Isnin, 30 Disember 2013

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Himpunan TURUN: Pemuda PAS Sabah Sedia TURUN

Posted: 30 Dec 2013 03:09 AM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah ingin menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia berhubung satu himpunan aman Gerakan Turun Kos Sara Hidup Rakyat atau singkatannya TURUN yang akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Disember ini.

Apa yang menarik, kebimbangan beberapa kelompok tertentu yang mengaitkan himpunan tersebut sebagai cubaan untuk 'menggulingkan kerajaan' adalah bersifat daif dan dangkal yang boleh diibaratkan seperti 'bodoh sombong'. Apa yang jelas, taraf hidup rakyat semakin hari semakin meningkat. Ditambah dengan pelbagai kenaikan harga barang dan keperluan termasuk barangan keperluan harian, elektrik, dan sebagainya.

Inilah salah satu bentuk kezaliman yang dilakukan pemimpin ke atas rakyat. Dalam pada negara mengalami ketirisan perbelanjaan yang besar, mereka bermewah dengan penganjuran dan aktiviti yang membazir. Akibatnya, rakyat sama ada yang berpendapatan tinggi mahupun rendah diperah semahu-mahunya untuk mengembalikan keseimbangan ekonomi negara. Rakyat dinafikan peluang untuk menikmati kehidupan yang selesa dan makmur, rakyat disogok dengan alasan pelbagai cara termasuklah kononnya hendak men'transformasi'kan kualiti perkhidmatan.

Adalah disini, sebagai cabang dalam Parti Islam Se-Malaysia yang mendokong aspirasi Negara Berkebajikan dan Keadilan Untuk Semua, maka Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah melaungkan nada yang sama dengan perjuangan rakyat dan anak muda dalam himpunan TURUN.

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah turut dimaklumkan bahawa Himpunan TURUN juga bakal diadakan di Sabah dan mengarahkan seluruh ahli pemuda sama ada di peringkat kawasan dan cawangan di seluruh Sabah untuk turun beramai-ramai di Tanjung Lipat, Kota Kinabalu dan memakai pakaian hitam.

Perlu ditegaskan, himpunan ini bukan dirancang untuk menggulingkan kerajaan dan kita juga tidak ada masa untuk tujuan tersebut. Himpunan ini bagi menunjukkan solidariti PAS terhadap rakyat Sabah yang sememangnya sudah lama sengsara akibat dasar dan perintah yang menzalimi.

Kebebasan berhimpun adalah hak yang diperuntukkan dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, sebagai rakyat yang menjunjung tinggi keluhuran perlembagaan kami percaya ruang ini harus digunakan sepenuhnya bagi mempertegaskan suara penentangan terhadap kenaikan harga barang yang menindas penghidupan rakyat negara tercinta ini.


Oleh:
LAHIRUL LATIGU
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 30 Dec 2013 03:05 PM PST

Takkanlah kerajaan Najib serapuh biskut kering

Oleh: SHAHBUDIN HUSIN

Serentak dengan sambutan malam tahun baru beberapa hari lagi (malam esok), beberapa NGO pro pembangkang telah merancang untuk mengadakan perhimpunan aman di Dataran Merdeka untuk menzahirkan luahan perasaan terhadap kerajaan yang menaikkan beberapa harga barang dan perkhidmatan sejak beberapa bulan lalu.

Sejak pilihanraya umum Mei lalu, kerajaan didapati telah menaikkan empat hingga lima barang dan perkhidmatan, manakala menjelang 1 Januari 2014 nanti, beberapa kenaikan lagi turut menyusul yang sekaligus menjadikan kehidupan rakyat terus-terusan disusahkan oleh kerajaan.

Siri kenaikan yang paling banyak dalam sejarah negara ini jelas tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat, termasuk oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang menyatakan kerajaan sepatutnya mengurangkan kos, bukannya menaikkan harga.

Lebih dari itu, ada yang menyifatkan tahun 2014 sebagai tahun barang naik dan tahun sengsara bagi rakyat yang pada hakikatnya semakin hari semakin dikemudiankan oleh kerajaan.

Lantaran itu, perhimpunan aman di malam ambang merdeka ini tentulah dapat difahami maksud dan tujuannya. Ia hanyalah sekadar medan untuk rakyat meluahkan perasaan dan agar kerajaan lebih mendengar rintihan mereka.

Bagaimanapun, sementara sesetentah pemimpin dan ahli Umno memahami dengan rasional tujuan perhimpunan itu, terdapat pula pihak lain yang cuba memesongkan pemikiran massa dengan mengatakan perhimpunan itu bertujuan menggulingkan kerajaan. Beratus-ratus laporan polis sudah dibuat untuk meminta polis mengambil tindakan terhadap perhimpunan yang didakwa mahu menggulingkan kerajaan itu.

Walaupun sudah dijelaskan berkali-kali oleh pihak penganjur bahawa perhimpunan itu tiada kena-mengena dengan agenda menggulingkan kerajaan, namun ia seperti tidak diendahkan dan laporan polis terus juga dibuat. Termasuk yang tidak mahu faham dan turut mengaitkannya dengan tujuan menggulingkan kerajaan ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang turut mengetuai sekumpulan orang membuat laporan polis.

Rupa-rupanya bukan kalangan pemimpin muda daripada Pemuda Umno saja yang tidak faham, pemimpin sudah beruban seperti Ali Rustam pun turut sama tidak faham.

Hakikatnya, ketidakfahaman mereka itu lebih menggambarkan kebimbangan terhadap kejayaan perhimpunan tersebut. Mereka tahu rakyat sedang marah ketika ini dan ia mungkin mendorong ramai daripadanya untuk turut sama turun ke Dataran Merdeka.

Jika ramai yang turun ke Dataran Merdeka, tentulah ia dilihat sebagai manifestasi bahawa rakyat semakin jauh dengan kerajaan. Tetapi ia cuma sekadar itu. Sambil merayakan sambutan tahun baru, mereka ingin juga melakukan sesuatu yang bermakna, selain daripada berhibur. Selebihnya mungkin hadir hanya untuk berhibur semata-mata.

Tidak mungkin kerajaan terguling atau tumbang hanya kerana sekumpulan anak-anak muda mengadakan protes kenaikan harga barang.

Sistem, budaya dan kedudukan masyarakat kita jelas tidak menerima kerajaan ditumbangkan melalui rusuhan atau tunjuk perasaan. Berdemo dan mengadakan tunjuk perasaan hanyalah sekadar meluahkan perasaan, lagi pula ia dibenarkan dalam Perlembagaan dan sesuai dengan janji Najib mengenai perhimpunan aman sendiri.

Tidak mungkin kerajaan tumbang atau terguling hanya kerana perhimpunan seperti jni, kecualilah kerajaan Najib ini sudah begitu rapuh seperti biskut kering yang mudah dipatah atau lembut bila direndam dalam air. Tetapi adakah begitu keadaannya?

Sejarah telah membuktikan bahawa kita ada rekod dan sistem tersendiri kalau mahu menukar kerajaan atau menukar perdana menteri.

Jadi, janganlah kalut terlebih-lebih dengan perhimpunan ini.

Begitu dengan kenyataan Timbalan Ketua Polis KL, Amar Singh Ishar Singh yang menyatakan perhimpunan itu bertujan menimbulkan kekecohan, malah menyatakan penganjur akan mendirikan beberapa khemah di sekitar Dataran Merdeka serta membawa pelbagai senjata termasuk bom ke perhimpunan itu.

Kenyataan ini lebih bertujuan menakutkan rakyat dan tidak membantu memperbaiki imej kerajaan. Polis seharusnya lebih fokus kepada kawalan keselamatan dan mencegah sesuatu yang buruk. Jika ada bukti kukuh dan sahih, tangkaplah mereka yang terbabit itu walaupun secara realitinya ternampak mustahil penganjur secara terbuka mendirikan khemah dan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan ke tempat awam.

Jika benar polis mempunyai maklumat seperti itu, mereka yang terbabit seharusnya ditahan sebelum pun mereka sampai ke Dataran Merdeka lagi. Maklumat seperti ini tidak seharusnya diucapkan secara santai melalui media, kecualilah tujuannya hanya untuk menakut-nakutkan dan menghalang kehadiran rakyat.

Walaupun sudah beratus laporan polis dan nyanyian mengguling kerajaan semakin kuat kedengaran, pihak polis tidak seharusnya mudah melatah dengan perkara ini. Biarkanlah anak-anak muda ini meluahkan perasaan mereka, tetapi mesti diingatkan supaya mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang buruk yang boleh menjejaskan keselamatan.

Daripada menghebahkan pelbagai perkara yang tidak pasti, pihak polis sebaiknya memanggil penganjur terlibat dan meminta jaminan tiada kekecohan, huru-hara atau keganasan daripada mereka atau mereka akan dipertanggungjawabkan jika berlaku sesuatu yang buruk.

Kerajaan seharusnya lebih bijaksana menangani isu, manakala sikap kalut dan reaksi berlebih-lebih hanya memperlihatkan kepimpinan Najib sedang rapuh dan umpama biskut kering saja kedudukannya.

SH

DUNIACACAMARBA

Posted: 30 Dec 2013 03:03 PM PST

[TMI] Berapakah gaji yang diperlukan untuk hidup di Malaysia? Inilah persoalan yang sukar dijawab sejak kebelakangan ini namun bergaji RM12,000 sebulan di Pulau Pinang tidak menjanjikan hidup yang selesa.

Caroline Wong, 34 seorang kerani tinggal bersama suaminya seorang pengurus jualan dan anak perempuan mereka yang masih kecil. Setiap hujung bulan, mereka mendapat RM12,000 sebagai pendapatan bulanan namun sejak kebelakangan ini mereka berasa ia sudah tidak mencukupi.

"Kami kini terpaksa makan di rumah dan tidak boleh lagi membeli barangan mahal termasuk pakaian berjenama sebagaimana dahulu," cerita Wong kepada The Malaysian Insider.

Menurut Wong semua orang kini terpaksa berjimat dengan cara mengurangkan perbelajaan di mana perlu untuk menghadapi kenaikan kos sara hidup.

Wong berkata, dia dan suaminya terpaksa membayar RM4,000 untuk rumah dan kereta, RM1,500 untuk makanan dan RM1,500 lagi untuk penjagaan, makanan dan susu anak perempuannya.

Dia juga terpaksa membelanjakan RM750 untuk insurans dan kad perubatan keluarga; RM700 untuk petrol; RM600 untuk bil telefon, broadband dan wifi; RM120 untuk Astro; RM140 untuk air dan elektrik; dan RM110 untuk pembantu rumah yang datang mengemaskan rumah mereka setiap minggu.

"RM500 lagi kami terpaksa simpan setiap bulan bagi cukai jalan dan insurans kereta. Bulan Mei nanti, kami terpaksa membelanjakan RM1500 sebulan lagi untuk anak kedua kami yang bakal lahir," cerita Wong.

Inilah nasib yang dialami Wong sekeluarga yang tinggal di Pulau Pinang, bandar raya paling mahal kos sara hidupnya di Malaysia. Semua ini dirasai oleh Wong menjelang tahun 2014 yang akan menjelang tidak lama lagi.

Mulai Januari 2014, semua rakyat negara ini terpaksa menerima cabaran baru dalam mengharungi kehidupan apabila pelbagai harga barangan dan perkhidmatan akan dinaikkan lagi.

Dengan status keseluruhan pulau sebagai kawasan tarikan pelancong, kos sara hidup Wong dan keluarga jauh lebih tinggi berbanding tinggal di lain-lain tempat hatta ibu negara Kuala Lumpur.

Inilah hasil kajian yang diperoleh wartawan The Malaysian Insider di seluruh negara tentang kos sara hidup. Kajian yang dibuat mulai pertengahan Disember ini merangkumi Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Baru, Kuala Terengganu, Klang, Kuching dan juga Alor Setar.

Perkara yang dikaji pula adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam, sayuran seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga keperluan pendapatan minima untuk hidup sempurna.

Kajian ini dibuat menjelang tahun 2014, di mana rakyat bakal menghadapi kenaikan kadar tarif elektrik, tol, sewa bas sekolah, kadar cukai taksiran dan sebagainya. 

Dengan harga yang sudah tinggi berbanding pendapatan rakyat, tahun 2014 bakal menjadikan mereka lebih terbeban lagi apabila harga barangan dan perkhidmatan dinaikkan.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Pengguna Kebangsaan (Fomca), Datuk Paul Selvaraj, kerajaan bertanggungjawab untuk mengurangkan impak ini.

"Harga barangan ditentukan oleh pasaran dan bergantung kepada pengguna untuk mengawal perbelanjaannya.

"Memang tanggungjawab kerajaan untuk meminimakan impaknya kepada pengguna, namun pada sesetengah keaadaan, ia adalah tanggungjawab individu," katanya.

Dengan kadar sewa rumah serta harga rumah yang tinggi dan harga barangan keperluan harian yang agak mahal, seseorang memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang.

Ia dikira paling tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Turut mengiringi Pulau Pinang adalah bandar perindusrian Bintulu di Sarawak dan Paka di Terengganu.

Namun, harga barangan di Pulau Pinang jauh lebih rendah jika mereka tinggal di tanah besar iaitu di Seberang Prai. Mungkin kerana itulah ramai penduduk Pulau Pinang tinggal di tanah besar walaupun bekerja di pulau.

Mungkin ini juga menjadi punca kesesakan berlaku setiap hari di jambatan Pulau Pinang dan feri sehingga menyebabkan jambatan kedua terpaksa dibuat untuk disambungkan ke pulau Mutiara itu.

Harga sekilo ayam di pasar George Town adalah RM9 berbanding RM7.00 di Kuala Lumpur, RM6.50 di Klang.

Kadar sewa rumah juga tinggi di Pulau Pinang. Sebuah rumah teres satu tingkat tiga bilik di Tanjung To Kong disewa dengan kadar RM1,000 sebulan. Namun kadarnya lebih rendah di Batu Kawan atau Nibong Tebal yang boleh diperolehi sekitar RM500 sebulan.

Walau kos sara hidup agak rendah di Kuala Terengganu, namun harga barangan keperluan hariannya antara yang tertinggi berbanding bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia.

Harga ayam di Kuala Terengganu adalah RM7.50 sekilogram berbanding Kuala Lumpur RM7.00 dan Klang hanya RM6.50. Begitu juga harga ikan, walaupun Terengganu ramai nelayan, tetapi harga ikannya antara yang termahal, mungkin kerana kesegarannya.

Harga ikan kembong di pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu adalah antara RM10.00 ke RM15.00 sekilogram bergantung kepada kualiti ikan itu.

Namun oleh kerana kos sewa rumah dan jalan raya tanpa tol di Kuala Terengganu, ia menyebabkan kos hidupnya tidaklah terlalu tinggi. Dengan pendapatan RM2,500 sebulan, sebuah keluarga boleh hidup di Kuala Terengganu dengan memiliki sebuah kereta dan rumah sewa.

Namun di Paka dan Kerteh yang terletak di daerah Kemaman, kos sara hidupnya agak tinggi. Ini kerana kedua-dua bandar ini menjadi tempat tinggal pekerja industri gas dan petroleum. Ia memberikan kesan pahit kepada penduduk tempatan yang terpaksa bersaing untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan pekerja industri yang mempunyai pendapatan lebih baik berbanding mereka.

Keadaan sama berlaku di Sarawak, bandar Bintulu dan Miri yang menjadi pusat industri gas dan petroleum yang menjadikan penduduk bandar ini terpaksa menghadapi kos sara hidup yang tinggi.

Harga rumah di kawasan ini naik mendadak di samping harga barangan meningkat dengan ketara.

Ikuti laporan Kos Sara Hidup untuk bandar-bandar seluruh Malaysia yang disediakan pasukan The Malaysian Insider sebelum kita menyambut kedatangan tahun 2014 yang serba mencabar. – 29 Disember, 2013.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Posted: 30 Dec 2013 12:34 AM PST


Kabinet PAS Kelantan Sessi 2013/2015

Posted: 30 Dec 2013 12:31 AM PST

YAB Ustaz Dato Pesuruhjaya Pas Negeri Kelantan di dalam mesyuarat khas Badan Perhubungan Pas Negeri Kelantan dengan persetujuan mesyuarat telah mengumumkan perlantikan-perlantikan sebagaimana berikut :

Timbalan Pesuruhjaya (1) : YB Dato Mohd Amar Abdullah
Timbalan Pesuruhjaya (2) : YB Dato Dr Johari Mat
Timbalan Pesuruhjaya (3) : YB Dato Haji Husam Musa
Setiausaha : YB Tuan Haji Zulkifli Mamat
Pen. Setiausaha (1) : Tuan Haji Nasir bin Daud
Pen. Setiausaha (2) : Ustaz Asri Mohd Zain
Bendahari : YB Dato Haji Hanifa Ahmad
Pengarah Pilihanraya : YB Dato Haji Takiyuddin Hassan
Ketua penerangan : YB Dato Haji Nasaruddin Daud

AJK Badan Perhubungan :
1. YB Dato Dr Fadzli Hassan
2. Ybrs Wan Nik Wan Yussof
3. YB Dato Haji Abdullah Mat Nawi
4. Ybrs Tuan Nik Baharum Nik Abdullah
5. YB Puan Mumtaz Nawi
6. YB Dato Haji Abdul Fatah Mahmood
7. YB Dato Haji Abdullah Yaakob

Tangisan Nabi Muhammad S.A.W

Posted: 30 Dec 2013 12:30 AM PST


Pada suatu hari Nabi SAW menangis,

Sahabat-sahabat bertanya:
Apa punca tangisanmu wahai Rasulullah?

Sabda Nabi:Aku rindu pada para kekasihku.

Mereka bertanya:Bukankah kami ini kekasihmu wahai Rasulullah?

Nabi menjawab:tidak...kamu sahabat-sahabatku, adapun kekasihku ialah kaum yang datang selepasku..mereka beriman kepadaku walaupun tidak pernah melihatku..

Wahai tuhan jadikan kami dikalangan mereka yang dirindui oleh Rasulullah.

Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Posted: 30 Dec 2013 12:29 AM PST










Majlis Hari Raya Korban NGO R bersama DPPK Machang Dan Pemuda Dun

Posted: 30 Dec 2013 12:25 AM PST












Lawatan Lajnah Kebajikan DPPKM Ke Kg Pangkal Meleret

Posted: 30 Dec 2013 12:20 AM PST







Bantulah

Posted: 30 Dec 2013 12:19 AM PST


Jangan biarkan uslub bicaramu melemahkan semangat orang lain sekalipun ia bertepatan

 dengan realiti..

Manusia memerlukan harapan, lantas tolonglah dia atau diam sahaja

Lawatan Jabatan PASTI Machang Ke PASTI Kg. Pek, Machang

Posted: 30 Dec 2013 12:16 AM PST








Renungkanlah,,

Posted: 30 Dec 2013 12:15 AM PST


Kalaulah hidup di dunia ini mudah...

Masakan sabar itu satu pintu daripada pintu-pintu syurga.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang berkunjung ke rumah sdra Hadhri sekeluarga

Posted: 30 Dec 2013 12:12 AM PST






Perkongsian ilmu.

Posted: 30 Dec 2013 12:11 AM PST

Kata seorang pejuang Islam, Syeikh Abdullah Nasih Ulwan dalam kitabnya: 2 ilmu yang perlu dimiliki oleh seseorang adalah:
Ilmu Mastur : Ilmu yang diperolehi di kuliah, talaaqi dan pusat2 pengajian.

Ilmu Manzur : Ilmu yang diperolehi melalui pengalaman, pengamatan, penelitian, terlibat dengan organisasi dan bermasyrakat

✅Apabila manusia hanya sekadar sibuk dengan ilmu mastur sahaja lantas meningglkan ilmu manzur maka akan muncul golongan BIJAK PANDAI tapi BODOH BERFIKIR.

✅Menyoroti kejatuhan Islam di bumi Baghdad di tangan Tentera Tartar pada zaman kerajaan Abasiyah suatu yang amat yang mendukacitkan. Yang malangnya adalah, wujud ketika itu golongan ilmuwan, intelek, bijak pandai namun mereka tidak mengambil cakna perihal Islam, tiada sensitiviti terhadap cinta dan kasih sayang buat Islam, sibuk dengan kepentingan peribadi , lemah jati diri & tidak mengambil tahu keadaan Islam dan umatnya. Tidak dinafikan salah satu kejatuhan Islam di bumi mulia Baghdad adalah kerana perancangan halus musuh namun yang lebih lagi menyedihkan adalah SIKAP umat Islam.

✅ Maka, kewajipan kita hari ini bukan sekadar memikul tanggungjawab sebagai mahasiswa Islam yang mencari ilmu di kuliah dan pengajian luar namun ada lagi tanggungjawab yang lebih besar.

✅ Kewajipan kita sekarang adalah untuk menjiwai Islam, sayang kepada Islam dan bagaimana usaha kita hari ini untuk faham Islam.

✅Dikisahkan seorang wanita yang bernama Maryam Jameelah ( keturunan Yahudi) disapa angin hidayah oleh Allah SWT untuk memeluk Islam. Sejurus memeluk Islam, beliau terus mendalami Islam bersungguh2 dengan membeli kitab2 Islam dan mencari seorang murabbi yang akhirnya beliau menjadi anak angkat kepada Imam Almaududi.

✅ Kita hari ini Islam kerana warisan tapi masih malas untuk mendalami Islam. Sibuk mencari Islam untuk tidak turut serta dalam program tarbiyyah.

✅Semoga Allah terus tetapkan diri kita dalam medan amal islami ini untuk menggerakkan bahtera Islam. Ramai orang hanya sekadar mahu menjadi penyokong tapi ramai mana mereka yang bercita-cita mahu menjadi pendokong Islam.

"Allah Ghoyatuna"

Lawatan Jabatan Pasti Machang Ke Pasti Cawangan Kg. Pangkal Changgong

Posted: 30 Dec 2013 12:10 AM PST








Perjumpaan Khas DPPKM Bersama Pemuda PAS Dun Kemuning

Posted: 29 Dec 2013 11:54 PM PST










01hb Oktober 2013,,,Lawatan Jabatan Pasti Machang Ke Pasti Cawangan Kampung Kepas Machang

Posted: 29 Dec 2013 11:50 PM PST







Pengikut