Pengamal media Gobind Rudra menganggap sebagai sia-sia tindakan polis untuk memantau kenyataan di media sosial yang dianggap memperlekeh atau menghina operasi di Lahad Datu.
Katanya, ini kerana tindakan itu ibarat polis singgah di kedai kopi dan mengintip perbualan pengunjung kedai yang berbual-bual sesama mereka. 

cij report on bersih news reporting 240811 gobind rudraTambahnya, laman Facebook danTwitter secara teknikalnya dikenali sebagai media sosial namun secara praktisnya ia difahami sebagai perbualan peribadi antara individu.

"Ini bukan tugas polis untuk memantau perbualan orang ramai. Facebook dan Twitter bukan media massa, ia adalah perbualan di antara orang ramai," kata Gobind (kiri).

"Saya rasakan tindakan ini ibarat anjing menyalak bukit dan ia hanya akan menggalakkan perasaan kurang senang orang ramai terhadap polis," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Selasa lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengumumkan polis akan mengesan percakapan dan kenyataan di laman media sosial yang dianggap menghina operasi pasukan keselamatan di Lahad Datu.

Tun Faisal: Masa satukan 'netizen'
Tindakan itu bagaimana pun hanya terhad kepada mereka yang berada di Malaysia sahaja kerana polis tiada kuasa ke atas media di luar negara, katanya.

Ketua Unit Media Baru Umno, Tun Faisal Ismail Aziz (bawah) mempunyai pandangan yang berbeza dalam hal itu.

NONEMenurutnya, Facebook dan Twitter hanya dianggap ruang peribadi jika pemiliknya memilih tetapan privasi mereka sebagai 'private'.

"Kalau individu berkenaan membuka profilnya kepada orang ramai, maka ia dianggapi benarkan untuk tatapan orang ramai," katanya. 

Beliau berpendapat sekarang adalah masa terbaik untuk warga internet (netizen) Malaysia menggembleng sokongan dan semangat terhadap polis dan tentera yang bertugas di Lahad Datu.

"Masanya telah tiba untuk kita satukan netizen bagi menentang pencerobohan yang dibuat warga Filipina ini," katanya.