Ahad, 21 Disember 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 21 Dec 2014 03:31 AM PST

bumiyang


Harimau Malaya Buka Peluang Azmin Turuti TS Khalid???

Posted: 20 Dec 2014 07:41 AM PST

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 21 Dec 2014 03:16 AM PST

The Antics of Husin Lempoyang


Apa mereka kata bila Malaysia kalah?

Posted: 20 Dec 2014 05:31 PM PST


Tajuk berita akhbar esok :

UTUSAN MALAYSIA  Nasib  tidak menyebelahi kita .

BERITA HAIRAN: Kalah bermaruah

HARIAN METRO: Taktik tidak menjadi

SIN CHEW JIT POH : Haiyya...!!

THE ROCKET: No Chinese player in National team was the cause .


BERITA KEADILAN : Pengadil tak adil

HARAKAH : Malaysia ditakdirkan kalah

MESTIKA : Misteri kekalahan Malaysia sudah terungkai

KOSMO : Thailand guna bomoh ?

Malaysiakini: Rasuah punca kalah?

Malaysian Insider: Players tak cukup tidur sbb bangun awal solat subuh.

Ibrahim Ali: Sampai bila kaum Melayu nak kalah dgn bangsa asing ni...

Wow! I luv PM


The Unspinners

Posted: 20 Dec 2014 11:48 PM PST

The Unspinners


Kenapa Ambiga boleh berkawan dengan Marina?

Posted: 20 Dec 2014 10:00 PM PST


Satu sebab sepemikiran.


Kedua pasal sama bigau dan sama cetek dengan Marina. Baca link lama SINI

Teringat masa Ambiga debate dengan Khairy ... mcm robot baca skrip retorik.

Layak ke DAP ni jadi wakil rakyat?

Posted: 20 Dec 2014 07:30 PM PST


Jadi rakyat mungkin tak layak ...

Azmin nak balik ke UMNO?

Posted: 20 Dec 2014 05:00 PM PST


Dengan DAP tunjuk besar kepala dan tak henti mengkuar kacirkan masyarakat, mungkin PKR dah hilang sabar. Parti PKR pun bermasaalah.

Saja ... bako! bako!

Musa Hitam tak baca Utusan ... baca akhbar DAP dan Sinar

Posted: 20 Dec 2014 04:30 AM PST




Padan Musa gitu, dok baca akhbar DAP kepunyaan MCA.

Tak baca Utusan menunjukkan Musa sebenarnya nasionalis palsu dan kita tertipu selama ini.

Evangelist Wong Chun Wai mahu lemahkan Islam dengan liberalisma, pluralisma dan sekularisma.

Dengan demikian, mudah Muslim dimurtad dan kedudukan istimewa Islam disamarata dengan ugama lain.

Demi populariti dengan bukan Muslim, Azmin sedia orang Islam dimurtadkan

Posted: 20 Dec 2014 01:28 AM PST


Shah Alam – Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menganggap kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah sebagai selaras dengan ketetapan Pakatan Rakyat.

Guan Eng pada Jumaat berkata fatwa yang melarang bukan Islam menggunakan kalimah Allah tidak terpakai ke atas bukan Islam.

"Itu pendirian Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS sendiri telah buat kenyataan bahawa Islam tidak melarang bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Cek Saguhati kepada Pembeli Projek Terbengkalai Taman Bukit Impian (U10), di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, beliau tidak pula mengulas mengapa ketetapan tersebut tidak digunapakai di Selangor, walhal negeri itu sama seperti Pulau Pinang yang menetapkan terdapat beberapa istilah yang dilarang digunakan bukan Islam, menerusi Undang-undang Tubuh Negeri masing-masing.

ADUN Bukit Antarabangsa itu juga tidak menjelaskan mengapa beliau bersetuju dengan keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa bukan Islam di negeri itu, dilarang menggunakan kalimah Allah.


Walhal nama Azmin ditimang-timang sebagai 'hero' apabila berjaya menyelesaikan isu rampasan Bible berbahasa Melayu yang mengandungi perkataan 'Allah', apabila memulangkannya kepada Persatuan Bible Sabah dan Sarawak.

Pemulangan Bible itu dicapai sebaik sahaja pihak berkepentingan akur bahawa kitab yang mengandungi kalimah Allah adalah dilarang sama sekali dibawa masuk ke Selangor.

Selain Azmin, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mempertahankan tindakan Guan Eng dan berkata apa yang dijamin Setiausaha Agung DAP itu 'memang betul'.

Malah Anwar mempersoalkan mengapa pandangan beberapa jabatan agama negeri berlainan dengan ulama tersohor dunia, Dr Yusof Al-Qardawi.

"Ada ulama terkenal di dunia yang mempunyai pendirian yang sama. Berbeza dengan pendirian yang diambil beberapa jabatan agama negeri," katanya pada Isnin.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) sebelum ini mencapai kata sepakat bahawa penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh dikalangan bukan Islam dengan syarat ia tidak disalahgunakan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dilaporkan berkata parti itu berpendirian konsisten seperti yang pernah dikeluarkan pada 4 Januari 2010 lalu di mana kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

Panglima Perang Cyber

Posted: 20 Dec 2014 11:42 PM PST

Panglima Perang Cyber


Aliaa Majida Alir Darah Haid Atas Kalimah ALLAH Mati Kemalangan Ngeri

Posted: 20 Dec 2014 04:02 PM PST


Balasan Allah sangat keras. Jangan menghina kerana Allah telah menyatakan dengan jelas di dalam Al Quran bahawa siksaanNya sangat keras kepada yang terus ingkar walau diberi nasihat dan petunjuk untuk berubah.

Jangan sesekali cuba melawan kuasaNya!

Baca artikel di bawah ini kisah dari Mesir yang telah mati kemalangan ngeri akibat perbuatannya sendiri.



Aliaa Majida seorang aktivis agama dari Mesir yang menghina Islam dan kalimah ALLAH dilaporkan telah meninggal dalam kemalangan ngeri.

Aliaa Majida Al Mahdi atau dikenali juga Aliaa Magda Elmahdy,23, sebelum ini telah menggemparkan dunia apabila telah menitiskan darah haidnya ke atas kelimah ALLAH.





Tindakan kurang jarnya itu teah mendapat kutukan umat Isalam seluruh dunia. Nampaknya perbuatannya itu telah dibalas dengan kematian yang amat tragis dalam sebuah kemalangan.



Menurut sumber, gambar di atas beliau masih belum mati dan itu adalah saat siksa beliau menghembuskan nafas terakhir.

Andai apa yang dilaporkan oleh media ini benar mati beliau pasti dilaknat.- Siakapkeli.com.my


http://www.vvip.my/2014/12/aliaa-majida-alir-darah-haid-atas.html?m=1


Sent from my iPhone

Risalah Politik Diedar Kepada Peminat Bola Sepak

Posted: 20 Dec 2014 03:13 PM PST

Politik perlu ada hadnya. Jangan terlalu taksub sehingga mengganggu keseronokan peminat bola.

Stesen TBS dipenuhi poster kempen politik Pakatan Rakyat menaikkan kemarahan peminat bola sepak.

Belantan

Posted: 20 Dec 2014 11:03 PM PST

Belantan


Maksud bendera hitam yang digunakan pengganas!

Posted: 20 Dec 2014 09:43 PM PST


Dikenali secara meluas sebagai 'The Black Standard' atau 'The Black Banner' oleh masyarakat dunia, bendera yang sering dipamerkan oleh para ekstremis muslim dan pejuang jihad ini mula digunakan sejak awal tahun 90an.

Ia mula dikibarkan sekitar tahun 570 masihi oleh Nabi Muhammad saw. Bendera berkenaan mula mendapat perhatian pada tahun 1997 apabila digunakan oleh kumpulan Taliban di Afghanistan.

Militan-militan Islam lain seperti Al-Qaeda, al-Shabaab, Khorasan, Jabhat al-Nusra dan Negara Islam (ISIS) menggunakan variasi yang sedikit berbeza terutama tulisan kaligrafinya.

Menurut Jonathan Bloom, profesor Kesenian Islam di Kolej Boston di Amerika Syarikat berkata, bendera terbabit merupakan gagasan dari abad ke lapan ketika semasa dinasti kedua Islam mula berkuasa.

"Bendera hitam putih tersebut tertera kalimah syahadah 'Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah" yang menjadi pegangan masyarakat Islam seluruh dunia," ujar Jonathan.

Kebiasaannya, pengibaran serambi itu sering disertai dengan jari telunjuk yang oleh pejuang jihad berkenaan yang memberi amaran "saya akan datang kepada kamu".

Kebangkitan serta salah penggunaan bendera ini oleh militan Islam di seluruh dunia telah menyebabkan United Kingdom mengharamkan mengibarkannya malah mereka yang melakukan perbuatan tersebut boleh didakwa.

Negara-negara Eropah lain seperti Belanda dan Jerman turut melarang penggunaannya selain dari tujuan pendidikkan.

Suara Politik
Belantan

Harimau berduka dalam menang!

Posted: 20 Dec 2014 04:42 PM PST


Impian peminat bola sepak negara untuk berpesta menyambut Harimau Malaya muncul juara ASEAN terpaksa ditunda sekurang-kurangnya dua tahun lagi setelah mereka melepaskan kelebihan tiga gol untuk tumpas kepada Thailand dengan agregat 4-3 walaupun menang 3-2 malam tadi.

Perlawanan akhir kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi sekali lagi menyerlahkan betapa kele­mahan mempertahankan kubu pada peng­hujung perlawanan merosakkan keraian awal peminat apabila skuad negara dibolosi dua gol, seperti yang berlaku dalam perlawanan akhir pertama di Bangkok pada Rabu lalu yang menyaksikan anak-anak buah Dollah Salleh tumpas 2-0.

Permulaan garang Harimau Malaya hingga minit ke-80 untuk mendahului 3-0, berakhir dengan cara yang begitu menyakitkan.

Safiq Rahim meledak dua gol pada minit kelima dan 58 manakala satu lagi gol diperoleh menerusi Indra Putra Mahayuddin, namun tahap kecergasan sekali lagi menjadi nadi kejayaan Thailand apabila dua bintang muda mereka, Charyl Chappuis dan Chanathip Songkrasin meledak jaringan di tempat lawan yang cukup penting pada minit ke-81 serta 87.

Kemenangan itu sekali gus menamatkan kemarau kejuaraan buat Thailand dalam tempoh 12 tahun selepas kali terakhir memenangi kejohanan ini pada 2002. Mereka juga merupakan juara 1996 dan 2000 untuk menyamai rekod Singapura yang merangkul empat kejuaraan.


Kekalahan kali ini merupakan yang kedua skuad negara kepada Thailand dalam perlawanan akhir, setelah melakukannya pada edisi pertama kejohanan pada 1996.

Dalam perlawanan malam tadi, anak-anak buah Dollah menunjukkan semangat juang tinggi untuk menjulang Piala AFF buat pertama kali di hadapan penyokong sendiri selepas pada tahun 2010 dilakukan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Safiq membuka langkah penuh sempurna apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit kelima selepas Norshahrul Idlan Talaha dijatuhkan.

Namun, lima minit kemudian, penyokong-penyokong Harimau Malaya hampir terdiam apabila ke­cuaian Mohd. Farizal Marlias hampir memakan diri apabila kelewatannya menyaksikan sepakannya dapat ditampan oleh Adisak Kraisorn tetapi bola melintasi gawang.

Kehadiran Azammuddin Akil di dalam kesebelasan utama pula tidak panjang apabila terpaksa keluar pada minit ke-12 dan digantikan oleh Safee Sali yang memaksa Dollah melakukan rombakan meletakkan Amri Yahyah di bahagian kanan sementara Indra Putra di sebelah kiri.

Norshahrul kemudian mendapat kesempatan terbaik pada minit ke-39 namun sepakan leretnya mengenai pertahanan Thailand dan bola keluar ketika penjaga gol, Kawin Thamsatchanan sudah tertewas.


Stadium Nasional kemudian bergegar dengan sorak penyokong apabila hantaran silang Norshahrul ditanduk sempurna oleh Indra Putra bagi menyamakan kedudukan agregat pada minit ke-44.

Sebaik bermula babak kedua, anak-anak buah Dollah yang memburu satu lagi gol untuk mendahului dari segi agregat, berjaya melakukannya apabila Safiq menyempurnakan sepakan bebas berdekatan kawasan penalti 13 minit selepas rehat yang sama sekali menewaskan Kawin, sekali gus muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan enam gol.

Pesta yang disangka bermula buat penyokong Harimau Malaya kemudian bertukar menjadi babak sedih dengan kegagalan skuad negara meneruskan aksi bertenaga selama 90 minit sehingga membuka ruang buat Gajah Perang mendapatkan dua jaringan dalam tempoh 10 minit.

Sepakan bebas yang dilakukan oleh Kroekrit Thawikan dapat ditampan oleh Farizal tetapi Charyl pantas menyambar peluang untuk kembali menyamakan kedudukan agregat.

Gol itu ternyata membunuh api perjuangan pemain-pemain Harimau Malaya dan kesempatan itu diambil oleh Thailand yang mengatur serangan pantas, hasilnya pemain paling bernilai kejohanan Piala AFF 2014, Chanathip memastikan Piala AFF kembali ke bumi mereka.

Suara Politik
Belantan

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 20 Dec 2014 09:20 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


REZABKAN SEGERA TANAH KJAAN DI KUALA LUMPUR.

Posted: 20 Dec 2014 10:41 AM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 20 Dec 2014 03:10 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Polis serbu kemuncak pesta seks terbesar di Malaysia malam tadi

Posted: 20 Dec 2014 08:30 AM PST

Tahniah PDRM kerana bertindak pantas menyerbu kelab malam eksklusif yang cuba menganjurkan pesta maksiat yang terbesar di Malaysia malam tadi dan menurut sumber ia juga bakal berlangsung malam ini. Tahniah juga kepada pihak SPRM yang memantau laporan resah masyarakat kota tentang aktiviti yang tidak bermoral ini.

Masyarakat ingin melihat dalangnya diheret ke muka pengadilan dan bukan setakat serbuan sahaja seperti sebelumnya.

Ketelusan pihak PDRM dalam isu-isu sebegini mampu untuk menaikkan kembali imej PDRM yang kian dipersoalkan terutama bila isu pelacuran ini sudah semakin kronik.

Aktiviti yang didalangi oleh kumpulan kongsi gelap ini semakin berani kerana dakwaan wujudnya 'hubungan baik' antara Ketua Kongsi Gelap dan Pegawai Berpangkat Tinggi dalam PDRM.

Selama dua hari berturut turut MalaysianCrime mendedahkan tentang pesta yang akan berlangsung ini.

Pihak cawangan D7, cawangan Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat perlu lebih serius menjalankan operasi sepertimana cawangan Narkotik yang banyak menghasilkan tangkapan dalam setiap operasi mereka.

Sudah lama masyarakat yang sayangkan negara mendedahkan kegiatan haram kongsi gelap yang kelihatan begitu kebal, malah pihak media utama negara juga telahpun membuat pendedahan eksklusif tentang bagaimana jerung-jerung terlepas dan tangkapan cawangan D7 hanya tertumpu kepada pekerja yang menjaga premis operasi perniagaan haram mereka sahaja.

Telah sampai masanya pihak cawangan D7 lumpuhkan terus kegiatan haram ini dengan 'memenggal kepala' bukannya dengan menangkap ikan-ikan bilis seperti yang tersiar di dada akhbar dan di media elektronik.

Malam ini, pihak PDRM, SPRM, DBKL dan JAWI lagi sekali perlu memantau Kelab tersebut kerana ianya dijadualkan berlangsung selama dua hari dan malam ini adalah kemuncak pesta maksiat itu.

-Mynewshub

Malaysia terlepas julang Piala AFF

Posted: 20 Dec 2014 06:22 AM PST

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Hajat skuad Harimau Malaya untuk meraih kejuaraan Piala AFF 2014 tidak kesampaian apabila tewas dengan agregat 4-3 kepada Thailand biarpun menamatkan aksi perlawanan akhir kedua dengan keputusan 3-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Tiga gol Malaysia pada perlawanan tersebut diperoleh menerusi jaringan penalti daripada Safiq Rahim pada minit ketujuh, Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-45 hasil tandukan pada separuh masa pertama.

Sementara satu lagi gol Harimau Malaya disumbangkan oleh Safiq yang memanfaatkan dengan baik sepakan percuma minit ke-58.

Dua jaringan Thailand daripada Charly Chappuis pada minit ke-82 dan Chanathip Songkrasin minit ke-87, sekali gus melenyapkan impian Malaysia di laman sendiri. - UTUSAN ONLINE

Lelaki tayang kemaluan dalam pasaraya di Sg Petani

Posted: 19 Dec 2014 10:01 PM PST

SUNGAI PETANI – Kemunculan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an berdekatan sebuah pasaraya di Taman Patani Jaya mengejutkan orang ramai apabila dia menunjukkan kelakuan tidak senonoh.

Ahli Pertubuhan Keselamatan Sukarela Sungai Petani, Ong Bon Wee berkata, pihaknya menerima maklumat dari seorang mangsa, wanita berusia 20-an yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual lelaki berkenaan.

Menurutnya, kejadian berlaku lebih kurang jam 7 malam apabila mangsa yang sedang berjalan kaki seorang diri menuju ke arah kenderaan miliknya dipanggil eorang lelaki.

"Secara tiba-tiba, lelaki berkenaan yang dilihat agak menjengkelkan cuba mendekati mangsa," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, mangsa yang ketakutan tidak mengendahkan panggilan suspek terus berlari mendapatkan keretanya dan masuk ke dalam sebelum bergegas menutup pintu kenderaan miliknya.

"Difahamkan, suspek kemudian berdiri di balik sebatang pokok tidak jauh dari lokasi mangsa berada secara tiba-tiba dan terus bertindak membuka seluar bagi menayangkan kemaluannya," katanya.

Tindakan itu dianggap keterlaluan dan menakutkan orang ramai terutama golongan wanita dan kanak-kanak.

Menurutnya, selepas menerima aduan, pihaknya terus memantau lokasi kejadian namun tidak berjaya menjejakinya.

Justeru orang ramai yang terjumpa lelaki berkenaan diminta supaya segera beredar dan terus menghubungi pertubuhan berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Anak bekas MB Selangor meninggal dunia

Posted: 19 Dec 2014 09:29 PM PST

SHAH ALAM: Anak kepada bekas Menteri Besar Selangor, Mohd Hasri Abu Hassan meninggal dunia kerana serangan jantung, malam tadi.

Menurut kakak sulungnya, Datin Hasnoradah Abu Hassan, Allahyarham yang berusia 45 tahun meninggal dunia kira-kira 11.30 malam di kediamannya di Kota Kemuning di sini.

Menurutnya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Kemuning petang ini selepas solat Asar.

Hasnoradah berkata, keluarganya sedang menunggu ketibaan Tan Sri Abu Hassan Omar dari luar negara.

Mohd Hasri, anak ketiga daripada lima beradik, meninggalkan seorang isteri dan dua anak perempuan.

Abu Hassan adalah Menteri Besar Selangor dari 1997 hingga 2000.

- BERNAMA

Digoda GRO berahi separuh bogel

Posted: 19 Dec 2014 06:32 PM PST

Shah Alam: "Relaks la bro, jom la lepak dulu minum-minum. Layan kepala," kata seorang wanita tempatan yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) pusat hiburan kepada anggota penguatkuasa Imigresen Selangor.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi semalam, wanita berusia 20-an itu cuba menggoda anggota terbabit yang melakukan pemeriksaan Ops Sayang di sekitar Klang.

Wanita mabuk itu sengaja melambatkan proses pemeriksaan yang dijalankan pihak berkuasa di pusat hiburan diserbu itu.

Hasil serbuan itu, 37 GRO warga asing termasuk 10 lelaki berusia antara 20 hingga 30-an ditahan selepas didapati melanggar pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen.

Malah, dia turut mempersoalkan tindakan penguat kuasa Imigresen masuk ke premis itu dan melakukan pemeriksaan mengejut.

Wanita itu yang gagal menunjukkan MyKad dengan alasan tertinggal di rumah dibawa ke pejabat Jabatan Imigresen Selangor untuk disiasat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Pemandu hamil kantoi 'stim' dalam semak dengan teman lelaki

Posted: 19 Dec 2014 05:01 PM PST

Kuala Lumpur: Seorang pemandu teksi wanita yang hamil dua bulan adalah antara 30 penagih dadah yang ditahan sepanjang operasi Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus, Setapak bermula pada 12 Disember lalu.

Wanita 30 tahun yang belum berkahwin itu adalah penduduk di kawasan perumahan berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Malaysia Izhar Abu Taib berkata, wanita itu ditahan teman lelakinya di kawasan semak berhampiran PPR Seri Semarak, tidak jauh dari PPR Sungai Bonus.

"Ketika ditahan kedua-dua mereka dalam keadaan khayal dan ujian air kencing terhadap wanita itu mendapati dia positif mengambil dadah jenis syabu. Wanita itu diserahkan kepada polis untuk dihantar ke pusat pemulihan dadah," katanya ketika merasmikan Majlis Program 'Omnipresence' AADK di PPR Sungai Bonus, di sini, semalam.

Izhar berkata, sepanjang operasi yang berakhir Khamis itu, 40 penduduk PPR Sungai Bonus diperiksa secara rambang oleh penguat kuasa AADK.

"Daripada jumlah itu, 30 individu lingkungan 20 hingga 50 tahun didapati terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Malah, kami turut menahan empat pengedar dadah kecil-kecilan.

"Sebanyak 45 peket heroin serta tiga paket syabu bernilai RM3,000 dirampas," katanya.

Izhar mengakui operasi yang dijalankan itu adalah operasi bersepadu julung kali diadakan bagi menangani kegiatan penyalahgunaan dadah di kawasan berisiko tinggi seperti PPR.

"Kita mengenalpasti sepuluh kawasan PPR di daerah Sentul yang berisiko tinggi terbabit dalam gejala penyalahgunaan dadah iaitu di Wangsa Sari, Jelatek, Desa Rejang, Intan Baiduri, Batu Muda, Sungai Bonus, Sri Perak, Sri Kelantan, Taman Wahyu dan Datuk Keramat serta kita akan menggempur tempat ini selepas ini," katanya.

Izhar berkata, pihaknya mendapati kawasan Pangsapuri San Peng di Jalan San Peng yang terletak di daerah Dang Wangi adalah kawasan 'panas' dan mencatatkan ramai yang terbabit dengan gejala penyalahgunaan dadah.

"Apa yang kita lihat, trend penagihan dadah di kawasan PPR adalah mereka tidak lagi mengambil dadah di 'port' tersembunyi, sebaliknya lebih senang di kawasan gelap sekitar PPR seperti di bawah tangga atau di kawasan yang jarang dilalui orang awam," katanya.

Bagi mengatasi masalah itu, AADK bekerjasama dengan persatuan penduduk bagi mengetahui lokasi selalu digunakan oleh penagih dan pengedar dadah ini.

Turut hadir adalah Ahli Dewan Negara Senator Datuk Seri Abd Halim Abd Samad dan Yang Dipertua Majlis Gabungan Pengerusi Penduduk Perumahan Awam/ PPR Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Razak Abdul Karim.

Kejutan awal pagi pengantin baru

Posted: 19 Dec 2014 04:45 PM PST

  • Gambar hiasan
Alor Gajah: Sepasang pengantin baru berdepan detik cemas selepas rumah sewa mereka terbakar dalam kejadian di Taman Kelemak Jaya, Paya Datuk, di sini, pagi semalam.
Kejadian jam 2.15 pagi itu disedari Siti Khadijah Othman, 22, apabila terhidu bau hangit selepas asap tebal meresap ke bilik tidur sebelum mengejutkan suaminya, Mohd Izhan Hafizi Johan, 22.

Mohd Izhan Hafizi berkata, dia ada terhidu bau hangit di dapur malam kelmarin namun bau itu hilang tidak lama kemudian.

"Kira-kira jam 7.30 malam selepas pulang dari tempat kerja di sebuah kilang automotif di Simpang Ampat, saya terhidu bau hangit dari arah dapur dan membuat pemeriksaan namun tidak menemui perkara pelik. Bau itu pun hilang tidak lama kemudian.

"Bau itu muncul semula ketika isteri sedang memasak dan hilang tidak lama kemudian," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dia yang keletihan terlelap kira-kira jam 11 malam, namun dikejutkan isterinya selepas mendapati asap memenuhi bilik tidur menyebabkan mereka keluar menyelamatkan diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Suami terlampau

Posted: 19 Dec 2014 04:31 PM PST

Kuala Lumpur: Bukan sahaja dibelasah malah seorang wanita cedera selepas mukanya ditekap dengan seterika panas oleh suami.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin, mangsa berusia 29 tahun diserang suami ketika berada di kediaman mereka di Jinjang di sini.

Sumber berkata, suami mangsa dikatakan mengamuk selepas mereka berselisih faham berhubung isu kecil.

"Pertengkaran bertukar ganas apabila suami mangsa gagal mengawal kemarahan sebelum bertindak menghamburkan kata-kata kesat.

"Suspek kemudian bertindak menampar dan menumbuk muka isterinya itu berulang kali," katanya.

Tidak cukup dengan itu, suspek turut bertindak kasar menendang isterinya itu dan menolak mangsa hingga jatuh sebelum diludah.

"Malah suspek yang bagaikan dirasuk setan turut mengambil seterika yang masih panas dan cuba menekap alat itu ke muka isterinya.

"Suspek yang puas membelasah isterinya kemudian melarikan diri sejurus selepas kejadian. Akibat kejadian itu mangsa lebam di muka dan seluruh badan," katanya.

Bimbang kejadian sama berulang mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Jinjang di sini, untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Pusat resdung tawar mandi buih dan seks

Posted: 19 Dec 2014 04:15 PM PST

Kuala Lumpur: Bukan sekadar pusat urutan biasa apabila sebuah premis maksiat dikesan menawarkan khidmat 'mandi buih' bersama pelacur warga Vietnam.

Pakej mandi istimewa itu ditawarkan sebuah pusat urutan tradisional terletak di Jalan Langkawi, Setapak di sini, dengan berselindung di sebalik rawatan resdung dan refleksologi kaki.

Kegiatan premis itu bagaimanapun dibongkar selepas sepasukan anggota Jabatan Imigresen Putrajaya melakukan serbuan jam 1 pagi semalam.

Hasil serbuan itu, pihak berkuasa berjaya menahan enam wanita warga Vietnam dan China yang sedang leka melayan pelanggan lelaki tempatan.

Pemeriksaan mendapati terdapat 10 bilik urutan dilengkapi bilik mandi khas bagi tujuan pelanggan melakukan maksiat bersama tukang urut disediakan.

Pengarah Penguat kuasa Imigresen Putrajaya Zahari Abdul Aziz berkata, tiga wanita warga asing ditahan itu berusia antara 20 dan 30 tahun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Rayuan tak diendah, tubuh gadis ditindih ganas

Posted: 19 Dec 2014 04:01 PM PST

Alor Setar: "Saya merayu kepada perompak terbabit supaya jangan mengapa-apakan saya. Kalau nak barang ambil saja, tetapi dia bertindak ganas lalu mencekik leher dan menekup muka saya dengan bantal."

Begitu kata Nur Amira Asaari, 22, yang mengalami kecederaan di dada, tangan kiri dan retak tulang lengan kiri dalam kejadian samun di rumahnya di Taman Harapan, Kuala Kedah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, ibu mangsa, Ardiana Ahmad Kamil, 45, yang cedera parah di bahagian perut akibat ditikam kini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, dan keadaannya dilaporkan stabil.

Menceritakan semula detik cemas itu, Nur Amira berkata, pada mulanya dia menyangkakan bermimpi apabila badan berasa terlalu sakit seolah-olah ada benda yang menghempap.

"Saya dalam keadaan 'mamai' terkejut kerana melihat ada seorang lelaki yang menghempap badan saya ketika tidur.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

waadat

Posted: 20 Dec 2014 01:03 PM PST

waadat


Di sebalik nama hasan laga

Posted: 20 Dec 2014 02:01 AM PST

Malam tadi Demang terserempak sebuah drama di tv yang agak menarik. 

Mulanya Demang tertarik kerana ia menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Nasir Bilal Khan dan Eman Manan. Malah Rosham Nor pun ada.

Seorang lagi pelakon yang Demang suka tidak pula Demang tahu namanya. Wan... berambut putih, orang terengganu rasanya.

Beliau memegang watak utama, Hasan Laga iaitu seorang lelaki tua tetapi beristeri muda yang mempunyai sejumlah pengikut yang sangat menghormati beliau.

Pada pandangan awal Demang, Hasan Laga adalah tipa (type) lelaki 'gedebe'. Istilah gedebe sering disalah-erti sebagai samseng kampung. Padahal gedebe adalah istilah orang Kelantan untuk seseorang yang disegani di sesuatu kawasan.

Agak lama tidak menonton Nasir berlakon jahat. Nasir membawa watak orang kaya yang angkuh namun mempunyai pengikut sendiri.

Sekali imbas kita sudah tahu Nasir bukan orang baik-baik. Dia memikat dan mengikat penyokong melalui wang.

Drama tersebut berlatarkan sebuah kampung yang penduduk lelakinya amat suka berlaga ayam. Itulah barangkali sebab Hasan di gelar Hasan Laga.

Apabila seluruh kampung amat gemar dengan 'sukan' laga ayam maka kita faham betapa gelaran Hasan Laga menunjukkan Hasan memang sangat terkenal, sekurang-kurangnya di kawasan itu.

Peri taksubnya pada ayam laga sehingga Hasan Laga menyahut cabaran musuhnya (Nasir Bilal Khan - NBK) dengan pertaruhan: jika ayam Hasan Laga tewas maka dia hendaklah keluar dari kampung seluar sepinggang dan menyerahkan isterinya yang muda itu kepada pihak yang menang.

Mujur pihak Hasan Laga menang dan NBK hilang RM50 ribu serta terpaksa meninggalkan kampung.

Tiadanya NBK (Demang lupa nama wataknya) tidak bermakna kampung itu kembali aman sebaliknya perpecahan sesama sendiri kalangan ahli kumpulan Hasan Laga mula timbul.

Kejutan pada drama ini ialah gelaran LAGA pada Hasan Laga bukan semata-mata kerana beliau gemar berlaga ayam bagi memenangi pertaruhan malah Hasan Laga juga sanggup melaga-lagakan pengikutnya sendiri demi memenuhi keinginan peribadi.

Demang bukan hendak menulis sinopsis drama di sini. Justeru Demang terus kepada mesej yang ingin disampaikan.

Pertama, jangan terlalu taksub pada pemimpin dan hendaklah menyimpan rasa sangsi apabila pemimpin melakukan kemungkaran atau melanggar hukum.

Sejak awal drama tersebut menampilkan Hasan Laga seorang yang baik dan berkarisma manakala musuhnya NBK ketua samseng.

Di situ pandangan audien dikaburi hingga melupakan fakta paling penting iaitu pertandingan laga ayam adalah satu perjudian dan tindakan menganiaya haiwan adalah perlakuan tidak bermoral.

Baik Hasan Laga mahupun Nasir Bilal Khan, kedua-dua mereka memang tidak layak dicontohi apalagi dijadikan pemimpin.

Dalam kehidupan ini pun begitu. Apabila seseorang yang ingin menjadi pemimpin, apatah lagi 'tok guru' melakukan sesuatu yang jelas bercanggah dengan hukum yang asas, maka hindarilah ia segera.

Demang ucapkan tahniah pada pengarah, penulis skrip, dan pelakon atas penghasilan drama hebat tersebut.

Ada sesuatu yang perlu kita fahami yang tersirat pada karya ini.

Pengikut