Jumaat, 9 Mac 2012

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Mahasiswa Sabah sokong pertahan tanah adat

Posted: 09 Mar 2012 01:51 AM PST

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Markaz Siswa Siswi Islam Sabah (Marsis) menyokong sepenuhnya tuntutan Tabah bagi mempertahankan tanah adat  pada 12 Mac ini sebagai usaha untuk membebaskan rakyat daripada terus dieksploitasi dan diseleweng hak pemilikan tanah adat.

"Bagi menyatakan kebersamaan ini, Marsis sudah menjana golongan mahasiswa Sabah di seluruh Semenanjung untuk menyatakan sokongan terhadap isu ini," ujar presidennya, Mohamad Matassian Ogus.



 
Menurutnya, selain Lembah Klang, ahli yang berada di Pahang, Kelantan, Melaka dan Johor akan turut serta dalam menyebarkan gelombang  kesedaran bahawa hak rakyat Sabah ditindas di negeri sendiri.

Sehubungan dengan itu, tegasnya, pihaknya selaku mahasiswa  Sabah yang berada di Semenanjung inginkan tuntutan tanah adat itu menjadi realiti dan dilaksanakan segera.

Tambahnya, rakyat Sabah kini sudah celik minda dan bukannya lagi boneka untuk diperlekehkan hak pemilikan tanah adat oleh mana-mana pihak.

Justeru, tegasnya Marsis menyeru agar pihak yang berkenan tidak lagi menggunakan kepercayaan rakyat dengan membiarkan hak pemilikan tanah dinafikan secara terang-terangan.

"Kami bertegas bahawa kezaliman mesti dihentikan daripada terus berlaku.

"Sabah itu negeri kita, maka wajarlah bagi semua mahasiswa yang berada di Semenanjung, Sarawak dan luar negara untuk turut sama menolak ketidakadilan yang berlaku daripada terus menyusahkan rakyat," tegasnya.

Justeru, tambahnya kembalikan tanah adat atau tanah NCR yang menjadi hak mereka.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Ulama juga insan seni - Nik Aziz

Posted: 09 Mar 2012 08:49 AM PST


KOTA BHARU, 9 Mac: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta masyarakat memahami pengertian insan seni sebenar kerana ulama juga tergolong dalam golongan artis.


Menurutnya, sekiranya artis dimaksudkan dengan insan seni malah golongan ulama juga mempunyai keseniannya yang tersendiri.

Katanya, kerana keseniannya itu golongan ulama berjaya meyakinkan golongan bukan Islam atau yang jauh dari Islam untuk mendekati dan menerimanya hasil kelunakan seni bahasa yang disampaikan ulama.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena kunjungi selebriti Oki Sentiana Dewi, heroin filem Ketika Cinta Bertasbih dari Indonesia dan selebriti dakwah Kapten Hafiz, di JKR 10, petang tadi.

Kedua-dua selebriti berkenaan akan menjayakan program 'Bicara Selebriti' ke-4, anjuran kerajaan negeri di Kelantan Trade Cantre mala mini.

Menurut Tuan Guru, sebelum ini masyarakat hanya mengenali pelawak, pelukis, pelakon, penyanyi sebagai artis, namun golongan ulama sebenarnya adalah artis.

"Cara Rasulullah berdakwah juga mengikut seni sehingga manusia terpikat dengan ajaran Islam, al-Quran juga mempunyai seninya yang tersendiri sehingga bila mendengarnya manusia akan terpegun," ujarnya.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa syukur pada golongan artis termasuk Oki Sentiana Dewi yang sudi datang ke Kelantan bersama ibunya.

Katanya, dengan kehadiran artis ke negeri ini akan melenyapkan tohmahan buruk masyarakat Kelantan menolak golongan terbabit.

Majlis pertunangan anak Najib dibiaya kerajaan?

Posted: 09 Mar 2012 08:48 AM PST


PETALING JAYA, 9 Mac: PKR hari ini mendakwa kerajaan telah menaja majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berjumlah RM409,767.00.

Pengarah strateginya, Rafizi Ramli berkata, dokumen rasmi dari sebuah hotel di Kuala Lumpur yang diperolehinya itu membuktikan bahawa segala bayaran bagi majlis tersebut dibiayai oleh Pejabat Perdana Menteri.

Rafizi berkata, ianya berupa bayaran majlis bankuet di Hotel Shangri La yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan.

"Hari ini PKR mengemukakan bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri.

"Ini dokumen untuk bukti-bukti yang jelas, yang mana perbelanjaan sepenuhnya sebanyak RM409,767 ribu telah digunakan," jelasnya pada sidang media di pejabat PKR hari ini.

Perbelanjaan tersebut menurut Rafizi meliputi kos jamuan VIP seramai 36 orang sebanyak RM18,792, kos jamuan tetemu seramai 862 orang sebanyak RM309,975 dan juga kos pengendalian majlis RM81,000.

Menurut Rafizi lagi, PKR juga telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan bahawa individu-individu di dalam dokumen tersebut adalah sahih dan bekerja di organisasi masing-masing.

"Dengan pendedahan ini PKR berpendapat sudah sampai masanya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan menyiasat penyelewengan wang rakyat oleh Perdana Menteri termasuk barisan kabinetnya.

"Kita mahu Najib menjawabnya pada sidang dewan rakyat minggu depan, dari mana peruntukan itu diambil," katanya lagi.

Pakatan Rakyat kuat, rakyat dapat nikmat

Posted: 09 Mar 2012 08:47 AM PST


KUALA LUMPUR, 9 Mac: Kualiti hidup rakyat semakin meningkat sejak Pakatan Rakyat kuat, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.


Selama ini, katanya pemimpin BN melayan rakyat sekadar melepas batuk di tangga yang mana banyak nikmat yang diperolehi oleh rakyat apabila BN tenat.

Di samping itu, tambahnya berbagai usaha dilakukan untuk menarik hati rakyat  supaya menyokong BN dalam keadaannya tenat.

Menurutnya, antara faedah yang rakyat perolehi, terbaru kerajaan  memansuhkan tol di Batu 9 menghala Kuala Lumpur dan tol di Batu 11 menghala ke Kajang selain memansuhkan tol Lebuhraya Pantai di Kampung Medan menghala ke Kuala Lumpur.

Di samping itu, katanya GST, saman ekor, cukai 6%  pra bayar telefon, 1Care Malaysia telah ditangguhkan.

Begitu juga, ujarnya kadar tol tidak dinaikkan, harga petrol juga tidak dinaikkan semuanya gara-gara takut rakyat menolak BN di dalam PRU13 nanti.


"Rakyat tidak pernah terbayang sejak merdeka 55 tahun, tiba-tiba kerajaan memberi wang RM500 kepada rakyat yang pendapatan isi keluarga bawah RM3,000. Kerajaan terpaksa mencari wang sebanyak RM2.5 bilion," ujarnya.

Menurutnya lagi, begitu juga RM100 kepada setiap pelajar sekolah dan RM200 untuk pelajar universiti.

"Semuanya gara-gara tidak tahan dengan asakan tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat," ujarnya lagi.

Forum pru 13

Posted: 08 Mar 2012 02:51 PM PST

Najib panik, batalkan SBPA menjelang pilihan raya

Posted: 08 Mar 2012 02:49 PM PST


KUALA LUMPUR, 8 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan panik menghadapi tekanan kakitangan awam sehingga membatalkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dicadangkan sebelum ini.

Demikian kata ADUN Pantai Jerejak, Pulau Pinang, Sim Tze Tzin melalui twitternya hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan, kerajaan membatalkan rancangan untuk menggunakan SBPA berikutan bantahan kakitangan awam.

Najib berkata, kerajaan akan menggunakan skim yang ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) dengan penambahbaikan.

Najib juga mengumumkan, satu suruhanjaya khas dibentuk bagi mengkaji perkhidmatan awam negara.

Langkah kerajaan untuk menangguhkan SBPA adalah kerana takut reaksi kakitangan awam yang mungkin memberontak dalam pilihan raya akan datang.

Namun dipercayai, ia akan kembali kepada skim ini selepas pilihan raya umum nanti jika Barisan Nasional (BN) kekalkan berkuasa.

"Ha ha ha...tiada keputusan sehinggalah pilihan raya," kata anggota Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dalam Twitternya mengulas keputusan kerajaan mengenai hal ini.

Namun begitu, dengan pengumuman Najib, jurang gaji antara kakitangan awam akan terus meningkat dengan penyelarasan gaji yang diumumkan Najib.

Ini kerana, perbezaan peratus kenaikan gaji antara kakitangan awam peringkat rendah hanya sedikit sahaja berbanding dengan kakitangan peringkat atasan.

Najib berkata, kumpulan pengurusan dan profesional akan naik 13 peratus, kumpulan Utama dan khas A, B dan C 9 peratus, Turus 3 dan 2 8 peratus manakala Turus 1 dan KSN 7 peratus.

Walaupun peratusan kakitangan bawahan lebih tinggi tetapi oleh kerana gaji mereka hanya kecil sahaja, kenaikan ini rendah sahaja.

Misalnya jika kakitangan awam RM500, dengan kenaikan gaji 13 peratus, mereka akan mendapat kenaikan gaji sebanyak RM65 sahaja.

Namun untuk KSN dan Turus 1, oleh kerana gaji mereka tinggi misalnya RM12,000 sebulan, dengan kenaikan gaji 7 peratus, mereka mendapat kenaikan gaji sebanyak RM840 dalam pelarasan ini.

Kenaikan ini dilihat lebih baik berbanding SBPA yang dikatakan kakitangan paling rendah hanya mendapat kenaikan RM1.70 sahaja berbanding RM8,000 kakitangan paling tinggi.

Bagi Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pakatan Rakyat mempunyai saham dalam perubahan ini kerana hasil desakan merekalah SBPA tidak jadi dilaksanakan.

"SBPA dibatalkan & Sistem Saraan Malaysia (SSM) ditambahbaik. Tentunya hasil desakan PR," katanya dalam Twitter.

Anak Muda Pertahan Dun Kemuning

Posted: 08 Mar 2012 02:48 PM PST

Hari Wanita: Kelantan buka rumah Sinar Harapan

Posted: 08 Mar 2012 02:45 PM PST





(Datin Tuan Sabariah memotong reben sebagai tanda perlancaran rumah Sinar Harapan.)

KOTA BHARU, 8 Mac: Simbolik kepada sambutan Hari Wanita Sedunia hari ini, Kerajaan Kelantan telah membuka dengan rasminya rumah perlindungan wanita 'Sinar Harapan'.

Rumah empat bilik yang terletak di Pengkalan Chepa itu telah dirasmikan oleh isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak pagi tadi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar, timbalannya Rohani Ibrahim, Anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof dan Ahli Dewan Negara, Mumtaz Mohd Nawi.

Ubaidah (gambar) ketika berucap pada majlis itu berkata, rumah perlindungan untuk kaum wanita telah lama dirancang oleh kerajaan negeri, bagaimanapun hanya hari ini ianya dapat dirasmikan sepenuhnya.

Beliau memberitahu, antara tujuan ianya ditubuhkan untuk membimbing dan mendidik para penghuni sementara di rumah berkenaan supaya kembali ke pangkal jalan.

"Bukan semua kaum wanita yang bermasaalah dapat tinggal di sini, hanya mereka yang benar-benar memerlukan sokongan seperti diusir dari rumah, mangsa penderaan rumahtangga, keluarga.

"Mangsa rogol, penderaan seks atau yang dirujuk oleh mahkamah, Jabatan Halehwal Agama Islam, polis, badan-badan NGO dan berbagai lagi yang bertauliah," ujarnya.

Beliau berkata, tempoh jagaan sementara paling maksimum enam bulan sebelum mereka diserahkan kepada pihak yang lebih berwajib, sama ada ke pangkuan keluarga, berdikari atau sebagainya.

Tegasnya, beberapa aktiviti telah diatur sebagai motivasi diri kepada mereka, iaitu kaunseling, motivasi dan peningkatan jatidiri, kemahiran asas, kemahiran kerjaya, rawatan perubatan apabila diperlukan.

Menurutnya lagi, penganiayaan terhadap wanita termasuk kanak-kanak semakin berleluasa.

"Penganiayaan terhadap golongan ini bukan sahaja secara fizikal, sebaliknya mental seperti mengeluarkan kata-kata yang kasar, menghina dan berbagainya.

"Ekoran itu golongan terbabit rasa tertekan dan tidak bersemangat untuk meneruskan hidup, kerana itu sokongan pihak lain perlu untuk membantu mereka," ujarnya.

Sinar Harapan yang bertemakan 'Datang Dengan Seribu Kenangan…Pulang Dengan Seribu Impian' telah menyediakan beberapa kemudahan untuk golongan terbabit.

Antaranya tempat penginapan, buku-buku untuk bacaan semasa di samping kuliah agama dan motivasi yang akan disampaikan oleh kaunseling.

Pemuda PAS simpati nasib Imam Hoslan

Posted: 08 Mar 2012 02:44 PM PST




(Imam Hoslan ketika bercakap dengan Harakahdaily sebelum ini)

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan rasa simpati ke atas Tuan Haji Hoslan Hussin yang telah dijatuhkan hukuman penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakan beliau membaling kasut ke arah panel hakim bulan lepas.

Keberanian tindakan beliau  sememangnya telah menggemparkan negara dan ia kejadian yang jarang berlaku di negara ini, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor.

Bagi DPPM, apa yang berlaku ke atas beliau adalah suatu manifestasi kemarahan rakyat bawahan yang cuba mempertahankan hak mereka untuk diadili secara adil.
Beliau berjaya mencuit perhatian ramai pihak termasuk masyarakat antarabangsa supaya mengambil berat terhadap kes beliau, kata Riduan (gambar).

DPPM, katanya, mengharapkan supaya beliau mendapat perbicaraan yang adil di mahkamah terbuka di negara ini.

Kes yang menimpa beliau menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya jangan memperkecilkan golongan rakyat bawahan, tegasnya.

"Akhirnya, DPPM mendoakan semoga Haji Hoslan tabah menghadapi ujian yang melanda beliau.

"DPPM juga berusaha membantu keluarga meringankan beban mereka beliau sepanjang tempoh hukuman dikenakan ke atas beliau," katanya.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Isu ketiadaan air di Felda Mayam, Triang, Pahang

Posted: 09 Mar 2012 12:42 AM PST

9 Mac 2012 - Saya merupakan penduduk di Felda Mayam, Triang, Pahang berasa amat terkilan dengan isu bekalan air yang berlaku di Felda Mayam sejak bertahun-tahun dahulu lagi sehingga kini tanpa perubahan.

Masalah ketiadaan air amat kerap berlaku di kawasan Felda Mayam menyebabkan banyak aktiviti seharian kami terganggu. Masalah ketiadaan air bukan berlaku sebulan sekali, atau seminggu sekali tetapi dua / sehari sekali!selang sehari masalah air pasti akan berlaku.hal ini amat menyusahkan dan menyukarkan kehidupan seharian kami.

Saya selaku penduduk Felda Mayam berasa amat bosan dan marah dengan keadaan ini kerana tanpa bekalan air, banyak aktiviti seperti memasak, membasuh dan mencuci termasuklah masalah untuk mengambil wuduk berlaku.

Pihak Jabatan Bekalan Air di sini masih belum dapat melaksanakan tanggungjawab kepada penduduk di Felda Mayam dengan sempurna. Pelbagai alasan yang tidak munasabah disampaikan kepada penduduk.

Terbaru, isu pekerja JBA yang tidak bertugas mengikut waktu menyebabkan masalah bekalan air di Felda Mayam sentiasa terputus. Hal ini adalah disebabkan pekerja tersebut tidak mengikut waktu untuk membuka dan menutup pili utama yang menyambungkan bekalan air ke kawasan Felda Mayam.

Adakah disebabkan seorang pekerja menyebabkan seluruh penduduk Felda Mayam menanggung akibat buruk kerana sifat tidak bertanggungjawab pekerja tersebut? Di mana pihak atasan yang sepatutnya memantau dan mengawasi tugasan pekeja itu?

Di harap pihak berwajib idapat mengambil tindakan yang sewajar-wajarnya kepada perkara ini. Terima kasih.

By: nurul hana ahmad danial

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/isu-ketiadaan-air-di-felda-mayam-triang-pahang

Program Mohd Sabu Jelajah N.Sembilan Mac 2012

Posted: 09 Mar 2012 12:35 AM PST


MAJLIS MINUM PETANG
Sempena Karnival Prihatin Rakyat Johol
Tarikh : 16 Mac 2012, Jumaat
Masal : 5 ptg
Tempat : Dataran al-Ikhwan, Air Mawang, Johol, N.Sembilan
Bersama : Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS

MAJLIS CERAMAH DAN DAILOG
Tarikh : 25 Mac 2012, Ahad
Masal : 9 mlm
Tempat : Batu 1 1/4, Jalan Repah, Tampin, N.Sembilan
Bersama : Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS

MAJLIS MAKAN MALAM
Tarikh : 31 Mac 2012, Sabtu
Masal : 8 mlm
Tempat : PASTI Wildan (sebelah Masjid Ampangan), Seremban
Bersama : Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS
Kupon RM20 boleh didapati di Pejabat MTD Lenggeng atau hubungi 013-3943329



Barisan Nasional

Barisan Nasional


Awekz Bukit Gantang

Posted: 09 Mar 2012 07:41 AM PST

Awekz Bukit Gantang


Syurga Itu Di Telapak Kaki Ibu!!!

Posted: 09 Mar 2012 12:23 AM PST

Wahai anak kepada makcik ini, lupakah kamu akan siapa yang mengandungkan kamu selama 9 bulan, lupakah kamu siapa yang menahan kesakitan ketika melahirkan, ketika berpantang dan LUPAKAH kamu siapa yang menjaga, mendidik dan membesarkan! IBU kamu bukan???

Tak tertahan air mata Awekz melihatkan video ini, apabila melihat makcik ini ditinggalkan anaknya disebuah hotel bajet. Dimana nilai kemanusiaan yang diajar ketika sekolah, dimana didikan yang diterima semasa kecil. Walauapapun kesalahan ibu, sebesar mana pun sakitnya hati kita oleh insan yang bergelar ibu, SESUNGGUHNYA dia masih ibu kita. SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU BUKAN???



Awekz: Teringat kata-kata seorang teman setelah melihatkan video ini, "Sesungguhnya NERAKA lah tempatmu wahai anak-anak yang derhaka!!!

Tugu Bangsa Tembok Negara

Posted: 09 Mar 2012 07:11 AM PST

Tugu Bangsa Tembok Negara


Gaji kakitangan awam:pembangkang garu kepala....dan satu lagi pusingan spekulasi pilihanraya

Posted: 08 Mar 2012 05:16 PM PST

Setiap kali ada berita besar yang mengembirakan rakyat....soalan sama akan keluar.

"Semua orang boleh membuat spekulasi kononnya pilihan raya akan berlaku sebaik sahaja kerajaan menyelesaikan status kedudukan SBPA, tidak ada salahnya."

Itu jawapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya wartawan mengenainya selepas merasmikan set tren MyKomuter di Kuala Lumpur Khamis.

Sebelum itu di Putrajaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu perhimpunan khas dengan penjawat awam mengumumkan pelarasan gaji dan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Pengumuman yang menyelesaikan isu gaji dan faedah kepada 1.4 juta kakitangan awam sudah tentunya buat pembangkang garu kepala dan akan cetuskan satu lagi pusingan spekulasi hangat tentang pilihanraya umum dalam masa terdekat.

"Ini adalah satu petanda pilihan raya sudah dekat, kemungkinan selepas pertabalan Yang diPertuan Agong pada 12 April depan atau mungkin pada bulan Mei depan," kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada wartawan di Melaka ketika diminta mengulas tentang pelarasan gaji itu.

Dalam pada itu di blog,twitter dan facebook pembangkang juga riuh dicanang tentang kemungkinan pilihanraya umum sudah dekat.

Pusingan spekulasi sebelum ini bertumpu kepada kepada pemberian RM500 menerusi BR1M.

Pembangkang nampaknya menjadi semakin kalut kebelakangan ini melihat satu per satu pengumuman 'feel good' dibuat oleh kerajaan yang melegakan rakyat.

Kalau sebelum ini kita lihat segala macam usaha dibuat untuk mencerca pemberian BR1M termasuk umpan pancing undi ,kini pembangkang sedang jenuh susun ayat untuk menimbulkan keraguan rakyat pada berita gembira terbaru ini.

Dewan Pemuda PAS Malaysia awal-awal lagi cuba menidakkan hasrat baik kerajaan dengan mendakwa keputusan Perdana Menteri membatalkan SBPA kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) adalah suatu kejayaan rakyat khususnya kakitangan awam dalam memperjuangkan hak mereka.

Dalam usaha memberi untuk memberi gambaran seburuk mungkin ia turut mendakwa Najib akhirnya terpaksa mengalah kepada tekanan rakyat yang tidak berpuashati kerana tidak meletakkan kepentingan rakyat bawahan dalam perkara yang membabitkan mereka.

Sedangkan menurut Muhyiddin sendiri langkah kerajaan mengembalikan SSM yang ditambah baik membuktikan kerajaan Barisan Nasional sangat responsif terhadap kehendak masyarakat.

Beliau menjelaskan langkah itu diambil setelah satu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menilai semula SBPA berpendapat ia tidak berapa sesuai dengan gagasan 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

"(Justeru) Perdana Menteri telah mengambil satu langkah (untuk) menilai balik (SBPA)," katanya.

Anihnya pembangkang bercakap tanpa melihat kiri kanan.Mereka lupa sebahagian besar dari janji manifesto mereka semasa pilihanraya umum Mac 2008 tidak dipenuhi hingga ke hari ini.

Di Selangor misalnya,Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Zin Mohamed mendakwa tidak sampai 10 peratus dari perkara-perkara yang dijanji dalam manifesto pembangkang ditunai.

Rakyat Selangor,Pulau Pinang dan Kedah yang jatuh ke tangan pembangkang semasa pilihanraya umum lalu sendiri sedar kepincangan ini.

Bab Kelantan jangan cakap,kerajaan negeri itu terus mendendangkan slogan agama untuk mengkaburi pelbagai kelemahannya termasuk isu air yang tidak selesai setelah lebih 20 tahun perintah negeri itu.

Pada ketika semua parti politik sudah mula nak masuk gear empat sebagai persiapan menghadapi PRU13,difahamkan pembangkang sedang giat mengatur strategi untuk mencetuskan pelbagai gambaran buruk pada aja jua usaha baik kerajaan.

"Nanti dekat-dekat pilihanraya anda kelak boleh merasakan seolah tidak ada satu benda pun yang berguna dalam negara ini...sedangkan kita semua hidup aman damai selama ini," kata seorang bekas aktivis pembangkang yang berharap rakyat tidak kelabu mata dengan gelagat biasa mereka itu.

Katanya pembangkang tahu mereka ada banyak kelemahan yang perlu disorok menjelang pilihanraya umum yang cukup mencabar kali ini.

"Strategi yang kami pakai sejak dulu... hentam apa saja yang baik-baik agar rakyat keliru,"katanya.

Beliau mengakui dalam senario politik semasa di negara ini pembangkang mempunyai kelebihan 'untuk menuduh' kerana mereka bukan kerajaan pusat yang memerintah.

Ini katanya kerana lumrah manusia yang suka dengar cerita-cerita sensasi dan tuduh menuduh panas.

"Memang mudah kalau pakai hentam dan tembak apa saja..begitu juga bab berjanji bulan dan bintang macam dalam Buku Jingga dalam 100 hari semua boleh buat...kami pun tahu semua itu temberang saja....soalnya peduli apa,"katanya.

Golongan ‘middle income’ juga jangan dilupakan

Posted: 08 Mar 2012 11:36 AM PST

Alhamdulillah janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu acara di Sabak Bernam, Selangor, baru-baru ini untuk memberi pembelaan kepada segenap lapisan masyarakat termasuk kelompok berpendapatan sederhana atau middle income group yang diakui beliau kadang-kala terlepas pandang, cukup menggembirakan.

Walaupun program membela rakyat ini memang sudah dijalankan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama, kelompok yang selalunya diberi tumpuan ialah golongan miskin atau bawah dan golongan perniagaan atau korporat yang biasanya kumpulan berpendapatan tinggi, selain kakitangan kerajaan.

Seperti yang diakui sendiri oleh Perdana Menteri, kelompok pertengahan iaitu yang berpendapatan sederhana ini kadang-kala terlepas pandang. Mungkin tidak terlebih rasanya mengatakan kelompok ini yang tidak layak menerima bantuan kebajikan atau segala macam kemudahan untuk golongan berpendapatan rendah tetapi tidak pula terlalu kaya sehingga mampu menikmati segala insentif pelepasan cukai yang dinikmati masyarakat perniagaan, tersepit dan terhimpit di tengah-tengah.

Mereka ini yang rata-ratanya kakitangan swasta bergaji RM3,000 ke atas tetapi tidak mencecah RM10,000 menjadi kumpulan yang dilupakan. Mereka ini tidak layak menerima BR1M RM500, tidak layak membeli rumah kos rendah atau sederhana rendah tetapi tidak mampu membeli rumah kos sederhana yang harganya kini tidak kurang RM200,000.

Malangnya, mereka ini ialah kelompok pembayar cukai. Rata-ratanya menjadi penyumbang setia pendapatan cukai kerajaan melalui potongan cukai berjadual (PCB) setiap bulan. Setelah ditolak PCB, potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Socso dan Perkeso, hutang kereta serta rumah, baki gaji mereka yang tinggal tidak sebanyak mana.

Kenaikan harga barang sejak beberapa tahun kebelakangan ini turut menyumbang kepada kesempitan hidup mereka. Memandangkan kelompok ini kebanyakannya sudah berkeluarga, perbelanjaan dapur, duit sekolah dan susu anak, yuran tuisyen, tambang bas juga perlu diambil kira. Itu belum ditambah duit minyak dan tol ke tempat kerja.

Nilai wang untuk mereka berbelanja semakin menyusut. Jika dulu dengan RM100, mereka boleh membeli-belah barangan dapur sehingga penuh satu troli, kini mungkin hanya dapat menjinjing beg plastik sebelah tangan sahaja.

Justeru janji Perdana Menteri untuk membela nasib mereka memang cukup lunak di telinga kelompok ini mendengarnya. Walaupun belum cukup melegakan, sedikit-sebanyak ia memberi harapan kepada golongan berpendapatan sederhana ini untuk mengimpikan insentif-insentif yang bakal menyusul mereka tidak lama lagi.

Sebenarnya banyak cara kerajaan boleh membantu golongan ini. Selain mengawal harga barang keperluan agar tidak dinaikkan oleh peniaga sesuka hati sehingga membebankan mereka, kerajaan boleh menimbang meningkatkan kadar pelepasan cukai pendapatan individu untuk golongan ini.

Bagi menghargai pembayar cukai yang setia, kerajaan boleh memberikan baucer minyak dan barangan, yang pastinya akan dapat digunakan mereka sekali gus membantu merancakkan ekonomi negara. Sebenarnya banyak cara yang boleh difikirkan kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan sederhana ini.

Mungkin pihak yang bertanggungjawab menyampaikan keluhan kelompok ini kepada Perdana Menteri mampu memikirkan sekali apa caranya untuk menunaikan janji tersebut. Apa-apapun terima kasih diucapkan kepada pihak yang bertanggungjawab yang membawa perkara ini ke pengetahuan Perdana Menteri. Ini adalah kerana mereka benar-benar bekerja, benar-benar mendengar keluhan rakyat marhaen yang terlepas pandang ini dan menyampaikan apa yang benar ke telinga Perdana Menteri.

Sudah sekian lama kelompok ini mengeluh dan menaruh harapan, akhirnya keluhan itu didengari juga! Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang disebut-sebut sebagai ibu pilihan raya dan adanya pihak yang berani bercakap benar amat dihargai!

Kita semua percaya Perdana Menteri sendiri tidak mahu mendengar khabar yang muluk-muluk. Hakikat sebenar walaupun pahit perlu disampaikan agar yang kelabu tidak dikatakan putih sehingga membawa kealpaan seperti yang berlaku pada pilihan raya umum lalu. Wallahuallam.

Undi Melayu berpecah... siapa yang untung?

Posted: 08 Mar 2012 09:16 AM PST

Dalam realiti kehidupan seharian, sememangnya tidak nampak tanda-tanda perpecahan di kalangan orang Melayu. Orang Melayu hidup sekampung, di satu taman perumahan, di rumah pangsa yang berselerakan, anak-anak bersekolah dan bermain bersama, sesama ibu bapa mereka bekerja di bawah satu bumbung, bersembahyang di masjid yang sama, berbual mesra di kedai kopi, malah saling bantu-membantu ketika ada kematian atau kenduri kendara dan majlis keraian, apatah lagi pada hari kebesaran.

Jika peniaga, orang Melayu akan membeli di kedai sebangsa dengan mereka dengan hasrat untuk membantu semoga perniagaan bertambah maju. Bila anak-anak bangsa mencapai kejayaan pelajaran yang cemerlang, bukan ibu bapa mereka saja gembira, malah bangsa mereka turut berasa megah.

Begitulah mesranya persefahaman di kalangan orang Melayu. Namun, kemesraan di kalangan orang Melayu ini menyebabkan sukar untuk membuktikan wujudnya perselisihan sesama mereka. Ia berbeza sewaktu perselisihan orang Melayu berikutan Amanat Haji Hadi Awang pada 1981 yang mencetuskan fenomena sembahyang dua imam, tidak sah makan sembelihan orang UMNO dan sebagainya.

Hari ini, sudah tidak kedengaran fenomena orang Melayu tidak bertegur sesama sendiri akibat selisih faham politik melainkan sekali-sekala sewaktu berlaku perhimpunan politik atau pilihan raya. Bagaimana pun, beberapa peristiwa yang berlaku setakat ini belum sampai ke tahap yang mencemaskan.

Sebenarnya, perpecahan orang Melayu yang nyata ialah daripada konteks undi dalam pilihan raya. Kesan perpecahan undi ini boleh menyebabkan mereka tersembam di bumi sendiri. Inilah kesan buruk yang sangat ditakuti oleh orang Melayu kerana sekali terlepas kuasa, amat sukar untuk mendapatkannya semula.

Orang Melayu boleh membakar kelambu kerana marahkan seekor nyamuk tetapi, jangan lupa mereka juga sebenarnya membakar sebuah mahligai bangsa yang selama ini memberi keselesaan hidup kepada orang Melayu.

Apabila undi Melayu pecah, siapakah yang akan untung? Tepuk dada, tanya selera, semua orang tahu jawapannya. Jangan nanti orang Melayu alpa kerana ketika mereka berpecah, orang lain membina kekuatan dan strategi. Orang Melayu tidak berfikiran strategik berbanding kaum lain yang menguasai kekayaan negara ini.

Sebenarnya, mereka yang berkepentingan mengharapkan perpecahan undi orang Melayu kerana itu adalah cara paling mudah untuk mereka mendapat kuasa. Disebabkan undi adalah penentu kepada kuasa dalam negara demokrasi, mereka mengharapkan orang Melayu terus bertelagah sehinggalah akhirnya mereka berjaya memegang tampuk kuasa.

Punca utama perpecahan undi di kalangan orang Melayu ialah perbezaan ideologi politik. Semua tahu, perpecahan undi Melayu mempunyai kaitan rapat antara orang UMNO dan PAS. Antara UMNO, parti tunjang Barisan Nasional (BN) dan PAS, amat sukar untuk duduk semeja dan mencari titik pertemuan.

Kedua-dua parti itu dengan pengikut masing-masing tidak bersetuju antara satu dengan lain dalam apa isu juga hanya disebabkan perbezaan pegangan hidup. Mereka bukan tidak sedar bahawa perpecahan undi boleh menyebabkan orang Melayu hilang kuasa. Walaupun ia menghantui pemikiran ramai orang Melayu, tidak ada usaha ke arah penyatuan dilakukan secara serius.

Ketika ada risik-risik bahawa ada pimpinan PAS cuba mengadakan hubungan awal dengan UMNO untuk merintis jalan mengadakan semula pemuafakatan, kumpulan ini awal-awal lagi 'dipancung' supaya tidak meneruskan pertemuan. Keadaan ini berlaku kerana kumpulan ini tidak mahukan orang Melayu bersatu.Tujuan pemimpin mereka berbuat demikian ialah untuk membiarkan perpecahan orang Melayu ini berterusan. Cara ini lebih mudah untuk mereka membuat tuntutan politik dan sebagainya.

bumiyang

Posted: 09 Mar 2012 03:38 AM PST

bumiyang


Tak Mahu Bubarkan DUN Kelantan - Bukti Nik Aziz Lebih Percayakan BN???

Posted: 09 Mar 2012 12:30 AM PST

Sah Parlimen Bubar???

Posted: 08 Mar 2012 06:11 PM PST

Politik Harian

Posted: 09 Mar 2012 03:26 AM PST

Politik Harian


Azizan Serah Nama Phahrolrazi Dan Dr Ismail Pada Sultan, Dipercayai Hilang Taraf Exco Kanan

Posted: 08 Mar 2012 06:36 PM PST


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Khamis mempersembahkan nama dua exco yang terbabit dalam kemelut pentadbiran kerajaan negeri kepada Sultan Kedah, untuk dipertimbangkan dilantik semula ke jawatan itu.

Azizan dilihat memasuki Istana Anak Bukit di sini pada pukul 4.50 petang sebelum keluar semula hampir sejam kemudian.

Ketika ditemui pemberita di luar pekarangan istana dan ditanya sama ada nama terbabit sudah mendapat perkenan tuanku, beliau berkata: "Sultan akan perkenan kemudian... ambil masa sikit."

Mengenai tarikh angkat sumpah kedua-dua Exco berkenaan, beliau berkata pihaknya akan menunggu perkenan Sultan sebelum menetapkan majlis kerana perkara itu bergantung kepada kelapangan baginda.

Dalam perkembangan berkaitan, Azizan dijangka membuat rombakan kecil portfolio yang turut membabitkan lapan Exco yang mengangkat sumpah pada 28 Februari lalu untuk disesuaikan dengan kemasukan semula Phahrolrazi dan Dr Ismail.

Sumber berkata, Azizan dijangka tidak akan menawarkan Exco kanan kepada Phahrolrazi berikutan hubungan dingin mereka.

Katanya, jika kedua-dua bekas Exco itu ditawarkan portfolio kanan, ia akan menyukarkan Azizan yang sebelum ini menerima banyak tekanan daripada mereka yang turut cuba menjatuhkan Menteri Besar.

"Mereka dijangka ditawarkan baki portfolio yang kosong iaitu pertanian dan industri asas tani, pembasmian kemiskinan, pembangunan luar bandar, bioteknologi, sains dan inovasi serta pembangunan usahawan.

"Mungkin akan ada sedikit rombakan, namun tidak akan membabitkan portfolio kanan yang sudah diisi EXCO lain," kata sumber yang dipetik akhbar Berita Harian.

Phahrolrazi sebelum ini memegang portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan, Sumber Air dan Tenaga, manakala Dr Ismail pula diberikan portfolio Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan, Modal Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Portfolio dipegang Phahrolrazi selaku EXCO kanan sebelum ini diserahkan kepada Datuk Amiruddin Hamzah yang sudah mengangkat sumpah sebagai Exco baru.

Bagaimanapun, sumber berkata, ia bukan hukuman Azizan kepada dua bekas Exco terbabit, namun lebih kepada proses melicinkan pentadbiran negeri sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Phahrolrazi dan Dr Ismail ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu.

Mesyuarat PAS Pusat yang turut membabitkan Azizan dan Phahrolrazi minggu lalu memutuskan Menteri Besar dikekalkan dengan dua Exco berkenaan menerima semula jawatan mereka.

Bagaimanapun, pelbagai pihak menganggap isu berkenaan belum selesai sepenuhnya berikutan penubuhan Jawatankuasa Pemandu bagi memantau pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin oleh Azizan.

Sementara itu, penubuhan Jawatankuasa Pemandu untuk memantau pentadbiran kerajaan Kedah oleh PAS Pusat bertentangan dengan undang-undang tubuh kerajaan negeri malah tidak menghormati Sultan, kata pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew.

Katanya undang-undang tubuh kerajaan negeri meletakkan Menteri Besar serta barisan exconya pada kedudukan paling tinggi dalam pentadbiran negeri bagi membuat keputusan dan tidak perlu dirujuk kepada satu jawatankuasa lain.

"Penubuhan sebuah jawatankuasa yang mempunyai kuasa mengatasi kuasa Menteri Besar dan exco boleh dianggap tidak menghormati Sultan yang memberi perkenan pelantikan mereka.

"Jadi semua perkara perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Pemandu sebelum boleh diluluskan oleh mesyuarat exco," kata Chong, yang juga bekas anggota exco kerajaan negeri ketika Datuk Seri Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, mengumumkan baru-baru ini Pas Pusat akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk memantau pentadbiran kerajaan Kedah sebagai penyelesaian kemuncak kemelut Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan dua bekas exconya, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh.-Agendadaily

tunku

Posted: 09 Mar 2012 03:02 AM PST

tunku


Pay rise for civil servants

Posted: 08 Mar 2012 10:51 PM PST

PUTRAJAYA: Civil servants are to receive salary increases of between 7% and 13% under an improved Malaysian Remuneration System.
This follows the scrapping of the controversial Public Service New Remuneration Scheme (SBPA), which had come under criticism from government eCheck Spellingmployees.
Datuk Seri Najib Tun Razak announced the improved Malaysian Remuneration System (SSM) to applause from more than 10,000 civil servants at the Putrajaya International Convention Centre.
"I hope that this would be the best solution for the benefit of the civil service," he said.
The Prime Minister said employees in the management and professional group from grades 1 to 54 would get an adjustment of 13%. They form the bulk of the 1.4 million civil servants.
"The SSM salary structure will be adapted from the Matrix Salary Schedule to the Minimum-Maximum Salary Schedule for Grades 1 to 54.
"The rate of the annual increment for this group is fixed between RM80 and RM320 according to grade."
Najib said that employees on the Superscale (JUSA Jawatan Utama Sektor Awam) and Special Grades A, B and C would have their salaries adjusted by 9%.
Salaries of Staff Grade II and III officers would be adjusted by 8%.
Salaries of Staff Grade I officers and the Chief Secretary to the Government would be adjusted by 7%.
Lower-ranking civil servants had objected to SBPA after it was found to benefit mostly the top officials.
Under SBPA, the Chief Secretary to the Government would receive RM60,000 and Staff Grade officers about RM36,000 a month.
In contrast, some in the lower grades would get an increase of as little as RM1.70.
SBPA was to have been implemented on Jan 1, but Najib on Jan 12 ordered it postponed and three days later announced the setting up of a task force to review the scheme.
The task force, headed by former Public Service Department director-general Tan Sri Ismail Adam, was given three months to get feedback and to come up with recommendations to the government.
It received 1,087 complaints besides several memorandums while 23 unions and associations submitted proposals. They include Cuepacs, the National Union of the Teaching Profession, Malaysian Medical Association and the Malaysian Academic Association.
The Prime Minister also announced that the Cost of Living Allowance (Cola) would be increased from RM200 to RM250 for the B (semi-urban) area, and from RM100 to RM150 for the C (rural) area.
The Cola for the A or urban area is now RM300.
Najib said the Critical Service Incentive Payment, Regional Incentive Payment, Interior Incentive Payment and the Educational Subject Incentive Payment would be maintained.
Najib said that a commission comprising relevant interest groups would be set up to make a comprehensive study concerned not only with remuneration but also the type of civil service required in the future.
"Remember that whatever we do today will have a long-term impact. The Government does not want Malaysia to face a financial catastrophe like Greece," Najib said.

tunku : again we have to thank the government especially for the civil servants. we hope that you guys will work hard and make sure the productivity level is at the highest level. we don't want to be like the western countries where the pay keep rising but not the productivity and because of that most of the western countries are now in financial problem.we want first class service from the government sector.

Aspirasi Bangsa

Posted: 09 Mar 2012 01:28 AM PST

Aspirasi Bangsa


Kasihan Us Azizan masuk hospital

Posted: 08 Mar 2012 08:07 PM PST

Kedah Darul Kalut

Posted: 08 Mar 2012 06:24 PM PST

Sahabat-Gunung

Posted: 09 Mar 2012 01:26 AM PST

Sahabat-Gunung


Pembangkang jangan hina penerima BR1M

Posted: 09 Mar 2012 12:30 AM PST


Sumber: Teganukita
Tohmahan pembangkang bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat sebagai rasuah jelas menghina golongan berpendapatan rendah dan orang miskin.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said berkata, ia membuktikan pembangkang sudah ketandusan modal cuba meraih simpati masyarakat untuk menyokong mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Ini satu penghinaan pembangkang terhadap orang miskin dan golongan berpendapatan rendah. Kita tidak boleh menghina orang ramai kerana menerima BR1M.

"BR1M adalah bantuan kebajikan yang disalurkan Kerajaan Pusat untuk meringankan beban mereka berpendapatan rendah dan ia bukan rasuah seperti didakwa pembangkang.

"Sebagai umat Islam, sepatutnya kita bersyukur atas usaha kerajaan memberi bantuan bukan sahaja BR1M tetapi juga bantuan RM100 kepada pelajar dan baucar buku RM200," katanya selepas menyampaikan bantuan BR1M di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal di Kemaman, hari ini.

Seramai 1,275 orang menerima BR1M membabitkan peruntukan sebanyak RM637,500.

Mengulas lanjut, Dato' Seri Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal berkata, rakyat seharusnya tidak terpengaruh dengan tohmahan pembangkang itu.

Sebaliknya, menurut beliau, rakyat perlu menilai dengan bijak bantuan oleh kerajaan adalah untuk membantu semua masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan pegangan politik masing-masing.

"Bantuan ini sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap nasib golongan miskin dan berpendapatan rendah di negara ini," katanya.

Katanya, pembangkang langsung tidak berusaha membantu meringankan beban hidup rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

"Kita lihat pembangkang menghulurkan bantuan seperti beras satu kampit dan makanan lain tetapi tidak menyeluruh kepada golongan berpendapatan rendah," katanya.

Sehubungan itu, katanya, bantuan tersebut membuktikan keupayaan ekonomi negara serta pemimpinnya yang cekap mampu memberi kesejahteraan hidup kepada golongan berpendapatan rendah.

Pemuda UMNO Ampang Turun Membela & Membantu Rakyat Yang Ditimpa Bencana

Posted: 08 Mar 2012 10:45 PM PST

Tq Safarizul & semua geng Pemuda UMNO Ampang..... BN Membela Rakyat, segala usaha yang diberikan ini  pasti akan meringankan beban dan sengsara penduduk di dua kawasan tersebut.


Takziah aku ucapkan buat penduduk Ampangkhususnya di Kg Lembah Jaya Utara dan Bukit Sungai Puteh yang ditimpa bencanaalam, banjir yang amat teruk sehingga keseluruhan kediaman penduduk di kawasantersebut mengalami kerosakan dan kehilangan harta benda..

Semoga semuanya dapat bersabar menghadapiujian ini.

Dalam masa yang sama, takniah dan terimakasih buat semua sukarelawan awam khususnya dari jenterra UMNO bahagian Ampang& Pergerakan Pemuda UMNO Ampang yang segera menghulurkan bantuan ke atasmangsa banjir ini.

Menurut blog KakiKukuAmpang, banjir kilat ini berlaku disebabkan oleh limpahanair sunga dari empangan Bukit Belacan sehingga menyebabkan keseluruhan kawasan KgLembah Jaya Utara dan Bukit Sungai Puteh mengalami kerosakan dan kehilanganharta benda..

Apa yang boleh dikatakan, hamper kesemuapenduduk di kawasan ini tinggal sehelai sepinggang.

Apa yang pihak Pakatan buat…lantaklah …. Yangpastunya Mak lampir sekarang sedang merayap di seluruh Negara untuk menghentamdan memburukkan kerajaan BN.

Kini, kita harus membantu saudara-mara kitadi Ampang nie….

Difahamkan, Ketua Pemuda UMNO bahagianAmpang, Safarizul Mustaffa menyatakan pihak kerajaan BN kali terakhir membuatpenyelenggaraan sungai di kawasan ini adalah pada tahun 2007. Aktiviti penyelenggaraanmeliputi aktiviti kegiatan mendalamkan sungai, melebarkan sungai sertamemperkukuhkan tebing sungai….

PAS tak yah turun bantu penduduk pun takpe, dia naikkan ajer bendera sebagai
lambang bantuan kepada penduduk di kawasan terlibat

MALANGNYA SEJAK PEMERINTAHAN SELANGOR DIAMBILALIH OLEH PIHAK PAKATAN RAKYAT, KAWASAN INI YANG RATA RATANYA DI KATEGORIKANSEBAGAI KUBU KUAT PAS LANGSUNG TIDAK DIAMBIL PERHATIAN OLEH MEREKA MAHU PUNMPAJ…….

Sila ke KukuKakiAmpang untuk melihat lebih banyak foto akibat kejadian ini....serta perkembangan terbaru di sana akan diupdatekan dari masa ke semasa.

Tq KukuKakiAmpang, Sahabat-Gunung ambil pic korang jer....

Skim Saraan Baru Perkhimatan Awam (SBPA)- Di Sebalik Pembatalannya ....

Posted: 08 Mar 2012 07:55 PM PST



Sebelum puak pembangkang spin macam-macam pasal pembatalanSBPA ni baik saya tulis dahulu. 

Sebenarnya pembatalan SBPA telah menggagalkan usaha kerajaanuntuk menambahbaik mutu perkhidmatan awam Malaysia. Tidak dapat dinafikanbahawa perkhidmatan awam di Malaysia adalah antara yang terbaik di duniaterutama jika di bandingan dengan perlhidmatan awam negara-negara sedangmembangun. Walau pun begitu, bukan bermakna bahawa perkhidmatan ini tak bolehdi pertingkatkan lagi mutunya terutama sebagai perlaksana dasar kerajaan baginegara menuju status negara maju menjelang tahun 2020.

Antara yang perlu diubah ialah kaedah "hire and fire" yangberlandaskan kepada prestasi tahunan. Mana-mana kakitanga kerajaan yang gagalmencapai tahap prestasi minima akan dengan mudah di ambil tindakan sehinggaboleh di berhentikan kerja jika masih gagal meningkatkan prestatsi selepas diberikan nasihat dan peluang ke-2. Jika ini dapat dilaksanakanakan maka akankuranglah "dead woods" yang terapong-apaong dalam perlkhidmatan awam selamaini. SBPA ini diharap dapat membuatkan kakitangan lain lebih bermotivasi untukmemperbaiaki prestatsi diri setiap tahun. 

Selain itu sistem penilaian prestasi SBPA juga telah di buatsebegitu rupa sehingga membolehkan kakitangan bawahan untuk menilai prestatsipegawai atasan mereka. Sebelum ini kebanyakan laporan prestasi hanyalahbersifat "top down". Dari pengalaman saya bercampur dengan rakan-rakan yangberkhidmat dalam JUSA C ke atas sejak awal tahun ini, saya dapati mereka-merekaini sekarang lebih "friendly" dengan kakitangan bawahan. Mana taknya keranamarkah dari kakitangan bawahan ini juga akan di ambilkira dalam penilaianprestasi tahunan pegawai-pegawai tersebut. Itulah yang dapat saya lihatperubahan positif yang ketara jika SBPA ini berjaya dilaksanakan.

Tapi sayang seribu kali sayang, cara Jabatan PerkhidmatanAwam (JPA) melaksanakan sistem SBPA ini didapati kurang professional. Dalammelakukan proses pembaharuan, pihak JPA sepatutnya memberikan penerangan yangsecukupnya kepada semua kakitangan yang terlibat. Persetujuan majoriti perludiambilkira. Paling malang saya lihat, CEUPACS sebagai badan induk kesatuansekerja bagi kakitangan awam telah di ketepikan dalam proses perancangan atausekurang-kurang tidak dimaklumkan dengan sepenuhnya. Maka berlakulah kelamkabut apabila PM mengumumkan tentang perlaksanaan SBPA ini tempoh hari. 

Apabila ditelitisecara mendalam skil gaji baru dalam SBPA, maka di dapati pula bahawakakitangan JUSA C keatas telah diberikan keistimewaan kenaikan gaji yang amatlumayan. Bayangkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) akan dibayar gaji bersihlebihkurang RM50,000.00 sebulan. Ini tidak termasuk lain-lain elaun. Sedangkankakitangan kerajaan berpangkat paling bawah hanya di katakan mendapat keniakansetakat RM80.00 sahaja sebulan. Apabila berita ini tersebar, maka marahlahmajoriti kakitanagan kerajaan dan CEUPACS sendiri telah dihujani denganberbagai maklumbalas negatif dari ahli-ahlinya. Oleh itu tak hairanlah YAB DSNajib terpaksa membatalkan perlaksanaan SBPA ini.

What a big blunder, JPA. Tenaga, wang ringgit dan masaterbuang begitu sahaja tanpa hasil yang diharap-harapkan. DS Najib sebagaiketua kerajaan dan Pengerusi BN pula terpaksa mengambil langkah berani untukmengelakkan keadaan dari menjadi bertambah buruk. Saya percaya, apa yangberlaku mungkin akan dapat di elakkan jika kita mempunyai JPA yang lebihprofessional dalam melaksanakan amanah ini.

Atas dasar mahu memperbaiki mutu prestasi perkhidmatan awam,maka tindakan disiplin perlu di ambil jika terdapat mana-mana pegawai yangdidapati kurang cekap dalam mengendalikan perlaksanaan SBPA sehingga ianyaterpaksa pula dibatalkan akhirnya. 

Yaziz Yunus
UnclearEngineer
(ex-civil servant)

Tak Mungkin PAS Penuhi Permintaan PKR Terengganu- Ahmad Said

Posted: 08 Mar 2012 07:19 PM PST


"Belum tentu dapat, apa yang dikatakan tu," kata Pengerusi BarisanNasional (BN) Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said ketika diminta mengulasmengenai hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding di 14 kawasan dinegeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU-13) nanti.

"Itu yang dia umum, belum tentu lagi Pas setuju, saya dengar Pashanya akan beri empat kawasan saja kepada PKR untuk letakkan calon mereka,"katanya kepada pemberita di Wisma Darul Iman.

Baru-baru ini, PKR Terengganu mengumumkan hasrat untuk bertanding di11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga kerusi Parlimen dalam PRU13nanti.

Pengerusinya, Encik Azan Ismail berkata, hasrat tersebut telahdisepakati di peringkat negeri telah pun disuarakan ke peringkat pimpinanPakatan Rakyat (PR) yang dijangka 'memurnikan' keputusan muktamad sebelum 15Mac ini.

Menurut Dato' Seri haji Ahmad,beliau tidak pelik bila dengarhasrat parti PKR itu dan lebih tidak pelik jika Pas juga berkeras tidak memberilaluan kepada PKR untuk bertanding lebih banyak kerusi di negeri ini.

Mengenai tarikh PRU13, beliau juga tidak tahu bila, kerana PerdanaMenteri dan Timbalannya tidak pernah membayangkan apa-apa ketika berkunjung kenegeri ini.

"Yang jelas, semakin hari kita semakin dekat dengan tarikhpilihanraya, itu saja dan tempoh tamat Parlimen ialah pada Mac 2013," katanya.

Beliau kemudiannya mengakui BN sudah bersedia untuk menghadapiPRU13 dan sesetengah kawasan sudah ada yang buka bilik gerakan masing-masing.

Tak Sempat Pas Ganti UMNO .... DAP Dah 'Kapankan Perjuangan' PAS Dulu

Posted: 08 Mar 2012 07:18 AM PST



Wahhh!!! Semangat betul PAS nak ganti UMNO.

Takpelah, asalkan perjuangan Pas tidak hamPAS dan tidak lari dari perjuangan asal mereka.

Masalahnya, tak sempat PAS nak ganti UMNO, DAP dah kapankan perjuangan PAS sekarang nie...

Sekarang nie PAS dah jadi 'anjing suruhan' atau kuda tunggangan DAP.

Mana perginya perjuangan 'Negara Islam' yang pernah mereka war-warkan dulu?

Kenapa sekarang dah 'negara Berkebajikan' ?

Adakah mereka baru sedar tentang konsep 'kebajikan' nie sedangkan BN telah lama menjaga kebajikan rakyat termasuk kuda-kuda dan anjing-anjing suruhan DAP nie...

Pemuda Selangor Buat Laporan SPRM Berhubung Penyelewengan Kerajaan Negeri

Posted: 08 Mar 2012 02:45 AM PST

Pemuda UMNO Selangor hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan Pengarang portal Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin bahawa kerajaan negeri member projek secara rundingan terus dan bukan tender sejak pembangkang memerintah negeri ini pada 2008.

 Laporan dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Md Salleh Ungku Abdul Jamal di Ibu Pejabat SPRM di sini pukul 2.45 petang.

 "Hari ini kami Pemuda UMNO Selangor datang ke SPRM untuk membuat laporan berkenaan dengan kenyataan dalam blog Raja Petra episod 18 yang menyatakan di sini banyak bukti kerajaan negeri Selangor tidak membuka tender dan melantik kontraktor secara rundingan terus dari 2008 sampai sekarang.

 "Ini adalah bertentangan dengan apa yang mereka janjikan untuk menghapuskan pemberian tender secara rundingan terus dan kami berharap SPRM dapat menyiasat perkara ini," katanya

Taipingmali (tm)

Posted: 09 Mar 2012 01:25 AM PST

Taipingmali (tm)


Artikel menarik mengenai Adun Dap Melaka

Posted: 08 Mar 2012 08:53 PM PST


YB Ayer Keroh Cuba Jadi Juara?

Semasa sesi jawapan lisan pagi Khamis 8 Mac 2012, wakil Ayer Keroh timbulkan sekali lagi isu:

(1) kadar kemiskinan kononnya bertambah, bukan berkurangan, berdasarkan penerima bantuan kebajikan yang meningkat,

(2) gaji pokok pemandu bas Panorama bawah paras kemiskinan, dan

(3) jurang melebar.

Jawapan:

(1) memang benar bilangan penerima bantuan JKM meningkat; misalnya dari 6,579 pada 2007 kepada 23,163 pada 2010; naik 252%. Dua sebab utama:

a) hasil kerajaan meningkat 30%; dari RM289.2 juta kepada RM375.0 juta dalam tempoh yang sama; maka lebih ramai lagi yang susah boleh dibantu.

b) jenis bantuan baru diperkenalkan pada tahun 2008 kerana nak menjaga kebajikan rakyat sebab rakyat di dahulukan. Bantuan baru itu ialah Elaun Latihan Sambil Belajar, Bantuan Anak Pelihara, Penjaga Pesakit Kronik dan Bantuan OKU Tak Bekerja. Bantuan sedia ada seperti Bantuan Am, Bantuan Kanak Kanak dan Bantuan Orang Tua.

Yang teramai menerima bantuan ialah orang tua iaitu seramai 7,586. Warga emas ini tentulah patut dibantu.

Kerana usaha usaha inilah dan juga kejayaan memacu ekonomi hingga mampu mengurangkan kadar pengangguran [ST3 2011 = 0.7% - terendah di Malaysia dan dikalangan 44 buah negara maju (OECD)!] dan melonjakkan pendapatan isi rumah (1999 = RM2,260 sebulan; 2009 = RM4,184 sebulan) maka kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan hampir sifar; dari 5.7% pada tahun 1999 kepada 0.5% pada 2009; sekali lagi terendah di Malaysia dan dikalangan 44 buah negara maju (OECD)!.

(2) gaji pokok pamandu bas Panorama sebanyak RM500 sebulan yang dijeritkan di bawah paras kemiskinan. Saya ingin bertanya YB Ayer Keroh mengapa isu ini tak dibangkitkan semasa mereka bekerja dengan syarikat swasta dulu sebab gaji pokok mereka (dan ada yang tak ada gaji pokok) jauh lebih rendah dari apa yang dibayar oleh syarikat kerajaan, PMCT? Mengapa?

YB hendaklah faham, jika kononnya hendak dilihat sebagai juara memperjuangkan kebajikan pemandu bas Panorama, bahawa garis kemiskinan adalah berdasarkan jumlah pendapatan, termasuk gaji pokok, lain lain elaun dan sebagainya. Terbukti kerajaan negeri telah memberi mereka pendapatan melebihi garis kemiskinan sebanyak RM793 sebulan sebab gaji dan elaun mereka, seperti yang telah dimaklumkan oleh EXCO berkenaan pada hari Isnin lalu adalah lebih RM800 sebulan.

Untuk makluman YB Ayer Keroh, berdasarkan maklumat dari internet, gaji pokok pemandu bas di Penang, Kedah, Kelantan dan Selangor hanyalah RM300 sebulan. Kenapa tak jeritkan ke telinga KM/MB di sana supaya naikkan gaji pokok mereka?

Lagi satu, sudahkah YB Ayer Kroh mengetahui berapakah gaji minima nasional dan gaji minima sektor pengakutan bas awam di negara ini? Jika dah tahu, mengapa tak dinyatakan dalam dewan yang mulia itu?

Saya jangka Kerajaan Negeri Melaka akan melaksanakan skim gaji minima apabila ianya telah dipersetujui dan diluluskan nanti.

(3) Jurang melebar. YB Ayer Keroh sepatutnya membuat kajian dan lebih bertanggungjawab di dewan yang mulia ini. Bukan berbohong dan beretorik. Untuk makluman YB, jurang pendapatan di Melaka telah bertambah rapat sejak DAR menjadi KM. Misalnya pada tahun 1999, jurang nisbah luar bandar: bandar = RM1:RM1.47, 2009 = RM1:RM1.37; Bumi:Cina – 1999 = RM1:RM1.57, 2009 = RM1:RM1.14. Kunyahlah statistik ini hingga faham!

Terbukti kerajaan BN Melaka, khasnya DAR, telah berjaya menambahkan pendapatan, mengurangkan kemiskinan rakyat dan merapatkan jurang. Sehubungan itu, disarankan agar YB pembangkang pula, khasnya YB Ayer Keroh, segeralah melakukan transformasi ke arah memantapkan lagi kualiti, integriti dan akauntabiliti masing-masing di dewan yang mulia itu. Janganlah masih ditakuk lama – hanya tahu beretorik dan destruktif. Berbahaslah dengan bersandarkan fakta yang betul dan secara membina.

Adakah rakyat masih mahu memilih YB fesyen lama seperti ini?

 http://darahtuah.wordpress.com/2012/03/08/yb-ayer-keroh-nak-jadi-juara/

YB yang dimaksudkan ialah Adun DAP  Khoo Poay Tiong

#TehTarikYB SEKITAR PROGRAM BERSAMA VATERAN MAYC DI NZ GARDEN @NajibRazak @uzaidi @zamielzukie

Posted: 08 Mar 2012 05:02 PM PST

Bertempat di NZ Garden KLCC Kuala Lumpur pada hari Isnin 5 Mac 2012 lalu memberikan satu pengalaman yang baru buat TM yang hadir buat pertama kali dalam program Teh Tarik Bersama YB.

Program yang dikelolakan oleh Zamiel Zukie, Zaidil Baharuddin, Uzaidi Udanis dan beberapa yang lain telah pun bermula sejak Ogos 2009 .

Teh Tarikh Bersama YB adalah satu jenama yang sangat sinonim kepada pengguna facebook dan twitter, kini mempunyai hampir 3 ribu ahli dalam facebook dan twitter.


Sesi Teh Tarik Isnin lepas merupakan sesi ke 27 dengan tetamu istimewa iaitu Datuk Nasir Safar bekas pegawai khas perdana menteri Dato Seri Najib Razak dan Presiden Kelab MAYC Veteran. Beliau yang pernah menjadi topik hangat dalam media pembangkang kononnya beliau bersifat perkauman dalam ucapan beliau dan pembangkang mendesak beliau meletakkan jawatan.

Dalam permulaan bual bicara beliau malam itu, Datuk Safar menjelaskan bagaimana pihak pembangkang memanipulasikan ucapan beliau di Melaka sehingga wujud satu desakan memaksa beliau mengundur ke belakang dan meletakkan jawatan.

Demi kebaikan dan perjuangan perdana menteri untuk menjayakan program gagasan 1 Malaysia beliau melepaskan jawatan tersebut dengan satu pantun.

Takkan kutitiskan airmata
Takkan kurasa kecewa
Biar perjuangan tidak terbela
Aku tetap melangkah demi 1malaysia

Antara isi ucapan beliau selama 20 minit, Datuk Nasir telah mengupas dan memperlahuskan matlamat dan visi gagasan 1 Malaysia yang menjadi landasan perjuangaan kerajaan Barisan Nasional yang wujud sejak sebelum merdeka yang berkonsepkan perpaduan rakyat.

Gagasan 1 Malaysia adalah slogan baru  tetapi satu agenda yang telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin terlebih dahulu. Melalui tranformasi politik baru ini, Najib mengubah senario politk baru dengan konsep turun ke bawah untuk mendengar denyut nadi rakyat dengan falsafah rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan.

1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.

Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang.

Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik.

Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar. [ persepaduan masyarakat pelbagai kaum ]

PAS menyokong idea pluralisme

Posted: 08 Mar 2012 03:17 PM PST

Pas semakin sesat dalam perjuangan mereka, jika dahulu matlamat mereka ialah menubuhkan sebuah kerajaan Islam, kini sudah menjadi negara kebajikan dan terkini Pas menyokong pluralisme.

Ini bukan Utusan Malaysia atau Berita Harian yang kata tetapi akhbar online yang menyokong perjuangan parti pembangkang di Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Malaysian Insider. Negara kebajikan bukan diilhamkan oleh Pas tetapi datangnya daripada pemikiran Pkr dan Dap.

Seorang sahabat menyatakan ia adalah diilhamkan oleh Anwar sendiri dan disampaikan kepada Pas melalui YB Zulkifli Nordin yang boleh menyakinkan Pas.



KUALA LUMPUR, 8 Mac - PAS adalah sebuah parti yang berpegang dan mempertahan kan hak-hak semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama mereka dan bukan hanya Melayu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hari ini.

Presiden PAS berkata bahawa terdapat salah tanggapan bahawa pihak Islamis telah "ditinggalkan" prinsip-prinsip Islam dengan mengaitkan dirinya dengan PKR dan DAP majoriti Cina dan menuduh pengkritik PAS tidak sepenuhnya memahami Islam itu sendiri.

Beliau mengakui hakikat bahawa banyak pengkritik PAS yang mempersoal kan mengapa parti itu telah tidak diteruskan perbincangan perpaduan dengan Umno, tetapi menunjukkan bahawa cita-cita dan matlamat kedua-dua pihak adalah jauh berbeza.

"Masih terdapat banyak yang ditangkap tidak memahami prinsip Islam, apabila mereka merasa pelik untuk melihat PAS bekerjasama dengan pihak seperti DAP yang bukan Islam, yang telah dituduh sebagai cauvinis.

"Orang-orang yang sama membuat kesimpulan bahawa PAS telah mengorbankan prinsip dengan bekerjasama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat," katanya dalam blog posting hari ini.

Abdul Hadi menegaskan bahawa Islam itu sendiri bukanlah agama yang terikat kepada mana-mana kaum atau identiti nasional, dan bahawa prinsip asas menolak untuk keadilan untuk "masyarakat majmuk" dengan orang-orang dari agama yang berbeza.

PAS katanya menyokong idea pluralisme dalam masyarakat dan keperluan untuk menjaga semua kaum yang menggunakan prinsip-prinsip Islam sebagai garis panduan utama.

"PAS pendekatan yang berteraskan kepada Islam, dari segi hubungan dengan bukan Islam berbeza besar dari Umno yang sekular nasionalisme supercedes Islam. Di bawah Barisan Nasional, Islam tidak di barisan hadapan pentadbiran tetapi di bawah, "kata Ahli Parlimen Marang.

"PAS menjunjung keadilan untuk semua tanpa memaksa kepercayaan (kami), dan memastikan semua kaum dilayan secara adil dan diberi peluang untuk membina negara.

"Melayu mempunyai sifat-sifat istimewa, begitu juga dengan orang Cina, India dan lain-lain. Jika ada keadilan untuk semua kaum kita dapat membina sebuah negara yang lebih baik, "katanya.

PAS perpaduan Ketua Biro Dr Mujahid Yusof Rawa memberitahu The Malaysian Insider konsep "kemajmukan" telah berakar umbi dalam parti itu, dan berkata kepada pembentukan parti dan sokongan untuk sayap bukan Islam.

"Bagi PAS, kemajmukan adalah perlu untuk berada dalam masyarakat yang harmoni," kata Ahli Parlimen Parit Buntar

di terjemahkan oleh google translate

Ribut Solar akan melanda bumi

Posted: 08 Mar 2012 03:02 PM PST

Apakah dimaksudkan ribut solar? Ia nya ialah satu fenomena matahari yang berlaku sekali setiap 11 tahun, ribut solar ini sememangnya berlaku..menurut laporan berita daripada Amerika syarikat, ribut solar itu berpunca daripada letupan geomagnet yang berlaku pada 22 januari 2012 yang lalu..


WASHINGTON (Reuters) - A strong geomagnetic storm is racing from the Sun toward Earth, and its expected arrival on Thursday could affect power grids, airplane routes and space-based satellite navigation systems, U.S. space weather experts said.

The storm, a big cloud of charged particles flung from the Sun at about 4.5 million miles per hour (7.2 million km per hour), was spawned by a pair of solar flares, scientists said.

This is probably the strongest such event in nearly six years, and is likely more intense than a similar storm in late January, said Joseph Kunches, a space weather specialist at the U.S. National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA).

This solar disturbance is a three-stage affair, or as Kunches said in a telephone interview from Boulder, Colorado: "We hit the trifecta."

These are the stages he described, with the first two already affecting Earth:

* First, two solar flares moving at nearly the speed of light reached Earth late on Tuesday. Such flares can cause radio blackouts.

* Then, solar radiation hit Earth's magnetic field on Wednesday, with possible impact on air traffic, especially near the poles, satellites and any astronauts taking space walks. This phase could last for days.

* Finally, the plasma cloud sent by the coronal mass ejection, which is basically a big chunk of the Sun's atmosphere, is expected to arrive at Earth early on Thursday.

This phase can disrupt power grids, satellites, oil pipelines and high-accuracy GPS systems used by oil drillers, surveyors and some agricultural operations, scientists said.

GPS systems used for less-refined functions, such as the turn-by-turn navigation found in many cars, should not be affected, according to NOAA's Doug Biesiecker.

Kunches said the geomagnetic component of the storm may arrive a bit ahead of schedule because it follows a previous storm that left the Sun on Sunday and is currently buffeting the Earth's magnetosphere.

"When you've already had one coronal mass ejection storm, sometimes the next coronal mass ejection storm is faster to get here," Kunches said.

These storms could produce some vivid auroras, according to experts. In the Northern Hemisphere, the aurora borealis could be visible at mid-latitudes, which in the United States could include New York, Illinois and Iowa.

Such stormy space weather is unusual in recent history, according to Harlan Spence, an astrophysicist at the University of New Hampshire who is principal investigator on the Cosmic Ray Telescope for the Effects of Radiation (CRaTER) aboard NASA's Lunar Reconnaissance Orbiter.

"These relatively large (solar) events, which we've had maybe a couple of handfuls total in the course of a decade, we've now had two or three of them, more or less right on top of each other," Spence said by telephone.

The Sun is on the ascendant phase of its 11-year cycle of solar activity, with the peak expected next year, scientists said.

"It's a clear harbinger that the Sun is waking up," Spence said. "We're trying to put this in context not only ... of what has the Sun done in the past, but what is the biggest thing the Sun is capable of and what should we be planning for in terms of extreme sorts of events in the future."

(Reporting By Deborah Zabarenko, Environment Correspondent; Editing by Will Dunham)
Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.

Pancaran solar akan tiba di bumi sejam kemudian.Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.

Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.

Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005.

Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam.Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi.

Jika dilihat cuaca negara kita hari ini, ribut tersebut tidak memberi kesan kerana hujan yang berterusan menyebabkan suhu menjadi sejuk akibat awan tebal. Allah sayangkan kita. Allah sayang Umno.

Bukit Kepong berulang kembali?

Posted: 08 Mar 2012 09:27 AM PST

Ini di China

Serangan ke atas polis


GEORGE TOWN, 5 Mac (Bernama) -- Seramai lebih 100 orang penduduk kampung bertindak menyerang sebuah balai polis di sini malam tadi selepas berang dengan tindakan anggota polis semasa menjalankan tugas membanteras mat rempit.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6.30 petang semalam, kira-kira 100 penduduk kampung yang dipercayai ibu bapa kepada kumpulan mat rempit itu telah membaling batu ke arah balai Teluk Bahang dan mengoncang pagar ketika membuat bantahan.

Seorang penduduk berumur 50 tahun dari Kampung Bangsal Rawai berdekatan, yang enggan dikenali, berkata dia menyedari kejadian itu pada kira-kira 7 malam.

Katanya penduduk yang menyerang balai berkenaan mendakwa seorang anggota polis ketika menjalankan tugas telah membaling topi keledar ke arah sekumpulan mat rempit yang cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis.

"Tindakan anggota polis itu menyebabkan budak itu terjatuh daripada motosikal dan dikatakan mengalami kecederaan serius dan terpaksa dihantar ke hospital," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kampungnya di sini hari ini.

Surat Bahaya, wajib baca.

Posted: 08 Mar 2012 01:30 AM PST



Pada 8 Mac 2008 - empat tahun dahulu - lanskap negara kita telah berubah. Selama 50 tahun warga Tanah Melayu, kemudian Malaysia, telah diperintah oleh parti Perikatan yang kemudiannya bertukar menjadi parti Barisan Nasional. Sama ada kerajaan Perikatan mahu pun kerajaan campuran Barisan Nasional — kuasa dibelakang kerajaan ialah parti politik yang bernama United Malays National Organisation.

Selama 50 tahun ini kuasa hegemoni United Malays National Organisation telah mendifinasi apa itu Malaysia. Kuasa hegemoni ini juga telah membudayakan apa yang kita ketahui hari ini sebagai Malaysia. Dengan menggunakan slogan Hidup Melayu dan bersandarkan falsafah Ketuanan Melayu, United Malays National Organisation telah menggunakan kuasa hegemoni tanpa segan silu.

Fakta sejarah dengan terang telah menunjukkan bahawa United Malays National Organisation ini hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Penubuhan parti politik ini dibantu dengan dukungan dan sokongan kuat dari kuasa penjajah British. United Malays National Organisation dipilihara dan dididik oleh British untuk menjadi benteng pertahanan melawan ombak ampuh Nasionalis Melayu. Kaum Nasionalis Melayu kiri telah menjadi musuh penjajah kerana berani bangun menentang British dengan slogan Merdeka.

Kesatuan Melayu Muda (KMM-1938) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM-1945) adalah parti-parti politik paling awal yang telah bangun memperjuangan kemerdekaan Tanah Melayu. Ini lama sebelum munculnya United Malays National Organisation.

Sesudah Perang Dunia Kedua tamat , pada tahun 1947, Parti-parti Melayu kiri ini telah bekerjasama dengan parti-parti bukan Melayu dalam barisan yang dikenali sebagai All-Malaya Council of Joint Action — Pusat Tenaga Rakyat (AMCJA-PUTERA). Pergabungan perjuangan politik anak semua bangsa di bawah AMCJA-PUTERA telah menerbit satu dokumen bersejarah - Perlembagaan Rakyat.

Didalam Perlembagaan Rakyat ini ada satu fasal yang paling radikal dan paling ditakuti oleh penjajah British. Fasal ini ialah tentang hak kerakyataan dan hak kewarganegaraan. Mengikut Perlembagaan Rakyat 1947 sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan mahu menjadikan Tanah Melayu sebagai negara mereka maka mereka akan dinobatkan sebagai Melayu atau Malayan. Justeru Pelembagaan Rakyat ini ada satu usaha yang positif untuk membentuk sebuah negara bangsa yang mengenepikan politik perkauman.

Perjuangan menuntut kemerdekaan ini telah melahirkan satu setiakawan yang ampuh dari anak semua bangsa. Kaum buruh ladang getah telah bangun mogok dan menunjuk perasaan. Buruh lombong bijeh telah bangun mogok menuntut hak mereka. Buruh lombong arang baru di Bukit Arang telah mogok berdemonstrasi menuntut hak mereka. Semua ini dilihat oleh penjajah British sebagai satu ancaman terhadap kuasa mereka. Jelas kuasa penjajah British makin terdesak.

Pada 20 Jun 1948 British telah mengistiharkan apa yang dipanggil Darurat. British telah menangkap ramai pemimpin parti politik, pemimpin kesatuan sekerja, pemimpin agama dan juga pemimpin pelajar. Mereka ditahan tanpa bicara atas tuduhan melawan British. Parti-parti Nasionalis Melayu - PKMM, Angkatan Pemuda Insaf ( API) dan Parti Komunis Malaya adalah diantara parti politik yang telah diharamkan.

Pemimpin parti politik yang sempat melarikan diri telah memulakan perjuangan bersenjata melawan British di bawah pimpinan Parti Komunis Malaya. Perang kolonial — perang melawan British - telah diistiharkan oleh Parti Komunis Malaya. Justeru, zaman Darurat sebenarnya ialah zaman dimana rakyat Tanah Melayu bangun mengangkat senjata melawan penjajah.

Darurat ini juga telah memberi nafas baru untuk kuasa kolonial British. Dalam suasana ini British telah membuat penjanjian dengan United Malays National Organsiation. British berjanji akan memberikan kemerdekaan jika harta dan kepentingan ekonomi British — seperti bank, ladang getah, ladang sawit, lombong bijeh dan kilang — tidak diganggu gugat. Melalui perjanjian inilah kuasa kolonial British telah bersedia memberikan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malays National Organistion pada tahun 1957.

Adalah penting untuk kita semua memahami salasilah sejarah ini kerana apa yang berlaku 4 tahun dahulu ialah sambungan perjuangan AMCJA-PUTERA yang telah digagalkan oleh British pada tahun 1947 dahulu. Kalau Perlembagaan Rakyat 1947 bertujuan untuk mencapai kemerdekaan dan melahirkan Bangsa Melayu dimana anak semua bangsa akan dinobatkan setaraf dan sederajat. Kini — 50 tahun kemudian sejarah berulang. Ombak dan badai untuk melahirkan Bangsa Malaysia mengampuh kembali.

Pilihanraya ke-12 yang lalu telah memeterikan setikawan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Dermokratik (DAP) dan Parti Islam Semalaysia (PAS). Tiga parti politik yang memanggil diri mereka Pakatan Rakyat telah mengikat janji bersetiakawan dalam satu saf perjuangan untuk melahirkan sebuah Malaysia yang baru. Pakatan Rakyat ini juga bersetia untuk berjuang menerapkan satu pembudayaan baru yang bercita-cita untuk membebaskan 28 juta warga Malaysia cengkaman hegemoni politik Ketuanan Melayu.

Kemenangan 8 Mac empat tahun dahulu wajib juga dilihat sebagai satu peluang membetulkan kembali sosial konstruk ke landasan yang tepat untuk melahir satu negara bangsa. Selama 50 tahun ini Tanah Melayu dan kemudian Malaysia telah dipesongkan untuk bergerak di bawah hegemoni United Malays National Organisation yang berlandaskan ajenda perkauman.

Apa yang berlaku empat tahun dahulu adalah tanda bukti bahawa garis budaya politik yang berasakan kaum adalah politik lama — politik peninggalan British. Dari buku sejarah kita memahami bahawa parti-parti politik yang berasaskan kaum ini muncul hasil dari taktik dan strateji British. Ketika menjajah Tanah Melayu , kuasa kolonial British telah menjalankan dasar pecah dan perentah. Dasar perkauman - pecah dan perentah - inilah yang telah diteruskan oleh United Malays National Organisation sebagai senjata ampuh untuk terus berkuasa.

Dizaman melawan hegemoni kuasa kolonial British pada tahun 1947 dahulu rakyat Malaya telah bersatu melihat British sebagai musuh utama. Perasaan menentang British ini sama seperti perasaan orang ramai sebelum 8 Mac. Perasaan ini ialah persaaan bangun menentang hegemoni Ketuanan Melayu. Orang ramai telah besepadu melihat United Malays National Organisation sebagai musuh utama.

Orang ramai telah juga sedar - selama 50 tahun United Malays National Organisation telah mewujudkan pelbagai akta dan undang-udang untuk memastikan kuasa hegemoni mereka berterusan hingga hari kiamat. Orang ramai juga melihat bagaimana hak kesatuan sekerja telah dimandulkan melalui pelbagai bentuk akta. Anak muda mahasiswa melihat bagaimana Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah menjadikan universiti setaraf dengan sekolah menengah. Orang ramai juga sedar tentang kes-kes rasuah pemimpin parti yang berkuasa yang melibatkan berbilon ringgit. Orang ramai juga sedar pelbagai cerita dan kesah tentang penyalah gunaan kuasa oleh parti yang memerentah.

Selama 50 tahun United Malays National Organisation telah menguna jentera daulah — polis, mahkamah dan undang-undang - untuk menakut-nakutkan rakyat. Selama 50 tahun rakyat Malaysia telah tunduk takut. Tetapi pada 8 Mac 2008 yang lalu rakyat Malaysia secara kolektif telah melintasi garis takut.

Telah sampai ke satu tahap dimana rakyat Malaysia secara kolektif tidak dapat lagi ditakut-takutkan dengan 'hantu 13 Mei'. Rakyat Malaysia secara berani telah menolak sikap perkauman yang tertanam lama. Kini, orang ramai merasa begitu bertanggung jawab untuk mempertahankan masa depan mereka. Untuk mempertahankan masa depan cucu cicit mereka. Langkah pertama untuk menyelamatkan Malaysia dari memasuki kelab 'negara gagal' ialah menolak kuasa hegemoni United Malays National Organsiation.

Penolakan hegemoni ini pasti akan membawa reaksi. Tergelincir dari kuasa bermakna jauh dari 'peti duit negara'. Ini bermakna nikmat kuasa ekonomi yang dimiliki oleh United Malays National Organisation selama 50 tahun ini akan lupus.

Justeru, selama 3 tahun kebelakangan ini kita telah melihat gereja di bakar. Kita melihat kepala babi dimasukkan ke dalam masjid dan surau. Kita juga melihat kepala lembu dipijak-pijak. Semua ini adalah usaha untuk memainkan api perkauman. Api perkauman adalah senjata yang telah dan sedang digunakan oleh United Malys National Organisation untuk menakut-nakutkan orang ramai.

Yakinlah , United Malays National Organisation tidak akan berehat dan menerima penolakan kuasa hegemoni mereka dengan hati terbuka. Yakinlah mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka terus berkuasa. Berkuasa bermakna memiliki , mengawal dan mengagih-agihkan punca-punca ekonomi negara. Yakinlah — kepala babi dalam masjid itu hanyalah permulaan. tukar tiub

PANEH MIANG

Posted: 09 Mar 2012 01:18 AM PST

PANEH MIANG


Imej KBS di MATA Dunia

Posted: 08 Mar 2012 08:55 PM PST

Amat malang diucapkan kepada Ahmad Shabery Chik, Ahli Parlimen Kemaman yang diamanah sebagai YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia, menanggung integriti Kementerian Belia dan Sukan. Rupanya, kubur Ahmad Shabery Chik bukan dicipta oleh rakyat pengundi tetapi oleh "kebahalolan" para pegawai KBS.

Perkhabaran, dalam satu sidang akhbar yang melibatkan pasukan My Corps, pegawai yang tak cerdik telah menasihatkan YB Menteri, akhirnya Menteri membuat pembetulan ayat, bahawa My Corps sudah tamat. Tahun ini akan dibina Akademi Kesukarelaan. Siapakah yang memberi dorongan tidak wajar kepada proses ini. 30 orang peserta My Corps yang sepatutnya ditampil secara lebih jauh dan KBS bina lagi beberapa pasukan My Corps, supaya dapat memberi limpahan kuasa ilmu kesukarelaan yang lebih mapan dan strategik kepada negara dan dunia. Namun, tinggal kenangan sahaja.

Perkhabaran, dalam sebuah konferen di Tokyo, KBS menghantar Nuraida Idris, penolong pegawai gred 39 bersidang dengan 10 buah wakil Kerajaan Negara ASEAN dan Jepun. Forum mesyuarat menjadi keliru, dengan pelbagai kenyataan dan maklum balas yang dibentang oleh "budak hingusan KBS" ini. Akhirnya, Kerajaan Malaysia dilihat tidak sensitif kepada dunia diplomatik antarabangsa oleh korum konferen ini. Sesungguhnya, Ahmad Shabery Chik sedang dilondehkan oleh barisan pegawai mangkuk hayun dan mengkarung bertanduk di KBS. Tahniah, YB Menteri.

Pak Sedaro fikir sudah masanya, YAB PM dan YAB TPM mencatur bidak-bidak YB Menteri dan calon-calon yang lebih berwibawa dalam dunia penuh cabaran intelektual politiking.

Kedudukan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia perlu diteropong sebagai Agen Transformasi Belia Paling Berwibawa dalam rancangan pembangunan sosio budaya dan kepimpinan pelapis. Namun, apakan daya, bila mana pegawai-pegawai KBS terdiri daripada "haiwan berakal" yang tidak bertugas secara hikmah dan hemah, maka, kewajaran INTEGRITI Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah terlacur.

The Unsung Heroes

Posted: 08 Mar 2012 06:10 PM PST

Rabu lalu lebih kurang jam 10 malam, Abd Aziz bin Hj Kassim, 76 tahun yang lebih dikenali sebagai Tok Cik telah di sahkan meninggal dunia. Bagi mereka yang tidak mengenali siapa Abdul Aziz, beliau adalah individu yang menurunkan bendera Union Jack pada malam kemerdekaan 30 Ogos 1957 di Padang Merdeka, Kuala Lumpur. Abd Aziz merupakan anak jati Rembau yang berasal dari Astana Raja dan menetap di Rumah Rakyat Lubok Cina.

Warga Paneh Miang mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga wira tak didendang ini iaitu Allahyarham Abd Aziz dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan dibawah keredhaan Allah SWT hendaknya.

AL-FATIHAH!

*********

Kita seringkali gagal mendokumenkan setiap peristiwa bersejarah terutamanya yang melibatkan anak-anak Negeri Sembilan. YB Dato' Mohd Razi Kail selaku Exco yang menjaga portfolio warisan dan YB Dato' Setiusaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) harus memantau lebih dekat apa yang berlaku di LMNS. Pengarah LMNS jangan hanya bermesyuarat tetapi tiada tindakan yang diambil.

Buat kaki-kaki bodek Pengarah LMNS, silalah berubah kerana sikap kalian menyebabkan LMNS tidak dapat berfungsi dengan baik dan lancar. Tindakan anda menyebabkan nama baik LMNS terjejas dan sering diperlekehkan orang ramai. Selanjutnya sini.

SELALU ADA YANG BARU

Posted: 08 Mar 2012 11:32 PM PST

SELALU ADA YANG BARU


PAS PERUMPAMAAN PARTI BIAWAK HIDUP KEPADA ISLAM DAN BANGSA MELAYU

Posted: 08 Mar 2012 05:52 AM PST



ANWAR KENCING NIK AZIZ MANAKALA NIK AZIZ PULA KENCING RAKYAT...

Ada beberapa perkara besar PR sembunyikan dari rakyat, antaranya pendirian sebenar kempimpinan PR dlm soal pengiktirafan Rejim Zionis isael dan halatuju sebenar pakatan Pas DAP dan PKR untok membantu rakyat dan negara.

Dlm isu Israel Anwar membuat kenyataan dengan menyokong keselamatan Israel disanggah oleh pemimpin2 islam dunia. Pemimpin pas Nik Aziz juga telah memberi kata dua kpd Anwar tetapi sehingga hari ini Anwar tdk menjawabnya dgn jelas sebaliknya menunding jari kesalahan tersebut kpd pihak lain.Rakyat dalam negara ini tdk sanggup melihat jika Anwar melalui pembangkang mengusai negara ini polis dan tentera dikerah utk melindungi Rejim Zionis yg kejam tersebut.

Rakyat terus berpecah gara2 fahaman politik. Mereka sukar utk bersatu kerana menyokong parti tertentu dgn memusuhi parti lain. Siapa yg mula2 mencetuskan pepecahan ini? sdh tentu pemimpin2 parti yg rakus mencari sokongan memilih jalan menggelirukan rakyat.

Dr Hassan Ali cuba menghurai sesuatu kebenaran sebaliknya dipecat. Kini islam, bangsa Melayu dan negara kian terancam. Pas memilh bersama DAP dalam perjuangan mereka. Umno sudah sekian lama bertapak membawa negara bebas dari kacau bilau tdk seperti negara jiran yang lain. Islam dijaga dengan baik bangsa Melayu dijulang sebaliknya pas mengkianatinya juga.

Baca sini...
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Belantan

Posted: 08 Mar 2012 11:20 PM PST

Belantan


Mari kita lihat bagaimana MB Khalid bekas ahli korporat menyelesaikan 'hutang pinjaman' ?

Posted: 08 Mar 2012 11:09 AM PST


Saham Guthrie sebanyak 5 % yang dibeli Khalid pada masa itu bernilai RM 125 juta. Khalid mendapat pinjaman dari Bank Islam sebanyak RM 66 juta. Bakinya dikatakan Lim Kim Hong yang 'pinjamkan' kepada beliau? Sini.

Sehingga ke hari ini hutangnya dengan Bank Islam RM 66 juta tidak dibayar dan Bank Islam telah mengheret Khalid ke mahkamah.

Pengerusi I Berhad (I City), Tan Sri Lim Kim Hong adalah kawan lama Tan Sri Khalid Ibrahim. Dipercayai beliau menolong Khalid untuk membeli baki saham Guthrie pada tahun 1994. Tetapi bagaimana dengan wang yang 'dipinjamkan' oleh Lim Kim Hong sebanyak puluhan juta ini untuk membantu Khalid membeli saham Guthrie? Sudah di dibayar semula oleh Khalid atau belum ?

Kalau difikirkan betul juga. Saham bernilai RM 125 juta, pinjam bank RM 66 juta dan baki RM 58 juta tu Khalid dapat dari mana ya? Tak kan beliau mempunyai 'cash' sebanyak itu?

Sila ikuti kisah MB Khalid di sini dan sini!

MB Khalid tak perlu pening-pening kepala!














Nanti rambut jadi serabai macam ini?










Suara Politik
Taminsari

Skandal kutip sampah di Selangor - Akibat tender songsang, rakyat menjadi mangsa!

Posted: 08 Mar 2012 01:47 AM PST


Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) mencabar Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membekukan tender kutipan sampah di negeri ini yang dipercayai mempunyai unsur-unsur salah guna kuasa serta rasuah.

Presidennya, Datuk Dr. Jacob George berkata, ini berikutan pihaknya menerima 30 aduan membabitkan perkhidmatan kutipan sampah di negeri ini termasuk dakwaan berlakunya amalan meragukan dalam proses pemilihan kontraktor di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, berdasarkan penelitian terhadap aduan-aduan tersebut, terdapat asas kemungkinan wujudnya unsur rasuah dan salah guna kuasa terutama dalam proses pelantikan serta pemberian tender berkenaan.

"Sejak April tahun lalu, Cassa telah mengemukakan aduan dan dakwaan tersebut kepada kerajaan negeri termasuk Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong dan PBT.

"Malangnya sehingga hari ini kita tidak mendapat maklum balas dan tiada peluang untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri. Paling dikesali, kerajaan negeri hanya meminta kita menghubungi talian hotline PBT sekiranya terdapat aduan," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis mengenai dakwaan salah guna kuasa tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini hari ini.

Hadir sama mengiringi Jacob membuat laporan polis itu ialah Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi dan juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam, Azhari Shaari.

Jacob mendakwa, tender untuk kerja-kerja kutipan sampah tersebut dikatakan telah diberikan kepada syarikat kontraktor yang tidak layak dari segi pengalaman, kelengkapan peralatan selain mempunyai kedudukan kewangan yang tidak kukuh.

Malah katanya, terdapat juga syarikat kontraktor yang telah diberikan tender tersebut kemudiannya memberikannya pula kepada syarikat lain yang berpengalaman dalam menjalankan kerja-kerja kutipan sampah.

Selain itu, beliau mendakwa, terdapat sebuah syarikat diberikan tender untuk kerja-kerja kutipan melibatkan tiga zon di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).



"Apakah keistimewaan syarikat tersebut sedangkan amalan pemberian tender seumpama ini tidak pernah berlaku sebelum ini yang menetapkan satu zon satu tender, jika benar, ia adalah satu amalan salah guna kuasa.

"Siapa sebenarnya membuat keputusan pemberian tender. Adakah Datuk Bandar, ahli majlis, Menteri Besar atau Exco. Ini satu amalan yang pelik," katanya.

Tambah Jacob, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok selain mengadakan siri jelajah di seluruh negeri bagi mendedahkan masalah yang dihadapi rakyat ekoran sikap serta salah laku pentadbiran kerajaan negeri sekarang.

INGAT SAMPAH, INGAT KHALID SERABAI..!!!











Suara Politik
Taminsari

sekupangdua

Posted: 08 Mar 2012 11:17 PM PST

sekupangdua


KISAH POW MENGEPOW NI BUKAN BARU... CUMA KITA MALEH NAK KECOH!

Posted: 08 Mar 2012 10:53 PM PST

Semakin hangat sekupang tengok ISU SONGLAP DUIT BRIM secara arahan oleh PAS nie, Kejadian di Kamunting Taiping yang didedahkan oleh blog Taiping Central (KLIK) nampaknya buat PAS kawasan meroyan tak tentu arah nak jawab, beberapa surat yang dideahkan kini nampaknya buat Boss Besar PAS Kamunting tak senang duduk macam setiap bangku ada taburan paku payung diatasnya

Menambahkan PENING kepada tukang POW ni bila BIG BOSS pulak buat statement memang ada buat arahan minta ahli sedekah hasil BONUS atau APA SAJA YANG RAKYAT LABA semacam diarah berkongsi dengan PARTI, Persoalannya apa hak parti dengan rezeki keluarga? BRIM hakikatnya diberikan kepada Keluarga yang memerlukan, sedikit sebanyak dapat melegakan sebuah keluarga dan menampung atau meringankan bebanan kepada sesebuah keluarga! Tak terfikir kah apa hukumnya ambik hak sesebuah keluarga, bukan ker itu hak sebuah keluarga termasuk anak-anak, isteri dan termasuk yang ada mak bapak yang di tanggungnya, tak jahil ker rezeki dialih ke tabung parti? Betui ker ke tabung parti? Atau ker Tembolok tukang POW?

Sepatutnya persoalan yang dibangkitkan oleh Taiping Central dijawab dengan jumlah dan bukti berapa kutipan yang dah dibuat. Sekalipun kegunaan parti pun apa kejadah duit tu di gunakan, tak kan untuk bayor penceramah kot, ishhh tak baik tu, katakan le... CONTOH BOB LOKMAN datang ceramah... Tak kan dia dibayor dengan duit yang sepatutnya menjadi rezeki anak- anak, isteri dan tanggungan si ketua keluarga, jenis bapak apa macam ni yang tak ada ingat ka rezeki anak-anak sedekah kat orang lain... Patutla makin berlambak ceramah sekarang ni

YAng memng kompom dan semua tau bila setiap kali ceramah mesti ada kantung berjalan... ALASANNYA UNTUK PERJUANGAN JIHAD MENUMBANGKAN KEZALIMAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL... memang ayat tu polpular semasa kantung beredar merata-rata hehehe istilah semacam POW TIME, KUTIPAN INI UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN ZALIM DALAM PRU 13 NANTI... hehehe yang ni teman rasa pecah perot yop, siapa yang zalim? Kerajaan yang bagi RM 500 untuk keluarga, RM 100 utk pelajar, RM 200 untuk alatan kegunaan pelajar ATAU yang keluar surat KASI POW bila tengok ahli dapat Rezeki...

Buat bloggers Sisi Bukit... Cikgu Din oiii... Udahler tu, jangan ler melalak macam anjing dengan DAP, tergelak pun ada, hebatnya blogggers sisi bukit mau putar 360 darjah macam goyang inul ker? Semacam perpatah TERCIRIT DALAM SELUAR LEPAS TU TUDUH KAWAN SEBELAH YANG KENTUT! Tak payah spin la, apa juga miker nak spin oarng bukan miker yang kuat angguk dan bangga jadi pencacai. Selagi komer ambik rezeki orang... Itu namanya POW dan memang AGAMA apapun tak suruh!

TIGA KISAH YANG SEKUPANG ALAMI PERIHAL MELAYU...

Posted: 07 Mar 2012 11:46 PM PST

Allahuakbar... Minggu ni belum berakhir tapi teman diperihatkan Allah erti kemanusiaan, 3 kejadian didepan mata...

kisah 1. Semasa balik dari Melaka, bertemu dengan seorang muda di Rawang yang separuh betui mundar mandir & tak henti bercakap ' memang tak guna melayu sekarang, melayu bunuh melayu, melayu yg ada nak dibunuhnya' kepada siapa dia maksudkan sampai jadi tak betui teman tak tau, cuba memujuk dia dgn belanja makan tetapi diusungnya makan menyorok. Kisahnya berakhir sekalipun teman cuba memberi dia rokok dan cuba bertanya... Tapi dia ambik dan terus menghilangkan diri...

Kisah 2. Didatangi oleh seorang gadis 24 th mengadu di dipukau semasa dalam perjalanan balik kekedah, nak menjual h set untuk tambang balik ke KL semula, lepas tu masuk cita psl dah kawin disiam dan dah ada anak laki lari entah kemana, anak 4 bulan dengan pakcik... Cuba bertanya kepada rakan bloggers yg bersama teman utk diselesaikan ttg anak yg tak ada surat beranak, teman perasan dia cuba menekan kelopak mata agar air mata hadir...
Akhirnya rakan bloggers disebelah teman terus tanya ' KENAPA ADA CHOP KAT TANGAN? (kebiasaan untuk mereka yg masuk karoke dan disco) sigadis tu nampak macam tersentak dan tukar topik yg dia tak sedar... tak berlalu begitu sahaja dia pergi dengan RM 30 dan mengisi perut dengan teh o ais dan satay yg sahabat teman belanja, kata member teman 'BERSANGKA BAIK BRO! ANGGAP KITA SEDEKAH ATAU BAGI MAKAN KAT ANAK-ANAK KITA JER, REZEKI DIA...

Kisah 3 semalam bila teman terlihat sebuah kereta berhenti ditengah-tengah jalan (jalan bersebelahan) dan keluar seorang muda berpakaian kemas dalam hujan belari kebelakang (teman tak nampak kejadian sebab jem) bila sampai baru teman tahu dia basah kuyup membantu seorang gadis yang kemalangan bila motosikalnya dilanggar oleh sebuah kereta ....

Apa hikmah dan suratannya masih belum terjawab? Komer boleh tafsir untuk kita mencari hikmahnya? MOGA ALLAH MELINDUNGI BANGSAKU DARI HASAD MEMECAHBELAHKAN KITA ... AMIN

The Unspinners

Posted: 08 Mar 2012 11:14 PM PST

oyabun

Posted: 08 Mar 2012 11:12 PM PST

oyabun


BENARKAH TENDER RUNDING TERUS ( Direct Nego ) DIHAPUSKAN DI SELANGOR?

Posted: 08 Mar 2012 06:54 PM PST


Selepas dilantik menjadi Menteri Besar Selangor, Khalid Serabai dalam satu kenyataan berkata, kerajaan negeri akan menghapuskan pemberian tender secara runding terus kepada kontraktor Bumiputera untuk mengelakkan dimonopoli pihak tertentu sahaja.

Katanya, beliau mendapati kira-kira 98 peratus projek sebelum ini diberikan dan dilaksanakan oleh kumpulan tertentu sahaja. Apa yang dinyatakan oleh Khalid dan kuncu-kuncu Exconya hanyalah untuk penyedap mata dan halwa telinga sahaja semata-mata mahu mengabui fikiran rakyat akan ketelusan mereka! Akan tetapi apa yang berlaku sebenarnya hanyalah indah khabar dari rupa. Klik di sini.

Baru-baru ini Raja Petra Kamaruddin melalui Portalnya Malaysia Today telah mendedahkan jumlah kerja-kerja 'Direct Nego' yang dikeluarkan oleh rejim Khalid Serabai? Ketuk dulang, paku serpih...mengata orang, tapi mereka yang lebih! Itulah yang sebenarnya berlaku di negeri Selangor dibawah pentadbiran Khalid Serabai sekarang!



Apa yang perlu kita lihat disini adalah sikap hipokrit Khalid Serabai yang cakap tidak serupa bikin kononnya pentadbiran beliau akan lebih bersih daripada BN tidak lama selepas mentadbir kuasa kerajaan negeri.

Artikel Raja Petra ada kebenarannya! Inilah yang dikatakan 'kerajaan hipokrit'. Bak kata RPK, kalau seseorang sudah membunuh, tidak kiralah samada dia bunuh kes kecil atau kes besar, maka orang tersebut tetap seorang pembunuh. Agak-agaknya apakah kenyataan Khalid Serabai selepas ini..paling tidak pun Faekah Muka Berminyak akan muncul kembali membela tuan Serabai yang disayanginya!

















Apa-apapun satu laporan kepada SPRM telah dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Md Salleh Ungku Abdul Jamal di pejabat SPRM semalam! Lihat sini

Sama-samalah kita tunggu dan lihat tindakan dari SPRM selepas ini.

Wasabi Oyabun

Panglima Perang Cyber

Posted: 08 Mar 2012 11:12 PM PST

Panglima Perang Cyber


Pakatan umum pendirian bubar DUN 13 Mac dan Anak Karpal Bakal KM Pulau Pinang ? Cc @NajibRazak @cmlimguaneng

Posted: 08 Mar 2012 04:37 PM PST

MELAKA - Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) akan membuat satu ketetapan pada Selasa ini sama ada untuk mengadakan pilihan raya serentak bagi negeri-negeri yang diperintah mereka, jika pilihan raya umum diadakan nanti.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ketetapan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

Petanda pilihan raya umum akan datang "sudah dekat" berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pelarasan gaji bagi 1.3 juta penjawat awam hari ini, katanya kepada pemberita selepas menghadiri penutupan Forum Ketua Menteri dan Gabenor Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Thailand-Malaysia (IMT-GT) di sebuah hotel di sini, hari ini.

"Ini adalah satu petanda pilihan raya (umum ke-13) sudah dekat, kemungkinan selepas pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 12 April depan atau mungkin pada bulan Mei depan," katanya.

Sambil mengesahkan bahawa beliau akan terus bertanding di Pulau Pinang, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, DAP akan terus bekerja keras mempertahan semua kerusi yang telah dimenangi.

Pada 17 November tahun lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, DUN Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun ini meskipun Kerajaan
Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen dan hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.

PR yang dianggotai PKR-DAP-PAS memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 2008. Bernama 


Panglima : jika mereka ingin mengadakan pilihanraya berasingan, itu lebih baik untuk kekalahan Pakatan.

Jika mereka mengadakan serentak dengan negeri lain, ia juga tidak menjamin kemenangan mereka untuk kali kedua kerana rakyat sudah jemu dengan retorik Pakatan yang pandai bermain wayang bukannya serius merancang untuk kesejahteraan rakyat.

Lihat masalah sampah di Selangor hari ini membuktikan perbezaan antara kerajaan sekarang di bawah Pakatan dan kerajaan BN yang berjaya menguruskan masalah sampah hingga menjamin keselesaan rakyat.

Kesediaan LGE terus bertanding di Pulau Pinang juga membuktikan Cina Melaka tidak dapat menerima beliau dan juga menunjukkan DAP Pulau Pinang terpaksa memberi laluan kepada LGE atas keistimewaannya sebagai anak diktator (?) Lim Kit Siang.

Apa kata Karpal Sing pula letakkan anaknya Gobind Singh sebagai Ketua Menteri tentu 'perang besar' akan terjadi antara beliau dan Lim Kit Siang jika perkara ini ditimbulkan.

Masakan Cina mahu anak Karpal menjadi Ketua Menteri walaupun jika berdasarkan keadilan pandangan Pakatan iaitu konsep samarata, anak Karpal juga patut diberi peluang menjadi Ketua Menteri!

Jika berani kita tunggu respon mereka akan soal ini.Wartawan apa lagi boleh tanya DAP kesediaan mereka memilih calon tempatan seperti Gobind Singh sebagai Ketua Menteri.

Sekian, mohon disebarluaskan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Logo Undi 1BN Berbagai Bahasa Untuk Disebarkan cc @NajibRazak

Posted: 08 Mar 2012 01:13 AM PST

Apa lagi jom sebarkannya seperti kawan kita lakukan dalam twitter mereka di atas...

Bersatu teguh bercerai roboh!

Kerajaan Terima 1,087 Aduan Mengenai SBPA - @NajibRazak

Posted: 08 Mar 2012 12:06 AM PST

Khamis Mac 8, 2012

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

PUTRAJAYA: Kerajaan menerima sebanyak 1,087 aduan dan maklum balas berhubung Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akhirnya membawa kepada keputusan untuk kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan penambahbaikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengumumkan demikian berkata, penubuhan pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam pada 15 Januari lalu telah meneliti aduan yang diterima serta mengemukakan cadangan penyelesaian kepada kerajaan.

"Sebanyak 23 kesatuan telah mengemukakan cadangan dan sebanyak lapan kesatuan telah membetangkan cadangan mereka.

"Antaranya ialah, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia ( NUTP), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Persatuan Akademik Malaysia dan Majlis Pendaftar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Khas bersama Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Khamis.

Sebelum ini Cuepacs telah mengemukakan tujuh perkara untuk diteliti semula oleh pihak kerajaan iaitu, pemindaan mata gaji yang kurang adil, kekananan yang tidak diberi pengiktirafan, gaji maksimum, gred yang kekal dan tiada pergerakan, kenaikan 7 hingga 13 peratus, penukaran gelaran/jawatan serta jurang gaji antara kumpulan pengurusan tertinggi dan kumpulan pelaksana.

Dalam pada itu perdana menteri berkata, dalam membuat sesuatu keputusan, kerajaan perlu memikirkan langkah terbaik yang mana pada satu masa perlu mendahulukan kepentingan rakyat namun pada masa yang sama faktor-faktor lain tidak boleh dikesampingkan terutamanya kelestarian ekonomi negara serta keupayaan kewangan kerajaan.

Menurutnya, untuk menjamin ekonomi negara tidak terkesan oleh senario ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan perlu meneruskan usaha mengurangkan defisit fiskal negara.

Beliau berkata, pada 2010 defisit negara mencecah 5.6 peratus, manakala tahun lepas ia berjaya dikurangkan kepada lima peratus dan tahun ini ia diharapkan dapat dikurangkan lagi ke tahap 4.7 peratus.

Semakan gaji yang terakhir dilakukan pada 2007, yang menyaksikan penjawat awam menikmati kenaikan gaji antara 7.5 dan 35 peratus.

Justeru, Najib berkata kerajaan amat mengharapkan kefahaman dan kerjasama penjawat awam untuk sama-sama mengharungi dan mendepani cabaran ekonomi global.

"Sungguh pun kita telah berjaya mengeluarkan negara daripada gelora ekonomi global ini, namun usaha perlu digandakan bagi memastikan tahun-tahun mendatang negara kita akan terus bebas daripada belenggu ini.

"Ingatlah…apa yang kita lakukan hari ini sudah tentu mempunyai kesan jangka panjangnya. Kerajaan tidak rela Malaysia menjadi sebuah tragedi kewangan seperti Greece," katanya.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/3/8/mstar_berita/20120308141721&sec=mstar_berita
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ketua Pemuda Umno Selangor Terjah SPRM Putrajaya Dedah Skandal Penyelewengan Kerajaan Selangor cc @NajibRazak

Posted: 07 Mar 2012 11:38 PM PST

Ketua Pemuda Umno Selangor Saudara Ungku Salleh Ungku Jamal disertai 30 pemuda telah menerjah SPRM Selangor kira-kira pukul 2 pm tadi.

Misi mereka untuk menyerahkan memorandum penyelewengan kontrak rundingan terus Kerajaan Selangor untuk disiasat SPRM.

Wakil SPRM Putrajaya telah menerima memorandum tersebut.

Nantikan laporan lanjut berita malam ini.

Lihat gambar-gambar yang dirakam di SPRM Putrajaya di atas.

Terima kasih sahabat AQ atas kiriman gambar tersebut sebentar tadi.

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 08 Mar 2012 11:07 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Skandal PKPS, Jual Tanah Untuk Cantikan Akaun...

Posted: 08 Mar 2012 04:00 AM PST


Menteri Pertanian Datuk Seri Noh Omar hari ini meminta kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat, yang kononnya telus dalam pengurusan, mendedahkan sumber kewangan yang diperolehi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Noh, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, berkata ini kerana simpanan tunai itu didapati meningkat dari RM8.3 juta pada 2008 kepada RM114 juta tahun lepas.


Beliau mempersoalkan kenyataan negeri Selangor, menerusi laporan SelangorKini terbitan hari ini, yang mendakwa kenaikan prestasi kewangan PKPS hasil kecekapan pengurusan kerajaan pembangkang itu.
Noh berkata beliau difahamkan hasil itu sebenarnya meningkat daripada penjualan tanah PKPS seluas 12,000 hektar di Sarawak kepada sebuah syarikat semasa pemerintahan BN, yang transaksi jual beli itu selesai pada 2010 dengan nilai RM97 juta.
"Adakah dengan mendapat hasil jualan tanah boleh dikatakan kerajaan Selangor sebuah kerajaan yang cekap?," katanya.
Terdahulu, beliau merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Tiram Jaya di sini.
BERNAMA.

komen aku: Jual tanah untuk cantikan akaun, orang bodoh pun boleh berniaga kalau ikut formula khalid gagap, biar hilang aset janji hujung tahun akaun nampak cantik...

Selcat Ibarat Kucing Tido Selepas Kenyang...

Posted: 08 Mar 2012 01:00 AM PST


Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) adalah "mahkamah kanggaru" yang bertujuan untuk menutup salah laku dan kepincangan kerajaan negeri, kata Noh Omar.

Menurut Noh, pendengaran Selcat sebelum ini seringkali mencapai kesimpulan bahawa mereka "berpuas hati" dengan penjelasan kerajaan negeri dan membiarkan pesalah laku bebas.

"Mereka hanya dedahkan sahaja, mereka tidak pernah menghukum sesiapa, (jadi) apa gunanya?" 

Kerajaan negeri hanya bersandiwara dengan meminta Selcat untuk menyiasat skandal perlombongan pasir.

Katanya, Selcat sebenarnya, tidak mempunyai kuasa dan siasatan terhadap skandal itu tidak akan menyelesaikan masalah.

"Memandangkan kerajaan negeri tidak dapat menyelesaikan isu kecurian pasir, mereka cuba bersandiwara dengan meminta Selcat menyiasat, padahal selcat tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat, mereka cuba menipu rakyat supaya rakyat akan berfikir bahawa mereka serius dalam isu ini.

Gambar Banjir Di Hulu Langat...

Posted: 07 Mar 2012 11:37 PM PST

Buat kali ke tiga sejak tahun 1971 dan 2009, penduduk sungai serai, hulu langat, berdepan banjir besar, itu cerita penduduk yang aku jumpa, sebelum nie, bukan tak pernah berlaku banjir, tapi takat paras lutut je, tapi banjir semalam air naik dengan cepat hingga paras dada dan ada di setengah tempat, air sampai bumbung rumah.

Sebanyak tiga puluh keluarga yang rumah mereka ditenggelami air di pindahkan ke sekolah kebangsaan sungai serai, mereka di jaga oleh persatuan bulan sabit merah, jabatan pertahanan awam dan skuad sayang wanita umno selangor.

Masa aku sampai, banyak keluarga yang telah pulang untuk bersihkan rumah mereka.





















Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 08 Mar 2012 11:06 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Rafizi Low Class Kantoi Lagi.

Posted: 08 Mar 2012 11:06 PM PST

Rafizi memang seorang yang low class.



Dulu ditipu ejen Singapura (http://mymassa.blogspot.com/2012/03/rafizi-low-class-kena-tipu-dengan-egen.html).

Kini kantoi dengan blogger Gelombang Wangsa Maju Pulak.

Mantap pendedahan blog ini. Rugi kalau tak baca.









Sekatan-sekatan dalam melakukan siasatan secara khusus mengenai hal ehwal pelanggan bank tertentu.




Baca seterusnya di sini (http://mediawangsamaju.blogspot.com/2012/03/rafizi-great-lembu-pkr-bakal-disembelih.html).

*Sebar-sebarkan.

Khutbah Jumaat : Bahaya Yahudi

Posted: 08 Mar 2012 09:02 PM PST

Untuk renungan semua pembaca MyMassa:


Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan iman dan taqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Mudah-mudahan segala usaha kita itu akan dinilai dan dibalas dengan kehidupan yang aman dan bahagia, di dunia dan juga di akhirat.

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah di atas nikmat dan anugerahNya yang melimpah ruah kepada kita. Marilah kita renungi firman Allah di permulaan khutbah tadi dalam surah al-Maidah ayat 82 yang bermaksud: "Demi Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia Yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang Yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik."

Khutbah pada hari ini ingin mengajak sidang jemaah untuk menghayati pemahaman ayat ini khususnya berkaitan dengan permusuhan orang-orang Yahudi ke atas Umat Islam. Realitinya, Orang-orang Yahudi dan golongan kuffar telah berusaha untuk menghalang Umat Islam daripada mengecapi kegemilangan apatah lagi untuk menjadi kuasa besar dunia. Inilah antara matlamat utama yang ditetapkan oleh orang-orang Yahudi berkaitan sikap mereka terhadap Umat Islam seperti berikut:-

Pertama: Berusaha memesongkan akidah dan keimanan Umat Islam daripada ke arah kekufuran.

Kedua: Menidakkan hak Umat Islam dari memegang tampuk kepimpinan dunia.

Ketiga: Menguasai beberapa buah Negara Umat Islam yang mempunyai nilai kekayaan tinggi untuk diekploitasikan.

Berhubung dengan matlamat pertama orang Yahudi, Allah swt telah memberi ingatan kepada kita melalui firmanNya di dalam surah al-Baqarah ayat 217:-

Bermaksud: " dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian) dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat. "

Oleh itu, kita dapati pelbagai usaha dilakukan oleh mereka untuk memesongkan akidah dan keimanan Umat Islam kepada kekufuran. Contohnya, Teori Darwin, Fahaman Komunis, Sekularisme, liberalisme dan seumpamanya adalah antara perkara yang cuba disogokkan kepada umat Islam dan manusia sejagat agar kita tidak mengenali pencipta Rabbul Jalil, tidak mengetahui kemuliaan dan hakikat sebenar kewujudan manusia di atas muka bumi ini bahkan sehingga menganggap agama adalah penghalang kemajuan, kebebasan dan seumpamanya. Mereka juga telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat ini dengan pelbagai agenda jahat yang jelas mengundang bencana kepada umat Islam sendiri. Apatah lagi dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini yang memungkinkan segala-galanya dapai dicapai melalui teknologi maya serta internet.

Segala dakyah dan doktrin mereka disalurkan dengan cukup halus dan licik sehingga akhirnya kita mengikut cara mereka dalam berbagai aspek kehidupan termasuklah keagamaan. Dewasa kini, wujudnya suara-suara sumbang yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama. Tiada beza dan taranya antara mana-mana agama di dunia ini semakin lantang kedengaran…. Siapakah di sebalik seruan yang indah tapi beracun dan cukup bahaya ini ? Merekalah golongan orentalis dan cendiakawan yahudi yang dilaknat oleh Allah SWT. Ingatlah! Pertentangan mereka dengan kita adalah atas nama agama dan usaha mereka untuk memerangi aqidah Islam yang suci ini wajib dipertahanakan. Pastikanlah diri kita bebas dari usaha dan tipudaya licik golongan Yahudi ini.

Firman Allah SWT di dalam surah at-Taubah ayat 32:

Bermaksud: " mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)."

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Sementara itu pula, matlamat kedua bertujuan untuk menjauhkan Umat Islam dari memegang tampuk kepimpinan dunia dengan apa cara sekalipun. Usaha ini telah bermula sejak sekian lama sama ada kita sedar atau tidak. Ironinya, mereka dengan bantuan kuasa-kuasa besar dunia telah bersekongkol untuk menjatuhkan khilafah Turki Islamiyyah yang menjadi lambang kemuliaan umat pada masa dahulu, sehinggakan Sultan Abd Hamid yang ke 2 telah cuba disogokkan oleh pemimpin zionis sedunia iaitu Theodor Hertzel agar menyerahkan bumi Palestin kepada Yahudi dan sebagai balasannya baginda telah dijanjikan dengan habuan pencen yang tidak habis dimakan selama tujuh keturunan. Namun, ketegasan Sultan Abdul Hamid ke 2 yang memiliki keimanan dan ketaqwaan yang mantap telah menolak tawaran tersebut demi Islam yang dijunjung tinggi.

Hakikatnya, sehingga kini belum ada lagi Negara umat Islam yang mampu memimpin dunia Islam dan menyatukan kekuatan Islam untuk mengembalikan kegemilangan empayar Uthamniah. Kejatuhan Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924 adalah tragedi sedih bagi umat Islam sepanjang zaman. Kesannya, kekuatan dan semangat Negara dan Umat Islam telah jatuh ke tahap yang memilukan. Bahkan, Umat Islam seakan-akan telah hilang identiti keislamannya dan lebih memeritkan lagi, Negara Islam kebanyakannya mundur, miskin serta banyak berlaku peperangan sesama mereka. Inilah realiti yang terpaksa kita akui hari ini bahawa umat Islam semakin lemah dan diserang dari pelbagai sudut oleh musuh-musuh Allah yang selama ini menanti untuk menghancurkan kita. Oleh itu, melalui mimbar yang suci ini saya mengajak diri saya dan tuan-tuan sekalian agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya dan mengembalikan kemuliaan umat ini.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Matlamat yang ketiga pula ialah menguasai Negara Umat Islam dan mengekploitasi segala kekayaan Negara tersebut walau apa cara sekalipun.

Cukuplah penjajahan Bumi Palestin sebagai contoh. Negara palestin telah dijajah pada tanggal 14 Mei 1948 dan diumumkan secara rasmi oleh Israel kepada dunia pada tanggal 15 Mei 1948. Kira-kira seminggu yang lalu, orang Yahudi menyambut ulangtahun ke 62 penjajahan mereka ke atas bumi Palestin. Apa yang berlaku tidak perlu diulas panjang malah kita dapat menyaksikan betapa peritnya kehidupan umat Islam di sana yang saban hari bermandikan darah dan dihujani peluru dan mortar. Apakah kita sanggup berdiam diri melihat saudara seagama diperlakukan begitu? Palestin dijajah oleh Yahudi untuk dijadikan pusat pemerintahan mereka bagi menguasai dunia. Mereka sedang berusaha untuk merealisasikan impian mereka membina Negara Israel Raya dari Sungai Nil Di Mesir Ke Sungai Furat di Iraq bahkan mereka bercita-cita untuk menguasai kembali Kota Madinah Munawarrah. Kota Al-Quds yang terletak didalamnya masjid Al-Aqsa akan dinobatkan sebagai Ibu Negara bagi kerajaan tersebut.

Apa yang sedang berlaku di kota Al quds sekarang? Orang-orang yahudi telah menguasai lebih 80 % Bandar tersebut dan mengusir umat islam sedikit demi sedikit. Pada Tanggal 15 Mac yang lalu mereka telah membina sebuah muzium dikawasan berhampiran Masjidil Aqsa untuk tujuan pelancongan bahkan bakal dijadikan tempat menyimpan bahan sejarah yahudi terutamanya akan diletakkan model rumah ibadat mereka "The King Solomon Temple". Hasrat mereka adalah untuk mendirikan rumah ibadat di atas keruntuhan Masjid Al-Aqsa yang merupakan qiblat pertama kita dan bumi tempat berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Fenomena yang berlaku dewasa ini, wujud segelintir individu yang sanggup menyokong kezaliman demi memenuhi nafsu dan kepentingan diri. Individu ini tidak boleh dipercayai dan mereka yang menyokong kezaliman ini wajar ditentang. Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menyokong kezaliman. Syukurilah nikmat yang kita miliki, hayatilah keamanan negara yang kita kecapi. Jadikanlah fenomena yang berlaku di negara luar sebagai pengajaran yang berguna demi memastikan kesinambungan generasi yang menikmati keamanan yang berpanjangan.

Marilah sama-sama mendoakan agar saudara kita yang berada di Palestin diberi kemenangan dan kemuliaan tanah suci al-Quds serta terpelihara Masjidil Aqsa. Mengakhiri khutbah hari ini, renungilah Firman Allah SWT ini di dalam surah al-Baqarah ayat 120:

Bermaksud:"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu". 

*Semoga perkongsian khutbah ini menjadi manfaat untuk semua pembaca.

Presiden PAS Tolak Video Murtad Datuk Dr. Hasan Ali?

Posted: 08 Mar 2012 07:07 PM PST

Kalau sebelum ini alasan untuk menolak bukti video adalah kerana ianya besi, tidak mustahil dalil yang sama akan digunakan oleh PAS dalam pendedahan terbaru JATI.



Namun sebagai manusia yang cerdik lagi bijaksana, harap pembaca MyMassa nilaikan video ini. Adakah dakwaan Datuk Dr. Hasan Ali dan JATI sebelum ini bahawa masalah murtad sememangnya berlaku hanya satu omongan kosong.


Juga bukti bergambar yang pernah blog ini keluarkan.



*Ada sesiapa yang masih tidak percaya dengan bukti ini? Percayalah....

GEMPAR! Dalang Di Sebalik Serangan Parasit Terhadap MB Kedah Dibongkar.

Posted: 08 Mar 2012 05:36 PM PST


Masihkah pembaca ingat berita ini?

Mahfuz letak jawatan pengerusi GLC Kedah
Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi syarikat kaitan kerajaan negeri (GLC), Kedah Sato Sdn Bhd, berkuatkuasa serta merta.

mahfuz omar utusan malaysia lawsuit 231208 01Sumber-sumber yang rapat dengan ahli parlimen Pokok Sena itu mengesahkan surat peletakan jawatan beliau telahpun dihantar kepada pihak pengurusan syarikat tersebut.

Sumber-sumber itu bagaimanapun enggan menjelas sebab Mahfuz (kiri) meletak jawatan, tetapi sejak semalam lagi, tersebar berita di internet bahawa ia berkaitan dengan pemberian tender oleh syarikat itu yang didakwa tidak mengikut peraturan.

Apabila didesak untuk menyatakan sebabkan peletakan jawatan Mahfuz, sumber-sumber berkata: "Pihak pengurusan dan lembaga pengarah Sato perlu beri penjelasan mengenai perkara itu."

Malaysiakini difahamkan, Mahfuz meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender.
http://www.malaysiakini.com/news/151932

Cuba lihat alasan yang digunakan oleh Mahfuz, sama seperti alasan yang digunakan oleh 2 orang Exco PAS Kedah. Tak bersetuju dengan pemberian projek. Oleh kerana berita ini telah lama disiarkan, maka ramai yang telah terlupa bagaimana serangan terhadap MB Kedah bermula.

Ketika ini, PAS Pusat masih lagi dikuasai oleh golongan ulama. Timbalan Presiden PAS masih Ustaz Nasha. Apabila parasit PAS menguasai PAS Pusat pada muktamar tahun lepas, golongan ini mula mencatur jentera mereka bagi menghadapi Pilihan Raya. Strategi mereka bukan untuk menjatuhkan pihak lawan (UMNO) tetapi membersihkan dalaman PAS dari penguasaan Ulama.

Bijak tak perancangan kumpulan parasit dalam PAS. Serangan mereka tidak jelas tapi begitu rapi perancangan mereka. Kini mereka berjaya kerana kuasa bukan lagi di tangan MB Kedah sebaliknya diambil alih oleh PAS Pusat dengan nama Jawatankuasa Pemandu. Seperti yang MyMassa terangkan di atas, PAS Pusat telah mereka kuasai dan secara tak langsung, kuasa PAS Kedah juga jatuh ke tangan kumpulan parasit.

Bijak, bijak. Kerana kuasa, mereka sanggup tikam belakang kumpulan ulama. Seperti sekarang, Malaysiakini merupakan media penyebar propaganda golongan parasit untuk mempengaruhi penyokong PAS.


*Mahfuz ni nampak bodoh tapi sebenarnya licik. Kalau dia tak licik, macam mana orang yang tak habis mengaji boleh jadi ketua kepada para profesional dalam PAS. Nak kata ulama pun tidak. Kaki pegi Danok ni masa muda-muda dulu.

Apa Pandangan Anda: Wajarkan DS Shahrizat Dilantik Semula Sebagai Senator?

Posted: 08 Mar 2012 04:38 PM PST


KUALA LUMPUR 4 Mac – "Segalanya terserah kepada Perdana Menteri."
Itu jawapan ringkas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenai jawatan beliau sebagai senator yang akan tamat tempoh pada 8 April ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Mungkin persoalan yang ditimbulkan oleh MyMassa mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak.

Pada pendapat MyMassa DS Shahrizat memang seorang pemimpin yang cemerlang. Cukup ketokohannya dari pelbagai sudut (keupayaan berucap dan bakti khidmatnya). DS Shahrizat juga seorang yang mesra dengan rakyat.

Namun, serangan-serangan peribadi pihak pembangkang terhadap beliau merupakan ancaman besar kepada UMNO. MyMassa fikir, mungkin pembangkang cemburu dengan tahap populariti dan kerajinan pemimpin yang mesra disapa sebagai Kat Jat kerana beliau seringkali memenuhi dada-dada akhbar dan media elektronik.

Semakin banyak berita pasal Kak Jat keluar, semakin kuat serangan pembangkang. Semasa Kak Jat bercuti, kurang pula serangan terhadapnya. Jadi, jika Kak Jat tidak dilantik semula sebagai Senator, kabinet YAB PM akan kehilangan seorang menteri yang benar-benar terbukti kepimpinannya. Sekiranya Kak Jat dilantik semula, isu integriti dalam kes NFC akan terus digunakan sebagai soft spot kepimpinan YAB PM.

MyMassa nampak pelantikan Kak Jat (sama ada dilantik semula atau tidak) akan memberikan impak yang besar dalam persediaan UMNO dan BN dalam menghadapi pilihan raya. Itu pandangan MyMassa, apa pula pandangan pembaca?

*Kalau DS Shahrizat tidak lantik semula, alasan yang paling meyakinkan untuk digunakan adalah YAB PM meminta DS Shahrizat memperkasakan jentera wanita UMNO dan BN. Tugas yang sama diberikan kepada Ketua Pemuda UMNO.

CADANGAN GANTI SBPA (SIRI 1)

Posted: 08 Mar 2012 03:45 PM PST


HE HE HE

Keberanian YAB Perdana Menteri membatalkan SBPA yang kontroversi itu sangat melegakan. Sebaliknya SSM digunapakai semula dengan pelbagai penambahbaikan. Mymassa menerima sms ini daripada orang-orang kampung.

1. Memang SBPA tidak sesuai buat masa ini. Kenaikan Gaji yang terlalu besar akan membawa inflasi. Majoriti di luar bandar sudah tertekan dengan inflasi. Kenaikan seperti yang dicadang oleh SBPAakan menyebabkan rakyat di luar bandar tertekan.

2. Jangan lupa ramai lagi yang hidup di bawah paras kemiskinan. Teguran Tun Dr. Mahathir memang ada logiknya, kalau hendak naikkan gaji sekalipun, jangan terlalu banyak sekaligus sehingga menyebabkan inflasi. Kenaikan harus dilaksanakan seiring dengan pertambahan subsidi untuk perkara-perkara asas sepertin gula, gas memasak, beras dan lain-lain.

3. Kawalan harga barang-barang asas sekarang tak sehebat mana. Ini yang harus diperkuatkan dahulu.Masalah pokok sekarang ialah jurang pendapatan antara kawasan-kawasan bandar dengan luar bandar. Ini masalah lebih besar dan lebih utama.

4. Untuk sektor awam, bolehlah dinaikkan gaji kepada kategori bawah seperti drebar, pelayan pejabat, pembantu kerani dan sebagainya. Bantu mereka dengan masalah kehidupan seharian.

5. Perbanyakkan Tadikan atau Day Care di semua pejabat. Beri elauan ke pejabat kepada kategori itu. Pastikan mereka dapat perumahan yang sesuai.

Bersambung, panjang sms dia ne... hehe

Kuiz Cari Pemimpin Melayu Yang Bakal Jadi Calon DAP.

Posted: 08 Mar 2012 01:33 PM PST

Dikatakan salah seorang daripada individu dalam gambar ini adalah pemimpin MELAYU DAP yang akan bertanding dalam PRU akan datang.


Boleh pembaca kenalpasti mana satu pemimpin MELAYU yang nak bertanding tu?



*MyMassa tak nampak ada pemimpin Melayu dalam gambar ni sebeb dua-dua bermuka DAP. Hehe.

PANAS: Video Tangkapan GRO Vietnam Yang Hot!!! Apa Dah Jadi Dengan PAS Selangor?

Posted: 08 Mar 2012 08:08 AM PST

Gambar hiasan

Kalau kita letak laporan seperti ini, mungkin penyokong pembangkang akan nafikan.

gadis comel

Guna gadis comel tarik pelanggan

KLANG – Sejak dua bulan lalu, sebuah pusat hiburan di Jalan Meru di sini menjadi­ tumpuan pelanggan untuk berhibur.

Rahsianya, pemilik premis menyediakan khidmat 15 gadis­ comel warga asing sebagai pelayan pelanggan (GRO) bagi menarik minat pelanggannya.

GRO ini sentiasa ber­pakaian­ seksi dan mengenakan solekan bagi menggoda pengunjung di premis itu.

Bagaimanapun, kegiatan­ premis ini berakhir setelah diserbu polis dari Jabatan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.

Pegawai Turus D7, Deputi Superintendan Izwan Abd Karim berkata, serbuan dilakukan selepas polis menerima­ aduan daripada penduduk se­tempat.

Beliau berkata, polis menahan dua wanita warga Thailand dan 13 wanita warga Vietnam, berusia lingkungan 20 dan 30 tahun.

"Ketika serbuan, wanita­ ini sedang leka melayan 30 pengunjung dan mereka tidak mempunyai dokumen sah bekerja di sini.

"Kita juga mempercayai wanita ini boleh dibawa pulang oleh pelanggan untuk aktiviti pelacuran," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, semalam.

Izwan berkata, polis turut memberkas seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun yang bertindak sebagai penjaga premis.

"Premis ini beroperasi tanpa­ lesen sejak dua bulan lalu dan pemiliknya juga didapati bersalah kerana menggaji pekerja asing tanpa permit," katanya.

Beliau berkata, dalam serbuan­ itu, polis turut merampas set audio.

Katanya, semua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara untuk siasatan.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/guna-gadis-comel-tarik-pelanggan-1.30509

Apa kata kita letak bukti video pulak, cuba tengok alasan apa yang puak-puak ni nak bagi.



Tangkapan kat Meru tu. Meru bukan kawasan pesuruhjaya PAS Selangor ke?

Macam mana boleh jaga PAS negeri kalau kawasan sendiri pun ada tempat maksiat.


*Patutlah Datuk Dr. Hasan Ali keluar dari PAS. Cakap tak serupa bikin. Dulu janji nak hapuskan maksiat bila memerintah. Rupa-rupanya sekarang lagi teruk jadinya.

KHALID IBRAHIM YOU NAK MASUK NERAKA KE SYURGA?

Posted: 08 Mar 2012 06:33 AM PST



Khalid Ibrahim,
apa saja you ucap semua you pertahan si DAP kafir laknat tu,
You kata nak bukti,
Nah nontonlah salah satu bukti tu,
You ne umat Nabi Muhamad ker Umat Jesus
You ne pertahan Al Quran ker pertahan Bible
You ne pi Masjid ke pi Gereja
You ne betul-betul sama ngan YB Khalid Gereja
So macam mana sekarang
You nak bukti apa lagi,
You tau tak ada Sumpah YB DAP nak jadikan Malaysia ne Negara Kristian
You tau tak ada Ikrar Sumpah DAP nak Perdana Menteri Kristian,
Yang ne pun you nak bukti ker,
mai sini datang Penang i tunjuk you bukti,
Kita kena cakap kasar dengan you ne
Sebab you ne tak paham bahasa lembut.

Itulah antara dialog seorang tua di kedai kopi baru-baru ne.
Terkejut jugak mymassa mendengarnya.
Kita sampaikan aje la...

@saifuddinabd, MyMassa Sokong Kenyataan Anda Mengenai SBPA @NajibRazak

Posted: 08 Mar 2012 05:27 AM PST


Timbalan menteri: Belajarlah dari pembatalan SBPA
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dibatalkan kerana terdapat agensi kerajaan tidak faham peranan masyarakat sivil sebelum ini dan tidak mengadakan rundingan sepatutnya.

Sambil meminta orang ramai belajar daripada kes itu, Saifuddin (bawah) menegaskan perlunya "perundingan tulen"dan pengiktirafan kepada sektor lain, termasuk sektor pembangunan, perniagaan dan masyarakat sivil.

NONE"Perlu ada perundingan tulen antara agensi kerajaan dengan sektor-sektor itu,bukannya sekadar alar kadar atau melepas batuk di tangga sahaja," kata anggota majlis tertinggi Umno itu.

Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dibalkan dan Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan.

Mengumumkan dalam perjumpaan khas dengan ribuan penjawat awam di Putrajaya, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.

Dalam kenyataannya sejurus selepas SBPA dibatalkan, Saifuddin berkata, tindakan itu membuktikan usaha perdana menteri untuk mengiktiraf suara rakyat.

"Beberapa hari lalu PM kata kerajaan nak tingkat peranan masyarakat sivil. Hari ini PM mengotakan katanya," kata Saifuddin lagi.

SBPA sebelum ini ditentang hebat oleh pembangkang dan kakitangan kerajaan melalui Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mahu gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.

MyMassa melihat tindakan Kerajaan untuk tidak meneruskan SBPA adalah satu tindakan yang bijak.

Apa yang dilakukan oleh pentadbiran YAB PM bukan satu tindakan FLIP FLOP tetapi satu langkah yang terkehadapan dalam mendepani rakyat yang semakin matang dan kritis.

Jika sebelum ini tindakan Dato' Sri Najib meminta maaf dikritik hebat oleh pembangkang, tindakan pembangkang di Malaysia sama seperti mana-mana pembangkang di dunia. Ini kerana, Presiden US, Obama sendiri meminta maaf baru-baru ini di atas insiden membakar Al-Quran. Walaupun separuh daripada rakyat Amerika menyokong, masih ada suara-suara jahat yang mengutuk tindakan Presiden US tersebut. Apa maknanya? Maknanya iaitu pembangkang tetap membangkang. Walaupun kerajaan telah ambil tindakan yang sewajarnya, mereka tetap membangkang kerana itu kerja mereka.

Jadi jika ada pembaca yang terlihat komen negatif pembangkang terhadap keputusan menarik balik SBPA, abaikan sahaja kerana memang itu kerja mereka. Jika mereka tidak membangkang untuk satu hari, mungkin kencing mereka tak lawas untuk hari itu.

MyMassa berpandangan bahawa Kerajaan ketika ini perlu fleksibel dan dinamik, tidak seperti dahulu kejap dan statik. Sesuatu perubahan perlu dilakukan walaupun ianya akan mencalar ego Kerajaan kerana sekarang ini bukan zaman Government Knows Best. Apa salahnya jika dasar itu dibatalkan jika majoriti rakyat tidak setuju?

Bagi MyMassa, jika pembangkang mahu menuduh YAB PM sebagai flip flop dalam tindakan dan dasarnya, cuba tanya ketua pembangkang dahulu, siapa yang dulunya memperjuangkan Islam (dalam Abim), kemudian Melayu (dalam UMNO) dan sekarang kesamarataan dalam pakatan pembangkang?

Itu baru dinamakan flip flop. Dasarnya tidak tetap tetapi populis. Apa sahaja yang enak didengar oleh rakyat, itulah yang diperjuangkan walaupun hakikatnya tiada satu pun yang berjaya dilaksanakan.

MyMassa ambil contoh dasar ANTI KRONISME dan NEPOTISME yang kononnya punca Anwar Ibrahim dibuang dari UMNO. Tidakkah sekarang ini PKR mengamalkan dasar yang sama. Mana mungkin ada satu parti politik di dunia yang bapa menjadi ketua umum (pemimpin tertinggi), ibu menjadi Presiden dan anak menjadi Naib Presiden. Timbalan Presiden pula dapat pada sahabat karib yang menang dengan pelbagai dakwaan salah laku dan politik wang! Belum kira lagi naib-naib Presiden yang dilantik terdiri daripada innercirclenya seperti N. Surendran seorang pemimpin India yang bukan datang dari pilihan akar umbi.

Kepada pembaca MyMassa, tolong sebarkan hujah ini. YAB PM tidak flip flop tetapi mendengar denyut nadi dan suara rakyat marhaen. Sedangkan bapa segala flip flop adalah Anwar Ibrahim yang boleh bertukar rupa mengikut keadaan. Depan penyokong dia cakap lain, bila jumpa Yahudi dan Barat, lain pulak yang digebangkannya.

*Sebar-sebarkan.

POSTER : Laungan Jihad Untuk UMNO Perangi Pakatan.

Posted: 08 Mar 2012 02:38 AM PST


Mari kita sama-sama berjihad menjatuhkan pakatan haram.

GEMPAR!!! Anwar dipecat kerana melanggar ketentuan TUHAN?!!

Posted: 08 Mar 2012 12:33 AM PST



Eh, apa pula ini?!! Betulkah PKR meminta maaf di atas penipuan Anwar selama ini?!! Adakah mereka akhirnya sedar yang mereka tidak mampu lagi dijadikan alat untuk melindungi totey Anwar yang sangat LIAR itu?!! 



Ini semakin menarik. Anwar juga meminta maaf?!! Setahu kami Anwar hanya pandai bersujud ampun kepada yahudi.

Tetapi bab gangguan emosi itu, memang kami setuju. Cumanya kenapa pula kali ini muka Anwar pula yang berbalut?!! Banyak sangat bergesel payu dara China Doll ke?!!








Oh, rupa-rupanya bukan Anwar Ibrahim, tetapi Anwar Al-Balkimy, seorang ahli Parlimen Mesir. Tidak sangka ya, buat pembedahan hidung pun  boleh dipecat. Alasannya, mengubah ketentuan Tuhan.



Kalau di Malaysia ini, bukan setakat mengubah ketentuan Tuhan, malah mengubah fitrah manusia lagi! Hukum halal haram berzina tidak usah hendak ceritalah. Semuanya dilanggar maut. Baik jantan, betina, bini orang, semuanya sama sahaja. Tetapi yang menariknya, semuanya masih lagi selamat dan mewah menjadi pemimpin politik dan ahli parlimen dengan duit rakyat dan hasil negeri.

Hebat tak hebatlah Malaysia ini ya?!!

PISAU.NET

Posted: 08 Mar 2012 09:33 PM PST

PISAU.NET


Rakyat Di Beli Dengan Harga RM1.

Posted: 08 Mar 2012 05:00 PM PST


Pemimpin pakatan banyak kali meremehkan minda rakyat,dalam siri kempen pakatan memperbodohkan rakyat adalah agenda utama semata mata mahu menarik sokongan.

Perihal rakyat pula ada kalangan dari mereka yang bebal untuk berfikir secara logik terus menerima dakyah,janji dan pembohongan kerana sudah tidak mampu berfikir secara rasional.

Padahnya kita boleh lihat sehingga sekarang hasilnya,rakyat dibiarkan malah langsung tidak dipedulikan dek kerana pemimpin haprak pakatan terlalu banyak politiking daripada membantu rakyat.

Di Malaysia,bapak kepada segala pembohongan si Anwar cukup terkenal dengan perangai bohong dan berjanji.Pada pemikiran beliau,rakyat boleh dimomokkan sepertimana penyokong tegar pakatan.Asalkan keluar saja dari mulut Anwar semuanya akan dianggap bagaikan wahyu.

Syukur alhamdulilah,segala pembohongan Anwar satu persatu Allah pertontonkan kepada seluruh rakyat Malaysia.Anwar cukup gemar berjanji sebaliknya tidak pernah ditunaikan.16 Septembernya mana,road to Putrajayanya mana?Habis satu negara haprak pakatan dikencing.

Tapi beruntunglah Anwar kerana kencingnya didapati lazat oleh haprak pakatan,hinggakan sekarang ini masih ada yang sanggup menjilat dan menghirup kencing beliau.

Selepas menabur janji manis kepada rakyat Selangor, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan kaedah sama untuk memikat hati rakyat di negeri ini bagi meraih undi pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam ceramahnya sempena lawatan ke Little India di sini, Anwar berkata, pembangkang akan menurunkan harga minyak sebanyak RM1 jika mereka berjaya merampas Putrajaya.

"Semasa saya menjadi Menteri Kewangan dulu, keuntungan hasil jualan minyak adalah sebanyak RM30 bilion setahun tetapi pada hari ini keuntungannya mencecah RM90 bilion setahun.

"Baru-baru ini saya ada bertemu seorang menteri di Turki dan India. Mereka bimbang kerana semakin banyak minyak yang terpaksa diimport tetapi negara kita pula sebaliknya mengeksport minyak.

"Jadi jika menang, saya akan umumkan harga minyak dikurangkan sebanyak RM1," katanya ketika berucap di depan kira-kira 200 penyokongnya.-Utusan

Anwar kata " semasa saya jadi menteri kewangan,saya tibai duit berbillion,tak percaya pi tanya rahim ghouse"

Mimpi Basah Pemimpin PAS

Posted: 08 Mar 2012 02:33 PM PST


Pisau kata "akai rendah dari budak PASTI"

The Star Puas Hati ,KDN Tak Puas Hati.

Posted: 08 Mar 2012 05:00 AM PST


The Star punyai modus operandi yang mudah,dihinanya umat Islam berkali kali,kemudian mintak maaf.Bukan sekali tapi dah berkali kali akhbar ini menghina umat Islam.

Penghinaan The Star merangkumi jutaan cetakan akhbar itu yang dijual keseluruh negara.Penghinaan kepada umat Islam dinegara majoritinya umat Islam dilakukan bagaikan secara sistematik.

Adakah dengan hanya sekadar meminta maaf sudah boleh menghapuskan "kesilapan" yang berulang ulang. Umat Islam Malaysia bodoh dan bebal?Itulah kebarangkalian dalam pemikiran para editor The Star maka mereka boleh memperlekehkan Kementerian Dalam Negeri.


KDN tidak puas hati kenyataan The Star


Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak berpuas hati dengan penjelasan akhbar The Star berhubung penyiaran gambar artis luar negara, Erykah Badu yang tubuhnya tertera tatu kalimah Allah menerusi sisipan akhbar itu pada 27 Februari lalu.

Justeru, Ketua Setiausahanya, Tan Sri Mahmood Adam hari ini menuntut akhbar itu mengemukakan cadangan kepada kementerian tindakan yang lebih tegas bagi memastikan kesilapan sama tidak berulang dan dapat dijadikan pengajaran pada masa depan.

"Susulan itu, KDN ingin menegaskan supaya media mengambil tindakan pencegahan, pembetulan dan berinformasi bagi mengelakkan sebarang paparan kandungan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

KDN..apa lagi..gantung jer lesen The Star..geng DAP & kawan kawan Guan Eng ramai kat dalam tu..

Pisau kata" The Star milik MCA,tapi runner dia DAP..apa macam..best tak?"

Azizan terpaksa ‘disembelih’

Posted: 08 Mar 2012 12:00 AM PST


ALAHAI negeriku Kedah. Ingatkan bagi kat Bulan, Kedah akan bahagia, makmur dan sentosa. Akan sentiasa terang-benderang macam cahaya bulan, tapi sebaliknya panas meletit-letit dan kacau-bilau pulak. Masing-masing nak kuasa, masing-masing gila kuasa, masing-masing nak rampas kuasa.


Yang lucunya, yang merampas kuasa pula ialah sesama sendiri, Pas dengan Pas, parti yang sepanjang tahun asyik-asyik berceramah siang dan malam memprovok rakyat membenci sesama sendiri. Membenci antara Melayu dengan Melayu, membenci sesama Islam. Orang Pas tak sembahyang di masjid milik kerajaan Pusat kerana dituduh UMNO itu kafir, merekalah lebih Islam daripada Islam dan macam-macam lagi.


Nah, apabila kuasa diberi, ini pulak jadinya. Ada ke, kerajaan Kedah kini 'diperintah' oleh Pas Pusat pula? Diletakkan di bawah jawatankuasa pemandu Pas Pusat? Macam dalam suasana darurat – diletakkan di bawah Mageran.


Apa dah jadi ini, kerajaan negeri sepatutnya diperintah oleh MBlah, bukan juak-juak Pas dalam markas mereka di Pusat. Pusat itu pula di mana? Kuala Lumpur atau di Kelantan, yang diperintah oleh Mursyidul Amnya?


Apalah nak jadi dengan Kedah ini, sudahlah negeri miskin, bertambah miskinlah nampaknya. Persoalannya mengapa MB, Azizan Razak diperlakukan sedemikian. Apa yang menyebabkan Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh, dua Exco yang dipecat Azizan bertindak sebegitu.


Mengapa pula Pas Pusat, yang kini dikuasai oleh parasit-parasit (mengambil istilah Dr. Hasan Ali) bersetuju pula dengan dua orang itu dan bukannya Azizan, yang diberi mandat penuh oleh Presiden Pas, Haji Hadi Awang untuk menerajui negeri itu sebagai MB.


Apa dah jadi ni? Apa dah jadi ni? Adakah puak-puak parasit Anwarinas, yang kini menguasai Pas benar-benar mahu menguasai semuanya. Setakat ini puak-puak ini hanya belum mencetuskan huru-hara di Kelantan, kerana Nik Aziz Nik Mat (bertaraf Ayatollah) terlalu sayangkan Anwar Ibrahim, ketua puak Anwarinas.


Sejak memerintah negeri Kedah, Azizan ini dilihat terlalu liberal dalam corak pemerintahannya. Jika Dr. Mahathir Mohamad melawat ke Kedah, beliau dikatakan 'turun padang' menyambut bekas PM itu. Semasa PM Najib Tun Razak turun pun suasana kedua-duanya nampak begitu mesra sekali? Hubungan mesra itu juga mungkin kerana Azizan pernah mengenali keluarga Najib dan adik-adiknya semasa mereka belajar di England dulu.


Prinsip Azizan mudah sahaja, sesiapa saja yang boleh membawa pembangunan ekonomi dan kesejahteraan kepada rakyat beliau akan terima, walaupun terpaksa berbaik-baik dengan kerajaan Pusat, kata seorang rakan yang pernah mendengar Azizan berkata begitu. Bagi Anwar pula, itu tidak boleh diterima.


Apakah ini yang menyebabkan Azizan terpaksa 'disembelih' oleh mereka yang dikatakan terlalu memihak kepada puak Anwarinas itu. Phahrolrazi sejak beberapa ketika ini terlalu mengidamkan jawatan MB Kedah.


Seorang bekas pemimpin Kedah dan pernah berada dalam Exco negeri itu di bawah Azizan berkata kepada saya. Segala-gala apa yang berlaku disebabkan 'tangan ghaib' di atas. Di atas itu bermaksud Anwar.


Anwar, katanya cuba merosakkan Azizan. Pernahkah sesiapa sedar, Anwar tidak pernah melakukan kunjungan ke atas Azizan selaku MB? Malah dendam Anwar tidak pernah padam terhadap Azizan kerana Azizan dikatakan pernah menjerkah Anwar dalam satu mesyuarat, kata bekas Exco itu. Azizan juga dikatakan amat degil kerana tidak mahu menerima Buku Jingga sebagai 'Perlembagaan' yang perlu diikuti oleh kerajaan pakatan pembangkang.


Ada seorang rakan dalam KCS (Perkhidmatan Awam Kedah) memberitahu, puak Phahrolrazi bertindak demikian kerana Azizan dikatakan memerintah secara kuku besi dan setiap keputusan dibuat secara unilateral, tanpa mahu menerima nasihat anggota-anggota Exco lain. Tapi menurut bekas Exco yang pernah bersama-sama dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri itu pula berkata sebaliknya. Puak-puak Phahrolrazilah yang selama ini menguasai Azizan.


Kesimpulannya, kata bekas Exco itu, kesemuanya adalah hasil skrip yang ditulis oleh Anwar. Anwar ialah penulis skrip yang hebat. Skrip no. 2 ini sama dengan apa yang Dr. Hasan alami. Semuanya diputuskan oleh Pas Pusat. Azizan yang diikat tangannya sekarang pun ditentukan oleh Pas Pusat. Pas Pusat dikuasai oleh puak-puak Anwarinas.


Apa pun, rakyat Kedah sedang memerhatikan kemelut ini dengan begitu berhati-hati. Dulu pun semasa mereka memberi undi kepada pakatan pembangkang, faktornya ialah kerana mereka marahkan pentadbiran kerajaan pusat yang lalu. Namun suasananya sekarang sudah berbeza. Dulu pakatan menang kerana undi protes rakyat kepada kerajaan BN. Kini, rata-rata berkata mereka telah melakukan satu kesilapan yang amat besar kerana protes tersebut.


Namun, protes itu juga ada hikmahnya sehingga menyebabkan PM Najib memohon maaf secara terbuka kepada rakyat di atas kesilapan kerajaan pusat yang terdahulu.


Berbalik kepada Jawatankuasa Pemandu yang akan memandu atau mentadbir kerajaan negeri Kedah dari pejabat Pas Pusat di KL atau di KB itu, beberapa persoalan timbul?


Siapa yang akan memandu jawatankuasa itu? Adakah semuanya orang-orang Pas? Jika orang-orang Pas, adakah puak-puak Anwarinas? Bagaimana dengan orang-orang DAP dan PKR? Perlu diingat kemenangan Kedah ialah di atas pakatan, jadi adakah jawatankuasa ini akan dikuasai oleh Pas semata-mata? Pakatanlah sepatutnya yang memandu jawatankuasa ini menerusi 'Perlembagaan' Buku Jingga, bukannya melalui al-Quran dan hadis, yang juga tidak dilakukan semasa Pas memerintah.


Apakah peranan jawatankuasa pemandu ini? Apakah pula peranan SS, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah? Sepatutnya jika dalam keadaan begini, SS yang sepatutnya ambil-alih pentadbiran negeri, bukan parti politik?


Jadi, persoalannya sekarang, apa sebenarnya Pas ini?

Pokoknya, tamak haloba menguasai diri. Kuasa dijadikan cagaran untuk mengecapi kemewahan. Tender-tender sampah, misalnya di Selangor diberikan kepada kroni-kroni juga (sehingga difahamkan Persatuan Pengguna Shah Alam akan membuat repot polis di IPD Shah Alam 11 pagi ini). Itu baru tender sampah, tak kira lagi pelbagai lagi projek pembangunan di bawah perbadanan-perbadanan kemajuan negeri dan lain-lain. Hakikatnya, Selangor pula dikuasai oleh DAP.


MB Selangor pula dikatakan terlalu lemah, sehinggakan penasihat ekonominya ialah bekas lulusan pengajian Melayu, Anwar Ibrahim.


Itu sebablah, Dr. Hasan Ali marah sangat. Apabila pakatan memerintah Selangor, ia lebih teruk daripada semasa UMNO memerintah dulu. Itu pasallah sudah menjadi buah mulut sekarang, seburuk-buruk BN, sebaik-baik Pakatan, lebih baik BN lagi.


Alahai, harapkan panas hingga ke petang, hujan turun di tengah hari…
sumber :utusan/ Zaini Hassan

Penang Darul Samun & Sampah

Posted: 07 Mar 2012 10:05 PM PST

Pulau Pinang semenjak dibawah pemerintahan regim DAP,telah banyak perubahan yang dapat kita lihat.Kecemerlangan kerajaan negeri dibawah ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim DAP memperlihatkan kesungguhan haprak pakatan membawa perubahan berbanding selama 54 tahun BN memerintah.


Lim Guan Eng,seorang reject dari Melaka bukan saja menjadikan diri beliau ketua menteri paling celaka dalam sejarah,malah menjadikan diri beliau ketua menteri paling banyak menketedarah duit rakyat.Dengan deretan skandal dan penyelewengan Lim Guan Eng berjaya membuktikan Akauntabiliti,Telus dan Kecekapan pentadbiran DAP berjaya meraih 10billion dengan hanya sekali tenyeh surat anugerah runding terus kepada Ivory.


Pisau lihat ini bukan saja membuktikan Pulau Pinang sebagai Darul Samun malah sekarang negeri bertuah ini turut menjadi Darul Sampah. Kempen Cleaner Greener Penang yang terdapat didalam Manifesto DAP berjaya direalisasikan.


Gambar dibawah menjadi bukti. Tahniah kepada regim DAP Penang.....






sumber gambar:BadarKhubro

Pisau kata "GuanEng bukan saja kaya hasil samun wang rakyat dia juga kaya dengan sampah"

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 08 Mar 2012 09:31 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


CUEPACS Punya Susu, Nurul Izzah Hendak Nama

Posted: 08 Mar 2012 09:00 PM PST

Nurul Izzah menyatakan pemansuhan SBPA dan peningkatan SSM yang dibuat oleh Perdana Menteri adalah usaha mereka. Memang tidak malu. 

Rakyat satu Malaysia sudah tahu siapakah yang memperjuangkan isu ini, termasuklah kakitangan kerajaan dan CUEPACS sendiri. 

Apa yang pembangkang tahu adalah hendak buang kakitangan kerajaan. Kenyataan itu masih belum ditarik balik lagi, mohon maaf pun tidak. 

PAS Hendak Serah Johor Kepada DAP

Posted: 08 Mar 2012 06:30 PM PST

Hanya hendak bertanding 17 kerusi dalam PRU13? 7 Mac 2012, Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor meletakkan sasaran PAS bertanding hanya di 17 DUN dari 56 kerusi DUN yang ada di Johor.

17 kerusi yang PAS hendak bertanding bukannya solid kerusi orang Islam, akan ada calon PAS terdiri daripada bukan Islam seperti saranan Mujahid Yusof Rawa (baca sini).  Apakah akan ada wakil DAP yang akan bertanding atas tiket PAS untuk menjadi Menteri Besar di Johor? 

Jumlah kerusi DUN adalah 56 kerusi. Baki agihan kerusi antara PKR dan DAP yang masih tinggal adalah 39 kerusi. Siapa yang akan dapat agihan kerusi yang besar antara DAP dan PKR? Sudah tentulah DAP kerana DAP sekarang menang 4 kerusi DUN berbanding PKR yang bertanding hanya 9 kerusi dan kalah kesemuanya. 

Oleh itu, DAP sudah pasti akan bertanding 30 kerusi, PKR bertanding 9 kerusi dan PAS bertanding 17 kerusi di Johor. Jika inilah percaturan agihan kerusi di Johor, maka PAS sebenarnya sedang berusaha untuk menjual Johor kepada DAP. 

Akan berulanglah keadaan seperti di Perak dan Selangor, bila DAP yang menguasai pentadbiran kerajaan negeri berbanding PKR dan PAS. Keadaan ini tidak akan berlaku sekiranya rakyat dan pengundi bersama dengan kepimpinan Barisan Nasional. 

Undi PAS bermakna membantu DAP merampas satu persatu negeri Melayu. Jangan biarkan perkara ini berlaku. Sebarkan perkhabaran ini agar pengundi Melayu waspada dengan rancangan sebenar PAS di Johor. Berhati hatilah mereka juga akan memanipulasikan agar UMNO bergaduh sesama sendiri untuk mengambil kesempatan dalam PRU13.

Hak Asasi Manusia Perlu Hormati Kehendak Agama

Posted: 08 Mar 2012 03:00 PM PST

SETIAP rakyat Malaysia mempunyai hak asasi sebagai manusia yang dilindungi undang-undang. Hak asasi ialah asas kepada kebebasan, keadilan dan keamanan dunia. Pengabaian hak asasi manusia akan mengakibatkan kemusnahan kepada alam dan penghuninya.

Hak asasi atas nama manusia semata-mata berbeza dengan hak asasi atas nama manusia beragama Islam atau agama lain di dunia. Contohnya, setiap manusia mempunyai kebebasan beragama dan mengamalkan kepercayaan mengikut agama dianuti, tetapi kebebasan beragama ini tidak terpakai kepada 'manusia yang beragama Islam' kerana kepada setiap Muslim, menukar agama bukan hak tetapi satu kesalahan. 

Hakikat ini bukan menidakkan kesamarataan antara manusia tetapi kerana sifat hak asasi itu sendiri yang tertakluk kepada kebebasan beragama. Justeru, pengamalan hak asasi perlu mengikut garis panduan yang dibatasi kepercayaan dan justifikasi perbezaan hak dan tanggungjawab.
Agama Islam menjamin hak setiap manusia. Hak asasi setiap Muslim tertunai apabila tanggungjawab terhadap Allah SWT dan Muslim lain turut ditunaikan. Tiada siapa yang layak menuntut hak sekiranya tidak mahu melangsaikan tanggungjawab.

Seorang rakyat contohnya, hanya layak mendapat hak sebagai warga negara apabila tanggungjawab terhadap pemerintah ditunaikan. Begitu juga pemimpin negara, ketua rumah tangga mahupun seorang abang kepada adik.

Sifat terpenting hak asasi seperti termaktub dalam deklarasi antarabangsa hak asasi manusia bersumberkan al-Quran dan Sunnah seperti 'Universal Islamic Declaration of Human Rights 1981' dan 'Cairo Declaration of Human Rights in Islam 1990' dan Barat seperti 'Universal Declaration of Human Rights 1948' adalah keterbatasan hak itu.

Kebebasan tanpa batas seperti yang sering dilaungkan apabila manusia menuntut hak individu sangat bercanggah dengan sifat hak asasi yang berasaskan kebebasan individu dan keadilan masyarakat. Memang benar hak asasi mempertahankan hak setiap individu, tetapi sekiranya hak individu menafikan hak masyarakat, hak individu harus diketepikan untuk menjamin keadilan yang lebih penting dan manfaat yang lebih besar.
Hari ini, ramai yang memahami hak asasi dalam konteks hak tanpa batasan. Sebab itu sekatan ke atas hak asasi individu yang bertujuan menjaga gangguan lebih besar dikatakan penafian hak asasi dan perlu ditentang.

Apabila mahkamah tidak membenarkan permohonan pertukaran agama Islam kepada agama lain contohnya, mahkamah dan sistem kehakiman dikatakan membelakangi Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak asasi serta kebebasan beragama, sedangkan hak itu tidak terpakai kepada penganut Islam.

Selain keterbatasan dalam hak individu, sifat hak asasi manusia dalam sesebuah negara juga tertakluk kepada kepercayaan agama, sosial, ekonomi dan budaya dalam negara itu. Sebab itu hak asasi dalam Deklarasi Antarabangsa bersifat umum, kerana ia bertujuan memberi peluang kepada negara di dunia merangka hak asasi dalam konteks setempat dengan syarat tidak bertentangan dengan objektif dan tujuan hak asasi manusia.

Apabila negara di Barat mengiktiraf hak untuk mengamalkan gaya hidup songsang seperti gay, lesbian, biseksual dan transeksual, ia bukan bermaksud hak ini sebagai hak asasi manusia secara umum, tetapi hak asasi manusia yang bukan Islam di Barat.

Pengiktirafan itu sesuai dengan gaya hidup dan kepercayaan (bukan agama) di Barat bahawa perbezaan manusia tidak boleh diukur dengan perbezaan seksual. Di Barat, seseorang yang pembinaan sosialnya lebih terarah kepada sifat perempuan dan feminin akan diiktiraf sebagai perempuan walaupun sifat biologinya lelaki dan begitulah sebaliknya.

Justeru, di atas kepercayaan itu, mereka mengiktiraf hubungan atau perkahwinan sesama jenis dan hubungan tanpa batasan jenis seksual. Mereka menganggap beza setiap manusia ialah pada emosi serta pembinaan sosial yang menjadikan mereka feminin atau maskulin.

Penulis percaya bahawa dalam konteks negara Malaysia, hak untuk mengamalkan gaya hidup songsang bukan hak asasi manusia untuk rakyat Malaysia dan tidak pernah termaktub di dalam undang-undang.
Sebarang sokongan untuk menyedarkan masyarakat bahawa golongan gay, lesbian, biseksual dan transeksual patut diberi pengiktirafan tidak wajar dilakukan kerana ia bertentangan dengan kepercayaan agama dan budaya setempat.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-A'raf, ayat 80-81 bermaksud: "Dan Nabi Lut ketika ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun di dunia ini. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu bukan kepada wanita, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".

Negara tidak akan menjadi mundur jika golongan gay, lesbian, biseksual dan transeksual tidak diberi pengiktirafan undang-undang mahupun sosial, bahkan ia meningkatkan imej dan identiti negara ini yang mempunyai wibawa yang berbeza dengan negara lain.

Pemikiran baru yang menyongsang identiti Malaysia ini mungkin mendapat sokongan landskap antarabangsa berstatus liberal serta ingin mengganggu gugat masyarakat Malaysia yang tidak memisahkan agama dalam cara hidup.

Perlu diingat, walaupun sebahagian besar kuasa Barat mengiktiraf kebebasan orientasi seksual dan identiti gender, terdapat pandangan lebih realistik di kalangan mereka yang menafikan pencabulan fitrah seksual manusia. Jangan pula kita yang lebih Barat daripada Barat! Sumber Bharian


Malaysiakini Balun PAS Kedah

Posted: 08 Mar 2012 07:59 AM PST

Akhirnya Malaysiakini mengesahkan bahawa perpecahan PAS Kedah telah memalitkan arang ke muka PAS. Ini bermaksud, Malaysiakini turut membantu usaha parasit untuk menggulingkan Azizan Razak, Menteri Besar Sementara PAS sehingga PRU13. 

Buat apa lagi hendak undi PAS selepas ini, kalau masih lagi kekal kerajaan PAS di Kedah, mereka akan berebut lagi sakan untuk jawatan MB pula selepas ini.

Video Perbezaan Aspirasi Mahasiswa dan Mahasiswa Pro Pembangkang

Posted: 08 Mar 2012 06:30 AM PST


JK Pemandu Langgar Undang Undang Tubuh Negeri Kedah

Posted: 08 Mar 2012 05:00 AM PST


Krisis Kedah Berjangkit Kepada Pro Mahasiswa UPM

Posted: 08 Mar 2012 02:30 AM PST

Malam ini (8 Mac 2012), Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) akan mengadakan Mesyuarat Agung untuk memilih barisan kepimpinannya sekali lagi.

Sebelum ini sudah dibuat Mesyuarat Agung (minggu lepas). tetapi ianya tidak direstui oleh kepimpinan Majlis Syura PAS. Khabarnya Ketua Dewan Pemuda PAS Cheras telah menelefon penasihat PMIUPM dan mengarahkan agar keputusan mesyuarat agung yang pertama tidak disahkan.


Dalam mesyuarat agung yang lepas, Presiden PMIPUM iaitu Muhammad Hazim Mohd Noh dipilih semula menerajui PMIUPM. Majlis Syura tidak merestui Hazim.  Ini kerana Hazim dikatakan sependapat dan membawa aspirasi Ustaz Azizan Razak, MB Kedah di UPM. 

Penasihat PMIUPM mengatakan alasan untuk membuat mesyuarat agung sekali lagi adalah kerana mesyuarat agung yang diadakan pada minggu lepas adalah tidak mengikut prosedur mesyuarat. Pembentangan penyata kewangan tidak dibuat seperti yang sepatutnya.

Malam ini apa yang berlaku kepada Azizan Razak di Kedah akan berlaku di UPM. Sudah pasti Hazim akan digulingkan atau dipantau oleh Jawatankuasa Pemandu (Majlis Syura PAS). 

Inilah bukti bahawa kepimpinan Pro Mahasiswa di kampus tidak bebas. Mereka dipengaruhi dan digunakan oleh pihak luar untuk kepentingan politik. 

Jika tidak sealiran dengan kumpulan parasit, mereka akan ditendang keluar samada dari PAS atau PMIUPM. Inilah nilai demokrasi dalam PAS dan Pro Mahasiswa. Macam ini kebebasan akademik?

Video Remaja Meninggal Tanah Runtuh, Hujan Lebat Di Kuala Lumpur

Posted: 08 Mar 2012 12:30 AM PST


Hujan lebat yang melanda ibu negara semalam telah mengakibatkan seorang maut ditimbus tanah runtuh di belakang rumahnya di kuarters polis di Jalan Belfield berhampiran Kampung Attap. 

Mangsa, Mohd. Irfan Raja Azlan, 13, berada di belakang rumahnya apabila tiba-tiba tebing setinggi lima meter runtuh dan menimbus pelajar itu kira-kira pukul 9.30 malam.Al fatihah untuk mangsa.

Demo Ikan Duyung Satu Cubaan Menghina Islam

Posted: 07 Mar 2012 10:30 PM PST

Apa motif sebenar kempen ikan ikan duyung ini berkempen untuk mengesyorkan rakyat Malaysia agar tidak makan daging dan berubah kepada vegetarian?

Sekali imbas tidak nampak apa-apa melainkan aksi tidur atas jalan, sama seperti sekumpulan pelajar yang tidur atas jalan jam 2 pagi pada awal tahun ini. Namun sila baca dengan teliti kenyataan Claire Fryer selaku campaign manager PETA. 

Beliau sebenarnya mempertikaikan cara sembelihan haiwan ternakan yang dibuat oleh orang Islam di negara ini. Perkara ini sebenarnya satu cubaan untuk menyerang agama Islam di Malaysia. 

Sama seperti Seksualiti Merdeka yang cuba menjunjung hak asasi melebihi kedudukan agama, demo ikan duyung ini juga menggunakan alasan hak untuk menafikan amalan agama. 

Sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian pelik sebegini. Agaknya apa motif jangka panjang kumpulan ini? Siapa yang ajak mereka berdemo sebegini? 


GERAKAN ANTI PKR

Posted: 08 Mar 2012 09:11 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


LIM GUAN ENG DAN KENYATAAN HAMSAPNYA.

Posted: 08 Mar 2012 06:00 PM PST

KENAPA PARASIT KOREK IDUNG ?

Posted: 08 Mar 2012 05:00 PM PST

FAKTA : BEZA IMPLEMENTASI BN DAN PAKATAN.

Posted: 08 Mar 2012 08:59 AM PST

BAGUS, AKU GALAKKAN KALID UNTUK BERFIKIR BEGITU.

Posted: 08 Mar 2012 05:00 AM PST

BILA HJ HADI NAK KOMEN JURISDIKSI BRITAIN ?

Posted: 08 Mar 2012 02:30 AM PST

MALAYSIAKINI BERJAYA WUJUDKAN PERPECAHAN DALAM PAS.

Posted: 07 Mar 2012 10:34 PM PST

tok gajah

Posted: 08 Mar 2012 09:08 PM PST

tok gajah


Harapan tinggi Tok Gajah

Posted: 08 Mar 2012 08:22 AM PST



Tok terasa sangat bahang PRU 13 semakin hangat. Jika di peratikan dengan teliti, kita sudah nampak bahawa kerajaan kita iaitu BN sudah cukup bersedia. Kerajaan yang sedang memerintah yang di terajui oleh DS Najib memang mantab. Tok seliut PM kita yang sangat rajin, adil dan bijaksana mentadbir negara ini sehingga beliau telah berjaya memulihkan keadaan ketahap yang sangat memberangsangkan.

Sekarang apa lagi yang kita mau kan, segalam bantuan telah di berikan, segala kehendak2 sudah di tunaikan dan segala janji2 telah di laksanakan. Kini kita sedang berada dalam suahsana aman dan makmur segala kemudahan dan keperluan sentiasa di bawah awasan kerajaan yang bijak dan adil. Tidak ada apa2 kesusahan dan kekurang yang kita alami.

Satu perkara yang sangat menyedih kan Tok ialah tentang tengkah laku dan perangai para pemimpin2 dan penyokong2 Pakatan Rakyat. Setiap hari dan waktu mereka ni sentiasa buat kacau aje. Tak habis2 cari jalan dan cari pasal untuk mem buruk2 kerajaan yang sedang memerintah.

Akan tetapi Allah lebih berkuasa dan adil, kita telah terlindung dari perbuatan buruk mereka ini. Kini kita telah semakin di percayai oleh semua gulungan lapisan masyarakat. Sokongan kita juga telah semakin mantap dan ber tambah2 ramai lagi bilangan nye.

Sebalik nye, mereka pula yang sudah nampak di timpa bale malepetake. Lihat apa yang sedang berlaku di negeri Kedah. Kucar kacir di buat nya oleh pemerintahan Pakatan Rakyat. Harapan untuk PR meneruskan pemerintahan nya di Kedah amat tipis. Rakyat Kedah sudah serik dengan pemerintahan PR. Mereka sudah tidak sabar2 lagi untuk menyambut ketibaan PRU13 untuk menghapuskan kerajaan PR.

Rakyat di Malaysia, khusus nya di Kelantan dan Selangor dan P Pinang haru ambil iktibar tentang pemerintahan PR yang sangat buruk ini. Keburukan pemerintahan PR ini se mate2 kerana mereka tiada berpengalaman langsung tentang memerintah. PR yang terdiri dari DAP, PKR dan PAS tidak pernah sebulu pada bila2 masa pun. Pendapat mereka sentiasa ber cangah antara satu sama lain.

Harapan tinggi Tok pada PRU 13 ini kita akan berjaya 'merampas' kembali negeri yang telah jatuh ke tangan PR dan kita juga pasti akan dapat menawan kembali Kelantan InshaAllah.

r b f

Posted: 08 Mar 2012 07:24 PM PST

r b f


Skim Saraan Malaysia (SSM) Ganti Skim SBPA, Gula Gula Untuk Rakyat?

Posted: 07 Mar 2012 07:40 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan.

Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.

"Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya.
Berhubung pelarasan gaji pula, keputusan yang dibuat seperti berikut:
  • Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
  •  Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
  •  Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
  •  Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan Ketua Setiausaha.
Apakah pandangan anda...?

bERANIKAN hATI

Posted: 08 Mar 2012 03:41 PM PST

bERANIKAN hATI


PELARASAN GAJI : PENINGKATAN PEDAPATAN, PENGURANGAN KEBOCORAN

Posted: 08 Mar 2012 12:27 AM PST

PM dah pastikan pelarasan dan kenaikan gaji berjalan seperti rancangan,
Presiden Cuepacs kenalah pastikan penjawat awam tidak culas berkerja dan sifarkan gejala rasuah


1. DS Najib telah membawa perkhabaran gembira kepada penjawat awak dengan mempersetujui pelarasan gaji seperti yang dimaklumkan. Sila rujuk Pengumuman Penyelarasan Gaji Penjawat Awam - Portal Blog 'PahangKu'

2. Semoga banyak pihak akan berasa gembira dengan pengumuman ini. Sudah tentu kenaikan gaji akan menguatkan kuasa beli penjawat awam seterusnya mampu meninghkatkan taraf hidup mereka. Cuma kita bimbangkan dalam pada gaji penjawat awam meningkat, peniaga juga tidak lupa cuba mengaut keuntungan dengan meningkatkan harga barang-barang keperluan.

3. Tanpa prejudis, kita berharap masalah kekurangan minyak masak di Perak baru-baru ini bukanlah satu usaha terancang golongan peniaga kearah itu. Kita juga berharap bekalan gula juga tidak akan berkurangan hanya kerana adanya peniaga dan pembekal yang melakukan sabotaj untuk menaikan harga barangan berkenaan.

4. Selain itu kita juga tana prejudis mengharapkan penjawat awam akan dapat meningkatkan produktiviti mereka dengan menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh bersesuai dengan kenaikan kadar gaji mereka supaya tidak berlaku kecuaian dalam menjalankan tugas. Kita tidak hendak dengar lagi ada sungutan yang menyatakan permohonan tanah yang sudah melebihi 20 tahun masih belum selesai prosesnya. Bermakna, jika seekor siput berjalan menuju Putrajaya besar kemungkinan ianya akan sampai kesana sebelum masa 20 tahun. Demikianlah lembabnya sebahagian kakitangan awam menjalankan tugasnya (bukan semua dan bukan disemua jabatan).

5 Selain itu adalah diharapkan juga agar kenaikan gaji dari rezeki yang halal ini akan dapat mengurangkan bahkan menghapuskan rasuah yang selama ini berleluasa dikebanyakan jabatan kerajaan. Ingat bahawa kemungkinan pegawai yang terlibat dalam gejala rasuah itu bukannya penyokong dan pengundi BN namun kesannya tetap akan terpaksa dipikul oleh Kerajaan yang sedang memerintah. Rasuah bukannya khusus terhadap parti tertentu, rasuah adalah amalan peribadi seseorang individu namun Kerajaan harus juga bertanggungjawab terhadapnya kerana ia melibatkan duit rakyat.

Rujuk juga disini: 


LYNAS BUKAN ISU DI PAHANG.......

Posted: 07 Mar 2012 08:14 PM PST

Hj Hadi kata; Dengarlah pandangan pakar dari Pas, tetapi apabila pakar Pas kata Lynas tidak bahaya mereka enggan mendengarnya....bodoh tahap apakah mereka ini?


1. Jika bukan kerana motif politik, semua orang percaya bahawa isu Lynas @ nadir bumi ini sudah lama selesai di Pahang dan Foziah sepatutnya sudah lama menutup mulutnya. Namun, beginilah politik di tanah air kita. Segalanya dipergunakan dan permainkan semata-mata untuk meraih undi. Yang malangnya adalah segalanya dilakukan bagi memburukkan kreadibiliti kerajaan dan pemimpin dengan tujuan menjatuhkannya untuk maerbut kuasa seterusnya melapangkan jalan ke Putrajaya.

2. Anu arr seperti biasa, matlamatnya menghalalkan cara. Kerana itu Pahang teruskan dijadikan sasaran kerana menganggap bahawa politik Pahang berantakan dan UMNO Pahang dalam keadaan yang lemah. Seperti biasa juga, Anu arr rela mencapai nafsu dan cita-citanya biarpun melalui 'jalan belakang'. Kerana itulah isu Lynas sering saja dihangatkan dan terbaru, 'Himpunan Hijau' diadakan di Kuantan bagin tujuan sama.

3. Rakyat sudah semakin sedar dan tidak lagi dapat diperbodohkan. Kerana itulah 'Himpunan Hijau' tidak mendapat sambutan. Sasaran mereka 26 ribu yang hadir hanya sekitar 3 ribu, itupun termasuk mereka yang diimpot. Malahan MB Pahang menyindir supaya aktiviti berkenaan diadakan sepanjang masa kerana ianya mampu manjana ekonomi negeri. MB Pahang menganggapnya sebagai sebahagian dari sektor pelancongan dan menamakannya 'Demo Tourism'.

4. Sebenarnya isu kilang Lynas di Kuantan itu tidak patut langsung jadi isu. Cuma Foziah Thoron yang gagal melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Parlimen ingin menutup malu dan kemaluannya atas kegagalannya memutarbelitkan keadaan dan jadikan Lynas sebagai kambing hitam bagi mengalih pandangan.

5. Jika 'rare earth' ini dianggap terlalu bahaya kepada rakyat, kenapa tidak pembangkang mengadakan bantahan juga di Selangor yang turut juga mempunyai kilang yang sedang beroperasi? Kenapa hanya kilang demikian itu dipertikaikan di Pahang tidak di Selangor yang diperintah oleh Pembangkang?

6. Rujukan: Sila baca pautan-pautan yang diberikan ini untuk lebih memahami lagi mengenai isu 'rare earth' ini:

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Posted: 08 Mar 2012 03:37 PM PST

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan


Terkini: SBPA Dibatalkan. SSM Dikekalkan. Gaji & Elaun Naik.

Posted: 07 Mar 2012 07:51 PM PST


Datuk Seri Najib Umum SBPA Dibatalkan Dan Kekalkan SSM




Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.

Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Sumber - Bernama

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 08 Mar 2012 03:22 PM PST

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Video Klip Tan Sri Khalid Kata Dato Noh Omar Menteri Kangaroo....!!

Posted: 08 Mar 2012 04:03 AM PST


Lawak Siot..! Imam Sewel Baling Selipar Menangis Setelah Dihukum Penjara Setahun....

Posted: 07 Mar 2012 11:51 PM PST

Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas seorang penjawat awam, Hoslan Hussin atas kesalahan menghina mahkamah berikutan tindakan lelaki itu yang melemparkan seliparnya ke arah panel hakim.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin ketika menyampaikan hukuman berkenaan berkata, hukuman setimpal bagi kes berkenaan adalah penjara setahun.

Beliau sebelum itu berkata, tindakan membaling alas kaki itu boleh menggugat kuasa mahkamah dan menjatuhkan maruah mahkamah sekiranya tiada tindakan dilakukan untuk kesalahan seperti itu.

"Kesalahan yang dilakukan kamu adalah serius di sisi undang-undang," katanya yang menambah, tindakan seperti itu tidak boleh dibiarkan tanpa dibendung.

Beliau yang mengetuai panel tiga hakim, menyampaikan hukuman tersebut selepas mendengar hujahan daripada wakil Peguam Negara, Suzana Atan dan juga wakil Majlis Peguam, Arthur Wong.

Suzana berkata tindakan Hoslan telah menyebabkan institusi kehakiman dipersenda dan mencadangkan hukuman penjara.

Wong turut mempersetujui cadangan hukuman oleh wakil Peguam Negara itu.

Seorang lagi panel hakim, Datuk Suriyadi Halim Omar pula berkata beliau tidak begitu bermurah hati dalam menjatuhkan hukuman atas insiden yang "amat memalukan" itu.

Beliau juga mendapati Hoslan tidak menunjukkan imej seorang imam yang berbudi pekerti tinggi sebagai seorang yang menyandang jawatan keagamaan.

Sebaliknya, tindakan imam itu menunjukkan sikap "angkuh, biadap, riak, ganas dan langsung tidak menghormati institusi (kehakiman)," katanya.

Tambahnya, Hoslan menunjukkan kepercayaan kepada mahkamah apabila mengemukakan kes tersebut.

"Tapi bila kecewa atas tindakan yang tidak cekap, anda bertindak sedemikian.

"Jadi sekarang anda perlulah terima padahnya," katanya lagi.

Terdahulu mahkamah turut mendengar permohonan maaf daripada Hoslan, 46 berhubung tindakan membaling selipar itu.

"Saya kesal atas apa yang berlaku dan memohon maaf kepada seluruh kehakiman.

"Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan," katanya lagi.

Hoslan turut menjelaskan bahawa beliau keliru dengan perjalanan kes melibatkan dirinya dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan diputuskan di mahkamah tersebut pada 22 Februari lalu.

Hoslan yang mewakili dirinya sendiri dalam kes berkenaan berkata, beliau keliru dengan perjalanan kes tersebut "bermula daripada awal."

Kes tersebut sepatutnya didengar di Mahkamah Syariah dan bukannya di Mahkamah Sivil, katanya lagi yang meminta prihatin mahkamah.

Hoslan yang tidak berkasut hari ini turut dilihat menangis dengan kuat selepas memohon maaf daripada mahkamah.

Beliau turut menarik perhatian orang ramai apabila beliau menunaikan solat sunat di ruang legar mahkamah ketika mahkamah berhenti rehat.

Dalam mitigasinya selepas itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Hoslan turut memberitahu mahkamah bahawa tindakan membaling selipar itu "tidak dapat dipertahan."

Bagaimanapun mahkamah perlu mengambil kira faktor emosi Hoslan dan tindakan itu dilakukan secara tiba-tiba kerana beliau "keliru."

Hoslan juga perlu menyara tujuh anaknya, berusia antara enam hingga 16 tahun dan kini bekerja sebagai pegawai alam sekitar di Jabatan Alam Sekitar, kata Karpal lagi.

Video Klip Banyaaknyaa Sampah Di Selangor.... Selangorku??

Posted: 07 Mar 2012 06:52 PM PST


Pengikut