Khamis, 28 Ogos 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 28 Aug 2014 03:16 AM PDT

bumiyang


Saman Pembangkang - Rafizi Next???

Posted: 27 Aug 2014 09:21 PM PDT

Adun PAS Hampir Pasti Dilantik MB Selangor????

Posted: 27 Aug 2014 07:15 AM PDT

tunku

Posted: 28 Aug 2014 03:01 AM PDT

tunku


PR BRUSHES ASIDE PAS IN PURSUING FOR WAN AZIZAH TO BECOME MB

Posted: 27 Aug 2014 07:35 PM PDT

DAP and Parti Keadilan Rakyat (PKR) has snubbed PAS in pursuing their aim to have Datuk Seri Wan Azizah Ismail as Selangor Menteri Besar.

Yesterday, DAP and Parti Keadilan Rakyat (PKR) stated their commitment to nominate only the PKR president as replacement for sitting Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim without PAS agreement.


The statement issued to the media contained only two signatories – DAP publicity chief Tony Pua and PKR secretary-general Datuk Saifuddin Nasution Ismail – no signatory from PAS.


And fearing the Islamist party might nominate its own member since the Sultan had decreed that each of the party in PR nominate at least two names, PKR de facto chief Datuk Seri Anwar Ibrahim reiterated that PAS should concede to the pact's consensus that Selangor Menteri Besar was PKR's seat.


But PAS secretary-general Datuk Mustapha Ali said the party would still name two people as had been decided and also following the decree of Selangor Sultan.



The Selangor Menteri Besar saga has affected relationship within the PR where PAS is being singled out as 'defiant' by DAP and PKR for allegedly not complying to the pact's consensus.


Sultan Sarafuddin Idris Shah's decree in solving the eight-month saga has put distrust between PKR and PAS as both the parties have Malay assemblymen while the DAP has none.


The decree is considered as an open invitation to all the three parties to nominate their respective assemblymen and DAP and PKR insisted, through their statements yesterday that they still nominate only one name.


For PAS, the party leaders have reiterated their commitment to follow the consensus but in the case of Selangor, the Islamist party is actually in a dilemma.


The Islamist party has never defied any ruler's decree which explained the good relationship PAS Menteris Besar had when the party ruled Terengganu, Kedah and still at present Kelantan.


Now the party is in a fixed – to defy the ruler's decree in naming at least two from PAS is considered 'derhaka' or treacherous and to follow the course of DAP and PKR by naming only one assemblyman is also considered the same.


Under such circumtances, PAS has yet to meet to take its next course of action ebcause the party has never agreed to Wan Azizah to become Menteri Besar and DAP and PKR are sticking to it.


PAS leaders know Sultan Sarafuddin Idris Shah is not comfortable with Wan Azizah and they had expressed it to partners in PR but this was ignored.


The Islamist party had try to safe the situation by putting along PKR deputy president Azmin Ali's name and this was also rejected, citing Azmin did not want the nomination.


And the party had also received calls from the party Selangor leaders and grassroots advising the national leaders to 'walk the line very carefully' following the many uncalled criticisms from DAP and PKR during the crisis.


Considering all the circuamstances and with PKR trying to claim Pengkalan Kubur state seat in Kelantan which is going for a by-election, the party leaders may opt to name its own people to the Sultan.


After all, the Sultan's decree seemed to signal that a PAS assemblyman would be more appropriate to replace Khalid given the criteria according to the convention – a Selangorian, experience in administration and people oriented, enjoys support of half or more in the assembly and someone who the Sultan can trust and comfortable with.

Selangor MB crisis: Palace sets Sept 3 deadline for submission of names

Posted: 27 Aug 2014 09:28 AM PDT

Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah has given Pakatan Rakyat until Sept 3 to submit more names for the mentri besar post.

In a letter from the palace issued on Wednesday to PAS, PKR and DAP, the pact was instructed to give more names by Sept 3, despite the insistence by PKR and DAP to stick to just the PKR president's name.

The letters addressed to PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail and DAP secretary-general Lim Guan Eng request for the three parties to nominate more than two names each for the post of mentri besar.

"We have received the letter today and I have informed party president about it," said PKR secretary-general Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin said the letter requsted the party to submit the names by Sept 3, adding that he would wait for further instructions from Wan Azizah.

Taipingmali (tm)

Posted: 28 Aug 2014 01:40 AM PDT

Taipingmali (tm)


Penipuan Syarikat iTune.

Posted: 27 Aug 2014 11:40 PM PDT


April 24th, 2011 |




Saya Zainal ingin membuat aduan tentang penipuan yang dibuat oleh Syarikat iTUNE Management (M) Sdn Bhd. terhadap orang ramai.

Pada 20/11/2010 saya telah membeli ITUNE PACKAGE VIP dengan harga $689.00 (Malaysia Ringgit) dan dijanjikan dengan pekej penginapan di Primula Beach Resort dari 18/12/2010 hingga 21/12/2010 di Kuala Terenganu tapi malangnya pihak iTUNE tidak menepatinya.

Saya rasa saya ditipu dan saya telah membuat Repot Polis di Balai Polis Malim Melaka pada 28/12/2010 dan dirujuk kepada pegawai penyiasat dibagian Penyiasat siasatan Jenayah Komersal IPD Melaka Tengah dan dirujuk pula kepadaTribunal Tuntutan Pengguna Melaka.



Pada 18/1 2011 saya ke Tribunal Tuntutan Pengguna membuat laporan dan pegawai berkenaan menyuruh saya menghantar surat perbicaraan kepada Syarikat iTune seperti alamat yang tercatat pada iTUNE kad menggunakan AR akuan terima. Tapi malang sekali surat berkenaan tidak sampai kepada Syarikat kerana Pihak Pos mengatakan Pejabat Syarikat telah berpindah.

Pada 31/01/2011 saya pergi ke Surahanjaya Syarikat Malaysia Melaka dan mendapatkan maklumat Syarikat berkenaan dan alamat terkini dan sekali lagi saya telah menhantar surat Panggilan Perbicaraan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna di alamat yang saya dapati dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Surat panggilan Perbicaraan tersebut diterima pada 10/02/2011 oleh Syarikat berkenaan dan menalipon pihak Tribunal menangguhkan perbicaraan ia itu dari 10/02/2011 kepada tarikh 17/02/2011. Pada hari perbicaraan tersebut pihak iTUNE tidak hadhir tampa alasan dan pihak Makamah melalui Tuan Hakim Pretam Singh A/L Darshan Singh dan telah menjatuh hokum dengan pihak iTUNE mesti membayar balik kerugian saya sebanyak RM689.00 bertarikh 17/02/2011.

Saya amat gembira dengan keputusan Makamah Tribunal Tuntutan Pengguna. Saya terus menunggu tetapi kerugian saya masih tidak dikembalikan oleh Syarikat iTUNE. Pada 17/03/2011 saya melihat Syarikat berkenaan masih meneruskan perniagaan menipu orang ramai. Ramai lagi orang tertipu seperti saya. Oleh kerana pihatin saya telah ke Pejabat Perdagangan Dalam Negeri ,Koperasi dan Penggunaan Melaka untuk membuat aduan tetapi pihak penerima aduan mengatakan mereka tida kuasa untuk memberhentikan kegiatan Syarikat berkenaan.

Oleh kerana saya tidak berpuas hati dengan jawapan berkenaan saya ke Pejabat SPRM bertujuan untuk mengetahui siapa perlu saya membuat aduan,ternyata saya diperlakukan seperti bola yang ditendang kesana dank e sini tampa kesudahan. Pada 23/4/2011 saya ke Pasaraya Tesco Melaka sekali lagi dan saya masih lagi melihat aktibiti Syarikat berkenaan Menipu orang ramai tampa rasa bersalah.

Saya tidak tahan melihat orang ramai tertipu, saya mengambil tindakan berjumpa dengan Pihak Pengurusan Tesco Melaka dan memaklumkan kepadanya supaya syarikat ini tidak menjalan perniagaan penipuan terhadap orang ramai dan menunjukan bukti sebagaimana diri saya terkena. Selepas itu saya sekali lagi ke Balai Polis Malim Melaka untuk membuat laporan tapi malangnya pihak polis mengatakan polis tidak ada kuasa melainkan pihak Perdagangan dalam Negeri yang bertindak.

Dari apa yang saya terima patutlah orang ramai kurang percaya kepada kerajaan yang mengatakan Rayak Dihadulukan Pencapaian di Utamakan. Terang terang kemungkaran dan penipuan berlaku tiada siapapun pegawai kerajaan berkenaan tampil mengambil tindakan. Maka senang –senanglah musang berbulu ayam menipu orang ramai dan kalau nak diambil tindakan pun dicari masa yang Glamour supaya ada menteri ataupuan pihak TV.

Saya sangat sangat berharap pihak Aduan Rakyat menyiasat supaya orang ramai dari terus menjadi mangsa.

By: Zainal

PERAK BANGKIT - MENGGERAKKAN BELIA

Posted: 27 Aug 2014 11:44 PM PDT

PERAK BANGKIT - MENGGERAKKAN BELIA


Baju apakah yang anda suka pakai?

Posted: 27 Aug 2014 10:41 PM PDT

Pastilah anda lebih hebat mengetahui tentang apakah fesyen terkini yang lebih sesuai. Saya juga tahulah seberapa sebanyak tentang pakaian yang menarik untuk dipakai.

Anda sukakan Kurta? Apakah itu Kurta?

Kurta adalah pakaian tradisional yang dipakai di Afghanistan, Bangladesh, India, Pakistan, Nepal, dan Sri Lanka. Kurta adalah pakaian yang longgar yang bagian bawahnya bisa mencapai lutut. Kurta sesuai dipakai oleh jejaka kacak dan gadis manis. 

Kurta biasanya dipakai bersama dengan paijama (kurta-paijama), salwar, churidar, atau dhotis; namun pada masa kini kurta juga akan menjadi segak bergaya bila dipakai bersama seluar jins.

Kurta boleh dipakai dalam kegiatan sehari-hari maupun dalam acara rasmi. Wanita pula akan memakai kurti sebagai blouse, dan boleh saja dipadupadankan dengan seluar jins.

Di bawah ini adalah beberapa jenis-jenis Kurta yang dijual oleh Gaya Eksklusif secara Online. Yang penting Gaya Eksklusif menjualnya dengan harga yang sangat murah berbanding Harga Pasaran.

Kenapa kita semua mesti terlibat dalam Online Biz?

Posted: 27 Aug 2014 10:21 PM PDT

Salam. Beruntunglah kita kerana kita masih hidup lagi. Lalu untuk kita meneruskan kehidupan kita kita mesti menganjak pemikiran kita ke tahap yang lebih maju.

Dunia maya atau Internet menganjak cara bertindak manusia dengan lebih pantas. Apakah yang kita perlukan dalam hidup ini? Kita perlukan ilmu. Justeru, ilmu kita sangat berkait rapat dengan kesemua tatacara kehidupan kita sehari-hari.

Ingatlah sekalian, kita adalah apa yang kita makan. Kita nak makan apa bila waktu pagi? Kita nak minum apa pula?

Saya cadangkan anda makanlah roti yang dibakar dan disapu dengan Garlicious. Apakah itu Garlicious?


Dan jika sudah makan dan nak minum, anda minumlah Agros Coffee.


Kedua-dua produk ini adalah hasil keluaran bumiputra. Maka jika anda sudah mahu menukar selera maka bolehlah mencuba Garlicious dan Agros Coffee.

Belantan

Posted: 27 Aug 2014 11:41 PM PDT

Belantan


'Lawak jenaka' di kongres PKR?

Posted: 27 Aug 2014 11:25 PM PDT

Lengang... banyak kerusi tidak dipenuhi semasa Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, kelmarin.

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ke-10 di Shah Alam yang berakhir kelmarin memaparkan pelbagai kenyataan melucukan oleh pemimpin-pemimpin parti itu.

Selain ia usaha mempromosikan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kononnya sebagai calon Menteri Besar (MB) Selangor yang paling sesuai dan layak, kongres itu juga menjadi medan untuk mempertahankan penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Adalah sesuatu yang aneh apabila masalah dalaman PKR khususnya pemilihan parti yang berlangsung penuh kontroversi termasuk adegan tumbuk-menumbuk, membaling kerusi dan dakwaan berlakunya penipuan undi tidak diberi perhatian serius oleh pemimpin dan ahli PKR.

Ucapan pemimpin-pemimpin parti itu lebih dikategorikan sesi membodek, mempertahankan perkara yang tidak sewajarnya dan tidak memaparkan realiti sebenar.

Berikut penulis paparkan antara hujah-hujah pemimpin PKR yang boleh dianggap hanya menjadi bahan jenaka kepada rakyat berbanding apa yang sebenarnya berlaku;


* Wan Azizah yang sudah tidak sabar- sabar lagi untuk menjadi MB Selangor dengan lantang mengkritik kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seolah-olah beliau seratus kali lebih baik daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu jika menjadi pemimpin nombor satu negeri tersebut.

Presiden yang dianggap hanya sekadar menjadi 'penghias organisasi' dan muncul setahun sekali untuk berucap, mengecam Abdul Khalid kerana tidak menggunakan dana kerajaan negeri sehingga mengabaikan kebajikan rakyat.

Wan Azizah menggambarkan seolah-olah rakyat Selangor berada dalam keadaan cukup teruk dengan dibelenggu pelbagai masalah di bawah kepimpinan Abdul Khalid.

Kalaulah soal mengabaikan kebajikan rakyat menjadi perhitungan utama Wan Azizah kenapakah beliau tidak bertanya secara jujur siapakah sebenar yang menyebabkan rakyat Selangor kini berada dalam keadaan terabai?

Bukankah suaminya yang bertanggungjawab mengatur 'Langkah Kajang' sehingga memungkinkan perebutan kerusi MB Selangor tercetus. Jika benar beliau seorang Presiden parti yang berkuasa kenapa tidak menghalang suaminya daripada berbuat demikian?

Kenapakah Wan Azizah tidak menolak cadangan Anwar supaya beliau bertanding di Kajang dan seterusnya mengelakkan amalan nepotisme berlaku?


* Rafizi Ramli tidak boleh marah kalau beliau dilihat 'pengampu' nombor satu kepada Anwar. Tindakan beliau mencabar mana-mana pemimpin dan ahli PKR yang menentang nepotisme meninggalkan parti itu membuktikan betapa mentahnya pemikiran politik individu yang kononnya diiktiraf pakar strategi PKR itu.

Sepatutnya Rafizi membentangkan fakta kenapa tindakan Anwar membenarkan isterinya menjadi Presiden parti dan calon MB Selangor serta anak mereka Nurul Izzah menjadi Naib Presiden tidak boleh dianggap nepotisme memandangkan kalau amalan itu dilakukan oleh Barisan Nasional (BN), Rafizi antara orang yang paling lantang mengkritik. Tetapi apabila perkara itu berlaku dalam PKR, Rafizi berhujah seperti kanak-kanak sekolah.

Malah Rafizi juga seolah-olah lupa siapa dirinya apabila memberi amaran kepada Abdul Khalid supaya tidak membubarkan DUN.

Rafizi sepatutnya tidak takut kalau DUN dibubarkan kerana bukankah PKR boleh menggunakan 'kebijaksanaan' beliau untuk mengatur strategi bagi memastikan Selangor terus berada di tangan pakatan pembangkang?

Rafizi sebenarnya tidak berkemampuan berbuat demikian kerana 'otak strategi' beliau selama ini sememangnya dipertikaikan oleh ahli-ahli PKR.

Namun memandangkan beliau rapat dengan Anwar dan bersedia mempertahankan pemimpin PKR tersebut sehingga sanggup mencabar keluar parti jika mana-mana ahli tidak bersetuju dengan kepimpinan parti, Rafizi terselamat.

Bagaimanapun dalam kalangan rakyat, Rafizi tidak mempunyai kredibiliti dan integriti sehebat Abdul Khalid.



* Hujah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin lebih melucukan apabila beliau dilaporkan berkata, UMNO akan kalah 56-0 jika pilihan raya diadakan di Selangor.

Kenyataan itu boleh dianggap hanya satu khayalan, tidak berpijak di bumi nyata dan untuk menyedapkan hati sahaja.

Ini memandangkan jika pilihan raya di negeri itu diadakan, PKR bukan sahaja tidak akan mampu mempertahankan kerusi sedia ada malah pakatan pembangkang juga berkemungkinan akan kehilangan kuasa.

Ini memandangkan pakatan pembangkang bertahan di Selangor kerana kredibiliti Abdul Khalid, sekarang beliau sudah dipecat daripada parti itu secara tidak terhormat dan PKR mahu meletakkan Wan Azizah yang rakyat negeri itu amat memahami sejauhmanakah kemampuan beliau untuk memimpin.

Oleh itu tidak perlulah Zuraida bermimpi di siang hari sebaliknya menerima hakikat bahawa rakyat negeri tersebut tidak boleh diperbodohkan dengan sewenang-wenangnya .

Tambahan pula PKR kini mempunyai hubungan cukup dingin dengan Pas yang merupakan penggerak utama kepada kempen pilihan raya pakatan pembangkang.

Ahli-ahli Pas pasti tidak akan melupakan kenyataan-kenyataan pemimpin PKR yang memperlekehkan pemimpin Pas dalam isu perebutan kerusi MB Selangor.

Begitulah serba sedikit catatan mengenai kongres PKR yang jelas membuktikan perjuangan untuk rakyat hanyalah sekadar retorik politik bagi memuaskan nafsu politik pemimpin parti tersebut.

Pemimpin PKR berhujah seolah-olah parti merekalah yang paling sempurna, tindakan politik mereka yang paling bijak dan merekalah paling sesuai untuk memerintah Selangor dan negara ini.

Hakikatnya, PKR hanyalah sebuah parti yang sedang dilumuri pelbagai masalah sama ada luaran mahupun dalaman tetapi kebijaksanaan pemimpinnya bersandiwara memungkinkan segala keburukan mampu ditutupi dan segala kepalsuan mampu dilindungi.

Tetapi percayalah sikap hipokrit pemimpin PKR tidak akan bertahan lama kerana rakyat semakin memahami wajah sebenar parti yang ditubuhkan melalui demonstrasi jalanan tersebut.-UMO

Suara Politik
Belantan

KETUM kata kerusi MB Selangor milik PKR?

Posted: 27 Aug 2014 09:03 AM PDT


KETUM (Ketua Umum) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim hari ini berkata, kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik parti itu dan ini harus dihormati parti lain dalam konteks semangat Pakatan Rakyat.

"Ia adalah kerusi dan keputusan PKR dan ia harus dihormati dalam semangat Pakatan Rakyat,'' katanya ketika ditanya sama ada beliau bimbang Pas akan mengemukakan nama lain sebagai calon Menteri Besar Selangor.


Anwar berkata, Pas turut serta dalam proses membuat keputusan ketika mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos lepas.

"Kita tidak pernah mempersoalkan isu berhubung calon Pas untuk menjadi Menteri Besar Perak, Kedah atau Kelantan tetapi apa yang lebih penting dalam pemikiran saya ialah semua itu sudah dipertimbangkan sebelum mesyuarat dan diputuskan pada 17 Ogos,'' katanya.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 27 Aug 2014 11:36 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ADAKAH PAS BOLEH DIPERCAYAI SEDANGKAN NAK BINA LEBUHRAYA PUN SUSAH?

Posted: 27 Aug 2014 10:41 PM PDT


Untuk sekian kalinya, PAS merasmikan sekali lagi Lebuhraya Rakyat sejak dilancarkan pertama kali pada Mei 2012 lalu.

Ketika itu bergema gempitalah seluruh dunia tentang kehebatan projek tersebut yang dilakukan oleh PAS

Entah banyak mana wang rakyat dikutip dan masuk ke kantong, karung, supik-supik, kepiah dan tin milo setiap kali majlis anjuran PAS tersebut yang tidak pernah diumum atau diaudit.


Jika kita dari selatan hendak ke Kelantan untuk ke Kota Bharu, kita pasti menempuhi perjalanan yang begitu panjang selain terdedah dengan mara bahaya lori balak, jalan kecil, gelap, sesak dan sebagainya yang mungkin menyebabkan kemalangan. 

Memang wajar ada sistem jalanraya yang baik dan selesa. Namun pembinaan lebuhraya tersebut sering menjadi bahan kempen politik puak PAS untuk memburuk-burukkan kerajaan Pusat.

Kini projek lebuhraya tersebut dirasmikan kembali oleh Menteri Besar Kelantan; Datuk Ahmad Yaakub dengan kos RM854 juta dan dijangka siap penghujung tahun 2017 sejauh 30.5km menghubungkan Bukit Tiu ke Dusun Damar, Kuala Krai. 

Projek ini bakal disambung dengan projek Lebuhraya Pakej 1B dari Pasir Hor ke Kadok sejauh 7 km yang rancak dibina oleh Kerajaan Persekutuan.

Sinar Harian 10 Mei 2012: Bicara Tuan Penasihat begitu menyakinkan hingga rakyat dan kerajaan negeri
turut tertipu...

Adakah ini mungkin sebagai strategi PAS dan Menteri Besar untuk memancing undi dalam PRK Pengkalan Kubor yang akan berlangsung tak lama lagi. 

Umumnya tahu Datuk Ahmad Yaakob adalah ADUN Pasir Pekan dalam Parlimen Tumpat yang juga jiran kepada DUN Pengkalan Kubor. Hehehe sambil tenggelam sambil minum boleh mempromosi parti.

Hakikatnya bukan panjang mana lebuhraya itu dibuat, berapa banyak kos dikeluarkan atau siapa yang buat tetapi sebenarnya UMNO dan PAS boleh bekerjasama untuk kebaikan ummah. 

Tapi kerana Anwar Ibrahim laki bini habis umat Melayu-Islam berpecah belah dan semuanya menguntungkan DAP. 

 

TUU DIAAA PONGAH....SULTAN MELAKA BUAT HAL LAGI!!!

Posted: 27 Aug 2014 08:02 PM PDT


Adapun patik bukannya rakyat jelata bagi kerajaan di bawah naungan Duli Tuanku Al Sultan Melaka Darul Pura-Pura Di Kayangan, namun patik yang hina dina ini menjunjung perintah di atas batu jemala patik untuk bersetuju buat sekian kalinya menerima permasyuran Datin Wan Azizah Sri Kipas sebagai Datuk Menteri Yang Besar di negeri naungan Tuanku Melaka Darul Pura-Pura Di Kayangan.

Patik juga menerima perlantikan Datin Seri Anwar Ibrahim Al Juburi sebagai Pengerusi Persatuan Wanita di istana Tuanku dan anakanda puterinya Nurul Izzah sebagai Permaisuri Negeri Melaka Darul Pura-Pura Di Kayangan @ Darul Islam.

Patik sakalian hamba rakyat jelata menanti tarikh yang sesuai bagi permasyuran dan majlis akad nikah tersebut. 

Patik sakalian hamba rakyat tak sabar-sabar menanti hari bahagia Tuanku bersanding di singgahsana pelaminan dan menikmati majlis kenduri diraja bersama rakyat jelata.   


Adapun patik sekalian hamba rakyat berharap Tuanku akan berbahagia bersama Permaisuri baharu Tuanku Nurrul Izzah nanti di samping urusan negeri Melaka itu akan berjalan baik hendaknya di bawah pentadbiran Datin Wan Azizah sebagai memanda bendahara dan suaminya sebagai pengerusi wanita-wanita negeri merangkap penasihat ekonomi di negeri tuanku. 


Apa pula titah Sultan Empayar Nusantara Langkasuka? Harap tuanku boleh bersabar hendaknya dan tak murka dengan penderhakaan Datuk Seri Anwar laki bini anak beranak itu. 

Bawak bersabar tuanku Nusantara... minum ketum banyak-banyak.
 

CAKAP ANWAR SEMAKIN MEMENINGKAN, TIADA SIAPA FAHAM APA DIA CAKAP

Posted: 27 Aug 2014 06:20 PM PDT

BICARANYA SEMAKIN KALUT
Dalam mempertahankan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat bercanggah antara satu sama lain.
Anwar dilaporkan The Malaysian Insider hari ini mendakwa mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) semalam yang dihadiri wakil PKR dan DAP memutuskan hanya satu nama iaitu Wan Azizah sahaja dipersetujui PR untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai calon Menteri Besar yang baharu
Tentang PAS, yang tidak menghantarkan wakil dalam mesyuarat PR semalam, Anwar masih berpegang perjanjian PR, 17 Ogos yang dipengerusinya sendiri.
"Dalam semangat Pakatan, ini adalah kerusi PKR dan keputusannya, kita perlu hormati kerjasama ini dan PAS menyertai proses membuat keputusan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos," katanya.
Anwar turut mengesahkan surat mencalonkan isterinya Wan Azizah untuk jawatan MB telah diserahkan kepada istana dan ditandatanganinya sendiri bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Menurut Anwar, pendekatan ini yang diambil selepas pilihan raya umum tahun lalu apabila Sultan meminta empat nama namun hanya satu nama sahaja yang dicalonkan iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilaporkan Mstar hari ini mendakwa pihaknya masih menunggu surat dari Istana Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum membuat kenyataan berhubung calon menteri besar Selangor yang baharu.
Guan Eng berkata pendirian parti telah diumum sebelum ini tetapi dengan perkembangan terbaru berhubung krisis menteri besar Selangor itu, beliau akan menunggu surat dari Istana sebelum parti membuat perancangan seterusnya.
"Saya belum terima surat…oleh itu saya tidak mahu buat komen kerana tidak elok saya buat komen tanpa surat tuanku," katanya kepada pemberita pada Rabu.
Menteri Besar Selangor hari ini menyanggah fakta Anwar yang mendakwa hanya satu nama diusulkan kepada Sultan Selangor untuk perlantikan Menteri Besar pada 2008 dan 2013.
"Cerita itu tidak dilaporkan secara tepat. Bukan satu nama dikemukakan," katanya, dilaporkan Mstar.
Beliau membuat pendedahan itu ketika diminta mengulas tindakan mengemukakan satu nama tunggal Wan Azizah kepada Sultan Selangor adalah sejajar dengan konvensi yang diamalkan dalam pelantikan menteri besar sebelum ini.
Menurut Khalid, terdapat lebih daripada satu nama dihantar oleh kedua-dua parti pada 2008 dan 2013 menerusi permohonon berasingan.
"Permohonan berasingan (mengenai calon menteri besar) dikemukakan oleh PKR dan DAP pada 2008 dan 2013," katanya.
Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan yang mengatakan Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali menarik diri daripada dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Menurut Presiden PAS, Azmin hanya menghormati keputusan partinya untuk memberi laluan kepada Wan Azizah dan bukannya beliau tidak mahu jawatan tersebut.
Kenyataan Abdul Hadi hampir sama dengan kenyataan Azmin ketika ditanya wartawan di Hotel Empire, Subang Jaya, Selangor, 17 Ogos lalu.
Wartawan : Saya maksudkan, awak tidak mahu menjadi Menteri Besar (Selangor)
Azmin Ali : Saya tidak pernah sebut fakta itu.
Tambah Azmin lagi, beliau cuma menegaskan semula komitmennya terhadap Akuan Berkanun yang ditandatangani sebagai tanda akur kepada keputusan PKR mencalonkan Presiden PKR, Wan Azizah sebagai MB Selangor.
Rakyat Selangor semakin pening. 

REGIM DAP KEPANASAN: MULA MEMPERTAHANKAN PERONDA PALING SIAL (PPS)NYA...!!!

Posted: 27 Aug 2014 08:51 AM PDT


Sama macam kes CEC DAP yang berstatus haram kerana pengaturan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. ROS kata tak sah, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang kata, sah dan ROS salah. Ahli-ahli DAP sendiri kata Lim Guan Eng tak panggil perwakilan-perwakilan yang telah dikenalpasti menentangnya, Lim Guan Eng pula kata perwakilan-perwakilan tersebut yang salah dan menfitnah DAP.

Begitulah juga dalam kes Pasukan Peronda Sukarela yang ditubuhkan oleh Lim Guan Eng dan diketuai oleh Phee Boon Poh.

Menurut Lim Guan Eng, PPS adalah sebuah badan yang ditubuhkan di bawah kuasa Kerajaan Negeri dan ianya adalah sah. PPS katanya lagi, tidak perlu berdaftar dengan ROS kerana ia di bawah Kerajaan Negeri. Manakala Phee Boon Poh yang berlagak samseng dan mengetuai PPS, menolak kenyataan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar bahawa ia adalah sebuah pertubuhan haram.


Phee dengan tujuan membodoh-bodohkan rakyat Malaysia yang sudah nampak belang sebenar penubuhan PPS berkata, PPS sama seperti agensi-agensi kerajaan lain seperti JKKK. Justeru, tiada salahnya.

Difahamkan, Pulau Pinang merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai unit peronda peribadinya sendiri yang kebanyakan orang melihat PPS sebagai kumpulan samseng ekoran kegilaan PPS melanggar undang-undang dan berlagak penuh berkuasa di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan bajet berjumlah RM1.5 juta setahun untuk membiayai 10,000 orang anggota PPS yang beroperasi di seluruh negeri itu.

Beberapa kejadian menyerang orang awam dengan kes terbaru melibatkan seorang ahli perniagaan dan penentang tegar Lim Guan Eng, menimbulkan desakan agar PPS dibubarkan. Pada Januari lepas, seorang wartawan akhbar berbahasa Cina turut diserang oleh anggota PPS menyebabkan wartawan berkenaan mengalami kecederaan di pipi, bibir, dada, badan dan perutnya.

Phee Boon Poh berkata, insiden menyerang orang awam itu dilakukan oleh 'kambing hitam' dalam unit berkenaan. Menurutnya lagi, Kerajaan Negeri mengutuk tindakan-tindakan ganas. Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini, tiada seorang pun anggota PPS yang diserahkan kepada polis untuk dikenakan tindakan selepas melakukan serangan. Sebaliknya Phee Boon Poh dan Lim Guan Eng bertegas, mereka hanya menjalankan tugas menjaga keamanan.

Selain melakukan rondaan, PPS yang dibiayai wang rakyat Pulau Pinang juga digunakan sebagai tentera-tentera peribadi Lim Guan Eng, menggunakan pangkat tentera dan polis serta menjalankan tugas-tugas mempublisitikan DAP. Namun tugas utama PPS adalah menakut-nakutkan serta mengugut dan mengancam sesiapa sahaja yang dirasakan boleh mendedahkan tembelang Lim Guan Eng dan penyelewengan DAP di Pulau Pinang.


Mula-mula cakap kononnya PPS jaga keamanan tetapi sebenarnya mereka jadi bonser jaga bisnes-bisnes haram yang jadi lubuk duit DAP. Sekarang ni pun PPS dah jadi Gestapo, Kempeitai, Mukhabarat dan Shin Bet yang kejam mempertahankan regim masing-masing...

Artikel berkaitan;

Panglima Perang Cyber

Posted: 27 Aug 2014 11:31 PM PDT

Panglima Perang Cyber


MB @Khalid_Ibrahim Nafi Hanya Satu Nama Dikemukakan PR Tahun 2008 dan 201

Posted: 27 Aug 2014 02:11 AM PDT

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bukan hanya satu nama calon yang dikemukakan perikatan itu kepada istana untuk pemilihan menteri besar pada tahun 2008 dan 2013.

Abdul Khalid mendakwa, perkara tersebut tidak dilaporkan dengan tepat.

"Ada calon lain juga yang dikemukakan kepada istana secara berasingan dan kedua-duanya dibuat oleh PKR dan Pas.

"Ia (merujuk kepada pemilihan MB) pada tahun 2008 dan 2013," katanya kepada pemberita, hari ini.

Ketika ditanya sekali lagi berkenaan perkara sama, Abdul Khalid tetap menegaskan bahawa bukan namanya saja yang dihantar kepada pihak istana.

"Bukan satu nama yang diberi kepada istana. Ia lebih daripada satu nama

"PR tidak ke muka hanya satu nama ketika itu," soal wartawan dan Abdul Khalid menjawab, " Ya. Sebagai tambahan kepada nama saya dengan surat yang berbeza. Ia (kemuka nama) berasingan," jelas beliau.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau akan mengemukakan cadangan untuk diadakan pilihan raya negeri (PRN) kepada Sultan Selangor, Abdul Khalid hanya menjawab, "perkara yang kita nak selesaikan ialah pelantikan menteri besar yang baharu. Apabila menteri besar dilantik, isu bubar tidak timbul."

Semalam, PKR dan DAP kekal dengan keputusan menamakan satu sahaja nama sebagai calon menteri besar iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipersembahkan kepada
Sultan Selangor meskipun baginda telah menitahkan agar pakatan itu mengemukakan lebih daripada dua nama.

Menurut kenyataan bersama itu, keputusan tersebut sejajar dengan konvensi pelantikan menteri besar pada 2013 di mana PR hanya menamakan satu nama sahaja iaitu Abdul Khalid.

"Mengambil kira titah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Menteri Besar, (di mana) PR telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013.

"Pencalonan ini diperkenankan dan diterima pakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor.

"Oleh itu, PKR dan DAP menjunjung titah Sultan Selangor itu dan akan mempersembahkan pencalonan Wan Azizah untuk dipertimbangkan Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh PR dalam tahun 2013 memandangkan Wan Azizah sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri (termasuk Wan Azizah sendiri)," kata kenyataan itu.








http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/jawatan-mb-tak-benar-pr-hanya-hantar-1-nama-1.311654


Sent from my iPhone

The Unspinners

Posted: 27 Aug 2014 11:12 PM PDT

The Unspinners


Dari U turn, PAS buat S turn

Posted: 27 Aug 2014 10:05 PM PDT


PAS Selangor membuat keputusan untuk tidak mencalonkan wakil rakyat parti itu bagi dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata parti itu sebaliknya akan mencalonkan sekurang-kurangnya tiga nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR untuk jawatan berkenaan.


"Keputusan untuk tidak letakkan calon PAS adalah muktamad. Ini kerana Menteri Besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini.


"Kita berpendapat adalah tidak wajar untuk kita calonkan wakil daripada PAS untuk jawatan ini," katanya selepas mesyuarat tertutup bersama PAS Selangor di pejabat perhubungan negeri, di sini malam tadi.


Komen: Anwar Ibrahim ada menegaskan bahawa kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik PKR dan ia harus diperakui dan dihormati oleh semua parti didalam Pakatan Rakyat.

Nampaknya Hadi macam dah termakan rasuah jawatan tinggi dalam Ulamak Sedunia yang mana disuspek Anwar guna pengaruh dengan yusof Qardawi untuk letakkan Hadi.

Hadi dipercayai sedia engkar arahan sultan yang telah memberitahu meminta setiap parti serahkan nama calon MB daripada parti masing-masing.

Perjumpaan melibatkan Iskandar Samad, Mustapha Ali dan Khalid Samad. ISkandar yang merupakan orang Hadi pun turut sama bersekongkol engkar Sultan.

Baca juga Bulletin Sengal SINI


Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Salleh Man mahu DAP serta PKR menghormati keputusan PAS yang menolak pencalonan Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baru. Mereka diingatkan  supaya menyedari sumbangan PAS terhadap Pakatan dan mengakui kekuatan PAS sebagai pembangkang didalam negara.



ENtahlah mungkin kata-kata Khalid Samad el sesat menggerunkan Hadi.

Dia menyatakan mahu ahli-ahli PAS yang tidak berpuas hati segera meninggalkan PAS dan menyertai UMNO. Mereeka yang tidak bersetuju dengan Pakatan tidak diperlukan dan wajar dihalau keluar dari parti.

KIPAS k Pop bukan Ronaldo atau Messi untuk dipilih terus

Posted: 27 Aug 2014 06:43 PM PDT


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PERKASA MENGULAS KENYATAAN OLIH SUA KEADILAN DAN SU PUBLISITI  DAP: 

Kenyataan yg di sifatkan resmi mewakili PKR DAN DAP telah membangkitkan bagaimana DYMM Sultan Selangor melantik MB Selangor selepas PRU13.

DYMM Sultan Selangor menitahkan Parti Keadilan, Pas dan Dap mencalunkan nama bakal2 MB. Tapi Pakatan Rakyat hanya mencalunkan seorang sahaja, iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim.

Baginda Sultan perkenan dengan cadangan satu nama iaitu TS Khalid Ibrahim. Inilah konvensi yg di katakan oleh kenyataan pemimpin dari PKR dan DAP.


J
awapan nya mudah saja, kalau ada akal dan jujur. 


Baginda Sultan terima cadangan satu calun pada waktu itu, adalah kerana Baginda dapati TS Khalid Ibrahim calun yg sesuai dan boleh di perkenan oleh Baginda Sultan.

Kalaulah Baginda Sultan dapati TS Khalid Ibrshim tidak sesuai, tentu Baginda akan terus menitahkan PKR, DAP DAN PAS hantar nama nama lain untuk di pertimbangkan.

Isu jawatan MB Sgor setelah PKR singkir TS Khalid Ibrahim, atas nama Pakatan hanya mencalunkan satu nama isitu Datin Sri Wan Azizah,.yang juga merupakan kroni DSAI (amalan nepotism).

Mungkin  Baginda Sultan ada sebab2 tertentu dan hak Baginda Sultan mengunakan budi bicara nya, memerlukan lebih calun kerana Datin Seri Wan Azizah mungkin tidak menepati kritiria spt Tan Sri Khalid Ibrahim.

Samalah memileh pemain bolasepak.Kalau pemain nya spt Ronaldo atau Messi, Pengurus bukan saja otomatik pileh, tapi dgn bayaran yg besar.

Tapi kalau pemain2 yg belum teruji dan di ragui pula, maka saringan perlu dibuat untuk memileh yg terbaik.

Mungkin pasukan Sgor tidak minat pemain impot dan ramai lagi pemain2 tempatan.Ini analogi memileh pemain pasukan bola.

Jawatan MB utk Selangor, memerlukan pemimpin yg cukup syarat.Tidakkah boleh faham kenapa Baginda Sultan minta calun2 tambahan untuk di pertimbangkan.

Ini pun tak boleh fikir atau dah buntu fikiran, seolah olah nak memaksa Baginda Sultan menerima sahaja sesiapa saja.

Baginda Sultan pun ada kuasa dan peranan mengikut Enakmen Undang2 Tubuh Krajaan N.Selangor. 

Inilah uniknya perlembagaan negeri2 dan Negara Malaysia. Amalan Demokrasi dan fungsi check and balance. Tidak ada mana2 pihak ada hak mutlak 100%. Panjang kalau nak berhujah.

Kita yakin Baginda Sultan mahu yg terbaik untuk Selangor Negeri Jajahan Takluknya demi kepentingan rakyat seluruhnya,bukan kepentingan mana2 keluarga sahaja. 

DAULAT TUANKU..

Pesanan orang tua2 dan paksi budaya melayu dan Raja,Kerja Raja di Junjung, Pantang Melayu Derhaka pada Raja.

Ada juga pepatah mengatakan Raja Adil Raja Disembah, Raja zalim, Raja di sanggah. 

Dalam hal isu jawatan memileh MB Sgor, Baginda Sultan bertindak dgn adil, saksama dan ikut undang2 tubuh negeri sgor demi kepentingan rakyat.Menjadi tanggongjawsb dan kewajipan rakyat mentaatinya.

DAULAT TUANKU!

Dato Ibrahim Ali,
Presiden Perkasa.
PRIBUMI PERKASA NEGARA.

Laporan polis tiada tapi kena siasat polis pula ....

Posted: 27 Aug 2014 08:03 AM PDT


Itulah dia.

Mulut macam lancau. Dah kena siasat atas laporan polis kerana kenyataan yg bersifat hasutan

Rafizi beri keterangan polis berhubung kenyataan perkauman - 

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rafizi-beri-keterangan-polis-berhubung-kenyataan-perkauman

Bertindaklah Melayu

Posted: 27 Aug 2014 05:30 AM PDT


Rakyat resah diancam Langkah Kubor PKR?

Posted: 27 Aug 2014 03:30 AM PDT




Pisau.net dedah bukti Hadi selalu diliwat Anwar

Posted: 27 Aug 2014 01:30 AM PDT







Baca ulasan Pisau SINI

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 27 Aug 2014 11:09 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


BACA Apa KETUM Kata Pasal Isteri Dia, 'MY WIFE QUALIFIED AND NO LINK WITH MY POLITICAL CAREER'

Posted: 27 Aug 2014 10:00 PM PDT


Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said today that he is "proud" of his wife's achievements, adding that the PKR president was well-qualified to take on the post of Selangor Mentri Besar.

"She's quite qualified in her own right, academically. She was leader of Opposition in the past. She has performed reasonably well. I'm proud of her. And that's not relevant to my personal political career," the PKR de facto leader said in a brief news conference at the Duta court complex here.

Ini namanya gila babi, dia tak sedar apa yang dia cakap.

Rakyat selangor perlu tolak orang gila babi macam nie...

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 27 Aug 2014 09:44 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 27 Aug 2014 09:39 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Rakaman Sulit Ini Buktikan Hadi Awang Memang Tidak Suka Anwar Ibrahim

Posted: 27 Aug 2014 10:00 AM PDT




Mungkin atas faktor inilah Hadi Awang tidak mahu bertemu Anwar di Terengganu dan Presiden PAS itu secara terbuka menolak isteri Anwar Ibrahim sebagai calon MB di Selangor.

PAS Selangor Sudah Tidak Kenal Bendera Sendiri

Posted: 27 Aug 2014 08:53 AM PDT

PAS Akan "U Turn" Sokong Balik Wan Azizah?

Posted: 27 Aug 2014 07:18 AM PDT

Hati Hati Rakyat Pulau Pinang, Jika Nampak Anggota PPS Ini Segera Lapor Pada Polis

Posted: 26 Aug 2014 11:43 PM PDT


Tentang Akta Hasutan Bukti DAP Ada Agenda Tidak Baik Untuk Negara Ini

Posted: 26 Aug 2014 10:50 PM PDT


tok gajah

Posted: 27 Aug 2014 09:09 PM PDT

tok gajah


Kenape DAP dan PKR berdegil mahu kemukan satu name sahaje bagi pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor

Posted: 27 Aug 2014 06:09 PM PDT


"Pakatan tetap kemuka 1 nama calon MB: Wan Azizah

(Oleh Lyn Nasir)

KUALA LUMPUR 26 OGOS: Pakatan Rakyat tetap akan mengemukakan satu sahaja nama yang akan dipersembah kepada Sultan Selangor sebagai
calon Menteri Besar.

Demikian penegasan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya berhubung keputusan KEADILAN dan DAP malam tadi untuk menghantar hanya satu nama sahaja calon Menteri Besar Selangor walaupun Sultan Selangor menitahkan setiap parti mencalonkan lebih dua
nama.

Anwar berkata, penetapan itu berdasarkan sokongan majoriti 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor secara Akuan Bersumpah yang
diperolehi Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ini.

Malah kata Anwar lagi, keputusan itu adalah hasil sebulat suara PAS dan DAP untuk mencalonkan nama Wan Azizah sebagai satu-satunya calon tunggal bagi jawatan tersebut.........."


Tok pun pelik juge dengan perangai DAP dan PKR ni yang hanye mahu kemukekan satu sahaje name pencalonan bagi mengantikan jawatan Menteri Besar Selangor. Sedangkan Baginda Sultan Selangor bertitah supaye di kemukekan lebih dari due nama calon.

 Ape salah nye jike dituruti kehendak Baginda Sultan tu? Berilah peluang Baginda untuk memilih ikut citerase rakyat2 nye supaye ianye nampak lebih adil. Susah sangat ke nak menuruti perintah Baginda tu? Atau pun dah tak ade lain2 calon lagi yang layak dalam Pakatan Rakyat tu?

Tok rasekan ade susuatu yang tak kene atau pun ade sesuatu muslihat yang tersembunyi kenape DAP dan PKR ber sungguh2 sangat mahukan isteri Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Besar Selangor tu. 

Bukan saje Tok seorang yang berase curige tentang perkari ni, malahan seluruh rakyat Malaysia juge berase curiga tentang perkare ni. Tambah2 lagi bagi rakyat negeri Selangor tu.

Tok yakin kekecuhan yang berlaku di Selangor ni tidak mungkin akan berakhir dengan begitu mudah kerane terdapat ramai yang masih tidak puas hati dengan cara perbuatan pemimpin2 Pakatan Rakyat di Selangor.

PenangWasabi

Posted: 27 Aug 2014 09:04 PM PDT

PenangWasabi


'Pengantin' separuh bogel mengaku salah?

Posted: 27 Aug 2014 02:50 PM PDT


IPOH - Dua model yang berpakaian separuh bogel sewaktu menjalankan sesi penggambaran di Jalan Sultan Yusuf di sini Isnin lalu mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan di Mahkamah Majistret Ipoh, semalam.

How Jo Yee, 21, dan Low Kah Wai, 27, didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu mengganggu kententeraman awam (public nuisance) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 290 kanun sama dengan denda tidak melebihi RM400.

Jika denda gagal dibayar, penjara sebulan akan dikenakan ke atas kedua-dua model terbabit.

Sebelum itu, peguam kata ''Tidak bersalah berpakaian sikit"?


Mengambil gambar di tempat awam tidak bersalah selagi mereka berpakaian, kata seorang peguam terkenal, Syahredzan Johan.

"Secara jujur, saya tidak nampak sebarang kesalahan dengan cara pemakaian pasangan di Ipoh. Ia mungkin tidak boleh diterima oleh sesetengah orang, tetapi saya tidak nampak bagaimana ia boleh jadi satu kesalahan jenayah'', tambah beliau.

Baru-baru ini, gambar pasangan pengantin yang berpakaian sedikit di Ipoh mula viral di laman sosial.

New Sin Yew, seorang peguam juga percaya peristiwa ini bukan satu kesalahan gangguan awam. "Jenayah gangguan awam seharusnya menjejaskan komuniti. Tambahan pula, memilih untuk berpakaian begitu adalah hak mereka sepenuhnya mengikut perlembagaan untuk kebebasan bersuara," berkata Sin Yew.

Penang Wasabi..

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 27 Aug 2014 03:58 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Remaja ikat, perkosa ibu saudara sendiri

Posted: 27 Aug 2014 04:01 PM PDT

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun tergamak merogol ibu saudaranya di Kinabatangan, Sabah, baru-baru ini.

Mangsa yang merupakan seorang surirumah berusia 44 tahun masih lagi terkejut dengan insiden tersebut di mana anak saudaranya berani mengikat dan merogolnya pada jam 11 malam.

Suspek dilaporkan meletakkan sebilah parang di leher mangsa sebelum mengikat dan kemudiannya merogol ibu saudaranya.

Menerusi laporan The Star, suspek dikatakan datang ke rumah mangsa ketika mangsa sedang menonton televisyen di rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Supt A Sahak mengesahkan wanita itu kemudiannya membuat laporan polis dan membuat pemeriksaan kesihatan di hospital daerah.

"Suspek ditahan tidak jauh daripada rumah mangsa dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 atas kesalahan rogol," katanya. – MYNEWSHUB.MY

Peminat terkejut Aaron Aziz muat naik foto seluar dalam

Posted: 27 Aug 2014 05:14 AM PDT

Terkejut besar peminat yang mengikuti akaun Instagram Aaron Aziz semalam apabila pelakon tersohor itu memuat naik gambar sehelai seluar dalam.

Maklumlah selama ini Aaron dikenali sebagai artis yang biasa berkongsi gambarnya bersama keluarga, promosi iklan dan lakonan terbaru atau majlis yang dihadiri sahaja.

Tup-tup terselit gambar seluar dalam putih di atas, dah tentu objek ini mengejutkan semua orang hingga rata-rata peminat membuat andaian bahawa akaun Instagram tersebut telah digodam pihak tertentu.
Kalau difahami, sebenarnya peminat hanya tertumpu kepada gambar seluar dalam dan bukan pada caption sebenar yang ingin disampaikan.

Ahli PAS tak sokong PR lebih baik keluar parti - Khalid Samad

Posted: 27 Aug 2014 04:47 AM PDT

Ahli PAS yang tidak bersetuju dengan pembabitan parti itu dalam Pakatan Rakyat perlu keluar parti daripada menimbulkan pelbagai masalah dalaman, kata Ahli Jawatankuasa Pusat Khalid Samad.

Katanya, konsep tahalluf siyasi adalah keputusan muktamar dan mereka yang tidak mahu mematuhinya boleh menyertai Umno dan meninggalkan PAS.

Tonton video sini http://m.kinitv.com/video/10094O74

Lantik Wan Azizah bukan nepotisme - Anwar

Posted: 27 Aug 2014 03:01 AM PDT

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan parti itu mencalonkan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan menteri besar Selangor.

Katanya keputusan itu dibuat memandangkan Wan Azizah adalah presiden PKR dan juga bekas ketua pembangkang yang berkebolehan.

Anwar berkata beliau terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membangkitkan soal nepotisme susulan pencalonan Wan Azizah.

Tonton video di pautan http://m.kinitv.com/video/10073O74

Sultan tak layak mintak lebih nama - Aziz Bari

Posted: 27 Aug 2014 01:47 AM PDT

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata tindakan sultan Selangor meminta lebih banyak nama untuk calon menteri besar adalah tidak mengikut perlembagaan kerana seorang calon yang mendapat sokongan majoriti sudahpun ditemui.

Katanya, mengikut sistem berparlimen, kerajaan bertanggungjawab kepada DUN dan bukannya kepada istana.

Jelasnya lagi, peranan istana hanyalah untuk melantik sesiapa sahaja yang mendapat sokongan majoriti Dewan.

"Majoriti adalah satu-satunya kriteria (pelantikan), maka sultan tiada kuasa untuk meminta lebih banyak nama memandangkan sudah ada majoriti," katanya kepada Malaysiakini.

Istana Selangor semalam mengeluar kenyataan bahawa baginda menangguhkan peletakan jawatan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga seorang menteri besar baru dilantik.

Sultan Selangor turut meminta agar setiap parti dalam Pakatan Rakyat – PKR, DAP dan PAS – masing-masing menamakan dua calon sebagai pengganti jawatan tersebut.

Studio pengantin separuh bogel di Ipoh akhirnya beri penjelasan

Posted: 26 Aug 2014 10:01 PM PDT

IPOH - Sebuah studio pengantin yang terletak di Jalan Lau Ek Ching di sini mengaku menjalankan sesi fotografi praperkahwinan dengan menampilkan sepasang model separuh bogel bagi tujuan seni.

Tinjauan Kosmo! ke studio itu pada pukul 4 petang semalam bagi mendapatkan penjelasan pengusaha butik yang menawarkan perkhidmatan fotografi perkahwinan mendapati terdapat tiga pekerja wanita berada di premis dua tingkat itu.

Salah seorang pekerja yang enggan dikenali ketika ditemui mengakui sesi fotografi tersebut dilakukan oleh salah seorang jurugambar lelakinya.

"Kita memang menjalankan sesi fotografi tersebut tetapi ia bukan bertujuan untuk publisiti.

"Gambar-gambar tersebut diambil bagi tujuan seni selain untuk produksi dalaman selain untuk portfolio syarikat, cuma situasi sebegitu kita biasa lihat di tepi pantai dan tidak di jalan raya," kata staf itu.

Selain itu, pekerja wanita tersebut memberitahu, pihak syarikatnya akan membuat laporan polis selepas dua keping gambar serta satu rakaman video berdurasi 27 saat berhubung penggambaran tersebut tersebar di aplikasi WhatsApp serta beberapa laman sosial.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Tarmizi Abd. Haq berkata, pihak polis sudah memulakan siasatan berhubung perkara itu dengan memanggil kesemua individu yang terlibat dalam sesi fotografi itu untuk diambil keterangan.

Menurut beliau, polis membuka siasatan kes itu mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan lucah di tempat-tempat awam.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum sehingga tiga bulan atau dengan denda atau kedua-dua sekali.

Foto maksiat remaja Islam dengan kata-kata berbaur agama

Posted: 26 Aug 2014 08:00 PM PDT

Kadang-kadang tak faham juga dengan budak-budak zaman sekarang yang berasakan hubungan cinta mereka begitu suci lalu gambar bersama diletak kata-kata berbaur agama.

Contoh macam remaja ini, bukan main lagi menulis 'bakal makmum' katanya tapi gambar berpeluk sakan.


Kalau dah macam ni nampak gaya bukan bakal makmum tapi bakal dikerjakan adalah.

Paling tak faham, apa dia orang ni tak ada rasa malu ke?

Harap ibu bapa ambil berat sikit dengan memantau media sosial anak-anak anda. - MYNEWSHUB.MY

MAS tidak akan rugi jika henti hidang arak

Posted: 26 Aug 2014 07:50 PM PDT

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sedia menggerakkan orang ramai melakukan bantahan jika MAS terus menyediakan arak dalam penerbangannya.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, MAS perlu menampilkan imej Islam bersesuaian dengan status Malaysia sebagai negara Islam.

"Banyak syarikat penerbangan di negara-negara Islam telah menghentikan hidangan arak dalam penerbangan. Mengapa kita tak boleh?

"Ini bukan isu baru, PPIM telah lama bantah hidangan arak dalam pesawat namun, tidak diendahkan," katanya.

Menurut Nadzim, MAS tidak akan rugi jika menghentikan hidangan arak.

"Keuntungan sebenar bukan daripada arak, tetapi datangnya daripada perkhidmatan terbaik syarikat berkenaan.

"MAS tidak perlu tunduk kepada permintaan penumpang sebaliknya perlu mencari alternatif lain menggantikan minuman keras itu," katanya.

Menurutnya lagi, pihak pengurusan syarikat penerbangan itu perlu mengikut syariat Islam supaya pendapatan yang diperoleh mendapat keredaan ALLAH.

"Bukan saja soal penyediaan arak, tetapi dari segi pemakaian perlu ditekankan kerana setiap tahun jumlah pengunjung Islam dari serata negara berkunjung ke mari. Jadi bagaimana dengan tanggapan mereka kepada kita?

"Jangan jadikan alasan memperoleh keuntungan kita sanggup menggadaikan agama sendiri," katanya.

Beri peluang pramugari MAS menutup aurat - KJ

Posted: 26 Aug 2014 07:40 PM PDT

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bersetuju dengan cadangan Pengerusi Biro Pekerja Muda, Dazma Shah Daud agar MAS memberi kelonggaran kepada pramugari beragama Islam menutup aurat sewaktu bertugas.

Menurut Khairy, cadangan itu boleh dipertimbangkan pihak pengurusan MAS bagi menghormati kakitangan wanita Islam untuk berhijab.

"Saya rasa kita boleh usulkan kepada kepada MAS supaya boleh beri kebenaran kepada pekerja beragama Islam yang mahu memakai tudung dan menutup aurat.
"Cadangan tersebut cukup baik," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno, semalam.

Menurut Khairy, perubahan itu mampu mengubah perspektif sesetengah pihak terhadap MAS yang didakwa mewujudkan diskriminasi terhadap pekerja wanita beragama Islam.
"Dengan kelonggaran yang diberikan, pekerja boleh memilih untuk berhijab atau tidak," katanya.

Beliau mengulas cadangan Dazma seperti disiarkan Sinar Harian semalam yang meminta pengurusan MAS memberi kelonggaran kepada pramugari beragama Islam memakai tudung dan mengenakan seragam menutup aurat.

'Seks' sampai berlubang tilam

Posted: 26 Aug 2014 07:00 PM PDT

London: Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan mengadakan seks dengan tilam.

Dalam keterangannya kepada Mahkamah Majistret di Derry, seorang anggota polis berkata, dia menemui lelaki yang pernah didapati bersalah atas tuduhan seks, berbogel dari pinggang ke bawah.

Sambil menonton filem porno menerusi pemain DVD, dia melakukan gerakan seks dengan tilam di tempat letak kereta sebuah rumah orang tua di bandar itu awal pagi Sabtu lalu.

Martin Gregory Coll, 52, dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan berkait dengan kejadian itu.

Selain dituduh berkelakuan tidak senonoh, dia juga berdepan tuduhan 'melakukan perbuatan lucah dan menjijikkan sehingga mencetuskan kemarahan orang awam dengan menonton filem porno secara terbuka sambil mengadakan seks dengan tilam ketika berbogel.'

Sarjan polis itu memberitahu Hakim Peter King, defendan dijatuhi hukuman tertunda minggu lalu kerana mencuri tabung dari sebuah depoh bas dilihat memasuki kawasan rumah orang tua berkenaan menerusi pintu belakang, jam 5 pagi.- Agensi

Alkisah Anwar, sang kerbau dan sang kancil

Posted: 26 Aug 2014 06:48 PM PDT

Tersebutlah sebuah alkisah seekor buaya yang sedang bersantai ditebing sungai yang tiba-tiba dihempap dengan sebatang pokok yang tumbang lalu buaya berkenaan merintih meminta pertolongan. Datanglah seekor kerbau yang berada berdekatan sungai berkenaan membantu si buaya berkenaan mengangkat batang pokok tersebut. Tanpa disangka, sang buaya terus menggigit kaki sang kerbau berkenaan dan sang kerbau tersebut pun merayu agar sang buaya bersikap adil kerana jasa sang kerbau yang menyelamatkan nyawa sang buaya tersebut.

Ketika itu, lalulah tudung saji yang buruk dihanyut arus sungai. Kesempatan ini diambil oleh sang kerbau untuk mendapatkan pandangan tudung saji tersebut tentang sikap sang buaya yang tidak mengenang budi dan jasa sang kerbau. Malangnya, tudung saji memilih untuk memihak kepada sang buaya kerana menurutnya ketika masih elok dan cantik, dirinya dimuliakan oleh tuannya dan apabila telah buruk dan rosak, ia dibuang begitu sahaja. Maka, tindakan sang buaya itu wajar kerana jasa dan budi yang lepas tidak patut diambil kira. Gembira hati sang buaya.

Ketika Sang buaya cuba untuk mengheret sang kerbau masuk kedalam air, kelibat sang kancil pula kelihatan. Lalu sang kerbau meraung meminta ehsan sang kancil untuk membantunya. Sang kancil tekad untuk membantu kerbau yang dianiaya itu lalu meminta sang buaya melakonkan semula kejadian berkenaan. Sang buaya yang tamak itu pun bersetuju dan batang pokok diletakkan semula diatas belakang sang buaya. Sang kerbau terlepas, sang buaya terhimpit, sang kancil berlalu pergi.

Krisis Selangor: Siapa Buaya, Siapa Kerbau Dan Siapa Kancil?

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan penerimaan perletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar (MB) Selangor. Baginda menangguhkan sehingga perlantikkan MB Selangor yang baru ditentukan. Sultan Selangor juga telah menitahkan agar setiap pemimpin parti PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama daripada parti dalam Pakatan Rakyat sebagai calon MB Selangor.

Ini pukulan maut buat Pakatan Rakyat (PR) yang selama ini begitu angkuh dengan pendirian bahawa mereka akan kekal dengan calon tunggal pilihan Anwar Ibrahim iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga isterinya sebagai calon MB Selangor. Keangkuhan ini turut diterjemahkan dengan kenyataan media terbaru PKR dan DAP yang kekal dengan satu nama sahaja untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor. Sedar atau tidak, dalam diam PR sedang menanggung satu kesakitan yang teramat sangat bak sang buaya yang dihempap dengan batang pokok.

Anwar Ibrahim sangkakan bahawa dengan adanya surat akuan sumpah daripada 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) maka laluan untuk isterinya diangkat menjadi MB Selangor mudah. Namun, siapa sangka percaturan politik Anwar meleset apabila pihak Istana memulang paku buah keras kepada PR. Maka kekallah Khalid Ibrahim sebagai MB sementara.

PAS dan Sang Kancil

PAS pula sebenarnya amat licik sekali. Masakan tidak apabila kesemua 13 ADUN PAS memilih untuk tidak menandatangani surat akuan sumpah yang menuntut Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal MB Selangor. Kelicikan PAS ini juga harus dilihat dalam konteks hubungan PAS dan autoriti iaitu pihak istana. Hubungan PAS dengan pihak istana cuba dikekalkan sedamai mungkin sebagaimana hubungan kerajaan negeri Kelantan dengan istana Kelantan.

Malah, tindakan empat EXCO PAS yang masih teguh di belakang Khalid Ibrahim juga sebagai satu mesej kepada Sultan Selangor betapa PAS tidak tunduk kepada pengaruh Anwarisme. Tindakan inilah yang menyelamatkan integriti Khalid Ibrahim sebenarnya. Sebagaimana sang kancil menyelamatkan sang kerbau daripada buaya.

30 ADUN dan Tudung Saji

30 ADUN yang menandatangani surat akuan sumpah termasuk Wan Azizah Wan Ismail itu sendiri adalah umpama tudung saji yang buruk dan rosak. Pertimbangan setiap seorang daripada mereka adalah berasaskan kepada emosi semata-mata dan tidak sama sekali menunjukkan kematangan akal pemikiran waras. Mereka tunduk pada kemahuan parti lalu membelakangkan integriti mereka sendiri sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat. Walaupun cubaan mereka berpaling tadah itu hampir meranapkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor, namun permainan politik mereka digagalkan oleh PAS.

Siapa Bakal MB Selangor?

Selalunya dalam cerita dongeng kanak-kanak, karakter yang bijak akan dijulang sebagai hero. Walaupun sukar untuk meramalkan siapa (dalam konteks individual) akan menjadi MB Selangor namun PAS dari awal lagi yang dilihat bijaksana dan licik mengatur langkah politik mereka mungkin mampu lakukan kejutan dalam krisis politik di Selangor ini. Andaian ini dikukuhkan lagi dengan sikap PAS yang memilih untuk tidak bersama-sama Anwar Ibrahim dalam percubaannya merebut kerusi MB Selangor untuk isterinya. Jika PAS menghantar dua nama daripada pihaknya berkemungkinan untuk diperkenan salah satu nama oleh Baginda Sultan amat tinggi memandangkan PKR dan DAP masih mahu mengekalkan nama Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB Selangor.

Namun, walau apa jua yang terjadi, hingga saat ini, wang rizab Selangor yang dikatakan bernilai RM3.2 bilion itu masih selamat dibawah pentadbiran Khalid Ibrahim.

Edwin Michael adalah Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman, Perak.

Polis siasat dakwaan gadis lakukan seks dengan 23 lelaki

Posted: 26 Aug 2014 06:01 PM PDT

POLIS di Pulau Majorca yang terletak di Lautan Mediterranean kini sedang menjalankan siasatan terhadap satu video lucah yang melibatkan seorang gadis British yang melakukan aksi seks dengan 23 orang lelaki di sebuah bar di Magaluf dalam masa dua minit.

Rakaman yang tersebar di laman sosial itu dimuatnaik oleh ramai pelancong British yang datang ke kepulauan itu sempena musim panas.
Memetik laporan Mirror UK, gadis tersebut melakukan aksi itu menerusi satu aktiviti yang dipanggil 'mamading'.
Ia merupakan satu permainan yang menggalakan wanita melakukan aksi seks bagi mendapatkan minuman keras secara percuma.

Bagaimanapun, kebanyakan komen yang diterima daripada para netizen menganggap perbuatan gadis itu sebagai sangat teruk dan tidak bermoral.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Majorca, Manuel Onieva berkata, dia menolak sama sekali aktiviti tersebut dan memberi amaran kelab hiburan yang melaksanakan permainan seumpama itu akan diarah tutup.

3 remaja setan perkosa budak 8 tahun di Wangsa Maju

Posted: 26 Aug 2014 05:33 PM PDT

Kuala Lumpur: Usia mereka masih muda, namun tiga remaja lelaki belasan tahun tergamak memperkosa seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selain mengugut akan memukul mangsa jika dia menceritakan apa yang dilakukan mereka kepada keluarganya.

Difahamkan, perbuatan jijik tiga remaja terbabit bukan kali pertama, sebaliknya sudah beberapa kali memperkosa kanak-kanak terbabit dan setiap kali dia akan diugut pukul jika membocorkan rahsia.

Kebiasaannya mereka akan melakukan perbuatan itu di sekitar kawasan perumahan di Wangsa Maju dan selepas selesai suspek akan mengarahkan mangsa pulang ke rumah.

Bagaimanapun, tembelang mereka terbongkar apabila beberapa remaja lelaki yang juga tinggal di kawasan terbabit mengetahui kejadian itu selepas mangsa mengadu menyebabkan mereka mencari suspek dan membawanya bersemuka dengan ibu mangsa Jumaat lalu.


Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, remaja lelaki yang juga jiran mangsa membawa kanak-kanak itu berjumpa dengan ibunya dan meminta kanak-kanak terbabit menceritakan perkara yang berlaku.


Menurut sumber, mangsa yang ketakutan kemudian menceritakan bagaimana dia diperkosa suspek menyebabkan ibunya terkejut tambahan mengetahui kejadian itu bukan kali pertama berlaku.

"Malah, anaknya memberitahu kali terakhir diperkosa pada 19 Ogos lalu menyebabkan ibunya hanya mampu menangis sebelum membuat laporan polis," katanya.

Israel, Palestin setuju perang tujuh minggu ditamatkan

Posted: 26 Aug 2014 05:13 PM PDT

Gaza , 27 Ogos(AP) -Israel dan Hamas pada Selasa, 27 Ogos, telah mengumumkan bahawa mereka bersetuju dengan gencatan senjata jangka panjang selepas pertempuran selama tujuh minggu yang mengorbankan lebih 2,200 orang, majoritinya rakyat Palestin.

Gencatan senjata panjang tersebut menandakan perang tujuh minggu tersebut telah tamat.

Gencatan senjata berkuat kuasa serta merta pada jam 1600 GMT, tetapi keganasan berterusan sehingga saat-saat akhir.

Di Israel, peluru mortar dilancarkan dari Gaza telah membunuh seorang lelaki dan dua cedera parah, kata pihak berkuasa.

Di Gaza, polis melaporkan bahawa serangan udara Israel telah meruntuhkan sebuah bangunan tujuh tingkat di bandar Beit Lahiya. Letupan dari serangan udara Israel boleh didengar di Gaza selepas pengumuman gencatan senjata itu dibuat.

Di Gaza, perayaan besar-besaran dibuat selepas 19:00. Takbir yang biasanya dikhaskan untuk perayaan Orang Islam boleh didengar dari pembesar suara masjid.

Sebelum itu, pegawai-pegawai dari Hamas, kumpulan utama yang memerangi Israel, telah berkata gencatan senjata itu termasuk perjanjian Israel untuk meringankan sekatan ke atas Gaza bagi membolehkan bekalan bantuan dan bahan binaan dibawa ke wilayah perang yang rosak teruk

(Video) Lelaki gila seks tak sedar aksi intai seluar dalam wanita dirakam

Posted: 26 Aug 2014 04:00 PM PDT

BUKAN main selamba lelaki berbaju kuning ini merakam gambar bawah skirt seorang wanita yang sedang berdiri membelakanginya.

Kejadian itu dipercayai berlaku dalam sebuah komuter yang tidak diketahui lokasinya.

Dek kerana sangap, dia mungkin terlupa bahawa suasana dalam komuter itu tidaklah terlalu sesak sehingga orang lain tidak dapat melihat perbuatannya itu.

Akibatnya, perbuatan kejinya itu telah dirakam oleh seorang penumpang lain.

Tidak diketahui apa nasib lelaki itu dengan tersebarnya video ini. Jelas sungguh wajahnya…

Apa Yang Tersirat

Posted: 27 Aug 2014 02:18 PM PDT

Apa Yang Tersirat


MB Selangor: Anwar Hantar Enam nama

Posted: 27 Aug 2014 07:52 AM PDT


Anwar Minta Lantik MB Daripada Sultan, Bila Sultan Minta Hantar Nama- Enggan Pula

Posted: 27 Aug 2014 12:40 AM PDT

ANWAR minta Sultan lantik MB,selepas dilantik, dibuang, tidakpun minta kebenaran daripada Sultan untuk buang, kemudian minta lantik yang lain pula, Sultan minta hantar nama, selain isterinya, Anwar arah PKR dan DAP supaya bertegas hanya hantar nama Wan Azizah.

Pencacai Anwar seperti Aziz Bari menggunakan "kepakaran" beliau, kononnya Sultan tiada hak minta nama, bijak pandai yang menggunakan ilmu untuk mengelirukan orang, kerana kepentingan, ini namanya rasuah ilmu dan kepakaran.

tun faisal dot com

Posted: 27 Aug 2014 02:05 PM PDT

tun faisal dot com


#KrisisMB Kifarah @Khalid_Ibrahim akibat meninggalkan perjuangan ABATA

Posted: 26 Aug 2014 07:36 PM PDT

UMNO & BN are far better than PR, observe & open up @NatAsasi. Those in PKR were sacked or left UMNO/BN b4 bcoz they were bad people, not loyal or easily cheated by Anwar 

Losing the best people in PKR

COMMENT If Abdul Khalid Ibrahim is a good man, why has there not been a single leader in his party who has stood up for him?

This is a reasonable question, given that in these last few months, literally not a single PKR top leader has come out to say: I support Khalid.

There are two very obvious potential scenarios that explain this state of affairs.

The first, propagated by the likes of Rafizi Ramli (left), is that Khalid is in fact corrupt, and all PKR leaders realise this truth.

If this is true, we would be hard pressed to explain why Khalid did not take what were literally hundreds of opportunities to abuse his position of power and enrich himself in his six years as menteri besar.

If anyone thinks it is difficult to make five or ten-fold of RM 70 million within six years as menteri besar of the richest state in Malaysia, one only need ask Dr Khir Toyo for some pointers.

The second explanation as to why Khalid has no political allies within PKR is simply because there is no 'benefit' or 'reward' in supporting Khalid.

No contracts for backing Khalid

You could suck up to Khalid from the rising of the sun, to the going down of the same, and not only will you not be rewarded with positions or contracts, you are likely to end up in his bad books.

This is the exact opposite of the spirit of feudalism that it is increasingly clear pervades PKR.

Politicians have prevailed on Khalid again and again to loosen Selangor's purse strings, and to oil the wheels of Pakatan Rakyat's political machinery. Khalid has again and again said no, this money belongs to the people of Selangor, not to any political interests.

For a while, some of the slightly better politicians praised Khalid for taking this stance. However, a much bigger group started saying: "Very action lah! Think you'll be there forever? Let's just see how long you can stay in power like that."

It turns out the latter group has long overpowered the few in the former.

Integrity deficit in PKR leadership

If I am correct in thinking of Khalid as a man of integrity, then you can imagine my sad disappointment at how so many people in the party I have known personally for such a long time abandoned him to the wolves.

Not a single one of his former supporters, or those who would sing his praises, stood by him when push came to shove.

From the perspective of democratic representation, we note also that despite over a third of PKR's members voting for Khalid in the second to last vote count, not a single leader has taken up his cause.

Again, his detractors will say the fault for this lies with Khalid himself, but for whatever little my opinion is worth, I think this reveals more about those who did not stand up for Khalid than it does about Khalid himself.

Does politics invariably corrupt?

There are some people who feel that politics invariably corrupts. Being allergic to cynicism, I have never chosen to agree with the 'invariably' part of that sentence, but at this point I am certainly comfortable with replacing it with 'often' or even 'almost always'.

Malaysian politics feels like acid that eats away at personal integrity. PKR used to be home to so many individuals I looked up to - individuals of integrity that I felt fought bravely and intelligently for Malaysians, and for a Malaysia free from corruption.

Now, it feels like never-ending shades of grey have eliminated even the most basic sense of black and white in these same individuals. The Selangor crisis has clearly smashed what little was left of PKR's moral compass, causing its ship to drift well into Barisan Nasional's waters of corruption and self-centered politics.

The situation seems no better with DAP and the Erdogan faction of PAS. If my evaluation of the entire Kajang Move is correct, then they are as complicit and responsible as anyone in PKR.

Khalid losing his position as menteri besar is probably not the worst thing to emerge from this crisis. The worst is that in its pursuit of misguided objectives, PKR and Pakatan have lost their best, strongest feature - the integrity of their leaders.

'Friend and family member'

Some will cry realpolitik and make accusations of both naivette as well as a blind obsession with Khalid. I do not begrudge them their view. We must all reflect on our positions and then live with them.

I joined PKR in 2007, just before the Ijok by-election that Khalid lost. PKR was a one seat party then, with Dr Wan Azizah Wan Ismail standing alone in a Parliament dominated by dark blue.

I left the party in January 2014. This time, it is now Khalid who is alone. I am proud to have believed in the underdog in 2007, and no less proud to do the same in 2014.

Anwar Ibrahim's exhortation not to resort to personal attacks against his 'friend and family member' Khalid was not wrong, but one cannot help but feel that it rings hollow, given how the vicious campaign against Khalid would have been impossible without Anwar's go ahead.

Broken bonds

Nurul Izzah Anwar made one of her first public comments about the menteri besar issue, throwing her support behind her mother Wan Azizah, quoting Wan Azizah's strength during Anwar's imprisonment as qualification for the menteri besar post.

I cannot help but recall another story Nurul Izzah used to tell. I heard it once in person at a Selangor buka puasa event some years ago, and I believe it is a story she often used to tell at events with Khalid.

Nurul Izzah spoke of how alone Anwar was, imprisoned in Sungai Buloh, with all his former friends and allies having completely abandoned him. No one who was part of the establishment would dare to visit him in prison for fear of the taint it would bring onto themselves.

No one but Khalid.

I remember Nurul Izzah describing with great feeling and eloquence how, despite having everything to lose, Khalid stuck to his principles, and stood by Anwar and his family in their darkest hour.

Fifteen years later, Khalid is still sticking to his principles. This time, though, he appears to be standing alone.

NATHANIEL TAN thanks everyone who has ever stood by him, including Anwar Ibrahim. He tweets @NatAsasi.

Cucu Tok Selampit

Posted: 27 Aug 2014 01:11 PM PDT

Cucu Tok Selampit


3 September 2014 Tarikh Akhir PKR, DAP Dan PAS Menghantar Nama Calon-Calon Menteri Besar

Posted: 27 Aug 2014 05:59 AM PDT

Setiausaha Sulit kepada Baginda Sultan Selangor, Dato Lela Bakti hari ini menghantar surat bertajuk 'Calon Menteri Besar Selangor' kepada Presiden PKR, Dr Wan Azizah. Baginda Sultan Selangor menitahkan agar Dr Wan Azizah selaku Presiden PKR mencadangkan lebih dari dua nama Calon Menteri Besar Selangor agar memudahkan Baginda untuk menentukan siapa yang layak dipilih, memberi perkenan dan seterusnya melantik mana-mana calon yang layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Antara syarat lain yang ditetapkan dalam surat berkenaan adalah Calon mestilah berbangsa Melayu serta beragama Islam. Tidak dapat dipastikan sama ada Bangsa K-Pop boleh atau tidak? Surat berkenaan juga meletakkan tarikh akhir serahan nama Calon Menteri Besar adalah sebelum atau pada 03 September 2014. Persoalannya, adakah Dr Wan Azizah akan derhaka dengan titah perintah Sultan demi mengikut titah perintah Ketua Umum (KETUM)?

Bukti Surat Setiausaha Sulit Sultan Selangor Meminta 4 Calon Untuk Dipertimbangkan Jawatan MB Selepas PRU13

Posted: 26 Aug 2014 10:31 PM PDT



Baginda Sultan Selangor secara amnya tidak menerima hanya seorang calon untuk dicadangkan untuk jawatan Menteri Besar Selangor. Sebagai bukti sokongan (precedent case), surat di atas bertarikh 07 Mei 2013 daripada Pejabat Setiausaha Sulit Sultan Selangor, iaitu selepas PRU13 yang lalu kepada ketiga-tiga pemimpin PKR, DAP dan PAS, telah meminta 4 nama untuk Baginda Sultan Selangor pertimbangkan untuk jawatan Menteri Besar.

Kenyataan daripada pemimpin-pemimpin PR semalam bahawa PR telah mencalonkan hanya satu nama pada masa itu iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim, mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah memandangkan situasi pada masa itu adalah kesinambungan perkhidmatan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dari PRU12. 

Kini, Baginda Sultan Selangor berhak untuk meminta sebanyak mana bilangan calon dari PAS, PKR dan DAP disebabkan berlakunya ketidaksefahaman di dalam pakatan tidak berdaftar itu. Namun, PR sedang mencari masalah jika mereka terus berkeras dengan SATU calon. Baginda Sultan Selangor tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya PR masih berkeras.

Selangor akan tetap dipimpin oleh Menteri Besar yang sedia ada sehingga PRU14, kalau permintaan Baginda Sultan Selangor tidak dipenuhi. Walau bagaimanapun, Anwar Ibrahim mungkin akan berubah pendirian dan mencalonkan 3 nama daripada parti PKR - Dr Wan Azizah, Bini Anwar Ibrahim dan Ibu Nurul Izzah.

KWSP Tidak Peka - Masih Menggunakan Tema Dan Logo Merdeka Tahun Lepas @ibrahman @shaberyc

Posted: 26 Aug 2014 06:47 PM PDT


Ini gambar yang diambil pagi tadi. Sebagai sebuah badan berkanun Kerajaan, tindakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan logo dan tema Merdeka tahun lepas, amatlah mengecewakan. KWSP sepatutnya lebih peka dan prihatin dan bukannya ketinggalan bas terutama yang melibatkan perkara-perkara sensitif seperti sambutan Hari Kemerdekaan. Tidak banyak mana pun kos untuk menukarkan banner di pintu masuk Cawangan Utama, Jalan Raja Laut ini. Kalau KWSP tak peka, ini logo dan tema tahun ini:

Duke of UMNO

Posted: 27 Aug 2014 01:03 PM PDT

Duke of UMNO


"BOIKOT HANGAT-HANGAT TAHI AYAM" ATAU..???

Posted: 27 Aug 2014 07:17 AM PDT

Sebelum ni, ramai di kalangan kita yang bercakap tentang boikot barangan yang dipercayai ada hubung kait dengan kepentingan Israel. McDonald's dan Tesco merupakan antara dua pihak yang telah diboikot orang ramai..

Tapi dalam pemerhatian saya, masih ramai juga umat Islam dan rakyat Malaysia yang beli makanan di McDonald's dan shopping kat Tesco... Agak susah untuk boikot dua jenama tu..kan? Begitu? Boikot untuk sehari saja, lepas tu kerumun pi beli burger McD.. hmmmm....

Jadi macamana ni? Hangat-hangat tahi ayam saja ke? Alhamdulillah, hingga kini saya masih belum masuk ke premis McD lagi sejak kita mula boikot depa hari tu... bukan apa... saya ni memang bukan penggemar fast food pun... heh!

 

Kat sini, saya nak berkongsi satu pilihan. Pilihan untuk membantu ekonomi umat Islam. Pilihan untuk memilih barangan kegunaan kita yang lebih terjamin HALAL, bersih, selamat dan paling best ialah KUALITInya yang setanding dengan jenama-jenama hebat yang dikeluarkan syarikat bukan Islam...

Sebagai contoh, sebelum ni kita kalau ke kedai runcit, kita memilih untuk membeli Kiwi Kleen untuk mencuci pinggan mangkuk dan Dynamo untuk mencuci pakaian...

Saya nak tanya la sikit... kalau ada produk MELAYU, beragama ISLAM, dijamin HALAL, diyakini SUCI dan berKUALITI setanding dengan jenama bukan Islam, adakah kita setuju untuk membeli produk tersebut?

Sekarang, cuba test diri kita... untuk pengetahuan lanjut, sila KLIK KAT SINI... biarpun sedikit sumbangannya, tapi sekurang-kurangnya ia mampu memberi sumbangan pada pembangunan ummah...

Kalau kat link tu pun kita tak mampu nak buat, usah bicara soal boikot kot...heh!


PEJUANG BANGSA

Posted: 27 Aug 2014 11:57 AM PDT

PEJUANG BANGSA


AKHIRNYA ADUN DAP RAYER CELAKA DIDAKWA AKTA HASUTAN

Posted: 27 Aug 2014 12:23 AM PDT


GEORGE TOWN 27 Ogos – ADUN Seri Delima RSN Rayer hari ini didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan selepas mengeluarkan kenyataan 'celaka celaka UMNO' pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini.
Bagi pertuduhan pertama, Rayer mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Zulhazmi Abdullah dan dibenarkan diikat jamin RM13,000.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 17 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes.
Beliau kemudiannya dibawa ke Mahkamah Sesyen lain dan didakwa diatas pertuduhan lain dibawah akta sama ekoran mengulangi kenyataan 'celaka UMNO' ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, 22 Mei lepas.
Rayer sekali lagi mengaku tidak bersalah diatas pertuduhan tersebut dan diminta untuk dibicarakan.
Pengakuan kedua itu direkodkan dihadapan Hakim Zanariah Hussain.
Beliau juga berdepan dengan dakwaan alternatif di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuat ucapan yang mengganggu ketenteraman awam.
Rayer turut minta dibicarakan untuk dakwaan alternatif itu.

*** bukan 1 pertuduhan tapi 3 ...sudah lama orang Melayu marah kebiadapan Adun DAP Rayer ini ... 

PPS KERAJAAN DAP BERNILAI RM1.5 JUTA DUIT RAKYAT DIISYTIHAR HARAM !! @dzainalabidin

Posted: 26 Aug 2014 07:00 PM PDT



Rupanya  DAP selama ini berbohong kepada rakyat P.Pinang kononnya PPS ini untuk menjaga keselamatan dan membantu PDRM  bagi menghalalkan mereka sapu duit RM1.5 juta setahun

Tetapi sebaliknya PPS adalah pertubuhan haram dan mereka juga telah   memukul rakyat dan melakukan aktiviti parti DAP seperti memasang bendera dan menjalankan kerja-kerja kempen ketika pilihanraya .



Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) berikutan penubuhan pasukan itu tidak berdaftar dan menyalahi undang-undang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya telah menerima makluman rasmi daripada pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa PPS tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

"Sehubungan itu, PDRM menganggap PPS adalah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966.

"PDRM akan menjalankan siasatan ke atas aktiviti pasukan berkenaan dan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) mendesak kerajaan Pulau Pinang memperjelaskan status sebenar penubuhan PPS yang dianggotai kira-kira 10,000 orang dan diberi elaun sebanyak RM10,000 serta semua kelengkapan bagi menjalankan tugas-tugas keselamatan.

Perkara tersebut mendatangkan kebimbangan berikutan pihak ROS pernah memaklumkan pertubuhan itu tidak berdaftar dan dianggap pertubuhan haram mengikut Akta Pertubuhan 1966.
Tambah Khalid, pihak polis akan mengambil tindakan dan menyiasat bukan sahaja individu yang bertanggungjawab menubuhkan PPS sebaliknya terhadap semua anggotanya, apatah lagi melibatkan tugas-tugas keselamatan.






Download Buletin Mutiara
PPS terima pengiktirafan 'berpaku'
Posted on 01 January 2014.
Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI
GEORGE TOWN – Seramai 225 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) bahagian pulau menerima pengiktirafan pangkat oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pada satu majlis di Dewan Tunku Komtar di sini baru-baru ini.

Tiga jenis pangkat dianugerahkan iaitu tiga paku kepada Ketua Pasukan, Timbalan Ketua Pasukan (dua paku) dan Naib Ketua Pasukan (satu paku).

Guan Eng ketika menjelaskan dengan lebih lanjut berkata, pengiktirafan pangkat jawatan Ketua Pasukan ditetap dan dipersetujui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada awal penubuhan sesebuah pasukan PPS, manakala jawatan Timbalan dan Naib Ketua Pasukan diputuskan melalui mesyuarat ADUN dan ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Ketua Pasukan di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

"Melalui mesyuarat ini, nama-nama calon untuk lantikan ke jawatan tersebut akan dibincang dan dilantik setelah mendapat persetujuan semua ahli jawatankuasa mesyuarat," ujarnya pada Majlis Pelantikan Pangkat Anggota PPS di sini baru-baru ini.

Bagi rekod penubuhan, PPS ditubuhkan sejak 2011 bagi mewujudkan persekitaran selamat kepada komuniti dalam membendung kegiatan jenayah seperti ragut, bunuh dan lain-lain.

Secara tahunan, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.5 juta bagi melicinkan operasi PPS seperti membeli kemudahan peralatan walkie-talkie, vest, topi, lampu suluh dan terbaru sepasang kasut keselamatan serta seluar panjang untuk tujuan rondaan.
Malah, anggota PPS turut dilindungi insurans berkelompok di mana masing-masing layak menerima pampasan RM10,000 sekiranya berlaku kecacatan kekal atau kehilangan nyawa ketika bertugas.
Menurut Guan Eng, inisiatif penubuhan PPS adalah untuk membantu pihak polis dalam mengurangkan kadar jenayah dan ia terbukti melalui beberapa kes yang berjaya ditangani dengan bantuan pasukan berkenaan.

"Lanjutan itu, ia telah menyangkal andaian sesetengah pihak bahawa PPS cuba mengambil-alih tugas polis sedangkan semua pihak mengetahui bahawa pasukan keselamatan terbabit (Polis Diraja Malaysia, PDRM) mempunyai bidang kuasa sah dalam soal keselamatan negara," ujarnya.

Bagi rekod terbaru, beliau memberitahu bahawa, sebanyak 264 pasukan PPS berjaya ditubuhkan seluruh negeri termasuk Seberang Perai dengan kekuatan anggota seramai 8,263.



KRISIS MB SELANGOR : PKR & DAP TAK IKUT TITAH SULTAN, TETAP HANTAR 1 NAMA CALON

Posted: 26 Aug 2014 05:58 PM PDT





Merujuk kepada kenyataan PKR-DAP menolak titah DYMM Sultan Selangor yang mahu lebih 2 nama calon MB Selangor , ia dapat dilihat PAS telah dipinggirkan dan mereka tidak perlu sokongan parti itu  .

PKR- DAP tetapi berdegil mahu 1 nama iaitu bini Anwar sahaja dihantar bukan lebih 2 nama calon seperti dititah DYMM Sultan Selangor . 

Jika tetap 1 nama sahaja menjadi pendirian PKR-DAP , maka TSKI akan terus memegang kuasa MB Selangor lagi .




KEADILAN dan DAP merafak sembah menjunjung kasih dan rasa syukur dengan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor mengenai pelantikan Dato' Menteri Besar yang baru seperti kenyataan rasmi Pejabat DYMM Tuanku Sultan Selangor yang ditandatangani Dato' Mohamad Munir bin Bani hari ini.

Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu adalah sejajar dengan konvensi (convention) yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Dato' Menteri Besar sebelum ini.

DYMM Tuanku Sultan Selangor turut menitahkan parti-parti Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari satu nama dalam melantik Dato' Menteri Besar dalam tahun 2013.

Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu disampaikan kepada KEADILAN, PAS dan DAP melalui satu surat bertarikh 7 Mei 2013 (yang disertakan bersama) yang melambangkan konvensi yang diamalkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sebelum ini.

Susulan itu, mengambil kira titah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Dato' Menteri Besar, parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013. Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Oleh yang demikian, KEADILAN dan DAP menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu dan akan mempersembahkan pencalonan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013memandangkan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri (termasuk YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri).

KEADILAN dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.

DATUK SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung KEADILAN

TONY PUA
Pengerusi DAP Selangor

Pengikut