Jumaat, 15 Mac 2013

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Pemuda PAS Lancar Kempen ‘Keamanan Untuk Sabah’

Posted: 15 Mar 2013 12:01 AM PDT

KOTA KINABALU: Insiden pencerobohan di Lahad Datu yang semakin meruncing dengan perkembangan terbaru melibatkan dua anggota tentera Malaysia terbunuh telah menyuntik semangat cintakan keamanan di seluruh negara.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah telah melancarkan kempen 'Keamanan Untuk Sabah' kelmarin dengan memberikan fokus kepada perpaduan serta kemakmuran kepelbagaian etnik dan budaya yang sekian lama disematkan di kalangan rakyat Malaysia khususnya di Sabah.

Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, kempen itu akan menggerakkan seluruh pemuda PAS setiap kawasan bagi memberikan gambaran dan menarik golongan belia untuk mencintai keamanan negara yang setelah sekian lama dikecapi.

"Kita sudah merdeka hampir 50 tahun, sejak dari itu segala kemakmuran dan keamanan yang kita nikmati hingga ke hari ini merupakan titik usaha perpaduan kaum dan etnik yang dibawa oleh ibu-ibu dan bapa-bapa kita terdahulu.

"Oleh yang demikian, sebagai generasi pewaris Negara, kita mestilah mempertahankan kemakmuran ini demi anak cucu kita pula yang mana mungkin mereka akan mempersoalkan tindakan ibu bapanya yang gagal mempertahankan keamanan negara ini daripada tangan-tangan penderhaka negara yang cuba merobek semangat patriotisme rakyat," ujarnya.

Sehubungan itu, Lahirul menggesa agar rakyat khususnya anak muda mengenepikan perbezaan politik, kepercayaan dan bangsa dengan membangkitkan semangat patriotisme demi mempertahankan keamanan negara.

"Hari ini, kita melancarkan kempen ini bagi memberi kesedaran kepada rakyat khususnya anak muda bagi sama-sama menghargai dan mencintai keamanan Negara," jelas Lahirul.

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 15 Mar 2013 03:38 PM PDT

Renungan untuk kita bersama

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…"

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.
Assalamu'alaikum. "

DUNIACACAMARBA

Posted: 15 Mar 2013 03:32 PM PDT

[MK] Penyiasat persendirian P Balasubramaniam meninggal dunia hari ini selepas menderita serangan jantung di Rawang petang ini.

Sebelum ini dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa beliau berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.

Beliau mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu tetapi mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran dekat rumahnya di Rawang kira-kira jam 2.30pm.

Balasubramaniam kemudian bergegas ke klinik untuk bantuan tetapi meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba.

"Beliau sepatutnya membuat pembedahan pintasan jantung dalam tempoh dua minggu," kata peguam dan anggota parlimen Subang R Sivarasa kepada Malaysiakini ketika dalam perjalanan ke hospital.

Bulan lalu, Balasubramaniam mengalami serangan jantung kecil ketika bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat di Kota Bharu. 

Selepas membuat pemeriksaan perubatan apabila pulang ke Kuala Lumpur, beliau dimasukkan ke wad selama 10 hari di Pusat Perubatan Sime Darby.

P/s: RIP. 

Jasa terbesar mendiang sebelum meninggal dunia ialah mengesahkan kebenaran kandungan SD pertamanya. Misteri pembunuhan Altantuya akan terus dibongkar.

Berkaitan:

Kes Altantuya: Rayuan Bekas Anggota UTK Didengar 10 Jun

[Bernama] Mahkamah Rayuan menetapkan tiga hari mulai 10 Jun untuk mendengar rayuan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Peguam Kitson Foong yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Darma Fikri Abu Adam memaklumkan pembelaan dan pendakwaan dalam kes itu bahawa Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif mengarahkan rayuan itu didengar dari 10 hingga 12 Jun.

Beliau berkata memandangkan tarikh itu jatuh dalam tempoh 'pengosongan prosiding mahkamah', satu panel khas akan bersidang untuk mendengar rayuan berkenaan.

Katanya, kedua-dua pihak juga dikehendaki memfailkan hujahan bertulis dua minggu sebelum 10 Jun.

Dalam tempoh itu, tiada prosiding mahkamah untuk mendengar rayuan namun hakim diberi masa menyiapkan alasan penghakiman atau menyampaikan penghakiman.

Rayuan itu disebut di depan Darma Fikri hari ini ketika pengurusan kes bagi memuktamadkan tarikh pendengaran.

Timbalan Pendakwa Raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail mewakili pendakwaan manakala peguam Datuk Hazman Ahmad bagi pihak Cif Inspekstor Azilah Hadri.

Sirul Azhar, 39, dan Azilah, 34, disabit dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam pada 10 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang didakwa bersubahat membunuh wanita Mongolia itu bagaimanapun dibebaskan pada 31 Oktober 2008 selepas pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru


REPLY NEEDED

Posted: 14 Mar 2013 12:52 PM PDT

Did you get my last message, Please i need you to do me a little favor today can you send $50,000 today to an Indonesian company i am dealing with as i am having difficulties transferring money from my account here in VN until i return to Hongkong, I would refund it in 1 week, [...]

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Apa Yang Tersirat

Posted: 14 Mar 2013 01:13 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Ops Daulat: Augusta Wetland AW109 telah tiba- Digunakan memburu Agbimuddin

Posted: 14 Mar 2013 08:29 AM PDT

HARI ini tiada tembak menembak berlaku. Operasi memburu Agbimuddin diterus di kawasan Sungai Nyamuk, sungai Bilis dan Tanjung Labian.

Ketibaan Helikopter berbagai guna dengan injin berkembar Augusta Wetland AW109, membolehkan pasukan keselamatan  beropersi 24 jam, kerana helikopter ini dilengkapi radar waktu malam.

Perburuan saki baki pengganas sulu hampir ke penghujungnya, hanya menunggu saat menangkap atau membunuh Agbimuddin.

Agbimuddin Kiram
Kepungan pasukan keselamatan yang meliputi laut dan darat, tidak memungkinkan Agbimuddin bolos; walaupun sebelum ini ada laporan provokasi, kononnya ada pengganas sulu yang terlepas daripada kepungan, dan mampu berlayar pulang ke Filipina.

Kemaskini Ops Daulat: Memburu Agbimuddin masih Diteruskan

Posted: 14 Mar 2013 03:59 AM PDT

Masih Diburu
TANJUNG LABIAN: Pagi tadi mortar ditembak ke sasaran yang dipercayai tempat pengganas bersembunyi. 

Hari ini tiada kejadian tembak menembak antara pasukan keselamatan dengan pengganas sulu.

Kawasan Operasi diperkecil, dan operasi pembersihan terus berjalan.

Kawasan Tanjung Batu dan sekitarnya masih kawasan merah.

Hari ini masuk hari ke-14 Ops Daulat.58 Pengganas maut. 10 perwira negara gugur. Lebih 200 ditahan kerana disyaki pengikut Jamalul Kiram III.

Agbimuddin terus diburu. Dipercayaai ketua pengganas ini terkepung di hutan dan paya di kawasan Tanjung Labian. Hanya hari atau jam menentukan, akan tertangkapnya adik kepada Jamalul Kiram III itu.

Disebalik Penubuhan ESSCOM: Mampukah bendung Budaya Balas Dendam?

Posted: 14 Mar 2013 03:20 AM PDT

Keturunan Yang Punya Budaya Balas Dendam. 
Budaya membalas dendam yang terpupuk dalam diri masyarakat di selatan Filipina sejak ratusan tahun dahulu memungkinkan tragedi berdarah di Lahad Datu berulang kembali pada masa hadapan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Justeru, beliau berkata pihak keselamatan Malaysia tidak akan berkompromi terhadap isu keselamatan negara dan inisiatif Kawasan Keselamatan Khas (ESSCOM) sepanjang kira-kira 1,400km di pantai timur Sabah merupakan antara langkah terbaik mengelakkan tragedi berdarah itu berulang kembali.

"Saya meletakkan keyakinan penuh kepada pasukan tentera dan polis kita dalam memastikan tragedi ini tidak berulang kembali, namun kebimbangan itu tetap ada kerana budaya membalas dendam ada dalam diri mereka (masyarakat itu).

"Budaya ini melibatkan keturunan juga masa ratusan tahun. Umpamanya bapa saya bergaduh dengan bapa seorang individu, kalau saya tak dapat balas dendam, cucu saya akan balas dendam kepada cucu individu itu," katanya kepada Bernama.

Anggota keselamatan Malaysia sehingga kini menembak mati 58 pengganas.

Tragedi itu juga mengorbankan 10 anggota keselamatan Malaysia.

Ahmad Zahid berkata budaya membalas dendam itu sehingga kini masih berlaku di selatan Filipina seperti pembakaran rumah berlaku setiap bulan dan tidak mustahil tragedi berdarah di Lahad Datu itu menyebabkan pengganas Sulu bertindak membalas dendam kepada Malaysia pada masa hadapan.

"Kalau itu berlaku di kalangan mereka tidak mustahil berlaku di negara kita. Bagaimana jaminan (tragedi itu tidak berulang) dapat dilakukan sedangkan mereka punyai budaya balas dendam. Kerana itu pentingnya kita wujudkan ESSCOM bagi memastikan ini tidak berlaku," katanya.

Ditanya tentang rasional Malaysia bekerjasama dengan Filipina bagi mengambil tindakan ketenteraan di selatan Filipina bagi menghapuskan ancaman itu secara terus di puncanya, beliau berkata tindakan ketenteraan bukan penyelesaian kepada masalah itu.

"Pertama kalau kita masuk ke Filipina ke kawasan mereka, kita tidak hormati kedaulatan Filipina, begitu juga sebaliknya dengan kita di Malaysia. Jadi kedaulatan kedua-dua negara ini perlu dihormati.

"Kedua kita berbalik kepada budaya membalas dendam itu sendiri. Jika kita minta kerajaan Filipina bersama kita bersihkan kawasan itu, oleh kerana budaya dendam itu sentiasa ada, masalah tidak dapat diselesaikan dengan tindakan ketenteraan," katanya.

Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada Filipina kerana sentiasa bekerjasama erat dengan Malaysia dalam menyelesaikan tragedi itu serta memastikannya tidak berulang kembali seperti usaha menyekat pengganas Sulu daripada memasuki Malaysia.

Terdapat cadangan di kalangan rakyat Malaysia supaya pemimpin pengganas itu Jamalul Kiram diekstradisi ke Malaysia bagi didakwa di mahkamah negara ini, dan mengulas cadangan itu beliau berkata atas nama kebersamaan negara Asean, Malaysia boleh meminta Filipina untuk berbuat demikian.

"Kita pernah hantar Nur Misuari (pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) ke Filipina atas semangat Asean. Oleh demikian kalau Jamalul Kiram boleh ditahan dan diambil tindakan itulah sebaiknya.

"Jamalul Kiram rakyat Filipina tetapi jenayah dilakukan di Malaysia, jadi atas nama kebersamaan sebagai negara Asean kita boleh meminta Filipina bawa beliau bagi didakwa di Malaysia. Namun itu bukan atas kuasa Kementerian Pertahanan, Jabatan Peguam Negara kendalikan," katanya.

Beliau berkata ada kewajaran terdapat cadangan daripada Pergerakan Pemuda Umno bagi mendakwa Jamalul Kiram dan pengikutnya mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

"Mungkin akta dan seksyen itu sesuai tetapi kita serahkan kepada Peguam Negara akta mana paling sesuai digunakan. Apapun saya tegaskan pengganas yang kita tahan di Malaysia itu akan diambil tindakan perundangan sewajarnya.

"Kesalahan mereka itu dilakukan di negara kita jadi tindakan mahkamah dan perundangan mesti dilakukan di negara kita. Ia akan tertakluk kepada undang-undang di sini, kita menggangap mereka adalah penceroboh," kata Ahmad Zahid.

Sehingga kini 156 orang ditahan kerana berada di zon merah operasi manakala 97 individu ditahan untuk siasatan kerana disyaki terlibat dengan pengganas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan dibaca bersama Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan.

Beliau turut ditanya tentang golongan tegar pembangkang yang hanya mempercayai fitnah dan tohmahan dilempar pemimpin pembangkang dan langsung tidak mempercayai maklumat disalurkan kerajaan tentang insiden itu.

Ahmad Zahid menegaskan masalah yang dihadapi di Lahad Datu sekarang bukan masalah politik sebaliknya masalah keselamatan negara dan seharusnya isu pertahanan negara tidak dipolitikkan demi kepentingan pihak tertentu.

"Ini merupakan hasil proses mentaksubkan pengikut yang hebat dilakukan pembangkang, budaya kebencian disemai di kalangan penyokong tegar mereka. Apa sahaja dibuat oleh kerajaan satu pun tidak positif.

"Saya harap mereka hormati profesionalisme Polis Diraja malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kalau mereka kata ATM atau PDRM tak sekuat mana, silakan ke Lahad Datu lihat sendiri. Saya bawa jika benar mereka ada semangat patriotik. Sehingga sekarang tiada seorang pun (ingin ke Lahad Datu)," katanya. Bernama.

Agbimuddin terperangkap digugusan Labian

Posted: 14 Mar 2013 02:36 AM PDT

Ketua pengganas, Agbimuddin Kiram, dipercayai terkepung di Gugusan Labian, dekat sini, kerana gagal meloloskan diri ke selatan Filipina. 

Anak buahnya dipercayai cuba melarikan adik Jamalul Kiram III itu, tetapi gagal berikutan kepungan ketat pasukan keselamatan di darat dan laut. 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata Agbimuddin dipercayai disembunyikan anak buahnya bagi mengelak daripada ditahan, cedera atau terbunuh jika bertempur dengan pasukan keselamatan. 

Sembunyi di zon perang 

Saya yakin dia bersembunyi di zon perang dan menyusun taktikal perang, katanya pada sidang media bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di FELDA Sahabat 16, semalam. 

Beliau berkata, pasukan keselamatan terus berusaha membawa keluar mayat pengganas Sulu untuk dibedah siasat selepas 25 mayat berjaya dikeluarkan setakat ini. 

Selain itu, katanya, Kampung Sungai Nyamuk, Sungai Bilis dan Tanjung Batu terus dikepung pasukan keselamatan manakala operasi mencari serta menggeledah diteruskan.

Krisis Di Sabah! Tuduhan Media Filipina Terhadap Malaysia Berat

Posted: 13 Mar 2013 04:23 PM PDT

Laporan media Filipina terutamanya Inquirer.net yang mendakwa pasukan keselamatan Malaysia terutamanya polis bertindak kejam terhadap rakyat Filipina di Sabah adalah satu tuduhan yang amat berat dan menjejaskan imej negara.

Dalam laporan itu, beberapa individu ditemubual wartawan Inquirer.net mendakwa pasukan polis ketika melakukan operasi mengesan militan Sulu di kawasan perkampungan di Sandakan bertindak ganas dengan mengarahkan lelaki Filipina berlari sebelum menembak mati mereka.




Malah laporan bertarikh 10 Mac dengan tajuk We're treated like animals (Kami dilayan seperti binatang) itu jelas berniat jahat kerana hanya mengambil testimoni dari beberapa individu, tanpa kenyataan rasmi pejabat kedutaan Malaysia di Manila.

Laporan itu menyebut seorang wanita, Amira Taradji, 32, Jumaat lalu, melalui detik-detik hitam dalam hidupnya kerana mendakwa adiknya, Jumadil ditembak mati oleh polis.

Inquirer.net turut memuatkan Amira menyebut sebahagian lelaki yang ditahan, walaupun sudah menunjukkan dokumen imigresen, tetap ditembak mati.

Lebih teruk lagi, wanita ini turut mendakwa warga Filipina di pusat tahanan tidak diberikan makanan dan ada antara mereka mati kebuluran.

Memberi respons kepada laporan media Filipina ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, laporan itu tidak benar, dan menegaskan ia boleh mengeruhkan hubungan kedua-dua negara.

Katanya, tiada laporan daripada mana-mana pihak di Sabah mengadu pasukan keselamatan bertindak kejam kepada pendatang Filipina.

Selain itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib turut menafikan laporan media Filipina itu.

Beliau juga menafikan dakwaan warga Filipina dibunuh di Sandakan, selain dari kumpulan yang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu dan Semporna.

Ekoran laporan media Filipina ini, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor menyarankan kerajaan Malaysia mengambil tindakan undang-undang kerana tuduhan itu jelas satu fitnah dan tidak berasas.

THE FLYING KICK

Posted: 14 Mar 2013 01:04 PM PDT

THE FLYING KICK


LAHAD DATU SATU SANDIWARA... JOM LER KALAU BERANI!!!!

Posted: 14 Mar 2013 09:00 AM PDT

MALAYSIA TIDAK AKAN MENERIMA SEBARANG PERUNDINGAN, SEBALIKNYA MENGHABISKAN LANUN-LANUN SULU SECARA TOTAL!!!

Posted: 14 Mar 2013 08:00 AM PDT

KESIAN WEII TENGOK MUKA CIKGU 'DOGGIE' YANG TENGAH BERGARI... ANWAR IBRAHIM MANA?

Posted: 14 Mar 2013 06:29 AM PDT

WOIII EZAM '36 KOTAK'... KAU BOLEH BERHENTI MEMBODOH-BODOHKAN RAKYAT MALAYSIA KE TAK?

Posted: 14 Mar 2013 05:00 AM PDT

DAKWA DAN HUKUM TIAN CHUA SEGERA SEBELUM SABAH BERTUKAR JADI TIMOR LESTE!!!

Posted: 14 Mar 2013 04:11 AM PDT

LANUN SULU DAH START SERANG POLIS DI SEMPORNA TAHUN 1993 LAGI!!!

Posted: 14 Mar 2013 02:17 AM PDT

PENGALAMAN NGERI SEORANG ANGGOTA KESELAMATAN YANG TELAH DITETAK SAMPAI KUDUNGNYA OLEH LANUN SULU!!!

Posted: 14 Mar 2013 02:13 AM PDT

'PUTERI' JACEL KIRAM NAFI ANWAR TERLIBAT TAPI YANG BERKONSPIRASI ADALAH NAJIB DAN AQUINO!!!

Posted: 14 Mar 2013 12:07 AM PDT

UPDATE KES HASUTAN TIAN CHUA: MAHKAMAH TOLAK HUJAH N.SURENDRAN!!!

Posted: 13 Mar 2013 10:30 PM PDT

LANUN SULU UMPAN PASUKAN KESELAMATAN MALAYSIA UNTUK DISERANG HENDAP DENGAN MAYAT RAKAN SENDIRI!!!

Posted: 13 Mar 2013 09:03 PM PDT

DIMENSI

Posted: 14 Mar 2013 11:59 AM PDT

DIMENSI


Omegay: Nik Nazmi mintak anuwar mohon maaf kat tian chua huhuhu

Posted: 14 Mar 2013 05:10 AM PDT


PKR menggesa kerajaan menggugurkan tuduhan yang dikenakan ke atas Naib Presidennya, Tian Chua berhubung kenyataan mengaitkan Umno dengan insiden pencerobohan Lahad Datu.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, Tian Chua telah menjadi mangsa media selepas kenyataa asal ahli parlimen itu yang didakwa telah manipulasi secara sistematik oleh media arus perdana sehingga didakwa di mahkamah.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyatakan beliau mahu memansuhkan Akta Hasutan, tetapi ini caj baru menunjukkan ada niat jahat kerajaan untuk mengenakan Tian Chua di bawah undang-undang yang menjadi anarki

"Atas apa alasan pun, Tian Chua adalah seorang penjawat awam yang mencintai negara dan telah berkhidmat selama bertahun-tahun untuk rakyat Malaysia termasuk anggota keselamatan.

"Ia adalah kejam untuk menuduh beliau mengambil ringan ke atas kematian tentera dan anggota polis di Sabah," kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Pagi tadi, Ahli Parlimen Batu itu telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Dalam pertuduhan itu, Tian Chua menghadapi pertuduhan kerana menyebut perkataan menghasut dengan membuat empat kenyataan berhubung isu Lahad Datu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama yang boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama dan boleh dipenjara maksimum lima tahun bagi kesalahan seterusnya.
Nik Nazmi juga mendakwa, Tian Chua turut dikenakan tekanan politik selepas ada usaha oleh pihak polis untuk menangkap Tian Chua di kafeteria mahkamah pagi tadi.

"Sedangkan beliau (Tian Chua) sudah menunjukkan pada pagi ini di kompleks mahkamah untuk menghadapi pertuduhan.

"Ia adalah jelas satu langkah untuk memalukan Tian Chua lagi," dakwa beliau. - SH

p/s: btul punye lawak ler balaci anuwar pandikutti sekor nih!..pengarang keadilan sendiri akui stetmen tu di keluarkan oleh tian chua sendiri...apsal tak saman anuwar??...dia lupe ker tian chua kiwak jugak berlagak macam anjing yang geget tangan anggota polis tak lama dulu!...ko dah luper nazmi???...refresh balik pale otak ko sket lerrr...kehkehkehkeh adoiyaiii

Omegay: Talibarut pengganas sulu di kehendakki!

Posted: 13 Mar 2013 10:45 PM PDT


Omegay: lepas bini anugerah suami anugerah tuhan..anuwar plak anugerah bini gelaran 'sayiditina' >XD

Posted: 13 Mar 2013 09:30 PM PDT

ABIM saman Utusan, tuntut RM10 juta
KUALA LUMPUR 13 Mac - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hari ini memfailkan saman terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. untuk menuntut ganti rugi RM10 juta atas dakwaan syarikat itu menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadapnya.

Artikel yang didakwa berbaur fitnah itu bertajuk 'Pas benarkan tarian lucah, ABIM hina isteri Rasulullah?'  yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 8 Februari lalu di muka surat 11 

Writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan melalui Tetuan Anwar Ismail & Associates di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.

Dalam saman itu, Amidi selaku pihak plaintif menamakan Utusan Melayu; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak; dan Pengarang Berita Utusan Online, Lukman Ismail sebagai pihak defendan. - Utusan Malaysiaku sayang

anuwar semacam kehabisan peluru untuk mempertahankan diri. segala isu kepincangan dan kebobrokan pakatan terutama diri beliau sendiri membuatkan anuwar tak senang duduk. kini beliau menggunakan orang2 terdekat untuk membantu menaikkan kembali 'seri muka' beliau yang dah sedia maklum kusam sejak dulu lagi huhuhu.

selepas bapak saiful berjaya di 'beli' kini Anuwar Bela Ini Mangkuk tampil gunakan bini sendiri sebagai alat untuk cuba menarik pengundi wanita dengan memperdagangkan nama isteri rasulullah seolah2 bini si peliwat ini adalah seorang telah melakukan 'JASA BESAR' terhadap wanita. klik sini dan artikel asal di sini

anugerah yang di terima bukan calang2 woo..nampak macam gah.."Anugerah berkenaan diberikan atas keberanian beliau menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan"..aikkk...apa PERUBAHAN ape yang dah di sumbangkan oleh presiden tunggul kayu peegayar nih?..ape perubahan yang dia dah buat terhadap wanita. kalau setakat kuat cemburu dan tak tau jaga laki semua orang tau.

kita pun tau dia lebey minat membela wanita seperti ambingai memperjuangkan LGBT..menyokong anak beliau membiarkan umat islam memilih agama mengikut kemahuan masing2..tapi dalam masa yang sama mencemburui suami sendiri yang lebih gemar memilih pasangan ikut nafsu tanpa mengira jantina dah di kira sebagai pemenang gelaran 'sayiditina'? huhuhu...kalau ler isteri rasulullah masih hidup mana dia nak letak muka adoiyaiii

apa pun biar ler rakyat menilai sendiri apa 'jasa sebenar' bini si peliwat tu yang telah 'dianugerahkan' ke atas beliau...saman menyaman dah jadi makanan harian anuwar untuk elak tembelang di ketahui umum..fikir2 dan pandang2 >XD


p/s: si bapak dapat anugerah tuhan dan nabi akhir zaman..si mak dapat anugerah sayiditina...si anak tak dapat ape2 kerrr? huhuhu

PEJUANG BANGSA

Posted: 14 Mar 2013 11:53 AM PDT

PEJUANG BANGSA


TERKINI ! Pengganas Sulu berdepan serangan terakhir #LahadDatu dalam tempoh 48 jam !!

Posted: 14 Mar 2013 10:40 AM PDT




Mana lagi mau lari pengikut Kiram III ??   Kereta kebal PT 91 " Adnan "   buatan Poland sudah masuk untuk  bertempur  dengan pengganas Sulu . Ada lagi 48 jam sahaja untuk puak2 pengganas ini hidup.

Tentera Malaysia sudah sudah sedia buat Final Attack kepada pengganas kejam  untuk menamatkan terus pencerobohan  Lahad Datu . Semoga Allah terus melindungi pejuang2 kita di medan peperangan mempertahankan negara .




Angkatan Tentera DiRaja Malaysia (ATM) dijangka akan melakukan gempuran terakhir bagi menamatkan terus pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di kawasan Lahad Datu, Sabah.

Penulis menjangkakan gempuran akan dilakukan dalam tempoh 48 jam lagi.

Konflik Lahad Datu perlu dihabiskan segera bagi membuka laluan untuk kerajaan menumpukan pula kepada isu Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mynewshub difahamkan pembubaran Parlimen terpaksa dibawa ke bulan hadapan berikutan isu Lahad Datu menuntut kerajaan berkuasa penuh menanganinya dan bukan kerajaan 'caretaker'.
Seperti yang kita tahu, semalam ATM telah pun mengumumkan ia akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negara di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sejak 12 Feb lepas.

Malah, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi gambaran operasi daulat yang memasuki hari kesembilan (semalam), berada di penghujungnya dengan tumpuan menjejaki saki-baki pengganas yang kini bergerak dalam kumpulan kecil.

Beliau berkata 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia akan tiba hari ini di sini secara berperingkat.

Mynewshub difahamkan, helikopter berkenaan yang sedia dimuatkan dengan machine gun sudah pun mula terbang di kawasan Lahad Datu.

Zulkifeli berkata, langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat. Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Radio 24 bahawa Malaysia tidak akan menerima sebarang rundingan buat masa sekarang, termasuk rundingan yang dibuat oleh pihak ketiga seperti kerajaan Filipina.

 Ini bererti hanya tindakan ketenteraan sahaja sebagai jalan penyelesaian terhadap krisis pencerobohan di Lahad Datu yang bermula sejak Februari lalu. Hari ini, Op Daulat memasuki hari kesepuluh. Ketika gempuran pertama dibuat, sebanyak 8 jet pejuang termasuk jenis F18 dan hawak telah digunakan.

Walaupun pengganas Sulu yang merupakan pengikut Jamalul Kiram III ramai yang mati dalam serangan itu, namun sebahagian berjaya melarikan diri. Kumpulan berkenaan yang sudah berpuluh tahun memiliki kemahiran perang gerila menyebabkan Op Daulat berlanjutan apabila pasukan komando terpaksa digerakan masuk ke zon merah bagi mengesan saki-baki pengganas.

Pada masa ini, Mynewshub difahamkan hanya tinggal kumpulan yang terlalu kecil pada waktu ini tetapi masih berdegil. - MyNewsHub

Terkini ! Sah pembabitan pihak ketiga menjadi dalang krisis #LahaDatu

Posted: 14 Mar 2013 09:31 AM PDT






- Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman tidak menafikan pembabitan pihak ketiga dalam insiden pencerobohan Sabah oleh pengganas Sulu seperti dilaporkan akhbar Filipina baru-baru ini.

Oleh itu, beliau berkata, Wisma Putra akan mendapatkan maklumat terperinci daripada rakan sejawatannya bagi memulakan penyiasatan di negara ini untuk memastikan sama ada rakyat Malaysia menjadi dalang dalam mewujudkan ketidakstabilan berkenaan.

"Saya telah meminta rakan sejawatan saya untuk terus memberi maklumat berkaitan apa yang dilapor akhbar Filipina berhubung kemungkinan terdapat pembabitan pihak ketiga.

"Beberapa diplomat dan duta turut mempersoal mengapa ia berlaku sekarang?

Itu adalah soalan yang kerap ditanya ketika ini.


"Jadi, selain fokus dan keutamaan mencari penyelesaian masalah di Lahad Datu, pada masa yang sama, kita juga akan memulakan siasatan berhubung kemungkinan terdapat pembabitan pihak ketiga," katanya pada sidang akhbar selepas sesi taklimat dengan kor diplomatik dan media berkaitan 'Ops Daulat', di sini malam tadi.


Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa risikan menyiasat dakwaan seorang pemimpin pembangkang mempunyai peranan dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Akhbar The Philippine Daily Inquirer menyiarkan artikel agensi berita Reuters yang memetik seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata, pengganas terbabit ke Sabah atas jemputan seorang ahli politik dari parti pembangkang di Malaysia.

The Manila Times pula menyiarkan dakwaan pencerobohan itu ada kaitan dengan kempen pembangkang di Malaysia untuk melepas wilayah autonomi Sabah, jika mereka memenangi pilihan raya umum.
Bagaimanapun, Anifah berkata mesti ada bukti kukuh untuk memastikan kebenaran memandangkan dakwaan itu adalah sesuatu yang serius.


Beliau menyifatkan kumpulan militan bersenjata terbabit bertindak kejam dengan melakukan keganasan serta menegaskan Malaysia tidak pernah mengiktiraf tuntutan mana-mana pihak ke atas Sabah atau mana-mana bahagian negeri di Malaysia.

Beliau berkata, kerajaan akan terus mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi orang awam di kawasan itu ketika menjalankan operasi terhadap kumpulan pengganas.

"Semua langkah juga sedang diambil bagi menangani keperluan kemanusiaan termasuk perubatan kepada orang awam. Pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bekerjasama membantu penduduk tempatan di kawasan terjejas.

"Oleh itu, Malaysia memandang serius dakwaan berlaku pencabulan hak asasi manusia seperti dilapor beberapa media Filipina. Kita menolak sekeras-kerasnya dakwaan ini," katanya.

Menteri itu berkata, semua tindakan yang diambil kerajaan Malaysia adalah selaras dengan undang-undang, peraturan serta polisi negara selain mematuhi norma dan standard antarabangsa.

"Dalam menjalankan operasi itu, kerajaan Malaysia bukan sekadar mematuhi jaminan seperti dinyatakan Perlembagaan Persekutuan malah mengikut standard dan norma hak asasi manusia di peringkat antarabangsa," katanya.

Anifah berkata, kerajaan juga komited untuk mendokong prinsip Piagam dan Deklarasi Asean berkaitan hak asasi manusia.

"Pendirian Malaysia sangat jelas, pengganas harus meletak senjata dan menyerah diri tanpa syarat bagi membolehkan proses undang-undang dilaksanakan," katanya.

Pada masa sama, Anifah berkata, Malaysia tidak akan membabitkan jirannya dikalangan ASEAN dalam krisis di timur Sabah kerana perkara itu masih terkawal.
Katanya, beliau sudah memberi taklimat kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah kelmarin berhubung perkembangan situasi di Lahad Datu dan Semporna.

"Kami menghormati hal-ehwal dalaman mana-mana negara ASEAN lain. Saya sudah memberi taklimat kepada Sultan Brunei, yang juga Pengerusi ASEAN.
"Beliau menghargai taklimat berkaitan pertempuran yang berlaku dan kita tidak perlu membabitkan jiran kerana mampu menangani situasi ini," katanya. - BERNAMA

Imam Besar Mekah fatwakan wira negara terkorban mati shahid #LahaDatu

Posted: 14 Mar 2013 05:30 AM PDT




Imam Besar dari Mekah sudah menyatakan anggota keselamatan yang terkorban pertahankan kedaulatan negara adalah mati shahid.

Nik Aziz bila pulak  nak keluar fatwa anggota keselamatan kita mati shahid . Kalau yang menentang kerajaan dan polis di Memali boleh pulak fatwa sebagai mati shahid.






 - Imam Besar Masjid Aba'ah, Makkah, Syeikh Mohammad Sharif Mohammad Imrani al-hafiz berkata anggota pasukan keselamatan Malaysia yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara mati syahid.

Katanya umat Islam wajib mempertahankan negaranya daripada pencerobohan asing dan mati dalam peperangan kerana ia adalah syahid fisabilillah dan Allah SWT akan memberi syafaat kepada mereka.

Beliau yang ditanya mengenai pencerobohan pengganas militan di Lahad Datu, Sabah berkata:

"Saya tidak tahu siapa yang melakukannya (pencerobohan) namun kematian 10 anggota pasukan keselamatan Malaysia mempertahankan negara adalah syahid."

Syeikh Muhammad Sharif dibawa khas dari Makkah ditemui selepas memberi tazkirah yang disampaikan dalam bahasa Melayu, Inggeris serta Arab pada program 'Malam Munajat Rakyat: Gema Zikir dan Selawat' dan dihadiri hampir 5,000 umat Islam di Masjid Muadzam Shah di sini malam tadi.


Beliau sebelum itu mengimamkan solat Maghrib dan solat hajat memohon Allah SWT menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya daripada bencana, diikuti solat Isyak.
Program itu dianjurkan anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim.

Sheikh Muhammad Sharif berkata pergaduhan atau peperangan sesama umat Islam di akhir zaman adalah tindakan manusia yang memiliki sifat syaitan dan hendaklah dihindari oleh pengikut sebenar Nabi Muhammad SAW.

Beliau yang turut ditanya penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia, berkata dalam Al-Quran terdapat ayat yang jelas menyatakan haram menggunakan nama Allah sebagai nama tuhan oleh bukan Islam.

"Dalam Islam tidak boleh bandingkan nama Allah dalam Bible dan Injil. Orang Bible dan Injil bukan Islam. Macam mana hendak guna nama Allah. Perbuatan ini (guna nama Allah oleh bukan Islam) adalah syirik dan berdosa, tidak boleh buat begini," tegasnya.


Beliau menasihatkan umat Islam Malaysia supaya memohon perlindungan Allah SWT dan mengadakan solat hajat agar umat Islam di negara ini terhindar daripada fitnah yang banyak berlaku di akhir zaman.


"Bergaduh sesama umat adalah perbuatan yang ditegah oleh Islam. Umat Muhammad SAW adalah adik-beradik dan kita patut bersatu. Ini nasihat saya," katanya.


Dalam tazkirahnya pula, Sheikh Muhammad Sharif menegaskan tiada parti politik boleh menjanjikan syurga atau neraka kepada umat Islam dan perbuatan mengkafirkan sesama umat juga ditegah keras oleh Islam.

"Tiada hadis atau ayat dalam al-Quran yang menyatakan menyokong sesuatu pihak atau parti politik boleh masuk syurga. Ini kerja Allah SWT, bukan boleh ditentukan oleh sesiapapun pada zaman ini," katanya.


Sementara itu Syed Sobri berharap penjelasan Imam Besar Masjid Aba'ah itu berlandaskan al-Quran dalam soal kematian anggota keselamatan, penggunaan kalimah Allah dan menyokong pembangkang boleh masuk syurga perlu dipandang serius oleh umat Islam di negara.
"Saya harap umat Islam yang hadir pada malam ini tidak lagi terpengaruh dengan dakwaan songsang pihak tertentu bersabit tiga perkara tersebut yang membawa kepada syirik," katanya. - Bernama

GEMPAR ! Misteri Kapal USS Guardian terdampar di Laut Sulu 17 Januari 2013 #LahadDatu

Posted: 14 Mar 2013 02:19 AM PDT





Terdapat satu laporan mengenai sebuah kapal perang Amerika USS Guardian telah 'terkandas' di kawasan terumbu karang Tubbuhata di laut Sulu sejak sejak 17 Januari 2013, 24 hari sebelum pencerobohan di Lahad Datu bermula.

Menurut satu sumber, kapal perang tersebut sebenarnya 'sengaja' belayar keluar dari laluan asalnya kerana sememangnya agak pelik bagaimana kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang dikawasan Tubbataha Reef.

Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger dikatakan telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. 

Tetapi bagaikan dirancang, USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti. Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa.Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan dimedan perang.

Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang barang.Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia.

Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.

Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar dibelakang Jamalul Kiram III. 

Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih didalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah(?)...




Persoalan : 

 Apakah sebenarnya yang dilakukan oleh kapal perang USS Guardian yang terkandas di terumbu karang tersebut? 

 Adakah kapal tersebut benar-benar terkandas ataupun kejadian itu adalah satu perancangan rapi yakni 'covert operation' CIA terhadap Sabah dan Malaysia? 

 Dari manakah Jamalul Kiram III memperolehi sumber kewangan untuk memperlengkapkan 'pasukan pengganasnya' dengan senjata-senjata? 

 Adakah insiden kapal perang 'tersadung' ini sebenarnya hanya satu sandiwara, yang sebenarnya sedang membawa bekalan senjata untuk diberikan kepada kumpulan pengganas kiram? 

 Ini adalah kerana difahamkan Jamalul Kiram III ini sendiri menggelarkan dirinya sebagai 'sultan yang paling miskin di dunia'. Insiden pencerobohan Lahad Datu ini semestinya memerlukan dana yang besar untuk dilaksanakan. 

Adakah Amerika yang bertanggungjawab dalam membiayai pencerobohan pengganas kiram tersebut? 

 DAN yang paling penting adakah ANWAR terlibat dalam perancangan ini??


sumber : Empayar Pemuda

Anuwar desak umat Islam negara ini sedekah Al Fatihah kepada pengganas Sulu ??

Posted: 14 Mar 2013 01:57 AM PDT



Sikap pemimpin dan penyokong2 mereka dalam insiden Lahad Datu jelas menunjukkan mereka tidak menghargai pengorbanan 9 orang anggota pasukan keselamatan kita yang berjuang mempertahankan negara di Lahad Datu .


Blog Suara Pakatan Rakyat mendedahkan Anwar hari ini meminta rakyat negara juga  sedekahkan Al Fatihan kepada tentera Sulu .


Melihat kepada ketidakseimbangan yang berlaku, laman ini difahamkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta rakyat Malaysia di seluruh negara supaya menyedekahkan ayat Al-Fatihah kepada semua anggota tentera Sulu yang telah terkorban. 

 Permintaan ini dibuat atas nama kemanusian dan tidak ada kaitan langsung dengan perbuatan kejam yang didakwa dilakukan tentera diraja Sulu ini ke atas 8 anggota keselamatan negara kita yang nyawanya melayang sebelum ini. klik di sini






TERKINI ! Peguam Tian Chua bengang dituduh akta Hasutan !

Posted: 13 Mar 2013 10:45 PM PDT




Hari ini   pertuduhan terhadap Chua Tian-Chiang @ Tian Chua-MP  Batu telah  dibacakan di bawah Sek 4 (1) b Akta Hasutan 1948, Mahkamah Sesyen Jenayah 6, Aras 3 di hadapan Hj. Mohd Sekeri bin Mamat.

Empat tuduhan menghasut isu tembak menembak di Lahad Datu sebagai sandiwara kerajaan.


 1. Serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

 2. Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno.

 3. Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. Kejadian pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah;

 4. Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

GPB dimaklumkan  peguambelanya  iaitu  N. Surendren meroyan pasal Tian Chua dituduh  di bawah Akta Hasutan 1948 dan ia adalah tinggalan  zaman penjajah & penjajah tidak pernah lagi  guna akta ini,Beliau  menyeru kepada mahkamah supaya membebaskan tertuduh.


 Tetapi hujah oleh  Pihak Pendakwaraya   ialah akta ini bukan akta penjajah dan masih berkuatkuasa sehingga kini  malah HAKIM sendiri sahkan ia masih  digunapakai    .  Jaminan yg ditawarkan pihak pendakwa adalah munasabah, bukti & keterangan akan dikemukakan.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berhubung kenyataannya yang mendakwa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO.

Dia yang juga Naib Presiden Parti keadilan Rakyat (PKR) membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.


Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 11 pagi, 1 Mac lalu di No. 62-2-A, Fraser Business Park off Metro Pudu, Jalan Yew di sini.


Dia didkawa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Mahkamah menetapkan 12 April ini bagi sebutan semula kes itu. - UTUSAN



TERKINI ! Tian Chua buat hal di mahkamah , cuba lari daripada polis ??

Posted: 13 Mar 2013 09:30 PM PDT

Suasana menjadi kecoh di kafetaria Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini apabila Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua cuba melarikan diri dari polis yang menghampiri Tian Chua.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 pagi ketika Tian Chua bersama kumpulan peguam di kafetaria aras bawah bangunanan mahkamah.

Berlaku pertengkaran kecil antara penyokong Tian Chua dengan anggota polis di kafeteria Mahkamah Tinggi apabila sekumpulan lapan orang anggota cuba untuk 'mengiringi' pemimpin PKR itu ke pejabat polis di bangunan sama.

Tahu pulak takut....


Pagi Khamis Naib Presiden PKR yang membuat kenyataan celupar dakwa insiden Lahad Datu sandiwara UMNO akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dibawah Akta Hasutan.

Ahli Parlimen Batu itu tiba di komplek Mahkamah Jalan Duta jam 9 pagi diteman peguamnya.

Dia kemudian masuk ke kamar mahkamah sesyen pada jam 10 40 pagi.

Lebih 300 laporan polis dibuat seluruh negara terhadapnya oleh rakyat pelbagai lapisan kaum yang marah sangat pada gelagatnya.
Tian Chua dijangka akan diwakili oleh peguam N Surendran yang juga Naib Presiden PKR. - POLITIK HARIAN -

Anwar kantoi Muhyiddin dedah rancangan jahat PR di hari PRU !

Posted: 13 Mar 2013 08:47 PM PDT




Ini kes berat.Kalau tidak ada angin yang sedang bikin pokok goyang tidak mungkin Tan Sri Muhyiddin Yassin berani cakap secara terbuka begini. Senarionya pasti membimbangkan jika apa yang digambarkan oleh Timbalan Perdana Menteri meletus.

 Jika diimbas balik semua hari mengundi pada pilihanraya yang diadakan sejak negara Merdeka pada tahun 1957 tidak pernah diselubungi kekecohan. Namun menjelang PRU13,yang dicop sebagai pilihanraya umum yang paling hangat dan genting sudah terdengar pelbagai spekulasi.

 Pendedahan Muhyiddin ini tentunya mencuri perhatian.Katanya kerajaan ada maklumat puak pembangkang ada rancangan nak cetus huru hara masa hari mengundi PRU13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

 Ini kerana mereka goyang melihat gelombang sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada BN. Belau membuat pendedahan itu semasa berucap pada satu majlis bersama 5000 di kawasan lapang dekat Masjid As salam ,Bukit Sentosa di Hulu Selangor petang Rabu.

 "Pihak pemimpin pakatan pembangkang sudah mula gementar, dia sudah buat berbagai-bagai kenyataan. Macam Anwar Ibrahim sebut, dia kata kalau dalam pilihan raya ni dia kalah maka tentu kekalahan itu ialah kerana SPR buat kerja kotor, tipu rakyat…bila dia menang pilihan raya, dia tak pernah kata SPR tipu rakyat. 

 "Tapi bila dia nak kalah, nampak-nampak nak tumbang dan impian Anwar Ibrahim nak jadi Perdana Menteri tak akan menjadi maka dia dah mula buat telahan.

 "Saya ada baca dokumen-dokumen yang boleh dipercayai dia (pembangkang) nak berbuat sesuatu pada waktu pilihanraya...pada hari pilihanraya. 

 "Kalau dia boleh menang kenapa dia nak buat masalah pada hari pilihanraya...tunggulah sajalah rakyat akan keluar pangkah parti dia...kalau dia yakin kenapa dia nak buat porak peranda. 

 "Dia pun tahu ...dia pun kira...kita pun lebih pandai kira dari dia tak mungkin terima sokongan dari rakyat untuk membentuk kerajaan dalam pilihanraya yang akan datang."katanya.

 "Saya memberikan ini sebagai satu peringatan pada kawan-kawan kita dalam Barisan Nasional, inilah yang mungkin akan kita hadapi tetapi saya yakin atas dasar semangat kita yang kuat, kerja kita yang keras yang telah kita lakukan, kita akan dapat mengatasinya. 

 "Dan..Insyaallah sokongan rakyat pada parti BN kita akan menentukan kerajaan pusat yang dipimpin Perdana Menteri dan peringkat negeri yang akan dipimpin oleh kerajaan BN akan terpilih dalam pilihan raya akan datang ini",katanya. Dalam pada itu, Muhyiddin yakin BN mampu mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di Parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang.

 "Tidak kira siapa.. calon hitam, putih, biru kita akan pilih sahaja...dan saya pergi ke tempat-tempat lain...gelombang biru menandakan sokongan rakyat sudah mula meningkat," katanya.

 Beliau berkata kerajaan Selangor yang diterajui pakatan pembangkang telah menimbulkan pelbagai masalah kepada rakyat negeri ini dengan pelbagai janji manifesto yang tidak ditunaikan yang sehingga kini tidak dijawab oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 "Kita tak nak mengulang banyak cerita yang sudah berlaku di sini...saya bukan orang Selangor, tetapi saya tahu apa yang berlaku di negeri Selangor ini...Rakyat Selangor sudah pun marah dengan kerajaan (negeri yang diterajui pembangkang).

 "Ramai yang bawa kes ke mahkamah, ibu tunggal dan orang-orang yang berhak mendapat pembelaan atas janji yang dibuat pada manifesto PRU yang lepas juga tuntut supaya kerajaan Selangor tunaikan janji, sampai hari ini saya tak dengar pun jawapan dari Menteri Besar Selangor apa yang nak dilakukan tentang apa yang telah dijanjikan itu," katanya.-13/2/2013

Pengorbanan Polis & Tentera di #LahadDatu seperti duduk bawah reban ayam !!

Posted: 13 Mar 2013 08:00 PM PDT




Selepas menuduh "sandiwara   "segala yang berlaku di Lahad Datu ,   pentas-pentas ceramah pembangkang kini beralih pula memburuk-burukkan pasukan keselamatan negara terutama Tentera & Polis

Mereka menggunakan bekas2 Jeneral pencen yang dibeli untuk memburukkan pasukan keselamatan  kerana diyakini boleh memperbodohkan rakyat  disebabkan latar belakang mereka daripada bidang ketenteraan .




 Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Ghafir Abdul Hamid yang kini berceramah di pentas-pentas pembangkang, memperleceh cara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menangani pengganas dari Sulu itu sehinggakan kini hanya "duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam". 

 Beliau dengan mudah membuat kesimpulan sendiri bahawa kegagalan risikan awal khususnya oleh ATM telah membuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan terkejut menyelesaikan masalah di sana. Ghafir juga seolah-olah memperkecilkan peranan pasukan keselamatan apabila mendakwa Ops Daulat telah gagal pelaksanaannya sehingga ke hari ini. 


 "Tiada misi jelas dalam operasi ketenteraan di Lahad Datu, kita tengok sekarang tentera duduk di bawah rumah orang, di reban ayam. Sepatutnya agensi keselamatan lain yang buat itu" "Kerajaan juga gagal menafsir Perjanjian Geneva mengenai peperangan sehingga mengakibatkan polis yang terpaksa mengetuai operasi pada peringkat awal. "

Sepatutnya dari awal lagi kerajaan mengklasifikasikan pengganas Sulu sebagai aggressor (penyerang) bukan intruder (penceroboh) agar ATM boleh terus ambil tindakan dari awal." 


Mengata dan mengutuk  di forum  dalam bilik air cond memang mudah . Tak perlu penat berjaga siang & malam sampai tak mandi seperti mana dilalui pasukan keselamatan kita di Lahad Datu .

Ini lah cara pemikiran bangang puak2 Pakatan . Laung saja DEMI RAKYAT , tapi  mereka  hina dan perleceh pengorbanan pasukan keselamatan  kita  mempertahankan negara.

GPB rasa kalau Malaysia berada di dalam kancah peperangan dengan negara lain , puak2 ini lah yang akan jadi talibarut seperti Buang dalam filem Sarjan Hassan.



Nur Misuari berdendam dengan Malaysia , mahu tawan Sabah #LahaDatu

Posted: 13 Mar 2013 06:58 PM PDT





Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari didakwa mempunyai hubungan yang begitu akrab ketika Ketua Pembangkang itu menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.

Bekas Setiausaha Sulitnya, Anuar Shaari mendakwa, Anwar banyak membantu Nur Misuari terutama dalam isu-isu yang membabitkan selatan Filipina.

Bagaimanapun katanya, hubungan mereka menjadi persoalan apabila Anwar dan Nur Misuari kerap berjumpa meskipun kedua-duanya tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi.

"Pendedahan WikiLeaks itu bukan sesuatu yang luar biasa. Kalaupun ada dakwaan Nur Misuari mahu menakluk Sabah, juga bukan sesuatu yang mengejutkan.
"Bagi saya Anwar dan Nur Misuari kini saling mempergunakan antara satu sama lain untuk mencapai matlamat masing-masing.

"Nur Misuari masih menyimpan dendam kesumat terhadap Malaysia kerana menangkap dan menyerahkannya kepada Filipina pada 2002.


"Anwar pula mahu memporak-perandakan Malaysia supaya rakyat benci kepada kerajaan. Kedua-duanya mempunyai misi tertentu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang pendedahan laman web WikiLeaks pada 2007 bahawa Nur Misuari mempunyai hasrat untuk menakluk Sabah.

Pendedahan itu juga mendakwa Malaysia bimbang tentang hubungan Nur Misuari dengan Anwar.


Menurut Anuar, imej Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sekarang sudah cukup tercemar dan beliau tidak ada apa-apa lagi untuk dipertahankan.

"Cuma yang kita kasihankan penyokong-penyokong PKR kerana tindak-tanduk Anwar memberikan implikasi dan persepsi yang buruk kepada imej parti itu.

"Lebih dahsyat lagi apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula seperti patung yang tidak ada reaksi langsung," ujarnya.


Sementara itu, bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong berkata, semua pemimpin parti itu tahu Anwar mempunyai hubungan baik dengan Nur Misuari dan perkara itu bukan baharu.

Lum Yong berkata, memang sudah menjadi sifat semula jadi Anwar yang akan membuat hebahan awal tentang apa perkara yang berlaku untuk mendapat keyakinan rakyat.
Namun, ujar beliau, kali ini Anwar silap percaturan sekiranya dakwaan yang mengaitkan beliau adalah benar.
"Kebangkitan dan kemarahan rakyat semakin memuncak. Kita dapat lihat semangat patriotik rakyat semakin tinggi, tidak kira Melayu, Cina dan India.
"Rakyat bersatu dengan kerajaan tidak mahu negara diancam dan kini melihat Anwar sebagai individu bahaya," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130314/dn_10/Anwar-Nur-Misuari-akrab-saling-memperguna#ixzz2NTCIS9oI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

IPOHMALAY

Posted: 14 Mar 2013 09:39 AM PDT

IPOHMALAY


Guru Hina Polis Ditahan, 11,400 Likes Dalam 2 Jam

Posted: 14 Mar 2013 09:37 AM PDT

Penahanan seorang guru di Kelantan yang penuh biadap menghina anggota keselamatan sebagai "anjing" disambut meriah di dunia Facebook. Dalam masa 2 jam , lebih 11,400 Likes diterima dengan lebih 1,700 Share dan mengundang lebih 3,500 komentar.

Untuk apakah guru sakit ini bersikap demikian? Mencari publisiti? Atau memalit malu kepada keluarga sendiri?

Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada rakyat yang tahu di mana kegembiraan hasil dari tangkapan ini perlu dizahirkan.


Guru yang menghina Pasukan Keselamatan "Anjing" telah di Tahan Sebentar Tadi..Merasa Pakai "Gelang Silver"
Guru yang menghina Pasukan Keselamatan "Anjing" telah di Tahan Sebentar Tadi..Merasa Pakai "Gelang Silver"
Unlike ·  ·  · 2 hours ago · 

Parlimen Bubar 25 Mac ?

Posted: 14 Mar 2013 01:32 AM PDT

Sumber dalaman berkata bahawa mandat kerajaan Negri Sembilan  tamat pada 27 Mac.  Sumber menyebut bahawa Najib tidak mungkin  membenarkan mandat itu tamat automatik kerana ia memberi gambaran buruk kepada  parti pemerintah.

Semalam, mesyuarat mingguan dengan Yang di-Pertuan Agong memuncakkan spekulasi bahawa Najib bertemu untuk mendapatkan kebenaran membubarkan Parlimen. Namun tiada pengumuman menyusul.

Pembantu PM  berkata ia hanya taklimat mingguan Perdana Menteri kepada YDPA mengenai isu-isu yang menjejaskan negara selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Namun, berdasarkan spekulasi dan jadual-jadual padat dari diari PM dikatakan pada 25 Mac PM akan meminta persetujuan YDPA untuk membubarkan Parlimen.

The dissolution of Parliament is just days away. That is the indication that Datuk Seri Najib Tun Razak has given and which his aides appear to confirm as they revealed a packed diary for the Prime Minister this month to cover all the bases before the general election is called. The dissolution of Parliament is just days away. That is the indication that Datuk Seri Najib Tun Razak has given and which his aides appear to confirm as they revealed a packed diary for the Prime Minister this month to cover all the bases before the general election is called.

Thursday March 14, 2013

Najib ups the tempo in his sprint towards the finish line

By WONG SAI WAN and MAZWIN NIK ANIS 

KUALA LUMPUR: Hitting the home stretch that was the answer Datuk Seri Najib Tun Razak gave when asked about the date of the next general election.

Like any racer, the Prime Minister has upped the tempo in his sprint towards the finish line by adding more functions into his already packed diary.

This, his aides say, is to ensure that he covers all the bases from national issues to putting out fires started by those jostling to be candidates.

It is learnt that he has taken time off between functions each day to meet people who will be dropped or not chosen to be candidates.

With the nation expecting an announcement of when elections will be called, his every move is scrutinised.

Yesterday, his weekly meeting with the Yang di-Pertuan Agong had tongues wagging that he had gone to seek the King's permission to dissolve Parliament. No announcement followed.

Aides said the audience was just the weekly briefing the Prime Minister gives to the King on issues affecting the nation after chairing the Cabinet meeting.

It is now widely speculated that March 25 is when he will ask for royal assent to dissolve Parliament.

Insiders noted that the Negri Sembilan assembly expires on March 27, and said that Najib is unlikely to allow that to happen as it would be bad for the morale of the ruling coalition.

Kenyataan IGP Tentang Pencerobohan Bersenjata Pada 14 Februari 2013

Posted: 13 Mar 2013 08:50 PM PDT

Ini adalah singkapan kembali laporan mula insiden pencerobohan bersenjatadi Lahad Datu.

Sesiapa boleh boikot apa sahaja asalkan jangan hujung-hujungnya, pemboikotan itu menjadikan mereka BODOH sekejap. Inilah berlaku kepada 'pemboikot Utusan Malaysia' dan 'pemboikot Buletin Utama' apabila menghadapi insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu.

Akhirnya mereka terpinga-pinga ketika berlaku pertempuran dengan puak penceroboh. Pada masa yang sama ada diantara mereka menyebut mengapa pencerobohan ini tidak didedahkan. Mengapa mengambil masa yang lama untuk menghapuskan.

Malaysia negara berdiplomasi dan masa diberikan untuk rundingan lebih dari mencukupi. Tambahan pula mereka bukan melalui jalur rasmi, lebih parah, masuk secara haram bersenjata api.

Ini adalah laporan paling awal yang dikeluarkan di Utusan Malaysia susulan kenyataan rasmi Ketua Polis Negara iaitu pada 14 Februari 2013. Dua minggu sebelum pertempuran bermula dengan penipuan 'bendera putih' oleh penceroboh bersenjata. 

Adakah dengan membaca Harakah dan menonton TV Selangor, segala ini akan disiarkan? Pembodohan pilihan sendiri bah itu .

ARKIB : 14/02/2013

Kenyataan Ketua Polis Negara, pencerobohan kumpulan bersenjata

ADALAH dimaklumkan bahawa pada pagi Selasa 12 Februari 2013, sekumpulan orang asing yang bersenjata api telah menceroboh masuk ke kawasan Lahad Datu, Sabah. Kemasukan ini adalah berikutan daripada masalah yang berlaku di Selatan Filipina.

Pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletakkan senjata serta menyerah diri.

Keadaan kini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang.

(TAN SRI ISMAIL OMAR)
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

James Chin Tuduh Kaitan Pembangkang Dalam Krisis Lahad Datu Hanya Propaganda Kerajaan

Posted: 13 Mar 2013 06:39 PM PDT


James Chin dari Monash University dalam temubual dengan Al Jazeera beberapa hari lalu ketika ditanya apa kebarangkalian persekongkolan pihak pembangkan seperti yang dituduh oleh kerajaan Malaysia tanpa segan silu menyebut "ianya propaganda kerajaan dan pihak pembangkang tidak ada kaitan dalam isu ini".

Soalnya pemimpin politik pemerintah juga tidak menyebut ia melibatkan mana-mana pemimpin parti pembangkang kecuali stesen-stesen TV yang memetik dari blog-blog. Jika ada disebut, pasti sahaja sebagai jawapan kepada persoalan yang dilontarkan. Si 'tertuduh' masih sahaja bebas. Bermakna, kerajaan secara rasminya tidak pernah mengakui keterlibatan pemimpin pembangkang tersebut.

Sekiranya dia bukan seorang yang BODOH untuk berpihak ke mana-mana pihak, jawapannya tentulah ia berpunca dari persepsi masyarakat menerusi  sumber perisikan Filipina yang tidak disebutnya langsung. Dia tidak menyebut bahawa penilaian keterlibatan pembangkang tersebut adalah hasil dari pemerhatian rakyat yang dihamburkan melalui blog-blog dan dia tidak menyebut soal persepsi yang timbul antara hubungan Anwar dan Misuari serta pertemuan-pertemuan yang telah berlaku antara keduanya selepas Filipina dan MILF mencapai kesepakatan dalam perjanjian damai.

Kita tidak menyuruh James Chin mengiyakan perkaitan pembangkang dalam hal ini. Tetapi kita tentu meramalkan seorang dari institusi pengajian tinggi akan menjawab secara analisa. Bukan secara bias. Jawapannya seperti yang teman ungkap di perenggan 2. Bukan penafian serta merta dan menunduh ia propaganda kerajaan. 

MENYEBUT IANYA SEBAGAI PROPAGANDA KERAJAAN ADALAH SAMA DENGAN MENUDUH ITU KERJA PEMBANGKANG. APA BEZANYA.MAKA APA LAYAKNYA UNTUK DIA MENDAPAT REPUTASI SEBAGAI SEBAGAI PENGANALISIS POLITIK YANG SEHARUSNYA BERSIFAT ANALITIKAL?  

Lihat pula semangat penganalisis Filipina menghentam operasi ketenteraan Kerajaan Malaysia dan lihat pula betapa lembiknya agen pembangkang ini dalam mempertahankan negaranya sendiri. Padahal negara sendiri yang diceroboh celaka-celaka Filipina. Jenis inikah yang bakal mengisi kerajaan jika pembangkang menang?

Sia-sialah instutusi pendidikan tersebut memiliki modal insan yang 'kacau pemikirannya' seperti ini.



1MalAySia BlogPoLitik

Posted: 14 Mar 2013 09:28 AM PDT

1MalAySia BlogPoLitik


Letter From Yuktes Vijay (Peguam Kes Liwat ll Anwar Ibrahim)

Posted: 13 Mar 2013 06:51 PM PDT

I read with anger the news that Saiful's dad has joined PKR. I knew from Day 1 that the party was devoid of any integrity but for it to stoop to this extent is just mind boggling. I was working with one of Anwar's long-time lawyers during the whole course of Sodomy 2 and was involved in A-Z of the trial itself.
BACA ULASAN DALAM BAHASA MELAYU DI SINI.
When I say A-Z, it means from meeting the forensic and DNA experts to reviewing of the documents to finding case laws for his submissions. I was involved in everything. I do not wish to mention the name of the lawyer here as I revere him as my mentor and I do not wish to drag him into this frustration and anger pouring of mine.
Why Anwar never took the stand?
Anwar claimed that he was never offered a fair trial. The truth is he was never brave enough to take the stand. He was never going to withstand the questions that were about to be put forward to his now ally Datuk Yusof. If you Pakatanians have doubts, why not ask him these questions and get valid, acceptable and not logically challenging answers for it.
Why did Anwar personally and specifically request his Chief of Staff, Ibrahim Yaakob to send Saiful to the apartment carrying documents when there were other staff there;
How come Saiful was aware of the code to enter the apartment which was 'Mokhtar', the name of Anwar's security chief and brother-in-law? ;
Video evidence that was sent to Gandhi Labs in New Delhi confirmed the presence of Saiful in the apartment, so how can Saiful's presence in the apartment be refuted;
Why was Saiful afforded special treatment i.e. he was given his own room, privilege of following Anwar for overseas trips though he was a new staff;
Anwar's current aide, Najwan Halimi had previously e-mailed Anwar and told him about Saiful's apparent afflictions to BN. Why was the call not heeded by Anwar?
Fearing that Anwar will not be able to withstand the onslaught by the Prosecution, the defence team then decided to ask him not to take stand uder the pretext that he was not offered a fair trial. Anwar excelled in conning, deceiving and cheating the public by assuming a Mandela like persona. He is no Mandela, merely a good con artist.
Fund for the overseas experts
The surprising factor here is why no one has ever questioned the fees that were involved in paying the forensic experts, Dr Brian Macdonald and Dr David Wells. Contrary to what the general public have been made to believe, they were paid hefty sums to defend him. When they were here, they stayed in Shang-ri La Hotel for a number of days.
Where did the money to pay the hotels come from? Did Anwar pay from his own pocket? No, he does not even pay his lawyers. So, he had very rich Datuks funding him. I do know the name of the Datuk, but for the reasons known close to me I will not disclose the name.
The problem is if PKR can throw questions as to the wedding expenditure of the Prime Minister, why not question where the money to pay these experts came from? If a former convict and a mere Opposition Leader can have Datuks funding his legal expences, what is wrong in having Datuks funding the wedding of the PM's daughter?
Saiful
I don't know much about Saiful. The only thing I can say is that the reason he was denied justice is that the Investigating Officer, Jude Perreira, ignored the protocols told to him by Jabatan Kimia and decided to do his things his own way.
There were traces of Anwar's DNA in his rectum. The only thing that stopped the judge from convicting Anwar was the "break in the chain of evidence". I will write a full piece on this soon. This drama itself deserves a full piece write up.
In a nutshell, there was evidence of Anwar's semen in Saiful's rectum. However, due to a break in chain of evidence and the question mark over the integrity of the samples, the evidence was not used.
So the judge had no other way of corroborating Saiful's evidence.
Conclusion for Part 1
Anwar is a consummate liar. He is using Saiful's dad to play up his victim role in order to garner votes. We all know for a fact that since he got acquitted he has lost that bit of "charm" about him as he has nothing to yell about anymore. I really hope he sues me so that I can prove in Court what I have just mentioned.
Remember Anwar Ibrahim, I grew up adoring you. I know your modus operandi and I aspired to be you. Sue me please. Let the public watch Anwar vs Anwar clone (which is me) in action. And remember the e-mails, Astroboy? I have all of them saved. Come get me!

Pengikut