Boleh dikatakan saban hari Mahathir membuat kenyataan fitnah, adudomba dengan tujuan rakyat menolak Pakatan Rakyat. Ketakutan dan tekanan jelas terbayang di wajah beliau sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 kelak, maka direkaciptanya ayat-ayat palsu bahawa pembangkang akan buat huruhara jika kalah nanti.
Pembangkang akan mengamuk dan buat demonstrasi besar-besaran dijalanan jika tidak dapat ke Putrajaya kelak sedangkan apa yang berlaku ialah UMNO mengamuk dan buat huruhara serta demonstrasi di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah bila dah kalah manakala dinegeri-negeri lain yang Pakatan Rakyat tidak pula pembangkang buat huruhara akibat kekalahan pada PRU12 lalu.
Mereka buat fitnah, hasut rakyat dengan berbagai tuduhan palsu yang akhirnya memakan diri sendiri. Dalam Perhimpunan UMNO yang sedang berjalan sekarang, Shahrizat, Ketua Wanita UMNO mendakwa akan berlaku huruhara termasuk 13 Mei jika UMNO kalah dalam PRU13 nanti. Shahrizat kata kuasa Melayu akan hilang jika UMNO kalah PRU13 nanti. Ini membuktikan bahawa UMNO sedang merancang untuk membuat huruhara dalam negara jika mereka kalah dalam PRU13 nanti.
Mahathir kata pembangkang yang akan buat huruhara jika kalah, Shahrizat pula kata UMNO akan buat huruhara jika kalah, mana satu yang betul? Yang betul ialah apa yang Shahrizat cakap itulah berdasarkan fakta dan apa yang dilakukan oleh puak UMNO di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sekarang ini.
Apa yang jelas kenyataan Shahrizat untuk menggambarkan kebimbanganya jika UMNO kalah maka perbicaraan kes RM250juta itu menjadi lain pula, beliau dan keluarganya tidak akan terlepas. Bimbangnya beliau sama seperti bimbangnya Mahathir terhadap nasib dirinya dan keluarganya seandainya Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya kelak. Mereka bukanya bimbang akan nasib orang Melayu dan nasib negara.
Sedarlah wahai UMNO, ahli kamu hanyalah tak sampai 13% pun dari keseluruhan rakyat Malaysia ini, kamu puak minoriti sahaja. Yang akan hilang kuasa hanya Melayu UMNO dari untuk terus menyamun dan menipu rakyat. Kuasa majoriti orang Melayu tetap akan kekal jika PR menang PRU13 nanti.
Setelah berbagai fitnah dilemparkan terhadap pembangkang dan pelbagai ugutan dibuat terhadap rakyat supaya menyokong UMNO tetapi tidak berhasil, kini peristiwa 13 Mei pula digunakan. Mereka nak kata jika UMNO kalah pada PRU13 nanti negara akan dikuasai oleh Komunis dan Zionis, tidak munasabah pula sebab Komunis dan Zionis itu adalah sahabat UMNO.
Pendedahan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan akan campurtangan Menteri Dalam Negeri akan urusan polis selama ini membuktikan bahawa segala tuduhan pembangkang selama ini adalah betul dan tepat. Tidak mustahil dan ada kemungkinan besar keganasan polis dalam Himpunan Bersih dulu adalah arahan dari Hishamuddin walaupun tanpa persetujuan dan restu dari Ketua dan Pegawai tertinggi polis.
Ini juga membuktikan campurtangan pemimpin tertinggi UMNO terhadap mahkamah/kehakiman, Jabatan Peguam Negara, SPRM, SPR, IPTA dan lain-lain agensi kerajaan adalah benar sejak zaman Mahathir lagi. Agensi-agensi ini diperkudakan sepenuhnya oleh UMNO untuk kepentingan mereka tanpa memperdulikan bantahan dan nasihat dari Pengarah, Ketua atau pegawai tertinggi dari agensi-agensi tersebut. Patutlah pemimpin UMNO ini boleh bebas buat apa saja dalam negara dan kebal kerana semua agensi-agensi penguatkuasa dan sebagainya dipaksa tunduk dengan arahan Menteri dari kalangan UMNO/BN.
Persolanya! Apakah rakyat masih rela dan redha untuk duduk dibawah pemerintah UMNO yang seperti ini lagi? Rakyat bawahan curi satu tin sadin dikejar sampai ke lubang cacing dan dipenjarakan bertahun-tahun.
Anak-anak kita tidak bayar PPTN sebab tidak punya wang akibat belum bekerja juga dikejar seperti penjenayah. Rakya miskin yang tidak punya tanah, buat rumah menumpang ditanah kerajaan dihalau seperti haiwan. Tetapi pemimpin UMNO mudah sahaja sapu wang rakyat beratus juta, pinjam bank juga beratus juta tanpa perlu dibayar, ambil tanah kerajaan menjadi milik anak beranak mereka, tiada langsung diambil tindakan.
Walaubagaimana pun kita ucap terima kasihlah kepada Shahrizat kerana sudah membocorkan perancangan Melayu UMNO untuk mencetuskan 13 Mei jika mereka kalah dalam PRU13 nanti. Ucapan ini di buat dalam Perhimpunan UMNO, oleh Ketua Wanita UMNO dan tidak ada kedengaran pun bantahan atas ucapan itu dibuat oleh pemimpin dan perwakilan UMNO. Maka kita anggap itu adalah suara UMNO dan dipersetujui oleh semua yang ada dalam PWTC ketika itu.
Cuma ingin kita beri ingatan dan amaran bahawa selepas UMNO kalah nanti semua agensi kerajaan seperti polis, pendakwaraya, tentera dan sebagainya tidak lagi akan mengikut telunjuk UMNO, jadi jika berani sangat nak tunjuk ganas, mencetus huruhara, silakanlah. Yang pasti kamu semua akan diambil tindakan dan parti kamu yang di katakan Parti Keramat itu walaupun yang selayaknya dipanggil "Parti Maksiat atau Parti Pengkhianat" akan diharamkan terus dan untuk selama-lamanya dari bumi Malaysia ini.
Ingat tu! Cuma kita risau jika penjara tidak muat untuk mereka nanti. Tak mengapa kerana kandang khinzir banyak yang kosong. Wallahualam.
Lazimnya apabila pencen, pegawai atasan perkhidmatan awam akan diberi jawatan di dalam syarikat GLC atau syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Syarikat haram pun ada yang sanggup jadi pengarahnya, macam Hanif Omar di dalam syarikat Genting Berhad. Lumayan ganjaran sebagai Pengarah sehingga lupa halal haram. Majlis fatwa pun tak berani beri nasihat supaya umat Islam jangan jadi Pengarah dalam syarikat haram. Wooooo
Apabila Musa Hasan berani mendedahkan Menteri Dalam Negeri yang suka kacau daun kerja polis, maka kita pun tabik kepada beliau. Walaupun sudah pencen baru didedahkan pun tak apalah. Kira berani juga. Ada yang tunggu sudah berpuloh tahun baru sanggup dedahkan. Ha ha.
Tetapi mengapa Musa Hassan amat berani melawan tauke lamanya. Ada yang kata Musa Hasan merajuk kerana tak dilantik apa apa jawatan dalam GLC atau syarikat di Bursa Malaysia. Jasa beliau kepada BN dalam kes liwat Anwar amat besar sekali. Entahlah. Tetapi demikianlah cerita yang dibualkan di kedai kopi!
KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) meletak jawatan atau digantung tugas dan harus ada siasatan terbuka ke atasnya.
Ini berikutan dakwaan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang mendakwa Hishamudin campur tangan dalam tugas polis.
Dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, Musa menyatakan dengan jelas tuduhan bahawa menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.
Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.
Tindakan Hishamuddin itu menurut Musa bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau (IGP) saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan.
Sehubungan itu, SAMM memandang serius pendedahan yang dibuat oleh Musa Hassan.
"Ini satu yang serius, rakyat dan warga asing yang mahu berurusan dalam negara ini sudah tentu tergugat kepercayaannya terhadap institusi polis negara ini. Sesuatu harus dilakukan segera," kata Norazizi A.Aziz, Pengarah Seketeriat SAMM Kebangsaan.
Ekoran itu, SAMM dan sekutu akan melakukan himpunan ringkas, sidang media serta akan menfailkan satu laporan polis berkenaan perkara ini.
Ia akan diadakan hari ini di IPD Kuala Terengganu, Terengganu pada jam 11.50 pagi.
Laporan polis dan himpunan ini akan diketuai oleh cheGuBard, Penyelaras SAMM Kebangsaan sendiri.
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mencadangkan pemimpin tertinggi Umno berdebat secara terbuka dengan pemimpin tertinggi PAS daripada terus menjadikan Perhimpunan Agung umno (PAU) sebagai medan memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat.
Ketua Penerangan DMPP, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, ucapan perasmian Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ucapan dasar ketua-ketua sayap pemuda dan wanita hinggalah ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak memberi fokus kepada hala tuju parti itu.
Sebaliknya mereka mengambil peluang tersebut untuk memburuk-burukkan Pakatan rakyat semahu-mahunya.
"Ucapan dasar Datuk Seri Najib menjadi ucapan nanar yang sasarannya ialah Pakatan Rakyat khususnya PAS.
"Muslimat mencadangkan Presiden Umno berdebat dengan Presiden PAS, Timbalan Presiden berdebat dengan Timbalan Presiden PAS dan naib-naib presidennya dengan Naib Presiden PAS.
"Tidak guna mereka menggunakan perhimpunan sendiri untuk mengutuk pihak lawan," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Tambah Aiman lagi, debat tersebut bukan untuk mencari siapa menang dan siapa kalah sebaliknya mahu rakyat menilai sendiri ketokohan semua pimpinan kedua-dua parti.
"Kita bukan mahu mencari pemenang tapi kita mahu debat yang harmoni, penuh fakta, menunjukkan intelektual pemimpin supaya rakyat dapat menilai sendiri.
"Sebaik-baiknya debat ini diadakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 sebelum rakyat memilih pemimpin yang dirasakan layak," katanya.
Beliau juga yakin wanita dan generasi muda mahu melihat pemimpin yang lebih matang dan mempunyai matlamat yang jelas daripada pemimpin yang hanya tahu memburuk-burukkan pihak lewan di medan sendiri.
"Muslimat juga mewakili generasi muda mahu melihat politik yang lebih matang dengan gagasan pemikiran yang dibawa, bukan politik kutuk-mengutuk kerana zaman politik begitu sudah berakhir," katanya.
KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak buat kali ketiga memohon maaf kepada rakyat 'atas kekhilafan kerajaan' menggambarkan beliau lebih teruk 'gagal' berbanding Perdana Menteri sebelumnya, Abdullah Ahmad Badawi.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin permohonan Najib itu kerana kegagalannya mengurus tadbir negara dengan baik.
"Najib sedar beliau tidak dapat menyempurnakan tugas dengan baik untuk mengangkat negara ke arah yang lebih baik.
"Dan ini menunjukan beliau rasa beliau lagi gagal dari Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi)," kata beliua ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Sebelum ini, pada Mac lalu ketika satu majlis di Baling Kedah, Najib juga pernah membuat rayuan momohon maaf kepada rakyat negeri itu atas kesilapan dalam pilihan raya umum lalu yang menyebabkan mereka ditolak di negeri itu.
Dalam satu majlis di Pelabuhan Kelang dua minggu sebelum itu, Najib juga memohon maaf dan mengakui bahawa BN ada melakukan beberapa kesilapan di negeri Selangor sehingga mereka ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya 2008 lalu.
Mengulas lanjut, Salahuddin juga berkata, rakyat boleh memaafkan Umno BN atas kegagalan mereka namun tidak bermaksud rakyat akan terus memilih parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Mungkin rakyat boleh memaafkan Umno BN tapi tidak bermaksud rakyat akan terus memberi peluang kepda mereka. Memaafkan dan terus memilih dua perkara berbeza," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Justeru katanya, tiada masalah bagi rakyat memaafkan Umno BN tapi jangan sampai memberi peluang kepada parti yang terbukti gagal.
"Memaafkan itu boleh tapi pastikan rakyat tidak memilioh parti yang gagal lagi dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
Najib dalam ucapan dasaranya dilaporkan sebagai berkata,"bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah. Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan"
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli menyifatkan ketegangan semasa perbahasan di Parlimen adalah satu tanggungjawab anggotanya terhadap rakyat dalam menyampaikan isu-isu kepentingan negara.
Beliau yang mewakili Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyatakan demikian ketika berucap pada sesi penggulungan Dewan Rakyat petang semalam.
Persidangan Dewan Rakyat yang bermula 29 September berakhir semalam.
Beliau yang mewakili ahli-ahli parlimen Pakatan turut meminta maaf jika sepanjang perbahasan itu ada perkara yang menyinggung pihak kerajaan dan juga ahli-ahli parlimen yang lain.
"Seperti yang disebut karenah kekecohan di dalam dewan ini memang sudah dijangkakan, dan bukan suatu yang unik bagi dewan ini sahaja tetapi turut berlaku di negara-negara lain.
"Tindakan seperti ini adalah atas rasa tanggungjawab dan minat untuk mengambil bahagian serta menyampaikan isi hati rakyat yang dipertanggungjawabkan ke atas kita semua," ucapnya.
Dalam masa yang sama beliau juga turut mengagumi peranan dan tugas yang dilaksanakan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan juga timbalannya dalam memimpin persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ke 12.
Menurutnya lagi, atas kepimpinan Pandikar dan juga timbalan-timbalannya serta pertugas parlimen yang lain menyebabkan proses persidangan berlangsung dengan baik dan lancar.
"Apa yang berlaku sepanjang tempoh persidangan sejak 2008 sehingga sekarang, kita mengharapkan ia menjadi pengajaran dan pengalaman yang baik, ini adalah bagi memastikan proses demokrasi negara terus matang dan makmur," sambung beliau.
Dr Mohd Hatta mengakhiri ucapan dengan mengharapkan akan dapat bertemu di sesi yang akan datang kepada mereka yang masih dapat meneruskan kepimpinan selepas pilihan raya nanti.
"Biarlah perpisahan dan pergalaman selama ini diberkati oleh Allah," kata beliau sebelum mengakhiri ucapan.
Sebelum itu, Pandikar pada ucapan penggulungan menyatakan beliau tidak ada kuasa untuk memanggil persidangan pada tahun hadapan, dalam pada masa yang sama beliau menjelaskan tidak akan ada persidangan sehingga Mac 2013.
KUALA LUMPUR: PAS has been challenged to include the controversial hudud law in its Buku Jingga if it was serious about implementing the law if the Opposition took over Putrajaya. Umno Kelantan delegate Mohd Afandi Yusoff on Saturday urged the Islamist party to immediately implement the Islamic law in Pakatan-ruled states before talking about taking it to the national-level. "PAS talks about implementing hudud law but its partner DAP clearly opposes it. If it is sincere about fighting for Islamic principles, it should push to include the implementation of hudud in Buku Jingga," he said when debating the motion on religion and education on the last day of the Umno general assembly at Putra World Trade Centre (PWTC) here. However, he said, PAS is unlikely to do this. "They have changed their ways because they were pressured by DAP. They can no longer be trusted as they have abandoned their Islamic principles." he said. Pontian Puteri Umno representative Hasrunizah Hassan said the Opposition should stop politicising the National Education Blueprint 2013-2015 but, instead, give feedback to improve it. "The Education Ministry came up with the blueprint after meeting various stakeholders, including those from Unesco and World Bank, but the Opposition are still not happy. "They should participate and give feedback instead of just criticising our national education blueprint," she said. The delegates were also shown two video clips of PAS spiritual adviser Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, purportedly leading a short prayer for the destruction of Umno and labelling Umno as a party that had strayed from the teachings of Islam. Commenting on the videos, Arau Umno representative Fathul Bari Mat Jahya said it was unIslamic for Muslims to pray for the destruction of fellow Muslims.
tunku :i am sure pas has no guts to persuade dap and pkr to include hudud in buku jingga. they are not sure themselves about hudud. it's just because of election and to win the support from the muslim, they will lie to them that they will implement hudud.
Few of the main responsibilities of a government is to provide basic necessities to rakyat. And as living things, there is nothing more 'basic' than water, the main element for us to survive. Without water, all living things will die. Malaysians are lucky because we are blessed with 'balanced; weather where it never really goes extreme. We do not have to worry about long droughts or even extreme cold. Considering this fact, so the failure of certain state government in Malaysia to ensure that rakyat could enjoy this basic necessity, proves that they are really weak. It is not a coincidence when all states ruled by Pakatan Rakyat faces issues in water supply. Selangor suffers the issue because the state government refuses to accept a solution which was proposed by the central government, though the Langat 2 project. Kedah suffered increased water tariff since it was taken over by PAS even though few of the promises given by PR before they won the previous election was that they would reduce water tariff. And probably because they still have not managed to gain much profit from the increased tariff, PAS Kedah government now has decided to charge Penang over water supply which Kedah is currently channelling to the state. So, Penang government went berserk when PAS Kedah mentioned their expected income from the charge, RM20 million, during the budget presentation of the state recently. According to Penang Chief Minister, Lim Guan Eng, PAS Kedah government did not even discuss the matter with them, showing that the actions of Kedah government in putting the number in the budget can be considered as fraud in their presentation, or at least an attempt to con Penang government. All of these issues has never happened when Barisan Nasional was in power at those states. Only when PR takes over, things went haywire, confused and lost. The same thing goes to Kelantan after being ruled by PAS for the past 22 years. For 22 years, PAS's 'Islamic' government continues to fail in managing this very basic necessity that rakyat suffers and they had to look for other alternatives not just to look out for water. If it is just for a single term, perhaps we can accept the excuse given by the state government, no matter what the excuse may be. But after 22 years, more than four terms, still no change, so it is true that PAS Kelantan do not even know how to solve the issue. All they know is only to deny, or blame others for their failure. Water is not the only basic element in life, it is also an important element in Islam because it symbolizes cleanliness. Islam is a sacred religion, that is why Islam sees cleanliness as a very important matter. Our prayers would not mean a thing if we are not clean. Perhaps it is a coincidence that all of Pakatan Rakyat's states suffer water issues. Perhaps it is a sign to Malaysians to see how dirty their coalition really is. It seems that it is not impossible that PR might sink because of this water issue so that we could clean up all of the states which they rule.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pembangkang cuba memancing mahasiswa dengan janji akan menghapuskan PTPTN dan memberi pengajian percuma di universiti, tetapi ternyata mahasiswa tidak termakan umpan itu apabila pilihan raya universiti menunjukkan sokong tetap kepada pro kerajaan, kata Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dalam ucapan penggulungan perbahasan persidangan agung Umno ke-66.
Katanya lagi, kemenangan besar kumpulan pro-Aspirasi dalam pilihan raya kampus dan populariti presiden Umno dalam media sosial bukti jelas golongan muda sudah kembali kepada Umno.
Khairy juga berkata "Orang muda tidak dapat dipisahkan media sosial... pada 2008 kita kalah kerana kurang popular di dalam Internet, tetapi kini keadaan telah berbeza... Presiden sendiri mempunyai 1.5 juta penyokong Facebook dan Twitter lebih 1 juta berbanding ketua pembangkang yang hanya mempunyak kira-kira 400,000 penyokong Facebook dan jumlah lebih rendah pengikut Twitter".
"Semua perubahan yang dilakukan hinggalah ke pilihan raya telah membimbangkan pembangkang. Pilihan raya kecil Manik Urai di Kelantan, calon muda walaupun kalah, kalah dengan tipis berjaya mengurangkan majoriti dan mutakhir kita mulai menang dan membukti golongan muda kembali kepada UMNO".
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin memperincikan program yang dianjurkan oleh pergerakan itu termasuk BN Youth Music, Job Fair, BN Youth Volunteer, Unit Media Baru dan Kelab Penyokong BN IPT.
"Sekiranya hendak pertahan Putrajaya pengundi muda harus ditawan dan Presiden menjadi contoh dalam mendekati golongan pemuda", tegas Khairy.
Akhir kata Ketua Pemuda beliau serahkan kepada Presiden tentukan siapa calon pada pilihan raya akan datang.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengambil kesempatan untuk melawat pertugas media yang membuat liputan Perhimpunan Agung UMNO 2012.
Lawat di laman Media semalam mengambil masa hampir dua jam dimana para pertugas media tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan Ketua Pemuda Umno tersebut.
Lagu 'Anak kecil main api' cukup bermakna dalam perjuangan orang Melayu khususnya UMNO satu ketika dahulu. Lagu itu menghangatkan lagi hari kedua perhimpunan agung UMNO di Dewan Merdeka, PWTC pada Jumaat apabila perwakilan Kelab UMNO Tokyo, Arif Yasir Zulkafli, yang berbahas tiba-tiba menyanyikan lagu warisan itu.
Selesai dua baris lirik pertama lagu itu, ianya disambut Pengerusi Tetap, Tan Sri Badruldin Amiruddin dan kemudian oleh pemimpin serta perwakilan UMNO yang berada di dewan termasuk Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kesemua mereka bangun dan terus menyanyikan lagu tersebut.
Ada antara perwakilan menitiskan air mata menghayati lirik lagu itu yang antaranya berbunyi " air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang".
Arif Yasir juga turut hiba dipentas dengan suaranya tenggelam timbul tidak dapat meneruskan nyanyian tetapi Badruldin meneruskan lagu bersama perwakilan.
Di luar dewan, orang ramai yang mengikuti persidangan melalui skrin besar turut bersama-sama menyanyikan lagu tersebut dengan pernah semangat.
Selesai lagu itu, Badruldin yang membahasakan dirinya Pak Din, memohon maaf kerana terlalu teruja dan bersemangat mendengar lagu itu. Beliau kemudian meminta Arif Yasir meneruskan ucapan.
Pelajar berasal dari Pokok Sena dan kini menuntut di Tokyo, beberapa kali mencuit hati perwakilan dengan ucapan spontan dan caranya bercakap.
Perwakilan kerap memberikan tepukan terhadapnya.
Beliau turut menunjukkan pasport serta membaca peraturan di lampiran pasport itu yang sah digunakan untuk mana-mana negara kecuali Israel.
"Bangganya saya jadi anak Malaysia kerana kita tegas tidak mengiktiraf Israel dan kekejaman mereka," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana ketegasan tersebut.
Beliau turut memuji tindakan Kelab Putera 1 Malaysia memberi bantuan kepada beberapa negara luar yang ditimpa musibah dan peperangan.
Ini termasuk usaha membawa pulang anak-anak Malaysia tanpa kira fahaman politik keluarga masing-masing ketika negara tempat mereka belajar bergolak.
"Tak kira depa anak sapa, sokong sapa, semua depa pakat bawak balik," katanya.
Satu ketika Arif Yasir mengeluh ….aduihh..dan disambut Pak Din, " aik, baru sikit celah (berucap) dah aduh, Pak Long hang duduk atas ni dah berapa hari tak beraduh pun,". – disambut gelak semua perwakilan.
Dalam ucapannya, beliau mencadangkan golongan muda atau belia sepertinya yang berada di luar negara terus diberi ruang dalam perhimpunan UMNO akan datang.
"Bawalah orang muda supaya ada idea sempoi," katanya.
Beliau juga mahu ahli-ahli Kelab UMNO luar negara diserap masuk sama ada dalam Pemuda atau Puteri UMNO bagi membolehkan mereka meneruskan perjuangan parti.
Sambil berseloroh katanya, "Kami bukan nak jadi Ketua Bahagian atau CEO…kami sanggup bertatih asah bakat,".
Diakhirnya ucapannya beliau berharap UMNO terus kekal kerana dengan perjuangan parti itu anak-anak muda sepertinya dapat meneruskan peluang belajar terutama di liuar negara. -Agendadaily
Berikut lirik lagu: Anak kecil main api.
Anak kecil main api Terbakar hatinya yang sepi Air mata darah bercampur keringat Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda Akibat sengketa di antara kita Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita Warisan berkurun lamanya Hasil mengalir ke tangan yang lain Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi Majulah raih sebuah mimpi Hapuskan sengketa Teruskan usaha Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara Kita kan gagah di nusantara Kita kan gagah di pentas dunia
Petikan : Harakah TEMERLOH: "Harapkan apabila dapat netbook daripada kerajaan dapatlah membantu pelajaran anak, tetapi rupa-rupanya langsung tidak boleh digunakan kerana ketiadaan internet.
"Sudahlah begitu, kini sampai pula surat saman minta dijelaskan walhal netbook itu tidak pernah digunakan," demikian keluh seorang pesara kerajaan ketika mengadu di pejabat PAS Pahang di sini hari ini.
Rameli Kassim, 57, berkata pada April tahun lalu anaknya Raida Syahiza menerima netbook percuma melalui Sekolah Menengah Dato Bahaman Lanchang, tetapi tidak boleh digunakan kerana kawasan internet percuma hanya berada 60 kilometer dari rumahnya di Taman Bunga Raya.
Menurutnya, kira-kira sebulan selepas anaknya menerima netbook, telah sampai bil menuntut bayaran caj internet sebanyak RM25 (sebulan) sedangkan ia tidak pernah digunakan.
"Saya kemudian pergi ke pejabat TM di Mentakab mengadu hal berkenaan dan minta ditamatkan perkhidmatan kerana tidak pernah sekalipun menggunakan internet," jelasnya.
Tambahnya, bil tuntutan tetap sampai setiap bulan sehinggalah beliau menerima notis tuntutan daripada peguam TM yang meminta dijelaskan tunggakan sebanyak RM302.05 dalam masa tujuh hari.
Bapa kepada lima orang anak itu berkata, yang beliau kesalkan ialah tidak ada pihak sekolah ataupun TM sendiri yang menerangkan kepadanya tentang pakej atau syarat tertentu semasa menerima netbook itu dulu.
Tegasnya lagi, beliau sudah mengadu kepada unit aduan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tetapi tiada sebarang respons.
"Apa yang saya harapkan ialah keadilan kepada saya. Wang RM300 itu mungkin dianggap kecil oleh sesetengah orang, tetapi dalam keadaan kos hidup yang melambung tinggi ini tentulah tidak patut untuk saya bayar apa yang saya tidak pernah guna," tegasnya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PETALING JAYA 30 Nov. - Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Semporna, Kalasahan Abdul Salam membuat pengumuman rasmi meninggalkan UMNO dan mengisytiharkan dirinya menyertai PKR.
Beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini menjelaskan, tindakan drastik tersebut adalah ekoran rasa hilang keyakinan terhadap kepimpinan Ketua UMNO Bahagian Samporna Datuk Seri Shafie Apdal.
Kalasahan juga menegaskan, Naib Presiden UMNO itu mengamalkan dasar pilih kasih dan amalan kronisme yang menebal dalam kepimpinan parti.
"Kepimpinan UMNO Bahagian Semporna sudah jauh tersasar dari perjuangan asal. UMNO Semporna sama ada di peringkat Bahagian ataupun cawangan tidak ditadbir urus berlandaskan perlembagaan parti kerana terlalu banyak berlaku ketidaktelusan dalam pentadbiran serta perjalanan mesyuarat cawangan dan bahagian Umno Semporna," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Sidang media tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan beberapa wakil pimpinan yang lain.
Beliau juga menyelar kegagalan kepimpinan Shafie Apdal dalam mengatasi beberapa masalah paling utama kawasan Parlimen yang diterajuinya termasuklah kekurangan bekalan air dan ketidakstabilan bekalan elektrik.
"Sepatutnya, sebagai menteri penuh yang bertanggungjawab terhadap pembangunan luar bandar, beliau telah gagal secara total dalam menjalankan tanggungjawab memajukan Samporna," dakwanya lagi.
Beliau juga melahirkan rasa kesal dengan kepimpinan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia yang diterajui Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
"Beliau (Datuk Seri Shahrizat) terlalu lembut maka itu saya tidak suka. Saya juga kesal, nama Wanita Umno turut tercemar berikutan kontroversi itu," tambahnya.
Sebelum ini, beberapa Pemimpin Barisan Nasional (BN) telah bertindak meninggalkan parti komponen tersebut yang antara lainya termasuklah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin. Foto : Blog Omak Kau
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Few of the main responsibilities of a government is to provide basic necessities to rakyat. And as living things, there is nothing more 'basic' than water, the main element for us to survive.
Without water, all living things will die. Malaysians are lucky because we are blessed with 'balanced; weather where it never really goes extreme. We do not have to worry about long droughts or even extreme cold.
Considering this fact, so the failure of certain state government in Malaysia to ensure that rakyat could enjoy this basic necessity, proves that they are really weak.
It is not a coincidence when all states ruled by Pakatan Rakyat faces issues in water supply. Selangor suffers the issue because the state government refuses to accept a solution which was proposed by the central government, though the Langat 2 project.
Kedah suffered increased water tariff since it was taken over by PAS even though few of the promises given by PR before they won the previous election was that they would reduce water tariff. And probably because they still have not managed to gain much profit from the increased tariff, PAS Kedah government now has decided to charge Penang over water supply which Kedah is currently channelling to the state.
So, Penang government went berserk when PAS Kedah mentioned their expected income from the charge, RM20 million, during the budget presentation of the state recently.
According to Penang Chief Minister, Lim Guan Eng, PAS Kedah government did not even discuss the matter with them, showing that the actions of Kedah government in putting the number in the budget can be considered as fraud in their presentation, or at least an attempt to con Penang government.
All of these issues has never happened when Barisan Nasional was in power at those states. Only when PR takes over, things went haywire, confused and lost.
The same thing goes to Kelantan after being ruled by PAS for the past 22 years. For 22 years, PAS's 'Islamic' government continues to fail in managing this very basic necessity that rakyat suffers and they had to look for other alternatives not just to look out for water.
If it is just for a single term, perhaps we can accept the excuse given by the state government, no matter what the excuse may be. But after 22 years, more than four terms, still no change, so it is true that PAS Kelantan do not even know how to solve the issue. All they know is only to deny, or blame others for their failure.
Water is not the only basic element in life, it is also an important element in Islam because it symbolizes cleanliness. Islam is a sacred religion, that is why Islam sees cleanliness as a very important matter. Our prayers would not mean a thing if we are not clean.
Perhaps it is a coincidence that all of Pakatan Rakyat's states suffer water issues. Perhaps it is a sign to Malaysians to see how dirty their coalition really is. It seems that it is not impossible that PR might sink because of this water issue so that we could clean up all of the states which they rule.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ahli Veteran UMNO Taiping,Ahmad Hariri b. Alang Othman, di alamat, No.254, Jln.Padang, telah meninggal dunia jm 1805,di tempat hentian bas/teksi hadapan Hotel Pan Pacific,kerana pitam lalu ter jatuh dan kepala terhantuk buju tempat duduk, beliau meninggal di tempat kejadian. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Seorang pemerhati UMNO dari Perak tiba2 terjatuh di perhentian bas hadapan Seri Pacific Hotel dan di percayai telah meninggal dunia di tempat kejadian. Al Fatihah Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sebagaimana yang dijanjikan oleh UMNO Kelantan, di kesempatan Perhimpunan Agung UMNO 2012 mereka telahpun melunaskan janji untuk menegur dan mengkritik kepincangan dan penyelewengan dalam pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan.
Isu yang agak menarik perhatian ramai ialah berkenaan skandal Lembah Sireh yang membabitkan pemindahan hak milik tanah negeri dan rakyat seluas 716.8 ekar bernilai sekitar RM300 juta tanpa mengikut prosedur kepada syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd.
Liziz Standaco adalah syarikat pemaju swasta yang dilantik oleh Kerajaan PAS Kelantan bagi membangunkan projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh, Kota Bharu Kelantan.
Bagaimanapun projek mega tersebut yang pernah dibangga-banggakan oleh para pimpinan PAS Kelantan suatu ketika dulu, kini dianggap seumpama hantu mak lampir yang sering menghantui dan menghuru harakan pula kehidupan ramai pimpinan PAS negeri.
Lebih-lebih lagi selepas Pemuda UMNO Kelantan serta beberapa NGO baru-baru ini telahpun membawa isu ini kepada pengetahuan SPRM bagi membolehkan siasatan rapi dilaksanakan dan pihak yang bertanggungjawab dapat dicekup.
Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Alwi yang mengupas isu tersebut turut mempersoalkan kegagalan pimpinan Kerajaan Negeri untuk mendesak syarikat swasta itu segera menunaikan janji sumbangan balas berbentuk pembangunan fizikal dan wang ringgit yang nilai keseluruhannya hampir RM400 juta.
Antara komponen fizikal tersebut termasuklah sebuah Jambatan Palekbang yang bernilai RM150 juta, sebuah Masjid, Stadium Tertutup Wanita dan beberapa komponen lain yang hingga kini telah gagal dibina walaupun telah melampau jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan.
Lebih menyakitkan hati apabila selepas pertukaran hak milik itu dilakukan secara rasmi, lebih menyakitkan hati lagi bila sebahagian dari tanah itu dicagar pula kepada institusi kewangan oleh syarikat pemaju untuk mendapatkan pinjaman tunai berjumlah RM75 juta.
Sebetulnya jika segala perancangan dan proses pembangunan dipantau rapi oleh pihak Kerajaan Negeri sejak awal lagi, segala permasalahan ini dapat diatasi, dan paling penting pelanggaran prosedur dalam urusan pindah milik tanah juga dapat dielak. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Baru-baru ini Kerajaan Pusat telah menyumbang sejumlah RM1 juta kepada pasukan bolasepak Kelantan, The Red Warrior (TRW) sebagai penghargaan di atas kejayaan pasukan itu menjuarai tiga kejohanan pada musim ini.
Sumbangan kewangan itu adalah kesinambungan dari tajaan dan sokongan yang pernah Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak lakukan sebelum ini untuk pasukan TRW.
Badan Perhubungan UMNO Kelantan pula turut sama menyerahkan sumbangan RM200,000.00 kepada TRW, kesinambungan dari pelbagai bantuan yang pernah dihulurkan sebelum ini.
Bagi KAFA yang menguruskan TRW sejak sekian lama, sumbangan tersebut amat besar maknanya memandangkan hasil jualan tiket tidak berupaya menampung keseluruhan kos pengurusan pasukan termasuklah untuk menyelesaikan pembayaran gaji pemain serta kakitangan.
Berikutan itu Timbalan Ketua Bahagian Ketereh, Datuk Md Alwi Che Ahmad semasa membahaskan usul ucapan Presiden menyifatkan UMNO sebagai antara faktor utama yang membawa kepada kebangkitan TRW sehingga kini dikenali sebagai pasukan yang digeruni dan disegani.
Kenyataan tersebut nyata mengundang rasa tidak puas hati penyokong PAS, bukan kepalang marahnya mereka apabila UMNO dikaitkan dengan kejayaan TRW.
Pada mereka segala usaha keprihatinan UMNO serta Kerajaan Pusat kepada TRW termasuklah membantu dari segi wang ringgit hanyalah jasa yang sekadar lekat dicelah gigi sahaja.
Hakikatnya, kebangkitan dan kejayaan besar TRW sejak lebih kurang 5 tahun tahun amat sukar sekali untuk dinafikan oleh PAS bahawa ia adalah jelmaan dari usaha dan kerja buat pemimpin UMNO.
Semenjak pengurusan KAFA diambil alih oleh pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa selaku Presidennya, kebenaran yang dapat disaksikan semua tampak jelas peningkatan demi peningkatan agak terasa sehinggalah telah dua kali menjuarai piala Malaysia.
Kejayaan-kejayaan ini tidak berlaku melalui retorik atau sekadar cukup dengan ceramah dipentas politik, sebaliknya disebabkan keberkesanan pengurusan yang dibantu dengan sumber kewangan yang kukuh.
Tanpa pengurusan yang bijak dan sumber kewangan yang mantap, sukar sekali untuk sesebuah pasukan bangkit menuju kejayaan lebih-lebih lagi jika masalah tunggakan gaji yang sering berlaku 5 tahun sebelum ini berterusan berlaku.
Sememangnya kebenaran agak sukar untuk diterima dan amat pahit untuk diakui, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah terbiasa lena dalam keasyikan retorik tanpa kerja buat bermanfaat sepertimana menjadi amalan pemimpin Kerajaan PAS Kelantan dan penyokongnya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Anwar menteri kewangan terbaik, kata Azmin, tetapi ekonomi jatuh merudum ketika Anwar jadi menteri...hang nak kelentong lagi kaa? Anwar sendiri mengakui Tun Mahathir adalah mentornya yang terbaik. Setiap kali Anwar mengadap Tun untuk membentangkan kewangan negara, Tun akan mengarahkan Anwar supaya tingkatkan lagi angka peratuskan ekonomi.. Tun tidak pernah berpuas hati dengan tugasan Anwar.
Diterbitkan pada 29/11/2012 oleh klposdotcom Pembahas Usul Ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2012, Datuk Alwi Che Ahmad yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Kelantan menyifatkan Islam itu bukanlah Pas.Beliau berkata ketika membahas usul ucapan dasar presiden di PWTC.
Maklumat lanjut layari http://klpos.com
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dato Aziz Singah berdiri sehingga selesai perbahasan...
Datuk Seri Najib semasa dalam ucapan pembukaannya kali ini dengan berani mendedahkan betapa pincangnya hasrat dan mimpi sikitol Morden yang memasang impian untuk menjadi nombor satu di Malaysia sekalipun mengadaikan maruah, agama, bangsa maupun negara, DS Najib kali ini lebih terang menjelaskan peranan tIga kepala dengan tiga impian yang berlainan, seorang utara, seorang selatan dan seorang dah pun sampai kelangit angan-angan
Siapa pulak kali ini nak dijadikan Perdana Menteri? Si Kitol Moerden masih berharap atau masih dengan jenin PM nya, almaklumlah, dengan menjadi PM dia boleh terselamat dari segalanya sekalipun negara hancur, yang penting kroni dan taukey yahudinya menjadi The Bigg Boss atau The Great Screen Players, rasanya negara bakal menyensal yang tiada kesudahan bila negara hancur dengan ketawa dekahnya yang mirip bagai bila dajjal timbul...
DS Najib jugak nampaknya terus belasah karpal, lim kit siang dan rakan mereka yang mengamalkan kroni, anak beranak, malah berpuluh tahun berkarat dengan kroni serta anak beranak yang kuat jerit kononnya BN amalkan kroni dan anak beranak, Pakatan Roket jugak nampaknya paling kuat mengamalkan kroni dan tidak lansung demokrasi, sebagai contohnya bila umno yang dengan setiap pemilihan diperingkat cawangan lagi, sehinggalah di peringakat PAU yang diadakan bagi membentuk organisasi berdasarkan pemilihan bukan lantikan terus tidak sebagaimana mereka lakukan pada pakatan Roket...
Anuar Ibrahim terus menjadi punaisihat kepada PKR tanpa sebarang pemilihan, manakala anaka dan bini juga memegang jawatan utama parti tanpa sebarang pemilihan atau mengikut cara demokrasi seperti yang mereka dakwa, begitu jugak dengan Lim Kit Siang bila anaknha yang menjai setiausaha boleh menjawat sebagai ketua menteri pulau pinang tanpa ada pemilihan atau demokrasi sebagaimana yang mereka laungkan kononnya UMNO tidak demokrrasi sebagaimana dengan Pakatan Roket yang kononnya lebih demokrasi dan tidak kroni...
Bermakna... adakah kita nak bagi negara yang sedia aman dan maju kepada pemerintahan rakus anak beranak yang penting tembolok dema dan keluarga dema, so kalau apa jadi kat Malaysia dema peduli apa selagi dema dan keluarga dema tetap senang sekalipun negara hancur oleh kemasukan kuasa luar sekalipun...lantaklah jahanam asalkan dema yang tentunya selamat...
Sekupang tengah menunggu apa lagi pendedahan serta laungkan keramat dari DS Najib semasa penutup petang ini nanti... yang pastinya pasti PANAS yop! nampaknya kuat sijubri dan penyamun hak rakyat menggelupor macam cacaing kena simbah sabun yop!!!
You are subscribed to email updates from sekupangdua To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Lajim ukin kata dekat anwar, pakatan senang boleh tawan sabah, anwar pun percaya bulat-bulat apa yang lajim ukin cakap tampa mengetahuai perkara sebenar yang negeri sabah memiliki ahli umno yang teramai sekali dalam malaysia...
Anwar tak tau di sabah sahaja ada hampir 500 ribu ahli umno, lajim ukin kata umno dah tak kuat di sabah itu pasal dia keluar dari umno, tapi berlaku sebaliknya, kini anwar pening sudah banyak duit yahudi dia laburkan di sabah, tapi rakyat sabah tetap juga memilih umno...
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd. Shamsudin Lias dari Barisan Nasional (BN) hari ini menyelar tindakan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) kerana membangkitkan isu tender agihan kuota benih padi sah dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Mohd. Shamsudin berkata, perkara itu tidak perlu dibangkitkan lagi kerana telah diperjelaskan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dalam sesi sidang Dewan Rakyat, Oktober lalu.
"Kenapa perlu dibangkitkan lagi dalam sidang dewan ini, sedangkan menteri telah memberikan penjelasan panjang lebar tentang isu tender benih padi sebelum ini di Dewan Rakyat.
"Mengapa pada waktu itu, wakil anggota Parlimen dari Selangor seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Ijok), Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) langsung tidak mempersoalkan perkara ini semasa menteri berkenaan memberikan penjelasan berhubung isu tersebut?" katanya kepada pemberita di luar sidang DUN Selangor di sini hari ini.
Terdahulu dalam sidang DUN Selangor, Suee Lim mendakwa wujud penyelewengan dan monopoli oleh syarikat kroni UMNO dalam proses pemberian tender agihan benih padi.
Suee Lim kemudian membuat usul mendesak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyemak semula keputusan tawaran tender bernilai RM164.8 juta bagi tempoh dua tahun iaitu pada 2013 dan 2014.
Mohd. Shamsudin berkata, dakwaan wujud penyelewengan tender itu adalah tidak benar dan hanya muslihat politik kerajaan negeri Selangor semata-mata.
"Jangan menjadikan hal ini sebagai agenda politik, pihak kementerian telah mengenal pasti 10 syarikat yang layak untuk membekalkan benih padi sah kepada petani.
"Mana-mana pihak yang layak akan diberi peluang untuk memohon tender ini, tak kiralah dia dari UMNO atau sebaliknya, asalkan syarikat itu berkemampuan dan memenuhi syarat ditetapkan, tidak salah jika mereka diberi tender ini," katanya.
Jika Suee Lim suka membawa cerita lapuk ke sidang DUN, bagaimana pula dengan cerita yang beliau sebelum ini melanggar seorang pelajar UiTM di Shah Alam dalam keadaan mabuk!
Pada 7 Februari 2010, jam 11.50 malam, seorang pelajar bernama Mohd Bakri Mohd Bazli telah dilanggar oleh ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim di persimpangan lampu isyarat, berhampiran UNISEL, Seksyen 7, Shah Alam. Ng Suee Lim dipercayai baru pulang dari satu majlis makan malam sebelum kejadian tersebut berlaku.
Menurut Ng Suee Lim, dia mendakwa keretanya terbabas melanggar pembahagi jalan dan melanggar motorsikal yang dinaiki oleh Mohd Bakri. Ng Suee Lim menyalahkan pelajar terbabit sebagai punca berlakunya kemalangan. Menurut seorang saksi, bau arak yang kuat dapat dihidu daripada Ng Suee Lim. Apakah Ng Suee Lim memandu dalam keadaan mabuk?
Bila Kugan meninggal dunia, Xavier Jayakumar bagi pihak kerajaan negeri Selangor pantas menghulurkan sumbangan. Namun ketika Mohd Bakri dilanggar oleh ADUN DAP, sumbangan pun tiada, malah dipersalahkan pula pelajar tahun tiga, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bandar dan Wilayah terbabit.
Pelajar ini telah telantar di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. ADUN DAP yang melanggar Mohd Bakri sama keadaan seperti Tian Chua, buat lepas tangan dan menyalahkan mangsa sebagai punca kesalahan.
Mohd Bakri, seorang pelajar Melayu kurang berkemampuan tidak diberikan pembelaan. Jauh berbeza dengan pembelaan yang diberikan oleh Ng Suee Lim terhadap Teoh Beng Hock ketika dalam Dewan Undangan Negeri. Ng Suee Lim siap bawa gambar Beng Hock lagi untuk menuduh kesilapan SPRM dan kerajaan sebagai punca kesalahan.
Beranikah Ng Suee Lim berhadapan dengan orang yang membawa gambar Mohd Bakri dan menuduhnya sebagai bersalah? Di mana keadilan untuk Mohd Bakri yang masih terlantar di hospital ketika itu dan Mohd Salleh Hamdan yang meninggal dunia akibat dilanggar oleh ADUN DAP dan ahli parlimen PKR?
Dalam isu Beng Hock bukan main lagi dia bising, tetapi terhadap mangsa langgar ini mengapa mereka diam? Amat wajar inkues diadakan untuk menyiasat kes pelanggaran Tian Chua dan Ng Suee Lim.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Ismail Sani kecewa dengan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang gagal mengatasi masalah banjir di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat.
Katanya, masalah itu masih belum dapat diselesaikan sehingga hari ini walaupun Kerajaan Persekutuan telah memberi peruntukan sebanyak RM6 juta untuk mengatasi masalah banjir di kawasan tersebut.
Bagaimanapun katanya, sehingga kini tiada sebarang projek kerajaan negeri dilaksanakan di kawasan tersebut sebaliknya yang ada hanya projek Kerajaan Persekutuan sendiri iaitu projek membaiki saliran dan pembetungan di kawasan sungai berhampiran.
"Papan tanda daripada kerajaan negeri untuk membaiki sistem saliran dan pembentungan sebenarnya sudah dinaikkan sejak 2008 namun sehingga kini tiada sebarang tanda projek itu bakal dilaksanakan selepas berlakunya perubahan pentadbiran di Selangor.
"Kerajaan negeri seolah-olah mempermainkan rakyat, mereka perlu faham bahawa penduduk di kawasan tersebut berdepan dengan masalah banjir setiap kali dilanda hujan lebat," katanya kepada pemberita di luar sidang DUN Selangor di sini semalam.
Ismail berkata, rata-rata penduduk di kawasan tersebut kecewa dengan situasi sekarang kerana nasib dan kebajikan rakyat tidak diendahkan ekoran tiada kesefahaman agenda politik.
Selain itu katanya, pada 2008, satu sebut harga telah pun dikeluarkan dan sebuah syarikat kontraktor juga telah dilantik menjalankan kerja-kerja untuk mengatasi masalah banjir namun setelah berlaku pertukaran pentadbiran projek tersebut tidak lagi berjalan seperti yang dirancang.
Terdahulu sidang DUN hari ini tegang apabila soalan membabitkan masalah banjir di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat dijawab Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ketika pertanyaan lisan daripada Ismail (BN-Dusun Tua) yang meminta Abdul Khalid menjelaskan situasi terkini mengenai peruntukan untuk menyelesaikan masalah banjir di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Menteri Besar berkata, tiada sebarang peruntukan diterima seperti mana yang dijanjikan oleh Kerajaan Persekutuan sejak 2008.
Katanya, kerajaan negeri telah mengeluarkan peruntukan sendiri untuk memperbaiki saliran dan juga pembetungan masing-masing yang menelan belanja sekitar RM470,000 dan RM325,000.
"Projek kolam takungan juga bakal dilaksanakan dan ketika ini perkara tersebut masih dalam proses mengenal pasti dan mengambil alih tapak tanah dan projek tersebut dianggarkan bernilai RM1.5 juta.
"Projek berkenaan merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk mengatasi masalah banjir di kawasan berkenaan, kerajaan negeri juga tidak menerima sebarang peruntukan seperti yang dikatakan oleh ADUN Dusun Tua," katanya.
Puncak terdesaknya Pas terhadap UMNO ialah mendoakan UMNO/Barisan Nasional (BN) K.O atau tumbang. Pas menganggap UMNO parti zalim. Kempen sekian lama ialah UMNO itu taghut atau perosak, rasis dan lebih dahsyat lagi kafir dan terhubung dengan Firaun.
Mengapa Pas yang dikatakan parti Islam tidak ikut kaedah Islam dalam perjuangan politiknya dan dalam membuat sesuatu kesimpulan terhadap pihak yang dibencinya.
Sejak revolusi Iran, Pas mengambil pendekatan radikal dan pelampau. Lalu apa saja yang dilakukan oleh pihak lain tidak Islamik. Rasa taksubnya terhadap perjuangan parti dan terhadap tokoh luar biasa. Seolah- olah Paslah satu-satunya perjuangan Islam sehingga kadang-kadang menganggap Pas dan Islam itu seolah-olah sama pada hal parti politik dan Islam itu sendiri ada bezanya.
Orang Pas fikirannya tidak terbuka. Fikirnya satu hala dan tidak boleh dikritik akan apa saja yang dilakukannya. Lalu terbina rasa kebencian yang tinggi dan dendam kesumat yang tidak berkesudahan terhadap orang lain.
Cara Pas mentakrifkan zalim terhadap kerajaan Pas Kelantan dan zalim terhadap umat Islam di Malaysia adalah lebih bersifat emosi dan tidak jujur.
Penulis cuba meneliti Apa Kata Anwar yang tersiar dalam Utusan Malaysia 23 November 2012. "Kalau tak beri kat Kelantan ni pitih (wang peruntukan) mampus lamo dah, jadi kecek (cakap) benar sikit, jangan jadi pelawak (bohong). Kita beri, tapi dia (Pas) cakap tak beri.
Sebenarnya kita (Kerajaan Persekutuan) bukan beri RM10 juta, bukan RM100 juta, bukan RM200 juta, bukan RM700 juta, tapi lebih RM1,000 juta untuk pengurusan dan pembangunan negeri Kelantan." Kata Anwar ketika itu Menteri Kewangan di Jeli, Kelantan pada 4 November 1994.
Sebenarnya amat banyak bantuan Kerajaan Pusat kepada negeri Kelantan. Hatta Sultan Kelantan baru-baru ini mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat terhadap usaha bantuan yang diberi.
Apakah kenyataan Anwar Ibrahim dan pihak Sultan membayangkan Kerajaan Pusat zalim sehingga tanggapan dahsyat Pas mengatakan UMNO zalim. Kalau Pas tidak mampu berdiri atas kenyataan, fakta dan kebenaran sikap zalim yang dilakukan akan memakan balik diri sendiri.
Hal yang sama juga apabila Pas menuduh UMNO tolak Islam. Apakah tolak Islam itu tolak syahadah dan jadi kafir. Pas tidak ada bukti orang UMNO murtad atau meninggalkan agama.
Kalau maksud tolak Islam ialah UMNO tidak buat kerja Islam membayangkan sangat sempitnya pemikiran orang Pas tentang makna Islam itu sendiri. Islam bukan sekadar bukti luaran retorika yang menyedap telinga yang dilaung-laungkan dalam ceramah dan khutbah.
Harus ada fakta yang jelas dan konkrit menghujahkan UMNO tolak Islam. Pada hemat penulis, perubahan ke arah Islam dalam sistem yang dilakukan oleh UMNO dan kerajaan adalah nyata dan terbentang luas.
Apakah melaksanakan pematuhan syariah oleh pihak kerajaan dalam perbankan, institusi kewangan, pelaksanaan sukuk dan wakaf, binaan Tabung Haji, membantu golongan miskin oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, membina Pusat Pengajian Tinggi Islam, menyuburkan industri halal secara besar-besaran, membiaya anak-anak Islam belajar di dalam dan luar negara, menubuhkan Radio IKIM dan TV Hijrah dan banyak lagi sebagai bukti UMNO dan kerajaan menolak Islam.
Mengapa Pas tidak menerima hakikat ini dan masih lagi menggunakan cara lama untuk memancing undi dan pengaruh. Pas selalu lupa bahawa propaganda murahan itu akhirnya tidak mampu bertahan lama. Kebenaran berasaskan fakta akhirnya akan tegak.
Faktor ini yang menyebabkan Pas semakin ekstrem kerana enggan menerima kenyataan bahawa UMNO tidak tolak Islam.
Kalau ukuran lain bahawa UMNO tolak negara Islam dan hukum hudud, Pas sendiri sudah ingkar dengan janjinya terhadap orang Islam kerana terima Negara Berkebajikan. Buku Jingga tidak lagi memberi peruntukan kepada Negara Islam dan hukuman hudud.
Karpal Singh dan DAP terang-terang menolak Negara Islam dan hudud. UMNO tidak pernah mengatakan demikian. Tetapi mengapa UMNO dibenci sehingga mahu dihancurkan dan menggelarnya kafir, taghut, syaitan dan Firaun.
Penulis bimbang seperti hadis Rasulullah SAW menyebutkan - "Jangan mengkafirkan orang lain bimbang kekafiran itu akan kembali kepada diri kita balik". Seperti jangan doakan sesama Islam hancur bimbang kehancuran itu akan mengenai diri sendiri.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
"Anwar datang Sabah tapi dia nda sedar orang sabah sudah nda percaya dengan dia! orang sabah semua sudah tau Anwar punya cakap semua tipu, pandai cakap ja tapi nda pernah buat!" Keluhan daripada perbualan telefon dengan kawan MyMassa apabila bertanya tentang kedatangan Anwar untuk edisi ceramahnya di Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.
Orang Sabah bilang ini pemimpin Palui!
Biar gambar berbicara, ceramah Anwar di Sabah tidak mendapat sambutan. Isu yang dimainkan seperti Tanah Adat, Harga Minyak, dan Fitnah kepada Ketua Menteri Sabah. Anwar masih berfikiran bahawa orang Sabah akan menerima bulat-bulat apa yang dikatakan olehnya. Walhal, Orang Sabah bukanlah berfikiran kolot, dan pasti dapat menilai apa yang betul dan apa yang salah!
Apa yang melucukan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin sendiri telah tersasul mengaku bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah Kerajaan Rakyat! Penonton turut gelakkan ucapan si Thamrin itu! sungguh memalukan.Tapi Inilah satu contoh anak buah Khalid Gagap.
MyMassa ramai kawan orang Sabah, kalau orang Sabah cakap slang Sabah pun MyMassa boleh paham. MyMassa pun boleh bercakap slang sabah sedikit!:) .Sebab itulah juga MyMassa boleh tahu keadaan politik orang Sabah. MyMassa yakin Orang Sabah akan menolak Pakatan Rakyat. Orang Sabah tahu kerajaan sedia ada banyak membantu mereka. Daripada kemudahan asas kampung, jalan raya bertar, sekolah, air, gelanggang futsal, rakyat sabah sudah menikmatinya. Kampung tanpa wayar juga telah masuk di kebanyakan kampung-kampung di Sabah!
Baru-baru ini, MyMassa sempat melancong di Kundasang Sabah. Sampai sahaja di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, MyMassa dapat melihat kepesatan Bandaraya Kota Kinabalu membangun. Persepsi lama seperti tinggal atas pokok, dayung sampan ke sekolah, tidak sepatutnya ada lagi dalam pemikiran rakyat Malaysia khususnya yang tinggal di Semenanjung. Jika ada yang masih berfikiran begitu, dia sepatutnya datang ke Sabah!
Imam Besar Masjid Istiqlal. Masjid terbesar di Indonesia dan di Asia Tenggara tampil mengulas isu kebebasan agama yang dibawa oleh Nurul Izzah binti Anwar. Tanpa berlapis, Prof. Dr. Ali Mustafa terus menempelak sesiapa yang membuat kenyataan sebegitu harus bertaubat dan paling tidak dia telah pun sesat. Kenyataan penuh Prof. Dr. Ali Mustafa:
JAKARTA 28 Nov. - Orang Islam yang mengatakan orang Islam bebas memilih agama adalah sesat dan perlu bertaubat, kata Imam Besar Masjid Istiqlal di sini, Prof. Dr. Ali Mustafa Yaqub.
Beliau menasihatkan individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut supaya memohon keampunan daripada Allah SWT dengan segera.
"Orang Islam yang mengucapkan ucapan ini, paling tidak kalau dia sudah mengakui kebenaran agama lain, dia paling tidak sudah sesat, songsang.
"Apa lagi kalau kata semua agama sama, siapa yang mahu masuk dan keluar Islam dipersilakan, boleh jadi kafir,'' katanya ketika ditemui di sini.
Dr. Ali Mustafa, ulama masyhur Indonesia yang juga pakar hadis adalah imam besar di masjid Indonesia - masjid terbesar di Asia Tenggara.
Mengulas sepotong ayat al-Quran yang membawa maksud 'tiada paksaan dalam agama', Dr. Ali Mustafa menjelaskan, ia hanya ditujukan kepada orang bukan Islam kerana mereka tidak dipaksa memeluk Islam tetapi setelah memilih memeluk agama tersebut, mereka wajib mematuhi peraturan ditetapkan dalam agama syumul itu.
"Analoginya begini, ada orang mahu masuk rumah, mahu masuk dipersilakan, tak masuk pun dipersilakan, saya tak memaksa anda untuk masuk ke dalam rumah saya, tetapi kalau anda masuk ke rumah saya, anda mesti mengikuti aturan-aturan di rumah saya, seperti itu," katanya.
Beliau berkata, orang yang berfahaman liberal mungkin sukar untuk menerima kenyataan itu kerana usaha tersebut dikaitkan dengan kebebasan hak asasi manusia.
"Jawapan kepada persoalan itu ialah Islam tak menyuruh kamu untuk masuk Islam. Kamu mahu pilih menjadi kafir dipersilakan, itukan hak asasi kamu, tapi kalau sudah masuk (Islam), ikutilah aturan-aturan Islam.
"Kalau dah masuk Islam tapi masih mengikuti aturan yang bukan Islam, itukan kacau semuanya nanti," katanya.
Dr. Ali Mustafa berkata, meskipun umat Islam di Malaysia tidak seramai seperti di Indonesia yang pada masa ini merupakan masyarakat Islam terbesar di dunia, tetapi mereka tetap dengan keIslamannya terutama orang Melayu.
Dalam perkembangan sama, beliau turut menasihatkan mana-mana individu agar memahami terlebih dahulu petikan ayat-ayat al-Quran sebelum membincangkannya dalam konteks masyarakat majmuk seperti di Malaysia. - Utusan
Anda nilaikan sendiri, sedangkan Imam Besar dari negara luar sendiri menempelak kenyataan Nurul Izzah, inikan pula rakyat Malaysia. PAS sendiri senyap seribu bahasa. kalau ada tentangan pun sengatnya hanya seperti gigitan semut sahaja kepada Nurul Izzah. Hendak jaga hati sahabat baik, semuanya boleh sahaja. Inilah namanyanya matlamat politik menghalalkan cara.
Jika pendapat daripada tokoh-tokoh luar negara yang menyokong pembangkang boleh pula diterima bulat-bulat. Bahkan dijaja ke pelusuk kampung dan dimasukkan ke dalam kempen-kempen mereka kononnya rakyat luar negara juga bersama perjuangan mereka. Tetapi apabila pendapat yang tidak sehaluan dengan mereka, akan ditolak mentah-mentah. Bukalah mata, kosongkan la minda. Tolak dakyah pembangkang!
Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang bukanlah bahan ujikaji untuk memperjudikan masa depan agama, bangsa dan tanahair.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, pihak pembangkang telah membuktikan bahawa tidak berjaya menunaikan janji pilihan raya lalu di negeri bawah pemerintahan mereka.
"Malah, buku jingga mereka juga merupakan dokumen yang bakal menjatuhkan negara kita ini," katanya dalam satu kenyataan di sini selepas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sehubungan itu, Ahmad menggesa rakyat agar menyokong Barisan Nasional (BN) kerana parti ini merupakan parti yang sentiasa menepati janji demi kepentingan rakyat.
"Kini tibalah masa kita untuk menyahut seruan Presiden agar bersiap siaga pada tahap tertinggi untuk PRU13," katanya.
Beliau juga berharap agar seluruh perwakilan dan saf kepimpinan Umno mematuhi disiplin organisasi dengam matlamat yang jelas untuk kemenangan BN demi membela nasib rakyat dengan adil.
Sanggupkah anda memperjudikan nasib anda, mahukan anda memperjudi nasib kepada 3 parti yang membawa fahaman matlamat berbeza, satu mahu membuat Negara Berkebajikan, satu lagi mahu negara Sekular, Liberal serta mengalakkan kebebasan beragama, yang satu lagi berpandukan fahaman Komunisme Tanah Besar Cina. Sangup anda memperjudi nasib, anak-anak muda generasi akan datang bagi tempoh 5 tahun akan datang? Melihat anak muda mudi melakukan maksiat, orang Islam bebas untuk Murtad, hak-hak keistimewaan Bumiputera tergadai begitu saja? Mahukan keganasan serta kebebasan total diberikan untuk melakukan demonstrasi haram, rumah rumah perlacuran serta pelbagai lagi kerosakan dilakukan?
Fikir-fikirkanlah, perubahan tidak semestinya membawa kepada kebaikan, perubahan boleh mendatangkan bencana sekiranya mereka yang ingin membawa perubahan itu sudah terpesong serta lari dari fahaman asal dan membawa agenda tersendiri.
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Bin Noordin telah mengeluarkan satu entri berkenaan penularan gejala Murtad di kalangan Melayu-Islam Malaysia. Pandangan serta informasi yang diberi beliau amatlah MyMassa rasakan penting, dan harus disebar-sebarkan.
Biji bunga matahari (kuaci) merupakan salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. 60 gram biji bunga matahari tanpa kulit memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari
Kelebihan vitamin E :
Antioksidan
Pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular
Sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome"
Memelihara pembekuan darah yang normal
Mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan
Mengurangkan tekanan darah
Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
Mengendurkan otot kaki dari kekejangan
Meningkatkan pengeluaran air mani
Menguatkan dinding kapilari
Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
Mencegah anemia
Mencegah "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh Menjangkiti bayi pramatang
Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok
Rakyat kini sedar warna politik yang dipakai oleh Pas, sebuah parti yang mendabik dada memperjuangkan Islam dan penubuhan Negara Islam sebagai objektif utamanya.
Tetapi adakah ini sebenar parti itu atau adakah Pas mempunyai agenda terselindung yang lain?
Bolehkah rakyat mempercayai pengakuan Pas sebagai sebuah parti yang memakai nama Islam atau perlulah rakyat menilai parti itu melalui tindak tanduknya samada ia selari dengan hasrat dan cita-cita yang dilaungkan?
Persoalan ini rasanya perlu ditanya setiap rakyat sebelum mereka yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti, tergerak untuk memangkah parti itu pada kertasnya.
Implikasinya besar kepada rakyat malah kepada negara jika tersilap undi parti yang ingin diamanahkan mengangkat martabat serta menjaga urusan pentadbiran negara.
Takut-takut nanti apabila dipilih parti tertentu umpamanya Pas, lebih khabar daripada rupa pula.
Jadi amat perlu dinilai perjuangan Pas kebelakangan ini samada ia berlandaskan apa yang tertera di dalam perlembagaan parti itu sejak penubuhan pada tahun 1951 atau ia telah berubah menjadi satu organisasi siyasah yang amat berbeza sekali dengan yang asli.
Berbeza dengan UMNO yang sebagai sebuah parti Melayu terbesar sejak terasas pada tahun 1946.
Perjuangannya amat jelas - Melayu dan Islam - agenda memartabatkan Melayu ingin diperjuangkan manakala syiar Islam diperkukuh dan dilindungi sejajar dengan peruntukan Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.
Hasil perjuangan UMNO daripada dua matlamat utama itu juga jelas dan bukan samar-samar seperti Parti Al Islam Semalaysia atau Pas.
Sejak merdeka, bangsa Melayu di bela dan kebajikan mereka dijaga.
Menyingkap sekelumit sahaja hasil perjuangan UMNO akan menyedarkan rakyat apa yang telah dilakukan oleh parti itu untuk memperkasa agenda Melayu.
Dalam bidang pendidikan umpamanya, tanyalah mana-mana ibu bapa Melayu atau saudara mara yang berkait dengan mereka, anak Melayu mana yang tidak pernah mendapat sentuhan perjuangan suci serta jihad UMNO?
Lihat sahaja statstik akan mengejutkan orang Melayu di mana berpuluh puluh ribu anak Melayu berjaya melanjutkan pendidikan di peringkat ijazah di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara.
Sementelahan itu berpuluh puluh ribu pula anak bangsa terutamanya dari kawasan luar bandar, kampung dan desa diberi peluang mendapat pendidikan di berpuluh puluh Maktab Rendah Sains MARA Sekolah Menengah Sains, Sekolah Sukan dan lain-lain.
Bagi anak-anak Melayu yang tercicir daripada sistem pendidikan pengajian tinggi pula, kerajaan yang ditunjangi UMNO masih membuka peluang dan diberi harapan kepada golongan ini dengan membina pusat-pusat Giat Mara, Institut Kemahiran MARA, Institut Kemahiran Belia Negara, serta Kolej Komuniti yang berselerak di seluruh negara.
Dalam aspek Islam pula, rakyat boleh lihat dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana UMNO menjaga memuliaan Islam sejak merdeka.
Jika diconggok, berbilion ringgit telah dicurahkan untuk memartabatkan Islam dan umat Islam oleh kerajaan berteraskan UMNO sejak dari zaman Perikatan kepada Barisan Negara kini.
Daripada pembinaan masjid, madrasah dan surau hinggalah kepada mewujudkan Bank Islam, universiti dan kolej Islam, sekolah agama berasama penuh, mahkamah syariah, sistem pajak gadai Islam, Baitul Mal, Perkim, antara lainnya.
Tidak sedikit pula anak-anak Melayu dihantar ke universiti-universiti teragung Islam di luar negara seperti Al-Azhar untuk menceduk ilmu agama serta mengembangkan syiar Islam.
Jika dibuat perbandingan ringkas ini di mana letaknya kedudukan UMNO sebagai sebuah parti Melayu-Islam dan Pas yang mendakwa seolah-olah mempunyai matlamat yang sama?
Bukti dan hasil UMNO sudah terbukti dan tidak perlu dipertikaikan lagi, bagaimana pula dengan Pas yang melaung siang dan malam bahawa ia parti Islam tersohor?
UMNO tidak secara spesifik menyatakan untuk menubuhkan Negara Islam berlandaskan syariah namun segala apa yang telah dan sedang dilakukan untuk Islam menjurus kepada pentadbiran yang sarat dengan nilai-nilai dan prinsip Islam.
Pas pula sudah 61 tahun wujud setelah berpisah daripada induk UMNO sebagai parti serpihan tetapi apakah bukti kejayaan yang boleh dikemukakan olehnya?
Ada satu masjid atau universiti atau bank yang telah berjaya diasaskan atau dibina oleh Pas.
Rakyat telah memberi peluang mebih 20 tahun kepada Pas untuk memerintah negeri Kelantan tetapi sehingga sekarang tanyalah penduduk luar bandar mahupun bandar negeri itu samada mereka mendapat bekalan air bersih yang berterusan.
Jika dibuka paip air di Kelantan, hanya air berwarna tanah liat akan keluar dan mungkin inilah sebenarnya menjadi kebanggaan Pas yang berjaya menyediakan air keladak dan selut kepada rakyatnya.
Kebanggaan Pas hanya berlandaskan kepada ciri-ciri julukan nama negeri Serambi Mekah di Kelantan, slogan Membangun Bersama Islam, jihad fisabilillah, bertakbir, kalimat Islam pada nama parti dan oh ya terbaru, Negara Berkebajikan!
Pemegang kunci syurga khawarij PAS apabila buka mulut pasti akan membuatkan para penyokongnya cukup teruja. Ramai dikalangan penyokong khawarij PAS pasti akan menitiskan air mata malah kata kata si tua kutuk ini dianggap sebagai mutiara kata.
Islam dan Allah pun dilacurkan PAS nah sekarang Nabi Muhammad pula menjadi mangsa kehaprakan mulut busuk si tua kutuk ini.
Kita sebagai umat Islam di Malaysia amat beruntung kerana dapat melihat contoh ulamak akhir zaman seperti mana yang terdapat didalam hadis nabi..
Pisau kata "Patutlah khawarij sayang sangat Nik Aziz"
Biarpun masih muda, seorang wakil Kelab UMNO Luar Negara berjaya menyentuh emosi perwakilan untuk bersama menyanyikan lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Pelajar kejuruteraan kimia dan biologi di Universiti Gunma, Jepun itu, Ariff Yasir Zulkafli, 23, menyanyikan rangkap pertama lagu tersebut selepas 17 minit membahaskan usul ucapan dasar Presiden dan kemudian disambut oleh Pengerusi Tetap, Tan Sri Badruddin Amiruldin serta seluruh perwakilan untuk bangun bersama-sama menyanyikan lagu tersebut.
Malah, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli-ahli Majlis Tertinggi parti itu yang turut tersentuh, bangun menyanyikan lagu tersebut.
Lagu berkenaan berkaitan nasib orang Melayu yang hidup menumpang di bumi sendiri akibat sengketa sesama mereka.
Semasa menyanyikan lagu tersebut, Ariff Yasir yang merupakan Presiden Kelab UMNO Tokyo kelihatan beberapa kali sebak dan berhenti seketika.
Anak muda berasal dari Pokok Sena, Kedah itu terus menarik perhatian perwakilan apabila memberikan gambaran tentang masa depan anak Melayu jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa dan tidak lagi memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
"Cuba bayangkan anak-anak macam kami yang mengaji di luar negara, kami akan dipanggil balik sebab polisi tidak lagi dipegang oleh UMNO dan BN yang menghantar kami dulunya. "Anak-anak ayahanda dan bonda ini tiba-tiba terkontang-kanting, sistem tidak lagi membantu kami untuk ke menara gading. Mana dahan untuk kami berpaut, mana pelantar untuk kami berdiri?" katanya sambil beberapa kali mengesat air mata.
Ariff Yasir kemudian membuat seluruh perwakilan bertambah sebak apabila merayu supaya semua ahli UMNO melupakan sengketa sesama sendiri dan kembali kepada perjuangan asal untuk membela nasib orang Melayu.
"Tolonglah ayahanda, tolonglah bonda untuk UMNO terus mara, untuk UMNO terus berkuasa, untuk UMNO terus memperjuangkan kepentingan kita. Saya merayu sangat ini, saya merayu sangat ayahanda, bonda dan kanda.
"Kita lupakanlah segala sengketa. Janganlah ada sifat tamakkan jawatan dan kuasa. Biar hati kita bersih, kita buang dengki dan iri hati. Kita rapatkan saf, kita perbetulkan azam, kita bersatu, kita berpadu dan kita bersama-sama berjuang pastikan selepas PRU-13 Putrajaya masih menjadi milik kita," katanya disambut dengan tepukan gemuruh daripada seluruh perwakilan.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada pemimpin dan pejuang UMNO yang membolehkan anak- anak Melayu dari kampung melanjutkan pengajian di luar negara.
"Kalau tanpa jasa anda semua, tidak mungkin kami anak-anak Melayu berada di mana kami berada sekarang. Ini menunjukkan UMNO sentiasa komited menjaga kebajikan orang Melayu dulu, kini dan selamanya," tegas beliau.-Utusan
Lirik lagu Warisan (Anak Kecil Main Api)
Anak kecil main api Terbakar hatinya yang sepi Air mata darah bercampur keringat Bumi dipijak milik orang Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda Akibat sengketa di antara kita Cinta lenyap di arus zaman Indahnya bumi kita Warisan berkurun lamanya Hasil mengalir ke tangan yang lain Kita kan merintih sendiri Jangan buang waktu lagi Majulah raih sebuah mimpi Hapuskan sengketa Teruskan usaha Kita kan gagah di nusantara Kita kan gagah di nusantara Kita kan gagah di nusantara Kita kan gagah di pentas dunia
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Reezal Naina Merican berpendapat bahawa ucapan dasar presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 hari ini bertempat di Dewan Merdeka yang penuh bersejarah adalah berdasarkan pada dua paksi utama iaitu Islah dan Al Haq.
Menurut beliau, apa yang dimaksudkan sebagai Islah ialah apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengutarakan tawaran-tawaran yang dibuat oleh kerajaan BN dan UMNO dan segala apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN hari ini sebagai satu testimonial kepada rakyat.
"Islah juga bererti beliau telah melakukan tranformasi di mana, apa yang beliau katakan sebagai pemimpin kerajaan akan beliau laksanakannya, dan beliau sentiasa istiqamah dalam setiap kata-kata atau janji-janji beliau," ujarnya kepada UMNO Online ketika ditemui di Dewan Merdeka PWTC hari ini.
Tambah beliau lagi, yang keduanya ialah Presiden bercakap tentang perkara yang berdasarkan al Haq iaitu kebenaran tentang segala isu politik dan pembohongan yang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang terhadap rakyat di negara ini.
"Bila Datuk Seri Najib menempelak dan membongkar kepincangan di pihak Pakatan Pembangkang, seumpamanya isu-isu janji yang tidak ditepati, beliau bercakap di atas dasar kebenaran. Kebenaran yang wajar difahami dan disedari oleh rakyat, supaya rakyat jangan terus tertipu. Sebab akhirnya yang akan melakukan pilihan adalah rakyat. Rakyat perlu dipandu dengan kebenaran sebelum mereka melakukan pilihan,"
"Jadi apa yang dikatakan oleh Presiden UMNO adalah satu hidangan bukan saja kepada ahli-ahli UMNO tetapi juga kepada rakyat. Apa yang dihidangkan oleh Datuk Seri Najib adalah satu kebenaran bahawa tidak mungkin Pakatan Rakyat berkemampuan untuk menjadi kerajaan yang mempunyai kredibiliti, pembela rakyat.
"Sedangkan perkara asas seperti siapa yang akan jadi Perdana Menteri tidak dapat diselesaikan, begitu juga dengan janji-janji kepada rakyat tidak mampu ditunaikan, apatah lagi untuk memerintah negara," jelasnya lagi.
Bagi Reezal, perhimpunan Agung UMNO kali ini bukanlah satu medan untuk mengatakan kepalsuan, untuk mengatakan pembohongan dan bukan juga satu medan untuk mendoakan kemusnahan orang lain, tetapi merupakan medan untuk bercakap tentang kebenaran.
"Dan dengan kebenaran, semoga UMNO akan terus dirahmati Allah. Bukan sekadar kita akan menjadi pilihan rakyat, tetapi yang lebih penting kita akan menjadi pilihan Allah, sepertimana Allah telah memilih UMNO untuk memerintah di bumi selama 55 tahun ini dan berbakti kepada rakyat, demi kerana Allah semata-mata," akhiri beliau. -MediaUMNO
Pembahas Usul Ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2012, Datuk Alwi Che Ahmad yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Kelantan menyifatkan Islam itu bukanlah Pas. Dengan menggunakan analogi 'selipar jepun' beliau seterusnya menimbulkan persoalan apakah orang yang memakai selipar Jepun itu dianggap Jepun.
"(Seniwati) Siput Sarawak bukan siput. Siput babi bukan babi tetapi siput. Mudah sahaja nak jawab Pas ini. Tak payah nak tunjuk hadis, al-Quran. Tetapi kalau nak rujuk juga boleh sebab dalam al-Quran ada menyatakan bahawa memang ada manusia seperti ini yang akan sentiasa mencari perkara-perkara yang boleh mereka buat fitnah sepertimana terkandung di dalam surah Al-Imran ayat 7.
"Ayat ini menyatakan bahawa dalam al-Quran itu aku turunkan al-Quran dengan ayat-ayat yang jelas, 'muhkamat'…..jelas hukumnya tetapi ada juga ayat yang 'mutasyabihat' iaitu yang samar."……..akan ada manusia yang sentiasa bila ada dalam hati mereka ada kecenderungan jahat. "……..Apabila ada kencerungan untuk mereka akan buat apa "…..untuk membuat fitnah.
Kemudian mereka takwil sesuka hati mereka. Itu yang murtad, kafir dan macam-macam lagi…Al-Quran dah sebut "….yang tahu takwil-takwil ini hanya Allah," katanya.
Alwi seterusnya mengambil analaogi penanaman padi, gandum dan jagung bagi membezakan antara BN dan pembangkang. "BN tidak macam parti-parti lain. BN adalah parti penyatuan. PKR ini dia campur semua sekali…. Melayu, Cina India dan sebagainya, Begitu juga DAP….. dan begitu juga Pas. Dalam BN…UMNO….Melayu, India…MIC dan PPP. MCA dan sebagainya….
"Padi kena tanam di bendang padi. Gandum kena tanam bendang gandum. Jagung kena letak tempat jagung. Cuba ambil padi, jagung dan gandum itu ditanam dalam kawasan yang sama..ditanam dalam satu tempat.
Nak tuai nanti mestilah kaedah dan cara yang lain-lain. "Kita dalam BN tak… padi dalam bendang padi, gandum dalam bendang gandum dan jagung tempat jagung. Bilakah akan bertemu… bubur sebelah, roti sebelah dan nasi sebelah barulah boleh makan. Makan bubur boleh makan nasi.
Tetapi kalau campur sekali boleh makan tak? Itulah konsep dalam BN. Tidak elokkah lagi pemimpin kita buat itu," ujarnya. -MediaUMNO
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
1. Pihak pembangkang memang hebat dalam menanam persepsi dihati rakyat. Segala kesalahan dipertanggungjawabkan kepada UMNO BN dan Kerajaan. Namun dalam masa sama, jika terdapat apa-apa yang memungkinkan rakyat menghargai maka mereka terus mendabik dada merekalah yang melakukannya. Sehinggakan ada yang tanpa rasa malu dan bersalah sanggup mengedarkan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diberikan Kerajaan kononnya merekalah yang mengusahakannya.
2. Pernahkan sekali pihak pembangkang memuji apa-apa kebaikan yang Kerajaan telah lakukan selama ini? Apakah dalam masa lebih dari 50 tahun tidak ada satupun kebaikan yang Kerajaan lakukan? Malangnya kebanyakan dari mereka membesar hasil usaha keras Kerajaan namun sudah melupakannya. Ditambah pula dengan hasutan pembangkang yang menyatakan tidak perlu berterima kasih kepada sebarang usaha yang Kerajaan berikan.
3. Yang banyak lebih jauh menyimpang adalah parti Pas yang sewenang-wenangnya beranggapan bahawa hanya mereka sahaja yang berhak jadi umat Islam, selain dari Pas dianggap bukan Islam dan kafir. Jika sesuatu dilakukan oleh UMNO maka mereka menghukumnya sebagai haram tetapi apabila mereka melakukan perkara sama maka mereka menghalalkan. Halal dan haram memang sudah menjadi senjata mereka selama ini. Memang haramjadah puak-puak yang permainkan agama ini!
4. Klip video diatas mendedahkan bagaimana pihak pembangkang menanamkan persepsi kepada rakyat bahawa UMNO itu buruk dan membawa keburukan dengan memfitnah serta melonggokkan segala kesalahan kepada UMNO. Hayatinya dan bukakan fikiran dengan luas serta jangan taksub kerana Pas itu bukan agama dan Islam itu bukan Pas.
5. Bila pula Cekgu Bard bersama Topeng Perak, Yob Tulalang Sekah serta Nurislah akan tubuhkan CIBAI? Aspan Alias dan Suck-mongkol pun boleh join sekali.
Umno, parti yang sering diperlekehkan oleh pembangkang, bakal di batu nisankan, ketika ini sedang berhimpun di PWTC.
Sejak dari awal perhimpunan lagi pembangkang melalui media mereka terus berusaha keras untuk mencacatkan perhimpunan yang paling ditunggu dan diberi perhatian oleh segenap lapisan rakyat.
Bermula dari gerombolan lynas yang cuba memasuki PWTC hingga ke isu ulang suara, Deepak si penjual karpet yang "claim" ada menyalurkan kewangan kepada keluarga Najib atas tujuan projek.
Mereka ada SOP sendiri bagaimana cara dan kaedah berkesan untuk merosak majlis orang lain atau pun mencacatkan imej orang lain. Mereka hanya mahu melemparkan sesuatu isu atau tuduhan yang boleh mencipta keraguan dan menjadi topik perbincangan rakyat berkaitan kononnya perilaku buruk dan rasuah pimpinan Umno. Bukan pimpinan pertengahan atau MKT atau Naib presiden atau Timbalan Presiden yang menjadi sasaran, tapi perilaku seorang Presiden Umno!
SOP mereka sangat mudah. Tidak perlu memberi bukti dan tidak perlu pendakwaan secara perundangan di mahkamah. Cukup isu-isu itu berlegar menjadi perbicaraan di media dan di mahkamah rakyat. Tidak perlu sabitan kesalahan atau menjatuh hukum penjara dsbnya. Sabitan kesalahan bukan matlamat mereka. Matlamat mereka hanya mahu rakyat menjadi hakim berdasarkan bukti pendakwaan di sebelah pihak mereka sahaja. Pihak yang mereka tuduh tidak perlu mempertahankan diri.
Pembangkang hanya mahu agar rakyat mempercayai setiap tuduhan mereka dan pada masa yang sama imej presiden Umno boleh punah ranah pada kacamata rakyat hasil dari pertuduhan demi pertuduhan melalui media yang mereka lemparkan. Itu sahaja yang pembangkang mahu. Matlamat mereka, bila imej pemimpin no.1 Umno dapat dihancur leburkan, maka pada andaian mereka, akan hancurlah seluruh kekuatan Umno dan BN. Akan tercapailah matlamat besar mereka untuk ke Putrajaya.
Untuk berlawan secara demokratik dan beretika dengan Umno mereka tak terdaya. Untuk berlawah melalui rancangan, dasar dan agenda nasional, mereka tak terlawan dengan agenda transformasi Najib yang telah menunjukkan hasil cemerlang. Untuk berlawan janji dan manifesto, mereka juga sudah rosak dengan imej mudah berjanji bulan bintang tapi tak tertunai, akhirnya kinip sudah pun menjadi sindiran rakyat. Mereka juga sudah tenggelam dengan janji ditepati BN.
Jadi apa yang termampu mereka lakukan ialah "balik semula" ke SOP ciptaan atok mereka, iaitu "kebolehan dan kemahiran dalam melemparkan tuduhan, mencipta stigma rakyat, dan "menjadikan suatu rekayasa sebagai fakta" yang mesti dipercayai oleh rakyat dan dunia seluruhnya.
Hakikatnya, mereka tersangat gementar dengan pengukuhan dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Najib.
Mereka juga amat tertekan dengan dasar transformasi Najib yang sudah pun menampakkan keberkesanannya.
Mereka lebih tertekan lagi kerana UMNO masih ada Tun Mahathir yang masih terus dihormati dan disayangi oleh rakyat. Mereka sangat tertekan dengan kenyataan demi kenyataan dan peringatan demi peringatan yang terus keluar dari mulut Mahathir.
Mereka tertekan dengan kehendak Allah yang masih memanjangkan umur Mahathir. Mereka tertekan kerana Mahathir masih sehat. Mereka tertekan kerana Mahathir tidak nyanyok-nyanyok.
Segala perancangan mereka untuk merosakkan imej UMNO sering terbantut disebabkan kenyataan-kenyataan pedas yang keluar dari mulut Mahathir. Rakyat secara secara majoritinya masih mendengar dan masih tertunggu-tunggu kenyataan Tun M di TV dan akhbar. Majoriti rakyat masih percaya dan yakin dengan Tun M. Imej Tun M terlalu kuat dan terlalu menjurang, ibarat langit dan bumi dengan imej Anwar. Ini hakikat sebenar yang ada pada majoriti pemikiran rakyat Malaysia.
Ini yang menyebabkan pembangkang sakit hati dan tertekan sendiri. Bagi mereka, selagi ada orang tua nyanyok ini, selagi itulah rancangan mereka terdedah kepada "kerosakan yang sukar diperbaiki".
Pembangkang juga masih gagal untuk menjahanamkan imej Najib sebagai PM.
Segala perancangan mereka untuk merosakkan imej Najib masih gagal mengatasi perancangan Allah.
Negara tetap kukuh dan terus maju walaupun Sikitol terus dibiarkan bermaharajalela.
Sikitol gunakan semua termasuk SUARAM dan orang asing untuk menjahanamkan Najib dengan senjata kapal selam, tapi akhirnya Allah gunakan orang asing juga untuk memperjelaskan keadaan sebenar.
Sikitol cuba mempergunakan negara asing untuk mencalarkan imej Malaysia, tapi Allah gunakan negara asing itu juga untuk menyelamatkan negara yang cuba dipunahkan oleh siKitol.
Terbukti perancangan Allah tak terlawan dek perancangan dayus dan nusyuz sikitol.
Sikitol sangat hafal ayat Quran "wamakaru" tapi Allah tidak beri sikitol petunjuk untuk memahami ayat-ayat Allah.
Sikitol sangat hafal ayat Quran "kulilla humma malikal mulk", tapi Allah tutup pintu hati mereka dari menerima petunjuk dan hidayah.
Selagi wujud Allah jalajalaluh selagi itulah segala perancangan batil yang sedang dibawa oleh sikitol akan dimusnahkan oleh Allah swt. Selagi ada kehendakNya untuk menjadikan negara ini aman dan terpelihara selagi itulah sebarang kebatilan dan niat jahat terhadap negara ini akan terbantut.
Seorang model telah didapati bersalah kerana memuat naik foto-foto seksi dirinya sebagai seorang 'pegawai polis' bertujuan untuk menaikkan populariti dirinya.
Model jelita yang dikenali sebagai Wang ini memperlihatkan aksinya menayang lurah buah dadanya sambil memakai stoking panjang di dalam microblognya.
Dalam microblognya, beliau menulis;
"Saya sangat tertekan bekerja sebagai pegawai polis dikawasan saya. Saya terpaksa hadiri majlis-majlis makan malam bersama pemimpin-pemimpin kerajaan. 'Police Beauty' hanya nama panggilan sahaja."
Model tersebut kemudiannya memadam postnya itu.
Mahkamah Fengtai di Beijing mengumkan pada Isnin lepas bahawa Wang telah dijatuhkan hukuman 9 tahun penjara kerana menyamar jadi pegawai polis, namun kerana sikapnya yang baik, dia diberikan satu tahun dalam pemerhatian
CEMAR...kondom dan tisu serta pasangan bercinta mengukir nama dan simbol 'love' ditemui dekat wakaf rehat di taman rekreasi berhampiran Masjid Abdullah Fahim.
KEPALA BATAS: Segelintir pasangan remaja dikesan melakukan aktiviti tidak bermoral secara terbuka sehingga mencemar taman rekreasi berhampiran Masjid Abdullah Fahim, dekat sini.
Taman rekreasi berkenaan baru dibuka kepada awam bagi memudahkan orang ramai beriada bersama keluarga, tetapi ada pasanga bercinta mengambil kesempatan melakukan maksiat terutamanya pada waktu malam.
Keadaan gelap pada waktu malam menyebabkan ada pasangan mengambil kesempatan menjadikan wakaf rehat di taman rekreasi berkenaan sebagai tempat memadu asmara.
Sebagai kenangan, ada pasangan mengukir nama pasangan dan simbol insan tersayang pada tiang wakaf tempat mereka berehat dan tikda kurang juga membuang kondom di kawasan itu.
Bukan itu saja, pasangan yang 'berhasrat' melakukan maksiat di kawasan itu dipercayai tidak melalui pintu hadapan yang ditutup jam 4.30 petang, tetapi menggunakan 'laluan tikus' menerusi ladang kelapa sawit sebelum menggunakan titi kayu untuk ke belakang taman.
Pengujung mahu dikenali sebagai Man, 40-an, berkata sebelum masjib dibuka ramai pasangan didapati masuk ke tama rekreasi berkenaan melalui 'laluan tikus' sebelum ke pondok wakaf.
Katanya, pasangan bercinta biasanya masuk pada waktu malam kerana ramai pengunjung melakukan riadah pada waktu pagi dan petang.
"Sebelum masjid dibuka memang ada pasangan msuk melalui jalan belakang pada waktu malam kerana pintu depan ditutup.
"Selepas masjid dibuka bulan lalu, saya tidak pasti sama ada masih ada pasangan masuk waktu malam tetapi rakan saya menemui kondom belum digunakan berhampiran wakaf rehat di belakang taman, baru-baru ini," katanya.
Tinjauan mendapati memang terdapat laluan dalam ladang kelapa sawit selain titi kayu untuk menyeberangi parit ke belakang taman rekreasi berkenaan.
Man berkata, kariah masjid juga memantau kawasan berkenaan bagi mengelak perkara tidak senonoh itu tetapi ada pasangan menggunakan jalan belakang untuk ke taman itu.
"Mungkin lampu perlu dipasang sekitar tama temasuk di wakaf rehat selain rondaan pengawal bagi memastikan tiada pasangan mengambil kesempatan," katanya.
KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) akan bertindak menyaman dua lidah rasmi pembangkang termasuk Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman dalam masa terdekat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Ahmad berkata Felda akan menyaman akhbar Harakah dan Suara Keadilan serta Mazlan berdasarkan artikel yang dikeluar kedua-dua akhbar pro-pembangkang itu yang didakwa cuba memburukkan agensi Bumiputera itu.
"Pembangkang memang pembohong dan pemfitnah, mereka menuduh Felda berurusniaga dengan Israel, PM khianati rakyat Palestin. Akhbar suara mereka, akhbar ini memfitnah Felda.
"Jadi mereka memfitnah Felda bermaksud mereka memfitnah kerajaan juga," katanya kepada pemberita di Bilik Pulau Pinang, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tadi.
Laporan tersebut dimuatkan di dalam akhbar Suara Keadilan bertajuk 'Najib Mesra Israel' bertarikh 27 November lalu.
Sementara akhbar Harakah pula didakwa memburukkan badan itu dengan artikel bertajuk 'Minyak Sawit Jual Ke Israel' dilihat cuba mengaburi mata rakyat dengan tuduhan yang tidak berasas itu.
Ahmad selain itu berkata dakwaan akhbar itu jelas berniat jahat dan bermotifkan politik.
"Kumpulan Felda tidak pernah jual minyak kepada Israel," katanya.
Ahmad dalam pada itu mengaskan Bunge Agribusiness Singapore Private Limited bukannya sebuah syarikat Israel seperti yang didakwa oleh akhbar itu.
Katanya lagi syarikat tersebut adalah anak syarikat Bunge Limited, sebuah syarikat senaraian awam di Amerika Syarikat iaitu negara yang mana Malaysia sememangnya mempunyai hubungan diplomatic dan perdagangan.
"Kami ingin menegaskan bahawa polisi Kumpulan Felda adalah jelas di mana kami tidak oernah dan tidak akan pernah menjalankan urusniaga dengan Israel," katanya.
AP
*Bos besar dia bapak penyokong Israel dia tak sedar...hapa la!
GEORGE TOWN - Gara-gara memperkosa gadis bawah umur, kemaluan seorang lelaki disimbah asid oleh ahli keluarga mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jelutong petang semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Nasir Salleh berkata polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun pada hari yang sama dan sedang mengesan beberapa orang lagi yang terlibat.
"Lelaki berusia 18 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata kejadian itu bermotifkan dendam susulan terdapat ahli keluarga mereka yang berusia 16 tahun diperkosa lelaki terbabit dalam sebuah tandas pasar raya di pusat bandar pada Rabu minggu lepas.
Difahamkan lelaki dan gadis berkenaan berkenalan di laman sosial Facebook sebelum berjumpa di pasar raya berkenaan.
Nasir berkata lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, ahli keluarga gadis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan. - Bernama
KUALA LUMPUR - Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata, walaupun Umno telah pulih selepas kejutan pilihan raya umum (PRU) 2008, transformasi parti perlu diteruskan bagi memastikan Umno kekal relevan sepanjang zaman.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata. dalam sebuah parti politik seperti Umno, transformasi adalah sesuatu yang perlu dilakukan secara konsisten bagi memastikan kesinambungan yang berterusan.
"Melihat semangat dan kepimpinan Umno kini yang rajin turun padang mendekati serta menyelami jiwa rakyat, tidak lupa sokongan generasi muda meningkat, jadi betul kita sudah pulih.
"Tetapi kita jangan alpa, kita kena terus lakukan transformasi seperti melatih pemimpin muda menggantikan kita bagi menjadikan Umno kekal kukuh pada masa depan," katanya kepada Bernama di luar Persidangan Agung Umno 2012, di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno telah pulih selepas kejutan PRU 2008, dan kini cukup bersedia menghadapi PRU ke-13.
Mengulas mengenai sokongan generasi muda, Tengku Razaleigh berkata, walaupun ada generasi muda pada masa ini dilihat berada atas pagar, perkara itu perlu diambil secara positif oleh Umno.
"Ini berbeza dengan PRU lepas yang banyak pendapat mengatakan orang muda ini banyak sokong pembangkang, jadi sekarang bila banyak orang muda atas pagar maknanya sokongan itu sudah mula condong ke arah kita.
"Ia suatu perkara positif, namun kita jangan mendabik dada sekarang. Usaha perlu dilakukan bagi menarik terus golongan ini ke arah kita, di sini jentera Umno terutamanya Pemuda dan Puteri memainkan peranan penting," katanya.
Beliau berkata, kekangan terhadap kebebasan generasi muda, terutamanya untuk berpolitik merupakan satu masalah yang perlu ditangani secara halus oleh kepimpinan Umno.
Perwakilan Puteri Umno tidak dapat menahan air mata ketika wakil Kelab Umno Luar Negara, Ariff Yasir Zulkafli menyanyikan lagu "Anak Kecil Bermain Api" ketika membahaskan ucapan
"Generasi muda ini bila mereka dikongkong akan memberontak, jadi kita kena beri kebebasan pada mereka. Tetapi bila terlalu banyak kebebasan dikhuatiri perkara lain terjadi, maka suatu mekanisme yang 'berjalan di tengah' perlu dicari, kebebasan tapi masih ada nilai murni orang kita," katanya.
Tengku Razaleigh yang mengakui perlu ada lebih ramai pemimpin muda dalam Umno, menekankan pada masa yang sama harus ada keseimbangan antara jumlah pemimpin muda dan yang berpengalaman.
"Perlu ada satu sistem seperti 'check and balance'...bila orang muda mahu lakukan ini orang berpengalaman mesti tengok apa kesannya, bila orang berpengalaman buat ini orang muda kena tengok selari atau tidak dengan aspirasi mereka," katanya. - Bernama
Tujuan beliau lakukan perkara berkenaan kerana hubungan mereka mempunya masalah. Beliau menambah telah ditahan polis dan dibebaskan pada 24 November lalu setelah 10 hari ditahan.
Teman wanitanya itu telah meninggalkan tempat mengajarnya sekarang dan tidak berada di bandar itu lagi.
* Sebar gambar bogel kena tahan 10 hari aja????????
Maydaily
Finally getting to try Microsoft #Windows8! Awesome look and feel, love how it can help me with my business.
(Dari kiri) Ab Habi, Kalasahan dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ketika sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
PETALING JAYA - Naib Ketua Wanita Umno Semporna, Kalasahan Abd Salam hari ini mengumumkan keluar parti itu untuk menyertai PKR.
Katanya, tindakan tersebut diambil atas alasan sudah hilang keyakinan serta kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Bahagian Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal.
Kalasahan mendakwa, Shafie yang juga anggota Kabinet Pusat mengamalkan sifat pilih kasih dan kronisma, dan amalan itu semakin menebal dalam corak kepimpinan Umno Semporna.
"Kepimpinan Umno Bahagian Semporna sudah jauh tersasar dari perjuangan asal.
"Umno Semporna sama ada di peringkat Bahagian ataupun cawangan tidak ditadbir urus berlandaskan perlembagaan parti kerana terlalu banyak berlaku ketidaktelusan dalam pentadbiran serta perjalanan mesyuarat cawangan dan bahagian Umno Semporna," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Dakwanya lagi, Shafie gagal membawa pembaharuan dan mengatasi masalah kebanjiran pendatang asing, kekurangan bekalan air, ketidakstabilan bekalan elektrik, pencapaian pendidikan sekolah-sekolah tercorot di negeri Sabah dan kesesakan lalu lintas.
"Sepatutnya, sebagai menteri penuh yang bertanggungjawab terhadap pembangunan luar bandar, beliau telah gagal secara total dalam menjalankan tanggungjawab memajukan Samporna," dakwanya lagi.
Sementara itu, Kalasahan turut mendakwa, sikap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang terlalu lembut sehingga menyeret dirinya dalam isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menyebabkan beliau kesal mengenai perkara itu.
"Beliau terlalu lembut maka itu saya tidak suka. Saya juga kesal, nama Wanita Umno turut tercemar berikutan kontroversi itu," tambahnya.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan keyakinan bahawa selepas ini, akan ramai lagi ahli Umno Bahagian Samporna terutamanya Wanita Umno akan mengikuti jejak langkah beliau.
"Saya cuma ingin menasihatkan kepada pemimpin Umno untuk menghentikan segala fitnah dan jadilah pemimpin yang telus," katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, suami Kalasahan, Ab Habi Mustapha yang juga ahli jawatankuasa Umno Semporna mendakwa, Shafie selaku Ketua Bahagian juga gagal memikirkan masalah rakyat dan negara.
Beliau mendakwa, perpecahan yang berlaku di kalangan masyarakat Semporna begitu serius tertutamanya wujud beberapa cawangan Umno dalam satu kampung.
"Bayangkan dalam sebuah kampung itu, ada 17 cawangan Umno. Ada yang ada tiga cawangan.
"Dari segi ekonomi pula, jawatankuasa bahagian tidak ada langsung perancangan untuk membasmi kemiskinan membabitkan penduduk kampung," katanya yang telah meletak jawatan dan umum keluar Umno pada 17 November lalu dan menyertai PKR.
AB. Habi menambah, lima hari sebaik beliau mengumumkan keluar dari parti itu, beberapa media melaporkan yang dia telah dipecat dari Umno.
"Untuk apa kata saya dipecat sedangkan saya sudah keluar dari Umno lebih awal.
"Ini menunjukkan kerakusan beberapa pihak yang tidak habis-habis," katanya lagi.
Ketika ditanya mengapa memilih PKR, Ab. Habi berkata, beliau yakin parti itu benar-benar memperjuangkan hak rakyat.
"Dasar yang diperjuangkan amat jelas dan tidak memfitnah sana-sini," jelasnya lagi.
PETALING JAYA - PKR menyerang balik dengan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan seorang pengurus kewangan yang baik kerana mengakibatkan hutang negara melonjak sebanyak lima kali ganda berbanding ketika Kementerian Kewangan diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa jumlah hutang yang digandakan Najib berjumlah RM456 bilion pada akhir tahun 2011 berbanding RM103 bilion ketika akhir 1998.
"Sepanjang tempoh Anwar menjadi Menteri Kewangan, hutang negara semakin berkurangan dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan yang berterusan sehinggalah tahun 1997.
"Pencapaian ekonomi Najib tidak pernah sekalipun dapat mengatasi pencapaian Anwar dan tidak ada seorang menteri kewangan pun berjaya capai lebihan belanjawan seperti masa Anwar," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Najib menjadi Menteri Kewangan pada September 2008 manakala Anwar menjawat jawatan itu dari 1991 hingga 1998.
Anwar dipecat dari jawatan kerajaan dan parti pada 1998.
"Kegilaan berhutang dan berborosan ini berlaku tatkala Najib memaksa Petronas menyumbang dividen pada kadar yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia.
"Tidak pernah ada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang paling banyak menggunakan dana Petronas, kecuali Najib," dakwanya lagi.
PUTRAJAYA 30 Nov. - Seorang penganggur dihukum penjara 30 tahun oleh Mahkamah Rayuan hari ini terhadap tiga pertuduhan merogol anak perempuannya berusia 14 tahun.
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus mempengerusikan panel hakim tiga anggota membenarkan rayuan pendakwaan supaya hukuman penjara dijalankan secara berasingan mulai 14 Julai tahun lepas.
Lelaki berusia 55 tahun itu dijatuhi hukuman penjara sejumlah 48 tahun oleh Mahkamah Sesyen Ampang pada 7 Mei 2010 selepas dapati dia bersalah terhadap tiga tuduhan merogol anaknya di sebuah rumah di Ampang pada 18 Ogos 2002, 15 September 2002 dan 17 Januari 2003.
Dia dihukum penjara 16 tahun bagi setiap pertuduhan tetapi tidak dikenakan rotan kerana usianya melebihi 50 tahun.
Lelaki itu mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan pada 14 Julai 2011, mahkamah membenarkan rayuannya supaya hukuman penjara berjalan serentak, bermakna dia hanya perlu menjalani hukuman selama 16 tahun.
Pihak pendakwaan kemudian mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Hishamudin, ketika membenarkan rayuan pendakwaan agar lelaki itu menjalani hukuman penjara secara berasingan, berkata mahkamah berpendapat setiap kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah kesalahan berbeza.
Bagaimanapun, beliau berkata demi keadilan, mahkamah mengurangkan tempoh hukuman dari 48 tahun kepada 30 tahun selepas mengambil kira dia telah menjalani hukuman penjara empat tahun dan enam bulan ketik a ditahan sewaktu menunggu keputusan Mahkamah Sesyen.
Hishamudin yang mengetuai panel itu bersama hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohtarudin Baki dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zawawi Salleh, berkata tidak ada apa-apa yang menunjukkan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi telah mengambil kira tempoh tahanan empat tahun dan enam bulan yang dijalani lelaki itu.
Beliau berkata, mahkamah juga turut mengambil kira pelbagai faktor termasuk usia lelaki itu.
Berdasarkan fakta kes, lelaki itu merogol anak perempuannya apabila isterinya tiada di rumah.
Mangsa menceritakan insiden itu kepada rakan sekelasnya yang kemudian memaklumkan kepada guru disiplin. Guru itu telah memanggil ibu mangsa ke sekolah dan memberitahu kejadian itu. Mangsa telah membuat laporan polis.
Terdahulu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili lelaki itu berhujah sekiranya lelaki itu diarah menjalani hukuman penjara selama 48 tahun, ia akan memberi 'kesan yang teruk' kepadanya kerana faktor usia.
Katanya anak guamnya akan berusia 102 tahun apabila dibebaskan daripada penjara, dan menambah jangka hayat lelaki Malaysia adalah 70 tahun.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Abazafree Mohd Abas.
KUALA LUMPUR, 29 Nov – Rakyat terutama penyokong Pas sepatutnya sedar dan tidak lagi membiarkan diri mereka terus ditipu parti itu yang kononnya berjuang untuk menegakkan Negara Islam.
Hakikatnya tegas Ustaz Syahrin Jamaluddin, perjuangan Pas menegakkan Negara Islam bukan saja ditolak rakan pakatan mereka PKR dan DAP malah jika Pas bersendirian sekalipun mereka tidak mampu untuk melakukannya.
Fakta ini tegas beliau lagi didedahkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin di mana sepanjang 12 kali pilihanraya umum, bilangan kerusi yang Pas tandingi kebanyakannya kurang separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi di Parlimen.
Ini dibuktikan Tan Sri Muhyiddin seperti dalam pilihanraya tahun 1969, Pas bertanding di hanya 62 daripada 144 kerusi Parlimen, tahun 1990 bertanding di 29 daripada 180 kerusi parlimen, tahun 1995 bertanding di 59 daripada 192 kerusi parlimen, tahun 1999 bertanding di 59 daripada 193 kerusi parlimen, tahun 2004 bertanding di 85 daripada 219 kerusi parlimen, dan tahun 2008 bertanding di hanya 66 daripada 222 kerusi parlimen.
"Memang jelas jika Pas menang di semua kerusi yang ditandingi sekalipun, Pas tidak boleh membentuk kerajaan untuk menegakkan negara Islam seperti yang dicanangkan. Apatah lagi, pencapaian terbaik Pas ialah memenangi 26 kerusi dalam pilihanraya umum 1999.
"Lebih malang lagi sekarang bila Pas mengadakan pakatan dengan DAP dan PKR pun, kedua-dua rakan pakatan itu siang-siang sudah tolak hasrat Pas malah untuk lantik Presiden Pas jadi Perdana Menteri pun DAP dan PKR tak mahu. Inilah perkara atau fakta yang mesti disedar rakyat terutama penyokong Pas", kata Ustaz Syahrin kepada UMNO-Online.
Ustaz Syahrin yang juga Ketua Pemuda UMNO Tebrau seterusnya menambah jika penyokong Pas berlapang dada sudah pasti mereka tidak menolak hakikat tersebut.
"Cukuplah selama 12 kali pilihanraya mereka diperdaya. Lebih dahsyat lagi kali ini Pas cuba berpakat dengan DAP dan PKR yang jelas menolak sebarang perjuangan untuk Negara Islam", katanya. -MediaUMNO
Lewat malam semalam telah berlangsungnya mini konsert amal 'Untukmu Palestin' bertempat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Majlis yang bersiaran selama satu jam tersebut telah menampilkan tujuh penyanyi tanah air yang masing-masing menyumbangkan sebuah lagu sempena tanda sokongan mereka terhadap program kutipan derma 'Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad.'
Antara penyanyi yang terlibat adalah Hafiz Hamidun, Kumpulan Raihan, Misha Omar, Tomok, Noh (Hujan), Aizat Amdan serta Faizal Tahir.
Menerusi mini konsert ini, Faizal Tahir telah mengambil peluang untuk menyerahkan tiga buah trofi kemenangannya kepada pihak yang telah berjaya menawarkan harga paling tinggi untuk trofi tersebut.
Antara trofi yang dilelong adalah 'Anugerah Juara Lagu (AJL) 2003′ menerusi kategori persembahan terbaik, 'Anugerah Industri Muzik (AIM) 15′ untuk Album terbaik 2008 menerusi album 'Aku Muzik Kamu' serta trofi 'Anugerah Planet Muzik (APM) 2008′ menerusi kategori artis lelaki paling popular.
Menurut Faizal, dia sendiri tidak menyangka trofi lelongannya boleh menjangkau sehingga puluhan ribu ringgit dan nilai tersebut adalah lebih daripada sasaran awal.
"Sebenarnya saya ada meletakkan satu sasaran untuk harga trofi, tetapi malam ini merupakan satu yang diluar jangkaan saya kerana ia telah dibeli dengan harga yang cukup tinggi iaitu sehingga RM50,000."
"Pada asalnya saya tidak kisah nak lelong seberapa banyak trofi. Cuma buat masa sekarang saya baru tentukan untuk tiga trofi ini sahaja. Lagipun saya memang target untuk kumpul sehingga RM100,000 untuk didermakan kepada tabung ini, tetapi tak bermakna bila dah samapi target tersebut saya akan berhenti."
Mengulas lebih lanjut mengenai lelongan trofi tersebut, Faizal akui ingin tonjolkan sesuatu yang luar biasa untuk tabung derma Palestin kali ini dan disebabkan itu dia membuat keputusan untuk melelong trofi kemenangannya.
"Bagi saya konsert adalah perkara biasa, jadi bagi lakukan sesuatu yang lain, justeru itu saya mengambil keputusan untuk lelong trofi walaupun pada hakikatnya saya amat sayang kesemua trofi tersebut."
"Apa yang mampu saya bagi, saya akan bagi. Mungkin dengan cara ini saya boleh beri kesedaran dekat orang ramai untuk turut menghulurkan sumbangan mereka kepada rakyat Palestin."
Berikut merupakan tiga pihak yang telah berjaya membida harga paling tinggi untuk trofi Faizal Tahir :
Telekom Malaysia (TM) – Suheilah Abu Bakar, Naib Presiden Segmen Entrepreneur TM (Trofi AIM 15 – RM50,000)
Maybank – Pn Eliza Mohamed, Naib Presiden Eksekutif Hal Ehwal Koprat Maybank (Trofi APM 2008 – RM20,000)
Celcom – Pn Rahizan Ismail, Pengurus Kanan Komunikasi Koprat Celcom Axiata Bhd (Trofi AJL 2003 – RM10,000)
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Perhimpunan Umno 2012 sebagai lebih kuat dan bersemangat, tanda semua perwakilan serta Umno secara keseluruhannya telah siap sedia untuk 'berperang' menghadapi pilihan raya umum ke-13.
"Saya kagum dengan semua perwakilan yang hadir pada perhimpunan kali ini apabila kesemuanya nampak lebih bersemangat, lebih-lebih lagi ketika presiden parti (Datuk Seri Najib Tun Razak) berucap.
"Saya nampak semangat pada perhimpunan kali ini lebih kuat... bahkan lebih kuat daripada perhimpunan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Dr Mahathir yang kelihatan segak dengan berbaju Melayu jingga, menyifatkan ucapan perasmian Najib pada tahun ini sebagai satu ucapan yang hebat.
"Beliau (Najib) telah menjawab segala tomahan, tuduhan dan fitnah yang selama ini dilontarkan oleh parti-parti pembangkang terhadap Umno," katanya. - Bernama
SHAH ALAM - Tan Sri Musa Hassan mendedahkan beliau pernah ditawarkan menyertai parti politik selepas bersara daripada jawatan Ketua Polis Negara dua tahun lalu.
Tanpa menyebut apakah Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat yang membuat tawaran tersebut, beliau berkata, politik bukan jiwanya.
Katanya, beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik, tetapi akan terus lantang untuk menyumbang memperbaiki sistem pentadbiran negara.
"Saya hanya menegur apa yang tidak kena dengan tindakan kerajaan, termasuklah masalah yang dihadapi polis.
"Apa yang saya tegur ini betul. Saya tegur pasal ada yang tidak betul pada sistem (sedia ada), ada campur tangan pihak tertentu dalam pentadbiran polis. Ini tidak betul," katanya dalam pertemuan eksklusif bersama Sinar Harian, semalam.
Musa menafikan spekulasi yang ditimbulkan akhir-akhir ini yang seolah-olah memperlihatkan beliau sebagai menongkah arus dan berminat menceburi politik.
Katanya, kelantangan bersuara akhir-akhir ini bukan bermakna beliau mahu menceburi bidang politik, tetapi untuk terus memberi sumbangan kepada masyarakat.
"Jika saya menyertai politik, saya akan terikat dengan kenyataan yang ditetapkan mana-mana parti.
"Jadi sukar bagi saya untuk bercakap mengenai keadaan sebenar yang dihadapi rakyat Malaysia," katanya lagi.
Ditanya adakah kelantangannya di akhir-akhirnya menunjukkan beliau gila kuasa, beliau berkata: "Saya tak gila kuasa. Saya dah tak ada kuasa pun (sudah pencen)."
"Saya hanya bercakap benda yang berlaku dan perlu diperbetulkan," katanya.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Budak-budak Pas je yang kena perbodoh dengan Nik Aziz dan pemimpin Pas. Zuhud sangat la konon. Piirahh. Tertipu dengan syaitan dalam penyamaran? Agama apa Nik Aziz ikut? Ish, ish, ish, sure Azhar Idrus akan kata budak-budak Pas yang terpedaya dengan lakonan Nik Aziz dan kawan-kawan ni - bod-doh...
Apalah susah sangat juak-juak Mursyidul Am PAS hendak faham isu penghantaran minyak kelapa sawit melalui pelabuhan Ashdod, Israel. FELDA tidak pernah terlibat dalam penjualan minyak sawit ke Israel kecuali penjualan ke Palestin yang mana pesanan minyak sawit itu perlu melalui pelabuhan Ashdod, Israel memandangkan Israel mengenakan "embargo" laut, darat dan udara ke atas Palestin.
Lantaran itu, kargo muatan itu diangkut menggunakan jalan darat Israel kepada penerimanya iaitu Ajjawi Commercial Stores Company yang berpusat di Nablus, West Bank. Apa yang dijaja oleh penceramah-penceramah PAS dan PGayR adalah mereka mempunyai dokumen perkapalan "Shipping Guarantee" syarikat perkapalan di Ashdod. Pandai sungguh juak-juak ni spin tanpa memberitahu perkara yang sebenar.
Nama Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bermain dibibir rakyat diwaktu ini. Pertama kerana beliau baru menyelesaikan memberi ucapan dasar kepada perwakilan UMNO dalam Persidangan Agong UMNO yang sedang berlangsung sekarang. Boleh jadi ucapan beliau yang terakhir sebelum PRU13 sebagai Presiden UMNO.
Saya berkata boleh jadi ucapan beliau yang terakhir kerana selepas ini PRU akan diadakan selewat2nya pada April 2013 nanti dan memandang 'mood' rakyat hari ini besar kemungkinan BN akan kalah pada PRU13 itu.
Meneliti ucapan dasar Dato' Najib, tidak ada perkara baru yang dicetuskan bagi menaikkan semangat untuk rakyat bangkit memberi sokongan kepada UMNO dan Kerajaan, yang bersemangat hanyalah lebih kurang 5,000 orang perwakilan yang memenohi dewan merdeka PWTC, itu pun kerana diarah supaya tidak membangkitkan isu-isu yang panas yang boleh merosakkan agenda 'menipu' yang akan dibawa oleh UMNO pada PRU.
Penipuan pertama yang jelas apabila wakil Kelantan yang membahas ucapan dasar Presiden dengan mengatakan bahawa team bolasepak Kelantan TWR menang 3 piala musim ini kerana UMNO sedanghkan seluruh rakyat Kelantan tahu kemenangan itu kerana kesepakatan seluruh rakyat Kelantan memberi sokongan dan dokongan kepada KAFA yang dipimpin oleh Tan Sri Anuar Musa.
Diantara pemimpin yang mencorakkan pasukan bolasepak Kelantan pada awalnya yang membantu Tan Sri Anuar Musa selaku Presiden KAFA ialah Dato' Jazlan Yaakob, Timbalan Presiden KAFA, Encik Nordin, Setiausaha Agong KAFA, Dato' Rosmadi Ismail, bersama Encik Nik Ismail, Naib2 Presiden dan pada waktu itu saya dilantik oleh Tan Sri Anuar Musa selaku Pen. Bendahari KAFA dan KAFA tidak dibawah naungan UMNO Kelantan.
Keduanya nama Dato' Najib bermain dibibir rakyat Malaysia hari ini kerana kenyataan yang telah dibuat oleh usahawan karpet iaitu Deepak Jaikishan yang mendedahkan bahawa Dato' Najib terlibat dalam urus niaga tanah yang kini sedang dibicara di Mahkamah Kuala Lumpur.
Lebih daripada itu keluarga Najib juga disebut terlibat dalam kes P. Balasubarmaniam yang telah menjadi rahsia umum soal pemalsuan kenyataan beramaran yang diikrarkan beberapa tahun dulu yang mana dikaitkan pula dengan kes 'Pembunuhan Altantuya' yang masih mistri walaupun Mahkamah telah menjatuhkan hukuman mati kepada Azilah dan Sirul pegawai polis unit tindakan khas yang sehingga kini masih belum dihukum.
Apakah isu ini sengaja didedahkan kerana mahu mengaibkan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO kerana diwaktu ini UMNO menghimpunkan jenteranya seluruh Negara, maka Deepak lantas membuat kenyataan akhbar dan mengaitkan nama PM Najib dan Keluarganya.
Lebih suspen apabila ada baris-baris dalam lapuran media bahawa ada orang yang sanggup menjadi saksi bagi mengatakan perkara sebenar disebalik trajedi tersebut. Dengan itu maka banyak persoalan sedang dibincang sekarang kerana ia merangkumi tiga perkara besar yang menjadi tandatanya oleh rakyat.
1. Isu tanah yang ada kaitan dengan projek Kementerian Pertahanan semasa Najib jadi menteri yang dikatakan ada penglibatan tokoh wanita UMNO.
2. Isu Akuan bersumpah kedua yang dibuat oleh P. Balasurbaniam, pegawai penyiasat persendirian yang ditarik balik secara tergesa-gesa akuan bersumpah yang pertama yang dikaitkan dengan Dato' Najib.
3. Isu pembelian kapal selam 'scorpene' yang dikaitkan dengan rasuah berjuta-juta ringgit menyebabkan Razak Baginda, kawan rapat PM Najib menjadi yang populor sedikit masa dulu.
Sepatutnya dikesempatan ribuan kedar UMNO berada di ibu kota, satu lapuran polis hendaklah dibuat terhadap Deepak supaya siasatan dapat diadakan, adakah betul kenyataan yang dibuat oleh Deepak berhubung dengan perkara yang melibatkan keluarga PM Najib dalam urusan membantu P.Balasurbaniam membuat akuan bersumpah seperti yang disebutkan itu.
UMNO tidak sepatutnya membiarkan isu ini dijadikan modal oleh rakyat mempertikaikan kejujuran UMNO dalam membendung isu-isu yang membuat rakyat resah dan tertanya-tanya. Sesuai dengan slogan yang diwar-warkan iaitu Rakyat didahulukan.
Rakyat mahu tahu, adakah kenyataan Deepak itu benar adanya penglibatan keluarga PM Najib atau Deepak sengaja mengadakan isu untuk mengaibkan PM Najib. Inilah masanya yang sesuai bagi UMNO untuk memadamkan ketiga-tiga isu yang sekiranya dibiar ianya akan berlangsung sehingga PRU13 kelak.
Rakyat sedang menunggu dan menuntut penjelasan sama ada dari PM Najib atau pun UMNO kerana Dato' Seri Najib adalah Presiden UMNO.
Malang sungguh rakyat Selangor apabila mereka dianugerahkan seorang Menteri Besar yang bernama Tan Sri Abdul Khalid "Gagap" Ibrahim yang bebal tidak tahu hujung pangkal dan hanya pandai mengalihkan kesalahannya kepada pihak lain.
Khalid sering menyalahkan SYABAS dan menjadikan syarikat konsesi air itu sebagai "kambing hitam" sedangkan segala punca masalah air di Selangor adalah disebabkan kejahilan dirinya yang tidak tahu mengurus tadbir industri air di negeri tersebut.
Dia menuduh SYABAS gagal membekalkan bekalan air bersih kepada rakyat Selangor dan tidak cekap menguruskan perkhidmatan air kerana kadar peratusan yang agak tinggi dari sudut NRW di mana banyak paip-paip lama yang bocor.
Khalid baru-baru ini mendakwa bahawa dia tidak pernah membekukan perbelanjaan modal atau "capex" syarikat konsesi air Selangor, SYABAS, yang mengakibatkan syarikat itu menghadapi masalah untuk mengurangkan peratus air tidak terawat (NRW) di negeri itu.
Persoalannya, apakah benar dakwaan Khalid itu? Sedangkan fakta menjelaskan sebaliknya, sekaligus menunjukkan bahawa Khalid berbohong di dalam kenyataan tersebut!
Sebenarnya, sejak Pakatan Haram mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, Khalid awal-awal lagi telah membekukan permohonan pinjaman SYABAS untuk mendapatkan lonjakan modal bagi menukar ganti paip-paip lama itu.
SYABAS bukannya memohon pinjaman kewangan dari Kerajaan Negeri Selangor. Memanglah syarikat itu cari sendiri duit mereka melalui pinjaman bank. SYABAS bukannya kemaruk nak gunakan duit rakyat macam Khalid yang selalu "balun" duit rakyat sampai"kering"!
Lagipun, SYABAS pun tahu diri mereka dibawah Puncak Niaga, sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan tidak mengharapkan bantuan kewangan dari mana-mana kerajaan. Sebab itulah mereka mohon pinjaman dari bank. Itupun Khalid tak sokong…
Nak tukar paip-paip lama belanjanya besar, jadi tentulah dananya pun daripada pinjaman bank ataupun kerajaan, tak kisahlah persekutuan ataupun negeri.
Kalau dah dibekukan perbelanjaan modal (capex), siapa nak kasi duit secara percuma? Apa yang nak dibuat dengan batang-batang paip nanti?
Kalau Khalid ambil alih Syabas sudah tentu itulah juga yang dia akan lakukan!! Ganti paip-paip lama unuk kurangkan NRW.
Tapi, Khalid dalam usahanya mensabotaj dan memberi tekanan kepada SYABAS maka dia enggan meluluskan permohonan itu, sekaligus menggagalkan usaha syarikat konsesi itu untuk mendapat suntikan modal pinjaman!
Kerajaan Negeri mengeluarkan surat arahan membekukan perkara itu pada 2009, 2011, 2012, dan 2014 dengan memberi alasan bahawa pihak mereka sedang dalam proses menjalankan penstrukturan semula industri air. Bukannya kerana kadar NRW yang tinggi, bukan?
Sebab itulah di dalam laporan tahunan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd sejak tahun 2008 membuktikan bahawa syarikat itu gagal mendapatkan "capex" disebabkan tindakan Khalid atas alasan penstrukturan semula air di Selangor!
Berikut adalah laporan tahunan Puncak Niaga yang membuktikan bahawa Khalid membekukan pemohonan pinjaman bank SYABAS sejak tahun 2008…
Jadi, adalah tidak adil sama sekali untuk Khalid "mengkambing hitam"kan SYABAS dalam masalah bekalan air di Selangor, sebaliknya dia patut sedar bahawa dialah sebenarnya"kambing busuk" yang gagal menyelesaikan kemelut air tersebut.
Jelaslah di sini bahawa Khalid menipu dalam kenyataannya yang menafikan pembekuan "capex"seperti yang dicanangkan di dalam media kesayangannya, Selangorku, yang ditugaskan untuk menyebarkan pembohongan-pembohongan Khalid dan Kerajaan Pakatan Haram Selangor!
Orang macam ini pun rakyat Selangor mahu simpan sebagai Menteri Besar mereka? Astaghfirullahil'azim, lingkup la Selangor kalau macam ni gayanya…
Tu diaaa..!!! Macamana ni Nurul Izzah? Berani saman Utusan je? Kalau betul-betul berani, saman la Malaysiakini dan Malaysianinsider sekali...Jangan lupa saman Malaysiatoday sekali...berani?
Kalau setakat gebang je lebih, buat apa? Sampai sekarang tak berani saman Utusan? Sembang je kuattt..!!! Lawyer Nurul Izzah kata kes saman tu Nurul Izzah boleh kalah, kan? Alaaa...saman je laa... Kita tengok anak papa ni boleh menang ke tidakkk..heh!
Ni dah ada orang cabar. Alaa.. Puteri UMNO je...tak berani? Muahahahaha...Tu pun kalau tak takut laa... Kalau takut, tak payah sahut laaa...muahahahahaaa...
Ingat Nurul Izzah....Nak politik macamana pun, agama harus diutamakan..! Ingat pesan Puteri UMNO tu..heh!
Naib Ketua Wanita Umno Semporna, Kalasahan Abd Salam hari ini mengumumkan keluar parti itu mengikuti langkah suaminya Abd Habi Mustapha untuk yertai PKR.
Selain bertindak mengikut jejak suaminya, Kalasahan mendakwa bahawa tindak tanduk Ketua Bahagian itu- Datuk Seri Shafie Apdal yang juga Naib Presiden Umno merupakan salah satu penyebab beliau menyertai parti pembangkang.
Shafie menurut Kalasahan tidak mengamalkan kepimpinan yang adil sebaliknya bercorak pilih kasih dan kronisma.
"Umno Semporna sama ada di peringkat Bahagian ataupun cawangan tidak ditadbir urus berlandaskan perlembagaan parti kerana terlalu banyak berlaku ketidaktelusan dalam pentadbiran serta perjalanan mesyuarat cawangan dan bahagian Umno Semporna," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Dakwanya lagi, Shafie gagal membawa pembaharuan dan mengatasi masalah kebanjiran pendatang asing, kekurangan bekalan air, ketidakstabilan bekalan elektrik, pencapaian pendidikan sekolah-sekolah tercorot di negeri Sabah dan kesesakan lalu lintas.
"Sepatutnya, sebagai menteri penuh yang bertanggungjawab terhadap pembangunan luar bandar, beliau telah gagal secara total dalam menjalankan tanggungjawab memajukan Samporna," dakwanya lagi.
Sementara itu, Kalasahan turut mendakwa, sikap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang terlalu lembut sehingga menyeret dirinya dalam isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menyebabkan beliau kesal mengenai perkara itu.
"Beliau terlalu lembut maka itu saya tidak suka. Saya juga kesal, nama Wanita Umno turut tercemar berikutan kontroversi itu," tambahnya.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan keyakinan bahawa selepas ini, akan ramai lagi ahli Umno Bahagian Samporna terutamanya Wanita Umno akan mengikuti jejak langkah beliau.
Tahniah GPB ucapkan kepada dua mempelai iaitu Anas Zawawi & Nasha Allysa yang melangsungkan majlis kenduri perkahwinan mereka dengan meriah semalam di Dewan Tun Razak 1 , PWTC .
Anas Zawawi merupakan anak kepada Datuk Khalid & bekas isteri Tengku Zawiyah manakala Allysa adalah anak kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. Kehadiran ramai ahli , perwakilan serta beberapa pemimpin UMNO cukup menyerikan majlis ini .
Ikuti gambar menarik majlis perkahwinan ini sempat dirakam dari lensa GPB , blogger UMB Penang :
Semasa GPB meronda di booth korporat agensi kerajaan di aras 1 PWTC, terserempak pulak jumpa hero Malaya, abg Rosyam Noor di booth PR1MA.
Apakah kehadiran abg Rosyam ke #PAU 2012 terakhir sebelum PRU13 ini menandakan sokongannya terhadap Umno dan kerajaan BN?
Selain Rosyam, ramai artis telah hadir ke #PAU2012 yang bermula semalam seperti Farah Fauzana,Darling Ngasri, Erma Fatima, Umi Aida, Amy Search dan lain-lain lagi.
Hari ini dalam akhbar Utusan menyatakan kekasalan artis Catriona Ross apabila populariti namanya dipergunakan parti PAS dalam beberapa kempen ceramah politik sejak akhir-akhirnya ini .
Beliau seolah-olah berasa tertipu apabila pada mulanya diundang menjayakan majlis-majlis seperti forum walhal tujuan sebenar adalah menghadiri kempen parti politik pembangkang menjelang PRU13.
" Sayangnya , kebanyakan forum atau ceamah yang saya sertai itu pada mulanya berkisar tentang sesuatu topik dengan tajuk-tajuk menarik seperti Mencapai Syurga , tetapi sebenarnya majlis itu dianjurkan oleh parti-parti politik pembangkang '
Selain itu , beliau juga menafikan laporan sebuah portal yang mendakwa dirinya bertudung ada kaitan dengan parti politik
" Sebab itu , ramai orang yang keliru kononnya saya sudah menyertai PAS dan menyertai kempen-kempen ceramah politik mereka sedangkan saya tidak pernah menjadi ahli parti itu "
: Selepas ini saya harap tidak ada pihak yang menjemput saya kononnya untuk memberi ceramah seperti motivasi tetapi sebenarnya berbaur politik "
Hari kedua di Perhimpunan Agung Umno 2012 yang menarik perhatian GPB 2020 ialah promosi tiket Piala AFF Suzuki 2012 antara Malaysia dengan Indonesia esok di Stadium Bkt Jalil.
Ia diadakan di booth KBS yang turut menayangkan skrin besar perlawanana sebelum ini menentang Laos.
Ketua Pemuda UMNO P.Pinang, Ir Dr Shaik Hussein menyifatkan ucapan dasar Presiden cukup bersemangat kali ini untuk ahli-ahli agar terus berjuang habis-habisan di PRU13. Malah beliau juga menyambut baik ucapan Presiden yang turut menyentuh P.Pinang yang mana membuktikan jelas DAP gagar mentadbir .
Pembahas Usul Ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2012, Datuk Alwi Che Ahmad yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Kelantan menyifatkan Islam itu bukanlah Pas. Dengan menggunakan analogi 'selipar jepun' beliau seterusnya menimbulkan persoalan apakah orang yang memakai selipar Jepun itu dianggap Jepun.
"(Seniwati) Siput Sarawak bukan siput. Siput babi bukan babi tetapi siput. Mudah sahaja nak jawab Pas ini. Tak payah nak tunjuk hadis, al-Quran. Tetapi kalau nak rujuk juga boleh sebab dalam al-Quran ada menyatakan bahawa memang ada manusia seperti ini yang akan sentiasa mencari perkara-perkara yang boleh mereka buat fitnah sepertimana terkandung di dalam surah Al-Imran ayat 7.
"Ayat ini menyatakan bahawa dalam al-Quran itu aku turunkan al-Quran dengan ayat-ayat yang jelas, 'muhkamat'…..jelas hukumnya tetapi ada juga ayat yang 'mutasyabihat' iaitu yang samar."……..akan ada manusia yang sentiasa bila ada dalam hati mereka ada kecenderungan jahat. "……..Apabila ada kencerungan untuk mereka akan buat apa "…..untuk membuat fitnah.
Kemudian mereka takwil sesuka hati mereka. Itu yang murtad, kafir dan macam-macam lagi…Al-Quran dah sebut "….yang tahu takwil-takwil ini hanya Allah," katanya.
Alwi seterusnya mengambil analaogi penanaman padi, gandum dan jagung bagi membezakan antara BN dan pembangkang. "BN tidak macam parti-parti lain. BN adalah parti penyatuan. PKR ini dia campur semua sekali…. Melayu, Cina India dan sebagainya, Begitu juga DAP….. dan begitu juga Pas. Dalam BN…UMNO….Melayu, India…MIC dan PPP. MCA dan sebagainya….
"Padi kena tanam di bendang padi. Gandum kena tanam bendang gandum. Jagung kena letak tempat jagung. Cuba ambil padi, jagung dan gandum itu ditanam dalam kawasan yang sama..ditanam dalam satu tempat.
Nak tuai nanti mestilah kaedah dan cara yang lain-lain. "Kita dalam BN tak… padi dalam bendang padi, gandum dalam bendang gandum dan jagung tempat jagung. Bilakah akan bertemu… bubur sebelah, roti sebelah dan nasi sebelah barulah boleh makan. Makan bubur boleh makan nasi.
Tetapi kalau campur sekali boleh makan tak? Itulah konsep dalam BN. Tidak elokkah lagi pemimpin kita buat itu," ujarnya. -MediaUMNO