Rabu, 6 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Peghelih La...

Posted: 06 Oct 2010 11:04 PM PDT

Peghelih La...


Semua petugas PAS, Pakatan dikerah ke Galas

Posted: 06 Oct 2010 01:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru semua ahli dan petugas PAS, serta seluruh petugas Pakatan Rakyat dengan kepakaran yang berbagai supaya dapat turun ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Kelantan.

Ini, kata Presiden PAS itu, untuk sama-sama bertugas bagi mempertahankan kemenangan kerusi PAS di Dun Galas yang diperolehi menerusi Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

Katanya, berikutan kekosongan kerusi N.45 Galas, PAS telah pun menggerakkan seluruh jentera pilihan raya PAS di peringkat pusat, negeri, kawasan dan Dun untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil berkenaan yang akan diadakan pada 4 November ini.

Dalam Pilihan Raya Kecil itu nanti, tambahnya PAS akan meletakkan calon yang berwibawa dan selayaknya untuk memikul amanah rakyat di Dun Galas, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Almarhum Chek Hashim sepanjang tempoh beliau berdampingan dengan rakyat di Dun berkenaan.

"Bertugaslah dengan penuh semangat dan dedikasi dengan menggunakan segala bentuk ilmu kemahiran berpilihan raya, dan janganlah kita terperangkap dengan provokasi dan segala bentuk taktik buruk serta tidak bermoral yang akan dilakukan oleh lawan kita nanti.

"Sebagaimana pilihan raya kecil yang lepas, kita akan sekali lagi berhadapan dengan segala bentuk mainan media cetak dan televisyen yang berupa laporan berat sebelah, ugutan, cercaan dan rasuah janji pilihan raya terhadap pengundi," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang percaya bahawa semua petugas akan dapat menghadapi tindakan tidak bermoral parti lawan nanti dengan menyusun strategi dan gerak kerja yang kemas, serta sekali-kali tidak gentar dengan sebarang ugutan yang menjadi mainan parti lawan sejak puluhan tahun.

"Insya Allah, kita akan mempertahankan kerusi di DUN Galas nanti," tegasnya

PAS KDAS 3

Posted: 06 Oct 2010 09:26 PM PDT

PAS KDAS 3


Rasulullah s.a.w. sebagai Pemimpin

Posted: 06 Oct 2010 03:34 AM PDT

PENDAHULUAN


Rasulullah s.a.w. telah dibangkitkan oleh Allah untuk memimpin umat manusia di dunia ini ke jalan yang selamat dan bahagia di dunia dan di akhirat. Baginda s.a.w. adalah rahmat dari Allah S.W.T.yang tidak ternilai harganya kepada alam semesta ini,sebagaimana jelas dari firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

'Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam'.


Sebagai seorang Rasul yang diutuskan,darjat ketinggiannya mengatasi pemimpin-pemimpin yang lain. Baginda bersifat ma'sum iaitu terpelihara dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Maka kerana itu,arah dan tujuan yang di bawanya untuk seluruh umat manusia ini adalah benar dan terjamin. Baginda memimpin umatnya ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. iaitu agama Islam. Kini Baginda s.a.w. sudah tidak ada lagi di dunia ini,tetapi umatnya tetap dijamin tidak akan sesat selama mana mereka berpegang dengan pusaka tinggalannya iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Melalui dua sumber ini umat Islam sentiasa terpimpin dalam menghadapi kehidupan di dunia yang penuh cabaran ini.

Dalam menyampaikan ajaran dan perintah-perintah dari Allah, Baginda juga memperlihatkan contoh-contoh teladan untuk diikuti oleh umatnya. Berkenaan hal ini Allah S.W.T. telah berfirman:

Maksudnya: 
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).'


Oleh yang demikian, dalam rencana ini kita akan melihat beberapa pengajaran dan contoh teladan yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. berkenaan kehidupannya untuk kita jadikan panduan serta ikutan dalam mengisi dan mempertingkatkan keimanan kita bagi memperolihi darjat taqwa yang diharap-harapkan. Maka untuk itu, dibentangkan sebahagian dari bimbingan dan teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. khasnya berkenaan perkara-perkara berikut:

RUMAHTANGGA

Keharmonian hidup berumahtangga adalah salah satu faktor utama dalam membina sesebuah masyarakat yang baik dan terhormat. Rumahtangga yang baik dan harmoni ini sukar diperolihi tanpa adanya kerjasama serta saling hormat menghormati antara suami isteri dan lain-lain anggota keluarga. Suami seharusnya berkelakuan baik dan berakhlak mulia dalam mengendalikan rumahtangganya, di samping itu sentiasa memperlihatkan contoh-contoh yang baik dalam pergaulan supaya ianya mudah diteladani oleh isteri dan anak-anaknya. Di dalam rumahtangga, para suami tidak sewajarnya bertindak sebagai seorang yang keras dan bengis yang tahu mengarahkan itu dan ini dan mahukan semuanya tersedia untuknya tanpa memikirkan suasana rumahtangga yang memerlukan kasih sayang,kerjasama dan saling bantu membantu.

Dalam kehidupan berumahtangga, Rasulullah s.a.w. telah memperlihatkan suatu teladan yang baik yang boleh diikuti oleh seseorang suami dalam mengurus rumahtangganya. Sebagai seorang suami Rasulullah s.a.w. amat bertimbang rasa dan bersedia membantu keluarganya. Banyak kerja yang dilakukan dengan tangannya sendiri, seperti menjahit pakaian, memerah susu kambing dan apabila mahu makan Baginda makan apa-apa makanan yang sedia ada saja. Rasulullah s.a.w. sangat marah kepada suami yang memukul isterinya sebagaimana memukul hamba abdi, sabdanya yang bermaksud:

Tidakkah seseorang dari kamu merasa malu untuk memukul isterinya sebagaimana dia memukul hambanya? Di waktu pagi dipukul isterinya kemudian di waktu malam ditidurinya pula'.

Di samping Rasulullah s.a.w. menunjukkan panduan dan contoh tentang hidup tolong menolong serta perasaan kasih sayang kepada isteri, Rasulullah s.a.w. juga menunjukkan suatu teladan yang baik khususnya kepada mereka yang mempunyai isteri yang lebih dari seorang. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa Rasulullah s.a.w. mempunyai beberapa orang isteri yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Ada yang masih muda dan cantik, dan ada yang sudah berumur. Walau bagaimanapun, Rasulullah s.a.w. tidak sekali-kali bersikap pilih kasih dalam layanan kasih sayang antara mereka. Masa dan giliran mereka dibahagikan dengan adil serta cukup rapi sekalipun dalam masa Baginda sakit. Apabila Rasulullah s.a.w. hendak musafir, Baginda menjalankan undi antara isteri-isterinya itu dan hanya yang terkena undi saja yang berhak bersamanya.

JIRAN

Agama Islam sangat memandang berat tentang masalah berjiran di kalangan masyarakat umat Islam khususnya dan umat manusia umumnya. Islam memberikan perhatian yang sungguh berat ke arah menjalin hubungan yang baik dan harmoni di kalangan masyarakat sesuatu tempat. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. telah memberi panduan dan ajaran kepada umat Islam supaya mengelakkan diri dari segala sesuatu yang mengelakkan diri dari segala sesuatu yang boleh mencetuskan rasa kurang baik sesama jiran. Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah s.a.w. telah menerangkan:

Maksudnya: 

' Tidak akan masuk syurga seseorang yang jirannya tidak merasai selamat dari kejahatannya

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 06 Oct 2010 09:03 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


A NITE WITH DAP BENTAYAN

Posted: 06 Oct 2010 04:22 AM PDT


YB Gwee Tong Hiang,ADUN Bentayan, and DAP Bakri Liasion Committee have successfully organised 'A Nite With DAP Bentayan' at SKT Banquet Hall,Sungai Abong,Muar on Sunday 3 October 2010.The main guests of honour were YB Dato Sri Mohamad Nizar, YB Nga Kor Ming and  YBhg Dato Chua Jui Min.YB Er Teck Hwa (Ahli Parlimen Bakri), YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sg Abong), YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani), and Sdr Pang were among those invited for the occasion.

Attendance was fantastic with more than 2000 supporters of Pakatan Rakyat filling the Banquet Hall.


Guests of honour and committee members of DAP Bentayan

Supporters of Pakatan Rakyat packing the Banquet Hall
more photos will follow......






Dr Azman Ibrahim

Posted: 06 Oct 2010 07:25 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Islam Hak Semua Manusia

Posted: 05 Oct 2010 06:08 PM PDT

DPPK PARIT

Posted: 06 Oct 2010 07:25 PM PDT

DPPK PARIT


DUN GALAS:UMNO BAKAL MENANG!

Posted: 06 Oct 2010 05:17 AM PDT

.

Posted: 06 Oct 2010 07:21 PM PDT

.


Posted: 05 Oct 2010 11:19 PM PDT

Harap tak berlaku di Malaysia

Credit to original author:

It's a job. I am not going to lie that begging is easy…but somebody has to do it.

That's why you shouldn't always believe beggars.

DUN CHINI

Posted: 06 Oct 2010 07:20 PM PDT

DUN CHINI


CERAMAH MALAM SAMBUTAN HARI RAYA DUN CHINI

Posted: 06 Oct 2010 08:07 AM PDT






Rembau Hari Ini

Posted: 06 Oct 2010 07:14 PM PDT

Rembau Hari Ini


Ceramah Dato Mahfuz Omar 12 Okt 2010 Senawang

Posted: 05 Oct 2010 08:34 PM PDT


CERAMAH UMUM

Sempena Pelancaran Jentera PRK N45 Galas
Tarikh : 12 Okt 2010 , Selasa
Masa : 9 malam
Tempat : Apartment Seroja, Taman Tasik Jaya, Senawang
Penceramah :
YB Dato Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS
Ust Nasruddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat
Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Taufek, ADUN Paroi (PAS) N.Sembilan
YB Ng Swee Lim, ADUN Sekinchan

Semua Dijemput Hadir

PAS LENGGONG

Posted: 06 Oct 2010 07:09 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 06 Oct 2010 12:14 AM PDT

Wanita Pertama- Menghina Permaisuri Agong.

Posted: 05 Oct 2010 11:59 PM PDT

Yang akan menghostnya nanti ialah Rosmah mansor

maknanya ape?


Kesian DSAI

Posted: 05 Oct 2010 10:03 PM PDT

DSAI ialah bekas ketua pemuda umno tak disenaraikan untuk menerima penghargaan oleh pemuda umno. alasannya semua orang tahu.
Tahniah kepada Ku Li kerana penghargaan di atas perlantikan sebagai Pengarah PRK Galas. Tahniah juga kerana dicalonkan sebagai calon ADUN Galas. Kalau menang akan jadi ketua pembangkang di Dun kelantan barangkali?
Tapi Tok Guru kata cadangan Ku Li jadi calon merendahkan martabat Ku Li. merendahkan martabat itu ertinya menghina Ku Li. Kerana itu kalau tadi di beri tahniah sekarang diberi takziah. kalau Ku Li menerima tawaran tersebut.
Ingat kembali ketika Ku Li Menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden umno hanya Gua Musang yang mencalonkan Ku Li sebagai Presiden dan Dato Shahril Samad sebagai Timbalan. Penyudahnya Ku Li tak dapat yang lain pencalonan dan Dato Shahril Samad pula kalah dalam MT. depa pekena Ku Li sampai begitu sekali.
Sekarang bila ada PRK galas depa menyembah semula Ku Li dengan alasan yang berbagai-bagai.
Sebab Ku Li sokong kelantan dapat royalty mungkin dalam kempen nanti dia kata akan bayar royalty agaknya dan rakyat akan beri undi agaknya. Bila menang Ku Li nanti Ku Li akan jaga wang royalty dah tentu banyak. maka untuk presiden umno akan datang Ku Li Boleh guna duit royalti bagi mempastikan dapat pencalunan untuk Presiden. baru najib tau.
akibatnya Royalty tak jadi beri dan wang ihsan juga orang lain jaga. Dan Ku Li akan terus jadi gurkha. Lagi pun Ku Li dah tua. Macam Azhar kata kat Lim Keng Yeik yang dia tu (lim keng Yeik) dah tua sedangkan si azhar juga dah tua umur 60 lebih tu dah tua lah.
Jadi kesudahannya Ku Li duduk disitu juga tak jadi apa-apa. PRK 13 maka bungkuslah Ku Li.
demikian perancangan umno terhadap Ku Li.
Takdir Allah terhadap PRK ini tiada siapa yang tahu?

Kes Rasuah sex oleh SPRM di Perak

Posted: 05 Oct 2010 07:53 PM PDT

Salah satu penyebabnya berlaku perpindahan Adun PKR kepada menyokong BN ialah rasuah sex. nampaknya kalau begitu nampak sama seperti yang dilakukan oleh yahudi.


Yahudi benarkan agen MOSSAD tiduri musuh
Posted on Tuesday, October 05 @ 17:05:25 PDT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh: satubenih

"Undang-undang Yahudi membenarkan wanita-wanita mereka meniduri musuh bagi mendapatkan maklumat-maklumat penting yang boleh membawa kepada keselamatan Israel, kata seorang rabbi seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar Isnin lalu.

Akhbar Yediot Aharonot melaporkan tentang satu artikel oleh Ari Shvat, seorang pakar undang-undang Yahudi, di mana beliau menyatakan bahawa ianya adalah sesuatu yang dibolehkan untuk mengadakan hubungan seks dengan "teroris" bagi mendapatkan maklumat yang boleh membawa kepada penangkapan mereka.

Kajiannya, yang hanya merujuk kepada agen-agen wanita, tersiar di bawah tajuk "Seks terlarang untuk Keselamatan Negara" dalam jurnal yang diterbitkan oleh sebuah institut kajian agama dalam blok penempatan Gush Etzion berhampiran Jerusalem.

Ia mengaitkan cerita-cerita dalam Bible tentang wanita-wanita yang menggoda tentera musuh bagi mendapatkan maklumat berharga, sambil menambah bahawa "tugas seumpama itu paling sesuai diberikan kepada wanita-wanita yang tidak bermoral."

Dalam kes di mana seorang wanita itu terpaksa mengahwini tentera musuh bagi mendapatkan kepercayaannya, Shvat mencadangkan supaya wanita tersebut menceraikan suami sebenarnya terlebih dahulu.

Syor tersebut ditujukan kepada agensi perisikan Israel, Mossad, dan dianggap satu pengecualiaan kepada larangan penipuan dan seks di luar perkahwinan dalam agama.

Antara wajah-wajah agen wanita MOSSAD

beritaislamglobal.blogspot.com

Campur tangan media bn dalam urusan PR

Posted: 05 Oct 2010 07:44 PM PDT

Kita lihat gambar mesyuarat cabang PKR. dan kita lihat ada orang yang beri alasan. yang berbagai.
Kenapa jadi begitu. kalau kita kata anasir umno depa mengherdik kita tetapi kita boleh fikir dan rakyat boleh baca. Di lenggong ada mesyuarat cabang PKR tiada kecoh dan tiada orang RTM atau tv3 atau astro datang ambil gambar.
Ditempat lain yang tiada gaduh tiada pula gambar yang keluar di TV.
tempat yang mencalonkan Azmin yang dah sampai 100 lebih tak dengar khabar gaduh pun.
Kenyataan kenyataan Dato Zaid tak keluar TV pun. Cakap Mustafa tak keluar di tv pun
Cakap azmin jauh sekali dari dikeluar.
Mereka cuba mengusik mustafa kerana dia bekas abim
mereka tak mahu lonjakkan Azmin
tetapi mereka tak mahu keluarkan sokongan kepada Zaid.
Semuanya mengambarkah aduan dombaan mereka yang bercelaru.
Sekejap ambil cakap orang ini dan itu yang tak tentu dimana hujung pangkalnya.
PR kena bina suatu flat form yang pantas dalam menyalurkan maklumat. BN dengan mudah menggodam laman web atau Blog pemimpin dan penyokong PR. Radio selangor juga digam.
jadi PR kena beri pengetahuan kepada ahli dan penyokong PR supaya segera dapat maklumat yang segera dan pantas dari pemimpin PR.
Bukti lain sila klik
Maklumat tersebut dapat disalurkan segera kepada ahli dan penyokong PR.
Contoh mudah ialah bn lantik Ku Li sebagai Pengarah pilihanraya dan juga cadangan Ku Li sebagai calon adun.
Dalam harakah menyebut kuli belum beri jawapan dalam berita tv Ku Nan kata Ku Li dah terima dan surat tawaran ada padanya. Macam mana surat tewaran belum diterima oleh Ku Li dan dinyatakan bahawa Ku Li dah terima. Bagi rakyat yang dapat melihat internet akan menjueh saja terhadap berita tv.
Perlua perluaskan perkhidmatan sms dan tweiter kepada ramai ahli dan penyokong PR

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 06 Oct 2010 03:33 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


Galas: SPR pilih tarikh ikut kehendak Umno?

Posted: 06 Oct 2010 03:35 AM PDT


M Faqih & Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 6 Okt: Ada ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu peratusan keluar mengundi lebih ramai, namun dalam masa yang sama hari mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas diadakan pada hari bekerja.

Ia seumpama kata orang cakap tidak serupa bikin. Malah ada pihak menggambarkan SPR mempunyai tuan yang lebih berkuasa iaitu pemimpin Umno.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamad Fadzli Hassan (kiri) berkata, SPR sepatutnya mengambil kira banyak situasi dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil Dun Galas termasuk persidangan Dun Kelantan.

"Ketika itu persidangan Dun Kelantan sedang berlangsung dan perasmiannya akan disempurnakan Al-Sultan Kelantan pada 1 November.

"Persidangan Dun diadakan bermula 1 hingga 8 November. Saya hairan mengapa SPR tidak mengambil kira perkara tersebut. Tentunya program besar seperti itu ada dalam pengetahuan mereka," katanya di sini.

Hari ini SPR menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dun Galas, Gua Musang diadakan pada hari Khamis, 4 November depan, manakala penamaan calon pada hari Selasa, 26 Oktober ini.

Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar di Putrajaya.

Pada pilihan raya tersebut SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010.

Jumlah pengundi seramai 11,553 orang, di mana 27 daripadanya merupakan pengundi pos.

Dr Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, SPR sepatutnya mempamerkan sikap tidak berpihak dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil.

Bagaimanapun katanya, PAS tetap akan meneruskan cabaran bagi mempertahankan Dun tersebut dengan menggerakkan seluruh jentera PAS dengan dibantu Pakatan Rakyat dari seluruh negara.

"Kita tahu Umno akan menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan Malaysia bagi berdepan dengan PAS pada pilihan raya tersebut," katanya.

Satu sumber pula memberitahu mesyuarat penyelarasan jabatan-jabatan kerajaan pusat bagi membantu kempen calon BN telah diadakan termasuk membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna.

Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamed berkata, tindakan SPR menetapkan hari pengundian pada hari bekerja tentunya akan menyukarkan orang ramai keluar mengundi.

"Saya pun hairan sebelum ini SPR berkempen supaya pengundi keluar mengundi, namun dalam masa yang sama ditetapkan hari mengundi di Galas pada hari Khamis," ujarnya.

Menurutnya keadaan itu tentunya sedikit sebanyak menyukarkan pengundi keluar mengundi lebih-lebih lagi Dun Galas meliputi kawasan yang luas.

Naib Yang Dipertua PAS Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi (kanan) berkata, SPR tidak sensitif terhadap persidangan Dun Kelantan yang juga berlangsung pada hari tersebut.

Katanya, tarikh persidangan Dun sudah lama ditetapkan dan SPR mustahil tidak mengetahui perkara itu kalau merujuk terlebih dahulu kepada kerajaan negeri.

Namun kata beliau apa yang jelas SPR lebih mengambil kira perkembangan yang berlaku dalam Umno dalam menentukan segala tindakan.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, tarikh penamaan calon dan hari mengundi di Galas bertindan dengan tarikh sambutan ulangtahun ke-20 kerajaan PAS Kelantan.

"Program itu merupakan satu program besar di peringkat negeri. Selain itu ia bertembung dengan tarikh persidangan Dun yang bermula 1 November ini," katanya di Kota Darulnaim.

Menurutnya SPR hanya mengambil kira persidangan Agung Umno, sedangkan ia adalah urusan parti.

"Nampak sangatlah SPR tidak peka terhadap program kerajaan di Kelantan. Sepatutnya mereka lebih peka hal sebegini," kata beliau.

PANAS : LAGI MENGAKU DILIWAT DSAI

Posted: 06 Oct 2010 02:34 AM PDT

Jam 2.00 petang, bertempat di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Klang, seorang pegawai khas Pakatan Rakyat dan Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis yang beliau turut menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim. Mangsa liwat tersebut adalah Rahimi Osman. Beliau dijangka akan membuat press conference di Lotus PJ pada jam 4.00 petang ini. Anwar Ibrahim yang kini berada di Rome, Itali bagi menghadiri International Meetings of Prayers for Peace di Church of Sant'Egidio.

Serangan demi serangan mereka lancarkan terhadap Anwar Ibrahim serta parti KEADILAN !

Inilah satu bukti bahawa Anwar Ibrahim tidak akan dilepaskan daripada meringkuk ke penjara Sg Buluh !!!!!

Maklumat yang saya terima mengatakan, Rahimi Osman adalah ex staff pejabat DSAI yg jadi saksi pembelaan dalam kes fitnah 2. Rahimi ada buat akuan bersumpah tolak dakwaan Saiful juga dikaitkan Ezam dalam konspirasi fitnah 2.

Tengahari tadi Rahimi dah buat report polis dan sebentar lagi tepat pukul 4 petang, PC akan dilakukan.

TAHNIAH : MALAYSIA TAMBAH PINGAT LAGI

Posted: 05 Oct 2010 05:58 PM PDT

NEW DELHI, 6 Okt — Suasana riang menyelubungi kem Malaysia pada hari kedua Sukan Komanwel 2010 semalam dengan perolehan tambahan sebutir pingat emas, sebutir perak dan dua gangsa.


Pencapaian atlet negara setakat ini telah menaikkan semangat atlet untuk terus memburu kilauan pingat pada temasya edisi ke-19 di sini.

Daripada 18 butir emas dipertandingkan, badang negara Acricco Jumith menyerikan kontinjen negara apabila merangkul emas dalam acara angkat berat kategori 69kg.

Rakan sepasukannya Naharudin Mahayudin pula meraih pingat perak.

Pada sebelah petang pula, Raihan Yusoff merangkul sebutir gangsa dalam acara angkat berat wanita dengan melakukan angkatan berjumlah 169kg dalam kelas 53kg.

Pelumba basikal Mohd Rizal Tisin mengharumkan nama negara apabila muncul pelumba sulung negara merangkul pingat dalam acara 1,000m ujian masa pada Sukam Komanwel.

Tuan rumah India berjaya memperbaiki kedudukan pungutan pingat dengan dua emas manakala Australia terus membuktikan kejaguhannya dalam sukan utama dunia di kalangan 71 negara peserta bersaing kali ini.

Atlet Australia masih mendahului senarai pungutan pingat dengan lapan emas manakala England melonjak ke tangga kedua dengan dua butir emas.

Hari ini, sejumlah 27 pingat emas menjadi rebutan dengan acara renang menjadi lubuk emas dengan sembilan acara final.

Malaysia bakal menyandang harapan emas dengan tiga perenang bersaing dalam acara final dengan Katrina Ann Abdul Hadi mengambil bahagian dalam acara solo berirama rutin teknikal.

Lee Zhien Huey dan Png Hui Chuen pula dalam acara duet berirama.

Malaysia juga mengharapkan sentuhan emas Lum Wan Foong dalam acara perseorangan gimrama lelaki akhir.

Sementara itu, presembahan penembak negara hambar kerana hanya gandingan Benjamin Khir dan Khor Seng Chye akan beraksi dalam acara double trap akhir hari ini.

Sukan angkat berat sekali lagi menjadi tumpuan untuk koleksi emas negara apabila Mohd Faerol Talib dan Mohd Hafifi Mansor beraksi dalam acara lelaki akhir kategori 69kg.

Dalam pada itu, skuad hoki wanita gagal mengekalkan rentak kemenangan apabila dibelasah oleh New Zealand 0-5 selepas menewaskan Kanada 3-2 kelmarin dalam saingan Kumpulan B.

Skuad lelak pula turut mengalami nasib malang apabila dikecewakan oleh tuan rumah India 2-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A. — Bernama

GALAS : DEWAN ULAMA BINCANG CALON SABTU NI

Posted: 05 Oct 2010 05:39 PM PDT


KOTA BARU, 5 Okt – Dewan Ulama PAS akan bermesyuarat Sabtu ini bagi menyusun jentera pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bagi membantu calon parti itu yang akan bertanding, kata Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakub.
Beliau, yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, mesyuarat itu akan juga membincangkan aspek gerakan jentera ulama termasuk aktiviti ceramah sewaktu kempen pilihan raya tersebut.
Mesyuarat itu turut membincangkan dan memberikan cadangan mengenai pemilihan dan ciri calon yang akan bertanding tetapi kuasa untuk menentukan calon terletak pada Dewan Syura sebagai badan tertinggi parti, katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar, di JKR 10, di sini hari ini.
Kerusi DUN itu kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Che Hashim Sulaima, 46, di Kuala Lumpur akibat barah usus pada 27 September lalu.
Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan bermesyuarat esok untuk menentukan hari penamaan calon dan pengundian.
Mengenai Orang Asli, Ahmad yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS (I) Kelantan berkata kira-kira 1,800 masyarakat Orang Asli di enam kawasan peti undi layak mengundi pada pilihan raya kecil itu.
Oleh itu, katanya PAS tidak memandang kecil penglibatan masyarakat Orang Asli dalam pilihan raya kecil kali ini kerana ia juga akan menjadi undi penentu kemenangan seseorang calon yang bertanding. – Bernama

Akhirnya Mahasiswi Turki Boleh Bertudung Semula

Posted: 05 Oct 2010 04:14 PM PDT

Alhamdulillah...Mahasiswi Turki Boleh Berjilbab Lagi
,Sejak 10 tahun, universiti Turki menolak mahasiswi berjilbab. Hal ini adalah keputusan Dewan Pendidikan Tinggi Turki.

Para pensyarah dilarang menolak kehadiran mahasiswi berjibab, dan mereka yang tetap melarang akan disoal pihak yang berwajib. Keputusan Dewan Pendidikan Tinggi Turki ini bertentangan dengan keputusan hakim tinggi Turki, yang menyatakan jilbab bertentangan dengan masyarakat sekuler Turki.

Sebelumnya, parti pemerintah AKP yang didukung warga muslim mencuba untuk mengubah larangan bertudung ini di universiti. Perubahan baru ini tidak mengubah larangan rasmi, untuk itu perlu mengubah undang-undang dasar Turki. Hal ini tidak akan terjadi setelah p/raya tahun depan.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 06 Oct 2010 03:17 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


GAS DAH KELUAR, TAPI JAWATAN JANUARI 2011 BARU LEPAS

Posted: 05 Oct 2010 11:08 PM PDT

Mugilan sudah 'tutup buku' pasal Samy Vellu? Tak menyesal ke? Samy baru kata tapi dikota boleh percaya ke? Nampak gaya, pengganti Ketua MIC tidak setanding Samy Vellu.

Bekas Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor, V.Mugilan macam sudah 'tutup buku' dengan Datuk Seri S. Samy Vellu selepas menganggap Gerakan Anti Samy (GAS) yang dibubarkan Jumaat lalu berjaya mendesak pemimpin itu melepaskan jawatan presiden MIC, Januari depan.

Katanya, beliau tiada apa-apa lagi dengan Samy Vellu selepas GAS yang mula mendesak pemimpin itu berundur sejak Mei lalu dibubarkan.

Malah, beliau enggan komen kononnya Samy Vellu sudah menghantar surat melepaskan jawatan Presiden MIC awal tahun depan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Mugilan juga berkata, tiada kompromi antara beliau dan pemimpin itu atau timbalan Presiden Datuk G.Palanivel ekoran keputusannya membatalkan majlis jamuan dan pembuburan GAS yang dijadualkan sebelum ini.

Pagi Jumaat lalu, Mugilan mengadakan sidang media mengumumkan akan mengadakan majlis makan dan membubarkan GAS pada hari Samy Vellu dijangka melepaskan jawatan presiden MIC pada Januari.

Bagaimanapun pada sebelah petangnya, Mugilan memaklumkan majlis itu dibatalkan manakala GAS dibubarkan pada hari berkenaan juga.

Mugilan memberitahu Agendadaily, keputusan mengejutkan itu dibuat selepas perbincangan dan berpendapat, usaha mendesak Samy Vellu sudah berhasil dan tidak perlu lagi GAS atau majlis jamuan tersebut.

Beliau juga menyatakan belum ada idea lagi mengenai masa depan politiknya selepas disingkir daripada MIC ekoran penentangannya terhadap Presiden parti itu.

Menurut Mugilan, beliau kini memberi tumpuan kepada Persatuan Berwawasan India Malaysia atau Malaysian Indian Visionery Association (MIVA) yang akan mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan tidak lama lagi.

Beliau mendakwa MIVA didaftarkan dua bulan lalu dan kini mempunyai keahlian seramai 50,000.

"MIVA adalah NGO yang akan membela kaum India terutama golongan remaja yang tercicir pelajaran bagi menghalang mereka terbabit gensterisme," katanya.

Katanya, keahlian NGO itu tanpa mengira latarbelakang dan berusia 18 tahun ke atas.

"Sambutan kini amat baik dari seluruh negara. Saya menjangkakan MIVA dapat mengumpul sehingga 100,000 ahli akhir tahun ini apabila kempen setiap negeri bermula tidak lama lagi," ujarnya. -5/10/201

SPR BUAT HAL LAGI ! SELASA & KHAMIS ?

Posted: 05 Oct 2010 10:07 PM PDT



Berita lama untuk gempak jer BN/UMNO

Sajer tak buat pada hari cuti agar mengurangkan dan menyusahkan kehadiran Penyokong Pakatan Rakyat . Orang BN/UMNO boleh dapat cuti tanpa rekod kut? Dan cikgu ada yang boleh berpolitik. Senanglah BN/UMNO datang ke Kelantan.

Pada sidang media di Putrajaya, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga mengumumkan tarikh penamaan calon akan diadakan pada hari Selasa, 26 Oktober ini.manakala Hari Pengundian pada 4 November Khamis 2010.
Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat, pagi ini.
Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 27 Sept lalu.

Menurut Wan Ahmad, seramai 11,553 pengundi yang melibat 11,426 pengundi biasa manakala 127 pengundi pos layak menentukan ADUN di Galas.

SPR juga menamakan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustaffa Wan Abdul Halim sebagai pegawai pengurus pilihan raya yang akan dibantu oleh tiga penolong pengurus.

Penamaan calon yang dijadualkan pada 26 Oktober ini bakal berlangsung di Bilik Gerakan Jajahan Gua Musang manakala Pusat Sivik Gua Musang akan dijadikan pusat penjumlahan undi pada malam 4 November.
Sebanyak 11 buah sekolah, sebuah balai dan dewan akan digunakan sebagai tempat mengundi yang membabit 25 buah saluran.

Wan Ahmad juga berkata seramai 323 petugas pilihan raya telah dilantik oleh SPR bagi melincinkan perjalanan pilihan raya itu.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh.

MASYAALLAH KAYANYA AFGANISTAN ! RM3.2 TRILION ?

Posted: 05 Oct 2010 07:16 PM PDT



WASHINGTON - Ahli-ahli geologi Amerika Syarikat (AS) telah menemui sejumlah mineral galian di Afghanistan yang mampu menukar negara yang sedang berperang itu menjadi kaya-raya, kata jurucakap Presiden Afghanistan, Hamid Karzai kelmarin.
Jurucakap itu, Waheed Omar berkata, mineral yang masih belum terusik itu meliputi sejumlah besar emas, besi, tembaga, kobalt dan logam-logam industri penting seperti lithium yang kesemuanya bernilai lebih AS$1 trilion (RM3.2 trilion).
Pakar-pakar dari AS juga percaya penemuan tersebut akan menjadikan Afghanistan sebagai antara pusat pelombongan paling penting di dunia.
Satu memo dalaman Jabatan Pertahanan AS atau lebih dikenali sebagai Pentagon menyatakan Afghanistan boleh menjadi 'lithium Arab Saudi'.
Lithium merupakan logam utama yang digunakan untuk menghasilkan bateri komputer dan telefon bimbit BlackBerry. Pada kebiasaannya ia digunakan di dalam bateri kerana ketahanannya yang boleh menjangkau 15 tahun.
Apabila digabungkan dengan logam-logam lain seperti aluminium dan kadminium, aloi lithium digunakan untuk membuat alat ganti pesawat berprestasi tinggi.
Kadang-kala, lithium juga digunakan sebagai penyejuk di dalam reaktor-reaktor nuklear.
"Wujud potensi yang sangat besar di sini. Sudah pasti akan timbul banyak kemungkinan, tetapi saya fikir potensinya amat signifikan," jelas seorang pegawai tinggi AS di rantau itu, Jeneral David Petraeus.
Logam-logam tersebut dikatakan berada di sepanjang sempadan Afghanistan dan Pakistan yang merupakan lokasi pertempuran sengit antara pejuang-pejuang Taliban dengan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) serta lokasi persembunyian pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden.
Maklumat penemuan itu bocor kerana pentadbiran AS dikatakan terdesak untuk memperoleh berita baik ketika usaha ketenteraannya menentang Taliban hanya mencapai kejayaan kecil.
"Logam-logam ini akan menjadi tulang belakang ekonomi Afghanistan," kata penasihat Menteri Perlombongan Afghanistan, Jalil Jumriany.
Namun begitu, para penganalisis bimbang penemuan itu akan mencetuskan keganasan serta perebutan kuasa antara pemerintah di Kabul dengan pemimpin-pemimpin puak di kawasan yang memiliki banyak bahan mineral.
Ia juga boleh menimbulkan ketegangan antara AS yang sudah banyak melabur di Afghanistan dengan China dan Rusia yang mahu berkongsi kekayaan tersebut.
Pada tahun 2001, tentera AS menceroboh Afghanistan dalam misi untuk menangkap Osama dan melumpuhkan pejuang-pejuang Taliban.
Negara itu juga dipenuhi dengan sejumlah askar pengaman antarabangsa termasuk NATO yang turut disertai oleh AS. - Agensi

Batu Gajah Mari

Posted: 06 Oct 2010 11:33 AM PDT

Batu Gajah Mari


Anak Muda bersama Kepimpinan Islam

Posted: 06 Oct 2010 05:14 AM PDT


Bekas pembantu Anwar dakwa dipaksa buat SD

Posted: 06 Oct 2010 02:21 AM PDT

Satu sidang akhbar - yang dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan- oleh bekas pembantunya, Rahimi Osman, dibatalkan ekoran gangguan oleh satu kumpulan.

Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan di restoran Lotus di Klang pada jam 4 petang hari ini, tetapi kemudiannya dibatalkan ekoran kemunculan kumpulan tersebut.

Rahimi (tengah) memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Klang pada jam 2 petang ini berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuat pada 2008.

Peguam Rahimi - S Ravi Chandran - berkata laporan polis dibuat untuk menyatakan bahawa dua akuan bersumpah itu adalah tidak tepat.

Akuan bersumpah itu ada kaitan dengan perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan, di mana beliau dituduh meliwat seorang lagi pembantu, Saiful Bukhari Azlan.

Menurut polis Klang, Rahimi telah membuat laporan polis, mendakwa dia telah dipaksa oleh orang Anwar supaya membuat dua akuan bersumpah tersebut.

Ketua polis Klang, Mohamad Mat Yusof mengesahkan menerima laporan tersebut tetapi enggan memberi maklumat lanjut kerana perkara itu telah dipindahkan ke polis daerah Shah Alam.

Rahimi adalah rakan persekolahan Saiful. Dia dipercayai membawa Saiful untuk bekerja dengan Anwar pada 2008. Saiful kemudiannya menggantikan Rahii yang berhenti pada tahun tersebut untuk meneruskan kariernya dalam bidang perniagaan.

Anwar difitnah meliwat lagi

Posted: 06 Oct 2010 01:32 AM PDT

Jam 2.00 petang, bertempat di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Klang, seorang pegawai khas Pakatan Rakyat dan Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis yang beliau turut menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim. Mangsa liwat tersebut adalah Rahimi Osman. Beliau dijangka akan membuat press conference di Lotus PJ pada jam 4.00 petang ini. Anwar Ibrahim yang kini berada di Rome, Itali bagi menghadiri International Meetings of Prayers for Peace di Church of Sant'Egidio. Serangan demi serangan mereka lancarkan terhadap Anwar Ibrahim serta parti KEADILAN !

Inilah satu bukti bahawa Anwar Ibrahim tidak akan dilepaskan daripada meringkuk ke penjara Sg Buluh !!

Siap sedialah untuk bangkit menentang kebathilan !!!

Maklumat yang saya terima mengatakan, Rahimi Osman adalah ex staff pejabat DSAI yg jadi saksi pembelaan dalam kes fitnah 2. Rahimi ada buat akuan bersumpah tolak dakwaan Saiful juga dikaitkan Ezam dalam konspirasi fitnah 2.

Tengahari tadi Rahimi dah buat report polis dan sebentar lagi tepat pukul 4 petang, PC akan dilakukan.



sumber: era Pasca


Tok Guru Nik Aziz ziarah keluarga Lee Kuan Yew

Posted: 05 Oct 2010 09:03 PM PDT

SINGAPURA, 6 Okt: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam diterima sebagai tetamu kehormat bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Beliau ke negara republik itu bagi memberi penghormatan dan mengucapkan takziah kepada keluarga Kuan Yew berikutan kematian isterinya, mendiang Kwa Geok Choo.

Deligasi Tuan Guru Nik Aziz yang juga Musryidul Am PAS tersebut turut disertai Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa dan dua setiausahanya yang lain.

Ketibaan rombongan di Lapangan Terbang Changi, Singapura jam 10.20 pagi semalam, disambut Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Dr Ahmad Faisal Muhamad.

Mereka kemudianya ditempatkan sementara di bilik rehat di VIP Complex sebelum dibawa menziarah mendiang Kwa di Sri Temasek, kediaman rasmi Lee di Istana di sini.

Kunjungan ke Istana kemudiannya disambut anak kepada mendiang Kwa, Lee Hsien Loong yang juga Perdana Menteri republik ini sekarang.

Nik Aziz dibawa menziarah mendiang Kwa sebelum diberi peluang bertemu dan berbual-bual dengan Hsien Loong yang sentiasa berada di sisi mendiang ibunya sejak lawatan dibuka kepada umum semalam.

Semalam juga adalah hari terakhir untuk rakyat negara itu memberi penghormatan sebelum jenazah mendiang dibawa ke Mandai Crematorium hari ini untuk upacara terakhir Kwa, 89, meninggal dunia di rumahnya pada petang Sabtu lalu.

Ketika ditemui selepas lawatan itu, Nik Aziz berkata beliau mengharapkan ahli keluarga sabar menerima ketentuan tersebut.

"Saya hadir untuk ucap takziah kepada keluarga Kuan Yew. Jangan bersedih sangat dan saya yakin mereka sabar terima ketentuan ini," katanya ketika ditanya beberapa wartawan tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya lagi, penganut Islam mempercayai bahawa hidup dan mati adalah kepunyaan Allah, dan dia berkuasa ke atas hamba-Nya.

"Semasa kita hidup ini kita kena isi betul-betul untuk keredhaan Allah sebab kita mati akan jumpa Dia (Allah).

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan lawatan tersebut juga adalah sebagai kunjungan balas terhadap lawatan Kuan Yew ke Kota Bharu awal tahun ini.

Nik Aziz bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan Lee Kuan Yew sendiri semalam ekoran masalah kesihatan bekas perdana menteri Singapura itu dengan ditambah pula dengan suasana kematian isterinya.

Kuan Yew kini sedang mendapat rawatan ekoran infeksi pada paru-parunya selepas lawatan ke Eropah, baru-baru ini.

Difahamkan, pihak hospital juga tidak membenarkan Kuan Yew menerima kunjungan tetamu buat sementara waktu.

"Lee Kuan Yew datang melawat Kelantan awal tahun ini, dan ini adalah kunjungan balas saya.
"Walaupun tidak dapat bertemu, saya harap beliau berada dalam keadaan sihat," katanya.Hrkh

Pas CawanganSurada

Posted: 06 Oct 2010 11:31 AM PDT

Pas CawanganSurada


PRK Galas 4 Nov

Posted: 05 Oct 2010 10:56 PM PDT

Posted: 05 Oct 2010 10:37 PM PDT

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 06 Oct 2010 11:23 AM PDT

PEMUDA PAS DUN KIJAL


Pilihanraya Kecil DUN Galas

Posted: 06 Oct 2010 08:50 AM PDT

Dupahang's Weblog

Posted: 06 Oct 2010 11:17 AM PDT

Dupahang's Weblog


Doa dan Amalan untuk Orang Tua yang Sudah Meninggal

Posted: 06 Oct 2010 04:01 AM PDT

bersama Ustaz Sigit Pranowo, Lc. al-Hafidz Semoga Allah swt mengampuni segala dosa ayah anda, merahmatinya, memaafkan kesalahan-kesalahannya, memuliakan kedudukannya, melapangkan kuburnya dan memasukkannya bersama orang-orang shaleh di surga-Nya. Berbakti kepada orang tua menempati posisi yang tinggi didalam islam. Hal itu ditunjukkan dengan perintah berbuat baik kepadanya mengikuti perintah beribadah hanya kepada Allah swt saja, seperti [...]

DUN Galas. Penamaan Calon 26 Okt. Pengundian 4 Nov !

Posted: 06 Oct 2010 03:48 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh bagi penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 26 Oktober 2010 ini manakala hari pengundian pada 4 November 2010. Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar selepas mempengerusikan mesyuarat khas hari ini.

Najib menjual dhab ke? atau biawak di Brussel?

Posted: 05 Oct 2010 09:04 PM PDT

Ust Saiful Bahri Sebagai duta baru untuk meraih kepercayaan Amerika dalam menjuarai penghambaan negara umat Islam kepada penjajahan order baru kapitalis barat, Najib kini mempopularkan Islam Moderate berbanding Islam Hadhari yang kini hilang tanpa kubur. Tingggal batu nesan yang sebatang terpacak kaku di Parlimen Kepala Batas. Meskipun memakan korban berjuta ringgit duit rakyat, agama baru [...]

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 06 Oct 2010 11:02 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Posted: 06 Oct 2010 12:59 AM PDT

PRK Galas 4 Nov

Posted: 05 Oct 2010 09:35 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Okt: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 4 November sebagai hari mengundi manakala 26 Oktober tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan perkara itu selepas SPR mengadakan mesyuarat mengenai PRK Dun Galas di sini, pagi ini.

Kerusi Dun Galas kosong berikutan kematian wakilnya dari PAS, Chek Hashim Sulaiman yang yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang 21 September lepas.

Allahyarham memenangi kerusi Dun Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu mengalahkan penyandang dari BN, Saufi Deraman.

Beliau mendapat 4,399 undi manakala Saufi pula 3,753 undi.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 06 Oct 2010 09:28 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Pilihan raya kecil Galas 4 November...Penamaan Calon 26 Okt

Posted: 05 Oct 2010 11:35 PM PDT

http://media1.malaysiakini.com/288/1b13f904d9f051043238930d887081cd.gif
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Okt: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 4 November sebagai hari mengundi manakala 26 Oktober tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan perkara itu selepas SPR mengadakan mesyuarat mengenai PRK Dun Galas di sini, pagi ini.

Kerusi Dun Galas kosong berikutan kematian wakilnya dari PAS, Chek Hashim Sulaiman yang yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang 21 September lepas.

Allahyarham memenangi kerusi Dun Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu mengalahkan penyandang dari BN, Saufi Deraman. Beliau mendapat 4,399 undi manakala Saufi pula 3,753 undi.

Dalam pilihan raya umum 2004, Che Hashim kalah kepada Saufi dengan 1729 undi.

Sementara itu, dalam mesyuaratnya baru-baru ini, PAS telah melantik Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan raya ini. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula dilantik sebagai Penasihat manakala Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun sebagai Ketua Operasinya.

Di pihak Barisan Nasional (BN) pula, Ukno melantik Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ( Ku Li) sebagai pengarah pilihan raya, satu pendekatan luar biasa yang tidak pernah dibuat oleh BN sebelum ini. Ini kerana, menjadi kebiasaan bagi BN melantik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai pengarah.

Muhyidin pula dalam satu kenyataannya turut mencadangkan Ku Li sebagai calon BN dalam pilihan raya ini. Bagaimanapun, sehingga kini Ku Li sendiri tidak mengesahkan samada beliau menerima kedua-dua tawaran tersebut. Beliau hanya akan membuat pengumuman 9 Oktober ini di KLIA sebaik sahaja sampai dari luar negara.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Mansor berkata, Ku Li telah menerima tawaran sebagai pengarah pilihan raya itu.

Ceramah Dato Mahfuz Omar 12 Okt 2010 Senawang

Posted: 05 Oct 2010 08:31 PM PDT


CERAMAH UMUM

Sempena Pelancaran Jentera PRK N45 Galas
Tarikh : 12 Okt 2010 , Selasa
Masa : 9 malam
Tempat : Apartment Seroja, Taman Tasik Jaya, Senawang
Penceramah :
YB Dato Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS
Ust Nasruddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat
Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Taufek, ADUN Paroi (PAS) N.Sembilan
YB Ng Swee Lim, ADUN Sekinchan

Semua Dijemput Hadir

Pakatan Rakyat N.Sembilan waris hutang RM 3 Billion ?

Posted: 05 Oct 2010 06:41 PM PDT

Andaikata Pakatarn Rakyat memerintah Negeri Sembilan dalam masa yang terdekat, perkara utama yang perlu difikirkan ialah bagaimana hendak menjelaskan hutang kerajaan Negeri Sembilan yang mungkin mencecah RM 3 Billion. Dimana RM 1.6 Billion untuk Rancangan Bekalan Air.

Sudah RM 1.6 Billion dibelanjakan untuk rancangan bekalan air di Negeri Sembilan, tapi masih banyak kedengaran rungutan masalah bekalan air di beberapa tempat di Negeri Sembilan ini terutamanya sekitar Kuala Pilah dan kawasan Felda.

Dan terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) meluluskan peruntukan RM345.2 juta kepada Syarikat Air Negeri Sembilan Bhd (Sains) bagi tahun 2010 dan 2011.

Siapakah yang akan untung dari pinjaman projek bekalan air di N.Sembilan ini sebanyak RM 1.6 Billion dan tambahan peruntukan RM345.2 juta ini.

Rakyat atau siapa ?

Kalau BN masih menerajui N.Sembilan , bagaimana pula mereka hendak melunaskan hutang berbillion ringgit ini ?

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA UNTUK N.SEMBILAN TAHUN 2008

Berikut beberapa petikan dari laman web http://www.audit.gov.my/

Pada akhir tahun 2008, baki hutang Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah RM289.79 juta atau 15.7% kepada RM2.14 bilion berbanding RM1.85 bilion pada tahun 2007.

Baki berjumlah RM2.14 bilion tersebut adalah merupakan baki pinjaman pokok yang belum dijelaskan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan Projek Rancangan Bekalan Air, Perumahan Awam Kos Rendah, Projek Perbadanan Kemajuan Negeri, Projek Ladang Hutan dan Projek Pelbagai.

Sumber : http://pasns.blogspot.com/2009/10/hutang-kerajaan-nsembilan-rm214-billion.html

RM345.2 juta biaya program air di NS

SEREMBAN 13 Sept. - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) meluluskan peruntukan RM345.2 juta kepada Syarikat Air Negeri Sembilan Bhd (Sains) bagi tahun 2010 dan 2011.

Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, peruntukan itu untuk membiayai program pembaikan serta pembinaan infrastruktur air baru di Negeri Sembilan.

Program itu termasuk projek pembinaan loji rawatan air baru, peningkatan kapasiti loji rawatan air sedia ada dan penggantian paip asbestos semen yang lama, katanya.

Menurutnya, projek-projek ini akan dilaksanakan secara bersama di antara Sains dan PAAB.

Azlan berkata, Sains yakin dengan program pembaikan serta pembinaan infrastruktur air baru ini, ia akan dapat mengurangkan gangguan bekalan air terutama semasa musim perayaan. - BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

Gangguan air beban penduduk
Sinar Harian 30 Ogos 2010

PARIT TINGGI – Masalah gangguan bekalan air di Kuala Pilah bukan isu baru sehingga menimbulkan keresahan dan kekecewaan penduduk khususnya di Kampung Parit Tinggi, Juasseh.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Tinggi, Abdul Mutalip Mohd Nor berkata, 2010 adalah tahun yang kerap berlaku gangguan air dan boleh menjejaskan amal ibadah terutama dalam bulan Ramadan.

Menurutnya, paling ketara masalah itu berlaku pada awal Ogos ketika umat Islam sedang menyambut Ramadan.

"Saya kecewa apabila hendak mandi air kolah tiada. Di surau juga sama, ketika hendak mengambil wuduk untuk solat tarawih, air tiada. Bagaimana kita hendak melakukan ibadah jika air tiada dan mengundang rasa tidak selesa penduduk, dekat sini.

"Saya sudah menghubungi pihak berkenaan, namun alasan sama diberikan, tekanan air rendah. Di kampung ini sudah dua hari tiada air. Bekalan air sering terputus," katanya

Mutalip berkata, timbul rasa kasihan kepada keluarga yang mempunyai anak kecil.

"Mereka mengadu kepada saya tentang kesulitan dihadapi apabila bekalan air tiada. Menguruskan anak kecil memerlukan air yang banyak dan membebankan keluarga mereka.

"Saya hanya boleh membantu menghubungi pihak berkenaan, namun tiada kuasa untuk memperbetulkan keadaan. Berikutan itu, saya berharap pihak berkaitan perlu mengambil serius perkara ini terutama menjelang hari raya.

"Penggunaan air akan bertambah jika musim perayaan. Bagi mengelakkan berlaku gangguan air, pihak terbabit perlu bersedia lebih awal untuk mengatasi masalah berkenaan supaya kami dapat hidup aman dan selesa dengan kemudahan air dalam musim perayaan," katanya.

Menurutnya, pihak pe-ngurusan terbabit tidak memaklumkan sebarang notis berhubung gangguan air di kampung itu sehingga menyebabkan 400 penduduk terpaksa menghubungi pihak terbabit untuk menghantar bekalan air.

"Mereka sepatutnya menghantar notis pemberitahuan sekiranya berlaku gangguan air supaya penduduk boleh bersedia lebih awal dengan menyediakan bekalan air. Dengan ketiadaan notis itu, membebankan penduduk jika air di rumah sudah kehabisan.

"Oleh itu, pihak berkai-tan dapat maklum lebih awal supaya persediaan dapat dilakukan jika berlaku masalah air selama beberapa hari," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Mohammad Razi Kail, sudah dimaklumkan perkara itu akan mengambil tindakan sewajarnya memanjangkan perkara berkenaan kepada pihak berkaitan.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8120193.asp

Pelancaran Jentera Pilihanraya N45 Galas

Posted: 05 Oct 2010 06:31 PM PDT

Ceramah Umum & Pelancaran Jentera Pilihanraya N45 Galas



http://desmond.yfrog.com/Himg801/scaled.php?tn=0&server=801&filename=posterokt10copy.jpg&xsize=640&ysize=640

maklumat lanjut hubungi 017-2218189 (Jejai)

Orang Asli N.Sembilan kecewa undi BN, dipanggil penumpang

Posted: 05 Oct 2010 05:55 PM PDT

Nampaknya Orang Asli di Negeri Sembilan begitu kecewa mengundi BN. Mereka mempersoalkan slogan 1Malaysia Najib. Mereka mendakwa tiada tindakan oleh polis dan Menteri Besar atas laporan pembalakan dan kuari haram di tempat mereka sejak 15 tahun lalu. Mereka kecewa dipanggil penumpang oleh ADUN Lenggeng sedangkan nenek moyang mereka lebih dahulu menetap di Malaysia.

Berita sepenuhnya nasib dan kekecewaan Orang Asli di Negeri Sembilan di bawah ini dari laman web http://www.klik4malaysia.com

Orang Asli : We voted for BN but we are called 'penumpang'
Tuesday, 05 October 2010

The Malaysian Bar Council has condemned the recent harassment by police and Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) on Orang Asli at Kampung Sebir in Negeri Sembilan.

According to Bar Council President Ragunath Kesavan (second from left), a police officer from the Seremban 2 police station had questioned Tok Batin of Kampung Sebir regarding their customary meeting, two days prior to the scheduled event on September 30.
Ragunath said that the police officer requested Tok Batin to provide a written notification of the meeting to the police in order to obtain approval from the police to formally hold the customary meeting.

He then added that on September 30 itself, JHEOA and the police again visited the village and harassed the villagers for not obtaining a permit to conduct their meeting.

"This is the first time in the history of Malaysia that the police have told villagers that they need a permit to hold their own village meeting," Ragunath told the media at a press conference today.

"We have been holding our customary meeting for so many centuries and so many generations. Why suddenly do we need to apply for a permit?" Network of Orang Asli Villages founder Tijah Yok Chopil (pic right) asked.

"Why are the Orang Asli treated like this? Where is Najib's 1Malaysia? We are also very unhappy about the proposed amendments to the Aboriginal Peoples Act 1954," she added.

"There is also the issue of illegal quarry and illegal logging activities in our villages but the police are not doing anything about that. Instead, they come and harass us about a permit," Jaringan Kampung Orang Asli Negeri Sembilan (JKOANS) committee member Zurdi Baharu (pic left) said in frustration.

According to Zurdi, the state Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan and also the state police chief Datuk Osman Salleh have yet to take any action against the illegal quarry activities that has been going on for 15 years.

"We also lodged 5 reports about the illegal logging activities but the police just ignored us."

Zurdi's family had the greatest scare of their lives when a large stone from the quarry landed on their house, nearly crushing his child in the process.

"We are sick of the trespassing, abuse and degradation by the government and the authorities. They only protect the corporate," he said in disgust.

Bar Council Orang Asli Committee Chairperson Datuk Ambiga Sreenevasan had called the recent actions of the authorities an 'evidence of the paternalistic attitude' of the government towards the Orang Asli community.

"They (government) are nervous about the proposed amendments to the Orang Asli act. The government is giving away a few acres but taking away hundreds of acres from them. They know that Orang Asli are also against the amendments. Memos have been submitted to the government but there is still no response from the authorities," she added.

Ambiga opined that the harassment was to prevent the Orang Asli from meeting and discussing about how the government was fleecing them.

"Otherwise, why won't the government release a copy of the bill for debate? Are they going to table the amendments last minute and pass it as a legislation without considering feedback from all stakeholders?" asked Ambiga who also questioned the government's deafening silence on the matter.

"The Orang Asli community of 18 diverse tribes numbering 150,000 in Peninsular have been continually harassed and their rights denied. They are the 'one community' that has suffered the most under the Barisan Nasional government," Ragunath added.

Tijah then referred several other incidents that were clear signs of the government's bullying of the Orang Asli people.

"After 53 years of Merdeka, do you all know that the water supply to my village of 3,000 people is one small pipe not bigger than a finger (holding out her thumb) and the pipe runs across a pig sty?" she told a roomful of stunned reporters.

"Then there is this Orang Asli by the name of Panjang Tangkak who has been arrested 4 times for selling produce from his own palm oil estate!" she said.

"The government took away his estate comprising tens of acres and then gave him back only a few acres. Then they did not pay him back the dividends that were promised in the agreement. How is he going to survive if he doesn't sell the produce?

Then they arrest him for selling the produce, claiming it belongs to state property. How can the government say that they 'give him land' and then arrest him for selling product from his own land?" said Tijah who also questioned the logic for such arrests.

Meanwhile, Langkap Kessu from Kampung Belihoi, situated between Mantin and Seremban trunk roads, told K4M that the government wants to take away the ancestral land and then divide it into small pieces to give back to the Orang Asli.

"Is this just, under the law? asked Langkap when questioning the legality of the government's claim that all land belonged to the state.

"How can they (BN government) repay our votes with such treachery? We voted for them. Why didn't they protect us."

According to Reh Binjan, another Tok Batin from Kampung Lumut, Lenggeng, Negeri Sembilan, he was appalled at a speech by Lenggeng state assemblyman Mustafa Salim during a Hari Raya open house that the state owns all the land and that there was no ancestral land.

Mustafa was alleged to have said that the Orang Asli did not fight the war, therefore forfeiting their rights to lay claim to the 'ancestral land'.

Mustafa then allegedly labeled Orang Asli as 'penumpang' (squatters).

"Our ancestors were here even before Malaya was formed. This is even before Malaysia gaining independence. How can he call us penumpang? We are all very sick of the way the government is mistreating us."

Sumber : http://www.klik4malaysia.com/index.php?option=com_content&view=article&id=5640%3Aorang-asli--we-voted-for-bn-but-we-are-called-penumpang-&catid=29%3Alocal-news&lang=en

Jasindaily Online

Posted: 06 Oct 2010 09:24 AM PDT

Jasindaily Online


PAS BAKAL KETENGAH CALON BUKAN PEROKOK

Posted: 06 Oct 2010 01:36 AM PDT

GALAS : PENAMAAN CALON 26 OKTOBER , 4 NOVEMBER MENGUNDI

Posted: 06 Oct 2010 01:31 AM PDT

PAS Kawasan Sandakan

Posted: 06 Oct 2010 09:22 AM PDT

PAS Kawasan Sandakan


Pilihan Raya Kecil Dun Galas 04 Nov

Posted: 06 Oct 2010 03:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Okt: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 4 November sebagai hari mengundi manakala 26 Oktober tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan perkara itu selepas SPR mengadakan mesyuarat mengenai PRK Dun Galas di sini, pagi ini.

Kerusi Dun Galas kosong berikutan kematian wakilnya dari PAS, Chek Hashim Sulaiman yang yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang 21 September lepas.

Allahyarham memenangi kerusi Dun Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu mengalahkan penyandang dari BN, Saufi Deraman. Beliau mendapat 4,399 undi manakala Saufi pula 3,753 undi.

Dalam pilihan raya umum 2004, Che Hashim kalah kepada Saufi dengan 1729 undi.

Sementara itu, dalam mesyuaratnya baru-baru ini, PAS telah melantik Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan raya ini. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula dilantik sebagai Penasihat manakala Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun sebagai Ketua Operasinya.

Di pihak Barisan Nasional (BN) pula, Ukno melantik Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ( Ku Li) sebagai pengarah pilihan raya, satu pendekatan luar biasa yang tidak pernah dibuat oleh BN sebelum ini. Ini kerana, menjadi kebiasaan bagi BN melantik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai pengarah.

Muhyidin pula dalam satu kenyataannya turut mencadangkan Ku Li sebagai calon BN dalam pilihan raya ini. Bagaimanapun, sehingga kini Ku Li sendiri tidak mengesahkan samada beliau menerima kedua-dua tawaran tersebut. Beliau hanya akan membuat pengumuman 9 Oktober ini di KLIA sebaik sahaja sampai dari luar negara.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Mansor berkata, Ku Li telah menerima tawaran sebagai pengarah pilihan raya itu.


Sumber: HarakahDaily


Pemuda Bersamamu v3

Posted: 06 Oct 2010 09:06 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


JOM MEMERIAHKAN PELANCARAN "ORANG MUDA GENG KITE" (OMGK)

Posted: 06 Oct 2010 04:59 AM PDT


Anjuran : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun.
Tempat : Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate.
Tarikh : 09 Oktober 2010


PAKAT-PAKAT MARI RAMAI DEH........

Klik Disini ----->

Sejarah terciptanya 'Orang Mude Geng Kite'




Pemuda PAS Merbok

Posted: 06 Oct 2010 07:22 AM PDT

Pemuda PAS Merbok


IJTIMA' TARBAWI PERINGKAT NASIONAL 2010

Posted: 05 Oct 2010 07:37 AM PDT

Program Ijtima' Tarbawi Peringkat Nasional di Rusila, Marang, Terengganu pada 1-3Oktober 2010 - DPPKM

Posted: 05 Oct 2010 07:27 AM PDT

Merancang utk bertolak ke Ijtima' dgn 4 buah kereta dgn wakil Pemuda Kaw Merbok seramai 16 orang
Team Dewan Pemuda Pas Kaw Merbok chec in setelah sampai di Rusila,Marang.Ceria setelah kenyang pekena nasi dagang...merancang utk supper ayaq buah kt Seberang Takir plak malam selepas program perasmian Ijtima'..insyallah...

i n t a n h i j a u

Posted: 06 Oct 2010 07:08 AM PDT

i n t a n h i j a u


JOM KE GALAS...

Posted: 06 Oct 2010 02:12 AM PDT


KUALA LUMPUR, 6 Sept: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru semua ahli dan petugas PAS, serta seluruh petugas Pakatan Rakyat dengan kepakaran yang berbagai supaya dapat turun ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Kelantan.



Ini, kata Presiden PAS itu, untuk sama-sama bertugas bagi mempertahankan kemenangan kerusi PAS di Dun Galas yang diperolehi menerusi Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

Katanya, berikutan kekosongan kerusi N.45 Galas, PAS telah pun menggerakkan seluruh jentera pilihan raya PAS di peringkat pusat, negeri, kawasan dan Dun untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil berkenaan yang akan diadakan pada 4 November ini.



Dalam Pilihan Raya Kecil itu nanti, tambahnya PAS akan meletakkan calon yang berwibawa dan selayaknya untuk memikul amanah rakyat di Dun Galas, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Almarhum Chek Hashim sepanjang tempoh beliau berdampingan dengan rakyat di Dun berkenaan.



"Bertugaslah dengan penuh semangat dan dedikasi dengan menggunakan segala bentuk ilmu kemahiran berpilihan raya, dan janganlah kita terperangkap dengan provokasi dan segala bentuk taktik buruk serta tidak bermoral yang akan dilakukan oleh lawan kita nanti.

"Sebagaimana pilihan raya kecil yang lepas, kita akan sekali lagi berhadapan dengan segala bentuk mainan media cetak dan televisyen yang berupa laporan berat sebelah, ugutan, cercaan dan rasuah janji pilihan raya terhadap pengundi," ujarnya kepada Harakahdaily.



Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang percaya bahawa semua petugas akan dapat menghadapi tindakan tidak bermoral parti lawan nanti dengan menyusun strategi dan gerak kerja yang kemas, serta sekali-kali tidak gentar dengan sebarang ugutan yang menjadi mainan parti lawan sejak puluhan tahun.

"Insya Allah, kita akan mempertahankan kerusi di DUN Galas nanti," tegasnya.(harakahdaily)

MENGGALAS AMANAH DI GALAS PADA 4 NOVEMBER 2010

Posted: 05 Oct 2010 11:31 PM PDT



Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Gua Musang, Kelantan ditetapkan pada 4 November ini.

Pada sidang media di Putrajaya, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga mengumumkan tarikh penamaan calon akan diadakan pada hari Selasa, 26 Oktober ini.

Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat, pagi ini.

Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 27 Sept lalu.

Menurut Wan Ahmad, seramai 11,553 pengundi yang melibat 11,426 pengundi biasa manakala 127 pengundi pos layak menentukan ADUN di Galas.

SPR juga menamakan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustaffa Wan Abdul Halim sebagai pegawai pengurus pilihan raya yang akan dibantu oleh tiga penolong pengurus.

Penamaan calon yang dijadualkan pada 26 Oktober ini bakal berlangsung di Bilik Gerakan Jajahan Gua Musang manakala Pusat Sivik Gua Musang akan dijadikan pusat penjumlahan undi pada malam 4 November.

Sebanyak 11 buah sekolah, sebuah balai dan dewan akan digunakan sebagai tempat mengundi yang membabit 25 buah saluran.

Wan Ahmad juga berkata seramai 323 petugas pilihan raya telah dilantik oleh SPR bagi melincinkan perjalanan pilihan raya itu.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 48, akibat barah usus, 27 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari Barisan Nasional (BN), Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh.(malaysiakini)

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 06 Oct 2010 03:10 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


GALAS: Penamaan Calon & Undi Waktu Bekerja

Posted: 05 Oct 2010 09:17 PM PDT

Sebentar tadi pihak SPR telah mengumumkan tarikh penamaan calon bagi DUN Galas pada 26 Oktober (Selasa) dan tarikh pembuangan undi pada 4 November 2010 (Khamis).

Seramai 11, 553 pengundi yang melibatkan 11, 426 pengundi biasa dan 127 pengundi pos. Dengan pengemuman tersebut SPR ingin melihat peratus keluar mengundi pada PRK kali ini di bawah tahap normal. Adakah niat ini ingin melihat BN dapat merampas semula kerusi tersebut atau ingin memastikan tiada sebarang pembaziran setiap kali PRK??

Amanat KP di ijtima' Tarbawi

Posted: 05 Oct 2010 07:39 PM PDT

Kupon Misi Munajat Royalti Mula Dijual

Posted: 05 Oct 2010 06:31 PM PDT


 
Derma ikhlas untuk Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat amat dialu-alukan - Kupon derma Misi Munajat Royalti Rakyat berharga RM5 & RM10 mulai dijual. Sila sms/ telefon : 017-5353007/email : munajatroyalti@yahoo.com/zulaimi@gmail.com untuk maklumat lanjut

Dewan Pemuda PAS Sarawak

Posted: 06 Oct 2010 01:30 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Sarawak


Ijtima Tarbawi Pemuda PAS Mahfuz Omar

Posted: 05 Oct 2010 12:25 PM PDT

Ijtima Tarbawi Nasruddin Tantawi -video

Posted: 05 Oct 2010 12:21 PM PDT

Antara isi Khutbah Nikah Oleh Tok Guru-Saifudin Ibrahim’s Photos

Posted: 05 Oct 2010 10:44 AM PDT

Nafkah batin bukan hanya ketika berkesedudukan dengan isteri… tetapi ke mana suami pergi apabila keluar rumah perlu juga dalam pengetahuan isteri kerana ia juga salah satu 'nafkah batin' – Antara isi Khutbah Nikah Oleh Tok Guru

Nasrudin Hassan’s Photos – Ijtimak Tarbawi Hari Terakhir

Posted: 05 Oct 2010 10:34 AM PDT

(Guan Eng : Sebab UMNO paling takut )Reality sebenarnya cara pengunaan duit judi oleh umno bn…must see!video-ketua menteri pulau pinang

Posted: 05 Oct 2010 10:00 AM PDT

Menjadi wakil pas sarawak untuk kehadiran jemputan program gerakan perdana pendaftaran pemilih peringkat negeri sarawak.

Posted: 05 Oct 2010 09:42 AM PDT

Majlis ramahtamah hari raya pas negeri sarawak yang dianjurkan perhubungan negeri sarawak

Posted: 05 Oct 2010 09:30 AM PDT

Melawat dan menubuhkan jentera pilihanraya untuk dun sarawak

Posted: 05 Oct 2010 09:23 AM PDT

Orang Asli Dun Galas sedia bantu PAS

Posted: 05 Oct 2010 09:15 AM PDT

Mohd Nor Yahya KOTA BHARU, 5 Okt: Masyarakat Orang Asli dari Gua Musang memberi sokongan padu kepada kepimpinan ulama di Kelantan dan sanggup bekerja keras bagi membantu kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil N45 Dun Galas nanti. Menurut wakil Masyarakat Orang Asli, Pandak Bin Panjang Ey, 39, kejayaan PAS di Gua Musang juga dibantu oleh [...]

Tahan wartawan: Polis terima surat Suhakam

Posted: 05 Oct 2010 09:14 AM PDT

Wartawan Kita KOTA BHARU, 5 Okt: Gara-gara tindakan polis menahan dua wartawan yang sedang bertugas pada 1 Ogos lalu, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menerima surat daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). Difahamkan Suhakam menghantar surat bantahan ekoran penahanan dua wartawan terbabit. Perkara itu didedah seorang pegawai polis kepada Mohd Rizal Md [...]

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 06 Oct 2010 01:05 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


ANAK MUDA SIFATKAN UMNO PEROSAK PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

Posted: 06 Oct 2010 03:23 PM PDT

27 Syawal 1431 H
Oleh: mohd hafez sabri

IPOH, 4 Okt, Pengerusi Institut Pemikir Muda Malaysia, Saudara Hafez Sabri berkata, perpaduan kaum yang wujud selama ini cuba dirosakkan oleh fahaman perkauman sempit Umno terutama setelah mereka kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina dan India selepas pilihanraya umum yang lalu.

Justeru,beliau menyatakan anak muda Malaysia menolak pemikiran sempit umno yang boleh memecahkan kesatuan perpaduan kaum yang terdapat di negara ini.

"Kami anak muda tidak akan benarkan mana-mana orang yang mengapi-apikan isu perkauman yang boleh merosakkan perpaduan kaum di negara ini. Bagi kami umno adalah punca sebenar yang merosakkan perpaduan rakyat antara melayu cina dan india yang berbilang kaum di negara ini"

"Mereka mengamalkan fahaman rasis yang merosakkan usaha menyatu padukan rakyat," katanya ketika memberikan pandangan berkenaan gagasan anak muda terhadap masa depan Malaysia.

Menurut Hafez Sabri lagi, Umno kini sudah berada di tahap kritikal kerana mereka berada dalam keadaan yang amat tersepit apabila kehilangan sokongan masyarakat bukan Melayu terutama masyarakat Cina yang begitu konsisten kepada Pakatan Rakyat sebagaimana yang ditunjukkan dalam beberapa pilihan raya kecil, sebelum ini.

"Umno sekarang ini berada dalam keadaan yang amat tersepit akibat kehilangan sokongan masyarakat bukan Melayu terutama dari masyarakat Cina. Kita dapati sokongan orang bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat begitu konsisten. Oleh sebab itu mereka mainkan isu perkauman," katanya.

Mengenai masa depan untuk menguasai politik negara, Hafez Sabri anak muda begitu berkeyakinan pada pilihan raya umum akan datang rakyat akan memberikan sokongan sehingga membolehkan berlakunya perubahan politik besar-besaran.

KESHVINDER SERTAI PPP: ADUN BEBAS LAIN BAGAIMANA?

Posted: 06 Oct 2010 03:13 PM PDT

27 Syawal 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) memuji langkah berani yang telah di ambil oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas Malim Nawar, Keshvinder Singh untuk menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP) yang juga suatu masa dahulu pernah menyatakan hasrat untuk menyertai Kelab Penyokong PAS telah mengubah lanskap politik di Negeri Perak.

Ini merupakan suatu perkara yang amat bermakna bagi PPP kerana telah mempunyai seorang wakil sebagai ADUN dan sudah tentu DUN Malim Nawar akan menjadi fokus utama PPP dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti.

DPPN Pk menunggu langkah yang sama daripada tiga ADUN Bebas yang lain iaitu ADUN Bebas Behrang, ADUN Bebas Changkat Jering dan juga ADUN Bebas Jelapang. Masih terdapat dua parti yang masih tiada wakil daripada parti kompenan BN sebagai ADUN iaitu GERAKAN dan juga MIC.

DPPN Pk pasti sudah tentu pelawaan kepada ADUN-ADUN Bebas tersebut sedang dijalankan. Antaranya ialah DUN Behrang yang pernah di tandingi oleh MIC pada PRU ke-12 yang lalu, sudah tentu ingin wakilnya tetap ada di dalam DUN tersebut .

Perkara ini akan menghakis peranan 'kuasa ketiga' yang sangat-sangat di nantikan oleh pelabur asing di dalam melihat kekukuhan pentadbiran kerajaan negeri yang kini di kuasai oleh BN atas kekuatan 'kuasa ketiga'.

Rakyat juga sedar akan kekalutan yang terjadi akibat 'kuasa ketiga' yang jelas telah menjejaskan pelaburan asing sepanjang Januari hingga Jun pada tahun ini setalah pencapaian FDI ke Negeri Perak amat merosot sekali.

NASIHAT KEPADA KU LI: ZAMBRY HINA ‘ORANG TUA’

Posted: 06 Oct 2010 03:07 PM PDT

27 Syawal 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal dengan kenyataan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di dalam mengulas pandangan Menteri Besar Negeri Kelantan yang juga Muryidul Am PAS Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Haji Nik Mat terhadap langkah Barisan Nasional (BN) yang memberikan peranan kepada

Tan Sri Tengku Rezaleigh Hamzah sebagai dangkal dan tidak menghormati Datuk Nik Aziz sebagai 'orang tua' dalam budaya adat resam kita walaupun tidak menganggapnya sebagai seorang Ulamak.

Kenyataan Datuk Seri Zambry tersebut disamping secara jelas menghina dan memperlekehkan ilmu yang ada pada Datuk Nik Aziz juga bersifat prejudis terhadap hubungan baik dan saling menghormati antara kedua pemimpin Kelantan itu terutama dalam isu memperjuangan hak royalti petroleum dan gas negeri Kelantan yang dirampas Kerajaan Pusat.

Ini terbukti kerana sehingga hari ini Tengku Razaleigh masih belum memberikan kata putus persetujuan beliau menerima tugas sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas bagi pihak BN.

Oleh itu DPPN Pk mendesak Datuk Seri Zambry memohon maaf di atas kenyataannya yang menghina tersebut, di samping melakukan muhasabah terhadap diri sendiri sebelum menuduh 'orang tua' yang disegani rakyat sebagai penakut.

Adakah ada tindakan yang lebih 'penakut' dalam politik berlandaskan demokrasi selain dari menggunakan 'pintu belakang' yang menidakkan kuasa pilihan rakyat demi untuk merampas kembali kuasa pemerintahan.

Jangan pula kita terkena dengan pepatah Melayu 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih'.

Saya tahu siapa terlibat

Posted: 06 Oct 2010 02:50 PM PDT

27 Syawal 1431 H
Oleh: ZAMRI

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi amaran akan mendedahkan lebih banyak penyelewengan Kerajaan Barisan Nasional (BN) jika pemimpin yang mentadbir negeri sebelum ini terus menerus memfitnah atau memutar belit fakta.

Menurutnya, beliau tidak akan berdiam diri jika Kerajaan Negeri yang diterajuinya kini berdepan dengan fitnah daripada mereka termasuk memutar belit fakta sebenar yang didedahkan pihaknya semata-mata mahu menutup kelemahan pentadbiran sebelum ini.

"Baru-baru ini saya dedahkan mengenai hutang penggunaan bekalan air Kerajaan BN mencecah RM1.7 bilion, namun fakta itu diputar belit pemimpin BN kononnya salah. Sebelum itu, saya juga dedahkan tunggakan saman ekor RM390,000 yang ditinggalkan mereka. Mereka berhutang, kita yang terpaksa bayar," katanya.

Azizan berkata, penafian atau pembohongan mengenai beberapa perkara berbangkit, khususnya perjanjian air yang dilakukan pemimpin BN terdahulu sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa menanggung beban hutang yang banyak, sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan apabila perkara sebenar cuba diputar belit.

"Jika benar mahukan fakta tepat, saya sedia berikan. RM1.7 bilion hanya hutang terkumpul bekalan air manakala hutang keseluruhan Kerajaan Negeri BN kepada Pusat berjumlah RM2.3 bilion serta RM800 juta pula hutang pelbagai termasuk pembangunan Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)," katanya.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam kenyataan disiarkan semalam berkata, kenyataan Azizan sebelum ini bermotif politik kerana hutang peninggalan BN berjumlah RM1.7 bilion tidak tepat memandangkan ia merupakan pinjaman daripada Kerajaan Pusat kepada Kedah melaksanakan projek pembangunan.

Mahdzir juga dipetik sebagai berkata, tindakan Kerajaan Negeri menaikkan tarif air tiada kaitan dengan penstrukturan semula pengambilalihan aset air Kedah oleh Pengurusan Aset Air Berhad (Paab), sebaliknya mendakwa boleh memilih untuk tidak menaikkan tarif.

Azizan mempersoalkan siapa yang sebenarnya memutarbelitkan fakta.

"Saya dapat fakta itu daripada Pegawai Kewangan Negeri beserta laporannya. Hutang air dahulu tinggi sebab tindakan pemimpin BN sebelum ini, yang tidak mahu memilih geran yang ditawarkan Pusat tetapi mahu berhutang. Jika mereka pilih geran, mereka tidak perlu bayar semula," katanya.

Azizan mendakwa, Kerajaan Negeri sebelum ini menolak geran terbabit kerana tidak mahu terikat pada syarat yang ditetapkan, iaitu Kementerian Kewangan akan melantik kontraktor yang terlibat, sebaliknya jika berhutang, tanggungjawab adalah di bawah Kerajaan Negeri dan boleh memilih sendiri kontraktor.

"Saya tahu siapa yang terlibat dalam pemilihan itu, siapa dapat hak bina loji dan paip termasuk pemimpin BN mana yang ada kepentingan dalam perjanjian air, cuma saya tak mahu dedahkan. Tapi jika mereka kacau lagi, mungkin saya dedahkan. Sebelum ini, mereka swastakan pengurusan air di Kedah manakala kita hanya korporatkan," katanya.

Menurutnya, dua syarikat terbabit, Taliworks Sdn Bhd dan Air Utara Indah Sdn Bhd diberi kontrak sehingga 2020 oleh kerajaan BN terdahulu untuk merawat air walaupun pada hakikatnya perjanjian itu merugikan Kerajaan Negeri.

"Saya pelik apabila perjanjian itu merugikan dan apabila disiasat, rupa-rupanya milik kroni BN. Untuk 2009, Kerajaan Negeri terpaksa bayar RM39 juta kepada Taliworks sedangkan kutipan hanya RM14 juta, bermakna kita subsidi RM25 juta," katanya.

Azizan berkata, pihaknya kini sedang berunding dengan Taliworks untuk mengkaji semula perjanjian sedia ada agar kedua-dua pihak mendapat manfaatnya.

"Kita juga rugi apabila 43 peratus air yang dirawat syarikat Air Utara Indah hilang sebab kerosakan paip dan sebagainya, sebab itu kita minta Paab ambil alih hingga masalah selesai. Bayaran perlu dibayar penuh walau berlaku pengurangan bekalan air," katanya.

Perkara lain yang turut menimbulkan keraguan ialah apabila kos pembinaan loji di Padang Sanai yang mempunyai kapasiti 50 juta liter air sehari mencecah RM155 juta sedangkan anggaran sebenar kos hanya sekitar RM60 juta.

Mengenai kenaikan tarif air berkuat kuasa 1 Oktober lalu, Azizan berkata, pihaknya tiada pilihan kerana tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Air Negara 2006, yang antara lain bersetuju supaya lima negeri iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Johor dan Melaka mengkorporatkan pengurusan air sebelum diperluaskan ke negeri lain.

"Oleh itu tarif air bukan sahaja naik di Pulau Pinang dan Kedah, semua negeri juga akan naik secara berperingkat," katanya.

Edisi Pahang: Isu Pembalakan, AdnanTerselamat Dari Membayar Saman RM70 Juta

Posted: 06 Oct 2010 01:31 PM PDT

27 Syawal 1431 H
Oleh: pahangdaily

PUTRAJAYA, 5 Okt- Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan kebenaran untuk sebuah syarikat pembalakan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengenepikan perintah mandamus yang memaksa Menteri Besar Pahang membayar RM70 juta termasuk faedah kepada syarikat itu.

Berikutan keputusan majoriti 2-1 oleh panel tiga hakim di sini, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGMSB) kini berdepan dengan dilema bagaimana dan kepada siapa ia harus menuntut RM70 juta daripada kerajaan negeri.

Pada 25 Mei 2007, Mahkamah Tinggi Kuantan memerintahkan kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 beserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Dis 2000 kepada SGMSB kerana melanggar kontrak konsesi pembalakan.

Pada 9 Dis 2002, SGMSB memfailkan saman terhadap kerajaan Pahang dan Pengarah Jabatan Perhutanan negeri kerana melanggar kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di tanah seluas 4,000 hektar milik UMNO di Mukim Bebar, daerah Pekan.

Jumlah ganti rugi itu dikekalkan selepas Mahkamah Persekutuan menafikan permohonan kerajaan negeri untuk kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan itu.

SGMSB kemudian memperoleh perintah mandamus daripada Mahkamah Tinggi Kuantan bagi memaksa Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto), melunaskan ganti rugi itu selepas cubaan menuntut amaun penghakiman bersama faedah gagal.

Siapa Yang Harus Membayar Saman Kepada SGM

Bagaimanapun, pada 9 Okt 2009, Adnan berjaya dalam permohonan mengenepikan perintah mandamus daripada Mahkamah Rayuan, sekaligus memaksa SGMSB memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan.

Dalam mengakaskan keputusan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan memerintahkan bahawa SGMSB silap dalam menamakan Menteri Besar sebagai responden dalam prosiding semakan penghakiman di Mahkamah Tinggi bagi menuntut amaun penghakiman daripada kerajaan negeri.

Sebaliknya, Mahkamah Rayuan berpendapat pegawai kewangan negeri harus dinamakan sebagai pihak dalam permohonan untuk mendapatkan perintah mandamus. Dalam prosiding hari ini, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, yang mengetuai panel tiga hakim, memerintahkan SGMSB tidak melepasi syarat di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman.

Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Cheng Yuen membantah manakala seorang lagi panel hakim ialah Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin. Mahkamah juga memerinthan SGMSB membayar kos perundangan sebanyak RM10,000.

[Dengan keputusan terbaru ini, bermakna Seruan Gemilang Makmur (SGM) bakal berhadapan dengan dilema yang cukup besar.

Soalnya, kepada siapa saman berkenaan harus ditujukan selain Adnan. Biar pun mungkin boleh ditujukan kepada Pegawai Kewangan Negeri, namun ia tidaklah sekuat kepada Menteri Besar Pahang itu sendiri.

Malahan, segala urusan berkaitan dengan dokumen yang berkenaan pastinya mendapat kelulusan daripada Menteri Besar. Apakah selayaknya seorang Pegawai Kewangan meluluskan permohonan berkenaan?.

Menteri Besar sepatutnya bertanggungjawab atas segala apa yang berlaku. Adnan berjaya menyelamatkan dirinya dalam keadaan karier politik beliau di Pahang hampir ke penghujungnya.

Soalnya sekarang, bagaimanakah jika Kerajaan Negeri Pahang berjaya diambil alih oleh Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum akan datang?. Apakah SGM akan meneruskan tindakan saman tersebut terhadap kerajaan negeri?. Bukankah ini akan memburukkan lagi keadaan.

Makanya SGM terpaksa mencari jalan untuk merayu dan mengheret juga Adnan sebagai orang yang bertanggungjawab melunaskan saman berkenaan. Kerana dia adalah Ketua Negeri!. Jika tidak SGM perlu membatalkan sahaja hasrat tersebut dan mencari jalan penyelesaian lain].

YB AZMIN TERLALU SOPAN DENGAN MAHATHIR

Posted: 06 Oct 2010 12:50 PM PDT

27 Syawal 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

MALAYSIAKINI memetik kenyataan Presiden Majlis Belia Felda, "Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) mengutuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yang menyifatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Australia kini sebagai "pemimpin yang sedang tersungkur."

Presidennya Anuar Manap berkata kenyataan menghina oleh Azmin yang bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu merupakan usaha terdesaknya untuk meraih sokongan. (Malaysiakini)

Rupa-rupanya ada juga `anak jantan' tenaga muda dari Felda. Saya sebelum ini tidak pernah tahu dan tidak kenal siapa dia Anuar Manap ini. Maklumlah, sewaktu warga Felda dibelenggu dengan kesusahan dan masalah `ditipu' wang mereka,

suara ini tidak pula kedengaran. Terpaksa warga Felda ini mengadu ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan, dan diberitakan ada beberapa kes yang menyokong tuntutan warga Felda ini di mahkamah.

Secara tiba-tiba terpacul suara Presiden Majlis Belia Felda Malaysia ini, tetapi bukan untuk memperkatakan hal ehwal Felda dan permasalahannya tetapi bercakap darihal politik parti pembangkang pula.

Selama ini warga Felda pun tahu Pembangkanglah yang bersungguh-sungguh membela nasib mereka yang sering teraniayai ini. Apa pula kaitan YB Azmin dengan Felda? Jika YB Azmin menyebut bahawa Tun Mahathir `tersungkur' atau `tertiarap',

itu adalah gelaran yang terbaik buat Tun. Apa pula kena mengena gelaran tersebut dengan pemilihan pemimpin di dalam PKR?

Jika YB Azmin tidak menyebut darihal Tun Mahathir pun, semua orang tahu bahawa Tun Mahathir adalah seorang manusia yang suka menjahanamkan bangsanya sendiri. Umno rosak pun akibat tangan Tun Mahathir.

Sejak awal lagi iaitu semasa pertandingan merebut jawatan Presiden Umno di antara Tun Mahathir dengan Ku Li, Umno teruk berpecah sehingga diharamkan. Tun Mahathir `cipta' Umno baru selepas itu dan wujud pula Parti Melayu Semangat 46. Melayu berpecah ketika Tun berkuasa.

Tidak serik dengan itu, Tun Mahathir memecahkan lagi orang-orang Melayu apabila DS Anwar dipecatnya angkara fitnah liwat. Perpecahan orang-orang Melayu kali ini lebih hebat lagi dan terbentuk pula Parti Keadilan Rakyat sehingga sekarang. Itu belum dikira bagaimana Tun menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu.

Dalam aspek agama, usah dikira betapa Tun amat anti kepada PAS yang mahu perundangan Islam ditegakkan. Hukum menyimpan janggut yang menjadi `Sunnah' itu pun Tun boleh hinakan, apatah lagi yang wajib.

Jadi pada saya, gelaran yang diberi oleh YB Azmin itu tersangatlah penuh dengan budi bahasa jika dibandingkan dengan kerosakan yang telah dilakukan oleh Tun. Bukan kita tidak pernah dengar ada Menteri Umno yang menggelar Tun `nyanyuk'? Mengapa Presiden Majlis Belia Malaysia ini membisu ketika itu? Perkataan `nyanyuk' dan `tersungkur', mana lebih biadap?

Oleh yang demikian, suka kita ingatkan kepada Majlis Belia Felda ini agar lebih menumpukan kepada masalah-masalah warga Felda. Mereka perlu tahu ke mana `ghaib'nya wang-wang Felda.

Mereka mesti mendalami keluhan warga-warga Felda yang semakin susah sekarang walaupun baru sahaja mendapat duit raya tiga ratus lebih itu. Jangan sibuk pasal politik jika tidak tahu bagaimana orang politik `berperang'.

Terkini : PRK Galas, Penamaan calon 26 Okt, pengundian 4 Nov

Posted: 06 Oct 2010 12:45 PM PDT

27 Syawal 1431H.

PUTRAJAYA 6 Okt. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh bagi penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 26 Oktober ini manakala hari pengundian pada 4 November.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar selepas mempengerusikan mesyuarat khas suruhanjaya itu di sini hari ini.

Rahsia Sujud dalam Solat

Posted: 06 Oct 2010 12:20 PM PDT

27 Syawal 1431 H
Oleh: azman ahmad

Sujud melegakan sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!

Rahsia Fadhilat Surah Al-Kausar

Posted: 06 Oct 2010 12:15 PM PDT

27 Syawal 1431 H
Oleh: PakarHowTo

Surah al-Kausar adalah surah paling pendek dalam al-Quran. Ia hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah. Ia bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasa airnya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan baunya lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi baginda iaitu anak lelakinya, Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita .

Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher. Insya-Allah hilang dahaga.

Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Tujuh golongan manusia yang mendapat naungan di sisi Allah SWT

Posted: 06 Oct 2010 12:00 PM PDT

27 Syawal 1431 H
Oleh: YB. Drs. Khalil Idham Lim

Dalam hadis Nabi Muhammad SAW,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ:

إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ فِي خَلْوَةٍ فَفَاَضتْ عَيْنُهُ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَ رَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اِجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَ تَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَ رَجُلٌ دَعَتْهُ اِمْرَأَةُ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَ جَمَالٍ إِلَى نَفْسِهَا فَقَالَ: إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَ رَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا صَنَعَتْ يَمِيْنُهُ

(رواه البخاري

Artinya:

Dari Abu Hurairah R.A. dari Nabi SAW, beliau bersabda:

"Tujuh (macam tanda orang) yang Allah menaungi mereka pada Hari Kiamat, yang pada hari itu tidak ada sesuatupun naungan (yang melindungi) kecuali naungan Allah, yaitu:

1 imam yang adil,

2 pemuda yang selalu beribadat kepada Allah laki-laki yang mengingat Allah di tempat yang sunyi lalu bercucuran air matanya,

3 laki-laki yang hatinya tersangkut di mesjid.

4 Dua orang laki-laki yang saling kasih-mengasihi karena Allah,

5 mereka berkumpul karena Allah dan berpisah karena-Nya,

6 laki-laki yang diajak berbuat serong oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan atau wanita cantik, ia berkata, sesungguhnya aku takut kepada Allah,

7 dan laki-laki yang memberikan suatu sedekah ia menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang telah diperbuat tangan kanannya".

(HR riwayat Bukhari dan Muslim)

Pengawasan

Posted: 06 Oct 2010 11:30 AM PDT

27 Syawal 1431 H
Oleh: Jarjani Usman

"Dia (Allah) tetap bersama-sama kamu di mana saja kamu berada dan Allah Maha Melihat apa saja yang kamu kerjakan" (QS al-Hadid: 4).

Peringatan dan hukuman tidak selamanya ampuh dalam mencegah manusia untuk berbuat kejahatan. Sebab, tidak selamanya peringatan dan hukuman itu menjangkau sisi-sisi tersembunyi dari niat, sikap dan perbuatan manusia. Yang paling ampuh adalah merasa selalu pengawasan Allah di manapun kita berada.

Tanda pertama pada orang yang merasa diawasi Allah ialah memiliki rasa malu kepadaNya. Hati seorang Muslim yang di hatinya ada cahaya iman yang mantap akan sangat malu kalau sudah berjanji beriman, lalu mengingkarinya.

Sudah barang tentu, tidak semua orang memiliki perasaan tersebut, tak terkecuali orang yang berilmu agama tinggi.

Buktinya, tidak sedikit juga di antara mereka yang berilmu tinggi melakukan kejahatan dalam hidupnya. Bukti ini menjadi suatu alasan bagi kita untuk memahami bahwa kalau seseorang yang berilmu agama tinggi bisa berlaku demikian, apalagi yang tidak.

Tanda kedua ialah punya rasa takut akan azab-azab Allah. Orang yang saban saat merasa diawasi Allah akan selalu tergambar dalam benaknya kepedihan atau kesengsaraan hidup di neraka, setiap ia mau melakukan kejahatan.

Dengan demikian, peringatan orang lain dan hukuman belum tentu ampuh menjadi pengingat diri kita untuk tidak melakukan kejahatan. Kata Saidina Ali, hanya diri sendiri lah yang paling ampuh menjadi pengingat.

Kasih Sayang Allah

Posted: 06 Oct 2010 11:30 AM PDT

27 Syawal 1431 H
Oleh: Jarjani Usman

"Dekatkanlah diri kalian kepada Allah dan jalanilah jalan yang lurus (kebenaran), ketahuilah bahwa tidaklah kalian selamat (dari neraka) dengan sebab amalnya" (HR. Muslim).

Mendengar sabda Rasulullah seperti di atas, para sahabat serta-merta bertanya, "Apakah engkau juga demikian wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Demikian juga aku, hanya saja Allah telah melimpahkan rahmat dan karuniaNya kepadaku."

Dari sabda Rasulullah tersebut, kita diajak untuk memandang betapa pentingnya kasih sayang Allah kepada kita. Tidak boleh merasa cukup dengan amal ibadah yang telah kita lakukan.

Tak boleh merasa bahwa kita bisa membeli surga dan menghindari neraka dengan amal. Amal ibadah seseorang begitu kecil, yang sama sekali tak untuk ditukar dengan sejengkal surge pun.

Syurga Allah yang begitu indah, yang keindahannya belum bisa diperkirakan dengan indera manusia. Surga Allah tak akan diperoleh seseorang hamba, kecuali dengan kasih sayang Allah.

Dengan demikian, tugas manusia di dunia ini adalah berupaya semaksimal mungkin melakukan ibadah dan hal- hal yang bisa mendatangkan ridha dan kasih sayang Allah. Termasuk di antaranya adalah menyayangi segala makhluk ciptaan Allah, seperti manusia, binatang, tumbuhan, alam, dan lain-lain.

Sebagaimana diterangkan oleh Rasulullah, siapa saja yang menyayangi di bumi akan disayangi yang di langit. Merawat alam atau lingkungan agar dapat dipergunakan oleh berbagai makhluk di masa sekarang dan masa yang akan datang, termasuk perbuatan yang diridhai Allah.

Menanam sebatang pohon, meskipun buahnya tak sempat kita nikmati, juga perbuatan yang mendatangkan kasih sayang Allah.

Nik Aziz ziarah keluarga Lee Kuan Yew

Posted: 06 Oct 2010 11:05 AM PDT

27 Syawal 1431 H
Oleh: Nazri Abdullah

SINGAPURA, 6 Okt: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam diterima sebagai tetamu kehormat bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Beliau ke negara republik itu bagi memberi penghormatan dan mengucapkan takziah kepada keluarga Kuan Yew berikutan kematian isterinya, mendiang Kwa Geok Choo.

Deligasi Tuan Guru Nik Aziz yang juga Musryidul Am PAS tersebut turut disertai Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa dan dua setiausahanya yang lain.

Ketibaan rombongan di Lapangan Terbang Changi, Singapura jam 10.20 pagi semalam, disambut Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Dr Ahmad Faisal Muhamad.

Mereka kemudianya ditempatkan sementara di bilik rehat di VIP Complex sebelum dibawa menziarah mendiang Kwa di Sri Temasek, kediaman rasmi Lee di Istana di sini.

Kunjungan ke Istana kemudiannya disambut anak kepada mendiang Kwa, Lee Hsien Loong yang juga Perdana Menteri republik ini sekarang.

Nik Aziz dibawa menziarah mendiang Kwa sebelum diberi peluang bertemu dan berbual-bual dengan Hsien Loong yang sentiasa berada di sisi mendiang ibunya sejak lawatan dibuka kepada umum semalam.

Semalam juga adalah hari terakhir untuk rakyat negara itu memberi penghormatan sebelum jenazah mendiang dibawa ke Mandai Crematorium hari ini untuk upacara terakhir.

Kwa, 89, meninggal dunia di rumahnya pada petang Sabtu lalu.

Ketika ditemui selepas lawatan itu, Nik Aziz berkata beliau mengharapkan ahli keluarga sabar menerima ketentuan tersebut.

(Gambar kiri: Tuan Guru bersama Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura.)

"Saya hadir untuk ucap takziah kepada keluarga Kuan Yew. Jangan bersedih sangat dan saya yakin mereka sabar terima ketentuan ini," katanya ketika ditanya beberapa wartawan tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya lagi, penganut Islam mempercayai bahawa hidup dan mati adalah kepunyaan Allah, dan dia berkuasa ke atas hamba-Nya.

"Semasa kita hidup ini kita kena isi betul-betul untuk keredhaan Allah sebab kita mati akan jumpa Dia (Allah).

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan lawatan tersebut juga adalah sebagai kunjungan balas terhadap lawatan Kuan Yew ke Kota Bharu awal tahun ini.

Nik Aziz bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan Lee Kuan Yew sendiri semalam ekoran masalah kesihatan bekas perdana menteri Singapura itu dengan ditambah pula dengan suasana kematian isterinya.

Kuan Yew kini sedang mendapat rawatan ekoran infeksi pada paru-parunya selepas lawatan ke Eropah, baru-baru ini.

Difahamkan, pihak hospital juga tidak membenarkan Kuan Yew menerima kunjungan tetamu buat sementara waktu.

"Lee Kuan Yew datang melawat Kelantan awal tahun ini, dan ini adalah kunjungan balas saya.

"Walaupun tidak dapat bertemu, saya harap beliau berada dalam keadaan sihat," katanya.

Harakahdaily/-

Orang Asli Dun Galas sedia bantu PAS

Posted: 06 Oct 2010 10:50 AM PDT

27 Syawal 1431 H
Oleh: Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 5 Okt: Masyarakat Orang Asli dari Gua Musang memberi sokongan padu kepada kepimpinan ulama di Kelantan dan sanggup bekerja keras bagi membantu kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil N45 Dun Galas nanti.

Menurut wakil Masyarakat Orang Asli, Pandak Bin Panjang Ey, 39, kejayaan PAS di Gua Musang juga dibantu oleh kaum mereka dan untuk kali ini mereka sanggup membina satu pasukan sendiri bagi memberi penerangan kepada masyarakat Orang Asli dan Melayu di dalam Dun Galas.

"Saya berharap untuk pilihan raya kecil kali ini, PAS Kelantan memberi kebebasan kepada jentera yang dibentuk oleh kami bagi memberi penerangan tersendiri kepada orang kami dan kalau boleh kami ingin menjadi penceramah di pentas PAS di kawasan orang Melayu juga," ujar beliau yang disambut dengan tepukan orang ramai.

Beliau berucap demikian di Majlis Ramah Mesra Pimpinan Negeri Bersama Masyarakat Orang Asli di Kediaman Rasmi JKR 10.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub mewakili Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis yang turut dihadiri Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasruddin Daud dan Exco Kerajaan Negeri.

Pandak juga berharap kerajaan Kelantan lebih peka tentang permasalahan masyarakat Orang Asli terutamanya berkaitan dengan masalah pemilikan tanah.

Sementara itu, Datuk Ahmad Yakub berkata, pelbagai dasar dan pelaksanaan telah dibuat untuk meningkatkan ekonomi dan pembangunan masyarakat Orang Asli.

Beliau juga memberitahu, sehingga kini seramai 240 Orang Asli telah dimasukkan dalam senarai peserta Ladang Rakyat.

"Kita seberapa daya usaha telah membawa perubahan dalam kehidupan masyarakat Orang Asli ini dan alhamdulillah, kerjasama dari tuan-tuan amat memberangsangkan," kata beliau.

Harakahdaily/-

Orang Asli rasa dihargai kerajaan negeri

Posted: 06 Oct 2010 10:50 AM PDT

27 Syawal 1431 H
Oleh: Rizal Tahir

KOTA BHARU, 5 Okt: Ketua Perhubungan Orang Asli Dun Galas, Pandak Panjang Ey berkata, masyarakat Orang Asli tidak rasa tersisih dan malahan rasa dihargai oleh kerajaan negeri melalui majlis rasmi kerajaan bersama mereka.

Beliau menyatakan demikian sewaktu berucap di Majlis Ramah Mesra Pimpinan Kerajaan Bersama Masyarakat Orang Asli di Kediaman Rasmi JKR 10, di sini.

Beliau juga berharap agar kerajaan negeri sentiasa mengadakan program-program seperti itu di masa yang lain.

Justeru, katanya masyarakat Orang Asli di Dun berkenaan akan memastikan calon PAS memenangi pilihan raya kecil nanti.

Pandak akan mewujudkan jentera daripada masyarakat Orang Asli sendiri.

"Di Dun Galas terdapat sebanyak enam peti undi Orang Asli dan saya akan wujudkan jentera dari masyarakat Orang Asli," katanya.

"Jentera ini akan melakukan kerja-kerja kempen kepada masyarakat Orang Asli dan juga kepada orang masyarkat lain juga.

Ujarnya, beliau akan memberi tumpuan kepada masyarakatnya terlebih dahulu tetapi sekiranya dipanggil untuk berceramah di mana-mana kawasan berkempen, beliau bersedia.

Seramai 80 orang masyarakat Orang Asli hadir di majlis berkenaan yang terdiri dari enam unit peti undi (UPU) yang terdapat di dalam Dun Galas iaitu UPU Pos Brooke, UPU Sungai Ber, UPU Pos Hau, UPU Pos Belatin, UPU Pos Balas dan UPU Pos Bihai.

Untuk rekod, terdapat seramai 1996 orang pengundi dari masyarakat Orang Asli di dalam Dun Galas dan majoritinya dari suku kaum Temiang.

Harakahdaily/-

Perbicaraan Mohamad Sabu ditangguh 29, 30 Nov

Posted: 06 Oct 2010 10:30 AM PDT

27 Syawal 1431 H
Oleh: Ali Hashim

SEBERANG PRAI, 5 Okt: Perbicaraan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan sembilan yang lain setelah ditangguhkan untuk beberapa kali sebelum ini sekali lagi telah ditangguhkan selepas perbicaraan yang berjalan bermula pada jam 10.00 pagi tadi di Mahkamah Majistret Jawi, Seberang Perai Selatan.

Majistret Mohd Izham Ali yang mendengar kes perbicaraan tersebut telah menangguhkan kes tersebut pada 29 dan 30 November yang akan datang.Perbicaraan yang melibatkan ramai dari pendokong PAS itu telah tiba sejak awal pagi bersama-sama dengan Mohamad Sabu.

Namun begitu selepas perbicaraan berjalan selama hampir dua jam, ia telah ditangguhkan kepada tarikh tersebut.

Menurut kertas pertuduhan, kesemua mereka telah dituduh menghalang anggota polis berpangkat Superitenden Mohd Nasir Salleh daripada menyerahkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret, Jalan Duta, Kuala Lumpur terhadap Mohamad Sabu.

Kesalahan tersebut didakwa telah dilakukan di hadapan Plaza Tol Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan, lebuhraya PLUS berhadapan susur keluar lebuhraya dari arah Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada jam 7.45 malam 9 Disember 2007.

Kesemua mereka juga dituduh menurut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang mana membawa humuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10 ribu atau kedua-duanya sekali sekiranya disabit akan kesalahan.

Dalam perbicaraan yang diadakan tadi, kesemua yang dituduh terdiri dari Mohamad Sabu, Fauzi Saharat, Abd Rahim Md Ariff, Zairun Azrul Zainal Abidin, Zamarul Aini Abdul Malek, Mohd Bunyamin Ishak, Md Lazim Osman, Abd Razak Ramli, Mohd Sabri Said dan Mohamed Salleh hadir.

Mohamad Hanipa Maidin bersama-sama dengan Aminuddin Zulikifli dan Yusnita Yusoff mewakili kesemua tertuduh.

Apa yang menariknya semasa sesi perbicaraan tersebut, apabila Hanipa menyoal balas saksi pendakwa dalam perbicaraan tadi telah beberapa kali memohon kepastian sama ada ada atau tidak waran tangkap diterima secara bertulis dan diserahkan kepada Mohamad Sabu semasa tangkapan hendak dilakukan.

Saksi pendakwa yang berpangkat ASP itu beberapa kali menyatakan bahawa beliau hanya menurut arahan pihak atasan secara lisan dan tidak ada waran tangkap secara bertulis yang diserahkan kepada tertuduh.

Hanipa untuk beberapa kali mengulangi soalan yang sama kepada saksi pendakwa apakah arahan boleh mengatasi undang-undang atau dari mana-mana kuasa sekalipun sedangkan tertuduh tidak dibekalkan secara hitam putih waran tangkap untuk diserahkan kepadanya.

Namun begitu saksi pendakwa tetap menyatakan beliau hanya menurut arahan pihak atasan walaupun bertindak tanpa waran tangkap yang perlu diserahkan kepada tertuduh.

Antara beberapa soalan menarik yang ditanya oleh Hanipa.

Hanipa: Tertuduh (Mohamad Sabu) tidak ditunjukkan surat waran tangkap, apakah beliau boleh ditangkap begitu sahaja.

Saksi pendakwa: Saya hanya mengikut arahan pihak atasan.

Hanipa: Apakah arahan boleh mengatasi undang-undang atau dari mana-mana pihak sekalipun.

Saksi pendakwa: Saya hanya menerima arahan.

Hanipa: Jika terima arahan apakah tangkapan ini tidak bercanggah dengan undang-undang. Kenapa tidak minta waran tangkap.

Saksi pendakwa: Saya terima arahan ketua sahaja.

Hanipa: Antara arahan ketua dan undang-undang mana yang perlu dipatuhi?

Saksi pendakwa: Undang-undang.

Harakahdaily/-

Taib akui terlalu sukar tentukan tarikh pilihan raya

Posted: 06 Oct 2010 10:23 AM PDT

27 Syawal 1431 H

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berkata terlalu sukar baginya menentukan tarikh pilihan raya Sarawak kerana masih banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum pengumuman mengenainya dibuat, lapor Berita Harian Online.

Beliau mengakui petanda untuk mengadakan pilihan raya kini semakin ketara, namun beliau belum dapat memberikan sebarang keputusan.

"Anda tahu macam mana sukarnya untuk menentukan tarikh pilihan raya? Jika anda hendak berkahwin, anda tentu tahu macam sukar untuk membuat keputusan walaupun keputusan itu hanya untuk seorang saja dan saya terpaksa membuat keputusan untuk lebih dua juta rakyat Sarawak," katanya kepada Berita Harian Online.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Swinburne, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching, hari ini,

Seramai 292 graduan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu menerima sijil masing-masing pada majlis berkenaan yang turut dihadiri Naib Canselor dan Presiden Universiti Teknologi Swinburne, Profesor Ian Young.

Abdul Taib yang sebelum ini mengumumkan untuk kekal menerajui Barisan Nasional (BN) negeri bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang, berkata perkara utama yang bermain dalam fikiran beliau ketika ini ialah perancangan yang akan dibuat untuk manfaat rakyat Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beliau berkata, perkara yang dirancang dan diyakini mampu dilaksanakan itu akan dimasukkan dalam manifesto pilihan raya negeri akan datang.

"Saya tidak akan menjanjikan (dalam manifesto) sesuatu yang saya tidak mampu laksanakan. Apa yang saya mampu buat dan tidak mampu buat, bergantung kepada maklum balas rakyat, sebab itu saya harus berhati-hati dengan apa yang saya hendak katakan.

"Saya tidak mahu menjanjikan sesuatu yang tidak boleh diterima rakyat, kemudian ia dirancang tetapi gagal dilaksanakan," katanya.

Sehubungan itu, Abdul Taib, berkata beliau harus menyediakan manifesto yang mudah difahami rakyat dan untuk pilihan raya akan datang, beliau membayangkan manifesto akan menitikberatkan soal pembangunan ekonomi.

Malaysiakini/-

Istana buat laporan komplot larikan bekas Sultan

Posted: 06 Oct 2010 10:15 AM PDT

27 Syawal 1431 H

Istana Mahkota hari ini membuat satu laporan polis berhubung penerimaan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) mengatakan bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra akan dibawa lari ke negara Thailand.

Laporan itu dibuat Pegawai Tentera Istana Mahkota Zahari Bakri di Balai Polis Kubang Kerian kira-kira pukul 10.50 pagi tadi.

Zahari yang hadir bersama seorang kakitangan Istana Mahkota ketika ditemui pemberita berkata beliau menerima satu sms daripada individu yang tidak dikenali pada 9.21 pagi, 21 September lepas memaklumkan ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand.

Katanya sms itu berbunyi: "salam, mohon kawalan ketat dan rapi di sempadan (Kelantan-Thailand) ini kerana maklumat yang diperolehi ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand,

minta dikeluarkan serta-merta arahan ini kepada semua yang bertugas di sempadan untuk bersiap sedia untuk menyekat niat jahat ini, marilah kita berdoa semoga Sultan
Ismail Petra selamat dari golongan yang zalim.

Please take nec action. Apa yang mungkin berlaku mereka ini akan menjadikan kem tentera sebagai tempat untuk berlindung. Elakkan dari perkara ini berlaku atau dituduh bersubahat."

Selain sms itu katanya beliau turut membaca satu laporan di sebuah laman blog 'The Kelantan Insider' pada 4 Oktober lalu yang bertajuk 'Posting 45: Sultan Ismail Petra akan dibawa lari ke Thailand?'

"Dalam laporan di blog itu juga menyentuh perkara yang sama iaitu mengenai perancangan pihak tertentu untuk membawa keluar secara sembunyi Sultan Ismail Petra untuk bersemayam di Thailand.

"Selain itu turut ditulis kebimbangan pihak blog berkenaan sekiranya benar kejadian itu berlaku selain menyeru pihak berkuasa menjalankan tindakan agar perkara berkenaan tidak terlaksana," katanya.

Justeru katanya beliau membuat laporan polis agar pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut kerana ianya dikhuatiri boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan menjejaskan nama baik Institusi Diraja Kelantan.

Zahari berkata penulis blog Kelantan Insider juga perlu disiasat agar dapat mengetahui dari sumber mana yang diperolehi mereka ketika menulis laporan mengenai komplot membawa lari bekas Sultan itu.

Malaysiakini/-

Mustaffa Kamil persoal politik 'busuk' PERKASA

Posted: 06 Oct 2010 10:00 AM PDT

27 Syawal 1431 H
Oleh: Jimadie Shah Othman

Naib Presiden PKR Musttaffa Kamil Ayub mempersoalkan 'sokongan' Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) terhadapnya yang dicurigai sebagai percubaan melaga-lagakan pemimpin parti itu.

"Sekiranya beliau mahu melihat saya bersengketa dengan saudara Azmin (Ali) dan saudara Zaid (Ibrahim), saya nak tegaskan bahawa seluruh pemimpin PKR matang dalam menangani politik busuk PERKASA-Umno ini," katanya.

Menurut Mustafa (kiri), PKR sebagai parti berbilang kaum tidak akan berkompromi dengan sikap 'perkauman' NGO Melayu itu.

Tolak anasir ekstrim

"Sesungguhnya PKR adalah parti untuk semua bangsa. Ayuh kita tolak anasir ekstrim PERKASA dan Umno ini," kata Mustaffa yang bertanding merebut jawatan timbalan presiden PKR.

Semalam, Ketua Wira PERKASA, Arman Azha Abu Hanifah meminta semua ahlinya yang menganggotai PKR menolak Azmin sebagai timbalan presiden PKR, sebaliknya mengalihkan sokongan mereka kepada Mustaffa.

Ini kerana, menurut Arman Azha (kanan), Azmin sebagai naib presiden parti itu sekarang didakwa tidak berpendirian dan hanya bertindak sebagai "budak kopi" kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya harap semua anggota PKR memilih Mustaffa Kamil Ayub sebagai timbalan presiden. Beliau daripada ABIM (Angkatan Beliau Islam Malaysia), (beliau) ada agenda Islam," kata Arman Azha.

Beliau juga mendakwa, sebanyak 35 peratus NGO Melayu dengan keanggotaan 300,000 orang itu turut merupakan anggota PKR.

Dalam persaingan merebut jawatan nombor dua parti itu, Mustafa merupakan salah seorang yang menawarkan diri bertanding, di samping Azmin dan Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim.

Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini, Mustaffa bagaimanapun berkata, jika sokongan yang diberikan PERKASA itu ikhlas, beliau mengucapkan terima kasih.

"Saya nak tanya, adakah ikhlas. Kalau ikhlas saya ucap terima kasih," katanya sambil menegaskan perkara itu tidak bermakna beliau menyokong NGO Melayu itu.

Katanya, walaupun menyokong membahaskan perkara berkaitan Islam dalam ruang lingkup perlembagaan, tetapi pendekatan chauvinis dan esktrim seperti PERKASA hendaklah ditolak.

Sokong bawa rebah

Ditanya tentang kepentingan sokongan itu kepadanya, Mustaffa berkata ia menarik minat ahli parti dan media.

"Tetapi saya kena pastikan supaya tak dilihat sokong membawa rebah," katanya.

Berhubung dakwaan PERKASA bahawa 35 peratus anggota NGO itu juga merupakan anggota PKR, Mustaffa berkata "tak ada angka sedemikian".

Sementara itu, mengulas kenyataan Azmin terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir yang dibidas pelbagai pihak, Mustaffa berkata seluruh ahli PKR berkongsi pandangan dengan bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

"Apakah tidak boleh mana-mana pemimpin PKR mengkritik Tun? Kalau Tun seorang negarawan, beliau tidak akan aniaya rakyat dan fitnah bekas timbalan perdana menteri. Mengapa perlu bengis apabila Tun dikritik pada penghujung usianya?" soalnya kembali.

Sementara itu, mengulas isu pilihan raya kecil Galas, Mustaffa berkata PKR akan memberikan komitmen sepenuhnya bagi membantu calon PAS yang bertanding.

Beliau juga berharap pemilihan dalaman PKR tidak akan menjejaskan sokongan kepada rakan mereka dalam Pakatan.

Malaysiakini/-

Syarikat rokok kecewa kenaikan 16% eksais

Posted: 06 Oct 2010 09:55 AM PDT

27 Syawal 1431 H

Bukan sahaja perokok, syarikat pengeluar rokok terbesar di Malaysia turut menyatakan kekecewaan mereka terhadap kenaikan harga rokok semalam.

Menurut British American Tobacco (BAT) - pengeluar rokok Dunhill - kenaikan 3 sen sebatang atau sebanyak 16 peratus itu merupakan sesuatu yang tinggi dan mengejutkan.

Pengarah Urusan BAT Malaysia William Toh berkata, pihaknya kecewa kerana peningkatan eksais itu menyebabkan penyeludupan rokok yang sudah sedia ada akan bermaharajalela dalam pasaran.

"Lebih besar perbezaan harga antara rokok sah dan seludup, lebih besarlah minat terhadap rokok seludup," katanya sambil mendakwa telah menegaskan perkara itu banyak kali sebelum ini.

Semalam, kerajaan telah menaikkan kadar duti eksais bagi rokok sebanyak tiga sen sebatang, berkuatkuasa 1 Oktober.

Dengan kenaikan kadar duti eksais itu, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 63 sen, iaitu 60 sen daripada duti eksais dan tiga sen daripada cukai jualan.

Dalam satu kenyataan hari ini, William juga berkata, penyeludupan rokok sekarang sudah membimbangkan apabila Malaysia berada di atas dalam senarai pada 2009.

Malaysiakini/-

Kes Sosilawati: "Mana ada hantu?" kata Khalid

Posted: 06 Oct 2010 09:50 AM PDT

27 Syawal 1431 H

"Mana ada hantu, saya pergi siang dan malam tak ada apapun, semua itu hanya untuk mensensasikan cerita aja," kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau diminta mengulas dakwaan kononnya ada anggota polis yang menyiasat kes pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya diganggu makhluk halus.

Ketika ditanya pemberita di Majlis Rumah Terbuka Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam hari ini, Khalid lantas menafikan laporan itu.

Terdapat cakap-cakap kononnya ada anggota polis diganggu makhluk halus ketika bertugas di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Ladang itu dipercayai lokasi pembunuhan itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata semua siasatan berkaitan kes pembunuhan termasuk membabitkan hartawan dari India Allal Kanthan Muthuraja, 34, serta beberapa kes lain termasuk laporan Sabtu lalu mengenai kehilangan seorang lagi ahli perniagaan, masih dijalankan.

Katanya, perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Malaysiakini/-

Najib: Islam bukan satu ancaman

Posted: 06 Oct 2010 09:40 AM PDT

27 Syawal 1431 H

Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ingatan kepada masyarakat antarabangsa bahawa Islam bukan satu ancaman dan bahawa Islamophobia sering dicetuskan oleh ekstremis dalam semua agama.

Perdana Menteri berkata, masyarakat antarabangsa perlu melihat Malaysia sebagai contoh jelas bagaimana rakyat dari pelbagai agama dapat hidup bersama secara harmoni.

Bercakap pada perbincangan meja bulat media yang dihadiri pertubuhan media antarabangsa yang berpangkalan di Brussels, Najib berkata konflik yang timbul bukan di antara agama tetapi antara ekstremis dan puak sederhana bagi semua agama.

"Islam tidak sepatutnya satu masalah asalkan wujud kesederhanaan dalam semua agama," katanya.

Islam adalah antara perkara yang dibangkitkan semasa sesi itu dan Najib ditanya berhubung cara Malaysia menangani persepsi terhadap agama di kalangan masyarakat Eropah di tengah-tengah perundingan perjanjian perdagangan bebas Eropah-Malaysia, yang akan dilancarkan di sini hari ini.

Najib berkata adalah lebih baik jika masyarakat Eropah dapat menyertai dialog dengan negara-negara Islam sederhana seperti Malaysia.

Sambil menyatakan bahawa beliau tidak merestui tindakan golongan ekstremis, Najib berkata usaha bagi menyelesaikan Islamophobia ialah mencari jalan penyelesaian jangka panjang kepada isu rakyat Palestin.

Katanya nasib rakyat Palestin, yang telah dinafikan hak mereka, "menyentuh perasaan di kalangan dunia Islam."

"Setengah orang berasa jika tiada lagi harapan, apa lagi yang ada untuk menyambung hidup," katanya sambil menambah sebaik masalah rakyat Palestin diselesaikan, keganasan akan reda.

Malaysiakini/-

PAS: Rosmah minta 'sedekah' di Belgium

Posted: 06 Oct 2010 09:32 AM PDT

27 Syawal 1431 H

Hajat Rosmah Mansur melawat pusat remaja hamil di Brussel hari ini untuk mendapatkan input bagi menangai masalah pembuangan bayi adalah tidak munasabah dan menggambarkan seolah-olah kerajaan hilang punca dan kontang idea, kata PAS.

Ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, isteri perdana menteri tidak sepatutnya merujuk kepada Centrum voor Integrale Gezinsgorg (CIG) kerana keadaan iklim dan sosial budayanya berbeza dengan negara ini.

"Tindakan yang dibuat oleh Datin Seri Rosmah untuk merujuk negara Belgium bagi mengatasi masalah anak luar nikah, seolah-olah anak yatim yang kaya dengan harta peninggalan bapanya, tetapi masih lagi meminta sedekah kepada orang ramai.

"Begitulah juga tindakan Datin Rosmah ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan kita mempunyai rujukan iaitu Islam," kata Idris lagi.

Rosmah hari ini dijadual melawat CIG, sebuah pusat bersepadu bagi membantu remaja hamil di Brussels, Belgium.

Pada 1 Oktober lalu, beliau dilaporkan berkata, lawatan itu bertujuan melihat sendiri pendekatan yang diguna pakai dalam melindungi remaja yang mengandung tanpa nikah dalam usaha menangani masalah pembuangan bayi yang semakin serius.

Rosmah juga berkata, sebelum menubuhkan pusat perlindungan bagi remaja hamil di negara ini, adalah penting kerajaan mendapatkan pendekatan terbaik daripada segi saintifik dan sistematik seperti yang diaplikasikan di negara lain.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris juga mempersoalkan, kenapa begitu takut hendak merujuk kepada "pendekatan Islam yang lebih menyeluruh dan telah terbukti berjaya".

"Kaedah yang perlu digunakan mestilah merujuk kepada apa yang diajar oleh Rasulullah SAW iaitu pendekatan mencegah dan mendidik," katanya.

Malaysiakini/-

Selamat menempuh peperiksaan PMR

Posted: 06 Oct 2010 09:04 AM PDT


Saya mengucapkan selamat menempuh peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kepada semua calon yang terlibat. Semuga peperiksaan yang dihadapi pada tahun ini dapat menyerlahkan hasil dari bakat sebenar yang telah diasuh sekian lama oleh para ibu bapa dan guru kepada anak didik masing-masing.

Harapan saya semuga kejayaan yang diperolehi nanti adalah perangsang yang terus memberi semangat kepada para ibu bapa dan guru untuk meneruskan agenda pendidikan yang belum berakhir.

Pengikut