Rabu, 28 November 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 28 Nov 2012 03:16 PM PST

'Hanya tinggal 15 minggu lagi sebelum p'raya'

Posted: 28 Nov 2012 03:11 PM PST

Seorang perwakilan Pemuda Umno hari ini berkata anggota parti hanya mempunyai masa kira-kira 15 minggu untuk bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Cameron Highlands, Wan Azizi Ahmad berkata, presidennya Datuk Seri Najib Abdul Razak mengingatkan demikian dalam sesi taklimat tertutup bersama para perwakilan perhimpunan, semalam.

"Dari semalam kita mahu BN menang. Tapi percayalah dan bersetuju kalau saya katakan bahawa di peringkat cawangan dan bahagian ada perkara yang boleh mengalahkan BN.

"Jadi harapan saya, sepertimana yang dikata oleh presiden semalam, kita hanya ada lebih kurang dalam 15 minggu sahaja lagi untuk menghadapi PRU 13.

"Tolonglah pasukan pemantau turun segera. Jangan retorik sangat bahagian kita sudah selesa dan selamat. Tidak.

"Oleh itu sidang perwakilan, marilah sama-sama tadah tangan berdoa kepada Allah taala. Bukan untuk kehancuran parti orang lain tapi untuk pastikan parti kita terus kekal ke akhir zaman," kata Wan Azizi sambil membacakan doa.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Persidangan Pemuda Perhimpunan Agung Umno ke-66 di PWTC hari ini.

Selain itu, Wan Azizi turut berterima kasih terhadap kepimpinan Umno kerana menubuhkan pasukan pemerhati bagi mengawal tindak tanduk ahli parti di peringkat akar umbi.

"Terima kasih pimpinan yang tubuhkan pasukan pemantau. Tapi tak tahu benda ini (pasukan pemantau) dah berjalan ke belum. Sebagai ketua bahagian, mungkin tak dimaklumkan (bahawa) geng pemantau ini turun (memantau).

"Sebagai ketua, tolong tengok sikit kalau duit tak turun. Ini luahan hati seorang ketua pemuda bahagian. Bila tak buat kerja, salah siapa? Orang muda juga yang salah," katanya lagi.

Pemuda Umno kecam Anwar minta campur tangan asing

Posted: 28 Nov 2012 03:09 PM PST

SINAR HARIAN

 

KUALA LUMPUR - Seorang perwakilan Pemuda Umno hari ini mengecam perbuatan pembangkang yang suka memburuk-burukkan negara sendiri pada kaca mata dunia semata-mata mahu berkuasa.

Ketua Pemuda Umno Johor Datuk Zulkarnain Kamisan berkata, perbuatan meminta campur tangan asing dalam pentadbiran negara boleh menggugat keharmonian dan kemakmuran negara.

"Tak cukup jelajah dalam negara, mereka menjelajah pula ke luar negara sebagai pengkhianat yang memburukkan negara sendiri. Janganlah kita jadi pemimpin sebegini, menang sorak hari ini, esok lusa negara tergadai," katanya ketika membahaskan usul pada Perhimpunan Pergerakan Pemuda Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Bahagian Parit Sulong berkata, sikap pembangkang yang sanggup memperlekeh amalan agama Islam dengan isu doa dan fatwa turut mengelirukan umat Islam.

Zulkarnain berkata, semua pihak sepatutnya berpegang kepada konsep saling mengingatkan kepada kebaikan dan menerima sebarang perbezaan dalam usaha memperjuangkan Islam.

Sementara itu, wakil Selangor Latt Shahrizan Abdullah berkata, golongan muda di negeri itu telah bersedia untuk menolak pakatan pembangkang yang diketuai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya akan datang setelah sedar kerajaan negeri Selangor tidak langsung mempedulikan mereka.

Ketua bahagian Umno Petaling Jaya Utara itu berkata, rata-rata golongan muda di Selangor yang hampir sejuta orang dan mewakili separuh daripada pengundi, tidak boleh lagi dianggap sebagai 'milik PKR' seperti mana yang diuar-uarkan pembangkang.

Beliau berkata, hakikatnya pengundi muda di Selangor, malah di seluruh negara mula sedar bahawa PKR, Pas dan DAP lebih banyak bertelagah mengenai soal siapa yang lebih layak menjadi perdana menteri. - Bernama

Musuh ketat UMNO adalah dirinya sendiri: Perubahan rejim menjadi REALITI

Posted: 28 Nov 2012 03:03 PM PST



Profil demografik muda, kadar urbanisasi yang tinggi, dengan akses kepada internet yang semakin banyak, tempoh pemerintahan yang begitu lama adalah antara faktor yang tidak membantu kerajaan yang memerintah pada pilihanraya yang akan datang. Ada pelbagai sebab kenapa masyarakat antarabangsa akur akan kenyataan ini dan bersedia untuk perubahan rejim buat pertama kalinya semenjak ia mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1957.

Sejurus selepas kerajaan menghadapi keputusan yang teruk dalam pilihanraya yang diadakan pada 8 Mac 2008, Negara memulakan mod kempen yang tidak berkesudahan. Pilihanraya umum akan diadakan tidak lama lagi kerana konstitusi Malaysia mewajibkan Parlimen dibubarkan sebelum 28 April 2013 sebelum tamatnya mandate 5 tahunnya.

Mungkin ada kebenarannya bahawa kerajaan memenangi 140 kerusi daripada 222 di dewan undangan negeri dan pembangkang Berjaya mendapatkan 82 kerusi. Namun, jika diperhatikan, jurang diantara dua perikatan ini adalah jauh lebih kecil. Barisan Nasional yang memerintah sebenarnya memenangi 51.4% undi sahaja sementara pembangakang memenangi 48.6% undi. Daripada 7.9 juta undi yang diberikan, BN dan tiga parti pembangkang dibezakan dengan hanya 313,509 undi.

Berakhirnya bulan Jun 2012, sudah ada 12.9 juta pengundi berdaftar. Seramai 2.5 juta daripadanya, lebih kurang 20% merupakan pengundi baru dan merekalah yang akan menentukan keputusan pilihanraya.

PRU ke-13, platform kempen dan media

13 parti gabungan yang memerintah- BN- akan memberi tumpuan kepada kejayaan mereka yang lepas dalam kempen kali ini dan memainkan sentimen 'status quo' manakala parti pembangkang, Pakatan Rakyat akan berikrar untuk memperbaiki sistem tadbir Negara dengan membuat perubahan radikal pada polisi-polisi.

Mesej 'status quo' nampaknya tidak akan memberi kesan terhadap demografi yang membangkitkan revolusi di tanah Arab: 48% daripada populasi penduduk Malaysia adalah mereka yang berada dibawah 25 tahun dan 70% dibawah 40 tahun (namun bukan semua adalah pengundi berdaftar). BN terutamanya ketuanya UMNO sentiasa mengharapkan undi daripada penduduk luar Bandar. Ia mempunyai alasan yang kukuh untuk cemas kerana lebih 70% rakyat Malaysia sekarang tinggal di Bandar-bandar, berbanding 11% pada tahun 1957 dan 35% pada tahun 1980.

Mereka yang muda dan urban juga merupakan pengguna tegar internet. Dengan 17.5 juta pengguna internet, purata penggunaan internet adalah 61.7% daripada populasi 81% di kawasan yang berpopulasi tinggi. Selain itu, Malaysia merupakan antara Negara yang paling aktif menggunakan Facebook dengan 12 juta pengguna, yang menjadikan Malaysia di tangga ke 19 di dunia.

Akses mudah kepada maklumat alternatif telah menggagalkan keberkesanan kawalan terhadap media aliran utama yang dilakukan oleh kerajaan, sama ada melalui pemberian lesen prosedur, tapisan dan pemilikan partisan.

Perasaan tidak dipedulikan memuncak

BN merupakan parti yang memerintah Malaysia sejak kemunculannya yang pertama kali melalui parti Perikatan memenangi tampuk kerajaan selepas pilihanraya dibawah naungan British pada tahun 1955.

Sekarang, ia merupakan parti di undi yang paling lama memerintah di dunia. Parti lain yang turut memerintah dengan lama adalah yang tidak di undi seperti rejim komunis di Korea Utara, China dan Vietnam.

Petanda negatif yang lain bagi parti paling lama memerintah ini begitu ketara bagi pengundi yang semakin canggih. Pada dasarnya, bukan sahaja kerajaan sekarang telah meminggirkan orang bukan Melayu melalui politik berdasarkan kaum, rasuah yang berleluasa dan ketidaksamarataan antara kumpulan etnik yang juga menjadikan pengundi Melayu jelik.

BN telah beberapa ketika menjadikan diri mereka kuasa yang mengawal segalanya dalam masyarakat berbilang bangsa. Walaupun begitu, selepas UMNO berubah haluan setelah piliharaya 2005 dari segi retorik dan perbuatan, ia mula kehilangan sokongan orang Cina dan India. Pada tahun 2008, kebanyakkan orang Melayu yang kecewa akan korupsi dan kronisma telah turut serta akan gerakan tidak menyokong kerajaan.

Perasaan dipulaukan ini belum hilang dan berterusan untuk beberapa tahun. Malah ada kumpulan yang menunjukkan percanggahan dengan kerajaan pusat. Orang Kadazan Dusun Murut di Sabah begitu terasa dan kritis terhadap cara kerajaan menangani skandal kewarganegaraan untuk undi yang telah membolehkan BN bertahan dan mendapat sokongan di negeri itu.

Musuhnya adalah diri sendiri

Pencatur strategi UMNO, dengan menggunakan media kawalan kerajaan, Utusan Malaysia, dan kumpulan haluan kanan yang berkaitan mereka, Perkasa, sedang bekerja keras untuk menghentikan penurunan dalam sokongan kepada UMNO. Mereka melakukan apa sahaja untuk mengambarkan parti sebagai jaguh pelbagai etnik lebih berbanding parti pembangkang Melayu dan pemimpinnya. Setakat ini, ia nampaknya sedang memulaukan pengundi kelas pertengahan.

Pada keseluruhannya masa ini, apa yang seolah-olah dicari rakyat Malaysia adalah kesaksamaan ekonomi yang lebih besar serta sebuah kerajaan yang terbuka dan bersih. Namun begitu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih dengan cara penyelesaian jangka pendek iaitu membeli undi dengan pemberian wang tunai kepada kumpulan strategik pada satu-satu masa apabila negara perlukan reformasi peringkat makro.

Setelah lama berkuasa, BN juga telah membuat ramai musuh sendiri. Ramai pemimpin dalam pembangkang dahulunya berasal dari parti pemerintah, termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Pengalaman mereka dalam kerajaan menjadi jaminan yang amat diperlukan kepada pengundi bahawa pembangkang sudah bersedia untuk mentadbir dengan cekap, manakala rangkaian peribadi mereka dalam sistem telah menjadi maklumat berharga dalam memahami sistem yang pernah menjadi penghalang kepada pembangkang.

Pakatan pembangkang terdahulu (pada tahun 1990 dan 1999) telah tergesa-gesa dibentuk semasa pilihan raya dan mereka dengan mudah runtuh tidak lama selepas. Satu gabungan alternatif yang telah menempuh ujian selama lebih daripada empat tahun, telah mendapat pengalaman mentadbir empat daripada 13 buah negeri dengan sendirinya adalah satu kejayaan - dan faktor kritikal.

Walaupun semua kekuatan terbina dan kelebihan memihak BN dalam pilihan raya tidak hilang dan mereka yang kekal akan digunakan sepenuhnya dalam pilihan raya yang akan datang, faktor-faktor yang akan menjatuhkan kerajaan juga wujud. Untuk pertama kalinya, ia sangat ketara bahawa kemungkinan kerajaan lama akan kalah.- New Mandala

Zambry 'amat' yakin BN boleh kekal di Perak

Posted: 28 Nov 2012 03:00 PM PST

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

 

KUALA LUMPUR - Perak yakin mampu membentuk semula kerajaan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan tahun depan, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Bercakap dalam satu pertemuan bersama media di ibu negara hari ini sempena Perhimpunan Agung Tahunan Umno, Zambry berkata, beliau sendiri

yang akan mengepalai bala tentera Perak untuk berperang bagi memastikan negeri itu kekal milik Umno-BN.
Zambry berkata, beliau sebelum ini tidak pernah mengatakan yang BN yakin akan membentuk kerajaan pada PRU13.

"Sekarang saya boleh kata bahawa saya sudah yakin penuh yang BN akan membentuk kerajaan (di Perak)," kata beliau dengan nada tenang.

Bagaimanapun beliau tidak mengatakan jumlah kerusi yang boleh dimenangi.

"Itu saya tidak boleh kata... tapi kami boleh menang dengan yakin, dan bentuk kerajaan," kata beliau lagi.
BN tewas beza tiga kerusi pada PRU13. Sinar Harian difahamkan BN boleh memperoleh sehingga 34 kerusi.

Krisis perlembagaan Perak 2009 itu menjadi pertikaian politik yang terus-terusan dijadikan modal pembangkang dengan menggambarkan negeri itu dirampas oleh Umno-BN dengan cara paling tidak demokratik.

Ia bermula apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat melompat parti yang kemudiannya memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.

Sebelum krisis perlembagaan tercetus, Pakatan Rakyat pada asalnya mempunyai 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sementara Barisan pula mempunyai 27 Adun.

Tiga Adun Pakatan Rakyat yang bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas manakala seorang lagi (yang sebelumnya telah keluar parti Umno dan menyertai Parti Keadilan Nasional) kembali semula menyertai Umno.

Ditanya sama ada akan bertanding kerusi negeri atau  Parlimen, Zambry berkata, "saya boleh tanding di mana-mana... tapi belum ada keputusan."

Bagaimanapun katanya, beliau boleh mengatakan bahawa akan mengetuai jentera pilihan raya sebagai "seorang jeneral."

Rajagobal gembira pemain bangkit

Posted: 28 Nov 2012 02:56 PM PST

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH

 

JURULATIH skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal melahirkan rasa kegembiraan melihat kebangkitan anak buahnya yang berjaya mencatat kemenangan besar ke atas Laos dalam perlawanan kedua Piala AF Suzuki, malam tadi.

Jelasnya, dengan kemenangan itu nyata memberi mereka satu semangat yang tinggi terutamanya bagi menghadapi aksi terakhir kumpulan B menentang musuh tradisi, Indonesia Sabtu ini.

"Saya gembira dengan kemenangan ini, ia menghidupkan peluang untuk kami mara ke separuh akhir Piala AFF Suzuki.

"Apa pun, saya mahu pemain melupakan kemenangan ini dan fokus terhadap perlawanan menentang Indonesia.

"Ini kerana saya fikir perlawanan menentang Indonesia tidaklah mudah seperti yang disangkakan," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya perlawanan menentang Laos di Stadium Bukit Jalil.

Dalam saingan malam tadi, Skuad Harimau Malaya kembali menghidupkan peluang ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012 selepas membelasah Laos 4-1.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai peluang Malaysia untuk menempah slot ke separuh akhir, Rajagobal bagaimanapun optimis dan yakin pasukannya masih berpeluang untuk melepasi peringkat kumpulan.

"Sebagai jurulatih, saya masih yakin dan optimis dengan prestasi pasukan kita.

"Pemain telah tunjukkan kebangkitan malam ini, jadi saya yakin prestasi ini akan kekal sehingga kita mencapai kejayaan," katanya yang turut memuji prestasi keseluruhan pemain pada perlawanan tersebut.

"Semua pemain menunjukkan kerjasama yang sangat bagus, mereka semua bekerja keras untuk menghasilkan kemenangan kepada negara.

"Saya gembira dengan peningkatan ini terutama persembahan yang ditunjukkan oleh Wan Zack Haikal dan Kunnalan. Mereka sangat bagus," jelas beliau

Lakonan pejuang Melayu bermula semalam

Posted: 28 Nov 2012 02:45 PM PST

MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR- Seperti dijangka Umno akan jadikan persidangan kali ini sebagai peluang untuk membelasah Pakatan Rakyat, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar).

"Maklumlah parti yang sedang hendak menuju ajal, menggelupor seperti lembu yang hendak mati," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Justeru, katanya Umno terpaksa berlakon sebagai pejuang Melayu dan agama walaupun hakikatnya pengkhianatan berlaku angkara 55 tahun Umno memerintah

Beliau berkata, Umno sekarang sudah hilang ideologi dan idealisma perjuangan.

Tambahnya, mereka sudah kehilangan sokongan Melayu yang celik maklumat dan celik agama, cuma Umno disokong oleh ahli yang ada kepentingan projek sahaja.

Menurutnya, pemimpin Umno tahu bahawa Melayu akan mengundi dengan emosi, maka ini yang menjadi strategi Umno.

"Ucapan pemimpinnya penuh dengan emosi bahawa Melayu akan hilang jika Umno tumbang pada hal yang mengkhianati sesama Melayu ialah Umno. Mereka diberi kuasa, dengan kuasa mereka menindas Melayu," katanya lagi.

Idris berkata, terlalu banyak jika hendak disenaraikan dosa Umno kepada Melayu tetapi Umno 'membaling batu sembunyi tangan' atau pun 'seperti pencuri menjerit pencuri'.

Katanya, Umno fikir dengan bersandarkan Melayu maka ia boleh menipu rakyat kerana andaiannya, Umno boleh membuat apa sahaja kerana dia Melayu.

Ini,ujarnya seolah-olah Melayu maksum, walaupun perasuah, penindas sesama Melayu, asalkan daripada kelompok Umno.

Mengenai Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin membaca doa ketika merasmikan Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri agar jauhkan Umno daripada menjahanamkan sesama sendiri, Idris berkata walau pun hakikatnya Umno hanya pandai berdoa, tetapi pemimpin merekalah menjahanam sesama bangsa dan agama.

Tambahnya, penafian hak kepada Kelantan, mematikan institusi masjid dengan melantik mereka yang bukan ahli masjid, menukar guru yang tidak menyokong Umno, sebagai contoh suami Cikgu Normala Sudirman, menyekat projek kepada orang tidak sealiran dengan Umno dan lain-lain

"Apakah ini bukan menjahanam sesama sendiri?" tanya Idris.Harakahdaily

Musa dicabar dedah siapa sumbang wang RM40 juta

Posted: 28 Nov 2012 02:41 PM PST


MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR- Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mencabar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mendedahkan siapa penyumbang wang RM40 juta kepadanya jika benar beliau bersih.

Beliau mendesak agar Musa memberitahu, apa hubungan penderma/penyumbang ini dengan beliau dan Umno?

Musa juga perlu menjelaskan, apa kontrak-kontrak atau konsesi yang pernah diberikan kepada penderma/penyumbang ini?

Di samping itu, Musa juga perlu dedahkan, di mana wang itu disimpan dan atas nama siapa?

Persoalan ini dibangkitkan Rafizi ketika berhujjah bahawa badan pencedah rasuah Hong Kong, ICAC belum membersihkan nama Musa.

Bagi beliau, surat badan pencegah rasuah Hong Kong (ICAC) tidak mahu meneruskan siasatan ke atas Ketua Menteri Sabah itu bukan bukti beliau telah bersih.

ICAC hanya tidak mempunyai cukup bukti kerana tidak mendapat kerjasama kerajaan Malaysia dan PKR akan membantu ICAC untuk mendapatkan bukti itu.

Rafizi Ramli berkata demikian dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau merujuk kepada laporan The Malaysian Insider bertajuk "ICAC Letter Shows Musa Aman Cleared of Graft Last December".

Laporan itu memetik kenyataan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Kota Belud bagi pihak Datuk Seri Musa Aman bahawa kes telah ditutup oleh ICAC Hong Kong berdasarkan satu surat yang dihantar secara peribadi kepada Dato' Seri Musa Aman.

Berdasarkan laporan tersebut, Rafizi menegaskan beberapa fakta berikut:

1. Surat yang diutuskan oleh ICAC itu sekali-kali tidak menyatakan bahawa Dato' Seri Musa Aman dibersihkan dari tuduhan rasuah, atau membayangkan bahawa ICAC yakin Dato' Seri Musa Aman bersih dari rasuah seperti yang cuba diwar-warkan oleh Umno/Barisan Nasional.

2. Surat itu hanya memaklumkan bahawa berdasarkan maklumat-maklumat yang ICAC perolehi setakat itu, ICAC mengambil keputusan untuk tidak meneruskan siasatan terhadap Dato' Seri Musa Aman.

"Jika Datuk Seri Musa Aman tidak bersetuju dengan fakta-fakta ini, maka wajarlah beliau mendedahkan kandungan keseluruhan surat tersebut, bukannya menggunakan Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk menyampaikan secara lisan sahaja kepada wartawan," kata Rafizi dalam kenyataannya.

Bagi Rafizi, keputusan ICAC untuk tidak meneruskan siasatan berdasarkan maklumat-maklumat yang mereka perolehi setakat itu menimbulkan lebih banyak persoalan.

Ia juga menguatkan pandangan beberapa pihak bahawa ICAC tidak mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak berkuasa Malaysia untuk meneruskan siasatan kerana mereka tidak mempunyai kuasa menyiasat dan mengumpulkan bukti, katanya.

Oleh yang demikian, katanya lagi, mereka bergantung sepenuhnya kepada Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan bukti.

Kenyataan Ketua Pendakwaraya Hong Kong, Kevin Zevros baru-baru ini bahawa pihak berkuasa Hong Kong mengambil keputusan untuk menghentikan siasatan berdasarkan maklumat pihak berkuasa Malaysia mengesahkan bahawa tangan ICAC terikat dari meneruskan siasatan.

"Oleh yang demikian, saya menegaskan pendirian saya bahawa surat yang disebut oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan itu tidak membersihkan nama Dato' Seri Musa Aman, sebaliknya menguatkan pandangan bahawa ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana tidak mendapat kerjasama pihak berkuasa Malaysia," kata Rafizi.

Sehubungan itu, katanya, beliau dan pasukan dari PKR (William Leong, Hee Loy Sian dan Chang Lih Kang) sedang giat mengumpulkan bukti termasuk penyata-penyata kewangan dan urusniaga di Hong Kong untuk dilaporkan kepada ICAC agar siasatan baru dibuka, seperti persetujuan dengan ICAC baru-baru ini.

Rombongan mereka akan menemui ICAC pada 11 Disember 2012 dalam kunjungan yang kedua.

Rafizi juga menggesa Datuk Seri Musa Aman supaya tidak terus mengheret Umno ke dalam permasalahan peribadi beliau.

Cara terbaik untuk membersihkan nama beliau adalah dengan mengisytiharkan secara terperinci maklumat sumbangan RM40 juta yang diterima beliau.

"Saya percaya maklumat-maklumat di atas bukan sahaja dituntut oleh rakyat Malaysia, malah turut ditanya oleh pimpinan Umno sendiri," katanya.

Apabila Umno/Barisan Nasional menyerang pimpinan PKR bersabit sumbangan (termasuklah isu bas jelajah Merdeka Rakyat dan penggunaan jet peribadi), pimpinan PKR yang terbabit dengan segera mengisytiharkan butiran penyumbang, supaya rakyat dapat menilai sendiri sama ada berlaku unsur salah guna kuasa, katanya.

Sikap yang sama perlulah juga ditunjukkan oleh Datuk Seri Musa Aman, jika beliau benar-benar yakin tidak ada unsur rasuah dan salah guna kuasa di dalam kes sumbangan RM40 juta kepada beliau/Umno seperti yang didakwanya.

"Kegagalan beliau berterus terang akan terus memanjangkan kes ini dan saya akan terus menumpukan perhatian untuk mendapatkan maklumat dan bukti baru untuk dibentangkan kepada rakyat.

"Sebab itu, saya tidak sedikit pun merasa tergugat dengan ancaman tindakan undang-undang seperti yang disebut oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan. Saya yakin saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat dan bersedia untuk mempertahankan kes yang saya bawa di mahkamah pada bila-bila masa," katanya.

Persoalannya, kata Rafizi lagi, apakah Datuk Seri Musa Aman bersedia untuk bertemu di mahkamah dan mendedahkan butiran penderma-penderma beliau di mahkamah seperti mana bersedianya beliau?
-Harakahdaily

Shahrizat masih ada hati mahu kekal

Posted: 28 Nov 2012 03:47 AM PST

KL TODAY

Selepas setahun mempertahankan dirinya dari kritikan keras mengaitkan dirinya dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini tampil dengan penuh yakin dan turut menyatakan tiada sebab untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno dalam pemilihan akan datang.

Shahrizat yang pada awal tahun ini menjadi sasaran termasuk dari Umno memberitahu pemberita semasa persidangan wanita beliau masih lagi berminat.

"Saya tidak melihat sebab untuk tidak menawarkan diri saya pada penggal akan datang… Insya Allah, anda faham apa yang saya maksudkan?"

memberi amaran tentang kemungkinan berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 jika Umno kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

"Jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang.

"Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang.

"Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

"Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu," kata ketua wanita Umno itu dalam ucapan dasarnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Shahrizat meminta delegasi Wanita Umno mencari jalan untuk mengatasi sebelum apa yang beliau katakan itu berlaku.

"Kata doktor, barah jika dirawat dari awal kurang menyakitkan.

"Jika dibiarkan ia akan terus merebak menjadi barah yang membahayakan, menyakitkan dan seterusnya boleh membunuh.

"Kita mesti berani mengambil tindakan yang tegas untuk kebaikan parti kita kerana 'luas tentu bertepi dan panjang tentunya berpenghujung," kata bekas ahli parlimen Lembah Pantai itu lagi.

Perhimpunan Agung Umno berjalan selama lima hari dari 27 November sehingga 1 Disember.

[PANAS] Kes Menteri Rogol Amah Dilaporkan Ke SPRM

Posted: 28 Nov 2012 03:00 AM PST

KELAB GREENBOC

Kes pemerkosaan bekas pembantu rumah yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet akan dilapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan yang akan dibuat dalam masa terdekat itu termasuk rasuah dan ugutan bagi menutup kes tersebut.

"Sehingga kini kita masih menunggu perkembangan dari pihak Kedutaan Besar Indonesia.

Jika tidak ada sebarang reaksi untuk memulakan siasatan, kita akan ke SPRM untuk membuat laporan selanjutnya Disember ini.

"Jingga 13 merasakan kes ini perlu disiasat kerana ia melibatkan kepimpinan tertinggi negara," katanya ketika dihubungi.

22 November lalu, Jingga 13 menyerahkan laporan permohonan penyiasatan kes itu dan tindakan undang-undang kepada Kedutaan Besar Indonesia di Jalan Ampang.

Laporan itu diterima kedutaan tersebut sebagai informasi baru untuk pihak berkuasa Indonesia membuka siasatan.

Kementerian Kaunselor Kedutaan, Suryana Sastradiredja dan Polis Kerjasama Antarabangsa Kedutaan, Benny Iskandar mengesahkan perkara itu.

Menurut Fariz, pihaknya mengesyaki ugutan terhadap Robengah hingga terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan dirinya dan keluarga terancam.

"Robengah sendiri menyatakan beliau diberi amaran oleh orang besar di Malaysia yang melarang beliau daripada membicarakan perkara ini," tegas Fariz.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa bekas majikannya di Malaysia, sepertimana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.

Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan tidak menghadapi masalah sewaktu bekerja di Malaysia.

Dalam lawatan Jingga 13 ke Banjanegara Oktober lalu mendapati Robengah hidup mewah dengan rumah dianggar bernilai RM100,000, walaupun beliau dan suami tidak bekerja.

Pelbagai pihak termasuk KEADILAN sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan dilakukan. -KD

Jika Pusat Tiada Wang, Kerajaan Negeri Sedia Dahulukan

Posted: 28 Nov 2012 02:58 AM PST


SHAH ALAM : Selangor sedia mendahulukan wang rizab negeri bagi penyelenggaraan infrastruktur demi memberi keselesaan kepada rakyat sekiranya Kerajaan Pusat mengeluarkan jaminan surat hitam putih untuk membayar semula wang berkenaan.

Bagaimanapun, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesa Kerajaan Pusat menunaikan tanggungjawab kerana ini menjadi sebahagian daripada tanggungjawabnya.

Bagi melicinkan gerak kerja ini Kerajaan Negeri akan menubuhkan pasukan khas yang terdiri daripada Menteri Besar, Pegawai Kewangan Negeri, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) serta Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Pasukan khas ini akan membentangkan kepada Kerajaan Pusat mana-mana projek atau infrastruktur yang sepatutnya dibangunkan Kerajaan Pusat di negeri ini.

"Jika Kerajaan Pusat memberi kelulusan secara surat hitam putih kepada sesuatu projek menggunakan duit rizab negeri dan bersedia bayar kembali duit, Kerajaan Negeri sedia mendahulukan wang negeri," jelas beliau.

Abdul Khalid yang juga Adun Ijok berkata demikian ketika mengulas peruntukan pembangunan bagi tahun 2013 yang diluluskan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) sebanyak RM59.6 juta.

Beliau turut mempertahankan sistem tender terbuka yang diamalkan Kerajaan Negeri dalam pemberian kontrak sesuatu projek sejak mengambil alih pemerintahan negeri ini.

Tambahnya, amalan ini terbukti menjimatkan wang peruntukan JKR kira-kira 20 peratus.

Setiap kontraktor jelasnya, hanya dibenarkan untuk memperolehi untung sekitar lapan hingga sepuluh peratus sahaja bagi mengelakkan mereka mengagihkan projek kepada sub-kontraktor.

"Pernah seorang kenalan memberitahu yang beliau memenangi kontrak bernilai RM2 juta namun tidak tahu apa-apa mengenai bagaimana projek dijalankan.

"Ini kerana menurutnya, beliau mendapat tender kerana kenal Menteri Besar (pada waktu itu) dan sekadar membahagikan kerja kepada sub-kontraktor.

"Amalan ini yang kita akan ubah," tegas Abdul Khalid.

Pemilik Pangsapuri Kos Rendah Terima Potongan Cukai 25%

Posted: 28 Nov 2012 02:57 AM PST


SHAH ALAM -:Pemilik pangsapuri kos rendah boleh mendapat potongan 25 peratus cukai pintu daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) walaupun tidak wujud Badan Pengurusan Bersama(JMB) atau Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) di pangsapuri mereka.

Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, potongan diberikan terus kepada pemilik ketika membuat bayaran cukai pintu di PBT bersama borang khas.

Katanya, potongan tidak hanya diberikan jika keseluruhan pemilik di suatu pangsapuri membuat permohonan.

"Walaupun seorang pemilik membuat permohonan, beliau akan mendapat potongan 25 peratus.

"Setiap permohonan mestilah disertakan bersama borang khas yang disahkan oleh pengerusi JMC atau MC, Pesuruhjaya Bangunan (COB) PBT atau Ahli Majlis PBT," katanya.

Beliau menambah, potongan juga hanya untuk pangsapuri-pangsapuri yang didiami oleh pemilik atau waris pemilik.

Jelasnya lagi, Kerajaan Negeri masih belum ada bilangan pemilik yang diberikan potongan kerana polisi ini baru sahaja dikuatkuasakan pada bulan September lepas.

"Data-data ini akan diperolehi daripada PBT-PBT pada akhir tahun ini.

"Dari data ini, satu kajian juga akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk menentukan sama ada dengan potongan cukai maka lebih ramai pemilik membayar yuran penyelenggaraan pangsapuri mereka," ujar beliau lagi.

Kerakyatan: PKR anjur duduk bantah di JPN Putrajaya

Posted: 28 Nov 2012 02:53 AM PST

MALAYSIA KINI

PKR akan menganjurkan satu perhimpunan aman duduk bantah di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya pada 12 Disember depan bagi mendesak kerajaan BN menyelesaikan masalah rakyat Malaysia yang tidak mendapat hak kewarganegaraan.

"Masalah tidak mendapat hak kewarganegaraan ini melibatkan semua rakyat Malaysia dan menjadi kelaziman di kalangan rakyat Malaysia berketurunan India," demikian menurut satu kenyataan parti itu hari ini.

Menurut kenyataan yang ditandatangani oleh tiga Naib Presiden PKR - N Surendran, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua - sebahagian besar rakyat tanpa warganegara tersebut lahir daripada ibu bapa rakyat Malaysia dan telah menjalani keseluruhan kehidupan mereka di negara ini.

"Berdasarkan Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan, mereka merupakan warga yang sah secara perundangan dan berperlembagaan," tambahnya.

Bagaimanapun, mereka mendakwa bahawa kerajaan BN enggan mengeluarkan kad pengenalan biru kepada golongan tersebut dan secara terang-terangan melanggar peruntukan Perlembagaan Malaysia.

Akibatnya, menurut mereka, kalangan rakyat Malaysia yang dinafikan hak-hak dan keistimewaan kewarganegaraan secara tidak sah menurut undang-undang telah mengalami penderitaan yang teramat.

"Warga tanpa negara ini dilucutkan semua faedah-faedah pendidikan, kesihatan dan pekerjaan," tegas mereka.

PM dirayu kembalikan 'peluang dan kedudukan' Shahrizat

Posted: 28 Nov 2012 02:49 AM PST

 

Perwakilan Wanita Umno Kedah Halidah Putih merayu kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengembalikan "peluang dan kedudukan di tempat yang sewajarnya" kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, selepas pilihan raya umum akan datang.

Katanya, rayuan itu dibuat kerana pergerakan itu "sayang" ketua Wanita Umno itu yang menurutnya, cukup gigih memajukan sayap utama parti itu dan kaum wanita.

"Saya merayu kepada Datuk Seri Najib... Datuk Seri, kami sayang ketua pergerakan Wanita Umno Malaysia. Tolong kembalikan, Datuk Seri (Najib)... ketua kami di mana yang sewajarnya.

"Beliau berjuang tidak mengira waktu, masa.  Tak kira apa jawatan pun... Waima (beliau) tidak ada jawatan pun, maka Datuk Seri Shahrizat seorang yang cukup gigih.

"Kita merayu, tolonglah, berilah peluang dan berikan kembali kedudukan kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, selepas pilihan raya umum ke-13 di tempat yang sewajarnya" katanya ketika menyampaikan ucapan menyokong ucapan ketua Wanita Umno itu.

Shahrizat melepaskan jawatannya sebagai menteri pembangunan wanita dan keluarga selepas dikaitkan dengan isu National Feedlot Corporation (NFC) yang diterajui oleh suaminya.

Bagaimanapun beliau kekal sebagai ketua Wanita Umno. Manakala teraju Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat didiambil alih oleh Najib yang juga menteri kewangan.

Selepas itu, perwakilan Wanita Umno Selangor Mesrah Selamat menegaskan pihaknya akan terus menyokong dan mempertahankan kepimpinan Shahrizat "hingga titisan darah yang terakhir" walaupun sayap itu berdepan dengan pelbagai "serangan" daripada dalam dan luar parti.

"Jangan bimbang... Demi apa? Demi cinta dan perjuangan kami rela mempertahankan (beliau) dengan apa cara sekalipun. Insya-Allah," ikrarnya mewakili seluruh lebih satu juta ahli wanita di negeri itu.

Sebelum itu, seorang perwakilan Wanita Kelantan merayu kepada Najib untuk memberikan 30 peratus calon wanita bertanding dalam pilihan raya umum dan sebagai pembuat dasar, memandangkan prestasi jentera sayap itu.

"Jentera wanita menerima pujian yang tidak putus-putus... Sekarang (aura) jentera (Wanita) sudah mula dirasai dan insya-Allah (presiden) tidak akan ragu-ragu dalam memberi 30 peratus kuota calon dan membuat dasar menjadi kenyataan," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan mencadangkan ucapan Shahrizat yang disampaikan sebelum itu.

MB : Strategi Pelaburan Kerajaan Negeri Kini Berkesan

Posted: 28 Nov 2012 02:47 AM PST


SHAH ALAM : Strategi pelaburan yang digunapakai Kerajaan Negeri kini berkesan dan kurang risiko dan tidak mengurangkan wang rizab simpanan negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, strategi yang diamalkan Kerajaan Negeri untuk tempoh jangka pendek adalah melabur dalam simpanan bank di institusi perbankan di negara ini.

"Strategi yang dilakukan adalah melabur dalam simpanan bank di mana kita akan mendapat pulangan dan modal atau 'capital' kita tidak hilang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Philip Tan Choon Swee (BN-Telok Datok) mengenai pulangan pelaburan di Selangor yang didakwa berkurangan mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Dalam pada itu, sehingga 31 Oktober 2012, rizab simpanan Kerajaan Negeri meningkat sehingga mencecah RM2.570 bilion.

Abdul Khalid menjelaskan, sebelum ini Kerajaan Negeri pernah membuat pelaburan dalam saham syarikat-syarikat di bursa saham dan syarikat milikan kerajaan namun tidak memberikan pulangan yang menguntungkan.

Katanya, berdasarkan rekod lima hingga 10 tahun lalu, Kerajaan Negeri tidak ada kepakaran untuk melabur dalam saham yang diurusniaga di pasaran saham.

"Kita tidak galakkan untuk melabur dalam pasaran saham kerana sebagai contoh…apa yang sudah di labur seperti di negara Jepun sudah kehilangan modal…kalau labur dahulu sahamnya bernilai RM3, sekarang cuma tinggal RM1," katanya yang merupakan Adun Ijok.

Keperluan Infrastruktur Sekolah Agama Dinilai Tiap Tahun

Posted: 28 Nov 2012 02:45 AM PST


SHAH ALAM : Keperluan Sekolah Rendah Agama(SAR) akan dinilai setiap tahun oleh Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi memastikan sekolah berkenaan mendapat bantuan yang diperlukan mengikut keutamaan.

Exco Pendidikan, Dr Halimah Ali berkata, polisi ini diamalkan setiap tahun bukan sahaja terhadap infrastruktur sekolah malah melibatkan dan keperluan tenaga pengajar.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan perbahasan Jawatankuasa Belanjawan Jabatan Agama Islam Selangor yang dibangkitkan oleh Adun Skinchan, Ng Suee Lim.

Suee Lim dalam soalannya membangkitkan keadaan usang Sekolah Rendah Agama Parit 7, Skinchan selain mengalami masalah infrastruktur terutama tandas pelajar.

"Saya setuju sekolah yang disebutkan Skinchan merupakan satu keutamaan kerana ia melibatkan kemudahan asas," ujar Dr Halimah lagi.

Untuk tahun ini, sebanyak RM8 juta diperuntukkan Lembaga Zakat Selangor untuk pembangunan infrastruktur.

Selain itu, Dr Halimah turut menyatakan sejak tahun 2008, satu Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Selangor (Mafis) yang dianggotai oleh rakyat Islam di Selangor ditubuhkan untuk memikirkan langkah jangka panjang menaikkan prestasi sekolah agama di negeri ini.

Jelasnya, sekolah rendah agama merupkan sekolah yang dibangunkan Kerajaan Negeri termasuk dari segi penyediaan tapak manakala sekolah agama rakyat pula ditanggung sepenuhnya rakyat.

Sehingga kini, Selangor mempunyai 23 sekolah rendah agama, 11 sekolah integrasi agama dan lebih 230 sekolah Kafa.

Mantan IGP Dakwa Hishammuddin 'Campuri' Tugas Polis

Posted: 28 Nov 2012 02:41 AM PST


PETALING JAYA : Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein 'mencampuri' tugas Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Musa berkata Hishammuddin pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara (KPN).

Sebelum ini, Musa berkhidmat untuk PDRM selama empat dekad dan memimpin pasukan tersebut selama empat tahun sejak tahun 2006 sebelum digantikan oleh Tan Sri Ismail Omar pada 13 September 2010.

Musa berkata, tindakan Menteri yang memberikan arahan kepada pegawai polis adalah tidak wajar kerana ia bertentangan dengan peruntukkan undang-undang.

"Jadi, saya menekankan kepada beliau (Hishammuddin) Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967, yang mengatakan) bahawa arahan dan kawalan pihak polis adalah dengan KPN dan bukan di bawah kuasa Menteri.

"Sudah tentu, saya tidak boleh secara kasar kepadanya kerana Hishammuddin adalah seorang Menteri.

"Saya bercakap kepadanya dengan baik. Dia tidak suka," kata Musa.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Khas Isu Peningkatan Kadar Jenayah di sebuah hotel di sini.

Turut sama dalam sidang media itu Pengerusi Malaysian Crime Watch Task Force (MyWATCH), R Sri Sanjevan di mana Musa menjadi penaung dan penasihatnya.

Ujar beliau, terdapat aduan daripada pegawai-pegawai polis yang berkata bahawa mereka menerima arahan bukan dari (atasan polis mereka) tetapi dari Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Malah kementerian boleh mengeluarkan arahan sekarang … Siapa yang mempunyai kuasa sekarang?.

"Sesuatu perlu dilakukan oleh pengurusan tertinggi polis bagi membetulkan perkara yang tidak betul itu," ujarnya.

Menurut Musa, beliau membuat teguran ini adalah supaya polis memperbaiki mutu kerjanya dan menjaga imej professionalisme.

Ketika ditanya apakah Ketua Polis Negara sekarang, Ismail Omar hilang kawalan terhadap pasukan polis, beliau meminta agar KPN sendiri sendiri memberikan penjelasan.

"Tan Sri Ismail Omar sendiri selaku Ketua Polis Negara yang perlu dan (boleh) membetulkan keadaan ini," katanya.


5 Peluru Hadapi PRU13

Posted: 28 Nov 2012 02:34 AM PST

Blog Nusajayakini.com

PARIT SULONG - Selari dengan kemajuan media baru yang semakin mempengaruhi kehidupan rakyat masa kini, PAS turut menyediakan alternatif kempen bagi menyebar luaskan sebaran maklumat kepada masyarakat.

5 peluru tersebut adalah Buku Jingga, Buku Hijau 'Negara Berkebajikan Tawaran PAS', Tawaran Jingga, Agenda Wanita Malaysia, Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia.

"3 perkara yang terkandung dalam Buku Jingga adalah Agenda bersama Pakatan Rakyat, penerangan krisis dalam negara dan 10 janji jingga untuk tempoh 100 hari setelah Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya. Buku Hijau pula menyentuh berkenaan kedudukan Agama Islam manakala Tawaran Jingga menyeliputi 4 dasar utama yang akan diketengahkan", terang Saudari Aiman Athirah Al Jundi dalam Program Taklimat Khas Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia di Dewan Bustanul Ariffin, Parit Sulung semalam.

Beliau menyeru khususnya kepada ahli-ahli PAS bagi menghadam dan memahami bahan-bahan di atas bagi meningkatkan lagi kefahaman supaya dapat menyebarkan maklumat kepada masyarakat. Ini bertujuan agar masyarakat lebih peka terhadap isu di sekeliling mereka serta mengetahui tawaran yang akan diberikan PAS sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya menjelang PRU13 yang bakal datang ini.

"20-30% singgung kelemahan UMNO Barisan Nasional, 70% selebihnya beri kefahaman kepada masyarakat berkaitan tawaran PAS. Rakyat di luar sana sudah tidak mahu lagi mendengar kita mengherdik sesama sendiri. Apa yang dikehendaki rakyat adalah mendengar apa yang ditawarkan oleh PAS", tambahnya lagi yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat.

DAP sambut baik klarifikasi PAS

Posted: 28 Nov 2012 02:27 AM PST

 Roketkini.com

KUALA LUMPUR: DAP menyambut baik kesediaan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS mengakui kesilapannya melaksanakan undang-undang berdasarkan prinsip Islam yang tidak memaksa ke atas orang bukan Islam.

Ketegasan sikap PAS itu adalah sangat ketara perbezaan berbanding UMNO yang degil dan enggan mengaku kesilapannya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini berkata, penjelasan PAS itu akan memperkuatkan lagi komitmen Pakatan Rakyat ke arah melaksanakan keadilan untuk semua.

"DAP menyambut baik kenyataan yang dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa undang-undang kecil yang dilaksanakan Majlid Perbandaran Kota Bharu (MPKB) tidak bercadang untuk diperluaskan pelaksanaannya ke atas orang bukan Islam," katanya.

Kenyataan itu dibuat berikutan kes saman pihak berkuasa tempatan ke atas pengusaha kedai gunting rambut di Kota Bharu terhadap tukang gunting yang melayan pelanggan berlainan jantina.

Menurut beliau, DAP mengalu-alukan kenyataan itu lantaran perkongsian pendapat antara pimpinan DAP dan PAS kebelakangan ini yang berakhir dengan semua mesyuarat tidak rasmi di Parlimen.

"Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP dalam mesyuaratnya semalam menganggap pengakuan PAS bahawa ia memandang serius keresahan orang bukan Islam dan pelaksanaan undang-undang berdasarkan prinsip Islam mesti tidak dipaksa ke atas orang bukan Islam sebagai langkah positif," ujar Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Guan Eng berkata, sikap itu berbeza dengan UMNO yang mahu melaksanakan undang-undang Islam ke atas orang bukan Islam, PAS mengambil langkah yang lebih bijaksana.

Katanya lagi, DAP berharap saman yang dikeluarkan ke atas tukang gunting rambut bukan Islam yang melayan pelanggan berlainan jantina itu dibatalkan segera dan pindaan yang sesuai dibuat kepada undang-undang berkenaan bagi mengecualikan orang bukan Islam.

Laporan berita hari ini memetik Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pihak kerajaan negeri terlepas pandang dengan tidak mengambil kira kesan undang-undang berdasarkan prinsip syariah ke atas orang bukan Islam di Kelantan. – Roketkini.com

Kerajaan PR Selangor perkukuh syiar Islam

Posted: 28 Nov 2012 02:24 AM PST

Roketkini.com

SHAH ALAM: Usaha Kerajaan PR Selangor meninggikan syiar Islam diteruskan apabila menyumbang RM1,250 setiap minggu kepada 192 surau yang melaksanakan solat Jumaat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pada masa yang sama kerajaan negeri menyediakan peruntukan kepada setiap masjid di seluruh negeri.

Abdul Khalid berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada ADUN Taman Medan, Haniza Mohamed Talha.

Beliau juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Kerajaan PR Selangor yang diterajui PKR, DAP dan PAS meminggirkan usaha meninggikan syiar Islam di negeri ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu, kawasan yang terbanyak menerima sumbangan adalah Hulu Langat diikuti Petaling Jaya dan Klang.

"Kerajaan negeri sudah berbincang dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dari segi penggunaaan surau dan masjid untuk mengadakan solat Jumaat," katanya Abdul Khalid yang juga ADUN Ijok.

Beliau berkata, sejak mengambil alih pentadbiran di Selangor pada Mac 2008, kerajaan negeri sentiasa memberi penekanan terhadap program pengimarahan masjid dan meningkatkan syiar Islam seperti  penganjuran forum dan seminar di peringkat daerah serta Konvensyen Masjid Negeri Selangor, lawatan Kerajaan Negeri ke negara Timur Tengah seperti Mesir, Jordan dan Syria.-Roketkini.com

Shahrizat: Jika Umno hilang kuasa, tidak mustahil 13 Mei berulang

Posted: 27 Nov 2012 09:12 PM PST

Oleh Amin Iskandar
Penolong Pangarang Berita

KUALA LUMPUR — Dalam ucapan dasarnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil memberi amaran tentang kemungkinan berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 jika Umno kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

"Jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang.

"Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang.

"Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

"Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu," kata ketua wanita Umno itu dalam ucapan dasarnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) disini.

Saham MAS jatuh 20% selepas umum terbitan hak

Posted: 27 Nov 2012 09:04 PM PST

Saham Malaysian Airline System Bhd (MAS) menjunam sehingga 20.8 peratus selepas syarikat itu berkata ia merancang untuk mengumpul RM3.1 bilion (AS $ 1 bilion) melalui terbitan hak.

Penganalisa dari Maybank IB Research memberitahu Reuters bahawa pencairan bagi syarikat tersebut daripada terbitan itu adalah besar, maka akan ada turun naik harga saham sehingga ianya menjadi lebih jelas.

Saham MAS turun 19.3 peratus pada 82 sen pada 0202 GMT selepas harga pembukaannya pada RM1.01.

Dalam satu pengumuman kepada Bursa Saham semalam, MAS berkata terbitan tersebut akan digunakan untuk membayar modal dan perbelanjaan hutang.

Syarikat penerbangan itu mencatatkan keuntungan operasi kecil sebanyak RM4 juta - untuk mengakhir enam suku kerugian.

"Tidak syak lagi pasaran terlebih bertindak balas, tetapi ini adalah apa yang akan berlaku sehingga ada input daripada pihak pengurusan mengenai struktur terbitan hak itu," kata penganalisis tersebut.

MAS juga berkata ia akan mengurangkan nilai tara sahamnya kepada 90 sen daripada RM1, untuk membina rizab kredit sebanyak RM8 bilion.

"Pelabur tidak yakin dengan apa yang MAS akan buat dengan wang tersebut. Masih terdapat satu stigma kerana pelabur bimbang MAS tidak akan mampu kembali mencatat keuntungan walaupun dengan wang tersebut," kata seorang lagi penganalisis.

Syarikat penerbangan itu telah mengumpulkan RM2.7 bilion dalam terbitan hak pada tahun 2010.
Sementara itu, MAS mencatatkan keuntungan bersih RM37.1 juta ($12.14 juta) pada suku ketiga yang berakhir pada 30 september 30 berbanding dengan kerugian bersih RM477.6 juga pada suku yang sama tahun lalu.
     
Prestasi yang lebih baik itu adalah kerana program rasionalisasi laluan yang membantu syarikat itu mengungkat kos bahan api, kata MAS dalam satu kenyataan semalam.

Jumlah perolehan Hasil jatuh 4 peratus kepada RM3.3 bilion.

Syarikat penerbangan itu melaporkan keuntungan operasi yang kecil sebanyak RM3.9 juta, yang mengakhiri enam suku tahun kerugian. Dalam suku tahun yang sama tahun lalu, syarikat penerbangan itu melaporkan kerugian operasi sebanyak RM191.8 juta.
     
Melangkah ke hadapan, syarikat penerbangan itu berkata fokusnya adalah untuk meningkatkan perolehan dan menguruskan kos.
     
Saham MAS tidak berubah semalam pada harga RM1.01 sesaham, mengatasi kemerosotan 0.6 peratus dalam komposit indeks.($1 = 3,0553 ringgit Malaysia) - Reuters

Ucapan Muhyiddin Tiada Apa-Apa Pembaharuan

Posted: 27 Nov 2012 08:56 PM PST

MSO

Ternanti-nanti juga sore tadi untuk mendengar apakah isi ucapan timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin sewaktu merasmikan serentak persidangan pemuda, wanita dan puteri parti itu. Memandangkan inilah persidangan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 sudah tentu Muhyiddin alis Udin anak Yassin serius didalam ucapannya menyuntik semangat dan memberi pesan dan amanat kepada lebih 3,000 ahli sayap-sayap Umno itu.

Dirasakan tidak ada masa untuk Udin bersenda ataupun memukul dan memburuk pembangkang tetapi lebih melihat ke dalam menguatkan jentera dan persiapan parti sendiri. Udin juga akan memberi sesuatu buah fikiran, formula untuk menang atau idea baru untuk difikirkan oleh ahli parti itu. Juga dibayangkan ucapannya itu akan membangunkan pemikiran orang diluar ataupun akan membuat semakan terhadap keputusan-keputusan yang mereka sudah buatkan hari ini.

Udin anak Yassin atau Umno tahu bahawa lebih 50% rakyat sudah membuat keputusan untuk mereka persembahkan didalam pilihan raya umum kelak. Masing-masing sudah membuat ketetapan parti mana yang hendak dipangkah. Apa lagi anak-anak muda yang dilihat mendahului membuat kesimpulan berbanding orang dewasa sekarang ini kerana mereka mendapat maklumat lebih awal dan meluas denhgan adanya internet, tentu Muhyiddin obses kepada situasi itu.

Justeru saya mengira beliau akan menjawab satu persatu mengenai tuduhan pembangkang dan apa juga persoalan terhadap kerajaan yang diecerkan di dalam ceramah dan juga alam siber. Banyak isu-isu yang membelit rakyat yang perlu dijelaskan atau pun membuang kusut masai pemikiran rakyat terhadap apa yang dilemparkan oleh pembangkang itu. Antaranya ialah isu penyelewengan dan rasuah, mengenai pembelian kapal selam, NFC, pemberian wang RM40 juta kepada Umno Sabah, penglibatan anak seorang menteri dengan jenayah, dan macam-macam lagi.

Begitu juga tuduhan bahawa kerajaan UBN tidak adil atau pun mengkhianti bangsa dan negara. Pendedahan ribuan ekar tanah rezab Melayu yang diambil untuk pembangunan tidak diganti sampai kini, begitu juga dengan pengambil tanah-tanah kerajaan yang bernilai komersial di ibu kota diberikan kepada syarikat kronis dengan harga murah untuk dimajukan; ia memerlukan penjelasan dan ketegasan dari kerajaan. Mungkin ahli Umno terdiri dari pemuda dan puteri apa lagi wanita yang hanya tahu menganggup, tidak mempertikaikan itu tetapi macam mana dengan orang atas pagar?

Isu-isu itulah yang perlu diungkit atau dicuit oleh Udin untuk mendapat perhatian dan diberikan reaksi kemudian dibahaskan didalam sidang masing-masing nanti. Tetapi sayang isu-isu atau perkara pokok yang menyentuh pemikiran umum itu tidak tersebut langsung oleh Udin. Apabila Udin mendiamkan isu-isu tiu ia seolah-olah mahu menyembunyikan isu-isu yang sedang menjadi suluhan rakyat itu dari dibahas. Ternyata tindakan itu tidak bijak dan merupakan kelemah dunia akhirat Udin kerana semua isu itu telah tersumbat kesekian lama dalam kepada orang ramai termasuk juga yang mendengar ucapannya di PWTC dan mereka memerlukan penghuraian secara langsung mengenainya. Apabila ia tidak disentuh orang juga menganggap Udin juga sebahagian orang Umno yang 'berpolot' dengan isu-isu berkenaan.

Begitu juga masalah perubahan besar sokongan orang bukan Melayu khasnya Cina sepatutnya menjadi fokus kepada Udin anak Yassin didalam ucapannya. Beliau tidak saja setakat mendakwa sokongan Cina dan India sudah pulih tetapi perlu mengemukakan bukti dan faktanya. Tanpa fakta orang hanya boleh mengangguk kepada Udin tetapi tidak mempercayainya.

Lantara itu beliau perlu mengajak perwakilan Umno bagaimana untuk menyakinkan kepada konsep pembahagian kuasa yang cuba hendak ditonjolkan itu. Setakat menyebut Umno melaksanakan konsep pembahagian kuasa ia tidak mencukupi tanpa dihurai dengan bukti-bukti ataupun bukti dan dalil pengikhtirafan dari orang Cina, India dan kaum ethnik lain.

Orang Cina sudah lama memerhati dan merasai sejauh mana kebermaknaan konsep berkenaan. Konsep berkongsi kuasa yang dijulang Umno itu diperiksa oleh mereka. Kenapa mereka lari dengan menyokong PR dalam pilihan raya lalu ialah kerana kepincangan dan kosnep itu yang tidak dapat memenuhui kehendak mereka. Umno hanya pandai menyebut dan mengarapkan konsep yang itu tetapi tidak jujur dalam melaksanakan. Orang Cina juga sedar kalau semasa Melayu Umno tindas dan tipu apa lagi mereka.

Apa yang berlaku ke atas rakyat Kelantan adalah satu dalil besar kepada orang Cina untuk melihat sejauh mana validnya konsep kongsi kuasa berkenaan dan keadilan kerajaan ditulangi Umno. Penganiayaan dilakukan ke atas Kelantan senantiasa dipantau oleh orang Cina. Selamanya mereka melihat itu sebagai bukti kesadisan dan kesombongan politik Umno.

Lantaran itu apabila Pakatan Rakyat membentang ekonomi yang adil, pemilikan harta dan khazanah negara yang sama rata, bermaufakat untuk masa depan negara tanpa meninggalkan asas-asas utama perjuangan Melayu; membela agama, mempertahankan bangsa dan menjaga negara, orang Cina berduyung-duyung untuk menyokong Pakatan Rakyat. Mereka sudah tentu merasa sangsi kepada Pakatan Rakyat tetapi atas dasar tidak salah kalau mencuba sesuatu yang baru, nampaknya mereka sudah nekad.

Peraliohan dan kepercayaan orang Cina kepada Pakatan Rakyat juga dijana oleh kekuatan dan politik Pas yang mengambil Islam sebagai dasar. Kesuksesan kerajaan Pas di Kelantan dibawah pimpinan Nik Aziz mengubah persepsi mereka terhadap Pas dan Islam itu sendiri. Di sini mereka mengukur mana yang sahih di antara Islam Pas dengan Islam disebut Udin anak Yassin. Konsep Islam tidak menganiyaan, tidak menipu, tidak rasuah sudah mulai difahami oleh orang Cina.

Permasalahan dan fenomena itulah yang sepatutnya dilontarkan Muhyiddin didalam ucapannya selama lebih satu jam itu. Tetapi malang ucapan beliau tidak membawa apa-apa pembaharuan dan tidak beresipi baru. Walaupun sesekali beliau cuba selitkan dengan jenaka, pantun dan penegasan tetapi ia tidak sedikit pun menyengat dan menggugah minda umum dan sangat longgar.

Bagi mereka yang menanti sesuatu dan ada kejutan amat kecewa dengan ucapan itu. Apa yang dilontar oleh Udin itu adalah isu-isu yang sudah digental dan digumpal oleh media massa PB sejak berbulan-bulan lalu. Udin hanya mengulangi dan membaca perkara yang sama dan sudah pun dijeluaki oleh orang ramai.

Mendengar ucapan Udin membelasah, meremeh dan menyinis Pas dan PKR tadi, khasnya Anwar Ibrahim tak ubah seperti membaca keratan-keratan akhabr lama Utusan Malaysia dan Berita Harian yang ditampal di papan kenyataan di ibu pejabat Umno.  Semua benda, iaini serangan ke atas Pas dan Anwar itu sudah pun ditulis beribu kali oleh media massa PB. Teks ucapan itu bolehlah dianggap sebagai kompilasi berita-berita fitnah dan liar dari Utusan dan Berita Harian semata-mata.

Menyimpul ucapan Udin anak Yassin itu ia memberikan rasa selesa untuk Pas dan Pakatan Rakyat. Pas dan Pakatan Rakyat boleh tidur lena kerana mereka tidak perlu berhadapan dengan bentuk idea, fromula serangan baru diberikan Udin. Bagi saya tidak sampai 5% orang yang berdiri di luar dewan PWTC itu tertarik dan merenung apa yang dilontarkan oleh Udin anak Yassin, apa lagi untuk diwacanakan esok harinya. Sebaliknya apabila beliau membelasah Pas, membelasah Anwar, mungkin itulah menyebabkan ada perwakilan menguap dan menggeleng-gelengkan kepala meghalau katuk menyebabkan orang akan menyifatkan politik Udin membenih dari politik bapa Mahafirau yang dijadikan idolanya... iaitu berdendam dan mengamalkan politik syaitan.

Pengkahiran ucapannya dengan berdoa dan laungan takbir tiga kali tidak juga menyentuh jiwa dan perasaan dan membuatkan orang merasakan Udin jauh Islamik dari Najib. Bahkan apa dibuat itu nampak janggal dan sumbang kerana ia dilafazkan dengan rasa penuh kemunafikan. Kandati malam ini Udin boleh tarik selimut kerana dia sudah melaksanakan tanggungjsawsab sebagai timbalan presiden yang ditradisikan itu iaini kena merasmikan perhimpunan tiga sayap parti. Dan malam ini dia telah melakukan tanpa ada apa-apa getaran dan keterjuaan kehebatan ideanya sebagai seorang ahli politik harapan masa depan.

Udin hanya sebagai Muhyiddin yang menjadi hero pandir kepada Mahathir kerana sanggup patuh kepada suruhan Mahathir agar membuat kenyataan supaya Abdullah BAdawi berhenti. Itu saja. Lusa kita dengar pula apakah kejutan dan idea baru dari Najib RAzak, atau ianya lebih kurang sama saja nada dan subjek yang akan dilontar.

Umno, ambillah iktibar kejatuhan kerajaan Saba'

Posted: 27 Nov 2012 08:52 PM PST


Kerajaan Saba' (Mamlakah Saba'), sebuah kerajaan manusia klasik yang teragung dan yang terbesar. Menurut satu riwayat kerajaan ini pernah menaungi semua kerajaan yang berada di semenanjung tanah Arab pada zaman lampau. Kerajaan ini mungkin saja berada di Ethiopia saat ini atau Yaman saat ini, atau bahkan kedua-duannya. Kerajaan Saba' mempunyai pemerintahan yang bertahan selama ratusan tahun bermula pada tahun 950 SM sehingga 115 SM. Oleh sebab keagungan yang telah dilalui oleh mereka ini, maka kisah ini di rakamkan oleh Allah di dalam surah Saba' dan surah an Naml.

Firman Allah di dalam surah Saba':

"Sesungguhnya bagi penduduk Saba' di negeri mereka ada suatu ayat (tanda kekuasaan Allah) iaitu dua bidang kebun, di sebelah kanan dan di sebelah kiri, (dikatakan kepada mereka), Makanlah rezeki Tuhanmu dan bersyukurlah kepadanya, Inilah negeri yang baik dan tuhan yang pengampun." (Surah Saba': ayat 15)
Ayat ini adalah sebahagian daripada ayat di dalam surah Saba' yang menceritakan tentang kisah tamadun di zaman lampau yang menjadi kuasa besar di bahagian selatan semenanjung tanah Arab. Suatu kuasa yang telah melalui zaman pembinaan, zaman kegemilangan dan zaman kajatuhan. Ayat di atas menceritakan zaman kegemilangan kaum Saba', (kitab injil menyebut Sh'va - Sheba) yang bukan sahaja merupakan model sebuah negara yang kaya, bahkan merupakan sebuah negara yang mendapat pengampunan daripada tuhan - Baldatun Toyyibatun wa Rabbul Ghafur -.

Kemajuan Kerajaan Saba' dan Kegemilangannya

Jikalau kita melihat di dalam kitab-kitab sejarah, seperti Al-Bidayah Wa Al-Nihayah, maka kita dapati ketinggian Tamaddun Saba' ini mempunyai beberapa keistimewaan jika dibandingkan dengan tamadun Arab lain seperti kerajaan Himyar, Main, Qataban dan lain-lain. Keistimewaan ini adalah antara punca kerajaan Saba' mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi. Walaupun telah di gariskan banyak punca kecemerlangan, di sini saya kemukakan noktah yang paling penting yang menjadi punca kemajuan mereka, iaitu kemajuan mereka adalah kemajuan yang di dorong oleh aspek ketakwaan kepada Allah dan akidah yang tulen.

Maka dengan sebab inilah Saba' disifatkan sebagai negara yang makmur, dan negara yang mendapat pengampunan daripada Allah.

Jika kita mengkaji kitab sejarah, seperti Al-Kamil fi al-Tarikh, Al-Bidayah wa Al-Nihayah, dan juga kitab-kitab tafsir berkenaan dengan kisah ini, maka kita akan dapati bahawa zaman kegemilangan ini berpunca daripada perutusan Nabi Allah Sulaiman AS, yang telah menjadikan Ratu Balqis, Ratu yang memerintah Saba' sebagai seorang yang beriman kepada Allah Taala. Maka bermulalah zaman keagungan Saba'.

Maka kita percaya dan beriman tentang janji Allah Taala, iaitu; "Jika sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya Kami (Allah) akan tumpahkan keberkatan daripada langit dan keberkatan dari bumi, dan sebaliknya jika kebenaran itu didustakan, maka Allah akan menyeksa mereka di sebabkan perbuatannya itu." (Surah al A'raaf : ayat 96)

Tamadun Saba' pada Zaman Iman Menjadi Contoh Ikutan

Apakah kita tidak percaya pada janji Allah yang menjanjikan limpahan berkat daripada langit dan bumi, jika negara kita negara yang beriman? Apakah kita tidak yakin dengan janji ini sebagaimana orang bukan Islam tidak mengimaninya? atau kita lebih yakin kepada Barat yang merupakan tamadun yang tidak islam pada hari ini sebagai ikutan kita untuk mencapai tahap kemajuan?

Perbezaan antara tamadun Saba' dan tamadun Barat pada hari ini amat berbeza. Tamadun Barat pada hari ini hanyalah maju dari sudut ekonomi, teknologi dan ketenteraan sahaja. Tetapi Kerajaan Saba' bukan setakat itu, bahkan mendapat kemajuan dari sudut sosial di samping mempunyai empayar ekonomi, ketenteraan dan teknologi pembinaan yang tinggi sehingga mereka dapat membina empangan Maa'rib yang masyhur dan masih kekal sehingga ke hari ini.

Kemakmuran dan keberkatan ini kita dapat lihat, melalui kesenangan yang di rasai oleh penduduk mereka; sehinggakan perempuan yang melalui di bawah pohonan buah tidak perlu memetik dengan cara memanjat atau mangait buah-buahan yang berada di atas kepala mereka, tetapi cukup dengan menjunjung bakul di bawah pohonan tersebut, kerana buah-buahan akan masuk dengan sendirinya ke dalam bakul mereka sebagaimana yang telah di ceritakan oleh Qatadah.

Begitu juga perjalanan mereka yang berulang alik daripada Saba' dan Syam yang memakan jarak ribuan kilometer, sang musafir tidak memerlukan kepada bekalan dan tidak takut kepada ancaman perompak, penyamun dan seumpamanya sebagaimana yang telah diceritakan oleh Zamakhsyari.

Apakah ini kita dapati ada pada tamadun sekarang, bahkan negara yang apabila semakin maju, maka semakin banyak jenayah yang berlaku dan semakin ramai penjenayah yang rakus di dalam negara tersebut. Maka jika kita memandang dengan pandangan iman dan ilmu, maka kita dapat simpulkan bahawa tamadun Barat hari ini bukan lah merupakan tamadun yang sebenar kerana tidak merangkumi semua aspek kemajuan. Maka tidak perlu menjadi kebanggaan kepada kita dan negara kita sebagai ikutan.

Zaman Keruntuhan dan Kehancuran

Yang menjadi perhatian kita di dalam kisah ini ialah zaman keruntuhan kerajaan Saba'. Jika kita melihat ayat-ayat yang menceritakan tentang tamadun Saba', hanya terdapat dua ayat sahaja yang menceritakan tentang keagungan mereka, dan selebihnya ialah sebab-sebab kehancuran dan kejatuhan mereka. Antara sebab-sebab yang jelas yang di ceritakan oleh Allah Taala ialah kerana mereka tidak mensyukuri nikmat yang telah di kurniakan oleh-Nya sebagaimana firman-Nya :

"Kemudian mereka berpaling, lalu kami kirimkan kepada mereka banjir yang merobohkan bendungan dan kami tukar kedua kebun mereka dengan dua kebun lain yang mempunyai buah yang pahit dan pohon atsl (pohon kayu yang tidak berbuah) dan sedikit pohon sidr." (Surah Saba: ayat 16)

Atsl adalah pohon yang berakar kuat sehingga sukar dicabut. Adapun pohon Sidr adalah pohon yang tidak mengenyangkan untuk dimakan.

Apakah makna "...Kemudian mereka berpaling?" Adakah mereka tidak mengucap alhamdulillah? Atau tidak bertahmid? Bukan, bukan. Bahkan ulama' tafsir menyatakan mereka berpaling daripada mengikuti ajaran Rasul, yakni ajaran tauhid. Maka inilah di antara perkara yang punca dan penyebab kecelakaan sesuatu umat.

Kejatuhan kerajaan Firaun yang besar di tangan Nabi Musa, kerajaan Babylon di zaman Nabi Ibrahim, dan kerajaan Parsi dan Rom pada zaman Nabi Muhammad dan umatnya, tidak lain dan tidak bukan melainkan kerana mereka tidak mengikuti ajaran Para Nabi yang diutuskan kepada mereka. Maka apakah negara kita telah melaksanakan ajaran yang di bawa oleh Nabi sehingga negara kita dianggap sebagai negara yang syukur dan tidak berpaling sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam ayat ini?

Maka bersegeralah kita bermuhasabah. Sebagai orang beriman dan orang yang Muslim dan membaca al-Quran. Antara sebab kecelakaan sesuatu kaum Saba' ialah berlakunya monopoli, yang disifatkan sebagai sikap yang berpunca daripada pemerintah yang menyebabkan sesebuah negara hancur. Sikap inilah juga yang menjadi punca kepada keruntuhan kaum Saba'. Firman Allah Taala :

"(Maka kamakmuran dan kemudahan itu menjadikan mereka sombong dan kufur) lalu berkata; Wahai Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami (di antara sebuah bandar dengan yang lain). Dan mereka berlaku zalim kepada diri mereka sendiri; lalu Kami jadikan (kisah perbuatan derhaka) mereka: buah mulut orang ramai, serta Kami pecah belahkan mereka berkecai-kecai. Sesungguhnya kisah mereka yang tersebut mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya bagi tiap-tiap seorang Mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur." (Surah Saba': ayat 19)

Mereka berdoa selepas Allah memberikan kesenangan dengan memudahkan perjalanan daripada Yaman ke Syam sehingga orang-orang miskin dapat bermusafir dengan mudah. Tetapi ini perkara yang tidak disenangi oleh pembesar negeri sehinggakan mereka berharap supaya perjalanan dari yang mudah supaya dipayahkan, supaya golongan miskin tidak dapat ikut serta dan mengecapi kesenangan tersebut.

Atau dengan kata lain kesenangan dan kemewahan di dalam negara mahu dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu sahaja, sama ada berupa syarikat-syarikat besar di dalam negara atau projek-projek yang menguntungkan sesetengah pihak sahaja tanpa mengambil kira golongan miskin : seperti tol, kenaikan minyak dan seumpamanya, serta yang terbaharu AES.

Maka ini adalah di antara sebab mengapa mereka dibinasakan. Dan Allah menyifatkan ini sebagai perbuatan yang menzalimi diri mereka sendiri. Negara kebajikan semakin lenyap. Negara perniagaan semakin terserlah. Sikap monopoli semakin berleluasa. Prinsip negara kebajikan yang dibina oleh Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul semakin hilang. Model kerajaan kebajikan pada zaman Iskandar Zulkarnain terhakis.

"(Mereka berkata); Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka."

"Dia (Zulkarnain) menjawab; (kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu), oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh." (Surah al Kahfi: ayat 94-95)
"Negara kebajikan" yang diterangkan di dalam ayat ini menunjukkan Zulkarnain tidak menerima cukai yang hendak diberikan oleh rakyat, tetapi bantuan yang dipinta diberikan tanpa balasan. Raja yang beriman ini tidak memikirkan cara-cara memaksimumkan kemasukan hasil dalam negara, tetapi memikirkan bagaimana membantu rakyat dengan percuma supaya diakhirnya nanti mereka bersyukur kepada Allah Taala.

Jika pemimpin negara sentiasa memikirkan cara memaksimumkan kemasukan negara dan meminimumkan pengeluaran negara walaupun membebankan rakyat, maka negara ini dianggap sebagai "negara perniagaan" yang menjanjikan kegelapan dan kehancuran sebagaimana yang disebut oleh seorang tokoh sosiologi terkenal, iaitu Ibnu Khaldun di dalam Mukaddimahnya (hlmn.83), "Sesungguhnya, perniagaan dari pihak kerajaan (kepada rakyat) merupakan kemusnahan."

Kekayaan kerajaan yang hakikatnya menguntungkan sesetengah pihak dibina di atas keperitan rakyat. Bebanan tol, kenaikan minyak, AES dan barangan ditanggung oleh rakyat pertengahan dan miskin, dan dalam masa yang sama elaun pembesar-pembesar dinaikkan. Rumah-rumah rakyat diroboh demi kepentingan politik, kuasa dan niaga menjadi keutamaan, manakala dendam membutakan mata hati mereka sehingga tidak dapat menafikan hak rakyat yang sepatutnya dikongsikan secara adil dan saksama.

Sikap monopoli seperti inilah, akhirnya menyebabkan kaum saba' ditimpa banjir batu yang besar sebagai bala daripada Allah, seperti yang dinyatakan dalam ayat 16, Surah Saba' di atas tadi..

Empangan raksasa yang menjadi mercu ketamadunan kerajaan Saba' rosak dan tidak dapat lagi menahan takungan air banjir dan hujan, terutama air bah yang disebut "Sailul Arim". Justeru itu mereka terus lemah dan akhirnya kerajaan Saba' ini telah digantikan dengan kerajaan Himyar atau Tubba' yang di sebut oleh Allah Taala :

"(Mengapa mereka masih berdegil dalam kekufurannya?) Adakah mereka yang lebih kekuatan dan kehandalannya atau kaum - Tubba' - dan orang-orang yang terdahulu daripada mereka? Orang-orang itu semuanya Kami telah binasakan, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berdosa." (Surah Dukhaan : ayat 37)


Hakikat Kekayaan dan Konsep Syukur Yang Dituntut

Dua perkara yang menarik perhatian kita di dalam masalah ini iaitu sikap tidak mengikut ajaran keagamaan dan sikap monopoli di dalam sesebuah negara perlu menjadi pengajaran kepada kita semua sebagai seorang yang beriman kepada Allah. Kita sebagai seorang Islam yakin dengan janji yang telah Allah janjikan kepada kita tentang pengurniaan berkat di sebalik ketakwaan penduduk sesebuah negara, sebagaimana firman-Nya dalam Surah al A'raaf ayat 96 (seperti di atas).

Maka kita dapat melihat kekayaan hanyalah dimiliki oleh negara yang beriman dan negara umat Islam sahaja. Emas hitam yang dikenali sebagai petrol hanya dimiliki di negara umat Islam dan tidak wujud di negara yang bukan Islam melainkan kadar yang sedikit sahaja. Maka, ini adalah nikmat yang perlu kita syukuri, dengan cara kita melaksanakan ajaran Allah, dan menjauhkan larangannya. Bersyukur dengan tidak memonopolinya dan tidak mengagihkan keuntungan tersebut kepada golongan yang tertentu sahaja.

Tidak mempolitikkan nikmat ini, sehingga golongan yang berhak menerimanya dipinggirkan, dan golongan yang telah "kenyang perut" mendapat habuan, sedangkan nikmat ini di kurniakan oleh Allah kepada golongan yang bertakwa, bukan golongan pemonopoli yang menjadikan wasilah politik sebagai medan ke arah ini. Kalau tidak kerana golongan pengislah wujud di dalam negara, nescaya negara itu telah dilanda bala bencana daripada Allah.

Firman Allah Taala :

"Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri." (Surah Hud: ayat 117)

Semoga matlamat dunia mendapat berkat dan matlamat akhirat tidak dilupakan.

http://tarbawi.my

Banyak beristighfar dengar ucapan pemimpin Umno

Posted: 27 Nov 2012 08:50 PM PST


Saya baru sahaja selesai mendengar bahagian akhir ucapan Muhyiddin Yassin dalam upacara perasmian Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka PWTC. Dewan yang penuh sesak itu tidak pula menampakkan kehadiran yang ramai di luar dewan. Ucapan Muhyiddin terganggu sekejap kerana kesampaian Wanita nombor satu negara, Rosmah Mansor, bagi memberikan penghormatan kepada isteri Perdana Menteri yang jelita itu.

 Pada keseluruhan ucapan itu, ia tidak ada apa-apa perbezaan dan kelainan dari ucapan-ucapan pada tahun-tahun yang lalu. Hanya yang kita dapati perbezaannya ialah ucapan yang menumpukan hentakan terhadap Ketua Pembangkang Anwar dan mengejek-ngejek PAS dan DAP.

Itu sememangnya biasa kerana kalau tidak melakukan hentakan kuat terhadap pembangkang ia bukanlah ucapan Muhyiddin atau pun Najib. Kalau tidak menghina pimpinan pembangkang mereka bukannya Najib atau Muhyiddin. Tetapi itu tidak mengapa. Dalam politik masa kini janganlah kita harapkan mereka hendak mengakui kebaikan yang telah dilakukan oleh PR dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh pihak Pakatan Rakyat itu.

Apa yang amat mengaibkan sebagai pemimpin parti yang sudah matang dan berusia, ucapan itu dihamburkan kata-kata seolah-olah usaha Pakatan Rakyat untuk mendapatkan mandat itu adalah sebagai usaha jenayah dan seolah-olah pembangkang itu dipenuhi oleh binatang haiwan yang liar dan tidak langsung wajar hidup dan bernyawa di dunia ini. Muhyiddin telah menghina dan memberikan segala keburukan kepada pembangkang sedangkan ucapan itu diselang dan selikan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan hadith-hadith Nabi yang sohih.

Pembangkang dikatakan oleh Muhyiddin sebagai penentang agama, bangsa dan negara dan rakyat perlu untuk memberikan UMNO sekali lagi untuk mentadbir negara ini setelah mentadbir sejak negara mencapai kemerdekaan. Bagi Muhyiddin yang menjaga agama hanyalah UMNO tetapi Muhyiddin tidak pula menyebut bahawa rasuah yang sedang dilakukan oleh pimpinan BN khususnya UMNO, sekarang ini merupakan tentangan secara 'head-on' dengan kehendak agama dan negara.

Muhyiddin sepatutnya menyeru ahli-ahli dan pimpinan UMNO supaya hentikan rasuah kerana rasuah itu lebih buruk dari membunuh dan disamakan sebagai orang yang memakan daging saudaranya sendiri oleh agama kita. Rasuah adalah perbuatan yang sehina-hinanya, malah rasuah merupakan penyebab utama kejatuhan sesebuah kerajaan dan tamaddun manusia.

Ancaman Muhyiddin terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang itu menunjukkan yang UMNO begitu 'desperate' untuk terus berkuasa dan menganggap sesiapa yang mencuba untuk mengambilalih kuasa itu adalah kumpulan yang beliau anggap seperti binatang dan haiwan ternakan semata-mata, sedangkan parti-parti pembangkang itu adalah parti yang halal dan mempunyai hak untuk mencuba membetulkan apa yang telah di lakukan oleh BN sejak mentadbir negara secara terus-terusan selama ini.

Muhyiddin menuduh PR tidak mengotakan janji-janjinya kepada rakyat tetapi Muhyiddin tidak sedar janji-janji UMNO sejak mencapai kemerdekaan 55 tahun dahulu masih belum tercapai. UMNO masih gagal untuk meletakkan Melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa bukan Melayu tetapi Muhyiddin tidak malu-malu menuduh PR tidak melaksanakan janji-janjinya.

Kalau lah UMNO telah melaksanakan janji-janjinya selama ini, masakan orang melayu masih ketinggalan dalam serba serbi. Jika UMNO telah berjaya sebagai parti pemerintah masakan orang melayu masih diharapkan bersandar kepada UMNO untuk mendapatkan sesuap nasi setiap hari. Malahan anak-anak pemimpin besar negara seperti anak-anak Dr Mahathir masih bersandar dan menggunakan UMNO sebagai modal perniagaan sehingga menjadi 'billionaire' dan menjadi salah satu keluarga yang terkaya di dalam negara ini.

Jika UMNO benar-benar berjaya masakan Mirzan Mahathir mengambil hampir RM2 billion wang rakyat untuk menyelesaikan kegagalan perniagaannya. Tetapi Mahathir semasa berkuasa memandang hina kepada bangsanya sendiri kerana terlalu lazim menggunakan tongkat. Dr Mahathir meminta orang Melayu supaya berdiri dengan kepandaian sendiri dan membuang tongkat yang di sebut di dalam perlembagaan negara itu. Tetapi kenapa anak-anaknya sendiri menggunakan kuasa dan pengaruh UMNO untuk menjadi kaya raya.

Itulah sebabnya kadang-kadang saya sendiri tidak dapat mengawal emosi saya kerana apa yang diseru oleh Mahathir dan pimpinan selepas beliau itu semuanya menggunakan tongkat iaitu UMNO. Muhyiddin tidak menyebut ini semua. Sebab apa? Kerana beliau tidak malu seolah-olah rakyat boleh dikotak-katikkan dengan seruan dan ucapan yang beremosi itu.

Muhyiddin seperti Najib juga. Beliau seolah-olah akan menjadi gila jika pembangkang mendapat kuasa dalam PRU ini. Bagi mereka-mereka ini hilang kuasa serupa seperti memasuki neraka sedangkan peralihan kuasa bergilir-gilir itu adalah mainan negara yang demokrasi. Apa yang Muhyiddin sebutkan dalam ucapan itu hanya menandakan sikap dan sifat UMNO yang tidak memahami yang demokrasi ini adalah pusaka bergilir dan bukannya hak kekal UMNO dan BN.

Bagi pimpinan UMNO jika kalah BN ia seperti dunia akan kiamat. Tetapi rakyat sudah memahami hakikat bahawa ada kehidupan selepas UMNO. Momokan yang 'tiada UMNO tiada Melayu' itu hanya terpakai semasa rakyat belum berfikir dan tidak nampak yang 'there is life after UMNO'. Malahan ia adalah kehidupan yang lebih baik kerana pihak PR akan membina rakyat yang berfikir.

Rakyat yang berfikir sekarang ini faham yang Najib atau UMNO bukan untuk menyatukan orang Melayu tetapi untuk menjadikan Melayu sebagai bangsa yang 'subservient' kepada UMNO. Penyatuan Melayu kepada UMNO ialah apabila orang melayu hanya tunduk dan menyembah UMNO dan tidak yang lain. Bagi Najib beliau mahukan rakyat menafikan segala-galanya melainkan UMNO, sama seperti orang mukmin yang sebenar-benarnya menafikan segala-galanya melainkan Allah swt. Pemimpin UMNO seolah-olah mahukan orang melayu Islam hanya menzuhudkan UMNO bukannya yang lain-lain.

Bagi pemimpin-pemimpin UMNO seperti Muhyiddin UMNO itu adalah parti yang akan memisahkan semua umat yang bangkit di yaumil mahsyar nanti dengan ahli-ahli UMNO kerana hanya ahli-ahli UMNO itu sahaja yang akan memasukki syurga Allah.

Sepatutnya Muhyddin bercakap tentang permasalahan dalaman yang sedang dihadapi oleh UMNO sekarang ini dalam mana beliau merupakan agen yang memecah belahkan UMNO sekarang. Ramai yang tidak mempercayai keadaan ini, tetapi tunggu sahaja lah apabila calon-calon UMNO diumumkan dalam PRU nanti. Keadaan dan masa akan membuktikannya.

Hanya satu yang perlu kita sedar apabila mendengar ucapan Timbalan Presiden UMNO itu: UMNO begitu gentar dengan Pakatan Rakyat dan kita juga melihat dengan mata hati yang UMNO sendiri sedang berpecah di setiap peringkat.

Bagi pihak Pakatan Rakyat, apa yang perlu dilakukan sekarang hanya beristighfar banyak-banyak semasa menghadapi serangan iblis dan syaitan yang tidak mahu kita bersatu dan berpadu di luar UMNO dan BN ini.

RM195,000 elaun 2 bulan guru Pasti Kelantan

Posted: 27 Nov 2012 08:48 PM PST


Pelajar yang menerima anugerah bergambar bersama Husam dan pimpinan Pasti negeri.

KOTA BHARU: Sebanyak RM195,000 dibelanjakan oleh Pasti Kelantan untuk elaun bulanan kepada tenaga pengajarnya seramai 650 orang seluruh negeri dalam tempoh dua bulan tahun ini.

Jumlah itu termasuk kenaikan elaun guru-guru Pasti bermula bulan ini (November-Disember) di samping bonus yang baru diperkenalkan tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan pada majlis Hari Anugerah Kualiti Pasti Negeri Kelantan dan Penyampaian Elaun Guru Pasti 2012 yang dirasmikan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, di Putik semalam.

Turut hadir ialah Pengarah Pasti negeri, Abdul Latif Abdul Rahman serta setiausahanya, Hafiz Musa.

Husam ketika berucap pada majlis itu berkata, walaupun kerajaan Pusat menafikan hak prasekolah,  namun demi Islam PAS berjaya memajukan Pasti dengan sumber kewangan yang terhad.

Katanya, mengikut perlembagaan negara, Kerajaan Pusat bertanggungjawab mengeluarkan dana kepada mana-mana pihak yang membuka prasekolah atau sekolah aliran agama yang lain.

"Namun apa yang berlaku dalam negara kita, perdana menteri serta timbalannya bukan sahaja tidak membantu, sebaliknya ingin menghapuskannya termasuk Sekolah Agama Rakyat (SAR)," ujarnya.

Beliau yang juga anggota exco kerajaan Kelantan seterusnya berkata kerana nawaitu yang baik demi untuk pendidikan Islam, akhirnya Pasti muncul sebagai sebuah pra pendidikan yang terkenal dan terhebat di negara ini.

Sambungnya, kerana kehebatannya itu juga ia menarik minat masyarakat bukan beragama Islam untuk menghantar anak-anak mereka belajar di Pasti.

DUNIACACAMARBA

Posted: 28 Nov 2012 03:13 PM PST


[HD] KUALA LUMPUR: Hasil desakan perwakilan Muktamar agar wartawan bertanya Datuk Seri Najib siapa dia, Deepak Jaikishan (gambar) dengan sukarela menghubungi Harakahdaily untuk menceritakan siapakah dia sebenarnya.

Deepak J Tekwani, pengarah kepada Carpet Corporation menghubungi Harakahdaily untuk memberikan cerita sebenar di sebalik hubungan beliau dengan keluarga Datuk Seri Najib Razak.

Dalam pertemuan berdepan kira-kira setengah jam di sebuah hotel terkemuka itu, Deepak menceritakan apa sebenarnya hubungan beliau dengan keluarga Perdana Menteri khasnya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Najib.

Ia bermula apabila Rosmah menjadi pelanggan kedai karpet beliau di Jalan Tunku Abdul Rahman. Selepas itu hubungan mereka baik dan Deepak diperkenalkan kepada Najib.

Ketika itu, Najib adalah Menteri Petahanan.

Namun persahabatan mereka berakhir apabila Deepak diminta menolong keluarga Najib ekoran akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Ia berakhir apabila Bala tidak berpuashati dan Deepak dipersalahkan oleh keluarga Najib.

"Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang menolong kawan, tetapi dia hantar 50 orang penguatkuasa datang ke ofis saya, rumah, dan kilang saya dengan niat memberi amaran untuk saya tidak mendedahkan perkara sebenar & menutup cerita sebenar SD," cerita Deepak kepada Harakahdaily.

Ikuti pendedahan siapa Deepak Jaikishan sebenarnya melalui temubual wartawan Harakahdaily dengan beliau.

Apa tujuan saudara mahu bertemu dengan Harakah (daily)?

Saya tertarik dengan pertanyaan Harakah (daily) minggu lepas, siapa saya (Deepak Jaikishan). Saya sebenarnya terlibat dalam perniagaan karpet dan perniagaan hartanah.

Saudara dikaitkan dengan Datuk Seri Najib. Sebenarnya bagaimana hubungan saudara dengan keluarga beliau?

Hubungan...saya memang kenal Datuk Seri dan Puan Seri. Saya sebagai pembekal karpet dan terlibat dalam perniagaan. Kalau ada peluang bisnes, kita mintak sokongan dari pihak beliau.

Sudah lama hubungan itu. Bagaimana saudara kenal dia?
Ia hanya bisnis karpaet. Mungkin 2004 atau 2005, Datin Seri (Rosmah) datang ke kedai kita di Jalan Tunku Abdul Rahman. Dia datang kedai beli karpet, so kita berkenalan dari situlah. Kamudian Datin Seri perkenalkan kepada suami dia. Masa itu dia (Najib) adalah Menteri
Pertahanan.

Bisnes apa yang saudara buat dengan dia?

Mungkin tidak sesuai saya dedahkan hari inilah. Mungkin sessi lain. Sebab saya hanya mahu jawab apa yang saudara tanya dalam akhbar saudara. Apa hubungan saya dengan mereka. Bisnis saja, tidak ada yang bukan-bukan. Ia hanya bisnis sahaja. Dia isteri orang, tidak ada yang bukan-bukan, tidak baik. Ia benar-benar bisnes sahaja.

Ada laporan dalam Malaysiakini yang saudara berkata, ia hubungan kakak adik sahaja, tanpa lain-lain?

Ya boleh dikatakan begitu.

Pada pandangan saudara, kenapa saudara dipopularkan sangat?

Saya pun rasa. Dulu tidak ada macam itu. Mungkin kesalahan saya bila saya tolong dalam kes Bala (P Balasubramaniam). Semasa kita dengan tidak sengaja terlibat dalam kes Bala untuk menolong keluarga Perdana Menteri. Masa itulah nama kita naik.Sememangnya kita tidak suka, kita suka low profile.

Sebelum ini tidak ada apa-apalah?

Takda, kita senyap-senyap buat bisnes kita. Di Malaysia, kalau kita high profile bukan senang kita nak buat bisnes.

Macamana pulak saudara terlibat dalam kes Bala. Ia menjadi persoalan kepada orang ramai?

Ini kes mahu tolong kawan. Pada kita dia kawan yang setialah. Jadi kita tolong. Contohnyalah, saya dengan saudara dekat kolam renang. Saya tidak tahu berenang. Tetapi saya lihat saudara jatuh ke dalam kolam dan tenggelam. Jadi saya pun masuk dalam kolam untuk menolong saudara. Jadi saya rasa pada masa itu, kita saja yang ada dan kita diminta menolong. Kita bukan terlibat secara langsung. Lawyer pun lawyer dia (keluarga PM), kita saja tolong koordinat. Reporter pun dia yang panggil. Kita fikir ketika itu ada kawan yang terdesak minta pertolongan. Dia pun dah ada hubungan baik dengan kita. Kita tak anggap perkara ini akan menyusahkan kita dan melibatkan kita secara langsung dalam kes Altantuya inilah.

Maksud Encik Deepak, saudara baik dengan Bala ke, saudara tolong Bala ke atau...

Saya tolong keluarga Datuk Seri Najib.

Saudara memang kenal Bala?

Saya tidak kenal secara langsung, ada kenalan melalui komuniti yang sama, perkara ini terjadi. Saya dipanggil waktu tengah malam, "You boleh tak selesaikan masalah ini...its a big problem". Saya pun ada seorang saudara yang kenal dia (Bala), seorang anggota polis juga. "Tanya dia boleh tak you uruskan orang ini, minta dia jumpa wakil keluarga Datuk Seri." Dia setujulah. Kita perkenalkan dia. Kita bukan terlibat dengan apa-apa proses lain, kita tidak terlibat.

Jadi selepas itulah nama saudara menjadi popular?

Ya ini memang kesalahan kitalah. Kalau perkara ini terjadi sekali lagi, saya tidak boleh berenang, saya tengok saudara tenggelam, saya akan biarkan tenggelamlah. Saya tak boleh nak tolonglah sebab manusia tidak mengenang budi.

Adakah selepas itu hubungan dengan Bala bermasalah?

Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya.

Apa berlaku kepada hubungan saudara dengan Datuk Seri selepas itu?

Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala. Bala ini bekas Pi. Seminggu cerita itu, seminggu lagi cerita ini. Kita tidak mahu terlibat dengan semua itu. Kita orang bisnes tidak mahu terlibat dengan dunia James Bond inilah.

Apa berlaku selepas itu. Saudara dilihat senyap sedikit selepas itu?

Kita pun mahu cerita ini senyap tetapi tidak begitu. Saudara juga terlibat bangkitkan lagi cerita ini. Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti. Kita tidak bersalah, tangan kita bersih. Kita tidak mahu dikaitkan dengan benda yang libatkan kes-kes yang sebegini kejam, Kita nak bercakap benar dengan semua orang. Memang satu masa dulu kita telah menolong kawan tetapi kita tidak bersalah. Kita tak terlibat dan tidak ada motif untuk melibatkan diri.


Selepas apa yang berlaku dengan Bala, adakah masih baik dengan keluarga Datuk Seri?

Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori.

Jadi apa tindakan saudara?

Kita tunjuklah ketidakpuasan hati kita, perniagaan kita terjejas. Kalau you anggap saya sebagai kawan, you besar atau kecil, kawan tetap kawan, kita mesti tolong. Kalau tidak boleh tolong, jangan susahkan. Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam.

Apa tindakan selepas itu?
Kita duduk diam-diam. Yang hangus tidak boleh diganti. Jadi sekarang saja nak bersihkan nama saya. Kita pun tak libat bisnes dengan mereka lagi. Dah dua tahun tidak libat lagi bisnis dengan dia tetapi masih cerita ini keluar. Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka.

Laporan Berkaitan:
Tanya Najib siapa Deepak dan K Eswaran

Deepak kesal terlibat dengan SD Bala

[MK] Ahli perniagaan Deepak Jaikishan kesal dengan penglibatannya dalam usaha membuatkan P Balasubramaniam membuat pengakuan bersumpah kedua sehingga menggugurkan pengakuan pertama yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mendiang Altantuya Shaariibuu.

Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini lewat malam tadi, Deepak berkata beliau hanya terlibat dalam usaha berkenaan atas permintaan seorang "kawan wanita" yang didakwanya mempunyai hubungan dengan satu pihak yang mungkin akan terjejas jika pengakuan bersumpah pertama itu tidak digugurkan.

"Saya diminta membantu oleh seorang kawan, saya bersetuju untuk membantu beliau kerana saya boleh lihat akibat yang akan dialami keseluruhan kumpulan itu.

Itulah bagi saya – terlibat dalam keseluruhan masalah Bala ini – satu kesilapan.

"Saya tiada kena mengena (untuk terlibat). Saya seorang ahli perniagaan. Saya kecewa kerana membantu seorang kawan yang saya anggap sejati... Saya tidak sepatutnya terlibat dalam filem James Bond ini," katanya.

Deeepak bagaimanapun enggan menjelaskan identiti kawan wanitanya itu.

Deepak diketahui mempunyai hubungan rapat dengan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, yang disifatkannya sebagai seorang "kakak".

Ditanya mengenai kekesalannya itu, Deepak selepas berfikir panjang berkata: "Tidakkah anda akan kesal apabila terlibat dengan sesuatu yang amat keruh, yang melibatkan pembunuhan, yang melibatkan begitu banyak perkara yang amat negatif, tidakkah anda akan mengesalinya? Siapa saja akan mengesalinya". 

Usahawan permaidani itu menambah, masalah tersebut memberi "aura negatif" ke atasnya sebagai seorang ahli perniagaan.

Pengikut