Ahad, 5 Disember 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Majlis Tindakan Dun Dabong

Posted: 05 Dec 2010 11:18 PM PST

Majlis Tindakan Dun Dabong


Sebuah Janji

Posted: 05 Dec 2010 03:14 PM PST


Tapi hakikatnya DISINI

Waspada Di Musim Banjir

Posted: 05 Dec 2010 07:11 AM PST


Adun Dabong, YB Arifabillah Ibrahim (gambar) mengingatkan semua penduduk di Dun Dabong agar berhati-hati dan berwaspada dalam menghadpi musim banjir kini. Beliau mengingatkan kepada seluruh penduduk terutama yang berhampiran dengan sungai agar mengawasi anak-anak supaya tidak bermain di sungai yang sedang melimpah.

Disamping itu juga, beliau juga meningatkan kepada penduduk supaya patuh kepada arahan pasukan penyelamat apabila diarah pindah dan sebagainya. Penduduk juga diminta menyelamatkan segala dokumen-dokumen penting semasa berpindah dan menjaganya dengan baik.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Majlis Tindakan Dun Dabong, disini semalam. "Pejabat Urusan & Khidmat Masyarakat Dun Dabong telah bersedia menghadapi musim banjir ini dengan kelengkapan makanan dan keperluan-keperluan yang lain jika ada penduduk yang berpindah dan menjadi mangsa banjir nanti." ujarnya ketika ditemui di pejabat beliau di Dabong. Menurutnya lagi, setiap mukim telah diwujudkan jawatankuasa banjir yang diketui oleh penghulu setiap mukim.

Dun Dabong mempunya 7 mukim dan kesemua mukim tersebut berpotensi mengalami bencana banjir ini terutama di kawasan-kawasan rendah dan berhampiran dengan Sungai Galas dan Sungai Pergau.

Seperti tahun-tahun yang sudah, beberapa kampung di Dun Dabong mengalami kemusnahan yang agak teruk dalam bencana banjir ini. Diharap agar seluruh penduduk bersedia dan berhati-hati dalam menghadapi musim banjir ini.

Dabong, 05 Disember 2010
23.17

Idris Ahmad

Posted: 05 Dec 2010 11:11 PM PST

Idris Ahmad


Semarakkan Kemarahan Rakyat Di Atas Kain Rentang

Posted: 05 Dec 2010 05:32 PM PST

Parti Islam Semalaysia Pas mengharapkan rakyat dapat "sekolahkan" pemimpin BN melalui kuasa politik. Pemimpin yang tidak memperdulikan rakyat ini hanya takut dengan azab dunia iaitu apabila kuasa mereka ditumbangkan oleh rakyat. Setelah mereka merasakan rakyat bertambah yakin melalui peti undi pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi maka mereka sudah lupa kepada rakyat dan tidak mahu mengambil tahu tentang derita rakyat.

Kenaikan barang 4 dalam 1 pada 4 Disember 2010, memang tidak boleh diterima oleh akal. RON 95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, Gas  naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula naik 20 sen menjadi RM2.10 sen.

Biasalah hujah yang membodohkan rakyat dengan ungkapan penyelarasan dan subsidi dikurangkan. Negara Singapura masih mahal berbanding dengan Malaysia. Kenapa tidak ambil contoh Brunai dan negeri yang ada minyak. Singapura walaupun mahal tetapi kuasa membeli rakyatnya tetap tinggi dan Singapura bukan negeri pengeluar minyak.

Pas mengharapkan seluruh jentera penerangan Pas dan Pakatan Rakyat  mesti bangkit untuk menimbulkan kesedaran politik di kalangan rakyat terutama mereka yang tidak banyak menggunakan media baru. Justeru itu semua cawangan Pas mesti menaikkan kain rentang di setiap kampung terutamanya, untuk membangkitkan kesedaran bahawa negara di dalam bahaya apabila diperintah oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Tanamkan kesedaran kerajaan mesti ditukar kepada Pakatan Rakyat.

Di antara perkataan  yang boleh ditulis di kain rentang dan diletakkan di tempat yang strategi dengan huruf yang besar dan ditukar dua minggu sekali untuk memaklumkan kepada rakyat supaya wajib tolak Bn dalam pilihanraya akan datang. ” Terima Kasih BN Kerana Naik Harga Petrol, Diesel, Gas dan Gula" "Barang Naik,Rakyat Kena Dulu""Beri Kuasa Pada PR Kalau Tidak Boleh Jaga Rakyat" "Kerajaan PR Teruji Dan Terbukti Membela Rakyat""Pemimpin Kaya Rakyat Terseksa""Pemimpin Joli Rakyat Tidak Dipeduli""Jangan Biarkan Anak Cucu Kita Melarat""Tolak BN Anda Mampu Mengubahnya""Kami Rakyat Bermaruah Akan Tolak BN" "Barang Naik, BN Tidak Pandai Memerintah" "Tugas Kerajaan Jaga kebajikan, Bukan Tekan Rakyat" "Selamatkan Negara Daripada Muflis""Mana Wang Petronas Dihabiskan""Negara Malaysia Bukan Padang Pasir Yang Tidak Ada Hasil""Kemana hasil Balak,Kelapa Sawit,Getah, Mutiara, Pasir Dihabiskan?""Pemimpin BN Bela Kroni Dan Anak Bini""Anda Sayang Keluarga,Bangkit Tolak BN"


Filed under: Pilihanraya, Politik

Demo Air Rakyat, Tahniah Kepada Anak Muda

Posted: 05 Dec 2010 04:55 PM PST

 Parti Islam Semalysia Pas mengucap tahniah dan syabas di atas keberanian rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor kerana berjaya mengadakan himpunan aman di perkarangan Masjid Negara pada 5 Disember 2010. Walaupun himpunan ini berakhir dengan tembakan dan tangkapan yang dibuat oleh polis secara melulu menyebabkan ada yang tercedera. 

Tahniah khusus kepada 70 peratus anak-anak muda yang berumur 30 tahun kebawah datang untuk menyatakan bantahan. Kedatangan mereka memberi isyarat kepada Umno Bn, bukan jalan mudah mereka untuk menang selesa dalam PRU akan datang. Generasi muda tidak rela hak mereka diperkosakan oleh kerajaan BN. Pada mereka sudah cukup setengah abad pertama ibu bapa mereka ditipu, mereka tidak akan biarkan sejarah setengah abad kedua menimpa mereka. Mereka akan mencipta sejarah baru dan membentuk pemetaan politik baru di negara ini. Kenapakah pihak polis tidak guna akal yang waras untuk menghadapi himpunan aman ini. Jika tidak ada porovokasi daripada polis himpunan akan berjalan dengan aman, contohnya ketika himpunan BERSIH 10 November 2007 tidak ada satu pasu bunga pun yang dipecahkan walaupun kehadiran hampir 100 ribu orang. Air dan gas yang mereka gunakan wang rakyat. Bukankah polis tidak tahu, kantong negara semakin kurus, kenapa perlu dibazirkan wang, sehingga polis hanya dapat bonus RM500 sahaja tahun ini. Sedangkan ini adalah perjuangan untuk polis, sama-sama dapat menikmati air percuma daripada kerajaan yang berjiwa rakyat.


Filed under: Demontrasi, Politik

PAS KAWASAN BAKRI

Posted: 05 Dec 2010 09:43 PM PST

PAS KAWASAN BAKRI


TNB: Senarai IPP

Posted: 05 Dec 2010 01:35 AM PST


Kita nak tahu juga berapa subsidi yang diberi kepada IPP ini oleh kerajaan iaitu sumber bahan bakar.
Gas masak dah naik, tapi bagaimana subsidi IPP ni?

Sumber Klik disini

Apa BN dah buat: Ekonomi negara ke arah mana?

Posted: 05 Dec 2010 01:02 AM PST

Menurut Anwar, apa yang dikesali ialah kerajaan Umno-BN begitu ghairah menjimat RM126 juta hasil pemotongan subsidi terbaru rakyat tetapi sanggup membayar RM131 juta ringgit kepada perunding-perunding asing.

Bayaran lumayan itu dibuat untuk menubuhkan agensi PEMANDU dan sebagai kos operasi setahun agensi berkenaan.

"Apakah kewibawaan yang ada pada kerajaan untuk mengambil RM126 juta dari rakyat miskin untuk membayar perunding asing RM66 juta bagi menubuhkan sebuah unit kerajaan dan sebanyak RM65 juta lagi sebagai kos operasi," katanya.


Bangunan Warisan 100 tingkat yang dijangka memakan belanja bilion Ringgit.
Andai kata wang ini digunakan untuk memantapkan sektor pendidikan, insya-Allah rakyat Malaysia bukan sahaja celik huruf malah boleh menjana pendapatan negara dengan kutipan cukai pendapatan.


Skandal PKFZ yang memakan wang rakyat hasil daru kutipan cukai hingga bilion Ringgit. Masih belum selesai. Kita tunggu keputusan mahkamah. Apa yang hendak rakyat perhatikan BN/Umno/MCA tidak pandai mengurus ekonomi negara.
Inikah yang dikatakan bijak mengurus ekonomi negara. Hutang luar negara pun dah ratusan bilion Ringgit.
RM200,000,000,000.000 [ambil rambang]. Banyak tu, gaji aku pun baru 4 digit nak sampai 5 digit mungkin kena buat kerja part time.

Ini belum lagi bab "claim" yang tidak munasabah contohnya harga skru driver sebatang sehingga puluhan ringgit, sarapan pagi exco-exco kerajaan negeri [merujuk ucapan MB Perak DS Nizar] dan sebagainya.

Kalau dibiarkan lagi mereka [Umno/BN] memerintah negara, alamat punahlah negara. Lihat apa sudah jadi dengan Zimbabwe hingga kadar inflasi mencecah ribuan peratus.

Pemerintah yang bijak dan bertanggungjawab harus mengutamakan kesejahteraan rakyat dan bukan menyusahkan. Kalau setakat slogan, budak sekolah pun boleh buat.

MASA UNTUK BERUBAH tolak Umno/BN

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SRI GADING

Posted: 05 Dec 2010 09:23 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SRI GADING


Doa awal dan akhir tahun

Posted: 05 Dec 2010 07:26 PM PST


assalamu'alaikum,


berikut adalah artikel yang saya ambil daripada laman web "http://web.islam.gov.myinsyaAllah sedikit sebanyak kita dapat menimba ilmu daripada artikel tersebut.

QUOTE:

PENDAHULUAN 

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang menciptakan alam ini tanpa sedikit kecacatan. Yang menjadikan manusia dengan penuh sifatnya. Maha Besar Allah, Tuhan semesta alam. 

Selawat dan salam semoga terlimpah pada Rasul mulia, junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabatnya, dan para penerusnya yang mengikuti mereka sehingga kiamat. 

Wahai sahabat-sahabatku se-Islam sekalian, takutlah akan Allah. Bertawakallah kepadaNya. Bersama-samalah kita saling ingat-mengingati ke arah kebenaran. Semoga tergolong di dalam golongan yang telah dijanjikan Allah kemualiaan di sisiNya. Insya Allah. 

Doa merupakan satu anugerah Allah yang telah dikurniakan kepada kita. Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah saw yang sahih berkisar mengenai doa ini. Bahkan Allah telah menyediakan pula waktu-waktu mustajab untuk kita berdoa. Namun kita mesti juga akur bahawa segala ibadat yang kita lakukan mestilah berlandaskan dalil yang kukuh dan bukannya akal semata-mata. 

Allah berfirman yang bermaksud: 
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah saw itu tauladan (contoh ibadat) yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat serta dia banyak mengingati Allah." 
Surah Al-ahzab ayat 21 

Allah juga telah berfirman: 
"Pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu buat kamu dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku atas kamu, dan telah Aku redhai Islam menjadi agamamu." 
Surah Al-Maidah ayat 3 

Rasulullah saw bersabda: 
"Sesiapa yang melakukan sesuatu amal yang bukan perintah kami(Allah dan RasulNya), maka amalan itu tertolak." 
Hadis riwayat Muslim 

Imam Syafi'I juga pernah menegaskan dalam kitabnya Ar-Risalah dengan kata-kata beliau yang masyhur: 
"Sesiapa yang beristihsan (menyangka baik sesuatu amalannya yang direka), beerti dia telah membuat satu syariat dan sesiapa yang membuat syariat, maka ia sudah kafir." 

Maka di sini terang mengatakan bahawa ibadat itu tidak boleh di ambil mudah. Hujah akal tidak menghalalkan sesuatu ibadat. Kerana asal sesuatu ibadat itu haram selagi tidak ada dalil yang mengharuskannya. 


Doa Awal dan Akhir Tahun 

Insya Allah pada kali ini, kita akan membuat kesimpulan/ringkasan mengenai isu amalan awal muharam. Untuk memudahkan kita, Kami akan mengkhususkan kesimpulan kita ini berkisar mengenai amalan doa awal dan akhir tahun. 

Berikut adalah doa yang dimaksudkan: 

Awal tahun 
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam". 

Akhir tahun 
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam". 

Manakala berikut ini adalah fadhilat serta kaedah pembacaan yang sering kelihatan: 


Quote: 
Ibnu Abbas berkata: "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu". 

Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun". 

Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan". 

Bacalah doa awal tahun berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah. 

Bacalah doa akhir tahun sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam. 

Kami telah cuba untuk mencari serta menjejak kesemua fadhilat serta kaedah pembacaan di atas, namun sayangnya hasil pencarian kami tidak membuahkan sebarang hasil. Bukan hanya kitab-kitab hadis sittah, malahan kitab hadis dhaif dan palsu juga telah kami cuba mencarinya namun hasilnya serupa, hampa. 

Bukan di situ sahaja usaha kami, bahkan fatwa-fatwa dan sumber dari ulama'-ulama' luar negara selain nusantara telah kami selongkar, tapi juga tidak membuahkan hasil. Maka kami telah membuat kata putus bahawa semua fadhilat serta kaedah pembacaan yang dinyatakan di atas adalah batil dan tidak sabit pada nas al-Quran dan hadis sahih. 

Rasulullah saw telah bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari yang beerti: 
"Barangsiapa yang beramal dengan sesuatu amalan yang tidak ada hubungan dengan urusan kita, maka ia tertolak." 

Maka di sini telah jelas bahawa barangsiapa yang mengamalkan amalan awal Muharam(Doa Awal dan Akhir Tahun), beriqtikadkan bahawa ia mempunyai kelebihan sepertimana yang digambarkan, apatah lagi mengatakan amalan ini adalah sunnah Rasulullah saw, maka amalannya tertolak. Dan Allah Rasulullah saw juga telah memberi amaran kepada mereka yang berdusta terhadap baginda saw dalam hadis sahih yang bermaksud: 
"Barangsiapa yang melakukan pendustaan ke atasku dengan sengaja, maka sediakanlah tempat duduknya di dalam neraka." Hadis Mutawtir 

Ibnu Mas'ud pernah berkata yang bermaksud: 
"Hendaklah anda sekalian mengikuti apa saja yang dibawa oleh Rasulullah saw dan jangan anda mengada-adakan sesuatu yang baru. Sesungguhnya sudah cukup bagi anda sekalian(sunnah yang dibawa oleh Rasulullah saw)." 

Ibnu Abbas juga pernah berkata: 
"Hendaklah anda sentiasa bertaqwa kepada Allah dan beristiqamah. Ikutilah(apa saja yang disunnahkan oleh Rasullah saw) dan janganlah anda mengada-adakan sesuatu yang baru." 


Kesimpulan 
Doa pada asal memang terdapat dalam Islam. Dalilnya cukup banyak. Baik di dalam Al-Quran maupun hadis-hadis sahih. Namun begitu, terdapat juga sesetengah pihak yang menaylahgunakan konsep berdoa itu yang sebenar. Mereka menciptakan waktu-waktu khas yang kononnya mustajab yang tidak sabit dari al-Quran dan hadis, mereka menciptakan fadhilat-fadhilat yang kononnya memberi ganjaran apabila dilakukannya dan bermacam-macam lagi. Kesan dari itu wujudlah sepertimana yang sedang kita bincangkan ini iaitu doa awal dan akhir tahun. 

Kami berpendapat adalah tidak salah untuk dibacakan doa-doa tersebut. Kerana berdoa memanglah digalakkan. Tetapi doa tersebut tidaklah seharusnya dijadikan satu amalan yang dilakukan hanya kerana datangnya tahun baru. Apatah lagi dikaitkan doa tersebut kononnya sabit dari Rasulullah saw. Juga mengatakan dengan membacanya maka akan diperolehlah fadhilat-fadhilat tertentu. Kerana kesemua riwayat yang berkaitan doa awal dan akhir tahun ini adalah batil. 

Ingatlah pada sebuah hadis yang masyhur yang bermaksud: 
"Sesungguhnya benar-benar hadith(percakapan) itu ialah kitab Allah. Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad saw. Manakala sejahat-jahat urusan itu ialah yang diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid'ah manakala setiap bid'ah adalah sesat." Hadis riwayat Muslim 

Dalam hadis riwayat An-Nasai pula terdapat tambahan: 
"….dan setiap kesesatan itu di dalam neraka." 

Doa tersebut boleh saja dibaca pada lain-lain waktu. Bukan dikhaskan hanya pada awal dan akhir tahun sahaja. 

Beginilah pendapat dan pegangan kami. Sekiranya terdapat sesiapa yang mungkin dapat mengutarakan dalil dari al-Quran dan hadis yang sahih berkaitan amalan ini haraplah berbuat demikian. Kerana sesungguhnya kami hanyalah hamba Allah yang lemah. 


Sekian. Wassalam 



Rujukan 
Fatwa Islamiyah 
-Sheikh Abdul Aziz bin Baz 
-Sheikh Muhammad bin Salih Al-Uthaimin 
-Sheikh Abdullah bin Abdur-Rahman Al-Jibreen 
-The Permanent Committee and the decisions of Fiqh Council 
Disusun oleh Muhammad bin Abdul Aziz al-Musnad 

Khilafiah, Bid'ah dan Maslahah Umum 
Oleh Ustaz Basri Ibrahim 

Bid'ah Menurut Ahli Sunnah 
Oleh Rasul Dahri 

Du'a – The Weapon of the Believer 
Oleh Abu Ammaar Yasir Qadhi 

www.Islamonline.com 

Islam Question and Answer website 

SJ-1162: Sambutan awal muharam 

http://islam.tc/ask-imam/index.php


END QUOTE

Allah lebih mengetahui

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 05 Dec 2010 09:12 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


VERBATIM UCAPAN YB SUNGAI ABONG DALAM PERBAHASAN BAJET NEGERI JOHOR 2011

Posted: 05 Dec 2010 10:12 AM PST

Y.B. Dato' Speaker : Ada lagi Yang Berhormat,kalau ikut catatan masa saya izinkan Yang Berhormat ucap dalam 8 minit sahaja.Lain kali jangan ambil penghujunglah.

Y.B. Dr Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sg Abong) : Yang Berhormat Dato' speaker,ini dah kira masa parah,masa cedera...

Y.B. Dato' Speaker : Yalah. Masa dah tamat, silap saya.

Y.B. Dr Sheikh Ibrahim : Kwerana saya perasan semua dalam kepala, kalau tidak dapat diluahkan 7 bulan tidak dapat tidur saya...

Y.B. Dato' Speaker : Nasib baik saya bagi cakap,kalau saya tidak bagi cakap, boleh jadi pengsan jadinya. (Dewan ketawa). Dah bagi cakap teruskan jelah. 8 minit,ok.Hari Jumaat ini.

 Y.B. Dr Sheikh Ibrahim : Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker.Pertama-tama saya ingin mengucapkan,terpaksa saya bahas secara kubgfulahlah ni.

Y.B. Dato' Speaker: Ha, ya, itu elok,makna dah suntuk masa.

Y.B. Dr Sheikh Ibrahim : Pertama sya hendak mengucapkan tahniah kepada Y.A.B. Menteri Besar Johor yang mana telah dapat membentangkan suatu belanjawan yang atas kertas nya satu belanjawan yang surplus dan saya berdoa  dan mengharapkan bahawa ia terus surplus dan bahkan lebih-lebih lagi bukan setakat RM2.7  juta.
Kalau mengikut Laporan Ketua Audit Negara yang telah dibentangkan ,tetapi tak dibentangkan di dalam Dewan ini    sepatutnya dibentangkan dalam Dewan ini,wajib,supaya kita dapat nilai dan kita bahas bersama.
Kalu kita imbas kembali Belanjawan Tahun 2009,2010 yang mana kalau kita ingat defisit belanjawan hanyalah RM1.5 atau 1.6 juta tapi setelah diaudit,diurus, dibelanja, maka defisit sebenar adalah RM78.6 juta.Jadi saya sangsi,saya harap tidak begitu.Dan pada tahun ini benar-benar surplus.

Y.B. Dato' Speaker,

Saya nak buat satu rumusan yang telah dibentang oleh Ketua Audit Negara bahawa  RMK-9 akan habis tempoh pada tahun ini bulan 12.Kita hanya ada masa satu bulan lebih sahaja.Dah angka 5 tahun,kerajaan telah meletakkan ceiling perbelanjaan sekitar RM1.3 bilion untuk dihabiskan belanja sehingga akhir tahun ini, RM1.37 bilion,tapi malangnya , amat malang, setakat  akhir tahun  2009, sekitar 59.2% sahaja yang telah dibelanja. Selama 4 tahun, tak sampai 60% ceiling peruntukan  itu kita belanja, kita da satu bulan .

Kalau saya nak terangkan, nak nyatakan jabatan-jabatan yang prestasinya tak sampai 50% pun ada. Tahniah kepada YAB Menteri BesarJohor yang telah membelanjakan hampir sekitar  100% . Suatu, ini yang dah lebih overactive. Masa ada setahun lagi dah habis,hampir 100%.Mungkin ada baiknya, tahniah, tapi yang malangnya ,jabatan-jabatan seperti JKR, maaf Pejabat Agama yang telah berbelanja kurang daripada 40%.

Y.B Dato' Speaker : Pejabat Agama pun tak belanja ya?

YB Dr Sheikh Ibrahim : Saya hairan.Saya rasa dan saya rasa perlu diberi penjelasan , apakah kekangan,masalah,rintangan,walaupun  disebut dalam penyata itu , ada yamg ditarik balik . ada yang tidak siap, ada yang macam-macam, jadi saya rasa perlu diberi penjelasan kepada Ahli Yang Berhormat sekelian , kerana mas kita dah tinggal satu bulan sahaja lagi,yang mana  RMK-9 ini diolah begitu rupa  supaya untuk memacun negeri ini .menuju kepada Negeri Maju pada tahun 2020.

Pelancongan hanya, dahlah  peruntukan tak banyak RM15 juta untuk 5 tahun,belanja RM5 juta.Apakah masalahnya? Tak pandai nak belanja ke, ditarik balik ke, tak ada program ke atau rancangan ,  kalau tengok rancangan daripada pelancomgan tu macam-macam. Kita sudah kenal pasti, kita akan kenal pasti, dari semasa ke semasa.Semau kenal pasti sahaja. Jadi ini bukanlah,ini contoh bukan saya nak apa, menuduh. ini masalah bersama, kalau ada masalah , tolong bentangkan masalah supaya akan datang  kita masuk pada RMK yang ke-10 , kita dapat tingkatkan prestasi kita.

Duit yan begitu banyak ,saya sayang dan saya bimbang , peruntuksn ysng lebihan  berapa, yang tidak dibelanjakan sekitar RM600 juta  lagi akan ditarik balik.Jadi pada saya ini adalah satu perkara yang besar ,yang perlu kita beri perhatian.

Jadi tolong, segala cadangan-cadangan Ketua Audit Negara , tolong, ini arahan untuk meningkatkan prestasi Perjalanan Kerajaan Negeri kita.

Sekian,terima kasih.

TARIF BARU AIR JOHOR - SUDAHKAH KAH ANDA SEMAK BIL AIR BULAN NOVEMBER ?

Posted: 05 Dec 2010 08:36 AM PST

TARIF AIR SAJ HOLDINGS S/B DAHULU........
(Dahulu PEMBERITAHU !)

PEMBERITAHU


Kategori Pengguna
Kadar (m3)
Harga bagi
satu bulan (RM)
Bayaran Minima
Satu bulan /sebahagian
daripadanya (RM)
1. Rumahtangga
  0 - 15
16 - 30
31 -  45
46 -100
     >100
0.38
1.31
1.82
2.20
2.23
 4.00
2.Perdagangan
 0 – 20
     >20
2.22
2.96
18.48
3. Bangunan      
    Kerajaan
Purata
2.13
 9.24
4. Kapal-kapal
Purata
5.20
-
6..Ladang-ladang
Purata
1.14
-
7. Pangsapuri
   (Meter Pukal).
Purata
1.18
 4.00

TARIF AIR SAJ HOLDINGS S/B SEKARANG.........
(Sekarang KENYATAAN !)

KENYATAAN


Jenis Kegunaan (kod tarif)
Kadar tiap-tiap satu meter
Pada (sebulan) RM
Kadar Minimum (setiap bulan atau sebahagian daripadanya) RM
 Domestik (1)
0 m3  hingga 20 m3             0.60
Lebih 20 m3 hingga 35 m3  1.65
Lebih 35 m3                         2.96
            5.00
 Komersial (2)
0 m3 hingga 35 m3              2.60
Lebih  35 m3                        2.96
           25.00
 Kerajaan  (3)
Kadar rata                      2.80
           25.00
Perkapalan (4  & 5)
Kadar rata                      7.00
           30.00
Kuarters Estet – Pukal (6)
Kadar rata                      1.15
           10.00
Rumah Pangsa – Pukal (7)
Kadar rata                      1.35
           15.00

________________________________________________________________________________

INILAH KENYATAAN SAJ HOLDINGS SDN BHD BARU BARU INI
Pelarasan tarif air Johor

JOHOR BAHRU - SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ Holdings), operator bekalan air di negeri ini semalam mengumumkan pelarasan tarif air berkuat kuasa 1 November ini bagi seluruh Johor sebagaimana yang diluluskan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SAJ Holdings, Abdul Wahab Abdul Hamid berkata, pelarasan itu tidak membebankan pengguna di negeri ini di mana kenaikan bil air kepada pengguna-pengguna majoriti adalah purata RM1.85 sebulan sahaja. 

Bagaimanapun ia mempunyai elemen-elemen bagi menggalakkan penjimatan penggunaan air di kalangan pengguna sambil mengekang pembaziran air yang melampau.

"Pelarasan ini juga dapat memenuhi peningkatan kos operasi bekalan air yang meningkat serta untuk membina aset baru yang akan membantu SAJ Holdings untuk menyediakan bekalan air yang berterusan dan berkualiti kepada rakyat Johor.

"Di samping itu, selepas pelarasan ini dilaksanakan, pengguna berhemah  yang menggunakan hanya 20,000 liter air sebulan akan mendapat penjimatan 25 sen sebulan daripada bil bulanan asal mereka, iaitu bayaran pada RM12.25 pada kadar tarif lama kepada RM12.00 pada kadar tarif baru ini untuk 20,000 liter. 
Bagi pengguna yang menggunakan 25,000 liter air sebulan pula, peningkatan bil bulanan adalah amat minima iaitu sebanyak RM1.45 sahaja," katanya.

Menurut Abdul Wahab lagi, dengan pelarasan ini juga sebagai program tanggungjawab korporatnya dalam memberi rebat-rebat percuma bagi golongan miskin tegar dan miskin.

Golongan miskin tegar katanya, akan menerima rebat percuma air sebanyak 20,000 liter sebulan manakala golongan miskin diberikan rebat percuma sebanyak 10,000 liter sebulan. 
Golongan ini dikenal pasti melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli (JHEOA). Program ini juga adalah salah satu dari inisiatif Kerajaan Negeri Johor untuk memberi bantuan kepada golongan miskin dan miskin tegar.

"Pelarasan ini sudah melalui beberapa forum perbincangan sebelum ianya diputuskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan seterusnya direstui pihak Kerajaan Negeri dan pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)," katanya.

Pelarasan tarif itu juga mewajarkan pulangan yang setimpal bagi memperbaiki perkhidmatan SAJ Holdings kepada pelanggan-pelanggannya serta untuk berdaya maju dalam jangka masa yang panjang ke arah kemampanan jangkapanjang dalam industri.

Ini bermakna instalasi bekalan air di negeri ini harus terus dibangunkan dan pembangunan itu berupaya menyediakan perkhidmatan bekalan air yang berdaya maju untuk kesejahteraan orang ramai.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8349616.asp

SILA SEMAK BIL AIR ANDA UNTUK BULAN NOVEMBER 2010 BERI ULASAN ANDA DI SINI SEBELUM TINDAKAN SELANJUTNYA DIAMBIL.

 Inilah  hasil penyerahan SAJ Holdings Sdn Bhd kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
sekaligus menyelesaikan  masalah hutang SAJ kepada Kerajaan Persekutuan yang digerenti oleh Kerajaan Johor ! 






PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 05 Dec 2010 09:04 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Isi Kandungan Memo Buatmu YDP Agong

Posted: 05 Dec 2010 02:50 AM PST

DUN CHINI

Posted: 05 Dec 2010 07:24 PM PST

DUN CHINI


Demo bantah kenaikan harga air berjaya

Posted: 05 Dec 2010 06:38 AM PST

100% COPY DARI "BUJANG SUSAH"


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kesal dengan tindakan polis menangkap kira-kira 50 orang peserta perhimpunan membantah kenaikan harga air di Masjid Negara di ibu negara hari ini.

Selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Khalid menyatakan kekesalannya kerana "polis tidak menunaikan janji untuk membenarkan perhimpunan secara aman"

"Saya berharap dan mengesa pihak polis melepaskan mereka tanpa syarat," kata menteri besar.

Dalam satu kenyataan, Khalid juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong perhimpunan hari ini dan menyeru agar mereka terus menyokong usaha kerajaan Selangor mengambil alih industri air.


"Kerajaan Persekutuan membelakangkan kepentingan rakyat dalam isu air," tambah Khalid.

Tambahnya, kerajaan pusat sepatutnya bersama menyokong kerajaan negeri untuk menghentikan perjanjian tidak adil yang didakwa hanya memberi kebaikan kepada syarikat konsesi.


Suhakam: Tugas polis bukan maki hamun

Menurut Khalid, beliau berjaya menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Akhbar Istana Negara, Khairi Abdul Rahman kira-kira jam 2.15 petang.


Sementara itu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Mohd Shaani Abdullah berkata, mereka mendapati polis bertindak tidak profesional menangani perhimpunan membantah kenaikan harga air di Selangor hari ini.

"Mereka (polis) perlu dilatih lagi. Tugas mereka bukan mendera atau maki hamun orang ramai. Ini tidak dilakukan dengan betul dan mereka sepatutnya profesional menanganginya.


"Ia menyebabkan orang ramai benci pada polis. Mungkin perhimpunan ini tiada permit tetapi mereka tidak patut mengeluarkan kata-kata kesat," katanya kepada pemberita di Masjid Negara selepas tamat perhimpunan baju merah itu.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzukefly Ahmad pula menyifatkan polis bertindak keterlaluan menangani perhimpunan itu.

"Kami bercadang bangkitkan perkara ini dalam sidang parlimen yang akan datang," katanya yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS - Malaysiakini


Gambar penuh boleh lihat di SINI dan di SINI

Demo Air: Polis Merusuh

Apabila pihak polis di tunganggi oleh parti politik,maka keganasan pun tercetus.
Demo bantahan air secara aman telah tercemar oleh keganasan pihak polis,jikalau pihak polis tidak
menyekat demo ini atau membiarkan secara aman nescaya tiada sebarang bentuk keganasan terjadi.

Pasukan polis telah melepaskan gas pemedih mata dan menyembur airi ke arah lebih 2,000 penunjuk perasaan yang cuba untuk menyerahkan satu memorandum tentang isu air di Selangor kepada Istana Negara, Ahad.

Penunjuk perasaan tersebut yang telah berkumpul di Masjid Negara sejak pukul sembilan pagi tadi, memulakan perbarisan mereka ke istana itu pada kira-kira pukul 1.30 petang tadi.

Mereka kemudiannya menuju ke stesen kereta api sebelum Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) cuba menghalang mereka.

Bagaimanapun pihak FRU terpaksa melepaskan beberapa gas pemedih mata dan memancut air ke arah mereka apabila mereka berjaya menembusi kawasan itu.

Terdahulu, polis melakukan sekatan jalan raya dan mengawal ketat jalan menuju ke Istana Negara.

Note: Perserta demo ok jer.. polis pula yang merusuh...kan.. kah..kah..kah..kah.. bodoh punya polis...!!! bila kita nak buat demo bantah kenaikan harga minyak plak... kita turun satu malaysia... jommmm...!!!


Ka'ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae'i dan Hakim.

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 05 Dec 2010 03:13 PM PST

Pemuda PAS DUN Kemasik


Gambar - Gambar Sekitar BANGKIT Di Kemaman

Posted: 04 Dec 2010 09:02 PM PST

Lensa Bersama Timbalan YDP PAS Kemaman Meraikan Kanak - Kanak Berkhatan Di Surau Hijau, Taman Selasih, Kerteh

Posted: 04 Dec 2010 07:25 PM PST

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 05 Dec 2010 03:09 PM PST

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Ismail Sabri kaki auta?

Posted: 05 Dec 2010 07:08 AM PST

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs825.snc4/68527_173071952713350_100000316393198_477943_7371284_n.jpgBukti Menteri Umno penipu ?

TIPU RAKYAT MACAM TU JA, TAK SAMPAI PUN SEBULAN

KUALA TERENGGANU, 5 Dis : Rakyat mesti bersatu menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang. Ini terbukti pada Disember 2008, harga minyak turun mendadak kerana kerajaan ingin mendapatkan kembali sokongan rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata demi-kian ketika diminta mengulas mengenai kenaikan harga barang kawalan seperti minyak, diesel, gas asli cecair (LPG) dan gula.

"Ini sahaja caranya (tumbangkan BN) untuk rakyat kembali menekan kerajaan yang berterusan menikam rakyat.

"Kenaikan harga barang tersebut yang dianggap kesan daripada rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan kerajaan, menunjukkan sikap sebenar BN," katanya.

Katanya, tindakan kerajaan itu juga membuktikan BN sinonim dengan Barang Naik (BN) seperti dilaungkan oleh sesetengah pihak.

Demo AIR desak halau syarikat AIR koroni Umno

Posted: 05 Dec 2010 06:54 AM PST

Kandungan MEMORANDUM kepada DYMM AGONG

YDP Pas Pchg dan Tim. Pengarah 2 Jab. Amal Selangor

Memorandum
Isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan

Kepada:
Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin
Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah
Yang Dipertuan Agong, Malaysia

Daripada:
Rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Kerajaan Negeri
Selangor Darul Ehsan

2010

Dengan nama Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., pesuruh Allah s.w.t. yang sangat mencintai dan menggesa umatnya berlaku adil.

Assalamu'alaikum w.b.t.

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

Dengan keinsafan bahawa kehidupan asasi manusia cukup bergantung dengan akses kepada air yang bersih pada kadar harga munasabah,

Dengan kesedaran perkembangan kos sara hidup rakyat kian meningkat berbanding pendapatan,

Dengan ketegasan menentang penyelewengan, salah guna kuasa dan kepura-puraan,

Dengan iltizam menegakkan sebuah kepimpinan yang prihatin, telus, bertanggungjawab, cekap, dan menghormati semangat dan amalan Persekutuan;

Maka dengan ini kami, Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor, berkumpul marafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyampaikan suara hati kami terhadap isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan.

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

1) Mengembalikan Hak Air kepada Rakyat

Kami, mewakili 150,000 rakyat Selangor yang telah menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan kepada Memorandum ini dan juga keseluruhan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mendapatkan perkhidmatan air yang sama, menuntut keadilan untuk diri kami membetulkan kesalahan dalam penswastaan Industri Perkhidmatan Air yang telah dibuat, sehingga menyebabkan kualiti dan perkhidmatan air yang teruk serta peningkatan tarif air pada kadar yang tidak munasabah. Justeru, kami menuntut kualiti air dan Perkhidmatan Air yang bersih pada kadar yang munasabah, dengan mengambil kira rakyat miskin serta mereka yang berpendapatan rendah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menitahkan agar Hak Air ini dikembalikan kepada rakyat melalui pengambil-alihan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

2) Mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006)

Kami merafak sembah memohon Tuanku mendokong semangat dan matlamat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang telah menjelaskan keperluan Industri Perkhidmatan Air ini distrukturkan semula secara holistik dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sesungguhnya, Akta ini telah dirangka dan diluluskan dengan tujuan membetulkan kesalahan yang dibuat semasa menswastakan Industri Perkhidmatan Air sebelumnya. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar tidak berdolak-dalik tentang keputusan ini.

3) Menghak-upayakan Rakyat

Perjanjian konsesi yang ditandatangani pada tahun 2004 antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. ("SYABAS"), Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mengandungi sejumlah persoalan yang jelas menunjukkan SYABAS tidak pedulikan kebajikan rakyat seperti kenaikan tarif air pada kadar yang tinggi (37% pada tahun 2009, dan 25%, 20%, 10% serta 5% pada 2012, 2015, 2018 dan 2021). Perjanjian ini seharusnya dirundingi dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana mereka adalah penerima kesan utama daripadanya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menghak-upaya rakyat dengan memastikan bahawa sebarang perjanjian baru yang mahu dibuat perlulah dirunding dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum dimuktamadkan.

4. Mengembalikan Kuasa Kerajaan Negeri

Perkhidmatan air yang telah dimasukkan dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan 1957 memberikan kuasa bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam hal berkaitan. Kami mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menghormati semangat Persekutuan ini dan kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan negeri dalam isu berkaitan perkhidmatan air ini, dan jangan berdolak-dalik menentang Kerajaan Negeri Selangor. Kami merafak sembah memohon Tuanku untuk mengembalikan kuasa Kerajaan Negeri Selangor dalam hal ini.

5) Menghapuskan Kronisme

Telah menjadi persepsi umum bahawa Kerajaan Persekutuan mengambil sikap menyebelahi sektor swasta, dalam kes ini syarikat tertentu, yang boleh disabitkan dengan amalan kronisme. Telah terbukti bahawa usaha membolehkan syarikat-syarikat penerima konsesi ini mendapat sejumlah keuntungan tertentu, mereka dibenarkan untuk menaikkan kadar tarif yang tinggi dengan pemberian jaminan pinjaman Kerajaan Persekutuan yang bermaksud rakyatlah menjadi pembayarnya. Rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini perlu membayar kadar harga air yang tinggi, dan pembayar cukai Malaysia perlu menjamin risiko perniagaan SYABAS. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan janji Kerajaan Persekutuan untuk segera menghapuskan kronisme.

Dengan mandat diberikan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor bertekad untuk memastikan nasib mereka terbela. Dengan pengambil-alihan Industri Perkhidmatan Air ini, Kerajaan Negeri Selangor berjanji untuk mengusahakannya dengan cara terbaik untuk manfaat semua.

Sekianlah penjelasan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bersama mendoakan dan menyokong tindakan penting ini.

Menjadi harapan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk melihat ia diambil perhatian serius oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Rakyat menjunjung kasih atas perhatian yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

Daulat Tuanku.
5 Disember 2010.


Muslimat Pas Puchong

Jab. Amal Pchg dan Shah Alam






PEMUDA BESUT

Posted: 05 Dec 2010 01:03 PM PST

PEMUDA BESUT


Gambar Demo Air Dari Masjid Negara!!

Posted: 05 Dec 2010 12:05 AM PST

Batu Gajah Mari

Posted: 05 Dec 2010 11:14 AM PST

Batu Gajah Mari


Demo Anti SYABAS: Suara rakyat suara keramat

Posted: 05 Dec 2010 04:58 AM PST




































Istana Kelantan lucut dua pingat Ku Li, termasuk DK

Posted: 04 Dec 2010 08:41 PM PST

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V telah melucutkan dua pingat yang dikurniakan kepada pemimpin politik veteran negara Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini, tetapi alasan keputusan itu masih belum diketahui.

Sumber-sumber rapat dengan putera Kelantan itu, yang mesra dikenali sebagai "Ku Li" malam tadi mengesahkan tulisan beberapa blog dan khabar angin bahawa Istana Kelantan telah memutuskan untuk menarik balik dua pingat dengan salah satunya Darjah Kerabat (D.K.), yang dikategorikan sebagai pingat tertinggi istana dan dikhaskan kepada keluarga diraja.

"Ya, ia (khabar angin itu) benar. dua pingat... D.K. (Darjah Yang Utama Kerabat Diraja) dan satu lagi, saya tidak pasti. Saya juga tidak tahu sebabnya," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias juga telah dimaklumkan mengenai keputusan itu, tetapi belum mengeluarkan kenyataan rasmi sebagaimana lazimnya dilakukan sebelum ini.

Satu lagi sumber memaklumkan kemungkinan Tengku Razaleigh, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dan Ketua Umno bahagian itu akan mengadakan sidang media di ibu negara esok, dipercayai berkaitan dengan isu tersebut.

"Kalau nak tanya Tengku (Razaleigh) boleh tanya, mungkin Tengku Razaleigh akan menemui wartawan, ada sidang akhbar, ada perkara umum nak dikatakan, jika mahu tanya boleh tanya beliau pada sidang media itu mengenai isu ini," kata sumber itu lagi.

Tengku Razaleigh telah digugurkan daripada keanggotaan Majlis Perajaan Negeri (MPN) baru-baru ini.

Laman web mengenai darjah kebesaran menyebut D.K. dizahirkan pada 1916 dan dianugerahkan kepada Kerabat Diraja serta kepada orang-orang yang bertaraf tinggi dan ternama yang telah membuat jasa kebaktian yang cemerlang kepada Kelantan.

Keanggotaan darjah kebesaran ini adalah juga dianugerahkan kepada Raja-raja dan Kerabat Diraja dari luar negara.

Darjah kebesaran ini mempunyai satu peringkat sahaja.

Awal Oktober lalu, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V menarik balik anugerah dan darjah kebesaran daripada empat individu termasuk gelaran "Datuk" kepada Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Wan Hashim Wan Daud.

Dua lagi individu adalah kerabat Istana Kelantan iaitu Tengku Mohamed Shafie Tengku Ibrahim dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor.

Ketika mengumumkan perkara itu Setiausaha Kerajaan Negeri juga tidak menjelaskan sebab penarikan balik itu dibuat.

"Penarikan balik ini adalah hak Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Kelima Al Sultan Kelantan yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara," kata Mohd Aiseri ketika itu.

Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.

Tengku Razaleigh, bekas Menteri Kewangan dan pengasas Petronas, kini merupakan antara Ahli Parlimen paling lama berkhidmat di negara ini.

Beliau merupakan bekas timbalan pengerusi MPN, dan dilaporkan tidak menghadiri mesyuarat yang diadakan untuk mengesahkan pemasyhuran pemerintah baru negeri itu September lalu. Difahamkan turut tidak hadir adinda baginda Tengku Amalin A'ishah Putri.



-The Malaysian Insider

PAS

Posted: 05 Dec 2010 11:05 AM PST

PAS


Posted: 05 Dec 2010 01:48 AM PST

http://www.pas.org.my/v2//index.php?format=feed&type=rss&title=

Pemuda Guchil

Posted: 05 Dec 2010 09:09 AM PST

Pemuda Guchil


Kandungan MEMORANDUM kepada DYMM AGONG

Posted: 05 Dec 2010 08:20 AM PST

KHIDMAT MERU

Posted: 05 Dec 2010 09:04 AM PST

KHIDMAT MERU


PERASMIAN KEM HAFAZAN BESTARI 2 TAHUN 2010

Posted: 05 Dec 2010 08:41 AM PST










Seawal jam 2.00 petang lagi para ibubapa telah mendaftarkan anak-anak mereka ke Kem Hafazan Bestari 2 anjuran bersama masjid As Syarif, PKM Dun Meru, JKKK Kg Meru dan Ahli Majlis MPK N42C. Seramai 135 pelajar telah mendaftar diri dalam kem kali kedua ini yang dijadikan satu produk masjid sebagai program pendidikan tahunan. Sepanjang program kem, pelajar akan diberikan diberikan pengajian hafazan al Quran, motivasi, fardu Ain, sukan dan khidmat masyarakat. Ahli Majlis MPK , Ustaz Noor Najhan Hj Saleh telah merasmikan program ini disamping sebagai motivator bagi sesi motivasi malam. Tuan Nazir, Ustaz Hj Asmoni amat berterima kasih kepada AJK yang melaksanakan program ini yang merupakan kerja amal yang teramat tinggi nilainya kepada masyarakat dan umat Islam amnya. Komandan Kem Hafazan ini diketuai oleh Encik Baharom Basiron dan dibantu seramai 30 yang lain diketuai Ketua Biro Wanita Masjid As Syariff Meru.

i n t a n h i j a u

Posted: 05 Dec 2010 07:39 AM PST

i n t a n h i j a u


SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

Posted: 04 Dec 2010 06:35 PM PST


TELUK INTAN, 4 Disember - Program Hari Kebajikan DUN Changkat Jong telah berlangsung dengan lancar. Sambutan yang telah diberikan oleh orang ramai begitu menggalakkan. Penyertaan orang ramai dalam pelbagai acara membuktikan bahawa program berkonsepkan kebajikan dan kemasyarakatan anjuran PAS Kawasan Teluk Intan dan Pejabat ADUN Changkat Jong itu diterima dengan baik oleh masyarakat. 
Perarakan peserta khatan dari masjid menuju ke markaz.

Pasukan kompang pemuda Batak Rabit memeriahkan suasana.


Fenomena 'fobia markaz' nampaknya tiada lagi apabila masyarakat segenap lapisan hadir beramai-ramai ke Markaz PAS Kawasan Teluk Intan di Kg. Padang Tembak.
Wajah penuh debaran bagi peserta khatan.

YB Anuar menyuapkan pulut kuning kepada seorang peserta khatan.
Pn. Hjh. Faridah memberi bunga telur kepada peserta khatan.
Pertandingan yang dijalankan pada hari itu ialah pertandingan mewarna, persembahan multimedia, gubahan, masakan berasaskan roti, serta salad tradisional dan moden. Terdapat juga gerai jualan dan pameran.
Tekun adik-adik ini mewarna.

Pertandingan gubahan.

Selain itu, pihak Hospital Teluk Intan turut mengambil bahagian dalam kempen derma darah di mana seramai 23 orang telah menyertai kempen tersebut. Pihak Pejabat Kesihatan Hilir Perak pula mengadakan pameran kesihatan tentang demam denggi di samping mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma.
Pameran kesihatan.




Pemeriksaan kesihatan mendapat sambutan hangat
Majlis berkhatan juga telah diadakan di mana seramai 20 orang kanak-kanak telah menyertainya. Proses berkhatan telah dikendalikan oleh para doktor dari Persatuan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dan Hospital Teluk Intan.

Seawal jam 8.00 pagi, para peserta khatan telah berkumpul di Masjid At Taqwa. Kemudian mereka diarak beramai-ramai dengan diiringan pasukan kompang Pemuda Batak Rabit. Tibanya di markaz, mereka telah disambut oleh ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar bin  Sudin.

Para peserta khatan telah diraikan dengan ADUN Changkat Jong menyuapkan pulut kuning serta diberikan bunga telur dan cenderahati. Kemudian, kanak-kanak tersebut di bawa ke bilik khatan.
Menyantuni seorang penderma darah.

YB Anuar melawat gerai jualan.

YB Anuar memberi kata-kata semangat kepada seorang peserta khatan.

Pada masa yang sama, pertandingan mewarna bermula. Seramai 53 orang kanak-kanak telah menyertai pertandingan tersebut yang melibatkan kategori A dan B.Pertandingan telah diadakan di dalam dewan markaz.

Di khemah berasingan, para wanita dan remaja sedang sibuk membuat salad dan gubahan. Sementara di bahagian belakang tapak program, para petugas sedan sibuk memasak untuk juadah tengah hari. Antara menu istimewa ialah kurma kambing dan kari kambing.

YB Hj. Anuar turut mengambil peluang untuk beramah mesra bersama para pengunjung dengan melawat setiap gerai dan bilik. Kehadiran wakil rakyat telah disambut mesra oleh para pengunjung dan petugas.
Para petugas memasak bertungkus-lumus menyiang ikan.

YB Anuar melawat khemah memasak.

YB Anuar turut membantu mengacau gulai kurma kambing.
Akhirnya, kira-kira pukul 11.00 pagi, acara perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah berlangsung. Di dalam ucapan perasmiannya, YB Hj. Anuar menyatakan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk melakukan kebajikan mengikut keupayaan masing-masing. Selain itu, melalui Hari Kebajikan, para pengunjung dapat berkumpul, bertemu beramah mesra, dan bertaaruf.
Ustaz Abdul Hir (kiri) mantan YDP PAS kawasan turut hadir.
Kempen derma darah turut mendapat sambutan baik daripada para pengunjung.

Sdr. Richard, DHPP Perak turut menderma darah.

YB Anuar menyampaikan ucapan perasmian penutup program.


Adik-adik menerima hadiah.

Adik Amira Dania, cucu YB Anuar menerima cenderamata mewarna.

intanhijau.blogspot.com

PAS Kulaijaya

Posted: 05 Dec 2010 07:26 AM PST

PAS Kulaijaya


Pengertian Hijrah.

Posted: 04 Dec 2010 04:56 PM PST

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 05 Dec 2010 03:23 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Mohon Maaf Banyak-Banyak

Posted: 04 Dec 2010 07:55 AM PST

Saya terima email dari YB Dr Siti Mariah ingin memaklumkan kepada semua yang terlibat bahawa semua program yang melibatkan kehadiran Dr Mariah di Parlimen Kota Raja esok Ahad 5hb Disember 2010 termasuk beberapa banyak jemputan walimatul urus dibatalkan kerana sebab yang tidak dapat dielak.

Diharap semua penganjur program dapat memahami perkara ini termasuk rakan taulan dan sahabat seperjuangan serta bapa dan ibu pengantin.

YDP Kawasan Kota Raja juga sudah memaklumkan bahawa semua program termasuk Pendemokrasian ditangguh pada esok hari untuk menggerakkan seluruh ahli dan jentera ke Perhimpunan di Masjid Negara jam 12 tengahari esok.

YB memaklumkan hanya 2 program yang beliau akan terlibat esok

1. Demo
2. Mesyuarat JPP

Diharap semua pihak dapat menerima berita ini dengan hati yang terbuka demi untuk perjuangan rakyat menentang kezaliman UBN dan Kerajaan Pusat. Semua Ketua Cawangan & Ketua Kampung diharap dapat memaklumkan perkara ini kepada yang terbabit.

Sekretariat Parlimen Kota Raja.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 05 Dec 2010 01:37 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Tidak padan polis tangkap peserta himpunan

Posted: 05 Dec 2010 01:15 AM PST

Nazri dan Hazayani

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, tindakan polis menangkap para peserta himpunan aman membantah kenaikan harga air tidak berpadanan dengan apa yang dilakukan oleh rakyat.

Katanya, para peserta himpunan tidak mendatangkan sebarang ancaman terhadap keselamatan negara, lagipun sekarang bukan masa darurat.

Tambahnya, mereka hanya menyertai perhimpunan aman dan tidak menimbulkan sebarang masalah tetapi hanya tidak mempunyai permit sahaja.

Menurutnya, keadaan yang berlaku itu tidak sebagaimana di London yang boleh mengadakan himpunan secara aman.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula melahirkan rasa kesal dengan pihak polis yang menangkap peserta himpunan membantah kenaikan harga air oleh Syabas itu.

Beliau beserta Exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari turut mengadakan perbincangan dengan pihak polis supaya tidak terus menahan para peserta sebagaimana yang dijanjikan.

"Tetapi sangat malang apabila polis menggunakan kekerasan menahan pseserta himpunan," ujarnya.

Menurutnya, pihak polis memberi jaminan akan membebaskan mereka yang ditahan dan tidak akan menangkap peserta yang mahu bersurai sekitar jam 3.30 petang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor akan membawa usul pada persidangan Dewan Rakyat nanti berhubung penangkapan peserta himpunan aman itu.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh mempersoalkan tindakan polis menahan peserta kerana pada awalnya berjanji memberikan kerjasama.

Beliau kesal kerana polis sedia memberi kerjasama kepada peserta himpunan untuk berarak ke Istana Negara bagi mengiringi pemimpin Kerajaan Negeri Selangor menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, apa yang dinyatakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa polis bahawa memberi kerjasama kerana pihak Istana Negara sedia menunggu rombongan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan pihak polis mengikut arahan siapa di sebalik penangkap yang dilakukan itu.

Menurut Suaram, sekitar 70 orang ditahan pada himpunan aman itu yang difahamkan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi dan Cheras.



Harakahdaily/-

Himpunan bersurai, 50 ditangkap

Posted: 05 Dec 2010 01:11 AM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Kira-kira 50 peserta himpunan 'Kembalikan Hak Air Selangor', yang mahu berarak menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong di Istana Negara, ditahan pihak polis.

Penangkapan bermula seawal lima minit perarakan dimulakan dari masjid negara- tempat peserta berkumpul- menuju ke jalan utama di hadapan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Kekecohan berlaku apabila peserta bertembung dengan pihak polis yang membuat sekatan bagi menghalang pergerakan peserta himpunan ke Istana Negara.

Pada perhimpunan di Masjid Negara sebelum itu, para peserta difahamkan polis akan mengawal perarakan hari ini sihingga sampai ke Istana, bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku apabila sekumpulan polis mengadakan benteng dihadapan stesen keretapi.

Tidak cukup dengan itu, beberapa trak water cannon juga sudah bersedia manakala pasukan FRU pula berbaris dengan senapang gas pemedih mata.

Tidak berpuas hati dengan sekatan itu, para peserta himpunan mula merempuh halangan pihak polis dan berjaya melepasinya.

Biarpun berjaya, pasukan FRU yang menunggu di hadapan himpunan mula melepaskan gas pemedih mata ke udara, manaka wate cannon mula membuat semburan.

Ekoran itu, peserta mula mencari perlindungan dengan sebahagian masuk ke dalam stesen keretapi manakala sebahagian lagi berjaya meneruskan perjalanan.

Polis dan FRU bagaimanapun bertindak segera menghalang semua jalan ke istana sehingga peserta himpunan yang dapat melepasi halangan polis tadi terpaksa kembali semula ke kawasan Masjid Negara.

Sekembalinya ke masjid negara, polis memulakan operasi tangkap terhadap peserta khususnya yang berpakaian merah termasuk anggota Unit Amal Dewan Pemuda PAS yang mengawal keselamatan peserta.

Operasi menangkap peserta himpunan aman di masjid itu bermula kira-kira jam 2.50 petang.

Sehingga kini, difahamkan lebih 50 orang telah dibawa dengan trak ke balai polis tetapi lokasinya masih tidak dapat dipastikan.

Keadaan kelam kabut itu memaksa pihak penganjur mengadakan perbincangan dengan pihak keselamatan.

Exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad kemudiannya bertemu pihak polis bagi meredakan keadaan.

Polis kemudian memberi jaminan tidak akan membuat tangkapan dengan syarat peserta disuraikan dengan aman serta-merta.

Ekoran persetujuan itu, semua peserta diarah bersurai kira-kira jam 3.30 petang.

Peserta bantah kenaikan air kena gas

Posted: 05 Dec 2010 12:54 AM PST

Nazri dan Hazayani

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Kira-kira 15,000 orang yang menyertai perhimpunan aman membantah kenaikan harga air oleh Syabas di pekarangan Masjid Negara terpaksa berpecah kerana disuraikan dengan semburan air dan gas oleh pasukan polis.

Ini ekoran pihak polis menghalang semua laluan menunju ke Istana Negara.

Mereka yang berkumpul sejak sebelum waktu Zohor pada mulanya berada dalam suasana tenang sementara menunggu ketibaan pemimpin Kerajaan Selangor untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan tarif itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid berkesempatan menyampaikan ucapan yang sebahagiannya adalah daripada kandungan memorandum itu kepada orang ramai.

Pihak polis membenarkan rombongan beliau dengan tiga buah kereta ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum berkenaan.

Sebaik sahaja anggota rombongan meninggalkan kawasan Masjid Negara, pihak polis mulai menyurai peserta himpunan aman itu termasuk menggunakan gas pemedih mata dan semburan air daripada jentera water cannon.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyampaikan ucapan.

Sebahagian peserta himpunan aman membantah kenaikan harga air oleh Syabas di perkarangan Masjid Negara.

AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu turut menyertai rakyat menolak penswastaan air.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Mohd Salleh turun bersama rakyat menyatakan bantahan.

Rakyat dari pelbagai lapisan yang menyertai bantahan kenaikan harga air oleh Syabas.

Pasukan polis membuat halangan.

Jentera water cannon menyebur air dan melepasjan gas pemedih mata kepada peserta himpunan aman.



Harakahdaily/-

Demo air: Polis tembak gas pemedih mata

Posted: 05 Dec 2010 12:43 AM PST



28 Zulhijjah 1431H.

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ketika penyokong baju merah berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan bayaran air di Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mereka mula bergerak kira-kira jam 1.45 tengahari dan sejurus kemudian polis menembak gas pemedih mata ke arah mereka.







Ia berlaku ketika mereka melalui bulatan di Jalan Hishammuddin berhampiran Masjid Negara.Tidak dapat dipastikan dari arah mana gas pemedih mata itu ditembak

Berikutan itu, sebahagian peserta meneruskan perarakan dan berdepan dengan gas pemedih mata dan meriam air di hadapan stesen lama KTM.

Manakala yang lainnya kelihatan berpatah balik ke arah Masjid Negara.

Difahamkan juga, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menaiki kereta yang diiringi oleh pihak polis menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Sebelum itu, Khalid membaca kandungan memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kemudiannya, penyelaras perhimpunan tersebut, Badrul Amin memberitahu yang menteri besar Selangor itu akan diiringi polis ke Istana Negara.

Pada kira-kira jam 2.45 petang, polis mengarahkan kira-kira 2,000 penyokong baju merah yang berhimpun di Masjid Negara supaya bersurai.

Apabila mereka tidak bergerak, kira-kira 300 anggota polis bergerak ke arah masjid untuk menyuraikan mereka.

Sebelum itu, penyokong baju merah mula berhimpun di Masjid Negara mulai jam 11 pagi tadi.

Sehingga jam 1 tengahari tadi, lebih 1,000 orang yang memakai baju merah di lihat di sekitar kawasan masjid.

Turut kelihatan mereka yang berpakaian biasa tetapi mengambil baju merah yang diedarkan di sekitar Masjid Negara.

Mereka dilihat membawa plakad bertulis 'kembalikan hak rakyat', 'tolak penswastaan' serta memakai ikat kepala bertulis 'kembali hak air rakyat'.

Sebelum itu, kedengaran mereka bersorak 'hidup rakyat', 'kembalikan hak-hak rakyat', dan yang paling lantang ialah laungan kumpulan mahasiswa.

Mereka kemudiannya masuk ke masjid untuk menunaikan solat Zohor.
Difahamkan, selepas itu mereka akan mengadakan solat hajat sebelum perhimpunan bermula.

Turut kelihatan ialah beberapa pemimpin Pakatan, antaranya timbalan presiden PKR, Azmin Ali; pengarah strategik PKR, Tian Chua dan pemimpn PAS, Dr Zulkefly Ahmad serta timbalan ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Malaysiakini/-

Catatan : Sebagaimana yang dilaporkan oleh wartawan Harakahdaily ,saya juga menerima panggilan talipon dari seorang sahabat seperjuangan yang berada dalam demo pada hari ini. Dia mengesahkan jumlah yang sebenar dianggarkan ialah sekitar 15,000 orang yang hadir.

Majlis Tindakan Dun Dabong

Posted: 04 Dec 2010 11:22 PM PST

Majlis Tindakan Dun Dabong


Program D.O Masuk Kampung

Posted: 04 Dec 2010 06:44 AM PST

Harga Minyak Naik : Facebook PM Naik Minyak...

Posted: 04 Dec 2010 03:01 AM PST

Harga sebelum kenaikan pun, di sekitar Dun Dabong sudah berharga RM 2.50 seliter. Dengan kenaikan hari ini, tak tahu lah berapa harganya nanti...Nasiblah...


Sumber http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/12/naikkan-harga-barang-facebook-najib.html

Pengikut