Pakatan Rakyat |
Posted: 16 Dec 2012 03:09 PM PST | Lebih 15,000 sertai HKR Pulau Pinang Posted: 16 Dec 2012 01:24 AM PST Para hadirin berdiri mengikuti ucapan pemimpin Pakatan Rakyat kerana padang becak. NIBONG TEBAL: Sekalipun padang becak kerana hujan petang tadi, namun tidak menghalang lebih 15,000 orang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pulau Pinang di Padang Awam Jawi, malam ini. Hujan yang turun renyai-renyai kira-kira jam 5.40 petang, yang kemudiannya lebat selama 15 minit pada jam 6.00 petang menyebabkan padang menjadi becak dan sebahagiannya ditakungi air. Begitupun, selepas solat Isyak, orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum mula berpusu-pusu ke padang tersebut untuk mengikuti pidato yang disampaikan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.
| PRU13: PAS Pulau Pinang yakin tambah kerusi Posted: 16 Dec 2012 01:21 AM PST NIBONG TEBAL: PAS Pulau Pinang terus mengulangi tekad untuk menambah bilangan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri pada Pilihan raya Umum ke-13 nanti. Pesuruhjayanya, Datuk Saleh Man berkata, buat masa ini PAS hanya mempunyai satu kerusi sahaja iaitu Permatang Pasir. Beliau yang juga Adun kawasan berkenaan melahirkan keyakinan PAS mampu menambah kerusi berdasarkan sokongan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Menurutnya, dengan semangat dan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat negeri ini, bukan sahaja PAS dapat menambah kerusi bahkan kerajaan negeri dapat dipertahankan. "Kita lihat semangat rakyat dalam program seperti ini, tak dapat tidak kita dapat sokongan rakyat dan keyakinan rakyat untuk kita tumbangkan BN dalam pilihan raya umum nanti," ujarnya ketika berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pulau Pinang di Padang Awam Jawi, malam ini. Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam negeri berharap rakyat terus berdoa supaya Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang terus mendapat mandat dalam pilihan raya umum nanti untuk memajukan negeri ini. Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang berucap selepas itu menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak mengamalkan dasar 'I help you, you help me'. Katanya, kerajaan yang bertindak sedemikian ialah kerajaan samseng. Beliau berkata, kerajaan negeri terus melaksanakan dasar untuk menunaikan tanggungjawab kepada rakyat sama ada mereka menyokong atau sebaliknya. Justeru, jelasnya dasar kerajaan Pakatan Rakyat berbeza dengan BN dalam melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk kesejahteraan rakyat. | Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak hari ini Posted: 16 Dec 2012 01:19 AM PST KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) peringkat negeri Perak diadakan pada hari ini bermula jam 3 petang sehinggalah 12 malam, bertempat di Bandar Seri Iskandar, Perak. HKR Perak adalah siri himpunan rakyat terakhir sebelum Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Nasional yang akan berlangsung pada 12 Januari 2013. Antara matlamat himpunan adalah sebagai persediaan untuk himpunan yang lebih besar dan utama di Kuala Lumpur, membawa masyarakat memahami isu-isu utama negara menjelang PRU13 dan menggerakkan jentera parti dan NGO ke arah menyuntik semangat perubahan dalam masyarakat. Aturcara Program akan bermula seawal 9 pagi dengan pertandingan futsal 7 sebelah. Konvoi berkereta dan motosikal yang bermula jam 10 pagi daripada segenap pelusuk negeri Perak dijangkakan akan tiba di Bandar Seri Iskandar jam 5 petang dan bakal turut serta di dalam Pameran Superbike, Vespa Klassik, Scrambler, Skuter dan juga Kereta. Acara untuk Pemuda, Wanita dan Pertandingan Melukis untuk Kanak-Kanak turut diadakan serentak. Konsert 'Bangkit Bro Bangkit' yang menampilkan Ito Blues Gang, Zuar XPDC, Nik Jidan, 2BS dan Airmas bakal menghangatkan suasana petang himpunan. Dewan Ulama dan NGO-NGO Islam akan memimpin Solat Maghrib, Isyak dan juga Solat Hajat. Bermula jam 8.30 malam pula, Pentas NGO akan memaparkan ceramah dan ucapan-ucapan daripada kumpulan Bersih, Anak, Kerabat, Royalti, SAMM, ABU, Bukit Merah Community, Save Teluk Rubiah dan lain-lain lagi. Jam 9.30 malam, persembahan artis daripada Ito Blues Gang, Nik Jidan, Sivaguru dan lain-lain. Pidato Pimpinan Rakyat dan penyampaian hadiah pertandingan akan bermula sekitar jam 10 malam sehinggalah berakhirnya pada jam 12 tengah malam. Datanglah beramai-ramai bagi menyemarakkan program yang telahpun diatur bersama ini. - http://ajijoi.blogspot.com | Bekas pelakon gembira terima kunjungan PAS Posted: 16 Dec 2012 01:18 AM PST KUALA LUMPUR: Jelas terpancar senyuman kegembiraan di wajah seorang bekas pelakon tanah air yang kini sedang terlantar sakit di hospital sejak 3 bulan lalu apabila menerima kunjungan Ketua Penerangan PAS Kawasan Larut, Mohd Akmal Kamaruddin, baru-baru ini. Pelakon tersebut, Radi Mat Isa, 50, pernah membintangi beberapa buah filem pada era 80-an, antaranya 'Panglima Badul', 'Hong Kong Angel 2', 'Tuan Besar' dan lain-lain lagi. Akmal yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak berkata, pelakon tersebut yang sebelum ini banyak membuat persembahan di pentas-pentas Felda selepas tidak lagi terbabit dalam dunia lakonan telah dimasukkan ke Hospital Selama pada bulan Julai yang lalu bagi menjalani satu pembedahan membuang satu ketumbuhan di bawah punggung. Walau bagaimanapun jelas Akmal, selepas pembedahan itu Radi telah mengalami satu komplikasi yang mengakibatkan kedua-dua kakinya lumpuh. Sebak melihat penderitaannya itu, Akmal berkata pihaknya amat berharap agar Persatuan-persatuan seperti Seniman, Karyawan dan mana-mana persatuan yang ditubuhkan untuk membela nasib golongan artis di negara ini agar mengambil perhatian serius akan hal yang menimpa bekas pelakon tersebut. "Pihak kami mengalu-alukan juga sumbangan daripada orang ramai yang prihatin dan sumbangan tersebut boleh disalurkan terus ke akaun Maybank bernombor 158305335259 atas nama Madrazhid bin Isa," jelas Akmal lagi. - http://persepsikitaberbeza.blogspot.com | PRU13: DAP akan letak calon Melayu Posted: 16 Dec 2012 12:48 AM PST SINAR HARIAN GEORGETOWN - DAP akan menampilkan calon-calon mengikut kelayakan dan mempunyai peluang cerah untuk menang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng. Katanya, calon keturunan Cina yang dipilih oleh parti juga mestilah yang boleh berkhidmat untuk kepentingan masyarakat lain, tidak terhad kepada kaum Cina sahaja. "Yang penting ialah kita mahu semua pemimpin mendekati semua rakyat Malaysia. Kenapa hanya Melayu mendekati orang Melayu, Cina mendekati kaum Cina, India mendekati kaum India sahaja? Ini bukan konsep Malaysian Malaysia yang kita tentukan (perjuangkan)," katanya pada sidang akhbar selepas berakhirnya Kongres Kebangsaan DAP ke-16 hari ini. Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, memberi jaminan bahawa DAP, yang menjadi tunjang parti pakatan DAP-PKR-Pas, akan menampilkan calon Melayu bagi meraih sokongan khususnya orang Melayu. Mengenai permintaan DAP yang mahu tambahan 13 kerusi iaitu tiga kawasan Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri (Dun), beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan lebih lanjut oleh Biro Pakatan Rakyat yang baru ditubuhkan parti itu. Pada pilihan raya umum 2008, DAP bertanding bagi 47 kerusi Parlimen dan 102 kerusi Dun. Anggota jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor berkata, parti itu mesti mengetengahkan calon Melayu dalam pilihan raya umum akan datang untuk memastikan kemenangan DAP dan seterusnya mengekalkan pentadbiran di Pulau Mutiara ini. "Sekiranya DAP mahu memerintah Pulau Pinang sekali lagi maka rakyat mesti nak lihat yang menganggotai Adun ada daripada kaum Melayu DAP. Kalau tidak ada, apa mesej yang anda (DAP) mahu hantar kepada rakyat, khususnya orang Melayu?" katanya. Zulkifli merupakan seorang daripada lapan pemimpin DAP Melayu yang gagal dalam perebutan jawatan CEC. Menyatakan keputusan pemilihan CEC itu tidak mengecewakannya, beliau berkata: "Sama ada mereka pilih saya atau tidak, ia tidak meninggalkan sebarang kesan lagi kerana saya sudah pun menjadi veteran." "Saya akan luahkan apa sahaja yang perlu saya perkatakan dan saya akan menyumbang bukan sahaja untuk parti tetapi juga Malaysia," katanya. - Bernama | [VIDEO] Tahniah SPRM - Malaysia Dikenali Juara Dunia Dalam Rasuah! Posted: 16 Dec 2012 12:46 AM PST KELAB GREENBOC Kuala Lumpur : Badan pemantau rasuah, Transparency International (TI) berkata, Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kajiselidik Pembayar Rasuah 2012, menurut laporan The Wall Street Journal 11 Disember lalu. Mengikut laporan itu, 50 peratus syarikat di Malaysia pernah kehilangan kontrak ekoran syarikat pesaing yang membayar rasuah. Mexico pula mendapat peratusan kedua terendah dengan 48 peratus. "Ia menggambarkan sikap syarikat swasta di Malaysia, menunjukkan rasuah dalam sektor awam boleh jadi sistemik dan pada satu sisi diinstitusikan. "Syarikat luar yang ingin bekalkan (produk atau perkhidmatan) perlu waspada yang mereka mungkin akan diminta untuk beri rasuah," kata Presiden TI-Malaysia, Paul Low dalam laporan itu. Memetik laporan itu, di sebalik perang anti-rasuah yang berprofil tinggi, separuh dari eksekutif korporat yang terlibat dalam kajiselidik TI itu percaya bahawa pesaing mereka mendapatkan perniagaan melalui rasuah. Menurut Pengarah Pencegahan Rasuah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Ravindran Devanugam dalam laporan itu, Datuk Seri Najib Razak sejak menjadi Perdana Menteri berikrar menghapuskan rasuah dan mendapatkan semula keyakinan umum. "Beratus kes disiasat. Kerajaan menubuhkan mahkamah istimewa dan dalam langkah memperkenalkan hukuman yang lebih berat," kata Ravindran seperti dipetik. Namun, markah keseluruhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah TI merosot dalam tiga tahun berturut-turut, kata laporan itu lagi. Pada 2011, Malaysia mendapat 4.3 markah, lebih rendah daripada 2012 (4.4 markah) dan jauh berbeza berbanding penanda aras kerajaan, iaitu 4.9 markah. Dalam kajiselidik itu, Jepun mendapat markah terbaik dengan 2 peratus, Singapura di tangga kedua dengan 9 peratus, China dengan 27 peratus dan Indonesia, yang memiliki reputasi dalam soal rasuah, malah mendapat markah lebih baik dari Malaysia dengan 47 peratus, kata laporan itu.
| Tiada Tempat Perjuangan Bangsa! Posted: 16 Dec 2012 12:35 AM PST
| Pekerja CIMB berpiket bantah pengurusan adik Najib Razak Posted: 16 Dec 2012 12:28 AM PST KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR : Lebih 300 ahli Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (Nube) semalam berpiket depan Menara Bumiputra Commerce berhampiran pusat beli-belah Sogo bagi membantah pengurusan yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Nazir Razak. Ia berikutan Nube menuntut pembelaan kerana kesatuan itu menganggap berlaku penindasan terhadap pekerja bank termasuk hak pekerja dilanggar manakala tanggungjawab sosial dikhinati. Afendi Md Ali dipecat kerana mempersoal penyalahgunaan dana. Norlaily Mat Loddin yang hamil empat bulan dijerit, dimarahi dan diugut pengurus cawangan hingga pengsan kerana enggan membuat transaksi yang melanggar undang-undang. "Kira-kira 100 pekerja kontrak sementara dinafi jaminan pekerjaan dan hak untuk kehidupan lebih baik sepertimana dijamin kontrak tetap. Mereka juga tertakluk kepada diskriminasi melampau. "Penilaian prestasi dan bayaran kepada pekerja (turut) ditipu; pekerja dinafi makanan ketika menghadiri latihan dan uniform untuk pekerja juga diabai," kata kenyataan Nube. Demontrasi antara jam 10 pagi hingga 1 petang itu menyaksikan mereka membawa sepanduk mengecam CIMB dan Nazir, antaranya 'Adik PM Malaysia Mungkiri Janji' dan Adik PM sabotaj Manfaat untuk 100,000 rakyat Malaysia'. Demonstrasi turut gamat apabila peserta memutar lagu Gangnam Style yang diiringi dengan tiupan vuvuzela serta paluan kompang dan gendang masyarakat India. Nazir adalah adik kepada Datuk Seri Najib Razak yang turut dikait dengan pendedahan usahawan, Deepak Jaikishan berkaitan pembayaran kepada Penyiasat Persendirian, Balasubramanim. Kenyataan Nube juga menyebut, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu boros berbelanja RM18.7juta bagi menganjurkan pertandingan Golf CIMB Classics 2012 dan RM2.5juta untuk 128 pemain golf muda. "Pihak pengurusan tertinggi juga dapat bayaran bonus tinggi beserta kereta mewah dan faedah lain," katanya. (Sumber gambar: Internet) | Posted: 16 Dec 2012 12:20 AM PST Ahli parlimen Pasir Mas itu memperakui dirinya hebat semasa berucap di perhimpunan Perkasa di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur semalam. PETALING JAYA: Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali boleh dilabel sebagai seorang yang suka membangga diri serta gemar mencanang kehebatan sendiri. Ahli parlimen Pasir Mas itu memperakui dirinya hebat semasa berucap di perhimpunan Perkasa di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur semalam. "Dalam tempoh empat tahun (Perkasa ditubuhkan) ahli Perkasa sudah 300, 000 orang. " Saya tidak dapat satu benda dari (Najib) Datuk Seri Najib Tun Razak. Kalau saya dapat geran saya boleh kumpulkan orang Melayu seramai 500, 000 atau sejuta umat Melayu," katanya. Beliau merujuk kepada kepada kehadiran program perhimpunan Perkasa di Tasik Titiwangsa semalam yang munurutnya 10, 000 orang. "Ini tidak kira lagi berpuluh-puluh bas yang belum sampai kerana tersekat di tengah jalan kerana mereka bertolak lewat," tambah presiden Perkasa itu. Ibrahim juga mengatakan beliau seorang yang setia kepada parti tetapi menjadi mangsa cemburu kepada orang PAS dan Umno kerana kehebatannya. | Mudahnya buat dosa di Facebook Posted: 16 Dec 2012 12:17 AM PST
Teknologi seperti pisau, boleh guna secara bermanfaat, dan boleh juga disalah guna untuk membunuh. Ini termasuk Facebook. Sesuatu yang saya sendiri amat terigau-igau suatu ketika dahulu, berhubung semula dengan kawan-kawan yang sudah lama terpisah dan tidak diketahui di mana berada, kini direalisasikan oleh Mark Zuckerberg. melalui Facebook. Terima kasih. Namun sesuatu yang amat kita sedari, Facebook juga banyak menjebakkan kita pada dosa, sama ada sengaja atau pun tidak. Selain memuat naik bahan yang 'lagha' dan membawa kepada maksiat, ada juga yang kononnya mahu berdakwah namun tanpa sedar, mereka sendiri bersubahat. Contoh: Seseorang yang mahu mengingatkan orang lain mengenai gaya berpakaian mendedahkan aurat, menjolok mata telah memuat naik gambar-gambar seksi yang tidak seharusnya jadi tontonan. Apakah kaedah dakwah seperti ini boleh diterima? Saya bukan ustaz tetapi apa yang saya faham, memaparkan gambar-gambar seperti itu mungkin juga boleh jadi 'saham' (baca: dosa). Jadi pada saya, soal peringatan boleh sahaja dengan perkataan, tidak perlu gambar. Wallahua'lam. Harap ada mereka yang lebih arif sudi mencerahkan. Kebelakangan ini, apabila saya paparkan Facebook saya melalui Kelab 40, saya dapat ramai kawan baru setiap hari dari seluruh negara, syukur kepada ALLAH. Bagi saya, ini tidak lain dengan niat hanya untuk bersilaturahmi, meramaikan kenalan. Namun apabila kita buka pintu komunikasi untuk diawamkan, kita terdedah kepada berbagai gejala tidak terduga. Tidak. Bukan maksud saya ada wanita yang cuba menggoda. Kalau itu yang berlaku, ianya sudah tentu bukan suatu masalah (gurau). Akan tetapi apa yang saya maksudkan ialah sikap dan tindak tanduk segelintir individu yang kita sendiri tidak begitu kenali dan mereka juga tidak mengenali kita, sebaliknya datang dengan cara yang kurang sopan malah boleh dianggap biadab, sesuka hati memaki hamun, menyumpah seranah orang lain dalam 'wall' kita hanya kerana pegangan politik totok mereka. Dengan penuh taksub, mereka tanpa segan silu mencaci orang lain yang tidak sealiran dengan kata-kata yang teramat keji, sedangkan orang yang dituju itu mereka sendiri pun tidak kenali. Sudah tentu perbuatan seperti ini perlu saya tegur. Rakan FB saya yang lebih seribu ramainya, adalah daripada pelbagai latar belakang. Selama ini, saya sendiri cuba bersikap neutral kerana rakan-rakan ini, amat saya hormati. Akan tetapi apabila saya menegur, saya sendiri pula diperlekehkan kerana dianggap tidak sehaluan. Sedangkan niat saya hanya tidak mahu 'wall' saya dijadikan medan permusuhan. Jika itu yang berlaku, sudah tentu saya sendiri juga tanggung sahamnya. Itu yang saya mahu elakkan. Sebaliknya teguran saya bukan sahaja tidak dihormati sebagai 'tuan rumah' malah dicadang pula supaya saya hanya paparkan cerita hal-hal masakan yang sudah tentu suatu penghinaan terhadap intelektualiti saya sebagai individu merdeka. Inilah gejala bebalisme (istilah ini dipopularkan oleh Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alattas) dan ekstrem yang sedang melanda generasi Melayu kita, termasuk yang berusia 40an yang sepatutnya sudah boleh berfikir dengan tenang dan matang dalam menghadam sesuatu perkara. Saya juga bukan jenis orang yang tidak boleh terima perbezaan pendapat. Islam, agama saya bukan sahaja membenarkan malah meraikan perbezaan pandangan. Buktinya, para ulama yang muktabar dibenarkan berijtihad dalam perkara-perkara furu' yang menjejaskan dasar hukum. Tetapi dalam berbahas, janganlah sampai kita menghina dan mencemuh orang lain yang tidak sealiran. Siapa kita untuk menghina mereka yang kita anggap tidak cukup bagus berbanding diri kita? Apakah perbuatan yang seperti itu boleh mendekatkan lagi kita kepada ALLAH? Apa yang kita seharusnya beringat ialah menghina orang , apa lagi yang kita tidak kenal, dosanya akan kita bawa hingga Yaumul Mahsyar, akan menghumban kita ke neraka walaupun selama hidup ini kita sudah melupainya. Dosa itu tidak akan terhapus begitu sahaja selagi kita tidak meminta maaf dan dimaafkan dan dengan penghinaan melalui Facebook umpamanya, kemaafan itu kita boleh anggap mustahil kerana orang yang kita berdosa kepadanya itu, kita tidak kenal . Jadi berhati-hatilah. Pesan Socrates: "Lidah tidak bertulang tetapi cukup kuat untuk melukakan hati orang lain. Kita juga tidak boleh menarik balik kata-kata yang sudah dilontarkan atau menyembuhkan hati yang sudah kita lukakan. Maka, waspadalah dengan setiap perkataan yang anda tuturkan." Itu lidah. Jari-jemari bertulang yang kita guna untuk menaip kata-kata kita di medium internet ini sudah tentu mampu untuk lebih menjahanamkan lagi hati orang lain. Jika kata-kata (pada zaman Socrates) hanya boleh dituturkan sesama orang yang berhadapan tetapi internet mampu melukakan hati orang di seluruh dunia, termasuk yang kita sendiri tidak kenali. Namun semua mereka akan bangkit menuntut maruah yang sudah tercela di akhirat nanti, dan sesungguhnya balasan ALLAH itu amat pasti. | Posted: 16 Dec 2012 12:14 AM PST Kehebatan Pas mampu bergerak sehingga mencapai usia 61 tahun di persada politik memang dikagumi oleh semua pemerhati politik. Macam mana ebuah parti yang tidak pernah memerintah di peringkat pusat mampu bertahan sehingga kini. Parti yang pada mula disokong oleh lebai kampung dan Tok Guru Pondok sudah menjadi parti yeng mencipta nama di peringkat antarabangsa terutama di dalam isu-isu yang melibatkan umat Islam yang tertindas. Pimpinan Pas diberi kepercayaan di dalam isu perang Teluk, konflik di Acheh, Selatan Filipina dan pergolakan Yaman Selatan. Sekarang Pas sebaris dengan pemimpin gerakan Islam antarabangsa. Pilihanraya merupakan wasilah Pas untuk mendapat kuasa. Inilah kelebihan Pas sebagai sebuah Harakah Islamiah dan Harakah Siasah, ia boleh bergerak di jaluran dakwah dan politik. Ertinya setelah tutup peti undi, maka petugas Pas akan bergerak untuk mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT. Apakah rahsia Pas, sehingga mampu bertahan sehingga kini?. Sedangkan parti yang seangkatan dengannya sudah berkubur tanpa batu nisan. Kesemua ini kerana Pas ada sistem tarbiah. Inilah kekuatan yang Pas wajibkan kepada semua ahli Pas samaada yang bergelar pemimpin atau ahli biasa. Jika ada individu yang gagal maka itu adalah masalah individu yang tidak mahu menyerapkan unsur tarbiah di dalam dirinya. Segala gerak kerja pilihanraya akan menjadi lesu dan tidak bermaya jika aspek ini kita ketepikan, maka Pas akan rebah jika tarbiah lemah. Tarbiah Pas mendidik supaya ahlinya memahami Islam secara syumul, menghayati Islam dan memperjuangkan Islam sebagai satu usaha jihad. Penekanan mengenai akidah diberi keutamaan sehingga ia menjadi pemangkin kepada setiap ahli. Kerana ini merupakan asas kepada manhaj tarbiah Pas. Ia juga merupakan manhaj yang ditunjukkan oleh nabi Muhammad SAW ketika mendidik para sahabat sehingga mereka menjadi generasi al-Quran yang unik. Sendi kekuatan ini jangan dirobohkan di dalam Pas. Walau pun tarbiah Pas tidak sempurna, ia bukan menjadi batu penghalang supaya diri kita bersedia untuk ditarbiah. Memandangkan realiti perjuangan Pas suatu yang sukar, bukan dihampari dengan permaidani merah maka ia perlu kepada kekuatan dalaman. Perjuangan yang akan diuji oleh Allah sebagaimana orang-orang yang terdahulu. Tarbiah melahirkan ahli yang tidak akan berdiam diri terhadap semua kemunkaran yang berlaku di atas muka bumi ini. Mereka sentiasa agresif untuk menentang penyelewingan yang berlaku di dalam negara. Mereka sudah ditarbiah, kezaliman dan penindasan tidak boleh dikonfromi.Oleh itu mereka sentiasa bergerak untuk menyatakan yang hak. Inilah yang menjadi motivasi kepada ahli. Dengan Tarbiah mereka bekerja tanpa diupah. Bekerja dan beramal kerana Allah. Sanggup berjemur panas dan hujan. Mengorbankan seluruh keringat dan tenaga demi Islam. Perkara ini tidak akan diperolehi dengan spontan dan semangat. Sebaliknya ia perlu kepada proses tarbiah yang difaham oleh ahli. Perkara ini tidak ada di pihak musuh. Kerana seluruh jentera tidak bergerak jika tanpa minyak pelincir (upah). Tarbiah melahirkan ahli yang sabar dan tahan ujian. Mereka faham bahawa perjuangan Pas tidak akan berada di zon selesa. Perjuangan tanpa dihampari dengan permaidani merah, sebaliknya penuh dengan ranjau dan duri. Ahli Pas ada yang dibunuh seperti peritiwa Memali yang mengorbankan 14 orang yang gugur syahid. Mati ditembak seperti Cikgu Tahrim bekas Pesuruhjaya Perlis, mati ditetak seperti Abdul Samad Gol, mati dibunuh seperti Ustaz Osman Talib ketika pilihanraya kecil Padang Terap. Ramai di kalangan ahli Pas yang di ISA. Ini bertepatan dengan Firman Allah SWT "Alif Lam Mim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata; "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu, daripada mereka , maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Surah ak-Ankabut 1-3) Dengan Tarbiah, Pas berjaya membentuk ahli Pas yang taat dan wala'.Mereka taat kepada pemimpin selagi pemimpin taat kepada Allah dan Rasul.Firman Allah SWT "SesungguhnyaNya penolongmu hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat, seraya tunduk (kepada Allah) (al-Maidah :55) Apabila pemimpin menyelewing dan kianat parti, maka mereka akan ditinggal keseorangan. Ahli Pas tidak akan Walau bagaimanapun dengan tahap minima begini Pas masih mampu bergerak. Mereka yang ditarbiah dan menghayati konsep tarbiah dengan sedaya mungkin akan menggerakkan jentera parti diperingkat lokaliti (kampung). Suatu perkara yang menyelewing di dalam perjuangan , jika ada berpandangan bahawa tarbiah tidak penting sewaktu hampir pilihanraya. Jika ada berpandangan sedemikian maka ini akan merosakkan masa depan parti. Musibah akan menimpa kepada jentera parti, kerana tidak ada siapa yang rela untuk mewakafkan diri kepada jentera parti. Tarbiah berperanan untuk membuang sifat-sifat mazmumah daripada setiap petugas parti. Sifat ini melambatkan gerak kerja parti. Penekanan pembersihan jiwa yang diberikan di dalam aspek tarbiah dapat membetulkan keadaan sehingga menjadi manusia yang kental dan tahan diuji. Inilah cara yang dilakukan oleh baginda kepada generasi sahabat pada peringkat awal dahulu supaya batu-batu penghalang dapat ditembusi. Soal pembersihan jiwa tidak boleh diketepikan, kerana godaan syaitan begitu kuat ketika kita melaksanakan amanah parti. Penekanan ibadah secara fardiah adalah anak kunci kejayaan tarbiah ruhiah. Ia lebih berkesan daripada kita lakukan secara jamaah. Ruh keikhlasan lebih menyerap ketika keseorangan berbanding apabila kita beramai-ramai. Inilah hikmahnya banyak ibadah sunat digalakkan supaya kita laksanakan secara fardi. | Kematian Akhbar Harian Di Malaysia ? Posted: 16 Dec 2012 12:07 AM PST Untuk sekian lama, pagi hujung minggu ialah masa untuk bersantai. Bagi kebanyakan orang, inilah masa untuk minum pagi, makan roti canai dan nasi lemak, sambil membaca akhbar. Akhbar merupakan antara media utama orang ramai mendapatkan berita. Bagaimanapun, sejak ledakan internet pada tahun 2000 (rujuk "The World is Flat"), internet dikatakan mula mengambilalih peranan akhbar. Sekiranya ini benar, adakah ini merupakan petanda bahawa akhbar-akhbar harian akan berkubur - sekiranya tidak sekarang, mungkin dalam tempoh yang tidak berapa lama? Menurut Pew Research Center for the People & the Press, televisyen masih merupakan sumber utama warga Amerika Syarikat mendapatkan berita dalam dan luar negeri, iaitu untuk sekitar 70% penduduk negara itu. Bagaimanapun, untuk pertama kalinya pada tahun 2008, internet mula mengatasi akhbar sebagai sumber utama mereka mendapat berita; 40% mengatakan mereka mendapatkannya dari internet, berbanding 35% dari akhbar. Ini adalah satu peralihan yang ketara, berbanding dengan masa awal ledakan internet dulu. Pada tahun 2001, hanya 13% rakyat Amerika Syarikat mendapat berita dari internet, berbanding 45% dari akhbar dan 74% dari televisyen. Implikasi kepada fenomena ini ialah kemerosotan jualan edisi cetak akhbar dan majalah. New Orleans menjadi bandar besar pertama di Amerika Syarikat yang tidak mempunyai akhbar harian apabila The Times-Picayune dikeluarkan tiga kali seminggu saja. Akhbar itu sebelum ini dikeluarkan setiap hari. Sementara itu di Alabama, akhbar The Birmingham News, The Press-Register of Mobile dan The Huntsville Times juga mula diterbitkan tiga kali seminggu. Sewaktu kemuncaknya, majalah antarabangsa, "Newsweek" mempunyai 3 juta edaran. Kini, edaran majalah itu turun kepada 1.5 juta saja. Pada 31 Disember ini, Newsweek akan mengeluarkan edisi cetak terakhir. Mulai tahun hadapan, Newsweek hanya diterbitkan dalam versi digital sahaja. Apakah tren ini juga dirasai di Malaysia? Melihat dari segi statistik, sudah ada petanda ke arah itu walaupun kesan penuh belum dapat dilihat lagi. Menurut New Media Trend Watch (http://www.newmediatrendwatch.com), jumlah rakyat Malaysia yang mempunyai internet (online population) pada tahun 2011 ialah 17,723 atau 61.7% (15 tahun dan ke atas). Satu lagi faktor ialah penggunaan "mobile devices." Lebih separuh pengguna (55%) internet di Malaysia menggunakan laptop, sementara 11% menggunakan smartphone. Hampir dua dari 10 orang (19%) rakyat Malaysia berumur 20-24 tahun mempunyai akses internet melalui telefon. Ini bermaksud akses internet menjadi lebih mudah dan dicepat. Bagaimanapun perubahan ini belum mempunyai kesan yang besar. Bilangan edaran akhbar harian dan mingguan pada separuh tahun pertama 2012 tidak banyak berbeza dengan sebelumnya. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Audit Bureau of Circulation Malaysia (ABCM) bagi Januari hingga Jun 2012, Mingguan Malaysia mencatat edaran 371,529 naskah dan Utusan Malaysia (181,356). Jumlah edaran Mingguan Malaysia jauh mengatasi akhbar berbahasa Inggeris paling popular, Sunday Star (292,606) dan lain-lain akhbar berbahasa Melayu. Pada tahun 2011, jumlah edaran Mingguan Malaysia ialah 362,635. Sementara edaran paling tinggi ialah akhbar-akhbar tabloid Metro Ahad (434,988) dan Harian Metro (394,026), diikuti Sin Chew (389,840). Hampir semua akhbar Malaysia mula menerbitkan versi digital, sebagai persediaan menghadapi peralihan gaya hidup. Di kalangan akhbar Malaysia yang mempunyai versi online, The Star berada pada kedudukan pertama (ranking 22), diikuti dengan Utusan Malaysia (35) berdasarkan ranking yang dikeluarkan oleh Alexa.com. Ini menunjukkan populariti akhbar harian dan mingguan seperti The Star dan Utusan Malaysia di internet tidak jauh beza dengan versi cetak. Maksudnya, sekiranya pengguna beralih dari mendapatkan berita melalui akhbar bercetak kepada secara online, populariti akhbar sedia ada tidak berubah. Di kalangan keseluruhan media berita online, hanya Malaysiakini mampu berada di hadapan The Star dan Utusan Malaysia. Selain itu, portal berita lain masih belum mampu mencabar populariti kedua-dua akhbar itu di Alexa.com. Kembali kepada persoalan yang saya ajukan di awal tulisan ini - Adakah dengan ledakan internet, kematian akhbar harian di Malaysia sudah bermula? Melihat kepada hujah di atas, saya merumuskan tidak. Tidak dalam jangka masa terdekat! * Untuk statistik Audit Bureau of Circulations Malaysia, sila rujuk http//www.abcm.org.my manakala untuk ranking, sila rujuk http://www.alexa.com -http://nobisha.blogspot.com | PORTAL PRO UMNO DESAK GERAKAN KELUAR DARI BN Posted: 16 Dec 2012 12:03 AM PST Oleh: WFAUZDIN NSHAKIKATNYA kita semua tahu bahawa Bn kini kehilangan sokongan kaum Cina. MCA dan Gerakan ternyata tidak berdaya membantu Bn sekarang. Ini adalah kerana kaum Cina lebih terbuka pemikiran mereka tidak seperti segolongan kaum Melayu yang masih 'layu-layu' di dalam Umno. Kaum Cina cepat peka dengan isu rasuah dan kejatuhan ekonomi. Kaum Melayu di dalam Umno lebih peka dengan BR1M, itu bezanya. Ini diakui sendiri oleh sebuah Portal Pro Umno di mana portal ini menyimpulkan akibat kegagalan MCA dan Gerakan mendapatkan sokongan kaum Cina, lebih baik Gerakan yang dikatakan amat memperjuangkan kaum itu keluar sahaja dari Bn. Baca di SINI. Sebenarnya kaum Cina tidak lagi merasa 'stim' bersama Bn adalah kerana mereka tahu hak-hak mereka sering diabaikan. Ketidak adilan banyak berlaku ke atas kaum ini tetapi mereka juga sedar bahawa apa yang mereka rasai itu telah lama turut dirasai oleh kaum Melayu biarpun lebih 55 tahun kaum Melayu menjadi pemimpin di dalam negara ini. Jika ada pun kaum Cina yang kaya raya, mereka adalah kroni pemimpin yang memerintah. Begitu juga jika ada Melayu yang kaya raya. Bukan sedikit kaum Cina yang miskin dan ramai juga Melayu yang miskin. Oleh itu, PR tidak lagi memandang perkauman di dalam menentukan hak seluruh rakyat di negara ini. Melayu miskin dibantu, Cina miskin juga tidak diabaikan termasuk semua kaum di dalam negara ini. Itu bezanya PR dengan Bn. Melayu Sabah misalnya tidak merasa RM40 juta yang masuk dari Hongkong kononnya untuk Umno Sabah. Kaum Cina pula merasa diperdayakan apabila duit kutipan cukai mereka kepada rakyat digunakan sebanyak RM250 Juta untuk satu keluarga yang membela lembu di dalam kondo. Kaum India pula terpaksa berhimpun di Putrajaya hanya untuk menyelesaikan Kad Pengenalan mereka sedangkan mereka sudah lama menjadi warga negara. Oleh yang demikian, rakyat tiada pilihan lain samada mereka dari kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Orang Asal atau apa jua kaum kecuali untuk memberi peluang kepada PR menerajui Putrajaya. Jika tidak diberi peluang, mana mungkin rakyat boleh menilai mana yang lebih baik samada Bn atau PR? Tetapi jika mahu menilai di dalam skop yang lebih kecil, lihat sahaja pencapai di Selangor, Penang, Kedah atau Kelantan. Cuba sebut satu sahaja kes rasuah yang melibatkan pimpinan politik atau Wakil Rakyat yang berlaku di negeri-negeri berkenaan? | Ibrahim Ali akan bertanding 'walau 15 penjuru' Posted: 15 Dec 2012 04:01 PM PST Ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali akan mempertahankan kerusi yang diwakilinya itu dalam pilihan raya umum ke-13 yang bakal menjelang. Presiden PERKASA itu berkata beliau tetap akan bertanding walaupun sebagai calon bebas, namun akan turut berunding dengan mana-mana parti yang ingin mengadakan kerjasama dengannya. "Nak berunding saya kena tengok dulu dasar perjuangan, tindak tanduk... Tengok dasar perjuangan, boleh berunding dan berkongsi dengan sesiapa sahaja dalam pilihan raya akan datang "(Jika) tidak ada perkongsian, saya bebas, saya solo, saya tetap akan bertanding walaupun saya seorang diri. "Saya tetap bertanding walaupun 10 atau 15 penjuru, tetapi terbuka untuk bekerjasama dengan orang mahu bekerjasama dengan saya," katanya. Ibrahim turut mendakwa Umno telah "melukakan hatinya" kerana menggugurkan beliau daripada jawatan ketua bahagian Pasir Mas semasa persempadanan semula kawasan pilihan raya dijalankan sebelum ini. Susulan itu, beliau kemudiannya bertanding atas tiket PAS pada 2008 dan memenangi kerusi tersebut hasil kerjasama "menang-menang" dengan parti Islam tersebut, katanya. Ibrahim berkata beliau juga tidak sepatutnya dianggap sebagai "kacang lupakan kulit" kerana PAS, dakwanya, mendapat keuntungan daripada perkara itu. "Sokongan saya kepada PAS, tidak sedikit yang mereka dapat. Kena tengok sejarah. Kena teliti betul-betul," katanya. Beliau juga mendakwa menjadi "mangsa cemburu" pihak tertentu atas prestasi dan khidmat yang diberikannya selama ini. "Siapa yang melukakan siapa? Dua-dua parti ini melukakan saya. Saya tidak pernah melukakan Umno, Umno melukakan saya," katanya. Ibrahim bercakap dalam satu sidang media selepas majlis perasmian persidangan agung PERKASA hari ini. Dalam majlis perasmian itu, beliau mengetuai sekumpulan 5,000 perwakilan dan pemerhati ke mesyuarat agung PERKASA untuk membaca ikrar bagi menyokong BN dalam pilihan raya umum ke-13. | Prinsip Dewan Himpunan Penyokong Pas tidak ubah Posted: 15 Dec 2012 03:59 PM PST Ketua DHPPP, Hu Pang Chaw berkata, keadilan untuk orang bukan Islam tetap menjadi salah satu daripada tanggungjawab yang perlu dijaga. "Tugas utama kami adalah untuk mewakili rakyat bukan Islam negeri ini dan kami bertanggungjawab atas segala perbincangan yang melibatkan isu-isu berkaitan," katanya kepada Sinar Harian semalam. Menurutnya, isu yang melibatkan remaja bukan Islam baru-baru ini bukanlah sesuatu yang perlu dihebahkan, sebaliknya hanya memerlukan perbincangan dan penjelasan yang jelas daripada pihak yang sepatutnya. Sebelum ini, dua remaja lelaki Cina disaman Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kerana didakwa berkelakuan tidak senonoh berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini. Beliau berkata, tindakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan yang mempertahankan tindakan MPKB itu sebagai tidak adil. "Apa guna wujudnya DHPP jika pihak kerajaan tidak mahu mendengar masalah kami, dan empat sayap utama dalam organisasi Pas juga ditubuhkan untuk keadilan semua rakyat iaitu Dewan Ulama, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan juga Dewan Himpunan Penyokong Pas. "DHPP merupakan satu-satunya wakil dari masyarakat bukan Islam yang dipertanggungjawabkan untuk membincang, bersuara dan menyelesaikan isu-isu berkaitan orang bukan Islam. "Sepatutnya Kerajaan Negeri berterima kasih kepada kami kerana kami membawa isu ini untuk mempertahankan keadilan rakyat kita sendiri mengikut dasar-dasar penubuhan DHPP," katanya. Phang Chaw berkata, perbincangan ini sangat penting kerana ianya melibatkan kepentingan awam dan bukannya individu tertentu bagi memastikan keadilan dan hak orang bukan Islam terjamin. "Perbincangan dan penjelasan yang betul diperlukan untuk memastikan semua masyarakat Kelantan terutamanya bukan Islam faham tentang isu ini dan tahu jalan penyelesaian yang diperolehi," katanya. | Bayi perempuan ditemui dalam kotak Posted: 15 Dec 2012 03:58 PM PST SINAR HARIAN KLANG - Seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah kotak yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kebajikan di Batu 3, Taman Mewah di Kapar di sini, semalam. | Posted: 15 Dec 2012 03:55 PM PST GEORGETOWN - Pengerusi DAP, Karpal Singh yakin hubungan erat antara parti dalam Pakatan Rakyat (PR) akan merealisasikan impian parti itu untuk merampas Putrajaya. Beliau berkata, walaupun sering memberi kritikan terhadap Pas kerana mengenakan dasar-dasar Islam ke atas bukan Islam terutamanya di Kelantan, beliau sentiasa menyokong Pas dan menyifatkannya sebagai "sekutu yang penting." "Pas adalah sekutu penting dalam PR. Kita mungkin mempunyai perbezaan pendapat dengan Pas, tetapi Pas adalah sebuah parti yang berprinsip kukuh," katanya. Karpal turut menyalurkan semangatnya kepada lebih 2,000 perwakilan apabila meminta supaya Barisan Nasional (BN) 'disembelih'. "Walau kita kukuh sekarang, namun kita tidak boleh lupa dengan musuh kita, BN. Kita mesti berjuang habis-habisan untuk memastikan kita dapat menggantikan BN. Kasi 'sembelih' BN. "Tiada keraguan dalam fikiran saya bahawa Pakatan Rakyat boleh mencapai objektif kerana kita kuat sekarang, contohnya Pulau Pinang, ia menunjukkan sebuah Kerajaan Negeri yang bagus di bawah pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Apa yang dicapai di Pulau Pinang, akan dicapai di Putrajaya juga nanti," katanya. Karpal berkata, suatu ketika dahulu, tiada siapa menyangka bahawa DAP akan bekerjasama dengan Pas, namun kini seluruh senario politik Malaysia telah berubah. "Kita juga mesti berubah mengikut peredaran masa. Dalam politik, tiada kawan atau musuh yang kekal, tetapi kita mesti mempunyai prinsip dan DAP akan tetap berpegang kepada prinsip-prinsipnya," katanya. Karpal turut mengingatkan perwakilan supaya tidak melupakan pemimpin veteran. "Tanpa mereka, parti ini tidak akan makmur seperti apa yang dilihat hari ini. Jika tidak kerana mereka (veteran), anda tidak akan berada di mana anda berada sekarang. "Jangan memandang rendah kuasa veteran. DAP dibina hasil titik peluh dan darah mereka ini," katanya. Pada masa yang sama, Karpal sekali lagi menyatakan sokongannya terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dilantik menjadi Perdana Menteri apabila PR memerintah negara nanti. Menurutnya, DAP akan memberi kerjasama yang penuh untuk menentukan Anwar. | Lebih 100 ahli Umno sertai solat hajat p'raya Posted: 15 Dec 2012 03:52 PM PST Lebih 100 anggota Umno Bahagian Pasir Puteh mengadakan solat hajat bagi memohon Allah melindungi dan memberi kemenangan kepada calon Umno dan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang. Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman berkata solat berkenaan yang diadakan malam tadi bukan bertujuan melaknatkan PAS, sebaliknya mendoakan Allah memberi hidayah kepada mereka agar memilih calon Umno yang banyak berjasa kepada agama Islam. "Ini berbeza ketika PAS mengadakan solat hajat di Kota Baharu bulan lepas di mana mereka mahu Allah melaknatkan Umno seperti melenyapkan firaun," katanya kepada pemberita di Pasir Puteh, hari ini. Mereka yang menyertai solat berkenaan terdiri daripada imam dan bilal masjid di sekitarnya, pendakwah dan penyelia pembangunan mukim (PPM) terutama yang tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbongan di Pasir Puteh. Solat berkenaan diimamkan oleh Pemangku Imam Masjid Mukim Padang Pak Amat Mohd Nor Jusoh. Zawawi berkata sudah sampai masanya umat Islam di Kelantan berfikir secara bijak tanpa emosi bahawa PAS banyak melakukan perbuatan yang bertentangan dengan agama Islam termasuk mengkafirkan Umno dan bersekongkol dengan DAP yang secara terang menolak negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud. Beliau berkata 22 tahun PAS memerintah Kelantan, tidak banyak perkara yang dilakukan untuk membangunkan negeri ini sama ada dalam bidang rohani dan jasmani. Katanya banyak janji yang dibuat PAS tidak ditunaikan seperti pembinaan stadium di Bukit Merbau di Pasir Puteh. Beliau berkata rakyat Kelantan perlu memberi mandat kepada Umno untuk membangunkan negeri ini agar setanding dengan negeri lain.- Bernama | PERKASA ikrar sokong BN dalam p'raya Posted: 15 Dec 2012 03:49 PM PST NGO pendesak Melayu PERKASA hari ini berikrar akan menyokong BN dalam pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan parti itu mendapat kerusi majoriti dua pertiga dan membentuk kerajaan. Ikrar tersebut dibaca oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali di hadapan kira-kira lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati di Persidangan Agung Tahunan PERKASA di Astaka Taman Tasik Tititwangsa di ibu negara. "Bahawasanya kita berikrar demi agama bangsa dan negara, kita tidak akan berpecah, menyerah diri, tidak jadi pengkhianat, tetapi membantu beri kemenangan kepada BN dua pertiga majoriti," kata Ibrahim yang kemudian diikuti satu persatu oleh perwakilan. Dalam ucapan dasarnya itu, Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas berkata sekiranya majoriti dua pertiga dapat maka isu yang berkaitan raja-raja Melayu dan persoalan agama Islam tidak akan berbangkit lagi. Beliau juga meminta seramai lebih 350,000 anggotanya untuk menunggu arahan selanjutnya daripada pucuk pimpinan NGO itu, bagi menyokong mana-mana calon BN yang akan bertanding dalam pilihan raya umum itu. "Jangan rasa terguris... (Ada) pemimpin MCA beri pelbagai respon (kepada kita)... Saya juga terguris... MCA boleh membantu Umno untuk menubuhkan kerajaan kuat. "Sebab itu kita undi Umno dan BN... Kalau nak ikut, saya lagi marah kepada Umno dan BN tetapi marah saya tidak boleh mengatasi agama, bangsa dan negara," katanya. Bercakap dalam sidang media kemudiannya, Ibrahim berkata sokongan kepada calon BN termasuk MCA dan MIC "tidak ada percanggahan" dengan prinsip perjuangan PERKASA yang berteraskan Melayu. Katanya, lagi mereka mahu membantu kerajaan menyatukan rakyat sekaligus menjadikan negara ini dalam keadaan aman dan menjamin kestabilan negara. "Kita sokong semua calon BN termasuk MCA dan MIC. Kita tidak lihat isu peribadi. Pemimpin datang dan pergi... Bukan soal individu. Tak adil seorang bawa lumpur, semua kita kena tolak. "Kita sokong BN atas dasar BN sebagai satu gabungan membawa wadah politik yang berkongsi kuasa dengan semua kaum," katanya. Ditanya sama ada menyokong BN juga bermaksud PERKASA menyokong perjuangan MCA, Ibrahim menegaskan bahawa NGO itu menyokong BN dan bukan individu tertentu semata-mata. "Saya tegaskan kita sokong BN, kerana konsep gabungan antara kaum yang terbukti sejak merdeka," katanya yang merayu supaya mandat diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pilihan raya umum akan datang. Dalam sidang media itu juga, Ibrahim turut membaca 10 perisytiharan dan resolusi PERKASA yang antara lainnya menyeru pengundi pengundi memilih kestabilan politik, keselamatan dan kesejahteraan rakyat. "Pilihan yang betul bagi membentuk kerajaan yang kuat ialah dengan memilih parti yang mempunyai rekod trek kecemerlangan mentadbir negara. "Kita tidak mempunyai pilihan lain kerana tawaran yang dibuat oleh pakatan alternatif jelas berkecamuk, sangat kacau dan semberono serta memperlihatkan percanggahan dan pertentangan sesama mereka," katanya. Beliau bimbang parti dalam Pakatan "yang tidak sehaluan" itu akan membawa "mudarat besar kepada rakyat dan negara". Sembilan lagi perkara yang digariskan dalam resolusi itu termasuk soal perpaduan bangsa, kebebasan beragama, ancaman pluralisme dan pengaruh lesbian, gay serta transgender (LGBT). Perkasa juga menyatakan sokongan terhadap Pelan Tindakan Pendidikan Negara serta kecaman mengenai campurtangan kuasa asing dalam negara. Perkara itu, menurutnya, akan diluluskan dalam mesyuarat Agung PERKASA di sebelah petang. | ||||
BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN Posted: 16 Dec 2012 01:37 PM PST Posted by Admin Direktori Blog | | 1:37 PTG Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :- Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |