Ahad, 7 November 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Peghelih La...

Posted: 07 Nov 2010 10:06 PM PST

Peghelih La...


RELA kenakan caj masa banjir???

Posted: 07 Nov 2010 09:05 PM PST

Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) ditubuhkan pada 11 Januari 1972 dengan berkuatkuasanya Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 – Peraturan-Peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005.

Penubuhan RELA membolehkan rakyat jelata untuk secara sukarela tampil menganggotai sebuah pasukan sukarela bagi membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan dan keamanan negara.


Peranan RELA Dalam Bidang Pembangunan Sosial

Meningkatkan penglibatan dalam kerja-kerja kemasyarakatan setempat khasnya dalam bidang-bidang yang akan menghasilkan kesan geraksaraf yang tinggi.

Bidang-bidang yang dipilih adalah :

•Pemulihan dan Pembinaan rumah orang daif tujuan membantu Kerajaan mengurangkan masalah kemiskinan.
•Gerakan menderma darah secara besar-besaran bertujuan membantu program kesihatan.Membantu agensi-agensi tertentu menyediakan kemudahan-kemudahan asas (projek kecil) di luar bandar.
•Gerakan membasmi musuh-musuh tanaman di luar bandar.
•RELA juga mempunyai peranan dalam membantu menghadapi bencana alam seperti banjir, kebakaran, ribut dan lain-lain.

PERSOALANNYA?

Bolehkan pihak RELA mengenakan caj RM100.00 untuk membantu menarik kereta mangsa banjir seperti yang dilaporkan oleh sesetengah pihak. Perkara ini berlaku semasa banjir di bandar Kangar baru-baru ini...

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 07 Nov 2010 09:24 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Media Kita Punca Segala-galanya? Kerajaan Negeri dipinggirkan, Rakyat jelata diperbodohkan.

Posted: 07 Nov 2010 06:11 AM PST

misbahul munir

Posted: 07 Nov 2010 09:13 PM PST

misbahul munir


Awang Selamat Wartawan Pendusta

Posted: 07 Nov 2010 06:46 PM PST

YB KHALID SAMAD LUANG MASA MELAWAT BAN PECAH DI SUNGAI TIANG BAROH

Posted: 06 Nov 2010 10:00 PM PDT

PAS PERAK HANTAR PETUGAS DAN BANTUAN KE KEDAH

Posted: 06 Nov 2010 09:20 PM PDT

PemudaSikDaily

Posted: 07 Nov 2010 09:08 PM PST

PemudaSikDaily


Banjir Di Kedah - Sukarelawan Hulur Bantuan.

Posted: 07 Nov 2010 07:17 AM PST

5 Nov 2010 - Mangsa banjir menerima bantuan dari sukarelawan pemuda pas kedah, antaranya pemuda pas kawasan sik yang turun menghulurkan bantuan ini, banjir yang terburuk sejak 52 tahun lalu ini menjadi perbualan hangat diseluruh dunia. Kami secara sukarela menjadi pihak yang membantu mangsa banjir di Kedah ketika dihubungi, kata Badrul Hisham yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik.

Pemuda PAS Hulu Kelang

Posted: 07 Nov 2010 07:28 PM PST

Pemuda PAS Hulu Kelang


Sekitar Kaunter Daftar Pengundi DUN Hulu Klang di Pasar Malam Tmn Melawati

Posted: 06 Nov 2010 09:56 PM PDT




PAS Kawasan Miri

Posted: 07 Nov 2010 07:24 PM PST

PAS Kawasan Miri


PAS Miri to Andy Chia: Join Us Or You Will Sink In Next State Election

Posted: 07 Nov 2010 06:53 PM PST

Assertions by Andy Chia, Pujut Current Assemblyman, in the media this week, to showcase the planning of PAS and Pakatan Rakyat if they manage to get the mandate from the public in the next state and general election, is actually a clear sign showing his uneasiness of the public acceptance to the PAS and Pakatan Rakyat in taking-over the rule of the state and the country. If this statement is paired with another statement uttered by a person who see himself an 'ultra-Malay'; Tun Mahathir, who claimed that the power of the Malays will perish if PR takes over the country; depicts an utter apprehension of BN toward PR. Let not what Datuk Seri Ahmad Hanadzlah and Datuk Mukhriz Mahathir claimed last month that the investors stop coming to Malaysia due to their belief to the tell-tales of the oppositions. If these are the statements given out by people who are responsible for finance and investment within the country, henceforth, it is better that the people mandate be given to the Pakatan Rakyat so that more investors come to this country.

PAS questions the seriousness of the management of the country economy by the BN Government which cause the FDI in Malaysia drops. According to a report produced by the ASEAN Secretariat, Malaysia only managed to get USD1,381million worth of investment in 2009 as compared to USD7,318million in 2008. The drop in total investment is the highest when compared to other ASEAN countries. Malaysia which is listed in ASEAN 5, is way behind Indonesia, Philippine, Thailand and Singapore. However, the state that is governed by Pakatan Rakyat managed to attract foreign investments. Kedah and Selangor, for example, received RM1.837billion and RM7.755 billion respectively. This shows that investors do have their trust in the PR states, where at the same time The Federal BN Government rants that the investor stop coming due to being influenced by the PR lies. But the most funny rants came from Tun Mahathir where he said that foreign investors have no money to invest.

PAS like s to remind the BN leaders in the like of Andy Chia, that investors do not come to this country because of other reasons that need to be contemplated by all leaders of the country. The foreign investors are not like investors in "Pak Man Telo" scheme. They have experts who study the probabilities and the prospects of the more conducive investment. How would the investors come if the agreement that clearly states that that a state should get its petro-royalty is literally not adhered to! They will definitely worry that what assurance will be to their investment, if even the agreement with their own people is bulldozed. They (the investors) are scared looking at the VK Linggam video clip which depicted the drama in the judiciary system. Above all, the blatant disregard of the people's mandate in the Perak fiasco really frightens them off.

Race discrimination like the customary land grab and the rape of the Penan rights are issues that prove the failures of the BN planning. High Corruption Index in the other hand still unresolved and is becoming a lot worst. Look at the wealth of Taib Mahmud and his family. Even if, the ACA has changed its name to MACC (Malaysia Anti Corruption Commission), the ones that are caught only the small fish, while the sharks are still at large. Those caught are government officers but the political sharks escaped. All these are factors that distance the investors from our shores. If these conditions prevail, the claim by that Datuk Idris Jala that the country will become bankrupt by 2019 could come true. However, it is not too late to mend things. The BN government should relinquish their power before it becomes more cancerous and give it to the PR for them to proof that they have the capability to govern for the betterment of the rakyat.

In conclusion, Andy Chia, better complete the 'planning' of BN who caused Sarawak, which is rich with natural resources but people are poor, in dire need of infra-structure; rather than calculating in getting the excellent planning of the Pakatan Rakyat in insuring the welfare of the Sarawakians. Take a look at the Kg Sealine, Kg Wireless, Tudan Fasa 1 -6 and many others places with poor conditions. Do not just bark but act. As the momentum and acceptance of people at Miri towards PAS and Pakatan Rakyat is high Andy Chia should change with the 'Green' Party; PAS and PR, before getting sunk in the next election.


'PAS UNTUK SEMUA'


PAS Kawasan Miri
S.K YDP Kawasan , MT PAS Kawasan
Dewan Pemuda PAS Miri
Dewan Muslimat PAS Miri
www.pas-miri.blogspot.com

PAS Miri Santuni Masyarakat Iban melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS

Posted: 07 Nov 2010 05:41 AM PST

PAS For ALL sekali lagi diterjemahkan melalui program pembelaan rakyat dan kebajikan di sekitar pinggir Desa Senadin dan Kg Sealine. Diketuai YDP PAS Kawasan Miri;Tuan Haji Jofri serta pimpinan Kawasan beserta anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS ;rombongan telah turun menyampaikan bantuan serta mendengar sendiri permasalahan rakyat setempat.

Turut serta ;Sdr Khairul Faizi yang dalam rangka lawatan kerja bertemu Pemuda PAS Kawasan. Kebanyakan penduduk ditemui amat kecewa dengan janji pemimpin BN khasnya berkaitan pampasan kepada penduduk yang terlibat pada kebakaran 2 bulan yang lalu. Tidak diberi pampasan malah terpaksa membayar harga tinggi untuk mendapatkan rumah baru yang dibina kroni BN di Desa Senadin.

Selain itu bagi penduduk sekitar Kg Senadin pula menghadapi masalah tiada sambungan bekalan air dan elektrik sempurna. Bayaran mahal sehingga 3000 diperlukan untuk penyambungan melalui pihak swasta iaitu SESCO dan LAKU. Janji demi janji ADUN setempat yang kononnya akan menyegerakan penyelesaian masalah ini terus diimpikan walaupun sudah 5 kali pilihanraya. Mereka kesal dan telah menyatakan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan.

Tuan Haji Jofri yang ditemubual menyatakan komitmen dan usaha PAS untuk membawa permasalahan ini dan dengan penubuhan dewan Himpunan Penyokong yang insyaALLAH bakal dirasmikan Tuan Guru Presiden ;PAS for ALL kini benar benar diterjemahkan di negeri Bumi Kenyalang ini. ALLAHUAKBAR!

Pemuda PAS Miri gerakkan "Orang Muda Geng Kamek"

Posted: 07 Nov 2010 05:11 AM PST





AlhamduliLLAH.Lancar dan berjaya. Itulah gambaran program yang julung kali diadakan di bandaraya Miri melibatkan remaja bermotorsikal sekitar Miri. Biarpun digelar mat ataupun minah rempit;ia tidak menjadi halangan pada Dewan Pemuda PAS Miri dalam menyantuni remaja ini dengan kaedah dakwah melalui minat para remaja ini.

Program disertai kira kira 24 buah motorsikal termasuk seorang penunggang OKU berjalan dengan baik. Majlis perasmian disempurnakan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat,Saudara Khairul Faizi. Dalam ucapan beliau merakamkan rasa syukur pada ALLAH dengan respon baik serta kesungguhan peserta itu mengikuti program "Orang Mudak Geng Kamek" dengan mengikuti setiap adab dan akhlak sepanjang konvoi.

Biarpun para peserta biasanya dibiarkan dijalanraya tanpa arah tuju;PAS mengambil inisiatif mendekati mereka;malahan sepanjang program peserta akan singgah dalam program sumbangan kebajikan bagi menyaksikan masalah rakyat khasnya di pinggir Miri serta tidak melupakan program ibadah dengan Solat Berjemaah dan Tazkirah. Beliau mengingatkan Sirah mengajar tentang peripenting Orang Muda atau Remaja dalam membantu usaha dakwah ISLAMIYYAH.Tambahnya lagi,sewajarnya program sebegini diteruskan dan dikembangkan agar dapat menghapuskan budaya negatif dikalangan mat/minah motor,agar dapat menyumbang kepada masyarakat.

Turut serta dalam melepaskan konvoi di Pasaraya Emart ialah Ketua Penerangan Kawasan,Ir M Azwani dan pimpinan Dewan Pemuda PAS Miri.Program turut melibatkan singgah kebajikan disekitar Permyjaya dan bergerak ke Boulevard dalam penyebaran risalah maklumat Pakatan Rakyat. Destinasi terakhir ialah di Luak Esplanade dimana peserta telah bersolat Asar secara berjemaah di hadapan Pantai Luak . Ia menjadi bukti bahawa kemana kita pergi Solat wajib dilakukan malah menjadi Syiar ISLAM dalam menunjukkan kekuatan Jemaah ISLAM itu sendiri.

Beberapa aktiviti menarik seperti pertandingan Motor Lambat,Motor Paling Selamat dan FUTSAL Pantai diadakan. Sepanjang program semua peserta telah mengikuti langkah keselamatan seperti beratur satu barisan motor bagi mengelakkan kemalangan dan gangguan lalulintas.

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 07 Nov 2010 07:22 PM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Majlis Sambutan Deepavali

Posted: 07 Nov 2010 07:50 AM PST

Majlis sambutan Deepavali di Alam Jaya meriah dengan pelbagai lapisan masyarakat hadir bersama-sama. Kesempatan musim perayaan ini perlu diambil bagi mengeratkan hubungan dikalangan masyarakat. Semua orang perlu melupakan sebentar fahaman politik dan menumpukan kepada permaufakatan bagi manfaat bersama.




















DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 07 Nov 2010 07:18 PM PST

DUN PENGKALAN KUNDOR


PENEMPATAN MANGSA BANJIR

Posted: 07 Nov 2010 08:36 AM PST

Sebuah pusat penempatan banjir diujudkan diluarkan kawasan banjir sebenar. Ianya bagi membantu dan menampung keperluan yang terjejas kawasan banjir itu. Pusat ini ialah SEKOLAH KEBANGSAAN DATO WAN MOHAMAD SAMAN Tandop. Pusat ini dikelolakan sepenuhnya MKK dengan kerjasama MTD dan petugas cawangan Dun Pengkalan Kundur.


Kelihatan diantara persarana tempat minuman yang disediakan.



Peserta yang tidak sihat atau sakit menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.


Penghuni pusat ini sedang minum petang dan bertemu/berbual sesama mereka


Petugas-petugas bergotong royong mencuci pinggan mangkuk.

 Kedah sedia RM1 juta bantu mangsa banjir

Posted: 07 Nov 2010 01:49 AM PDT


Harakahdaily

ALOR SETAR, 7 Nov: Kerajaan Negeri Kedah telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di samping RM500,000 daripada wang zakat yang diumumkan Sultan Kedah semalam.

Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi (gambar) berkata, soal kerajaan negeri tidak membantu mangsa banjir tidak berbangkit langsung di negeri ini.

"Yang menjadi masalah adalah media yang tidak membuat liputan untuk kerajaan negeri," kata beliau.

Kerajaan negeri, katanya, telah menubuhkan Bilik Gerakan Banjir peringkat negeri dan daerah.

Di peringkat negeri ia diketuai oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri manakala di daerah di ketuai Pegawai Daerah.

"Memandangkan SUK di Mekah, Timbalan SUK, Datuk Haji Ahmad Mat Isa yang ketuai operasi ini," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.

Selain jentera kerajaan, NGO dan parti politik khasnya PAS dan Pakatan Rakyat juga terlibat.

"Dakwaan Shahrizat Jabatan Kebajikan Masyarakat agensi pusat tak betul. Pengarahnya staff kerajaan negeri. Ia agensi bersama," katanya.

Beliau mengaku jabatan itu paling banyak membantu magsa di samping kerajaan tempatan, polis, bomba dan juga jabatan kesihatan dan pelajaran.

Hari ini, kata Phahrolrazi, pihaknya bersama JKR akan bersama syarikat yang menjaga konsesi trek berkembar, Gamuda, akan menyiasat kalau projek itu menyebabkan laluan banjir tersekat.

"Memang di Jalan Tun Razak dan Jalan Sultanah ada isu itu, kita akan siasat secara menyeluruh hari ini," katanya.

(Gambar: Pengerusi surau As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang menyerahkan sumbangan kepada ustaz Ghazali Omar (kanan) untuk diserahkan kepada mangsa banjir di Kedah)

Sementara itu, sumbangan dari luar datang mencurah-curah untuk membantu mangsa banjir di negeri Kedah.

Tengahari ini, Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali menyerahkan sumbangan RM400,000 dari kerajaan negeri Selangor kepada kerajaan negeri Kedah.

Bantuan juga diserahkan oleh kawasan-kawasan PAS di seluruh negara di samping kutipan dibuat di masjid dan surau untuk diserahkan kepada mangsa banjir.

Pemuda PAS kawasan Selayang telah menghantar kira-kira 50 kampit beras dan diserahkan di bilik oeparasi banjir PAS yang terletak di Kompleks PAS Kedah, dekat Kota Sarang Semut

Posted: 07 Nov 2010 01:38 AM PDT

Banjir: Exco Kanan Kerajaan Kedah Jawab Kenyataan Shahrizat Jalil


ALOR SETAR, 6 Nov: Tatkala lebih 40,000 mangsa banjir perlu meninggalkan tempat tinggal mereka akibat krisis banjir yang paling teruk dalam sejarah negeri Kedah, ada juga pemimpin daripada Barisan Nasional yang cuba mengambil kesempatan untuk bermain politik.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyatakan rasa kesal terhadap sikap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang cuba mempolitikkan krisis banjir di Kedah dengan menyalahkan kerajaan PAS Kedah lembap dalam membantu mangsa banjir.

"Saya kesal dengan kenyataan Datuk Shahrizat, yang blame (mempersalahkan) kerajaan negeri (Kedah) tidak membuat apa-apa dan kerajaan negeri lembap – itu satu kenyataan yang sangat melampau," ujar Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata dalam keadaan semua agensi kerajaan negeri dan semua pihak tengah bersusah-payah dan bertungkus lumus untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kedah, kenyataan Shahrizat memperlihatkan kehadiran Ketua Wanita Umno itu bukan untuk membantu tapi untuk berpolitik.

Shahrizat, kelmarin dipetik menyalahkan kerajaan negeri Kedah tidak menyediakan pengangkutan untuk membantu untuk menghantar makanan kepada penduduk di kawasan yang terputus hubungan akibat banjir terutama di Padang Terap.

"Saya nak sebut bahawa beliau tak boleh blame (salahkan) kerajaan negeri, kerajaan negeri bukan memiliki kenderaan-kenderaan berat dan kenderaan yang sangat terhad yang nak digunakan untuk pengangkutan-pengangkutan yang lain.

"Jadi, sepatutnya beliau sebagai menteri boleh coordinate dengan jabatan kebajikan di bawahnya dengan tentera dan sebagainya untuk mendapat kenderaan-kenderaan berat, kenderaan pacu empat roda, trak dan sebagainya untuk mengharungi kawasan masuk air, dan juga mendapatkan bot-bot besar," jawab Mahfuz terhadap kenyataan Shahrizat.

Mahfuz juga membandingkan sikap kesudian membantu Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan Shahrizat apabila beliau memintanya untuk mendapatkan bantuan bot besar di kawasan parlimennya, Pokok Sena untuk mencapai kawasan penempatan banjir terputus.

"Kalau di kawasan saya, Datuk Seri Nazri datang, saya sebut masalah di sini ialah satu tempat kita tak dapat pergi kerana putus, kita tak boleh hantar bekalan makanan walaupun mereka ada penempatan banjir sebab arus air deras, dan bot-bot yang mereka hantar pula bot yang kecil, bomba sendiri pun tak berani pergi dengan bot yang kecil.

"Jadi, saya mintalah bot yang besar, bot tentera dan bot smart barulah beliau membantu mengarahkan perkhidmatan keselamatan negeri ini untuk menghantar bot smart," katanya.

Situasi penempatan banjir

Mengenai situasi di pusat penempatan banjir, Mahfuz menyifatkan keadaannya sesak dan kurang selesa kerana terpaksa meletakkan hampir dua ke tiga ribu orang di sesebuah pusat penempatan banjir, dan ada pusat penempatan banjir yang terputus bekalan air dan juga elektrik.

"Cuma saya lihat koordinasi masalah penempatan ini – ini juga kelemahan jabatan kebajikan di bawah Shahrizat ini sebab satu-satu tempat pemindahan itu, kalau ia nak digazet ia perlu kebenaran daripada jabatan kebajikan.

"Jadi inilah masalahnya, kadang-kadang kreativiti dan inovasi jabatan kebajikan itu agak perlahan – dia hanya lihat tempat-tempat yang biasa – yang akhirnya kita terpaksa melambakkan 2,000 dan 3,000 orang di satu tempat," ujarnya sambil menambah mangsa banjir semakin meningkat dengan air mula memasuki kawasan bandar Alor Setar dengan keadaan di kampung yang masih ditenggelami air.

Dewan Muslimat PAS Kota Raja

Posted: 07 Nov 2010 07:10 PM PST

Dewan Muslimat PAS Kota Raja


JANGAN !

Posted: 07 Nov 2010 04:58 AM PST

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini ALLAH tidak suka
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tampa memakai alas
Kaki [selipar]
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
Mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan minum dalam
Bekas yang pecah atau sumbing. makruh
Kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
Digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat subuh,nanti
Rezeki mahal
[kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat].

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tampa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalan.nanti hati kita gelap
Diseliputi dosa.

Jangan bergaul bebas di tempat kerja.
Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menanggu taubat bila berbuat dosa kerana
Mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama
Manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.nanti rosak
Persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap
Kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.sedekah itu memanjangkan
Umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,kerana ia adalah ciri-ciri munafik
Dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.doa makhluk yang
Teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal Selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNYA.

WASSALAM

DPPK PARIT

Posted: 07 Nov 2010 07:08 PM PST

DPPK PARIT


Artis Sambut Perayaan Bertentangan Ajaran Islam

Posted: 07 Nov 2010 07:30 AM PST

Semoga Rakyat Tak Mudah Tertipu Dengan Lakonan BN

Posted: 07 Nov 2010 07:22 AM PST

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 07 Nov 2010 07:06 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Mendung, Hujan Berterusan Di Empat Negeri

Posted: 07 Nov 2010 01:29 AM PDT

KUALA LUMPUR : Cuaca mendung dan hujan berterusan dijangka berlaku di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu sehingga Selasa ini.


Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, Perlis dan utara Kedah masih mengalami cuaca mendung dan hujan renyai-renyai dari semasa ke semasa pada sebelah malam dan awal pagi.

"Hujan lebih banyak dijangka berlaku bermula esok petang dan malam terutamanya di kawasan pedalaman," kata kenyataan jabatan itu.

Namun, keadaan itu tidak akan memburukkan lagi keadaan banjir yang berlaku di Perlis dan Kedah.

Sementara itu, di Kelantan dan Terengganu pula, dijangka mengalami cuaca mendung dan hujan berserta ribut petir di beberapa tempat pada sebelah petang dan malam ini.


sumber : bharian.com

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 07 Nov 2010 02:22 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


BN Tuduh Kerajaan Negeri Tak Sumbangkan Pada Mangsa Banjir????

Posted: 07 Nov 2010 07:05 AM PST

Kerajaan negeri Kedah telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di samping RM500,000 daripada wang zakat yang diumumkan Sultan Kedah semalam.

Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, soal kerajaan negeri tidak membantu mangsa banjir tidak berbangkit langsung di negeri ini.

"Yang menjadi masalah adalah media yang tidak membuat liputan untuk kerajaan negeri," kata beliau.

Kerajaan negeri, katanya, telah menubuhkan Bilik Gerakan Banjir peringkat negeri dan daerah.

Di peringkat negeri ia diketuai oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri manakala di daerah di ketuai Pegawai Daerah.

"Memandangkan SUK di Mekah, Timbalan SUK, Datuk Haji Ahmad Mat Isa yang ketuai operasi ini," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.

Selain jentera kerajaan, NGO dan parti politik khasnya PAS dan Pakatan Rakyat juga terlibat.

"Dakwaan Shahrizat Jabatan Kebajikan Masyarakat agensi pusat tak betul. Pengarahnya staff kerajaan negeri. Ia agensi bersama," katanya.

Beliau mengaku jabatan itu paling banyak membantu magsa di samping kerajaan tempatan, polis, bomba dan juga jabatan kesihatan dan pelajaran.

Hari ini, kata Phahrolrazi, pihaknya bersama JKR akan bersama syarikat yang menjaga konsesi trek berkembar, Gamuda, akan menyiasat kalau projek itu menyebabkan laluan banjir tersekat.

Tuduhan melulu

Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata dakwaan Kerajaan Persekutuan bahawa Kerajaan negeri Kedah melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa banjir di negeri itu adalah tuduhan melulu.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, sejak dari awal banjir melanda negeri itu, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan membantu mangsa banjir termasuk memastikan pusat penempatan sementara mencukupi.

"Tuduhan mengatakan kerajaan Negeri Kedah tak ambil tahu masalah mangsa banjir satu tuduhan yang sangat melulu, yang dibuat oleh BN.

"Kerajaan negeri menyediakan bantuan untuk diagihkan kepada mangsa banjir termasuk sumbangan daripada PAS sendiri, wakil-wakil rakyat dan sumbangan orang ramai," kata Mahfuz.

Ujarnya, media hanya membuat laporan berdasarkan kenyataaan pempimpin Umno, tanpa mengikuti sendiri perkembangan dan usaha yang dilakukan kerajaan negeri.

"Media juga memberikan laporan yang tak betul. Kata tak ada pemimpin Pakatan Rakyat yang turun dan sebagainya. Media tak pernah pun ikut kita. Kita pun tak fikir waktu banjir ini nak panggil media, tak sempat nak tunggu media datang untuk kita redah kawasan banjir.

"Kalau nak tunggu media datang baru nak pergi kawasan banjir, bermasalah juga. Mana nak jaga orang media, mana nak bawa bantuan, bot pun tak cukup.

"Kita tak ada masa nak ambil gambar, nak berlakon, jadi kita pergi semata-mata untuk bagi bantuan. Sharizat datang sehari dua sahaja, bukan pergi semua kawasan pun," katanya.

Semalam, Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS supaya tidak melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri itu kepada kerajaan pusat semata-mata.

Sebaliknya, kata beliau kerajaan negeri perlu meningkatkan koordinasi dalam usaha melicinkan penyaluran pelbagai bantuan termasuk bekalan air bersih kepada mangsa banjir.

"Kerajaan negeri tidak boleh terlepas daripada tanggungjawab. Dia tidak boleh serah kepada (kerajaan) pusat. Jikalau beban besar, kerajaan negeri perlu bersama melaksanakan tanggungjawab.

"Bidang kuasa negeri seperti bekalan air bersih terletak dalam bidang kuasa negeri," katanya.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 07 Nov 2010 12:18 PM PST

PAS KOTA TINGGI


Banjir Kedah sengaja dijadikan isu politik [2]

Posted: 07 Nov 2010 02:17 AM PST

Mesej titah Sultan Kedah kesal politik banjir dituju pada pusat?

Malah bagi mereka yang berakal di dalam membaca mesej Tuanku Abdul Halim yang turut menitahkan zakat negeri dikeluarkan sebanyak RM500,000 dengan kapasiti baginda sebagai ketua agama negeri bagi membantu mangsa. Malah, puteri baginda yang menjadi Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) juga mengeluarkan sumbangan YSB sebanyak RM200,000 untuk tujuan membantu mangsa banjir. Ini secara terus-terang menunjukkan kerajaan negeri memang tidak pernah diperuntukkan dengan begitu banyak wang kecemasan bencana kerana perjanjian persekutuan Malaysia telah memberikan tanggungjawab itu dikemudikan di peringkat pusat yakni MKN.

Saya yakin keadaan ini iaitu tiada peruntukan besar untuk bencana adalah jelas dan sama sahaja di dalam akaun mana-mana kerajaan negeri di negara ini. Namun, Azizan juga diyakini tertekan kerana kegagalan jentera pusat MKN yang sepatutnya membantu negeri itu. MKN mungkin juga sengaja melambatkan menunaikan tanggungjawab dan amanah rakyat kepada mereka untuk menyalurkan ratusan juta ringgit wang kecemasan, bekalan makanan simpanan dan logistik yang hebat semata-mata mencari peluang untuk sengaja mencari kelemahan musuh politik sesetengah pemimpin pusat.

Ini dengan jelasnya bagi mereka ini meletakkan kepentingan survival parti sendiri melebihi keperluan rakyat tidak kira fahaman politik yang sangat-sangat memerlukan bantuan yang sememangnya hak mereka untuk diberikan . Perlu diingatkan setiap tahun, JPM yang mempunyai banyak agensi yang dicipta khas dengan pelbagai sebab telah mendapat peruntukan besar termasuklah MKN sendiri. Malah, jumlah peruntukan kepada JPM dalam pengumuman bajet 2011 juga dilihat jauh lebih banyak daripada peruntukan bajet yang diumumkan oleh mana-mana kerajaan negeri di negara ini.

Saya yakin Azizan dan jenteranya juga sudah berjaya mengenalpasti masalah yang menyebabkan keadaan banjir memburuk di Kedah. Antara sebab utamanya ialah akibat daripada pembinaan landasan berkembar oleh MMC-Gamuda sepanjang negeri itu. Pembinaan tersebut telah menyebabkan saluran-saluran air banjir terganggu, tersumbat dan telah sempit dengan tanah dan sisa bahan binaan. Saluran sepatutnya membawa air banjir masuk ke kawasan sawah dan sungai-sungai berhampiran. Namun begitu, Datuk Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga ahli Parlimen Alor Setar akhirnya mengakui hakikat pembinaan ini antara punca utama.

Media nasional cara terbaik memanipulasi isu banjir

Berbalik semula kepada peranan pusat mengetuai pasukan kecemasan, Muhyiddin dilihat telah gagal sama sekali. Beliau tahu rakyat di negeri Kedah yang rata-ratanya berpendidikan rendah dan dengan menggunakan media massa nasional seperti berita di televisyen dan radio, Muhyiddin sengaja memburuk-burukkan kerajaan negeri sebagai gagal bertindak. Orang-orang kampung atau luar bandar ini yang majoriti masih menggunakan saluran media berkenaan untuk maklumat tidak mengetahui bahawa kesilapan sebenarnya datang dari agensi pusat. Saya yakin begitu ramai mangsa-mangsa banjir Kedah tidak tahu pun mengenai isu pentadbiran kecemasan seperti pengurusan bencana banjir ini adalah tanggungjawab pusat sepenuhnya melalui MKN. Maka, seperti biasa, Muhyiddin sengaja memanipulasikan rakyat Kedah yang tidak tahu mengenai kewujudan dan peranan MKN ini dengan menjuruskan kesemua masalah ke atas kerajaan pimpinan Azizan.

Namun begitu, saya yakin itu hanyalah helah dan agenda Muhyiddin sendiri semata-mata dan adalah silap sekali jika dilihat sebagai usaha sengaja dilakukan oleh pihak kerajaan BN. Cuba para pembaca sekalian bayangkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang sedang uzur terpaksa bingkas dari katil hospitalnya sendiri untuk mengemudi dan mengarahkan jentera pusat bagi membantu kerajaan negeri dan mangsa-mangsa banjir di negeri Kedah dan negeri-negeri lain yang terlibat seperti Perlis dan Kelantan tanpa mengira kawan atau lawan politik.

Perdana Menteri lebih telus membantu mangsa banjir Usaha Najib nampak begitu ikhlas yang mungkin kerana melihat Muhyiddin yang sepatutnya melakukan yang terbaik mengenainya sebelum ini telah gagal gara-gara Muhyiddin menjadikan urusan pilihanraya kecil di Batu Sapi dan lawat-melawati rumah terbuka Deepavali parti-parti komponen BN untuk kepentingan politiknya sendiri walaupun banjir sudah pun bermula sejak tempoh kempen di Galas dan Batu Sapi baru bermula beberapa hari selepas hari penamaan calon. Oleh itu, apabila Muhyiddin berkata semalam dalam media akan melawat ke Kedah hari ini bagi meninjau masalah banjir, maka beliaulah yang gagal kerana lewat bertindak sepatutnya sebagai Pemangku Pengerusi MKN semasa ketiadaan Najib yang bercuti sakit.

Oleh itu amat penting sekali bagi kerajaan PAS negeri Kedah sekarang memberikan penerangan kepada rakyat jelata yang terlibat di dalam banjir ini bahawa kerajaan pusat telah gagal menyalurkan bantuan logistik dan bantuan kewangan kecemasan pusat yang sememangnya wujud selama ini untuk menangani masalah sebegini. Kerajaan pimpinan Azizan kena lebih bijak menangkis polemik manipulasi sebegini oleh Muhyiddin dan jangan biarkan mesej atau tuduhan Muhyiddin yang dimain-mainkan di corong radio milik Radio Televisyen Malaysia (RTM), siaran berita media televisyen milik kerajaan seperti RTM, Media Prima dan akhbar-akhbar kerajaan daripada menyiarkan tuduhan fitnah tidak bertanggungjawab kerajaan negeri yang dipimpin Azizan hari ini di dalam menguruskan bencana.

Mahu atau tidak mahu, political mileage Muhyiddin bagi meneruskan usaha manipulasi kotor menawan negeri Kedah semula dengan cara fitnah ini perlu diperjelaskan kepada rakyat terutamanya tentang perjanjian persekutuan-negeri dan kewujudan MKN sebagai agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya. PAS dan komponen-komponen Pakatan Rakyat(PR) perlu memberitahu rakyat sedaya-upaya mengenai wujudnya MKN yang seharusnya tampil paling ke hadapan menangani isu bencana seperti ini. Jika gagal berbuat demikian, minda rakyat Kedah akan mudah dimanipulasikan oleh media nasional yang mungkin berakhir kepada kekalahan PR pada PRU akan datang.

Masalah kelewatan bantuan pusat sebenarnya tidak patut dimanipulasi oleh Muhyiddin untuk kepentingannya. Ini kerana sejak beberapa dekad yang lalu terutamanya banjir besar dalam musim tengkujuh yang pernah melanda negeri-negeri Kelantan dan Terengganu (di bawah kerajaan PAS selepas PRU 1999), pihak MKN telah melakukan tugasan mereka yang baik bagi menyelia kerajaan negeri untuk membantu mangsa-mangsa banjir tanpa mengira siapa yang memerintah kerajaan negeri. Muhyiddin diharapkan faham fungsi menjadi kerajaan yang dipilih dan menjadi pemimpin parti adalah dua perkara yang berbeza. Sekiranya Muhyiddin masih gagal faham perbezaan di antara kedua-duanya, maka beliau adalah satu liabiliti kepada konsep pentadbiran Najib yang melihat 'era kerajaan lebih tahu daripada rakyat sudah berakhir' dan menjunjung konsep pemisahan kuasa dalam perlembagaan negara.

Ini petunjuk masalah dalaman antara Najib-Muhyiddin

Jika anda sedar dari cubaan saya mengisahkan kegagalan Muhyiddin menangani isu banjir di Kedah yang dilakukan dengan sengaja untuk menjatuhkan musuh politik di sana dengan bantuan media di bawah cengkamannya tanpa menghiraukan keutamaan yang perlu diberikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat, Muhyiddin sewajarnya dilihat sebagai satu masalah kepada Najib. Malah difikirkan dalam isu pentadbiran negara, walaupun Najib yang sedang uzur terpaksa memaksa dirinya mengambil alih menguruskan masalah bencana yang berlaku, ini bermakna Najib tahu Muhyiddin telah gagal dan Najib terpaksa masuk campur sambil menahan rasa sakit bagi menyelesaikan masalah deadlock politik yang sengaja dicipta oleh Timbalannya itu dalam isu bencana ini.

Malah, saya yakin Najib mungkin lebih memahami maksud atau mesej titah Tuanku Abdul Halim yang kecewa dengan golongan politik tertentu yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat yang diperintah. Saya bolejh mentafsirkan titah tuanku sebagai 'kecewa' dengan jentera pusat yang gagal mengetuai atau mengelola masalah bencana sepertimana yang sepatutnya oleh MKN bersama-sama dengan bantuan kerajaan negeri dengan meletakkan rakyat di hadapan melebihi kepentingan politik sempit. Atau dalam lain perkataan, apabila Najib masuk campur isu pentadbiran semasa cuti sakitnya, ini bermaksud Muhyiddin tidak dipercayainya. Maka mungkin ada benarnya hubungan Najib-Muhyiddin tidaklah semesra yang disangkakan. Jadi, apa pendapat atau pandangan anda sekarang?

Banjir Kedah sengaja dijadikan isu politik [1]

Posted: 07 Nov 2010 02:16 AM PST

Akhirnya kerana murka dan kecewa dengan nasib rakyat Kedah yang menjadi mangsa di dalam masalah banjir besar di negeri itu, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim tidak mampu membendung lagi perasaan baginda dengan permainan politik oleh golongan tertentu yang dilihat cuba memanipulasikan keadaan semasa untuk kemenangan atau kepentingan kelangsungan politik mereka sendiri.

Dalam lain perkataan, penulis mengagak tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih teruja dengan kemenangan berganda Barisan Nasional (BN) di Galas dan Batu Sapi telah melihat 'peluang' yang ada dalam bencana banjir ini. Dengan menurut akal strategi kepartian dan nafsunya yang mungkin dangkal telah sengaja mempolitikkan masalah banjir besar yang melanda negeri Jelapang Padi negara itu.

Strategi Muhyiddin sengaja menuduh kerajaan negeri

Muhyiddin sebenarnya dilihat sengaja menggunakan apa sahaja peluang yang ada. Ini termasuklah kelewatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk mengadakan mesyuarat bencana peringkat tertinggi negeri hanya selepas lima hari banjir melanda negeri itu sebagai satu senjata politik dengan harapan rakyat Kedah 'menyedari' atau akan menuduh segala-galanya ke atas kerajaan PAS sebagai gagal bertindak.

Tidak dinafikan kelewatan Azizan memanggil mesyuarat merupakan satu tindakan yang boleh dipersoalkan ramai tetapi banyak perkara perlu dirujuk terlebih dahulu dengan beliau sendiri dan juga kekurangan pengalaman yang baru sahaja mentadbir negeri Kedah selama 2 tahun jika dibandingkan dengan BN yang sudah memerintah negeri itu sebelum tsunami 2008 yang melebihi 50 tahun.

Tetapi hakikatnya di sini ialah tanggungjawab bagi menyelia dan mengambil alih pengurusan bencana sebesar ini tidak terletak di tangan Azizan dan kerajaannya semata-mata atau teraju utama tetapi adalah satu tugas mutlak yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka yang diberikan tugas menjaga rakyat di peringkat kerajaan pusat yang termaktub dalam perjanjian pentadbiran Pusat-Negeri sejak dahulu lagi.

MKN adalah agensi pusat yang bertanggungjawab sepenuhnya

Dalam lain perkataan, mereka yang sepatutnya dipertanggungjawabkan sepenuhnya ialah Muhyiddin sendiri selaku 'Pemangku' Perdana Menteri Malaysia yang secara automatik memangku jawatan 'Pemangku' Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN). Untuk makluman pembaca, urusan bencana sebegini secara zahirnya adalah tanggungjawab utama kepada kerajaan pusat yang dikawalselia melalui majlis tersebut.

MKN ditubuhkan dan operasinya ditanggung sepenuhnya oleh Jabatan Perdana Menteri. Fokus pengurusan bencana adalah salah satu penumpuan MKN selain dari isu keselamatan siber, kesihatan (wabak), keselamatan angkasa, ancaman dan pengurusan pos-pengganas, isu raja berpelembagaan, pelbagai bentuk hanruh dan lain-lain lagi melibatkan kepentingan kenegaraan termasuklah pelaksanaan 1Malaysia. Di mana-mana negara sekalipun walaupun negara-negara tersebut mengamalkan kerajaan persekutuan atau federalisasi yang mengandungi kesatuan negeri-negeri seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, agensi pusat seperti Majlis Keselamatan Negara adalah agensi yang perlu tampil di hadapan dan memimpin sesiapa sahaja termasuklah kerajaan negeri (tidak kira politik) bagi membantu rakyat jelata yang dilanda musibah alam sekitar dan bencana.

Jika kita masih ingat lagi dahulu semasa musibah yang melanda penduduk di Lousiana, Alabama dan Florida akibat Taufan Katrina pada tahun 2005, anda mungkin teringat kegagalan Presiden George W. Bush ketika itu di dalam mengemudi jabatan bertanggungjawab mengenai bencana alam di negara itu yang mendapat perhatian media, birokrat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam negara itu dan juga seluruh dunia. Jabatan yang diletakkan di peringkat pusat itu yang dikenali sebagai Federal Emergency Management Agency (FEMA) itu adalah agensi kerajaan pusat sepertimana agensi-agensi kerajaan pusat di Amerika Syarikat yang anda pernah dengar iaitu FBI, CIA, US Marsyal, Secret Service dan macam-macam lagi melalui pengetahuan anda dan penonjolan dalam skrin layar hiburan Hollywood.

Ketika itu, bukannya para gabenor dari negara-negara itu yang dipersalahkan terlebih dahulu tetapi Presiden Bush sendiri yang dipersalahkan di atas kelembapannya bertindak membantu mangsa Katrina sepertimana beliau lembap menangani keadaan pos trauma pengeboman bangunan World Trade Centre di New York beberapa tahun sebelum itu. Gabenor-gabenor dan datuk bandar ketika itu terutamanya Datuk Bandar New Orleans sudah pun diketahui umum sebagai tidak mempunyai kemampuan yang diperlukan dari segi logistik, peruntukan kewangan kecemasan dan macam-macam lagi bagi mengemudi jentera bantuan bencana. Oleh itu, mereka tidak dipersalahkan sepenuhnya.

Oleh itu, keadaan ini juga adalah dikira sama dengan apa yang dialami oleh Azizan sendiri sebagai pemimpin negeri yang kurang berkemampuan dari segi pengalaman dan logistik. Saya yakin Azizan telah melakukan yang terbaik dengan mencari punca dana bagi menyediakan bantuan awal yang mungkin sehinggakan sukar mencari masa untuk mengadakan mesyuarat 'rasmi'. Azizan terlalu sibuk ke sana-sini untuk mengemudi apa sahaja logistik yang ada untuk membantu yang benar-benar memerlukan dan mampu diberikan.

Kedah sedia RM1 juta bantu mangsa banjir

Posted: 07 Nov 2010 02:14 AM PST

ALOR SETAR, 7 Nov: Kerajaan Negeri Kedah telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di samping RM500,000 daripada wang zakat yang diumumkan Sultan Kedah semalam.

Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi (gambar) berkata, soal kerajaan negeri tidak membantu mangsa banjir tidak berbangkit langsung di negeri ini.

"Yang menjadi masalah adalah media yang tidak membuat liputan untuk kerajaan negeri," kata beliau.

Kerajaan negeri, katanya, telah menubuhkan Bilik Gerakan Banjir peringkat negeri dan daerah.

Di peringkat negeri ia diketuai oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri manakala di daerah di ketuai Pegawai Daerah.

"Memandangkan SUK di Mekah, Timbalan SUK, Datuk Haji Ahmad Mat Isa yang ketuai operasi ini," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.

Selain jentera kerajaan, NGO dan parti politik khasnya PAS dan Pakatan Rakyat juga terlibat.

"Dakwaan Shahrizat Jabatan Kebajikan Masyarakat agensi pusat tak betul. Pengarahnya staff kerajaan negeri. Ia agensi bersama," katanya.

Beliau mengaku jabatan itu paling banyak membantu magsa di samping kerajaan tempatan, polis, bomba dan juga jabatan kesihatan dan pelajaran.

Hari ini, kata Phahrolrazi, pihaknya bersama JKR akan bersama syarikat yang menjaga konsesi trek berkembar, Gamuda, akan menyiasat kalau projek itu menyebabkan laluan banjir tersekat.

"Memang di Jalan Tun Razak dan Jalan Sultanah ada isu itu, kita akan siasat secara menyeluruh hari ini," katanya.

(Gambar: Pengerusi surau As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang menyerahkan sumbangan kepada ustaz Ghazali Omar (kanan) untuk diserahkan kepada mangsa banjir di Kedah)

Sementara itu, sumbangan dari luar datang mencurah-curah untuk membantu mangsa banjir di negeri Kedah.

Tengahari ini, Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali menyerahkan sumbangan RM400,000 dari kerajaan negeri Selangor kepada kerajaan negeri Kedah.

Bantuan juga diserahkan oleh kawasan-kawasan PAS di seluruh negara di samping kutipan dibuat di masjid dan surau untuk diserahkan kepada mangsa banjir.

Pemuda PAS kawasan Selayang telah menghantar kira-kira 50 kampit beras dan diserahkan di bilik oeparasi banjir PAS yang terletak di Kompleks PAS Kedah, dekat Kota Sarang Semut.

Kekalahan Di Galas Sebagai Loceng Amaran PRU 13

Posted: 07 Nov 2010 02:04 AM PST


Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap kekalahan di Galas dan PKR di Parlimen Batu Sapi sebagai satu loceng amaran untuk terus bangkit dan muhasabah terhadap kerja parti bagi menghadapi Pilihanraya ke 13. PAS menerima kekalahan di Galas sebagai satu adat perlawanan. Pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi merupakan satu siri pilihanraya yang menampakkan ketempangan demokrasi dan pencabulan media terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.


Keputusan di Galas bukan satu yang mengejutkan kerana, sebelum ini pilihanraya kecil Manik Urai yang merupakan kubu kuat PAS pun, hampir PAS tewas dengan majoriti 65 sahaja. Begitu juga sebelumnya ketika PRK Pengkalan Pasir merupakan kubu kuat PAS tewas dan dapat tawan kembali dalam PRU 12.

Insya Allah PAS akan membuat muhasabah ke dalam dengan melihat masalah-masalah yang perlu diperbaiki. Sebagai sebuah parti Islam kekalahan ini akan memberi satu pengajaran yang berguna, kerana setiap musibah ada hikmahnya. Kemungkinan Allah tidak mahu kita leka dengan kemenangan cemerlang PRU 12 sehingga menimpa kekalahan yang mengejutkan dalam PRU 13.

Kekalahan PAS di Galas, bukan bererti kita menjadi malas untuk berjuang, sebaliknya kita mesti bersemangat untuk menggalas amanah ummah di negara ini untuk menggantikan Umno sebagai wadah perjuangan orang Melayu di negara ini. PAS tidak akan membiarkan rakyat menjadi mangsa kezaliman Umno terhadap rakyat sehingga kualiti hidup rakyat semakin teruk. Kenaikan harga barang, jenayah bunuh meningkat, perzinaan dan buang bayi meningkat. PAS mesti berusaha untuk bekerja dengan lebih kuat. Kita perlu sekat kemenangan mereka, dengan kita mesti bekerja kuat untuk menangkis fitnah dan menerangkan wadah perjuangan kepada masyarakat. Sudah cukup mandat yang mereka perolehi selama 53 tahun menyebabkan anak cucu kita terutamanya yang akan menanggung beban.

Kegigihan PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang bekerja dalam pilihanraya tanpa diupah adalah merupakan satu kekuatan, berbanding dengan Umno. Mereka hanya menumpang tuah jentera kerajaan, jika diharapkan jentera Umno maka sudah lama Umno akan berkubur.

18493 Hilang Layak Undi Awam, SPR Papet Umno

Posted: 07 Nov 2010 01:56 AM PDT


Parti Islam Se-Malaysia PAS memandang berat tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang jelas menjadi papet Umno apabila 18493 orang hilang layak undi awam dalam Rang Daftar Pemilih Suku ketiga 2010. Dan lebih mencurigakan jumlah tiga negeri paling ramai pengundi ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007). Dua negeri terbabit adalah dua negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan sebuah negeri lagi telah dijatuhkan secara tidak demokratik oleh BN.

Tindakan ini jelas SPR mahu melaksanakan cita-cita Datuk Najib Razak yang akan mempertahankan kerajaan Umno walaupun dengan apa cara sekalipun seperti ucapan beliau di perasmian persidangan agung umno di PWTC, yang menyebut "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!"

SPR perlu menjadi bapa dan pemudahcara untuk melicinkan proses demokrasi. SPR jangan menjadi pengadil yang berat sebelah dan memayahkan rakyat dan parti-parti politik yang bertanding. SPR jangan membantu untuk ubah tiang gol setiap kali pasukan BN hendak kalah. Pas ingin ingatkan beberapa pegawai SPR jangan halang kebangkitan rakyat, bebaskan diri SPR daripada menjadi abdi kepada Umno BN. Bertugaslah secara profesional, kerana kerajaan BN boleh bertukar bila-bila masa kepada PR, InsyaAllah.

MP Pendang

Posted: 07 Nov 2010 12:08 PM PST

MP Pendang


Banjir makin surut, program bacaan Yaasin.

Posted: 07 Nov 2010 07:50 AM PST


Dalam suasana menghadapi ujian musibah Allah ini, sepatutnya kita makin dekat dengan Allah dan memohon keampunan dan mohon Allah jauhkan bala daripada menimpa kita dimasa akan datang.
Alhamdulillah banjir di Kedah semakin pulih sekarang ini walaupun agak perlahan walaupun tiada dah berlaku hujan lebat kerana air laut yang masih tinggim jadi aliran air kelaut agak perlahan sekarang ini.


Apa yang amat dikesalkan adalah manipulasi media yang menyatakan tidak ada atau kelengahan kerajaan negeri didalam menghadapi musibah banjir ini dan bantuan hanya datang daripada pusat , negeri seolah-olah tak buat apa. Memang itulah kerja media , dalam keadaan rakyat ditimpa bencara ini pun, media pro Bn ini masih lagi hendak memainkan isu politik sehinggakan TPM menyatakan kalau tak boleh mengendalikannya serahkan kepada kerajaan pusat. Begitu lancang sekali mulut TPM , padahal tak tahukah beliau apa peranan JKM didalam hal ini, bukankah JKM adalah berada didalam senarai bersama negeri-pusat, bukankah pengarah JKM adalah dibawah kerajaan negeri dan bekerja bersama-sama didalam membantu rakyat.


Apa yang rakyat kesal adalah bila berlaku banjir, maka nampak peranan badan ini lebih kepada mengikut arahan UMNO disesetengah tempat daripada arahan yang sepatutnya daripada kerajaan, oleh itu berlakulah pendaftaran mereka yang tidak ada dipusat pemindahan malah tak kena banjirpun didaftar, dan kita tahu selepas ini mereka inilah yang diberi berbagai habuan semacam mereka yang terkena tsunami dulu, bukan nelayan pun dapat bot, yang tak didaftar kerana bukan melalui saluran puteri UMNO maka walaupun kena bencana, tetapi tak dapat habuan bantuan, itulah nasib dinegara yang amalkan konsep federalisma tempang ala Malaysia ini, tak percaya tunggulah nanti.
Apa yang kita rasa peliknya adalah bilamana TPM berkata JK ditubuhkan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir, tetapi seorang pun wakil daripada kerajaan negeri tidak ada didalamnya, habis kalau macam ni, bagaimana mereka nak nafikan bahawa mereka inilah sebenarnya yang tidak mengamalkan konsep fedelisma mengikut perlembagaan.


Petang tadi bersama dengan rakan dalam AJK PAS Pendang, kami telah bergerak menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah ini tetapi tidak mahu berpinddah kepenempatan banjir , kerana agak kurang selesa dari segi privasi dan masalah logistik.
Disebalah malam pula diadakan majlis bacaan Yaasin untuk memohon Allah taal menjauhkan segala bala bencana yang lebih buruk dan diteruskan dengan tazkirah pendek oleh Ust Yusof Awang, penceramah Radio 3 Kedah.


Alahmdulillah, program ini dapat menimbulkan keinsafan kepada mangsa banjir agar mereka bersabar atas ujian ini moga apa yang menimpa mereka dapat menambah pahala kerana kesabaran mereka, insyaallah.
Program ini rasanya dapatlah mengimbangi dengan program sukaneka dan acara sukan yang dibuat oleh puteri UMNO dalam suasan musibah dan kesedihan bencara ini pada petang tadi.

Batu Gajah Mari

Posted: 07 Nov 2010 10:27 AM PST

Batu Gajah Mari


Ceramah 'Bajet Seluar Dalam' dapat sambutan

Posted: 06 Nov 2010 11:43 PM PDT

Pada Kelmarin PAS Kawasan Ipoh Timur telah mengadakan Ceramah bertajuk bajet seluar dalam dan pilihanraya kecil di Galas di Batu Sapi dan Galas. Ceramah itu diadakan di Taman Temara. Ceramah tersebut mendapat sambutan yang amat baik dari penduduk setempat.

Para penceramah terdiri daripada Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga AJK Pas Pusat Dato' Seri Hj Ir Muhammad Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Jerai Ustaz Firdaus Jaafar, Adun Canning YB Wong Kah Woh dan bekas calon PAS Dun Sungai Rapat Ustaz Radzi bin Zainon. Pada mulanya penceramah utama ialah Ahli Parlimen Pokok Sena Dato' Mahfuz Omar tetapi beliau telah digantikan oleh Ustaz Firdaus Jaafar kerana banjir di kawasan parlimen Pokok Sena semakin teruk




Naib Ketua DPPN Perak, Sdr Salman Salleh memberikan ucapan



Haji Ismail turut hadir


Ustaz Radzi mengatakan YB Hamidah sudah takut untuk berlawan dengannya di DUN Sungai Rapat, YB Hamidah nak lari bertanding di Kuala Kangsar. Dengar cerita dia nak letak adik die bertangding di Sungai Rapat.. Betoi ke?? haha.. die ingat senang???



pengerusi majlis, Sdr Shafarizal





Ustaz Firdaus memberikan ceramah dengan penuh bersemangat dan terus bergegas pulang kerana risaukan rakyat di kawasannya yang mengalami bencana banjir.



kehadiran YB Nizar di sambut para pimpinan yang lain




YB Wong Kah Woh seorang tokoh politik muda yang bagus.



DS Nizar melancarkan buku "Nak Pilih PAS atau UMNO??"


bajet seluar dalam. ape rakyat dapat?? 300 barangan dikecualikan cukai tak kena mengena dgn rakyat. tu semua barangan Rosmah. Bangunan 100 tingkat rugikan duit rakyat
Najib kata bukan duit rakyat. tu duit PNB. Kalau bukan duit rakyat kenape masukkan dalam bajet?? ape ke tenginnye UMNO ni??



antara yang hadir..




bergambar dengan ikon rakyat

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 07 Nov 2010 10:27 AM PST

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


Pelancaran Perintis Briged Amal Peringkat Negeri Pahang

Posted: 07 Nov 2010 12:11 AM PDT

Program : Pelancaran Briged Amal Peringkat Negeri Pahang
Tarikh : 07 November 2010
Tempat : Pondok An-Nuur, Penor Kuantan


Para Anggota Briged Amal. "Kamu semua baru kena hujan kami semua dah kena air asid dan peluru pemedih mata," kata saudara Firdauz membakar semangat anggota briged.


Timbalan Pengarah 1 Amal Pahang merangkap Mudir Pondok An-Nuur, Ustaz Fadhli Ibrahim sedang menyampaikan ucapan aluannya kepada hadirin


Orang yang berusaha keras dalam menjayakan pelancaran ini, saudara Firdauz


Setiausaha Jabatan Amal Negeri Pahang sedang menyampaikan ucapan


Sebahagian pelajar pondok yang turut serta bersama dalam program pelancaran ini.


Pasukan perintis briged amal negeri sedang mendengar ucapan dari pimpinan negeri, walaupun di dalam hujan tetapi tetap bersemangat. Semoga semangat ini tetap membara walaupun berbagai rintangan, mehnah dan tribulasi yang dihadapi. Al-amalulillah!!


"3 I yang perlu dipraktikkan oleh kita semua sebagai anggota amal, yang pertama: Ikhlas, yang kedua: Istiqamah dan yang ketiga adalah Itqan." Timbalan Pengarah Amal Pahang, saudara Suhaimi Hasan sedang menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan majlis pelancaran ini.


Setiausaha Amal Pahang, saudara Badillah sedang menyampaikan cenderahati kepada saudara Suhaimi Hasan yang telah merasmikan pelancarab briged amal ini. Turut bersama ialah Pengarah Amal Kawasan Indera Mahkota, saudara Sheikh Azlan


Dari kiri: Sheikh Azlan Sheikh Abd Aziz, Badillah Muda, Suhaimi Hasan dan Wan Raha Abd Rahman, di antara yang hadir memeriahkan program pelancaran ini.


Dua anggota Briged Amal dari Kawasan Indera Mahkota turut hadir memberi sokongan


Bergambar seusai program pelancaran. Semoga mereka semua akan menjadi pelapis dan mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru

Posted: 07 Nov 2010 10:23 AM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru


Pendaftaran Online PASTI

Posted: 07 Nov 2010 05:03 AM PST

Sila ke http://www.daftarpastibayanbaru.tk

Dupahang's Weblog

Posted: 07 Nov 2010 10:18 AM PST

Dupahang's Weblog


Bukan 2 – 0, BN kalah 5 – 8

Posted: 06 Nov 2010 07:05 PM PDT

http://selamatkanpahang.blogspot.com/ BN dan majlis Sukan rakyat Akhbar lidah rasmi Umno bergendang bersorak sakan meraikan kemenangan BN di dua pilihan raya kecil (PRK)  iaitu Galas dan Batu Sapi lalu dengan segera membesarkan tulisan 2 – 0. Seolah-olah Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah mengecap kemenangan PRK sebelum ini. Jika dinisbahkan hanya dua PRK itu, memang BN menang [...]

Pemuda Guchil

Posted: 07 Nov 2010 08:08 AM PST

Jasindaily Online

Posted: 07 Nov 2010 08:02 AM PST

Jasindaily Online


ARTIS ISLAM SAMBUT HOLOWEEN

Posted: 07 Nov 2010 07:57 AM PST

DEMOSTRASI MENURUT PANDANGAN ISLAM

Posted: 07 Nov 2010 07:53 AM PST

UMNO UPAH SAMSENG BELASAH YB SEKINCHAN

Posted: 07 Nov 2010 03:46 AM PST

WANITA UMNO MELAKA HANCOR ..

Posted: 06 Nov 2010 10:37 PM PDT

GALAS, BATU SAPI : SIGNAL UNTUK PRU 13

Posted: 06 Nov 2010 04:23 PM PDT

Konon Melaka Maju.. Menteliti Masih Kuno

Posted: 06 Nov 2010 04:01 PM PDT

i n t a n h i j a u

Posted: 07 Nov 2010 06:11 AM PST

i n t a n h i j a u


PAS PERAK HANTAR PETUGAS DAN BANTUAN KE KEDAH / ڤاس ڤراق هانتر ڤتوݢس دان بنتوان ک قدح

Posted: 07 Nov 2010 12:36 AM PDT


Para sukarelawan amal dari PAS Perak telah bergegas ke Kedah sejak semalam lagi. Bantuan berupa keperluan asas seperti air mineral, beras, biskut, lampin pakai buang dan sebagainya telah dihantar ke Kompleks PAS Kedah. Pimpinan PAS Perak juga turut berada di sana bagi menghulurkan bantuan yang sewajarnya.

Pimpinan, ahli dan seluruh pemuda PAS di Kedah sejak banjir menimpa telahpun bertungkus lumus membantu mangsa banjir. Pimpinan PAS dan EXCO Kerajaan Negeri juga telah turun padang. Kerajaan Negeri Kedah pula telah memperuntukan RM 1 juta untuk mangsa banjir.

Banjir adalah musibah Allah SWT, bila ia turun banjir tidak mengenal siapa, semua terlibat dengan musibah ini, orang PAS, UMNO, PKR, DAP, yang tidak ada parti juga terlibat dengan musibah ini. Ia tidak khusus hanya pada golongan tertentu.

Jadi wajar semua pihak tanpa mengira fahaman politik dan agama turun padang bagi membantu mangsa banjir. Semua pihak mesti berasa terpanggil untuk berhadapan dengan musibah ini. Tidak wajar sebelah pihak mendakwa turun padang dan menafikan orang lain yang turut bertungkus lumus sejak musibah ini menimpa.

Alhamdulilah Pakatan Rakyat begitu prihatin terhadap musibah ini. Kerajaan PR Selangor menyumbang RM 100 ribu untuk mangsa banjir di Kedah, begitu juga Pulau Pinang. Pemuda PAS pula menubuhkan Sekretariat Banjir bagi menyelaraskan tenaga pemuda dari seluru negara yang ingin berbakti di Kedah.

Dalam situasi krisis banjir yang semakin parah, ada juga pemimpin daripada Barisan Nasional yang cuba mengambil kesempatan untuk bermain politik.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyatakan rasa kesal terhadap sikap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang cuba mempolitikkan krisis banjir di Kedah dengan menyalahkan kerajaan PAS Kedah lembap dalam membantu mangsa banjir.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata dalam keadaan semua agensi kerajaan negeri dan semua pihak tengah bersusah-payah dan bertungkus lumus untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kedah, kenyataan Shahrizat memperlihatkan kehadiran Ketua Wanita Umno itu bukan untuk membantu tapi untuk berpolitik.

Shahrizat, kelmarin dipetik menyalahkan kerajaan negeri Kedah tidak menyediakan pengangkutan untuk membantu untuk menghantar makanan kepada penduduk di kawasan yang terputus hubungan akibat banjir terutama di Padang Terap.

Sepatutnya beliau sebagai menteri boleh 'coordinate' dengan Jabatan Kebajikan di bawahnya dengan tentera dan sebagainya untuk mendapat kenderaan-kenderaan berat, kenderaan pacuan empat roda, trak dan sebagainya untuk mengharungi kawasan masuk air, dan juga mendapatkan bot-bot besar.

misabah.blogspot.com

BANJIR : MAKIN RAMAI DIPINDAH DI KOTA SETAR / بنجير : ماکين راماي دڤينده د کوتا ستار

Posted: 06 Nov 2010 08:54 PM PDT


Keadaan banjir di daerah Kubang Pasu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang dipindahkan terus berkurangan tetapi jumlah mangsa yang dipindahkan di daerah Kota Setar terus meningkat.

Sehingga pukul 8 pagi ini, seramai 32,066 orang daripada 7,938 keluarga masih berada di 83 pusat pemindahan di empat daerah iaitu Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Pendang.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika dihubungi Bernama berkata di daerah Kota Setar, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan semakin meningkat iaitu 21,058 orang dengan jumlah keluarga 5,050 berbanding 19,591 orang petang semalam.

Bilangan mangsa di Kubang Pasu pula terus berkurangan dengan jumlah terkini ialah 9,351 orang daripada 2,591 keluarga berada di pusat pemindahan manakala jumlah mangsa di daerah Pokok Sena ialah 1,413 orang daripada 234 keluarga dan di Pendang seramai 244 orang melibatkan 63 keluarga.

Katanya sebanyak 83 buah pusat pemindahan masih dibuka iaitu 45 buah di daerah Kota Setar, 34 di Kubang Pasu, tiga di Pokok Sena dan satu di Pendang.

Sementara itu, tinjauan Bernama di sekitar bandaraya Alor Setar pagi ini mendapati kebanyakkan jalan utama yang menghubungkan ke pusat bandar sudah boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Air di kawasan sekitar bandar raya ini mulai surut sejak lewat malam tadi.

DATA TERKINI MANGSA BANJIR KEDAH / داتا ترکيني مڠسا بنجير قدح

Posted: 06 Nov 2010 04:36 PM PDT

Banjir di Kedah semakin buruk. PAS Perak sedang berusaha mengumpulkan segala sumbangan para ahli dan orang ramai untuk disampaikan kepada mangsa banjir dalam tempoh terdekat ini. Sumbangan anda boleh diberikan kepada PAS kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat kawasan masing-masing.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 07 Nov 2010 02:21 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


KP: MenGALAS Perjuangan yang Masih Jauh

Posted: 06 Nov 2010 10:36 PM PDT

1. Keputusan pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi sedikit sebanyak membuatkan kita sedih apabila keputusannya tidak berpihak kepada kita [ Pakatan Rakyat ] di saat kita sangat dambakan kemenangan ke atas Barisan Nasional .

2. Namun kita tidak boleh berputus asa , jauh sekali untuk kecewa dengan perjuangan yang kita dokong setelah kita yakin bahawa perjuangan ini adalah benar dan suci . Justeru keputusan pilihanraya yang tidak berpihak kepada kita bukan bererti kita kalah atau menyerah kalah

3. Sebaliknya kekalahan kita dalam pilihanraya kecil baru - baru ini membangkitkan kembali semangat untuk terus berjuang dengan memperbaiki segala kelemahan dan membetulkan segala kesilapan .

4. Sewajarnya kita bersikap positif dan senantiasa optimis terhadap masa depan perjuangan Islam yang kita dokong ini. Tanpa perlu kita saling tuding menuding atau salah menyalah antara satu sama lain , sebaliknya kenal pasti kelemahan dan kekurangan yang perlu diperkasa dan diberi nilai tambah untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang .

5. Kita selamanya tidak boleh bergantung kepada kelemahan musuh untuk mencipta kemenangan bahkan kita mesti miliki keupayaan sendiri untuk melakar peta kemenangan dan tentunya kita mempunyai keistemewaan tersendiri sebagai sebuah Gerakan Islam untuk mencapai matlamat perjuangan ini.

6. Tanpa memandang rendah pada tahap kekuatan dan kemampuan Barisan Nasional , kita jangan hanya menuding punca kekalahan dalam pilihanraya kepada mereka  , kerana sifat mereka sebagai musuh politik kita , pastinya mereka akan melakukan apa sahaja demi mencapai kemenangan .

7. Persoalannya kenapa kita boleh dikalahkan oleh mereka sedang mereka juga boleh dikalahkan oleh kita. Sebagai contoh , pasca pilihanraya umum yang lalu [ 2008 ] , kita telah melalui 13 kali pilihanraya kecil dan kita Pakatan Rakyat memenangi 8 daripadanya iaitu Permatang Pauh , Penanti , Permatang Pasir , Bukit Gantang , Bukit Selambau , Kuala Terengganu , Manek Urai dan Sibu . Sementara Barisan Nasional menang 5 kerusi iaitu di Batang Ai , Bagan Pinang , Hulu Selangor , Batu Sapi dan Galas .

8. Senario pilihanraya kecil ini menyaksikan masing - masing parti mempertahankan kerusi  yang telah di menangi masing - masing dalam pilihanraya umum kecuali kerusi Hulu Selangor dan Galas berjaya dirampas oleh Barisan Nasional sementara kerusi  Kuala Terengganu dan Sibu berjaya dirampas oleh Pakatan Rakyat .

9. Realiti ini menunjukkan kedua - kedua parti tidak boleh berasa selesa dengan kemenangan yang dicapai apalagi untuk angkuh dan congkak dengan sokongan yang diperolehi , kerana politik moden hari ini jelas menunjukkan bahawa , sesebuah parti kini boleh menang dan boleh kalah dengan mudah . Bukan sahaja kerusi tetapi juga kerajaan . Buat masa ini secara realitinya telah  ada 5 buah negeri yang mengalami pertukaran kerajaan malah kerajaan persekutuan juga hampir bertukar tangan apabila kini telah hilang majoriti dua pertiga . Termasuklah kerusi - kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan yang majoritinya beralih tangan kepada Pakatan Rakyat .

10. Ini adalah fakta yang mesti diinsafi oleh semua termasuk kita , walaupun kita telah berjaya mengekalkan kerajaan di Kelantan selama 20 tahun . Tempoh yang dipertahankan ini bukan untuk dibangga jauh sekali untuk berasa angkuh dan sombong , tetapi ianya diraikan untuk menimbulkan rasa syukur dan insaf betapa besarnya amanah dan tanggungjawab yang terpaksa dipikul sebagaimana ia dirasai pada hari pertama kita mengambil alih pemerintahan di Kelantan pada 1990 yang lalu.

11. Kita kalah di Galas dan Batu Sapi saat kita sedang siap menghadapi pilihanraya Sarawak dan juga pilihanraya umum kelak . Saya kira tidak perlu kita ratapi kekalahan yang diterima kerana ia tidak mungkin lagi merubah keputusan , sebaliknya fokus kepada persiapan strategik untuk memenangi pilihanraya umum ke 13 . Post Mortem yang  teliti , benar dan jujur mesti dibentang untuk memastikan pergerakkan kita dihari esok berjalan lancar sebagaimana dirancang .

12. Usah kita berasa malu dan hina untuk mengakui kelemahan justeru ia tidak menghilangkan sedikit pun kemuliaan kita asal sahaja kita bermaksud lurus dan ikhlas. Malah ini bukan masanya kita mahu menilik "hidung tinggi" dan menggilap "kasut kilat" sebaliknya ini adalah detik dan ketikanya kita merendah diri , mengakui kelemahan , bersedia ditegur dan dimuhasabah serta apa yang paling penting ialah sedia berubah ke arah yang lebih baik .

13. Kita juga mesti realistik . Elakkan sentimen dalam membaca situasi dan jauhi emosional dalam merangka strategi. Mesyuaratlah dengan hati yang damai dan jiwa yang tenang tanpa pra sangka. Bawa jiwa yang setia pada jamaah dan wala' pada perjuangan Islam yang didokong. Bajai ukhuwwah dan rapatkan saff kita . Akur pada fakta dan bertindak dengan bijak berasaskan keputusan jamaei .

14. Sayugianya kita insaf bahawa kemenangan adalah kekal milik Allah swt. Allah jua lah yang akan menganugerahkan kemenangan tersebut . Apa yang kita mahu ialah kemenangan yang dikurniakan secara redha kepada kita bukan kemenangan yang diberi secara istidraj [ beri dalam murka ] .

15. Kekalahan kita di Galas dan Batu Sapi bukan pengalaman pertama yang dialami oleh parti tetapi sejak tahun 51 , entah berapa kali parti kalah namun tidak pernah pula generasi terdahulu patah hati dan semangat dalam meneruskan perjuangan sehinggalah ia diwariskan kepada kita hari ini . Ingatlah perjuangan ini tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak diasaskan pada hari ini . Bukan kita yang memulakan perjuangan ini , maka demikian juga bukan kita  yang akan mengakhiri perjuangan ini .

.

Posted: 07 Nov 2010 01:26 AM PDT

.


ADUN DAP Ditumbuk Oleh 30 Ahli UMNO

Posted: 06 Nov 2010 04:04 PM PDT


SHAH ALAM 6 NOV 10: ADUN Sekinchan daripada DAP Ng Suee Lim dimasukkan hospital kerana gegaran otak selepas mendakwa ditumbuk oleh 30 orang kelmarin.

Masih bersemangat tinggi, Ng ketika dihubungi Malaysiakini berharap dapat hadir pada hari kedua sidang DUN Selangor Selasa ini.

Menurut Ng, selepas membuat laporan polis mendakwa dipukul di sebuah kunci air di Tanjung Karang Khamis lalu, beliau berasa pening dan bergegas ke Pusat Perubatan Subang Jaya.

"Saya ditumbuk tiga kali di kepala," dakwanya sambil memberitahu doktor membenarkannya keluar wad esok.

Dalam laporannya polisnya sebelum ini, NG mendakwa dipukul oleh sekumpulan yang disyakinya ahli Umno Tanjong Karang ketika bertemu dengan petani kawasan itu bagi mendengar rintihan tentang isu harga padi.

Timbalan pengerusi Umno Selangor yang juga ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Noh Omar bagaimanapun menyifatkan tuduhan Ng terhadap ahli Umno itu sebagai "mengarut".

" TAK KELUAR TV3 PUN BERITA INI" ITULAH MEDIA MALAYSIA...

Kerajaan Negeri Kedah Terima Bantuan Banjir.

Posted: 06 Nov 2010 04:01 PM PDT


SHAH ALAM, 6 Nov 10: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Kerajaan Negeri Kedah bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.

Bantuan itu diluluskan dalam mesyuarat Exco baru-baru ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali kepada Harakahdaily.

"Saya sendiri akan menyerahkan RM40,000 di pejabat SUK Kedah tengah hari esok sebagai pendahuluan," katanya.

Sementara itu, PAS menganggap kenyataan Tan Sri Muhyidin Yasin satu fitnah apabila mengatakan kerajaan Kedah tidak buat apa-apa terhadap mangsa banjir di negeri itu. Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, tinjauan beliau di kawasan mangsa banjir di mana petugas PAS dan kerajaan negeri bertungkus lumus membantu tanpa mengira ideologi parti dan agama.

Katanya, pihak kerajaan Kedah, pejabat daerah, pejabat zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, pihak polis, bekerjasama dengan baik untuk membantu di pusat perpindahan. Yayasan Amal dan Unit Amal yang dianggotai oleh ahli PAS bercekang mata membantu mangsa banjir dengan tulang empat kerat tanpa diupah.

"Memang ada pusat yang dikendalikan oleh ahli Umno, yang tidak perlulah kita hendak ceritakan bagaimana rungutan mangsa banjir kepada kami.

"Bukan masanya untuk kita hendak mendedahkan keburukan yang dilakukan oleh pelaku ahli Umno sewaktu mengendalikan pusat banjir," katanya.

Sehubungan itu, katanya PAS menasihatkan Muhyiddin janganlah membuat fitnah dan mendengar taklimat daripada ketua cawangan Umno. "Usahlah berpolitik ketika rakyat ditimpa dengan banjir. Air banjir tidak kenal apa anutan ideologi," ujarnya. (Harakahdaily.net)

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 07 Nov 2010 01:17 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


ZAMBRY KADER MENIPU RAKYATNYA

Posted: 07 Nov 2010 02:24 PM PST

Kedah sedia RM1 juta bantu mangsa banjir

Posted: 07 Nov 2010 02:18 PM PST

1 Zulhijjah 1431H.
Harakahdaily.

ALOR SETAR, 7 Nov: Kerajaan Negeri Kedah telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di samping RM500,000 daripada wang zakat yang diumumkan Sultan Kedah semalam.

Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, soal kerajaan negeri tidak membantu mangsa banjir tidak berbangkit langsung di negeri ini.

"Yang menjadi masalah adalah media yang tidak membuat liputan untuk kerajaan negeri," kata beliau.

Kerajaan negeri, katanya, telah menubuhkan Bilik Gerakan Banjir peringkat negeri dan daerah.

Di peringkat negeri ia diketuai oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri manakala di daerah di ketuai Pegawai Daerah.

"Memandangkan SUK di Mekah, Timbalan SUK, Datuk Haji Ahmad Mat Isa yang ketuai operasi ini," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.

Selain jentera kerajaan, NGO dan parti politik khasnya PAS dan Pakatan Rakyat juga terlibat.


"Dakwaan Shahrizat Jabatan Kebajikan Masyarakat agensi pusat tak betul. Pengarahnya staff kerajaan negeri. Ia agensi bersama," katanya.

Beliau mengaku jabatan itu paling banyak membantu magsa di samping kerajaan tempatan, polis, bomba dan juga jabatan kesihatan dan pelajaran.

Hari ini, kata Phahrolrazi, pihaknya bersama JKR akan bersama syarikat yang menjaga konsesi trek berkembar, Gamuda, akan menyiasat kalau projek itu menyebabkan laluan banjir tersekat.

"Memang di Jalan Tun Razak dan Jalan Sultanah ada isu itu, kita akan siasat secara menyeluruh hari ini," katanya.

Sementara itu, sumbangan dari luar datang mencurah-curah untuk membantu mangsa banjir di negeri Kedah.

Tengahari ini, Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali menyerahkan sumbangan RM400,000 dari kerajaan negeri Selangor kepada kerajaan negeri Kedah.

Bantuan juga diserahkan oleh kawasan-kawasan PAS di seluruh negara di samping kutipan dibuat di masjid dan surau untuk diserahkan kepada mangsa banjir.

Pemuda PAS kawasan Selayang telah menghantar kira-kira 50 kampit beras dan diserahkan di bilik oeparasi banjir PAS yang terletak di Kompleks PAS Kedah, dekat Kota Sarang Semut.

Banjir: Makin ramai dipindah di Kota Setar

Posted: 07 Nov 2010 02:16 PM PST

1 Zulhijjah 1431H.

Keadaan banjir di daerah Kubang Pasu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang dipindahkan terus berkurangan tetapi jumlah mangsa yang dipindahkan di daerah Kota Setar terus meningkat.

Sehingga pukul 8 pagi ini, seramai 32,066 orang daripada 7,938 keluarga masih berada di 83 pusat pemindahan di empat daerah iaitu Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Pendang.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika dihubungi Bernama berkata di daerah Kota Setar, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan semakin meningkat iaitu 21,058 orang dengan jumlah keluarga 5,050 berbanding 19,591 orang petang semalam.

Bilangan mangsa di Kubang Pasu pula terus berkurangan dengan jumlah terkini ialah 9,351 orang daripada 2,591 keluarga berada di pusat pemindahan manakala jumlah mangsa di daerah Pokok Sena ialah 1,413 orang daripada 234 keluarga dan di Pendang seramai 244 orang melibatkan 63 keluarga.

Katanya sebanyak 83 buah pusat pemindahan masih dibuka iaitu 45 buah di daerah Kota Setar, 34 di Kubang Pasu, tiga di Pokok Sena dan satu di Pendang.

Sementara itu, tinjauan Bernama di sekitar bandaraya Alor Setar pagi ini mendapati kebanyakkan jalan utama yang menghubungkan ke pusat bandar sudah boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Air di kawasan sekitar bandar raya ini mulai surut sejak lewat malam tadi.

Pemuda PAS Perak teruskan bantah terhadap Rosmah dan Zambry di Taiping

Posted: 07 Nov 2010 01:51 PM PST

1 Zulhijjah 1431H.
SAFARIZAL SALEH

TAIPING, 5 November: - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Taiping meneruskan bantahan terhadap Datin Seri Paduka Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia dan juga Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Negeri Perak berikutan melakukan perbuatan bercanggah dengan Islam.

Hampir 200 orang jamaah selepas Solat Jumaat di Masjid Daerah Taiping berhimpun membantah kedua-dua orang tokoh penting di dalam negara dan negeri tersebut. Himpunan di hadiri oleh Zawawi Hassan yang juga Ketua Pemuda PAS Perak.

Di dalam ucapannya, beliau meminta kedua-dua tokoh tersebut menyedari akan perbuatan mereka itu telah menyentuh umat Islam dan meminta agar mereka berdua mengakui serta bertaubat di dalam menjalankan perbuatan yang telah mencemar Islam itu.

"Kami mendesak agar mereka mengakui perbuatan tersebut telah mencemar nama baik Islam dan sudah tentu mereka yang beragama Islam mesti bertaubat dan mengaku akan kesalahan tersebut supaya tidak menjadi ikutan serta contoh tauladan kepada umat Islam" tegas Zawawi.

SIASAT SEGERA ISU KISDAR : PAS KUALA KANGSAR

Posted: 07 Nov 2010 01:49 PM PST

1 Zulhijjah 1431,
PAS Kuala Kangsar.

PAS Kuala Kangsar melahirkan rasa kesal dan dukacita dengan apa yang berlaku di Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) Kuala Kangsar. Artikel dan polemik di dalam laman web PAS Perak sekiranya benar maka ia membuktikan berlakunya kepincangan dan penyelewengan di dalam pentadbiran KISDAR. Sekiranya benar laporan dan dakwaan tersebut maka pengurusan KISDAR perlu menangani segera permasalahan yang berlaku, segala kepincangan pentadbiran dan salah tadbir urus perlu diperbaiki. Adalah tidak wajar pengurusan KISDAR terus menyembunyi dan menafikan permasalahan dalaman yang berlaku. KISDAR amat dekat dengan masyarakat Kuala Kangsar. Isu-isu seperti salah tadbir urus, salah guna kuasa, penyelewangan, permasalahan perjawatan, rasuah, dan skandal hubungan intim sekiranya benar amat memalukan sebuah Institut Pengajian Tinggi Islam dan mencemar nama baik KISDAR Sekiranya pengurusan KISDAR benar-benar jujur dan sungguh-sungguh untuk menyelesaikan permasalahan tersebut maka isu-isu tersebut perlu dilihat dan ditangani secara makro dan mikro. Selesaikan segera isu-isu tersebut sehingga ke akar umbi.

Antara isu-isu yang perlu disiasat oleh Kerajaan Negeri dan pihak yang berwajib ialah isu kenaikan pangkat pegawai Kontrak Gred 41 ke Gred 44 Tetap tanpa mengikut peraturan ('by-pass') arahan perbendaharaan (General Order), isu salah guna kuasa kelulusan kawasan balak, isu tindakan tatatertib keatas pegawai tanpa merujuk kepada jawatankuasa tatatertib, isu penafian hak ahli akademik dan pegawai tadbir untuk mendapat perjawatan yang sesuai dengan kelulusan dan pengalaman mereka, isu lambakan jawatan bertaraf kontrak dan sambilan dan lain-lain isu yang berbangkit.

PAS Kuala Kangsar dan warga Kuala Kangsar amat berbangga dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak kerana telah menempatkan KISDAR di Kuala Kangsar. Sebagai satu-satunya Institut Pengajian Tinggi Islam milik Kerajaan Negeri Perak maka rakyat Perak amnya dan masyarakat Islam khususnya meletakkan harapan yang tinggi kepada KISDAR untuk menjadi sebuah Institut Pengajian Tinggi Islam yang unggul bukan sahaja di negeri Perak bahkan diperingkat Nasional dan Antarabangsa. Negeri Perak telah melakarkan sejarah cemerlang dengan penubuhan dan pengembangan pelbagai pusat pengajian Islam, bermula dari pengajian pondok sehinggalah kepada pengajian peringkat menengah. Kewujudan KISDAR merupakan kesinambungan kecemerlangan Negeri Perak sebagai pusat pengajian Islam dirantau ini. PAS Kuala Kangsar amat yakin bahawa faktor tersebutlah yang menjadi asas penubuhan KISDAR yang telah genap usianya 11 tahun. Oleh itu sewajarnya seluruh warga KISDAR memahami dan menghayati hasrat dan harapan tinggi tersebut.

PAS Kuala Kangsar meminta Kerajaan Negeri Perak turut berusaha menangani permasalahan dalaman yang berlaku di KISDAR. Jangan sampai permasalahan tersebut menjadi barah dalaman yang kelak akan merosakkan KISDAR. Titah Tuanku Sultan Perak di dalam Majlis Konvokesyen Ke-4 KISDAR yang mahukan KISDAR dinaikkan taraf ke Kolej Universiti perlu direalisasikan oleh Kerajaan Negeri dan seluruh warga KISDAR. PAS Kuala Kangsar amat khuatir sekiranya permasalahan yang berlaku di KISDAR akan menggagalkan usaha yang sedang giat dilakukan untuk menaikkan taraf KISDAR kepada sebuah Kolej Universiti. Adalah tidak wajar sama sekali jika KISDAR hanya cantik dari sudut fizikal dan luaran semata-mata tetapi di dalam penuh dengan masalah dan krisis yang berpanjangan. PAS Kuala Kangsar juga amat khuatir sekiranya isu tersebut tidak diselesaikan segera maka pelajar-pelajar akan menjadi mangsa, mangsa kepada fahaman dan amalan politik sempit yang jauh sekali menyimpang dari amalan dan budaya kerja berteraskan professionalisme dan keintelektualan.

Sekiranya benar isu-isu tersebut berlaku di KISDAR maka PAS Kuala Kangsar merasakan bahawa benarlah tanggapan yang menyatakan bahawa kerosakan sesebuah Institusi Pendidikan atau sesebuah organisasi adalah kerana campur tangan ahli politik secara rakus dan tidak bermoral dan warga institusi/organisasi melakukan tugas secara tidak professional. Justeru itu seluruh masyarakat Islam Kuala Kangsar mengharapkan agar KISDAR bebas dari campur tangan ahli politik secara tidak beretika dan KISDAR perlu juga dipimpin dan ditadbir oleh individu-individu yang berkeupayaan, berkelayakan dan professional. Moga-moga dengan ini KISDAR akan terus melangkah gagah, maju dan membangun bagi melahirkan generasi berilmu dan bertaqwa.

PAS Kawasan Kuala Kangsar

Banjir Kedah sengaja dijadikan isu politik

Posted: 07 Nov 2010 01:43 PM PST

1 Zulhijjah 1431H.
Shaharul Shafie

Akhirnya kerana murka dan kecewa dengan nasib rakyat Kedah yang menjadi mangsa di dalam masalah banjir besar di negeri itu, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim tidak mampu membendung lagi perasaan baginda dengan permainan politik oleh golongan tertentu yang dilihat cuba memanipulasikan keadaan semasa untuk kemenangan atau kepentingan kelangsungan politik mereka sendiri.

Dalam lain perkataan, penulis mengagak tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih teruja dengan kemenangan berganda Barisan Nasional (BN) di Galas dan Batu Sapi telah melihat 'peluang' yang ada dalam bencana banjir ini. Dengan menurut akal strategi kepartian dan nafsunya yang mungkin dangkal telah sengaja mempolitikkan masalah banjir besar yang melanda negeri Jelapang Padi negara itu.

Strategi Muhyiddin sengaja menuduh kerajaan negeri

Muhyiddin sebenarnya dilihat sengaja menggunakan apa sahaja peluang yang ada. Ini termasuklah kelewatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk mengadakan mesyuarat bencana peringkat tertinggi negeri hanya selepas lima hari banjir melanda negeri itu sebagai satu senjata politik dengan harapan rakyat Kedah 'menyedari' atau akan menuduh segala-galanya ke atas kerajaan PAS sebagai gagal bertindak.

Tidak dinafikan kelewatan Azizan memanggil mesyuarat merupakan satu tindakan yang boleh dipersoalkan ramai tetapi banyak perkara perlu dirujuk terlebih dahulu dengan beliau sendiri dan juga kekurangan pengalaman yang baru sahaja mentadbir negeri Kedah selama 2 tahun jika dibandingkan dengan BN yang sudah memerintah negeri itu sebelum tsunami 2008 yang melebihi 50 tahun.

Tetapi hakikatnya di sini ialah tanggungjawab bagi menyelia dan mengambil alih pengurusan bencana sebesar ini tidak terletak di tangan Azizan dan kerajaannya semata-mata atau teraju utama tetapi adalah satu tugas mutlak yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka yang diberikan tugas menjaga rakyat di peringkat kerajaan pusat yang termaktub dalam perjanjian pentadbiran Pusat-Negeri sejak dahulu lagi.

MKN adalah agensi pusat yang bertanggungjawab sepenuhnya

Dalam lain perkataan, mereka yang sepatutnya dipertanggungjawabkan sepenuhnya ialah Muhyiddin sendiri selaku 'Pemangku' Perdana Menteri Malaysia yang secara automatik memangku jawatan 'Pemangku' Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN). Untuk makluman pembaca, urusan bencana sebegini secara zahirnya adalah tanggungjawab utama kepada kerajaan pusat yang dikawalselia melalui majlis tersebut.

MKN ditubuhkan dan operasinya ditanggung sepenuhnya oleh Jabatan Perdana Menteri. Fokus pengurusan bencana adalah salah satu penumpuan MKN selain dari isu keselamatan siber, kesihatan (wabak), keselamatan angkasa, ancaman dan pengurusan pos-pengganas, isu raja berpelembagaan, pelbagai bentuk hanruh dan lain-lain lagi melibatkan kepentingan kenegaraan termasuklah pelaksanaan 1Malaysia. Di mana-mana negara sekalipun walaupun negara-negara tersebut mengamalkan kerajaan persekutuan atau federalisasi yang mengandungi kesatuan negeri-negeri seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, agensi pusat seperti Majlis Keselamatan Negara adalah agensi yang perlu tampil di hadapan dan memimpin sesiapa sahaja termasuklah kerajaan negeri (tidak kira politik) bagi membantu rakyat jelata yang dilanda musibah alam sekitar dan bencana.

Jika kita masih ingat lagi dahulu semasa musibah yang melanda penduduk di Lousiana, Alabama dan Florida akibat Taufan Katrina pada tahun 2005, anda mungkin teringat kegagalan Presiden George W. Bush ketika itu di dalam mengemudi jabatan bertanggungjawab mengenai bencana alam di negara itu yang mendapat perhatian media, birokrat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam negara itu dan juga seluruh dunia. Jabatan yang diletakkan di peringkat pusat itu yang dikenali sebagai Federal Emergency Management Agency (FEMA) itu adalah agensi kerajaan pusat sepertimana agensi-agensi kerajaan pusat di Amerika Syarikat yang anda pernah dengar iaitu FBI, CIA, US Marsyal, Secret Service dan macam-macam lagi melalui pengetahuan anda dan penonjolan dalam skrin layar hiburan Hollywood.

Ketika itu, bukannya para gabenor dari negara-negara itu yang dipersalahkan terlebih dahulu tetapi Presiden Bush sendiri yang dipersalahkan di atas kelembapannya bertindak membantu mangsa Katrina sepertimana beliau lembap menangani keadaan pos trauma pengeboman bangunan World Trade Centre di New York beberapa tahun sebelum itu. Gabenor-gabenor dan datuk bandar ketika itu terutamanya Datuk Bandar New Orleans sudah pun diketahui umum sebagai tidak mempunyai kemampuan yang diperlukan dari segi logistik, peruntukan kewangan kecemasan dan macam-macam lagi bagi mengemudi jentera bantuan bencana. Oleh itu, mereka tidak dipersalahkan sepenuhnya.

Oleh itu, keadaan ini juga adalah dikira sama dengan apa yang dialami oleh Azizan sendiri sebagai pemimpin negeri yang kurang berkemampuan dari segi pengalaman dan logistik. Saya yakin Azizan telah melakukan yang terbaik dengan mencari punca dana bagi menyediakan bantuan awal yang mungkin sehinggakan sukar mencari masa untuk mengadakan mesyuarat 'rasmi'. Azizan terlalu sibuk ke sana-sini untuk mengemudi apa sahaja logistik yang ada untuk membantu yang benar-benar memerlukan dan mampu diberikan.

Mesej titah Sultan Kedah kesal politik banjir dituju pada pusat?

Malah bagi mereka yang berakal di dalam membaca mesej Tuanku Abdul Halim yang turut menitahkan zakat negeri dikeluarkan sebanyak RM500,000 dengan kapasiti baginda sebagai ketua agama negeri bagi membantu mangsa. Malah, puteri baginda yang menjadi Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) juga mengeluarkan sumbangan YSB sebanyak RM200,000 untuk tujuan membantu mangsa banjir. Ini secara terus-terang menunjukkan kerajaan negeri memang tidak pernah diperuntukkan dengan begitu banyak wang kecemasan bencana kerana perjanjian persekutuan Malaysia telah memberikan tanggungjawab itu dikemudikan di peringkat pusat yakni MKN.

Saya yakin keadaan ini iaitu tiada peruntukan besar untuk bencana adalah jelas dan sama sahaja di dalam akaun mana-mana kerajaan negeri di negara ini. Namun, Azizan juga diyakini tertekan kerana kegagalan jentera pusat MKN yang sepatutnya membantu negeri itu. MKN mungkin juga sengaja melambatkan menunaikan tanggungjawab dan amanah rakyat kepada mereka untuk menyalurkan ratusan juta ringgit wang kecemasan, bekalan makanan simpanan dan logistik yang hebat semata-mata mencari peluang untuk sengaja mencari kelemahan musuh politik sesetengah pemimpin pusat.

Ini dengan jelasnya bagi mereka ini meletakkan kepentingan survival parti sendiri melebihi keperluan rakyat tidak kira fahaman politik yang sangat-sangat memerlukan bantuan yang sememangnya hak mereka untuk diberikan . Perlu diingatkan setiap tahun, JPM yang mempunyai banyak agensi yang dicipta khas dengan pelbagai sebab telah mendapat peruntukan besar termasuklah MKN sendiri. Malah, jumlah peruntukan kepada JPM dalam pengumuman bajet 2011 juga dilihat jauh lebih banyak daripada peruntukan bajet yang diumumkan oleh mana-mana kerajaan negeri di negara ini.

Saya yakin Azizan dan jenteranya juga sudah berjaya mengenalpasti masalah yang menyebabkan keadaan banjir memburuk di Kedah. Antara sebab utamanya ialah akibat daripada pembinaan landasan berkembar oleh MMC-Gamuda sepanjang negeri itu. Pembinaan tersebut telah menyebabkan saluran-saluran air banjir terganggu, tersumbat dan telah sempit dengan tanah dan sisa bahan binaan. Saluran sepatutnya membawa air banjir masuk ke kawasan sawah dan sungai-sungai berhampiran. Namun begitu, Datuk Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga ahli Parlimen Alor Setar akhirnya mengakui hakikat pembinaan ini antara punca utama.

Media nasional cara terbaik memanipulasi isu banjir

Berbalik semula kepada peranan pusat mengetuai pasukan kecemasan, Muhyiddin dilihat telah gagal sama sekali. Beliau tahu rakyat di negeri Kedah yang rata-ratanya berpendidikan rendah dan dengan menggunakan media massa nasional seperti berita di televisyen dan radio, Muhyiddin sengaja memburuk-burukkan kerajaan negeri sebagai gagal bertindak. Orang-orang kampung atau luar bandar ini yang majoriti masih menggunakan saluran media berkenaan untuk maklumat tidak mengetahui bahawa kesilapan sebenarnya datang dari agensi pusat. Saya yakin begitu ramai mangsa-mangsa banjir Kedah tidak tahu pun mengenai isu pentadbiran kecemasan seperti pengurusan bencana banjir ini adalah tanggungjawab pusat sepenuhnya melalui MKN. Maka, seperti biasa, Muhyiddin sengaja memanipulasikan rakyat Kedah yang tidak tahu mengenai kewujudan dan peranan MKN ini dengan menjuruskan kesemua masalah ke atas kerajaan pimpinan Azizan.

Namun begitu, saya yakin itu hanyalah helah dan agenda Muhyiddin sendiri semata-mata dan adalah silap sekali jika dilihat sebagai usaha sengaja dilakukan oleh pihak kerajaan BN. Cuba para pembaca sekalian bayangkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang sedang uzur terpaksa bingkas dari katil hospitalnya sendiri untuk mengemudi dan mengarahkan jentera pusat bagi membantu kerajaan negeri dan mangsa-mangsa banjir di negeri Kedah dan negeri-negeri lain yang terlibat seperti Perlis dan Kelantan tanpa mengira kawan atau lawan politik.

Perdana Menteri lebih telus membantu mangsa banjir
Usaha Najib nampak begitu ikhlas yang mungkin kerana melihat Muhyiddin yang sepatutnya melakukan yang terbaik mengenainya sebelum ini telah gagal gara-gara Muhyiddin menjadikan urusan pilihanraya kecil di Batu Sapi dan lawat-melawati rumah terbuka Deepavali parti-parti komponen BN untuk kepentingan politiknya sendiri walaupun banjir sudah pun bermula sejak tempoh kempen di Galas dan Batu Sapi baru bermula beberapa hari selepas hari penamaan calon. Oleh itu, apabila Muhyiddin berkata semalam dalam media akan melawat ke Kedah hari ini bagi meninjau masalah banjir, maka beliaulah yang gagal kerana lewat bertindak sepatutnya sebagai Pemangku Pengerusi MKN semasa ketiadaan Najib yang bercuti sakit.

Oleh itu amat penting sekali bagi kerajaan PAS negeri Kedah sekarang memberikan penerangan kepada rakyat jelata yang terlibat di dalam banjir ini bahawa kerajaan pusat telah gagal menyalurkan bantuan logistik dan bantuan kewangan kecemasan pusat yang sememangnya wujud selama ini untuk menangani masalah sebegini. Kerajaan pimpinan Azizan kena lebih bijak menangkis polemik manipulasi sebegini oleh Muhyiddin dan jangan biarkan mesej atau tuduhan Muhyiddin yang dimain-mainkan di corong radio milik Radio Televisyen Malaysia (RTM), siaran berita media televisyen milik kerajaan seperti RTM, Media Prima dan akhbar-akhbar kerajaan daripada menyiarkan tuduhan fitnah tidak bertanggungjawab kerajaan negeri yang dipimpin Azizan hari ini di dalam menguruskan bencana.

Mahu atau tidak mahu, political mileage Muhyiddin bagi meneruskan usaha manipulasi kotor menawan negeri Kedah semula dengan cara fitnah ini perlu diperjelaskan kepada rakyat terutamanya tentang perjanjian persekutuan-negeri dan kewujudan MKN sebagai agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya. PAS dan komponen-komponen Pakatan Rakyat(PR) perlu memberitahu rakyat sedaya-upaya mengenai wujudnya MKN yang seharusnya tampil paling ke hadapan menangani isu bencana seperti ini. Jika gagal berbuat demikian, minda rakyat Kedah akan mudah dimanipulasikan oleh media nasional yang mungkin berakhir kepada kekalahan PR pada PRU akan datang.

Masalah kelewatan bantuan pusat sebenarnya tidak patut dimanipulasi oleh Muhyiddin untuk kepentingannya. Ini kerana sejak beberapa dekad yang lalu terutamanya banjir besar dalam musim tengkujuh yang pernah melanda negeri-negeri Kelantan dan Terengganu (di bawah kerajaan PAS selepas PRU 1999), pihak MKN telah melakukan tugasan mereka yang baik bagi menyelia kerajaan negeri untuk membantu mangsa-mangsa banjir tanpa mengira siapa yang memerintah kerajaan negeri. Muhyiddin diharapkan faham fungsi menjadi kerajaan yang dipilih dan menjadi pemimpin parti adalah dua perkara yang berbeza. Sekiranya Muhyiddin masih gagal faham perbezaan di antara kedua-duanya, maka beliau adalah satu liabiliti kepada konsep pentadbiran Najib yang melihat 'era kerajaan lebih tahu daripada rakyat sudah berakhir' dan menjunjung konsep pemisahan kuasa dalam perlembagaan negara.

Ini petunjuk masalah dalaman antara Najib-Muhyiddin

Jika anda sedar dari cubaan saya mengisahkan kegagalan Muhyiddin menangani isu banjir di Kedah yang dilakukan dengan sengaja untuk menjatuhkan musuh politik di sana dengan bantuan media di bawah cengkamannya tanpa menghiraukan keutamaan yang perlu diberikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat, Muhyiddin sewajarnya dilihat sebagai satu masalah kepada Najib. Malah difikirkan dalam isu pentadbiran negara, walaupun Najib yang sedang uzur terpaksa memaksa dirinya mengambil alih menguruskan masalah bencana yang berlaku, ini bermakna Najib tahu Muhyiddin telah gagal dan Najib terpaksa masuk campur sambil menahan rasa sakit bagi menyelesaikan masalah deadlock politik yang sengaja dicipta oleh Timbalannya itu dalam isu bencana ini.

Malah, saya yakin Najib mungkin lebih memahami maksud atau mesej titah Tuanku Abdul Halim yang kecewa dengan golongan politik tertentu yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat yang diperintah. Saya bolejh mentafsirkan titah tuanku sebagai 'kecewa' dengan jentera pusat yang gagal mengetuai atau mengelola masalah bencana sepertimana yang sepatutnya oleh MKN bersama-sama dengan bantuan kerajaan negeri dengan meletakkan rakyat di hadapan melebihi kepentingan politik sempit. Atau dalam lain perkataan, apabila Najib masuk campur isu pentadbiran semasa cuti sakitnya, ini bermaksud Muhyiddin tidak dipercayainya. Maka mungkin ada benarnya hubungan Najib-Muhyiddin tidaklah semesra yang disangkakan. Jadi, apa pendapat atau pandangan anda sekarang?

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com

Corak Pakaian Wanita Hui di China

Posted: 07 Nov 2010 07:50 AM PST

1 Zulhijjah 1431H.

Kaum wanita etnik Hui di China sentiasa memakai tudung kain sutera yang berwarna hijau. Fesyen pakaian dan hiasan kepala wanita etnik tersebut mempunyai keistimewaan yang bersifat etnik dan unsur tempatan yang tebal. Hari ini, kita akan bersama-sama mengetahui pelbagai corak pakaian etnik Hui di China.

Fesyen pakaian yang mempunyai keistimewaan itu telah lama wujud dan telah mengalami perubahan yang besar di Wilayah Autonomi Hui Ningxia China, iaitu kawasan yang didiami oleh penduduk Islam terbesar di China. Menurut sejarah sejak ratusan tahun yang lalu, pakaian etnik Hui telah beberapa kali mengalami perubahan.

Kebelakangan ini, pereka pakaian cuba untuk menambah unsur-unsur moden terhadap pakaian tradisional etnik Hui. Warna, corak dan kualiti pakaiannya semakin diperkayakan.

Kaum lelaki dan wanita etnik ini gemar memakai baju yang bercampur-campur warnanya. Kaum lelaki gemar memakai kopiah berwarna putih, hitam dan merah yang diperbuat daripada kain kapas dan sulaman. Kaum wanitanya pula gemar memakai tudung berwarna hitam, putih dan hijau. Selain warna tersebut, terdapat warna-warna merah dan biru. Kebanyakan tudung kain sutera diperbuat daripada kain kapas dengan reka bentuk tudung yang mengalami perubahan yang besar daripada rekaan tradisionalnya.

Masjid Najiahu terletak di Kaunti Yongning Bandar Yinchuan Wilayah Autonomi Ningxia. Imam muda dari masjid ini memakai kopiah berwarna putih dan sut longgar yang bersih. Kebanyakan jemaah yang bersembahyang juga memakai pakaian seperti itu.

Bilangan penduduk etnik Hui merupakan 84.5% daripada 354 ribu orang penduduk yang tinggal di kaunti Tongxin Wilayah Autonomi Hui Ningxia. Kebanyakan kaum wanitanya yang sudah berkahwin memakai tudung berwarna biru muda dan berpakaian biasa. Kaum lelaki memakai kopiah berwarna putih dan memakai sut longgar. Gadis-gadis etnik Hui pula gemar memakai tudung berwarna putih manakala gadis yang belajar di sekolah bahasa Arab Tongxin memakai jubah labuh.

Pakar penyelidikan fesyen pakaian etnik Hui Akademi Sains dan Sosial Wilayah Autonomi Ningxia, Tao Hong berkata proses perubahan fesyen pakaian etnik Hui adalah selaras dengan proses pertembungan antara budaya Arab dengan budaya China, yang merupakan proses adat resam dan corak pakaian seharian.

Menurut pakar penyelidikan budaya etnik Hui, pembentukan etnik Hui bermula pada penghujung Dinasti Yuan dan pada awal Dinasti Ming. Pembentukan corak pakaian etnik Hui selaras dengan pembentukan etnik Hui. Corak pakaian itu turut dipengaruhi oleh pakaian penduduk etnik-etnik di Asia Tengah dan Asia barat serta gaya pakaian etnik semula jadi, namun begitu corak pakaian etnik Hui tidak bertembung dengan corak pakaian etnik Han, dan keadaan ini diwarisi secara berterusan.

Menurut beliau, sekalipun corak pakaian etnik Hui mengalami perubahan, tetapi pada asasnya perubahan itu tidak ketara. Fesyen pakaian etnik Hui memperlihatkan corak pakaian yang panjang dan ketat. Penduduk tempatan memakai pakaian yang tidak terdedah di kawasan-kawasan yang didiami oleh penduduk etnik Hui yang taat dengan ajaran Islam.

Seramai lebih 2.1 juta orang penduduk etnik Hui tinggal di Wilayah Autonomi Hui Ningxia. Sebuah Muzium fesyen pakaian etnik Hui telah dibangunkan di kaunti Tongxin Wilayah Autonomi Hui Ningxia untuk mengumpul dan melindungi tapak peninggalan sejarah dan warisan budaya fesyen pakaian etnik Hui yang sangat bernilai. CRI/-

Le Bu Si Shu : Terlalu Seronok Hingga Lupa Akan Negeri Shu

Posted: 07 Nov 2010 07:43 AM PST

1 Zulhijjah 1431H.

Asal Usul:

Peribahasa "Le Bu Si Shu" ini berasal daripada satu cerita yang berlaku pada zaman kerajaan Tiga Negeri (tahun 220-280 Masihi). Menurut ceritanya, setelah raja negeri Shu, iaitu Liu Bei mangkat, takhta baginda telah diwarisi oleh puteranya, Liu Shan. Liu Shan ialah seorang pengecut yang hanya tahu mencari keseronokan sahaja, dan tidak cekap menguruskan negeri. Pada mulanya, dengan adanya bantuan daripada beberapa orang pegawai yang bijak yang sebelum ini merupakan penasihat kepada Liu Bei, negeri Shu masih boleh bertahan. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, dengan pemergian mereka seorang demi seorang, negeri Shu semakin hari semakin lemah hingga akhirnya ia ditumbangkan oleh negeri Wei setelah Liu Shan menyerah diri secara sukarela.

Selepas itu, Liu Shan telah diatur untuk tinggal di ibu kota negeri Wei, dan diberi gelaran Anlegong (Tuan Aman dan Gembira). Pada suatu hari, dia telah dijemput ke majlis jamuan di rumah Sima Zhao, seorang hulubalang yang hebat di negeri Wei. Ketika majlis jamuan itu sampai kepada kemuncaknya, Sima Zhao berkata kepada Liu Shan dengan nada menghina,

"Tuan sudah meninggalkan negeri Shu begitu lama. Hari ini, saya telah mengatur persembahan tarian dan nyanyian tradisional negeri Shu khusus untuk tuan. Moga-moga ia dapat membantu mengubati kerinduan tuan."

Persembahan yang diatur oleh hulubalang Sima Zhao itu, benar-benar menjadikan pegawai-pegawai bawahan Liu Shan sangat sedih kerana terlalu rindu akan kampung halaman mereka. Bagaimanapun, Liu Shan masih terus minum arak sambil berbual-bual dengan orang lain dengan gembira. Air mukanya tidak menampakkan sedikit pun perasaan sedih dan rindu. Hulubalang Sima Zhao bertanya dengan hairan.

"Masihkah tuan mahu pulang ke kampung halaman di negeri Shu?"

Liu Shan menjawab, sambil ketawa besar,

"Di sini ada tarian dan nyanyian yang begitu menarik. Ada juga arak yang begitu sedap. Tentulah saya tidak lagi mahu pulang ke negeri Shu."

Maka, selepas jamuan tersebut, hulubalang Sima Zhao serta pegawai-pegawai yang lain di negeri Wei semakin memandang rendah kepada Liu Shan.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Le Bu Si Shu" atau "Terlalu Seronok Hingga Lupa Akan Negeri Shu" ini, digunakan untuk mempersenda orang atau golongan yang hanya tahu mencari keseronokan sahaja hingga lupa akan rumah tangga dan kewajipannya. Ia memberikan pengajaran bahawa dalam apa jua keadaan, kita bukan sahaja tidak patut berhenti daripada mengejar cita-cita, sebaliknya perlu lebih tegas dengan diri sendiri, beraspirasi tinggi, dan berjuang dengan sepenuh tenaga untuk mencapai segala apa yang diaspirasikan. CRI/-

Memilih pemimpin menurut Islam

Posted: 07 Nov 2010 07:38 AM PST

1 Zulhijjah 1431H.
Oleh : Ust. Salman Maskuri

Pemilihan pimpinan adalah suatu perkara yang penting bagi umat Islam kerana mereka akan membawa hala tuju orang yang di pimpin. Dalam perkara yang kecil pun Islam menyuruh kita memilih pemimpin. Rasulullah saw bersabda:

" Apabila kamu keluar bermusafir 3 orang hendaklah kamu memilih seorang untuk menjadi ketua."

Hadis riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.

TOLAK PEMIMPIN YANG GILA KUASA

Maksud gila kuasa adalah yang inginkan keuntungan dunia disebalik jawatan tersebut. Kepimpinan adalah satu tanggung jawab yang sangat berat dan bukan suatu benda yang harus direbut. Nabi saw bersabda:

" Demi Allah sesungguhnya kami tidak akan memberikan tugas kepimpinan kepada orang yang memintanya dan orang yang tamak dengannya."

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

PILIH PEMIMPIN YANG DIREDAI ALLAH DAN RASULNYA

Siapa yang ada kuasa untuk memilih pimpinan dalam apa jua sitiuasi (walau pun sekadar ketua rumah/kelas) ia mempunyai tanggung jawab yang sangat berat kerana kewajipan kepadanya untuk memilih yang paling diredai oleh Allah dan Rasulnya. Kesemua manusia , persatuan, parti dan sebagainya ada membuat kesilapan. Nabi saw sendiri sebagai pemimpin agung juga ditegur secara terang – terangan oleh Allah dalam surah Abasa. Kita hendaklah memilih pemimpin yang kurang kesilapan dan kesalahannya serta lebih disayangi oleh Allah dan Rasulnya. Oleh itu kita wajib memilih pemimpin yang lebih diredai oleh Allah dan Rasulnya. Nabi saw bersabda:

" Sesiapa yang yang melantik seorang lelaki untuk mengurus dan memerintah satu kaum sedangkan ada yang Allah lebih reda daripada lelaki tersebut , sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, Rasulnya dan orang-orang beriman."

Hadis riwayat Hakim dari Ibnu Abbas.

Ada yang memilih seseorang kerana ia saudaranya , kerana itu rakannya, kerana dia boleh bagi duit banyak, kerana nak kenakan dia, kerana lebih baik rupa paras, kerana lebih kaya, kerana banyak keuntungan dunia dan niat-niat yang lain yang bukan ianya lebih Allah dan Rasulnya redai. SEMUA ITU ADALAH SATU PENGKHIANATAN KEPADA ALLAH, RASUL DAN ORANG-ORANG BERIMAN.

PILIHLA PEMIMPIN YANG MEMBAWA MU KE AKHIRAT

Banyak pemilih-pemilih yang teruja dengan projek-projek dunia yang memuaskan keinganan dunia mereka sedangkan pemimpin itu jarang bercakap tentang akhirat apalagi menggalakkan rakyatnya beramal untuk ke akhirat. Kita semua sudah mengetahui bahawa kehidupan akhirat adalah kehidupan hakiki dan dunia adalah sementara. Oleh itu kita hendak pemimpin yang membawa projek akhirat dan dalam masa yang sama tidak mengetepikan dunia dari tangan. Pemimpin yang selalu mengingatkan kita tentang akhirat dan pemimpin yang melaksanakan hukuman akhirat. Firman Allah swt:

" Dan kehidupan akhirat adalah lebih baik bagi kamu dan lebih kekal."

Ayat 17 surah al-A'la

DUA CIRI UTAMA PEMIMPIN

Nabi saw telah bersabda:

" Sesungguhnya kamu akan menakluk di timur dan dibarat bumi. Semua pemimpin-pemimpinnya berada dalam neraka kecuali dia bertakwa kepada Allah dan yang memegang amanah."

Hadis riwayat Ahmad daripada Mas'ud bin Qubaisah.

Takwa adalah orang yang menjunjung perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Amanah adalah menguruskan orang bawahannya mengikut al-Quran dan Sunnah bukannya mengikut logik pemikirannya.

MEMILIH PEMIMPIN ADALAH CARA MENEGAH KEMUNGKARAN

Menegah kemungkaran adalah kefarduan utama bagi orang yang ada kuasa , oleh itu diantara kemampuan yang dimiliki oleh rakyat adalah kuasa memilih. Ini juga termasuk apa yang Nabi sebut:

" Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan kuasanya."

Hadis sahih Muslim

Diantara kuasa yang ada pada kebanyakan manusia pada hari ini adalah kuasa memilih.Sesiapa yang memilih pemimpin yang tidak Allah redai atau tidak memilih pemimpin sedangkan dia boleh memilih , dia telah mengkhianati amanah Allah, Rasul dan orang-orang beriman seperti dalam hadis yang lepas.

OLEH ITU LARI DARI MEMILIH ADALAH PENGKHIANATAN DAN MEMILIH PEMIMPIN YANG TIDAK ATAU KURANG DEREDAI ALLAH JUGA SATU PENGKHIANATAN.

http://akhisalman.blogspot.com/

Kerajaan perlu berterus terang kesihatan PM

Posted: 07 Nov 2010 07:35 AM PST

1 Zulhijjah 1431H.

KUALA LUMPUR, 6 Nov: Kerajaan sepatutnya berterus-terang dengan keadaan kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa.

"Semalam, (Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri) Dr Mohd Ismail Merican berkata Perdana Menterii mungkin boleh keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

"Walaupun kita tidak menolak kemungkinan yang dijangkakan oleh beliau, tetapi sebelum ini juga Perdana Menteri dilaporkan pulih agak cepat setelah dilaporkan semakin pulih selepas diberi minum air kelapa dan tempat tidurnya dialas dengan daun bambu.

"Tetapi selepas itu, tiba-tiba dilaporkan Perdana Menteri masuk hospital pula," katanya.

Sebab itulah, kata Husam, kerajaan perlu menyatakan perkara sebenarnya untuk mengelakkan tersebarnya khabar-khabar angin yang tidak sepatutnya.

"Adalah tidak wajar jika rakyat sekali lagi melihat khabar angin akhirnya menjadi cerita benar malah khabar angin juga akan memburukkan pasaran saham," katanya.

Sejak hari pertama Najib dilaporkan tidak sihat, khabar angin telah pun tersebar luas walaupun beliau didakwa menunjukkan respons yang baik kepada rawatan yang diberikan, kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu lagi.

Hubungan kerajaan Kelantan dengan kerajaan Pusat yang dipimpin Najib menjadi semakin tegang tahun ini berikutan tindakan Pusat menyekat royalti minyak kepada kerajaan negeri itu.

Sehingga hari ini pun, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan Kelantan termasuk solat hajat dan munajat agar hak negeri itu untuk mendapatkan royalti tidak disekat oleh kerajaan Pusat.

Husam bagaimanapun menolak untuk mengulas perkara itu sebagai 'menghormati Perdana Menteri yang sedang sakit'.

Isnin lalu, Najib dilaporkan mempunyai penyakit cacar dan telah dinasihatkan oleh doktor peribadinya supaya berehat di rumah.

Presiden Umno itu dilaporkan mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

Harakahdaily/-

Banjir: Selangor sumbang RM100 ribu pada Kedah

Posted: 07 Nov 2010 07:32 AM PST

1 Zulhijjah 1431H.
Harakahdaily

SHAH ALAM, 6 Okt: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Kerajaan Negeri Kedah bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.

Bantuan itu diluluskan dalam mesyuarat Exco baru-baru ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali kepada Harakahdaily.

"Saya sendiri akan menyerahkan RM40,000 di pejabat SUK Kedah tengah hari esok sebagai pendahuluan," katanya.

Sementara itu, PAS menganggap kenyataan Tan Sri Muhyidin Yasin satu fitnah apabila mengatakan kerajaan Kedah tidak buat apa-apa terhadap mangsa banjir di negeri itu.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, tinjauan beliau di kawasan mangsa banjir di mana petugas PAS dan kerajaan negeri bertungkus lumus membantu tanpa mengira ideologi parti dan agama.

Katanya, pihak kerajaan Kedah, pejabat daerah, pejabat zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, pihak polis, bekerjasama dengan baik untuk membantu di pusat perpindahan.

Yayasan Amal dan Unit Amal yang dianggotai oleh ahli PAS bercekang mata membantu mangsa banjir dengan tulang empat kerat tanpa diupah.

"Memang ada pusat yang dikendalikan oleh ahli Umno, yang tidak perlulah kita hendak ceritakan bagaimana rungutan mangsa banjir kepada kami.

"Bukan masanya untuk kita hendak mendedahkan keburukan yang dilakukan oleh pelaku ahli Umno sewaktu mengendalikan pusat banjir," katanya.

Sehubungan itu, katanya PAS menasihatkan Muhyiddin janganlah membuat fitnah dan mendengar taklimat daripada ketua cawangan Umno.

"Usahlah berpolitik ketika rakyat ditimpa dengan banjir. Air banjir tidak kenal apa anutan ideologi," ujarnya.

PEMUDA PAS TELUK INTAN

Posted: 07 Nov 2010 01:10 AM PDT

PEMUDA PAS TELUK INTAN


Tuan Guru Nik Aziz dimaki hamun part 1

Posted: 06 Nov 2010 07:05 PM PDT

selama hari nie bukan ker umno yang berbalah secara terang2 dalam tv???
adakah umno betul2 islam?
apakah najib itu tidak pernah ditegur oleh orang islam dari pas akan isteri beliau, apa yang najib lakukan?
jangan bercakap berhujah kan aqal semata-mata dan berhujah menggunakan bangsa

Tuan Guru Nik Aziz dimaki hamun part 2

Posted: 06 Nov 2010 07:01 PM PDT

Tuan Guru Nik Aziz dimaki hamun part 3

Posted: 06 Nov 2010 06:59 PM PDT

Tuan Guru Nik Aziz dimaki hamun Part 4

Posted: 06 Nov 2010 06:57 PM PDT

ni la salah seorang manusia yang meminta agar pas keluar dari pakatan dan bergabung dengan umno, manakala umno di benarkan untuk terus bersama komponen yang bukan islam...
politik umno yang mempergunakan islam atas kepentingan politik umno/bn
mereka lupa bahawa ayat al-quran bukan la perkara untuk kepentingan mereka dan juga rakyat tidak mudah untuk terpedaya untuk diperbodohkan dengan hujah bodoh

Pengikut