Ahad, 14 Julai 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 14 Jul 2013 03:19 PM PDT

DEY MACHA!!!
AWAT LA MAMAT NI JADI MENTERI
HARGA AYAM PUN TAKLEH NAK SETEL
KALAU SEMUA BARANG NAIK HARGA
HANG NAK SURUH RAKYAT MAKAN LIPAS KA?
CAP AYAM PUNYA MENTERI
KAH! KAH! KAH!

Menteri: Elak makan ayam kalau harga naik

KUALA BESUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.

Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.

"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera.

"Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik...pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara.

"Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri," katanya.

Selain itu Hasan berkata kira-kira 74 wakil industri termasuk pembekal ayam dan pengeluar gula memberi jaminan untuk tidak menaikkan harga barangan pada musim perayaan Aidilfitri selain memastikan bekalan mencukupi.

"Persatuan Penternak Unggas Melayu di Selangor telah memberi jaminan akan memberi sokongan kepada kementerian untuk memastikan bekalan sentiasa cukup supaya harga kekal," katanya.

Mengenai Ops Harga 2013, Hasan berkata sejak dilancar pada 6 Julai lalu hingga Khamis lepas (11 Julai) sebanyak 26,854 pemeriksaan dilakukan di seluruh negara.

Beliau berkata daripada keseluruhan jumlah pemeriksaan itu 60 kes telah dikenakan tindakan dengan jumlah rampasan bernilai RM10,071 dan kompaun RM7,150.

"Kes-kes yang dikenakan tindakan itu 59 membabitkan kesalahan tidak meletak tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual dan satu lagi kes dikenakan tindakan kerana menjual barang harga kawalan (gula kasar) melebihi harga maksimum yang ditetapkan," katanya. - Bernama

ALHUSSEYN

Posted: 14 Jul 2013 03:12 PM PDT

Kesian Mursi , beliau diberikan kesempatan hanya satu tahun menerajui pemerintahan untuk melakukan baikpulih keatas segala kemusnahan yang diwarisi dari pemerintahan 32 tahun Mubarak yang zalim dan korup sebelumnya itu. Apakah adil untuk menuduh Mursi telah gagal?

Dia jatuh kerana General al sisi yang di beri kepercayaan untuk mengemudi bahtera Negara akhirnya khianat terhadapnya.

Yang berteriak membakar gambar Morsi, adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah!

Yang menyokong tindakan tentera merampas kuasa dan menyingkrkan Mursi adalah seorang yang bergelar Imamul Akbar, Sheikhul Azhar, Sheikh Ahmad Muhammad Al-Tayeb.

Mereka semua adalah sama sebangsa dengannya, kulitnya sama, bahasanya sama, bahkan ugama mereka juga adalah sama.

Ketahuilah bahawa sejarah hanya berulang semula : 

Bahawa yang membunuh Saidina Omar, Saidina Uthman, dan Saidina Ali dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama sebangsa, kulitnya sama, bahasanya sama, bahkan ugama mereka juga adalah sama.

Maka amat benarlah pesan Rasulullah kepada kita semua sebagaimana terdapat dalam sepotong hadisnya yang diterjemahkan oleh Soheh Muslim (Hadis ke 1814) membawa maksud :

Dari Huzaifah Ibnu Al-Yamani r.a. katanya: "Biasanya orang banyak bertanya kepada Rasulullah saw tentang kebajikan. Tetapi aku bertanya kepada beliau tentang tentang kejahatan; kerana aku takut kejahatan itu menimpaku." 

Lalu aku bertanya, "Ya Rasulullah! kami dahulu berada dalam kejahilan dan kejahatan. Kerana itu Allah Taala menurunkan kebaikan (agama) ini kepada kami. Mungkinkah sesudah ini timbul lagi kejahatan?"

Jawab Rasulullah "Tentu!"

Tanyaku, "Sesudah itu mungkin pulakah datangnya kebaikan?"

Jawab Rasulullah, "Ya, tapi sudah cacat!" Jawab Nabi saw, "Suatu kaum (bangsa) membuat peraturan (undang-undang) diluar sunnahku dan memimpin tanpa hidayahku. Engkau mengerti tentang kebijaksanaan mereka dan tidak menyukainya." 

Tanyaku, "Sesudah kebaikan itu timbul lagikah kejahatan?"

Jawab Baginda, "Ada. Iaitu orang yang selalu memanggil-manggil di pintu neraka , lalu siapa yang memenuhi panggilannya dilemparkannya ke dalam neraka itu."

 Tanyaku, "Ya Rasulullah! Tunjukkanlah kami ciri-ciri mereka."

 Jawab Nabi saw, "Baik! Iaitu orang-orang yang kulitnya sama dengan kita (mengaku beragama Islam) dan mereka berbicara memakai lidah (hadis) kami."

Tanyaku, "Bagaimana petunjuk Anda seandainya kami menemui hal yang sedemikian?" Jawab Nabi, "tetaplah kamu bersama jemaah kaum Muslimin dan Imam (pemimpin) mereka!"

 Tanyaku, "Jika tiada jemaah dan Imam?"

Jawab Baginda, "Tinggalkanlah parti-parti itu semuanya. Sekalipun engkau akan memakan akar-akar kayu, namun engkau tetaplah pada pendirianmu itu"

Jelas bahawa kejatuhan Islam adalah disebabkan oleh musuh dalam selimutnya sendiri, yakni dari kalangan mereka yang mengaku Islam. 

Tetapi ironisnya, masih tetap ada yang berkata, bahawa kita tidak boleh berkata sesutu yang nista terhadap mereka apatah lagi menentang mereka yang jelas telah berkomplot atau bersubahat untuk menjatuhkan Islam.

Dalam klip video atas itu, budak itu mengatakan bahawa tugas Sheikul Azhar adalah untuk 'mendamaikan dua kelompok yang bertelingkah. Maknanya beliau perlu berkecuali tanpa memihak kepada mana-mana pihak yang terlibat.

Tetapi bukankah dengan menyatakan sokongannya  kepada tentera itu  telah menjadikan dirinya telah memihak kepada tentera? Tak payahlah wahai budak ni nak puji melangit dan mengancam mereka yang menentang pendirian Sheikul Azhar itu.

Tak payahlah nak pulas ayat-ayat Allah dengan takwilan supaya Sheikul itu nampak betul walaupun jelas telah tersilap langkah. Jabhah Ulamak Al-Azhar iaitu badan terkemuka yang menghimpun ulama' Al-Azhar , berkaitan dengan isu ini telah medesak  Syaikh Al Azhar itu supaya meletakkan jawatan serta merta .

Jabhah Ulamak ini telah wujud di awal tahun 60-an lagi sebelum diharamkan oleh rejim Jamal Abdul Nasser. Sebelum itu, pelantikan Syeikh Al-Azhar adalah dibincangkan dalam Jabhah ini, bukan dilantik oleh Presiden Mesir sebagaimana sekarang ini.

Seorang lagi ulamak Dr Abdullah Barakat yang merupakan Dekan Fakulti Dakwah Islamiah, Universiti Al-Azhar turut mengecam keras tindakan Syeikh Al-Azhar. Beliau berkata, Morsi merupakan seorang presiden yang adil, dan Dr.Ahmed Toyyib telah melakukan kesilapan dalam pendiriannya terhadap Presiden.

Mengikut kata budak ni, adalah dilarang memerangi puak-puak ini atas nama jihad  semata-mata kerana mereka itu adalah orang Islam, yakni sama seagama dengan kita …

Bukankah kaum Munafiqeen ini muncul dari kalangan yang hanya mengaku Islam di mulut sahaja tetapi dalam hati mereka sangat menentang Islam? Firman Allah yang bermaksud : 

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (Ali-Imran:118)

Barisan Nasional

Barisan Nasional


anakbukitgantang says

Posted: 14 Jul 2013 03:31 AM PDT

anakbukitgantang says


Benarkah Candi di Lembah Bujang mengadap Kiblat? Bahagian 2

Posted: 13 Jul 2013 04:18 PM PDT



Photo benua Sundaland; Malaysia, Indonesia dan  Borneo pernah bersatu dengan Tanah besar Asia Rujukan Sundaland

Dari teori geologi plat tektonik bumi ini sentiasa berubah berubah sesesuai dengan Firman Allah dalam ayat Al Quran
 
"Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kokoh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka..." (Al Qur'an, 21:31)"
 
"Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?, dan gunung-gunung sebagai pasak?" (Al Qur'an, 78:6-7)

Dengan perpanjangannya yang menghujam jauh ke dalam maupun ke atas permukaan bumi, gunung-gunung menggenggam lempengan-lempengan kerak bumi yang berbeda, layaknya pasak. Kerak bumi terdiri atas lempengan-lempengan yang senantiasa dalam keadaan bergerak. Fungsi pasak dari gunung ini mencegah guncangan dengan cara memancangkan kerak bumi yang memiliki struktur sangat mudah bergerak.

Menurut penemuan ini, gunung-gunung muncul sebagai hasil pergerakan dan tumbukan dari lempengan-lempengan raksasa yang membentuk kerak bumi. Ketika dua lempengan bertumbukan, lempengan yang lebih kuat menyelip di bawah lempengan yang satunya, sementara yang di atas melipat dan membentuk dataran tinggi dan gunung. Lapisan bawah bergerak di bawah permukaan dan membentuk perpanjangan yang dalam ke bawah. Ini berarti gunung mempunyai bagian yang menghujam jauh ke bawah yang tak kalah besarnya dengan yang tampak di permukaan bumi
.

Dalam tulisan ilmiah, struktur gunung digambarkan sebagai berikut:

Pada bagian benua yang lebih tebal, seperti pada jajaran pegunungan, kerak bumi akan terbenam lebih dalam ke dalam lapisan magma. (General Science, Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 305). Baca Selengkapnya Di:
SINI
 
 
Kita kembali ke kedudukan Candi di Lembah Bujang -apakah ia benar sebuah Candi Buddha /Hindu  atau sebuah Mihrab seorang Islam atau ugama Hanif ? (bahagian depan tempat solat seorang Imam). Berdasarkan teori pergerakan benua Sundaland, Malaysia dan Sumatera pernah bersatu. Maka  Radzi Sapiee telah membuat satu photoshop bagi melihat Candi asal di Lembah Bujang pada sudut yang lain;
 
 


Dengan menggunakan Photoshop saya mencabut dan menyengetkan Semenanjung pada 32.09 darjah kemudian merapatkannya dengan Pulau Sumatera.
 
Pada kedudukan ini candi di Lembah Bujang akan menghadap Kaabah. !
 
Jika begitu benarlah ruang di hadapan "candi" itu adalah sebuah MIHRAB.
 
Sebenarnya banyak prasasti dan warisan arkeologi di nusantara yang telah diselewengkan faktanya. Islam  dan ugama Hanif  telah bertapak lama di Nusantara!
 
Jika begitu kitab sejarah Bangsa Bani Jawi  seperti Babad Tanah Jawi , Sulatus Salikin , Merong Mahawangsa, Hikayat Amir Hamzah, Sejarah Melayu  wajar dikaji balik dan di cross check dengan Al Quran dan Hadis, catatan Ptolemy dan sejarawan Arab, Cina, India  serta Yunani kerana ia memberi gambaran geografi, geology, sejarah serta  rahsia besar  di Nusantara. Berdasarkan kitab kitab dan cerita orang lama tentang pergerakan benua dan lain lain kita dapat dapatan  ini;

1. Fasa satu : Separuh tanah Asia Tenggara pernah bersambung dan terletak di hujung Tanah Arab. Kemungkinan begitulah keadaannya semasa zaman Nabi Sulaiman sehingga Yaman dan Asia Tenggara termasuk di dalam jajahan kerajaan Saba' yang diperintah Ratu Balqis. Petunjuknya ada pada cerita kanak-kanak Sang Kanchil yang asyik menyebut tentang Raja Sulaiman.

2. Fasa dua : Bahagian Asia Tenggara itu telah berpecah dari Tanah Arab lalu bersambung dengan kawasan benua besar Asia yang kita kenali sebagai Indo China. Ketika ini Sumatera masih sebahagian dari Semenanjung dan ini pernah dilukiskan di dalam peta pemikir Yunani bernama Ptolemy yang dibuat sebelum atau sekitar zaman Nabi Isa AS. Keadaan ini masih berlangsung sehingga zaman para sahabat Nabi Muhammad SAW lalu jika kapal belayar dari Tanah Arab atau India untuk ke China mesti melalui pantai barat Sumatera. Maka naiklah pelabuhan-pelabuhan seperti Barus juga daerah Minangkabau sebagai persinggahan segala dagang.

3. Fasa tiga. Sumatera dan Semenanjung berpisah dari Indo China. Laluan dagang dari India ke China dan sebaliknya perlu melepasi utara Aceh yang rapat dengan Pattani dan Kelantan. Lalu kawasan-kawasan ini dan sekitarnya menjadi tempat persinggahan utama.

4. Fasa empat. Sumatera terpisah dari Semenanjung sedangkan Semenanjung bersambung kembali dengan Indo China lalu menutup laluan fasa tiga. Maka muncullah Selat Melaka sebagai laluan utama antara India dan China dan naiklah kerajaan Melaka.

5. Fasa lima? Kita sudah melihat bagaimana peristiwa Tsunami 26 Disember 2006 boleh mengalihkan seluruh Pulau Sumatera sejauh beberapa meter dan mengubah garisan pantai di beberapa tempat. Dengan segala macam gerakan seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi yang mungkin terjadi, tidak mustahil nanti Sumatera akan bersambung kembali dengan Semenanjung dan Selat Melaka kembali menjadi sebesar sungai untuk memenuhi hadis akhir zaman tentang "negeri di belakang sungai".
 

candi di Lembah Bujang mengadap kiblat?

Posted: 13 Jul 2013 06:00 AM PDT

Benarkan Kembah Bujang itu tapak candi? Atau benarkan memang terdapat dan juga masjid di sana? Lembah Bujang ialah tapak pelabuhan antarabangsa di zamannya dan juga tapak Kerajaan Kedah Tua.
 
Nama Lembah Bujang adalah merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu nama pangkal "Bujang" atau "Bhujangga" yang bermaksud ular atau naga yang melambangkan kemakmuran sesuatu tempat. Kemakmuran Lembah Bujang telah menarik minat ramai pedagang, terutama daripada India, China dan Arab untuk singgah di sini. Manakala perkataan "Bhujangga" diambil daripada perkataan asal iaitu "Phujangga" yang membawa maksud golongan cerdik pandai atau "Brahmin" di dalam sistem kasta Hindu. Dengan erti kata lain, nama Lembah Bujang diambil daripada perkataan Sanskrit yang mempunyai pengaruh Hindu - Buddha
 
Hasil tinjauan 2 rakan saya iaitu Puan Herleny yang sedang membuat PhD dalam Seni Mihrab serta Radzie Sapiee penulis blog Merah Silu saya bawakan di sini.
 
 
Mihrab berada di ruang paling hadapan (Gambar Kiri). Runtuhan kubah di dapati dalam gambar sebelah kanan (Gambar Kanan)
 
Gambar kiri  menunjukkan Mihrab rumah Rasulullah SAW . Gambar kanan menunjukkan saiz ruang mihrab di Lembah Bujang yang hampir sama saiz dengan mihrab Rasulullah SAW dan mihrab tradisional lainnya di sebelah kiri
 
Benarkah mihrab mengadap kiblat?
 
Saya bawakan tulisan Radzi Sapiee untuk renungan pembaca
 
 
Lembah Bujang di Merbok di dalam google map
 
Melalui Google Earth kita boleh melihat ia menghadap pada sudut 323.48 darjah jika diukur menurut arah jam bermula dari paksi utara
 
 
 
Sekarang kita tarik garisan itu jauh hingga ke separuh bumi. Mak ooiii... jauh betul dari Semenanjung Arab. Dari utara India dah lepas ke atas Laut Kaspian masuk ke Eropah hingga ke United Kingdom hampir ke London. Candi ni menghadap ke Stonehenge ke hapa
 

Cuba kita tarikh garis yang sama hingga ke Mekah.

Nah. Sudut yang menghadap kiblat adalah lebih kurang 291.39 darjah. Ada perbezaan 32.09 darjah berbanding arah yang dihadap oleh candi di Lembah Bujang. Kesimpulannya, candi di Lembah Bujang tidak menghadap kiblat di Kaabah. Nak menghadap kiblat lama di Baitul Muqaddis atau Jerusalem pun bukan kerana sudutnya adalah pada 302.31 darjah.......tapi tunggu dulu.....(bersambung)
 

bumiyang

Posted: 14 Jul 2013 03:18 AM PDT

bumiyang


Indeks Jenayah Pulau Pinang Lebih Baik di Bawah Guan Eng?

Posted: 13 Jul 2013 11:20 PM PDT

tunku

Posted: 14 Jul 2013 03:15 AM PDT

tunku


Effects of Worship in Ramadhan

Posted: 13 Jul 2013 01:00 PM PDT


Ramadhan
Experience has shown that effects of ibaadat (worship) in the blessed month of Ramadhan remain upon the remainder of the year.

Whomsoever practises any virtue informally therein, ease of performing A'amale Salihah overtakes them thereafter.

Similarly, whoever prevents them self from sinning therein, for the remaining eleven months abstentation will become easy. In reality, prevention from sins in Ramadhan is not too difficult because, it is established that the Shayateen are imprisoned. Consequently, less sinning occurs generally because of removal of this stimulant.

However, sins do not totally disappear because the other orchestrator: one's nafs (self) is present. Even in this month it will instigate sins but, yes, its schemes will lesson because only one stimulant is now active.

Therefore, the impositions of this one month should be accepted. All parts (of one's body) should be saved from sin.

Fresh Questions About the DAP Election Fiasco and the Mysterious Five Tigers

Posted: 13 Jul 2013 08:16 AM PDT

Expect a flurry of legal threats following the publication of a 16-page booklet, which claims to blow the lid of DAP's 2012 Central Executive Committee (CEC) election fiasco.

Because senior party figures are unlikely to be happy with the content of the booklet, which was written by one Father Augustus Chen, and has been printed in Malay, English, Tamil and Mandarin.

He alleges that the flawed internal election at the party's 16th National Congress was not due to an "unfortunate administrative tabulation error" as claimed by (former) DAP Returning officer Pooi Weng Keong. Father Augustus accuses DAP Secretary General Lim Guan Eng and his father Lim Kit Siang of "manipulating the vote tabulation" to favour their cronies in the battle for CEC places.

And he has sensationally alleged Petaling Jaya Utara MP Tony Pua and Seremban MP Anthony Loke were tasked by the Lim's with fixing the poll results.

Up until now it has been widely reported how the election fiasco helped rescue DAP from a public relations disaster. Ahead of the December 15th poll it had been eager to play up its Malay appeal but the vote ended up returning not a single Malay figure – including golden boy, Bukit Bendera MP Zairil Abdullah, who finished in 39th position with just 305 votes.

But following the recount, he miraculously received 803 votes and was thus vaulted into the CEC in 20th place. Look! DAP does include Malays.

But Father Augustus has told the story of yet another agenda. His booklet claims the Lim's ultimate aim in allegedly fiddling the poll results was to prevent the rise of the so-called "five tigers." He said they are Penang DAP chief Chow Kon Yeow, Perak's Ngeh Koo Ham and Ngah Kor Ming, Johor leader Dr Boo Cheng Hau and Selangor's Teng Chang Khim. Together they could form an obstacle to the succession of the Lim dynasty, meaning the allegedly rigged vote could have been a huge favour from 72-year-old Kit Siang to his famously ambitious son.

From the outset the CEC election fiasco was hugely embarrassing for the party because it had always prided itself on getting things done more professionally and efficiently than the other parties. But Father Augustus has shone a spotlight on far more sinister motives. He has raised the possibility that there was more at stake than having no Malays faces on the CEC and that the Lim's saw the election fiasco as a price they were prepared to pay for the father – son succession.

Expect the writs to fly thick and fast soon, but DAP will also be pressured to explain itself in the wake of this latest bombshell.

Ohpolitik!™

Posted: 14 Jul 2013 03:06 AM PDT

Ohpolitik!™


PRK #KualaBesut : Calon PAS tidak mahu jadi wakil rakyat!!! Nak LANTIK orang lain Jika DIPILIH?

Posted: 13 Jul 2013 09:28 PM PDT



Bertanding untuk apa si Azlan ni? Awal-awal dia sudah membuat janji akan lantik dan gajikan orang lain untuk menjadi wakil kepada wakil rakyat supaya jalankan kerja-kerja rakyat jika PAS menang di Kuala Besut.

Bukankah mandat yang bakal rakyat Kuala Besut berikan pada 24 Julai ini satu amanah yang cukup besar kepada kedua-dua calon? Apakah calon PAS ini sanggup mengkhianati amanah rakyat jika ditakdirkan menang selepas ini?

Berlainan dengan calon BN Zaihan yang sanggup melepaskan semua jawatan sebagai Jurutera Awam JPS (Ketua Penolong Pengarah) demi menabur jasa dan bakti kepada rakyat Kuala Besut.

Sebaliknya calon PAS yang digelar sebagai Che Long lebih mementingkan urusan perniagaan dan projek beliau berbanding rakyat Kuala Besut jika beliau diberi mandat sebagai wakil rakyat N.01 Kuala Besut.

Tetapi, realitinya begitulah perangai dan sikap wakil rakyat PAS di mana-mana tempat. Bila menang sahaja, muka dan batang hidung pun susah nak nampak. Kalau rakyat nak jumpa, tunggulah pula pilihanraya yang akan datang.

Kepada semua pengundi N.01 DUN Kuala Besut, buatlah pilihan yang tepat. Bagi penulis, Tengku Zaihan anak kepada pengasas Sekolah Agama Nurul Iqtifaq yang suatu ketika adalah sekolah agama rakyat Ustaz Abdul Rahman adalah orang yang paling tepat untuk menjadi wakil rakyat Kuala Besut.

Anak muda berjiwa besar seperti Zaihan bukan sahaja seorang yang peramah, bahkan seorang yang terkenal dengan sikapnya suka bekerja untuk rakyat. Barangkali darah Ustaz Abdul Rahman yang mengalir dalam batang tubuh Tengku Zaihan menjadi pemangkin untuk Zaihan membantu Rakyat Kuala Besut.

PRK #KualaBesut : Parti #SpendaStopha Kantoi FITNAH DI BULAN PUASA

Posted: 13 Jul 2013 09:19 PM PDT

Calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Ku Abd Rahman menolak sekeras-kerasnya dakwaan PAS berhubung kesahihannya sebagai anak tempatan Kuala Besut sekaligus menegaskan tuduhan tersebut tidak tepat.  
Katanya yang memberitahu Antarapos melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS), beliau dilahirkan di Kampung Nail, Kuala Besut. Tambahnya lagi, beliau telah berkhidmat dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) selama lima tahun dan berpindah ke Kuala Lumpur sejak dua bulan lalu.  
"Saya adalah kelahiran kampung Nail, Kuala Besut.  
Telah berkhidmat lima tahun di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut. "Baru dua bulan sahaja pindah ke Kuala Lumpur. Jadi isu bukan anak tempatan adalah sangat tidak tepat," tegas beliau.

Tak kan beliau baru ditukarkan ke Putrajaya baru 2 bulan terus dituduh bukan anak tempatan? 

TERBUKTI.. #DAPRacist Sendiri Yang Kena #UBAH

Posted: 13 Jul 2013 09:05 PM PDT

Susan Loone Maskot DAP berharga RM60 RIBU JER, burung kenyalang Sarawak atau enggang simbolik "UBAH DAP"?
A booklet has surfaced in Penang on the DAP polls irregularities and how the father-and-son team of Lim Guan Eng and Lim Kit Siang are allegedly using under-hand tactics to hold on to power
A 16-page booklet on the alleged irregularities and internal politics in the DAP polls, held last December, is being widely distributed here.
The booklet, entitled The Equity Report (CEC Election Fraud), is written by one Father Augustus Chen, and printed in Malay, English, Tamil and Mandarin.
It reveals the irregularities in the party elections and the subsequent investigation by the Registrar of Societies (ROS).
Penang Chief Minister and DAP secretary-general Lim Guan Eng and his father, the party adviser Lim Kit Siang, have come under fire in the booklet.
The writer accused the two Lims of allegedly manipulating the vote tabulation during the 2012 party polls on Dec 15 to get their cronies elected to the central executive committee (CEC).
He also alleged that Petaling Jaya Utara MP Tony Pua Kiam Wee and Seremban MP Anthony Loke Siew Fook were tasked to carry out the dirty job.
When the election results was announced at 8.30pm, some three and half hours behind schedule, Vincent Wu Him Ven received 1,202 votes to finish in joint fifth-sixth position with Anthony Loke for the 20-elected CEC positions. Bukit Bendera MP Zairil Khir Johari finished in 39th position with only 305 votes.
But following a revised result a month later, Zairil suddenly received 803 votes to leap to 20th position, while Wu was relegated to 26th place with a mere 669 votes.
DAP claimed a technical glitch in the Excel spreadsheet which caused the tabulation mistake.
No notices of meeting
The author dismissed the technical glitch and blamed it on vote-counting manipulation to strengthen and safeguard the Lims' political interests.
The author said nearly 1,300 delegates did not receive notices of meeting while another 547 illegal ones, mainly from Penang, voted in the elections.
Even those who were issued the notices are said to have received the letters less than 10 days before the congress.
According to the author, the Lims had planned to rig the elections to prevent the rise of prominent party leaders, known as the "five tigers."
The five are Penang DAP chief Chow Kon Yeow, Perak cousins Ngeh Koo Ham and Ngah Kor Ming, Johor leader Dr Boo Cheng Hau and Selangor stalwart Teng Chang Khim.
The author claimed that Kit Siang, 72, sensing that this could be his last term as MP, planned to ensure a safe passage for his son to helm the party in a strong position.
The booklet claimed the party was supposed to hold its polls in early 2012 but was postponed because Guan Eng realised he could only secure 1,100 to 1,200 votes from the 2,576 delegates, which would not be enough for the father-and-son team to control the CEC.
Kit Siang received 1,607 votes and his son 1,576 followed by Karpal Singh at 1,411, while the "five tigers" all finished in lower half of the top 20.
ROS probe
ROS began its probe on Jan 29 following complaints lodged on Jan 14 by 40 party members.
The investigation found that 32 complainants were eligible delegates but not issued notices of meeting, while eight others received the letters but were disallowed to vote.
The booklet published in full the ROS letter dated April 17 which nullified the CEC polls and that of the the office bearers.
ROS has pointed out that the first post-election CEC meeting held on Dec 16, 2012 was null and void due to presence of Vincent Wu.
It also noted by not issuing notices of meetings to eligible delegates and their non-attendance had nullified the CEC polls and positions of its 20 elected members, including the top leaders.
Father Augustus concluded that all the electoral irregularities were committed to overcome the political threats from the "five tigers" and to safeguard Guan Eng's political survival before Kit Siang makes his exit.

Live Updated PRK #KualaBesut : Gambar Suasana PERAYAAN PEMILIHAN "TOK WAKIL"

Posted: 13 Jul 2013 08:45 PM PDT

Langsung dari Kuala Besut bermula hari ini, hinggalah hari 'perayaan pemilihan tok wakil' Kuala Besut, aku akan updated situasi semasa proses meraih undi, pembuangan undi dan keputusan semasa 24 Julai 2013 ini. Untuk hari pertama, inilah bingkisan yang sempat aku kongsikan untuk semua. Calon BN,  Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sedang sibuk berjumpa pengundi sekitar Bukit Puteri sebentar tadi. 



 Dan ini pula suasana pada hari ketiga proses meraih undi yang bakal berlangsung sehingga jam 12 tengah malam 23 Julai ini.





Taipingmali (tm)

Posted: 14 Jul 2013 01:10 AM PDT

Taipingmali (tm)


Zuraida: KBS diminta serius pantau pergaulan atlet

Posted: 13 Jul 2013 04:25 PM PDT

Terima kasih kerana Zuraida berjaya memberi pandangan yang bernas kepada kementerian belia dan sukan. Cuma nak ditokok tambah sedikit lah, TM pun menyarankan supaya Zuraida juga memantau aktiviti songsang orang-orang Pkr yang banyak didedahkan oleh media. Karpal Singh dan Mat Sabu juga pernah mendedahkan kegiatan yang tidak bermoral di kalangan pemimpin parti yang Zuraida sertai.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diminta membuat pendekatan serius memantau atlet wanita yang terbabit dalam penganjuran sukan berikutan insiden rogol yang berlaku baru-baru ini.
Ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, kejadian yang berlaku menunjukkan aspek keselamatan tidak diberi perhatian.
Manakala sebahagian masyarakat meletakkan persepsi bahawa sukan menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
"Seolah-olah trend ini sudah berlaku dalam banyak penganjuran sukan yang diadakan, menyebabkan berlakunya insiden rogol," katanya dalam perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini
4 Julai lalu, tiga atlet lelaki Sukan Malaysia (Sukma) didakwa di Mahkamah Seksyen, Petaling Jaya atas tuduhan merogol pegawai tambahan wanita berusia 20 tahun.
Justeru, Zuraida menggesa KBS lebih peka kepada keperluan pegawai pengiring sukan wanita dan pengasingan dibuat untuk mengelak kejadian tidak diingini.
"Sebelum ini bermula dengan atlet wanita India yang dirogol jurulatihnya sampai atlet itu meminum racun untuk membunuh diri," ujarnya

Cuba siasat siapakah yang terlibat dalam insiden memalukan itu, mereka membawa masuk arak dalam bilik penginapan untuk mabuk dan sehingga berlaku insiden yang memalukan. Siapa yang menggalakkan LGBT dan siapa yang menggalakkan arak hingga memberi 100 ekar tanah kepada Carlsberg di Meru Kelang?

Jangan jadi seperti peribahasa melayu ' ketuk dulang paku serpih, mengata orang diri sendiri yang lebih', sekian.

PRK KUALA BESUT : WAJAH MEREKA YANG KECUNDANG

Posted: 13 Jul 2013 02:46 PM PDT

Calon PAS Kontraktor Kelas A Kepada Hussam Musa ( masyuukkk)


Barulah tahu kisah tersembunyi yang berlaku di sebalik penamaan Che Long sebagai calon PAS bagi PRK Kuala Besut. Malam tadi Papa Gomo sampai di Kuala Besut dan tempat pertama yang Gomo singgah adalah kedai kopi di dalam Dun Kuala Besut berjumpa dengan beberapa orang penduduk di situ yang merupakan ahli PAS yang tidak berpuas hati dengan Che Long sebagai calon serta Hussam Musa sebagai pengarah Jentera Pilihan raya Dun Kuala Besut.

Kisahnya -

Che Long pada Pilihan raya ke 13 lalu cukup hebat melobi untuk bertanding di Dun Kuala Besut namun nama beliau tidak tersenarai kerana faktor beliau yang tidak mempunyai jawatan didalam PAS sama ada di Kuala Besut, Besut mahupun negeri Terengganu.

Apabila pengumuman calon dilakukan PAS Terengganu dengan tidak menyenaraikan namanya sebagai calon PAS waktu itu beliau telah lari dari Kuala Besut dan tinggal di Putrajaya bagi membantu kempen Hussam Musa.

Sepanjang PRU 13 itu lah juga kelibat Che Long tidak kelihatan di Kuala Besut apatah lagi membantu jentera PAS Besut sebaliknya rutin hariannya menjaga aset Hussam Musa di Putrajaya.

Kenapa Che Long membantu Hussan Musa di Putrajaya? Che Long tidak mempunyai jawatan didalam parti melainkan ahli biasa tetapi cukup rapat dengan Hussam Musa. Kenapa?

Maklumat yang diperolehi menjelaskan segalanya akan keakraban Hussam Musa dan Che Long calon PAS PRK Kuala Besut ini.

Rupa rupanya Che Long seorang Kontraktor kelas A mempunyai banyak urusan perniagaan di dalam negeri Kelantan hasil daripada bantuan Hussam Musa yang kita tahu sebelum ini merupakan EXCO kerajaan negeri Kelantan.

Atas sebab itu lah juga apabila PRK Kuala Besut diadakan yang menjadi Pengarah Kempen PRK Kuala Besut bagi PAS adalah Hussam Musa dan bukannya Hadi Awang selaku Pesiden PAS yang juga anak watan negeri Terengganu.

Gomo yakin dan amat pasti jika kita tanya kepada Hussam Musa sendiri apakah beliau ada memberikan Projek Projek dalam negeri Kelantan kepada Che Long sewaktu Hussam menjawat jawatan Exco sudah pasti Hussam tidak akan menjawab soalan tersebut.

Namun rekod daripada kenalan di Kota Bharu mengesahkan bahawa Che Long kerap berjumpa dengan Hussam Musa di pejabat Hussam sewaktu Hussam merupakan EXCO Kanan kerajaan negeri Kelantan.

Che Long merupakan FUNDER kepada Hussam Musa dan dengan Che Long selaku calon PAS bagi PRK ini serta Hussam Musa sebagai Pengarah Pilihan raya membuktikan bahawa KERONISME yang diamalkan oleh pimpinan PAS membuatkan PAS sudah sama seperti UMNO yang mereka sering fitnah didalam ceramah mereka.

Gomo akan berada di sini sehingga tamat PRK dan pastinya akan Gomo salurkan maklumat kepada pembaca akan info yang seharusnya kita tahu agar kita tidak diperbodohkan oleh parti PAS yang penuh dengan penipuan dan pendustaan menipu serta memanipulasi umat Islam khususnya.

- Papa Gomo 3.05am Kuala Besut Terengganu

TAMADUN ISLAM PUN MEREKA TOLAK , APA LAGI AGAMA ISLAM

Posted: 13 Jul 2013 07:42 AM PDT


PRK KUALA BESUT: PAS TIDAK ISLAMIK

Posted: 13 Jul 2013 06:38 AM PDT

Amat ganjil apabila Pas mempertikai akan pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut di adakan di bulan Ramadhan. Pas yang kononnya sebuah parti yang berteraskan Islam dilihat obses dengan PRK cara ganas dan penuh unsur-unsur negatif di beberapa PRK sebelum ini. Dengan kehadiran bulan Ramadhan telah menyebabkan mereka termangu seketika dan terus menyalahkan SPR. Keganjilan Pas telah diterjemahkan di dalam satu artikel dalam HARAKAH berjudul  'PRK bulan puasa, SPR sengaja sulitkan PAS'.
Ramadan adalah bulan bagi umat Islam menunaikan ibadat puasa. Umat Islam akan menyemarakkan kehadirannya dengan pelbagai ibadat lain. Jadual umat Islam sepanjang Ramadan selalunya sangat padat dengan ibadat-ibadat khusus, seperti bertadarus al-Quran, berzikir, beristighfar, bertarawih, qiyamullail dan seumpamanya.

Fokus ibadat itu tidak sepatutnya dialihkan kepada aktiviti politik. Namun, dalam kes di Kuala Besut ini, keadaan itu sudah tidak dapat dielakkan. Kesengajaan SPR memilih tarikh-tarikh tersebut untuk PRK ini agak mendukacitakan. Seolah-olah sudah tidak ada tarikh lain lebih sesuai dalam kalendar tahunan badan tersebut. Seolah-olah juga SPR tidak mengambil kira kepentingan memanfaatkan bulan Ramadan untuk ibadat-ibadat khusus tadi.
Sejarah telah membuktikan, bahawa Ramadhan adalah bulan kesabaran sekaligus bulan perjuangan. Ini terbukti dengan beberapa peristiwa besar yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan zaman pemimpin Islam yang lain.

Di zaman Rasulullah S.a.w, Perang Badar, Perang Khandaq, Fathu Makkah, dan Perang Tabuk terjadi di bulan Ramadhan. Puasa tak menyurutkan semangat juang para sahabat.

Di zaman Salafussoleh, ada peristiwa Penaklukan Andalusia, Kekalahan Tentera Salib, Kekalahan Tentera Mongol, dan lainnya, itu pun berlangsung di bulan Ramadhan. Lapar dan haus tak mengerdilkan mimpi mereka dalam menegakkan kalimatullah di bumi ini.

Melayu Tidak Wujud di Dunia – Professor Singapura

Posted: 13 Jul 2013 03:59 AM PDT

Kaum Cina di rantau ini nampaknya mempunyai masalah psikologi yang kronik apabila tidak mampu menerima hakikat bahawa mereka bukanlah penduduk asal di sini. Berbagai-bagai percubaan dilakukan mereka untuk menafikan sejarah, hatta kewujudan bangsa Melayu di muka bumi. Semuanya berpunca dari dendam kesumat dan sifat rasis tegar yang enggan menjadi 'nombor 2' dalam meletakkan hak ke atas bumi sebelah sini.

Tidak cukup dengan Cina Malaysia yang tidak jemu-jemu mencuba untuk mengubah sejarah, kini Cina Singapura pula menulis buku konon Melayu tidak pernah wujud. Buku tersebut yang bertajuk 'Contesting Malayness' dengan sendirinya membuktikan masalah psikologi penulisnya yang ingin mencabar kewujudan Melayu. Apa yang didapati ialah, buku tersebut dihasilkan berdasarkan penyelidikan rambang dari buku-buku tertentu dan selebihnya kita pasti hanyalah pendapat dari pemikiran dan emosi penulisnya sendiri.

Hakikatnya, etnologi (suku bangsa), linguistik (bahasa) dan arkeologi (material) mengenai teori migrasi dan asal usul ras (bangsa) Melayu telah pun dibuktikan melalui kaedah DNA oleh penyelidik tempatan, Wan Hashim Wan Teh. Kaedah ini mampu membuktikan umur rumpun bangsa, asal usul dan jejak penghijrahan. Apa yang didapati ialah Melayu adalah penghijrah asal.

Dalam mengekspresi kebenciannya kepada bangsa Melayu, Profesor Singapura tersebut nampaknya telah terlepas pandang bahawa sekiranya beliau ingin menafikan kewujudan Melayu, beliau perlu terlebih dahulu menafikan sejarah Siam, Filipina dan Indonesia kalaupun tidak mengiktiraf sejarah yang tertulis di Malaysia.

Malah, beliau juga mungkin perlu menafikan sejarah Melayu Cape Town di Afrika dan juga Guam.

Dalam rujukan sejarah mengenai Guam, tertulis bahawa penduduk asalnya adalah orang-orang Austronesian dari Asia Tenggara yang tiba di sana seawal 4,000 tahun sebelum Masihi. Mereka mempunyai bahasa dan budaya yang mirip dengan masyarakat Malaysia, Indonesia dan Filipina. Mereka juga dikatakan sebagai tamadun terawal di Pasifik.

Dan di dalam buku Declaracan de Mala e India Meridional oleh seorang Portugis Godinho de Eredia menyebut:

"It is to be noted that the eastern coast of Ujontana was peopled and frequented before the other or western coast; thus the histories relate that Malayos inhabited Pattane and Pam before the foundation of Malacca. At that time the ruler of Pam governed Sycapura and the Monarch who resided in Pattane, the metropolis of the Malayos."

Ini bermakna sejarah Siam mengenai Melayu itu adalah benar, dan sejarah Kedah purba mengenai Melayu juga benar. Sekali gus sejarah kaum Melayu yang membuka Melaka juga benar.

Salah satu cara untuk menjejak sejarah sesuatu bangsa ialah melalui bahasa, termasuk nama-nama mereka. Daripada sejarah serantau, jelas didapati bahawa nama-nama Raja-raja dahulu kala turut berbunyi Melayu, bukan Cina atau Eropah. Nama-nama mereka mungkin berbeza sedikit mengikut pengaruh agama tetapi ia tetap membawa identiti Melayu.

Contohnya, Raja Ijau (1584-1616), Raja Biru (1616-1624), Raja Ungu (1624-1635) iaitu adik Sultan Bahdur (1573-1584) serta anak Raja Ungu, iaitu Raja Kuning (1635-1649) membuktikan bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan secara meluas di rantau ini.

Terdapat juga sejarah yang menyatakan nama Pattani juga didapati dari perkataan Melayu 'Pantai ini' dan ini juga membuktikan yang Melayu merupakan kaum yang mula bertapak di situ. Oleh kerana Pattani juga termasuk dalam Kedah purba, maka jelaslah bahawa keseluruhan sejarah yang tertulis mengenai kaum ini adalah benar.

Nampaknya, Hujah Profesor Singapura jelas tidak punya kredibiliti kerana tidak konsisten dengan kajian DNA mahupun catatan fakta oleh kesemua negara-negara rumpun Melayu di Asia serta pengembara-pengembara Eropah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

POKOK TUMBANG DI BUKIT DRUMMOND JALAN KLIAN PAUH TAIPING

Posted: 13 Jul 2013 03:06 AM PDT


Hujan Di Taiping sebentar tadi menyebabkan seorang penunggang motosikal dihempap pokok di bukit tersebut dari arah Kamunting hala ke Taiping. Alhamdulillah keadaanya penunggang selamat dan stabil

The Unspinners

Posted: 13 Jul 2013 11:21 PM PDT

Panglima Perang Cyber

Posted: 13 Jul 2013 11:19 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Mustafa Ali Jawab Kritikan @AzminAli Dan Akui Status Akademik Calon PAS Tidak Tinggi #PRKKUALABESUT

Posted: 13 Jul 2013 01:11 PM PDT


@Umnoonline : Duta Vatican City Tak Wajar Keluar Kenyataan Timbulkan Kegelisahan Umat Islam - Menteri Jamil Khir

Posted: 13 Jul 2013 12:47 PM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Tindakan Duta Vatican City Ke Malaysia Biskop Joseph Marino mengeluarkan kenyataan berhubung penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini tidak sepatutnya berlaku kerana menimbulkan kegelisahan awam serta boleh menggugat perpaduan rakyat Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kenyataan itu amat tidak wajar dikeluarkan mana-mana pihak sebagai menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.
"Sikap bertoleransi antara agama di negara ini sewajarnya diambil kira oleh semua pihak dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh ditafsir sebagai mengganggu keharmonian antara agama di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menarik perhatian bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini memutuskan kalimah Allah hanya khusus diguna pakai oleh umat Islam di Malaysia dan tidak wajar disalah guna oleh mana-mana pihak.
"Saya menasihatkan semua pihak untuk tidak mempolemikkan isu kalimah Allah ini sehingga ia diputuskan di mahkamah kelak," katanya.
Sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan Islam-Melayu semalam mendesak kerajaan mengusir Biskop Joseph Marino berhubung tindakan beliau mengeluarkan kenyataan yang didakwa, antara lain, memuji hujah Persekutuan Kristian Malaysia berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kalangan penganut agama itu di negara ini.

Panglima : setiap apa yang berlaku mesti ada isyarat di sebaliknya. Keberanian wakil Vatican City di Malaysia ini harus dilihat dari konteks yang luas dan menyeluruh. 
Secara umumnya apabila pihak Kristian berani menimbulkan perkara yang sensitif ia mungkin satu tindakan untuk membela agama yang dianuti dan diperjuangkan olehnya. Ia akan dilihat sebagai tindakan cukup berani demi agama Kristian yang akan diganjari dengan kemulian di sisi Tuhan Jesus mereka percayai.
Namun di sisi umat Islam ia akan menjadi satu ancaman apabila hak kalimah suci Islam cuba digunakan oleh penganut agama Kristian. Di saat ia telah diputuskan dan sudah menjadi satu ketetapan di sisi undang-undang yang tidak boleh dipersoal oleh bukan Islam. Apatah lagi cuba dibangkitkan oleh seorang tokoh agama Kristian yang menjadi wakil di sebuah negara majoriti umat Islam bernama Malaysia.
Sikap ini jika tidak diikuti dengan tindakan meminta maaf dan mengenakan tindakan sewajarnya kepada wakil bernama Biskop Joseph Marino sudah tentu ia akan menunjukkan pihak Vatican bersetuju dan tidak kisah ia dijadikan isu. Sedangkan di dalam usaha memelihara keharmonian antara agama, ia akan dilihat sebagai usaha yang mengundur ke belakang bukan sebaliknya.
Sesungguhnya kejadian yang berlaku ini menggambarkan bagaimana pihak lain berani menolak ketetapan pihak Majlis Fatwa Kebangsaan akibat perpecahan sesama kita sendiri. Harii ini jelas PAS masih lagi tidak dapat menerima perjuangan UMNO menegakkan Islam dengan dilemparkan berbagai tuduhan yang tidak enak didengar atau dibaca oleh kita.
Allah Taala sendiri telah mengingatkan kita bahawa perpecahan akan melemahkan umat Islam bukan memperkuatkan mereka dan ia juga akan menjadi punca hilangnya kehebatan umat Islam yang sepatutnya digeruni sehingga tidak berani diusik sedikitpun hak agama kita oleh mana-mana pihak.
Perkara ini tidak patut berulang lagi dan patut dikritik oleh semua pihak yang mahu melihat keamanan kekal meliputi kehidupan setiap nyawa di tanah tumpah darah tercinta ini. Kecualilah mereka mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang berbunuhan antara agama ekoran tindakan pihak tertentu mengkritik perkara yang menjadi lambang kesucian agama Islam sehingga menimbulkan kemarahan tidak terperi penganut Islam yang membawa kepada tindakan luar kawalan.
Kepada pihak Vatican City elok dibuat tindakan segera memanggil pulang wakil mereka demi menjaga keharmonian antara agama dan demi mengelakkan dari persepsi bahawa pihak gereja seakan menyokong suara pembangkang yang turut memperjuangkan perkara yang sama.
Berhati-hatilah berbicara wahai Bishop !

Belantan

Posted: 13 Jul 2013 11:16 PM PDT

Belantan


Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina : Membenci BN trend terkini orang muda?

Posted: 13 Jul 2013 03:55 PM PDT


Akhbar China Press bertarikh 6 Julai 2013 melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai memaparkan tulisan Lim En Theng mengenai trend orang muda yang membenci Barisan Nasional (BN).

BN merasakan peritnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) terhadap pengundi muda kerana sejak beberapa PRU lepas golongan muda yang berusia antara 21 hingga 40 tahun condong kepada pakatan pembangkang.

Dalam usia muda ini, mereka mendapat pendidikan tinggi, kerjaya yang baik dan tiada masalah dalam makan minum seharian. Mereka tidak pernah mengalami zaman masyarakat bergelora, tiada konsep kefahaman sejarah dan meletakkan demokrasi dan keadilan di hadapan.

Jika mahu mengekalkan kuasa pada PRU-14, BN perlu ubah pemikiran dan pendirian, kaji semula dan rombak slogan politik mereka. Rampas semula slogan "UBAH Malaysia" daripada pembangkang supaya BN menjadi peneraju perubahan negara.


BN juga perlu kembali ke sekolah-sekolah. Sekolah menengah hari ini telah menerima kesan daripada penggunaan internet. Pelajar juga merasa tidak puas hati terhadap kerajaan BN dan kebencian itu tidak lagi terhad kepada mereka yang layak mengundi sahaja. Muda-mudi ini bukan sahaja memainkan peranan penting dalam PRU sebelum ini, malahan sebelum musim PRU lagi, mereka jugalah yang paling BN bimbang untuk hadapi.

Semasa perhimpunan besar-besaran musim PRU lalu, ramai dalam kalangan peserta adalah pelajar sekolah menengah yang belum layak mengundi. Pelajar ini juga berkesan menarik keluarga dan ibu bapa turut serta dalam perhimpunan. Mereka menggunakan dunia siber menghebahkannya, belajar muat naik gambar-gambar warna hitam melambangkan demokrasi sudah mati, menyebarkan maklumat dan pengetahuan mereka ke dunia luar.


Kempen beramai-ramai seperti ini menunjukkan ia bukan satu kempen politik biasa tetapi merentasi pemikiran dan aktiviti pelajar sekolah menengah. Mereka menggunakan kempen politik untuk jadikannya satu 'musim', bermakna apabila dihebahkan ia menjadi suruhan dalam masyarakat dan menjadi satu gelombang kekuatan. Kebetulan ia berlaku di zaman ini, menunjukkan mereka menentang kerajaan dan BN, inilah baru dikatakan "berada di puncak trend zaman".

Apabila trend itu berubah menjadi tiket undi, tiada keputusan yang salah ataupun betul. Ini dapat memberi kesan sama kepada yang seangkatan dengan mereka iaitu sama umur ataupun sama pemikiran, termasuk mendapat jenis pendidikan yang sama serta kesan daripada media. Sebab tindakan dan kefahaman yang sama itu, kesan daripada seangkatan pelajar sekolah menengah boleh memberi kesan padu yang tidak terhad kepada idola ataupun fesyen semasa sahaja.

Suara Politik
Belantan

Lepas satu demi satu HAK Melayu dan Islam dipertikaikan oleh Cina Bangsat DAPig - Chung Sen gesa Kementerian Pendidikan keluarkan subjek Tamadun Islam sebagai subjek wajib kepada penuntut IPTS?

Posted: 13 Jul 2013 07:14 AM PDT


Chung Sen biadab, tidak hormati Agong - Ibrahim Ali!

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan Ahli Parlimen DAP Kampar, Dr. Ko Chung Sen sebagai biadab kerana menggesa Kementerian Pendidikan mengeluarkan subjek Tamadun Islam sebagai subjek wajib kepada penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, gesaan Chung Sen itu melampau kerana tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kedaulatan Yang di-Pertuan Agong sebagai simbol negara yang menjaga kepentingan Islam.


Beliau berkata, gesaan itu juga menunjukkan pemimpin DAP berkenaan tidak menghormati kepentingan ilmu.

"Kenyataannya jelas tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong dan biadab dari segi konsep di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

"DAP makin melampau dan malangnya Pas dan UMNO diam sahaja. Saya menggesa Kementerian Pendidikan bertegas mempertahankan subjek itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chung Sen dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini membuat gesaan itu dan mempersoal bagaimana subjek Tamadun Islam boleh membantu pelajar jurusan perubatan, kejuruteraan atau undang-undang.

Beliau juga mendakwa tiada universiti terkemuka di dunia yang memasukkan subjek berkaitan agama sebagai subjek wajib di institusi masing-masing.

Suara Politik
Belantan

Sudah melampau...!!! Alvin, Vivian persenda umat Islam dalam bulan Ramadan?

Posted: 13 Jul 2013 02:26 AM PDT


Poster ucapan selamat berbuka puasa Alvin dan Vivian yang mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia kerana didakwa menghina umat Islam apabila menunjukkan gambar mereka menikmati bak kut teh yang disertakan logo halal.

Sama ada mencari publisiti murahan atau sengaja mencari pasal, pasangan Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, yang pernah mencemarkan maruah negara di Singapura dengan memuat naik gambar dan video lucah mereka ke blog, terus mencipta kontroversi.

Kali ini, di laman Facebook rasmi milik kedua-dua bekas pelajar National University of Singapore berkenaan, mereka seakan-akan mempersenda kedatangan Ramadan apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan'.

Pada gambar berkenaan, kedua-dua mereka turut menulis keterangan gambar seakan-akan menyindir iaitu 'Izinkan kami memperkenalkan cara kami memupuk semangat 1Malaysia dengan bertukar-tukar makanan antara kaum-kaum Malaysia pada musim perayaan yang mulia ini. Hak untuk menikmati juadah enak tempatan seharusnya merentasi batasan bangsa dan juga agama. Kepada saudara-saudari yang beragama Islam, selamat berbuka puasa dan Salam Aidilfitri!

Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Penyiaran poster itu dikongsi oleh banyak pengguna blog dan Facebook. Ratusan pembaca beragama Islam dan lain-lain kaum termasuk Cina menyatakan kemarahan mereka dan mengkritik tindakan pasangan yang popular dengan gelaran Alvin dan Vivian itu.

Antara pembaca seorang wanita menggunakan nama Hazel Sia yang berkata, Can we just ignore this shameless couple? They do not represent the Malaysian Chinese, they are the worse garbage...no respect for others and their own families' (Boleh tak kita jangan mempedulikan pasangan yang memalukan ini? Mereka tidak mewakili Cina Malaysia, mereka sampah paling teruk...tidak hormat kepada orang lain dan keluarga sendiri).

Seorang lagi pembaca, Kelly Lee berkata, not all Malay call us babi and cina tsunami. Only certain malays...I am good with my Malay friends...sad to see Alvin was a law student. Disgrace to the Chinese and as a Malaysian. Sometimes I wonder, how did he get his scholarship' (bukan semua Melayu panggil kita babi dan Cina tsunami. Hanya sebahagian Melayu...saya baik dengan kawan-kawan Melayu...sedih melihat Alvin bekas seorang pelajar undang-undang. Satu penghinaan terhadap Cina dan sebagai rakyat Malaysia. Saya tertanya-tanya, bagaimana dia boleh dapat biasiswa).

Seorang pembaca Melayu, Aizat Ahmad berkata, 'saya harap isu sensitif orang Islam jangan dipermainkan. Saya masih lagi hormat bangsa Cina kerana kawan-kawan saya ramai yang Cina, Jangan sampai hormat saya terhadap bangsa Cina hilang kerana isu ini...Mohon jangan ulangi kesilapan ini'.

Sementara itu, MCA Negeri Sembilan membuat laporan polis petang ini meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pasangan terbabit. Pengerusi MCA negeri tersebut, Datuk Dr. Yeow Chai Tiam berkata, kedua-dua individu itu tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam dan tindakan tersebut telah mencetuskan masalah yang besar.

Ini bukanlah kali pertama kedua-duanya menimbulkan isu sensitif di laman sosial berkenaan.

Pada 3 Julai lalu, mereka memuat naik video daripada salah sebuah portal berita yang menunjukkan operasi oleh pihak berkuasa menahan sekumpulan remaja Islam terlibat dengan parti buih. Pada video berkenaan, ditulis keterangan 'susahnya jadi Melayu'.

Dalam ruangan komen pula, mereka mempertikaikan tindakan yang diambil dengan mendakwa kebebasan beragama tidak wujud di Malaysia terutamanya untuk kaum Melayu.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 13 Jul 2013 11:13 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Bantah Tamadun Islam jadi Subjek Wajib IPT, Dr. Asri tempelak DAP

Posted: 13 Jul 2013 08:49 PM PDT


KUALA LUMPUR – Ketua Whip DAP, Loke Siew Fook membantah subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas) dijadikan sebagai subjek wajib di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).

Beliau mendakwa subjek itu harus diperkenalkan sebagai subjek elektif kerana pendekatan mewajibkan pembelajaran subjek itu di IPT memberi gambaran negatif dalam kalangan pelajar iaitu mereka perlu menduduki subjek tersebut tanpa kerelaan.

"Pemahaman terhadap kepelbagaian tamadun adalah sesuatu yang baik dan seharusnya digalakkan dalam sistem pendidikan negara kita.

"Namun subjek ini harus diperkenalkan sebagai subjek elektif dan bukan subjek wajib. Pendekatan wajib tidak akan menghasilkan unsur pemahaman dan nilai positif seperti diharapkan," dakwanya melalui satu kenyataan hari ini.

Siew Fook yang juga Ahli Parlimen Seremban mendakwa, nilai murni dari sejarah tamadun Islam dan Asia perlu dipupuk bukan sahaja di peringkat tertiari malah perlu diserap dalam sukatan mata pelajaran di peringkat sekolah menengah melalui subjek Sejarah dan Pengajian Am.

Justeru, dakwanya, pendekatan mewajibkan subjek ini di IPT adalah kurang wajar.

Beliau juga mendakwa ada pihak cuba memutar-belitkan kenyataan Ahli Parlimen Kampar, Dr. Ko Chung Sen berkenaan perkara tersebut sebelum dan memfitnah DAP sebagai menentang agama Islam.

Sehubungan itu beliau mendakwa DAP tidak pernah menentang Islam dan mana-mana agama lain malah mempertahankan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Dakwanya lagi, pemahaman terhadap kebudayaan dan ketamadunan yang berlainan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah dan tidak boleh dilaksanakan melalui paksaan.

Oleh itu beliau menyeru Kabinet mengkaji semula keputusan Kementerian Pendidikan untuk mewajibkan subjek Titas di IPT dalam mesyuarat Kabinet minggu depan.

"Namun, DAP menyokong subjek tersebut diperkenalkan sebagai subjek elektif di IPT," katanya lagi.

#Semoga yang bergelar ustaz diluar sana jangan pilih bulu bila memberi teguran

Duta Vatican cabar Islam Di Malaysia, sokong guna Kalimah "Allah"

Posted: 13 Jul 2013 01:54 AM PDT


Baru beberapa hari umat Islam di negara ini melaksanakan ibadah puasa yang merupakan rukun Islam yang ke-4, kita dikejutkan dengan kenyataan wakil kedutaan Vatican di Malaysia yang menyokong penuh langkah Gereja Katolik menggunakan kalimah "Allah".

Uskup Agung Joseph Marino (gambar kiri)  dalam kenyataannya itu berkata, pihaknya bersetuju dan menyokong penggunaan kalimah "Allah" di dalam kitab Bible di Semenanjung Malaysia sebagaimana yang diperjuangkan oleh golongan Katolik dan Pakatan Haram sebelum ini.

Wah! Wakil Vatican sudah bersuara di bumi Malaysia? Lagaknya bagaikan "Mursyidul Am" Pakatan Haram yang sebelum ini begitu konsisten menyokong penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible? Tidak cukupkah perkara itu dibenarkan di Sabah dan Sarawak? Kini di Semenanjung pula?

Sebagaimana yang kita tahu, isu penggunaan kalimah "Allah" itu cukup sensitif dan sangat mengguris hati seluruh umat Islam di negara ini.

PAS yang pada mulanya menyokong penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible sebelum ini pun terpaksa membuat "U-turn" di saat-saat akhir di ambang PRU ke-13 akibat takut kehilangan undi umat Islam yang marah terhadap tuntutan yang dipelopori DAP dan Kristian itu.

Tidakkah Marino tahu tentang perlembagaan Malaysia sebelum bersuara? Apa haknya untuk bersuara dan mencabar perlembagaan negara kita? Dia fikir Malaysia ini sebahagian dari Vatican City, kah?

Saya tidak faham sama ada ada mana-mana pihak yang sengaja "menjolok sarang tebuan" di sini. Siapa yang gatal mulut untuk meminta Uskup dari Vatican itu untuk bersuara?

Pada saya, jika Marino mahu bersuara sekalipun bagi pihak Kristian, dia patut bersikap adil dan sedar diri. Dia tidak wajar untuk mencampuri urusan hal ehwal agama Islam dan perlembagaan negara ini, khususnya tentang hal keistimewaan Islam di Malaysia.

Isu ini sangat sensitif. Khabarnya sebuah gereja pernah dibakar akibat isu yang diperjuang oleh Ambiga, Majlis Peguam dan beberapa pemimpin politik tertinggi DAP ini. Dan kini Marino mahu menjadi sebahagian dari mereka?

Sedarkah Marino di mana dia sedang bertapak sekarang? Tahukah dia bahawa Malaysia ini majoriti penduduknya beragama Islam, khususnya di Semenanjung Malaysia?

Tahukah Marino bahawa umat Islam di negara ini sudah bertolak ansur berkenaan isu ini di Sabah dan Sarawak? Suku dari rakyat Sabah dan separuh dari masyarakat Sarawak beragama Kristian, tapi umat Islam mampu bertoleransi di sana demi menjaga keharmonian beragama di negeri-negeri itu.

Kini Marino mahu ia dilaksanakan di Malaysia pula? Sudah diberi betis, Marino mahu paha? Apa Marino fikir Kristian itu agama rasmi di negara ini?

Pada hemat saya, Marino tahu tentang sensitiviti mengenai isu ini. Sudah tentu dia diberitahu mengenainya. Namun mengapa dia masih lagi mahu mencabar perasaan umat Islam dan keistimewaan Islam di Malaysia? Dia mahu bermain dengan "api", kah?

Saya ingin mengingatkan Marino bahawa dia bebas untuk mengamalkan Kristian di Malaysia. Itu haknya sebagai penganut Kristian. Tiada halangan untuk itu. Tapi jangan sesekali mencabar keistimewaan Islam dan mencetus api kemarahan umat Islam. Buruk padahnya nanti.

Saya mahukan penjelasan dari kedutaan Vatican itu bagi kenyataannya yang biadap itu. Jelaskan dan minta maaf segera. Jika gagal, tak kiralah dia Uskup atau Pope sekalipun, dia wajar dihalau pulang ke Vatican serta merta sebelum umat Islam di Malaysia "naik angin".

"Lakum dinukum waliyadin". Kristian boleh diamalkan di Malaysia, tapi jangan sesekali usik Islam dan keistimewaannya di bumi Tanah Melayu ini. Noktah!

#Bulan ramadan makin banyak ujian yang datang buat umat Islam di Malaysia

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 13 Jul 2013 11:03 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Kerajaan Akan Pinda Akta Hasutan...

Posted: 13 Jul 2013 08:57 AM PDT

Akta hasutan akan di pinda oleh kerajaan, tapi empat unsur utama dalam perlembagaan persekutuan akan di kekalkan....


GERAKAN ANTI PKR

Posted: 13 Jul 2013 09:31 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


AKTA HARMONI GANTI AKTA HASUTAN MELINDUNGI 4 TUNGGAK UTAMA NEGARA..!

Posted: 13 Jul 2013 12:26 PM PDT

tok gajah

Posted: 13 Jul 2013 09:27 PM PDT

tok gajah


PAS perlu dihapuskan demi perpaduan melayu/islam...............?

Posted: 13 Jul 2013 09:30 PM PDT

Dalam bulan pose ni Tok nak tahan kan sikit dari bercakap banyak. Tapi Tok hilang sabo sedikit bile Dute Vatican Marino tu dah sentuh tentang kalimah Allah. Bagi Tok isu kalimah Allah ni sangat sensetif bagi orang2 melayu yang beragame islam di Malaysia.

Orang melayu yang beragame islam di Malaysia memang menetang kehendak kaum kristian menggunekan kalimah itu. Bagi Tok sendiri, Tok yakin bahawe kaum kristian di Malaysia ni ade tujuan lain yang tersembunyi mengape mereke ber sungguh2 sangat mahukan penggunean kalimah Allah tu.

Sebagai contoh, di Indonesia mereke boleh di katekan dah berjaye memurtad kan ramai anak2 mude islam, kini di Malaysia mereke sedang giat menjalan kan kerje2 untuk memurtadkan anak2 mude kite pule. Jike di benarkan penggunean kalimah Allah kepade kristian make ianye sangat memudahkan untuk memesongkan akidah anak2 mude melayu yang terlalu cetek pengtahuan agame islam nye.

Kaum kristian ni sangat kuat pengaruh pertubuhan nye di seluruh dunie. Mereke sudah meyedari bahawe umat islam di Malaysia semakin lemah dari segi penguasean politik. Kuase politik melayu sudah berpecah kepade due kumpulan besar iaitu PAS dan UMNO.

UMNO yang sedang berkuase terpakse 'tunduk' kepade kafir demi untuk terus berkuase memerintah negare, sedangkan PAS juge turut terpakse 'tunduk' kepade kafir kerane teringinkan sangat untuk berkuase. Kini melayu/islam sudah tunduk kepade kaum kafir.

Untuk mengembali kan kekuasaan melayu/islam kembali teguh dan kukuh seperti asal dulu, kite sudah tiade pilihan lain lagi kecewali kaum melayu/islam bersatu - bersatu kedalam sebuah parti tunggal. PAS terpakse di korbankan, kerane sudah hampir lebih satu abad parti itu dok di takuk lame aje.

PRU13 yang lalu telah membuktikan bahawe PAS tidak di terime oleh melayu/islam. PAS cume mampu memperolehi 21 kerusi parlimen sahaje, itu pun dengan bantuan pengundi kafir! Sedangkan UMNO berjaye memperolehi sebanyak 109 kerusi yang di sokong tulin oleh kaum melayu/islam.

PAS harus di hapuskan demi perpaduan melayu/Islam.

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 13 Jul 2013 09:24 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Tengku Zaihan Komited Untuk Selesaikan Permasalahan Rakyat #KualaBesut

Posted: 13 Jul 2013 08:30 PM PDT

Tengku Zaihan, Ore Mudo, Mudoh Baso, Sene Kiro #KualaBesut

Posted: 13 Jul 2013 07:00 PM PDT


Alvian & Vivian Hina Islam, Apa Pula Pandangan Nurul Izzah?

Posted: 13 Jul 2013 05:00 PM PDT


Kebiadapan pasangan Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24 sudah melampaui batas. Kedua-duanya adalah bekas pelajar National University Singapore. Apa tujuan sebenar mereka cuba memprovokasi umat Islam hingga ke tahap begini? 

Dalam laman Facebook rasmi milik kedua-dua pasangan itu, mereka dilihat mempersenda kedatangan Ramadan apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan'. Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Kebiadapan mereka ini sudah mencabar kesabaran umat Islam di seluruh dunia. Wajar dikenakan tindakan oleh undang undang yang sedia ada. Usah dibiarkan budaya biadap ini berleluasa. Jangan sampai jadi macam Namewee, biadap kemudian dibiarkan lagi untuk terus menjadi biadap. Seolah apa yang dia buat itu adalah perkara yang betul. 

Jika undang undang yang ada tidak mampu untuk mengajar kebiadapan mereka, maka mereka ini pasti akan menerima balasan dan hukuman daripada Allah SWT . 

Dunia sudah akhir zaman, berbagai cabaran datang pada umat Islam dalam bulan Ramadhan ini. Mesir bergolak dalam bulan Ramadhan. Duta Vatican dan dua budak biadap di atas juga "menyerang" Islam di Malaysia dalam bulan Ramadhan.

Bersatulah umat Islam. Jangan kerana politik maka perjuangan agama diketepikan. Apa pula kaitan Nurul Izzah dengan Vivian ini? Mengapa Nurul Izzah diam dalam isu ini?




Pangsapuri Baru Untuk Penduduk Kampung Pengkalan Atap #KualaBesut

Posted: 13 Jul 2013 03:30 PM PDT

Satu Lagi Penghinaan Terhadap Islam Di Bulan Ramadhan, Kali Ini Al Quran Dihina Di Lowyat

Posted: 13 Jul 2013 12:56 PM PDT



Jangan biar keadaan ini menjadi satu perkara biasa. Ini sudah melampau dan biadap. Siasat segera dan tahan mereka yang terbabit menghina Al Quran ini. Ini sudah melampau.

Sudah Terbongkar Mengapa Calon PAS Ini Tidak Layak Dipilih Oleh Rakyat #KualaBesut

Posted: 13 Jul 2013 10:46 AM PDT

Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Melawat Ustaz Azizan?

Posted: 13 Jul 2013 01:30 AM PDT



PenangWasabi

Posted: 13 Jul 2013 09:04 PM PDT

PenangWasabi


'TROJAN HORSE' CINA JAHANAMKAN PETRONAS?

Posted: 13 Jul 2013 02:50 PM PDT


Omar Ong diletakkan di Petronas itu ada tujuannya. Bukan sengaja diletak-letak untuk mengaut untung dan menyusun projek untuk rakan dan keluarga. Soalnya, apakah perlantikan OO di Petronas itu sudah tercapai maksudnya?

Blog ini dimaklumkan oleh seorang kakitangan PS Contractor, bahawa beberapa bulan kebelakangan ini sudah ada trend perletakan jawatan beramai-ramai jurutera Melayu di Petronas. Ramai? Ramai mana?

Kalau sudah hampir 200 orang letak jawatan dalam masa 3-5 bulan kebelakangan ini, agaknya apa punca dan sebab? Kalau semuanya merupakan pakar dalam bidang Petroleum Engineering, Geo-engineering, Geoscientists etc. Koyak juga.

Ada yang kata, ini disebabkan industri petroleum kita sudah semakin hebat. Banyak company, oil and gas players yang ambil staff Petronas. Mudah. Bila bekas staff, jumpa staff Petronas, mereka mudah beri muka. Senang dapat projek.

Soalnya, betulkah begitu?

Atau ada udang, sotong, ikan di sebalik batu.

Yang menyedihkan lagi, mempunyai Penasihat pun seperti tidak ada. Nampak macam tidak bermakna sahaja.

Hari demi hari, jumlah yang meletakkan jawatan semakin ramai. Ada kajian dibuat? Apa komen mereka?

PM perlu ambil tindakan segera. Mulakan dengan mengeluarkan OO daripada Lembaga Pengarah. Masukkan seorang yang mempunyai integriti yang tinggi. Sebelum tu pastikan, ijazah/sarjana/Phd daripada universiti yang diiktiraf. Bukan main ambil tangkap muat.

Bukan semua kakitangan Petronas begitu. Ramai yang bagus. Ada integriti. Setia dengan Petronas walau dapat offer mencanak daripada syarikat lain. Tapi sekarang mereka tertekan. Kerana seakan ada polisi 'mendahulukan cina' dalam Petronas. Kalau Cina, laju naiknya. Melayu? You belum cukup competent.

Maaf cakaplah, setakat ini OO tak ada sumbangan besar pun di Petronas. Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah pun jarang bercakap. Kalau bercakap, asyik nak petik nama PM. Yang nama busuk siapa? PM juga.

No choice. OO should be out of Petronas. Asap. Kalau jumlah pakar meletakkan jawatan ini mencecah 500 orang, Petronas dalam masalah besar. Ini bukan level kerani yeop. Ini level senior ni.

Sumber : Gelagat Anwar

Penang Wasabi..

DAP Mahu Ubah Pulau Pinang Jadi Negara Cinabeng Sepenuhnya?

Posted: 12 Jul 2013 10:07 PM PDT


Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melancarkan simbol 'UBAH' dalam bentuk burung kenyalang terapung, pada 13 Julai lalu. Burung UBAH terapung ini adalah setinggi 25 kaki dan lebar 36 kaki. Ia dibuat daripada PVC berkualiti tinggi dengan berat kira-kira 250kg. Ketebalan badannya 0.35mm manakala ketebalan pelampung yang digunakan ialah 0.7mm.

Menurut laporan rasmi DAP, kos pembuatan burung ini dianggarkan berjumlah RM60,000 yang mana ditanggung oleh penyokong-penyokong DAP dan juga penaja. Ia mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan dengan semua yang terlibat menyatakan bahawa tujuan mereka membuatnya hanyalah untuk kepuasan dan kegembiraan peribadi semata-mata.

Apa yang menarik ialah burung UBAH ini diilhamkan dari itik getah kuning yang mahsyur di Hong Kong.

Kita tidak hairan jika apa-apa saja yang dibuat oleh DAP diilhamkan dari Hong Kong, China, Singapura, Taiwan dan negara-negara yang se-sepet dengannya. Sesungguhnya, DAP terus mengimpikan sebuah negara yang didominasi bangsa Cina dan berdegil enggan menerima hakikat bahawa negara ini adalah milik Melayu.

Tidak diketahui sama ada kerajaan Pulau Pinang ada membuat audit ke atas 'derma' dan 'tajaan' yang diterima bagi menyiapkan burung ini. Tetapi yang pasti, kos RM60,000 dan masa 2 bulan yang diambil untuk menyiapkannya hanya untuk 'kepuasan dan kegembiraan' membuktikan betapa mereka begitu dambakan kuasa dan betapa gembiranya mereka kerana dapat menawan dan mengekalkan Pulau Pinang di tangan Cina.

Sebenarnya, cita-cita kaum Cina negara ini terlalu besar dan tinggi dan bukan sekadar ingin membela atau mempertahankan kaum mereka.

Penting untuk semua pihak di negara ini untuk memahami perbezaan pemikiran kaum Cina dengan kaum-kaum lain. Jika politikus selalunya memegang kuasa politik dengan fahaman bahawa mereka perlu berkhidmat kepada rakyat kawasan mereka atau negara ini, tetapi tapi apa yang politikus dari kaum Cina faham mengenai kuasa politik ialah beliau mewakili kaumnya. Oleh itu, kaum Cina sekarang melihat kuasa yang mereka pegang di Pulau Pinang sebagai lambang kuasa kaum mereka.

Ini menjelaskan bagaimana seorang rakan penulis yang pergi bercuti di Cameron Highland boleh terdengar seorang dengan anak Cina sekolah rendah di situ menyanyi-nyanyi sendiri lagu Negaraku dengan mengubahsuai lirik yang menyebut negaranya sebagai Pulau Pinang.

Maka, tidak hairanlah jika benar ada yang sanggup menaja dan menderma serta mencurahkan khidmat bakti mereka-bentuk dan menyiapkan burung UBAH secara percuma. Ini kerana, semangat yang mereka 'jana' dari kemenangan PRU-13 lalu merupakan semangat 'kenegaraan baru', bukan lagi sekadar semangat politik kepartian.

Mungkin ada yang menuduh artikel ini sebagai keterlaluan dalam berprasangka terhadap kaum Cina. Namun, penulis ingin menegaskan bahawa pihak yang kalah selalunya adalah pihak yang merendah-rendahkan matlamat dan kemampuan musuh. Pihak yang menang pula sentiasa merupakan pihak yang berpandangan jauh dan ke hadapan menjangkaui imaginasi musuhnya.

Sudah sampai masanya orang Melayu membuang sifat 'tidak apa' dan 'tidak mungkin' dalam menilai sesuatu. Tidak cukupkah PRU-13 dan sikap MCA hari ini memberi pengajaran agar jangan sesekali 'mengtidak-apakan' sebarang bentuk kebarangkalian?

Penang Wasabi..

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 13 Jul 2013 03:26 PM PDT

KEPAL NASI KEPAL BERAS


TUN M DEDAH RANCANGAN SULIT KERAJAAN NAJIB!!

Posted: 13 Jul 2013 07:04 AM PDT

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah merugikan Malaysia dan menyifatkan TPPA sebagai "perkongsian yang tidak sama rata". 
"Apabila penyangak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih bebas.
"Tetapi selepas kita menandatangani TPPA, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal. Kami akan dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme," tulis Mahathir dalam blog beliau semalam. 
Beliau menyifatkan TPPA sebagai "satu percubaan" Amerika Syarikat untuk membolehkan syarikat-syarikat besar mereka menembusi pasaran domestik negara-negara kecil, khususnya dalam perolehan kerajaan. 
Percubaan sebelumnya, menurut Mahathir, adalah melalui Perjanjian Am Mengenai Perdagangan dan Tarif (GATT), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec). 
Sehubungan itu, Mahathir menggesa kerajaan persekutuan untuk menunjukkan ketelusan mengenai rundingan TPPA dan abaikan kata-dua supaya memuktamadkan rundingan mengenainya pada Oktober. 

Mahathir berkata, beliau tahu bahawa MITI sudah bersedia untuk bersetuju dengan TPPA dan tidak akan melayan hujah-hujah sebaliknya. - MK


Sanggupkah rakyat Malaysia, khususnya bumiputera bangkit menyatakan untuk tidak bersetuju dengan langkah kerajaan Malaysia yang kembali bersetuju setelah pernah menyatakan kerajaan tidak akan meneruskan rundingan TPPA?

Bagaimana untuk bangkit jika majoriti rakyat tidak faham apa "menatangnya" TPPA ini?

 Jika TPPA ini menjadi kenyataan, sudah pasti rakyatlah yang akan menerima kesan langsung. Jadi kenapa rundingan dilakukan secara sulit? Kenapa kerajaan tidak berterus-terang dengan rakyat?

Jelas sekali kerajaan sedang bermain kayu tiga dengan rakyatnya sendiri.

Sepatutnya dalam hal-hal yang sebeginilah rakyat patut bangkit menentang. Bukan bangkit menentang di atas perkara yang diada-adakan seperti kebocoran maklumat palsu 40 ribu bangla impot.

Kenapa perundingan sulit hal yang boleh memberi implikasi besar terhadap eko-sistem ekonomi negara ini tidak dapat dihidu oleh pembangkang atau NGO-NGO seperti SUARAM, SAMM dll?

Dengan bersandarkan maklumat palsu pun pembangkang boleh keluarkan puluhan ribu rakyat untuk menyatakan penentangan. Kenapa pembangkang yang diketuai Anwar tidak gunakan "isu besar lagi benar" ini untuk mengheret rakyat berhimpun dan membuat roadshow menyatakan penentangannya terhadap langkah sulit kerajaan untuk menandatangani perjanjian TPP?

Sepatutnya pembangkang bertindak sebagai "check and balance" secara berkesan terhadap isu nasional seperti ini. Barulah pembangkang negara ini boleh duduk setaraf dengan pembangkang di negara yang telah maju demokrasinya. 

Dengan memperjuangkan idea dan hujah terhadap isu-isu berkepentingan nasional, barulah pembangkang akan lebih dihormati oleh rakyat. Jika mahu membuktikan pembangkang layak untuk mentadbir negara mereka harus menukar mentaliti mereka agar menjasi pembangkang yang konstruktif dan berwibawa.

Jika sekadar bergantung jepada isu sentimen, maklumat palsu dan kaedah menghasut, memainkan isu agama isu perkauman dll isu sensitif, sampai bila-bila pun pembangkang di negara ini tidak akan mampu menjadi kerajaan alternatif menggantikan BN walaupun BN dipimpin oleh pemimpin lemah dan dayus.

Lainlah kalau pembangkang berjaya membangkitkan budaya menjatuhkan kerajaan ala-arab spring. Itupun pembang harus mendapatkan segala sokongan samada propaganda media, sokongan kewangan dan tektikal yang berkesan dari Amerika.

Jika setakat dana Soros semata-mata, sudah terbukti pembangkang telah beberapa kali gagal.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 13 Jul 2013 03:23 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Remaja perempuan tanpa segan silu tayang payudara di restoran

Posted: 13 Jul 2013 03:31 PM PDT

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun bertubuh seksi, Cheyenne Lutek, memperlihatkan dadanya di beberapa tempat makan di kawasan East Village, Manhattan, New York City, New York, Amerika Syarikat (AS).

"Saya tidak harus malu sebagai model untuk menunjukkan tubuh saya," kata Lutek, yang juga bekas pelajar 'drop-out' dari sebuah kolej untuk mengejar impiannya sebagai model.

"Saya merasa setiap perempuan tidak harus malu dengan tubuh mereka atau malu untuk menunjukkannya," demikian kata remaja perempuan dengan tingginya 176 sentimeter ini.

Namun, tidak semua restoran menerimanya.

Gadis yang  berasal dari New Jersey ini dihambar keluar dari Verso di Avenue C karena menimbulkan kekecohan akibat membuka bajunya di depan umum.

Sementara sebuah restoran sushi di East Village dengan senang hati menerima Lutek yang menunjukkan dadanya yang tak ditutupi sehelai benang pun.

Kalimah Allah: Menteri selar duta Vatican City

Posted: 13 Jul 2013 06:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan Duta Vatican City Ke Malaysia Biskop Joseph Marino mengeluarkan kenyataan berhubung penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini tidak sepatutnya berlaku kerana menimbulkan kegelisahan awam serta boleh menggugat perpaduan rakyat Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kenyataan itu amat tidak wajar dikeluarkan mana-mana pihak sebagai menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Sikap bertoleransi antara agama di negara ini sewajarnya diambil kira oleh semua pihak dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh ditafsir sebagai mengganggu keharmonian antara agama di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menarik perhatian bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini memutuskan kalimah Allah hanya khusus diguna pakai oleh umat Islam di Malaysia dan tidak wajar disalah guna oleh mana-mana pihak.

"Saya menasihatkan semua pihak untuk tidak mempolemikkan isu kalimah Allah ini sehingga ia diputuskan di mahkamah kelak," katanya.

Sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan Islam-Melayu semalam mendesak kerajaan mengusir Biskop Joseph Marino berhubung tindakan beliau mengeluarkan kenyataan yang didakwa, antara lain, memuji hujah Persekutuan Kristian Malaysia berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kalangan penganut agama itu di negara ini.

Astro Awani

Apa buktinya dasar BN bercanggah dengan Islam?

Posted: 13 Jul 2013 06:01 AM PDT

JERTIH: Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar PAS yang menuduh dasar perjuangan Barisan Nasional (BN) bercanggah dengan ajaran dan landasan Islam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, banyak usaha yang dipelopori kerajaan BN termasuk dalam soal perumahan di negara ini adalah selaras dengan tuntutan agama dan semestinya dituntut oleh Islam.

"Orang cabar kita, ada parti politik kata apa yang dibuat UMNO tidak selaras dengan Islam, UMNO berjuang tak berlandaskan Islam.

"Soal akidah ini perkara berat, tuduh orang Islam buat sesuatu yang bertentangan dengan agama. Saya tak boleh nak sebut apa hukumnya," katanya ketika berucap pada majlis perasmian dan peletakan batu asas pangsapuri mampu milik empat tingkat di Kampung Lay Out Tok Sabah, Kampung Besut, di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Pendidikan Kedua yang juga Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Projek perumahan itu membabitkan pembinaan 72 unit rumah mampu milik membabitkan kos RM10.3 juta untuk mangsa ombak besar di Kampung Atap, di sini.

Muhyiddin berkata, pengundi diminta supaya tidak terpedaya dengan tuduhan yang dilemparkan parti pembangkang terhadap BN.

"Yang betul cakap, yang baik cakap baik. Ini tak betul dikatakan betul hanya kerana parti lain. Kalau tiba pilihan raya kecil ini, sokong sajalah BN, tak salah," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dasar perjuangan BN tidak membezakan golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah.

"BN tak bezakan, hanya kerana miskin kita abaikan, golongan tak mampu kita tinggalkan, mereka yang susah dan tidak terbela, itu bukan dasar BN," katanya.

Bharian

PRK Kuala Besut: PAS nafi Azmin pertikai kelulusan akademik calonnya...tapi

Posted: 13 Jul 2013 05:01 AM PDT

SHAH ALAM: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan dakwaan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berpuas hati dengan kelayakan akademik calon partinya Endot@Azlan Yusof yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Sebaliknya, Mustafa berkata laporan yang disiarkan Berita Harian bertajuk 'PKR tak puas hati kelulusan calon PAS' adalah tidak benar.

Malah, Mustafa menegaskan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tidak mungkin mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Azmin Ali ada bersama dengan calon PAS semalam, saya tidak rasa laporan berita itu betul, saya tidak rasa Azmin Ali cakap macam tu," katanya kepada Antarapos.

Berita Harian hari ini melaporkan PKR tidak berpuas hati dengan kelayakan akademik calon PAS, Endot@Azlan Yusof.

Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali dipetik sebagai berkata walaupun Azlan anak tempatan dan dianggap sebagai calon pilihan, PAS juga perlu mengambil kira dan mengutamakan soal akademik calon.

"Walaupun kurang berpuas hati dengan akademik calon yang hanya berkelulusan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kita sebagai rakan seperjuangan akan turun padang membantu berkempen," kata Azmin selepas mengiringi calon PAS di pusat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda di Besut semalam.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata meskipun mengakui calon parti itu tidak pendidikan tinggi namun beliau yakin Azlan mampu melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan rakyat sebaik sahaja memenangi kerusi DUN Kuala Besut.

"Kita akui kelulusan dia (calon PAS Kuala Besut) tidak tinggi tetapi dia ada kelebihan lain yang cukup banyak.

"Itu kita tidak dapat sembunyikan bahawa pendidikan dia tidak tinggi, itu memang kita akui.

"Tapi itu bukan beerti negatif dalam konteks persaingan di Kuala Besut ini, sebab dia ada kelebihan lain yang banyak," jelasnya.

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang akan berlangsung pada 24 Julai ini bakal menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.

PAS meletakkan calon Azlan @ Endut Yusof manakala Tengku Zaihan Che Ku Rahman merupakan calon Barisan Nasional (BN).

Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.

Tengku Zaihan berusia 37, merupakan seorang jurutera awam manakala Azlan, 48, ialah seorang kontraktor kayu di Kota Baru, Kelantan. Kedua-dua mereka merupakan anak tempatan di Kuala Besut.

PRK Kuala Besut: PKR pertikai kelulusan akademik calon PAS

Posted: 13 Jul 2013 03:13 AM PDT

Kelulusan akademik calon Pas, Azlan@ Endot Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long mula jadi isu apabila dibangkitkan oleh Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR.

Azmin dilaporkan Berita Harian (BH) hari ini berkata walaupun Che Long anak tempatan dan dianggap calon pilihan, namun Pas juga perlu mengambil kira dan mengutamakan soal kelulusan akademik calon

Berita di BH bertajuk, "PKR tak puas hati kelulusan calon PAS" itu memetik kenyataan Azmin yang menegaskan PKR tidak mahu campur tangan dalam pemilihan calon, tetapi sebagai rakan Pakatan, kepimpinan Pas sepatutnya meminta pandangan serta cadangan terutamnya apabila membabitkan soal pemilihan calon.

"Walaupun kurang berpuas hati dengan akademik calon yang hanya mendapat kelulusan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kita sebagai rakan seperjuangan akan turun padang untuk membantu berkempen," kata beliau selepas mengiringi calon Pas di pusat penamaan calon Kompeks Rakan Muda Besut, semalam.

Azmin merupakan wakil PKR yang hadir dalam acara itu apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah tidak hadir diketahui puncanya.

Di kalangan pemerhati politik berpendapat Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan Ketua Pakatan sepatutnya hadir mengiringi calon Pas, sedangkan sebelum ini beliau dilaporkan blog prkkualabesut merupakan individu pertama yang bergembira selepas mengetahui berita kematian penyandang DUN itu, Allahyarham Dr Abdul Rahman Mokhtar

Harakah terbitan terbaru, bil 1860 / 12 – 14 Julai 2013 turut mengiklankan biodata Che Long, namun organ Pas itu tidak memasukkan kelulusan akademik calon Pas itu.

Namun, terengganutoday.com mendedahkan Che Long berkelulusan SPM gred 3.

"Pas memilih Azlan Yusof muka baru menjadi calonnya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut iaitu seorang ahli perniagaan di Kuala Besut, cakap-cakap di kalangan penyokong PAS yang hadir semasa pengumuman calon dan mempertikaikan mengapa mengetengahkan calon PAS berkelulusan SPM gred 3, walau bagaimanapun diharapkan calon ini bukan seperti yang disangkakan.

"Kehadiran yang hambar lebih kurang 1000 lebih dan kebanyakan yang hadir adalah daripada penyokong PAS yang bukan dari penduduk Kuala Besut telah di adakan di kawasan Lapang Kampung Nail, Kuala Besut,"lapornya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Besut , Datuk Seri Idris Jusoh berkata Che Long pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO namun dipecat oleh parti.

Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca pemecatan itu bagi menghormati calon berkenaan.

"Dulu dia pernah jadi AJK Pemuda Umno. Dia ni orang berniaga (ahli perniagaan). Tapi saya taknak lebih lah, bulan puasa, " katanya.

AIDC

Nik Nazmi bela penjenayah, pertikai rayuan kerajaan Persekutuan

Posted: 13 Jul 2013 01:45 AM PDT

SHAH ALAM – PKR hari ini mempertikaikan tindakan kerajaan Persekutuan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes kematian A Kugan.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan, tindakan itu menunjukkan sikap tidak prihatin kerajaan sekali gus memanjangkan penderitaan keluarga Kugan khususnya ibu mangsa, N. Indra yang sejak berapa lama berjuang untuk membela kematian anak lelakinya.

"Tidak patut seorang ibu melalui pengalaman getir sebegini dan kita sewajarnya mengutuk sikap tidak berperikemanusiaan kerajaan Persekutuan.

"Rayuan itu memperlihatkan kegagalan kerajaan Persekutuan menerima kritikan terhadap dasar-dasar mereka dan ketakutan, malah fobia terhadap apa jua bentuk kebertanggungjawaban," katanya yang dipetik dari kenyataan medianya, hari ini.

N. Indra menang dalam kes saman itu di Mahkamah Tinggi pada 26 Jun lepas apabila mahkamah mendapati plaintif telah membuktikan tuntutannya terhadap defendan-defendan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T Singham memberi award RM851,700 kepada Indra bagi ganti rugi serangan dan memukul, penjara palsu, misfeasans, kesakitan dan penderitaan.

Singham juga memerintahkan Khalid (yang ketika itu Ketua Polis Selangor), bekas konstabel polis V. Navindran, bekas Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar (yang telah meninggal dunia), ketua polis negara dan kerajaan untuk membayar RM50,000 sebagai kos.

Dalam pada itu, Nik Nazmi menyifatkan tindakan kerajaan itu bukan sahaja memanjangkan penderitaan keluarga mangsa bahkan membazir masa dan wang yang sepatutnya digunakan untuk melaksanakan reformasi terhadap Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selaras dengan desakan masyarakat sivil termasuk penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

"Pendokong IPCMC telah berkali-kali menekankan bahawa badan ini bukanlah satu konspirasi untuk menghina atau melemahkan PDRM tetapi sebaliknya melahirkan institusi polis yang benar-benar bebas dan berkesan demi Malaysia yang lebih selamat.

"Harus diingat, cadangan IPCMC ini mula-mula dibuat oleh Suruhanjaya Di Raja yang diketuai Tun Dzaiddin Abdullah," katanya sambil berharap penubuhan suruhanjaya itu dapat mengelakkan berulang kes kematian dalam tahanan polis seperti yang berlaku sebelum ini.

Pekerja hotel didenda intai wanita

Posted: 13 Jul 2013 01:01 AM PDT

"Kamu itu orang Islam. Kenapa buat macam itu? Buat malu saja," kata Majistret Ida Rahayu Sharif.

Beliau berkata demikian sebelum menjatuhkan hukuman denda RM1,000 ke atas seorang pekerja hotel  yang mengaku bersalah atas tuduhan melakukan pencerobohan jenayah di sebuah rumah di sekitar negeri ini Selasa lalu.

Dalam prosiding  di Mahkamah Majistret di sini semalam, tertuduh, Amir Sabirin Md Ali, 21, merayu hukuman diringankan dengan alasan melakukan perbuatan itu untuk mengintai perempuan.

Terdahulu, tertuduh dari Taman Bachan Baru,  kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah sebelum membuat pengakuan bersalah dan memperakui fakta serta barang kes dikemukakan pendakwaan.
Harian Metro

Suami gesel-gesel tubuh amah

Posted: 13 Jul 2013 12:03 AM PDT

Pembantu rumah -Sekadar gambar hiasan
Kuala Lumpur: Seorang wanita berusia 52 tahun menunjukkan sikap terpuji apabila membantu pembantu rumahnya membuat laporan polis ke atas suaminya yang mencabul warga Filipina itu.

Selain membawa mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju, Rabu lalu, wanita tersebut turut membantu mangsa menghubungi keluarganya di kampong selain melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak keduataan Filipina.

Menurut sumber, mangsa yang berusia 25 tahun memdakwa dicabul suspek berusia 54 tahun beberap kali di rumah mereka di Wangsa Melawati di sini sejak bekerja tujuh bulan lalu.

Harian Metro

Bekas suami bocor rahsia artis wanita pakai susuk

Posted: 12 Jul 2013 10:43 PM PDT

Gambar hiasan
Ketika musim ramai selebriti tempatan berhijrah dan lebih mendekati agama, masih ada segelintir artis kita yang cetek agama dan percaya pada khidmat bomoh, susuk, ilmu hitam dan sebagainya yang sememangnya dilarang dalam Islam.

Itulah cerita yang disampaikan rakan sumber SS mengenai dua artis wanita yang dikatakan menggunakan khidmat bomoh dan susuk supaya sentiasa dipandang cantik dan anggun di mata orang ramai terutama peminat.

Apa yang mengejutkan, dua artis popular itu dikatakan menggunakan khidmat bomoh yang sama tapi masing-masing tetap buat selamba.

Kata sumber yang boleh dipercayai pada rakan SS, artis A yang berdepan dengan kehancuran rumah tangga didakwa menggunakan bomoh supaya dapat ­menawan semula hati bekas suami yang sudah tawar hati padanya, manakala artis B pula mendapatkan khidmat susuk ­supaya sentiasa cantik dan menawan di mata kekasihnya yang masih muda belia.

Kata rakan SS, cerita artis A pakai bomoh itu dibocorkan bekas suaminya sendiri yang khabarnya mendapat tahu mengenainya selepas anggota keluarga membawanya berubat dengan pakar perubatan Islam.

Bagaimanapun, kata rakan SS, menggunakan khidmat bomoh dan pemakaian susuk ini pula banyak pantang larangnya yang perlu dipatuhi pemakainya. Bukannya apa, kalau silap hari ­bulan, wajah yang cantik menawan itu akan bertukar kusam pula kalau pemakainya terlanggar pantang.

Bagi SS pula, kecantikan itu adalah anugerah Allah SWT dan ia tidak kekal lama kerana bila sampai masanya pastilah ia pudar jua ditelan masa. Itulah hakikat yang perlu kita terima kerana kecantikan ­paras rupa itu juga semuanya ­milik Allah.

SS@Metro

Pelakon Izreen Azminda selamat melahirkan anak lelaki

Posted: 12 Jul 2013 10:01 PM PDT

Heroin filem 'Pecah', Izreen Azminda selamat melahirkan seorang bayi lelaki, seberat 3.3 kilogram pada jam 1.30 pagi tadi.

Berita mengenai kelahiran anak sulung Izreen ini disampaikan oleh suami Izreen, Muhamad Riza Baharudin melalui akaun Instagram Izreen lebih kurang jam 3.27 pagi.

Untuk pengetahuan semua, Izreen melangsungkan pernikahan bersama Muhamad Riza pada 30 Ogos tahun lalu. Tahniah GUA ucapkan kepada Izreen dan juga suami!

PRK Kuala Besut: Calon PAS mahu jadi calon untuk luaskan perniagaan

Posted: 12 Jul 2013 09:32 PM PDT

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menyaksikan pertandingan satu lawan satu melibatkan calon Barisan Nasional Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof.

Selesai sahaja penamaan calon pagi tadi, keluar pula video kontroversi yang melibatkan calon Pas, Azlan Endut.

Dalam video kontroversi tersebut, Azlan mengakui bahawa duit gaji yang diterima dia akan digunakan untuk menguruskan perniagaannya.

"…Tapi saya nak keluar sikit-sikit untuk berniaga," jelas Azlan dalam video tersebut.

Bagaimana seseorang yang bergelar YB menggunakan gaji yang diterima untuk kepentingan diri sendiri?

Sebaliknya dia perlu mendengar masalah serta mengutamakan kebajikan rakyat dikawasannya.

Malah, Azlan juga dilihat lebih mementingkan perniagaannya berbanding rakyat dikawasan tersebut jika dia memenangi PRK.

"Kerja-kerja yang perlu diuruskan oleh seseorang wakil itu akan diuruskan oleh orang lain.

"Saya akan gaji dia…," ujar Azlan.

Menggaji seseorang untuk menguruskan masalah rakyat tanpa menghiraukan nasib rakyat makalah dia sibuk menguruskan perniagaannya.

Adakah ini manifesto terbaik untuk dibawa kepada rakyat?

Inilah calon Pas yang ingin makan gaji buta tanpa mahu berkhidmat untuk rakyat tetapi hanya memikirkan perniagaannya dan membaham projek.

Memetik laporan TerengganuToday.com, Azlan merupakan bekas ahli UMNO yang pernah memegang jawatan saebagai Ketua Pemuda UMNO Dun Besut.

Kepada pengundi di kawasan Dun Kuala Besut, buka mata, buka telinga dan fikirkan calon terbaik anda.

PRK Kuala Besut: Calon PAS pernah dipecat UMNO

Posted: 12 Jul 2013 09:01 PM PDT

KUALA BESUT: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut pernah dipecat daripada Umno, kata Ketua Umno Bahagian Besut , Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, calon yang diketengahkan PAS, Azlan @ Endut Yusof yang lebih dikenali sebagai Che Long pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno namun dipecat oleh parti.

Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca pemecatan itu bagi menghormati calon berkenaan.

"Dulu dia pernah jadi AJK Pemuda Umno. Dia ni orang berniaga (ahli perniagaan). Tapi saya taknak lebih lah, bulan puasa.

"Dia dipecat daripada parti kerana menunjukkan kecenderungan kepada parti lain," katanya pada sidang media hari ini.

Pada penamaan calon pagi tadi, PAS menampilkan calon anak tempatan, Azlan @ Endut Yusof.

Endut yang lebih dikenali sebagai Che Long bakal berentap dengan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Rahman bagi merebut kerusi DUN Kuala Besut.

Selain itu, Idris yang juga Menteri Pendidikan Kedua itu menyifatkan calon yang dikemukakan BN lebih menyerlah berbanding PAS.

Katanya tiga faktor utama seperti profesionalisma, latar belakang keluarga (anak ustaz) serta calon muda bakal menjadikan kerusi itu kekal milik BN.

Namun kelebihan calon itu tidak menggambarkan BN akan berada di zon selesa, katanya dan menambah jentera parti akan bekerja keras bagi meraih sokongan pengundi.

"Kita yakin, tapi kita tidak akan terlalu selesa. Kita akan bekerja kuat, kita yang di atas, jentera-jentera pun, kita tidak akan selesa.

"Saya akan pastikan kita bekerja sekuat mungkin, kita bukan sahaja nak menang, tapi kita nak menang dengan majoriti bertambah," jelas beliau.

MCA: Penulis blog seks perlu dikena tindakan tegas

Posted: 12 Jul 2013 08:11 PM PDT

SEREMBAN: MCA Negeri Sembilan membuat laporan polis berhubung dua blogger Alvin Tan dan Vivian Lee selepas kedua-dua mereka didakwa memaparkan ucapan 'Selamat Berbuka Puasa' dengan gambar mereka sedang menikmati bak kut teh di Facebook.

Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr Yeow Chai Tiam berkata, kedua-dua individu itu amat tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam dan apa yang mereka lakukan telah mencetuskan masalah yang besar.

"Apa yang mereka lakukan tidak sepatutnya berlaku dan bukan untuk jenaka.

"Ini merupakan negara berbilang agama dan kita perlu menghormati kepercayaan agama juga budaya dan tradisi semua rakyat Malaysia," katanya kepada para pemberita selepas membuat laporan polis di sini.

Dr Yeow, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pasangan itu sebagai memberi pengajaran kepada orang lain.

"Mereka merupakan graduan universiti dan mereka sepatutnya tahu tindakan itu tidak boleh diterima.

"Mereka perlu tahu apakah yang dikatakan sebagai jenaka dan apakah yang tidak boleh," katanya.

THE FLYING KICK

Posted: 13 Jul 2013 01:31 PM PDT

THE FLYING KICK


AKAL BABI BERNAMA TONY PUA... DIA SUDAH KANTOI, SEKARANG DIA SURUH ZAHID COVER PULAK KEKANTOIANNYA!!!

Posted: 13 Jul 2013 08:30 AM PDT

CHINABENG KURANG AJAR!!! JUAL AL QURAN LETAK DI KAKI!!!

Posted: 13 Jul 2013 07:52 AM PDT

PAS TERPAKSA GUNA ISU KALIMAH ALLAH UNTUK HENTAM UMNO!!!

Posted: 13 Jul 2013 05:24 AM PDT

CALON PAS DUN KUALA BESUT SEORANG YANG BERSIFAT MUNAFIQ!!!

Posted: 13 Jul 2013 02:00 AM PDT

SELEPAS NGA KOR MING MINTA TANAH REZAB MELAYU DILIBERALISASIKAN, PARA CHINABENG PULAK DESAK LIBERALISASIKAN DAGING HALAL DENGAN BABI!!!

Posted: 13 Jul 2013 12:37 AM PDT

ADUHHHH... BILA MENTERI HANYA BERCAKAP DARI BILIK BERHAWA DINGIN DAN CERITANYA PULA IALAH AYAM DI PASAR!!!

Posted: 12 Jul 2013 09:59 PM PDT

BILA MASA SUBRAMANIAM JADI MENTERI DALAM NEGERI ATAU MENTERI PARLIMEN?

Posted: 12 Jul 2013 05:47 PM PDT

THAMBI TUNJUK SAMSENG, BILA KENA BALUN, CEPAT-CEPAT BUAT REPORT POLIS!!!

Posted: 12 Jul 2013 02:34 PM PDT

Apa Yang Tersirat

Posted: 13 Jul 2013 01:14 PM PDT

Apa Yang Tersirat


TPPA akan mengikat kaki dan tangan kita: Tun Dr Mahathir

Posted: 12 Jul 2013 10:44 PM PDT

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah merugikan Malaysia dan menyifatkan TPPA sebagai "perkongsian yang tidak sama rata".

"Apabila penyangak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih bebas.

"Tetapi selepas kita menandatangani TPPA, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal. Kami akan dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme," tulis Mahathir dalam blog beliau semalam.

Beliau menyifatkan TPPA sebagai "satu percubaan" Amerika Syarikat untuk membolehkan syarikat-syarikat besar mereka menembusi pasaran domestik negara-negara kecil, khususnya dalam perolehan kerajaan.

Percubaan sebelumnya, menurut Mahathir, adalah melalui Perjanjian Am Mengenai Perdagangan dan Tarif (GATT), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).

"Mereka memperkenalkan perjanjian perdagangan bebas dua hala. Kemudian mereka mempromosi dunia global, dunia tanpa sempadan di mana wang mereka boleh masuk ke mana-mana, memusnahkan ekonomi dan kemudian tarik keluar.

"Seandainya kita terlupa, mereka melakukan ini pada 1997/1998," katanya.

Sehubungan itu, Mahathir menggesa kerajaan persekutuan untuk menunjukkan ketelusan mengenai rundingan TPPA dan abaikan kata-dua supaya memuktamadkan rundingan mengenainya pada Oktober.

Mahathir berkata, beliau tahu bahawa MITI sudah bersedia untuk bersetuju dengan TPPA dan tidak akan melayan hujah-hujah sebaliknya.

Antara perjanjian sebelum ini yang berat sebelah, menurut Mahathir, ialah jualan air murah kepada Singapura sebanyak 6 sen bagi setiap 1,000 gelen sehingga tahun 2060, perolehan pesawat F/A-18 dengan fungsi yang terhad yang beliau sifatkan "alat permainan yang sangat mahal" dan bagaimana Perjanjian Perdagangan Bebas Asia (Afta) yang merugikan Proton.

TPPA melibatkan sembilan negara - Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand, Peru, Singapura, dan Vietnam - yang mengadakan rundingan mengenai terma perjanjian itu secara rahsia.

Berdasarkan apa yang diketahui melalui dokumen yang bocor, pengkritik memberi amaran bahawa perjanjian itu akan menyebabkan rakyat Malaysia membayar ubat-ubatan pada harga yang lebih mahal, menjejaskan undang-undang hak cipta dan tertakluk kerajaan persekutuan untuk tindakan undang-undang luar pesisir oleh syarikat-syarikat besar.

Sabah akan menjadi tuan rumah untuk pusingan ke-18 rundingan TPPA. Ia akan diadakan di Sutera Harbour itu dari 15 Julai hingga 25 Julai.

tun faisal dot com

Posted: 13 Jul 2013 01:10 PM PDT

tun faisal dot com


Idris Jusoh - Calon Pas Azlan @ Endut dipecat dari Pemuda UMNO sebab pil kuda?

Posted: 12 Jul 2013 05:00 PM PDT

Post Pic

Adakah calon Pas kena pecat sebab pernah terlibat dengan penjualan pil kuda dan dadah? 

Dalam video kontroversi calon Pas, Azlan mengakui bahawa duit gaji yang diterima dia akan digunakan untuk menguruskan perniagaannya. "Tapi saya nak keluar sikit-sikit untuk berniaga". 

Bagaimana seseorang yang bergelar YB menggunakan gaji yang diterima untuk kepentingan diri sendiri?

Sebaliknya dia perlu mendengar masalah serta mengutamakan kebajikan rakyat di kawasannya. Malah, Azlan juga dilihat lebih mementingkan perniagaannya berbanding rakyat dikawasan tersebut jika dia memenangi PRK.

"Kerja-kerja yang perlu diuruskan oleh seseorang wakil itu akan diuruskan oleh orang lain. "Saya akan gaji dia…," ujar Azlan.

Menggaji seseorang untuk menguruskan masalah rakyat tanpa menghiraukan nasib rakyat makalah dia sibuk menguruskan perniagaannya.

Adakah ini manifesto terbaik untuk dibawa kepada rakyat?


Calon PAS PRK Kuala Besut pernah dipecat 
daripada Umno
Oleh Farah Eliana Mohd Adnand


KUALA BESUT: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut pernah dipecat daripada Umno, kata Ketua Umno Bahagian Besut , Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, calon yang diketengahkan PAS, Azlan @ Endut Yusof yang lebih dikenali sebagai Che Long pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno namun dipecat oleh parti.

Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca pemecatan itu bagi menghormati calon berkenaan.

"Dulu dia pernah jadi AJK Pemuda Umno. Dia ni orang berniaga (ahli perniagaan). Tapi saya taknak lebih lah, bulan puasa.

"Dia dipecat daripada parti kerana menunjukkan kecenderungan kepada parti lain," katanya pada sidang media hari ini.

Pada penamaan calon pagi tadi, PAS menampilkan calon anak tempatan, Azlan @ Endut Yusof.

Endut yang lebih dikenali sebagai Che Long bakal berentap dengan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Rahman bagi merebut kerusi DUN Kuala Besut.

Selain itu, Idris yang juga Menteri Pendidikan Kedua itu menyifatkan calon yang dikemukakan BN lebih menyerlah berbanding PAS.

Katanya tiga faktor utama seperti profesionalisma, latar belakang keluarga (anak ustaz) serta calon muda bakal menjadikan kerusi itu kekal milik BN.

Namun kelebihan calon itu tidak menggambarkan BN akan berada di zon selesa, katanya dan menambah jentera parti akan bekerja keras bagi meraih sokongan pengundi.

"Kita yakin, tapi kita tidak akan terlalu selesa. Kita akan bekerja kuat, kita yang di atas, jentera-jentera pun, kita tidak akan selesa.

"Saya akan pastikan kita bekerja sekuat mungkin, kita bukan sahaja nak menang, tapi kita nak menang dengan majoriti bertambah," jelas beliau.



Cucu Tok Selampit

Posted: 13 Jul 2013 01:03 PM PDT

Cucu Tok Selampit


"Ubah" Raksaksa Akhirnya Di Promenade Sungai Pinang - Lambang Ego DAP Pulau Pinang

Posted: 13 Jul 2013 12:43 AM PDT


Maskot DAP berbentuk burung enggang yang digelar "Ubah" akhirnya dilepaskan di Promenade Sungai Pinang pagi tadi. 'Ubah' raksasa terapung ini adalah setinggi 25 kaki dan lebar 36 kaki, dibuat daripada PVC berkualiti tinggi dengan berat kira-kira 250kg, ketebalan badannya 0.35mm manakala ketebalan pelampung yang digunakan ialah 0.7mm. 'Ubah' ini dikatakan bernilai RM60,000, merupakan lambang pembaziran penyokong-penyokong DAP yang mengumpul dana untuk membuat patung pelampung berkenaan agar masyarakat dapat mengetahui bahawa DAP memerintah di Pulau Pinang dan akan kekal memerintah. 

Lebih menambah keegoan mereka, patung Ubah ini akan dipamerkan di sini sehinggalah sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos depan. Bayangkan saja apa mesej yang cuba DAP sampaikan. DAP boleh belanjakan berapa sahaja wang mereka untuk pembaziran. Cuba bayangkan apa yang berlaku sekiranya UMNO yang melakukan ini semua.

Apa yang pasti, kos puluhan ribu ini yang mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan hanya untuk 'kepuasan dan kegembiraan' penyokong-penyokong tegar DAP, bagi membuktikan betapa mereka begitu dambakan kuasa dan betapa gembiranya mereka kerana dapat menawan dan mengekalkan Pulau Pinang di tangan masyarakat Cina.

Duke of UMNO

Posted: 13 Jul 2013 01:00 PM PDT

Duke of UMNO


PANASSS..!!! BLOGGER PRO-BN FITNAH CALON PAS KUALA BESUT..???

Posted: 12 Jul 2013 11:37 PM PDT





Orang kata, kitorang fitnah calon PAS di Kuala Besut. Kononnya kitorang fitnah Azlan ni dahulukan projek kelas A dan sanggup tinggalkan kerja khidmat untuk rakyat...


Persoalannya, betul ke kitoran fitnah di bulan Ramadhan ni?

Meh sini aku buktikan bahawa perkara ni bukan fitnah... ingat kitorang ni macam blogger PAS ke yang terlalu terdesak nak menang sampai sanggup ikut cara Red Bean Army untuk menang pilihanraya..? 

Cuba tengok kat bawah ni buktinya...



PRK KUALA BESUT: FATWA TERBARU NIK AZIZ..!!!

Posted: 12 Jul 2013 08:18 PM PDT

pok nik PRK KBesut

Dalam kenyataan terbaru Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mengenai Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut, dia menganggap pertembungan di antara PAS dan UMNO kali ini bagaikan pertembungan di antara yang "haq" dan yang "batil".

Katanya, proses yang berlaku di PRK Kuala Besut itu adalah sama dengan pergolakan yang berlaku di Mesir dan Syria di mana hanya "yang benar di sisi syariat dan ikhlas di benak hati sahaja yang mampu menggapai baton kemenangan".

Nik Aziz menegaskan bahawa hanya "Furqan" (Al-Quran) saja yang akan menjadi pengukur yang jelas dan nyata dalam pertembungan tersebut.

"Di garisan yang terakhir, hanya perjuangan yang benar di sisi syariat dan ikhlas di benak hati sahaja yang mampu menggapai baton kemenangan!," – Nik Aziz Nik Mat, 12 Julai 2013.

Dalam kenyataan Nik Aziz itu, saya hanya bersetuju satu perkara saja iaitu "hanya yang benar di sisi syariat dan ikhlas di hati saja" yang mampu menang pada PRK DUN Kuala Besut itu. Kenyataannya yang lain hanyalah retorik politik sahaja bunyinya.

Saya tertanya-tanya, siapakah yang dimaksudkan Nik Aziz sebagai "haq" dan siapa pula yang "batil"?

PRK kali ini hanya ditandingi oleh UMNO dan PAS. Saya yakin, Nik Aziz tidak sesekali akan membayangkan PAS sebagai mewakili yang "batil". Jadi, siapa lagi yang dimaksudkan Nik Aziz sebagai yang "batil" kalau bukan UMNO, bukan?

Dalam ertikata lain, Nik Aziz cuba meletakkan imej buruk pada UMNO kali ini dengan menyamakannya dengan sifat "batil". Kononnya, PAS mewakili yang "haq"? Betulkah begitu? Anda setuju dengan Nik Aziz?

Terus terang saya katakan, Nik Aziz tidak berhak menghukum siapa yang haq dan siapa yang batil dalam soal ini. Allah SWT lebih berhak untuk menentukan siapa yang haq dan batil. Siapa Nik Aziz untuk tentukan soal ini? Dia cuba menjadi Tuhan, kah?

Rasanya Nik Aziz boleh rujuk kembali pada Al-Furqan yang menjadi sumber utama akhlak dan pertimbangan umat Islam sebelum menghukum mana-mana pihak, sama ada PAS mahupun UMNO.

Dan saya yakin, berdasarkan Al-Quran, Nik Aziz akan sedar bahawa hanya yang benar di sisi syariat dan ikhlas di hati saja yang berhak disifatkan sebagai yang HAQ, sebagaimana yang dia katakan di akhir kenyataannya itu.

Namun sebelum kemenangan dicapai oleh mana-mana pihak, tidak wajarlah Nik Aziz melabelkan UMNO sebagai "batil", bukan? Apakah PAS itu terlalu "haq" dan benar sangat di sisi Islam, Allah dan RasulNya?

Sekiranya kemenangan pada PRK Kuala Besut kali ini berpihak pada PAS, saya yakin bahawa Nik Aziz akan mencanang ke seluruh dunia mengatakan PAS itu adalah "haq" dan benar. Manakala UMNO itu batil, bukan?

Bagaimana jika UMNO yang menang? Apakah Nik Aziz berani mengeluarkan kenyataan bahawa PAS itu batil dan UMNO itu haq? Saya hemat saya, sampai dimasukkan ke liang lahad sekali pun dia takkan berbuat demikian…

Begitulah sifat Nik Aziz dalam usaha memenangkan PAS. Tak kira sama ada wajar atau tidak disisi Islam, dia pakai "langgar" saja asalkan PAS menang. Saya suka mengingatkan Nik Aziz bahawa "matlamat tidak menghalalkan cara". Islam larang muamalah bersifat begitu.

Seandainya UMNO berjaya mempertahankan kemenangan di PRK DUN Kuala Besut kali ini, saya yakin SPR dan BN akan sekali lagi dilabel sebagai penipu dan tidak telus. Mungkin dia akan curi ayat Anwar Ibrahim, "UMNO curi kemenangan PAS di Kuala Besut".

Ketika itu, Furqan tidak lagi dirujuk Nik Aziz. Ketika itu ayat "hanya perjuangan yang benar di sisi syariat dan ikhlas di benak hati" saja yang akan menang di PRK Kuala Besut tidak akan terbit dari mulutnya, bukan?

Cukup-cukuplah mengelirukan umat Islam di negara ini. Kami sudah muak dengan fatwa-fatwa memperdagangkan Islam untuk mendapatkan kuasa politik di Malaysia. Tolonglah insaf sebelum bertemu Maha Pencipta…

Sumber: Mykmu.net

MUDA ADUN DAP MERAH PADAM BROOO..!!! KAH! KAH! KAHHH..!!!

Posted: 12 Jul 2013 02:18 PM PDT



Kahh..!!! Kahhhh...!!! Kahhhh...!!! Marah betul tuuu...!!! Sampai merah padam mukanya...! Muahahahahahaaa.... kena seligi sekali dah merah padam... kalau kena balun lagi, terus koma rasanya.... kah! kah! kahhh..!!!

PEJUANG BANGSA

Posted: 13 Jul 2013 11:20 AM PDT

PEJUANG BANGSA


TUN MAHATHIR DAH BERSUARA , MALAYSIA TAK PERLU SERTAI TTPA @NajibRazak

Posted: 13 Jul 2013 01:31 AM PDT



 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah merugikan Malaysia dan menyifatkan TPPA sebagai "perkongsian yang tidak sama rata". 



"Apabila penyangak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih bebas.
"Tetapi selepas kita menandatangani TPPA, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal. Kami akan dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme," tulis Mahathir dalam blog beliau semalam. 
Beliau menyifatkan TPPA sebagai "satu percubaan" Amerika Syarikat untuk membolehkan syarikat-syarikat besar mereka menembusi pasaran domestik negara-negara kecil, khususnya dalam perolehan kerajaan. 
Percubaan sebelumnya, menurut Mahathir, adalah melalui Perjanjian Am Mengenai Perdagangan dan Tarif (GATT), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec). 
"Mereka memperkenalkan perjanjian perdagangan bebas dua hala. Kemudian mereka mempromosi dunia global, dunia tanpa sempadan di mana wang mereka boleh masuk ke mana-mana, memusnahkan ekonomi dan kemudian tarik keluar. 
"Seandainya kita terlupa, mereka melakukan ini pada 1997/1998," katanya.
Sehubungan itu, Mahathir menggesa kerajaan persekutuan untuk menunjukkan ketelusan mengenai rundingan TPPA dan abaikan kata-dua supaya memuktamadkan rundingan mengenainya pada Oktober. 
Mahathir berkata, beliau tahu bahawa MITI sudah bersedia untuk bersetuju dengan TPPA dan tidak akan melayan hujah-hujah sebaliknya. 
Antara perjanjian sebelum ini yang berat sebelah, menurut Mahathir, ialah jualan air murah kepada Singapura sebanyak 6 sen bagi setiap 1,000 gelen sehingga tahun 2060, perolehan pesawat F/A-18 dengan fungsi yang terhad yang beliau sifatkan "alat permainan yang sangat mahal" dan bagaimana Perjanjian Perdagangan Bebas Asia (Afta) yang merugikan Proton. 
TPPA melibatkan sembilan negara - Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand, Peru, Singapura, dan Vietnam - yang mengadakan rundingan mengenai terma perjanjian itu secara rahsia. 
Berdasarkan apa yang diketahui melalui dokumen yang bocor, pengkritik memberi amaran bahawa perjanjian itu akan menyebabkan rakyat Malaysia membayar ubat-ubatan pada harga yang lebih mahal, menjejaskan undang-undang hak cipta dan tertakluk kerajaan persekutuan untuk tindakan undang-undang luar pesisir oleh syarikat-syarikat besar. 
Sabah akan menjadi tuan rumah untuk pusingan ke-18 rundingan TPPA. Ia akan diadakan di Sutera Harbour itu dari 15 Julai hingga 25 Julai - MK

Burung UBAH DAP simbol penguasaan Cina di P.Pinang

Posted: 12 Jul 2013 11:17 PM PDT




Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melancarkan simbol 'UBAH' dalam bentuk burung kenyalang terapung, pada 13 Julai lalu. Burung UBAH terapung ini adalah setinggi 25 kaki dan lebar 36 kaki. Ia dibuat daripada PVC berkualiti tinggi dengan berat kira-kira 250kg. Ketebalan badannya 0.35mm manakala ketebalan pelampung yang digunakan ialah 0.7mm.

Menurut laporan rasmi DAP, kos pembuatan burung ini dianggarkan berjumlah RM60,000 yang mana ditanggung oleh penyokong-penyokong DAP dan juga penaja. Ia mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan dengan semua yang terlibat menyatakan bahawa tujuan mereka membuatnya hanyalah untuk kepuasan dan kegembiraan peribadi semata-mata.

Apa yang menarik ialah burung UBAH ini diilhamkan dari itik getah kuning yang mahsyur di Hong Kong.
Kita tidak hairan jika apa-apa saja yang dibuat oleh DAP diilhamkan dari Hong Kong, China, Singapura, Taiwan dan negara-negara yang se-sepet dengannya.

Sesungguhnya, DAP terus mengimpikan sebuah negara yang didominasi bangsa Cina dan berdegil enggan menerima hakikat bahawa negara ini adalah milik Melayu.

Tidak diketahui sama ada kerajaan Pulau Pinang ada membuat audit ke atas 'derma' dan 'tajaan' yang diterima bagi menyiapkan burung ini. Tetapi yang pasti, kos RM60,000 dan masa 2 bulan yang diambil untuk menyiapkannya hanya untuk 'kepuasan dan kegembiraan' membuktikan betapa mereka begitu dambakan kuasa dan betapa gembiranya mereka kerana dapat menawan dan mengekalkan Pulau Pinang di tangan Cina.

Sebenarnya, cita-cita kaum Cina negara ini terlalu besar dan tinggi dan bukan sekadar ingin membela atau mempertahankan kaum mereka.

Penting untuk semua pihak di negara ini untuk memahami perbezaan pemikiran kaum Cina dengan kaum-kaum lain. Jika politikus selalunya memegang kuasa politik dengan fahaman bahawa mereka perlu berkhidmat kepada rakyat kawasan mereka atau negara ini, tetapi tapi apa yang politikus dari kaum Cina faham mengenai kuasa politik ialah beliau mewakili kaumnya. Oleh itu, kaum Cina sekarang melihat kuasa yang mereka pegang di Pulau Pinang sebagai lambang kuasa kaum mereka.

Ini menjelaskan bagaimana seorang rakan penulis yang pergi bercuti di Cameron Highland boleh terdengar seorang dengan anak Cina sekolah rendah di situ menyanyi-nyanyi sendiri lagu Negaraku dengan mengubahsuai lirik yang menyebut negaranya sebagai Pulau Pinang.

Maka, tidak hairanlah jika benar ada yang sanggup menaja dan menderma serta mencurahkan khidmat bakti mereka-bentuk dan menyiapkan burung UBAH secara percuma. Ini kerana, semangat yang mereka 'jana' dari kemenangan PRU-13 lalu merupakan semangat 'kenegaraan baru', bukan lagi sekadar semangat politik kepartian.

Mungkin ada yang menuduh artikel ini sebagai keterlaluan dalam berprasangka terhadap kaum Cina. Namun, penulis ingin menegaskan bahawa pihak yang kalah selalunya adalah pihak yang merendah-rendahkan matlamat dan kemampuan musuh. Pihak yang menang pula sentiasa merupakan pihak yang berpandangan jauh dan ke hadapan menjangkaui imaginasi musuhnya.

Sudah sampai masanya orang Melayu membuang sifat 'tidak apa' dan 'tidak mungkin' dalam menilai sesuatu. Tidak cukupkah PRU-13 dan sikap MCA hari ini memberi pengajaran agar jangan sesekali 'mengtidak-apakan' sebarang bentuk kebarangkalian? -mykmu- 

MELAMPAU ! DUTA VATICAN CAMPUR TANGAN ISU KALIMAH ALLAH DI MALAYSIA

Posted: 12 Jul 2013 10:20 PM PDT




Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam-Melayu mendesak kerajaan mengusir Duta Vatican City ke Malaysia, Bishop Joseph Marino kerana menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini.

Pertubuhan itu dalam kenyataan di sini hari ini berkata, tindakan tersebut perlu diambil kerana beliau mencampuri urusan hal ehwal Islam dan pentadbiran negara.

"Tindakan biadab dan kurang ajar duta tersebut secara jelas membuktikan kehadiran beliau di negara ini bukanlah dengan niat yang baik tetapi tersirat agenda yang lebih licik.

"Seharusnya duta yang dilantik membantu menjalinkan hubungan yang baik di antara negara tetapi perbuatan Marino sudah tentu melampaui batas bidang tugasnya sebagai duta dan berniat jahat," kata kenyataan itu.

Pertubuhan tersebut mewakili beberapa NGO Melayu dan Islam termasuk Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia, Permuafakatan Wangsa Malaysia (Pewangsa Malaysia), Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) dan Pewaris Bangsa (ProWaris).

Dalam wawancara pertamanya dengan sebuah portal berita di negara ini semalam, Marino menyokong pendirian gereja Katholik di Malaysia berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini.

Marino memuji hujah-hujah dikemukakan Persekutuan Kristian Malaysia bagi membolehkan perkataan 'Allah' dalam teks dirujuk kepada tuhan.

Walaupun isu itu masih belum diputuskan di mahkamah selain menjadi isu dalaman di negara ini, Marino tetap menyifatkan hujah-hujah yang dikemukakan sebagai agak logik dan boleh diterima.

Dalam pada itu, pertubuhan itu berkata, mereka bimbang jika perbuatan di luar batasan diplomatik tersebut tidak ditangani dengan segera dan tegas oleh Kementerian Luar maka sehingga menjurus kepada campur tangan yang lebih serius termasuk mendokong gerakan Kristianisasi yang disasarkan kepada umat Islam di negara ini.

Tegasnya, Marino sudah melangkaui bidang tugasnya sebagai seorang diplomat yang mewakili Paus Francis dengan mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan serta memihak kepada penganut Kristian di negara ini dengan menekan umat Islam.

Sehubungan itu kata pertubuhan berkenaan, perbuatan biadab mencampuri urusan negara ini yang dilihat begitu sensitif yang boleh merosakkan perhubungan kaum di negara ini harus ditangani dengan tegas tanpa sebarang kompromi sebelum nasi menjadi bubur.

"Kami juga khuatir apa yang dilakukan sudah tentu akan menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini yang tidak mustahil akan mengambil tindakan undang-undang sendiri yang boleh menjejaskan perpaduan yang sedia terjalin serta kemakmuran negara ini dengan berbangkitnya isu-isu keagamaan seperti ini.

"Sehubungan itu kami, mendesak Kementerian Luar mengecam kenyataan Marino tersebut bagi menandakan pendirian tegas Malaysia terhadap isu ini. Gabungan NGO Islam-Melayu akan menulis surat bantahan kepada Paus Francis mengenai tingkah laku dan kenyataan biadab duta beliau," tegas kenyataan tersebut. 

TERKINI ! DAP NAK HAPUS SUBJEK TAMADUN ISLAM , MENGAPA PAS DIAM ??

Posted: 12 Jul 2013 08:30 PM PDT



Desakan DAP mahu kerajaaan mengugurkan subjek Tamadun Islam di IPTS sekali lagi membuktikan parti chauvinis & rasis ini adalah selamanya ANTI ISLAM !!

Kepada macai2 Melayu  bangang PAS  & PKR  yang masih lagi memuja DAP ini , jangan jadi pekak & buta .  DAP adalah parti yang cukup konsisten menyerang isu-isu berkaitan Islam .


Malah Dr Asri sendiri dalam status facebooknya semakin bimbang dengan sikap DAP yang seolah-olah anti perkara bersifat Islam yang mana boleh mengeruhkan lagi hubungan antara agama .


Jika subjek Tamadun Islam didesak   mahu digugurkan sewaktu mereka menjadi pembangkang , tak mustahil bila mereka mereka berkuasa nanti , subjek Pendidikan Islam pulak akan diterajang keluar di sekolah !!

Apakah DAP takut bila pelajar bukan Islam mempelajari subjek ini akan membuatkan mereka tertarik kepada Islam  ??  





Kementerian Pengajian Tinggi tidak perlu melayan gesaan pihak pembangkang supaya subjek Tamadun Islam digugurkan sebagai subjek wajib kepada penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), kata Datuk Aidit Ghazali. 

 Sebaliknya, Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) itu berkata kementerian berkaitan perlu mempertahankan subjek tersebut. Malah, Aidit berkata bantahan yang disuarakan ahli Parlimen DAP Kampar Dr Ko Chung Sen itu jelas memperlihatkan kejahilan beliau tentang kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan.

 "Ahli Parlimen DAP sebenarnya menunjukkan kejahilan beliau tentang apakah model yang kita ikut di Malaysia yang mana rakyat kita lebih-lebih lagi di kalangan belia dan mahasiswa kena tahu tonggak-tonggak dalam negara kita.

 "Mempelajari tamadun Islam sebenarnya adalah mempelajari tentang nilai murni, prinsip yang unggul untuk menjadikan sebuah tamadun itu tamadun yang gemilang. Jadi kalau mana-mana mahasiswa menguasai subjek itu dengan syarat pengisian tamadun Islam itu betul termasuk cara mengajar dan guru yang mithali maka saya lihat kita akan dapat kesan yang baik. 

 "Pada saya kerajaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi kena berdiri tegas dalam mempertahankan pengajaran tentang Tamadun Islam. Kalau kita nak laksanakan subjek ini, saya cadangkan tenaga pengajar mesti di kalangan mereka yang berilmu dan mithali dari segi perlakuan dan pembawaan diri. 

Pada saya jangan kita mengalah. Apa yang dikatakan pemimpin DAP ini ada intipati atau niat serong yang tak sihat untuk jangka masa hadapan," katanya kepada Antarapos. 

 Sehubungan itu, Aidit turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat keamanan negara dengan mempolitikkan isu agama Islam

."Saya memberi amaran jangan bermain api, kerana kalau mereka menyentuh terlebih-lebih lagi, ia akan menimbulkan kemarahan yang amat di kalangan orang Islam khususnya di kalangan bangsa Melayu," tegasnya. Aidit juga turut menempelak rakan seperjuanga DAP iaitu PAS dan PKR apabila mengambil sikap berdiam diri terhadapa apa yang dilakukan oleh sekutunya.

 "Puak-puak DAP sekarang semakin berani untuk memacukan cadangan yang boleh merapuhkan, menghancur dan menghakis kedudukan Islam dalam negara. Bukan disebabkan DAP sahaja biadap, tetapi rakan PAS dan PKR berdiam sahaja, tambah pula kesan kepada generasi muda apabila perkara ini berlaku ada di kalangan mereka malu bergelar mereka itu Muslim dan Melayu," kata Aidit lagi. 

 Ko semalam didakwa mempersoalkan ketetapan baru Kementerian Pengajian Tinggi yang mewajibkan setiap pelajar di universiti swasta mempelajari mata pelajaran Tamadun Islam yang akan berkuatkuasa pada 1 September depan. 

 Ujarnya, ketetapan berkenaan tiada kena-mengena dengan kursus dan ijazah yang akan diambil setiap pelajar. Malah dakwanya, pengwajipan Tamadun Islam kepada pelajar bukan Islam sebagai tidak adil sedangkan golongan itu mempunyai latar belakang agama yang berbeza.

HOT ! SEBAB VIDEO INI ANWAR TAK BERANI TURUN #PRKKUALABESUT @TUNFAISAL

Posted: 12 Jul 2013 07:00 PM PDT




Patut la Anwar tak berani turun PRK Kuala Besut di hari penamaan calon ...ye la Idris Jusoh dah ready Bazooka untuk tembak kaki pembohong gila nak jadi Perdana Menteri ini .

Ini baru warm up je Idris Jusoh tibai Anwar ....hahaha




 UMNO Bahagian Besut meletakkan sasaran untuk menang 4000 undi majoriti pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Besut pada 24 Julai ini. Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, persediaan telah dibuat dengan baik, jentera sudah digerakkan bukan sahaja di peringkat UMNO Bahagian, malah mendpaat bantuan dan kerjasama dari UMNO pusat dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dalam memastikan BN menang dan mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut.


 "Saya lihat pemilihan calon BN merupakan satu pilihan yang tepat oleh Perdana Menteri dan parti, kerana kriteria winnable candidate ialah orang yang amanah, orang yang ada integriti dan orang yang ada pelajaran, serta orang muda. Semua kriteria itu ada pada calon kita, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, sebab itu tagline yang kita guna pada calon kita adalah anak ustaz kerana bapanya itu juga seorang ustaz dan seorang mubalig di kawasan Kuala Besut, dia seorang profesional kerana dia seorang jurutera dan dia juga seorang anak muda.

 'Anak Ustaz-Profesional-Ore Mudo', itu satu pakej yang sempurna dan begitu baik sekali," ujarnya yang juga Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut.

 Dalam perkembangan sama, Datuk Idris melihat dakwaan pihak pembangkang kononnya pihak Suruhan Jaya Pilihanraya tidak telus namun dalam masa yang sama, hari ini bertanding untuk menentang calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman bagi merebut kerusi DUN Kuala Besut sebagai sandiwara kerana mereka sebenarnya hendak membuat demostasi jalanan.

 "Itu stail mereka, sebab tak telus pun mereka pergi ke parlimen (angkat sumpah), marah pada Perdana Menteri tetapi makan sekali, tetapi dalam masa yang sama, penyokong-penyokong di luar berpanas melakukan demostrasi di tengah panas dan berjerubu..... saya dah biasa sangat dengan pendekatan pihak pembangkang ini," tambahnya.

 Datuk Idris yakin, pihak pembangkang tidak mempunyai isu untuk dimainkan di PRK Kuala Besut ini sebaliknya pihak pembangkang akan mereka-cipta isu seperti isu 40,000 pengundi Bangla supaya mengelirukan rakyat dan seperti isu blackout505.

 "Mereka memang pandai create isu, mereka memang pandai berbohong walaupun dalam bulan Ramadhan ini, mereka akan buat.

Namun kita akan maklumkan kepada rakyat tentang siri pembohongan dan sandiwara pihak pembangkang ini agar mereka khususnya pengundi di Kuala Besut tidak akan terpedaya dan akhirnya membuat pilihan yang salah dengan mengundi PAS pada 24 Julai nanti," tambahnya lagi.

HOT ! PENGUNDI KUALA BESUT WAJIB TONTON MANIFESTO CALON PAS JIKA MENANG !!

Posted: 12 Jul 2013 05:30 PM PDT




KALAU 17,000 PENGUNDI DUN KUALA BESUT DAPAT MELIHAT KATA-KATA CALON PAS CHE LONG JIKA MENJADI WAKIL RAKYAT DI SITU, MAMPUIH TAK UNDI DAH CALON SEPERTI INI.


 KALAU YB DOK GILA BISNES DI KOTA BHARU DAN SAMPAI NAK MENGAJIKAN SEORANG PEKERJA UNTUK MENJADI WAKILNYA DI SINI ,  PATUT DITENDANG PADA 24 /7/2013 INI DENGAN MENGUNDI CALON BN TENGKU ZAIHAN



 


 Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut pernah dipecat daripada Umno, kata Ketua Umno Bahagian Besut , Datuk Seri Idris Jusoh. Katanya, calon yang diketengahkan PAS, Azlan @ Endut Yusof yang lebih dikenali sebagai Che Long pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno namun dipecat oleh parti. 

 Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca pemecatan itu bagi menghormati calon berkenaan. "Dulu dia pernah jadi AJK Pemuda Umno. Dia ni orang berniaga (ahli perniagaan). Tapi saya taknak lebih lah, bulan puasa.

 "Dia dipecat daripada parti kerana menunjukkan kecenderungan kepada parti lain," katanya pada sidang media hari ini. Pada penamaan calon pagi tadi, PAS menampilkan calon anak tempatan, Azlan @ Endut Yusof. Endut yang lebih dikenali sebagai Che Long bakal berentap dengan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Rahman bagi merebut kerusi DUN Kuala Besut.

 Selain itu, Idris yang juga Menteri Pendidikan Kedua itu menyifatkan calon yang dikemukakan BN lebih menyerlah berbanding PAS. Katanya tiga faktor utama seperti profesionalisma, latar belakang keluarga (anak ustaz) serta calon muda bakal menjadikan kerusi itu kekal milik BN.

 Namun kelebihan calon itu tidak menggambarkan BN akan berada di zon selesa, katanya dan menambah jentera parti akan bekerja keras bagi meraih sokongan pengundi. 

 "Kita yakin, tapi kita tidak akan terlalu selesa. Kita akan bekerja kuat, kita yang di atas, jentera-jentera pun, kita tidak akan selesa. "Saya akan pastikan kita bekerja sekuat mungkin, kita bukan sahaja nak menang, tapi kita nak menang dengan majoriti bertambah," jelas beliau.

JANGAN SAMPAI HORMAT SAYA TERHADAP BANGSA CINA HILANG KERANA GAMBAR INI !!

Posted: 12 Jul 2013 04:00 PM PDT






- Sama ada mencari publisiti murahan atau sengaja mencari pasal, pasangan Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, yang pernah mencemarkan maruah negara di Singapura dengan memuat naik gambar dan video lucah mereka ke blog, terus mencipta kontroversi.

Kali ini, di laman Facebook rasmi milik kedua-dua bekas pelajar National University of Singapore berkenaan, mereka seakan-akan mempersenda kedatangan Ramadan apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan'.

Pada gambar berkenaan, kedua-dua mereka turut menulis keterangan gambar seakan-akan menyindir iaitu 'Izinkan kami memperkenalkan cara kami memupuk semangat 1Malaysia dengan bertukar-tukar makanan antara kaum-kaum Malaysia pada musim perayaan yang mulia ini. Hak untuk menikmati juadah enak tempatan seharusnya merentasi batasan bangsa dan juga agama. Kepada saudara-saudari yang beragama Islam, selamat berbuka puasa dan Salam Aidilfitri!

Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.
Penyiaran poster itu dikongsi oleh banyak pengguna blog dan Facebook. Ratusan pembaca beragama Islam dan lain-lain kaum termasuk Cina menyatakan kemarahan mereka dan mengkritik tindakan pasangan yang popular dengan gelaran Alvin dan Vivian itu.

Seorang pembaca Melayu, Aizat Ahmad berkata, 'saya harap isu sensitif orang Islam jangan dipermainkan. Saya masih lagi hormat bangsa Cina kerana kawan-kawan saya ramai yang Cina, Jangan sampai hormat saya terhadap bangsa Cina hilang kerana isu ini...Mohon jangan ulangi kesilapan ini'.

 seorang wanita menggunakan nama Hazel Sia yang berkata, Can we just ignore this shameless couple? They do not represent the Malaysian Chinese, they are the worse garbage...no respect for others and their own families' (Boleh tak kita jangan mempedulikan pasangan yang memalukan ini? Mereka tidak mewakili Cina Malaysia, mereka sampah paling teruk...tidak hormat kepada orang lain dan keluarga sendiri).

Seorang lagi pembaca, Kelly Lee berkata, not all Malay call us babi and cina tsunami. Only certain malays...I am good with my Malay friends...sad to see Alvin was a law student. Disgrace to the Chinese and as a Malaysian. Sometimes I wonder, how did he get his scholarship' (bukan semua Melayu panggil kita babi dan Cina tsunami. Hanya sebahagian Melayu...saya baik dengan kawan-kawan Melayu...sedih melihat Alvin bekas seorang pelajar undang-undang. Satu penghinaan terhadap Cina dan sebagai rakyat Malaysia. Saya tertanya-tanya, bagaimana dia boleh dapat biasiswa).



Sementara itu, MCA Negeri Sembilan membuat laporan polis petang ini meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pasangan terbabit. Pengerusi MCA negeri tersebut, Datuk Dr. Yeow Chai Tiam berkata, kedua-dua individu itu tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam dan tindakan tersebut telah mencetuskan masalah yang besar.
Ini bukanlah kali pertama kedua-duanya menimbulkan isu sensitif di laman sosial berkenaan.

Pada 3 Julai lalu, mereka memuat naik video daripada salah sebuah portal berita yang menunjukkan operasi oleh pihak berkuasa menahan sekumpulan remaja Islam terlibat dengan parti buih. Pada video berkenaan, ditulis keterangan 'susahnya jadi Melayu'.
Dalam ruangan komen pula, mereka mempertikaikan tindakan yang diambil dengan mendakwa kebebasan beragama tidak wujud di Malaysia terutamanya untuk kaum Melayu.


MCA buat laporan polis gambar penghinaan agama Islam ini , pemimpin Melayu bila lagi ??

Posted: 12 Jul 2013 02:46 PM PDT



MCA Negeri Sembilan membuat laporan polis berhubung dua blogger Alvin Tan dan Vivian Lee selepas kedua-dua mereka didakwa memaparkan ucapan 'Selamat Berbuka Puasa' dengan gambar mereka sedang menikmati bak kut teh di Facebook.
Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr Yeow Chai Tiam berkata, kedua-dua individu itu amat tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam dan apa yang mereka lakukan telah mencetuskan masalah yang besar.
"Apa yang mereka lakukan tidak sepatutnya berlaku dan bukan untuk jenaka.
"Ini merupakan negara berbilang agama dan kita perlu menghormati kepercayaan agama juga budaya dan tradisi semua rakyat Malaysia," katanya kepada para pemberita selepas membuat laporan polis di sini.
Dr Yeow, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pasangan itu sebagai memberi pengajaran kepada orang lain.
"Mereka merupakan graduan universiti dan mereka sepatutnya tahu tindakan itu tidak boleh diterima.
"Mereka perlu tahu apakah yang dikatakan sebagai jenaka dan apakah yang tidak boleh," katanya.
-mStar









Keris Pusaka Melayu

Posted: 13 Jul 2013 11:18 AM PDT

Keris Pusaka Melayu


Kabinet kekal keputusan mansuh Akta Hasutan … | Agenda Daily

Posted: 12 Jul 2013 10:21 PM PDT

kabinetnajib513Kabinet mengekalkan keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata Akta Keharmonian Nasional yang menggantikan Akta Hasutan kini dalam proses penggubalan.

“Akta Keharmonian Nasional ini akan memastikan kestabilan politik dan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Sebaik perlindungan ada di tempatnya, kita akan menarik balik Akta Hasutan,” katanya pada satu sidang media di Putrajaya ,Jumaat.

Pada Julai tahun lepas, Najib mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.

Namun, akhir-akhir ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Ahmad Zahid menegaskan Akta Hasutan harus dikekalkan bagi memelihara empat perkara utama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewa orang Melayu akan dipersoal sesetengah pihak.

Selanjutnya :

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/kabinet-kekal-keputusan-mansuh-akta-hasutan-dr-ssubramaniam.html

Apa dah jadi ? Nampak seperti suara ramai pihak mahu kekalkan Akta Hasutan jadi abu tidak ada makna.

Nampak seperti Melayu sudah tidak ada lagi kekuatan pertahankan apa yang dikata.

Jika dikekalkan sudah tentu Kerajaan boleh beri alasan ia adalah mengikut suara ramai pihak walau PM sudah memberi komitmen untuk menghapuskannya.

Apa sudah jadi?


Burung UBAH simbol jiwa pendatang DAP

Posted: 12 Jul 2013 08:11 PM PDT

Burung UBAH Simbol Jiwa Pendatang DAP

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melancarkan simbol UBAH dalam bentuk burung kenyalang terapung, pada 13 Julai lalu. Burung UBAH terapung ini adalah setinggi 25 kaki dan lebar 36 kaki. Ia dibuat daripada PVC berkualiti tinggi dengan berat kira-kira 250kg. Ketebalan badannya 0.35mm manakala ketebalan pelampung yang digunakan ialah 0.7mm.

Menurut laporan rasmi DAP, kos pembuatan burung ini dianggarkan berjumlah RM60,000 yang mana ditanggung oleh penyokong-penyokong DAP dan juga penaja. Ia mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan dengan semua yang terlibat menyatakan bahawa tujuan mereka membuatnya hanyalah untuk kepuasan dan kegembiraan peribadi semata-mata.

Apa yang menarik ialah burung UBAH ini diilhamkan dari itik getah kuning yang mahsyur di Hong Kong.

Kita tidak hairan jika apa-apa saja yang dibuat oleh DAP diilhamkan dari Hong Kong, China, Singapura, Taiwan dan negara-negara yang se-sepet dengannya. Sesungguhnya, DAP terus mengimpikan sebuah negara yang didominasi bangsa Cina dan berdegil enggan menerima hakikat bahawa negara ini adalah milik Melayu.

Tidak diketahui sama ada kerajaan Pulau Pinang ada membuat audit ke atas derma dan tajaan yang diterima bagi menyiapkan burung ini. Tetapi yang pasti, kos RM60,000 dan masa 2 bulan yang diambil untuk menyiapkannya hanya untuk kepuasan dan kegembiraan membuktikan betapa mereka begitu dambakan kuasa dan betapa gembiranya mereka kerana dapat menawan dan mengekalkan Pulau Pinang di tangan Cina.

Sebenarnya, cita-cita kaum Cina negara ini terlalu besar dan tinggi dan bukan sekadar ingin membela atau mempertahankan kaum mereka.

Penting untuk semua pihak di negara ini untuk memahami perbezaan pemikiran kaum Cina dengan kaum-kaum lain. Jika politikus selalunya memegang kuasa politik dengan fahaman bahawa mereka perlu berkhidmat kepada rakyat kawasan mereka atau negara ini, tetapi tapi apa yang politikus dari kaum Cina faham mengenai kuasa politik ialah beliau mewakili kaumnya. Oleh itu, kaum Cina sekarang melihat kuasa yang mereka pegang di Pulau Pinang sebagai lambang kuasa kaum mereka.

Ini menjelaskan bagaimana seorang rakan penulis yang pergi bercuti di Cameron Highland boleh terdengar seorang dengan anak Cina sekolah rendah di situ menyanyi-nyanyi sendiri lagu Negaraku dengan mengubahsuai lirik yang menyebut negaranya sebagai Pulau Pinang.

Maka, tidak hairanlah jika benar ada yang sanggup menaja dan menderma serta mencurahkan khidmat bakti mereka-bentuk dan menyiapkan burung UBAH secara percuma. Ini kerana, semangat yang mereka jana dari kemenangan PRU-13 lalu merupakan semangat kenegaraan baru, bukan lagi sekadar semangat politik kepartian.

Mungkin ada yang menuduh artikel ini sebagai keterlaluan dalam berprasangka terhadap kaum Cina. Namun, penulis ingin menegaskan bahawa pihak yang kalah selalunya adalah pihak yang merendah-rendahkan matlamat dan kemampuan musuh. Pihak yang menang pula sentiasa merupakan pihak yang berpandangan jauh dan ke hadapan menjangkaui imaginasi musuhnya.

Sudah sampai masanya orang Melayu membuang sifat tidak apa dan tidak mungkin dalam menilai sesuatu. Tidak cukupkah PRU-13 dan sikap MCA hari ini memberi pengajaran agar jangan sesekali mengtidak-apakan sebarang bentuk kebarangkalian?


IPOHMALAY

Posted: 13 Jul 2013 09:06 AM PDT

IPOHMALAY


Ribut Landa Lembah Klang, Beberapa Bazar Ramadhan Rosak

Posted: 13 Jul 2013 02:40 AM PDT

Ribut yang melanda Lembah Klang sebentar tadi meranapkan perniagaan beberapa pengusaha Bazar Ramadhan di beberapa lokasi. Antara yang terkena dampak ialah di Desa Pandan.




Selorohan seorang kawan di media sosial ialah " agaknya ini peringatan 'KPDNKK' di langit sana ". Apa maksud dia, teman ntak tahu lah. Teman tafsir mungkin maksud dia, harga jualan makanan yang agak mahal kali ini. Apapun semoga mereka bersabar menghadapinya.

Cina Jual Al-Quran?

Posted: 12 Jul 2013 10:06 PM PDT



Beginilah perangai Cina kiasu, asal dapat duit mereka akan jual apa sahaja, sampai kitab Al Quran pun mereka jual, dan mengikut cerita seorang yang merakam gambar penjual di Plaza Lowyat ni dia meletak al quran ni di bawah kotak laci bawah kaki mereka, walhal Al Quran tidak boleh di letak sesuka hati dan perlu berada di tempat tinggi,saya harap pihak berkuasa JAIS ambil tindakan. Al Quran bukan buku tapi kitab suci orang islam .

Ћ : Huruf Baru Bagi Menggantikan Perkataan "The"

Posted: 12 Jul 2013 06:31 PM PDT


Huruf " Ћ " yang dipanggil "tap" telah diideakan oleh Paul Mathis dari Britain bagi mewakili perkataan THE. Dia turut mengusahakan agar huruf ini boleh digunakan di papan kekunci komputer dan gajet-gajet.

Ћ adalah kombinasi huruf T dan h dan dipanggil "tap" kerana bentuknya seperti pili air (tap) dan penciptanya berharap penciptaan ini dapat menjadikan kerja menaip menjadi lebih ringkas.

Menurut Paul Mathis,  perkataan THE adalah yang paling banyak digunakan dalam Bahasa Inggeris dan perlulah ia diwakili satu simbol bagi memudahkan urusan menaip. Menurutnya lagi, dia tidak berhasrat mengubah perkataan "THE" tetapi berusaha menyerlahkannya lagi.

Ћ letter changing how we type


Paul Mathis has a problem - the amount of time we waste typing out THE, the most frequently used word in the English language.
So he has invented a new symbol for use on our keyboards: Ћ.
A combination of T and H - and dubbed the "tap" because of its shape - Paul hopes the letter will make typing more efficient.
He told BBC Radio 5 live's Up All Night, "I'm not about changing the word 'the' - I'm simply enhancing it."

Taiwan Menanti Bahana Taufan Soulik Pagi Ini

Posted: 12 Jul 2013 03:00 PM PDT

Negara yang menjadi kubu luar negara DAP , Taiwan, kini  dihentam Taufan Soulik yang diramalkan akan berlalu menuju ke China beberapa jam lagi.

Taufan Soulik yang disetaraf Hurricane Category 2 di Amerika dengan angin mencapai 216km/j membawa bersama ombak setinggi sehingga 11 meter.

Laluan Taufan Soulik adalah utara Taiwan iaitu betul-betul melalui Kota Taipei yang mempunyai 2.6 juta penduduk.

Kemusnahan adalah diramalkan tetapi ia bergantung kepada bagaimana persediaan Taiwan menghadapi taufan tersebut dan Soulik yang sebelum ini dikategorikan sebagai Super Typhoon telah berusia lebih seminggu dan semakin melemah.

Taiwan braces for powerful Typhoon Soulik

TAIPEI, Taiwan (AP) - Taiwan on Friday canceled dozens of international flights and evacuated more than 1,000 people from a vulnerable coastal village as a powerful typhoon threatened to bring strong winds and heavy rains to the island.

China was also making preparations in advance of the arrival of Typhoon Soulik, the first of the year to hit the region.

Taiwan's Central Weather Bureau said at 4 p.m. Friday that Soulik was at sea about 200 miles southeast of Yilan county in northeastern Taiwan. The typhoon has winds of 107 mph, which is equivalent to a Category 2 hurricane.

Slight rain was falling in Taipei at midday. The weather bureau forecast heavy rains by afternoon for northern Taiwan and torrential rains for the south of the island later Friday.

"At this point, we can't tell if the center of the storm will make landfall, but we can expect the fiercest of winds tonight and early Saturday before it moves over to seas north of Taiwan," said forecaster Chang Ting-yi.

Schools and offices were closing in the afternoon. Officials are readying water pumps and sandbags to prevent flooding in low-lying areas, the government said.

In Yilan, hundreds of soldiers equipped with amphibious vehicles have moved into mountainous areas to help with evacuations and rescues. Farmers harvested fruits and vegetables to reduce damage.

Across the Taiwan Strait, the China Meteorological Administration said Soulik would make landfall in the eastern coastal provinces of Zhejiang and Fujian on Saturday before moving inland.

Local authorities were urged to suspend all maritime activities and cancel large-scale gatherings while reinforcing port and seafood farming facilities to reduce the chances of damage.

West Pacific Hurricane & Tropical Storm Center


s

Taufan Soulik Mula Hentam Taiwan

Posted: 12 Jul 2013 10:31 AM PDT


Taiwan kini dihentam Taufan Soulik yang dikatakan menyamai Kategori 2 mengikut ukuran di Amerika Syarikat. Angin yang bertiup cukup kuat sehingga 216 km/j dengan ombak membadai setinggi 10 - 11 meter dan kemusnahan adalah diramalkan.

Lebih malang, Taipei , ibu negara Taiwan berada di tengah laluan taufan tersebut. Sehingga tengah malam ini 200 orang telah dilaporkan hilang menurut MSN Weather.

Taiwan merupakan kubu DAP luar negara seperti kita sedia maklum dan inilah taufan pertama yang menghentam negara tersebut dalam tahun ini.



MCA Lapor Polis KebiaDAPan Pasangan Sundal Porno Hina Islam

Posted: 12 Jul 2013 09:33 AM PDT

SEREMBAN: MCA Negeri Sembilan membuat laporan polis berhubung dua blogger Alvin Tan dan Vivian Lee selepas kedua-dua mereka didakwa memaparkan ucapan 'Selamat Berbuka Puasa' dengan gambar mereka sedang menikmati bak kut teh di Facebook.
Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr Yeow Chai Tiam berkata, kedua-dua individu itu amat tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam dan apa yang mereka lakukan telah mencetuskan masalah yang besar.
"Apa yang mereka lakukan tidak sepatutnya berlaku dan bukan untuk jenaka.
"Ini merupakan negara berbilang agama dan kita perlu menghormati kepercayaan agama juga budaya dan tradisi semua rakyat Malaysia," katanya kepada para pemberita selepas membuat laporan polis di sini.
Dr Yeow, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pasangan itu sebagai memberi pengajaran kepada orang lain.
"Mereka merupakan graduan universiti dan mereka sepatutnya tahu tindakan itu tidak boleh diterima.
"Mereka perlu tahu apakah yang dikatakan sebagai jenaka dan apakah yang tidak boleh," katanya. -mStar


Pengikut