Jumaat, 20 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


MTD-RANTAU ABANG

Posted: 20 May 2011 11:26 PM PDT

MTD-RANTAU ABANG


HEBAHAN CERAMAH

Posted: 20 May 2011 06:45 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 20 May 2011 09:29 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


SEPETANG BERSAMA KELAB TAKRAW PARIT PUNGGUR MUAR

Posted: 20 May 2011 12:59 AM PDT

 SEPAK TAKRAW TARIKAN BARU BELIA MAHARANI

Pada hari Khamis 19 Mei 2011,  jam 6.00 petang YB Dr. Hj. Mohammad B. Taslim, ADUN Maharani,  telah meluangkan masa bertemu  dengan pemuda-pemuda  di padang Kelab Takraw Parit Punggur Jalan Temenggong Ahmad Muar. Beliau diiringi oleh Setiausaha Politiknya serta Pegawai Khasnya Sdr Hamidun Omar dan Sdr Fuad, AJK DUN Maharani.

Kelab ini akan menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw pada 22 Mei 2011 akan datang bertempat di beberapa buah gelanggang Sepak Takraw dalam DUN  Maharani.  Menurut Urusetia Penganjur penyertaan terbahagi  kepada 2 katogeri iaitu senior dan junior. Sempena lawatan tersebut YB Dr Mohammad  telah menyumbangkan beberapa biji bola dan net  sepak takraw, T-Shirt dan sedikit wang sagu hati kepada pihak penganjur. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan sebagai  galakan dan keperhatinan  kepada usaha murni kelab ini. Menurut Penganjur  tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencari dan membina pelabis-pelapis baru sukan takraw khususnya di DUN Maharani ini.Ia juga riadah yang memberi manafaat  dan mengeratkan silaturrahim sesama belia. Memandangkan  remaja sekarang  kurang berminat dengan sukan takraw diharapkan pertandingan ini menjadi pencetus dalam mengaktifkan sukan Sepak Takraw.

Latihan pesat oleh peserta-peserta

YB Dr Mohammad bermesra dengan Pihak Penganjur.

Pemuda-pemuda ini sungguh berbakat...

Sumbangan bola Takraw, net dan T-shirt kepada Penganjur.

Sumbangan wang tunai kepada Penganjur.


KURNIAAN TANAH DALAM DUN SUNGAI BALANG MUAR DIPERTIKAI

Posted: 19 May 2011 10:10 PM PDT

Saturday March 26, 2011

600ha land for villagers in Muar

By HAMDAN RAJA ABDULLAH

MUAR: For the first time the land office here has opened up a tract of more than 600ha of land for villagers in two areas in the Muar parliamentary for cultivation.
The land, located along the coastal areas between Sungai Balang and Sungai Sudah, has been subdivided and offered to more than 1,300 villagers.

All ready: Villagers registering their names to apply for land forms
at the Sungai Balang penghulu complex.
 State Women, Family, Health and Community Development Committee chairman Dr Robia Kosai said each eligible villager would received a plot measuring 0.4ha.

She said the area had been illegally cultivated for more than 30 years by the local villagers who planted crops, including oil palm and rubber trees.
These villagers have encroached and tilled the land since 1970s, and only recently they were offered to apply for the titles.

Grateful: Dr Robia (second from right) presenting a land form to villager Minnah Ahmad Jar (left) while Mohd Ismail (second from left) and Muar Land Administrator Han Ramin (right) look on.

However, other villagers who did not encroach into the area, also applied for a plot when the state decided to give the land, she said before presenting land forms to the recipients on Thursday.

Dr Robia, who is also the Sungai Balang assemblyman, said the villagers should be grateful to the state government and the Muar Land Office for giving out the plots.
She said it was the first time the state opened up a vast tract of state land to be given to 1,300 people for agricultural development purposes.
She said the state would build infrastructures, including roads, schools, religious school, police booth, fire unit and other facilities in the area.
She said the coastal area would be a modern village in the near future and urged the people to work hard and work together to develop their plots.

Earlier, special officer to Mentri Besar for the Maharani Datuk Mohd Ismail Mohd Shah said the state constituency decided to allocate the land to the villagers a few years ago.
He said there were still other areas along the coast which could be developed and advised those who did not receive plots to submit applications to the land office.

We urge the villagers to hold on to their plots and not sell them after receiving the titles to the land.
We want to thank the Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman and the Muar land administrator Han Ramin for allotting the land to the villagers," he added.

source: http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2011/3/26/southneast/8343246

_________________________________________________________________________________

Thursday May 12, 2011

Villagers want state to review coastal land allocation

HAMDAN RAJA ABDULLAH
newsdesk@thestar.com.my

MUAR: Some 300 villagers in Kampung Sungai Pulai near Sungai Balang wants the Johor government to review the plot size on land allocated to the people there recently.



They also claim that many landowners had developed the coastal land since 1975 and are eligible to receive a new plot, but were ignored while others who are not residents in the area were given land.
Samad Piee who represented the villagers, said all the residents want is fair play and for the state to reward those deserving settlers who actually helped to develop Sungai Pulai.
"In this village, there are about 300 villagers who opened up the coastal jungle and planted the area with cash crops in 1970s.

Frustrated: Villagers in Kampung Sungai Pulai gathering to voice their dissatisfaction over the unfair allocation of coastal land.
"Later, when the swampy land dried up after we dug canals and drains, we planted oil palm trees," said Samad.
He added that over the years, the early settlers of Kampung Sungai Pulai who opened up several hectares of land each managed to turn the mangrove swamps into a productive agricultural land.
Samad said some 600ha of land between Sungai Balang and Sungai Sudah, was recently subdivided for allocation to the people.

He said the move was appreciated as villagers would receive titles to the plots, but it turned out that they were only getting 0.4ha each and not the whole area they had worked on.
Furthermore, out of 300 villagers of Kampung Sungai Pulai, only 58 were given land while the others did not.
Samad said this was unfair to the deserving ones as the remaining land were given to villagers from other areas.

"We feel that since we opened up a bigger area, we should at least receive about 2ha each and also given the plots that we developed.
"Its not fair for the state to give away land we had developed to other people," he said.
Samad hoped that the Johor government would review the matter and allocate the land in accordance to meritrocacy.

Commenting on the issue, special officer to Mentri Besar for Maharani, Datuk Mohd Ismail Mohd Shah said land along the coastal area belonged to the state.
He added that the area has been illegally cultivated for years.
The authorities had left it as it is as most of the settlers who encroached into the coastal land were farmers and fishermen.

"The government had recently subdivided the area when more people had applied for land.
"We decided to give each applicant a 0.4ha plot and only through this way, the state is able to allocate land to 1,300 villagers, not to the original 300 people who settled around there," he said.
Mohd Ismail added that residents of Kampung Sungai Pulai should be grateful for their entitlement.
"Those who did not receive their allocation can submit fresh applications," he added.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tuntut hasil titik peluh

MUAR - Lebih daripada 500 pengusaha tanah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang terutamanya di kawasan Kampung Sungai Pulai dan Parit Buntu, di sini, melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan cara pengagihan tanah berkenaan pada 24 Mac lalu.

Mereka mendakwa berlaku ketidaktelusan dalam :pengagihan tanah itu kerana ramai dalam kalangan pengusaha tanah berkenaan tidak berjaya memperoleh tanah terbabit.

Salah seorang pengusaha tanah, Paijalah Chuking, 60, berkata, tanah seluas 600 hektar berkenaan telah diusahakan penduduk di kawasan ini sejak 1976.

Menurutnya, pada asalnya kawasan berkenaan adalah hutan belantara, dia dan beberapa penduduk yang lain bekerja keras untuk meneroka tanah terbabit.

"Keputusan untuk mengusahakan tanah ini selepas mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah Muar pada 1976 dengan kadar bayaran sebanyak RM5.

"Bermula sebagai kawasan terbiar kami membersihkan kawasan ini dan menjadi salah satu lokasi tanaman kontan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, apabila tanah di kawasan ini kering selepas pembinaan sistem perparitan, pengusaha tanah berkenaan menanam pokok kelapa sawit.

"Selepas bertahun lama mengusahakannya, kami berjaya membangunkan tanah ini menjadi kawasan pertanian yang sangat produktif.

"Tetapi, usaha kami seperti sia-sia apabila hasil titik peluh sejak berpuluh tahun lalu dirampas orang lain," katanya.

Paijalah berkata, ada dalam kalangan pengusaha tanah meneroka tanah berkenaan melebihi 2.5 hektar tetapi selepas pengagihan tanah yang lalu, mereka hanya memperoleh 0.4 hektar daripada tanah yang diusahakan.

"Di sinilah timbulnya ketidakpuasan hati dalam kalangan majoriti pengusaha tanah ini dan menganggap pemberian ini sangat tidak adil.

"Lebih mendukacitakan ialah apabila mendapati ramai pihak yang tidak pernah terlibat mengusahakan tanah ini mendapat bahagian tanah yang sudah diusahakan dengan tanaman kelapa sawit," katanya.

Seorang lagi pengusaha tanah terbabit, Saminah Ibrahim, 74, berkata, pengagihan tanah seluas 600 hektar di antara kawasan Sungai Balang dan Sungai Sudah itu hanya melibatkan 58 daripada 300 pengusaha tanah di Sungai Pulai sahaja yang berjaya memperoleh tanah berkenaan.

"Manakala yang selebihnya tanah ini diberikan kepada orang kampung dari kawasan yang lain.

"Kami merasakan sejak membuka kawasan yang luas ini, kami sepatutnya menerima tanah sekurang-kurangnya dua hektar dan memberikan lot tanah yang telah kami bangunkan," katanya.

Menurutnya, bagi mereka, adalah tidak patut apabila memberikan bahagian tanah yang diusahakan kepada seseorang yang tidak pernah bekerja keras membersihkan dan membangunkan kawasan ini.

"Kami sangat kesal apabila kawasan di sini sudah cantik dan mempunyai hasil tanaman yang baik, barulah pelbagai pihak hendak mengambil semua kesempatan ini," katanya.

Shukor Taha, 63, yang juga pengusaha asal tanah terbabit juga berasa kecewa dengan apa yang berlaku.

Menurutnya, banyak pihak tidak merasai kepayahan kami membangunkan kawasan tersebut secara menual tanpa sebarang peralatan canggih yang hanya bergantung dengan kapak dan parang sahaja.

"Hasil tanaman daripada tanah yang diusahakan ini menjadi punca pendapatan kepada kami penduduk di sini.

"Jadi dengan pengagihan tanah satu ekar ini pasti akan menjejaskan punca :pendapatan kerana bergantung sepenuhnya dengan hasil tanaman ini," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Sungai Pulai, Mohd Saufey Mohd Basri berkata, dia menggesa pihak kerajaan supaya menyemak semula cadangan berkenaan dan :mengekalkan semula lot tanah yang telah dibuka oleh pengusaha asal tanah berkenaan.

"Ini sahaja langkah terbaik untuk meredakan rasa ketidakpuasan hati pengusaha tanah di sini.

"Apa yang pasti, pengusaha tanah di sini tetap dengan keputusan mereka untuk terus mempertahankan hasil usaha yang mereka lakukan selama ini," katanya.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Tanah Daerah Muar berkata, tanah umum di DUN Sungai Balang berkenaan boleh diberikan kepada sesiapa sahaja dan keutamaannya kepada penduduk tempatan yang dibuat secara undi lot.

Menurutnya, kerajaan telah menyatakan keputusan bahawa setiap orang akan menerima satu ekar tanah setiap lot bagi membolehkan lebih ramai orang ramai memiliki tanah.

"Pihak Pejabat Tanah Daerah Muar hanya melaksanakan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan berhubung pengagihan tanah berkenaan.

"Pada masa yang sama, pihak kami tidak boleh dan tidak mempunyai kuasa untuk mengubah senarai kelulusan seperti mana yang diminta oleh mereka," katanya.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story9057519.asp
                   Jumaat 6 Mei 2011

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Isu agihan tanah terus hangat

MUAR – Isu pengagihan tanah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang terutamanya di Kampung Sungai Pulai dan Parit Buntu terus menjadi persoalan apabila masalah berkenaan masih tidak menunjukkan sebarang tanda penyelesaian.

Meskipun masalah berkenaan telah diajukan kepada beberapa pihak yang terlibat untuk meraih simpati juga pertolongan te-tapi usaha peneroka seperti sia-sia.

Rentetan itu, jawatankuasa bertindak peneroka DUN Sungai Balang telah ditubuhkan untuk membela nasib lebih 500 peneroka di kawasan berkenaan.

Atas faktor rasa tidak berpuas hati dan mendakwa wujud ketidaktelusan cara pengagihan tanah telah mendorong Jawatankuasa Bertindak Peneroka bekerjasama dengan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) untuk memanjangkan isu itu kepada Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Mereka mendesak agar Abdul Ghani campur tangan dalam isu tersebut dan membatalkan pemberian tanah sebanyak 0.4 hektar kepada peneroka asal seperti mana yang berlaku ketika ini.

Daripada tanah seluas 600 hektar di antara kawasan Sungai Balang dan Sungai Sudah yang didakwa diteroka oleh 300 peneroka asal pada 1976, hanya 58 peneroka sahaja yang terpilih menerima tanah selepas pengagihan dibuat pada 24 Mac lalu.

Sebaliknya, mereka mendapati ramai pihak yang tidak pernah terlibat meneroka tanah ini turut mendapat bahagian tanah yang sudah diusahakan dengan tanaman kelapa sawit.


Nekad pertahankan hak

Pengerusi Anak, Mazlan Aliman, mendakwa, adalah tidak munasabah apabila setiap peneroka asal hanya diberikan tanah seluas 0.4 hektar berbanding keluasan tanah sebenar yang mereka usahakan.

Menurutnya, bahkan ada peneroka yang telah meneroka seluas empat hektar tetapi langsung tidak memperoleh tanah berkenaan.

"Ini adalah satu penindasan yang tidak sepatutnya berlaku dan minta isu ini perlu ditangani segera.

"Saya meminta peneroka ini supaya bersatu untuk berjuang bersama-sama bagi mempertahankan hak mereka terutamanya ketika pertemuan dengan menteri besar kelak," katanya kepada Sinar Harian.

Mazlan berkata, jika dilihat senario peneroka Felda asalnya ketika zaman Tun Abdul Razak setiap peneroka diberikan tanah seluas 3.2 hektar dan kemudiannya diberikan tanah tambahan sebanyak 0.8 hektar telah berjaya mengeluarkan peneroka daripada kepompong kemiskinan.

"Melihat situasi di DUN Sungai Balang ini, akhirnya peneroka terpaksa mencari pekerjaan lain untuk menampung keluarga.

"Bagaimana dengan masa depan peneroka warga emas yang selama ini bergantung hidup dengan hasil tanaman kelapa sawit yang mereka usahakan jika tanah ini dirampas oleh pihak lain," katanya.


Tidak puas hati cara agihan

Peneroka asal, Paijalah Chuking, 60, berkata, dia berasa sangat sedih dan tidak berpuas hati dengan cara pengagihan tanah berkenaan.

Menurutnya, usaha beliau selama ini bersama-sama peneroka asal yang lain membangunkan tanah itu yang pada asalnya adalah kawasan hutan belantara seperti sia-sia.

"Penat lelah kami bertahun-tahun meneroka kawasan terbiar ini sehingga menjadi salah satu lokasi tanaman yang sangat produktif.

"Pelbagai cabaran ketika membangunkan tanah ini dan kira-kira 10 tahun lalu mula membangunkan infrastruktur utama iaitu jalan bagi memudahkan proses membawa keluar hasil tanaman," katanya.

Paijalah berkata, timbul persoalan di sini mengapa selepas kawasan ini membangun baru ada pihak yang mengambil kesempatan untuk merampas tanah berkenaan.

"Tegaskan sekali lagi bahawa peneroka asal Sungai Pulai bertekad untuk mempertahankan tanah ini supaya ia tidak jatuh ke tangan pihak lain," katanya.

Peneroka asal tidak tersenarai

Ibu tunggal, Nori Galong, 54, berkata, dia berasa sangat kecewa dengan keputusan pengagihan tanah berkenaan.

Menurutnya, dalam pengagihan berkenaan, dia sebagai peneroka asal sejak 30 tahun lalu tidak tersenarai sebagai salah seorang penerima.

"Sejak menghadapi penyakit sendi dan tidak boleh berjalan, keadaan ini memaksa saya bergantung sepenuhnya dengan pendapatan hasil daripada tanah yang diteroka.

"Bagaimana saya hendak meneruskan hidup selepas ini apabila langsung tidak mendapat tanah yang diteroka sejak sekian lama," katanya.

Justeru itu, peneroka asal merayu dan menggesa menteri besar supaya mendengar rintihan mereka dan memperjuangkan nasib semua peneroka asal di sini.

Serah nama segera

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Dr Robia Kosai berkata, beliau menasihatkan peneroka yang terbabit supaya bertenang untuk menerima keputusan kerajaan.

"Mereka perlu akur dengan keputusan kerajaan dan bersyukur dengan tanah yang telah diberikan.

"Pada masa sama, saya meminta jawatankuasa bertindak peneroka DUN Sungai Balang supaya menyerahkan nama peneroka yang gagal memperoleh tanah dengan segera untuk tindakan selanjutnya," katanya.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story9105657.asp 
             20 Mei 2011

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

PAS Negeri Sembilan

Posted: 20 May 2011 09:27 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Stesen KTM Senawang tidak mesra pengguna

Posted: 20 May 2011 08:02 PM PDT



Pandangan Encik Maarof mengenai stesen keretapi yang baru dibina di Senawang wajar diberi perhatian dan tindakan oleh pihak yang berkaitan. Ikuti pandangan beliau di http://www.maarofkassim.com/2011/05/stesen-ktm-senawang-tidak-mesra.html

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 20 May 2011 07:47 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Setiap Projek Ada 'Bahagian' Wakil Rakyat UMNO

Posted: 20 May 2011 05:16 AM PDT


http://buletinonline.net/images/stories/berita48/whassan%20ceramah%20dungun.jpgDUNGUN 20 Mei, Jumaat - Wakil-wakil rakyat Umno dan Barisan Nasional Terengganu didakwa adalah golongan yang kaya berbanding rakyat yang masih ramai dalam keadaan miskin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli berkata banyak projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan, ada 'bahagian hasil' kepada wakil rakyat.


"sebab itulah, di antara mereka akan kemukakan supaya peruntukan-peruntukan untuk membuat kerja-kerja pembangunan ini kerana di dalamnya akan ada bahagian wakil rakyat, ini semua benda yang kita tahu,"tegasnya ketika berucap dalam Majlis Penerangan Isu Semasa di Kampung Molek, dekat sini semalam 19 Mei.

Tetapi yang sedih, kata beliau, bila sampai diperingkat perlaksanaan projek-projek tersebut, sebahagiannya tidak siap, sebahagiannya runtuh dan sebahagiannya tidak dapat digunakan.


Beliau selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun kesal kerana projek penaiktarafan Jalan Besar di bandar Dungun tidak dapat disiapkan sehingga hari ini
.

Menurutnya, projek tersebut yang telah dimulakan pada tahun 2008, namun pada 17 Mei lalu, genap tiga tahun, jalan tersebut masih tidak terbengkalai.

sumber : BuletinOnline.net

Pemuda PAS Hulu Kelang

Posted: 20 May 2011 07:35 PM PDT

Pemuda PAS Hulu Kelang


PERTANDINGAN PS2 DAN TAYANGAN SKRIN BESAR AKHIR PIALA JUARA

Posted: 20 May 2011 05:14 AM PDT


PERTANDINGAN PS2 DAN TAYANGAN SKRIN BESAR AKHIR PIALA JUARA
MANCHESTER UNITED vs. BARCELONA

28 MEI 2011 - 9MALAM

DEWAN ORANG RAMAI FLET UTM AU3

SEMUA DIJEMPUT HADIR

PAS Kawasan Miri

Posted: 20 May 2011 07:34 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Penduduk Islam Menanti Janji BN Nak Bina Masjid Di Senadin!

Posted: 20 May 2011 04:31 PM PDT

Penduduk Islam di Senadin Mohon Masjid Di bina Segera


Gambar tapak projek Masjid Senadin yang masih terbiar

Kepadatan penduduk di kawasan perumahaan Senadin menyebabkan surau yang sedia ada terlalu sempit untuk umat Islam menunaikan solat fardu berjamaah. Menurut seorang penduduk yang berdiami kawasan tersebut telah menghubungi PAS Miri menyatakan ada sebuah projek pembinaan Masjid di kawasan perumahan mereka masih lagi belum dapat dibangunkan kerana kekurangan dana. Setakat ini wang yang di dermakan oleh orang ramai masih belum dapat digunakan sepenuhnya memandang kos menimbuk tanah di tapak masjid tersebut terlalu tinggi.
Menurut beliau tapak projek tanah waqaf untuk membina masjid tersebut telah lama dicadangkan sejak tahun 2001. Sehingga kini Kebenaran Kerja-Kerja Tanah (Meruntuh/Merata dan Menimbuk Tanah) masih dalam proses. Memandangkan kos pengangkutan tanah terlalu mahal usaha untuk menimbus tanah tersebut tidak dapat dilaksanakan memandangkan peruntukan tidak mencukupi.

Kos peruntukan untuk membina masjid tersebut dianggarkan dalam lima (5) juta ringgit dimana boleh menampung jamaah dalam satu ribu orang. Penduduk Islam di perumahan Senadin merayu agar pihak kerajaan dan kementerian yang menjaga hal-ehwal Masjid dapat melihat sendiri keadaan tapak tersebut dan dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut dengan segera tanpa menunggu lebih lama lagi.

Pas Miri perihatin dengan masalah penduduk Islam di Senadin kerana mereka sudah lama menunggu janji-janji pemimpin BN untuk membantu penduduk Islam di Senadin membina masjid tersebut tetapi sehingga sekarang mereka masih lagi berharap agar janji tersebut dapat ditunaikan sebelum PR13 nanti. Harapan penduduk Islam Senadin untuk mendapatkan sebuah masjid di Senadin sudah lama tertunda dimana sekarang pertambahan penduduk Islam yang sudah mencecah hampir ribuan orang. Dengan adanya masjid tersebut umat Islam dalam kawasan tersebut dapat menunaikan solat fardu Jumaat dengan selesa disamping dapat menunaikan solat lima waktu dan solat tarawih di bulan Ramadan dan juga solat hari raya.

Masjid tersebut juga boleh digunakan untuk tempat pengajian penduduk islam dan juga anak-anak mereka belajar Al-Quran dan solat. Banyak kebaikan yang boleh digunakan dengan adanya masjid tersebut nanti. Kita berharap pihak yang berwajib dapat mengambil perhatian yang serious dengan masalah penduduk Senadin ini dan dapat bertindak dengan segera demi kebaikan untuk semua. Kebajikan rakyat mesti diutamakan jangan hanya kepentingan politik didahului.

PAS Miri

Muslim population in Senadin Request for Mosque
Photos of the Senadin Mosque project site is still isolated

The population density in Senadin residential areas cause the existing prayer place (surau) is too small for Muslim congregation to perform prayers. According to a resident in the area who has contacted PAS Miri said that the mosque construction in residential areas they have yet to be developed due to lack of funds. So far the money donated by the public has yet to be fully utilized since the landfill cost at the site of the mosque is too high.

He said the land endowment project for the mosque has been proposed since 2001.
Until now the land works approval (Demolition / Evenly and Landfill) are in the process.
The cost of transport is too expensive and the effort to fill the land can not be performed since the allocation is insufficient.

Cost allocation to build the mosque was estimated in five (5) million ringgits of which can accommodate a congregation of one thousand people. The Muslim population in the Senadin housing areas appealed to the government and the ministries in charge of the affairs of the mosque to go down to the site and to help resolve the problem immediately without waiting any longer.

PAS Miri concerned with the problems of Muslims in Senadin as they awaited promises by BN leaders to help the Muslims to build a mosque in Senadin but until now they still hope that these promises will be fulfilled before the General Election (GE13). The increase of Muslim population has reached almost thousands of people and they wish to see a mosques built at they areas in which has been long overdue until today. With this mosque Muslims in the area will be able to perform Friday prayers in comfort as well as for them to deliver five times prayers and also for the prayers of the Ramadan feast.

The mosque can also be used by the population of Muslim for a study and their children learn the Koran and prayer. A lot of good thing can be used with the mosque later. We expect the relevant authorities to take serious note of this problem and act promptly for the benefit of all. Welfare of the people must prevail first not only for the political interests led.

PAS Miri

DPPK PARIT

Posted: 20 May 2011 07:04 PM PDT

DPPK PARIT


SEKITAR PROGRAM MAN KADIR(PAK JABIT) KE PARIT

Posted: 19 May 2011 07:34 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 20 May 2011 03:20 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


LA 50 JE BERUK PERKASA BERDEMO TADI

Posted: 20 May 2011 02:52 AM PDT

KUALA LUMPUR 20 Mei – Lebih 50 ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berhimpun di hadapan pejabat Utusan Melayu (M) Bhd., Jalan Chan Sow Lin, Sungai Besi di sini, hari ini bagi menyerahkan memorandum sokongan terhadap akhbar Utusan Malaysia.

Demonstrasi yang diuar-uarkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) di pejabat akhbar tersebut sebelum ini bagaimanapun dibatalkan di saat-saat akhir

Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadlian (AMK) Rozan Azen Mat Rasip berkata, pihaknya terpaksa menangguhkan perhimpunan hari ini kerana mahu memberi tumpuan ke atas penyerahan memorandum di Kedutaan Australia berhubung isu loji pemprosesan nadir bumi Lynas.


"Kita tidak batalkan, cuma tangguhkan atas dua faktor, yang pertama kerana kita mahu beri lebih tumpuan untuk menjayakan perhimpunan aman mengenai pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Kedutaan Australia dan kalau ikut perancangan ia diadakan serentak dengan perhimpunan di Utusan Malaysia.

"Jadi selepas mengambil kira semua aspek dan pertimbangan AMK memutuskan untuk menangguhkan perhimpunan di Utusan Malaysia selain kemungkinan kita akan berdepan dengan tindakan sabotaj Pemuda Umno dan Perkasa yang juga akan berada di lokasi sama," katanya.

Justeru kata beliau, adalah lebih baik sekiranya pihak menyertai perhimpunan aman dan penyerahan memorandum di Kedutaan Australia daripada berdepan dengan Pemuda Umno dan Perkasa di pejabat Utusan Malaysia.

"Ini adalah sabotaj Pemuda Umno dan Perkasa, kenapa mereka mahu buat perhimpunan pada waktu sama dengan kita? Baik kami fokus di Kedutaan Australia, tarikh baru kami akan tentukan kemudian," katanya.

AMK mahu mengadakan perhimpunan di pejabat Utusan Malaysia sebagai membantah tindakan akhbar itu yang menyiarkan laporan-laporan berunsur fitnah dan lucah.
 
 ...muke-muke beruk betina....
... ini ke muke-muke penJILAT?.....


RAKYAT DIDAHULUKAN

Posted: 19 May 2011 08:24 PM PDT

Subsidi RM19 bilion kepada IPP akan dikurangkan ... kata Deris Jala


Subsidi bahan bakar kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) akan disemak semula dan dikurangkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Perdana, Datuk Seri Idris Jala kepada Malaysiakini dalam satu wawancara.

Buat masa ini IPP menikmati sebahagian besar subsidi bagi barangan berasaskan petroleum yang dibekalkan oleh kerajaan pusat dan menurut Idris kontrak mereka hampir luput dan subsidi berkenaan akan disemak semula.

"Ia sedang dirunding semula. Perbincangan sedang berlangsung dan ada juga yang telah beres. Kami akan membuat pengumuman tidak lama lagi," katanya.

Pengumuman berkenaan perkara itu adalah dalam bidang kuasa Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air, Datuk Seri Peter Chin.

Buat la cara jantan sikit kalaupun takut kalah!!!

Posted: 19 May 2011 08:16 PM PDT

Satu Lagi Projek Jahat BN...Pendaftaran PKR Batal..??

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilapor berhadapan dengan risiko dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Laporan TV Selangor yang memetik sumber memberitahu, parti itu difahamkan telah menerima sepucuk surat berhubung pembatalan tersebut daripada ROS awal bulan ini.

"Saya dimaklumkan ROS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran. Surat itu diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya," kata sumber itu.

Dikatakan isi kandungan surat itu menerangkan bahawa PKR dilaporkan melanggar beberapa peruntukan perlembagaan parti sejak ia ditubuhkan pada April 1999.

"Namun PKR mempunyai alasan kukuh bahawa parti itu tidak pernah melanggar sebarang peruntukan perlembagaannya," katanya.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dijadual mengadakan sidang media mengenai isu tersebut tengah hari ini.

PKR pada awal penubuhannya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan).

Kemudiannya bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada tahun 2003 dan menukar namanya kepada PKR.

MAAHAD PENIPU!!!

Posted: 19 May 2011 06:34 PM PDT

KUALA LUMPUR: Hanya bermodalkan papan tanda maahad tahfiz, seorang lelaki didakwa mengaut keuntungan dengan mengutip sumbangan wang tunai dan barangan daripada orang ramai, kononnya untuk menampung pengajian pelajar, sedangkan tidak wujud seorangpun pelajar di situ.


Penyelewengan lelaki bergelar ustaz itu didedahkan seorang bekas kakitangan maahad tahfiz berkenaan bagi memastikan orang ramai terutama penderma tetap tidak terus tertipu.

Abdul Aziz Ismail, 58, berkata, di peringkat awal penubuhannya pada 2005, maahad tahfiz yang terletak di pinggir ibu negara itu beroperasi sebagai rumah kebajikan dan terdapat kira-kira 20 anak yatim mendapat perlindungan di situ.

"Bagaimanapun, hujung tahun lalu rumah kebajikan itu diarahkan tutup Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan selepas ia didapati beroperasi tanpa kebenaran iaitu tidak didaftarkan secara sah.

"Berikutan itu, semua anak yatim yang tinggal di situ pulang ke kampung masing-masing. Namun, tidak sampai dua bulan selepas ditutup, ustaz itu membuka kembali pusat berkenaan pada awal tahun ini.

... kerana nila setitik rosak susu sebelanga....

GAPS YANG BODOH BERTINGKAT-TINGKAT

Posted: 19 May 2011 06:02 PM PDT

KLANG 19 Mei - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan seorang individu membuat laporan polis hari ini berhubung tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan menafikan beliau pelaku dalam video seks yang tersebar luas kini.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira pukul 4 petang oleh Timbalan Pengerusi GAPS, Mohd. Abdul Raof Mokhtar dan Raja Ahmad Raja Abd. Wahid.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mohd. Abdul Raof berkata, laporan itu dibuat bagi menggesa polis mendedahkan pelaku dalam video terbabit, sekali gus membuktikan laporan yang dibuat Anwar pada 22 Mac lalu di IPD Dang Wangi adalah palsu.

''Saya rasa Anwar telah membuat laporan palsu kerana setelah diteliti dan diamati pelaku dalam video itu saya yakin dia adalah beliau (Anwar).

.... tak tau le mamat mangkuk GAPS tue dah tengok berape ribu kali video... siap tengok dgn teliti dan penuh pengamatan dengan penuh keyakinan.... so lepas nie polis takyah buat keje lah...

.... dan mamat yang pakai baju batik tue pun sama mangkuk sebab kalu ikut berita semalam dia kate org letak CD dalam peti surat umah then anak dia amik tgk CD tue.... dah tue apa kaitan laporan polis dengan Anwarnye... ke Anwar yg letak CD tue mangkuk oiii????

"PERUT BUNCIT & DADA LENDUT" AKU TAU TUE....

Posted: 19 May 2011 05:31 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mungkin mengenalisi pelaku dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan dirinya apabila ditanya mengenai skandal itu dalam sesi perbualan bersama Yahoo! News.


"Saya ada beberapa orang untuk disyaki! perut buncit dan dada lendut, ha ha," katanya ketika ditanya jika mengenali identiti lelaki dalam video 21 minit yang didedahkan 21 Mac lalu.

Dalam perbualan selama 75 minit itu, yang dihoskan Yahoo! Malaysia, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berulang kali menafikan penglibatannya dalam aksi seks didakwa "Datuk T".

Bekas timbalan perdana menteri itu bagaimanapun kelihatan mempertahankan diri dan kebanyakan soalan yang ditanya dijawab dengn penafian sambil menuduh ia komplot Barisan Nasional (BN).

Apabila ditanya sama ada beliau bersalah, Anwar bagaimanapun kelihatan marah terhadap seorang pengikut Yahoo yang merujuk kepada ketulenan rakaman video itu, hasil analisi pakar-pakar dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

Pengunjung atas talian Nik Abdul bertanya, "Datuk Seri: Bagaimana pandangan anda apabila pakar dari Korea Selatan dan AS mengesahkan bahawa individu dalam video seks mirip anda? Adakah anda berpendapat ia juga konspirasi?"

Dalam responsnya, Anwar (gambar) berkata, "contoh tipikal bagaimana orang macam anda boleh terpengaruh dengan media Umno. Pakar mana? Mengapa tidak mereka telus?"

Anwar juga diajukan satu soalan langsung oleh seorang pengunjung yang bertanya sama ada beliau adalah lelaki dalam video itu.

Anwar membalas dengan berkata, beliau dengan keras telah menafikan dan membuat laporan polis mengenainya.

"Pemimpin-pemimpin Umno nampaknya merestui politik pornografi ini. Dan, bagi mereka bercakap mengenai moral adalah hipokrit."

MP Pendang

Posted: 20 May 2011 01:25 PM PDT

MP Pendang


SharpShooter: RON95 dijangka naik bulan depan

Posted: 20 May 2011 12:28 AM PDT

SharpShooter: RON95 dijangka naik bulan depan: "Harga petrol RON95 dijangka naik lagi bulan depan apabila kerajaan Umno-Barisan Nasional mengumumkan semua harga produk petroleum termasuk R..."

tulisan ini adalah pandangan dari pemilik blog , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Anak Sungai Derhaka: PANAS!! Nama-nama Syarikat yang dikuasai Najib dan...

Posted: 19 May 2011 11:43 PM PDT

Anak Sungai Derhaka: PANAS!! Nama-nama Syarikat yang dikuasai Najib dan...: "Nazri Aziz pernah berkata dari 100% pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra melalui Malaysia Today hanya 40% yang benar.. oleh sebab itu kini..."

tulisan ini adalah pandangan dari pemilik blog , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Batu Gajah Mari

Posted: 20 May 2011 11:32 AM PDT

Batu Gajah Mari


Malaysia negara Islam yang dicontohi - Mat Sembab

Posted: 19 May 2011 10:01 PM PDT

"Jadi, kalau Pas kempen mahu bina negara Islam, kita sudah ada. Apakah tuan-tuan berasa duduk dalam negara kafir, negara yang tidak utamakan Islam, negara yang tidak membina dan membangunkan ummah? Saya tak fikir begitu," kata Muhyiddin..

Tambahnya lagi "Malaysia kini menjadi negara Islam contoh hasil daripada usaha UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN)."

Tapi… Muhyiddin… Negara kafirpun ada yang melarang penayangan Video Lucah secara terbuka apatah lagi di sebuah Hotel yang ternama.. malah mengedarnya secara terbuka juga dilarang..


Di negara kafir sekalipun kita sukar untuk melihat fitnah disiarkan oleh media cetak dan media elektronik macam Utusan dan TV3 tu..

Negara Kafir pun menghukum bunuh pesalah rasuah, tapi kita yang dibuktikan rasuah diberikan pula jawatan yang lebih tinggi..

Negara Kafir yang paling hina iaitu Israel pun tidak mempunyai dua set undang-undang seperti Negara Islam Malaysia ni.. (satu untuk UMNO dan Pencacainya dan satu lagi pula untuk rakyat biasa).. Negara kafir itu menganggap semua warganya adalah sama dimata undang-undang..

Aku kurang pasti Negara Islam mana yang menjadikan Malaysia sebagai contoh..


Jangan ragu usaha kerajaan bangun negara Islam - Muhyiddin

KANGAR 19 Mei - Malaysia kini menjadi negara Islam contoh hasil daripada usaha UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selain memberi tumpuan membantu penganut agama lain, kerajaan Pusat sejak selepas merdeka turut memberi perhatian utama membela nasib masyarakat Islam yang menjadi kelompok terbesar di negara ini.

''Tidak payah kita nak sebut mahu membangunkan negara Islam kerana Malaysia dijadikan contoh oleh banyak negara Islam lain di dunia.

"Jadi, kalau Pas kempen mahu bina negara Islam, kita sudah ada. Apakah tuan-tuan berasa duduk dalam negara kafir, negara yang tidak utamakan Islam, negara yang tidak membina dan membangunkan ummah? Saya tak fikir begitu," katanya ketika berucap pada majlis Jamuan Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri ke Perlis di Kuala Sanglang, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Muhyiddin berkata, apabila kerajaan menyebut untuk membangunkan Islam, ia bukan bermakna masyarakat bukan Islam tidak dibantu kerana dasar Islam yang diamalkan kerajaan BN adalah memberi layanan adil kepada semua.

Apa yang penting, kata Timbalan Perdana Menteri ialah bagaimana rakyat dapat bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk membangunkan negara ke arah mencapai sasaran menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Menurut beliau, dalam kerajaan menyediakan segala kemudahan asas, pada masa sama pendapatan rakyat perlu ditingkatkan selagi ada ruang dan peluang supaya tiada jurang di antara bandar dan luar bandar.

"Usaha untuk membangunkan infrastruktur kita lakukan secara berterusan. Apa yang kita mahu lihat adalah negara kita maju dan masyarakatnya berjaya dengan mempunyai pendapatan yang baik," kata beliau.

Terdahulu, Muhyiddin yang diiringi tetamu kenamaan lain melawat seorang warga emas, Arpah Hashim, 83, di Kampung Belakang Surau, Kuala Sanglang yang menghidap sakit tua.

Warga emas itu yang menerima skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan dijaga oleh anaknya, Damasyarah Murad, 57, yang mencari nafkah dengan mengambil upah menjahit baju selain menerima pencen arwah suaminya sebanyak RM200 sebulan.

Turut tinggal bersama mereka ialah seorang anak perempuan Damasyarah berusia 29 tahun yang bercerai dengan suaminya setahun lalu dan kini menghadapi tekanan perasaan dan tidak boleh berkomunikasi dengan orang lain.

Timbalan Perdana Menteri juga melakukan tinjauan mesra di pekan kecil Kuala Sanglang dan melawat Balai Bomba Sukarela Kuala Sanglang serta menjamu selera pada majlis jamuan berkenaan yang juadahnya dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung.


Lidah Rasmi UMNO

PAS KAWASAN KENINGAU

Posted: 20 May 2011 11:29 AM PDT

PAS KAWASAN KENINGAU


KETUA PENERANGAN PAS SABAH SELAR ZAHID HAMIDI DAN JOSEP KUROP

Posted: 19 May 2011 06:57 PM PDT



Kenyataan terbuka Naib Presiden Umno,Datuk Zahid Hamidi supaya Parlimen Pensiangan Sabah diberikan pada UMNO pada pilihanraya umum nanti menunjukkan bahawa PBRS di bawah pimpinan Tan Sri Josep Kurop amat lemah dan kurang wibawa.Perkara ini dilontarkan oleh,Hisammuddin Sulaiman,Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah yang juga merupakan YDP Pas kawasan Keningau.

PBRS juga gagal memajukan Parlimen Pensiangan yang mempunyai hasil mahsul yang bernilai tinggi.Jika datang ke Parlimen Pensiangan kita boleh mengimbau pembangunan tahun 60- an,jalan raya utama kebanyakkannya masih belum berturap dan kekurangan prasarana.

Sebelum ini, Pas Sabah pernah membongkar aktiviti pembalakan haram di kampung Batu Lugiyan Sook di bawah Parlimen Pensiangan serta pencemaran punca bekalan air penduduk kampung di Dun Sook.Pendedahan tergempar itu tidak ada tindakan daripada Tan Sri Josep Kurop yang juga merupakan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar.

Josep Kurup juga merupakan ahli parlimen yang menang melalui proses mahkamah juga dilihat mempunyai akauntabiliti yang lemah dan perkara ini dilihat apabila sambutan dingin rakyat di program seperti Program Unduk Ngadau yang diadakan di Dewan Masyarakat Sook Sabah baru-baru ini.

Permintaan UMNO menggantikan PBRS seolah-oleh memukul gendang yang sama dan corak yang sama dari segi pemerintahan yang akhirnya memberi kesan pembangunan yang tidak seimbang kepada rakyat Pensiangan.

"Bagi PAS parti mana sekali pun, lawan tetap lawan namun, kelemahan pimpinan Josep Kurop menjadikan Pensiangan akan diambil alih UMNO dan kita tahu UMNO juga ada strategi tersendiri untuk menjadikan tempat itu di bawah naungan mereka",ujar Hisammuddin.

PAS KAWASAN PENGKALAN HULU

Posted: 20 May 2011 11:05 AM PDT

PAS KAWASAN PENGKALAN HULU


Strategi jahat BN rampas Kedah

Posted: 20 May 2011 05:56 AM PDT

PAS menyifatkan pertambahan mendadak pengundi baru di Kedah sehingga 26,000 orang pada suku pertama tahun ini sebagai satu strategi jahat Kerajaan BN dengan kerjasama SPR, bagi membolehkan BN merampas Kedah dari PAS.

Strategi jahat seperti itu pernah dilakukan oleh BN di Terengganu pada PRU Ke-11 tahun 2004 lalu untuk membolehkan BN merampas Kerajaan Terengganu dari PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan, PAS amat ragu dengan pertambahan pengundi sebanyak itu di Kedah, memandangkan pertambahan sebenar berdasarkan pendaftaran yang dilakukan oleh PAS pada suku pertama tahun ini sehingga Mac lalu hanyalah sebanyak 4,000 orang sahaja.


Menurut beliau, sebelum ini PAS yang mendahului SPR dalam pendaftaran pengundi baru, tetapi kini angkanya ternyata jauh menyimpang dari jumlah yang sebenar.

Lebih meragukan lagi, katanya, berdasarkan semakan, didapati pertambahan pengundi-pengundi baru yang dilakukan oleh SPR itu bukannya pengundi-pengundi yang didaftarkan di Kedah, tetapi di Kuala Lumpur.

"Ini sememangnya jelas satu strategi jahat BN dengan kerjasama SPR yang perlu diketahui oleh rakyat," jelasnya pada sidang akhbar di Pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Strategi jahat itu juga, menurut beliau, turut dilakukan oleh BN dengan kerjasama SPR di Selangor dalam menghadapi PRU Ke-13 tidak lama lagi.

Katanya, strategi jahat itu sememangnya amat sukar untuk diatasi oleh PAS dan Pakatan Rakyat kerana ia turut membabitkan kerjasama SPR sendiri.

Dalam masa yang sama, PAS dan Pakatan Rakyat juga tidak mempunyai ruang masa yang mencukupi untuk melakukan semakannya kerana masa yang diberi amat pendek.

"Sungguhpun begitu, PAS dan Pakatan Rakyat tetap akan terus mengadakan bantahan mengenai perkara itu kerana ia jelas satu strategi jahat BN untuk merampas negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau berharap agar orang ramai sedar dengan taktik jahat yang digunakan oleh BN dalam menghadapi pilihanraya di negara ini kerana ia jelas melanggar peraturan sama sekali.

Pakatan yakin tawan semula Perak

Posted: 20 May 2011 05:11 AM PDT


PARIT BUNTAR, 20 Mei: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) berkata, Perak bakal diterajui PR semula pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 kerana sokongan rakyat semakin meningkat dan akan menafikan BN yang merampas kuasa sebelum ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas peluang Pakatan Rakyat untuk kembali berkuasa di negeri ini.

Katanya, Umno BN Perak seharusnya cermin diri dahulu sebelum berkata PR wujud masalah dalaman.

Hakikatnya, kata beliau kemelut dalaman BN telah menjadikan parti itu lesu dan gagal mengurus tadbir negeri dengan baik dan mereka bercakaran sesama sendiri menyebabkan rakyat semakin terabai.

Tambahnya, pendedahan Ketua Pembangkang Dun Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin bahawa terdapat Adun BN yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri yang disoal siasat SPRM selama lima jam baru-baru ini berikutan kes rasuah, sehingga kini gagal dijawab oleh Menteri Besar, Datuk Dr Zambry termasuk ketika ditanya dalam sidang Dun lepas.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS negeri berkata, PR Perak amat komited dengan misi kebajikan kepada rakyat, walaupun cuma sempat memerintah selama 11 bulan, banyak isu dan perkara berjaya diselesaikan dengan baik.

Beliau juga mendedahkan kerajaan BN Perak telah menciplak dasar-dasar kebajikan Pakatan Rakyat dalam pentadbiran kerajaan negeri sekarang.

"Antaranya dasar pemberian tanah kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah SUWA, pemberian sagu hati kepada anak-anak Perak yang berjaya ke IPTA, dasar tanah, meneruskan penubuhan jawatan kuasa hal ehwal bukan Islam dan banyak lagi," ujarnya.

Khalil yang juga Adun Titi Serong mendakwa kekayaan negeri diagihkan kepada kaum keluarga terdekat dengan sewenang-wenangnya.

"Oleh kerana terlalu sibuk mengagihkan kekayaan negeri kepada keluarga sehingga telah menyebabkan nasib rakyat terabai, kini janji membela rakyat cuma tinggal janji sahaja," katanya lagi.

Menurutnya, legasi Pakatan Rakyat telah menghasilkan kesan positif di hati rakyat dan yang pastinya rakyat negeri Perak merindukan perkara tersebut dan akan meneruskan sokongan seperti mana pada Mac 2008 lalu.

Tambahnya, BN tetap akan ditolak walaupun mereka menaburkan janji politik yang merupakan pemanis mulut untuk kekal berkuasa sedangkan merekalah pengkhianat sebenar kepada rakyat Perak dan Malaysia selepas lebih 50 tahun memerintah.

"PR Perak komited menjalankan sesi penerangan ke seluruh negeri, pemimpin Pakatan Rakyat Perak di semua peringkat telah bekerja keras untuk memastikan maklumat tentang kerja jahat Umno BN sampai ke pengetahuan rakyat.

"Kita juga menyampaikan maklumat mengenai prestasi baik yang dicapai oleh negeri di bawah Pakatan Rakyat yang telah dinafikan pemberitaannya oleh media massa yang dikawal ketat oleh BN," katanya.

Tambahan pula, katanya dengan ledakan maklumat melalui internet, blog, facebook, twitter dan sebagainya akan memudahkan maklumat diterima rakyat dan cetusan gelombang maklumat ini akan mempercepatkan kejatuhan BN di Perak.

"Rakyat semua bangsa dan agama perlu berganding tenaga bagi menjatuhkan BN pada PRU 13 nanti, jangan biarkan BN terus menipu dan perompak hak rakyat negeri Perak," katanya.

Pas CawanganSurada

Posted: 20 May 2011 11:03 AM PDT

Pas CawanganSurada


Panduan pimpinan menghadapi cabaran perjuangan Islam

Posted: 19 May 2011 07:17 PM PDT

Coretan Isu-Isu Semasa

Posted: 19 May 2011 07:13 PM PDT

Pemuda Guchil

Posted: 20 May 2011 09:48 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 20 May 2011 09:35 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Wanita engkau tiada ternilai harganya....jangan menjadi mangsa makhluk perosak

Posted: 20 May 2011 05:07 AM PDT

Hargailah dirimua wahai wanita!
Engkau dianugerah Allah dengan segala kebaikan dan keistimewaan.
Kajilah.........

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 20 May 2011 09:33 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Peningkatan kes demam denggi di Taman Tasik Jaya, Seremban

Posted: 19 May 2011 07:20 PM PDT

Aduan Rakyat Online
May 17th, 2011

Kejadian demam denggi di Taman Tasik Jaya, SEREMBAN sejak kebelakangan ini meningkat secara mendadak beberapa minggu ini, terdapat laporan yang menyatakan hampir 5 kes minggu lepas sahaja.

Pihak bertanggungjawab telah mengambil tindakan membuat semburan dan melihat keadaan sekeliling. Namun bilangan nyamuk di kawasan ini masih tinggi, secara rambangnya kami merasakan punca perdana masalah ini, adalah pembanggunan projek perumahan di kawasan sekeliling.

Isu denggi ini mula mendadak sejak penebangan hutan dikawasan sejeliling taman, dan apabila tapak projek di kawasan ini dimulakan dalam jangka masa 2 tahun.

Laporan saya ini bukan berniat untuk meminta projek ini diberhentikan, namun pihak pemaju harus menjaga kawasan sekeliling untuk mengelak daripada berlakunya pembiakan nyamuk dan menjaga kebersihan tapak projek.

Saya berharap pihak tuan/puan mengambil tindakan untuk membantu mengurangkan kes demam denggi di kawasan ini

By: Sanathanan Kandayah

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/peningkatan-kes-demam-denggi-di-taman-tasik-jaya-seremban

Pekerja Indonesia tanpa permit berleluasa di Rantau, Negeri Sembilan

Posted: 19 May 2011 07:10 PM PDT

Aduan Rakyat Online
May 19th, 2011

Pendatang warga Indonesia yang masuk sebagai pelancong dan bekerja tanpa permit sah mula berleluasa di pekan kelahiran Menteri Besar N.Sembilan – pekan RANTAU.

Kebanyakan bekerja di restoren/gerai makan yang dimiliki warga tempatan terutama yang di buka pada waktu malam. Tiada yang berani bertindak kerana pengusaha perniagaan di percayai mempunyai pengaruh politik dan pihak polis tempatan.

Pembantu rumah yang keluarga kami ambil secara sah turut melarikan diri untuk bersama2 suami/ saudara mara mereka bekerja secara haram di sana.


Harap pihak imigresen ambil tindakan segera.

By: norlia

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/pekerja-indonesia-tanpa-permit-berleluasa-di-rantau-negeri-sembilan

i n t a n h i j a u

Posted: 20 May 2011 07:27 AM PDT

i n t a n h i j a u


USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN NAQIB DI LIQA FIKRI PAS TELUK INTAN

Posted: 20 May 2011 04:46 AM PDT


TELUK INTAN, 19 Mei - Program bulanan PAS Kawasan Teluk Intan anjuran Lujnah Tarbiyyah, Liqa Fikri bagi bulan Mei telah diadakan pada 19 Mei lalu. Naqib jemputan kali ini ialah Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat. Ia telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.


Program bermula dengan solat fardhu Maghrib berjemaah. Ustaz Abdul Ghani telah mengimami solat Maghrib dan seterusnya memimpin bacaan al ma'thurat.

Seterusnya,, liqa fikri bermula dengan pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Abdul Ghani. Beliau telah membentangkan tajuk 'Maqasid Syari'ah' iaitu kertas kerja yang telah dibentangkan oleh Presiden PAS di dalam Seminar Maqasid Syari'ah dua minggu lalu di Shah Alam.

Dengan persembahan powerpoint melalui projektor LCD Ustaz Abdul Ghani telah berjaya memperjelaskan tajuk berkenaan. Kehadiran pada malam tersebut amat menggalakkan sehingga ruang dewan markaz telah penuh yang menyebabkan ada hadirin yang terpaksa duduk di luar dewan.

Menurut Ketua Lujnah Tarbiyyah kawasan, Ustaz Sabri, naqib jemputan liqa fikri pada bulan Jun akan datang ialah Ustaz Ridhuan Mohd. Noor. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PAS yang hadir ke majlis tersebut dan berharap kehadiran akan lebih menggalakkan pada liqa yang akan datang.

intanhijau.blogspot.com

mtdchenderoh

Posted: 20 May 2011 07:18 AM PDT

mtdchenderoh


KARNIVAL PAS GANTI UMNO: 21.5.2011 (2.30 ptg- 7.00 ptg)

Posted: 19 May 2011 10:28 AM PDT


Pesuruhjaya Pas Perak, menyampaikan ucapan perasmian pembukaan Karnival


Antara kepimpinan Pas Kawasan- Kawasan dan Negeri yang hadir dalam majlis pembukaan karnival
Sesi lawatan ke gerai-gerai
Sesi lawatan ke gerai- gerai
Ustaz Abu Bakar dihadiahkan dengan cermin mata hitam
Ustaz Abu Bakar mencuba alat urut tapak kaki
YB Hj Zainuddin tertarik dengan produk- produk di gerai Muslimat Kawasan padang Rengas
Ha... Ikan Pekasam pun ada
Acara Muslimat: Pertandingan antara Kawasan- Kawasan
Memasak menggunakan bahan bakar berasaskan kelapa
Masak kerisik
Meraut lidi
Surirumah zaman melenium
Semangat yang patut dicontohi oleh generasi muda

Hasil Hiasan
Hasil Hiasan
Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Padang Rengas
Pertandingan Melukis dan Mewarna secara berjamaah
Acara "Musang Berjanggut"
Naib Johan Tarik Tali: Kawasan Kuala Kangsar
Kawasan Padang Rengas muncul sebagai johan






















KARNIVAL PAS GANTI UMNO: (Sebelum Program)

Posted: 19 May 2011 08:43 AM PDT


Kampung Chuar Hilir, Kati menjadi lokasi Kawasan Padang Rengas sebagai tuan Rumah
  Markaz Pas Chuar dalam proses pembinaan untuk karnival kali ini, berjaya disiapkan dalam tempoh 4 minggu secara bergotong- royong.
Petugas- petugas bertungkus- lumus bagi memastikan segala persiapan berjalan mengikut perancangan















DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 20 May 2011 03:32 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


KEPUTUSAN MAHKAMAH TERHADAP PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN (JUDICIAL REVIEW) NO. 25-62-2011

Posted: 19 May 2011 09:41 PM PDT



19 Mei 2011

KENYATAAN AKHBAR

KEPUTUSAN MAHKAMAH TERHADAP PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN (JUDICIAL REVIEW) NO. 25-62-2011

Pada 13.05.2011, Mahkamah Tinggi Shah Alam di hadapan Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Dato' Ahmad Zaki bin Husin, telah mendengar permohonan untuk Semakan Kehakiman yang difailkan oleh Tutuan KL Larut Sdn Bhd berkaitan dengan penolakan pembaharuan pajakan lombong 3/2000 dan 4/2000 di Mukim Berjuntai, Daerah Kuala Selangor. Mahkamah memutuskan untuk MENOLAK permohonan semakan penghakiman untuk relif-relif berikut iaitu perenggan (b) dan (d) seperti yang dipetik di bawah.

(b) Bahawa Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam mengusul suatu Perintah Certiorari untuk          membatal dan mengenepikan keputusan "Stanco Tanah" bertarikh 24/9/2010 yang memberi kebenaran kepada Responden ke-3 untuk mengeluarkan timbunan pasir (stockpile) dari sebahagian daripada tanah yang dipegang di bawah "Pajakan Melombong tersebut";

(d) suatu Perintah menahan Responden ke-3 secara sendiri ataupun melalui agen atau pekerja-    pekerjanya dari masuk, mengeluar pasir dan/atau apa juga mineral daripada tanah yang              dipegang di bawah pajakan melombong tersebut sehingga perintah selanjutnya oleh Perintah Mahkamah ini.  
Responden ke-3  dalam permohonan ini ialah Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Maka dengan keputusan ini, adalah jelas bahawa kebenaran mengeluarkan timbunan pasir di tanah tersebut yang dibuat oleh Stanco Tanah bertarikh 24/9/2010 terhadap Kumpulan Semesta Sdn Bhd adalah sah. Oleh yang demikian, segala percubaan untuk menghalang Kumpulan Semesta Sdn Bhd atau agennya atau pekerjanya di dalam menjalankan kerja yang termaktub di dalam kebenaran tersebut adalah salah di sisi undang-undang.


Dikeluarkan oleh:
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
KUMPULAN SEMESTA SDN BHD

PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 20 May 2011 01:38 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar


Ziarah pelajar terlantar di Kampung Darat

Posted: 19 May 2011 07:41 AM PDT



BESERI - Melihat keadaannya sudah pasti memilukan siapa sahaja yang menziarahi Mohd Basri Basharuddin, 17, yang terlantar di rumahnya sejak empat bulan lalu.

Pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Tengku Sulaiman ini hidup tanpa sebahagian tempurung kepalanya yang terpaksa dibuang akibat kemalangan jalanraya yang dialami pada 31 Januari lalu.

Beliau bagaimanapun akan menjalani pembedahan tidak lama lagi untuk memasukkan kembali sebahagian tempurung kepalanya yang dibuang itu. Namun menurut bapanya, Basharuddin Bakar, proses untuk memulihkan kembali Mohd Basri akan mengambil masa yang lama.

Penderitaan Mohd Basri ini turut dikongsi oleh pimpinan PAS Padang Besar yang menziarahi beliau di rumahnya di Kampung Darat dekat sini 19 Mei lalu.

Antara pimpinan yang hadir ialah Naib Yang Dipertua, Ustaz Yahaya Ahmad; Ketua Urusan Ulama, Ustaz Azamhari Mahamood serta Ketua Pemuda, Shuhairi Samsuddin bersama Exconya.

Selain menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga ini, Ustaz Yahaya berkata pimpinan dan ahli PAS akan sentiasa memberikan sokongan dan berdoa agar Mohd Basri akan pulih seperti sediakala.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 20 May 2011 01:36 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


35 Pekerja Binaan Di Afghanistan Maut

Posted: 20 May 2011 01:30 AM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KHOST: Sekurang-kurangnya 35 pekerja pembinaan terbunuh dan 24 lagi cedera dalam satu serangan yang dilancarkan oleh pemberontak Taliban di selatan Afghanistan.

Pegawai kerajaan, Abdullah Durani berkata, 10 anggota militan turut terbunuh dan 13 lagi pekerja binaan masih hilang selepas berlaku serangan di daerah Zadran, wilayah Paktia itu kelmarin.

Taliban mengesahkan membunuh ramai pekerja pembinaan itu, tetapi menafikan mengambil mereka sebagai tebusan, menurut jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahidin. – REUTERS

Empat Disyaki Militan Terbunuh Di Yala

Posted: 20 May 2011 01:25 AM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

BANGKOK: Empat orang disyaki militan terbunuh dalam pertempuran 10 minit dengan tentera dan polis di Yala pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Yala Kol Peera Boonliang berkata insiden berbalas tembakan itu berlaku setelah militan terbabit enggan menyerah diri selepas rumah mereka di daerah Tharn To, Yala, dikepung oleh tentera dan polis pada 6.30 pagi.

"Mereka yang mula melepaskan tembakan dan menghalakan peluru ke arah pasukan keselamatan. Kami kemudian membalasnya," katanya.

Mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai Arsae Hulu, 30, Masawbee Arsue, 28, dan Muhammad Orlee, 28. Identiti mangsa keempat masih belum diketahui.

Beliau berkata pasukan keselamatan turut menemui dua laras raifal AK47, dua pucuk pistol .38 dan peluru di rumah itu.

Lebih 4,000 orang terbunuh sejak puak disyaki pemisah meneruskan kempen bersenjata mereka untuk menuntut kemerdekaan bagi tiga wilayah di selatan -- Narathiwat, Pattani dan Yala -- tujuh tahun lepas. - BERNAMA

Peranan RoS Bimbing, Bukan Haramkan Pertubuhan

Posted: 20 May 2011 01:00 AM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 20 MEI : Pendaftar Pertubuhan (RoS) digesa memainkan peranan untuk membantu menyelesaikan masalah sesuatu pertubuhan bukannya bingkas mengugut untuk mengharamkan mana- mana pertubuhan yang berdaftar dibawahnya.

RoS juga didesak melatih semula pegawai mereka supaya meneliti terlebih dahulu sebarang aduan yang diterima sebelum mengambil tindakan seraya menggambarkan ia tidak ubah seperti alat kepada kerajaan pemerintah, mahu menguburkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

ADUN Sungai Pinang, Teng Chang Kim berkata demikian mengulas tindakan gelojoh RoS menghantar notis mahu membatalkan pendaftaran parti itu, kononnya melanggar peruntukan 32.2.1 perlembagaan PKR kerana memecat seorang ahli tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti.

"Mereka tidak professional, tidak membuat semakan yang teliti dan seharusnya mereka perlu menghalusi peruntukkan parti berkenaan, sekiranya ada kes ambil penjelasan dulu daripada kedua-dua pihak selepas itu baru cari jalan pendamaian, sekalipun telah melanggari peraturan kita ada banyak jalan penyelesaian," katanya.

Menurut Teng, tindakan disiplin dalam parti adalah perkara biasa dan bukan PKR sahaja yang mempunyai masalah dalaman tetapi semua parti termasuk UMNO BN.

"Kalau ada aduan itu biasa, tapi kalau jabatan pendaftaran mahu ambil tindakan drastik untuk membatalkan pendaftaran sesebuah parti politik kerana ada aduan, saya rasa mereka akan sibuklah sebab semua parti ada masalah, UMNO pun ada masalah parti dalaman," katanya.

Sebagai reaksi kepada tindakan RoS yang mensabitkan dakwaan rapuh terhadap PKR, parti itu bertindak membuat sidang media di ibupejabat PKR di Tropicana menjelaskan kekeliruan yang timbul.

Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution menjelaskan peruntukan yang dirujuk itu tidak ada dalam pelembagaan parti.

Yang ada cuma fasal 32 "yang tidak langsung berkaitan dengan isu displin dan Lembaga Displin".

Fasal 32 memerincikan bahawa Majlis Pimpinan Pusat mempunyai kuasa muktamad menyelesaikan sebarang pertikaian mengenai tafsiran perlembagaan atau peraturan tetap mengenai kongres parti.

Malah Ahli yang dinamakan sebagai Rajagopal dalam notis ROS itu juga tidak wujud.

Ahli yang dipecat oleh PKR adalah Jayagopal dan bukan Rajagopal a/l Andaikkalam seperti yang didakwa RoS.

Mengulas lanjut isu ini, Teng tidak menolak bahawa tindakan drastik RoS disulami unsur sabotaj berikutan tuduhan seperti ini tidak pernah dilakukan terhadap parti-parti lain.

Tambahnya lagi, DAP dan PAS tidak ada masalah untuk meminjamkan logo parti mereka kepada PKR jika RoS tetap mahu membatalkan pendaftaran parti itu, namun beliau percaya PKR akan buat pendaftaran parti yang baru kerana PKR mempunyai falsafah dan identiti tersendiri.

"Saya kira rakan parti dalam Pakatan (PAS&DAP) sudah pasti sudi untuk meminjam lambang kita untuk rakan kita dari PKR untuk bertanding," ujar Teng.

Tv Selangor/-

Wanita Warga Emas Ke Tali Gantung Edar Ketamin

Posted: 20 May 2011 12:40 AM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 20 MEI : Seorang wanita warganegara India berumur 64 tahun dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah mengedar ketamin seberat 2,925 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di Sepang dua tahun lepas.

Hukuman itu diputuskan setelah Hakim Noor Azian Shaari berpuas hati bahawa tertuduh, Fazila Bee Abdul Kareem gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Fazila dikesan membawa ketamin di Balai Ketibaan Antarabangsa, KLIA, kira-kira jam 2.30 petang pada 13 Februari 2009.

Wanita beranak tiga itu didakwa mengikut Seksyen 39 B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Noor Azian berkata tertuduh dalam pembelaannya mendakwa dia datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan kerana berasal daripada keluarga susah.

"Keterangan tertuduh penuh dengan percanggahan, tidak konsisten, lebih kepada rekaan dan difikirkan semula. Saya dapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan tertuduh didapati bersalah.

"Kalau nak kerja mesti dah tahu tempat mana nak kerja, nama majikan dan ada permit kerja. Tertuduh juga dikatakan berumur 64 tahun tetapi berdasarkan penampilannya, umur tertuduh dilihat lebih daripada 64 tahun, jadi tidak mungkin ada orang yang nak ambil dia bekerja sebagai pembantu rumah.

"Hanya ada satu hukuman sahaja iaitu tertuduh digantung sampai mati," katanya.

Sejurus Noor Azian membacakan keputusannya, Fazila Bee yang memakai t-shirt putih, berseluar sukan dan bertudung hitam tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Bagaimanapun, selepas dia keluar dari kandang tertuduh dan diterangkan oleh peguamnya K.A.Ramu mengenai hukuman yang dijatuhkan ke atasnya, Fazila Bee dilihat menangis sambil mengangkat tangan seperti berdoa.

Tertuduh juga dilihat berterusan menangis sambil memegang sehelai tuala kecil dan berdoa ketika diiringi anggota polis keluar dari mahkamah.

Sepanjang perbicaraan, seramai enam saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sementara pembelaan mengemukakan seorang saksi.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya daripada Kastam Diraja Malaysia Nursarah Dina Baharudin yang menyebut bagi pihak Timbalan Pendakwa Raya Naziah Mokhtar.

Tv Selangor/-

Subsidi IPP Akan Disemak Semula

Posted: 20 May 2011 12:30 AM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 20 MEI : Subsidi bahan bakar kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) akan disemak semula dan dikurangkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Perdana, Datuk Seri Idris Jala.

Malaysiakini melaporkan, buat masa ini IPP menikmati sebahagian besar subsidi bagi barangan berasaskan petroleum yang dibekalkan oleh kerajaan pusat.

Menurut Idris kontrak mereka hampir luput dan subsidi berkenaan akan disemak semula.

"Ia sedang dirunding semula. Perbincangan sedang berlangsung dan ada juga yang telah beres. Kami akan membuat pengumuman tidak lama lagi," katanya.

Pengumuman berkenaan perkara itu adalah dalam bidang kuasa Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air, Datuk Seri Peter Chin.

"Rundingan semula masih berterusan dan sesetengahnya sudah ada penyelesaian," kata Idris yang juga mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

Didesak sama ada rakyat boleh mengharapkan pemotongan subsidi kepada IPP, beliau berkata: "Sudah, tentu," tetapi tidak mahu mengulas lanjut.

Pengeluar tenaga bebas atau IPP adalah entiti swasta yang memiliki kemudahan bagi membekalkan tenaga elektrik untuk dijual.

Buat masa ini terdapat 26 IPP di seluruh negara dan semua mereka menikmati pembelian harga gas dan barangan berasakan petroleum pada harga diskaun.

Pada tahun 2008, subsidi gas kepada IPP bernilai RM8.1 bilion, manakala Tenaga Nasional Bhd pula menerima RM5.7 bilion.

Tv Selangor/-

Pulau Pinang terselamat risiko paras laut naik

Posted: 20 May 2011 12:00 AM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

MOHD Hafiq Abdullah menunjukkan pokok rhu dan kelapa yang tumbang akibat dipukul ombak di pantai Terengganu.
GEORGETOWN: Pusat Kajian Pantai, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) mendapati Pulau Pinang tidak menghadapi risiko peningkatan paras air laut kerana hanya mencatat kenaikan 2.33 milimeter (mm) setahun.

Pengarahnya, Ir Mohd Radzi Abdul Hamid, berkata pihaknya melakukan kajian di seluruh negara termasuk di Pulau Pinang melalui Stesen Tolok Pasang Surut yang ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan pemantauan satelit.
"Kita akui ada peningkatan tetapi ia tidak memberi impak yang besar atau memberi gangguan kepada kawasan penduduk, pertanian dan perumahan.
"Hanya ada kenaikan di empat lokasi iaitu Sungai Sarawak, Sarawak; Kuala Kedah, Kedah; Kuala Terengganu, Terengganu dan Sandakan, Sabah dengan catatan 0.5 meter pada 2010, tetapi masih awal (kemungkinan ditenggelami) dan tidak memberi sebarang risiko," katanya ketika dihubungi.

Sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara dikatakan meningkat purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.

Mohd Radzi berkata, pihaknya menjalankan kajian lanjut mengenai peningkatan paras laut bagi membolehkan tindakan diambil.

"Semua kajian yang dilakukan masih awal dan baru-baru ini kami membuat lawatan ke kawasan yang sudah dikenal pasti bagi melihat kesan dan risiko pada masa depan.
"Kajian terperinci dijangka dapat diketahui sebelum akhir tahun ini dan kenaikan bukan saja dialami di Malaysia tetapi membabitkan seluruh dunia," katanya.

Remaja cipta motosikal Transformers

Posted: 19 May 2011 11:00 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


MOTOSIKAL Uno III Streetbike yang belum berubah bentuk.

BENTUK motosikal Uno III Streetbike selepas berubah bentuk.

MASSACHUSETTS, Amerika Syarikat - Seorang pencipta muda Amerika Syarikat (AS) berusia 17 tahun, Benjamin Gulak melakar sejarah tersendiri apabila mencipta motosikal berkuasa elektrik ala robot dalam filem Transformers bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Motosikal luar biasa itu dihasilkan oleh syarikatnya, BPG Motors dan diberi nama Uno III Streetbike atau U3.

Menurut Gulak, 20, cetusan idea untuk mencipta jentera itu berlaku semasa dia mengikuti bapanya ke Asia atas urusan perniagaan dan mendapati bandar raya Shanghai, Beijing dan Hong Kong mengalami kesesakan jalan raya yang teruk.

Justeru, dia mencipta motosikal yang boleh berubah bentuk dengan bergerak tanpa roda depan yang disimpan di celah dua roda belakang dengan hanya menekan butang.

Motosikal itu sesuai disimpan di dalam bilik dan dibawa masuk ke dalam lif. 

Agensi

Wajah kekasih Terminator disiar

Posted: 19 May 2011 10:00 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



LOS ANGELES - Wajah amah Mildred Baena yang melahirkan anak luar nikah pelakon terkenal yang pernah menjadi gabenor California, Arnold Schwarzenegger disiarkan media kelmarin.

Anak luar nikah itu dilahirkan lima hari selepas anak keempat Schwarzenegger dilahirkan oleh isterinya ketika itu Maria Shriver.

Shriver kini sudah berpisah pada Januari lalu ekoran pengakuan Schwarzenegger mengenai skandal tersebut.

Anak luar nikah itu dilahirkan pada 2 Oktober 1997 seperti yang tercatat dalam dokumen sijil kelahiran.

Shriver, 55, pula melahirkan anak Schwarzenegger, Christopher pada 27 September tahun sama.

Laman web TMZ yang menunjukkan bukti sijil kelahiran anak luar nikah Schwarzenegger dan Baena kelmarin tercatat nama Rogelio Baena sebagai bapa kepada anak tersebut.

Dokumen penceraian yang difailkan oleh Baena dan Rogelio pada Februari 2008 bagaimanapun menyatakan pasangan itu tidak mempunyai cahaya mata.

Identiti anak luar nikah berusia 13 tahun itu kini dilindungi, namun dia dilihat memiliki persamaan dengan Schwarzenegger terutama bahagian mulut dan giginya.

Jiran-jiran menerangkan personaliti remaja tersebut sebagai comel, kelakar dan berwajah tampan, gemar bersukan dan melibatkan diri dalam majlis amal di kawasan rumahnya.

Baena yang bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman Schwarzenegger dan Shriver sejak lebih 20 tahun lalu menerima bayaran sebanyak AS$1,200 (RM3,636) setiap minggu.

Dia yang mula menjalin hubungan sulit dengan Schwarzenegger sekitar hujung tahun 1990-an melakukan pelbagai tugas termasuk membersihkan rumah, dobi, memasak dan lain-lain sebelum berhenti kerja pada Januari lalu.

Baena kini tinggal di rumahnya yang dipercayai dihadiahkan oleh Schwarzenegger berharga AS$243,015 (RM736,456) di Bakersfield di utara Los Angeles.

Schwarzenegger mengumumkan perpisahan dengan Shriver minggu lalu selepas mereka mendirikan rumah tangga selama 25 tahun.

Pasangan itu yang berkahwin pada 26 April 1986 di Hyannis, Massachusetts serta mempunyai empat cahaya mata iaitu Katherine, 21, Christina, 19, and Patrick, 17, dan Christopher, 13.

Baena yang berasal dari Guatamala kini menjadi buruan media ekoran skandal sulit Schwarzenegger yang menggegarkan dunia hiburan dan politik Amerika Syarikat. 

Agensi

CAT bantu penganggur diberhenti kerja

Posted: 19 May 2011 09:25 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN, 20 Mei: Pusat Kerjaya dan Latihan (CAT) yang berfungsi sebagai membantu para penganggur yang diberhentikan kerja oleh majikan akan digubal semula peranannya sesuai dengan moto barunya 'My Penang, My Workplace', kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Baginya, penggubalan itu sekaligus membantu mereka yang diberhentikan kerja dapat menjalankan aktiviti seperti biasa di samping meningkatkan taraf hidup, mencari peluang baru serta menjana ekonomi agar lebih berjaya pada masa depan.

Justeru itu, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga mahir dengan melatih bakat-bakat baru dalam beberapa segi seperti pembangunan sains dan teknologi.

Bercakap pada sidang media di Invest Penang, katanya bagi menyasarkan RM6.1 bilion pelaburan tahun 2011 semua pelaksanaan mesti terurus dan inovatif untuk memperolehi tambah nilai yang tinggi terhadap pendapatan berasaskan teknologi masa kini.

Tahun 2010 Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya menjadi negeri pertama di Malaysia duduki tangga pertama apabila memperolehi pelaburan yang tinggi iaitu RM12.2 bilion.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Gartner pada Septerber 2010 menunjukan bahawa pertumbuhan pendapatan semi konduktor dunia dijangka akan menurut daripada 31.5 peratus tahun 2010 ke 4.6 peratus tahun 2011.

"Maka penggabungan dan penyatuan merupakan langkah terbaik untuk menjamin rekod pertambahan tahun lalu supaya pengurangan tenaga kerja dan pekerja mahir tidak akan melimpah ruah yang boleh merosakan industri.

"RM12.2 bilion pelaburan di Pulau Pinang membolehkan penjanaan 21,000 peluang pekerjaan baru di negeri ini walaupun terpaksa berhadapan dengan situasi yang mencabar," tambahnya.

Oleh itu, katanya kerajaan negeri melalui Invest Penang telah merancang beberapa program seperti penubuhan Penasihat Pemasaran (SME), Pusat Sumber dan Latihan (SMART) dan Pusat Kerjaya dan Latihan (CAT) untuk mengatasi semua halangan yang mendatang.

Dari situ sambung Lim lagi, SMART yang ditubuhkan secara khusus untuk memudahkan semua SME di negeri ini untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui penyediaan kepelbagaian aktiviti yang dilakukan oleh pusat tersebut.

"Kerajaan Negeri melalui Invest Penang sedang merancang program seperti menubuhkan SME, SMART dan CAT supaya perjalanan semua pusat itu membantu pengembangan perniagaan yang sedia ada bagi menghindarkan terjadinya kejatuhan ekonomi, " tegas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih, Balik Pulau.

Harakahdaily/-
Oleh : Mohd Sabri Said

Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud landa Jepun

Posted: 19 May 2011 09:20 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO: Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud menggegarkan Tokyo dan beberapa wilayah di timur Jepun, awal pagi ini, kata agensi meteorologi.

Gempa itu berlaku pada kira-kira jam 9.46 pagi waktu tempatan dan mengakibatkan beberapa bangunan di Tokyo bergegar.

Tumpuan kejadian itu ialah di wilayah Ibaraki, kira-kira 130 kilometer dari ibu negara negara berkenaan, lapor agensi berita Jepun. - AFP

Tengkorak Mona Lisa ditemui di biara

Posted: 19 May 2011 09:00 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


FLORENCE, Itali - Para arkeologi menemui satu tengkorak wanita yang dipercayai menjadi model untuk pelukis terkenal, Leonardo da Vinci melukis potret Mona Lisa, lapor sebuah akhbar semalam.

Tengkorak dan tulang wanita itu ditemui semasa mereka menggali kubur bawah tanah di biara St. Ursula, Florence yang dipercayai milik seorang wanita yang menjadi model pelukis tersebut melukis potret Mona Lisa.

TENGKORAK wanita yang dipercayai Mona Lisa ditemui di kubur bawah tanah di biara St. Ursula, Florence

Pasukan penggalian mendedahkan pada minggu lalu bahawa mereka menemui bilik kawasan rahsia selepas dua minggu melakukan kerja-kerja mencari di biara St. Ursula yang telah tidak digunakan lagi.

Kubur itu dipercayai milik Lisa Gherardini Del Giocondo.

Wanita itu yang merupakan isteri seorang saudagar sutera yang kaya mati pada 1542.

Di Itali, Mona Lisa dikenali sebagai La Gioconda.

Beberapa pegawai berkata, tengkorak itu ditemui 1.52 meter di bawah lantai sebuah biara bersama tulang rusuk dan tulang belakang selepas kerja-kerja menggali dilakukan.

KUMPULAN wartawan dibawa melawat ke kawasan penggalian kubur seorang wanita 
dipercayai Mona Lisa di biara St. Ursula, Florence.

Kini para saintis akan menguji asid deosirikbonukleik (DNA) tulang itu dengan tulang dua kanak-kanak yang ditanam dekat kubur tersebut.

Jika saintis dapat mengesahkan tengkorak itu milik model tersebut, artis forensik akan cuba membina semula muka wanita berkenaan untuk dibandingkan dengan lukisan berusia 500 tahun yang dilukis oleh da Vinci.

Penemuan itu diharap dapat menyelesaikan misteri identiti wanita yang menjadi model untuk da Vinci melukis potret Mona Lisa. 

Agensi

Pakatan yakin tawan semula Perak

Posted: 19 May 2011 08:53 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

PARIT BUNTAR, 20 Mei: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) berkata, Perak bakal diterajui PR semula pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 kerana sokongan rakyat semakin meningkat dan akan menafikan BN yang merampas kuasa sebelum ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas peluang Pakatan Rakyat untuk kembali berkuasa di negeri ini.

Katanya, Umno BN Perak seharusnya cermin diri dahulu sebelum berkata PR wujud masalah dalaman.

Hakikatnya, kata beliau kemelut dalaman BN telah menjadikan parti itu lesu dan gagal mengurus tadbir negeri dengan baik dan mereka bercakaran sesama sendiri menyebabkan rakyat semakin terabai.

Tambahnya, pendedahan Ketua Pembangkang Dun Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin bahawa terdapat Adun BN yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri yang disoal siasat SPRM selama lima jam baru-baru ini berikutan kes rasuah, sehingga kini gagal dijawab oleh Menteri Besar, Datuk Dr Zambry termasuk ketika ditanya dalam sidang Dun lepas.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS negeri berkata, PR Perak amat komited dengan misi kebajikan kepada rakyat, walaupun cuma sempat memerintah selama 11 bulan, banyak isu dan perkara berjaya diselesaikan dengan baik.

Beliau juga mendedahkan kerajaan BN Perak telah menciplak dasar-dasar kebajikan Pakatan Rakyat dalam pentadbiran kerajaan negeri sekarang.

"Antaranya dasar pemberian tanah kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah SUWA, pemberian sagu hati kepada anak-anak Perak yang berjaya ke IPTA, dasar tanah, meneruskan penubuhan jawatan kuasa hal ehwal bukan Islam dan banyak lagi," ujarnya.

Khalil yang juga Adun Titi Serong mendakwa kekayaan negeri diagihkan kepada kaum keluarga terdekat dengan sewenang-wenangnya.

"Oleh kerana terlalu sibuk mengagihkan kekayaan negeri kepada keluarga sehingga telah menyebabkan nasib rakyat terabai, kini janji membela rakyat cuma tinggal janji sahaja," katanya lagi.

Menurutnya, legasi Pakatan Rakyat telah menghasilkan kesan positif di hati rakyat dan yang pastinya rakyat negeri Perak merindukan perkara tersebut dan akan meneruskan sokongan seperti mana pada Mac 2008 lalu.

Tambahnya, BN tetap akan ditolak walaupun mereka menaburkan janji politik yang merupakan pemanis mulut untuk kekal berkuasa sedangkan merekalah pengkhianat sebenar kepada rakyat Perak dan Malaysia selepas lebih 50 tahun memerintah.

"PR Perak komited menjalankan sesi penerangan ke seluruh negeri, pemimpin Pakatan Rakyat Perak di semua peringkat telah bekerja keras untuk memastikan maklumat tentang kerja jahat Umno BN sampai ke pengetahuan rakyat.

"Kita juga menyampaikan maklumat mengenai prestasi baik yang dicapai oleh negeri di bawah Pakatan Rakyat yang telah dinafikan pemberitaannya oleh media massa yang dikawal ketat oleh BN," katanya.

Tambahan pula, katanya dengan ledakan maklumat melalui internet, blog, facebook, twitter dan sebagainya akan memudahkan maklumat diterima rakyat dan cetusan gelombang maklumat ini akan mempercepatkan kejatuhan BN di Perak.

"Rakyat semua bangsa dan agama perlu berganding tenaga bagi menjatuhkan BN pada PRU 13 nanti, jangan biarkan BN terus menipu dan perompak hak rakyat negeri Perak," katanya.

Harakahdaily

PAS setuju tetapi bukan kesatuan Melayu saja

Posted: 19 May 2011 08:45 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Mei: PAS bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Umno bila-bila masa tetapi bukan atas dasar ketuanan Melayu semata-mata tetapi mengajak parti itu melaksanakan keadilan Islam.

AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, beliau yakin PAS sejak dari awal bersedia berbincang dan berdiskusi dalam semangat dan tuntutan 'agama itu nasihat', semangat 'at-Tawaasi- ingat mengingait' dan 'at-Tadaafu'-semak dan imbang' seperti yang tuntut al-Quran.

"Ajaran agama inilah yang menjadi dasar dan asas kami bertindak sekaligus merupakan tuntutan Allah SWT dalam Al-Quran," kata beliau.

Bagaimanapun, kata Dr Dzulkefly yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor, tentunya pertemuan ini perlu melepasi hanya isu dan topik kesatuan Melayu "kerana ada yang lebih penting, lebih besar dan lebih dhoruri dan menekan hari ini untuk dibincangkan."

Dr Dzulkefly menjawab pelawaan Umno melalui ketua penerangannya, Datuk Ahmad Maslan yang sekali lagi mengundang PAS untuk berbincang atas nama kesatuan Melayu.

Bagi beliau, Umno telah menggunakan kaedah dan pelawaan ini beberapa kali dalam waktu yang lalu, bagi membuktikan bahawa mereka serius tentang isu ini dan PASlah yang enggan dan dipaparkan oleh media Umno-BN sebagai sombong dan angkuh.

"Ini adalah taktik Umno memenangi hati-budi orang Melayu terutama golongan yang tidak mendapat maklumat selain dari sumber media kawalan Umno-BN seperti Utusan Malaysia, RTM cetak dan elektronik," katanya kepada Harakadaily.

Sehubungan itu, beliau memberikan beberapa asas penting yang perlu menjadi topik perbincangan yang antaranya:-

(i) Bagaimana Islam hari ini telah tercemar dan kesucian Islam sebagai agama dan satu cara hidup yang menatijahkan kehidupan bernegara yang berkat dan sejahtera, kerana amalan dan urus-tadbir sebuah kerajaan yang hanya mengaku Islam tetapi membawa tata-kelola dan pengurusan kerajaan atau 'governance' yang sarat dengan rasuah, salah guna kuasa dan amalan kronisme yang kesemua merosakkan imej dan kesucian Islam dan tanggapan buruk kaum dan agama lain terhadap orang Melayu-Islam. PAS merasakan topik ini paling penting untuk Islam dan survival dan daya saing orang Melayu.

(ii) Bagaimana Islam sebagai agama dan Rasul sebagai 'Rahmatan lilL 'Aalamin' rosak dengan doktrin yang diperjuangkan oleh Umno dengan mengangkat ketuanan Melayu sempit mereka. Islam tercemar dengan gagasan ketuanan Melayu ini, dan orang Melayu-Islam sangat mahu Islam dan kedudukan orang Melayu sebagai etnik terbesar di negara ini tidak perlu dilihat sebagai melakukan 'dominasi' dan 'menindas' kaum dan agama lain.

Islam akan menyelamatkan orang Melayu-Islam khususnya dan agama serta kaum-budaya lain di negara ini dengan sifat Islam yang Rahmah dan Ihsan-Belas kepada semua. Umno memburukkan imej dan citra Islam – ini perlu dibincangkan segera terutama mutahir ini.

(iii) Bagaimana Umno sebagai paksi pemerintahan BN hari ini terus-menerus gagal menggunakan media perdana cetak-elektronik bagi mewujudkan iklim dan suasana yang sihat untuk kebangunan akhlak dan minda serta sikap yang positip di kalangan muda-mudi dan orang dewasa tetapi sebalik secara jelek dan keji, menggunakan media perdana menonjolkan dan mencorakkan serta menaja 'politik jelek, keji dan jijik' dalam media perdana yang merosakkan akhlaq serta imej baik Islam di Negara ini.

Media sepatutnya memurnikan akhlak dan iklim politik bukan sebaliknya merosakkan termasuk juga segala program buruk yang mencetuskan pelbagai gejala kebejatan dan keruntuhan akhlak muda-mudi dan juga tabiat serta gelagat buruk golongan dewasa.

(iv) Bagaimana sebuah negara yang kaya dengan hasil sumber per kapita yang tertinggi di dunia seperti yang diakui oleh Bank Dunia, hari ini mengalami dan berdepan dengan kedudukan ekonomi yang hilang daya-saing sekaligus gagal mengamit pelaburan asing.

Negara juga terperangkap dalam jajaran ekonomi 'berpendapatan sederhana', jurang antara kaum dan dalam kaum yang terus melebar, hutang awam semakin meningkat, jurang pembangunan wilayah semakin ketara anatara negeri miskin dan kaya, ketirisan dalam system 'delivery' kerana rasuah dan salah guna kuasa.

Semua ini bertentangan dengan tuntutan Islam yang mahukan pertumbuhan mapan dan agihan adil serta pengurusan yang bebas rasuah dan pembaziran. Ini yang wajar dan wajib diperbincangkan atas tuntutan 'At-Ta'awun – tolong menolong dalam kebajikan dan ketaqwaan.

(v) Orang Melayu sudah bersatu kerana pegangan akidah – ini tuntututan Allah SWT – Wa'tasimu bi HabliLah – bersatu berpegang tali Allah yakni Islam! Kita sudah Islam – PAS dan Umno sudah Islam. Tetapi mengapa Umno tidak komited untuk memperjuangkan tuntutan Islam seperti yang ditegaskan secara ringkas di atas tadi? Kesatuan memperjuangkan Islam itu yang penting dengan apa jua cara dan organisasi itu yang dituntut Alah SWT.

"Ini yang perlu kita bincangkan dan diskusikan! Bukan kesatuan Melayu!" tegas Dr Dzulkefly lagi.

Katanya, buat apa Melayu bersatu kalau membelakangi dan tidak komited mendokongi Islam.

"Ahli akar umbi Umno mesti menyeru pimpinan tertinggi mereka untuk melaksanakan tuntutan Islam sepenuhnya – bukan bila ianya sesuai dengan kepentingan politik mereka – melaungkan slogan jihad pada tempat yang salah dan memperjungakan Islam secara sempit yang akhirnya menakutkan orang bukan-Islam dan mencemarkan kemurnian dan kesejagatan Islam.

"Islam bukan untuk orang Islam sahaja dan Islam tentunya bukan untuk orang Melayu sahaja. Islam ialah "Rahmatan lIlL'," kata beliau lagi.

Sehubungan itu, katanya, PAS mengundang Umno, demi kepentingan Islam dan orang Melayu khasnya, kesejahteraan negara amnya berdiskusi dan mencari penyelesaian tuntas atas semua isu-isu ini.

"Melayu akan selamat dan kaum serta agama lain juga akan selamat dengan cara ini," kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily.

Harakahdaily

Jepun dilanda kemelesetan ekonomi

Posted: 19 May 2011 08:30 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO - Jepun mengalami kemelesetan ekonomi yang jauh lebih teruk daripada jangkaan awal dalam suku pertama tahun ini selepas negara itu dilanda bencana gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu.

Kabinet negara itu melaporkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menyusut kepada 0.9 peratus dengan jangkaan kadar kuncupan tahunan setinggi 3.7 peratus akibat kejatuhan dalam perbelanjaan domestik.

Menteri Ekonomi, Kaoru Yosano berkata, ekonomi negara itu dijangka terus merosot pada masa ini tetapi diyakini meningkat kembali jika ada permintaan berterusan terhadap projek pembinaan semula struktur binaan yang telah musnah di negara tersebut.

Bank pusat Jepun turut menjangka pertumbuhan ekonomi negara tersebut akan meningkat sedikit secara perlahan pada suku tahun kedua walaupun dilanda pelbagai halangan seperti krisis di loji nuklear dan kekurangan bekalan tenaga.

Sinar Harian/-

Nasruddin dijangka menang tanpa bertanding

Posted: 19 May 2011 08:20 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Mei: Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan (gambar) dijangka mengekalkan jawatannya selepas tiga lagi calon lain membayangkan tidak akan bertanding jawatan tersebut.

Terbaru, calon terakhir yang ditunggu membuat keputusan, iaitu ketua penerangan dewan itu, Suhaizan Kaiat, juga mengumumkan tidak akan bertanding jawatan tersebut.

"Setelah mempertimbang pelbagai jawatan yang ditawarkan oleh ahli-ahli PAS seluruh negara maka saya membuat keputusan untuk menawarkan diri bertanding secara harmoni dan penuh ukhuwah jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat dan AJK PAS Pusat," katanya yang membuat pengumuman melalui blognya awal pagi ini.

Semalam, dua lagi calon iaitu timbalan ketua pemuda PAS sekarang ini, Azman Shapawi Abd Rani dan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar, telah menyatakan hasrat tidak akan bertanding jawatan tersebut.

Azman seperti laporan Harakahdaily semalam berkata, beliau tidak akan bertanding jawatan ketua pemuda sekiranya Nasruddin berhasrat mempertahankan jawatan yang disandangnya kini itu.

Firdaus pula semalam memaklumkan hanya akan bertanding merebut kerusi nombor dua dewan itu sekaligus menolak untuk bertanding ketua pemuda.

Dengan pengumuman Suhaizan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor itu, bermakna sah Nasruddin mempunyai laluan selesa untuk mengekalkan jawatan yang sedang disandangnya.

Bagaimanapun keputusan rasmi calon yang akan bertanding hanya akan diketahui selepas 26 Mei ini.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Pusat mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu berkaitan pemilihan yang akan diadakan awal bulan depan.

Mengulas pertemuan malam tadi itu, Nasruddin ketika dihubungi berkata, pertemuan itu tidak menjurus kepada perbincangan untuk berkompromi terhadap mana-mana jawatan yang dipertandingkan.

"Malam tadi kita membuat keputusan terbuka.

"Kita serah kepada semua perwakilan untuk menentukan siapa yang mereka mahu pilih.

"Dalam masa yang sama, semua calon juga bebas sama ada mahu bertanding atau menarik diri,"katanya.

Keputusan itu ujarnya lebih baik sebagai menghormati kepercayaan ahli akar umbi yang telah membuat pencalonan.

Dalam pada itu, mesyuarat khas malam tadi turut memaklumkan bahawa perasmian muktamar dewan itu akan diadakan pada 1 Jun di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Manakala muktamar penuh akan diadakan pada keesokannya.

Berikut ialah senarai penuh calon layak bertanding jawatan tertinggi Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013:

Ketua

1. Azman Shapawi Abd Rani, ustaz
2. Mohd Firdaus Jaafar, ustaz YB
3. Nasruddin Hassan, usaz
4. Suhaizan Kaiat

Timbalan Ketua

1. Ahmad Sabki
2. Azman Shafawi
3. Firdaus Jaafar, YB
4. Mohd Nor Hamzah, YB
5. Nasaruddin Hassan
6. Nik Abduh Nik Aziz
7. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob
8. Riduan Mohd Nor
9. Suhaizan Kaiat

Naib Ketua

1. Azman Shafawi, Ustaz
2. Firdaus Jaafar, YB
3. Kamaruzaman Mohamad
4. Khairi Faizi Kamil
5. Mohd Nor Hamzah
6. Mohd Sany Hamzan
7. Nasir Zakaria, YB
8. Nik Abduh Nik Aziz
9. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob
10. Riduan Mohd Nor
11. Sabki Yusof
12. Suhaizan Kaiat

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah

Ferguson cari tiga bintang baru

Posted: 19 May 2011 08:00 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson kini sedang mencari tiga bintang baru untuk dibawa masuk ke Old Trafford bagi menghadapi saingan musim depan.

Langkah yang diambil oleh Ferguson itu adalah untuk mengukuhkan skuad kendaliannya yang bakal kehilangan khidmat beberapa tonggak utama.

Penjaga gol skuad The Red Devils, Edwin van der Sar bakal mengakhiri kariernya hujung musim ini, manakala tonggak pertahanan, Gary Neville telah mengumumkan persaraannya.

Seorang lagi pemain vateran United, Paul Scholes pula kini sudah mula berbicara untuk mena- matkan kariernya.

"Kami sudah ada beberapa calon pemain yang difikirkan layak untuk beraksi bersama kami mu- sim depan. Kami berharap dapat membawa masuk mereka ke sini (Old Trafford).

"Ketika ini Ryan Giggs dan Scholes sudah se- makin hampir untuk menamatkan karier mereka, manakala Neville pula sudah bersara. Sama seperti van der Sar yang akan bersara pada penghujung musim ini.

"Jadi... kami perlu mencari beberapa pemain baru bagi menggantikan mereka sebagai perse- diaan untuk masa akan datang.

"Saya sedang mencari tiga pemain yang mampu memenuhi kriteria-kriteria yang kami perlukan," jelas Ferguson. 

Agensi

Dimaki, diugut akibat tegur jiran

Posted: 19 May 2011 07:45 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

AMPANGAN – Hanya kerana menegur jiran sebelah yang dilihat kurang prihatin meletakkan bahan binaan untuk mengubahsuai rumahnya sesuka hati, seorang ibu tunggal dimaki hamun selain turut diugut akan dipukul.

Tidak tahan dengan karenah jiran yang suka membuat kacau, ibu tunggal terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Zahara akhirnya membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatan diri dan anaknya.

Malah, kerja pengubahsuaian yang dilakukan jirannya itu menyebabkan bumbung dan syiling rumahnya mula mengalami kerosakan.

"Saya dan anak sampai di rumah kira-kira jam 5 petang dan secara tiba-tiba ditegur dengan kasar oleh jiran terbabit. Saya memberitahunya air telah masuk ke garaj rumah saya akibat kerja pengubahsuaian yang sedang dilakukan.

"Jiran saya itu mengatakan kontraktor masih belum menyiapkan kerja tersebut dan saya turut dituduh menggunakan bomoh Siam disebabkan semua orang sudah tahu. Saya juga mempunyai perasaan dan melawan cakap jiran itu," katanya.

Disebabkan tidak mahu perkara itu berlarutan, anak Zahara menghubungi pihak polis dan dia diminta untuk membuat laporan di balai polis sebelum beberapa pegawainya datang membuat tinjauan.

Malah katanya, sebelum ini juga, beberapa laporan polis dan aduan kepada pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) telah dibuat, namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan diambil.

"Anak saya turut menghubungi MPS bagi menyatakan rasa tidak puas hati disebabkan jiran telah membina dinding di sempadan rumah tanpa kebenaran bertulis.

"Selepas itu, MPS menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) memaklumkan tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan oleh Jabatan Bangunan dan notis meroboh serta kompaun telah dikeluarkan.

"Namun, kerja pengubahsuaian terus dilakukan dan saya harap MPS dapat mengambil tindakan seperti apa yang dimaklumkan," katanya.

Zahara berkata, sekiranya perkara ini berlarutan, dia dan anaknya berkemungkinan akan membawanya ke mahkamah berikutan keselesaannya untuk terus tinggal di situ terjejas.

Selain itu katanya, dia percaya nilai rumahnya juga turut jatuh jika jirannya tidak mahu bertanggungjawab terhadap kerosakan yang terpaksa ditanggungnya itu.

"Saya mahu jiran saya bertanggungjawab dan membaik pulih rumah saya secepat mungkin sebelum keadaan menjadi lebih teruk," katanya.

Sinar Harian/-

Calon Ketua Muslimat tiada

Posted: 19 May 2011 07:30 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM – Jawatan Ketua Muslimat Pas masih menjadi teka-teki kerana mereka yang dicalonkan untuk jawatan tersebut belum buat keputusan rasmi.

Mereka yang dicalonkan ialah ketuanya, Nuridah Salleh, timbalan ketua, Siti Zailah Mohd Yusof, pengarah pilihan raya (Muslimat), Mariah Mahmud dan ahli jawatankuasa kerja (Muslimat), Dr Asiah Ali.

Keempat-empat mereka turut dicalonkan bagi jawatan timbalan ketua, naib ketua dan ahli jawatankuasa kerja sayap muslimat parti itu.

Siti Zailah, yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, beliau belum membuat keputusan kerana masih menunggu surat tawaran pencalonan pemilihan parti.

Katanya, pimpinan muslimat memerlukan gandingan generasi baru dan lama bagi memantapkan sayap parti itu.

Mariah, yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata akan mengadakan perbincangan pada hujung minggu ini sama ada untuk bertanding atau sebaliknya.

"Kebiasaannya, keputusan untuk menerima atau sebaliknya pencalonan itu bergantung kepada keperluan parti," katanya.

Sinar Harian/-

Krisis di Libya makin kritikal

Posted: 19 May 2011 07:20 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Krisis yang berlarutan di Libya kini menjadi amat kritikal, apabila pemerintah diktator Libya, Muammar Ghadafi terus melakukan serangan dan kekejaman terhadap rakyatnya, walaupun berhadapan dengan serangan tentera NATO yang diketuai Amerika Syarikat dan Britain.

Sehubungan itu, ratusan orang awam terbunuh dan cedera setiap hari akibat serangan yang dilalukkan oleh tentera yang setia kepada rejim diktator itu.

Ketua Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, kota Benghazi yang merupakan kota kedua terbesar di Libya kini menjadi 'markas tentera revolusi rakyat' bagi menentang Ghadafi.

Menurut beliau, terlalu banyak kesan kemusnahan yang berlaku di sekitar kota tersebut akibat pertempuran yang berlaku antara tentera rejim Ghadafi dengan 'tentera rakyat' yang bangkit menentang rejim kejam itu.

Katanya, ribuan anak-anak muda bangkit di kota Benghazi dengan keluar beramai-ramai secara aman ke jalan-jalanraya untuk menumbangkan pemerintahan rejim Ghadafi, dengan berbekalkan semangat kebangkitan yang berlaku di Tunisia dan Mesir.

"Mereka hanya bersenjatakan slogan 'keluar kamu dari Libya' dan 'kuasa rakyat' serta mengadakan demonstrasi membantah kekejaman rejim diktator itu," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau yang turut berkunjung ke Cairo hari ini untuk menghadiri mesyuarat gerakan Islam sempena pelancaran parti baru Ikhwan Muslimin Mesir berkata, pemuda-pemuda itu akhirnya telah berjaya menumbangkan pentadbiran tentera yang setia kepada Ghadafi.

Katanya, yang penting, 'rasa takut' mereka telah hilang demi mengembalikan maruah dan mendapatkan kembali hak serta kebebasan mereka.

"Semasa kunjungan singkat saya ke sana, saya dapat melihat ratusan anak-anak muda yang sedang berbaris di kem tentera untuk mendaftar diri menjadi sukarelawan bagi menentang tentera Ghadafi.

"Mereka berbaris berjam-jam hanya untuk mendapatkan giliran bagi dilatih menggunakan senjata-senjata ringan seperti pistol dan senapang yang ditinggalkan oleh tentera Ghadafi yang belot dan kini berjuang bersama rakyat," katanya.

Walaupun serba kekurangan semasa menghadapi ancaman serangan dari tentera Ghadafi, menurut beliau, semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak muda itu adalah amat tinggi.

Matlamat utama mereka adalah membebaskan Libya dan rakyatnya dari kekejaman rejim kuku besi Ghadafi yang telah berkuasa lebih 40 tahun.

'Tentera rakyat' yang diwujudkan itu terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, dari petani, buruh dan penganggur membawa kepada pensyarah universiti, doktor dan ahli korporat yang kesemuanya bersatu dengan satu tekad untuk membebaskan bumi Libya dari kekejaman Ghadafi.

Menurutnya, dari sudut kemanusiaan pula, menurut pegawai perubatan dan kumpulan hak asasi manusia yang sempat ditemuinya, sejak kebangkitan rakyat berlaku di seluruh Libya, dianggarkan lebih 2000 penduduk awam telah terbunuh dan lebih 5000 orang awam kini menjadi tahanan di bawah tentera Ghadafi.

Di dua hospital terbesar di kota Benghazi, doktor-doktor kini berhadapan dengan kekurangan ubat dan kelengkapan perubatan bagi menampung mangsa yang tercedera dalam pertempuran yang berterusan di bandar-bandar yang berdekatan dengan Benghazi.

Kota Misarata yang terletak di barat Benghazi kini masih terus menjadi medan pertempuran yang sengit antara tentera rakyat dan tentera rejim Ghadafi.

"Ramai rakyat awam yang cedera dan terpaksa dipindahkan dan kini ditempatkan di Hospital Benghazi. Doktor-doktor dan pegawai perubatan terpaksa berkerja siang dan malam bagi menyelamatkan nyawa ratusan rakyat awam yang tercedera akibat serangan berterusan tentera Ghadafi.

"Sebahagian dari mangsa yang tercedera juga sempat dipindahkan ke hospitak di Turki melalui kapal-kapal bantuan kemanusiaan yang disediakan oleh kerajaan Turki," jelasnya.

Kini, katanya, Benghazi ditadbir di bawah kerajaan sementara yang menubuhkan 'majlis syura kepimpinan negara' yang diwakili oleh pimpinan masyarakat serta wakil-wakil kabilah yang berpengaruh.

Segala urusan harian kerajaan di Benghazi ditadbir di bawah majlis itu dengan bantuan serta sokongan majoriti rakyat di seluruh Benghazi.

"Seluruh lapisan masyarakat di Benghazi telah memberikan kerjasama yang baik, walaupun mereka menghadapi pelbagai ancaman serta serba kekurangan akibat konflik yang berlaku," jelasnya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Manakala di peringkat antarabangsa, negara-negara Barat pula telah mengambil ketetapan terhadap keputusan yang dibuat pada sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 17 Mac 2011, dengan Amerika Syarikat berserta Britain dan Perancis telah mendapatkan kebenaran untuk menyerang dan mengebom Libya melalui 'Operasi Odyssey Dawn'.

Mandat yang diluluskan oleh PBB itu, katanya, adalah untuk memaksa Ghadafi menghentikan serangan ke atas rakyatnya sendiri dan berundur dari jawatan beliau.

Ia bertujuan untuk menyelamatkan rakyat Libya dari pembunuhan beramai-ramai tentera rejim Ghadafi serta mengenakan tekanan ketenteraan bagi memastikan Ghadafi meletakkan jawatan.

"Namun banyak persoalan yang timbul selepas penglibatan Amerika Syarikat dan sekutunya ini. Apakah corak pemerintahan Libya selepas Ghadafi?

"Apakah sistem demokrasi akan dilaksanakan di Libya ataupun akan menjadi seperti Afghanistan atau Iraq dengan campurtangan dan penjajahan tentera asing yang berpanjangan di sana?

"Bagaimana pula dengan penguasaan hasil minyak dan gas di Libya? Apakah Amerika Syarikat dan Perancis akan turut juga menguasai hasil bumi Libya itu? katanya.

Realitinya, jelas beliau, campurtangan kuasa asing itu pada hakikatnya bukan secara mutlak mahu membantu serta menyelamatkan rakyat awam Libya, tetapi ia tidak lebih daripada penguasaan strategik kuasa-kuasa besar ke atas Libya serta mahu menguasai hasil minyak dan gas yang amat penting bagi ekonomi dunia.

"Bagi Barat, tidak wujud istilah hak asasi dan kebebasan apabila mereka mempunyai kepentingan strategik serta kekayaan hasil bumi yang Libya miliki," katanya.

Namun, rakyat Libya hanya mahukan hak serta maruah mereka dikembalikan. Mereka mahukan kebebasan dan keadilan sepertimana yang dikecapi oleh rakyat di negara-negara Barat.

Mereka mahukan hasil kekayaan negara diagihkan secara adil dan telus kepada seluruh rakyat Libya. Mereka juga mahukan suara mereka didengar secara adil.

"Bagi saya, 'Kuasa Rakyat' akan menjadi penentu kepada masa depan Libya yang baru," tegas beliau.

Harakahdaily/-
Oleh : Aziz Muda

Bentuk tapak kaki gergasi di sawah padi

Posted: 19 May 2011 07:20 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


SLEMAN, Indonesia - Satu bentuk tapak kaki manusia gergasi ditemui di satu kawasan sawah padi di sini dengan ukuran seluas 3,000 meter persegi, lapor akhbar Tribunnews.com semalam.

Ia ditemui oleh pemilik sawah itu, Rebo Suwardi pada Ahad lalu pada pukul dua petang.

Menurutnya, bentuk itu disebabkan oleh angin dan sebahagian pokok padinya telah tumbang akibat ditiup angin kuat.

Dia berkata, selepas hujan turun dengan lebat, dia kembali melihat sawah tersebut dan mendapati terdapat bentuk seperti kaki manusia gergasi.

PENDUDUK di Sleman digemparkan dengan kemunculan satu bentuk kaki manusia gergasi di Minomartani, Ngaglik, Sleman 

Bagaimanapun, polis di Sleman, Yogyakarta akan melakukan siasatan sama ada bentuk itu dibuat oleh manusia.

Seorang pegawai polis, Irwan Ramaini menyatakan pihaknya masih belum mengetahui siapa yang membuat bentuk tapak kaki manusia itu.

Sebelum ini, beberapa lingkaran misteri yang dikaitkan dengan objek terbang tidak dikenali (UFO) ditemui di kawasan sawah padi Pulau Jawa.

Bentuk lingkaran misteri yang dalam pelbagai bentuk itu pada kebiasaannya ditemui di kawasan tanaman gandum di negara-negara Barat. 

Agensi

Van Persie bakal dapat gaji setanding Fabregas

Posted: 19 May 2011 07:00 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



LONDON - Arsenal kini dilapor bersedia untuk menjadikan penyerang Belanda, Robin van Persie sebagai salah seorang pemain yang menerima gaji tertinggi kelab tersebut selepas kapten, Cecs Fabregas.

Ketika ini van Persie yang telah merekodkan 21 gol dalam saingan musim ini menerima gaji sebanyak £70,000 (kira-kira RM342,000) seminggu dengan kontraknya bersama skuad The Gunners masih berbaki selama dua tahun setengah lagi.

Seandainya ia menjadi kenyataan, van Persie dijangka bakal menerima gaji yang sama seperti Fabregas iaitu £90,000 (RM440,000) seminggu.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada perbincangan pihak pengurusan Arsenal dengan van Persie yang dijangka bakal dilakukan sebaik saingan Liga Perdana England musim ini tamat. 

Agensi

Penduduk Setinggan Bawa Ular Sawa Jumpa MB Perak

Posted: 19 May 2011 06:55 PM PDT



17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

IPOH 19 MEI : Dukacita dengan kerajaan negeri Perak yang meremehkan masalah mereka, wakil penduduk Kampung DBI membawa seekor ular sawa ke pejabat Menteri Besar Zambry Kadir.

Tindakan itu untuk menyerlahkan masalah ular yang berkeliaran di perkampongan setinggan itu.

Seorang penduduk dilaporkan mati akibat dipatuk ular.

Mereka juga membantah kegagalan kerajaan Umno-BN gagal menunaikan janji untuk menawarkan lot perumahan baru yang dijanjikan 14 tahun lalu.

Penduduk terbabit merangkumi golongan berpendapatan rendah dan ramai antara mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berkeluarga besar.

Dihimpit dengan sara hidup tinggi, mereka juga berdepan dengan soal keselamatan kerana masalah ular yang berkeliaran bebas sekian lama.

Buntu dengan nasib diri, penduduk terbabit mengambil keputusan menangkap seekor ular sawa untuk diserahkan bersama surat aduan kepada pejabat Zambry pagi tadi.

Bagaimanapun mereka hanya berjaya menyerahkan surat aduan itu kepada Pegawai Khas Zambry, Zulkefli Abdullah manakala ular itu di ambil oleh sepasukan anggota bomba.

Penduduk mendakwa ular sering memasuki kawasan rumah mereka dan ramai daripada mereka menjadi mangsa patukan ular.
Penduduk kampung harap kerajaan negeri mengambil tindakan segera sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku.

"Kita bawa ular sawa supaya Menteri Besar sendiri boleh tengkok masalah macam mana yang kita hadapi," kata wakil penduduk S. Subramaniam. -tvsnews

Panduan pimpinan menghadapi cabaran perjuangan Islam

Posted: 19 May 2011 06:48 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
"Sempena Muktamar ke-57"

Firman Allah yang bermaksud: "Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa (8); Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (10)." (Surah Asy-Syams 91:8-10)

Sesuatu yang penting dihayati dan diambil iktibar ialah mengenai pengiktirafan masyarakat Mekah kepada Nabi Muhammad SAW sebelum baginda dilantik oleh sebagai Rasul. Syakhsiyah baginda sudah masyhur sebagai seorang 'al-amiin' sudah diterima baik oleh semua lapisan masyarakat.

Ini bererti sifat al-amiin itu sudah menghiasi syakhsiyah Nabi Muhammad SAW sehingga terserlah kepercayaan dan keyakinan masyarakat, betapa baginda seorang yang benar-benar 'boleh diharap' sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

Justeru semua individu yang bergelar pimpinan perlulah utamakan muhasabah diri supaya boleh diterima sebagai al-amiin. Ia sesuai dengan maksud firman Allah di atas (seperti maksud ayat di atas) yang meletakkan sifat membersih diri sebagai tangga kejayaan.

Maknanya, seseorang itu perlu bersih diri dan cara membersih diri ialah dengan mengawal nafsu. Percayalah, sifat peribadi (syakhsiyah) seseorang itu tidak boleh baik dan sempurna kalau nafsu tidak boleh dikawal.

Selain itu, cara bersih diri dari pengaruh nafsu buruk ialah menggunakan 'taqwa.' Melalui taqwa kepada Allah sahaja yang boleh menyebabkan masyarakat percaya dan yakin kepada seseorang pemimpin. Atas sifat taqwa jugalah apa sahaja yang kita buat––sembahyang, puasa, jaga keluarga hatta mengurus kemasyarakatan––masyarakat akan rasa yakin dan boleh percaya.

Begitu juga, bila seseorang itu bertaraf pemimpin, syakhsiyahnya akan dilihat baik atau sempurna bila ia tidak merokok, lekat sembahyang berjemaah, berterusan dengan amalan sunat, tidak kedekut bersedekah, ringan kaki tulang kerana kerja kebajikan rakyat atau seumpamanya. Ia sebagaimana sifat dan amalan Nabi Muhammad SAW. Apa yang utama, sifat Nabi itu hendaklah dijadikan asas melakukan muhasabah diri.

Ambillah pengajaran daripada kisah tatkala Nabi Muhammad balik dari Gua Hira' selepas bertemu Malaikat Jibrail. Ketika itu, isteri baginda Siti Khadijah menjadi pendorong dan penguat semangat untuk Nabi berhadapan dengan tugas dan tanggungjawab setelah menerima wahyu. Kata-kata mulia Siti Khadijah berbunyi: "Sekali- kali tidak! Demi Allah, sekali- kali Allah tidak akan menghinakan kamu selamanya. Sesungguhnya kamu benar-benar orang yang suka menyambung tali persaudaraan, menghormati tetamu, membantu orang yang sengsara, memenuhi keperluan orang yang memerlukan, dan membantu orang-orang yang ditimpa musibah."

Dalam konteks masyarakat Malaysia yang diselubungi fahaman sekular dibawa oleh Umno, ia telah menjauhkan kehidupan rakyat dari agama. Oleh itu terlalu penting bagi setiap rakyat (kalangan Melayu, Cina dan India dan semuanya) menjaga diri masing-masing supaya tubuh badan kita boleh menjadi bahan dakwah, contoh kepada semua orang.

Demikian pengalaman PAS di Kelantan yang sudah masuk 20 tahun memimpin rakyat ke jalan kehidupan beragama. Justeru di Kelantan kini wujud senario atau suasana ke'Islam'an, sekaligus mendidik rakyat menghayati amalan mengikut syariat Islam. Wujud suasana di masjid-masjid sekitar bandar yang dimakmurkan dengan sembahyang berjemaah pada setiap waktu puncak.

Begitu pula, cukup terasa ketenangan dan keselamatan ketika berada di pusat bandar. Terasa perubahan suasana, apabila hotel-hotel yang dulunya sinonim dengan aktiviti tidak sihat, sehingga ada tok-tok lebai terasa goyah bila ke hotel. Namun kini, berkat peraturan Islam, hotel sudah jadi tempat selamat didiami.

Diikuti pula, perkembangan baik berlaku dari segi sistem kewangan Negeri berikutan majoriti bank sudah bertukar kepada sistem kewangan Islam. Tidak ketinggalan, pihak bank luar negara turut membuka cawangan di Kelantan, seperti mana yang terbaru dari sebuah bank dari Kuwait. Ia disokong lagi dengan kemajuan sistem pajak gadai Ar-Rahn yang diperkenalkan oleh Kerajaan Kelantan turut diterima oleh Bank Rakyat dan Bank Islam. Malah yang terbaru, RHB Bank turut melancarkan pajak gadai Islam (ar-Rahnu).

Tidak ketinggalan, selama 20 tahun Kelantan di bawah kepimpinan Islam telah mencipta perkembangan baik di bidang pendidikan Islam. Sehingga merakam kejayaan sistem pengajian Yayasan Islam Kelantan (YIK). Malah turut berkembang sama sistem pengajian tahfiz al-Quran dan sains di bawah Kerajaan Negeri dan swasta. Kesannya telah lahir bijak pandai (intelek) Islam menguasai bidang profesional yang hafal al-Quran.

Berkat daripadanya, wujud suasana kerukunan hidup masyarakat Kelantan dan hubungan harmoni antara kaum––Melayu, Cina, India dan Siam––hidup dengan aman dan sejahtera.

Kesemuanya meletakkan asas kukuh bahawa tanggungjawab kepimpinan ke arah memerintah secara Islam adalah wajib. Lihat sahaja perjalanan Nabi Muhammad SAW sepanjang menjadi nabi dan pemimpin negara. Ketika sistem pemerintahan telah zaman-berzaman wujud di dunia, tetapi Nabi sendiri yang bawa Islam dan tatkala Islam berkuasa, maka Nabi tidak meniru sistem pemerintahan yang sedia ada. Nabi sendiri rela bergadai nyawa, demi menegakkan pemerintahan Islam. Ketika di Mekah pun, Nabi sendiri ditawar dengan serba-serbi kekuasaan dan kemewahan. Namun kesemuannya ditolak. Malah Nabi sendiri meninggalkan Mekah (berhijrah ke Madinah) demi menegakkan pemerintahan Islam.

Di Madinah pula, Nabi mengadakan tahaluf-siyasi dengan puak-puak bukan Islam (Yahudi dan Nasrani). Nabi sendiri memimpin dan mengendalikan semua urusan politik dan pentadbiran negara. Maka kepimpinan Nabi telah berlaku selama 23 tahun, bermula dari Mekah hinggalah ke Madinah.

Biarpun selama itu, apa sahaja cara dan gaya kepimpinan Nabi dilihat 'berlawan arus' atas semata-mata untuk tegakkan Islam. Natijahnya, Nabi berjaya menunjukkan contoh kepimpinan terbaik (khudwah hasanah) yang mesti ditiru oleh semua pemimpin dari dahulu sampailah sekarang.

Di sebalik kebaikan kepimpinan Nabi, baginda sering mengutamakan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab atas apa yang dipimpin. Justeru Nabi bukanlah seorang yang bermewah kerana jawatan, malah pernah berhutang dengan seorang Yahudi dan sanggup mencagarkan baju rantai untuk membayar hutang. Walau pun ada sahabat sedia menyara Nabi, tetapi baginda tidak bersedia untuk hidup atas bantuan orang lain.

Pengajaran daripada syakhsiyah dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW itu, harapnya semua pemimpin PAS hari ini perlu meletakkan 'peribadi Nabi' sebagai khudwah. Maka, seorang pemimpin itu hendaklah bergantung bulat kepada apa yang Nabi tunjuk itu. Ia sesuai dengan apa yang kita baca di dalam sembahyang. Sebab itulah, setiap kali sembahyang diwajibkan menyebut dan memuji Nabi. Dan sembahyang itu berlaku sebelum awal fajar dan ketika mata hari terbenam. Kesemuanya menuntut untuk kita sentiasa menyebut-nyebut sifat Nabi. Agar sifat itu sentiasa menjadi ikutan kita. Sesungguhnya, kebaikan kepimpinan Nabi Muhammad SAW jelas membawa rahmat dan kesejahteraan untuk sekalian alam. Justeru kenapakah kita tidak mahu menjadikan Nabi sebagai khudwah hasanah?

Semoga sekalian pemimpin PAS menjadikan syakhsiyah Nabi Muhammad SAW sebagai khudwah hasanah. Kepimpinan akan beroleh kejayaan dan jemaah akan terus utuh menuju matlamat perjuangan, yakni kemenangan Islam.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS.

Perangkap andartu Awang Hitam

Posted: 19 May 2011 06:40 PM PDT

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR - Tindakan seorang ahli perniagaan wanita yang sanggup 'terbang' sejauh kira-kira 3,237 kilometer dari Taiwan ke negara ini bagi melaporkan satu kes tipu berjumlah RM380,000 nyata berbaloi apabila dua lelaki Nigeria dan seorang wanita tempatan ditahan Isnin lalu.

Bukan itu sahaja, andartu berusia 43 tahun tersebut turut berpuas hati apabila mendapat sebahagian wang ditipu itu iaitu sebanyak RM59,700 hasil kecekapan polis yang menyerbu kediaman ketiga-tiga suspek itu di Cheras dan Serdang Raya, Seri Kembangan dekat sini.

Difahamkan, suspek wanita itu merupakan isteri salah seorang lelaki Nigeria berusia 39 tahun yang masuk ke negara ini menggunakan visa pelancong. Seorang lagi suspek berusia 26 tahun merupakan pelajar di sebuah kolej di sini.

Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof berkata, penipuan bermula sebaik mangsa mula menjalinkan hubungan cinta selepas berkenalan dengan suspek bergelar John Miller melalui laman sosial Facebook pada Februari lalu.

Katanya, selepas tiga bulan bercinta, suspek mula memperdaya mangsa mengatakan yang dia hendak menghantar bungkusan mengandungi barang berharga bernilai hampir RM4.65 juta sebagai bukti cinta.

"Suspek kemudian memberi arahan supaya mangsa memasukkan wang kononnya untuk proses penghantaran.

"Mangsa membuat sebanyak tiga transaksi ke dalam akaun milik isteri suspek berjumlah RM380,000," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Tambahnya, mangsa akhirnya sedar dia ditipu selepas barang yang dikatakan itu tidak kunjung tiba sebelum mengambil keputusan menaiki pesawat untuk membuat laporan di pejabat Kedutaan Taiwan di sini pada Februari lalu.

Menurut Mohd. Rodwan, selepas disiasat, polis telah menyerbu sebuah apartmen di Cheras dan menahan suspek berusia 26 tahun pada Isnin lalu.

"Beberapa jam kemudian, kita menyerbu sebuah rumah teres di Seri Kembangan dan menahan pasangan suami isteri tersebut," katanya.

Selain menahan suspek, polis turut merampas sejumlah barangan kemas bernilai RM100,000, peralatan komputer, dokumen, kad kredit, telefon bimbit, wang RM59,700 dan empat buah kenderaan iaitu Honda Civic, Toyota Rush, Honda CRV dan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Naza Ria," katanya yang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.

ADUN Limbongan masuk hospital.

Posted: 19 May 2011 06:18 PM PDT


17 Jamadilakhir 1432H. [MOD]

Sahabat saya Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Limbongan, YB. Drs Zainuddin Awang Hamat sedang dirawat di Hospital Pasir Puteh , namun kesihatannya sehingga gambar yang dikirim oleh sdr. Mat Ali adalah dalam keadaan stabil.

Kami seluruh warga Blog Cina Islam mendoakan kepada YB semuga terus bersabar dan cepat sembuh untuk kembali kepada rakyat di DUN Limbongan bagi meneruskan kerjanya sebagai ADUN kawasan tersebut.

BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN

Posted: 20 May 2011 01:20 AM PDT

BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN


Ustaz Shahril Ketuai Pemuda Pahang

Posted: 19 May 2011 07:20 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Pahang bertukar nakhoda hari ini apabila Ustaz Shahril Azman menang tanpa bertanding sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang yang baru menggantikan Ustaz Suhaimi Saad yang bersara wajib.

Ustaz Shahril sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang selama dua sesi bermula tahun 2007.Beliau juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Krau selama tiga sesi berturut turut.

Turut menang tanpa bertanding ialah penyandang jawatan Pengerusi Tetap,Ustaz Rosli abdul Jabar.

Manakala bagi jawatan Timbalan Ketua dan Naib Ketua masing masing menyaksikan pertandingan tiga penjuru.Seramai 22 calon bertanding untuk jawatan exco DPP negeri.

Pengiraan undi sedang berjalan dan dijangka diumumkan selewat lewatnya jam 2.00 petang.

Sumber berita : http://tukulbesi.blogspot.com/

Pengikut