Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- PAS, PKR, DAP berbeza dengan Umno, MCA, MIC
- Program kacau bubur asyura perdana hijratul rasul 1434H & meraikan kejuaraan 3 piala treble Red Warriors
- Lebih 15,000 sertai HKR Pulau Pinang
- PRU13: PAS Pulau Pinang yakin tambah kerusi
- Saya hadir kerana didakwa sakit berat -TG Nik Aziz
- Datuk Mokhtar Hamid sertai PAS, anggap Umno tergelincir
- DAP ajak PR buat perubahan 3 serangkai
- Waris perjuang lawan kepincangan Ketengah
- Najib rampas hak royalti Terengganu - Saifudin
PAS, PKR, DAP berbeza dengan Umno, MCA, MIC Posted: 16 Dec 2012 12:55 AM PST DUNGUN: Kerjasama PAS dengan orang bukan Islam adalah kerjasama yang dibenarkan dalam Islam selagi tidak melanggar dasar prinsip Islam. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, kerjasama PAS dengan PKR dan DAP tidak boleh disamakan dengan kerjasama Umno dengan MCA dan MIC. Bercakap di Himpunan PAS Ganti Umno (PGU 6.0) di Dataran PGU Paka, dekat sini malam tadi, Ustaz Hadi berkata, PAS tetap dengan prinsip mereka yang mengangkat martabat Islam walaupun bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam politik. Beliau membacakan ayat lapan Surah Al-Mumtahanah yang bermaksudi: "Allah tak melarang kamu mengadakan hubungan dengan orang kafir yang tidak memerangi kamu dan tidak menghalau kamu dari tanah air". "Dia (Umno) kata dulu PAS kata tak boleh kerjasama dengan orang kafir pada tahun 60-an dulu (tapi) sekarang kita pula kerjasama dengan kafir. "Kerjasama Umno, MCA dan MIC haram kerana kerjasama yang menggadai dasar, prinsip, akhlak dan keperibadian orang Islam. "Kerjasama PAS, kita dengan sifat kita, kekuatan kita. Macam ikan dalam laut tetap segar walaupun air masin. "Kerjasama Umno dengan orang bukan Islam, (mereka) jadi hanyut, arak dan judi kalau ada lesen halal. Kalau tak ada lesen haram. PAS tegas, yang haram tetap haram," katanya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin. Beliau juga berkata, PAS tegas dengan prinsipnya dan bebas memecat ahli yang melakukan kesalahan. Ini katanya berbeza dengan Umno kerana Umno memisahkan agama dan politik. "Dulu selepas PAS bekerjasama dengan Perikatan, ada wakil rakyat PAS menari. Maka PAS pecat dia. "Dalam PAS kalau kita ada wakil rakyat Islam yang minuim arak, berjudi, menari, kalau dapat laporan kita pecat dia. "Dalam undang-undang Umno tak boleh pecat kerana agama suku politik suku," katanya. Turut berucap malam tadi ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. |
Posted: 16 Dec 2012 12:54 AM PST |
Lebih 15,000 sertai HKR Pulau Pinang Posted: 15 Dec 2012 03:54 PM PST Para hadirin berdiri mengikuti ucapan pemimpin Pakatan Rakyat kerana padang becak. NIBONG TEBAL: Sekalipun padang becak kerana hujan petang tadi, namun tidak menghalang lebih 15,000 orang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pulau Pinang di Padang Awam Jawi, malam ini. Hujan yang turun renyai-renyai kira-kira jam 5.40 petang, yang kemudiannya lebat selama 15 minit pada jam 6.00 petang menyebabkan padang menjadi becak dan sebahagiannya ditakungi air. Begitupun, selepas solat Isyak, orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum mula berpusu-pusu ke padang tersebut untuk mengikuti pidato yang disampaikan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu. Aksi menarik Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu. Lim Guan Eng menyampajkan ucapan. Ito turut memeriahkan himpunan. Auto show menarik perhatian hadirin. |
PRU13: PAS Pulau Pinang yakin tambah kerusi Posted: 15 Dec 2012 03:53 PM PST NIBONG TEBAL: PAS Pulau Pinang terus mengulangi tekad untuk menambah bilangan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri pada Pilihan raya Umum ke-13 nanti. Pesuruhjayanya, Datuk Saleh Man berkata, buat masa ini PAS hanya mempunyai satu kerusi sahaja iaitu Permatang Pasir. Beliau yang juga Adun kawasan berkenaan melahirkan keyakinan PAS mampu menambah kerusi berdasarkan sokongan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Menurutnya, dengan semangat dan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat negeri ini, bukan sahaja PAS dapat menambah kerusi bahkan kerajaan negeri dapat dipertahankan. "Kita lihat semangat rakyat dalam program seperti ini, tak dapat tidak kita dapat sokongan rakyat dan keyakinan rakyat untuk kita tumbangkan BN dalam pilihan raya umum nanti," ujarnya ketika berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pulau Pinang di Padang Awam Jawi, malam ini. Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam negeri berharap rakyat terus berdoa supaya Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang terus mendapat mandat dalam pilihan raya umum nanti untuk memajukan negeri ini. Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang berucap selepas itu menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak mengamalkan dasar 'I help you, you help me'. Katanya, kerajaan yang bertindak sedemikian ialah kerajaan samseng. Beliau berkata, kerajaan negeri terus melaksanakan dasar untuk menunaikan tanggungjawab kepada rakyat sama ada mereka menyokong atau sebaliknya. Justeru, jelasnya dasar kerajaan Pakatan Rakyat berbeza dengan BN dalam melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk kesejahteraan rakyat. |
Saya hadir kerana didakwa sakit berat -TG Nik Aziz Posted: 15 Dec 2012 03:53 PM PST DUNGUN: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dia gagahkan dirinya datang ke himpunan PAS Ganti Umno (PGU) di sini kerana didakwa 'sakit berat' oleh Umno. "Saya hadir di PGU Terengganu sebab ada orang telefon setiausaha saya kata Umno kata Nik Aziz sakit berat. "Saya kata, 'Ini kena pergi ini'. Alhamdulilah saya dapat hadir," kata Tuan Guru Nik Aziz ketika berucap merasmikan perhimpunan ini pagi tadi. PGU ke 6 berjalan di Kuala Paka mulai pagi tadi hingga malam ini. Semalam Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) peringkat negeri Terengganu berjalan di tempat yang sama. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu antara tertamu utama yang berucap dalam himpunan malam tadi. Malam ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Abdul Hadi Awang dan bekas timbalan menteri, Datuk Yahya Lampong antara tetamu utama yang akan berucap. |
Datuk Mokhtar Hamid sertai PAS, anggap Umno tergelincir Posted: 15 Dec 2012 03:53 PM PST Datuk Mokhtar mengisi borang permohonan keahlian PAS di atas pentas PGU. DUNGUN: Tokoh korporat, Datuk Mokhtar Abd Hamid yang baru menyertai PAS petang tadi mendakwa Umno tergelincir dari perjuangan asal mereka iaitu membela Melayu. Bercakap di Himpunan PAS Ganti Umno (PGU 6.0) di Dataran PGU Paka, dekat sini malam ini, Mokhtar, 68 berkata, pemimpin Umno kini hanyalah perompak duit rakyat. "Suatu masa dulu Umno perjuangkan bangsa dan agama tapi kini mereka (ibarat) kereta api tergelincir dari landasan. "Mereka sesat lagi menyesatkan. Menangis di Perhimpunan Agung Umno kononnya Melayu berpecah belah, tak bersatu padu tapi sebenarnya merekalah puncanya," katanya yang merupakan anak kelahiran Paka. Beliau berkata, sudah tiba masanya beliau berjuang bersama PAS dan Pakatan Rakyat demi kepentingan agama dan negara. "Inilah masanya sebab saya mungkin tak ada masa panjang untuk berjuang bersama PAS. "Kita mesti hentikan kejahatan kerajaan sekarang. Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh berjuang tapi kalau rakyat tak menyokong mereka tak boleh buat apa juga. "Marilah sama-sama kita mengundi PAS dan Pakatan Rakyat," katanya disambut laungan takbir kira-kira 50,000 hadirin. Mokhtar menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang petang tadi. |
DAP ajak PR buat perubahan 3 serangkai Posted: 15 Dec 2012 03:52 PM PST BAYAN BARU: Pakatan Rakyat mesti menghadapi tiga cabaran utama sekiranya mahukan mandat yang jitu daripada rakyat serta sanggup menjadi Kerajaan yang lebih baik daripada Barisan Nasional (BN) selepas pilihanraya umum nanti sesuai dengan tema 'Perubahan Ditanganmu'. Demikian kata Setiausaha Agung, Lim Guan Eng ketika berucap dalam Ucapan Dasar Kongres Ke 16 DAP Kebangsaan di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), Bayan Baru pagi tadi. Menurutnya, pertama mesti memastikan Pakatan Rakyat kukuh walaupun banyak dugaan ditempuhi Keduanya ialah pastikan kemenangan Pilihanraya Umum akan datang dan ketiga ialah untuk melahirkan sebuah negara Malaysia yang baru Pakatan Rakyat mesti mengubah langskap politik menjadi parti yang besih daripada rasuah. Jika gagal jelasnya, bermakna Malaysia berada di tahap lama malahan boleh buruk lagi ekoran mempunyai kepimpinan yang rekodnya tidak cemerlang. "Kita ada tiga serangkai cabaran yang perlu dibuat bersama dalam gabungan Pakatan Rakyat. Ketiga-tiganya penting untuk memastikan Barisan Nasional (BN) tumbang dan hilang kuasa, " tegasnya. DAP jelas Lim, tetap berkongsi tanggungjawab dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam Se Malaysia (PAS) bagi merealisasikan impian mendaki Putra Jaya sepertimana yang tertakluk dalam Common Policy Framewok dan Buku Jingga. DAP juga percaya semua kepimpinan semua parti dalam Pakatan Rakyat mempunyai semangat yang cukup tinggi untuk memberikan tumpuan memenangi warga pertengahan Malaysia. Islam Menyentuh mengenai Islam katanya, DAP tidak menyebelahi MCA yang menyerang Islam sebaliknya mempertahankanya apabila cubaan mengaitkan dengan rasuah dan kemiskinan. Bahkan, DAP juga mempertahankan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat terhadap pembohongan dari MCA kononya beliau merelakan lelaki Islam untuk merogol wanita bukan Islam. "DAP mempertahankan Islam apabila MCA menyerang Islam dengan cuba mengaitkan dengan rasuah dn kemiskinan, mempertahankan Menteri Besar Kelantan dan memperbetulkan tuduhan MCA yang memperkecilkan calon wanita PAS semasa pilihanraya kecil Dun Tenang, Johor kerana enggan berjabat tangan dengan lelaki, " ujar beliau lagi. Beliau yakin tiga serangkai itu dapat menangkis anggapan sinis golongan yang tidak senang dengan tindakan Pakatan Rakyat menentang BN secara agresif untuk menerangkan kepada keseluruhan rakyat yang selama ini tidak senang dengan keangkuhan kepimpinan UMNO dan BN. Rakyat juga dinasihatkan jangan terpengaruh dengan dakyat politik kotor BN yang melampau. MCA yang tidak bermoral berganding dengan Gerakan yang tidak mempunyai keberanian ataupun pendirian manakala MIC sendiri tidak mempunyai arah tuju dan hanya memimpin dari belakang. Ujar Lim, jalan menuju ke Putra Jaya akan menjadi mudah dengan formula baru berdasarkan kepercayaan sesama sendiri selari dengan apa yang ada dalam Buku Jingga. "Rakyat dinasihatkan jangan sekali- kali terpengaruh dengan ancaman dan dakyah politik yang kotor. Sebaliknya cekalkan prinsip dengan semangat baru, " katanya. Walaupun ramai lagi masyarakat Islam dan bukan Islam mempersoalkan samada Pakatan Rakyat mampu menjalinkan permulaan ini ianya tidak menjadi masalah sebab yang penting sekarang ialah gerak kerja mesti kuat dan sehala. Justeru itu, BN cuba menimbulkan ketakutan untuk memastikan kekuasaan mereka terus kekal kerana kekalahan dalam pilihanraya umum nanti membuatkan mereka tidak senang duduk kerana ada antaranya akan dipenjarakan. |
Waris perjuang lawan kepincangan Ketengah Posted: 15 Dec 2012 03:51 PM PST DUNGUN: Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia (Waris) memberi jaminan akan terus membantu rakyat keluar dari belenggu kemiskinan akibat kepincangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah). Presidennya, Roslan Ismail (gambar) berkata banyak kepincangan yang harus diperbetul sejak kewujudan Ketengah 20 tahun lalu. "Waris ditubuhkan untuk bela nasib rakyat khususya di kawasan luar bandar. "Ketengah gagal menyelesaikan masalah kemiskinan penduduk dan gagal menyediakan peluang pekerjaaan seperti yang dijanjikan," kata beliau sewaktu berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Dataran PGU Paka, dekat sini malam tadi. Justeru beliau berjanji akan meneruskan perjuangan Waris walaupun selepas Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya. "Perjuangan Waris bukan setakat ini namun akan diteruskan sehingga Pakatan Rakyat berada di Putrajaya. "Kita sedih kerana masih terdapat penduduk Ketengah dan Kesedar tak mampu nak bayar rumah RM50 sebulan. "Apa gunanya rancangan kemajuan yang ditubuhkan kerajaan jika akhirnya menyusahkan rakyat," katanya. Beliau juga berkata, kerajaan melakukan pembaziran apabila menubuhkan kolej di Ketengah sedangkan pelajarnya tidak sampai 20 orang. "Ketengah tubuhkan kolej pada 2002 tapi 2012 kita dapati bangunan berdiri tapi pelajar hanya 18 orang, pensyarah 16 orang. "Apa sebenarnya matlamat penubuhan kolej ini sedangkan rakyat ketengah terus berada dalam paras kemiskinan," katanya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin. |
Najib rampas hak royalti Terengganu - Saifudin Posted: 15 Dec 2012 03:51 PM PST DUNGUN: Datuk Seri Najib Razak disifatkan sanggup untuk merampas hak royalti rakyat Terengganu untuk diserahkan kepada Pahang bagi mempastikan kemenangannya di Pekan. (Saifudin berucap di HKR Terengganu) Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution berkata, langkah ini amat jelas satu tindakan Najib untuk mempertahankan kerusinya itu. Ini kerana, kajian yang dibuat oleh syarikat carigali minyak Lundin Oil dari Perancis mengesahkan telaga minyak itu terletak di luar pantai Terengganu bukannya Pahang. Beliau berkata demikian ketika berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat Terengganu di hadapan kira-kira 50,000 orang yang menyertai himpunan di Kuala Paka itu. Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengesahkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu telaga minyak yang baru ditemui itu terletak dalam kawasan Terengganu. Syarikat cari gali minyak di kawasan berkenaan iaitu Lundin Oil mengesahkan tentang penemuan itu dan menyatakan ia berada di kawasan negeri ini. Najib dalam kenyataannya baru-baru ini berkata, "Medan minyak ini terletak kira-kira 160 km di luar persisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan negeri Pahang, pada kedalaman air 76 meter. "Penemuan ini telah membuktikan kewujudan minyak dan gas di kawasan selatan Malay Basin ke arah Penyu Basin. "Oleh itu, medan minyak tersebut adalah terletak di kawasan pelantar benua di dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan. "Berasaskan pertimbangan yang adil dan saksama, dan mengambil kira negeri-negeri yang telah dibayar wang ehsan sebelum ini, serta komitmen kerajaan untuk terus memastikan pembangunan serta manfaat dapat dirasai oleh negeri-negeri. "Dalam hal ini, bergantung kepada anggaran pengeluaran, negeri Pahang dijangka akan menerima wang ehsan sekitar 100 juta setahun apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014." Sultan Pahang pula meminta rakyat ikut sahaja kerana ia telah dinyatakan oleh Perdana Menteri. Paling banyak hutang (Orang ramai yang memenuhi HKR Terengganu) Dalam ucapannya itu juga, Saifudin berkata, Najib adalah Perdana Menteri yang paling banyak berhutang. Najib juga, katanya, cuba bermacam cara untuk memecahkan Pakatan tetapi kebangkitan rakyat akan memberi jawapan yang jelas pada PRU 13. Bagi beliau, masa sudah sampai untuk BN menjadi pembangkang di parlimen pula. Bagi Saifuddin, ucapan para pemimpin Umno dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 (PAU 12) telah menyebut lebih 398 kali nama Anwar Ibrahim. "Ini membuktikan ketakutan Umno terhadap Anwar," katanya. Umno kini, kata Saifudin, mengunakan sentimen Melayu dan perkauman untuk menyelamatkan mereka. "Rakyat kini tertekan dengan gaya pimpinan Umno yang makin menyeksakan rakyat. Rakyat akan ubah kerajaan pada pru 13," katanya disambut teriakan takbir dari para hadhirin yang memenuhi kawasan himpunan itu. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan