Khamis, 14 Jun 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


:: @ AL-BAKISTANI @ ::

Posted: 14 Jun 2012 03:08 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:08 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-


PRU MUSIM HAJI : SUDUT PANDANG USUL FIQH

Posted: 14 Jun 2012 07:28 AM PDT

Didalam ilmu usul fiqh, hukum wajib itu terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya adalah, wajib itu dibahagikan kepada wajib mudhayyaq (sempit) seperti menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan, dan juga wajib muwassa' (luas), seperti menunaikan solat.

Dikatakan berpuasa di bulan ramadhan sebagai wajib mudhayyaq (sempit) adalah kerana, berpuasa itu tidak boleh dilakukan dibulan-bulan yang lain. maka dengan sebab itulah, berpuasa di bulan ramadhan dikira sebagai wajib mudhayyaq (sempit).

Adapun solat, dikatakan sebagai wajib muwassa' (luas) adalah kerana, solat itu tidak semestinya di tunaikan diawal waktu, bahkan selagi waktu bagi solat belum habis, maka selagi itulah solat boleh di tunaikan[Al-Wadih Fi Usul Al-Fiqh : m/s 7].

Maka dengan demikian, sekiranya berlaku pilihanraya di musim haji, maka hendaklah dihimpunkan kedua-dua kewajipan tersebut, iaitu kewajipan mengundi dan kewajipan melakukan haji.

Kewajipan mengundi untuk memenangkan parti islam adalah satu kewajipan yang mudhayyaq (sempit), ini adalah kerana, di sebabkan kekalahan parti islam dalam sesuatu pilihanraya akan menatijahkan kekuasaan pemerintahan zalim, rasuah dan sebagainya.

Adapun kewajipan haji merupakan wajib yang muwassa' (luas). Ini adalah bersebab, dibenarkan kepada kita menunaikan ibadat haji di tahun yang mendatang.

Oleh yang demikian, apabila berhimpun dua wajib ini, maka ketika itu, wajib kepada pengundi yang pergi haji bahawa tidak pergi ke Mekkah untuk buat haji pada hari berlakunya pilihanraya, bahkan wajib kepada pengundi mengundi parti islam untuk memastikan kezaliman, rasuah dan sebagainya berjaya dihapuskan.

MUDHARAT YANG LEBIH BESAR

Mudharat tidak ke makkah untuk melakukan ibadat haji tidaklah sebesar mudharat kalah parti islam dalam pilihanraya.

Jika seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan tidak sempat melakukan ibadat haji, dibenarkan kepada waris untuk menunaikan haji niyabah untuk dirinya

Menurut Jumhur ulama melainkan hanafi, dibenarkan melakukan niyabah (ganti) haji ketika tidak mempu menunaikannya (al-fiqh al-Islami Wa adillatuh : 3/38)

Adapun membiarkan kezaliman, rasuah dan sebagainya merupakan mudharat yang besar jika dibandingkan dengan mudharat tidak mengerjakan haji ketika itu. Antara cara untuk menjadikan Islam di hina adalah dengan membiarkan pihak Barisan nasional memerintah.

Maka dengan demikian, apabila berhimpun dua mudharat ini, maka hendaklah diambil mudharat yang paling ringan antara dua mudharat, iaitu tidak melakukan haji pada tahun tersebut, bahkan mengambil tindakan menunggu pilihanraya dan mengundi parti islam pada tahun tersebut.

Ini didasarkan kepada kaedah fiqh yang berbunyi;

إذا تعارض مفسدتان روعي أعظمهما ضررا بإرتكاب أخفهما

Maksudnya;

"Apabila bertembung dua mafsadah, maka diraikan mudharat yang paling besar dari kedua-duanya dengan melakukan yang paling ringan daripada kedua-duanya [ Al-Aqmar Al-Mudiah : m/s 123 ]"

Kerabu Bersuara ®

Posted: 14 Jun 2012 03:07 PM PDT

14 June 2012

Sistem demokrasi di Malaysia khususnya dalam konteks hak berpilihan raya kini sudah sampai ke satu titik noktah bila mana penentuan tarikh pilihan raya terletak bulat-bulat di tangan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia – kini disandang oleh Najib Razak.

UMNO-BN mewarwarkan bahawa demokrasi Malaysia ini tulen dan telus, kini nyata sekali sekadar retorik politik. Demokrasi memang bukan sekadar pilihan raya lima tahun sekali, ia memerlukan pilihan raya yang bersih, telus dan adil. Hak berpilihan raya ini sudah menjadi hak awam.

Bagaimana mungkin hak-hak awam, yakni hak warganegara yang bertamadun ini, dikuasai oleh hanya satu tangan tunggal, iaitu di bawah kuasa PM seorang diri?

Sungguh pun ia bukanlah suatu kesalahan dari segi perundangan, moral demokrasi itu tidak ada. Mengapa kita katakan demikian? Kerana, dalam apa jua sistem atau undang-undang, nilai moral adalah menjadi roh kepada keutuhan sistem tersebut. Tidak mungkin undang-undang atau sesuatu hukuman itu, tidak mengambil kira kesan terhadap hal moraliti.

Adalah jelas menunjukkan bahawa teka-teki berhubung tarikh pilihan raya, pembubaran Parlimen dan sebagainya, secara langsung akan memberi kesan kepada urusan harian rakyat. Urusan kerja dan tugas, urusan sekolah, urusan jual beli termasuk bayaran hutang akan tertangguh, urusan percutian bersama keluarga – semua ini akan menjadi alasan dan sebab terganggunya aktiviti ekonomi dan sosial.

Kesan ini lebih hebat kepada rakyat daripada kesan usahawan Melayu pro-UMNO berkereta mewah yang menyamar sebagai penaja kecil untuk merungut tentang perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu.

Jenaka demokrasi UMNO

Hingga baru-baru ini, pihak PAS telah memberi isyarat dan peringatan kepada ahlinya agar menangguhkan hajat menunaikan haji semata-mata kerana 'culaan' tarikh pilihanraya. Lantaran itu berhujahlah puak-puak UMNO dengan menggambarkan seolah-olah PAS telah melanggar syariat Islam.

Inilah lawak jenaka yang menyedihkan bila mana isu ibadah haji, tanggungjawab sebagai Muslim telah dikelirukan oleh juak UMNO. Isu ini pun nak guna untuk raih undi, miskin sekali kempen politik mereka.

Kini, rasional kuasa penentuan pilihan raya di tangan seorang Perdana Menteri tidak lagi relevan dalam dunia serba canggih. Dalam kalendar Islam, telah jelas bagaimana sesuatu tarikh ibadah puasa atau Idulfitri itu ditentukan oleh kaedah hisab dan rukyah. Mengapa UMNO tidak mahu belajar darinya?

Di negara-negara yang kita anggap sekular dan tidak Islam, bangsa dan budaya mereka masih boleh membezakan antara hak awam dan hak seorang Perdana Menteri. Hak-hak ini tidak menindih antara satu sama lain.

Jika Tun Mahathir Mohamad bilang 'demokrasi ada batasannya', maka benarlah demokrasi kebudak-budakan UMNO, yakni hanya pemimpin UMNO yang tentukan apa itu demokrasi manakala yang lainnya, termasuk definisi demokrasi sebenar, dianggap mahu menggulingkan kerajaan.

Kita tidak boleh biarkan lagi sistem sebegini diteruskan lagi. UMNO-BN tidak serius untuk reformasi kerajaan. Segala macam programnya untuk transformasi hanyalah pembaziran wang cukai rakyat untuk mengekalkan kuasa mereka tanpa mempedulikan rakyat.

Pakatan Rakyat telah pun membuktikan iltizam dan amalan di negeri-negeri yang mana mereka diberi mandat. Pakatan memang cakap serupa bikin. Cara untuk mereformasikan negara kita adalah dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan pada pilihan raya umum kali ini. – Roketkini.com

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Яндекс.Fresh-Up/Позиции сайта dppnkedah.blogspot.com

Posted: 14 Jun 2012 01:13 AM PDT

Добрый день.

Меня зовут Александр Сибиряков, я решил обратиться, т.к. отметил что Ваша компания использует сайт dppnkedah.blogspot.com для привлечения потенциальных заказчиков.
Моя работа - анализировать результаты выдачи поисковых систем и находить компании, которым может быть недостаточно входящих звонков от клиентов из Интернета.

Мы с коллегами проявили инициативу и подготовили для dppnkedah.blogspot.com конкретное предложение по целевому привлечению клиентов Fresh-Up. Данный метод, на практике, позволяет существенно увеличить эффективность сайта как инструмента продаж.

Я буду крайне признателен, если Вы прокомментируете наши выкладки (во вложении) или передадите человеку, ответственному за продажи.

С уважением, Александр Сибиряков
Специалист отдела продуктивных решений
Компания Fruitful Solutions
Тел./Факс: +7 (495) 661-6100
Моб.: +7 (495) 661-6100
Web: www.future-adv.ru

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ceramah Penerangan DUN Kota 24 Jun 2012

Posted: 13 Jun 2012 08:41 PM PDT

CERAMAH PENERANGAN
Tarikh : 24 Jun 2012, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Sawah Raja, Rembau (DUN Kota)
Penceramah :
1. YB Dr Ismail Salleh (EXCO Kedah/ADUN Alor Mengkudu)
2. Mohamad Nasaei Ismail (SU Presiden PAS/Naib Ketua Pemuda KL)
3. Dr Mohamad Rafie Abdul Malik (Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR)
4. Mohd Nazree Mohd Yunus (Naib Ketua AMK Pusat/Ketua AMK N.Sembilan)
5. Pn Norwani Ahmat (AJK Muslimat PAS Pusat/Ketua Muslimat PAS Rembau)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086

CERAMAH UMUM

Posted: 13 Jun 2012 06:47 PM PDT


Barisan Nasional

Barisan Nasional


THE FLYING KICK

Posted: 13 Jun 2012 01:02 PM PDT

PEJUANG BANGSA

Posted: 13 Jun 2012 11:30 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Siapa penyanyi lelaki bangga ada tatoo badan sambil berpelukan gadis seksi !

Posted: 13 Jun 2012 09:56 AM PDT

Agak menggemparkan apabila sebuah blog hiburan terkenal, Rotikaya.com menyiarkan di ruangan gosipnya yang mempamerkan beberapa keping gambar penyanyi lelaki bertatu di lengan dan berpelukan dengan seorang gadis seksi. Menurut blog tersebut, gambar-gambar panas penyanyi yang sedang meningkat naik itu dikirim oleh seorang peminat melalui emel yang seolah-olah sangat marah terhadap perilaku artis itu yang menyerupai seorang "playboy".



 Pengirim emel tersebut turut mendakwa bahawa meskipun penyanyi yang dirahsiakan identiti itu mengaku mempunyai kekasih hati, dia masih menjalin hubungan sulit dengan bekas kekasihnya sehingga kini. "Walaupun ketika ini beliau mengakui memiliki kekasih hati, pengirim e-mail mendakwa penyanyi ini masih menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih lama'nya.




 "Berderet juga nama yang di'senaraikan kepada kami lengkap dengan tempoh mula & tamat percintaan. Si pengirim seakan mempunyai pengetahuan tinggi tentang kehidupan penyanyi ini," kata pemilik laman hiburan itu lewat semalam.

 Selain dari gambar aksi memeluk gadis seksi, turut disiarkan gambar penyanyi itu menayangkan tatu di lengannya, gambar bercoli di muka dan sekeping gambar lagi yang terdapat segelas air yang dipercayai arak di atas meja di depannya. Bagaimanapun pemilik Rotikaya.com masih berteka-teki mengenai identiti penyanyi itu yang dipercayai telah bertatu sejak dia tinggal di luar negara sebelum ini. – Mynewshub.my

PAS Pahang cakap K-Pop Bertam Nite sebagai sabotaj majlis ! @dzainalabidin

Posted: 13 Jun 2012 12:00 AM PDT



Bila GPB membaca kenyataan  Ketua Pemuda PAS Pahang  Shahril Azman Abd Halim  tentang tarian seksi K-Pop ala PKR di Bertam Nite yang turut dihadiri pemimpin & ahli partinya , ternyata cukup kelakar sekali.

Beliau seolah-olah pertahan penganjur majlis itu iaitu PKR dengan berkata  tarian K-Pop Bertam Nite adalah sabotaj majlis kerana ia tak termasuk dalam aturcara majlis .

" Saya sendiri sudah mendapatkan penjelasan daripada Saifuddin Nasution tentang isu itu . 


Beliau sendiri mengesahkan bahawa majlis makam malam itu disabotj pihak tidak bertanggungjawab kerana sebelum ini mereka tidak pernah merancang untuk mengadakan persembahan K-Pop " Sinar Harian






Bagaimana seorang  Ketua Pemuda PAS yang dok di Pahang boleh  cakap tarian ini  tiada dalam aturcara majlis walhal AMK Permatang Pauh ini akui ada aturcara tarian tradisional  dalam majlis itu . Nampak sangat la beliau sudah kena kencing dengan kaki penipu seperti Saifuddin ...hahaha..



Bila ditanya pendirian & fatwa  PAS dalam isu ini , macam ini kah jawapan iaitu sabotaj ..sikit-sikii semua sabotaj..syarikat kroni mereka  sendiri yang  sabotaj ! ..hahaha..cukup lawak sekali ..










Haji : PAS pusing cerita , salahkan Najib tak beri jaminan pulak !

Posted: 12 Jun 2012 09:06 PM PDT



Bila dikecam pelbagai pihak termasuk ulama berhubung arahan penangguhan menunaikan haji yang difatwakan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini , hari ini beliau telah swing isu ini salahkan Najib pulak .

Kononnya Najib tak beri jaminan lagi hingga menyebabkan ada jemaah  yang serba salah sama ada nak pi ke tidak .

Awat yang bangang sangat  ketua penerangan PAS ini ?? .. Apa dia ingat semua orang PAS & PKR  ke dalam 30 ribu tu yang pergi haji ?

Tak ada langsung calon atau jentera UMNO yang ke sana tahun ini ? Sebenarnya  PAS hanya guna isu musim haji ini hanya mahu meraih sokongan daripada pengundi beragama Islam.

Seperti kata bekas PM , Tun Abdullah Ahmad Badawi ..

"Perdana Menteri belum lagi mengumumkan tarikh untuk Pilihan Raya Umum Ke-13, jadi bagaimana pula mereka (Pas) boleh tahu bila tarikh pilihan raya. Lagipun takkan Perdana Menteri nak buat seperti yang disebut itu, beliau (Najib) orang Islam juga,"






 Pas mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan tidak akan mengadakan pilihan raya umum pada musim haji tahun ini.
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jaminan tersebut perlu bagi menghilangkan kebimbangan jemaah haji berhubung hak mereka sebagai pengundi.
"Perdana Menteri tidak seharusnya membiarkan hampir 30,000 umat Islam berada dalam situasi tidak menentu kerana sebahagian mereka ada dicadangkan sebagai calon, wakil calon dan pengarah pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan pagi ini.
Malah kata beliau, selagi tiada jaminan, ia akan menyebabkan mereka serba salah antara meneruskan hasrat atau menangguhkannya dulu.
"Kalau mereka sebagai pengundi tidak seberat tekanan sekiranya dipilih sebagai calon, wakil calon dan pengarah pilihan raya. Tambahan pula, seandainya pilihan raya diadakan dalam musim haji ini bermakna kerajaan Umno menafikan hak 30,000 umat Islam untuk menunaikan hak demokrasi mereka untuk mengundi," katanya lagi.
- SINAR HARIAN

Ah Beng broker tanah kerajaan terbaik P.Pinang selama 4 tahun berturut-turut !

Posted: 12 Jun 2012 08:00 PM PDT




Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri kesal dengan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menjual tanah yang sepatutnya dibangunkan rumah kos rendah kepada sebuah syarikat pemaju swasta. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Shaik Hussein Mydin berkata, pihaknya terkejut apabila mendapat tahu tanah seluas 0.45 hektar di Taman Manggis, Jalan Burmah di sini akan dibangunkan sebagai hospital swasta. "Kita kesal kerana tanah itu sepatutnya dibangunkan untuk dibina rumah kos rendah sebanyak 272 buah bagi projek fasa kedua selepas fasa pertama sebanyak 320 unit siap beberapa tahun lalu.


 "Sepatutnya bukan semua projek rumah kos rendah dibina di Batu Kawan kerana di bahagian pulau juga ada tanah yang telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pemuda Gerakan negeri, Oh Tong Keong dan Ketua PPP negeri, Andrew Rajah.



 Menurut Sheikh Hussein, proses penjualan telah dilakukan sejak 2010 dan berdasarkan lokasinya yang terletak di pusat bandar, pihaknya percaya nilai hartanah itu boleh mencecah RM30 juta.

 "Penjualan ini membuktikan kerajaan negeri benar-benar mahu menjadikan kawasan pulau khas untuk orang kaya sahaja dan kami ingin tegaskan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng, bahagian pulau berhak dihuni oleh semua rakyat tanpa mengira latar belakang ekonomi mereka," ujarnya. 

 Sementara itu, Tong Keong memberitahu, rancangan untuk membina pusat perubatan swasta di tapak tersebut tidak akan memberi manfaat kepada golongan miskin kerana caj yang akan dikenakan sudah pasti mahal dan tidak mampu dibiayai mereka.

 "Lagipun, sudah ada banyak pusat perubatan swasta di bahagian pulau dan ia mencukupi. Pergilah bina di bahagian Seberang Perai pula," katanya. "Kalau hendak bina juga, mereka perlu cari tanah swasta dan bukannya merampas tanah penduduk miskin seperti ini," jelasnya.


Komen GPB

Lagi lama  DAP berkuasa di P.Pinang ...semakin habis lah tanah-tanah kerajaan negeri dijual kepada kroni DAP . Sebabnya regim DAP ada seorang Broker tanah terbaik P.Pinang selama   4 tahun berturut-turut sejak 2008 iaitu Ah Beng ...

Percapaian terbaiknya setakat ini beliau berjaya jual tanah termahal kerajaan negeri ialah di Bayan Mutiara hanya RM 240 sekaki persegi  bersamaan RM 1 Billion . Walaupun tanah di sekitar kawasan berkenaan sudah melebihi RM 400  sekaki persegi

Setakat nak bina rumah rakyat miskin seperti kos rendah tak ada la dalam kepala otaknya terutaman di bahagian pulau sebabnya mana untung /masyuk ... baik jual saja kepada kroni , boleh kaut untuk dana PRU .

Tak pa tangguhkan haji, ia bukan macam solat -PAS Kelantan

Posted: 12 Jun 2012 07:00 PM PDT



Walaupun menganggap kenyataan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai pandangan peribadi, namun Pas Kelantan mempertahankan kenyataan beliau yang meminta ahli parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya menangguhkan ibadah haji bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13. Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (gambar) berkata, ini berdasarkan kaedah hukum iaitu ibadah haji boleh ditangguhkan dan tidak mempunyai tempoh masa untuk ditunaikan seperti mana solat.

 Katanya, soal peluang yang sukar untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu kerana kuota ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi adalah perkara kedua kerana ia perlu dilihat daripada segi kaedah hukum dahulu. "Betul haji Rukun Islam, tetapi kalau bercakap daripada segi hukum boleh ditangguh bukan benda yang mesti dibuat, bukan macam sembahyang dia ada waktunya kena buat dalam waktu kalau tak buat tak boleh tapi haji tidak ada masalah, kalau kita tidak buat tahun ini kita buat tahun depan.

Komen GPB

Nampaknya PAS tetap berkeras haji tak penting  sebabnya dari segi hukum boleh ditangguh &  tak sama kena buat macam solat yang ada waktunya . Memang puak-puak ini mempermainkan agama betul ..

Nak tawan Putrajaya bersama Anwar & DAP lagi penting dari menunaikan ibadah haji di Mekah ..

Pembohongan DAP dalam pembangunan mewah jejaskan alam sekitar

Posted: 12 Jun 2012 06:00 PM PDT




PEMBANGUNAN tidak terkawal yang diluluskan dalam tempoh empat tahun lepas oleh kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa menyaksikan peningkatan bantahan daripada beberapa kumpulan penduduk - sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.



Ekoran itu, kumpulan pengguna dan aktivis alam sekitar yang sudah 'masak' dan berpengalaman dengan senario Pulau Mutiara, yakni Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia baru-baru ini menyuarakan kebimbangan mereka di samping penduduk yang tinggal berdekatan dengan projek-projek pembangunan seumpama itu.

Pemuda UMNO Pulau Pinang membidas sifat berdiam diri ketua menteri berkenaan pengabaian alam sekitar dalam projek-projek pembangunan di negeri itu yang telah dibangkitkan oleh CAP. Malahan pentadbiran kerajaan negeri DAP pula cuba memesongkan isu dengan menyalahkan kerajaan negeri BN terdahulu yang telah meluluskan pelan pembangunan tersebut.



Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin berkata mungkin Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terlupa atau 'jahil' bahawa sah laku sebarang pelan kebenaran merancang adalah selama setahun sahaja jika pembinaan tidak dimulakan lagi.

Ia perlu diperbaharui setiap tahun sehingga maksimum tiga kali sahaja dan ia akan terbatal secara automatik setelah tiga kali diperbaharui serta perlu dikemukakan semula pelan selepas itu.

Shaik Hussein menjelaskan jika kerajaan negeri BN memberikan kelulusan pada tahun 2007, maka secara rasminya ia akan terbatal pada tahun 2010 jika tiada pembinaan dimulakan. Pelan kebenaran baru perlu dikemukakan dan diluluskan oleh kerajaan negeri DAP pula.

Bukankah DAP yang akan meletakkan syarat baru pembangunan dan meluluskan pembangunan tersebut. Guan Eng sepatutnya lebih faham sebelum sebarang pembangunan yang mempunyai impak besar perlu dibuat, kajian kebolehlaksanaan harus dilakukan yang merangkumi Impak Alam Sekitar( EIA), Impak Trafik (TIA) dan Impak Sosial (SIA).
Walaupun tiada keperluan penilaian tersebut dan kawasan pembangunan adalah kecil, kerajaan negeri DAP boleh meminta pemaju melaksanakan kajian tersebut jika dilihat perlu. Mungkinkah Ketua Menteri sibuk mengejar glamour dan keuntungan pada ketika itu sehingga gagal memastikan pembangunan seimbang di Pulau Pinang.

Kenyataan Guan Eng pada 29 Mei tahun ini yang menyatakan bahawa banyak "arahan pemberhentian bekerja" (stop work order) dilakukan menunjukkan kerajaan negeri DAP tegas terhadap pemaju perumahan adalah satu kenyataan yang kurang bijak. Kenyataan tersebut adalah untuk menyangkal bahawa kerajaan negeri DAP telah memanjakan pemaju-pemaju perumahan mewah di Pulau Pinang.

Guan Eng telah menyatakan bahawa bilangan stop work order oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebanyak 11 kali dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebanyak 259 kali membuktikan bahawa DAP lebih tegas terhadap pemaju.

"Di sini, Pemuda mengingatkan Guan Eng agar jangan cuba memutarbelitkan fakta dan isu yang penting adalah bukan siapa yang memanjakan pemaju tetapi bilangan perumahan mampu milik rakyat miskin dan sederhana di Pulau Pinang.

"Penilaian keberkesanan bilangan stop work order yang banyak terhadap mana-mana pemaju pada zaman DAP lebih memungkinkan unsur-unsur rasuah dan pecah amanah timbul berbanding pemaju yang mematuhi undang-undang daripada peringkat awal kelulusan perancangan pembangunan semasa era BN," kata Shaik Hussein.

Dalam menangani isu alam sekitar yang dibangkitkan CAP, Guan Eng cuba berselindung di sebalik kenyataan Presiden Persatuan Pemaju Pulau Pinang (REHDA), Datuk Jerry Chan yang menyatakan harga rumah di Pulau Pinang akan lebih mahal lagi jika pembangunan di lereng bukit dihentikan. Alasan yang tidak sepatutnya diterima oleh kerajaan negeri DAP jika mereka mengutamakan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.

Tindakan meluluskan tebus guna tanah laut di Bayan Mutiara untuk perumahan mewah dan meluluskan pembangunan mewah di lereng bukit tanpa terkawal adalah tidak menepati slogan Cleaner and greener Penang. Terbukti semua slogan tersebut hanyalah gimik untuk mengaburi mata rakyat miskin Pulau Pinang.

Dalam soal ini, kerajaan negeri DAP perlu memastikan pembangunan yang seimbang antara golongan kaya dan sederhana dikawal selia dan tidak membiarkan dikawal secara membuta tuli oleh pasaran.

Kenyataan bahawa kerajaan negeri akan membina 12,000 unit rumah mampu milik di daerah Seberang Perai Selatan (SPS), ditambah pula pengumuman baru tambahan 6,000 di empat daerah lain jelas membuktikan pembangunan yang tidak seimbang bagi setiap daerah di seluruh Pulau Pinang.
"Persoalan pertama yang timbul, kononnya wang hasil jualan tanah emas Bayan Mutiara sebanyak RM500 juta digunakan untuk membiayai perumahan di Batu Kawan tetapi sehingga hari ini, pemaju Bayan Mutiara masih tidak membayar RM500 juta.

"Persoalan seterusnya pula, mengapakah rumah-rumah kos rendah dan sederhana lebih ditumpukan hanya di kawasan seberang dan bukan di bahagian pulau. Di samping itu, Guan Eng turut menganggarkan sebanyak 20,000 rumah mampu milik akan dibina pemaju swasta yang tidak dapat dipastikan lagi, yang mana jumlah kesemuanya adalah 38,000 unit rumah mampu milik akan dibina.

Takut nanti janji tinggal janji," komen Shaik Hussein.

Guan Eng nampaknya cuba mengelirukan rakyat sekali lagi dengan bermain angka tetapi hakikatnya rakyat Pulau Pinang masih mencari-cari di manakah 11,596 rumah kos rendah dan kos sederhana rendah yang kononnya telah dibina oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang menerusi PDC sejak 2008 yang dilaporkan di dalam akhbarBuletin Mutiara milik kerajaan negeri.

Menurut Ketua Pemuda Pulau Pinang itu lagi, Guan Eng perlu faham bahawa rakyat negeri itu tidak boleh diperbodohkan selalu. Semua rakyat Pulau Pinang terutamanya rakyat miskin dan sederhana sememangnya menunggu PRU-13 untuk menumbangkan kerajaan negeri DAP yang mengutamakan orang yang lebih kaya.

Pemuda berharap sangat Guan Eng dapat membawa rombongan rakyat melawat 11,596 unit rumah yang didakwanya sebelum menjanjikan 38,000 unit rumah baru

Rumah kos rendah: DAP kaut untung,tak peduli rakyat @dzainalabidin

Posted: 12 Jun 2012 05:00 PM PDT




 Selama hampir empat tahun DAP memerintah negeri Pulau Pinang, pelbagai janji yang ditabur semasa Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, hingga kini masih tidak dapat ditunaikan. Di antara perkara yang menjadi isu hangat adalah pembinaan kos rumah rendah yang tidak satupun dibina oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Sudahlah tiada pembinaan rumah kos rendah, tanah penempatan rakyat pula rakus dirampas demi pembangunan yang langsung tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat.
Menurut Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Mejar Huan Cheng Guan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dilihat lebih mengutamakan pemaju daripada mendahulukan keperluan rakyat.
"Sejak mengambil alih pucuk pimpinan Negeri Pulau Pinang, tidak ada satupun rumah kos rendah yang dibina oleh mereka.
"Walaupun sebelum ini Ketua Menteri, Lim Guan Eng pernah mengumumkan bahawa akan mengeluarkan dana sebanyak RM500 juta untuk membina rumah kos rendah di Batu Kawan, namun sehingga kini masih tiada apa-apa susulan. Bagi saya, Batu Kawan ibarat 'tong sampah'. Apa yang tidak perlu dan menyemakkan akan dicampakkan ke Batu Kawan tetapi kawasan pantai dibina rumah mewah yang jelas tidak mampu dimiliki oleh rakyat Pulau Pinang sendiri.
"Saya yakin, sekiranya DAP terus diberi mandat untuk mentadbir Pulau Pinang di masa hadapan, rakyat negeri ini yang berpendapatan bawah RM5,000 tidak akan mampu membeli rumah di sini. Jelas di sini, DAP tidak mengutamakan rakyat. Apa yang mereka tahu adalah mengaut keuntungan. Maklumlah, Guan Eng berlatar belakangkan seorang akauntan," jelasnya kepada UMNO-Online di sini.
Selain itu Huan menambah, ianya dibuktikan lagi apabila baru sepenggal DAP memerintah Pulau Pinang, mereka telah mampu membeli bangunan Wisma DAP malah pemimpin-pemimpin DAP juga sudah mampu memiliki rumah mewah.
"Ini jelas berbeza semasa Barisan Nasional (BN) memerintah. Gerakan semasa memegang tunjang pemerintahan Kerajaan Negeri mengambil masa beberapa penggal untuk membeli bangunan. Itupun hanya bangunan usang.
"Sebab itu saya berani katakan, DAP hanya mementingkan keuntungan daripada kebajikan rakyat. Mereka tidak kisah walaupun rakyat merayu agar penempatan mereka tidak diambil seperti apa yang terjadi di Kampung Buah Pala, Kampung Pokok Asam dan beberapa tempat lagi. Apa yang penting adalah kantung mereka terisi," ujarnya.
Jelas Huan, sebagai contoh rakyat perlu melihat apa yang terjadi kepada tanah Bayan Mutiara. Kerajaan Negeri telah 'memperjudikan' tanah ini dengan menjualnya kepada Tropicana Ivory Sdn Bhd iaitu syarikat usahasama pemaju Ivory Properties Group Berhad dan Dijaya Corp. Bhd.
Penjualan tanah ini tegas beliau lagi langsung tidak membawa sebarang kebaikan kepada rakyat selain menguntungkan DAP semata-mata.
"Terlalu banyak tipu muslihat DAP yang telah menambah sengsara rakyat di negeri Pulau Pinang. Oleh itu rakyat perlu bijak menilai dan jangan terus terpedaya dengan tipu daya Guan Eng.
"Guan Eng adalah raja putar belit. Rakyat perlu sedar dan jangan terus terpengaruh kerana sekiranya mereka terus mentadbir negeri ini, saya bimbang rakyat akan terus menderita dan Pulau Pinang hanya akan dihuni oleh warga negara luar dan rakyat sendiri hanya sekadar melukut di tepi gantang," tambah Huan. – MediaUMNO

Surat Napoleon Bornaparte dilelong harga RM 1.29 juta !

Posted: 12 Jun 2012 12:00 PM PDT


- Sepucuk surat yang ditulis dalam bahasa Inggeris oleh Maharaja Perancis, Napoleon Bornaparte dilelong pada harga AS$405,000 (RM1.29 juta) kelmarin.
Ditulis pada kertas bersaiz standard bersama cop diraja, surat tersebut merupakan latihan kerja rumah yang dihantar oleh Napoleon kepada seorang guru bahasa Inggeris pada tahun 1816.
Menurut penganjur lelongan tersebut, latihan berkenaan adalah antara tiga pucuk surat berbahasa Inggeris yang pernah ditulis oleh Napoleon.







Surat tersebut dibeli oleh Muzium Surat dan Manuskrip di Paris yang memenangi 'perang' bidaan lelongan tersebut dekat sini, selatan Paris.
Harga lelongan tersebut lima kali ganda lebih tinggi daripada anggaran awal.
Dokumen itu merupakan bukti kukuh bahawa Napoleon pernah mempelajari bahasa tersebut walaupun pada usia yang lewat.
Menurut firma lelongan Osenat, Napoleon menulis surat itu semasa menjadi tahanan di Pulau Saint Helena selepas kalah dalam perang Waterloo.
"Beliau sebenarnya menyanjung England. Orang Inggeris telah salah faham. Napoleon tidak membenci mereka. Beliau cuma seorang pemimpin tentera dan kepentingan Perancis berbeza dengan kepentingan Inggeris," kata Presiden Osenat, Jean-Pierre Osenat.
Napoleon mati ketika hidup dalam buangan di pulau tersebut pada 5 Mei 1821 semasa berusia 52 tahun. - AGENSI

DIMENSI

Posted: 13 Jun 2012 11:11 AM PDT

DIMENSI


Omegay: FuyOOoo jijan terajang muka tuan berahim!!

Posted: 13 Jun 2012 06:01 AM PDT



Tidak ada halangan untuk ahli Pas di Kedah mengerjakan haji walaupun kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan ketika musim haji, namun calon yang bakal bertanding perlu berada dalam negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tuntutan kewajipan menunaikan ibadat haji hanya sekali seumur hidup dan oleh itu, memadai jika mereka sudah memenuhinya. 

"(Tunai) haji wajib sekali, yang sudah pi (pergi), nak pi buat apa lagi, cukup sekali, orang nak buat pilihan raya, dia nak pi ke lain, itu untuk orang yang sudah pi haji la.

"Ahli (kalau) nak pi, pi la tapi calon sahaja jangan dok pi, sat lagi (nanti) orang nak undi calon, calon dok pi Makkah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, hari ini.

Menurutnya, jika benar PRU13 bakal diadakan ketika musim haji, terpulang kepada ahli sama ada mahu  meneruskan niat itu atau menangguhkannya.

"Pi banyak orang pun tak apa, tak jejas (persediaan pilihan raya), ada ramai lagi, yang tu yang nak mengundi nanti, setakat dua org pi, nak heran apa.

"(Jika ada ahli yang ingin tangguh ibadat haji) itu ikut suka dia, dalam Islam, yang nak pi haji kena ada berkemampuan dan berkeupayaan, keupayaan ini termasuklah jalan selamat, duit cukup, badan sihat, ada orang jaga anak di rumah, bila semua dah 'clear', tidak ganggu (ibadat), baru boleh pi," katanya.

Dalam perkembangan sama, Azizan berkata, tiada keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat berhubung isu penangguhan ahli daripada menunaikan ibadat haji seperti yang didakwa diperkatakan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Saya baru balik dari Kuala Lumpur, mesyuarat AJK Pas pusat, tidak pernah buat keputusan pun, mungkin dia (Tuan Ibrahim) cakap atas kapasiti ketua penerangan, kita tidak tahu.

"Saya tidak mahu kata apa-apa, tidak diputuskan apa-apa, saya tidak dengar (sendiri), takut dia (Tuan Ibrahim) cakap lagu (macam) lain, orang tulis lagu lain, adakah dia maksudkan pengundi, calon atau orang yang sudah pi tetapi nak pi lagi," katanya.

Ketua Penerangan Pas itu didakwa mengeluarkan kenyataan meminta semua ahli Pas yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya untuk menangguhkan ibadat haji bagi memberi laluan kepada PRU13.

Malah, Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kemudiannya menjelaskan bahawa penangguhan itu hanya merujuk kepada calon, wakil calon serta pengarah pilihan raya parti itu. - SH

kehkehkeh last2 jijan kasi penerajang kaw2 kat muke tuan berahim..PM pun takde citer pun bile parlimen akan di bubarkan tapi awal2 lagi tuan berahim dah terkesima apabile memandai2 menentukan PRU13 bakal di adakan pada musim haji!..dia PM negara mane?? popostan?? gohed gostan?? tanjung rambutan??

yang pasti kepale2 gerombolan pasrael syok sesama sendiri..stim sesame sendiri..pancut sesama sendiri...GAME OVER! kehkehkeh >XD

Omegay: PAS - Pok Ajis Sesat

Posted: 12 Jun 2012 05:25 PM PDT

PAS Utamakan Politik Berbanding Islam

Dulu sewaktu penubuhan PAS pada 1951, polisi dan dasar perjuangan PAS walaupun umumnya menyatakan kepentingan Islam lebih utama berbanding politik, namun realiti sebenarnya menyatakan sebaliknya.

Sekian banyak fakta dan bukti sejak tertubuhnya PAS hingga kini mengesahkan susur galur perjalanan PAS agak tempang dek kerana kepentingan politik kepartian mengatasi keutamaan umat dan agama Islam.

PAS pernah keluar dari jemaah besar (UMNO) hanya semata-mata pemimpinnya, Ahmad Fuad kecewa dalam politik berikutan kekalahannya di tangan Tunku Abdul Rahman dalam perebutan jawatan Yang Dipertua UMNO (Presiden).

Sekalipun tika itu, keseluruhan orang Melayu Islam dituntut bersatu padu bagi menjayakan misi menuntut kemerdekaan daripada penjajahan British, kerana langkah songsang oleh PAS itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh British untuk menangguhkan beberapa ketika proses kemerdekaan Tanah Melayu.

Andainya perancangan British membenarkan PAS bergerak bebas demi untuk mencabar pengaruh UMNO tika itu berjaya menguasai minda majoriti orang Melayu Islam , nescaya sekarang ini kita masih diperhambakan oleh British sama seperti PAS diperkudakan oleh DAP.

Mujurlah keputusan pilihanraya 1955 tidak banyak tergugat dengan kehadiran PAS, akhirnya British terpaksa akur dengan kekuatan Perikatan (UMNO-MCA-MIC) dan bersetuju melepaskan Tanah Melayu dari penjajahannya.

61 tahun berlalu, kini PAS sekali lagi membuktikan politik kepartiannya jauh lebih utama dari agama. 

Ketua Penerangannya, Tuan Ibrahim Tuan Man secara terbuka menggesa ahli-ahli PAS menangguhkan (membatalkan) pemergian menunaikan ibadah haji ke Mekah demi keutamaan bertugas untuk parti dalam pilihanraya umum.

Menurut Tuan Ibrahim, langkah tersebut dianggap wajar atas alasan kepentingan untuk berdepan dengan pilihanraya umum yang menurut jangkaan PAS akan diadakan semasa musim haji.

Kalau sekalipun benar pilihanraya umum diadakan dalam musim haji,  sepatutnya ia tetap bukan alasan kukuh untuk pemimpin PAS menegah ahlinya pergi menunaikan ibadah rukun kelima Islam tersebut.

Peluang mengerjakan haji bukannya sentiasa datang apatah lagi dalam keadaan masih ramai muslimin dan muslimat yang lain sedang menanti giliran. 

Kuota 28,000 untuk rakyat Malaysia beragama Islam yang sebelum ini hampir tergugat dek kerana kerja bangang penyokong PAS berdemo dalam Masjidil Haram, bukannya semudah abc untuk kita menempatkan diri sebagai hamba Allah yang bertuah memijak bumi Tanah Haram.

Bayangkan seorang ahli PAS yang sudah 10 tahun menunggu giliran, tiba-tiba bila sampai waktunya terpaksa ditangguhkan ibadahnya ke Tanah Suci Mekah hanya semata-mata untuk memenuhi tugasan duniawi kepada PAS, tak ke haru namanya tu?

Pilihanraya jika terlepas peluang untuk mengundi tidak jatuh pun hukum haram pada seseorang itu, tapi ibadah haji bila dah mampu dan pula berpeluang untuk mengerjakannya, wajiblah ditunaikan, bukan begitu?

Sepatutnya pemimpin PAS terutama sekali Tuan Ibrahim Tuan Man yang pernah dikenali sebagai ustaz tahu membezakan yang mana wajib dan yang mana harus. 

Jangan kerana taksub pada keduniaan dan kemaruk mengejar jawatan duniawi hingga Tuan Ibrahim terlupa yang tuntutan ibadah haji itu jauh mengatasi periuk nasi pemimpin PAS dalam pilihanraya. 

Sia-sia saja perkataan ISLAM menjadi tanda label pada nama PAS, tapi pi mai pi mai tang tu juga terlebih utamakan keuntungan dunia dan jahilnya pula mengalahkan Salman Rushdie - Beruang Biru

apa benda yang pasrael tak bley politikkan??..bab hidup mati  pun pasrael sanggup spin!..silap hari bulan malaikat maut nak cabut nyawe pun pasrael nak menipu! kehkehkeh >XD

MASTER DEDAH

Posted: 13 Jun 2012 11:11 AM PDT

MASTER DEDAH


INGAT PAS INGAT KOMUNIS

Posted: 12 Jun 2012 06:20 PM PDT


IPOHMALAY

Posted: 13 Jun 2012 09:39 AM PDT

IPOHMALAY


Anwar Ibrahim & Azhar Idrus : Dua Jenis AI Sama Tak Serupa

Posted: 13 Jun 2012 01:10 AM PDT


Akhirnya.., Azhar Idrus ni menunjukkan jugak belang dia yang sebenar.. 

Selama ni ramai kata beliau merupakan penceramah bebas yang tak memihak kepada mana-mana parti politik.., tapi tembelang Azhar Idrus terbuka di Pahang semalam.. 

Mungkin sebab akhir-akhir ni beliau kerap 'dibalun' oleh puak-puak kerajaan, maka Azhar Idrus tak dapat bersabar lagi untuk menunjukkan yang dia memang bersama PAS.. 

Azhar Idrus semalam secara terus terang menyatakan mengundi PAS adalah wajib bagi umat Islam kerana parti itu mahu melaksanakan pemerintahan Islam sebagaimana dikehendaki oleh Allah.

Baca selanjutnya  di :  MPP Online

Nak kata macam mana lagi? Teman dari awal tak berkenal dengan sikap dan gaya Azhar Idrus dalam menghina pihak-pihak tertentu untuk menyedapkan kuliahnya. Memperlawakkan keadaan dan menjadikan diri sebagai ikon, di twitter khususnya, dan mengutip ribuan follower sebagai tanda kononnya suaranya semakin kuat. Tetapi bila kuliahnya di Youtube yang menghina seorang lepat buruk UMNO yang miskin naik motor cup dan dibandingkan dengan dirinya yang naik kereta besar walaupun pinjam, teman mendesak Azhar Idrus di Twitternya untuk mengecam Azmin Ali yang menderhaka kepada ibunya. Hal itu tidak dipedulikan dan tiada beza AI yang ini dengan AI yang lagi satu dalam menanggapi soalan yang tidak menyedapkan diri dalam memberi jawapan. Sebelum unfollow, teman dengan jelas menyelar AI yang ini supaya berhentilah bertopengkan agama demi politik PAS yang tidak jelas, kabur dan menakutkan. 

Azhar Idrus perlu memberi kenyataan yang jelas, apakah mengundi parti Islam yang tidak jelas manifesto, tunduk kepada kafir harbi, perjuangan yang berbolak balik dan dibayangi dua parti sekular itu wajib diundi berbanding parti yang sedang memerintah, dominan dan membuatkan kafir zimmi berhati-hati dalam mengulas tentang Islam, tidak membahayakan Islam dan mempunyai perancangan untuk meletakkan Islam kembali ke kegemilangannya? 


Bukan itu sahaja, apakah relevannya seorang 'guru agama' yang dianggap oleh masyarakat hari ini menyeru orang ramai mengundi PAS, sebuah parti yang paling aktif memfitnah dengan gambar-gambar tempelan seperti menjadikan Najib Razak seperti penganut Hindu, kononnya Najib tunduk pada Pope dan kononnya perempuan seksi penyokong Kelantan di Bukit Jalil ialah gadis UMNO pada Himpunan Ulangtahunnya bulan lalu. Kesemuanya fitnah keluaran PAS, parti yang jika diundi kononnya masuk syurga. Agama apakah mereka? Sedangkan Islam meletakkan perbuatan memfitnah itu sangat besar dosanya.


Azhar Idrus kesasauan jika ini ditanya kepadanya. Kredibiliti dia boleh dipertikaikan apabila bersikap bias dalam hal ini. 

Cukuplah Azhar Idrus. Kuliah agama kalau dicampur politik sempit mung, tiada baiknya untuk Islang. Rentikanler. Ye dok?

Tapi dia tau ke berapa banyak orang yang dia dah sakitkan hati? Orang camni pun ada, mempergunakan agama untuk politik dan kepentingan diri dan mengaut populariti.

P/S : Satu-satunya AI yang teman percaya ialah Adobe Illustrator ...

Kesejahteraan Malaysia Dan Kuasa Beli Yang Besar

Posted: 12 Jun 2012 10:24 PM PDT


Ongkos Hidup di Jakarta Lebih Mahal dari Kuala Lumpur

Wahyu Daniel - detikfinance
Rabu, 13/06/2012 08:23 WIB


Jakarta - Bagi para ekspatriat, kota dengan biaya hidup termahal di dunia adalah Tokyo. Namun di Asia Tenggara, biaya hidup di Jakarta ternyata dinilai lebih mahal dari Kuala Lumpur, Malaysia.

Dalam survei biaya hidup yang dibuat oleh Mercer, dari 214 kota di lima benua yang masuk survei, Jakarta menempati peringkat 61 atau naik 8 peringkat dari tahun 2011 yaitu di peringkat 69.

Phil Stanley, Pimpinan Asia Pacific Global Mobility Centre of Excellence Mercer menyatakan, kenaikan peringkat Jakarta sebagai kota termahal bagi ekspatriat karena merosotnya peringkat kota-kota lain. Di ASEAN, Singapura menjadi kota dengan biaya hidup termahal atau menduduki peringkat 6 dari 214 kota.

"Kenaikan peringkat Singapura dari peringkat delapan menjadi enam adalah terutama disebabkan oleh menguatnya nilai tukar mata uang mereka terhadap dolar AS. Demikian pula Kuala Lumpur yang naik dari peringkat 104 ke peringkat 102 dikarenakan menguatnya nilai tukar mata uang mereka terhadap dolar AS. Sementara ibukota Indonesia, Jakarta, naik delapan peringkat disebabkan oleh merosotnya peringkat kota-kota lain," tutur Stanley.

Survey ini mencakup 214 kota di lima benua, mengukur perbandingan harga lebih dari 200 barang di tiap lokasi, termasuk transportasi, makanan, pakaian, perlengkapan rumah tangga, dan hiburan. Juga tercakup dalam survey ini adalah biaya perumahan, yang seringkali merupakan komponen pengeluaran terbesar bagi ekspatriat, sehingga memegang kontribusi yang besar terhadap hasil peringkat kota-kota. 

New York digunakan sebagai kota acuan dan semua kota dibandingkan terhadap New York. Pergerakan nilai tukar mata uang diukur terhadap dolar AS. Tokyo menjadi kota termahal dengan duduk di peringkat pertama survey ini.

Di ASEAN, biaya hidup bagi di Jakarta (61) lebih tinggi dari Bangkok (81), Kuala Lumpur (102), Hanoi (136), Ho Chi Minh City (141), dan Phnom Penh (183).




5 KOMENTAR



Pak RT Pak RTabout an hour ago
Mahal kalau gajinya cukup kan sama aja. Gaya hidupnya kali yang bikin mahal...



pro-kedamaianabout an hour ago
memang iya... hanya dengan 3 ringgit (sekitar 8 ribu rupiah), sudah bisa makan enak di malaysia, makan ambil sendiri plus segelas nescafe... tempat makannya terjamin karena setiap bulan semua penjual makanan diinspeksi sama kementrian kesehatan....kalau di Indo? 8 ribu cuma bisa makan di warteg yang kualitas makanannya nggak jelas..... nyerah  nyerah  nyerah nyerah 


Iwan Juniabout an hour ago
Memang Biaya hidup di Malaysia lebih jauh lebih murah tapi standard gaji di Malaysia lebih tinggi dari Indonesia. Jadi yang tidak benar adalah pemerintah.



cashinoroyalabout an hour ago
Ga penting juga expat pada di sini , kalo enggak suka pulang sono




jokowiyonoabout an hour ago
..bila tidurnya nyewa apartemen di Sudirman lalu makan pagi di Senayan City terus Belanja Harian ke Sogo atau Mangga Dua dan makan malam di Pondok Indah mall, kemudian pakai Kendaran pribadi yang cc 3000 ke atas menuju ke tempat tsb pasti mahal dong, bila makan di Warteg aja, terus naik motor kemana-mana, tidur di kost-kosan pasti dijamin murah 

Usir Pelarian, Bangladesh Juga Bunuh Pelarian Rohingya

Posted: 12 Jun 2012 08:25 PM PDT

Pengawal pantai dan sempadan Bangladesh telah diarahkan untuk mengusir pelarian Rohingya yang melarikan diri ke negara itu. Ini bermakna mereka menyerahkan pelarian itu untuk disembelih oleh pengganas agama Buddha di Burma. Tidak diketahui apa nasib 300 pelarian yang diusir kembali ke Myanmar  itu.

Tindakan Bangladesh ini tidak berperikemanusiaan dan layak dikecam oleh masyarakat antarabangsa.

TEKNAF, Bangladesh: Pengawal sempadan Banglades mengusir lapan bot yang membawa lebih 300 umat Islam Rohingya kebanyakannnya wanita dan kanak-kanak yang melarikan diri dari keganasan penganut Buddha di Burma, menurut seorang petugas sempadan.  Border Guard Bangladesh (BGB) dan pasukan peronda pantai yang telah diarahkan menyekat kemasukan pelarian, memintas bot di Sungai Naf yang memisahkan dua negara tersebut, menurut Mejar Shafiqur Rahman jurucakap BGB. 
Seterusnya dalam bahasa Inggeris :
"There were more than 300 Rohingya in the boats which are coming from the Myanmar city of Akyab (Sittwe). They were carrying mainly Rohingya women and children, many of whom were crying and looked extremely anxious," he told AFP. 
"All eight boats have been pushed back to Myanmar territory," he added.
Akyab is the former name of Sittwe, the capital of Myanmar's western Rakhine state where sectarian violence flared last week, leaving at least 17 people dead and prompting the authorities to declare a state of emergency. 
An AFP photographer at Teknaf in Bangladesh, near the border with Myanmar, saw smoke billowing from houses believed to be burnt in villages during the sectarian violence. BGB men handed out water and food to the Rohingyas on the boats before they were turned back, Rahman told AFP. 
Security has been stepped up along Bangladesh's 200-kilometre (125-mile) border with Myanmar to stem the influx of Rohingya refugees.  "We have been asked not to allow any illegal entry of Rohingya in Bangladesh. The authorities are concerned that their could be large-scale Rohingya entry from Myanmar," coastguard officer Badruddoza, who uses one name, told AFP. 
Reinforcements have been sent to intensify patrols on the Naf river and the islands close to the Myanmar border. "We have also enhanced vigilance during night time," he added. Bangladeshi officials estimate that a total of 300,000 Rohingya people live in the country, with only about a tenth of them in two official refugee camps in southern Cox's Bazaar. 
Two injured Rohingya, including one who was hit by a bullet, entered Bangladesh illegally Saturday and were arrested, Rahman said. Rohingya are a stateless people described by the United Nations as one of the world's most persecuted minorities. 
The Myanmar government considers the Rohingya to be foreigners, while many citizens see them as illegal immigrants from Muslim-majority Bangladesh and view them with hostility.

Ribuan Islam Rohingya Dibunuh Penduduk Dan Tentera Buddha Burma Lagi

Posted: 12 Jun 2012 06:10 PM PDT

Di Malaysia, status pelarian perang hanya di pegang oleh dua etnik tumpangan yakni Aceh dan Rohingya. Pelarian Aceh menyebut mereka ditindas pemerintahan Jawa yang menguasai Indonesia, manakala Rohingya mendakwa mereka dituduh sebagai pelarian dari Bangladesh yang memasuki tanah orang-orang Buddha di Burma.

Terkini, kaum Rohingya yang beragama Islam ditindas lagi di Burma. Rumah mereka dibakar dan mereka dibunuh. Pendapat mengatakan ajaran Buddha itu damai tidak lagi terpakai di wilayah Burma Barat apabila penduduk Rakhine yang beragama Buddha dan pasukan keselamatan Burma yang beragama Buddha membakar  rumah dan membunuh etnik Rohingya.

Menurut sumber pelarian etnik tersebut di negara ini, ketidakstabilan yang meletus bulan ini telah memakan 1,500 korban umat Islam Rohingya.

Mereka mendakwa etnik Rohingya merupakan pendatang Bangladesh tanpa mempedulikan hakikat etnik tersebut telah lama mendiami kawasan yang kini sebahagian Burma.

Hal ini adalah hasil kelalaian pemimpin Islam yang membina negara Pakistan dan lanjutannya Pakistan Timur atau Bangladesh. Wilayah Muslim ini dibiar terpinggir ke dalam Burma dan ketika tentera dan penduduk Burma yang masuk ke kawasan itu menghalau etnik Rohingya dengan mendakwa mereka sebagai penghijrah yang tidak dialu-alukan, Bangladesh tidak mampu berbuat apa-apa.

Untunglah pemimpin Malaysia dari UMNO melihat perkara ini dengan serius dan mencadangkan jalan-jalan penyelesaian walaupun telah sebelum ini mengambil beribu-ribu etnik Rohingya sebagai pelarian perang.

Apa yang tidak kedengaran ialah sikap pembangkang negara ini dalam isu antarabangsa seperti ini yang melibatkan umat Islam. Jika mereka tidak mampu menyuarakan pendapat atau mengulas tindakan yang perlu, tanpa ragu, kita wajarlah menolak mereka kerana karisma mereka di peringkat antarabangsa tidak ada.

Mereka hanya ada pemungut populariti seperti Azhar Idrus yang peranannya dalam kesejahteraan umat Islam sejagat hanyalah kononan semata-mata disebalik topeng politik.

Sepasang suami isteri etnik Rohingya dibunuh di jalanan.

Perkampungan etnik Rohingya dibakar

Mayat etnik Rohingya yang bergelimpangan
Etnik Rohingya yang berlindung di Kuala Lumpur.

Pengikut