Selasa, 22 April 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 22 Apr 2014 03:12 PM PDT

Dia tidak ke mana-mana. Dia tidak boleh ke mana-mana. Dia di situ hingga akhir usia di sebuah kawasan terpencil, diasingkan malah dibuang masyarakat akibat stigma dan salah faham.

Di situ rumahnya, di situ juga nisan dipacak. Dia, bersama teman-teman senasib yang lain; mereka tidak memiliki apa-apa selain hubungan persahabatan yang kekal hingga ke akhir hayat. Itulah satu-satunya harta mereka, harta yang tidak mampu ditukar ganti dengan wang ringgit.

Begitulah lazimnya kisah seorang penghidap kusta di sebuah daerah sunyi, mengharap kasih manusia dan menanggung rindu tak terperi.

Saya melangkah ke daerah ini dengan penuh tanda tanya dan bingung. Nyata betapa jahilnya saya mengenai tempat ini sejak sekian lama hidup di bumi Malaysia. Terasa betapa saya tidak bertanggungjawab dan tidak peduli pada sekelompok masyarakat yang telah lama terpinggir.

Saya berasa amat sedih kerana tidak melakukan sesuatu sebelum ini. Walhal, kusta bukan perkara baharu pernah saya dengar. Saya mendengar perkataan itu sejak kecil. Saya hanya tahu bahawa kusta ini penyakit 'makan orang'. Orang yang menghidap kusta perlu dijauhi kerana berjangkit kononnya.

Tidak kurang juga ada saranan dalam agama supaya menjauhkan diri dari penyakit kusta. Dengan pemahaman demikian, saya senang hati menyamakan kusta seperti penyakit-penyakit berbahaya yang lain tanpa saya ketahui bahawa di sini, di Sungai Buloh, sekumpulan insan penghidap kusta terasing dan, paling menyanyat hati, dipisahkan dari anak-anak darah daging sendiri. Kini, usia menghambat mereka tatkala kasih belum bertaut kembali.

Lembah Harapan: Penempatan kusta Sungai Buloh

Sungai Buloh. Di sini ada sebuah kawasan khas dibuka bagi menempatkan pesakit-pesakit kusta sejak 16 Ogos  1930 oleh kerajaan British. Tanah seluas 200 hektar ini diberi gelar Lembah Harapan (Valley of Hope). Ia merupakan pemukiman kedua pesakit kusta terbesar di dunia. Kini, sekitar 200 penghuni sahaja yang masih menetap, berbanding 2000 pesakit yang pernah direkodkan pernah menjadi warga Lembah Harapan ini.

Enakmen Kusta 1926 yang diluluskan Inggeris mengkehendaki sesiapa yang menghidapi kusta diasingkan. Mereka juga dilarang menggunakan pengangkutan awam, menginap di hotel atau pun menggunakan kemudahan awam. Ia bertujuan mengelak penyakit itu dari menular lebih-lebih lagi kerana keterbatasan kemudahan rawatan dan ketiadaan vaksin yang sempurna.

Sebelum pesakit kusta dimukimkan ke Lembah Harapan, mereka ditempatkan di beberapa kawasan berasingan di seluruh negara, antaranya di Setapak, Kuala Lumpur (dibuka pada 1893); Pulau Ketam, Klang; Pulau Serimbun, Melaka (1860); Pulau Jerejak, Pulau Pinang (1871); Pulau Pangkor Laut, Perak (1903); Tumpat, Kelantan; Tampoi, Johor Bharu (1927); Rajah Charles Brooke Memorial Hospital, Sarawak (1925); dan di Sungai Buloh. Mereka hidup dalam keadaan yang serba kekurangan, daif dan sengsara.

Sebaik Lembah Harapan dibuka dengan rasmi pada 16 Ogos 1930 oleh Dr Gordon Alexander Ryrie, Penguasa Perubatan pertama di Tanah Melayu, semua penempatan kusta di negeri dan kawasan terbabit ditutup manakala pesakit kusta sedia ada dipindahkan seluruhnya ke Lembah Harapan.

Seperkara yang unik, penghuni Lembah Harapan membentuk komuniti majmuk yang saling lengkap melengkapi dan wajar menjadi suri tauladan buat warga Malaysia. Mereka terdiri dari masyarakat Cina, Melayu, India, Serani, Siam dan sebagainya. Kini, banyak di kalangan mereka telah pun meninggal dunia dan sebahagian yang sembuh telah keluar membina hidup masing-masing.

Pada hari ini, yang masih kekal di Lembah Harapan ialah beberapa chalet kecil kediaman bekas pesakit kusta yang semakin hari semakin usang bersama deretan gerai menjual bunga-buangaan, kompleks kesihatan, wad bagi pesakit dan bekas pesakit kusta yang masih mendapatkan rawatan.

Tempayan Retak

Posted: 22 Apr 2014 09:33 AM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 9:33 PG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Cakap-cakap Disebalik Anwar Tarik Diri Tanding Presiden PKR

Posted: 21 Apr 2014 10:14 PM PDT


Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR Datuk Johari Abdul dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya sebentar tadi mengumumkan bahawa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu menentang isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail

Katanya lagi JPP telah menerima surat berkenaan minggu lalu daripada Anwar tentang perkara ini tapi hanya umumkan sekarang disebab beberapa perkara berlaku termasuk kematian Karpal Singh.


Mengikut cakap-cakap di sebalik perkara ini sebenarnya adalah sebahagian daripada percaturan untuk menyekat Timbalan Presiden, Azmin Ali bertanding jawatan presiden.

Pertembungan antara Wan Azizah dan Azmin telah lama berlalu dan banyak cadangan daripada kumpulan Azmin untuk meminta dia bertanding dan menerajui PKR. Azmin dikatakan berhati-hati dalam hal ini.

Apabila berlaku pula pertembungan antara Azmin dengan Khalid Ibrahim dimana Khalid menyatakan dia akan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, Azmin ketika balik daripada Mekah sekadar menjawab dia akam membuat keputusan nanti.

Azmin dilihat lebih cenderung untuk bertanding Presiden dan tidak akan mengekalkan jawatannya.

Che'gu Bard dalam Facebook membuat kenyataan membenarkan maklumat bahawa Azmin memang bersedia untuk bertanding Presiden PKR.


Kenapa Anwar Perlu Bertanding lawan Wan Azizah??
Siapa yang akan cabar Presiden?

Kita tahu Khalid Ibrahim dah nyaata bahawa dia akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR. Tinggal Azmin sahaja yang  mampu bertanding jawatan Presiden atau dia kekal lawan Khalid.

Azmin melihat tersempit.

Kenapa Anwar dilihat pula tergesa-gesa membuat kenyaataan akan bertanding Presiden selepas dia didapat bersalah atas tuduhan liwat II. Mengikut pendapat Anwar memintas sebelum Azmin mengumumkannya.

Anwar dikatakan mungkin hilang kelayakan jika beliau menang ekoran sabitannya dan hukuman penjara lima tahun bagi tuduhan liwat.

Karpal Singh sebaliknya meletakkan jawatan sebagai pengerusi DAP sementara menunggu rayuan mahkamah selepas didapati bersalah atas tuduhan menghasut dan didenda RM4,000 dan sangat bercanggah dengan Anwar yang pula menyatakan nak bertanding.

Mengikut

Akta Pertubuhan 1966, Di bawah Seksyen 9A (1) ( b ), seseorang tidak boleh menjadi atau kekal memegang jawatan dalam pertubuhan yang berdaftar jika disabitkan dengan apa-apa kesalahan dan didenda tidak kurang daripada RM2,000 atau hukuman kepada penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun.

Ada perkara pelik disebalik tindakan Anwar ini.

Ada juga yang berpendapat Anwar sebenarnya cuba menyelamatkan Wan Azizah daripada ditandingi oleh Azmin dalam perebutan Presiden PKR.

Anwar dan Azmin juga dilihat banyak perbezaan dalam membawa hala tuju PKR. Anwar lebih selesa PKR diterajui Wan Azizah daripada Azmin kerana bila Azmin mempunyai kuasa Azmin boleh membawa hala tuju yang berbeza dengan beliau...

Apakah Azmin akan berdiam atau Azmin sebenarnya seorang yang sangat bijak berpolitik pasal itu dia masih kekal bersama dengan Anwar... Kalau tak jadi macam yang lain-lain... dah lebih 2 dozen menghilang meninggakan Anwar.....




Fatwa Baru BN: Tolak Hudud Tak Apa Bagi Orang Islam!

Posted: 21 Apr 2014 05:54 PM PDT


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam Malaysiakini Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang mengingatkan orang ramai (termasuk Islam) bahawa menolak hudud bukan bermaksud "menentang undang-undang Islam dan prinsipnya".

 "Ia persoalan sama ada praktikal melakukannya dan patutkan melepaskan prinsip dalam perlembagaan persekutuan," katanya.


UMNO membisu dan membiarkan komponen dalam BN untuk membuat kenyataan berhubung dengan hukum agama Islam.
 
Sebelum ini Tan berkata jika desakan ke arah pelaksanaan hudud di Kelantan berjaya dilakukan melalui Parlimen, ia akan mencetuskan "krisis perlembagaan" di negara ini. Langkah itu akan membentuk "dua set undang-undang jenayah" di negara Malaysia, tambahnya.

Kita tunggu komen Mufti dan bijak pandai agama UMNO. Adakah mereka akan membisu?



Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


HIMPUNAN BANTAH GST 1 MEI : TIADA PERUBAHAN TEMPAT.

Posted: 21 Apr 2014 08:10 PM PDT

Barisan Nasional

Barisan Nasional


tunku

Posted: 22 Apr 2014 03:47 AM PDT

tunku


No Trade Pact To Be Signed During Obama Visit, Says Mustapa

Posted: 22 Apr 2014 01:50 AM PDT

Minister of International Trade and Industry, Datuk Seri Mustapa Mohamed, has indicated that no trade agreement will be signed during US President Barack Obama's visit but a lot of issues will be discussed to strengthen bilateral relationship.

He said Obama's visit to Malaysia, the first by a US president since President Lyndon Johnson in 1966, would discuss various issues including economic, defence, education and entrepreneurship.

"It's an opportunity for us to share our issues and challenges of concern," he told reporters after officiating the American Malaysian Chamber of Commerce's (AMCHAM) new office here today.

Also present were US Ambassador to Malaysia, Joseph Y. Yun and AMCHAM President Sanjeev Nanavati.

Yun said Obama visit showcased the strength of the bilateral relationship of Malaysia and the US.

He said the visit would enhance mutual cooperation in various fields, such as educational exchanges, diplomacy, regional collaboration and partnership in trade and investment.

Meanwhile, Sanjeev said, the visit was significant in many ways as the ties between both countries were improving amid the efforts from the current administration of Prime Minister Najib Tun Razak.

"The foundation of the relationship is the investment and trade ties. The visit will help strengthen it and give a further impetus to the foundation," he said.

Obama's visit on April 26 to April 28 was part of the US leader's tour to Asia which includes Japan, South Korea and the Philippine.

Who Will Be PKR's New Deputy President?

Posted: 21 Apr 2014 05:03 AM PDT

While the Parti Keadilan Rakyat (PKR) number one position is seeing an unprecedented husband-wife contest, the party's number two post too is being closely watched.

All eyes are on who will be the party's number two, who will work with the president in achieving the party's mission and vision.

Looking at the candidate list for the deputy president's post where a number of heavyweights have also joined in the fray, it appears that it will be an uphill battle for incumbent Mohamed Azmin Ali to maintain his position for another term.

Mohamed Azmin, the three term vice president since 2001, won the deputy president post in 2010 after defeating Perak PKR Chairman Mustaffa Kamil Ayub.

A FOUR-CORNERED FIGHT

Other than Mohamed Azmin, the other three contenders who have offered themselves for the post are party Secretary General Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim and Hulu Selangor division member Datuk K. Ramachandran.

In fact it would have been a more crowded field if another contender party vice president Tian Chua and former Puchong division chief S. Murali had not withdrawn from the race. Chua and Murali announced on Thursday, the last day for candidates to withdraw, that they are withdrawing from the race.

At the crosshairs of politial pundits and observers are Abdul Khalid and Saifuddin who are seen as the formidable opponents for Mohamed Azmin.

Local political blogs seem to be more preoccupied with the clash between Mohamed Azmin and Abdul Khalid, seen as a clash between political clout and credibility.

Even before the race started talks were rife that both leaders cannot see eye to eye, and this was agreed by PKR's Director for Strategy Rafizi Ramli.

"The clash between Mohamed Azmin and Abdul Khalid is an open secret...and this is something unhealthy. It does not help the people," said Rafizi in a press conference on Tuesday.

WHO IS REALLY INFLUENTIAL?

Looking at the line up, one will then ask who is the most influential of them all?

A senior lecturer in political science from Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu Che Hamdan Che Mohd Razali views Mohamed Azmin as the one being most influential compared with the other three.

Nonetheless, he said, Abdul Khalid's challenge cannot be taken lightly due to his stronghold in Selangor, and being the man largely credited for the success of the PKR-DAP-PAS pact in the state in the 13th General Election.

"Azmin is seen influenial within PKR's circles, but Khalid has made a name for himself in Selangor due to his able leadership. The others are minnows who will just split the votes," he said to Bernama.

Early this month Saifuddin teamed up with PKR's Vice President Nurul Izzah Anwar and Rafizi, but is reported to face a tough road in the race for the number two position.

Saifuddin believes his contributions to the party, even while he was the Machang member of Parliament, will be serve as his report card to be evaluated by party members.

Abdul Khalid was reported saying on Wednesday that the trio posed no serious challenge to him and he remained unperturbed.

While Mohamed Azmin, who is also the Gombak Member of Parliament had left it to the PKR members to decide on his position.

Mohamed Azmin and Saifuddin joined PKR in 1999 while Abdul Khalid came in 2007.

CAN AZMIN STAY PUT?

Looking at the fact that two deputy president contenders were party strongmen, the question remains whether Mohamed Azmin could defend his position?

A lecturer with Universiti Sains Malaysia's Social Science Department Prof Dr Ahmad Atory Hussain predicts the state assemblyman for Bukit Antarabangsa will not be able to defend his seat.

This is due to his poor performance and the problems that he created within PKR ranks, he says, adding that the fact that he has fallen out of favour with party president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail further reduced Azmin's chances.

"It is a known fact that, Wan Azizah favours Khalid and this means he has better chances of winning.

"I also see that the party's defacto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is set to throw his support to Saifuddin, making it more difficult for Azmin in maintaining the status quo," he said.

Nonetheless, all contenders have their own strengths and strategies and thus it will be interesting to wait and see the outcome of the party's new line-up on May 13.

Ohpolitik!™

Posted: 22 Apr 2014 03:46 AM PDT

Ohpolitik!™


RASULULLAH SAW TUNDUK KETIKA LALU JENAZAH YAHUDI - ANWAR IBRAHIM

Posted: 21 Apr 2014 08:39 PM PDT



Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas golongan yang mempersoal tindakan memberi penghormatan kepada mendiang Karpal Singh.

Benarkah Rasulullah SAW 'tunduk' ketika lalu jenazah Yahudi seperti yang didakwa Ketua Pembangkang itu atau hanya sekadar omongan Anwar sahaja?

Jawapan:
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Hadis tersebut adalah sahih, muttafaq alaih. Lafaznya seperti berikut:
Sahl bin Hunaif dan Qees bin Saad melaporkan: Sesungguhnya Nabi SAW dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia adalah jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: "Tidakkah ia satu jiwa?".
Direkod oleh Bukhari (no: 1250) dan Muslim (no: 961).

- Hadis ini menunjukkan digalakkan berdiri apabila ada jenazah melintasi kita, samada jenazah itu Muslim ataupun kafir. Cuma ada pendapat ulama yang mengatakan ia mansukh.
Berdiri karena jenazah
• Hadis riwayat Amir bin Rabiah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Apabila kalian melihat iringan jenazah, maka berdirilah menghormatinya sampai iringan jenazah itu lewat meninggalkan kalian atau sampai diletakkan dalam kubur. (Shahih Muslim No.1590)
• Hadis riwayat Jabir bin Abdullah ra., ia berkata:
Ada iringan jenazah lewat, lalu Rasulullah saw. berdiri menghormatinya dan kami ikut berdiri bersama beliau. Kemudian kami berkata: Wahai Rasulullah, jenazah itu adalah jenazah Yahudi. Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya kematian itu menggetarkan, maka jika kalian melihat iringan jenazah, maka berdirilah. (Shahih Muslim No.1593)

Apakah ada di antara rujukan-rujukan di atas, sama dengan dakwaan Anwar Ibrahim?

Dan, apakah ada dakwaan Anwar Ibrahim yang sebenarnya tidak ada dalam rujukan-rujukan di atas?

Apakah ada perkataan 'tunduk' di dalam hadis??
Wallahualam..
Sumber: Dr MiM

DUNIA POLITIK : BIASA POLIS DIMINTA SIASAT, TAPI KINI KERAJAAN DAP PULAU PINANG SIASAT POLIS!!

Posted: 21 Apr 2014 06:52 PM PDT


Dunia Politik Sekarang semakin pelik. Biasa kita dengar Polis diminta siasat, tapi kini berhala DAP Pulau Pinang pula nak siasat polis. Kau siapa nak siasat orang? Atas kapasiti apa kau nak siasat orang. 

Tidak cukupkah penggunaan Dewan Sri Pinang? Tidak Cukupkah Penghormatan 'State Funeral'? Tidak cukupkah kibaran bendera separuh tiang? Tidak cukupkah penonton bola di Stadium PP dipaksa bertafakur sebelum permainan bermula semasa perlawanan Pulau Pinang menentang PDRM?



Ironinya mana polis ciptaan DAP dan PAS mahupun PKR? 

Bukankah ini Polis DAP? Dimana mereka?

Dimana Unit Amal yang sentiasa beramal menjaga trafik dan keamaan semasa ceramah politik Pakatan?

#PRKBukitGelugor : SPR Tentukan Tarikh Khamis ini #MalaysiaNews

Posted: 21 Apr 2014 06:09 PM PDT


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara berkaitan kerusi Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada Khamis ini.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata SPR menerima makluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 11 pagi ini berhubung kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gelugor berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh.

Mesyuarat khas itu akan diadakan di ibu pejabat SPR di Putrajaya dan diikuti sidang media oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, katanya dalam kenyataan hari ini.

Karpal Singh, 74, maut dalam kemalangan pada 1.10 pagi di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak. Turut terbunuh dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadi mendiang, Michael Cornelius.

Pada pilihan raya umum Mei 2013, Karpal Singh menang kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon BN, Teh Beng Yeam.

- Bernama

bumiyang

Posted: 22 Apr 2014 03:06 AM PDT

bumiyang


Anwar Sahkan PKR Parti Anak-Beranak???

Posted: 22 Apr 2014 12:30 AM PDT

Saifuddin Nasution Selamatkan Diri Sendiri - Mazlan Alimin, Mustafa Ali dan Editor Harakah Bakal ke Penjara???

Posted: 21 Apr 2014 07:25 PM PDT

Sahabat-Gunung

Posted: 22 Apr 2014 02:07 AM PDT

Sahabat-Gunung


Salam Perpisahan Dari Baihakki Khaizan

Posted: 21 Apr 2014 06:34 AM PDT


Kepada sahabat-sahabat penyokong JDT.

Baihakki Khaizan akan berada di Padang Sri Gelam untuk kali terakhir.

Marilah kita bersama dengan beliau bagi memberi beliau semangat sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bagi kepada bekas kapten kita. Farewell.


Tarikh : 24hb April 2014
Venue : Padang Sri Gelam

Jam : 8.00 pagi.

Aspirasi Bangsa

Posted: 22 Apr 2014 01:50 AM PDT

Aspirasi Bangsa


Banjir kilat di Serdang.. betul ke tiada unsur rasuah??

Posted: 21 Apr 2014 06:19 AM PDT

Taipingmali (tm)

Posted: 22 Apr 2014 01:49 AM PDT

Taipingmali (tm)


PKR Kesal Dan Akui Felda Tidak Pernah Jual Minyak Mentah Kepada Israel

Posted: 21 Apr 2014 11:33 PM PDT

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan rasa kesal dan mengakui serta menerima bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak atau menjalankan sebarang perniagaan dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik Israel, sebaliknya urusniaga penghantaran minyak mentah tersebut .

Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Felda berkata, ini berikutan penghakiman persetujuan antara plaintif Felda dan defendan iaitu Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, yang membawa persetujuan yang mana terma-termanya membawa kepada pengakuan kesal PKR, mengakui dan menerima bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak mentah kepada Israel sebaliknya ia dihantar kepada Palestin.

"PKR telah menyatakan rasa kesal dengan dua artikel yang ditulis dan dicetak itu yang merujuk kepada Felda. PKR juga mengakui dan menerima bahawa  Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd telah pada Mac 2010 mengantar minyak mentah ke Palestin dan bukan Israel serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.

"Untuk makluman, pada tahun 2012 akhbar milik PKR, Suara Keadilan telah mencetak dan menerbitkan dua artikel yang bertajuk Dua Ribu  Himpun Bantah Felda Jual Minyak Ke Israel dan BN Jangan Tipu Rakyat pada edisi Suara Keadilan bertarikh 27 November yang menuduh Felda menjual minyak mentah kepada Israel.

"PKR juga telah menarik balik segala imputasi yang telah dibuat dan akan dibuat oleh artikel berhubung perkara tersebut yang telah diterbitkan di dalam Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang lalu," jelas beliau kepada UMNO-Online ketika di temui di Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, penghakiman persetujuan ini juga telah direkodkan tanpa apa-apa pengecualian terhadap liabiliti atau kebertanggungjawaban oleh PKR dalam mengeluarkan kenyataan sepertimana yang dikeluarkan di dalam akhbar milik PKR, Suara Keadilan.

Tambahnya, ini adalah selaras sepertimana penjelasan yang diberikan oleh Datuk Ahmad Maslan yang ketika itu merupakan Menteri yang bertanggungjawab menjaga Felda, di mana Felda menghantar minyak mentah untuk kegunaan masyarakat di Palestin dan bukannya Israel sepertimana yang dituduh oleh Suara Keadilan.

"Dengan adanya penghakiman persetujuan hari ini maka ia jelas membuktikan bahawa  segala tuduhan terhadap Felda berhubung penjualan minyak kepada Israel hanyalah semata-mata fitnah yang dilakukan pembangkang dan akhbar-akhbar milik pembangkang," tegasnya.

Sementara itu menurut  beliau, berhubung saman malu Felda terhadap enam defendan lagi iaitu Mazlan Aliman, Datuk Mustapha Ali, Ahmad Lutfi Osman, Taufik Yahya, Mohamad Arif Atan, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, yang mana keenam-enam defendan ini merupakan ahli Pas dan juga pemegang jawatan di dalam parti Pas, penerbit kepada akhbar Harakah,ketua pengarang dan juga pencetak akan tetap diteruskan oleh Felda.

"Dan hakim hari ini juga telah menetapkan tarikh 30 April ini sebagai hari keputusan berhubung saman malu Felda terhadap keenam-enam defendan tersebut.

"Bagimanapun setakat ini Pas dan Harakah masih lagi senyap membisu seribu bahasa dan kita ternyata-tanya apakah kedudukan dan keputusan yang akan mereka ambil disebabkan keputusan penghakiman hari ini, di mana rakan sekutunya PKR telah menyatakan rasa kesal serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjalankan sebarang urus niaga dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik negara tersebut," akhiri beliau.

Hadith Pun Anwar Nak Kelentong

Posted: 21 Apr 2014 10:42 PM PDT




Kemenangan calon calon PKR sudah diketahui lebih awal.

Posted: 21 Apr 2014 10:13 PM PDT



Presiden Parti - Wan Azizah
Timbalan Presiden - Saifuddin Nasution
Naib Presiden - Nurul Izzah
Naib Presiden - Rafizi Ramli
Naib Presiden - ?
Ketua Wanita PKR - Rodziah Ismail
Ketua AMK - Nik Nazmi

Rata rata mengetahui bahawa Anwar Ibrahim akan merengkok selama 5 tahun di dalam penjara kerana kesalahan Meliwat. Justeru itu jawatan presiden PKR sekali lagi perlu digalas oleh isterinya iaitu Wan Azizah. Namun percaturan kali ini nampaknya lebih menarik apabila Saifuddin Nasution bakal menang kerusi Timbalan Presiden PKR. Saifuddin Nasution dijangka menewaskan Azmin Ali dengan bantuan Khalid Ibrahim yang mana undi Azmin Ali akan susut dan memberikan kelebihan besar buat Saifuddin Nasution yang terang terangan berkempen dan mendapat restu dari Anwar Ibrahim.

Percaturan yang dilakukan Anwar Ibrahim ini adalah kerana mahu menfaatkan kelebihan Saifuddin Nasution yang kita tahu mempunyai hubungan yang amat baik dengan sekutu berpengaruh dari dalam UMNO. Malah Johari Abdul yang merupakan pengerusi Lembaga Disiplin parti PKR juga merupakan sekutu rapat kepada Saifuddin Nasution. Jadi tidak hairanlah kita bila Johari Abdul mengeluarkan kenyataan Azmin Ali dan Saifuddin Nasution bakal berdepan dengan tindakan tatatertib yang mana kita sudah tahu bahawa hanya Azmin Ali seorang sahaja yang akan dikenakan tindakan Tatatertib manakala Saifuddin akan bebas.

"Masa depan bersama" yang dibawa oleh team Anwar Ibrahim ini akan tercapai dengan sokongan dari dalam rumah UMNO. Anwar Ibrahim tidak mahu Azmin Ali untuk menerajui PKR kerana beliau tahu Azmin Ali tidak akan membiarkan Legasi keluarga Anwar Ibrahim terus berada di dalam PKR terutama Nurul Izzah. Malah Azmin Ali pasti akan membiarkan Tubuh batang Anwar Ibrahim merengkok di dalam penjara. Saiffudin Nasution harapan besar buat Anwar Ibrahim dan apa yang pasti semua ini telah pun dibincangkan dan diatur lebih awal tanpa kita sedari bahawa komplot untuk memastikan Kem Anwar Ibrahim terus subur.

Sebab itu kita dapat lihat Saifuddin Nasution bergerak dalam kempennya bersama sama dengan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan sokongan dari akar umbi PKR juga memperlihatkan matlamat PKR adalah untuk terus membela Anwar Ibrahim menidakkan kenyataan awal Azmin Ali sebelum ini yang menyatakan PKR bukan parti milik Anwar Ibrahim.

Tidak hairanlah pada MAC lalu Saifuddin Nasuttion dan Johari Abdul berkunjung ke rumah sahabat baik mereka yang merupakan pemimpin UMNO yang cukup berpengaruh. Perancangan sudah diatur demi memastikan Anwar Ibrahim terus bebas dan mencapai cita citanya mahu UMNO digulingkan.

Fahami slogan "Masa Depan Bersama"

SAHAM AIR RAKYAT SELANGOR?

Posted: 21 Apr 2014 05:31 PM PDT

Rancangan pemberian saham air kepada rakyat yang diumumkan dalam Manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada Mei 2013 akan diteruskan selepas penstrukturan semula industri air selesai sepenuhnya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata hasrat itu diyakini akan dapat dipenuhi kerajaan negeri, namun tiada sebarang jangka masa ditetapkan untuk pelaksanakannya.

"Sudah dapat baru kita umumkan kerana Kerajaan Negeri sudah berjanji pada Mei tahun lalu iaitu selepas selesai penstrukturan air, kamu akan kenalkan saham air kepada rakyat.

"Tetapi tiada tempoh masa ditetapkan kerana kerajaan negeri perlu pastikan penstrukturan air ini selesai terlebih dahulu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Temasya Seni Silat, Senjata dan Warisan Melayu Selangor di Dataran Kemerdekaan, di sini.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut memaklumkan perjanjian untuk menyusun semula industri air di Selangor adalah terikat dan tidak boleh dibatalkan kerana kedua-dua kerajaan pusat dan negeri komited untuk melaksanakannya.

Katanya perjanjian itu dengan jelas menyatakan kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri dengan Selangor mesti melaksanakan apa yang dijanjikan dalam memorandum persefahaman (MoU) untuk meluluskan projek loji rawatan air Langat 2.

Pada masa yang sama, katanya kerajaan persekutuan memberi Kerajaan Selangor kuasa untuk mengambil alih pengurusan merawat dan membekalkan air kepada lebih tujuh juta penduduk di Lembah Klang dan Putrajaya.

"Kerajaan Negeri mewakili rakyat Selangor dan keputusan ini dilakukan untuk 'value for money'.

"Kita ingn memastikan loji rawatan air itu dibina dengan sebaiknya kerana kita memerlukan itu tetapi ia perlu dilakukan dengan pemahaman bahawa kita mendapat harga, teknologi dan cara terbaik," katanya lagi.

Belantan

Posted: 21 Apr 2014 11:56 PM PDT

Belantan


Adakah Anwar jadi rujukan Dinasti Lim untuk menyatakan pendirian mengenai hudud?

Posted: 21 Apr 2014 07:02 PM PDT


Selepas ketiadaan bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, tumpuan kini beralih kepada siapa di dalam parti itu yang akan menentang pelaksanaan hukum hudud Pas.

Umum mengetahui selama ini hanya Karpal yang begitu lantang bersuara membantah cadangan Pas itu.

Sebagai seorang ahli politik yang mempunyai prinsip sendiri, Karpal tidak bermuka-muka dalam menyatakan pendiriannya meskipun mengetahui kesannya terhadap kesepakatan dalam pembangkang.

Keberanian serupa tidak mungkin dapat dilihat daripada mana-mana pemimpin DAP termasuk penasihatnya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung parti itu yang belum disahkan, Lim Guan Eng.

Di sebalik pelbagai desakan banyak pihak supaya Dinasti Lim itu menyatakan pendirian, mereka sebaliknya selesa memilih untuk membisu.

Pilihan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dalam isu besar dan kontroversi seperti hudud, berdiam diri adalah lebih baik daripada bersuara yang boleh menyebabkan mereka hilang sokongan.

Adalah mustahil untuk mereka mendedahkan diri kepada sesuatu yang tidak menguntungkan meskipun tindakan itu mungkin dilihat seolah-olah mempermainkan ahli-ahli parti sendiri.

Nampaknya untuk tempoh lebih lama, ahli-ahli DAP tidak mungkin akan mengetahui secara rasmi pendirian Dinasti Lim berhubung hasrat pelaksanaan hukum hudud Pas.

Ahli-ahli DAP ketika ini hanya boleh bergantung kepada ketegasan Karpal dalam menolak hukum itu yang perlu terus dihidupkan di sebalik kehilangan ahli politik berkenaan.


Bagi Pas pula, ketiadaan Karpal meskipun satu kehilangan besar rakan sekutu tetapi mengurangkan tekanan terhadap hasrat melaksanakan hukum Allah SWT itu.

Hilangnya suara lantang Karpal yang menentang hasrat Pas itu turut membawa maksud hilangnya imej buruk kepada kesepakatan dalam pembangkang.

Pas tidak perlu gusar dengan Dinasti Lim kerana sangat menyedari baik Guan Eng mahupun Kit Siang tidak akan bersuara kerana bimbang hilang sokongan ahli-ahli parti itu.

Malah, pengaruh Dinasti Lim dalam isu hukum hudud ini boleh dikatakan langsung tidak ada kerana dalam kalangan ahli Pas terutama di Pulau Pinang, rata-ratanya sangat yakin Guan Eng dan Kit Siang tidak akan menghalang.

Tidak dapat dipastikan sama ada keyakinan itu datangnya daripada jaminan yang diberikan Dinasti Lim sendiri atau menerusi pemimpin-pemimpin Pas.

Tetapi inilah yang dipegang mereka iaitu Dinasti Lim sebenarnya bersama-sama Pas dalam pelaksanaan hukum hudud.

Namun, dalam meyakini perkara itu, mereka juga berasa hairan kerana sehingga kini Dinasti Lim tidak pernah menyatakan pendirian rasmi.

Lebih menghairankan mereka apabila dalam kalangan ahli DAP pula mendakwa Dinasti Lim tidak pernah bersetuju dengan hasrat Pas itu.

Apatah lagi ketika ini kesemua 38 Ahli Parlimen DAP termasuk yang beragama Islam dikatakan tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian berkaitan hudud yang akan dibentangkan Pas di Dewan Rakyat kelak.

Adakah Dinasti Lim tidak bersama-sama dengan Ahli-ahli Parlimen daripada partinya sendiri?

Perkara ini mencetuskan tanda tanya besar mengenai kejujuran Guan Eng dan Kit Siang terhadap kesepakatan dalam pakatan pembangkang.

Bagaimana mungkin dua pemimpin utama parti itu boleh didakwa bersetuju dengan hasrat Pas melaksana hukum hudud tetapi dalam masa sama tidak menghalang hasrat 38 Ahli Parlimen partinya menentang di Parlimen kelak? Siapa yang sedang dipermainkan Guan Eng dan Kit Siang ketika ini?

Ahli-ahli Pas dan DAP berhak bertanya perkara ini kerana Dinasti Lim tidak boleh bersetuju dalam dua perkara yang jelas bertentangan.

Persoalannya, adakah Guan Eng dan Kit Siang mempunyai keberanian untuk menyatakan pendirian mereka. Jika berani, siapa yang mereka akan pilih untuk dikhianati?

Suara Politik
Belantan

MH192 : Tayar pecah punca patah balik?

Posted: 21 Apr 2014 12:20 PM PDT

Beginilah keadaan tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanan pesawat MH192 yang pecah, semalam yang mengakibatkan juruterbang terpaksa membuat pendaratan cemas di KLIA.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bangalore, India terpaksa membuat pendaratan cemas di sini pagi tadi selepas salah sebuah daripada tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanannya pecah semasa berlepas.

Pesawat jenis B737-800 yang dijadualkan tiba pada pukul 11.35 malam semalam di Bangalore itu terpaksa berpatah balik ke KLIA selepas dimaklumkan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (ATC) bahawa terdapat serpihan tayar ditemui di landasan.

MAS dalam kenyataannya berkata, pusat kawalan trafik dengan segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi (OCC) MAS pada 10.25 malam, kira-kira 16 minit setelah pesawat itu berlepas bagi memaklumkan kerosakan yang berlaku.

"Pesawat ini yang berlepas dari KLIA ke Bangalore pada pukul 10.09 malam semalam, selamat mendarat semula di lapangan terbang yang sama pada pukul 1.56 pagi tadi, membawa 159 penumpang dan tujuh krew pesawat.

"Pesawat ini terpaksa berpatah balik selepas pihak ATC memaklumkan terdapat serpihan tayar di landasan dan dengan segera OCC dimaklumkan berhubung keadaan itu. Berikutan keselamatan penumpang menjadi keutamaan pihak MAS, pesawat ini diarahkan untuk berpatah balik," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, semua penumpang dan krew pesawat selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semua penumpang kemudian telah dibawa ke hotel berdekatan sebelum menaiki pesawat berikutnya dari KLIA ke Bangalore pada pukul 3.30 petang hari ini.


Dalam pada itu, jelas kenyataan tersebut, sebaik sahaja pesawat itu diarahkan berpatah balik, Unit Menyelamat Kebakaran Lapangan Terbang (AFRS) telah dikerahkan bagi langkah berjaga-jaga.

"Pihak MAS memohon maaf terhadap kesulitan yang dihadapi oleh penumpang pesawat ini.

"Semua penumpang telah dibawa ke tempat penginapan berdekatan sementara menunggu penerbangan MH192 yang dijadualkan semula untuk berlepas dari KLIA pada pukul 3.30 petang ini dan dijangka tiba pukul 5 petang pada hari sama," katanya.

Pesawat itu diterbangkan oleh juruterbang, Kapten Nor Adam Azmi bersama pembantu juruterbang, Prakash Kumar.

Sementara itu, Siasat segala kemungkinan - Hishammuddin!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta menyiasat segera sebarang kemungkinan termasuk berlakunya unsur sabotaj dalam kejadian yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) sejak kebelakangan ini termasuk yang terbaharu melibatkan MH192 yang terpaksa berpatah balik ketika dalam perjalanan ke Bangalore, India, awal pagi ini.


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu perlu dilihat dari pelbagai sudut termasuk segala kemungkinan yang timbul berhubung kejadian yang menimpa MAS termasuklah kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan ke Beijing, China.

"Biarpun MAS di bawah Khazanah Nasional, namun pihak kami mahukan satu laporan lengkap disediakan secepat mungkin. Ini kerana sudah banyak insiden menimpa MAS termasuk kes kehilangan MH370 dan laporan itu perlu diserahkan kepada kementerian ini dan Kabinet pada Rabu ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini awal pagi ini selepas menemui krew dan penumpang pesawat MH192.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Malaysia Airports, Tan Sri Bashir Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Hishammuddin memuji kecekapan juruterbang MH192, Nor Adam Azmi Abdul Razak, melaksanakan tugasnya dengan profesional dalam memastikan kesemua 166 penumpang dan anak kapal selamat, semasa mendarat cemas.


"Walaupun keletihan, para penumpang sempat meluahkan rasa kagum mereka terhadap kecekapan juruterbang sehingga berjaya mendaratkan pesawat dan kesemua penumpang terselamat. Perkara ini diluahkan semasa saya berjumpa dengan mereka dan mereka amat berterima kasih kepada juruterbang pesawat itu,'' katanya.

Nor Adam Azmi dan pembantu juruterbang, Prakash Kumar bagaimanapun enggan ditemu bual pemberita dan meninggalkan tempat itu bersama Hishammuddin.

Nor Adam dilihat tersenyum ketika Hishammuddin memakaikan topi juruterbang ke kepalanya sebagai tanda penghargaan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menyiasat segala kemungkinan termasuk unsur sabotaj seperti yang dimahukan oleh Hishammuddin.

"Kita akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menyiasat perkara ini," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Persidangan Tahunan Interpa di Kuala Lumpur, hari ini.-UMO

Suara Politik
Belantan

Raja Bomoh buat hal lagi!

Posted: 21 Apr 2014 12:06 AM PDT


Biarpun sudah ditegur pihak berkuasa, Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin, masih lagi menjadi tumpuan berita. Baru-baru ini beliau dilihat membuat upacara "pembersihan" di sekitar lebuh raya KM306.1 di Lebuh raya Utara-Selatan.

Lebuh raya tersebut mendapat perhatian kerana MP Bukit Gelugor, mendiang Karpal Singh telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan di jalan raya tersebut.

Malaysian Insider laporkan bahawa Ibrahim membuat upacara pembersihan untuk membuang roh-roh dari kawasan tersebut. Menurut laporan tersebut, Ibrahim menyatakan bahawa kawasan Gua Tempurung tersebut terkenal dengan kawasan gangguan roh.

Pengguna media sosial telah mengutuk tindakan Ibrahim dan ramai yang menyuruh pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap beliau.

Suara Politik
Belantan

oyabun

Posted: 21 Apr 2014 11:47 PM PDT

oyabun


AMARAN DARI TIAN CHUA : Dr. Mahathir Dah Tumbang, Kini Giliran Najib...!!! KDN Nak Berpeluk Tubuh Lagi Ke?

Posted: 21 Apr 2014 12:20 AM PDT


Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang mengulangi pendiriannya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sekali lagi.

Beliau yakin majoriti rakyat Malaysia akan turut sama memberikan tentangan serupa seperti reformasi pada 1998.

"Pada 14 April lalu, saya ditahan polis dan telefon bimbit saya dirampas kerana kononnya saya terlibat dalam aktiviti menghasut rakyat untuk menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri.

"Saya ingin ulangi pendirian saya sekali lagi. Saya yakin majoriti rakyat akan bersama saya. Kalau berani perdana menteri Najib penjarakan Anwar, kita akan bangkit, jatuhkan Najib," katanya di hadapan kira-kira 1,500 hadirin dalam himpunan Reformasi 2.0 di Kuala Lumpur, malam tadi.

Chua yang juga lebih dikenali sebagai Tian Chua menulis di Twitter @tianchua pada bulan lalu Najib akan digulingkan dalam tempoh lima bulan.

Susulan daripada tulisan itu, polis merampas tablet dan telefon bimbit milik Chua ketika beliau sedang menyertai satu mesyuarat di Hotel Armada, Petaling Jaya.

Katanya, operasi pada jam 7.30 petang itu dijalankan di hadapan umum oleh sepasukan polis berpakaian preman yang membawa waran geledah.

Chua berkata, pada zaman pemerintahan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, rakyat membuktikannya sendiri dan sejarah itu perlu diingati.

"Kita pernah menunjukkan rekod kita. Saya disumbat di dalam (Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), di Kamunting selama dua tahun tetapi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), gas pemedih mata, kekerasan dan penindasan tidak akan dapat menahan kebangkitan rakyat.

"Dengan kebangkitan rakyat ini, Dr Mahathir juga tumbang dan inilah hakikat yang kita ingin ingati. Kita akan pertahan dan bangkitkan untuk jatuhkan Najib kalau berani penjarakan Anwar," katanya.

Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memberi gesaan sama anak muda akan bangkit menentang kezaliman.

Katanya, himpunan menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei ini bakal menjadi saksi gelombang kebangkitan anak muda.

"Amaran saya kepada Najib dan Mahathir. Kalau kamu berani penjarakan Anwar sekali lagi, percayalah cakap saya bukan seratus, bukan seribu, berpuluh-puluh ribu anak muda akan lawan sampai Umno tumbang.

"Bersiap sedia tunggu arahan. 1 Mei kita jumpa di jalan raya. Bila-bila masa, mereka berani penjarakan Anwar, kita turun ramai-ramai tumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN). Insya Allah," katanya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan awal bulan ini, Pakatan Rakyat (PR) akan turut serta dalam himpunan membantah GST 1 Mei ini dan memberi sokongan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkannya.

Katanya, ratusan ribu orang akan menyertai himpunan kemuncak ini setelah rakyat saban hari terus dibebani dengan kenaikan harga barang berterusan dengan GST yang akan diperkenalkan pada tahun depan.

"Himpunan ini akan berlangsung di sekitar Kuala Lumpur antara jam 2 hingga 5 petang dan kemudian bergerak ke Dataran Merdeka," katanya.

Wasabi Oyabun..

The Unspinners

Posted: 21 Apr 2014 11:33 PM PDT

The Unspinners


Rumah Anwar buat tahlil malam Jumaat untuk si kafir harbi Karpal?

Posted: 21 Apr 2014 10:53 PM PDT


Depa punya sembah macam Karpal Singh tu pejuang Islam...




Ali Tinju nak lompat ke Pakatan? Perjuangan mak dia!!! Kaki duit ...

Posted: 21 Apr 2014 02:00 AM PDT


Orang macam Ali Tinju begini yang kuat mengampu dan menjilat hanya membuat orang menyampah. Asal ada orang memberi teguran baik untuk kerajaan dia nak pertahankan dan hentam sembrono..Atas ni cium sampai berbongkok mencium Datin Seri Rosmah.

INi bukan membantu tapi menjahanamkan UMNO. Ketika UMNO leih terbukka pada pandangan dan teguran, ada pulak nak tahan orang dari bersuara. Bersalam cara begini hanya mengekalkan budaya feudel dalam UMNO yang orang muda dah meluat.

Rosmah cukup pandai dan bbijak untuk tahu dia pengampu tapi lain kali harap tarik tangan cepat-cepat. Harap Rosmah korek cerita ALi Tinju dalam blog askar setia ... tahulah betapa ngarut mamat bekas askar ini sebenarnya.

Dengarnya Ali Tinju ini pembodek belaan seorang ahli dalam PMO yang kalah PRU tai kononnya pakar strategi. Betul ke?

Sangat tak bijak kerana khabar terkini ALi Tinju dan persatuannya mahu mengugut duit untuk ke Pakatan Rakyat pula. Khabarnya Selangor banyak duit...


Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 21 Apr 2014 11:31 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DONG ZONG BERPECAH DUA

Posted: 21 Apr 2014 09:06 PM PDT



Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Dong Zong (Gabungan Jawatankuasa Persatuan Sekolah Cina ) iaitu Bock Tai Hee berkata , kepimpinan organisasi telah berpecah kepada Pasukan A dan Pasukan B , dengan setiap perancangan untuk berpindah kepada undi tidak percaya di pihak yang lain dalam persidangan 11 Mei.

Menurut Bock, berita dalaman mengenai Dong Zong berpecah adalah mendukacitakan dan mahu Presiden Yap Sin Tian membuktikan ia salah seperti ' Saya mahu perpaduan di dalam pergerakan pendidikan Cina dikekalkan '

Bercakap pada forum " Cabaran yang dihadapi Pendidikan Cina ", di segamat, Johor, pada sabtu malam, Bock menegaskan bahawa apa yang masyarakat Cina mahu adalah penyatuan Dong Zong dan tidak salah satu yang berlaku pertikaian seperti sebuah parti politik.

Pendidik Cina yang telah berkhidmat dengan Dong Zong untuk tiga dekad sejak 1981, yang namanya enggan didedahkan mengetuai pasukan B tetapi beliau bercakap dia masih mengambil berat mengenai organisasi.

Beliau menegaskan bahawa dalam tempoh sepuluh tahun sejak Yap mengambil alih tampuk pentadbiran, Dong Zong didapati dijauhkan oleh pertubuhan – pertubuhan Cina lain seperti Jiao Zong, (Jiao Zong (Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina) dan Gabungan Persatuan Alumni Sekolah Cina Malaysia, dan Kuala Lumpur dan Dewan Perhimpunan Cina Selangor.

Beliau berkata selain membawa perjuangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pendidikan Cina, Dong Zong perlu bekerja keras untuk mendapat penerimaan dan sokongan lebih ramai orang Melayu dan India " Seperti sekolah –sekolah Cina bukan untuk cina sahaja tetapi untuk Negara dan semua rakyat."

Sementara itu, Yap berkata beliau tidak mengetahui tentang sebarang perpecahan dalam organisasi tetapi akan melihat kepada dakwaan tersebut.

Setiausaha Agong Dong Zong, Poh Chin Chuan menolak bercakap mengenai perpecahan, mengatakan wujudnya perbezaan dalam kepimpinan adalah normal.

Menurut Nanyang Siang Pau , saingan Yap merancang untuk berpindah undi tidak percaya terhadap beliau dan Timbalannya Chow Siew Hon pada mesyuarat akan datang, manakala pemimpin sejajar dengan Yap dan Chow akan cuba untuk membuang Poh dan beberapa orang lain yang memegang jawatan penting.

#tolakgst: BILA TAK TAHU GST, SALAHKAN KERAJAAN !

Posted: 21 Apr 2014 08:43 PM PDT


Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan mula diperkenalkan mulai 1 April 2015 berdasarkan pembentangan bajet 2014 oleh YAB Perdana Menteri. Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan telah diluluskan Dewan Rakyat pada 7 April lalu. Sebelum itu Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 pun telah diluluskan Dewan Rakyat.

Ramai yang dikelirukan dengan fitnah dan tohmahan pihak yang tidak faham lagi tidak bertanggungjawab mengenai GST kononnya GST adalah cukai baru yang akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak sekaligus mengakibatkan peningkatan kos sara hidup rakyat.

Tuduhan liar mengenai GST disebabkan apabila orang yang tak faham dan orang yang selalu buat perkara tak betul dalam perniagaan bersama-sama menentang perlaksanaan GST. Mereka dibantu pula oleh para politikus yang berkepentingan dan rasa terancam dengan pelbagai program ekonomi kerajaan.

Puak-puak ini lebih suka jika negara mundur dan rakyat hidup susah. Kerana disebalik kesusahan rakyat itulah mereka dapat cari pengaruh dan populariti. Kerana dengan cara menghasut dan membohongi rakyat mereka dapat sumber rezeki menjadi YB atau memegang apa-apa jawatan dalam NGO's.

Jadi apa yang baiknya GST ini?
  • Pengenalan GST sebagai instrumen cukai baru akan menyebabkan Akta-Akta seperti Cukai Jualan 1972 (Akta 64) dan Cukai Perkhidmatan 1975 ( Akta 151) yang dikuatkuasakan oleh pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) selama ini dimansuhkan sama sekali mulai 1 April 2015.
  • Cukai Jualan 10% dan Cukai Perkhidmatan 6% dimansuhkan dan digantikan dengan GST 6% sahaja berkuatkuasa 1 April 2015.
  • Untuk mengelak penipuan dan manipulasi harga oleh golongan pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga maka Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2010 akan dikuatkuasakan secara tegas. 
Cukai Jualan 10% wajib dibayar pada kerajaan. Untuk menampung kos hasil bayaran cukai tersebut maka pihak pengimport atau pengilang menerapkan kos tersebut ke dalam harga barangan yang dikeluarkan. Barang yang dijual sudah tentu mahal sedikit bagi pihak pengilang menampung kembali kos cukai jualan yang mereka telah bayar pada kerajaan sebelumnya. Cukai jualan ini sebenarnya dibayar oleh para pengguna tanpa mereka sedari.

Begitu juga dengan Cukai Perkhidmatan 6% dikenakan ke atas pengguna di atas perkhidmatan dan layanan diberikan oleh premis-premis seperti hotel (yang lebih 25 bilik), outlet restoran, insuran, telekomunikasi, khidmat profesional akauntan, peguam, jurutera, arkitek, konsultan dan sebagainya. Cukai perkhidmatan ini jelas tertera dalam setiap resit atau bil yang boleh dilihat dan disedari pengguna atau pelanggan.

Hakikatnya, setiap rakyat Malaysia membayar cukai yang lebih tinggi (16%) dalam sistem sedia ada (Sales and Services Tax-SST). Kerajaan melihat sistem percukaian ini tidak adil, menekan rakyat dan terdedah kepada ketirisan, penyelewengan dan pelarian cukai-cukai yang sering dilakukan oleh golongan peniaga yang tidak jujur. Yang inilah amat ditakuti oleh peniaga-peniaga lintah darat, sering menipu akaun, pengamal money laundering yang selalu menekan rakyat menaikkan harga barang sesuka hati lepas tu salahkan kerajaan pulak.  


Apa kebaikan GST ?
  • GST berupaya mengelakkan masalah dua cukai bertindih iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan. Dengan GST hanya satu cukai sahaja dikenakan. Ini akan menjadikan harga barang lebih murah. Pengguna boleh buat perbandingan harga sebelum dan selepas GST. Jika ada peniaga yang tipu kita boleh dilaporkan pada pihak berkuasa untuk tindakan, komplen dalam media sosial dan boikot premis tersebut.   
  • Beberapa barangan asas pengguna langsung tak kena GST (0%). Ini termasuklah beras, gula, garam, tepung, minyak masak selain dari pembelian dan penyewaan rumah kediaman, jual beli tanah pertanian, pendidikan, pengangkutan awam, perkhidmatan kesihatan, kewangan, caj lebuh raya serta perkhidmatan awam.
Mana ada kerajaan tergesa-gesa laksanakan GST! Bahkan sejak tahun 1985 - 1997 lagi kerajaan telah mengkaji GST ini. Menteri Kewangan ketika itu; Tun Daim Zainuddin diikuti Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bersetuju untuk melaksanakan GST.

Dalam Bajet 2005, kerajaan telah mengumumkan cadangan perlaksannan GST namun ia ditangguhkan dan sebuah Panel Penilai Cukai  (Tax Review Panel) ditubuhkan untuk mengkaji contoh perlaksanaan GST di luar negara, antaranya;
  • Goods and Services Tax 1985 (New Zealand) 
  • Value Added Tax 1994 (United Kingdom)
  • Goods and Services Tax 1991 (Canada)
  • Value Added Tax Act 1992 (Thailand)
Hasil kajian ini mendapati GST akan menjana ekonomi negara dengan meningkatkan nilai eksport sebanyak 0.5% disebabkan harga barangan eksport akan jadi kompetitif dan murah. Kadar keluaran negara kasar (KDNK) dijangka meningkat sekitar 0.3%.


Dengan GST juga pendapatan negara akan meningkat RM27 bilion setahun berbanding sekitar RM16-18 bilion sahaja ketika ini.  Hasil percukaian ini boleh disalurkan kembali oleh kerajaan melalui pelbagai projek pembangunan yang menyediakan pelbagai peluang pekerjaan, subsidi pendidikan, pertanian dan bahan makanan juga boleh ditambah. 

Malah kerajaan juga berjanji akan meningkatkan lagi pemberian BR1M kepada golongan sasar setiap tahun. Bahkan seiring dengan pengenalan GST, kerajaan juga akan memperuntukkan setiap golongan sasar bantuan BR1M tambahan RM300.00 yang akan diberikan secara one-off kepada penerima BR1M. 

Lebih menarik lagi, kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan di antara 1-3% lagi. Hasilnya pendapatan boleh guna individu akan meningkat dan dijangka seramai 300,000 orang tidak perlu lagi membayar cukai. Pendapatan dari pungutan cukai GST akan dikembalikan semula kepada rakyat melalui pelbagai bantuan sosial antaranya BR1M, biasiswa dan subsidi pendidikan, bantuan baja, subsidi makanan dan sebagainya. 

Kemiskinan akan dikurangkan dan kebajikan rakyat terus terjaga. Bukankah ini rahmat yang Allah Taala akan kurniakan jika kita cekap urus ekonomi? Jadi tang mana yang dikatakan GST itu akan membebankan rakyat dan mengkayakan kroni?       

Apa lagi kebaikan GST?;
  • GST mampu mendidik rakyat merancang dan mengawal perbelanjaan harian mereka. Dengan adanya insentif pengurangan cukai individu dan penambahan pendapatan, mereka boleh lebih banyak menabung. Yang jadi masalahnya apabila kita kurang menabung, membazir dan berbelanja tidak mengikut keperluan. 
  • Peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) yang mempunyai pendapatan atau hasil jualan tahunan kurang RM500,000 setahun dikecualikan daripada mendaftar sebagai syarikat berdaftar GST. Mereka tidak perlu mengutip dan membayar GST. Ini membolehkan mereka berdaya saing dengan syarikat-syarikat multinasional.
Negara kita dah nak capai status negara maju, jadi perlulah kita berubah dan mengikuti trend ekonomi semasa. Amat mustahil untuk sesebuah kerajaan yang bertanggungjawab menganiaya rakyatnya dengan memperkenalkan GST. Sudah 29 tahun kita mengkaji GST dari pelbagai negara, maka kini kita telah bersedia melaksanakannya pada 1 April 2015 akan datang.

Kepada pihak pembangkang, jika kerajaan dituduh kononnya ada agenda tersembunyi memperkenalkan GST, maka apakah kalian tiada agenda tersembunyi menentang GST?  

Yang nak himpun ramai-ramai 1 Mei nanti menentang GST buat apa? Lebih baik pergi bercuti bersama keluarga mengeratkan silaturahim dari berhimpun terpekik terlolong dosa dapat, panas pun dapat. Ingatlah yang menghasut supaya berhimpun ramai-ramai tu pun golongan sosialis-komunis yang anti agama, anti ekonomi dan anti keamanan, maka wajarlah kita tolak golongan perosak ini.

Fahami GST, Cintai GST...Nikmat GST Dikongsi Bersama...Syukur pada Tuhan, Terima Kasih Pada Kerajaan.

ANWAR MOHON MAAF KEPADA NAJIB, APA SUDAH JADI?

Posted: 21 Apr 2014 06:22 AM PDT

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini yang Ketua Umumnya Anwar Ibrahim, menyatakan rasa kesal dan menarik balik tuduhan parti itu sebelum ini yang mendakwa FELDA yang berada di bawah pentadbiran DS Najib pernah menghantar minyak atau menjalankan sebarang perniagaan dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.
"PKR telah menyatakan rasa kesal dengan dua artikel yang ditulis dan dicetak itu yang merujuk kepada Felda. PKR juga mengakui dan menerima bahawa Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd telah pada Mac 2010 mengantar minyak mentah ke Palestin dan bukan Israel serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.
"Untuk makluman, pada tahun 2012 akhbar milik PKR, Suara Keadilan telah mencetak dan menerbitkan dua artikel yang bertajuk 'Dua Ribu Himpun Bantah Felda Jual Minyak Ke Israel dan BN Jangan Tipu Rakyat' pada edisi Suara Keadilan bertarikh 27 November yang menuduh Felda menjual minyak mentah kepada Israel.
"PKR juga telah menarik balik segala imputasi yang telah dibuat dan akan dibuat oleh artikel berhubung perkara tersebut yang telah diterbitkan di dalam Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang lalu," kata Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun kepada UMNO-Online hari ini.
Mohd Hafarizam, peguam yang mewakili FELDA berkata penghakiman persetujuan telah dicapai di antara FELDA dan pihak PKR yang diwakili Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution, yang bersetuju dengan terma-termanya, membawa kepada pengakuan kesal PKR, mengakui dan menerima bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak mentah kepada Israel sebaliknya ia dihantar kepada Palestin.
"Dengan adanya penghakiman persetujuan hari ini maka ia jelas membuktikan bahawa segala tuduhan terhadap Felda berhubung penjualan minyak kepada Israel hanyalah semata-mata fitnah yang dilakukan pembangkang dan akhbar-akhbar milik pembangkang," tegasnya.
Namun begitu, Mohd Hafarizam menambah saman malu FELDA terhadap enam lagi defendan iaitu Mazlan Aliman, Datuk Mustapha Ali, Ahmad Lutfi Osman, Taufik Yahya, Mohamad Arif Atan, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, yang mana keenam-enam defendan ini merupakan ahli Pas dan juga pemegang jawatan di dalam parti Pas, penerbit kepada akhbar Harakah,ketua pengarang dan juga pencetak akan tetap diteruskan.
"Dan hakim hari ini juga telah menetapkan tarikh 30 April ini sebagai hari keputusan berhubung saman malu FELDA terhadap keenam-enam defendan tersebut.
"Bagimanapun setakat ini PAS dan Harakah masih lagi senyap membisu seribu bahasa dan kita ternyata-tanya apakah kedudukan dan keputusan yang akan mereka ambil disebabkan keputusan penghakiman hari ini, di mana rakan sekutunya PKR telah menyatakan rasa kesal serta mengakui bahawa FELDA tidak pernah menjalankan sebarang urus niaga dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik negara tersebut," katanya.
Pada Disember 2012, Berita Harian melaporkan Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA (ANAK), Mazlan Aliman, akhbar Harakah dan Suara Keadilan diberi tempoh 14 hari untuk menarik balik kenyataan fitnah terhadap FELDA, yang dituduh menjual minyak sawit kepada Israel.
Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Samad, berkata notis tuntutan berkenaan sudah dihantar kepada pihak terbabit menerusi peguam Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
Beliau berkata, tindakan sama juga diambil terhadap PKR yang bertanggungjawab menerbitkan Suara Keadilan.
"Tuduhan fitnah ini menjatuhkan imej FELDA sebagai konglomerat antarabangsa. Jika mereka gagal berbuat demikian, FELDA akan mengarahkan peguam meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka selepas tamat tempoh 14 hari yang diberikan ini," katanya.
Isa merujuk kepada laporan muka depan akhbar Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang bertajuk 'Najib Mesra Israel' dan muka depan akhbar Harakah milik PAS, bertajuk 'Minyak Sawit Jual Ke Israel' diterbitkan pada 26 hingga 29 November 2012.
Sementara itu, pada 20 Mac lalu, Mahkamah Tinggi telah mengarahkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Musatafa Ali membayar ganti rugi RM200,000 kepada bekas timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Omar.
Selain ganti rugi, Mohamad dan Mustafa juga diarahkan membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Wan Ahmad.
Wan Ahmad sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap Mohamad dan Mustafa kerana merujuk beliau sebagai dalang konspirasi memberikan kad pengenalan untuk membolehkan Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya di Sabah.
Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 5 Mac, Wan Ahmad telah menamakan Mat Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, ketua editornya Ahmad Lutfi Othman dan penulis yang Aziz Muda sebagai defendan.
Tajuk : (Anwar( merujuk kepada (PKR) diketuainya. (Najib) merujuk kepada (FELDA) yang dibawah pentadbirannya.

Ustaz Moden's Weblog

Posted: 21 Apr 2014 11:16 PM PDT

Ustaz Moden's Weblog


Andai Rasulullah s.a.w Masih Ada – Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre (Bahagian 1)

Posted: 21 Apr 2014 09:55 PM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/chJzyYVCkb8


Panglima Perang Cyber

Posted: 21 Apr 2014 11:11 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Artikel Menarik : Masih kebalkah UMNO? Di Utusan Malaysia @UMonline @Umnoonline

Posted: 21 Apr 2014 06:07 PM PDT

Jarang ada yang berani memberi pandangan jujur kecuali orang yang jujur. Kadangkala ada mahu menegur namun tanpa adab menegur yang betul jadilah teguran mengundang kebencian bukan kasih sayang.


Bacalah kupasan ini yang mungkin tidak manis namun perlu ditelan demi masa depan perjuangan.


Masih kebalkah UMNO?


SENARIO politik negara kini berbeza berbanding dengan 20 dan 30 tahun lepas. Hal ini lebih jelas terutama pasca krisis 1998. UMNO mesti berubah. Orang UMNO, khususnya pemimpin mereka di semua peringkat mesti berubah.
Tidak boleh lagi ambil mudah dengan apa yang telah, sedang dan yang akan berlaku. Dalam erti kata lain, "Can't take for granted".
Sekarang, rakyat semakin celik politik dan tidak menerima bulat-bulat apa yang pemimpin kerajaan atau menteri perkatakan. Mereka semakin pandai menilai mana yang betul dan sebaliknya. Kalau dahulu, orang Melayu khususnya, dengan mudah menerima apa sahaja yang diperkatakan pemimpin UMNO, kini kelihatannya tidak lagi.
Kawasan pengundi yang majoritinya didiami orang Melayu bukan lagi boleh dianggap sebagai fixed deposit untuk kerusi-kerusi UMNO.
Realitinya, UMNO suka atau tidak, harus menempuh cabaran yang mendatang.
Dari satu sisi, pengundi muda Melayu semakin ramai yang cerdik pandai. Mereka lebih kritikal dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan dan membuat perbandingan dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan di negara lain.
Pengundi muda masa kini lebih terbuka. Ini kerana mereka telah menerima pendidikan di luar negara yang secara umum suasananya lebih terbuka dan telah terdedah dengan cara pentadbiran kerajaan di luar negara yang begitu tinggi integriti mereka.
Jika itu pilihan mereka setakat hari ini, maka menjelang pilihan raya umum ke-14 nanti adalah tidak adil untuk menyalahkan mereka ini bulat-bulat. Sebaliknya, kita - dalam konteks ini kerajaan Barisan Nasional (BN) ditunjangi UMNO yang perlu menyedarkan mereka dengan menggerakkan program-program kenegaraan untuk mereka memahami struktur negara ini. Iaitu, dengan memfokuskan sejarah pembentukan negara Malaysia itu sendiri.
Program perkaderan pelajar-pelajar di institusi pengajian dalam dan luar negara mesti diperkemas. Buat masa ini, kelihatan program perkaderan untuk pelajar-pelajar ini lebih didominasi oleh parti-parti pembangkang khususnya Pas. Hal ini perlu menjadi agenda utama dalam menarik sokongan akar umbi dalam kalangan para pelajar di institusi pengajian tinggi.
Cabaran UMNO selanjutnya adalah berhadapan dengan golongan pendidik agama yang lebih cenderung pula kepada pergerakan sebuah parti politik yang menggunakan agama sebagai nama partinya. Dianggarkan lebih 80 peratus golongan lulusan agama, sama ada dari dalam mahupun luar negara, lebih cenderung ke arah parti pembangkang iaitu Pas.
Pengundi-pengundi telah mula lebih kritikal dalam menilai tindak-tanduk pemimpin-pemimpin mereka. Adakah cakap serupa bikin kerana kita lihat apa yang berlaku ketika ini ramai yang cakapnya tak serupa bikin pula. Sebagai contoh, hidup bermewah-mewah dan kelihatan di luar kemampuan sebenar dengan dibiarkan rakyat sekeliling hidup dalam kepayahan dan kesusahan.
'Kumpulan' ini kelihatannya masih tidak membantu peniaga-peniaga Melayu dalam erti kata sebenar. Mereka hanya membantu kroni sahaja dan sebahagian besarnya hanya menjadi nominee atau ali baba. Sedangkan peniaga-peniaga sebenar Melayu tidak dibantu atau dibantu hanya sekadar melepaskan batok di tangga. Kumpulan yang diamanahkan untuk membantu peniaga Melayu, masih lagi kelihatan rapat dengan peniaga-peniaga kaum asing dan membiarkan peniaga-peniaga Melayu sebenar terkontang-kanting tidak dibantu.
Dari sudut pandang lain pula, mahu tidak mahu ahli UMNO terpaksa akui survival parti-parti komponennya kian lemah dari sehari ke sehari. Parti-parti ini tidak dapat berdiri sendiri tanpa sokongan dan dokongan UMNO.
Terbaharu, kekalahan MCA tempoh hari di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang walaupun calonnya yang diakui cukup berkredibiliti di atas kertas, telah memberi saingan yang cukup sengit. Cuma, hakikatnya peti-peti undi atau pusat daerah mengundi kaum Tionghua masih liat untuk kembali kepada MCA.
Sedangkan, UMNO sendiri sedang bergelut mempertahan kerusi-kerusinya. Dalam masa sama pula, perlu berjuang untuk membantu parti-parti komponen lain mendapatkan kerusi-kerusi yang diperuntukkan kepada mereka. Jika ini berterusan, nescaya sesuatu yang tidak sihat akan memberi tempias kepada BN dalam tempoh jangka masa panjang ini.
Merenung ke dalam parti, kelihatannya masih berlaku 'cah keting'. Ia terjadi bukan setakat di peringkat cawangan atau bahagian, malahan di peringkat tertinggi. Kalau sesiapa perasan, kekadang berlaku black out berita terhadap pemimpin tertentu dalam media-media arus utama kerajaan. Terdapat beberapa faction dalam UMNO yang akan melemahkan UMNO dalam jangka masa pendek dan panjang.
Kita juga cukup bimbang andai kata sokongan kakitangan kerajaan kepada kerajaan BN/UMNO semakin merosot. Andai ketidakpuasan hati kakitangan kerajaan terhadap beberapa dasar dan keputusan kerajaan benar, apakah impaknya? Apakah kaedahnya untuk mengembalikan semula sokongan ini? Yakni, menjelaskan secara fakta, keputusan kerajaan itu memang tepat dan menepati kehendak ramai dan semasa.
Apakah benar dalam kalangan golongan pendidik, dianggarkan sekitar 70 peratus terdiri daripada penyokong dan aktivis parti pembangkang? Kita perlu menyemaknya dan membuktikan fakta ini sebelum segalanya sudah terlewat. Ini juga untuk mengelakkan tanggapan seolah-olah tidak ada sebarang usaha untuk menangani permasalahan ini. Cuma, yang sering hinggap di telinga adalah permasalahan ini begitu ketara sejak 2004. Bahkan, begitu jelas dalam dua pilihan raya umum yang baru lepas.
Terdapat segelintir pemimpin UMNO di pelbagai peringkat sibuk mengejar projek sehingga terlupa tugas hakiki mereka sebagai pemimpin untuk menjaga UMNO. Mereka ini perlu dikembalikan ke destinasi sebenar. Destinasi dan titik asal tujuan penubuhan UMNO.
Pastikan UMNO dapat merampas kembali kesemua kerusi yang majoriti pengundinya orang Melayu yang kini dipegang oleh Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Buktikan bahawa orang Melayu masih memerlukan UMNO dan hanya menjadikan UMNO sebagai wadah pelindung dan penyelamat bangsa Melayu di Malaysia ini.
UMNO mesti berubah. Tidak berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan ianya merubah diri sendiri. Demi masa depan anak cucu kita, marilah kita bermuhasabah diri. Berlapang dada menerima teguran. UMNO wajib di transformasikan.
Hidup UMNO!
DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM ialah penganalisis isu-isu semasa.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Rencana/20140422/re_02/Masih-kebalkah-UMNO#ixzz2zZYfGJas
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sent from my iPhone

#dunselangor YB DENGKIL MENYOKONG USUL COMANGGO DALAM DEWAN

Posted: 21 Apr 2014 05:44 PM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/2pSOUczpRY0


Sent from my iPhone

Banjir di KTM Serdang - Elakkan Lebuh Raya Besraya

Posted: 21 Apr 2014 04:15 AM PDT

Banjir di KTM Serdang - Elakkan jalan lebuh raya Besraya.

Tyre Burst : 6 Incidents in 7 Days - @Youtube

Posted: 21 Apr 2014 04:10 AM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/446aGT2pch0


Sent from my iPhone

Hadits Shahih Muslim - Kitab JENAZAH Nafi Nabi saw Tunduk Kepada Jenazah Bukan Islam Seperti Dakwaan @Anwaribrahim

Posted: 21 Apr 2014 03:08 AM PDT

Keadilan Daily, Suara rasmi PKR memetik Anwar Ibrahim memberitahu bahawa Nabi saw telah tunduk kepada jenazah bukan islam musyrik... 

Perkataan tunduk rupanya tidak ada disebut di dalam kitab hadis. Hadis mana digunakan oleh Anwar kita tidak pasti.

Antara berdiri dan tunduk jauh bezanya sejauh langit dan bumi...



Di bawah ini disalin semula hadis sahih muslim yang diterjemahkan untuk panduan anda agar tidak  menundukkan kepala kepada jenazah bukan Islam.

•             Hadis riwayat Amir bin Rabiah ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Apabila kalian melihat iringan jenazah, maka berdirilah menghormatinya sampai iringan jenazah itu lewat meninggalkan kalian atau sampai diletakkan dalam kubur. (Shahih Muslim No.1590)

•             Hadis riwayat Abu Said ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Apabila kalian mengiringi jenazah, maka janganlah kalian duduk sebelum jenazah itu diletakkan. (Shahih Muslim No.1591)

•             Hadis riwayat Jabir bin Abdullah ra., ia berkata:

Ada iringan jenazah lewat, lalu Rasulullah saw. berdiri menghormatinya dan kami ikut berdiri bersama beliau. Kemudian kami berkata: Wahai Rasulullah, jenazah itu adalah jenazah Yahudi. Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya kematian itu menggetarkan, maka jika kalian melihat iringan jenazah, maka berdirilah. (Shahih Muslim No.1593)

•             Hadis riwayat Qais bin Saad ra. dan Sahal bin Hunaif ra.:

Dari Ibnu Abu Laila bahwa ketika Qais bin Saad ra. dan Sahal bin Hunaif ra. sedang berada di Qadisiyah, tiba-tiba ada iringan jenazah melewati mereka, maka keduanya berdiri. Lalu dikatakan kepada keduanya: Jenazah itu adalah termasuk penduduk setempat (yakni orang kafir). Mereka berdua berkata: Sesungguhnya Rasulullah saw. pernah dilewati iringan jenazah, lalu beliau berdiri. Ketika dikatakan: Jenazah itu Yahudi, Rasulullah saw. bersabda: Bukankah ia juga manusia?. (Shahih Muslim No.1596)


Sumber :

http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=119:11-terjemahan-hadits-dari-shahih-muslim-kitab-jenazah&catid=8:hadis-shahih-muslim&Itemid=58


Gambar Anwar dan pemimpin PKR tunduk :




Adakah ada lagi yang mahu mengikut Anwar dan meninggalkan pedoman hadis Nabi saw...????

Sila baca bagaimana Islam Liberal beliau di blog AnwarAidc.com untuk mencari kebenaran dan maklumat berkenaan pegangan agama beliau dan bagaimana jalinan hubungannya dengan musuh Islam.


Sent from my iPhone

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 21 Apr 2014 11:05 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Saifuddin Nasution Dan PKR Menyesal Kerana Tuduh FELDA Jual Minyak Sawit Pada Israel...

Posted: 21 Apr 2014 07:00 PM PDT


Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, mengakui bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak mentah kepada Israel sebaliknya ia dihantar kepada Palestin.

"PKR telah menyatakan rasa kesal dengan dua artikel yang ditulis dan dicetak itu yang merujuk kepada Felda. 

PKR juga mengakui dan menerima bahawa  Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd telah pada Mac 2010 mengantar minyak mentah ke Palestin dan bukan Israel serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.

"Untuk makluman, pada tahun 2012 akhbar milik PKR, Suara Keadilan telah mencetak dan menerbitkan dua artikel yang bertajuk Dua Ribu  Himpun Bantah Felda Jual Minyak Ke Israel dan BN Jangan Tipu Rakyat pada edisi Suara Keadilan bertarikh 27 November yang menuduh Felda menjual minyak mentah kepada Israel.

"PKR juga telah menarik balik segala imputasi yang telah dibuat dan akan dibuat oleh artikel berhubung perkara tersebut yang telah diterbitkan di dalam Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang lalu.

"Bagimanapun setakat ini Pas dan Harakah masih lagi senyap membisu seribu bahasa dan kita ternyata-tanya apakah kedudukan dan keputusan yang akan mereka ambil disebabkan keputusan penghakiman hari ini, di mana rakan sekutunya PKR telah menyatakan rasa kesal serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjalankan sebarang urus niaga dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik negara tersebut," SUMBER

Lepas 2 tahun korang fitnah FELDA, dah busuk nama FELDA korang jaja satu malaysia, baru nak menyesal...

Aku Setuju Dengan Tweet Mamat Nie...

Posted: 21 Apr 2014 06:00 AM PDT


Aku setuju dengan tweet mamat nie, maklumlah sekarang nie macam-macam perkara boleh berlaku...

Macam mana dengan korang pulak...???

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 21 Apr 2014 09:40 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


CATUAN MAKIN MENYUSAHKAN ! HAPPY LAH ! INI KALI LAH !

Posted: 21 Apr 2014 12:30 AM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 21 Apr 2014 09:35 PM PDT

JURI RAKYAT

Posted: 21 Apr 2014 07:28 PM PDT

JURI RAKYAT


5 Atlet Renang Wanita Ini Punya Wajah Yang Cantik

Posted: 21 Apr 2014 04:12 AM PDT

Renang adalah olahraga yang melombakan kecepatan atlet renang dalam berenang. Perenang yang memenangkan lomba renang adalah perenang yang menyelesaikan jarak lintasan tercepat.
Biasanya olahraga renang ini banyak sekali diminati oleh wanita. Karena olahraga renang ini dapat membuat tubuh semakin tinggi serta seksi. Selain itu, olahraga renang ini juga tidak memperlihatkan wanita tomboy, atau tidak feminim.
Dalam olahraga renang ini wanita tetap terlihat anggun dalam gayanya saat berenang. Tapi tidak hanya anggun wajah beberapa atlet renang wanita pun ada yang cantik dan rupawan.
Nah, ini lah dia ke lima atlet renang wanita yang memiliki wajah cantik.
 
1. Natalie Coughlin
Natalie Coughlin adalah seorang atlet renang paling cantik dan bahkan dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia oleh majalah FHM Eropa. Wanita ini berasal dari kota Vellejo, California, Amerika Serikat. Ia merupakan atlet renang kebanggaan Amerika Serikat yang telah berhasil memenangkan enam medali  emas.
 
2. Federica Pellegrini
Federica Pellegrini merupakan atlet renang asal Italia yang dinobatkan sebagai atlet renang termuda di dunia. Hal ini disebabkan oleh prestasinya yang ia raih pada saat berusia masih muda. Pada usia 16 tahun ia berhasil merebut medali perak, kemudian pada usia 24 tahun ia berhasil menciptakan rekor dunia baru di nomor gaya bebas 400m. Dan berhasil memegang rekor catatan waktu di ajang renang Olimpiade di nomor 200m dan 400m.
 
3. Haley Cope
Atlet asal California, Amerika Serikat ini juga dicatat sebagai atlet renang paling cantik di dunia oleh majalah FHM Eropa. Selain cantik, Haley Cope juga memiliki banyak prestasi yang membanggakan. Dia juga merupakan atlet renang pertama yyang berani berpose telanjang di majalah Playboy.
 
4. Stephanie  Louise Rice
Sama dengan Haley Cope, atlet renang asal Australia ini juga dinobatkan sebagai wanita paling cantik sejagat oleh majalah FHM Eropa. Selain it ia juga merupakan atlet renang kebanggan Australia yang telah banyak memenangkan prestasi gemilang di beberapa ajang.
 
5. Laure Manaudou
Atlet yang satu ini merupakan atlet renang yang dianggap sebagai bidadari di dunia renang. Selain itu, ia juga pernag di nobatkan sebagai wanita paling cantik oleh majalah FHM Eropa. Tak hanya cantik, Laure Manaudou merupakan wanita yang memiliki tubuh yang sangat seksi, ia juga sangat terkenal dengan prestasinya yang sangat membanggakan Prancis.

15 PETINJU TERBAIK DI DUNIA

Posted: 21 Apr 2014 02:37 AM PDT

Tinju merupakan salah satu cabang olahraga paling bergengsi yang telah melahirkan banyak atlet kelas dunia. Mereka tak hanya menyajikan pertarungan yang menarik semata, namun juga sikap pantang menyerah dan tak kenal takut di atas ring. Petinju-petinju ini sering dianggap sebagai ikon petarung modern yang dielu-elukan bak pahlawan. Siapa sajakah 15 petinju terbaik di dunia? Inilah topik yang akan dibahas secara mendalam dan mendetail. Mereka tak hanya memiliki rekor bertarung yang luar biasa, namun juga menampilkan mental juara dan kemampuan teknik kelas atas.

1. Muhammad Ali

56 kali menang (37 KO), 5 kalah (1960-1981)
Tentu tak ada lagi yang meragukan kehebatan Muhammad Ali. Tak hanya sekedar pertarungan di atas ring, karir Muhammad Ali terbilang sangat dramatis dan dipenuhi dengan berbagai kontroversi. Ia menaklukkan nama-nama besar dunia seperti George Foreman, Leon Spinks, dan Joe Frazier dalam pertarungan-pertarungan tinju spektakuler yang akan selalu diingat sepanjang sejarah. Kemampuannya dalam mengalahkan lawan membuat Ali beberapa kali dinobatkan sebagai olahragawan terbaik di abad ke-20.

2. Joe Louis

66 kali menang (52 KO), 3 kalah (1934-1951)
Tak hanya sekedar petinju, Joe Louis adalah sosok yang dianggap "pahlawan" bagi masyarakat Amerika setelah secara heroik berhasil mengalahkan petinju Jerman, Max Schmeling di ronde pertama. Ia berhasil menghancurkan image tak terkalahkan dari Nazi yang dipimpin oleh Hitler, dan sejak saat itulah namanya dikenal sebagai "The Brown Bomber". Ia menjadi juara dunia kelas berat sejak tahun 1937 hingga 1949, dan hampir semua pertarungannya selalu erat dengan unsur kepentingan politik Amerika Serikat.

3. Roy Jones Jr.

56 kali menang (40 KO), 8 kalah (1989-sekarang)
Walaupun meredup di akhir karirnya, Roy Jones Jr. tak bisa dibantah adalah seorang petinju yang nyaris sempurna. Ia memiliki kecepatan, kelincahan, dan pukulan yang keras. Kemampuannya ini membawanya menjadi juara dunia dalam empat kelas yang berbeda. Roy Jones juga menjadi satu-satunya petinju dunia yang mengawali karir dari kelas menengah untuk mencoba bertarung di level kelas berat, dan ketika berhasil memenangkannya, ia tercatat sebagai petinju pertama yang berhasil meraih prestasi ini sejak 106 tahun terakhir.

4. Sugar Ray Robinson

173 kali menang (109 KO), 19 kalah, 6 seri, 2 no contest (1940-1965)
Banyak yang menganggap Robinson adalah petinju terbaik sepanjang masa. Hal ini karena kekuatannya yang mengagumkan dan pukulannya yang cepat seperti kilat, ditunjang dengan gerakan kaki yang bagus dan ketangkasan yang luar biasa. Catatan rekornya juga luar biasa, di mana ia mampu mencatatkan 173 kemenangan (109 kali di antaranya dengan KO). Secara teknik, Sugar Ray Robinson bisa dianggap di atara nama-nama seperti Muhammad Ali atau Joe Louis.

5. Jack Dempsey

66 kali menang (51 KO), 6 kalah, 1 seri (1914-1927)
Jack Dempsey salah satu petinju Amerika yang paling populer dalam sejarah. Dia dikenal karena tingkat penjualan tiketnya yang luar biasa laris dan mampu meraih bayaran sebesar satu juta dolar dalam satu pertandingan. Tak hanya itu, Dempsey dikenal sebagai petinju paling kejam, brutal, dan menghibur sepanjang masa. Gigi yang copot, rahang patah dan mata bengkak adalah hal yang pasti bisa ditemui dari pertarungan Dempsey. Dempsey sering disebut sebagai "Superhuman Wild Man" yang sangat ditakuti musuhnya.

6. Mike Tyson

50 kali menang (443 KO), 6 kalah, 2 No Contest (1985-2005)
Mike Tyson mungkin bisa dibilang sebagai petinju paling populer di era tahun 90-an. Memiliki tubuh yang tidak terlalu tinggi untuk ukuran kelas berat, Tyson dikenal karena pukulan kerasnya yang bisa membuat lawannya langsung terkapar. Tak hanya heboh di atas ring, petinju ini juga kerap menimbulkan kontroversi, mulai dari beberapa kali masuk penjara hingga kasusnya menggigit telinga Evander Holyfield yang membuatnya didiskualifikasi dari pertarungan.

7. Rocky Marciano

49 kali menang (43 KO), 0 kalah (1948-1955)
Petinju yang namanya diambil sebagai inspirasi film Rocky yang terkenal di seluruh dunia. Ia memenangkan semua 49 pertarungannya, 43 di antaranya diraih dengan KO. Namanya dikenal karena tidak pernah terkalahkan sepanjang karirnya, dan hingga saat ini ia memegang rekor sebagai satu-satunya juara tinju kelas berat yang memenangkan semua pertarungannya. Salah satu pertarungan terbaik Rocky adalah ketika ia berhasil menaklukkan Joe Louis, salah satu petinju terkuat pada era tersebut.

8. Jack Johnson

77 kali menang (48 KO), 13 kalah, 14 seri, 19 no decisions (1897-1928)
Jack Johnson adalah petinju kulit hitam pertama yang berhasil meraih gelar juara dunia. Memulai karirnya sejak akhir abad ke-19, petinju yang satu ini dianggap sebagai salah satu inspirasi terbesar bagi Muhammad Ali. Gaya bertarungnya yang tanpa ampun didukung dengan sifatnya yang sombong dan arogan, membuatnya menjadi salah satu petarung yang paling dibenci, namun juga ditakuti oleh lawan-lawan seprofesinya.

9. Julio Cesar Chavez

107 kali menang (80 KO), 6 kalah, 2 seri (1980-2005)
Chavez adalah 6 kali juara di 3 divisi yang berbeda. Dia juga mengumpulkan catatan karir dari 88 kali menang dan 0 kalah sebelum takluk dari Frankie Randall. Selama sepuluh tahun karirnya, Chavez tak terkalahkan. Chavez telah beradu tinju dengan Roger Mayweather, Hector Camacho, Sammy Fuentes dan banyak petarung besar lainnya selama bertahun-tahun. Bahkan sebelum pensiun, ia sudah dianggap sebagai legenda bahkan pahlawan nasional Meksiko. Saat ini, nama besarnya diharapkan bisa diteruskan oleh putranya, Julio Cesar Chavez Jr. yang juga berprofesi sebagai seorang petinju.

10. Oscar De La Hoya

39 kali menang (30 KO), 6 kalah (1992-2012)
Oscar De La Hoya alias "The Golden Boy" adalah seorang petinju yang mampu menggabungkan prestasi dengan gemerlap dunia hiburan. Oscar yang dikenal memiliki wajah tampan ini tidak hanya populer di ring tinju, namun juga pernah beberapa kali membintangi film dan menjadi model untuk berbagai produk komersial. Selain memenangkan sepuluh divisi gelar juara dalam enam kelas yang berbeda, De La Hoya juga mengawali karirnya dengan keberhasilan meraih medali emas di Olimpiade Barcelona tahun 1992.

11. Lennox Lewis

41 kali menang (32 KO), 2 kalah, 1 seri (1989-2004)
Petinju keturunan Kanada yang memiliki kewarganegaraan Inggris ini memiliki catatan rekor yang luar biasa dengan mampu mengalahkan petinju-petinju legendaris seperti Evander Holyfield dan Mike Tyson. Dengan tinggi 196 sentimeter dan berat lebih dari 110 kilogram, Lewis benar-benar tampak seperti seorang raksasa yang ditakuti oleh lawan-lawannya. Catatan karirnya pun cukup impresif, hanya pernah dua kali kalah dalam 44 pertandingan yang pernah dilakoninya.

12. Willie Pep

229 kali menang (65 KO), 11 kalah, 11 seri (1940-1966)
Willie Pep adalah petinju Italia-Amerika yang bertarung selama 26 tahun dengan total 229 kemenangan dari 241 pertandingan, mungkin catatan yang paling mengesankan di dunia tinju. Pep adalah juara kelas bulu dengan catatan luar biasa dari 61 kali menang dan 0 kalah sebelum akhirnya takluk (kalah angka) dari Sammy Angott tahun 1943. Pep bangkit kembali dan memenangkan 5 pertarungan untuk sisa tahun itu. Dia melakukan prestasi luar biasa di tahun 1944 dengan memenangkan seluruh 16 pertarungan yang dilakoninya. Ia juga sempat memegang rekor dunia ketika berhasil memenangkan pertandingan 73 kali berturut-turut.

13. Sam Langford

167 kali menang (117 KO), 38 kalah, 37 seri, 48 no decisions (1902-1926)
Salah satu petarung yang memiliki jam terbang sangat tinggi. Sam Langford sudah bertarung lebih dari 200 pertandingan di atas ring, 167 kali di antaranya berhasil ia menangkan. Perjuangan dan dedikasinya di ring tinju banyak menginspirasi para pemula di bidang ini. Pertarungannya melawan Jack Johnson adalah salah satu pertarungan terbaik sepanjang masa yang layak diingat. Sam baru mengundurkan dirinya dari dunia tinju setelah didiagnosa menderita kebutaan.

14. Naseem Hamed

36 kali menang (31 KO), 1 kalah, (1992-2002)
Naseem Hamed masuk ke dalam daftar ini bukan karena prestasinya, namun karena gayanya yang mampu membawa nuansa baru dalam dunia tinju. Petarung yang satu ini memiliki gaya yang sangat jenaka di atas ring, tak jarang memprovokasi dan mengejek lawannya sebelum memukulnya dengan pukulan yang sangat keras. Setelah mengalami kekalahan pertamanya dalam dunia profesional, Naseem Hamed yang dijuluki sebagai "Prince ini pun secara kontroversial memutuskan untuk pensiun.

15. Henry Armstrong Jr.

150 kali menang (100 KO), 21 kalah, 9 Seri (1931-1945)
Henry Armstrong adalah petinju pertama dan satu-satunya yang pernah memegang 3 gelar divisi kejuaraan dunia tinju pada waktu yang sama. Dia sudah akan memenangkan gelar keempatnya, namun tertahan imbang dalam sebuah pertandingan kontroversial melawan Ceferino Garcia. Pada tahun 2007, namanya dinobatkan oleh Ring Magazine sebagai peringkat ketujuh dari 80 petarung terbaik sepanjang masa dari berbagai cabang olahraga.


sumber

4 Fakta Terselubung Dibalik Hari Kartini

Posted: 20 Apr 2014 08:58 PM PDT

Di Indonesia, tanggal 21 April merupakan hari yang sangat penting bagi wanita dan perempuan Indonesia. Sebab di hari itu wanita Indonesia memperingati Hari Kartini. Hari Kartini dianggap sebagai simbol perjuangan kaum wanita atas hak-haknya di bumi Indonesia. Perjuangan hak-hak wanita ini kemudian dikenal dengan istilah emansipasi wanita.

Penetapan Hari Kartini sendiri dilakukan langsung oleh Presiden RI pertama Ir. Soekarno pada tanggal 2 Mei 1964 melalui Keputusan Presiden No.108. Tanggal 21 April dipilih karena pada hari itulah sosok pejuang hak kaum wanita, R.A Kartini lahir ke bumi Indonesia.

Namun, banyak orang yang menyangsikan peran sesungguhnya R.A Kartini bagi kaum wanita Indonesia pada masa itu. Bahkan banyak orang meragukan proses pemilihan R.A Kartini sebagai Pahlawan Nasional.

Nah ada beberapa fakta terselubung dibalik Hari Kartini.

1. Nama Panggilan R.A Kartini

Nama asli Kartini adalah Raden Adjeng Kartini. Namun ia tidak suka dengan nama bangsawan yang disandangnya. Oleh sebab itu ia lebih suka dipanggil "Kartini" saja dibanding harus dipanggil Raden Ayu.

Awalnya Raden Ayu adalah panggilan dari ayahnya kepada Kartini. Sejak pertama dipanggil dengan Raden Ayu, Kartini sudah merasa tidak nyaman dengan panggilan tersebut. Akhirnya ia mencari tahu apa itu arti Raden Ayu dan ia menganggap nama Raden Ayu bukanlah sesuatu yang pantas dibanggakan.

2. Nama Jalan di Belanda

Entah apa hubungannya Kartini dengan Belanda. Namun yang pasti keduanya sepertinya memiliki hubungan yang cukup erat. Hal itu dibuktikan dengan adanya nama Kartini di beberapa jalan protokol di Negeri Belanda. Ada jalan dengan nama Kartini di Kota Armsterdam, Utrecth, Veerlo, dan Harleem.

3. Habis Gelap Terbitlah Terang

Buku "Habis Gelap Terbitlah Terang" dianggap merupakan karya fenomenal dari R.A Kartini. Namun, tahukah anda kalau sebenarnya R.A Kartini tidak pernah menulis buku tersebut?

Adalah J.H. Abendannmenamai yang menyusun buku itu. Buku itu sebenarnya merupakan kumpulan surat R.A Kartini kepada temannya yang kemudian dikumpulkan oleh J.H.Abendanonmenamai. Buku itu diberi judul "Door Duisternis tot Licth" yang secara harfiah berarti Habis Gelap Terbitlah Terang.

4. Kontroversi R.A Kartini

Sekalipun ia adalah tokoh Pahlawan Nasional, hal itu tidak membuat R.A Kartini sepi dari kontroversi. Banyak kalangan sejarawan yang meragukan keabsahan buku "Habis Gelap Terbitlah Terang". Mereka juga meragukan tentang jasa-jasa Kartini sehingga layak menjadi Pahlawan Nasional. Ada pula yang meragukan originalitas buku tersebut, karena tidak pernah ada orang lain yang melihat naskah asli surat-surat R.A Kartini selain J.H Abendonamenamai.

r b f

Posted: 21 Apr 2014 07:18 PM PDT

r b f


Kah…Kah…Kah…Kah…Sekali Lagi Pas Ditipu

Posted: 21 Apr 2014 06:25 AM PDT


Apabila Kerajaan Pulau Pinang naikkan elaun guru-guru Sekolah Agama Rakyat di negeri itu maka bertakbirlah puak-puak Pas menyambut pengumuman tersebut. Dipuja-pujanya Guan Eng dan dimaki hamunnya Umno. Kononnya Guan Eng lebih islamik daripada Umno dan prihatin terhadap guru-guru islam. 

Tak cukup dengan memuja-muja Guan Eng dibawa pula ke Mimbar Jumaat oleh khatib Pas. Doa pula untuk Guan Eng diatas mimbar. 

Khalifah Umar Abdul Aziz….

Kah…kah…kah…kah…kah….kah…

Nah ! Ambil kau….

Berita hari ini 21.4.2014
Kami akan tentang hudud kerana tidak pernah dipersetujui Pakatan, kata Guan Eng 
DAP tidak bersetuju dengan rancangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan kerana ia tidak pernah dipersetujui ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat (PR), kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. 
Menurut Lim, ketiga-tiga parti komponen dalam PR jelas tidak pernah membincangkan soal hudud mahupun negara Islam, sebaliknya semua parti bersetuju dalam soal dasar bersama seperti membanteras rasuah, memastikan urus tadbir yang baik, mewujudkan kedaulatan undang-undang dan keadilan, memastikan kemakmuran ekonomi dikongsi secara saksama dengan rakyat dan tidak hanya dinikmati oleh kroni. 
"Pendirian PR tidak berubah kerana pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud tidak berubah. Di bawah PR, mesti ada konsensus ketiga-tiga parti dalam hal dasar. 
"Memandangkan DAP tidak menyokong pelaksanaan hudud, isu sokongan PR terhadap hudud tidak berbangkit," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur 
Menurut ketua menteri Pulau Pinang itu, manifesto pilihan raya 2008 dan 2013 PR juga tidak memuatkan pelaksanaan hudud ataupun penubuhan negara Islam, malah ia turut dipersetujui semua parti komponen PAS, PKR dan DAP. 
"Semua parti komponen boleh mematuhi objektif masing-masing dalam rangka demokrasi, namun keutamaan dan fokus harus diberikan kepada dasar bersama PR," katanya.
Lim berkata, pendirian PR turut dipertegaskan semula oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila berkata, "model dan pelaksanaan hudud yang bakal diguna pakai oleh kerajaan negeri Kelantan perlu difahami terlebih dahulu sebelum PR mengambil keputusan bersama untuk mempersetujuinya." 
Kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob menyatakan kesediaannya melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud selewat-lewatnya pada 2015 dan akan membentangkan undang-undang berkenaan di Parlimen. 
Meskipun menerima bantahan keras daripada pemimpin bukan beragama Islam dari DAP dan Barisan Nasional (BN), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan negeri Kelantan sudah melalui proses demokratik sepenuhnya sebelum memutuskan untuk membawa rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat mengenai undang-undang jenayah Syariah termasuk hudud. 
Beliau berkata, sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan undang-undang berkenaan, ia melalui proses yang betul dan mengikut amalan demokrasi. 
Tan Sri Annuar Musa turut menyatakan kesediaan membantu mendapatkan sokongan terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan akan melobi ahli Parlimen Umno untuk menyokong pembentangan rang udang-undang persendirian kerajaan Kelantan di Parlimen. 
Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh berkata, sebahagian besar daripada 88 pemimpin Umno di Parlimen akan menyokong pembentangan tersebut di Parlimen. 
Isu hudud berlarutan sejak sekian lama, sebelum penubuhan PR apabila PAS Kelantan pada 1993 meluluskan enakmen berkenaan undang-undang Syariah. 
Sejak itu, isu berkenaan turut menjadi perdebatan hangat dalam kalangan ahli Parlimen dari BN dan PR, serta dijadikan senjata politik dalam Pilihan Raya Umum 2013 lalu. – 21 April, 2014. 
The Malaysia Insider

Kita tunggu dan lihat pemimpin Pas mana yang berani puji Guan Eng kali ni…

Khatib Pas mana yang berani bawa ke Mimbar Jumaat minggu ini ? 

Yang hampir pasti esok lusa keluarlah kenyataan daripada pemimpin Pas yang mereka tak mungkin akan laksanakan hudud dalam masa terdekat. Mereka akan kata untuk beri tumpuan dulu kepada kebajikan rakyat, masalah rasuah dan bla…bla…bla…dan endingnya menyalahkan Umno dan BN. Maka disambutlah dengan takbir oleh penyokong-penyokong Pas yang berotak udang. 

Seperti yang saya katakan sebelum ini, Pas bukan sahaja tipu manusia, tuhan pun mereka tipu. Waktu belum dapat kuasa atau waktu belum ada kekuatan baik diperingkat negeri atau negara, siang malam mereka berdoa minta dengan tuhan supaya mereka diberi kuasa dan kekuatan untuk menegakkan syiar islam. Tetapi bila tuhan bagi mereka sedikit kuasa dan sedikit kekuatan politik, mereka lupa segala doa mereka dengan tuhan. Itu namanya menipu tuhan.

Hanya orang-orang yang berotak udang sahaja yang masih percaya Pas memperjuangkan islam…

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 21 Apr 2014 03:11 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Fesyen hijab Rebecca Nur Islam hancur, memalukan wanita!

Posted: 21 Apr 2014 09:01 AM PDT

Kami menyambut baik sebarang perubahan positif dalam diri mana mana selebriti tempatan lebih lebih jika ianya melibatkan tuntutan agama. Keputusan Rabecca Nur Al Islam untuk bertudung tidak berapa lama dahulu salah satu contoh.

Tetapi, pada hemat kami yang tidaklah pandai mana ini, ianya haruslah selari dengan pemakaian lainnya dan bukan bertudung semata mata untuk menutup rambut dan kulit kepala daripada penglihatan mereka yang bukan mahram.

Baru baru ini, Rabecca Nur Al Islam telah menghadiri sebuah majlis sambutan hari lahir seorang rakan di sebuah hotel terkemuka ibu negara dan busana yang dikenakan pelakon ini seakan tidak sesuai dengan imej bertudung beliau.

Peminat yang perasan akan penampilan selebriti ini ada yang meninggalkan komen mengatakan ianya terlalu ketat dan tidak kurang juga ada yang menyamakan penampilan beliau itu tidak ubah seperti watak kartun Teletubbies.





Anak teruna Che Ta minat kaum sejenis?

Posted: 21 Apr 2014 05:01 AM PDT

Alamak, tiba-tiba pula timbul isu sebegini. Belum selesai isu hadiah kereta mewah kepada anaknya, nampaknya Che Ta dipalit dengan gosip anak sulungnya menyukai kaum sejenis kerana sering dilihat meluangkan masa bersama seorang lelaki.

Isu berkenaan bertambah panas apabila anak Che Ta, Ammar Effendy dilihat mesra bersama lelaki itu yang kelihatan sebaya dengannya pada satu acara hiburan di sebuah hotel, pada Khamis lalu.
Bagaimanapun Che Ta tidak mudah melenting dengan gosip berkenaan dan berkata:

"Anak saya? Eh, tak! Dia memang ada seorang rakan baik yang kebetulan tinggal berhampiran rumah kami. Kebetulan anak saya suka pada Fazura, sebab itu dia ikut. Selalunya kalau Zain tidak dapat ikut ke acara hiburan, saya akan bawa anak untuk menemani saya," katanya selain mendakwa ada pihak sengaja mereka-reka cerita.

p/s: Siapalah yang pandai-pandai buat gosip seperti ini. Apapun, sama-sama kita doakan yang sebaiknya untuk Ammar. Minta dijauhkan dari hubungan terlarang dan sebagainya. Begitu juga dengan ahli keluarga kita. Insya ALLAH…

Sumber

Guru cabul pelajar di Pahang ditukar sekolah

Posted: 21 Apr 2014 01:31 AM PDT

Gambar hiasan
BANDAR BERA - Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) memandang serius kes cabul membabitkan seorang guru lelaki berusia 49 tahun dengan tiga pelajar yang berusia 12 tahun di sebuah sekolah di tanah rancangan Felda, dekat sini.

Pegawai PPD, Baharum Samat berkata, guru terbabit dikenakan tindakan pentadbiran dan mulai Selasa depan, dia akan bertugas di tempat lain bagi memastikan emosi pelajar tersebut terjamin.

Menurutnya, sejak kejadian itu, pihaknya mengarahkan guru itu bertugas di PPD sebagai langkah keselamatan selain menjaga emosi pelajar agar tidak takut ke sekolah dan kita serius dalam menangani perkara seperti ini," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, bagi kes penjaga yang mendakwa cucunya dipaksa menggigit kasut oleh guru semasa sesi pembelajaran pula, beliau memberitahu perkara itu diselesaikan melalui permuafakatan semua pihak iaitu pihak sekolah, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa serta penjaga.

Bagaimanapun, katanya, hanya seorang penjaga yang tidak berpuas hati sehingga membuat laporan polis meminta perkara ini diselesaikan dengan cara lain.

"Sebenarnya kita sudah siasat perkara ini. Memang benar ada pelajar yang gigit kasut ada ketika itu tetapi bukan atas arahan guru.

"Namun, dalam rundingan permuafakatan itu, guru berkenaan sudah melakukan permohonan secara terbuka walaupun tidak pernah mengeluarkan arahan tersebut," kata beliau.

Baharum berkata, selepas ini, perkara itu akan terus diperbincangkan dan diselesaikan PIBG dan sekolah terbabit.

Batalkan ‘Taman Persahabatan China-Malaysia’ - Ibrahim Ali

Posted: 21 Apr 2014 01:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini membantah pembinaan 'Taman Persahabatan China-Malaysia' di Putrajaya yang bertujuan sebagai simbol hubungan erat antara Malaysia dan China.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali meminta pengerusi perbadanan itu Tan Sri Aseh Che Mat mengekalkan identiti Putrajaya seperti sedia termasuk corak bangunannya yang melambangkan patriotisme negara yang asli.

"Cadangan jambatan reka bentuk gaya Lingnan boleh dibuat di Pulau Pinang, bukan Putrajaya. Janganlah atas nama pelancongan atau duit semata-mata, kita lupa bumi dipijak," kata beliau dalam satu kenyataan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS), pada Isnin.

Ibrahim turut menggesa agar Perbadanan Putrajaya membatalkan hasrat pembinaan taman tersebut dan memindahkannya ke Jalan Petaling atau Pulau Pinang.

"Adakah negara China akan bina tapak warisan Melayu di tengah-tengah kota Beijing? DBKL juga diminta memajukan warisan budaya bangsa di Jalan Melayu, Kuala Lumpur.

"Tidakkah ada sedikit semangat patriotisme d kalangan pentabir & teknokrat Melayu seperti bangsa lain?" soalnya sambil menyatakan kekecewaan di atas tindakan pembinaan taman tersebut.

Bagaimanapun Ibrahim menafikan yang beliau adalah 'anti budaya' dan sebaliknya menganggap diri beliau sebagai seorang yang tegas pendirian kerana baginya setiap negara dan bangsa perlu ada nilai patriotisme yang wajib dipelihara.

Terdahulu, sebuah 'Taman Persahabatan China-Malaysia' dilaporkan akan dibangunkan di pusat pentadbiran di Putrajaya, projek mercu tanda hubungan yang semakin kukuh antara Malaysia-China.

Taman yang bercirikan elemen gaya Lingnan itu akan dibangunkan di tapak kekal Festival Bunga dan Taman Putrajaya atau dikenali Floria Putrajaya di Presint 4.

Menurut Aseh, projek yang menelan kos sebanyak RM1.5 juta itu dibiayai kerajaan China melalui Persatuan Rakyat Dongguan dijangka siap pada awal bulan Jun ini.

Majlis pecah tanah dan penanaman pokok bagi projek tersebut telah disempurnakan anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) Hu Chunhua dan Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat.

Tian Chua, Rafizi ULANG akan gulingkan kerajaan

Posted: 21 Apr 2014 12:47 AM PDT

Ahli Parlimen PKR Batu, Chua Tian Chang atau Tian Chua mengulangi ugutannya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika bos beliau, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sekali lagi.

"Pada 14 April lalu, saya ditahan polis dan telefon bimbit saya dirampas kerana kononnya saya terlibat dalam aktiviti menghasut rakyat untuk menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri.

"Saya ingin ulangi pendirian saya sekali lagi…saya yakin majoriti rakyat akan bersama saya.

"Kalau berani perdana menteri Najib penjarakan Anwar, kita akan bangkit, jatuhkan Najib," katanya di hadapan kira-kira 1,500 hadirin dalam himpunan Reformasi 2.0 di Kuala Lumpur, pada Ahad malam, seperti dilaporkan portal berita pro-pembangkang The Malaysian Insider.

Pada Mac lalu, Tian Chua membuat ugutan yang sama apabila menulis di akaun Twitter beliau @tianchua menyatakan Najib akan digulingkan dalam tempoh lima bulan.

Sebelum itu, pada 7 Mac, Tian Chua juga melaungkan kenyataan yang sama untuk menggulingkan Najib dalam masa lima bulan di hadapan lobi Kompleks Istana Keadilan, Putrajaya, ketika Mahkamah Persekutuan menjatuhkkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar apabila didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful ukhari Azlan. (Rujuk video)

Susulan daripada tulisan di akaun Twitter beliau itu, polis yang memperolehi waran geledah telah merampas kamputer tablet dan telefon bimbit miliknya ketika beliau berada di Hotel Armada, Petaling Jaya.

Dalam ucapannya semalam juga, Tian Chua cuba membangkitkan semangat hadirin untuk melakukan demonstrasi ala reformasi 1998 pada era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri.

"Kita pernah menunjukkan rekod kita…saya disumbat di dalam di Kamunting (di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)) selama dua tahun, tetapi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), gas pemedih mata, kekerasan dan penindasan tidak akan dapat menahan kebangkitan rakyat.

"Dengan kebangkitan rakyat ini, Dr Mahathir juga tumbang dan inilah hakikat yang kita ingin ingati…kita akan pertahan dan bangkitkan untuk jatuhkan Najib kalau berani penjarakan Anwar," Tian Chua mengulangi hasutannya.

Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula menggesa agar himpunan menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei ini dijadikan medan gelombang kebangkitan penentangan anak muda.

"Amaran saya kepada Najib dan Mahathir kalau kamu berani penjarakan Anwar sekali lagi, percayalah cakap saya bukan seratus, bukan seribu, berpuluh-puluh ribu anak muda akan lawan sampai UMNO tumbang.

"Bersiap sedia tunggu arahan, 1 Mei kita jumpa di jalan raya.

"Bila-bila masa, mereka berani penjarakan Anwar, kita turun ramai-ramai tumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN), Insya Allah," kata Rafizi.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan awal bulan ini, Pakatan Rakyat (PR) akan turut serta dalam himpunan membantah GST 1 Mei ini dan memberi sokongan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkannya.

"Himpunan ini akan berlangsung di sekitar Kuala Lumpur antara jam 2 hingga 5 petang dan kemudian bergerak ke Dataran Merdeka," kata Mohamad Sabu.-bnbbc.m

Kekerapan hubungan seks juga menjadi menjadi faktor?

Posted: 20 Apr 2014 11:35 PM PDT

Soalan

Saya sudah berumah tangga selama 1 tahun dan selama setahun ini kami hanya berjumpa dua minggu sekali kerana bertugas di negeri yang berlainan. Saya memohon kepada pihak doktor untuk memberi nasihat dan pandangan untuk membolehkan kami mendapat zuriat memandangkan usia saya menjangkau 38 tahun. Adakah kekerapan hubungan seks dan kedudukan selepas hubungan seks juga mempengaruhi masalah ini?

Risya, Kedah

Jawapan

Banyak proses yang perlu dilalui sebelum doktor dapat memastikan rawatan yang terbaik. Pada peringkat awal, kesihatan anda berdua akan diperiksa untuk memastikan adalah baik.

Hubungan seks yang normal ialah dua hingga tiga kali seminggu. Pun begitu, kejayaan untuk hamil bergantung kepada proses pengovulan (proses bertelur), hubungan seks sewaktu subur, bilangan dan pergerakan sperma (benih suami) yang normal, tiada penyumbatan pada salur Fallopio dan juga persekitaran rahim yang normal.

Sewaktu wanita berada di peringkat subur dan melakukan hubungan seks, maka sperma akan memasuki faraj atau vagina pada masa yang tepat, sperma ini akan dilindungi daripada persekitaran faraj yang berasid. Hal ini dapat memelihara sperma daripada lendiran mukus semula jadi.

Antara faktor yang mempengaruhi sama ada sperma itu berjaya sampai kepada ovum termasuklah kebolehannya untuk berenang dan pergerakan rerambut halus (silia) yang terdapat pada salur Fallopio. Pergerakan silia ini akan membantu sperma untuk sampai kepada ovum.

Secara purata, sebanyak tiga milimeter (ml) air mani atau semen yang akan diejakulasi ke dalam faraj. Terdapat 60 juta sperma dalam satu ml air mani. Ini bermakna hampir 200 juta sperma akan memasuki faraj semasa proses ejakulasi berlaku tetapi hanya satu sperma yang diperlukan untuk proses persenyawaan. Sekiranya bilangan sperma di bawah aras 20 juta per ml, maka peluang untuk hamil ialah rendah.

Sperma dapat hidup dalam mukus (lendir) pangkal rahim antara 48 hingga 72 jam. Justeru, hubungan seks hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya pada selang sehari semasa waktu subur. Hal ini kerana ovum hanya boleh disenyawakan di dalam masa 12 hingga 24 jam setelah dikeluarkan, maka penting untuk sperma berada di luar ampula untuk menunggu masa bersenyawa dengan ovum. Ini bermakna waktu yang amat sesuai untuk melakukan hubungan seks ialah sebelum proses pengeluaran ovum atau pengovulan. Bagi wanita yang mempunyai kitar haid selama 28 hari, masa yang sesuai bermula pada hari ke-11 hingga ke-16. Jika hubungan seks berlaku setelah proses pengovulan, peluang untuk hamil rendah.

Hubungan seks yang kerap bukan pada waktu yang tepat tidak mencukupi. Hubungan seks amatlah penting dilakukan pada waktu subur. Waktu subur dapat dikira dari jarak masa kitar haid yang sebelumnya, melalui carta suhu, atau melihat perubahan kelikatan mukus (lendir) pangkal rahim. Sperma perlu berada di dalam salur Fallopio pada waktu subur.

Dengan mengadakan hubungan seks sekurang-kurangnya pada hari ke-11 daripada kitaran haid bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal, maka peluang persenyawaan berlaku adalah tinggi. Pada hari-hari berikutnya, kekerapan hubungan seks boleh dilakukan mengikut kehendak pasangan masing-masing.

Menahan diri daripada melakukan hubungan seks sebelum waktu subur bagi tujuan menambahkan bilangan sperma dan meningkatkan kesuburan hanyalah suatu mitos. Bilangan sperma akan meningkat tanpa melakukan hubungan seks selama dua hingga tiga hari, tetapi ramai lelaki yang subur boleh menghasilkan jumlah sperma yang mencukupi melalui hubungan seks dengan lebih kerap.

Terdapat dua sebab pasangan suami isteri tidak melakukan hubungan seks dalam jangka masa yang lama. Pertama, risiko terlepas waktu pengovulan dan kedua, sperma akan menjadi kurang aktif. Oleh itu, penting untuk mengagak masa pengovulan berlaku supaya hubungan seks dapat dilakukan dua hingga tiga hari sebelumnya. Turut diberikan perhatian ialah kehadiran sperma yang subur dan bersedia untuk bersenyawa sebaik-baik sahaja ovum dikeluarkan.

Wanita tidak perlu baring selepas hubungan seks dilakukan. Persenyawaan terjadi apabila sperma sampai ke salur Fallopio dan bersenyawa dengan ovum. Kehamilan berlaku daripada hubungan seks dalam pelbagai posisi. Pergerakan sperma tidak bergantung pada posisi tertentu yang harus dikekalkan oleh wanita.

Oleh itu, wanita tidak perlu untuk berbaring di atas katil atau berehat seketika setelah melakukan hubungan seks. Menurut petua orang tua, dengan meletakan bantal di bawah punggung atau menaikkan kaki selepas selesai melakukan hubungan boleh membantu dalam proses persenyawaan sebenarnya kurang tepat.

Anda berdua perlu bersegera berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan dan ujian bagi mendapatkan zuriat.

Kesihatan © Utusan Melayu (M) Bhd

Semalam kata gaduh manja, hari ini fail penceraian pula?

Posted: 20 Apr 2014 09:01 PM PDT

Sebulan selepas pasangan ini berkahwin, sudah timbul khabar angin mengatakan mereka bergaduh besar sehingga mendapat liputan media dalam industri hiburan dan akhir akhir ini timbul satu lagi dakwaan yang mengatakan hubungan mereka semakin tidak dapat dipulihkan.

Laporan Utusan Malaysia hujung minggu lalu menimbulkan lagi satu persoalan sama ada rumahtangga Adam AF & Fiza Elite ini mampu bertahan atau pun tidak selepas si isteri khabarnya sudah berkunjung mahkamah untuk selesaikan masalah yang melanda.

Wartawan tersebut ada menulis yang khabarnya Fiza Elite ada ke mahkamah pertengahan minggu lalu untuk merujuk masalah rumah tangga ke pejabat agama.

Walaupun pemergian beliau ke mahkamah tidak diketahui ramai tapi ada sumber yang dedahkan Fiza Elite dikhabarkan memfailkan penceraian pada hari Rabu lalu di Shah Alam, Selangor.

Adam AF pula dalam beberapa kenyataan media terbaru berkata yang mereka tidak mempunyai masalah besar seperti didakwa dan hanya bergaduh manja seperti pasangan suami isteri lain — kami doakan yang terbaik sahaja buat kalian berdua. (rtky/m)

Bekas isteri Sham Kamikaze dedah sikap hipokrit di laman FB

Posted: 20 Apr 2014 08:01 PM PDT

Terkejut beruk Abang Nara membaca pendedahan bekas isteri Sham Kamikaze, Farazila AJ di BiPop semalam. Mana tidaknya, segala macam perbuatan yang tak disangka rupa-rupanya dilakukan oleh Sham Kamikaze. Betul atau tidak, hanya mereka berdua yang tahu. Namun pendedahan ini sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada Abang Nara. Don't judge a book by it's cover. Amboi speaking.

Pendedahan yang paling menarik bagi Abang Nara ialah sikap hipokrit Sham Kamikaze yang rasa dirinya mulia apabila sudah berhijrah. Kata Farazila:-

Kami bergaduh lagi gara-gara perempuan. Hancur hati saya dan saya balik ke kampun. Saya pulang semula ke Kuala Lumpur selepas 2 minggu dan terkejut melihat dirinya berjubah serta berkopiah. Tetapi saya tidak rasa apa-apa.

Apabila orang memuji konon dia dia sudah berhijrah, dia rasa dirinya mulia. Sham jadi lupa diri apabila orang sekeliling mengagungkan dirinya. Dia bangga apabila disanjung, tetapi sebenarnya dia belum berubah sepenuhnya. Saya menegur sikap hipokritnya itu dan kami bergaduh lagi. Selepas pulang umrah, saya sudah berubah dan berhijrah lebih awal daripadanya.

Bayangkan sebelum subuh, jam sudah berbunyi dan dia bangun tidur lalu terus menghadap komputer. Ayatnya di komputer "jom solat" tetapi sebenarnya dia tidak bersolat dan tidur semula. Ia berlaku banyak kali dan saya muka dengan perkataan "jom solatnya" itu.
Wow. Tak sangka bukan? Kalau anda sering mengikuti akaun sosial Sham Kamikaze, memang Sham sering mengajak pengikutnya ke arah kebaikan. Selalu orang solat berjemaah dan sebagainya. Namun kalau mengikutkan apa yang dikatakan oleh bekas isterinya, itu hanyalah omong kosong. Malah Farazila telah membuat laporan polis untuk langkah keselamatan terhadap gambar dan rakan video yang dilakukan oleh bekas suaminya itu. Tambah Farazila lagi:-

Siang malam dia kerap menghadap komputer. Itu saya boleh tahan lagi, tetapi apabila dia memuat naik gambar berlaga pipi dengan wanita lain dalam FB, apa perasaan saya? Apabila orang bertanya, saya tiada jawapan. Malu pun ada! Apabila bergaduh, dia mula tidak balik rumah berhari-hari. Kadang-kadang balik rumah hanya salin baju sahaja.

Dalam satu insiden saya tidak akan lupa sampai mati, dia pernah tinggalkan saya di tepi lebih raya ketika pulang ke kampung di Batu Pahat kerana bergaduh pasal FB. Dia libas tangan dan cincin dipakainya terkena mata saya. Sampai kini dalam mata saya kelihatan berdarah. Mujur saya ada telefon bibit. Dengan mata berair kena libas dan hujan pula, saya terpaksa berteduh bawah terowong.

Saya hubungi ibu untuk beritahu apa yang berlaku. Ibu pulang menghubungi Sham, suruh dia ambil saya di tepi lebuh raya. Bayangkan dari waktu Asar saya ditinggalkan, dia hanya datang ambil saya dalam jam 10 malam. Saya sembunyi dalam terowong yang sekelilingnya penuh dengan jarum penagih dadah. Saya memang takut kerana tempat itu sunyi tetapi saya tiada pilihan dan berserah kepada Allah.

Saya pujuk hati mungkin saya bersalah dan mencari Sham di Studio, tetapi tidak nampak keretanya. Esoknya saya cari lagi di studio dan berjumpa seorang kakitangannya. Selepas mengetahui Sham ada di ruang atas studio, saya sediakan minuman untuknya dan ketika mahu menghantarnyaa, kakitangan berkenaan seakan menghalang saya. Kebetulan Sham mahu turun ke bawah dan dia yang terkejut melihat saya, lari lintang pukang naik atas semula.

Seminggu selepas itu, kakitangan itu berterus terang kepada saya memakluman ada seorang wanita ketika itu bersama Sham. Wanita itu didakwa masih bersuami dan mempunyai dua anak. Kami bergaduh besar dan saya terus balik ke kampung. Dia cerita kepada orang saya ingkar dan keluar rumah tanpa izizn. Seingat saya, jika keluar rumahpun hanya ke rumah mentua ata balik kampung saja.

Ini adalah satu pendedahan yang amat mengejutkan. Tak sangka sungguh. Terkejut sangat-sangat dibuatnya. Kesian pun ada jugak dekat bekas isteri Sham Kamikaze. Sama-samalah kita nantikan penerangan selanjutnya daripada Sham.

Beautiful Nara

Pertunjukan coli, seluar dalam di Mid Valley undang rasa kurang senang

Posted: 20 Apr 2014 07:01 PM PDT

Xixili meraikan ulangtahunnya yang ke 10 bersama-sama minggu fesyen Mid Valley 2014 pada Jumaat lepas dengan memperagakan koleksi pakaian dalam musim bunga dan panas.

Model-model pada malam tersebut keluar di laluan peragaan dengan memakai pakaian dalam ekslusif rekaan syarikat tersebut.

Acara ini mengundang ribuan pengunjung Mid Valley bersidai di untuk menonton 'tayangan percuma' yang julung-julung kali diadakan di tempat awam.
Keadaan ini juga menyebabkan suasana kurang selesa sesetengah pihak. Ada yang mendakwa pihak penganjur tidak sensitif dengan kesopanan dan kesusilaan negera ini. Mana tidaknya, model separuh bogel berlenggang dengan hanya menutup alat sulit dan buah dada mereka di khalayak umum!

Adakah faktor pelancongan menjadi alasan ianya diadakan? Kalau ianya masih perlu diadakan, kenapa tidak ditempat yang agak tertutup sedangkan Mid Valley merupakan tempat awam serta kanak-kanak turut berada di situ.

Itulah antara isu-isu yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak. Semoga pihak berwajib dapat memikirkan langkah yang lebih sesuai dalam mempromosikan sesuatu perkara tanpa mengabaikan kesusilaan yang ada dalam negara ini.

 Foto-foto ehsan Jenngorgeous.com








Cucu Tok Selampit

Posted: 21 Apr 2014 01:46 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Depan KTM Serdang Banjir Kilat - Banjir Tapi Selangor Catu Air

Posted: 21 Apr 2014 05:35 AM PDT

Ini masalahnya Neeri Selangor di bawah pentadbiran PR. Sistem saliran hancur dan tidak terjaga. Berlaku hujan lebat sedikit akan banjir kilat. Bila banjir, Menteri Besar Selangor dan EXCO akan umum seribu macam janji. Buat tebatan banjirlah, bersihkan sistem saliranlah. Pi mai pi mai dok tang tu jugak.

Hari ni berlaku lagi banjir kilat di depan KTM Serdang. Apa pula mereka nak kata. Sudahlah Rakyat Selangor dibelenggu dengan sistem catuan air akibat ketidakcekapan pengurusan air dan sombong bongkak Kerajaan PR Selangor. Sekarang dengan banjir pulak dah. Lantak hangpalah penduduk Serdang. Hangpa yang pilih mereka dalam PRU13 dulu. Apa macam?

Kenapa Hanya Penghormatan Negeri? Negara Juga Harus Iktiraf Karpal Singh!

Posted: 20 Apr 2014 07:00 PM PDT


Jenazah beliau diletakkan di Dewan Seri Pinang untuk majlis penghormatan terakhir. Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, kerajaan negeri, agensi kerajaan turut hadir memberi penghormatan. Bendera negeri Pulau Pinang diturunkan separuh tiang selama seminggu. Perarakan turut dilakukan melalui sekolah lamanya, St Xavier's Institution, pejabat guamannya di Jalan Green Hall dan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di Jalan Farquhar sebelum mayat beliau dibakar di Batu Gantung. Namanya terus diabadikan dengan IJM Promenade telah ditukar kepada Karpal Singh Drive atau Persiaran Karpal Singh. Begitu hebat sekali penangan mendiang Karpal Singh. Tiba-tiba teringatkan satu perkara. Apa jasa-jasa Karpal Singh kepada Negara amnya dan Pulau Pinang khasnya sehingga diangkat seperti pahlawan negara?

Mungkin jasa terbesar Karpal Singh kepada Rakyat Malaysia adalah menjadi penghalang kepada seorang pengamal homoseksual untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1997. Karpal Singh membangkitkan isu moral Anwar Ibrahim di dalam Dewan Rakyat sebanyak dua kali secara serius, iaitu pada bulan Oktober dan Disember 1997. Segala apa yang berlaku dalam Parlimen dicatatkan dan ianya dinamakan Penyata Rasmi Parlimen (hansard). Dalam hansard semua benda akan tercatat hatta ketawa atau pun kecoh. Hansard Parlimen tidak menipu dan tidak boleh ditipu. Rakan blogger RBF Online, membuat penyelidikan yang terperinci berkenaan hansard yang berkaitan bertarikh  22 Oktober 1997 dan 18 Disember 1997 (Baca di sini).

Sebagai bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh adalah seorang pemimpin dan peguam yang berwibawa dan mempunyai suara yang lantang terutama ketika membawa isu-isu kontroversi. Namun, kelantangan beliau beberapa kali mengundang padah. Kita juga tidak lupa bilamana Karpal Singh telah dikatakan menderhaka dengan titah perintah Sultan Perak. Karpal Singh telah didakwa kerana mengeluarkan perkataan berbaur hasutan di firma guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Feb, 2009, bahawa pengguguran DS Mohammad Nizar dan pelantikan DS Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang baru oleh Sultan Perak boleh dipersoalkan di mahkamah. Pada 21 Februari 2013 Karpal didapati dan pada 11 Mac 2014, beliau telah dijatuhkan hukuman denda RM4,000 atas tuduhan menghasut.

Negara juga harus mengiktiraf Karpal Singh kerana atas usaha keras beliau membangkitkan isu di Parlimen suatu ketika dahulu, Negara diselamatkan dari mempunyai seorang Perdana Menteri yang mengamalkan hubungan sejenis. Namun, kita masih berharap agar amanat beliau yang diucapkan secara langsung di media massa pada 08 Februari 2009 seperti di bawah menjadi kenyataan. Kita juga merasa amat sedih dengan pemergian mendiang Karpal Singh ini, kerana berkemungkinan segala rahsia anakguamnya yang bernama Anwar Ibrahim akan turut terkubur.

THE FLYING KICK

Posted: 21 Apr 2014 01:46 PM PDT

Apa Yang Tersirat

Posted: 21 Apr 2014 01:41 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Sodomi II: Mahkmah Hanya Adil dan Betul Apabila Membebaskan Anwar-Pembangkang

Posted: 21 Apr 2014 05:36 AM PDT

9 Januari 2012, apabila Mahkamah Tinggi membebaskan Dato Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat, penyokong Pakatan Rakyat memuji "keberanian" hakim yang membicarakan kes itu yang menurut mereka melakukan perkara yang betul. 

Namun sebaik Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu baru-baru ini, kumpulan penyokong Pakatan Rakyat itu cuba mempertikaikan keputusan itu kononnya berlaku kegelinciran keadilan dan campur tangan politik. 

Bagi penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, keputusan mahkamah itu dianggap adil atau betul sekiranya memihak kepada mereka dan "salah atau tidak adil" sekiranya mahkamah membuat keputusan sebaliknya.

Dalam perbicaraan kes jenayah, pihak pendakwaan perlu membuktikan kesalahan tertuduh. Tertuduh tidak perlu membuktikan ketidakbersalahannya. Inilah sebenarnya asas Mahkamah Persekutuan mengenepikan sabitan ke atas Anwar dalam kes liwat pertama pada 2 Sept 2004. 

Dalam kes ini, tiga hakim Mahkamah Persekutuan sependapat bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kesalahan Anwar. Dalam masa yang sama, hakim tersebut percaya bahawa Anwar "bersalah" tetapi oleh kerana pihak pendakwaan gagal membuktikannya maka mahkamah tidak mempunyai pilihan dan seterusnya membebaskan Anwar.

Ini mungkin merupakan satu daripada keputusan mahkamah yang mengundang kontroversi di mana hakim-hakim terbabit yakin Anwar bersalah tetapi masih dibebaskan kerana kegagalan di pihak pendakwaan mengemukakan hujah kes yang menimbulkan tahap keraguan. Jelas sekali, isunya bukan soal sama ada Anwar tidak bersalah atau bersalah. Faktor penolakan itu hanya berasaskan aspek teknikal. Panel hakim menyimpulkan bahawa  dia bersalah tetapi gagal dibuktikan di mahkamah.

Ramai rakyat Malaysia yang kelihatan lupa perkara-perkara kecil yang terlepas pandang seperti dalam kes Anwar. Faktor teknikal inilah yang menyaksikan Anwar dibebaskan sebelum ini.

Dalam perbicaraan kes liwat Anwar yang kedua, tahap pembuktian yang sama terpakai. Pihak pendakwaan perlu membuktikan kesalahan Anwar. Beban pembuktian dipikul sepenuhnya oleh pihak pendakwaan, dan bukti yang ada di pihak pendakwaan ialah dakwaan liwat yang dibuat oleh mangsa itu sendiri iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tambahan pula, dalam pendakwaan kes jenayah, walaupun beban pembuktikan terletak pada pihak pendakwaan dan tertuduh tidak perlu membuktikan tidak bersalah, namun jika tertuduh berjaya menimbulkan keraguan maka manfaat keraguan mesti diberikan kepada tertuduh. Ini bermakna, walaupun tertuduh tidak perlu membuktikan tidak bersalah, namun tertuduh masih perlu menimbulkan keraguan dan sekali keraguan ini dibangkitkan, keputusan akan memihak kepada tertuduh.

Dalam kes ini, Anwar gagal berbuat demikian. Anwar tidak menafikan bahawa beliau sebenarnya berada di tempat kejadian kes jenayah liwat itu. Anwar tidak menafikan bahawa Saiful telah pergi ke sana untuk bertemu dengannya dan seterusnya menyerahkan sampul surat. Rakaman CCTV menunjukkan kedua-dua Anwar dan Saiful memasuki dan meninggalkan tempat kejadian itu. Anwar kemudian memfailkan notis alibi dan dikatakan beliau bersedia untuk memanggil 14 saksi bagi menyokong dalihan alibi itu termasuk isterinya sendiri. Akhirnya tiada satu pun saksi dipanggil, dan tiada alasan atau sebab diberikan mengapa beliau memutuskan untuk membatalkan rancangan memanggil 14 saksi tersebut.

Hujah pembelaan Anwar hanya merupakan penafian semata-mata iaitu bukan pembelaan sebenar. Anwar memilih untuk tidak mahu memberi keterangan bersumpah, sebaliknya membaca kenyataan daripada "kandang tertuduh, bukan kandang saksi. (Kebiasaannya undang-undang langsung tidak memberi sebarang nilai perundangan kepada kenyataan sebegini, kerana ianya tidak dibuat melalui sumpah, dan tertuduh langsung tidak boleh disoal balas oleh Pendakwaraya atau disoal oleh Mahkamah). Oleh itu, penafian Anwar hanya terjumlah sebagai satu kenyataan dan tidak dianggap sebagai keterangan (lisan atau bukan lisan). Ia hampir serupa membuat kenyataan akhbar di luar mahkamah.

Bagaimanapun, dalam tuduhan atau dakwaan seumpama itu, terdapat keperluan bukti kukuh yang menyokong dakwaan Saiful. Bukti itu diperolehi melalui pemeriksaan DNA yang menyokong tuduhan bahawa Anwar telah mengadakan hubungan seks dubur (luar tabii) dengan Saiful. Walaupun pihak pembelaan Anwar mengemukakan dua saksi pakar untuk mencemar dan menonjolkan kecatatan penemuan ahli kimia kerajaan mengenai ujian DNA, namun kedua-dua saksi pakar menyatakan bahawa apa yang mereka kemukakan hanya pendapat atau pandangan mereka semata-mata. Oleh itu, keterangan ahli kimia kerajaan dianggap "lebih kuat" berbanding pendapat dua saksi pakar tersebut.

Mahkamah Rayuan telah mengambil kira segala fakta-fakta ini dalam mengenepikans keputusan membebaskan Anwar sebelum ini. Dasarnya ialah Anwar gagal menimbulkan keraguan berhubung dakwaan liwat yang dibuat terhadapnya. Beliau hanya menafikan dakwaan itu tanpa apa-apa bukti yang menyokong penafian itu. Rakaman CCTV menunjukkan bahawa Anwar dan Saiful kedua-duanya berada di tempat kejadian jenayah tersebut dan Anwar tidak mempunyai sebarang alibi untuk membuktikan bahawa beliau tidak berada di situ ketika kejadian itu berlaku. Oleh itu, berdasarkan keterangan yang dikemukakan di mahkamah, Mahkamah Rayuan mendapati (menganggap) beliau bersalah sebagaimana yang dituduh.

Anwar membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu dan kita akan mengetahui tidak lama lagi sama ada sabitan itu kekal atau sebaliknya, dan sama ada ia didukung dengan peningkatan hukuman. Jika keputusan memihak kepada Anwar, penyokong Pakatan Rakyat akan menyambut baik dan menyifatkannya sebagai keputusan yang adil, dan jika tidak, mereka akan menuduh atau mendakwa bahawa ia adalah satu konspirasi politik. Ini menggambarkan tahap kematangan yang sangat rendah di pihak mereka yang mendakwa berjuang menegakkan sebuah sistem kehakiman yang bebas. Bagi mereka, sistem kehakiman yang bebas bermakna mahkamah membuat keputusan yang memihak kepada pembangkang. Posting ASAL 

Sodomi II: Anwar Dikejar Masa- Mula Minta Simpati

Posted: 21 Apr 2014 02:00 AM PDT

Hanya berbaki lima hari lagi, untuk Anwar mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan berhubung sabitan 5 tahun penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah rayuan 7 Mac lalu, di mana Keputusan dikeluarkan pada 18 April.

Anwar dikejar masa untuk melantik peguam utamanya, bagi menggantikan mendiang Karpal Singh yang terlibat kemalangan jalanraya pada pagi 17 April.

Anwar memberitahu sekitar 800 penyokong di satu perjumpaan di Kawasan Parlimen Lembah Pantai semalam, bahawa beliau dikejar masa, bukan sahaja akan masuk penjara akan tetapi juga perlu mencari pengganti Karpal serta juga terpaksa mencari wang untuk kos guaman.

MH370: Kini Ada Yang Percaya Mendarat Di Satu Lokasi Rahsia

Posted: 20 Apr 2014 10:43 PM PDT

Pasukan penyiasat antarabangsa dilaporkan sedang melihat semula kemungkinan bahawa penerbangan Malaysia Airlines pesawat MH370 mungkin mendarat di satu lokasi tertentu dan tidak berakhir di Lautan Hindi.

Laporan New Straits Times yang memetik satu sumber tidak dinamakan menyebut, ia merupakan antara kemungkinan baru yang sedang diteliti.

Ia memandangkan pencarian yang dijalankan sehingga hari ini masih belum menemui sebarang serpihan pesawat, lapor akhbar itu.

Sumber-sumber yang tidak dinyatakan itu juga menyebut, pesawat tersebut juga mungkin terhempas di satu lokasi terpencil.

Bagaimanapun, pencarian di selatan Lautan Hindi yang masuk hari ke-45 hari ini masih perlu diteruskan, kata sumber tersebut dalam laporan NST.

Selain itu, pasukan penyiasat juga sedang mempertimbangkan untuk menggunakan lebih banyak aset dalam pencarian, dan meliputi kawasan lebih luas di Lautan Hindi.

Menurut laporan berkanan, pencarian tersebut mungkin dijalankan di kawasan yang salah.

"Kita mungkin terpaksa berkumpul semula untuk melihat kemungkinan ini jika tiada hasil positif dalam tempoh beberapa hari lagi... tapi pada masa sama, pencarian di Lautan Hindi mesti diteruskan.

"Sangkaan bahawa ia mendarat di satu tempat itu tidak mustahil kerana kami masih belum menemui sebarang serpihan yang mungkin berkaitan dengan MH370.

"Bagaimanapun, kemungkinan bahawa terdapat negara tertentu menyembunyikan pesawat tersebut ketika lebih 20 negara mencarinya nampak tidak masuk akal," kata sumber tersebut seperti dipetik NST.

Sumber berkenaan turut menimbulkan kesangsian terhadap pengiraan saintifik ke atas data komunikasi satelit – yang memberi kesimpulan bahawa penerbangan tersebut berakhir di Lautan Hindi.

"Satelit komunikasi hanya dimaksudkan untuk komunikasi... namanya itu sendiri menjelaskannya.

"Penyiasat terpaksa mengguna algoritma untuk mengira lokasi terakhir MH370 yang diketahui kerana tiada sistem GPS selepas transponder pesawat dimatikan 45 minit dalam penerbangan," kenyataan sumber itu dipetik.

Kali Terakhir Kami Berdepan Di Mahkamah-Karpal Merenung Jauh: Tan Sri Shafee Abdullah

Posted: 20 Apr 2014 04:23 PM PDT

Pada Rabu- beberapa jam sebelum mendiang pergi selama-lamanya, menurut Peguam Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika mereka bertemu kali terakhir di  Mahkamah;  mendiang nampak merenung jauh, seolah ingin pulang cepat ke rumah. Menurut Shafee, beliau mendekatinya dan bertanya, apa kah mendiang sihat, jika kurang sihat, maka Shafee akan memohon penangguhan, namun mendiang menjawab, bahawa beliau dapat mmeneruskan. Mendiang Karpal terlibat kemalangan jalanraya di Kampar, Perak di km 306.1 lebuhraya Utara Selatan pada 17 April jam 1.10 pagi semasa menunju Pulau Pinang daripada Kuala Lumpur. Mendiang dikebumikan semalam di negeri kelahirannya Pulau Pinang. Karpal dilahirkan pada tahun 1940.

Duke of UMNO

Posted: 21 Apr 2014 01:03 PM PDT

Duke of UMNO


Puak sana dah mula sebut pasal manifesto BN di Kedah?

Posted: 20 Apr 2014 07:00 PM PDT

Tiba-tiba ja puak belah sana sebut pasai Manifesto BN untuk PRU-13. Kononnya nak suruh rakyat tuntut la tu? Atau saja nak bagi semua orang kata BN tak tunai pun Manifesto tu?

Tak sampai setahun, puak belah sana mula sebut pasai manifesto? 5 Mei ni baru cukup setahun... Tak sampai setahun dah nak tanya?

28 April ni kalau tak silap saya ada sidang DUN... tanya la dalam dewan... boleh?

Cuma saya nak sebut la sikit kannn...
 

Sebenarnya, pada saya "manifesto tu bukan janji" (sapa punya ayat ni? ingat tak?)...

Atau...

"Baru saya tau..tak semua benda yang kita janji tu boleh buat..." (ayat sapa pulak yang ni?)

Jadi, ada hati nak tanya BN pasal manifesto? Heh! Simpan dalam poket la soalan tu...

Penasihat Undang-Undang UMNO

Posted: 21 Apr 2014 11:40 AM PDT

Penasihat Undang-Undang UMNO


PKR Kesal Dan Akui Felda Tidak Pernah Jual Minyak Mentah Kepada Israel

Posted: 21 Apr 2014 07:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan rasa kesal dan mengakui serta menerima bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak atau menjalankan sebarang perniagaan dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik Israel, sebaliknya urusniaga penghantaran minyak mentah tersebut dilakukan dengan negara Palestin.
Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Felda berkata, ini berikutan penghakiman persetujuan antara plaintif Felda dan defendan iaitu Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, yang membawa persetujuan yang mana terma-termanya membawa kepada pengakuan kesal PKR, mengakui dan menerima bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak mentah kepada Israel sebaliknya ia dihantar kepada Palestin.
"PKR telah menyatakan rasa kesal dengan dua artikel yang ditulis dan dicetak itu yang merujuk kepada Felda. PKR juga mengakui dan menerima bahawa  Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd telah pada Mac 2010 mengantar minyak mentah ke Palestin dan bukan Israel serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.
"Untuk makluman, pada tahun 2012 akhbar milik PKR, Suara Keadilan telah mencetak dan menerbitkan dua artikel yang bertajuk Dua Ribu  Himpun Bantah Felda Jual Minyak Ke Israel dan BN Jangan Tipu Rakyat pada edisi Suara Keadilan bertarikh 27 November yang menuduh Felda menjual minyak mentah kepada Israel.
"PKR juga telah menarik balik segala imputasi yang telah dibuat dan akan dibuat oleh artikel berhubung perkara tersebut yang telah diterbitkan di dalam Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang lalu," jelas beliau kepada UMNO-Online ketika di temui di Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.
Menurut beliau lagi, penghakiman persetujuan ini juga telah direkodkan tanpa apa-apa pengecualian terhadap liabiliti atau kebertanggungjawaban oleh PKR dalam mengeluarkan kenyataan sepertimana yang dikeluarkan di dalam akhbar milik PKR, Suara Keadilan.
Tambahnya, ini adalah selaras sepertimana penjelasan yang diberikan oleh Datuk Ahmad Maslan yang ketika itu merupakan Menteri yang bertanggungjawab menjaga Felda, di mana Felda menghantar minyak mentah untuk kegunaan masyarakat di Palestin dan bukannya Israel sepertimana yang dituduh oleh Suara Keadilan.
"Dengan adanya penghakiman persetujuan hari ini maka ia jelas membuktikan bahawa  segala tuduhan terhadap Felda berhubung penjualan minyak kepada Israel hanyalah semata-mata fitnah yang dilakukan pembangkang dan akhbar-akhbar milik pembangkang," tegasnya.
Sementara itu menurut  beliau, berhubung saman malu Felda terhadap enam defendan lagi iaitu Mazlan Aliman, Datuk Mustapha Ali, Ahmad Lutfi Osman, Taufik Yahya, Mohamad Arif Atan, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, yang mana keenam-enam defendan ini merupakan ahli Pas dan juga pemegang jawatan di dalam parti Pas, penerbit kepada akhbar Harakah,ketua pengarang dan juga pencetak akan tetap diteruskan oleh Felda.
"Dan hakim hari ini juga telah menetapkan tarikh 30 April ini sebagai hari keputusan berhubung saman malu Felda terhadap keenam-enam defendan tersebut.
"Bagimanapun setakat ini Pas dan Harakah masih lagi senyap membisu seribu bahasa dan kita ternyata-tanya apakah kedudukan dan keputusan yang akan mereka ambil disebabkan keputusan penghakiman hari ini, di mana rakan sekutunya PKR telah menyatakan rasa kesal serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjalankan sebarang urus niaga dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik negara tersebut," akhiri beliau. -MediaUMNO

PEJUANG BANGSA

Posted: 21 Apr 2014 11:10 AM PDT

PEJUANG BANGSA


TRAGEDI #MH192 , KEHEBATAN PILOT MAS & KOMEN KAPTEN NIK HUZLAN

Posted: 21 Apr 2014 02:25 AM PDT





Malaysia Airlines mengesahkan pesawat MH192 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 1.56 pagi tadi.

Sebelum ini, MAS mengesahkan pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 10.09 malam ke Bangalore itu berpatah balik ke Kuala Lumpur.

Pesawat tersebut mengalami kerosakan gear bahagian kanan selepas  tayarnya terbakar sewaktu berlepas.

Pusat Operasi Kawalan Malaysia Airlines (OCC) kemudiannya dihubungi pada jam 10.25 malam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) dikerahkan ke KLIA sejurus selepas juruterbang diarahkan berpatah balik untuk melakukan pendaratan kecemasan.

Pesawat MH192 Boeing 737-800 dijadualkan tiba di Bangalore pada pukul 11.35 malam.

Pesawat yang membawa 166 orang yang terdiri daripada 159 penumpang dan 7 anak kapal akan bertolak semula ke Bangalore pada pukul 3.30 petang, Isnin and dijangka sampai pada jam 5.00 petang pada hari yang sama. .

Kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat. Penumpang juga ditempatkan di hotel berhampiran. astro awani

Keris Pusaka Melayu

Posted: 21 Apr 2014 11:08 AM PDT

Keris Pusaka Melayu


Presiden PVTM Ali Tinju mengaku Tipu Gelaran Dato ‘- Utusan Malaysia

Posted: 21 Apr 2014 04:41 AM PDT

Presiden bekas tentera veteran PVTM yang dikenali Ali Tinju mengaku menggunakan gelaran Dato adalah bukti beliau adalah seorang individu yang bukan boleh dipercaya.

Dengan apa yang dilakukan dan didedahkan di blog lain berhubung peristiwa silam beliau sudah cukup memberitahu kepada kita mesej yang jelas bahawa beliau bukan boleh dipercaya.

Maka jangan pula yang akan menggunakan beliau untuk sesuatu tujuan atau matlamat lebih-lebih lagi menghentam sesiapa sahaja di kalangan pemimpin kerajaan.

Pilihlah yang berintegriti untuk elakkan teguran kerana tidak masuk akal ‘ketam’ mampu mengajar anak berjalan betul jika dia sendiri tidak mampu jalan lurus.

Bacalah kenyataan beliau dibUtusan Malaysia sebagai panduan kepada sesiapa yang mungkin belum mengenalinya.

Maafkan saya…

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar

KUALA LUMPUR 12 Jan. Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), (Datuk) Mohd. Ali Baharom memohon maaf kepada semua pihak yang mengenalinya dengan gelaran Datuk sebelum ini kerana ia sebenarnya palsu dan tidak diperakukan.

Menurutnya, kesilapan itu perlu diakui dan diperbetulkan segera memandangkan beliau kini bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan tidak mahu ia disalah anggap pada masa depan.

Hari ini saya mahu membersihkan nama saya dengan memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak termasuk media kerana menggunakan gelaran Datuk yang telah saya beli pada 2006 dengan RM250,000.

Selain untuk saya sendiri, saya juga membelikan gelaran Datuk buat seorang lagi kawan dengan harga sama dan kos keseluruhan termasuk menyediakan hiburan kepada penjual adalah sekitar RM1 juta, katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Ali memakai gelaran itu yang kononnya dianugerahkan oleh institusi diraja dari sebuah negeri di bahagian utara Semenanjung pada 2006 menerusi seorang ejen dan ahli kerabat institusi itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada ahli kerabat itu memandangkan individu tersebut telah diisytihar muflis beberapa tahun lalu.

Menceritakan pengalamannya, kata Mohd. Ali, nafsu untuk memakai gelaran Datuk pada masa itu timbul kerana berfikiran ia boleh memudahkan urusan perniagaannya sebagai kontraktor.

Namun, katanya, ia tidak lagi perlu kerana menginsafi gelaran itu diperoleh secara palsu dan berpendapat ia boleh mendatangkan kemudaratan kepadanya dari segi sosial dan ketuhanan pada masa depan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2zWHlyPbZ

Sent from my iPad


Pengikut