. Berikutan dengan himpunan '123BANGKIT' yang dianjurkan oleh sebuah NGO yang dikenali sebagai TABAH (Bela Tanak Rakyat Sabah) baru-baru ini, akhbar-akhbar di Sabah difahamkan telah mendapat arahan dari pejabat Ketua Menteri agar tidak menyiarkan sebarang berita tentang himpunan tersebut. Namun begitu terdapat juga beberapa buah akhbar bertindak untuk tidak menurut arahan. Berikut adalah kenyataan saudara Lahirul Latigu yang diambil dari [Official Page] Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat (123 Bangkit):
[TabahNews] Dapat maklumat dari wartawan yang Pejabat Ketua Menteri ada menelefon semua suratkhabar petang Isnin (12 Mac 2012) memberi amaran tidak memasukkan liputan berkenaan 123 Bangkit. Nampaknya mereka sudah melampau! Jangan ingat kemarahan rakyat akan dapat disembunyikan. Tunggu 123 BANGKIT 2.0!
Lahirul Latigu, Setiausaha TABAH (Bela Tanah Rakyat Sabah)
Selain dari itu, terdapat juga pihak yang telah mengupah beberapa orang untuk mengaku bahawa penganjur himpunan tersebut telah menipu penduduk yang hadir. Selain dari mereka ditipu, mereka juga dipergunakan oleh parti-parti politik untuk tujuan lain. Berikut ialah keratan akhbar yang disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan Sabah.
Sehubungan dengan itu Dewan Pemuda PAS Sabah melihat semua ini adalah petanda awal bahawa kerajaan UMNO/BN yang ada sekarang pasti akan tumbang pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Menurut Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Sabah, saudara Amir Saifuddin Samsuddin, "Pihak pengajur telah berkali-kali menyatakan bahawa perhimpunan ini adalah aman. Malah pihak penganjur telah menjemput semua parti-parti politik, NGO dan rakyat yang prihatin untuk hadir sama pada perhimpunan tersebut sebagai tanda solidariti terhadap kezaliman yang berlaku pada penduduk kampung yang terlibat. Namun yang hadir hanya lah parti-parti politik selain dari BN, walaupun UPKO juga menyatakan pendirian menyokong himpunan aman tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa BN Sabah hanya mempermainkan rakyat demi untuk survival kuasa politik mereka semata-mata".
NGO TABAH merupakan sebuah NGO bebas yang membela tanah rakyat Sabah. Setelah sekian lamanya rakyat Sabah telah ditindas dan dizalimi oleh kerajaan yang ada sekarang. Maka sudah tiba masanya untuk rakyat bangkit menyatakan bantahan terhadap hak mereka yang telah dicabuli.
Tahap pembangunan politik dan ekonomi sesebuah negara, terutamnya dalam konteks negara membangun seperti Malaysia, adalah faktor lebih penting mempengaruhi sikap sesaorang termasuk pegawai tadbir awam, berbanding latar belakang etnik pegawai berkenaan.
Kajian oleh Scott (1968) telah membenarkan hakikat ini. Secara asasnya Scott lebih berminat untuk mengkaji apa yang beliau gelar sebagai "ideologi politik" Malaysia.
Ideologi politik yang dimaksudkan oleh Scott ialah lebih menjurus kepada persolaan pembinaan sistem kepercayaan dalam kalangan penjawat awam kategori "A" (profesional) dari pelbagai latar belakang etnik.
Scott mendapati, sungguhpun wujud kesangsian antara pentadbir Melayu dan bukan Melayu tetapi kedua-dua golongan pegawai tadbir awam ini terikat dengan imej barangan terhad (image of limited goods).
Apa yang dimaksudkan dengan imej barangan terhad ialah mereka mempunyai pandangan bahawa kekayaan negara (the pie) adalah tidak berubah (constant).
Ini juga bererti sekiranya seorang pegawai tadbir dinaikkan pangkat (bertambah pendapatan, rezeki) ini bermakna pegawai berkenaan telah merampas pendapatan/rezeki pegawai-pegawai lain.
Imej barangan terhad ini tidak sepatutnya menjadi tassawur para pegawai yang memiliki ijazah dari universiti kerana kajian di negara membangun seperti di Amerika Latin memperlihatkan pandangan dunia ini hanya dimiliki oleh para petani yang tidak mempunyai pendidikan tinggi.
Imej barangan terhad ini seolah-olah mempunyai persamaan dengan idea qada dan qadar dalam Islam yang diterjemahkan dalam masyarakat Melayu sebagai "rezeki secupak tidak akan jadi segantang." Pandangan ini tidak mengambil kira faktor ikhtiar dalam kehidupan manusia, yang amat digalakkan oleh Islam.
Seorang pegawai tadbir yang memiliki pandangan hidup yang terikat dengan "imej barangan terhad" akan membantut kerja-kerja yang diceburi, membunuh inisiatif dan kreativiti. Ini tentunya menjejaskan pembangunan negara.
Ini diburukkan lagi apabila pegawai tadbir juga turut terikat dengan nilai-nilai birokrasi yang agak negatif kerana arus autoritinya bersifat "dari atas ke bawah" (top-down) dan kurang membenarkan iniatif "dari bawah ke atas."
Birokrasi bentuk ini amat tidak produktif dan membebankan negara dari sudut pembiayaan awam. Birokrasi bentuk ini telah ditafsirkan sebagai biro yang "keras" lagi "basi."
Umno mempunyai saham yang besar dalam pembentukan budaya birokrasi yang negatif atas sifat berlakunya pempolitikan pentadbiran (politicization of administration) yang agak serius.
Memahami realiti ini maka fahamlah kita kenapa ketimpangan berlaku dalam menggubal Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Selari dengan autoriti birokrasi yang berbentuk dari atas ke bawah, maka pegawai atasan bersegera menandatangani perjanjian tanpa mengambil kira aspek keadilan pengagihan (distributive justice) kepada kategori lain terutama kumpulan sokongan di peringkat bawahan yang amat terhimpit dengan kenaikan kos barangan asas.
Dalam kes Malaysia, suasana yang kurang memberangsangkan ini telah dapat diatasi apabila kekayaan atau kek negara (the pie) berkembang dan membesar dengan agak pesat.
Sekiranya kekayaan negara merosot, disebabkan faktor ketirisan dan perancangan ekonomi yang salah, maka kesejahteraan negara akan terjejas.
Secara kesimpulannya, analisis ringkas di atas memperlihatkan kepada kita bahawa faktor budaya, ekonomi dan kolonialisme adalah merupakan faktor-faktor yang juga penting selain faktor "perkauman" dalam usaha kita untuk memahami sifat politik Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk.
Ini bermakna penekanan kepada faktor perkauman seperti yang ditradisikan oleh Umno-BN dan terkini oleh NGO seperti Perkasa makin tidak relevan dan makin tersisih oleh realiti baharu politik Malaysia.
Perbincangan sebelum ini melihat politik Malaysia dari perspektif ras atau perkauman. Ini dilihat oleh sebahagian besar pengkaji sebagai pendekatan arus perdana dalam usaha memahami sifat politik Malaysia.
Salah satu aspek penting pendekatan ini ialah gagasan yang mengatakan bahawa politik Malaysia ditentukan oleh persaingan kuasa antara orang Melayu (yang memiliki kuasa politik) dan orang bukan Melayu khususnya Cina (yang memiliki kuasa ekonomi).
Terdapat kritikan yang mengatakan bahawa usaha untuk memahami politik Malaysia dari perspektif Melayu lawan bukan Melayu merupakan pendekatan yang simplistik atau linear sifatnya.
Kumpulan pengkaji ini mengemukakan hujah bahawa realiti politik Malaysia perlu dilihat secara yang lebih menyeluruh (holistic) dengan mengambil kira bukan sahaja faktor ras atau etnik (dalam konteks Melayu lawan bukan Melayu) tetapi juga faktor sejarah dan sosial negara dan analisis perlu bersifat cyclical atau lebih tepat dialectical. Pendekatan ini boleh dilihat sebagai memihak kepada pendekatan kelas.
Penulis ialah bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan pengarang Teori Domino: PRU 13 BN Tumbang terbitan Jundi Resources.
KUALA LUMPUR - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata adalah lebih baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah supaya membubarkan Parlimen selepas istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda disempurnakan 11 April nanti.
Beliau berkata ia penting supaya tidak timbul sebarang persoalan atau dicabar di mahkamah kelak mengenai kesahihan pembubaran itu.
"Banyak intepretasi undang-undang mengenai perkara ini. Seri Paduka bersemayam di takhta sekarang kerana perkhidmatan Agong yang lepas telah tamat.
"Ada yang berpendapat apabila Agong belum ditabalkan, jadi tak boleh bubar Parlimen. Pada saya ini adalah pandangan peribadi," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember lepas menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat pemerintahan pada 11 November 2011.
Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata pertabalan Yang di-Pertuan Agong adalah satu formaliti dalam proses peralihan kuasa ketua negara.
Beliau berpendapat apabila Yang di-Pertuan Agong baru sudah dilantik dan menduduki takhta berkenaan, satu penyerahan kuasa telah berlaku.
"Sekiranya tidak, Agong yang baru dilantik tidak boleh berada di situ dan tidak boleh digelar Yang di-Pertuan Agong.
"Berkenaan sama ada Perdana Menteri boleh menasihatkan Agong untuk membubarkan (Parlimen), itu tidak timbul masalah," katanya.
Pembubaran Parlimen sebelum Yang di-Pertuan Agong ditabalkan tidak pernah berlaku sebelum ini, kata Shamrahayu. - Bernama
Seramai 30 Orang Asli kesal kerana tidak dapat berjumpa dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam selepas menunggu hampir empat jam di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh bagi menyerahkan memorandum bantahan berkenaan tanah dan wilayah adat mereka.
"Kami dah menunggu hampir empat jam, iaitu dari jam 10 pagi hingga 2 petang tetapi hasrat untuk bertemu dengan ketua menteri dan menyerahkan memorandum ini tidak kesampaian," kata wakil Jaringan Kampung Orang Asli Melaka, Faridah A/K Goh Kam.
"Padahal kami sudah maklumkan kepada setiausahanya, mengapakah beliau enggan melayan kami," tambahnya.
Setelah menunggu hampir empat jam di hadapan pintu masuk bangunan, akhirnya memorandum tersebut sekadar diterima oleh setiausaha sulit kepada Ketua Menteri, Ali Mohamed.
Menurut Faridah, memorandum bantahan itu mengandungi 282 tandatangan penduduk membabitkan 11 buah kampung daripada 14 perkampungan Orang Asli yang terdapat di seluruh negeri Melaka.
Faridah berkata memorandum tersebut antara lain membantah tindakan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Mohd Ali Rustam yang berhasrat mewartakan 16 perkampungan Orang Asli di Melaka dengan pemberian tanah sebanyak 520.39 hektar kepada 363 ketua isi rumah.
"Sekiranya perkara itu terlaksana, setiap ketua isi rumah cuma memperolehi 1.5 hektar tanah sahaja.
"Kami juga menuntut segala aktiviti yang sedang berjalan di atas tanah dan wilayah adat Orang Asli dihentikan dan menarik balik lesen yang diberikan kepada kontraktor yang bekerja di atas tanah itu.
"Pihak yang berkenaan juga perlu membayar pampasan yang sewajarnya menurut Perlembagaan Persekutuan di atas kerosakan dan kerugian yang kami hadapi dan mengiktiraf wilayah adat Orang Asli menurut peta komuniti Orang Asli," katanya.
Berikutan dengan himpunan '123BANGKIT' yang dianjurkan oleh sebuah NGO yang dikenali sebagai TABAH (Bela Tanak Rakyat Sabah) baru-baru ini, akhbar-akhbar di Sabah difahamkan telah mendapat arahan dari pejabat Ketua Menteri agar tidak menyiarkan sebarang berita tentang himpunan tersebut. Namun begitu terdapat juga beberapa buah akhbar bertindak untuk tidak menurut arahan. Berikut adalah kenyataan saudara Lahirul Latigu yang diambil dari [Official Page] Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat (123 Bangkit):
[TabahNews] Dapat maklumat dari wartawan yang Pejabat Ketua Menteri ada menelefon semua suratkhabar petang Isnin (12 Mac 2012) memberi amaran tidak memasukkan liputan berkenaan 123 Bangkit. Nampaknya mereka sudah melampau! Jangan ingat kemarahan rakyat akan dapat disembunyikan. Tunggu 123 BANGKIT 2.0!
Lahirul Latigu, Setiausaha TABAH (Bela Tanah Rakyat Sabah)
Selain dari itu, terdapat juga pihak yang telah mengupah beberapa orang untuk mengaku bahawa pihak penganjur himpunan tersebut telah menipu penduduk yang hadir. Selain dari mereka ditipu, mereka juga dipergunakan oleh parti-parti politik untuk tujuan lain. Berikut ialah keratan akhbar yang disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan Sabah.
Sehubungan dengan itu Dewan Pemuda PAS Sabah melihat semua ini adalah petanda awal bahawa kerajaan UMNO/BN yang ada sekarang pasti akan tumbang pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Menurut Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Sabah, saudara Amir Saifuddin Samsuddin, "Pihak pengajur telah berkali-kali menyatakan bahawa perhimpunan ini adalah aman. Malah pihak penganjur telah menjemput semua parti-parti politik, NGO dan rakyat yang prihatin untuk hadir sama pada perhimpunan tersebut sebagai tanda solidariti terhadap kezaliman yang berlaku pada penduduk kampung yang terlibat. Namun yang hadir hanya lah parti-parti politik selain dari BN, walaupun UPKO juga menyatakan pendirian menyokong himpunan aman tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa BN Sabah hanya mempermainkan rakyat demi untuk survival kuasa politik mereka semata-mata".
NGO TABAH merupakan sebuah NGO bebas yang membela tanah rakyat Sabah. Setelah sekian lamanya rakyat Sabah telah ditindas dan dizalimi oleh kerajaan yang ada sekarang. Maka sudah tiba masanya untuk rakyat bangkit menyatakan bantahan terhadap hak mereka yang telah dicabuli.
Apa punya mangkuk la saudara tu. Dah anak saudara ko tak mencapai KPI yang ditetapkan. Nak buat macam mana. Suara macam katak, takkan nak pilih jugak? akai ada ka?
Disebabkan keegoan mereka menolak perlantikkan Exco dari Ustaz Azizan pada surat jemputan yang pertama. Menyebabkan kerajaan Kedah menanggung malu dan menimbulkan kekecohan yang bukan kepalang. Malah dua ekor exco Pas ini memalukan sejarah pentadbiran Kerajaan Kedah kerana berani menolak surat lantikkan Exco yang direstui oleh Tuanku Sultan.
Akibat daripada itu, kerajaan Kedah yang dipimpin oleh Azizan hampir rebah. Malah kerajaan Pas Kedah mencipta rekod pentadbiran pertama dengan menolak lantikan exco dari Menteri Besar. Sedangkan Pas baru satu penggal menjadi kerajaan, tapi kecohnya melampau-lampau dari UMNO yang dah berpenggal-penggal. Apakah ini cara pentadbiran Islam yang dijanjikan oleh Azizan?
Namun selepas perbincangan diantara kedua belah pihak yang bertelagah. Barulah Phahrolrazi dan Dr Ismail mahu menerima semula jawatan exco, itu pun bersyarat. Namun perlantikan exco mereka yang terbaru, tidak diperkenankan Tuanku Sultan yang murka atas kelakuan buruk kedua-dua bekas exco kanan kerajaan Kedah.
Inilah sebabnya perlantikkan kedua-dua exco ini masih lagi tergendala hinggalah sekarang. Jikalau Tuanku Sultan pun boleh murka dengan kedua-dua bekas exco ni. Bagaimana kita rakyat Kedah nak menerima mereka kembali?
Layakkah mereka ini untuk kembali memegang organisasi negeri, sedangkan peribadi mereka amat teruk dan buruk sekali?
McTheory: Nanti kita sambung cerita mengenai 'pendamaian Pas Alor Setar!!'
Penebangan balak yang berleluasa di Kg Iboi, Kg Bukit Hijau dan sekarang ini melarat ke kasan Bukit Palong, Sera Baling serta sekitar di daerah Baling, Kedah. Aktiviti ini dilakukan oleh pihak kerajaan negeri Kedah yang dahulunya pembangkang.
Jika kita melalui jalan di sana, kita akan dapat melihat sangat banyak kawasan hutan serta Bukit yang telah digondolkan. Memang tidak dinafikan, hasil hutan adalah tertakluk kepada pihak kerajaan negeri. Tetapi saya tidak pula nampak proses pemuliharaan yang dilakukan contohnya penanaman semula anak pokok dan sebagainya. Hanya kerakusan mereka mengaut hasil hutan. Adakah hal ini demi kepentingan politik mereka?
Perkara kedua yang menimbulkan rasa tidak puas hati saya ialah berkenaan dengan penjualan tanah lot yang dahulunya tanah rizab kerajaan. Hal ini juga berlaku di kawasan tersebut. Padahal, tanah di kawasan tersebut telah diberikan permit oleh jabatan hutan kepada 40 orang penduduk suatu masa dahulu untuk menanam padi huma.
Kawasan Hutan Simpan Gunung Inas yang terletak di jajaran
banjaran Titiwangsa adalah antara kawasan yang memiliki
sistem ekologi terbaik.
Kegiatan penebangan pokok itu dikatakan turut mencemari sebuah kolam yang menjadi sumber air para penduduk Kampung, terutama ketika hujan.Air lumpur yang mengalir dari kawasan bukit memasuki kolam yang digunakan para penduduk untuk kegunaan harian.
SEJAHTERA KAH KEDAH...ANDAI RAKYAT MENDERITA...LU PK LA SENDIRI..
Bila Pakteh tulis tajuk Setiausaha Politik (SETPOL), ramai kalangan pembaca blog Pakteh akan terus teringatkan Tn Haji Sanusi Md Noor, Orang kampung Pakteh yang kerjanya ialah Setiausaha Politik MB Kedah, Ostat Azizan.
Sebenarnya tidak....bukan SETPOL secara khusus yang Pakteh maksudkan tetapi secara umum. Ini bermakna SETPOl dari PR dan BN akan terkait dengan cerita Pakteh. Masih ada kisah-kisah menarik Setpol MB Kedah namun buat masa ini, biarlah dia tolong Ostat Azizan dalam kereta yang sudah ada PEMANDU yang baru. Sekurang-kurangnya jika terus dibiarkan....dapat juga bernafas walaupun kedua-duanya dalam kategori nazak dan hanya menunggu masa untuk dikafankan PEMANDU sendiri.
Bagi orang politik, jawatan Setpol itu sendiri seolah-olah bermaksud pengganti diri kepada bos. Contohnya Setpol MB Kedah, Sanusi.....apa sahaja perlakuannya dianggap sebagai tindakan Ostat Azizan. Begitu juga halnya dengan Setpol DS Najib, Setpol DS Hishammudin atau mana-mana Setpol menteri. Sebab itu kadang-kadang rakyat bawahan lengit (meluat) tengok gelagat Setpol yang terlebih sudu dari kuah malah jangan pelik jika Pakteh katakan Setpol boleh menjadi penyebab kepada kejatuhan seseorang pemimpin politik.
Contoh lagi.....Tindakan Setpol MB Kedah menyerang puak-puak Pas yang rakus dalam GLC dan menegur secara terbuka melalui blog mengundang rasa tidak puas hati puak kapitalis Pas ini (Boleh kenang kembali saat Mahfuz Omar panas pungkoq di Kedah sehingga letak jawatan dalam satu agensi, apa komen Setpol ketika itu). Puak kapitalis Pas tidak melihat ini teguran Sanusi tetapi teguran MB Kedah. memang betul teguran itu dan ada asasnya namun apakah kapitalis Pas ini sekadar berpuas hati dan mengangguk?......tidak. Akhirnya Ostat Azizan dianugerahkan PEMANDU dengan alasan banyak sangat tolong puak UMNO.
Contoh lagi....Apabila Dato' Dr Wan Azmi Ariffin, bekas Ahli Parlimen Sik tidak dicalonkan semula pada PRU12 untuk Parlimen Sik, alasan terkuat ketika itu ialah Datuk Osman Desa Setpol Paklah. Apabila Penghulu Mail tidak dicalonkan semula di DUN Jeneri, alasan terkuat ialah Datuk Hj Hasbullah Setpol PM. Betul Hj Hasbullah dan Osman Desa orang kuat Paklah sehingga diberi kepercayaan sebagai Setpol PM. Tetapi apakah itu cukup?
Lupa pulak Pakteh nak habaq.....sengaja Pakteh berikan contoh Setpol yang ada kaitan dengan Sik dan tidak ada kena mengena dengan artikel semalam berkaitan senarai calon PRU13. Apa kaitan Sanusi, Man Desa dan Hj Hasbullah?...kaitannya cuma dua iaitu ketiga-tiga mereka bertugas sebagai Setpol dan ketiga-tiganya ada kaitan dengan Sik.
Jika dibaca suhu politik secara mudah dan kuno, Osman Desa dan Hj Hasbullah boleh menang mudah kerana mereka Setpol PM. Gambarannya ialah jika Parlimen Sik diwakili oleh Setpol PM, seolah-olah kawasan Sik ini ber-ahli parlimen-kan PM. Begitu juga keadaannya apabila Sanusi merebut jawatan dalam pemilihan Pas kawasan Sik, jika beliau dipilih seolah-olah pilih Ostat Azizan.
Tetapi adakah pelakar strategi ini lupa bahawa.....rekod lama Setpol2 ini di Sik masih dikenang orang?.
Apakah pelakar strategi ini tidak menilai bagaimana rekod Setpol ini dengan masyarakat Sik. Akar umbi hanya kenal pemimpin tetapi tidak kenal Setpol pemimpin. Hal ini berlaku kepada Man Desa dan Hj Hasbullah bilamana akar umbi tidak menerima beliau.
Kes Sanusi berbeza kerana beliau dikenali dan aktif dalam politik cuma seperti Pakteh katakan dalam artikel terdahulu.....usaha menjatuhkan Ostat Azizan turut menengelamkan Sanusi.
Masih ramai SETPOL-SETPOL yang berminat untuk terjun dalam dunia politik seperti tuan mereka. Seharusnya untuk berbuat demikian, mereka perlu bertindak secara aktif untuk dikenali rakyat dan ada baiknya membantu secara berterusan sehingga nama SETPOL dikagumi bukan kerana TUANnya hebat tetapi kerana SETPOL ini memang hebat. ramai sebenarnya SETPOL2 yang berada disekeliling kita namun kerana niat asal mereka sekadar membantu TUAN mereka, rakyat tidak mengetahui jasa mereka dalam menyusun gerak kerja TUAN mereka.
Atas faktor itu, Pakteh sarankan.....dekati rakyat dan tunjukkan kemampuan melalui parti yang diwakili sebelum ingin terus terjun ke dunia politik menjadi wakil rakyat dalam PRU13 kerana natijahnya terlalu besar.
Harus diingat...Sik pernah menghukum 2 SETPOL Perdana Menteri..........................Sejarah tidak terjadi hanya untuk diingati tetapi WAJIB diambil segala peristiwa itu sebagai pengajaran untuk tindakan pada masa hadapan.
You are subscribed to email updates from kata Pakteh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Parlimen Mesir yang dikuasai kumpulan Islam semalam mendesak kerajaan mengusir Duta Israel di negara itu dan memanggil balik diplomat di Tel Aviv.
Agensi berita Mena melaporkan, gesaan itu dibuat selepas jet tentera Israel mengebom Gaza, sekali gus meningkatkan jumlah korban akibat keganasan terbaru rejim Zionis itu kepada 25 orang.
Menurut Mena, Usul disediakan Jawatankuasa Hal Ehwal Arab di Parlimen itu diterima sebulat suara selepas dibentangkan semalam.
Mesir dan Israel terikat dengan perjanjian damai sejak 1979, tetapi hubungan kedua-dua negara tegang sejak Hosni Mubarak disingkirkan oleh kebangkitan rakyat pada tahun lalu.
Menurut usul berkenaan, Parlimen Mesir juga menggesa eksport gas ke Israel dihentikan.
Antara lain, usul itu menyatakan: "Mesir tidak akan menjadi sahabat, rakan kongsi atau sekutu entiti Zionis yang kami anggap musuh utama Mesir dan Arab." - AFP
Komen GPB
Anwar sering menjadikan Mesir sebagai sebuah negara Arab yang iktiraf Israel dalam hujahnya demi menegakkan idea 2 state solution ciptaan Amerika dan proksinya . Tapi situasi terbaru di sana sudah berubah selepas kejatuhan Hosni Mubarak , dan kini negara Mesir baru mungkin tak iktiraf lagi negara Zionis yang zalim ini .
Penglibatan badan-badan asing dalam pakatan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dah lama berlaku sebab saya sendiri ketika bertindak sebagai peguam dia pun, kita menerima bantuan asing. Kita menerima input, khidmat nasihat dan lain-lain daripada pihak luar dan sebagai wakil rakyat sendiri pun banyak program-program yang dianjurkan pihak asing ini," ujar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin ketika ditemui di Parlimen pagi tadi.
Tambahnya, beliau tidak terperanjat dengan perkara ini, kerana memang sudah berlaku dalam PKR, di pejabat Anwar Ibrahim sendiri penglibatan badan-badan asing ini.
Dalam masa yang sama, Zulkifli Noordin mengakui PKR memberikan tiap-tiap calon, samaada calon atau parti yang bertanding di satu-satu kawasan yang ditandingi bantuan kewangan untuk menjayakan kempen Pilihan Raya Umum ke-12.
"Di Parlimen Kulim Bandar Baharu sendiri, Bahagian Kulim Bandar Baharu diberikan RM15 ribu peruntukan untuk menjayakan kempen Pilihan Raya Umum ke-12.
Saya tidak menafikan memang kita menerima bantuan asing, kita menerima latihan dari NGO asing ini, bagaimana nak berkempen, kita nak berjumpa dengan orang ramai macammana, sampai saya sendiri ketika kita nak menganjurkan demostrasi contohnya, saya dihantar berkursus di Viena, di Filipina, bagaimana nak berdemo, ini semua memang tajaan badan-badan asing ini, itu semua orang dah tahu" ujarnya yang menang kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu atas tiket Parti Keadilan Rakyat.
Tambahnya, penglibatan badan-badan asing ini ghairah untuk melihat kejatuhan kerajaan (Kerajaan BN) yang sedia ada sekarang ini kerana mereka mempunyai agenda sendiri di rantau Asia ini untuk memenuhi nafsu pihak-pihak tertentu.
"Yang itu kita sedar sekarang ini dan itulah sebabnya saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen bebas mengambil sikap menentang mereka (Pakatan Pembangkang) sekarang ini, kerana banyak benda yang kita tahu yang dilakukan, boleh merosakkan Negara kita," tambahnya lagi. Media UMNO
Bila didedahkan bukti PKR menerima dana daripada NGO Yahudi dan diakui sendiri oleh Nik Nazmi , GPB nak tunggu bila PAS dan Harakah nak tulis di muka depan Yahudi di dalam pejabat PKR di Tropicana..hahaha ....
Ada berani ke PAS ??
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zain Mohamed berkata agensi itu, Yayasan Konrad Adeneur (KAF) membantu Anwar dari segi dana dan latihan modal insan, selain menyerap masuk badan pemikir (think tank) melalui Institut Kajian Dasar (IKD).
KAF pada tahun 1950-an pernah membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committe (AJC) apabila Canselor Jerman Konrad Adenauer, Perdana Menteri Israel David Ben Gurion dan Pengerusi Jewish Claims Conference berpakat menghasilkan 'Perjanjian Luxemburg'.
Mohd Zain dalam pendedahannya mendakwa berdasarkan sumber dalaman maklumat PKR sendiri, KAF turut memainkan peranan penting dalam memberikan dana pembangunan teknologi dan latihan kepada PKR.
Ini termasuklah pembabitan beberapa individu asing dalam sekretariat PKR yang memberi nasihat dan tunjuk ajar mengenai beberapa perkara seperti penyusunan propaganda, gerakerja Unit Khas DUN dan Pasukan Khas, Perisian SisMap (Sistem pangkalan data PKR) serta menggodam emel (terutamanya agensi kerajaan).
"KAF secara terbuka menaja Pakatan menghantar ahli-ahlinya menjalani latihan kepimpinan di German yang ditanggung sepenuhnya oleh KAF.
"Individu ini secara halus dilatih untuk menjadi kader asing yang berkhidmat dibawah PKR tanpa disedari mereka sendiri," katanya dalam sidang media di Pejabat Umno Selangor di sini hari ini.
Anwar bila nak jawab terima dana NGO Yahudi ?
Selain KAF, Mohd Zain mendakwa Anwar turut mendapat bantuan Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa (NDI) menyediakan buku manual bagi menghadapi pilihan raya kepada petugas PKR dan menggulingkan kerajaan dengan cara tidak demokratik.
Menurut beliau, manual yang dinamakan buku perancangan kempen politik hasil tulisan Stephanie Lynn diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan dibuat khusus untuk menyebarkan dakyah kononnya Malaysia tidak mempunyai kebebasan media dan beragama.
"PKR menganggap buku dari NDI ini sebagai kitab mereka untuk menghadapi pilihan raya nanti," katanya.
NDI, salah satu daripada empat cabang NED diketuai oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Madeline Albright yang pernah menyokong Anwar semasa beliau dipecat.
Selain NDI, cabang lain ialah Institut Republikan Antarabangsa (IRI), Pusat Solidariti Buruh Antarabangsa Amerika (ACILS), dan Pusat Perniagaan Swasta Antarabangsa Amerika (CIPE).
"IRI dipengerusikan Senator John McCain, yang juga sekutu Anwar. Agensi-agensi ini merupakan proksi kepada golongan Yahudi Zionis," katanya.
Beliau mendakwa agensi itu turut menggunakan kempen kebencian secara subversif apabila membangkitkan isu 'Malaysia Spring', Hindraf, dan isu Kristian semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Sarawak tahun lalu.
"Menggunakan sentimen agama dan mewujudkan kebencian di kalangan rakyat bagi merampas kerajaan adalah satu kaedah yang paling primitif dan tidak bertamadun," katanya yang mahu membuat pendedahan lagi pada masa akan datang.
Sudah dijangka PKR akan berbelit dan cuba bohong bila didedahkan bantuan dana dari KAF dan NDI ( NGO dikuasai Yahudi ) kepada PKR dalam usaha menjatuhkan kerajaan BN .
Hari ini Nik Nazmi selaku jurucakap bagi PKR telah mengesahkan memang bangsa Yahudi laknat menjadi penyumbang utama dana ,tenaga pengajar menerusi NDI kepada PKR bagi menumbangkan kerajaan BN di PRU akan datang .
PAS yang cukup jijik dan anti Yahudi ini mesti terkejut beruk punya dengan pengakuan Nik Nazmi yang bangga dibantu oleh NGO Yahudi laknat ini kononnya nak pejuangkan demokrasi .
Buku Panduan NDI yang ajar kempen kebencian sebagai rujukan PKR ?? hahaha... Tak kan itu sahaja yang Yahudi bantu ?? Masyuk tentu ada kan ...hahaha
Kenapa PKR sahaja dibantu NDI ?? PAS dan DAP pun parti pembangkang juga ....
Apa yang hebat sangat parti baling kerusi ini hingga dibantu nun jauh dari Amerika semata-mata untuk menang PRU ? Sebab PKR ialah parti milik Anwar Ibrahim yang diketahui memang rapat dengan pemimpin Yahudi di Amerika ?
Selain itu, apa pulak syarat dikenakan NDI ini untuk parti yang dibantu sepenuhnya mereka jika menang PRU 13 dan menjadi kerajaan ?? Tak kan nak tolong free sahaja dan sudah tentunya ada ganjaran menanti .
Jelas dan nyata , PKR memang sah mendapat dana asing melalui NGO Yahudi . Adakah parti ini yang hendak rakyat sokong jika mereka disokong kuat oleh bangsa Yahudi ?
Pembongkaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat dana daripada pertubuhan Yahudi terus didedahkan . Anwar dan konco-konconya termasuk Rafizi & Nik Nazmi terus berdiam diri tidak menjawab .
Kali ini bukan blog atau Utusan yang dedahkan , tapi didakwa sendiri oleh pemimpin BN Selangor yang mana beliau mempunyai bukti dan dokumen jika juak2 PKR dakwa ini satu fitnah .
PKR didakwa meminta bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing yang ada kaitan dengan Yahudi untuk memenangi pilihan raya di negara ini.
Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (gambar) berkata, bukti-bukti yang sebahagiannya diterima daripada sumber dalaman PKR itu menunjukkan parti tersebut menjalin kerjasama dengan Konrad Adeneur Foundation (KAF).
Beliau berkata, KAF merupakan sebuah pertubuhan yang membantu golongan neo-konservatif Yahudi melalui sebuah jawatankuasa yang dikenali American Jewish Committee (AJC) dan dipercayai menerima dana daripada National Endownment for Democracy (NED) yang juga didakwa turut mempunyai pertalian dengan Anwar.
''Bukti yang ada menunjukkan Penasihat parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar sememangnya menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan luar, selain menerima dana serta latihan bagi membolehkan mereka menguasai negara ini,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Konrad Adeneur Foundation (KAF) yang berkait rapat dengan Christian Democratic Union of German merupakan antara pertubuhan yang bertanggungjawab menyalurkan dana dan latihan modal insan kepada petugas PKR.
Menurut Mohd Zain lagi, KAF juga membantu PKR menyediakan manual menghadapi pilihan raya menggunakan kaedah menggulingkan kerajaan dengan cara tidak demokratik.
"KAF merupakan think tank terbesar kepada parti pemerintah di Jerman… KAF juga membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committee (AJC).
"Ini ialah pendekatan yang diambil oleh (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dengan guna bantuan saluran asing yang tidak demokratik untuk bersaing dengan kita. Mereka menggunakan kaedah dengan cara menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemimpin negara…
"Usaha ini sebenarnya bermula selepas PRU pada tahun 2004 bagi menghadapi PRU tahun 2008," katanya pada sidang media di bangunan Umno Selangor di Shah Alam, hari ini.
Turut disertakan salinan dokumen surat-surat yang ditanda tangani oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diedar kepada semua wartawan.
Antara surat yang disertakan ialah surat Anwar kepada bekas Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick pada tahun 2007.
Selain itu, Mohd Zain berkata, selain KAF, National Democratic Institute for International Affairs (NDI) turut menyediakan manual pilihan raya yang dinamakan 'Buku panduan perancangan kempen politik' yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu yang dibuat khusus untuk proses pilihan raya di Malaysia.
Sehubungan itu, Mohd Zain mempersoalkan tujuan NDI menghasilkan buku panduan tersebut dan apakah keperluannya.
"Antara kandungan buku panduan itu ialah menyebarkan dakyah bahawa Malaysia ini kononnya tiada kebebasan media, tiada kebebasan beragama. Pihak PKR anggap buku dari NDI ini sebagai kitab mereka untuk hadapi pilihan raya nanti.
Perkara ini dikukuhkan lagi dengan temuramah akhbar The Sun bersama wakil KAF di Malaysia, Peter Schier beberapa tahun lepas yang mengakui bahawa organisasinya menaja kursus-kursus kepimpinan untuk PKR," katanya lagi.
Mohd Zain berkata lagi, KAF secara terbuka telah menaja PKR. Justeru, katanya, BN tidak mempunyai masalah untuk berhadapan dengan Pakatan pada pilihan raya akan datang.KLIK DI SINI
KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam menyatakan kerisauannya yang Pulau Pinang mungkin tidak mampu dipertahankan oleh DAP dalam pilihanraya umum akan datang. Ketua Menteri yang dipaliti dengan pelbagai skandal salahguna dan rasuah itu, menyatakan hal ini kepada akhbar harian cina, Nanyang Siang Pau yang kemudian menyiarkannya sebagai berita utama di halaman 6. KLIK DI SINI
Beberapa hari lepas pula, Lim Guan Eng dipetik akhbar sama, menyatakan bahawa isterinya, Betty Chew yang kini juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Melaka tidak akan mempertahankan kerusi tersebut, malah tidak akan bertanding pun dalam pilihanraya umum akan datang.
Semua ini menunjukkan ketidakyakinan Guan Eng mempertahankan kerusi DAP sedia ada dalam pilihanraya umum akan datang, disamping baru 'tersedar' bahawa tindakan mencalonkan isteri sendiri itu adalah tindakan berbentuk nepotisme.
Bila kita sebut skandal, ini ada kaitan dengan pelbagai berita penyalahgunaan kuasa DAP di Pulau Pinang yang seboleh-boleh cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat.
skandal penjualan tanah Bayan Mutiara yang merugikan rakyat
P.Pinang dan PDC
Paling mencuri tumpuan, sudah tentulah skandal Bayan Mutiara bernilai berbilion ringgit yang sedang menunggu jawapan dari Guan Eng.
Kita mahukan jawapan yang sebenar-benar jawapan kerana 'jawapan' yang ada sebelum ini hanya menjadi bahan ketawa sesiapa yang mendengar (Guan Eng mencabar syarikat UMNO membida dalam projek tersebut – apa pula kena mengenanya?)
Itu belum lagi disebutkan tentang projek tempat letak kereta di Bukit Bendara bernilai RM 5 juta yang gagal disiapkan mengikut spesifikasi sepatutnya oleh anak syarikat kerajaan negeri, PDC Properties yang bertindak sebagai pemaju sehingga dicadangkan untuk diruntuh dan dibina yang baru oleh Guan Eng.
Begitu juga halnya dengan pembohongan DAP selama ini dalam isu tanah Tan Hak Ju yang menjadi isu terbesar DAP untuk menyerang pentadbiran terdahulu dengan tuduhan rasuah tetapi dibuktikan sebaliknya oleh Mahkamah Rayuan yang menolak keputusan oleh Mahkamah Tinggi terdaulu.
Dan sudah tentulah yang paling membingungkan kes moral membabitkan anak Guan Eng yang didakwa meraba buah dada seorang pelajar perempuan di sekolahnya sehingga sejumlah wang terpaksa dikeluarkan oleh keluarga Guan Eng untuk menutup kes tersebut dari menjadi isu besar.
Semua ini menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang, yang penulis percaya mendesak Guan Eng mengeluarkan kenyataan yang sedemikian. Tapi sudah tentulah bila bercakap tentang pembangkang seperti DAP, dia tidak akan melihat kesalahannya sendiri, sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada BN.
Kononnya menurut Guan Eng, pakatan harami tidak mampu menyaingi 3M (Money, Media & Machinery) yang dimiliki BN.
Inilah yang kita katakan Ketua Menteri bekas banduan ini otak benak. Dia tidak boleh membezakan keputusan rakyat dengan pengaruh wang. Seolahnya, kalau hak yang DAP menang itu sebab kuasa rakyat, kalau yang BN menang, itu kuasa wang.
Nampak sangat tindakan itu (menuduh BN menggunakan wang untuk menarik sokongan) adalah terdesak dan tidak keruan oleh seorang pemimpin yang mendakwa dirinya cekap dalam segala hal dan membawa 'perubahan' besar di Pulau Pinang, hanya dalam tempoh sepenggal menjadi Ketua Menteri.
Yang nyata, tindakan sistematik DAP 'mengusir' orang Melayu keluar dari bahagian pulau Pulau Pinang, akan menyebabkan protes besar-besaran yang membawa kepada tumbangnya kerajaan DAP. Ia tidak langsung berkaitan dengan wang atau apa sahaja yang dituduhkan DAP kepada UMNO dan BN.
Percubaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk 'membersihkan' dirinya berhubung isu Israel menjadi 'senjata yang memakan diri' apabila kupasan seorang Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sebaliknya menyifatkan Anwar sebenarnya menyatakan sokongan mutlak kepada rejim zionis itu.
Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang mencelah ucapan Anwar ketika membahas titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini berkata, fakta itu boleh dilihat sekiranya kenyataan Anwar dalam temu bual dengan akhbar Wall Street Journal itu dibaca sepenuhnya dan bukan setakat petikan tertentu sahaja.
Beliau kemudiannya membaca dua petikan kenyataan Anwar iaitu :"I support all efforts to protect the security of the state of Israel" dan kenyataan kedua berbunyi :"...stated that any change to the status quo would remain contingent on Israel recognising the aspirations of the Palestinians".
"Saya faham soal 'contingent' itu tetapi saya hendak tanya kenapa Yang Berhormat Ketua Pembangkang tidak baca sepenuhnya paragraf temu bual dengan Wall Street Journal itu sebab kalau dibaca sepenuhnya, maknanya berbeza.
"Maksudnya kenyataan ini ada dua bahagian. Apabila Yang Berhormat sebut "I support all efforts to protect the security of the state of Israel", itu tidak ada 'contingent', maknanya sokongan itu adalah 'blanket support', sokongan mutlak yang tidak ada syarat kepada kerajaan Israel," katanya.
Berdasarkan laporan WSJ mengenai temu ramah dengan Anwar dalam laman webnya berbunyi: "Dalam temu ramah Anwar menjawab kepada soalan sama ada beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan Israel dengan menyatakan 'sokongannya' untuk 'usaha melindungi keselamatan negara Israel' manakala pada masa yang sama menyokong 'hak sah rakyat Palestin'.
Beliau berhenti sejenak dan berkata akan menjalin hubungan diplomatik dengan kedua-dua negara dan berkata sebarang perubahan status quo akan kekal bergantung kepada Israel mengiktiraf aspirasi rakyat Palestin."
Pertanyaan Khairy itu menyebabkan persidangan dewan yang tenang bertukar kecoh apabila kedua-dua Anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang saling bertikam lidah.
Anwar walaupun nampak tenang menghadapi 'pukulan' itu, cuba membuat serangan balas dengan melontarkan tuduhan-tuduhan liar kepada Khairy.
"Inilah Ketua Pemuda yang boleh berniaga dengan Israel, yang boleh berkawan dengan tokoh-tokoh Yahudi, yang boleh pertahan Apco, yang boleh sokong Perdana Menteri tulis surat kepada Perdana Menteri Israel," katanya yang enggan memberi laluan seterusnya kepada Khairy untuk berhujah.
Keadaan itu menyebabkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta masing-masing bertenang dan duduk.
Terdahulu, Anwar dalam hujahnya mendakwa media kerajaan digunakan untuk menyebarkan fitnah terhadapnya dengan menyentuh pelbagai isu termasuk isu Israel dan kenyataan kontroversinya dalam temubual dengan BBC mengenai isu undang-undang homoseksual.
Persidangan dewan bersambung esok (Hari Ini).-BERNAMA
Memang tahap bangsat la otak pencacai2 pembangkang yang didakwa telah bikin gambar palsu dan fitnah ini untuk burukkan Najib dan Rosmah . Gambar ini disebarkan meluas semalam di blog dan facebook untuk tunjukkan Rosmah lebih hebat daripada Najib kerana berada di depan bersama-saman YDP Agong .
Tetapi gambar ini telah dipertikaikan oleh rakan blogger RBF dan jelas memang ada asasnya jika kita perhatikan lebih mendalam .
Jika ianya palsu , gambar ini bukan hanya memburukkan Najib dan isteri tetapi sebenarnya juga telah mencalarkan imej YDP Agong sendiri . Tergamak ke kita sebagai rakyat Malaysia sanggup edit gambar YDP Agong untuk halalkan kerja fitnah untuk kepentingan politik parti masing-masing .
GPB desak gambar ini disiasat oleh pihak berkuasa kerana ini satu penghinaan jika benar ianya palsu dan super impose .
Siang tadi ada juga beberapa rakan yang bercakap tentang gambar ini. Katanya gambar ini disebarkan untuk menunjukkan Rosmah berada sebaris dengan Agung dan Permaisuri. Manakala Najib terpaksa berada di belakang Agung dan Rosmah. Tujuannya nak tunjukkan bahawa Rosmah lebih hebat dari PM.
Terus terang saya katakan, saya tidak mahir dalam soal untuk mengesan kesahihan sesuatu gambar. Saya ingin meminta bantuan rakan-rakan pembaca yang tahu atau mahir dalam soal berkenaan. Mohon anda beri pendapat berhubung gambar berkenaan, samada itu gambar benar atau gambar tipu.
Jika ikutkan sekilas dua kilas pemerhatian mata saya , saya dapat rasakan gambar itu adalah gambar tipu.
1) Kewujudan lelaki misteri sedang berjalan belakang Rosmah. Anak panah bawah menunjukkan kakinya dan anak panah atas menunjukkan kepalanya.
2) Bahagian tangan Agung dan Rosmah menunjukkan seolah-olah ianya dipotong dan ditampal.
3) Di belakang Agung atau disebelah kiri PM kelihatan terdapat seorang lelaki sedang menyembunyikan wajahnya. Nak bergambar dengan Agung dan PM pun ada juga ke orang yang nak main nyorok-nyorok ? Atau mungkinkah itu Anwar Ibrahim ?
Saya pelik dengan kaki seorang lelaki yang sedang berjalan dibelakang Rosmah dan orang yang berjalan itu akan melintasi depan Najib , seterusnya dadanya akan melanggar bahu Agung.
Cuba anda fikirkan samada logik atau tidak, ketika Agung dan PM sedang bergambar boleh ada orang lain yang nak melintas depan PM dan Agung ?
Pada tahun 2011 "carta penilaian ketelusan antarabangsa berkaitan rasuah di negara kita" di antara 4.3 markah, di ranking ke-60 berbanding 183 negara; pada tahun 2010 pula, Malaysia mendapat 4.4 markah di ranking 56 antarabangsa; pada tahun 2009 dan 2008 markah yang diperolehi ialah antara 4.5 dan 5.1.
Dari segi markah yang diperolehi, keadaan rasuah negara kita sejak Mac 2008 semakin menurun. Sebenarnya ini menunjukkan apa yang sebenarnya berlaku? Bagi DAP dan ahli-ahli sekutunya pula, mereka berkata keadaan rasuah di negara kita semakin hari semakin teruk.
Angka menurun menjadi senjata kepada DAP untuk menyerang kerajaan BN, kerana bukti ini sudah cukup menunjukkan kerajaan BN tidak mampu atasinya.
Saya lebih pasti, tidak kira sama ada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng ataupun Tony Pua Kiam Wee dan beberapa lagi pemimpin Pakatan Rakyat, bersungguh-sungguh membangkitkan isu rasuah, tujuan mereka ialah hanya untuk menyesatkan dan membingungkan pendengaran rakyat.
Yang pertama, sebenarnya sumber-sumber rasuah itu datangnya dari sumber yang berbeza-beza setiap tahun, mereka gunakan tahun yang berbeza disusun untuk buat perbandingan itu, ia langsung tidak sesuai.
Yang kedua, ukuran yang diberi tidak ada satu standard dan tidak boleh dipercayai.
Standard yang diberi itu menunjukkan standard yang jarang digunakan, ada sesetengah negara yang dinilai hanya berdasarkan dari 3 sumber. Kebanyakan negara, penilaian rasuah dinilai dan diserahkan kepada pemerhati dari luar negara.
Dibandingkan dengan negara-negara kurang maju ataupun dibandingkan dengan negara-negara miskin,cara mereka menilaikanya memang begitu.Kaitan Antara Rasuah Dan Kerajaan Yang Telah Rosak
Yang ketiga, standard menghimpunkan kes dengan tanggapan orang ramai terhadap rasuah itu agak lemah, sebab itu angka-angka yang diberi itu agak banyak kelemahannya.
Saya bukan mengatakan bahawa di Malaysia langsung tiada berlaku rasuah ataupun orang yang melakukan rasuah itu tidak serius.
Persoalan saya ialah: pemimpin-pemimin ini amat membosankan kerana mereka menggunakan angka-angka itu untuk memperdayakan rakyat dan orang ramai, sebaliknya kenapa mereka langsung tidak menilaikan dan memperkenalkan secara baik tentang usaha negara kita untuk kurangkan rasuah?
Memang mereka juga telah perkenalkan sesuatu tetapi tidak diperkenalkan secara baik. Mula-mula kita lihat apa yang dibanggakan oleh kerajaan Pulau Pinang dengan CAT (bersih, bertanggungjawab dan telus)nya.
Tujuan sebenar CAT adalah untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang berkesan, untuk mencapai pengurusan dan pentadbiran yang lengkap dan baik.
Apa yang dimaksudkan sebuah kerajaan yang berkesan itu, dikatakan boleh mencapai sebuah kerajaan yang tidak bazirkan duit dari hasil cukai pendapatan rakyat.
Sebuah kerajaan yang dikatakan berkesan itu perlu membuat keputusan polisi yang lebih terbuka.
Dari segi tahap pencapaian dan tahap lapisan sesebuah negara, dibandingkan prestasi sesebuah kerajaan yang agak lemah, jika diandaikan menggunakan polisi-polisi yang "berkesan" dan "baik" agak kurang melakukan rasuah ataupun mereka lebih "jujur".
Mengikut kajian seorang profesor dari Amerika Eric Uslancer, walaupun rasuah dan kerajaan yang telah rosak itu ada pertaliannya.
Yang bermaksud, kerana rasuah akan berlaku kerajaan yang rosak, ia bukan bermakna kerana kerajaan itu rosak maka berlaku rasuah.
Demokrasi Bukan Segala Penawar Untuk Basmi RasuahPenulisan Eric Uslancer berkaitan sebuah buku (Corruption, Inequality, dan the Rule of Law), profesor Eric Uslancer berkata, berlakunya rasuah kerana berpunca dari ketidak stabilan dalam keadilan masyarakat yang terjerumus kepada "Inequality Trap", ia hanya perlu pendidikan yang normal pada rakyat untuk atasi sebuah masyarakat yang adil, dan keadaan rasuah akan dapat dikurangkan.
Eric Uslancer berkata sebuah kerajaan yang berkesan mungkin mampu laksanakan polisi yang boleh basmi perkara-perkara itu, tetapi sebuah kerajaan yang berkesan itu tidak bermakna akan dapat kurangkan rasuah, tanggungjawab yang lebih besar ialah pihak kerajaan perlu perluaskan keadilan; dan kerajaan yang bagus itu bukan mudah untuk diperolehi.
Dengan itu sebuah kerajaan yang bagus itu akan lebih punyai ruang yang lebih luas untuk mendapatkan syarat-syarat dan menentukan keadilan, beliau menggunakan seorang ahli novel Abad ke-18 bernama Samuel Johnson yang berkata: menikah sekali lagi itu adalah mengharapkan satu kemenangan, bukan untuk dibandingkan dengan pengalaman.
Beliau berkata jika jadi sebuah kerajaan yang bagus, akan berlaku banyak kesan-kesan yang lebih positif, dan salah satunya akan berlaku keadilan yang lebih luas.Eric Uslancer juga berkata, demokrasi itu bukan segala penawar untuk basmi rasuah.
Pihak persuruhjaya pilihan raya juga boleh melalui pengikut-pengikut mereka melindungi mereka dalam perhubungan itu; itu adalah apa yang dimaksudkan "jentera politik" di Amerika.Kelihatan maksud "sebuah kerajaan yang berkesan"
Pakatan Rakyat itu, sebenarnya apa yang dikatakan demokrasi yang lebih luas itu langsung tidak membantu dari segi mengurangkan rasuah; adakah itu perlu mengikut cara-cara berdasarkan pengalaman, dan bukan semata-mata asyik beri harapan kepada rakyat, ataupun hanya untuk "diperkenalkan" sahaja?
Syarikat Apple berkata penghantaran iPad terbarunya kepada pelanggan yang membuat pesanan secara dalam talian mungkin mengambil masa dua hingga tiga minggu, tetapi tablet itu akan dijual di pasaran Jumaat ini.
Apple yang menetapkan 16 Mac ini sebagai tarikh pelancaran untuk semua jualan iPad generasi ketiga, berkata pesanan peralatan itu yang dibuat dalam talian bermula sejak 7 Mac lalu.
Bagaimanapun, notis di laman web Apple hari ini (semalam) untuk iPad terbaru itu menyebut: "Penghantaran: 2-3 minggu." Rabu lalu Apple mendedahkan iPad generasi ketiga yang dipertingkat ciri-cirinya mensasarkan untuk berada di tangga teratas dalam pasaran tablet yang semakin melonjak.
Peralatan iPad terbaru itu menawarkan pemprosesan lebih berkuasa, resolusi menarik setanding dengan iPhone4S dan mampu berhubung dengan rangkaian telekom 4G LTE yang menggerakkan data lebih pantas berbanding sebelumnya.
Ia dijangka dilancarkan serentak di 10 negara: Amerika Syarikat, Perancis, Kanada, Australia, Jerman, Jepun, Singapura, Switzerland, Britain dan Hong Kong.
Tablet iPad dengan memori 16 gegabit dan kemudahan WiFi serta 4G dijual pada harga AS$629 (RM1,912) di Amerika Syarikat, manakala model 32GBWiFi/4G berharga $729 (RM2,216) dan versi 64GB dengan WiFi/4G berharga $829 (RM2,520). - AFP
Pembatalan perlaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan Perdana Menteri sememangnya menggembirakan banyak pihak.
Tetapi terdapat pihak yang peluang mereka untuk memajukan diri yang ingin dibuka, ditutup oleh pihak yang yang hanya memikirkan imbuhan emolumen semata-mata.
Sehubungan itu, diharapkan suruhanjaya yang bakal ditubuhkan untuk mengkaji perjawatan dan skim perkhidmatan kakitangan awam dapat melaksanakan dengan segera kajian status jawatan yang dijumudkan dalam SBPA.
Sebagai contoh, jawatan Pembantu Penerbitan N17 yang dijumudkan dalam SBPA dan menjadi Pembantu Penerangan S4-1 memberikan peluang naik pangkat yang luas dan memudahkan penetapan bidang untuk menyambung pengajian.
Secara jujur, pembatalan SBPA bukanlah juga sesuatu yang menguntungkan kerajaan kerana kenaikan gaji kakitangan awam tetap menjadi beban perbelanjaan kerajaan.
Amatlah diharapkan agar suruhanjaya yang ditubuhkan komited dalam pembangunan modal insan untuk Malaysia yang maju, dengan mengekalkan penjumudan jawatan untuk bidang tertentu seperti mana yang dijanjikan dalam SBPA.
Ulasan
Teman simpati pada pihak-pihak yang terkesan dengan pembatalan SBPA. Omar Osman dan kawan-kawan perlu sedar bahawa dengan menjadi suara besar CUEPACS, mereka sebenarnya tidak pernah secara rasmi dipersetujui menjadi suara rasmi keseluruhan penjawat awam di negara ini.
Mulut-mulut tak pandai di kalangan pembangkang pada mulanya mengatakan SBPA dibatalkan kerana kerajaan tidak mempunyai wang. Tetapi menyedari perubahan gaji selepas SBPA dibatalkan melibatkan lebih banyak lagi perbelanjaan kerajaan kerana jumlah kumpulan pelaksana yang besar, mereka mengatakan ia adalah gimik politik kerajaan untuk meraih sokongan sebelum PRU13.
Sebenarnya, pada tahun berapakah pihak pembangkang akan berdiri di atas bumi yang nyata dengan pemikiran yang bersih dan tidak lagi kekartunan?
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
BANNAR DI ATAS IALAH KEMPEN MENOLAK UNSUR PORNOGRAFI DALAM ALAM MAYA BERTUJUAN MENJADIKAN BLOG TEMPAT TUMPUAN RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA MUDA-MUDI NEGARA AGAR BERSIH DARI BAHAN PORNOGRAFI YANG MEROSAKKAN MINDA MEREKA.
MESKIPUN KITA MENGAKUI IA DAPAT MEMBUNUH KARAKTER MUSUH POLITIK DALAM KEMPEN PILIHANRAYA NAMUN IA JUGA MENGANDUNGI KESAN SAMPINGAN YANG TIDAK DISUKAI PENGUNDI MUDA DAN JUGA REMAJA. SELAIN MENGGAMBARKAN BAHAWA UMNO HANYA MEMILIKI BAHAN PORNO UNTUK MENUMPASKAN LAWANNYA.
PENGGUNAAN BAHAN PORNO UNTUK MENAIKKAN HITS JUGA MEMBINA PERSEPSI BAHAWA BLOGGER TIDAK MEMPUNYAI KEKUATAN ANALISA DAN FAKTA UNTUK MENARIK PEMBACA. SEDANGKAN KEKUATAN BLOGGER SEBENARNYA IALAH PADA TULISANNYA YANG MAMPU MEMBINA MINDA DAN MEMECAH PERSEPSI YANG SALAH PEMBACA.