Selasa, 28 April 2015

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


N37 Batu Maung

Posted: 27 Apr 2015 07:56 PM PDT

N37 Batu Maung


Perutusan Hari Pekerja Oleh YB Dato' Haji abdul Malik

Posted: 27 Apr 2015 01:40 AM PDT



Assalamualaikum dan Salam Muhibah.
 Dikesempatan ini Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada rakyat di seluruh warga pekerja secara amnya dan di Dun Batu Maung secara khususnya.

Sebagimana yang kita tahu, tanggal 1 April 2015 telah menjadi sejarah bagi rakyat malaysia dimana dengan secara rasminya pelaksanan GST telah dilaksanakan oleh kerajaan, kesannya telah dirasai seluruh rakyat akibat pelaksananya. Seperti yang diwar-warkan di media massa tentang kebaikan GST telah bertukar manjadi sebaliknya. Saya juga berpendapat bahawa kewujudan GST yang dilaksanakan kerajaan, menambah bebankan rakyat. Saya juga menegaskan bahawa, sebarang perubahan kepada dasar ekonomi atau percukaian negara, mestilah menyumbang kepada penambahbaikan jurang di antara yang kaya dengan yang miskin.

Saya sekali lagi ingin melahirkan rasa simpati terutama kepada golongan pekerja berpendapatan rendah. Bukan sahaja mereka terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup yang terus melambung malah nilai wang menyusut atas gaji yang meningkat pada kadar yang sangat perlahan. Walau apa pun, mahu tidak mahu, warga pekerja terpaksa belajar berjimat-cermat dan berbelanja menurut keperluan dan kemampuan sahaja.

Akhir kata, saya menyeru kepada seluruh warga kerja agar sentiasa berusaha menjadi pekerja yang produktif, berhemah dan berintegriti demi meneruskan pembangguna ekonomi negara. Saya  juga ingin menyeru pihak majikan, agar memelihara dan menjamin hak pekerja sebaik-baiknya. Apabila hak-hak ini terjamin akan ini akan menyebabkan mereka lebih berdedikasi dalam menjalankan tugas demi pembangunan dan kesejahteraan negara.

" SELAMAT HARI PEKERJA "

Y.B. Dato Haji Abdul Malik Kssim

Pengikut