Khamis, 6 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Peghelih La...

Posted: 06 Jan 2011 11:05 PM PST

Peghelih La...


Umno terus perkosa harta awam untuk kegiatan parti

Posted: 06 Jan 2011 01:41 AM PST

KANGAR - Foto di atas menunjukkan Umno terus rakus mempergunakan premis awam untuk kepentingan parti mereka.

Surau ini dibina untuk kemudahan penduduk di Kampung Salang untuk beribadat selain menjalankan aktiviti kemasyarakatan di situ.

Namun begitu, Umno dengan sewenang-wenangnya menjadikan premis ini sebagai Bilik Gerakan parti mereka.

"Dulu surau ini pernah diimarahkan dengan aktiviti kuliah pengajian, tetapi tidak dipersetujui oleh orang-orang Umno apabila ustaz yang mengajar turut menyentuh bab akidah yang mungkin tidak disenangi mereka," jelas Ketua Urusan Ulama PAS Kangar, Ustaz Salleh Adam.

Minta komen pembaca.....

Posted: 06 Jan 2011 12:57 AM PST

Jawapan Exco Kerajaan Negeri (Dr Por Choo Chor) kepada soalan lisan YB Rus'sele Eizan (PAS -Simpang Empat):


Bilangan dan kos terlibat dalam pembinaan papan tanda nama taman-taman perumahan di seluruh Perlis:


2009 - RM78,400.00 bagi 24 buah taman melibatkan 4 kontraktor.
2010 - RM 215,600.00 bagi 66 buah taman melibatkan 10 kontraktor.

Jumlah kos: RM294,000.00


*** Ini bermakna, secara purata sebuah papan tanda nama ini berharga RM3266.67.


Minta pembaca yang arif dalam bidang ini memberikan komen samada kos ini terlalu mahal atau tidak? (Sila tinggalkan komen di sini atau di shoutbox. Terima kasih)

Shahidan: MB Perlis belum diuji lagi

Posted: 06 Jan 2011 12:54 AM PST

KANGAR - Bekas Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim mendakwa Menteri Besar, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu masih belum teruji sepanjang beliau memegang jawatan tersebut.

Berucap pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis baru-baru ini, Shahidan berkata Md Isa setakat ini hanya diuji dengan bencana banjir sahaja sedangkan banyak lagi perkara besar yang belum ditempuhi beliau.

"Menteri Besar baru diuji dengan banjir shaja, tapi belum lagi diuji dengan benda yang lebih mencabar. MB belum lagi diuji untuk memimpin sebuah pilihanraya lagi.

"Masa pilihanraya umum yang lepas kena ingat, yang menerajui BN Perlis adalah saya, dan kemenangan BN adalah di bawah piminan saya," katanya.

Seperti sidang-sidang DUN Perlis terdahulu,Shahidan terus menyerang pihak-pihak yang berada di sekeliling Menteri Besar yang dakwanya sering memaki-hamun beliau.

Pihak yang dimaksudkan Shahidan ialah Unit Pembangunan Insan (UPI) yang beliau sendiri menyebut Unit Pukul Insan. UPI dahulunya adalah Unit Kemasyarakatan dan Dakwah (UKD) semasa Shahidan menjadi Menteri Besar.

"Puak-puak UPI ni menjadikan seolah-olah saya dilihat sebagai musuh. Muka depa ni bila jumpa saya macam jemuan pula kita tengok. Saya dizalimi, kenapa lantik pegawai lain datang jaga kawasan saya, kerja maca dia wakil rakyat sedangkan sayapun wakil BN juga, saya Ketua Bahagian duduk dalam parti kerajaan juga tapi saya telah dinafikan hak," rintihnya.

Selain itu, dalam sidang yang sama Shahidan turut menyindir Md Isa yang didakwanya boleh bersikap tenang sedangkan pelbagai pihak yang bercakap macam-mcam tentangnya.

"Saya terpaksa tabik kepada MB kerana dia boleh buat tak kisah atau buat kering bila orang kata macam-macam kepadanya.

"Saya hairan macamana MB boleh tidur lena walaupun ada orang mengata kepadanya. Kalau orang kata kat saya, saya akan pergi jumpa orang itu sampai ke rumahnya untuk tahu mengapa dia kata macam tu, selagi tak dapat jawapan saya tak boleh tidur lena," ujarnya.

Isy Isy Isy Hairan juga ye...???

Posted: 05 Jan 2011 11:53 PM PST

Pelik 1
Malaysia adalah pengeluar utama minyak sawit dunia, tapi berlaku kekurangan bekalan minyak masak.

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris, kekurangan bekalan minyak masak tidak seharusnya berlaku di negara kita kerana Malaysia merupakan negara pengeluar dan pengeksport utama produk minyak sawit dunia.

Pelik 2
Malaysia juga tergolong di kalangan negara pengeluar petroleum , tapi rakyat terus dibebankan dengan kenaikan harga bahan bakar......
Pelik 3
Malaysia juga disebutkan sebagai sebuah negara Islam contoh, tapi mengapa ada pula Pak Menteri yang didakwa merogol orang?

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG

Posted: 06 Jan 2011 09:34 PM PST

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG


Minta solat hajat, lawan tetap lawan- Dr Halimah

Posted: 06 Jan 2011 04:39 AM PST


Harakahdaily   
SHAH ALAM, 6 Jan: Semua ahli PAS dirayu supaya mengadakan solat hajat  serta
doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang sedang
diserang sekarang.

Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali dalam mesejnya yang penuh emosi
memohon bantuan semua pihak bagi menghadapi serangan ini.

"Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini.

"Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua
perkara," tulis Dr Halimah yang juga Adun Selat Klang dalam mesejnya kepada Harakahdaily.

Halimah (gambar)  juga memaklumkan, Menteri Besar dan semua Exco kerajaan
negeri terpaksa menyertai majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri yang
baru yang disekalikan dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran di istana
negeri hari ini.

"Umno mahu menggunakan tektik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan
Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi," kata Halimah
yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.
Tidak bermakna kami rela

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya
sebelum ini memaklumkan, pemergian mereka ke istana hari tidak bermakna
mengiktiraf perlantikan Khusrin.

"Kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan
tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian
bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu
penyelesaian bijaksana," kata Khalid dalam kenyataannya.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, kata Khalid adalah "sebagai bukti
dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor
dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor."


Kerajaan Negeri Selangor, katanya,  telah menghantar surat kepada
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) dan menyatakan rasa terkilan
Negeri Selangor  di dalam isu pelantikan SUK. 

"Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan
semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya.

Kerajaan Negeri juga memohon agar proses perbincangan dapat dilakukan
dan akhirnya penyelesaian terbaik boleh dicapai.

Pentadbiran Negeri Selangor juga telah memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor
beberapa perkembangan hasil dari pertemuan pada 3 Januari, termasuk cadangan
memulakan proses penyelesaian dengan SPA.

Pentadbiran Kerajaan Negeri kesal apabila berlaku manipulasi pihak tertentu dan
berkepentingan dalam soal ini. 

Media pula menggambarkan seolah-olah berlaku krisis di antara Istana dan
pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, katanya.


"Kita juga telah memberi maklum kepada DYMM Sultan bahawa Pentadbiran
Kerajaan Negeri akan mengadakan Sidang Dewan Negeri Selangor dalam tempoh
terdekat untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk  mengembalikan
kuasa Sultan dan Menteri Besar  khusus dalam melantik tiga pegawai eksekutif
iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri. 

"Tindakan ini sekali gus menolak dakwaan pihak-pihak yang menuduh kami
menderhaka dengan Sultan dan Kerajaan negeri Selangor sebaliknya kamilah
yang akan mengembali dan mempertahan kuasa Sultan dan Negeri yang
terhakis sejak 1993 kesan dari krisis Perlembagaan," katanya.

PAS KDAS 3

Posted: 06 Jan 2011 09:33 PM PST

PAS KDAS 3


Posted: 06 Jan 2011 03:08 AM PST

Sekitar Program Ceramah Maal hijrah dan Bantuan Kembali ke sekolah untuk anak-anak yatim. Program dijalan kan di Markas PAS KDAS 3.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 06 Jan 2011 09:29 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Kisah Benar Melayu Penang 14 Jan 2011 di Seremban

Posted: 06 Jan 2011 04:35 PM PST

CERAMAH UMUM PR N9
Bersama :
Dato Mansor Othman - Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang
YB Yusmadi Yusof - Ahli Parlimen Balik Pulau
Sdr Sany Hamzan - Exco Pemuda PAS Pusat
Tarikh : 14 Jan 2011 (Jumaat)
Masa : 9 malam
Tempat : PASTI Wildan, Batu 2, Ampangan, Seremban (sebelah Masjid Jamek Ampangan)

Semua dijemput hadir

Sumber : http://wartawansukarela.blogspot.com/2011/01/ceramah-umum-pkr-n9.html

Zulkefly Omar gesa Rais Yatim saman pihak dedah isu rogol

Posted: 06 Jan 2011 03:57 PM PST

Sue them, PAS leader dares Rais

By Zefry Dahalan January 6, 2011

SEREMBAN: An opposition leader today challenged Information, Communication and Culture Minister Rais Yatim to sue all those who implicated him in a rape case.

According to Negri Sembilan PAS commission Zulkefly Mohamed Omar, a mere denial was not sufficient.

"His denial is not sufficient, he should sue WikiLeaks, the bloggers and the Jakarta-based Migrant Care (organisation) to clear his name," he told FMT.

Zulkefly, who led a delegation of PAS leaders to file a report against Rais, was responding to the latter's claim that the allegation was a wicked lie concocted by the opposition.

The allegation came about following a purported WikiLeaks disclosure that former premier Abdullah Ahmad Badawi had covered up the case.

However, Rais rubbished this, saying that the allegation was designed to tarnish his reputation and frustrate his efforts in promoting Prime Minister Najib Tun Razak's 1Malaysia concept.

Meanwhile, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) secretary Norazizi A Aziz said Rais' denial was not the end of the issue.

Norazizi, who also filed a police report on the matter yesterday, said: "I urge the police to continue the investigation and serve justice to Rais and the Indonesian maid."

"We stand by the policy that nobody is guilty until proven otherwise. The police should conduct their investigation without fear and favour.

"To say that we lodged this report to tarnish his name is not correct as this report can serve as a platform for him to prove his innocence.

"Why worry about the police reports? Rais should be glad that we have taken action to protect his reputation and have given him the opportunity to clear his name," he added.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/01/06/sue-them-pas-leader-dares-rais/

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 06 Jan 2011 09:17 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


DANA YBU: SIAPA AKAN AUDIT?

Posted: 06 Jan 2011 07:26 PM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 06 Jan 2011 09:08 PM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Hari ini NIzar jumpa penduduk Bukit Gantang.-7 Januari

Posted: 06 Jan 2011 06:15 PM PST

Sebentar lagi DS Nizar akan bersolat Jumaat di Masjid Kg Air Terjun Trong.Selesai Solat Jumaat DS Nizar akan bertemu penduduk Kg Air Terjun,Trong.


Petang nanti DS Nizar bersama Dewan Harian Pas Negeri bertemu Dewan Ulamak Pas Perak di Markaz Tarbiyyah Pas Perak,Air Kuning,Taiping.Pertemuan berlangsung pada pukul 5.30 petang.


Sementara itu DS Nizar akan menyampaikan tazkirah maghrib di Surau Air Puteh,dalam DUN Kuala Sapetang.


Mengakhiri program DS Nizar di Bukit Gantang menyertai Liqa al-Fikri Negeri di Markaz Tarbiyyah Pas Perak,Air Kuning,Taiping.

PAS Kawasan Miri

Posted: 06 Jan 2011 07:54 PM PST

PAS Kawasan Miri


BN Panic on PKR 40 Seats Target,SUPP demand for 18 A-point for Sarawakians purely a copycat of PR Comittment during PR 2ndConvention

Posted: 05 Jan 2011 10:30 PM PST

After 2006, SUPP/BN say they are reinventing. However, after May, 2010, they say they are clueless.Now we see 7 months on they have reinvented and are copying and replicating Pakatan Rakyat Sarawak like what their Cyber Troopers are doing. WHERE HAVE THEY BEEN ALL THIS WHILE?…..and all these ministers(inc the termite) pledge to defend the rights mentioned in the 18 point agreement.

All this while they have succumb to the BN rule by UMNO,PBB gangsters .Did they come to the rescue when -

The case of non-halal food in a mission school,
The case of a mixed parentage student who did not qualify for a scholarship
The Allah case where only later Federal govt decide to allow the usage for Sarawak & Sabah
The Oil Royalty or petrol price did not benefit us where we are one of the main producers of crude oil
The usage of English language as medium of instruction for Sarawak & Sabah and now we are subject to federal rule
The immigration rules, why West Malaysians monopolies the govt civil service sector
The Education is under Federal rule where it should come under state control inc the usage of English
….plus many others , read for yourselves …see below…


Recently,PM Najib ..so called 1Malaysia aides' orders to St John's Cathedral to remove crucifixes and banning of singing hymns at St John's Cathedral constitute a violation of religious freedom guaranteed under Article 3(1) of the Federal Constitution.The orders border on the ridiculous. The excuse given by PM aides that the cruciffixes would be offensive to the Prime Minister while visiting the church and grounds.

Malaysia have diplomatic relations with many Christian countries in the West, South America and the Phillipines. Crucifixes decorate many public buildings in these countries. Would the aides issue orders to Christian countries in the West and South America to take down or remove the crucifixes when the Prime Minister of Malaysia visit the said countries?Church buildings and grounds are sacred areas to Christians especially Catholics. Crucifixes are sacred. So are the religious rites and singing of hymns. Forcible removal of crucifixes in churches would constitute an act of sacriliege. The orders by the PM aides are therefore sacrilegious.
Only now SUPP BN want to be champions of the people and all these while they lay like sleeping dogs..Together We Make Change with Pakatan Rakyat

Dr Azman Ibrahim

Posted: 06 Jan 2011 07:28 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Rahmat Islam Untuk Semua Bangsa

Posted: 01 Oct 2010 09:30 PM PDT

PAS LENGGONG

Posted: 06 Jan 2011 07:25 PM PST

PAS LENGGONG


Lagi Pening

Posted: 05 Jan 2011 08:12 PM PST

Kehadiran menteri besar dan seluruh exco kerajaan Selangor ke majlis angkat sumpah Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) yang baru tidak bermakna tindakan itu direlakan, kata Tan Sri Khalid Ibrahim. NONE"Memandangkan hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Datuk Khusrin, kami ingin menegaskan kehadiran kami tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) terhadap pentadbiran kami. "Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan SUK belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," katanya dalam kenyataan bertulis kepada media yang diedarkan di Istana Bukit Kayangan Shah Alam.

Bagaimanapun mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor hanya boleh mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Menteri Besar.

Bagaimana angkat sumpah itu?
sahke atau tidak.

Zaman sekarangni orang yang bersumpah dan melakukan khianat terhadap sumpahnya tak jadi ape-ape. tak terkena dimakan sumpah. Kerana Allah tak turunkan laknat kepada pendusta dan pengengkar sumpah. Malah orang lain pulak yang tak bersumpah yang terkena.
Jadi kita tengok kepada SUK selangor yang baruni. Tak jadi apapun kepadanya. Dan dia akan berbuat apa yang diarahkan oleh yang melantiknya.

Semua rakyat selangor dan penyokong PR bermunajatlah mohon perlindungan Allah dan mohon semoga Allah melaknat kerja buat jahat orang yang membuat angkara ini di Selangor dan di seluruh negara.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 06 Jan 2011 07:23 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


Kenyataan Media Presiden: Krisis Pelantikan Jawatan SUK Selangor

Posted: 06 Jan 2011 04:07 PM PST

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap bahawa krisis perlantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang sedang berlaku ini adalah akibat sikap kerajaan pusat yang tidak menghormati pilihan rakyat Selangor yang telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri tersebut.

Perlu diketahui bahawa segala peraturan pengurusan perjawatan dan perkhidmatan pegawai adalah sebenarnya dirangka dengan matlamat melaksanakan urusan pentadbiran sesebuah kerajaan supaya lebih efisyen, menjaga kepentingan rakyat, jauh dari sikap menekan apatah lagi menzalimi mana-mana kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Dalam pilihanraya yang lalu rakyat sudah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang sah di Selangor. Di atas asas yang sama maka sepatutnya agensi yang membuat pelantikan perkhidmatan awam di peringkat persekutuan memahami hasrat rakyat tersebut.

Mereka sepatutnya mengambilkira budi bicara dalam membuat pelantikan, dengan memahami hasrat serta kehendak kerajaan negeri Selangor ini khususnya dalam perlantikan SUK. Sikap melawan kehendak pentadbiran kerajaan Selangor ini dilihat suatu tekanan dan berlaku akibat dari fahaman salah konsep federalisma yang dianut oleh kerajaan pusat pimpinan UMNO-BN.

Kita semua menyedari bahawa UMNO-BN tidak pernah menghormati undang-undang yang mereka sendiri gubal, sehingga mereka sanggup melanggarnya demi kepentingan politik sempit mereka. PAS mengingatkan bahawa usaha pencabulan konsep Federalisma ini akan mengakibatkan berlakunya kebangkitan luar biasa rakyat di peringkat nasional. Kerajaan UMNO-BN ini berusaha untuk merampas kerajaan Selangor dengan menggunakan peruntukan pentadbiran bagi mewujudkan suasana keresahan dalam pentadbiran kerajaan, semuanya dengan cara yang tidak bertamadun dan di luar batas demokrasi. Rampasan ini jugalah yang mereka telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat sebagai pertaruhannya. Apapun, kita percaya bahawa rakyat akan memberi respon di seluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang dengan menukar kerajaan yang ada kepada Pakatan Rakyat.

PAS juga ingin mengingatkan kepada UMNO-BN, bahawa langkah apa sekalipun yang digunakan untuk menongkat kelemahan di pihak mereka, ianya tidak akan menjamin BN untuk terus kekal sebagai pemerintah. Dunia telah membuktikan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya termasuk UMNO-BN.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
1 Safar 1432 H/ 6 Januari 2011

Khalid Samad

Posted: 06 Jan 2011 07:12 PM PST

Khalid Samad


Snare in Khusrin Row

Posted: 06 Jan 2011 04:21 AM PST

By Adib Zalkapli (The Malaysian Insider)

SHAH ALAM, Jan 6 — Shah Alam MP Khalid Samad urged the state government today to move forward and accept Datuk Mohd Khusrin Munawi as the state's new secretary, and reminded it of the stakes if it chose to prolong the row.

According to Khalid, Khusrin's appointment was an intentional attempt to pit the state government against the Sultan.

"I urge the state government to choose their fight, to choose their battle," said Khalid.

The PAS lawmaker added that the administration of Tan Sri Khalid Ibrahim has already done what it could to argue that Khusrin was not the state's choice.

"The point has been made, Khusrin is not the best man for the job, and we have made our objection clear," Khalid told a press conference here.

"When the administration starts to face problem, fails to perform we will know the cause is BN's choice of [state secretary] to jeopardise the Selangor government," he added.

Khalid said the state government's priority would be to explain the issue to the Selangor public and the importance of changing the federal administration.

"Our last option is to amend the state constitution but after that we will have to accept Khusrin as the state secretary," said Khalid.

The state government has been opposing the appointment of Khusrin as the state secretary, arguing that the Public Service Commission (PSC) did not consult the mentri besar before announcing the appointment.

It has even announced its intention to amend the state constitution by the end of the month to nullify Khusrin's appointment and to restore the state's power in the selection of senior officers.

Despite the objection, members of the state administration led by MB Khalid attended the swearing in ceremony before the Sultan but had vowed not to let Khusrin take his oath of secrecy to enable him to function as the state secretary.

Previously, former Perak Mentri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin had warned the Pakatan Rakyat (PR) Selangor government that it risks losing Malay support from the state secretary dispute.

Nizar was accused of being a traitor after he disagreed with the Sultan of Perak who had refused to dissolve the state assembly prior to the defection of PR lawmakers which resulted in the collapse of the state government in 2009.

Courtesy of The Malaysian Insider
-Pejabat YB Khalid Samad-

Video: Respon Kepada Ridhuan Tee

Posted: 06 Jan 2011 04:17 AM PST

Respon kepada artikel Ridhuan Tee dalam Utusan Melayu pada 2 Januari 2011 berkenaan gesaan memohon maaf Perdana Menteri kepada Penganut Kristian.


-Pejabat YB Khalid Samad-

Pengumuman: Ceramah Perdana Selamatkan Malaysia di Hulu Kelang (10/1/11)

Posted: 06 Jan 2011 12:23 AM PST

Semua dijemput hadir. Bagi pihak penganjur program
-Pejabat YB Khalid Samad-

Video: Ucapan Maal Hijrah 1432

Posted: 06 Jan 2011 12:18 AM PST

Ucapan Maal Hijrah 1432 oleh YB Tuan Haji Khalid Abdul Samad, Ahli Parlimen Shah Alam

Bahagian I


Bahagian II


-Pejabat YB Khalid Samad-

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 06 Jan 2011 03:31 PM PST

Pemuda PAS DUN Kemasik


Semua Rakyat Dijemput Ke Himpunan Kebangkitan Rakyat 'PAS Ganti UMNO' - Ustaz Alias Abdul Hamid

Posted: 05 Jan 2011 10:21 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 06 Jan 2011 03:30 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


MUKE PUAK-PUAK GAPS YANG MANGKUK HAYUN

Posted: 05 Jan 2011 06:29 PM PST

Inilah muke-muke Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan berikutan tindakannya yang didakwa mencabar kewibawaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.





Kekadang kesian tengok muke puak-puak bodo yang mangkuk ini ditipu bulat-bulat oleh UMNOAPCO bahawa undang-unding tubuh negeri selangor 1959 telah dipinda oleh puak-puak bangsat ini pada tahun 1993 yang menghapuskan kuasa penuh Sultan Selangor dalam melantik 3 jawatan khas termasuk SUK...

MB S'GOR LANTIK PARAM & AZIZ SEBAGAI PENASIHAT

Posted: 05 Jan 2011 05:19 PM PST

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Pakar undang-undang dan hak asasi manusia terkemuka Datuk Param Cumaraswamy dan ahli akademik Prof Dr A Aziz Baru dilantik untuk memberi nasihat perundangan dalam soal pindaan perlembagaan negeri Selangor.

Aziz juga terkenal sebagai pakar perlembagaan yang berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Mengumumkan pelantikan mereka hari ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Penasihat Undang-undang Negeri juga telah diminta melihat cadangan pindaan yang hendak dibawa oleh kerajaan negeri ekoran pertikaian yang wujud dalam soal pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sehubungan itu, Khalid juga berkata, kenyataan bahawa Sultan Selangor mempunyai kuasa eksekutif dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri hanyalah pandangan peribadi Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

"Pindaan Perlembagaan pada 1993 secara jelas telah menghapuskan kuasa Sultan dalam pelantikan tiga pegawai eksekutif.

"Sebelum 1993 (sebelum Perlembagaan dipinda), dinyatakan dengan jelas bidang kuasa Sultan dalam pelantikan pegawai eksekutif," kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini.

Khalid menjelaskan cadangan meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 akan mengembalikan kuasa kepada Sultan untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.

"Saya yakin Sultan memahami situasi yang berlaku selepas 1993 dan keadaan yang berlaku sekarang," kata Khalid.

Khalid juga berkata, cadangan pindaan akan dibuat dengan tertib dan akan dimaklumkan kepada Sultan Selangor sebelum dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hujung bulan ini.

Menteri Besar juga berkata, mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pagi ini telah bersetuju untuk menyerahkan usul untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri dan surat mengenai perkara itu telah dihantar kepada Speaker Datuk Teng Chang Khim.

LAHANAT!!! PENGARAH PEND JOHOR KEMPEN BE END DI TENANG

Posted: 05 Jan 2011 04:58 PM PST


Lahanat punye Pengarah Pendidikan Negeri Johor yang sanggup turun ke sekolah di Tenang untuk merayu guru-guru kounseling membantu jentera BNAPCO didalam menghadapi Pilihanraya Kecil N.05 Tenang.


Terang dan jelas maksud Pengarah Pendidikan Negeri apabila menyebutkan warna-warna tertentu yang mewakili parti-parti tertentu. Saksikan.... kepincangan demokrasi didalam negara ini.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 06 Jan 2011 03:13 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


TERPINGA DAN MENYINGA BILA 'KEPUTUSAN TERBUKA' ?

Posted: 06 Jan 2011 02:18 PM PST

Keputusan inkues Teoh Beng Hock (TBH) bukan sahaja memeranjatkan semua yang hadir dalam mahkamah majistret Shah Alam, tetapi juga menimbulkan drama.
Setelah Koroner Azmil Muntapha Abas mengumumkan "Keputusan Terbuka", peguam, wartawan dan orang awam ramai yang terkejut dan terpinga-pinga.

Sebaik keputusan diumumkan, peguam pemerhati yang mewakili keluarga TBH, Gobind Deo dan ayahnya, Karpal Singh membuat sidang media di luar bilik mahkamah dan ketika itulah adik TBH, Teoh Lee Lan tidak dapat mengawal perasaan dan menangis teresak-esak serta menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentuk sebuah Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat kes ini.

Kehadiran kira-kira 50 penyokong keluarga TBH menyukarkan wartawan menjalankan tugas di mahkamah yang agak sempit itu.

Tiada bukti kukuh menunjukkan si mati bunuh diri ataupun dibunuh mendorong Koroner Azmil Muntapha Abas mengumumkan "Keputusan Terbuka" terhadap inkues kematian TBH.

Keputusan yang dibuat di Mahkamah Majistret 5 itu mengejutkan kira-kira 90 orang yang, separuh daripadanya wartawan, yang memenuhi kamar berkenaan. Sementara di luar bilik mahkamah, kira-kira 50 wartawan dan 50 orang awam tidak dibenarkan masuk kerana kamar sudah penuh.
Azmil menolak kemungkinan TBH membunuh diri kerana terdapat beberapa isu yang tidak diselesaikan berhubung andaian itu, terutama kesahihan nota yang dikatakan sebagai nota bunuh diri, serta tulisan di nota berkenaan.

Azmil juga menolak kemungkinan TBH dibunuh kerana walaupun terdapat bukti menunjukkan kecederaan di leher TBH berlaku sebelum dia jatuh, tetapi tiada bukti menunjukkan kecederaan itu membantu atau menjadi punca kematian TBH.

Selain keluarga Teoh, turut berada dalam mahkamah ialah beberapa pemimpin pembangkang, antaranya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Lim Kit Siang, Teresa Kok, Elizabeth Wong dan Teo Nie Ching (MP Serdang). Khalid bagaimanapun terburu-buru meninggalkan mahkamah sebaik koroner mengumumkan keputusan.

Sebelum mengumumkan keputusan, Azmil menjelaskan bahawa tanggungjawab dan fungsinya sebagai koroner adalah untuk menentukan bila, di mana dan bagaimana si mati menemui ajalnya dan sama ada wujud pihak ketiga yang menyebabkan kematian si mati.

"Saya tidak mempunyai kuasa untuk membuat penghakiman ke atas liabilit jenayah atau liabiliti sivil. Sebagai koroner saya hanya boleh membuat penghakiman berikut, iaitu Keputusan Terbuka, Keputusan Peristiwa Malang (verdict of misadventure) atau Kematian disebabkan seseorang yang tidak diketahui.

"Secara ringkasnya tanggungjawab saya sebagia koroner bermaksud mencari jawapan menerusi inkues berdasarkan bukti nyata yang dibentangkan. Bagaimanapun seorang koroner tidak terikat untuk mengikut peraturan atau prosedur biasa mahkamah.

"Bagaimanapun dalam menentukan punca kematian, Koroner boleh mempertimbangkan bukti berdasarkan cakap orang atau khabar angin asalkan ia relevan dengan bukti," katanya.

Azmil berkata, daripada keterangan saksi-saksi yang terakhir menemui si mati terdapat jurang yang tidak dapat dijelaskan pada tarikh 16 Julai antara 6 pagi hingga 1 petang. Sehubungan itu katanya, waktu kematian akan disandarkan kepada keterangan pakar-pakar forensik (Dr Khairul Azman Ibrahim, Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Portnthip Rojasunan).
"Berdasarkan keterangan pakar-pakar ini, saya membuat konklusi si mati dipercayai meninggal dunia antara 7.15 pagi-11.15 pagi pada 16 Julai 2009," katanya.

Berdasarkan keterangan pakar-pakar juga, Azmil berkata Teoh Beng Hock masih sedar sebelum impak berlaku.
"Saya mengesahkan semua pakar pathologi bersetuju bahawa punca kematian disebabkan kecederaan pelbagai yang berlaku akibat jatuh daripada tempat tinggi. Bagaimana terdapat dua teori yang mendominasi inkues ini yang dikemukakan oleh pihak berkenaan, iaitu keluarga mangsa dan SPRM, iaitu sama ada kematian akibat dibunuh atau bunuh diri.
"Selepas bedah siasat kedua, bukti kecederaan leher adalah elemen paling penting untuk mencadangkan kematian disebabkan oleh pembunuhan, walaupun ia dikemukakan oleh seorang pakar. Manakala SPRM bergantung kepada penemuan "nota bunuh diri" oleh pegawainya, ASP Ahmad Nazri Zainal pada penghujung inkues.

"Meskipun terdapat bukti yang begitu bercanggah, sebagai koroner, saya bertanggungjawab menimbangkannya bersandarkan peraturan.
"Adakah wujud niat bunuh diri? Keterangan abang si mati mendedahkan bahawa si mati akan berkahwin dan dia menjalani kehidupan biasa dan tidak menghidapi sebarang penyakit psikologi.
"Pakar pathologi, Dr. Prashant berpendapat besar kemungkinan Teoh Beng Hock bunuh diri. Bagaimanapun pendapatnya perlu disokong dengan fakta dan bukti kukuh.
"Kandungan nota yang dikatakan ditemui dalam beg Teoh Beng Hock oleh ASP Nazri boleh dipersoalkan sama ada ia benar-benar sebuah nota bunuh diri. Pakar tulisan tangan, Wong Kong Yong (saksi-37) ketika memberi keterangan mengemukakan dua laporan.

"Bagaimanapun keterangan Wong hanya menentukan tulisan pada nota itu sama dengan dokumen yang ditemui dalam beg Teoh Beng Hock.
"Dua isu ini tidak diselesaikan, iaitu dokumen-dokumen itu tidak disahkan mengandungi tulisan Teoh Beng Hock dan tidak ada sampel tulisan Teoh Beng Hock dikemukakan bagi tujuan pemeriksaan oleh Wong Kong Yong.
"Tambahan, keterangan pakar penulisan tangan sering dipertikaikan, terutama dalam kes tulisan karektor Cina," kata Azmil.

Koroner itu seterusnya mengatakan SPRM hanya bersandarkan kepada amaran bertulis Beng Hock sebagai sebab dia mahu membunuh diri.
"Saksi dari SPRM mengandaikan Beng Hock rasa amat bersalah dan takut untuk meninggalkan pejabat SPRM kerana dia malu untuk berdepan dengan masyarakat, terutama ketuanya. Keterangan saksi juga mengatakan Teoh Beng Hock dilihat seperti berada dalam keadaan resah, gelisah dan kelihatan bersalah.
"Saya kesal kerana tiada pakar sakit jiwa membuat laporan terhadap keadaan kewarasan minda Beng Hock ataupun nota yang dipersoalkan. Satu usaha telah dibuat pada peringkat awal inkues tetapi tidak berjaya.
"Saya tidak fikir sebagai koroner, saya layak membuat penilaiain sendiri hanya berdasarkan andaian semata-mata. Saya boleh membuat andaian bahawa nota itu dibuat oleh Beng Hock tetapi saya tidak layak untuk mengatakan ia sebuah nota bunuh diri.
"Selepas menimbangkan keterangan Dr Shahidan, Dr Portntip dan Prof Dr Venezis, saya dapati wujud bukti mencukupi untuk mengesahkan kecederaan di leher sebagai kecederaan yang berlaku sebelum si mati jatuh.

"Bagaimanapun saya dapati tidak ada bukti cukup untuk mengesahkan kecederaan sebelum jatuh ini menyebabkan atau menjadi punca kematian si mati."
Azmil berkata, mengenai laporan wujud DNA lelaki yang tidak dapat dikenalpasti, tidak ada bukti kukuh yang menyokong keterangan itu.
"Tanpa bukti kukuh, kita tidak boleh membuat andaian kewujudan orang ketiga yang bertanggungjawab terhadap kecederaan sebelum jatuh itu. Maka, saya menolak Keputusan Kematian Disebabkan pembunuhan.
"Berdasarkan sebab-sebab di atas, konklusi saya terhadap inkues ini ialah Keputusan Terbuka." – 5/1/2011.

UMNO TERLIUR TETAPI TIDAK BAGI PAKATAN RAKYAT SELANGOR

Posted: 06 Jan 2011 01:35 AM PST

Selangor tawar RM9b ambil alih aset konsesi air
Kerajaan Selangor telah mengeluarkan dokumen tawaran bagi mengambilalih 100 peratus aset konsesi syarikat konsesi air di negeri itu yang bernilai lebih RM9 bilion.

Tawaran itu bagi membeli saham Puncak Niaga pada nilai RM64.62 sesaham, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dengan nilai RM20.78 sesaham, Abass Sdn Berhad RM9.39 sesaham dan dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dengan nilai. RM5.95 sesaham.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (tiga dari kiri) berkata, pengambilalihan itu meliputi semua aset dan liabiliti syarikat.

"Kerajaan Selangor berpendapat tawaran ini adil dan wajar untuk pengambilaihan syarikat sejajar dengan komitmen kami untuk mengambilalih semua aset dan tanggungjawab syarikat.

"Ia juga akan memberi pulangan yang adil kepada pemegang-pemegang saham dalam syarikat terlibat," katanya.

Timbang tara antarabangsa
Bercakap pada sidang media di bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) di Shah Alam, Khalid juga berkata, jika konsesi terbabit tidak bersetuju dengan cadangan itu, ia boleh dipanjangkan ke Timbang Tara Antarangsa (International Arbitration).

"Oleh kerana Timbang Tara Antarangsa tidak mempunyai kepentingan dalam industri air tempatan, ia boleh membuat keputusan bebas dan adil serta mengikut nilai pasaran yang dipersetujui kerajaan negeri dan syarikat konsesi," katanya.

Beliau juga mendedahkan, dokumen yang diserahkan hari ini juga mengiktiraf aset air negeri bernilai lebih RM10 bilion yang didakwa tidak pernah diambilkira oleh kerajaan terdahulu.

Menurut Khalid, tindakan itu berpandukan Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 dan Dasar Air Kebangsaan ekoran industri air sekarang berpecah-pecah dan perlu disatukan.

Tambahnya, masalah industri air berlaku kerana penswastaan air negeri telah gagal.

UNTUK KEBAIKAN SULTAN, KHIR TOYO SETUJU TAPI NOH TAK SETUJU ?

Posted: 05 Jan 2011 10:09 PM PST

Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata Barisan Nasional (BN) Selangor menolak usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mahu meminda perlembagaan negeri berikutan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Manakala Khir Toyo pula berkata Barisan Nasional Selangor akan menyokong cadangan pindaan perlembagaan yang dicadangkan oleh Khalid Ibrahim tetapi ianya bergantung kepada apa yang akan dipinda, jika pindaan itu memberi kebaikkan kepada Tuanku Sultan, Barisan Nasional Selangor akan menyokong.

BN tolak usul pinda perlembagaan
Barisan Nasional (BN) Selangor menolak usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mahu meminda perlembagaan negeri berikutan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas.

NAMA 2 BLOG DALAM LAPORAN POLIS !

Posted: 05 Jan 2011 09:10 PM PST



Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi Tv Selangor petang ini berkata, Rais berhak membuat penafian namun ia harus disusuli dengan tindakan bagi membuktikan penafian itu berasas.

"Persoalan dia hendak nafi atau tidak, itu persoalan lain. Itu terpulang pada dia. Baguslah dia nafi. Selama ini dia senyap sahaja dan tidak nafi. Najib pun nafi dia tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Masuk dalam mahkamah, penagih dadah pun sanggup bersumpah tidak mengambil dadah, itu benda biasa," ujar Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

Pagi tadi, Badrul tampil membuat laporan polis bagi menggesa satu siasatan dilakukan terhadap Rais yang didakwa merogol pembantu rumahnya.

Menurutnya beliau, pelbagai bukti dan pendedahan yang dilakukan blog dan NGO seperti Migrant Care yang berpengkalan di Jakarta menjadikan impak kes ini besar apatah lagi ia melibatkan seorang Menteri Kabinet.

Malah apa yang lebih merunsingkan katanya, hubungan Malaysia dan Indonesia yang mudah terbakar sentimennya mutakhir ini, harus segera dipulihkan.

"Justeru itu kita hendak polis siasat. Polis siasat dan polis harus umum Dr Rais tidak terlibat, beliau bersih dan ini hanya fitnah. Kalau ini berlaku, Dr Rais harus mengambil tindakan terhadap laporan tersebut," tambahnya lagi.

Dakwaan merogol yang melibatkan bekas Menteri Kehakiman dan Undang-undang ini dikatakan berlaku pada 2007 dan ia didedahkan semula oleh laman wikileaks dan laman blog seantero Malaysia.

Ketika memegang jawatan itu, Rais pernah mendedahkan 18 kes berprofil tinggi yang sengaja disenyapkan pihak tertentu.

Diminta mengulas kenyataan Rais bahawa dakwaan rogol itu sengaja dimainkan oleh bloger dan pembangkang, Badrul berkata, Rais harus terlebih dahulu membersihkan imejnya yang tercemar berikutan tersebarnya laporan yang mengaitkan beliau dengan skandal terbabit.

"DS Rais harus tampil untuk membersihkan dirinya dengan mencabar kesahihan laporan tersebut, bukan sekadar bercakap di media-media yang dia kuasai. DS Rais harus tampil memulakan peruntukan undang-undang sedia ada dan bukan sekadar bercakap dan berkokok di dalam negara," jelas Ketua Cabang Rembau itu.

Selain tindakan polis, Badrul juga turut mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menggantung Rais sebagai anggota Kabinet sehingga siasatan dilakukan.

"DS Rais harus tampil untuk membersihkan dirinya dengan mencabar kesahihan laporan tersebut, bukan sekadar bercakap di media-media yang dia kuasai. Rais harus tampil memulakan peruntukan undang-undang sedia ada dan bukan sekadar bercakap dan berkokok di dalam negara," jelas Ketua Cabang Rembau itu.

WALAU PILIHAN KE 6, JUSA C DAN TAK FASIH BAHASA INGGERIS INILAH KUALITI UMNO

Posted: 05 Jan 2011 08:59 PM PST

SHAH ALAM, 6 Jan [11.40 pm] - Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru Datuk Mohamad Khusrin Munawi selesai mengangkat sumpah taat setia di hadapan Sultan Selangor Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan di sini pagi tadi. Majlis itu turut dihadiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kesemua barisan Exconya. Pada majlis angkat sumpah Khusrin hari ini baginda turut berkenaan mengurniakan darjah kebesaran, Datuk Setia - Sultan Sharifuddin Idris Shah (S.S.I.S), Darjah Kelas Pertama kepada Duli Yang Mulia Raja Muda Selangor. Selain itu, baginda turut melantik Datuk Ramli Mahmud sebagai Ahli Dewan di-Raja Selangor, pelantikan Marzuki Hussin sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor. Turut dilantik sebagai Ahli Jaksa Pendamai Selangor ialah Datuk Abu Bakar Abdul Hamid, Tan Sri Lee Lam Thye dan Puan Sri Thamayanti Devi Ampilaipakan, pelantikan Khusrin dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah sebagai Ahli Majlis Agama Islam Selangor serta Norhuda Roslan sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Selangor.

ASTAGHFIRULLAH ! 500 JAWATAN IMAM BELUM ISI? APA DAH JADI ?

Posted: 05 Jan 2011 06:49 PM PST



Cerita Kelakar dari Negeri Darul Iman
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Kata Ramli Nuh, si Adun Tepoh merangkap Timbalan Pengerusi Agama dan Penerangan Negeri, 500 kekosongan jawatan imam dan bilal tidak diisi. Jumlah itu melibatkan 488 masjid di seluruh negeri Terengganu. Itu kenyataan yang dikeluarkan akhbar bertarikh 8 November 2010.

Pelik juga, negeri yang punya ramai anak-anak muda lepasan Azhar, Kusza dan universiti dalam pengajian agama tetapi tidak mempunyai imam dan bilal. Sebelum ni heboh sangat tentang pembinaan masjid-masjid di Terengganu. Terpampang di billboard tentang beberapa buah masjid kononnya nak melambangkan UMNO Terengganu cakna pada agama.


Tapi itu bukan cerita kelakar lagi. Apa yang lebih kelakar lagi adalah keratan akhbar di bawah. Kerana ketiadaan bilal, ada masjid yang gunakan TV untuk melaungkan azan! Nak dikatakan kelakar sangat, ada juga timbul rasa sedih. Maklum sahaja, azan di TV tu menandakan masuk waktu bagi wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. Apa kes plak Terengganu sama waktu dengan KL. Sedih sedih... Takkan azan pun nak 1Malaysia kot!

Itulah UMNO ni, bila dapat perintah balik Terengganu pada 2004 dulu, habis tok imam dan tok bilal masjid yang tak berapa sokong dia dipecat. Mereka ni rela masjid kosong dan tak berisi. Rela masjid senyap sunyi. Konon la masa tu laksanakan Islam Hadhari. Lening masjid senyap sunyi.

Sudah-sudahlah kepada penyokong UMNO / BN. Hentikanlah khurafat hanya UMNO sahaja boleh memerintah. PAS di Terengganu sudah buktikan kemakmuran dalam 4 tahun pemerintahan. Bukan setakat makmurnya masjid dan surau, malah pelaburan asing pun antara yang tertinggi. Doh nak gape lagi? Takkan dengan RM300 setahun kita nak lihat maksiat berleluasa, masjid jadi tugu sahaja!

Sudah tiba masa PAS ganti UMNO di Terengganu, Pakatan Rakyat ganti BN di Putrajaya.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 06 Jan 2011 01:39 PM PST

PAS KOTA TINGGI


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS : Krisis Pelantikan Jawatan SUK Selangor

Posted: 06 Jan 2011 07:08 AM PST

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap bahawa krisis perlantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang sedang berlaku ini adalah akibat sikap kerajaan pusat yang tidak menghormati pilihan rakyat Selangor yang telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri tersebut.

Perlu diketahui bahawa segala peraturan pengurusan perjawatan dan perkhidmatan pegawai adalah sebenarnya dirangka dengan matlamat melaksanakan urusan pentadbiran sesebuah kerajaan supaya lebih efisyen, menjaga kepentingan rakyat, jauh dari sikap menekan apatah lagi menzalimi mana-mana kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Dalam pilihanraya yang lalu rakyat sudah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang sah di Selangor. Di atas asas yang sama maka sepatutnya agensi yang membuat pelantikan perkhidmatan awam di peringkat persekutuan memahami hasrat rakyat tersebut.

Mereka sepatutnya mengambilkira budi bicara dalam membuat pelantikan, dengan memahami hasrat serta kehendak kerajaan negeri Selangor ini khususnya dalam perlantikan SUK. Sikap melawan kehendak pentadbiran kerajaan Selangor ini dilihat suatu tekanan dan berlaku akibat dari fahaman salah konsep federalisma yang dianut oleh kerajaan pusat pimpinan UMNO-BN.

Kita semua menyedari bahawa UMNO-BN tidak pernah menghormati undang-undang yang mereka sendiri gubal, sehingga mereka sanggup melanggarnya demi kepentingan politik sempit mereka. PAS mengingatkan bahawa usaha pencabulan konsep Federalisma ini akan mengakibatkan berlakunya kebangkitan luar biasa rakyat di peringkat nasional. Kerajaan UMNO-BN ini berusaha untuk merampas kerajaan Selangor dengan menggunakan peruntukan pentadbiran bagi mewujudkan suasana keresahan dalam pentadbiran kerajaan, semuanya dengan cara yang tidak bertamadun dan di luar batas demokrasi. Rampasan ini jugalah yang mereka telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat sebagai pertaruhannya. Apapun, kita percaya bahawa rakyat akan memberi respon di seluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang dengan menukar kerajaan yang ada kepada Pakatan Rakyat.

PAS juga ingin mengingatkan kepada UMNO-BN, bahawa langkah apa sekalipun yang digunakan untuk menongkat kelemahan di pihak mereka, ianya tidak akan menjamin BN untuk terus kekal sebagai pemerintah. Dunia telah membuktikan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya termasuk UMNO-BN.


Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
1 Safar 1432 H/ 6 Januari 2011

Minyak Naik Untuk Bela Korporat, Rakyat Melarat

Posted: 05 Jan 2011 10:13 PM PST


Parti Islam Se-Malaysia PAS merakamkan perasaan sedih yang menimpa kepada rakyat Malaysia kerana terpaksa membayar kos hidup yang mahal dengan kenaikan harga minyak RON97 sebanyak sepuluh sen menjadikan sekarang harga RM2.40 sen seliter bermula tengah malam 4 Januari 2011. Sebelum pilihanraya kecil Galas minyak RON 97 naik 15 sen, selepas BN menang pilihanraya kecil RON 95 pula naik 5 sen. Senario yang sama juga akan berlaku sebelum dan selepas Pilihanraya kecil Tenang pada 30 Januari 2011 jika BN menang.

Menjadi kelaziman biasa, ketika minyak naik kerajaan memberi alasan untuk mengurangkan sabsidi petrol untuk 27 juta rakyat sebanyak RM 11 bilion, tetapi untuk penjana bebas (IPP) milik kroni tidak dikurangkan subsidi sebanyak RM19 bilion. Rakyat Malaysia tidak tidak dengar sepatah perkataan daripada pemimpin yang kononnya rakyat didahulukan akan menarik balik subsidi untuk IPP. Apa yang kita kedengaran ialah subsidi untuk rakyat ditarik setiap bulan dengan kenaikan harga minyak.

Kerajaan yang ada tidak pernah memikirkan penderitaan dan keperitan rakyat sehingga berkerut dahi membayar yuran sekolah anak di awal pengajian. Belum sempat bernafas, datang pula berita kenaikan harga minyak RON 97. Layaklah singkatan BN, ialah barang naik, bila naik baru naik, berapa naik, banyak naik dan BN "Bala Nanti".

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong

Posted: 06 Jan 2011 01:23 PM PST

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong


UMNO MAKIN TERDESAK

Posted: 06 Jan 2011 07:33 AM PST

 Tindakan Umno menggunakan Kerajaan Pusat untuk melantik Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dengan membelakangkan kerajaan negeri membuktikan Umno semakin terdesak untuk menjatuhkan kerajan negeri Selangor.

Pemuda PAS Puchong dan Dewan Pemuda Negeri Selangor bersama lebih seratus orang telah menyertai penyerahan memorandum membantah perlantikan Kusrin kepada Ketua Setiausaha Negara Dato' Sidek Hasan di Putrajya pada 4 Januari yang lepas.



Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 06 Jan 2011 01:15 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


GAMBAR SEKITAR IJTIMAK TARBAWI PEMUDA PUSAT DI RUSILA MARANG

Posted: 08 Oct 2010 07:29 AM PDT

Pemuda berikrar akan terus mendokong kepimpinan ulama

tetamu kehormat yang dijemput memberi suntikan taujihad kepada para peserta

Lebih 5,000 pemuda menyertai Ijtimak Tarbawi

Para panelis melakarkan pengalaman untuk dikongsi para pemuda.

Laungan wehdah membakar semangat untuk bangun berjihad

Para pemuda khusyuk menadah kitab tafsir surah al-Hujurat yang dibentangkan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Sebahagian peserta mengikuti melalui skrin elektronik berikutan ruang padat.

Para peserta tekun mendengar butiran pembentangan

 Ucapan perasmian oleh Dato' Seri Presiden PAS

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim mengingatkan cabaran yang ditempuh oleh Islam

Kaunter pendaftaran sesak dengan penyertaan pemuda dari seluruh negara.

Masjid Rusila menjadi tuan rumah untuk Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Kebangsaan

Ustaz Nasruddin Hassan berada di celah-celah peserta mengikuti pembentangan




Para pemuda khusyuk menadah kitab tafsir surah al-Hujurat yang dibentangkan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 06 Jan 2011 11:42 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Persiapan 'PAS Ganti Umno' berjalan lancar

Posted: 06 Jan 2011 01:30 AM PST

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/persiapancukai1.jpg
CHUKAI - Persiapan besar-besaran bagi program Kebangkitan Rakyat PAS ganti Umno, Pakatan ganti Barisan yang akan diadakan di Dataran Tok Guru, Geliga, Chukai, berjalan cukup lancar

Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat ketika dihubungi berkata, PAS Chukai yang diberi amanah untuk menyediakan segala prasarana bagi program 'Mega' tersebut sudah mencapai kemajuan sebanyak 70%.

"Dengan kerjasama semua petugas DUN Chukai, yang bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengira penat dan lelah, AlhamduliLlah, sehingga kini (semalam) persiapan sudah mencapai 70%,

"InsyaAllah, kita ada lebih kurang seminggu lagi untuk memastikan Dataran Tok Guru akan bersedia menerima kedatangan 20,000 para pejuang, ahli, penyokong dan pendokong PAS serta Pakatan Rakyat enjelang 15 Januari nanti,"ujarnya yakin

Beliau berkata, untuk jamuan rakyat bagi makan tengahari, pihak persiapan memperuntukkan 16 ekor lembu yang akan di 'korbankan' bagi menjamu kehadiran para peserta dan tetamu.

Semakin banyak yang kita mahu laksanakan, katanya, semakin banyak kerja yang kita perlu laksanakan bagi merealisasikan hasrat sekelian rakyat Terengganu, mahu menggantikan Umno dengan PAS dan Barisan Nasiona kepada Pakatan Rakyat.

Oleh itu, beliau menyeru kepada semua para penderma dan muhsinin yang ingin menghulurkan sebarang sumbangan agar dapat dapat menghubungi pihak sekretariat program atau kepada pihak DUN Chukai.

Berita seumpamanya;
Semarakkan Kempen PGU Hingga PRU-13
Umno perlu diganti untuk kehidupan dan masa depan rakyat yang lebih baik.
Himpunan Kebangkitan Rakyat 'PAS Ganti Umno' Pada 15 Januari depan

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/persiapancukai.jpg

DUN Lembah Jaya

Posted: 06 Jan 2011 11:34 AM PST

DUN Lembah Jaya


Kenyataan Media 6 Januari 2011: Kerajaan Negeri Taat Setia Kepada DYMM Sultan Selangor

Posted: 05 Jan 2011 10:55 PM PST

Kerajaan Negeri Taat Setia Kepada DYMM Sultan Selangor

KENYATAAN MEDIA 6 JANUARI 2011

Kerajaan Negeri Selangor telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) dan menyatakan rasa terkilan Negeri Selangor dalam isu pelantikan SUK. Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

Kerajaan Negeri juga memohon agar proses perbincangan dapat dilakukan dan akhirnya penyelesaian terbaik boleh dicapai.

Pentadbiran Negeri Selangor telah memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor beberapa perkembangan hasil dari pertemuan pada 3 Januari, termasuk cadangan memulakan proses penyelesaian dengan SPA.

Pentadbiran Kerajaan Negeri kesal apabila berlaku manipulasi pihak tertentu dan berkepentingan dalam soal ini. Media perdana pula menggambarkan seolah-olah berlaku krisis di antara Istana dan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat.

Justeru itu, kehadiran seluruh Exco Kerajaan Negeri hari ini di dalam majlis penuh istiadat iaitu Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran Dato' Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah ( S.S.I.S ) Darjah kelas Pertama Kepada Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, SPMS; Raja Muda Selangor. sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor.

Memandangkan hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Dato' Khusrin, kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana.

Kita juga telah memberi maklum kepada DYMM Sultan bahawa Pentadbiran Kerajaan Negeri akan mengadakan Sidang Dewan Negeri Selangor dalam tempoh terdekat untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar khusus dalam melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri. Tindakan ini sekali gus menolak dakwaan pihak-pihak yang menuduh kami menderhaka dengan Sultan dan Kerajaan negeri Selangor sebaliknya kamilah yang akan mengembali dan mempertahan kuasa Sultan dan Negeri yang terhakis sejak 1993 kesan dari krisis Perlembagaan.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR


sumber http://anwaribrahimblog.com/2011/01/06/kerajaan-negeri-taat-setia-kepada-dymm-sultan-selangor/

Ribut: 11 Keluarga Mangsa Bencana Bakal Terima Bantuan

Posted: 05 Jan 2011 08:35 PM PST


5 Januari 2011, Lembah Jaya Utara - Ekoran hujan lebat dan ribut kencang bermula jam 3 petang hari ini, 11 buah rumah yang didiami oleh 11 keluarga terjejas. Kebanyakannya akibat bumbung yang diterbangkan oleh angin kencang.

Sejurus selepas hujan mulai reda ADN Lembah Jaya YB Tuan Hj Khasim Abdul Aziz meninjau kawasan terlibat. Pihak DUN Lembah Jaya telah membuat satu laporan polis dan telah menghantar laporan ke pejabat Penghulu Mukim Ampang 1. YB Khasim yang hadir bersama pegawai-pegawai pejabatnya menyatakan bantuan segera akan disalurkan secepat mungkin bagi meringankan beban penduduk terbabit.


Sebahagian rumah yang terlibat

Penduduk sedang membaik pulih rumah yang terjejas

YB Khasim meninjau kerosakan salah sebuah rumah



Berbincang dengan Ketua Kampung Lembah Jaya Selatan Encik Abdul Jalil Darus (kiri)

Pas CawanganSurada

Posted: 06 Jan 2011 11:23 AM PST

Pas CawanganSurada


Lawan BN, berahi saja tak cukup

Posted: 05 Jan 2011 06:43 PM PST

Batu Gajah Mari

Posted: 06 Jan 2011 11:19 AM PST

Batu Gajah Mari


Kekuatan Pakatan Rakyat Yang Muhibah

Posted: 06 Jan 2011 04:29 AM PST

Pakatan Rakyat terbentuk pada tahun 2008 selepas pilihanraya umum ke 12. Ia merupakan satu pakatan yang kuat diantara DAP, PAS dan PKR untuk menentang Barisan Nasional. Dalam sejarah Malaysia tidak pernah ada satu pakatan yang sebegitu kuat menentang Barisan Nasional. Selama lebih 50 tahun Barisan Nasional berjaya memerintah negara ini dengan kaedah 'pecah dan perintah' yang mudarat. Barisan Nasional tidak pernah mewujdkan perpaduan kaum yang sebenar di negara ini.

Barisan Nasional juga dianggotai oleh parti-parti yang kebanyakannya mewakili sesuatu kaum. Ini membuktikan Barisan Nasional tidak mempunyai hasrat untuk menyatupadukan kaum. Lebih-lebih lagi perasaan perkauman semakin menebal dikalangan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional terutamanya UMNO. Sokongan rakyat mula gentas terhadap Barisan Nasional kerana permainan politik kotor dengan membakar api perkauman.


Lebih 50 tahun rakyat Malaysia dikongkong dengan ideologi perkauman. Baru-baru ini banyak isu-isu berbau perkauman sengaja diungkitkan oleh Barisan Nasional untuk memecah belah rakyat Malaysia. Idea 1Malaysia tidak akan kekal lama kerana tujuannya bukanlah murni dan ikhlas. Sandiwara 1Malaysia diwujudkan semata-mata untuk memenagi hati rakyat sebelum menghadapi pilihanraya umum ke 13.Ia juga akan luput seperti Bersih Cekap dan Amanah yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir dan Islam Hadari yang diwar-warkan oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Dalam masa yang sama, hubungan perkauman di kalangan komponen Pakatan Rakyat menjadi semakin erat. Mungkin juga tidak pernah dalam sejarah Malaysia hubungan perkauman yang begitu lazat dan erat. Pakatan Rakyat telah berjaya melintas halangan pertama dan halangan yang paling sukar iaitu masalah perkauman. Apabila hubungan antara kaum semakin pulih dan bertambah baik di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, maka ini menimbulkan rasa takut dan bimbang kepada Barisan Nasional. Mereka telah mengetahui bahawa Pakatan Rakyat berjaya menyatu padukan rakyat. Semangat anak Malaysia yang sebenar didokong penuh oleh Pakatan Rakyat. Itulah sebabnya konsep muhibah'Ketuanan Rakyat' diterima oleh semua lapisan masyarakat di negara ini.

PAS dan DAP tidak mungkin pecah

Posted: 06 Jan 2011 04:07 AM PST

Penulis veteran, Haji Subky Latif yakin hubungan PAS dan DAP tidak akan putus walaupun usaha ke arah itu sedang diusahakan oleh musuh kedua-duanya.

Katanya, hubungan baik PAS dan DAP yang diasaskan oleh bekas pemangku Setiausaha Agung DAP, Mendiang Fan Yew Teng akan kekal selama-lamanya.

Subky berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis memperingati mendiang Fan Yew Teng di Dewan YMCA, Brickfield malam tadi.

Majlis itu dianjurkan oleh DAP dengan penasihatnya, Lim Kit Siang menjadi tuanrumahnya. Kira-kira 250 tetamu dari pelbagai kalangan menyertai majlis malam tadi.

Turut serta isteri beliau, Dr Noeleen Hayzel dan pasangan kembar anak mereka Lilianne Fan dan Pauline Fan. Dr Noeleen adalah Penolong Setiausaha Agung dan Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangasa Bersatu (PBB) untuk Asia dan Pasific.

Fan Yew Teng yang juga kolumnis kolumnis Harakah, meninggal dunia pada 7 Disember lepas di Bangkok selepas menderita cancer tulang dan prostat.

Menurut Subky, jasa paling besar yang ditinggalkan oleh Fan Yew Teng adalah sebagai penghubung PAS dengan masyarakat Cina di negara ini.

"Ketika PAS takutkan Umno dan DAP takutkan MCA, Fan Yew Teng lah yang menghubungkan PAS dengan orang-orang Cina di negara ini.

"Hasilnya, PAS dan DAP kini tak mungkin dipecahkan lagi dan ia bermula dari mendiang Fan Yew Teng," kata Subky dengan disambut tepukan gemuruh para hadirin.

AJK PAS Pusat, Muhamad Anuar Tahir yang turut berucap di majlis itu sebagai bekas Setiausaha Agung Abim memberitahu, Fan Yew Teng pernah menjadi kakitangan kontrak Abim di samping guru Bahasa Inggeris untuk ahli Abim.

(Gambar: Antara yang memenuhi dewan YMCA bagi memperingati Fan Yew Teng)

Mendiang juga pernah bersama-sama dengan beliau menggerakkan kempen anti Perancis apabila kerajaan negara itu mengharamkan pemakaian scaf untuk wanita Islam.

"Niat saya untuk membeli kereta jenis Citroen pada ketika itu terpaksa saya batalkan kerana kami sedang kempen anti Perancis dan apabila saya ditempelak oleh mendiang Fan.

"Hajat untuk memakai Citroen hanya dapat saya penuhi beberapa tahun kemudian...namun selepas kematian Fan, saya telah menjual kembali kereta itu kerana teringatkan beliau," cerita Anuar Tahir penuh imosi.

Seorang lagi bekas pemimpin Abim, Dr Mohamad Nor Manuty yang kini Ketua Penerangan PKR memberitahu, semasa beliau menjadi Presiden Abim, Fan Yew Teng dikenali sebagai Ustaz Fan.

"Bayangkan, apabila ada masa lapang di pejabat Abim, Fan ini sentiasa memenuhkannya dengan membaca al Quran dan terjemahannya.

"Semasa satu simposium tentang Profesor Dr Hamka di Indonesia, Fan turut membentangkan satu kertas kerja mengenai ulamak Islam tersohor ini. Saya diberitahu, kertas beliau antara yang terbaik mengenai Hamka," cerita Dr Mohamad Nor kepada para hadirin.

Ketika ditemui selepas majlis ini, Haji Subky memberitahu Harakahdaily, Fan Yew Teng dikatakan pernah diura-urakan mahu memeluk Islam.

"Saya melihat kalau tidak memeluk Islam pun, dia antara orang bukan Islam yang sangat kenal dan rapat dengan Islam," katanya lagi.

Di samping mereka, turut berucap di majlis itu adalahLim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, isterinya Dr Noeleen dan anaknya Lilianne serta adiknya Farn Seong Than di samping ramai lagi pemimpin politik dan NGO yang rapat dengan beliau.

Dupahang's Weblog

Posted: 06 Jan 2011 11:16 AM PST

Dupahang's Weblog


Umno tidak sedar, kalah mahu berkuasa juga ?

Posted: 06 Jan 2011 04:33 AM PST

Oleh Chegu Zul Umno masih tidak sedar , dan masih berada bawah sedar bahawa mereka sudah dikalahkan di Selangor dan mereka adalah bukanlah kerajaan yang memerintah. Justeru penyakit misteri yang ada pada Umnoidak sedar diri’ iaitu sejenis penyakit keturunan yang tidak keruan meracau-racau menganggu dan mengacau apa sahaja kerajaan pilihan rakyat buat dan laksanakan. Dalam [...]

Umno yang penting adalah KUASA & KEKUASAAN

Posted: 05 Jan 2011 03:23 PM PST

Semuanya atas kepentingan apa, rakyat atau politik. Slogan keramat PM yang mahu Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan letak di mana ? Kerajaan Pusat dengan kuasa-kuasa yang ada memperalatkan KSN (dengan izin) sengaja melantik Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK). Kenapa dan mengapa beliau tidak dikekalkan sebagai Pengarah JAIS lagi. Selepas Selangor jatuh ke [...]

PAS KAWASAN BATU GAJAH PERAK(P66)

Posted: 06 Jan 2011 09:37 AM PST

PAS KAWASAN BATU GAJAH PERAK(P66)


PASTI 2011

Posted: 06 Jan 2011 05:43 AM PST

Pada tahun ini seramai 100 murid telah mendaftar untuk memasuki 4 buah PASTI di kawasan Batu Gajah. Mereka terdiri daripada 8 orang 4 tahun, 49 orang 5 tahun dan 43 orang 6 tahun.

Pada tahun ini yuran bulanan masih seperti tahun-tahun lepas walaupun harga barang keperluan dah semakin naik..Semoga khidmat PASTI akan memberi kesan yang mendalam kepada pendidikan berteraskan Islam, amin..

PASTI Ar-Rahmaniah,Tronoh


Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 06 Jan 2011 09:23 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Program Solat Hajat

Posted: 05 Jan 2011 11:09 PM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1cH3UuthiYIpzJ5TOd2UoXb5GZBz77BqcfVeqAt0aa0alB9FuMbwhS2KKz8Bk86sU5KqSGTg8P96Ft0LAjIvRfEN_FUmDWgSBiH4sLoY2lsDer8shWOCfZAGYeY0dOegUvy6fQyrSa1lx/s1600/163280_484681297591_358919387591_6561459_5933407_n.jpg

Tn Guru Tajudin Jali 7 Jan 2011 di Seremban

Posted: 05 Jan 2011 06:33 PM PST


KULIAH ILMU
Bersama Tuan Guru Ustaz Ahmad Tajuddin bin Mat Jali dari Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak
Tarikh : 7 Jan 2011 (Jumaat)
Masa : 7.30 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Tasik Jaya Fasa 1, Senawang, N.Sembilan

Semua dijemput hadir

Pusat Khidmat N27 DUN Pantai Merdeka

Posted: 06 Jan 2011 09:02 AM PST

Pusat Khidmat N27 DUN Pantai Merdeka


Good Day

Posted: 05 Jan 2011 01:25 PM PST



Dear friend,
 
Attn: Sir/ Madam,
 
Greetings to you, and your family, I have interested of investing in your country as well as seek your services in a private and confidential matter.
 
I am Mr Buhari Kadeer. The Executive manager and chief financial officer of theBanque Internationale du Burkina, On my routine inspection I discovered a dormant.
 
Account with a Balance of ($26million, dollar), usd. that belong to our late customer, And I  write to seek your full support and assistance in transferring this fund to you in your country
for the benefit of me and you.
 
I am proposing to make this transfer to your country for investment. At the conclusion of this transfer, you will be given 45% of the total amount after the success of this transfer to you in your country.
Please indicate your willingness by sending the below information for more clarification and easy communication.
Your full name .....................................
Contact address ....................................
Nationality .............................
Occupation ...........................
Sex ...............................
Phone number ........................
Age ............................
Marital status ........................
 
Await your response for more details.
Trusting to hear from you immediately.
 
Best Regards
 
Mr. Buhari Kadeer
 
Ouagadougou Burkina-faso.

Pengikut