Khamis, 27 September 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Rapid Pengerang: Banyak misteri akan terbongkar

Posted: 26 Sep 2012 09:40 PM PDT


KUALA LUMPUR: Banyak misteri yang akan terbongkar berikutan bantahan dan cabaran debat mengenai Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid), kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Apabila ada bekas menteri yang mencari nafas baru dalam politik Umno mencabar untuk berdebat berikutan bantahan penduduk Pengerang terhadap Rapid, banyak lagi kecurigaan yang didedahkan kepada kita sejak Petronas dikuasai (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak)," katanya.

Menurut Salahuddin, Seksyen 3(2) Akta Pembangunan Petroleum 1974 meletakkan Petronas di bawah penguasaan dan arahan Perdana Menteri.

Katanya, antara perkara awal yang didedahkan kepadanya ialah mengenai begitu banyak projek Petronas, termasuk Rapid, yang dimanfaatkan oleh Dialog Group Berhad.

Mengenai Rapid, Salahuddin berkata, beliau difahamkan bahawa projek itu adalah projek Petronas yang pertama yang mengambil alih kawasan penempatan rakyat.

"Saya difahamkan oleh para pegawai Petronas bahawa sejak ditubuhkan pada tahun 1974, syarikat minyak nasional itu tidak pernah mengambil alih kawasan penempatan rakyat dan apa yang berlaku di Pengerang hanya berlaku di zaman Najib menguasai Petronas.

"Contohnya, tapak kawasan Loji Penapis Minyak Terengganu di Kerteh asalnya ialah kawasan kebun kelapa dan tidak melibatkan kawasan perkampungan atau penempatan rakyat," kata beliau.

Malah, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, pegawai-pegawai Petronas yang memberi maklumat juga memberitahu, telah menjadi piawaian dunia bahawa projek minyak dan gas tidak dibuat di kawasan penempatan rakyat seperti yang dilakukan di Pengerang.

"Para pegawai Petronas yang berkenaan juga banyak mengadu mengenai Presiden dan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Petronas (Tan Sri) Shamsul Azhar (Abbas) dan mereka memberitahu bahawa banyak perkara yang tidak berlaku sebelum ini berlaku di zaman Shamsul Azhar termasuk pengambilalihan kawasan penempatan rakyat untuk projek Petronas.

"Ia satu perubahan dasar Petronas yang luar biasa," katanya.

Bagi Salahuddin, apabila ia melibatkan perubahan dasar Petronas, kesalahan besar bukan lagi sekadar melibatkan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang beliau sifatkan bersekongkol meluluskan pengambil alihan kawasan penempatan penduduk berkenaan untuk projek itu, tetapi dalang utamanya ialah Najib.

"Najiblah orang yang paling bertanggungjawab ke atas segala masalah dan keperitan yang dihadapi oleh penduduk Pengerang yang dimangsakan pengambil alihan itu," katanya.

Salahuddin juga kesal dengan sikap Ghani yang hanya mengikut sahaja telunjuk Najib dan menjadi antara sekongkol utama dalam projek yang dibantah oleh penduduk Pengerang itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Pengerang, Kasran Abdullah sebelum ini menyatakan, kajian yang dijalankan November tahun lalu di tujuh kampung terbabit, menunjukkan 96 peratus penduduk membantah projek Rapid.

Salahuddin juga menuntut penjelasan Najib mengapa Dialog kini mendapat begitu banyak projek Petronas.

"Para pegawai Petronas berkenaan memberitahu, trend monopoli sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini dan hanya berlaku ketika Najib berkuasa ke atas Petronas.

"Menurut mereka, banyak penganugerahan projek Petronas yang menimbulkan kesangsian dan pertikaian dan yang paling mereka persoalkan ialah projek-projek Petronas kepada Dialog," kata beliau.

Para pegawai petronas itu juga, kata Salahuddin, mempersoalkan bagaimana Dialog mendapat manfaat di medan minyak Balai Bentara dan dijangka akan mendapat manfaat pula di medan minyak D35 di Balai Cluster.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana kenyataan khusus mengenai perkara itu akan dibuat.

Belanjawan Pakatan utamakan semua rakyat

Posted: 26 Sep 2012 09:39 PM PDT


Belanjawan PR: Penetapan gaji minimum tepat

Posted: 26 Sep 2012 09:38 PM PDT


KUALA LUMPUR: Senator Syed Shahir Syed Mohamud (gambar) berpendapat Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang telah dibentangkan semalam dapat menyelesaikan masalah kemiskinan tegar dalam negara ini.

Beliau yang ditemui Harakahdaily memberitahu peningkatan bantuan kepada isi rumah dalam kumpulan kemiskinan tegar iaitu RM550 adalah satu cadangan yang sangat baik dalam menyeleseikan masalah tersebut.

"Kita melihat melalui cadangan peningkatan bantuan isu rumah yang diberikan itu dapat mengatasi miskin tegar negara.

"Kebanyakan mereka terdiri dari golongan pekerja, golongan berpendapatan rendah dan kemiskinan sekarang tidak boleh dianggap kemiskinan luar bandar sahaja sebenarnya di dalam bandar pun berlaku kemiskinan," kata bekas Presiden MTUC itu.

Beliau juga turut memberitahu penetapan gaji minimum pada tahap RM1,100 adalah bertepatan memandangkan kerajaan sebelum ini hanya mencadangkan RM900 sahaja.

Dalam pada masa yang sama, beliau mengharapkan dasar-dasar yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ini dapat menyelesaikan masalah terutama kumpulan sasar yang terdiri dari mereka yang berpendapatan rendah.

Belanjawan Pakatan Rakyat akan membelanjakan RM2 bilion bagi pelaksanaan gaji minimum pada paras RM1,100 sebulan yang melibatkan sektor awam dan swasta dengan penyelarasan gaji dijangkakan dalam 2 hingga 8 peratus.

Sementara itu, Pakatan Rakyat turut meningkatkan pembayaran kebajikan daripada RM300 pada masa sekarang kepada RM550 sebulan dan ini dapat membebaskan 84,000 keluarga dari paras kemiskinan sekarang iaitu bawah RM500 sebulan.

Pemuda PAS kongsi kemelut penjaga gol T’ganu

Posted: 26 Sep 2012 09:37 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Kemelut yang melanda penjaga gol pasukan Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli turut dikongsi bersama Dewan Pemuda PAS negeri sebagai tanda sokongan moral kepada pemain tersebut.
Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah melahirkan rasa dukacita dengan kemelut tersebut serta memberi suntikan semangat agar Sharbinee meneruskan karier dalam bidang bola sepak.

Katanya, sebagai pemain yang profesional Sharbinee perlu kuat semangat dan jadikan kemelut tersebut sebagai ujian bagi kemantapan diri.

"Kami, Pemuda PAS Terengganu datang untuk lawatan ziarah kepada Saudara Sharbinee yang sebelum ini pelbagai kemelut melanda penjaga gol (Terengganu) ini.
"Kita harap, dia kuat semangat sebagai pemain profesional, kemelut itu sebagai ujian dan jika ada rezeki Allah swt akan beri yang lebih baik, Insya Allah," ujarnya ketika menziarahi Sharbinee di rumah ibunya di Kampung Pulau Duyung, semalam.

Hadir sama mengikut rombongan tersebut Timbalan Ketua Pemudanya, Ustaz Ridhuan Hasyim, Setiasaha Pemuda PAS Terengganu, Mohamad Zaidan Abdullah dan Pengarah MTD Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang.

Sharbinee berkata tuduhan menjual perlawanan oleh pihak terbabit terhadapnya adalah tidak benar serta berunsur fitnah.

"Saya sendiri yang pergi jumpa pihak SPRM minta siasat kes (jual perlawanan) ini setelah ada orang tuduh saya buat begitu…tapi saya tidak pernah buat seperti yang dituduh.

"Ini macam fitnahlah kepada saya dan saya tidak pernah buat perkara (jual perlawanan) itu. Saya telah bersihkan nama dan SPRM telah sahkan," ujarnya.

Menurutnya, pelbagai pihak memberi tawaran untuk menyertai pasukan lain seperti Pahang, Selangor, Perak dan lain-lain lagi.

Namun, kata beliau masih berfikir panjang dan sebaiknya masih mahu bersama pasukan Terengganu demi masa depan bidang tersebut.

Pada 18 September lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli tidak bersalah atas tuduhan jual perlawanan dan kes ditutup.

(Gambar: Mohd Nor Hamzah menyampaikan hamper kepada Mohd Sharbinee.)

Anti-monopoli: Negeri dapat manfaat besar

Posted: 26 Sep 2012 09:36 PM PDT

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan teras bina daya saing dalam belanjawan 2013 Pakatan Rakyat, dapat memulihkan pertumbuhan ekonomi negara termasuk di peringkat negeri.
Teras itu yang mewujudkan pengubalan undang-undang anti-monopoli dan Suruhanjaya Anti Monopoli demi menggalakkan pertumbuhan syarikat bersaiz sederhana mampu membuka lembaran baru pertumbuhan ekonomi di negara ini.

Menurutnya juga, penubuhan syarikat-syarikat minyak PetroSabah, PetroSarawak, PetroTerengganu dalam menyertai pembangunan lapangan kecil (marginal field) yang kini diboloti oleh syarikat kroni dapat meningkatkan lagi hasil sesebuah negeri.

Jelas Salahuddin, melalui unjuran, sekiranya Pakatan Rakyat dapat mengambil alih pemerintahan di Putrajaya, sebanyak RM20 bilion pendapatan diperolehi dari hasil royalti bagi empat buah negeri.

Secara puratanya setiap negeri memperolehi RM5 bilion untuk setiap tahun.

"Mungkin tidak rasmi bagi pihak Negeri Kelantan saya rasakan dengan unjuran tersebut kita dapat banyak manfaat dan di antaranya adalah pembinaan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai dapat dipercepatkan.

"Namun dengan dasar yang ditengahkan dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang mana kita akan melantik beberapa anak syarikat kerajaan negeri untuk menceburi industri minyak dan gas dalam pembangunan lapangan kecil adalah satu yang terbaik," kata beliau ketika perbentangan belanjawan di Parlimen semalam.

Tambah beliau lagi, kalau monopoli ini dapat dipecahkan di antara syarikat-syarikat gergasi dengan syarikat anak-anak kerajaan negeri dalam industri tersebut, beliau pasti pembangunan peringkat negeri dapat dipercepatkan perlaksanaannya.

"Kita akan galakkan peringkat negeri menubuhkan syarikat berkaitan bagi menceburikan diri dalam bidang industri gas dan minyak.
"Skim khusus agar Petronas menaungi syarikat-syarikat ini supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa salam tempoh 10 tahun," sambung beliau lagi.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga turut menyatakan terdapat banyak kawasan yang mempunyai lapangan kecil (marginal field) di antaranya di Negeri Johor dan beliau akan mengemukakan bukti menerusi peta pada perbahasan beliau minggu hadapan di Parlimen.

Royalti: TG Nik Aziz hargai usaha anak muda

Posted: 26 Sep 2012 05:01 PM PDT


KOTA BHARU: Biar pun masih berehat di wad Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, namun  Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersemangat menyokong anak-anak muda menuntut hak ke atas royalti minyak.

Petang tadi beliau memakai t-shirt R sebagai menyokong dan menghargai kegigihan anak-anak muda berjuang menuntut royalti.

Baju tersebut dibawa aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) diketuai Naib Presiden, Dr Syed Khalid Abdullah ketika menziarahi Menteri Besar.

Kelihatan sama di wad, anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat.

Dr Syed Khalid berkata, sokongan padu Tuan Guru Nik Abdul Aziz menaikkan semangat anak-anak muda berjuang menuntut royalti minyak.

"Biar pun beliau sedang keuzuran dan sedang berehat di wad, namun masih bersemangat memberi nasihat kepada kami untuk terus memperjuangkan hak rakyat Kelantan yang dinafikan sejak sekian lama.

"Malah kesediaan Menteri Besar untuk hadir pada Ceramah Mega R Tuntut Royalti Putrajaya yang akan di Shah Alam malam 2 Oktober ini amat kami hargai," katanya di sini.

Program tersebut akan menampilkan pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Selain itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan bekas Bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin.

Wakil-wakil dari Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sabah dijemput menghadiri program berkenaan. Rombongan R dari Kelantan akan bertolak pagi 2 Oktober.

Dr Syed Khalid berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga meminta rakyat Kelantan hadir beramai-ramai pada program berkenaan sebagai memberi sokongan kepada perjuangan menuntut royalti.

"Kata Tok Guru kalau mereka tidak ada peluang hadir hendaklah doakan semoga perjuangan menuntut royalti menjadi kenyataan.

"Selain itu beliau juga menyarankan orang ramai mengibar bendera R atau tampal sticker pada kenderaan masing-masing," katanya.

Kajian rakyat yakini PR selari dengan realiti

Posted: 26 Sep 2012 05:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya  Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan keyakinan kepada Pakatan Rakyat meningkat selari dengan realiti yang berlaku di luar sana.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, melihat suasana di peringkat rakyat ternyata wujud gelombang perubahan yang sangat besar khususnya kepada Pakatan Rakyat.

Cuma, katanya, rakyat sedang tertunggu-tunggu bila parlimen akan dibubarkan memandangkan 'mood' perubahan rakyat telahpun berlaku.

"Perubahan rakyat dari semasa ke semasa telah berlaku, malangnya mereka tidak boleh menterjemahkan perubahan itu sebab parlimen belum dibubarkan," katanya kepada Harakahdaily.

Tuan Ibrahim percaya, antara faktor besar yang mendorong kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rayat termasuklah perasaan membuak-buak untuk membuat perubahan selepas memberi peluang 55 tahun kepada BN mentadbir negara.

Di tambah  pula, katanya kejayaan yang ditunjukkan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah turut mempengaruhi negeri- negeri lain untuk turut sama membuat perubahan.

Penyelewengan yang sangat ketara berlaku misalnya dalam kes NFC, katanya cukup memberi kredit kepada Pakatan Rakyat apabila rakyat cukup terkesan kerana ia membabitkan dana rakyat.

"Berbanding isu Anwar naik jet mewah, rakyat tidak terkesan sebab jet itu adalah hak peribadi bukannya duit rakyat. Ini bukan isu teras. NFC duit rakyat. Ini mempengaruhi persepsi pengundi," katanya.

Bagaimanapun, beliau turut menasihati kerajaan PAS Kelantan agar memberi perhatian terhadap kajian tersebut yang melaporkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan itu agak menurun.

"Bagi kita kajian ilmiah ini perlu diambil penting untuk buat agenda bertindak seterusnya, dan Pakatan Rakyat pula jangan ambil selesa dengan kajian ini dan perkemaskan strategi untuk capai matlamat kita," katanya.

Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya menunjukkan sokongan ke atas Pakatan Rakyat meningkat sekarang berbanding dengan kajian yang dibuat pada awal tahun ini.

Kajian terbaru yang bertajuk Pola Pengundian Menjelang Pilihanraya Umum ke-13 dibuat pada 1 -16 September 2012  di seluruh Semenanjung Malaysia.

Parti mana akan menang dalam PRU-13, kajian Mac - April menunjukkan keyakian kepada BN akan menang adalah 49% sedangkan kajian terbaru menunjukkan ianya menurun kepada 44% sahaja.

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 26 Sep 2012 11:15 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


KedahLanie.info: Ini dia Belanjawan Pakatan Rakyat - ‘Ekonomi Rakya...

Posted: 26 Sep 2012 05:09 AM PDT

KedahLanie.info: Ini dia Belanjawan Pakatan Rakyat - 'Ekonomi Rakya...: Belanjawan Pakatan 2013 tambah kebajikan untuk rakyat dan realistik KUALA LUMPUR 26 Sept: Pakatan Rakyat hari ini membentang Belanja...

KedahLanie.info: [#tanyanajib] 7 teras utama Belanjawan Pakatan Rak...

Posted: 26 Sep 2012 05:08 AM PDT

KedahLanie.info: [#tanyanajib] 7 teras utama Belanjawan Pakatan Rak...: Muhammad Faizal KUALA LUMPUR: Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 meletakkan tujuh fokus sebagai teras utama agar ia selari dengan m...

KedahLanie.info: Sebab nie la UMNO takut sangat.. takut masuk penja...

Posted: 26 Sep 2012 05:07 AM PDT

KedahLanie.info: Sebab nie la UMNO takut sangat.. takut masuk penja...: Pakatan tubuh S'jaya siasat skandal BN jika tawan Putrajaya Pakatan Rakyat akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyelam...

Berbudi kepada Tanah

Posted: 26 Sep 2012 04:59 AM PDT














Apa yang saya kerjakan sejak Ramadhan dulu sudah berjasa, rezeki dari Allah swt.  Kangkung, Timun, Petola, Peria, Kacang Panjang, Bayam ... semua dah boleh makan.  Chili padi tak habis-habis.  Pokok-pokok buahan pula sedang berbuah, Insya Allah 2, 3 bulan lagi, rambutan dan dokong tak akan habis dimakan, amatlah diharapkan rakan-rakan terutama yang tinggal di Bandar Temerloh dan Pekan Kuala Krau datang ke rumah saya dan ambillah sebanyak mana rambutan dan dokong nanti seperti tahun-tahun yang lalu, ambillah; kalau tidak habis masak di pokok sahaja.  Berbudi kepada tanah ada balasannya.  Sumber protein dari ikan peliharaan pun ada.  Tetapi ikan Tebakang yang sudah besar antara 3 hingga 4 jari memerlukan beberapa bulan lagi untuk cukup besarnya sebelum dinaikkan untuk dimakan.

Anwar Ibrahim

Posted: 26 Sep 2012 09:06 PM PDT

Anwar Ibrahim


[VIDEO] Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat “Ekonomi Rakyat, Negara Berkat”

Posted: 26 Sep 2012 08:40 AM PDT

Pakatan Pastikan Hasil Negara Dipulang Kepada Rakyat

Posted: 26 Sep 2012 01:14 AM PDT

KeadilanDaily

Pakatan Rakyat (Pakatan) komited melaksanakan reformasi ekonomi dalam memerangi rasuah dan memastikan kekayaan hasil negara diagih secara adil kepada rakyat, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Reformasi ekonomi yang ditawarkan Pakatan bukan hanya berkisar soal menggantikan rejim lama dengan pemerintahan baru, tetapi suntikan kebangkitan kepada sektor ekonomi negara," kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Menurutnya, pemerintah Umno hari ini mewarisi amalan ekonomi lapuk yang penuh dengan rasuah, kronisme dan dan nepotisme yang kian parah.

"Sikap buruk itu harus dihentikan, bukan dengan retorik transformasi, tetapi dengan reformasi ekonomi yang konsisten," kata Anwar.

Tambahnya, dasar afirmatif yang ditawarkan kerajaan sekarang tidak patut kerana hanya memberi manfaat kepada mereka yang rapat dengan golongan elit pemimpin.

"Sudah tiba masanya kita kembali kepada matlamat asal untuk membantu mereka yang benar–benar memerlukan dan layak," jelas Anwar ketika berucap di hadapan lebih 350 tokoh korporat di Kelab DiRaja Selangor, semalam.

"Sistem tender terbuka yang diamalkan di negeri Pakatan tidak hanya memastikan perjalanan proses lebih telus dan adil, malah mampu mengurangkan kos projek lalu merangsang pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh," kata Anwar lagi.

"Demi rakyat, reformasi akan kita laksanakan apabila Pakatan menerajui Putrajaya kelak," kata Anwar.

Alternative Budget Sans Ethnic-Based Policies

Posted: 26 Sep 2012 01:07 AM PDT

Malaysiakini

The Pakatan Rakyat’s shadow budget does not contain provisions for ethnic-based affirmative action, said opposition leader Anwar Ibrahim.

Presenting the budget ahead of the 2013 federal budget due to be tabled on Friday, Anwar said this is based on the experience in Pakatan-held states.

"The country must move to a new phase because bumiputera policy have been abused to enrich a few.

"Support (for the needy) through affirmative action will continue but there is no need for it to be ethnic-based to be able help the poor," he said.

He added that in Selangor and Penang, policies like micro-credit schemes are not ethnic-based, but the bulk of the recipients have been bumiputeras anyway because they meet the means test.

“This means that ethnic Indians who qualify also get assistance, and this does not rob the rights of the Malays,” he said.

The 2013 shadow budget also aims to abolish government-established 1Malaysian Development Berhad (1MBD) with all of its interests taken over by the federal investment arm Khazanah Malaysia.

Pakatan Bentang Belanjawan Alternatif Hari Ini

Posted: 25 Sep 2012 08:20 PM PDT

KeadilanDaily

Pakatan Rakyat (Pakatan) akan membentangkan Belanjawan Alternatif 2013 menerusi taklimat khas kepada media di Dewan Rakyat petang ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membentangkan bajet alternatif berkenaan.

Ia dibuat dua hari menjelang pembentangan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat ini.

Taklimat mengenai belanjawan tersebut telah dijalankan kepada semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat semalam.

Dalam Belanjawan Alternatif 2012 yang dibentangkan pada 4 Oktober tahun lalu, Pakatan mengumumkan peruntukan belanjawan sebanyak RM220 bilion untuk keperluan rakyat.

Belanjawan yang dinamakan Belanjawan Sejahtera Rakyat 2012 itu mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ia adalah penjimatan RM14 bilion berbanding perbelanjaan kerajaan Barisan Nasional iaitu pada kadar defisit 6 peratus daripada KDNK,  dengan rakyat mendapat 20 peratus nilai tambah.

Antara lain, Pakatan mengumumkan gaji minima RM1,100 yang juga melibatkan kenaikan gaji kakitangan awam mengikut tangga gaji. Pengenalan gaji minima akan memanfaatkan 300,000 orang kakitangan awam yang berada di bawah RM1,100.

Belanjawan tersebut merangkumi pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap guru seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga.

Selain itu, penyelarasan gaji kakitangan awam berikutan pengenalan gaji minima dan janji Buku Jingga akan melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM5.9 bilion.

Lesen dan permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dan tidak lagi secara konsesi.

Lesen import permit AP akan dibuat secara lelongan dengan jangkaan menambah hasil negara sebanyak RM1.2 bilion berbanding amalan sekarang yang menguntungkan kroni.

Sebelum ini, pentadbiran Najib menciplak idea yang dibentangkan Pakatan, antaranya memperkenalkan Model Ekonomi Baru yang menyerupai Agenda Ekonomi Malaysia yang diperkenalkan Anwar.

Najib juga mengumumkan bayaran kepada insentif guru yang meniru idea yang dikemukakan oleh Pakatan menerusi Buku Jingga.

Perdana Menteri turut memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dilihat meniru langkah yang telah diperjuangkan oleh Pakatan sejak sekian lama.

Untuk Belanjawan Alternatif 2013, dijangka Pakatan menyasarkan pelbagai tumpuan untuk mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada program khusus bagi mengurangkan bebanan dan menambah manfaat rakyat.

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 26 Sep 2012 11:30 AM PDT

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Isteri dapat caruman daripada suami dan kerajaan jika Pakatan perintah

Posted: 26 Sep 2012 05:09 AM PDT


(Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 26 September: Pakatan Rakyat membela golongan wanita dengan memperuntuk RM3 bilion melalui skim Caruman Wanita Nasional.
"Kita cadangkan jaringan keselamatan sosial komprehensif untuk suri rumah dikenali sebagai Caruman Wanita Nasional. Ia adalah keselamatan sosial komprehensif yang diperkenal di negara ini.
"Dua tahun permulaan, pelaksanaan ini melibatkan pendaftaran sukarela untuk mewajibkan setiap suami menunaikan caruman kepada isteri mereka," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pembangkang itu berkata demikian ketika membentang Belanjawan Pakatan dengan tema 'Ekonomi Rakyat Negara Berkat'.
Untuk itu, katanya, suami perlu mencarum kepada isteri dengan kadar minimum RM120 sehingga RM1,200 mengikut kemampuan.
"Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan akan menyumbangkan RM600 setahun tanpa mengira tahap sumbangan suami.
"Skim ini memberi penjimatan awal sekurang-kurangnya RM5,000 bagi setiap suri rumah dalam tempoh lima tahun pertama sumbangan.
"Ia boleh dikeluarkan apabila melibatkan kematian pasangan, perceraian, hilang upaya kekal, kehilangan kekal pendapatan dan lain-lain.
"Jika tidak, suri rumah boleh keluarkan simpanan mereka pada usia 50 yang dijangka mencecah RM30,000," katanya.

Mahasiswa dapat manfaat bila PTPTN dihapus, pendidikan percuma

Posted: 26 Sep 2012 05:04 AM PDT


(Oleh Aedi Asri)
KUALA LUMPUR 26 September: Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 turut mengambil kira kepentingan golongan mahasiswa dengan menjamin  sistem pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dihapus manakala pendidikan disedia secara percuma.
Perkara ini juga dinyatakan secara konsisten dalam manifesto Pakatan Rakyat sebelum ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan yakin hutang pinjaman PTPTN yang dianggarkan sejumlah RM30 bilion setakat ini akan dapat diselesaikan dengan kos RM2 bilion setahun selama 20 tahun.
Beliau berkata, Pakatan juga yakin dapat menghapuskan hutang peminjam yang menepati kriteria ditetapkan oleh jawatankuasa khas yang akan dibentuk untuk merombak keseluruhan mekanisme pembiayaan pengajian tinggi di Malaysia.
"Kriteria itu adalah kombinasi faktor ekonomi berasaskan pendapatan semasa, keputusan akademik dan rekod pembayaran sebelum ini," jelas Anwar.
Katanya, pendidikan percuma bakal meringankan beban mahasiswa yang menanggung hutang sebelum memasuki alam pekerjaan.
Menurut Anwar, penuntut institusi swasta, akan turut menerima subsidi yuran pengajian.
"Ini akan menambahkan pendapatan boleh guna peminjam dan membolehkan mereka mengutamakan perbelanjaan ke arah meningkatkan kualiti hidup mereka," katanya.
Dalam pada itu, Anwar berkata, model pembiayaan kini tidak mapan dan hanya menunggu masa untuk di'bail out' kerajaan seperti yang terjadi di negara yang menggunakan model yang serupa.
"Dengan kos sara hidup yang tinggi, kata Anwar lagi, kadar kutipan hutang PTPTN tidak akan meningkat.
"Hutang pelajar yang ditanggung PTPTN akan terus bertambah sehinggalah ia mula mengancam kecairan dan daya maju (viability) kewangan PTPTN," jelas beliau.

Turun Harga Kereta: Kurangkan duti eksais 20 %, hapus permit AP 2015

Posted: 26 Sep 2012 04:38 AM PDT


(Oleh Aedi Asri)
KUALA LUMPUR 26 September: Intipati Belanjawan Alternatif 2013 Pakatan Rakyat (Pakatan) mencakupi penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais sebanyak 20 peratus, selain sistem bidaan AP dibuat secara terbuka sehingga 2015 sebelum ia dihapus.
Menurut laporan Belanjawan Pakatan 2013 yang dibentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, penurunan itu dibuat berikutan duti eksais terlalu tinggi sehingga mencecah 105 peratus.
"Bidaan tender permit AP dibuat sebagai menebus kehilangan pendapatan melalui potongan duti eksais itu," laporan itu dipetik.
Belanjawan tersebut turut menunjukkan aliran pendapatan negara selama lima tahun jika dasar automotif itu dilaksanakan.
Laporan itu menjelaskan, kerajaan Pakatan hanya perlu membelanjakan RM 2 bilion untuk setiap tahun 2013 dan 2014 dan RM1 bilion setiap tahun pada 2015 hingga 2017.
Selain daripada AP yang ditender dan wang dikeluarkan sendiri oleh kerajaan, skim itu juga akan dapat dilaksanakan dengan cukai pendapatan secara terus kepada kerajaan.
Menurut laporan itu lagi, dengan menjadikan pendapatan isi rumah sebagai ukuran, harga kereta di Malaysia adalah antara tertinggi di dunia.
"Tanpa sistem pengangkutan yang baik, rakyat tiada pilihan lain selain memiliki kenderaan sendiri, sehingga rakyat yang berpendapatan serendah RM1500 sebulan turut memilikinya," kata laporan itu.

92 peratus pangsapuri kos rendah terima air percuma

Posted: 25 Sep 2012 07:52 PM PDT


Kerajaan Selangor sedia maklum dengan usaha-usaha pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja memperlekehkan program pemberian air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Walaupun kerajaan negeri menghormati kebebasan rakyat mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut hak mereka, tetapi kita percaya mereka ini telah diperdaya dengan maklumat palsu atau tidak mendapat maklmumat yang secukup mengenai program air percuma ini.

Sejak program ini dilancarkan pada Jun 2008, lebih 1 juta penduduk Selangor yang menggunakan meter individu telah menikmati pemberian air percuma setiap bulan melibatkan perbelanjaan melebihi RM400 juta.
Oleh kerana kita tidak mahu rakyat miskin di rumah bertingkat kos rendah menjadi mangsa Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) yang merumitkan proses penukaran meter pukal kepada individu, maka kerajaan negeri mengambil inisiatif pada Jun 2010 untuk memastikan pemberian air percuma ini turut dinikmati oleh penghuni pangsapuri kos rendah.
Berdasarkan laporan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), daripada 232 kawasan pangsapuri atau 64,715 unit yang menggunakan meter pukal, 92 % atau 214 kawasan melibatkan 58,049 unit pangsapuri kos rendah telah menerima air percuma menerusi Skim Rebet Air Percuma (SAFWA).
Baki 18 kawasan atau 6,666 unit lagi gagal melaksanakan tuntutan rebet air percuma kerana Badan Pengurusan Bersama (JMB) kekurangan tenaga kerja.
Sejak Julai 2010 sehingga sehingga Julai 2012, lebih RM6 juta telah dibelanjakan untuk air percuma kepada penghuni pangsapuri kos rendah.
Skim SAFWA ini ditambah baik menerusi "Lapor dan Dapat' iaitu mana-mana pangsapuri kos rendah yang tercicir boleh terus mendaftar di Unit Pesuruhjaya Bangunan di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) dan membuat tuntutan secara terus dengan SYABAS.
Bagaimanapun , Skim SAFWA ini untuk pangsapuri bertingkat kos rendah sahaja. Bagi pangsapuri bukan kos rendah, pemiliknya perlu memohon daripada SYABAS untuk proses migrasi dari meter pukal kepada individu. Malah, kerajaan negeri juga menubuhkan pasukan khas untuk membantu mempercepatkan dan melancarkan proses migrasi meter ini.
Rekod semua Unit Pesuruhjaya Bangunan, pihak berkuasa tempatan dan SYABAS, sebanyak 108 kawasan terdiri daripada 29,318 unit telah bertukar kepada meter individu.
Kerajaan negeri telah mewajibkan semua pangsapuri melaksanakan migrasi meter air individu mulai Mei 2007. Selepas 2007, pemaju wajib menyediakan meter individu dan meter pukal pada setiap pembangunan perumahan bertingkat yang baru.
Tan Sri Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor

20 September 2012

Tiada krisis air di S’ngor, iklan komersil didalangi Umno BN – Azmin

Posted: 25 Sep 2012 07:50 PM PDT


(Oleh Mohd Martin Kahar)
KUALA LUMPUR 24 September: Pengerusi KEADILAN Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, penggambaran iklan berkaitan masalah air di Selangor merupakan propaganda Kerajaan Pusat kononnya berlakunya krisis air di negeri tersebut.
Ahli Parlimen Gombak itu berkata, pembikinan iklan yang didalangi Umno BN itu bertujuan memburuk-burukkan pentadbiran Pakatan Rakyat kononnya gagal mengatasi masalah air.
"Kita telah jelaskan pada rakyat tiada krisis air di Selangor. Apa yang berlaku adalah kita hanya kekurangan air terawat.

"Air terawat ini bukan tanggungjawab kerajaan negeri tetapi di bawah tanggungjawab Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor).
"Jika Syabas gagal menguruskan dengan baik (masalah air), kerajaan negeri mendesak supaya konsesi ini dibatalkan dan pengurusan air dikembalikan kepada kerajaan negeri," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.
Malaysiakini melaporkan, satu penggambaran iklan berkaitan masalah air dijalankan secara rahsia di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya.
Produksi periklanan dikatakan membayar penduduk setempat RM50.00 untuk melakonkan babak orang ramai sedang beratur untuk mendapatkan bekalan air daripada lori bekalan air.
Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa berkata, rakyat Selangor sudah matang dan tidak mudah percaya dengan isu yang cuba dimainkan Umno BN.
Katanya, rakyat Selangor juga sudah menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya memerintah jauh lebih baik berbanding BN.

Sokongan kepada PR meningkat, populariti Najib merudum – Kajian UM

Posted: 25 Sep 2012 07:41 PM PDT


KUALA LUMPUR: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM) menunjukkan sokongan ke atas Pakatan Rakyat (Pakatan) meningkat sekarang berbanding dengan kajian yang dibuat pada awal tahun ini.
Sokongan juga meningkat ke atas kerajaan Pakatan di Selangor dan juga Kedah, namun sedikit penurunan di Kelantan.
Kajian itu juga menunjukkan penurunan terhadap keyakinan rakyat bahawa BN akan terus menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum nanti.
Kajian itu dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) bertajuk Pola Pengundian Menjelang Pilihanraya Umum ke-13.
Kajian terbaru yang dibuat adalah pada 1 hingga 16 September 2012  di seluruh Semenanjung Malaysia.
Kajian sebelum ini dibuat dalam tempoh 31 Mac 2012 hingga 15 April 2012.
Bilangan responden ialah 1536. Kajian dilakukan secara bersemuka dengan melibatkan etnik Melayu, etnik Cina dan etnik India.
Pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur.
Ditanya, parti mana akan menang dalam PRU-13, kajian Mac hingga April menunjukkan keyakinan kepada BN akan menang adalah 49% sedangkan kajian terbaru menunjukkan penurunan kepada 44% sahaja.
Kajian sokongan peringkat pusat menunjukkan peningkatan sokongan kepada Pakatan
Keyakinan kepada Pakatan pula meningkat dari 21% kepada 30%.
Keyakinan kepada kerajaan Pakatan di Selangor juga meningkat dengan ketara dari 38% kepada 50% manakala untuk BN dari 28% jatuh kepada 16%.
Begitu juga di Kedah. Keyakinan kepada Pakatan naik dari 37% kepada 48% dan kepada BN turun dari 40% kepada 32%.
Namun untuk negeri Kelantan, keyakinan kepada Pakatan jatuh sedikit dari 44% kepada 41% manakala BN naik dari 27% kepada 32%. Namun, kecondongan pengundi tetap kepada Pakatan Rakyat.
Populariti Najib jatuh merudum
Kajian itu juga mendapati, harapan rakyat amat tinggi agar berlaku perdebatan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
72% berharap supaya debat diadakan manakala hanya 17% tidak bersetuju dan 11% tidak pasti.
Menurut kajian itu, populariti Najib juga menurun dari 61% pada Mac lalu kepada 58% pada September 2012. – Harakah Daily

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 26 Sep 2012 11:24 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ceramah Umum Ahad 30 Sep 2012 di Seremban

Posted: 25 Sep 2012 06:10 PM PDT


Pengikut