Isnin, 23 Julai 2012

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


PKR Mahu MB Ambil Alih Syabas Bagi Elak Sabotaj

Posted: 23 Jul 2012 05:11 AM PDT

SHAH ALAM 23 JULAI : Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menggesa kerajaan negeri mengambil alih pengurusan dengan membeli saham-saham Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berikutan 'krisis air' yang dipercayai telah dicipta oleh pihak tertentu.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimie Shafie berkata hal itu kerana syarikat itu dilihat cuba mensabotaj kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan mewujudkan krisis air bagi menakut-nakutkan rakyat negeri ini.
"Kita minta kerajaan negeri suntik wang dan beli Syabas. Tindakan segera perlu diambil kerana Syabas cuba mensabotaj dan memburuk – burukkan kerajaan negeri," katanya selepas menyertai demostrasi Bantahan Kegagalan Syabas, di Wisma Rozali, di sini.
Lebih 100 orang penyokong Kerajaan Negeri Selangor berhimpun di hadapan pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini bagi mendesak Syabas agar membenarkan Kerajaan Negeri mengambil alih (Step In) pengurusan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Demonstrasi Bantahan Kegagalan Syabas itu dianjurkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang berlangsung di hadapan pintu masuk bahagian belakang wisma itu kira-kira 12.00 tengah hari dan kemudian berarak ke perkarangan bahagian hadapan wisma terbabit.
Satu memorandum yang mengandungi tujuh perkara juga disampaikan kepada Pengarah Eksekutif dan Pentadbiran Sumber Manusia, Ismail Hashim untuk diserahkan kepada Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail.
Kerajaan negeri sebelum ini bercadang untuk memecat Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Syabas kerana gagal memberikan penjelasan berhubung catuan air yang diumumkan syarikat itu baru-baru ini.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini mendakwa Syabas tidak menjalankan tugasnya mengikut perjanjian konsesi dan kerajaan negeri mahu mengambil alih pengurusan syarikat berkenaan dalam tempoh 14 hari.
Khalid berkata keputusan itu diambil menggunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi.
Bagaimanapun, Kerajaan Pusat hari ini menolak permohonan Kerajaan Negeri Selangor bagi mengambil alih pengurusan Syabas dan mengarahkan Peguam Negara mengkaji undang-undang agar projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dapat diteruskan.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Isu Air Negeri Selangor, di sini.

Demo Tuntut Syabas Serah Konsesi Air Kepada Kerajaan Negeri

Posted: 23 Jul 2012 05:10 AM PDT

SHAH ALAM 23 JULAI : Lebih 100 orang penyokong Kerajaan Negeri Selangor berhimpun di hadapan pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) di Wisma Rozali, di sini hari ini bagi mendesak Syabas agar membenarkan Kerajaan Negeri mengambil alih (step In) pengurusan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Desakan itu dibuat berikutan membantah cadangan Syabas untuk program catuan air dan kegagalan Syabas memenuhi tanggungjawab dalam membekalkan air terawat yang mencukupi kepada pengguna seperti yang termaktub dalam perjanjian konsesi.
Demonstrasi Bantahan Kegagalan Syabas itu dianjurkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang berlangsung di hadapan pintu masuk bahagian belakang wisma itu kira-kira 12.00 tengah hari dan kemudian berarak ke perkarangan bahagian hadapan wisma terbabit.
Kumpulan berkenaan membawa kain rentang dengan slogan "Kembalikan air kepada rakyat", "Hentikan catuan air", "Pecat Tan Sri Rozali Ismail" , "Air bukan politik jangan politikkan air", "Kerajaan Negeri segera ambil alih Syabas" dan "Syabas peras ugut rakyat Selangor".

Satu memorandum yang mengandungi tujuh perkara juga disampaikan kepada Pengarah Eksekutif dan Pentadbiran Sumber Manusia, Ismail Hashim untuk diserahkan kepada Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail.
Naib Ketua AMK Azmizam Zaman Huri berkata pihaknya melihat beberapa tindakan Syabas yang tidak profesional malah tidak mengutamakan keperluan pengguna dengan mensabotaj Kerajaan Negeri menjelang PRU13.
"Tindakan sabotaj ini sengaja ditimbulkan bagi mengundang kemarahan rakyat, antaranya cadangan catuan air dengan alasan kononnya bekalan air terawat tidak mencukupi dan menyalahkan Kerajaan Negeri atas keengganan meluluskan Projek Langat 2," katanya.
Azmizam menambah, ekoran keadaan itu, Kerajaan Negeri kehilangan 60 projek pelaburan akibat perkhidmatan Syabas yang tidak memuaskan.
"Manakala, 162 buah projek pembangunan di negeri tidak diluluskan oleh Syabas dan itu membuktikan Syabas tidak layak mengurus air di negeri ini.
"Kita tidak mahu Syabas terus menganayai rakyat dan menjadi orang suruhan Umno-BN dengan mengugut rakyat. Hentikan politik ugutan," katanya.
Memorandum yang mengandungai tujuh perkara itu antaranya ialah perkhidmatan Syabas yang tidak memuaskan, kedudukan kewangan Syabas yang membimbangkan, bantahan cadangan catuan air dan desakan menyerahkan operasi air terawat kepada Kerajaan Negeri.
Selain itu, berhenti mensabotaj Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri lebih cekap mengendalikan operasi air terawat dan menolak Projek Langat 2.
Hadir sama, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafei ; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin ; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan Kerajaan Negeri, Ronnie Liu.
Turut disertai oleh lima gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Selangor.

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 23 Jul 2012 03:43 PM PDT

Tiba-tiba sahaja Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dari UMNO/BN buat keputusan bahawa SYABAS tiada keperluan untuk mencatu bekalan air ke Selangor dan kawasan sekitar Wilayah Persekutuan buat masa ini. Baca di sini

Lawak betul! Muhyiddin nih! Mengalahkan mana-mana badut! Korang tak rasa pelikkah? Sejak bila Muhyiddin Yassin ini jadi pengerusi eksekutif Syabas? Bukankah SYABAS sebuah syarikat konsesi air?

Bukankah sebelum ini diorang kata tidak ada pilihan, selain melakukan catuan air yang kononya untuk mengatasi gangguan bekalan air di Selangor?

Diaorang desak kerajaan negeri Selangor supaya segera membina Loji Rawatan Air Langat 2 Loji yang merupakan salah satu komponen dalam Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor.yang menelan kos RM8.9 bilion.

Bukankah dengan mengada-adakan krisis air ini, SYABAS bertujuan mendera rakyat Selangor dan meletakan kesalahan tersebut kepada kerajaan negeri kerana tidak segera membina Loji Air Langat 2 itu. Supaya rakyat benci kepada PR dan Umno/BN dapat merampas semula Selangor.

Tetapi apabila kerajaan Selangor bertindak mahu memecat Rozali Ismail, tiba-tiba sahaja Muhyiddin muncul mahu menyelamatkan kroninya ini!

Beritanya sila klik di sini

Keputusan itu dibuat apabila sekumpulan penyokong kerajaan negeri Selangor berhimpun di hadapan pejabat SYABAS di Shah Alam hari ini sebagai sokongan kepada kerajaan negeri untuk mengambil alih pemegang konsesi air tersebut.

Kumpulan berkenaan membawa kain rentang dengan slogan "Kembalikan air kepada rakyat", "Hentikan catuan air", dan "Pecat Tan Sri Rozali Ismail".

Kumpulan tersebut menyerahkan memorandum yang diterima oleh pengarah eksekutifnya Ismail Hashim, menggaris tujuh perkara yang antara lainnya membantah cadangan SYABAS untuk mencatu bekalan air.

SYABAS dan Datuk Rozali perlu dihadapkan ke Mahkamah atas cubaan menipu dan menimbulkan kekacauan di negeri Selangor dengan menggunakan isu air yang kononnya perlu dicatu.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 23 Jul 2012 03:42 PM PDT


Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tiada keperluan untuk membuat catuan air di Selangor dan Kuala Lumpur buat masa sekarang jelas membuktikan isu air dijadikan gimik politik untuk menimbulkan prasangka buruk terhadap kerajaan Selangor.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) pula menjadi alat UMNO untuk mengugut Kerajaan Selangor supaya memberi kelulusan pembinaan Loji Pembersihan Air Sungai Langat atau Langat 2.

Kerajaan Pusat sebenarnya tiada pun penyelesaian kukuh dalam menambahbaik bekalan dan pengurusan air terawat. Malah, mereka cuba mensabotaj usaha Kerajaan Selangor melakukan perkara yang betul demi melindungi kepentingan rakyat.

Kerajaan Pusat tiada perancangan bagaimana Langat 2 akan menyelesaikan kekurangan air sedangkan Kerajaan Negeri telah menyediakan pelan menerusi projek mitigasi air bernilai RM225 juta. Justeru, perlu ada jawatankuasa bebas yang akan menentukan projek mana yang lebih efektif menyelesaikan kekurangan air terawat tetapi pada kos murah.

Kerajaan Pusat Barisan Nasional perlu mengakui kesilapan ketika menandatangani Perjanjian Penswastaan Air pada 2004 dan kesilapan itu tidak boleh diperbetulkan sehingga sekarang.

Kerajaan Selangor mempunyai kuasa untuk mengambil alih SYABAS mengikut Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA). Keputusan Kerajaan Pusat untuk menghalang usaha ini jelas menunjukkan Kerajaan BN lebih menyebelahi syarikat korporat yang ada kaitan langsung dengan UMNO bukannya melindungi kepentingan rakyat.

Kita menyeru rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mempertahankan hak mereka dan mengelak dimanipulasi pihak berkepentingan yang mahu mengaut keuntungan atas kos yang ditanggung rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Kabinet, Muhyiddin, sebenarnya tiada pengalaman dan tidak menyumbangkan sebarang idea bernas dalam pengurusan air. Malah, ketika beliau menjawat Menteri Besar Johor, beliau telah menjadikan tariff air di negeri itu antara tertinggi di negara ini.

Ada juga usaha untuk menswastakan air kepada syarikat korporat MMC Corp Bhd yang dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bulkhary dan ini sudah tentu akan meningkatkan beban rakyat. Rakyat Johor berdepan dengan tariff air pada kadar tidak munasabah dan tidak mungkin menerima air percuma seperti di Selangor.

Kerajaan Barisan Nasional mungkin mahu menggadaikan hak rakyat Johor, tetapi kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak akan berdiam jika ada pihak yang mengambil untung atas kesusahan rakyat.

YB ELIZABETH WONG
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1433H/2012M

Posted: 23 Jul 2012 07:12 AM PDT

Assalamu'alaikum... w.b.t,

klik untuk lebih jelas

Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang mulia dan penuh rahmat. Di kesempatan ini kami ahli jawatankuasa Pemuda PAS Kawasan Sepanggar dengan sukacitanya merakamkan ucapan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak. Sewajarnya peluang bersua dengan Ramadhan yang mulia ini bukan sahaja diangkat sebagai bulan untuk kita menunaikan ibadah puasa tetapi turut menjadi medan untuk kita melatih diri menjadi hamba yang bertaqwa kepada Allah Subhana Wa Ta'ala. Firman Allah yang bemaksud :

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa," (Surah al-Baqarah : ayat 183)

Sempena Ramadhan ini Pemuda PAS Kawasan Sepanggar telah merangka beberapa program untuk dilaksanakan di kawasan Sepanggar. Diharapkan pelbagai program yang dirancang akan dapat berlangsung dengan jayanya dan bakal memberi manfaat kepada golongan yang sasaran dan memerlukan. Semoga usaha-usaha yang dilakukan akan dinilai sebagai ibadah di sisi Allah Subhana Wa Ta'ala sekaligus menjadi saham akhirat kepada mereka yang menyokong pergerakan Pemuda PAS di kawasan Sepanggar. Sekian. Wassalam - Pemuda PAS Sepanggar

Barisan Nasional

Barisan Nasional


tunku

Posted: 23 Jul 2012 03:38 AM PDT

tunku


Najib's Contributions Until The Age Of 59

Posted: 23 Jul 2012 12:43 AM PDT

YAB Dato' Seri Najib might have just hold the Prime Minister post for three years, but his contributions to rakyat are just too many to be listed.
Beginning from the age of 22, he had became an MP before he was appointed as Deputy Minister of Energy, Telecommunication and Post and the the Deputy Minister of Education and Deputy Minister of Finance. This means, at such a young age, Dato' Seri Najib had contributed to rakyat though his various portfolios.
His determination and sincerity in his work had grabbed the attention of the Prime Minister back then, Dr. Mahathir Mohamad who then listed his name for DUN Pekan which later brought him to become Pahang's Chief Minister at the age of 29.
From there, Najib as the CM and one of the pioneer figure of Pahang Foundation in promoting education and sports among youth via scholarship and funds. He also generated the state's economy through natural resources with the cooperation with FELDA, by opening the path towards the new land scheme for the poor and for those who do not own any land.
Other than contributing through politics, Najib who was appointed as the Chairman of Lembaga Kemajuan Penternakan, Majuternak, had generated various new ideas to help farmers.
And when he became the Minister of Culture, Youth and Sport, his determination in improving the quality of sports in Malaysia was proven when Malaysia managed to show its true colors during the SEA games 1989 which was held in Kuala Lumpur.
In 1991, Najib was appointed as the Defence Minister and up until now, he is seen as the best Defence Minister Malaysia has ever had. He had modernized and increase the credibility of Malaysian Army through various trainings and new equipments.
After that, he was appointed as the Education Minister. Here, he restructured and privatized public universities and supported cooperation from foreign universities. Few of his contribution which had brought benefit in the education system, now would be the upgrade of education certificate to diploma to increase teachers' salary scale.
His service as a Defence Minister was once again needed in 1995. He then took the chance to increase the moral and motivation of the Malaysian army which is already then, respected by the world, by introducing a better housing scheme, restructure of allowance and their salary.
It is clear that Dato' Seri Najib's contributions even before he became our PM were just immense.
Najib was appointed as the PM on April 3, 2009, and since then, he did not waste any time. Within three years, his transformation idea managed to be implemented and it even came to a huge success, instead of just empty words.
He then introduced the Government Transformation Program (GTP) to increase quality, skill and transparency in public service and the government. KPI was then introduced to measure performance of officers and government agencies.
Besides that, National Key Result Areas (NKRA) was also announced as one of the measure to solve seven issues which involves rakyat and the country which include reducing crime, fighting corruption, increasing students' performance, increasing standard of living among the poor, increasing basic infrastructure in rural areas, ensuring clean and treated water for everyone, increasing public transportation in cities and to tackle issues in cost of living.
All of those are now in process and a big part of them has began to show great results. It is clear that Najib do fulfill his promises without wasting any time.
The 1Malaysia Campaign which was launched by him was also welcomed by rakyat.
Within three years, he managed to strengthen the nation's economy with the highest increase in GDP with 5.9% in September 2009 from a low low record of -7.6% in March 2009 (Before he was appointed as PM).
The country's political and economic stability is the result made by Najib's leadership, and it enables the government to announce direct help for rakyat such as BR1M, KR1M, TR1M, 1Malaysia Clinic etc.
Based on the facts above, in short, right after he reached his 20s, Najib did not stop contributing to rakyat. But, as his age reaches 59 today, Najib never really think that his post is the reward of his contributions, but he takes it as a huge help from rakyat as they had given their trust to him. Thus, he needs to remain inspired and motivated to serve and contribute without fail.
No one can deny his contributions, not even opposition supporters. No one can deny the fact that they did receive cash and help from various programs which was inspired by Najib.
We should all thank him for what he has done to us. With that, we pray that Dato' Seri Najib would remain healthy so that he could continuously contribute to the country and rakyat.

Happy birthday, Dato' Seri Najib, our respected Prime Minister!

S'gor MB: State civil servants to get same amount of bonus as Federal counterparts

Posted: 22 Jul 2012 10:15 PM PDT

SHAH ALAM: Civil servants in Selangor will get the same amount of Hari Raya bonus as their Federal counterparts.
Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said the state government would ensure that civil servants in the state enjoy equality in terms of bonus payouts, if the Federal Government declares a bonus in conjunction with Hari Raya Aidilfitri next month.
"If the Federal staff gets it, so will the civil servants working in the state. This is not about one-upmanship.
"It will be the same (amount) because it relates to pension," he told reporters at the state secretariat Monday.

tunku : why have to wait for federal government's announcement? pakatan said they are "negeri kebajikan" etc, they care for the people and whatsoever but when come time to help them they want to wait for BN's government decision first. you said your state's income has gone up tremendously under your administration, why just don't give the bonus or at least declare it right now? this clearly shows that they don't know how to manage, they just simply follow and copy others.

bumiyang

Posted: 23 Jul 2012 03:37 AM PDT

bumiyang


Kerajaan Pas kelantan - Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran???

Posted: 22 Jul 2012 10:12 PM PDT

X Payah Pinjam PTPTN!!! Cara Mudah Untuk Bergelar Graduan???

Posted: 22 Jul 2012 07:59 PM PDT

Politik Harian

Posted: 23 Jul 2012 03:31 AM PDT

Politik Harian


Jasa Najib di Usia 59 Tahun

Posted: 23 Jul 2012 01:12 AM PDT


YAB Dato' Seri Najib mungkin baru 3 tahun memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, namun jasa-jasa beliau kepada rakyat dan negara begitu banyak dan sukar untuk disenaraikan.

Bermula dari usia 22 tahun, Najib telah pun menjadi Ahli Parlimen sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dan kemudiannya Timbalan Menteri Pelajaran serta Timbalan Menteri Kewangan. Ini bermakna, di usia yang begitu muda, Dato' Seri Najib telah pun menabur jasa kepada rakyat melalui portfolio-portfolio yang dipegangnya.

Kewibawaan, kesungguhan dan keikhlasan beliau berkhidmat telah mendapat perhatian Perdana Menteri pada ketika itu, iaitu Dr. Mahathir Mohamad yang kemudiannya mencalonkan beliau ke kerusi DUN Pekan yang membawa kepada perlantikannya sebagai Menteri Besar Pahang di usia 29 tahun.

Lanjutan dari itu, Najib sebagai Menteri Besar menjadi antara tokoh perintis Yayasan Pahang bagi mempromosi pendidikan dan sukan di kalangan belia melalui biasiswa dan dana. Beliau juga berjaya menjana pendapatan negeri melalui sumber semulajadi dan kerjasama dengan FELDA, dengan membuka jalan untuk skim pendudukan tanah baru bagi memberi peluang pendapatan kepada golongan miskin dan tidak memiliki tanah.

Selain menyumbang melalui politik, Najib yang dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan, Majuternak, telah menggunakan sepenuh peluangnya di sana untuk mencari idea-idea baru bagi membantu para penternak.

Dan apabila beliau memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, kesungguhan beliau meningkatkan mutu sukan negara ternyata membawa hasil apabila Malaysia berjaya menunjukkan pencapaian terbaik di Sukan SEA 1989 yang diadakan di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1991, Najib dilantik menjadi Menteri Pertahanan dan sehingga kini beliau tetap dianggap sebagai Menteri Pertahanan terbaik bagi Malaysia. Beliau memodenkan dan meningkatkan kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia melalui berbagai latihan dan peralatan terkini.

Setelah kementerian tersebut berada di tahap yang membanggakan beliau diberi pula tanggungjawab untuk menerajui Kementerian Pelajaran. Di sini, beliau mengstruktur semula dan mengswastakan universiti awam serta menggalakkan kerjasama dengan universiti luar negara. Antara jasa beliau di kementerian ini yang dapat dinikmati secara langsung oleh para guru hari ini ialah menaiktaraf sijil pendidikan kepada diploma bagi menaikkan tanggagaji guru-guru.

Khidmat Najib sebagai Menteri Pertahanan sekali lagi diperlukan pada tahun 1995. Beliau pun mengambil peluang ini untuk meningkatkan moral Angkatan Tentera Malaysia yang telah sedia dihormati dunia, dengan memperkenalkan skim perumahan yang lebih baik, pengstukturan semula elaun dan juga pendapatan mereka.

Jelas, jasa-jasa Dato' Seri Najib sebelum menjadi Perdana Menteri juga sudah tidak terhingga banyaknya.

Najib dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009, dan sejak itu, beliau langsung tidak membuang masa untuk bekerja. Dalam masa hanya 3 tahun, idea transformasinya ternyata berjaya dilaksanakan, malah berjaya membuahkan hasil dan bukannya hanya slogan kosong.

Beliau pantas memperkenalkan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) bagi meningkatkan kualiti, kecekapan dan ketelusan dalam sektor perkhidmatan awam dan kerajaan. KPI diperkenalkan bagi mengukur tahap pencapaian pegawai dan juga agensi-agensi kerajaan.

Selain itu, National Key Result Areas (NKRA) diumumkan sebagai garis perancangan untuk menangani 7 perkara yang melibatkan rakyat dan negara, iaitu mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, meningkatkan pencapaian pelajar, menaikkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah, meningkatkan infrastruktur asas di kawasan luar bandar, memastikan bekalan air bersih dan dirawat, meningkatkan sistem pengangkutan awam di bandar dan menangani masalah kos sara hidup.

Kesemua ini telah dan sedang berjalan lancar manakala sebahagian besarnya telah pun menunjukkan hasil yang memuaskan. Ternyata, beliau adalah seorang yang mengotakan apa yang dikata dan tanpa membuang masa.

Kempen 1Malaysia yang dilancarkan beliau juga mendapat tempat di hati rakyat yang rata-ratanya menyokong perpaduan di bawah nama satu bangsa.

Dalam masa tiga tahun pemerintahan beliau juga, Najib berjaya mengekalkan kekukuhan ekonomi Malaysia bermula dengan lonjakan paling tinggi dalam GDP sehingga 5.9% pada September 2009 dari rekod yang rendah pada Mac 2009 iaitu -7.6% sebelum beliau pengambil-alihan tampuk pemerintahan

Kestabilan politik dan ekonomi dalam negara hasil dari kepimpinan Najib, telah membolehkan kerajaan mengumumkan bantuan-bantuan bersifat langsung kepada rakyat, antaranya BR1M, KR1M, TR1M, Klinik 1Malaysia dan berbagai-bagai lagi.

Berdasarkan fakta di atas, pendek kata, sejurus selepas mencapai usia dewasa, iaitu di awal 20-an, Najib telah tidak berhenti-henti menabur jasa kepada rakyat. Namun, di usia 59 tahun hari ini, Najib tidak langsung menganggap kedudukannya sebagai balasan kepada jasa-jasanya tetapi mengambil sikap seolah-olah beliau pula yang terhutang budi dengan rakyat kerana memberi keyakinan kepadanya. Justeru itu, beliau terus tegap bersemangat untuk berkhidmat dan menabur jasa tanpa merasa jemu atau letih.

Sesungguhnya tidak seorang pun dari rakyat Malaysia yang mampu menafikan segala jasa-jasa beliau walaupun mereka mungkin merupakan penyokong pembangkang. Tiada siapa boleh menafikan yang mereka menerima wang tunai serta bantuan langsung dari berbagai-bagai program yang diilhamkan Najib.

Sememangnya, sudah menjadi tuntutan agama dan moral bagi kita semua untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau atas segala jasa yang dicurahkan. Dengan itu, kita mendoakan agar Dato' Seri Najib dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik agar dapat terus berkhidmat kepada negara dan juga rakyat.

Selamat Ulang Tahun, Dato' Seri Najib, Perdana Menteri yang dikasihi lagi dihormati!

PAS Tidak Bersekongkol Tetapi Cuma Bekerjasama Dengan DAP – Nasrudin Tantawi

Posted: 22 Jul 2012 07:59 PM PDT


Akhbar Sinar Harian melaporkan kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi berkenaan hubungan PAS dengan DAP yang mana beliau menegaskan bahawa Pas tidak pernah bersekongkol dengan DAP kerana ia adalah tahaluf siasi. Tetapi, beliau mengakui bahawa PAS bekerjasama dengan DAP kerana politik.

Kita faham bahawa Nasrudin bercakap atas kapasiti beliau sebagai ahli politik dan bukannya agamawan dan kerana itu beliau merasa selesa bermain dengan kata-kata tanpa menghiraukan maknanya. Dengan menggunakan perkataan 'bekerjasama' dan bukan 'bersekongkol', maka Nasrudin menyangka yang PAS akan terlepas dari dikaitkan dengan agenda DAP.

Perkataan-perkataan seperti bersekongkol, berkomplot, berkonspirasi sebenarnya membawa kepada perlaksanaan yang serupa dengan bekerjasama.

Beza kedua-dua perkataan ini hanyalah dari segi 'niat' di mana 'sekongkol' merujuk kepada satu pakatan yang berniat jahat dan 'kerjasama' pula merujuk kepada satu-satu pakatan secara umum.

Oleh itu, kedua-dua perkataan membawa pengertian yang sama iaitu 'berpakat, berganding-bahu, bertoleransi dan saling bantu-membantu untuk mencapai matlamat masing-masing'.

Dalam konteks politik PAS dan DAP, dan seperti yang diakui oleh Nasrudin, adalah jelas bahawa matlamat masing-masing hanyalah untuk menang pilihanraya. Pastinya kerana PAS dan DAP ingin mencatur semula politik Malaysia mengikut acuan mereka.

Maka di sinilah terletaknya masalah dalam penjelasan atau 'tafsiran' Nasrudin mengenai hubungan PAS-DAP. Iaitu, walaupun matlamat kedua-dua parti adalah sama tetapi acuan mereka amat bertentangan. Malah Nasrudin sendiri enggan atau tidak sanggup mengaku yang PAS berkongsi agenda yang sama atau 'bersekongkol' dengan DAP.

Kita sedia maklum bahawa acuan DAP adalah Malaysian Malaysia di mana ia menjulang kesamarataan total (ala DAP). Ini bermakna, semua agama adalah sama dan Islam tidak harus menjadi agama rasmi sekali gus persoalan mengenai undang-undang Islam, cara hidup Islam, hudud dan sebagainya adalah tidak relevan sama sekali. Selain itu, DAP juga diketahui mengambil sikap memperlekeh dan menentang Institusi Raja-raja Melayu.

Bagaimanapun, atas dasar kerjasama seperti yang diakui Nasrudin, kedua-dua parti ini tetap saling bantu membantu untuk memenangkan masing-masing dalam pilihanraya walaupun matlamat mereka bertentangan.

Ini bermakna, PAS membantu DAP menang, DAP membantu PAS menang, kemenangan PAS adalah kemenangan DAP dan mengundi PAS adalah sama ertinya dengan mengundi DAP.

Dalam ertikata lain, PAS bertanggungjawab membantu DAP membentuk negara ini mengikut acuan DAP.

Benar, ada kemungkinan DAP tidak mampu membentuk negara ini mengikut acuannya dan sebaliknya PAS yang berjaya memaksa acuan mereka ke atas DAP.

Tetapi, ini hanyalah satu kemungkinan kecil.

Jika dilihat dari segi kebarangkalian matematik, jumlah PAS mengalah kepada DAP dalam isu-isu di mana mereka bertelagah pendapat adalah jauh lebih besar dari jumlah DAP mengalah kepada PAS.

Antaranya, hudud, Negara Islam, isu judi, arak, rumah urut dan murtad, keputusannya ialah DAP-5, PAS-0,. Di kala PAS sanggup menggadaikan Negara Islam, DAP pula sanggup 'berjihad' dan mati menentangnya. Hakikatnya, DAP tidak pernah mengalah atau berundur walau se-inci pun dalam 'semangat' kerjasamanya dengan PAS.

Justeru, adalah hampir mustahil yang DAP akan akur kepada agenda PAS andainya Pakatan Rakyat berjaya memenangi pilihanraya.

Kesimpulannya, 'kerjasama' atau 'persekongkolan' atau 'pakatan' atau apa saja perkataan yang digunakan oleh Nasrudin untuk menjelaskan hubungan PAS-DAP, hanya akan menguntungkan DAP.

Dengan itu, Nasrudin harus sedar, bahawa PAS tidak akan berjaya menghapuskan imej parti itu sebagai balaci, barua dan anjing suruhan DAP hanya dengan menggunakan perkataan berbeza tetapi mempunyai maksud perlaksanaan yang sama, dalam menerangkan hubungan mereka.

anakbukitgantang says

Posted: 23 Jul 2012 03:27 AM PDT

anakbukitgantang says


Nasehat Ustaz Kazim Elias- Demi Islam pilihlah pemerintah sekarang

Posted: 23 Jul 2012 02:28 AM PDT

Transkrip video

1-Pemerintah yang ada (UMNO)  lebih mempertahankan Islam dari PAS

2- Demi Islam, kita kena pertahankan pemerintahan yang ada (UMNO)

3-Jika PAS menang dan ke Putrajaya belum tentu syiar Islam  berdaulat  lebih baik dari sekarang kerana Pakatan Rakyat bergelumang dgn Liberalisme , Pluralisme, Syiah dan Wahhabi

4-Islam tidak dikutip dari tepi  jalan

5-Belajar ugama kena cari guru murshid .


#seratah#

Posted: 23 Jul 2012 03:21 AM PDT

#seratah#


KONFLIK PALESTIN DAN ISRAEL

Posted: 22 Jul 2012 06:25 PM PDT

sambungan. 1


Namun proses imigrasi Yahudi besar-besaran dari Eropa ke tanah Palestina dimulai pada tahun 1930-an. Impian gerakan Zionis itu baru terwujud ketika Majelis Umum (MU) PBB mengeluarkan resolusi No. 181 pada 19 November tahun 1947 yang menegaskan membagi tanah Palestina menjadi negara Yahudi dan Arab. Resolusi PBB No. 181 tersebut, mengantarkan David Ben Gourion memproklamirkan negara Yahudi pada 14 Mei tahun 1948.
Ideologi Zionisme secara singkat dapat didefinisikan sebagai kepercayaan tentang kembalinya orang-orang dan bangsa Yahudi dari diaspora mereka selama berabad-abad, sehingga dapat menyelamatkan mereka dari kekuasaan orang-orang non-Yahudi (gentiles), bahaya asimilasi dengan orang-orang gentiles, ancaman anti Semitisme (baca : Anti Yahudi) dari masyarakat lain. Karena itu Zionisme bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara bangsa yang sepenuhnya Yahudi dalam etos dan karakter setelah berada di diaspora selama lebih dari 2000 tahun dan, dengan demikian, mereka mampu bertahan di muka bumi.
Pencarian sebuah wilayah negara-bangsa Yahudi, yang biasa mereka sebut sebagai 'promised land', tanah air yang dijanjikan, karena itu, merupakan program pokok Zionisme sejak ideologi ini pertama kali dirumuskan mantan wartawan Theodore Herzl pada 1979.  Pencarian dan penetapan "tanah air yang dijanjikan" itu pun melalui proses yang rumit; mulai dari kawasan tertentu di Amerika Selatan, dan Afrika, sampai akhirnya kemudian bangsa Yahudi dan gerakan Zionis Internasional menetapkan Palestina sebagai "promised land".
Theodore Herzl (1860-1904), pendiri gerakan Zionisme mengatakan pada tahun 1895, " Kami akan berusaha sekuat tenaga mengusir orang-orang Arab ke negeri tetangga dan akan menutup pintu masuk dan pekerjaan bagi mereka di negeri kami ini." Ia lalu berseru kepada warga Yahudi, "Kamu sekalian tidak akan menemukan kebahagian bila masih ada penduduk selain Yahudi di tanah Palestina.
Aksi pengusiran massal warga Palestina terjadi lagi seusai tiga perang besar Timur tengah (1948, 1956, 1967). Pemerintah negara baru Israel, setelah perang 1948, berhasil mengusir jumlah besar penduduk Palestina ke Mesir, Suriah, Yordania, dan Lebanon.
Tahun  1967, pengusiran warga Palestina lebih bersifat individul dan ditujukan pada tokoh-tokoh berpengaruh. Hal ini berkaitan dengan berdirinya Organisasi Pembebasan 

bersambung.

RIDHUAN TEE

Posted: 23 Jul 2012 03:17 AM PDT

RIDHUAN TEE


Undang-undang lapok ada baiknya

Posted: 22 Jul 2012 03:47 PM PDT


(Sinar Harian 23 Jul 2012)

Artikel saya dalam sinar harian minggu lalu seolah-olah ada pertembungan. Peguam muda dalam kolum di bawah artikel saya mahukan undang-undang lapok tinggalan penjajah dihapuskan. Manakala, saya berpandangan, perlu ada pengganti kepada undang-undang tersebut, sebelum ianya dihapuskan, bagi mengelakkan vakum.  

Perlu ditegaskan, tidak semua undang-undang tinggalan penjajah itu lapok. Masih ada undang-undang yang masih relevan, termasuk perkara yang dibahaskan minggu lalu, mengenai ISA dan Akta Hasutan. Saya tidak nafikan bersifat agak negatif. Namun, adalah tidak wajar melihat sesuatu yang negatif dari perspektif negatif semata-mata.

Kadangkala kita perlu lihat sesuatu yang negatif dari perspektif yang positif. Begitulah sebaliknya, melihat sesuatu yang positif dari perspektif  yang negatif. Baharu kita akan lebih terbuka dan menjadi lebih berlapang dada.

Analogi saya begini. Makan babi itu adalah haram (negatif). Cuba lihat dari sudut positif kenapa pengharaman itu dibuat. Mesti ada kebaikannya, walaupun daging babi itu adalah antara daging yang paling sedap. Ingat! jangan pula ada umat Islam yang ingin merasanya. Saya hanya mencurahkan pengalaman sahaja. Begitu juga zina, seks bebas dan lain-lain itu, adalah sesuatu yang sedap dan nikmat atau boleh dikira sebagai positif. Lihat pula dari sudut implikasi negatifnya.

Analogi lain, sistem komunis yang terlalu mengongkong itu negatif. Cuba lihat dari sudut yang positif, bagaimana kerajaan China berjaya mengamalkan sistem ini. Ada teori mengatakan, untuk memerintah negara yang besar seperti ini memerlukan kepada sistem kuku besi, berbanding sistem demokrasi.   

Begitu juga dalam sistem demokrasi, kebebasan yang menjadi teras demokrasi itu adalah positif. Cuba lihat daripada sudut negative. Kehancuran sedang berlaku dalam masyarakat barat hari ini, akibat terlalu bebas, termasuk negara kita. Kita tidak boleh terima semua kebebasan atas nama demokrasi, seperti untuk menghalalkan LGBT.

Sebab itulah, Islam datang sebagai penyelamat dengan sistemnya sendiri. Sistem Islam menggabungkan kedua-dua isme-isme tersebut. Dalam Islam, ada kebebasan dan ada kongkongan atau paksaan. Begitu hebatnya agama Islam yang diturunkan oleh Allah SWT. Jika demokrasi meletakkan kebebasan itu segala-galanya, maka kebebasan dalam Islam ada batasnya. Kebebasan jangan sampai melanggar suruhan dan larangan Allah SWT.

Begitu juga dalam konteks kongkongan dan paksaan. Ia boleh dilakukan demi menyelamatkan manusia daripada azab Allah SWT. Kebebasan dan ketaatan mestilah berteraskan kepada al-Quran dan Hadis. Misalnya, sempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, bolehkah mereka yang tidak berpuasa dengan sengaja dihukum? Jawabnya, sudah tentu boleh! demi untuk menyelamatkannya. Namun, peringatan dan proses tarbiyyah berjalan terlebih dahulu.

Mungkin ada yang beranggapan berpuasa itu adalah sesuatu yang negatif kerana terpaksa meninggalkan makan dan minum. Lihatlah dari sudut yang positif. Nikmatnya mereka yang berpuasa dan ganjaran yang akan diperolehi. Sebab itu, adalah tidak wajar melihat sesuatu yang negatif dengan kaca mata negatif sahaja. Begitu juga perkara yang positif dengan kaca mata positif sahaja. 

Negara kita bernasib baik, kerana penjajah British meletakkan kedudukan Islam di tempat yang tinggi dalam perlembagaan. Bayangkan jika kedudukan dan keistimewaan Islam tidak ada langsung dalam perlembagaan, apakah akan terjadi dengan umat Islam (orang Melayu) di negara kita? Bandingkan dengan negara Indonesia, kedudukan Islam, langsung tidak terdarjat. Akhirnya, negara yang seratus peratus Islam, hari ini semakin berkurang dan berkurang. Tidak mustahil suatu hari nanti, jumlahnya akan terus menurun.

Sama juga peruntukan perlembagaan membenarkan umat Islam menggunakan dana negara bagi membina rumah ibadat, institusi Islam, menyebarkan syiar Islam dan sebagainya. Jika ditakdirkan peruntukan ini tidak ada, apakah akan jadi dengan kedudukan Islam. Berapa masjid atau surau yang boleh atau mampu kita bina dalam keadaan umat Islam tidak ada kekuatan ekonomi? Saya tidak nafikan ada juga dermawan yang membantu membina masjid dan surau, tetapi bilangannya masih sedikit.

Itupun dalam keadaan adanya peruntukan ini, rumah ibadat bukan Islam terus tumbuh seperti cendawan selepas hujan banyaknya berbanding dengan rumah ibadat umat Islam. Walaupun peruntukan itu ada, tetapi kita masih tidak menggunakan sepenuhnya atas nama toleransi dalam masyarakat berbilang kaum.

Keadaan menjadi lebih gawat, apabila hari ini orang bukan Islam turut menuntut peruntukan pembinaan rumah ibadat daripada kerajaan. Mungkin ada yang akan berhujah, mereka perlu dibantu kerana Islam membenarkannya. Benar, kita perlu bantu. Tetapi jika tidak bantu sekalipun, tidak salah, kerana ia tidak termaktub dalam perlembagaan. Namun, atas nama Islam dan toleransi, kerajaan terus membantu.

Begitu juga kedudukan hak istimewa orang Melayu. Bayangkan jika peruntukan ini tidak ada. Apakah akan terjadi kepada orang Melayu? Dalam keadaan peruntukan ini sedia adapun, kedudukan orang Melayu masih lagi tidak terdarjat.

Setelah timbang tara, ada juga baiknya penjajah ini. Sebelum meninggalkan negara ini, mereka sediakan sesuatu yang berpihak kepada Islam dan orang Islam. Kedudukan dan keistimewaan ini dilindungi melalui akta-kata yang dikatakan lapok itu.

Sebab itu janganlah dengan mudah mengatakan sesuatu itu telah lapok, kerana tidak semestinya yang lapok itu tidak berguna. Saya masih teringat kepada pepatah Melayu, tak ada rotan, akar pun jadi. Hari ini, dalam keadaan semuanya itu sudah termaktub dalam perlembagaan dan ada undang-undang untuk mengawal, kedudukan istimewa itu masih lagi dipermainkan. Bayangkan jika perkara ini tidak disebutkan langsung. Apa yang telah dan akan terjadi? Justeru, janganlah terlalu terburu-buru melihat sesuatu perkara itu lapok kerana ia mungkin berguna dalam keadaan tertentu.

Taipingmali (tm)

Posted: 23 Jul 2012 01:47 AM PDT

Taipingmali (tm)


Rehat Rawat yang menyakitkan mata

Posted: 22 Jul 2012 10:51 PM PDT

Sekiranya anda berada di lebuhraya PLUS dari arah Juru ke Bukit Merah mungkin anda jarang singgah di RR ini. Tak perlu sebut nama tempat , biar menjadi tanda tanya.

Yang buruk dan menyakitkan mata ia gerai-gerai haram yang dibina diluar pagar kawasan rehat tersebut.

Kalau semua gerai berada dalam keadaan cantik dan berfungsi tidak lah menyakitkan mata, ini terdapat gerai yang ditinggalkan kosong dan naik hutan.

Setelah lama memerhatikan siapa pemiliknya, maka terjawablah juga. Gerai haram tersebut dibuat dan diuruskan oleh pekerja RR yang menjaga tandas dan tukang sapu.

Untung mereka dapat makan gaji dan berniaga dalam masa yang sama.

Dahulu perkara ini berlaku di RR antara tol Kamunting dan Changkat Jering, tetapi setelah pihak PLUS bertindak dengan membina gerai kekal, maka dengan sendirinya gerai haram ditutup.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kabinet tolah usaha Khalid rampas air Syabas

Posted: 22 Jul 2012 10:37 PM PDT

Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Seri Muhyiddin Yassin berkata di sidang media selepas mesyuarat Jawatan Kuasa Khas Kabinet mengenai isu air, Kerajaan Pusat menolak permohonan Selangor untuk ambil alih pengurusan SYABAS.

TPM juga berkata mesyuarat itu memutuskan projek Langat 2 yang belum dapat kebenaran Selangor akan diteruskan dan mengarahkan Peguam Negara kaji undang-undang untuk itu.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Proton and Angry customer

Posted: 22 Jul 2012 09:27 AM PDT

Selepas sekor taiko cina serang SenQ di Sabah kerana pelanggannya lari ke SenQ kini sekor lagi taiko serang Proton Edar.

Semakin hari semakin biadap rakyat Malaysia apabila pembangkang menang 5 negeri. Dengar apa dia cakap, : kalau tak pandai cakap orang putih kena letak jawatan, awat dia ingat ni negeri mat saleh kah...bangang.

Police Inspector ran amok in Seremban

Posted: 22 Jul 2012 09:15 AM PDT

SEREMBAN: A 32-year-old police inspector ran amok here, injuring two hotel employees and vandalising several cars in Seremban 2.

It is learnt that the officer, who is attached to the Commercial Crime Division, had gone to a hotel on Monday night and booked a room before running amok hours later.

Sources revealed that during the incident early yesterday, the officer had attacked the hotel staff, believed to be due to an argument over the use of the weapon.

He then dashed outside and damaged several parked cars.

"Two hotel employees have been admitted to hospital with severe injuries," said the sources.

It is also learnt that authorities are checking to see how the officer had got his hands on the weapon which belonged to another policeman.

The officer, who had returned his own gun to the station early this month, was believed to be under the influence of drugs.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/7/18/nation/11682765&sec=...

Dalam tempoh seminggu rakaman ini telah ditonton hampir setengah juta orang.

Perak Akan Seimbangkan Pembangunan Hartanah Dengan Pasaran

Posted: 22 Jul 2012 08:39 AM PDT

UFB - Hadith Palsu & Batil Fadhilat Terawih

Posted: 22 Jul 2012 08:33 AM PDT

Jangan dok fitnah Rosmah Mansor lah , Rosmah lebih baik dan Wan Azizah

Posted: 22 Jul 2012 03:03 AM PDT

Datin Paduka Seri Dr. Hajah Rosmah Binti Mansor is the current wife of the 6th Prime Minister of Malaysia, Dato' Seri Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak. Rosmah married Mohd Najib in 1987, while Najib was the then UMNO Deputy Youth Chief and Minister of Culture, Youth and Sports. Rosmah is the second wife of Mohd Najib, who divorced with his first wife Yang Mulia Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar or also known as Ku Yie, a royal family member of Kelantan.

Born in Kuala Pilah, Negeri Sembilan on December 10th, 1951. Rosmah Mansor was later brought up in Seremban, Negeri Sembilan. She had secondary education in Tunku Kurshiah College (TKC), Seremban, Negeri Sembilan. 

Rosmah Mansor holds a Bachelor's degree in Sociology and Anthropology from University of Malaya where she graduated from in 1974 and a Masters Degree in Sociology and Agriculture from Louisiana State University where she graduated from in 1978. Both her parents were educators. Her mother hails from Kampung Mertang, Seri Menanti, Negeri Sembilan.

She later worked as an executive with Bank Pertanian until 1983 and subsequently as a business development manager with Island and Peninsular Bhd, a property developer company until 1987.

She married Najib Tun Abdul Razak in 1987 and the couple have two children - Nooryana Najwa and Norashman Razak. In addition to them, Rosmah also has three other children - Azrene Soraya on her first marriage with Farid Ismeth Emir, and two other children from her second marriage with Abdul Aziz Nong. 

Rosmah has been the subject of "anonymous assaults" in the Malaysian blogosphere, with critics focusing on her alleged reputation as a spendthrift and dominance over Najib's political and social agenda. She has been photographed with designer handbags including numerous Birkins and expensive jewelry, which have attracted criticism from opposition politicians.

Rosmah is said to wield huge political power during her husband's term as prime minister, including spending government money on projects and controlling media coverage of politicians. She is also has been the subject of rumors of being involved in the murder of Shaariibuugiin Altantuyaa and Anwar Ibrahim's second sodomy accusation, two highly controversial issues in Malaysia. However, Raja Petra Kamaruddin, the blogger who suggested her involvement in the Altantuyaa murder, subsequently retracted his allegation, saying he was misled by political enemies of Najib.

Rosmah had caused controversy over the title of "First Lady of Malaysia". During the premiership of her husband, Najib Tun Razak Rosmah Mansor widely used the title of "First Lady". Many quarters either argue that it is reserved for the Raja Permaisuri Agong, or that it should never be used at all due to Malaysia not being a republic. A new unit was established within the Prime Minister's Department with the acronym F.L.O.M (First Lady of Malaysia) Unit. Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod was the Special Officer for the unit. The news on FLOM was widely covered by many bloggers with their own stories and analysis. The government webpage containing the information of the contacts in FLOM department was removed a few days upon being criticized by the public.

On October 11-13, 2010, Rosmah as the wife of Malaysian Prime Minister inaugaral host the First Ladies Summit, which focuses on ways in which families, communities and governments can work together to uncover the potential in every child. Fifteen first ladies attended the summit themed, 'A Child Today, a Leader Tomorrow'. The summit sparked public outcry for its perceived poor attendance. Zuraida Kamaruddin, Member of Parliament for Ampang, criticized the perceived wastage of public funds amounting to RM24 million which she claimed could be put to better use. In addition, Datin Seri Rosmah Mansor title as First Lady of Malaysia drew ire from certain public quarters, for such a status is not official in Malaysia. Despite relatively lukewarm response, UN Secretary General Ban Ki Moon praised the inaugural First Ladies Summit for its efforts in securing the welfare of the children.

On March 13, 2011, Rosmah commented on Japan's quake-tsunami disaster is a result of negligence in conducting environmental-friendly developments on a broadcast of Astro Awani, a private news channel. A video clip of Rosmah airing her view instantly became a hit among internet users, circulating in sites such as Twitter and Facebook, and being met with sarcastic comments from viewers, stating that how climate change can cause earthquakes and tsunamis and how green technology prevent such natural disasters?

Another controversy had caused on 2011 Hari Raya Puasa, Rosmah became the first prime minister's wife in Malaysian history to have own special slot on television broadcast to deliver her Hari Raya speech. Prior to this, only the prime minister will give speech over the television broadcast. Rosmah was alleged to be more powerful than his husband, the prime minister Mohd Najib Tun Abdul Razak. This matter was questioned and criticised widely by the opposition.

On February 11, 2012, Rosmah Mansor has been conferred the honorary Doctor of Letters degree by Australia's Curtin University in recognition of her efforts in the development of education, particularly children's education through the Permata Negara programme. However, there are widespread of criticisms against the Perth-based Curtin University for conferring a honorary doctorate of letters on Rosmah Mansor, the wife of Malaysian prime minister. 

Rosmah had been accused for buying the honorary degree however it was never proven. Curtin University has faced online criticism since it gave an honorary degree to the Malaysian premier's wife, who has been ridiculed[citation needed] only deserved for honorary doctorate in shopping over reports of her excessive shopping sprees includes newspapers described with elaboration of A$100,000 spending at one Sydney fashion boutique in January 2012, the US$24 million diamond ring[citation needed]and the US$200,000 designer handbag.[citation needed]

On March 2, 2012, Rosmah Mansor despite of all the controversies however received another highest award from US varsity. She was bestowed the Distinguished Service Medal from Stevens Institute of Technology president Dr Nariman Farvardin in New Jersey, in recognition of her public service, especially in the areas of empowering women and gender equality, and the important role she plays in enforcing early education among Malaysians.

PAS SESAT: Kubur Pas berasingan dengan kubur orang Islam di Terengganu.

Posted: 22 Jul 2012 02:10 AM PDT

Pendedahan ahli Pas mengenai Hadi Awang adalah orang kecewa dalam Umno kerana beliau tidak dilantik sebagai Pengarah Yayasan Islam Terengganu lalu menyertai Pas dan bertanding dalam pilihanraya 1978, dan menang dalam PRU 1992 di Rhu Rendang.
http://buletinonlines.net/kubur-pas-berasingan-daripada-kubur-orang-islam.html

PANEH MIANG

Posted: 23 Jul 2012 01:20 AM PDT

PANEH MIANG


Pakar Pelingkup PUTRAJAYA

Posted: 22 Jul 2012 08:22 PM PDT

Yusof Hassan mantan Pengarah Bahagian Perhubungan dan Sumber Manusia JAKIM yang kini ahli Pas berpantun, "Apa guna pergi ke bendang, kalau tidak menanam padi, apa guna keris disandang kalau tidak berani mati!"

Berani mati untuk apa? Kuasa di tangan mengurus sebuah Negeri Kelantan pun tak dijalankan amanah dengan berintegriti. Kuasa menegur Kerajaan Selangor yang didalang oleh Ronnie Liew yang dicap oleh kalangan Akauntan Cina dan Juruaudit Cina Negeri Selangor sebagai "bapa parasit" Selangor, pun tak boleh. Apa lagi menegur Kerajaan Pulau Pinang dibawah telunjuk Komunisme melalui DAP pun tak bertelur?!

Kedah sebuah negeri yang terkeluar daripada senarai kerana Azizan pandai bawa diri dalam menghaluan pentadbiran kuasa eksekutif negeri, walaupun pelbagai polemik wujud dan keputusan "tidak bodoh"nya, agar PKNK menjual saham FGVHB sebanyak 500,000 saham. Akhirnya penganut dan penghimpun OREN karangan Pas juga tertipu dan ditipu mentah-mentah oleh pemimpin Pas sendiri. Tahniah?!

Kini begitu ramai artis Malaysia, bekas pegawai kanan kerajaan Persekutuan yang merajuk diri, juga bekas ahli politik yang tak dapat jadi Pengerusi MAS, Pengerusi GLC lain-lain; telah membawa diri masuk Pas dan buat pelbagai agenda "halal" yang "haram", sesuai dengan amalan Syiah, Wahabi dan Khawarij cetakan Pas. Pas yang dikhabar oleh Kadir Sheikh Mamak sebagai parti bersama-sama memerdekakan negara? Hey brader...Pas tidak wujud pada 1946. Pas hanya wujud pada 1951 dan secara rasmi pada 1955 disebabkan hasutan dan tipu daya Inggeris. Pas adalah kalam-kalam politikus PAKAR PELINGKUP PUTRAJAYA.

Begitu ramai yang merajuk tidak sedar bahawa selama ini mereka makan nasi atas ehsan Kerajaan Barisan Nasional berfahaman kuat Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Begitu ramai yang lupa diri dan sedang mengalami konflik identiti kerana apabila pencen, memilih untuk keluar Barisan dan mengambil keputusan masuk Bulatan terbitan Freemasonary.

Semua yang merajuk sebenarnya "mereka hendak lawan siapa"? Kerajaan Barisan Nasional zalim mengikut nahu mereka berasaskan apa? Buktikan siapa yang hidup merempat di kalangan mereka yang merajuk ini?

Pas dalam penulisan harakah tidak selesai dalam urusan ranting/furuq. Inilah skema latihan doktrin Pas supaya rakyat terus dibuai mimpi Syurga untuk Pas dan kononnya Neraka jika undi UMNO! Sedangkan Pas berterusan membenarkan fahaman Komunisme, Freemasonary, Syiah, Wahabi dan Khawarij bermaharajalela dan sedia maharaja dalam lantai-lantai kemerdekaan sejak 31 Ogos 1957.

Sudah terang lagi bersuluh DAP ialah pembawa ajaran Komunisme dan Sosialisme melampau dalam negara sejak diangkut daripada 20 April 1930. Mereka telah merancang program perampasan kuasa secara fizikal dan mental. Dek peristiwa Perjanjian Hadyai 1989, mereka terpaksa akur bahawa rampasan fizikal gagal. Hari ini peralihan minda bermula secara halus dan diam, terutama dikalangan anak muda urban.

Mencetak pakar-pakar pelingkup PUTRAJAYA ialah anggota pegawai kerajaan yang simpati dengan Anwar Ibrahim. Ottawa Lodge 158 merakam bahawa Anwar Ibrahim bertaraf Bishop. Kalau boleh dibuka laman itu, maka dapatlah fahaminya. 

Freemasonary mula mengintai Anwar Ibrahim pada tahun 1971. Banyak pembuktian fizikal dan nyata ada dalam simpanan bilik kebal Negara tentang Anwar Ibrahim yang tidak ditelanjangkan. Kerajaan Persekutuan Malaysia di bawah Barisan Nasional masih bijaksana dalam menterjemah makna AMAN dan DAMAI, yang kian dinafikan oleh kumpulan kufur nikmat Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Abdul Hadi Awang.

Akhbar Harakah, Roket dan Keadilan sudah memainkan isu-isu dan api melaknat ketuanan Negara secara diam, ibarat api dalam sekam, gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut.

Pembaca simpati Pas, PkR dan DAP yang ikuti penulisan Paneh Miang, pasti akan terangsang untuk tidak bersetuju; kerana akal dan fitrah adab mereka telah rosak lagi merosakkan. Rosak mereka kerana doktrin-doktrin 1930, doktrin 1955 dan doktrin 1997 yang menjadi sebahagian daripada denyut nadi mereka, tanpa mereka benar-benar faham akan maknanya.

Wahai UMNO yang sedang dilamun cinta "gelojoh dan tolol", kalau nak lawan dan berperang dengan Pembangkang, bunuhlah ideologi mereka, bukan hanya dengan "cinta siber" semata-mata...

سڬالاڽ موڠكين

Posted: 23 Jul 2012 01:19 AM PDT

سڬالاڽ موڠكين


Posted: 22 Jul 2012 08:42 PM PDT

Selamat Hari Jadi DS Najib. Hari ini adalah harijadi ke 59 untuk Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Abd Razak. Beliau lahir pada 23hb Julai 1953 di Lipis, Pahang.

Sahabat-Gunung

Posted: 23 Jul 2012 01:10 AM PDT

Sahabat-Gunung


Sibuk Main Politik Punca Selangor Haru Biru, Caca Merba

Posted: 22 Jul 2012 07:50 PM PDT


Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas kerana dilihat gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai penasihat apabila keadaan ekonomi negeri Selangor tidak mencapai tahap yang memberangsangkan seperti mana yang mereka canangkan kepada rakyat Selangor sebelum ini.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Dato Megat Zulkarnain Omar Din, ini jelas apabila kerajaan negeri tidak dapat menunaikan segala janji-janji mereka pada PRU yang lepas ekoran kekurangan peruntukan dan dana untuk melaksanakan janji-janji tersebut.

"Saya yakin, sekiranya kerajaan negeri mempunyai kewangan yang kukuh, sudah tentu mereka melaksanakan janji tersebut. Namun, sekarang ini tidak ada apa-apa perubahan yang nampak pada rakyat di negeri ini selama empat tahun di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang. Ini jelas membuktikan, bahawa ekonomi negeri di bawah pemerintahan PKR semakin merudum.

"Dalam pada itu, timbul pula bermacam-macam isu tentang penyelewengan duit rakyat di bawah pemerintahan mereka. Baru-baru ini isu Talam Corporation yang melibatkan wang rakyat hingga berbilion ringgit. Jadi bagi saya jelas, Anwar bukan sahaja gagal sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor, malah beliau juga bertanggungjawab terhadap kepincangan dan kucar kacirnya pentadbiran di Selangor hari ini," tegas beliau.



Baca seterusnya di sini.

SELALU ADA YANG BARU

Posted: 22 Jul 2012 11:32 PM PDT

SELALU ADA YANG BARU


BUDAYA SYIAH TELAH MENULAR DLM PARTI POLITIK NEGARA INI

Posted: 22 Jul 2012 08:11 PM PDT

PAS POLITIKKAN ISLAM UNTUK MENDAPAT PENGARUH UNDI

Posted: 22 Jul 2012 07:54 PM PDT

CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG PERLU DITOLAK

Posted: 22 Jul 2012 07:39 PM PDT

Belantan

Posted: 22 Jul 2012 11:31 PM PDT

Belantan


Awas Jerat Hotel kembali : Bufet Ramadan!

Posted: 22 Jul 2012 06:02 PM PDT




Seperti biasa setiap kali datang bulan Ramadan, Pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan terma bufet Ramadan atau berdepan risiko diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Ini adalah kerana bufet Ramadan merupakan perbahasaan halal dan mereka yang menyalahgunakan terma ini boleh dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Sebenarnya umat Islam juga digalakkan supaya hanya berbuka puasa atau menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel yang disahkan halal oleh Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri. Sehingga kini masih belum lagi diketahui sebanyak mana hotel dan dapur hotel di sekitar Wilayah Persekutuan yang telah diberikan pensijilan halal oleh Jakim kerana belum ada statistik yang tepat.

Untuk senarai terkini, sila lawati laman Portal Halal Malaysia. Klik di sini.

Kepada yang suka berbuka diluar tu diharap dapat menyemak dahulu samada restoran hotel yang anda pergi itu ada mendapat sijil HALAL dari pihak JAKIM. Jakim juga diminta meningkatkan pemantauan bagi memastikan istilah itu ( bufet Ramadan ) tidak digunakan sewenang-wenangnya oleh pihak hotel.

Sebagai umat Islam, kita harus memastikan makanan yang dimakan itu halal lagi bersih kerana ia akan menjadi darah daging dan seterusnya penentu kepada kehidupan seseorang itu. Alangkah ruginya, setelah menahan lapar dan dahaga sepanjang hari dan apabila tiba waktu berbuka mengambil makanan yang tidak diketahui status halal.
Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Lagi masalah sampah - Penghuni Pangsapuri tuntut bayaran penyenggaraan?

Posted: 22 Jul 2012 02:33 AM PDT


Penduduk menunjukkan sampah yang tidak diangkut oleh kontraktor pengutip sampah di Pangsapuri Permai, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Blok B, Pangsapuri Permai di sini merayu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) agar segera menyelesaikan masalah yang membelenggu penghuni sejak dua tahun lalu.

Dakwa penduduk ini termasuklah melunaskan bayaran kerja-kerja penyenggaraan yang dituntut sebanyak RM128,640.

Pengerusi JMB pangsapuri itu, Damiri Majidah berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang bayaran sejak JMB mengambil alih pengurusan pangsapuri berkenaan pada September 2010.

"Apabila kami mengemukakan tuntutan, alasan yang diberikan langsung tidak munasabah antaranya akaun belum diaudit, sistem komputer bermasalah dan sebagainya.

"Lebih mengecewakan apabila dijemput untuk menghadiri mesyuarat agung JMB, pihak berkenaan sering mengelak," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurutnya, selain bayaran penyenggaraan, pihaknya turut menuntut agar PKNS segera menyelesaikan permohonan migrasi meter air dari meter pukal ke meter individu.

"Sebelum ini PKNS pernah berjanji untuk melaksanakan migrasi (meter air) di pangsapuri ini, namun janji tinggal janji," katanya.

Tambah Damiri, apa yang dikesalkan ialah penghuni telah membayar deposit bil air sebanyak RM30 kepada kontraktor yang dilantik PKNS namun tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak bertanggungjawab.

Turut dibangkitkan, tindakan PKNS yang menghentikan kerja-kerja mengecat bangunan pangsapuri berkenaan pada Mac lalu.

Dia mendakwa, disebabkan kerja-kerja tersebut dihentikan, pangsapuri di situ kelihatan seperti seluar koyak yang bertampal di sana sini.


Selain itu, turut membimbangkan penghuni di pangsapuri berkenaan ialah masalah sampah yang tidak dikutip oleh kontraktor dilantik oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengikut jadual ditetapkan.

"Kegagalan pihak yang dipertanggungjawab melaksanakan tugas mengutip dan membersihkan sampah di kawasan ini bukan sahaja menimbulkan bau busuk, tetapi turut menjejaskan kesihatan penghuni," katanya.

Sebelum ini Ronnie Liu mengatakan bahawa masalah sampah di MPPJ sudahpun selesai dengan penambahan kemasukkan 50 buah lagi lori kompaktor baru untuk melakukan kerja-kerja mengutip sampah, namun apa yang berlaku adalah disebaliknya? Cakap tak serupa bikin..!!!

Suara Politik
Taminsari

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 22 Jul 2012 11:29 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Syaitan Yang Mencipta Politik Persepsi...

Posted: 22 Jul 2012 07:00 PM PDT

Politik persepsi di mulakan oleh syaitan, maka mereka yang suka melemparkan persepsi pada aku la mereka ni pun juga syaitan, jadi korang tau la ekk sapa yang suka buat dan melemparkan persepsi...

oyabun

Posted: 22 Jul 2012 11:28 PM PDT

oyabun


Semua gara-gara MB degil - Dah jadi 'Macam filem Bujang Lapok' lah pulak!

Posted: 22 Jul 2012 09:31 AM PDT


PAIP di kaki lima premis perniagaan di Taman Juara Jaya, Cheras menjadi 'penyelamat' kepada sebahagian penduduk untuk membersihkan diri dan membasuh pakaian akibat ketiadaan air di rumah mereka.

Jika selama ini telatah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Datuk Aziz Sattar dan S. Shamsudin ketika mandi pagi dalam Seniman Bujang Lapok menggeletek hati kita, ia mungkin menimbulkan kemarahan bagi penduduk Apartmen Juara Suria ketika ini.

Dalam filem itu, ketiga-tiga pelakon berkenaan terpaksa beratur panjang bersama-sama penduduk lain di sebuah penempatan rumah sewa semata-mata untuk mandi- walaupun mereka hanya mencuci muka.

Amalan penduduk di penempatan itu bersama-sama tiga watak utama itu kini dialami oleh penduduk Apartmen Jaya Suria. Semuanya gara-gara bekalan air yang sering terputus sejak beberapa minggu di daerah ini, termasuk di kawasan pangsapuri itu.

Tempat yang paling sibuk di kawasan pangsapuri itu ialah pondok pengawal terutama pada sebelah pagi apabila penduduk beratur panjang untuk menumpang mandi di situ.

Bukan itu sahaja, penduduk terpaksa mengerah keringat untuk mengangkut air dari tingkat bawah sehingga ke tingkat sembilan kerana bekalan air tidak sampai ke rumah mereka.


Ada antara mereka yang terpaksa meminta bantuan saudara-mara dan rakan-rakan untuk membantu mengangkut air kerana anak-anak masih kecil.

Seorang penduduk, Choy Leng Hong, 40, berkata, bekalan air ke rumahnya sudah terputus sejak tiga hari lalu dan ia benar-benar menganggu urusan mereka terutamanya untuk mandi dan memasak.

"Setiap pagi, saya akan turun ke pondok pengawal untuk menumpang mandi sebelum ke tempat kerja, tetapi keadaan itu susah juga kerana ramai yang mahu mandi," katanya kepada wartawan hari ini.

Seorang lagi penduduk, Muhammad Azrin Abdullah, 57, pula menjangkakan keadaan akan bertambah sukar apabila umat Islam mula berpuasa hujung minggu ini.

"Malah, ketika mengadakan kenduri di rumah pada malam Jumaat lalu, bekalan air tiba-tiba terputus sehingga menyebabkan pinggan tidak dapat dicuci. Memang sakit hati dan geram pun ada ketika itu," katanya

Baginya, dia lebih risau jika bekalan air terputus berbanding gangguan terhadap bekalan elektrik.

Bagi A. Puspa, 43, yang tinggal di rumah kedai Taman Juara Jaya, dia sekeluarga terpaksa membasuh pakaian di kaki lima bangunan tersebut kerana air tidak sampai ke rumah.

"Kedai di sini tidak beroperasi, jadi kami boleh menggunakan paip air yang berada di bawah untuk mandi dan membasuh baju," katanya yang memberitahu bekalan air ke rumahnya sudah terputus selama sebulan.

Wasabi Oyabun..

Panglima Perang Cyber

Posted: 22 Jul 2012 11:26 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Alat Ini Yang Dianjur Rasulullah Turut Digunakan Angkatan Tentera Malaysia cc @Zahid_Hamidi

Posted: 22 Jul 2012 07:24 PM PDT




Rupanya alat memanah turut digunaka tentera negara kita. Ia bagus kerana senyap dan tidak sukar untuk digunakan walau di dalam air sekalipun. Menggunakan alat panah dianjurkan Rasulullah saw dan ada riwayat hadis menceritakan akhir zaman perang akan kembali kepada alat seperti pedang, tombak, memanah kerana semua jentera tidak boleh digunakan kerana kehabisan minyak. Sila klik FB di atas terdapat banyak keterangan tentang perkara tersebut. 



Kini artis juga telah bersama Angkatan Tentera di dalam memupuk semangat mempertahankan negara. Sesiapa yang patriotik pasti tidak akan melakukan perkara yang boleh membahayakan negaranya.


Pemimpin muda kita pun tidak ketinggalan telah menjalani latihan sebagai askar wataniah hingga muka menjadi hitam demi melatih diri meningkatkan daya ketahanan untuk misi berjuang membela nusa bangsa dan juga agama tercinta di Malaysia.

Syabas kepada semua !!!


Menteri Pertahanan bersama artis yang menyertai askar wataniah


Bukti PAS Agung Nik Aziz Seperti Imam Khomeini

Posted: 22 Jul 2012 06:17 PM PDT


Berikut gambar yang ditemui di blog ahli PAS http://alkubrawiyyah.blogspot.com/2010/06/hujung-minggu-yang-memenatkan.html yang memaparkan gambar Nik Aziz sebesar saiz Imam Khomeini. Ia dipasang di pejabat PAS Tumpat bahagian Berangan.

Apa yang ingin ditekankan di sini sikap mengagungkan Nik Aziz terlalu dahsyat sehingga Nik Aziz sendiri telah terkesan sehingga tidak mahu dan tidak juga malu untuk terus meneruskan sebagai ahli Yang Berhormat untuk PRU 13.

Sikap ini tidak sama dengan Hj Hadi yang bersedia berundur diri. Meskipun ditentang hasrat beliau oleh ramai pihak.



Itulah bahaya jika bukan Ulama diagungkan seperti Ulama kerana bukan Ulama akan terkesan dan terpesona dengan segala pujian dan sanjungan dan begitu marah dengan kejian. Namun ulama pewaris Nabi mereka sangat zuhud kepada dunia dan tidak merasa terkesan dengan pujian atau kejian manusia kepadanya.

Mereka inilah yang sepatutnya diangkat dan dihormati bukan ulama politik yang mewarisi sumpah seranah dan jelas menyalahi sunnah dengan merosak perpaduan ummah.

Katakan tidak kepada ulama politik yang dahulukan politik melebihi nas Quran dan Sunnah...



Wajah Pemimpin Muda PAS Didakwa Telah Menjadi Suami @Abby_Abadi112

Posted: 22 Jul 2012 11:10 AM PDT

jubliemas-ybzaki
Gambar diambil dari laman rasmi Pemuda PAS Kelantan http://dppkelantan.pas.org.my/v2 semasa himpunan beliau yang dihadiri Amy Search.... Yang tidak ramai pun pengunjugnya.

Menurut maklumat dari rakan di Kelantan ( yang sedang disahihkan kebenarannya  )  suami Abby Abadi dikhabarkan ialah Zaki Ibrahim. Selepas dicari ditemui gambar seperti yang anda dapat lihat di atas. Beliau merupakan Ketua Pemuda PAS Kelantan. Seorang yang segak dan masih muda. Dikhabarkan juga beliau orang Husam Musa dan pernah mengkritik Nik Abduh seperti berita yang dapat dibaca di blog pembangkang di sini http://greenboc.blogspot.com/2009/05/umno-pas-nik-aziz-tiada-pembantu-sesat.html

Kita bukan mahu membuat fitnah di bulan Ramadhan yang mulia ini cuma mahukan kepastian perkara yang baik ini...Fitnah sesuatu tidak berlaku dan tidak benar serta dibenci oleh mangsanya. Manakala perkara yang penulis timbulkan ialah mahu kepastian berita baik yang tentu ditunggu dan diterima dengan baik juga oleh kita semua.

Tidak akan tumbang Kerajaan BN hanya kerana Abby menyertai PAS sebagai ahli seumur hidup cuma kita mahukan punca mengapa beliau menyertai PAS. Jangan lupa Abby menafikan beliau akan menyertai PAS sebelum ini seperti skrin di bawah :





Semoga Abby Abadi atau Ustaz Zaki Ibrahim dapat membuat penafian atau pengesahan perkara ini. 

Kita yakin tidak semudah itu Abby Abadi akan menyertai PAS kecuali ada sebab lain yang seperti berkahwin telah dilakukan untuk 'menggoda' beliau. 

Jika dilihat raut wajah Zaki Ibrahim tidak jauh beza dengan pasangan Abby Abadi sebelum ini. Seperti Norman dan juga Zul Arifin.


Abby Abadi dan Zul

Harap info ini dapat disahkan samada dengan penafian. Jika didiamkan maka mungkin benar gosip yang disampaikan kepada penulis dan marilah kita doakan Abby berbahagia dengan pasangan hidupnya dan diberi hidayah sentiasa. 

Ingatlah sesungguhnya tidak akan masuk neraka mana-mana umat Islam yang tidak sertai PAS sebagai parti politiknya  Kerana kita dinilai dengan iman dan takwa bukan keahlian atau undi semasa pilihanraya !!!

Fikirkanlah wahai pembaca semua...

Janji Manis Pakatan Rakyat Yang Perlu Anda Lihat !

Posted: 22 Jul 2012 10:25 AM PDT



Majlis Berbuka Puasa Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan Bersama Anak-Anak Yatim di Putrajaya cc @NajibRazak

Posted: 22 Jul 2012 10:09 AM PDT







Cerita klik blog rasmi UMB di bawah :



Lagi gambar sila lihat di sini :



Beberapa video dirakam oleh panglima dimuatnaik ke FB sebentar tadi. Maaf kualiti tidak elok kerana video kamera 'cap ayam' je... 

Semoga ada rezeki nak beli yang berkualiti dan FULL HD.. Amin.


Mohon Promosi Group Facebooker 1Malaysia ini cc @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi

Posted: 22 Jul 2012 08:59 AM PDT


Jika tidak keberatan harap dapat dipromosikan group yang diasaskan pada 6.6.2011 ini yang mana bertujuan untuk membina sebuah group kepada semua rakyat Malaysia tidak kira politik mereka. 

Entri tentangnya pernah ditulis oleh panglima di sini http://www.penembak-tepat.com/2011/06/penting-mohon-bantuan-kawan-kawan.html

Perbincangan dilakukan tanpa fitnah atau kata-kata nista bagi membolehkan adab bermuzakarah diamalkan di sini. 



Alhamdulillah selepas setahun sebulan dua minggu ahli group ini telah mencecah 9561 orang dan harapnya ia makin bertambah lagi selepas ini.

Ia group bukan milik panglima dan admin2 tetapi milik kita semua yang berniat ikhlas mencari kebenaran dan membincangkannya dengan benar dan jujur tanpa fakta yang auta.

Semoga Allah memberkati usaha tuan puan memberi sokongan dengan mempromosi group yang panglima asaskan ini dibantu rakan2 admin yang lain. 

Semoga Allah menerimanya sebagai amal soleh di alam maya demi misi memperjuangkan alif ba ta. 

Terima kasih !

Klik sini untuk menyertai group Facebooker 1Malaysia http://www.facebook.com/groups/PejuangMayaSatuMalaysia/


Naib Presiden @Zahid_Hamidi dan MT UMNO Sokong Ulama Menjadi Sayap Parti !!! cc @NajibRazak @MuhyiddinYassin

Posted: 22 Jul 2012 02:30 AM PDT


Naib Presiden Umno sokong idea ulama jadi sayap parti
WARTAWAN SINAR HARIAN


22 Julai 2012
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 

SHAH ALAM - Tiga pemimpin kanan Umno menyokong cadangan supaya diwujudkan pergerakan bagi golongan ulama sebagai salah satu sayap dalam parti itu.


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, idea itu akan diberi pertimbangan serius kerana Umno sebagai parti yang mewakili umat Islam negara ini sememangnya sentiasa mementingkan peranan golongan ulama dalam perjuangannya.



"Saya percaya, jika cadangan ini direalisasikan, ia sekali gus akan dapat menutup mulut pihak yang selama ini menuduh Umno meminggirkan Islam," katanya.



Ahmad Zahid berkata, meskipun selama ini Umno tidak pernah meminggirkan golongan ulama namun kedudukan itu akan dapat meningkatkan lagi keyakinan pendokong Islam terhadap parti itu, terutama dalam perbandingan dengan Pas.



"Kita memang amat perlukan peranan ulama," katanya.



Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, golongan ulama sememangnya amat penting dalam perjuangan Umno."Saya sokong cadangan itu," katanya.




Seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau akan membawa perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi untuk diberi pertimbangan terutama oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Panglima : Satu sahaja harapan agar golongan agama ini diletakkan di tempat sewajarnya dan mereka juga akan menjadi platform berkesan membetulkan UMNO dari dalam sebelum dikritik pihak pembangkang yang sentiasa mencari ruang untuk mengkritik dan memperlekeh Kerajaan dipimpin oleh UMNO dalam Barisan Nasional... Juga agar agamawan pro fahaman tidak disepakati majoriti Ulama seperti Syiah Wahabi jangan dibenarkan menguasai sayap ini. Jika tidak maka bencana lebih besar akan menimpa UMNO berbanding kebaikan yang akan diperolehi. Syabas atas idea bernas ini.

Gambar YAB PM DS @NajibRazak Berterawih Bersama Umat Di Pekan Pahang Semalam

Posted: 22 Jul 2012 02:05 AM PDT


Gambar dari FB Pak Habib 




Jom Saksikan Majlis Mawleed Cinta Rasul Masjid Putra 2012 Disertai Ulama Sedunia - Siri 1 - 2

Posted: 22 Jul 2012 01:46 AM PDT





Tazkirah Ramadhan Bersama Ulama Ahli Bait Syeikh Afifuddin (English)

Posted: 22 Jul 2012 01:35 AM PDT



Video Ust Kazim Elias Perli Abby Abadi dan Aishah Ke Ni ???

Posted: 22 Jul 2012 01:28 AM PDT



Sepatutnya para artis tidak menyertai pentas politik demi mengejar populariti.

Sepatutnya artis tidak memberi ceramah tetapi mendengar ceramah ilmu. 

Sikap menggunakan artis mendidik rakyat di pentas politik akan merosakkan ummat bukan membaikinya.

Sesiapa menyokong dan mengundi parti PAS bererti dia juga membiarkan perkara yang rosak ini diamalkan secara berleluasa.

Berguru sebelum memberi ilmu - nasihat Ust Kazim Elias yang patut dijadikan pegangan artis-artis di Malaysia.


PERAK BANGKIT - MENGGERAKKAN BELIA

Posted: 22 Jul 2012 11:18 PM PDT

PERAK BANGKIT - MENGGERAKKAN BELIA


Ramadhan dan Spekulasi Politik Nasional

Posted: 22 Jul 2012 11:22 AM PDT

Isu Slogan Janji Ditepati.

1. Najib sedang menyusun gerak langkah. Luaran nampak semua sedang berjalan lancar. Tapi siapa tahu?

2. Pelobi di luar sana semua sedang menanting keuntungan kewangan?

3. Ramai harus dinotakan sebagai "Sukar Dipercayai" daripada kebergantungan kepada suara-suara lakonan sang penghimpit,

4.Semua sedang membaling dadu nasib politik......

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 22 Jul 2012 11:18 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


@Tantawi100 menipu dalam DEBAT sebab takut KARPAL hempuk dia dengan wilcha?!!

Posted: 22 Jul 2012 10:35 PM PDT



Macamana seorang yang mengaku mempunyai pendidikan agama yang tinggi boleh menipu ketika berdebat?!! Inilah yang kami cuba sampaikan sejak dahulu lagi. PAS ini tidak lebih daripada parti banjingan DAP yang masih lagi tidak tahu malu mengaku sebagai pejuang Islam.

Kita semua boleh nilaikan sendiri, sudah berapa kali pemimpin PAS menjadi 'jurucakap' tidak rasmi kepada pemimpin DAP yang OKU apabila ditanya tentang negara Islam dan Hudud?!! Pernahkah anda terfikir mengapa Karpal, Lim Kit Siang atau Guan Eng sendiri tidak duduk bersama-sama Nik Aziz atau mana-mana pemimpin Pas yang lain dalam satu PC untuk mengumumkan perkara penting sepertimana yang Tantawi dakwakan?!!

Apa yang menyebabkan mereka terpaksa menipu rakyat dengan mendakwa Karapal dan DAP sebagai bersetuju dengan Islam dan Hudud mereka?!! Sebabnya mudah. Mereka ini semua terlalu takutkan kepada kehilangan pengaruh dan undi kafiruun lebih daripada Allah SWT sendiri! Sebab itulah perjuangan ke Putajaya lebih penting dan "mulia" kepada PAS berbanding perjuangan mempertahankan akidah ummah. 

Maka terpaksalah warga emas OKU itu menegaskan kembali pendiriannya yang sentiasa konsisten sejak dahulu lagi:

"SELAGI KARPAL HIDUP, TIADA HUDUD DAN NEGARA ISLAM DI MALAYSIA!!!"

Sekarang kami cabar mana-mana pemimpin PAS untuk bidas balik kenyataan Karpal ini. Dan kalau anda jantan dan benar-benar memperjuangkan Islam, hentikan kerjasama dengan DAP selagi Karpal dan konco-konco musuh Islam dalam DAP terus-terusan menolak Islam dan Hudud. Ada berani?!!

Takut selepas ini menyorok dalam kain bini sahaja...

Wajib Baca! Fitnah Pembangkang Masuk Wikipedia.

Posted: 22 Jul 2012 08:30 PM PDT

Penjelasan skandal Farid Ismeth Emir dan DS Rosmah Mansor telah dilaporkan dalam beberapa blog terkemuka seperti GAP, Papa Gomo, Parpu Kari, MIK dan lain-lain.



Secara peribadi, MyMassa rasakan posting dalam blig GAP adalah yang terbaik untuk ulas isu ini.

'SKANDAL' 11 TAHUN ROSMAH MANSOR DAN FARITH ISMETH DIDEDAHKAN.


aku pernah berada dalam lingkaran parti keadilan nasional.
aku jugak pernah ada dalam lingkaran parti keadilan rakyat.
jauh daripada itu aku pernah join ADIL.
dekat dengan itu aku pernah terlibat dengan gerakan ganas reformasi.

siapa yang pernah awal sekali berada dalam gerakan ini, sudah pasti akan faham perjalanan gerakan reformasi ini.

selain diselangseli dengan motif mahu menumbangkan kerajaan ( insiden 1 september 1998 masjid negara) para spinners dan propagandis jugak akan menyelitkan bertalu-talu pelbagai ceritera menarik dalam cubaan memesongkan lantas menyedapkan cerita.

isu rosmah bom altantuya.

pada waktu itu isu ini diletopkan oleh pkr sewaktu pilihanraya kecil ijok, di mana kalid gagap berentap dengan cikgu partiban.

selama ceramah dan kempen, aku diantara orang awal mendengar cerita rosmah letupkan batang tubuh altantuya. cerita ini dijaja sampai ketahap fantasia melampau.

siapa pernah dengar nama wahid kasran ?
siapa pernah membaca artikel mingguan kisah benar wahid kasran ?

Baca seterusnya di sini: http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2012/07/skandal-11-tahun-rosmah-mansor-dan.html

Cuma MyMassa nak tambah sedikit informasi iaitu fitnah pembangkang bahawa skandal antara Farid Ismeth Emir dan DS Rosmah Mansor telah masuk dalam Wikipedia.

Lihatlah betapa hebatnya penangan fitnah pembangkang. Wikipedia pun boleh percaya dakyah mereka.

http://en.wikipedia.org/wiki/Rosmah_Mansor

Kepada anak muda, semoga video Mat Luthfi kali ini boleh beri pengajaran kepada kita semua.




*Sesiapa yang pakar dalam bab Wikipedia ni boleh tolong edit page DS Rosmah kat wiki. Supaya fitnah ini lagi berpanjangan.

KOMUNIS DALAM DAP

Posted: 22 Jul 2012 06:01 PM PDT



Kita sering lupa ancaman Komunis tidak pernah mati di Malaysia. Apabila pihak keselamatan berjaya mengesan elemen Komunis dalam parti pembangkang yang semua orang tahu itu, dia melenting, mereka marah-marah.

Benar PKM sudah berkubur, namun idealisme Komunis tidak pernah mati. Usaha terakhir DAP ialah untuk membawa balik Chin Peng balik ke Malaysia, manusia Chin Peng yang membunuh ramai umat Islam dan bangsa Melayu semasa dia menguasai PKM.

Di Pulau Pinang, 7 daripada 10 kanak-kanak Cina berusia antara 8 dan 10 tahun menjawab Perdana Menteri Malaysia adalah Lim Guan Eng. Apabila kami bertanya, siapa Perdana Menteri Malaysia? dia tak boleh jawab? Apabila kita tanya dalam bahasa Inggeris, Who Is Our Prime Minister? Mereka menjawab Mr. Lim Guan Eng!...Maknanya, anak-anak mereka sedari kecil telah dilatih, ditanam dan diajar bahawa Perdana Menteri Malaysia adalah Lim Guan Eng!

Berbeza dengan India dan Melayu, mereka mudah menjawab Perdana Menteri Malaysia ialah DS Najib atau Najib.

Lim Kit Siang bercakap tentang Demokrasi dan Samarata, tetapi fahaman mereka ialah Sosialis dan Komunis. DAP telah menghantar wakil-wakil ke Persidangan Antarabangsa Komunis Dunia di China tidak lama dahulu. Lim Guan Eng telah hadir sebagai Setiausaha Agung DAP.

Janji Ditepati: Bantuan Pelajar dan Baucar Buku 1Malaysia

Posted: 22 Jul 2012 09:04 AM PDT



*Pendidikan rakyat fokus no 1 BN

MB SELANGOR KESENDIRIAN, ANWAR LARI KE JAKARTA

Posted: 22 Jul 2012 01:43 AM PDT

BERSENDIRIAN TANPA BANTUAN

Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim sedang berjuang keseorangan tentang pelbagai isu seolah-olah inilah perjuangannya yang terakhir.


Tida ramai yang tahu bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim suka menyanyi karaoke. Menurut bekas pembantunya, muzik dan nyanyian adalah satu kemestian dalam majlis makan malam persendirian di rumah agam bercirikan Melayu-Indon yang mewah itu.


Beliau suka menyanyi lagu-lagu evergreen walaupun dia mudah melangkau nota lagu yang agak tinggi. Tetapi tidak pada hari ini, di mana beliau dibanjiri pelbagai isu besar yang merupakan pusingan terakhirnya sebagai MB Selangor.


Politiking dalaman PKR, kontroversi Talam dan masalah kekurangan air di Selangor merupakan tiga isu besar yang menjadi ribut besar dalam pentadbirannya hari ini. Dengan tekanan yang semakin meningkat menjadikan masa depan politik beliau semakin mendung, perjalanan terakhir politik beliau ini sangat menyedihkan beliau.


Pada hari Rabu, ahli-ahli NGO Melayu melalui Gerakan Prihatin Rakyat Selangor hadir untuk membantah cadangan Pakatan Rakyat untuk menghapuskan pinjaman untuk pelajar peringkat pendidikan tinggidi pintu masuk utama kompleks kerajaan negeridi Bangunan SUK Selangor. 


Sementara itu, sekumpulan kira-kira 50 orang India yang merasa tertipu mahu menghantar petisyen kepada MB berkenaan rumah penempatan semula yang telah dijanjikan kepada mereka.
KERAJAAN SELANGOR SEMAKIN BURUK
Aktivis Tan Jo Han, yang menjuarai isu-isu kemiskinan di bandar masih belum reda dengan perjuangan bulan lepas, juga telah pergi ke sana dengan kumpulan India tua yang telah dijanjikan rumah apabila mereka telah diusir dari rumah asal mereka di Sungai Buloh 20 tahun yang lalu. Mereka telah melalui empat Menteri Besar dan kini semakin tua untuk menunggu janji-janji itu.


"Kami fikir perkara-perkara yang berbeza di bawah Pakatan. Saya memberitahu pengawal keselamatan supaya membenarkan orang tua India ini masuk walaupun di lobi, tetapi pengawal tetap juga berkata Tidak. Saya terkejut. Dahulu rakyat memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat tetapi inilah balasan kamu kepada kami. Mereka membuat satu kesilapan besar dengan layanan seperti ini, "kata Tan yang juga presiden sebuah NGO dikenali sebagai Permas.


Tan dan beberapa wakil diberi kepercayaan untuk menyerahkan petisyen itu tetapi tidak dapat berjumpa MB. Tan mempunyai hubungan kerja yang baik dengan ahli exco negeri yang bertanggungjawab bagi perumahan dan setinggan tetapi beliau kecewa kerana kerajaan negeri tidak menyelesaikan isu-isu kaitan dengan masyarakat bandar miskin.


"Kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk memberikan tanah. Mengapa dia (Khalid) enggan? Kami mempunyai surat janji hutang, "kata Tan.

Seperti banyak kumpulan yang telah menyokong Pakatan Rakyat pada tahun 2008, beliau percaya kerajaan baru Pakatan akan memberi perhatian kepada rakyat Miskin bandar. Akhirnya, Tan menghantar sms kepada pemimpin politik PKR akan layanan buruk mereka.
BERHENTI SEBELUM SEMPAT DIPECAT MB


Salah satu orang-orang yang memberi respons adalah ahli politik PKR, Latheefa Koya dan akhirnya Latheefa menerima nasib malang sebagai ahli majlis MPPJ.

Nasib rakyat miskin telah bergema dengan Latheefa yang merupakan sebahagian daripada kumpulan sosialis dalam PKR. Beliau dilaporkan menghantar e-mel yang keras ke pejabat MB. Berita telah bocor bahawa MB mahu memecat beliau daripada MPPJ tetapi dia meletak jawatan sebelum dia dipecat. Khalid telah mengalah dan dia telah diminta untuk menimbang semula keputusannya.


Latheefa mempunyai wajah garang dan personaliti untuk dipadankan, dan dia telah dilaporkan mempunyai beberapa run-in dengan Khalid sebelum ini. Tetapi dia berdiri atas insiden golongan miskin di bandar yang merupakan kesan buruk kepada MB


Khalid kini sedang melalui fasa yang amat kritikal. Latheefa hanya sebahagian kecil masalah dia dengan nama-nama besar lain dalam parti itu. Beliau mempunyai masalah di dalam dan di luar parti. Terdapat  terlalu banyak isu, kecil dan besar, semuanya muncul ketika pilihan raya umum semakin hampir.


Musuh beliau dalam PKR berkata parti itu perlu mengambil langkah berani menggantikan beliau pada tahun 2010 apabila kritikan tentang gaya kepimpinan beliau yang tidak buruk. Tetapi dia terselamat kerana menggantikan beliau di tengah perjalanan bukan satu tindakan yang bijak malah memberi mesej yang salah kepada rakyat Selangor. Akhirnya, mereka membiarkan Khalid selepas dia berjanji untuk mendengar lebih banyak kepada pihak.


TIDAK SABAR MENJADI MB
Penyingkiran Jawatan Menteri Besar


Sumber lain menyebut, orang-orang  di sekitar DS Anwar Ibrahim telah cuba untuk mengusir Khalid seawal 2009 di tengah-tengah spekulasi bahawa ahli exco negeri Elizabeth Wong mungkin terpaksa meletakkan jawatan selepas gambar blue nya tersebar kepada orang awam.

Golongan anti-Khalid berusaha meyakinkan Anwar supaya menggantikan Khalid di DUN dan seterusnya melantik MB baru. Tetapi Anwar tidak berminat, beliau mempunyai keyakinan jawatan MB Selangor adalah di bawah kuasa mutlaknya. Bagaimanapun, Eli Wong tidak meletakkan jawatan walaupun didesak berkali-kali.


Keengganan Khalid menjelaskan isu sebenar tentang pemulihan Hutang Talam telah menjejaskan imej korporat di Selangor. Apabila MCA membangkitkan perkara itu, beliau telah berkata beliau akan menjelaskan pada hari berikutnya. Apabila hari itu tiba, beliau berkata beliau akan menjelaskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri. Kemudian pada persidangan itu, beliau mengumumkan bahawa lima syarikat audit akan dilantik untuk mengkaji masalah Talam dan segala-galanya akan didedahkan selepas itu.


Khalid jelas bermain dengan masa, beliau cuba untuk melengah-lengahkan penjelasan Hutang Talam sehingga selepas PRU13 dan ia tidak kelihatan baik pada pentadbiran beliau. Dengan tidak menentang Biro Profesional Muda MCA, beliau membenarkan dakwaan mereka untuk menguasai pendapat umum.


Sikap berdiam diri daripada pemimpin parti sendiri telah lebih memudaratkan. Persepsi bahawa Khalid bersendirian dan keseorangan di dalam isu ini.


Anwar, Penasihat Ekonomi Negeri, telah berdiam diri mengenai isu Talam dan nampaknya lebih berminat dalam memupuk imej antarabangsa dan berada di Jakarta untuk mesyuarat antarabangsa di mana beliau telah bergambar dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan bekas PM Thai Thaksin Shinawatra.


Ia adalah jelas bahawa Rafizi Ramli mempunyai niat untuk menyelamatkan dirinya dari isu Talam dan isu yang lain di Selangor. Sehingga perletakan jawatan secara tiba-tiba bulan lepas, Rafizi asasnya Ketua Ekonomi Selangor atas sifatnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri. Rafizi bijak, sebelum meletus isu Talam, beliau meletak jawatan dan akhirnya dia mencuci tangan, tinggallah Khalid keseorangan. 


Dalam bab ini kelihatannya Rafizi agak pintar dan beliau mungkin mendapat maklumat itu sebelum isu Talam meletup. Daripada dia membantu Khalid, dia mengugut pula Khalid untuk mendedahkan tuntutan Talam dan hubungan MCA. Dia cuba untuk mengalihkan tetapi ada yang memanggilnya ancaman kotor Rafizi.


Rafizi akan menikmati apa yang kawan-kawannya sebut sebagai masa untuk membalas dendam. Tetapi yang mendapat keuntungan ialah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, pesaing utama untuk pejabat MB, bukan Rafizi. Sesetengah memanggil Azmin sebagai "popcorn dan aiskrim soda". 


Menurut sumber, Khalid tidak berminat  Anwar sebagai penasihat ekonomi dalam kerajaan. Beliau merasakan beliau cukup bijak tentang ekonomi, namun, ramai juga yang menyalahkannya, semuanya kerana pandangan Anwar sebagai penasihat ekonomi yang tidak bijak?


Beliau juga tidak yakin tentang kepakaran ekonomi Rafizi dan menentang pelantikan beliau sebagai ahli ekonomi negeri.


"Kami terpaksa menolak pelantikan Rafizi ke dalam pentadbiran Khalid," kata sumber dalaman.


Rafizi mengetahui bahawa Khalid tidak menyukai akan peranan beliau. Khalid memandang rendah profilnya dan bagi Khalid, Rafizi bukan terkenal kerana peranan dalam ekonomi Selangor, Rafizi terkenal kerana peranannya dalam skandal NFCorp sahaja.


Tony Pua, Ahli Parlimen PJ Utara, telah cuba untuk mengalihkan isu Hutang Talam. Memanglah ia usaha yang baik tetapi tanpa maklumat utama mengenai apa yang sebenarnya berlaku di antara Talam dan kerajaan Khalid, Tony Pua mula kelihatan seperti pembela yang bodoh untuk bercakap mengenai sesuatu perjanjian yang dia tidak ketahui. Tony Pua patut tahu bahawa orang mahu mendengar dari Khalid dan bukan dia.


Krisis air 


Walaupun Khalid berjuang keseorangan dalam isu Hutang Talam, isu baru iaitu air turut mengancam pentadbiran beliau.


Kini wujud satu krisis ke atas bekalan air bersih di negeri ini. Seorang ahli exco beliau  telah terpaksa mengambil gambar  empangan yang  penuh dengan air dan langsung mendakwa tidak ada krisis air. Tetapi isu ini bukan mengenai air mentah. Ia adalah mengenai merawat air dan keupayaan yang terhad loji rawatan sedia ada untuk membekalkan air yang mencukupi utnuk kegunaan  perindustrian dan permintaan domestik.


Isu air adalah bencana politik yang berpotensi. Dalam partinya sendiri, mereka mengatakan bahawa isu itu tidak akan mencapai tahap sedemikian jika Khalid tidak berdegil dan bersetuju untuk berjumpa dengan pihak yang berkenaan separuh jalan. Ahli-ahli politik kerajaan Selangor berusaha sedaya upaya untuk cover isu Hutang Talam tetapi dalam isu air, mereka tidak mempunyai jawapan yang meyakinkan.


Kerajaan negeri Selangor hari ini wujud dengan populisme, menjanjikan tadbir urus yang baik, ketelusan dan pembaharuan. Ia mempunyai dua hingga tiga tahun yang baik. Tetapi episod orang India miskin yang dilarang masuk hanya di pintu luar pagar merupakan episod buruk dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Persepsi telah wujud bahawa jika kerajaan negeri boleh menyelamatkan pemaju bernilai berjuta-juta ringgit, mengapa begitu sukar untuk membantu golongan miskin di India yang hanya meminta apa yang mereka telah dijanjikan?


"Dalam politik, terdapat 100 hari pertama di mana anda menetapkan keyakinan anda. Kemudian anda melaksanakan dalam dua atau tiga tahun akan datang. Sekarang adalah pusingan terakhir di mana anda mengumumkan pakej akhir untuk membuktikan kepada para pengundi. Tetapi Khalid terlalu sibuk untuk melihat perkara itu, "kata sumber dalaman PKR.


Pentadbiran Khalid semakin menuju ke arah kehancuran. Seperti rakan-rakan Pakatan Rakyat yang di tempat lain, kerajaan negeri Selangor sebahagian besarnya dijalankan pada sentimen anti-Barisan Nasional. Mereka bekerja sehabis baik pada mulanya tetapi selepas lebih daripada empat tahun, permainan benci membenci dan menyalahkan sesama sendiri mula bermain di kalangan mereka sendiri.


Politik kebencian  dan salah-menyalahkan antara sesama sendiri tidak akan pergi jauh dan mana-mana pihak yang berharap untuk menang dalam PRU13 akan datang perlu mempunyai sesuatu untuk meyakinkan pengundi bahawa ia boleh menawarkan politik harapan.


Terjemahan daripada tulisan Joceline Tan di The Star hari ini 22/7/2012 : http://thestar.com.my/columnists/story.asp?file=/2012/7/22/columnists/joceline/11680853&sec=Joceline





APANAMA

Posted: 22 Jul 2012 11:11 PM PDT

APANAMA


We Choose Malaysia

Posted: 22 Jul 2012 03:30 AM PDT

Youths Choose Malaysia

Posted: 22 Jul 2012 02:30 AM PDT

Women Choose Malaysia

Posted: 22 Jul 2012 01:30 AM PDT

i Choose Malaysia

Posted: 22 Jul 2012 12:30 AM PDT

The Unspinners

Posted: 22 Jul 2012 11:10 PM PDT

AZLI SHUKRI

Posted: 22 Jul 2012 11:08 PM PDT

AZLI SHUKRI


Zunar Tak Puas Hati dengar Pakatan Rakyat?

Posted: 22 Jul 2012 08:43 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Julai — Pakatan Rakyat (PR) harus menyediakan ruang bagi golongan artis yang menyertai mereka untuk berkarya kata Zulkiflee Anwar Haque. Menurut Zulkiflee — lebih dikenali dengan nama panggilan Zunar — lagi, seharusnya dengan adanya negeri-negeri yang dikuasai oleh PR seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, masalah dana dan ruang tidak lagi timbul sepertimana yang dilaluinya ketika mula-mula menyertai perjuangan reformasi pada tahun 1998 — selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dari kabinet dan Umno. "Sepatutnya sekarang sudah tak ada masalah sebab PR dah ada empat negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan," kata Zunar kepada The Malaysian Insider

"Masalah dana sudah tidak timbul, ruang untuk buat persembahan atau bekarya pun banyak, tak macam dulu waktu 1998." Sebelum ini Zunar dalam temuramah bersama The Malaysian Insider membidas golongan artis arus perdana yang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya berceramah dan tidak terus berkarya sebagai seniman dan budayawan. Menurut Zunar, PR perlu menyokong golongan artis yang menyertai mereka untuk bekarya."PR kena sokong artis ni bekarya, ceramah kehulu-kehilir tak beri impak besar. "Kita ada Bob Lokman sebagai penulis lirik, Sham Kamikaze boleh buat lagu dan Aisyah pula boleh menyanyi. "Kan mantap tu? Rugi kita biarkan bakat artis ini terpendam dengan ceramah setiap malam," kata Zunar lagi. Sewaktu mula-mula melukis kartun di Harakah — lidah rasmi kepada PAS, Zunar menghadapi pelbagai cabaran seperti menerima teguran dan ada pemimpin-pemimpin PAS yang menghalang beliau untuk terus berkarya. "Pada ketika itu belum pernah ada kartun dalam Harakah, saya yang mulakannya. 

"Ada yang kata pada saya ini (kartun) tak sesuai dengan surat khabar kita (PAS) kerana saya dikatakan menghina ciptaan Allah dan ini merupakah kalimah yang popular pada ketika itu. "Saya melukis kartun hidung besar Tun Dr. Mahathir, memanglah realitinya bukan begitu kerana saya lukis kartun dan bukan potret," kata Zunar. Menurut bekas kartunis majalah Gila-Gila, News Straits Times dan Berita Harian itu lagi, kunci utama untuk golongan artis yang menyertai PR untuk terus berkarya adalah jangan biarkan minda dikongkong oleh parti politik. "Artis seharusnya tidak boleh dikongkong oleh mana-mana parti politik walaupun menjadi ahli kepada parti tersebut. 

"Cuma artis boleh bekerjasama dengan parti politik dalam isu-isu yang sehaluan "Kehadiran kita (artis) dalam perjuangan ini harus membuka satu dimensi yang lain, itu baru artis. "Kalau kita juga di pentas politik, apa dimensi atau kelainan yang kita bawa untuk membantu perjuangan ini?" kata kartunis yang dirampas karyanya oleh kerajaan dengan alasan menganggu ketenteraman awam. Akhir-akhir ini, PAS menerima kemasukkan artis-artis popular seperti Aisyah, Abby Abadi dan Hairie Othman. Sekutu mereka Umno turut disertai artis seperti Jamal Abdillah dan Amy Search.

Alhamdulillah...Akhirnya Baru Kita Faham Tentang Isu Air di Selangor...PKR Penipu Besar!

Posted: 22 Jul 2012 03:52 AM PDT


Video Mirip Anwar Ibrahim

Posted: 22 Jul 2012 03:15 AM PDT


Rosaknya Pemikiran Abby...Nauzubillah Minzalik

Posted: 22 Jul 2012 02:03 AM PDT


Ustaz Kazim Sindir Abby?

Posted: 22 Jul 2012 12:08 AM PDT


ANGIN PERUBAHAN

Posted: 22 Jul 2012 09:47 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Video Kuliah Ustaz Kazim Elias : Ramadhan Ya Ramadhan

Posted: 22 Jul 2012 07:00 PM PDT

Video Ustaz Don : Istimewanya Ramadhan

Posted: 22 Jul 2012 04:00 PM PDT

10 Isu DAP Terhadap Orang Melayu

Posted: 22 Jul 2012 09:30 AM PDT


Kit Siang sudah minta maaf atas kelakuan ini?

(1) 27 Mei 2008 Kit Siang mahu mansuhkan perkataan "Ketuanan Melayu" dan menggantikannya dengan "Ketuanan Malaysia yang kononnya lebih adil.

(2) 16 Februari 2009, DAP usir peniaga Melayu dan penduduk Melayu. Seramai 80 orang peniaga di Batu Ferringhi, Pulau Pinang, Kampung Pokok Asam dan beberapa tempat lain diusir DAP. 

(3) DAP mahu usir orang Melayu di Pulau Pinang. Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting Balik Pulau di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah untuk membina kampus University Nanyang di Pulau Pinang

( 4) Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan Nga Kor Ming (Setiausaha Agung DAP Perak) memijak gambar dua orang wakil rakyat Melayu sebelum memasuki dewan untuk Konvesyen DAP Perak di Ipoh pada 29 November 2009.

(5) 14 Februari 2008, Teresa Kok membantah cadangan DBKL untuk menulis nama jalan dengan tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh). 

(6) DAP menggunakan Nizar Jamaluddin (bekas MB Perak) untuk memberi status hak milik kekal selama 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru. 

(7) 22 Januari 2010, M Kulasegaran (Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, Naib Presiden DAP) mempertikaikan kenapa peniaga Cina tidak diberikan peruntukan dalam skim pinjaman TEKUN.

(8) 20 Jun 2008 ,Gwee Tong Hiang enggan memakai songkok dalam Dewan Undangan Negeri Johor. Menganggap pakai songkok seperti meng"Islam"kannya di hadapan Sultan Johor. 

(9) 26 Julai 2010, Tony Pua mencadangkan kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun tujuh peratus kepada pembeli Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersil dan kediaman mewah yang bernilai lebih RM500,000. 

(10) 25 November 1999, Lim Guan Eng (ketika menjawat jawatan Timbalan Setiauasaha Agung DAP) berjanji akan menghapuskan hak orang Melayu. 

Satu Lagi Produk Khalid Ibrahim Di Selangor

Posted: 22 Jul 2012 08:30 AM PDT


Statistik Pengguna Facebook & Twitter (2004-2011)

Posted: 22 Jul 2012 06:00 AM PDT


Apa Pendapat Anda Dengan Cadangan Nik Aziz Ini

Posted: 22 Jul 2012 03:30 AM PDT


GERAKAN ANTI PKR

Posted: 22 Jul 2012 09:22 PM PDT

PISAU.NET

Posted: 22 Jul 2012 09:04 PM PDT

PISAU.NET


Regim DAP Pulau Pinang Buktikan Mereka Tidak Rasis?

Posted: 22 Jul 2012 06:00 PM PDT

Hari ini sudah 3 hari kita mengerjakan ibadah berpuasa dibulan ramadhan. Seperti setiap tahun semenjak regim DAP memerintah Pulau Pinang kita tidak dapat lari daripada mendengar cerita para peniaga dilayan double standart oleh regim negeri.

Rata ratanya yang dihalau dan diperlakukan bagai rakyat asing adalah peniaga umat Islam. Kes menghalau peniaga bukanlah baru dan 2-3 hari lepas kita mendengar bantahan daripada para peniaga di Jalan Pinang.

Tahun tahun sebelum ini bantahan yang keras daripada para peniaga ini,puncanya akibat tindakan kurang ajar Ng Wei Aik yang semua orang tahu berlagak samseng turun bersama ahli majlis bertindak dengan sombong dan secara kasar menghalau para peniaga ini. Pada waktu itu Ng Wei Aik dihadiahkan dengan balingan beberapa pasang selipar ke mukanya.

Untuk membalas dendam Ng Wei Aik sendiri telah mengeluarkan arahan secara terperinci agar pihak MPPP menghalang para peniaga yang terlibat membaling selipar kearahnya agar diharamkan berniaga. Begitulah hebatnya kuasa pembesar paling berkuasa di negeri Pulau Pinang.:klik sini


Ini amat berbeza sama sekali dengan New Lane,jalan tersebut ditutup untuk lalu lintas semata mata membenarkan para peniaga dikawasan itu berniaga sesuka hati tanpa diambil tindakan.Kenapa? Klik sini


GEORGE TOWN - Para peniaga bazar Ramadan Jalan Penang, di sini membantah tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memindah tapak bazar Ramadan dari Jalan Penang ke Jalan Phee Choon. Wakil peniaga, Abdul Karim Gulam Ali berkata tindakan MPPP itu akan menyebabkan lebih 20 peniaga bumiputera tidak dapat menjalankan perniagaan mereka memandangkan tempat baru yang ditawarkan itu bukan tempat tumpuan orang ramai.

"Sejak 26 tahun lalu, tempat ini (Jalan Penang) menjadi tumpuan tapak warisan tradisional bazar Ramadan tanpa sebarang gangguan serta halangan dari mana-mana pihak. "Tetapi sejak pakatan pembangkang mengambil alih Pulau Pinang, para peniaga bumiputera ditindas dan dianaktirikan. Kami mahu mencari keadilan untuk semua peniaga.

Satu tahun sekali sahaja. Mereka boleh bagi tempat lain seperti 'Little India' kepada kaum lain, kenapa kami orang Melayu (tidak boleh berniaga di Jalan Penang)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata alasan kerajaan negeri bahawa mereka akan menyebabkan kesesakan lalu lintas jika terus berniaga di kawasan itu adalah tidak munasabah kerana masalah kesesakan lalu lintas sudah menjadi lumrah di negeri ini.

Katanya kerajaan negeri kononnya memperuntuk RM6,000 untuk menempatkan para peniaga berkenaan dengan khemah percuma sekiranya mereka bersetuju untuk berpindah, dilihat sebagai satu usaha yang tidak berbaloi kerana kawasan yang ditawarkan itu adalah projek terbengkalai dan kurang tumpuan orang ramai. "Betapa baiknya sekiranya peruntukan RM6,000 itu disalurkan ke kawasan Jalan Penang sebagai ganti untuk memeriahkan suasana bazar Ramadan dengan hiasan lampu berwarna-warni dan lain-lain acara menarik di bulan puasa ini," katanya.

Abdul Karim juga menyifatkan kerajaan negeri pimpinan DAP sebagai "cakap tidak serupa bikin" kerana sebelum ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berjanji mahu mengekalkan tapak bazar Ramadan di Jalan Penang. Beliau berkata MPPP perlu bertindak secara realistik dan rasional sebelum mengambil sebarang tindakan.

Justeru itu, beliau mendesak kerajaan negeri dan MPPP tampil untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi para peniaga bumiputera dengan kadar segera bagi membela nasib dan masa depan mereka. - Bernama
Pisau kata " Regim DAP berjaya buktikan mereka adalah kerajaan rasis chauvanis,ultrakiasu dan double standart.. untung puak PAS sokong DAP ..inilah habuannya.."

Sertai PAS :Abby Dakwa Terlepas Seksaan Kubur Dan Fakir Miskin Di Halau Unit Amal Khawarij.

Posted: 22 Jul 2012 06:35 AM PDT

Korang tengok betapa doktrin khawarij PAS begitu kuat hinggakan kalangan mereka ini anggap politik itu sebahagian daripada agama.Hujah mursidol khawarij si Nik Aziz hinggakan solat pun dikatakan demonstrasi kepada Allah.

Politik sebahagian daripada agama PAS sahaja bukan sebahagian daripada Islam. PAS melacurkan agama,PAS menjadi jalang politik menadah diri habuan selingkohan DAP hinggakan menghalalkan apa saja asalkan matlamat mereka tercapai.

Video dibawah pengakuan Abby Abadi selepas ditarbiah kononnya di padang masyar nanti beliau akan tersenarai sebagai pejuang Islam selepas mengisi borang PAS seumur hidup. Kejahilan Abby begitu terserlah apabila anggap parti politik itu adalah agama baru beliau.Menjadi penganut kepada PAS bererti mereka adalah pejuang fisabillah yang tak lebih menjadi tunggangan DAP.

Pengakuan Abby dipetik dari blog gelombangkick:
"Bukan saya tak nak masuk dari awal, tapi banyak perkara yang saya perlu fikirkan dan saya nak orang lain tahu bahawa agama dan politik memang tidak dapat dipisahkan. Lagipun hadirnya saya malam ini untuk menjadi ahli pas secara rasmi sebab tak nak pemimpin parti tidak berkesempatan melihat saya menjadi ahli,


"Saya tak hantar borang bersama dengan parti, nanti bila saya "disana" saya disoal kata memperjuangkan agama dan takut nama saya tak tersenarai, jadi saya termimpi-mimpi dengan keadaan itu, dan saya rasa sangat bersyukur hari ini saya dapat menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang muslimah yang beragama Islam". Katanya.

Namun itu semua tidak menjadi satu hal yang besar untuk diperkatakan, melainkan merasa kesal dengan pentarbiahan Pas apabila tindakan dua anggota Unit Amal yang secara kasar telah menghalau seorang fakir miskin (berkemungkinan cacat) yang niatnya mungkin cuma ingin berkongsi rezeki di pentas yang sama sepertimana Pas menuba rezeki.

Dapat disaksikan pada rakaman video dibawah seorang lelaki yang dipercayai daif berlalu pergi dengan riak wajah yang terlalu duka beriring tadahan tangan yang hampa. Sangat menyedihkan hal seperti ini berlaku didalam majlis parti yang memperjuangkan Islam dan melaung-laungkan retorik berkebajikan, jika kedaifan didepan mata pun tidak dipedulikan apatah lagi kedaifan yang berada jauh nun disana, renung-renungkanlah Anda Mampu Mengubahnya.....



Pisau kata "ramai yang tak masuk PAS tapi Islam dan beriman jugak.."

Karpal Nafi Cium Mulut Khawarij...

Posted: 22 Jul 2012 01:36 AM PDT

Inilah khawarij,cuba nak tunjukkan diri hebat dibelakang tuan besar mereka. Akibatnya ia mengundang kemarahan Mursidol Am DAP Yang Mulia Karpal Singh.

Sesungguhnya tindakan Nasrudin hingga sanggup berbohong ketika debat bersama Ustaz Fathul Bari membuktikan khawarij PAS hanya berani didepan penyokong sendiri.

Tengok gaya bagaikan pejuang Islam berani mati walhal kerandut telur juak ini rupanya kosong kulit semata mata..Nah Mursidul Am DAP berdehem.. apa juak khawarij berani menyanggah?
Pisau kata " Kalau Karpal mampus pun PAS tetap tak berani lawan cakap bos DAP"

Hot! PKR Dedahkan Regim DAP Halang Pembangunan Rumah Untuk Rakyat.

Posted: 21 Jul 2012 11:11 PM PDT


Semata mata mahu menyelamatkan Lim Guan Eng dan regim DAP maka bohong pun tak apalah asalkan bangsa sendiri dapat dibeli kepercayaan kononnya regim DAP dan tuhannya si Guan Eng maha pengasih kepada bangsa melayu Pulau Pinang.

Apa modalnya.. bukankah sebelum ini heboh diperkatakan di Balik Pulau tanah akan diambil oleh regim DAP untuk membina sebuah universiti wanita liberal.Kemudian mahu menutup kerja menjarah tanah kaum melayu dihalakan tuduhan kepada kerajaan pusat.

Cerita ini tidak berhenti disitu saja, banyak projek perumahan yang membabitkan JKP,Perda dan juga yang berkait rapat pemimpin Umno dihalang,disenarai hitam dan pelbagai macam cara lagi. Hasilnya projek projek rumah murah dan juga banyak lagi projek yang dirancang gagal sama sekali untuk dilaksanakan.

Nah sekarang ini kaldai dan anjing haprak pakatan kononnya mendedahkan tanah yang dibeli oleh sebuah syarikat milik pemimpin Umno dijual kepada syarikat lain untuk mendapat untung yang singkat.

Tanah yang dibeli untuk pembangunan oleh syarikat Maison Height Sdn Bhd langsung tidak menimbulkan isu kononnya pemiliknya dihalau. 31 pemilik tanah Kampung Terang,Balik Pulau TELAH MENJUAL,bukannya dihalau sepertimana yang didakwa kaldai dan anjing haprak pakatan.

Apa yang menariknya pendedahan oleh haprak pakatan tidak pula menyatakan projek projek pembangunan telah di sabotaj oleh kerajaan regim DAP.Sejak Guan Eng memegang portfolio tanah kesemua projek membabitkan pembinaan rumah murah dan juga kos sederhana yang ingin dibangunkan oleh Perda,JKP dan juga syarikat yang membabitkan pemimpin Umno dihalang dengan pelbagai cara.

Akan ada pihak yang otak singkat hanya nampak tanah tersebut dijual kepada pihak lain,sebaliknya mereka gagal sama sekali untuk melihat siapakah yang menghalang syarikat bumiputra untuk membina rumah untuk rakyat.

Inilah hasilnya,Guan Eng dan DAP tidak perlu bersusah payah dengan hanya menggunakan macai,anjing dan kaldai segalanya berjalan lancar.Dalam masa regim menghalau penduduk kampung mereka juga menggunakan melayu melayu haprak yang punyai masaalah kegagalan berfikir untuk menyerang syarikat melayu.

Pisau ucapkan tahniahlah kepada anjing dan haprak pakatan,sekurang kurangnya mereka telah dedah bahawa memang regim DAP menghalang syarikat JKP,Perda dan juga syarikat pemaju bumi membina rumah untuk rakyat.

PULAU PINANG - Dua pemimpin UMNO Pulau Pinang menyangkal dakwaan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Datuk Abdul Halim Hussain mengenai penjualan tanah seluas 4.04 hektar milik penduduk Kampung Terang di Balik Pulau kepada pemaju dengan harga RM13.5 juta pada Mei lalu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar menafikan tuduhan Abdul Halim itu dan menyifatkan ia pembohongan bagi mencari publisiti.

Menurut Omar, dakwaan Abdul Halim bahawa syarikatnya, Aseania Group Sdn. Bhd. (Aseania Group) membuat keuntungan dalam masa empat bulan dengan menjual tanah penduduk pada harga RM13.5 juta pada Mei lalu selepas dibeli dengan harga RM8.5 juta pada Januari lalu adalah tidak berasas.

Ini kerana katanya, syarikat itu membeli tanah terbabit pada 1 Oktober 2010 dengan harga RM22sekaki persegi sebelum menjual pada 10 Januari lalu pada harga RM33 sekaki persegi.

"Kami terpaksa menjual tanah itu kerana mendapat tekanan hebat kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng yang telah menyenaraihitamkan syarikat kami serta tiga syarikat lain iaitu JKP Sdn Bhd, UDA Land dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

"Bagi mengelakkan sebarang masaalah untuk membangunkan tanah itu, kami mengambil keputusan menjualnya kepada pemaju yang berminat bagi mengelakkan terpaksa menanggung kerugian membayar pinjaman bank sedangkan ia tidak boleh dibangunkan," katanya pada sidang akhbar di pejabat Barisan Nasional (BN) negeri di sini hari ini... - UM


Pisau kata " terima kasihlah tolong dedah, selama ni rakyat tak tau banyak projek perumahan untuk rakyat dihalang oleh regim DAP"

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 22 Jul 2012 03:48 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Kit Siang: Hishammuddin Is a Coward

Posted: 22 Jul 2012 03:09 PM PDT

KOTA KINABALU: DAP advisor Lim Kit Siang (pic) has taken Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein to task for his stance over a top Special Branch officer's allegations that Jemaah Islamiah (JI) terrorists and communists are infiltrating PAS and DAP respectively to stand as candidates in the next general election.

"It is the most cowardly, craven and irresponsible response from Hishammuddin Hussein who is proving to be the lousiest Home Minister in the nation's history.

"How can a responsible Home Minister claim ignorance when a top Special Branch officer could go public to make the most damning allegations against federal opposition parties as claiming that JI terrorists and communists are infiltrating PAS and DAP respectively to stand as candidates in the next general election, when there is no basis whatsoever?" he refuted.

Speaking at the Pakatan Rakyat dinner held in Inanam on Friday, Lim regretted that all that Hishammuddin has got to say on the serious allegations by Special Branch's assistant director of the E2 (M) national social extremist threat division head Datuk Mohd Sofian Md Makin, was that he was "not sure" about the alleged infiltration of Islamist terrorists and communists into Pakatan Rakyat.

Hishammuddin was quoted for saying: "I don't have the relevant information at the present moment. Therefore, I cannot say whether it is true or not. I can only say this much, this topic is very sensitive."

Lim asked if this would be Hishammuddin's response if Sofian had publicly alleged that terrorists and communists have infiltrated into Umno, MCA, Gerakan, MIC, and the BN Sabah and Sarawak parties to stand as candidates in the next general election?

"Of course not!" he exclaimed.




He contended that a responsible and diligent Home Minister would have been informed or his approval sought before a top Special Branch officer go off on a rampage against the federal opposition, and that he would be completely clueless what Sofian was saying.

He thus questioned whether Sofian has acted unilaterally and arbitrarily without getting clearance from the Inspector-General of Police and the Home Minister to make the "political attacks" on the Pakatan Rakyat?

"If so, Sofian had not only committed a gross breach of civil service discipline, he is guilty of an anti-national act and should be suspended immediately from his Special Branch position before he could do more mischief!

"No sane or sensible person would believe that Sofian was acting independently on his own bat, like an unguided missile," he said.

He said this was confirmed when Sofian told the press that he had given some 300 talks exposing the security risks represented by Pakatan Rakayat parties which he accused of being " anti-government".

"This would mean Sofian had been poisoning and brainwashing the minds particularly of the students and the young generation of Malaysians with his lies, falsehoods and ridiculous conspiracy theories for may be two years assuming he gives a talk an average if once in three days," said Lim.

He quipped that Sofian is the arch-typical example of a "national social extremist threat" his division is supposed to be monitoring.

"Imagine a Home Minister who does not know what his top Special Branch officer had been doing in public talks for some two years?

"Is Hishammuddin admitting he is the lousiest Home Minister in the nation's 54-year history?" he asked.

- Free Malaysia Today

(Gambar) Nadya 'Octomum' Suleman jadi penari bog3l pula untuk sara 14 anak kembarnya

Posted: 22 Jul 2012 01:31 PM PDT

Beliau baru sahaja selesai berlakon dalam sebuah filem lucah secara solo dalam usahanya untuk membayar bil-bil utiliti dan juga kos membesarkan 14 orang anak kembarnya.

Pada hujung minggu lepas, Nadya 'Octomum' Suleman, sekali melakukan aktiviti-aktivit terdesak demi mengumpulkan wang bagi menyara keluarga besarnya itu. Kali ini beliau menari....sambil berbogel!

Daily Mail melaporkan, ibu tunggal itu menerima bayaran $5000 (RM 15,000) untuk menanggalkan pakaiannya sambil menari di sebuah kelab di Florida Jumaat malam yang lalu.

Membuat penampilannya yang pertama, Nadya "dimandikan" dengan layangan wang sebaik sahaja beliau keluar ke pentas di Playhouse Gentlemen's Club di Miami.




Dibelakang tabir...
Nadya kelihatan agak gementar dengan penampilan pertamanya
Nadya kelihatan agak kekok menarikan aksi-aksi ghairah untuk penonton
Inilah sebahagian dari keluarga beliau
(Bagi menghormati bulan Ramadhan, semua foto-foto yang kurang sesuai tidak akan diterbitkan - Admin)

Penjelasan mengenai kekecohan wang kertas baru sama seperti 'Hell Money'

Posted: 22 Jul 2012 11:01 AM PDT

Dua tiga hari ini, tersebar di Facebook, malahan di blog-blog yang sibuk memuat naik perbandingan antara wang kertas terbaru yang secara rasimnya dikeluarkan pada 16 Julai yang lalu dengan wang kertas Cina atau Hell Money

Menurut laporan Melvister.com, duit Cina yang lebih dikenali sebagai Hell Money itu telah meniru rekaan wang kertas Malaysia yang terbaru setelah rekaan tersebut dipaparkan di dada-dada akhbar dan internet pada akhir tahun 2011. Rekaan wang kertas baru Malaysia itu juga telah pun direka sejak tahun 2005 lagi.

Oleh yang demikian, kemungkinan besar bahawa rekaan duit tersebut telah ditiru oleh syarikat yang mengeluarkan duit cina atau Hell Money terbabit untuk dibakar pada keraian kematian kaum Cina.



If you’re a Muslim, and you’re gay…

Posted: 22 Jul 2012 10:01 AM PDT

…then you do not, cannot, exist. Sorry about that, but that's just how it is.

As it is conventionally practised in Malaysia, there are many things in which Islam is wondrously flexible on. Things such as the amount of alcohol unintentionally present in non-alcoholic food and drinks, the wearing of supposedly curative magnetic bangles, or even whether you can or cannot have hair implants (apparently you can, as long as it's your own hair — thus proving that tautological contortionism remains undead).

However, on being of the homosexual persuasion, there is none. No wriggle room, no ambiguity. No hemming, no hewing.

Same-sex relationships are not allowed. This is not limited to just the guys. Girl-on-girl action is also not allowed. These acts are "haram."

If you're a boy, you cannot dress like a girl. If you're a girl, do not dress like a boy. Those are "haram" too. If you're unsure whether you're a boy or a girl, dress like what it says on your birth certificate.

Now, we all know the story of Lot (Luth) and the cities of Sodom and Gomorrah. Especially the bit where there were these two angels sent down by the Almighty to either see whether there were any good people left in the cities (Old Testament version) or to tell Lot to flee the city of Sodom (Qur'an version), before the two cities were smote with fire and brimstone. Well, okay, we would if we paid attention during religious studies when (or rather, if) those bits were mentioned, or read it up on the Interweb.

To summarise the end result, the cities were razed to the ground partly because the people of Sodom and Gomorrah were hedonistic homosexuals who turned their backs on God and laughed at Lot's attempts to steer them to the Righteous Path. Also, Lot's wife got done in too, even though she wasn't, in so far as anyone could tell, a lesbian.

What that meant, for Muslims (and for that matter the two other Abrahamic faiths), was that as far as the mullahs, priests and other assorted religiously inclined individuals are concerned, there is no ambiguity.




Being gay is then considered deviant and a perversion of the order of nature. An abomination, a despicable sickness. Further, if unchecked, this deviant behaviour has the potential to lead others astray.

In the local context, so widespread is this stance that you won't find a single political party that is willing to stand up for the LGBTs, with the exception of Parti Sosialis Malaysia — who have the total sum of one Member of Parliament (Sg. Siput) and one assemblyman in Selangor (Kota Damansara). But PSM are also fist-clenching communists, so what they think doesn't really count.

Not only will they not stand up for the LGBTs, the politicians (who aren't fist-clenching commies) will have no hesitation in condemning, nay, ostracising the very people they represent, should these people be queer.

The prime minister says you're deviant, and that there is no place for you in the country. The Leader of the Opposition says … ah, well, does it matter what he says? For what it's worth, they're both against same-sex marriage, even though no one here has actually raised the matter.

So there you are, if you're gay, those in positions of power or aspiring to be in positions of power will not open their arms to you. The moral guardians of the day will not embrace you. In fact, should you also be a Muslim, it seems that even God will not help you, for you are an Enemy of Islam.

It doesn't matter that you don't really want to be an enemy to anyone, never mind a religion. You just are, by being what you are.

Oh, so you feel that basic human decency should grant you the right to live as true to yourself as you can be? You're having a laugh. Did you not know that your "condition" is considered a sickness, and that it is a "lifestyle choice"?

What that implies is that since it is a sickness, you can likely be cured. It means that you could possibly get yourself treated. It's a mental sickness, so you can probably see a shrink or two. In addition, you should get yourself to the nearest mullah and get your spiritual compass straightened out.

What's that? You pray five times a day, fast in the month of Ramadan and have been to the Holy City several times and you're still bent as a crowbar? Clearly, you're not doing it right, then.

In addition, you have clearly been influenced by the decadent values of the West, and made a choice in selecting this lifestyle. That's right, it's a choice.

Sorry, you don't think it's a choice? You say that you were born this way? After all, why would anyone choose to have a life where it's a crime to just be in love, where you're constantly afraid that your family and your friends might turn their backs on you if they found out and you feel the need to pretend all the time?

Indeed, why would anyone choose to be like that … unless you're sick, perverted and deviant. You're a reprobate, a recalcitrant and you're nuts. You probably don't like yourself very much, either.

Because you made AIDS happen. The ustaz said you did, oh yes.

So, you see, it doesn't look good for you. No matter how much you protest that you should be treated equally like everyone else. No matter that you consider yourself every bit as useful, as contributing, to the nation. You could be a professional, a doctor, a lawyer, a musician, or even a minister. You might even be those 10 per cent of the workforce that actually pay their taxes.

But if you're Muslim and you're gay, you do not, cannot, exist.

Sorry.

Yusseri Yusoff@The Malaysia Insider

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Astaga..video 'mirip' DS Anwar tersebar di bulan Ramadhan pulak tuh!

Posted: 22 Jul 2012 09:01 AM PDT

Banyak sangat video mengenai DS Anwar ini dikeluarkan. Video CCTV lah, video dalam hotellah, video itu, video ini, semuanya dikatakan super impose dan juga lakonan semula oleh individu yang mirip dengan beliau.

Terbaru, sebuah video, yang dikatakan mirip DS Anwar turut tersebar. Yang mengejutkan adalah, video tersebut disebarkan oleh portal pembangkang sendiri!

Adakah ini satu tindakan menjatuhkan beliau???

Percayakah anda ini DS Anwar Ibrahim atau ianya satu lagi tohmahan yang cuba dilemparkan terhadap insan malang tersebut? Adakah video ini rekaan semata-mata?



p/s: Ambillah aje lah pesanan-pesanan yang baik dari skrip yang dibaca itu, abaikanlah wajah yang membacanya...bersangka baik ajer lah di bulan yang mulia ini..




David Teoh guna Islam sebagai panduan hidup dan perniagaan

Posted: 22 Jul 2012 08:02 AM PDT

DARI seorang ejen jualan langsung menjual barangan dapur,  Mejar (K) David Teo yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG) kini menjadi antara pengarah dan penerbit berjaya di Malaysia.

Susur galur pembabitannya dalam dunia seni bermula apabila dia menerbitkan filem Syukur 21 pada tahun 2000. Biarpun mengalami kerugian mencecah jutaan ringgit, namun semangat juang yang ada dalam diri anak kelahiran Johor ini cukup tinggi.

Kegagalan demi kegagalan ditempuhi sehinggakan satu ketika rakan kongsi bertindak mahu keluar dari syarikat kerana tidak mahu menanggung kerugian. Namun, David Teo atau nama sebenarnya David Teo Chew Huat tetap optimis.

Lima tahun berada di bawah kegelapan sehinggalah filem Rempit dan Jangan Pandang Belakang mengubah segalanya. Kini, David berdiri gah sebagai seorang penerbit dan pengarah yang berjaya.




MW: Boleh David ceritakan mengenai perkembangan terbaru dan apakah filem yang sedang dijalankan kini?

David: Sejak menubuhkan syarikat pada 2000 sehingga sekarang, saya sudah berjaya menerbitkan hampir 80 buah filem dan edaran sudah hampir 35 buah filem. Ini bertepatan dengan perancangan saya untuk menyiapkan 100 buah filem sehingga penghujung 2012.

Kini,  saya sedang menyiapkan filem ke 80 berjudul 2 Kalimah yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Filem ini membariskan buat pertama kalinya gandingan Shaheizy Sam dan Nora Danish.  Pengarah untuk filem ini merupakan orang baru yang merupakan salah seorang daripada 12 Pengarah Muda yang saya cuba lahirkan menerusi Skim Pengarah Baru.  Beliau adalah, Eyra Rahman yang berpengalaman sebagai pembantu pengarah lebih kurang 10 tahun.

Kini, saya sudah ada dua orang pengarah wanita manakala 10 orang pengarah lelaki di bawah skim tersebut. Skim ini diwujudkan bagi tujuan melahirkan pelapis baru untuk pengarah yang sedia ada.

Keutamaan saya mencari pengarah muda adalah memiliki sikap yang baik dan belajar dengan cepat. Selain itu kena ada minat dan kemudian barulah saya melihat kepada pengalaman kerana jika tiada pengalaman mereka boleh belajar. Tetapi jika tiada minat dan sikap yang baik maka tidak dapat menjadi pengarah yang baik.

MW: David dilabelkan sebagai majikan yang baik kerana sering berkongsi rezeki dengan staf.  Bagaimana mendapat idea tersebut, adakah sekadar mahukan nama atau kerana tanggungjawab sebagai majikan.

David: Di dalam syarikat MIG, kami bergerak dalam satu kumpulan dan bukan individu. Kerana itu saya anggap setiap produk yang berjaya adalah hasil dari pasukan yang baik dan juga kerana sehati sejiwa.
Kalau diikutkan, saya dahulu seorang yang tamak dan selalu mengambil kesempatan. Malah,  bos saya dahulu selalu mengajar bagaimana 'mengayat' untuk yakinkan orang untuk membeli produk.

Namun, selepas 20 tahun, saya sedar tamak dan mementingkan diri tidak boleh membawa saya pergi lebih jauh. Malah, saya sentiasa berada dalam ketakutan kerana takut orang tipu, tidak jujur atau makan duit. Perasaan pun tidak gembira dan berada dalam keadaan tertekan.

Sehinggalah, suatu hari saya bertemu seorang ustaz dan dia memberi pandangan menerusi agama Islam. Dari situ saya gunakan untuk panduan hidup saya. Walaupun berbeza agama, namun saya anggap semua ajaran adalah benar dan bagus kerana saya sendiri aplikasikan cara tersebut.

Tetapi saya tidak berubah sekali gus sebaliknya saya guna pendekatan sedikit demi sedikit kerana bukan mudah untuk menukar sikap tamak dalam diri. Ternyata, memberi dan berkongsi rezeki memang banyak perubahan. Staf pun lebih ikhlas dan persekitaran lebih gembira dan perjuangan kami juga boleh dikatakan sehati sejiwa.

Memang nampak cara ini berkesan dan walaupun ada individu menganggap cara saya ini merosakkan trend penerbit kerana orang lain tidak beri tetapi saya beri. Tetapi saya anggap masing-masing punya rezeki dan kesedaran. Biarlah apa orang nak cakap janji saya berubah.


MW:  Bagaimana David menghasilkan sesebuah idea. Melalui pemerhatian, pengalaman, pembacaan atau perbincangan?

David: Saya selalu amalkan pentadbiran yang telus dan tidak ada protokol serta membezakan pangkat atau jawatan. Setiap pegawai baru boleh bertemu dan menyampaikan pandangan mereka kerana saya menggunakan pendekatan berfikiran terbuka dan menerima idea sama ada secara 'face to face' atau melalui laman sesawang seperti Twiter, Facebook dan sebagainya.

Idea selalunya saya peroleh secara spontan. Sebagai contoh, dalam filem Jangan Pandang Belakang, ia lahir ketika saya bersama Piere Andre. Dalam perjalanan dengannya tiba-tiba dia cakap nampak hantu. Terus saya dapat idea untuk terbitkan filem hantu dan minta dia taip skrip dan gabungkan pengalaman yang pernah lalui untuk menghasilkan satu cerita. Tidak sangka filem tersebut 'box office' sehingga melebihi RM7 juta.


Sudah sebati dengan orang Melayu

MW: David lebih suka menerbitkan cerita untuk drama dan filem Melayu, kenapa?

David: Sejak awal lagi, jiwa saya sudah sebati dengan orang Melayu memandangkan ayah saya dahulu tukang rumah orang kampung selain membaiki longkang dan sebagainya. Memang saya sudah biasa dengan orang Melayu, begitu juga dengan kaum lain seperti India dan Cina. Mungkin 'jodoh' kuat dengan orang Melayu dan kerana itu saya menceburi bidang penerbitan Melayu. Kebetulan saya sudah biasa dengan agama dan budaya masyarakat ini jadi mudahlah untuk saya terbabit dalam bidang ini.

Filem pertama saya adalah Syukur 21 dan saya hampir muflis disebabkan terpaksa menanggung kerugian hampir RM3.7 juta. Waktu itu, tiada produksi yang berani buat filem begini dan namun saya tetap ingin mencuba. Mungkin belum  rezeki, saya asyik rugi sehinggalah  ada yang cakap saya tidak sesuai dalam bidang ini.

Bahkan, rakan kongsi juga mengambil keputusan untuk menarik diri. Tetapi saya anggap kegagalan itu banyak mengajar saya untuk menambah pengalaman. Kerana itu saya sanggup berhabisan semata-mata untuk terus berada dalam bidang ini.

Hanya, lima tahun pertama hidup saya dirundung kegagalan dan saya anggap pengalaman tersebut cukup mahal. Segalanya mula berbuah selepas filem Rempit pada tahun 2006 yang menjadi  'box office'.

Kemudian saya terbitkan pula filem Jangan Pandang Belakang dan turut  mendapat untung jutaan ringgit sehingga tercatat dalam Malaysia Book Of Records.

MW: Kualiti atau kuantiti yang dicari oleh David. Boleh komen tentang isu ini?

David: Pada saya, ia satu pandangan subjektif oleh seseorang individu. Kalau ditanya pada saya tentang kualiti, ia tercapai apabila sesebuah filem box office. Tetapi jika diukur melalui seni, memang saya tidak layak kerana saya bukan pakar dalam bidang tersebut.

Lagipun, saya menghasilkan filem bukan untuk juri tetapi untuk masyarakat. Jadi matlamat tidak sama kerana saya mahu masyarakat menilai sendiri dengan membayar RM10 untuk menonton filem saya.

Pada saya, cara sebegini lebih selamat. Dalam perjuangan penerbitan filem sebenarnya mengambil masa yang panjang dan bukan sekadar 'touch n go'.  Jangan hanya baru buat satu filem dengan menggunakan  pinjaman bank, kemudian sudah mahu untung.

Kalau berhasil dan menang  maka untung tetapi bagaimana jika kalah dan diisytiharkan muflis. Banyak penerbit baru tidak faham dan mereka tidak tahu MIG sendiri melalui pelbagai liku sebelum sampai ke tahap sekarang. Namun, kami tidak menggunakan sebarang pinjaman bank kerana itu akan menambahkan masalah yang sedia ada.

Jika tiada duit jangan buat filem dan satu lagi untuk berjaya seseorang itu  perlu berani terima kegagalan dan jangan mengharapkan filem box office kerana itu satu harapan tetapi tiada satu ketetapan. Paling penting, kena ikhlas dan jangan sekadar syok sendiri tanpa menghormati kehendak dan pandangan penonton. Akhirnya penonton akan tinggalkan kita, yang ruginya kita sendiri apabila filem tidak laku. 


MW: Apa pandangan David terhadap pelakon baru sekarang? Adakah mereka benar-benar berbakat atau bersandarkan pada rupa dan glamor?

David: Artis baru sekarang terlalu bernasib baik kerana tidak perlu bersusah payah seperti artis dahulu. Cuma, yang saya kesalkan ada yang boleh diibaratkan seperti kacang lupakan kulit, tidak pernah bersyukur dan seolah-olah terkena kejutan budaya selain tidak berpijak di bumi nyata sehingga lupa asal usul.

Di syarikat MIG, saya turut menerapkan motivasi serta mengenakan larangan tertentu bagi memastikan artis di bawah naungan MIG tidak terbabit dalam kegiatan yang tidak bermoral. Ibarat seorang ayah yang mengenakan larangan tertentu pada anak-anak begitu juga di MIG malah, kami lebih tegas lagi.

Ini kerana, saya mahu menjaga maruah keluarga dan nama syarikat. Memang ada yang tidak selesa dan anggap itu 'personal life' tetapi mereka harus mengikut larangan kerana sekali tersilap langkah maka nama akan busuk.

Kerana itu, saya menyediakan pegawai yang memantau artis setiap masa. Dengan mengamalkan pentadbiran yang betul, maka tidak mustahil, mereka boleh kekal lama dan berjaya serta menjadi ikon kepada masyarakat. Paling penting mereka menjadi kaya dan tidak perlu minta sedekah atau simpati pada mana-mana persatuan apabila tua kelak.

Sinar Harian

p/s : PAS kena rebut David Teoh ni...bonus kalau dapat dia nih!

PAS akui perguna artis untuk tarik penggundi

Posted: 22 Jul 2012 02:34 AM PDT

SHAH ALAM – Pas mengakui memanfaatkan penglibatan artis dalam politik bagi menarik golongan muda untuk terus bersama memperjuangkan politik baru dan sehubungan itu, Barisan Nasional (BN) tidak perlu mempertikaikan perkembangan tersebut.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penglibatan artis dalam politik terutamanya penyertaan mereka dalam Pas telah memberi kesan positif bagi menarik golongan muda bersama pihaknya mengubah kerajaan.

Menurutnya, artis adalah golongan yang mempunyai peminat dan pengikutnya yang tersendiri serta boleh dimanfaatkan dengan tujuan yang baik.

"Ya memang benar penglibatan artis berkesan untuk menarik anak-anak muda pada masa sekarang yang lebih menggemari hiburan dan seni sertai Pas.

"Apa salahnya kita manfaatkan artis untuk menerapkan nilai-nilai murni yang berlandaskan Islam kepada anak muda yang mengikuti golongan tersebut," kata beliau kepada pemberita.

Beliau berkata, Pas tidak pernah menawarkan penglibatan artis dalam politik untuk menyertai Pas, tetapi mereka sendiri mengambil inisiatif untuk berubah menjadi seorang yang mengikut landasan Islam, antaranya menutup aurat.

"Alhamdulillah, penglibatan artis itu bukan kita paksa atau kita ajak, tapi mereka terikut budaya tutup aurat. Golongan muda bersama Pas gembira apabila artis kegemaran berjaya untuk yakinkan mereka dengan Pas telah membawa dimensi baru," kata beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang.

Tuan Ibrahim berkata, kerjaya seni artis tidak dihalang dan mereka perlu bijak memilih sesuatu lakonan dan sebagainya dengan lebih baik selaras dengan budaya yang diamalkan mereka selepas menyertai Pas.

"Artis sudah ada program dan aktiviti sendiri, kami tak halang, malah aktiviti tersebut berjaya menarik golongan muda menyokong Pas dan Pakatan Rakyat (PR)," katanya lagi.

Kelmarin, Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Pas yang dahulu tidak mengemari golongan artis, kini mungkin memerlukan kerjasama artis dalam kempen mereka di Kelantan kerana tertekan dengan kejayaan BN mendekati golongan muda.

Beliau berkata, BN telah berjaya menarik golongan muda menerusi program kesukarelawan 1Malaysia Youth For You (1M4U) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Ahad lepas dan ia memberi tekanan kepada Pas.

Katanya, dahulu di Kelantan persembahan artis termasuk dikir barat dan Mak Yong diharamkan dan Pas juga tidak begitu gemar dengan golongan artis kerana didakwa terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.

Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, penglibatan artis dalam Pas telah memberi kesan kepada golongan muda dan berjaya menarik mereka menyertai parti pembangkang itu.

Katanya, Pas tidak menggunakan artis sebagai jalan menarik golongan muda tetapi mereka secara tidak langsung telah membawa golongan tersebut bersama-sama merubah kerajaan.

"Memang benar artis bagi kesan menarik anak muda sertai Pas dan PR, tapi kami tak ajak mereka sendiri yang datang kepada Pas.

"Barisan Nasional (BN) tak sepatutnya prejudis tentang perubahan ini, biar kami buat cara kami dan mereka buat cara mereka," katanya.

Mahfuz berkata, walaupun artis telah menyertai Pas, namun pejalanan seni mereka tidak akan terbatas tetapi akan menjadi salah satu perubahan kepada industri seni tanah air.

Sinar Harian

Blogger bengang, gaji tak berbayar!

Posted: 22 Jul 2012 01:26 AM PDT

Kelemahan pentadbiran pejabat sebuah parti politik di sini menyebabkan seorang kakitangannya mendakwa masih belum menerima tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370.

Jumlah itu membabitkan jawatan sebagai Pegawai Khas dan Ketua Unit IT sejak kirakira tiga tahun lalu yang turut berperanan sebagai pengendali blog.

Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, berkata, dia menerima surat pelantikan pada 13 Mei 2008 dengan gaji bulanan sebanyak RM3,000.

Bagaimanapun, pejabat terbabit membayar kurang RM1,000 setiap bulan.

Menurut bapa kepada tiga orang anak ini, pada asalnya tunggakan baki gajinya berjumlah RM38,000 dengan mengambil kira 38 bulan gaji.

"Namun, selepas pengurusan pejabat berkenaan diambil alih oleh individu lain awal tahun lalu, gaji saya ditahan bermula Mei 2011 tanpa sebarang notis dan alasan," katanya yang tampil ke pejabat Sinar Harian, di sini semalam.

Ahmad Faisal berkata, dua bulan selepas itu, dia dinasihatkan berhenti kerja, namun dia memberi syarat hanya berbuat demikian sekiranya semua tunggakan baki gajinya dijelaskan.

"Setelah saya mendesak, barulah mereka jelaskan sebahagian daripada jumlah berkenaan iaitu RM11,330 yang diserahkan 20 Disember tahun lalu, termasuk kiraan bayaran penolakan jumlah hutang yang saya pinjam sebelum ini iaitu RM2,300.

"Tetapi baki jumlah RM24,370 lagi masih tidak dijelaskan kerana mereka memberi alasan sudah ditolak daripada beberapa peralatan di bawah penjagaan saya sebelum ini," katanya.




Bagaimanapun, katanya, dia tidak berpuas hati kerana penolakan itu tidak mengambil kira susut nilai barangan diambil; antaranya, tiga buah komputer riba, sebuah kamera kompak dan beberapa peralatan lain yang mempunyai nilai kecil.

"Kalau mereka mahukan kesemua peralatan terbabit saya bersedia memulangkannya semula tetapi mereka menggunakan alasan itu untuk tidak membayar gaji saya.

Peniaga bazar ramadhan diperhambat MPPP kerana mereka Melayu!

Posted: 21 Jul 2012 11:01 PM PDT

Sekumpulan Melayu yang cuba meneruskan tradisi berniaga pada bulan Ramadhan di Jalan Penang, mempersoalkan tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang memindahkan mereka dari Jalan Penang ke Jalan Phee Choon yang bukan kawasan tumpuan orang ramai.

Alasan MPPP adalah, Bazar Ramadhan di Jalan Penang akan menyesakkan jalan raya, sewajarnya diterima dengan tenang dan berlapang dada. Walaupun untuk para peniaga dan penjaja Cina, MPPP sangat sudi menutup dan melencongkan jalan semata-mata untuk membolehkan mereka berniaga, manakala peniaga-peniaga India pula boleh berniaga dengan senang hati di Little India, yang Melayunya kenalah berpuas hati kerana dipindahkan ke kawasan yang tidak sesak dan tidak menyesakkan.

Semua itu dilakukan berdasarkan kepada WARNA KULIT, RAS KETURUNAN, dan AGAMA YANG DIANUTI.

Telah menjadi pegangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kalau ianya melibatkan Melayu-Islam, maka ia mestilah ditindas dan dianaktirikan. Justeru, orang Melayu-Islam di Pulau Pinang, tidak perlu bersuara apa-apa. Terima sahajalah apa yang ada dan disediakan oleh Kerajaan Lim Guan Eng.

Perlu diingat, Melayu-Islam Pulau Pinang hanyalah berguna untuk mengundi DAP dengan bantuan Melayu PKR dan PAS sahaja. Lebih daripada itu, Melayu-Islam Pulau Pinang tidak mempunyai sebarang hak.

Jadi, tak perlulah menuntut yang bukan-bukan. Kalau Lim Guan Eng kata, tak boleh berniaga, tak boleh berniagalah. Kalau Guan Aik kata, pindah, maka Melayu-Islam kena cepat-cepat sembah kepala lutut ADUN Komtar itu dan ucapkan terima kasih kepadanya!

Takkanlah benda semudah itu pun tak faham-faham lagi?

TFK

Guan Eng kencing imam-imam daerah di Pulau Pinang

Posted: 21 Jul 2012 10:29 PM PDT

BUKIT MERTAJAM 21 Julai - Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta menunaikan janji yang dibuat ketika kempen Pilihan Raya Umum 2008 iaitu untuk menaikkan elaun para imam masjid daerah daripada RM500 kepada RM1,000 sebulan.

Ketika membuat gesaan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Padang Lalang di sini, Abu Osman Sirun, 59, berkata, pada masa itu Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri telah berjanji menaikkan elaun iman masjid daerah kepada RM1,000 setiap seorang, jika pakatan pembangkang memerintah negeri ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, sampai sekarang janji untuk menaikkan kadar elaun berkenaan tidak ditunaikan.

"Saya mendengar keluhan daripada 12 iman masjid daerah yang masih tidak menikmati kenaikan elaun tersebut dan ini membuktikan Kerajaan DAP Pulau Pinang berbohong.




Utusan

p/s : Apa yang bertambah baik di Pulau Pinang ini? Mansor kata guru-guru KAFA dan Imam-imam masjid semua dapat kenaikan elaun...hanya kata-kata saja yang dapat ditelan...!

Soo Wincci cuba berpuasa sepanjang Ramadhan

Posted: 21 Jul 2012 09:31 PM PDT

Soo Wincci, nama yang kian meningkat naik selepas menyertai program realiti amal, MasterChef Selebriti Malaysia kini semakin diminati terutama dari kalangan penonton Melayu.

Setelah melancarkan CD Pop Melayu pertamanya, Terus Teranglah, ratu cantik dan penghibur ini mula mendekatkan diri bersama komuniti Melayu dengan berusaha untuk berpuasa sepanjang Ramadhan.

"Ramai di kalangan rakan-rakan dan peminat Cina yang ingin tahu serta pelik berkenaan keputusan saya ini.

"Tetapi saya ingin hidupkan semangat bersama rakan-rakan saya yang berbangsa Melayu," kata Soo.

Berpuasa pastinya sesuatu yang mencabar bagi mereka yang baru hendak mengamalkannya.

Namun, ia tidak menjadi penghalang kepada Soo apabila dia berusaha untuk mendapatkan tips dari rakan-rakan berbangsa Melayu serta dia telah mula mengurangkan pengambilan makanan dan mengamalkan pengambilan kurma.

Selain itu, Soo juga tidak menjangkakan yang dia telah mendapat tempat di hati peminat Melayu setelah dia berjaya menjadi salah seorang finalis MasterChef Selebriti Malaysia.

Soo yang berusia 27 tahun merasakan perubahan itu sesuatu yang sangat drastik.

"Disebabkan MasterChef, ramai orang mula mengenali saya dan tahu saya juga seorang penyanyi.

"Ini merupakan batu loncatan bagi saya dan membantu memperbaiki penggunaan Bahasa Melayu saya," ujar Soo.

Dia yang merupakan 'Miss Malaysia World 2008′ mengatakan yang dia gemar mendengar lagu Melayu seperti lagu Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti.

Pada masa yang sama, Ajai menjadi tulang belakang yang penting apabila dia merupakan komposer dalam pembikinan kesemua empat lagu dalam album tersebut.

Nampaknya, Soo yang berbangsa Cina dan bukan beragama Islam berusaha untuk berpuasa, bagaimana dengan anda?

Semoga Soo seronok menjalani bulan Ramadhan ini bersama rakan-rakan serta peminatnya.

- Mynewshub

p/s : Lepas ni Salahuddin Ayub boleh la risik-risik Soo Wincci kot kot nak menganut parti PAS. Bukannya apa, Salahuddin kerap teruja dengan sikap sesetengah artis yang berubah menjadi muslimah dan mereka-mereka ini baginya, patut berjuang dalam politik, bukan hiburan...

Bob Lokman sudah bersedia untuk jadi calon PRU13

Posted: 21 Jul 2012 08:00 PM PDT

ROMPIN – Bekas pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman tidak menolak kemungkinan menjadi calon Pas pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya diarahkan pucuk pimpinan tertinggi parti itu untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, Bob berkata, pemilihannya sebagai calon PRU itu bersyarat di mana beliau hanya akan bertanding jika Pas ketandusan calon di sesuatu kawasan hingga memaksanya memikul amanah tersebut.

Menurutnya, keputusan itu selaras dengan tuntutan fardu kifayah yang meminta perkara wajib dilakukan sebahagian masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam.

"Dalam hukum memang macam itu. Kalau sudah tiada orang, saya sanggup jadi calon kerana ia adalah satu kewajipan perlu dilaksanakan," katanya kepada Sinar Harian semasa Ceramah Umum di Markas Pas Kampung Mentara.

Bob berkata, beliau yakin kepimpinan Pas mempunyai lebih ramai calon layak berbanding dirinya yang terlalu kerdil dan belum layak menjadi calon parti itu.

"Saya dapati Pas mempunyai ramai pemimpin layak untuk diketengahkan menjadi calon PRU. Biarlah mereka dicalonkan kerana mereka lebih sesuai dan berkelayakan," katanya.

Ditanya pandangannya mengenai sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) sebelum menjelangnya PRU13, Bob yakin terdapat peningkatan ketara pengundi menyokong parti itu.

Menurutnya, PR diramal berjaya menawan beberapa negeri lagi berdasarkan trend pengundi masa kini yang inginkan perubahan politik dalam negara.

"Kalau tidak menang semua pun, kami tak akan kalah semua. Saya lihat politik hari ini jauh berbeza berbanding dahulu. Sejak saya tiba di Pahang, Johor dan tempat majoritinya Barisan Nasional (BN), sudah ada petanda betapa ramainya penyokong PR di negeri-negeri tersebut," katanya.

Nasaruddin tak percaya Karpal sudah berubah pendirian...tak berubah pun sebenarnya

Posted: 21 Jul 2012 07:18 PM PDT

SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas , Nasrudin Hassan Tantawi mempertahankan kenyataannya bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh pernah secara terbuka menyatakan hasrat sedia mempertimbangkan pelaksanaan hudud.

Katanya, kenyataan itu dibuat Karpal sewaktu Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) kali ke-2 di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang, 19 Disember 2010.

Nasrudin dengan tegas menyatakan beliau tidak menipu, tambahan pula kenyataan Karpal itu turut disaksikan ribuan ahli dan pemimpin PR di konvensyen tersebut.

Beliau juga memberikan bukti bahawa kenyataan Karpal boleh dilayari menerusi You Tube bawah tajuk, Karpal Singh: Pakatan Rakyat Convention 2010 (Part 2) (http://www.youtube. com/watch?v=Mvin2nVQg0& feature=youtube_ gdata_player).

"Pas akan tetap memperjuangkan Islam dan hudud sebahagian daripada perjuangan kita. Pas tidak terikat dengan sesiapa. Orang lain boleh bercakap dan menarik balik apa yang diucapkannya. Jika Karpal menafikannya, itu terpulang kepadanya," katanya.

Khamis lalu, Nasrudin mendakwa Karpal mengubah pendiriannya yang sebelum ini tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu ketika berdebat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat dalam sesi Debat Sinar anjuran Sinar Harian.

Karpal dalam kenyataan di sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam menafikan dakwaan Nasrudin, beliau pernah membuat kenyataan seumpama itu sekali gus bertegas tidak akan bertolak ansur serta kekal untuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud.

Karpal berkata, itu bukan pendiriannya sahaja tetapi juga adalah ketetapan DAP.

Menurutnya, isu hudud tidak terbuka dengan mana-mana rundingan serta apa jua bentuk perbincangan.

Saya tak mahu bayar gaji buta pada CEO Syabas - MB Khalid

Posted: 21 Jul 2012 06:43 PM PDT

PETALING JAYA - Tindakan Kerajaan Negeri mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) adalah profesional demi kepentingan pengguna semata-mata dan bukannya bermotif politik. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, langkah itu dilakukan untuk memastikan kira-kira dua juta rakyat Selangor mendapat air terawat mencukupi pada harga munasabah, tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

"Walaupun saya ahli politik, saya seorang profesional. Tujuan saya (hasrat ambil alih pengurusan Syabas) bukan untuk menyalahkan sesiapa, tetapi menyelesaikan masalah pengguna.

"Kita tidak boleh ditanya pengguna kenapa (masalah air) tidak selesai, kenapa Syabas, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan salah?

Pengguna cuma hendak air bersih, paip mesti ada air dengan harga terbaik," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pembeli rumah kos rendah di blok E di PJS 1, di sini, semalam. Hadir sama, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Ir Iskandar Abdul Samad serta Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan kononnya Syabas memanipulasi krisis bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk mengelirukan rakyat. Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan gaji Pengerusi Eksekutif Syabas yang didakwa tidak munasabah dengan tugas yang dilaksanakannya.

"Saya tidak mahu bayar gaji Pengerusi Eksekutif Syabas dengan harga RM400,000 sebulan kerana tidak buat kerja. Saya tak boleh bagi gaji buta. Sebelum 2008, mungkin boleh, tetapi sekarang tak boleh. Kalau tidak saya suruh rakyat semua pergi ke rumah dia, tuntut duit itu sebab saya mahu rakyat dapat value for money," katanya.

Kelmarin, Abdul Khalid dalam satu kenyataan berkata, Kerajaan Negeri akan mengemukakan cadangan pemecatan Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Cadangan itu dibuat selepas mereka didakwa tidak hadir memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Pemantauan Syabas.

Dalam perkembangan berasingan, Abdul Khalid menyelar Ketua Biro Profesional Muda MCA, berhubung tuduhan mengaitkan Kerajaan Negeri membayar RM100 juta lebih mahal, berbanding RM42 juta seperti yang didakwanya sebelum ini untuk membeli tanah daripada Talam Corporation Bhd (Talam).

"Sebagai profesional, saya sudah minta akauntan bertauliah untuk buat rekod (audit) itu. Apabila siap esok, bincanglah. Kalau saudara Chua pandai, pandailah, tetapi jangan buat nombor bergerak-gerak daripada RM42 juta kepada RM100 juta atau RM1000 juta.

"Itu politik MCA. Kita mentadbir negeri secara profesional. Jadi tunggulah, hasil kajian akauntan bertauliah. Kalau beliau tak faham esok, akauntan itu akan terangkanlah. Jadi bayarlah pada akauntan kos untuk menerangkan," katanya.

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 22 Jul 2012 03:09 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Guru Hitam Jadik Agen Pembangkang...

Posted: 22 Jul 2012 03:41 AM PDT


PAS Cakap TAK Serupa Bikin Laaa.....

Posted: 21 Jul 2012 10:00 PM PDT



Abby Abadi Gerenti PANAASS Bila Video Klip Percutian Di China Ini Mula Tersebaarr...

Posted: 21 Jul 2012 04:56 PM PDT

Baru pakai tudung dah nak jadi Ustazah...?? Dengar nasihat dari Ustaz Kazim pada video klip dibawah ini...

Pengikut