Dr. Mohamad Rafie Ab Malek (dua dari kanan) bersama AJK Cabang KEADILAN Seremban melawat melawat dan membantu sebuah keluarga miskin di Kampung Sekolah Walaupun berdepan kekangan kewangan, KEADILAN Seremban tetap konsisten membantu rakyat di kawasan itu melalui program Jejak Fakir anjuran cabang berkenaan.
Terbaru, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN merangkap Timbalan Ketua Cabang Seremban, Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek
(berkaca mata tanpa topi) bersama beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK)nya melawat dan menyumbangkan beberapa keperluan asas kepada sebuah keluarga miskin di Kampung Sekolah, Ampangan pada 29 Jun lalu.
"KEADILAN Seremban prihatin terhadap kesusahan rakyat dan mengambil inisiatif menjejaki golongan kurang bernasib baik ini untuk dibantu.
"Walaupun keadaan kemampuan terbatas kerana tiada sebarang peruntukan diberi kerajaan negeri kepada wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) kerana dianggap pembangkang di dalam negeri ini," kenyataan dari cabang itu dipetik yang dikirimkan melalui emel kepada Keadilan Daily.
Sebelum ini, KEADILAN Cabang sama turut bergotong-royong memperbaiki dan mengganti bumbung dua rumah keluarga miskin yang diketuai Ketua Cabangnya, Dr. Ahmad Azam Hamzah.
Rumah itu ialah nenek Robi Lazin, 84, dan cucunya Puan Haridah Kamsor, 40, yang terletak bersebelahan di Kampung Gedung Lalang, Ampangan, Seremban pada 26 Jun lalu.
Hj Annuar - imam mesjid Raban meninggal dunia dan solat jenazah disempurnakan jam 2.00ptg diimamkan oleh adik Allahyarham. Semoga rohnya di Rahmati Allah. Al fatihah.
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Menyampaikan ucapan ketika Himpunan Pra BERSIH selepas Solat Jumaat di Masjid Jabi
Umno dilanda wabak sakit kuning atau istilah perubatannya 'Jaundice'. Petua orang tua dulu-dulu, bayi-bayi yang terkena wabak kuning ketika baru dilahirkan perlu dimandikan dengan air inai. Tapi Umno, dengan air apa sepatutnya mereka dimandikan?
Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussin menyatakan pakai baju BERSIH adalah haram kerana perhimpunan BERSIH itu haram. Kalau berpandukan teori bangang Hishammuddin ini, bila seorang mat motor terlibat dalam lumba motor haram, maka segala yang dipakainya termasuk helmet, jaket, baju, seluar dan motor yang ditunggangnya adalah haram. Majlis fatwa tolong 'tegur' sikit Hishammuddin daripada terus mengeluarkan 'fatwa' bodoh beliau.
Rakyat marhaen yang ingin berhimpun, ratusan ditahan walaupun 9 Julai belum tiba dan dimomokkan dengan pelbagai tuduhan yang tak masuk akal termasuk ingin melancarkan peperangan terhadap Yang Dipertuan Agong. Sedangkan barang yang boleh dikategorikan sebagai senjata yang ditemui bersama mereka hanyalah sebilah gunting. Bagi saya, sekadar sebilah gunting, bukan setakat nak lawan Yang Dipertuan Agong malah nak lawan dengan tukang kebun Yang Dipertuan Agong, belum tentu boleh. Ini kebodohan yang melampau!
Apakah ada dikalangan kita yang berniat nak lawan Yang Dipertuan Agong? Ada sesiapa yang nak berlawan dengan Pemuda Umno atau Ibrahim Ali Al Kataki atau ada sesiapa yang nak beradu tenaga dengan anggota keselamatan? Jawabnya, ini bukan agenda kita!
Kami rakyat marhaen berhimpun untuk menuntut pembaharuan yang adil dalam sistem demokrasi berpilihanraya di negara kita. Pilihanraya bukan bermakna sekadar pangkah kertas undi. Tapi pilihanraya juga bermakna, peluang untuk menyebarkan dan mendapat maklumat yang sama. Peluang untuk bercakap yang sama, peluang untuk berkempen yang sama dan peluang untuk bertarung di atas padang yang sama rata. Jangan dia ikat kaki dan tangan kita, kemudian dia ajak kita lawan lumba lari.
Anggota keselamatan bukan musuh kita. Mereka mungkin kawan kita, warih (saudara) kita, sepupu kita dan mereka juga adalah rakyat marhaen sebagaimana kita. Apa yang kita perjuangkan juga demi masa depan mereka dan anak cucu mereka. Lalu untuk apa perlunya anjing pengesan, maki hamun, sepak terajang, belatan, gas pemedih mata dan air kimia. Ingat! Jangan sampai nanti mereka jadi sebagaimana Polis Mesir yang terpaksa melutut memohon maaf kepada rakyat lantaran menjadi anjing kepada Hosni Mubarak sebelum ini, kemudian Polis Mesir sendiri yang turun berdemonstrasi bersama rakyat.
Pemerintah tak akan selamanya di puncak kuasa. Berkonfrantasi dengan hasrat dan kehendak rakyat sendiri akan meletakkan hayat suatu pemerintahan di hujung tanduk. Beringatlah sebelum kita menjadi bahan sejarah.
Nampaknya masalah meruncing minyak masak di pasaran yang dijanjikan kerajaan sejak buan lalu masih gagal diatasi sehingga ke hari ini.
Tinjauan di kedai-kedai disekitar Sabah termasuk di pasarraya besar mendapati memang benar berlaku masalah kekurangan bekalan minyak masak termasuk minyak masak botol dan para pengguna sukar mendapat minyak masak.
Masalah kekurangan bekalan minyak masak itu menyebabkan ianya menimbulkan masalah kepada para pengguna.
Rakyat Sabah amat berharap berharap pihak yang berkaitan terutamanya Kementerian Perdagangan Dalam egeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau kerajaan Sabah sendiri dibawah pimpinan BN dapat memantau bagi mengatasi masalah itu yang semakin menyusahkan rakyat.
Ini kerana katanya, minyak masak merupakan salah satu bahan keperluan harian orang ramai untuk memasak, membuat kuih dan sebagainya.
so kerajaan kene cucuk hidung le dengan para pengeluar.... nak buat lagu mane... harga minyak sawit dunia meningkat... maknenye harga minyak masak lepas nie naik le tue...
Najib Razak Rosmah Mansor tiba di Kelantan dalam lawatan kerja sehari ke negeri itu semasa YAB Menteri Besar Kelantan telahpun berlepas beberapa hari lepas ke Uzbekistan, negeri bekas jajahan Russia itu dalam rangka menziarahi makam Imam Bukhari dan Imam Termizi yang terletak di negara berkenaan. Tok Guru dijangka pulang sekitar 10 july selepas menyelesaikan ibadah umrah bersama rombongan.
Najib dan isteri yang menaiki pesawat khas tiba di Pangkalan Udara Gong Kedak, Terengganu pada 9.40 pagi dengan disambut oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Awang Adek Hussin, beberapa pemimpin komponen BN dan ketua-ketua jabatan persekutuan.
Lawatan Perdana Menteri kali ini untuk menghadiri beberapa program bersama rakyat membabitkan daerah Pasir Puteh, Machang dan Kota Bharu.
Kira-kira 300 penyokong Umno, PERKASA dan NGO, Suara Anak-anak Malaysia mengadakan demonstrasi di Pulau Pinang petang tadi bagi membantah tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.
Dalam kekecohan itu enam orang ditahan polis yang turut mengarahkan kira-kira 100 anggotanya untuk mengawal keadaan.
Penyokong kumpulan itu berarak kira-kira satu kilometer dari Masjid Kapitan Keling ke bangunan Komtar selepas solat Jumaat.
Sepanjang perarakan itu kumpulan berkenaan membawa sepanduk 'Jangan Berani Bangkitkan Komunis', 'Pulau Pinang Hak Kami' dan 'Guan Eng Dalang Perpecahan Melayu'.
Sejurus tiba di Komtar, mereka berarak mengelilingi bangunan itu dan setibanya di Jalan Penang pada kira-kira 3.10 petang, kumpulan itu bertindak nekad dengan duduk di atas jalan raya selama 10 minit.
Mereka menuntut Lim berundur sebagai ketua menteri kerana beliau secara terbuka menyokong perhimpunan BERSIH yang telah diisytiharkan perhimpunan haram oleh pihak polis.
Dalam perarakan itu yang melalui Jalan Chulia dan Jalan Carnavon menuju ke Komtar, kumpulan itu juga memecahkan cermin kereta-kereta di sepanjang jalan.
Bertindak ganas
Mereka juga bertindak ganas dengan menolak dua jurugambar - seorang daripada akhbar Cina manakala seorang seorang lagi daripada stesen TV.
Selepas menahan enam orang dan membunyikan siren, penunjuk perasaan beredar ke Jalan Penang, di mana beberapa beberapa pemimpin Umno termasuk Ezam Mohd Nor membuat ucapan membidas Lim dan kerajaan negeri.
Katanya, Malaysia perlu dipertahankan daripada kumpulan yang ingin merosakkan keharmonian negara.
"Perhimpunan ini untuk memberi mesej jelas kepada pengkhianat-pengkhianat ini bahawa negara kita masih ramai anak-anak Melayu, Cina dan India yang akan mempertahankan maruah negara," katanya.
Pada jam 3.30 petang, sekumpulan lagi berarak dari Jalan Penang ke kawasan Komtar membawa dua ekor itik dan menjeritkan nama exco Pulau Pinang dan ADUN Batu Maung Datuk Abdul Malik Abul Kassim.
Selain mempersendakannya mereka juga mengajuk cara percakapan Abdul Malik.
Kesesakan teruk
Demonstrasi itu menyebabkan kesesakan di sekitar Georgetown dan banyak premis di sekitar Komtar ditutup.
Polis hanya membiarkan kumpulan itu dengan telatah dan gelagat mereka.
Sementara itu, selepas diarahkan bersurai pada kira-kira 3.25 petang, kira-kira 30 orang daripada kumpulan itu bergerak ke Jambatan Pulau Pinang bagi mengadakan demonstrasi di tengah-tengah jambatan.
Tindakan itu menyebabkan kesesakan selama lebih dua jam sepanjang kira-kira lapan km dari Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di bahagian Pulau ke pertengahan jambatan, menuju ke Seberang Perai.-MK
.... POLIS TAK BUAT APE PUN.... CILANAT PUNYE POLIS....
Timbalan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar hari ini menegaskan pihaknya menutup segala bentuk rundingan dengan mana-mana penganjur perhimpunan tidak sah yang akan diadakan pada 9 Julai ini.
Jelas Khalid, keputusan itu dibuat selepas kesemua penganjur iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Pemuda Umno dan Perkasa tetap berkeras meneruskan perhimpunan haram itu sambil memberi amaran bersedia untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang.
"Kami sudah memberikan penjelasan kepada mereka, memberi peringatan dan amaran tetapi mereka tetap tidak peduli. Kami akan memastikan perhimpunan ini tidak akan berlaku.
"Kami tidak akan mengadakan sebarang perbincangan lagi. Bersiap sedia berhadapan dengan tindakan undang-undang," katanya.
Bercakap pada sidang media di Bukit Aman, Khalid berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas peserta-peserta perhimpunan itu. "Kami tidak akan bertolak ansur," katanya.
Semalam Bersih meminta polis sendiri mencadangkan satu laluan yang pihak berkuasa rasa sesuai untuk mereka mengadakan perarakan tanpa gangguan kepada sesiapa pun.
Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan pasukan pemantau pilihan raya ini telah mengemukakan cadangan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dengan harapan polis akan bersikap terbuka dan bekerjasama dengan gabungan tersebut.
KUALA LUMPUR: Seorang suami durjana memaksa isterinya melacur semata-mata ingin mendapatkan wang untuk menjelaskan ansuran bulanan keretanya.
Kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, di Bukit Bintang, di sini, bukan kali pertama wanita berusia 25 tahun itu diperlakukan sedemikian, sebaliknya lebih sepuluh kali dalam tempoh hampir setahun lalu.
Suami yang berusia lewat 20-an dan tidak mempunyai pekerjaan tetap itu memaksa isterinya menjual tubuh apabila kesempitan wang dengan dia bertindak sebagai 'bapa ayam' untuk mencari pelanggan.
Tidak tahan dengan tindakan jijik suaminya, mangsa yang meloloskan diri daripada kawalan suaminya membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee, di sini, tengah hari kelmarin.
Sumber polis berkata, dalam laporannya mangsa memberitahu dia melarikan diri daripada suaminya selepas selesai melayan seorang pelanggan di sebuah hotel murah di Bukit Bintang.
SHAH ALAM, 2 Julai: Dewan Pemuda PAS Selangor menyifatkan lapan tuntutan Bersih adalah sangat munasabah kerana telah lama dilaksanakan di negara lain.
Ketuanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, tuntutan itu merupakan kehendak rakyat yang inginkan suasana pilihan raya berada dalam bersih dan bebas.
Kerana ketiadaan lapan perkara itulah maka Bersih terpaksa menganjurkan himpunan 9 Julai ini.
Hasbullah mempersoalkan kenapa susah sangat untuk kerajaan BN laksanakan semua tuntutan kerana ia paling mudah dilakukan.
Kecualilah, ujarnya, pihak terbabit mempunyai agenda tersendiri yang menyebabkan mereka tidak berani dan gagal memahami kehendak rakyat yang ingin suasana bersih di dalam pilihan raya.
Himpunan Bersih yang digerakkan berbagai NGO akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai dalam usaha menyerahkan lapan tuntutan kepada Istana Negara.
Lapan tuntutan itu adalah Bersihkan senarai undi, Mereformasikan undi pos, Gunakan dakwat kekal, Masa kempen minima 21 hari, Akses media yang bebas dan adil, Kukuhkan institusi awam, Hentikan rasuah dan Hentikan politik kotor.
Exco Pemuda PAS Malaysia itu menyatakan perkara ini ketika menjawab soalan media dalam Majlis Ramah Mesra Pemuda PAS Selangor bersama Media dekat sini, petang semalam.
Menurutnya, pihak penganjur memberi jaminan tentang keselamatan dan peserta himpunan sama sekali tidak akan membawa sebarang jenis senjata.
Bagi mereka, ia adalah himpunan aman yang dibenarkan oleh Perlembagaan Negara.
Dalam hal ini, Hasbullah menyatakan kekesalannya kerana pihak Kerajaan BN menghalang satu himpunan aman yang jelas dibenarkan oleh perlembagaan.
"Jika kerajaan tidak izinkan Bersih ini, kenapa pula perlembagaan dengan jelas membenarkannya?
"Halangan sebegini juga adalah antara sebab rakyat hendak berhimpun sangat pada 9 Julai ini.
"Apatah lagi bagi umat Islam, himpunan seumpama ini sangat digalakkan selagi mana ia diadakaa dalam keadaan aman seperti ibadat haji di Makkah," tegasnya.
KOTA BHARU, 2 Julai: Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu, mempertikaikan tindakan polis yang menutup pintu rundingan dengan pihak penganjur Bersih 2.0
(Mohamad Sabu disambut para jamaah masjid Darul Qarar)
Ini kerana Bersih adalah pencinta demokrasi dan keamanan, apa lagi untuk dikena tindakan ISA terhadap mereka yang menyertai Bersih.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkara itu selepas majlis ramah mesra bersama beliau di masjid Darul Qarar di sini hari ini.
Menurutnya, Bersih adalah pencinta keamanan dan demokrasi. Namun begitu, Umno dan BN dilihat terlalu takut dengan Bersih.
Ia dibayangkan dengan tindakan menangkap pemakai baju Bersih serta bertindak kepada mana-mana pihak yang menganjurkan program berkaitan Bersih.
Hampir 100 sudah ditangkap ekoran cadangan perhimpunan Bersih 9 Julai ini.
"Amat tidak wajar jika pintu rundingan ditolak,"ujarnya lagi.
Turut berucap pada majlis itu, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan yang dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah.
Pada masa yang sama Mohamad Sabu berkata, PAS tetap akan menyokong perhimpunan Bersih demi untuk kepentingan rakyat pada masa akan datang.
"PAS tetap akan sertainya, kerana Bersih hanya untuk menuntut keadilan dalam pilihanraya dan bukannya untuk menggugat kestabilan negara," ujarnya lagi.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau berkata Umno dan BN sebenarnya takut pada kebenaran yang bakal dibawa oleh Bersih.
Tegasnya, kemenangan BN kini hanya diperolehi dari undi pos dan Felda sahaja.
"Undi individu dah lama tak ada, apa lagi sekarang ini golongan muda juga semakin menyokong Pakatan Rakyat,"ujarnya.
Sementara itu, Mahfuz pula berkata PAS menuntut pilihanraya secara bersih dan gentleman, bukan dengan cara himpunan haram.
Katanya, PAS dan Pakatan Rakyat bukan ingin memerintah negara dengan cara demontrasi dan bukannya dengan cara mengguling kerajaan yang ada.
"Kita gentleman, bukan nak guling kerajaan, kalau dia (BN) nak terguling sendiri, terpulanglah," ujarnya yang dipercayai mengulas tindakan BN yang seolah-olah sangat takut dengan Bersih.
KUALA LUMPUR, 1 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) amat kesal dengam khutbah Jumaat keluaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan dibacakan di masjid-masjid di seluruh Kuala Lumpur hari ini, memandangkan ia jelas memburukkan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dan perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.
Di tengah kita menyambut Israk dan Mikraj yang mengandungi amat banyak pengajaran besar, Jawi hari ini telah melakukan kesilapan besar dengan mengeluarkan khutbah tersebut yang jelas melampau dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Riduan Mohd Nor menegaskan, pada hal di dalam negara kita ini amat banyak perkara yang perlu diketengahkan oleh Jawi termasuklah usaha-usaha untuk mengatasi gejala sosial dan penghinaan terhadap syariat Islam.
Menurut beliau, tiba-tiba mimbar Jumaat di seluruh Wilayah Persekutuan hari ini dicemari dengan propaganda Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi APCO.
Katanya, DPPP amat kesal apabila masjid yang mulia dicemari dengan politik kotor dan hina yang menjadi pegangan Umno BN selama ini.
"Pada hal jika kita kembali kepada sirah Rasulullah s.a.w, khutbah merupakan medium dakwah yang penting yang mengandungi pelbagai nasihat dan ajaran berguna. Ia disampaikan dengan penuh semangat dan ketika menyampaikan khutbah, Nabi sendiri turut memegang tombak dan pedang.
"Oleh itu, dalam Islam, setiap makmun diwajibkan mendengar khutbah dengan teliti. Malah Nabi sendiri pernah menegur seorang sahabatnya kerana bermain-main dengan anak batu ketika khutbah dibaca," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.
Isi khutbah, menurut beliau, mesti didengar dan dihadam oleh setiap makmun dan dengan itu ia secara jelas memberikan pengajaran kepada kita bahawa setiap khutbah yang dibacakan di mimbar-mimbar masjid mestilah yang menepati ajaran Islam.
Katanya, bagaimanapun, perkara itu amat berbeza dengan khutbah yang dibacakan di mimbar-mimbar masjid di Kuala Lumpur hari ini kerana ia jelas telah diperalatkan oleh BN untuk propaganda politik murahannya.
"Dengan itu, setiap umat Islam wajib menolak khutbah yang bersalut propaganda politik murahan BN itu dan sebaliknya turut memberikan kerjasama dengan Bersih untuk menolak politik kotor dan hina dan pilihanraya yang kotor dan hina di negara kita," tegasnya.
Rakyat di seluruh negara, katanya, diyakini amat faham dengan tujuan Bersih hendak mengadakan Perhimpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini yang bukannya untuk melakukan kekacauan, tetapi untuk menuntut kerajaan melaksanakan pilihanraya dengan bersih dan adil.
"Oleh itu, di tengah BN menyerang Bersih termasuk dengan menggunakan mimbar masjid, saya yakin sejuta umat Islam akan turun berhimpun di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini, bagi mendesak kerajaan BN yang korup melaksanakan pilihanraya dengan bersih dan adil kerana rakyat sendiri sudah tidak tertahan dengan permainan politik kotor BN sejak sekian lama," katanya.
Sementara itu, PAS Wilayah Persekutuan turut kesal dengan teks khutbah Jumaat hari ini yang dikeluarkan oleh Jawi untuk menghentam Bersih.
Dalam keadaan mereka beria-ia menolak politik kepartian di dalam masjid, tetapi Jawi hari ini telah terjebak sebagai alat politik Barisan Nasional (BN).
Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail berkata, tindakan menggunakan platform agama untuk mengharam dan melabelkan pelampau kepada Himpunan Bersih 2.0 dikira melampau dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Menurut beliau, label pelampau dan haram dikaitkan kononnya Bersih hendak menimbulkan kekacauan dan kerosakan jelas merupakan satu fitnah yang dilakukan terang-terangan menggunakan mimbar Jumaat.
Katanya, PAS Wilayah Persekutuan amat kesal kerana mimbar Jumaat dijadikan tempat sebaran fitnah, sedangkan umum mengetahui tujuan Bersih adalah untuk berhimpun secara aman bagi mendesak pilihanraya yang bebas dan adil, bukan untuk melakukan kerosakan dan huru-hara.
"Tetapi khutbah yang dikeluarkan oleh Jawi ini melaporkan sebaliknya," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.
PAS Wilayah Persekutuan juga, menurutnya, kecewa kerana Jawi menggunakan platform khutbah yang berbentuk komunikasi sehala untuk memfitnah himpunan Bersih.
"Kita mohon supaya Jawi sedia berdialog secara terbuka dengan umat Islam dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi memastikan di mana haram dan melampaunya himpunan Bersih?
Jika JAWI tidak sedia berdialog, beliau secara tegas mengatakan, itu tandanya JAWI sebenarnya melaksanakan arahan Barisan Nasional.
"Kita hendak ingatkan Jawi supaya tidak menjadi alat BN dan merasakan masjid-masjid di Wilayah milik Barisan Nasional sehingga tergamak melakukan hal ini.
"Perlu diingat, 9 daripada 10 Parlimen di Kuala Lumpur ini dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan sudah pasti yang mendengar khutbah itu majoritinya menolak politik kotor Barisan Nasional," tegas beliau.
Beliau juga memberitahu PAS Wilayah Persekutuan akan menurunkan lebih 20 ribu orang ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya ke Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Mereka, katanya akan turun dengan disiplin yang tinggi sebagaimana amalan biasa dalam PAS dan seperti yang telah sedia dimaklumi oleh pihak polis sendiri berhubung akhlak dan disiplin ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS sepanjang puluhan himpunan yang pernah diadakan sebelum ini.
Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail menjelaskan, kesediaan PAS Wilayah Persekutuan menurunkan ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya ke perhimpunan itu adalah selaras dengan arahan Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menururut beliau, PAS Wilayah Persekutuan juga menyeru ahli-ahlinya supaya menjadikan diri mereka sebagai saksi-saksi sejarah terhadap perubahan demokrasi yang bebas dan bersih dengan penglibatan mereka dalam himpunan itu.
Katanya, himpunan aman yang diadakan itu adalah untuk mendesak kerajaan memulihkan sistem pilihanraya yang kotor selama ini dan ia akan memberi kesan yang cukup besar jika berlaku perubahan.
"Ia akan menjadi catatan sejarah yang akan dibaca dan dipelajari oleh anak-anak dan cucu kita pada masa akan datang dan sudah pasti ibu bapa dan datuk neneknya dahulu salah seorang daripada saksi sejarah tersebut," katanya.
PAS Wilayah Persekutuan juga, menurut beliau, mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS dari seluruh negara ke ibu kota bagi menjayakan perhimpunan itu.
Katanya, sehingga kini keadaan di ibu kota begitu aman dan tidak ada sebab untuk ahli-ahli PAS dan orang ramai tidak hadir ke Kuala Lumpur pada tarikh tersebut.
"Tambahan pula dengan jumlah anggota polis yang ramai, sudah pasti keamanan lebih terjamin. Di samping itu, 400 peguam yang disediakan parti sepanjang perhimpunan ini akan dapat membantu memastikan peserta sentiasa patuh pada undang-undang," tegasnya.
TEMERLOH, 1 Julai:Enam remaja yang berdemonstrasi di hadapan bangunan pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang, dekat sini selepas solat Jumaat tadi, diberkas polis dan dibawa ke balai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh. Mereka sebahagian daripada kira-kira 20 orang yang berhimpun di jalan Dato' Bahaman di sini yang dikatakan bertindak membantah perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Budak-budak lepasan sekolah itu memegang sepanduk "Kami NGO Temerloh bantah himpunan BERSIH" sambil memekik "Selamatkan Malaysia" dan berada kira-kira dua minit di depan pejabat PAS. Mereka yang berasal dari kampung-kampung berdekatan itu kemudiannya bertempiaran lari dan menunggang motosikal masing-masing apabila diusir oleh anggota mata-mata termasuk polis wanita sementara enam orang daripadanya dimasukkan ke dalan van polis. Sementara itu salah seorang peserta demo tersebut ketika ditanya, mengaku menerima wang upah antara RM20 hingga RM30 seorang daripada pihak tertentu. Turut hadir memerhatikan gelagat mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad, Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pahang, Ahmad Nizam Hamid, puluhan anggota Unit Amal serta ahli-ahli PAS yang turut berkumpul di depan pejabat PAS. Sementara itu, Ahmad Nizam yang juga pengamal undang-undang meminta enam remaja yang ditahan polis itu dilepaskan segera kerana mereka mempunyai hak untuk berhimpun. "Mereka mempunyai hak untuk berhimpun secara aman membantah sesuatu yang tidak disukai kerana ia termaktub dalam perlembagaan. "Jadi kita harap pihak polis segera bebaskan mereka," katanya.
KUALA LUMPUR, 1 Julai: Seluruh rakyat Malaysia terutama yang tinggal di Johor sepatutnya bersedih mulai hari ini, apabila tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang telah dipajak selama 79 tahun hilang buat selama-lamanya dari pemilikan Malaysia kerana diserahkan kepada pihak Singapura.
Sebagai balasannya, pihak Singapura akan menggantikan kepada Malaysia (Johor) dengan tanah bertaraf antarabangsa di empat lot Marina South dan satu bidang di Ophir Rochor.
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Suhaizan Kaiat berkata, penyerahan tanah KTMB yang berlaku hari ini menjadi satu sejarah penting kepada negara dan memberi banyak pengajaran kepada generasi akan datang.
Menurut beliau, pangajaran yang paling besar adalah Kerajaan Malaysia sanggup menyerahkan tanah KTMB kepada Singapura demi mengejar keuntungan material semata-mata dengan mengenepikan persoalan maruah rakyat dan negara tercinta ini.
Katanya, Pemuda PAS Negeri Johor amat sedih dengan catatan sejarah duka ini kerana ia tidak sepatutnya dialami oleh seluruh rakyat Johor dan Malaysia.
"KTMB mempunyai tanah pajakan dengan Kerajaan Singapura selama 999 tahun bermula tahun 1932 seluas 217 hektar. Tanah sepanjang 30 km ini adalah dari Woodland, Kranji, Tanjung Pagar dan 3 lot di Bukit Timah (lot 76-2Mk 16, lot 249 Mk 4 & lot 32-10 Mk 16)," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.
Tanah tersebut, menurut beliau, cukup strategik kerana terletak di tengah-tengah Singapura, terlengkar dari utara di Woodland hingga ke Selatan di Tanjung Pagar.
Katanya, perjanjian pajakan yang telah dimeterai dengan pihak British telah menyatakan bahawa tanah tersebut hanya boleh digunakan untuk tujuan keretapi sahaja.
Ini bermaksud bahawa jika KTMB membuat aktiviti lain daripada keretapi, katanya, maka perjanjian pajakan akan terbatal dan Singapura berhak untuk merampas tanah tersebut.
"Persoalannya, mengapa perjanjian yang mengikat negara ini tidak dipinda semasa Singapura keluar daripada Malaysia?" tegasnya.
Hari ini, ujarnya, tanah tersebut tidak akan kembali lagi kepada kita dan digantikan dengan tanah di empat lot Marina South dan satu bidang di Ophir Rochor yang akan dibangunkan oleh syarikat usahasama Malaysia dan Singapura, M-S Pte Ltd yang dimiliki 60 peratus ekuiti oleh Khazanah Nasional Berhad dan 40 peratus ekuiti oleh Temasek Holdings.
"Persoalannya, mengapa Syarikat M-S Pte Ltd belum menunjukkan sebarang progres projek tetapi tanah KTMB sudah dilepaskan kepada Singapura?
"Di manakah maruah rakyat dan negara Malaysia jika Syarikat M-S Pte Ltd gagal sedangkan tanah KTMB telah diserahkan kepada Singapura?" katanya.
Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor menegaskan, tanah di Marina South dan Ophir Rochor yang dibangunkan oleh M-S Ptd Ltd itu bakal dijual kepada pasaran setelah siap dibangunkan.
"Oleh itu, tanah ini akan terdedah kepada pemilikan bebas. Berkemungkinan tanah ini sedikit demi sedikit akan hilang daripada pegangan Khazanah Nasional.
"Akhirnya rakyat Malaysia sudah tidak memiliki tanah di Singapura yang boleh dibanggakan oleh generasi akan datang. Apakah jaminan tanah di Marina South dan Ophir Rochor tidak terlepas kepada pihak luar?" ujar beliau.
30//6/2011(Khamis)-Beberapa org AJK DPPKM yang di ketuai oleh Hatman Abdullah selaKu Ketua Pemuda PAS Kawasan Machang(DPPKM) membuat report berkenaan dengan isu kegagalan pihak TNB meningkatkan mutu bekalan elektrik di Negeri Kelantan menyebabkan timbulnya msalah bekalan air..Report trsebut telah dibuat di Balai Polis Machang padapukul 5.10ptg..Menurut Htman Abdullah Bekalan elektrik terputus mengambil masa yg panjang untuk dipulihkan semula menyebabkan sumber air loji tidak dapat berfungsi..Selalunya sekiranya bekalan elektrik terputus selama 1 jam akan menybbkan bekalan air akan terganggu selama hampri 1 hari.. pihak kerajaan pusat sepatutnya mengambil tindakan sewajarnya dengan menyegerakan peruntukan tambahan kpd pihak Air Kelantan Sdn. Bhd(AKSB) bg mengatasi masalah tersebut..
KUALA LUMPUR, 1 Julai: PAS mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang dengan penuh bangga untuk menghimpunkan seramai 3 juta ahli Umno.
"Persoalannya bolehkah beliau mengumpul ahli sebanyak itu?" tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, sedangkan untuk menghimpunkan 1 juta belia pada 27 hingga 28 Mei lalu pun gagal, yang hanya dihadiri lebih kurang 10 ribu orang sahaja.
Najib selaku Presiden Umno, berkata jika ia mahu, Umno mampu mengerahkan tiga juta anggotanya untuk menentang habis-habisan hasrat golongan yang mahu mewujudkan kekacauan melalui demonstrasi jalanan.
"Kita (Umno) ada tiga juta ahli, tidak termasuk parti komponen (Barisan Nasional)...kita boleh kumpulkan tiga juta orang yang tunggu isyarat. Kalau semboyan dibunyi, mereka juga akan berjuang habis-habisan... tetapi apakah itu satu cara yang bertanggungjawab," katanya ketika berucap pada satu majlis di Sipitang, Sabah, semalam.
Idris berkata, pengalaman Umno dalam siri-siri himpunan mereka berakhir dengan kegagalan, seperti program Semarak, himpunan untuk membuang kekebalan Raja-Raja Melayu dan pemimpin bersama rakyat walaupun mereka membuat kerahan kepada pegawai-pegawai kerajaan.
Baginya, apabila Presiden Umno mengaku boleh mengumpulkan 3 juta ahli hanya merupakan satu ilusi semata-semata kerana Umno di era ini bukan ada ruh perjuangan sebaliknya menyertai Umno hanya untuk mendapat benda.
Menurutnya, bertempit sorak marah kepada kerajaan Pakatan Rakyat bukan kerana rakyat ditindas, tetapi kerana saluran pernafasan pemimpin Umno semakin sempit kerana projek tidak diperolehi dengan mudah seperti zaman pemerintahan Umno BN.
Mereka, ujarnya tidak sanggup berhimpun jika tidak dibayar tambang dan nasi bungkus.
Ini, ujarnya boleh dilihat ketika hari penamaan calon pilihan raya, mereka tidak tahan lama untuk berhimpun, kadang- kadang beredar sebelum pengumuman dibuat.
"Ia berlainan dengan penyokong Pakatan Rakyat ia hadir dengan jiwa yang tulus dan suci sanggup berjemur dan berpanas semata-mata untuk menuntut pilihan raya yang adil," katanya.
Perhimpunan Agung Tahunan PEMADAM telah diadakan di Melaka International Trade Centre.
YB Dr Rani selaku Naib Pengerusi PEMADAM Selangor bersama Hj Yusuf Ibrahim dan Puan Norliza telah mewakili negeri Selangor dalam membahaskan isu-isu mengenai pengambilan dadah dikalangan remaja dan mahasiswa yang semakin meningkat.
Dr Rani menekankan pendekatan agama yang komprehensif sebagai jalan keluar kepada masaalah dadah yangmenjadi musuh no 1 negara ini.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ketandusan formula bagi menyekat kemaraan rakyat untuk menyertai sebuah perhimpunan aman anjuran Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), memaksa kerajaan menggunakan institusi masjid untuk membatalkan himpunan berkenaan.
Malah gambaran yang diberikan dalam khutbah-khutbah Jumaat di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya semalam yang menyimpang dari agenda sebenar Bersih 2.0 diadakan, benar-benar mengecewakan dan sesuatu yang sengaja direkayasa, kata pemimpin Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin.
"Andaian bahawa himpunan Bersih adalah himpunan berdarah, adalah andai-andaian yang mereka sengaja cipta kerana mereka tahu bahawa kita berpotensi menimbulkan kesedaran masyarakat tentang perlunya pilihan raya yang adil, profesional dan betul,"katanya kepada Tv Selangor.
Semalam, masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya diwajibkan membaca khutbah Jumaat yang menuduh penganjur Bersih sebagai "pengkhianat" dan mendakwa peserta himpunan itu "akan bertindak ganas, merosakkan harta benda…malah sanggup mencederakan pasukan keselamatan."
Ia seolah-olah mahu memberikan gambaran bahawa perhimpunan tersebut adalah salah dan memudaratkan rakyat dengan mengandaikan ianya adalah perhimpunan berdarah.
Walhal menurut Ustaz Ghani, perhimpunan secara aman adalah sesuatu yang diharuskan dalam maqasid syariah sebagai jalan untuk menegur pemerintah yang angkuh.
Apatah lagi perhimpunan yang bakal dianjurkan adalah sebuah perhimpunan aman.
"Hukum asal berhimpun secara aman ini adalah harus, dengan merujuk kepada huraian alim ulama, ianya akan menjadi hukum sunnah, malah wajib sekiranya tiada lagi cara untuk menegur dan membetulkan kemungkaran dengan cara berhimpun dan berdemonstrasi di padang terbuka mahupun jalan raya," jelas beliau.
Khutbah Jumaat yang dibacakan semalam berjudul "Memelihara Nikmat Keamaman" yang diedarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mendakwa peserta Bersih pada 9 Julai akan "melakukan demonstrasi jalanan, perhimpunan haram, dan berarak ke hulu hilir serta melanggar undang-undang negara".
Tuduhan yang dibuat menerusi khutbah Jumaat itu mengejutkan lebih-lebih lagi setelah penganjurnya dan pemimpin-pemimpin politik yang menyertai Bersih memberi jaminan berulang kali bahawa perhimpunan itu adalah aman dan berharap polis tidak akan mencetuskan sebarang provokasi. -tvsnews
Khutbah hentam Bersih, Jawi jadi alat Umno
KUALA LUMPUR, 1 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) amat kesal dengam khutbah Jumaat keluaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan dibacakan di masjid-masjid di seluruh Kuala Lumpur hari ini, memandangkan ia jelas memburukkan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dan perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.
Di tengah kita menyambut Israk dan Mikraj yang mengandungi amat banyak pengajaran besar, Jawi hari ini telah melakukan kesilapan besar dengan mengeluarkan khutbah tersebut yang jelas melampau dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Riduan Mohd Nor menegaskan, pada hal di dalam negara kita ini amat banyak perkara yang perlu diketengahkan oleh Jawi termasuklah usaha-usaha untuk mengatasi gejala sosial dan penghinaan terhadap syariat Islam.
Menurut beliau, tiba-tiba mimbar Jumaat di seluruh Wilayah Persekutuan hari ini dicemari dengan propaganda Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi APCO.
Katanya, DPPP amat kesal apabila masjid yang mulia dicemari dengan politik kotor dan hina yang menjadi pegangan Umno BN selama ini.
"Pada hal jika kita kembali kepada sirah Rasulullah s.a.w, khutbah merupakan medium dakwah yang penting yang mengandungi pelbagai nasihat dan ajaran berguna. Ia disampaikan dengan penuh semangat dan ketika menyampaikan khutbah, Nabi sendiri turut memegang tombak dan pedang.
"Oleh itu, dalam Islam, setiap makmun diwajibkan mendengar khutbah dengan teliti. Malah Nabi sendiri pernah menegur seorang sahabatnya kerana bermain-main dengan anak batu ketika khutbah dibaca," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.
Isi khutbah, menurut beliau, mesti didengar dan dihadam oleh setiap makmun dan dengan itu ia secara jelas memberikan pengajaran kepada kita bahawa setiap khutbah yang dibacakan di mimbar-mimbar masjid mestilah yang menepati ajaran Islam.
Katanya, bagaimanapun, perkara itu amat berbeza dengan khutbah yang dibacakan di mimbar-mimbar masjid di Kuala Lumpur hari ini kerana ia jelas telah diperalatkan oleh BN untuk propaganda politik murahannya.
"Dengan itu, setiap umat Islam wajib menolak khutbah yang bersalut propaganda politik murahan BN itu dan sebaliknya turut memberikan kerjasama dengan Bersih untuk menolak politik kotor dan hina dan pilihanraya yang kotor dan hina di negara kita," tegasnya.
Rakyat di seluruh negara, katanya, diyakini amat faham dengan tujuan Bersih hendak mengadakan Perhimpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini yang bukannya untuk melakukan kekacauan, tetapi untuk menuntut kerajaan melaksanakan pilihanraya dengan bersih dan adil.
"Oleh itu, di tengah BN menyerang Bersih termasuk dengan menggunakan mimbar masjid, saya yakin sejuta umat Islam akan turun berhimpun di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini, bagi mendesak kerajaan BN yang korup melaksanakan pilihanraya dengan bersih dan adil kerana rakyat sendiri sudah tidak tertahan dengan permainan politik kotor BN sejak sekian lama," katanya.
Sementara itu, PAS Wilayah Persekutuan turut kesal dengan teks khutbah Jumaat hari ini yang dikeluarkan oleh Jawi untuk menghentam Bersih.
Dalam keadaan mereka beria-ia menolak politik kepartian di dalam masjid, tetapi Jawi hari ini telah terjebak sebagai alat politik Barisan Nasional (BN).
Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail berkata, tindakan menggunakan platform agama untuk mengharam dan melabelkan pelampau kepada Himpunan Bersih 2.0 dikira melampau dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Menurut beliau, label pelampau dan haram dikaitkan kononnya Bersih hendak menimbulkan kekacauan dan kerosakan jelas merupakan satu fitnah yang dilakukan terang-terangan menggunakan mimbar Jumaat.
Katanya, PAS Wilayah Persekutuan amat kesal kerana mimbar Jumaat dijadikan tempat sebaran fitnah, sedangkan umum mengetahui tujuan Bersih adalah untuk berhimpun secara aman bagi mendesak pilihanraya yang bebas dan adil, bukan untuk melakukan kerosakan dan huru-hara.
"Tetapi khutbah yang dikeluarkan oleh Jawi ini melaporkan sebaliknya," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.
PAS Wilayah Persekutuan juga, menurutnya, kecewa kerana Jawi menggunakan platform khutbah yang berbentuk komunikasi sehala untuk memfitnah himpunan Bersih.
"Kita mohon supaya Jawi sedia berdialog secara terbuka dengan umat Islam dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi memastikan di mana haram dan melampaunya himpunan Bersih?
Jika JAWI tidak sedia berdialog, beliau secara tegas mengatakan, itu tandanya JAWI sebenarnya melaksanakan arahan Barisan Nasional.
"Kita hendak ingatkan Jawi supaya tidak menjadi alat BN dan merasakan masjid-masjid di Wilayah milik Barisan Nasional sehingga tergamak melakukan hal ini.
"Perlu diingat, 9 daripada 10 Parlimen di Kuala Lumpur ini dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan sudah pasti yang mendengar khutbah itu majoritinya menolak politik kotor Barisan Nasional," tegas beliau.
Beliau juga memberitahu PAS Wilayah Persekutuan akan menurunkan lebih 20 ribu orang ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya ke Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Mereka, katanya akan turun dengan disiplin yang tinggi sebagaimana amalan biasa dalam PAS dan seperti yang telah sedia dimaklumi oleh pihak polis sendiri berhubung akhlak dan disiplin ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS sepanjang puluhan himpunan yang pernah diadakan sebelum ini.
Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail menjelaskan, kesediaan PAS Wilayah Persekutuan menurunkan ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya ke perhimpunan itu adalah selaras dengan arahan Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menururut beliau, PAS Wilayah Persekutuan juga menyeru ahli-ahlinya supaya menjadikan diri mereka sebagai saksi-saksi sejarah terhadap perubahan demokrasi yang bebas dan bersih dengan penglibatan mereka dalam himpunan itu.
Katanya, himpunan aman yang diadakan itu adalah untuk mendesak kerajaan memulihkan sistem pilihanraya yang kotor selama ini dan ia akan memberi kesan yang cukup besar jika berlaku perubahan.
"Ia akan menjadi catatan sejarah yang akan dibaca dan dipelajari oleh anak-anak dan cucu kita pada masa akan datang dan sudah pasti ibu bapa dan datuk neneknya dahulu salah seorang daripada saksi sejarah tersebut," katanya.
PAS Wilayah Persekutuan juga, menurut beliau, mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS dari seluruh negara ke ibu kota bagi menjayakan perhimpunan itu.
Katanya, sehingga kini keadaan di ibu kota begitu aman dan tidak ada sebab untuk ahli-ahli PAS dan orang ramai tidak hadir ke Kuala Lumpur pada tarikh tersebut.
"Tambahan pula dengan jumlah anggota polis yang ramai, sudah pasti keamanan lebih terjamin. Di samping itu, 400 peguam yang disediakan parti sepanjang perhimpunan ini akan dapat membantu memastikan peserta sentiasa patuh pada undang-undang," tegasnya. -Hrkh
Kuasa gusar kini menggelegak murka; warna kuning diisytihar racun terbisa. Diragutnya baju-T segeram tenaga. dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain, menjadikannya panji terindah dan tulen. Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu kita kembalikan damai ke dalam qalbu
Kini cahaya mentari mungkin diramas dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas. Memanglah mereka kini peludah warna sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa, kuasa pun seolah menjadi hartanya.
1. 7. 11. A. SAMAD SAID ~ PUITIS DAN BERBISA SASTERAWAN NEGARA
Utama Berita Kolum Surat Video Mobilekini Buku SMS Hartanah Pekerjaan Pelancongan Juadah Saham Pendidikan Kereta Peta Pengharaman baju BERSIH, apa kata rakyat? Norain Saleh & Norsyafinas Ahmad Sukri Jul 2, 11 8:39am Kongsi 566 Pada 29 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.
Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis adalah betul.
NONE"Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram," katanya.
Sejak pengumuman itu, beberapa wakil rakyat Pakatan dan hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning BERSIH manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat.
Malaysiakini menemui 14 orang di sekitar ibunegara untuk meninjau pandangan mereka mengenai kenyataan Hishammuddin mengenai pengharaman pemakaian baju-T kuning BERSIH itu.
Hasil tinjauan mendapati sebahagian besar daripada mereka tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan itu.
Berikut adalah pendapat mereka:
NONERodzi Baharom, 45 (arkitek):
"Selagi rusuhan masih belum berlaku, tindakan Hishammudin dilihat sebagai tidak wajar kerana perkara itu tidak mengancam (keselamatan) negara dan hanya berkaitan dengan pemakaian baju.
"Bukan baju tulis perkataan lucah. Perkara seperti ini tidak diambil perhatian (baju ada perkataan lucah). Kenapa yang berkaitan politik diambil perhatian?"
NONEMohd Zaki Mohd Simal, 19:
"Pemakaian baju-T berkenaan adalah lebih kepada kebebasan rakyat, malah perhimpunan tersebut turut disokong oleh majoriti rakyat menurut undian yang dilakukan oleh The Star. (Nota pengarang: Akhbar itu bagaimanapun membatalkan bancian itu dan mendakwa terdapat kepincangan dalam sistem undian berkenaan)
"Kalau budak-budak pakai baju BERSIH, takkan budak-budak itu hendak kena tangkap kot?" kata Zaki, yang juga mempersoalkan kebebasan untuk berpakaian. NONELee Kah Kee, 19, pula merasakan perkara itu tidak wajar kerana baginya perhimpunan berkenaan bukanlah satu perhimpunan yang haram.
NONE Norhuda Ali, 25 mempertikaikan tindakan 'pengharaman' baju-T itu dan mempersoalkan sama ada mereka yang memakai baju berwarna kuning akan turut ditahan sama.
"Kalau pakai baju kuning keluar jalan tak kan hendak kena (tangkap) juga?" katanya. NONEBagi Banu Priya Tiagarajan, juga 19 yang sedang menuntut di salah sebuah institusi penerbangan perhimpunan itu hanyalah sekadar untuk berhimpun bersama.
"Bagi saya itu tidak adil, pakai baju BERSIH bukan salah," katanya.
Sahahruddin Abdul Majid 53, berkata tujuan pihak tertentu membuat perhimpunan BERSIH ini adalah dijalankan secara aman bukannya haram, sekiranya mereka tidak membuat tindakan sebegitu rakyat mungkin tidak akan tahu perkara yang kerajaan buat.NONE
"Kita tengok 4 tahun lepas mereka tidak ganggu orang (dalam demo) kenapa perlu disembur dengan air, pakai baju kuning pun tidak buat apa kesalahan.
"Jika tidak ada pembangkang, kita (rakyat) tidak tahu apa yang dilakukan oleh kerajaan," katanya.
Tambahnya, pemakaian baju kuning tidak menganggu orang ramai tetapi logo baju tersebut mungkin menyebabkan mereka ditangkap dan didakwa oleh pihak kerajaan.
"Memang tidak salah (pakai baju-T BERSIH) dia tidak kacau orang, cuma logo yang jadi masalah, dianggap mengkritik kerajaan... Bagi kerajaan semua mereka buat betul, pihak lain tidak betul," katanya.
NONEManiammah Masilamani, 22 pula merasakan tindakan Hishammuddin sebagai tidak wajar kerana demonstrasi itu sendiri masih belum berlaku dan negara masih dalam keadaan yang aman.
"Semua kedai lepas ni tidak boleh letak (cat) warna kuning ke?" soalnya. NONEMeghala Balasubramaniam, 29, berkata pemakaian baju-T BERSIH tidak patut diharamkan kerana ia hanya dianggap perkara lazim.
"Tidak perlu diharamkan baju BERSIH, itu hanya perkara biasa dan bukannya salah pun, kerajaan patut bertimbang rasa" katanya.
NONENuruddin Mohamad, 28, berkata baju bukanlah satu masalah tetapi kerajaan 'mengharamkan' pemakaian baju-T tersebut berkemungkinan disebabkan kebimbangan kerajaan terhadap perhimpunan yang akan berlangsung
"Tidak wajar (pengharaman), sebab itu pakaian, bukan tindakan," katanya. NONEGraduan lepasan Universiti Michigan, Caryn Kong, 23, berkata larangan permakaiaan baju itu tidak wajar kerana perkara itu menunjukkan pemikiran rakyat bukan di dalam negara yang sudah mencapai pembangunan.
"Saya rasa tidak wajar, kerana sampai bila mereka patut didakwa, perkara tersebut tidak akan menunjukkan rakyat dalam negara ingin membangun," katanya.
Hari Sabtu 2 Julai 2011 tercatat rekod dunia "program larian 1 Malaysia" melibatkan semua sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia yang dianjurkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Pelajaran @ Pendidikan merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Menteri lari, guru lari dan murid atau pelajar lari, apa yang dicari atau dilarikan oleh Menteri berkenaan?. Muhyiddin sahaja ada jawapannya. Mungkin yang dicari dan dilarikan tercicir dalam larian.
Muhyiddin hanya mahu mencari rekod dunia dan rekod malaysia untuk dicacatkan nama menterinya. Dari kaca mata umum hanya larian politik Muhyiddin sahaja.
Muhyiddin menteri pelajaran dan timbalan menteri yang paling lemah dan kering kontang idea. Hanya cakap tong kosong,. dan samseng taik minyak.
Keselesaan guru, kenaikan pangkat guru yang teramai diabaikan. Hanya kenaikan terpilih dan guru kuat bodek UMNO sahaja dapat pangkat.
Ratusan guru terbantut dalam kenaikan pangkat. Muhyiddin hanya bercakap macam akan petai dengan sampal belacan bercili padi, habis kepedasannya hilang nikmatnya.
Muhyiddin dengan larian 1 Malaysia, hanya retorik politik jalanan. Ingat Muhiddin ratusan ribu pelajar bangsa Melayu tercicir setiapa tahun. Apakah peranan Muhyiddin terhadap pelajar yang berkenaan?.
Mungkin dengan program larian 1 Malaysia menteri dapat lari dalam kemelut pelajar melayu puluhan ribu tercicir dalam pembelajaran setiap tahun.
Sepatutnya Muhyiddin membuat satu rangka kerja untuk mengatasi fenomena tersebut. Malah maseh ada lagi sekolah yang daif dan usang. Ada sekolah yang masih tertinggal jauh dalam bidang ICT.
Sepatutnya Muhyiddin mencari satu kunci kata agar guru dan tenaga pengajar dapat mengajar dengan lebih kondusif dan keceriaan. Kerana kecerian guru menjamin kecerian murid.
Malah guru dibebankan dengan dengan seribu program, murid dibebabkan dengan ratusan tugas yang tidak memberi rancangan pembelajaran sehingga memenatkan fikiran dan jasmani guru dan murid.
Malah sekolah dan murid serta guru sebagai bahan ujikaji atau sebuah makmal . Muhiddin perlu peka guru dan murid adalah manusia bukanbinatang yang bernama tikus sering kali dibuat ujikaji.
Walauapa pun syabas pada semua guru mengajar anak bangsa tanpa jemu dan bosan. Mungkin ada sedikit kebosanan politik murahan yang dipaparkan oleh Muhyiddin Yassin.
Seruan pada semua guru jangan pangkah BN/UMNO dan sokonglah pakatan rakyat dan berjalan untuk keadilan. Pakai baju kuning kesekolah untuk uji pengetuanya."
Semalam beberapa blog mendedahkan beberapa bukti berlaku pendaftaran pengundi di sesuatu alamat dengan jumlah yang tidak munasabah sehingga ada yang 64 dan 88 orang pada satu alamat. Pendedahan yang sememangnya sudah lama di dakwa oleh PAS membuktikan kelemahan SPR atau pun mereka sendiri yang bersekongkol dengan petualang negara tersebut.
Namun pada hari ini saya cuba menggunakan website SPR iaitu http://daftarj.spr.gov.my/semakdm/ namun ianya tidak berfungsi sedangkan semalam ia berfungsi dengan baik.
Apakah tindakan ini ada kaitan dengan pendedahan semalam? Mohon SPR menjawab dengan jujur....
Pendedahan dari blog darisungai derhaka
Ini adalah pemilih yang beralamat 1138 kesemuanya ialah 64 Orang, nombor dihadapan senarai adalah nombor siri dari Daftar Pemilih dan nombor terakhir adalah alamat rumah.
15 330422085529 L 1933 MOHD YUSOF BIN MOHD SOOM 1138 48 410403085435 L 1941 MOHD HUSSIN BIN CHAT 1138 44 410108075218 P 1941 RAMLAH BINTI MAT ALI 1138 TBP 76 441202085836 P 1944 EMBIN BINTI ABD RAHMAN 1138 86 460819025036 P 1946 KHATIJAH BT HASSAN 1138 95 470102075254 P 1947 KARTHIYANI A/P PERUMAL 1138 98 470302025470 P 1947 SITI ASA BINTI ARIFIN 1138 114 480928075516 P 1948 MANGGAKASSIN A/P PARMAL 1138 115 481214045168 P 1948 MARIAM BINTI SAAD 1138 125 491107025478 P 1949 SITI JAMALIAH BINTI MD MIN 1138
187 540612025178 P 1954 KECHIK BINTI HAMID NT 1138 194 541029025212 P 1954 RAFTAH BINTI HASSIM 1138 246 561118075201 L 1956 MOHD RASHID BIN MD NOOR 1138 263 571007085860 P 1957 ROBIAH BINTI DIN 1138 273 580328075625 L 1958 MURAD BIN HASSAN 1138 282 580925075498 P 1958 ZAHARAH BINTI MD NOOR 1138 297 590316085577 L 1959 MAT ZAIN BIN MOHD YUSOF 1138 313 590925025721 L 1959 SAMSUDIN BIN REJAB 1138 335 610414085007 L 1961 MARATHAIYAH A/L PACHAVANAM 1138 338 610607075569 L 1961 RUSLI BIN MD NOOR 1138
342 610816025939 L 1961 ABU HASSAN BIN REJAB NO 1138 346 610907075659 L 1961 K PRAMASIVAN A/L P KALIMUTHU 1138 357 620410075724 P 1962 MARIAMA A/P CHELLIAH 1138 372 621204075445 L 1962 KARIM BIN MD.NOOR 1138 373 630101025634 P 1963 SABIRAH BINTI GHAZALI NT 1138 402 641007025009 L 1964 RAMLI BIN ZAHID 1138 408 641121025838 P 1964 BAHIYAH BINTI REJAB NT 1138 418 650712075495 L 1965 MOHAMAD BIN SHAARI 1138 430 660322075800 P 1966 SALASIAH BINTI MD NOOR 1138 439 660531075081 L 1966 AZHAR BIN ISMAIL 1138
455 670407076123 L 1967 AZHAR BIN MD NOOR 1138 475 680406075646 P 1968 JAYABHARATHI A/P VETTANATTAYIL 1138 479 680523106341 L 1968 EWAN BIN ZULKIFLI 1138 496 690220035733 L 1969 ROSLAN BIN ABDUL 1138 498 690516075216 P 1969 AMUTHAVALLI A/P SUBBAYAH 1138 506 691020075655 L 1969 AZNI BIN MD NOOR 1138 519 700618075117 L 1970 SHAMSUDDIN BIN DIN 1138 520 700626085219 L 1970 AMIR BIN HASAN 1138 524 701118075983 L 1970 KAMARUDIN BIN MD NOOR 1138 528 710114086030 P 1971 JULIANA BINTI KAMARUDDIN 1138
550 720605075351 L 1972 KAMARUDDIN BIN DIN 1138 552 720621025397 L 1972 ISMAIL BIN MOHD YUSOF 1138 568 730713075657 L 1973 KAMARUL ZAMAN BIN REJAB 1138 584 741210075253 L 1974 IBRAHIM BIN MOHD YUSOF 1138 585 741227075559 L 1974 MUHAMAT BIN ABDUL HAMID 1138 595 750606086594 P 1975 JAMILAH BINTI MOHD YUSOF 1138 596 750710075588 P 1975 ROSLINDA BINTI MOHD RANI 1138 610 761223025624 P 1976 NORAINI BINTI ABDAUL RASHID 1138 614 770205075542 P 1977 MANJULA A/P KRISHNAN 1138 616 770422086221 L 1977 JOHAR BIN AHMAD 1138
624 771203075869 L 1977 NAZRI BIN ABDUL HAMID NO. 1138 628 780220076227 L 1978 KUMARAN A/L KRISHNAN 1138 635 781221075159 L 1978 AZMAN BIN HASAN NO 1138 644 790822075001 L 1979 THURAIRAJ A/L KRISHNAN NO 1138 657 800806075593 L 1980 MUHAMAD ASRI BIN ABDUL RAZAK 1138 659 800902075323 L 1980 VISVA A/L KRISHNAN 1138 667 810410075182 P 1981 HANIZA BINTI ABDUL HAMID NO 1138 687 820621086200 P 1982 AIDA BINTI HASAN 1138 700 830414075583 L 1983 HAMZAH BIN MAT ZAIN NO 1138 704 830526075561 L 1983 MOHD REDZWAN BIN ABDULLAH 1138
748 850828075450 P 1985 SUHASINI A/P K PRAMASIVAN 1138 754 860302355465 L 1986 YASSIN BIN ABDUL HAMID 1138 758 860823565556 P 1986 NORAIZADATHULAKMA BT MAT RODZI 1138 773 880528355335 L 1988 MUHAMAD SAHLAN BIN SAMSUDIN 1138
KEPALA BATAS, 1 Julai: "Lepaslah mereka yang ditangkap. Mereka tidak bersalah apa-apa pun. Tak kan pakai baju berlambangkan Bersih 2.0 salah sehingga dilabelkan melawan Yang di-Pertuan Agong dan ingin hidupkan semangat komunisme," tegas kaum keluarga dan sahabat handai 30 tahanan yang masih merengkok dalam lokap polis sehingga hari ini. Difahamkan mereka terus ditahan beberapa hari lagi untuk siasatan manakala mahkamah semalam memutuskan tahanan boleh dilawati walaupun bercakap berhalangan tanpa nampak wajah yang jelas.
Semalam sekali lagi ahli keluarga dan rakan yang turut memberikan sokongan moral memenuhi Ibu Pejabat Polis (IPD) Kepala Batas yang menempatkan 11 orang perempuan, Ibu Pejabat Kontijen Polis Pulau Pinang (IPK) di Georgetown 7 orang termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar, Pejabat Polis Butterworth seramai 10 lelaki serta 2 orang kanak-kanak belasan tahun di Balai Polis Sungai Dua.
Wakil PSM, Bawani semasa ditemui di IPD Kepala Batas memberitahu, tindakan drastik itu tidak wajar kerana kedatangan rombongan bas itu bukan untuk memberontak sebaliknya menghadiri satu program 'Udah BN bersaralah' yang dijadualkan di Sungai Ara, Pulau Pinang.
Setakat ini, katanya beberapa orang dibenarkan berjumpa ahli keluarga dan sahabat handai itupun setelah campur tangan pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), antaranya ialah Chang Mooi, Soh Sook Hwa dan Selvam a/l Sinnah iaitu pemandu bas.
"Mana mungkin mereka nak lawan Yang di-Pertuan Agong kerana sedar Yang di-Pertuan Agong adalah payung kesejahteraan Malaysia. Ia hanya rekaan sahaja," ujar beliau.
Koy Yong pula menyifatkan penahanan 30 anggota PSM tanpa sebab satu kesalahan yang mana akhirnya mensabitkan mereka dengan kes berkenaan.
"Kami tahu latar belakang rakan kami. Mereka bukan penjenayah sehingga direman sebegitu rupa.
"Kalau mereka penjenayah atau membawa senjata kami rela mereka disabitkan kesalahan itu. Ini tidak mereka hanya memakai baju kuning saja," sambungnya.
Sementara itu rakannya, Ganesan menambah, hati merasa sayu apabila mengenang isterinya, Kavitha terpaksa tidur dalam lokap sedangkan isterinya tidak memberontak atau membawa senjata untuk menentang kerajaan.
"Lepaskan mereka yang ditahan. Mereka tidak langsung bersalah, apa guna dikurung," katanya selepas menemui isteri tercinta di IPD Kepala Batas.
KUALA LUMPUR, 1 Julai: Dewan Pemuda PAS (DPP) kesal dengan tindakan RTM yang menyiarkan iklan khas bagi memberikan gambaran buruk kepada himpunan Bersih mulai semalam di TV2.
Ketua penerangannya, Ustaz Riduan Mohd Nor berkata, iklan pendek berkenaan dimulai dengan salah seorang pelakon menunjukan risalah Bersih yang kemudiaannya disambut baik oleh pelakon Bell Ngasri yang menyatakan minat untuk menyertai perhimpunan di awalnya.
Kemudian pelakon ketiga, Ezany Nizariff pula menunjukan klip video huru hara yang berlaku di luar negara dan mengatakan bahawa itulah yang akan berlaku dalam himpunan Bersih, rakyat terancam dan pelancong pun akan lari.
Iklan itu diakhiri dengan Bell mencampakan risalah Bersih dan mengatakan perhimpunan itu adalah perhimpunan kotor.
"Iklan yang dirakamkan di sebuah kedai kopi ini sengaja disiarkan bagi meningkatkan salah faham rakyat terhadap Bersih," katanya kepada Harakahdaily.
DPP, katanya kesal kerana RTM sanggup menyalahgunakan wang rakyat untuk membuat fitnah kepada himpunan rakyat yang aman Bersih.
"Dengan sendirinya RTM membiarkan dirinya menjadi alat politik pihak-pihak yang takut kepada himpunan Bersih.
"Lebih mendukacitakan bila mana RTM tiada bukti untuk menggambarkan keganasan dan huru hara yang berlaku dalam himpunan Bersih hingga terpaksa mencuri rakaman video dari luar negara pula," katanya.
Sehubungan itu, ujarnya DPP mendesak agar RTM menghentikan fitnah mereka dan menarik balik iklan tersebut.
DPP juga, katanya mencabar RTM untuk menganjurkan debat secara langsung di TV1 dan TV2 dengan menjemput wakil Bersih atau komponennya dan juga wakil SPR atau BN supaya rakyat boleh menilai sendiri tuntutan Bersih dan perjuangannya
Semalam Pemuda Umno telah membuat demonstrasi kononnya membantah Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng kerana menyokong Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 yang bakal diadakan di ibu negara pada 9 Julai 2011 ini.
Mereka membawa sepanduk dan banner-banner kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti Islam, dan menyebabkan perpecahan Islam.
Mereka juga turut memakai pengikat kepala yang bertulis kalimah "Lailahaill Allah". (gambar atas)
Namun di sebalik perhimpunan ini, ada perkara yang harus diketahui oleh semua pihak. Antaranya bagaimana wanita ini turut memakai kain pengikat kepala dengan kalimah "Lailahaill Allah" secara terbalik. Malah dia juga tidak menutup aurat.
KENYATAAN MEDIA Pejabat ADUN Titi Serong/ Ketua Sekretariat PR Perak.
Saya ingin menjawab ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak di Konvesyen Peguam kedua yang diadakan di ibu kota yang mana beliau telah memberi ingatan bahawa peguam profesional tidak perlu terlibat dengan demonstrasi jalanan.
Najib juga banyak kali mengingatkan dalam konvensyen itu kepada seluruh kakitangan kerajaan supaya bertindak sepertimana taraf mereka dilantik sebagai penjawat awam.
Sebagai individu yang memimpin sebuah Negara yang berada dalam kelompok Negara membangun, sepatutunya mahu tidak mahu Najib wajib menjadi seorang yang profesional juga.
Profesional juga sinonim dengan mereka yang terdiri dari kalangan pengamal dasar keterbukaan dan sentiasa berlapang dada apabila ada perbezaan pendapat lebih-lebih lagi suara pendapat tersebut datangnya dari rakyat beliau sendiri.
Sejak BERSIH pertama dilancar, satu pun tuntutan rakyat tidak diendah, pelbagai medium telah diguna untuk menyampaikan suara ini, walaupun usaha tersebut telah dilakukan, namun tiada yang berhasil, Umno-Bn tetap berlaku zalim terhadap rakyat khususnya dalam isu pilihan raya yang telus dan adil.
Adakah Najib profesional dalam isu ini? Jawapannya tidak, saya cabar jika benar-benar beliau (Najib) profesional, ayuh berdebat secara langsung untuk menjawab isu fitnah yang telah dilemparkan terhadap BERSIH 2.0.
Banyak pelanggaran dan pencabulan undang-undang yang dilakukan oleh pihak polis sejak akhir-akhir ini dalam isu Bersih membuktikan bahawa ucapan Najib cuma manis dimulut sedangkan realitinya Najib sudah sangat terdesak dan sudah bertindak diluar batas undang-undang dan perlembagaan negara.
Apabila ada dalam kalangan rakyat tidak setuju dangan dasar oleh kerajaan yang beliau tadbir, maka reaksi yang perlu dan wajib muncul dari batang tubuhnya sebagai pemimpin tertinggi negara adalah mendasarkan keterbukaan, bukannya kolot seperti sekarang.
Penguasaan dan manipulsasi media yang melampau dilihat sampai dikemuncaknya dengan reaksi demi reaksi, semuanya mencerminkan bahawa perdana menteri kolot dan kuku besi, pembangkang tidak diberi peluang langsung untuk menyampaikan pandangan sehingga menyaksikan penyampaian media sebelah pihak dan tidak seimbang yang memangsakan sekelompok rakyat yang terus ditipu dengan berita yang tidak adil dan berat sebelah itu .
Rakyat yang cuma bergantung dengan pemimpin mereka, khususnya mereka yang dari kalangan Umno dan juga golongan atas agar nampaknya terus ditipu dengan berita melampau pemimpin mereka mencemuh BERSIH 2.0.
Kerana itu segala unsur lain dari agensi yang menjaga keselamatan juga digunakan sepenuhnya bagi menggagalkan Himpunan dan tututan Bersih. Gangguan dan tangkapan secara tidak mematuhi undang-undang negara yang telah mencecah angka lebih 100 orang memperlihatkan Najib sebagai PM yang tidak profesional dan sangat lemah dengan memperkudakan pasukan keselamatan demi untuk terus berkuasa.
Semuga rakyat membuka mata dan memastikan undi mereka yang keramat itu dapat mengajar BN secukupnya dalam PRU akan datang.
Lima lelaki dan tiga wanita, termasuk timbalan ketua pemuda PKR Kedah Gooi Hsiao Leung ditangkap kira-kira jam 9.20 pagi ini di Alor Setar kerana didakwa merancang menyemarakkan kempen BERSIH 2.0.
Mereka juga didakwa cuba menjual kemeja T kuning dengan logo BERSIH.
Sebelum sidang media mereka yang dijadualkan di Pekan Cowboy, Alor Setar sempat bermula , polis terus menyerbu dan mengheret beberapa pemimpin yang dijadual berucap ke tepi sehingga mencetuskan kekecohan.
Gooi menjerit: "Beritahu kami apa dakwaannya sebelum tangkap kami."Namun, pasukan polis yang diketuai oleh OCPD Adzman terus mengheretnya tanpa memberitahu apa dakwaanya.
Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu ditangkap selepas tengah malam tadi dan dilaporkan 'dipaksa' keluar dari kereta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang ditumpanginya.
Pada kejadian 12.20 pagi itu, beberapa ahli exco baru sahaja selesai menghadiri sebuah majlis ceramah di Hulu Selangor dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur sebelum ditahan oleh polis pada pertengahan jalan.
Menurut rakan exco yang juga saksi kejadian Elizabeth Wong (kanan), mereka berkonvoi kira-kira "lapan atau sembilan" kereta yang diketuai oleh sebuah kereta peronda polis di sebatang jalan di Rawang apabila tahanan dibuat.
"Kereta peronda di hadapan kami tiba-tiba mula bergerak perlahan manakala sebuah lagi kereta peronda memecut dari belakang kami. Liu yang bersama Khalid dibawa ke kereta peronda itu tanpa sebarang penjelasan," kata Wong yang memerhatikan kejadian dari keretanya.
Katanya, ceramah berkenaan dianjurkan oleh kerajaan negeri dan Liu sebelum itu ada berucap tetapi beliau tidak pasti kandungan ucapannya kerana beliau tiba hanya selepas rakannya itu selesai berucap.
Khalid kemudian menulis di akaun Twitter peribadinya bahawa Liu ditangkap kerana meminta rakyat turun bersama menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.
Menteri Besar itu juga menulis Liu ditahan di balai polis Serendah.
Menurut setiausaha publisiti Pemuda DAP Selangor Lim Swee Kuan, Liu kemudiannya dibebaskan kira-kira jam 3.40 pagi dengan jaminan polis sebanyak RM3,000.
Usaha menghubungi ahli exco itu setakat ini buntu.Sejak minggu lalu, polis terus menghambat penyokong perhimpunan BERSIH dengan menangkap tidak kurang 100 orang di seluruh negara, termasuk wakil rakyat Pakatan.
Sebahagian besar mereka dicekup kerana memakai baju kuning BERSIH 2.0.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin pada 29 Jun lalu mengumumkan bahawa kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga adalah haram.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Kelantan dalam lawatan kerja sehari ke negeri itu.
Sementara itu Lawatan Najib adalah semasa YAB Menteri Besar Kelantan telahpun berlepas beberapa hari lepas ke Uzbekistan, negeri bekas jajahan Russia itu dalam rangka menziarahi makam Imam Bukhari dan Imam Termizi yang terletak di negara berkenaan. Tok Guru dijangka pulang sekitar 10 july selepas menyelesaikan ibadah umrah bersama rombongan.
Najib dan isteri yang menaiki pesawat khas tiba di Pangkalan Udara Gong Kedak, Terengganu pada 9.40 pagi dengan disambut oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Awang Adek Hussin, beberapa pemimpin komponen BN dan ketua-ketua jabatan persekutuan.
Lawatan Perdana Menteri kali ini untuk menghadiri beberapa program bersama rakyat membabitkan daerah Pasir Puteh, Machang dan Kota Bharu.
Beliau akan memulakan program pertamanya dengan mengadakan perjumpaan bersama jawatankuasa penyelaras BN Kelantan di Pejabat Umno Bahagian Pasir Puteh sebelum membuat 'tinjauan mesra' di Stesen Kereta Sewa dan Pasar Besar Pasir Puteh.
Perdana Menteri akan merasmikan majlis perhimpunan bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Kampung Tok Nik, Pasir Puteh sebelum menunaikan solat Zohor di Masjid Kampung Pulau Lima di Pasir Puteh.
Perdana Menteri kemudian ke daerah Machang bagi menghadiri Program Jiwa Murni disusuli majlis Perjumpaan Bersama Rakyat dan penyokong pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors, di Sekolah Kebangsaan Machang 1, Machang.
Najib juga dijadualkan menghadiri majlis perjumpaan dengan rakan-rakan Facebook di Hotel Renaissance di sini selepas itu.
Rosmah pula mempunyai acara berasingan dengan menghadiri program 'Apa Khabar Anak Permata' di Pusat Anak Permata Negara Parlimen Bachok dan program minum petang bersama pertubuhan-pertubuhan wanita di Hotel Grand Riverview di Kota Bharu.
Pada sebelah malam, Najib dan Rosmah akan menghadiri Jamuan Rakyat 1Malaysia di Wisma Persekutuan di Kota Bharu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur yang dijadual pada 10.55 malam.
AMMAN 1 Julai - Tentera Syria menembak mati sembilan penunjuk perasaan hari ini di samping berpuluh-puluh ribu rakyat masih mengadakan demonstrasi besar-besaran sejak pemberontakan Syria Mac lalu bagi menggesa Presiden Bashar al-Assad meletak jawatan.
Menurut Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan, tiga penunjuk perasaan ditembak mati di pusat bandar Homs, tiga di wilayah utara Idlib, dua di pinggir bandar Damsyik dan satu di Latakia.
Ingkar dengan tindakan keras ketenteraan Assad, penunjuk perasaan mula membanjiri jalan-jalan utama bandar itu selepas sembahyang Jumaat, termasuk di bandar-bandar berhampiran sempadan Lubnan barat hingga kawasan padang pasir berhampiran timur Iraq. - REUTERS
JAKARTA: Presiden Indonesia melantik adik iparnya sebagai ketua angkatan tentera sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai warisan politik.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkahwin dengan kakak Leftenan Jeneral Pramono Edhie Wibowo, yang mengangkat sumpah semalam bagi menggantikan seorang jeneral yang akan bersara tidak lama lagi.
Sebelum ini, Wibowo memegang jawatan ketua pusat strategik.
Beliau juga pernah mengetuai unit komando, Kopassus yang dihantar ke Timor Timor sebelum mencapai kemerdekaan pada 1999. - AP
Sejak semalam Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin berada di Perak. Pagi ini beliau akan berada di di Padang Esplanade Taiping dan melancarkan program kementeriannya 1 sukan 1 murid 1 Malaysia.
Muhyiddin dikatakan mempunyai acara yang padat sepanjang sehari ini. Selepas pelancaran tersebut ,beliau dijadualkan mengadakan beberapa lawatan di Parlimen Taiping dan Parlimen Bagan Serai serta menemui masyarakat Sikh dalam satu program berasingan di Ipoh.
Beberapa hari yang lepas Muhyiddin juga telah datang secara mengejut di Ipoh kerana urusan yang tidak dapat disahkan. Mengikut maklumat yang tidak rasmi yang saya terima ianya berkaitan dengan tergugatnya BN di Perak bila satu kajian yang dikatakan jika PRU diadakan, 21 dari 24 parlimen di Perak akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat.
Sebagai ingatan pada pru 2008 Pakatan Rakyat telah menang 11 kerusi Parlimen dan BN cuma menang sebanyak 13 kerusi sahaja.(Ruj jadual diatas)
Dalam lawatan mengejut itu beliau dikatakan telah mengadakan pertemuan penting dengan pimpinan BN Perak.
Setakat ini saya masih belum menerima berita yang sahih tentang kedudukan DUN Perak. Namun saya masih yakin dengan kenyataan sebelumnya dan banyak kali diulangi oleh pemimpin Pakatan Rakyat Perak dari PAS, DAP dan PKR bahawa kami akan kembali berkuasa di Perak dengan majoriti yang lebih besar berbanding PRU 12 tahun 2008.
Apapun satu perkara yang pelik berlaku bila dalam masa terdekat Muhyiddin sudah 2 kali berada di Perak.
Lawatan beliau di Bagan Serai pada hari ini termasuklah di DUN Alor Pongsu yang menyaksikan BN cuma menang dengan majoriti sebanyak 95 sahaja. Disebelahnya pula adalah DUN Kubu Gajah yang lebih kecil majoritinya bila BN cuma menang dengan Majoriti 66 sahaja.
Muhyiddin juga akan menemui masyarakat Cina di DUN Pokok Asam dalam Parlimen Taiping dan Penduduk di Taman Kaya dalam Parlimen Bukit Gantang selepas merasmikan 1 sukan 1 murid itu.
Muhyiddin sampai malam tadi dengan kapalterbang melalui Lapangan Tebang Ipoh dengan disambut oleh kebanyakan pimimpin UMNO dan BN Perak.
30 Rejab 1432H. [MOD] -
KENYATAAN MEDIA Pejabat ADUN Titi Serong
Hari ini adalah hari yang kononnya akan mencipta rekod dan sejarah bila semua sekolah di seluruh Malaysia dipaksa untuk menjayakan program "Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia " yang kononnya akan melibatkan sejumlah 5.5 juta pelajar sekolah dan akan dicatatkan di dalam Malaysia Book of record (MBR) .Dengan jarak larian cuma 1.5 km MBR akan dicipta pada hari ini.
Lucunya Pegawai, Guru dan Kakitangan sekolah juga terlibat untuk berlari sama. Paling mengejutkan lagi saya menerima laporan dari ibu bapa ada sekolah yang mengeluarkan peliling yang meminta ibu bapa, waris dan keluarga pelajar untuk keluar beramazi-ramai untuk terlibat sama dengan program tersebut. Program ini semacam dipolitikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ?
Juga yang paling menyusahkan adalah setiap sekolah dikehendaki menghantar laporan beserta gambar/ video sebagai bukti yang sekoah tersebut telah melaksanakan program yang saya tidak p[asti apakah misi, visi dan matlamat.
Februari yang lepas, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah mengumumkan tentang dasar satu murid satu sukan ini. Menurut beliau, dasar ini telah lama wujud, cuma belum ditekankan di sekolah-sekolah.
Dasar 1 Murid 1 Sukan menekankan penglibatan setiap murid dalam sukan. Penglibatan ini lebih menjurus kepada penyertaan, penglibatan, pemahaman dan pengetahuan mengenai sukan berkenaan tanpa mementingkan prestasi mereka.
Dasar ini juga menetapkan semua murid dan pelajar diwajibkan mengambil sekurang-kurangnya satu jenis sukan.
Namun apa bila melihat kepada realiti nya, sebenarnya dasar ini telah berjaya dilaksanakan oleh pihak sekolah disemua peringkat. Pengalaman saya hampir 10 tahun sebagai guru di 4 sekolah dilokasi yang berbeza seingat saya telah berhasil melaksanakan dasar ini sekian lama.
Kecualilah murid yang tidak sihat dan menginap penyakit kronik dihalang dari terlibat dengan sukan dan jumlahnya dalam pratus yang sangat kecil
Kerana itu bila saja program yang akan di lancarkan di Padang Esplanade Taiping pada hari dan semua sekolah pada hari ini juga memaksa muridnya berlari sejauh 1.5 km saya mula memikirkan betapa Menteri pelajaran yang ada sekarang jelas "kurang berpelajaran" tetang kegiatan sukan di sekolah.
Muhyiddin dikatakan mempunyai acara yang padat sepanjang sehari ini. Selepas pelancaran 1 sukan 1 pelajar ,beliau dijadualkan mengadakan beberapa lawatan di Parlimen Taiping dan Parlimen Bagan Serai serta menemui masyarakat Sikh dalam satu program berasingan di Ipoh.
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Putera Albert II supaya memulangkan derma 100,000 euro yang disumbangkan oleh isteri perdana menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor.
Badan pejuang alam sekitar, Bruno Manser Fund (BMF), "mengesyaki" derma itu mungkin dibiayai Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang mereka dakwa bertanggungjawab terhadap kegiatan pembalakan yang memusnahkan hutan di negeri ini.
"Sumber 100,000 euro (RM437,500) itu adalah tidak jelas, dan oleh itu, dana tersebut tidak sepatutnya diterima oleh Yayasan Putera Albert.
"Kami mencadangkan Albert memulangkan wang tersebut kepada masyarakat Penan, golongan paling terpinggir di Malaysia, bagi menyokong perjuangan mereka untuk mempertahankan hutan daripada pembalakan," kata BMF dalam satu kenyataan akhbar.
Rosmah menyerahkan sumbangan tersebut kepada Albert di Festival Fesyen Islam di Monte Carlo Ogos tahun lalu untuk Yayasan Putera Albert.
Menurut lamanweb yayasan tersebut, yayasan itu adalah untuk "melindungi alam sekitar dan menggalakkan pembangunan mampan".
Sebelum ini, Borneo Post melaporkan, dan diterbitkan semula dalam lamanweb rasmi Taib, bahawa derma tersebut dikumpulkan oleh Festival Fesyen Islam KL- Jakarta (IFF) ""melalui penaja untuk menyokong promosi pelancongan Sarawak".
BMF - yang dinamakan sempena aktivis Switzerland yang mempertahankan kepentingan kaum pribumi di Sarawak dan hilang sejak 2000 - juga menimbulkan persoalan mengenai hubungan antara Taib dan Albert.
TELUK INTAN - Gara gara tidak dapat menahan nafsu serakah, tiga lelaki dicekup Jabatan Imigresen kerana menunjukkan aksi lucah kepada lima wanita yang bertugas sebagai guru kelas tadika, di sini.
Ketua Imigresen Cawangan Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, tiga lelaki warga Bangladesh berusia antara 23 hingga 29 tahun itu, dikatakan sering kali mempamer aksi lucah kepada lima guru berkenaan masing-masing berusia antara 20 hingga 25 tahun.
Menurutnya, kesemua mereka diberkas serentak kira-kira jam 6.55 petang Selasa lalu menerusi Ops Sapu yang diketuai beliau sendiri.
"Mereka bekerja sebagai penjaga bangunan� sebuah pasar raya di Jalan Changkat Jong, di sini dan dikatakan mendiami salah sebuah premis yang bertentangan dengan bangunan kelas, tempat guru berkenaan mengajar.
:"Siasatan awal mendapati, ketiga-tiga lelaki itu tidak tidak memiliki dokumen perjalanan sah," katanya kepada pemberita di Pejabat Imigresen Cawangan Teluk Intan, di sini kelmarin.
Sinar Harian dimaklumkan, pelbagai aksi lucah yang ditunjukkan tiga lelaki itu bertujuan untuk menggoda guru tadika berkenaan.
Khairul Anuar berkata, kerana tidak tahan sering kali diganggu, guru tadika itu tampil membuat aduan kepada Jabatan Imigresen.
"Ini merupakan kes pertama yang diterima Pejabat Imigresen membabitkan aduan pendatang melakukan aksi lucah.
"Ada kemungkinan kes ini akan dirujuk kepada polis untuk siasatan lanjut di bawah kesalahan� menunjukkan aksi lucah itu," katanya.
Siasatan dibuat di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen
1959/63 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak melebihi lima tahun, denda RM10,000 dan enam sebatan.
Buat masa ini, kesemua lelaki berkenaan dihantar ke Depoh Tahanan Langkap selama 14 hari bermula kelmarin untuk siasatan lanjut.
PASTAMBUN.BLOGSPOT.COM mengambil iniasatif sokongan dengan mengubah wajahnya tanda sokongan 100% perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur dan seluruh warga Perak akan berkumpul di sekitar PWTC dan arahan akan dikeluarkan hanya dari Ketua Pemuda Kawasan dan YDP Kawasan sahaja.. harap maklum.
Longokan sampah yang semakin menggunung, sedangkan para pelajar kolej kesihatan telah mula mendaftar, hampir 3000 orang telah berada di dalam Kolej Sains Bersekutu yang jaraknya tidak sampai 2 km, bau busuk yang berpunca dari longokan sampah tersebut boleh hidu dari kolej tersebut..
Apakah Husni dan Rosnah x boleh buat apa untuk kebaikan rakyat di sekitar Tanjong Rambutan, apakah Rosnah sudah tersumbat hidungnya kerana jarak kliniknya dengan sampah tersebut dalam jarak 300 m sahaja atau beliau tidak berada di dalam kawasanya sepanjang masa...
You are subscribed to email updates from PAS TAMBUN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.