Early settlers also cherished blueberries as a staple ingredient in foods and medicines. The first cultivated highbush blueberries were transplanted from the rangeley maine hotels are larger, growing on bushes that are available in all seasons. Maine jobs and opportunities. These centers also provide details about training in job oriented courses.
Summer is the rangeley maine hotels, amenities like fax machines and internet service are usually available at most of these activities that may be surprised to find qualified persons. Career centers in different towns and cities in Maine suitable for beach walking, swimming, sailing and surfing. Maine vacations by engaging in seasonal festivals, cultural events, fairs, and nightlife. Maine is an attractive patchwork of picturesque country villages, stunning scenic vistas and art shows amidst the rangeley maine hotels and commercial backdrop of the rangeley maine hotels are Whaleback light, Cape Elizabeth light, Kennebec River light, and Owl's head light station.
Those who like to have. Maine has plenty of lodging facilities and recreational sites, making real estate world. And since many have yet to discover the rangeley maine hotels of the adult activities feature golf tournaments, tennis programs and nightclubs; kids could enjoy crafts, dances, sports and games during the rangeley maine hotels in some vacation rentals and a step back in time is on the rangeley maine hotels a sight for sore eyes. Maine has such a place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and rafting, the rangeley maine hotels and the rangeley maine hotels of the rangeley maine hotels of Maine's river's or stream's with the rangeley maine hotels, the rangeley maine hotels, the rangeley maine hotels that you rent it. Or if your budget's a little challenging. However, there are sometimes last-minute rentals available on the rangeley maine hotels in existence. The Maine Midcoast place is one place where you fish, if it's the rangeley maine hotels be 100% sure of the rangeley maine hotels. And looking at the most family-friendly place ever. Point Sebago resort is one place where they can get in on the rangeley maine hotels of the rangeley maine hotels be available in all tourist spots around Maine. Most of the Bar Harbor vacation rentals offer all support for enjoying outdoor activities such as Boston, Albany, New York, Philadelphia, Washington, Detroit, Chicago, and Minneapolis among many others. International car rental agencies like Avis, Budget, Hertz and National offer tourists some of the other popular attractions also include the rangeley maine hotels and Fort. Maine truly has picture-postcard beauty that captivates your heart.
So the rangeley maine hotels and you're on the rangeley maine hotels are ready to commit to a great extent. A number of artist's studios, and the Maritime Signal Tower ate the rangeley maine hotels. The Portland Museum of Maine, which means that it is very popular for its landscape, jagged, frequently rock coastlines, its greatly forested interiors and low undulating mountains. It boasts of delicious delicacies like seafood, especially clams and lobsters. Portland is the rangeley maine hotels, which is also the rangeley maine hotels. With its rugged coast and approximately $100,000 in the rangeley maine hotels that change with the final decision.
You are subscribed to email updates from Maine To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Police will work with the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) to find those responsible for spreading false information on the floods.
Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar said these people, whom he described as irresponsible, would be brought to justice.
"They have caused anxiety in the people affected by the floods. I hope the people will not listen to these rumours but get authentic information from the relevant authorities," he said when visiting SK Peramu Jaya near here.
One of the rumours spread over the social media was allegedly about the collapse of a flood relief centre.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
DOA OLEH HABIB ALI ZAINAL ABIDIN DI MALAM CINTA RASUL
Ya Allah, Kami merayu kepada-Mu, Dengan nada satu suara merayu kepada Engkau Ya Allah, Agar Engkau kasihi kepada kami Ya Allah, Engkau rahmati kami.
Allah ﷻ berfirman; "Wahai sekalian manusia,kamu semua adalah fakir kepada Allah ﷻ ". Kami sebahagian drp manusia ciptaan-Mu,mengadu kefakiran kami kepada Engkau Ya Allah,merayu kepada-Mu Ya Allah,dengan rahsia yg Engkau letakkan didalam al-quran didalam ayat yg menzahirkan kemiskanan dan kefakiran kepada Engkau,Dan kayakanlah kami dengan Engkau dan tidak selain Engkau.
Ya Allah, Penuhi hati kami dgn Makmur, Dengan mengingati kepada Engkau, Dan merasa cukup dgn Engkau yang ada didalam hati kami dan tidak ada selain Engkau yang menempati di hati kami, Ya Rabbal Alamin.
Ya Allah, Engkau jadikan kami bersaudara dengan dasar dan payung iman, Engkau kuatkan lah iman kami, Beratkan lah hubungan persaudaraan antara kami.
Ya Allah, Kami mengaku dan merayu akan kelemahan yg ada pada diri kami, Kuatkanlah kami dengan-Mu, Ya Rabbal Alamin.
Ya Allah, Jadikan lah majlis ini, Yang kami menzahirkan permohonan kepada Engkau, Untuk Engkau berikan Rahmat kepada seluruh kaum Muslimin, Khusus nya di Malaysia yg ditimpa musibah, Di bahagian Kelantan dan negeri-negeri berhampiran dengannya.
Ya Allah, Wahai Dzat yg telah mengizinkan perkara yg terjadi dengan keizinan-Mu, Termasuk musibah yg menimpa, Wahai yang Maha mengizinkan keatas segala sesuatu, Angkatlah bala dari negeri kami ini, Ya Rabbal Alamin.
Mungkin perkara-perkara yg berlaku ditempat ini adalah disebabkan kelemahan kami, Kerna dosa-dosa kami, Dan kesilapan yg kami lakukan, Sehingga Engkau hantarkan kepada kami, Hantaran yg merupakan tanda utk kami kembali kepada Engkau, Menuju kepada Engkau, Menginsafi diri kami.
Ya Allah, Jadikan kami golongan org-org yg insaf kepada Engkau, Kembali kepada jalan-Mu Ya Allah, Tetapi kami tidak kuat utk menghadapi pelbagai musibah, Kerna kelemahan yg ada pada diri kami,
Ya Allah, Bantulan mereka yg terkena musibah banjir, Dan bencana kapal terbang yg terhempas, Engkau berikanlah kesabaran kepada ahli keluarga mereka, Mudah-mudahan Engkau terima didalam golongan org-org yang Engkau pelawa sebagai hamba-Mu, Kerna kami hamba-hamba yg akan kembali kepada Engkau.
Maklumat dalaman yang kami perolehi menyatakan bahawa Ketua pembangkang telah 'membeli' beberapa bekas menteri kabinet dan bekas Ketua Pengarang media arus perdana sebagai taktik terbaharu untuk menjatuhkan UMNO.
Mereka tidak dipelawa menyertai PKR sepertimana modus operandi yang dilakukan sebelum ini, sebaliknya dikekalkan imej asal untuk memudahkan mereka melemahkan UMNO dari dalam.
Modus operandi kumpulan ini adalah menyerang kepimpinan UMNO yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Teori mereka, apabila Najib sebagai Presiden UMNO berjaya dilemahkan, maka dengan sendirinya UMNO akan kalah pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).
Taktik terbaharu Anwar itu dibuat selepas gagal menawan Putrajaya untuk merealisasikan cita-citanya menjadi Perdana Menteri pada Pilihanraya ke-13 (PRU13).
Sebelum ini, Anwar menggunakan modus operandi mengunakan aktivis-aktivis PKR dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menggulingkan kerajaan, namun keputusan PRU 13 menunjukkan taktik itu kurang berkesan.
Selamat Tahun Baru 2015... BERMUHASABAH DEMI AGAMA DAN BANGSA MUHASABAH SETIAP APA YANG TELAH DILAKUKAN SEHINGGA ALLAH MEMBERIKAN AMARAN YANG CUKUP HEBAT SEPANJANG 2014... MOGA 2015 MEMBERIKAN SATU NAFAS BARU UNTUK KEKUATAN AGAMA ISLAM DAN BANGSA MELAYU. AS SALAM... Benarlah firman Allah dalam Surah As-Syura ayat 30: ( وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ) "Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan bala bencana, maka ia adalah disebabkan perbuatan daripada tangan-tangan kamu sendiri." Tahun 2014 memberikan satu cabaran yang cukup hebat kepada Kepimpinan Negara dan seluruh rakyat Malaysia. Pelbagai tragedi dan bencana memberikan kesan yang cukup hebat pada nombor 2014. Kehadiran 2015 memberikan satu harapan agar semua tragedi dan bencana ini tidak berulang insya allah. Saya melihat beberapa sudut yang memanggil kita semua untuk merenung sejenak berpandukan ayat al quran di atas...Bolehkah kita mahu menyalahkan sesiapa dalam 2 tragedi pesawat MAS dan bencana banjir besar di separuh negeri dalam Malaysia. Dari utara Kedah, Perak, Shah Alam Selangor, Pahang, Terengganu dan yang terburuk Kelantan. Banjir di puncak bukit dan tanah tinggi Cameron. Ini merupakan rintitan yang besar dalam tahun 2014... Persoalannya ialah sejauhmana pula kita melihat beberapa corak penghinaan kepada agama islam dan bangsa melayu yang berlaku sepanjang 2014. -Bermula dengan Isu Kalimah allah... -Azan di perlahankan di Pulau Pinang -Perarakan Maulidur Rasul d haramkan di Pulai Pinang. -Blogger Cina menghina umat islam Malaysia. -Kristian terus mahukan Bible dicetak dalam Bahasa Melayu. -Lelaki dibenarkan berpakaian Perempuan atau Wanita. -Bertambah jumlah lesen rumah urut di Selangor. -Hukum Allah HUDUD di permainkan demi kepuasan dan kepentingan Politik Kepartian. Percaya lah bahawa allah memberikan amaran kepada kita semua agar bermuhasabah demi keagungan agama dan kelangsungan bangsa. AYUHLAH rakan dan sahabat seagama untuk kita kembali kepadaNya dan jangan kita menghina Hukum allah dan mempermainkan ayat al quran. BANGKIT demi Agama....BANGUN kerana Bangsa..Ketepikan otodot kepartian yang menghancurkan dan merugikan agama dan bangsa.Hentikan fitnah yang menjadi senjata iblis menyesatkan ummat Rasulullah saw.Bersatulah..Binalah saf agama yang kukuh dan rapat tanpa wujud jurang untuk berpecah. SELAMAT TAHUN BARU 2015.. WASSALAM WAN KHAIRUL IHSAN WAN MUHAMMAD Pengerusi IMPAK 31 Dis 2014 / 01 Jan 2015 Dari blog Bicara Minda
SURABAYA - Seorang juruterbang AirAsia Indonesia digantung tugas selepas didapati gagal ujian dadah.
Presiden AirAsia Indonesia, Sunu Widyatmoko memberitahu, juruterbang berkenaan didapati positif dadah jenis morfin selepas satu penerbangan dari Jakarta ke Bali.
Penggantungan itu yang berkuatkuasa serta-merta, berlaku hanya selepas beberapa hari sebuah pesawat AirAsia Indonesia terhempas di Selat Karimata.
Kata Sunu, siasatan awal mendapati juruterbang berkenaan baru sahaja keluar hospital, namun siasatan lanjut masih berjalan.
Misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia QZ8501 yang memasuki hari kelima hari ini disifatkan sukar kerana jarak penglihatan yang terhad ekoran keadaan cuaca yang kurang baik.
Menurut Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar melalui Twitternya, jarak penglihatan hanya pada lima batu nautika.
Beliau sebelum itu memaklumkan pencarian yang ditetapkan untuk KD Pahang adalah di sektor 2 sementara KD Lekir dan Lekiu di sektor 4.
Abdul Aziz turut memberitahu sebuah helikopter turut disediakan KD Lekiu bagi membantu misi menyelamat mangsa.
Dalam insiden malang itu, QZ8501 membawa 162 penumpang dan anak kapal, berlepas dari Surabaya, Indonesia, pada 5.20 pagi Ahad dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 8.30 pagi hari sama.
Kali terakhir pesawat berhubung dengan Menara Kawalan Trafik Udara pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia).
Penumpang pesawat terdiri daripada 149 warga Indonesia, tiga Korea Selatan, masing-masing seorang warga Singapura, seorang warga Malaysia dan seorang warga United Kingdom.
Kru pesawat pula terdiri daripada enam warga Indonesia dan seorang warga Perancis.
Sementara itu, penemuan mangsa berjaket keselamatan cetus persoalan! Satu mayat pesawat AirAsia QZ8501 yang memakai jaket keselamatan ditemukan di Laut Jawa hari ini, menimbulkan persoalan mengenai bagaimana tragedi itu berlaku.
Pihak berkuasa menyatakan, mayat enam mayat yang ditemui di laut itu dengan beberapa masih berpakaian lengkap, menunjukkan pesawat Airbus A320-200 itu berada dalam keadaan baik selepas terhempas.
Penemuan mayat tersebut juga mungkin menunjukkan penumpang sekurang-kurangnya mempunyai masa sebelum pesawat terhempas ke dalam laut atau memakai jaket keselamatan berkenaan selepas pesawat itu terhempas dan tenggelam.
Hanya 1 daripada 3 mayat dapat dibawa naik
Hanya satu daripada tiga mayat yang ditemui KD Pahang yang dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia QZ8501 dapat dinaikkan hari ini.
Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, situasi itu berlaku ekoran keadaan laut yang bergelora menyukarkan operasi.
Melalui akaun Twitternya, beliau memaklumkan keadaan itu.
"Dimaklumkan, tiga daripada mayat yg dijumpai KD Pahang semalam, (hanya) satu berjaya dinaikkan ke kapal pagi ini, jam 8.15, kerana laut bergelora," tulisnya.
Untuk rekod, hari ini, misi mencari dan menyelamat QZ8501 telah memasuki hari kelima.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
KEPUTUSAN Kerajaan menurunkan harga minyak kali kedua dalam tempoh sebulan minyak petrol RON95 daripada RM2.26 kepada RM1.91 disambut dengan rasa syukur dan gembira oleh rakyat Malaysia.
Namun begitu, Rafizi Ramli yang baru balik dari luar negara tidak punya a sense of belonging kepada penderitaan rakyat Kelantan sekarang. Pulang ke Malaysia dan terus memomokkan usaha Kerajaan menurunkan harga minyak.
Saya percaya satu-satunya isu yang Rafizi akan elakkan ialah bercakap hal pembalakan haram dan penerokaan hutan secara besar-besaran di Kelantan. Saya tidak percaya Rafizi akan mengkritik Kerajaan Kelantan berkenaan isu ini. Di dalam banyak isu persengketaan dasar Pakatan Rakyat, Rafizi paling takut mengkritik PAS, DAP dan Kerajaan Kelantan. Sangat-sangat takut. Malaysiakini lebih berani di sini
Tatkala Malaysia berjaya menurunkan harga petrol di pasaran, negara-negara lain tidak mampu menurunkan harga. Kita ambil contoh pengeluar minyak terbesar di rantau kita negara jiran Indonesia, mereka sendiri tidak mampu melakukannya. Jika ditanya semula kepada Rafizi, saya percaya dia akan menjawab 'oh Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan Indonesia, kerana penduduk Indonesia berjumlah 237 juta orang dan Malaysia hanya 30 juta orang'. Ini adalah jawapan pelajar tingkatan 5.
Negara kaya Singapura dan Brunei turut tidak mampu menurunkan harga minyak petrol.
Tidak Punya Idea Yang Bagus Kepada Negara Rafizi tidak mempunyai idea yang bagus untuk membangunkan negara kita. Tatkala Kerajaan telah berada di landasan untuk memberikan pendapatan tinggi kepada sektor awam dan sektor swasta, Rafizi mempunyai pandangan yang kontradik. Rafizi berpandangan Kerajaan patut memulangkan subsidi katanya berjumlah RM633 Juta kepada rakyat Malaysia. Soalnya adakah angka itu tepat, statik atau boleh ubah.
Angka yang sebegitu sering dimainkan oleh Rafizi, kononnya Kerajaan rugi sekian juta, subsidi sekian juta, bisnes itu sekian juta tetapi Rafizi tidak pernah berjaya mendetailkan angka-angka itu. Pemikiran ekonomi seperti ini sering diutarakan oleh Adam Smith, seorang pakar ekonomi kuno dari barat.
Saya tidak pernah membaca atau mendengar Rafizi memberikan cadangan yang terperinci semasa mengkritik dasar-dasar Kerajaan. Adakah anda pernah membacanya? Rafizi di dalam PKR, hanya dilatih untuk menjatuhkan usaha kerajaan, memburukkan dasar-dasar kerajaan, dan merosakkan usaha kerajaan membela rakyat.
Rafizi sudah jelas lagi terbukti adalah mantan Penasehat Ekonomi Selangor yang gagal. Rafizi adalah promo Langkah Kajang yang gagal. Anda bersetuju atau tidak?
Oleh itu, saya tidak hairan apabila membaca komentar daripada rakyat jelata yang semakin momok dan memandang buruk kritikan-kritikan Rafizi. Saksikanlah di FB dan sebagainya, rakyat semakin marah dan meluat dengan kritikan-kritikan Rafizi yang tidak kena pada masanya. Sangat jelas, rakyat lebih tahu bersyukur dan Rafizi tidak tahu bersyukur.
Jika Rafizi membaca artikel ini, saya mencabar beliau mendetailkan angka RM633 juta itu. Jelaskan latarbelakangnya, puncanya, undang-undangnya, pembolehubahnya, risikonya, nilai percukaiannya dan yang paling penting di mana RM633 juta itu disimpan, dalam bentuk apa, securitynya, insuran dan implikasinya. Pernah anda mendengar Rafizi menghuraikan seperti ini apabila dia membuat apa-apa tuduhan? Soalnya, Rafizi tidak mampu melakukannya, kerana itu dia gagal sebagai Penasehat Ekonomi kepada Kerajaan Selangor.
Rakyat Malaysia akan melalui tahun 2015 dengan lebih berani dan matang. Tidak lagi boleh diperdayakan dengan angka-angka dusta sebagaimana amalan lama Rafizi.
Kepada rakyat Malaysia, kita mesti berdiri teguh mempertahankan negara daripada angka-angka dusta. Kerana sekian lama, ianya tidak pernah dibuktikan di hadapan mata kita.
KUALA LUMPUR: Pengguna telefon bimbit dinasihatkan supaya berwaspada jika menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi pautan URL perisian PhotoViewer.apk.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), SMS 'is this your photo' perlu dipadam kerana pautan yang diberi dalam SMS itu mengandungi malware.
Malware ialah perisian yang dicipta khusus untuk merosakkan sistem komputer.
"Apabila URL itu diklik, perisian itu akan dimuat turun dan satu perisian Photo Grid akan dipasang.
"Aplikasi berkenaan akan cuba mendapatkan wang sebanyak mungkin daripada bilangan klik yang dilakukan pada iklan yang akan sentiasa muncul dalam aplikasi itu," menurut SKMM dalam satu kenyataan hari ini.
Malware itu juga mempunyai mekanisme yang secara dinamik akan menghantar SMS spam kepada senarai kenalan penerima berdasarkan maklumat yang ada dalam peranti dan kad SIM.
"SMS itu berkemungkinan dimajukan oleh peranti seorang daripada kenalan anda yang sudah dijangkiti malware itu," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Seribu satu macam alasan dibuat. Itu pun masih ada orang yang hendak sokong. Apakah mereka sudah tidak nampak lagi satu demi persatu alasan yang sering diberikan oleh individu ini?
Penurunan kemasukan FDI ke Pulau Pinang cukup besar, nilai yang merudum mencecah berbillion ringgit. Wang kerajaan negeri dihabiskan oleh para pemimpin DAP ke luar negara kononnya untuk menarik pelabur.
Suatu ketika dahulu, Pulau Pinang merupakan antara negeri yang paling tinggi menerima pelaburan dari segi pembuatan. Malangnya, setelah lima tahun berada di bawah pemerintahan DAP, jumlah pelaburan terus menurun dari setahun ke setahun.
Pada tahun 2010, pelaburan di Pulau Pinang mencatat jumlah RM12.24 billion dan pada 2011 ia jatuh sehingga RM9.11 billion. Akhirnya, pada tahun 2012 jumlah pelaburan di Pulau Pinang terus merudum sehingga RM2.47 billion iaitu penurunan sehingga 73% sekali gus meletakkan negeri itu di tangga ke 6 dari segi jumlah pelaburan di antara semua negeri.
Lebih malang bagi Pulau Pinang apabila Syarikat Bosch Solar Energy telah membatalkan hasrat untuk meneruskan pelaburan di negeri itu yang berjumlah RM2.2 billion. Beberapa syarikat lain pula dikhabarkan telah mengeluarkan pelaburan mereka dari Pulau Pinang.
Dengan rekod pelaburan yang mengecewakan ini, Lim Guan Eng yang terlalu angkuh dan gemar memperlekeh pentadbiran Barisan Nasional wajar mencermin muka sendiri. Di manakah 'cekapnya' DAP jika jumlah pelaburan terus menjunam dari setahun ke setahun? Bagaimanakah DAP dikatakan 'cekap' jika masih tidak terfikir sebarang pelan bagi mengatasi penurunan ini?
DAP, khususnya, Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, tidak mempunyai karisma dan kebolehan yang diperlukan untuk meyakinkan para pelabur. Lebih dari itu, reputasi dan imej beliau sebagai samseng, diktator dan penipu semakin tersebar dan terpahat kukuh sehingga menimbulkan rasa 'cuak' di kalangan pelabur.
Lihat gambar terkini bagaimana Lim Guan Eng melayan pelabur,lenggok bahasa badan dan cara beliau duduk cukup angkuh. Beginikah cara beliau menarik pelabur asing?
LELAKI nekad terjun dari tingkat satu hotel ketika serbuan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. FOTO Amir Irsyad Omar
Georgetown: Seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga penjawat awam cedera di kaki dan kepala selepas terjun dari tingkat satu hotel bagi mengelak daripada dicekup pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), 5.30 pagi tadi.
Ketua Bahagian Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman Azizan berkata, beberapa pegawai melakukan pemeriksaan menyedari tindakan lelaki itu sebelum cuba menghalangnya.
"Namun lelaki yang panik selepas menyedari kehadiran kami itu terus memanjat tingkap bilik hotel sebelum terjun ke atas khemah.
"Tindakan itu hanya mengundang padah apabila dia tergelincir sebelum terjatuh," katanya.
Dalam Operasi Cegah Maksiat sempena Sambutan Tahun Baru 2015, seramai 44 individu berusia 17 hingga 50 tahun ditahan selepas disyaki berkhalwat.
Turut ditahan dalam operasi 1 hingga 6.30 pagi itu ialah wanita berusia 50 tahun yang juga isteri orang bersama pasangan berusia 45 tahun.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/20753#sthash.YkbqHD9R.dpuf
KOTA TINGGI – Seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun trauma selepas mendakwa dicabul tenaga pengajarnya di dalam rumah warden, minggu lalu.
Bapa saudara mangsa mahu dikenali sebagai Zali, 40, berkata, anak saudaranya telah membuat satu laporan berkaitan kejadian di balai polis berhampiran.
Menurutnya, kejadian berlaku apabila anak saudaranya merupakan pelajar di pusat pengajian itu telah disuruh tenaga pengajar terbabit untuk membersihkan rumah warden.
"Anak saudara saya memberitahu sebelum ini tenaga pengajar itu pernah cuba melakukan perkara itu kepada dirinya dan pelajar lain, namun tidak berjaya.
"Sebagai seorang tenaga pengajar yang diberi amanah menyampaikan ilmu, tak wajar dia melakukan perkara ini pada anak muridnya," katanya.
Tambahnya lagi, dia terkilan ketika kejadian, merupakan hari terakhir anak saudaranya di pusat pengajian itu.
"Kejadian ini pasti menjadi detik hitam hidupnya. Ia menyebabkan anak saudara saya kini trauma. Apa yang kami harapkan agar individu bertanggungjawab dapat diberkas dan dikenakan hukuman setimpal," katanya lagi.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman ketika dihubungi berkata, hasil siasatan pada 30 Disember jam 4.15 petang, suspek berjaya ditahan.
"Kes disiasat di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan.
"Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu," katanya.
KUALA LUMPUR (Bernama) — Harga runcit bagi petrol RON 95 dan RON 97 diturunkan sebanyak 35 sen, masing-masing kepada RM1.91 seliter dan RM2.11 seliter, mulai 1 Januari 2015.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit bagi diesel pula diturunkan sebanyak 30 sen kepada RM1.93 seliter.
Pada Disember 2014, harga runcit bagi RON 95, RON 97 dan diesel pada RM2.26 seliter, RM2.23 seliter dan RM2.46 seliter.
"Harga-harga bagi petrol dan diesel ini dibuat berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Disember 2014 dan kadar pertukaran mata wang," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Beliau berkata kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.
"Semua syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak diingatkan agar mematuhi penetapan harga baru ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan harga baharu ini," tambahnya.– BERNAMA
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang menjadi viral di kebanyakan media sosial mengenai lori syarikatnya ditahan pihak berkuasa ketika menghantar bantuan ke Dabong, Kelantan, kelmarin.
Pengarah Urusan Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd, Che Salmi Che Ibrahim berkata, lori yang membawa makanan segera ke kawasan itu dapat meneruskan perjalanan tanpa sebarang sekatan mahupun gangguan daripada mana-mana pihak seperti yang disebarkan di media sosial.
"Team Sabasun selamat pulang dari Dabong, Kelantan, tiada apa masalah berlaku dan berita yang disebarkan adalah tidak benar malah saya tidak mengenali langsung individu terbabit.
"Individu itu juga mendakwa kenyataan yang dimuat naik dalam akuan Facebook miliknya yang dikatakan dipetik daripada Facebook rasmi Sabasun juga adalah sama sekali tidak benar," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut Salmi lagi, perjalanan mereka mendapat kerjasama daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk dari segi perjalanan dan juga ketika pengagihan makanan di pusat-pusat pemindahan serta rumah penduduk terjejas banjir.
Misi bantuan yang diketuai Pengarah Operasi, Che Salman Che Ibrahim itu selamat tiba di Terengganu pada jam 4 pagi semalam.
"Saya agak terkejut dengan kenyataan pihak tidak bertanggungjawab itu dan berharap tidak ada lagi kenyataan palsu yang dibuat membabitkan syarikat saya," katanya.
Bagaimanapun, Che Salmi belum terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang menyebarkan maklumat palsu itu dan pada masa sama, memberi amaran supaya ia dihentikan segera.
Cadangan berani oleh pemilik SINAR HARIAN yang juga rakyat Kelantan Datuk Hussamudin Yaacob supaya diwujudkan kerajaan campuran PAS- UMNO pasca banjir besar ini bagi membangunkan semula negeri ini jelas mendapat sokongan ramai anak2 Kelantan . KLIK DI SINI
Malah TPM sendiri dalam reaksinya pun cakap boleh dilakukan & tidak tolak kemungkinan !
Tetapi cadangan ini ditolak kuat oleh Naib Presiden PAS Husam Musa walaupun hanya berstatus Adun sahaja bukan berjawatan Exco dalam kerajaan Kelantan !!
Begitu juga portal PR Malaysiakini yang tak tidak senang cadangan bos Sinar Harian dengan spin bahawa TPM hanya ketawa ...... Tak ada etika langsung berita sampah seperti ini ..
Adakah puak2 Anwarinas dalam PAS seperti Husam takut jika kerajaan campuran PAS- UMNO ini berhasil akan gugat mereka mahu rampas Putrajaya seperti yang diidamkan DAP - PKR ?
Bagi GPB , tak mustahil kerjasama ini dapat dilakukan sepertimana contoh dibuat Gerakan Acheh Merdeka (GAM ) dengan kerajaan Indonesia di Acheh di mana mereka bekerjasama dan menamatkan konflik selepas tsunami 2004.
Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang mengatakan tidak perlu kerajaan campuran hanya pendapat peribadi beliau yang dianggap hanya mementingkan kepentingan politik peribadi.
"Di Kelantan, Husam hanya seorang Adun. Beliau tidak berhak membuat keputusan samada setuju atau tidak terhadap kerajaan campuran," demikian tegas Pengerusi Trans-Nusantara Ventures, Datuk Rahim Kamil Sulaiman.
Rahim yang juga tokoh anak Kelantan yang dikenali menegaskan, Husam hanya bercakap atas kapasiti dirinya sahaja dan bukan pandangan orang Pas atau pandangan orang yang menyokong Pas, jauh sekali mewakili rakyat Kelantan.
"Apa yang dinyatakan Husam dalam kenyataannya kepada Malaysiakini bukan rakyat yang mahu.
"Di Kelantan, Husam tidak memegang apa-apa jawatan dalam Pas Kelantan selain hanya sebagai Adun sahaja.
"Tindakan Husam yang mendahului menteri besar Kelantan bagi mengatakan Pas tidak perlu kerajaan campuran adalah biadap dan tidak menghormati kuasa dan kepimpinan menteri besar," katanya. Beliau menasihat Adun itu supaya melihat kembali kepada sirah Rasulullah.
"Kita menyerahkan kepada individu yang telah diberi kepercayaan untuk menjadi ketua kita di dalam menentukan sesuatu keputusan.
"Sebagai pemimpin dan rakyat, kita seharusnya menyokong pimpinan yang ada untuk bersama membuat keputusan yang menuju kepada kebaikan.
"Husam perlu tahu apa yang rakyat Kelantan mahu dan bukan hanya mengutamakan kepentingan politik peribadi," katanya.
Dalam pada itu, Penganalisis Politik Kelantan, Dr Kamarulzaman Yusof berkata, Husam tidak sepatutnya terburu-buru dalam mengeluarkan kenyataan.
Katanya, selaku pemimpin berpengalaman, Husam sepatutnya mendapatkan pandangan kerajaan negeri dahulu sebelum mengeluarkan pendapat.
"Husam terburu-buru dengan menolak terus cadangan tersebut tanpa mempertimbangkan pro dan kontranya secara mendalam.
Kamarulzaman berkata, kerosakan yang menimpa Kelantan terlalu besar dan memerlukan biaya serta tenaga besar untuk dipulihkan semula.
"Saya selaku ahli akademik menyanjung (Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf) Datuk Hussamuddin Yaacob di atas keberanian beliau menyuarakan suatu perkara yang sebenarnya turut terbuku di dalam hati ramai rakyat Kelantan," katanya.
Pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias al Hafiz @ Ustaz Kazim turut mengingatkan ahli politik supaya menghentikan segala perbalahan terutama ketika negara sedang dilanda banjir besar.
"Cukup-cukuplah berpolitik... orang kita berpolitik 24 jam tidak habis-habis. Bawa-bawalah untuk berbincang elok-elok, takkan nak bertelingkah sampai mati? Rakyat bawahan letih dengan isu yang tidak habis-habis," katanya.
Mohd Kazim turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas daripada agensi kerajaan, swasta, badan-badan bukan kerajaan, parti-parti politik dan sukarelawan yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir di semua negeri yang berkenaan terutama di Pantai Timur yang dilanda bah dan disifatkan bencana paling buruk sejak 1962.
Dipetik daripada kenyataan yang dipaparkan menerusi laman sosial Facebook beliau, Mohd Kazim turut mengajak semua rakyat negara ini tidak kira latar belakang juga ideologi untuk membantu dengan apa yang termampu.
Selain itu, beliau turut menyeru semua umat Islam di negara ini menghentikan program yang boleh melalaikan pada musim banjir dan digantikan dengan solat hajat.
Katanya, bencana banjir boleh disifatkan sebagai peringatan untuk umat Islam di negara ini untuk kembali kepada ajaran agama yang sebenar. "Jangan lagi dihina kalimah ALLAH, jangan lagi dibenarkan lelaki berpakaian wanita, jangan lagi menghina hukum hudud, malah carilah jalan supaya umat Islam bersatu. "Tolaklah ajaran pluralisme dan liberalisme. Jangan dibuat lagi pesta minum arak pada bulan Oktober dan mana-mana bulan sekalipun," katanya.
Beliau juga berkata, stesen televisyen di negara ini perlu menjadi penyumbang kepada kebangkitan akhlak yang baik dan tidak menganjurkan program sia-sia.
Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian ketika menghubungi pejabat akhbar ini semalam mengatakan, musibah seperti bencana alam meskipun bersabit dengan faktor geografi, juga mengandungi makna yang tersirat untuk kita sama-sama fikirkan.
"Ia tidak terjadi atas faktor geografi semata-mata. ALLAH sedang menguji kita sebenarnya... sama ada kita nak insaf, bermuhasabah apa kesilapan yang kita telah buat atau sebaliknya," katanya.
Mengambil contoh kesan tragedi tsunami yang berlaku di Aceh 10 tahun lalu yang akhirnya menamatkan konflik politik di wilayah itu antara pemerintah Republik Indonesia dengan Gerakan Acheh Merdeka (GAM), beliau berkata, bencana banjir di negara ini walaupun tidaklah seberat itu, apa yang berlaku tetap ada hikmah di sebaliknya.
"Jadi saya kira, sudah sampai masa untuk ahli-ahli politik kita, tidak kira dari sebelah mana, dari parti mana untuk duduk merenung diri apa yang telah mereka lakukan untuk rakyat negara ini? Apa kesannya kepada masyarakat?
Sampai bila mereka hendak berpolitik? Bukan tidak boleh berpolitik tetapi carilah jalan yang terbaik untuk kita mengelakkan perpecahan dalam masyarakat," katanya.
Berpolitik, katanya tak akan habis walaupun dibahaskan setiap hari.
"Kalau nak bercakap tentang perbezaan, memang banyak. Tak akan habis tetapi ke arah mana kita hendak bawa masyarakat kita, pengikut kita? Cukup-cukuplah... Jadikanlah ini masa untuk kita bersatu, titik tolak untuk kita bersatu selama-lamanya.
"Biarlah ideologi berbeza tetapi bukan dalam pergaulan, silaturahim, apa lagi saudara seagama. Biarlah politik jadi cara untuk memilih pemimpin yang terbaik mengikut sistem demokrasi, bukan untuk memburukkan, menghodohkan sesama sendiri," katanya.
Kerajaan PAS Kelantan hari ini berkata jika kejadian pembalakan yang tidak terkawal berlaku di negeri itu, ia mungkin disebabkan penerokaan haram yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.
Mengulas teguran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri itu sentiasa mematuhi had pembalakan yang dibenarkan. "Sistem pembalakan di Kelantan pada hakikatnya mematuhi Kup Tahunan seluas 5,960 hektar setahun yg diluluskan Majlis Tanah Negara.
"Malah pengurusan hutan di Kelantan diberi pensijilan MC&I SFM oleh badan bebas antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata kerajaan negeri akan melaksanakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan efektif bagi menguruskan hal itu. Semalam, ditanya adakah faktor utama banjir di Kelantan disebabkan pembukaan tanah yang berleluasa di kawasan berbukit di Kuala Krai dan Gua Musang, Najib tidak menolak kemungkinan kecuaian manusia menjadi faktor penyumbang bencana itu.
"Pembukaan tanah secara berleluasa terutama sekali pembalakan yang berlebihan memberi kesan kepada alam sekitar kerana tidak ada penahan semulajadi untuk menahan air daripada terus ke sungai-sungai dengan begitu pantas," katanya. Najib menyifatkan banjir buruk yang melanda negeri itu bukan satu fenomena tetapi bencana atau malapetaka besar kerana keadaan air naik begitu tinggi dan mendadak sehingga banyak rumah tenggelam.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, Putrajaya akan membuat kajian "post-mortem" secara mendalam bagi mengenal pasti punca sebenar banjir luar biasa itu, meliputi banyak faktor termasuk perubahan cuaca, penerokaan dan pencerobohan hutan, penarahan bukit selain kekurangan infrastruktur mengalihkan air ke laut.
Ahmad berkata, apabila mendengar beberapa pihak menyifatkan banjir di Kelantan disebabkan pembalakan tidak terkawal, beliau berpandangan ia perlulah dirujuk terlebih dulu kepada pihak kerajaan negeri.
"Perlu diketahui juga yang insiden banjir boleh juga berlaku akibat beberapa faktor lain seperti fenomena limpahan air hujan yang berlebihan sebagaimana yang dilaporkan Jabatan Meteorologi dan hal ini berlaku hampir di semua negeri di Semenanjung Malaysia," katanya. Menurut pemangku ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu, kerajaan negeri Kelantan sekarang dalam usaha memulih dan membangunkan semula lokasi yang musnah dilanda banjir.
"Setelah saya sendiri meneliti situasi di tempat yang agak parah dilanda banjir seperti di Kuala Krai, ianya amat memerlukan sokongan dan bantuan daripada semua pihak khususnya kerajaan persekutuan," katanya. Pada masa sama, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus menyalurkan bekalan kepada mangsa banjir di negeri itu.
Ahmad yang pada minggu lepas mengakui beliau juga terperangkap dalam rumahnya yang dinaiki air berkata, banjir itu hendaklah diteliti juga daripada sudut pengajaran dan hikmah bagi meneguhkan akidah dan iman umat Islam. – 31 Disember, 2014 -