaksalah disapu untuk mata pelajaran yang lain. Maka apa yang belajar pada hari itu kenalah letak didalam ingatan. Oleh kerana itu apa yang saya lakukan ialah sekembali dari sekolah, apa yang saya ingat saya akan tulis bertalu-talu pada papan batu itu, supaya apa yang saya belajar dapat saya ingat semuanya.
Pada pertengahan tahun 1953, ayah mendapat berita bahawa beliau sudah dibebaskan dari tahanan rumah di Bandar Temerloh. Ayah membuat keputusan untuk kembali ke Lubok Kawah. Tetapi Lubok Kawah hanya boleh didatangi di waktu siang sahaja dan pada waktu malamnya mesti ditinggalkan kerana kampung itu masih lagi dianggap sebagai kawasan hitam.
Ayah dan Aki pergi ke Berhala Gantang (kampung asal Aki) dan berjumpa dengan saudara maranya di sana. Ramai yang mengalu-alukan Aki kembali ke Berhala Gantang tetapi Aki memilih untuk mendirikan rumahnya di lot tanah milik Pak Ngah Sham. Aki tidak punyai apa-apa hubungan keluarga dengan Pak Ngah Sham kerana dia berasal dari Kg Tebal, Temerloh; tetapi dia terkenal sebagai seorang yang baik hati, suka menolong orang dalam kesusahan. Tanah kampungnya sangat luas.
Aki dan ayah membuat sebuah rumah dengan beberapa buah bilik dan ruang tamu yang sangat luas. Setelah rumah itu siap maka berpindahlah kami ke Kg Berhala Gantang, dan di samping itu ayah membeli sebuah perahu yang besar bertujuan untuk berulang alik dari Berhala Gantang ke Lubok Kawah, suatu kemudahan yang juga boleh digunakan untuk pengangkutan orang-orang Lubok Kawah yang lain yang tinggal di Kg Berhala Gantang.
Saya, abang Din dan Abang Ri berpindah sekolah dari Sekolah Melayu Bandar Temerloh ke Sekolah Melayu Bintang (lebih kurang 2 km dari Berhala Gantang).
Di Sekolah ini lagi ramai kanak-kanak yang sudah berumur di darjah satu. Saya berasa janggal pulak kerana diantara murid-murid yang muda.
Pasukan bolasepak di sekolah ini cukup kuat kerana pemain-pemainnya lebih layak bermain untuk pasukan kampung daripada pasukan sekolah.
Dan selepas perperiksaan hujung tahun saya dinaikkan ke darjah 3 kerana mendapat markah yang tinggi, dan dari darjah 3 sekali lagi saya melompat ke darjah 5. Semasa dalam darjah 5 itulah saya merasakan bahawa saya cukup tertekan, sukar memahami pelajaran saya kerana tidak melalui darjah 4. Di darjah 5 itu iaitu sama darjah dengan Abang Din, saya sentiasa dapat corot didalam ujian bulanan. Tetapi pada masa itu kami sudah menggunakan buku tulis dan senanglah sedikit untuk mengulangkaji. Saya belajar dengan abang Din terutama sekali dalam mata pelajaran ilmu hisab atau ilmu kira-kira.
Pada tahun 1956 keluarga kami dilimpahi dengan kesyukuran dan kebahagiaan. Pak Itam dan Mak Itam saya dibebaskan dari tahanan, dan sebaik saja dibebaskan dia dibenarkan tinggal di Berhala Gantang bersama kami.
Mak Itam adalah anak kepada Aki dan adik kepada emak saya. Mereka juga adalah pejuang-pejuang kemerdekaan dari API. Maka bergotong royonglah Aki, ayah dan Pak Itam menyambung rumah kami dibesarkan cukup untuk keluarga Pak Itam; maka tinggallah Pak Itam, Mak Itam, abang Ri dan Wan Sara, iaitu ibu kepada Pak Itam di rumah sambungan itu; manakala di rumah asal, tinggal pula Emak, Ayah, Abang Dol, Abang Din, saya dan Jaenah (adik bongsu saya), manakala Aki dan Wan di bilik rumah sorong bersebelahan ruang tamu yang agak luas itu.
Saya cukup gembira dengan adanya Pak Itam. Dia boleh berbahasa Inggeris dan sedikit sebanyak berbahasa Cina; dia belajar semasa didalam tahanan. Ayah saya pula faseh berbahasa Tamil, juga belajar semasa didalam tahanan juga.
Pak Itam dan Mak Itam (Abdul Rahman Md Noor dan Zawiyah/Saudah) walaupun bapa dan emak saudara tetapi adalah juga bapa angkat kepada saya dan saya bersama abang Ri dan Kamaliah menyusu dengan Mak Itam dan dengan emak saya.
Didalam perperiksaan hujung tahun, saya hanya dapat cukup makan sahaja untuk naik ke darjah 6. Saya cukup segan/malu dengan kawan-kawan lain, saya sudah berusaha tetapi masih lagi ketinggalan didalam pelajaran saya.
Saya beritahu pada Aki saya bahawa saya nak berhenti sekolah dan mahu masuk Sekolah Arab/Ugama Berhala Gantang iaitu Sekolah Al-Wosto yang cukup terkenal.
Dari awal lagi saya terpikat dengan sekolah itu kerana ramai lepasan sekolah itu dapat melanjutkan pelajaran ke Mesir.
Aki saya bersetuju tetapi ayah saya tidak berkata apa-apa, gaya air mukanya dia kurang setuju, tetapi dia juga tak berani nak bantah keputusan Aki saya.
Aki saya menjadi guru sukarela untuk murid-murid Al-Wosto; setiap malam dia mengajar murid-murid itu bacaan Al-Quraan bertajwid. Dan saya mengambil kesempatan belajar bersama-sama. Aki saya mengajar menggunakan papan hitam dan murid-muridnya dapat memahami sungguh apa yang diajarkan. Masa itu kanak-kanak mengaji Quran dengan ibu bapa sahaja dan walaupun ibu-bapa sangat strict tetapi tidak berlajar secara tajwid. Belajar secara bertajwid berbeza sedikit dengan tidak bertajwid kerana dengan cara bertajwid itu walaupun kita dah lama tak membaca Quran, kita masih boleh membaca dengan betul.
Hari pertama saya bersekolah di Al-Wosto bersama-sama murid-murid yang sudah lebih sebulan di sana mengukir pengalaman yang tidak sihat bagi saya dan bila dikenangkan kembali agak melucukan.
Cikgu kami adalah Ustaz Kamil. Ustaz ini memang berasal dari bangsa Melayu, tetapi dia baru belajar bahasa Melayu kerana dia dilahirkan di Mekah, dan bahasa pengantar baginya adalah bahasa Arab.
Semasa Ustaz masuk ke kelas, sebahagian daripada kami masih lagi berdiri dan ada yang berkejar-kejar. Maka berkatalah Ustaz itu di dalam Bahasa Arab: "Ijlis, Ijlis, Ijlis!!!"
Saya betul-betul tidak faham apa makna ijlis, Ustaz tu berkata ijlis dengan memandang bulat kepada saya. Saya pun naik geram juga dan didalam lintasan fikiran saya..."tergamak ustaz itu mengatakan saya sebagai iblis..".
Saya tidak duduk tetapi memandang bulat kepada ustaz itu. Dengan rotan yang ada padanya saya terus dirotan bertalu-talu dan dipegangnya saya dan diletakkan saya di tempat duduk.
Saya terus bangun semula dan berlari balik ke rumah dan terus memberi tahu Aki saya bahawa saya tak hendak bersekolah di Al-Wosto kerana ustaz itu mengatakan saya iblis. Sejak hari itu saya tak bersekolah di situ.
Pada pembukaan kelas tahun 1957 saya dengan persetujuan Aki dan Ayah saya berhajat menyambung semula sekolah di Sekolah Melayu Kg Bintang.
Tetapi ayah mengatakan tak perlu lagi bersekolah di Kg Bintang kerana kita akan berpindah ke Lubok Kawah. Kg Lubok Kawah telah diiystihar Kawasan Putih dan boleh didiami.
Pak Itam dan Mak Itam pula mengambil keputusan untuk tinggal di Kg Batu 4, Jalan Maran, Temerloh dengan pembukaan tanah baru. Pak Alang Min, Abang Samah, Shariff (anak saudara saya tetapi jauh lebih tua dari saya bersama-sama dengan bekas-bekas tahanan yang lain) kebanyakannya emak saudara dan pupu-pupu saya yang lain beramai-ramai membuka Kg Batu 4, Jalan Maran, Temerloh. Dan ayah saya juga turut mengerjakan tanah di Kg Batu 4. Tetapi aki saya mahu tinggal di Lubok Kawah.
Maka Aki dan ayah saya membina rumah di Lubok Kawah dengan kayu-kayu dan papan-papan dari rumah asal Aki di Lubok Kawah. Besar juga rumah yang aki bina itu; cukup dengan beberapa bilik tidur untuk aki dan wan, untuk ayah dan mak, dan untuk kami anak-anak dengan ruang tamu yang luas untuk Aki mengajar Quran.
Sementara itu ayah juga membina sebuah rumah di Kg Batu 4 untuk mengusahakan tanah baru bersama-sama Pak Alang Min dan Pak Itam; dan Pak Itam juga mengerjakan tanah di Batu 4 untuk dinamakan kepada nama Aki saya. Tanah itulah sekarang ini dipindah nama dari nama Pak Itam kepada nama saya dan disitulah tempat tinggal kami sekarang.
Oleh kerana kami sudah berpindah ke Lubok Kawah, saya bertukar sekolah dari Kg Bintang ke Sekolah Melayu (yang namanya bertukar dari Sekolah Melayu kepada Sekolah Umum) Kg Bangau. Manakala abang Din masuk ke Sekolah Darjah Khas di Bandar Temerloh. Abang Ri masuk ke Sekolah Umum Bandar Temerloh tetapi tidak lama di situ. Dia agak kurang dari segi pelajaran akademik, maka Pak Itam masukkan dia ke Sekolah Pertukangan. Dia cukup bagus didalam pertukangan, dan akhirnya menjadi guru pertukangan di Taman Harapan Temerloh sebuah sekolah untuk mereka yang oku cacat penglihatan dan berpencen sebagai guru pertukangan.
Kuala Lumpur: Dua pemandu yang sedang mengisi minyak kenderaan nyaris maut apabila satu pam minyak meletup di sebuah stesen minyak di Jalan Cheras, di sini, malam tadi.
Kedua-dua lelaki terbabit yang masing-masing memandu kereta Citreon dan Perodua Myvi sedang mengisi minyak secara sebelah menyebelah di satu pam di situ apabila sebuah pam minyak berdekatan mereka tiba-tiba meletup kira-kira jam 10.30 malam.
Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim has made no comment following the prison sentence meted out to his former special officer who has been found guilty of corruption.
Mohd Yahya Mat Sahri was jailed two years and will receive two strokes of the rotan for cheating the president of Kumpulan Darul Ehsan Bhd, Datuk Abdul Karim Munisar, over the sale of bogus charity sponsorships five years ago. Yahya had sold event packages valued at RM50,000 on behalf of Pakatan Rakyat.
He had been cleared of these charges following a trial back in 2011 but was found guilty at this second trial in which 28 prosecution witnesses – including Khalid – gave evidence.
While Yahya remains a free man pending appeal, the case is a reminder that our corruption fighting apparatus works. The Government vowed to use it to net "big fish" and that description is well-suited to Yahya – a man who was at the heart of the Selangor administration.
It also brings the issue of corruption back into the limelight in the wake of GE13. Datuk Seri Anwar Ibrahim has spoken much of corruption since GE13 in the self-serving context of trying to prove that he, not BN, won the poll. Few on his own side of politics have taken his claims seriously.
In contrast to Anwar's wild claims, this case is a reminder of how real corruption is exposed and then dealt with before the courts.
Before GE13, both sides said much about how they would tackle corruption. BN pointed to the empowerment and increasing success rate of the MACC while Pakatan Rakyat vowed to set up a new Governmental body to oversee the MACC, which would have brought with it the risk of undermining its independence.
At one stage, PKR founding member Dr Chandra Muzaffar intervened to caution voters that Pakatan's record of dodgy land deals at state level was proof it holds no advantage over BN when it comes to this thorny issue.
BN also pointed to the recommendations of the Parliamentary Special Committee on Corruption that were accepted in January, which gave the MACC and the courts broader powers to crack down on graft. Once the legislation is passed investigators will, for example, be allowed to probe any public official "living beyond their means". Suddenly the new condo or car doesn't look so easy to conceal.
The Committee also recommended a "corporate liability" clause to make companies accountable for their graft of their employees and a "cooling off period" to stop former elected officials benefiting from positions in the corporate world as soon as they leave public office.
The Government is serious about corruption and that means netting the big fish. Yahya is living proof that this strategy is working.
The Jonker Walk committee has pointed out the irony in DAP's bid to champion Jonker Walk, saying that the party had opposed the project when it started in 2000.
Malacca DAP leaders had criticised the setting up of Jonker Walk then, saying that it would cause a traffic bottleneck here besides jeopardising its historical status, said Jonker Walk committee deputy chairman Datuk Gan Tian Loo.
Gan accused DAP now of "feigning sympathy" for the affected traders of Jonker Walk, where the state authorities are currently allowing traffic to pass through during weekends in a bid to ease congestion.
The Jonker Walk night market is open from Fridays to Saturdays. It became a controversy of late when the state government announced that traffic would now be allowed to pass through the area in a move to ease traffic snarls.
Traders were upset with the plan and DAP had announced its intention to "save" Jonker Walk. In an interview, Gan said DAP had once alleged that the Jonker Walk committee had obtained permission to set up the night market due to its close rapport with then Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
"At one point, the Opposition alleged that the traders at the site were arrogant because the Jonker Walk had been a success story," he said. Gan said state DAP leaders had often appeared in vernacular newspapers back then, pressing for the closure of Jonker Walk.
"Today, we see them going around condemning the committee members of being afraid to stand up for the traders. Actually, we have been bringing up the matter with the state government since the decision was made to reopen the road for traffic."
Gan said his father Datuk Gan Boon Leong, the founder of Jonker Walk, was heckled by a handful of traders who took sides with DAP leaders when he made a walkabout on Friday. "My dad hatched the idea of opening Jonker Walk to help people who had no stable monthly income back then," he said.
However, he said the older traders knew how the Opposition had reacted when Jonker Walk first started.
Gan admitted that there was a "stalemate" in a meeting with the Chief Minister Datuk Idris Haron to rescind a decision to allow traffic into Jonker Walk.
"The committee will try to meet him again to ask him to look into the predicament of the traders," he said.
Kota Melaka MP and former state DAP chairman Sim Tong Him admitted that his party leaders had initially opposed the setting up of Jonker Walk.
"It is an old story. Today we are here to give support to the affected traders," he said. "Our intention is to state that Jonker Walk is a famous tourist spot and the chief minister should check the facts before coming to a decision," he said.
He said DAP had protested against Jonker Walk when it opened in 2000 because the project would cause inconveniences to the residents then due to the road closure.
"It is a different scenario then and now," he added.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
"Kepada semua rakyat Johor, saya ingin merakamkan setinggi tinggi terima kasih kepada para penyokong atas sokongan yang padu yang diberikan pada setiap perlawanan. Tahun ini adalah tahun pertama kita. Kita telah belajar banyak perkara sepanjang musim ini.
Kita harus sedar di mana kita sekarang berbanding dengan musim-musim yang lalu. Saya berjanji akan sentiasa bekerja keras untuk memantapkan lagi pasukan Johor dan memperbaiki sistem dan projek bolasepak Johor secara keseluruhan.
Ini baru tahun pertama kita, dan kita harus berasa bangga atas percapaian kita pada musim ini. Syukur Saya kehadrat ALLAH SWT kerana pasukan bolasepak Johor mempunyai penyokong yang paling hebat dalam negara ini. Dengan sikap yang tak berputus asa, bersemangat, bersatu hati, dan berdisiplin.
Syukur saya juga ke hadrat ALLAH SWT kerana saya yakin dan pasti bahawa masa depan bolasepak negeri Johor sangat cerah dan berpotensi tinggi. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua rakyat negeri Johor yang setia memberi sokongan. Jangan lupa, bahawa muafakat itu berkat.
Saya berdoa semoga ALLAH SWT sentiasa memelihara negeri Johor Darul Ta'zim. Kepada ALLAH kami berserah. Hidup biru, merah, putih. Ini baru permulaan Kuasa Harimau Selatan."
Sebagai penyokong setia bolasepak negara khususnya JDT...... kita harus menerima hakikat bahawa pasukan kita tidak berjaya memenangi Piala FA tapi kita tidak akan menyalahkan FAM ataupun berdemostrasi jalanan atas kekalahan nie ....
sesungguhnya pasukan TRW memang kental dan pengalaman di pentas akhir berbanding pasukan JDT yang baru dibentuk ....... Namun terima jugalah hakikat bahawa kehadiran JDT musim ini telah menghidupkan dan memeriahkan arena bolasepak negara.... tahniah TRW dan JDT kerana permainan mantap dan matang .........
Satu lagi, kita tidak akan salahkan FAM ataupun buat demo Blackout 296…. Walaupun satu kosong, itu adalah kekalahan …. Terima seadanya …..
LAUNGAN lagu 'Gomo Kelate Gomo' dan 'Luaskan Kuasamu' bergema di Stadium Nasional Bukit Jalil yang sendat dengan lautan manusia.
Perlawanan final Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) yang akan bermula beberapa minit sahaja lagi terus gamat dengan persembahan menarik yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan.
Tidak kira Kelantan mahupun JDT, masing-masing tidak henti-henti menyanyikan lagu sokongan bagi memberi semangat kepada pasukan kesayangan mereka yang dianggap gergasi bola sepak negara.
Ketika ini,pemain Kelantan dan JDT sedang memanaskan badan di padang sebelum sepak mula pada jam 8.45 malam. Sumber: JohorDaily
STADIUM Nasional Bukit Jalil yang mempunyai kapasiti 100,000 tempat duduk, kini kelihatan seperti lautan merah dan biru apabila puluhan ribu peminat pasukan bola sepak Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) mula mengisi setiap sudut stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA malam ini.
Sekalipun perlawanan antara Kelantan dan JDT dijadual bermula 8.45 malam, peminat setia The Red Warriors (TRW) dan Harimau Selatan dilihat berada di pekarangan stadium sejak pukul 10 pagi lagi.
Masing-masing juga membawa sepanduk dan kain rentang yang terpampang kata-kata semangat bagi pasukan kesayangan mereka, yang dianggap gergasi bola sepak tanah air.
Dalam pada itu, setakat ini keadaan di pekarangan stadium dalam keadaan terkawal meskipun dilaporkan berlaku kekecohan di pintu masuk Kelantan pada jam 3 petang tadi.
Hasil tinjauan Sinar Harian Online juga, beberapa trak polis diletakkan di hadapan pintu masuk stadium bagi mengawal kedua-dua penyokong.
Rata-rata penyokong Kelantan berpakaian serba merah dan penyokong JDT berpakaian biru.
Detik 12.20 tengah hari seumpama menjadi satu misteri apabila dua kemalangan maut berlaku pada waktu itu, di kawasan sama pada hari berbeza.
Dalam kejadian terkini, seorang lelaki maut manakala seorang parah apabila motosikal yang mereka naiki terbabas di Kilometer (KM) 257.7 Lebuh raya Utara Selatan, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Mohammad memaklumkan, kejadian berlaku pada jam 12.20 tengah hari dan penunggang motosikal, Haidir Bakar, 20 maut di tempat kejadian.
Menurutnya, dalam kejadian itu mangsa mengalami kecederaan parah di kepala setelah motosikal jenis Honda Wave yang ditunggangnya terbabas ke kiri jalan dan turut menyebabkan pembonceng motosikal terbabit, Mohd Fikri Mad Said, 21 parah.
"Hasil siasatan, polis mendapati mangsa merupakan seorang pelatih Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan semasa kejadian dia dalam perjalanan dari Ipoh ke Bagan Serai. Pembonceng yang cedera parah dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan.
"Mangsa yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) dan menetap di Parit Gabis, Bagan Serai, Perak tidak dapat mengawal kenderaan sewaktu tiba di tempat kejadian dan telah terbabas ke kiri jalan," katanya.
Abdul Gaffar berkata, kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, dalam kes sebelum ini, seorang lelaki, Su Wai a/l Nai Perm, 33 maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ke sebelah kiri jalan di KM 258 Lebuh raya Utara-Selatan, Rabu lalu.
Perkara yang menghairankan adalah waktu kejadian dan kawasan adalah sama dengan kejadian kelmarin dan kedua-dua mangsa terbabit disahkan meninggal dunia kerana kecederaan parah di kepala.
Kedua-dua mangsa merupakan penunggang motosikal dan membawa pembonceng pada masa kejadian.
RM 1,000? Mengunjungi Pekan Sehari Bagan Terap. Terkejut apabila Kak Faridah peniaga kecil nasi lemak di kompaun RM1,000 kerana berniaga tanpa lesen. Kalau disenaraikan semua peniaga tepi jalan di Sungai Besar Melayu - Cina - India adakah Kerajaan Selangor akan menyaman? —Budiman Mohd Zohdi
Pada Petang Jumaat, 28 Jun 2013, TM telah menerima satu mesej seperti berikut;
"TGH HARI TADI SAYA SOLAT JUMAAT DI MASJID KG EXPO ,KUTBAH OLEH IMAM RASHID ,OK , YG TAK OK NYA ,HJ MAT KASTAM ,GUNA PEMBESAR SUARA DI DLM MASJID SEBELOM KUTBAH ,ISTIHAR PADA JAMAAH ,BAHAWA ESOK SABTU AKAN DI ADA KAN MESYURAT AGONG ( PAS ) KG EXPO ,PERLANTIKAN PENGERUSI DAN AJK MASJID YG BARU ,TUAN 2 DI JEMPUT HADZIR ,BERTEMPAT DI DEWAN SURAU LAMA ,OK TK"
Jelas menunjukkan Pas Kg Expo masih menggunakan waktu solat Jumaat untuk berpolitik dan hari ini ramai geng Pas dari luar kariah datang untuk bersyuarat.
Sekian Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tadi aku pergi tandas kt BHP area Kepong.dalam tong sampah aku nampak kad2 ni.kot ada yang kenal En Edly Efendy Yaacob ni.boleh PM kt fb aku.aku syak dompet dia dah kena sebat.kalau rajin korang tolong sebarkan.tq. with Ahmad Hafizie Mohamma
You are subscribed to email updates from Taipingmali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sultan Kelantan rasmi tilawah al-Quran antarabangsa
Oleh HUSSAINI AMRAN
KUALA LUMPUR 29 Jun - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berangkat merasmikan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-55 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob; Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Sebanyak 72 peserta mewakili 42 negara menyertai majlis tilawah tersebut yang berlangsung sehingga 6 Julai ini.
Malaysia diwakili qari, Anuar Hasin dan qariah, Hanimzah Jalaluddin. - UTUSAN ONLINE
Berikut adalah laporan dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia di Facebook mengenai kebakaran yang melibatkan dua buah kenderaan di sebuah stesen minyak. Berikut adalah kenyataan tersebut.
28 Jun 2013 jam 2145 malam PGO Kl telah menerima panggilan kecemasan kebakaran kereta di stesen minyak BHP di Jalan Cheras berhampiran Pasar Malam 'Downtown' Cheras.
PGO KL telah mengarahkan BBP Jalan Hang Tuah, BBP Bandar Tun Razak dan Unit RIM ketempat kejadian. Kebakaran melibatkan dua buah kereta iaitu sebuah produa Myvi dan sebuah Citroen. Punca kebakaran dalam siasatan bahagian penyiasatan.
Subhanallah! Tasik Paling Jernih Di Dunia (5 Foto) | Menyentuh tentang air tasik yang jernih, Melayukini.net juga pernah berkongsi gambar dengan anda tentang air sungai yang terjernih di dunia (LINK). Kali ini, kita akan melihat tasik pula yang diikiraf paling jernih di dunia. Keindahan tasik ini memang tidak boleh disangkal lagi apabila kejernihannya mampu dilihat sejauh jarak jampir 80 meter. Subhanallah! Anda boleh lihat gambar di bawah ini.
Blue Lake atau Tasik Biru hanyalah sebuah tasik kecil di Taman Negara Nelson Lakes, berhampiran dengan Alps di selatan New Zealand. Namun menurut kajian yang dilakukan oleh National Institute of Water and Atmospheric Research (NIWA), kejernihan tasik ini boleh dilihat dari jarak pandang sehingga 80 meter.
Kejernihan ini mengalahkan Te Waikoropupu Springs di Golden Bay, New Zealand yang hanya boleh dilihat dengan jarak 63 meter.Warna airnya tidak biru toska, tapi biru keungungan.
Warna biru keunguan ini merupakan warna yang hanya boleh dilihat di perairan yang benar-benar jernih. Sebenarnya, Blue Lake merupakan daerah pertemuan dua tasik gleyser. Kemungkinan inilah yang membuat tasik ini mempunyai air paling jernih.
SHAH ALAM - Kes yang mengaitkan Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya yang tersebar luas di laman YouTube baru-baru ini, sedang diteliti secara dekat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Badan itu dalam satu kenyataan hari ini menegaskan, sebuah pasukan khas melibatkan 10 pegawai siasatannya sedang giat menjalankan siasatan.
Sehingga kini, lebih 20 individu yang dipercayai terlibat dan disebutkan dalam video itu, telah diambil keterangan.
"Setakat ini, SPRM telah menyemak sekitar 400 fail yang dapat membantu siasatan," menurut kenyataan itu.
Mac lalu, negara dikejutkan dengan pendedahan sebuah NGO antarabangsa yang mendakwa ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan rakan perniagaan melakukan penyalahgunaan lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka.
SPRM dalam kenyataan sama juga menafikan bahawa siasatan pihaknya tidak mendapat kerjasama daripada pihak yang terlibat.
"Soal Tan Sri Taib Mahmud tidak bekerjasama tidak timbul.
"Memandangkan kes ini melibatkan banyak dokumen dan banyak pihak, kemungkinan siasatan akan mengambil masa untuk diselesaikan," katanya.
Menerusi kenyataan media sama, SPRM menegaskan pihaknya sentiasa konsisten dalam menjalankan tanggungjawabnya tanpa mengira latar belakang pangkat dan individu.
"... sebagaimana kes-kes yang disiasat sebelum ini, termasuk ahli-ahli politik, SPRM tetap dengan pendirian tidak akan mendedahkan apa-apa butiran siasatan.
"Ia selaras dengan Seksyen 29(4) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 - yang memperuntukkan bahawa kandungan setiap aduan hendaklah dirahsiakan. Ia hanya boleh didedahkan apabila kes dibawa ke mahkamah."
Disebalik pelbagai cadangan agar jawatan nombor satu dan dua parti tidak ditandingi,pemilihan UMNO kali ini yang memberi kuasa memilih kepada hampir 150,000 orang ahli adalah ' free for all'.
"Siapa sahaja yang mahu bertanding untuk jawatan tertinggi, daripada Majlis Tertinggi ke jawatan presiden, boleh mendaftarkan diri mereka sebagai calon,",kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Khamis.
Beliau yang ditemui di luar persidangan Dewan Rakyat berkata berdasarkan format baharu pemilihan, beliau berkata antara 148,000 dan 150,000 anggota UMNO dari 199 bahagian akan mengundi calon yang berkenaan.
Mengenai mekanisme pengundian, Tengku Adnan berkata satu bahagian dikira sebagai satu undi.
"Sebagai contoh, jika (Perdana Menteri dan Presiden Umno) Datuk Seri Najib Tun Razak ada pencabar, mereka harus bertanding di semua bahagian kerana setiap bahagian merupakan satu undi (kepada calon yang menang), sekalipun setiap bahagian mempunyai jumlah perwakilan berbeza," katanya.
Katanya taklimat UMNO mengenai format baharu itu akan diakhiri dengan UMNO Sabah Jumaat.
Ini merupakan kali pertama UMNO menggunakan mekanisme baharu pada pemilihannya susulan pindaan perlembagaan parti pada 2009.
Sebelum ini hanya sejumlah perwakilan dari bahagian-bahagian dibenar mengundi bagi memilih pemimpin parti itu.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Tajol Rosli Ghazali menjelaskan pemilihan UMNO yang bakal diadakan hujung tahun ini akan mengadaptasi sistem 'Electoral College' yang menggabungkan sistem pemilihan dari Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Katanya sistem itu dilihat sesuai dilaksanakan pada pemilihan pucuk pimpinan parti itu yang akan melibatkan 146,500 anggota peringkat akar umbi.
"Cara pemilihan kita berlainan sedikit daripada yang lalu. Kita akan menggabungkan sistem Amerika dengan sistem yang ada di United Kingdom.
"Kali ini satu bahagian ada satu undi. Misalnya, A dan B bertanding jawatan presiden, A menang maka A peroleh 1 undi," katanya ketika berucap pada Taklimat Kaedah dan Pelaksanaan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Bahagian peringkat Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, Khamis.
Tajol yang juga bekas menteri besar Perak berkata berdasarkan sistem itu, jika terdapat dua calon memperolehi jumlah undi sama, keputusan bergantung kepada undi daripada setiap 191 bahagian seluruh negara.
Beliau berkata penggunaan kaedah baharu ini mencerminkan proses pemilihan yang lebih demokratik dan inklusif apabila melibatkan lebih ramai ahli terlibat dalam proses pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti.
Jika sebelum ini hanya 13 wakil daripada setiap bahagian memilih anggota Majlis Tertinggi, tetapi kali ini ahli di peringkat bahagian juga boleh memilih calon mereka, katanya.
"Ini adalah kaedah dan peraturan baharu yang akan dilaksanakan pada pemilihan hujung tahun ini selepas pindaan perlembagaan parti diluluskan pada 2009.
"Ini juga membuktikan keterbukaan dan UMNO sedia melakukan perubahan supaya ia terus kekal relevan dan perkasa berdasarkan landskap politik yang kian mencabar," katanya.
Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh berkata jawatankuasa pemilihan akan membentangkan kaedah pemilihan kepada pengurusan parti sebelum dibawa kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO selepas selesai taklimat di semua negeri.
Taklimat yang diberikan adalah untuk memperincikan kaedah pemilihan selepas pindaan perlembagaan parti yang baharu, katanya.
"Kita menerima segala cadangan dan pandangan untuk memastikan kaedah baharu ini bagi memilih jawatankuasa tertinggi yang akan diberikan kuasa kepada peringkat cawangan dapat berjlan mengikut kaedah yang diputuskan dalam pindaan perlembagaan yang diluluskan pada 2009," katanya.
Ab Rauf berkata sekiranya waktu mencukupi, satu simulasi pemilihan akan dijalankan sebelum proses pemilihan dijalankan serentak di seluruh bahagian.
"Kalau tidak (cukup waktu), kita akan berikan satu penerangan khas sebelum perjalanan persidangan di peringkat bahagian memilih majlis tertinggi diadakan," katanya.
Tarikh pemilihan peringkat cawangan diputuskan iaitu dari 15 Julai hingga 31 Ogos, manakala tarikh pemilihan peringkat bahagian dan pimpinan tertinggi parti belum ditentukan.-27/6/2013
Marah betul Tony Pua "Chu Kang" apabila Kerajaan Negeri Melaka menutup pasar malam, Jonker Walk, yang menjadi lokasi hampir 200 penjaja kaum Cina di negeri itu memperdagangkan barangan mereka.
"Pelawak" dari parti "chauvinis ultra kiasu" itu menuduh Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron sengaja berbuat demikian bagi membalas dendam terhadap kaum Cina di negeri Baba dan Nyonya itu kerana tidak memberikan undi pada BN pada PRU ke-13 awal Mei lalu.
"Tindakan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron ini boleh dilihat sebagai tindakan balas dendam kepada komuniti bukan Melayu. Ia ibarat memotong hidung pada wajah seseorang. Hanya semata-mata Idris Haron mahu balas dendam dan merosakkan komuniti Cina, beliau telah mengorbankan kepentingan warga Melaka dan ekonomi negeri itu," – Tony Pua, DAP, 25 Jun 2013.
DAP nak menyalak? Menyalaklah sepuasnya. Kalau yang ditutup itu melibatkan pasar malam orang Melayu, ada ada menyalak? Guan Eng roboh dan sita gerai-gerai orang Melayu, Mamu, Mamak dan India di Pulau Pinang, ada dia menyalak? Rasis betul!
Saya yakin, sekiranya kita pernah ke bandaraya Melaka khususnya di waktu petang, kita akan dihimpit masalah kesesakan jalanraya yang sangat teruk terutama apabila menghampiri Jonker Walk.
Saya pernah sekali ke Jonker Walk dan saya dapati pasar malam itu hampir 100% dimonopoli oleh kaum Cina. Bukan peniaganya saja dari kaum Cina, bahkan barangan yang dijual itu pun hampir semuanya "made in China"!
Pada saya, pasar malam itu tidak sesuai dinamakan sebagai "Jonker Walk", tapi lebih elok diberi nama "Chinese Walk". Dan sudah tentu barangan yang didagangkan disitu kebanyakannya merupakan barangan tiruan…
Ketika Jonker Walk dibuka sekitar tahun 2010 dulu oleh Kerajaan BN Negeri Melaka, DAP Melaka adalah pihak yang pertama membantah keras tindakan tersebut. Kononnya Jonker Walk menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk di bandaraya bersejarah itu.
Setelah 3 tahun beroperasi, pihak berkuasa tempatan telah menerima banyak aduan mengenai masalah yang melibatkan Jonker Walk, terutama membabitkan kesesakan lalulintas sebagaimana yang dibantah DAP.
Ekoran itu, saya difahamkan bahawa Kerajaan BN Negeri Melaka terpaksa mengambil keputusan untuk menutup Jonker Walk. Itu pun ia bukannya ditutup untuk selama-lamanya.
Menurut laporan media, Jonker Walk hanya ditutup selama empat minggu bagi menguji sama ada dakwaan pasar malam itu penyebab utama kesesakan lalulintas di bandaraya itu benar atau tidak.
Secara mudah, jika benar ia menyebabkan kesesakan lalulintas, maka ia akan ditutup untuk selamanya. Akan tetapi, jika Jonker Walk didapati bukan penyebab kesesakan tersebut, maka ia akan dibuka semula selepas empat minggu diuji. Susah sangatkah nak faham?
Sebenarnya isu penutupan Jonker Walk itu mencetus kemarahan DAP kerana ia menjejas mata pencarian orang Cina di Melaka saja, dan bukannya kepada kaum lain. Bila "periuk nasi" orang Cina diusik, sudah tentulah Cina DAP rasis seperti Tony Pua akan melenting marah!
Pada hemat saya, penutupan Jonker Walk tidak menjejaskan kepentingan ekonomi "warga Melaka dan ekonomi negeri itu" sebagaimana yang didakwa Tony. Sebaliknya, ia hanya menjejaskan sedikit kepentingan orang Cina dan ekonomi kaum itu, tapi tidak pada orang lain.
Penutupan Jonker Walk itu dijangka akan meredakan penjualan barangan tiruan yang dijual secara berleluasa di Melaka selain menyebabkan kegiatan peniaga tanpa lesen orang Cina terbantut buat seketika.
Nak marah? Marahlah! Kita peduli apa? Pokoknya, Jonker Walk itu lebih banyak mudaratnya berbanding memberi faedah untuk negeri Melaka dan yang paling penting penutupan pasar malam itu tidak menyalahi undang-undang pun…
Dalam bahasa mudah, elok tutup saja Jonker Walk. Bukannya pasar malam Cina itu beri keuntungan pada negeri Melaka dan rakyatnya pun. Menyusahkan dan merugikan pihak berkuasa saja..kan?
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sejarah telah tertulis bahawa sudah 13 kali PRU diadakan di bumi Malaysia semenjak 1959. Bagi pengundi yang masih hidup, tentulah sudah lali dengan telatah, kerenah, budi, khidmat wakil rakyat dan juga isu-isu politik yang dikumandangkan. Demikian juga pengundi pertama kali yang terlibat dalam proses pilihan raya yang baru lalu.
Pastinya modus operandi baru disajikan menerusi pengalaman dihadapkan dengan kempen dalam media sosial, blog, facebook serta twitter yang mewujudkan kaedah penyampaian maklumat yang lebih rencam.
Isu asasnya pilihan telah dibuat. Justeru Parlimen kali ini menyaksikan 89 wakil pembangkang dan 133 wakil kerajaan.
Pelbagai kepakaran, latar belakang, kemahiran. Kemajmukan dari segi komposisi kaum, gender juga jelas selain Menteri Kabinet dan Timbalan Menteri yang dilantik menggabungkan muka lama, tokoh baru, wakil NGO, bekas penjawat awam yang cemerlang buat memacu dasar agar perubahan dan kebaikan dapat dihidangkan kepada seluruh rakyat.
Untuk rekod juga tidak salah kalau dikatakan, Malaysia antara satunya negara di dunia yang cukup unik kerana proses politiking sentiasa mengambil tempat, setiap masa, setiap ketika tanpa mengenal erti rehat dan penat.
Sebab itu sidang Parlimen ke-13 dengan permulaan angkat sumpah kesemua Ahli Parlimen pada 24 Jun 2013 harus dijadikan tanda arus baru.
Jadikan parlimen ruang perdebatan yang sihat untuk menzahirkan dasar-dasar terbaik, bukan untuk kepentingan kendiri tanpa untuk keseluruhan pengundi dan rakyat yang diwakili.
Persoalan prioriti seperti kemakmuran ekonomi, agihan pendapatan, keadilan sosial, peluang pekerjaan, pendemokrasian pendidikan, perlindungan keselamatan dan kewibawaan wilayah, usaha memerangi jenayah, usaha pembinaan negara bangsa yang lebih mantap selain jaminan hak untuk semua kaum mestilah mendasari penggubalan dan perdebatan dasar pada kali ini.
Demikian juga kemuliaan Islam selain kebebasan kaum lain mengamalkan adat budaya dan agama masing-masing harus juga dipertahankan dan mendapat keabsahan yang mutlak dalam setiap sesi perdebatan.
Cukuplah ucapan atau perdebatan bersifat populis. Elakkan bahasa kesat yang tidak menggambarkan nilai keinsanan hanya kerana dilindungi oleh keistimewaan sebagai Ahli Parlimen.
Ironinya jangan jadikan medium sidang Parlimen yang mulia sebagai gelanggang sarkas untuk bertindak semberono yang menjatuhkan maruah, integriti serta moral setiap Ahli Yang Berhormat.
Jangan hampakan pengundi yang telah mewakilkan amanah mereka dan mandat setiap 5 tahun. Tidak perlu juga sekadar menghadiri sidang Parlimen semata-mata sebagai satu 'pelarian' dari berkhidmat atau menjenguk pengundi di kawasan. Sudah semestinya sidang Parlimen tidak dihadiri sekadar untuk mengutip atau menuntut elaun kehadiran sidang semata-mata.
Proses demokrasi yang matang dalam aliran teknologi maklumat yang cukup laju dan terkini membolehkan setiap rakyat dan pengundi mengetahui tindak tanduk wakil rakyat mereka. Rakyat dan pengundi yang matang dan kritis sudah mampu menilai perbezaan antara Wakil Rakyat yang benar-benar berkhidmat ataupun sekadar 'tidur' dan menjadi paku pakis atau 'pokok menumpang' di Parlimen.
Justeru, zahirkan perubahan dalam erti kata sebenar. Apa jua dasar, makluman, perdebatan dan informasi berguna untuk rakyat yang dituntaskan menerusi sidang penuh mulia di Parlimen, hebahkan dan salurkan untuk manfaat semua pengundi setempat.
Lebih elok sekiranya apabila selesai setiap kali sidang Parlimen, Ahli Parlimen berkenaan pulang ke kawasan masing-masing membuat sidang hebahan dan makluman terbuka untuk rakyat dikawasannya selain membuka ruang sesi soal jawab dan penjelasan lanjut. Demikian juga sebarang peruntukan pembangunan, dampak hasil dari projek pembangunan yang diluluskan, dicadangkan dan diabsahkan oleh Parlimen wajar diolah untuk diterangkan dan disalurkan bagi pengetahuan pengundi setempat.
Ini menjadikan kehadiran Ahli Parlimen dalam setiap sidang sesuatu yang ditunggu-tunggu hasilnya oleh pengundi. Tidaklah pula sekadar Parlimen dan persidangannya menjadi sekadar satu rutin atau pelengkap jadual untuk Ahli Parlimen bersantai seterusnya menghabiskan banyak masa dengan urusan lain di ibu kota.
Penulis percaya, perubahan dari segi sikap, kualiti perdebatan, akhlak dalam dewan, selain saranan idea bernas pastinya akan disemarakkan oleh kesemua 222 Ahli Parlimen dalam sidang penggal ke-13 ini. Pastinya Parlimen Malaysia boleh dijadikan contoh dan model terbaik dari segi pentadbiran, kaedah perbahasan selain gelagat ahli Parlimen sendiri. Untuk itu Selamat Bersidang diucapkan, semoga banyak dasar-dasar proaktif yang menguntungkan rakyat dapat terhasil kesan persidangan pada kali ini.
Cuba bayangkan apa yang akan berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jika diteliti aktiviti dan usaha pendaftaran pemilih baharu selepas 55 hari berlangsungnya PRU-13.
Dalam Perbincangan Meja Bulat, Cabaran Dalam Menghadapi PRU-14... Kelangsungan Politik Bangsa anjuran Mubarak Malaysia dengan kerjasama Utusan Malaysia di Ibu Pejabat Mubarak, Bangunan UMNO Lama, Kuala Lumpur pada Rabu lalu, sesuatu perlu difikir dan disusuli tindakan perlu diambil segera oleh bangsa Melayu. Sila baca di sini.
Amati angka pendaftaran baharu yang dikumpul oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat Mei 2013. Tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) yang diketuai UMNO berjaya mendaftarkan 449 orang sebagai pemilih baharu; MCA (43) dan MIC (24). Tiga parti dalam pakatan pembangkang iaitu Pas mampu mendapatkan 110 pendaftar baharu, PKR (65) dan DAP (524).
Jika digabungkan ketiga-tiga parti BN itu, jumlahnya 516 pemilih, angka itu belum mampu mengatasi jumlah pungutan DAP (524), dan jumlah yang dikumpul ketiga-tiga parti pembangkang pula ialah 699.
Dari segi pendaftaran pemilih baharu sahaja BN sudah tewas. Bagaimana jika keadaan ini berterusan sehingga menjelang PRU-14?
Pakatan pembangkang terutama DAP begitu agresif mendaftarkan mereka yang layak menjadi pengundi baharu. Mereka bukan sahaja membantu pendaftaran, tetapi turut mengambil nombor telefon untuk tujuan dihubungi atau penghantaran SMS kempen parti. Adakah UMNO atau parti BN lain melakukan aktiviti yang sama?
Terus terang kita boleh katakan UMNO dan BN tidak komited mendaftarkan pengundi baharu. Dari sudut pandang secara kasar, kita boleh jangka pakatan sudah menang dari aspek mendaftarkan pengundi baharu.
Dalam mana-mana pilihan raya, jumlah pengundi yang paling utama dan ke arah mana kecondongan mereka. Melalui aktiviti pendaftaran oleh parti-parti politik, kita boleh menjangka sokongan mereka.
Melalui keputusan PRU-13, jelas trend bukan lagi memilih calon boleh menang atau berpengaruh. Bukan juga isu-isu sensasi dan aku janji, kerana sehebat mana isu dimainkan dan secantik mana manifesto, itu bukan lagi faktor penentu kemenangan parti politik.
Strategi menggunakan segala tipu helah isu, main drama ketika demonstrasi, penglibatan NGO propembangkang, mendekati generasi-Y di kampus, penyebaran meluas akhbar parti politik tanpa sekatan, usaha menjatuhkan kredibiliti dan integriti institusi awam seperti SPR, PDRM, SPRM, perkhidmatan awam dan lain-lain, berlaku tanpa terkawal dan tindakan.
Apa usaha UMNO dan BN yang menerajui kerajaan dalam mengatasi strategi pembangkang yang sememangnya mereka sedar.
Dengan jumlah keahlian semua parti komponen BN sebanyak 5.5 juta dengan UMNO sahaja mempunyai 3.5 juta ahli, maka sepatutnya tiada masalah untuk melawan pihak pembangkang.
Setakat hari ini, Majlis Tertinggi UMNO sudah mengadakan mesyuarat pertamanya selepas PRU-13. Namun belum terdengar hasil bedah siasat tentang punca kekalahan calon-calon UMNO, apatah lagi BN.
Walaupun UMNO menang 88 kerusi Parlimen daripada 121 yang bertanding dan 241 Dewan Undangan Negeri (DUN) (daripada 339) di seluruh negara, tetapi parti utama orang Melayu ini kena cari juga sebab kenapa 33 kerusi Parlimen dan 98 DUN mereka tewas.
UMNO kena kaji kenapa sekarang, kawasan majoriti besar atau kecil Melayu, BN gagal tarik pengundi di bandar untuk memihak kepada mereka.
Konsep meminta pengundi berterima kasih dan mengenang jasa-jasa BN sepanjang 56 tahun merdeka tidak begitu laku sekarang. BN kena cari idea dan pendekatan yang baharu dan lebih meyakinkan pengundi.
UMNO dan BN kena akui, mereka kalah dalam persaingan media sosial. Pasukan penyebar fitnah dalam media sosial yang memihak kepada pembangkang jelas gagal disaingi oleh tentera siber UMNO/BN. Laporan mereka lebih meyakinkan kerana diselit dengan fakta dan data. Sebaliknya hujah daripada media UMNO setakat penafian dan penjelasan semata-mata. UMNO tewas menentang persepsi.
Sekarang persepsi negatif terhadap UMNO dan pemimpin Melayu begitu kuat. Kita sedih, kini orang Melayu sendiri sangsi kepada kepimpinan bangsa Melayunya. Orang Melayu sudah tidak kisah nama-nama 'Melayu' makin hilang di buminya sendiri. Akhbar Utusan Malaysia yang mempertahankan Perlembagaan pun teruk dihentam dan dituduh rasis.
Ingatlah apa yang rasis bagi bangsa yang tanah tumpahnya ialah Tanah Melayu ini. Ingatlah bangsa Jerman pun berbangga dengan nama negaranya Deuthland, orang Belanda - Netherland, orang Jepun - Jepun, India - India dan banyak lagi yang namanya kekal sama dengan identiti bangsa pribuminya.
Malangnya orang Melayu sudah lupa mereka sudah hilang nama Tanah Melayu. Yang disebut-sebut sekarang ialah Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Kenapa nama Sabah dan Sarawak disebut penuh dan tidak kepada nama Semenanjung Tanah Melayu.
Rujuklah mana-mana perenggan dalam Perlembagaan awal, tidak disebut Semenanjung tetapi nama penuhnya Semenanjung Tanah Melayu.
Maka elok kerajaan dan UMNO mengembalikan nama Tanah Melayu ini dalam semua dokumen dan laporan rasmi kerajaan.
Adakah orang Melayu tidak nampak sikap bangsa lain yang berusaha menjatuhkan mereka di tanah airnya sendiri? Sekarang pelbagai taktik dilakukan untuk menjatuhkan orang Melayu, baik dari segi ekonomi, politik ataupun sosial.
Dari segi ekonomi, lihatlah aktiviti pengambilan pekerjaan dan peluang perniagaan. Dalam soal politik, boleh kita lihat taktik licik kaum tersebut terhadap BN. Dan soal sosial, kaum itu sedang menguasai semua kawasan pertumbuhan ekonomi baharu.
Kalau suasana PRU-13 terus berulang dalam PRU-14, dan orang muda Melayu tiada semangat pertahankan maruah bangsanya, itu adalah petanda orang Melayu akan merempat di tanah airnya sendiri.-UMO
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Berakhir sudah perlawanan Akhir Piala FA 2013 diantara Kelantan melawan Johor DT yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi. Tahniah kepada Kelantan kerana berjaya menjulang piala FA dengan kemenangan 1 berbalas 0.
Bagi pasukan Johor DT, usaha lagi kerana anda kini mempunyai struktur organisasi yang hebat dan mendapat sokongan kuat dari belakang oleh penyokong anda!
Semoga Bolasepak Malaysia terus maju dan mara kehadapan!
Mungkin ramai yang tak menyedari kisahnya dua beradik ini, Shahrir dan Khalid punya berlaianan Parti tetapi mereka berdua juga sebagai Ahli Dewan Rakyat sudah bermula sejak isnin lepas dengan upacara angkat sumpah kesemua ahli parlimen yang telah dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Semua mata tertumpu kepada wajah-wajah yang bakal membawa suara rakyat ke parlimen dan sosok yang bakal mengubal undang-undang negara.
Di Dewan Rakyat, yang sering disebut ialah penglibatan anak beranak seperti ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah Anwar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), manakala dari DAP pula terdapat dua anak beranak iaitu Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng serta Karpal Singh dan Gobind Singh.
Amat jarang orang menyebut tentang dua beradik yang hadir di Dewan Rakyat iaitu ahli parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Lebih menarik lagi dua anak Samad ini mewakili parti yang berbeza, Shahrir yang baru dilantik sebagai pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) mewakili UMNO manakala Khalid yang dipilih untuk penggal kedua ke dewan rakyat mewakili PAS.
Biarpun keduanya mewakili parti berbeza tetapi dua beradik ini tetap mesra dan amat profesional. Dalam dewan rakyat mereka menyuarakan pandangan mengikut perjuangan parti masing-masing tetapi bila di luar dewan, hubungan antara adik dan abang tidak terputus malah saling hormat menghormati.
Shahrir, 63, sebelum ini pernah memegang jawatan menteri dan pernah bertanding sebagai calon bebas di parlimen Johor Bahru. Shahrir sering dianggap adik kepada Khalid biarpun hakikatnya beliau merupakan abang. Ini kerana sebelum ini Shahrir sering tampil dengan imej 'clean cut', tidak bermisai atau berjanggut.
Kehadiran Shahrir pada isini ketika majlis angkat sumpah ahli parlimen mencuri perhatian ramai. Baik wakil BN atau pembangkang agak terkejut dengan imej baru Shahrir yang bermisai dan berjanggut. Ini membuatkan ada yang menyapa beliau kerana mahu tahu puncanya tampil dengan imej baru.
Shahrir ketawa bila soalan tentang imej baru beliau diajukan oleh rakan dan juga oleh Astro AWANI.
"Imej baru!...apa sebabnya?, sebab tak cukur itu saja," katanya dalam nada bergurau.
Kemudian secara berjanaka Shahrir membuka rahsia kenapa dia tampil dengan imej baru yang bermisai dan berjanggut. Katanya, imej baru itu kerana kasihankan adiknya Khalid.
"Sebenarnya salah satu sebab orang kata saya adik kepada MP Shah Alam. Oklah, saya kasihankan dia sebab nampak macam dia tua, saya cuba nak tua kan saya," katanya.
Shahrir, 63 tahun merujuk kepada adiknya Khalid, ahli Parlimen PAS Shah Alam yang berusia 56 tahun. Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS 11 Selangor sentiasa dengan imej bermisai dan berjambang.
Shahrir mengakui ini kali pertama menyimpan misai dan tidak pasti berapa lama dia boleh bertahan dengan imej baru itu.
"Cubalah tengok, berapa lama boleh tahan," katanya.
Menurut Shahrir ada rakan-rakan yang suka dengan imejnya itu dan sebaliknya.
Ditanya komen isterinya dengan imej baru beliau, Shahrir berkata,"mula-mula dia suka. Lepas tu tengok dah lama-lama macam saya tak terurus..tetapi lepas saya pergi jumpa tukang gunting..trim..sekarang tak kisah dah,".
Ketika temubual sedang diadakan, Khalid tiba-tiba muncul dan bersalaman dengan semua yang ada disisi Shahrir. Mereka berdua mula bergurau senda.
"Hah...mana satu abang mana satu adik ni?" tanya Shahrir sambil ketawa.
"Nasib baik aku masih kenal abang aku," balas Khalid yang dikenali sebagai seorang yang lantang dalam Dewan Rakyat dan juga dalam partinya. Sama seperti Shahrir, jika ada yang perlu ditegur, beliau akan bersuara biarpun yang menerima teguran sinis beliau itu adalah dari partinya sendiri.
Keduanya amat sporting dan sempat bergambar bersama bila ada antara ahli parlimen lain minta untuk merakamkan foto mereka bersama.
"Aku kasihankan Khalid ni, orang kata dia tua," gurau Shahrir.
"Tapi aku lebih banyak rambut warna hitam," balas Khalid dan kedua-duanya ketawa.
Sumber : Astro Awani
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sifat gila kuasa yang dimiliki Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakibatkan Ketua Pembangkang itu sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai angan-angannya menjadi Perdana Menteri.
Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, Anwar sedang menghadapi situasi mental berikutan kegagalan pakatan pembangkang menerima mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Beliau yang pernah berganding bahu dengan Anwar ketika mengasaskan PKR memberitahu, Anwar berpegang teguh pada angan-angannya itu dan akan melakukan sesuatu bagi menggagalkan pihak yang menang.
"Kami yang lama mengenali Anwar tahu matlamat hidupnya yang ingin menjadi Perdana Menteri.
"Saya sendiri tidak faham bagaimana Anwar boleh begitu yakin pakatan pembangkang boleh memenangi PRU-13 dengan menjadikan bilangan penyokong yang menghadiri ceramah sebagai kayu pengukur kerana keyakinan itu tidak berasas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Chandra mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13.
Tambah Chandra, Anwar akan terus berpegang pada keyakinan tidak berasas itu selagi ada pihak yang menyokongnya dari belakang.
"Namun, saya berpandangan, sokongan terhadap Anwar dari dalam dan luar negara kini semakin merosot," ujarnya.
Dalam pada itu, bekas rakan seperjuangan Anwar semasa mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ismail Mina Ahmad menyifatkan Penasihat PKR tersebut sebagai seorang yang khayal.
Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) menjelaskan, keputusan PRU-13 secara logiknya menyebabkan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.
"Bagaimanapun sifat Machiavellinisme pada diri Anwar mendorongnya menggunakan pendekatan sosiologi termasuk menganjurkan demonstrasi jalanan seperti yang disarankan penulis Barat, Gene Sharp bagi membantah keputusan PRU-13.
"Kita bimbang kecelaruan akan berlaku dalam masyarakat ekoran pengaruh mobilisasi sosial yang didalangi Anwar," katanya.
Ismail Mina turut berpandangan, pengaruh Anwar tidak boleh dipandang remeh kerana beliau mempunyai jaringan luas dan hati cukup keras untuk melaksanakan perancangannya.
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tok dah banyak kali kate, PKR ni bukan nye parti pilihan rakyat. Kalau nak bilang penyokong2 nye dari kalangan orang melayu ianye boleh di bilang dengan jari aje. Orang2 melayu yang menyokong PKR tu semue nye berasal dari penyokong2 UMNO juge. Ini berlaku di zaman reformasi ketike Anwar Ibrahim di tendang keluar dari UMNO.
Ari ni keadaan nye dah banyak berobah, 'reformasi' Anwar Ibrahim dah boleh di katekan mati tak bekubo. Pengikut2 nye yang berasal dari UMNO tu boleh di katekan hampir semue nye dah meninggalkan perjuangan 'reformasi' dan kembali menyokong UMNO.
PRU 13 telah membukti kan bahawe melayu tidak menyokong PKR, PKR cume memperolehi 30 kerusi Parlimen sahaja berbanding 31 kerusi pade PRU 12. Ia nye tidak bertambah malahan semakin berkurangan. PKR berkempen siang malam ber mati2 an namun hasil nye sangat menyecewekan.
30 kerusi parlimen yang di perolehi oleh PKR tu hanye dengan bantuan kaum cine. PKR hanye berjaye di kawasan2 penduduk kaum cine melebehi 40%, boleh lah di katekan PKR tertewas di semue kawasan majoriti kaum melayu.
Sejurus selepas kekalah teruk pade PRU13 tu, Anwar Ibrahim meneruskan kempen nye dengan menuduh kerajaan Barisan Nasional dan SPR berlaku tidak adil dan berlaku penipuan serte lain2 lagi. Anwar Ibrahim dan pengikut2 nye turun padang berdemo - "Blackout 505".
Malang nye Anwar Ibrahim sekali lagi telah di kecewekan kerane "Blackout 505" langsung tidak mendapat sambutan. Rakyat akur dengan keputusan PRU13 yang telah memilih kerajaan Barisan Nasional sebagai peneraju negare.
Akhir nye Anwar Ibrahim juge telah tersedar bahawe diri nye telah tewas - tewas secare total.
You are subscribed to email updates from tok gajah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Legenda Telaga Pasir - Pada Suatu Hari di suatu tempat di daerah kaki Gunung lawu daerah Magetan Jawa Timur hiduplah suami istri bernama Kyai Pasir dan Nyai Pasir, Mereka adalah sepasang suami istri yang tinggal di sebuah gubung di tepi hutan. meskipun terbuat dari kayu dan beratap dedaunan namun gubuk mungil itu sudah jukup aman bagi kiyai Pasir dan istrinya. dari gangguan binatang liar dan panasnya terik matahari, dinding gubuk itu terbuat dari kulit kayu yang di ikatkan pada sebuah tiang kayu dengan menggunakan rotan. diantara dinding-dinding kayu itu diberi sedikit celah sebagai ventilasi sehingga udara segar dapat keluar masuk kedalam gubuk yg mereka tempati itu.
Kyai Pasir adalah seorang petani ladang dari hasil ladang itulah ia dan istrinya bisa hidup, walaupun dengan hidup seadanya. ladang milik Kyai pasir terletak di tepi hutan, tidak jauh dari tempat tinggalnya, suatu hari, lelaki tua yg mulai renta itu berangkat keladang dengan mebawa sebuah kapak untuk membabat hutan dan hendak membua ladang baru di dekat ladang miliknya. ketika hendak menebang selah satu pohon besar, tiba-tiba Kyai Pasir melihat sebuah telur besa ter geletak di bawah pohon yang hedak ia tebang itu.
Haaa... telur binatang apa ini gumamnya dengan heran dan kyai Pasir sangat penasaran melihat telur besar itu. dan diambilah telur besar itu seraya diamatinya. Ah... tidak mukin kalo telur ayam, mana mukin telur ayam sebesar ini lagi pula tidak ada ayam di daerah ini''
Kyai pasir ia tidak mau memikirkan itu binatang apa, baginya, itu adalah lauk makan siang oleh karnanya ia pun bergegas membawa telur itu untuk lauk makan siang ia dan istrinya.
Setelah sampai di rumah ia pun segera menyuruh istrinya, Bu'' tolong masakin telur itu untuk lauk makan siang kita..'' ujar Kyai Pasir.
Wah, besar sekali telur ini, baru pertama kali ini aku melihat telur sebesar ini'' ujar Nyai Pasir dengan heran saat menerima telur itu.. dari mana telur ini pak tanya Nyai pasir pada suaminya.
Kyai pasir pun bercerita bagaimana ia menemukan telur itu, setelah itu ia pun kembali meminta untuk segera memasak telur itu karena sudah kelaparan, ia juga tidak sabar ingin segera menyantap telur itu.
ini telur binatang apa pak'' tanya istrinya. Sudah lah Bu, tidak usah banyak tanya ujar kyai pasir mulai kesel, cepatlah masak telur itu perutku sudah keroncongan.!
Nyai Pasir pun segera kedapur untuk segera memasak telur itu, smbil menunggu telur matang, Kyai pasir pun sambil berabah tubuhnya sejenak karena merasa kecapekan, tak berapa lama isterinya pun selalsai memasak telurnya.
Pak hidangan makan siang telah siap, kita makan dulu, ujar Nyi Pasir.
Kyai pasir pun beranjak dari tidurnya, ia dan isterinya pun segera menyantap telur itu dengan lahap, telur rebus itu pun mereka bagi dua sama rata, usai makan siang ia pun kembali kehutan untuk melanjutkan pekerjaannya, ditengah perjalanan ia pun masih merasakan nikmatnya telur rebus tadi, setelah sesampai diladang, sekujur tubuhnya kaku dan merasa kesakitan.
aduhhh.. kenapa sekujur tubuhku merasa sakit seperti ini'' ratap Kyai Pasir.
semakin lama rasa sakit ditubuhnya semakin menjadi-jadi, Kyai pasir pun tidak kuat menahan rasa sakit itu sehingga rebah ketanah dan berguling-guling kesana kemari, selang beberapa saat kemudian tubuhnya berubah menjadi seekor ular naga besar, sungutnya sangat tajam dan keras Kyai pasir yg berubah menjadi seekor naga jantan pun terus berguling-guling tanpa henti.
pada saat yg bersamaan Nyai Pasir yg berada di rumah pun mengalami nasib yg sama. rupanya telur yg telah makan tadi adalah sebuah telur naga, Nyai pasir yg telah merasa kan kesakitan pun segera berlari keladang untuk minta tolong kepada suaminya. alangkah terkejutnya setelah ia tiba diladang, ia mendapati suaminya yg telah berubah menjadi naga yg sangat menakutkan, ia pun segera berlari merasa ketakutan, namun karena tidak sanggup lagi menahan rasa sakit di sekujur tubuhnya Nyai pasir pun ahirnya rebah dan berguling-guling ditanah, tak lama kemudian hingga ahirnya sekujur tubuhnya di tumbuhi sisik dan menjadi naga betina.
kedua naga berguling-guling sehingga tanah disekitarnya berserakan dan membentuk cekung seperti habis digali, lama kelamaan cekungan tanah itu pun menjadi luas dan dalam. kemudian muncul sebuah semburan air yang deras dari dasar cekungan itu hingga memenuhi cekungan tersebut semakin deras air yang menyembur dari dasar cekungan, dan ahirnya menjadi sebuah telaga,
oleh masarakat setemat, telaga itu dinamakan telaga pasit yaitu diambil dari nama Kyai dan Nyai Pasir, namun karena lokasinya di sebuah Kelurahan Sarangan telaga ini bisa disebut telaga sarangan.
Nah demikian lah legenda Telaga Pasir dari daerah Jawa Timur, hingga saat ini legenda ini masih digemari masarakat Jawa Timur kususnya masarakat Magetan, kini telaga pasir atau telaga sarangan menjadi salah satu obyek wisata andalan di Kabupaten Magetan.
Aji Saka adalah seorang kesatria yang sakti mandraguna dari daerah Jawa Tengah, Indonesia. Menurut kepercayaan masyarakat setempat, Aji Saka merupakan orang yang kali pertama menciptakan Aksara Jawa yang dikenal dengan istilah dhentawyanjana atau carakan. Aji saka menciptakan aksara Jawa tersebut ketika ia sedang mengembara bersama seorang abdinya yang bernama Dora. Peristiwa apakah yang terjadi dalam pengembaraannya, sehingga Aji Saka menciptakan aksara Jawa tersebut? Ikuti kisahnya dalam cerita Aji Saka: Asal Mula Huruf Jawa berikut ini!
Alkisah, di Dusun Medang Kawit, Desa Majethi, Jawa Tengah, hiduplah seorang pendekar tampan yang sakti mandraguna bernama Aji Saka. Ia mempunyai sebuah keris pusaka dan serban sakti. Selain sakti, ia juga rajin dan baik hati. Ia senantiasa membantu ayahnya bekerja di ladang, dan menolong orang-orang yang membutuhkan pertolongannya. Ke mana pun pergi, ia selalu ditemani oleh dua orang abdinya yang bernama Dora dan Sembada.
Pada suatu hari, Aji Saka meminta izin kepada ayahnya untuk pergi mengembara bersama Dora. Sementara, Sembada ditugaskan untuk membawa dan menjaga keris pusaka miliknya ke Pegunungan Kendeng.
"Sembada! Bawa keris pusaka ini ke Pegunungan Kendeng. Kamu harus menjaganya dengan baik dan jangan berikan kepada siapa pun sampai aku sendiri yang mengambilnya!" pesan Aji Saka kepada Sembada.
"Baik, Tuan! Saya berjanji akan menjaga dan merawat keris pusaka Tuan!" jawab Sembada.
Setelah itu, berangkatlah Sembada ke arah utara menuju Gunung Kendeng, sedangkan Aji Saka dan Dora berangkat mengembara menuju ke arah selatan. Mereka tidak membawa bekal pakaian kecuali yang melekat pada tubuh mereka. Setelah setengah hari berjalan, sampailah mereka di sebuah hutan yang sangat lebat. Ketika akan melintasi hutan tersebut, tiba-tiba Aji Saka mendengar teriakan seorang laki-laki meminta tolong.
"Tolong...!!! Tolong...!!! Tolong...!!!" demikian suara itu terdengar.
Mendengar teriakan itu, Aji Saka dan Dora segera menuju ke sumber suara tersebut. Tak lama kemudian, mereka mendapati seorang laki-laki paruh baya sedang dipukuli oleh dua orang perampok.
"Hei, hentikan perbuatan kalian!" seru Aji Saka.
Kedua perampok itu tidak menghiraukan teriakan Aji Saka. Mereka tetap memukuli laki-laki itu. Melihat tindakan kedua perampok tersebut, Aji Saka pun naik pitam. Dengan secepat kilat, ia melayangkan sebuah tendangan keras ke kepala kedua perampok tersebut hingga tersungkur ke tanah dan tidak sadarkan diri. Setelah itu, ia dan abdinya segera menghampiri laki-laki itu.
"Maaf, Pak! Kalau boleh kami tahu, Bapak dari mana dan kenapa berada di tengah hutan ini?" tanya Aji Saka.
Lelaki paruh baya itu pun bercerita bahwa dia seorang pengungsi dari Negeri Medang Kamukan. Ia mengungsi karena raja di negerinya yang bernama Prabu Dewata Cengkar suka memakan daging manusia. Setiap hari ia memakan daging seorang manusia yang dipersembahkan oleh Patihnya yang bernama Jugul Muda. Karena takut menjadi mangsa sang Raja, sebagian rakyat mengungsi secara diam-diam ke daerah lain.
Aji Saka dan abdinya tersentak kaget mendengar cerita laki-laki tua yang baru saja ditolongnya itu.
"Bagaimana itu bisa terjadi, Pak?" tanya Aji Saka dengan heran.
"Begini, Tuan! Kegemaran Prabu Dewata Cengkar memakan daging manusia bermula ketika seorang juru masak istana teriris jarinya, lalu potongan jari itu masuk ke dalam sup yang disajikan untuk sang Prabu. Rupanya, beliau sangat menyukainya. Sejak itulah sang Prabu menjadi senang makan daging manusia dan sifatnya pun berubah menjadi bengis," jelas lelaki itu.
Mendengar pejelasan itu, Aji Saka dan abdinya memutuskan untuk pergi ke Negeri Medang Kamukan. Ia ingin menolong rakyat Medang Kamukan dari kebengisan Prabu Dewata Cengkar. Setelah sehari semalam berjalan keluar masuk hutan, menyebarangi sungai, serta menaiki dan menuruni bukit, akhirnya mereka sampai di kota Kerajaan Medang Kamukan. Suasana kota itu tampak sepi. Kota itu bagaikan kota mati. Tak seorang pun yang terlihat lalu lalang di jalan. Semua pintu rumah tertutup rapat. Para penduduk tidak mau keluar rumah, karena takut dimangsa oleh sang Prabu.
"Apa yang harus kita lakukan, Tuan?" tanya Dora.
"Kamu tunggu di luar saja! Biarlah aku sendiri yang masuk ke istana menemui Raja bengis itu," jawab Aji Saka dengan tegas.
Dengan gagahnya, Aji Saka berjalan menuju ke istana. Suasana di sekitar istana tampak sepi. Hanya ada beberapa orang pengawal yang sedang mondar-mandir di depan pintu gerbang istana.
"Berhenti, Anak Muda!" cegat seorang pengawal ketika Aji Saka berada di depan pintu gerbang istana.
"Kamu siap dan apa tujuanmu kemari?" tanya pengawal itu.
"Saya Aji Saka dari Medang Kawit ingin bertemu dengan sang Prabu," jawab Aji Saka.
"Hai, Anak Muda! Apakah kamu tidak takut dimangsa sang Prabu?" sahut seorang pengawal yang lain.
"Ketahuilah, Tuan-Tuan! Tujuan saya kemari memang untuk menyerahkan diri saya kepada sang Prabu untuk dimangsa," jawab Aji Saka.
Para pengawal istana terkejut mendengar jawaban Aji Saka. Tanpa banyak tanya, mereka pun mengizinkan Aji Saka masuk ke dalam istana. Saat berada di dalam istana, ia mendapati Prabu Dewata Cengkar sedang murka, karena Patih Jugul tidak membawa mangsa untuknya. Tanpa rasa takut sedikit pun, ia langsung menghadap kepada sang Prabu dan menyerahkan diri untuk dimangsa.
"Ampun, Gusti Prabu! Hamba Aji Saka. Jika Baginda berkenan, hamba siap menjadi santapan Baginda hari ini," kata Aji Saka.
Betapa senangnya hati sang Prabu mendapat tawaran makanan. Dengan tidak sabar, ia segera memerintahkan Patih Jugul untuk menangkap dan memotong-motong tubuh Aji Saka untuk dimasak. Ketika Patih Jugul akan menangkapnya, Aji Saka mundur selangkah, lalu berkata:
"Ampun, Gusti! Sebelum ditangkap, Hamba ada satu permintaan. Hamba mohon imbalan sebidang tanah seluas serban hamba ini," pinta Aji Saka sambil menunjukkan serban yang dikenakannya.
"Hanya itu permintaanmu, hai Anak Muda! Apakah kamu tidak ingin meminta yang lebih luas lagi?" sang Prabu menawarkan.
"Sudah cukup Gusti. Hamba hanya menginginkan seluas serban ini," jawab Aji Saka dengan tegas.
"Baiklah kalau begitu, Anak Muda! Sebelum memakanmu, akan kupenuhi permintaanmu terlebih dahulu," kata sang Prabu.
Aji Saka pun melepas serban yang melilit di kepalanya dan menyerahkannya kepada sang Prabu.
"Ampun, Gusti! Untuk menghindari kecurangan, alangkah baiknya jika Gusti sendiri yang mengukurnya," ujar Aji Saka.
Prabu Dewata Cengkar pun setuju. Perlahan-lahan, ia melangkah mundur sambil mengulur serban itu. Anehnya, setiap diulur, serban itu terus memanjang dan meluas hingga meliputi seluruh wilayah Kerajaan Medang Kamulan. Karena saking senangnya mendapat mangsa yang masih muda dan segar, sang Prabu terus mengulur serban itu sampai di pantai Laut Selatan tanpa disadarinya,. Ketika ia masuk ke tengah laut, Aji Saka segera menyentakkan serbannya, sehingga sang Prabu terjungkal dan seketika itu pula berubah menjadi seekor buaya putih. Mengetahui kabar tersebut, seluruh rakyat Medang Kamulan kembali dari tempat pengungsian mereka. Aji Saka kemudian dinobatkan menjadi Raja Medang Kamulan menggantikan Prabu Dewata Cengkar dengan gelar Prabu Anom Aji Saka. Ia memimpin Kerajaan Medang Kamulan dengan arif dan bijaksana, sehingga seluruh rakyatnya hidup tenang, aman, makmur, dan sentosa.
Pada suatu hari, Aji Saka memanggil Dora untuk menghadap kepadanya.
"Dora! Pergilah ke Pegunungan Kendeng untuk mengambil kerisku. Katakan kepada Sembada bahwa aku yang menyuruhmu," titah Raja yang baru itu.
"Daulah, Gusti!" jawab Dora seraya memohon diri.
Setelah berhari-hari berjalan, sampailah Dora di Pegunungan Gendeng. Ketika kedua sahabat tersebut bertemu, mereka saling rangkul untuk melepas rasa rindu. Setelah itu, Dora pun menyampaikan maksud kedatangannya kepada Sembada.
"Sembada, sahabatku! Kini Tuan Aji Saka telah menjadi raja Negeri Medang Kamulan. Beliau mengutusku kemari untuk mengambil keris pusakanya untuk dibawa ke istana," ungkap Dora.
"Tidak, sabahatku! Tuan Aji berpesan kepadaku bahwa keris ini tidak boleh diberikan kepada siapa pun, kecuali beliau sendiri yang datang mengambilnya," kata Sembada dengan tegas.
Karena merasa mendapat tanggungjawab dari Aji Saka, Dora pun harus mengambil keris itu dari tangan Sembada untuk dibawa ke istana. Kedua dua orang abdi bersahabat tersebut tidak ada yang mau mengalah. Mereka bersikeras mempertahankan tanggungjawab masing-masing dari Aji Saka. Mereka bertekad lebih baik mati daripada menghianati perintah tuannya. Akhirnya, terjadilah pertarungan sengit antara kedua orang bersahabat tersebut. Mereka sama kuat dan tangguhnya, sehingga mereka pun mati bersama.
Sementara itu, Aji Saka sudah mulai gelisah menunggu kedatangan Dora dari Pegunung Gendeng membawa kerisnya.
"Apa yang terjadi dengan Dora? Kenapa sampai saat ini dia belum juga kembali?" gumam Aji Saka.
Sudah dua hari Aji Saka menunggu, namun Dora tak kunjung tiba. Akhirnya, ia memutuskan untuk menyusul abdinya itu ke Pegunungan Gendeng seorang diri. Betapa terkejutnya ia saat tiba di sana. Ia mendapati kedua abdi setianya telah tewas. Mereka tewas karena ingin membuktikan kesetiaannya kepada tuan mereka. Untuk mengenang kesetiaan kedua abdinya tersebut, Aji Saka menciptakan aksara Jawa atau dikenal dengan istilah dhentawyanjana, yang mengisahkan pertarungan antara dua abdinya yang memiliki kesaktiaan yang sama dan tewas bersama. Huruf-huruf tersebut juga dikenal dengan istilah carakan. Adapun susunan hurufnya sebagai berikut:
Artinya:
Ha na ca ra ka : Ada utusan Da ta sa wa la : Saling bertengkar Pa dha ja ya nya : Sama saktinya Ma ga ba tha nga : Mati bersama
Demikian legenda Aji Saka: Asal Mula Huruf Jawa, dari daerah Jawa Tengah. Pesan moral yang dapat dipetik dari legenda di atas adalah bahwa orang yang suka menolong akan mendapat ganjaran yang setimpal, seperti Aji Saka. Ia telah menyelamatkan rakyat Negeri Medang Kamulan dari keberingasan Prabu Dewata Cengkar yang suka memangsa manusia itu. Berkat pertolongannya, rakya Negeri Medang Kamulan pun menobatkannya menjadi raja untuk menggantikan Prabu Dewata Cengkar. Dalam kehidupan orang Melayu, sifat suka menolong ini sangatlah dijunjung tinggi. Dikatakan dalam tunjuk ajar Melayu:
Lutung Kasarung adalah sebuah cerita pantun yang sangat terkenal di kalangan masyarakat Sunda, Jawa Barat, Indonesia. Cerita ini mengisahkan perjalanan Sanghyang Guruminda dari Kahyangan ke bumi dalam wujud seekor lutung, yaitu kera hitam berekor panjang. Ketika sampai di bumi, ia tersesat di tengah hutan. Itulah sebabnya ia dipanggil Lutung Kasarung, yaitu lutung yang tersesat. Di hutan itu, ia bertemu dengan seorang putri bernama Purbasari. Meskipun berwujud seekor lutung, Lutung Kasarung berhasil menikahi Putri Purbasari. Bagaimana usaha Lutung Kasarung untuk menikahi Putri Purbasari? Ikuti kisahnya dalam cerita Lutung Kasarung berikut ini!
* * *
Alkisah, di daerah Jawa Barat, tersebutlah seorang raja yang arif dan bijaksana bernama Prabu Tapa Agung yang bertahta di Kerajaan Pasir Batang. Sang Prabu mempunyai tujuh orang putri yang semuanya cantik jelita. Mereka adalah Purbararang (sulung), Purbadewata, Purbaendah, Purbakancana, Purbamanik, dan si bungsu, Purbasari. Dari ketujuh putri sang Prabu, lima di antaranya telah menikah dan menjadi permaisuri di kerajaan lain. Kini, tinggal Purbararang dan Purbasari yang belum menikah. Namun, Putri Purbararang sudah mempunyai tunangan yang gagah dan tampan bernama Raden Indrajaya, putra salah seorang menteri kerajaan.
Dalam beberapa hari terakhir, Prabu Tapa Agung terlihat sering duduk termenung seorang diri di atas singgasananya. Sepertinya ada suatu masalah besar yang membebani pikirannya. Melihat sikap sang Prabu tersebut, sang permaisuri berusaha menghibur dan membujuknya.
"Kanda! Sudah beberapa hari ini Kanda terlihat murung. Apa yang sedang Kanda pikirkan? Barangkali Dinda dapat membantu," bujuk permasuri dengan suara lembut.
"Begini, Dinda! Kanda sudah semakin tua. Kanda tidak dapat lagi melaksanakan tugas-tugas kerajaan dengan baik. Kanda berniat turun tahta. Tapi, Kanda bingung, Dinda!" kata Prabu Tapa Agung.
"Bingung kenapa, Kanda?" desak permaisurinya.
Prabu Tapa Agung pun bercerita kepada permasurinya bahwa dia bingung untuk memilih di antara dua putrinya, apakah Purbararang atau Purbasari, yang akan menggantikan kedudukannya. Menurut hukum adat yang berlaku di kerajaan tersebut, yang pantas untuk menggantikannya adalah Putri Purbararang, sebab dia putri tertua. Namun, sang Prabu merasa bahwa putri sulungnya itu belum pantas menjadi seorang ratu, karena sifatnya yang sombong, angkuh, dan licik. Putri Purbararang juga sering memutuskan sesuatu tanpa memikirkan akibatnya terlebih dahulu, sehingga sering menimbulkan kekacauan. Sang Prabu lebih senang jika putri bungsunya, Purbasari, yang menggantikan kedudukannya, karena dia seorang putri yang baik hati, arif, dan bijaksana. Dengan pertimbangan tersebut, maka sang Prabu dan permaisurinya memutuskan untuk memilih Purbasari menjadi Ratu.
Mendengar kabar tersebut, Putri Purbararang pun menolaknya. Ia sangat menyesal atas keputusan ayahandanya, karena merasa dialah yang lebih berhak untuk menjadi ratu. Kabar buruk itu kemudian ia sampaikan kepada tunangannya, Raden Indrajaya.
"Kanda! Ayahandaku telah pilih kasih. Ia lebih memilih Purbasari untuk menjadi ratu, padahal Dinda adalah putri tertua," lapor Putri Purbararang .
Mendengar kabar tersebut, tunangan Putri Purbararang langsung naik pitam.
"Wah, ini tidak boleh dibiarkan, Dinda? Dindalah yang semestinya menjadi ratu!" seru Raden Indrajaya.
"Apa yang harus kita lakukan, Kanda?" tanya Putri Purbararang.
"Kita harus menyingkirkan adikmu yang tidak tahu diri itu!" seru Indrajaya.
Setelah bermusyawarah, akhirnya Putri Purbararang dan tunangannya memutuskan untuk mendatangi seorang dukun sakti yang bernama Ni Ronde. Mereka akan meminta bantuan dukun itu agar menyihir Putri Purbasari. Ni Ronde pun mengabulkan permintaan mereka.
Beberapa hari kemudian, istana Pasir Batang menjadi gempar. Tiba-tiba Putri Purbasari terserang penyakit aneh. Seluruh tubuhnya terasa sangat gatal dan dipenuhi bintik-bintik hitam. Betapa terkejutnya sang Prabu melihat keadaan putri kesayangannya itu. Sudah beberapa tabib istana dipanggil untuk mengobatinya, namun tak seorang pun yang berhasil menyembuhkannya. Sementara itu, Putri Purbararang tidak mau menyia-nyiakan kesempatan itu. Ia pun menghasut ayahandanya agar Putri Purbasari diasingkan ke tempat yang jauh.
"Ayah! Barangkali inilah akibatnya jika kita tidak menuruti adat hukum yang berlaku di kerajaan ini. Para leluhur telah murka dan mengutuk Putri Purbasari. Jangan-jangan sebentar lagi kerajaan ini juga terkena kutukan!" hasut Putri Purbararang.
Prabu Tapa Agung pun termakan hasutan putrinya. Akhirnya, dengan berat hati, ia memutuskan untuk mengasingkan putri bungsunya ke hutan agar kerajaan terbebas dari kutukan. Putri Purbasari pun menyadari keadaannya dan menerima keputusan itu dengan lapang dada.
Keesokan harinya, sang Prabu menyuruh patihnya yang bernama Uwak Batara Lengser untuk mengantar Putri Purbasari ke hutan. Setelah membuatkan sebuah pondok untuk Putri Purbasari di hutan, patih yang baik hati itu memberi nasehat kepada sang Putri untuk menenangkan hatinya.
"Tabahkan hatimu, Tuan Putri! Cobaan ini pasti akan berakhir. Semoga Tuhan Yang Mahakuasa senantiasa melindungimu. Paman akan sering datang kemari mengantar makanan dan minuman untukmu," ujar sang Patih.
"Terima kasih, Paman! Nasehat Paman membuat hati Putri menjadi tenang," ucap Putri Purbasari.
Sejak itu, Putri Purbasari tinggal seorang diri di tengah hutan. Untuk menghibur dirinya, setiap pagi ia berjalan-jalan di sekitar pondoknya untuk melihat-lihat pemandangan dan bersenda gurau bersama hewan-hewan yang ada di sekitarnya. Tak heran, jika dalam waktu beberapa hari saja, ia sudah mempunyai banyak teman. Hewan-hewan tersebut sangat baik kepadanya. Mereka sering membantu sang Putri untuk mencari buah-buahan di hutan.
Pada suatu hari, ketika sang Putri sedang bersenda gurau bersama hewan-hewan di sekitar pondoknya, tiba-tiba ada sepasang mata yang sedang memerhatikannya tanpa disadarinya. Rupanya, dia adalah seekor lutung (sejenis kera berbulu hitam). Beberapa saat kemudian, lutung itu menghampirinya. Alangkah terkejutnya sang Putri ketika melihat lutung yang berwajah seram itu tiba-tiba berdiri di depannya.
"Jangan takut, Tuan Putri! Aku tidak akan mengganggumu," jawab Lutung itu.
Putri Purbasari pun tersentak kaget, karena lutung itu dapat berbicara seperti manusia.
"Hai, kamu siapa dan dari mana asalmu?" tanya Putri Purbasari.
"Aku Guruminda, putra Sunan Ambu dari Kahyangan. Aku telah melakukan kesalahan, sehingga dibuang ke bumi dengan bentuk seperti ini, dan kesasar di tengah hutan ini," jelas si Lutung.
Mendengar jawaban itu, hati sang Putri pun menjadi tenang. Tanpa banyak tanya, ia tersenyum seraya memperkenalkan diri dan menceritakan asal-usulnya. Karena merasa senasib, yaitu sama-sama terbuang di hutan itu, akhirnya mereka pun berteman. Sejak itu, Purbasari memanggil si lutung dengan panggilan Lutung Kasarung, yang artinya Lutung yang kesasar. Kemana pun sang Putri pergi, Lutung Kasarung selalu menyertainya. Bahkan, ia sering memetik buah-buahan untuk sang Putri.
Pada saat malam bulan purnama, secara diam-diam Lutung Kasarung pergi ke suatu tempat yang sangat sepi untuk bersemedi. Dalam semedinya ia memohon kepada Tuhan Yang Mahakuasa agar menyembuhkan penyakit Putri Purbasari. Beberapa saat kemudian, doa Lutung Kasarung pun dikabulkan. Tanah di sekitarnya tiba-tiba menjelma menjadi sebuah telaga kecil. Airnya sangat jernih, sejuk, harum, dan mengandung obat kulit yang sangat mujarab. Begitu matahari pagi memancarkan sinarnya di ufuk timur, ia segera menemui Putri Purbasari dan memintanya untuk mandi di telaga itu.
"Hai, Tung!" demikian Putri Purbasari memanggil Lutung Kasarung.
"Untuk apa kamu membawaku kemari?" tanyanya.
"Bercebur dan mandilah di telaga ini, Tuan Putri! Niscaya penyakit Tuan Putri akan sembuh, karena air telaga ini mengandung obat kulit yang sangat mujarab," ujar Lutung Kasarung.
Tanpa ragu, Putri Purbasari langsung menceburkan diri ke dalam telaga itu. Sungguh ajaib sekali. Tak lama setelah berendam di telaga itu, seluruh bintik-bintik hitam di kulitnya langsung hilang tanpa meninggalkan bekas sedikit pun. Kulitnya kembali bersih, halus dan menjadi cantik seperti semula. Ia sangat heran bercampur gembira mengalami peristiwa ajaib itu.
"Terima kasih, Tung! Engkau telah menyembuhkan penyakitku," ucap Putri Purbasari dengan perasaan gembira.
Sejak itu, Putri Purbasari semakin senang dan sayang kepada si Lutung Kasarung. Ia pun semakin betah tinggal bersamanya di hutan itu dan hewan-hewan lainnya. Hatinya sudah menyatu dengan kehidupan alam bebas, dan melupakan kehidupan istana yang sering membelenggunya, apalagi dengan keberadaan kakak sulungnya, Purbararang.
Pada suatu hari, Patih Uwak Batara Lengser datang ke hutan itu untuk melihat keadaan Putri Purbasari. Betapa terkejutnya ia ketika melihat penyakit kulit sang Putri telah sembuh. Ia pun kemudian mengajak sang Putri untuk kembali ke istana.
"Ampun, Tuan Putri! Sesuai dengan pesan sang Prabu, Tuan Putri diminta untuk kembali ke istana," kata Patih itu menyampaikan pesan sang Prabu.
Mulanya, Putri Purbasari menolak untuk kembali ke istana. Namun setelah didesak oleh sang Patih dan dibujuk oleh si Lutung Kasarung, akhirnya ia pun memenuhi ajakan tersebut.
"Baiklah, Paman! Aku bersedia kembali ke istana, tetapi Lutung Kasarung juga harus ikut. Dialah yang telah menyembuhkan penyakitku," tegas Putri Purbasari.
"Baiklah, Tuan Putri! Paman kira sang Prabu akan merasa senang jika Tuan Putri mengajak Lutung yang baik hati itu ke istana," kata Patih itu.
Akhirnya, Putri Purbasari bersama Patih Uwak Batara Lengser dan Lutung Kasarung kembali ke istana. Setibanya di istana, mereka disambut gembira oleh seluruh keluarga istana, kecuali Putri Purbararang dan Raden Indrajaya, karena merasa posisi mereka terancam. Menyadari keadaan itu, ia pun membujuk ayahandanya agar mengadakan sayembara.
"Ampun, Ayahanda! Nanda keberatan jika Putri Purbasari yang dinobatkan menjadi Ratu. Biar adil, sebaiknya diadakan sayembara. Pemenangnya akan menerima tampuk kerajaan, sedangkan yang kalah akan menerima hukum pancung," bujuk Putri Purbararang.
Prabu Tapa Agung yang arif dan bijaksan itu pun mengambulkan permintaan putri sulungnya. Dalam sayembara tersebut, Putri Purbararang menantang Putri Purbasari untuk mengikuti dua perlombaan, yaitu lomba memasak dan lomba panjang rambut. Putri Purbasari pun terpaksa menerima tantangan itu, karena diminta oleh ayahandanya.
"Jangan khawatir, Tuan Putri! Aku akan menolongmu," bisik Lutung Kasarung.
"Terima kasih, Lutung!" jawab Putri Purbasari.
Pada hari yang telah ditentukan, seluruh rakyat Pasir Batang telah berkumpul di halaman istana ingin menyaksikan sayembara tersebut. Tak berapa lama kemudian, kedua putri Prabu Tapa Agung tersebut memasuki arena lomba. Perlombaan pertama adalah lomba memasak. Yang dinilai dalam lomba ini adalah masakan siapa yang paling cepat disajikan dan lezat rasanya, maka dialah pemenangnya.
Ketika semua bahan-bahan dan perlengkapan memasak telah disiapkan, wasit pun memukul gong sebagai tanda perlombaan dimulai. Putri Purbararang pun segera meracik bumbu-bumbu yang telah disediakan dengan lincahnya. Ia dibantu oleh puluhan pelayan istana, sedangkan Putri Purbasari hanya ditemani oleh Lutung Kasarung. Dalam waktu tidak beberapa lama, Putri Purbararang hampir menyelesaikan masakannya. Putri Purbasari pun mulai panik. Melihat hal itu, Lutung Kasarung segera mengeluarkan kesaktiannya. Ia segera memanggil para bidadari di kayangan agar turun ke bumi untuk membantu Purbasari tanpa diketahui oleh seorang pun. Berkat bantuan para bidadari tersebut, Putri Purbasari mampu menyelesaikan masakannya terlebih dulu dan rasanya pun lebih lezat. Ia pun dinyatakan sebagai pemenang dalam lomba memasak tersebut.
Memasuki perlombaan kedua, yaitu lomba adu panjang rambut, Putri Purbararang merasa tidak mau kalah lagi oleh adiknya. Dengan penuh percaya diri, ia segera melepas sanggulnya. Rambutnya yang hitam dan lebat pun terurai hingga ke pertengahan betisnya.
"Ayo, Purbasari! Lepaslah sanggulmu! Kali ini kamu tidak akan mampu mengalahkanku," seru Putri Purbararang dengan angkuhnya.
Mendengar seruan itu, Putri Purbasari hanya terdiam sambil menunduk. Dia merasa kurang percaya diri, karena rambutnya hanya sebatas punggungnya.
"Kenapa diam saja, wahai Tuan Putri?" tanya Lutung Kasarung yang berdiri di dekatnya dengan nada pelan.
"Tung! Kali ini aku pasti kalah, rambutku lebih pendek. Hanya sampai di punggungku," bisik Purbasari.
"Tenang, Tuan Putri! Aku akan memanggil bidadari untuk menyambung rambutmu," kata Lutung Kasarung.
Sesaat setelah Lutung Kasarung bersemedi, datanglah para bidadari menyambung rambut Purbasari tanpa sepengetahuan Purbararang dan para penonton. Ketika Purbasari melepas sanggulnya, maka terurailah rambutnya yang hitam berkilau, halus bagaikan sutra, serta bergelombang hingga ke tumitnya. Melihat hal itu, Purbararang pun menjadi malu dan merasa terpukul, karena kembali dikalahkan oleh adiknya. Namun, ia tidak kehabisan akal. Ia kembali membujuk ayahandanya agar diadakan satu perlombaan lagi, yaitu lomba ketampanan calon suami atau tunangan masing-masing.
"Jika Purbasari masih mampu mengalahkanku dalam perlombaan ini, maka aku akan menerima kekalahan ini dan bersedia untuk dipancung," kata Purbararang di hadapan para hadirin.
Mulanya, Prabu Tapa Agung ragu untuk memenuhi keinginan Purbararang, karena Purbasari belum mempunyai tunangan. Jika pun pada saat itu ia ditunangkan dengan siapa pun di negeri itu, tetap tidak seorang pun yang melebihi ketampanan Indrajaya. Meski demikian, Purbasari tetap bersedia mengikuti lomba tersebut dan sang Prabu pun menyetujuinya.
Perlombaan pun dimulai. Dengan bangga, Putri Purbararang kembali masuk ke arena perlombaan sambil menggandeng tangan tunangannya.
"Wahai seluruh rakyat Pasir Batang! Saksikanlah ketampanan dan kegagahan tunanganku, Indrajaya! Akulah yang akan menjadi Ratu negeri ini, karena tak seorang pun yang mampu mengalahkan ketampanan tunanganku ini!" seru Putri Purbararang dengan angkuhnya.
Seluruh hadirin pun mengakui bahwa Indrajaya adalah seorang pemuda yang tampan. Tak seorang pemuda pun di Negeri Pasir Batang yang melebihi ketampanannnya. Mereka sudah memastikan bahwa Putri Purbasari akan kalah dalam perlombaan tersebut. Anehnya lagi, ketika diminta untuk menunjukkan calon suaminya, Putri Purbasari justru menarik tangan Lutung Kasarung masuk ke arena perlombaan.
"Inilah calon suamiku!" seru Putri Purbasari dengan bangga.
"Ya, ini calon suamiku!" serunya sekali lagi.
Purbararang dan suaminya pun tertawa terbahak-bahak melihat tingkah adiknya.
"Hai, Purbasari! Apakah tidak ada lagi calon suami yang lebih jelek dari Lutung itu?" seru Purbararang dengan nada mengejek.
Mendengar ejekan itu, Lutung Kasarung pun menjadi tersinggung dan marah. Ia tidak terima Putri Purbasari dipandang rendah seperti itu. Maka dengan kesaktiannya, ia segera memohon kepada Tuhan Yang Mahakuasa, agar bentuknya dikembalikan seperti semula. Seketika itu pula, Lutung Kasarung pun berubah menjadi Guruminda yang sangat tampan dan gagah. Semua yang hadir terperangah dan terpesona melihat ketampanannya.
Akhirnya, Putri Purbasari memenangi sayembara tersebut dan berhak menduduki tahta kerajaan. Sementara Putri Purbararang dan tunangannya harus menerima hukuman pancung atas kekalahan mereka. Namun, Putri Purbasari adalah seorang putri yang pemaaf, ia tidak menghukum kakak kandungnya sendiri. Bahkan, ia tetap mengijinkan kakaknya untuk tetap tinggal di istana bersamanya. Akhirnya, Putri Purbasari pun dinobatkan menjadi Ratu Kerajaan Pasir Batang. Ia adalah seorang Ratu yang arif dan bijaksana, sehingga seluruh rakyatnya senantiasa hidup makmur, damai, dan sentosa.
* * *
Demikian cerita Lutung Kasarung dari Jawa Barat, Indonesia. Cerita di atas merupakan cerita pantun yang mengandung nilai-nilai moral. Setidaknya ada dua nilai moral yang dapat dipetik dari cerita di atas, yaitu akibat buruk dari sifat suka memandang rendah orang lain, dan keutamaan sifat pemaaf dan tidak pendendam. Pertama, sifat suka merendahkan orang lain ini ditunjukkan oleh sikap dan perilaku Putri Purbararang. Hal ini terlihat ketika ia menantang Putri Purbasari untuk mengadakan sayembara perebutan tahta kerajaan, karena ia yakin bahwa adik bungsunya itu tidak mampu berbuat apa-apa. Namun, tanpa diduganya, ternyata Purbasari mampu mengalahkannya berkat bantuan Lutung Kasarung. Akibatnya, ia pun mendapat ancaman hukum pancung. Dari sini dapat dipetik sebuah pelajaran bahwa hendaknya kita tidak memandang rendah orang lain, karena terkadang ada sesuatu yang tidak kita ketahui tentang orang tersebut. Dikatakan dalam tunjuk ajar Melayu:
Mungkin memang sudah menjadi perjalananhidupku Waktu mungkin sudah berbeda dan berganti Tapi peristiwa dulu dan sekarang ternyata sama Dulu saat kita masih bersama
Ada seseorang yang sayang padamu Memaksa dan mengancamku untuk menjauhimu Dengan hati yang sangat terpaksa Aku melepasmu dengan rasa yang sangat berat Walau aku masih cinta dan sayang kepadamu
Kita dipertemukan kembali oleh Allah Saat ini kita sudah ada yang memiliki Kejadian yang sama terulang kembali Tapi kali ini terjadi padamu Kau diancam untuk menjauhiku
Oleh seseorang yang sudah memiliki aku Aku tahu walau kau tak pernah cerita Yang tadinya kita bisa saling menyapa
Akhirnya sama sekali tidak ada lagi sapa darimu Mungkin kau tak percaya dengan apa yang aku katakan padamu Kenapa aku dulu memutuskan dan melepasmu
Tapi Allah sudah memperlihatkan kebenarannya Lewat kejadian yang hampir sama saat ini Waktu kejadian yang dulu seperti itulah yangaku alami
Seperti yang kau alami sekarang dengan ancaman Mungkin kau tidak menyadarinya dan memperhatikannya Dulu kita sepasang kekasih dipaksa untuk berpisah Sekarang untuk bertemanpun kita tidak bisa Itulah jawaban doaku untukmu Atas ketidakpercayanmu padaku soal dulu
Allah sudah memberikan jawabannya padamu Walau kau tidak pernah menyadarinya Asal kau tahu dirimu selalu dan selamanya masih dihatiku
Seperti katamu waktu tak pernah perduli pada kita Waktu tak pernah datang pada kita Di suatu masa kita selalu ditakdirkan tak pernah bersama
bila rasa tlah mulai hilang bila hati tlah mulai patah dan bila perasaan tak lagi berperan tapi jiwa yang mulai hancur
masih tetapku bertahan dalam dilema kesakitan Meski air mata tak hentinya menetes meski berjalan tertatih-tatih tapi aku yakin kesakitan, kekecewaan, kerapuhan suatu saat akan menjadi senyuman, keceriaan dan kebahagiaan
Mungkin hanya sang waktu yang dapat menjawab dan mengubahnya aku hanya bisa bersabar dan terus bersabar menunggu kebahagiaan yang dapat menyambut kesedihan hatiku Dan meredakan isak tangis hatiku
PM sudah kerap kali mengakui BN kalah dalam "perang persepsi" dengan pembangkang. Antara alasan yang diberikan, cybertrooper BN gagal menagkis serangan cybertrooper lawan. Lambat dan gagal menjawab isu yang yang dibawa oleh pihak lawan dengan tepat dan betul walaupun isu tersebut berbentuk fitnah. Pelbagai lagi kelemahan lain yang harus di atasi, katanya.
Tapi adakah kelemahan ini yang menjadi punca sebenar hingga kita kalah dalam peperangan persepsi?
Apa hebatnya machinery perang pihak lawan hingga sesuatu perkara yang benar di pihak BN, boleh dilihat salah, yang salah di pihak lawan dilihat betul dan fitnah yang dilemparkan pihak lawan dianggap benar, malah jawaban balas yang diberikan oleh BN dianggap suatu penipuan dan tidak boleh dipercayai?
Kenapa sampai jadi begini?
Siapa yang paling bertanggungjawab terhadap kegagalan menangani persepsi ini? Sudah pasti bukan cybertrooper. Dan lebih pasti, PM adalah paling bersalah. No 2, TPM dan seterusnya para pemimpin BN yang lain.
1. PM dan kerajaan gagal meyakinkan rakyat bahawa setiap dasar yang dijalankan adalah yang terbaik untuk rakyat dan negara. Kerajaan gagal meyakinkan bahawa tiada dasar yang lebih baik selain dari apa yang telah digariskan oleh kerajaan hari ini, apatah lagi jika dibandingkan dengan dasar pembangkang.
2. PM dan kerajaannya gagal meyakinkan rakyat walaupun sesuatu isu yang disebarkan oleh pembangkang itu terang-terangan jelas merupakan suatu fitnah dan rekacipta.
3. PM dan kerajaannya gagal meyakinkan rakyat supaya lebih mempercayai hujah yang diberikan oleh pihak BN daripada hujah pihak lawan.
4. Gagal bertindak pantas dan tegas jika timbul sesuatu isu seperti penyelewengan yang benar-benar menimbulkan keraguan. Contohnya, isu NFC. Kerajaan gagal membersihkan dirinya dengan cara "menunjukkan ketegasan dan dilihat tidak berkompromi" dengan sebarang isu yang akhirnya akan mewujudkan persepsi kerajaan seolah-olah mahu menyembunyikan sesuatu dari rakyat.
PM dan kerajaan sering bertindak secara "stereotype" dalam menghadapi peperangan persepsi. Pihak lawan tuduh, kerajaan jawab. Pihak lawan tuduh ya, pihak kerajaan balas tak. Pihak lawan fitnah, pihak kerajaan nafi sampai bersumpah-sumpah.
Pihak lawan buat "gerakan cara demonstrasi" tentang sesuatu isu, pihak kerajaan serah kepada kebijaksanaan Polis untuk menanganinya. Tapi pada masa yang sama segala akta dan undang-undang yang selama ini menjadi senjata PDRM untuk menangani pendemo dan penghasut habis dicabut-cabut. Nasib baik polis tidak sampai disuruh "memakai chota" menggantikan senjata api.
Dalam bab ini tiada siapa kalangan pemimpin UMNO yang boleh menyaingi kehebatan Tun M dalam memerangi persepsi negatif yang diwujudkan oleh pihak lawan.
1. Tun M jawab tuduhan sekali sekala tapi pukulan secara "knockout".
2. Tun M tidak terlepas dari menghadapi persepsi buruk, malah sesetengah isu yang timbul lebih meruncing seperti isu pengharaman UMNO oleh mahkamah, krisis raja-raja dan perlembagaan. Tapi perlu diingat, Tun M bangkit dengan kemenangan cemerlang pada PRU1990 bukan disebabkan dia telah berjaya menjawab semua isu dan tuduhan yang dibangkitkan oleh lawannya dari Semangat 46.
Sebaliknya, Tun M hanya menenggelamkan semua isu dan pelbagai tuduhan, kecaman dan fitnah yang dilemparkan terhadap beliau dengan faktor dan isu lain yang tidak pun kena-mengena dengan segala tuduhan dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya.
Tun M berjaya mendapat keyakinan dan kepercayaan rakyat dengan mencari isu dan kaedah yang berjaya menanamkan "perasaan bangga" sebagai seorang rakyat Malaysia apabila majoriti rakyat merasakan negara ini telah dipimpin oleh seorang pemimpin yang disegani oleh dunia. Apabila perasaan ini wujud, maka lain-lain persepsi negatif juga turut berubah menjadi positif.
Tun M telah berjaya membentuk persepsi meyakinkan pada pemikiran majoriti rakyat Malaysia tidak kira samada mereka itu kawan mahupun lawan politik bahawa PM Malaysia diakui telah dianggap antara pemimpin ulung dunia ke 3 dengan keberanian dan ketegasan memperjuangkan isu-isu negara-negara dunia ke 3 yang sering menjadi mangsa manipulasi kepada kuasa besar.
Tun M dengan yakin dan tanpa rasa takut telah melontarkan pelbagai kritikan terhadap kuasa-kuasa besar dunia. Singapura dan Australia juga turut menjadi sasaran Tun M.
Platform persidangan CHOGM di Kuala Lumpur pada tahun 1989 telah menjadi titik tolak kepada kejayaan menaikkan imej Malaysia di mata dunia dan secara tidak langsung turut berjaya melonjakkan nama Tun M dipersada dunia.
Dalam kesibukan Tun M mempromosi imej Malaysia dan dirinya di peringkat antarabangsa, kerja-kerja dan masalah yang dihadapi oleh UMNO dan kerajaan banyak diserahkan kepada Timbalannya Allahyarham Tun Ghafar. Tun M hanya membuat kenyataan bila perlu, tapi bila beliau bercakap, beliau mampu menamatkan sesuatu isu atau polimik yang menjadi mainan pembangkang.
Ini kaedah Tun M dalam mengendalikan persepsi rakyat terbanyak. Dia tak pakai kaedah macam PM dan pemimpin UMNO sekarang. Tun M tidak pernah ikut atau terikut-ikut dengan rentak dan permainan politik pembangkang. Sebaliknya pembangkang yang menjadi seperti "lebai malang" mengikut rentak politik Tun M.
Akhirnya, musuh dan seteru politik Tun M pun terpaksa akur dengan kebijaksanaan Tun M dalam menguruskan persepsi rakyat.
Isu rasuah, kroni, nepotisma, penyelewengan dana Petronas, isu kehakiman, isu raja-raja dan segala macam isu bukan tidak wujud pada zaman Tun M, malah lebih panas lagi jika dibandingkan dengan isu bodoh-bodoh yang dibawa oleh Anwar dan pembangkang hari ini.
Tetapi kenapa rakyat ketika itu tidak termakan semua isu mainan pembangkang? Kenapa persepi rakyat tetap kukuh dan menyebelahi kepimpinannya dan kerajaan BN. Kenapa hari ini bila pembangkang main surat akuan bersumpah palsu dan cincin permata yang nilainya kerap kali diubah ikut suka pembangkang pun, kerajaan gagal menangani persepsi negatif yang timbul?
Ketika pentadbiran Tun M, segala isu dan tuduhan yang dibawa walaupun banyak yang benar dan mempunyai asas kukuh seperti isu raja-raja dan kehakiman, pembangkang gagal memenangi persepsi rakyat. Tidak laku. Rakyat tidak percaya, kerana rakyat lebih percayakan kepimpinan Tun M. Rakyat negara ini bangga berPerdana Menterikan Tun M.
Jika PM Najib mampu mencari jalan untuk rakyat merasa yakin, bangga dan besar hati berPerdana Menterikan beliau, segala isu yang dibawa oleh Anwar hanya akan jadi ibarat mencurah air ke daun keladi saja. Atau pun Anwar akan jadi seperti anjing kurap yang menyalak burung hantu.
KELANTAN menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) dengan jaringan 1-0 pada separuh masa pertama perlawanan final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Kedudukanitu membolehkan pasukan bimbingan Bojan Hodak mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.
Gol Kelantan dijaringkan oleh Mohd Norfarhan menerusi hantaran kapten pasukan, Mohd Badhri Radhzi (Piya) pada minit ke-16.
Senarai barisan pemain Kelantan:
Azizi Matt Rose, Obinna Nwaneri, Nik Shahrul Azim, Mohd Shakir Shaari, Ahmad Fakri Saarani, Mohd Norfarhan, Mohd Duadsu, Badhri Radzi (K), Mohd khairul Fahmi, Dickson Nwakaeme, Zairul Fitree
Senarai barisan pemain JDT:
Mohd Al-Hafiz, Kamarul Afiq (K), Ahmad Tharmini, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha. Andre Francisco, Nurul Azwan Roya, Mohd Safee Sali, Muhd Nazri Ahmad, Jasazrin Jamaluddin, Mohd Farid Ramli
KUALA LUMPUR – Pakatan pembangkang terus memutarbelit fakta sebenar berhubung keputusan kerajaan Melaka membuka semula jalan raya di sekitar Jonker Walk pada setiap hari Sabtu dan Ahad semata-mata mahu memburuk-burukkan imej kerajaan negeri di mata masyarakat berketurunan Cina.
Meskipun telah diperjelaskan pembukaan semula jalan raya itu kepada lalu lintas bertujuan mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang serius di Bandar Hilir, tetapi pembangkang terus memperbesar-besarkan hal itu sebagai balasan Barisan Nasional (BN) terhadap pengundi Cina Melaka kerana mengundi pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
"Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron sengaja mahu menutup pasar malam Jonker Walk yang mempunyai kira-kira 300 peniaga dengan membuka kawasan itu kepada lalu lintas. Ini antara contoh yang paling teruk mengenai dendam politik dan tindak balas oleh BN selepas PRU13.
"Dakwaan Jonker Walk antara punca kesesakan trafik sama sekali tidak berasas. Bagaimana kerajaan BN boleh terus memungut cukai daripada orang ramai dan mendiskriminasi mereka hanya kerana mengundi calon dan parti pilihan mereka," dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu Kit Siang kononnya meminta kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang tidak mengamalkan politik balas dendam terhadap mana-mana pihak yang tidak mengundi parti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS pada PRU13.
Media pada 25 Jun lalu melaporkan kerajaan Melaka sebagai menerangkan bahawa kerajaan negeri itu tidak pernah mengarahkan perniagaan di Jonker Walk ditutup bagi aktiviti penjualan pelbagai barangan cenderamata setiap hujung minggu.
Sebaliknya, Ketua Menteri, Datuk Idris Haron menegaskan kerajaan negeri hanya membuat keputusan membuka semula jalan raya di sekitar Jonker Walk yang sebelum ini ditutup setiap Sabtu dan Ahad bermula dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam.
"Ada kekeliruan kerana kenyataan saya sebelum ini disalah tafsir, mesyuarat Exco sebelum ini tidak pernah mengarahkan operasi perniagaan di sepanjang jalan raya di Jonker Walk ditutup.
"Saya hanya mengarahkan jalan raya yang sebelum ini ditutup setiap Sabtu dan Ahad dibuka semula kepada lalu lintas bagi mengelak kesesakan di bandar raya Melaka," terang Idris. – mynewshub.my
ALOR SETAR - PR Kedah akan mewujudkan exco bayangan bagi memantau setiap aktiviti yang dilaksanakan kerajaan negeri berdasarkan portfolio masing-masing.
Ketua Pembangkang Dun, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, ia bertujuan memberi teguran kepada pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui BN supaya tidak melakukan kepincangan atau penyelewengan.
Beliau berkata, 'shadow cabinet' itu secara tidak langsung akan memberi penekanan kepada perkara baru atau lama yang tidak diteruskan selepas diperkenalkan pentadbiran PR.
"Apa yang berlaku sekarang ini menjadi pertanyaan orang ramai. Contohnya skim khafalah yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri PR sebelum ini. Apakah ia diteruskan atau sebaliknya.
"Jadi, perkara seperti ini yang akan kita pantau. Kita juga akan memastikan Adun pembangkang dapat menjalankan tugas sebaiknya untuk memberi pandangan yang bernas supaya Kedah terus disejahterakan, bukan sekadar aman dan makmur," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau yang juga Adun Anak Bukit berkata, portfolio berkenaan akan mencakupi keseluruhan 15 Adun PR merangkumi Pas, PKR dan DAP.
"Mungkin ada yang tidak disebut secara khususnya dipegang oleh portfolio mereka (exco) yang ada, tapi kita merasakan perkara itu penting dan akan memberi tugasan kepada Adun PR untuk melihatnya," katanya.
Amiruddin berkata, portfolio yang bakal dipegang oleh exco pembangkang nanti juga adalah sama dengan apa yang terdapat pada kerajaan negeri.
"Kita sudah ada draf Adun yang memegang portfolio tertentu. Bagaimanapun, kita akan bincang terlebih dahulu sama ada nak umumkan sebelum atau semasa persidangan dewan," katanya.
GEORGETOWN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memastikan tiada jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) genap bagi mengelakkan Dun tergantung, kata Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.
"SPR patut menambah sekurang-kurangnya satu kerusi Dun di negeri yang mempunyai jumlah kerusi genap," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Perkara itu katanya perlu dipertimbangkan oleh suruhanjaya berkenaan dalam melakukan persempadanan semula hujung tahun ini.
Beliau berkata demikian mengulas senario yang mungkin berlaku di Terengganu selepas PRK Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya Dr Abdul Rahman Mokthar dari BN, Selasa lalu.
Pada PRU13 5 Mei lalu, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon Pas, Napisah Ismail.
Pada PRU itu, BN Terengganu membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi Dun yang dipertandingkan.
Sekiranya pembangkang berjaya menawan kerusi Kuala Besut pada PRK ini, ia akan menjadikan masing-masing BN dan pembangkang menang 16 kerusi di Terengganu.
SHAH ALAM: Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dijangka melepaskan jawatan ketua sayap Umno pada pemilihan parti hujung tahun ini.
Rosnah, yang memegang jawatan itu sejak 2008, berbuat demikian kerana usianya sudah melepasi had kelayakan jawatan Puteri Umno yang menetapkan umur antara 18 dan 35 tahun sebagai ahli.
"Saya juga tidak akan bertanding dalam pemilihan Umno kali ini untuk sebarang jawatan kerana saya belum membuat sebarang keputusan," katanya.
Pemilihan Umno hujung tahun ini dijangka sengit apabila kelayakan bertanding dipermudahkan dan ia terbuka kepada lebih ramai ahli.
Pindaan Perlembagaan Umno pada 2009 menyaksikan jumlah ahli yang boleh mengundi bagi menentukan pucuk pimpinan tertinggi meningkat kepada kira-kira 150,000 orang, berbanding hanya sekitar 2,500 orang pada pemilihan sebelum ini.
Mereka juga akan memilih secara langsung pimpinan bahagian masing-masing, sekali gus menghapuskan sistem kuota yang membuka ruang seluas-luasnya kepada ahli untuk bertanding dengan syarat minimum bagi mana-mana jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno iaitu pernah memegang jawatan Ahli MT atau ahli jawatankuasa bahagian selama satu penggal.
Lelaki warga emas terbabit ditahan polis sebelum dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah reman.
BALING - Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan polis setelah didakwa merogol anak saudaranya yang baru berusia 10 tahun.
Lebih malang, tiga abang mangsa berusia 13, 15 dan 17 tahun dikatakan turut terlibat.
Lelaki terbabit ditahan di kediamannya pada jam 5.30 pagi di sebuah kampung di sini, semalam, manakala tiga abang mangsa dijangka ditahan hari ini kerana mereka dikatakan menetap di sekolah berasrama.
Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah berkata, menurut mangsa, dia telah dirogol beberapa kali sejak awal tahun lalu dan kejadian itu diketahui setelah mangsa mengadu kepada guru sekolahnya.
Menurutnya, kesemua mereka yang terlibat akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret esok untuk perintah reman.
SHAH ALAM: PAS bersedia berbincang bersama rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat - PKR - berhubung calon yang sesuai bagi mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut, Pakatan Rakyat hanya akan kemukakan satu calon pada pilihan raya kecil itu walaupun Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata PKR bersedia untuk mengemukakan calonnya.
"Pakatan Rakyat akan kemukakan satu saja calon. Kita akan bincang dalam Pakatan Rakyat, sama ada dari PAS atau PKR, kita akan bincang.
"(Setakat ini), tiada keputusan lagi. Awal lagi. Biar keluarganya tenang dulu. Belum apa-apa lagi, SPR pun belum buat keputusan apa-apa lagi,," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Kekosongan kerusi itu berikutan kematian penyandangnya, Dr Abdul Rahman Mokhtar, menyaksikan Terengganu sekali lagi menjadi negeri pertama yang akan mengadakan pilihan raya kecil (PRK) selepas PRU-13, 5 Mei lalu.
Pada PRU-13 lalu, perebutan kerusi antara PAS dan PKR amat ketara di Terengganu dengan pertindihan berlaku di DUN Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir.
Selain di Terengganu, pertindihan calon antara sesama parti pembangkang berlaku di Pulau Pinang apabila PAS menurunkan calonnya Mohd Yusni Mat Piah manakala PKR pula menampilkan Badrul Hisham Shaharin yang berhadapan dengan calon BN Datuk Mahmud Zakaria.
Selain itu, pertindihan juga berlaku DUN Kota Damansara.
Semua calon pembangkang tewas di kerusi-kerusi yang bertindih itu.
Mengulas lanjut Abdul Wahid berkata pemimpin Paktan Rakyat, kali ini akan kemukakan calon yang boleh menang (winnable candidate) di kerusi Kuala Besut.
"Kita akan duduk, parti-parti yang terlibat, dengar pandangan, lepas itu baru kita buat keputusan terbaik, parti mana dalam Pakatan Rakyat, itu kita akan buat keputusan," katanya sambil berjanji tidak akan berlaku isu pertindihan calon pembangkang lagi.
Beliau juga memberitahu, persediaan rapi akan dilaksanakan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat walaupun mengakui sukar untuk menentang kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu.
"Kita bertanding, untuk menang. Tiada yang bertanding untuk kalah. Kita akan pilih calon yang unutk mendapatkan kemenangan.
"Kita bekerja kuat, kita akan buat persediaan, susun strategi kita. InsyaAllah kita akan hadapi sebaik mungkin.
"Berdasarkan pengalaman kami, kita bertanding dalam pilihan raya kecil, parti lawan parti tapi sebenarnya kita lawan jentera kerajaan. Jadi, banyak kelebihan pada mereka. Itu situasi yang ada dalam sistem demokrasi negara kita," katanya.
BN kini mempunyai 16 kerusi berbanding PAS yang memiliki 14 kerusi dan PKR satu. Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, BN menang tipis apabila berjaya memenangi 17 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan itu.
BESUT - Empat murid perempuan sebuah sekolah rendah di sini, mengadu dicabul oleh seorang guru di dalam sebuah bilik di sekolah berkenaan pada 9 Jun lalu.
Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, guru lelaki itu didakwa mencabul murid tahun dua di bilik kesihatan sekolah berkenaan.
Kisah itu terbongkar pada 21 Jun lalu apabila salah seorang daripada murid tersebut telah memaklumkan kepada ibunya mengenai perbuatan guru terbabit. Kanak-kanak itu memberitahu, guru berkenaan telah melakukan perbuatan lucah terhadapnya dan dua lagi rakannya.
Sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, ibu kanak-kanak terbabit segera membuat laporan polis di Balai Polis Jertih pada 24 Jun lalu.
Ketiga-tiga murid tersebut tinggal di kampung sama dan berdekatan dengan sekolah tersebut. Manakala sumber memberitahu, mangsa keempat murid tahun dua sekolah sama tampil membuat laporan kelmarin, mendakwa turut menjadi mangsa guru tersebut.
Difahamkan, perkara itu terbongkar selepas ibu mangsa mendengar kes berkenaan lalu bertanyakan kepada anaknya sama ada dia turut dicabul guru tersebut.
Murid terbabit mengadu menerima nasib sama seperti rakannya dengan mendakwa guru berkenaan telah memasukkan jari ke dalam kemaluannya selepas menutup mata dan mulut dengan pita pelekat manakala kaki dan tangannya diikat dengan tali.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.
KUALA LUMPUR 28 Jun - Sifat gila kuasa yang dimiliki Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakibatkan Ketua Pembangkang itu sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai angan-angannya menjadi Perdana Menteri.
Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, Anwar sedang menghadapi situasi mental berikutan kegagalan pakatan pembangkang menerima mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Beliau yang pernah berganding bahu dengan Anwar ketika mengasaskan PKR memberitahu, Anwar berpegang teguh pada angan-angannya itu dan akan melakukan sesuatu bagi menggagalkan pihak yang menang.
"Kami yang lama mengenali Anwar tahu matlamat hidupnya yang ingin menjadi Perdana Menteri.
"Saya sendiri tidak faham bagaimana Anwar boleh begitu yakin pakatan pembangkang boleh memenangi PRU-13 dengan menjadikan bilangan penyokong yang menghadiri ceramah sebagai kayu pengukur kerana keyakinan itu tidak berasas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Chandra mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13.
Tambah Chandra, Anwar akan terus berpegang pada keyakinan tidak berasas itu selagi ada pihak yang menyokongnya dari belakang.
"Namun, saya berpandangan, sokongan terhadap Anwar dari dalam dan luar negara kini semakin merosot," ujarnya.
Dalam pada itu, bekas rakan seperjuangan Anwar semasa mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ismail Mina Ahmad menyifatkan Penasihat PKR tersebut sebagai seorang yang khayal.
Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) menjelaskan, keputusan PRU-13 secara logiknya menyebabkan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.
"Bagaimanapun sifat Machiavellinisme pada diri Anwar mendorongnya menggunakan pendekatan sosiologi termasuk menganjurkan demonstrasi jalanan seperti yang disarankan penulis Barat, Gene Sharp bagi membantah keputusan PRU-13.
"Kita bimbang kecelaruan akan berlaku dalam masyarakat ekoran pengaruh mobilisasi sosial yang didalangi Anwar," katanya.
Ismail Mina turut berpandangan, pengaruh Anwar tidak boleh dipandang remeh kerana beliau mempunyai jaringan luas dan hati cukup keras untuk melaksanakan perancangannya.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Khas untuk penyokong Kelantan atau Johor yang berada di luar negara atau yg tidak sempat menyaksikan live perlawanan akhir Piala FA di kaca TV malam ni. Saksikan di skrin di bawah (CLICK TO PLAY) bermula jam 8 malam nanti.
Kita sama2 saksikan satu perlawanan mantap yang julung2 kali dikeudarakan secara live streaming... dibawakan oleh
Menang kontroversi - sebelum ni pasal makan Mc D, selepas dok balun-balun, dia yang kantoi; youtube iklan raya, ustaz ajar bayar duit je boleh setel masalah, dan tuduh Dr Fathul Bari gaji RM15,000 tapi tanpa bukti - ustaz, ustaz - ustaz zaman akhir zaman....
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala."
Yang kerja dan makan Mc Donald ni kena tolak ustaz yang suka-suka
Sifat gila kuasa yang dimiliki Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakibatkan Ketua Pembangkang itu sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai angan-angannya menjadi Perdana Menteri
Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, Anwar sedang menghadapi situasi mental berikutan kegagalan pakatan pembangkang menerima mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Beliau yang pernah berganding bahu dengan Anwar ketika mengasaskan PKR memberitahu, Anwar berpegang teguh pada angan-angannya itu dan akan melakukan sesuatu bagi menggagalkan pihak yang menang.
"Kami yang lama mengenali Anwar tahu matlamat hidupnya yang ingin menjadi Perdana Menteri.
"Saya sendiri tidak faham bagaimana Anwar boleh begitu yakin pakatan pembangkang boleh memenangi PRU-13 dengan menjadikan bilangan penyokong yang menghadiri ceramah sebagai kayu pengukur kerana keyakinan itu tidak berasas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Chandra mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13.
Tambah Chandra, Anwar akan terus berpegang pada keyakinan tidak berasas itu selagi ada pihak yang menyokongnya dari belakang.
"Namun, saya berpandangan, sokongan terhadap Anwar dari dalam dan luar negara kini semakin merosot," ujarnya.
Dalam pada itu, bekas rakan seperjuangan Anwar semasa mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ismail Mina Ahmad menyifatkan Penasihat PKR tersebut sebagai seorang yang khayal.
Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) menjelaskan, keputusan PRU-13 secara logiknya menyebabkan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.
"Bagaimanapun sifat Machiavellinisme pada diri Anwar mendorongnya menggunakan pendekatan sosiologi termasuk menganjurkan demonstrasi jalanan seperti yang disarankan penulis Barat, Gene Sharp bagi membantah keputusan PRU-13.
"Kita bimbang kecelaruan akan berlaku dalam masyarakat ekoran pengaruh mobilisasi sosial yang didalangi Anwar," katanya.
Ismail Mina turut berpandangan, pengaruh Anwar tidak boleh dipandang remeh kerana beliau mempunyai jaringan luas dan hati cukup keras untuk melaksanakan perancangannya.
Semalam tersebar meluas di facebook ( Analisis Politik Terkini ) kerajaan DAP menganjurkan dinner bersama warga kontraktor Melayu P.Pinang . Rupa-rupanya ada cerita udang disebalik mee mengenai dinner semalam .
Untuk kontraktor Melayu P.Pinang yang tidak menghadirkan diri ke majlis bersama apek komunis DAP ini akan disenaraikan hitamkan daripada mendapat projek kerajaan negeri .
Lihatlah bagaimana apek DAP ini jual orang Melayu ...tak nak syarikat disenaraikan hitamkan ..lu kena hadir dinner bersama gua ...hahaha ...
Selain itu , ada seekor kontraktor iaitu Dato Izhan yang didakwa dah naik darjatnya menjadi Pengkhianat Melayu setaraf pemimpin dalam PKR & PAS ..
Dia melobi projek kerajaan DAP untuk kroni bagi dirinya untuk pertandingan merebut jawatan Presiden PKMPP . Sudah tentulah nanti dalam pertandingan persatuan kontraktor ini , beliau sah mewakili barisan konco kerajaan DAP .
Macam-macam strategi la ni regim DAP ini buat untuk pecahbelahkan orang Melayu ...
mula-mula dia sentuh kalimah Allah , selepas itu isu peniaga Melayu Uptown Bandar Perda ..kali ini dalam persatuan kontraktor Melayu pulak di negeri ini ....
Where to start setelah lama tidak berkarya...apapun, syukur alhamdulillah...mungkin agak lewat untuk mengucapkan tahniah namun BN masih lagi diberi kepercayaan untuk mentadbir Perak seterusnya Malaysia. Namun begitu, harus diingat kepada semua ADUN dan MP yang telah dilantik. Tolonglah BERKHIDMAT kepada rakyat kerana anda-anda berada di sana atas UNDIAN rakyat. Sila note that down...Tahniah juga kerana semua ADUN di Perak telah berjaya mengangkat sumpah pada Sidang DUN Perak semalam.
Namun dalam sedar tak sedar, bila Awekz tengok betul-betul. Bila Awekz perhatikan, tersedar dari lamunan seketika. Macam lagu pula rasanya, bila akhbar Sinar Harian ni, Awekz rasakan taksub dengan Nizar Royan. Betul ke apa yang Awekz rasa ni? Ada kawan-kawan yang boleh bagi jawapan tak? Awekz juga rasakan yang Sinar Harian tak berapa nak ngam dengan MB Perak, YAB DS Dr. Zambry. Ataupun, Sinar Harian turut meroyan macam Nizar Royan yang masih merasakan dia MB Perak? Lalu terlintas di fikiran Awekz... Sinar Harian kah atau Sinar Harakah???
Tertanya-tertanya sendirian...Adakah Sinar Harian dalam sedar atau tidak dibiayai oleh pembangkang. Sebagaimana Utusan, Berita Harian dikatakan dibawah pengaruh Barisan Nasional...Adakah mungkin mereka juga begitu, cuma kisahnya..benarkah mereka suara cakna komuniti kita? Atau mungkin juga, Sinar Harian pukul lalu semua yang ada kerana yang pasti, keuntungan menjadi agenda. Benar atau tidak, tepuk dada tanya hati.
Awekz: Yang tersurat kadangkala tidak kelihatan di mata dan yang tersirat kadangkala tidak lahir dari hati. fikir-fikirkan...