Ahad, 2 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 02 Jan 2011 09:28 PM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Selangor agar bersedia hadap krisis berterusan-Nizar

Posted: 02 Jan 2011 06:33 AM PST

KUALA LUMPUR, 2 Jan — Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengingatkan kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat kemungkinan berhadapan dengan risiko kehilangan populariti di kalangan orang Melayu dan akan didakwa menderhaka raja ekoran pendirian dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Nizar yang kehilangan jawatan menteri besar Perak dua tahun lalu berkata, Umno akan mendakwa Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menghormati peranan Sultan ekoran pendirian enggan menerima pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai ketua pegawai perkhidmatan awam negeri, yang dilaporkan telah mendapat perkenan istana.

"Disebabkan mereka mengawal media, mereka akan menggunakan isu ini untuk mendakwa Khalid menderhaka terhadap Sultan seperti yang berlaku ke atas saya di Perak. Bagi orang Melayu ini perkara serius," kata Nizar kepada The Malaysian Insider.

"Sebab itu, mereka terus-menerus mengatakan Sultan sudah memberi perkenan kepada pelantikan," katanya.

Nizar kehilangan jawatan menteri besar awal 2009 selepas Sultan Perak enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri ekoran tindakan tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat keluar parti.

Beliau kemudian didakwa menderhaka Sultan selepas meminta agar DUN dibubarkan bagi mengadakan pilihan raya negeri yang baru.

Nizar yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat berkata, di sebalik usaha sepatutnya untuk memperkukuhkan sokongan tradisi Pakatan Rakyat, kehadiran Khusrin akan menjejaskan lagi usaha-usaha pentadbiran kerajaan negeri.

"Ini akan menjadi sesuatu yang sukar bagi Khalid," katanya.

"Khusrin dilihat sebagai calon terbaik untuk mencabar Menteri Besar," kata beliau sambil menambah, Umno-BN akan menggunakan isu itu untuk melancarkan kempen terhadap Pakatan Rakyat Selangor kononnya menentang institusi diraja negeri itu.

Khusrin sebagai ketua Jabatan Agama Islam Negeri sebelum ini juga dilihat menentang pentadbiran kerajaan negeri dalam beberapa siri isu.

Pelantikan kontroversi Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, yang dijadual akan berlangsung 6 Januari ini, diteruskan.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menegaskan ia mempunyai kata putus dalam menentukan calon Setiausaha Kerajaan Negeri selepas Sultan Selangor memberi perkenan kepada nama yang disyorkan Putrajaya untuk melantik Khusrin.

Khalid yang bercadang untuk menghadap Sultan Selangor Rabu lalu tetapi terpaksa menangguhkan hasrat beliau sebab baginda bercuti sehingga awal minggu depan.

Nizar juga berkata, pelantikan Khusrin juga sebahagian daripada usaha BN yang menguasai Putrajaya boleh memulakan usaha rampasan kuasa terhadap Selangor sebagaimana berlaku di Selangor.

Justeru, Nizar menasihatkan kerajaan negeri Selangor agar bersedia untuk menghadapi kemungkinan krisis berterusan di negeri itu dan memberi penjelasan pendiriannya menolak pelantikan Khusrin kepada rakyat.

"Sebagai menteri besar, beliau ada kuasa untuk menolak Khusrin daripada memasuki pejabatnya, Langkah terbaik ialah membuatkan beliau masyghul," katanya.

"Akan ada banyak lagi kemelut (selepas ini), krisis akan berterusan tetapi sekurang-kurangnya rakyat boleh disedarkan (tentang keadaan sebenar peruntukan) dalam perlembagaan," katanya.

Oleh itu kata beliau, pentadbiran Khalid akan memperoleh kemenangan jika menguruskan isu semasa ini dengan baik.

"Pada masa lalu tidak siapa yang tahu tentang perlembagaan Perak, tetapi sekarang setiap orang mengingatinya," kata beliau.

Malah Nizar juga menjangkakan isu tersebut tidak akan berakhir dengan memihak kepada Khalid sebagaimana berlaku di Perak apabila beliau cuba untuk menggantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.

"Saya telah cuba dua kali," kata beliau merujuk kepada usahanya merujuk Sultan Perak dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan untuk menggantikan Rahman tetapi tidak berhasil.

Semalam The Malaysia Insider melaporkan pakar perlembagaan Prof A. Aziz Bari berpendapat peluang terbaik yang ada pada Khalid bagi menyelesaikan kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri baru ialah dengan membawa pertikaian itu ke mahkamah.

"Undang-undang, sebagaimana termaktub, memihak Menteri Besar Khalid dan pentadbiran Pakatan Selangor," kata beliau.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa ini memberitahu, peruntukan berkaitan sangat jelas dalam perlembagaan kerajaan negeri.

"Di bawah perlembagaan, kuasa untuk melantik anggota 'ex-officio' Exco termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri terletak pada Sultan," kata Aziz.

"Tetapi baginda (Sultan) perlu mempertimbangkan nama-nama yang dipersembahkan oleh suruhanjaya perkhidmatan yang berkaitan, dan sebelum baginda melakukannya, Sultan mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar," kata beliau lagi.

Dalam kenyataan dikeluarkan pagi semalam, Khalid berkata, beliau kesal kerana Sidek yang didakwanya sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

"Pemilihan Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ketua Setiausaha Negara telah mengabaikan proses pemilihan mengikut Nota Amalan Perkhidmatan Awam yang menyatakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri perlu mendapatkan nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri," kata beliau.

Mengikut pengumuman Sidek Isnin lalu, pelantikan Khusrin berkuat kuasa semalam. themalaysianinsider

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 02 Jan 2011 09:21 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


PRK DUN TENANG : PAS UNTUK SEMUA

Posted: 01 Jan 2011 11:35 PM PST


Photobucket

http://pru12.pas.org.my/images/banners/pas_untuk_semua.jpg



DUN Tenang Terletak dikawasan Parlimen Labis, Johor.

Berdekatan dengan bandar Segamat, Bandar Labis Dan Pekan Bekok.
Photos

1 of 2 albumsSee all

Wall PhotosUpdated on Friday
No one has added fan photos.

DUN Tenang Terletak dikawasan Parlimen Labis, Johor.

Berdekatan dengan bandar Segamat, Bandar Labis Dan Pekan Bekok.
Photos

1 of 2 albumsSee all

Wall PhotosUpdated on Friday
No one has added fan photos.

DUN Tenang Terletak dikawasan Parlimen Labis, Johor.

Berdekatan dengan bandar Segamat, Bandar Labis Dan Pekan Bekok


Mengejutkan, selepas hampir 50 tahun dibuka, ada lagi
 peserta Felda yang mempunyai rumah semacam ini








Dr Azman Ibrahim

Posted: 02 Jan 2011 07:57 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Flat Ladang Gemilang, Rintihan Penghuni Bandaraya Warisan Pesisir Air

Posted: 01 Jan 2011 10:17 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 02 Jan 2011 07:51 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


PRK Tenang : PAS Pilih Calon Sesuai 9 Januari

Posted: 02 Jan 2011 07:52 AM PST

LABIS : PAS akan bermesyuarat pada 9 Januari ini bagi memilih calon parti yang dijangka membuat kejutan dan memenangi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang dijadualkan pada 30 Januari depan.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, berkata mesyuarat itu meneliti calon yang bakal diturunkan di Tenang.

"Kami belum terima nama-nama calon tetapi saya dimaklumkan ada wanita yang dicalonkan (dicadangkan). Calon wanita itu dari Johor. Walaupun dikatakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), bukan memeranjatkan kemenangan mampu dicapai PAS berdasarkan keupayaan menang dalam beberapa pilihan raya kecil di kawasan yang dikuasai Barisan Nasional (BN).

"Ini terbukti di Arau dan Kuala Terengganu. Kita (PAS) menang, tidak mustahil kita boleh menang di Tenang. Keyakinan itu berikutan beberapa faktor termasuk (PAS) berjaya menurunkan majoriti besar antara Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008.

"Pada pilihan raya kecil kali ini, kita juga akan disertai rakan (dalam pakatan pembangkang) yang mempunyai pengalaman dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Malah, kita turut melakukan kajian 'post mortem' setiap kali kita menang mahupun kalah," katanya.
"Itulah yang menjadi kekuatan kita," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan PAS Labis, di sini, lewat petang semalam.

Hadir sama, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Sementara itu, Hadi berkata, PAS akan mengadakan mesyuarat pada 9 Januari depan bagi meneliti calon yang bakal diletakkan di Tenang.

"Kami belum terima nama-nama calon tetapi saya dimaklumkan ada wanita yang dicalonkan. Calon wanita itu dari Johor," katanya.

Sementara itu, Salahuddin Ayub ketika melancarkan Jentera Pemuda Pakatan Rakyat, berkata PAS berjanji akan membuat kejutan pada pilihan raya kecil Tenang.

"Kita sedar Johor adalah kubu kuat BN tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh buat kejutan. Tunggu saja strategi serta program yang kita akan laksanakan nanti," katanya.

sumber : bharian.com

PRU-13 : Najib Jumpa Semua MP BN 8 Januari

Posted: 02 Jan 2011 07:33 AM PST

najib2Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabtu depan di sebalik spekulasi bahawa perdana menteri kemungkinan akan memanggil pilihan raya umum dalam waktu terdekat. Pengerusi BN itu dijadual akan mengadakan pertemuan dengan kesemua ahli Parlimen untuk mendapatkan maklum balas mengenai langkah mengadakan pilihan raya umum awal memandangkan pemimpin-pemimpin perikatan itu kelihatan berbelah bahagi dalam soal itu.

Najib (gambar) kini bercuti di Timur Tengah.

"Najib akan bertemu dengan setiap ahli Parlimen BN selama lima minit pada 8 Januari. Pertemuan itu dijangka mengambil masa kira-kira 11 jam, jadi kemungkinan akan berlarutan sehingga Ahad ( 9 Januari)," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Seorang ahli Parlimen BN mengesahkan pertemuan itu sambil berkata Najib telah meminta mereka melaporkan pandangan tentang persediaan di bahagian masing-masing.

"Kami kena berikan satu laporan. Tetapi lima minit adalah waktu yang singkat kecuali setiap orang yakin dan mengatakan kesemuanya OK," kata wakil rakyat itu.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan pada suku pertama tahun depan ketika cuti sekolah bulan Mac.

Bagaimanapun BN sekarang dikatakan mempertimbangkan untuk menangguhkannya sehingga apabila projek-projek ekonomi diperkenalkan Najib mula merancakkan ekonomi tempatan.

baca artikel penuh...di sini.

DPPK PARIT

Posted: 02 Jan 2011 07:44 PM PST

DPPK PARIT


ISU KARAM SINGH.HANYA SEDIKIT PERKARA KECIL.

Posted: 02 Jan 2011 06:51 PM PST

PAS LENGGONG

Posted: 02 Jan 2011 07:31 PM PST

PAS LENGGONG


YDP PAS Lenggong

Posted: 02 Jan 2011 05:38 PM PST

Di Masjid Pengkalan Hulu Sempena Perginya Pak Tih Latif. Baju hijau Ketua Pemuda lenggong.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Posted: 02 Jan 2011 07:02 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


Rajagopal Bantah Pemain Kempen Di Tenang, Johor

Posted: 02 Jan 2011 12:14 AM PST

Jakarta,30 Dis – Jurulatih Malaysia, Rajagopal membantah arahan pihak-pihak tertentu yang ingin mengadakan sambutan kejayaan Piala AFF Suzuki di Tenang, Johor. Beliau juga mengancam tidak akan teragak-agak untuk meletakkan jawatan seandainya anak-anak buahnya dipolitikkan.

"Saya membentuk mereka dengan air mata, air peluh dan air darah. Tolong jangan musnahkan apa yang telah dibentuk dengan politik sempit. Pemain ada hak kefahaman politik peribadi sendiri. Penyokong yang bangun jatuh bersama saya juga adalah dari semua lapisan idealogi politik. Tolong, jangan pecah-pecahkan kami. Jangan jadikan kami bahan kempen.


Kejayaan kami adalah kejayaan untuk semua lapisan masyarakat Malaysia. Kami bukan mewakili satu jenis golongan sahaja."Dilaporkan, ada usaha pihak tertentu yang ingin meraikan kejayaan skuad negara di Felda untuk Melayu jenis hutan.

Pemuda Pas Caw. Kota Kemuning

Posted: 02 Jan 2011 03:32 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 02 Jan 2011 03:06 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


SKANDAL PAHIT NAJIB TERPALIT !

Posted: 01 Jan 2011 04:03 PM PST


ASTAGFIRULLAH ! PAK LAH HALALKAN ROGOL? UMNO HALALKAN ZINA?
PAK LAH TERLALU 'BAIK'? DALAM ISLAM MENYEMBUNYIKAN KEBURUKAN ORANG LAIN KERANA NAK JAGA KRONI ADALAH TIDAK BAIK, LEBIH-LEBIH LAGI ORANG YANG BERMASALAH TERUS MENJADI MENTERI DI ZAMAN NAJIB PULA. YANG NAJIB NI PUN SATU(1MALAYSIA KATAKAN), BELIAU KATA NAK BERUBAH , TAPI LANTIK BEKAS PERASUAH MENJADI PENGERUSI FELDA. ADAKAH INI WAJAR DALAM MASA KERAJAAN BN BERSUNGGUH NAK BENTRAS RASUAH?

TINDAKAN Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi (Tun) bersubahat menyembunyikan kes 376 Kanun Keseksaan yang dilakukan oleh Menteri Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, (Februari 2006 sehingga 15 Februari 2008) Datuk Seri Utama Rais Yatim pada 2007 merupakan tindakan tidak bermaruah Perdana Menteri ketika itu.

Selain kes Datuk Rais Yatim, Pak Lah juga menyembunyikan kes perzinaan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan membenar beliau bertanding dalam pilihanraya umum ke 12 telah menandatangani watikah perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis sekalipun tanpa persetujuan Raja Perlis.

Ketika itu, Pak Lah meresetui perzinaan antara Shahidan dengan seorang gadis sehingga gadis tersebut mengandung dan Shahidan memaksa gadis berkenaan menggugurkan kandungan.

Murut fakta kes, mangsa telah bertemu Pak Lah bersama Doktor yang menggugurkan kandungannya dan beberapa VIP yang mengetahui Skandal Seks Shahidan, namun Pak Lah enggan mendengar aduan mereka kerana begitu sayang kepada Shahidan.

Perkara ini bukan rahsia lagi kerana semua jemaah menteri tahu Skandal Seks Shahidan, namun Pak Lah mempertahankan Shahidan atas sebab yang tidak diketahui.

Walaupun selepas 10 Adun telah menulis surat rasmi kepada Pak Lah untuk menolak kepimpinan dan perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis, namun Pak Lah mengganggap sepuluh adun berkenaan memfitnah Shahidan.

Bahagian Penerangan UMNO Perlis telah menghubungi Bernama Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Shahidan akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis di Istana Raja Perlis di Kuala Lumpur ketika itu.

Menurut satu sumber, Hashim Suboh yang memainkan peranan sebagai jurucakap media Shahidan dan mengetuai pakatan untuk menjatuhkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Mohd Radzi bagi membolehkan Shahidan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dan enggan mendengar nasihat dan pandangan menteri kanan seperti Radzi.

Ketika itu, Shahidan telah mengarahkan Hashim memungut nama para pemberita dan wartawan yang membantu beliau dalam kempen pilihanraya umum ke 12 lalu dengan menjanjikan Pakej Umrah secara percuma.

Mereka ini mengatakan bahawa Tuanku Raja Perlis lembut hati dan akan tetap melantik Shahidan sebagai Menteri Besar.

Menurut maklumat daripada sumber terdekat dengan Istana bahawa pada hari tersebut sahaja, Shahidan telah berulang alik sebanyak tiga kali dari Kuala Lumpur ke Perlis untuk mengejar Raja Perlis agar merestui perlantikannya sebagai Menteri Besar.


Namun, Baginda Raja Perlis masih enggan menandatangani Watikah Perlantikan Shahihan atas sebab kebejatan moral walaupun Pak Lah telah memberi watikah sendiri kepada Shahidan dan meminta Shahidan berundur.

Selain skandal seks berkenaan, Shahidan turut terpalit dengan pelbagai skandal kerana disifatkan ramai pemimpin Perlis sebagai 'Beraja Di Mata dan Bersultan Di Hati.'

Tanpa mempedulikan Skandal Seks Shahidan, UMNO Malaysia pula menghalalkan perlakuan zina dengan melantik Shahidan sebagai Timbalan Badan Perhubungan UMNO Perlis pada 27 Disember 2010.

Selain kebejatan moral pemimpin UMNO Semenanjung, Pak Lah turut melindungi Skandal Seks pemimpin UMNO Sabah dan berkenan memilih mereka sebagai calon yang bertanding pada pilihanraya umum Mac 2008.

Adun Lahad Datu, Datu Nasrun Datu Mansur (Datuk) terpalit juga dengan Seksyen 376 Kanun Keseksaan dengan isteri orang yang juga bekas pekerja di syarikat guamannya.

Walaupun Nasrun telah membayar sejumlah RM500,000 kepada suami mangsa dan mangsa telah menarik balik laporan polis, namun kes berkenaan telah ditutup begitu sahaja, termasuk Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga ramai penduduk Lahad Datu beranggapan bahawa 'Rogol' bukanlah kes jenayah kerana boleh ditutup sekalipun semua bukti telah terdedah.

Seorang lagi Adun yang mengalami kebejatan moral yang dipilih bertanding mewakili UMNO ialah Adun Tempasuk, Datuk Haji Musbah Jamli yang mempunyai Skandal Seks dengan pembantu rumah dan adik iparnya serta mempunyai kes dengan BPR, namun Pak Lah telah memilih beliau mewakili Tempasuk.

Manakala seorang lagi Adun yang pernah menjadi banduan di Indonesia, Datuk Haji Harman Mohammad yang dibenarkan bertanding di DUN Sulabayan, Sabah sekalipun beliau tidak layak kerana baru setahun dibebaskan daripada penjara Indonesia (atas ehsan UMNO) sedangkan Anwar terpaksa menunggu selama lima tahun sebelum boleh aktif dalam politik.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 02 Jan 2011 01:35 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Lagi penindasan terhadap peniaga bumiputera Melaka

Posted: 02 Jan 2011 01:42 AM PST

MELAKA: Beberapa peniaga bumiputera kecewa dengan tindakan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang mengarahkan mereka pindah daripada premis yang disewa sejak lebih 10 tahun lalu kerana bangunan tersebut ingin dijadikan hotel.

Mereka adalah di antara penyewa di enam kedai pada bahagian bawah bangunan empat tingkat milik MAIM di Jalan Kee Ann itu dan tapak bangunan tersebut merupakan tanah wakaf Kampung Hulu, sementara di tingkat atasnya dijadikan pejabat bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka dan kini dikosongkan selepas dipindahkan ke Bukit Baru.

Menurut Setiausaha PAS Melaka, Harun Mohamad bahawa PAS bukannya antipembangunan tetapi persoalannya ialah mengapa setiap kali projek pembangunan yang dibuat di Melaka ianya akan mengorbankan kepentingan atau hak bumiputera.

"Kita tidak anti pembangunan tapi jangan ketepikan peniaga bumiputera dengan sewenangnya tanpa memberikan pembelaan dan layanan yang sewajarnya kerana mereka antara beberapa kerat sahaja peniaga bumiputera yang masih tinggal di kawasan bandar Melaka.

"Kita tak mahu nasib mereka sama seperti nasib 20 peniaga bumiputera di bangunan MARA yang dirobohkan dan dihalau keluar sedikit masa dahulu hanya untuk dijadikan tempat meletak kenderaan yang kini dikenali Padang Nyiru," kata beliau.

Menurut seorang peniaga buku agama dan pakaian, Abdul Rahman Muhamad, 54, mereka kecewa dan kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh MAIM supaya berpindah daripada premis itu tanpa sebarang pampasan dan tidak menyediakan satu tempat perniagaan yang baru bagi peniaga.

"Nak pergi pindah tempat baru, nak mula balik, cari pelanggan baru balik amat menyukarkan kami sedangkan masing-masing ada komitmen nak bayar hutang bank dan sebagainya yang tak boleh ditangguhkan, inikah yang dikatakan rakyat didahulukan.

"Saya nak bertanya kepada kerajaan negeri di manakah pembelaan untuk peniaga Melayu di dalam kawasan bandar kerana hanya tinggal kami ini sahaja dan selepas ini tiada lagilah peniaga bumiputera di dalam bandar Melaka.

"Tempat ini dulunya mati tak ada orang nak sewa tapi kita berjaya majukan dengan berniaga di sini walaupun dalam keadaan rugi kita mampu bertahan tapi kini kenapa MAIM tak hargainya," ujarnya.

Seorang peniaga kelengkapan pakaian seragam, Syed Mustapha Hassan, 59, berkata, para peniaga ini semuanya berpindah daripada kawasan perniagaan Kampung Jawa yang mengalami kebakaran sedikit masa dahulu.

"Kami kecewa kerana ini bangunan kerajaan di mana kerajaan kata nak galak peniaga Melayu berniaga tapi kita tengah berniaga disuruh keluar begitu sahaja dan pandai sendirilah nak hidup," katanya.

Sementara itu, Mokhtar Omar, 52, yang berniaga pakaian dan kitab agama meminta kerajaan negeri menyediakan satu tempat yang strategik bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan seperti biasa.

"Peniaga minta kerajaan negeri atau MAIM memikirkan pampasan untuk kami bagi menampung kos perpindahan dan kita harap kerajaan dapat membantu kami," tambah beliau.

Sumber : Harakah 14 – 17 MUHARAM 1432 / 20 – 23 DISEMBER 2010

Kenyataan Media

Posted: 01 Jan 2011 02:52 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil ( DPPKBK ) menyelar tindakan pihak polis yang telah menangkap 3 orang pimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin ketika program XPDC Dakwah anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka pada malam tahun baru 2011 yang lepas di Dataran Ayer Keroh.

DPPKBK memandang berat tentang tangkapan yang jelas mempunyai motif politik, kerana risalah yang diedarkan adalah tidak mempunyai apa - apa niat jahat, fitnah mahupun penipuan. Ianya semata - mata berdasarkan konsep kebebasan media yang mahukan rakyat Melaka peka, rasional dan berpengetahuan.

Tindakan ini adalah bukti kegentaran pihak berkuasa apabila risalah mengenai kepincangan kerajaan negeri Melaka didedahkan kepada masyarakat tempatan. Dengan ini DPPKBK menyokong penuh pengisytiharan yang termaktub di dalam Buku Jingga yang menyarankan pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang nyata telah disalahgunakan oleh pihak berkuasa bagi melindungi kerajaan Umno / Barisan Nasional negeri Melaka.

Bersatu membawa perubahan,

Jauhar Md Dawi,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil
2 Januari 2011

Harakahdaily

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB

Posted: 02 Jan 2011 01:21 PM PST

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB


Posted: 02 Jan 2011 05:49 AM PST

02 Januari 2010 - Menghadiri Mesyuarat Khas EXCO FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya. Mesyuarat dipengerusikan oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang selaku Timbalan Presiden FAM.


Kamparin

Posted: 02 Jan 2011 01:10 PM PST

Kamparin


PERUTUSAN TAHUN BARU MASEHI 2011

Posted: 01 Jan 2011 03:56 PM PST

Asalamualaikum dan salam sejahtera!

Tahun baru ini merupakan peluang keemasan bagi seluruh rakyat Malaysia membuat perubahan bagi menukar kerajaan pusat kepada Pakatan Rakyat. Laporan ketua Odit Negara utk negeri2 PR selama 2 tahun berturut2 adalah cemerlang. Bahkan prestasi P.Pinang meningkat dari segi kutipan hasil serta pelaburan langsung asing ketahap sekitar RM2billion bagi tahun 2009.

Sambutan tahun baru ini disertakan dgn pelancaran buku jingga yang menggariskan manifesto PR seandainya dipilih untuk menggantikan BN. Dalam 100 hari pertama PR bertekad untuk melaksanakan 10 strategy awalan bagi memberi munafaat secara langsung kepada rakyat jelata.

Antaranya ialah menghapuskan tol dan mengembalikan semua aset lebuhraya kepada kerajaan. PR juga memberi RM500 sebulan kepada warga guru. Memberhentikan subsidi kepada 4 buah pengeluar tenaga letrik, IPP yg berjumlah mencecah RM19Billion dan dengan ini dapat menyumbang semula subsidi untuk barangan keperluan asas seperti beras gula susu minyak dll untul kepentingan rakyat. Warga Felda generasi kedua akan turut mendapat nikmat dgn dimansuhkan firma Felda Plantations kerana penindasan serta masalah yg dihadapi anak peneroka kini dalam menanam semula dll.

Tahun baru juga dicemari dengan pendedahan Wikileaks yg melibatkan Presiden UMNO dan menteri kanan yang mesti disiasat dan dibersihkan kerana ada bukti dan melibatkan maruah negara kerana ia bersangkutan warga luar.

Tahun baru ini biarlah membuka ruang seluas2nya agar institusi berkuasa kerajaan tidak diperkudakan untuk kegunaan kerajaan BN. Kita mahu tahun baru ini tidak dicemari dengan elemen kebatilan seperti perkauman ketuanan melayu, rasuah semua peringkat, salah gunaan kuasa,kronisma dll supaya pentadbiran negara lebih berwibawa dan bertanggungjawab .

Apapun, perubahan besaran bagi menolak kerajaan BN mesti dilakukan bagi menyelamatkan negara dan rakyat Malaysia insya Allah. Hidup Rakyat. Ubah Sekarang!

Batu Gajah Mari

Posted: 02 Jan 2011 11:16 AM PST

Batu Gajah Mari


Haram vs Haruss

Posted: 02 Jan 2011 04:33 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 02 Jan 2011 11:15 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Barang Naik Bukti 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' Slogan Haprak

Posted: 02 Jan 2011 04:00 AM PST

Tahun 2010 menggamit kenangan. Tahun 2011 menjelma dengan sambutan suasana yang penuh keceriaan. Kejayaan pasukan bola sepak menjuarai Piala Suzuki menutup episod sedih rakyat terutama dengan pesta kenaikan barang keperluan asas oleh kerajaan Najib Razak.
Fenomena Barang Naik semakin menghimpit rakyat jelata. Kenaikan minyak RON95, minyak diesel, gas memasak dan gula ternyata membebankan rakyat. Hasilnya barangan lain turut naik mencanak - canak dan membuak - buak seperti buih.
Sumber mengatakan kos bawang merah naik hingga 350% amat mengejutkan tetapi pengguna tiada pilihan dan terpaksa menerimanya.
Kerajaan Najib Razak melancarkan kempen untuk mengurangkan penderitaan rakyat terbanyak. Disarankan car polling untuk menjimatkan kos membeli minyak. Media memaparkan wawancara dan forum bersama pakar kesihatan mensyorkan penggurangan penggunaan gula dalam kehidupan seharian. Penyakit dan akibat dari gula berlebihan dipaparkan untuk menjustifikasikan kenaikan harga gula tidak akan membebankan kehidupan rakyat jelata.
Bagaimana dengan kenaikan sayur sayuran yang dibawa dengan lori yang menggunakan minyak diesel. Untuk makluman kerajaan Najib Razak, sayur - sayuran dari Cameron Highlands dibawa turun dari tanah tinggi dengan lori bukan menggunakan gajah atau rakit untuk sampai ke Pasar Borong Selayang. 
Bila kerajaan Najib Razak hendak melancarkan kempen kurangkan makan sayur atau hari tanpa sayur, rakyat menunggu perasmian perlancarannya sekarang.
Inilah bahananya kesan pesta naik harga yang diumumkan oleh kerajaan Najib Razak baru - baru ini. Di 1Malaysia, semua barang dan perkhidmatan mula naik sementara yang turun hanya hujan di langit sahaja.
Pastikan 2011 tiada pesta barang naik dengan menyahkan kerajaan UMNO/BN dari Putrajaya dan menggantikan kepada Pakatan Rakyat yang menawarkan perubahan demi kebaikan rakyat jelata dalam 100 hari pemerintahan.
'Jom berubah, anda mampu mengubahnya;.
'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia !'.

Dupahang's Weblog

Posted: 02 Jan 2011 11:06 AM PST

Dupahang's Weblog


Tenang: Jangan gentar hadapi Umno BN

Posted: 02 Jan 2011 01:02 AM PST

Harakah Hazayani Zakaria    LABIS, 2 Jan: Jentera Pemuda PAS diseru tidak gentar berhadapan dengan Umno BN di Dun Tenang meskipun dikatakan kawasan tersebut merupakan kubu kuat Umno. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, seluruh pemuda seharusnya menanamkan keyakinan bahawa Pakatan Rakyat khususnya PAS mampu menawan kerusi Tenang. “Orang kata di sini kubu [...]

Anak 1 Malaysia. Teruk pada Abu Jahal. Lebih Teruk pada Firaun.

Posted: 02 Jan 2011 12:36 AM PST

http://ustsaifulbahri.blogspot.com Kalau ditakdirkan Abu Jahal dan Firaun hidup semula di Malaysia nescaya dia pun terkejut beruk. Zaman sekarang canggih lagi pada zaman mereka. Yelahh… Malaysia bolehlah katakan. Sebab zaman jahiliyyah mereka membunuh anak perempuan sahaja dan zaman Firaun mereka membunuh anak lelaki sahaja. Sedangkan zaman kini mereka tak peduli lelaki ke perempuan. Mereka bunuh dengan [...]

PRK Tenang : SPR Diminta Bertindak Adil

Posted: 02 Jan 2011 12:33 AM PST

LABIS – Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) diminta bersikap adil dan mengambil tindakan kepada parti Umno dan Barisan Nasional (BN) yang telah pun melanggar arahannya supaya tidak berkempen di luar waktu. Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman mendedahkan beliau telah menerima aduan daripada penduduk Felda setempat bahawa Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan telah pun masuk [...]

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 02 Jan 2011 09:36 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


BENGKEL EXCO PENDIDIKAN,PENDIDIKAN TINGGI DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN UNTUK PELAN TINDAKAN 2011

Posted: 02 Jan 2011 06:46 AM PST


Alhamdulillah, penilaian semula oleh semua ahli sekretariat dan pegawai penyelaras semua program di bawah EXCO PENDIDIKAN,PENDIDIKAN TINGGI DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN serta segala ;langkah penambahbaikan serta keutamaan yang akan ditekan untuk 2011 telah berjaya dilaksanakan pd 28-30/12/10.

Pemuda Guchil

Posted: 02 Jan 2011 09:11 AM PST

Pemuda Guchil


Dr Asri: Para Ustaz jangan lupa 'kerakusan' atasan

Posted: 02 Jan 2011 06:44 AM PST

1 Malaysia lebih teruk dari 1 Israel

Posted: 02 Jan 2011 06:40 AM PST

Umno Menyalak Isu Derhaka? Mari Tengok Keratan Ahkbar Ini

Posted: 02 Jan 2011 06:37 AM PST

Happy New Year 2011: Menteri Seronok Harga Serba Naik

Posted: 02 Jan 2011 06:30 AM PST

Ribuan Banjiri Ceramah UMNO

Posted: 02 Jan 2011 04:53 AM PST

PAS Kawasan Gerik

Posted: 02 Jan 2011 09:09 AM PST

PAS Kawasan Gerik


2011 : Ameno libang libu ..

Posted: 01 Jan 2011 09:24 AM PST

2010 udah lebuh. 2011 udah datang. Ade yang meghameikan ade PRU dalam tahun ini. Macam2 hujah yang deme labunkan untuk memungkinkan PRU 13 pada tahun 2011. PR begitu yakin boleh menang. Ameno pulak cuak. Ameno tahu yang ameno memang lemah. Tapi ameno juge tahu yang PRpun lemah. Itu yang deme cuak. Memasing lemah. Lantak komele. Bile nengokkan hei kelaku PR di tempat teman, sebenonye PR belum cukup kuat untuk menang dalam dalam PRU sekighenye PRU diadekan dalam tempoh empat lime bulan ni. Mun nengokan labun ...

PKR paling bemasalah dalam tahun 2010 bebanding kengkawannye dalam PR. Walaupun kepincangan pemilihan MPT PKR 2010 masih dipekatekan oleh ameno dan kengkawan, PR masih utuh dan masih betenage. Sepuluh peghogeghem dalam tempoh seghatuih haghi dalam Buku Jingge telah menyebabkan ameno libang libu nak menjawabnye. PM 1 Malaysia janji nak jawab, tapi tak jawab2 lagi. TPMnye cube nak jawab, tapi jawapannye menambahkan lagi kelemahan ameno. Ameno tak sangke akan penangan Buku Jingge ...

Kite juge menyaksikan minggu2 ahe 2010 macam2 isu timbui. Isu Menteghi Waghisan ghogoi amahnye. Idak pulak menteghi itu menafikannye. Sebelum itu ADUN Selingsing daghi PAS juge dikaitkan buat peghojek dalam koc kete api. Tetapi udah dinafikannye. Yang penting ade jawapan. Bukan senyap je. Alih2 hei dalam seluo dalam bekaih Menteghi Beso nun di utaghepun di selongko. Udahle buat koje tak senonoh, dilantik pulak jadi timbalan pengeghusi pehubungan ... penyudahnye yang melantiknyepun jadi tak senonoh ..

Ameno kate nak hapuihkan ghasuah. Tetibe paka ghasuah dilantik jage Feleda. Pening ANAK dan BAPA memikiokannye. Apakah pengundi Feleda di PRK DUN Tenang akan tenang daghi ghasuah? Same2le kite nengokan labun deme nanti.

Ameno melalui PM 1 Malaysia cube mengambik ati ghakyat apabile PM besame2 ghakyat nengok bola Piala Suzuki. Tahniah Harimau Malaya sebab menang jadi johan. PM 1 Malaysia umumkan cuti. Temanpun cutile daghi nogheh getah. Lebat bebeno ujannye yop. Dalam sibuk2 teman ngumpuikan getah buku di bawah ghumah, tedengo yang Raja Gopal kate jangan nak bawak pemainnye ke DUN Tenang. Kalo bawak, sat2 itu juge dia letak jawatan jughulatih. Tediam ameno wehh ..

Di Selangopun ade masalah. Entah pehak mane yang sebenonye ngikut undang2. KSU kate udah dapat pekenan suletan. Menteghi Beso kate KSU main lagho je. Yang teghangnye, ameno gune suletan untuk menjahanamkan PR di Selango. Begitule ghupenye kelaku ameno apabile udah tedesak. Tapi ghakyat semakin paham kenapa ameno mesti digetik. Kesian ameno ...

Itu yang teman tulih sebelum ni yang koje tuhan sape yang tahu. Dalam kite gegham dan ghiso akan nasib PR menjelang 2011, tut2 Allah beghikan kekuatan baghu. Tepulangle kepade PR untuk meneghuihkan kekuatan yang tuhan bagi ini.

Yang pasti, pemulaan 2011 sememangnye menyebelahi PR. Buku Jingge membuatkan ameno ghesah gelisah. Gelabah tak tentu kighe. PM 1 Malaysia libang libu ...

Sumber: http://jantantuya.blogspot.com/

i n t a n h i j a u

Posted: 02 Jan 2011 07:37 AM PST

i n t a n h i j a u


PAS DAN PKR SUNGAI SAMAK BERI SUMBANGAN BUKA SEKOLAH / ڤاس دان ڤقر سوڠاي سامق بري سومبڠن بوک سکوله

Posted: 01 Jan 2011 09:40 PM PST

Sdr. Saifuddin Abd. Hamid, Ketua PAS Sungai Samak sedang menyampaikan sumbangan.

TELUK INTAN, 2 Januari - Menjelang musim persekolahan yang akan bermula, gabungan Pakatan Rakyat Kampung Sungai Samak bergabung tenaga dan bekerjasama memberi sumbangan dan menyampaikan sendiri dari rumah ke rumah sekitar Kampung Sungai Samak. Ia melibatkan PAS Cawangan Sungai Samak dan ranting Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sungai Samak. 
Sdr, Kasdi, Hashim Ketua Ranting PKR turut memberi sumbangan.

Program kebajikan tersebut melibatkan kunjungan rumah ke rumah sambil menyampaikan sumbangan berupa beg sekolah, seluar dan kain sarung. Turut serta dalam menyampaikan sumbangan tersebut ialah Sdr. Kasdi bin Hashim,  Ketua Ranting PKR jua merupakan Naib Ketua PKR Cabang  Teluk Intan., Mohd Nuh bin Darus Naib Ketua AMK Teluk Intan,  Nordin bin Abd Salam,  Timbalan Ketua AMK Teluk Intan. Sementara mewaili PAS Cawangan Sungai Samak ialah Saudara Saifudin bin Abd Hamid selaku Ketua PAS cawangan,  Adnan bin Mohtar,  Naib Ketua cawangan dan Tajudin bin Abdullah,  Setiausaha PAS cawangan Sungai  Samak.
Naib Ketua PAS, Sdr. Adnan Mukhtar memberi sumbangan.

Naib Ketua AMK PKR Teluk Intan, Sdr. Mohd. Nuh Darus turun padang.

Sesungguhnya program kebajikan tersebut juga telah memberi kesempatan kepada pihak pimpinan PR cawangan untuk melihat lebih dekat lagi keadaan rakyat marhaen. 

Sumber berita dan foto oleh :
wann-annur.blogspot.com
Setiausaha PAS cawangan, Sdr. Tajuddin Abdullah turut hadir memberi sumbangan.

Sdr. Nordin Abd. Salam, Timbalan Ketua AMK cabang Teluk Intan turtu hadir.

1DUNIA SUDAH HEBOH.... HOI..BILA NAK JAWAB..!? / ساتو دنيا سوده هيبوه.... هوا..بيلا نق جواب..!؟

Posted: 01 Jan 2011 06:26 PM PST

 
  • Bukan sahaja 1Malaysia tahu malah 1Dunia pun sudah heboh.
  • Kalau berita itu tidak betul, sila nafikan.
  • Kalau berita itu benar, PM mesti ambil tindakan.
  • Kenapa Menteri ini berdiam diri ?
  • Kenapa Najib berdiam diri ?

SABTU HARI GUNA BEG PLASTIK... / سبتو هاري ݢونا بيݢ ڤلاستيق..

Posted: 01 Jan 2011 05:59 PM PST


Semalam terkejut apabila melihat isteri mengepit barangan yang dibeli dari sebuah pasar raya. Katanya, penjual tidak menyediakan beg plastik, kalau hendak juga kena beli 20 sen.

Pembeli-belah Perlu Bayar 20 Sen Untuk Setiap Beg Plastik, Setiap Sabtu 
 
PETALING JAYA: Orang ramai di seluruh negara perlu membayar 20 sen untuk setiap helai beg plastik apabila mereka membeli-belah di pasar raya besar, pasar raya dan kiosk stesen minyak Petronas pada setiap Sabtu.

Langkah mengenakan bayaran tersebut yang telah pun dilaksanakan di Selangor dan diperkenalkan untuk mengurangkan lapan bilion beg plastik digunakan setiap tahun di negara ini, mengejutkan ramai pembeli-belah.

Lain-lain perkembangan:
> Jumlah bayaran yang dikenakan itu akan disalurkan ke dana khas untuk memberikan faedah kepada persekitaran dan komuniti;
> Pembeli-belah di Pulau Pinang perlu membayar beg plastik tersebut di tempat-tempat berkenaan setiap hari; dan
> Pengusaha industri plastik di Pulau Pinang yang tidak menyenangi langkah tersebut nekad untuk mengagihkan 30,000 beg plastik secara percuma kepada orang ramai.(mstaronline)

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 02 Jan 2011 03:05 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


"Akhbar Murahan"

Posted: 02 Jan 2011 12:42 AM PST

Menurut Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), anda tidak sepatut membeli dan harus memboikot Utusan Malaysia dan akhbar lain yang seangkatan dengannya kerana akhbar ini mempunyai agenda yang jahat dan boleh mengkucar kacirkan negara dengan mencetuskan pertikaian perkauman dinegara ini kerana bersifat rasis dan tidak bermaruah.

Hata Wahari wartawan sepenuh masa di Utusan Malaysia dan juga Presiden NUJ hari ini menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap ketua pengarang Utsan Malaysia yang pada pandangan beliau paling tidak berguna dan tidak mempunyai etika kewartawanan.

Menurut beliau lagi jika tindakan tegas tidak diambil bagi mendapatkan kembalikan keyakinan ramai, akhbar ini boleh bungkus dan hanya layak jadi kertas bungkus nasi lemak sahaja pada masa akan datang.... Tahniah Hata Wahari yang berani menyatakan kebenaran dan bermula hari ini menjadi musuh nombor wahid bloggers pro-umno, tak percaya baca disini

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) memulakan tahun baru 2011 dengan lebih garang dengan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pengarang dan ketua pengarang Utusan Malaysia kerana didakwa cuba mencetuskan beberapa isu perkauman.

"Kegagalan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap ketua Pengarang dan pengarang-pengarang di Utusan Malaysia menunjukkan mereka juga terlibat dalam agenda untuk mencetuskan pertikaian perkauman di negara ini oleh sebuah akhbar yang boleh dianggap sebagai akhbar rasis dan tidak bermaruah," kata presidennya Hata Wahari.

Dalam satu kenyataan, Hata juga mendakwa, Utusan yang pernah edarannya mencapai 350,000 sehari kini hanya menjadi alat propaganda kerajaan dan memainkan isu-isu perkauman serta cuba mencetuskan pertelingkahan kaum di negara ini.

Sementara itu, Hata yang juga wartawan kanan di akhbar milik Umno itu berharap pada tahun ini kebebasan media yang sebenar dapat dinikmati bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat yang benar dan seimbang.

"Kesatuan juga meminta pengarang-pengarang di media perdana terutama Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan The Star agar kembali kepada fungsi dan matlamat sebenar media iaitu untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai dan bukan sebagai alat propaganda kepada kerajaan, mana-mana parti politik dan individu-individu tertentu kerana kepentingan peribadi," katanya.

Kejatuhan edaran akhbar media perdana seperti yang di umumkan oleh Audit Bureau of Circulations (ABC), tambahnya, jelas membuktikan bahawa orang ramai terlalu muak dengan isi yang disajikan dalamnya yang didakwa bukan sahaja tidak membina minda tetapi penuh dengan propaganda buruk.

Sehungan itu, Hata berkata, akhbar-akhbar itu boleh dikategorikan sebagai "akhbar murahan" dan tidak mempunyai harga diri serta maruah kerana "para pengarang mengenepikan serta menguburkan nilai-nilai murni tujuan asal akhbar itu diterbitkan".

Putrajaya TIADA kuasa

Posted: 01 Jan 2011 06:43 AM PST

Pakar Undang-Undang Profesor Dr Aziz Bari menegaskan Putrajaya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menerima dan memberi perkenan kepada calon kerajaan negeri Selangor untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Beliau berkata Undang-Undang Tubuh Negeri jelas menyebelahi kerajaan negeri dalam perlantikan jawatan itu.

"Kalau kita lihat pindaan yang dibuat oleh pentadbiran Tun Mahathir Mohamad tahun 1994, menimbangkan nasihat bermaksud menerima nasihat. Jadi undang-undang sebenar adalah sultan perlu menerima dan mendengar Menteri Besar," katanya.

Aziz menjelaskan krisis hari ini berlaku ekoran kerakusan Umno-Barisan Nasional meminda Perlembagaan dan memperkasakan kedudukan Eksekutif dengan menghadkan kuasa Raja-Raja Melayu.

Berdasarkan pengamatannya, Aziz berkata undang-undang jelas sekali memihak kepada Kerajaan Negeri Selangor dalam isu ini.

"Samada pindaan yang dibuat itu tidak sah, ataupun kuasasultan yang menjadi pemutus. kedua-dua perkara ini tidak menguntungkan Umno. kalau melihat kepada pindaan itu, ia menunjukkan tan sri khalid adalah betul," katanya.

Pakar perlembagaan ini menjelaskan Undang-Undang Tubuh Negeri telah meletakkan amalan yang sepatutnya dipatuhi oleh semua pihak berkenaan.

Artikel 52 (4) menegaskan Setiausaha Kerajaan Negeri harus mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar Selangor. Ia tidak menyatakan individu berkenaan harus mengangkat sumpah di hadapan Sultan.

"Kuasa melantik semenangnya di tangan Sultan, tetapi Sultanperlu meneliti cadangan dari suruhanjaya berkenaan. Sebelum itu,Sultan harus mendengar nasihat menteri besar," katanya.

"Kerajaan pusat tidak ada peranan atau kuasa. apa yang disebutkan oleh Datuk Khir Toyo mungkin apa yang berlaku di zaman Umno sahaja..yang mungkin formaliti sahaja. tetapi kalau berdasarkan perlembagaan, kerajaan persekutuan tidak mempunyai peranan," katanya lagi.

Aziz juga menyokong gesaan supaya wakil-wakil rakyat Selangormengadakan sidang tergempar membantah campurtangan Kerajaan Pusat.

"Ya ia wajar kerana kalau kita lihat Parlimen meluluskan usulprihatin ke atas isu Sultan Johor pukul coach hoki. Jadi tidak adamasalah sekiranya sidang khas diadakan dan membincangkan situasi yang berlaku ini," katanya lagi. - tvselangor

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 02 Jan 2011 01:33 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Rajagopal Bantah Pemain Kempen Di Tenang, Johor

Posted: 01 Jan 2011 11:46 PM PST

Jakarta,30 Dis – Jurulatih Malaysia, Rajagopal membantah arahan pihak-pihak tertentu yang ingin mengadakan sambutan kejayaan Piala AFF Suzuki di Tenang, Johor. Beliau juga mengancam tidak akan teragak-agak untuk meletakkan jawatan seandainya anak-anak buahnya dipolitikkan. “Saya membentuk mereka dengan air mata, air peluh dan air darah. Tolong jangan musnahkan apa yang telah dibentuk dengan politik sempit. [...]

Sepak keluar BN dari Putrajaya

Posted: 01 Jan 2011 11:42 PM PST

 http://dragsuperstar.blogspot.com         Saban hari kita semakin terhimpit dengan kenaikkan harga barang. Kita dipaksa untuk membeli harga barang yang adakalanya menyebabkan kita terpaksa mengikat perut agar kita terlepas untuk makan malam. Bayangkan pula jika yang sudah berkahwin dan mempunyai anak? Kita dijanjikan dengan pelbagai janji oleh BN khasnya Najib dan Rosmah. Bangunan tinggi sana [...]

‘Peraturan untuk Wali Band sama dengan Jom Heboh’

Posted: 01 Jan 2011 11:37 PM PST

Konsert kumpulan terkenal Indonesia Wali Band yang dibantah Pemuda Umno Kelantan tidak melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 negeri, sama seperti yang dikenakan terhadap aktiviti lain, seperti Jom Heboh anjuran TV3 suatu ketika dahulu. Sehubungan itu, menurut Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, perkara itu merupakan pendirian kerajaan Kelantan sejak dasar Membangun Bersama Islam [...]

PAS TAMBUN

Posted: 02 Jan 2011 01:22 AM PST

PAS TAMBUN


KLIK KAMERA..

Posted: 02 Jan 2011 12:34 AM PST

Pemikiran masih tak boleh di ubah.. mengapa masih guna font yang ada unsur-unsur salib.. apakah sudah tidak ada font lain.. (Dalam bulan kuning ada terdapat simbol salib untuk mengeja perkataan HARIMAU MALAYSIA)

OK Jer.. nampak x de masalah pun..

Macam adek-beradek..

PULANGNYA UST DIN KERAHMATULLAH..AL FATIHAH

Posted: 02 Jan 2011 12:23 AM PST

Perjalanan akhir seorang pejuang PAS, seoarang yang lembut dan amat mudah melemparkan senyuman kepada kawan dan lawan.. semoga dicucuri rahmat dan digolongkan di dalam kumpulan para yang beriman dan pejuang-pejuang Islam.. Ameen.

AF Ust Bakar Osman, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak mengimamkan Solat jenazah

Dr Khairuddin dan beberapa AJK Harian Kawasan menziarahi jenazah Almarhum AF Ust Din di KPJ ipoh selepas mesyuarat harian kawasan Tambun, jam 2.00 pagi

Sedikit tentang Ust Din, beliau adalah ketua cawangan PAS KDAS3 dan bekas Ketua Kg semasa Perak di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, seorang yang amat mudah tersenyum dan amat rajin menyelasaikan masalah masyarakat melalui AJK Cawangannya, beliau meninggalkan seorang balu dan seorang puteri. Al fatihah

TANAH PERKAMPUNGAN RAZAK PERSIS PADANG JARAK PADANG TERKUKUR

Posted: 01 Jan 2011 11:58 PM PST



021111, Kg Razak: Setelah hampir 2 tahun Kerajaan Pakatan Rakyat di rampas oleh oleh kudeta Zambry, perkampungan yang di rancang sebelum ini telah mampu mengukir senyuman dan senang hatipenduduknya sudah mula bertukar suram dan muram, kerana apabila projek perumahan yang di rancang sebelum ini masih tidak menampakkan apa-apa perkembangan.

Penduduk-penduduk yang dahulunya mendiami rumah setinggan telah berpindah ke ruma-rumah sewa di taman berdekatan antaranya Taman Weng Onn, salah seorang penduduk yang ditemubual menyatakan mereka sudah tidak mampu untuk menyewa, dan mengharapkan disegerakan proses pembanggunan tersebut.

Sdr Zairul Azrun meninjau kawasan pembanggunan tersebut, dan menganggapkan persis padang jarak padang terkukur, "seolah-olah satu kawasan yang di langgar garuda" Ujar beliau.

Kami di pastambun.blogspot.com pernah menemubual penduduk yang terlibat sebelum ruma-rumah diroboh satu masa dahulu http://pastambun.blogspot.com/2008/12/setelah-30-tahun-sinar-baru-menjelma.html

KP : Sebilangan besar mereka adalah dari kaum India.. apa masalahnya? kami akan bongkarkan tunggu

GreenBoy : Bongkar boss.. bior dema ngetor..

MAJLIS PENYAMPAIAN KELENGKAPAN SEKOLAH DAN BUBUR LAMBUK PAS CAW MANJOI

Posted: 01 Jan 2011 11:09 PM PST

Kasut-kasut di bawa oleh peniaga Good Looking dari Ipoh, terima kasih Mr Gerry dan rakan, kerana membawa kasut-kasut untuk di pilih oleh para penerima pagi itu dan memberi harga yang cukup Istimewa.

Beratur untuk mencuba dan memilih kasut sekolah.

Anak-anak mencuba dan memilih kasut yang sesuai..




AF Ust Wan menyampaikan sumbangan bulanan PAS Cawangan Manjoi kepada kumpulan fakir miskin.

Melancarkan Kopi Cap Songkok, produk eksklusif Pas Cawangan Manjoi.



Penyampaian Beg dan Kasut sekolah kepada anak-anak sekitar Gugusan Manjoi.

Para hadirin mendengar ucapan ucapan dari AF Ust Wan Tarmizi

AF Ust Wan Tarmizi Ket Urusan Ulama, menyampaikan Tazkirah Dhuhanya dalam majlis tersebut.

Sdr Zairul Azrun Ket Pemuda menyampaikan bubur lambuk kepada seorang penunggang motosikal.

Pengagihan Bubur Lambuk kepada orang ramai.

Para petugas menyediakan bubur lambuk yang akan diagih-agihkan kepada orang ramai.

010111 Kg Manjoi: Sempena musim persekolahan yang akan bermula 2 hari lagi, seramai 70 orang anak-anak sekitar gugusan menerima kelengkapan sekolah berupa beg dan kasut sekolah.

Kelengkapan tersebut telah di sumbang oleh Puan Yusnita Yusoff seorang peguambela, peguamcara , sivil dan syarie, dan akan membuka cawangan yang baru di Manjoi tidak lama lagi.

Semua bantuan-bantuan tersebut telah disampaikan oleh Puan Yusnita sendiri, AF Ust Lokmanulhakim Timb YDP Pas Tambun, Af Ust Wan Tarmizi Abd Aziz, Ketua Urusan Ulama', En Mohd Khir Faizal Yahaya Setiausaha PAS Kawasan Tambun dan Sdr Zairul Azrun Zainal Abidin.

Pada majlis itu AF Ust Wan Tarmizi turut menyampaikan tazkirah dhuha dan melancarkan kopi Cap Songkok produk eksklusif PAS Caw Manjoi.

Di akhir majlis itu, pengagihan bubur lambuk telah didiakan, sebanyak 2 periuk bubur lambuk diagih-agihkan kepada orang ramai.


MARKAR PKR TAMBUN TERBAKAR

Posted: 01 Jan 2011 10:50 PM PST


010111 , Kg Manjoi : Markaz PKR yang terletak di Jalan Pemimpin pagi tadi hangus dalam satu kebakaran, markaz yang sangat dikenali umum di mana disinilah ceramah-ceramah Pakatan Rakyat dan dulunya Barisan ALternatif mengadakan ceramah, apabila tidak mendapat 'permit'.

Menurut Sdr Shamsul " Kami mengucap syukur kerana tiada berlaku apa-apa kemalangan jiwa, walaubagaimanapun kebakaran yang berlaku jam 8.00pg itu, didalamnya terdapat sebuah set pembesar suara yang digunakan untuk tujuan ceramah, kami juga sedang menunggu siasatan pihak Bomba."

Turut menziarahi tempat kejadian ialah AF Ust Wan Tarmizi, Ketua Urusan Ulama PAS Tambun dan Sdr Zairul Azrun, Ketua Dew Pemuda PAS Tambun.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 02 Jan 2011 01:14 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Dr Asri: Jangan 'guna agama untuk cari makan'

Posted: 02 Jan 2011 12:58 AM PST

28 Muharram 1432H.

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan golongan agama supaya tidak "menyempitkan Islam dalam batasan yang terhad", dengan melupakan 'kerakusan' sesetengah golongan atasan, seperti dalam isu kenaikan harga barang.

"Jangan hanya ceramah agama di media elektronik dan cetak sekadar menekan orang bawahan semata, tetapi melupai 'kerakusan' sesetengah golongan atasan.

"Ceramah (disampai) dalam isu yang remeh temeh tetapi membiarkan rakyat hidup dalam (suasana) keadilan sosial yang tidak seimbang.

"Para penceramah jangan sekadar 'guna agama untuk cari makan', tetapi hendaklah agama berfungsi dalam menegakkan hak dan keadilan," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, ulama muda yang terkenal dengan kelantangannya itu turut mengingatkan golongan peniaga supaya beretika dalam perniagaan.

"Kerakusan peniagaan akan merosakkan merosakkan negara dalam jangka masa panjang dan akhirnya tiada pihak yang dapat hidup senang. Bagi yang muslim, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dalam urusan perniagaan mereka," katanya sambil menyeru media massa turut aktif menentang kenaikan harga barang.

Mengulas peranan rakyat pula, Dr Mohd Asri berkata, jika golongan itu tidak memprotes dari awal, tahun baru ini bakal menyaksikan kenaikan harga barang yang membimbangkan.

"Kesannya akan dirasai oleh rakyat bawahan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam hal ini."

Beliau juga menekannya beberapa perkara dalam kenyataannya itu, antaranya:

•Jika kerajaan tidak mengambil langkah yang berkesan dalam mengawal kenaikan harga barang, bererti slogan 1Malaysia: "Rakyat didahulukan" bermaksud rakyat didahulukan menanggung beban hidup, sedangkan pembesar negara dan istana terus kemewahan.
•Rakyat juga mesti menjadi pengundi yang bijak dan bersedia menghukum pihak yang membiarkan kenaikan harga barang dan 'mengumpulkan' kekayaan negeri atau negara dalam kalangan mereka sahaja.
•Rakyat mesti menjadi pembeli yang bijak memilih kedai atau pasaraya.

Malaysiakini/-

Pulau Pinang akan bina universiti di Penanti

Posted: 02 Jan 2011 12:55 AM PST

28 Muharram 1432H.
Fakhri Ali

PENANTI, 2 Jan: Sebagai sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mewujudkan sebuah universiti di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti dalam tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr. Mansor Othman berkata demikian selepas menyerahkan bantuan keperluan persekolahan kepada golongan yang tidak berkemampuan di Yayasan Aman, Penanti pagi tadi.

Ketika ditemui beliau berkata, adalah menjadi aspirasi utama kerajaan negeri memberi peluang pendidikan yang terbaik bagi masyarakat negeri ini untuk meningkatkan taraf pendidikan mereka.

"Lokasi kawasan telah pun dikenal pasti. Segala perkara berkaitan dengan penubuhan insititusi tersebut sudah pun berada pada peringkat terakhir. Kita sekarang berada dalam proses pembangunan sahaja.

"Selain dari universiti dalam kawasan Penanti yang juga berada dalam Parlimen Permatang Pauh, kerajaan negeri juga akan mewujudkan sebuah lagi institusi yang akan memberi fokus kepada pembangunan ummah yang dikenali sebagai Yayasan Islam Pulau Pinang," tegasnya lagi.

Tambahnya, dengan kewujudan institusi tersebut, ia membuktikan kerajaan negeri tidak meminggirkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang.

Difahamkan, yayasan yang akan beroperasi awal tahun ini, akan memberi penekanan kepada keperluan masyarakat Islam seperti pendidikan, ekonomi dan sosial.

"Kita bukan saja mahu masjid berperanan sebagai tempat ibadah, tetapi juga merangkumi semua aspek kehidupan masyarakat yang menitikberatkan ilmu agama semata-mata, tetapi juga membuka ruang sebagai tempat untuk meningkatkan ekonomi dan membentuk peribadi atau pembangunan insan, " katanya lagi.

Beliau yang juga Adun Penanti, optimis apa yang termaktub dalam manifesto pilihan raya yang lalu bagi mewujudkan institusi ini ternyata berjaya direalisasikan sepertimana yang dinyatakan dalam pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.Harakahdaily/-

2011: Padamkah cahaya kebebasan media?

Posted: 01 Jan 2011 05:45 PM PST

Amran Ahmad | MReview |

Menutup tirai 2010 dan membuka lembaran baru 2011 tidak sarat dengan maknanya bagi sesetengah orang walaupun banyak perkara menarik dijangka berlaku tahun 2011 dengan pelbagai ramalan tarikh pilihanraya umum ke-13 bagi Malaysia, kemungkinan berlakunya gelembong pasaran hartanah, berita baik untuk pekerja sektor swasta, prospek pertumbuhan ekonomi negara dan sebagainya.

Hal-hal sedemikian mungkin antara acara atau perkara baru yang dijangka berlaku, namun jangan pula dilupakan banyak isu-isu tertunggak yang turut sama terheret ke tahun 2011 kerana masih ada yang membelenggu, belum diselesaikan dan mengalami evolusi berterusan terutama kebebasan media yang masih menjadi duri dalam daging kerana rakyat dahagakan berita yang seimbang dari media arus perdana dalam usaha mewujudkan masyarakat yang kritis lagi kritikal menjelang tahun 2020 dengan Malaysia mencapai status negara maju.

Walaupun hari ini adalah lebih baik berbanding semalam dengan kewujudan beberapa portal berita dan akhbar bersaiz tabloid yang mengamalkan keterbukaan dan keseimbangan pemberitaan terutama hal-hal berkaitan politik Malaysia, namun kebebasan sebenar masih belum tercapai kerana parti-parti politik masih menguasai media arus perdana.

Selagi parti-parti politik menguasai media terutama akhbar arus perdana, maka selagi itulah rakyat pelbagai kaum akan disajikan dengan berita-berita yang tidak seimbang, jumud dan kadang-kala menyemarakkan api perkauman yang jika terus ditiupkan, maka bencananya akan menghancurkan negara atau setidak-tidaknya menarik negara terkebelakang.

Apa yang terngiang-ngiang di telinga penulis sehingga menyebabkan bulu roma meremang ialah bertiup kencang khabar angin yang membawa pengkisahan seorang lagi pejuang kesatuan sekerja dalam industri media negara yang begitu lantang dalam memperkatakan mengenai isu kebebasan media akan dikenakan tindakan oleh syarikat di mana beliau bekerja pada masa ini.

Beliau mungkin mengalami nasib yang sama seperti penulis yang bukan sahaja kehilangan pekerjaan ekoran mengeluarkan kenyataan sebagai pemimpin kesatuan sekerja, malah bakal mengalami trauma dan bahana dalam mendapatkan pekerjaan baru untuk menyara kehidupan dengan segala kesukaran dan keperitan akibat status buang kerja yang diraih.

Jika ini berlaku, maka negara boleh mengisytiharkan tarikh itu sebagai hari hitam kebebasan media kerana pemimpin kesatuan sekerja tidak lagi dibolehkan untuk bercakap tentang kebebasan media sedangkan antara asas perjuangan kesatuan sekerja dalam industri media ialah memperjuangkan isu kebebasan media sejak sekian lama dan demi profesionalisme kerjaya kewartawanan.

Apa gunanya ada kesatuan sekerja yang memayungi ribuan ahli-ahlinya jika mahu ia bergerak ala-ala persatuan tanpa mampu untuk membicarakan isu-isu nasional yang melibatkan kepentingan rakyat pelbagai kaum di negara ini terutama kebebasan media selain hanya bercakap mengenai kebajikan dan gaji ahli-ahli semata-mata.

Jika ini berlaku, satu lagi episod hitam dalam kebebasan media negara ini bakal berlaku buat kali kedua selepas 50 tahun semenjak peristiwa mogok Utusan tahun 1961 yang dikepalai oleh Said Zahari (gambar kiri) bagi menghalang penguasaan parti politik dalam akhbar keramat masyarakat Melayu itu yang menjadi ingatan dan kenangan buat pendokong kebebasan media.

Justeru, sebagai membuka tirai baru 2011, penulis ingin mengulangi peringatan mengenai keperluan untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, supaya para penerbit tidak perlu lagi memohon lesen penerbitan akhbar dan majalah bagi memberi lebih ruang dan keterbukaan dalam penerbitan akhbar arus perdana.

Dalam semangat untuk terus berjuang ke arah kebebasan media yang lebih terbuka dan seimbang, sesekali wajarlah untuk terus menjenguk kepada aspek terpenting kalau bukan utama mengenai pemilikan akhbar-akhbar arus perdana oleh parti-parti politik, seperti UMNO memiliki Utusan Melayu (M) Berhad dan Kumpulan NSTP, MCA pula menguasai The Star manakala MIC menguasai saham dalam syarikat yang menaungi akhbar Tamil Nesan.

Rakyat Malaysia harus terus memujuk semua parti komponen BN untuk melepaskan pegangan dalam semua akhbar-akhbar arus perdana ini bagi merealisasikan impian kalau bukan angan-angan untuk melihat kebebasan media yang lebih seimbang, terbuka, bukan berteraskan perkauman dan mendapat perhatian oleh kebanyakan rakyat "atas pagar".

Pada masa yang sama, pemimpin kesatuan sekerja di negara ini perlu terus dilindungi dari segala bentuk ancaman, ugutan serta tindakan yang boleh menamatkan kerjaya mana-mana individu kerana perjuangan murni ke arah kebangkitan bangsa yang lebih dinamik harus dipertahankan walaupun realitinya, setiap perjuangan itu ada risikonya tersendiri.

Bagi orang kebanyakan seperti penulis yang sedang menghadapi perbicaraan kes buang kerja oleh Utusan Melayu (M) Berhad yang baru mula didengar pada 21 Disember yang lalu dan bakal memasuki pusingan kedua pada 24 Januari akan datang, tahun 2011 tidak lebih dari sekadar kesinambungan untuk mencari keadilan untuk diri sendiri, kesatuan sekerja yang pernah dianggotai dan dunia kewartawanan tempatan secara amnya.

Jika diambil beberapa kes buang kerja sebelum ini yang biasanya mengambil masa sehingga tiga tahun melibatkan lebih 10 pusingan kesemuanya sebagai penanda aras, maka tahun 2011 ini hanya perjalanan seterusnya untuk mendapat pengadilan sewajarnya sebelum menjengah tahun berikutnya.

*Amran Ahmad ialah bekas Pengerusi NUJ Utusan Melayu.

Najib jumpa Ahli Parlimen BN, Pakatan Rakyat bagaimana ?

Posted: 01 Jan 2011 04:30 PM PST

28 Muharram 1432.

Drs. Khalil Idham Lim.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberitakan akan mengadakan pertemuan dengan Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional Nasional (BNBBC) minggu depan bagi membincangkan pelbagai isu nasional termasuk insiden membabitkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat baru-baru ini dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Permukiman atau `retreat' bersama BNBBC itu walaupun sudah menjadi kelaziman setiap kali sidang Dewan Rakyat berehat panjang bagi mendapatkan pandangan, buah fikiran serta laporan daripada semua ahli BNBBC. Namun ianya tetap istemewa dalam keadaan hangat diperkatakan bahawa pilihan raya umum yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat seperti digembar-gemburkan.

Perjumpaan itu akan membabitkan Perdana Menteri, Timbalannya , Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semua menteri Kabinet bersama Ahli Parlimen BN.

Bagi saya pertemuan yang bakal diadakan adalah langkah Najib untuk menyakin orang bawahannya apabila banyak kemelut dan masalah yang langsung dikaitkan dengan namanya yang banyak mencalar keyakinan rakyat kepada kepimpinannya.

Najib dilihat perlu memberi arahan terbaru memastikan semua Ahli parlimen BN untuk terus berkerja kuat disaat akhir sebelum piliharaya menjelang. Tidak mustahil ada beberapa peruntukan tambahan secara langsung dan tidak langsung untuk melicinkan pergerakan semua Ahli Parlimen.

Selain itu saya melihat Najib sangat terdesak dengan gencarnya berita yang mengaitkan seorang menteri kabinetnya yang dikaitkan dengan tuduhan merogol seorang pembantu rumah dari Indonesia. Berita ini semacam sengaja dibocorkan untuk mengaibkan Najib dan tertuduh berkenaan.

Apapun banyak rahsia yang tentunya tidak dapat kita tahu dalam banyak perbincangan yang dilakukan, namun yang penting Pakatan Rakyat mestilah telah pun bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bagi mengahadapi gelombang BN sebelum PRU ke 13.

Kerana itu program yang perlu disegerakan saya cadangkan ialah satu pertemuan antara Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat dalam bentuk yang sesuai dan difikirkan wajar bagi memastikan gerak kerja mereka terancang dan terarah disaat rakyat memerlukan sesuatu bukti nyata bahawa Pakatan Rakyat mampu mengambil tempat BN di Putrajaya dan semua negeri yang masih dikuasai oleh BN.

Presiden Wanita Pertama Brazil angkat sumpah.

Posted: 01 Jan 2011 04:05 PM PST

28 Muharram 1432H.

BRASILIA : Dilma Rousseff mengangkat sumpah sebagai presiden wanita pertama Brazil pada Sabtu (1/1/2011), menggantikan presiden yang sangat populer di Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

Rousseff (63) yang merupakan bekas ketua kabinet Lula, mengangkat sumpah sebagai presiden di Parlimen Brazil setelah upucara perarakan ringkas sambil dia melambaikan tangan ke arah 70.000 rakyat yang berbaris di sepanjang jalan.

Ia bersumpah di depan para anggota parlimen sebelum menandatangani dokumen resmi yang menjadikannya ketua negara Brazil. Pemimpin baru itu kemudian memberi ucapan kenegaraan pertamanya sebagai presiden.

Ia juga menyampaikan rasa hormatnya kepada bekas Presiden Lula, seraya mengatakan ia telah merasa sangat dihargai semasa berada di bawah pemerintahan presiden Lula dan berjanji untuk meneruskan "masa kemenangan" pendahulunya itu.

Rousseff yang mengenakan pakaian putih dan terlihat ceria dan gembira , bergegas dari bangunan Parlimen menuju istana presiden, di sana bekas Presiden Lula menunggu untuk secara simbolik menyerahkan selendang presiden berwarna hijau dan kuning emas kepadanya, serta meraikan para presiden dari negara-negara Amerika Latin.

Lula, yang wajib mengundurkan diri setelah mencapai umur pencen menurut Perlembagaan Brazil iaitu setelah dua penggal memegang jawatan presiden, ia meninggalkan kegemilangan dan populariti serta karismanya untuk memberikan peluang bagi Rousseff agar terpilih menggantikannya.

Ia belum mengumumkan tentang rencananya di masa pencennya, namun beberapa bulan lalu ia pernah memaklumkan bahwa ia tidak akan mengabaikan peluang untuk kembali ke kursi presiden setelah mandat empat tahun Rousseff berakhir.

Batal naik harga minyak, bolehkan kalau di Malaysia?

Posted: 01 Jan 2011 03:44 PM PST

28 Muharram 1432H.

LA PAZ , BOLIVIA 1 Jan. – Presiden Bolivia, Evo Morales semalam membatalkan arahan menaikkan harga minyak petrol dan diesel selepas menerima kecaman dan bantahan kuat daripada penduduk.

Morales dalam satu ucapan selama 90 minit sebelum tengah malam berkata, selepas mendengar daripada kesatuan dan kumpulan sosial, beliau membuat keputusan 'menuruti kehendak rakyat' dengan memansuhkan arahan menaikkan harga petrol dan diesel serta pendekatan yang berkaitan.

Kerajaan Bolivia pada Ahad lalu mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 73 peratus kepada 92 sen seliter (AS$3.48 satu gelen) bagi petrol biasa, peningkatan daripada 50 sen (AS$1.89)

Harga diesel meningkat kepada 97 sen seliter (AS$3.67 satu gelen) daripada kira-kira 50 sen. Harga minyak lain meningkat dua kali ganda.

Kenaikan harga bahan api tersebut menyebabkan pemandu bas dan teksi menghalang lalu lintas dan mengadakan demonstrasi di jalan-jalan raya pada Khamis lalu menyebabkan sekurang-kurangnya 15 cedera.

Penduduk terus buru buaya baham imam

Posted: 01 Jan 2011 03:41 PM PST

28 Muharram 1432H.

SAMARAHAN 1 Jan. - Seekor buaya sepanjang 3.6 meter berjaya ditangkap di Sungai Batang Samarahan di Kampung Reban, dekat Serian hari ini selepas tragedi Imam Ketiga, Masjid Darul Ihsan, Sidi Samad, 66, dibaham oleh reptilia itu pada 18 Disember lalu.

Bagaimanapun, buaya yang ditangkap kira-kira pukul 9 pagi itu dengan menggunakan pancing berumpankan anjing dan ayam ternyata bukan reptilia yang dikatakan membaham mangsa tersebut.

Penghulu Ladang Samarahan, Boh Sabeli, 70, memberitahu, penduduk kampung telah membelah perut buaya berkenaan, namun hanya menemui bulu ayam dan bangkai anjing sahaja.

Katanya, ia menjadi bukti buaya itu bukan reptilia yang membaham mangsa lalu bangkai buaya itu dibuang semula ke dalam sungai.

"Setakat ini, penduduk kampung telah menangkap dua ekor buaya dan membelah perutnya, namun kedua-duanya bukan reptilia yang mengganas dan membaham Allahyarham.

"Maka, operasi memburu buaya terbabit akan terus dijalankan bersama Sarawak Forestry Corporation (SFC) serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) memandangkan kita telah mendapat kebenaran untuk berbuat demikian (menangkap serta membunuh buaya)," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini hari ini.

Penangkapan buaya tersebut di tebing Sungai Batang Samarahan hari ini turut menarik perhatian apabila ratusan penduduk berpusu-pusu menyaksikan proses membelah perut buaya terbabit bagi mendapatkan balik dua kaki, dua tangan dan kepala mangsa yang dibaham itu.

Dalam kejadian pada 18 Disember lalu, Sidi maut dibaham buaya kira-kira pukul 6.30 pagi ketika menjala udang galah bersendirian di sungai berkenaan yang dikenali sebagai habitat reptilia tersebut.

Difahamkan, seorang penduduk yang turut serta dalam operasi memburu reptilia berkenaan sebaik mangsa dilaporkan hilang telah melihat seekor buaya sebesar perahu berada kira-kira 30 meter dari tebing sedang timbul dan bergerak mengikuti arus sungai dengan rahangnya terdapat sesuatu benda yang dipercayai sebagai kaki mangsa.

Boh memberitahu, pada hari ini juga, penduduk kampung telah berjaya menangkap seekor lagi buaya menggunakan pancing, namun tidak dapat membawanya naik ke darat pada petang ini disebabkan lokasinya agak jauh.

Dalam pada itu, beliau berkata, Sungai Batang Samarahan sememangnya mempunyai banyak reptilia berkenaan bahkan jika seseorang menyusuri sungai terbabit dari Kampung Reban ke Kampung So, pasti akan terserempak dengan hampir 40 ekor buaya.

Katanya, kejadian dibaham buaya di Kampung Reban baru-baru ini merupakan kes yang kedua selepas kejadian seorang pelajar dibaham buaya di sungai yang sama pada 1992.

"Tidak dinafikan bahawa Sungai Batang Samarahan ini memang terdapat banyak buaya dan penduduk sentiasa berwaspada menggunakan sungai ini sama ada sebagai pengangkutan atau menangkap ikan dan udang.

"Justeru, kita berharap penduduk kampung akan berjaya menangkap buaya yang mengganas itu supaya keluarga mangsa dapat semula bahagian-bahagian anggota badan mangsa untuk disemadikan dengan sempurna," ujarnya. UM/-

Idris Ahmad

Posted: 01 Jan 2011 11:18 PM PST

Idris Ahmad


Eksperimen Rakyat Memilih Pakatan Rakyat Dalam PRU 2008 Tepat

Posted: 31 Dec 2010 11:54 PM PST

Gesaaan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya rakyat jangan membuat ekperimen dalam politik untuk menukar kerajaan yang sedia ada, kerana ia akan mendatangkan masalah kepada rakyat pada masa akan datang. Pas berpandangan ucapan Datuk Seri Najib sempena tahun baru 2011 satu pemikiran ke belakang bukan kehadapan walaupun beliau ini terkenal degan slogan retorik, namun dalam tindakan beliau masih berfikiran sempit seoalah-olah negara ini hanya boleh ditadbir oleh BN sahaja.

Pas hendak mengingatkan kepada Datuk Seri Najib, tugas pemimpin ialah berfikir untuk menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat. Gaji yang sudah lumayan diberikan kepada kepada pemimpin negara adalah wajar dibalas balik dengan merangka strategi untuk kebaikan rakyat bukan sebaliknya.

Pas berpendapat rakyat yang membuat eksperimen untuk menukar kerajaan negeri dalam Pilihanraya Umum 2008 dahulu adalah tepat. Kebahagiaan rakyat yang dapat diukur seperti banyak program-program kebajikan untuk rakyat seperti air percuma di Selangor, skim kifalah untuk warga emas, bantuan sekolah agama rakyat, tamil dan China, bantuan kemasukan universiti, walaupun menghadapi kekangan kewangan di peringkat negeri. Kesemua ini tidak pernah difikir oleh pemimpin umno sepanjang 53 tahun memerintah. Jika pemikiran yang ada pada pemimpin Pakatan Rakyat yang memerintah negara ini rakyat tidaklah susah sebegini rupa dengan tekanan hidup yang teruk, kuasa membeli semakin menurun, kualiti hidup sudah merosot.  

Apakah salah rakyat membuat eksperimen untuk beralih pemerintah yang selama ini megkhianat amanah rakyat? Akibat rakyat masih belum buat ekperimen untuk menumbangkan Barisan Nasional di peringkat pusat maka rakyat dibeban dengan cukai perkhidmatan 6% daripada 5%. Barang makanan naik 10%, Persatuan Peniaga Kedai Kopi Selangor dan Wilayah Persekutuan akan menaikkan kopi dan teh susu sebanyak 20 sen mulai 1 Jan 2011. Apabila barang naik menteri cuba hendak tunjuk hero bela rakyat dan marah kepada peniaga, pada hal yang buat fasal ialah pemimpin BN yang bertindak menaikkan minyak petrol walaupun negara kita pengeluar minyak.

 

Eksperimen yang dibuat oleh rakyat sehingga menumbangkan kerajaan BN telah menyebabkan pelabur asing yakin dengan kemampun kerajaan Pakatan Rakyat, buktinya pada 21 Okt 2010 – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir  mengakui “Negeri yang paling tinggi menerima kemasukkan FDI adalah selangor dengan pelaburan sebanyak RM5.66 bilion, yang kedua tinggi adalah Johor iaitu di bawah kerajaan Umno-BN, yang ketiga dan keempat adalah Pulau Pinang dan Kedah manakala Perak pula di tempat yang kelima".

Pas hendak berpesan kepada Presiden Umno sudah cukuplah umno Bn mengkhianat amanah rakyat, dan janganlah ugut rakyat, mereka sudah mempunyai jiwa merdeka dan tahu beza mana kerajaan yang amanah dan kerajaan yang bernanah.


Filed under: Pilihanraya, Politik

Salam Perjuangan

Posted: 01 Jan 2011 11:08 PM PST

Salam Perjuangan


SEMUA AHLI ADALAH AGEN PENERANGAN PAS

Posted: 01 Jan 2011 05:54 AM PST

Pengikut