Ahad, 10 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Peghelih La...

Posted: 10 Oct 2010 11:07 PM PDT

Peghelih La...


Peranan Markas PAS lebih besar

Posted: 10 Oct 2010 12:26 AM PDT

SANGLANG - Peranan sebuah markas PAS itu lebih besar berbanding dengan fungsi sebuah surau, kata Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.

"Sebab itulah di seluruh negeri ini telah didirikan lebih dari seratus buah markas PAS. Peranan sebuah markas PAS itu lebih besar lagi untuk gerak kerja dan aktiviti yang jemaah kita lakukan.

"Bukan sekadar untuk aktiviti politik, tapi di markas PAS juga kita jalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, juga berperanan sebagai surau dan tempat untuk kita bina fikrah ahli," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang berkata demikian dalam ucapannya merasmikan Markas PAS Cawangan Jawi Seratus dekat sini baru-baru ini.

Batu9kgtengah's Blog

Posted: 10 Oct 2010 09:22 PM PDT

Batu9kgtengah's Blog


Setiausaha PAS Cawangan Dikurniakan Cahayamata Sulung

Posted: 06 Oct 2010 08:42 AM PDT

Sungai Buluh, 6 Okt    : Setiausaha PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah, Mohd Faizal Mohd Barja dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Cawangan, Nadhirah Shariff telah dikurniakan seorang cahayamata lelaki di Hospital Sungai Buluh.

Beliau dan isteri yang juga AJK Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri dan AJK Dewan Muslimat PAS (DMP) Negeri Selangor telah dikurniakan cahayamata sulung tepat jam 8.41 pagi di hospital berkenaan dengan berat 2.67kg.

Kelahiran cahayamata sulung tersebut telah disambut ceria oleh kedua-dua neneknya iaitu Supatmi Sanimon, yang juga AJK Muslimat PAS Cawangan (JMC) dan Hajjah Salehah Mohamed.

Selain itu, saudara-mara terdekat dan rakan-rakan juga sempat menziarahi mereka semasa di hospital.


PAS Kawasan Miri

Posted: 10 Oct 2010 07:22 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Dr Mujahid:ISLAM Membawa Rahmat ke seluruh Alam

Posted: 09 Oct 2010 10:44 PM PDT

AlhamduliLLAH,minggu ini ,susulan pengumuman Tuan Guru Haji Hadi akan pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak di Miri tidak lama lagi,PAS Kawasan telah menerima kunjungan YB Dr Mujahid Yusuf Rawa,Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat.



Ketibaan julung kali Dr Mujahid disambut saf pimpinan PAS Kawasan diketuai YDP,Tuan Haji Jofri . Setiba di Miri,Dr Mujahid telah mengadakan taklimat kepada ahli PAS Kawasan dengan fokus tertumpu pada gerakerja penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS Miri. Hampir semua pimpinan protem Cawangan,Dewan Pemuda dan Muslimat hadir dalam program tersebut.





Pada sebelah malam ,PAS Kawasan Miri telah membuka lembaran baru apabila berjaya menembusi kawasan yang dianggap kubu kuat PBB Miri iaitu Lembah Hijau. Buat julung jali program Ramah tamah Dewan Pemuda PAS Miri telah medapat sambutan penduduk setempat.Lebih 150 penduduk telah hadir dalam program tersebut. Turut hadir ;pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Miri,Dr Teo(PKR) dan Fong Pau Teck(DAP).

Dr Mujahid dalam ceramah beliau menegaskan tentang keterbukaan PAS dalam landskap politik baru telah menyebabkan is menjadi parti yang kekal relevan dalam suasana masyarakay moden hari ini. Dasar kebersamaan PAS,DAP,PKR dan SNAP yang konsisten terhadap penentangan terhadap kezaliman dan rasuah adalah teras kepada peubahan masyarakat yang asasnya;mengambil panduan Al-quran yang secara jelas telah menyatakan bahawasanya RasulluLLAH yang menyampaikan mesej ISLAM adalah pembawa rahmat seluruh Alam. Maka dengan itu ia menjadi panduan kearah merealisasikan PAS for ALL. Dr memberikan contoh penulisan beliau "The day I spoke at theHall of Holy Spirit " telah diterima sebagai satu gerakerja dialog yang berjaya merungkaikan kebimbangan masyarakat bukan ISLAM terhadap perjuangan PAS.

Program padat Dr Mujahid diteruskan dengan program Qiamullail dan Kuliyyah Subuh. Dalam kuliyyah beliau;Dr menegaskan akan benarnya janji ALLAH;yakni Syurga dan Kemenangan ISLAM. Maka beliau menyeru hadirin untuk berjihad demi menegakkan kalimah ALLAH. Biarpun bumi Sarawak adalah baru dalam dimensi dakwah dan dianggap kerdil,tapi Dr memberikan semangat bahawa disinilah bumi yang subur untuk ISLAM berkembang.

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 10 Oct 2010 07:14 PM PDT

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


UMNo Gadaikan Hak Orang Melayu

Posted: 10 Oct 2010 06:33 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Rakyat hendaklah menjauhi Umno kerana parti itu sering dibuktikan menggadai kepentingan bangsa sendiri semata-mata mahu menjaga kepentingan diri dan cita-cita politiknya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Bukan sahaja bangsa sendiri yang digadaikan, agama Islam pun sanggup digadaikan oleh Umno apabila ia mencantas bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR).

"Bukan setakat mencantas bantuan sahaja, para pemimpin Umno termasuk (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) malah melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah tidak berasas kepada SAR apabila mereka memberi gambaran seolah-olah SAR menjadi tempat melahirkan pengganas," katanya ketika menyambut gesaan Sultan Selangor supaya rakyat menjauhi pihak yang menggadai bangsa sendiri.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, antara pengkhianatan terbesar Umno terhadap orang-orang Melayu sepanjang lebih 50 tahun memerintah negara ini ialah apabila tanah-tanah rizab Melayu semakin pupus.

"Akibat perbuatan Umno menggadai bangsa sendiri, kini hanya tinggal sekitar 1.7 juta hektar sahaja tanah rizab Melayu, sedangkan waktu negara menyambut kemerdekaan dulu, terdapat kira-kira tiga juta hektar tanah-tanah tersebut," katanya.

Umno, katanya, seolah-olah mahu mengulangi tragedi yang berlaku ke atas rakyat Palestin apabila tanah mereka tergadai kepada Yahudi Zionis.

"Bukan sahaja tanah, peluang pendidikan yang selama ini menjadi wadah utama mengubah taraf hidup orang-orang Melayu juga dimangsakan dalam kerakusan Umno menggadai bangsa sendiri.

"Peruntukan untuk institusi-institusi pendidikan Melayu itu dikurangkan dengan begitu ketara dalam belanjawan 2010. Bagi IKM, peruntukan untuk 2010 RM143 juta berbanding RM403 juta bagi tahun 2009. Giat MARA hanya mendapat RM16 juta bagi tahun 2010 berbanding RM28 juta bagi 2009.

"Bagi MRSM dan Koleh Sains MARA, peruntukan hanya tinggal RM115 juta untuk tahun 2010 berbanding RM254 juta pada tahun 2009," kata beliau dengan penuh kesal.

Malah, katanya, peruntukan kepada MARA sendiri dikecilkan dengan begitu banyak.

"Peruntukan kepada MARA dipotong-potong sehingga berjumlah RM 374,537 juta sahaja bagi tahun 2010 berbanding RM883,785 juta untuk 2009," katanya.

Dari segi politik pula, kata Mahfuz, Umno juga menghalang pertambahan kerusi Melayu di Dewan Rakyat.

"Dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003, kita tidak lihat pertambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu.

"Tidak ada pertambahan kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah walaupun masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus," katanya.

Menurut Mahfuz, jika disenaraikan semuanya, terlalu panjang senarai perbuatan Umno menggadaikan kepentingan bangsa Melayu.

DPPK PARIT

Posted: 10 Oct 2010 07:11 PM PDT

Mohd Nasir Mustafa - Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, Kawasan Kubang Rotan

Posted: 10 Oct 2010 07:08 PM PDT

Mohd Nasir Mustafa - Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, Kawasan Kubang Rotan


IMG01166-20101010-1854.jpg

Posted: 10 Oct 2010 05:23 AM PDT

PAS LENGGONG

Posted: 10 Oct 2010 07:04 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 10 Oct 2010 03:17 AM PDT

Azam PAS

Posted: 10 Oct 2010 02:36 AM PDT

Siapa pun calon Umno, PAS tetap lawan- Nik Aziz
Rizal Tahir
KOTA BHARU, 9 Okt: Seperti pernah beberapa kali dinyatakan sebelum ini, PAS tetap akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas biar siapa pun calon dipertaruhkan Umno.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS bertanding pilihan raya bukan menentang individu tertentu, namun menentang dasar perjuangan selain Islam.

"Kita tetap akan menentang Umno, tak kira siapa pun calonnya, sebab kita menentang dasar perjuangan yang dibawa dan bukannya individu tertentu," ujarnya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika diminta mengulas jawapan Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pagi tadi.

Ku Li dalam penjelasannya berhubung PRK Galas pagi tadi memberitahu menerima tawaran sebagai Pangarah Pilihan Raya namun belum memutuskan untuk menerima tawaran sebagai calon bertanding.

Bagaimanapun menurut Tuan Guru Nik Aziz, PAS akan tetap menyambut baik sebarang keputusan yang akan dibuat Tengku Razaleigh sama ada ingin menerima sebagai calon atau sebaliknya.

Namun katanya, jika Ketua Umno Gua Musang itu menerima tawaran calon tersebut bermakna beliau menerima pihak yang cuba menjatuhkan kedudukannya yang dilihat hanya layak diberi jawatan Perdana Menteri.

Mengulas program Hari Suami Isteri, beliau mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana telah mencetuskan idea baru dalam institusi kekeluargaan di negara ini.

Menurutnya, Kelantan sekali lagi mendahului negeri lain mengadakan program berkenaan sebagaimana lazimnya program Hari Ibu dan Hari Bapa dan seumpamanya diadakan.

Penceramah motivasi terkenal Datuk Dr Fadhilah Kamsah turut diundang menjayakan program berkenaan.

Posted: 10 Oct 2010 02:36 AM PDT

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 10 Oct 2010 03:10 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


ANTARA 2 HARI TAHAN BERAK DENGAN 2 TAHUN AKUAN BORAK

Posted: 10 Oct 2010 05:17 AM PDT




SAYA TIDAK BASUH DUBUR KERANA NAK SIMPAN BUKTI KATA MOHD SAIFUL - STAR
Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengadu diliwat Anwar Ibrahim berkata beliau tidak membasuh duburnya selepas kejadian liwat pada 26 Jun 2008 kerana mahu menyimpan bukti.

Mohd Saiful, saksi utama dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu berkata selepas kejadian itu, beliau tidak mandi tetapi hanya membilas badannya.

PEMUDA BESUT

Posted: 10 Oct 2010 01:13 PM PDT

PEMUDA BESUT


Jangan dekati Umno kerana ia parti pengkhianat - Mahfuz

Posted: 10 Oct 2010 08:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Rakyat hendaklah menjauhi Umno kerana parti itu sering dibuktikan menggadai kepentingan bangsa sendiri semata-mata mahu menjaga kepentingan diri dan cita-cita politiknya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Bukan sahaja bangsa sendiri yang digadaikan, agama Islam pun sanggup digadaikan oleh Umno apabila ia mencantas bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR).

"Bukan setakat mencantas bantuan sahaja, para pemimpin Umno termasuk (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) malah melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah tidak berasas kepada SAR apabila mereka memberi gambaran seolah-olah SAR menjadi tempat melahirkan pengganas," katanya ketika menyambut gesaan Sultan Selangor supaya rakyat menjauhi pihak yang menggadai bangsa sendiri.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, antara pengkhianatan terbesar Umno terhadap orang-orang Melayu sepanjang lebih 50 tahun memerintah negara ini ialah apabila tanah-tanah rizab Melayu semakin pupus.

"Akibat perbuatan Umno menggadai bangsa sendiri, kini hanya tinggal sekitar 1.7 juta hektar sahaja tanah rizab Melayu, sedangkan waktu negara menyambut kemerdekaan dulu, terdapat kira-kira tiga juta hektar tanah-tanah tersebut," katanya.

Umno, katanya, seolah-olah mahu mengulangi tragedi yang berlaku ke atas rakyat Palestin apabila tanah mereka tergadai kepada Yahudi Zionis.

"Bukan sahaja tanah, peluang pendidikan yang selama ini menjadi wadah utama mengubah taraf hidup orang-orang Melayu juga dimangsakan dalam kerakusan Umno menggadai bangsa sendiri.

"Peruntukan untuk institusi-institusi pendidikan Melayu itu dikurangkan dengan begitu ketara dalam belanjawan 2010. Bagi IKM, peruntukan untuk 2010 RM143 juta berbanding RM403 juta bagi tahun 2009. Giat MARA hanya mendapat RM16 juta bagi tahun 2010 berbanding RM28 juta bagi 2009.

"Bagi MRSM dan Koleh Sains MARA, peruntukan hanya tinggal RM115 juta untuk tahun 2010 berbanding RM254 juta pada tahun 2009," kata beliau dengan penuh kesal.

Malah, katanya, peruntukan kepada MARA sendiri dikecilkan dengan begitu banyak.

"Peruntukan kepada MARA dipotong-potong sehingga berjumlah RM 374,537 juta sahaja bagi tahun 2010 berbanding RM883,785 juta untuk 2009," katanya.

Dari segi politik pula, kata Mahfuz, Umno juga menghalang pertambahan kerusi Melayu di Dewan Rakyat.

"Dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003, kita tidak lihat pertambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu.

"Tidak ada pertambahan kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah walaupun masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus," katanya.

Menurut Mahfuz, jika disenaraikan semuanya, terlalu panjang senarai perbuatan Umno menggadaikan kepentingan bangsa Melayu.-harakah

Tengku Razaleigh: Perangai dan kelakuan budaya, moral dan akhlak orang UMNO perlu diadabkan.

Posted: 10 Oct 2010 08:37 AM PDT



- Petikan ucapan Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Kelantan, Semasa Merasmikan Persidangan Perwakilan Khas UMNO Bahagian Gua Musang, Bertempat Di Balai Rakyat, Bukit Cekati, Gua Musang Pada Hari Jumaat 4hb April, 2008, bersamaan 27hb Rabiulawal, 1429 Jam 10.00 pagi

24. UMNO mesti mengubah atau kalau perlu membersihkan ketiga-tiga imej yang buruk itu. UMNO mesti dipercayai bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi juga oleh orang bukan Melayu. Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, kita lihat ada orang dari kaum India dan kaum Cina, misalnya, mengibarkan dan menjunjung bendera PAS, dan mereka mengundi calon PAS di kawasan kuat UMNO. Mengapa? Apakah kerana mereka sudah dipukau atau di-Islamkan oleh orang PAS? Tidak. Mereka berbuat demikian kerana mereka percaya bahawa PAS, berdasarkan prinsip Islam, lebih adil daripada UMNO terhadap kaum bukan Islam. Mereka berkata orang PAS takut kepada Tuhan; jadi mereka takut hendak bercakap bohong atau melakukan dosa kepada makhluk Allah, tidak kira bangsa dan agama. Mereka berkata, Tok Guru Nik Aziz jauh lebih baik, bersih dan amanah daripada kebanyakan pemimpin UMNO Kelantan.

25. Inilah cabaran yang dihadapi oleh UMNO hari ini. UMNO terpaksa menjadi parti yang boleh dipercayai oleh semua kaum. UMNO terpaksa menyaingi parti baru seperti PKR yang dilihat oleh semua kaum – termasuk orang Melayu generasi baru – sebagai parti yang dasarnya ialah keadilan kepada semua rakyat berdasarkan keadaan dan keperluan asas mereka.

Ketiga: perangai dan kelakuan budaya, moral dan akhlak orang UMNO perlu diadabkan

26. Kita perhatikan dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-12, kelakuan beberapa calon UMNO tidak beradab. Mereka sombong, bercakap besar, riak, dan suka menabik dada. Seorang calon Parlimen UMNO memberitahu media bahawa matlamat dia ialah untuk memastikan lawannya hilang deposit. Calon ini mengalami kekalahan teruk, diajar oleh pengundi Melayu. Di Kelantan kita dengar bagaimana seorang calon Parlimen yang dekat dengan kuasa atasan di K.L memaki hamun dan menggunakan kata-kata biadab terhadap PAS, khususnya terhadap Datuk Nik Aziz, MB Kelantan. Bahkan seluruh jentera UMNO digerakkan untuk melancarkan semacam 'perang salib' terhadap PAS, gayanya seperti perang yang dilakukan oleh Bush terhadap negara Islam.

27. Saya faham, PAS ialah parti lawan UMNO tetapi bukan itulah caranya orang Melayu-Islam cuba mengalahkan pihak lawan sesama bangsa dan sesama agama. Kita adalah bangsa yang berbudaya, beragama Islam, beradab. Orang Melayu – bahkan orang bukan Melayu dan bukan Islam pun – meluat dan menyampah dengan fiil dan kelakuan sombong bongkak itu. Kita tidak diajarkan cara bagaimana hendak memikat hati pihak lawan. Kita seolah-olah menggunakan budaya dan taktik samseng. Akhirnya, kita kalah – kalah lebih teruk daripada dalam tahun 2004, bukan kerana dasar UMNO tidak baik tetapi kerana orang UMNO itu yang tidak baik, dan merekalah yang merosakkan imej parti. (Sumber)

MB Selangor Tanding Jawatan Timbalan Presiden PKR

Posted: 10 Oct 2010 08:23 AM PDT


Tan Sri Khalid Ibrahim akhirnya mengumumkan bertanding jawatan timbalan presiden PKR.

"Saya, Khalid Ibrahim menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti," katanya.

Beliau membuat pengumuman itu di hadapan 300 penyokong dan pemimpin cabang di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam sebentar tadi.

Ini bermakna, beliau akan bersaing dengan dua naib presiden sekarang Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub dan Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim untuk kerusi nombor dua itu.

Belum pasti sama ada Zaid - salah seorang pesaing utama untuk jawatan itu - akan mengundurkan diri untuk memberikan laluan kepadanya, seperti yang pernah dijanjikannya sebelum ini.

Manakala ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Strategi PKR Tian Chua yang sudah cukup dua pencalonan minumum untuk bertanding belum membuat sebarang pengumuman sama ada menyertai persaiangan itu atau pun tidak.

Berdasarkan keputusan pencalonan daripada 171 cabang yang diperoleh Malaysiakini, Azmin mendahului dengan 102 pencalonan, Zaid 38, Mustaffa 17, Tian Chua 5, Khalid 5 dan Datuk Seri Wan Azizah Ismail 3 yang melayakkan mereka bertanding jawatan itu.Malaysiakini/-

Jangan dekati Umno kerana ia parti pengkhianat !!!

Posted: 10 Oct 2010 07:06 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Rakyat hendaklah menjauhi Umno kerana parti itu sering dibuktikan menggadai kepentingan bangsa sendiri semata-mata mahu menjaga kepentingan diri dan cita-cita politiknya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Bukan sahaja bangsa sendiri yang digadaikan, agama Islam pun sanggup digadaikan oleh Umno apabila ia mencantas bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR).

"Bukan setakat mencantas bantuan sahaja, para pemimpin Umno termasuk (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) malah melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah tidak berasas kepada SAR apabila mereka memberi gambaran seolah-olah SAR menjadi tempat melahirkan pengganas," katanya ketika menyambut gesaan Sultan Selangor supaya rakyat menjauhi pihak yang menggadai bangsa sendiri.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, antara pengkhianatan terbesar Umno terhadap orang-orang Melayu sepanjang lebih 50 tahun memerintah negara ini ialah apabila tanah-tanah rizab Melayu semakin pupus.

"Akibat perbuatan Umno menggadai bangsa sendiri, kini hanya tinggal sekitar 1.7 juta hektar sahaja tanah rizab Melayu, sedangkan waktu negara menyambut kemerdekaan dulu, terdapat kira-kira tiga juta hektar tanah-tanah tersebut," katanya.

Umno, katanya, seolah-olah mahu mengulangi tragedi yang berlaku ke atas rakyat Palestin apabila tanah mereka tergadai kepada Yahudi Zionis.

"Bukan sahaja tanah, peluang pendidikan yang selama ini menjadi wadah utama mengubah taraf hidup orang-orang Melayu juga dimangsakan dalam kerakusan Umno menggadai bangsa sendiri.

"Peruntukan untuk institusi-institusi pendidikan Melayu itu dikurangkan dengan begitu ketara dalam belanjawan 2010. Bagi IKM, peruntukan untuk 2010 RM143 juta berbanding RM403 juta bagi tahun 2009. Giat MARA hanya mendapat RM16 juta bagi tahun 2010 berbanding RM28 juta bagi 2009.

"Bagi MRSM dan Koleh Sains MARA, peruntukan hanya tinggal RM115 juta untuk tahun 2010 berbanding RM254 juta pada tahun 2009," kata beliau dengan penuh kesal.

Malah, katanya, peruntukan kepada MARA sendiri dikecilkan dengan begitu banyak.

"Peruntukan kepada MARA dipotong-potong sehingga berjumlah RM 374,537 juta sahaja bagi tahun 2010 berbanding RM883,785 juta untuk 2009," katanya.

Dari segi politik pula, kata Mahfuz, Umno juga menghalang pertambahan kerusi Melayu di Dewan Rakyat.

"Dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003, kita tidak lihat pertambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu.

"Tidak ada pertambahan kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah walaupun masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus," katanya.

Menurut Mahfuz, jika disenaraikan semuanya, terlalu panjang senarai perbuatan Umno menggadaikan kepentingan bangsa Melayu.HrkhJustify Full

Kelantan Hanya Pembangkang, Bukan Musuh Kerajaan Pusat-Tok Guru Nik Aziz

Posted: 10 Oct 2010 12:43 AM PDT


PASIR PUTEH - Kelantan adalah negeri pembangkang, bukan musuh Kerajaan Pusat sehingga dinafikan pelbagai hak termasuk menafikan 118 projek pembangunan di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Pusat menghentikan begitu banyak projek yang sepatutnya diperolehi negeri itu semata-mata ditadbir parti pembangkang.

Ketika mula memerintah Kelantan, katanya, Kerajaan Negeri memohon beberapa projek pembangunan termasuk membina pelabuhan dan lapangan terbang namun ditolak.

"Perdana Menteri ketika itu memberi alasan laut kita cetek, sedangkan manusia boleh menyelesaikan masalah sedemikian termasuk dengan cara mendalamkannya.
Justify Full
"Lapangan terbang pula, baru sekarang kita mendapat yang baru, terlalu lambat kerana kita membuat permohonan sejak hampir 20 tahun lalu," katanya ketika merasmikan Program Cakna Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak, semalam.

Mursyidul Am Pas itu berkata, pemimpin Kerajaan Pusat juga telah memberi pelbagai tanggapan negatif kepada pelabur luar yang mahu memasuki negeri itu kerana mahu membiarkan Kelantan terus ketinggalan dari segi ekonominya.

Nik Aziz berkata, itulah salah satu faktor Pas melawan Barisan Nasional (BN) kerana diskriminasi yang diamalkan selain fahaman politik yang ternyata berbeza.

"Siapa pun yang berada di pihak mereka (BN) kita terpaksa lawan kerana kita bukan melawan batang tubuh tetapi kita melawan kerana ideologi mereka tidak berdasarkan Islam.

"Siapa pun kita lawan kerana lawan kita ini bermaksud untuk membetulkan, menyedarkan mereka agar tidak terpesong dengan ajaran Islam," katanya.

Ketika ditanya isu yang akan dibangkitkan Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Nik Aziz berkata, beliau hanya menekankan ajaran Islam dan menyerahkan soal membangkitkan isu kepada pemimpin lain.

Sementara itu pada majlis berasingan di KOTA BHARU, Nik Aziz berkata, Pas akan mengumumkan calon mereka yang akan bertanding di Galas bila tiba masanya.

"Itu dia ada program dia. Akan sampai masanya. Bila tiba masanya..tak apa...saya akan beritahu. Tak payah risau," katanya

Mengenai keputusan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyatakan persetujuan menerima tawaran sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya BN, beliau berkata:

"Hak tu ikut dia (Tengku Razaleigh)...dia punya fasal. Kita lawan tetap akan lawan. Dia nak terima tak nak itu dia punya fasal. Saya kenal dia lama. Saya rasa dia tak layak jadi calon. Masa dia jadi ketua perhubungan pun di Kelantan tetapi dia sendiri tak calon diri dia untuk DUN.

"Apa ertinya masa dia sendiri jadi ketua perhubungan dia tak calon diri dia sebagai ADUN...tiba-tiba sekarang ini dia jadi Ahli Parlimen kita suruh dia turun ke bawah. Ini tak betul."SH

Wawancara : Anwar pasti akan disumbat ke dalam penjara

Posted: 09 Oct 2010 06:07 PM PDT



Badrul Hisham Shaharin, atau lebih suka dikenali sebagai che' GuBard, tidak asing untuk mereka yang terlibat dalam demonstrasi jalanan sebelum "tsunami politik" pada 8 Mac 2008. Anak muda yang berumur 32 tahun ini menyertai Parti Keadilan Nasional pada awal penubuhannya, malah terpilih sebagai ahli Majlis Tertinggi Pusat pada tahun 2007.

che'GuBard (gambar kiri) menyarung jersi PKR untuk bertanding di kawasan parlimen Rembau, Negeri Sembilan pada PRU ke-12. Bagaimanapun, beliau tewas kepada Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO sekarang) dengan perbezaan 5,746 undi.

Beliau pernah menerbitkan buku "Di sebalik misteri pembunuhan Altantuya", dan mempunyai "pengalaman" untuk ditangkap, ditahan dan disoal-siasat polis, berikutan keterlibatannya dalam aktiviti politik. Yang berikut adalah satu wawancara yang dijalankan melalui email, bersama Badrul Hisham Shaharin yang menawarkan diri sebagai calon Ketua AMK.

1. Penilaian anda terhadap situasi/prestasi AMK sekarang. Pada pendapat anda, apakah masalah pokok yang membelenggu AMK kini?

Prestasi AMK pada hari ini secara umumnya baik. Sebagai sebuah organisasi baru (AMK ditubuhkan pada tahun 2005), peranan yang telah dimainkan oleh AMK sepanjang musim lepas boleh dibanggakan oleh kerana masih mampu untuk mempertahankan sebuah organisasi yang menyatukan pelbagai kaum, agama dan ideologi.

Akan tetapi, AMK masih boleh dimantapkan jika ada misi dan visi yang boleh menyatukan anggota AMK di seluruh negara.

Apa yang boleh menyatukan anggota AMK di seluruh negara?

Jawapannya adalah AMK harus membawa kembali obor perjuangan rakyat yang telah dicetuskan oleh Anwar Ibrahim dan gerakan reformasi pada tahun 1998 dahulu. Jika obor perjuangan ini dikembalikan, rakyat Malaysia terutamanya orang-orang muda akan kembali bersama AMK dan Pakatan Rakyat secara umumnya.

Jika AMK bergerak ke depan dengan membawa obor perjuangan, secara tidak langsung, Pemuda PAS dan Pemuda Sosialis DAP akan bergerak bersama-sama dalam memastikan kedaulatan rakyat terus dibela.

2. Ramai pemimpin muda dalam PKR yang agak menyerlah secara individu. Malah, PKR menjadi pilihan golongan muda selepas PRU ke-12, kerana dilihat sebagai harapan masa depan. Ironinya, dari segi organisasinya, AMK agak lemah. Mengapakah situasi ini berlaku?

Masalah ini berlaku oleh kerana ramai yang masih terperangkap dengan politik personaliti. Di dalam politik personaliti, individu akan menjadi faktor dan akan bergerak dan bertindak seperti seorang celebriti. Ini telah menyebabkan, kebanyakan pimpinan muda yang menyerlah bergerak secara bersendiri.

Misi saya adalah untuk menjadikan AMK sebagai sebuah organisasi yang dimiliki oleh kesemua orang-orang muda bukan sahaja di dalam PKR, termasuk juga orang-orang muda yang tidak menggangotai PKR. Kita tahu, sifat orang muda biasanya "rebel". Saya kenal dengan ramai orang-orang muda yang pintar dan berani dan bersama perjuangan Pakatan Rakyat tetapi tidak berminat untuk bersama parti.

Ini berlaku kerana AMK masih lagi gagal untuk dijadikan sebagai sebuah platform untuk menyatukan anak-anak muda di seluruh negara.3. Apa yang anda lakukan sepanjang beberapa tahun ini, sebagai cubaan untuk mengatasi masalah yang dikatakan di atas?

Sepanjang berberapa tahun kebelankangan ini, saya dan teman-teman anak muda menubuhkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). SAMM telah membuktikan bahawa anak muda di luar sana yang tidak berminat dengan parti politik seperti penyajak, Rahmat Haron pernah melibatkan diri dalam aktiviti SAMM.

Pada tahun 2007, ketika SAMM menghantar "bantal" kepada Abdullah Badawi oleh kerana sering tertidur ketika menjalankan tugasan negara, Rahmat Haron telah membawa kawan-kawan seniman untuk bersama-sama. Event ini telah menjadi "world news" kerana turut dilaporkan oleh Washington Post dan New York Times.

Jika menang sebagai ketua AMK, saya dan teman-teman pimpinan akan mengubah imej AMK menjadi sebuah organisasi untuk seluruh anak muda di Malaysia.

4. Anda menonjolkan demonstrasi jalan raya sebagai pendekatan anda. Tetapi, AMK dilihat lemah dari segi keupayaan untuk memobilisasi sokongan ramai agar turun ke jalan raya, berbanding PAS. Persoalannya, mengapa situasi ini berlaku, dan bagaimana anda mengatasinya?

AMK tidak lemah. Seperti yang saya jawab di atas sebelum ini, AMK hanyalah untuk AMK. Saya akan pastikan, AMK adalah milik semua anak muda di Malaysia. Selepas ini, tidak akan ada masalah lagi untuk AMK memobilisasi massa.

5. Anda mengandaikan Anwar akan ditahan semula ke dalam penjara. Lantaran daripada itu, anda mendahulukan "demonstrasi jalan raya" daripada tema "pencerahan" mahupun "menuju Putrajaya" daripada dua orang lagi calon ketua AMK. Bukankah ia lebih mudah mengundang persepsi bahawa agenda perjuangan AMK sekadar untuk membela seorang individu bernama Anwar Ibrahim?

Di dalam politik, kita mesti realistik. Daripada trend perbicaraan mahkamah, Anwar pasti akan disumbat ke dalam penjara. Barang siapa yang tidak berani untuk membicarakan perkara ini, mereka buta politik. AMK berjuang untuk memantapkan lagi Pakatan Rakyat. Apabila ketua Pakatan Rakyat yang juga Ketua Pembangkang dihina oleh musuh, apakah AMK harus berdiam diri?

6. Penilaian anda terhadap Gerakan Reformasi sejak tahun 1998. Pada pandangan anda, apakah bentuk dan halatuju baru untuk Gerakan Reformasi ini, selepas 12 tahun?

Masalah utama kepada gerakan Reformasi semenjak dari 1998, ianya tidak disusun dengan baik. Jika menang sebagai Ketua AMK, kami akan bersama-sama dengan teman-teman dari gerakan reformasi untuk membincangkan kembali halatuju gerakan Reformasi di Malaysia.

7. Penilaian anda terhadap Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO. Setujukah anda bahawa beliau memiliki keupayaan bukan sahaja dari segi perbahasan dasar, tetapi juga berpidato ketika dalam ceramah, malah ketika berdemonstrasi?

Pada pandangan saya, KJ mempunyai kelebihan. Akan tetapi, tidak ada apa yang boleh dibanggakan oleh kerana beliau gagal untuk menggerakkan Pemuda UMNO sekurang-kurangnya menjadi lebih baik daripada Hishamuddin Hussein.

8. Penilaian anda terhadap Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS dan Anthony Loke selaku Ketua DAPSY. Apakah yang membezakan anda dengan dua orang ketua sayap pemuda dalam Pakatan Rakyat?

Kedua-dua mereka adalah pemimpin yang baik. Akan tetapi saya berbeze dengan kedua-dua mereka oleh kerana:

PKR merupakan satu-satunya parti politik di Malaysia yang menyatukan pelbagai ideologi. Di dalam PKR, terdapat golongan Nasionalis, Sosialis, Kapitalis dan kelompok agama. Sudah tentulah, perbezaan-perbezaan ideologi dan pemikiran yang terdapat dalam PKR telah menyebabkan berlaku sedikit kesukaran pada peringkat awal ini.

Akan tetapi, proses evolusi yang sedang berjalan ini memantapkan PKR. Dalam masa 10 tahun akan datang, selepas perdebatan ideologi dan pemikiran yang terdapat dalam PKR berjaya diselesaikan, PKR akan menjadi sebuah parti politik yang terkuat di Malaysia oleh kerana kejayaannya menyatukan pelbagai kaum di Malaysia seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi.

AMK pada waktu ini sedang menjalani proses untuk menyesuaikan diri dengan proses evolusi yang sedang berlaku seperti yang saya maksudkan di atas.

9. Sila nyatakan tiga perkara yang akan anda lakukan dalam tempoh jawatan seandaiya anda terpilih sebagai Ketua AMK.

a. Menyatukan AMK yang terpecah kepada beberapa fraksi sepanjang tempoh pemilihan.

b. Menjadikan AMK sebagai wadah perjuangan bagi anak muda di Malaysia.

c. Menyatukan Pemuda Pakatan Rakyat bagi menghadapi Barisan Nasional di dalam pilihanraya mahupun pilihanjalanraya.


10. Pada pandangan anda, apakah kelebihan diri anda berbanding calon Ketua AMK yang lain?

Jika saya menang, saya bukanlah ketua kepada anggota AMK, akan tetapi hamba kepada mereka. Saya akan cuba untuk berkhidmat dengan sebaiknya.

*Wawancara bersama Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai che'GuBard ini dijalankan melalui email. 10 soalan direka mengikut kesesuaian ketiga-tiga calon Ketua Angkatan Muda Keadilan, telah dihantar serentak dan dimaklumkan kepada penerima email pada minggu lalu, iaitu che'GuBard, Rafizi Ramli dan Hasmi Hashim.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 10 Oct 2010 01:05 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


PAS tetap lawan sekalipun Najib calon BN

Posted: 09 Oct 2010 10:40 PM PDT

 
SHAH ALAM, 9 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika Datuk Seri Najib sekalipun menjadi calon Umno di Galas, PAS tetap akan bertanding.

Ianya kerana PAS telah menetapkan pendirian untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil tersebut yang dijadual 4 November ini.

"Kita akan melawan siapa sahaja, kalau Datuk Seri Najib yang bertanding sekalipun kita akan lawan.

"Kita sudah buat keputusan untuk bertanding," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan petugas media berhubung respon Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) hari ini.

Ku Li pagi tadi menjelaskan beliau menerima tawaran sebagai Pengarah Pilihan Raya Galas, namun berhubung calon, beliau belum boleh memberi keputusan.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata beliau tidak mahu menyentuh soal calon Umno kerana itu hak mereka.

Namun bagi PAS beliau berkata, parti itu mengambil kira semua aspek dalam menentukan keberkesanan kempen pada pilihan raya itu nanti.

Ianya termasuk soal isu yang akan dibangkitkan yang dijangka sedikit berbeza dari PRK Manek Urai lalu memandangkan Galas lebih dekat dengan kawasan pekan.

"Dalam isu tempatan sudah tentulah berubah, masyarakatnya berbeza.

"Di Galas ada org asal, Tiong Hua, oleh sebab itu pendekatan, kita ambil kira.

Ditanya soal calon PAS, beliau memberitahu sedang menunggu mesyuarat PAS Kelantan yang akan memutuskannya dalam masa terdekat.

"Kita menunggu mesyuarat PAS Kelantan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau sebelum itu melancarkan Briged Dewan Muslimat PAS (Briged Muslimat) di sini.


Baca: Briged Muslimat dekati pengundi wanita muda sini

Petanda BN semakin lemah: AGM Wanita, Pemuda MCA lesu, kurang sambutan

Posted: 09 Oct 2010 10:39 PM PDT



Jumlah kehadiran anggota Pemuda dan Wanita MCA yang rendah di persidangan agung tahunan (AGM) Pemuda dan Wanita di Kuala Lumpur hari ini menimbulkan tanda tanya.

Kehadiran anggota Pemuda dikatakan hanya sebanyak 51 peratus dan Wanita sekitar 56 peratus, lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Sesetengah pihak menyifatkan perkara itu sebagai tentangan terhadap kepimpinan sayap masing-masing dan keputusan yang telah diambil oleh pucuk pimpinan parti.

Misalnya dikatakan ada pihak yang tidak berpuas hati dengan cadangan jawatankuasa pusat parti untuk melantik setiausaha agung wanita, Chew Lee Giok sebagai Senator dan bukannya ketua pergerakan, Datuk Datuk Yu Chok Tow.

Satu lagi ialah cadangan untuk melanjutkan tempoh jawatan Senator kepada Senator Khoo Soo Seang untuk sepenggal lagi.



"Apa yang kita lihat ialah mereka mencalonkan orang yang mempunyai hubungan dengan presiden parti untuk memegang jawatan," kata sumber dalaman parti.

Keadaan diburukkan dengan pertelingkahan antara dua kumpulan dalam sayap Wanita, satu yang mempunyai hubungan dengan pucuk pimpinan lepas dan satu lagi yang mempunyai hubungan dengan pucuk pimpinan sekarang.

Namun ketua pergerakan kedua-dua sayap itu menyifatkan peratus kehadiran yang rendah merupakan perkara biasa kerana tahun ini bukan merupakan tahun pemilihan.

"Kehadiran boleh mencecah 80 peratus sekiranya AGM diadakan semasa pemilihan," kata Yu.

"Ia tidak teruk. Sebelum ini kita mempunyai purata kehadiran antara 29 hingga 50 peratus," kata pula ketua Pemuda, Datuk Wee Ka Siong.

Terdapat juga pemimpin yang menyifatkan kemungkinan ramai anggota yang tidak hadir kerana meraikan Perayaan Sembilan Maharaja Dewa atau menghadiri majlis perkahwinan sempena tarik 10.10.10.

Namun bagi veteran parti Datuk Yap Pian Hon, perkara itu mungkin berlaku kerana kehilangan keyakinan anggota terhadap parti ekoran prestasi buruk parti pada pilihan raya umum lalu.

"Tahap keyakinan di kalangan ahli masih belum pulih sepenuhnya," katanya.

Yap juga berkata jumlah kehadiran adalah antara 60 hingga 70 peratus, walaupun bukan pada tahun pemilihan.

PELAKON TERBAIK ABAD INI...?

Posted: 09 Oct 2010 07:21 PM PDT

Susulan insiden pemulangan semula wang ehsan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada warga emas baru-baru ini, maka hebohlah puak-puak UMNO menjaja kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (foto), itu telah menipu warga emas terutamanya yang beragama Islam.

Malah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri dan ADUN Penaga iaitu Datuk Azhar Ibrahim juga menyifatkan tindakan itu jelas sekali menipu warga emas yang serba kekurangan itu. "Mereka orang kampung, ibu-ibu bapak-bapak… mereka sembahyang, mereka mengaji, mereka bukan orang jahat, mereka orang baik-baik tetapi mereka ini agak kurang mendapat rezeki daripada Allah SWT, kekurangan itu maka digunakan kesempatan ini untuk menipu mereka", katanya.
Beliau kononnya bangkit sebagai pembela kepada warga emas terbabit yang kecewa dengan status wang tersebut. Malah beliau mengatakan kononnya warga emas sendiri mahu mengadakan majlis untuk memulangkan wang tersebut kepada UMNO untuk diserahkan kepada Kerajaan Negeri. Dalam majlis itu seramai 40 warga emas dari Penaga, Kepala Batas telah bertindak memulangkan wang yang dipercayai haram hasil sumbangan Kelab Lumba Kuda untuk program membasmi miskin tegar di negeri itu. Biarpun Lim Guan Eng sudah menjelaskan bahawa wang sumbangan tersebut adalah dari hasil kerajaan negeri sendiri, namun mereka tetap tidak dapat menerima kenyataan tersebut kerana termakan dakyah puak UMNO. Maka disiarkan secara eksklusif oleh media arus perdana.
Maka, selepas itu pemulangan wang diikuti pula oleh warga emas Bayan Baru dan semalam diikuti pula oleh warga emas dari Balik Pulau. Makanya hebohlah orang memperkatakan serta kecewa dengan tindakan Lim Guan Eng itu. Biarpun Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah memberi penjelasan demi penjelasan, anehnya puak-puak UMNO masih terus mahu menjadi juara isu ini. Hilang isu doa khutbah untuk Lim Guang Eng, kini timbul pula isu panas ini. Pendek kata UMNO amat berharap agar isu seperti ini akan menghilangkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan negeri pimpinan DAP itu. Malah, akan melunturkan sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat di seluruh negara atas apa yang berlaku di negeri itu.

Namun, akhirnya mungkin sudah suratan takdir UMNO terpaksa menerima hakikat bahawa majlis yang diadakan itu adalah tajaan UMNO Pulau Pinang sendiri sebenarnya. Malah, bukti jelas berjaya dibongkarkan yang terdapat seorang Ketua UMNO Bahagian tergamak menyamar sebagai warga emas pada hari berkenaan. Beliau ialah Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam iaitu Datuk Musa Sheikh Fadzir (foto). Sunggu melucukan melihat adengan beliau sanggup berlakon sebagai warga emas untuk diambil gambar oleh media, kemudian dilihat semula duduk semula di sebelah Datuk Azhar ketika sidang media. Dengan bukti ini, maka sahlah isu "wang haram" yang dimainkan oleh puak-puak UMNO ini hanyalah ciptaan mereka.

Bukti, wajah Si Ketua UMNO yang sanggup jadi pelakon tambahan itu.










Lagi bukti, wajah sebenar pelakon tambahan yang tidak tahu malu itu

 











Jika seorang Ketua Bahagian sanggup jadi "pelakon tambahan warga emas" seperti itu, maka apatah lagi dengan ahli-ahli biasa sebenarnya. Makanya, kemungkinan besar 40 warga emas yang dikatakan memulangkan wang tersebut adalah terdiri daripada ahli-ahli UMNO sekitar DUN Penaga dan ditempat lain itu sebenarnya. Maka itulah kita tidak hairan mereka memulangkan wang RM100 ke dalam tabung yang disediakan oleh UMNO, kerana kemungkinan besar mereka ada perjanjian akan diberikan wang lain sebagai ganti "aksi lakonan mereka" pada majlis itu.

Pendedahan ini sungguh menjijikkan sebenarnya. Sungguh kita tidak sangka seorang Ketua UMNO sanggup berlakon sebagai warga emas semata-mata untuk mencari publisiti murahan. Apalah nak jadi dengan puak-puak UMNO ini agaknya. Mereka sudah terlalu kemaruk untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng. Malah mereka tidak mahu Lim dipandang popular oleh dasar-dasarnya yang banyak membela dan menjaga kebajikan rakyat. Maka itulah kita tidak hairan, dicari jalan sedaya upaya untuk menjatuhkan imej dan maruah Lim Guang Eng. Apapun, kini sudah terbukti bahawa adengan tersebut hanyalah lakonan dan sandiwara semata-mata. Maknanya, sia-sia sahaja adengan mereka selepas ini susulan daripada pendedahan yang dibuat ini.

Galas: Pemuda PAS lancar jentera hari ini

Posted: 09 Oct 2010 07:17 PM PDT


KUALA LUMPUR, 9 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan melancarkan jentera pilihan raya pemuda peringkat negeri Kelantan bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas di Markaz PAS Kawasan Gua Musang jam 3 petang ini.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, seluruh pemuda negeri khususnya di Gua Musang dikerah untuk memulakan gerak kerja setelah jentera dilancarkan petang ini

"Untuk peringkat kebangsaan kita dah lancar di program ijtima' minggu lepas dan hari ini untuk peringkat negeri Kelantan sendiri," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut beliau, seramai 5000 pemuda di seluruh negara telah dikerahkan untuk turun membantu jentera Kelantan pada PRK kali ini.

"Kita telah sasarkan seramai 5000 pemuda akan turun bertugas mengikut syif yang ditetapkan," katanya.

Sementara itu, Ketua DPP Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman memberitahu, Kelantan telah menyediakan seramai 400 pemuda dari setiap kawasan untuk bertugas.

Jumlah petugas dijangka akan meningkat dari semasa ke semasa.

"Kita telah gerakkan gelombang pertama bermula 7 Oktober lalu. Setiap gelombang akan bertugas mengikut syif iaitu satu syif selama lima hari dan akan berterusan sehingga ke hari membuang undi," katanya.

Majlis pelancaran petang ini akan dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa dan akan dihadiri oleh beberapa pimpinan DPPP.

Umno keseorangan: MCA pula gesa pinda AUKU, benarkan mahasiswa berpolitik!

Posted: 09 Oct 2010 06:38 PM PDT



MCA: Pinda AUKU bolehkan mahasiswa sertai politik

KUALA LUMPUR, 9 Ok – Pemuda MCA hari ini meminta agar kerajaan mempertimbang agar beberapa klausa dalam Akta Kolej Universiti dan Universiti (AUKU) 1971 dipinda bagi membenarkan mahsiswa mengambil bahagain dalam politk.

Ketuanya Datuk Dr Wee Ka Siong berkata kerajaan boleh menetapkan hala tuju bagi perjuangan dalam politik dan menggalakkan budaya berpolitik yang sihat daripada menghalang mereka mengambil bahagian agar dengan itu ia dapat menarik sokongan mereka.

"Jika kita bimbang penyertaan mahasiswa dalam politik boleh menjejaskan pengajian dan suasana aman dalam kehidupan mereka di universiti, kita boleh sediakan garis panduan untuk mereka ikuti dan mendidik mereka untuk mendisiplinkan diri sendiri dan bertanggungjawab menjaga kata-kata dan tingkah laku mereka, katanya semasa berucap pada perhimpunan agung tahunan Pemuda MCA ke-46 di Wisma MCA di sini.



Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata mengikut Perlembagan Persekutuan, ia juga merupakan hak generasi muda dengan usia yang sesuai untuk mengambil bahagian dalam politik.

"Tetapi Akta Kolej Universiti dan Universiti 1971 telah menghalang mereka mengambil bahagian dalam politik, dan keadaan ini tidak munasabah.

"Kita tidak boleh menganggap mereka sebagai musuh seolah-olah mereka sudah pasti menentang kita. Ini sudah keterlaluan," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu telah membawa perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

"Kita telah memaklumkan kepadanya dan beliau besetuju untuk menelitinya," katanya. – Bernama

p/s: Lihat bagaimana pensyarah Umno ini dimalukan semalu2nya gara-gara terpengaruh dgn dokrin Umno, 'Mahasiswa tidak boleh berpolitik sbb tak matang'...

Batu Gajah Mari

Posted: 10 Oct 2010 11:20 AM PDT

Batu Gajah Mari


PAS kini sudah ada tentera Muslimah

Posted: 10 Oct 2010 09:27 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhaWuObnd1sc38ntcHMOnH7WfWPLSXjaRQnojmrinaJunTVeGvcb218RjCL-dHl8KZuruKnoTBDCCZuq6yUP4dZvEo4dWXl4pEFDiHskcsp00IIy8_at2ajmri-pGG2vmt9z3N2olNIhXa4/s1600/pas-muslimah.jpg

Jika Muslimin terkenal dengan UNIT AMAL nya.. kini Muslimat mara bergerak setapak kehadapan dengan tercetusnya 'BRIGET MUSLIMAT'.. wadah penggerak srikandi muda di medan perjuangan. Dilancarkan pada 9 Okt 2010 jam 5 petang bertempat di Dewan Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. Majlis perasmian disempurnakan oleh Presiden, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Bin Awang.

Kehebatan peserta Briget Muslimat yang hadir sehebat namanya. Namun, keanggunan dan kebijaksanaan tetap disemat dijiwa setiap briget. Hampir 300 peserta dari seluruh Malaysia termasuk dari Borneo hadir bagi menunjukkan sokongan yang tidak berbelah kepada Pelancaran Briget Muslimat ini.

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut, Ketua Muslimat, ustazah Nuridah, dan Pengarah Nisa' Malaysia, Dr Rosni.

Liputan yang meluas turut diberikan oleh para wartawan dari akhbar-akhbar ternama di Malaysia. Penjelasan yang diberikan oleh Tuan Guru Hj Hadi jelas memberikan gambaran yang jelas serta kefahaman kepada semua yang hadir tentang tujuan sebenar penubuhan Briget Muslimat.

Dengan mengambil warna tema Hijau Muda, semua muslimat muda berumur 21 tahun ke atas yang sememangnya memberikan sokongan padu kepada gerakan Islam boleh menyertai Briget Muslimat.

Program penerangan susulan di setiap negeri akan dijalankan bagi memberikan lebih kefahaman kepada masyarakat.

Nisa' Batu Gajah yang turut menyertai rombongan Nisa' Perak turut memberikan sokongan atas Penubuhan Briget Muslimat ini. Semoga dengan penubuhan Briget Muslimat ini, sokongan padu dari golongan muda muslimat dapat diraih seterusnya memberi kemenangan kepada Islam.

Wasalam.

Suasana Jamuan PAS Kawasan Batu Gajah

Posted: 10 Oct 2010 05:11 AM PDT


Pimpinan PAS Kawasan Batu Gajah menyambut kehadiran rakan Pimpinan dari parti DAP dan PKR


rakyat mula hadir selepas solat Maghrib

Ustaz Munir Ali

Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Batu Gajah bersama Adun Tronoh, YB V Sivakumar


Ustaz Munir Ali berbual dengan V Sivakumar





Setiausaha PAS Kawasan Batu Gajah merangkap pengerusi majlis


YDP Pas Kawasan Batu Gajah menyampaikan ucapan


Ustaz Munir Ali mewakili PAS Perak


rakyat mendegar ucapan para pimpinan


Sahabat dari PKR dan DAP


Adun Tronoh, YB V Sivakumar menyampaikan ucapan



Sdr Kamarul Zaman membacakan doa sebelum makan


rakyat mengambil juadah yang disediakan


muslimat






Sdr Rosdy bersama anak kesayangannya Ammar


makan sate


pimpinan berbual sambil menunggu tetamu


Ustaz Munir bersama puteri kesayangan

kaum tionghua turut hadir


Ustaz Radzi bermesra bersamac rakyat


Nisa' dan muslimat banyak membantu


YDP Pas Tapah turut hadir. Turut kelihatan mantan YDP Pas Batu Gajah


pimpinan Pemuda Negeri bersama setiausaha PAS Kawasan


pemuda- pemuda harapan Islam yang akan menentang UMNO suatu hari nanti. Insyaallah


Ustaz Munir Ali menyampaikan hadiah


Adik yang bertuah


Sdr Ammar Rosdy menyampaikan hadiah


Ustaz Radzi mencabut nombor bertuah untuk hadiah utama


Ustaz Radzi menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah kepada kakak yang bertuah. terima kasih kepada penaja hadiah


Terima kasih Keropok Tronoh kerana telah menyediakan keropok di jamuan tersebut


tidak melepaskan peluang mencari rezeki


pemuda yang banyak membantu


anak kembar Haji Ismail


pemuda- pemuda bergambar



pemuda- pemuda bersama- sama membantu mengemas


steady paeh!!

Dulu 1 Malaysia.. kini 2 Malaysia pon ada

Posted: 09 Oct 2010 11:42 PM PDT



hahahahahaha... macam- macam

PKR bertanding di Batu Sapi

Posted: 09 Oct 2010 10:50 PM PDT

Fuziah berkata kerusi Batu Sapi akan ditandingi oleh wakil PKR. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 10 Okt — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menurunkan calonnya mewakili Pakatan Rakyat (PR) jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memanggil pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah meskipun tiada wakil diletakkan dua tahun lalu.

Pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan Batu Sapi yang mempunyai 26,000 pengundi, yang terletak di sebelah timur Sabah, merupakan pilihan raya kecil yang ke-13 sejak 8 Mac 2008.

PR hanya memenangi satu daripada 25 kerusi Parlimen ditandingkan di Sabah pada 2008.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh berkata, berdasarkan persetujuan PR kerusi itu diperuntukkan kepada parti itu tetapi tidak dapat meletakkan calon kerana sebab-sebab tertentu.

"Memang ia kerusi PKR, diperuntukkan kepada kami tetapi calon tidak dapat diletakkan.

"Oleh itu, PKR akan membuat persiapan untuk bertanding di Batu Sapi (apabila diadakan pilihan raya kecil nanti)," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, PR Sabah yang dijadual bermesyuarat hari ini dijangka menyentuh isu berkenaan.

"Kami sudah memberi fokus mengenai soal persediaan, dan mesyuarat Pakatan Sabah esok (hari ini) akan membincangkan persiapan," katanya lagi.

Perkara tersebut juga dijangka akan disentuh pada mesyuarat PR pusat Rabu ini.

"Soal siapa yang akan bertanding, kami akan membincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rabu ini," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi.

SPR akan mengadakan mesyuarat khas sebaik sahaja menerima notis kekosongan daripada Speaker Dewan Rakyat.

Kerusi itu kosong ekoran kematian Ahli Parlimen Datuk Ir Edmund Chong Ket Wah (kiri) akibat kemalangan jalan raya semalam.

Chong, 54, yang juga Bendahari Agung Parti Bersatu Sabah, meninggal dunia apabila motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Sembulan-Tanjung Aru.

Pada pilihan raya umum lalu, Chong menewaskan calon Bebas Ching Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi. Chong memperoleh 9,479 undi manakala Ching mendapat 5,771 undi. Enam tahun lalu, beliau menang tanpa dicabar.

Kerusi Parlimen Batu Sapi mempunyai sekitar 26,000 pengundi dengan mengikut peratusan kaum, pengundi Melayu dianggarkan 32 peratus, Cina (38 peratus), India (0.5 peratus), Bumiputera Sabah (26 peratus), Bumiputera Sarawak (0.5 peratus) dan lain-lain (2.6 peratus).

Walaupun PKR tidak meletakkan calon di peringkat Parlimen, wakilnnya telah bersaing di kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri dalam bahagian Parlimen Batu Sapi pada 8 Mac 2008.

Di DUN Sekong, dengan jumlah pengundi 11,308 orang pada 8 Mac 2008, kerusi itu dimenangi oleh Datuk Shamsuddin Yahya dari BN dengan memperoleh 4,271 undi berbanding calon PKR Datuk Nahalan Damsal (2,082) manakala Mansor Mursalim (Bersekutu) (242).

Dalam pada itu, kerusi DUN Karamunting dengan 14,696 pengundi pula dimenangi oleh Peter Pang En Yin (BN) (5,171) yang mengatasi Sak Cheong Yu (Bebas) (1,455), Tan Shu Tee (PKR) (452) dan Chok Kon Tack (DAP) (1,809).

DUN Sekong mempunyai 38 peratus pengundi Melayu, Cina (18 peratus), India (0.5 peratus), Bumiputera Sabah (38 peratus), Bumiputera Sarawak (0.5 peratus) dan lain-lain (3.8 peratus).

Sementara Karamunting pula terdiri daripada 28 peratus pengundi Melayu, Cina (52 peratus), India (0.4 peratus), Bumiputera Sabah (17 peratus), Bumiputera Sarawak (0.7 peratus) dan lain-lain (1.7 peratus).

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 10 Oct 2010 11:08 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Himpunan Jentera Pemuda N45 Galas

Posted: 10 Oct 2010 12:37 AM PDT

GUA MUSANG, 10 Okt: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa meminta supaya pemuda PAS dan Pakatan Rakyat tidak terpengaruh dengan provokasi Umno serta menunjukkan contoh akhlak yang baik dalam pilihan raya kecil Dun Galas.

"Kita masuk pilihan raya kecil Dun Galas bukan kerana kematian Chek Hashim (semata-mata) tetapi sebagai tanggungjawab dakwah dan jihad kita," katanya ketika merasmikan pelancaran jentera pemuda PAS di Markaz PAS Kawasan Gua Musang, petang semalam.

Sambil bekerja untuk menang dalam pilihan raya tersebut, katanya pemuda PAS juga diseru supaya menunjukkan akhlak yang baik kepada masyarakat setempat termasuk ahli-ahli BN dan Umno.

Katanya, Pemuda PAS juga mesti mengambil peluang mengimarahkan surau-surau dan masjid-masjid dengan program-program ibadah.

Badrul Hisham yang mewakili Angkatan Muda Keadilan pula mengingatkan kepada Pemuda Umno supaya tidak melakukan provokasi seperti mana di dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

"Saya mengingatkan pemuda-pemuda Umno, ini bukan Bagan Pinang, ini adalah negeri Kelantan," tegasnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan.

Beliau turut menyatakan kesediaan Angkatan Muda Keadilan Rakyat bersama-sama PAS menggalas tanggungjawab di Dun Galas kali ini.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan pula menyeru setiap pemuda PAS mesti bersedia dari segi kekuatan fizikal, mental, dan spritual bagi menghadapi musuh dalam pilihan raya kali ini.

Nasrudin turut mensasarkan sekurang-kurangnya 5,000 pemuda akan turun ke Dun Galas.






Plilihan raya kecil ke 13 di Batu Sapi

Posted: 10 Oct 2010 12:36 AM PDT

KOTA KINABALU, 9 Okt: Pilihan raya kecil yang ke 13 akan diadakan di negara ini selepas 2008 apabila anggota Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Beliau meninggal apabila motosikal Kawasaki 750 yang beliau tunggangi berlanggar dengan sebuah kereta Mercedes di jalan Sembulan-Tanjung Aru dekat Kota Kinabalu jam 11.40 pagi tadi.

Chong mula memenangi kawasan itu dalam pilihan raya umum 2004 tanpa bertanding dan menang lagi dalam pilihan raya umum 2008 selepas mengalahkan calon bebas, Chung Kwong Wing.

Chong mendapat 9,479 undi berbanding dengan Chung yang mendapat 5,771 undi.

Chong lahir di Sandakan dan merupakan seorang jurutera mekanikal. Beliau meninggalkan isteri Linda Tsen Thau Lin dan empat anak.

Kejohanan Tenpin Boling Belia & NGO Negeri Kelantan

Posted: 09 Oct 2010 11:31 PM PDT
















Dupahang's Weblog

Posted: 10 Oct 2010 11:06 AM PDT

Dupahang's Weblog


Peneroka pelawa kilang bersemuka

Posted: 09 Oct 2010 11:33 PM PDT

http://selamatkanpahang.blogspot.com/ BERA: Peneroka dari Felda Kumai di sini, mahu Felda ataupun kilang Felda membuka pintu rundingan berkaitan Kadar Perahan Gred (KPG) yang didakwa berlaku penyelewengan menyebabkan mereka menghadapi kerugian. Walaupun tidak bersetuju segelintir peneroka di kawasan lain mengambil tindakan undang-undang untuk menyelesaikan masalah ini tanpa rundingan, isu KPG ini telah lama diperkatakan dalam kalangan peneroka [...]

Ahmad Maslan terkeliru kes mahkamah peneroka Sungai Koyan?

Posted: 09 Oct 2010 11:29 PM PDT

http://selamatkanpahang.blogspot.com/ Saya terperanjat membaca sebuah artikel dalam laman pro-Umno Agendadaily yang memetik kenyataan Ketua Penerangan Umno yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan (Dia Timbalan menteri saja tetapi laman itu bubuh dia sebagai Menteri. Silap tu!) bahawa: "Felda tidak kalah. Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuantan baru-baru ini selari dengan [...]

Budaya ‘gay’, PAS mahu konsert Lambert dibatal

Posted: 09 Oct 2010 03:50 PM PDT

PAS hari ini mengajak rakyat khususnya penggiat seni dan penghibur tanahair supaya membantu parti itu mempertahankan jati diri dunia hiburan tempatan daripada terus tercemar oleh anasir-anasir luar, lapor Harakahdaily.  Sehubungan itu, Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengajak rakyat membantah rancangan terbaru kerajaan mengizinkan Konsert Adam Lambert yang dijadualkan pada 14 [...]

Umno dibenci kerana main sentimen kaum, agama

Posted: 09 Oct 2010 03:47 PM PDT

Sentimen perkauman dan agama yang dimainkan oleh pemimpin Umno sebenarnya telah menyebabkan parti itu semakin dibenci oleh orang Melayu dan bukan Melayu.  Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohmad Sabu berkata, Umno BN semakin terdesak untuk mengekalkan kuasa apabila rakyat menolak segala permainan kotor perkauman dan agama. "Jadi, ia bukan menjadikan alasan utama Umno untuk menjadikan sentimen [...]

PRK DUN GALAS – JIKA SAYANGKAN KU LI, UNDILAH PAS

Posted: 09 Oct 2010 03:44 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS AKHIRNYA Ku Li menerima tawaran pimpinan Umno untuk menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas. Meskipun PAS seboleh-bolehnya tidak mahu berhadapan dengan Ku Li bukan kerana takut, tetapi ingin menjaga hati Ku Li yang tidak kurang jasanya kepada Kerajaan Negeri Kelantan khususnya di dalam isu royalti minyak. Tetapi, takdir telah menentukan bahawa PAS [...]

Plilihan raya kecil ke 13 di Batu Sapi

Posted: 09 Oct 2010 03:37 PM PDT

Harakahdaily KOTA KINABALU, 9 Okt: Pilihan raya kecil yang ke 13 akan diadakan di negara ini selepas 2008 apabila anggota Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.     Beliau meninggal apabila motosikal Kawasaki 750 yang beliau tunggangi berlanggar dengan sebuah kereta Mercedes di jalan Sembulan-Tanjung Aru [...]

Lagi sikit hari, nak gelak kena ada permit,nak hisap rokok pun kena ada permit!

Posted: 09 Oct 2010 03:30 PM PDT

Oleh: dollahyankee Bila rakyat yang ‘kaki-rokok’ kata kenaikan cukai rokok sehingga menjadikan 10 ringgit satu kotak adalah sebab KERAjaan sudah tidak ada ‘fulus al’mahfuz’. Mereka marah!, tak sampai dua hari keluar statement kata KERAjaan penaik harga rokok sebab sayangkan rakyat, tak mahu rakyat kena macam-macam penyakit, KERAjaan mahu mendidik rakyat supaya berjimat cermat dengan menghentikan [...]

Rebut Jawatan : Umno Sudah Kehabisan Oksigen

Posted: 09 Oct 2010 03:22 PM PDT

Parti Islam Se-Malaysia PAS berpandangan kekecewaan yang diluah oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dengan pergerakan Pemuda dan Puteri yang dianggapnya seperti tidak bermaya dan hanya ghairah untuk merebut jawatan bagi kepentingan peribadi menandakan Umno sudah hampir kehabisan oksigen dalam politik.  Teguran beliau yang mangatakan  masalah itu berpunca apabila mereka yang [...]

PAS Kawasan Sandakan

Posted: 10 Oct 2010 09:26 AM PDT

PAS Kawasan Sandakan


Pilihan Raya Kecil ke 13 di Batu Sapi

Posted: 09 Oct 2010 10:42 PM PDT


KOTA KINABALU, 9 Okt: Pilihan raya kecil yang ke 13 akan diadakan di negara ini selepas 2008 apabila anggota Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Beliau meninggal apabila motosikal Kawasaki 750 yang beliau tunggangi berlanggar dengan sebuah kereta Mercedes di jalan Sembulan-Tanjung Aru dekat Kota Kinabalu jam 11.40 pagi tadi.

Chong mula memenangi kawasan itu dalam pilihan raya umum 2004 tanpa bertanding dan menang lagi dalam pilihan raya umum 2008 selepas mengalahkan calon bebas, Chung Kwong Wing.

Chong mendapat 9,479 undi berbanding dengan Chung yang mendapat 5,771 undi.

Chong lahir di Sandakan dan merupakan seorang jurutera mekanikal. Beliau meninggalkan isteri Linda Tsen Thau Lin dan empat anak.

Sumber: HarakahDaily

Siapa pun calon umno, PAS tetap lawan - Nik Aziz

Posted: 09 Oct 2010 10:35 PM PDT


KOTA BHARU, 9 Okt: Seperti pernah beberapa kali dinyatakan sebelum ini, PAS tetap akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas biar siapa pun calon dipertaruhkan Umno.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS bertanding pilihan raya bukan menentang individu tertentu, namun menentang dasar perjuangan selain Islam.

"Kita tetap akan menentang Umno, tak kira siapa pun calonnya, sebab kita menentang dasar perjuangan yang dibawa dan bukannya individu tertentu," ujarnya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika diminta mengulas jawapan Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pagi tadi.

Ku Li dalam penjelasannya berhubung PRK Galas pagi tadi memberitahu menerima tawaran sebagai Pangarah Pilihan Raya namun belum memutuskan untuk menerima tawaran sebagai calon bertanding.

Bagaimanapun menurut Tuan Guru Nik Aziz, PAS akan tetap menyambut baik sebarang keputusan yang akan dibuat Tengku Razaleigh sama ada ingin menerima sebagai calon atau sebaliknya.

Namun katanya, jika Ketua Umno Gua Musang itu menerima tawaran calon tersebut bermakna beliau menerima pihak yang cuba menjatuhkan kedudukannya yang dilihat hanya layak diberi jawatan Perdana Menteri.

Sumber: HarakahDaily


Pemuda Guchil

Posted: 10 Oct 2010 09:17 AM PDT

Pemuda Guchil


Posted: 10 Oct 2010 04:57 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 10 Oct 2010 09:13 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Aksi scrambler terbang di pelancaran OMGK

Posted: 10 Oct 2010 04:46 AM PDT

Antara acara menarik yang mengisi program Pelancaran Orang Mude Geng Kite peringkat Kawasan Dungun pada 9 Oktober 2010 di perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Dungun.

Pemuda PAS membuktikan bahawa Islam membenarkan apa-apa yang baik dan bermanfaat kepada manusia. Islam menggalakkan Muslim menjadi kuat dan mencari jalan untuk kuat. Dalam Hadith, Rasulullah (SAW), memerintahkan kita dengan bersabda: "Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda."

Ini ialah seruan jelas untuk bersukan yang menunjukkan Islam letakkan kepentingan bersukan dalam melatih umat Muslim dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Tidak hairanlah apabila pepatah menyebut: "Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat."

"Betul PAS sebuah parti Islam, dasar PAS memperjuangkan Islam. Suka saya tegaskan di sini, Islam tidak pernah menghalang keinginan dan kemahuan naluri manusia dalam apa jua kecenderungan dan minat manusia itu untuk melakukan aktiviti di atas muka bumi ini," antara petikan ucapan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi ketika merasmikan Jambori ARC baru-baru ini.































p/s : Akan menyusul selepas ini....gambar-gambar sekitar majlis Pelancaran Orang Mude Geng Kite peringkat kawasan Dungun.



i n t a n h i j a u

Posted: 10 Oct 2010 07:21 AM PDT

i n t a n h i j a u


KE MANA PERGI Islam Hadhari ...?

Posted: 09 Oct 2010 10:39 PM PDT

Sekadar terkenang. Islam hadhari tlah diperkenal oleh bekas PM Tun Abdullah Ahmad Badawi. Juga telah menjadi senjata utama sehingga memenangkan BN dalam PRU11 2004. Menang besar yop.!

Projek UMNO/BN Islam Hadhari ini bukan calang-calang projek. Memakan kos yang amat tinggi kerana ia telah dijadikan satu perkara yang perlu dilaksanakan dalam kerajaan. Tak tau...melibatkan sama ada juta atau bilion ringgit.

Mari kita renung balik bagaimanakah pelaksanaan Islam Hadhari yang telah 'dipaksakan' kepada rakyat Malaysia :

    1.     Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Mac 2004 meminta supaya agensiagensi Kerajaan mempromosikan Pendekatan Islam Hadhari yang progresif melalui pembaharuan dan penambahbaikan. 

    2.     Pada 17 Oktober 2004 Jemaah Menteri telah melantik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai agensi penyelaras bagi melaksanakan Pendekatan Islam Hadhari.

     3. Rupa-rupanya, tanpa kita sedari sebanyak 8 (lapan) agensi kerajaan telah dijadikan 'alat' untuk menerapkan fahaman ini kepada rakyat Malaysia. Antaranya :

    BIL. AGENSI                                                                                 SASARAN
    1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) -                        -Kakitangan kerajaan dan
                                                                                                             -Masyarakat awam

    2. Pejabat Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri  -Sektor swasta

    3. Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)                                             -Pertubuhan politik

    4. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM)                       -Guru dan pelajar

    5. Jabatan Pengajian Tinggi (JPT)                                              -Institusi pengajian tinggi
                                                                                                              awam dan swasta

    6. Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)                                -Warga Angkatan 
                                                                                                              Tentera Malaysia

    7. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)                                -Masyarakat bukan Islam

    8. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)                        -Pertubuhan 
                                                                                                              bukan kerajaan  (NGO)

    Produk Islam Hadhari..?

    Persoalannya :
    • Selepas Najib jadi PM, adakah Islam Hadhari masih wujud ?
    • Jika masih wujud, mengapakah kempennya tidak ada langsung sekarang ?
    • Adakah agensi-agensi pelaksana tersebut masih berfungsi ?
    • Adakah ini membuktikan Islam Hadhari bukan satu usaha ikhlas kerajaan di mana ia hanya sebagai alat politik semata-mata ?
    • Bolehkan agenda politik kepartian dipaksa masukkan dalam agenda kerajaan ?
    • Najib tidak berminat dengan Islam Hadhari lantas menukarnya kepada 1Malaysia ?
    • Bolehkah dikatakan bahawa Islam Hadhari adalah satu projek UMNO yang gagal ?
    • Jika gagal, berapa kos yang telah dibelanjakan hanya semata-mata memuaskan nafsu   politik UMN0 semata-mata ?
    • Adakah surat-surat arahan pekeliling dari pihak kementerian dimansuhkan berkenaan pelaksanaan Islam Hadhari ?
    • Kos Islam Hadhari pasti sangat tinggi kerana begitu banyak kursus pemahaman Islam Hadhari dianjur serta kos percetakan dan penerbitan bahan bercetak ?
    • Adakah konsep 1Malaysia akan mengalami nasib yang sama seperti Islam Hadhari jika PM bertukar ?
    • Jika benar kerajaan jujur laksanakan Islam Hadhari, setakat manakan keberkesanannya terhadap negara ? Sila buktikan.
    • Adakah kes gejala sosial meningkat seperti buang bayi, hamil tanpa bapa, wujud sekolah hamil, maksiat berlambak satu indikator Islam Hadhari berjaya ?
    • Adakah ini nasib rakyat Malaysia yang terpaksa menerima apa sahaja gagasan secara paksaan apabila pemimpin bertukar ?
    • Siapa yang perlu dipertanggungjawabkan apabila Islam Hadhari gagal ? Pak Lah atau Najib ?
    • Kalau Islam Hadhari dilihat sebagai umpan mengena UMNO/BN dalam PRU11, maka pasti 1Malaysia umpan baru kepada rakyat dalam PRU13 ?
    • Adakah ini juga membukti bahawa 1Malaysia juga hanya satu agenda politik Najib/UMNO yang tidak jujur melaksanakannya, cuma inginkan undi dalam PRU13 akan datang ?
    • Setelah Islam Hadhari gagal walaupun setelah rakyat menangkan BN dalam PRU11 (akibat tertipu), adakah rakyat akan ditipu sekali lagi apabila menyokong 1Malaysia ?
    • Wahai rakyat Malaysia, sudikan anda ditipu untuk kesekelian kalinya ?
    TEPUK DADA, TANYALAH IMAN DAN MINDA...

    PELAKON TERBAIK ABAD INI...?

    Posted: 09 Oct 2010 08:53 AM PDT

    Susulan insiden pemulangan semula wang ehsan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada warga emas baru-baru ini, maka hebohlah puak-puak UMNO menjaja kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (foto), itu telah menipu warga emas terutamanya yang beragama Islam.

    Malah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri dan ADUN Penaga iaitu Datuk Azhar Ibrahim juga menyifatkan tindakan itu jelas sekali menipu warga emas yang serba kekurangan itu. "Mereka orang kampung, ibu-ibu bapak-bapak… mereka sembahyang, mereka mengaji, mereka bukan orang jahat, mereka orang baik-baik tetapi mereka ini agak kurang mendapat rezeki daripada Allah SWT, kekurangan itu maka digunakan kesempatan ini untuk menipu mereka", katanya.
    Beliau kononnya bangkit sebagai pembela kepada warga emas terbabit yang kecewa dengan status wang tersebut. Malah beliau mengatakan kononnya warga emas sendiri mahu mengadakan majlis untuk memulangkan wang tersebut kepada UMNO untuk diserahkan kepada Kerajaan Negeri. Dalam majlis itu seramai 40 warga emas dari Penaga, Kepala Batas telah bertindak memulangkan wang yang dipercayai haram hasil sumbangan Kelab Lumba Kuda untuk program membasmi miskin tegar di negeri itu. Biarpun Lim Guan Eng sudah menjelaskan bahawa wang sumbangan tersebut adalah dari hasil kerajaan negeri sendiri, namun mereka tetap tidak dapat menerima kenyataan tersebut kerana termakan dakyah puak UMNO. Maka disiarkan secara eksklusif oleh media arus perdana.
    Maka, selepas itu pemulangan wang diikuti pula oleh warga emas Bayan Baru dan semalam diikuti pula oleh warga emas dari Balik Pulau. Makanya hebohlah orang memperkatakan serta kecewa dengan tindakan Lim Guan Eng itu. Biarpun Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah memberi penjelasan demi penjelasan, anehnya puak-puak UMNO masih terus mahu menjadi juara isu ini. Hilang isu doa khutbah untuk Lim Guang Eng, kini timbul pula isu panas ini. Pendek kata UMNO amat berharap agar isu seperti ini akan menghilangkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan negeri pimpinan DAP itu. Malah, akan melunturkan sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat di seluruh negara atas apa yang berlaku di negeri itu.

    Namun, akhirnya mungkin sudah suratan takdir UMNO terpaksa menerima hakikat bahawa majlis yang diadakan itu adalah tajaan UMNO Pulau Pinang sendiri sebenarnya. Malah, bukti jelas berjaya dibongkarkan yang terdapat seorang Ketua UMNO Bahagian tergamak menyamar sebagai warga emas pada hari berkenaan. Beliau ialah Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam iaitu Datuk Musa Sheikh Fadzir (foto). Sunggu melucukan melihat adengan beliau sanggup berlakon sebagai warga emas untuk diambil gambar oleh media, kemudian dilihat semula duduk semula di sebelah Datuk Azhar ketika sidang media. Dengan bukti ini, maka sahlah isu "wang haram" yang dimainkan oleh puak-puak UMNO ini hanyalah ciptaan mereka.

    Bukti, wajah Si Ketua UMNO yang sanggup jadi pelakon tambahan itu.










    Lagi bukti, wajah sebenar pelakon tambahan yang tidak tahu malu itu

     











    Jika seorang Ketua Bahagian sanggup jadi "pelakon tambahan warga emas" seperti itu, maka apatah lagi dengan ahli-ahli biasa sebenarnya. Makanya, kemungkinan besar 40 warga emas yang dikatakan memulangkan wang tersebut adalah terdiri daripada ahli-ahli UMNO sekitar DUN Penaga dan ditempat lain itu sebenarnya. Maka itulah kita tidak hairan mereka memulangkan wang RM100 ke dalam tabung yang disediakan oleh UMNO, kerana kemungkinan besar mereka ada perjanjian akan diberikan wang lain sebagai ganti "aksi lakonan mereka" pada majlis itu.

    Pendedahan ini sungguh menjijikkan sebenarnya. Sungguh kita tidak sangka seorang Ketua UMNO sanggup berlakon sebagai warga emas semata-mata untuk mencari publisiti murahan. Apalah nak jadi dengan puak-puak UMNO ini agaknya. Mereka sudah terlalu kemaruk untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng. Malah mereka tidak mahu Lim dipandang popular oleh dasar-dasarnya yang banyak membela dan menjaga kebajikan rakyat. Maka itulah kita tidak hairan, dicari jalan sedaya upaya untuk menjatuhkan imej dan maruah Lim Guang Eng. Apapun, kini sudah terbukti bahawa adengan tersebut hanyalah lakonan dan sandiwara semata-mata. Maknanya, sia-sia sahaja adengan mereka selepas ini susulan daripada pendedahan yang dibuat ini.

    Landskap Siasah

    Posted: 10 Oct 2010 07:04 AM PDT

    Landskap Siasah


    Program PAS For All; misi penerangan dan dakwah PAS

    Posted: 09 Oct 2010 08:54 AM PDT

    PAS Kawasan Gopeng berjaya melaksanakan siri program PAS FOR ALL di DUN Sungai Rapat untuk menjayakan misi penerangan dan semarak datar pemilih di kawasan yang ditandingi oleh PAS.

    Program ini dijalankan selama seminggu bermula pada 4 Oktober melalui beberapa siri ceramah kelompok dan kuliah maghrib untuk menerangkan misi perjuangan PAS berlandaskan syariat Islam.

    Kemuncak program ini adalah semasa Ceramah Perdana (9 Oktober) yang dimeriahkan oleh penceramah seperti Richard Wong (Timbalan Ketua DHPP), Ustaz Zakaria Ahmad, Ustaz radzi Zainon (Calon DUN Sg Rapat) dan Dr Raja Iskandar. Ceramah bertempat di Taman Desa Aman.

    Pada 10 Oktober pula acara Sukaneka PAS For All dijalankan serentak dengan Sukaneka PAS Taman Pinji Mewah. Acara yang bersifat santai ini diisi juga dengan edaran risalah bertemakan Sukan Menurut Islam.

    Unit Penerangan JPK DUN Sg Rapat berjaya menyediakan dan menghabiskan edaran risalah sebanyak hampir 1100 keping (4 jenis tajuk) sepanjang seminggu program berjalan. Alhamdulillah sokongan petugas PAS dan Dewan Pemuda serta Dewan Muslimat berjaya merealisasikan hasrat penerangan untuk menyebarkan tulisan bertemakan perjuangan PAS berlandaskan islam kepada masyarakat.

    Risalah juga berjaya diedar kepada kaum bukan Islam semasa Jamuan Hari Raya Pengkalan Barat (9 Oktober).

    Semoga program bermanfaat sebegini akan terus diadakan kerana ia bukan sahaja meagktifkan semula para petugas PAS malah memastikan masyarakat memahami hasrat dan hala tuju perjuangan PAS.

    Muhammad Nuruddin Bashah
    Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng

    PEMUDA RANTAU ABANG

    Posted: 10 Oct 2010 03:23 AM PDT

    PEMUDA RANTAU ABANG


    JAMUAN RAYA MTD RANTAU ABANG 2010

    Posted: 09 Oct 2010 04:27 AM PDT

    Dr Siti Mariah Mahmud

    Posted: 10 Oct 2010 03:04 AM PDT

    Dr Siti Mariah Mahmud


    Tengku Razaleigh & Umno

    Posted: 09 Oct 2010 06:47 PM PDT

    Ku Li kata pasal Umno,
    "Masalah UMNO bukan masalah beberapa orang yang berkepentingan sahaja, tetapi masalah bersama semua ahli UMNO. UMNO bukan kelab golongan elit, golongan hartawan dan peniaga, kelab 'eksklusif'. UMNO ialah parti politik kebangsaan Melayu. Tugasnya bukan untuk menjaga periuk nasi anggota atasannya tetapi untuk memperjuang, menegakkan, dan memperkukuh tiga tiang kekuatan bangsa Melayu, yang saya sebut tiang Alif, Ba, Ta: Alif bererti Agama, Ba bererti Bahasa, Budaya dan Bangsa, dan Ta bererti 'Tanah Air'. 
    Apabila UMNO tidak lagi mempedulikan perjuangan Alif, Ba, Ta ini, yang merupakan perjuangan Melayu yang asas, yang fundamental, alamat UMNO akan kehilangan pedoman dan petunjuk daripada Allah dan akan ditinggalkan oleh bangsa Melayu.

    Masalah kita sekarang ialah, bagaimanakah anggota UMNO sebahagian besarnya tidak akan lari meninggalkan kapal yang sedang rosak dan bila-bila masa boleh tenggelam kerana nakhodanya lemah, dan seringkali meninggalkan kemudi atau menyerahkannya kepada anak-anak kapalnya."
    Bila & dimana Ku Li cakap ..... 4.4.08 Semasa Merasmikan Persidangan Perwakilan Khas UMNO Bahagian Gua Musang

    PRK ke 13

    Posted: 09 Oct 2010 05:04 AM PDT

    Pilihan raya kecil yang ke 13 akan diadakan di negara ini selepas 2008 apabila anggota Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

    Beliau meninggal apabila motosikal Kawasaki 750 yang beliau tunggangi berlanggar dengan sebuah kereta Mercedes di jalan Sembulan-Tanjung Aru dekat Kota Kinabalu jam 11.40 pagi tadi.

    Chong mula memenangi kawasan itu dalam pilihan raya umum 2004 tanpa bertanding dan menang lagi dalam pilihan raya umum 2008 selepas mengalahkan calon bebas, Chung Kwong Wing.

    Chong mendapat 9,479 undi berbanding dengan Chung yang mendapat 5,771 undi.

    CINA ISLAM (林川興)

    Posted: 10 Oct 2010 01:03 AM PDT

    CINA ISLAM (林川興)


    Kehidupan yang Berkat

    Posted: 10 Oct 2010 12:51 PM PDT

    2 Zulkaidah 1431H.
    Ahmad Baei Jaafar

    الحمد لله القائل : وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
    أشهد أن لا اله الا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن سيدنا ونبينا محمدا عبده ورسوله. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.
    أما بعد، فيآ أيها المسلمون، اتقوا الله، قال الله تعالى: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ.


    Muslimin sidang Jumaat sekalian, takutlah kalian kepada Allah, Firman Allah s.w.t: "Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan kamu mati kecuali dalam keadaan menyerah diri kepada Allah." (Surah Ali Imran 3: 102)

    Kehidupan yang berkat menjadi idaman semua manusia terutama umat Islam. Malah ungkapan berkat itu sudah menjadi buah mulut dalam kalangan umat Islam. Persoalannya apa yang kita tahu tentang berkat itu? Tercatat dalam sebuah kitab:

    هي ثبوت الخير الإلهي في الشيء؛ فإنها إذا حلت في قليل كثُرته، وإذا حلت في كثير نفَع، ومن أعظم ثمار البركة في الأمور كلها إستعمالها في طاعة الله عز وجل.

    "Sesuatu kepastian kebaikan di sisi Ilahi pada sesuatu perkara iaitu apabila jatuh sesuatu perkara kepada yang sedikit akan menambah banyak jumlahnya, dan apabila jatuh kepada yang banyak, akan menambah manfaatnya, dan sehebat-hebat hasil keberkatan dalam seluruh perkara adalah apabila digunakan kembali untuk membawa ketaatan kepada Allah Azzawajalla.

    Berdasarkan kenyataan itu, apa pun yang kita lakukan dalam kehidupan ini mestilah hasilnya adalah untuk ketaatan kepada Allah, barulah semua apa yang dilakukan itu beroleh berkat. Dalam hal ini mari kita rujuk kepada firman Allah yang berbunyi:

    وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

    Maksudnya: "Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah al-Talaq 65: 2-3)

    Menyentuh persoalan berkat dalam kehidupan ini suka saya memberi fokus kepada kehidupan rumah tangga kerana keberkatan berpunca dari sini. Mana mungkin pasangan suami isteri yang masing-masing cara hidupnya tidak menjurus ke arah taat kepada Allah, boleh mendapat berkat? Mana mungkin anak yang tidak taat kepada ibu bapa boleh pula taat kepada Allah dan seterusnya beroleh berkat.

    Tanda kehidupan tidak berkat, hidup suami isteri tidak tenang, asyik bergaduh walaupun dalam perkara yang kecil. Anak-anak tidak hormat ibu bapa malah selalu menengking ibu bapa dengan kata-kata yang kesat. Dan di sudut ekonomi, walaupun mereka beroleh pendapatan yang banyak, rezekinya tidak pernah cukup.

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

    Menyentuh soal ini ingin saya mengajak sidang Jumaat sekalian melihat kembali mengapa kita memilih untuk berkahwin. Apakah niat kita untuk berkahwin? Ya, memang ramai yang akan menjawab ikut sunah Rasulullah. Tetapi benarkah kita berkahwin kerana ikut sunat Rasul? Apakah sunahnya yang ikut?

    Waktu akad nikah mungkin ikut Rasulullah, tetapi selepas itu bagaimana? Waktu bersama suami dan isteri pada waktu makan bagaimana? Waktu bersama dalam bilik tidur bagaimana? Waktu berjauhan semasa masing-masing melaksanakan amanah Allah, bagaimana? Adakah kita ikut sunah Rasulullah?

    Kalau Rasulullah berkahwin kerana melaksanakan perintah Allah; bagi merapatkan keluarga yang jauh; bagi menghalalkan perkara yang sebelumnya haram; bagi mencambahkan zuriat secara halal dan berkualiti. Bagaimana dengan kita? Kita boleh jawab sendiri tepuk dada tanya iman.

    Waktu bersama dengan isteri, Rasulullah sangat berhemah dan sangat manja tingkah lakunya. Isteri pula menghormati suami atas sifat suami. Waktu makan, suami didahulukan, malah baginda selepas itu memberikan makanan kepada isterinya. Dan pada waktu malam, kasih sayang dibina melalui hubungan kelamin yang amat romantik. Bagaimana dengan keadaan kita dengan isteri kita pada waktu-waktu tersebut?

    Selagi suami bersikap kasar dan keras terhadap isteri, tidak memberi muka kepada isteri dalam banyak perkara, tentu tidak akan wujud keserasian dalam rumah tangga. Atau suami terlalu bertolak ansur hingga semua kehendak isteri diikut semua, lambat laun akan mencetuskan kompleks dalaman yang serius.

    Jika waktu makan, masing-masing bersaing untuk makan dahulu. Suami atau bapa tidak lagi dihormati. Dan kalau bersama dalam hubungan kelamin tidak dilakukan dengan penuh kasih sayang. Isteri melayan suami kerana perintah dan kehendak suami dan suami melayan isteri kerana tuntutan nafsu. Bolehkah apa yang dilakukan oleh suami dan isteri itu dinilai sebagai mentaati perintah Allah? Yang jelas Allah tidak mahu hambanya melakukan sedemikian.

    Sidang Jumaat yang berbahagia

    Kalau berkat yang ingin kita cari dalam kehidupan, maka amalan yang bercanggah dengan amalan Rasulullah itu harus ditinggalkan. Segala perkara yang telah menjadi amalan buruk selama ini harus diubah segera. Niat kita biar satu iaitu mengikut perintah Allah dan mencontohi sunnah Rasulullah.

    Tetapi bagi mereka yang belum berkahwin, masih tercari-cari pasangan maka memilih pasangan hidup mestilah mengikut lunas Islam iaitu, sekufu atau taraf yang seimbang antara lelaki dengan perempuan. Lelaki mesti lebih di sudut ilmu pengetahuan Islam berbanding perempuan. Lelaki mesti lebih kuat imannya berbanding perempuan dan lelaki mesti lebih tinggi akhlaknya berbanding perempuan. Sudah pastinya lelaki lebih matang daripada perempuan.

    Semua itu harus diusahakan oleh lelaki mahupun perempuan. Oleh sebab itu jika lelaki ingin berkahwin dia harus belajar ilmu agama, tingkatkan iman, dan perbaiki akhlak yang ada. Begitu juga bagi seseorang perempuan, dia juga perlu ada ilmu pengetahuan agama, iman dan akhlak. Inilah yang dimaksudkan dengan sekufu.

    Setelah dikenal pasti pasangan, masuklah meminang untuk beberapa tempoh bagi membolehkan pasangan itu menilai secara lebih dekat. Namun perlu diingat, dengan pertunangan belum ada kelonggaran untuk mereka berdua-duaan di tempat yang mencurigakan. Jadi, ke mana pun mereka, perlu ada teman mahram bagi mengawasi pergerakan dan perhubungan mereka berdua.

    Jika sehingga peringkat ini, pasangan lelaki dan perempuan itu dapat menjaga peradaban Islam, tidak syak lagi mereka sudah dikira mentaati Allah dan mengikut sunnah Rasulullah. Tetapi persoalan sekarang, adakah masih wujud pasangan lelaki dan perempuan seperti itu? Masih beroleh berkatkah pasangan yang semasa bertunang boleh bebas ke mana-mana tanpa diragui oleh ibu bapanya?

    Sidang Jumaat yang berbahagia

    Pilihan tempat berlangsungnya majlis akad nikah juga penting. Tren pada hari ini, upacara perkahwinan dilakukan di dalam masjid. Tujuannya sudah tentu untuk keberkatan. Memang masjid tempat yang paling sesuai untuk upacara pernikahan kerana setidak-tidaknya di masjid tidak ada orang yang berniat jahat. Maka upacara akad nikah berlaku dalam keadaan tiada seorang pun yang menanggung dosa. Itulah erti keberkatan.

    Tetapi satu hal yang jarang diberi perhatian dalam soal ini ialah, terdapat adab sopan yang perlu dipatuhi oleh orang yang berada dalam majlis itu. Antara yang penting ialah:

    1. Berpakaian menutup aurat dengan sempurna khususnya kepada wanita.

    2. Niat iktikaf di Masjid.

    3. Menghormati jemaah lain yang sedang beribadah di dalam masjid.

    4. Mulakan dengan solat Tahiyatul Masjid dan solat sunat yang berkaitan.

    5. Tidak bercampur dan bergaul terlalu bebas antara lelaki dan perempuan.

    6. Jika pengantin perempuan didatangi haid dan tidak dapat hadir ke masjid, maka wali boleh menjemput jurunikah datang ke rumah terlebih dahulu untuk proses wali meminta izin dan menyerahkan wakilnya kepada jurunikah.

    7. Pengantin perempuan yang haid boleh juga hadir ke masjid pada hari akad nikah tetapi dinasihati agar tidak masuk ke dalam Dewan Solat masjid.

    8. Barang-barang hantaran diserahkan selepas akad nikah di rumah pengantin perempuan.

    9. Jika boleh, hanya mas kahwin sahaja yang dibawa ke masjid. Majlis penyerahan mas kahwin suami kepada isteri boleh dilakukan di masjid, tetapi upacara menyarungkan cincin hendaklah dilakukan di rumah pengantin perempuan.

    10. Jangan bergambar atau berposing untuk bergambar secara melampau di dalam masjid atau di sekitar kawasan masjid.

    Panduan ini jika dapat dipatuhi oleh semua pihak, akan sempurnalah keberkatan kehidupan umat Islam. Mereka akan bahagia di dunia dan bahagia di akhirat. Bukan sahaja Allah restui kehidupan mereka, bahkan ibu bapa dan kaum kerabatnya juga akan menyukai mereka.

    أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
    زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآَبِ. قُلْ أَؤُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرٍ مِنْ ذَلِكُمْ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَأَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ.


    Dihias indah untuk manusia; rasa suka kepada keinginan nafsu sama ada perempuan-perempuan, anak-pinak, harta benda yang banyak yang terdiri daripada emas dan perak, kuda yang terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu sesuatu yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan/isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredhaan daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Melihat akan hamba-hamba-Nya." (Surah Ali Imran 4: 14-15)

    بارك الله لي ولكم بالقرآن العظيم، ونفعني وإياكم بما فيه من الايات والذكر الحكيم، وتقبل مني ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم.
    أقول قولي هذا وأستغفرالله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات، فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم.

    --
    Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah

    PRK DUN GALAS - JIKA SAYANGKAN KU LI, UNDILAH PAS

    Posted: 10 Oct 2010 07:45 AM PDT

    Oleh: WFAUZDIN NS

    AKHIRNYA Ku Li menerima tawaran pimpinan Umno untuk menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas. Meskipun PAS seboleh-bolehnya tidak mahu berhadapan dengan Ku Li bukan kerana takut, tetapi ingin menjaga hati Ku Li yang tidak kurang jasanya kepada Kerajaan Negeri Kelantan khususnya di dalam isu royalti minyak. Tetapi, takdir telah menentukan bahawa PAS tetap akan berdepan dengan Umno yang akan diterajui oleh Ku Li di Dun Galas.

    Di dalam situasi begini, PAS mungkin berada di dalam dilema kerana PAS amat menyanjungi Ku Li biarpun berada di dalam parti yang berlainan. PAS juga mungkin faham, Ku Li juga turut berada di dalam keadaan dilema kerana pimpinan parti telah menyerahkan amanah dan tanggungjawab itu kepada beliau. Akhirnya, prinsip serta dasar perjuangan akan menjadi faktor utama mengapa PAS mesti melawan Umno habis-habisan kerana PAS tidak mungkin akan `membantu' Ku Li dan membiarkan keseluruhan rakyat Kelantan teraniaya.

    Demi tanggungjawab kepada rakyat, PAS mesti terus mara ke medan perjuangan. Kita sedar bahawa Umno punyai `niat tertentu' mengapa parti tersebut meletakkan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas. Bukankah sebelum ini amanah tersebut kebiasaannya dipikul oleh Timbalan Presiden Umno (TPM) malahan juga Presiden Umno (PM) sendiri? Sudah tentu ada yang mahu dilihat oleh Najib dan Muhyiddin apa yang bakal terjadi kepada Ku Li nanti. Hakikatnya, Najib dan Muhyiddin tidak lagi mahu dimalukan seperti sebelum ini. Mungkin kali ini giliran Ku Li pula?

    Umno kini sudah bersedia dengan alasannya tidak kira Umno menang atau kalah. Jika Umno menang (Na'uzubillah), maka Umno akan berkata, lihatlah, rakyat kini mula menerima Umno dan menolak PAS/PR. Tetapi sebaliknya, jika Umno tersungkur dan dikapankan lagi maka pemimpin Umno akan menuding jari kepada Ku Li dan menyebut betapa Ku Li tidak layak memimpin Umno sedangkan di Gua Musang sebagai kawasannya pun Ku Li boleh tewas. Maka, seandainya Ku Li mencuba nasib bertanding sekali lagi sebagai Presiden Umno di masa akan datang akan dinilai oleh ahli-ahli Umno sebagai pemimpin yang gagal.

    Najib, terutama sekali Muhyiddin sudah tentu tidak mahu melihat Ku Li `come back' ke dalam hiraki kepimpinan Umno. Salah satu kaedah yang `paling lembut' untuk melihat Ku Li di`kubur'kan di arena politik Umno adalah dengan `membunuh' kerjayanya di Dun Galas, kemudiannya diluaskan pula di Parlimen Gua Musang. Mungkin Ku Li sudah tahu mainan politik ini, dan tidak mustahil Ku Li juga ada `strategi' tersendiri untuk bermain dengan mereka ini.

    Apa yang dikhuatirkan, sekiranya Umno tewas lagi kali ini, akan timbul pula tuduhan Ku Li menjadi punca dan `mensabotaj' parti sendiri. Sebab itulah PAS seboleh-bolehnya tidak mahu Ku Li menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil di Dun Galas, lebih-lebih lagi sebagai calon Umno. PAS tidak sanggup melihat Ku Li terus di `gurkha'kan oleh Umno./wfauzdin.blogspot.com

    Lawatan ADUN Titi Serong ke Taman Desa Mekar.

    Posted: 09 Oct 2010 05:36 PM PDT

    YB Drs. Khalil Idham Lim sempat bergambar bersama-sama sebahagian AJK surau Al-Hidayah dan AJK taman Desa Mekar.

    Sedang menyampaikan tazkirah Maghrib.


    1 Zulkaidah 1431H.
    http://surautdm.blogspot.com/

    Surau Al-Hidayah Taman Desa Mekar telah menerima tetamu istimewa iaitu YB DRS. KHALIL IDHAM LIM BIN ABDULLAH bersama sahabat-sahabatnya, yang bukan sahaja mengimamkan solat Magrib malah turut memberi sedikit tazkirah buat renungan bersama.

    Selepas tazkirah YB Drs. Khalil Idham Lim sempat berbincang tentang permasalahan yang dihadapi oleh AJK surau. Beliau juga turut membantu dengan menghubungi pihak-pihak tertentu agar pembinaan Surau Al-Hidayah dapat diteruskan berikutan pertambahan jemaah yang semakin meningkat. YB juga memberi harapan bahawa surau Al-Hidayah ini akan siap dibina sepenuhnya sebelum Hari Raya Haji tahun ini, dengan berkat dan usaha semua AJK surau dalam mengumpulkan dana bagi meneruskan projek pembinaan surau ini, InsyaAllah.

    Jamuan PAS Batu Gajah Meriah.

    Posted: 09 Oct 2010 04:22 PM PDT



    Program sambutan hari raya idil fitri PAS Kawasan Batu Gajah pada hari Jumaat malam telah berlangsung dengan penuh kejayaan dengan sambutan masyarakat sekitar Batu Gajah diluar jangkaan. Lebih 1000 orang telah hadir ke jamuan tersebut. Apa yang menjadi kegusaran sebelum program berlangsung dimana kebimbangan tiada sambutan daripada masyarakat telah dinafikan apabila berlangsungnya program tersebut.

    Seawal jam 8.00 mlm kawasan khemah telah dipenuhi orang rami berpusu-pusu hadir, apa yang menarik perhatian adalah kehadiran golongan wanita dan pemuda-pemudi yang hadir pada malam tersebut. Ini melambangkan bahawa PR mendapat sokongan dan dokongan daripada golongan wanita dan pemuda dan memberi impak yang amat baik kepada PR dalam PRU 13 nanti.

    MTD-RANTAU ABANG

    Posted: 09 Oct 2010 11:16 PM PDT

    MTD-RANTAU ABANG


    JAMUAN RAYA MTD RANTAU ABANG 2010

    Posted: 09 Oct 2010 04:25 AM PDT

    Pengikut