TEMERLOH, 13 Dis: Semua peminpin dan ahli PAS di seluruh negara di cadangkan agar membuka 'Tabung Buluh Untuk PAS' bagi mempersiapkan parti itu menghadapi pilihan raya umum akan datang ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan itu bertujuan untuk membolehkan PAS benar-benar bersedia dari segi kewangan di samping mempersiapkan calon PAS yang hendak bertanding agar setia dengan jamaah.
Beliau mencadangkan, tabung itu nanti hendaklah diserahkan sendiri oleh ahli PAS berkenaan kepada calon PAS yang hendak bertanding dan disertakan dengan amanat agar calon itu sedar bahawa mereka menjadi wakil rakyat nanti atas keringat semua ahli.
Secara simboliknya, beliau mencadang, tabung itu akan diserahkan kepada calon berkenaan ketika beliau diumumkan sebagai calon PAS nanti.
Menurut Tuan Ibrahim, beliau mendapat idea itu berdasarkan kunjungan beliau ke satu majlis di Johor baru-baru ini yang menyaksikan satu majlis penyerahan tabung buluh dari ahli PAS untuk Unit Peti Undi (UPU) kawasan berkenaan.
"Saya ingin ubah sedikit. Dari kita serahkan kepada UPU, apa kata kita serahkan terus kepada calon yang hendak bertanding nanti dan kita tuliskan amanat kepada beliau di tabung itu nanti," kata Tuan Ibrahim.
"Apabila kita semua menyumbangkan wang untuk calon kita dan dengan amanat itu, kita yakin tidak akan ada mana-mana calon kita akan khianat kerana mereka sedar mereka menang adalah atas usaha semua ahli dan penyokong.
"Jadi secara spiritualnya, kita akan menghalang dari wakil rakyat kita lompat parti, khianat dan sebagainya," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.
Tuan Ibrahim yakin, semua orang mempunyai wang syiling yang berlebihan ketika pulang ke rumah atau sampai ke pejabat.
"Dari memberatkan poket, baik kita masukkan ke dalam tabung buluh ini dan kita dapat pahala yang besar," kata beliau.
Padang Luas
Sementara itu, amalan mengumpulkan dana untuk parti melalui tabung buluh sudah diamalkan oleh PAS Padang Luas, Besut, Terengganu.
Pada 4 Disember lepas, mereka mengadakan majlis pecah tabung yang telah mereka edarkan kepada ahli-ahli mereka sejak Jun lalu.
Di majlis itu, berpuluh-puluh tabung buluh dipecahkan untuk mengeluarkan wang syiling dan kertas yang dikumpulkan oleh ahli-ahli mereka.
Menurut Abdullah Mamat, Ketua UPU Padang Luas, program menabung ini akan diteruskan lagi selepas ini.
Beliau juga menyeru para dermawan supaya turut tampil membantu menyumbang dana dalam usaha mengembalikan kemenangan DUN Jerteh, khususnya UPU Padang Luas dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Bandar Tasik Puteri
Di Selayang, PAS cawangan Bandar Tasik Puteri telah menggunakan pendekatan yang sama untuk mengumpulkan dana sejak setahun yang lalu.
Memandangkan buluh sukar diperolehi di kawasan mereka, AJK cawangan telah membeli tabung-tabung besi yang dijual di kedai-kedai dan diedarkan kepada AJK dan ahli-ahli mereka.
Dengan kos tabung RM5 setiap satu, mereka boleh mengumpulkan antara RM15 ke RM30 setiap tabung pada setiap bulan dari tabung itu.
"Pada setiap kali mesyuarat, semua AJK akan membawa tabung masing-masing. Sebelum memulakan mesyuarat kita buka tabung itu dan kira isinya. Kami akan perolehi kira-kira RM200 hingga RM300 setiap bulan dari tabung-tabung ini," kata Bendahari PAS cawangan itu, Saudara Anuar.
Wang dari tabung inilah, kata Anuar, membiayai banyak aktiviti PAS di cawangan itu.
CERAMAH PERDANA Bersama : Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Ibrahim Yusof YB Hj Taufek YB Veerapan Ust Zakaria Khalim Tarikh : 13 Dis 2010 , Isnin Masa : 9 malam Tempat : Pejabat PAS, Taman Dato Taha, Gemencheh, N.Sembilan Semua dijemput hadir
Orang ramai sekarang asyik serbu balai polis je sekarang sebab takut tak sempat bayar saman, bila tarikh tutup diskaun bayar saman 50 %/ tu? Sabar sabar jangan gabra jangan panik. Dalam berita di Utusan pagi ni, PDRM menjelaskan orang ramai yang memiliki saman sebelum 1 Disember lalu, berpeluang menikmati kadar munasabah dengan insentif 50 peratus diskaun tanpa had masa.
Sekiranya saman tersebut gagal dijelaskan sehingga 28 Februari ini, nama mereka akan disenaraihitamkan, namun tetap boleh menikmati insentif 50 peratus jika ingin membayarnya selepas itu.
Bagi saman diperoleh mulai 1 Disember pula, pesalah trafik boleh mendapatkan insentif itu sekiranya menyelesaikan bayaran saman dalam tempoh 30 hari daripada tarikh saman dikeluarkan.
Pesalah trafik akan memperolehi insentif 50 peratus diskaun sekiranya membayar saman dalam tempoh 15 hari daripada tarikh saman dikeluarkan.
Insentif 30 peratus diskaun pula akan diberikan kepada mereka jika menyelesaikan saman selepas 15 hingga 30 hari dari tarikh saman dikeluarkan.
Bagaimanapun selepas tarikh itu, pesalah trafik akan diminta membayar saman pada tawaran sebenar selama sebulan dan jika masih gagal, nama mereka akan disenaraihitamkan.
Maklumat daripada Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rosli Mohd. Nor (dalam Utusan Malaysia , Isnin 13 Disember 2010)
AMPANG, 12 Dis: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) hari ini memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat Al Quds Travel Sdn Bhd dalam usaha menganjurkan Umrah Tarbawi.
DPPP diwakili bendaharinya, Adram Musa manakala Al Quds diwakili Mohd Helmi Ibrahim.
Umrah Tarbawi adalah satu program menunaikan ibadah Umrah bersama pimpinan DPPP termasuk ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan, Timbalan Ketua, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani dan Exco, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Menurut Nasrudin, penganjuran program itu adalah kesinambungan amal tarbawi pemuda PAS selepas penganjuran Ijtima' Tarbawi di Rusila baru-baru ini.
"Kita mensasarkan 400 peserta ke kota suci Mekah bersama Dewan Pemuda.
"Di samping Umrah, kita juga akan ada aktiviti pembinaan tiga elemen utama iaitu pembentukan aqidah perjuangan, fikrah yang jelas dan pembentukan sahsiah yang soleh," katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini.
Biarpun anjuran Pemuda PAS, namun program tersebut adalah terbuka kepada umum termasuk muslimat.
Program 12 hari itu dijadualkan pada bulan Mac 2011 iaitu musim cuti sekolah sesi tahun hadapan.
Tiga pakej disediakan iaitu RM5,490, RM5,790 dan RM4,392 untuk kanak-kanak.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Januari 2011.
Maklumat lanjut berhubung program tersebut boleh diperolehi dengan mengakses www.umrahtarbawi.com.
"Kita akan cuba bawa Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS bersama dan sekaligus menjadi murabbi kepada aktiviti tarbiyyah kita nanti," katanya.
KUALA LUMPUR, 13 Dis: Kerajaan Barisan Nasional (BN) harus menyiasat terlebih dahulu dakwaan yang dibuat terhadap Felda sebelum menuduh pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, selepas dakwaan Felda bankrap akibat penyelewengan yang berlaku, tiada sebarang siasatan dilakukan terutamanya dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Adakah mereka mereka telah melakukan penyiasatan terhadap dakwaan-dakwaan yang dibuat selama ini?
"Saya tidak nampak SPRM menyiasat semua dakwaan yang dibuat di Parlimen dan media alternatif," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, adalah sesuatu yang menghairankan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menuduh demikian sedangkan tiada penyiasatan terhadap dakwaan penyelewengan yang cukup besar itu.
"Adalah sesuatu yang pelik apabila dia (Najib) menuduh orang lain yang cuba membangkitkan isu Felda ini sebagai pengkhianat. Sepatutnya mereka harus melakukan satu penyiasatan. Ini soal penyelewengan yang sangat besar," katanya.
Menyentuh mengenai dua kes saman terhadap akhbar alternatif yang dimenangi Felda, beliau berkata, ianya tidak membuktikan dakwaan terhadap Felda itu salah selagi siasatan tidak dilakukan.
"Kerajaan hanya menang saman terhadap akhbar tapi adakah siasatan dilakukan? Segala artikel akhbar berkenaan mengneai Felda memerlukan satu siasatan. Tidak guna mennag saman tapi tiada siasatan dilakukan," tegasnya.
Sementara itu, bercakap mengenai isu sama dalam sidang media di lobi Parlimen, ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, dakwaan najib bahawa Felda mempunyai pendapatan sebanyak RM4.3 bilion tidak boleh dijadikan ukuran memandangkan ianya bersifat subjektif.
"Nilai aset ini subjektif, cuma atas buku. Mungkin dia tulis RM4 bilion tapi bila nak dijual mungkin orang nak beli RM2 bilion sahaja," katanya.
Beliau juga mempertikaikan kenyataan Najib yang sewenang-wenangnya menuduh pihak-pihak tertentu sebagia pengkhianat.
"Penggunaan istilah pengkhianat digunakan dengan mudah oleh Umno BN kerana dia nak naikkan semangat Melayu dan patriotisme. Kalau nak kata orang yang kata Felda bankrap sebagai pengkhianat, apa pendirian dia terhadap Idris Jala yang kata negara akan bankrap? Itu bukan sekadar Felda tapi satu negara," katanya.
Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar pula berkata, tugas utama Felda ialah memastikan nasib peneroka dan generasi mereka terbela, bukan membuat pelaburan korporat.
Pertama kali semalam kita dengar dia sebut Felda ada saham dalam korporatlah dan sebagainya. Adakah ini kerja Felda melabur dalam saham?Ini benda baru. Yang kita pentingkan kedudukan peneroka dan anak-anak mereka serta kehidupan mereka," katanya.
Najib ketika merasmikan majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010, di Putrajaya semalam menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap, sebagai pengkhianat bangsa, kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat.
Jun lalu, sebuah akhbar alternatif dikenakan tindakan undang-undang kerana mengeluarkan artikel 'Felda Bankrap'.
Selinsing 11.12.2010; Satu majlis berkhatan beramai-ramai yang dianjurkan oleh Pusat Pendidikan Islam Selinsing dengan kerjasama Majlis Tindakan Dun Selinsing selamat berlangsung pada 11.12.2010 yang lalu. Majlis yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu berjaya menghimpun seramai 30 orang kanak-kanak untuk dikhatankan. Pihak penganjur mengucapkan jutaan etrima kasih kepada semua yang terlibat membantu menjayakan majlis tersebut terutamanya kepada Mudim Tn Hj Khawari dan Bomba Sukarela Lembah Beriah.
YB Husin mengiringi kanak-kanak terbabit dengan menaiki lori
You are subscribed to email updates from n12selinsing To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Menteri Besar Rakyat Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari ini melancarkan buku yang diterbitkan lamanweb popular Loyarburok.com yang memperincikan peristiwa pengambilalihan kuasa oleh BN yang menyaksikan penyingkiran beliau dan Pakatan Rakyat di Perak.
Buku yang bertajuk 'Perak: A State of Crisis' merupakan kompilasi artikel tulisan peguam dan aktivis di blog, terutamanya yang menyokong perjuangan Nizar untuk mengembalikan kuasa kerajaan Pakatan selepas peristiwa tersebut.
Ia turut memuatkan empat analisis khas oleh pakar-pakar seperti bekas hakim Datuk NH Chan dan pakar perlembagaan, Prof Shad Saleem Faruqi mengenai krisis perlembagaan yang berlaku.
Nizar yang diberi nama jolokan menteri besar rakyat oleh pihak penganjur, tiba di tempat pelancaran buku itu di Annexe Gallery di ibunegara, dengan diberi sambutan meriah oleh para penyokong Loyarburok.com, rakan politik dan para aktivis.
Antara mereka yang hadir memberi sokongan ialah bekas presiden Majlis Peguam dan pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan; pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham serta penyumbang bahan untuk buku tersebut.
TAMAN MELAWATI - Majlis Berkhatan Peringkat DUN Hulu Kelang berjaya dilangsungkan di sini di Dewan Orang Ramai Jalan E5 Taman Melawati pada 12 Disember 2010. Dengan dijayakan oleh sekumpulan pasukan perubatan dari Pusat Perubatan UKM, majlis turut dihadiri oleh YB Haji Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang.
Majlis dijalankan secara ringkas dan berjaya meneruskan kesinambungan penganjuran program cuti sekolah ini buat tahun ketiga berturut-turut.
Penghargaan diucapkan kepada Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang, Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPAJ Zon 1 serta petugas dan pasukan sukarelawan dari PPUKM. Moga bertemu lagi pada tahun akan datang!!
(gambar) Ucapan oleh saudara Helmizan, Pengurus PKM ADUN Hulu Kelang
(gambar) Saudara Najmuddin selaku Pengarah Program memberi ucapan aluan
(gambar) Taklimat oleh pasukan perubatan dari PPUKM
(gambar) Persiapan sebelum majlis berkhatan bermula
(gambar) 2 daripada 3 beradik begitu ceria sebelum disunatkan
(gambar) Bantuan si ayah diperlukan untuk menenangkan anak
(gambar) Si ibu juga berperanan memberi semangat kepada anak
(gambar) Mewakili penganjur, saudara Muthanna menyampaikan hadiah kepada yang 'berjaya'
(gambar) YB Saari bersama pasukan perubatan dan petugas
Sarawak – Stolen At Gunpoint! Thursday, December 9th, 2010 GMT This post is also available in: Iban The logging worker is equipped with a home made gun Sarawak Report can now present the proof behind widespread complaints that so-called 'gangsters' and 'thugs' are habitually used by logging companies to enforce the controversial licences handed to them in native lands by Chief Minister Abdul Taib Mahmud. We have been passed concrete video evidence from an incident last week that shows a logging company worker threatening village blockaders with a large gun. The villagers from Geran Stumbin, Sri Aman say that the employee of the company Sentiasa Maju Sdn Bhd waved the gun and threatened that "the company has many gangsters they can deploy". It was a clear warning to the longhouse folk, who were trying to protect their hundred year old fruit and rubber trees. This evidence confirms the numerous stories of such intimidation across Sarawak for years. Tales of frightening gangsters, who do the dirty work for the logging companies and the BN Government of Taib Mahmud, can be heard in every community. They range round the logging and palm oil concessions and their function is to intimidate the local people and stop their protests against the removal and destruction of their lands. Now a worker for Sentiasa Maju is on record for threatening to "deploy" them against the Iban longhouse communities of Geran Stumbin.
Technology starts to shed light on dirty deeds in the jungle Till now the indigenous land owners have nowhere to turn to for protection against the violent bullies. Fear has stalked the state of Sarawak and protest has been regarded as extremely dangerous and hopeless. Notoriously, the police turn a blind eye to the problem and rarely investigate complaints of intimidation. This is because they know full well that 'The Boss' or 'CEO of Sarawak', as cronies call him, wants the natives off the land so he can 'develop' it. The police chiefs are known to have cosy contacts with the rich logging company managers. So sad - desperate blockades by natives are usually un-noticed and so is the violence against them
So, the natives have been helpless and without evidence for years. Taib has been able to sit in his grand office in the Pelita Building in Kuching, sharing out their lands to his family and associates, while pretending that these are 'joint partnerships' with the locals for 'progress and development'. Yet, while he has mixed business with politics, his logging partners' thugs have shut up any protests in the jungle by whatever means. Our proof now raises questions about a number of cases of suspicious disappearances. What did happen to the troublesome headman Kelsau Naan, a key blockade leader, who disappeared in October 2007 and was then was found dead in the jungle? His family have always maintained he was murdered, but the case has never been satisfactorily investigated. Likewise, what chance did the poverty-stricken native owners of the land have, trapped in their villages and without a voice? This is why genuine progress and development has always been the LAST thing Taib has ever really wanted. Only he, his family and a few selected logging tycoons and cronies have got rich from the proceeds of the Native Customary Rights Lands. However, technology is changing the balance of power. It is even starting to penetrate the shades of Sarawak's fast receding jungle. On this occasion one of the village people had a mobile phone with a recorder function. The chip had a limited space and his recording of the incident soon cut out. But the recording provides vivid and undeniable proof of the villagers' story that criminal violence was threatened by the logging company. What will the Chief of Police say about this incident when the lawyers of the office of the PKR opposition leader Baru Bian take this matter to court on behalf of the natives of Geran Stumbin? So far the local police have taken note of the complaint by the villagers but as usual have done nothing further. The gun-wielding criminal is still at large. Finally the police arrive, but only because they want to interrogate not help!! In fact the villagers have made numerous complaints about the encroachments on their lands to the police, but the only action that has been taken was when the company complained about about a missing key to one of their vehicles. This brought the police to the village at last, but only to interrogate the locals about this event! Presumably the logging company will now fire their worker and then pretend that this was an 'isolated and unusual incident'. In which case they had better pay him off well and intimidate him badly also, because otherwise Sarawak Report or a rival outlet will be chasing him for his story! With evidence like this Taib cannot continue to maintain his facade of benign development. It has always been theft – and violent theft at that. Taib will continue to ignore the growing clamour of complaints and pretend all is well. But now everything is in the open. He is being seen for what he is and he will be judged on the evidence that is at last finding it way out into the open and not the lies he has put out.
One final question to Taib Mahmud (for now)
"NO INFORMATION" Taib Mahmud in his capacities as Chief Minister and Minister of Resources and Planning and also, of course, the active Chairman of the Land Custody and Development Authority (Pelita), was responsible for issuing the licence to Sentiasa Maju Sdn Bhd. Yet the shareholders of this company remain a mystery. Although the company was set up in 1980, just a few months before Taib took office, the company register announces that it is yet to receive any information about who owns it! So on what judgement did Taib Mahmud come to the decision that this would be a suitable company for the Government of Sarawak to issue a Timber Licence to? Does he know who it is or was it just one of those 'business opportunities' referred to in a recent interview by his side-kick Karim Hamza? Given the growing evidence of staggeringly self-serving decisions in the handing out of licences, it is inevitable that many people will be left assuming that the company belongs to him. Perhaps the Chief Minister could enlighten us and put such assumptions to rest? Or must it remain yet another of Sarawak's 'State Secrets' when it comes to the distribution of land?
PS: Beginilah keadaan kehidupan penduduk Sarawak yang tanah mereka telah dirampok di siang hari oleh penganas2 yang diberi lesen oleh kerajaan BN. Mereka sanggup buat apa saja demi mencapai cita2 pemimpin mereka yang rangkus dan tamak dan mereka mengugut rakyat supaya rakyat tunduk dan takut kepada kroni2 BN. Mereka tidak peduli langsung tentang nasib rakyat yang tanah mereka inilah satu2nya tempat mereka bercucuk tanam untuk mendapatkan rezeki menampung kehidupan mereka seharian. Kalaulah rakyat Sarawak sedar tentang keadaan sebenar siapa disebalik semua ini sudah pasti mereka akan bangkit menentang kerajaan BN pada pilihanraya nanti. Sedarlah wahai rakyat Sarawak jangan biar diri kamu jadi mangsa dan hamba kepada BN. Jangan biarkan tanah2 kamu semua dirampas oleh kroni2 dan pemimpin2 BN yang tamak dan yang telah menyalahgunakan kuasa. Bah mari kita semua bangkit berubah menukar kerajaan BN kepada kerajaan baru PAS dan PAKATAN RAKYAT. Jadikan negara Sarawak merdeka dari jajahan BN dan kroni2nya.
Lawatan kali pertama YB Dzulkefly ke Miri hujung minggu lalu membawa satu perkembangan positif dek penerimaan rakyat pelbagai budaya di bandaraya Miri. Setiba jam 730 petang,YB dr Dzul terus ke program Makan Malam Anjuran PR dan Wanita SNAP yang dihadiri hampir 1,000 penduduk setempat yang majoritinya berbangsa Iban dan orang Ulu. program meraikan Wanita SNAP dan Sambutan Pre-Hari Natal turut dihadiri pimpinan Pakatan Rakyat Miri;termasuk YDP PAS,Tuan Haji Jofri Jaraiee,Fong P. Teck (DAP),Jemat (PKR) dan Presiden dan Timbalan Presiden SNAP,EN Edwin Dundang dan Kebing Wan.
Dalam ucapan penuh semangat dan fakta Dr Dzul selama hampir 45 minit yang menerima tepukan gemuruh dari hadirin,beliau telah menegaskan peri penting politik baru Pakatan Rakyat dalam membebaskan cengkam Kerajaan zalim Barisan Nasional.Antara ciri utama Politik Baru ialah rakyat dan pengundi tidak lagi mampu digula-gulakan oleh pihak yang berkuasa. Pengundi bertindak dengan maklmat. Media baru memerdekakan mereka. Pemberian saat saat akhir meskipun berjumlah jutaan ringgit tidak akan dinilai oleh rakyat/pengundi. Mungkin mereka mengambil segala pemberian tetapi mereka tidak jamin akan memberi undi kepada si pemberi kalau pun mereka itu Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.Kelompok pengundi bandar atau pinggir bandar atau lebih tepat lagi yang memilikki maklumat dan informasi, lebih tegas pendirian mereka tentang hal ini.
Pengalaman di PRK Sibu sekali lagi;bagi beliau menunjukkan fenomena kesedaran yang sama. Peningkatan undi kepada calon Pakatan bukan sahaja disaksikan di kalangan pengundi Cina, bahkan di kalangan Melayu-Melanau, walaupun sedikit. Beliau yang berkempen di Sibu merentasi semua kaum etnik dan mendapati yang di rumah panjang sekalipun sudah faham siapa yang berkhidmat dan siapa yang hanya beri benda dan wang ringgit pada waktu berkempen sahaja. PBB/BN gagal membawa kembali rakyat/pengundi di negara ini kepada garis dan amalan Politik Lama tajaan mereka.Pengundi celik dengan gelagat pimpinan yang membolot kekayaan negeri. Mereka juga tidak mudah ditakut-takutkan dengan ugutan dan ancaman. Menakutkan pengundi Cina dengan negara Islam juga tidak semudah itu ditelan mereka. Bogey atau hantu itu tidak lagi mereka terima seperti zaman silam. PAS wajar memahami bagaimana untuk terus meruntuhkan tembok prajudis terhadap Islam dan parti Islam itu. Perjuangan Menegakan Keadilan Untuk Semua sebagai matlamat Syariat adalah konsisten dengan dasar Pakatan. Momokan 'Satu Undi DAP adalah Satu Undi Untuk Negara Islam' terkubur di Sibu!Kini rakyat tahu bahawa masalah utama mereka tidak kian selesai sebab pemimpin tidak peduli dan tidak bersungguh untuk menyelesaikan masalah mereka. Kalau di Sibu jelasnya ialah masalah banjir, tanah, kemiskinan dan pekerjaan untuk golongan remaja. Mereka telah sedar bahawa negeri mereka kaya tetapi mereka tetap miskin sementara pemimpin membolot kekayaan. Apabila Politik Baru sudah terbudaya dan capaian maklumat telah mula menular, tidak ada cara lagi gelagat buruk pemimpin mampu diselindungi dengan akta atau undang-undang.
Tegasnya,Apabila DAP dan Pakatan menang di Sibu, meskipun tipis yakni 398 undi sahaja, ia tetap merupakan isyarat bahawa PRU ke-13 akan bakal menyaksikan pertandingan paling sengit dalam sejarah politik pilihanraya. Kita akan saksikan 'prelude' atau muqaddimahnya dalam pilihnaraya Dewan Undangan Negeri Sarawak. Ingat bahawa Sabah dan Sarawak adalah 'fixed deposit' BN yang sukar ditembusi dahulu.Tambah beliau lagi,Pakatan pula jangan selesa kerana jelasnya mereka juga tidak kebal dari ciri-ciri kebobrokan dan kebejatan Politik Lama, peninggalan debu-debu Umno/PBB dan SUPP dan pelbagai penyimpangan dari tuntutan 'Fitrah' yang bersih serta integriti yang tinggi.
Taklimat oleh Pegawai Khas ADUN Gombak Setia, Hj Omar kepada sukarelawan dari kalangan UKJGS yang turun pada hari tersebut. Kempen kali ini melibatkan 2 lokaliti ; Taman Harmonis & Taman Setia, di bawah cawangan Gombak Setia
Petugas-petugas berjalan ke seluruh pelusuk kawasan rumah untuk mencari individu-individu yang boleh didaftarkan sebagai pengundi baru
Setiap rumah dikunjungi sungguhpun dari kalangan bukan warganegara Malaysia
Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim mendakwa pendedahan WikiLeaks mengenai penilaian Singapura tentang iklim politik Malaysia mengesahkan sikap iri hati berterusan republik itu terhadap negara ini.
Pada sidang media pertama selepas kembali daripada cuti sakit selama dua bulan ekoran pembedahan jantung, presiden Perkasa itu berkata, Singapura sudah lama menyimpan dendam terhadap Malaysia.
Justeru katanya, kenyataan pegawai-pegawai kanan Singapura sebenarnya menunjukkan "belang" sebenar republik itu yang berpisah dari Malaysia pada 1965.
"Saya yakin bahawa mereka (Singapura) sebenarnya cemburu dengan Malaysia kerana mereka tidak gembira dalam banyak hal.
Pada tahun 2008, pemimpin pembangkang mendesak supaya satu siasatan dijalankan terhadap pembelian 12 helikopter Eurocopter bernilai RM2.3 bilion yang mereka dakwa dilakukan secara tidak betul.
Kementerian Pertahanan didakwa lebih membayar RM1.4 bilion ketika membeli pesawat itu dari Eurocopter untuk Tentera Udara Diraja Malaysia.
Pengadu mendakwa Malaysia menandatangani surat hasrat untuk membeli 12 helikopter Eurocopter EC725 Cougar pada harga RM2.3 bilion, sedang Brazil hanya membayar AS$1.2 bilion untuk membeli 50 unit model yang sama.
Soalan yang rakyat Malaysia mahu jawapannya ialah: Apakah kerajaan Malaysia membeli pesawat terbaik dari segi nilai wang?
Apakah ada kajian kesesuaian dilakukan untuk membandingkan harga dan fungsi helikopter berkenaan?
Dan mengapa ada isu berhubung pembelian pesawat tersebut sehingga memerlukan Jawatankuasa Kira-kira Awam melakukan siasatan?
Tahun sebelumnya pada lewat 2007, ketua audit negara telah membentangkan satu laporan di Parlimen, mendakwa bahawa satu kontrak untuk membina kapal tentera laut diberikan kepada PSC-Naval Dockyard, anak syarikat Penang Shipbuilding & Construction Sdn Bhd, yang dimiliki Tan Sri Amin Shah Omar Shah, menghadapi masalah serius.
Syarikat Malaysia itu dikontrakkan untuk menyerahkan enam bot peronda kepada Tentera Laut pada 2004 dan penghantarannya selesai pada April 2008.
Mereka seharusnya merupakan sebahagian daripada 27 bot peronda luar pantai yang menelan belanja RM24 bilion. Kontrak ini turut merangkumi hak untuk menyelenggara dan memperbaiki semua kapal tentera laut. Bagaimanapun, hanya dua kapal peronda telah diserahkan pada pertengahan 2006.
Terdapat 298 aduan yang direkodkan terhadap dua bot tersebut, berhubung beratus-ratus item yang tidak lengkap. Harga asal kontrak RM5.35 bilion melambung kepada RM6.75 bilion pada Januari 2007.
Menurut ketua audit negara, ia berpunca daripada kegagalan salahurus kewangan yang serius dan ketidakmampuan teknikal kerana PSC tidak pernah membina, kecuali kapal pukat tunda atau bot polis, sebelum diberi kontrak tersebut oleh Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Laporan tersebut mendapati nilai kontrak seharusnya hanya RM4.9 bilion dan dua bot yang diserahkan itupun didapati cacat.
ISU tentang pendatang asing di negara kita bukanlah perkara baru. Ia telah berlaku mungkin sebelum saya dilahirkan (1982). Walaupun sudah ramai rakyat yang komplen tentang isu ini tetapi hasilnya tetap sama.
Saya juga ingin berkongsi perkara yang sama tentang pendatang asing ini. Pada cuti umum Maal Hijrah yang lalu, saya berkesempatan untuk pergi ke pusat membeli belah di Jalan Silang di ibu kota.
Sebelum ke sana, saya sudah bayangkan apa yang akan saya lalui iaitu melihat ratusan pendatang asing dari pelbagai negara yang berkeliaran, melepak, membeli belah, tidur di kaki lima, bergurau senda tanpa rasa takut walaupun mempunyai balai polis bergerak.
Jangkaan saya memang tepat kerana boleh dikatakan majoriti 'rakyat Malaysia' itu ada di situ.
Jalan Silang seperti tempat mereka sehinggakan orang kita sendiri pun takut untuk ke sana. Ini belum kita lihat lagi di tempat-tempat lain. Cubalah ke Kampung Pandan dan lihatlah pertumbuhan dan pembiakan pendatang asing ini yang majoriti warga Indonesia.
Mereka dengan senang menyewa rumah, (ada juga yang sudah membeli dan buat rumah serta menjadi penyewa) bahkan ada juga yang berniaga di tepi-tepi jalan raya.
Jangan terkejut jika saya katakan bahawa ada juga rakyat tempatan yang menjadi kuli pendatang.
Perniagaan mereka bukan calang-calang dan kedai mereka bukannya seperti pondok mainan.
Mereka menjual jamu, membuka gerai makanan dan sebagainya. Saya ingin bertanya bagaimana mereka dengan begitu mudah dapat membuat semua ini? Jawapan saya mudah sahaja iaitu tiada pemantauan yang berterusan.
Saya juga difahamkan bahawa ada juga yang menjalankan perniagaan itu tiada identiti yang sah dan paling membuat hati saya terbakar apabila salah seorang mengatakan sungguh mudah masuk ke Malaysia dan menjadi warganegaranya.
Bayangkan jika kita ingin memasuki negara lain dan ingin menjadi warganegaranya? Jangan melihat negara jauh, kita boleh lihat di negara jiran sendiri. Adakan mudah untuk kita masuk ke negara Singapura?
Jauh sekali untuk menjadi warganegaranya. Usah kita bermimpi. Tetapi di Malaysia semuanya mudah walaupun saya tahu pihak berkuasa mengatakan ada dalang dalam penyeludupan pendatang ini.
Bagi saya, kerja pihak berkuasa sudah diselesaikan dan teka-tekinya juga sudah terjawab.
Teruskan menjejaki dalang ini dan kenakan hukuman yang setimpal kepada mereka.
Adakah ini yang anda lakukan setelah lebih dua dekad? Jika ya, saya ucapkan tahniah tetapi jika ya juga, mengapakah pendatang asing ini makin ramai dan merimaskan?
Ini belum lagi jika kita lihat di tempat-tempat lain seperti di Kampung Baru, Keramat, Wangsa Maju dan juga di negeri-negeri lain. Saya yakin di tempat pembaca juga begitu dan maafkan saya jika saya katakan bahawa di kawasan kediaman pihak berkuasa juga begitu.
Pernah suatu ketika saudara saya tidak menggalakkan saya pergi ke Hang Tuah Mall di Melaka. Katanya itu bukan tempat kita, tempat itu sudah menjadi seperti Kota Jakarta. Saya sendiri melihat serta mengakuinya.
Bukan warga Indonesia sahaja, malah Nepal, Vietnam, Bangladesh dan pelbagai bangsa ada di situ. Orang kita? Hanya sekerat dan seperti biasa semuanya takut dan tidak selesa ke sana.
Bekas Menteri Besar Selangor yang juga bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, disebut-sebut antara bakal menerajui Umno Selangor sebagai satu usaha untuk memperkukuhkan parti itu yang kini dikatakan semakin layu.
Selepas Khir Toyo dihadapkan ke muka pengadilan, Umno dikatakan semakin lesu dan banyak pihak terutama di peringkat akar umbi Umno mahukan Mat Taib diberi tugas menerajui Umno untuk menguatkan kembalai parti itu.
Akar umbi dikatakan kurang bersetuju jika Noh Omar dilantik andainya Najib yang kini pengerusi Umno negeri membuat rombakan. Mereka hanya bersetuju jika Noh diberi tugas membantu Mat Taib yang jauh berpengalaman untuk 'bertempur' Pakatan Rakyat yang kian mencengkam kuat kuasa dan pengaruhnya di negeri termaju itu.
Banyak sungguh Puaka UMNO Selangor. Minggu lalu terdapat 4 orang pemimpin UMNO Selangor berjumpa Perdana Menteri mendesak Khir Toyo didakwa dalam apa cara sekali pun. Kata mereka jika Khir Toyo didakwa, BN selangor akan kembali mendapat sokongan.
Benarkah ? 4 orang ini ialah Noh Omar, Noriah Kasnon, Shukor Kuang dan Dato Ghazali Ibrahim. Opsss maaflah. 3 orang saja UMNO Selangor. Satu lagi UMNO Kedah. Apa ke hei nya Dato Ghazali Ibrahim, bekas Ali Parlimen Padang Terap turut terbabit dalam usaha menjatuhkan Khir Toyo ini?
TEMERLOH, 13 Dis: Semua peminpin dan ahli PAS di seluruh negara di cadangkan agar membuka 'Tabung Buluh Untuk PAS' bagi mempersiapkan parti itu menghadapi pilihan raya umum akan datang ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan itu bertujuan untuk membolehkan PAS benar-benar bersedia dari segi kewangan di samping mempersiapkan calon PAS yang hendak bertanding agar setia dengan jamaah.
Beliau mencadangkan, tabung itu nanti hendaklah diserahkan sendiri oleh ahli PAS berkenaan kepada calon PAS yang hendak bertanding dan disertakan dengan amanat agar calon itu sedar bahawa mereka menjadi wakil rakyat nanti atas keringat semua ahli.
Secara simboliknya, beliau mencadang, tabung itu akan diserahkan kepada calon berkenaan ketika beliau diumumkan sebagai calon PAS nanti.
Menurut Tuan Ibrahim, beliau mendapat idea itu berdasarkan kunjungan beliau ke satu majlis di Johor baru-baru ini yang menyaksikan satu majlis penyerahan tabung buluh dari ahli PAS untuk Unit Peti Undi (UPU) kawasan berkenaan.
"Saya ingin ubah sedikit. Dari kita serahkan kepada UPU, apa kata kita serahkan terus kepada calon yang hendak bertanding nanti dan kita tuliskan amanat kepada beliau di tabung itu nanti," kata Tuan Ibrahim.
"Apabila kita semua menyumbangkan wang untuk calon kita dan dengan amanat itu, kita yakin tidak akan ada mana-mana calon kita akan khianat kerana mereka sedar mereka menang adalah atas usaha semua ahli dan penyokong.
"Jadi secara spiritualnya, kita akan menghalang dari wakil rakyat kita lompat parti, khianat dan sebagainya," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.
Tuan Ibrahim yakin, semua orang mempunyai wang syiling yang berlebihan ketika pulang ke rumah atau sampai ke pejabat. (Gambar: Memecahkan tabung buluh di Padang Luas, Besut..Foto blog Pemuda Besut)
"Dari memberatkan poket, baik kita masukkan ke dalam tabung buluh ini dan kita dapat pahala yang besar," kata beliau.
Padang Luas
Sementara itu, amalan mengumpulkan dana untuk parti melalui tabung buluh sudah diamalkan oleh PAS Padang Luas, Besut, Terengganu.
Pada 4 Disember lepas, mereka mengadakan majlis pecah tabung yang telah mereka edarkan kepada ahli-ahli mereka sejak Jun lalu.
Di majlis itu, berpuluh-puluh tabung buluh dipecahkan untuk mengeluarkan wang syiling dan kertas yang dikumpulkan oleh ahli-ahli mereka.
Menurut Abdullah Mamat, Ketua UPU Padang Luas, program menabung ini akan diteruskan lagi selepas ini.
Beliau juga menyeru para dermawan supaya turut tampil membantu menyumbang dana dalam usaha mengembalikan kemenangan DUN Jerteh, khususnya UPU Padang Luas dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Bandar Tasik Puteri
Di Selayang, PAS cawangan Bandar Tasik Puteri telah menggunakan pendekatan yang sama untuk mengumpulkan dana sejak setahun yang lalu. (Gambar: Membilang hasil tabungan di Padang Luas, Besut...Foto blog Pemuda Besut)
Memandangkan buluh sukar diperolehi di kawasan mereka, AJK cawangan telah membeli tabung-tabung besi yang dijual di kedai-kedai dan diedarkan kepada AJK dan ahli-ahli mereka.
Dengan kos tabung RM5 setiap satu, mereka boleh mengumpulkan antara RM15 ke RM30 setiap tabung pada setiap bulan dari tabung itu.
"Pada setiap kali mesyuarat, semua AJK akan membawa tabung masing-masing. Sebelum memulakan mesyuarat kita buka tabung itu dan kira isinya. Kami akan perolehi kira-kira RM200 hingga RM300 setiap bulan dari tabung-tabung ini," kata Bendahari PAS cawangan itu, Saudara Anuar.
Wang dari tabung inilah, kata Anuar, membiayai banyak aktiviti PAS di cawangan itu.
Syabas kepada Hot FM atas kesudiannya menemubual Menteri Besar kesayangan kita, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tak sangka rupanya TGNA nie seorang yang lucu, disamping itu juga, dia sempat memberi kata-kata nasihat kepada penyokong Kelantan.
Antara petikan temubual tersebut :
"Imbuhan ada, tahun lepas kita bawa ke tanah suci, tapi dapat dirasai oleh suami sahaja, isteri tak dapat rasa apa-apa.
"Jadi tahun ini kita ubah teknik sikit, kita bagi wang tunai supaya suami sebagai pemain dapat rasa, isteri sebagai penonton dapat rasa, anak-anak pun seronok,"
Perdana Meteri Datuk Seri Najib Razak hari ini secara formal mengumumkan pelantikan bekas presiden Datuk Seri S. Samy Vellu sebagai duta khas baru Malaysia yang bertaraf menteri untuk infrastruktur bagi India dan rantau Asia Selatan.
"Saya ingin mengumumkan pelantikan Datuk Seri Samy Vellu sebagai duta khas infrastruktur bagi India dan Asia Selatan.
"Kami tidak mahu kehilangan bakatnya dan saya pasti banyak syarikat akan mendapat manfaat (daripada beliau)," kata beliau ketika melancarkan buku biografi Samy Vellu berjudul "A Life. A Legend. A Legacy" di sini hari ini.
Lantikan itu berkuat kuasa mulai 1 Januari ini.
Kata Najib, pelantikan itu adalah pengiktirafan sumbangan besar bekas presiden MIC itu, yang juga bekas Menteri Kerja Raya, dalam membantu syarikat Malaysia melaksanakan projek pembangunan di benua kecil India itu. Najib juga memuji Samy Vellu atas sumbangannya selepas berkhidmat untuk rakyat dan negara selama 31 tahun khususnya dalam menubuhkan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), Kolej TAFE, Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), Yayasan Strategik Sosial (YSS) dan Yayasan Pemulihan Sosial.
Pelapor:Puan Siti Zailah Binti Mohd. Yusuff (Rantau Panjang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan negara sejak tahun 2000 hingga tahun 2010 dari sumber pendapatan dari hasil lesen judi yang dikeluarkan dan jumlah perbelanjaan terperinci yang telah digunakan dari hasil pendapatan lesen judi tersebut.
JAWAPAN BERTULIS:
1.Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut: > Photos
2. Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun Negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja.
PENDEDAHAN laman bebas Wikileaks mengenai isu politik Malaysia khasnya pembabitan bakal Perdana Menteri ke 7, Anwar Ibrahim dalam isu liwat jangan mudah ghairah untuk mempercayainya. Pendedahan laman itu yang memetik beberapa pegawai Singapura mempercayai apa yang didedahkan itu boleh jadi satu perangkap kepada politik negara ini sendiri.
Tidak mustahil juga pendedahan itu satu konpirasi melibatkan pembayaran wang beratus juta ringgit. Ingat, manusia sanggup melakukan apa saja bila sudah terdesak dan demi mempertahankan kekuasaan.
Mungkin pihak UBN merasa senang dengan pendedahan laman berkenaan. Blog blog tajaan UBN akan memperdagangkan hal itu segila-gilanya. Mereka boleh menguatkan lagi hujah untuk memburukkan Anwar yang kini dijalan dengan pelbagai cara. Media UBN telah memungguh semua sampah sarap dan pemuda sepak kertas untuk menimbus dan membusukkan Anwar.
Kalaulah semut ataupun burung dapat bercakap memburukkan Anwar, pasti media masa akan menyedut dan menggunakan pakai cakap mereka. Semua manusia telah digunakan media pro UBN untuk memburukkan Anwar. Namun hasilnya nampak masih belum sampai kemuncak.
Mungkin ada rancangan media Malaysia untuk menterjemahkan kicauan burung ataupun kokok ayam, atau katak bagi mengukuhkan tuduhan ke atas Anwar. Tidak mustahil akan keluar dalam akhbar atau tv, ayam atau burung atau katak akan dipetik kenyataannya yang memburukkan Anwar.
Kenapa saya melarang agar jangan ghairah dengan pendedahan Wikileaks itu? Apakah Wikileaks selamanya akan memburukkan peribadi Anwar? Belum tentu! Iya sebuah laman bebas yang menyaring 250,000 kebel diplomatik Amerika Syarikat. Gambaran diberikan bahawa laman berkenaan profesional dan mengetahui segalanya. Dan kenapa pula kita mudah akur dan tunduk kepada badan-badan bebas yang penuh propaganda seperti Wikileaks itu?
Ingat juga pada mulanya ia dijalankan secara percuma. Tetapi bila ia sudah menjadi perhatian dunia, laman itu akan berharga berbillion ringgit. Sesiapa yang ingin mendedahkan sesuatu untuk kepentingan politik akan sedia membayar laman berkenaan. Dalam politik hari ini hanya mereka mempunyai wang saja mampu berada di atas dan memegang kuasa.
Pada saya kemunculan Wikileaks adalah strategi musuh Islam. Ia bukan saja musuh negara ini tetapi Islam seluruhnya. Kalau dari sisi lain dengan pendedahan laman bebas itu ia memberi gambaran Amerika itu sendiri mengetahui luar dan dalam sesebuah negara dan juga individu di mana-mana saja. Dalam erti kata lain Wikileaks dan Amerika terus menjalani propaganda dan perang saraf mereka bagi melemahkan negara dan kuasa lain. Mereka nampak bergaduh tetapi hakikatnya mereka bersekongkol untuk mengugut dunia.
Bagi mereka yang ghairah menerima pendedahan laman berkenaan harus berhati-hati dan waspada. Jangan ghairah sangat. Saya bimbang ia akan terbalik kod (istidraj) nanti. Apa kata kalau selepas ini Wikileaks atau laman-laman blog dunia yang lain mendedahakan pula apa yang berlaku ke atas jisu-isu lain termasuk pembunuhan wanita Mongolia yang dibunuh kejam di hutan simpan di negara ini dua tahun lepas itu? Apakah kita boleh menolaknya begitu saja?
Dengan mempercayai Amerika mengetahui setiap apa yang berlaku dalam seluar kita, termasuk juga dalam seluar dalam isteri kita, kita percaya kes pembunuh Altantuya juga berada dalam kabel diplomatiknya. Bila-bila masa ia akan terbongkar. Apakah selepas Wikileaks mendedahkan jenayah itu nanti kita akan memperacayanya? Amerika hanya menanti masa saja untuk mendedah apa-apa rahsia kita kalau kita tidak sedia mengikut telunjuknya.
Kalau misalnya dalam pendedahan itu (pembubunah Altantuya) ia membabitkan pemimpin negara yang berkuasa sekarang ini, apakah kita akan mempercayainya. Atau kita akan menganggap pendedahan itu satu fitnah pula? Hendaknya jangan ada sikap double standard dalam menerima pendedahan Wikileaks ataupun maklumat yang dimiliki oleh Amerika ini. Kalau hari ini kita percaya maka esok juga kita kena percaya apa yang akan didedahkan. Jangan... kalau ia dedah mengenai keburukan oposisi kita mudah menerimanya dan kalau ia mendedah kelakuan pemimpin pemerintah kita buat-buat buta untuk melihatnya.
Dalam tilikan saya pendedahan penglibatan Anwar dalam isu liwat semacam ada urusan jual beli dan strategi lebih lanjut. Ia melibatkan kewangan yang besar. Tunggulah..
Jadi semua pihak hendaklah tidak mudah mempercayai pendedahan Wikileaks itu dan anggaplah ia hanya permainan kuasa dunia yang ingin mencaturkan politik dunia saja. Kita boleh akui dunia luar itu lebih maju dan moden daripada kita, tetapi kita tidak dapat merasakan apakah nawaitu mereka ke atas kita benar atau tidak. Saya yakin selamanya Amerika akan memperkudakan kita. Maka semua pihak perlu berhati-hati jangan sampai menggit jari tertelan air liur. Kita jangan kehilangan banyak orang yang berpotensi untuk jadi pemimpin.
KUALA LUMPUR: "Jangan memaksa dia (Suzie) terus berhenti daripada pekerjaannya sebagai pelayan pelanggan (GRO), sebaliknya beri masa untuk dia berubah," kata pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah (gambar) ketika mengulas laporan mengenai seorang GRO yang kini sarat mengandung ingin kembali ke pekerjaan asal sebaik bersalin kerana mendakwa hanya itu pekerjaan mampu dilakukan bagi menyara anaknya itu.
Beliau berkata, dalam kes seperti ini, paksaan untuk berubah bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk membantu wanita itu. "Suzie boleh meneruskan pekerjaannya sebagai GRO, tetapi dalam masa sama dia hendaklah tidak reda melakukan kerja itu hingga mendatangkan kebosanan dan tidak seronok untuk bekerja lagi.
"Dengan cara itu, dia boleh berubah sedikit demi sedikit, kemudian mencari pekerjaan halal yang lain, sebaik mendapat pekerjaan lain, dia perlu berhenti terus melakukan kerja lamanya itu. "Suzie perlu menganggap kerja dilakukannya itu kerana sedang berada dalam keadaan darurat dan perlu cepat-cepat menukar pekerjaan. "Sebaliknya, pihak yang membantu pula perlu memberi bimbingan. Sebagai contoh nasihat yang baik dan mengingatkan dirinya mengenai setiap yang hidup pasti akan mati supaya dia tidak terus melakukan dosa," katanya.
Menurutnya, wanita itu memerlukan kumpulan penyokong yang kuat yang akan terus memberi semangat untuk dia berubah seperti rakan, jiran dan kewaja sendiri.
"Siapa kita untuk menghukum kesilapan dilakukan Suzie. Jika dia bertaubat nasuha, dosanya semua akan kosong dan dia akan jadi seperti bayi yang baru lahir. Itu janji Tuhan kepada kita.
"Oleh itu, masyarakat tidak boleh menuding jari kepadanya, sebaliknya sama-sama memberi dorongan untuk berubah," katanya.
Beliau turut menasihati pembaca sama ada yang bersimpati atau yang membenci Suzie mendoakan dia berubah dan kembali ke jalan diredai.
"Saya percaya wanita ini mempunyai masalah dalaman yang agak sukar diungkapkan kerana berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, masyarakat sekeliling harus membantunya keluar dari pekerjaannya ini dengan memberi sokongan dan dekati diri mereka sebagai rakan akrabnya," katanya.
Ulasan Ustaz Nur Amin
Saya kurang bersetuju dengan pendapat pakar motivasi tersebut, kerana pakar motivasi tersebut bukan berasal dari orang yang belajar agama atau bidang agama, dia hanya pakar motivasi biasa sahaja dan tahu sedikit sebanyak tentang agama. Banyak hujah-hujahnya yang saya tidak setuju seperti dia mengatakan bahawa adanya bohong sunat, sebenarnya dalam Islam tiada bohong sunat, hanya ada helah. Bohong sunat itu disandarkan kepada sunnah Nabi Muhammad saw. Jadi hal ini bertentangan dengan sifat nabi iaitu benar dan amanah. Terbaru dia mengeluarkan fatwa yang berkaitan dengan masalah pelacuran atau GRO dengan mengatakan bahawa boleh teruskan dengan sebab dharurat untuk mendapatkan sedikit sebanyak duit penyaraan anaknya nanti.
Islam tidak pernah meredhoi atau menghalalkan zina walaupun dalam keadaan dharurat sekalipun. Kaedah Fiqh dua perkara yang tidak boleh dilakukan ketika dharurat iaitu membunuh atau bunuh diri dan berzina. Jadi jelas di sini tiada istilah halal melacur atau GRO untuk menyara kehidupannya. Kalau dilihat dari sudut keupayaan dan tenaga pelacur tersebut, masih sihat dan bertenaga lagi untuk membuat kerja-kerja yang halal, seperti basuh pingan, kilang, pengawal, peminta sedekah, pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya. Kenapa pulak pakar motivasi tersebut mengatakan dharurat, sepatutnya pakar motivasi tersebutlah yang membantunya memberikan pekerjaan atau wang zakat untuk mengelakkan dirinya terus bergelomang dalam dosa sebab pakar motivasi tersebut adalah jutawan (sindiran semata-mata).
Tidak sesuai kes-kes agama dirujuk kepada pakar motivasi yang jelas bukan dari orang yang ahli agama, sepatutnya kes seperti ini dirujuk kepada orang agama supaya pendapat yang diberikan tidak menyimpang jauh dari syarak. Saya harap pakar motivasi tersebut rujuklah dahulu kepada orang yang pakar agama supaya hujah-hujahnya mempunyai sandaran atau sanat yang teguh dan tidak menyimpang jauh. Hal agama bukan boleh dimain-mainkan, kerana ia mempunyai kaitan dengan dosa dan pahala. Pakar motivasi tersebut perlu membuat kenyataan susulan atas kesilapannya dahulu, supaya masyarakat yang membaca kenyataannya di Harian Metro 11 Disember 2010 tidak dijadikan pegangan ataupun hujah.
TEMERLOH, 13 Dis: Semua peminpin dan ahli PAS di seluruh negara di cadangkan agar membuka 'Tabung Buluh Untuk PAS' bagi mempersiapkan parti itu menghadapi pilihan raya umum akan datang ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan itu bertujuan untuk membolehkan PAS benar-benar bersedia dari segi kewangan di samping mempersiapkan calon PAS yang hendak bertanding agar setia dengan jamaah.
Beliau mencadangkan, tabung itu nanti hendaklah diserahkan sendiri oleh ahli PAS berkenaan kepada calon PAS yang hendak bertanding dan disertakan dengan amanat agar calon itu sedar bahawa mereka menjadi wakil rakyat nanti atas keringat semua ahli.
Secara simboliknya, beliau mencadang, tabung itu akan diserahkan kepada calon berkenaan ketika beliau diumumkan sebagai calon PAS nanti.
Menurut Tuan Ibrahim, beliau mendapat idea itu berdasarkan kunjungan beliau ke satu majlis di Johor baru-baru ini yang menyaksikan satu majlis penyerahan tabung buluh dari ahli PAS untuk Unit Peti Undi (UPU) kawasan berkenaan.
"Saya ingin ubah sedikit. Dari kita serahkan kepada UPU, apa kata kita serahkan terus kepada calon yang hendak bertanding nanti dan kita tuliskan amanat kepada beliau di tabung itu nanti," kata Tuan Ibrahim.
"Apabila kita semua menyumbangkan wang untuk calon kita dan dengan amanat itu, kita yakin tidak akan ada mana-mana calon kita akan khianat kerana mereka sedar mereka menang adalah atas usaha semua ahli dan penyokong.
"Jadi secara spiritualnya, kita akan menghalang dari wakil rakyat kita lompat parti, khianat dan sebagainya," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.
Tuan Ibrahim yakin, semua orang mempunyai wang syiling yang berlebihan ketika pulang ke rumah atau sampai ke pejabat.
"Dari memberatkan poket, baik kita masukkan ke dalam tabung buluh ini dan kita dapat pahala yang besar," kata beliau.
Padang Luas
Sementara itu, amalan mengumpulkan dana untuk parti melalui tabung buluh sudah diamalkan oleh PAS Padang Luas, Besut, Terengganu.
Pada 4 Disember lepas, mereka mengadakan majlis pecah tabung yang telah mereka edarkan kepada ahli-ahli mereka sejak Jun lalu.
Di majlis itu, berpuluh-puluh tabung buluh dipecahkan untuk mengeluarkan wang syiling dan kertas yang dikumpulkan oleh ahli-ahli mereka.
Menurut Abdullah Mamat, Ketua UPU Padang Luas, program menabung ini akan diteruskan lagi selepas ini.
Beliau juga menyeru para dermawan supaya turut tampil membantu menyumbang dana dalam usaha mengembalikan kemenangan DUN Jerteh, khususnya UPU Padang Luas dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Bandar Tasik Puteri
Di Selayang, PAS cawangan Bandar Tasik Puteri telah menggunakan pendekatan yang sama untuk mengumpulkan dana sejak setahun yang lalu.
Memandangkan buluh sukar diperolehi di kawasan mereka, AJK cawangan telah membeli tabung-tabung besi yang dijual di kedai-kedai dan diedarkan kepada AJK dan ahli-ahli mereka.
Dengan kos tabung RM5 setiap satu, mereka boleh mengumpulkan antara RM15 ke RM30 setiap tabung pada setiap bulan dari tabung itu.
"Pada setiap kali mesyuarat, semua AJK akan membawa tabung masing-masing. Sebelum memulakan mesyuarat kita buka tabung itu dan kira isinya. Kami akan perolehi kira-kira RM200 hingga RM300 setiap bulan dari tabung-tabung ini," kata Bendahari PAS cawangan itu, Saudara Anuar.
Wang dari tabung inilah, kata Anuar, membiayai banyak aktiviti PAS di cawangan itu.
CERAMAH ISU PALESTIN : GAZA TERKINI Tarikh : 18 Dis 2010 (SABTU) Masa : 7.30 malam Tempat : Masjid Taman Panchur Jaya, Seremban Oleh : Y.Bhg Tuan Hj Mohd Azmi Abd Hamid (Presiden TERAS) Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir Anjuran Bersama : TERAS Pengupayaan Melayu Cawangan N.Sembilan & Jawatankuasa Masjid Qariah Taman Panchur Jaya
PELANCARAN PROGRAM GERAKAN SUBUH Kempen Solat Subuh Berjemaah di Masjid & Surau Tarikh : 18 Dis 2010 (SABTU) Masa : 4.00 Pagi Tempat : Surau Taman Tasik Jaya, Senawang Acara : - Qiyamullaill / Iktikaf , Solat Subuh Berjemaah , Zikir Munajat - Kuliah Subuh "Keajaiban Solat Subuh Berjemaah" oleh Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz ( Timbalan Presiden TERAS Pengupayaan Melayu) - Sarapan Pagi Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir
JAMUAN TEH & PELANCARAN SALIMAH-TERAS (Pergerakan Persaudaraan Muslimah-TERAS Negeri Sembilan) Tarikh : 18 Dis 2010 (SABTU) Masa : 4.45 ptg - 7.00 mlm Tempat : Masjid Qariah Taman Panchur Jaya, Seremban Oleh : Y.Bhg Tuan Hj Mohd Azmi Abd Hamid (Presiden TERAS) Program khusus untuk Muslimat / Wanita
CERAMAH MULTIMEDIA ISU PALESTIN TERKINi Tarikh : 17 Dis 2010 (JUMAAT) Masa : 7.30 malam Penceramah : Pengerusi TERAS Pengupayaan Melayu N.Sembilan Tempat : Surau Taman Tasik Jaya, Senawang
CERAMAH PERDANA Bersama : Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Ibrahim Yusof YB Hj Taufek YB Veerapan Ust Zakaria Khalim Tarikh : 13 Dis 2010 , Isnin Masa : 9 malam Tempat : Pejabat PAS, Taman Dato Taha, Gemencheh, N.Sembilan Semua dijemput hadir
KUALA LUMPUR, 13 Dis: Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa keputusan kerajaan menaikkan harga empat barangan keperluan baru-baru ini adalah bertujuan mengutip dana pilihan raya untuk Umno BN.
Ketuanya, Nasruddin Hassan (gambar) berkata, Umno kini terdesak apabila beberapa negeri yang sebelum ini menjadi 'lubuk emas' mereka, kini diteraju Pakatan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-12, Mac 2008 lalu.
"Apa yang kita bimbang, kerajaan Umno BN menggunakan peluang ini untuk mengumpul dana pilihan raya.
"Apakah dengan kehilangan empat buah negeri pada PRU lalu, mereka hilang punca pendapatan sehingga terpaksa naikkan harga barang secara melulu, biarpun berdepan kemarahan rakyat," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula baru-baru ini.
Katanya, rakyat tidak boleh menerima kenaikan mendadak tersebut apatah lagi Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dunia dan sewajarnya rakyat negara ini tidak dibebankan dengan kenaikan tersebut.
Lebih malang, rakyat katanya seperti dihukum akibat sikap boros kerajaan termasuk membelanjakan wang yang besar untuk projek mega yang tiada kesan langsung kepada rakyat.
"Negara sepatutnya mempunyai dana tampungan, agar rakyat tidak dibebankan.
"Kenaikkan ini akan menjejaskan potensi rakyat untuk hidup selesa," katanya.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan kempen kesedaran kepada rakyat, jam 5 petang, 18 Disember ini di sekitar Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
Selain bertemu masyarakat, mereka juga akan mengedarkan risalah berhubung isu itu.
Akibat kenaikkan terbaru itu, petrol RON95, kini menjadikan RM1.90 seliter berbanding RM1.85 sebelum ini.
Harga diesel juga naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.(harakahdaily)
Pagi tadi, jalan-jalan pagi di tepi sungai Bidor, dekat Dataran JPS Sg. Bidor, Teluk Intan. Pemandangan tepi sungai amat cantik pada waktu pagi. Tapi pemandangan indah ini telah dicemari oleh beberapa longgokan sampah-sarap di merata-rata tempat.
Terasa marah juga akan sikap orang Malaysia. Sudah berpuluh-puluh tahun kempen kebsersihan, dijalankan masuk dalam kurikulum sekolah lagi, tapi tahap sedar siviknya amat menyedihkan.
Terfikir juga apabila mengaitkan dengan kesedaran politik orang Malaysia. Masih terdapat 4.8 juta rakyat negara ini yang belum mendaftar sebagai pengundi. Kemudian, punyalah begitu banyak isu yang sebahagian besarnya sudah terkena batang hidung sendiri seperti harga gula, petrol, gas dan lain-lain, tapi respon begitu sejuk sekali.
Kalau macam ini punyai kesedaran, nampak gayanya sampai bila-bila la negara kita akan dihiasi dengan sampah-sarap. Begitu juga politiknya, sampai bila-bila la kita di bawah BN (Bila-bila Naik).
MAKA, berceritalah blog pro Umno dan penyokong tegar tuan `Haji Saiful Bukhari' bahawasanya `Haji Saiful' ini memang sebenarnya menjadi mangsa liwat apabila `Haji Saiful' menunaikan Ibadah Haji ke Mekah baru-baru ini. Dalil mereka, jika `Haji Saiful' ini berbohong
tentu sekali beliau mendapat `bala bencana' di Tanah Suci Mekah, itu kepercayaan puak Jahilliyah tersebut.
`Haji Saiful' ke Mekah menemani neneknya seperti yang dilaporkan oleh Agenda Daily, laman yang pro Umno.
Mengapa `Haji Saiful' kembali ke tanahair dengan selamat tanpa `bala bencana' jika benar beliau menfitnah DS Anwar? Itulah yang menjadi dalil puak-puak yang tidak percaya kepada Hukum Islam dan beriman kepada Allah.
Memang benar, sesiapa yang ingin menunaikan Fardhu Haji mestilah berada di dalam keadaan bersih hati dan bertaubat dari segala dosa. Tetapi jika ada yang ke Mekah masih dipenuhi dengan dosa, adakah mereka pasti ditimpa bencana ketika beribadah? Jawapannya, memang ada yang menerima bala bencana atau peringatan dari Allah dan ada juga yang tidak.
Bukan sedikit yang ke Mekah terdiri dari pemimpin yang zalim dan menentang Hukum Islam tetapi mereka kembali ke tanahair masing-masing dengan selamat, bahkan meneruskan kezaliman mereka dan berterusan menentang Hukum Islam.
Bahkan, diceritakan ramai Jemaah Haji yang ke Mekah bahawa di Mekah sendiri pun begitu ramai pencuri yang berkeliaran. Mengapa tidak ditimpa bala bencana ke atas mereka? Tun Mahathir, bukan sahaja melakukan kezaliman ke atas DS Anwar, bahkan menghina Nabi serta Sunnahnya, tetapi Tun Mahathir pergi ke Mekah dan balik dengan selamat.
Lupakah kita dengan kisah Tun Mahathir menghina janggut Nabi? Nabi menyimpan janggut kerana ketiadaan pisau cukur diwaktu itu? Jika Hudud dilaksanaka, maka negara tidak boleh maju kerana ramai orang yang akan kudung tangan. Lupakah kita kata-kata Tun Mahathir itu? Beliau ke Mekah dan selamat pulang bahkan masih menentang Islam sehingga kini.
Jadi, apa sangatlah penganiayaan atau fitnah ke atas DS Anwar jika mahu dibandingkan dengan fitnah ke atas Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, kita mesti yakin dengan Allah dan hukumnya. Persoalannya, mengapa kes yang berlaku di antara DS Anwar dan `Haji Saiful' itu tidak dibicarakan secara Islam?
Mengapa kes Qazaf yang diminta diadakan oleh DS Anwar ditentang habis-habisan? Mengapa tidak rujuk kepada perundangan Islam? Apa ertinya jika kita menunaikan Haji ke Mekah beribu kali sekalipun jika kita tidak menerima Hukum Allah.
Adakah Sumpah Laknat itu Hukum Allah? Adakah kebenaran hanya boleh dibuktikan jika seseorang pesalah itu menunaikan Haji ke Mekah? Itu bukan ajaran Islam. Menunaikan Ibadah Haji adalah kewajipan kepada semua Umat Islam yang berkuasa dan mampu mengerjakannya termasuk `Haji Saiful'.
Seharusnya setelah kembali dari mengunjungi Rumah Allah dan Makam Rasullullah SAW, beliau sepatutnya lebih lantang menuntut agar kes beliau diadili mengikut peraturan Islam.
Harus diingat, kita tidak mengatakan DS Anwar atau `Haji Saiful' benar atau salah, tetapi kita mahu perbicaraan berjalan dengan adil. Di dalam kes Liwat, di dalam Islam kesalahan ini bersamaan dengan kes Zina dan jika ianya berlaku sesama Islam, maka sewajarnya dihakimi mengikut kaedah Islam.
Mengapa kaedah ini ditolak? Bagaimana pula dengan DS Anwar serta isterinya ke Mekah sebelum ini menunaikan Umrah? Ketika itu pun beliau sudah didakwa melakukan Liwat. Umrah atau Haji tempatnya tetap sama juga. Mengapa mereka semua selamat kembali ke tanahair?
Justeru itu, jangan menjadikan modal pergi Haji untuk menegakkan benang basah atau takut untuk menerima kaedah Islam. Jangan menjadi jahil sedemikian.
KUALA LUMPUR, 13 Dis: Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa keputusan kerajaan menaikkan harga empat barangan keperluan baru-baru ini adalah bertujuan mengutip dana pilihan raya untuk Umno BN.
Ketuanya, Nasruddin Hassan (gambar) berkata, Umno kini terdesak apabila beberapa negeri yang sebelum ini menjadi 'lubuk emas' mereka, kini diteraju Pakatan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-12, Mac 2008 lalu.
"Apa yang kita bimbang, kerajaan Umno BN menggunakan peluang ini untuk mengumpul dana pilihan raya.
"Apakah dengan kehilangan empat buah negeri pada PRU lalu, mereka hilang punca pendapatan sehingga terpaksa naikkan harga barang secara melulu, biarpun berdepan kemarahan rakyat," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula baru-baru ini.
Katanya, rakyat tidak boleh menerima kenaikan mendadak tersebut apatah lagi Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dunia dan sewajarnya rakyat negara ini tidak dibebankan dengan kenaikan tersebut.
Lebih malang, rakyat katanya seperti dihukum akibat sikap boros kerajaan termasuk membelanjakan wang yang besar untuk projek mega yang tiada kesan langsung kepada rakyat.
"Negara sepatutnya mempunyai dana tampungan, agar rakyat tidak dibebankan.
"Kenaikkan ini akan menjejaskan potensi rakyat untuk hidup selesa," katanya.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan kempen kesedaran kepada rakyat, jam 5 petang, 18 Disember ini di sekitar Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
Selain bertemu masyarakat, mereka juga akan mengedarkan risalah berhubung isu itu.
Akibat kenaikkan terbaru itu, petrol RON95, kini menjadikan RM1.90 seliter berbanding RM1.85 sebelum ini.
Harga diesel juga naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
TEMERLOH, 13 Dis: Semua peminpin dan ahli PAS di seluruh negara di cadangkan agar membuka 'Tabung Buluh Untuk PAS' bagi mempersiapkan parti itu menghadapi pilihan raya umum akan datang ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan itu bertujuan untuk membolehkan PAS benar-benar bersedia dari segi kewangan di samping mempersiapkan calon PAS yang hendak bertanding agar setia dengan jamaah.
Beliau mencadangkan, tabung itu nanti hendaklah diserahkan sendiri oleh ahli PAS berkenaan kepada calon PAS yang hendak bertanding dan disertakan dengan amanat agar calon itu sedar bahawa mereka menjadi wakil rakyat nanti atas keringat semua ahli.
Secara simboliknya, beliau mencadang, tabung itu akan diserahkan kepada calon berkenaan ketika beliau diumumkan sebagai calon PAS nanti.
Menurut Tuan Ibrahim, beliau mendapat idea itu berdasarkan kunjungan beliau ke satu majlis di Johor baru-baru ini yang menyaksikan satu majlis penyerahan tabung buluh dari ahli PAS untuk Unit Peti Undi (UPU) kawasan berkenaan.
"Saya ingin ubah sedikit. Dari kita serahkan kepada UPU, apa kata kita serahkan terus kepada calon yang hendak bertanding nanti dan kita tuliskan amanat kepada beliau di tabung itu nanti," kata Tuan Ibrahim.
"Apabila kita semua menyumbangkan wang untuk calon kita dan dengan amanat itu, kita yakin tidak akan ada mana-mana calon kita akan khianat kerana mereka sedar mereka menang adalah atas usaha semua ahli dan penyokong.
"Jadi secara spiritualnya, kita akan menghalang dari wakil rakyat kita lompat parti, khianat dan sebagainya," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.
Tuan Ibrahim yakin, semua orang mempunyai wang syiling yang berlebihan ketika pulang ke rumah atau sampai ke pejabat.
(Gambar: Memecahkan tabung buluh di Padang Luas, Besut..Foto blog Pemuda Besut)
"Dari memberatkan poket, baik kita masukkan ke dalam tabung buluh ini dan kita dapat pahala yang besar," kata beliau.
Padang Luas
Sementara itu, amalan mengumpulkan dana untuk parti melalui tabung buluh sudah diamalkan oleh PAS Padang Luas, Besut, Terengganu.
Pada 4 Disember lepas, mereka mengadakan majlis pecah tabung yang telah mereka edarkan kepada ahli-ahli mereka sejak Jun lalu.
Di majlis itu, berpuluh-puluh tabung buluh dipecahkan untuk mengeluarkan wang syiling dan kertas yang dikumpulkan oleh ahli-ahli mereka.
Menurut Abdullah Mamat, Ketua UPU Padang Luas, program menabung ini akan diteruskan lagi selepas ini.
Beliau juga menyeru para dermawan supaya turut tampil membantu menyumbang dana dalam usaha mengembalikan kemenangan DUN Jerteh, khususnya UPU Padang Luas dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Bandar Tasik Puteri
Di Selayang, PAS cawangan Bandar Tasik Puteri telah menggunakan pendekatan yang sama untuk mengumpulkan dana sejak setahun yang lalu.
(Gambar: Membilang hasil tabungan di Padang Luas, Besut...Foto blog Pemuda Besut)
Memandangkan buluh sukar diperolehi di kawasan mereka, AJK cawangan telah membeli tabung-tabung besi yang dijual di kedai-kedai dan diedarkan kepada AJK dan ahli-ahli mereka.
Dengan kos tabung RM5 setiap satu, mereka boleh mengumpulkan antara RM15 ke RM30 setiap tabung pada setiap bulan dari tabung itu.
"Pada setiap kali mesyuarat, semua AJK akan membawa tabung masing-masing. Sebelum memulakan mesyuarat kita buka tabung itu dan kira isinya. Kami akan perolehi kira-kira RM200 hingga RM300 setiap bulan dari tabung-tabung ini," kata Bendahari PAS cawangan itu, Saudara Anuar.
Wang dari tabung inilah, kata Anuar, membiayai banyak aktiviti PAS di cawangan itu.
KEPALA BATAS, 12 Dis: Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi mengingatkan rakyat Pulau Pinang supaya tidak terpedaya dengan taktik yang dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) khususnya dalam isu meraih simpati bagi kemenangan BN menjelang pilihan raya umum yang akan datang.
Katanya lagi, Umno dan BN akan menggunakan pelbagai bentuk provokasi dan strategi bagi meraih semula sokongan kepada mereka.
"Di negeri Kedah, Umno dan BN tidak sedar mereka merupakan pembangkang. Begitu juga di Pulau Pinang dan Selangor. Oleh kerana mereka belum merasakan betapa peritnya menjadi pembangkang maka kesukaran yang mereka hadapi menjadi trauma yang begitu tragik sekali.
"Oleh kerana itu rakyat harus terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) bukan saja di negeri-negeri yang telah berjaya dimenangi dalam pilihan raya umum yang lalu, sebaliknya menambahkan sokongan kepada usaha PR untuk menerajui Putrajaya," ujarnya semasa menyampaikan ceramah isu semasa di Pajak Song, Kepala Batas, semalam.
Beliau juga membidas kerajaan yang sedia ada menerajui negara kerana memperalatkan SPR dan SPRM untuk mencapai aspirasi politik mereka dengan cara yang tidak telus dan berani.
"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya bersikap berkecuali. Mereka ini memberi khidmat kepada rakyat. Bukannya bertindak sebagai sebuah parti politik yang menyebelahi. Apabila SPR sendiri menodai amanah yang diberikan kepada mereka, sudah pasti rakyat semakin hilang kepercayaan kepada institusi tersebut.
"Begitu juga dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang seharusnya tidak berpihak dalam mendakwa mana-mana individu yang terlibat dalam kesalahan rasuah dan penyelewengan.
"Namun begitu jumlah yang telah mereka dakwa boleh dkira dengan jari jemari, jika mahu dibezakan dengan jumlah lapuran yang telah dibuat samada oleh individu maupun oleh PR sendiri," tegasnya lagi.
Menurut beliau lagi dengan adanya mandat di peringkat pusat maka segala perancangan besar untuk membela rakyat dan negara, dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan berkesan dalam jangkamasa panjang.
Oleh kerana itu mandat rakyat bagi mengekalkan negeri yang dimenangi oleh PR seperti Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Perak harus dikekalkan kemenangan tersebut disamping memenangkan PR di seluruh negara.
PERMATANG PAUH, 12 Dis: Buku bertajuk ' Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz Mengikut Pandangan Sarjana Kepimpinan Besar Sepanjang Zaman' hasil tulisan Prof. Dr Shahrir Mohd Zain telah dilancarkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Dato' Abdul Halim Hussain di Masjid Batu, Kampung Pertama, semalam.
Abdul Halim dalam ucapan pelancarannya menyatakan bentuk kesederhanaan dalam kepimpinan yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Kelantan itu adalah suatu yang sukar diamalkan oleh mana-mana pemimpin dalam negara ini.
Katanya, sifat peribadi yang tinggi dipunyai oleh Nik Aziz itu bukan saja disenangi oleh majoriti rakyat Kelantan yang beragama Islam, malah ia turut disenangi oleh masyarakat bukan Islam.
"Wasatiyyah yang menggabungkan sifat keadilan dan kesederhanaan Tok Guru itu diungkapkan dalam buku ini bagi menjadi teladan kepada masyarakat. Ia adalah sebagai panduan dalam mengamati sifat peribadi yang harus ada pada kepimpinan sama ada peringkat bawahan maupun peringkat tertinggi.
"Beliau juga adalah tokoh sederhana dalam kepimpinan negara yang tidak juga dapat ditandingi sifatnya oleh mana-mana kepimpinan yang ada dalam negara ini walaupun telah berjaya memimpin Kelantan lebih dari 20 tahun hingga kini," ujar beliau.
Pelancaran kali ini adalah sebagai permulaan kepada pelancaran yang akan turut dilakukan di beberapa buah negeri lagi sebagai satu wadah perjuangan untuk memberi peluang kepada masyarakat memiliki buku yang menceritakan keperibadian dan kepimpinan Tok Guru Nik Aziz.
Sasterawan Negara, Azizi Abdullah, Dinsman dan Ketua Satu Persatuan Penulis Pulau Pinang, Anuar Ahmad adalah antara tetamu yang turut hadir pada majlis pelancaran buku tersebut.
KOTA BHARU, 12 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak Kelantan yang berjaya merebut Piala Emas Raja-Raja kali ke-14, malam tadi.
Menurutnya, kemenangan itu amat bermakna bagi rakyat Kelantan selepas Kelantan berjaya menjuarai Piala Malaysia baru-baru ini.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian (HUSM), dekat sini.
Tuan Guru yang kini sedang berehat di hospital berkenaan sejak dua hari lalu begitu ceria ketika diminta mengulas kemenangan skuad bola sepak Kelantan itu.
"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua para pemain dan mereka yang terlibat termasuk anggota exco kerajaan negeri Abdul Fatah," ujarnya.
Malam tadi, Kelantan berjaya menewaskan Kedah pada perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2010 Edisi ke-70 setelah mengalahkan Kedah menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood, berkata kerajaan negeri akan meraikan skuad berkenaan pada satu majlis khas nanti.
"Kita juga akan memberikan saguhati kepada pemain, bagaimanapun setakat ini ianya masih dalam perbincangan," ujarnya ketika ditemui di HUSM sewaktu mengunjungi Tuan Guru.
ALOR SETAR, 12 Dis: Cadangan yang dibuat oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), supaya Kedah menuntut hak ke atas Pulau Pinang, bukan mewakili Kerajaan, kata Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Bahkan tegas Azizan, beliau dan pihak kerajaan negeri tidak mengetahui apakah motif sebenar tuntutan yang dibuat oleh PSMCK bagi mengembalikan Pulau Pinang kepada Kedah sepertimana yang diwar-warkan kebelakangan ini.
Azizan berkata demikian mengulas isu yang telah dibangkitkan oleh PSMCK baru-baru ini supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah.
Dalam tuntutan yang dibuat PSMCK melalui Pengerusinya, Datuk Dr.Wan Shamsuddin Mohd Yusof, persatuan itu menuntut supaya Pulau Pinang diletakkan semula di bawah kekuasaan dan jajahan negeri Kedah berdasarkan kepada fakta sejarah yang lalu.
Isu tuntutan semula itu mendapat reaksi pro dan kontra pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pemimpin politik dan juga orang perseorangan di kedua-dua negeri.
Bagaimanapun Azizan mengakui kerajaan negeri pimpinannya menuntut supaya Kerajaan Pusat menaikkan nilai pajakan Pulau Pinang daripada RM10 ribu kepada RM10 juta setahun.
"Tuntutan tersebut telah dikemukakan kepada Kerajaan Pusat sejak Pakatan Rakyat mulai menerajui kekuasaan negeri Kedah lagi. Namun begitu, sehingga kini tiada tindak balas yang diterima dari pihak Pusat mengenai perkara tersebut.
"Buat masa ini Kerajaan Negeri hanya menuntut supaya kadar pajakan dinaikkan, itu sahaja," kata Azizan.
KUALA LUMPUR, 12 Dis: Aqsa Syarif menyifatkan pertemuan di kalangan anggota Yayasan Al-Quds Antarabangsa Cawangan Malaysia satu sejarah dalam menangani isu Palestin.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanahnya, Hasanuddin Mohd Yunus (gambar) berkata, pertemuan itu sebagai menyatakan sokongan rakyat negara ini terhadap perjuangan umat Islam Palestin.
"Isu Palestin telah menyatukan rakyat Malaysia," ujarnya pada siang media mengenai pembentukan Yayasan Al-Quds Antarabangsa Cawangan Malaysia di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, petang ini.
Turut bercakap pada sidang media itu ialah wakil Muassasah Al-Quds Antarabangsa, Munir Said dari Palestin, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Pengerusi Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsudin dan Ikram Malaysia.
Beliau berkata, ini terbukti semua pihak sama ada dari kalangan parti kerajaan dan bukan kerajaan menyatakan pendirian yang sama semasa membahaskan usul mengutuk regim zionis Israel pada persidangan Dewan Rakyat yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, sebelum ini.
Jelasnya, yayasan berkenaan di peringkat antarabangsa bukan sahaja didukung oleh pemimpin Islam bahkan turut melibatkan paderi-paderi yang menduduki jawatankuasa tertinggi.
Tambahnya, jawatankuasa tertinggi muassasah tersebut juga turut melibatkan pemimpin bukan Islam dari kalangan bukan bangsa Arab.
Di Malaysia, ujarnya, penglibatatan parti politik, pertubuhan dan individu daripada pelbagai latar belakang menunjukkan rakyat bersatu dalam isu Palestin.
"Ini adalah contoh terbaik dalam isu kemanusiaan di mana sahaja," ujarnya.
KOTA BHARU, 12 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata cadangan pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat perlu dikaji terlebih dahulu sebelum ianya dilaksanakan.
Menurutnya, sama ada ianya wajar dilaksanakan atau sebaliknya, tindakan itu perlu dikaji terlebih dahulu khususnya terhadap kesan yang bakal dihadapi oleh kerajaan berkenaan sekiranya ia dilaksanakan.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, di sini tengah hari tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kerajaan negeri dikuasai Pakatan Rakyat mempunyai pilihan untuk mengadakan pilihan raya Dun berasingan jika kerajaan BN mengadakan pilihan raya umum tahun hadapan.
Katanya, kuasa membubarkan Dun adalah hak milik kerajaan negeri dan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat berhak mengadakan pilihan raya negeri.
Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS seterusnya berkata, bagaimanapun sekiranya cara berkenaan dilaksanakan, ia akan memudahkan pelbagai gentera Umno dan Barisan Nasional (BN) menyerang negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.
"Jadi saya rasa cadangan itu perlu dikaji terlebih dahulu sebelum ianya dilaksanakan," ujarnya.
Pemimpin veteran DAP Pulau Pinang, Phee Boon Poh dan empat lagi ADUN tewas mengejut dalam pemilihan 15 anggota jawatankuasa DAP negeri itu hari ini.
Kekalahan Phee, yang juga exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, dianggap mengejut kerana beliau merupakan antara pemimpin yang paling rajin turun padang dalam melaksanakan tugasnya.
Dalam pemilihan di Dome, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Phee, yang juga ADUN Sungai Puyu, memperoleh 173 undi, iaitu kurang enam undi daripada Gooi Seong Kin yang menduduki tempat terakhir dalam barisan jawatankuasa itu.
Empat lagi ADUN yang tewas ialah Lau Keng Ee (Pengkalan Kota), Yeoh Soon Hin (Paya Terubong), Koid Teng Guan (Sungai Pinang) dan A.Tanahsekharan (Bagan Dalam).
Ketika ditemui selepas keputusan diumumkan, Phee kelihatan tenang dan berkata beliau menerima keputusan yang dibuat oleh 466 perwakilan itu dan menganggap ia sebagai titik tolak bagi dirinya untuk berjuang dengan lebih gigih demi parti.
"Saya menerima kekalahan itu dengan hati terbuka. Mungkin saya belum cukup bagus, sebab itu perwakilan tidak mengundi saya," katanya.
Dalam pemilihan itu, ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo, yang juga anak kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh, memperoleh undi terbanyak dengan 348 undi.
Hanya ada sedikit perubahan dalam barisan kepimpinan DAP Pulau Pinang apabila perwakilan memilih mengundi muka lama kembali menganggotai jawatankuasa DAP negeri.
Keputusan pemilihan mula diketahui mulai jam 5 petang, dengan pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow (kiri) dan timbalan setiausaha agung, Chong Eng kembali menganggotai jawatankuasa berkenaan.
Chow menerajui kepimpinan negeri itu sejak 11 tahun lalu. Hari ini, beliau mengekalkan jawatannya untuk penggal keenam.
Hanya seorang mula baru yang terpilih - Lay Hock Peng (Kepala Batas).
Pemilihan kali ini menyaksikan sejumlah 88 calon bersaing untuk merebut 15 kerusi jawatankuasa DAP negeri.
Sejumlah 496 daripada 649 (92 peratus) perwakilan mengundi hari ini.
Baru baru kepimpinan DAP Pulau Pinang 2010-2012:
Pengerusi: Chow Kon Yeow - (Tanjung - 312 undi)
Timbalan pengerusi: P Ramasamy (Kawan Batu - 240)
Naib pengerusi: Jagdeep Singh Deo (Dato Keramat - 348), Lim
Hock Seng (Bagan Dalam - 257)
Setiausaha: Ng Wei Aik (Komtar - 256)
Penolong setiausaha: Lim Hui Ling (241)
Bendahari: Wong Hon Wai (Air Itam - 250) Wai
Penolong bendahari: Tan Hun Wooi (dilantik)
Setiausaha organisasi: Teh Yee Cheu (Tanjung Tokong - 219)
Setiausaha publisiti: Chong Eng (Bukit Mertajam - 261)
Penolong setiausaha publisiti: Gooi Seong Kin (179)
Pengarah pendidikan politik: Danny Law (Lanchang Batu - 321)
Jawatankuasa negeri: Koay Teng Hai (Pulau Tikus -245), RSN Rayer (Seri Delima - 190), Zulkifli Mohd Noor (dilantik), Phee Boon Poh (dilantik), Lau Keng Ee (dilantik) dan Lim Siew Khim (dilantik).
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana masalah pinggang.
Anaknya Nik Omar berkata Murysidul Am PAS itu dirawat di hospital itu sejak Jumaat lepas setelah dinasihatkan pakar perubatan pada Rabu.
"Ayah saya telah menjalani pemeriksaan untuk pinggangnya dan atas nasihat doktor dia menjalankan pemeriksaan terperinci.
"Saya tidak tahu bila ayah akan dibenarkan keluar," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.
Nik Omar berkata masalah pinggang itu dihidapi ayahnya sejak sekian lama selepas terjatuh dari kuda.
Menteri Besar Kelantan berusia 79 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan baik.
KOMEN Perbelanjaan pertahanan melonjak selepas Perdana Menteri Najib Razak - yang dianggap sebagai 'kuasa penggerak' di sebalik program pemodenan ketenteraan Malaysia melalui 'Fokus dalam Polisi Luar Negara' - menjadi menteri pertahanan pada 2000 - penggal keduanya menerajui kementerian berkenaan.
Senarai perbelanjaannya termasuk pembelian kereta kebal tempur dari Poland, peluru berpandu permukaan-ke-udara buatan Russia dan Britain dan jambatan bergerak tentera, peluru berpandu anti-kereta kebal dari Pakistan, jet pejuang F / A 18, kapal selam dari Perancis serta pesawat pejuang Sukhoi Su-30 Russia.
Kerajaan BN memang jauh dari ketelusan dalam pembelian senjata tersebut. Daripada mengeluarkan tawaran yang kompetitif untuk kontrak pembeliannya, kerajaan sebaliknya, melakukannya melalui perundingan swasta kerana pertimbangan keselamatan.
Kontrak sering diberikan kepada syarikat yang mempunyai kaitan dengan pemimpin politik. Pegawai yang meluluskannya, atas alasan yang jelas, meluluskan projek yang dipohon oleh saudara mara atau rakan-rakan pemimpin politik.
Sesekali, perkara itu didedahkan oleh kakitangan awam dan anggota tentera yang bersara. Sebagai contoh, pada 8 Ogos 1996, sehari sebelum persaraan pilihannya, Panglima TUDM, Lt-Jen Abdul Ghani Aziz menegur bekas pengawai tentera yang menjadi pembekal peralatan pertahanan, kerana menjual peralatan yang tidak sesuai dan usang, dan dengan demikian membahayakan keselamatan bekas rakan-rakan mereka.
Kisah tentang bagaimana DCNS International dari Perancis dan syarikat pembuat kapal dari Sepanyol, berjaya mendapat kontrak membina dua kapal selam kelas Scorpene untuk Tentera Laut Malaysia adalah contoh tidak ketelusan dalam pemberian kontrak pertahanan dan kepentingan kaitan politik dalam mendapatkan kontrak berkenaan.
Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) memohon kerajaan melantik seorang Senator daripada kalangan anggota parti itu untuk mewakili kaum India Muslim di negara ini.
Presidennya Datuk Syed Ibrahim Kader berkata ini kerana parti gabungan Umno itu tidak mempunyai saluran untuk bersuara secara langsung terutama bagi menyuarakan masalah kaum India Muslim terus kepada kerajaan.
"Seperti kaum lain di Malaysia, kaum India Muslim juga tidak terkecuali daripada menghadapi masalah, walaupun hampir kesemua dasar kerajaan mengambil kira kedudukan dan pandangan semua kaum di Malaysia, kaum India Muslim sering terpinggir," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Tahunan Kimma ke-34 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya hari ini.
Syed Ibrahim berkata Kimma juga memohon kepada kerajaan agar wakil India Muslim ditempatkan di Majlis Kerajaan Negeri dan Majlis Kerajaan Tempatan supaya mereka dapat menyalurkan masalah kaum itu kepada pihak berwajib serta mendapat maklumat tentang peluang perniagaan dan perdagangan di dalam mahupun di luar negara.
Beliau juga menyarankan agar kerajaan mewujudkan satu dana khas perniagaan untuk industri kecil dan sederhana dan peniaga kecil India Muslim untuk memudahkan peniaga kecil itu mendapat dana pusingan modal bagi memulakan atau membesarkan perniagaan.
Mengenai persediaan pilihan raya umum ke-13, Syed Ibrahim berkata Kimma telah memulakan langkah proaktif untuk mendaftar pengundi-pengundi baru khususnya daripada golongan India Muslim bagi menghadapi pilihan raya umum.
Syed Ibrahim berkata tinjauan parti itu mendapati tujuh daripada 10 individu India Muslim telah mendaftar sebagai pengundi.
"Bagaimanapun, masih terdapat kira-kira 120,000 orang yang belum mendaftar sebagai pengundi dan Kimma sedang giat menjalankan aktiviti pendaftaran dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendaftarkan mereka ini," katanya. (MalaysiaKini)
Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari ini melancarkan buku yang diterbitkan lamanweb popular Loyarburok.com yang memperincikan peristiwa pengambilalihan kuasa oleh BN yang menyaksikan penyingkiran beliau dan Pakatan Rakyat di Perak.
Buku yang bertajuk 'Perak: A State of Crisis' merupakan kompilasi artikel tulisan peguam dan aktivis di blog, terutamanya yang menyokong perjuangan Nizar untuk mengembalikan kuasa kerajaan Pakatan selepas peristiwa tersebut.
Ia turut memuatkan empat analisis khas oleh pakar-pakar seperti bekas hakim Datuk NH Chan dan pakar perlembagaan, Prof Shad Saleem Faruqi mengenai krisis perlembagaan yang berlaku.
Nizar yang diberi nama jolokan menteri besar rakyat oleh pihak penganjur, tiba di tempat pelancaran buku itu di Annexe Gallery di ibunegara, dengan diberi sambutan meriah oleh para penyokong Loyarburok.com, rakan politik dan para aktivis.
Antara mereka yang hadir memberi sokongan ialah bekas presiden Majlis Peguam dan pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan; pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham serta penyumbang bahan untuk buku tersebut.
KOTA BHARU – Kelantan muncul juara Kejohanan Puncak Piala Emas Raja-Raja 2010 Edisi ke-70 setelah mengalahkan Kedah menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.
Penentuan juara terpaksa diputuskan menerusi sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan sehingga 120 minit perlawanan berlangsung.
Kejayaan menjulang piala malam tadi membolehkan Kelantan melengkapkan koleksi kejuaraan kali ke-13 setelah kali terakhir muncul juara dua tahun lalu. Sementara itu, kekalahan malam tadi juga menutup hasrat naib juara musim lalu, Kedah untuk menebus kekecewaannya dalam pentas final kali ini setelah gagal pada musim lalu.
Beraksi di hadapan hampir 10,000 penyokong setia sendiri, Kelantan yang mempertaruhkan gandingan penyerang muda Muhammad Ramzul Zahini Adenan dan Mohamad Aris Zaidi bagaimanapun gagal menonjolkan aksi terbaik sebaliknya kedua-dua pasukan lebih banyak mempamerkan aksi membosankan dengan gerakan yang serba tidak menjadi.
Seawal minit ketujuh, penyerang Kelantan, Muhammad Ramzul Zahini yang membawa masuk bola ke dalam kotak penalti sempat melepaskan rembatan namun diselamatkan pemain pertahanan Kedah sementara percubaan Khairan Eruan Razali pada m-15 terus kedakapan penjaga gol, Mohd Al-Hafiz Hamzah.
Selang dua minit kemudian, Mohamad Aris yang berjaya melepasi pemain pertahanan Kedah mencemaskan pintu gol pasukan pelawat namun rembatannya sekadar terkena sisi jaring sebelah kanan pintu gol Kedah.
Kedah yang mempertaruhkan gandingan Mohd Arfan Rashid dan Wan Mohd Asraf Wan Ali di bahagian serangan bagaimanapun kelihatan begitu sukar untuk menembusi benteng pertahanan Kelantan yang diketuai Sharudy Aziz.
Percubaan terbaik mereka hadir pada m-33 menerusi sepakan percuma Ahmad Fauzi Saari tetapi ditumbuk keluar Mohd Shahrizan Ismail manakala rembatan Mohd Fiqry Mohd Isa dua minit kemudian sekadar tinggi melepasi palang.
Babak kedua, Kelantan sekali lagi mempunyai peluang terbaik apabila Muhammad Ramzul Zahini melakukan hantaran lintang di depan pintu gol Kedah tetapi tidak ada rakan yang membantu walaupun pintu gol sudah ternganga.
Pasukan pelawat turut mempunyai peluang pada m-61 dan 67 menerusi sepakan percuma pemain gantian, Muhd Fairuz Hashim namun ketangkasan Mohd Shahrizan memastikan pintu gol Kelantan tidak dibolosi.
Minit-minit akhir perlawanan Kelantan turut mempunyai peluang untuk menjaringkan gol namun rembatan Ahmad Ezrie Shafizi Sazali dan Rosairil Asrol Mat Noor terus kedakapan Mohd Al-Hafiz yang turut beraksi cemerlang memaksa perlawanan berkesudahan tanpa jaringan.
Sementara itu, tempoh 30 minit masa tambahan juga gagal dimanfaatkan oleh kedua-dua pasukan untuk menjelmakan jaringan sebaliknya penentuan juara akhirnya terpaksa diputuskan menerusi sepakan penalti.
Penjaga gol, Mohd Shahrizan muncul wira pasukan Kelantan apabila menyelamatkan dua sepakan pemain Kedah iaitu Mohd Hazwan Zainun dan Wan Mohd Asraf Wan Ali mengakhiri impian Sang Kenari untuk memburu kejuaraan setelah kecundang dalam pentas final musim lalu.
Hadiah kejohanan disampaikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nasuruddin Mohd Daud. Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir malam tadi ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), Datuk Takiyuddin Hassan, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),
Datuk Afandi Hamzah, Pengarah Eksekutif Puncak Niaga Sdn Bhd, Datuk Hashim Mahfar dan Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah, Datuk Mahfudz Omar.
Sementara itu, pemain Kelantan, Rosairil Asrol Mat Noor diumumkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan akhir malam tadi.
Oleh : Hazlan Zakaria (MK) Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari ini melancarkan buku yang diterbitkan lamanweb popular Loyarburok.com yang memperincikan peristiwa pengambilalihan kuasa oleh BN yang menyaksikan penyingkiran beliau dan Pakatan Rakyat di Perak.
Buku yang bertajuk 'Perak: A State of Crisis' merupakan kompilasi artikel tulisan peguam dan aktivis di blog, terutamanya yang menyokong perjuangan Nizar untuk mengembalikan kuasa kerajaan Pakatan selepas peristiwa tersebut. Ia turut memuatkan empat analisis khas oleh pakar-pakar seperti bekas hakim Datuk NH Chan dan pakar perlembagaan, Prof Shad Saleem Faruqi mengenai krisis perlembagaan yang berlaku.
Nizar yang diberi nama jolokan menteri besar rakyat oleh pihak penganjur, tiba di tempat pelancaran buku itu di Annexe Gallery di ibunegara, dengan diberi sambutan meriah oleh para penyokong Loyarburok.com, rakan politik dan para aktivis.
Antara mereka yang hadir memberi sokongan ialah bekas presiden Majlis Peguam dan pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan; pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham serta penyumbang bahan untuk buku tersebut.
KUALA LUMPUR, 12 Dis − Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata pihaknya memandang serius cubaan memanipulasikan maklumat didedahkan WikiLeaks mengenai komen-komen bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara tersebut berkenaan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam kenyaatan dikeluarkan lewat petang ini, Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail berkata, rakyat perlu faham kaedah operasi dan fungsi WikiLeaks untuk menilai sama ada komen-komen tersebut boleh diterima pakai ataupun sebaliknya.
"WikiLeaks adalah sebuah laman yang memberi ruang kepada orang ramai menghantar maklumat-maklumat sulit yang dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. "Orang ramai bebas menghantar apa-apa jenis maklumat pun, jadi ada maklumat yang datangnya dari kajian terperinci, ada juga hanyalah rakaman perbualan antara ahli-ahli diplomat.
"Maklumat yang didedahkan kali ini dan dipetik akhbar hanyalah catatan komen-komen peribadi yang dibuat oleh ahli diplomat Singapura, Lee dan agensi perisikan negara itu," katanya.
Saifuddin berkata, laporan The Sydney Morning Herald ditulis berdasarkan catatan pendapat peribadi ahli diplomat Singapura mengenai jiran serantau dalam Asean, Jepun, China dan India.
"Ia adalah pendapat peribadi mereka, bukannya fakta," katanya lagi.
Beliau seterusnya memberitahu, untuk memahami dengan lebih dekat bahawa catatan tersebut adalah pendapat peribadi mereka yang disensasikan, rakyat perlu juga meneliti secara keseluruhan maklumat-maklumat lain yang turut didedahkan oleh WikiLeaks yang terkandung dalam kabel yang sama merakamkan pandangan peribadi pegawai-pegawai diplomatik Singapura.
Justeru, Saifuddin menyenaraikan maklumat dikongsi oleh Bilahari Kausikan yang kini merupakan Setiausaha Tetap Kementerian Luar.
"Menurut satu kabel yang merakamkan satu mesyuarat pada September 2008, Kausikan memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS David Sedney bahawa 'ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia' yang akan menyebabkan orang Cina 'meninggalkan' Malaysia dan 'menyusahkan' Singapura.
"Mengenai kepimpinan Barisan Nasional pula, kata beliau, 'masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa', secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. Dia mengulangi pendapatnya bahawa 'Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu'.
"Dia juga memanggil bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra seorang yang mengamalkan 'rasuah', 'sama seperti yang lain termasuklah pembangkang di Thailand'. Ujarnya dalam kabel itu lagi, Thaksin 'membuat kesilapan berbuat baik dengan Putera Mahkota Thailand apabila Thaksin membayar hutang judi putera itu'. Katanya , putera itu 'tidak keruan dan sangat mudah dipengaruhi'," kata Saifuddin dalam kenyataan itu.
Katanya, komen-komen yang lain termasuklah kenyataan beliau "lebih selesa dengan Korea Utara sebagai kuasa nuklear berbanding jika Iran mempunyai senjata nuklear".
Memetik pandangan Peter Ho pula kata kenyataan Saifuddin itu, pada Mac 2008, dia mengutuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana "membaling batu" kepada penggantinya, Tun Abdullah Badawi.
"Komennya terhadap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin adalah lebih kasar.
"Menurutnya, 'Khairy Jamaludin akan ditikam dalam Umno kerana tiada orang yang sukakannya (Khairy) kerana Khairy naik dalam politik akibat pertalian keluarga.
"Seperti juga rakan sekerjanya, En Ho mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya. Katanya, 'Najib adalah seorang yang suka mengambil kesempatan.
"Walaupun setakat ini dia masih belum mengkritik Singapura, dia tidak teragak-agak sekiranya tindakan itu menguntungkannya. Masa depan politik Najib akan terus dihantui oleh skandal pembunuhan (Altantuya),' kata Saifuddin.
"Seorang lagi diplomat kanan Singapura yang dipetik oleh kabel yang didedahkan oleh WikiLeaks itu mengkritik negara-negara lain yang ada pengaruh di rantau ini, dalam catatan mesyuarat dalam bulan September 2009.
"Dia menggelar Jepun sebagai 'orang gemuk yang kalah dan merajuk' apabila membandingkan hubungan China dan Asean yang makin rancak. Dia juga menyalahkan keadaan itu kepada 'kepimpinan Jepun yang bodoh, lemah dan tidak ada wawasan'.
"Pandangannya terhadap India juga buruk, melalui gambarannya bahawa 'kawan India yang bodoh dan teragak-agak untuk berkecimpung dengan ASEAN'," kata Saifuddin memetik kabel menyentuh pandangan Tommy Koh.
Oleh itu kata Saifuddin, kabel sulit yang mengandungi pandangan peribadi Lee dan perisikan Singapura mengenai fitnah terhadap Anwar perlu dilihat dalam konteks yang sama dan sebetulnya iaitu komen-komen peribadi yang menghina semua pihak di Malaysia tanpa mengira parti dan latar belakang.
"PKR mengulangi pendirian parti bahawa pandangan-pandangan tersebut, walaupun terkandung dalam kabel sulit diplomatik yang dibocorkan oleh WikiLeaks, adalah pandangan peribadi individu-individu tersebut yang tidak disokong oleh fakta.
"Untuk berlaku adil kepada semua pihak, komen-komen itu perlu dianggap sebagai cakap-cakap kosong dan pendapat peribadi mereka," katanya lagi.
Jika tidak, katanya, Najib sendiri yang perlu berhempas pulas menjawab dakwaan demi dakwaan yang terkandung dalam kabel sulit yang sama, yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya.
"Akhirnya, kita kena kembali kepada perkara pokok yang meruntun negara dan rakyat iaitu integriti sistem kehakiman yang dinodai sehingga menidakkan keadilan.
"Ini dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya Datuk Seri Anwar diberikan ruang sepenuhnya membela diri tanpa manipulasi atau campur tangan politik agar beliau mendapat perbicaraan yang adil dan telus," katanya lagi.
Saifuddin juga berkata, fitnah terhadap beliau dan keluarga telah mengheret seluruh negara ini diselubungi igauan sejak 1998.
Katanya, igauan tersebut boleh dihentikan sekiranya integriti dan kredibiliti institusi kehakiman dipulihkan.
"Makanya, PKR akan mengalu-alukan mana-mana maklumat (sulit atau tidak) dari mana-mana pihak yang boleh menegakkan kebenaran, asalkan maklumat itu adalah tepat dan berasaskan fakta.
"Malangnya, komen-komen yang terkandung dalam kabel sulit yang dibocorkan itu tidak lebih dari maki- hamun terhadap semua perkara yang bukan Singapura, bertepatan dengan rekod hubungan diplomatik yang dingin di antara Malaysia dan Singapura," kata beliau.
Terdahulu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berharap risikan teknikal yang disebut dalam WikiLeaks, menyentuh kes liwat melibatkan Anwar dapat didedahkan pada umum memandangkan ia menjadi sandaran Singapura dalam membuat kesimpulan mereka.
Kata beliau, pendedahan WikiLeaks bahawa fitnah liwat terhadap Anwar merupakan satu rekayasa polis Cawangan Khas Malaysia tidak boleh dipandang enteng dan mengesahkan kenyataan bahawa ia adalah satu konspirasi peringkat tertinggi.
Menurut laporan The Sun-Herald semalam, pendedahan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat menunujukkan pegawai-pegawai risikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa Anwar terlibat dalam perbuatan yang dikenakan tuduhan itu - tindakan yang beliau menafikan sama sekali.
"Jabatan Risikan Kebangsaan Australia juga mengatakan bahawa kelakuakn itu adalah akibat perangkap oleh musuh-musuh Dr Anwar," lapor akhbar itu, yang merupakan sebahagian daripada produk kumpulan Sydney Morning Herald.
Laman web WikiLeaks telah menyiarkan sekitar 250,000 kabel diplomatik dari Amerika Syarikat, pendedahan mengenai pandangan dan ulasan yang amat mengejutkan, melibatkan pelbagai negara dan banyak pemimpin dan ketua kerajaan. Sekitar 1,000 kabel pula berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia.
Wikileaks diasaskan oleh wartawan Australia Julian Assange, yang sekarang ditahan Scotland Yard berhubung dakwaan kes seksual yang dibawa oleh Sweden.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Kes itu sedang didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan akan disambung bulan depan.
Tuduhan kali pertama dikenakan sedekad yang lalu, selepas beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.
Anwar, yang mengetuai Pakatan Rakyat (PR) belum lagi mengulas pendedahan terbaru oleh akhbar Australia ini.
Menurut akhbar itu, kabel melibatkan kedudukan Anwar merupakan salah satu daripada beberapa kandungan yang mendedahkan pandangan mengejutkan pegawai-pegawai kanan Singapura termasuk dakwaan bahawa "Malaysia berada dalam keadaan terkeliru dan bahasa ekoran ahli-ahli politik yang tidak kompeten."
Kabel mengenai kes liwat Anwar ini bertarikh November 2008 iaitu lima bulan selepas kes liwatnya terdedah dan disiasat polis.
Ia menyebut, "Australia mengatakan bahawa perkhidmatan risikan Singapura dan (pemimpin kanan Singapura) Lee Kuan Yew memberitahu ONA dalam pertukaran pandangan bahawa pemimpin pembangkang Anwar sememangnya melakukan perbuatan itu, yang beliau didakwa sekarang."
Dokumen itu juga mengatakan bahawa Singapura memberitahu ONA yang mereka membuat penilaian itu berasaskan risikan teknikal, yang mana kemungkinan dikaitkan dengan komunikasi yang dipintas, kata akhbar itu.
"ONA membuat penilaian, dan rakan-rakan sejawatan mereka dari Singapura bersetuju, ia adalah (satu) kerja (dia) diperangkap dan kemungkinan dia tahu mengenainya, tetapi bagaimanapun dia terlibat," kata kabel itu.(MalaysianInsider)
KOTA BHARU, 12 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak Kelantan yang berjaya merebut Piala Emas Raja-raja kali ke-14, malam tadi.
Menurutnya, kemenangan itu amat bermakna bagi rakyat Kelantan selepas Kelantan berjaya menjuarai Piala Malaysia baru-baru ini.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian (HUSM), dekat sini.
Tuan Guru yang kini sedang berehat di hospital berkenaan sejak dua hari lalu begitu ceria ketika diminta mengulas kemenangan skuad bola sepak Kelantan itu. "Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua para pemain dan mereka yang terlibat termasuk anggota exco kerajaan negeri Abdul Fatah,"ujarnya.
Malam tadi, Kelantan berjaya menewaskan Kedah pada perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2010 Edisi ke- 70 setelah mengalahkan Kedah menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, di sini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Ngo negeri, Abdul Fatah Mahmood, berkata kerajaan negeri akan meraikan skuad berkenaan pada satu majlis khas nanti.
"Kita juga akan memberikan saguhati kepada pemain, bagaimanapun setakat ini ianya masih dalam perbincangan,"ujarnya ketika ditemui di HUSM sewaktu mengunjungi Tuan Guru.