Hard Rock Cafe akan dibuka di Putrajaya tahun ini -Aseh
[Bernama] PUTRAJAYA: Hard Rock International dijangka membuka Hard Rock Cafe di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, pada tahun ini.
Ini merupakan Hard Rock Cafe yang kelima selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Kota Kinabalu.
Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat berkata tokoh perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir telah bersetuju membuka Hard Rock Cafe di Menara Ikhlas di Presint 3 di sini.
"Hard Rock Cafe Putrajaya akan dibuka dalam tempoh tiga hingga empat bulan pada tahun ini.
"Ia akan menjadi tarikan baharu di sini termasuk peminat-peminat motosikal Harley Davidson dan juga golongan muda," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
P/s: Apa keperluan Hard Rock Cafe dibuka di Putrajaya? Mengapa perlu kotori Putrajaya dengan sesuatu yang ada kaitan dengan maksiat? Selain bakal menjadi tempat muda-mudi berhibur dan terjebak dalam gejala tidak sihat, kafe ini turut menghidangkan minuman keras.
Adakah masyarakat Putrajaya yang rata-ratanya terdiri daripada kakitangan awam berbangsa Melayu memerlukan pusat hiburan seperti ini untuk menenangkan fikiran?
Adakah kerajaan mahu muda-mudi Islam yang tinggal di kawasan berkenaan hanyut dengan keseronokan hedonisme?
[BH] Johor Bahru: Kerajaan Johor mengarahkan 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini supaya melancarkan operasi bagi memastikan semua pusat hiburan keluarga yang berunsurkan perjudian di negeri ini ditutup sepenuhnya.
Langkah itu dilaksanakan berikutan keputusan kerajaan negeri tahun lalu untuk tidak lagi mengeluarkan lesen pusat hiburan terbabit, berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd Latiff Bandi, berkata operasi itu akan dilakukan secara berperingkat bagi memastikan premis hiburan itu dapat ditutup sepenuhnya.
"Kerajaan negeri sudah mengarahkan semua PBT di negeri ini mengambil tindakan terhadap pusat hiburan keluarga berunsurkan perjudian yang masih ingkar terhadap undang-undang baru ini.
Tak perbaharui lesen
"Operasi secara besar-besaran juga akan dilakukan dari semasa ke semasa. Malah, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan untuk tidak menyambung lesen lebih 100 permohonan pusat hiburan yang berunsurkan perjudian pada tahun lalu," katanya kepada BH, semalam.
Pada Julai tahun lalu, BH dalam laporan berita eksklusifnya melaporkan mengenai keputusan kerajaan negeri untuk memansuhkan lesen pusat hiburan keluarga di seluruh negeri itu yang bertujuan membendung penularan dan peningkatan masalah sosial, terutama membabitkan generasi muda.
Menerusi langkah itu, Johor menjadi negeri pertama di negara ini yang menguatkuasakan larangan terbabit dan inisiatif itu dilihat akan membolehkan pelbagai kegiatan haram yang bertopengkan pusat hiburan terbabit dapat dikawal dan dibanteras.
Kuat kuasa 1 Januari
Abd Latiff berkata, menerusi langkah sama, pihaknya menjangkakan lebih 500 premis pusat hiburan keluarga berunsurkan perjudian yang masih beroperasi di negeri ini akan dikenakan tindakan penamatan lesen serta-merta, berkuat kuasa 1 Januari lalu.
"Sebelum ini, kita sudah mengambil keputusan untuk tidak menyambung lesen pusat hiburan keluarga yang berunsurkan perjudian. Bagaimanapun, pusat hiburan keluarga yang mempunyai baki tempoh lesen masih dibenarkan beroperasi sehingga 31 Disember lalu.
"Bermula Ahad lalu, kita bukan saja tidak menyambung lesen pusat hiburan keluarga berunsurkan perjudian, malah mana-mana premis yang masih mempunyai baki tempoh lesen untuk beroperasi juga akan dibatalkan dengan serta- merta," katanya. - 4/1/14
P/s: Terbaik. Yang baik kita sokong. Negeri lain bila nak contohi Johor?
[SH] DUNGUN - Rahsia hubungan sulit seorang ibu tunggal bersama teman lelakinya seorang kaki dadah terbongkar selepas pasangan terbabit ditahan pihak berkuasa, di sebuah rumah dekat sini, pagi kelmarin.
Perbuatan sumbang itu berjaya dihidu polis narkotik Dungun selepas maklumat risikan mendapati rumah kampung yang didiami janda berusia dalam lingkungan 30an di kampung Alor Tembesu itu dijadikan tumpuan penagih untuk melepaskan gian dan teman lelakinya dipercayai dalang utama kegiatan itu.
Ketika ditahan, wanita berkenaan difahamkan sedang tidur dalam sebuah bilik bersama anaknya manakala, teman lelakinya yang hanya berkain pelekat tanpa baju cuba melarikan diri dengan memanjat siling rumah sebaik menyedari kehadiran polis.
Bagaimanapun usaha lelaki tersebut untuk meloloskan diri gagal apabila dia berjaya ditahan.
Ekoran penahanan lelaki berkenaan, polis memasang perangkap lalu berjaya menahan 10 lagi yang lain.
Operasi sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah bermula jam 8.30 pagi diketuai Sub Inspektor Ismail Omar itu berakhir jam 11 pagi.
Semua suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.
Selepas ujian saringan air kencing dilakukan, semua yang ditahan termasuk ibu tunggal terbabit didapati positif dadah jenis methapethamine.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pasangan berkenaan juga diserahkan ke pihak penguat kuasa jabatan agama untuk tindakan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat dan mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut. - 4/1/14
Pengurus Jualan dan Seorang Wanita Ditemui Mati di dalam Kereta
[Bernama] IPOH: Seorang pengurus jualan perkakasan logam dan seorang wanita dijumpai mati, kedua-dua dalam keadaan berbogel, di dalam sebuah kereta di Bandar Cyber di sini Jumaat malam.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A.Paramasivam berkata, mayat mangsa yang masing-masing berusia 58 dan 51 tahun ditemui isteri pengurus jualan berkenaandi bahagian hadapan kereta Proton Wira biru di garaj premis perniagaan itu dengan enjin kenderaan itu masih berfungsi.
Ketika ditemui pemberita di tempat kejadian Jumaat malam, beliau berkata pada pukul 7.55 malam, si isteri datang ke balai polis berhampiran untuk melapor suaminya tidak pulang ke rumah sejak Khamis lepas.
Sejam selepas itu si isteri dan beberapa anggota keluarganya pergi mencari mangsa di premis perniagaannya yang terletak di belakang sebuah hotel bajet di Bandar Cyber.
Isteri mangsa kemudian ternampak asap keluar dari bahagian garaj kedai sebelum mengumpil pintu 'roller shutter' untuk masuk ke dalam premis tersebut, kata Paramasivam.
"Sebaik sahaja memasuki premis berkenaan, si isteri menjumpai suaminya serta seorang wanita yang tidak dikenalinya di dalam kereta," katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan polis di tempat kejadian juga mendapati kereta Proton Iswara Aeroback hijau dipercayai milik mangsa wanita terbabit berada di luar premis perniagaan itu.
Selain itu, siasatan awal juga menunjukkan tiada sebarang kecederaan pada tubuh kedua-dua mangsa, kata Paramasivam.
Setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan dan polis akan meneliti laporan bedah siasat untuk melihat sama ada ia kejadian bunuh atau bunuh diri, katanya.
Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat. - 4/1/13
[Mstar] KANGAR: Polis menahan seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis dekat sini kerana didakwa mencederakan seorang guru lelaki dengan kerambit pada hari pertama persekolahan, Khamis.
Kejadian dipercayai berlaku selepas pelajar lelaki itu ditegur oleh guru berkenaan kerana menggayakan rambut ala 'punk.'
Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Supritendan Ismail Che Isa berkata, suspek lelaki berusia 17 tahun itu ditahan pada pukul 1 pagi Jumaat di rumahnya di Kuala Perlis dekat sini.
Ismail berkata, guru tersebut mengalami kecederaan di bawah mata kanannya dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Perlis.
"Kami telah mendapat perintah reman untuk menahan pelajar tersebut sehingga Isnin depan," katanya.
Sementara itu, guru yang terlibat dengan insiden itu enggan memberikan sebarang komen dan memberitahu pemberita bahawa dia menyerahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes tersebut. - 4/1/13
TEL AVIV: Kesihatan bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon, yang koma semakin teruk semalam, dengan organ pentingnya gagal berfungsi, kata hospital yang merawat beliau kelmarin.
Sharon, 85, koma sejak 2006 apabila diserang angin ahmar yang menyebabkan beliau tidak berupaya ketika berada di ke-muncak kuasa politiknya.
"Sejak beberapa hari lalu, ka-mi menyaksikan penurunan fungsi organ penting Sharon, yang penting untuk beliau selamat. Keadaannya dalam keadaan kri-tikal," kata pengarah hospital Tel Hashomer, Zeev Rotstein. - AGENSI - 3/1/14
[BH] Kolkata: Seorang remaja India dirogol beramai-ramai di dalam dua kejadian serangan berasingan dan mati selepas dibakar hidup-hidup, mencetuskan bantahan di Kolkata di timur India semalam, kata polis semalam.
Remaja berusia 16 tahun itu pertama kali diserang pada 26 Oktober dan sekali lagi pada hari berikutnya oleh sekumpulan enam lelaki berhampiran rumahnya di bandar Madhyagram, 25 kilometer ke utara Kolkata.
Kejadian rogol kedua berlaku ketika beliau pulang ke rumah selepas melaporkan serangan pertama di sebuah balai polis.
Beliau kemudian dibakar pada 23 Disember dan mati di sebuah hospital kerajaan lewat malam tahun baru, kata polis.
"Beliau mengakui di hadapan pegawai kesihatan beliau dibakar oleh dua orang yang ada kaitan dengan dakwaan ketika bersendirian di rumah pada 23 Disember," kata polis tempatan, Nimbala Santosh Uttamrao.
Penahanan pertama
Polis membuat penahanan pertama pada Rabu, dua bulan selepas kejadian jenayah awal, kata ketua polis tempatan, Rajiv Kumar.
"Suspek cuba membunuh anak perempuan saya dengan membakarnya untuk menutup jenayah mereka," kata bapa mangsa, seorang pemandu teksi dari negeri miskin India, Bihar.
Semua nama mangsa dan bapanya tidak didedahkan atas alasan perundangan.
Beratus-ratus aktivis melakukan bantahan di Kolkata pada Rabu berikutan jenayah itu yang mengejutkan selepas setahun kejadian jenayah seksual dilaporkan meluas di India.
Kejadian rogol, serangan dan penganiayaan terhadap wanita di India menjadi perhatian sejak 12 bulan lalu selepas sekumpulan lelaki merogol seorang pelajar berusia 23 tahun dalam sebuah bas yang bergerak di New Delhi pada Disember 2012, sehingga mencetuskan kemarahan di seluruh negara.
Parlimen sejak itu meluluskan undang-undang lebih tegas untuk menghukum perogol.
Aktivis berkata mangsa rogol di India sering berhadapan dengan ancaman serius daripada penyerang mereka manakala pihak polis sering kali tidak menggalakkan mangsa untuk membuat laporan. - AFP - 3/1/14
KUALA LUMPUR, I: DAP melahirkan rasa pelik dengan arahan yang didakwa dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya setiap sekolah mempamerkan potret pemimpin tertinggi negara di setiap bilik darjah.
Tambah pelik lagi, turut wujud arahan rasmi bahawa hanya potret menteri besar di negeri yang ditadbir Barisan Nasional sahaja yang dibenarkan.
Bercakap kepada media di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP pagi ini, Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok menuntut penjelasan pihak Kementerian tentang arahan tersebut yang menimbulkan rungutan daripada pentadbir sekolah.
Sambil menunjukkan laporan akhbar Sin Chew tentang perkara tersebut, Teresa yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP bertanya kenapa hanya menteri besar BN sahaja yang boleh dipamerkan potretnya.
"Kalau satu bingkai sahaja sudah menelan belanja berpuluh ringgit, berapa kos yang terpaksa ditanggung sekolah-sekolah untuk membingkai potret-potret ini bagi setiap bilik darjah?
"Dan kenapa mesti dalam setiap bilik darjah? Tidak cukupkah gantung potret di dewan sekolah, pejabat dan bilik guru?" ujar beliau.
Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara yang turut hadir dalam sidang media tersebut pantas menyifatkan arahan yang didakwa itu sebagai propaganda politik ala-Nazi.
"Ini hanya memperlihatkan sifat kurang keyakinan diri atau sifat narsis yang suka diri sendiri kerajaan Barisan Nasional,
"Ia tidak lain adalah sebahagian agenda propaganda politik seperti yang diamalkan Mao Zedong sebagai sebahagian usaha indoktrinasinya," ujar Tony,
"Kita minta Kementerian beri penjelasan segera." – Roketkini.com
GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dialu-alukan menyiasat pembelian Mercedes-Benz S300L oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini mengulas laporan portal berita FZ.com bahawa terdapat kemungkinan pembelian kereta rasmi Ketua Menteri itu disiasat SPRM.
"Sama ada SPRM akhirnya akan menyiasat atau tidak, kerjasama sepenuhnya akan diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang
"Kerajaan negeri adalah bersih dan saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan," ujarnya.
Beliau turut berkata bahawa hanya di negara ini badan penyiasatan rasuahnya akan merasa seakan harus menyiasat kenapa kereta yang dibeli dengan nilai diskaun dan menjimatkan wang rakyat.
"Saya pasti SPRM akan mendapati bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang adalah "bersih" kerana urus niaga keseluruhan bagi pembelian Mercedes Benz telah dikendalikan oleh Pegawai Kewangan Negeri Dato Mokhtar Mohd Jait, yang telah mematuhi semua prosedur dan undang-undang dan mempunyai dokumen yang sah," katanya lagi.
Beliau juga katanya tidak terkejut SPRM ingin menyiasat kerajaan negeri kerana menjimatkan wang berjumlah RM 358,954.25 namun membiarkan mereka yang membeli berkali ganda daripada harga pasaran sebagaimana yang didedahkan dalam Laporan tahunan Ketua Audit Negara. – Roketkini.com
Oleh: Mohd Ezli Mashut
SHAH ALAM : Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib berkata Umno 'berlagak' untuk menunjukkan parti itu Islamik dengan memainkan isu kalimah Allah.
"Tiba-tiba hari ini Umno berlagak sangat Islamik cuma dengan isu kalimah Allah. Seolah-olah negara sudah begitu Islam cuma dengan tunjuk perasaan depan gereja.
"Negara hari ini pada pandangan saya belum ditadbirkan berpandu kepada al-Quran dan Sunnah. Persekitaran yang baik cara ajaran Nabi tidak diikuti," kata Muhammad dipetik dari Harakah Daily.
Katanya, suasana persekitaran lebih kepada cara kehidupan sekular dengan sambutan apa sahaja termasuk tahun baru. yang diulang cara yang sama.
Beliau berkata, media cetak dan elektronik bukan melahirkan suasana yang mengikut al-Quran dan Sunnah.
"Malah penuh dengan kemaksiatan, spin yang bukan-bukan dan tak nampak Islamiknya. Anak-anak yang keluar dari alam persekolahan tidak nampak impak Islamiknya.
"Anak-anak yang lahir ke dunia dan dibesarkan dalam suasana yang ada sekarang tidak akan mengikuti cara yang berpandu pada al-Quran dan Sunnah. Kerana ia memang bukan agendanya," katanya.
Katanya, sebenarnya tanggung jawab mengikuti al-Quran dan Sunnah mencakupi seluruh kehidupan.
"Brunei sudah mula mengorak langkah menuju pentadbiran dan kehidupan berpandu kepada al-Quran dan Sunnah. Mudah-mudahan hasrat mereka berjaya," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat.EZY
Oleh : Lizawati Madfa
SHAH ALAM : Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor sentiasa mendahulukan rakyat dengan pelbagai program kebajikan dan tidak perlu untuk mencontohi kerajaan pusat yang sudah memasuki penggal kedua pentadbiran.
Sebaliknya Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie, berkata kerajaan pusat yang seharusnya menjadikan idea PR sebagai rujukan terutama dalam soal mengurangkan beban rakyat yang semakin meruncing.
Walaupun kerajaan pusat mengumumkan 11 langkah penjimatan, Shuhaimi berkata, ia masih tidak memadai untuk membantu secara langsung dalam usaha meringankan beban yang terpikul berat di bahu rakyat.
"Kerajaan pusat perlu menggaris dan melaksanakan penjimatan yang lebih meluas, contohnya mereka yang tidak ada kaitan dalam kerajaan jangan dibenarkan menggunak harta dan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya.
"Seperti Rosmah Mansor, jangan biarkan dia menggunakan pesawat peribadi atas kapasiti sendiri yang tidak ada jawatan dalam kerajaan melainkan atas lawatan rasmi bersama Perdana Menteri," katanya.
Beliau dihubungi Selangor Kini bagi mengulas kenyataan Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin yang meminta kerajaan negeri mencontohi kerajaan pusat dalam mengurangkan perbelanjaan sektor awam.
Hamidzun juga berkata, kenaikan kos sara hidup adalah satu isu universal yang bukan hanya melanda Malaysia, maka kerajaan pusat tidak patut dipersalahkan.
Pada masa sama, Shuhaimi menyarankan bekas pemimpin PKR itu berhenti daripada menjadi boneka Barisan Nasional (BN) dengan menggunakan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), GAPS.
"Selama ini, kononnya GAPS ingin membongkar penyelewengan PR di Selangor tetapi sehingga kini tidak sebarang bukti dikemukakan. Jadi, daripada jadi tin kosong baik bubarkan GAPS yang tidak berfungsi ini dan masuk sahaja Umno kerana lagi senang begitu," katanya.-NFN-
Oleh: Norhayati Umor
SHAH ALAM : Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak ikhlas dan prihatin terhadap rakyat di negara ini ekoran bertindak membeli semua pegangan saham dalam Kesas Holdings Bhd, seterusnya menjadikan Gamuda mempunyai saham majoriti 70 peratus.
Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya mengambil tindakan menghalang PNB yang dikuasai Kerajaan Pusat daripada tidak bersetuju untuk menjual saham kepada Gamuda itu.
Katanya,namun, BN tidak langsung menghiraukan kenaikan harga tol yang akan membebankan rakyat itu.
"Sebagai sebuah Kerajaan Pusat yang kononnya memperjuangkan nasib rakyat dengan hanya slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, beliau (Najib) sepatutnya mengambil tindakan menghalang.
"Walaupun kita sedia maklum ini adalah transaksi yang membabitkan keuntungan perniagaan namun jika kerajaan betul-betul ikhlas dan prihatin terhadap rakyat, maka kerajaan wajib menghalang dan menolak kerana ia akan menyebabkan kenaikan kadar yang membebankan rakyat," katanya dalam sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Selangor Kini.
Suee Lim yang juga Adun Sekinchan berkata beliau kesal dengan tindakan PNB yang kurang peka terhadap keluhan rakyat ketika ini.
"Jangan biarkan rakyat terus dibelenggu dengan kos saraan yang semakin hari semakin tinggi angkara kenaikan kadar tol seterusnya membiarkan syarikat konsesi mengaut keuntungan yang melampau," katanya.
Sebelum ini, Gamuda turut menyemak semula pertimbangan pembelian berhubung dengan tawaran diterima oleh Amcorp Properties Bhd pada 18 Dis 2013 dari RM250 million kepada RM280 million.
Pada 18 Dis, 2013, Gamuda menambah kepentingannya dalam Kesas daripada 30 peratus kepada 50 peratus berikutan penerimaan daripada Amcorp untuk melupuskan semua sahamnya dalam Kesas.
Baru-baru ini, PNB bersetuju untuk menjual keseluruhan pegangan 20 peratus kepada Gamuda dan menjadikan komposisi sahamnya 70 peratus dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak 30 peratus.
Hal itu, menunjukkan PKNS akan memiliki saham minoriti, sekali gus mengurangkan kuasa untuk menghalang kenaikan kadar tol oleh KESAS.
Menurut laporan Maybank Investment Bank Research November 2013, KESAS mencatatkan peningkatan kenderaan lima peratus setiap tahun membabitkan 490,000 penguna setiap minggu dengan menyumbangkan keutungan berganda 121 peratus antara tahun 2008 hingga 2012.
Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pakatan Rakyat Selangor akan menggunakan pegangan saham di lebuh raya KESAS, Sprint dan Damansara – Puchong untuk menolak kenaikan tol seperti yang diumumkan Barisan Nasional.EZY
SELANGOR KINI
KUALA SELANGOR : Lebih 100 penduduk di Dun Sungai Burong, Bukit Melawati dan Jeram bergabung mengadakan flashmob bantahan kenaikan harga barang secara serentak sebagai kesinambungan daripada Perhimpunan Turun Kos Sara Hidup (Turun) di Dataran Merdeka, 31 Disember lalu.
Bantahan itu dilakukan dengan pelbagai jenis kain rentang menarik perhatian pengguna jalan raya terutamanya di persimpangan Assam Jawa.
Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Bukit Melawati, S Manikavasagam berkata, penduduk bangkit menyatakan bantahan kerana tidak tahan menanggung kesengsaraan akibat kenaikan harga barang.
Menurutnya, penduduk yang tinggal di kawasan ini kebanyakannya tidak berkemampuan namun mereka terus dihimpit dengan kenaikan harga barang yang terus meningkat pada tahun ini termasuk tarif elektrik dan perkhidmatan siaran televisyen berbayar.
"Pengguna jalan raya tak rugi pun beri sokongan dengan bunyikan hon kereta kerana tak mustahil mereka juga tak terlepas berdepan dengan kenaikan kos sara hidup yang mendadak kali ini.
"Mereka bukannya orang kaya yang tak terjejas dengan kenaikan harga barang. Dari awal lagi kita buat bantahan terhadap kenaikan harga minyak petrol kerana ia akan jadi punca utama kenaikan harga.
"Kita akan terus adakan bantahan dan merancang untuk mengadakan satu perhimpunan besar di Kuala Selangor melibatkan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR), mungkin tahun ini, tahun bantahan dan perhimpunan," katanya dipetik Sinar Harian.EZY
MELAKA: Gerakan Anak Muda Anti Barang Naik Melaka (Geram) mengadakan road show pertama bertempat di Melaka Sentral dan Pekan Bukit Baru, pagi tadi.
Jurucakap Geram, Jauhar Md Dawi berkata program tersebut disifatkan berjaya kerana sambutan orang ramai yang amat memberangsangkan.
"Geram akan mengadakan 'road show' menjelajah ke semua daerah di negeri ini selepas ini bagi memberi kefahaman kepada rakyat mengapa harga barang dan kos kehidupan naik.
"Kita juga akan mencadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh rakyat dalam menghadapi situasi yang mencabar ini," ujar Jauhar yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka.
Jauhar berkata majoriti rakyat yang ditemui mengeluh dengan kenaiksn harga barang dan kos hidup yang semakin meningkat.
Program pagi ini dimulakan dengan pengedaran risalah dan kenyataan akhbar di Pasar Besar Melaka Sentral.
Selepas program di pasar besar tersebut petugas-petugas Geram telah bergerak ke Pekan Bukit Baru mengedarkan risalah.
Antara pimpinan PR negeri yang turut hadir ialah bersama Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek dan Ketua DAPSY Melaka Damian Yeo. ~harakahdaily
Sedih jika kita tengok gelagat guru-guru alaf baru, ramai yang sokong pembangkang dan terang-terangan mereka menghentam kerajaan, ramai guru yang turun dalam demo bershit, ramai yang jadi pegawai khas wakil rakyat YB pembangkang, ramai yang manjadi admin facebook dan blog pembangkang.
Datang ke sekolah bawa risalah politik, bawa Harakah dan pada kereta mereka penuh sticker yang melambangkan mereka adalah pro pembangkang khususnya Pas.
Semalam di pejabat pos ramai cikgu cikgu pergi ambil duit ASB, tak lama lagi BR1M pula, ramailah ibu bapa cikgu-cikgu yang datang ambil duit.
Berikut adalah link yang mendedahkan sikap cikgu yang tidak bersyukur dengan nikmat yang diperolehi daripada makan gaji dengan kerajaan tetapi menghina balik majikan.
Semalam heboh Pas mencela Mufti Perak kerana Tan Seri melebalkan peserta demo guling kerajaan baru-baru ini sebagai penderhaka dan halal darah mereka jika dihukum bunuh.
Pemuda Pas Perak pula dengan penuh kurang ajar cuba berdepan dengan Tan Seri. Tuan Ibrahim Tuan Man pula melabelkan Mufti Perak bersikap melampau kerana mengeluarkan FATWA.
Sebenarnya Mufti Perak bukan mengeluarkan FATWA baru beliau tetapi menyampaikan apa yang beliau faham tentang hukum fiqah.
Lihat bagaimana kes Al Maunnah yang akhirnya dihukum bunuh kerana cubaan menggulingkan kerajaan pada awal tahun 2000 lalu.
Tindakan Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) menggugut untuk menghentikan operasi jika dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ekoran menaikkan tambang bas sekolah, dianggap tidak wajar dan menyusahkan pelajar yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, PPPBSM perlu akur kepada peraturan dan arahan yang dikenakan ke atasnya selain berunding dengan SPAD untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menghadapi kenaikan kos operasi bas sekolah.
"PPPBSM tidak boleh sesuka hati secara sendirian mengambil keputusan untuk menaikkan tambang bas sekolah kerana ia akan memberi kesan buruk kepada pengguna, kenaikan sehingga 40 peratus dilihat terlalu tinggi dan membebankan terutama kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana yang mempunyai lebih dari seorang anak yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
PPBSM dilaporkan menggugut untuk menghentikan operasi mereka jika dikompaun oleh SPAD kerana menaikkan tambang bas sekolah.
PPBSM sebelum itu, turut mengumumkan akan menaikkan tambang bas sekolah di seluruh negara sehingga 40 peratus mulai 1 Januari atas alasan menampung kos operasi yang tinggi terutamanya dengan kenaikan harga diesel sejak September lepas. - Bernama
NOTA LUTUT,
INGAT!
Kebanyakan keputusan naik turun harga barang dan cas perkhidmatan adalah tuntutan dan desakan taiko bukan seperti yang dituduh oleh Rafizi Lembu.
Kerajaan setiasa mengawas dan memantau akan sebarang kenaikan kos namun pihak taiko gangster lebih licik dalam menyembelih mangsa dengan kos yang tersembunyi.
Jadi, kepada Lembu Rafizi, elok lah pergi berdemo di hadapan pejabat persatuan pengusaha bas sekolah.
Pergilah! Jangan takut pada otai taiko gangster, awak kan ada bouncer tomoi!
Law Weng San (adun Kampung Tunku), Rajiv Rishyakaran (adun Bukit Gasing) dan Yeo Bee Yin (Adun Damansara Utama akan mendesak kerajaan negeri Selangor untuk menggubal Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.
Apa Pernanan PAS dan Exco Agama di Selangor? Apa peranan ADUN Muslim PKR di Selangor?
Tahniah kepada orang Islam yang mengundi DAP.
Rujukan :
1. DAP trio in bid to amend Selangor law behind Jais raid.
4. Three Selangor lawmakers propose amending state law on using religious words http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/selangor-lawmakers-to-propose-amendment-to-enactment-to-lift-restrictions-o
5. S'GOR TEST: Amend law, sack JAIS, don't let non-Muslims be SITTING DUCKS for Umno bullies
Full article: http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=208421:acid-test-for-sgor-religious-law-must-be-made-clear-but-jais-culprits-must-also-be-sacked&Itemid=2#ixzz2pLxyu6L5
6. Propose to Amend Selangor Non-Islamic Religions Enactment 1988
JAIS adalah di Agensi di bawah kerajaan negeri Selangor. Dan sekarang pernan JAIS akan dibubarkan?
tahniah rakyat Selangor kerana memilih DAP-PAS-PKR. Mereka menang 2/3 dalam DUN Selangor dan mereka bebas utk merubah apa saja enakmen utk kepentingan mereka. Melayu Selangor akan jadi Melayu Singapura dan Melayu Pulau Pinang kerana perpecahan Melayu dan UMNO di Selangor.
dan Takziah kepada Machai PR kerana tak reti baca English.
1. UMNO Selangor merujuk kepada isu penggunaan Kalimah Allah dan rampasan Bible yang dilakukan oleh JAIS baru-baru ini yang menjadi pertikaian beberapa pihak.
2. Semua rakyat yang tinggal di Selangor mesti faham bahawa Selangor mempunyai undang-undang yang wajib dipatuhi dan menghormati Sultan sebagai Ketua Agama Islam. UMNO Selangor ingin tegaskan disini bahawa isu yang berlaku di Selangor sekarang berdasarkan kepada Enakmen Agama Bukan Islam ( Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam ) yang telah diwartakan pada tahun 1988 yang melarang orang bukan Islam di Selangor dari menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka, termasuk "Allah", "Nabi", "Injil" dan "Insya'Allah". Undang-undang ini telah dikuatkuasakan sejak 26 tahun yang lalu dan hanya terpakai di negeri Selangor dan tiada kaitan dengan negeri-negeri yang lain.
3. UMNO Selangor bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor dan percaya mereka telah menjalankan tugas berlandaskan undang-undang yang sedia ada. Pada November lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah penggunaan kalimah Allah dalam Bible dan penerbitannya dalam akhbar mingguan The Herald versi bahasa Melayu, perlu dihentikan serta-merta di negeri Selangor.
4. Enakmen 1988 ini telah dikuatkuasakan semenjak 26 tahun yang lalu dan kita sedia maklum tiada masalah yang berlaku dan inilah bukti bagaimana kehormanian antara agama diperlihara dan membolehkan kita hidup dengan aman dan tenteram.
5. Kenyataan Paderi Andrew jelas mencabar undang-undang yang sedia ada dan menderhaka kepada Sultan . Beliau tidak perlu bersikap biadap kerana undang-undang ini telah diguna pakai semenjak sekian lama. Kalimah Allah telah lama dilarang digunakan dalam apa juga bahasa apatah lagi di dalam Bahasa Malaysia. Kenyataan beliau boleh menimbulkan kemarahan orang Islam di Selangor dan tidak mustahil perkara diluar jangkaan boleh berlaku..
6. UMNO Selangor meminta pihak polis supaya meneruskan siasatan kerana mereka telah diberi kuasa dibawah Seksyen 10 Enekman 1988 untuk mengambil sebarang tindakan. Penyiasatan harus disegerakan supaya mereka yang melanggar undang-undang dibawa ke muka pengadilan.
7. UMNO Selangor mengucapkan tahniah kepada Jabatan Agama Islam Selangor dan pihak polis yang cekap bertindak dan kerajaan negeri perlu tegas menyokong tindakan yang dilakukan JAIS kerana Enakmen 1988 ini masih lagi merupakan undang-undang yang sah di negeri Selangor.
8. UMNO Selangor tidak bersetuju mana-mana pihak mengadakan sebarang himpunan di gereja kerana boleh menimbulkan salah tafsir di kalangan rakyat dan boleh menggugat keharmonian kebebasan beragama di negeri Selangor.
9. UMNO Selangor akan terus memantau perkembangan isu ini dan mahu kerajaan Selangor bertindak tegas berdasarkan undang-undang dan jika keadaan memerlukan UMNO akan mengadakan himpunan Melayu Selangor supaya Enakmen 1988 ini dipertahankan dan perintah Sultan di hormati.
Semakin biadap dan kurang Ajar kiasu Roket nie. Semuanya gara-gara kesetian rakan Parti @ Roket yang sanggup dilembu dan menjadi pencacai tegar kepada roket yang dilihat sebagai paling berkuasa diantara gabungan Pakartun Roket...
Malah perangai Haram Jadah tak perlu lagi untuk dipertimbangkan soal terasa hati oleh rakan simata lebam yg kita amat tahu Parti Kencing Rakyat dan PIS Pati Islam Semelaysia. Bukan setakat boleh dihina dan dikudakan.. sebaliknya secara balaci akan mempertahankan apa saja penghinaan mau pun cacian sebangsa mereka
Penghinaan kepada bangsa Melayu semakin berani dan kerap kerana keTEGARAN atau kelembuan cukup jelas dan terbukti. Bukan sekali sehingga kini makin tak terkira berapa kali penghinaan, Gelaran dan perlakuan secara terang sekalipun tidak lagi perlu 'Ambik Hati' rakan bangsa melayu
Kucing Kurap, Lembu, hanjing kerajaan, balaci dan banyak lagi diungkap atau disebut tanpa perlu berfikir jauh soal perasaan bangsa Bumipira atau Melayu yg juga sama didalam BN dan UMNO.
Bukan setakat berani kata malah pelbagai penghinaan gambar dan visual sudah tak perlu difikirkan soal nak jaga hati lagi...
Pelbagai video dilaman you tiub hasil karya roket yg menghina bangsa melayu sudah tidak dapat dihitung lagi. Malah mereka membina satu HERO atau karektor sepeeti Nam wee, tunny Puwa, si kembor ngangerh dan banyak lagi tak perlu selindung lagi...
Baru-baru ini pun cukup jelas bagaimana sambutan tahun baru-baru ini spesis nie lansung tidak hormat bila lagu Negaraku @ Jalur Gemilang berkumandang.
Bukan setahap itu sahaja. Malah ada beberapa cerita tentang kebiadapan serta sikap kurang hajar terhadap melayu. Tak perlu lagi ada hormat... tak perlu bertolak ansur atau pun perlu menjaga muhibah dan Harmoni. Sebaliknya mereka anggapmereka yg paling berkuasa dan tidak sedarjat melayu sendiri.
Dan sebab paling utama hilang hormat ialah kerana tak perlu gusar kerana lebai-lebai hijau dan geng mata lebam akan back up atau pertahankan apa yg roket akan cerca atau pun caci. Seperti ini... (Gambar) tentu nya kesetiaan di Lembukan apa saja kata boss mereka dan sanggup dibarua dan dilembukan..
Apa kah akan alasan dia orang perkatakan seperti persoalan dalam gambar nie..........
Elehhh... biasa ler. Korang agak apa alasan semua pencacai @ BARUwah roket akan jawab... apa pandangan korang kes yg dah MAKIN lebih benor kaisu nie...
Jangan mimpi la kawan dan barua Roket ada berani WITH BALLS nak sound boss besar pencacai roket..
DAH BOLEH AGAK JAWAPAN DIA ORANG...
- Elehhh... ok la tu...biasa ler... sapa suruh lambat naik...
- Elehhh... fitnah Umprono ler nie... ni bukan kat Malaysia. Gambor nie sebenarnya kat Rusia
- Elehhh... Umno ngok saja spin... sebenar perempuan yg sarat mengandung tu yg offer cina tu dusuk
- Elehhh... nie nak buat fitnah ler... mesti keja umnogok yg memang plan gambor nie lepaa tu tuduh Pakartun Roket
- Elehhh... yg sebenarnya pompuan cina tu ahli Umno se umor hidup tu... dan Pompuan melayu yg sarat mengandung tu ahli DAP...
- Elehhh... nie keja orang UMNO edit dan super impose gambor nie...
- Elehhh... korang tak tau... pompuan Cina nie sebenarnya kena paksa dengan Umprono duduk tempat pompuan yg sarat mengandung sebab nak tangkap gambo utk fitnah Pakartun Roket...
- Elehhh... Bang non naik jet pun tak heran...
- Elehhh... amoi tu tak salah... dia sebenornya baik. Saja jer perempuan Melayu tu yg degil. Sebelum masuk cina tu dah nasihat kat dia jgn naik. Siap dah suruh naik teksi atau beca... dua yg degil
- Elehhh... UMNOsial spin cita. Pompuan mengandung tu sebenarnya tgh demo TURUN protes barang naik
- Elehhh... pompuan nie saja jer buat macam tu sebab boleh popular FB dia lepas tuduh Barua / lembu roket memang kejam...
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
SHAH ALAM: Semua pihak dinasihatkan supata bertenang dan bertindak rasional mengenai isu-isu sensitif, nasihat Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan.
Beliau berkata demikian bagi mengulas terhadap bantahan dijangkakan akan berlaku berhubung kenyataan seorang paderi di sebuah gereja Katolik di Selangor yang akan terus menggunakan kalimah "Allah" untuk merujuk kepada Tuhan semasa perhimpunan.
Beliau berkata, anggota polis akan ditempatkan di gereja-gereja pada Ahad untuk memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
"Ini adalah prosedur biasa untuk memastikan tiada apa yang berlaku," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Shah Alam pada Jumaat.
Beliau bagaimanapun enggan menamakan gereja-gereja yang akan menempatkan anggota polis.
Mohd Shukri turut meminta pihak yang merancang untuk mengambil tindakan-tindakan lain, termasuk menghantar memorandum kepada gereja-gereja, supaya memikirkan semula rancangan tersebut.
Beliau berkata, terdapat cara yang lebih baik daripada berarak dalam kumpulan yang besar untuk menyerahkan memorandum.
"Mungkin melakukannya dalam kumpulan yang besar bukan pilihan yang terbaik dan saya menggesa mereka untuk memikirkan semula," katanya.
Beliau berkata, jika mana-mana kumpulan mahu mengadakan perhimpunan haram, tindakan akan diambil di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 tetapi tidak akan ada keperluan untuk berbuat demikian sekiranya mereka mengikut arahan polis supaya bersurai.
Sebuah portal berita yang memetik pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew sebagai berkata pada minggu lepas bahawa gereja-gereja Katolik di negeri ini akan terus menggunakan kalimah "Allah".
Kenyataan Paderi Lawrence menyebabkan kekecohan di kalangan segelintir umat Islam, termasuk kumpulan yang dikenali sebagai Sekretariat Solidariti Umat Islam Daerah Klang, yang berkata ia akan mengadakan demonstrasi di gereja itu melainkan sekiranya beliau menarik balik kenyataannya dan mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka.
Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah pada 14 Disember bertitah bahawa semua rakyat di Selangor mesti mematuhi larangan terhadap penggunaan kalimah "Allah" oleh orang bukan Islam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1998. – Mstar.
Pejabat Perdana Menteri ingin menarik perhatian berhubung laporan blog mengenai penggunaan pesawat khas untuk Perdana Menteri.
Laporan tersebut mengandungi beberapa fakta yang salah dan tidak tepat yang boleh menimbulkan persepsi yang tidak tepat kepada penggunaan pesawat khas tersebut.
Kerajaan sebelum ini memiliki 5 buah pesawat khas iaitu ACJ A319, BBJ, Fokker F28, Global Express dan Falcon 900 yang diperuntukkan untuk kegunaan YDP Agong, YAB Perdana Menteri, dan YAB Timbalan Perdana Menteri.
Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan, pesawat-pesawat ini juga boleh diluluskan untuk kegunaan oleh DYMM Sultan-sultan dan TYT Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, YB Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri, tetamu-tetamu Kerajaan Persekutuan dari negara asing, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan serta orang-orang kenamaan.
Pada Ogos 2012, pesawat Fokker F28 telah dilupuskan kerana telah berusia lebih 30 tahun dan tiada pesawat gantian dicadangkan.
Pada tahun lepas, pesawat BBJ dan ACJ A319 telah dijadualkan untuk menjalani proses penyelenggaraan wajib. Pesawat BBJ menjalani urusan penyelenggaraan di antara Januari-Julai 2013 sementara ACJ319 di antara 15 Jun-8 Oktober.
Sejajar dengan itu, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas urusan pesawat khas Kerajaan telah mengambil keputusan menyewa sebuah pesawat lain ACJ A320 bagi menampung kekurangan pesawat.
Pesawat ACJ A320 ini disewa di antara 1 Februari - 31 Disember 2013 setelah mendapati pesawat BBJ memerlukan lebih masa bagi urusan penyelenggaraan.
Penggunaan pesawat khas membolehkan Ketua Negara dan Ketua Kerajaan bergerak di dalam dan luar negara dengan keadaan keselamatan yang lebih terjamin. Selain itu, Anggota Pentadbiran yang sibuk dengan pelbagai urusan tidak terikat kepada jadual perjalanan komersil di samping kepentingan menjaga imej negara.
Kenyataan Mufti Perak, Harussani Zakaria yang berpendapat peserta Turun malam kelmarin sebagai "bughah" atau pemberontak dimana halal darahnya adalah satu pernyataan yang teruk. Ia merupakan satu kenyataan berunsur jenayah yang boleh mengundang bahaya besar.
Apa kata kalau ada mereka yang emosi dan beriman kepada Mufti berkenaan akan bertindak gila membunuh mana-mana peserta himpunan membantah kenaikan kos sara hidup (Turun) itu kerana terpengaruh dengan keilmuan songsang Mufti itu. Tidakkah tindakan itu merbahaya?
Di sini saya mencadangkan pihak penganjur himpunan itu dan juga peserta membuat laporan polis terhadap kenyataan Harussani Zakaria seperti mana disiarkan Berita Harian dan dipetik oleh Malaysiakini itu. Kita juga mahu tengok apakah Zahid Hamidi sedia mengarahkan polis segera menyiasat.
Pandangan sebegitu dari seorang menganggap dirinya ulamak adalah sangat malang ke atas senario agama Islam di negara ini. Pandangan demikian lebih merbahaya dan tajam daripada pandangan Syiah ke atas Sunni dan hampir menyamai pandangan Yahudi ke atas Islam
Ia adalah pandangan terbuka tanpa ada tapisan dari segi bahasa, tidak bijaksana sebagai seorang dikatakan alim al ulamak mengeluarkan kenyataan sampah (rubbish) begitu. Sekiranya berlaku sesuatu ke atas mana-mana peserta himpunan Turun selepas hari ini, Harussani hendaklah dipertanggungjawabkan. Jangan lepaskan beliau.
Gesaan pihak-pihak tertentu agar Mufti berkenaan menarik balik dan mohon maaf ekoran kenyataan itu adalah wajar dan perlu disokong. Harussani harus sedar apa yang dilakukan itu mengikut 'mesin' Umno, sesuatu yang merosakkan penghormatan orang bukan Islam terhadap institusi bernama Mufti. Malanglah Islam yang kita gemilangkan selama ini tiba-tiba rosak dengan hanya pandangan seorang manusia seperti beliau.
Apa dilakukan Harussani seperti umpama rosak susu sebelanga kerana nila setitik. Adalah wajar kalau kerajaan Perak menilai semula keilmuan Harussani di dalam hal ini, dari segi lisan dan akidah agar negeri itu tidak direkodkan sebagai mempunyai seorang Mufti yang kurang waras pertama di negara ini.
Kalau perlu beliau harus dipecat kerana kerosakkan bukan hanya kepada dirinya tetapi seluruh institusi ulamak, mufti di negara ini turut sama ternoda oleh perbuatannya.
Dalam masa kita memburu dan menentang penyebaran Bible dalam bahasa Melayu oleh Kristian, tetapi kita pula sanggup mengeluarkan pandangan demikian yang entah di ambil dari kitab 'jumhur' mana dan dituju pula kepada darah daging sendiri hanya semata-mata kerana termakan racun bernama politik mendokong Umno.
Mohd Sayuti Omar
Panglima : nampaknya selepas Asri Wahabi, Sayuti Omar pula 'naik syeikh' hentam mufti Tan Sri Harussani. Tolong jangan salahkan sesiapa jika ada orang sangat marah lalu menggelar dia dengan perkataan 'babi' 'haramjadah' atau 'bangang' kerana berani hentam seorang Mufti yang alim dan warak seperti Harussani.
Adakah kerana menyatakan pandangan berdasarkan Al Quran dan Sunnah dikira jenayah? Sikap apakah ini wahai Sayuti?
Rakyat tahu walau ada hadis menyuruh dipancung siapa yang memberontak namun mereka sedar bahawa kita dilindungi undang-undang dan tiada siapa boleh bertindak sebarangan.
Perbuatan Sayuti Omar yang mengaitkan Harussani dengan jenayah ini sungguh sangat melampau.
Siapa dalang mencetus serangan kotor ini wajib dihukum. Paling kurang kita doakan biar Allah melaknat siapa yang menjadikan mufti atau raja dalam agenda politik kepartian sendiri.
Jika mufti wahabi kita tak akan diam diri kerana pandangan mereka songsang dari arus perdana namun mufti Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu dihormati.
Selepas Raja, kini Mufti pula dihina diserang bertalu- talu. Adakah sesiapa yang sanggup melihat perbuatan ini berterusan tanpa sebarang tindakan ???
Adakah ada lelaki yang berani untuk menyanggah Asri, Sayuti dan pemimpin-pemimpin lain yang biadap terhadap Mufti kita ????
Tolong jangan kata Pemuda Umno pondan kerana mereka diam isu ini kerana hanya pondan sahaja akan benarkan Mufti dihina sesuka hati oleh puak pelampau ini.
Tolong jangan kata pemimpin Umno pondan kerana tidak bela Tan Sri Harussani kecuali hanya yang pondan sahaja yang akan memejam mata melihat kebiadapan keterlaluan puak yang perjuang kuasa rakyat minoriti demi Kristian dan DAP ini.
Kita menunggu ketegasan dari lelaki sebenar di kalangan pemimpin parti atau individu persendirian yang berani bangkit mengecam tindakan Sayuti Omar & Asri Zainal Abidin ini.
Bangkitlah wahai pemuda pemudi akhir zaman sekelian dan nyatakan pendirian beramai-ramai kita samada secara fizikal atau maya untuk menggerunkan pihak musuh yang semakin berani kerana kesilapan kita tidak bersatu padu dan mementingkan diri dan keluarga sahaja.
Selepas premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam, hari ini laman blog kristian Malaysia sudah mula melenting dengan menulis satu surat terbuka di blog mereka.
Blog itu juga menghina Islam dengan menggunakan perkataan Assalamualaikum dalam permulaan surat terbuka berkenaan.
Menurut surat terbuka itu, laman blog christianunited4malaysia.blogspot.com menyuarakan rasa tidak puas hati dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Jais merampas lebih 300 Bible berbahasa Melayu semalam.
Apakah pengumuman Kerajaan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)? Kerajaan mencadangkan cukai jualan (5%) dan cukai perkhidmatan ( 10%) dimansuhkan. Kedua-dua cukai akan digantikan dengan GST.
Mengapa kerajaan melaksanakan GST? Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada.
Kerajaan mengatakan bahawa cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan.
Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.
Apakah kadar GST? Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%.
Bagaimana kadar ini berbanding dengan negara-negara lain? Kerajaan berkata kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN : 10% di Indonesia , Vietnam, Kemboja, Filipina , Laos dan 7% di Singapura dan Thailand.
Bilakah GST akan berkuatkuasa? Mulai 1 April 2015.
Apa yang dikenakan GST ? Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan.
Adakah ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal? Tidak semestinya. Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai.
Dalam ucapan Dato' Seri Najib, beliau mengatakan bahawa barangan makanan asas tidak dikenakan GST (beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan)
Selain itu, barang dan perkhidmatan yang dikecuali adalah:
- Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna. - Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: pengeluaran pasport, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah. - Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya. - Jual beli dan sewa rumah kediaman - Perkhidmatan kewangan terpilih
Adakah kerajaan membantu rakyat menghadapi GST?
Ya. Kerajaan merancang untuk pelbagai bantuan dan sokongan dalam tempoh peralihan ini. Pertama, Kerajaan akan memberi bantuan tunai sekali RM300 kepada penerima BR1M.
Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama? Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar cukai.
Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan struktur cukai pendapatan individu akan dikaji.
Pendapatan bercukai dinaikkan kepada melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%
Bagaimana pula dengan perniagaan?
Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016.
Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016
Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksiran 2015 Potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015
Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015
Geran latihan GST RM100 juta
Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan
Mengapa GST ini dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian? Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST.
Berapa banyak negara lain yang telah melaksanakan GST? Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan berpendapat ini menunjukkan bahawa GST terbukti ialah" telus, berkesan dan sistem cukai yang adil"
Adakah harga barangan naik?
Dalam ucapan beliau, Najib berkata pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja.
Beliau juga berkata perubahan harga barang atau perkhidmatan apabila GST dilaksanakan adalah amat minimum. Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak.
Najib juga telah memberi amaran kepada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan sewenang-wenangnya. Kerajaan juga berjanji untuk sentiasa memantau harga dan usaha penguatkuasaan akan dipertingkatkan.
Apa lagi yang Kerajaan akan lakukan dalam pelaksanaan GST?
Satu jawatankuasa pemantauan GST akan ditubuhkan. Ia akan dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Kedua dengan ahli-ahli dari agensi-agensi kerajaan yang lain, serta pihak industri dan NGO.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Anwar Ibrahim dianggarkan berbelanja sebanyak RM 7 juta setahun, itupun sekadar anggaran minima sahaja. Jika kesemuanya adalah wang halal, dia adalah banduan yang paling berjaya dalam sejarah dunia!"
COST OF RUNNING ANWAR IBRAHIM CONSULTING ASSOCIATES
SODOMY 2 – dianggarkan sebanyak RM 3 juta dibelanjakan?
DR BRIAN MACDONALD (dna expert) – RM 700,000
DR DAVID WELLS (forensic expert) – RM 700,000
DR HOOGLAND (surgeon who operated his back) – RM 250,000
· Includes stay in Shangri-La Hotel, first class flight travel, food etc · Includes per hour fee (yuran dibayar per jam ikut masa dihabiskan di Mahkamah) · Bayaran semuanya dalam USD (nilai ditukar ikut pertukaran mata wang pada masa tersebut)
ANWAR IBRAHIM'S NEW HOME
No.11, Jalan 3/61, Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur. Dipenuhi dengan ciri-ciri keselamatan termasuk Pengawal Keselamatan dan pondok pengawal yang berkawal 24 jam. Begitu banyak penghawa dingin dipasang. Selain itu, di sekeliling villa itu dipenuhi dengan CCTV
Harga pasaran ketika membelinya lebih dari 7 juta?
KOS PERBELANJAAN KE LUAR NEGARA
· Tidak wajar untuk menggunakan duit Kerajaan Negeri Selangor jika itu alasan yang bakal digunakan · Ini kerana DSAI pergi ke USA,Australia dan sebagainya sebagai Pensyarah Khas, bukan Penasihat Ekonomi Selangor. · Lebih-lebih lagi, apa manfaat/faedah DSAI ke luar Negara bila pelaburan Negeri Selangor menjunam hampir 80%!!
KOS PERKAHWINAN ANAK PEREMPUAN DSAI DENGAN ANAK LELAKI PEGUAM KONTROVERSI?
Berdasarkan hantaran, majlis dan penanggungan kos untuk warga asing yang merupakan kawan DSAI,
Buat anggaran sendiri.. Kiraan kesemua di atas tidak mengambil kira faktor di bawah :
KOSNYA SECARA MINIMA ADALAH RM 3 JUTA!
KOS PERBELANJAAN PKR HQ!
KOS UNTUK 'BELI ORANG' (ESKAY ETC)!
TIDAK DIKIRA LAGI!!!!
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Selalu kita kerap dengar puak-puak pas nie akan ambil ayat quran dan tafsirkan ayat itu separuh-separuh, yang mana kena atas batang hidung orang dia tafsir dan politikan dan yang mana ayat kena atas batang hidung depa, depa senyapkan...
Perangai tafsir atau ambik ayat separuh-separuh nie memang memberikan untung politik yang cukup lumayan pada pas, lebih-lebih lagi di depan orang jahil, nampak la pas nie hebat dalam mentafsir ayat quran...
Jadi melihatkan cara pas itu boleh beri keuntungan politik, maka semalam persatuan kristian malaysia juga menggunakan pendekatan pas, bukan ayat quran tapi perlembagaan malaysia...
dalam surat persatuan kristian tu di tulis...
Terjemahan Perkara 11:
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada
Fasal mengembangkannya.
(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau
khairat; dan
(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya
mengikut undang-undang.
Apa yang cilakanya puak-puak kristian nie, depa tinggalkan
(4) yang berbunyi. Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
Dalam kes serbuan JAIS hari tu dan merampas, beratus-ratus kitab bible bahasa melayu, JAIS menggunakan kuasa mereka seperti yang di tulis dalam perkara 11 (4) perlembagaan persekutuan.
Jadi untuk apa bible di translate ke dalam bahasa melayu? sedangkan (4) perlembagaan persekutuan dah jelas kata boleh mengawal dan menyekat apa-apa perkembagan agama dan doktrin di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
Bodoh jugak paderi kristian nie, tak de la cerdik mane pun... #paspkrbaruakristian
Seperkara lagi disebut pemimpin berkenaan berhubung dengan pemberian wang Ladang Rakyat. Keadilan meminta agar kouta penerimanya ditambah untuk ahli Keadilan di kawasan tertentu, tetapi tidak dipenuhi oleh Pas. Apa yang sedih dakwahnya, di kawasan yang mana dikuasai Keadilan seperti di Guchil, Pas mendesak agar penerimanya 50 : 50, maksudnya sama ada banyak di antara orang Keadilan dan orang Pas, tetapi peliknya di kawasan Pas tidak berlaku begitu, orang Keadilan diperuntukan 20% sahaja manakala orang Pas 80%.
THE BEST WAY TO FIGHT : INSTAGRAMKAN JET KERAJAAN YANG SEDANG DIBAIKPULIH
Kenyataan Akhbar
Penggunaan Pesawat Khas
Pejabat Perdana Menteri ingin menarik perhatian berhubung laporan blog mengenai penggunaan pesawat khas untuk Perdana Menteri.
Laporan tersebut mengandungi beberapa fakta yang salah dan tidak tepat yang boleh menimbulkan persepsi yang tidak tepat kepada penggunaan pesawat khas tersebut.
Kerajaan sebelum ini memiliki 5 buah pesawat khas iaitu ACJ A319, BBJ, Fokker F28, Global Express dan Falcon 900 yang diperuntukkan untuk kegunaan YDP Agong, YAB Perdana Menteri, dan YAB Timbalan Perdana Menteri.
Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan, pesawat-pesawat ini juga boleh diluluskan untuk kegunaan oleh DYMM Sultan-sultan dan TYT Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, YB Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri, tetamu-tetamu Kerajaan Persekutuan dari negara asing, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan serta orang-orang kenamaan.
Pada Ogos 2012, pesawat Fokker F28 telah dilupuskan kerana telah berusia lebih 30 tahun dan tiada pesawat gantian dicadangkan.
Pada tahun lepas, pesawat BBJ dan ACJ A319 telah dijadualkan untuk menjalani proses penyelenggaraan wajib. Pesawat BBJ menjalani urusan penyelenggaraan di antara Januari-Julai 2013 sementara ACJ319 di antara 15 Jun-8 Oktober.
Sejajar dengan itu, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas urusan pesawat khas Kerajaan telah mengambil keputusan menyewa sebuah pesawat lain ACJ A320 bagi menampung kekurangan pesawat.
Pesawat ACJ A320 ini disewa di antara 1 Februari – 31 Disember 2013 setelah mendapati pesawat BBJ memerlukan lebih masa bagi urusan penyelenggaraan.
Penggunaan pesawat khas membolehkan Ketua Negara dan Ketua Kerajaan bergerak di dalam dan luar negara dengan keadaan keselamatan yang lebih terjamin.
Selain itu, Anggota Pentadbiran yang sibuk dengan pelbagai urusan tidak terikat kepada jadual perjalanan komersil di samping kepentingan menjaga imej negara.
Pejabat Perdana Menteri Putrajaya
3 Januari 2014
Sudah Berapa Banyak Kenyataan Akhbar Ini Dia Instagramkan & Tweet
Esok Saya Tangkap Gambar Instagram Jet Kerajaan Yang Dibaikpulih, Don U Worry Ar...
Moto Si Begedil Lifestylo : Tak yah tulis-tulis panjang, instigramkan jer jet yang dimaintainance tu? Senang rakyat nampak bukti nyata. Tapi mana dia instagram tu Begedil?
Sudah seminggu saya postkan dalam blog ini mengenai dakwaan oleh seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan yang melahirkan rasa kesal dan terkilan dengan sikap dolak dalih Ahmad Yaakub sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan dan juga Menteri Besar.
Dakwaan itu memusatkan kepada beberapa janji-janji mulut yang didakwan dibuat kepada PKR Kelantan berhubung beberapa perkara, tetapi semuanya tidak dilunasi. Kerana sikap tidak menempati apa yang dijanjikan itu menyebabkan Ahmad dianggap sebagai berdolak dalih dan seolah-olah ikut meremehkan PKR Kelantan seperti mana dilakukan oleh setiausaha politiknya, Wan Nik Wan Yusuf.
Bagaimana pun apa yang hendak ditambah di sini, sedikit maklumat mengenai permintaan PKR mengenai jawatan penyelia Dun Pengkalan Kubur. Ahmad dikatakan berjanji untuk melantik orang PKR, ia dilafazkan di hadapan Anwar Ibrahim dalam satu perjumpaan mereka di kediman MB di JKR 10 Kota Bharu. Ertinya janji Ahmad itu bukan kepada pimpinan PKR Kelantan, tetapi kepada penasihat umum PKR sendiri.
Bayangkan kalau dengan Anwar sendiri pun beliau boleh berdolak dalih, apa lagi dengan para 'bocah-bocah' PKR di Kelantan. Bagi Ahmad dan anak-anak buahnya hanya kacang sajalah berdepan dengan bocah-bocah itu. Ia boleh diselesaikan dengan kalimah suci, InsyaAllah sahaja.
Biarlah. Apa yang saya hendak timbulkan di sini, kenapa Ahmad membisu ke atas dakwaan itu. Kenapa beliau tidak tampil menjawab atau menjelaskannya. Kalau dakwaan itu bohong, jawab dan katalah ianya bohong. Tetapi kalau ia benar mengaku sajalah, atau berikan alasan-alasan munasabah kenapa ia tidak dipenuhi? Tidak akan kurang darjat dan keilmuan beliau kalau mengakui kesalahan, bahkan sikap begitu akan menambahkan lagi integriti dan 'kemursyidan' beliau sebagai Ustaz.
Sebagai seorang ulamak, (untuk rekod Ahmad Yaakub adalah Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pas Malaysia), seorang yang 'fakih' agama dan tahu hukum berbohong. Juga kalau beliau tidak bertanggungjawab, tindakan itu boleh memalukan Pas. Beliau tidak boleh membiarkan isu itu tergantung begitu saja bagaikan pelamin tanpa mempelai, kerana ia menimbulkan pelbagai persepsi yang tidak baik. Orang boleh menganggap bahawa Dewan Ulamak Pas ini, pembohong dan hipokrit. Apakah ada fatwa oleh Dewan Ulamak Pas, dalam politik boleh berbohong?
Saya tidak fikir beliau tidak mengetahui apa yang saya tulis itu dan, beliau tidak membacanya sebagai alasan untuk tidak menjawabnya. Beliau pernah mengakui mengikutiblog dan penulisan saya. Apakah setelah menjadi MB beliau begitu 'lorak dan gaduh' untuk tidak membuka blog lagi? Boleh jadi juga, sebab jawatan MB adalah jawatan yang sibuk dan penuh dengan appoitment demi appoiment dan function dan demi function.
Betapa tidak, belum sampai setengah tahun menjadi MB, beliau sudah ke Italy dan beberapa buah negara Eropah. Beliau juga sudah mengunjungi Putrajaya. Masa Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat jadi MB, lebih 20 tahun, tidak sekali pun Nik Aziz menghauskan tepak kasut memijak tangga pejabat Perdana Menteri kalau pun ingin mencari sesuap nasi untuk rakyat Kelantan. Nik Aziz usaha dengan kudrat iradatnya sendiri.
Tetapi apa yang tidak terbuat Tokguru Nik Aziz, berjaya dan terganak dilakukan Ahmad Yaakub, sebab itu Tokguru melahirklan rasa terkejut dan menganggap pertemuan itu sebagai luar biasa. Bagi yang arif menyelami makna dan makrifat mantik politik Tokguru akan mengerti dan memahami maksud keterujaan Tokguru atas peristiwa berkenaan. Tokguru ada kalanya tidak berterus terang dengan sesuatu, tetapi menggunakan kiasan untuk menegurnya. Kalau beliau memarahi seseorang bukan bermakna dia balun dengan tongkat tetapi cukup dengan memuji yang membawa maksud tersirat.
Selepas ke Putrajaya, Ahmad Yaakub terbang pula ke Seri Bagawan bersama beberapa Exco menghadap Sultan Brunei. Hebat. (Cerita di Brunei akan dikisahkan pada ketika lain macam mana proposal untuk 'meternak gambir' dikemukan).
Dan ternyata beliau sibuk dan lorak sekali. Kalaupun begitu jika ia bijak beliau boleh menyelesaikan banyak masalah dalam kesibukan itu. Tirulah perangai dan tingkah laku Pak Dogol dalam wayang kulit di mana Pak Dogol 'belan-belan jalan belan-belan memikir'. Maksudnya walaupun dalam keadaan sibuk, susah dan terganggu fikiran, tetapi Pak Dogol tetap masih berfikir kandati sambil berjalan. Sikap comfortable beginilah yang harus ada kepada seorang pemimpin. Dalam hal ini Pok Dogol nampak lebih pintar dari Ahmad Yaakub.
Kalaupun beliau sibuk, apakah persoalan yang diungkitkan itu tidak boleh dijawab oleh orang lain? Bukankah beliau mempunyai beberapa orang pembantu dan pegawai yang memantau apa-apa jua perkembangan baik hal ehwal negeri Kelantan dan juga peribadinya.
Di pejabat MB di Kota Darunaim, beliau ada empat orang pegawai; Setiausaha Politik, Setiausaha Akhabr, Pegawai Khas, Setiausaha Sulit Kanan. Mustahil ke empat-empat orang pegawai ini tidak membaca apa yang saya tulis dan ungkitkan itu. Manakala di ibu pejabat Pas Kota Bharu pula beliau ada timbalan dan pembantunya. Beliau ada tiga orang Timbalan Pesuruhjaya, seorang setiausaha, seorang bendahari dan seorang ketua penerangan yang semua boleh membantunya.
Katalah pegawai di Pejabat MB itu tidak ada hak dan kuasa untuk melayani apa-apa yang diperkatakan mengenai diri Ahmad itu kerana ia dari sudut politik, dimana mereka hanya akan peduli mengenal hal-hal kerajaan saja, tetapi timbalan-timbalannya dan pembantunya di Ibu Pejabat Pas, seperti Mohd Amar Nik Abdullah, Nasarudin Daud dan lain-lain bertanggungjawab menyampaikan apa-apa yang terlalai oleh beliau itu.
Apakah semuanya tidak mengetahui atau sengaja mahukan Ahmad lemas di daratan dengan persoalan itu? Misalnya Nasaruddin sebagai ketua penerangan Pas seharusnya berfikir dan bertindak menjawab dan menjelaskan sesuatu megenai parti lebih awal dari orang lain. Apa guna anda menjadi ketua penerangan?
Adalah malang sekali di zaman IT dan kecanggihan maklumat, Ahmad Yaakub lambat atau kurang peka mengenai dirinya. Kalau beliau lambat ertinya beliau tidak cekap dalam pentadbiran. Kalau beliau sudah mengetahuinya, tetapi tidak menjawabnya bermakna beliau bukan seorang yang bersifat responsif (tak cakduh) dan tidak relaven menjadi MB dalam zaman sekarang ini. Zaman ini maklumat mengalir dalam minda manusia setiap detik. Sikap sedemikian juga memudahkan untuk Umno 'merukas' (panjat) belakangnya. Menjadikan MB bukan sahaja setakat meminitkan dengan perkataan "sila urus", tetapi perlu lebih concern dari itu.
Bagaimana pun, saya yakin dia sudah mengetahuinya tetapi sengaja tidak mahu menjawab dan sedia menjadi syaitan bisu. Kalau pun beliau geli geleman dengan blog saya tetapi persoalan yang dibangkit itu sudah bergelegak di luar sana. Kenapa beliau enggan menjawab, inilah persoalan dan menyebabkan saya membuat catatan kurang manis ini.
Harus difahami apa yang dikemukakan itu ia bukan saja diperhatikan oleh orang-orang PKR Kelantan sahaja, tetapi ia dilihat dan diperhatikan sama oleh banyak orang. Blog saya boleh dicapai di mana-mana sahaja. Makanya apa yang didedah dan diungkit itu dipantau sama oleh orang PKR Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Apakah menjadi amalan dan prinsip politik Ahmad Yaakub untuk mendiamkan dan mengambuskan isu? Kalau begitu orang akan pertikaikan dan mengheret isu-isu lain sama dengan isu PKR itu. Tentunya ia akan dihubungkan dengan pergolakan kecil yang berlaku semasa penyusunan kerajaan Kelantan selepas 24 jam selesainya pilihan raya umum ke-13 lalu. Amalan menimbus tahi seperti kucing jangan dilakukan. Tahi terselindung tetapi baunya melata.
Dengan sikap membisu itu orang akan boleh mengiyakan tohmahan bahawa memang ada agenda-agenda busuk Pas Kelantan untuk menganiayakan orang tertentu. Walaupun Ahmad sudah menjelaskan kedudukan sebenar sehingga mendedahkan surat yang dihantar kepada Sultan kemudian dicorrect oleh baginda, tetapi dengan menyembunyikan isu-isu dan persoalan lain menyebabkan orang boleh berfikir semula, betulkah apa yang berlaku itu seperti mana dilaporkan. Mungkin juga Ahmad menjawab dalam bahasa dia menjawab (berdolak dalih) kepada pemimpin PKR itu.
Isu berhubung PKR ini hendak tidak hendak Ahmad Yaakub kena jawab. Sama ada ia ada desakan daripada PKR atau tidak ini kerana umum sudah membuat tanggapan mengenai isu itu, Ahmad kena menjawab. Beliau kena jelas bagi membersihkan dakwaan ke atas dirinya itu. Seperti saya kata, kalau betul mengaku dan kalau tidak, jawab.
Sekiranya Pas Kelantan dibawah Ahmad Yaakub merasakan PKR tidak diperlukan kerana ia tidak memberi apa-apa untung dan laba, nah.. batalkan sahaja permaufakat itu. Penggalkan kepala PKR atau anggap mereka 'bughah'. Beberapa jawatan lantikan politik yang diserahkan kepada ahli PKR seperti Wan Zawawi Wan Ismail di PKINK, pecat dan ganti dengan orang Pas tulen?
AHMAD YAKUB BERDOLAK DALIH TANDA BOHONG Dalam pada itu Ahmad juga kena jelaskan kenapa Wan Zawawi diistimewakan begitu sekali. Tidak sampai enam bulan memegang jawatan Sumber Manusia telah dinaikkan pangkat menjadi timbalan Pengurus Besar. Apakah kedudukan itu atas arahannya ataupun orang lain? Kalau orang lain dimana peranan dan tanggungjawab beliau sebagai ketua. Jawabanlah sebelum soalan-soalan lain yang lebih menyerabutkan dikemukakan dari masa ke semasa.
Saya tidak bercadang untuk mengheret isu-isu lain yang lebih mengejutkan berlaku di persekitaran MB itu. Saya masih ada rekod maklumat tersimpan mengenai sejak beliau menjadi Timbalan Menteri Kelantan, sewaktu menjadi pengerusi Jawatankuasa Tanah dan Balak dan sebagainya. Ada kes istimewa melibatkan Ahmad Yaakub.
Saya tidak akan menjadi gila untuk menimbulkan semua itu, sekiranya beliau bersikap jujur, terus terang dan benar-benar ikhlas. Jangan berselindung di sebalik ucapan tawaduk INSYA-ALLAH. Kalau asyik Insya-Allah lama-lama Ahmad Yaakub akan digelar Menteri Besar Inysa-Allah pula.
Bagi saya menggunakan ucapan itu untuk tujuan berdolak dalih dan membohongi orang adalah satu kesalahan satu dosa.
Pejabat Perdana Menteri ingin menarik perhatian berhubung laporan blog mengenai penggunaan pesawat khas untuk Perdana Menteri.
Laporan tersebut mengandungi beberapa fakta yang salah dan tidak tepat yang boleh menimbulkan persepsi yang tidak tepat kepada penggunaan pesawat khas tersebut.
Kerajaan sebelum ini memiliki 5 buah pesawat khas iaitu ACJ A319, BBJ, Fokker F28, Global Express dan Falcon 900 yang diperuntukkan untuk kegunaan YDP Agong, YAB Perdana Menteri, dan YAB Timbalan Perdana Menteri.
Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan, pesawat-pesawat ini juga boleh diluluskan untuk kegunaan oleh DYMM Sultan-sultan dan TYT Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, YB Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri, tetamu-tetamu Kerajaan Persekutuan dari negara asing, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan serta orang-orang kenamaan.
Pada Ogos 2012, pesawat Fokker F28 telah dilupuskan kerana telah berusia lebih 30 tahun dan tiada pesawat gantian dicadangkan.
Pada tahun lepas, pesawat BBJ dan ACJ A319 telah dijadualkan untuk menjalani proses penyelenggaraan wajib. Pesawat BBJ menjalani urusan penyelenggaraan di antara Januari-Julai 2013 sementara ACJ319 di antara 15 Jun-8 Oktober.
Sejajar dengan itu, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas urusan pesawat khas Kerajaan telah mengambil keputusan menyewa sebuah pesawat lain ACJ A320 bagi menampung kekurangan pesawat.
Pesawat ACJ A320 ini disewa di antara 1 Februari - 31 Disember 2013 setelah mendapati pesawat BBJ memerlukan lebih masa bagi urusan penyelenggaraan.
Penggunaan pesawat khas membolehkan Ketua Negara dan Ketua Kerajaan bergerak di dalam dan luar negara dengan keadaan keselamatan yang lebih terjamin. Selain itu, Anggota Pentadbiran yang sibuk dengan pelbagai urusan tidak terikat kepada jadual perjalanan komersil di samping kepentingan menjaga imej negara.
Mungkin ini sebabnya Pak Samad tak nak hadir di Dataran pada malam tersebut?
KUALA LUMPUR 2 Jan. - Bekas penyanyi utama kumpulan Headwind, Zainal Abidin menyelar tindakan kumpulan perusuh yang merencatkan konsert sambutan tahun baharu 2014 ketika menyertai Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka malam kelmarin.
Penyanyi berumur 55 tahun yang terkenal dengan lagu Hijau berkata, dia sendiri tidak faham dengan kehendak segelintir perusuh yang kebanyakannya terdiri daripada remaja berketurunan Melayu.
"Saya tidak tahu apa yang mereka mahu dengan cara sedemikian. Mereka tidak fikirkah tindakan ini boleh menyebabkan kecederaan terhadap penonton.
"Jika hendak buat demonstrasi sekali pun, gunalah saluran yang betul. Negara kita ada undang-undang. Tidak boleh sewenang-wenangnya buat rusuhan begitu," katanya.
Zainal Abidin mengulas mengenai insiden peserta perhimpunan haram yang merampas pentas utama di Dataran Merdeka sehingga menyebabkan penganjur terpaksa membatalkan sambutan ambang tahun baharu 30 minit sebelum detik 12 tengah malam.
Menurutnya, apa yang menyedihkan adalah kebanyakan perusuh tersebut terdiri daripada anak muda Melayu.
Beliau yang berkesempatan mempersembahkan dua buah lagu menyifatkan tindakan perusuh itu seolah-olah tidak menggunakan akal yang waras.
"Mereka menjerit-jerit, melempar botol ke arah pentas dan turut mengajuk ketika ucapan Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib. Jika betul hendak berbincang, gunakan saluran yang betul.
"Tidak perlu sehingga begini. Kita semua hidup dalam negara demokrasi, orang luar kenal Malaysia sebuah negara yang beradab, tambah pula majoriti kita orang Islam, jadi adakah mereka semua tidak mempertimbangkan semua itu," katanya kesal dengan tindakan kumpulan perusuh itu.
Tambah beliau, tindakan perusuh itu seumpama terdesak dan jelas mereka sebenarnya diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu.
"Bila kita tidak dapat kawal perasaan dan tunjuk kemarahan, itu tanda kita kalah. Bayangkan jika ada yang terkorban pada malam tersebut. Siapa yang kita hendak salahkan?," katanya.
Zainal Abidin turut memuji kesabaran pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam mengendalikan keadaan pada malam tersebut.
"Saya ingin ucapkan rasa terima kasih dan saya memuji tindakan pihak polis dan petugas DBKL, walaupun mereka diejek, dicaci, namun mereka tenang menjalankan tugas.
"Mereka bijak memadamkan lampu pentas supaya keadaan tidak menjadi lebih huru-hara. Nasihat saya kepada mereka, berfikir sebelum bertindak, jangan kerana politik kita berpecah belah," katanya lagi.
SIBU: Seorang murid tahun empat yang dilaporkan lemas di Sungai Naman, di sini Rabu lalu sebenarnya dirogol sebelum dibunuh dengan mayatnya dicampak ke sungai berkenaan.
Ini berikutan penahanan seorang lelaki berusia 50 tahun yang dalam keadaan ketakutan ketika disoal siasat polis.
Suspek berasal dari rumah panjang sama dengan mangsa ditahan selepas terdpat keraguan sebaik bedah siasat dijalankan di Hospital Sibu pada jam 11 pagi tadi.
Berita sebelum ini melaporkan seorang murid tahun empat menjadi korban pertama mangsa banjir di Sarawak apabila ditemui lemas selepas tergelincir dalam Sungai Naman, di sini, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku antara kira-kira 8 malam hingga 10 pagi tadi, sebelum mayat Britney Clemet, 10, ditemui kira-kira 500 meter dari tempat dilaporkan terjatuh.
Mangsa berasal dari Rumah Panjang Belinsing dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah pada hari kejadian sebelum penduduk menemui barangan termasuk selipar miliknya.
Operasi mencari dan menyelamat dimulakan sebelum dihentikan selepas penduduk rumah panjang terbabit menemuinya pada kira-kira 11.50 pagi tadi.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan.
Di tengah-tengah langkah penjimatan, penulis-penulis blog pro-Umno tampil mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini terbang ke seluruh negara menggunakan jet mewah baru.
Dalam tulisan di blog, antaranya oleh Big Dog dan RockyBru, mereka membangkitkan pesawat Airbus ACJ320 dengan nombor 9H-AWK – dikenali "Perdana 2" atau "NR2" – yang kebetulan sama dengan huruf singkatan Najib.
Pesawat itu didaftarkan di Malta dan disewa daripada kumpulan penerbanganComlux.
Menurut laman web penerbangan itu Aviation Week, Jet Premier One (M) Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan penerbangan orang kenamaan di Malaysia, termasuk Najib, ada menyewa Airbus ACJ320 daripada Comlux.
Sewaan itu dikatakan bertujuan menggantikan sementara pesawat yang biasa digunakan Najib, Airbus ACJ319.
ACJ319 dengan nombor 9M-NAA beroperasi menggunakan nama "NR1" atau "Perdana 1" dan merupakan pesawat rasmi perdana menteri, sama seperti Air Force One yang digunakan presiden Amerika Syarikat. Pejabat PM beri penjelasan
Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri hari ini mengeluarkan penjelasannya berhubung perkara dibangkitkan itu. Kenyataan penuhnya seperti di bawah:
Pejabat Perdana Menteri ingin menarik perhatian berhubung laporan blog mengenai penggunaan pesawat khas untuk Perdana Menteri.
Laporan tersebut mengandungi beberapa fakta yang salah dan tidak tepat yang boleh menimbulkan persepsi yang tidak tepat kepada penggunaan pesawat khas tersebut.
Kerajaan sebelum ini memiliki 5 buah pesawat khas iaitu ACJ A319, BBJ, Fokker F28, Global Express dan Falcon 900 yang diperuntukkan untuk kegunaan YDP Agong, YAB Perdana Menteri, dan YAB Timbalan Perdana Menteri.
Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan, pesawat-pesawat ini juga boleh diluluskan untuk kegunaan oleh DYMM Sultan-sultan dan TYT Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, YB Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri, tetamu-tetamu Kerajaan Persekutuan dari negara asing, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan serta orang-orang kenamaan.
Pada Ogos 2012, pesawat Fokker F28 telah dilupuskan kerana telah berusia lebih 30 tahun dan tiada pesawat gantian dicadangkan.
Pada tahun lepas, pesawat BBJ dan ACJ A319 telah dijadualkan untuk menjalani proses penyelenggaraan wajib. Pesawat BBJ menjalani urusan penyelenggaraan di antara Januari-Julai 2013 sementara ACJ319 di antara 15 Jun-8 Oktober.
Sejajar dengan itu, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas urusan pesawat khas Kerajaan telah mengambil keputusan menyewa sebuah pesawat lain ACJ A320 bagi menampung kekurangan pesawat.
Pesawat ACJ A320 ini disewa di antara 1 Februari - 31 Disember 2013 setelah mendapati pesawat BBJ memerlukan lebih masa bagi urusan penyelenggaraan.
Penggunaan pesawat khas membolehkan Ketua Negara dan Ketua Kerajaan bergerak di dalam dan luar negara dengan keadaan keselamatan yang lebih terjamin. Selain itu, Anggota Pentadbiran yang sibuk dengan pelbagai urusan tidak terikat kepada jadual perjalanan komersil di samping kepentingan menjaga imej negara.
KLUANG - Pasangan kekasih yang mendakwa sudah mengikat tali pertunangan pada pertengahan tahun lalu dicekup khalwat dalam serbuan sepasukan anggota Penguat kuasa Pejabat Agama daerah Kluang di sebuah hotel bajet di Simpang Renggam, di sini, malam kelmarin.
Pasangan berasal dari Layang-Layang itu sanggup menaiki motosikal sejauh 25 kilometer ke pekan Simpang Renggam untuk menyewa bilik semata-mata untuk bermadu kasih.
Ketua Unit Penguat kuasa Agama Daerah Kluang, Anuar Kosnin berkata, pasangan terbabit yang berusia antara 34 dan 35 tahun itu bercadang melangsungkan perkahwinan pada pertengahan tahun ini.
"Bagaimanapun, tindakan pasangan tersebut menyebabkan mereka ditangkap kerana sewaktu pemeriksaan dijalankan, mereka berada di dalam bilik berdua-duaan.
"Hasil pemeriksaan mendapati, pasangan berkenaan baharu sahaja selesai menghadiri kursus pra perkahwinan pada Ahad lalu.
"Walaupun sudah menghadiri kursus, pasangan berkenaan sanggup melakukan perkara terkutuk itu," katanya.
Anuar berkata, pasangan terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 27 (1)(a)&(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 dan boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Beliau turut memberi nasihat kepada pasangan terbabit untuk bernikah segera bagi mengelak tindakan sama berulang kembali.
Dalam operasi dijalankan bermula jam 11 malam hingga 6.30 pagi itu, kira-kira 10 hotel bajet diperiksa bagi membanteras jenayah maksiat di daerah ini.
"Pihak kami juga membuat rondaan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti Dataran Tasek dan Dataran Simpang Renggam, namun tiada sebarang perlakuan sumbang dilakukan oleh golongan remaja sempena menyambut tahun baharu," katanya.
Operasi berkenaan turut melibatkan empat anggota Penguatkuasa Pejabat Agama daerah Kluang dan empat anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Angkatan Tentera Malaysia.
Tan Sri Datuk Harussani Zakaria, mufti Perak sejak tahun 1985 merupakan mufti paling lama berkhidmat di negara ini dan juga satu-satunya mufti yang tidak mempunyai kelulusan ikhtisas iaitu sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda.
Beliau adalah mufti yang dilihat paling cenderung menyokong kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan mengeluarkan kenyataan dan fatwa mengelirukan. Hari ini, melalui portal Malaysiakini, Harussani mendakwa mereka yang menyertai perhimpunan Turun pada malam menyambut tahun baru, halal darahnya dikorbankan. Beliau menggelar mereka ini sebagai pemberontak ataupun di dalam terma bahasa Arabnya ialah "bughah".
Harussani pada zamannya pada tahun-tahun 1985 di mana ketika itu para cendekiawan Islam berkelulusan luar negara tidak ramai. Jika ada sekalipun, ramai yang memilih menyertai fakulti pengajian Islam di universiti-universiti awam Malaysia sebagai tenaga pengajar.
Namun, ramai kurang gemar dengan tindakan membiarkan Harussani terus menjawat jawatan tertinggi agama di negeri itu sedangkan hari ini sudah ramai anak negeri Perak yang sudah berjaya di peringkat pengajian tertinggi seperti Doktor Falsafah di dalam pengajian berkaitan Islam. Walaupun begitu, perlantikan ke jawatan mufti ini tidak di bawah kerajaan negeri tetapi terus di bawah Sultan yang merupakan ketua agama negeri.
Harussani yang dilahirkan di Parit Buntar, Perak kini dilihat sebagai mufti yang kuat berpolitik hanya mempunyai kelulusan peringkat sijil di pusat pengajian tempatan. Beliau hanya mempunyai kelulusan Sijil Tertinggi Kolej Islam Kelang pada tahun 1964 di mana ketika itu kelulusan tersebut sama tarafnya dengan diploma. Seperti dinyatakan pada zaman awal tersebut, tidak ramai mereka yang berpengajian Islam yang tinggi maka Harussani mempunyai peluang berjaya di dalam pentadbiran Islam yang luas.
Malah, dengan pengalamannya sebagai pengajar agama Islam di beberapa maktab perguruan juga memberi peluang kepadanya untuk memperoleh jawatan yang baik kerana kekurangan mereka yang berpendidikan ijazah sarjana muda berkaitan agama Islam pada ketika itu dalam pentadbiran awam.
Beliau dilantik oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menjadi mufti pada tahun 1985 dan sehingga kini tiada lagi anak watan Perak yang dilantik untuk menggantikan beliau meskipun sudah ramai yang belajar sehingga ke Timur Tengah dalam pengajian Islam. Namun begitu, beliau dianugerahkan dengan Doktor Kehormat yang membawa gelaran "Doktor" dalam kurungan oleh Sultan sendiri yang merupakan Canselor Universiti Malaya pada tahun 2001.
Namun begitu, semua sedia maklum anugerah Doktor Kehormat Syariah hanya bersifat mengiktiraf tugas dan sumbangan dan ini tidak mencerminkan ilmu sepertimana yang ada dalam pemberian Doktor Falsafah yang hanya boleh diambil selepas menyelesaikan ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan mempunyai kemampuan menulis jurnal berwasit dan bersifat pengkaji ilmiah.
Malah, tidak salah untuk mengatakan mana-mana anugerah Doktor Kehormat di kebanyakan universiti di Malaysia bersifat politik dan perniagaan. Contohnya apabila sebuah universiti di Malaysia yang menganugerahkan Doktor Kehormat Ekonomi kepada pemimpin diktator Korea Utara, Kim Jong Un yang belum pun berumur 30 tahun semata-mata untuk berharap dapat menarik lebih banyak pelajar dari Korea Utara untuk dihantar belajar di universiti swasta berkenaan.
Tindakan terbaru Harussani ini yang cuba ""menumpahkan" darah adalah amat dikesali ramai pihak. Tindakan beliau yang memprovokasikan keadaan memburukkan nama baik Sultan yang merupakan ketua agama Islam di negeri Perak. Terlalu banyak yang sudah dilakukan Harussani sejak dahulu lagi yang mengguris hati umat Islam meskipun beliau hanya mufti di sebuah negeri di Malaysia.
Meskipun Harussani banyak menulis di majalah dan buku (walaupun bukan dikategorikan sebagai ilmiah), ia masih jauh meletakkan beliau sebagai ulama sebenarnya. Namun sekarang, Harussani perlu berlapang dada dan menyedari kedudukan diri sendiri yang sebenarnya seorang yang tidak layak pada abad hari ini kerana sudah terlalu ramai anak watan Perak yang jauh lebih baik kelulusan akademiknya daripada Harussani.
Biarlah artikel ingatan ini ditujukan kepadanya supaya ingat bahawa ramai orang tahu kecetekan ilmunya itu tetapi malas sebelum ini untuk membuat bising. Tetapi kali ini Harussani melampau dan ego besar, sudah sampai masanya Harussani diingatkan bahawa Harussani ini tidak ada apa-apa pun yang baik tentangnya dalam pembangunan ummah di negeri Perak dan Malaysia. – 3 Januari, 2014.
Shaharul Shafie
* Penulis seorang perunding Sumber Manusia Strategik, Teknologi Sains Maklumat dan program pembangunan organisasi. Beliau kini melanjutkan pengajian di peringkat PhD di sebuah universiti terkemuka tempatan.
Kenyataan Mufti Perak, Harussani Zakaria yang berpendapat peserta Turun malam kelmarin sebagai "bughah" atau pemberontak dimana halal darahnya adalah satu pernyataan yang teruk. Ia merupakan satu kenyataan berunsur jenayah yang boleh mengundang bahaya besar.
Apa kata kalau ada mereka yang emosi dan beriman kepada Mufti berkenaan akan bertindak gila membunuh mana-mana peserta himpunan membantah kenaikan kos sara hidup (Turun) itu kerana terpengaruh dengan keilmuan songsang Mufti itu. Tidakkah tindakan itu merbahaya?
Di sini saya mencadangkan pihak penganjur himpunan itu dan juga peserta membuat laporan polis terhadap kenyataan Harussani Zakaria seperti mana disiarkan Berita Harian dan dipetik oleh Malaysiakini itu. Kita juga mahu tengok apakah Zahid Hamidi sedia mengarahkan polis segera menyiasat.
Pandangan sebegitu dari seorang menganggap dirinya ulamak adalah sangat malang ke atas senario agama Islam di negara ini. Pandangan demikian lebih merbahaya dan tajam daripada pandangan Syiah ke atas Sunni dan hampir menyamai pandangan Yahudi ke atas Islam
Ia adalah pandangan terbuka tanpa ada tapisan dari segi bahasa, tidak bijaksana sebagai seorang dikatakan alim al ulamak mengeluarkan kenyataan sampah (rubbish) begitu. Sekiranya berlaku sesuatu ke atas mana-mana peserta himpunan Turun selepas hari ini, Harussani hendaklah dipertanggungjawabkan. Jangan lepaskan beliau.
Gesaan pihak-pihak tertentu agar Mufti berkenaan menarik balik dan mohon maaf ekoran kenyataan itu adalah wajar dan perlu disokong. Harussani harus sedar apa yang dilakukan itu mengikut 'mesin' Umno, sesuatu yang merosakkan penghormatan orang bukan Islam terhadap institusi bernama Mufti. Malanglah Islam yang kita gemilangkan selama ini tiba-tiba rosak dengan hanya pandangan seorang manusia seperti beliau.
Apa dilakukan Harussani seperti umpama rosak susu sebelanga kerana nila setitik. Adalah wajar kalau kerajaan Perak menilai semula keilmuan Harussani di dalam hal ini, dari segi lisan dan akidah agar negeri itu tidak direkodkan sebagai mempunyai seorang Mufti yang kurang waras pertama di negara ini.
Kalau perlu beliau harus dipecat kerana kerosakkan bukan hanya kepada dirinya tetapi seluruh institusi ulamak, mufti di negara ini turut sama ternoda oleh perbuatannya.
Dalam masa kita memburu dan menentang penyebaran Bible dalam bahasa Melayu oleh Kristian, tetapi kita pula sanggup mengeluarkan pandangan demikian yang entah di ambil dari kitab 'jumhur' mana dan dituju pula kepada darah daging sendiri hanya semata-mata kerana termakan racun bernama politik mendokong Umno.
BLOG penganut kristian di negara ini hari ini dilihat menghina bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ekoran kenyataannya berkenaan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan penganutnya.
Semalam Mynewshub.my menulis laporan berkaitan kenyataan itu yang menyebut 'Kristian Tidak Terjejas Jika Tidak Guna Kalimah Allah.
Antara lain Dr Mahathir berkata selama ini tidak timbul isu penggunaan kalimah Allah di semenanjung kerana mereka memang tersedia tidak menggunakan kalimah itu melainkan mereka di Sabah dan Sarawak sahaja.
"Selama ini, kita tak pernah berbalah tentang perkara ini kerana mereka (penganut Kristian di Semenanjung) tidak pernah menggunakan kalimah itu, jadi kenapa perlu menyakiti hati orang lain, tidak menggunakan kalimah 'Allah', tidak akan memudaratkan mereka," katanya.
Hari ni di laman blog christianunited4malaysia.blogspot.com menggunakan gambar bekas Perdana Menteri itu sedang menunaikan solat beserta kata-kata menghina beliau dan agama Islam di bawahnya.
"No Matter How Much You Pray Dear Dr Mahathir, God will not be by your side. A tyrant like you will only be loved by the Devil himself (Tidak kira berapa banyak kali anda Solat wahai Dr Mahathir, Tuhan tidak akan berada di pihak anda, Seorang yang kejam seperti anda hanya boleh disayangi oleh syaitan)," menurut kata-kata itu.
Jelas sesetengah penganut Kristian berniat jahat dalam isu penggunaan kalimah Allah dan mungkin bertujuan untuk mempengaruhi orang Melayu beragama Islam untuk menyertai Kristian.
Penghinaan yang dibuat ke atas Dr Mahathir secara terang-terangan memperlekehkan kredibiliti pemimpin paling lama mentadbir negara sebagai Perdana Menteri itu. – MYNEWSHUB.MY
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Mujahid Yusof tiba-tiba hadir dan menjadi hero bagi pihak Pas apabila mengecam tidakan yang diambil Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merampas bible berbahasa Melayu daripada pejabat Persatuan Bible Malaysia.
Mujahid, yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, meminta pihak kerajaan persekutuan mengambil tindakan ke atas Jais dari melakukan serbuan atau percubaan menguatkuasakan undang-undang negeri ke atas penganut Kristian.
Tindakan Mujahid yang dilihat bermotifkan politik yang mengambil kesempatan untuk menarik sokongan daripada penganut Agama Kristian di Malaysia.
Mujahid merupakan pemimpin Pas yang memperjuangkan Islam liberal di Malaysia seperti Anwar Ibrahim mempersoalkan serbuan dan rampasan itu.
Mujahid berkata, kerajaan perlu memberhentikan semua tindakan dan tidak membenarkan Jais bertindak tanpa terlebih dahulu memahami sensitiviti yang menyelubungi perkara itu.
Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung CCM Hermen Shastri
SEORANG pemilik akaun Facebook di bawah nama Desmond Yongkor dikesan menghina agama Islam dalam satu komennya kepada satu status di laman sosial berkenaan.
Satu status di laman Facebook membincangkan tengan tindakan cawangan sebuah bank di negara ini yang tidak membenarkan pekerjanya menunaikan solat ketika bekerja dan ia mencetuskan kontroversi di laman sosial itu.
Melihat kepada komen oleh individu yang berasal dari Sabah itu, dia berkata "Kalau asyik sembahyang saja sampai lima waktu.. rugilah majikan bayar gaji.. majikan bayar gaji pekerja untuk kerja.. bukan kena bayar gaji untuk sembahyang.." dengan mengakhirkan komen dengan kata-kata kesat terhadap Islam.
Dia membuat ulasan ke atas kes laporan oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan berkenaan tindakan bank berkenaan tidak membenarkan petugasnya menunaikan solat.
Laporan dibuat oleh Naib Pengerusi NUBE Kuala Lumpur/Selangor/Pahang Saufie Othman (Gambar atas) pada 13 Disember lepas berkenaan kes itu yang dikatakan berlaku di sebuah bank yang terletak di Jalan Tun Ismail di Kuantan, Pahang.
Saufie menuntut Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menyiasat dakwaan berkenaan seterusnya mengambil tindakan ke atas pihak Hong Leong Bank cawangan berkenaan sebelum ia merebak ke mana-mana cawangan bank lain di seluruh negara.
Golongan seperti individu ini yang tidak memahami berkenaan Islam tetapi menyamakan ia sama seperti agama lain di dunia gemar mengambil pendekatan memperlekehkan tuntutan Islam berbanding memilih untuk menghormati amalan agama lain. – MYNEWSHUB.MY
Masih ingat susulan Kes Cinta Tiga Segi (Kes Bunuh Fazlina Ahmad)
Saksi pendakwaan kelima yang juga kekasih kepada Mohafri Mohamed, 38, tertuduh yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, 39, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, mereka mengadakan hubungan seks di dalam bilik di rumah tertuduh tempat mayat wanita itu ditemui dalam almari pakaian.
Sebelum itu, saksi Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, dalam keterangannya berkata, dia dijemput Mohafri, 38, di Hentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur sebaik tiba dari Parit Buntar, Perak pada pukul 5 petang, 30 Disember 2009.
Cerita saksi itu, dia yang mengenali tertuduh ketika bekerja di Tropicana Medical Centre, Petaling Jaya tahun 2009 datang ke Kuala Lumpur pada hari itu kerana merancang untuk berkahwin di sempadan Thailand selepas hubungan mereka dihalang oleh bapanya.
Nazratul Annis berkata, dia bersetuju untuk berkahwin dengan Mohafri selepas tertuduh mengaku dia sudah menceraikan isterinya.
Dari Hentian Bas Jalan Duta, Mohafri membawanya ke sebuah rumah di Ampang dekat sini.
"Saya naik ke bilik tidur di tingkat atas untuk menggunakan tandas sebelum tertuduh mengajak saya melakukan hubungan seks," katanya di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki.
Nazratul Annis yang kini bekerja sebagai pelatih pengurusan di Pulau Pinang memberi keterangan terhadap Mohafri yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina yang mayatnya disumbat ke dalam almari pakaian di rumahnya dalam keadaan hidung dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.
Mayat Fazlina ditemui Polis pada pukul 6 petang, 30 Disember dengan badannya dibungkus dengan selimut dan di ikat. Mohafri didakwa mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. – Kosmo! Tertuduh dibebaskan lapor Utusan Online:
SHAH ALAM 12 April – Kegagalan pihak pendakwaan memanggil seorang pembantu rumah warga Indonesia menyebabkan Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas pengurus syarikat katering, Mohafri Mohamed (gambar) daripada tuduhan membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, dua tahun lalu.
Dalam kejadian itu, mayat Fazlina dijumpai dalam keadaan berbungkus dengan selimut dan mulut serta hidungnya ditampal dengan pita pelekat, di dalam almari pakaian di rumah mereka di Ampang.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki dalam penghakimannya menyatakan, mahkamah kesal dengan kegagalan pihak pendakwaan memanggil pembantu rumah bernama 'Yayok' itu untuk memberikan keterangan kerana dia adalah antara tiga orang dewasa yang berada di tempat kejadian termasuk mangsa dan tertuduh.
Kata beliau, selepas kejadian, Yayok ditahan dan disabitkan bersalah sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), dipenjara dan dihantar pulang ke negara asalnya serta semua maklumat itu di bawah kawalan pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Siti Nathiroh Abu Bakar.
Menurut beliau, keterangan percakapan Yayok terhadap polis tidak memberi sebarang nilai kepada kes pendakwaan memandangkan ia hanyalah keterangan cakap mulut (hearsay) tanpa pemeriksaan balas.
"Kegagalan itu menyebabkan berlakunya kelompangan dalam kes dan saya mendapati adalah tidak selamat untuk memanggil pembelaan sekiranya tertuduh memilih untuk berdiam diri kerana hanya ada satu hukuman iaitu mati.
"Oleh itu, mahkamah memutuskan tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri," kata Hakim Mohtarudin.
Mohafri, 38, yang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh Fazlina, 39, di rumah No. 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang antara pukul 5 pagi dan 10.30 pagi, 30 Disember 2009.
Sebanyak 16 saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang kes pendakwaan berlangsung termasuk bekas teman wanita Mohafri, Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, yang mendakwa dia dan tertuduh merancang untuk berkahwin di sempadan Thailand setelah tertuduh mengaku dia sudah bercerai.
Selepas mendengar keputusan itu, seluruh ahli keluarga Mohafri di galeri awam dilihat saling berpelukan dan mengalirkan air mata. Mereka terus mengerumuni dan memeluk Mohafri yang kelihatan tergamam sebaik sahaja mahkamah selesai bersidang.
Anak sulung Mohafri, Nurin Irdina, 9, juga dilihat tidak melepaskan peluang memeluk bapanya dengan erat.
Mohafri ketika ditemu pemberita mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua ahli keluarga serta petugas-petugas di Penjara Sungai Buloh kerana melayannya dengan baik sepanjang hampir dua tahun ditahan di situ.
Semasa Menteri Besar, Dato Seri Ahmad Said dalam perjalanan pulang selepas selesai pembahgian Dana Bakti Remaja Dun Kijal Dato Seri Ahmad Said yang kebetulan melalui jalan ke Seri Bandi Kemaman teserempak dengan kemalangan yang melibatkan sebuah Viva dan Proton Perdana.
Dalam kemalangan tersebut terdapat 7 orang mangsa yang terlibat, tetapi apa menyentuh hati apabila seorang mangsa perempuan kemalangan di dalam kereta Viva yang dalam keadaan parah tidak di hantar lagi ke hospital kerana menunggu Ambulan menyebabkan MB mengambil tindakan dengan memberi kereta rasmi beliau supaya terus menghantar mangsa ke hospital.
Selepas itu ada mangsa yang tersempit menyebabkan MB menerjah kereta tersebut bersama orang lain yang turut berada di situ bagi mengeluarkan mangsa dan beliau sekali lagi berkeras menahan kereta-kereta yang melalui kawasan kemalangan tersebut agar segera menghantar mangsa-magsa yang terlibat ke Hospital.
Walaupun sikapnya di katakan gedebe tetapi sebenar 'Gedebe beliau adalah untuk menjaga kebajikan rakyat'. Terima Kasih Dato Seri Ahmad Said.. MB berjiwa Rakyat.
PETALING JAYA: Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi berkata, beliau tidak mengetahui mengenai serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim di sini.
Menurut Sallehin, beliau tidak dimaklumkan mengenai serbuan tersebut dan hanya mengetahui mengenainya selepas dihubungi media.
"Saya tidak dimaklumkan mengenai serbuan ini dan saya tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenainya.
"Saya akan mendapatkan maklumat terpeinci...selepas itu nanti baru saya boleh memberi komen," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai tindakan 20 pegawai Jais melakukan serbuan terhadap PBM dan merampas lebih 300 Bible dalam Bahasa Melayu dan Iban.
Untuk makluman, Fazura sudah berada di Amerika Syarikat sejak 24 Disember yang lalu. Seronok sungguh melihat keriangan di wajah Fazura bersama "crown Happy New Year" di kepalanya. Comel sangat-sangat.
Fazura tidak berseorangan menyambut tahun baru di Las Vegas sebaliknya ditemani oleh 2 orang rakan berkulit putih. Melalui caption yang ditulis di akaun Instagramnya, hubungan mereka bertiga diklasifikasikan sebagai "bestfriend".
We're the 3 best friends that anybody could have..???? Love u both so much!???? @jeffn31l @randyseidman #TheGoodGuys #Celebrations #Friends #GreatTimes #FazbulousInLasVegas
Fazura meraikan tahun baru kali ini dengan penuh stylo. Skirt pendek berserta legging hitam menyerlahkan lagi kejelitaan pelakon jelita ini!
GEORGETOWN - Sanggup seorang ibu membawa dua anaknya yang masih kecil 'menemaninya' melakukan maksiat.
Ibu yang berstatus isteri orang itu dicekup Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) melalui Ops Ambang Maksiat 2014 di sebuah hotel apartmen di sini.
Melalui operasi yang bermula jam 2 pagi itu mendapati seorang lelaki dengan selamba berada di ruang tamu bilik hotel berkenaan sedangkan wanita berkenaan berada di dalam bilik tidur.
Lebih mengejutkan apabila penguatkuasa juga terjumpa dua kanak-kanak perempuan berusia tiga dan enam tahun di sebuah lagi bilik tidur.
Dalam nada selamba lelaki tersebut mengaku dia ditemani rakannya sedangkan selepas penguatkuasa membuat pemeriksaan wanita itu pula mengaku lelaki tersebut sebagai suaminya.
Jawapan yang berbeza itu akhirnya menyebabkan kegiatan maksiat mereka dapat dihidu JAINPP sehingga membuktikan kedua-dua mereka berstatus suami dan isteri orang lain.
Wanita sarat mengandung turut dicekup
Bukan itu saja, seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan turut dicekup bersama teman lelakinya di sebuah hotel.
Wanita yang ditangkap dalam keadaan menggeletar dalam sebuah bilik itu mengaku anak yang dikandungnya adalah hasil hubungan dengan teman lelakinya itu, namun sebaliknya lelaki tersebut tidak mengaku.
"Itu bukan anak saya, itu anak dia dengan orang lain," kata lelaki tersebut.
Terpaksa masuk ikut tingkap
Sementara itu, di salah sebuah hotel di Tanjung Tokong di sini, lima penguatkuasa terpaksa berhempas pulas memasuki sebuah bilik melalui tingkap tandas.
Hampir 30 minit lamanya penguatkuasa mengetuk pintu dan memberikan amaran, namun kedua-dua pasangan yang berusia lingkungan 20an itu tetap tidak mahu membukanya.
Disebabkan itu, tingkap kecil setinggi lebih satu meter terpaksa dipanjat oleh salah seorang penguatkuasa dan kemudiannya membuka pintu bilik air.
"Kenapa tak mahu buka pintu? Sikap degil anda begini hanya membuatkan ramai orang susah," tegur Ketua Unit Operasi dan Penguatkuasaan, Khairul Azman Azizan. "Kami takut, saya rasa gementar," demikian jawapan lelaki tersebut.
Sementara itu, teman wanitanya duduk tersorok di tepi almari solek dan bertindak degil apabila cuba disiasat oleh penguatkuasa wanita.
Adik-beradik dicekup
Manakala, dua adik-beradik lelaki turut dicekup atas kesalahan berkhalwat dengan pasangan masing-masing di sebuah hotel murah di Tanjung Bungah, di sini.
Mereka menempah hotel yang sama namun kedua-duanya dicekup di tingkat yang berlainan.
Di hotel yang sama, seorang kakitangan awam turut ditahan bersama pasangannya.
Lelaki tersebut memberitahu dia hanya singgah di hotel berkenaan selepas selesai kerjanya untuk sambutan malam tahun baru di Padang Kota Lama.
39 individu ditahan
Khairul Azman berkata, Operasi Ambang Maksiat 2014 itu dijalankan di Daerah Timur Laut, Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS).
Menurutnya, operasi yang bermula dari jam 2 hingga 7 pagi itu berjaya menahan 39 individu mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat.
Jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara, ataupun kedua-duanya sekali.
"Kali ini operasi yang dijalankan berbeza kerana kami hanya menumpukan Seksyen 27 berbanding dengan Seksyen 29 iaitu perbuatan tidak sopan, ini memandangkan faktor cuti dan juga sumber maklumat yang diterima.
"Kami menerima maklumat hotel di kawasan-kawasan panas telah penuh ditempah, dan kebanyakan mereka ini datang untuk menyambut tahun baru yang mana persembahan bunga api dinanti sejak jam 8 malam hingga 12 tengah malam'
"Jadi selepas waktu itu mereka sudah letih dan melihatkan situasi dan pengalaman kami mendapati mereka akan mendaftar masuk ke hotel.
"Jika sambutan ini diadakan pada hujung minggu kemungkinan yang melakukan Seksyen 29 lebih ramai kerana ramai yang akan menghabiskan masa di tepi pantai dan sebagainya," katanya.
Operasi itu turut disertai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAINPP, Yusuff Ahmad dan 20 penguatkuasa.
KUALA LUMPUR: Sekumpulan ibu bapa merancang untuk mengadakan satu perhimpunan di Taman Jaya, berhampiran Amcorp Mall, Sabtu ini untuk mendesak kerajaan memulihkan sistem pendidikan yang didakwa "dalam keadaan tenat".
Kumpulan yang menggelarkan diri mereka ASPIRES (Persatuan Ibu Bapa dan Individu Ke Arah Menyemak Semula Sistem Pendidikan), iaitu penganjur utama protes tersebut, beranggapan masa depan anak-anak berada dalam keadaan terancam dan perhimpunan terpaksa diadakan setelah pandangan mereka tidak diendahkan.
Antara tuntutan yang digariskan ASPIRES:
1. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah dimansuhkan pada tahun 2009 dikembalikan.
2. Untuk menawarkan program peperiksaan Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) yang kini hanya ditawarkan kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di sekolah kebangsaan juga.
"Kebanyakan ibu bapa yang akan membuat bantahan bukan di kalangan mereka yang gemar membuat kacau atau memberontak. Ramai yang datang dari jauh juga adalah terdiri dari kakitangan awam yang bermungkinan akan dikenakan tindakan disiplin. Kami hanya bimbang dengan masa depan pendidikan negara ini," kata pengasas ASPIRES, Shamsudin Hamid kepada Astro AWANI .
"Bahasa Inggeris adalah bahasa lingua franca dunia. Kami berjuang untuk PPSMI dikembalikan kerana bagaimana mungkin untuk kita menggantikan satu dasar pendidikan mengenai ilmu dengan satu lagi dasar yang semata-mata memberi tumpuan kepada bahasa? "
"Bagi isu IGCSE pula, bagaimana kita boleh mempunyai dua sistem persekolahan berbeza yang dilaksanakan serentak antara satu sama lain? Bagaimana kita boleh mempunyai dua Kementerian iaitu Kementerian Kemajuan Luar Bandar yang mengendalikan MRSM manakala Kementerian Pendidikan untuk sekolah-sekolah menengah kebangsaan? Pendidikan perlu diselaraskan di peringkat nasional ," kata Shamsudin .
Shamsudin berkata bahawa mereka yang belajar di bawah sukatan pelajaran IGCSE mempunyai peluang pekerjaan yang lebih baik.
"Majoriti ibu bapa, terutama di bandar, merasakan mereka telah dipinggirkan menerusi pelaksanaan dasar-dasar ini . Kami menegaskan bahawa peluang untuk belajar mengikuti program IGCSE perlu diberikan kepada semua," kata Shamsudin.
Shamsudin juga berpendapat jawatan Menteri Pendidikan seharusnya disandang oleh mereka yang bukan dari golongan ahli politik sambil mendakwa sistem pendidikan negara sedang dipolitikkan.
Sebaliknya dia mencadangkan agar seseorang berlatar-belakangkan pendidik menduduki jawatan penting itu.
"Polisi pendidikan harus dilihat secara holistik. Polisi berkaitannya tidak boleh dibuat berdasarkan populariti undi pilihan raya sahaja. Sekiranya PEMANDU boleh diterajui oleh tokoh korporat, kenapa kementerian Pendidikan tidak boleh dipimpin oleh pendidik atau ahli akademik?"
Dipetik daripada kajian yang dilakukan oleh The Malaysian Insider, berikut merupakan 10 tempat/bandar paling mahal di Malaysia dari segi kos sara hidup.
1. Pulau Pinang (bahagian pulau) 2. Bintulu, Sarawak 3. Paka/ Kerteh, Terengganu 4. Miri, Sarawak 5. Kuala Lumpur 6. Kuala Terengganu, Terengganu 7. Kuching, Sarawak 8. Klang 9. Labuan 10. Johor Bahru
Perkara yang dikaji pula adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam, sayuran seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga keperluan pendapatan minima untuk hidup sempurna.
Johor Bahru mencatatkan negeri ke 10 dengan kos sara hidup paling tinggi di Malaysia.
Dengan kadar sewa rumah serta harga rumah yang tinggi dan harga barangan keperluan harian yang agak mahal, seseorang memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang.
Seseorang memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang.
Ia dikira paling tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Turut mengiringi Pulau Pinang adalah bandar perindusrian Bintulu di Sarawak dan Paka di Terengganu.
Namun, harga barangan di Pulau Pinang jauh lebih rendah jika mereka tinggal di tanah besar iaitu di Seberang Prai. Mungkin kerana itulah ramai penduduk Pulau Pinang tinggal di tanah besar walaupun bekerja di pulau.
Mungkin ini juga menjadi punca kesesakan berlaku setiap hari di jambatan Pulau Pinang dan feri sehingga menyebabkan jambatan kedua terpaksa dibuat untuk disambungkan ke pulau Mutiara itu.
Harga sekilo ayam di pasar George Town adalah RM9 berbanding RM7.00 di Kuala Lumpur, RM6.50 di Klang.
Kadar sewa rumah juga tinggi di Pulau Pinang. Sebuah rumah teres satu tingkat tiga bilik di Tanjung ToKong disewa dengan kadar RM1,000 sebulan. Namun kadarnya lebih rendah di Batu Kawan atau Nibong Tebal yang boleh diperolehi sekitar RM500 sebulan.
Walau kos sara hidup agak rendah di Kuala Terengganu, namun harga barangan keperluan hariannya antara yang tertinggi berbanding bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia.
Harga ayam di Kuala Terengganu adalah RM7.50 sekilogram berbanding Kuala Lumpur RM7.00 dan Klang hanya RM6.50. Begitu juga harga ikan, walaupun Terengganu ramai nelayan, tetapi harga ikannya antara yang termahal, mungkin kerana kesegarannya.
Harga ikan kembong di pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu adalah antara RM10.00 ke RM15.00 sekilogram bergantung kepada kualiti ikan itu.
Namun oleh kerana kos sewa rumah dan jalan raya tanpa tol di Kuala Terengganu, ia menyebabkan kos hidupnya tidaklah terlalu tinggi. Dengan pendapatan RM2,500 sebulan, sebuah keluarga boleh hidup di Kuala Terengganu dengan memiliki sebuah kereta dan rumah sewa.
Namun di Paka dan Kerteh yang terletak di daerah Kemaman, kos sara hidupnya agak tinggi. Ini kerana kedua-dua bandar ini menjadi tempat tinggal pekerja industri gas dan petroleum. Ia memberikan kesan pahit kepada penduduk tempatan yang terpaksa bersaing untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan pekerja industri yang mempunyai pendapatan lebih baik berbanding mereka.
Keadaan sama berlaku di Sarawak, bandar Bintulu dan Miri yang menjadi pusat industri gas dan petroleum yang menjadikan penduduk bandar ini terpaksa menghadapi kos sara hidup yang tinggi.
Harga rumah di kawasan ini naik mendadak di samping harga barangan meningkat dengan ketara.
Persembahan artis pada Konsert Ambang Tahun Baharu 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam kelmarin, terjejas apabila pelbagai objek termasuk botol air mineral dibaling ke pentas dipercayai oleh peserta perhimpunan haram.
Dalam kejadian itu, artis terpaksa berhenti menyanyi dan bertempiaran lari ke belakang pentas apabila keadaan kecoh.
HIP menghubungi dua artis iaitu Aweera dan Puteri Caroline yang membuat persembahan pada konsert itu untuk berkongsi detik cemas mereka.
Selain dua penyanyi terbabit, konsert itu dijayakan Amy Search, Zainal Abidin, Najwa Latiff, Bob Nathan dan Reno. Difahamkan, artis yang lebih awal membuat persembahan tidak melalui detik cemas berikutan keadaan masih terkawal.
Tak sangka gembira bertukar huru-hara
Mengakui terlihat botol minuman melayang ke pentas, Aweera tidak menyangka peserta perhimpunan haram bertindak di luar kawalan hingga menimbulkan kekecohan melampau.
"Ramai artis membuat persembahan dan setiap artis menyanyi antara dua hingga tiga lagu. Ketika saya mendendangkan lagu kedua, saya nampak keadaan mula kecoh dengan perusuh masuk ke tengah padang.
"Apabila Jay Jay membuat persembahan, keadaan mula tegang dan polis mengawal keadaan di depan pentas. Ketika Caroline menyanyi, mereka membaling botol ke arah pentas.
"Suasana menjadi lebih huru-hara kira-kira jam 11.55 malam sehingga persembahan pentas terpaksa dihentikan sepenuhnya," katanya.
Artis dikurung hingga 1 pagi
Aweera berkata, bagi mengelak kejadian tidak diingini, semua artis ditempatkan di Bangunan Perpustakaan Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan Dataran Merdeka.
Dia berkata, semua artis menunggu di bangunan itu sehingga jam 1 pagi sebelum dibenarkan pulang.
"Kejadian begini tidak patut berlaku. Ini kerana kita sedang gembira menyambut kedatangan tahun baharu. Kita perlu fikirkan soal keselamatan pengunjung lain terutama kanak-kanak dan wanita.
"Saya tak takut, cuma risaukan keselamatan penonton lain yang datang untuk berhibur. Sebagai rakyat, kita perlu berfikir secara rasional dan bukan mengambil tindakan melulu sehingga menimbulkan kekecohan," katanya.
Penguatkuasa JHEAINS menahan sepasang kekasih dalam serbuan disalah sebuah hotel di sekitar Port Dickson, semalam
SEREMBAN – Seramai 18 individu ditahan dalam Operasi Tahun Baharu 2014 yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sekitar Seremban dan Port Dikson, di sini, semalam.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Ahmad Husaini Mustafa berkata, operasi bermula jam 9 malam hingga 7 pagi itu dianggotai kira-kira 12 penguatkuasa.
Menurutnya, kebanyakan pesalah syariah yang ditahan terdiri daripada pelajar universiti dan beberapa pekerja swasta yang datang luar dari negeri ini.
"Dalam operasi yang dilakukan semalam, kita berjaya menahan dua individu atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai, manakala selebihnya melakukan kesalahan berkhalwat.
"Kebanyakan pasangan yang ditangkap khalwat ini menginap di hotel bajet sekitar Seremban dan juga Port Dickson, setelah penat berhibur menyambut tahun baharu di sekitar daerah ini," katanya kepada Sinar Harian.
Ahmad Husaini berkata, kesemua pasangan yang ditangkap itu berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun dan ketika serbuan dilakukan mereka sedang nyenyak tidur. Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS di Rahang Seremban, untuk disoal siasat.
"Mereka yang ditahan atas kesalahan berkhalwat akan disiasat di bawah Seksyen 61 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.
"Manakala dua remaja yang ditahan kerana minum minuman keras akan disiasat di bawah Seksyen 78 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992," katanya.
Dalam pada itu, tambahnya, terdapat dua individu yang cuba meloloskan diri dengan melarikan diri melalui tingkap, namun berjaya ditahan.
Kerosakan costume seringkali terjadi pada setiap artis, tidak terkecuali Britney Spears. Insiden kerosakan costume itu terjadi ketika Britney tampil untuk persembahan "Piece of Me" Las Vegas, Sabtu, 31 Disember yang lalu.
Ketika menyanyikan lagu "Circus", tiba-tiba resleting pakaian Britney lucut dari tubuhnya dan membuat punggungnya kelihatan jelas di atas pentas. Namun penyanyi berusia 31 tahun ini tetap profesional.
Meskipun sedar kostumnya hampir lucut, Britney yang kelihatan tidak memakai bra itu tetap terus bernyanyi.
Namun dia mendekati salah satu penarinya untuk meminta bantuan secara tidak langsung. Penari tesebut yang mendekati Britney itu pun membetulkan zip costume, sementara itu Britney masih terus bernyanyi.
Tidak berapa lama kemudian pakaian Britney sudah diperbaiki dan persembahan kembali berlangsung. Britney akan terus mengadakan show di Planet Hollywod untuk 2 tahun hadapan.
Segamat: Akibat cemburu buta, seorang lelaki meminta teman wanitanya tidak mandi selama beberapa hari bagi memastikan tiada yang tertarik apalagi mahu memikatnya.
Selain itu, remaja berusia 16 tahun berkenaan juga tidak dibenarkan menghias diri ketika berada di khalayak ramai.
Dia dilarang bersolek apalagi mengenakan gincu dan tidak boleh memakai minyak wangi.
Jika ingkar dengan permintaan itu, remaja berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ani akan dibelasah.
"Sepanjang setahun kami bercinta, sudah tiga kali saya dibelasah, tetapi kerana sayang dan dia sentiasa berjanji mahu berubah, saya teruskan juga hubungan," katanya.
SUNGAI PETANI - Acara sambutan Tahun Baru 2014 di daerah ini disambut dengan cara sederhana berkonsepkan Islamik anjuran Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) bertujuan mengajak remaja Islam mendekatkan diri ke arah matlamat hidup yang jelas seiring dengan tuntutan agama.
Bagaimanapun, saranan yang dilakukan pihak berkuasa tempatan itu hanya dipedulikan sebahagian kecil masyarakat yang menghayati nasihat menerusi forum agama yang diadakan di Dataran Zero Kilometer sedangkan sebilangan kecil lagi masih terjebak ke lembah maksiat.
Operasi cegah maksiat
Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Radzi Abd Mutalib yang mengetuai operasi cegah maksiat berkata, sebanyak lima pasangan kekasih dicekup sekitar Sungai Petani manakala dua pasangan lagi dicekup di sekitar Gurun.
Operasi yang turut mendapat kerjasama 30 anggota penguatkuasa dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Cawangan Penyiasatan Khas Angkatan Tentera Malaysia, Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dan Yan serta MPSPK itu juga mengesan empat individu didapati positif dadah. Tukang urut kena cekup
Dalam sebuan yang dilakukan dekat sebuah motel berdekatan Taman Patani Jaya, seorang wanita Melayu berusia 32 tahun dipercayai tukang urut sedang melayan pelanggannya iaitu pemandu teksi dari Butterworth bukan beragama Islam berusia 52 tahun.
Ketika diserbu, lelaki warga emas berkenaan yang disyaki kekasihnya turut mengakui pernah ditahan dalam serbuan berlainan dengan pasangan sama di Pulau Pinang pada 2012. Wanita tersebut yang diminta menjalankan ujian air kencing, disahkan positif dadah.
Sementara itu, sepasang kekasih berusia 26 dan 29 tahun yang dicekup, mengaku sudah berkahwin namun gagal mempamerkan dokumen pernikahan yang sah.
Mereka yang diambil keterangan secara berasingan oleh penguatkuasa kemudian gagal mengesahkan tarikh pernikahan setelah disoal siasat di lokasi berasingan.
Ujian air kencing ke atas kedua-dua pasangan kekasih tersebut, mendapati wanita berusia 26 tahun yang bekerja di sebuah pasaraya di Sungai Petani itu positif dadah.
Seperti suami isteri
Operasi kemudian diteruskan ke sebuah hotel bajet dekat Taman Ria Jaya mendapati sepasang kekasih sedang nyenyak tidur dalam keadaan berpelukan seolah-olah seperti pasangan suami isteri.
Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, ketika pintu diketuk, bilik yang dihuni pasangan terbabit tidak berkunci.
"Anggota penguatkuasa yang membuat pemeriksaan mendapati, wanita dari Taman Sejati yang hanya berseluar dalam dan menyarungkan baju-T sedang berpelukan di atas katil bersama kekasihnya berusia 27 tahun dikatakan berasal dari Kelantan dan bekerja di Shah Alam.
"Apabila disoal siasat mendapati kedua-duanya bukan mahram dan mengakui sudah bermalam di bilik berkenaan sejak empat hari lalu," katanya.
Katanya, kesemua enam pasangan (kecuali lelaki bukan beragama Islam) yang berada dalam keadaan bersekedudukan, bersembunyi atau bersama wanita bukan mahram ditahan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988.
Menurutnya, hukuman denda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya atau ditahan di rumah kebajikan selama tiga tahun boleh dikenakan sekiranya didapati bersalah.
Mak andam jalin hubungan terlarang
Menurutnya, operasi turut diperluaskan ke sekitar Gurun yang bertumpu di lokasi panas yang sering mendapat aduan penduduk. Dalam serbuan di sebuah hotel bajet mendapati pasangan sejenis yang dipercayai menjalinkan hubungan terlarang ditahan dalam operasi berkenaan.
Mak andam berusia 31 tahun dari Jitra itu mendakwa memiliki tiga buah butik pengantin dan baru sahaja selesai menyolek pelanggan yang akan menghadiri sebuah majlis makan makan.
"Dikatakan akibat letih, dia yang ditemani 'kekasihnya' terpaksa bermalam di bilik hotel tersebut berikutan mempunyai tugasan perniagaan lain keesokan pagi di lokasi berdekatan," katanya.
Soal siasat kepada kedua-duanya mengakui menjalinkan hubungan terlarang itu sejak 2004.
Bagaimanapun, saringan air kencing juga mendapati, kedua-duanya positif dadah dan dibawa ke balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, katanya, beberapa pasangan yang ditemui dalam keadaan mencurigakan di beberapa lokasi panas turut diberi amaran oleh anggota penguatkuasa.
KUALA LUMPUR 1 Jan. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diselar kerana menggunakan kereta rasmi jenis Mercedes-Benz S300L di sebalik bajet defisit kerajaan DAP Pulau Pinang buat tahun keempat berturut-turut.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan, tindakan bermewah-mewah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai angkuh dan hipokrit kerana langsung tidak memikirkan sensitiviti rakyat.
"Apabila Pulau Pinang mengalami bajet defisit, Guan Eng sepatutnya tunjuk contoh pemimpin yang baik untuk berjimat-cermat tetapi ini tidak, dia pula yang berlebih-lebih dengan kereta mewah baharu.
"Kereta Toyota Camry 2.5 yang digunakan sebelum ini masih baik lagi, kenapa pula dia hendak tukar sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun hanya menggunakan Proton Perdana sebagai kereta rasmi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kerajaan DAP Pulau Pinang semalam mengumumkan Guan Eng menggunakan kereta rasmi jenis Mercedes-Benz S300L bernilai RM657,218 sekiranya tiada potongan cukai.
Pengumuman itu dibuat tidak sampai tiga bulan selepas kerajaan negeri itu menukarkan kereta rasmi kepada Toyota Camry 2.5.
Kerajaan DAP Pulau Pinang membentangkan bajet defisit RM255.44 juta untuk tahun 2014 yang merupakan bajet defisit buat kali keempat berturut-turut selepas defisit RM262.04 juta untuk tahun 2013, RM213.71 juta (2012) dan RM107.78 juta (2011).
Menurut Tunku Abdul Aziz, Guan Eng cukup licik memanipulasi emosi penduduk Pulau Pinang dan kaum Cina untuk membenci dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) namun pada yang sama mengambil kesempatan daripada kuasa yang dimilikinya untuk mengaut kemewahan.
"Saya ada lihat gambar Guan Eng keluar daripada kereta baharu itu, muka dia tersenyum lebar.
"Bagi saya, Guan Eng dan DAP tiada prinsip, kalau mereka sudah boros dan bermewah dengan kuasa hanya di peringkat negeri, saya rasa perkara lagi teruk berlaku sekiranya mereka berkuasa di Putrajaya," katanya.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman pula menganggap Guan Eng seperti meludah ke langit memandangkan beliau pernah mengkritik tindakan Kerajaan Negeri Terengganu membeli kereta jenama serupa pada 2008 bagi tujuan sama.
Katanya, Guan Eng sepatutnya berasa malu dengan keputusan itu kerana beliau sendiri sebelum ini menyifatkan pembelian kereta mewah untuk kegunaan rasmi merupakan pembaziran.
Sehubungan itu, beliau mendesak Ahli Parlimen Bagan berkenaan tidak menggunakan hak-hak serta keistimewaan selaku Ketua Menteri sebagai alasan bagi mewajarkan pembelian kereta mewah tersebut.
"Kalau mahu gunakan kereta Mercedes, teruskan sahaja, tidak perlu berdolak-dalik. Mengapa apabila orang lain mengambil tindakan serupa beliau kutuk dan selar tetapi untuk beliau sendiri dikatakan sebagai hak?
"Cuma dalam isu pembelian ini, kita lihat wujud ketidakcekapan pengurusan kewangan negeri kerana tidak sampai tiga bulan membeli Toyota Camry 2.5, kerajaan negeri membeli pula sebuah Mercedes-Benz," tegas Zainal Abidin.
Dalam pada itu, bekas Pengerusi DAP Cawangan Pantai Sepang, Selangor, R. Vellasamy berkata, Guan Eng tidak memikirkan nasib rakyat miskin di Pulau Pinang apabila memilih untuk menggunakan kereta mewah itu.
"Nampak sangat dia cuma fikirkan kepentingan diri sendiri dan bukan mengenai banyak masalah rakyat yang masih belum selesai," katanya.
Katanya, tindakan bermewah oleh Guan Eng itu sama sahaja dengan kerajaan pembangkang di Selangor yang menaikkan gaji Menteri Besar dan Speaker Dewan Undang Negeri (DUN) sebelum benar-benar memajukan negeri itu.
SHAH ALAM – 'Jangan diperalatkan pembangkang untuk buat kekecohan." Demikian nasihat Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang terhadap majoriti anak muda Melayu yang menyertai himpunan Turun, malam tadi.
Menurut beliau, beberapa siri himpunan jalanan yang dianjurkan sesetengah pihak sebelum ini juga majoritinya disertai kaum Melayu malah yang akhirnya ditahan pihak polis juga berbangsa Melayu.
Semalam, sambutan ambang tahun baru di Dataran Merdeka diselangi dengan himpunan bagi membantah kenaikan kos sara hidup anjuran Gerakan Turun Kos Hidup (Turun).
Konsert anjuran Dewan Bandraya Kuala Lumpur (DBKL) turut terjejas apabila terpaksa dihentikan setengah jam lebih awal ekoran berlaku insiden objek yang dipercayai botol air dibaling ke atas pentas.
"Harap adik-adik jangan diperalatkan pihak pembangkang untuk buat kekecohan. Apabila berlaku rusuhan, pemimpin mereka semua cabut. Tinggal anda saja di depan.
"Kalau adik-adik nak main politik, kenalah belajar daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pernah nampak ke dia di depan apa-apa rusuhan? Yang kena tangkap pun bukan dia.
"Selalu dalam demonstrasi jalanan, yang kena tangkap majoriti kaum Melayu. Kenapa adik-adik perlu diguna? Pernah nampak adik-adik kaum Cina? Fikirlah masa depan," katanya yang dipetik melalui laman mikro Twitter miliknya, semalam.
Menafikan dirinya rasis kerana membuat kenyataan sedemikian, beliau akui kenyataan itu sebagai nasihat ikhlas kepada anak muda Melayu.
"Memang aneh bila saya cuba beri nasihat terbaik untuk kaum Melayu supaya jangan diperalat, penyokong DAP kata saya rasis. Salah ke bantu kaum lain?
"Saya bukan rasis. Saya sedih lihat anak-anak Melayu diperalat untuk buat demonstrasi jalanan pembangkang. Pernah nampak kaum lain? Fikirlah masa depan anda.
"Kalau saya rasis, saya tak perlu nasihat anak-anak Melayu. Biar mereka terus diperalat demonstrasi dan buat kekecohan. Hanya pentingkan nasib kaum sendiri," katanya.
Tekannya, kebenaran memang menyakitkan namun ia hakikat yang berlaku sekarang ini.
"Ini bukan soal kaum tapi hakikat majoriti (yang sertai) demonstrasi adalah anak-anak Melayu. Yang (bangsa) lain semua bukan tak berjuang untuk negara tapi tak rela diperalat.
"Saya hanya beri nasihat ikhlas kpd anak muda Melayu. Hakikat itu tak akan didedah pembangkang. Fikirlah masa depan. Jangan terus diperalat," katanya.
as Malaysian,I feel sorry to see anak2 Melayu manipulated to stage demo.Notice not many from others participate. Be wise.Don't regret future — Tan Keng Liang (@tankengliang) January 1, 2014
BEKAS pelakon Wardina Safiyyah pada 30 Disember lepas, dalam laman Facebook rasmi beliau menuduh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membazir wang dengan membelanjakan RM15 juta untuk sambutan tahun baru adalah tidak benar dan tidak berasas.
Beliau yang juga Ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) mungkin tidak meneliti kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib yang mengatakan bahawa RM15 juta diperuntukkan untuk acara sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2014 termasuk ketibaan tahun baru.
Ini bermakna ia adalah peruntukan wang untuk acara sepanjang setahun bukannya hanya untuk sambutan Ambang 2014 sahaja.
Kenyataan Wardina yang tanpa usul periksa itu telah menyebabkan kemarahan rakyat yang tanpa sebab yang berteriak pertunjukan bunga api bernilai RM15 juta pada sambutan ambang semalam di Dataran Merdeka.
Kebanyakan yang berteriak ialah mereka yang menyertai perhimpunan haram 'Turun' semalam yang membabitkan sekitar 6 hingga 8,000 orang.
Keberanian Ahmad Phesal semalam juga memang dikagumi kerana sanggup berucap dalam kegelapan pentas menasihati para pemprotes supaya terus mempertahankan keamanan dan ketenangan di Dataran Merdeka sepanjang sambutan tahun baru.
Wardina sebagai seorang artis yang pernah berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik sekarang ini sepatutnya lebih peka untuk tidak membuat tuduhan melulu sebegitu kepada pihak DBKL.
Biarpun Wardina mengatakan bahawa beliau tidak menyokong ideologi mana-mana parti tetapi apabila kenyataan demi kenyataan hanya seperti dilihat menempelak semua pihak di belah kerajaan, adakah boleh kita mempercayai kata-kata Wardina yang beliau bukan menyokong pembangkang.
Sebagai MKPN, kita berharap selepas ini Wardina akan lebih berfikiran sebelum mengeluarkan kenyataan pedas sebegitu rupa kerana malunya bukan terpalit pada orang lain, pada batang hidung Wardina sendiri juga akhirnya. – MYNEWSHUB.MY
KUALA LUMPUR — Pegangan penganut Kristian di Semenanjungtidak akan terjejas walaupun mereka tidak menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan mereka, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata istilah Arab yang merujuk kepada Tuhan itu selalunya digunakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.
"Selama ini, kita tak pernah berbalah tentang perkara ini kerana mereka (penganut Kristian di Semenanjung) tidak pernah menggunakan kalimah itu, jadi kenapa perlu menyakiti hati orang lain, tidak menggunakan kalimah 'Allah', tidak akan memudaratkan mereka.
"Sebelum ini, mereka tidak pernah menggunakannya pun. Yang menggunakannya ialah (orang) Sabah dan Sarawak. Tak ada bantahan, tapi di Semenanjung ni, kenapa kita nak jadikannya alasan untuk bergaduh pula," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah terbuka Tahun Baharu Parti Progresif Penduduk (PPP) diDewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Dr Mahathir berkata sejak sekian lama, rakyat negara ini, tanpa mengira agama, hidup bersama secara aman dan oleh itu, sebarang tindakan yang boleh menyakiti hati sesuatu pihak, tidak patut dilakukan.
Jumaat lepas, paderi Lawrence Andrew, editor akhbar mingguan Katolik, Herald, dalam artikel yang disiarkan sebuah portal berita, berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah 'Allah' dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan bahasa Malaysia.
Langkah ini bertentangan dengan hasrat Jabatan Agama Islam Selangor untuk menghantar surat peringatan kepada mereka berhubung enakmen yang melarang penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam.
Kenyataan beliau itu menimbulkan kemarahan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, termasuk yang menyifatkan tindakan Andrew itu bukan sahaja mencabar sensitiviti umat Islam, tetapi juga tidak menghormati undang-undang.– BERNAMA
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Khabarnya beberapa peniaga Melayu dikucing kurapkan dengan berbagai cara agar BERAMBUS dari sebuah pusat membeli belah.
Hanya ada satu cara untuk ajar puak yang semakin bangsat ini...BOIKOT.
Difahamkan Kulim penduduknya majoriti adalah Melayu.....DAYUS sangatkah Melayu Kulim sehingga terpaksa membeli di pusat tersebut?
Bolehkah MULAI Hari ini.....ya..MULAI hari ini.....mulakan kempen BOIKOT pusat beli belah tersebut.
Penduduk KULIM pakteh anggap GAGAL jika puak bangsat itu masih bertahan selepas diBOIKOT.
Terpulang kepada jati diri bangsa MELAYU itu sendiri Jika benar hebat....sangat mudah untuk mulai memboikot. Tetapi jika sekadar hangat-hangat taik ayam....memang layak diterajang ke longkang
You are subscribed to email updates from Betoika blog To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Satu poster yang diterbitkan oleh laman sosial pro ulama PAS, "Kami Bersama Ulama Muda Haraki," menunjukkan kumpulan liberal dalam parti itu berselindung di sebalik tokoh ulama Islam silam As Syatibi sebagai topeng dalam memperjuangkan agenda mereka.
Geng Syatibi yang dilakarkan dalam poster itu adalah dua Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad bersama dengan dengan dua orang blogger PAS, Zainulfaqar Yaacob dan Wan Ji Wan Husein (Al Bakistani).
Dalam satu poster lain yang diterbitkan laman sosial pro Ulama PAS, El Haraki, Wan Ji menamakan dirinya sebagai 'pengasas sekolah pemikir As Syatibi.'
El Haraki menjelaskan lagi dengan lakaran poster yang menggambarkan pemikiran empat individu blogger PAS ditaja oleh enam individu tokoh penting dalam PAS.
Empat individu blogger itu adalah Tulang Besi Malaysia Waves, Zainurfakar (Fakar), Penarik Beca dan Wan Ji @ Al Bakistani yang ditaja oleh tuan mereka iaitu Mujahid, Dr Dzulkifli Ahmad ( Pengarah penyelidikan PAS Pusat), Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS), Mohamed Hanipa Maidin (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat), Dr Mohd Hatta Md Ramli (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat) dan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat).
Wan Ji menulis artikel bertajuk "Imam As Syatibi : Nasib Sang Pembaharu," mengambarkan As Syatibi adalah seorang tokoh 'reformis Islam' yang dicela ulama pada zamannya kerana mengutamakan akal berbanding wahyu.
"Diceritakan, diperingkat awalnya beliau (As Syatibi) agak ditolak oleh masyarakat beliau, bahkan dikalangan ulama-ulama di zaman beliau melebelkan beliau sebagai orang yang berfahaman Muktazilah, bahkan tidak lepas juga tuduhan "ulama pemecah belah masyarakat". Semua ini adalah ekoran konsep memahami maslahah dan mafsadah yang difahami menerusi akal dalam memahami Nas syariah yang dikemukakan oleh beliau menerusi kitab "al-Muwafaqat".
"Ketika itu, ulama-ulama yang sezaman beliau mula menuduh beliau pembawa bendera Bidaah jenis baru, lebih-lebih lagi apabila fatwa yang beliau keluarkan dilihat oleh masyarakat zamannya terkeluar dari konsep sentemen masyarakat ketika itu,"kata Wan Ji.
"Saya tidak bersetuju institusi keagamaan (Islam) diletakkan di bawah kerajaan kerana ia merosakkan imej agama.
"Buang aspek agama daripada kerajaan dan kerajaan akan menjadi lebih Islam," kata Wan Ji.
Dalam pada membawa watak mengidolakan As Syatibi, namun laman liberal Malaysia, jalantelawi.com mendedahkan di Malaysia, Wan Ji lepak bersama Khalid Jaafar, pengarah Institut Kajian Dasar (IKD).
IKD adalah badan pemikir Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Salam pencerahan. Sapere aude (bahasa Latin bermaksud 'berani untuk tahu'). Terima kasih kepada Wan Ji Sang Pluralis. Dia (Wan Ji) mengaku dirinya (Sang Pluralis) ketika semua orang takut dengan diburu oleh momokan pluralisme (tapi) dia sanggup meletakkan nama dia sebagai Sang Pluralis,"kata Khalid ketika diberi peluang oleh Wan Ji untuk membahaskan buku, "Metafizik dan Comsopolitanisme."
Menurut Datuk Zaid Ibrahim, nama As Syatibi juga digunakan Anwar ketika mahu menjustikasikan 'demokrasi dan Islam' tajaannya.
"Masalah dengan Anwar adalah bahawa beliau bergantung kepada pemikir Islam liberal yang berkurun lamanya untuk menyokong pendirian beliau mengenai Islam dan demokrasi di Malaysia hari ini,"kata Zaid ketika menulis, "Anwar on democracy and Islam."
Zaid yang juga salah seorang tokoh pemikiran liberal Malaysia berkata demikian ketika mengupas ucapan Anwar di Adelaide, Australia.
Menurut Zaid, Anwar hanya berani mengungkapkan slogan 'kebebasan' di luar negara, namun takut untuk menterjemahkan di Malaysia.
"Apa Anwar akan berkata tentang mempertahankan hak asasi manusia jika ulama Islam mengatakan bahawa Islam yang pertama? Beliau mungkin akan bersetuju dengan mereka.
"Apa yang telah dikatakan oleh Anwar mengenai pelanggaran berterusan terhadap kebebasan peribadi kita? Tiada apa-apa. Beliau pada hakikatnya, tidak mengambil apa-apa kedudukan yang jelas mengenai pelanggaran kebebasan asasi di Malaysia, kecuali untuk beberapa kenyataan yang berbunyi bagus dan sangat umum mengenai demokrasi telah diberikan terutamanya di luar negara.
"Beliau (Anwar) tidak menjadi demokrat dalam erti kata yang sebenarnya," kata Zaid.
Menurutnya lagi, falsafah 'demokrasi dan Islam' juga tidak dipraktikkan di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.
"Kita tidak mempunyai asas kebebasan di Malaysia, (walaupun) di negeri-negeri yang dikawal oleh Pakatan Rakyat. Jadi bagaimana model Islam Anwar itu dapat berfungsi di Malaysia ?,"soalnya.
Begitu juga dengan anak Anwar, Nurul Izzah hanya berani bercakap perkara yang sama ketika diinterbiu, Telegraph, United Kingdom.
"Undang-undang liwat adalah kuno dan perlu dirombak," kata Nurul Izzah, namun berhati-hati ketika diminta mengulas tentang pembaharuan undang-undang Islam yang mengharamkan orang Islam daripada minum arak, lapor Telegraph dalam artikel bertajuk "Islam and democracy can co-exist, says Anwar Ibrahim's daughter."
"Saya percaya bahawa kita mesti menghormati ruang awam, tetapi juga tidak menceroboh ke dalam kehidupan peribadi rakyat," kata Nurul Izzah. - AIDC
Sebelum ini, Khalid Samad begitu dikenali sebagai pemimpin PAS yang mempertahankan Gereja Methodist Damansara berhubung isu cubaan memurtadkan umat Islam di Selangor. Ketika itu Khalid Samad "berperang sabil" dengan bekas Exco Agama merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali. Khalid Samad menang…
Pada awal tahun baru 2014 ini, muncul lagi seorang "hero gereja Kristian" yang baru, Mujahid Rawa, namanya. Dia berjawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar…
Semalam, sekumpulan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak merampas 321 naskhah Bible berbahasa Melayu di premis Persatuan Bible Malaysia dan dua pegawai persatuan itu ditahan untuk diambil keterangan. Rampasan itu berlaku di Damansara, Selangor.
Tiba-tiba, Mujahid hadir memberi kenyataan membela persatuan yang disyaki mengimport masuk Bible dari Indonesia yang menggunakan kalimah "Allah" di dalamnya. Mujahid betul-betul tak puas hati. Dia pertikai dan persoal tindakan JAIS terhadap persatuan Kristian itu. "Sebijik" macam Khalid Samad..!
Kata Mujahid, JAIS bertindak kasar dalam "serbuan" itu dan dia mahu Putrajaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana badan agama Islam seperti JAIS dari melakukan serbuan atau menguatkuasakan undang-undang berkaitan hal ehwal Islam di dalam sesebuah negeri. Kononnya tindakan itu mampu mengeruhkan hubungan antara agama…
Meloyakan, wakil rakyat Parit Buntar itu mengungkit kisah lama serbuan di gereja sebelum ini dan menganggap JAIS tidak punya sebarang bukti dalam kes yang menyaksikan Hasan Ali dipecat dari PAS!
Saya tertanya-tanya, apa halnya orang Parit Buntar datang sebok-sebok ke negeri orang? Sudah tiada kerja lagikah di Parit Buntar? Semuanya sempurna di sana?
Mujahid tahu tak bahawa hal ehwal agama Isla dalam sesebuah negeri itu semuanya tertakluk di bawah bidang kuasa DYMM Sultan? Masih ingat dulu kes JAIS vs Gereja Methodist Damansara Utama? DYMM Sultan Selangor sendiri yang mengumumkan keputusan mengenai isu berkenaan.
Suka diingatkan pada wakil rakyat dari Perak itu, DYMM Sultan Selangor menegaskan titahnya bahawa terdapat sedikit bukti yang menyokong dakwaan JAIS berkenaan gereja tersebut yang cuba memurtadkan umat Islam di Selangor. Namun titah baginda Tuanku, bukti tersebut tidak cukup untuk mengheret kes tersebut ke mahkamah.
Lebih penting lagi, Mujahid sebagai orang luar perlu tahu bahawa Pengarah JAIS telah menghantar surat kepada seluruh gereja di Selangor memperingatkan supaya mematuhi Enakmen 1988 mengenai Agama Bukan Islam di Selangor yang melarang orang bukan Muslim dari menggunakan kalimah "Allah".
Untuk pengetahuan Mujahid, Enakmen 1988 itu menyentuh tentang "Kawalan Penyebaran Agama kepada Orang Muslim yang diluluskan pada tahun 1988, melarang orang bukan Muslim di Selangor menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka, termasuk "Allah", "Nabi", "Injil" dan "Insya'Allah". Faham?
Jadi, salahkah JAIS masuk memeriksa premis Persatuan Bible Malaysia semalam? Cara kasar? Ada pegawai JAIS tumbuk pegawai persatuan kesayangan Mujahid itu, kah? Pegawai JAIS ada bawa pisau rambo atau parang panjang? Pegawai JAIS ada hina, caci cerca pegawai persatuan Kristian itu?
Untuk pengetahuan Mujahid, difahamkan bahawa kira-kira 20 penguatkuasa JAIS itu perlu menunggu beberapa lama setelah permintaan mereka untuk diizinkan masuk melakukan rutin pemeriksaan ditolak mentah-mentah oleh salah seorang pegawai yang ditahan itu.
Penguatkuasa-penguatkuasa JAIS itu hanya dibenarkan masuk ke dalam kawasan premis persatuan itu setelah seorang lagi pegawai persatuan (dipercayai lebih tinggi jawatannya dari pegawai yang tidak benarkan JAIS masuk) datang ke premis tersebut. Setelah diperiksa, barulah 321 naskhah Bible itu dirampas.
Saya nak tanya, kalaulah Bible itu menepati syarat yang ditetapkan Kerajaan Negeri, apakah JAIS akan merampas naskhah-naskhah itu? Agak-agaklah sikit kalau nak pertikai tindakan orang. Biarlah logik, adil dan ikhlas!
Paling meloyakan anak tekak, Mujahid mendakwa tindakan JAIS itu bermotifkan politik. Politik apanya? Siapa Exco Agama di Selangor sekarang? Guan Eng atau Kit Siang? Khalid Samad atau Rani? Khalid Ibrahim atau Azmin? Yang pastinya, Exco Agama di Selangor sekarang bukan dari BN, kan?
Jadi apa maksud Mujahid bahawa rampasan itu bermotif politik? Pakatan Haram di Selangor sedang bergaduh sakan, kah? Ada sesiapa yang nak gulingkan Exco Agama di Selangor lagi? Ada sesiapa yang nak gulingkan Exco Agama di Selangor, Sallehan Mukhyi?
Setahu saya, Putrajaya tidak punya hak untuk menahan penguatkuasa Kerajaan Negeri dari mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang hal ehwal Islam di dalam sesebuah negeri tersebut. Semuanya dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan hal ehwal Islam diketuai sepenuhnya oleh DYMM Sultan.
Jadi, apa hal pula Mujahid nak kaitkan Kerajaan Persekutuan dalam hal ini? Kalaulah Kerajaan Persekutuan boleh campur tangan dalam hal ehwal agama Islam dan pentadibiran di Selangor, rasanya berdemo sakan berguling-guling lagi puak-puak Pakatan Haram!
Saya menyarankan agar Mujahid balik saja ke Parit Buntar dan laksanakan amanah yang dia peroleh dari rakyat di parlimen itu. Tak payahlah nak jaga tepi kain orang kalau kain sendiri pun koyak rabak sampai menampakan celana "kecil" di dalam. Biarlah Exco Selangor selesaikan perkara itu. Kalau dia gagal, dia boleh rujuk pada DYMM Sultan Selangor.
Mujahid tak payah menyebok nak jadi "hero Kristian" di Selangor. Biar Khalid Samad seorang sudahlah…
MAJORITI penyokong UMNO agak rasa pening lalat sikit dengan sikap yang ditunjukkan Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Rahmat yang kebelakangan ini nampaknya sangat cenderung dengan politik pembangkang, terutama dalam soal kenaikan kos sara hidup yang diputar belitkan mereka.
Nur Jazlan baru-baru ini mempersoalkan kerajaan yang kononnya lambat memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung kenaikan harga barang yang menjadi faktor kepada kenaikan kos sara hidup. Persoalannya, apa barang keperluan asas yang dah naik?
Tolak gula yang subsidinya dihapuskan kerajaan selepas pembentangan bajet 2014 yang lepas, harga barangan keperluan yang lain, nampaknya masih tidak berubah. Tepung, beras dan minyak masak (sekadar menyebut beberapa), harganya masih kekal sama seperti sebelum PRU13.
Jadi Nur Jazlan nak mintak kerajaan jelas apa pasal kenaikan sara hidup kalau tidak ada barang keperluan asas yang naik?
Begitu juga dengan kadar tol yang digembar gemburkan sebelum ini, perkara itu juga belum lagi muktamad dan kenaikan tersebut bergantung kepada syarikat pemegang konsesi berkenaan, bukan kerajaan.
Memang benar kerajaan BN dan Perdana Menteri ada memberi jaminan untuk menangani kos sara hidup ini, tapi bukan ke tahap barang-barang bukan keperluan yang menjadi punca kenapa ramai orang tidak cukup duit di hujung bulan, macam astro, bil telefon tinggi dan sebagainya.
Yang Nur Jazlan pi campur aduk janji bulan bintang pembangkang dengan BN buat apa?
Sebagai anak bekas pemimpin UMNO yang naik nama sebagai calon BN pun kerana nama bapanya (Al fatihah kepada Tan Sri Mohamad Rahmat) di Pulai (bukan sebab diri tu kuat sangat), penulis nak nasihatkan Nur Jazlan, cuba jangan jadi bebal sangat.
Kalau tidak ada apa barang keperluan yang naik, dengan apa dan bagaimana pulak kerajaan nak beri penjelasan?
Jika yang sibodoh ini maksudkan barang-barang lain yang bukan berada dibawah kawalan kerajaan, itu yang menentukan ialah kuasa pasaran, bukan kerajaan. Terpulang kepada pengguna nak menggunakan kebijakan masing-masing membuat pilihan di kedai mana yang nak dibeli.
Malaysia bukan negara komunis dimana setiap bentuk dan benda barangan yang boleh dibeli di kedai pun kerajaan nak kena masuk campur tangan juga.
Contoh, macam barang keperluan sekolah yang dilaporkan naik mendadak sekarang (terutama di Selangor). Hal itu bagaimana Nur Jazlan nak harap kerajaan persekutuan untuk menjawabnya bila harga barangan sekolah bukan berada di bawah kawalan kerajaan.
Lagipun di Selangor ada banyak faktor kenapa barang seperti peralatan sekolah ini naik lebih mahal dari tempat-tempat lain, antaranya kos untuk menjalankan perniagaan yang semakin mahal di negeri tersebut. Cukai dan caj lesen perniagaan yang tinggi adalah antara beberapa punca.
Bagaimana kerajaan persekutuan nak berperanan dalam masalah yang di sebabkan oleh kerajaan negeri pembangkang? Ini tidak masuk akal sama sekali, takkan Nur Jazlan ini bodoh benar sampai tak terfikir ke situ?
Penulis nak sebutkan ini kepada Nur Jazlan, lain kali, kalau tak boleh terima kekalahan, jangan bertanding. Taklah jadi gila atau separuh gila macam sekarang.
Perangai peserta demontrasi kurang ajar dan biadap menghina anggota Polis yang menjalankan tugas sebagai mahu duit (ambil rasuah). Ingat sungguhpun ada yang tidak baik dalam Polis, majoriti yang lain menjalankan tugas dengan dedikasi, sebab itu Negara ini kekal aman.
Polis yang dihina ini bapa seseorang, anak seseorang, suami seseorang, isteri seseorang. Mereka hanya menjalankan tugas. Wajarkah mereka diperlakukan sedemikian?
Apakah anak-anak muda yang menyanyi lagu menghina dan memperli Polis ini akan menjadi manusia yang patuh pada undang-undang atau penggerak anarki masa depan?
Apa yang Pakatan cipta daripada demontrasi seperti ini hanyalah bom jangka manusia yang pada suatu masa nanti akan menjadi anarki yang tidak berpegang kepada undang-undang dan menghormati penguatkuasa undang-undang.
Dunia Islam dikejutkan dengan pengumuman Sultan Brunei untuk melaksanakan hukum hudud di negaranya. Pengumuman berkenaan dibuat oleh Baginda pada 23 Oktober 2013 (Sumber di sini). Tidak sampai 3 bulan pengumuman dibuat, salah seorang anak lelaki Sultan Brunei telah mengadakan parti mewah semperna Tahun Baru di Hotel Dorchester, London.
Antara artis-artis terkenal yang hadir adalah Jerry Hall, Mariah Carey, Diana Ross, John Travolta dan lain-lain. Daily Mail melaporkan di sini dan di sini. Apakah Brunei akan menjadi seperti negara-negara Arab yang mengamalkan hukum Islam namun apabila Pak-Pak Arab ke luar negeri untuk bercuti jubah hilang ke mana dan perempuan dan arak menjadi peneman? Bagaimana Islam akan dihormati sekiranya kelakuan Umat Islam sendiri tidak berubah.
Persatuan Pengusaha Bas tanahair sudah mula bermain kasar. Dalam Rakyat tengah mengalami kesempitan mengharungi masalah kenaikan harga barangan, kapitalis Persatuan Pengusaha Bas Sekolah telah mula menangguk di air yang keruh dengan mengugut Kerajaan untuk menghentikan perkhidmatan bas sekolah sekiranya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) tidak meluluskan permintaan mereka untuk menaikkan tambang bas.
Lebih teruk lagi, laporan Berita Harian hari ini turut memaparkan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah di Melaka dan Sabah sudahpun menaikkan tambang bas mereka tanpa kebenaran pihak berkuasa SPAD. Hebat ugutan pihak kapitalis Persatuan Pengusaha Bas. Menggunakan alasan tidak mampu membayar kompoun yang dikenakan oleh pihak SPAD menunjukkan sikap kebodohan mereka. Apa kena mengena kompoun dengan kenaikan tambang bas? Kompoun dikenakan sekiranya kesalahan dan perlanggaran undang-undang. Kalau tidak mahu dikenakan kompoun, elakkan dari melanggar undang-undang. Jangan jadikan ini sebagai alasan bodoh untuk mengadakan mogok dan mengugut Kerajaan untuk menaikkan tambang bas.
Persatuan Pengusaha Bas seharusnya lebih bersabar kerana pihak SPAD dalam proses mengkaji tambang yang terbaik untuk dikenakan supaya kedua-dua pihak, pengguna dan pengusaha bas, supaya keputusan menang-menang akan tercapai. Tiada pihak yang akan menanggung kerugian. Sayugia diingatkan punggutan maklum balas untuk membuat kajian mengenai kenaikan tambang bas telah dilakukan oleh pihak SPAD dan kajian berakhir hujung Disember 2013 yang lalu.
SPAD perlukan masa untuk mengumpul maklumat, membuat kajian dan konklusi sebelum sesuatu cadangan hendak dikemukakan untuk diluluskan oleh Kabinet yang dijangkakan bersidang pada Mac 2014 akan datang. Selepas diluluskan baru boleh dikuatkuasakan. Negara kita ada undang-undang. Melanggar undang-undang dengan menaikkan tambang bas dan membuat ugutan kepada SPAD dan Kerajaan bukan jalan yang baik untuk menyelesaikan masalah.
Nota: 11 langkah pengurangan kos mendapat maklum balas yang baik?
Saya sedang membayangkan kemungkinan suasana dan mood ketika Perdana Menteri bertanyakan soalan mengenai pengumumannya berkenaan kenyataan beliau tentang 11 langkah pengurangan kos oleh kerajaan. Mungkin kurang lebih ini bayangan perbualan Perdana Menteri dan penasihat komunikasinya...
Perdana Menteri : How did the people respond to my statement?
Penasihat komunikasi 1 : Very good sir, the people love it.
Penasihat komunikasi 2 : They said it is timely. It's good that people can see that the government leads by example
Penasihat komunikasi 3 : Our tracking system shows that the blue colour is now at 70%. Red only 30%. Positive responses on the price hike issue have overtaken the negative ones.
Penasihat komunikasi 4 : Setkat ni tak ada bantahan. Itu bukti rakyat suka statement Datuk Seri.
Perdana Menteri : Well done team. I know my communication team can do it better than any other team.
Mungkinkah applikasi dan state of art war room dan tracking system terlepas pandang akan maklumbalas-maklumbalas seperti yang dilaporkan oleh blogger di bawah? Atau mereka tak sempat hantar maklum balas ni kepada PM, sebelum PM keluarkan kenyataan di FB beliau?
Antara maklum balas yang dikumpulkan secara manual tanpa state of art war room dan tracking system -
1. Baguslah. tapi nampak sangat tak ikhlas
2. Sapa kata demonstrasi tak selesaikan masalah?
3. Dah Marina Mahathir cakap baru nak buat
4. Bila Tun Mahathir cakap baru nak buat?
5. Kan dah kata, kerajaan dah nak bangkrap dah la tu
6. rakyat bukan kisah sangat pasal gaji menteri turun 10% atau kerajaan nak jimat 30%, tapi rakyat sangat terasa kalau bila nak minum teh tarik, harga teh tarik naik 20 sen, roti canai naik 20 sen, minyak naik 10 sen, gula naik 5 sen, caj letrik naik 5%
7. Apa sebelum ni tak sedar ke kerajaan dah banyak membazir?
8. Bodoh Pemuda UMNO pegi buat report polis pasal demo, patut buat memo pasal turunkan kos dan penjimatan kerajaan
9. Bodoh Penasihat PM, kalau dah tahu nak umum langkah penjimatan, buat apa minta Pemuda UMNO buat report polis pasal demo?
10. BN gagal lagi dalam perang persepsi
11. Jimat, jimat la. tapi yang rakyat nak dengar macam mana kerajaan nak kurangkan harga barang, bukan pasal penjimatan
12. Kita bukan nak dengar pasal penjimatan kerajaan, kita nak dengar pasal barang mana yang nak diturunkan harga. kita nak dengar kerajaan tak naikkan harga barang keperluan harian, macana kerajaan nak kurangkan kos sara hidup rakyat, turunkan harga barangan atau perkhidmatan terutama daripada GLC, termasuk macam TNB yang umum keuntungan setiap tahun.
13. Minta bukan kerajaan je yang jimat, tapi GLC macam TNB atau PLUS yang berjimat dan kurangkan kos operasi supaya tak perlu naikkan caj dan tol, potong gaji dan bonus melampau CEO dan pengarah-pengarah di dalam GLC ni supaya GLC dapat berjimat dan tak perlu naikkan caj.
14. Kami tetap turun demo, umum ke tak umum langkah penjimatan
MELAMPAU !!! PM NAJIB DI MALUKAN PEGAWAI SENDIRI !!!! @NajibRazak
Sapa yang advise pada PM bahawa rakyat beri maklum balas positif tentang 11 langkah pengurangan kos belanja yang diumumkan kerajaan? Malam ni keluar pulak berita TV3 kod apa yang PM ulas di FB. Apa tak sedar ke komen komen semua sejak pengumuman 11 langkah ni 80% rakyat kutuk pelaksanaan tersebut? Pemimpin dan ahli UMNO dan Bn sendiri pun jelek dengan 11 langkah itu dan boleh lihat luahan mereka tu semua.
Pegawai PMO bantu ke tidak bagi penjelasan yang sebenar kepada PM keluhan rakyat dibawah? PM masih lagi syok sendiri akibat pegawai PMO tidak melaporkan pekara yang sebenar. Siapa yang bagi cadangan pada PM untuk buat kenyataan ni? Ada sabotaj ke dari dalam PMO untuk menjatuhkan kreabiliti PM Dato Sri Najib?
Rakyat kat bawah memperli 11 langkah yang diumumkan tempoh hari. 11 langkah yang diumumkan PM tempoh hari mendatangkan mual kepada rakyat kerana bukan itu yang rakyat mahukan sebaliknya isu poket mereka yang mereka mahu dengar. Apakah PM dimomokkan oleh pegawai PMO sehingga tidak mengetahui luahan rakyat yang sebenar dibawah ini?
Tolong lah PM kita tu, tolong bagi nasihat dan suara rakyat dibawah yang sebenar. Jangan tipu PM kita. Bantu PM dengan menyatakan pekara sebenar bukannya membohong dan ambil culas isu rakyat.Cukup cukup guna angka 11 tu nak bodek PM. Pak Lah dulu pasal angka 13 lah tersungkur. Rakyat dah taknak terima benda benda merepek ni. Rakyat nak PM cakap apa yang PM dah janjikan.
"Kami mendengar masaalah anda tentang kos sara hidup" - Najib Razak
Di bawah ni aku sertakan sedikit komen-komen di page Perdana Menteri , aku tahu Perdana Menteri tidak menbaca komen-komen tersebut dan hanya di beritahu oleh pegawai-pegawai beliau yang menjaga page ini. Sememangnya memalukan apabila pegawai Perdana Menteri telah menipunya bahawa rakyat menerima 11 langkah tersebut !!
Lihatlah , inikah yang dikatakan rakyat menerima , jika mahu lihat lagi komen-komen mereka boleh terus ke page Perdana Menteri .
#PEGAWAI PMO JANGAN MENIPU PERDANA MENTERI , MEMUAL DAN MEMALUKAN PERDANA MENTERI SENDIRI !!!!
Kecoh tahun 2014 dengan slogan 'TURUN' iaitu himpunan anak-anak muda turun di Dataran Merdeka bagi melahirkan rasa tak puas hati kerana Kerajaan berdolak dalih berhubung dengan kenaikan harga keperluan rakyat jelata.
Ribuan lapuran telah dibuat oleh penyokongKerajaan dan UMNO kerana dikatakan ada gerakan untuk mengulingkan kerajaan. hasutan yang dilakukan secara terang-terang oleh mereka yang membuat lapuran polis dibiarkan oleh pihak berkuasa dengan membutakan mata dan menulikan telinga.
Menuduh rakyat hendak mengulingkan kerajaan seakan-akan mengugut rakyat bahawa negara dalam keadaan tidak aman, dan boleh menimbulkan rasa gelisah oleh rakyat. Kalau hanya satu orang budak menulis dalam facebook sudah dianggap ada gerakan nak guling kerajaan, itu adalah rumusan yang kurang cerdik.
Tiba tiba ada seorang mufti mengeluarkan kata-kata bahawa 'halal darah' sekiranya menentang kumpulan yang turun didataran merdeka pada malam tahun baru, lagi bercelaru apabila dikaitkan dengan hukum hakam yang mana boleh juga disifatkan seperti menghasut.
Kita doakan supaya mereka-mereka yang nak bodek kerajaan itu akan dibukakan pintu hati oleh Allah semuga semuanya berbalik ke jalan yang benar dalam mencari kedamaian hidup, Tak payahlah bersusah payah mencari helah semata-mata nak tunjuk hero kepada kerajaan yang sekarang ini dihimpet masaalah.
Kini ada pula satu golongan sedang menghina orang Islam,contoh yang disiarkan dalam facebook ini telah mengambarkan ada manusia yang secara terang-terang menghina Islam,apakah tidak ada satu tindakan bagi membendung perkara seperti ini tidak berlaku lagi.
Begitu juga Kecoh diselangor antara JAIS dengan Gereja, titih baginda tidak diendah oleh pihak gereja kristian, bunyi UMNO Selangor dah beri amaran tapi adakah sengatnya. Sekarang bukan zaman Dato' Harun, mampukah UMNO Selangor mewarisi keberanian Dato' Harun dalam mempertahankan maruah Islam dan Melayu. Kita tengoklah nanti.
Ketika Demang mengambil peperiksaan SPM pada 1985, kami perlu melalui satu sesi khas temuduga yang dipanggil Ujian Lisan yang keputusannya cuma ada dua iaitu lulus atau gagal.
Demang masih ingat soalan yang ditanya iaitu: apakah masalah utama remaja?
Soalan yang memerlukan jawapan spontan tersebut sempat membuatkan kotak fikir Demang bekerja keras dan dalam masa yang sama hati Demang memberi arahan bahawa jawapan mesti dibuat segera dan mestilah bersifat 'hebat'.
Maka jawab Demang: "masalah besar remaja atau golongan muda ialah pertentangan pendapat dengan golongan tua."
Si penemuduga agak tertarik dengan respon Demang manakala Demang amat menyesal dengan jawapan tersebut kerana terpaksa menjawab soalan kedua iaitu: "apa maksud 'pertembungan golongan muda dan tua'?"
Otak Demang berfikir ligat dan sesuatu yang segera terimbas pada fikiran ialah berkenaan sejarah pertentangan agama antara golongan tua dengan golongan muda.
Syed Sheikh Al- Hadi, Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Muhammad Taha adalah antara pelopor gerakan muda.
Manakala golongan yang ditentang ialah para ulama sedia ada.
Ada dua sebab Demang cepat terkait dengan isu tersebut iaitu kerana bapa Demang selalu membawa topik tersebut ketika berbual sambil mengadap juadah dan ekoran dari itu Demang selalu mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber bacaan.
Namun bukan itu jawapan yang Demang beri sebaliknya Demang jawab contoh pertentangan antara golongan muda dengan golongan tua ialah kerana banyak perkara yang orang muda buat mendapat bantahan orang tua.
Bersambung: apa keinginan orang muda?
You are subscribed to email updates from waadat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tindakan Guan Eng yang membeli kereta baru ketika pemimpin PR sibuk mencanang tentang kenaikan harga barang telah membuka mata banyak pihak terhadap ketelusan pemimpin DAP.
Dipetik dari dari Fz.com,satu siasatan telah di buat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap proses pembelian kereta yang dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Menurut sumber lagi,proses pembelian itu ada kaitan dengan Tan Sri Tan Kok Ping iaitu seorang taikun yang 'mesra' DAP dan juga mempunyai hubungan dengan Lowe Motor Sdn Bhd, Sebelum ini kereta model Toyota Camry kegunaan Guan Eng itu telah diserahkan kepada Timbalan Speaker negeri Pulau Pinang.
Kerajaan DAP P.Pinang sudah membeli 15 buah kereta Toyota Camry dengan harga RM 115'500 sebuah untuk menggantikan Proton Perdana yang digunakan sebelum ini.
Kerajaan negeri DAP membelanjakan RM 298'263.75 diatas pembelian kereta Mercedes di Lowe Motor Sdn Bhd yang harga sebenarnya lebih tinggi iaitu RM 657'218.
Perbezaan harga yang amat ketara inilah yang menyebabkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memulakan siasatan terhadap pembelian tersebut.-UtaraNews.
- Ketua Menteri, Lim Guan Eng didesak memperjelas kewajaran beliau meluluskan pembelian kereta Mercedes-Benz S300L sebagai kenderaan rasmi ketika ekonomi negeri ini terus merosot setiap tahun.
Presiden Sensible and Ethical Malaysians United Troopers (SEMUT), Datuk Huan Cheng Guan berkata, ini berikutan timbul persoalan apabila kenderaan rasmi Guan Eng sebelum ini iaitu Toyota Camry 2.5 masih baharu iaitu digunakan dalam tempoh kira-kira tiga bulan.
Lebih dikesalkan, katanya, keputusan itu tidak mengambil kira sensitiviti pelbagai pihak terutama rakyat termasuk penduduk Pulau Pinang sendiri yang berdepan tekanan peningkatan kos sara hidup.
"Situasi Guan Eng ini ibarat syarikat yang tidak pernah mencatatkan keuntungan tetapi membeli kereta mewah untuk kegunaan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO).
"Sudah tentu ada yang tidak kena dengan situasi ini sekali gus memerlukan penjelasan lebih kukuh," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Keputusan Guan Eng itu dipersoal banyak pihak kerana dibuat ketika bajet defisit kerajaan DAP Pulau Pinang untuk tahun keempat berturut-turut.
Tindakan seolah-olah bermewah-mewah dalam keputusan itu juga tidak menggambarkan keperibadian 'pemimpin berjiwa rakyat' yang sanggup menaiki penerbangan tambang murah AirAsia dalam urusan rasmi seperti digambarkan penyokong pembangkang terhadap beliau sebelum ini.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Anak Muda Pulau Pinang, Jahangir Abdul Shukkur berharap Guan Eng akan menilai tindakannya tersebut terlebih dahulu sebelum mengkritik Kerajaan Pusat serta kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) selepas ini.
Menurut beliau, keputusan Guan Eng meluluskan pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasmi tidak menggambarkan budaya berjimat cermat seperti yang didesak pembangkang supaya diamalkan Kerajaan Pusat.
"Guan Eng tidak perlu lagi bercakap atau kritik orang lain kerana beliau sendiri tidak amal apa dinyatakannya.
"Sebelum ini beliau dakwa membeli Mercedes merupakan pembaziran, tetapi beliau sendiri meluluskan pembelian berkenaan yang kononnya untuk kegunaan rasmi di bawah hak sebagai Ketua Menteri," katanya.
Umno Bahagian Tanjong Karang membuat laporan polis supaya disiasat dan diambil tindakan yang sewajarnya berhubung kenyataan Paderi Lawrence Andrew yang bertegas mahu menggunakan kalimah ALLAH di semua gereja di negeri Selangor.
Laporan turut dibuat oleh ketiga-tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian itu di Balai Polis Tanjong Karang, di sini, pagi semalam.
Paderi itu dalam kenyataannya yang disiarkan oleh sebuah portal berita pada 27 Disember lalu antara lain menyatakan pihaknya tetap akan menggunakan kalimah ALLAH di semua gereja di Selangor.
Sultan Selangor Sultan Shafaruddin Idris Shah sebelum ini menitahkan semua rakyat, khasnya di Selangor, tanpa mengira kaum dan latar belakang agar akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam seperti yang tertakluk mengikut peruntukan Seksyen 9, Bahagian 1, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.